KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU / SEASON #1
👁🗨 SERAM
➜ HZONE 👁🗨 BLOG
GC Special - Read Only
https://youtu.be/albwWXd3mow
➜ CERITA² MISTIK, MISTERI 📛 SERAM
🔝KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
🔛KUMPULAN CERITA HANTU KISAH NYATA
🔝HIMPUNAN CERITA SERAM
🔛KISAH SERAM MELAYU 📛 BERSIRI
🔛CERITA SERAM 👁🗨 BRUNEI PAGE
🔛KOLEKSI VIDEO SERAM
https://chat.whatsapp.com/GkoZrWgBuObKVokhMGF8by
➜ EMAIL thehorrorzone.289@gmail.com
➜ BLOGGER / TheHORRORZONE
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/03/koleksi-cerita-seram-melayu.html
👁🗨 DESCRIPTION
GC ini akan di isikan dengan Koleksi Cerita Seram / Video Seram yg menarik buat bacaan & tontonan anda semua...
100. TOLONG LEPASKAN AKU
MISTIK, MISTERI 👁🗨 SERAM
HZONE ™️ 👁️🗨️ BLOG
the 👁️🗨️ HORRORZONE
👁️🗨️ AD9NINE COLLECTION
CP BY A.D9NINE
🔝Koleksi Cerita Seram Melayu
*TAJUK CERITA : TOLONG LEPASKAN AKU*
PENULIS : BAHRUDDIN BEKRI
KOD : 002750940100
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Nama aku Zulkarnain. Seorang pemuda yang menganggap dirinya happy go lucky, selamba, berjiwa kental, meminati muzik grunge dan metal. Tetapi hakikatnya, aku seorang tidak yakin diri terutamanya kepada perempuan, tidak berapa selamba, mudah risau, dan lagu kegemaran aku pula, lagu rock kapak Melayu tahun 80-an dan 90-an.
Itulah, hidup agak mengecewakan. Tetapi itu bukan persoalan utamanya. Persoalan utamanya, mengapa aku kecewa? Ada banyak perkara yang aku boleh senaraikan yang membuatkan aku kecewa, tetapi aku fikir untuk masa ini, perkara inilah kecewa aku yang nombor satu.
Kecewa aku yang nombor satu itu ada nama. Namanya, Faridah. Bagaimana Faridah boleh menjadi kecewa aku yang nombor satu? Biarlah aku ceritakan. Begini ceritanya.
***
Aku sangat berbangga dengan kelulusan aku, seorang yang mempunyai diploma dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Tetapi setakat itu sahajalah bangga aku kerana, hakikatnya aku bekerja dalam bidang yang tidak perlu pun kelulusan diploma, iaitu menjadi penjual burger.
Sekiranya menjadi penjual burger yang juga merangkap bisnes owner, aku masih dapat berbangga, tetapi aku cuma bekerja di warung Pak Pak. Jangan marahkan editor. Memang nama lelaki itu, Ispak. Lalu dipanggil Pak. Oleh kerana umurnya yang sudah setaraf pak cik aku, maka aku menggelarnya Pak Pak. Pernah juga aku memanggilnya Pak Ispak, tetapi dia tidak berkenaan. Dia mahu sesuatu yang unik, dan aku terpaksa memanggilnya Pak Pak walaupun aku pula yang tidak berapa berkenan.
Menjadi penjual burger di warung burger Pak Pak adalah pekerjaan yang menyeronokkan sebenarnya. Ini kerana selain gaji asas, Pak Pak juga memberikan aku komisen. Semakin banyak burger aku jual semakin banyak komisen aku dapat. Kebiasaannya, komisen yang aku peroleh lebih besar daripada gaji bulanan aku. Tetapi itu semua tidak membantu aku dalam menangani kes Faridah.
Faridah itu, sekiranya dia umpama bulan, dia adalah bulan purnama terang yang ditutup sedikit oleh awan. Cantik, terang namun masih memberi kesan misteri dan mendorong untuk ditatap lama-lama. Sekiranya dia umpama bunga, dia adalah bunga tanjung, yang walaupun jatuh ke tanah, tetap akan dikutip orang untuk diletak di sanggul. Dia putih, berhidung mancung sederhana, mata bundar yang sentiasa cuba ditundukkan pandangannya. Apabila dia tersenyum pula, aduhai.... aku tahu yang aku sudah jatuh cinta.
Faridah itu adalah jiran di hadapan rumah aku. Aku tinggal di flat kos rendah yang cuma ada dua bilik, dan lima tingkat tanpa lif. Apabila aku buka pintu, sekiranya aku bernasib baik, aku akan bertemu dengan Faridah yang kebetulan mahu turun kerja. Dia bekerja sebagai nurse di klinik kerajaan. Jadi waktu kerjanya agak tetap berbanding sekiranya bekerja di hospital. Namun sesekali terpaksa juga dia turun kerja pada waktu malam sekiranya ada kecemasan. Macam mana aku tahu? Sejak tiga tahun lima bulan aku tinggal di situ, aku sudah merisik tentang Faridah daripada Mak Cik Som, bendahari flat, juga daripada surat-surat pada peti surat, sehingga tahu namanya, juga apabila mendengar pintu sebelah dibuka, cepat-cepat aku cuba membuka pintu konon-kononnya untuk terlihat bernasib baik bertemu dia.
Apabila 'nasib baik' itu datang, aku buka pintu dan Faridah juga ikut buka pintu, aku cuba tersenyum. Tersenyum dengan niat mahu memikat Faridah untuk dijadikan isteri. Niat aku memang tidak rendah, tetapi itulah masalahnya. Senyum aku jenis senyum orang tidak yakin, dan akibatnya Faridah biasanya akan masuk balik ke dalam rumah dan tutup pintu, walaupun sudah pakai kasut, ataupun sekiranya pintu dia sudah dia kunci, dia akan cepat-cepat berjalan pergi. Langsung tidak pernah membalas senyuman aku. Paling pedih adalah, aku yakin dia beranggapan bukan-bukan tentang aku. Maklumlah, aku cuma penjual burger.
Kecewanya aku dengan perkara itu tidak pernah padam. Ia tumbuh seiring dengan harapan aku yang juga tidak pernah mahu mati. Sakitnya jiwa, kerana pada ketika akal sudah memberitahu bahawa perempuan seperti itu tidak mungkin dapat kepada lelaki seperti aku, hati pula dengan yakin berkata, sekiranya jujur dan tidak putus asa, bidadari syurga pun mampu diperoleh, apatah lagi seorang manusia yang sekiranya tidak ada dinding, tempat tidurn ya cuma beberapa meter dari tempat tidur aku. Akhirnya, hati dan akal bertarung, dan yang pedih sakit adalah jiwa aku juga.
Tetapi rancangan Tuhan siapa yang tahu. Mungkin berkat doa aku bagi diberikan jodoh yang baik seperti Faridah, hari itu semasa aku baru balik dari membeli makanan tengah hari (kerana aku jarang memasak di rumah), Faridah yang masih berpakaian seragam nurse turun dari tangga dengan wajah yang cemas.
Waktu itu dia nampak ragu-ragu apabila melihat aku, tetapi resah pada wajahnya lebih besar daripada ragu-ragunya.
“Tolong saya....” Untuk pertama kalinya Faridah berkata sesuatu kepada aku. Nada suaranya terketar-ketar. Mungkin pada waktu itu dia turun bagi mendapatkan pertolongan dan aku orang pertama yang dia jumpa.
“Tolong apa?” Aku buat-buat serius.
“Adik saya...”
Aku berfikir sebentar. Faridah memang tinggal bersama dengan seorang adiknya yang masih menuntut di kolej. Adiknya itu yang bernama Fatimah, mengikut pandangan aku sebenarnya jauh lebih cantik daripada Faridah. Tetapi, cinta bukan mengenal rupa, lalu tetap hati aku kepada Faridah. Ewah.
“Mengapa dengan dia?”
“Dia... dia dirasuk....”
Pada waktu itu bulu roma aku meremang. Adik dia dirasuk? Aku tergamam. Dia pandang aku, dan aku memandang dia. Sepatutnya, waktu itu adalah waktu yang romantik. Saling pandang memandang. Waktu yang aku perlu gunakan untuk berkata, “Aku cinta kepadamu. Sudikah kau menjadi isteriku?” Tetapi sebaliknya lain pula yang keluar dari mulut aku.
“Rasuk? Si.. siapa yang rasuk dia?”
“Katanya Halimah. Dia dirasuk oleh hantu yang nama Halimah.”
Degup jantung aku semakin kencang. Ia membuatkan aku kembali teringat kepada peristiwa 10 tahun yang lepas, semasa aku berumur 11 tahun.
***
11 TAHUN DAHULU
Waktu itu aku tinggal di kampung bersama nenek aku. Ayah aku dan ibu bekerja di bandar. Kata ayah, waktu itu adalah waktu yang sukar untuk mereka. Kedua-duanya perlu bekerja yang pendapatannya sedikit. Lalu ayah dan ibu tidak ada kemampuan bagi mengupah pengasuh dan akhirnya, aku dihantar ke kampung, tinggal bersama datuk dan nenek.
Tetapi itu tidak ada apa-apa, kerana aku suka tinggal di kampung. Di situ ada Amran, ada Kasim, dan ada Ratna, yang mana mereka semua sepupu aku. Aku bebas bermain di dalam parit, panjat pokok, cari belalang ataupun menjerat burung wak wak. Itu menjadikan aku lupa tentang soal kemiskinan.
Tetapi hari itu, Kasim datang kepada aku dengan wajah yang serius. Dia datang bersama Amran. Aku pula dengan Ratna sedang bermain dam ular.
“Nain..,” panggil Kasim yang datang dengan seluar pendek warna merah dan t shirt Ultraman.
“Apa?” Aku pandang Kasim. Rambutnya yang lurus tidak terurus. Memang itulah biasanya Kasim. Sentiasa susah mahu kelihatan kemas.
“Malam ini mari ikut kami.”
“Ke mana?”
“Ikut Tok Andak. Malam ini dia pergi berubat ke kampung seberang.”
“Nanti nenek marah.” Aku jeling ke dapur, tempat biasa nenek.
“Mana ada nenek nak marah. Esok Sabtu. Lagipun, aku pun ikut juga,” kata Amran pula. Aku pandang pula Amran yang biasanya bertindak menjadi penjaga kami kerana badannya yang lebih besar, tidak padan dengan umur.
“Saya pun nak ikut,” kata Ratna.
“Tidak boleh! Perempuan tidak boleh ikut! Nanti Tok Andak marah!” tegas Kasim melarang.
Aku pandang Ratna dan nampak wajahnya kecewa. Aku pula sebenarnya memang sudah lama mahu mengikut Tok Andak pergi mengubat orang. Tok Andak itu bukan orang lain, dia sepupu nenek juga. Cumanya, Tok Andak tidak berkahwin jadi dia tinggal seorang diri. Orang kata dia tidak berkahwin kerana ilmu yang dituntutnya itu melarangnya berkahwin. Kalau dia berkahwin nanti ilmunya terbatal. Aku tidak tahu betul ataupun tidak. Yang pasti Tok Andak adalah seorang dukun yang terkenal. Sering sahaja dia dijemput ke kampung lain bagi mengubat orang. Malam ini pun sama, dan kali ini Kasim dan Amran yang selalu mengikut Tok Andak, mengajak aku sekali.
“Saya memang nak ikut, tetapi awak beritahulah nenek dahulu.”
“Kerja senang,” kata Kasim lalu dengan langkah bergaya terus masuk ke dapur. Aku menanti dengan penuh debaran dan lima minit kemudian, dia keluar bersama dengan nenek.
“Nenek benarkan, kau ikut kami,” kata Kasim dengan yakin, dan aku segera memandang ke arah nenek.
“Elok-elok ikut Tok Andak. Jangan buat macam-macam hal. Ingat, Tok Andak itu bukan pergi ubat orang sakit bisul, dia ubat orang kena rasuk. Nanti dengan kau sendiri yang kena rasuk,” pesan nenek dengan panjang lebar, tetapi waktu itu aku masih tidak berasa takut melainkan berasa sangat gembira.
Lalu petang itu, aku sudah siap-siap ke rumah Kasim. Ini kerana rumah Kasim tidak jauh dari rumah Tok Andak. Aku juga memang sudah merancang untuk tidur di rumah ayah Kasim sahaja. Tidak mungkin aku balik ke rumah nenek seorang diri.
Apa yang membuatkan Kasim dan Amran suka mengikut Tok Andak adalah, Tok Andak waktu itu memiliki sebuah kereta lama. Di kampung itu, hanya dua orang sahaja yang ada kereta, iaitu ketua kampung, dan Tok Andak. Nikmat naik kereta itulah sebenarnya yang dicari oleh Kasim dan Amran, juga termasuk aku. Tok Andak pula yang tidak ada anak memang suka sekiranya Amran dan Kasim ada bersamanya, boleh juga dia bercerita menghilangkan rasa kebosanan.
Selepas maghrib sahaja, Tok Andak memandu ke sebuah kampung yang bernama Kampung Gong. Jaraknya mengikut Tok Andak kira-kira 50 kilometer juga. Mungkin akan sampai selepas satu jam lebih perjalanan. Yalah, Tok Andak pun jenis yang memandu dengan penuh berhemah.
“Sakit apa di kampung Gong?” soal Kasim yang duduk di sebelah pemandu.
“Entahlah. Tok Andak pun tidak tahu. Kena tengok dahulu. Tetapi mengikut laporan, orang itu meraung-raung, dan sudah dikurung.”
“Tok, orang itu kena rasukkan?” tanya Amran pula dengan penuh serius.
“Ya.”
“Kena rasuk dengan jembalang?” Kasim meningkah. Suaranya terdengar ketakutan tetapi dibuat-buat berani. Aku yang duduk di belakang sudah berasa kecut perut. Mendengar kata jembalang sahaja sudah cukup untuk aku membayang satu susuk lembaga berbulu yang bertubuh besar dan tinggi. Wajahnya tidak jelas, yang nampak hanya matanya yang kemerah-merahan.
“Bukan jembalang. Kena rasuk dengan puntianak,” bantah Amran pula.
“Jembalanglah!” Kasim tidak mahu mengalang.
“Sudah, jangan bergaduh. Jembalang ke, puntianak ke, hantu penanggal ke, hantu raya ke, semua itu benda yang sama. Manusia sahaja yang pandai-pandai berikan nama kepada mereka.” Tok Andah segera menyampuk dan nada suaranya terdengar tegas.
“Benda apa, Tok?” tanya aku dengan perlahan-lahan.
“Jin. Semua itu adalah jin. Malah iblis pun juga daripada golongan jin, yang sentiasa berusaha menghasut manusia supaya berbuat jahat dan syirik kepada Allah. Semua itu kita gelar makhluk halus yang tidak nampak dengan mata kasar kita. Namun yang pasti, semua itu makhluk Allah, sama seperti kita. Tidak ada lebihnya mereka selagi mana kita yakin kepada Allah Yang Maha Melindungi,” jelas Tok Andak.
“Jin, syaitan dan iblis itu lain-lain?” soal aku lagi.
“Jin itu adalah sejenis makhluk. Kita ini manusia, dan kita juga adalah makhluk. Seperti mana manusia yang ada pelbagai bangsa, jin juga begitu. Iblis adalah daripada golongan jin yang sama-sama dicipta daripada api. Juga seperti manusia, jin juga ada yang Islam dan ada yang kafir. Syaitan pula ada golongan yang berhati jahat, kejam daripada golongan manusia dan jin. Apabila kau sudah besar nanti kau akan belajar juga. Yang utama, tetap yakin, kita manusia ini juga hebat dan kuat selagi mana kita bergantung kepada Allah. Manusia jadi lemah, jadi takut kerana mereka tidak bergantung kepada Allah, mereka bergantung sesama makhluk, bergantung kepada jin dan sebagainya.”
“Tetapi, mengapa orang beri nama jin macam-macam?” Amran menyoal.
“Seperti yang Tok kata tadi, jin ini ada yang baik, ada yang jadi syaitan sebab dihasut oleh iblis. Manusia pula adalah makhluk yang punya imaginasi tidak terbatas. Jin akan menyerupai imaginasi yanga ada dalam kepala manusia. Kalau kita bayangkan lembaga yang besar dengan mata merah, jin yang jahat tadi akan menyerupai imaginasi itu, dan manusia pun terus memberinya nama. Walaupun imaginasi manusia berbeza-beza, sehingga ada banyak jenis hantu yang muncul, tetapi ia tetap mempunyai paten yang sama. Imaginasi manusia biasanya, hantu itu giginya tajam, menakutkan, besar tinggi, berbulu, dan sebagainya. Sebab itulah Tok bawa kamu semua, kerana Tok mahu menunjukkan kepada kamu, bahawa kita yang namanya manusia ini juga kuat.”
Selepas penerangan panjang lebar itu, kami semua diam dan melayan fikiran masing-masing. Memikirkan tentang makhluk-makhluk halus yang mungkin sedang memerhatikan aku sekarang. Bulu roma aku meremang dan aku cepat-cepat rapatkan tubuh aku kepada Amran di sebelah yang juga nampak termenung panjang.
Selepas beberapa ketika, kereta Tok Andak berhenti di hadapan sebuah rumah kayu yang besar, tetapi nampak suram. Daripada apa yang aku lihat, ada ramai juga orang di sana yang sedang duduk-duduk di beranda.
“Tok Andak dah sampai!” kata seorang lelaki yang berkopiah putih di hadapan pintu yang kemudiannya barulah saya tahu, yang dia adalah Pak Majid, ayah kepada perempuan yang kena rasuk, yang bernama Zulaikha. Dia turun dengan tergesa-gesa menyambut Tok Andak.
“Mengapa gelap?” soal Tok Andak.
“Saya tidak tahu Tok. Biasalah Tok, blackout. Bukan Tok tidak tahu kawasan ini memang selalu blackout.”
Tok Andak segera naik ke rumah yang hanya diterangi cahaya lilin. Aku, Amran dan Kasim mengikut dengan taat. Apabila melangkah sahaja melepasi pintu, perkara pertama yang aku lihat di ruang tamu itu adalah seorang perempuan muda yang sedang terbaring dengan mata terpejam, di kelilingi oleh beberapa orang perempuan tua. Itulah Zulaikha. Mereka semua sedang memegang tubuh Zulaikhadan aku yakin, perempuan tua yang berwajah sangat resah, yang sedang duduk di tepi kepala Zulaikha sambil mengusap-usap rambutnya adalah ibu Zulaikha.
“Lepaskan aku... lepaskan aku....” Perlahan sahaja rintihan daripada mulut Zulaikha. Matanya tetap sahaja terpejam.
“Mengapa boleh jadi begini?” soal Tok Andak kepada Pak Majid di sebelahnya.
“Pagi tadi, dia kata mahu cari cendawan di hutan hujung kebun koko saya. Tetapi selepas tengah hari tidak balik-balik. Selepas saya cari, saya nampak dia sudah bersimpuh minta dilepaskan. Terus saya bawa balik rumah.”
Tok Andak mengangguk-angguk.
“Anak kau ada terlanggar rumah jin agaknya. Tetapi hairan, mengapa dia minta lepaskan diri,” kata Tok Andak lalu memandang kami dan berkata, “Kamu semua pergi duduk di dinding.”
Aku hanya mengikut perintah. Tetapi oleh kerana bahagian dinding semua sudah penuh dengan orang kampung yang menyandar, yang datang untuk melihat Tok Andak berubat, maka kami bertiga hanya mampu duduk di hadapan pintu sahaja.
“Tutup pintu,” arah Tok Andak, dan arahan itu segera dituruti.
Tok Andak masih berdiri melihat keadaan Zulaikha yang lemah, dan asyik berkata, “Lepaskan aku... lepaskan aku....”
Namun seketika semua itu berubah, pada ketika Zulaikha tiba-tiba membuka mata, dan matanya tiba-tiba bulat melihat melihat wajah Tok Andak. Zulaikha yang tadinya terbaring lesu terus sahaja duduk dan bertempik, “Siapa panggil dia? Siapa? Jauhkan dia daripada aku! Jauhkan... jauhkan...”
Tok Andak tetap tenang dan kemudiannya dia berkata, “Minta air kosong dalam botol, dan tolong tahan badan dia.”
Seketika itulah, perempuan-perempuan yang mengelilingi Zulaikha tadi terus menahan tubuh Zulaikha, dan Tok Andak terus bersila di hadapan Zulaikha. Tok Andak merenung tajam. Renungan yang tidak pernah aku lihat.
“Jauhkan dia daripada aku.... jauhkan.... dia jahat... dia jahat.....” Zulaikha terus menjerit dan cuba meronta-ronta, tetapi dia tetap cuba ditahan. Namun apabila kudrat perempuan tua sudah tidak mampu, maka kaum lelaki pula mengambil alih tugas itu.
Aku lihat Tok Andak sudah mula terkumat-kamit mulutnya, dan kedengaran dia berselawat, dia membawa bismilah, Al Fatiha, ayat Kursi, dan kemudiannya ayat Quran yang aku tidak tahu surah apa. Sambil membaca, Tok Andak halakan tapak tangannya ke arah Zulaikha.
Zulaikha pula semakin meronta-ronta. Dia yang pada mulanya masih bersuara perempuan kini sudah mula bersuara jantan. Suaranya kasar, garau dan kedengaran dalam.
“Pergi kau... pergi kau orang tua jahanam....,” kata Zulaikha dengan suara yang keras. Aku sudah meremang bola roma dan mula memegang tangan Amran dan Kasim dengan kuat-kuat. Mereka juga sama seperti aku. Nampak cemas pada wajahnya.
“Akhirnya, kau muncul kan diri juga. Siapa kau?” kata Tok Andak dengan nada tegas.
“Perempuan ini sudah pijak rumah aku! Aku mahu ganti rugi!” Sangat keras suara itu, bergema.
“Kalau dia pijak rumah kau, kau buatlah baru. Kau kan kuat. Cepat keluar dari tubuh perempuan ini. Keluar!!!”
“Aku tak nak keluar!!! Aku nak dia ganti balik rumah aku!!”
Aku semakin takut. Suara itu semakin keras dan bergema. Mata Zulaikha juga semakin membulat besar dan merenung tajam ke arah Tok Andak. Sesekali renungan Zulaikha yang menyeramkan itu terlepas juga ke arah aku dan hati aku bergetar kuat, dan rasa menyesal pula mengikut Tok Andak pergi berubat.
“Kau tadi minta lepas, sekarang aku mahu lepaskan kau, tetapi mengapa kau tidak mahu keluar dari tubuh budak ini?” Tok Andak terus menyoal.
“Aku minta lepas daripada pendeta. Bukan daripada kau. Bawa aku ke rumah pendeta. Cepat!!!”
“Pendeta? Pendeta mana?”
“Pendeta yang tinggal di Siam. Pendeta itu!!!!”
Tok Andak berkerut dahi dan dia memandang pula Pak Majid dan berkata, “Jin ini menipu. Kata rumahnya kena roboh, tetapi sebenarnya ada orang hantar dia untuk kacau anak kau.”
Selesai berkata begitu, Tok Andak terus membaca ayat suci Al Quran dengan suara yang semakin kuat, dan Zulaikha juga mula menggeliat kuat dan kemudian terdengar sesuatu yang berbeza daripada mulut Zulaikha. Bahasa Zulaikha mula tidak difahami. Dia tidak bercakap Melayu tetapi berbahasa Siam. Percakapannya itu sangat tertib dan apabila aku dewasa, barulah aku tahu yang itu ia adalah gaya jampi mantera Siam.
“Keluar!!! Allahuakbar!” jerit Tok Andak dan seketika itu juga, terus semua lilin di rumah itu terpadam. Gelap. Yang kedengaran hanyalah suara Tok Andak sedang membaca Quran dan suara Zulaikha yang sedang membaca mantera Siam. Berdengung dan seketika itu jugalah, kedengaran suara lelaki-lelaki yang menahan Zulaikha, berteriak, “Tahan dia! Jangan lepaskan dia!”
Selepas itu, hanya kedengaran suara Tok Andak yang masih membaca ayat suci. Suara Zulaikha sudah hilang, dan kedengaran Pak Majid berkata, “Hidupkan lilin! Zulaikha hilang!”
Pada ketika lilin sudah dinyalakan, ketika itulah juga aku mendengar kembali suara Zulaikha sedang membaca mantera Siam dengan berdengung. Suara itu sangat dekat dengan aku. Aku rasa ia di belakang aku, dan terus aku berpaling, dan ketika itulah Zulaikha yang bermata bulat merenung tajam dengan wajah yang pucat lesi, merapatkan wajahnya ke muka aku. Aku terus pengsan.
Aku tidak tahu berapa lama aku pengsan, tetapi apabila aku bangun, aku dengar nenek berkata, “Macam mana rasanya? Seronok ikut Tok Andak? Dapat hadiah?”
Kemudian aku mendengar hilai tawa Amran, Kasim, dan Ratna. Melalui merekalah aku tahu Zulaikha sudah berjaya disembuhkan. Dia dianiaya kerana sebab yang klasik, ayak Zulaikha menolak pinangan seorang pemuda dan pemuda itu membalas dendam. Melalui mereka jugalah aku mengetahui yang Tok Andak turut mengubati aku kerana risau sekiranya jin itu cuba memasuki tubuh aku pula. Semua itu membuatkan aku fobia dengan perkataan rasuk, dan aku tidak lagi pernah mengikuti Tok Andak ke mana-mana. Walaupun Tok Andak mengajak aku pergi fun fair.
***
“Awak boleh tolong saya? Cepat,” rayuan Faridah itu kembali menyedarkan aku daripada lamunan panjang. Aku dapat merasakan ada titik-titik peluh muncul pada dahi aku. Aku masih fobia walaupun kejadian itu sudah 11 tahun berlalu. Aku berasa, aku akan bertemu lagi dengan seorang 'Zulaikha'.
“Orang lain?” Aku cuba mengelak.
“Orang lain semua sudah pergi kerja. Yang ada semuanya anak-anak dan perempuan sahaja di sini.” Suara Faridah yang lembut resah itu kembali membuatkan aku teringat, yang aku jatuh hati kepada Faridah, dan berasa, inilah peluang aku bagi berlagak hero dan seterusnya cuba memenangi hatinya.
“Macam mana boleh kena rasuk?”
“Dia ada tugasan luar. Dia dan kawannya menginap di homestay. Balik dari homestay itulah dia jadi begini.”
Aku angguk-angguk seperti ambil berat. Aku fikir, adiknya itu dirasuk semasa di homestay lagi tetapi baru meledak di rumahnya. Tetapi apa yang aku boleh bantu? Aku sendiri pun seorang penakut? Namun pada ketika hati aku ragu-ragu itulah, aku melihat lagi wajah Faridah yang bak bulan purnama diselaputi racik-racik awan. Hati aku kembali kuat.
“Baik, saya cuba tengok,” kata aku dengan hati yang cuba bertenang demi cinta kepada Faridah.
Faridah pantas mendaki tangga, dan aku cuba menyainginya. Pada ketika sampai di hadapan rumah Faridah, aku lihat pintu sudah terbuka. Kenangan 11 tahun dahulu kembali menjelma dalam kepala aku. Aku automatik berhenti. Pintu yang terbuka itu sepertinya menyimpan sesuatu yang sangat besar, dan aku seolah-olah dapat merasai tekanan itu.
“Cepatlah,” kata Faridah lembut penuh harap, dan aku tidak mampu berbuat apa-apa selain kembali datang semangat.
Sebaik aku melangkah masuk, aku melihat adik Zulaikha, Fatimah sedang bersimpuh di ruang tamu. Rambutnya yang panjang lurus terburai ke bawah. Kedua-dua tangannya dirapatkan seperti sedang terikat, dan dinaikkan ke atas. Aku tergamam. Kaki aku menjadi beku. Keberanian aku kembali hilang.
“Tolonglah tengok-tengokkan dia,” rayu Faridah dan aku kalah dengan rayuan itu. Aku melangkah ke hadapan Fatimah dengan gaya yang kekok, dan seketika Fatimah yang bersimpuh terus menegakkan kepala menatap aku. Aku berdebar-debar. Tetapi mujur tatapan Fatimah itu lemah, tidak sama seperti tatapan Zulaikha dahulu.
Namun aksi Fatimah yang seterusnya itu, yang membuatkan aku hampir gugur jantung. Dia terus mengengsot ke arah aku, dan baru sahaja aku mahu mengundur, aku terpandang pula wajah Faridah, dan terus aku tidak jadi mengundur.
Fatimah terus memeluk kaki aku, dan aku dan berkata, “Tolong lepaskan aku... aku diikat...” Dia terus menghulurkan tangannya yang seperti sedang diikat, sedangkan dia tidak diikat apa-apapun.
“Aku diikat... tolong lepaskan aku....” Suaranya merintih sayu. Waktu itu aku sebenarnya sudah berasa mahu pengsan, tetapi apabila melihat wajah Faridah, aku terus menarik nafas panjang dan mengatakan dalam hati, hanya inilah peluang aku untuk menakluki hatinya. Aku perlu bantu dia. Tetapi sayangnya, aku tidak menuntut apa-apa ilmu daripada Tok Andak. Sekiranya tidak, pasti aku sudah boleh berbuat sesuatu sekarang.
“Tolong.... lepaskan aku... tangan aku diikat....”
“Macam inilah dia dari tadi. Mujur saya balik sebentar tadi,” kata Faridah dengan wajah runsing tetapi tetap cantik.
Aku kuatkan hati. Aku tarik lagi nafas dalam-dalam dan cuba meniru aksi Tok Andak.
“Kau siapa? Siapa ikat kau? Siapa?”
“Nama aku Halimah. Aku diikat. Aku dibunuh. Aku diperkosa.... tolong lepaskan aku....”
“Siapa yang perkosa kau?”
“Aku tidak tahu. Badannya besar tinggi. Dia perkosa aku. Dia ikat dan bunuh aku...”
“Kalau kau sudah mati, mana boleh kau datang ke dunia lagi. Kau jangan menipu. Kau jin!” Aku ingat lagi kata-kata Tok Andak, yang roh manusia apabila sudah lepas daripada badan akan terus naik ke langit. Roh itu tidak akan sesekali turun ke bumi untuk menjadi hantu atau balas dendam. Cuma jin syaitan sahaja yang mahu menyesatkan manusia, akan menyerupai manusia yang mati tadi, dan berkata mahu balas dendam.
“Tolong aku... tolong aku....” Pada ketika itulah suaranya berubah sedikit dan matanya mula terlihat tajam. Mungkin marah kerana pembohongannya mula terbongkar. Aku telan liur. Aku tahu batas aku sudah sampai. Aku tidak tahu hendak berbuat apa-apa lagi. Aku sudah puas baca ayat-ayat Al Quran yang aku hafal dalam hati, tetapi tetap aku masih berasa gerun. Mungkin fobia semasa kecil masih menghantui aku.
“Dia perlu dihantar berubat,” kata aku sambil memandang Faridah. Itulah jalan yang aku fikir paling selamat. Selamat untuk meredakan fobia aku, dan selamat untuk mengambil hati Faridah.
“Dengan siapa?”
“Kamu tunggu sini sekejap. Aku cari,” kata aku lalu dengan sepantas kilat keluar dari rumah itu. Aku berasa sedikit lega. Sekiranya bukan Faridah yang meminta bantuan, memang aku tidak sanggup untuk menghadapi semua itu.
Dan sekarang, aku buntu. Aku tidak tahu apa yang perlu aku buat. Aku mundar-mandir di tingkat bawah sebelum aku terpandang papan kenyataan. Pada papan kenyataan itu bertimbun-timbun iklan. Semuanya hanya tahu melekat sahaja. Ada iklan plumber, iklan pemasangan Astro, iklan perabot, iklan menghantar tong gas. Di situ juga ada pengumuman, jemputan dari surau bagi gotong royong. Ada nombor telefon Imam bagi dihubungi sekiranya ada pertanyaan tentang gotong-royong. Yang mana agak menghairankan, takkan gotong royong pun boleh keliru?
Tetapi semua itu sudah tidak penting. Pantas aku mendail nombor yang tertera. Aku tahu, hanya Tok Imam sahaja yang mampu menghadapi masalah seperti ini.
“Hello, Assalamualaikum Tok Imam.”
“Hello. Waalaikumsalam. Amboi panggil saya Tok Imam. Tak pernah-pernah orang panggil begitu. Biasa orang panggil bos atau tauke sahaja.”
Aku berasa pelik. Tok imam cakap begitu? Tetapi aku abaikan rasa pelik itu.
“Tok, minta tolong, Tok.”
“Minta tolong hantar gas di mana?”
Aku semakin pelik.
“Tong gas apa pula? Di Blok 4 ada orang kena rasuk. Tok tolong ubatkan dia.”
“Eh, awak salah dail nombor. Saya bukan pandai ubatkan orang kena rasuk. Saya jual tong gas sahaja.”
Terus dia meletak telefon dan aku terkejut. Aku pandang balik skrin telefon aku, dan aku pandang balik papan kenyataan. Rupa-rupanya aku tersalah dail nombor. Iklan penghantaran tong gas pun salah juga. Yang suka hati tampal pada pengumuman itu buat apa.
Sekali lagi aku mendail, dan kali ini tepat. Aku ceritakan segala-galanya, dan selepas lima minit tok imam pun sampai. Mujur dia cuma tinggal di Blok 7. Lebih mujur, aku ada jugalah solat di surau walaupun tidak selalu, jadi dia ada juga dia nampak aku. Kalau tidak, memang malu aku dibuatnya.
“Mana orangnya?” soal Tok Imam.
“Ada di atas.”
Tok Imam ini aku tidak tahu namanya, tetapi mujurlah masih boleh gunakan jawatannya sebagai panggilan. Kalau dia jawatan polis ataupun pegawai JPJ, tidak sopan pula panggilnya Tok Polis atau Tok JPJ.
Aku mendahului Tok Imam dengan cemerlang, kerana Tok Imam ini sudahlah berbadan gempal, dia pakai jubah lagi. Jadi memang agak lambat pergerakannya.
“Saya sudah panggil, Tok Imam,” kata aku sebaik muncul di hadapan Faridah yang masih tetap cantik walaupun dia nampak resah. Fatimah pula masih terus dengan keadaannya.
“Tolong... lepaskan aku... lepaskan aku....”
Sebaik sahaja Fatimah melihat Tok Imam dia terus mengengsot ke belakang dan menjerit, “Mengapa panggil dia? Mengapa?”
Aku terkejut. Bukan terkejut melihat perubahan Fatimah, tetapi terkejut kerana aku menyedari sesuatu. Semasa Fatimah melihat aku, dia terus mendapatkan aku, tetapi apabila melihat Tok Imam, dia terus cuba melarikan diri daripada Tok Imam. Ini tandanya apa? Adakah ini tandanya yang jin itu anggap aku ini kawan dia? Ataupun kerana aku ini tidak kuat amalan, solat pun hujung waktu sehingga jin berasa aku tidak ada apa-apa yang perlu ditakutkan. Semoga sahaja Faridah tidak sedar perkara itu.
“Berikan air,” arah Tok Imam dan Faridah segera berlari ke dapur membuka peti ais. Sebotol minuman osmosis terbalik diberikan kepada Tok Imam.
“Mengapa panggil dia? Mengapa? Saya tidak mahu dia... saya tidak mahu....”
Aku berasa sedikit lega juga, kerana nampak Fatimah tidak seperti Zulaikha yang agresif. Walaupun Fatimah tetap memberi renungan tajam, tetapi renungannya masih lagi renungan tajam seorang perempuan. Berbanding dengan renungan Zulaikha, yang aku sangat yakin, bukan dia yang merenung begitu.
Tok Imam mula membaca ayat suci Al Quran, dan ketika itulah Fatimah menjerit-jerit, “Pergi.... pergi.... pergi....”
“Kau siapa?” Tok Imam menyoal sama seperti aku tadi.
“Aku Halimah... aku diperkosa. Aku mahu bebas tetapi bukan dengan kau...”
Tok Imam tidak melayan dan meneruskan bacaan ayat suci Al Quran. Sesekali berhenti membaca dan berkata, “Keluar... keluar kau dari sini!”
“Pergi... pergi... pergi.....”
Aku menjeling Faridah dan aku lihat ada air mata yang mengalir pada pipinya. Aduhai sekiranya sahaja aku adalah suamimu, pasti akan aku lap air mata itu. Tidak akan aku izinkan ia tumpah ke bumi. Adeh, boleh lagi dalam keadaan begitu aku berimaginasi yang bukan-bukan.
Selepas hampir 30 minit, masih tidak ada perubahan pada Fatimah. Tok Imam pula sudah kelihatan penat, dan aku mula ragu-ragu dengan ilmu Tok Imam. Kalau Tok Imam tidak mampu, nanti hendak panggil siapa lagi. Sesekali aku melihat Tok Imam menyembur air ke arah Fatimah.
Kemudiannya aku terdengar sesuatu daripada Tok Imam. Aku melihat Faridah. Dia juga nampak seperti terkejut. Tok Imam baca takbir raya? Siap dengan lenggoknya sekali. Mungkin juga dia sudah putus asa. Aku nampak baju Tok Imam pun sudah basah.
Kuasa Allah, habis sahaja takbir, Fatimah terus pengsan tidak sedarkan diri. Tok Imam beristighfar. Dia memandang ke arah aku dan Faridah.
“Alhamdulillah. InsyaAllah adik kau sembuh.”
Ketika itu juga, dua orang perempuan yang nampak pucat wajahnya masuk ke rumah. Kedua-dua mereka tidak pernah aku lihat sebelum ini. Seorang bertudung kuning dan berkulit cerah. Seorang lagi berambut pendek separas bahu.
“Mereka rakan Fatimah. Saya yang telefon mereka tadi,” kata Faridah dan aku angguk-angguk faham.
“Apa sebenarnya yang terjadi?” tanya aku kepada mereka berdua.
Perempuan yang berambut pendek segera menjawab, “Pagi tadi lagi, semasa kami mahu keluar dari homestay, kami nampak Fatimah sudah tidak seperti biasa. Dia termenung dan sesekali mendengar dia bercakap seorang diri.”
“Homestay itu di Taman Desadia?” soal Tok Imam pula.
“Ya, di Taman Desadia, Silai 4, Negeri Sembilan. Kami ada projek mengutip data tentang pekerja asing di situ, sebab itulah kami menyewa di situ.”
“Tok pun tahu?” soal perempuan berambut pendek itu lagi, dan ia hanya dijawab dengan angguk-angguk lemah.
Silai 4, yang terletak di sempadan Negeri Sembilan dan Selangor memang kawasan kilang dan di situlah banyak pekerja asing. Bagaimana aku tahu? Kerana aku pernah merayau-rayau di situ mencari kerja kosong.
“Macam mana boleh kena sampuk? Kamu ada buat apa-apa?” Aku masih tidak puas hati.
“Tidak pasti. Tetapi semasa mula-mula masuk, kami ada tanyakan wifi kepada tuan rumah. Nama username wifi nya, 'hantukaklimah'. Fatimah pula terkejut kerana apabila mahu sambung wifi, ia seperti connect kepada 'hantukaklimah'.
“Mungkin sebab itulah nama jin itu Halimah,” kata aku sebelum ketawa kecil. Aku berasa lucu tetapi ketawa aku tidak lama.
“Ini bukan perkara lucu,” kata Tok Imam tegas dan menyambung, “Saya pernah ke Taman Desadia bagi mengubat orang kena rasuk di sana. Di sana memang keras taman perumahannya. Kawasan perumahan baru. Selalu mereka diganggu dan ia masih lagi diganggu sampai sekarang.”
“Semasa kami masuk ke dalam homestay itu pun, kami sudah berasa lain macam. Rasa seperti sejuk-sejuk dan rasa seperti ada yang memerhati. Semasa saya bangun tengah malam mahu buang air, saya terpandang wajah Fatimah dan ia bukan seperti wajahnya. Seperti ada wajah orang lain di situ,” kata perempuan bertudung kuning, dan terus membuatkan aku terdiam. Lama juga aku terdiam memikirkan Taman Desadia itu.
Aku pandang Tok Imam dan berkata, “Kalau Fatimah sudah sembuh, jin itu balik ke Taman Desadia atau tinggal di sini?” Aku mula berasa seram.
“Wallahuaklam. Ada banyak ayat yang boleh kita baca. Tetapi untuk permulaan yang mudah, sentiasa baca Al Fatehah, ayat Qursi, baca ayat tiga Qul, dan baca juga doa nabi Yunus dalam surah Al Anbiya. InsyaAllah Allah jaga kita. Tidak ada kuasa yang lebih besar daripada kuasa Allah. Ingat Allah Maha Besar, Maha Melihat, Maha Mengetahui, dan Maha Simpati. Jangan tinggalkan doa memohon simpati atas kekurangan kita, memohon simpati agar terlindung daripada semua jenis gangguan baik manusia ataupun jin, dan simpati supaya mengampunkan dosa kita.”
Aku tarik nafas dalam-dalam. Doa Nabi Yunus? Alamak yang mana? Aku mahu bertanya, tetapi segan pula dengan Faridah. Kemudian Aku sedikit gementar dengan pelbagai andaian aku sendiri. Aku pandang wajah Faridah dan aku fikir mahu berkata, “Sekiranya ada apa-apa panggil sahaja saya. Saya sentiasa ada di sini untuk awak,” tetapi belum sempat aku berkata begitu, muncul pula seorang lelaki kacak di hadapan pintu. Wajahnya juga nampak resah dan berkata, “Sayang, sayang okey? Maaf lambat. Jem.”
Aku terkejut. Aku dan semua yang ada di situ memandang Faridah, dan pada ketika semua mata memandang, Faridah berkata dengan nada gembira, “Dia tunang saya dari Shah Alam. Saya pun telefon dia tadi.”
