LAGENDA NYI RORO KIDUL

KOLEKSI CERITA 📛 SERAM BERSIRI
TAJUK CERITA : LAGENDA NYI RORO KIDUL
HASIL KARYA : LIZA



KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : LAGENDA NYI RORO KIDUL
HASIL KARYA : LIZA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/lagenda-nyi-roro-kidul.html

LAGENDA NYI RORO KIDUL (BHG. 1)

Assalamualaikum ..
Lagenda Nyi Roro Kidul. – PART 1
Kepada yang mengikuti kisah aku sebelum ni yang bertajuk SIHIR, mukadimah dia aku dah ceritakan mimpi aku bertemu dengan wanita berpakaian jawa dan rakan sekerjaku, Fitrra. Ramai yang kecam aku sebab 2in1 story (bukan ke minuman 2in1 ni sedap lagi berlemak? – hahhaha yela kalo dah cerita aku tak tersusun dan bersambung mana tak nya mengamuk semua peminat setia HZONE BLOG : MAAFKAN SAYA.)
Untuk cerita ni, aku cuba habiskan walaupun aku karang sampai 10 m/s !! I TRY MY BEST ALL.
REMARK : kalau nak rasa feel lagi. Boleh layan cerita aku ni malam-malam sebelum tidur. Save dulu. (kalau cerita aku ni kena publish siang hari lerrr.. tapi kalau kena gangguan jangan salahkan aku)
Asal-usul Nyi Roro Kidul ni, korang silalah lawati laman web ni : – (http://kisahasalusul.blogspot.com/2015/03/asal-usul-nyi-roro-kidul-menurut-islam.html) – takkan lah aku nak ceritakan kat sini kan. Mahunya 20 m/s pun tak habis lagi. Rajin-rajinkan membaca yer semua, yang penting kena ingat Allah S.W.T itu bersifat rububiyah :- meliputi seluruh alam semesta beserta isinya.
Kisah ini bermula sewaktu aku mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat swasta yang tidak jauh dari bandar pada May 2017. Aku berkenalan dengan 2 rakan sekerja ku di bahagian Logistic Department iaitu Kak Zaza dan Fitrra. Aku sememangnya mengenali Kak Zaza dari facebook (dunia ni kecil jer.. mana-manapun boleh terjumpa orang yang kita add friend dalam fb), kebetulan pulak Kak Zaza ni bff Kak Uul – Kak Uul ni kawan sama belajar dengan aku di ILP (oh yer.. kalo ada kesempatan aku akan ceritakan pertemuan aku dengan hantu pocong dan mimpi makhluk bermata 1 (Dajjal ?) sewaktu aku belajar di ILP)
Sewaktu pertemuan aku dengan kak Zaza ni, aku memang dapat rasakan ada ‘something’ menumpang kat badan dia cuma aku tak nampak jelas. Kemungkinan makhluk tu pun dapat rasakan kehadiran aku. – nanti aku ceritakan peristiwa kak zaza berubat dengan mami/dadi untuk buang ‘mereka’ (salah seekornya kak ponti)
Pada July 2017, Fitrra mengambil cuti 14 hari untuk pulang ke kampung halaman nya di Bali, Indonesia. Sejujurnya untuk beberapa bulan lalu, aku tak lah secepat nya untuk rapat berkawan dengan mereka ber-2, masih ada jurang antara pekerja baru dan lama. Sewaktu mereka ber-2 asyik bercerita mengenai kampong halaman Fitrra, sibuk online tempat-tempat peranginan di sana, aku sedikit tidak terusik langsung untuk mengambil tahu, bah kan untuk kepo bersama mereka. (yela, waktu ni aku baru kerja, dahtu job pekerja lama banyak tertangguh, aku kenalah tolong follow-up and up-to-date semua barang)
Sehari sebelum Fittra berangkat ke Indonesia, aku sudah rasa tidak sedap badan. Hatiku mula resah, dan asyik memikirkan keadaan Fitrra. Sebelum dia pergi, aku sempat juga lah bagikan dia minum air mineral yang aku dah semaikan dengan Surah Al-Muawwizat (Pelindungan) mengandungi surah-surah berikut:-
• Surah Al-Fatihah (Yang ini wajib. Surah pertama dalam Al-Quran atau surah “Pembukaan”. Ia merupakan Ummul Qur’an (Induk Al-Qur’an) seperti semua yang sedia maklum Surah ini mempunyai 7 ayat dan setiapnya mempunyai keistimewaan tersendiri)
• Surah Al-Ikhlas
• Surah Al-Falaq
• Surah An-Naas
Macam ini lah keadaan aku, resah, tak senang duduk, risau tanpa sebab, fikiran celaru, kadang-kadang jantung berdegup kencang tanpa sebab dan badan terasa panas atau sejuk,pertanda apabila aku dapat rasakan suatu kemudaratan yang akan berlaku pada orang di sekeliling aku.
Bahkan aku boleh melihat dimana-mana sahaja tak kira masa, tempat dan sesiapa sahaja yang di tumpangi oleh ‘mereka’. Semuanya adalah dengan izin Allah S.W.T – bukan atas keinginan aku sendiri. Sebolehnya aku akan cuba mengelak sekiranya ternampak ‘mereka’ sebab jenis ‘mereka’ ni, suka sangat kalau jumpa manusia yang punya kelebihan macam aku untuk diganggu atau dicabar ilmunya dan kepercayaan kita kepada kewujudan Allah S.W.T.
Beberapa hari setelah Fitrra berada di tanah air nya,. Aku mula mendapat gangguan, bermula dari malam aku on the way nak balik rumah lepas melepak dengan kawan-kawan. Semasa dalam perjalanan selepas menghantar kawan ku pulang ke rumahnya, telinga aku berdesing.
Bau wangi bunga melur menusuk tajam ke deria bau aku.
“Tolong jangan ganggu aku, aku cuma nak lalu jalan ni lepas hantar member balik rumah tadi. Jangan follow aku, aku tak ganggu kau. Tak usah nak usha-usha aku.”
Terkumat-kumit mulut aku baca doa Safar untuk permudahkan perjalanan aku balik ke rumah. Kecut perut juga lah, jam dah dekat 10.45pm. Pulak kampong kawan aku ni masuk dalam jauh dari high-way, dahtu aku sorang drive balik. Kepala aku pulak dah macam kura-kura drive kereta sebab tak nak tengok mirror belakang, nanti ada jer kepala yang aku tak nak tengok duduk kerusi belakang menumpang aku balik !.
Sampai rumah, tetiba jer aku terkenang denga Fitrra pulak, la sudah, tak syiok lah macam ni. (jangan ingat aku Lesbian pulak yerr !) Ni memang dah pertanda tak elok ni. Kalau aku dah asyik ingat kawan kat seberang sempadan. Malas untuk fikir panjang, aku bersihkan diri setelah seharian berada di luar.
Malam makin kelam, guruh di langit sekali-sekala mengejutkan semangat wanita aku. Niat nak layan game Mobile Legends aku pun terbantut, task aku use mage complete 5 game pun belom habis lagi. Oleh dek kerana aku frust betui dari GM 1 drop GM 4 dalam sehari, aku mogok tak nak layan MLBB seharian ni. Mahunya lebih tertekan dari kena gangguan iblis atau yang seangkatan dengannya.
Jam di dinding menunjukkan 12.03am. Aku ke bilik mandi untuk mengambil wudhuk, selesai berwudhuk, aku ke bilik tidur, penat seharian melepak dengan member, otak ni perlukan rehat secukupnya. Belum pun sampai beberapa minit aku pejam mata, aku dengar bunyi buaian depan rumah aku,
Krieekkk.. krioooottt.. krieeekkk.. krioooott..
“LAL HAWLA WALA KUWATAH ILLAH BILLAH HU WAL ALIEL AZIM .. Ya Allah, jangan lah ganggu aku. aku nak tidoq lah woiiii ….”
Aku selak jendela tingkap bilik aku, aku tengok halaman rumah. Aku nampak buaian tu bergerak tapi tak ada siapa. Agaknya angin kot, yelah tadi guruh tu selalunya pertanda nak hujan, kalau nak hujan selalunya berangin, tapi fikiran aku salah apabila aku lihat daun-daun pokok bunga mami yang tertanam dalam pasu depan rumah sedikit pun tidak bergerak. Tak apalah, abaikan jer. Time to sleep. Aku dah suspend dah woiiiii !!!!!!!!!
Belum nak lelap mata aku, aku dengar bunyi lonceng pulak dah, seperti loceng gelang kaki atau tangan, yang pasti bunyi lonceng lah kan. Ini aku betul tak boleh tahan dah, dalam keluarga aku, pantang dadi lah kalau anak dara dia pakai gelang yang ada lonceng sebab dadi pernah cakap, ditegah untuk memakai loceng boleh menjauhkan malaikat rahmat dari mendekati kita dan sewaktu menunaikan solat akan mengganggu jemaah lain serta tak elok perempuan pakai lonceng sebab akan menarik perhatian lelaki bukan mahram. (aku tak tahu lah macam mana nak spelling LOCENG ke LONCENG? Ikut kamus LOCENG)
Bunyi tu ada 6 sehingga 8 kali berbunyi selang beberapa minit, yang pelik nya bunyi tu jelas betul-betul macam dekat dengan telinga aku. Tak rasa pelik ke? Bunyi loceng kaki atau tangan tak kan kuat sangat sampai kau boleh rasa dengung dia sampai kat gegendang telinga kau.
Aku bangun, aku selak lagi jendela aku. Mahu nya tercabut jantung aku tengok ada perempuan di luar pagar rumah aku. Tapi tubuh nya membelakangkan aku, aku perhati je kau ni kacau aku malam-malam buta macam ni.
Rambut tersanggul kemas dihiasi bunga-bunga putih halus. Baju dia pakai macam penari tradisional Thailand pun ada, macam pakaian Jawa pun ada, Selendang atas bahu dia warna keemasan, baju berwana hijau bercorak bunga-bungaan. Aku nampak badan dia bergoyang seolah-olah sedang menari,lenggok dia menari ala-ala mayang macam tu, kepala dia tak bergerak, Cuma tubuhnya melenggok ke kiri ke kanan sambil itu aku dengar bunyi loceng.
Aku lihat ke bahagian kaki dia ..
Dup dap dup dap dup dap dup dap: heart beat fast !! melebihi 100x seminit (sakit ‘tachycarida’ jer jantung berdegup selaju itu tau!.)
Tak nampak lah kaki dia (alaaaaa… spoil betui !) sebab depan pagar tu mami letak pasu bunga. So, aku tak boleh nak kata, bunyi loceng tu datang dari kaki atau tangan perempuan tu. Sebab aku tak nampak, aku tak dapat nak confirmkan.
walaupun aku dah lalui benda macam ni banyak kali lepas dari peristiwa SIHIR dulu dan kejadian-kejadian lain, tetap ada wujudnya perasaan takut dan gentar. Masih bergetar lutut nak berdiri teguh.
Seiring dengan bunyi loceng tu aku dengar bunyi gamelan, samar-samar aku dengar seperti suara orang bernyanyi atau bersyair dalam dialek yang aku tak berapa faham, lebih tepat aku tak pernah dengar sebelum ni, aku tekup kan telinga aku di jendela untuk mendengar lebih jelas, entah kenapa aku rasa ada perkataan yang disebutnya seperti memanggil aku :-
“Kemari sayang ku. Datang dekat kepada aku. Akan aku lindungi kamu lebih dari nyawa ku. Biar bermandi d***h demi kamu” – more less macam ni la..(aku pulak boleh faham jer bahasa dia)
Ada macam Harry Potter tak? Dia boleh pandai cakap bahasa ular? Tapi aku ni version lain, aku boleh faham apa bahasa dia cakap tapi aku nak cakap balik bahasa tu, aku tak pandai dan yang peliknya, lepas aku dengar dialek tu, aku terus lupalah setiap ayat-ayat yang dia sebut.
Dalam masa yang sama, aku hidu bau bunga melur, wangi giler beb .. tajam betul bau bunga ni, seketika aku rasa seperti berkhayal, serta-merta aku terasa seperti ada yang meniup ke cuping telingaku, terus terjelepuk aku depan jendela. Istighfar. Mainan Iblis / Jin laknatuallah untuk menyesatkan aku. Tersedar aku dari dipukau setelah melihat wanita tersebut dengan gemerisik nyanyian nya seiring dengan gamelan.
Aku bingkas bangun dan duduk di atas tilam. Aku terus bacakan beberapa potongan ayat surah untuk halau ‘benda’ tu, diantaranya : –
1. Surah Asy Syuaraa’ ayat 95 hingga 118.
2. Surah Arrad ayat 30 hingga 34.
Aku ber Istighfar 3x / Shalawat Nabi 10x / Al-fatihah 1x / Ayatul Kursi 1x. Aku tiupkan pada telapak tangan dah campak ke luar rumah 3x.
Dah. Aku tak nak fikir apa lagi jadi dengan ‘dia’ dekat luar sana. aku nak tidur, esok kerja.
Keesokan hari nya, kak Zaza bagitahu aku yang Fitrra di Indonesia jatuh sakit. Demam / muntah dan sakit perut. Hampir seminggu dia disana macam tu lah keadaan dia dari hari pertama sampai. Mulanya aku rasa mungkin disebakan perubahan cuaca dan permakanan disana tak sama di Malaysia. Aku tak ambil pusing walaupun aku mula gelisah tentang benda ni.
Aku nak scan Fitrra pun aku belum lagi sampai level tu. Jadi aku anggap ia satu kebetulan saja dan apa yang aku alami semalam tak ada kaitan dengan Fitrra. Mungkin ‘benda’ tu, mengikut aku dari kampong kawan aku.
Aku ada lah juga google tentang yang aku nampak semalam tu, kalau korang nak tahu, bunyi nyayian atau syair tu hampir macam sebutan lagu “Lingsir wengi” : tapi jangan salah faham tau, bukan lagu ni aku dengar tapi sebutan dia ala-ala macam ini lah kot.
Sambil-sambil aku search kat google ni kan, tak tahu lah macam mana ada satu ads ni popup je kat youtube tentang Nyi Roro Kidul. So, aku pun mula lah buat research tentang lagenda jawa ni. Boleh investigate tapi jangan sampai obses sangat ada kesan nya. Macam yang dah berlaku dengan kak Zaza. (Aku tak nak bertanggungjawab kalau ada kesan pada korang. Seeloknya elakkan terbabit dengan benda-benda yang main puja-puja ni. Khurafat !)
Aku dah mula tak sedap hati.
Apa yang aku search ni, more less ada ciri-ciri yang aku nampak pada malam semalam. BAD NEWS.
Beberapa hari berlalu dengan pantas, lepas kejadian malam tu, aku tak ada kena gangguan lagi sampailah satu hari ni, selepas penat berkerja seharian di pejabat, aku sampai rumah terus baring di dalam bilik dan terlelap. Sewaktu ini lah aku bermimpi melihat wanita jawa dan Fittra yang berada di atas kapal. (rujuk pada episode SIHIR).
Aku tersentak bangun dari mimpi tesebut dan baju aku basah mungkin berpeluh, tapi bilik aku pakai air-cond. Tangan aku mengigil, jantung aku betul-betul laju berdegup, aku istighfar banyak-banyak. Waktu ni aku risau sangat dengan Fitrra, apa jadi dengan dia di sana sebenarnya? Apa yang wanita jawa tu nak? Aku rasa nyawa Fittra dalam bahaya, aku bergegas ke bilik dadi dan menceritakan perihal mimpi ku tapi aku tak mention wanita jawa dalam mimpi aku. Aku meminta agar dadi tolong lihat-lihatkan keadaan Fittra disana.
“kawan kau tu dah selamat pulang ke darat. Tapi ada benda tak elok ikut dia balik.” Selamber jer muka dadi ni. Mungkin tak bahaya kot.
Esoknya, di pejabat.
“Kak, bila Fitrra balik dari bercuti?”
“Lusa dia balik. Katanya rindu Malaysia. Keadaan dia pun masih tak serasi dengan kampong disana, agak nya sudah lama tak naik feri melintas lautan, agaknya angin laut bawa tak sihat untuk dia.”
Aku diam. Tak mahu berkongsi cerita dahulu dengan kak Zaza, tak mahu aku dia turut bingung dengan Fitrra. Dan aku hendakkan jawapan terlebih dahulu dari Fitrra, adakah yang mengganggu aku sebelum ini berpunca dari kepulangan dia ke Indonesia?
Jika ya, kenapa aku diganggu? Kenapa aku di panggil? Kenapa aku bermimpi nyawa Fitrra dalam bahaya? Apa kaitan nya aku dengan ‘wanita jawa’ tersebut? Apa yang dimahunya? Siapa dia? Nyi Roro Kidul kah atau jelmaan iblis yang hendak mempermainkan mata aku?
Fittra.cepatlah balik.
Baiklah.
Aku akan sambung balik cerita ni lepas Fitrra balik dari Indonesia Okay.
Mimpi yang aku alami tu, berkait-rapat dengan situasi Fitrra semasa dia berada di atas kapal di perairan sempadan antara Bali dan Bandung dan peristiwa pelik yang berlaku pada Fitrra sama dengan apa yang berlaku pada aku.
Kepulangan Fitrra ke Malaysia akan menjawab pelbagai persoalan. Bahkan dia yang berada di kampong nya turut diganggu ‘sesuatu’, malah adik kecil nya sering menyatakan ada hantu.
Yang pasti ‘benda’ tu nak ambil Fitrra untuk dijadikan habuannya.
P/S : sehingga kini, ‘benda’ ni masih mengganggu kami. Jujur aku cakapkan sekarang, bukan hendak takutkan para pembaca, tapi sejak aku mula menaip cerita ini, aku sedikit pening dan mual, ada seketika aku rasa kan ada sesuatu berada di samping aku sekarang yang cuba menggangu tumpuan aku. Lampu dapur sekejap-sekejap berkelip. Kipas siling sekejap laju, sekejap lambat.
Sebelum tidur baca dulu surah pendinding diri.:-
• Ak-Fatihah – 1x
• Qul Huwallah Hu Ahad – 3x
• Qul A’uzubirabbil falaq – 1x
• Qul A’uzubirabbin Nas – 1x
Sebaik-baik penawar ialah ayat Al-Quran.
Namun, berhati-hatilah membaca Al-Fatihah kerana sekiranya salah membacanya maka rosaklah Al-Fatihah itu.
Sekian.

KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : LAGENDA NYI RORO KIDUL
HASIL KARYA : LIZA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/lagenda-nyi-roro-kidul.html

LAGENDA NYI RORO KIDUL – PART 2 –
WARNING ! : DIELAKKAN MEMBACA CERITA LIZA DI MALAM HARI ATAU TELAH LEWAT MALAM.
MINTA MAAF SESANGAT KEPADA PARA PEMBACA HZONE BLOG. 2 hari yang lepas aku dah taip hampir separuh cerita episode ke-2, tapi sejak hari terakhir aku save dlm MW, aku nak continue menaip, aku tak tahu macam mana boleh hilang file aku ni? aku ingat lagi aku save dekat deskstop ni, bila aku nak continue haritu dah tak ada pulak .. aku dah taip panjang weyhh sampai 7m/s. So, aku kira mungkin laptop aku rosak. So, semalam aku pergi hantar ke service check mana tahu mungkin hilang apa semua kan. Hari ini aku pergi ambil, techinician tu cakap laptop aku ni okay. No Problem.
Oleh yang demikian, hari ini aku akan habiskan menaip untuk part-2 terus submit dengan ADMIN!
NOTE : utk pengetahuan para pembaca, Liza tidak mengatakan ‘dia’ ialah Nyi Roro Kidul, sebab Liza sendiri tidak tahu siapa sebenarnya identity ‘dia’ dan apa yang ‘dia’ mahukan dari kami.
Remark : Minta maaf kepada pembaca ya .. Ratu Kidul dan Nyi Roro Kidul adalah 2 makhluk yang berbeza, maaf atas kesilapan Liza dalam Eps-1
Source : – https://www.merdeka.com/peristiwa/duet-cantik-kerajaan-laut-selatan-ratu-kidul-dan-nyi-roro-kidul.html
9.August.2017
Sekembalinya Fittra ke Malaysia, aku melihat tubuhnya ada sedikit susut. Ya, mungkin kerana 14 hari di kampungnya, dia kurang makan malah sering muntah dan demam. Tambahan lagi, sekarang jiwa nya kosong, sedih, kecewa kerana ditinggal kekasih. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk pulang ke kampong berjumpa ibu dan adiknya.. Sedikit sebanyak boleh mengubat hati nya yang terluka.
Fitrra asyik bercerita dengan kak zaza hari-hari yang dilalui nya selama bercuti di Indonesia. Aku pulak perhatikan saja tingkah-lakunya. (okay ! aku dah serupa stalkerkan .. ahhaha).
3 Pm – Aku mula menyuarakan isi hati ku. (aisehhhh .. macam nak meluahkah perasaan pulak..)
“Fitrra, Lagenda Nyi Roro Kidul itu wujud tak?”
Berubah sedikit riak wajah nya dan dengan teruja nya dia untuk menceritakan mengenai Nyi Roro Kidul. Dia mula bercerita tentang kisah bagaimana mitos Nyi Roro Kidul ini tersebar di Jawa. Bahkan ada banyak versi penceritaannya, tidak pasti mana yang benar dah sahih.
“Mungkin sekadar mitos untuk upacara pemujaan laut agar diberikan rezeki kepada para nelayan dan mengelakkan malapetaka.” –Fitrra.
“Benarkah wujud sebuah hotel dimana ada satu bilik yang di khususkan untuk Nyi roro Kidul?. Bilik nya dipenuhi dengan warna hijau kerana dia menyukai warna hijau?” – Aku.
“Oh yaa .. aku pernah melihat sebuah filem Indonesia mengenai sebuah hotel dimana satu bilik itu khasnya untuk mereka memuja Nyi Roro Kidul.”- Kak Zaza
“Ada satu larangan semasa di perairan samudera selatan, dilarang menggunakan pakaian berwarna hijau.” – Fitrra.
Bermulalah penceritaan kami ber-3 mengenai Ratu Kidul ini. Pelbagai kisah diceritakan oleh Fitrra mengenai Ratu Kidul di tanah airnya. Dalam hangat perbualan kami, aku mencelah.
“Fittra,, kalau aku ceritakan kepada kamu ber-2 kak zaza, jangan takut ya. Agaknya tidak ada apa-apa kemungkinannya.” – Aku
“kenapa?”- Fitrra.
Aku menjadi serba-salah untuk membuka pekung di dada. Demi kebaikan aku dan Fitrra, selayaknya dia perlu tahu. Lagipun aku perlukan jawapan kepada setiap perkara yang terjadi kepada aku beberapa hari yang lepas.
“Sebenarnya, beberapa hari yang lepas, aku bermimpi melihat kamu berada di atas kapal pelayaran. Kamu memakai pakaian hijau, aku berdiri di jetty, jelas kelihatan kamu berdiri di hujung kapal. Wajah kamu sayu, ibaratnya termenung jauh melihat ke laut. Termenung.” – Aku
“Hah !!! benar kamu liza?”- Fitrra.
Aku terkejut mendengar fitrra meninggikan suara. Aku mengangguk, mengiakan bahwa apa yang aku ceritakan adalah benar.
“Liza, Kak Zaza, beberapa hari yang lepas aku ada menaiki kapal untuk menyeberang sempadan antara bandung dan Bali. Aku memakai dress hijau lah !!. hari itu ada banyak baju ku yang cantik-cantik tapi kenapalah hati aku tu teringin sangat nak pakai dress hijau.” – Fittra.
Kami ber-3 diam seketika.
“Sewaktu dalam mimpi itu, aku lihat kamu seperti termenung jauh. Tidak lama kemudian air laut bergelora, kapal yang kamu naiki bergoyang ke kiri kanan, kamu dihujung kapal tenang saja”. – Aku terhenti seketika, berat rasanya mulutku untuk menceritakan tentang wanita jawa itu.
“Dihujung jauh seiring dengan kapal yang kamu naiki, aku melihat seorang wanita berpakaian ala-ala jawa atau Thailand. Rambut nya tersanggul cermat, bersimpul hingga ke paras dada, rambutnya dililiti bunga-bunga halus putih. Jelas kelihatan selendangnya yang berwarna emas di lilit ke tubuh hingga ke bahu dan hujung selendangnya melayang-layang ditiup angin laut. Baju nya berwarna hijau keemasan, berkain batik coklat. Namun aku hanya nampak tubuhnnya, tidak wajahnya. Kapal yang kamu naiki semakin dekat mendekati wanita tersebut, aku di jetty menjerit sekuat hati untuk menghalang kapal itu meneruskan perjalanan. Entah bagaimana, seolah-olah wanita tersebut seperti mendengar suara ku, dia terus berpusing melihat aku !. kemudian aku terus dari bangun tidur.” –aku
Fitrra termenggu seketika. Aku mulai resah, apa ada yang tidak elok kah yang berlaku dengan dia di Indonesia?
“Kamu mahu tahu?. Sewaktu aku menaiki kapal itu, aku betul-betul berdiri di hujung kapal kerana aku ingin mengambil gambar.” – Wajah Fitrra ketakutan sambil menunjukkan video dan gambar yang diambil nya dikapal.
“kamu tahu? Aku sebentar, ada melihat ke dalam lautan, aku rasa lautan nya cantik sangat dan dalam hati aku berkata : – kalau boleh aku ingin tinggal di dasar lautan dan aku rasa seperti tertarik dengan kejernihan air nya, seperti ingin terjun sahaja . Tiba-tiba kapal bergoyang ! ombak beralun ganas. Kapten kapal buat announcement supaya kami yang berada di luar untuk masuk ke dalam kapal, tapi oleh kerana ombak yang kuat, aku bertahan saja di hujung kapal, aku terpaksa berpaut pada pagar kapal”. – Fitrra
Meremang rasanya apabila cerita kami hampir sama.
“Agak-agak kamu waktu kamu dikapal jam berapa?-aku
“waktu di Jakarta jam 6pm macam tu, kalau dibali waktunya lambat sejam. Oh yaa… Liza, sehari sebelum aku menaiki kapal, aku tahu kapal tersebut akan melintasi kawasan laut selatan jawa barat, jadi aku tu tiba-tiba rasa ingin tahu, makanya aku ada search dalam google mengenai Ratu Kidul.” – Fittra
kenapalah kau pergi search benda macamtu sebelum pergi??? – getus hati ku. Sedikit geram. Kerana bagi aku, benda mitos yang kita tidak pasti kebenaran-nya bukanlah sesuatu yang elok untuk dijadikan pembuka ‘selera’ dalam sesebuah perjalanan, kerana ia datangnya dari Jin / Iblis.
“Aku sedar dari tidur dalam jam 6.30 sebelum maghrib.”- Aku.
Kebetulan atau suratan takdir? Meremang seluruh tubuh kami ber-3.
5 pm – Kami ber-3 pulang dengan perasaan bercelaru dan aku tahu, apa yang sedang bermain di fikiran mereka ber-2. Kenapa aku yang selama ini berdiam diri, tetiba pulak buka cerita Lagenda Nyi Roro Kidul? Dalam masa yang sama Fitrra turut mencari pautan cerita Ratu Kidul. Yang lebih merunsingkan mereka, bagaimana mimpi aku dengan terperinci sama seperti kejadian yang menimpa Fitrra? :-
[Baju Fitrra berwarna hijau dan kedudukan nya di atas kapal, bahkan bagaimana dalam mimpi aku ada kejadian ombak besar sama seperti yang Fitrra alami di alam nyata.]
8pm – aku keluar makan bersama rakan sekolah, sememangnya rutin harian selepas berkerja akan melepak dengan member dulu, hilangkan stress.
10pm – time to back home. Tak elok anak dara keluar malam balik lewat, tak manis kata orang-orang tua. Seperti biasa aku akan menghantar rakan ku dulu ke rumahnya sebelum balik ke rumah aku.
Dalam perjalanan keluar daripada perkampungan kawan aku, sekali lagi aku menghidu bau bunga melur. Alahai … ‘dia’ ni memang dari kampong ni kot? Asyik-asyik sini jer permulaan nya?
“Assalamualaikum. Tak kira lah kau islam atau kafir, selagi kau diwujudkan oleh yang mahu satu, tak ada beza kau dan aku, kecuali kalau kau kafir sebab tak nak tunduk dengan pencipta kau sendiri. Jangan ganggu aku, aku tak ganggu kau. Tak payah nak teman kan aku balik, kau balik ke tempat asal kau.” – berani nya kau Liza. Wa tabikk sama lu girl !
Tapi kaki aku ni dah tekan pedal minyak sampai 90km/s okeyh.
Aku pasangkan CD bacaan surah Yassin dalam kereta. Belum sampai 10min, CD aku pandai stuck-stuck bacaan nya. Tak sedap hati dah. Kau main dengan kereta aku pulak, ada ambik jurusan makenik ke hantu ni?
Aku mula berzikir Asmaul Husna. Semua sedia maklum dengan nama-nama Allah S.W.T di setiap namanya mengandungi maksud yang tersendiri – tak kah ini satu-satu nya kita memuji keagungan-Nya, bertapa kebesaran-Nya yang tak mampu kita pertikaikan? Aku kalau Zikir Asmaul Husna ni buat aku betul-betul berani sebab di setiap sebutan yang aku sebut tu ibarat aku mengatakan aku tak gentar dengan Jin / Iblis ni sebabnya yang lebih berkuasa dan teragung tiada tandingan nya ada di sisi aku.
11.25pm – Aku selamat sampai ke rumah, membersihkan diri. Aku membuat keputusan untuk tidur di ruang tamu kerana tidak berani untuk tidur di bilik, walaupun ditemani Nono. Tak mahu tidur ku diganggu.
Mata aku semakin kelat. Aku sempat melihat jam dinding ruang tamu. – 12.43 AM- .
SELAMAT MALAM.
*** KEJADIAN MALAM PERTAMA SELEPAS KEPULANGAN FITRRA**
Tok .. tok .. tok … (lembut ketukan nya – manja-manja gitu)
Tok .. tok .. tok .. (sederhana ketukan nya – ada kasar sedikit)
Bam .. bamm.. bammm .. Pintu rumah seperti nya dihentak dengan kuat seperti ditumbuk.
Dalam keadaan mamai bangun tidur aku buka mata, aku fikirkan sememangnya itu Rhaz – sebab adik aku ni selalu sangat balik pagi, tak bawa kunci rumah.
Aku tanpa fikir panjang terus mengambil kunci pintu utama.
Clok .. clok .. – 2x aku pusingkan kunci dan hanya tunggu untuk aku tolakkan pintu untuk Rhaz.
STOP !!!!!!
Aku berhenti dari memulas tombol pintu untuk membuka pintu. Aku terfikir sejenak, kenapa tiada yang memberi salam? Kenapa hanya ketukan? – aku tahu sangat peradaban kami sekeluarga, ketuk pintu mesti dengan Salam yang lengkap .
Mami dan dadi memang dah ajar kami bagi salam mesti penuh terutamanya kalau balik pagi sebab ? :-
Jin / hantu / iblis kafir dan satu persekutuan nya tak akan beri salam yang penuh, sebab:-
• Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh:
Semoga keselamatan dan rahmat Allah serta keberkahanNya terlimpah kepada kalian
Lebih jelasnya lagi, kalimat Assalamualaikum-nya aku pecah:
• Salam( ﺍﻟﺴﻼﻡ ) = Keselamatan
• Alaikum ( ﻋﻠﻴﻜﻢ ) = Alaikum ini terdiri dari dua kalimat, yakni ‘ala ( ﻋﻠﻲ ) yang artinya untuk/atas dan kum( ﻛﻢ) artinya kalian. So, arti ‘alaikum adalah untuk/atas kalian.
• Wa( ﻭ ) = Dan
• Rahmatullah( ﺭﺣﻤﺔﺍﻟﻠﻪ ) = Rahmat Allah
• Barakatuh ( ﺑﺮﻛﺎﺗﻪ) = Keberkahan-Nya
Nampak tak? Kenapa ‘mereka’ yang kafir lagi terkutuk ni tak bagi salam penuh ? pernah dengar tak kisah iblis yang diusir dari syurga kerana tak mahu tunduk kepada Nabi Adam a.s ? sebab ‘dia –iblis’ merupakan makhluk Allah S.W.T yang pertama menjadi kafir kepada-Nya kerana tidak mengikut perintah-Nya
Aku lihat jam di dinding rumah, terbuntang mata aku dalam samar-samar lampu ruang tamu menunjukkan jarum pendek masih dalam lingkungan 12. Jarum panjang pada nombor 9.
Whattt ??????????!!!!!!!!!!!!!!!.
Aku langsung tak bergerak. Tangan aku masih memegang tombol pintu. Aku buat keputusan untuk memusing kunci untuk lock balik pintu rumah.
Dup dap dup dap dup dap .. (boleh pulak waktu ni, aku tahan nafas? Dah kenapa? Supaya ‘dia’ tak tahu yang aku dah depan pintu ke??)
Clok – bunyi pintu aku kunci (pintu rumah ni kena pusing 2x baru betul-betul kunci, tau kan?)
Aku berhenti.
Aku dekatkan telinga aku pada pintu rumah, sayup-sayup kedengaran suara wanita seperti bernyanyi. Ya ! bernyanyi. Sama seperti yang aku dengar beberapa malam sebelum ni. Seperti yang aku cakap dialek nya hampir sama seperti nyanyian “lengsir wangi”.
https://youtu.be/e6HREzWnmsU <<– boleh c/p ni dekat web kalau nak tahu macam mana dialek jawa ‘dia’.
Aku dengar ayat yang sama sayu, seperti merayu-rayu untuk aku pergi mendekatinya.
“kemari pujaan hatiku. Datang dekati aku. Akan aku jaga dirimu sekalipun bermandikan d***h..”
Aku faham setiap ayat-ayat yang ‘dia’ sebut, aku dengar sayu sungguh suaranya, hati ku mula sebak,sepertinya aku berasa sangat sedih, seiringi dengan nyanyian nya aku jelas mendengar bunyi lonceng. Tiba-tiba bau wangi singgah ke hidung ku.
Clok – bunyi kunci pintu aku pusingkan. Bukan dikunci tapi dibuka.
Aku kuak pintu rumah, kabus menebal di hadapan halaman rumah. Aku tercari-cari bunyi suara ‘dia’. aku jejak kaki keluar tidak memakai selipar. Aku toleh ke kiri ke kanan, rasanya seperti aku dipukau, tapi aku sedar akan tingkah laku ku.
“datanglah dekat menghampiri ku pujaan hati..”
Berani kah aku? Apa yang aku buat ni? Perasaan ingin tahu aku memuncak. Siapa ‘dia’?
Aku lihat di hujung pagar rumah, seperti ada kain melayang keemasan, aku buka pintu pagar, aku berlari mengejar selendang tersebut, bunyi gerincing lonceng semakin jauh dan bau bunga melur semakin pudar, sepertinya ‘dia’ sedang berjalan menjauh dari aku.
Aku berlari mengejar selendang emas itu.
Semakin dalam aku memasuki kabus, semakin aku tidak nampak apa-apa sehinggalah kaki aku terpijak ranting kayu ! Ya Allah, aku berpijak pada tanah ! bukan diatas tar jalan raya. Sewaktu itu kabus beransur-ansur nipis, angin sepoi-sepoi bahasa menjamah kulit tubuh aku.
SubahanAllah. Aku dikelilingi pokok buluh. Di dalam kekeliruan ku, sekali lagi aku mendengar suara wanita, masih sayu dan menyedihkan (tak tahu lah kenapa aku tak ada rasa takut waktu ni, sebab perasaan ingin tahu aku kuat sangat nak jumpa ‘dia’).
“kemari pujaan hatiku” – dialek jawa
Aku seolah-olah tahu dari mana arah suara dia, disebalik buluh-buluh itu, aku confirm sangat. Aku tak fikir panjang dah, aku nak jumpa ‘dia’ !!
Di celah-celah antara buluh itu,kelihatan seperti ada suatu kawasan lapang di kelilingi air seperti tasik, di terangi cahaya bulan, aku melihat kelibat wanita, di kepala nya memakai mahkota emas, baju hijau keemasan,selendang nya berterbangan mengelilingi tubuh wanita tersebut, dengan alunan nyayian, tubuh nya mula bergerak mengikut rentak nyanyian sayu nya.
“datanglah merapat sukma jiwa ku”
Aku terdorong untuk meredah hutan buluh itu meski lengan dan kaki aku luka terkena kayu yang tajam, tapi hati aku kuat terdorong untuk berjumpa ‘dia’.
Semakin aku datang mendekat, semakin menjauh layaknya sehinggakan aku sampai di tepi tasik itu, tubuhnya terapung-apung di atas air dengan selendangnya yang berterbangan diudara. Aku ingin sekali melihat wajah dia. tapi sayang, hanya tubuh belakang nya sahaja aku nampak.
Sunyi. Tiada bunyi dari binatang mahapun cengkerik. Tiada gerakan didasar air tasik, bahkan desiran angin turut berdiam diri. Seola-olah masa terhenti, hanya ada aku dan ‘dia’.
“Aku sudah ada disini, apa mahu nya kamu?” – Entah dari mana datangnya perkataan ini terkeluar dari anak tekak aku. Keberanian apa yang menerpa aku untuk menegur ‘dia’.
Selendang yang berterbangan itu berhenti, kemudian berpusing-pusing meluru ke langit, aku melihat wanita itu masih berdiri membelakangi aku, kepala nya bergerak. Menghala ke sebelah kiri, hanya sedikit, tidak jelas rupanya, tapi aku nampak, senyuman nya yang sinis..
Zzzzupppppp …………… !!!
selendang yang terapung-apung diudara itu terus menerpa kearah aku, aku terus menjerit dan menutup wajah ku.
Kreeeeitttttttttttttttttt …………………
“Kak !! apa kakak buat tengah jalan ni?? Ya Allah. Kenapa dengan akak ni?” – Rhaz.
Hampir-hampir motosikal yang ditunggangi Rhaz melanggar aku. Aku perhatikan sekeliling, tiada kabus, aku berada di hujung simpang rumah ku sendiri, jarak aku dari rumah kami ada dalam 16 buah rumah.
Aku kebinggungan. Telinga aku berdesing sampai aku sendiri tak tahan, aku menekup ke-2 belah telinga aku. Sakit ouuuu .. rasa macam nak menangis aku time ni, seiringi dengan dengungngan itu, aku dengar ‘dia’ cakap :-
“aku akan mendatangi kamu lagi kesuma ku..” – masih dalam dialek jawa
Aku tengok Rhaz, aku tengok diri aku sendiri, berkaki ayam, luka calar bergaris di lengan kiri dan kanan aku, tapak kaki aku ada kesan tanah dan luka.
“Ya Allah kak, Apa jadi dengan akak ni?, kakak nak pergi mana?”- Rhaz
Kami kembali ke rumah, pintu utama terbuka luas, aku keluar tadi tak tutup pintu, hehehe .. nasib tak dimasuki pencuri.
Sewaktu aku nak cuci kaki, buang kesan tanah ni, aku betul-betul confirm tanah tu tak kena air weiii,, macam tanah tu waterproof, ko hader??? Aku sure sangat ! and tak ada kesan pun tanah tu ikut aliran air ke lubang toilet, tapi for sure, tanah tu memang hilang macam tu jer …
Rhaz membawa air minuman kepada aku dan first aid. Dia sapukan ubat pada lengan aku yang calar balar and kaki aku yang luka, aku pulak masih memikirkan ‘dia’. Banyak yang belum terjawap. Apa mahunya dia? sehingga sanggup hendak bermandi d***h demi aku? Kenapa aku faham bahasa yang di gunanya sedangkan aku tak pernah memperlajari apa-apa bahasa dialek jawa begitu seperti bahasa kuno. Lebih menghairakan aku, apa sebenar niat dia? Aku hampir kemalangan, dilanggar Rhaz.
“kak, ceritalah dengan Rhaz, kenapa dengan kakak?. Ada benda tak elok kacau kakak ke?. Mami and Dadi tahu tak akak kena ganggu?”
Aku diam. Berdesing telinga aku ni masih tak hilang lagi.
“Rhaz, kau teman akak tidur luar ni boleh tak?”
“ermmm .. baiklah, akak tidur lah dulu, Rhaz ambik bantal dan selimut. Esok kita cerita.”
Aku kembali baring ke sofa, Rhaz melamparkan selimutnya di lantai menghadap aku. Aku menangis, aku betul-betul tak tahu kenapa aku menangis weiii … aku rasa aku lemah, aku terpedaya, tahu tak korang? Kalau adik aku pakai kereta tadi tak sempat break, aku boleh kemalangan tahu ! adik aku pulak sesal seumur hidup dia langgar kakak sendiri.
Jahanam betul lah iblis ni, aku sedih sebab aku rasa aku lupa Allah S.W.T sebab keinginan aku untuk tahu siapa ‘dia’ sampai aku lupa, aku termasuk dalam perangkap ‘dia’.
“kak… istgihfar banyak-banyak.. jangan terperdaya dengan iblis.. kalau kakak perlukan bantuan kami, kami semua ada untuk akak.”- Rhaz
Aku menangis sepuas-puasnya. Aku kalah. Aku tumpas.
Malam tesebut aku lalui dengan ditemani Rhaz.
Baiklah.
Kejadian ini berlarutan sehingga 3 malam. Menambah rasa hairan ku, kenapa aku diganggu? Kenapa tidak Fitrra? Apa semua ini? Apa dimaksudnya menginginkan aku? Biar bermandi d***h untuk mendapatkan aku?
Aku akan sambung lagi kisah aku ini dengan kejadian pada malam ke-2 dan ke-3 sehinggalah hari dimana aku berdepan dengan ‘dia’. 3 malam berturut-turut aku diganggunya, tapi bukan sahaja aku, tapi kesan nya terkena pada kak Zaza dan Fitrra.
Lepas ambil laptop tadi jam 8, Liza terus balik ke rumah untuk menyiapkan cerita ini, sebab ramai dah ternanti-nanti sambungannya.
Liza tahu, ‘dia’ yang ganggu cerita Liza, mungkin ada ambik jurusan IT kot ‘dia’ ni.
Lagipun sekarang, Liza dah rasa tak sedap hati, sejak tadi, terhidu bau wangi. Bukan itu sahaja, malah paha Liza di cuit, ‘dia’ masih mengganggu kami dan sekarang Liza dalam sesi berubat dengan Hj. Man- Level Glorious (Nanti Liza cerita, macam mana boleh jumpa dengan Hj. Man, dia yang banyak membantu kami dalam menangani benda ni.)
P/S : Kepada para pembaca, Liza tak galakkan korang taksub dengan sesetengah mitos atau lagenda, terutamanya yang selalu menjadi pujaan manusia. Aku dah nampak kesan nya atas Kak Zaza dan kakak aku sendiri. TOLONG ! jangan terlalu mengkaji selidik mitos kewujudan nya. Kerana takut akan percaya kewujudan dan kesahihannya maka jatuh khurafat lah kita tanpa sedar.
‘Dia’ bukan lah sesuatu yang penting sehingga berkeinginan mahu tahu tentangnya berbanding keinginan kita mengenali Rasulluallah S.A.W dan Allah S.W.T.
Dan kepada sesetengah pembaca FS, yang mengikuti perkembangan cerita Liza, ada sesetengah pembaca mengalami perkara-perkara pelik sebelum atau selepas membaca cerita Liza Ep-1, diminta menjaga diri anda dan kuatkan semangat.
Disini Liza sharekan untuk anda semua amalkan surah pendinding diri Ayat 50.
• Al-Baqarah ayat 246
• Ali-Imran ayat 181
• An-Nisaa ayat 77
• Al-Maaidah ayat 27
• Ar-Ra’d ayat 16
Tiap-tiap satu dari lima ayat surah ini mempunyai sepuluh buah huruf “Qaf” (kaf besar), oleh itu, ia dipanggil ayat 50 Qaf.
Selesai membacanya, tiup pada tapak tangan anda dan dengan berniat “Atas keizinan Allah S.W.T sebagai pelindung diri dari ganguan makhluk lain atau manusia yang berniat jahat ke atas diriku” sapukan tapak tangan anda pada keseluruhan tubuh bermula dari muka ke atas kepala turun ke tengkuk sehingga ke seluruh tubuh (tidak pada kemaluan) hingga ke hujung kaki. Ulangi sebanyak 3x.
Surah ini Liza pernah kongsikan dalam episode SIHIR –Part 2. Sesiapa sahaja boleh mengamalkan nya, tiada batasan bahkan selebihnya adalah diatas kehendak Allah S.W.T.
Rasa nya sampai sini dulu pertemuan kita.
Sekian.

KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : LAGENDA NYI RORO KIDUL
HASIL KARYA : LIZA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/lagenda-nyi-roro-kidul.html

LAGENDA NYI RORO KIDUL – PART 3
Maaf yer.. Liza lambat nak update cerita Liza atas sebab-sebab tertentu. Sebagaimana yang Liza dah maklumkan, sehingga sekarang ‘dia’ masih mengganggu kehidupan kami. Oleh itu,beberapa minggu ni Liza dalam sesi berubat dengan Hj. Man dan tiada masa nak update cerita.
Untuk ilmu-ilmu yang Liza berikan kepada para pembaca, Liza izinkan kamu untuk mengamalkan nya, Liza bukan lah dari golongan orang yang berilmu tapi cukup lah dengan berpengetahuan. Tiada yang menghalang kita untuk mempelajari ilmu-ilmu Allah S.W.T. Andai hanya dengan surah Al-Fatihah sahaja dibaca dengan izin-Nya, jika diizikan-Nya jadi,maka jadilah, jika tidak, tidak lah. Itu semua atas kehendak-Nya.
Untuk para pembaca, sebenarnya Fitrra itu dari Bali ke Bayuwangi, dari Bayuwangi dia menaiki feri kapal yang angkut kereta sekali tu untuk ke Bali. Kampung Fittra di Bali ya para pembaca..
Selepas kejadian malam pertama, Liza ada sedikit terganggu dengan kehadiran ‘dia’. Semua kerja yang dibuat serba tak kena. Kak Zaza dan Fitrra pulak seharian tak jemu mencari cerita2 yang berkait rapat dengan Nyi Roro Kidul. Dari blogger sehingga ke Youtube. Aku pulak naik risau, hendak ceritakan pada mereka kejadian semalam agak berat mulut ku untuk berkongsi dengan mereka. Oleh itu, aku biarkan saja mereka membuat research tentang Nyi Roro Kidul.
****** KEJADIAN MALAM KE-2******
Seperti biasa aku keluar malam melepak dengan member, tapi oleh kerana malam ni aku ada sedikit suram, rakan-rakan ku juga turut terasa dengan kelainan sikap ku malam itu, sememangnya aku yang selalu menghangatkan suasana, tapi malam itu aku agak kurang selesa, ntah kenapa lah malam tu, kedai yang kami lepak ni pasang lagu-lagi lama Indonesia. Naik seram aku nak melepak kat situ. So kami buat keputusan untuk balik awal, kawan aku tu, aku minta dia ikut kawan aku yang sorang lagi sebab aku cakap aku tak sihat nak balik rumah terus.
Dalam perjalanan ke rumah, jarak dari Bandar ke perumahan aku ada dalam 45min jer. Bila aku sampai kawasan perumahan aku, dari jauh aku dah nampak kabus tebal area lorong nak belok ke rumah aku tu, aku terpaksa lah buka highlight lampu kereta aku ni.
Waktu masuk ke dalam kabus ni, aku tak Nampak sangat jalan jadi aku bawa slow jer lah kan takut terlepas lorong belok ke rumah aku sendiri. And you know what ?? aku tetiba sampai kat hujung lorong pulak !! makna nya aku dah terlepaslah lorong rumah aku ni, aku tepaksa lah patah balik dan lalui kabus tebal ni.
Sekali lagi, aku terlepas lorong rumah aku, aku dah tak sedap hati ni, tetiba pulak ada bau kemenyan dah !.. Aku baca surah Al-Mu’awwizatain.
• Surah Mu’awwizatain ini mengandungi 2 surah iaitu Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas. Ke-2 nya bermaksud ‘seluruh makhluk’ dan ‘manusia’ ini juga dipanggil “Mu’awwizatain” @ “Ta’awuz” sebab mengandungi permohonan untuk perlindungan
Aku teruskan perjalanan, waktu ni dalam samar-samar aku Nampak depan aku disebalik kabus, aku Nampak susuk tubuh seorang perempuan, kepalanya di tutup dengan selendang, pakaian nya seperti memakai baju kebaya bersarung batik. Aku dah rasa lain macam ni, so aku tekan pedal minyak, aku lalu jer perempuan tu, jangan Tanya aku Nampak tak, sebab aku toleh tempat lain, Korang rasa? Kalo korang kat tempat aku, nak ke tengok? Memang tak lah kan.
Waktu ni, bau kemenyan ni kuat sangat ! entah dari mana datang nya bunyi anjing menyalak, tapi anjing ni punya lolongan bukan macam biasa korang dengar, bunyi anjing ni macam menangis tau !!!! dahtu bunyi dia kut sangat macam seiring dengan kereta aku jer. Dan sekali lagi, aku tak jumpa lorong rumah aku. Aku U-turn.
SubahanAllah, waktu ni jantung ku rasa nak tercabut dari badan tau tak? Waktu aku nak jalan patah balik semula sebab dah terlepas lorong rumah aku, aku nampak susuk tubuh perempuan tadi berjalan menuju kearah aku tapi bukan berjalan menghadap aku tapi membelakangkan aku. (maksudnya dia berjalan terbalik, muka tidak menghadap aku, tapi berjalan mengundur kearah aku.)
Aku dah mula mengelabah, tahu tak apa aku buat? Aku tekupkan muka aku kat stereng kereta, aku baca saja apa-apa surah yang terlintas kat kepala otak aku ni, seiring dengan bacaan aku, aku terhidu bau kemenyan yang semakin pudar tapi bau bunga melur semakin kuat, aku rasa perempuan tu semakin deat dengan kereta aku, waktu ni aku baca kuat-kuat surah yang aku ingat, dan aku dengar ‘dia’ berbisik ke telinga aku.
‘Aku datang kemari mencari kamu jiwaku’- Dialek jawa.
Aku rasa hangat hawa nafas nya di telinga aku, dan ya, aku ketakutan yang amat sangat, aku menangis sambil membacakan apa-apa sahaja surah dengan lantang. Aku pejamkan mata aku, aku tekupkan ke-2 belah telinga aku dengan tangan aku dan tanpa aku sedar, aku terlelap.
Pagi harinya, aku terjaga dari tidur apabila mami ketukkan cermin kereta aku.
“Liza kenapa tidur dalam kereta?” – mami.
Aku lihat sekeliling, aku berada didalam kereta tengah parking depan rumah aku.
“Ya Allah, mami. Mungkin semalam Liza mengantuk sangat sampai tak sempat nak masuk rumah lah” – aku masih tak mahu menceritakan hal ini kepada mami dan dadi sebab tak mahu mereka risau tentang ku
“dah, masuk rumah, mandi, nanti lewat pergi kerja. Mami dan dadi turun kerja dulu ya sayang”
Dipejabat, bukan aku sahaja yang diganggu malam semalam, rupanya kak Zaza juga turut diganggu. Sejak dia mula mencari mana-mana pautan tentang Nyi Roro Kidul, sehingga di rumah, dia sering kali mengingati Nyi Rro Kidul, bahkan sampai kan dia merasa seperti diperhatikan dan merasa kehadiran seseorang di samping nya.
Malam semalam, sewaktu di bilik tidur, dia sedang mendodoikan anak kecil nya, dan entah dari mana dengarnya dia lagu seperti nyanyian dialek jawa yang tak pernah didengari nya mungkin dari radio atau TV. Kak Zaza mula mengikuti lagu tersebut, tidak tahu bagaimana dia boleh pandai dan tahu setiap sebutan lirik lagu itu sehinggalah suami nya menegur.
“lagu apa yang dinyanyi kamu sayang?” – Suami Kak Zaza.
“lagu?? Aku tidak menyanyi apa-apa” – Kak Zaza.
“Ya. Kamu bernyanyi sebentar tadi seperti lagu dodoian tapi tidak pernah dengar pun lagu itu seperti bahasa arab kali.. ahahah” – Sambil ketawa kerana lucu mendengar kak Zaza menyanyi lagu yang di fikirnya dibuat-buat.
“Lagu apa ya? Tadi aku ada mendengar lagu dari radio yang kamu pasang, seperti lagu Indonesia tapi bahasa lain” – kak Zaza teringat kali terakhir dia mendengar lagu tadi semasa sedang mendodoi anak nya.
“Abg mana ada pasang radio, Tv pun abg tak buka, kmu dengar dari hp mungkin, jangan nyayi lagu yang pelik2. Seram. Kalo lagu Despacito tak apa.. hahahaha” – terus berlalu meninggalkan K.Zaza terpinga-pinga
Sejak itu, k.Zaza sudah merasakan ada sesuatu yang tak elok.
Aku menasihatkan kak Zaza dan Fitrra untuk berhenti untuk siasat tentang Nyi roro Kidul. Tak mahu keluarga nya diganggu. Bukan sahaja k.Zaza, Fitrra turut diganggu semalam.
Sewaktu dia sendirian di bilik tidurnya, sedang asyik melayari FB dan berlatar belakangkan lagu dari Utube, tiba-tiba sahaja lagu nya dipasang lagu Indonesia. Dan bahasa yang tak pernah didengari nya tapi hanya yang dia faham ada didalam liriknya menyebut.
“Ini temanmu datang, bukakan pintumu” – disebalik maksud lagu Indonesia tadi.
Terus pintu biliknya diketuk, Fitrra langsung menjerit ketakutan, terus sahaja bapanya menerjah masuk ke kamar dia dan bertanya kan kenapa. Apabila di search history webnya tiada pun tersenarai apa-apa tajuk lagu Indonesia dari laman web Utube.
Seharian itu, kami ber-3 terus tidak ada menyebut nyebut tentang Nyi Roro Kidul Atau apa-apa yang berkaitan.
***** KEJADIAN MALAM KE-3*****
Malam ni aku buat keputusan untuk stay dirumah sahaja ditemani Nono dan Kakak ku dan anak nya. Memandangkan suami kakak aku traveling, jadi dia tidur dirumah kami. Mami dan Dadi seperti biasa ada ‘Project’ mengubati orang yang memerlukan perkhidmatan mereka. Rhaz pulak ada futsal.
Mulanya semua nampak biasa sehinggalah Udin (Anak kakak) memanggil aku.
“aunty Liza !! ur frend waiting for you outside there” – sambil bertenggek depan tingkap rumah menghadap halaman rumah.
“there no 1 outside dear, come here watch cartoon” – Aku dah gelabah dah.
“Mama, aunty Liza frend ask me to open the door” – Udin berlari menghampiri kakak aku.
“siapa kawan kau datang memalam ni Liza?” – kakak aku berjalan menuju ke pintu rumah
“kak !!!!!!! …. Jangan buka !!!!!” – Aku berlari menahan kakak aku dari membuka pintu.
Aku bagi signal dengan mimik muka sepertinya aku memberitahu ada sesuatu yang tak elok dan kakak aku faham. Kami ber-3 mengambil keputusan untuk tidur di ruang tamu sahaja, pasangkan cd bacaan Al-Quran. Dalam kakak aku nak bagi anak dia tidur, udin ni cerdik sangat, tahulah kan mulut budak2, bkn tahu sangat benda macam ni.
“Aunty Liza, udin think better u go say hello to ur frend. Cz im afraid if she angry with you.”
“No 1 outside baby, go to sleep now. “ – kak Zaza. Aku dah tak senang duduk.
Dan waktu ini lah, bukan aku sahaja yang menghidu bau wangi bunga melur, bahkan ke-4 4 kami menghidunya. Nono terus memandang aku, Aku bagi signal untuk diam dan suruh dia tidur sahaja.
“mummy, what …..” – Belum habis udin cakap, kakak aku terus masukkan botol susu kat mulut anak dia.
Aku terus baca surah 10 ayat.
• Empat ayat awal dari surah Al-Baqarah (Ayat 1-4)
• Surah Ayatul Kursi dan 2 ayat selepasnya (Ayat 255-257)
• Surah penutup surah Al-Baqarah (Ayat 284-286)
Dan kami ber-4 terus tidur.
**2am – aku bangun dari tidur, sebab perut aku memulas-mulas ni lepas makan mee Samyang hot tadi 2 bungkus. Ambil ko Liza, terasa hangat nya. Selesai membuang hajat besar aku, aku kembali ke tempat tidur sebelah Nono.Sempat juga aku cuba buka pintu kamar tidur mama dan dadi, berkunci. Makna nya mereka sudah balik tadi dan kami semua tidur jadi tak sedar mereka sudah pulang ke rumah. Belum sempat aku nak pejam mata, aku dengar suara kakak aku.
“Kenapa kau tak buka pintu tadi?”
“Kak, aku tak nak lah cakap tentang ni, esok jer cerita ok?”
“Aku Tanya apahal kau tak nak buka pintu untuk aku masuk tadi?” – Kasar, garau dan tersangat marah !!
Tersentak aku seiring dengan udin menangis, aku bingkas bangun dan buka lampu ruang tamu, kakak aku tidak ada di sisi Udin, udin menangis, agaknya terkejut mendengar suara tadi. Dan kakak aku muncul dari pintu dapur mambawa susu botol udin. Jadi siapa yang aku nampak baring di sisi udin? Dan suara siapa?
Udin tak berhenti menangis walaupun sudah diberi susu, tangisnya seperti kesakitan.
“Aunty Liza, ur frend hurting me.” – Sambil menunjukkan lengan nya merah bebekas seperti di gengam.
Aku terus mengetuk pintu bilik mami dan dadi, kami menceritakan dengan mereka mengenai hal yang terjadi sebelum kami semua tidur malam tersebut. Setelah dadi mengubati tangan udin dengan air yang sudah di bacanya dengan kalimah surah Al-Quran, udin kembali tidur.
Aku, mami, dadi dan kakak duduk di dapur, aku mula menceritakan kesemua kejadian bermula dari Fitrra hendak pulang ke Indonesia sehinggakan hal-hal yang terjadi pada aku dan kak Zaza termasuk Fitrra.
Dadi hanya mengeluh. Mami pula marah-marah sebab tak menceritakan hal ini dengan mereka. AKu tahu, mami risau jika apa-apa terjadi pada aku. Kami membuat keputusan untuk esok berjumpa dengan Cik Ngah.
Keesokan hari nya, selepas solat maghrib, aku, mami , dadi dan kakak pergi ke rumah cik ngah. Kakak aku nak ikut, katanya tak sampai hati biarkan aku sendiri lalui benda macam ni, udin pulak kakak aku amanahkan Nono jaga dirumah, Rhaz pulak mami dah awal bagitahu untuk stay di rumah sahaja malam tu untuk jaga Nono dan Udin.
Sesampai sahaja kami di rumah cik ngah, kami disambut dengan mesra oleh mereka. Mungkin kerana sudah jarang berjumpa semenjak aku mula berkerja. Dahulu selalu sahaja aku pergi menuntut ilmu dengan mereka.
Mami menceritakan kesemua perihal yang berlaku terhadap aku, sedikit sebanyak aku tolong sambungkan. Cik ngah menggelelng kepala melihat aku.
“Liza dah semakin berani menghadapi benda-benda macam ni, baguslah. Tapi kalau sudah sampai tak dapat nak laluinya sendiri jangan malu datang berjumpa dengan mami dan dadi, luahkan masalah, ini bukan untuk Liza seorang sahaja, kita ada untuk membantu’ – Cik Ngah, nadanya ada sedikit terkilan mungkin kerana aku tidak menceritakan dengan mereka masalah yang aku hadapi.
Tubuh aku terbaring kaku, tidak dapat bersuara atau mahu membuka mata,yang hanya aku dengar suara cik ngah, dadi dan mami bercakap sesama mereka. Kami dalam proses berhubung dengan ‘dia’ dan ya, ‘dia’ sekarang sedang menggunakan tubuh ku untuk berinteraksi dengan Cik Ngah.
Jari-jari tangan aku mula mengeras, seperti tubuh aku digerakkan oleh seseorang, tapi bukan aku !!
Tangan kanan ku terangkat dan menunjuk kearah Cik ngah yang berda di hujung kaki aku, ya aku tahu siapa yang aku tunjuk kerana aku masih mampu mendengar dan tahu di mana kedudukan mereka.
“Siapa kau? Apa yg kamu mahu dari anak ini?” – Cik Ngah
Aku mendengus.
“Kau tak mahu keluar?” – Dadi
Aku mendongak, seperti ‘aku’ marah pada dadi.
Cik ngah memegang ibu jari kaki aku, dan entah kenapa kaki aku seperti kesakitan, mahu menendang Cik Ngah
“Panas kan? Tahu kau panas bukan? Mahu keluar atau tidak ?” – Cik Ngah
Tiba-tiba tangan aku bergerak seperti sedang membuat satu pergerakkan dan memegang sesuatu. Dan tangan ‘aku’ melibas libas ke udara.
Waktu ini mami dadi dan Cik ngah sudah mula bersedia untuk menghadapi ‘aku’. Mami dan dadi cuba memegang ke-2 belah tangan aku tapi tak Berjaya kerana terkena libasan ‘ku’.
Cik ngah mula membuka kekuda, sepertinya ‘aku’ dan cik ngah sedang bertarung dengan tenaga batin. Posisi ku masih terbaring, aku masih sedar Cuma aku tidak dapat berbuat apa kerana tubuh ku diguna. Cik ngah mula sepertinya bersilat dan menghentak tapak tangan nya ke lantai sambil menyebut “Bismillahillazi la yadhurra ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa buas sami’un alim”
Serentak itu, tangan aku terus turun. Sepertinya ‘aku’ kalah.
(sewaktu kejadian, kakak aku mula-mula dia ada ambil video tapi tak lama dia ambil, aku yang bukan ‘aku’ ni dengan mata tertutup tengah tengok kakak aku, dia pun rasa pelik, tiba-tiba tangan dia menggigil dan terus berhenti merakam aku.)
Aku fikir kan sudah selesai, aku dengar mami dan dadi sedang membaca surah yassin, dan badan aku mula menggeliut seperti kepanasan. Cik ngah pulak pegang kepala aku, ‘aku’ mendengus seperti marah. Kaki aku menghentak-hentak lantai. Tak semena-mena, tangan ‘aku’ memegang tangan Cik ngah yang sedang memegang kepala aku.
Cik ngah membaca beberapa surah dan seperti sedang mengerat tangan ‘aku’. ‘aku’ terus melepaskan tangan dan aku sedar, ‘aku’ tersenyum seperti sudah menang.
Tidak berapa lama kemudian, tubuh aku seperti tidak senang, ‘aku’ seperti gelisah atau takut. Dan sewaktu inilah, dengan mata aku yang tertutup, aku seperti tahu, ada seseorang yang masuk dari pintu rumah cik ngah. Kepala aku mendongak melihat ke pintu rumah, dan mengikut kemana arah tubuh itu, dan ‘aku’ seperti nya takut dan cuba menjauhkan diri.
Dia duduk diatas kepala aku, disaat ini aku rasa ada tangan yang memegang kelopak mata aku dan aku lihat cahaya putih seperti seorang orang tua dengan janggut nya putih sehingga ke dada dan berserban. Dan tak semena-mena aku berada di satu tempat yang kosong. Di kejauhan aku melihat ada seorang wanita yang sering aku lihat dalam mimpi dan jaga aku. Wajah nya tidak nampak, hanya selendang emas dengan baju nya kehijauan. ‘Dia’ yang sering mengganggu aku.
Aku hendak pergi kearahnya tapi ada 1 tangan memegang bahu ku, aku toleh, dan aku nampak seorang pakcik tua yang masih gah rupanya dengan jubah putih, muka nya berseri.
Dia menggelengkan kepala menandakan jangan pergi kearah perempuan itu.
“aku Cuma mahukan dia untuk ganti kan kawannya” – Dialek jawa
“Dia bukan hak kamu, dia bukan milik kamu bahkan tak siapa di dunia ini milik kamu” – Tegas tetapi lembut suara pakcik ni. –bukan aku sorang jer yang faham bahasa perempuan itu rupanya .. hehhehe … nasib lah pakcik ni faham. Mahunya kena jadi translator lah aku.
“Dia dahulu yang mengganggu aku” – ‘Dia’
“Dia tidak mengganggu kamu, dia hanya hendak menyelamatkan kawan nya dari makhluk seperti kamu” – pakcik
“Kerana itu, aku mahu dia. Dia punya kelebihan. Aku mahu menjadikan nya anak didik ku.” – Dia
“Ilmu mu bukan lah sesuatu yang patut dipelajari oleh nya. Balik lah ke tempat asalmu. Jangan ganggu dia atau engkau aku b***h” – Pakcik
“Siapa kamu mahu membuat keputusan untuk nya, dia mahu ikuti aku” – Dia
Pakcik ni terus tengok aku.
“Kamu nak ikut dia ke?”
Aku geleng kepala.
“Jiwa kesuma ku, akan aku jaga kamu seluruh kudrat ku, akan ku ajari kamu dengan ilmu ku, marilah ke sini ikuti aku, akan aku jaga keseluruh keturunan mu” – Dia
Aku geleng kepala..
Tak hendak aku ambik kau jadi saka aku. Sah-sah kau cakap keturunan. Ni memang nak jadi saka aku lah ni. Nak mndi d***h bagai.
“Aku mahu kamu ! aku tetap akan ambil kamu tidak sekarang masa akan datang, aku akan kembali jua” – Dia
“Siapa engkau?” – Aku. Ehhh …. Masih juga aku nak tahu siapa dia
“Aku adalah penjagamu. Aku sudah memilih kamu disaat aku tahu bila kau muncul membantu kawanmu” – Dia
“Apa yang kau nak? Kenapa kau nak ambik kawan aku? Untuk apa? Jadi tuan kau ke?” – Aku berani ni sebab ada backup belakang aku. Ahhahaha
“kawan mu itu hanya untuk santapan laut yang dahagakan d***h, tapi kamu istimewa. Kami mahu kan kamu” – dia
“KAMI????” – Aku.
“Permaisuriku mahu aku membawa kamu berjumpanya, kerana aku hanya dayang perutusan” – dia
“Jadi yang sering mengganggu aku adalah kamu?” – Aku.
“Tidak. Aku tidak mengganggu kamu, aku hanya mahu mengambil kamu” – Dia
Nampak tak permainan mereka ni??? Inilah namanya permainan iblis. Yang cuba membutakan mata kita manusia dengan katakata manis mereka. Sudah terang lagikan bersuluh. Nampak tak berbelit-belit cakap ‘dia’? nak menipu lah tu, tadi kata nak gantikan aku sebab kawan aku, dia nak ambik kawan aku sebab dahagakan d***h, dahtu kata penjaga aku? tapi hari tu aku nyaris excident kena langgar adik aku, then dia cakap nak ambik aku pulak .. heyyyhhhh engko ni , ingat aku budak kecil ke???
“Sudahlah, pulanglah kamu ke asal mu, jangan diganggu anak ini. Dia tak mahu mengikut kamu, katakan pada kerajaan mu, jangan berani-berani mengganggu anak ini lagi, jika kau langgar perjanjian kita, maka akan tercetuslah perang antara kerajaan mu dengan kami” – pakcik. Lembut suara nya tapi masih tegas dan ditekankan.
Dalam kejauhan aku nampak ‘dia’ berlalu pergi. Aku lupa hendak bertanyakan siapa permaisuri mereka? Siapa dia? Kerajaan apa? Sudah.. semuanya tak akan terjawab.
Aku membuka mata, mami menepuk bahu aku dan memberi salam 3x, aku menjawab salam mami dengan salam yang penuh. Aku lihat seorang pakcik yang aku nampak disana tadi, ya, dial ah bodyguard aku tadi. Aku lihat dia sedang merawat tangan cik ngah, rupanya kesan dari ‘aku’ memegang tangan cik ngah tadi mengakibatkan lecur di pergelangan tangan nya.
Oleh kerana tak mampu melawan, cik ngah memanggil Hj. Man (Guru kepada Cik ngah) untuk datang membantu.
Selesai semuanya. Kami memulakan sesi perkenalan antara kami dan Hj. Man. Seperti yang telah kami ber-2 lalui tadi ternyata telahan aku betul, ‘dia’ adalah dari kalangan jin laut yang mempunyai wilayah mereka sendiri. Mereka hendakkan aku kerana mahukan kelebihan yang ada pada aku yang dapat berinteraksi dengan dunia mereka dan hendak memperluaskan jajahan mereka dengan ilmu2 mereka yang tidak patut dipelajari. Ia ibarat kita memperhambakan diri pada mereka.
Dan seketika, Hj. Man bertanya pada mami.
“pada pandangan ku, bukan kan Liza ada penjaga nya sendiri?. Kenapa tidak di lepaskan padanya?” – Hj.Man
Sekali lagi aku dikejutkan dengan word “penjaga”.
“Bukan tak mahu lepaskan pada Liza, tapi kami masih risau untuk dia menghadapi benda macam ini. Tengok lah sekarang, dia tak mahu bercerita tentang hal ini dengan kami.” – mami
“ini kerana, dia mampu menghadapi nya, kamu harus percaya dengan anakmu, sebaik nya, dia perlu mengguna pelindungnya, jangan sampai dia diambil” – Hj. Man
Aku mula tak faham apa yang mereka bicarakan. Malam semakin kelam. Kami mula pulang ke rumah masig-masing. Sempat jua Hj.Man berpesan pada mami, berikan aku ruang untuk mengenali penjagaku. Mami menggangguk dan aku sempat mencuri dengar apabila Hj.Man katakan, “mereka” akan datang lagi mencuba untuk mengambil aku, mungkin kali ini secara paksa dan akan lebih ramai yang akan datang. Seeloknya kita mula berwaspada.
Sampai dirumah, kami terus membawa diri masing-masing. Aku dan kakak ke bilik tidur, kerana kakak ingin tahu mengenai apa yang aku lalui. Aku menceritakan kesemuanya dengan kakak, dan soalan siapa ‘dia’ masih tidak terjawap. Apabila kakak tanyakan Nyi Roro Kidul kah? Aku tidak pasti, bagiku mungkin tidak.
Kami lalui malam tersebut dengan rasa lega kerana ‘dia’ berjanji tidak akan mengganggu aku lagi. Tapi tidak !.
Selepas seminggu kejadian tersebut, ya. ‘Dia’ datang lagi. Dan seperti yang Hj.Man katakan, akan tercetus perang antara kami.
Aku akan sambung pada episode akan datang. Insya Allah aku akan ceritakan siapa “Penjaga ” aku yang aku tak tahu dari mami. Apa yang terjadi pada aku apabila ‘dia’ membawa tenteranya untuk mengambil aku secara paksa. Dan pada kejadian inilah, aku tahu siapa ‘dia’ dan wilayah nya serta permaisuri nya.
Nurkilan.

KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : LAGENDA NYI RORO KIDUL
HASIL KARYA : LIZA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/lagenda-nyi-roro-kidul.html

Lagenda Nyi Roro Kidul – Part 4
Sebagaimana yang para pembaca yang mengikuti cerita Liza, terima kasih sebab bersabar menanti kesinambungan cerita ni. Disebabkan Liza sekarang dalam sesi bertempur, tak ada masa nak update cerita.
Hahahah – Maafkan Liza sebab penulisan ni macam orang Indonesia pulak. Sebab terikut-ikut sangat kot sebab bercakap dengan ‘dia’ bahasa dialek jawa. Terpengaruh sangat aku ni.
Selepas kejadian malam tu, Liza fikirkan semuanya akan selesai sebab Hj.Man sudah buat perjanjian dengan Dayang utusan berlakunya pertempuran antara kami jika dia masih mengganggu aku. So, aku fikirkan dia tak berani nak cuba-cuba ilmu Hj.Man ni. Tapi aku lupa, tiada perjanjian antara mereka sebab dayang perutusan tu tidak ada mengatakan apa-apa. Dia hanya berlalu pergi meninggalkan kami, sebab tulah, Hj.Man cakap mereka akan datang lagi untuk menjemput aku dengan paksaan. Kiranya nak culik aku lah ni. Adoiiiii.
Keesokan hari nya, mami datang ke bilik aku dan meminta aku ambil cuti seminggu. What?? Aku baru jer berapa bulan kerja kat company baru dah nak ambil cuti seminggu?
“Dadi dah pergi ke syarikat Liza jumpa dengan Bos Liza, bagitahu Liza ada masalah kesihatan dan perlukan rawatan seminggu” – Mami.
“Kenapa mami? Mami nak bawa Liza pergi mana?”
“Liza, ingat tak Hj.Man cakap semalam? Liza ada perlindung.” – Mami
Aku menggangguk.
“Hari ini, mami nak Liza berjumpa dengan ‘mereka’”
“Mereka??? Siapa??? Kenapa lama sangat nak jumpa mereka? Seminggu. Lama sangat tu mami”
“Nanti mami explain. Sekarang Liza pack barang-barang keperluan Liza” – Mami bergegas keluar dari bilik aku dan menghubungi kakak.
Dari perbualan mereka, mami minta kakak dan abang ipar tidur dirumah seminggu ini. Ermmm, kenapa yerr? Ada masalah ke? Bukan kah semuanya sudah selesai?
Aku pun pack lah barang-barang aku dalam 1 bag travel hah, seminggu tau pergi, bukan sehari. Then mami masuk bilik aku dan gelak. Laaaa .. apa yang lucu sangat ni?
“Liza nak p mana ni? Bercuti ke?”
“Dahtu? Seminggu kot, kenalah bekal macam-macam”
“Tak perlu, bawa untuk bekalan sehari saja”
“hah? Cukup ke ni mami? Pergi berapa hari ni?”
“banyak karenah betul lah anak aku ni, ikut jelah apa mami cakap!. Cepat, kita nak jalan jauh ni”
Aku pun pack lah sehelai 2 pakaian dalam bag sandang,bekal makanan dan minuman, mami cakap nak jungle tracking katanya, so aku siap sedialah dengan pakaian sukan bagai kan, nak jungle tracking ni. Mami bawa aku p bersenam kot?.
Dari rumah, aku dan mami keluar dari kawasan bandar pergi kesuatu kawasan hutan terbiar jauh dari bandar, aku tak pasti sangat tempat ni, tapi dalam sepanjang perjalanan, mami cakap macam-macam tentang kawan mami ni. Siap kasi warning lagi dengan aku jaga perilaku, sebab mereka ni orang yang jauh dari pengetahuan orang luar.
“Mami, kawan mami ni tinggal dalam hutan ke?” – Lancang lah mulut ko Liza, baru sekejap tadi mami suruh jaga mulut ni.
Mami bagi jelingan maut dengan aku. Mahunya buta mata tau kalo bertentang mata dengan mami ni. Heheheh ..
Jam tepat pukul 2pm.
Mami memulakan langkah untuk meredah kawasan hutan terbiar tu, sebelum masuk hutan, mami awal-awal dah suruh aku pasang pendinding diri.
Sepanjang perjalanan ni, mami tak banyak cakap yang aku dengar dari mulut mami sepanjang perjalanan kami, mami banyak berselawat memuji yang maha kuasa. Aku pun ikut jela setiap langkah mami pergi.
Sehinggalah kami sampai di kawasan air terjun yang mengalir ke hulu tak pasti mana penghujungnya, Mami berhenti dan duduk di salah satu batu dan meminum air dari aliran air terjun itu. Air nya jernih, kawasan tersebut sunyi hanya terdengar bunyi dari air terjun, tiada bunyi cengkerih atau pun burung malahan kawasan itu terasa sejuk.
“Liza… Sini sayang.” – Mami memanggil aku yang sedang asyik bermain dengan air.
Mami menghulurkan sekotak kayu yang sederhana besar bentuk nya yang dihiasai ukiran bunga, kelihatan agak sedikit buruk dan berkunci. Dihujung bawah kotak ada terukir huruf S.K.
“Nanti Liza ikut sahaja aliran sungai ini sehingga ke penghujung. Nanti Liza akan nampak 2 batu besar seperti pintu gerbang, diatasnya ada jambatan, mami tak pasti masih wujud atau tidak jambatan itu, tapi yang pasti, Liza akan nampak 2 batu besar dan Liza menyeberang lah kearah tempat itu, akan ada yang datang menjemput Liza.” – Mami peluk aku erat.
“Mami tak ikut ke?” – Aku rasa sedih sepertinya akan berjauhan lama dengan mami
“Mami tak boleh ikut, sebab, hanya Liza seorang sahaja yang nampak tempat itu nanti, mami dah tak punya kelebihan untuk masuk ke tempat mereka.” – Mami membelai wajah aku, sepertinya dia tak ingin aku tempuhi ini semua sendirian.
“Sudah lewat sayang, mami kena jalan dulu, nak keluar dari sini, nanti Liza balik, Mami jemput ya, mami tunggu di sini.”
“Mami tunggu saja lah disini, tak lama kan? Tak perlulah mami keluar pergi ke kereta, jauh tu, samalah kita balik.” – Aku tak sedap hati lah nak biarkan mami jalan sendiri keluar dari hutan ni.
“ermm… okay, mami tunggu Liza sini, Liza jalan dulu, mami tengok Liza dekat sini saja ya, ingat pesan mami, mulut kena jaga tempat orang, nanti Liza sampai di sana, Liza jumpa Ibu Raisha dan sampaikan salam mami pada dia ya.”
Aku mengangguk dan berlalu pergi meninggalkan mami sendirian. Terasa berat kaki aku hendak melangkah pergi. Sekejap-sekejap aku menoleh ke belakang melihat mami, sambil melambai-lambai kearah mami sehinggalah aku jauh ke dalam tidak nampak kelibat mami. Aku tahu, mami sudah berjalan pulang ke kereta nya dan aku meneruskan perjalanan.
Jam menunjukkan 5.32pm.
Aku akhirnya sampai di batu yang mami katakan, aku perlu menyeberang ke sana dan melawan arus sungai ini kerana jambatan yang mami katakana sudah tiada.
Setibanya aku diantara 2 batu besar itu, aku harus mendaki ke atas, dan di waktu aku sedang berusaha nak naik ke atas tebing itu, ada 2 tangan yang menghulur membantu aku untuk naik. Aku capai tangan mereka dan aku melihat 2 wanita berjubah putih jernih bertudung litup, wajah mereka hampir sama, sangat cantik. Ni kalau lelaki tengok, mesti tulang rusuk kiri yang hilang katanya. Dibelakang mereke ber-2 ada 2 lelaki berjubah putih, berserban, mulus sahaja rupa mereka, hanya aku memandang mereka tapi mereka sedikit pun tidak memandang aku.
Setibanya aku di atas, aku rasa sedikit terhoyong-hayang seperti kepala aku sedikit berpinar dan rasa ingin muntah, badan aku turut rasa berat hendak melangkah tambahan lagi suasana di sana sejuk yang amat sangat.
Wanita itu, memberi aku minuman dan aku rasa sedikit tenang dan tubuh ku rasa ringan. Wanita ber-2 memperkenalkan diri mereka sebagai Sari dan Safa. Dan ya, mereka sememang nya sudah tahu kedatangan aku apa bila mereka memanggil nama aku.
Kami ber-5 berjalan menyusuri ke dalam hutan dan sesampainya kami di satu perkampungan lama, susah untuk aku gambarkan suasananya tapi terasa tenang dan indah, yang aku lihat, mereka semua berpakaian jubah putih, yang wanita tertutup aurat nya dengan tudung labuh, yang lelaki siap dengan serban.
Suasana disana nyaman, sejuk, walaupun cahaya matahari membahang, dan ya, aku tersedar seketika waktu aku sedari disana sepertinya baru menjelang pagi, kerana sewaktu aku menyusuri sungai, waktu sudah petang dah hendak menjelang senja. Tapi aku hanya diamkan. Kata mami, mulut dan tingkah laku ku perlu dijaga.
Aku di bawa ke sebuah rumah, sari memberi salam.
“Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ibu Raisha”
“Wa alaykumus salaam. Alhamdulillah, sampai juga anaknya Aira Medina (Nama mami aku). Jauh perjalananmu Liza?” – Ibu Raisha turun ke bawah menyambut kedatangan aku.
Safa dan Sari bersalaman dengan Ibu Raisha, aku turut sekali bersalam dan terus aku dipeluknya. Ada sedikit lama aku dalam pelukannya.
“Lama sungguh ibu tidak ketemumu Liza” – Ibu Raisha memerhati wajah aku, ada sedikit berkaca di matanya hendak menangis.
Tapi aku sedikit tidak terasa apa, kerana aku tidak mengenali dia.
Aku mengambil kotak kayu yang mami bagikan kepada aku untuk di serahkan pada ibu raisha.
“Mami kirum salam dengan Ibu Raisha, dan mami suruh bagi kotak ini pada Ibu.” – Aku rasa sedikit janggal memanggil orang yang tidak aku kenali, bagaimana dia mengenali mami? Sedangkan wajahnya masih muda, tidak nampak tua, bahkan sari dan safa juga nampak masih muda tapi memanggil nya dengan panggilan Ibu?
Sewaktu aku bagikan Ibu kotak tersebut, wajahnya sedikit berubah. Agak cemas.
“Apa kamu dalam bahaya Liza?”
Aku menggeleng.
“Apa kamu ada diberi amaran untuk berhati-hati?”
Aku menggeleng. Yala, sebab aku rasa semuanya sudah selesai. Mami pun tak cakap apa-apa dengan aku.
“Apa sebelum ini ada yang mengganggu kamu?”
“Ya. Tapi rasanya sudah selesai.” – aku memandang Ibu Raisha, pekat bahasa nya seperti bahasa melayu zaman dahulu kala.
“Mari naik ke atas dahulu, penat jauh berjalan. Berehat lah sebentar.” – Aku mengikut Ibu naik ke anjung rumahnya.
“Safa, tolong hidangkan apa yang patut untuk tetamu kita ya. Ibu kedalam dulu.” – Ibu masuk ke rumahnya membawa kotak kayu itu.
Aku duduk melihat sekeliling, sedikit segan aku melihat mereka semua disana, aku dengan baju tshirt lengan panjang, sluar tracksuit, tudung bawal. Segan pulak aku.
“Jangan risau, kami disini sememangnya sudah tahu kehadiran Liza, jadi tiada apa perlu di segan. Anggap sahaja kami semua keluarganya Liza” – Sari duduk bersipuh di depan aku.
Aku tersenyum dan melihat kanak-kanak lelaki bermain guli, masih ada juga kampong yang teperusuk di dalam hutan jauh dari bandar. Masih wujud lagi permainan kampong ini, jauh dari teknologi modern.
Ibu keluar membawa kotak kayu tadi dengan kunci yang sudah dibuka. Ibu menunjukkan senaskah Al-Quran lama dan keris lama.
“Liza, keluargamu memerlukan bantuan ibu.” – sambil menghulurkan kembali kotak kayu itu kepada aku.
“maksud ibu?. Mami Cuma katakan suruh Liza berjumpa dengan Ibu sahaja.”
“Boleh Liza ceritakan dengan Ibu, siapa yang mengganggu Liza sebelum Liza datang kesini?” – Ibu duduk di tepi aku sambil menggenggam kedua belah tanganku.
Aku ceritakan dari A-Z dengan Ibu Raisha.
“Subhaanallah, maafkan ibu Liza tidak ada disisi kamu disaat kamu memerlukan Ibu” – berlinangan airmata nya.
“Maafkan Liza ya Ibu, Izinkan Liza bertanya, siapakah Ibu dengan keluarga kami?” – bersopan santun aku susun ayat ni.
Ibu Raisa pun memulakan cerita dimana berapa puluh tahun dahulu, ada seorang srikandi yang bernama Sri Kemboja berlari menyelamatkan diri dari anasir-anasir luar yang sedang menjajah kawasan mereka, dan sri kemboja bersembunyi lari ke dalam hutan dan telah bertemu dengan Ibu Raisha yang sedang mengambil daun-daun herba. Sri Kemboja yang melihat Ibu Raisa terus meminta bantuan, maka Ibu membawa Sri ke kampong nya untuk dirawat kerana d***h banyak keluar dari luka di perut Sri kesan dari pertempuran.
Sekian lama Sri di kampong Ibu, Sri sedikit sebanyak mempelajari dari ibu Raisha pelbagai ilmu dari segi perubatan, persilatan bahkan turut belajar mendalami ilmu agama.
Sememangnya Sri sudah punya ilmu nya sendiri yang diturunkan dari keluarganya dan perlu diasah lebih lagi. Sehinggalah, tercetusnya perbalahan diantara kaum Ibu Raisha dengan kaum Syamhurash (antara salah satu Raja Jin kafir) kerana perselisihan faham kerana Ibu membawa dan menjaga Sri di alam mereka, kerana Kaum Syamhurash amat membenci manusia.
Sri Kemboja banyak membantu kaum Ibu Raisha dalam menangani kaum Syamhurash sehingga berhutang budi dengan Sri kerana sanggup bermatian melindungi kaum Ibu Raisha.
Setelah memenangi peperangan antara mereka dan kaum Syamhurash. Ibu Raisha memeterai perjanjian dengan Sri Kemboja akan datang membantu keturunan Sri Kemboja yang memerlukan bantuan, dengan membawa kotak kayu yang di hadiahkan oleh Ibu Raisa kepada Sri Kemboja dengan keris dan senaskah Al-Quran.
Barulah aku faham apa makna semuanya.
Aku pendekkan cerita yer. Tak boleh nak share semua kat sini.
Sepanjang aku di sana, Ibu Raisha sedikit sebanyak berkongsi dengan ilmu-ilmu yang perlu untuk aku melindungi diri aku sendiri. Memperkenalkan aku kepada para pejuangnya tidak kira lelaki atau wanita. Ibu membawa aku mengelilingi ke seluruh wilayah dibawah jagaan nya dan ibu raisha menghadiahkan aku seutas gelang emas dan senaskah Al-Quran berwarna hijau untuk menggantikan keris lama dulu dan diletakkan di dalam satu kotak kayu baru berukiran bunga hampir sama seperti kotak yang lama, diatas kotak terukir huruf nama penuh aku N.K.
“Masa semakin suntuk Liza, Liza perlu kembali kepangkuan keluargamu. Mereka sedang menanti kepulangan Liza. Ibu akan menyusul kemudian. Liza kenalah pakai gelang ini sentiasa ya. Nanti, Ibu dan yang lain-lain akan datang memerangi mereka untuk melindungi kamu”
Walaupun aku hanya datang menjumpai mereka tidak lama, hanya setengah hari tapi rasa nya seperti sudah lama aku bersama mereka, hari semakin kelam di sana, Ibu membawa aku ke suatu tempat sepertinya suatu tempat lapang.
Waktu ini, Ibu bersiul, dan dari dalam hutan itu, aku melihat sesuatu datang menuju ke arah kami, dan aku melihat seekor harimau putih. Tubuhnya agak besar, pernah tengok cerita Narnia tak? Kira nya besar tu lah, Cuma ini harimau putih, seluruh tubuh nya putih.
Mengaum dan menerpa kearah ibu, aku mengundur. Ibu membelai harimau itu seperti haiwan belaannya. Seiring dengan itu, datang beberapa kawanan harimau putih yang lain, besar kecil, jantan betina, tua muda.
“Ini kawan ibu, mereka juga turut menjaga kawasan ini.” – Ibu menarik aku untuk turut membelai harimau itu.
Bergegar tangan aku oii .. besar tu, ada macam beruang dah aku tengok.
Entah macam mana dalam banyak-banyak harimau disitu, aku terasa seperti ada sesuatu yang menarik aku untuk pergi ketengah-tengah antara kawanan harimau tu, dan aku melihat seekor harimau yang sedang duduk melihat aku.
“Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh wahai insan pilihan” – suara jantan
Aku toleh kiri kanan. Siapa yang bersuara?
“Aku adalah pilihanmu”
Aku tenung je harimau depan aku ni.
“Ya. Aku. Hanya kamu bisa mendengar suara aku, kerana aku menjadi pilihan untuk menjaga mu sehingga hayat mu.”
Aku berlari pergi kearah Ibu, Ibu Raisha tergelak (sopan tau cara dia ketawa).
“Kamu sama sahaja seperti Sri Kemboja, hanya kamu berdua sahaja yang bisa berhubung dengan mereka, kerana mereka turut memilih kamu. Ini kerana, kamu benar-benar memerlukan perlindungan mereka. Bagikan nama untuk dia, Liza.”
Harimau itu mendekat kearah aku dan tunduk. Ibu meletakkan tangan aku pada dahi harimau itu.
“Azil” – terpancul nama itu dari mulut aku sendiri tanpa aku tahu dari mana datangnya.
Ibu tersenyum.
“Azil juga merupakan salah seekor dari keturunan harimau penjaganya Sri Kemboja. Kamu adalah orang yang ke-2 selepas moyang mu. Ini mungkin kerna keadaan mu memerlukan bantuannya mereka.”
“bagaimana tejadi nya ikatan antara kami?” – aku ni perasaan ingin tahu ni tinggi tau
“Dulu moyang mu ketemu sama Kejora (harimau putih betina pilihan Sri Kemboja), mungkin sudah takdir mereka bertemu sejak itu kami dan mereka hidup bersama dikawasan ini, saling membantu sesama sendiri”
Aku menggangguk. Azil duduk disebelah aku. Ibu dan kawanan harimau yang lain berlalu pergi meninggalkan kami ber-2.
“Namaku Liza. Salam perkenalan” – Aku duduk mendongak melihat Azil. Seketika aku rasa ini lawak. Macam tipu jer kan. Tapi ko rasa? Lepas macam2 ko lalui ko rasa ni masih tipu? Ermmmm …
“Aku pelindungmu. Aku datang jika kamu memerlukan aku.”
“Ermmmm .. kau ni kira macam saka ke apa? Aku tak nak yang pelik2 tau. Dosa.” – hahahha … mami cakap jaga bahasa lah !!! Yela, aku ni masih nakal, nak cakap solat 5waktu tu tak lah selalu juga escape subuh zohor asar. Ehehhehe … Cuma masih terjaga diri dari yang lain-lain.
“hahahahahah …. “ – bergema telinga aku ni bila azil ketawa. Kami ni berinteraksi macam dalam hati tau, aku ni cakap macam biasalah, tapi azil ni buka mulut pun tak, tapi aku boleh dengar suara dia.
“Bukan begitu, tiada santapan untuk aku mahupun sembahan, aku juga makhluk ciptaan Allah S.W.T yang di wujudkan dengan tujuan menyembah dan berbakti kepada-Nya. Didalam masa yang sama, moyang ku juga punya budi dengan moyang mu. Oleh itu, aku punya kewajipan melindungi keturunannya kawan moyangku.” – Azil merenung tajam ke arah aku.
“jadi sekarang, mana-mana je aku pergi, kau akan ada ke or macam mana aku nak panggil kau erkkk? – Ni soalan yang betul lah kan? Betul tak? Aku mana tahu nak panggil dia macam mana kan?
“Aku akan datang disaat aku rasa kau dalam bahaya dan amat memerlukan aku. Aku hanya datang bila datang nya musibah keatas kau.” – Azil bangun dan masuk ke dalam hutan.
Aiehhh.. macam tu jer? Bye xada ke?
“Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, aku pergi dulu. Ketemu lagi kita dilain waktu” – Azil
“Wa ‘alaikumus salam wa rahmatullahi wabarakatuh” – Aku berlalu pergi ke kampong Ibu Raisha.
Ibu menyambut kepulangan aku dan kami jalan seiringan, Ibu menghantar aku sehingga ke batu gerbang tadi. Ibu memeluk aku erat. Aku bersalam dengan penduduk nya yang lain, kerana mereka turut mengiringi kepermergian aku. Terasa sebaknya.
Aku turun ke terbing dan apabila aku lihat ke atas, tidak kelihatan ibu dan yang lain-lain. Agaknya mereka sudah berlalu pergi. Aku menyeberang di susur sungai pergi kearah air terjun tadi. Tapi aku rasa sedikit pening dan rasa tubuh aku rasa agak berat. Aku meneruskan perjalanan menuju kearah air terjun untuk bertemu mami.
Tapi aku sedikit hairan, kerana sewaktu aku menaiki tebing itu, waktu sudah petang, dan apabila sampai disana hari masih pagi? Dan aku balik menjelang petang disana. Tapi kenapa di sini masih pagi? Aku sedikit kebingungan. Aku lihat jam. Jam aku m**i pulak. Adoiii.
Sesampainya aku di air terjun aku lihat mami dan dadi duduk di batu. Aku terasa sangat gembira melihat mami, rasa nya seperti sudah lama tidak bertemu. Mami dan dadi memeluk aku erat. Kami terus keluar dari kawasan hutan itu dan berlalu kembali ke bandar.
Di sepanjang perjalanan aku bercerita dengan mami tentang Ibu Raisha dan penduduk nya termasuk Azil. Mami sedikit teruja mendengar cerita aku sehingga aku terlelap kerana penat.
Dirumah, kakak menyambut gembira kepulangan aku, aku rasa hairan kenapa terasa agak lama kami tidak berjumpa? Sepanjang hari itu, aku berehat dengan secukupnya dan aku merasakan apa yang terjadi semalam sepertinya hanya mimpi. Benarkah apa yang aku lalui itu.
Keesokan harinya aku melihat mami dan dadi ada dirumah, tidak bekerja kah mereka hari ini? Aku kedapur menegur kakak yang sedang masak mee hoon untuk breakfast.
“kak, mami and dadi tak kerja ke?”
“hari ni kan hari ahad !. mana ada kerja”
“Wait !! mana ada, hari ini kan selasa? Baru semalam Liza pergikan?”
Aku pergi ke rancangan Tv Astro. Dan ya. Hari ini hari ahad.
Aku berlari menuju kearah mami. Apa semua ni?
“bertenang Liza, mami explain. Tempat yang kamu pergi itu, hanya kamu sahaja yang boleh masuk dan nampak. Setiap keturunan kita yang mempunyai kelebihan ini akan pergi berjumpa dengan mereka. Sememangnya mami tak hendak Liza pergi sekarang, mungkin nanti. Tapi atas nasihat Hj.Man, mami terpaksa hantar Liza kesana. Waktu disana dan disini tak sama.”
Rasa nak pengsan aku dengar cerita mami. Jadi Ibu Raisha tu? Bukan manusia? Tapi dari golongan jin muslim @ dalam erti kata lain orang bunian eyhhh.
Ya Allah, kenapa aku tak perasan eh? Tak sedar ke aku bila Ibu Raisha cakap dulu berpuluh tahun dulu dia berjumpa dengan moyang aku Sri Kemboja? Aku langsung tak sedar lah semua tu.
Subḥān Allāh. Mengucap panjang aku atas kebesaran-Nya. Terasa kerdil diri aku ni bila aku sedar bertapa malunya aku terhadap mereka. Tengok lah macam mana cara kehidupan dan permakaian mereka berbanding aku.
Seminggu aku bercuti, aku fikirkan sudah selesai semuanya. Tapi tidak. ‘Dia’ datang bersertakan angkatan tentera nya untuk membawa aku bertemu dengan permaisuri mereka.
3 hari berturut-turut aku bermimpi didatangi ‘dia’ dalam keadaan merayu, marah dan memanggil.
** MALAM PERTAMA **
Aku mimpi didatangi ‘dia’ dan 2 orang lagi perempuan memanggil aku untuk mengikut mereka. Dalam mimpi ni aku lari, selamat kan diri dari mereka sebab mereka kejar aku laa weiii .. meracau-racau aku dalam tidur, sampai Nono gerakkan aku dari tidur.
** ** MALAM KEDUA** **
Aku bermimpi mendengar bunyi gamelan music Indonesia, aku berada di suatu kawasan buluh, ditengah-tengah nya aku melihat seorang perempuan menari-nari sambil menyanyi. Sedih sayu sangat memanggil aku datang mendekat. Tapi, dalam mimpi ni aku larikan diri dari perempuan tu, ahhahah dan sekali lagi Nono gerakkan aku dari tidur. Kesian Nono, 2 malam ni tak dapat tidur lena kena ganggu aku.
** MALAM KETIGA **
Malam ni, hujan lebat, kebetulan pulak elektrik kawasan rumah aku ni terputus dari jam 5pm sampai tengah malam, kami semua ada di rumah, sebab dalam keadaan aku macam ni, mami dan dadi tak nak tinggalkan kami sendirian dirumah dan aku pulak tak mahu keluar melepak dengan member. Dalam jam 10 lalu, kami semua duduk di ruang tamu, Nono pasang radio dari HP dia, tak tahu lah kenapa boleh siaran terganggu dan tiba-tiba music gamelan Indonesia yang aku dengar dari dalam mimpi aku boleh tersiar dalam radio. Waktu ni, Nono pulak bangun dan terus menari seperti tarian mayang. Mata dia tertutup tapi ada senyuman di bibir dia.
“Kau jangan ganggu adik aku lah s**l !!!!” – Aku berdiri menghadap Nono.
‘Dia ‘ berhenti menari, dengan mata terpejam, ‘dia’ melihat aku sambil tersenyum. Dadi dan mami dah mula baca apa yang patut sejak tadi. Kemudian dadi tekupkan tangan dia kearah muka nono, serta merta nono jatuh pengsan dan lagu dari HP nono terpadam. Battery HP dia padam.
Semalaman tu, kami sekeluarga tidur diruang tamu. Dan malam tu aku mimpi ‘dia’ datang lagi dengan nada marah dia ugut aku
“Jika kau tak mahu mengikut aku pulang ke wilayah ku ketemu sama permaisuriku, keluargamu akan aku ganggu !. Biar jiwa mereka menjadi santapan anak naunganku !!” – bergema suara ‘dia’ sampai aku terjaga dari tidur.
Keesokan hari nya – Kakak aku dan suami nya datang ke rumah, kakak bercerita selepas kejadian aku dahulu, kakak turut membuat research tentang Nyi Roro Kidul ni sebab perasaan ingin tahu dia tu macam aku jugalah. Alamatnya malam semalam kena kacau juga.
“mami, aunty liza frend outsite there” – Udin
Kakak aku pun pelik, takkan sampai kesini kawan aku cari akukan? Kakak aku pun lihat dari tingkap rumah dia, dia nampak perempuan bersanggul emas berbaju batik kebaya hijau duduk di bangku luar rumah dia. tapi membelakangkan kakak aku lah. Kakak aku dah tak sedap hati, dia terus bawa udin jauh dari tingkap. Kelang kabut juga kakak aku nak pasang cd al-Quran.
“Mami, aunty liza frend ask me to open the door” – Udin
“No ! mami said No !” – Kakak aku dah gelabah sangat time ni.
Waktu tu juga dia terhidu bau bunga melur dan pintu rumah dia kena ketuk kuat sangat macam kena tendang.
Kakak aku call lah husband dia suruh balik cepat, oleh kerana malam tu, Hp kami semua padam sebab tak ada battery jadi kakak tak dapat nak hubungi kami.
Waktu abang ipar aku sampai rumah,dia ada cakap terserempak dengan seorang perempuan berjalan sendirian di jalan raya memakai baju kebaya hijau.
Oleh sebab rumah kakak dan kami jauh, dan sudah lewat malam, mereka membuat keputusan untuk tunggu esok pagi untuk kerumah kami sahaja.
Oleh kerana kami merasakan mereka semakin berani mengganggu kami sekeluarga, kami bersetuju bertemu dengan Hj.Man untuk meminta bantuan.
Baiklah.
Liza akan sambung lagi pada episode yang akan datang yer sebab cerita ni Liza taip dari pagi tadi sampai petang ni tau.
Lagipun liza tak berani nak type malam-malam sebab hampir setiap malam liza kena gangguan. Pada episode yang akan datang Liza akan ceritakan bagaimana Ibu Raisha dan perwirawati nya serta Azil datang membantu kami Hj.Man menentang tentera permaisuri laut ini.
Harap sabar menunggu yer dan harap faham dengan keadaan Liza. Insya Allah kalau umur panjang kita berjumpa lagi di lain hari.
Doakan perjuangan kami selesai dengan cepat. sebab malam ni, Ibu Raisha hendak bawa Liza bertemu dengan permaisuri wilayah jawa timur.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Sekian.

KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : LAGENDA NYI RORO KIDUL
HASIL KARYA : LIZA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/lagenda-nyi-roro-kidul.html

