KOLEKSI MASAKKAN PELBAGAI RESEPI - CHAPTER#1
KOLEKSI MASAKKAN PELBAGAI RESEPI - CHAPTER#1
➜ RESEPI SOTONG / 01-05
➜ RESEPI DAGING / 06-13
➜ RESEPI KUEW TEOW / 14-20
01. RESEPI SOTONG MASAK PEDAS SEDAP!!
Bahan-bahan:
5 ekor sotong potong bulat
2 serai (hiris halus)
3 bawang merah (mayang halus)
2 bawang putih cincang
2 cm halia hiris halus
1 sudu lada kering kisar atau cili boh
3 helai daun limau purut (hiris halus)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
sedikit sos ikan
6 biji cili padi potong bulat
Cara membuatnya:
1. Tumis serai, bawang putih, bawang merah, halia dan cili potong
2. Masuk kan cili boh, sos tiram, sos cili dan sos ikan. tambah air sikit, masak sampai pekat
3. Masuk kan sotong, tunggu sotong masak
4. Masuk kan perasa, garam gula
5. Akhir sekali masuk kan daun limau purut, jangan masuk awal nanti pahit
Selamat mencuba..
02. SOTONG MASAK JINTAN BERKICAP
Sotong-bersihkan dan potong ikut suka
*10 tangkai cili kering
*1/2 sudu mkn jintan manis
*1 biji bwng besar
*4 ulas bwng putih
*1 inci halia
Kicap manis
1 sudu mkn sos tiram
2 sudu mkn gula putih
Garam n perasa
2 biji kentang-hiris wedges n goreng
1 biji bwng besar-hiris
1'biji tomato-belah2
2 biji cili masak-belah
Daun bawang-hiris panjang2
Cara:
Mesin bahan bertanda*
Tumis bhn mesin hingga garing
Masukkan garam,perasa n gula
Masukkan sos tiram
Masukkan sotong n kicap(bubuh kicap hingga dpt warna yg cantik)
Biarkn agak kering n masukkan kentang
Akhir skali masukkan bawang hiris,tomato n daun bawang..
Siap!!!
03. SAMBAL SOTONG SEDAP
Sotong dibersihkan
Bawang besar dipotong bulat
Bahan tumis:
Bawang merah di blend
Bawang putih diblend
Cili kisar
Asam jawa
Garam
Gula
Secukup rasa
Sedikit kicap manis utk mencantikkan sambal
Cara-cara:
Tumis bahan kisar,masukkan cili kisar,tumis hingga garing,masukkan pes asam jawa,garam gula secukup rasa,masukkan bawang yg dipotong bulat,masukkan sedikit kicap manis ,last masukkan sotong..
04. SOTONG MASAK KICAP RINGKAS
Bahan Bahannya:
600g sotong – dibersihkan dan dipotong bulat 1 inci dan ditoskan airnya.
1 biji bawang besar – dimayang bulat
3 biji cili merah/hijau – dihiris kasar
2 keping asam gelugor
Kicap lemak manis secukupnya
Sedikit garam
Bahan tumbuk/hiris halus:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar saiz sederhana
Cara-caranya:
Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan semua bahan-bahan lain. Gaul rata hingga bawang besar layu dan sotong masak. (Masak sotong jangan terlalu lama, nanti dagingnya akan liat.)
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
05. RESEPI KARI SOTONG
Bahan-Bahan:
8-10 ekor sotong, anggaran
1 senduk minyak masak
2 1/2 sudu besar rempah kari udang atau ikan
1 sudu besar serbuk cili
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
6 batang sayur bendi
1 biji tomato, belah 4
3 sudu besar pati asam jawa
garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk tumbuk halus:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan untuk rempah tumis
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 sudu kecil halba campur
1 tangkai daun kari
Cara-cara
Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan rempah tumis dan diikuti bahan tumbuk halus. Masak sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan bancuhan pes rempah dan serbuk cili dan kacau sehingga warna rempah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak. Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering supaya tidak hangus.
Masukkan sotong, pati asam jawa dan kacau beberapa minit. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih.
Masukkan pula santan pekat, bendi dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan.
➜ RESEPI DAGING / 06-13
06. RESEPI DAGING GORENG KUNYIT
BAHAN2;
-daging lembu(batang pinang)
-bwg putih diketuk
-bwg besar dimayang
-cili api ptg kecik
.