Perlahan-lahan aku bangun menuju ke tingkap dan memandang jauh ke bawah. Aku lihat kanak-kanak yang baru balik sekolah, kereta-kereta yang memecut, dan ada sebuah van putih dan seorang perempuan berpakaian juga putih di seberang sedang memandang ke arah flat. Tetapi itu semua sudah tidak penting. Segala rasukan, segala misteri, segala ketakutan itu hilang daripada hati aku, berganti dengan kecewa yang sangat dalam. Kecewa yang aku pohon kepada Allah, “Tolong lepaskan aku daripada kecewa nombor satu ini.”
Tidak aku sedar, ada air mata mengalir dan aku mendengar Tok Imam berbisik, “Eh, jangan-jangan dia pula yang kena rasuk.”
-TAMAT-
101. DI HUJUNG KATIL
MISTIK, MISTERI 👁🗨 SERAM
HZONE ™️ 👁️🗨️ BLOG
the 👁️🗨️ HORRORZONE
👁️🗨️ AD9NINE COLLECTION
CP BY A.D9NINE
🔝Koleksi Cerita Seram Melayu
*TAJUK CERITA : DI HUJUNG KATIL*
PENULIS : HAMBA
KOD : 002750940101
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
“Malam ini Sofia nak tidur di sini,” kata Zara kepada suaminya sambil membetulkan bulu matanya. Bersungguh-sungguh dia bermake up di hadapan cermin. Mencuba maskara baru yang dibelinya tadi.
Rahim yang baru keluar dari tandas tidak bereaksi apa-apa. Dia terus teringat Sofia yang berumur lima tahun. Setahun lebih muda daripada anaknya, Nabila. Dia adalah anak kepada sepupu isterinya.
Keluarga Sofia baru lebih dua bulan pulang dari Sarawak ke Negeri Sembilan. Memang sangat jarang mereka bertemu atas faktor sibuk. Malah pada hari raya sekalipun, mereka jarang dapat bertemu. Tetapi, oleh kerana Sofia dan Nabila dua pupu perempuan, jadi mereka cepat rapat dan serasi. Malah menjadi sangat akrab.
“Esok cuti ke?” soal Rahim. Dia sedang memilih antara baju-baju jersi yang mahu dipakainya untuk futsal pada petang itu.
“Cuti. Birthday sultan. Emak dia hantar nanti.”
Rahim segera menyambar jersi Chelsea berwarna hitam yang ada tiga garis oren pada bahunya. Jersi tahun untuk musim 2010-2011. Untuknya, baguslah Sofia datang. Tidaklah Nabila sunyi.
***
Rahim sampai di rumah, tepat-tepat azan maghrib. Peluh futsalnya sudah kering. Dia mencari Nabila. Biasanya Nabila terus berlari menyambutnya di pintu rumah.
Matanya terus terpandang Sofia yang lurus rambutnya dan putih kulitnya sedang bermain-main anak patung dengan Nabila di ruang tamu. Patutlah Nabila tida pedulikannya/
“Ayah, ayah... malam ni tengok cerita hantu,” kata Nabila yang baru perasan kehadiran Rahim. Dia segera meluru ke arah ayahnya.
Rahim memandang Zara yang sedang menyediakan makanan di atas meja.
“Boleh, yang?” soal Rahim.
“Ada ke abang download cerita hantu?”
“Ada. Thailand.”
“Yeay.” Nabila melompat-lompat gembira.
“Tak takut sangat ke, bang?”
“Nak takut apa? Rekaan semua tu,” balas Rahim lalu terus ke bilik mandi. Memang seperti sudah menjadi tradisi di rumah itu, apabila esok cuti sekolah sahaja, akan ada tayangan filem untuk keluarga. Memang sudah ada projektor jenama Toshiba yang dibeli oleh Rahim. Ia akan dipancar terus ke dinding bilik tidur mereka yang sedia putih. Jimat kata Rahim. Tidak perlu ke panggung.
Malam itu mereka sekeluarga menonton filem seram Thailand. Nabila dan Sofia lebih selalu berada di bawah selimut. Ketakutan. Zara pula sudah tertidur. Hanya Rahim yang menonton 100 peratus cerita itu.
Habis sahaja filem itu, Nabila terus kata, “Ayah, malam ni Nabila tidur dengan mama? Takut. Sofia sekali.”
“Itulah, siapa suruh tengok.”
Nabila tidak menyahut, dia terus sahaja berbaring di sebelah Zara, dan Sofia tidur di sebelah Nabila. Selepas projektor dimatikan, hanya lampu jalan sahaja yang samar-samar memasuki bilik.
Rahim pun sudah layu matanya, dan seiring dengan malam yang sudah larut, dia terus tidur tanpa ada sebarang masalah sehinggalah Rahim tiba-tiba berasa bahunya digoyang-goyang.
“Bang, bang...”
Rahim membuka mata dan isterinya sudah berbisik resah.
“Kenapa ni?” Rahim bangun. Dia terpisat-pisat. Matanya masih tidak dapat melihat jelas.
“Sofia, bang. Sofia.” Suara Zara semakin resah.
“Kenapa?” Rahim cuba memerhati tempat tidur Sofia. Penglihatannya sudah semakin baik.
“Itu... itu...” Zara menunjuk di hujung katil mereka. Di situ Sofia berdiri memandang ke arah mereka tanpa berkata apa-apa. Sofia hanya diam.
“Sofia!” panggil Rahim.
Sofia tetap diam. Dalam samar-samar, dia dapat melihat wajah Sofia tertutup sebahagiannya dengan rambutnya. Sofia terus merenung ke arah mereka. Walaupun hanya samar-samar, tetapi Rahim dapat merasakan renungan itu sangat tajam.
Degup jantung Rahim berlari laju. Rahim segera bangun dan terus menarik Sofia, dan Sofia terus jatuh kembali ke katil. Rahim memeluk Sofia.
“Lepaskan aku!” kata Sofia keras. Seperti bukan suara budak-budak. Tetapi dia tidak meronta-ronta. Dia diam keras dalam pelukan Rahim. Hanya suaranya yang meminta dilepaskan yang kedengaran.
Rahim terus membaca apa sahaja yang terlintas dalam fikiran, dan ketika itulah tingkap bilik terbuka. Langsir terus mengerbang ditiup angin yang deras, tetapi itu hanya sesaat, dan selepas itu tubuh Sofia kembali lembut, dan dia diam terus kembali tertidur.
Rahim dan Zara saling berpandangan. Malam itu mereka tidak dapat tidur, dan esoknya apabila emak Sofia datang, Zara menceritakan semuanya. Sofia dan Nabila ketika itu sedang bermain-main di bilik tidur.
“Ya, Allah. Saya lupa beritahu. Jangan tayang cerita hantu dengan Sofia. Memang ada sesuatu yang mengikut dia. Saya tak tahu apa, dan apabila dia ketakutan atau tengok cerita hantu, dia akan berperangai begitu.”
Mereka diam, terkejut. Emak Sofia menyambung, “Mengapa tidak telefon terus malam tadi?”
“Lepas saya baca-baca sikit, dia terus tidur,” balas Rahim.
“Terus tidur? Hairan, Biasanya kalau Sofia terkena gangguan itu, memang kena panggil ustaz juga. Nampaknya, abang Rahim ada bakat jadi ustaz ruqyah ni,” kata ibu Sofia cuba menceriakan suasana.
“Benda tu tak boleh hilang terus ke?” soal Zara pula.
“Apabila Sofia makin besar, boleh. Ataupun benda tu berpindah pula kepada orang lain yang dia suka.”
Dada Zara dan Rahim berdegup kencang. Kemudiannya terdengar suara Sofia,
“Mama.. auntie, Nabila berdiri hujung katil. Saya panggil-panggil dia tidak menyahut.”
-TAMAT-
102. SELAMAT HARI JADI
MISTIK, MISTERI 👁🗨 SERAM
HZONE ™️ 👁️🗨️ BLOG
the 👁️🗨️ HORRORZONE
👁️🗨️ AD9NINE COLLECTION
CP BY A.D9NINE
🔝Koleksi Cerita Seram Melayu
*TAJUK CERITA : SELAMAT HARI JADI*
PENULIS : HAMBA
KOD : 002750940102
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Tinggal dua hari lagi, hari jadi Amir. Di ruang tamu rumah sewa yang berselerak dengan buku, dan bekas makanan, Ahmad, Sofian dan Sahak mula merancang sesuatu untuk hari jadi Amir. Sesuatu yang besar, sesuatu yang akan Amir tidak lupa. Semuanya kerana Amir adalah rakan baik mereka. Sejak dari diploma lagi mereka bersama, dan kemudiannya mereka tetap bersama-sama ke ijazah.
“Birthday Amir aku cadangkan, kita buat surprise yang dia tidak boleh lupa,” cadang Ahmad yang bertubuh rendah, berkulit cerah dan yang paling banyak mulut.
“Surprise yang tak boleh dilupa? Macam mana?” Sofian yang paling lurus di kalangan mereka bertanya. Cermin mata tebal yang dipakai memang sangat cocok dengan sikapnya, sehingga kerap menjadi mangsa buli rakan-rakannya.
“Surprise yang betul-betul surprise!” Ahmad semakin bersemangat. Pada wajahnya yang cerah itu, tergambar hatinya yang teruja.
Sofian garu-garu lengan. Dia masih keliru dan dia memandang Sahak, orang yang paling pendiam. Tetapi Sahak tidak memberi reaksi. Dia tetap diam. Dia hanya menyandar ke dinding yang sudah pudar warna birunya kerana daki yang orang bersandar.
“Macam mana?” Sofian bertanya lagi.
“Haaa...,” Ahmad mengemaskan duduk silanya dan menyambung, “Begini... aku ada rancangan.”
Sahak dan Sofian memandang tepat wajah Ahmad yang sepertinya sangat teruja.
“Kita buat dia terkejut. Kita panggil dia pergi mana-mana rumah kosong. Kemudian kita takut-takutkan dia. Kita pakai topeng hantu.”
“Selepas itu?” Sofian masih belum dapat gambaran rancangan Ahmad.
“Selepas itu, kita keluarlah bawa kek, bawa tepung, bawa telur, baling ke arah dia dan menyanyi ramai-ramai lagu selamat hari jadi! Barulah betul-betul terkejut.”
Ahmad semakin teruja dengan perancangannya.
“Katakanlah, kami setuju, kita hendak guna rumah kosong mana? Lagi satu, macam mana nak suruh dia pergi situ?” tanya Sofian.
Ahmad yang teruja itu terus menjawab, “Jangan risau. Aku sudah ada rancangannya.”
***
Waktu itu sudah pukul 11 malam. Bulan tidak penuh, tetapi bentuk sabitnya indah tanpa ada awan tebal yang padat. Yang ada hanya awan-awan nipis, cukup sekadar bagi membuatkan awan sabit itu terlihat cantik dengan caranya yang tersendiri, cara yang sederhana.
“Mana rumah tu?” soal Sofian sebaik Ahmad memberhentikan keretanya di hadapan sebuah deretan rumah kedai yang sudah kosong.
“Aku tidak jumpa rumah kosong. Aku jumpa deretan rumah kedai ini sahaja. Tapi ini pun sudah cukup.” Ahmad tersenyum.
Sahak yang duduk di belakang tidak berkata apa-apa. Matanya hanya memandang ke arah rumah kedai yang belum sempat pun ada papan tanda, dan tidak juga sempat ada lampu jalan. Entah mengapa deretan rumah kedai yang nampak moden ini ditinggalkan. Mungkin lokasinya yang tersorok di bawah bukit. Mungkin juga kerana rancangan perumahan di bawah bukit itu terbengkalai dan membuatkan rumah kedai ini ditinggalkan tidak berpenghuni.
“Sunyinya sini. Takutlah aku,” kata Sofian yang terus memerhati. Ke sekeliling.
“Itulah rancangannya.” Ahmad masih lagi tersenyum-senyum.
“Jadi, apa rancangan seterusnya?”
Ahmad tidak menjawab soalan Sofian. Sebaliknya dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menekan loud speaker.
“Hello, Amir. Aku ni Ahmad.”
“Kenapa?”
“Kereta aku habis minyak. Sofian dan Sahak ada dengan aku sekarang.”
“Gila! Kau kat mana?”
“Aku di kedai bawah bukit tu. Yang orang tak ada tu.”
“Macam mana boleh sampai situ?”
“Sofian tadi sakit perut. Tidak tahan, terus aku belok ke sini. Lepas dia buang air, tahu-tahu minyak habis.”
Sofian yang mendengarkan itu, terus menjegilkan mata. Ahmad hanya tersengih-sengih.
“Tensen aku. Tunggulah aku datang.”
“Okey, aku tunggu.”
***
Sudah hampir setengah jam, bayang Amir masih tidak kelihatan. Sofian pula asyik menampar nyamuk yang tidak kelihatan. Mereka bertiga bersembunyi di belakang tiang kedai yang besar, meninggalkan kereta di tepi jalan.Tidak jauh, lebih kurang 10 langkah. Cukup waktu untuk menyerbu dengan pantas.
Harapan mereka, Amir akan sampai ke kereta yang kosong itu. Selepas itu, mereka harap Amir akan menjerit-jerit dua tiga kali. Waktu itulah mereka akan memakai topeng, menyerbu dan menakut-nakutkan Amir. Rancangan yang cukup sempurna.
“Itu, lampu motor. Itu Amir sudah sampai!” bisik Ahmad yang terus merapikan cara sembunyinya.
Sofian sudah tersenyum-senyum. Dia sudah terbayang-bayang bagaimana wajah Amir apabila melihat kereta kosong tanpa manusia itu. Sahak pula terus diam.
Motosikal itu berhenti di tepi kereta. Amir turun dan dengan berpandukan cahaya motosikal dia memeriksa ke dalam kereta. Kosong. Dia memerhatikan ke sekeliling. Sepi dan sunyi. Melihat kereta itu kosong, Amir kembali naik ke atas motorsikal.
“Eh, Amir tak panggil pun kita!” bisik Sofian.
Ahmad sudah kerut dahi. Rancangannya tidak berjalan seperti yang dirancang.
“Kita kena takut-takutkan dia cepat sebelum dia pergi!” Sofian membisik lebih keras.
Ahmad mendengus dan berkata, “Amir ini, langsung tak ada semangat setiakawan. Terus nak lari. Cepat pakai topeng.”
Mereka bertiga terus memakai topeng dan dengan langkah yang laju, mereka bertiga menerkam ke arah Amir.
Amir ketika itu baru hendak memusingkan motosikal terus terperanjat dan terjatuh. Wajahnya pucat dan ketika itulah, Ahmad membuka topengnya dan berkata, “Selamat hari jadi!”
“Yeay, selamat hari jadi!” sambung Sofian dan Sahak yang juga sudah membuka topeng mereka.
Amir tadi yang sudah pucat wajahnya, nampak sedikit lega. “Celaka, korang ni!” Dia menarik nafas panjang sebelum menyambung, “Kamu pakat ramai-ramai ya, mahu takutkan aku. Yang seorang lagi tu, siapa? Mengapa tak buka topeng?”
Sebaik sahaja Amir berkata begitu, Ahmad, Sofian dan Sahak berpaling ke belakang. Di situ mereka melihat satu sosok tubuh yang sederhana. Sama seperti manusia biasa. Tetapi, ia hanya berselubung hitam. Wajahnya langsung tidak kelihatan, hanya hitam. Hanya kedengaran bunyi nafas yang keras.
Ahmad, Sofian dan Sahak terkaku seketika sebelum Sahak yang paling senyap itu berkata, “Lari! Masuk dalam kereta!”
Ketika itu barulah kesedaran sampai. Mereka bertiga terus masuk ke dalam kereta. Amir yang baru berdiri dan menegakkan motosikalnya hanya terhairan-hairan. Sofian terus menarik tangan Amir dan berkata, “Amir tinggalkan motor kau situ! Ikut kami cepat!”
Amir hanya mengikut, langsung tidak berkata apa-apa. Ahmad pula terus memecut laju, dan ketika itulah telefon Ahmad berbunyi. Ahmad yang memandu terus menggunakan fungsi loudspeaker.
“Hello, Ahmad....”
“Ya, Ahmad ni. Ini siapa?”
“Aku lah Amir. Kereta kau kat mana? Aku cari-cari kedai itu, tak jumpa jalan masuk pun!”
“Amir?” Ahmad terkejut. Ketika itulah, Ahmad memandang pada cermin pandang belakang, 'Amir' yang Sofian tarik tadi, merenung tajam... sebelum tersenyum nipis.
-TAMAT-
103. PENGAWAL MALAM
MISTIK, MISTERI 👁🗨 SERAM
HZONE ™️ 👁️🗨️ BLOG
the 👁️🗨️ HORRORZONE
👁️🗨️ AD9NINE COLLECTION
CP BY A.D9NINE
🔝Koleksi Cerita Seram Melayu
*TAJUK CERITA : PENGAWAL MALAM*
PENULIS : HAMBA
KOD : 002750940103
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Aku ingat lagi kejadian itu. Waktu itu aku baru lepas habis belajar di universiti. Konvokesyen tinggal sebulan lagi, tetapi aku belum ada apa-apa kerja yang mendatangkan duit. Sedangkan majlis konvo perlu duit.
Hari itu pula, pak cik aku, seorang pengawal keselamatan datang ke rumah.
“Pak cik malam esok ada kerja sikit. Kamu nak ganti pak cik jaga sekolah tu?”
Aku pandang wajah pak cik aku. Dia adalah abang kepada emak aku. Umurnya kira-kira 50-an tetapi tubuhnya masih tegap. Maklumlah bekas tentera.
“Nanti pak cik beri rm100.”
“Wah, banyaknya.” Aku rasa serba salah. Gaji pengawal keselamatan berapa sahaja? Dari mana pula pak cik aku dapat rm100?
“Itu bukan duit daripada gaji pak cik. Itu duit daripada upah mengubat orang. Itu yang pak cik kena pergi malam ini.”
Aku angguk-angguk. Baru sedikit lega dan bercampur gembira dalam hati aku. Selain menjadi pengawal keselamatan, pak cik aku itu memang sering juga dipanggil untuk mengubat orang yang penyakitnya doktor tak tahu apa. Misalnya, kena rasuk, histeria dan seumpamanya. Hal-hal yang entah, aku sendiri tidak boleh nak fikir, betul ataupun tidak.
Dalam masa yang sama, aku tahu, pak cik aku itu sangat sayangkan kerjanya sebagai pengawal keselamatan. Sebagai bekas tentera, memakai uniform adalah sesuatu yang dapat memberi kelegaan hati.
Akhirnya aku pun setuju dan pada petang itu, dengan motosikal ayah aku, aku pun pergi ke sekolah berasrama itu. Ia terletak di hujung kampung. Betul-betul di pinggir hutan dan menjadikan ia tersorok. Aku tidak faham mengapa sekolah jenis itu biasanya diletakkan pada lokasi begitu.
Sekolah asrama itu sebenarnya, bukan sekolah dalam erti kata sebenarnya. Ia adalah sekolah untuk murid-murid yang sedang dirawat akhlak mereka. Murid-murid yang sudah pandai menagih dadah, mencuri, membuli, seks bebas, dan ada yang mengandung. Ini memang sekolah yang istimewa. Mungkin lokasi yang jauh dan sepi itu berpengaruh dalam merawat mereka.
Ketika sampai di hadapan pagar sekolah, jam sudah pukul tujuh petang. Langit masih cerah, tetapi keadaan di sekolah nampak sepi.
Aku teringat pesan pak cik aku tadi, “Nanti apabila kau sampai, kau jumpa Pak Akob. Dia tinggi-tinggi orangnya. Botak dan matanya nampak tak cukup tidur. Dia aka ada di pondok kawalan. Pak cik sudah beritahu dia tadi, yang kau akan ganti pak cik.”
Aku segera ke pondok keselamatan. Aku dan Pak Akob pula sebenarnya belum pernah berjumpa. Aku fikir dia orang luar. Bukan orang kampung aku. Sampai di pondok kawalan, aku nampak seorang lelaki sama dengan ciri-ciri yang pak cik aku ceritakan. Aku yakin, itulah Pak Akob.Dia sedang duduk di kerusi memandang ke arah bangunan asrama lelaki di sebelah kanan.
“Assalamualaikum, Pak Akob,” sapa aku.
Pak Akob tidak berpaling, sebaliknya dia hanya memberi isyarat jari supaya aku diam. Matanya yang sembab, hitam di bawah mata seperti tidak cukup tidur terus memandang ke arah asrama lelaki. Aku ikut memandang ke situ tetapi, aku tidak nampak apa-apa.
Selepas hampir seminit diam, Pak Akob dengan wajah yang geram akhirnya memandang aku dan berkata, “Malam ini kalau kau nampak apa-apa di asrama itu, kau dengar apa-apa, kau jangan lari, jangan buat apa-apa.”
“Mengapa Pak Akob? Apa sebenarnya ni?” Aku mula berasa tidak sedap hati.
“Ada benda-benda tidak elok datang, nak tinggal di sini.”
“Benda-benda tidak elok? Apa?” soal aku resah.
Pak Akob tidak menjawab. Dia hanya memandang jam tangannya dan berkata, “Kita ke surau, tak lama lagi maghrib.”
Di surau, budak-budak asrama itu tetap tidak seperti budak-budak biasa. Mereka cuma diam dan seperti sedang berzikir. Mungkin cikgu-cikgu di situ sudah berjaya merawat mereka ataupun mereka takut dengan warden mereka. Hanya diam, tunduk dan mereka tidak sekalipun memandang ke arah aku.
Selepas solat maghrib, aku mengikut Pak Akob yang kemudiannya berjalan ke hujung blok sekolah yang paling hujung. Ada empat blok bangunan setingkat untuk sekolah, dan dua blok asrama di situ. Pelajarnya pula cuma ada kira-kira lebih 100 orang ikut kata pak cik aku.
“Kita hendak pergi ke mana?” soal aku kepada Pak Akob.
“Jangan tanya apa-apa.”
Aku terus diam, dan Pak Akob terus melangkah dan mula memasuki bangunan itu. Dia memandang aku dan berkata, “Kamu tunggu situ. Jangan ke mana-mana.”
Pak Akob terus masuk ke dalam kelas yang gelap. Aku pula menunggu di luar yang hanya kedengaran bunyi angin bertiup. Lampu di luar kelas juga tidak menyala dan menjadikan bangunan itu gelap. Hanya mengharapkan cahaya samar-samar dari lampu jalan.
Tiupan angin semakin kuat, dan aku berpeluk tubuh. Ketika itu aku mendengar suara Pak Akob, “Kau keluar dari sini! Jangan harap kau nak tinggal di sini!”
Bulu roma aku berdiri. Pak Akob bercakap dengan siapa dalam gelap malam begini?”
“Keluar!”
Dam! Bunyi pintu dihempas dan terus terbuka. Tetapi aku tidak nampak apa-apa yang keluar, dan kemudiannya, hanya Pak Akob keluar dengan berlari-lari anak.
“Celaka betul benda tu!” Keras sekali suara Pak Akob.
Aku semakin resah. Aku pandang sekeliling, aku tidak nampak apa-apa pun. Mujur Pak Akob ada di sebelah aku. Aku pula langsung tidak berani bertanya.
Aku lihat Pak Akob memandang ke arah sebatang pokok besar di belakang bangunan itu. Wajah Pak Akob nampak sangat marah.
“Turun! Pergi dari sini! Pergi!” jerit Pak Akob.
Aku pandang pokok besar itu. Hanya nampak daun-daunnya yang bergerak-gerak ditiup angin. Kedengaran juga bunyi angin yang melanggar daun dan rantingnya. Bunyinya keras sekali.
Tanpa sedar, aku pegang lengan Pak Akob. Aku tiba-tiba menyesal sanggup menggantikan pak cik aku.
“Kau jangan takut! Itupun makhluk Allah juga,” kata Pak Akob cuba menenangkan hati aku.
Seketika, angin berhenti bertiup dan Pak Akob berkata, “Alhamdulillah, benda itu sudah lari.”
Tetapi itu tetap tidak menghilangkan resah aku kerana keadaan di situ sangat sepi. Hairan betul aku. Murid-muridnya langsung tidak bising. Aku pun dahulu tinggal asrama juga, warden pun garang juga, tetapi tetap meriah di asrama.
Malah aku lihat kuaters guru-guru di situ, yang ada 10 buah, semuanya gelap. Cepat benar mereka tidur.
“Mari. Kau berehat di pondok kawalan. InsyaAllah, tidak ada apa-apa. Semuanya ok, malam ini,” kata Pak Akob dan aku ambil peluang itu untuk terus masuk ke dalam pondok kawalan yang sebenarnya sangat lengkap. Siap ada katil dan televisyen lagi.
“Kau tidurlah dulu, kalau mengantuk,” arah Pak Akob lagi, dan aku tidak lepaskan peluang itu dan terus baring. Cuba pejamkan mata kerana mahu melupakan apa yang terjadi tadi. Bulu roma aku sebenarnya masih belum turun lagi, masih berdiri. Aku tidak tahu bila aku akhirnya tertidur.
Aku terbangun kira-kira pukul lima pagi. Semuanya kerana alarm pada telefon aku yang berbunyi. Aku memang setkan pada pukul lima pagi.
Bangun sahaja aku, aku terus memandang ke kerusi tempat Pak Akob duduk. Kosong. Dia tiada di situ. Aku beranikan diri keluar dan memadang ke arah asrama, dan hanya nampak bangunannya berbalam-balam. Ia gelap. Tidak ada lampu yang hidup.
Aku terus berada di situ sehingga waktu subuh. Aku pandang pula ke arah surau. Gelap. Sepertinya tidak ada yang bangun subuh. Tidak ada orang azan. Pak Akob pun tidak kelihatan. Dalam hati mahu juga aku azan, tetapi ketakutan masih kuat dalam hati.
Aku cuma ambil wuduk pada tandas pondok keselamatan, dan solat di situ. Aku tunggu lagi, dan sehinggalah pagi sudah nampak tanah. Pak Akob masih tidak nampak.
Ketika itulah, aku dengar suara pak cik aku, “Assalamualaikum. Omar kau ada kat dalam?”
“Ada,” dan aku terus keluar.
Pak cik aku tersenyum dan berkata, “Macam mana malam tadi?”
Aku segera ceritakan apa yang terjadi, dan pak cik aku cuma tersenyum-senyum. Selepas itu aku berkata, “Selepas itu, saya tak nampak pun Pak Akob.”
“Sebenarnya, Pak Akob memang tidak ada. Budak-budak dan cikgu-cikgu di sekolah ini pun, semuanya sudah balik kampung bercuti.”
Aku terkejut besar. Aku pandang wajah pak cik aku.
“Pak cik bergurau?”
“Kau periksalah sendiri asrama itu.”
Aku tidak berani ke sana. Aku hanya pandang, dan ia terlihat tertutup rapi. Tidak ada kelibat pelajar-pelajar di situ.”
“Jadi mengapa pak cik suruh saya berkawal di sini?”
Pak cik aku sekali lagi tersenyum dan berkata, “Memang itu perjanjian semasa mahu menggunakan tanah di kawasan ini. Setiap malam, seorang manusia dan seorang... bukan manusia akan berkawal. Sebab, di sini bukan sahaja sekolah manusia, juga sekolah lain.”
-TAMAT-
104. PANGGUNG NO. 5
MISTIK, MISTERI 👁🗨 SERAM
HZONE ™️ 👁️🗨️ BLOG
the 👁️🗨️ HORRORZONE
👁️🗨️ AD9NINE COLLECTION
CP BY A.D9NINE
🔝Koleksi Cerita Seram Melayu
*TAJUK CERITA : PANGGUNG NO. 5*
PENULIS : HAMBA
KOD : 002750940104
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Selalunya apabila ada kerja yang bertangguh di pejabat, aku akan buat dua perkara. Pertama aku akan selesaikan sampai ia siap, dan selalunya ia hanya siap paling awal jam 10 malam.
Hidup seorang akauntan, begitulah.
Perkara kedua yang aku buat, aku akan lepaskan semua sesak dalam kepala tadi dengan menonton filem. Aku akan ke pawagam dan membeli tiket tayangan jam 11 lebih, dan sekiranya kerja hanya siap pada pukul 12, pawagam sudah tutup, aku akan menonton longgokan filem yang aku torrent di rumah.
Hidup seorang bujang, begitulah.
Hari itu, aku hanya berjaya membuat imbangan akaun pada pukul 11.00 malam. Sudah agak lewat dan aku terus sahaja bergerak ke pawagam terdekat.
Kira-kira 5 kilometer dari pejabat, dan apabila malam ia cuma mengambil masa tujuh minit untuk sampai betul-betul di hadapan kaunter tiket. (Berjalan ke kereta, drive, dan seterusnya masuk parking, dan berjalan lagi ke panggung)
Sampai di situ, aku terasa agak lain. Biasanya, pawagam itu penuh, tetapi malam itu sepi. Ruang legar pawagam itu sebesar dua padang badminton. Kaunter pula ada tiga dan hanya satu yang buka. Televisyen yang menayangkan trailer filem pula sudah ditutup. Kaunter menjual popcorn juga hanya tinggal seorang pekerja. Jadi bayangkan betapa sunyinya pawagam itu.
“Tak ramai orang hari ni,” tegur aku.
Pekerja di kaunter, seorang perempuan muda yang sudah letih wajahnya, berkata, “Filem-filem tidak best. Bulan depan baru ada filem best. Lagipun hanya ada satu filem tayang tengah malam ini.”
Aku akui kata-kata dia. Aku memerhatikan senarai filem, dan hampir semua sudah aku tengok, dan semuanya memang tidak mengujakan. Hanya satu yang tertinggal, dan sekiranya ikutkan fikiran waras, aku tidak akan menonton juga filem itu. Tajuknya sahaja sudah membosankan, 'Anak Ayah'. Filem yang konon-kononnya lucu, tetapi melihat pada senarai pelakon, satu pun aku tak kenal. Posternya sahaja sudah bertaraf satu bintang.
“Abang nak tengok mana?”
Aku jeling dia, macamlah aku ada pilihan. Memang hanya tinggal filem Anak Ayah.
“Anak Ayah.”
“Tetapi abang orang pertama beli tiket. Kena ada lima orang yang beli tiket, barulah tayangan boleh mula.”
Aku maklum dengan peraturan itu. Semuanya sebab kos. Sekiranya hanya seorang menonton, memang kos elektrik pun tidak akan dapat balik. Rugi. Lima orang pula, bukan untuk dapat untung, hanya untuk dapat balik modal.
“Tak apalah. Kalau tak ada orang nanti, sayaboleh refund, kan?”
“Boleh. Abang juga, boleh beli lima tiket terus. Senang. Tak perlu refund-refund.”
Aku hanya ketawa. Memang aku mahu menonton filem bagi melepaskan rasa serabut dalam kepala, tetapi tidaklah terdesak sangat sampai hendak beli lima tiket. Apatah lagi dengan filem Anak Ayah.
“Ada 10 minit lagi. Tunggulah,” kata aku dan terus membeli tiket. Aku dapat panggung lima. Kemudian aku pergi ke tandas.
Selesai urusan di tandas, aku keluar dan aku melihat pada papan tanda di hadapan pintu masuk ke panggung. Papan tanda itu ada nombor-nombor panggung. Apabila nombor panggung menyala, maknanya sudah boleh masuk ke dalam.
Aku lihat nombor lima sudah menyala. Maknanya sudah cukup lima orang yang membeli tiket. Aku berasa agak kagum juga. Selain itu, aku rasa gembira. Bolehlah aku menonton filem Anak Ayah walaupun aku fikir ia bukan filem yang bagus.
Aku terus masuk, dan petugas di pintu mengoyak tiket dan berkata, “Tuan terus sahaja berjalan ke hujung.”
Itu mungkin SOP dia. Memberitahu di mana letaknya panggung, dan aku pula walaupun tidak diberitahu begitu, memang aku sudah tahu. Panggung lima memang terletak hujung sekali.
Aku pilih tempat duduk lima baris di hadapan. Aku suka menonton dari jarak itu. Barulah terasa nikmatnya melihat skrin putih yang besar. Kalau jauh, memang akan nampak semua, tetapi apa bezanya dengan menonton televisyen saiz 42 inci di rumah? Aku suka kepala aku bergerak ke kiri dan ke kana.
Masuk sahaja ke dalam panggung, suasananya suram. Hanya lampu kecil di tepi kerusi, yang menunjukkan kedudukan yang menyala. Juga ada dua biji lampu yang sangat suram di kedua-dua belah dinding.
Aku lihat, aku orang yang pertama sampai. Penonton lain tidak kelihatan. Aku ambil tempat duduk, dan sandarkan tubuh. Inilah saat-saat yang paling aku suka sebenarnya. Aku duduk di sebuah bilik yang sunyi sepi. Walaupun mungkin hanya dua tiga minit dalam keadaan sepi sebelum tayangan iklan, tetap ia memberi nikmat. Aku akan pejamkan mata dan menikmati kesepian itu.
Pada ketika aku pejamkan mata itulah, aku terdengar pintu dibuka kasar, dan ada suara budak-budak masuk. Mungkin penonton lain sudah masuk, dan sesaat selepas itu, aku mula terfikir, emak ayah bawa anak-anak menonton filem tengah malam?
Tetapi bukan tidak pernah berlaku, cuma ia biasanya untuk filem-filem blockbuster. Kalau filem Anak Ayah? Ah, mungkin mereka juga bosan seperti aku.
Aku pasang telinga dan mendengar suara anak-anak perempuan berkata, “Sejuknya...”
“Jangan bising....” Ada suara yang menegur. Aku kira itu suara ayahnya.
Kemudiannya aku dengar derap kaki, dan suara ketawa-ketawa yang semakin jelas. Aku fikir, mereka duduk selang dua kerusi di belakang aku. Aku agak. Aku pula masih pejamkan mata sebelum muzik iklan kedengaran. Aku buka mata dan serentak, lampu semua terpadam. Aku halakan pandangan pada layar. Selain iklan telefon, minyak, kolej dan sebagainya, akan ada juga trailer filem-filem yang akan datang.
“Kaki itu jangan lunjur!” Tegas sekali bunyi suara itu.
Aku tiba-tiba terasa mahu berpaling ke belakang. Perasaan ingin tahu aku pada keluarga itu begitu kuat. Tetapi aku risau pula sekiranya mereka salah faham, dan fikir aku marahkan anak-anaknya sebab bising. Jadi aku tidk jadi berpaling.
Dub... kerusi aku seperti ditendang di belakang.
“Jangan lunjur!” Sekali lagi kedengaran suara yang keras.
Tetapi ia hanya disambut dengan gelak ketawa kanak-kanak. Aku fikir, anak-anaknya sudah menendang kerusi aku, tetapi rasanya suara itu bukan betul-betul berada di belakang aku.
“Penatlah ayah...”
Aku pasang telinga lagi.
“Ya, takkan nak lipat kaki. Nak lunjur juga.”
Aku mula berasa hairan. Lipat kaki? Perasaan ingin tahu aku semakin kuat.
Dub! Sekali lagi kerusi aku bergoyang, dan kali ini terasa sangat kuat. Aku sudah tidak dapat menahan rasa ingin tahu lalu terus berpaling ke belakang.
Pada ketika aku berpaling, aku melihat ada empat lembaga yang sangat tinggi di belakang aku. Tingginya tubuh mereka, walaupun sedang duduk kira-kira setengah tiang lampu jalan. Jaraknya mereka pula hanya selang lima kerusi. Tubuh mereka tidak besar, tetapi ia memanjang. Wajah-wajah mereka, juga agak jelas walaupun samar.
Wajah manusia biasa. Wajah orang Melayu, tetapi agak bujur lonjong cekung. Mata mereka juga tertarik ke dalam, namun ia nampak menyala-nyala seperti mata kucing terkena lampu. Bezanya, ia menyala merah suram.
Aku lihat kaki mereka terlipat, dan satu kaki yang panjang menjulur sampai ke belakang kerusi aku. Kini keempat-empat lembaga tinggi itu memandang ke arah aku.
“Ayah sudah kata, jangan lunjur kaki! Nanti manusia tengok!” Suara yang tegas tadi kini berubah menjadi berdengung keras.
“Apa kita hendak buat sekarang?” tanya anaknya yang kakinya sampai ke belakang kerusi aku.
Lembaga yang aku fikir ayahnya, mula berdiri dan tingginya hampir mencecah siling panggung. Aku mendengar nafasnya yang keras. Aku pula terus kaku di kerusi. Ketakutan dalam diri aku itu sudah seperti batu yang menimpa kaki. Kaki aku seperti tidak boleh bergerak. Hanya jantung sahaja yang berlari kencang.
Lembaga itu pula terus melangkah, dan sekali langkah dia sudah berada di sebelah aku. Ketika itulah, aku kumpulkan segala kekuatan aku, aku baca segala ayat suci yang terlintas dalam kepala. Aku jerit sekuat-kuatnya, takbir. Pada ketika itu jugalah, kaki aku mula berasa ringan. Aku terus berlari menuju ke pintu.
Aku tolak pintu, ia terkunci. Aku tolak-tolak pintu, tetap tidak mahu terbuka.
Aku pandang ke belakang, lembaga tinggi kini sudah ada empat, dan semuanya berdiri memandang ke arah aku.
“Tolong! Tolong!” Aku menjerit sambil menepuk kuat pintu panggung.
Empat lembaga itu pula sudah melangkah maju ke arah aku.
“Tolong!”
Aku dapat melihat satu tangan yang sangat panjang, dengan jejari yang juga panjang dihulurkan ke arah aku, dan belum sempat aku buat apa-apa, ia sudah memegang bahu aku. Bahu aku digoyang-goyang.
“Encik, bangun! Bangun!” Aku terus buka mata dan di sebelah aku berdiri dua orang cleaner Bangla. Seorang sedang menggoyang-goyang bahu aku.
“Encik tertidur dalam panggung,” sambungnya lagi.
Aku terus bangun dan melihat ke sekeliling panggung. Sudah cerah tetapi tetap kosong. Aku bermimpikah tadi?
“Saya mimpi?”
“Ya, encik bermimpi. Jerit-jerit.”
Aku sekali lagi pandang ke sekeliling.
“Siapa lagi menonton dengan saya?”
Kedua-dua cleaner itu saling berpandangan sebelum seorangnya menjawab, “Mana ada, encik seorang sahaja yang menonton.”
Aku jadi tidak puas hati. Aku terus ke kaunter dan di situ aku lihat kosong. Sudah gelap, tidak ada orang di situ. Hanya ada seorang pengawal keselamatan dan aku terus pergi ke arah pengawal itu.
“Mana semua orang?”
“Panggung ini sudah tutup. Semua sudah balik. Mana ada orang.”
Aku mula kusut, dan pengawal keselamatan itu sepertinya dapat mengesan sesuatu daripada gerak tubuh aku itu.
“Encik menonton di panggung lima, ya?”
Aku terkejut dan terus berkata, “Ya. Macam mana encik tahu?”
“Panggung lima memang ada sesuatu di situ. Ramai yang sudah terkena. Pengurus pawagam ini pun sudah panggil bomoh dan ustaz. Kata mereka, mereka tak boleh buat apa-apa, sebab di situ banyak orang buat maksiat. Jadi, ada 'benda' yang menunggu di situ. Benda itu satu keluarga. Saya agak benda itu tidak suka orang buat maksiat. Saya tidak tahu apa benda itu, tetapi begitulah ceritanya. Hati-hati, ada kes benda itu ikut pulang ke rumah.”
-TAMAT-
105. JERANGKUNG RUMAH LAMA
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : JERANGKUNG RUMAH LAMA PART 1/2/3
KARYA : NAZ
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940105
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum admin dan pembaca HZONE BLOG. Aku Naz, 27. Kali ini, aku bawa kisah tentang Jerangkung. Kisah ini diceritakan oleh Pak Ngah aku, katanya diceritakan oleh ayah kepada kawannya yang didapati dari orang kampungnya. Kesahihan cerita tidaklah diketahui dan jalan ceritanya aku olah sedikit agar mudah difahami. Happy reading guys.
Tajuk :- Jerangkung Rumah Lama
Pencerita :- Pak Ngah Bakri
Tahun :- Anggaran Tahun 1990- 2000
“Astaghfirullahal azim… macam mana boleh jadi macam ni?” Chief Inspektor Huzaini mengucap panjang. Terkejutnya bukan kepalang apabila melihat mayat kawan baiknya itu seperti dirobek oleh binatang buas.
“Pejabat polis daerah terima panggilan daripada mangsa sekitar pukul 11malam tadi, suaranya seperti dalam ketakutan dan setibanya polis bantuan 30 minit selepas panggilan dibuat, mangsa ditemui dalam keadaan seperti ini, sudah tidak bernyawa.” Inspektor Faiz memberi penjelasan terperinci mengenai kejadian itu.
Chief Inspektor Daud Iskandar ditemui m**i dalam keadaan ngeri dan menakutkan. Matanya terbeliak keluar, isi perutnya dirobek, kepalanya terkehel ke belakang dan terdapat beberapa cakaran panjang dan besar ditubuhnya.
“Tidak mungkin ini angkara binatang buas. ” Chief Inspektor Huzaini berkata sambil matanya masih tidak lari dari menatap jasad arwah kawan baiknya itu.
“Ya Tuan, tidak mungkin ini angkara binatang buas mahupun perompak kerana tiada jejak tapak kaki suspek atau kesan-kesan rumah ini dicerobohi.”
“Dan kami temui buku catatan ini ditangan mangsa.” Inspektor Faiz menyerahkan buku catatan kecil dan tebal berwarna coklat tua yang diletakkan didalam plastik bahan bukti kepada ketuanya.
“Saya akan ambil buku catatan ini dan lakukan penyelidikan. Hantarkan laporan yang lainnya dan juga keterangan saksi mengenai kes ini esok di atas meja saya.”
“Baik, Tuan!” Inspektor Faiz berkata dengan suara tegas sambil tangannya diangkat menabik ke arah ketuanya itu. Chief Inspektor Huzaini membalas tabikan sambil mengangguk kecil.