Lagenda Nyi Roro Kidul – eps 5
Bersyukur ke hadrat illahi, bertemu lagi kita di episode ini, dan buat para pembaca HZONE BLOG yang ada kena gangguan before or afer baca cerita Liza, Liza minta maaf. Tiada niat hendak takutkan anda semua, tapi Liza hanya hendak berkongsi pengalaman dan pengajaran di setiap peristiwa yang berlaku. Ambil yang positif buangkan yang negetif.
Setiap yang terjadi ada hikmah nya, dan kena ingat setiap ciptaan-NYA ada sebab tertentu untuk menguji kita sebagai hamba-NYA.
• Adakah kita akan termakan hasutan syaitan?
• Kuatkah keimanan kita terhadap-NYA?
• Punya sifat rendah diri kah kita terhadap kekuasaan-NYA?
Macam2 yang boleh kita ambilkan iktibar dari setiap episode yang Liza ceritakan, tidak semua jin itu kafir, tidak semuanya juga jahat. Mereka juga dicipta seperti kita manusia, memilih untuk tunduk kepada-NYA atau mungkar pada perintah-NYA.
**Jujur Liza katakan sepanjang Liza berada di wilayah Ibu Raisha, Liza tidak sedar apabila ada dari penceritaan Ibu Raisha tentang moyang Liza itu membuat Liza tersentak, bagaimana Ibu Raisha boleh berjumpa dengan Moyang Liza? Sedangkan Ibu Raisha masih muda? Itu semua pemikiran bawah sedar Liza. Diharap para pembaca memahami yer.. susah juga nk explain ni.. maaf.
**Kdg2 Liza sendiri pun tak tahu ini semua mimpi atau realiti. Liza tahu, mungkin ramai yg fikir cerita Liza Fiksyen. Tapi, Liza sendiri tak tahu mcm mana nk buktikan dan mana yg ckp kisah Liza mcm Ijam, sebenar nya jujurlah Liza cakap, Liza tak baca pon cerita Ijam., tak ada masa kot nak baca kisah-kisah yang ada dlm page FS ni, sebab Liza hnya nak kongsikan kisah Liza sahaja.Sekiranya Liza tiru cerita ijam, kenapa pulak Liza nak c/p cerita dia? btl x?
** Lagipun Liza percaya kalo ijam cakap dia ada pendamping dia sama macam Liza, xmustahil terjadi atas diri Liza seorang sahaja. Maaf sekiranya tutur kata liza agak kasar, kenapa peristiwa hantu/jin/kerasukkan boleh kita percaya? Tapi kenapa dgn kewujudan makhluk ghaib lain yg baik dan beragama islam serta bertakwa kpd Allah SWT dtg membantu kita dalam kesusahan, kita susah nak percaya? Sedangkan kita semua sedia maklum, jin juga seperti manusia, ada yg kafir menyesatkan ada yg islam meluruskan?. Wallahu A’lam Bishawab (Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui). Fikir2kan dan renung2kan lah.
Pada malam yang telah di janji kan, kami ber-3 (mami/dadi dan aku) bersetuju untuk berjumpa dengan cik ngah dan Hj.Man di rumah Cik Ngah.
Kami bertolak dari rumah dalam jam 6pm sebab kalau boleh nak berjemaah bersama dengan keluaga cik ngah. Dalam perjalanan ke rumah Cik Ngah, kami perlu menyusuri highway dekat dengan laut. Sebelah kiri laut, sebelah kanan pulak kampong Cik Ngah. Kena lalu dulu kampong Cik Ngah ni dan u-turn depan sana baru boleh belok ke simpang kampong Cik Ngah.
Oleh kerana perjalanan dari rumah ke kpg Cik ngah ambil masa lebih kurang sejam lebih, jadi aku layan dulu lah MLBB. Hehehehe .. sikit lagi nak masuk epic ni. 1 star jer lagi. Tapi oleh sebab area kpg cik ngah tak berapa ok line digi jadi aku main classic jer lah. Ehehehehe…
Lepas victory 3game ni, aku dah lain rasa betul, sebab dalam perjalanan ni, mami and dadi senyap jer, aku pulak dh rasa lama sangat main game ni, tak mungkinlah kan perjalanan ke rumah cik ngah lama sangat? Aku stop main game. Aku tengok kiri kanan, kenapa gelap semacam eyhh?? Kiri tu memanglah lautkan, tapi yang pelik nya kenapa sebelah kanan aku ni hutan??
Aku kehadapan, memberi salam pada mami dan dadi, sejak tadi mereka senyap sahaja, mami pulak dok termenung tengok ke laut, dadi pulak focus semacam jer drive.
Aku sentuh ke 2-2 bahu mereka berdua dengan memberi salam.
Mami dan dadi sedikit terkejut dengan sapaan aku dan memjawab salam aku dengan tenang.
“Dadi, ermmmm … “
Aku berbisik di telinga dadi
“Dah lama sangat dadi drive, belum uturn lagi ke? @ kita terlepas lorong uturn?”
Serta merta dadi berhenti kan kereta. Mami dan dadi tengok kiri kanan.
Kemudian dadi keluarkan sebotol minyak wangi kecil, dadi calitkan pada tapak tangan dan yang aku dengar dadi membaca surah Al-Fatihah (3x) dan Al-Kursi (1x).
Aku pun bacalah doa yang aku perlajari dari ibu Raisha untuk melindungi diri aku dari gangguan iblis : – (Surah al-mu’minum (23): 97 & 98)
Maksudnya : “Ya Rabbi aku berlindung kpd-mu dari bisikan syaitan, dan aku berlindung kpd-mu dari didatangi mereka kpdku”
** boleh buka Al-Quran yer, sebab kalo aku translate rumi sini bacaan tajwid semua tak sama, jadi xdpt nk taip rumi : aku nak taip tapi fikir balik seeloknya baca melalui Al-Quran. (Allin1 dpt pahala)
• Pahala pegang Al-Quran
• Pahala ambil wudhuk sebelum pegang Al-Quran
• Boleh lah menguji tahap pembacaan kita yang dah lama tak membaca Al-quran.
Dadi mulakan balik perjalanan, nampaknya kami ni kena game lah dengan ‘dia’ tak nampak jalan ke rumah cik ngah. Agak lama juga kami terperangkap kat area ‘dia’.
Kemudian aku nampaklah macam selendang coklat hijau macam tu dekat belakang kereta, agak-nya dia atas kereta kitaorg kot, aku pun tepuk-tepuk lah bahu mami, mami dan dadi macam perasan jugalah kan, then aku tengok sebelah kiri, dekat laut tu ada beberapa org terapung-apung di atas air, beriringan dengan kereta kami.
Aku dengar bunyi gong, berdesing telinga aku. Aku cakap kat mami telinga aku sakit. Tapi mami dan dadi tak endahkan aku sebab diarong tgh baca-baca surah untuk jauhkan benda ni dari aku.
Tiba-tiba kereta dadi bawa hilang kawalan dan kami terbabas melanggar palang penghalang jalan raya, aku tersadung ke hadapan dan kepala aku terhentak dekat dashboard depan sebab aku duduk tengah antara seat mami dan dadi plus aku tak pakai seatbelt, dadi pulak bawa laju.
Sedar jer aku, aku berada di pantai, Ya Allah. Waktu ni aku betul-betul tak tahu macam mana nak describe perasaan aku, aku menangis dan terjerit-jerit panggil mami dan dadi, aku lari ke sana sini cari jalan keluar tapi aku seperti berada di 1 pulau kecil, dengan kepala aku berdarah, bibir aku pecah. Satu badan sakit.
“Jiwa kesuma pengolah jantung ku, tak usah khuatir, aku ada disisimu” – dialek jawa
Aku lihat ke laut, ‘dia’ dayang perutusan yang mana 1 aku tak tahu lah sebab macam sama jer semua dia org ni, Cuma ini, jelas aku melihat wajahnya, cantik, wangi, rambutnya bersanggul kemas dihiasi dengan bunga-bunga halus melur, bajunya berwarna hijau, agak seksi lah pakaian dia ni, muka dia cantik, betul cantik. Aku terpersona jugalah tengok muka dia.
“Aku mahu balik keorang tua ku” – Aku mengundur. Sebab ‘dia’ yang terapung di laut datang menghampiri aku, aku lihat kaki nya memijak tanah. Laa sudah, aku dah kat tempat diaorang ke apa ni?
“Nama ku Widya, aku datang untuk mengiringi kamu ke istana ratu ku”- dialek jawa
Tangan nya menghulur ke arah aku, aku mengundur.
“tidak ! aku tidak mahu ikut kamu !! apa kamu mahu ?!!”
“Ratu ku hendak ketemu denganmu”
“Ya Allah, lindungi lah aku dari jelmaan iblis durjana ini.. Ya Allah .. Ya Allah ..” – menggigil tangan aku
Aku pejamkan mata. Aku tenangkan hati. Deria bunyi aku menangkap gerakan kaki Widya berjalan ke arah aku.
“Bismillahirrahmanirrahim”
Aku titipkan di bibirku surah2 perlindungan diri :
• Surat Al-Ikhlas (3x)
• Surah Al-Falaq (3x)
• Surah An-Naas (3x)
• Surah Al-Kursi (1x)
Selesai sahaja aku membaca, aku terasa ada hembusan nafas panas di belakang aku.
“Assalamu’alaikum Liza” – Azil
“Waalaikum mussalam Azil’ – Aku tersenyum senang kerana doa ku termakbul apabila aku berharap sekarang adanya Ibu Raisha atau Azil datang membantu.
Azil mengelilingi aku dan kami berinteraksi sesama sendiri.
“Mahu kemana kamu melarikan diri? Tiada yang bisa terlepas dari tawanan ku !” – Menyeringai wajah Widya apabila melihat Azil datang membantu.
Azil mengaum ! mengegarkan keseluruh kawasan.
Aku mengambil segengam pasir kemudian membaca “An’amta alaihim” lalu aku lemparkan kehadapan Widya, sewaktu aku melemparkan pasir itu, dengan izin Allah SWT terhasilnya api membara menjadi pemisah antara aku dan Widya. Segera aku menaiki tubuh Azil dan kami melarikan diri dari situ, aku sempat menoleh ke belakang, aku melihat Widya bertukar rupa, wajahnya menggerutu,buruk, rambut mengerbang.
“Jangan kau pandang ke belakang Liza” – Azil
Aku pejamkan mata, dari kejauhan aku mendengar Widya memberi amaran kepada aku.
“Aku akan mencari kamu walau dimana kau pergi, jika kau tidak aku punyai, keluargamu menjadi taruhanku” – Widya
Azil berhenti bergerak. Dari kejauhan aku melihat samar-samar lampu rumah cik ngah, aku turun dari badan Azil dan berlari ke rumah cik ngah, di halaman rumah cik ngah aku nampak kereta dadi.
“Semoga Allah mudahkan kita dalam kebaikan dimanapun berada. “ – Azil
“Hafizhanallah (semoga Allah menjaga kita)” – Aku memandang Azil pergi di sebalik kegelapan malam
“Sampai ketemu lagi” – Azil
“Berhati-hati ya Azil, Assalamualaikum.”
“Waalaikum mussalam”
Aku berlari ke halaman rumah cik ngah sambil menjerit-jerit memangil mami dan dadi, mereka yang berada di dalam rumah berlari kearah aku, kami berpelukan, aku menangis dalam pelukkan mami
“maafkan mami Liza, maafkan mami tak dapat bantu Liza, maafkan mami mereka ambil Liza, maafkan mami. “ – bercucuran air mata mami, peluk cium aku.
Di rumah cik ngah, mami mengubati luka dibibirku dan dahi aku yang luka. Hj.Man berikan aku air yang ditawarnya.
Sewaktu kemalangan, mami dan dadi pengsan tapi dalam kesamaran, mami ada tengok aku diangkat oleh beberapa orang perempuan menuju ke laut, tapi oleh dek mami rasa sakit dan tak dapat nak bangun selamatkan aku. Sedar-sedar sahaja mereka ber-2 melihat aku sudah tiada, mereka trs ke rumah cik ngah untuk meminta bantuan.
Hj.Man turut sekali yang berada di rumah cik ngah tak boleh nak scan aku dekat mana, katanya aku sudah disembunyikan oleh penunggu laut (Widya). Hanya dengan bertawakal sahaja agar aku selamat dari mereka dan bersyukurlah Azil datang membantu.
Tidak lama kemudian mami mendapat panggilan dari kakak ada kecemasan di rumah, kami semua bergegas ke rumah.
Jam hampir 11pm.
Dalam perjalanan ke rumah, Hj.Man tidak berhenti berzikir, di tangan nya tidak lepas dari tasbih. Aku dan mami duduk di belakang kelihatan mami agak resah dan kebingungan memikirkan kakak dirumah, mana tidaknya, mendengar berita Nono sedang kerasukkan dirumah menari-nari sambil menyanyi bahasa jawa.
Cik ngah dan mak ngah menaiki kenderaan mereka sendiri, mengekori rapat dibelakang. Seketika, aku merasakan diluar kereta sepertinya diikuti oleh susuk tubuh yang tidak jelas kelihatan.
“bagilah aku rehat.” –. Terasa kudrat aku tak dapat nak lalui semuanya.
Sampai di halaman rumah, Hj.Man terlebih dahulu memagar rumah dari luar, katanya tidak mahu ada yang lain mengikut. Kami melangkah masuk ke rumah memberi salam.
Di ruang tamu aku melihat Nono, dengan mata terpejam duduk bersila di lantai. Apabila kami masuk ke rumah, Nono melihat aku dan tersenyum.
“Kita berjumpa lagi belahan jiwa ku” – dialek jawa (halus suaranya, manja-manja gitu)
“Widya, lepaskan adikku, jangan ganggu dia.” – Aku nampak disebalik tubuh adik aku, aku nampak susuk buruk wajahnya Widya dalam samar.
“Kau mahu lari kemana? Sudah ku bilang akan aku datangi keluargamu jika kau tak kami miliki” – semakin lantang suaranya.
“Jangan di ganggu anak ini, apa kau sudah bersedia mahu memulakan peperangan antara kaum mu dengan aku?” – Hj.Man bersuara.
Mak ngah/Cik ngah/ Mami dan dadi sudah mula memasang diri sendiri dan bersedia bila-bila masa untuk membantu Hj.Man
“Kenapa kau mahu turut campur urusanku dengan dia?” – Nampak dari raut wajah nono seakan-akan marah memandang Hj.Man yang duduk di sudut ruang tamu.
“Kerana aku datang untuk menghalang kaum mu yang di laknat Allah SWT daripada menyesatkan umat Rasulluallah”
“hahahahahahahahah ……” – Nono ketawa dan mendengus.
“Jika kau tak hendak keluar, dengan Izin-Nya Allah SWT, akan aku sakiti tubuhmu seperti mana kau menyakiti tubuh anak ini” – Hj.Man
Dadi berdiri di belakang Nono, selepas membaca beberapa surah, dadi tiupkan pada tapak tangan dan tekankan ke atas kepala Nono, serta merta tubuh Nono rebah, terbaring kaku.
Aku nampak wajah Widya yang tadinya di pantai cantik mulus rupanya kini tak ubah seperti wanita tua, rambut hitam nya menjadi putih, mengerbang, panjang rambutnya melingkar hampir ke seluruh lantai rumah, gigi nya ada yang tiada ada yang tajam, hidung nya hancur, matanya tidak menentu, kulit nya kendur dan menggerutu, tak sanggup rasanya aku nak perhatikan lama-lama.
Mami / dadi / cik ngah dan mak ngah mengambil posisi masing2, mami dan dadi memegang ke 2 belah lengan nono, mak ngah dan cik ngah memegang ke-2 belah kaki nono, dengan serentak mereka mengucapkan “AllahuAkhbar ! AllhuAkhbar ! Allhuakbhar !” dan seolah-olah memotong tangan dan kaki Nono.
Aku melihat Widya menggelepur kesakitan. Hj.Man yang berada di posisi kepala Nono seperti sedang bersiap sedia hendak menyembelih leher Widya !
“Kasihani lah aku !! Maafkan aku !! aku berjanji tidak akan mengganggu anak ini, lepaskanlah aku” – merayu2 widya kepada Hj.Man
“Apa kau benar-benar berjanji tidak mengganggu anak ini lagi?”
“Iya.. iya ! aku berjanji tidak akan mengganggu dia lagi” – Widya menggeliat kesakitan
“Kau mahu keluar sendiri?”
Nono Menggangguk.
“Sekarang kau keluar dan jangan kembali ! pulang ke tempatmu dan jangan ganggu mereka lagi. Jika kau masih juga berdegil, tiada lagi kemaafan keatas kau.”
Perlahan-lahan aku perhatikan tubuh widya lutsinar keluar dari tubuh nono, menampakkan tangan kaki nya luka, menampakkan wajah buruknya yang kelihatan sedih dan sayu.
“SubahanAllah” – Tersedar aku seketika apabila wujud rasa belas kasihan terhadap Widya.
“Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh Liza” – Lemah lembut suara Ibu Raisha memandang aku.
“Waalaikum mussalam Ibu, bantulah aku dan keluarga ku, tiada kudrat ku untuk menentang mereka” – tangisan ku tak ubah seperti budak kecil.
“Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah SWT. Jika kamu minta tolong, minta tolong jugalah kepada Allah SWT. setiap musibah dan kesusahan yang kita alami dan yang akan datang, itu semua sudah tercatat dalam Lauhul Mahfduz. Semua itu adalah ujian dari Allah bagi hamba-Nya. Sebagaimana namanya, ujian, dengannya Allah akan mempersaksikan dihadapan para makhluk-Nya mana hamba yang benar-benar jujur beriman kepada Allah dan mana yang dusta imannya. Kerana ketika musibah datang, hal itu akan nampak.” – Ibu Raisha membelai kepala aku, memujuk aku agar tabah
“Tapi, aku tidak kuat ibu. Aku lemah.” – Aku memandang wajah Ibu Raisha, terasa semakin sebak menyelebungi tubuh aku.
“Kita telah ketahui bahawa musibah dan cubaan itu adalah ketetapan Allah. Maka ketahui juga bahawa musibah dan cubaan itu hanya Allah SWT yang mampu menghilangkannya. Jika pada hakikatnya hanya Allah-lah yang dapat menghilangkan segala kemudharatan, maka orang yang berfikir waras dan logik, tentu akan meminta tolong kepada Allah dari segala kesulitan dan kesusahan serta bergantung pada-Nya.” – Perlahan-lahan suara ibu Raisha menjauh
Aku tersedar dari mimpi itu, jelas air mata aku mengalir. Aku lihat pada jam di dinding, 02.19am. Aku bingkas bangun, mengambil wudhuk, aku lihat Nono, sebak rasanya apabila dia terpaksa melalui perkara ini kerana aku. Aku rasa sangat bersalah terhadap nya.
Aku hamparkan sejadah. Menunaikan Solat Tahajud. Berzikir. Membaca Al-Quran. Terasa sungguh kecil diri aku, sedar atas silap ku, aku lupa Allah SWT. Saat senang ku bersuka-ria, disaat aku rebah, disaat aku kalah, disaat aku sudah tiada semangat, baru lah aku tunduk sujud meminta pertolongan. Sungguh-sungguh aku terasa diri aku kerdil. Dalam zikir ku memuji-Nya dengan tangisan ku rasa bersalah kerana selalu lupa kepada-Nya. Sehingga aku terlelap dalam zikir tangisku memohon keampunan dan kekuatan daripada-Nya.
Dalam kesayupan Azan subuh, aku dibangunkan oleh dadi. Kami sekeluarga solat subuh berjemaah. Dalam sebak, aku lupa, Aku ada Allah SWT, aku ada mami/dadi/Rhaz/Kakak/Abg Ipar dan Nono yang setia berdiri teguh menghulurkan tangan saat aku memerlukan. Dalam solat, aku dengar, dihadapan aku dan dibelakang aku sepertinya ramai yang menjadi makmum dadi. Saat ini aku merasakan seperti seluruh kawasan rumah kami di kerumuni kaum-nya Ibu Raisha. Semangat ku kembali pulih.
Kejadian ini berlarutan sehingga beberapa minggu, sehinggalah selepas kejadian terakhir semalam. Aku bertemu dengan Ibu Raisha dalam separa sedar ku, ibu raisha bersedia membawa aku ke wilayahnya Widya kerana ibu raisha sudah berhubung dengan dayang utusan mereka hendak bertemu dengan ratu mereka (macam mana ibu raisha berjumpa dgn dayang tu aku tak tahu lah, sebab aku tak tanya pon).
Aku berbincang dengan Mami/dadi dan mereka bersetuju, kami turut meminta bantuan Hj.Man dan Cikngah untuk menghadapi mereka semua.
Malam tu, kami semua bersedia menghadapi ‘mereka’.
Sesi berubat dimulakan, Aku dalam separa sedar, tubuh ku kaku namun aku mendengar suara mami dan dadi, dalam samar, suara mereka semakin menjauh.
Sedari aku, aku berada di persisiran pantai, ditemani oleh Hj.Man. Dari jauh aku melihat Ibu Raisha dan 4 orang lelaki berdiri di tepi pantai turut serta Azil disisi Ibu Raisha menanti ketibaan kami.
“Apa kamu sudah bersedia Liza?” – Ibu raisha menggenggam ke2 belah tangan ku
Aku mengangguk.
Seiringan dengan itu, ombak laut bergelora, aku melihat seperti ada pusaran air ditengahnya, dan kelibat beberapa susuk tubuh muncul dari pusaran bulat itu, aku lihat layaknya seorang perempuan seperti widya, tetapi bukan, dia memperkenalkan diri nya sebagai Delilia. Dia menjadi perutusan untuk membawa kami berjumpa ratunya.
Ibu raisha memberi arahan kepada penjaganya untuk berkawal di kawasan rumah kami untuk mengelakkan gangguan terhadap keluarga aku yang lain.
Kami ber-4 bergilir-gilir masuk ke dalam pusaran air itu, dimulai dengan Ibu Raisha, aku, Hj.man dan Azil. Sebelum masuk ke pusaran itu, aku dan hj.man awal-awal sudah sedia memagar diri berdoa mendapatkan perlindungan dari Allah SWT.
Setibanya kami di hadapan pintu gerbang didasar laut, kelihatan Delilia sedang bercakap dengan pengawal pintu untuk membenarkan kami masuk. Mendadak air laut terbuka membentuk lubang ditengah pintu gerbang itu tersedia tangga daripada kulit cengkerang. (Kami boleh bernafas dalam air hokehhh … berjalan macam biasa hokeh.. tapi bila dah masuk pintu gerbang ni air dia tak masuk kedalam. . dan ya, baju kami tak basah tau – magik weyhhhh .. hahahah .. aku ni teruja sikit lah dengan benda macam ni)
Sewaktu melangkah masuk ke pintu gerbang, kami menaiki tangga sayup-sayup terdengar suara gamelan dengan irama nyanyi yang selalu aku dengar seperti mengalu-alukan kedatangan kami.
Istana bersinar kehijauan, terdapat ramai kelibat mereka berjalan kesana kemari berpesta. Suasana istana agak susah sikit aku nak gambarkan, sangat cantik. Tiang-tiang nya berukir indah dan berkilauan berlapis warna keemasan dan lantainya berkilauan. (mahu silau mata aku). Dikeseluruhan tempat dihiasai dengan hiasan yang menakjubkan untuk menambahkan seri istana itu.
Kami ber-4 diiringi bertemu dengan ratu mereka, disaat ini mata aku terpesona melihat susuk tubuh molek dengan busana serba hijau dan gemerlapan yang dihiasai intan permata, parasnya cantik bersinar dan berseri, memakai mahkota emas yang berkilauan, menyambut kedatangan kami.
Singgahsana yang menyerupai kerang raksasa yang dihiasi bunga2 putih harum, dikelilingi dayang-dayang yang berpakaian sama dan rupa paras hampir sama, kelihatan seorang wanita jelita duduk diatasnya,agak sulit untuk aku gambarkan kecantikkan paras rupanya. Dia memberi isyarat melambaikan tangannya agar kami datang mendekat.
“Inikah Nyi Roro Kidul yang terkenal itu? Penguasa laut selatan, Ratu dari alam Ghaib “ – getusku didalam hati
Aku mengikut dibelakang tubuh Ibu Raisha, manakala Azil dan Hj.man hanya berdiri di belakang, sejak tadi aku sedari, Hj.Man tidak mengangkat kepala nya untuk memandang kearah mahluk itu atau makhluk yang lain-lain disekitar ini.
Ibu raisha berdiri menghadapnya, jika hendak dibandingkan paras rupa ibu dan makhluk yang aku belum kenali itu, hurmmm… tak dapat aku nak gandingkan. Ciptaan Allah ini tiada tolak bandingannya.
Dia turun dari singgahsananya dan menghampiri aku yang berdiri di belakang Ibu, aku menundukkan muka kerana tidak berani bertentang mata dengan dia, dia mengangkat muka aku, kami bertentang mata, wajahnya halus, cantik jelita dan bersinar, busana atasnya yang agak tembus pandang menampakkan tubuh bahagian atas nya.
“Akulah yang memerlukanmu dan memanggilmu. Aku salah satu penghuni Laut Selatan. Namaku Gustika Andalusia,” – desisnya, sambil tersenyum ramah.
Aku menjauhkan diri darinya, berdiri dibelakang Ibu.
Gustika kembali duduk disinggahsananya.
“Namaku Raisha, dia Azil dan hamba Allah disana bernama Drahman.” – Ibu memperkenalkan diri dan yang lain.
“Aku hidup sudah beratus ribu tahun di samudera Hindia, di laut selatan tanah Jawa yang ditugaskan untuk berumah di dasar laut. Aku bukanlah penjaga laut, tetapi saya beristana di dasar laut,” ungkapnya, dengan bibir yang lembut berikut gigi putih bersih tertata rapi.
“Apa mahu mu sebenarnya? – Ibu bersuara. Lemah lembut dan bersopan santun
“Jangan tergesa-gesa Raisha, aku tahu kau turut mahukan anak itu.” – sinis senyuman nya
“Jangan kau berbolah-balih hendak kelirukan dia, aku sudah lama mengenali salah silah keluarganya. Tiada sedikit pun niatku hendak memiliki dia kerna dia milik Allah SWT” – Walaupun agak tegas percakapan ibu tapi masih lembut.
“Aku mahu dia tahu, sewaktu rakan nya berada di perairan itu,aku mahu korbankannya tapi dia datang mengganggu.” – Ada sedikit nada marah dan tepat memandang aku
“Maksudmu apa? Kau hendak mencari galang gantinya?” – Ibu bersuara.
Azil dan Hj.man dan aku hanya menyaksikan ke-2 makhluk Allah ini berbicara.
“Mula-mula ia, memang itu mahuku tapi dia punya kelebihan yang tidak semua manusia itu punya.” – Tajam pandangan Gustika ke arah aku
“Bukankah kamu tahu? Kita tidak punya hak untuk memiliki mereka?” – Ibu Raisha semakin lantang bersuara
“Aku tahu, tapi aku bisa bagikan tawaran kepadanya untuk mempelajari dan menyebar ilmu kekebalan, kesaktian, santet dan lain-lain nya. “ berdiri dari singgahsananya menghadap kami
“Apakah kau sedar? Dia tak mahu menduakan Allah SWT?” – Hj.man bersuara dan berdiri menghampiri aku. Azil turut serta berjalan ke arah aku.
Aku terasa seperti sekarang kami di kepung dari seluruh sudut. Gustika memberi arahan tangan ‘stop’ kearah pengawal dan dayang-dayangnya.
“Kamulah yang sudah melukakan dayang ku Widya bukan?” – terjengkil biji mata nya seperti hendak tersembul. Terasa seram pulak melihat wajah dia yang cantik seakan-akan berubah menjadi buruk.
“Ya. Aku. Kerana dayang kau telah menyakiti saudara ku !” – Hj.man lantang bersuara.
Dimasa yang sama Azil bercakap dengan aku untuk bersedia menaiki tubuhnya jika keadaan semakin bahaya. Aku menggangguk.
“Tiada satu pun yang bisa menyakiti dayang jagaanku kecuali aku !!!” – bergemar seluruh kawasan istana apabila suara Gustika bergemar di seluruh penjuru.
Dayang-dayang dan pengawalny bersedia hendak menerpa kami, aku dengan gelabah nya naik ke atas badan Azil, Hj.Man turut serta, dengan selendang hijau dibahu hj.man, dia balutkan keseluruh tubuh aku, dalam kalut kami, aku sempat melihat Ibu Raisha melaungkan kalimah Allah. Seiring dengan itu Hj.man melaungkan Azan, seluruh istana itu mula runtuh, satu persatu menampakkan rupa bentuk istana itu yang sebenarnya.
Singgahsana yang aku lihat tadi berubah tempat jadi sampah sarap, bau busuk menerpa ke hidung aku, tiang-tiang emas nya kelihatan berlumut, seperti nya istana lama terbiar, wajah-wajah dayang nya yang cantik berubah rupa menjadi nenek tua, sama seperti rupa Widya.
Dalam sekelip mata, tubuhku rasa terdorong naik ke permukaan dasar laut, Aku lihat tubuh Ibu seperti satu cahaya putih menjadi penerang jalan kami untuk kembali ke darat.
Terus aku terbangun dari separa sedar aku, aku melihat mamii dan dadi serta cik ngah berlari ke tingkat atas rumah aku, aku hendak bangun terasa kepala ku agak berat, Hj.man memegang kepala aku dengan membuat seolah-olah sedang membuang sesuatu dari atas kepala aku, barulah aku rasa sedikit ringan.
Aku dengar seperti suara kakak menjerit-jerit dari tingkat atas, kemudian mami/dadi /cik ngah dah abg ipar turun ke tingkat bawah, aku melihat kakak sambil mengendong udin dengan mata terpejam turun melalui tangga. Dihujung tangga aku melihat Ibu berdiri menghadap kakak.
Kakak menunding jari ke arah ibu.
“jangan ganggu urusan aku” – Dialek jawa’
Aku nampak disebalik tubuh kakak, kelihatan Gustika dengan wajah nya buruk, menggerutu,rambut nya mengerbang panjang mencecah lantai, kuku nya panjang membelai-belai udin yang nyenyak tidur. Mata nya sebelah tertutup oleh rambutnya, kelihatan hidung nya tiada tapi nampak ke-2 lubang hidung nya.
Nono bergegas berlari memeluk aku. Ketakutan. Sejak kejadian semalam dirasuk oleh Widya, dia terus demam panas sehingga hari ini. Rhaz hanya tergamam melihat kakak.
Diluar rumah aku mendengar Azil sekali -2 mengaum, aku lihat dari jendela, kelihatan beberapa susuk tubuh buruk cuba hendak masuk ke halaman rumah tapi dihalang oleh penjaga ibu raisha dan dikawal ketat oleh azil.
Keadaan semakin tidak terkawal, dan aku semakin hilang arah tujuan. Aku rasa hendak lari dari keadaan ini. Tidak mahu hendak berdepan dengan dugaan ini semua. Ya Allah. Sungguh berat dugaan yang engkau berikan kpdku dan keluarga ku ya Allah. Aku bersujud memohon keampunan dan kekuatan dgn tangisan tanpa henti. SubahaAllah.
InsyaAllah pada episode akan datang Liza akan habiskan cerita Liza. Buat para pembaca, kuatkan iman dan teguhkan kekuatan anda semua. Kepada yg tidak percaya, Liza tak blh nk ckp apa2. Kpd yg ada kena gangguan, percayalah mereka itu terdiri daripada golongan jin yang sering kali dtg mengganggu dan mencuba hendak melemahkan insan spt kita.
1 pesan Liza kpd smua, jgn tinggalkan solat dan rajinkan membaca Al-Quran, gangguan tak akan berhenti dari terus menyelubungi hidup kita. Sejak dari kejadian malam itu, kakak ada sedikit kena gangguan emosi terkesan sebab melukakan udin, Nono pulak demam panas tak kebah sampai masuk hospital kena tahan seminggu.
Bukan pada keluarga Liza sahaja, bahkan saudara terdekat dan rakan sekerja yang mengetahui perkara ini, sedikit sebanyak terkena gangguan. Ada yang bermimpi didatangi wanita jawa, ada yang bermimpi di tepi pantai melihat perempuan mandi di laut, ada yang terhidu bau bunga melur dll. Alhamdulillah, kepada ada yang terkena gangguan kmi meminta bantuan Hj.Man utk tlg ubatkan mereka. Kata Hj.Man itu hanya terkena tempias sahaja dan dalam masa yang sama ada yg cuba hendak mengambil kesempatan atas org2 yang lemah semangat.
Di minta kpd para pembaca, amalkan ilmu pendinding diri, di dunia ini bkn kita sahaja makhluk ciptaan Allah SWT. Kita berkongsi dgn makhluk lain dan sesungguhnya berdoalah kpd-Nya untuk dijauhkan dari gangguan-gangguan syaitonnirrojim.
Izinkan Liza mengundur diri. Pada pengakhiran cerita nanti, Jika diberi peluang untuk liza cerita mimpi liza bertemu dengan Ratu penguasa laut selatan, insyaAllah Liza akan kongsikan dan ceritakan kpd para pembaca untuk menjadikan teladan dalam hidup kita.
NOTE : beberapa malam sblm ini, Liza kerap bermimpi beberapa orang yg Liza tak kenal, diminta sekiranya ada para pembaca yg ada mengalami mimpi didatangi wanita berpakaian ala-ala jawa atau bermimpi mendengar gamelan lagu klasik jawa, tolong coment pada ruangan bawah post ini, insyaAllah Liza akan contact anda secara peribadi. kena ingat jin iblis ni blh menyerupai apa-apa sahaja utk menakutkan dan menyesatkan umat Rasuluallah, jgn takut dgn mereka sebab tak ada 1 pun kuasa yang ada di dunia ni boleh kalah kan kalam suci Allah SWT.
Nurkilan

KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : LAGENDA NYI RORO KIDUL
HASIL KARYA : LIZA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/lagenda-nyi-roro-kidul.html

Lagenda Nyi Roro Kidul – PENAMAT
Hj.Man membaca beberapa surah sambil mengelilingi kakak, ibu raisha berdiri disudut rumah sepertinya juga sedang memberi perlindungan kepada tubuh kakak, mami dan abg ipar kelihatan agak cemas melihat udin didalam dokongan kakak yang tidak sedarkan diri.
Aku berdiri menghampiri kakak.
“Kemari belahan jiwaku, ikut aku, aku akan turunkan segala ilmu ku kepada kamu”- Dialek jawa. Kakak menghulurkan tangan nya kepada aku
Aku hampir-hampir menangis melihat keadaan kakak, Hj.Man memberi signal kepada aku untuk memujuk Gustika. Aku menyuruh agar Gustika duduk di hadapan aku, sambil menggendong udin, kakak duduk bersipuh di hadapan aku. Ibu raisha membisikkan sesuatu di telinga ku.
“tak usah cuba-cuba hendak mempermainkan aku raisha. Jika tidak anak ini menjadi gantinya” – kakak seakan-akan sedang hendak mencekik udin
Kami semakin cemas.
Serta merta lampu di ruang rumah terpadam. Nono menjerit ketakutan. Aku pegang tangan Nono dan dalam masa yang sama aku dengar gustika membisikkan sesuatu pada aku.
“Kemarilah, aku hanya menginginkan kamu. Sebagai ganti kakak dan anaknya, aku hanya mahu kamu mengikutiku. Aku janji tidak menyakiti mereka dengan syarat, kamu.. aku miliki” – terasa seperti pipi aku di belai oleh kuku nya yang tajam.
Lampu rumah kembali terang, kami semua kebingungan apabila melihat kelibat kakak dan udin tiada diruang tamu. Diluar rumah, kelihatan kaum Gustika juga tiada. Ibu menyatakan mereka telah pergi secara tiba-tiba.
Kami semua bergegas mencari mereka diseluruh kawasan rumah, terjerit-jerit memanggil nama kakak dan udin.Sehinggakan jiran-jiran kami yang mendengar jeritan kami keluar ke pekarangan rumah. Beberapa orang anak jiran kami turut membantu mencari sekitar perumahan. Sehinggalah anak kak Som, memberi perkhabaran menjumpai seorang perempuan duduk di tepi semak samun tidak jauh dari kawasan perumahan sebelah kami sedang mendukung seorang budak.
Oleh kerana tidak berani menegur melihat keadaan rambut kakak berurai seperti tidak normal, mereka membuat keputusan untuk memberi tahu kami sahaja.
Abg ipar dan dadi menaiki motosikal mengikut dari belakang motosikal anak kak som menuju ketempat kakak berada, kami menaiki kereta turut serta pergi ke tempat yang dituju.
Sampai di kawasan tersebut, kami melihat kakak sedang mendodoikan udin dengan nyanyian lagu jawa sambil ketawa. Abg ipar cuba mendekati kakak, dilarang oleh hj.Man. Azil turut serta disisi aku memberi amaran supaya mengambil langkah berhati-hati. Kerana risau tentang udin yang berada di tangan Gustika.
Hj.Man cuba mendekati kakak.
“selangkah kau mendekati aku, anak ini aku b***h” – kakak menjeling ke arah Hj.man
Beberapa orang jiran yang melihat situasi tersebut ada yang bergegas kembali ke rumah masing-masing.
Aku pulak cuba mendekati kakak, sambil aku memandang Azil memberi tahu agar bersedia bila-bila masa sahaja.
Kelihatan pengawal2 gustika mengelilingi kakak, seperti sedang menjaga tubuh kakak dari di hampiri kami. Aku memandang ibu raisha untuk bersedia memberi perlindungan dari dayang-dayang gustika. Ibu raisha hanya mengangguk.
Kelihatan ada pengawal nya yang berupa seekor ular tedung selar sedang membelit tubuh kakak, bayangkan lah betapa besarnya ular tedung itu sehingga dapat membelit tubuh seorang dewasa. Terdapat seorang nenek tua sedang membelai-belai rambut udin. Wajah nenek tua ini ak ubah serpti wajah widya sebelum ini, dengan tongkatnya dan baju opah berkain batik, rambut panjang mencecah tanah. Wajahnya menggerutu dan dimulutnya seperti sedang makan buah pinang dengan sirih sebab kelihatan air liurnya meleleh berwarna d***h oren(mungkinlah – sebab aku tak nampak sangat apa dalam orang tua tu).Aku semakin risau akan kesannya nanti pada tubuh kakak dan udin.
Aku lihat wajah kakak agak sedikit berubah dari sebelum ini, mungkin kesan dari rasukan Gustika. Wajah kakak kelihatan seperti sedang marah, dahinya berkerut, mata nya terbuntang, rambut kakak mengurai kusut. Kakak masih menyanyikan lagi dodoian nya untuk melelapkan udin.
“jangan menangis anak kecil, tidurlah dalam pelukkan ku. Ibu mu sedang menjauh. Aku akan menjagamu dan mendodoikan mu sehingga terbit matahari dari barat” – selang nyayian kakak terselit ketawa sinis nya
Tubuh kakak dikawal ketat oleh dayang-dayangnya gustika, ada salah satunya tubuhnya berwarna hitam menyerupai tubuh manusia tetapi bersisik, matanya merah saga. Apabila dia membuka mulutnya kelihatan barisan giginya yang tajam. Berdiri kaku disamping tubuh kakak. Seperti pemerhati agar tidak di ganggu oleh kami.
Seekor lagi tak ubah seperti beruang, tubuh nya berbulu, memiliki satu tanduk sederhana panjang tepat di tengah-tengah dahinya. Jelas kelihatan kuku kaki dan tangan nya tajam seperti sedang bersedia untuk menerkam kami. Tubuh nya 2kali ganda besar dari Azil, seketika aku berfikir, dapatkah azil hendak menumpaskan makhluk ini?
Pada pandangan aku, mungkin ke-4 mereka ini merupakan pengawal dan dayang Gustika yang berpangkat palaing tertinggi dalam wilayah nya.
“Apa kamu sudah bersetuju dengan apa kemauhan ku?” – Kakak memandang aku
“Gustika, jika engkau benar-benar mahukan aku, ambil lah aku jangan lah sakiti keluarga aku” – aku memberanikan diri mendekati kakak.
Kakak memandang aku, tersenyum. Seram dowhhh .. kakak aku senyum macam tu. Bergegar lutut aku. Ahahhahah …
Aku hulurkan tangan kepada gustika aka kakak aku.
Terlihat ular tedung itu perlahan-lahan melepaskan belitan tubuh kakak, dan nenek tua itu berhenti dari mengusap kepala udin. Mereka berdua berdiri dibelakang tubuh kakak.
Sewaktu ini, kami semua yang berada di kawasan ini seperti semuanya siap sedia hendak menangani apa-apa yang bakal berlaku.
Dalam kelalaian Gustika, Hj.Man terus melibas selendangnya di bahagian tepi badan kakak, terus kakak menjerit kesakitan, abg ipar aku berlari mendapatkan udin dari dakapan kakak.
Beruang besar pengawal gustika serta merta hendak menerkam Hj.Man, segera Azil menerpa dan menolak beruang tersebut jauh dari kami. Ular tedung pula hendak mematuk Azil, segera ibu raisha melibaskan selendangnya mengenai mata ular tersebut.
Penjaga-penjaga ibu raisha turut turun padang membuka bunga bersedia menghadapi nenek tua dan makhluk itam itu. Mereka saling berbalas pukulan, seketika kelihatan libasan Ibu raisha menyebabkan luka pada tubuh ular tedung tersebut, kelihatan d***h hijau mengalir dari sisik tubuhnya.
Melihat Azil sedang bertarung dengan beruang yang 2x ganda besar dari nya, hampir-hampir kalah apabila tubuh Azil di hempas ke tanah, di tendang di bahagian perut, namun jelas aku melihat seperti azil tidak menyerah kalah. Semak samun yang luas itu menjadi medan pertarungan makhluk ghaib ini.
Aku melihat Azil sesekali mengaum dan dibalas oleh beruang tersebut, mereka berpusing-pusing sesama sendiri, seperti sedang bersedia hendak menyerang dan bertahan.
Di sudut lain pula, Ibu berdiri mendongak bertentang mata dengan ular tedung selar, sisik tubuh nya yang berwarna hitam kebiruan sesekali bertukar warna merah dan hijau. Ibu sedang membaca beberapa surah perlindungan diri dan dengan memohon keiizinan Allah SWT untuk menyakiti tubuh ular tersebut.
Ibu melibaskan selendangnya kearah tubuh ular itu, dan jelas dimata aku apabila selendang ibu yang lembut tersebut seperti berubah menjadi seperti pedang menusuk ke seluruh tubuh ular itu, libasan demi libasan selendang ibu mengenai tubuh nya, Seketika ular tersebut cuba hendak membalas serangan ibu dengan cuba memukul ibu dengan ekornya tapi gagal apabila ibu sempat mengelak.
Para pengawal ibu tidak kurang hebatnya, dengan seni silat mereka mempertahankan tubuh mereka dari dilukakan oleh nenek tua dan makhluk itam itu. Dengan tarungan 5 lawan 2, sememangnya keputusan nya sudah diketahui. Nenek tua itu dan makhluk hitam tersebut menjadi tawanan pengawal ibu raisha. Tidak berdaya hendak membalas serangan, dengan tubuh mereka yang cedera teruk oleh pukulan demi pukulan dari pengawal ibu akhirnya mereka berdua rebah tidak berdaya lagi hendak bertarung.
Dikejauhan aku melihat Azil teruk dibelasah oleh beruang tersebut, aku rasakan seperti hendak datang membantu tapi … bagaimana? Nanti orang fikir aku gila pulak dok terjerit-jerit dalam semak samun ni .. hahahhaha.
Dalam keadaan Azil yang hampir kalah, aku melihat azil menerkam beruang tersebut dengan mencakar ke-2 belah matanya, serta merta azil mengigit leher beruang tersebut. Beruang tersebut cuba hendak menolak tubuh azil, oleh kerana tercakaran azil pada tubuh beruang tersebut dan d***h yang terpercik dari leher nya oleh gigitan azil membuat kan tubuhnya rebah ketanah dan disebabkan gigitan Azil pada lehernya menyebabkan d***h tidak berhenti keluar membuatkan riwayatnya berakhir, kelihatan tubuh beruang itu menjadi kepulan asap putih dan menghilang. (SEBETULNYA MAKHLUK INI BKN BERUANG OK.. AKU TAK TAHULAH MACAM MANA NAK PANGGIL BENDA NI KAN, SO AKU BAGI GELARAN BERUANG JER LA, HEHEHE..)
Aku melihat Azil berjalan menuju ke arah ibu raisha untuk membantu ibu melawan ular tedung selar.
Namun, tidak sempat Azil membantu, ular tersebut sedar akan kekalahan menghampiri mereka, dengan segera dia melarikan diri ke dalam semak samun, tidak sempat ibu mengerjanya dan dalam keadaan Azil yang cedera parah, Azil tidak dapat hendak mengerja kelibat ular itu tersebut.
Dalam kegawatan makhluk ghaib ciptaan Allah SWT ini sedang bertarung.
Aku sesekali menyaksikan pertarungan antara mereka dan dalam masa yang sama sedang focus untuk membantu menghalau gustika daripada merasuk ke tubuh kakak.
Di jalanan ini dengan kawasan perumah yang lengang hanya jelas kedengaran suara kakak menjerit kesakitan dan bercakap dalam bahasa dialek jawa.
Ada jiran-jiran yang terganggu tidurnya, melihat kejadian ini dari tingkap bilik rumah mereka, ada yang keluar bertanyakan apa yang terjadi, anak-anak kak som yang masih bersama kami turut membantu memberi penjelasan kepada jiran-jiran.
Mami / dadi dan cik ngah segera memegang tubuh kakak yang sedang menggelupur kesakitan, aku nampak gustika sedang mengerang kesakitan, Rhaz dan cik ngah membantu untuk menutup aurat tubuh kakak yang terbuka. Udin selamat di pegangan abang ipar.
Jelas dari mulut HjMan membaca beberapa surah :-
• Al-fatihah
• Al-Hasyr 1-3
• Ash-Shaffat 1-10
• Al-Ikhlas
• Al-Falaq
• An-Naas
Selesai membacanya HjMan tiupkan pada ubun-ubun kakak dan serta merta kakak pengsan. Kami semua beredar dari kawasan tersebut dan pulang ke rumah. Aku sempat berterima kasih kepada anak-anak kak som kerana membantu, lupa hendak menanyakan nama budak-budak ni yang aku ingat nama mak diaorang jer, sorry yer adik-adik. Jiran-jiran yang lain tidak berani hendak membantu kerana ia diluar pertolongan batasnya mereka.
Dirumah, kami memulakan balik rawatan untuk memulihkan kakak.
Hj.Man memulakan bacaan surah-surah, mami /dadi dan cik ngah turut membantu. Kami yang lain hanya membaca surah Yassin
Menggelupur tubuh kakak tak berhenti, aku lihat wajah Gustika terbakar,melecur kulit mukanya, kerutu diwajah nya 1 persatu pecah mengeluarkan cecair hijau seperti nanah, dari mulutnya keluar cecair hitam pekat tidak berhenti.
Seiring itu, mami /dadi/ cik ngah membaca Ayat-ayat ruqyah bermula dengan surah Al-Fatihah / AL-Baqarah 1-4 / Baqarah 163-164 / Al-Imran 18 / Al-Hasyr 1-3 / Ash-Shaffat 1-10 / Al-Falaq dan An-Naas.
Semakin kesakitan gustika apabila mendengar ayat suci Al-Quran, kakak menjerit-jerit kesakitan minta diberhentikan
“berhenti !!! aku cakap berhenti !! sakit !!! sakit !!! berenti !!!” – dalam dialek jawa
Diluar kawasan rumah aku mendengar rauman azil semakin lantang, aku sempat menjenguk ke luar sepertinya nenek tua dan makhluk itu hitam itu cuba hendak bertindak apabila mendengar gustika menjerit kesakitan, sesekali aku melihat Ibu melibas-libas selendangnya kearah makhluk itu, sehingga melecur tubuh makhluk itu.
Tidak lama kemudian, Hj.Man sepertinya sedang membuat pergerakan hendak menyembelih leher kakak. Kakak terus menangis dan mendengus seperti ketakutan, aku lihat gustika seperti sudah tidak mampu melawan lagi. Apabila Hj.Man hendak menyembelih kakak, aku sempat melihat gustika memandang aku dengan wajah sedihnya. Terputus 2 kepala gustika dari tubuhnya, terus hilang menjadi kepulan asap, keluar dari jasad kakak.
Diluar aku mendengar sorakkan dari penjaga ibu raisha dan ngauman Azil gembira Berjaya atas kebebasan aku dari Gustika. Setelah selesai, aku berjumpa dengan ibu.
“Syukur kehadrat illahi, semuanya atas bantuan Allah SWT untuk mempermudahkan urusan kita” – Ibu memeluk erat tubuh aku. Aku hanya menangis kegembiraan.
“Setakat ini sahaja lah pertemuan kita. Akan aku ingati pertarungan ini selamanya, akan aku ceritakan pada cucu cicit ku tentang kelebihan yang ada pada keturunan mu serta, akan aku amanahkan pada mereka untuk membantu keturunan mu seperti mana janjinya moyang aku dahulu pada keluargamu” – walaupun tubuh azil di penuhi kesan d***h luka dari tubuhnya hanya demi untuk menyelamatkan keluarga aku, tapi masih jelas menampakkan kan kesakitan yang dihadapinya.
Aku membelai dahi Azil (sebenarnya aku tak ada rasa apa-apa dengan bersentuhan dengan Azil – maksud aku, selalunya kita dapat rasakan bulu binatangkan? tapi bila aku bersentuhan dengan Azil, aku tak ada rasa apa-apa dari deria sentuhan tangan ni) serta mengucapkan terima kasih atas pengorbanannya untuk menyelamatkan keluarga aku dari makhluk terkutuk itu.
Dalam kesamaran malam, Azil serta ibu dan pengawal-pengawal nya membawa tawanan mereka pergi ke alam yang entah aku sendiri pun tak pasti dimana lokasi nya di dalam peta dunia ini. Aku melambai kearah mereka dan mengucapkan selamat tinggal. Terasa sebak mendatangi perasaan aku. Entah kenapa aku rasakan selepas ini kami tidak akan bertemu lagi?
Yang menjadi persoalan ku, kemana tuju nya ular tedung tadi yang Berjaya melarikan diri dari ibu raisha. Pulang ke lautan kah atau masih bersiar-siar di darat mencari tuan baru?.
Beberapa jam berlalu selepas kejadian tadi, Kakak sedar selepas bebas daripada gustika, seluruh tubuh nya sakit dan bertanya kana pa yang sudah terjadi?