CARA2;
-gaul daging bersama serbuk kunyit,gaeam n sedikit serbuk perasa
-tumis bwg kecik,bwg besar n cili api hingga naik bau
-masukkn daging
-goreng hingga air daging kering n sesikit garing
-kacau..
*dah siap..sempoi giler je kan..
07. RESEPI DAGING MERAH THAI
Resepi paling simple je....main campak2 je
1 paket daging...rebus dulu +pewarna merah
2 sudu mkn cili blander
2 sudu mkn sos cili
1 sudu mkn sos tomato
1 sudu mkn sos tiram
1 sudu mkn sos ikan
1 biji bwang putih di tumbut kasar
Sedikit pakaji..secubit gula...
Bahan hiasan
1biji bwang bsr potong
1 tangkai cili merah bsr
3-4 tangkai cili padi
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun ketumbar
Cara2 msak
Dging dipotong kecik@nipis2..tumis dulu bwang putih smp nek bau...pastu msukan daging...kacau sebati...kemudian msukan..cili blander..cili sos..sos tomato..sos tiram..sos ikan...kacau smua smp naik bau..msukan sedikit gula dgn pakaji...kacau lg smp sedikit kering...kemudian msukkan sedikit air...tabur bahan hiasan kacau smp smua sebati...siap....
08. DAGING BULGOGI
BAHAN-BAHAN:
350gm daging | dihiris nipis
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar gula
1 sudu besar madu
1/2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar bijan | disangai
1 pokok daun bawang | dipotong halus
3 ulas bawang putih | dicincang halus
1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
1/2 sudu kecil serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan perapan kecuali daun bawang dan bijan. Gaul rata dan perapkan daging selama 1-2 jam.
Panaskan kuali dan tuangkan daging serta sos perapan ke dalamnya.
Balik-balikkan daging biar masak sekata. Biarkan sehingga sos perapan mengering.
Apabila dagingnya sudah empuk, taburkan daun bawang dan bijan ke dalam masakan.
09. RESEPI DAGING BLACK PEPPER
Bahan -bahan:
Daging
Bwg putih 4ulas (tumbuk)
Bwg holland 2 biji
Serbuk kunyit 1 sudu kecik
Sos black pepper
Lada hitam 2sudu (tumbuk)
Capsicum hijau 1biji
Tomato 2biji
Carrot (optional,xnak letak pun xpe)
Daun bawang (optional, xnak letak pun xpe)
Garam, gula, aji
Minyak masak
Cara Masak:
Rebus daging smpai empuk. Bila air dh kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau pastu masukkn bwg putih.
masukkn sos blackpepper & lada hitam yg ditumbuk td.
masukkn garam, gula,aji.
Msukkn carrot,lada capsicum.agak2 sayur dah lembut pastu masukkan pulak tomato, bwg Holland & daun bwg.
Ok dah siap!
10. DAGING PALEMBANG
Bahan-bahan:
700 gram daging – potong lebar dan nipis
2 batang serai – dititik
500ml santan pekat
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang
1 sudu besar sos tiram minyak
Bahan (dikisar):
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering
Rempah Penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara-cara Menyediakan:
Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Sesuaikan rasa.
Hidangkan.
11. DAGING KUNYIT
Bahan A
1/2 kg daging dipotong kecil dan nipis.
1 sudu kecil kunyit
1 sudu kecil garamBahan B
1 labu bawang besar dihirit bulat.
1 biji Cili Hijau hiris serong
4 biji Cili Padi (di ketuk)
2 Ulas Bawang Putih (Hiris Nipis)
1 Inci Halia (Hiris Besar)
Bahan C
Lobak Merah (dipotong nipis panjnag)
Bunga Kobis (dipotong kecil)
Cara-cara Menyediakan:
Gaulkan daging dengan kunyit dan garam. Perap dalam 15 minit.
Masukkan daging diperap tadi dalam kuali dan masukkan air hingga tenggelam dagingnya.
Masukkan sesudu minyak masak-untuk lembutkan daging. Rebus hingga kering airnya
Bila air dah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging. Bila dah hampir garing, ketepikan daging di hujung kuali.
Masukkan Bahan B diatas, Kemudian goreng bagi naik bau..
Masukkan Bahan C (goreng sampai Lobak Merah dan Bunga Kobis lembut sikit).
Gaul dan ratakan semua bahan dan hidang.
12. DAGING BAKAR
Bahan-bahan:
600 gm daging (ambil bahagian yang ada lemaknya sedikit)
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada
4 ulas bawang merah
500 ml santan pekat
1 labu bawang besar
Garam
Cara-cara Menyediakan:
Tumbuk bawang putih, bawang merah, jintan manis dan jintan putih.