“Ohhh.. sebelum saya pulang, saya mahu berjumpa dengan saksi iaitu isteri mangsa. Ada beberapa soalan yang saya mahu tanya kepadanya.” Suaranya garau bertanya sambil matanya melilau mencari kelibat si saksi.
“Tapi….Tuan, kita tiada saksi dalam kes ini. Rumah ini kosong dan hanya ada mangsa seorang sahaja didalam rumah ini. Saya fikirkan Tuan mahu keterangan saksi dari orang kampung jikalau ada.” Inspektor Faiz berkata dengan nada terkejut. Dia yakin rumah itu tiada penghuni melainkan mangsa seorang sahaja kerana dia sendiri yang memeriksa setiap penjuru dan ruang didalam rumah tersebut.
“Setahu saya, mangsa tinggal bersama isterinya dan mangsa sendiri yang beritahu saya bahawa mereka berpindah ke kampung ini beberapa bulan yang lalu.”
“Tapi…….memang tiada sesiapa dirumah ini, Tuan.” Inspektor Faiz tetap dengan laporannya.
“Tak mengapalah, akan saya siasat perkara itu nanti. Mungkin isterinya pulang ke kampung keluarganya atau berada dirumah lamanya. Saya sendiri yang akan menelefon isterinya nanti untuk kepastian.”
“Jangan lupa laporan penuh diatas meja saya besok pagi.” Cheif Inspektor Huzaini mengingatkan.
“Baik, Tuan!.”
******************************************
“Kenapa pula enjin kereta ini tak boleh dihidupkan? Rasanya baru saja aku servis beberapa hari yang lalu.” Sekali lagi Chief Inspektor Huzaini cuba menghidupkan enjin keretanya namun masih gagal. Satu keluhan kecil dilepaskan, matanya dipejamkan. Hari ini badannya terasa sedikit penat daripada hari kebiasaannya, mungkin disebabkan dia terkejut dengan berita mengenai kematian kawan baiknya itu. Dia mahu berehat sebentar didalam keretanya itu sebelum mencuba kembali untuk menghidupkan enjin kereta itu. Keadaan ngeri jasad arwah kawan baiknya itu kembali terngiang dikepalanya.
“Aaaaaaaaaaaaarrrggghhhhhhhhh!!!”. Satu jeritan kuat dan nyaring tiba-tiba kedengaran.
Mata Chief Inspektor Huzaini terbuka, jantungnya berdegup kencang. Terkejut dengan suara jeritan yang baru didengarinya tadi. Dipusing tombol tingkap keretanya untuk menurunkan tingkap kereta dan kepalanya menjenguk keluar. Matanya tertacap pada satu tubuh yang begitu kurus dan rambut panjang yang mengerbang tidak jauh dari keretanya. Bukan! bukan tubuh tetapi lebih kepada tulang. Ya, tulang tanpa isi. Dia menggosokkan matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang dilihatnya itu adalah benar, mungkin saja dia masih mamai akibat tertidur didalam kereta.
Susuk kelibat itu menghilang. Matanya melilau ke sekeliling tempat itu namun kelibat itu tidak ditemuinya lagi.
“Mungkin aku terlalu penat sehingga terbayang benda yang bukan-bukan.” Dia cuba menyedapkan hatinya. Baru sahaja tangannya hendak mencuba untuk menghidupkan enjin kereta, dirasakan ada sesuatu berada ditempat duduk belakang keretanya. Segera dia menoleh namun tiada sesiapapun atau apapun disitu. Satu keluhan dilepaskan dan dia mencuba lagi sekali untuk menghidupkan enjin kereta namun kali ini dia terasa satu nafas dihembus dicuping telinganya, tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu kuat.
“DIA MILIK AKU!!!”. Kata-kata itu dibisikkan ditelinganya diikuti dengan ketawa mengilai.
“Bismillahirrahamnirrahim. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada syaitan yang direjam.” Bibirnya menuturkan beberapa ayat pendinding dan kali ini enjin keretanya berjaya dihidupkan. Cepat-cepat dia pergi meninggalkan kawasan itu.
*********************************************
Chief Inspektor Huzaini membelek buku catatan milik arwah Chief Inspektor Daud Iskandar. Banyak catatan yang ditulis, dia tidak minat lagi mahu membaca dan bercadang akan membaca buku catatan itu apabila dia ada masa lapang nanti. Dilangkau ke helaian bertanda ’20’ dibuku catatan milik kawan baiknya itu.
” 23 october…
Hari ini aku terdengar lagi. Ya, nafas kasar itu. Aku terdengarnya lagi pada jam yang sama. Nafas tercungap-cungap seperti kelemasan. Bunyi tapak kaki itu juga kedengaran lagi. Bunyi-bunyi itu kedengaran mengelilingi rumahku dan tapak kaki itu menuju kebilikku. Gilakah aku?” Aku terlalu takut. Sesiapa tolong aku!.”
Catatan itu ditulis dengan tulisan seperti cakar ayam dan seperti ditulis dalam keadaan terburu-buru atau ketakutan. Apakah yang sebenarnya berlaku? Siapakah yang menganggu arwah kawan baiknya itu? Atau soalan yang lebih tepat, apakah sebenarnya yang menganggu kawan baikknya itu?
Peristiwa diganggu oleh suara jeritan dan hilaian ketawa semalam kembali bermain difikirannya. Susuk kelibat yang dilihat semalam itu juga masih menjadi tanda tanya. Benda itukah yang menganggu kehidupan arwah kawan baiknya itu? Kemanakah perginya isteri arwah, Laila? Kenapakah kawan baiknya itu tidak meminta bantuan dari luar atau orang kampung atau sesiapa sahaja?
“Tuan! Tuan Jeneral panggil masuk ke biliknya sekarang. Ada kes mengenai dadah jenis baru dijumpai dan Tuan Jeneral mengarahkan untuk diadakan mesyuarat mengejut sekarang dibiliknya.” Inspektor Faiz membuat laporan. Chief Inspektor Huzaini membalas dengan anggukan, disimpan buku catatan itu kedalam laci almarinya dan segera dia menuju ke bilik Tuan Jeneral Shuhaib.
Okay guys.. sampai sini dulu.. nanti akan sambung pada bahagian akan datang. Mana yang tidak suka bersambung bolehlah tunggu sampai habis kisah dahulu. Aku lebih suka bahagikan kisah ini kepada beberapa bahagian dan kali ini kisahnya lebih panjang daripada biasa, selalunya aku tulis untuk dua bahagian sahaja.
Kisah ini pada pendapat aku lebih kepada rekaan tapi disebabkan jalan ceritanya menarik dan berdebor-debor jantung teman mendengor cerita yang dikaborkan oleh pak sedara teman ni jadi teman mahu jadikan dia penulisan dalam bentuk cerita. Masa Pakngah aku cerita pasal kisah ni, aku jadi nak tahu apa dan apa yang akan berlaku seterusnya. Dah habis solat zohor, sambung pula sampai selepas Isyak. Bayangkan kisah dia panjang mana? Hahaha..Apa-apa pun harap boleh hilangkan kebosanan pembaca HZONE BLOG masa MCO ini.
JERANGKUNG RUMAH LAMA PART 2
Tajuk : Jerangkung Rumah Lama (II)
Pencerita : Pakngah Bakri
Tahun : Anggaran Tahun 1990 – 2000.
Ouchhh!
D***h pekat mengalir dari jari hantu Ija. Segera dia mendapatkan tisu dan mengelap d***h yang masih mengalir itu. Huzaini yang sedang membaca surat khabar bangkit dari sofa dan menuju ke kotak pertolongan cemas didalam almari. Dia menghampiri isteri kesayangannya itu dan jari yang terluka itu dirawat menggunakan first aids yang diambilnya tadi.
“Sayang berangan apa sampai p****g buah pun boleh terluka?.” Huzaini bertanya lembut kepada isterinya.
Satu keluhan berat kedengaran dilepaskan dari nafas isterinya. Ija menatap raut wajah suaminya itu dengan penuh kasih sayang.
“Entahlah abang. Beberapa hari ni sayang rasa tak sedap hati.” Ija mengadu.
“Kenapa? anak-anak ada buat masalah ke?”. Huzaini bertanya dengan nada serius. Jarang anak-anak mereka menimbulkan masalah dari segi akhlak, kalau ada pun disebabkan keputusan sedikit merosot dalam peperiksaan. Bagi Huzaini biasalah perkara itu, dia mahu anak-anaknya jadi terpelajar tetapi jika mereka tidak mampu, anak-anaknya kena usaha tetapi dia tidak mahu menekan sehingga menjadi bebanan kepada anak-anaknya.
“Anak-anak Alhamdulillah, okay saja abang tetapi sayang sendiri pun tak tahu kenapa rasa berat dan gusar saja hati ini. Serba serbi rasa tidak kena.”
“Macam semalam, sayang nak buat kek marble, sayang rasa baru je tinggal sekejap tapi dah rentung. Bukan hangus tau abang, rentung terus macam bontot kuali tu.”
Huzaini ketawa kecil, diusapkan lembut kepala isterinya itu. Ija sudah menjuih bibir, dirasakan suaminya itu tidak mengambil berat apa yang diluahkan.
“Kalau sayang rasa tak sedap hati, banyakkan berzikir dan dengar ayat Al-Quran. Lazimkan diri baca surah ‘Alam Nasrah Laka Sodraq’ dan surah ‘Ar-Rahman’, inshaAllah bila kita gusar tanpa sebab kita akan rasa tenang nanti. Amalkan hari-hari dan niat minta perlindungan dari Allah SWT.” Huzaini berkata sambil bibirnya menguntum senyuman. Ija mengangguk kecil mengiakan kata-kata nasihat suaminya itu.
“Abang… sejujurnya sayang sudah tiga hari terdengar cakaran diluar tingkap bilik kita dan baru sayang perasan yang cakaran tu berbunyi tepat pukul sebelas malam. Bunyi kuku cakaran tu kuat sangat sampaikan sayang boleh terjaga tetapi yang peliknya abang tidur nyenyak saja kat sebelah sayang. Abang tak ada dengar ke?”. Ija bertanya kehairanan.
“Tidak pula abang dengar apa-apa, mungkin sebab abang penat sangat jadi tidur sampai tak sedar akan bunyi-bunyi tu. Sepanjang tiga hari tu, memang sayang dengar setiap hari ke? atau kadang dengar kadang tidak? setiap hari sepanjang tiga………..” Huzaini tidak meneruskan kata-katanya.
Tiga hari? Tiga hari lepas adalah hari kawan baiknya itu ditemui m**i dalam keadaan mengerikan dan juga merupakan hari dia terlihat kelibat susuk tubuh tanpa isi itu. Mayat arwah Daud ditemui dengan beberapa garis cakaran panjang dan besar ditubuhnya. Adakah benda yang menganggu arwah Daud itu kini menganggu dia dan keluarganya pula?
“Abang! Abang! Aaabannggg! Abang dengar tak, apa yang sayang cakap?”.
“Huh? sayang cakap apa?.” Huzaini terpinga-pinga.
“Sayang kata, nanti abang minta tolong Ustaz Anuar untuk tengokkan keadaan rumah kita ni. Kalau tak ada apa, Alhamdulillah lega sikit hati sayang ni. Boleh tak, abang?”.
“Baiklah! nanti abang tanya Ustaz Anuar.” Huzaini berkata sambil tangannya mencapai beberapa hirisan buah yang sudah d******g oleh isterinya dan dimasukkan kedalam mulut. Fikirannya kini pula bercelaru.
*********************************
” 13 April….
Hari ini sekali lagi aku cuba menghubungi Laila tetapi masih tiada jawapan. Surat yang ku kirim juga dikembalikan semula kepada aku. Masih marahkah Laila kepadaku? Ya, mungkin salahku tetapi bagiku sudah tiba masanya Laila tahu mengenai kebenaran ini. Semakin lama aku pendam, semakin aku rasa terbeban dan tidak tenteram tetapi semakin gusar pula hatiku apabila Laila bertindak mendiamkan diri. Aku tidak boleh pulang ke rumah selagi kes belum selesai. Jikalau tidak, aku sendiri yang akan melutut memohon maaf andai itu yang diminta Laila. Tidak mengapalah, esok aku akan cuba menghubunginya lagi.”
Huzaini memicit kepalanya yang terasa berdenyut. Buku catatan itu ditutup dan disimpan didalam laici sebelah katilnya.
Laila berada dimana? Daud pula berada dimana? bukankah merasa tinggal bersama? atau mungkin catatan ini ditulis ketika Daud bekerja diluar kawasan?
Kebenaran apa yang diberitahu oleh Daud sehingga menimbulkan kemarahan Laila?
Huzaini memandang Ija yang sedang lena disebelahnya. Perasaan kasihan dan simpati timbul dihatinya pada isteri kesayangannya itu. Jam menunjukkan baru memasuki pukul sembilan namun isterinya sudah lena diulit mimpi, mungkin kepenatan menguruskan rumah setiap hari. Huzaini bercadang mahu menunggu sehingga pukul sebelas untuk mendengar sendiri bunyi cakaran ditingkap yang diadukan oleh isterinya itu namun matanya juga rasa keberatan lalu dia juga turut tertidur.
“Shrekkkkkkkkkkk! Shreekkkkkkkkkkkkkkk!”
Mata Ija terbeliak, bulu romanya meremang secara sendirinya. Dikejutkan badan suaminya yang tidur berdengkur disebelahnya namun suaminya ibarat tidur m**i, tidak bergerak sedikit pun.
“Abang! Bangunlah abang, sayang dengar lagi bunyi tu.” Ija memandang cemas ke arah suaminya dan dilihat jam dinding yang tergantung dibiliknya, tepat jam sebelas malam. Ya! bunyi cakaran itu kuat kedengaran dari arah tingkapnya. Ija tidak berani hendak menoleh ke arah tingkap tersebut. Tangannya menggoncang kasar tubuh badan suaminya namun masih tidak menunjukkan tanda-tanda yang suaminya akan bangun.
“Shreekkkkkkkk! Shreeekkkkkkkkkkk! Sssshhhhhreekkkkkkkkkkkkkk!”
Ija menekupkan tangannya ketelinga. Bunyi cakaran itu begitu kuat sehingga terasa ngilu dipendengarannya. Didalam hati dia berdoa semoga suaminya itu cepat bangun dari lena.
“Haaa…..haaa…… haa” Bunyi nafas seperti tercungap-cungap itu kedengaran seperti berada disebelahnya. Perlahan namun cukup jelas.
Ija mula terkenang kata-kata atoknya bahawa jika benda itu berbunyi kuat dan nyaring maka ‘dia’ berada jauh dari kita tetapi jika bunyi itu perlahan dan jelas maka ‘dia’ berada dekat dengan kita. Air mata Ija mengalir laju.
“Allah! Allah! Allah!” Bibirnya menyebut Allah berulang kali.
“Abang, tolonglah bangun.” Ija cuba menggoncangkan badan suaminya sekali lagi.
Huzaini bangun dalam keadaan terpinga-pinga, tanpa banyak bicara Ija terus memeluk suaminya dan menangis teresak-esak seperti anak kecil. Huzaini membalas pelukan isterinya dan bibirnya mengalunkan ayat suci Al-Quran bagi menenangkan isterinya. Dilihat jam didinding menunjukkan sudah pukul 11.13 malam. Dia menyalahkan dirinya sendiri didalam hati kerana terlena sebelum pukul 11 malam. Esok dia tekad untuk berjumpa dengan Ustaz Anuar.
**********************************************
“14 April…….
Hari ini aku berjaya menelefon Laila namun hampa, panggilan telefonku dapat disambungkan tetapi tiada satu pun perkataan yang dituturkan Laila. Beberapa kali namanya ku panggil dan aku cuba berborak dengannya namun dia hanya membisu. 5 minit keadaan itu berlalu sepi dengan suaraku sendiri dan talian diputuskan.
Maafkan abang, Laila. Abang akan cuba betulkan keadaan. Abang sayang Laila.”
-Rumah Ustaz Anuar-
Buku catatan itu ditutup apabila Huzaini menyedari kehadiran Ustaz Anuar. Ustaz Anuar merupakan senior sekolahnya dan mereka sudah berkenal rapat hampir 20 tahun. Hubungannya dengan Ustaz Anuar lebih dari seorang abang dan adik. Apa-apa masalah mesti dikongsikan dengan Ustaz Anuar untuk dapatkan nasihat dan dorongan selain Huzaini turut menyertai kelas agama dengan Ustaz Anuar.
Selepas kejadian malam semalam, dia segera menghubungi Ustaz Anuar dan dia diminta untuk kerumah Ustaz Anuar pada hari ini selepas zohor namun setibanya dia dirumah Ustaz Anuar, dia dimaklumkan bahawa ada kes pelajar universiti dirasuk dirumah pelajar terbabit tidak jauh dari situ. Huzaini tidak mahu masuk kedalam rumah walaupun sudah dipelawa oleh anak lelaki Ustaz Anuar, dia lebih selesa untuk membicarakan hal itu dimeja diluar rumah sahaja.
Ustaz Anuar : Kamu cari gaduh dengan siapa pula kali ini?
Ustaz Anuar mengambil tempat duduk dihadapan Huzaini. Satu senyuman terukir dibibirnya.
Huzaini : Tidaklah abang, bukan saya cari gaduh tetapi entahlah….. saya pun tidak faham kenapa dia ganggu saya dan keluarga.
Ustaz Anuar : Kamu tahu apa yang sedang ganggu kamu sekeluarga?
Huzaini : Perempuan rambut mengerbang dan mempunyai badan yang kurus kering, mungkin juga hanya tinggal tulang tanpa isi.
Ustaz Anuar mengangguk kecil, dihirup air kopi yang dihidangkan oleh isterinya.
Ustaz Anuar : Jerangkung. Benda yang ganggu kamu sekeluarga sebenarnya adalah jerangkung. Jerangkung ni sama macam saka. Ada tuannya sendiri. Dari cara dia ganggu kamu sekeluarga, nampak macam agresif mungkin tuannya ada berdendam dengan kamu.
Huzaini : Tak mungkin sebab Daud merupakan kawan baik saya, abang. Lagipun, dia sudah m**i.
Huzaini menghela nafas kasar. Dia menceritakan perkara sebenar yang terjadi pada Daud dan peristiwa pertama kali dia melihat kelibat tersebut.
Ustaz Anuar : Cuba hubungi isterinya Laila. Tanyakan apa sebenarnya yang berlaku. Setiap saka ada tuannya, jika tuannya m**i berkemungkinan dia mahu mencari tuan yang baru.
Setelah mendapatkan air penawar dan ayat pendinding, Huzaini meminta izin untuk pulang. Risau hatinya meninggalkan keluarganya ketika ini walaupun sebelum ini kerap kali dia outstation di luar namun kali ini, perasaannya lain.
Ustaz Anuar : Berpegang teguh pada pertolongan Allah. Yakin dengan Kuasa dan KudratNya.
Ustaz Anuar : Kalau boleh, kamu pulangkan buku catatan itu pada balai kamu atau pulangkan semula ke rumah arwah.
Huzaini hanya mengangguk.
JERANGKUNG RUMAH LAMA PART 3
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum wbt admin dan pembaca HZONE BLOG. Aku Naz, 27.
Tajuk : Jerangkung Rumah Lama (III)
Pencerita : Pakngah Bakri
Tahun : Anggaran Tahun 1990~2000
“Reza, cari maklumat mengenai isteri mangsa, Laila. Dapatkan nombor telefonnya di dalam senarai kenalan telefon milik mangsa. Saya percaya, mesti disitu terdapat nombor telefon Laila dan saya mahukan senarai panggilan keluar dan masuk juga”.
“Maaf Tuan jika saya bertanya, kenapa tidak kita cari waris atau adik beradik mangsa dan juga isterinya, Laila. Mungkin mereka lebih tahu apa yang terjadi. Disebabkan rumah mereka jauh dari orang kampung dan mereka juga tidak peramah, sulit untuk kami mencari dan mendapatkan keterangan saksi.”
“Kedua-dua mangsa dan isterinya, Laila adalah anak tunggal. Ibu bapa mereka pula sudah lama tiada. Kes ini dikira closed case tetapi saya yang mahu siasat apa sebenarnya terjadi. Ada apa-apa lagi soalan?.” Chief Inspektor Huzaini memandang wajah Sarjan Reza.
“Tiada, Tuan!.”
“Oh! Pulangkan semula buku catatan ini pada kotak bukti. Jangan bagi sesiapa pun buka dan baca isi didalamnya.”
“Tetapi kenapa Tuan? Mana tahu mungkin kita akan dapat petunjuk melalui buku catatan ini.” Sarjan Reza bersuara.
“Lakukanlah jika kamu atau sesiapa berani untuk dikacau oleh benda halus. Saya dan keluarga diganggu setiap hari sejak saya bawa pulang buku catatan itu. Kalau kamu mahu tanggung risiko, silakanlah.” Chief Inspektor Huzaini berkata dengan tenang.
Sarjan Reza terdiam. Dia tahu tidak mungkin Chief Inspektor Huzaini bergurau ketika ini. Dia mengambil buku catatan berwarna coklat tua itu dan meminta diri untuk keluar.
**********************************
Ustaz Anuar : Macam mana keadaan kamu sekarang? Masih diganggu?
Huzaini : Alhamdulillah, setakat ini tiada gangguan. Saya tanya pada Ija, dia juga kata sudah tiada gangguan pada malam hari.
Ustaz Anuar mengangguk kecil. Dipandang tepat ke arah wajah Huzaini yang sunggul.
Ustaz Anuar : Habis tu, kenapa muka kamu muram saja? Ada masalah lainkah?
Huzaini hanya membisukan diri. Kepalanya menggeleng beberapa kali. Tidak mungkin dia bicarakan apa yang terbuku dihatinya kepada Ustaz Anuar, boleh jadi dia pula yang akan dimarahi kerana degil.
Semua hasil selidik dan bahan bukti menemui jalan buntu. Salah satu cara adalah dengan membuka dan membaca buku catatan milik Daud tetapi jika disuarakan perkara itu kepada Ustaz Anuar, pasti idea itu ditentang dan sejujurnya dia juga berasa gusar. Gusar gangguan itu akan berulang semula jika dia membuka kembali buku catatan itu. Terkenang dia pada perbualannya dengan Sarjan Reza dibiliknya semalam.
Reza : Tuan! Ini senarai keluar dan masuk panggilan mangsa. Selain Laila, nombor telefon atas nama Mawar juga kerap dihubungi mangsa dalam tempoh tiga bulan sebelum mangsa ditemui m**i.
Huzaini : Mawar? Siapakah Mawar?
Huzaini cuba mengingati jika ada kenalan Daud yang bernama Mawar…. Arghhhh! Kenapa kes ini menjadi semakin rumit? Setiap persoalan tidak menemui sebarang jawapan, kini timbul pula persoalan yang lainnya.
Reza : Kami cuba mencari saksi dalam kalangan penduduk kampung disitu namun tiada yang mengenali mangsa dengan rapat dan mangsa juga dikatakan tidak bergaul dengan penduduk kampung.
Reza : Seminggu di awal perpindahan mangsa ke kampung tersebut, mangsa menghadiri solat berjemaah di masjid setiap hari untuk solat maghrib dan isyak namun selepas seminggu, mangsa tidak kelihatan lagi dimasjid tersebut.
Sarjan Reza meletakkan beberapa sampul surat dan bil dihadapan Chief Inspektor Huzaini.
Reza : Bil api dan air rumah mangsa tertunggak selama tiga bulan dan telah d******g. Surat-surat yang dikirimkan atas nama mangsa, Laila dan Mawar juga dipulangkan semula ke pejabat pos dan tiada tuntutan keatas surat itu diambil oleh mana-mana wakil.
Rumit! Memang rumit. Ia seumpama menyelesaikan kes roh tanpa jasad. Tiada saksi dan bahan bukti yang kukuh. Kehadiran mangsa juga samar-samar, kadang-kala dilihat dan kadang-kala tengelam tanpa berita.
Ustaz Anuar : Jauh kamu termenung. Jarang abang lihat kamu termenung. Jika ada masalah jangan dipendam, cuba bukakan hati untuk berkongsi masalah.
Huzaini : Tiada apalah abang. Biasalah masalah ditempat kerja kadang-kala terbawa juga balik ke rumah.
Huzaini tersenyum tawar. Dia mengalihkan topik dengan berbicara mengenai anak-anak Ustaz Anuar. Mereka berkongsi cerita mengenai keluarga masing-masing. Biarlah! Untuk seketika, dia tidak mahu memikirkan mengenai kes misteri sahabat baiknya itu.
Huzaini meminta diri untuk pulang. Sudah lama mereka berborak sehinggakan jam menunjukkan hampir pukul 6 petang.
Ustaz Anuar : Uz! Ingat pesan abang, jangan kamu ambil kembali apa yang sudah kamu pulangkan. Semua itu bisikan syaitan, gusar nanti jika tiada kekuatan iman kamu akan terpesong.
Tapak kaki Huzaini terhenti dari mengaturkan langkah. Dia tergumam lantas dia menoleh ke arah Ustaz Anuar. Ustaz Anuar mengukir senyuman kecil, segera dia menghampiri Huzaini dan menepuk lembut bahunya.
Ustaz Anuar : Abang tahu apa yang kamu gusarkan walaupun kamu tidak mahu ceritakan pada abang tetapi percayalah itu bukan jalan yang terbaik malah mungkin mengundang kecelakaan dikemudian hari. Kamu kena kuat melawan keinginan kamu. Biarkan yang pergi itu pergi, kita yang masih hidup ini kena teruskan kehidupan.
Huzaini terdiam seribu bahasa. Tiada tutur kata melainkan hanya anggukan sahaja. Dia akui itulah jalan yang terbaik.
*******************************
“shhhhhhhhh…….&*#^/@@^#$%€÷&&##”
“shhhhhhhhhhh…….”
Suara-suara itu rancak berbual. Tidak diketahui butir bicaranya namun cukup binggit. Huzaini terjaga, dilihat isterinya sedang mencangkung dipenjuru bilik.
“shhhhhh….. @$%×*&_£×”
“Hihihihihi………….”
Suara itu berbunyi lagi diikuti dengan hilaian ketawa yang halus. Huzaini mengusap matanya dan memandang ke arah isterinya yang masih mencangkung dihujung penjuru bilik mereka. Dia yakin suara berbual dan ketawa itu datang dari arah isterinya.
“Sayang buat apa disitu?”. Huzaini bertanya seperti orang bodoh lantas dia turun dari katilnya dan berjalan menuju ke arah isterinya itu.
Suara yang rancak berbual itu terhenti. Ija menoleh ke arah Huzaini dengan muka yang bengis seolah-olah geram apabila perbualannya diganggu. Ija merangkak laju menghampiri Huzaini sambil mengekek ketawa.
“Dia dah jadi milik aku. Kau tak akan boleh pisahkan aku dengan dia. DIA MILIK AKU!!!”. Ija menjerit seperti orang gila sambil mencakar badan Huzaini dengan kukunya yang panjang.
Pedih dan bisa menyerang tubuh Huzaini. Dengan hanya satu cakaran namun cukup membolehkan dia meraung kesakitan.
“ALLAHU AKHBAR!”
Huzaini terjaga dari tidurnya. Peluh menitik dari dahinya meskipun biliknya sejuk dengan aircond yang bersuhu 16 darjah celcius. Dipandang Ija yang lena diulit mimpi disebelahnya.
“Astagfirullahal azim…. aku mengigau rupanya.”
Dia memandang ke arah jam didinding yang menunjukkan tepat pukul 11 malam.
******************************
Aira : Ayah, can we talk?
Huzaini mengangguk sambil kakinya melangkah mengikuti Aira, anak sulungnya.
Aira : Hurmmm… Kakak serba salah sebenarnya tapi risau juga jika dibiarkan. Ayah tak rasa pelik ke dengan kelakuan Ibu sejak akhir-akhir ni?
Huzaini : Pelik? Apa yang peliknya pada ibu kamu tu? Ayah tengok elok saja.
Aira : Ayah jangan marah ya. Aira cuma nak beritahu ayah yang sejak kebelakangan ni, Aira selalu tengok dan dengar ibu berbual seorang diri. Mula-mula adik yang perasan jadi adik cerita pada Kakak dan memang bila diperhatikan ibu sering berbual dengan seseorang tetapi tiada sesiapa pun waktu tu selain ibu.
Aira menceritakan pada Huzaini yang Ija sering bersikap baran ketika Huzaini tiada dirumah. Jika dia dan adiknya berbunyi bising sedikit pasti ditempelak dan dimarahi mereka berdua berbeza dengan sifat ibunya itu yang dahulunya seorang lemah lembut.
Aira : Adik beritahu Kakak yang ibu sering menyebut nama Laila dan Mawar. Kadang-kala ibu marah, kadang-kala ibu menangis dan ada masa ibu ketawa mengilai. Sekarang adik jadi fobia mahu dekati ibu, puas kakak pujuk adik dan cuba tenangkan dia namun adik jadi takut sangat bila berhadapan dengan ibu. Adik juga beritahu kakak yang kadang-kala dia lihat seseorang yang bertubuh kurus kering, tulang tanpa isi dan mempunyai rambut yang kusut dan mengerbang mengikuti ibu. Kakak takutlah ayah.
Mata Aira berkaca. Dia kasihankan ibunya namun dalam masa yang sama dia juga mempunyai perasaan takut untuk mendekati ibunya itu. Huzaini memeluk anak sulungnya itu dan diusap kepala Aira perlahan.
“Ayah janji akan siasat dan cari penawar untuk ibu. Ayah nak kakak dan adik dekati ibu macam biasa ya, jangan biarkan ibu keseorangan, boleh kakak?”. Huzaini memandang tepat kearah anak mata Aira.
“Boleh ayah tapi janji ya sembuhkan ibu. Aira nak ibu yang dahulu.”
“Ayah janji.”
**************************************
“20 April…..
Aku suarakan keinginanku untuk pulang ke kampung untuk berjumpa dengan Laila kepada Mawar. Puas juga aku terangkan segalanya kepada Mawar kenapa aku tekad bertindak sedemikian rupa namun Mawar enggan menerima. Katanya ini bukan masanya lagi dan Mawar juga belum bersedia. Aku mahu berikan Mawar masa namun setiap saat yang berdetik menyebabkan aku memikirkan keadaan Laila yang sepi tanpa khabar.”
“23 April…..
Sejak aku suarakan kehendakku untuk pulang menemui Laila, Mawar ku lihat sering termenung, adakala dia menangis. Ya! semua ini terjadi kerana nafsu dan salahku sendiri. Mawar juga mangsa keadaan. Mungkin benar kata Mawar, sekarang bukanlah masa yang sesuai.”
“27 April ……
Mawar tiba-tiba datang memohon maaf kepadaku dan bersetuju untuk pulang kekampung untuk berjumpa dengan Laila. Tidak! aku yang sepatutnya melutut dan meminta maaf kepada dua insan ini, Laila dan Mawar. Aku yang bersalah.”
“30 April…..
Hatiku berdebar-debar menunggu tibanya hari esok. Esok, aku dan Mawar akan berjumpa dengan Laila. Mawar berkata kepadaku bahawa dia rela jika Laila bertindak mengherdik, memaki dan memukulnya. Dia pasrah jika itu yang boleh lembutkan hati Laila dan menerimanya. Salah aku berkahwin tanpa pengetahuan dan persetujuan Laila. Salah aku juga kerana merahsiakan status perkahwinanku kepada Mawar. Kedua-duanya tidak bersalah. Aku yang kejam! Kejam kepada kedua-dua insan yang amat aku cintai. Aku harap semua ini akan berakhir dengan satu kemenangan.”
Huzaini melipat hujung helaian buku catatan itu dimuka surat bernombor 13. Ditatap gambar wanita pada sekeping gambar yang terselit dihelaian buku catatan itu. Dia pasti gambar wanita tersebut adalah gambar Mawar kerana walaupun jarang berjumpa dengan Daud dan Laila setelah masing-masing bertukar tempat bertugas namun dia masih mengingati wajah Laila. Laila dan Mawar sama-sama memiliki kecantikan yang tersendiri, tidak mustahil mengapa Daud boleh jatuh cinta kepada kedua-duanya. Buku catatan itu dimasukkan kedalam beg bimbitnya. Huzaini pasrah jika dia terpaksa melanggar arahan Ustaz Anuar, dia perlu selamatkan keluarganya kerana dia tahu ‘dia’ bukan menganggunya kerana Huzaini mengambil buku catatan milik Daud itu tetapi kerana ‘dia’ ingin memiliki jasad isterinya dan mengawal sepenuhnya isterinya, Ija.
Aku dah tulis penuh perkataan disetiap part cerita tetapi telah di ** oleh admin. Memandai jer mekome mempitenoh teman yang tak berdosa ini. Mungkin procedure admin begitu untuk elakkan cerita ini dari di banned. Kot jelah, aku pakai teka je.hahaha
-TAMAT-
106. EKSPIDISI TANAH PERKUBURAN
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : EKSPIDISI TANAH PERKUBURAN
KARYA : KHAIRUL
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940106
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Aku ada satu kisah nak dikongsikan. Kisah ni berlaku ketika aku sedang belajar di salah satu ipta di Melaka pada tahun 2013. Waktu tu aku tahun pertama menetap di hostel yang dibekalkan pihak kampus, hostel aku bukan dalam kampus macam korang tengok dalam tv tu. Hostel aku kat luar kawasan kampus tapi tak jauh pun dengan kampus.
Kita berbalik pada kisah seram ni, masa tu pukul 9 malam macam tu, aku dengan 3 orang lagi kawan tengah borak pasal hantu hantu ni, dah puas sembang terdetik nak pergi tempat seram. Kebetulan hostel kami ni dekat dengan kawasan perkuburan cina dan kristian yang agak besar jugaklah. Kami pun set pukul 12 tengah malam ke atas keluar.
Jam pukul 12.30 pagi, aku, Man, Shah dan Bob (bukan nama sebenar) bertolak ke kawasan perkuburan dengan menaiki kereta Bob. Man dan Shah ni orangnya berani, based on dari pengalaman mereka berbual pasal benda mistik ni. Jadi aku trust depa dua ni, so takda masalah kalau depa dua ni ada. Man ada pesan apa apa jadi jangan lari, jangan kalut, relaks ja. Aku dan yang lain pun ikut ja pesan Man. Sampai ja di kawasan perkuburan, kami pun berhentikan kereta betul betul bawah pokok. Masa tu agak cerah jugaklah sebab bulan mengambang jadi memang nampak jelas la kawasan situ. Bob bagitahu dia tak nak turun, katanya nak jaga kereta, sebab dia yang drive. ..takpalah kami bertiga ja turun.
Kami pun berjalan di sekitar kawasan kubur tu, dengan berbekalkan kayu sebab takut ada anjing liar. Lampu suluh pun pakat ada sorang satu, suluh sana sini, ambil gambar sana sini, takda apa yang pelik berlaku. Tengok semula gambar hampeh takda apa pun. 30 minit lebih berlalu kami pun turun ke kereta, kesian Bob sorang sorang dalam kereta.
Masa dalam kereta, Bob macam diam, aku tanyalah ‘’hang awat diam,dah ngantok ka?”. Dia bidas dengan nada yang agak cuak,“korang tau tak masa aku sorang sorang dalam kereta tadi, ada orang baling batu kecik ke arah tingkap aku, dia macam nak suruh aku toleh ke arah tingkap tu”, katanya macam batu kecik yang atas jalan raya tu. Man pun balas “perasaan ja kot, takpa takpa jom kita balik, mungkin tu tanda tanda ‘dia’ suruh kita balik.
Tapi Masa nak gerak balik tu, depan kereta kami ni ada la satu tiang lampu, jarak dia dengan kami mungkin dalam 100 meter macam tu. Aku terperasan macam ada satu susuk lembaga berdiri betul-betul bawah lampu, tapi dengan jarak 100 meter lembaga tu kelihatan memang jelas, seolah olah sedang perhatikan kami. Man dan Shah pun nampak. Selang beberapa saat susuk tubuh yang kami nampak tu hilang.
Kami pun bergegas balik,lepak mamak dulu. Lepak punya lepak akhirnya kami berempat pakat mengantok. Apa lagi kami pun gerak lah balik hostel, sampai ja di hostel dalam pukul 3 pagi,si Bob ni terus naik bilik dia tingkat 4. Shah pun bilik lain gak,aku dengan Man ja yang serumah. Rumah kami ada 3 bilik,aku tido bilik aku dengan roomate aku. Man tido dengan roomate dia. Dalam rumah aku tu ada 6 orang, yang pergi ekpedisi tu aku dengan Man ja,lagi 4 orang tak pergi. Shah pun malam tu tido rumah aku,katanya dia malas nak panjat rumah dia di tingkat 4. Dia tido di ruang tamu.
Esok tu lepas kelas, kami berempat serta 4 orang lagi housemate lepak minum petang. Sambil tu pakat bercerita pasal hal semalam tu. Shah pun mula bercerita. Dia kata masa dia tido kat depan semalam ada la sedikit gangguan. Lepas kami semua tido, dalam 15 minit macam tu, dia kata macam ada orang berjalan dari dapur sampai ke betul betul hujung kepala dia. Sunyi sepi waktu tu, kedengaran bunyi tapak kaki memijak mijak lantai datang dari dapur sampai ke hujung kepala dia. Sampai ja di kepala dia, orang tu berenti agak lama jugaklah seolah olah macam perhatikan dia. Shah ni tido meniarap jadi dia tak nampak orang tu cuma dia pasti memang ada orang betul betul di hujung kepala dia. lagipun dia ni jenis berani skit. Balai polis gombak lama selamba ja dia redah. So dia pun layan ja, sambil sambil tu baca jugak doa doa.
Salah sorang housemate aku yang tak pergi bagitahu, masa kami sampai rumah lepas pergi ekpidisi tu, kan aku gitau tadi 3 orang ja yang masuk rumah. Housemate aku yang tak pergi ni,dia kata dia macam perasan yang masuk rumah 4 orang, dia ingat si Bob la sorang lagi tu. Cuma dia kata tak nampak muka sebab samar samar maklumlah gelap. Dia pun diam jela m**i m**i ingat Bob ikut masuk rumah. Kami pun tatau sapa orang terakhir yang masuk rumah sekali dengan kami. Sorang lagi housemate aku yang tak pergi, katanya malam lepas kami balik dari espidisi, dia pun macam kena ganggu. Masa dia tido, dia macam tercari cari bantal peluk dia, dalam kegelapan dia meraba raba cari bantal, akhirnya jumpa termasuk bawah katil sebab dia ni suka tido atas lantai bentang toto. Dia pun peluk la bantal tu. Dia rasa agak pelik skit sebab bantal yang dia peluk tu macam sedikit basah basah, dia rasa peluh kot, maklumlah panas masa tu. Selang beberapa minit dia rasa rimas sebab basah, dia pun tolak bantal tu masuk bawah katil, dia pun pusing mengadap berlawanan arah. Alangkah terkejutnya dia, sebab bantal peluk dia ada sebelah tilam dia lepas dia pusing, jadi yang dia peluk tadi tu tu?? Dia pun tak pusing dah mengadap katil sampai ke pagi.
Aku?? Mujurlah aku tak kena ganggu, stakat feel feel tu ada lah. Cuma pagi tu ja waktu aku mandi nak siap pergi kelas dalam pukul 11 pagi macam tu, rumah kosong sebab housemate semua dah pergi kelas, tinggai aku sorang jelah. Waktu mandi tu rasa macam ada orang cuba nak bukak pintu bilik air, seolah olah macam nak masuk padahal rumah kosong sunyi sepi,buat bodo jela waktu tu.
Untuk kisah aku kali nii biarlah sampai disini saja. Sekian terima kasih.
-TAMAT-
107. BILIK 11
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : BILIK 11
KARYA : CIK PANDA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940107
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Assalamualaikum, first of all. Ceh wahh¬ mengadanya. Haha. Aku sebenarnya minat sangat dengan cerita seram mistik dan yang sewaktu dengannya. Selalu beli buku yg seram tu dulu masa kecil. Aku dah lupalah apa nama buku tu. Ok kita lupakan pasal buku tu tak penting sangat. Cerita yang nak beritahu ni lagi penting.
Aku tiba-tiba terbuka hati nak menulis dan bercerita tentang apa yang pernah aku alami masa duduk dekat asrama dulu. Ini pertama kali aku nak berkongsi cerita seram kat HZONE BLOG aku tak pasti seram ke tak, kamu baca sendirlah. Tapi tolong jangan kecam aku ye kalau cerita aku ni tak seram atau menakutkan. Kalau cerita ni dipublishkan aku berterima kasih sangat-sangat. Ok lets start…
Masa tu aku tinggal asrama. Dari tingkatan 2 hinggalah habis STPM. Masa tinggal kat sana macam-macam benda mistik berlaku kat aku. Cuma aku tak berapa nak peduli sangat. Sebab aku ada banyak benda nak kena fakir iaitu ‘MASA DEPAN’ walaupun sekarang taklah secerah mana. Aku ni memangnya seorang yang penakut tapi tak penakut sangat. Suam-suam kukulah katakan.
Dipendekkan cerita masa kejadian tu belaku aku sudah berada di tingkatan 4. Aku mendaftar lewat masuk asrama. Seminggu lambat dari pelajar yang lain jadi aku dapat bilik yang sememangnya hujung-hujung yang tak ramai penguni. Sebab kenapa aku lambat daftar masa itu, kerana aku merupakan golongan baik yang tak pernah buat kes ( kata lawannya ) disebabkan aku terlalu baik itulah yang mendaftar lewat ( aku harap korg fahamlah maksud aku tu ) asrama aku ni ada 3 bangunan je kiri dan kanan dan tengah. 2 tingkat je. Satu bangunan aspura kat sebelah kiri dan satu bangunan lg aspuri sebelah kanan kat tengah-tengah pula merupakan office warden yg terletak kat bawah yang kat atas tu pula bilik untuk penginap.