Waktu terakhir nya dia sedar, dia berada didalam bilik sedang mendodoikan udin untuk tidur dibilik atas. Entah dari mana, tiba-tiba kakak merasakan ada angin menyapa tubuh belakangnya dan merasakan sejuk semacam. Dalam masa yang sama kakak ada menghidu bau wangi dan kemerincing loceng dan terasa tubuhnya berasa berat dan tiba-tiba sahaja kakak sesak nafas dan terus pengsan.
Sewaktu itulah tubuh kakak diambil oleh Gustika, dan begitulah terjadinya bagaimana udin berada di dalam dakapan kakak aka Gustika.
Keesokan harinya aku, aku merasakan seperti kejadian semalam itu seperti mimpi. Kami semua menjalani kehidupan seperti biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku tapi kesan nya masih ada pada kakak dan Nono.
Mereka berdua demam panas sehinggakan nono terpaksa di hantar ke hospital kerana panas badan nya tidak kebah dari hari selepas kerasukan Widya.
Kakak pula, ermmm.. entahlah, bagaimana hendak aku jelaskan. Selepas daripada kejadian tersebut, kakak kelihatan agak terganggu emosinya. Kadang-kadang menangis kadang-kadang ketawa sendirian sehinggakan abang ipar dan Udin tidak diperdulikan.
Kami sudah merawat kakak tetapi melihat kakak clean dari gangguan makhluk halus dan dirawat di hospital, pakar psikiatri bagitahu, kakak tertekan dan dalam masa yang sama dia macam fobia dengan kejadian macam ni sebab hampir melukakan udin.
Aku rasa sangat bersalah terhadap kakak sebab akulah keluarga kakak turut terkesan.
Tapi bersyukur kepada Allah SWT, beberapa hari ni, aku lihat kakak ada sedikit kembali ceria seperti sebelum ini. Aku harapkan kakak akan kembali sembuh sepenuhnya seperti sebelum ini. Amin.
Selepas kejadian tersebut, sedikit sebanyak aku sedari, kita manusia lemah mudah tertipu dengan dengan hasutan syaitan sepertimana aku yang sudah sering kali dimain mereka dengan rayuan dan menipu aku dengan menjelma dengan pelbagai bentuk.
Sesungguhnya sewaktu aku mula menaip cerita ini sememangnya aku tidak tahu siapa ‘dia’ mungkinkah Nyi Roro Kidul yang sering menjadi sebutan ramai penduduk di Indonesia?
Ternyatalah dia bukan lah Nyi Roro Kidul tapi salah satu jin penghuni laut selatan. Dia menyamar untuk membuat aku fikirkan dia adalah Nyi, untuk menarik aku untuk menjadi hamba –Nya. Sesungguhnya tiada yg lebih layak untuk disembah melainkan Allah SWT.
Sebagaimana yang kita tahu, lagenda Nyi Roro Kidul ini memang femes di Indonesia, dan merupakan satu nama yang bukan lah boleh dibawa main.
Namun dalam masa yang sama, ada banyak makhluk2 yang cuba menipu kita dengan menjelma dalam pelbagai bentuk yang mereka kehendaki untuk membutakan mata hati kita untuk percaya dengan kewujudan makhluk tersebut.
Aku fikirkan semuanya akan berhenti selepas kejadian ini. Tapi tidak, masih ada yang cuba mengganggu kehidupan aku.
MALAM PERTAMA
Aku melihat seorang perempuan sedang berlari kearah aku dan di belakang nya kelihatan seperti ada seorang perempuan berpakaian ala-ala jawa seperti sedang mengejar dia, perempuan itu seolah-olah sedang melambaikan tangan nya ke araha aku seperti hendak meminta bantuan dari aku. Selang beberapa saat,aku terdengar bunyi loceng yang membingitkan telinga aku. Aku terus sedar dari mimpi tersebut.
Aku bingkas bangun dari katil dan berjalan ke ruangan dapur, oleh kerana lampu dapur tidak dibuka, aku membuka peti sejuk dengan membongkokkan badan hendak mengambil air botol,waktu ini aku rasakan di tepi pintu peti sejuk itu seperti ada satu bayangan hitam sedang menjenguk melihat kelakuan aku. Aku terus menoleh kearah atas pintu peti sejuk, tiada siapa. Mungkin perasaan aku sahaja.
Sedang aku hendak menutup pintu peti sejuk, dengan cahaya yang keluar dari peti sejuk itu, aku rasakan seperti ada tangan hitam yang hendak memegang tangan kiri aku, aku bergegas beralih arah. Tiba-tiba aku mendengar di luar bahagian belakang dapur, seperti ada ramai orang sedang bercakap-cakap tapi aku tidak dapat menangkap bahasa apa yang mereka gunakan dan apa isi perbualan mereka.
Melalui suara mereka itu, sepertinya jumlah mereka yang tersangat ramai. Sedang kecoh dengan sesuatu barang, tapi aku tidak dapat menangkap apa topic perbualan hangat mereka.
Aku memberanikan diri untuk menjenguk ke luar, tiada siapa. Seketika aku rasakan seperti ada seseorang turut serta disebelah aku menjenguk keluar rumah. Aku berjalan mengundur, pergi ke suiz lampu dapur, semasa aku hendak membuka suiz lampu, aku nampak kelibatan hitam yang tinggi berada di hadapan aku, ketinggian nya mencecah sehingga ke dek rumah, dalam ketakutan aku cepat2 buka lampu dapur, benda tu hilang.
Aku pergi ketuk pintu bilik mami dan dadi, bergegar seluruh tubuh aku. Mami tanya kenapa dengan aku, aku tak dapat nak bersuara. Sampai lah dadi bagi aku minum air yang dia tawar, barulah suara aku keluar. Aku cerita dekat mereka apa yang aku dengar dan nampak, dadi cakap mungkin ada benda lain yang datang ganggu.
Malam Ke2
Aku mimpi lagi, mendengar suara perempuan bernyanyi dalam gamelan klasik jawa, aku nampak perempuan tu macam kena rasuk. Terapung-apung tak cecah tanah kaki dia, dalam mimpi ni aku ingat lagi aku bacakan beberapa surah, aku tiupkan kat perempuan tu serta merta dia rebah. Aku tengok ada asap hitam kepul2 keluar dari badan perempuan tu. Aku dekati dia, aku tengok tangan dan kaki dia lebam. Tapi perempuan ni dengan perempuan semalam tak sama,dan aku tak kenal pun diaorang ni.
Malam ke3
Aku mimpi sekali lagi, kali ni bukan perempuan, tapi lelaki. Lelaki ni duduk tepi perigi buta tepi pantai. Ermmm.. perigi ? tepi pantai? Macam tak logik. Nama pun mimpi mainan syaitan kan. Aku nampak lelaki ni macam sedang bersyiul memandang kearah dalam perigi tu, kemudian tiba-tiba dia jatuh dalam perigi buta tu. Aku berlari kearah dia, tapi terlambat. Aku tak sempat nak selamatkan dia.
Malam ke4
Aku duduk luar rumah, termenung jauh menikmati keindahan malam, angin lembut menyapa pp aku yang gebu gebas ni.. cewahh .. kemudian, aku dengar seperti bunyi kuda entah dari mana datangnya dia, bila aku toleh kiri kanan. Tak ada apa-apa2 pun.
Kemudian aku rasa nampak samar-samar dari mana datang kabus tebal ni, aku nampak ada 2 ekor kuda putih sedang tarik sesuatu dan apa yang buat aku tekejut, belakang kuda tu ada tempat duduk, dan ada seorang perempuan berpakain emas, rambut panjang sehingga ke bahagian pinggul, memakai mahkota emas, dibahu nya dibelit dengan selendang emas kehijaun batik, seiring dengan itu terdapat 2 orang perempuan yang mengiringi nya. Dia memberi salam menyapa aku.
“Assalamualaikum WTH wahai anak istimewa, nama ku ***** *** *****, penguasa laut selatan ,Aku lah **** **** *****. Aku kemari hendak bertemu mu.”
Aku sedikit terpaku dan terpersona dengan kecantikan paras rupa nya, agak bersinar kulihat tubuh nya yang terdedah.
“Waalaikum mussalam. “ kepala aku menunduk tanda hormat
“Maafkan aku atas penghuni laut yang mengganggu kehidupanmu, itu diluar kuasa pengetahuan ku, sememangnya mereka tidak akan berhenti dari mengganggu nya manusia seperti kamu. Jangan mudah terpedaya dengan makhluk terkutuk seperti mereka”
Aku hanya menggangguk dan tak henti memandang ke setiap perinci wajah dan tubuh nya.
“Ini aku serahkan kepadamu sebuah keris, untuk menjadi pelindung dirimu dan keluargamu, jika kamu hendak memilikinya hendaklah kamu memperlajarinya dan berguru kan kepadanya” – menghulurkan keris yang panjang nya separuh lengan ku berwarna keemasan bertahta kan emas di tempat pemegangnya.
Aku tidak memberi apa-apa reaksi menerima atau menolak.
“Jika kamu hendak bergurukan nya dan beramal dengan ilmu nya serta menguasinya, pada malam esok, datang lah ke mana-mana lautan yang kamu kehendaki dan ajukan mata keris pada arah selatan, maka akan dtglah dia dan pergurukan dia, jika kamu menolak tujukan pemegang keris pada arah selatan. Maka ia akan kembali kepada ku”
Aku hanya mengganguk faham. Perempuan yang mengiringinya meletakkan keris itu ke bawah dihadapan ku.
“Akan banyak yang datang mencabar hidupmu pada masa kan datang, maka berhati-hatilah dari terjatuh ke bawah naungan iblis durjana. Perliharalah kehormatanmu dan agamamu serta berserahlah pada yang Esa, hanya dia tempat mu meminta bantuan dan akan datanglah bantuan-Nya dalam pelbagai bentuk. Bersiap sedialah menghadapi masa depan mu dengan membantu yang memerlukan.”
Seiring itu, dia berlalu pergi dengan diiringi para pengiringnya serta kuda putih sasa nya memecah kesunyian malam.
Aku tidak bercakap apa-apa pun dengan dia, aku hanya mampu menjawab salam nya. Dalam waktu tersebut, aku hanya mendengar apa yang ingin dia katakan. Tiada sedikitpun perasaan ingin tahu aku bertanyakan pelbagai persoalan yang masih menjadi misteri buat aku sendiri.
Aku terus tersedar dari mimpi. Telinga aku berdesing dan kepala ku sedikit berpinar, terhidu bau wangi halus yang tak pernah aku cium sebelum ini. Dan di hujung kaki katil ku, kelihatan 1 kotak kayu biasa isinya sebuah keris lama, bentuknya hampir sama seperti dalam mimpi ku tapi warna nya tidak sama. Seperti keris ini sudah lama tidak diasah.
#Aku cuba mengingati kembali wajah mulus ratu laut selatan itu, tapi tidak jelas. Seolah-olah aku lupa wajah nya. Adakah ia hanya mainan mimpi? Jika ya, bagaimana aku hendak mengulaskan kewujudan keris ini?
Keesokan harinya aku menceritakan mimpi aku pada mami dan dadi, kami meminta pandangan Hj.Man dan mereka katakan itu terpulang ke atas aku, dan Hj.Man scan lah keris ni dan dia katakan benda ini bagus. Maksudnya benda ni benda yang eloklah kan, bukan benda-benda yang salah.
Tapi dalam masa yang sama Hj.Man bagi pesanan dengan aku, zahir batin kena sedia kalau nak bergurukan dengan makhluk ghaib macam ni. Bukan calang-calang benda macam ni nak dipelajari, dan tersangatlah rare kalau dapat menjadi anak murid mereka.
Panjang lagilah ceramah pesanan Hj.Man ni. Tapi selebihnya terpulang dengan keputusan aku.
Aku ada juga, cuba hendak berhubung dengan Ibu raisha atau Azil untuk mendapat pendapat mereka dengan benda ni, yela memandangkan mereka berasal dari alam yang sama jadi mungkin mereka lebih arif tentang benda macam ni.
Tapi cubaan aku sia-sia, walaupun aku cuba panggil ibu raisha dan Azil. Aku ada rasa nak pergi ke kampong ibu raisha tapi risiko aku untuk berada di alam mereka amat tinggi disebabkan jarak masa disana dan di alam kita berbeza. Jadi aku siap solat sunat, solat subuh, asar, zohor dan solat istikarah untuk minta bantuan Allah memberi aku petunjuk.
Dan Alhamdulillah, sedikit sebanyak aku terima dan cuba fahami pertunjuk yang aku dapat.
Malam itu,Aku membawa mami dan dadi meneman aku ke pantai ****** *****, sebab aku katakan aku sudah ada keputusannya. Mami dan dadi bersedia menerima apa-apa sahaja keputusan aku selagi aku tidak menduakan Allah SWT dan selagi aku masih menjaga solat, mereka tak kisah apa-apa keputusan yang aku kehendaki dan aku membuat keputusan untuk menghalakan pemegang keris kearah selatan, aku letakkan pada permukaan air laut serta merta jugalah keris itu menghilang ke dasar lautan.
Dikejauhan aku melihat ada ada pusaran di tengah air laut yang tenang. Agaknya mungkin ke situlah tuju keris tersebut. Aku hanya tersenyum dan bersyukur dengan keputusan aku.
Pada buah fikiran ku, agar sukar untuk aku memegang tanggungjawab seperti ini di dalam zaman serba moden. Cukuplah dengan beberapa perkara yang aku alami yang sudah boleh diketegorikan sebagai cerita fiksen. Bagi aku, itu sudah cukup untuk buka mata aku pada manusia sejagat di zaman sekarang.
Walaupun aku tahu ada baiknya aku mendalami ilmu seperti ini tapi siapa tahu kebaikan yang akan mendatang? Mungkin lebih kepada keburukan. Aku sendiri sedar kenapa dalam keluarga aku yang punya kelebihan ni pernah ada yang sangup butakan mata sendiri dan cuba hentikan penurunan kelebihan ni kepada waris seterusnya. (Bab ni aku dan jelaskan pada episode SIHIR)
Bagi aku sendiri, aku pun tak boleh nak terima logik akal tapi siapa tahu rahsia Allah SWT itu banyak dan diluar kotak pemikiran kita semua?
Cukuplah dengan apa yg aku pelajari daripada mami dan dadi serta Cik ngah dan mak ngah. Bagi aku sudah mencukupi buat aku pelihara diri tapi untuk sampai ke tahap untuk aku untuk mencuba ilmu ini sendiri aku tak boleh.
Masih banyak perlu aku pelajari walaupun dari azali nya lagi aku dah boleh rasa kehadiran benda-benda ni dan lalui beberapa peristiwa pelik dengan mata kepala aku sendiri. Tapi aku buat keputusan untuk cuba menjauhkan diri dari benda macam ni.
Aku tahu, mimpi-mimpi yang aku perolehi tu menandakan anda sesetengah orang yang aku tak kenal atau aku kenal perlukan bantuan aku, seperti yang berlaku kepada Fitrra. Tapi aku tak kuat nak lalui benda mcm ni lagi apabila tempiasnya terkena pada ahli keluarga aku.
Ini dah menjadikan antara hidup dan m**i seseorang.
Biarlah Allah SWT yang merancang perjalanan hidup aku, kerana sebaik2 perancang adalah daripada-Nya. Aku terima setiap perkara yang menimpa dalam hidup aku sebab aku sedar, setiap yang buruk ada baiknya. Kadang2 aku leka dengan dunia sampai lupa nak sujud kepada-Nya.
Walau macam mana sekali pun aku nak larikan diri, benda tu tetap ada berkeliaran di sekitar aku, macam mana pun aku kena lalui nya.
Kepada para pembaca, dari apa yang kita perolehi dari kisah hidup aku jadikan teladan, kuatkan iman kita, dekati Allah SWT, jauhi dari bisikan Iblis yang hendak menyesatkan kita, sememang nya memang itulah tujuan mereka diciptakan.
Sejak kejadian beberapa hari yg lepas, aku tak teringin nak jumpa lagi dengan Ibu Raisha dan Azil tapi mami bagitahu mereka bukanlah pendamping kita tapi hanya utusan Allah SWT untuk membantu tapi tak boleh nak obses sangat dgn mereka sebaik-baik pertolongan adalah berdoa kpd Allah SWT. Mereka hanya datang membantu dengan izin Allah SWT dan bukan atas kehendak masing2. Gelang emas yang ibu Raisha bagi aku masih pakai sampai hari ini dan Al-Quran itu, aku bacakan setiap malam, mami cakap, Al-quran yang diberikan bukan untuk disimpan tapi untuk dibaca dan dibelai isi nya serta difahamikan.
Terima kasih atas sokongan dan doa dari para pembaca kepada Liza. Sekiranya ada silap dan salah harap dimaafkan, yang baik datang daripada Allah SWT yang buruk datang dari khilaf saya sendiri.
Nur Kilan




Comments

Popular posts from this blog

KOLEKSI VIDEO / MOVIE ACTION / CARTOON / SEASON#1

AD COLLECTIONS / THAI MOVIES / SEASON#1

CGCZONE 👁‍🗨 PAID ADVERT / SERVIS IKLAN BEBAYAR / DETAILS