Campurkan dengan santan, serbuk lada dan garam.
Masukkan daging dan perapkan selama satu jam.
Panggang daging dan semasa membakar percikkan santan menggunakan serai.
13. DAGING MASAK BLACKPEPPER
Bahan-Bahan:
500g daging (bahagian batang pinang)
4 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
Kicap manis
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
2 tangkai cili merah (potong kasar)
Bawang besar holland
2 sudu kecil tepung jagung
Cara Penyediaan:
Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bwg.
Tips
Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.
➜ RESEPI KUEY TEOW / 14-20
14. RESEPI KUEY TEOW GORENG KERANG
Bahan2
Kuey teow sebungkus
Bawang putih ditumbuk kasar.
Cili kisar
Sos tomato
Kicap mee
Kicap manis
Sos tiram
Kerang siap direbus n dikopek
Tauge
Kucai
Garam perasa
Cara memasak
- panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi.
- kemudian masukkan cili kisar.tghu sehingga masak.kemudian masukkan semua bahan2 kecuali kuey teow tauge kucai..kacau2 sehingga rasa semua ok.lebihkan sedikit garam sebab kuey teow ne tawar..
- kemudian masukkan kuey teow kucai tauge.kacau2 sehingga sebati semua..klu tak gelap boleh masukkan lagi kicap manis.
- dah siap boleh la makan sama2 keluarga
Tips tak nak bagi kuey teow melekat semasa goreng
# nak kuey teow cantik kena asingkan kuey teow satu persatu semasa basuh
15. KUEY TEOW GORENG UDANG
Bahan-bahan:
1 peket kuey teow - dilerai-lerai
200gm udang dibersihkan
200gm isi ayam
1 cekak kucai - cuci bersih
100grm taugeh
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 biji telur
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos thai - nampla
Sedikit minyak bijan
Kalau tak masin boleh ditambah kicap - ikut pada citarasa masing-masing
Cara:
1. Kupas semua bawang dan tumbuk lumat. Bersihkan udang dan sayur kucai.
2. Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dengan cili kisar dan biar sampai cili cukup masak.
3. Masukkan daging ayam, udang dan dikacau sampai udang masak, kemudian masukkan semua telur dan kacau semua bahan bagi sekata.
4. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap cair dan kicap manis dan gaul.
5. Masukkan kucai dan taugeh dan kacau lagi. Bila taugeh agak layu terus masukkan semua kuey teow. Kacau semua bahan sehingga rata dan mesra.
6. Boleh la ditutup api dapur bila kueh teow dah masak. Bila goreng kueh teow saya akan guna api dapur yang paling besar dan kuey teow ni dimasak/goreng dengan cepat supaya kuey toew tak jadi hancur kalau terlampau lama dikacau.
16. RESEPI KUEY TEOW GORENG BASAH
Tumis:
2 biji bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 biji cili
.
Dah garing sikit, masukkan:
2 sudu cili boh
.
Tumis seketika, kemudian masukkan:
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
.
Masukkan udang dan kerang ( nak letak ayam/daging pun boleh)
.
Masukkan 2 cawan air
.
Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan:
1 biji telur (dipukul sedikit dengan garfu)
.
Masukkan:
1 bungkus kuey teow
Segenggam taugeh
Sedikit hirisan daun kucai
.
Perasakan dengan garam & serbuk/kiub pati ayam secukup rasa
.
Kacau rata, siap!
17. RESEPI CHAR KUEY TEOW
Bahan Kuah Kicap ( Hidangan utk 8 org )
1 1/2 Senduk kicap Pekat
1 Senduk sos cili
1 Senduk sos tiram
1 Senduk Otak udang
1800ml air rebusan udang
3 sudu gula
4 sudu garam
kalu nk masukkan aji terpulang sya x masukkan
Masukkan semua bahan masak sehingga mendidih
4 sudu chicken stock/ckup rasa permintaan kuah banjir
Sukatan utk periuk saiz kecil
Bahan Tumis
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
kisar keduanya masukkan dlm 1 bekas
segengam cili kering rebus & kisar
3/4 ekor udang
sejemput kerang
semangkuk kuey teaw
kucai di potong 2 inch
sejemput taugeh
sebiji telur
Cara Masak
1- Panaskan kuali masukkan 3 sudu minyak masak
2- Masukkan udang masak api besar smpai garing
3- Masukkan 1 sudu bawang & 1 sudu cili kering.. ada bran sengetkan kuali api akan menyambar.. ni yg buat sedap akn rasa hangit2..