Kebiasannya asal ada apa-apa pertandingan diadakan kat sini. Sekolah yg jauh-jauh tu akan menumpang kat asrama kitaorg ni. Bilik aspura ada 9 bilik je kat tingkat 1. Aspuri pula ada 12 bilik. Atas bawah. Jadi korg da blh teka la berapa ramai pljr perempuan yang tinggal kat asrama tu dan berapa ketul je pljr lelaki yg ada kat situ. Asrama perempuan ni dulunya kat tmpt bangunan aspura tapi bnyk kes tak best jadi, itulah pasal kena pindah kat bangunan sebelah yg asalnya tmpt utk pelajar aspura. Depan aspuri tu pula dewan makan. Belakang aspuri bangunan kelas untuk sekolah perempuan. Depan aspura pula surau sekolah. Surau tu bergabung dengan bangunan form 4.
Paling tak best lagi asrama kita org dipisahkan dengan pagar je dgn sekolah perempuan kat sebelah tu. Kalau korg berseluar pendek atau berseksi semestinya org yang ada disebelah tu akan nampak. Tapi semua budak asrama masa tu bebal tak peduli. Sebab tak peduli, pelajar perempuan kot lain la kalau aspura. Aspuri ni ada beberapa bilik yg dikatakan keras oleh org dulu-dulu ( alumni ). Antaranya ialah Bilik 1, bilik 4, bilik 9, & paling last bilik 11 bilik.. Bilik 11 ni la yg aku dapat dan aku kena habiskan hampir 10 bulan kat sini tolak cuti sekolah dan balik bermalam. Hahaha nak taknak kenalah redah daripada dpt bilik 9. Sumpah aku keluar asrama terus tinggal kat luar kalau dapat bilik 9 tu. Taknak aku bilik tu. Berpuaka…..
Sebenarnya setiap bilik yang ada masa tu, ada ceritanya tersendiri tapi aku akan ceritakan pasal bilik 11 ni dahulu. Bagi akulahkan setiap bilik yang ada semua menyeramkan kat asrama tu semua da penghuni aka ‘makluk tu’. Sebab kenapa aku cakap macam tu aku Nampak sendiri. Aku ni dikatakan ada ‘sixty sense’ taklah sangat cuma benda tu datang tanpa diduga. Dan bila aku nampak benda tu ada bendalah yang tak baiklaj yang akan terjadi kat asrama tu.
ONCALL TENGAH MALAM
Masa tu 2010, aku form 4. Dalam bilik tu ada 8 katil dan 8 loker. Loker kitaorg masih lagi loker kayu. Belum ada bajet nak tukar ke besi. Kitaorg 8 orang dalam bilik tu. 2 orang kakak darir aku & 3 org seumur aku dan 2 orang lagi adik dari aku yang belajar disekolah petang. Pertama kali jejak kaki kat bilik aku dah tak sedap hati. Tapi aku tepis semua perasaan tu sebab ibu pesan kalau kita layan benda tu, dia makin suka. Sepanjang aku tinggal kat sana Alhamdulillah takda apapa yang buruk jadi kat aku cuma yang biasa-biasa saja. Yalah kadang benda ni buat bunyi geselan, hentakan, ketukan dan mcam-macam. Benda tu suka kacau-kacau sebab nak kitaorg tahu yang dia pun ada kat sana dalam asrama tu ( mcm aku nak tahu sgt ) tapi benda tu taklah teruk sangat daripada kes kakak berdua tu. Si kak F dan Kak T ni biarlah aku rahsiakan nama dorang takut korg knl pula. Takda masalah juga kalau korg kenal tapi ‘privasi’lah katakan. Sebelum kejadian kak F dan kak T ni kawan aku yg seumur dengan aku tu kena dulu. Masa tu asrama kitaorg tak dibenarkan bawa ‘phone’ tapi dorg mana nak dengan dorg bawa juga. Di jadikan cerita. Malam tu kawan aku ni ber ’oncall’ sampai ke subuh dengan boyfriend dia. Kejadian tu jadi dalam 2.30am ketika semua orang sudah tio#dur. Cuam dia saja yang tak tidur sebab tengah dia sibuk oncall dengan bf dia. Masa sibuk oncall dia terdengar bunyi macam org tengah mengesel sesuatu kat lantai tu luar bilik tu. Jadi dia dengan beraninya selaklah langsir kat tepi sebelah kiri nak tengok apa benda tu. Ohh ya lupa nak bagitahu, katil kiraorg masa tu kiaorg ubh ikut cita rasa sendiri. Katil aku kat bawah dekat ngam pintu dan tingkap sebab kenapa aku nak kat sana ada lampu. Aku tak berapa suka sangat dan biasa tidur gelap sangat. Kawan tu pula kat atas aku. Diselak langsir tu takda org. Jadi dia sambunglah balik oncall dengan bf dia. Aku tak tahulah apa yg dorg bualkan hingga ke subuh. Bagi aku tidur itu lebih penting sebab esok ada kelas dan kena bangun awal. Tak lama kemudian dia mendengar seperti ada yang mengetuk tingkap yang hadapan dengan katil kawan ku yang lagi satu. Yang membuatnya bertambah pelik tingkap tu takda beranda. Kawan aku ni memang berani punya orang tak takut langsung. Dia bangun dan tengok kat luar tu. Mula dia selak langsir takda apapa dia macama tergerak nak tengok kat bawah tu ada pula kakak comel berambut panjang dengan baju putih tu berdiri tepacak kat luar sana sambil melihat kearah kawan aku tu. Kawan aku apa lagi tak ambil masa lama dia terus je tutup langsir tu naik semula ke katil dia dan tidur. Tak oncall lagi. Korg nak ke ber oncall lagi kalau dah nampak benda tu? Memang taklah kalau aku. Yang teruknya lagi, benda tu tak berhenti kat sana. Benda tu terus menganggu kawan aku. Ingat senang saja makluk tuhan paling seksi tu nak bagi dia tidur lena mlm tu. Tak semudah itu. Kawan aku terus-terus diganggu. Kawan aku dah nak terlelap tidur. Makin kuat bunyi yang makluk tu buat. Benda tu ketuk tingkap tu dengan lebih kuat. Nasib tingkap tu tetutup dengan langsir kalau tak. Aku tak tahu la nak cakap apa. Kawan aku terus baca doa yg dia ingat tu berulang kali. Nasib jg bilik kami sdh dipagar sebab masa tu ada benda lain yang jadi. Dia baca doa tu sampailah bunyi tu takda. Esok pagi tu masa tengah ‘breakfast’ kat dewan dia cerita kat kitaorg. Sebab tulah aku tahu yang kawan aku kena kacau, kalau dia tak cerita taknya aku tahu yg dia kena kacau malam tu. Mungkin makluk tu nak bg dia ‘warning’ sebab bergayut sampai ke subuh dan mengantuk kat kelas. Tapi syukurla kawan aku takapapa tak demam ke kena rasuk ke. Kalau benda tu jadi aku hanya mampu kesian sebab benda tu dia yg minta.
( CERITA KAK F & KAK T )
benda ni takda kaitan dgn bilik 11
Kakak berdua ni junior aku kat asrama tu. Sebenarnya dalam bilik tu aku la yg paling lama tinggal kat asrama. Sebab tulah bnyk benda da aku nampak dan dgr kat asrama tu.
Kak F & Kak T tu sbnrnya satu umur dan sekelas. Kemana saja berdua. Kak T ni sebenarnya non muslim tapi masuk islam masa dia tingkatan 5. Ada juga cerita tak best pasal kak T masuk islam tu. Tapi aku taknak cerita dan taknak bahas pasal benda tu sebab privasi dia. Aku yg sebilik dgn dia ni tahu sikit je. Tapi Alhamdulillah semua baik-baik kak T tu da kawin ada anak 1 perempuan. Ok balik dgn cerita aku pasal kakak berdua ni. Masa tu memang kecoh pasal hysteria. Sebab ada budak tu dajal sangat kena kcau dengan benda tu. Mana tak kenanya kalau malam-malam buat bising bergambar sampai benda tu marah dan ikut sekali bergambar dengan dorg. Masa tulah aku rasa mcm dalam neraka. Nanti aku cerita pasal ‘benda’ tu. Buat masa sekarang, kita focus dengan kak F & T ni dahulu. Malam kejadian, aku tergerak hati nak jumpa dengan kak F & kak T ni nak cakap pasal hal bilik sebab ramai orang complain dengan aku pasal bilik kitaorg ni. Tak turun perjumpaan dan macam-macam lagi. Tak best dengar sebab aku salah satu ahli jawatan kuasa BIRO kat asrama tu. Jadi kalau dah ada orang complain kat aku. Aku kenalah buat sesuatu. Walaupun aku ni biro waktu tapi dajal juga. Aku tak tidur kat bilik tu lama sangat sebab aku tumpang kat bilik kawan yang sekelas sebab ‘study’. Sebenarnya tak boleh tidur kat bilik orang lain tapi aku peduli apa. Masa tu kitaorg da habis sembayang dan naik kelas sebab jam 8pm-10pm kita org akan ada PREP ( kelas persedian malam ) masa tu aku cari ‘roommate’ aku kat kelas lain sebab kitorg study lain-lain kelas. Tujuan aku cari mereka sebab aku nak cari kak F & kak T sebab aku da merata cari kakak berdua tu tak jumpa. Jadi, roommate aku ni suruh aku ke kelas hujung dekat bangunan tingkatan 6 mungkin mereka ada disana. Bangunan tu bersambung dengan kelas yang lain tapi tingkatan 6 ada kelas sendiri yang tak bercampur dengan tingkatan yang lain. Masa aku gerak nak ke sana aku nampak kat hujung dekat dengan tangga tu mcm ada lembaga berdiri hitam tapi kabur. Mngkn sbb aku rabun, tu la pasal aku tak berapa nampak sangat kabur je hahaha… sampai saja aku kat tangga tu aku nampak kak T duduk kat tepi tangga tu sambil pegang gunting dan aku nampak dalam kelas tingkatan 6 atas tu pula kak F duduk kat meja sambil nangis dan ditemani dgn kakak dan abang tingkatan 6. aku da rasa lain macam masa tu. Meremang bulu tenguk. Aku cuba nak tegur kak T tapi suara aku tak keluar aku jadi kaku dan berdiri je kat sebelah kak T sampailah aku rasa seperti bahuku dipegang dan aku terus saja tersedar ketika tu aku cuba untuk memegang bahu kak T sambil memanggil namanya. Kak T terus saja berrdiri dan aku tak sedar yang dia sudah berapa didalam kelas yang ada kak F dalam tu. Sambil acukan gunting tu kat arah kak F nasib ada abang yang berdiri dekat masa tu cepat pegang kak T kalau tak lain lagi kes yang jadi. Masa tu aku dah panic sangat. Aku da x boleh berfikir aku terus saja lari ke hujung kelas dan aku nampak kaka yg aku kenal kak Y dan aku terus lari kearahnya dan memeluknya sambil menangis. Kak Y tanya kenapa dengan aku. Aku da tak boleh nak keluarkan suara bergegar sangat. Menangis saja yang aku tahu masa tu. Kak Y tu cuba bawa aku keluar dari bilik tu nak hantar aku balik ke kelas aku. Masa tengah lalu kat kelas tu mereka masih lagi pegang kak T masa tulah aku nampak ada ‘benda’ dan benda itu lari kearah aku dan aku tak ingat apapa yang berlaku seterusnya. Aku sedar saja aku sudah berada dirumah.
Menurut kawan aku. Aku muncul dalam kelas duduk kat tempat aku berdiam diri sambil bergegar satu badan dan ketika ketua asrama memberi arahan semua pelajar diarahkan ke surau aku bangun dan berlari keluar dari kelas tu dan dua kawan aku tu cuba kejar aku dari belakang dan meraka nampak aku terduduk dalam gelap kat pagar masuk ke dalam asrama. Kawan aku kata yg aku kata “aku nak balik bilik ada orang tengah tunggu aku kat situ” kawan aku dah bising dia macam nak bagi penampar saja kepada aku. Aku kata kat dia yang aku tak sedar. Aku sedar saja aku ada kat rumah dalam bilik masa tu apapa pun aku da tak ingat. Kawan aku kata lagi yang aku lari laju sangat sampai dorg berdua tak larat nak kejar. Esok pagi tu aku balik asrama dan dorg ceritalah kat aku apa yang jadi malam semalam sebab kenapa kak F & kak T tu jadi begitu. Apa yang jadi kat kak T itu disebabkn dorg masa tu tak solat sebab ‘full moon’ jadi kak F ni tertinggal sesuatu kat kelas dia jadi kak F minta kak T ni temankan. Masa dorg masuk kelas tu dorg nampak yang ada 1 benda aka makluk tu dudak kat meja kak F dan 1 lg berdiri pandang kak T dari sana dorg da tak ingat apapa pun yang jadi kat drg. Masa aku balik pagi tu aku nampak kak T dalam bilik tengah tidur kesian kak T masa tu lama jg baru kak T tu baik. Tangan dia dah penuh dengan cakaran. Kak F bapa dia dah ambil dia bawa balik. Malam tu jugalah dia keluar asrama. Oh ya, benda yang lari kat arah aku tu benda lain tahu. Bukan benda yg sama yg rasuk kak T tu, benda ni lebih kuat berbanding benda yang ada dalam badan kak T tu. Benda yang dah lama perhatikan aku. Korg nak tahu aku menulis cerita ni pun dia kacau. Benda tu jatuhkan bedak aku kacau meja, tingkap tu benda tu ketuk. Sajalah tu tak boleh nak bagi aku senang. Ok lah semua. Sampai disini ja la cerita aku ni. Ada masa aku cerita lagi pasal bilik yang lain tu dan jg cerita pasal ‘benda’ ni kat korg dan cerita pasal budak yang bergambar tu. Aku ada kerja lain naik dibuat. Kesimpulan yang boleh dibuat dari cerita ni. Tak dah apapa pengajaran yang aku boleh cakap selain daripada percaya kepada Allah & solat jangan tinggal. Sebab benda tu tak kacau kau kalau rajin solat dan percaya dgn Allah. Maaflah kalau cerita aku ni tak best. Maaf jg kalau ada bahasa aku yang kurang korg faham sebab aku takpandai sangat nak menulis buat ayat ni manalah tahu ada kesalahan mengeja. Maaf sekali lagi. Assalamulaikum.
-TAMAT-
108. TIKAM BELAKANG
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : TIKAM BELAKANG
KARYA : ARIFF BUDIMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940108
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Salam admin dan pembaca semua. Sekali lagi Ariff Budiman ke udara dengan kisah yang baru.Terima kasih admin dan pembaca semua
Fiza, Mizi dan Fuad bukanlah nama sebenar. Mereka merupakan nama-nama ciptaan penulis berkisarkan kisah benar yang pernah terjadi. Mereka merupakan kawan karib semenjak di bangku sekolah rendah lagi. Saling bermain bersama. Antara mizi dan Fuad, Mizi amat rapat dengan Fiza. Mereka saling bermain bersama ketika waktu kecil lagi. Kerapnya mereka akan main mainan masakan dan Fiza menjadi isteri lalu memasak untuk suaminya Mizi. Fuad pula menanti masakan dari Fiza tapi akhirnya masakan Fiza hanyalah untuk Mizi sahaja. Ketawa Mizi dan Fiza bile melihat Fuad terpaksa masak sendiri.
“ Mana boleh Fiza masak untuk Mizi saja. Aku pun suami hang jugak “. Kata Fuad
“ Mizi saja suami Fiza “. Kata Fiza dan Mizi tersenyum lebar mendengar pengakuan Fiza. Fuad terus mencebik bibirnya. Kejab mereka sama-sama ketawa gelihati.Itulah zaman persekolahan rendah mereka.
Mereka masuk ke alam sekolah menengah. Setiap hari mereka bertiga akan berjalan kaki bersama menuju sekolah. Di takdirkan kelas mereka juga sama. Mizi dan Fiza semakin intim dan di sedari oleh rakan-rakan yang lain. Fuad seperti biasa saja tanpa menunjukkan perasaan dengki bila Fiza lebih dekat dengan Mizi. Di antara Mizi dan Fuad pulak, Fuad lebih bijak berbanding Mizi dalam matapelajaran terutama matematik. Kadang-kadang Fiza bertemu Fuad untuk menyelesaikan masalah. Mereka akan bergelak ketawa dan Mizi tidak pernah merasa cemburu bila melihat keakraban Fiza dan Fuad. Memang mereka bertiga terlalu akrab. Kadang-kadang sudah tiada rahsia di antara mereka bertiga. Masing-masing dah tahu akan kelemahan dan kebaikan di antara mereka. Suatu hari…
“ Mizi. Aku rasa aku dah jatuh cinta dekat Fiza “. Tiada riak terkejut di muka Mizi. Dia hanya diam saja
“ Hang punya pikiaq macam mana Mizi “. Tanya Fuad dan Mizi hanya terdiam seribu bahasa.
“ Itu hang kena tanya Fiza “. Jawab Mizi sedangkan dia sendiri mencintai Fiza tapi terpaksa berdiam diri bila Fuad telah menyuarakan hasrat cintanya.
“ Fiza…Lepas sekolah boleh kita berjumpa “. Fuad meletakkan surat di dalam buku Fiza dan Fiza membacanya. Fuad kabarkan kepada Mizi tentang perjumpaan ini. Fuad tidak sabar ingin meluahkan rasa cintanya terhadap Fiza. Bila selesai persekolahan, Fuad bergegas ke tempat mereka bertemu.
“ Ada apa hal hang nak jumpa aku Fuad “. Tanya Fiza. Mizi hanya memerhati mereka dari jauh. Dia tidak mahu mengganggu. Fuad diam lalu bersuara…
“ Fiza…Sebenaqnya aku dah lama cinta dekat hang. Hari ni aku dapat bersuara. Aku harap hang dapat terima cinta aku. Lagi pun kita dah lama kenal “. Kata Fuad dan Fiza nampak terkejut dengan pengakuan Fuad. Dia memandang Mizi.
“ Sorry Fuad. Memang kita 3 orang adalah rakan karib tapi aku lebih menyintai Mizi. Maaf Fuad. Mungkin ada yang lebih baik dari aku lagi pun hang pandai. Apa yang nak di risaukan “. Kata Fiza dan Fuad hanya mampu tersenyum. Dia berjalan lalu menghampiri Mizi
“ Tahniah Mizi kerana dapat memiliki hati Fiza “. Mizi tersenyum mendengar ucapan dari Fuad.
Mereka bertiga pulang bersama sambil bergelak ketawa. Akhirnya mereka dapat mengharungi alam sekolah menengah. Bila keputusan SPM di umumkan, Fuad telah berjaya dengan cemerlang. Mizi dan Fiza hanya cukup makan saja. Fuad telah melanjutkan pelajarannya ke menara gading. Mizi dan Fiza hanya mampu bekerja di sektor perkilangan namun mereka cukup bahagia bila dapat bersama. Akhirnya Mizi dan Fiza telah mengikat tali pertunangan. Hasil dari menabung, akhirnya Mizi dapat memiliki sebuah motosikal Yamaha 125. Dengan motosikal itulah mereka ke tempat kerja bersama dan keluar makan. Ternyata Fiza tidak mementing harta kekayaan. Dia menerima Mizi seadanya.
Ketika mereka makan bersama, tiba-tiba berhenti sebuah motokar Honda Accord. Keluar seorang anak muda berkaca mata hitam menghampiri mereka.
“ Assalamualaikum Mizi, Fiza “. Tersentak mereka bila di tegur. Akhirnya barulah mereka menyedari yang berdiri di depan mereka ialah Fuad. Dia telah berjaya dalam hidup. Fuad berpelukkan dengan Mizi. Sudah lama mereka berpisah mengikut haluan masing-masing
“ Jom Fiza kita jalan-jalan dulu “. Kata Fuad lalu Fiza memandang muka Mizi. Mizi memberi persetujuan membenarkan Fiza mengikut Fuad. Semasa berada di dalam kereta, Fuad mula mainkan jarumnya
“ Aku dengar hangpa berdua dah bertunang “. Fiza mengiakan saja. Tiada ucapan tahniah dari Fuad
“ Mizi tu kerja kilang saja kan. Aku tengok dia hanya mampu pakai motorsikal saja. Tengok aku Fiza. Aku dah berjaya “. Kata Fuad. Fiza mula tidak merasa senang bila Fuad mengutuk sahabat karibnya sendiri. Bagi Fiza, Fuad sudah riak dengan kedudukkannya.
“ Fuad. Hantar aku balik. Aku tak suka dengar hang kutuk sahabat baik hang sendiri. Aku pun sedaq yang Mizi tu tidak kaya tapi akhlak dia cukup baik. Dia kerap bertanya tentang diri hang “. Fuad hanya mendiamkan diri dan terus membawa Fiza pulang.
“ Aku tak akan lepaskan hang Fiza. Aku akan pastikan hang jadi milik aku “. Fiza tersentak mendengar kata-kata sahabat baiknya suatu ketika dahulu. Sahabat yang tahu akan kelemahan mereka. Andai salah seorang ada masalah, mereka akan selesaikan bersama. Kadang-kadang tiada rahsia di antara mereka.
“ Fuad. Hang dah banyak berubah. Mana Fuad yang dulu aku kenai dulu“. Kata Fiza sambil menghempas pintu dan terus pergi tanpa menoleh ke belakang lagi. Mizi setia menanti Fiza di rumahnya.
“ Kenapa muka masam ni Fiz “. Tanya Mizi tapi Fiza hanya mampu diam dan menyembunyikan kemarahannya. Biarlah dia simpan segala rahsia. Dia tidak mahu Mizi terluka atas perlakuan sahabat baik mereka. Mizi sempat bertanya Fiza tentang Fuad..
“ Biarlah dengan Fuad. Tak payahlah kita bercerita tentang dia. Dia bukan Fuad yang kita kenal dulu. Fuad sekarang penuh dengan kesombongan dan ego diri “. Kata Fiza kepada Mizi. Setelah di desak Mizi, akhirnya Fiza terpaksa menceritakan apa yang berlaku antara dia dan Fuad. Terekjut Mizi dengan perubahan mendadak Fuad.
“ Bialah Fiz. Sama-sama kita berdoa agar Fuad berubah. Jangan lupa nanti kita jemput dia semasa kenduri perkahwinan kita “. Diam Fiza sambil melayan sesuatu.
Setelah lima bulan mereka bertunang, akhirnya Mizi dan Fiza akan di ijab kabulkan. Majlis di adakan di rumah Fiza. Ramai tetamu yang hadir. Fuad sahabat baik mereka tidak terkecuali. Dia tenang dan sesekali menjeling kearah pasangan bahagia ini.
“ Abang…Fiz rasa tak sedap hati la “. Luah Fiza kepada Mizi
“ Sama-samalah kita berdoa sebab abang pun turut rasa berdebar-debar “. Luah Mizi
“ Pakcik. Kenapa badan saya rasa semacam ni “. Luah Mizi kepadaku. Aku melihat ke arah Fuad sahabat baik mereka. Ada yang tidak kena dengan Fuad ni. Aku nampak bayangan sesusuk tubuh yang menggerunkan di badannya dan dia asyik tenung ke arah Fiza. Tiba-tiba Fiza menjerit dan terus jatuh. Majlis belum bermula tapi keadaan dah kelam kabut. Mizi memandang muka aku tanda meminta pertolongan.
Fiza terus meracau-racau. Ibu serta ayahnya mula panik. Fuad hanya diam membatu melihat Fiza meracau-racau. Fiza di baringkan. Mizi datang kearah Fiza..
“ Pergi kau dari sini. Aku benci tengok muka kau “. Tempik Fiza kepada Mizi.
“ Apa yang berlaku ni Mizi “. Tanya ayah Fiza tapi Mizi tiada jawapan.
“ Pakcik rasa macam mana “. Tanya Mizi kepadaku
“ Fiza kena sihir ni dan pkcik dapat agak siapa punya angkara “. Aku berkata kepada Mizi
“ Siapa punya kerja pakcik “. Tanya Mizi kepadaku
“ Takpa. Sebentar lagi kita akan tahu “. Jawabku. Terus aku talipon ustaz dan meminta dia datang ke majlis. Memandangkan rumah ustaz berdekatan, maka sekejap saja ustaz sudah sampai.
“ Apa yang pakjang nampak “. Tanya ustaz
“ Dia guna bomoh siam ustaz. Ada tok sami berdiri sebelah kawan depa “. Tersenyum ustaz.
“ Owhhh…Ni kes kawan tikam kawan la. Takpa jom kita tengok “. Terus aku dan ustaz merapati Fiza
“ Hangpa sapa pulak yang mai ni. Buat menyemak saja “. Kata Fiza dalam loghat siam. Ada yang tersenyum mendengar loghat siam dari Fiza. Ustaz terus membaca ayat qursi lalu di hembus kearah Fiza. Orang ramai terkejut bila tiba-tiba Fuad jatuh pengsan. Ustaz tersenyum menadang muka aku.
“ Biarkan dia dulu. Kita pulih dan selesaikan majlis ini dulu “. Kata ustaz kepada keluarga Fiza dan mereka akur. Terus ustaz membaca surah Al baqarah dan seterusnya. Fiza terus menjerit
“ Kenapa kau ada di sini “. Tanya ustaz
“ Tuan aku yang suruh datang. Hehe “. Kata Fiza
“ Siapa tuan kamu “. Tanya ustaz
“ Mana boleh bagitau. Itu rahsia kami “. Kata Fiza tersengih. Ustaz terus memukul rotan di bantai
“ Aduhh…sakit..sakit. Baik la aku bagitau. Jangan pukul aku “. Kata Fiza
“ Tuan aku tu…Sedang pengsan “. Sambil menjuih mulutnya kearah Fuad. Terkejut Mizi mendengarnya
“ Depa kan kawan baik. Mana mungkin Fuad nak rosakkan Fiza “. Tanya ustaz untuk kepastian
“ Hehe. Itulah depa bodoh. Pi cerita habih semua rahsia dekat kawan. Bila kawan tak puas hati maka dia akan gunakan rahsia ni untuk melemahkan musuhnya “. Cerita Fiza. Tunduk Mizi menahan kesedihan. Tidak di sangkanya Fuad sanggup buat perkara sejauh ini. Selama ini dia tidak pernah berburuk sangka terhadap sahabat baiknya
“ Sekarang macam mana. Kau nak keluar atau tidak “. Tanya ustaz
“ Aku tak mau keluar selagi tugas aku belum selesai “. Kata Fiza
“ Kalau kau keluar, Aku akan bebaskan kau. Tapi kalau kau berdegil, aku terpaksa sembelih kau “. Kata ustaz
“ Aku tak peduli. Aku tak mau keluar “. Kata Fiza. Akhirnya ustaz mengeluarkan kayu lalu membaca dan di letakkan kayu di leher Fiza lalu membaca sesuatu. Kelihatan Fiza menggeletar dan kemudian terus diam. Perlahan-lahan Fiza membuka matanya dalam keadaan tercengang-cengang.
“ Syukur Fiza dah sedar. Sekarang kita pulihkan lelaki ni pulak. Dialah puncanya “. Kata ustaz.
Ustaz membaca ayat suci al quran lalu di hembus kearah Fuad. Fuad tersedar dan terus bangun. Semua anak mata kini kearahnya
“ Aku tak sangka hang yang buat Fuad “. Kata Fiza. Airmatanya tidak dapat di bendung lagi
“ Kita sahabat baik dari kecik lagi. Sebab apa hang buat macam ni. Kalau hang suka Fiza, hang boleh bagitau aku “. Kata Mizi.
“ Jangan kata macam tu abang Mizi. Fiz lebih rela m**i dari bersuamikan Fuad. Ini bukan sahabat. Sahabat dia tak akan tikam belakang sahabat sendiri “. Kata Fiza. Tunduk Fuad
“ Maafkan aku Fiza..Mizi. Aku menyesai ikut sifat syaitan. Aku terlalu cintakan Fiza dan aku tau, aku tak dapat memilikinya, jadi aku buat cara terkutuk “. Kata Fuad
“ Awak masih bernasib baik Fuad sebab kedua-dua sahabat baik awak tidak berdendam terhadap awak “. Kata ustaz kepada Fuad
“ Kau kan tahu yang aku dan Mizi saling mencintai. Tergamak kau buat macam ni. Kau guna kelemahan kami untuk menundukkan kami. Sampai hati kau Fuad. Kau dah berjaya namun kau tak pernah bersyukur atas kejayaan kau malah kau nak hancurkan sahabat kau sendiri “. Kata Fiza sambil esak tangis.
Terlalu sedih bila sahabat baik sendiri tikam dari belakang. Akhirnya Mizi bersuara
“ Aku dan Fiza maafkan kamu tapi `kami tak sanggup lagi melihat muka hang Fuad. Pergilah dari sini. Allah sebaik-baik penerima taubat Fuad “. Terdiam Fuad sambil menunduk malu
“ Terima kasih mizi. Fiza…Mizi sekali lagi aku minta maaf. Adakah kita masih bersahabat lagi “. Tanya Fuad
“ Kami dah maafkan kamu tapi kamu bukan lagi sahabat baik kami “. Kata Mizi. Airmatanya jatuh sewaktu meluahkan ayat ini. Sahabat seperjuangan. Sahabat tempat dia meluahkan rahsia. Akhirnya sahabat inilah yang menikamnya dari belakang. Fiza hanya terisak menahan kesedihan yang amat sangat.
Akhirnya Fuad melangkah keluar tanpa bersuara lagi. Malu dan menyesal di atas segala tindakkannya terhadap Mizi dan Fiza. Ustaz memandang aku..
“ Pakjang. Memang bahaya kalau kita menceritakan segala rahsia kita kepada rakan kita. Mungkin tak semua orang seperti Fuad tapi kita tidak tahu hati manusia yang sentiasa berbolak balik. Ada rakan yang boleh simpan rahsia kita. Bergaduh macam mana sekalipun, dia tak akan cerita segala rahsia kita tapi itu amat sedikit. Lebih baik kita simpan segala rahsia peribadi kita. Ia lebih selamat “. Kami terdiam mendengar kata-kata ustaz.
“ Ustaz. Boleh kita teruskan majlis akad nikah “. Tanya ayah Fiza dan ustaz mengiakan. Dengan sekali nafas akhirnya Fiza sah bergelar suami Mizi. Ramai yang terharu ketika melihat upacara menyarung cincin. Menangis Fiza sewaktu mencium tangan suaminya Mizi. Mizi bersalaman dengan aku
“ Terima kasih pakcik kerana membantu kami “. Kata Mizi kepadaku
“ Benda kecik saja Mizi. Cara kebetulan saja pakcik ada di sini. Jagalah Fiza dengan baik. Mizi pun tahukan bukan senang nak memilkki Fiza. Banyak dugaan yang harus di tempuh. Jadilah seorang pendengar yang baik. Bantulah Isteri dan bukan mengarah “. kataku kepada Mizi. Datang pula Fiza kepadaku. Sambil menangis dia berkata
“ Pakcik. Kami ucap berbanyak terima kasih kepada pakcik. Pakcik bagaikan bapa kepada kami. Kami juga dapat merasakan apa yang telah pakcik rasa. Sakitnya sihir ni pakcik “. Kata Fiza kepadaku
“ Dah la. Hari ni kan hari bahagia kamu. Pakcik doakan agar kamu bahagia hingga ke Jannah. Tunaikan hak masing-masing dan nescaya Allah akan tunaikan hak kamu “. Kataku kepada mereka sebelum berangkat pulang.
-TAMAT-
109. MANGSA
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : MANGSA
KARYA : AFZAL SUKASUKI
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940109
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Hujan renyai di luar sana. Semakin sejuk dirasakannya. Perut Yuni sedari tadi mendendangkan nada-nada yang tidak jelas apakah notnya. Ditatapnya jam di dinding sudah mencecah pukul 10.30 malam. Perutnya wajib diisi, bukan tahap sunat mahupun harus lagi. Hatinya masih berbelah bagi samada mahu keluar mencari makanan atau tunggu keesokan hari sahaja. Kalaulah ibunya tahu.. nahas dirinya. Ibunya pula masih terlantar di katil akibat demam sejak dua hari lepas.
Tangannya rancak menekan butang kawalan jauh berkali-kali, mencari rancangan kegemarannya. Akhirnya dia berhenti dan matanya terpaku tatkala melihat berita yang akhir-akhir ini kerap ke udara dan media massa. Beberapa kes kematian berantaian telah berlaku sejak dua bulan yang lalu dan disyaki kes b***h. Polis masih menyiasat motif kejadian berkenaan kerana mangsa-mangsa yang m**i d*****h semuanya ditemui tanpa kepala. Polis mengaitkan kes-kes yang berlaku ini mungkin ada kena mengena dengan banduan ganas yang terlepas daripada tahanan awal tahun lalu.
Sejak kejadian-kejadian tersebut, semakin ketatlah kawalan keselamatan di kawasan perumahannya kerana kes terbaru yang membabitkan imam di surau tamannya itu sendiri. Imam tersebut ditemui m**i tanpa kepala pada waktu Subuh oleh orang kampung. Selagi kejadian ini belum reda, selagi itulah Yuni tidak boleh keluar daripada rumah. Ibunya takut sekiranya berlaku perkara buruk kepada dirinya. Tetapi baginya, ibunya itu terlalu memikirkan perkara yang bukan-bukan padahal dia bukan lagi kanak-kanak yang sentiasa perlu diawasi. Sejak ayahnya tiada, dia lebih matang dan boleh berdikari walaupun umurnya baru 17 tahun.
Yuni menutup tv, suasana sepi. Dia bergerak ke ruang tamu, perlahan-lahan tombol pintu dipulas setelah yakin yang ibunya telah nyenyak tidur di bilik tingkat atas. Dia tidak mahu yang niatnya untuk keluar mencari makanan terkubur lebih-lebih lagi memang tiada langsung makanan di dapur. Lagipun dia percaya yang dia akan selamat pergi dan pulang memandangkan jarak rumahnya ke kedai 24 jam itu tidak lebih daripada 100 meter.
Cuaca di luar sejuk sehingga menggigit tulang belulangnya. Remang cahaya bulan kelihatan malap dibalik awan malam yang tebal. Yuni sedari tadi meninjau kiri dan kanan jalan, memastikan keadaan dirinya yang selamat. Rumah-rumah berhampiran gelap, tiada siapa di luar walaupun boleh dikatakan malam masih awal untuk menarik selimut. Mungkin kerana cuaca ataupun.. ahh dia tak peduli lagi. Suara perutnya semakin kuat, minta diisi. Cahaya dari kedai 24 jam semakin terang pada pandangan matanya, menunjukkan yang dia semakin hampir ke destinasi yang dituju.
**********
Yuni menguak pintu kedai. Hatinya gembira menjinjit beg plastik di tangan kanannya. Dia bayangkan megi kari dengan telur separa masak dan cili api yang dihiris halus sedang menantinya di rumah. Satu mungkin tak cukup baaginya. Dia pastikan yang malam ini dia takkan tidur dalam kelaparan. Yuni hanya tersengih-sengih sepanjang jalan, mungkin dia lupa yang dia sedang memperjudikan hidup dan matinya semenjak dia melangkah keluar daripada rumahnya. Dia masih tidak sedar yang gerak gerinya pada malam itu sedang diperhatikan.
Yuni terus melangkah, sesekali dia mendengar decitan tapak kaki dari arah belakang. Dia memberhentikan langkah, menoleh ke belakang.. namun tiada apa yang ada di situ. Hatinya kembali berdebar-debar. Dia hampir lupa yang dia tak sepatutnya berada di luar ketika itu. Lantas dia mempercepatkan langkahnya, dek kerana rasa takut dan mungkin juga hujan yang sudah menunjukkan tanda-tanda akan turun dengan lebat.
Degupan jantungnya kini sekencang langkahnya.
Sampai di suatu selekoh bangunan, tiba-tiba badannya dipeluk kemas dari belakang dan kepalanya mulutnya ditekup. Yuni meronta-ronta untuk melepaskan diri tapi tidak berjaya. Dia mengharapkan ada lah orang yang melihat tetapi tiada siapa di situ. Siapalah yang berani lagi keluar lewat malam di saat polis mewar-warkan kes yang berlaku.. selain dirinya yang degil? Dia mula membayangkan wajah ibunya, kalaulah dia dengar kata ibunya.. semua ini takkan berlaku. Matanya bergenang sebelum pandangannya menjadi kabur dan gelap..
**********
Yuni tersedar. Dia mendapati tangan, kaki dan badannya diikat. Dia memerhatikan sekeliling, agak kelam untuk mengecam di manakah dia berada sekarang. Apa yang dia pasti, dia kini berada di dalam sebuah bilik papan dan sempit. Yuni cuba untuk melepaskan diri, sesekali dia menjerit untuk meminta tolong. Dia berharap ada sesiapa yang mendengar suaranya tatkala itu.
“Siapa tu? Ada sesiapa di dalam?”, suara kecil menyapa dari luar bilik. Suara lelaki.
Yuni lantas menjerit meminta tolong beberapa kali. Dia mendengar tombol pintu dipulas beberapa kali, mungkin lelaki berkenaan cuba membukanya. Tak lama selepas itu pintu bilik terbuka. Kelihatan seorang lelaki separa umur datang menghampiri dan cuba membuka ikatan tangannya. Dia menyuruh Yuni sabar dan memperlahankan suara supaya dan menarik perhatian penjenayah yaang memerangkapnya. Yuni menarik nafas lega.. dia berharap agar mereka berjaya keluar dari bilik itu dengan selamat.
Tiba-tiba lelaki itu berhenti, dia merapatkan mulutnya ke telinga Yuni..
“Kenapa aku perlu lepaskan kau sedangkan aku sendiri membawa kau ke sini tadi?”, bisik lelaki itu sambil tertawa kecil.
Yuni tergamam. Dia sangkakan lelaki itu datang untuk menyelamatkannya.. tetapi hakikatnya tidak. Lelaki itu gelak dan semakin lama semakin kuat. Ternyata itulah lelaki yang mana rupanya terpampang di dada-dada akhbar dan media masa. Itulah banduan yang dikehendaki pihak polis kerana m******h. Dia sendiri tidak perasan, mungkin kerana terlalu takut. Puas Yuni merayu tetapi lelaki tersebut terus gelak berdekah-dekah sambil mengasah parang di penjuru bilik. Yuni sendiri tak tahu selama mana dia boleh bertahan..
“Aku datang ni.. aku datang ni..”, kata-kata lelaki itu membuatkan Yuni meraung tatkala lelaki itu menghampirinya dengan sebilah parang.
“Ibuuuuuuuu!!!!”
Jeritan itu memecah kesunyian malam, tetapi siapalah yang sedar tatkala masih-masing asyik diulit mimpi. Ditambah pula cuaca sejuk dan hujan yang kian melebat di luar. Tiada siapa tahu malam itu satu lagi mangsa rebah tanpa kepala di badan..
**********
Berita tentang kematian seorang lagi mangsa telah tersebar dengan pantas berikutan penemuan mayat di sebuah rumah tinggal di pinggir Taman Mahkota pada lewat 1 pagi tadi. Saksi kejadian yang tidak mahu namanya dikenali menjelaskan yang mayat itu dijumpai terbaring di lantai rumah setelah dia terdengar suara orang menjerit sekitar lewat tengah malam sewaktu dia baru sahaja pulang dari berniaga. Polis masih mengesan identiti mangsa tanpa kepala berkenaan tetapi polis berani mengesahkan yang mangsa kemungkinan besar adalah pembunuh bersiri yang dicari-cari selama ini.
Sementara itu..
Wanita separuh abad itu bangun dari katil menuju ke pintu bilik, melihat kiri kanan.. tiada sesiapa di sana. Dia lantas memanggil-manggil nama anaknya namun laungannya tidak berbalas. Setelah menuruni tangga, dia mundar mandir di ruang tamu.. anaknya masih tiada di situ. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Hujan sedari tadi telah berhenti namun sejuknya tidak berkurang sedikit pun.
Wanita tua itu terbau sesuatu, lalu dia menghampiri dapur yang sedikit berasap. Dia menuju ke arah periuk di atas dapur, ada sesuatu di situ. Dia mengacau-ngacau isi di dalamnya, terdapat megi yang sedia terhidang untuk dijamah. Dia menghirup, merasa sedikit demi sedikit kerana panas. Wanita tersebut tersedak, mungkin tertelan sesuatu..
Dia meluahkan ke atas tapak tangannya. Sebentuk cincin. Cincin di dalam maggi? Berderau d***h tuanya tiba-tiba tetapi tatkala rasa marahnya baru hendak meluap-luap, dirinya didakap dari belakang.
“Maaf ibu.. Yuni keluar tadi”, sapa anak gadisnya dari belakang. Manja gayanya.
“Kenapa tak cuci betul-betul? Kalau ibu tercekik cincin tadi macamana?”,jegil mata wanita berkenaan. Gadis muda itu tersengih sahaja sambil matanya sempat menjeling megi yang dimasaknya sebentar tadi yang mana ramuannya bukan sahaja telur separuh masak dan cili p****g tetapi juga bebola mata, telinga, hidung dan isi daging pipi.
“Kenapa tak nak dengar cakap ibu?”, bebel ibunya. Anak gadisnya buat tak endah. Tak kisahla janji perut mereka terisi. Janji tiada siapa tahu yang mereka berdua adalah puak kanibal yang memburu kepala.
-TAMAT-
110. MAINAN PERASAAN?
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : MAINAN PERASAAN?
KARYA : AFZAL SUKASUKI
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940110
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Hari ini merupakan hari pertama Zakiah menempuhi kehidupan berasrama. Semuanya serba sendiri. Setelah tiga belas tahun hidup di bawah ketiak orang tuanya, malam-malam Zakiah kini bakal ditemani bantal peluk dan anak patungnya sahaja. Dari pagi sehingga petang, dia langsung tak beri peluang untuk berenggang dengan ibunya. Kalau dia tahu macam itulah suasananya, dia lebih rela bersekolah harian. Sakit demamnya ada orang yang jaga, apatahlagi makan pakainya. Tetapi dia nekad, walaupun berat hati ibunya untuk melepaskan dia duduk berjauhan daripada keluarga.. dia tetap dengan pendiriannya untuk memasuki sekolah berasrama. Baginya peluang itu datang sekali seumur hidup, kalau bukan hari ini.. bila lagi?
Kelopak matanya mula bergenang tatkala melihat kelibat kereta milik bapanya semakin menjauh melepasi pintu gerbang asrama. Dia masih berdiri menjengket-jengket walaupun kereta bapanya sudah tidak kelihatan lagi. Apa perlu dia lakukan? Siapa rakan sebiliknya? Ke mana perlu dia pergi selepas itu? Semua persoalan bermain-main di benak fikirannya serentak. Tatkala pandangannya melepasi rendang pohon ara, matanya tertangkap sesusuk tubuh di belakang pohon tersebut. Dia berpaling dan melihat kembali namun tiada apa yang kelihatan pada pohon ara sebesar dua pemeluk dewasa itu. Zakiah mempercepatkan langkah memandangkan azan maghrib sudah mula berkumandang. Kelibat Zakiah semakin menjauh tetapi masih ada mata yang terus terusan memerhatikannya dari balik pohon ara..
**********
Seusai solat maghrib, Zakiah kembali ke dorm untuk bersiap ke class prep pula. Perjumpaan bersama Badan Perwakilan Pelajar seperti yang dijadualkan pada malam itu terpaksa dibatalkan dek kerana hujan lebat yang turun secara tiba-tiba. Seronok memang seronok, lagi seronok kalau masa terluang seperti itu diisi dengan berborak panjang bersama ibunya di pondok telefon. Hajatnya ditangguh seketika tatkala melihat rakan-rakannya yang lain sudah beratur panjang menunggu giliran untuk menggunakan telefon. Pihak asrama bukan tidak menyediakan kemudahan telefon lebih tetapi yang lainnya sudah pun menjadi mangsa vandalisme pelajar-pelajar di sekolah itu. Nak baiki terpaksa mengambil sedikit masa. Nak tak nak terpaksalah berkongsi satu telefon walaupun kena menunggu sehingga berjam-jam lamanya.
Zakiah memandang sekeliling, mencari kelas bersama rakan sebiliknya Miya. Dia hanya membuntuti Miya daripada belakang sementara matanya meliar memerhatikan pelajar lain. Dia seakan-akan merasakan ada sesuatu sedang memerhatikannya dari penjuru bilik guru. Berkelip-kelip Zakiah memerhati dari jauh, tetapi masih tiada apa di sana. Mungkin hanya mainan perasaannya. Mungkin juga dia terlalu banyak berfikir perkara yang bukan-bukan. Almaklumlah dia sendiri tau sekolah berasrama sangat sinonim dengan cerita-cerita angker, sama ada kisah benar atau kisah yang ditokok tambah sesedap rasa.
“Miya aku rasa macam ada orang perhatikan kita la”, ujar Zakiah sebaik sahaja mereka berada di kelas yang ditetapkan. Miya memandangnya kehairanan.
“Ala biasa la tu. Ni baru hari pertama tau.. lepas ni lagi lah. Bukan setakat perhati je, kau tunggu je la surat-surat daripada diorang plak”, jawab Miya berseloroh namun gurauan Miya disambut hambar oleh Zakiah. Dia sendiri rasa tak sedap hati. Miya katakan yang mungkin Zakiah terbawa-bawa rasa rindunya terhadap keluarga tetapi Zakiah menafikan. Sejak menjejakkan kali ke sekolah tersebut, Zakiah rasa dia diperhatiakn sentiasa. Tetapi bila dia cuba mengamati.. tiada siapa di sekelilingnya. Miya menenangkan Zakiah. Zakiah akur. Malam itu mereka banyak berborak dan berkenalan dengan rakan sekelas yang lain memandangkan sesi pembelajaran mereka masih belum bermula.
Setelah loceng berbunyi, Zakiah bergegas menuruni anak tangga untuk menggunakan telefon awam. Tetapi dia mendapati pelajar-palajar sudah mula beratur untuk menunggu giliran. Zakiah mengeluh panjang. Nak tunggu Miya, dia sendiri sudah meminta kawan sebiliknya itu untuk pulang terlebih dahulu. Cuaca sejuk, rasa menyusahkan sekiranya Miya turut menunggu bersamanya di situ. Sekurang-kurangnya bila Miya tiba awal di kantin.. dia boleh belikan nasi lemak untuk santapan mereka malam itu.
Jam telah menunjukkan pukul 11 malam. Zakiah telah beberapa kali diarahkan pengawas untuk pulang ke asrama tetapi dia berkeras untuk menelefon ibunya. Dapat dengar suara pun jadilah,, sebagai syarat seperti kata orang. Akhirnya dia diberi kebenaran untuk berada di situ, walaupun dia tahu dia kini sendirian.
Sambil Zakiah menunggu panggilan diangkat, dia memerhati kawasan sekitar blok pentadbiran yang sedari tadi gelap dan sunyi. Sesekali katak dan cengkerik bersahut-sahutan, seperti perbualan di antara mangsa dan pemangsa. Angin malam meniup sepoi-sepoi membuatkan Zakiah memeluk badannya sendiri. Baju kurung yang disarungnya malam itu sedikit basah dek percikan air hujan yang turun dari bumbung bangunan. Zakiah menangkap bunyi decitan tapak kaki tidak jauh dari tempat dia berdiri. Matanya hanya memandang peti telefon, perasaannya sedikit takut kerana dia mula berfikir yang bukan-bukan. Dia tak pasti adakah apa yang dirasakannya ketika itu benar-benar wujud atau sebahagian daripada mainan perasaannya sahaja. Dalam pada matanya memandang peti telefon, dia terperasan seperti ada sesuatu sedang berdiri menghadapnya dalam jarak 50 meter di hadapan kaunter pejabat. Dia tak pasti apakah yang dia lihat itu manusia ataupun sebaliknya.
Zakiah lantas meletak gagang telefon dan dengan pantas dia berlari-lari anak menuju ke kawasan asrama. Dia masih merasakan ada sesuatu mengekorinya dari belakang. Degupan jantungnya menjadi semakin kencang manakala fikirannya pula hanya ingin cepat-cepat pulang ke asrama. Kiri dan kanannya gelap gelita kerana selepas pukul 11 malam, kawasan blok pentadbiran dan pembelajaran akan dimatikan lampunya. Dia termengah-mengah tatkala tiba di pintu masuk asrama. Sempat dia memandang ke belakang, namun masih tiada jejak dan kelibat yang kelihatan pada pandangan mata kasarnya.
**********
“Kau dah kenapa Kiah? Gabra semacam je aku tengok. Kau.. nampak hantu ye? Hehehe”, sakat Miya tetapi tidak mendapat responnya. Bagaimana harus dia terangkan kepada kawannya itu yang dia seperti diekori tetapi tak tahu siapa. Ke tandas, ke kelas, ke surau semuanya perasaan yang sama. Tetapi siapa yang mahu percaya. Orang akan anggap itu cuma mainan perasaannya sahaja. Zakiah merebahkan badannya, kepalanya dirasakan sangat berat. Matanya berpinar-pinar minta diberikan rehat secukupnya. Akhirnya Zakiah terlelap dalam kepenatan.
Jam 2.25 pagi
Zakiah terjaga. Dia mengurut-urut kepalanya yang sudah kurang rasa sakitnya. Dia memandang siling, memerhatikan kipas yang ligat berpusing. Lampu koridor telah lama dipadamkan. Keadaan sekitar kelihatan gelap, hanya samar cahaya bulan sahaja yang berjaya menembusi langsir biliknya. Zakiah memerhati sekeliling, segalanya gelap dan sunyi. Hatinya kembali kacau tatkala telinganya menangkap satu suara. Dia tidak pasti sama ada bunyi itu terhasil daripada geseran kipas siling atau suara dari seseorang. Zakiah dalam posisi duduk, sementara matanya masih mencari-cari dari mana datangnya suara tersebut dari dalam kelambu.
Sebaik sahaja dia berpaling memandang Miya di katil sebelah, dia mendapati ada susuk tubuh sedang berdiri di sisi katil. Zakiah mengamati betul-betul susuk milik siapakah itu, mungkin kawan dari bilik sebelah.. atau mungkin juga Mak Guard yang datang meronda. Tetapi kenapa rambutnya panjang sangat? Setahu dia tiada siapa dibenarkan menyimpan rambut melebihi paras bahu di sekolah tersebut melainkan..
“Kau cari aku ke??”, terpacul suara daripada susuk tubuh tersebut. Semakin susuk tersebut menghampiri kelambunya dari luar, baru Zakiah sedar yang susuk itu bukan milik manusia. Rambut panjang dan gigi menyeringai membuatkan Zakiah terus menjerit-jerit gila. Miya dan rakan-rakan dormnya yang lain terus terjaga bila terdengar jeritan Zakiah. Zakiah seperti orang hilang akal. Meracau tak tentu hala. Dia asyik menjerit-jerit minta pulang ke rumah. Keadaan tersebut berlarutan sehingga awal Subuh setelah ustaz dipanggil bagi memulihkan keadaan. Tiada siapa yang tahu apa yang telah berlaku kepada Zakiah. Dia kini hanya terbaring pucat sambil ditemani warden bertugas sementara menunggu ibu bapanya datang menjemputnya untuk pulang ke rumah.
**********
Seminggu sebelum..
“Pasti menjadi ke tok?”, tanya perempuan separuh umur tersebut. Tok bomoh hanya diam. Matanya memandang foto yang diberikan kepadanya. Jarang berlaku kes seperti ini, tetapi apa sahaja kehendak pelanggan.. dia mesti kena tunaikan.
“Kalau boleh tok bawa dia kembali ke pangkuan saya ye. Saya tak mahu dia berjauhan daripada saya”, ujar wanita tersebut sambil memerhati bomoh yang berada di hadapannya sudah pun mula melakukan ritual terhadap gambar anak kesayangannya.
Kali ini dia yakin anaknya akan kembali semula ke pangkuannya semula..
-TAMAT-
111. BERHANTUKAH?
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : BERHANTUKAH?
KARYA : ADI ARCHYIS
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940111
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
So untuk cerita yang kedua adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Alkisahnya pengalaman ini berlaku sekitar bulan December 2017. Aku dan kawan-kawan aku dah rancang dan janji sejak dari awal tahun nak pergi bercuti bersama-sama, tapi biasa la janji Melayu. Sembang nak pergi pertengahan tahun tapi bunyi pun tak ada. Selalunya kalau kita plan nak pergi bercuti mesti 90% tak jadi punyalah. Akhir tahun pun menjelma jadi aku buat last minute plan. Siapa nak ikut, ikut je. Malas nak tunggu semua on baru nak pergi. Kalau tunggu, sampai kucing tumbuh tanduk pun belum tentu jadi. Tengok, tak pasal-pasal kucing jugak naik nama. Lol.
Back to the main story, hari ni aku plan lusa dah nak gerak. Lusa yang dimaksudkan adalah hari Jumaat. Jadi pada yang nak ikut pandai-pandai la nak MC ke EL ke atau AL janji dapat bertolak jumaat. Destinasi yang aku pilih tak la jauh mana. Just short vacay di Pulau Langkawi untuk 3 hari 2 malam. Aku dah siap booking bilik di salah satu resort di Langkawi dengan harga yang berpatutan. Kalau nak murah lagi agak mustahil la sebab musim cuti sekolah. Kalau normal day maybe boleh la.
Aku pun pakai booking je tak tengok langsung review pasal resort tu. Kereta sewa juga sudah siap booking. Brother tu bagi Vios, ok la tu sedap drive jalan-jalan. Total aku dengan kawan-kawan empat orang dan memandangkan kami semua bekerja di Penang jadi senang la nak gerak sekali. Tiket ferry aku dah beli, pergi dan balik. Kami naik ferry dari Penang, bagi yang tak tahu jeti ferry untuk ke Pulau Langkawi di Penang adalah dekat dengan roundabout yang korang nak pergi ke Padang Kota tu. Tapi naik dari Penang ni bosan sikit la sebab ambik masa 3 jam untuk sampai ke Langkawi. Kalau dari Kuala Perlis just 1 jam dah sampai.
Ok stop cerita meleret-leret, nanti aku kena kecam pulak nak karang cerita hantu ke karang blog percutian. Hahaha. So selepas 3 jam perjalanan akhirnya kami sampai di Pulau Langkawi. Dia punya excited tuh sampai aku rasa nak lompat-lompat kat jeti. Siap ambik kunci kereta kami pun menapak ke parking kereta. Semua bagasi di masukkan ke dalam bonet belakang. Enjin dihidupkan dan pedal minyak ditekan. Kereta laju menyusur keluar dari jeti Kuah. Aku dah on waze tengok jalan untuk ke resort yang aku tempah sambil tangan kejap di steering wheel. Kalau ikut map resort tu lebih kurang 18 minit je dari Jeti Kuah. Jam menunjukan pukul 12 tengahhari. So kami singgah makan dan berhenti di masjid berdekatan untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang lelaki muslim pada hari Jumaat yang mulia ini. Selesai semua kami teruskan perjalanan ke resort tersebut.
Amir di sebelah aku tiba-tiba bersuara bertanya.
“Adi kau book resort mana? Aku nak baca review resort tu la.”
“Resort XXX(nama resort biarlah rahsia). Aku tengok gambar resort tu macam menarik dan harga pon ok la,” jawab aku sambil mata masih memandang kehadapan.
Amir diam buat seketika sambil tangan sibuk menyentuh screen smart phonenya. Sekejap ke atas sekejap ke bawah jari-jarinya bermain.
“Weh, aku baca review banyak yang cakap resort ni berhantu. Ada yang stay tak sampai 1 malam, tengah-tengah malam sanggup check out dari situ. Kau biar betul ni Adi!”
“Entah, mana la aku nak tau. Hang jangan dok buat gabra sangat boleh dak. La ni kita pi try tengok dulu macam mana. Jangan dok buat kalut!”
Amirul dengan Nabil diam sahaja dibelakang. Bila aku tengok cermin pandang belakang baru la tau tidur rupanya mamat dua ekor tu. Hampeh betul.
Akhirnya sampai juga di resort yang dimaksudkan. Mataku melirik ke arah jam di pergelangan tangan, jarum jam tepat menunjukan pukul 3.15 petang. Mata aku meliar melihat sekitar resort yang dikelilingi oleh pokok-pokok yang agak tinggi, menjadikan suasana agak gelap kerana matahari ditutupi oleh dahan-dahan dan daun-daun. Nafas ditarik panjang, boleh terasa bezanya udara di sini dengan udara di Penang. Lebih nyaman dan sangat menenangkan. Bonet dibuka dan semua bagasi dikeluarkan. Perlahan-lahan kami menuju ke kaunter reception untuk process check in. Usai check in dan kunci bertukar tangan kami pun bergerak ke arah bilik. Aku book 2 bilik memandangkan satu bilik ada satu katil queen size so muatlah dua orang untuk satu bilik. Tapi aku perasan yang macam tak ramai orang di resort ini. Boleh bilang dengan jari berapa orang je pelancong yang ada tak termasuk pekerja resort. Pelik juga, sekarang musim cuti sekolah takkan lah tak ramai orang datang ke resort yang cantik macam ni. Serius cakap resort ni memang cantik. Kolam renang dia memang menarik seolah-olah memanggil kami untuk terjun berendam. Mungkin juga mereka keluar berjalan-jalan dan belum balik ke resort. Mungkin!
Disebabkan badan dah penat kami pun ambil keputusan untuk tidur. Malam nanti baru nak explore Langkawi. Usai makan malam kami berjalan-jalan sekitar Pantai Cenang dan pulang semula ke resort. Lama juga kami berjalan-jalan tadi, bila tengok jam baru perasan dah pukul 2.30 pagi. Sebaik sahaja masuk ke bilik masing-masing, tak banyak cakap terus landing atas katil. Agak aku dah nak ke alam mimpi, tiba-tiba terdengar seperti ada orang ketuk pintu dan bagi salam. Tapi salam yang diberi tak begitu jelas, just dengar kommm, kommmmm, kommm dan berlarutan. Tombol pintu dipulas kasar dari luar seolah-olah orang atau benda tu betul-betul nak masuk ke bilik aku. Mulanya aku ingat budak dua ekor kat bilik sebelah saja nak prank, so aku call la Nabil sambil pandangan aku dihalakan ke arah Amir di kiri aku. Nampak macam dah masuk ke alam mimpi mamat ni.
“Weh Nabil tak payah la nak prank aku, aku tak takut pun la.” Tiada salam terus aku sound Nabil.
“Amenda yang hang merepek ni setan. Prank apa? Aku baru nk tidoq mimpi Neelopa hang dah call kacau aku”
“Agak-agak la nak prank pun woi macam nak roboh pintu dok ketuk.”
“Dak, la ni hang dok merepek apa. Aku ngan mirul baru nak tidoq ni.”
“Weh serius la wei jangan main-main, dah tu sapa plak dok ketuk pintu, pulas tombol macam nak roboh ni.”
“Mana la aku nak tau. Baca surah apa yang hang tau pastu pi tidoq. Jangan dok teguq. Kita kat tempat orang ni.”
Panggilan dimatikan dan selimut ditarik hingga ke hujung kepala. Mengigil aku di bawah selimut. Ayat yang dibaca berterabur. Teringat pulak Amir cakap petang tadi pasal review resort ni. Betul ke berhantu?
Ketukan semakin perlahan dan kemudian menghilang. Aku menarik nafas lega.
Tiba-tiba selimut aku ditarik kasar. Dia punya terkejut tu tak payah cakap rasa macam nak luruh jantung. Rupanya Amir yang rentap selimut aku.
“Adi kau dengar tak?” Amir tanya aku. Boleh tengok muka dia pucat. Walaupun dah 3 tahun Amir kerja di Penang still dia tak boleh ikut dialek Utara. Budak ni asal Selangor so berkau aku itu perkara biasa.
“Dengar apa?”
“Tu ha bunyi perempuan menangis”
Aku terdiam dan mula fokuskan telinga aku untuk dengar apa yang Amir dengar. Sah bunyi perempuan menangis. Siapa pulak yang menangis tengah-tengah malam ni. Untuk pengetahuan korang resort ni susun atur bilik dia adalah berdasarkan “rumah”. Bentuk lebih kurang macam rumah kampung dan sebuah “rumah” ini ada 2 ke 3 bilik dan jarak dari “rumah” ke “rumah” yang lain adalah lebih kurang 30 meter. Kebetulan “rumah” yang kami duduk ini ada 2 bilik sahaja. So mana datang bunyi menangis ni. Makin lama makin kuat bunyi menangis dan makin dekat. Rasa macam orang or benda yang menangis tu ada di sebelah luar pintu masuk bilik kami sahaja. Aku dah mula rasa menyesal booking dan tak baca review pasal resort ni dulu.
Aku dan Amir baca apa kami tahu. Hampir 15 minit akhirnya tangisan itu berhenti. Kami ingatkan azab dah lepas rupanya permainan baru nak bermula. Terdengar seakan benda berat diseret di luar bilik. Bau seperti bangkai menerjah masuk ke hidung diikuti bunyi air mengalir dari shower. Siapa pulak dalam bilik air tu. Serius aku rasa menyesal gila datang ke resort ni. Rasa macam nak menangis. Aku call Nabil, dorang cakap dorang pun dengar jugak bunyi perempuan menangis.
“Adi, jom ar wei blah dari sini, aku dah tak tahan ni. Sejak hang call sejam yang lepas macam-macam yang aku dengaq wei,” Nabil bercakap dalam ketakutan.
Belum sempat aku nak jawab ajakan Nabil, BAMM!! Pintu bilik terbuka dan tertutup dengan sendiri. Aku amat yakin yang pintu bilik memang aku kunci. Lampu bilik tiba-tiba terpadam. Kemudian bernyala kembali tetapi berkelip-kelip.
Allahuakbar!!! Amir bertakbir nyaring disebelah aku.
“Awat wei?” terpancul soalan dari mulut aku.
“Aku.. aku.. aku nampak..”Amir menggigil dan tak mampu nak bercakap.
“Nanti cerita, jom cau dari sini. Makin teruk kita kena ni.” ajak aku seraya mengemas barang-barang kami masuk ke dalam bag sandang.
“Bil, Nabil, kemas barang wei jom cau” aku tinggikan sikit suara di luar pintu bilik Nabil dan Amirul.
Pintu bilik dibuka dan aku lihat Nabil dan Amirul juga dalam keadaan ketakutan. Sebaik sahaja Nabil dan Amirul siap kemas barang kami terus bergerak ke reception untuk check out. Pekerja resort memandang pelik sambil bertanya kepada aku.
“Kenapa nak check out sekarang encik? Saya tengok encik book bilik untuk 3 hari 2 malam.”
“Err. Kami ada emergency so nak kena check out sekarang juga.”
Aku dah tak peduli apa yang pekerja tu fikir, yang penting sekarang kami kena keluar secepat mungkin dari tempat ni. Selesai process check out berlari kami ke kereta sewa. Enjin dihidupkan dan pedal minyak ditekan. Mata dilirikan ke jam tangan. 3.50 pagi. Mana kami nak pergi pagi-pagi buta macam ni. Buntu. Aku tak tau nak fikir apa. Yang terlintas kat fikiran aku sekarang cuma masjid. Ya masjid, baik kami tumpang tidur sekejap di masjid sementara tunggu pagi.
Bamm!!! Bunyi benda jatuh di atas bumbung kereta. Apa lagi bala yang datang ni, fikir aku dalam hati. Tiba-tiba kereta jadi berat, pedal minyak ditekan sampai ke lantai kereta tapi kereta seolah tak mampu nak bergerak lebih laju. Padahal meter kereta menunjukan 80 km/h. Tapi aku rasa macam 20 km/h je kereta ni bergerak. Kami ramai-ramai baca ayat kursi dan Nabil laungkan azan. Setelah beberapa minit kereta yang bergerak seperti siput akhirnya kembali normal. Terus aku pecut kereta tinggalkan resort berhantu ni. Sumpah aku tak akan jejakkan kaki ke sini lagi.
Kami berhenti rehat di sebuah masjid yang berdekatan. Besoknya kami sewa hotel bajet. Biarlah bilik kecil janji tak berhantu. Kami teruskan juga percutian sampai hari Ahad dan pulang semula ke Penang. Kami tak bercakap langsung pasal benda yang terjadi di resort berpuaka tersebut sewaktu di Langkawi. Sebaik sahaja sampai ke Penang dan lepak di kedai mamak barulah kami buka cerita. Aku bertanya kepada Amir apa benda yang dia nampak sampai tak boleh bercakap pada malam tu.
“Aku nampak sorang perempuan berambut panjang dan berbaju putih lusuh. Tak nampak muka sebab rambut dia panjang mengurai ke depan tutup muka. Dia berdiri betul-betul di sebelah katil kita” terang Amir sambil rokok dinyalakan.
Aku yang dengar cerita dia terus rasa bersyukur sangat sebab aku tak nampak. Kalaulah aku nampak tak tau lah macam mana. Sebagai penghias bicara akhir aku dalam cerita ini, kalau korang nak pergi bercuti ke resort atau hotel tu mohon baca dulu review. Sekarang zaman dah maju semua benda hanya di hujung jari. Pakcik google kan ada.
Terima kasih kerana sudi luangkan masa korang baca cerita aku ni. Komen-komen korang amat dihargai untuk aku tingkatkan lagi cara dan gaya penulisan.
-TAMAT-
112. 3:45AM
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : 3:45AM
KARYA : HAMBA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940112
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Thank you HZONE BLOG sebab sudi post cerita aku ni. Cerita ni betul-betul terjadi dekat aku tau, and it is up to you guys to believe it or not and yes please aku perlukan padangan korang dengan apa yang terjadi ni.
Kejadian seram ni dah jadi dekat aku dalam bulan 3 ni jugak lah and semalam baru kena jugak. Kus semangat!! Benda ni semua jadi bila ada pihak auhthority tebang hutan belakang rumah aku. Okay, meh sini aku cerita kawasan perumahan aku. Aku dengan suami aku duduk condo area Cheras, kitaorang duduk tingkat 20 and dapat view KL. Bukan setakat view KL, jerat Cina & India pun nampak which is 500m je jarak dari rumah aku. So memang nampak gila lah perkuburan tu except Jerat Cina sebab dia macam nun 3km tapi dari view rumah aku boleh nampak. Macam selak langsir bilik confirm lah view aku first hutan, second Jerat India and kalau toleh kanan sikit macam 135 darjah kau nampak Jerat Cina and toleh sikit lagi nampak KLCC etc. Boleh gambarkan tak?
Suami aku kerja production so jarang nak nampak dia dekat rumah kalau time dia tak ada job 2 3 bulan jugak lah dia duduk je kat rumah, katanya nak rehat kalau tak job tak putus-putus masuk. Alhamdulillah rezeki kitaorang. Kalau job dah panggil hambik kau terkontang kanting aku sorang-sorang dekat rumah 5pagi keluar 12/1/2/3 pagi nanti baru balik tu pun nak kena keluar awal pagi balik. Itu belum kerja luar kawasan pulak berminggu-minggu aku kena tinggal. Siapa yang kerja production maybe boleh faham kot working hours suami aku ni macam mana. Aku pun kerja tapi 9-6pm lah – keluar rumah jam 730am sampai 730pm. Aku bagitahu ni sebab nak korang gambarkan bila je dalam rumah aku tu ada penghuninya manusia. So rumah tu weekend je hidup dengan TV, dapur berasap semua.
Gangguan pertama terjadi dekat aku bila suami aku kerja luar kawasan, so aku sorang je dekat rumah ni. Malam tu macam biasa lah, balik rumah mandi, iron tudung then minum milo dengan nestum terus aku tidur. Aku jenis tidur tutup lampu tau and tingkap aku bukak sebab bahang dia lain macam tapi langsir tutup lah. Punya lena aku tengah tidur, tepat jam 345am aku tersedar; tahu sebab check jam dekat phone. Masa tu tidur terlentang tau, yang aku terbangun terkejut gila yang mata terus bukak besar tu. Hahahhaha. Kau tahu kenapa mata aku terbukak besar? First sebab aku dengar anjing menyalak yang sayup-sayup tu kau tahu; second aku dengar perempuan nangis sendu betul dia nangis. Fuhh aku apa lagi, tarik selimut selubung lah. Baca ayat kursi termasuk al fatihah. Baca al fatihah termasuk ayat kursi. Aku tak sure berapa lama aku duk repeat baca salah sampai aku sendiri tertidur. Esoknya aku call suami aku tak dapat, aku whatsapp dia bagitahu benda yang jadi dekat aku tapi tak ada respond! *facepalm
The next day, aku ingat dah tak ada gangguan dah. Still tidur tutup lampu and tingkap bukak. Tepat 345am aku akan terbangun. Macam biasa, anjing menyalak sayup; tapi kali ni lain wehhhhhh dia nangis then mcm jari ke kuku panjang dia ke dok gesek dekat grill besi tingkap tu. Banyak kali weh- “tinggg, tinggg, tiinggg, tinggg” lebih kurang macam tu lah bunyi dia. Takut dia tak payah cakap lah, terus aku capai lampu kat side table terus aku on. Tak tahu jam berapa aku tertidur. Start dari tu, aku dah tak bukak tingkap bilik aku kecuali pagi masa aku nak bersiap-siap pergi kerja. Before gerak kerja aku tutup balik. Bila aku tutup tingkap kan, dia knock tingkap masa aku tidur; and yes benda ni semua jadi tepat 345am.
Ada satu weekend tu, aku tidur petang lah kan. Semua kerja dekat rumah dah settle, so nak rehat je lah. Aku tidur tutup pintu bilik, masa aku tidur tu; pergh macam-macam aku dengar orang bukak pitntu bilik sebelah. Duk bukak tutup bukak tutup. Stress aku. Belum lagi dia buat tarik kerusi meja makan, tapi bunyi je bila aku check tak kena tarik pun. Nak kata orang atas, level 20 ni dah paling atas dah. Then bila aku bangun, takde pulak dia nak buat bising semua. Bila malam, macam biasa 345am anjing menyalak dan ketukan kat tingkap. Macam mintak izin nak masuk gitu. Aku malas layan, aku sambung tidur balik. Rasa tak takut sebab tutup tingkap and bukak lampu tidur. Esoknya suami aku balik, aku cerita semua dekat dia masa dinner (suami ada baru nak masak); macam biasa lelaki kan mana nak pernah percaya benda macam ni. Dia boleh cakap “You mamai kot sayang”, rasa nak maki tapi takpe biar dia rasa sendiri. hahhaa
So bermula lah episod suami aku pulak yang duduk sorang dekat rumah, tengah aku kerja dia suruh balik half day. Hahhaha! Kau tahu sebab apa? Sebab dia duk main game dalam bilik then bilik sebelah (bilik iron) punya pintu duk bukak tutup bukak tutup. Dia mula-mula tak syak apa-apa pun, dia cuma ingat tu angin sebab pintu tu memang problem sikit. 2 3 kali okay dah. Bila dah banyak kali dia cuba tutup pintu tu kuat-kuat and tolak kuat acah-acah macam nak siasat betul ke angin; takde pulak pintu tu terbukak. Yang membuat dia suruh aku balik tu, masa dia nak tutup pintu dia nampak macam body figure dekat belakang langsir bilik tu. Angin takde ni, tingkap pun tak bukak; tapi body figure tu cantik je terbentuk dekat belakang langsir. Hahhaha, aku tulis pun seram weh apatah lagi laki aku yang nampak. Tu lah bini cakap tak percaya. End up aku tak balik pun. Malamnya masa tidur timing yang sama 345am dia dengar benda tu knocking tingkap bilik kitaorg and aku pun terjaga. Terus aku cakap dekat dia, aku terjaga sebab nightmare. Ada tiga ekor pocong dekat luar rumah macam nak masuk siap macam nak tengok dalam rumah ada orang ke tak. Muka diaorang? Hitam, texture kulit macam kulit kayu and mata dorang besar. Hmmm.
3 hari je suami aku dekat rumah, lepas tu dia start kerja balik. Tidur sorang balik. Semalam masa nak tidur macam biasa aku baca 3qul & al fatihah. Tengah aku baca tu, pergh ada satu suara yang macam berbisik ikut apa aku baca. Terus tunggang langgang aku punya surah. Bila aku stop baca, betul-betul kat tepi telinga aku bunyi nafas lega yang macam kau tarik nafas panjang then hembus. Masa nak terlelap pulak, dia bisik apa entah kat telinga aku. Aku tak faham, so aku ambik bantal tutup telinga aku then tertidur sampai pagi.
So far itu yang terjadi dekat aku since authority tebang hutan belakang tu sikit-sikit. Korang rasa sebab apa eh rumah aku yang kena ganggu?
Sorry kalau tak seram tulis berterabur, just nak share and pendapat je.
-TAMAT-
113. SESAT DALAM HUTAN
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : SESAT DALAM HUTAN
KARYA : IZZ
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940113
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Assalamu’alaikum reader semua. Alhamdulillah, terima kasih kepada admin kerana sudi post kan cerita yg aku akan kisah kan di bawah nanti.
By the way, aku Bruneian (dulu pernah pegang IC Malaysia sampai umur 15 tahun, ayah aku Sarawakian dan Mak aku Brunei. Aku lahir di Brunei, hihi) dan cerita ini adalah mengenai pakcik aku (cousin ayah) yg ketika itu masih budak lagi dalam lingkungan 10 tahun. Cerita mengenai pengalaman dia sewaktu ayahnya membawa masuk ke dalam hutan utk memotong kayu. Kejadian ini berlaku di Trusan, Sarawak bersempadan dengan Daerah Temburong, Brunei. Tanpa membuang masa kita terokai dan ambil iktibar dari cerita ini. ‘AKU’ di dalam cerita ini adalah pakcik aku…..
*******
Masa ketika dulu ayah aku kerjanya disamping menjadi nelayan, dia juga mengambil kayu di hutan utk membuat rumah atau perabot kayu. Pada waktu itu terlintas difikiran ayah utk mengajak aku masuk ke hutan. Sudah menjadi tabiat org lama, mengajar anak sedari kecil, melentur buluh biar dari rebungnya.
Selepas subuh ayah kejutkan aku utk keluar ke hutan. Kami ditemani oleh seorang lagi jiran aku sebaya ayah namanya Pak Din. Ayah dan Pak Din sudah bersiap-siap membawa kelengkapan utk ke hutan dan aku hanya membawa bekalan yg emak bekalkan utk kami berupa kopi, nasi, ikan masin dan pizza hihihi. gurau sikit bukan pizza tapi kuih sapit. Kami pun masuklah ke dalam hutan dalam keadaan yg sedikit gelap dan sejuk. Meredah semak, duri dan ranting-ranting pokok yg berjuntaian adalah pengalaman pertama aku. Sesudah sampai di dalam hutan yg tebal itu, ayah cuma menyuruh aku duduk dan menunggu di bawah 1 pokok yg agak besar. Kemudian ayah dan Pak Din memulakan kerja mereka tidak jauh dari tempat aku duduk. aku yg masih lagi dalam keadaan letih, maklumlah pertama kali meredah hutan tebal, lalu aku pun terlelap di bawah pokok tu. tapi memang aku terasa baru saja terlelap, tiba-tiba ‘ayah’ kejutkan aku dan mengajak aku utk balik tanpa melihatkan wajahnya dan aku sangat pasti yg itu adalah ayah kerana zahirnya, bentuk badan dan gaya percakapan yg memang ayah aku. Aku yg dalam keadaan mamai dan heran pun bertanya kepada ayah..
“ehh mana Pak Din, pa?” (Ayah, Mana Pak Din?)
“inda apa tu mulihtah kitani saja dulu.” (Takpe, kita balik je balik dulu) kata ‘ayah’.
Aku pun ikutlah ‘ayah’ yg beriya mengajak pulang. Tapi dalam perjalanan tu, aku merasa amat pelik kerana macam sudah tersedia jalan lapang dan bersih dari daun-daunan. Sedangkan pada mulanya kami datang tadi punyalah susah meredah ranting, duri dan akar pokok. Lantaklah dalam hatiku, mungkin ini jalan keluar yg lain.
Sebenarnya yg menyerupai ayah aku ni adalah hantu hutan. Memang glamour dikalangan tentera yg selalu masuk hutan terjumpa dgn hantu ni. Hantu ni memang sempurna menyerupai org yg hantu ni nak serupai. Tapi dia cuma tiada lekuk di antara hidung dan mulut. Jadinya hantu ni memang tidak akan menunjukkan mukanya dari hadapan. Kerjanya memang hanya ingin menyesatkan org yg masuk hutan.
Ayah (yg betul2) dan Pak Din sedar yg aku tidak ada lagi di pokok yg tadi.
“ia udah ni, kana bawa laritah ni. Baiktah kitani cakah menuntuti Din.” (Tak syak lagi. memang ‘dia’ lah yg bawa lari ni. Baik kita cepat kejar Din.)
Ayah dan Pak Din berdoa serta bertawakal dan mula menjejaki aku mengikut firasat ayah je. Kerana memang ketika itu ayah tidak terlihat kesan jejak kaki langsung.
Aku yg sedari tadi ikut berjalan di belakang ‘ayah’ ni pun berasa lapar. Aku pun katalah kat ‘ayah’….
“Pa, bulih kitani berehat skajap kah? lapar parutku sudah. makan kitani dulu yg mama batakan tadi pagi ah.” (Ayah, kita rehat kejap boleh? perut aku dah lapar, kita makan bekal yg emak bekalkan pagi tadi) kataku.
“Bah menyiringtah kitani dulu.” (ok kita rehat kat tepi ni lah) kata ‘ayah’ tanpa memandang aku.
Aku yg mula hendak duduk ni terpandang 1 pokok rendang yg akarnya seakan-akan kerusi.
“ehhh pa. baik pulang duduk di sana tu, bisai ada mcm kursi.” (Ayah kita duduk kat sana. senang sikit nak duduk, mcm kerusi) aku mencadangkan kepada ‘ayah’.
“uiiii kenapa kau sabut tu dalam utan!! inda dapat bah tu.” (hoii, kenapa awak sebut benda tu dalam hutan, tak boleh!)
Aku tersentak kerana ‘ayah’ meninggi suara kepadaku. Mungkin benar benda tu tak boleh sebut dalam hutan, bisikku yg masih mentah tentang dunia.
Aku pun mulalah menjamah makanan yg dibekalkan utk kami. ‘Ayah’ juga memakannya, tapi dalam keadaan tu aku tidak mensyaki apa-apa walaupun ‘ayah’ tidak melihatkan wajahnya. Tak sangka jugak hantu boleh makan ikan masin, hihi. Selesai kami menikmati bekalan tadi, tanpa membuang masa, ‘ayah’ pun memberi isyarat utk kami meneruskan perjalanan. Seperti biasa, jalan yg kami lalui begitu teratur dan bersih layaknya seperti track basikal dalam hutan.
Di situasi yg lain, ayah dan Pak Din gigih menjejaki aku yg diandaikan sudah jauh masuk ke dalam hutan, tanpa menghiraukan penat dan luka-luka akibat geseran duri dan ranting kayu. Tapi malangnya belum juga ternampak akan kelibat diriku. Ayah hanya mampu berserah kepada Allah agar aku selalu dalam lindungan Nya.
Aku merasa agak terlalu lama sudah berjalan tapi belum sampai juga keluar hutan. Aku bertanya kepada ‘ayah’ tapi ‘ayah’ hanya mendiamkan diri sambil berjalan di hadapan ku. Lama- kelamaan ‘ayah’ pun membuka mulut bertanya pula kepadaku…
“Apa yg kau pakai di tangan mu atu?.” (Apa yg awak pakai kat tangan awak tu?)
“Galang jua ni pa, yg mama bagi arahku, batah jua sudah ni ku makai. Nya mama jgn di pakai tempat kamah2 saja.” (Ini gelang yg emak bagi, lama dah ayah. Emak cuma pesan jgn pakai di tempat yg kotor) kataku ringkas.
Gelang tu cumalah gelang perak yg biasa, bukan tangkal, azimat atau yg sama species dengannya. Cuma gelang itu ada tertulis kalimah ‘Allah’ dalam tulisan jawi. Sebab tu emak pesan kalau masuk ke dalam tandas atau tempat kotor, aku harus membukanya dulu.
“Baiktah kau buka tu! inda baik tu dipakai. buka tia lakas!” (lepas gelang tu. Benda tu tak boleh dipakai. Cepat buka!) kata ‘ayah’ dengan nada yg agak menakutkan.
Aku turut saja apa yg ‘ayah’ suruh kepadaku. Maklumlah aku masih kecil dan jahil tentang keadaan yg aku alami ketika itu. Aku pun mencuba melepaskan gelang itu dari tanganku. Tapi pelik, gelang yg mudah aku lepaskan ketika hendak mandi atau ke tandas itu, tidak boleh aku keluarkan dari tangan sama sekali. Aku tetap terus mencuba tapi masih tersangkut di pergelangan tanganku sambil ‘ayah’ terus membebel utk aku melepaskan gelang itu.
Di situasi ayah dan Pak din, dengan izin Allah jua, tidak jauh dari mereka berjalan, mereka ternampak aku yg berdiri di depan pokok sambil memegang tangan. Tanpa membuang masa ayah berlari tanpa memperdulikan semak semun hutan lagi. Ayah menarik baju aku dari belakang terus memeluk dan berkata…
“antu tu yg kau ikut atu!!.” (yg awak ikut tu hantu!) tegas ayah kepadaku.
Aku tersentak seperti aku baru sahaja bangun dari mimpi. Aku melihat ‘ayah’ yg berada di depanku sudah tidak ada lagi. Aku menoleh di sekelilingku, ia kembali semak dan seperti tiada tempat utk ku hendak berdiri. Jalan yg lapang ku lihat tadi juga hilang dari pandangan.
Selepas kejadian itu kami pun betul-betul tersesat. Hampir 3 minggu kami berada di dalam hutan. Pihak Polis Sarawak membantu mencari kami atas laporan kami sudah lama tidak balik. Dengan kerjasama Pihak Polis Brunei, kami dijumpai di dalam Hutan Brunei. Sungguh tidak disangka penangan hantu hutan, sampai begitu jauh kami tersasar disebabkan olehnya. Akhirnya kami pun dikembalikan ke kampung halaman kami oleh pihak Polis Brunei.
*******
Sebagai penutup di sini, kejadian ini benar-benar terjadi tanpa tambahan atau rekaan. Kita ambil iktibar dan pengajaran dari cerita ini. Sesungguhnya apa yg dikehendaki oleh Allah, itulah yg terjadi. Walaupun hanya secara spontan tersebut perkataan ‘kursi’ (Brunei sebut kursi utk kerusi) pun sudah cukup utk menggentarkan syaitan. Apa lagi jika menghayati isi kandungan ‘Ayat Kursi’ yg sangat mulia. Dan mengenai gelang tadi, serius ianya bukanlah sebagai azimat. Itu hanyalah sekadar perhiasan yg sengaja di ukirkan nama ‘Allah’. Memang tidak mempunyai kuasa apa pun. Tapi dgn izin Allah jua, ia menjadi benteng terakhir utk pakcik aku yg hampir disesatkan. Hasbi Allahu Wa Niqmal Wakil, cukuplah Allah bagiku Dia lah sebaik-baik pelindung. Terima kasih kerana sudi membaca kisah ini, dan minta maaf kalau tidak seram dan gaya penulisan yg tidak memenuhi citarasa. Aku bukanlah seorang penulis yg baik. Tengok-tengok org sebelah anda, takut takda lekuk kat atas bibir. hihihi. Assalamu’alaikum.
-TAMAT-
114. DIA KE YANG JAGA AKU?
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : DIA KE YANG JAGA AKU?