4- Masukkan 4 senduk kuah kicap.. kuah mendidih masukkan kuey teow, kucai & taugeh.. kacau 2 3 kali slow kan api
5- Pecahkn telur kacau sebati terus tutup api... jgn lama nti kuah kering
6- Siap di hidang
Bahan Cili Jeruk
Lada Hijau hiris
3 sudu gula
1 sudu garam
Cuka masak 1 botol
1 cawan air panas
campur semua bahan siap..
18. KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE
Hi kwn2 sekalian, Kuey Teow Goreng Chinese Style. Boleh cuba masakan cina ini dengan sediakan bahan2 seperti di bawah:
Bahan-bahan
(A)
1/2 kg kuey teow
3 biji telur - pukul hancur sahaja
(B)
5-7 ulas bawang putih - cincang halus
Udang dan sotong jika suka
minyak secukupnya untuk menumis
(C)
1/2 sdm sos tiram
1/2 sdt kicap cair
1sdt kicap pekat manis - Sue tambah
1/2 sdt kicap pekat - untuk warna sahaja
1/2 sdt pitis otak udang - Sue tambah
1 sdm sos cili - Sue tambah
*Satukan sebati*
Tauge secukupnya
Daun kucai jika suka
Cara
1) Tumis bahan (B), bawang dahulu sehinnga kuning dan masukan udang. Biarkan sekejap sehinnga udang bertukar warna.
2) Kemudian masukan bahan (A) kuey teaw terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur. Biarkan sekejap sehinnga telur kering.
3) Kemudian masukan bahan (C) dan goreng lagi sehinnga sebati pada mee dan akhir sekali masukan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.
*Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teaw tidak hancur*
19. KUEY TEOW GORENG SEDAPPPPPP!!!
Bawang besar - sy dadu kan je
Cili kering kisar
Sos tiram
Kicap manis
Kicap pekat
Cukup rasa
Gula
Udang/ayam/sotong/fishcake/fishball (optional)
Telur
Kuey teow
Minyak untuk menumis
Panaskan kuali, tumis bawang yg di dadu kan, dh wangi masuk cili kisar, gula, cukup rasa. Tumis smpi pecah minyak. Masuk sos tiram. Then masuk seafood/ayam/fishcake/fishball. Pecah kan telur sebiji. Masuk kuey teow n kicap manis. Kalau nk gelap sikit, boleh letak kicap pekat. Kalau kering boleh masuk air sikit. Bila dh nak masak masuk tauge n kucai. Gaul sekejap, then siap
20. RESEPI KUEY TEOW LADNA
Bahan-bahan :
4 paket kuey teow (leraikan)
2 sudu sos tiram
1/2 cawan kicap lemak manis
1 sudu sos ikan
Sedikit air
Bahan Kuah:
6 ulas bawang putih (cincang halus)
Sedikit minyak untuk menumis
1 cawan isi ayam hiris
1 cawan daging (dah direbus empuk dan hiris)
1 paket serbuk mee sup
Air secukupnya (dalam 3 ke 4 cawan)
2 biji telur
2 sudu sos ikan
1 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
Sayuran pilihan (cendawan hitam yang direndam sampai kembang dan digunting, kailan, kobis cina, carrot dan cendawan enoki)
3 ke 4 sudu tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air
Cara Membuat :
Mula-mula buat kuey teow dulu. Panaskan kuali, masukkan semua kuey teow.
Gaul kicap, sos tiram dan sos ikan dan tuangkan kedalam kueyteow. Kacau guna api kecil sampai semua sebati dan hampir masak.
Tutup api, angkat.
Sekarang buat kuah. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga keperangan dan naik bau.
Masukkan ayam dan daging. Kacau.
Masukkan air. Tambah serbuk mee sup, carrot dan batang kailan.
Perasakan dengan sos ikan. Kacau dan biar mendidih.
Masukkan cendawan hitam. Kacau.
Bila semua sudah mendidih, masukkan kailan dan kobis cina yang dipotong.
Tambahkan telur. Kacau perlahan.
Masukkan air tepung jagung dan kacau sampai pekat dan mendidih. Tutup api.
Tuang kuah atas kuey teow. Makan dengan cili potong dan sos ikan.
Siap.
Comments
Post a Comment