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940114
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Hai Assalamualaikum pembaca HZONE BLOG. Okay aku harap admin terima lah kisah aku ni. Sorry bahasa agak kasar “aku, kau” supaya mudah aku nak bercerita. Cerita ni agak panjang so terpulang lah nak baca atau tak. Hehe. Kisah yang aku nak cerita ni adalah pengalaman aku masa zaman aku belajar dulu. Macam biasa lah, duduk di hostel tu memang lumrah kalau tempat belajar jauh dari kampung halaman. Tapi aku tak, kolej aku dengan rumah atok aku berhadapan je. 20 langkah macam tu dah sampai pintu pagar kolej, tapi still juga mak ayah aku sumbat aku masuk hostel . Kisah tak berapa seram aku dekat hostel banyak juga lah. Aku akan cerita kisah aku di hostel dan di rumah atok aku. Okay jommm!
Okay yang pertama, bila duduk hostel wajib lah kan setiap kali masuk waktu akan kena turun surau. Waktu subuh tu kawan aku sara beria ria kejut aku tapi aku buat pekak je sebab mata aku mengantuk gila gila. So sebab kan aku liat sangat nak bangun time tu, sedar sedar dorm (bilik) aku dah kosong. Rupanya member dorm semua dah turun surau (Surau dekat dengan dewan makan). Aku dengan kelam kabut aku capai tudung dalam loker (almari besi) lepas tu turun ke surau. (Dorm aku tingkat 4 paling atas). Berpeluh juga aku berlari sampai ke surau. Risau juga kalau kena sembur ayat berbisa dengan senior yang perangai macam Firaun! Hahahaha.
Dalam berapa langkah nak sampai surau, aku berhenti ambil nafas dan entah kenapa mata ni tiba tiba terpandang satu pokok dekat dengan dewan makan tu, aku taktahu lah apa nama pokok tu. Tahu apa aku nampak? Aku nampak budak perempuan lengkap dengan baju sekolah menengah yang kain biru tu. Aku puas gosok mata aku , yelah mana tau aku mimpi ke apa. Tapi apa yang aku nampak memang real. Sudahhhh!! Anak siapa yang salah datang sekolah ni. Kolej aku pakai pakaian seragam, siapa pula pakai baju sekolah lusuh tu. Siap lambai tangan panggil aku pula tu. Lama juga aku perhati, tiba tiba budak tu hilang lepas lalu dari pokok tu. Sebab malas nak layan aku teruskan langkah masuk ke surau dan teruskan solat berjemaah.
Yang kedua, malam tu kawan baik aku sara beria ria suruh aku tidur. Aku ni jenis susah tidur. Dalam dorm aku ada 14 buah katil. Katil aku ni betul betul depan pintu kecemasan. Pintu kecemasan ni agak seram lah sebab banyak juga kisah seram senior duk cerita bagi kami semua takut hahaha. Okay, lepastu sedang rancak aku oncall sambil meniarap atas katil, dalam masa yang sama aku pandang pintu kecemasan dengan penuh tanda tanya. Tengah borak rancak tiba tiba aku dengar anjing menyalak. Kuat gila suara anjing tu. Mana tak kuat kalau dah berjemaah duk menyalak. (Belakang asrama aku hutan dan berbukit, tapi bila tengok hutan tu serius akan rasa tenang. Aku taktahu kenapa). Aku pun cakap dengan cik abang aku yang ada anjing menyalak sambil tu aku pandang tingkap kat belakang aku. Bila aku toleh je depan menghadap pintu kecemasan, sappppppp!!!!!! Berderu d***h aku, dia muncul kan diri depan pintu kecemasan sambil badan benda tu tembus perlahan lahan ke pintu puaka tu hahaha. Muka syaiton tu takpayah tanya lah macam mana. Buruk tu hanya Allah je yang tahu. Huaaaaa ?. Dan bermula lah episod aku demam panas selama seminggu!
Last sekali, masa tu time solat subuh, kawan aku aina dan eiqa tengah gosok baju uniform masing masing dalam bilik gosok kat tingkat 3. (Time ni dorang ABC, so tak pergi surau). Lepas je selesai solat subuh aku and the geng pun naik dorm. Tiba tiba aina tegur, “weh cepat nya kau naik. Bukan ke kau baru je turun tadi. Kau solat ke tak. Dah lah turun siap pandang kami macam nak ajak gaduh”. Time tu aku dah nak nangis. Aku bagitahu dorang apa yang dorang nampak tu bukan aku tapi “Dia”.
Hari yang sama (waktu malam), kita orang akan buat statistik kat ruang tv. Tengah aku berborak dengan kawan aku, tiba tiba aku nampak makhluk Allah. Dia pandang aku sambil merangkak, kepala dia senget senget pandang aku. Aku cuba nak bagitau kawan aku tapi aku kaku. Lepas kawan aku tepuk bahu aku, baru aku boleh bercakap. Tapi aku tak cerita lah kat dia. Tak pasal ada pula yang kena histeria. Hahahaha.
…………………………………………………………………………………
Okay ni kisah aku dekat rumah atok aku. Masa ni aku dah tak duduk hostel sebab ada masalah. Kat rumah atok aku duduk bilik makcik aku yang dah berpindah ke Perak. Bilik tu besar juga lah dalam anggaran 20×20 (siap ada bilik air). Kira beruntung lah dapat bilik tu. Heheheh. Hari first aku jadi budak outsider rasa bangga lah juga hahahaha. Tapi bila hari first tidur rumah atok aku sebagai penduduk tetap bilik tu, macam macam aku kena malam tu.
Tepat pukul 1.30pagi, wan aku hantar whatApps, “jangan lupa pasang surah AlQuran dalam radio tu ye, wan dah letakkan Cd dalam tu”. Aku pun ikut jelah arahan. Pukul 2pagi aku rasa tak sedap hati tapi mata aku mengantuk. Sedang aku nak terlena tiba tiba aku dengar orang ketawa betul betul depan muka aku. Suara dia nyaring gila. Aku tersentap, bila tengok radio dah terpadam. Allahuuuu, dugaan apa ni.
Sebab taknak nampak aku ni penakut aku pun sambung tidur, “tap tap tap”. Siapa pula lah yang rajin ketuk tingkap bilik ni. Bila aku buka mata, badan besar hitam berambut panjang tengah tenung aku dalam gelap yang diterangi lampu luar yang samar samar. Ya Allah, aku nak nangis tapi aku malu nanti hantu tu kata aku penakut hahaha. Aku capai phone terus whatApps sara “weh sara tidur dah ke? Hantar kat aku surah surah yang boleh bagi hantu lari”. Selang berapa minit chat masuk. Alhamdulillah sara hantar audio kat aku. Bila aku buka audio tu aku rasa nak maki. Tahu apa dia hantar? Lagu nasyid wehhhhh!!! Pejadah hantu nak lari kalau dengar lagu nasyid! Hawau gila perangai hahaha. Aku tenangkan diri dan terus tidur.
Lepas tu pukul 4pagi aku tersedar semula. Aku dengar orang duk cakau pintu bilik. Bila aku buka mata je, benda tadi tu betul betul berdiri depan pintu bilik. Kali ni aku dah tak tahu nak buat apa. Aku mampu baca bissmillah je. Aku lupa semua surah yang aku hafal. Aku terjaga sampai kepagi kauuu. Nak solat subuh pun aku tak berani nak turun katil hahahaha.
Dalam masa sebulan juga lah aku kena kacau dengan syaiton hitam tu. Bila aku tanya atok aku, jawapan dia mudah. “Tu pak itam, dia nak jaga awak je tu”. Aku pelik juga, atok aku ni ada saka ke hahahah. Bila aku tanya mak aku pasal saka mesti mak aku marah. Bila aku ajak pergi berubat beribu alasan dia bagi. Tapi aku pernah dapat mimpi, dia kata “aku yang jaga kau”. Persoalan aku, hantu yang aku nampak selama ni ke penjaga aku? Okay itu jelah cerita yang aku nak sampai kan. Kalau tak seram sorry ye. Assalamualaikum.
-TAMAT-
115. PANGGILAN MISTERI
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : PANGGILAN MISTERI
KARYA : AYU
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940115
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Assalamualaikum semua.
Terima kasih admin sebab approve cerita aku.
Selepas tamat peperiksaan awal tahun, satu kem motivasi di anjurkan dan cuma 60 orang sahaja terpilih untuk ikut. Aku dan 3 lagi kawanku sepakat untuk ikut. Hari jumaat kami di minta untuk lapor diri pada pukul 4.30petang.
Tiba hari pendaftaran aku demam. Aku ni ada sakit yg agak kronik sikit. So bila da demam mak dan bapa aku memang melarang keras untuk aku pergi. Aku faham dia takut sakit tambah teruk. Memang sedih bila plan batal last minute. 3 lagi kawan ku sudah selamat mendaftar kot.
Malam tu badan aku makin panas. Selesai makan ubat aku pun cuba untuk tidur. Tiba2 phone aku bunyi (masa tu pakai nokia 3120 lagi). Aku senyum bila nampak nama Maya kat skrin.
Aku pun jawablah “Assalamualaikum”… Sunyi, salam ku tak berjawab.
“Helloooo” masih tiada jawapan.
Aku tamatkan panggilan “Tertekan la tu”. Aku malas nak call balik sebab kepala da makin berat.
Baru dalam 5 minit kot aku terlelap, phone aku berbunyi. Maya call lagi. Aku ni jenis yang tak suka orang kacau time tidur lagi2 waktu tengah sakit.
“Hello!!” jawab ku dengan nada agak kasar. Peliknya masih tiada jawapan dari Maya.
Takkan tertekan lagi. “Maya!” panggilku, tapi si pemanggil tidak menjawab. Cuma kali ini aku dengar sayup2 suara orang tengah menjerit histeria. Hilang sakit kepala kejap bila dengar suara tu. Aku dengar suara 3 kawan aku tengah borak2 tapi tak jelas butir bicara dorang. Aku end call dan cuba call Maya balik. 3 kali panggilan ku tidak berjawab.
Baru jam 8.30 waktu tu. Aku da tak dapat tidur sebab risau bila dengar suara orang menjerit tu.
Aku cuba untuk call Maya tapi hp dia da off. Waktu aku nak switch off kan phone. 1 lagi panggilan masuk daripada Maya aku terima.
“Woi! apa kes? dari tadi aku call x dapat” jawab ku sedikit marah. Aku dengar suara Maya nangis macam orang tengah takut.
“Maya?” dia masih nangis dan aku masih dengar sayup2 suara orang histeria. “Maya kau ok?” soal ku.
“Iya” dia jawab sambil nangis. “Kenapa nangis?..Ida ngan Lina mana?” Soalan ku tak berjawab.
Maya masih dengan tangisnya. “Maya cuba bawa istighfar. Jangan nangis macam ni” kata ku cuba untuk tenangkan Maya.
Tiba2 aku dengar Maya ketawa.”Maya? kau main2 ka?”. Marah ku di sambut dengan ketawa riang dari Maya. Aku pun hangin la.
“Ayu kau takut?”. Belum sempat aku sambung marahku Maya dah tanya soalan pelik tu.
“Takut? Kau kenapa Maya? Aku sakit ni, kalau tak penting janganlah main2”.
Kata ku dan ayat itu di ulang balik oleh Maya di tambah dengan ketawa keciknya.
“Ayu kau takutkan? Tu lah kau tak datang”. suara Maya bertukar jadi sedikit garau dan dia seakan berbisik.
“Takut apa ni?” tanya ku. “Kau takut aku tulah kau x datang! Kau tau aku tunggu kau kan!”. Marah Maya dalam nada berbisik.
Aku mula rasa seram. “Maya, kau ok tak ni? Ida ngan Lina mana?” seperti tadi soalan ku cuma di jawab dengan ketawanya.
Aku tamatkan panggilan.
Aku jumpa mak dan aku ceritakan semuanya. Mak pun minta bapa call keluarga Maya untuk inform
yang Maya mungkin tengah histeria di sekolah. Bapa aku pun call la keluarga Maya. Peliknya Maya ada di rumah. Dia cancel plan juga bila tau yang aku sakit, cuma Ida dengan Lina yang pergi petang tu. Aku cakap kalau dia tak ikut kem mcm mana aku boleh dengar suara Ida dgn Lina waktu dia call aku tadi?.
Dia jawab “Call kau? Ayu Aku off phone dari tadi ni, aku tengok tv sja, mana ada aku call kau”.
Aku bingung. Fact yang dia ada dekat rumah dan bukan sekolah pun sudah buat aku pening. Aku masuk ke bilik dan check balik call log. Sah!! memang nombor Maya!. Kalau dapat screenshot masa tu da lama aku send bukti tu kat dia.
Besoknya Maya datang melawat aku. Dia bagi aku check phone dia. Memang tiada panggilan keluar untuk aku dan dia ada terima
sms notification misscall dari aku. Siapa pula yang call dan bercakap dengan aku?..
Isnin tu Maya, Ida dan Lina datang melawat aku di rumah. Aku masih sakit jadi diorang datang bawa buah2 dan pass nota2 penting yang aku tertinggal untuk hari tu. Aku tanya ada tak orang histeria masa kem. Diorang terkejut bila aku tanya. Lina cakap Lydia (budak kelas sebelah) histeria malam tu.
Peliknya masa tengah histeria tu Lydia jerit2 panggil nama aku dan cakap aku penakut. Bila aku cerita apa yang jadi kat aku malam tu diorang tambah seram. Sepanjang aktiviti berjalan handphone akan di serahkan kepada ketua kem dan hanya akan di serahkan bila aktiviti selesai.
Siapa pemanggil misteri tu?.
-TAMAT-
116. “PENUNGGU RUMAH MEMBERI AMARAN”
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : “PENUNGGU RUMAH MEMBERI AMARAN”
KARYA : KOH
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940116
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua! Saya Koh yang menulis cerita tentang “Roh di Makan Penunggu Tanah” . Saya ada terbaca comment2 pembaca tentang cerita saya. Dan Alhamdulillah tiada comment yang negatif. Terima kasih pembaca2 FS. Minta maaf juga jikalau cerita saya itu gantung dan tidak seronok. Sebab saya dengar cerita dari Mak saya sampai situ sahaja.
Ok saya ada satu cerita yang boleh di katakan seram juga yang di alami oleh arwah atok saya. Buat pengetahuan anda semua, Arwah atok saya juga pandai mengubati orang2 yang di sampuk atau dirasuk. Jangan hairan, keluarga kami memang ada ilmu2 perubatan Bugis. Dan buat pengetahuan anda juga. Keluarga dari sebelah Mak saya tidak ada membela SAKA. TIDAK ADA SAMA SEKALI. Keluarga sebelah arwah bapa saya pun tidak ada membela SAKA. Kalau ada pun mungkin saya tidak pernah dengar cerita. Saya cerita ini sebab saya takut ada yang kata keluarga kami membela SAKA. hehehehe
Ok, pada suatu subuh ni dalam pukul 1.30 (dengar cerita dari Arwah Atok saya anggaran dalam pukul 1.30 subuh) dia tersedar dari tidur kerana arwah atok saya ni selalu mimpi yang membuatkan dia tersedar dari tidur. Ketika arwah atok saya terbangun, dia merasa pelik. Kenapa pintu rumah terbuka. Arwah atok saya tidur di ruang tamu rumah. Lalu dia pun bangun dan menutup pintu rumah.
Ketika dia menutup pintu rumah, dia merasa pelik, mengapa ada tapak kaki orang di lantai? Berlumpur pula tu. Jadi dia pun mengikuti jejak tapak kaki itu. Sepanjang dia mengikuti kesan tapak kaki itu, dia terperasan satu benda. Laluan tapak kaki tersebut adalah laluan “Penunggu Rumah” kami. Jadi dia pun merasa tidak sedap hati. Buat pengetahuan anda semua, kalau ada ahli keluarga kami yang membeli rumah baru. Arwah atok saya lah orang pertama yang masuk ke dalam rumah itu untuk “berkenalan dan mengenali sifat2 penunggu rumah” tersebut.
Arwah atok saya meneruskan mengikuti kesan tapak kaki tersebut dan beliau terhenti di dekat meja makan rumah kami kerana dia terdengar bunyi orang mandi di dalam tandas. Dia pun hairan, siapa yang mandi malam2 begini. Semasa dia hendak mengikuti lagi kesan tapak kaki tersebut, kesan tapak kaki tu telah HILANG! Arwah atok saya pun hairan. Lantas dia menuju ke dalam tandas dan membuka pintu tandas. Tapi yang menghairankan, lantai tandas tidak basah sama sekali, baldi pun tidak ada air. Kosong!
Dia pun bercakap di dalam hati,
“Mungkin penunggu rumah ni”
Tiba2 ada suatu suara garau bercakap dari dalam dapur,
“Ya! Saya lah itu!”
Atok saya hanya mendiamkan diri dan menoleh ke belakang, apa yang dia nampak?? Seorang lelaki berambut panjang, berbadan tegap dan besar serta mempunyai paras rupa yang menakutkan. Dia hanya berdiri memeluk tubuh dan hanya merenung sahaja ke arah arwah atok saya. Mereka berdua pun saling berpandangan. Arwah atok saya kenal yang makhluk itu adalah penunggu rumah kami. Lalu dia pun menyampaikan pesanan,
“Berjaga-jaga lah, ada dua pontianak, satu ibu dan satu anak sedang berusaha untuk menganggu cucu kamu yang masih kecil. Ciri2 mereka adalah berambut panjang, mata merah , gigi taring tajam sampai ke paras dada, hidung panjang sampai ke dagu. Kalau cucu kamu mengadu ternampak benda seperti itu. Segera lah bertindak.” kata penunggu rumah kami itu.
Arwah atok saya mengangguk faham. Dan kemudian penunggu rumah kami itu menghilang dengan cara berjalan kaki tidak menyentuh lantai dan masuk ke dalam dinding. Beberapa minggu setelah kejadian itu, adik sepupu saya mengadu dia ada nampak dua makhluk seperti yang penunggu rumah kami itu katakan sedang berusaha untuk masuk ke dalam rumah kami. Bagaimana cerita nya setelah makhluk itu berjaya masuk ke dalam rumah kami? Nanti saya akan cerita kan di lain hari. Harap admin FS sudi untuk menyiarkan lagi cerita saya.
Sekian dari saya , yang buruk itu datang nya dari Saya, yang baik itu datang nya Dari Allah S.W.T harap anda semua terhibur dan jikalau cerita saya tidak menarik. Saya memohon maaf. Terima kasih semua.
-TAMAT-
117. DARAHMU DARAHKU JUA
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : DARAHMU DARAHKU JUA
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940117
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Hai semua, tetiba rasa nak share pengalaman mistik lepas baca macam-macam cerita seram dekat HZONE BLOG. Maaf la kalau tak seseram mana tapi bagi aku memang seram sebab aku yang berada dalam situasi tu. Kat sini ada 4 cerita berbeza. Okay.
1. Tangan berbulu
Ini pengalaman masa zaman sekolah rendah. Waktu tu berlaku masa aku kecik lagi jadi bagi aku seram la waktu tu. Dekat deretan lorong rumah aku dekat kampung, ada satu rumah kosong ni yang ditinggalkan agak lama jugak la. Selepas 5-6 tahun, baru family asal rumah tu datang tinggal balik dekat rumah tu. Waktu aku dengan member aku time kecik, kami naik basikal lalu dekat depan umah tu, dan lorong tu jalan kecik dan memang kurang lah orang lalu, kalau ada pun orang yg umah dia kat dekat-dekat situ la. Bila kami lalu depan rumah tu naik basikal, waktu tu tengahari dalam pukul 12 camtu, sampai je depan rumah tu, basikal yang kami naik ni terbabas, aku dengan member aku ni jatuh betul-betul depan rumah tu. Kami dengan budak-budak kampung ni memang takut dengan rumah kosong tu dari dulu lagi. Lepas aku jatuh tu aku terpandang lah tingkap rumah tu, ada tangan gelap, besar dan berbulu macam tangan mawas tu. Terus aku lari dengan member aku. Bila aku tanya dia nampak tak, dia cakap dia tak nampak apa-apa, sahlah aku sorang je yang nampak,.
2. Perempuan Bertudung dan Lampu kuning
Waktu ni umur aku 18 tahun, baru daftar masuk diploma di IPTA tahun 2012. Time ni aku baru semester 1. Nak dijadikan cerita, time aku tak boleh solat, biasa la perempuan. Waktu tu time maghrib, hostel aku ni ada 3 blok. Setiap blok ada balkoni untuk student jemur baju. Time orang tengah azan maghrib, aku boleh pegi lepak kat sliding door kat balkoni tu tengok luar sedangkan orang lain dah sibuk bersihkan diri untuk solat semua. Tengah-tengah tengok luar tu, haa untuk pengetahuan korang 3 blok tu hanya 2 blok saja digunakan yang lagi 1 blok tu kosong or maybe penghuni tak seramai 2 blok lagi tu.
Aku terpandang blok yang ketiga tu, ada satu bilik tu meriah sliding terbuka, macam ada orang duduk bilik tu tapi yang lain dari yang lainnya bilik tu lampu dia warna kuning, selalu lampu biasa kan cahaya warna putih, aku tenung la betul-betul bilik tu, tetiba ada macam perempuan lintas dari meja study ke katil, baju putih tudung putih, tak da la nampak muka ke apa sebab di membelakangkan aku, aku terkejut terus masuk bilik dan mandi. Aku tak pernah cita kat sesiapa tapi ramai yang pelik kenapa blok yang ketiga tu selalu banyak bilik yang lampu selalu menyala sedangkan tak da orang duduk pun, dan pernah ada orang pegi buat laporan dengan pengurusan kolej dan pihak kolej cakap dah tak boleh buat apa-apa sebab dorang dah tutup suis utama blok tu tapi lampu masih lagi menyala macam tu dan warna kuning.
3. Perempuan & Mawas
Ni kisah waktu aku dah sambung belajar di satu universiti tempatan dekat perak. Waktu aku tengah sambung diploma pada semester 2. Okay waktu aku didaftarkan tu macam biasa la ada roommate. Satu bilik 2 orang. Roomate aku kos tesl. Dia ni jarang ada kat bilik, dah la aku ni tak berapa berani sangat. Kadang-kadang aku pelik gak dengan roommate aku ni selalu hilang. Nak dijadikan cerita, awal-awal semester tu dia nak quit study aku pun taktau kenapa, lagipun tak rapat dengan dia, malas nak tanya dengan lebih lanjut. Tinggal lah aku sorang-sorang kat bilik tu sampai habis sem 2. Sebenarnya kat universiti tu dia system apartment, so aku sorang-sorang dalam bilik je tapi housemate ada lah kiri-kanan bilik tu. Kan aku ni tak berapa berani kalau sorang-sorang, mulalah pikir bukan-bukan, dahlah bilik aku tu mengadap ke hutan ladang kelapa sawit.
Hari-hari sebelum tido aku pasang surah-surah dekat laptop or mp3 kuat-kuat sebab taknak dengar bunyi apa-apa kan.Ada satu malam tu aku terjaga pukul 2-3 pagi macam tu, aku memang tido tak tutup lampu. Bila aku terjaga tu terus mata aku terpandang katil kosong roommate aku tu. Aku ternampak bayang je macam tak jelas sangat tapi memang nampak rupa benda tu. Ada perempuan tengah duduk atas katil mengadap aku sambil tengok aku tidor. Muka dia sangat seram. Baju putih rambut panjang, mata dia aku tak ingat camna tapi gigi dia bertaring-taring menyeringai macam tengah senyum sinis. Aku terkejut tapi masih boleh kawal lagi takdela sampai menjerit . Takut tu memang takut.
Lepas habis je malam tu, ada satu malam tu tengah tido tetiba terjaga terus terkejut. Masa terkejut aku nampak macam mawas besar gila warna hitam memang tinggi tengah berlari keluar dari bilik aku. Masa tengok tu macam percaya tak percaya je. Tapi memang jelas la rupa dia. Aku ada lah pegi jumpa ustaz-ustaz sebab time tu abang aku pun adalah kena gangguan jugak. Masa ustaz tu scan aku, memang aku meracau macam nenek tua, aku sedar semua tu tapi aku takleh control tangan aku sendiri yang bergerak-gerak macam tangan nenek tua. Lepas pada tu dah takdelah gangguan dalam bilik aku sebab dah semester 3 dah tukar bilik kan.
4. Darahmu darahku jua
Cerita ni berlaku agak latest jugak, waktu ni aku mengikuti kem, kami dibahagikan kepada kumpulan, satu kumpulan 8-9 orang. Tugasan kami adalah kena survive satu malam dalam hutan tanpa sebarang bantuan melainkan 3 batang mancis, lilin yang sangat nipis dan makanan segera. Petang kami berjalan pegi masuk kawasan hutan tu, kami ditinggalkan dalam hutan dan wajib menghidupkan bara api menggunakan barang yang diberikan tadi. Dan apa yang berlaku adalah kami tak dapat menghidupkan bara api tersebut. Bergelap lah kami dalam hutan tu, ya Allah takutnya hanya Allah yang tahu. Kami dah pikir bukan-bukan waktu tu, Kami disediakan whistle untuk digunakan sekiranya berlaku kejadian yang tak diingini dan memerlukan bantuan.
Kebetulan ada sorang ahli kitorang ni yang tak berapa sihat, kami risau sekiranya berlaku apa-apa kat dia kalau kami masih tak hidupkan bara api untuk bermalam dekat tapak tu tapi masalahnya 3 batang mancis dan lilin tu dah habis digunakan. Tiba-tiba tengah-tengah pening tu, ahli kitorang yang tak berapa sihat tu jatuh pengsan, kitorang dah menggelabah sebab taktau nak buat apa kan, ada yang cadangkan untuk tiup je whistle untuk minta bantuan, ada yang taknak menyerah kalah. Tapi bila keadaan member kitorang tu dah teruk, kami tiup jugak whistle tu, datanglah bantuan, dorang tolong hidupkan api dan beri kelengkapan ubat-ubatan dekat ahli kitorang yang tak berapa sihat tu, lepas tu kami kena teruskan tugasan kami untuk bermalam dekat tapak tu.
Waktu tengah sibuk-sibuk time bantuan tengah datang tu, member kitorang yang sakit tu dia panggil aku mungkin untuk mintak sapukan ubat dekat dia kot so aku pergilah dekat mulut dia sebab tak dengar jelas apa yang dia cakap tu. Bila aku dekatkan telinga aku dekat mulut dia tu aku dengar suaraa perempuan memang jelas sangat, dia cakap, ‘darahmu darahku jua’ aku terkejut gila time tu terus tarik tangan aku. Berselerak ubat-ubat atas riba aku, Dorang yg lain nampak tapi macam buat-buat paham je kan. Yelah dalam hutan kan. So bermalam la kami malam tu kat situ dan esok pagi balik ke tapak perkhemahan kami. Esok ada aktiviti lain pulak, waktu tengah buat aktiviti lain tu, member aku yang sakit semalam tu datang borak dengan aku, dia tanya masa dalam hutan semalam aku dengar apa sampai terkejut tapi aku tak nak bagitau dia, aku cakap takde pape. Pastu dia cakap dia dengar apa yang aku dengar. Aku terdiam, aku ingatkan tu suara dia, sepanjang tu jugak aku tak tegur kawan aku tu semalam, bila dia bagitahu aku camtu terus aku terpikir yang ada benda lain kat situ waktu kitorang tengah sibuk-sibuk hidupkan bara api.
Sorry lagi sekali lagi kalau tak seram bagi korang tapi waktu kejadian memang aku ketar lutut plus muka pucat jugak la. K byee
-TAMAT-
118. ADIK NYARIS D*****H IBU
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : ADIK NYARIS D*****H IBU
KARYA : GABRIELLA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940118
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Salam. Nama aku Gabriella, berketurunan Islam dan beragama Islam. Rasa tak perlulah panjang sangat pembuka kata, nanti reader boring.
Tapi sebelum tu, aku nak cerita sikit latarbelakang keluarga aku. Atok , nenek kedua belah ibu dan ayah aku orang yang alim. Atok belah ibu boleh mengubat orang. Teringat ibu pernah cerita, atok pernah rawat seorang pesakit yang sakit teruk kerana disihir sehingga sakitnya sembuh. Dan tak lama kemudian, atok pula disihir sehingga atok tak mampu untuk bangun tahajjud seperti selalunya. Kat dalam telinga atok selalu dengar bunyi gong Buddha tu, selalu muntah d***h, muka jadi hitam. Ibu cakap, atok macam mayat bernyawa.
Atok sakit teruk, tapi paksa diri untuk bangun dan solat hajat selama 44 malam sehingga sembuh dan berdoa kepada Allah untuk diberi petunjuk. Dan pada hari yang ke 45, kawan baik atok tiba2 datang merayu minta maaf dari atok dan mohon dihentikan seksaan. Ibu cakap, keadaan pakcik tu teruk sangat. D***h keluar mengalir2 dari mulut, badan kurus kering, mulut keluar jarum, nanah. Atok tak pernah hantar semula sihir tu pada penyihirnya. Cuma mungkin ini balasan yang Allah nk tunjuk pada penyihir. Selepas ditanya, kawan atok cakap, dia guna bomoh siam dan ilmunya sendiri untuk sihir pesakit tu. Bila tak berjaya kerana dirawat atok, mereka nak hapuskan atok sekali. Tapi alhamdulillah, atok sembuh dengan izin Allah cuma kesannya sehingga tua, , atok pekak sebelah telinga sebab bunyi gong Budha tu kuat sehingga gegendang telinga atok pecah. Ok cukuplah pendahuluan.
Cerita ni masa aku berusia 12 tahun, Ibu baru lepas bersalin. Masa tu tak salah aku adik bongsu aku tu baru 8 bulan. Meh aku cerita sikit pasal ibu. Walaupun atok, nenek dan ayah aku orang yang kuat agama, ibu aku jarang solat. Ibadah pun kurang. Ok aku teruskan. Kakak2 atas aku semua di asrama. Jadi aku paling besarlah antara beradik lain yang duduk kat rumah masa tu. Aku ingat lagi bulan tu bulan hantu lapar. Kaum Cina selalu raikan bulan ni. Yang tak tahu tu bolehlah tanya lebai google.
Rumah aku rumah teres 2 tingkat. 3 bilik atas, 1 bilik kt bawah. Tapi masa kecik dulu aku suka tidur kt ruang tamu bergelimpangan dengan adik2 yang lain. Ibu dan ayah tidur dibilik atas dengan baby.
Bukan apa, sebab rumah batu malam2 panas. Kat ruang tamu sejuk sikit. So malam tu aku tidur kat ruang tamu macam biasa. Ayah ke masjid dengan pakcik jiran sebelah rumah kami. Entah kenapa malam tu ayah balik rumah lambat pulak dari kebiasaan.
Tiba2 aku terjaga. Jam pukul 11 malam. Pergi toilet jap buat apa yang patut lepas tu baring balik. Baru nak tidur tiba2 aku dengar ibu menangis kuat. Jerit2, “Abang! abang!”. Aku panik. Ayah belum balik. Ibu jatuh ke? Tapi aku tak naik atas. Sebab aku takut. Yelah, tah2 ada perompak ke kat atas. Umur baru 12tahun. Nak expect ape kan. Lol. Ibu jerit lagi, kali ni ibu jerit sambil bergegas turun bawah menangis2. ” Kenapa bu?” . Soalan aku tak dijawab. “Mana ayah? Mana ayah?”, Ibu tanya sambil ke hulu ke hilir mencari ayah. Aku diam. Sebab aku takut tengok gelagat ibu. Ibu marah ayah balik lambat kot. Aku baring semula sambil mata memerhatikan ibu menangis2.
Ibu capai telefon rumah. (Masa tu handfon tak femes lagi) . Aku tengok ibu tekan2 button fon tu banyak kali. Lewat malam begini, siapalah yang ibu call. Dan siapalah yang nak angkat call.
” Hello Assalamualaikum ayah. ”
Oh, ibu call atok.
” Ayah, saya kena ganggu setan. Tolong saya, ayah”.
Aku panik. D***h mengalir deras dikepala. Roma aku meremang x semena2. Aku mula berminat dengan perbualan tu. Apa yang dah jadi pada ibu. Aku cuba pasang telinga lagi dan aku cuba menghampiri ibu untuk tenangkan dia. Aku mengaku aku takut. Tapi perasaan nk menyebok tu menguasai diri. Aku kan minah kepoh. lol
“Saya tengok baby saya, saya rasa nk b***h dia ayah! Saya nk tekup dia dengan bantal. Saya nk b***h dia ayah!”, Ibu menangis meraung lagi kuat.
Astaghfirullah. Aku mengucap panjang (Actually masa tu kecik lagi. Aku takdela cakap astaghfirullah. Hehe). Setapak aku jauhkan diri dari ibu , aku undurkan diri, kau bayangkanlah mak sendiri cakap nk b***h anak. Aku tak tahu apa yang atok pesan kat ibu, sampai sekarang ibu tak nak buka cerita ni bila aku korek. Ibu letak telefon. Menangis tak berhenti. Aku cuba hampiri ibu, minta ibu tenangkan diri. Ibu seolah-olah tak endahkan aku. Ibu naik atas semula. Aku panik. Macam mana kalau ibu b***h baby? Selepas ibu naik, aku tak senang duduk. Aku nak naik tapi tak berani. Kang aku yang kena b***h. Lol.
Dalam 10 minit kemudian ayah balik. Aku berlari bukak pagar dan cerita pada ayah. Pakcik jiran sebelah rumah bawa isterinya sekali untuk ziarah ibu. Yelah tak manis pula datang sendiri. Keadaan kelam kabut, ayah naik dapatkan ibu, ibu tengah menangis tekup muka dengan bantal. Ayah bukanlah tok dukun yang pandai ubat orang. Ayah cume baca ayat kursi kat telinga ibu dan hembus pada ibu. Ibu pengsan. Ayah letak air dalam gelas, pastu baca surah. (Aku tak tahu ayah baca surah apa ) Kamudian lap2 pada muka ibu.
Ibu terjaga dan cerita semua pada ayah. Ibu kata, dia dengar suara suruh dia b***h baby kemudian b***h diri sendiri. Aku tak dapat korek banyak cerita ni sebab ibu tak kuasa nak layan aku bila aku tanya balik cerita ni. Tapi, ni adalah 1 titik permulaan hidup baru ibu, ibu pergi berubat dengan orang yang kuat agama., ibu dah rajin solat, dan dah rajin beribadah. Dan sejak dari itu juga, ibu dianugerahkan boleh mengubati orang yang diganggu mahkluk halus.
Adakala , ada hikmah bila ujian diturunkan oleh Allah .
Dan, ini juga titik permulaan hidup kami semua berubah. Terutama kami adik beradik. Sejak dari kisah ibu tu, kami ada keupayaan untuk melihat makhluk halus dan sering diganggu makhluk halus (Tapi bukanlah 36 jam boleh nampak, ada masa).
Aku juga punya cerita sendiri selepas dari kejadian yang menimpa ibu. InsyaAllah kalau ade permintaan, aku akan cerita.
-TAMAT-
119. DIPEGANG JIN TANAH
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : DIPEGANG JIN TANAH
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940119
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Kami cuba mengawal perasaan dengan menjadi pendengar setia dan baik. Berusaha tidak memberikan sebarang komentar terhadap keterangan yang dijelaskannya.
Walaupun ada diantara keterangannya itu yang boleh disanggah dan dipertikaikan. Malah, ada yang benar-benar menyinggung perasaan kami.
Bukan takut berdialog atau bertekak, kamui sekadar mahu menjaga hati dan perasaan seorang lelaki yang usianya jauh lebih tua dari kami. Rasanya, dalam saat-saat genting begini, tidak ada ruginya mengalah atau merendahkan diri , asalkan di penghujungnya kami memperolehi kemenangan.
Tidak dinafikan. perkara yang dialami sebentar tadi tetap menakutkan. Secara tidak langsung lelaki berdarah dahi memperlihatkan kehebatan diri dan ilmu yang dimilikinya.
Dalam erti kata lain, kehadiran lelaki berdarah dahi disisi kami, tidak boleh dianggap mudah. Malah dia boleh dianggap sebagai serampang dua mata.
Kalau saya dan pemandu pandai serta bijak mengendalikannya, ilmu yang dimiliki boleh dimanfaatkan, dirinya pulaboleh dijadikan kawan dan Iawan dalam satu masa.
"Bukan setakat itu saja, orang yang terkena sumpah tahi bijih. kadangkala boleh sesat dalam terang. Berlegar-legar dan berpusing-pusing di jalan yang dilaluinya sampai berhari-hari, macam orang mabuk. Kalau sudah sampai peringkat itu. kita boleh lakukan apa saja. Dia tak akan melawan," tatkala menyebut perkataan "dia tak akan melawan " lelaki berdarah dahi sengaja meninggikan suaranya.
Sukar diramalkan kenapa perkataan "dia tak akan melawan" harus diucap dalam nada yang tinggi dan keras. Apakah sekadar mahu membuktikan kepada kami tentang keberkesanan khasiat tahi bijih tersebut. Hanya Allah saja yang mengetahui, apa yang tersirat dalam hati nurani lelakl berdarah dahi.
" Besi ni, nampak saja pendek tetapi khasiat serta kegunaannya ada seribu macam. Ada orang menyebut-nya "pasak bumi" dan ramai juga yang menyebutnya "pacak bumi," besi hitam yang panjangnya sekitar empat kaki diangkat nya tinggi-tinggi melepasi kepalanya. Biji mata kami bagaikan dipukau mengikut gerak tangan dan besi yang diangkat.
"Boleh meruntuh dan melemahkan kekuatan ilmu batin seseorang," besi pendek sepanjang empat kaki itu diletakkan ke bumi.
"Nak panggil orang halus lagi ke?" Saya pula bertanya.
'Tak payah," tengkingnya. Saya terkejut dan terdiam, pemandu tersenyum.
Lagak lelaki berdarah dahi kembali pada gayanya yang secara tidak sengaja memperlihatkan kehebatan dirinya, seolah-olah dia serba tahu.
"Kamu nak tahu rahsianya?" Dia jegilkan biji mata.
"Mahu,"
Serentak saya dan pemandu menjawab.
TANAH
DAN lelaki berdarah dahi, segera membuka dua tiga langkah silat. Perkara itu dilakukan sebagai tanda minta restu dari jin tanah yang kononnya ada pertalian dengan besi pacak bumi (pasak bumi), Tanpa restu jin tanah akan mengundang kecelakaan pada orang yang memegang besi tersebut.
"Bila berdepan dengan orang yang tinggi ilmu kebatinannya, tanam hujung besi yang tajam ini ke tanah. Begini caranya,” tanpa diminta lelaki berdarah dahi memperlihatkan cara menanam besi pasak bumi.
Sebelum ditanam batang besi itu mesti diludah tujuh kali berturul turut, Kesan air liur yang melekat dibesi dilurut tiga dari pangkal ke hujung. Dari hujung ke pangkal. Kemudian dihembus dari pangkal ke hujung, macam orang asli menyumpit tupai di dahan.
Seronok dan menghiburkan melihat pergerakan lelaki berdarah dahi. Nampak lembut dan teratur. Setiap perbuatan harus diiringi dengan jampi mentera tertentu. Dan hati kecil terus memuji kehebatannya dan daya ingatannya.
"Kemudian ajak orang itu beradu kekuatan tetapi, jangan jauh dari kawasan besi itu ditanam," suaranya keras sekali sambil menarik nafas.
"Apa hasilnya?" Soal si pemandu.
"Hhuuuuuuuhhh, orang tu tak daya nak melangkah, kakinya dipegang jin tanah,
macam ini ha " lelaki itu terus mengayakan bagaimana cara orang yang kakinya dipegang jin tanah berhempas pulas berusaha melepaskannya.
Gaya yang diperlihatkan sungguh realistik berserta dengan mimik wajahnya. Tetapi, ada ketikanya terasa lucu. Kerana diperlihatkan penuh perasaan dan menggunakan tenaga yang banyak membuat lelaki berdarah dahi tercungap-cungap kepenatan.
"Bukannya mudah," menampakkan kebanggaan dan kemegahan dengan apa yang dilakukannya. Saya dan pemandu anggukkan kepaia. Senyum lelaki berdarah dahi bertambah lebar.
Dalam cuaca gelap yang semakin pekat itu saya terus menggeliat. Pemandu mengaru-garu pangkal lehernya. Hati semakin terasa tidak tentu arah, bunyi cengkerik seolah-olah memberitahu, jika masih berdiri di situ, mungkin sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Saya membuat keputusan sendiri mahu memberitahu lelaki berdarah dahi supaya beredar dari situ.
Tetapi. belum pun sempat membuka mulut, lelaki berdarah dahi lerlebih dahulu bersuara.
"Dua orang yang megajak aku menculik Tuan Syed Hamid dan kawannya mengunakan barang-barang yang aku tunjukan kepada kamu."
Kata-kata itu membuat saya tersintak.begitu juga dengan pemandu Syed Hamid Al –Hadad. Kuku di ibu jari segera saya gigit untuk menahan rasa cemas dan bimbang. Si pemandu juga saya lihat berada dalam keadaan yang serba tidak kena.
Mereka berada dalam bahaya. “
Dada terasa lapang, salu ungkapan yang melegakan dari lelaki berdarah dahi. Wajahnya nampak gusar juga. Si pemandu tunduk diam. Bagi menenangkan rasa cemas, saya tarik nafas dan melepaskannya dengan perlahan-lahan.
MAGHRIB
Awan yang bergayut di langit bergerak lemah, begitu juga dengan hembusan angin. Nyamuk dan agas mula menjaiankan peranannya. Mengikut firasat saya, waktu maghrlb baru beberapa saat saja berlalu.
Bersumberkan firasat dan keyakinan itu, saya terus meng hormati waktu maghrib.
"Kita mesti bertindak." Si pemandu bersuara.
Dalam cuaca yang agak gelap, si pemandu merenung muka saya.Dengan segera saya anggukkan kepala. setuju dengan apa yang diluahkannya. Si pemandu terus merenung muka lelaki berdarah dahi yang dibayangi kecemasan dan kebimbangan.
"Inilah yang aku fikirkan. kalau tadi, sebelum hari gelap kamu berdua musuh aku. se-karang kamu berdua sahabat aku." lelaki berdarah dahi masih berusaha mahu menanam kepercayaan dalam diri kami berdua, bahawa hatinya, tidak bercabang. Usah diragui tentang dirinya.
Perlahan-lahan lelaki berdarah dahi membuka baju dan diterbalikkan. Kemudian baju yang terbalik itu disarungkannya kembali ke tubuh. Tidak berhenti-henti lelaki itu memperlihatkan perbuatan yang ganjil dan pelik. Setelah memakai baju dalam keadaan terbalik. Dia meniarap dipermukaan bumi. Lubang telinga kirinya dicantumkan dengan tanah buat beberapa minit.
"Masih boleh,"
Dia terus bangun dan berdiri sebagai seorang pahlawan. Anak matanya merenung tepat ke arah pemandu . Beberapa saat berikut segera dialihkan kepada saya.
"Tak mengapa , sebahagian dari pada tahi bijih tu sudah aku tawarkan kuasanya mengikut angin. Sebahagian lagi yang tinggal, kuasanya tak seberapa, buktinya kamu berdua lihat di sana," lelaki berdarah dahi segera menunding telunjuknya ke arah pasir hitam yang kelihatan basah dan lembab, sebahagian daripada pasir hitam itu berada di bawah rimbunan dedaun rumput.
"Kekuatan atau kuasa tahi bijih boleh ditawarkan dengan air kencing dan peluh," katanya.
"Jadi kamu kencing berdiri?" Soal saya.
" Kencing berdiri ke, kencing bertenggung ke, kencang berlari ke, tidak kisah. Pokoknya air kencing aku dengan peluh sudah bercam-pur dengan tahi bijih," satu jawapan yang kurang sopan. Tidak ada rasa malu langsung.
Apa mahu dikata, sudah nasib terpaksa bersahabat dengan manusia yang kasar budi bahasanya. Si pem a n d u tunduk, tidak tahu apa yang berada dalam ke-palanya.
Tetapi, hati kecil saya terus bertanya, ketika m-na lelaki berdarah dahi itu kencing. Sebabnya, tidak nampak dia melakukan perbuatan tersebut. Betulkah dia kencing atau atau air kencing makhluk halus? Persoalan itu terus berlegar-legar dalam tempurung kepala.
"Pelik," keluh saya.
"Apa yang pelik," tanya lelaki berdarah dahi. Keluhan saya dapat didengarnya.
"Tak ada apa-apa," tersengih saya menjawab. Ternyata dia dapat menerima jawa-pan tersebut.
Dengan tenang lelaki berdarah dahi mematahkan ranting pokok berdaun lebat untuk menutup pasir hitam atau tahi bijih. Tidak memadai dengan itu, dedaun kering sekitar kawasan kakinya dikuis-kuis dan dilonggokkan.
Dengan kakinya yang lebar dedaun kering ditolak perlahan-lahan bagi menam-bahkan lagi timbusan daun atas tahi bijih yang memang sudah ditimbus.
TUGAS
Tuga selanjutnya, dia pun melangkah longgokkan pasir hitam dalam timbunan dedaun itu tujuh kali berturut-turut. Setiap kaii melangkah mulutnya terus membaca mentera.
"Kuasanya sudah aku ranapkan."
Selesai saja Lelaki berdarah dahi berkata demikian, kelihatan sekumpulan kelip-kelip mengerumuni longgokkan dedaun yang m-nutup pasir hitam, bunyi gagak juga kedengaran sebanyak tujuh kali lalu diikuti dengan bunyi burung "kuah kuit" memanjang.
Beberapa batang pokok besar yang berada tidak jauh dan kami bergoyang sendiri. Dedaun muda berguguran, sedangkan ketika itu, tidak ada angin ribut. Ada kuasa yang tidak kelihatan mengoyangkan pepohon besar tersebut.
Bila pokok besar berhenti bergoyang dalam cuaca maghrib yang kian memberat itu, kelihatan kumpulan lotong bergayutan di hujung dahan terbuai-buai. Tidak tahu dari mana kumpulan lotong itu datang.
Apa yang pasti kehadiran kumpulan lo-tong itu amat menye-nangkan hati lelaki berdarah dahi. Buktinya dia sentiasa senyum sambil menggerak-gerakkan tangannya ke arah kumpulan lotong tersebut seperti memberikan arahan tertentu.
Mungkin kerana penat bergayut, kumpulan lotong segera bertenggek sebaris didahan besar, duduk berdekatan menghalakan muka kearah saya dan pemandu. Memang menakutkan melihat mukanya yang dilingkari garisan putih, lebih-lebih lagi bila dia menyeringaikan giginya.
“Tapi.”
Mengejut saja lelaki berdarah dahi bersuara dalam nada suara yang cukup keras dan tinggi. Dia seolah-olah teringatkan sesuatu yang penting. Dahinya berkerut dan keningnya terangkat sedikit. Saya dan pemandu saling berpandangan.
"Ada apa menjerit semacam ni?" Saya bertanya.
"Ada sebahagian lagi tahi bijih dalam saku seluar mereka, kira-kira dua genggam lebih. Kalau mereka tabur di tanah dengan sendirinya khasiat tahi bijih tidak menjadi. Kalau belum ditabur, sulitlah sikit. Tapi tak mengapa kita berikhtiar."
MENJERIT
Barulah saya dan pemandu faham keadaan sebenarnya, kenapa lelaki berdarah dahi menjerit dan cemas sekali.
"Kita berikhtiar," ulangnya lagi dengan mata yang bersinar, penuh harapan ten-tang kejayaannya.
Lelaki berdarah dahi melangkah ke kanan. Besi pendek pasak bumi segera dicabut. Di timang-timang dan ditelek-teleknya berkali-kali. Semasa besi pendek "pasak bumi" dijulang melepasi kepalanya, kumpulan lotong yang bertenggek di dahan segera menjerit ketakutan. Semuanya lari bertempiaran ghaib.
Malah kumpulun kelip-kelip yang menghurungi timbunan dedaun kering turut hilang dalam sekelip mata. Tidak dapat dikesan ke mana perginya. Semua yang terjadi depan mata, sukar diterima oleh akal fikiran yang waras.
"Kita berusaha dan berikhtiar, selebihnya kita serahkan pada Tuhan yang maha Kuasa, niat saya dan juga awak berdua baik," selesai bercakap lelaki berdarah dahi terus mengucup besi pendek "pasak bumi” macam pahlawan Melaka mengucup keris pemberian Sultan.
Perasaan saya terus berdebar, walau pun suara "kuang-kuit” sudah berhenti.
"Ayuh, kita bergerak sekarang," satu arahan keras dari lelaki berdarah dahi untuk kami berdua yang masih belum dapat menangkap maksud dari arahan tersebut.
"Kemana?" ba!as si pemandu.
"Ke mana lagi, menolong tuan kamu dan kawannya yang tersepit, Kalau berlengah-lengah entahkan sempat entahkan tidak.
Kata-kata terrakhir "entahkan sempat, entahkan tidak" membuat saya sesak nafas. Detik jantung terasa hebat sekali. Rupanya masalah yang sama turut juga dirasai oleh si pemandu. Buktinya, dia melepaskan, renungan cemas ke arah saya.
Pikiran saya jadi buntu, tidak tahu apa yang patut saya nyatakan pada si pemandu. Apakah tindakan selanjutnya yang wajar saya buat. Patutkah digesa lelaki berdarah dahi bertindak cepat, tidak sekadar bercakap serta memperlihatkan kebolehannya saja.
"Ayuh, apa lagi. Kenapa termenung saja. Sekarang bukan masa termenung, seka-rang masa berlindak dan bergerak," lelaki berdarah dahi terus menolak bahu si pe-mandu. Kerana tolakkannya agak kerasd an kuat si pemandu hampir lerjatuh. Dan dalam masa yang sama lelaki berdarah dahi terus menarik tangan kanan saya. Tidak ada bantahan, saya mengikut saja macam kerbau dicucuk hidung.
SELIT
Besi pendek “pasak bumi” terselit melintang dipinggang lelaki berdarah dahi. Per-jalanan menuju ke tempat Syed Hamid Al-Hadad dan datuk pun bermula.
Kepala jalan diketuai oleh lelaki berdarah dahi, diikuti oleh si pemandu dan saya orang terakhir. Kerana tidak selesa berada di belakang, saya berunding dengan si pemandu untuk bertukar tempat. Senang rasa hati, bila pemandu memenuhi permintaan saya. Baru lebih kurang dua puluh langkah bergerak, lelaki berdarah dahi memberi isyarat supaya berhenti. Lagi sekali manusia pelik ini membuat kejutan, runggut sayal dalam hati. Dia renung muka saya.
"Siapa suruh kamu tukar lempat?"
"Tukar suka sama suka."
"Pandai buat rancangan sendiri, sekarang buat semula macam tadi, jangan pandai-pandai bual sesuatu tak tanya aku."
Saya pun kembali ke posisi asal, begitu juga dengan si pemandu.
Sebelum memulakan langkah yang terhenti, lelaki berdarah dahi tahu perasaan saya tersinggung dengan tindakannya.
Dia minta maaf dan menjelaskan dia terpaksa berbuatn demikian kerana mengikut urutan usia. Dia paling tua mesti jadi kepala jalan, kerana banyak pengalaman dan tahu serba sedikit petua menjejaki langkah orang. Pemandu tua dari saya, sudah sewajarnya berada di belakangya. Dan saya paling muda dalam kumpulan tiga orang itu, memang selayaknya berada di belakang sekali.
Penjelasan ilu saya terima dengan senang hati. Masalahnya. sebagai orang yang berada di belakang sekali, sudah tentu macam-macam hal yang buruk bermain dalam kepala. Bukan harimau atau binatang buas yang saya takuti, melainkan hantu syaitan yang boleh menjelmakan diri dalam berbagai-bagai bentuk dan rupa.
Berpunca dari rasa takut itu menyebabkan saya melangkah dengan cepat. Akibatnya saya sering tersepakkan tumit kaki si pemandu. Malah ada ketikanya, saya melanggar tubuhnya bila dia memperlahankan langkah, hasilnya si pemandu merunggut panjang dan marahkan saya
Macamana dia tidak marah. Perbuatan tersebut boleh menyebabkan dla terdorong ke depan dan jatuh. Secara tidak sengaja badannya akan berIaga dengan badan lelaki berdarah dahi. Bila hal ini terjadi boleh menyebabkan lelaki berdarah dahi turut jatuh seperti dia.
Bila perkara terjadi boleh melambatkan perjalanan ke arah tempat yang dituju. Saya tahu masalah tersebut.
Dalam langkah yang penuh berhati-hati itu, tumit kaki si pemandu masih menjadi mangsa sepakkan kaki saya.
"Berhati-hati dan perlahan-lahan sikit Tamar. Kalau aku jatuh susah jadinya."
"Aku tak senga}a."
"Kerana kerap sangat tak sengaja itulah, aku suruh kamu berhati-hati. Tak ada apa yang ditakutkan."
Saya diam dan hati terus berazam tidak akan mengulangi perbuatan yang sama. Malangnya, dalam berjaga-jaga dan berhati-hati perkara yang sama berulang kembali. Entah apa malangnya nasib saya.
"Tamar berapa kali aku nak cakap."
"Maafkan aku."
"Sudah berbelas kali kamu minta maaf, tapi kamu tidak juga berubah. Lain yang kamu cakap, lain pula yang kamu buat. Ini tak boleh jadi Tamar. Jangan sampai aku hilang sabar," cukup keras dan bertenaga sekali suara si pemandu. Kalau tadi. setiap kali bercakap dia renung muka saya. Tetapi, kali ini keadaan menjadi sebaliknya. Saya menarik nafas hampa dan menyalahkan diri sendiri.
KEJUTAN
LAGI sekali lelaki berdarah dahi membuat kejutan. Dia angkat tangan kiri tinggi-tinggi melepasi kepala sebagai tanda syarat perjalanan harus diberhentikan . Timbul pertanyaan dalam dada, ada halanganbesarkah di hadapan atau ada gangguan hantu syaitan dalam perjalanan ini?
Debar dalam rongga dada berkocak kembali. Renung kiri, renung kanan. Si pemandu juga berkelakuanseperti saya. Kami saling berpandangan dengan seribu persoalan bersarang dalam dada. Lelaki berdarah dahi menjatuhkan tangan kiri lalu bertepuk sebanyak tiga kali.
Wajahnya masam dan serius. Dari gerak mata dan kembang kempis hidungnya. Begitu juga dengan cara dia berdiri bersi-lang kaki. Betis kanan menindih betis kiri. Semuanya itu memper-lihatkan dia sedang berada di puncak ke-marahan yang amat sangat. Macam ada pantang larang dan pesanannya kami langgar.
-TAMAT-
120. DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940120
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Suasana yang samar-samar, bertukar menjadi bertambah gelap. Tiada suara unggas kedengaran, kecuali nyanyian cengkerik hutan.
Teringat cakap nenek. Waktu-waktu begini, makhluk halus berkeliaran. Singgah ditubuh manusia lalu menyerap ke dalam darah. Mangsa utamanya orang yang lemah semangat. Kurang rasa takwa kepada Allah. Bila darah sudah diresapi makhluk halus orang terbabit terus hysteria, meracau tidak tentu arah.
Entah mengapa, macam tidak semena-mena anak tekak terasa gatal semacam. Air liur segera ditelan. Akibatnya saya tersedak lalu diikuti dengan batuk kecil. Lelaki berdarah dahi tersenyum sumbing.
“Barangkali nama kamu disebut nenek?” katanya.
Dan hati terasa panas. Apa hak dia membabitkan nenek saya dalam hal ini. Ini sudah keterlaluan.
Satu renungan yang penuh dengan api kemarahan dilepaskan ke wajah lelaki berdarah dahi. Menyedari renungan itu membawa satu mesej tertentu, cepat-cepat dia mengalihkan pandangan ke arah lain.
“Sial,” cetus hati.
Dan saya yakin dia dapat membaca apa yang tersirat dalam kalbu. Buktinya, walaupun pandangannya tidak kepada saya, senyum sinis masih berlarutan di kelopak bibirnya.
“Kamu berdua meragukan keikhlasan aku?” terlontar kata dari mulut lelaki berdarah dahi. Sesuatu yang diluar jangkaan saya dan pemandu.
“Tidak,” satu jawapan pasti dari pemandu.
“Kami berdua tidak berfikir begitu,” saya menyokong kata pemandu dalam nada suara yang agak meninggi.
Secara jujur saya mengakui, jauh di sudut hati, masih ada lurah kesangsian dan kecurigaan terhadap nya.
Perlukah kami menunjukkan bukti sebagai tanda keikhlasan kami berdua,” si pemandu mengemukakan pertanyaan. Dan lelaki berdarah dahi termenung sejenak. Menarik nafas dalam-dalam.
Jari jemarinya kembali meramas-ramas pasir hitam. Dari tindak tanduk dan gerak gerinya itu, membayangkan dia puas hati dengan pengakuan yang kami luahkan.
Masa terus berlalu. Nyanyian cengkerek hutan yang tadi agak lemah bertukar menjadi rancak dan gamat sekali. Tidak tahu, siapakah di antara kami akan memulakan buah percakapan yang terhenti.
Wajarkah saya memulakannya? Tidak mungkin saya. Barangkali si pemandu kepada Syed Hamid Al-Hadad boleh memulakannya? Sukar untuk dipastikan. Mudah-mudahan lelaki berdarah dahi boleh jadi penghulu pembuka kata. Semua persoalan itu bergolak dalam rongga dada, tidak terucap oleh mulut.
“Begini saja,” si pemandu membuka gelanggang kata.
Sepasang anak mata lelaki berdarah dahi dan saya tertumpu ke wajah pemandu yang mempamirkan senyuman singkat.
“Kalau harapkan kami bertanya, sampai besok pun kami tak akan bertanya,” sambung pemandu dengan tenang dan bersahaja. Lelaki berdarah dahi renung saya,” seulas senyum didermakan.
Dan saya sambut dengan rasa hambar. Menyedari yang saya member reaksi dingin, senyumnya segera dialihkan kepada sipemandu.
MESRA
Balasan senyum dari pemandu disambut oleh lelaki berdarah dahi dengan bunga kemesraan yang penuh makna, sebagai pembuka jambatan hati yang mengurangkan percikan kemarahan di dada. Dalam suasana yang dihembus angin kedamaian, masing-masing melepaskan nafas kelegaan. Nanyian cengkerik hutan tidak juga berhenti.
“Kenapa kamu cakap macam tu”
Kelopak mata sudut kiri lelaki berdarah dahi nampak mengecil. Kemudian dahi yang masih terdapat kesan darah kering dikerutkannya. Si pemandu tetap seperti tadi, Masih tenang dan bersahaja.
“Macam mana kami nak bertanya ? Benda yang ditunjukkan itu tak pernah kami tengok selama ini. Baru hari ini kami menengoknya. Apa lagi tentang kegunaannya,” jawap pemandu.
Perasaan saya mula berdebar, menanti tindakan dan reaksi selanjutnya dari lelaki berdarah dahi.
“Hissssss…… kamu,” desis lelaki berdarah dahi.
Saya mengigit bibir. Tetapi, iras kemarahan sudah pun hilang dari permukaan wajah lelaki berdarah dahi.
“Kenapa pulak hiisssss…. Kami memang tak tahu,” dalam rasa takut dan cemas itu, saya beranikan diri menyampuk. Buat beberapa detik berikut, lelaki berdarah dahi termenung sambil menelan air liur. Buah halkumnya yang melekat di batang leher nampak bergerak-gerak lemah.
“Kamu berdua memang jujur.”
Satu pengiktirafan yang tidak pernah diduga dari lelaki berdarah dahi. Kami ternganga seketika kerana terkejut.
Sungguh melucukan bila dia ketawa terkikih. Tidak memadai dengan ketawa, bahu pemandu ditumbuknya berkali-kali. Matanya, tidak berhenti-henti menyorot ke wajah saya. Seolah-olah ada sesuatu yang mahu dicari dari sinar anak mata saya.
“Ok, biar aku terangkan khasiat dan kegunaan barang-barang yang sudah aku tunjukkan kepada kamu berdua tadi,” itu yang terlontar dari mulutnya, sebaik sahaja ketawa luar biasanya berhenti. Serentak kami anggukkan kepala. Seluruh perhatian segera ditumpukan kepada barang-barang yang dikatakan berkhasiat itu.
Tanpa membuang masa dia menceritakan tentang kekuatan ghaib serta khasiat dari dua barang yang menjadi persoalan utama. Lagaknya tidak ubah meacam penjual dikaki lima.
MEMANGGIL
Katanya tahi bijih atau pasir hitam boleh dimanfaatkan untuk memanggil makhluk halus dengan tujuan untuk menganiaya sesaorang. Boleh membutakan atau mengaburkan penglihatan sesaorang untuk seketika.
“Aku buktikan pada kamu berdua, kamu nak tengok?.” Nada suaranya agak sombong sedikit.
“Boleh juga,” jawab kami serentak.
“Jangan lari dan takut, hadapilah dengan tenang walau apa yang datang,” satu amaran yang membuat saya terrasa seram.
Dengan menggunakan dahan kayu yang panjangnya sekitar satu kaki, dia mengorek lubang sedalam setengah kaki. Kemudian lengan kirinya digigit sehingga berdarah. Bibir dengan giginya penuh dengan darah. Seram juga melihat mukanya. Darah yang keluar segera dijatuhkan kedalam lubang yang dikoreknya.
“Cuma 13 titik, jangan lebih dan jangan kurang, campurkan dengan segenggam tahi bijih timah dan timbus lubang yang dikorek tadi,” jelas lelaki itu sambil membaca mantera yang bercampur aduk dengan ayat-ayat Quraan.
Dia seorang yang memang pantas melakukan sesuatu. Mulut bercakap, tangan dan kaki terus bekerja. Dengan tumit kaki kiri dia meratakan tanah di permukaan lubang. Semua yang dilakukannya, kami perhatikan dengan penuh teliti.
“Sebentar lagi dia tiba,” suara yang bersulam keyakinan.
Saya dan pemandu menganggok. Hati terus digaru kecemasan.
GELAP
Suasana sekitar menghadiahkan cuaca gelap yang agak berat. Pepohon sekitar mula bergoyang diremouh angin yang bertiup agak keras.
Nyanyian cengkerik tetap seperi tadi. Cuma ditambah dengan bunyi jeritan ungka bersahut-sahutan. Sesekali terdengar juga bunyi kuang liar dan kokok ayam hutan. Semuanya bersahut-sahutan dalam irama yang tidak menentu.
“Jangan cemas, aku Cuma membuktikan kepada kamu berdua dengan tahi bijih, orang halus boleh dipanggil,” lelaki berdarah dahi menghiburkan hati kami yang mula tudak tentu arah. Segala-galanya terasa seram dan mencemaskan.
Dalam saat cemas begitu, terdengar suara perempuan menjerit panjang, menangis tersedu dan mengilai.
“Bertenang, masanya sudah hamper.” lelaki berdarah dahi terus bersuara.
“Kami berdua masih tenang,” saya menjawab dan pura-pura lagak berani.
“Sekarang lihatlah, aku bukan bercakap kosong.” Hujung siku kiri dihenaknya tujuh kali berturut-turut berhampiran lubang yang ditimbus bersama darah dan tahi bijih.
Sambil melakukan kerja-kerja tersebut, mulutnya terus mengucapkan mantera memanggil makhluk halus. Memang tidak saya fahami dengan apa yang dicakapkan, kecuali kata-kata: kalimah Adam, berkat kalimah Muhammad. Datanglah.
Dari mencangkung terus duduk bersila, memeluk tubuh. Kata-kata itu terus diucapkan hingga dia kesurupan (dirasuk syaitan). Jatuh terbaring dibumi dengan kaki dan tangan mengeletar. Mulut pula tidak kenal penat mengucapkan mentera. Bila mulut terkunci dari berkata, terdengar bunyi suara orang menggeruh.
Serentak dengan itu, semua pokok di kawasan sekitar bergoyang dengan hebat, samada besar mahu pun kecil.
Reranting reput dan dedaun matang jatuh berguguran. Bumi yang dipijak seperti bergerak. Seekor kerbau jantan hitam sebesar gajah hadir di depan mata kami, hanya untuk beberapa detik cuma.
Bla kerbau jantan sebesar gajah itu menghilang tempatnya segera diambil alih oleh busut jantan yang besar dan tinggi. Rupanya mengerutu semacam. Dan secara perlahan-lahan busut jantan berputar dan bertukar rupa dan bentuk menjadi makhluk yang berukuran luar biasa dengan rupa yang menakutkan. Tinggi dan hitam legam.
“Bagaimana ini?” bisik saya pada pemandu.
“Kita tunggu dan lihat,” jawabnya dengan wajah yang gusar.
Seiring dengan kemunculan makhluk ganjil itu, bergemuruh kedengaran bunyi air terjun. Saya lihat matanya sebiji berada betul-betul ditengah-tengah dahi, memancarkan cahaya hijau kemerah-merahan. Hidungnya macam hidung orang hutan, Bila menarik dan melepaskan nafas, kami terhidu bau busuk, macam bau bangkai kering.
Makhluk ganjil itu terus membongkok. Lelaki berdarah dahi yang terlentang di bumi diangkatnya lalu diletakkan di sebelah kanan pokok asam jawa yang tumbuh liar di situ. Sebaik saja diletakkan di situ, lelaki berdarh dahi terus bangun.
RAKSASA
“UUUHHHHHHHHH..................”
Lembaga raksasa itu menggeruh sambil sepasang tangannya yang menyerupai kaki monyet dihayunkan kekiri dan kekanan.
“Bukan apa-apa mereka mahu tengok rupa dan kehebatan kamu sebagai penunggu kawasan ini,” lelaki berdarah dahi dongakkan mukanya ke arah lembaga yang menakutkan.itu.
Dan makhluk raksasa itu bagaikan faham apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut. Buktinya, kelopak mata yang tebal dan berlapis digerakkan ke atas ke bawah.
“Terima kasih penunggu hutan,” suara lelaki berdarah dahi meninggi.
“Hiiisssss..............”
Makhluk raksasa menarik dan melepaskan nafas. Bau busuk dan hapak tersebar. Saya dan pemandu terpaksa menekup lubang hidung dan mulut. Sakit rasa hati, bila lelaki berdarah dahi menjeling ke arah kami bersama senyum sinis.
“Busuk, saya tak bau apa-apa.”
Saya dan pemandu membisu. Tidak ada guna menjawab pertanyaan yang tidak bernilai itu. Biarkan dia begitu, bisik batin saya.
Lelaki berdarah dahi terus mendekati kaki kiri raksasa yang berbulu-bulu hitam lebat itu . Digosok dan dibelainya bulu yang keras tebal macam bulu kabung.
Baliklah, istirehat di tempat kamu. Mereka dah lihat rupa kamu,” sambil bercakap, lelaki berdarah dahi terus menepuk-nepuk kaki makhluk raksasa.
Tiba-tiba secara mengejut terpancut suara yang menakutkan serta memekakkan anak telinga dari mulut makhluk raksasa. Tidak ubah bunyi “sirin” kereta bomba.
Beburung yang bertenggek di ranting dan monyet yang bergayut di dahan bertempiaran. Cengkerik hutan berhenti menyanyi, keadaan terasa sunyi sepi. Agaknya unggas dan haiwan terkejut dengan bunyi tempikan yang luar biasa itu.
Dan dalam sekelip mata, makhluk raksasa ghaib dari penglihatan kami, lelaki berdarah dahi duduk bersila di bekas tapak kaki makhluk raksasa berdiri.
Dari mulutnya terkeluar ungkapan-ungkapan mentera yang sukar difahami. Tidak jauh dari tempat dia duduk bersila, terdapat kepulan asap yang berwarna hitam keputih-putihan. Ternyata kepulan asap itu tidak menganggu lelaki berdarah dahi yang sedang membaca mentera.
“Lubang.”
Saya segera merenung ke arah lubang yang dimaksudkan oleh pemandu. Lubang tersebut berukuran sebesar muncung cawan teh, keliling lubang nampak bersih.
“Pelik, macammana lubang itu boleh berada disitu , Tamar?”
“Kalau tak silap aku, di situlah tadi lelaki berdarah dahi, korek lubang tanam tahi bijih dan darah. Satu penjelasan yang memuaskan hati si pemandu. Dalilnya, dia mengagguk kepala berkali-kali.
LUBANG
Dari bentuk bibir yang bersih dan rata diyakini, lubang itu digali dentan tangan atau dengan benda keras. Jadi, siapa yang menggalinya? Untuk apa lubang itu digali? Mungkinkah makhluk raksasa yang menggali untuk mencari darah lengan lelaki berdarah dahi? Semuanya bermain-main dalam tempurung kepala.
“Tamar.”
Sata menoleh ke arah pemandu. Suara lelaki berdarah dahi membaca mentera yang tidak tentu buah butirnya terus bergema. Hari bertambah gelap. Dan saya merasakan ada sesuatu yang terlepas dari kotak fikiran.
“Kita macam terlupa dengan diri datuk kamu dan Tuan Syed Hamid Al-Hadad, pelik ya Tamar.”
“Iya,” sahut saya.
Sesuatu yang terlepas dari kotak fikiran sudah ditemui jawapannya dari sipemandu. Si pemandu masih lagi merenung ke arah mulut lubang yang ternganga.
Macam ada satu misteri tersembunyi dipermukaan lubang tersebut. Si pemandu mahu mencari jawapan dari misteri tersebut.
“Darah dan tahi bijih yang ditanam sudah disedut lembaga hitam menerusi ibu kakinya. Lubang kita tengok ini bukan dikorek tetapi disedut . Masa lelaki berdarah dahi mengosok-gosok bulu di kaki lembaga hitam itu tadi, secara tidak langsung dia memberikan darahnya untuk dihisap makhluk itu menerusi bulunya yang melekap ditangan lelaki berdarah dahi.”
IMBALAN
“Kamu bergurau dengan aku?”
“Tidak Tamar, setahu aku setiap makhluk halus yang dipanggil mesti mahu imbalan atau upah darah.Kalau tidajk diupah dia tidak datang. Hal-hal begini, aku tahu juga serba sedikit Tamar.”
“Jadi apa yang mesati kita buat?”
Kita ikut dulu, bila dah teruk baru kita bertindak.”
“Kalau itu yang kamu mahu, aku ikut saja, Asalkan kita jangan rugi,” sebuah jaminan saya berikan pada pemandu. Dia senyum sambil menegakkan ibu jari kanannya.
Lelaki berdarah dahi berhenti membaca mentera. Dia bangun dan mengeliat sambil mendongakkan kepala ke langit. Nafas ditarik dan dilepaskan secara bertahap-tahap dan teratur. Perlahan ;ahan kepalanya dijatuhkan lalu sepasanga anak matanya memanah kea wajah saya dan pemandu.
“Aku sudah buktikan yang aku tidak menipu kamu berdua. Aku bercakap benar dan jujur,’ muka lelaki berdarah dahi kelihatan merah dan berpeluh. Dia tersenyum dengan penuh kepuasan, “ kalau mahu membutakan mata dan mengabur pandangan seseorang ada caranya..................” kata kata itu tidak diteruskan oleh lelaki tersebut.
Dia melihat kesan gigitan di lengan kirinya. Darah kering yang melekat di lengan dijilat-jilatnya berkali-kali. Kemudian telapak tangan kirinya mengosok pergelangan tangan kanan berkali-kali. Kemudian telapak tangan kirinya mengosok pergelang tangan kanan berkali-kali .
“Bulu kaki lembaga hitam mencucuk lubang bulu roma lengan kanannya untuk menyedut darah, macam nyamuk menyedut darah kita. Kesan gatal dan pedih masa terasa, itulah sebabnya dia gosok tangan,” bisik pemandu ke telinga
Berhati-hati saya anggukkan kepala supaya perkara yang dibisikkan oleh pemandu tidak dikesannya.
KELUARGA
“Caranya mudah saja,” lelaki berdarah dahi menyambung kembali percakapannya yang terputus,, “ taburkan pasir hitam garam dijalan yang menjadi laluan orang yang kita maksudkan sambil sebut namanya dan nama emaknya. Ada jampi dan mentera yang mesti dibaca. Semuanya kena belajar.”
Sambil bercakap, sepasang kakinya tidak berhenti bergerak ke kiri dan ke kanan. Ke depan dan ke belakang, macam ada sesuatu yang dilakukannya. Rahsia dari gerak kakinya dapat dipecahkan. Gerak kakinya, ada maksud dan tujuan, mengumpulkan reranting, dedaun dan rerumput kering untuk menutup lubang sebesar mulut secawan teh yang ternganga.
Pada sangkaannya, apa yang dilakukannya tidak dapat kami lihat.
“Tahi bijih itu banyak gunanya, bagi orang yang tahu. Pada orang yang tak tahu macam kamu berdua, tak ada makna dan ertinya,” lelaki berdarah dahi menyelitkan sebuah sindiran yang bisa untuk saya dan pemandu.
-TAMAT-
121. TERJEGIL BIJI MATA
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : TERJEGIL BIJI MATA
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940121
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Bila melihat keadaan tersebut, saya jadi serba salah. Bimbang kalau lelaki berdarah dahi bertindak ganas. Melakukan perkara yang tidak diduga. Jadi dalam menghadapi suasana begini, harus bersikap tenang dan sabar.
“Masaalah besar Tamar,” keras suara si pemandu.
“Kenapa tidak berada di tempat kamu?”saya pula bertanya.
‘’Aku bimbangkan kamu Tamar.”
“Kalau begitu, kamu hati-hati, jangan dekati dia, nanti kau terima akibatnya. Berdiri jauh darinya. Lihat saja apa yang berlaku, jangan banyak tanya dan soal,” saya memberika arahan.
“Baiklah, Tamar.”
Satu akuan yang sungguh menyenangkan hati.
Buat beberapa ketika, saya termenung. Mencari akal dan helah untuk berdepan dengan lelaki berdarah dahi yang semakin garang mengaum macam harimau.
“Aku mahu menolong kamu, mahu membebaskan diri kamu dari sumpah,” kata saya pada lelaki berdarah dahi. Matanya, yang garang dan bersinar macam mata harimau dihalakan kepada saya. Andainya dia melakukan satu lompatan yang agak tinggi kearah saya, pasti seluruh kulit tubuh saya dikoyak-koyaknya
Dan kali ini, saya mempunyai peluang yang baik kerana berada dari sebelah kiri. Dan dari arah tersebut saya mula mengacah. Lelaki berdarah dahi sudah memusingkan tubuhnya dengan pantas. Dia hilang pertimbangan badan, lalu terlayah dan jatuh terlentang. Kesempatan ini saya gunakan dengan sebaik mungkin, Dengan sekali lompat saya sudah berada di sisinya, sedangkan dia pada saat itu terkial-kial mahu bangun. Tanpa membuang masa kayu bercabang dua terus dibenamkan kebahagian perut atas pusatnya.
GHAIB
Bila kayu itu mahu dicabut semula, seperti ada tenaga ghaib menarik dari dalam. Terpaksa bertarung untuk beberapa saat. Usaha saya gagal. Dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi bahawa kayu bercabang dua itu boleh dicabut. Saya terus berusaha dan berusaha. Kali ini, tidak menggunakan ayat-ayat al-Quran, sebaliknya menggunakan serapah jampi dan mentera sesuai seperti apa yang diajar oleh Mia pada saya dulu.
“Manusia yang memang bukan dari keturunan manusia harimau tetapi, mahu menjelma jadi manusia harimau boleh ditewaskan dengan mantera dan petua,” secara mendadak saja, saya teringat cakap Mia.
Ternyata Mia tidak berbohong. Setelah jampi serapah dibaca, segala-galanya menjadi mudah. Kayu bercabang dua yang terbenam di perut lelaki berdarah dahi dapat dicabut dengan mudah sekali. Saya kembali melompat ke tempat mula-mula melompat tadi.
Andainya lambat melompat, bencana besar mungkin dihadapi. Terutama, bila kuku di jarinya dapat mencakar kulit tubuh saya.
Episod seterusnya, lelaki berdarah dahi terus menjerit dan berguling-guling di tanah. Dia menahan rasa sakit yang amat sangat. Merangkak macam harimau sambil meneran dan mengaum. Kemudian, terus terbujur kaku, cuma kaki dan tangannya saja yang bergerak-gerak. Keadaan itu berlansung tidak lama. Kira-kira sepuluh minit saja. Akhir terus kaku dan keras
“Kamu bunuh dia Tamar?”
Jawapan yang diberikan kepada pertanyaan si pemandu, saya jawap dengan mengeleng-ngelengkan kepala. Si pemandu jadi cemas. Lebih-lebih lagi bila saya terus duduk di tanah. Dirinya, tidak saya pedulikan. Sikap bengis terus diperlihatkan. Perlahan-lahan dia menjauhkan diri dari saya. Mungkin dia terfikir saya dalam proses untuk menjadi harimau jadi-jadian.
TIDUR
Hari sudah beransur gelap. Bunyi beburung yang pulang kepohon untuk tidur, boleh dikatakan tidak kedengaran langsung. Begitu juga dengan deru kereta.
Pada hemat saya satu daripada masalah hampir selesai. Tetapi, masalah datuk dan Syed Hamid Al-Hadad masih belum diketahui. Tidak tahu bagaimana nasib untung mereka.
“Bagaimana Tamar? Kita tinggalkan dia disini?”
“Tidak.”
“Habis apa yang mesti kita buat? Kamu tahu, kita harus membantu tuan Syed Hamid dan datuk kamu.”
“Aku tahu.”
“Kalau tahu, kenapa masih di sini.”
“Kita tunggu dia pulih seperti asal. Kita memerlukan dia.”
“Tapi dia sudah mati,”
“Sudahlah, kamu jangan banyak cakap,” saya mula meninggikan suara. Si pemandu terus tersentap, wajahnya masam dan mendengus marah. Ranting kayu di depanya terus disepak dengan sekuat hati.
Bila saya lihat perasaan si pemandu sudah tenang dan boleh senyum. Dengan penuh sopan saya suruh dia berdiri agak jauh dari sisi saya. Dan saya pula beralih tempat , berdiri di bawah pokok, tidak jauh dari pokok senduduk putih.
Memang ada usaha dari si pemandu untuk bertanya, kenapa saya mengeluarkan arahan tersebut. Tetapi, usaha itu tidak di teruskan, bila dia melihat saya termenung macam memikirkan sesuatu.
“Hisssss.......”
Terdengar bunyi berdesir dari arah belakang. Dengan pantas saya menoleh dan melompat ke kiri lalu mengatur langkah (silat) sambil membongkok mengambil sepotong kayu yang panjangnya kira-kira empat kaki.
Pada perkiraan saya, bunyi berdesir itu, pasti seekor ular tedung. Puas dilihat dan diperhatikan, tidak nampak satu apa pun.
“Hisssss............”
Datang lagi bunyi itu, tetapi kali ini dari sebelah kiri. Dedaun dari pepokok renik di situ kelihatan bergoyang, macam dirempuh sesuatu. Kerana tidak dapat mengesan objek sebenar, saya memutuskan tidak mahu memikirkannya. Buat apa pening kepala, kerana bunyi tersebut. Saya buat keputusan.
Aneh, dalam saat-saat demikian saya seperti dapat mengesan ada objek berdiri di depan saya. Tetapi, tidak dapat dilihat dengan jelas. Benda itu bergerak bebas, menyentuh bahu dan meraba pipi saya berkali-kali. Semuanya, membuat saya bingung dan cemas semacam.
“Siapa kamu?” kata saya.
Lengan kanan saya terasa disentuh sesuatu. Dingin dan bulu roma mula tegak berdiri, bila benda yang menyentuh lengan bergerak ke pangkal tengkuk dan telinga.
“Kalau kamu berniat baik, lihatkan diri kamu,” saya mengajukan permintaan. Bersedia menghadapi apa saja , andainya objek yang tidak kelihatan itu mempamirkan dirinya yang sebenar.
“Ehemmmmm.........”
Saya tumpukan perhatian ke arah suara tersebut. Ada bebayang orang tua yang pernah hadir dimata kalbu, ketika saya bertafakur beberapa jam tadi.
Orang itu tersenyum sambil menegakkan ibu jari kanannya. Kemunculannya hanya beberapa saat saja. Sebelum bebayangnya hilang, terasa ada tangan dingin menyentuh pipi kiri.
Saya terus membuat andaian sendiri. Bila orang itu menegakkan ibu jarinnya, menandakan usaha yag saya lakukan itu sudah berhasil.
Sentuhan tangannya, mengambarkan hubungan saya dengannya akan berterusan. Sentuhan di telinga menyatakan, supaya mendengar sesuatu yang baik.
Bunyi berdesir dua kali menyarankan, bila mahu menemuinya mesti memberikan tanda dan alamat tertentu. Ertinya, saya harus bertafakur dan bermeditasi terlebih dahulu. Tetapi, sehingga kisah ini ditulis belum pernah sekalipun saya menghubunginya.
“Hai........”
Dengan pantas saya merenung ke arah suara yang datang. Lelaki berdarah dahi melambai-lambaikan tangan. Rasanya tidak percaya dengan apa yang dilihat. Dua tiga kali kelopak mata digosok. Si pemandu terus mendekati saya.
“Dia datang Tamar,” bisiknya.
“Siapa?”
“Musuh yang berkuku harimau, kita dalam bahaya, Tamar.”
“Bertenang, pastikan dulu betulkah dia atau orang lain,” kata saya.
“Betul Tamar, aku tak bohong,” ucap si pemandu dengan wajah yang serius. Saya segera menarik nafas dalam-dalam. Si pemandu memang nampak resah sekali. Matanya tidak berkedip merenung ke arah lelaki berdarah dahi yang melangkah tenang ke arah saya.
“Bagaimana Tamar?”
“Kita tunggu, tengok apa yang mahu dibuatnya.”
“Gila kamu,” keluh si pemandu.
Ternyata dia tidak gembira dengan cara saya. Tetapi, masih setia berdiri di sisi.
TANGAN
Dan akhirnya, lelaki berdarah dahi berdiri betul-betul di depan saya dan si pemandu. Dia menghulurkan sepasang tangan ke arah kami.
“Tengok semuanya sudah kembali seperti asal,” nada suaranya riang sekali. Saya dan si pemandu berpandangan.
“Lihat ini,” lelaki berdarah dahi memperlihatkan kuku dijejari kakinya sebagai bukti yang dirinya bebas dari sebarang pengaruh buruk. Lelaki itu membuka langkah silat dan menari-nari di depan kami.
“Terima kasih kerana kamu dapat menghalang diri aku dari menjadi sekerat manusia dan sekerat harimau, kalau kamu tak tolong tak tahulah nak cakap” sepasang matanya menatap wajah saya buat beberapa ketika, sebelum berpindah ke wajah si pemandu. Saya tidak memberikan sebarang pendapat terhadap kata-kata yang diluahkannya
Lelaki berdarah dahi yang sudah pulih dari pengaruh sihir terus bercerita, semasa kuku jari kaki dan tangannya bertukar menjadi kuku harimau, dia mengalami rasa sakit yang kuat. Begitu juga bila bahagian tubuhya ditumbuhi bulu harimau. Malah, dia melihat diri saya dan pemandu bukan sebagai sahabat tetapi, sebagai musuh yang sentiasa mahu menjahanamkan dirinya.
Katanya, “ semasa dirinya melalui proses pemulihan dari pengaruh sihir, dia terasa seluruh tubuhnya melayang-layang di angkasa dan jatuh ke laut yang amat dalam. Bahagian tengah perutnya ditikam oleh batu karang yang tajam menyebabkan dirinya tidak bermaya.
Dari tubuhnya keluar segumpal cahaya lalu menguakkan air laut hingga dirinya muncul di permukaan.
Dari permukaan laut cahaya itu menjulang ke udara dalam bentuk tengkorak harimau. Gumpalan cahaya itu berpatah balik ke arahnya lalu mengangkat tubuhnya dari permukaan laut. Diusung di angkasa sebelun dicampakkan ke dalam gaung berbatu pejal. Seluruh tubuhnya berkecai tetapi, bercantum balik.
Tubuh yang sudah bercantum itu segera diangkat oleh dua lelaki dan dihumbankan ke dalam lubang yang sudah digali. Ketika dihempas itulah dia merasai sakit yang amat sangat. Dia menjerit dan mengerang menahan rasa sakit.
“Pada masa itulah aku terdengar suara bisikan dua kalimah syahadat dan aku terus mengikutinya dengan sekuat hati. Mata aku terbuka degan sendirinya. Dan aku terus mengucap, masa mengucap itu jugalah terasa kuku dijari kaki dan tangan tercabut satu persatu,” lelaki berdarah dahi berhenti bercerita dan terus merenung kuku-kuku di jari tangan dan kaki.
Secara sembunyi-sembunyi si pemandu menjeling ke arah tangan dan kaki lelaki berdarah dahi, diperhatikan juga bahagian lengan yang berbulu macam bulu harimau. Pergelangan buku lali kaki hingga ke belakang kaki juga ditelitinya. Di situ juga tidak terdapat tumpukan bulu harimau.
Bila aku lihat dan raba, semuanya sudah berubah, jadi macam biasa. Aku panggil nama kamu berkali-kali tapi tak ada jawapan,” sambung lelaki berdarah dahi. Anak matanya, terpanah tajam ke wajah saya. Perlahan-lahan saya anggukkan kepala.
BIBIR
“Bila tidak ada jawapan aku terus cari kamu berdua. Rupa-rupanya kamu berdua ada di sini. Aku tak bohong , lihatlah, lihatlah..........” lelaki berdarah dahi terus menayangkan jari-jemari tangan dan kakinya kepada saya dan si pemandu.
“Syukurlah, kamu sudah selamat,” tutur si pemandu bersahaja.
“Iya, aku bersyukur,” balas lelaki berdarah dahi sambil mengawasi keadaan sekeliling.
“Tunggu sebentar di sini, jangan ke mana-mana.”
Selesai berkata demikian, lelaki berdarah dahi terus meninggalkan kami yang saling berpandangan dengan seribu pertanyaan.
Dia menuju ke arah bibir jalanraya. Beberapa detik berikutnya dia pun hilang dari pandangan kami.
“Kemana dia nak pergi Tamar?”
“Entah,” jawab saya sambil gelengkan kepala. Sebenarnya jati kecil saya juga bertanya demikian. Bezanya, si pemandu meluahkannya, sedangkan saya tidak, sekadar berlegar-legar dalam hati saja.
Kepergian lelaki berdarah dahi tanpa mahu menerangkan tujuan menimbulkan berbagai reaksi dalam diri saya dan si pemandu. Mungkin ini satu taktik untuk melepaskan diri dari saya dan si pemandu.
Mungkin dia sudah pun menyusun satu strategi yang rapi untuk memerangkap kami. Bermacam-macam andaian timbul dalam dada. Timbul rasa kesal dalam diri kerana tidak cuba menahannya, agar jangan pergi.
Si pemandu bergerak ke kiri, ke kanan di depan saya. Nampaknya, apa yang dibuat serba tidak menjadi. Sekejap berdiri di depan, sekejap berdiri di belakang saya. Ada ketikanya, dia mematahkan reranting dari pepokok renik di sisinya tanpa tujuan. Ternyata fikirannya bercelaru sekali.
Dalam kesibukan si pemandu melayani perasaannya yang tidak keruan itu, saya renung ke arah di mana lelaki berdarah dahi yang menghilangkan diri. Harapan saya cuma satu saja, semoga lelaki berdarah dahi segera muncul dan kembali bersatu dengan kami.
“Haa.....itu dia datang,” saya kegirangan.
Lelaki berdarah dahi berlari ke arah kami.
“Dia ada bawa barang, Tamar.”
MENGESAN
Si pemandu yang tajam penglihatannya dapat mengesan apa yang dibawa oleh lelaki yang berdarah dahi. Dan saya tumpukan seluruh perhatian ke arah lelaki tersebut sambil mengamati apa yang dibawanya.
“Dia bawa besi dan bungkusan plastik,” itu komen saya.
Si pemandu yang resah mula mengigit bibir, mengkedutkan dahi. Bagaikan ada masalah yang bersarang dalam hatinya.
“Hiss.....”
Dia mendengus marah sambil mengenggam penumbuk.
“Bertenang sahabat,” tutur saya lembut.
“Kita dalam bahaya, kita mesti berjaga-jaga Tamar.”
“Bertenanglah,” saya cuba menyejukkan hatinya yang mula panas.
“Orang celaka ni, tak habis habis susah pada kita, aku bunuh saja manusia celaka ni, bentak si pemandu. Kemarahannya sudah tidak dapat dikawal lagi.
Si pemandu terus genggam penumbuk dan bersedia menyambut sebarang cabaran dari lelaki berdarah dahi. Saya terfikir, kalau berlaku pertengkaran yang membawa pada pergaduhan, kerugian akan berada di pihak saya dan si pemandu.
Lelaki berdarah dahi kain hampir. Hati terus berdebar-debar. Si pemandu sudah pun menyusun strategi. Dan pada hemat saya, sebaik saja lelaki berdarah dahi menghampirinya, dia akan melakukan serangan mengejut. Mudah-mudahan, tidak akan terjadi perkelahian di sini. Hati kecil saya memanjatkan doa pada Allah.
Lelaki berdarah dahi tidak tahu apa yang ada dalam kepala si pemandu, terus melangkah dengan tenang mendekati kami. Si pemandu nampak resah tidak menentu. Debaran di hati bertambah kencang. Dalam usaha menenangkan perasaan itu saya terus berselawat dan mengucap dua kalimah syahadat sekerap mungkin.
“Nanti.”
Jeritan saya mematikan langkah si pemandu yang mahu menerkam ke arah lelaki berdarah dahi. Jeritan itu juga menyebabkan langkah lelaki berdarah dahi mendekati si pemandu terus mati.
“Kenapa Tamar?” Si pemandu meledakkan kemarahannya.
“Kena tanya apa yang dibawanya dulu.”
“Hisss.....” si pemandu terus mendengus sambil menghentakkan kakinya ke tanah. Mukanya nampak merah, menahan kemarahan. Lelaki berdarah dahi terpinga-pinga dengan apa yang dilihatnya.
“Ada apa-apa masalah ?”
Lelaki berdarah dahi renung muka saya dengan seribu kesangsian dan pertanyaan. Si pemandu yang sudah dapat mengawal perasaannya terus menguis-nguis rumput di kaki.
“Ada apa-apa masalah?” Ulang lelaki berdarah dahi.
“Kami nak tahu apa yang kamu bawa?” saya bertanya.
“Oh itu,” lelaki berdarah dahi tersenyum.
MESRA
Sungguh diluar jangkaan, huluran tangan lelaki berdarah dahi disambut penuh mesra oleh si pemandu. Sebelum lelaki berdarah dahi hulurkan tangan, saya bertindak terlebih dahulu menghulurkan tangan padanya.
“Kamu nak tahu apa yang aku bawa?”
“Tentu ,” sahut saya penuh keyakinan.
“Kita kena ke sana dulu,” jari telunjuk lelaki berdarah dahi mengarah ke pangkal perdu pokok besar. Kami segera berangkat ke situ.
Lelaki berdarh dahi pun segera menikam guni plastik hitam dengan sebatang kayu. Dari plastik yang terkoyak keluar butir-butir pasir hitam yang kelihatan berkilat.
“Apa bendanya ni?”
Saya hadapkan wajah ke muka lelaki berdarah dahi. Dia tetap tenang dan tersenyum, Kemudian terus duduk bertinggung menghadapi karung plastik hitam. Sepasang telapak tangannya meramas-ramas pasir hitam yang berkilat.
“Kamu berdua tak tahu, apa bendanya ini?” satu keadaaan yang sungguh melucukan. Sepatutnya dia menjawap pertanaan yang saya ajukan dahulu, sebelum dia menyoal kami. Akibatnya, saya dan si pemandu termangu mangu.
“Kamu berdua tak tahu apa bendanya ini?” ulangnya selamba.
“Tak tahu.” Jawap kami serentak.
“Kamu berdua kurang pengetahuan, benda yang macam pasir hitam ni, tahi bijih namanya,” tekanan nada suaranya bagaikan menyindir. Dengan serta merta dia berhenti dari meramas-ramas pasir hitam.
Sebatang besi bulat sebesar ibu jari kaki yang panjangnya kira-kira empat kaki, berada tidak jauh dari guni plastik hitam segera diambil. Ditimbangnya beberapa kali sebelum dipacakkan ke permukaan bumi.
“Besi apa tu?” Tanya pemandu.
“Inilah besi pacak bumi, “ jawab lelaki berdarah dahi.
“Apa gunanya?’ Saya bertanya.
“Banyak khasiatnya, tetapi kita mestilah tahu menggunakannya. Barang-barang ini digunakan oleh musuh untuk melemahkan Syed Hamid Al Hadad dan datuk kamu,” jujur benar lelaki berdarah dahi memberikan penjelasan. Saya dan pemandu bertukar pandangan.
-TAMAT-
122. RUMAH UNGGU
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : RUMAH UNGGU
KARYA : VIANNA NASIR
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940122
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Assalammualaikum warga HZONE BLOG. Nama aku Vianna. Muslim. Perempuan. Ini adalah kali pertama aku submit cerita aku di HZONE BLOG. Kalau berjaya publish, thank you admin. Sepanjang hidup aku, aku ada beberapa pengalaman yang menyeramkan. Tapi alhamdulillah aku tak pernah lagi ada pengalaman nampak hantu face-to-face. Memang mintak jauh lah ek. Jadi di sini, aku nak ceritakan satu pengalaman aku masa aku further Degree aku di Sarawak. So, here we go…
Semester dua. Aku sudah mula membiasakan diri dengan lifestyle di Sarawak. Yang paling menarik, memang benar lah kata orang, ‘’Aku bagi kau masa 6 bulan je duduk Sarawak, then kau dah boleh cakap Sarawak’’. Ye betul lah tu. Waktu ni aku dah semester 2 dan dah banyak perkataan yang aku dah pandai. Malahan ramai yang ingat aku pure Sarawakian. Hehe. Okay, enough with the intro. Berbalik kepada semester 1, aku menetap di apartment Apple Cross di Kota Samarahan bersama-sama kawan-kawan aku dari Semenanjung. Jadi memandangkan ada sedikit masalah di rumah lama kami, kami terpaksa mencari rumah baru untuk menetap. Nak masuk duduk hostel, tak lepas. Untuk makluman kalian, lifestyle di sini tak sama macam di Semenanjung. Di sini lebih bebas dan sensitivity kurang.
Jadi, rumah sewa yang kami dapat adalah sebuah rumah teres yang ada 7 bilik. Rumah tu tak besar pun tapi owner dia buat rumah tu jadi banyak bilik. Korang bayang lah macam mana. 1 bilik boleh masuk 4 orang. Owner rumah aku ni pulak cina dan most of my unknown housemates yang ramai-ramai tu adalah non-muslim. Rumah kita orang siap ada anjing. Aku bagi anjing tu nama dia Gugu. Jadi disebabkan kami lambat dapat rumah sewa, dan rumah ni je yang tinggal dan murah dan dekat dengan bustop, jadi rumah ni lah yang kami pilih. Aku dan kawan-kawan dari Semenanjung ada 5 orang. Bilik boleh masuk 4 orang je. Jadi aku pun mengalah untuk masuk mana-mana bilik dalam rumah tu sebab aku lagi suka sorang-sorang. Dan bilik yang masih ada kosong adalah main room which is lagi besar dan lagi sejuk. Jadi, sementara tunggu roomates yang baru masuk, aku stay lah sorang kat main room tu. Kawan-kawan aku yang dari semenanjung pula bilik dorang di bahagian belakang.
Hari pertama di rumah sewa. Aku unpack barang-barang aku sambil buka pintu bilik aku. Bilik aku ada 2 katil double decker dan 1 bilik air. Sambil-sambil aku unpack barang-barang aku, aku tengok jiran depan bilik aku ni macam tengah kecoh-kecoh dalam bilik. Maksud aku, dorang pun tengah packing barang. Setahu aku dorang ni housemate lama, dorang ni nak pergi mana packing-packing barang? Semester pun baru buka. Aku pun abaikan persoalan yang ada. Malam pertama aku di rumah sewa. Aku layan movie di laptop. Sepanjang aku di bilik tu, aku memang selalu dengan bunyi bising di bumbung. Selalu dengar macam ada kucing berlari dan cakar-cakar dinding. Aku tak rasa seram pun waktu ni. Yela, satu rumah ada 7 bilik kan. Aku tak rasa sunyi pun. Aku anggap tu semua kucing tengah main kat atas bumbung. Tapi kadang-kadang aku ada terfikir, kenapa kuat sangat eh bunyi kucing berlari atas ni? Ahh lantak lah. Lagipun waktu ni, aku tak pernah lagi tahu kalau ada bunyi orang main guli, cakar dinding atau bising atas bumbung tu ada jin. So, aku takde lah rasa seram pun. Hihi. Jadi, malam tu aku tidur dengan lena walaupun bumbung bising.
Hari kedua, aku pergi makan dengan kawan-kawan aku daripada Semenanjung. Aen mula bersuara. ‘’Vee pernah dengar tak ada bunyi bising kat bumbung?’’. Aku pun jawablah ye. ‘’Aen mula-mula masuk sini Aen rasa seram’’, jawab Aen. ‘’Oh yeke. Vee rasa biasa je lah Aen. Rumah kita ni kan ramai orang. Lagipun takdela kotor ke apa kalau nak rasa seram. Satu rumah dinding kita colour ungu. Haha’’. Balas aku. Disebabkan sifat ini lah yang buat aku berani nak stay sorang-sorang dalam bilik. Selepas makan dan berjalan-jalan di Summer Mall, aku pulang ke bilik. Waktu ni jam dah pukul 6.40 petang. Waktu maghrib masuk awal di Sarawak. Cuaca pun dah gelap. Aku terpanggil untuk renung ke luar jendela sebab Gugu asyik menyalak. Untuk pengetahuan, bilik aku paling depan menghadap ke pagar luar rumah dan parking kereta. Gugu pula tempatnya di luar pagar rumah. Kalau hujan je kami panggil dia masuk.
Gugu asyik menyalak. Dia menyalak tak macam anjing lain. Dia menyalak macam serigala awuuuuuuuuuuu. Okay, time ni aku dah mula ada perasaan seram. Aku abaikan. Aku tutup tingkap. Mandi dan solat maghrib. Waktu malam seperti biasa aku layan movie di laptop. Aku biarkan pintu bilikku terbuka. Tiba-tiba, aku terdengar riuh-rendah lagi di biliik hadapan. Aku pause kan movie dan berjalan ke bilik sebelah. Kelihatan seorang gadis yang aku percaya bukan muslim sedang menangis bagai dirasuk sambil ditenangkan oleh roommate nya yang lain. Aku mula tanya pada salah seorang roommate nya. Katanya, ‘’Christina, perangai dia dah berubah sejak akhir-akhir ni. Kami pun tak tahu. Sejak dia pergi trip dengan classmates dia pergi Damai Beach 4 hari lepas, dia langsung tak kata apa-apa. Kalau mandi, lama gila. Makan pun taknak. Puas dah kami pujuk.’’ Kesimpulannya, mungkin ada sesuatu yang terjadi pada Christina semasa di Damai Beach. Keesokan harinya, keluarga Christina jemput Christina pulang ke Mukah untuk berubat.
Hari ketiga. Aku pergi dan balik kelas seperti biasa. Dan seperti biasa, ‘kucing’ selalu berlari kat atas bumbung ni. Waktu senja harini, aku masih dengar Gugu menyalak seperti serigala di pagar rumah. Aku anggap Gugu ni special sebab dia macam penjaga rumah. Tempat dia sentiasa di pagar rumah. Kami selalu bagi Gugu makan. Gugu pun dah kenal aku. Ada one time tu, aku lapar. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Aku malas nak susahkan kawan-kawan aku yang daripada Semenanjung tu untuk temankan aku. Jadi aku pun jalan sorang-sorang waktu tu untuk cari apa-apa makanan. Aku keluar pagar rumah, Gugu yang nampak aku keluar dia pun ikut. Aku cuba mengelak daripada bersentuhan. Tak pasal-pasal pulak nak kena samak nanti.
Tapi kali ni Gugu berkelakuan lain. Selalunya kalau nampak aku, Gugu akan ikut seperti mahu makanan. Tapi kali ni, dia lebih kepada nak temankan aku. Dia jalan sebelah aku. Kedai burger jauh lagi di hadapan. Setibanya di jalan yang tiada lampu which is gelap dan sunyi, tiba-tiba Gugu berjalan laju dan berhenti di depan aku sambil menyalak kuat seolah-olah tengah bagi warn kat aku ‘kat sini ada something’. Aku yang terpinga-pinga dan terkejut dengan tindakan Gugu tu terus berlari laju ke hadapan menuju Kedai Burger. Perut masih tak dilupakan walau dalam keadaan takut. Selepas beli burger, setiap kali lalu jalan tadi, aku berlari laju. Sama lah dengan Gugu. Dia tunggu sampai aku habis beli burger dan teman untuk balik jugak. Sebagai upah, aku belikan sebiji lagi burger untuk dia. Thank you Gugu.
Seminggu sudah berlalu. Aku menjalani hari-hari biasa di Sarawak dan Rumah Ungu. Dan seperti biasa, ‘kucing’ masih buat bising di bumbung dan Gugu masih menyalak seperti serigala setiap kali waktu senja. Harini aku terima kejutan. Aku dapat roommates baru, 2 orang. Both muslim. Satu daripada KL, Jiha dan satu lagi daripada Kuching, Lala. Seronok bercampur tak seronok lah aku. Sebab aku lagi suka hidup sorang-sorang ni. Haha. Jadi bilik kami dah ada 3 orang termasuk aku. Tapi katil ada satu lagi kosong iaitu katil atas aku. Malam tu aku tidur agak awal sebab kelas hari ini pack. Aku tidur menghadap dinding which is katil aku menghala ke parkir kereta luar rumah. Malam itu aku tidur tak lena walaupun aku tidur awal. Asyik terjaga je. Sebab Gugu asyik menyalak.
Selalunya dia menyalak waktu senja je. Sambil-sambil aku layan mata nak tidur, aku mula termimpi. Dan aku percaya bunyi yang aku dengar ni bukan mimpi. Tapi aku tak dapat nk buktikan macam mana. Sebab roomates yang lain tak dengar dan aku tengah mamai-mamai waktu tu. Mungkin mimpi. Tp perasaan dan hati aku kuat katakan suara itu betul. Malam tu, aku dengar suara perempuan menangis huuuuuu huuuuuu huuuuuu mendayu-dayu. Dan dalam bayangan aku, aku nampak seorang perempuan berambut panjang sedang menangis sambil mencangkung dan bersandar di dinding parking kereta di mana sebelahnya adalah bilik aku dan katil aku. Maknanya, jarak aku dan ‘wanita’ itu adalah sangat-sangat dekat. Ibarat aku letak telinga di pintu dalam dan ‘wanita’ itu di pintu luar.
Lantas aku terjaga dari mimpi yang aku rasa macam betul tu. Jam menunjukkan pukul 3.40 pagi. Aku bangun dalam keadaan yang terkejut dan berpeluh-peluh. Serentak dengan itu juga, aku masih terdengar suara itu walaupun aku dalam keadaan celik! Terkebil-kebil aku layan ketakutan tu sampai lah aku tertidur semula sehingga subuh. Siang itu, aku ceritakan pengalaman malam tadi pada kawan lelaki aku. Dia kata kalau bunyi huuuuuu huuuuu tu maknanya bunyi mengilai. Jadi tanggapan aku selama ni bunyi mengilai hii hii hii tu salah. Aku biarkan peristiwa itu melewati hari-hari aku. Tapi setiap kali nak tidur, aku dah mula rasa takut dan fikir macam-macam.
Hari berlalu. Hubungan aku dengan roommates baru Lala dan Jiha pun semakin akrab. Malam itu agak susah untuk tidur dek kerana Gugu yang sibuk nak jadi serigala dengan ‘kucing’ yang sibuk buat kerja kat atas ni. Aku, Lala dan Jiha melelapkan mata. Keesokan paginya, kami bangun seperti biasa, mandi, solat subuh dan bersiap. Sambil-sambil aku bersiap, aku mula bersuara. ‘’Malam tadi Vee mimpi.’’ ‘’Eh Jiha pun semalam baru teringat Jiha ada mimpi. Tapi mimpi tu pelik. Vee mimpi apa?’’. Aku mula berkongsi tentang apa yang aku mimpikan semalam kepada Jiha dan Lala. Semalam, aku mimpi kami bertiga tiba-tiba ada di hutan. Dikelilingi makhluk berbulu seperti binatang. Dan mula-mula aku nampak diri aku sangat cantik dan slowly muka aku berubah menjadi sangat buruk. Aku menangis. Menjerit. Tiba-tiba Jiha kata ‘’Vee! Jiha mimpi sebijik macam Vee!’’. Macam mana kami boleh dapat mimpi yang sama pada waktu yang sama?
Jam menunjukkkan pukul 11 malam. Kami masing-masing sudah berada di katil sambil melayan phone masing-masing. Lampu bilik kami off. Bilik air kami biarkan pintu dan lampu terbuka. Sudah 20 minit aku main phone dan dalam waktu itu juga, aku asyik terdengar bunyi bising dari dalam tandas. Seperti ada orang tengah mengemas. 10 minit awal hati aku terdetik. ‘’Bising gila jiha kemas bilik air. Dia buat apa?’’, sambil badan aku mengiring menghadap dinding. Dah 20 minit si Jiha bising sangat kemas bilik air, aku pun pusing badan aku menghadap ke depan pula Aku nampak Lala dan Jiha ada di katil. Jadi siapa yang ada kat bilik air tu? Siap nampak bayang-bayang lagi dalam bilik air tu. Macam ada orang dalam bilik air tu. Yang eloknya, si Lala dengan si Jiha ni elok je tak bersuara, tak tegur apa.
Masalahnya memang kuat gila. Macam orang bertukang pun ada. Maybe dorang dah tahu kot. Tapi taknak tegur. Aku yang tengah takut tu terus pusingkan badan aku menghadap ke dinding semula. Waktu tu takut sangat. Berpeluh-peluh. Jantung macam nak terkeluar. Beribu kali aku baca ayat kursi. Yang lebih menakutkan, Lala dengan Jiha satu katil double decker tu. Katil dorang memang tak nampak bilik air. Aku pulak katil sorang. Atas takde orang dan katil aku memang nampak bilik air. Sebab tu aku boleh nampak bayang-bayang. Sambil-sambil aku layan perasaan takut sambil baca ayat kursi yang aku percaya tajwid pun entah ke mana, tiba-tiba aku dengar macam ada bunyi tapak kaki.
Untuk makluman, bahagian tengah antara katil aku dengan katil dorang, kami letak tikar getah yang ada gambar kartun-kartun dan boleh gulung tu. So, kalau ada orang jalan memang dengar lah kan. Tapak kaki tu aku dengar dia berjalan area tikar getah dan berhenti di belakang badan aku. Seolah-olah tengah tengok aku walaupun aku tengah membelakangkan dia. Jadi, dalam perasaan yang dah lega sikit tu, aku pun pusingkan badan aku untuk tegur Jiha or Lala yang dah berani bangun daripada katil. Bila aku pusing, Jiha dan Lala elok je baring kat katil dorang sambil layan phone. Jadi bunyi tapak kaki siapa ye tadi? Aku syak Lala dan Jiha pun dah keras. Yang bagusnya dorang semua senyap je. Pelik jugak aku. Aku yang perasaan takut tadi dah sampai tahap maksimum, aku whatsapp Lala walaupun jarak kami hanya sejengkal.
‘’Lala, Vee takut lah.’’ ‘’Vee, meh lah sini. Tidur sebelah Lala.’’ Fuhhh Lala reply! Aku ingat dorang dua orang pun bukan roomates aku. Allah je yang tahu macam mana perasaan takut bila tahu ada benda lain dalam bilik tu tengah perhatikan kita. Aku nak pergi ke katil Lala yang sejengkal untuk tidur sebelah dia pun aku menggigil. Punya lah takut waktu tu. Aku ambil masa 5 minit juga untuk buang rasa takut dan pergi ke katil Lala. Lala dan Jiha seolah-olah tahu apa yang terjadi. Dorang cuma diam je. Aku je yang berani sangat nak tegur. Bila aku dah baring di sebelah Lala tu, baru aku rasa tenang sikit. Terus aku pasang surah yassin dalam phone kuat-kuat. Nak tahu apa jadi lepas tu? Serta-merta bunyi bising dalam bilik air tu hilang. Keesokan harinya, aku perasan dah tiada lagi ’kucing’ yang berlari-lari di bumbung dan Gugu pun well-behaved tak jadi Serigala dah. Betapa hebatnya surah Yassin yang aku pasang cuma sekali tu. Aku pun melalui hari-hari aku sebagai pelajar di situ dengan tenang. Sekian.
Kalau ada kesempatan waktu lagi, aku akan kongsikan cerita-cerita aku yang lain. Thank you for reading!
-TAMAT-
123. DIA BUKAN HANTU… DIA KAWAN AKU.
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : DIA BUKAN HANTU… DIA KAWAN AKU.
KARYA : HAFIZ
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940123
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Assalamualaikum guys. Pertama sekali thanks admin publish cerita aku .Nama aku Hafiz (bukan nama sebenar). Benda yang aku nak ceritakan ni bukan lah cerita hantu sebab aku tak pernah anggap ‘benda’ ni hantu. Dia.. Kawan aku. (Maaf sebab cerita ni langsung tak seram)
Kita semua mesti ada kawan rapat dari sekolah rendah kan? Kawan pergi kantin, kawan pergi tandas, kawan ponteng puasa (hahaha aku memang budak nakal sekolah rendah dulu). Sama macam aku, aku ada seorang kawan, cukup korang kenal dia sebagai Paan. Dari sekolah rendah sampailah masuk ke sekolah menengah dialah sahabat aku susah senang dunia akhirat. Kitorang rapat sampailah kalau tiba tiba kitorang dua tak pergi kantin or surau sama sama member lain ingat kitorang gaduh. Tapi jangan risau kitorang bukan kunyit. Hahaha. Aku sayang dia.
Sampai lah naik tingkatan 4. Tahun kegelapan aku. Paan ni kawan yang baik, ada pendirian ada matlamat hidup dan aku sebaliknya. Dia selalu ingatkan aku pasal solat. Even perangai dia ni pun bukan baik mana macam jahanam juga sometime(hehe..) Tapi dia tak pernah tinggal solat. Dia minat math akaun dia ada cita cita nak jadi akauntan. Korang nak tahu aku ambil aliran akaun ni sebab dialah macam yang aku cakap aku ni berbeza dengan dia , aku tak ada arah tuju hidup. Kira aku ni ikut je dia. Okay dah dahlah tu aku puji kau sampai perenggan ketiga ni paan oi. Haha.
Hurm..
Satu subuh semasa cuti pertengahan tahun. Dapat satu mesej oleh sahabat kesayangan aku ni ajak sembahyang subuh kat surau. Dan ni penyesalan aku seumur hidup kerana aku tolak ajakan dia. Allahu. Mesej tu adalah mesej terakhir. Ajakan tu adalah ajakan terakhir oleh seorang sahabat. Dia accident masa perjalanan nak pergi surau. Meninggal di tempat kejadian. Sejak tu aku hilang pegangan hidup. Aku marahkan Tuhan. Aku kemurungan. Sakit tu aku tak boleh nak cerita melalui penulisan.
Buka cuti pertengahan tahun meja sebelah aku kosong. Semua kawan sekelas cuba bercakap dengan aku tapi aku membisu. Ada yang nak duduk tempat dia tapi aku tak bagi sampai akhir tahun aku tak bagi. Korang boleh bayang tak keadaan aku masa tu. Forever alone. Cuti akhir tahun pun datang aku tetap bersendiri. Aku pergi rumah keluarga paan aku minta maaf tanpa sebab. Aku masuk bilik dia. Then aku balik rumah. Dari hari tu, aku nampak dia. AKU NAMPAK DIA GUYS.
Korang faham tak perasaan jumpa kawan yang kau rindukan setengah m**i tu? Aku mula mula takut juga sebab aku ingat dia hantu. Tapi dia yakin kan aku yang dia bukan. Dia tanya aku result akhir tahun okay tak. Dia suruh aku sembahyang. (Dah m**i pun tak habis habis ingatkan pasal solat) dia tegur aku sebab aku marah Tuhan. Dia brainwash aku lah senang cerita. Semangat aku pun kian pulih. Sebab kawan aku dah kembali.
Naik tingkatan 5 aku bangkit bawa azam dia. Aku bawa cita cita dia. Aku dah ceria balik. Aku jadi dia. Ya. Aku jadi dia. Dalam diri aku ada diri dia? Come on guys mesti dah ingat aku gila. Haha aku berjaya spm pun sebab dia. Aku masuk matrik pun still dengan cita cita dia. Cuma degree aku tukar bidang aku tak ambil pun course accounting aku ambil financing. Sebab aku dah move on. Aku dah boleh terima kenyataan. Sebenarnya aku dah move on semenjak pertengahan tahun time form 5 tu sebab dia hilang. Dia tak muncul dah ! Di tinggalkan aku lagi. Sampai aku give up nak tunggu dia muncul jadi aku struggle belajar je. Btw kat degree ni lah aku dah mula berkawan balik. And cari sahabt lagi.
So kan aku dah cakap ni bukan cerita hantu. Dia mungkin datang nak sedarkan aku balik. Ingat tuhan. Ingatkan aku yang perjalanan hidup aku masih panjang. Terima kasih sebab sedarkan aku sahabat. Sampai sekarang dalam diri aku masih ada kau. Sebab sampai aku m**i aku sayang kau. Berkaca mata ni menaip tak pasti sedih teringatkan member or sedih kena tulis tanpa shortform. Hehe gurau. Sayangi sahabat korang. Kalau ada yang sama mcm aku, aku doakan kau tabah. Sedekah fatihah banyak banyak. Okay thanks baca.
-TAMAT-
124. TAKUT
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : TAKUT
KARYA : RH
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940124
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Assalamualaikum dan terima kasih admin kerana sudi publishkan cerita aku yang tak berapa seram. Tapi aku nak cerita juga pengalaman aku haha sorry kalau ayat aku berterabur dan panjang sangat. Aku dibesarkan di Perak tengah dan sekarang menetap di KL. Waktu aku kecil2 dahulu, aku tinggal dirumah kampung, sebelum berpindah ke KL. Rumah kampung tu ada dua tingkat. Kami sekeluarga tinggal bahagian bawah rumah dan keluarga lain tinggal dekat bahagian atas rumah. Selepas keluarga rumah atas pindah rumah, tuan rumah minta mak aku tolong2 kemaskan rumah atas dan aku jugak turut membantu mak.
Waktu tu aku masih dalam lingkungan 8-9 tahun. Masa aku tengah duk syok main sapu2, ada satu frame gambar org tua pakai songkok lagak portrait muka bergantung dekat dinding. Aku pun duk tenung la perhati gambar orang tu lama-lama. Dan tiba-tiba meremang pula bulu roma ni. Then aku lari menuju kat mak aku. Masa aku lari tu, mata aku x beralih dari gambar portrait tu. Dan ekoran mata orang dalam gambar tu macam bergerak memandang ke arah aku.
Aku tunjuk kat mak aku, mak aku trus ajak turun ke bawah. Selepas kejadian lirikan manja gambar tu, setiap malam kekadang aku dengar orang berjalan la, berlari la. Ada time tu aku duk syok tengok cerita cina kat tv, time dulu-dulu famous cite cina boleh terbang la, dalam pukul lapan malam, secara tetiba bertukar siaran ke berita mengenai kemalangan maut yang berlaku. Aku ni dah la noob lagi innocent pegi la tukar channel balik. Baru ja tukar channel, tiba-tiba aku terdengar bunyi cakaran kat papan rumah aku. Time tu aku ingatkan kucing aku yang cakar, tapi bila aku tengok balik kucing aku semua ada, elok ja duk diam dalam rumah, laju-laju aku pergi kat mak aku, tolong apa yang patut ahahhaha.
Aku ni sering jugak la diganggu, tapi xpernah la sampai yang tahap diorang muncul depan mata aku. Dan selepas itu aku berpindah ke KL, tapi bukan dalam bandar KL, diluar KL ja. Rumah baru sekolah menengah baru. Selalunya bila dah rumah baru semestinya kene buat doa selamat tapi mak aku kata lambat lagi sebab kekangan duit, so terpaksa ditundakan. Tingkap bilik aku berhadapan dengan longkang besar ke sungai. Kiranya rumah aku tu apartment memang dekat tepi landasan kereta api. Dan tepi sungai tu banyak pokok besar2 dan aku ni pencinta alam sekitar. Hahaha.
Aku pun bukaklah tingkap seluas-luasnye sambil menikmati angin malam. Masa duk relax tu aku peghati ada benda bergerak kat pokok and terbang2. Sepantas kilat aku tutup tingkap, basuh kaki dan masuk tido. Masa duk tengah nak lelap mata tu, aku rasa macam ada something tengah perhatikan aku. Dan waktu tu, aku belom pasang langsir lagi. Ahah ambik kau, katil aku tepi pintu kiranya aku baring menghadap tingkap. Sebab x sedap pandang tingkap aku tukar bhgian kepla ke kaki. Aku dah terlelap, aku mimpi aku kene cekik time tu.
Terus aku tesedar. Masa aku tersedar tu, hambikk kau, benda tinggi rambut kusut serabai panjang, mata merah muka macam kena bakar muncul betul2 depan aku. Ya Allah, aku rasa aku nak termuntah ja time tu. Bau sebusuk-busuknya seperti hanyir ikan dan nanah yang lama. Dia perhati aku setajamnya, dan aku ni hantu tido. Dan esok sekolah pagi, aku xda masa nak rasa cuak atau takot, sebab ayah aku pernah pesan kat aku, jangan takot dengan hantu jin iblis, baik takot dengan Allah. Lalu aku ni melelapkan mata dalam hati. Aku sebut Allah banyak kali dan aku tidur nyenyak. Masa bangun pagi tu mak aku marah sebab aku bangun lambat. Ahahahaha. Dan kes hantu kecoh tu kat apartment aku sebab hantu tu kacau bahagian blok lain. Siap ada dengar cerita dorang g kejar benda alah tu. Allahualam . Thanks!!
-TAMAT-
125. USUS TERBURAI
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : USUS TERBURAI
KARYA :
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940125
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca HZONE BLOG. Nama aku Ijam. Cerita Mak Cik Kurung Kedah I dan II tu merupakan pengalaman aku semasa di sekolah. Pada kali ni aku nak bawakan sebuah lagi kisah. Kisah ni berlaku semasa aku tahun 1 di Universiti.
Selepas tamat peperiksaan STPM, aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti di Selangor. Universiti ini merupakan antara top 5 di Malaysia berdasarkan QS World ranking. Kalau korang tau ranking QS sekarang ni, mesti korang boleh agak universiti mana yang aku tengah belajar sekarang. Kehidupan aku sebagai seorang mahasiswa di Universiti ini tidak banyak berubah seperti di sekolah. Bagi aku kehidupannya lebih kurang sama cuma di sini aku perlu lebih rajin dan sado kerana assignment yang diberikan terlalu banyak. Jurusan Sains Sosial (Sastera) memang sibuk menurut senior-senior aku.
Memandangkan peperiksaan akhir semester 1 tahun 2014 masih berbaki 3 hari lagi. Aku menghabiskan sisa-sisa waktu menunggu tarikh balik kampung dengan bermain Pro Evolution Soccer (PES) di bilik. Semua kertas exam aku sudah selamat dijawab. Tapi, semuanya silap aku jugak, sebab terlalu sibuk dengan exam, aku terlupa untuk membeli tiket bas pada awal waktu. Seat bas hanya kosong pada hari terakhir peperiksaan! Itupun hanya tinggal beberapa seat sahaja lagi. Nasib aku agak baik kerana kertas peperiksaan roommate aku berakhir pada hari terakhir peperiksaan juga. Tak la aku m**i kutu sorang-sorang dekat kolej.
Kawan-kawan yang lain sudah menarik bagasi sambil melambai-lambai tangan semasa aku sedang berjoging di sekitar kampus. Petang itu agak sunyi kerana kebanyakan pelajar telah pulang ke kampung masing-masing. Masih tinggal aku yang sedang berlari-lari anak di sekitar jalan dalam kampus. Lebih kurang 30 minit aku berjoging, aku berehat sebentar di kafe kolej. Kolej aku merupakan antara kolej yang agak jauh dari kolej-kolej kediaman yang lain. Sambil meneguk segelas air kosong, aku ternampak sepasang couple yang sedang rancak berbual. Sah! Itu Azim roomate aku. Baru tahun 1 dah ada makwe, apa la ilmu yang dia guna. Kalau ikut dari segi rupa, aku lagi hensem daripada dia, kahkah.
Lebih kurang 10 minit di kafe, aku mulakan langkah mendaki ke tingkat 4, blok 9 kolej aku. Azan Maghrib lagi 15 minit akan berkumandang. Aku cepat-cepat mengambil tuala dan masuk ke bilik mandi. Bilik mandi ini terbahagi kepada dua bahagian, satu bahagian untuk tandas (jamban) dan sebelah lagi bilik mandi. Semasa mandi, aku tersentak kerana pintu diketuk berkali-kali dan tuala yang aku sangkut di pintu direntap dengan ganas. Terkejut dengan tindakan itu, aku menjerit, “Woi! Aku dok mandi la, bagi balik tuala aku. Jangan sampai aku keluar aku tendang kepala hang Zim!”. Aku merasakan bahawa Azim yang cuba menyakat aku pada masa tu. Aku dan dia selalu sama-sama menyakat semasa mandi (kami bukan gay). Namun, tiada sebarang suara orang ketawa seperti yang selalu aku dengar.
Aku buka perlahan-lahan pintu bilik mandi, cuak juga masa ni sebab aku tanpa seurat benang, dah macam toyol. Takut-takut ada orang lain yang masuk, mau pengsan dia tengok aku. Masa pintu dibuka, aku ternampak sehelai kain putih yang kekuningan diseret keluar dari pintu tandas. Aku membiarkan sahaja hal itu kerana merasakan mungkin itu hanya permainan mata aku. Tuala aku yang direntap tadi betul-betul aku jumpa disangkut dia atas pintu sebuah jamban. Masuk sahaja dalam bilik, aku terdengar azan Maghrib telah berkumandang dan bilik itu kosong tanpa Azim. Di mana Azim? Kalau bukan dia siapa yang bergurau dengan aku tadi?.
Selepas sahaja azan selesai, aku terus solat Maghrib. Semasa tengah berdoa aku terdengar tombol pintu bilik di pulas. Aku ternampak Azim masuk dengan satu beg plastik merah. Dia mengatakan yang dia ada belikan nasi lemak dekat aku tadi masa makan dengan makwe dia dekat kafe. Dia macam tau ja perut aku tengah lapar pada masa tu. Selesai makan, aku menghidupkan suis laptop. Aku ada misi yang penting malam tu. Misi merebut kembali piala UEFA yang aku gagal pertahan dalam Master League PES. Masa ni Azim baru saja sudah mandi dan sedang solat maghrib. Masa aku tengah-tengah syok main game tu, Azim bagitau yang dia nak keluar sebab nak pergi print assignment dekat kedai print di kafe. Aku hanya mengangguk tanda faham. Hujung-hujung semester pun masih print assignment, itu la kehidupan di Universiti.
Seingat aku lebih kurang 10 minit lepas Azim keluar, aku terdengar hentakan yang kuat dari bilik atas, bilik Din dan Arif. Blok aku mempunyai 6 tingkat. Bunyi itu seperti orang tengah menghentakkan kaki seperti sedang berkawad. Bunyi tu tak lama tapi cukup membuatkan bulu roma aku berdiri tegak. Setahu aku Arif dengan Din dah balik semalam. Sebab aku sendiri nampak yang Din galas beg hiking Deuter dia masuk dalam Rapid KL. Si Arif pula aku sendiri yang hantar dia ke Hentian Bas. Lepas bunyi hentakan kaki tu, aku dengar bunyi guli ditabur dengan cakaran kat siling. Misi aku nak ambik balik piala UEFA dari Mourinho memang terganggu!
Aku memberanikan diri naik ke tingkat 5. Pintu bilik tu aku ketuk dengan sekuat hati supaya benda-benda yang ada dalam bilik tu tak ganggu fokus aku lagi dah. Selepas pintu bilik tu aku ketuk, bunyi seperti suara bayi menangis pula bergema di anak telinga. Mungkin dia sedih aku mengganggu masa dia tengah bermain. Aku masuk semula ke dalam bilik. Tiba-tiba pintu bilik aku pulak yang diketuk dengan perlahan tapi laju. Dengan keadaan marah aku buka pintu bilik sambil menghayun payung ke arah entiti tu.
Terkejut juga aku masa tu, entiti yang aku pukul tu rupanya Azim, nasib baik dia sempat mengelak. Dia bagitau aku yang kunci bilik dia tak bawa masa turun ke kedai print. Dia tengok aku pelik, dan aku cuma bagitau yang ada orang dok main ketuk-ketuk pintu bilik tu. Semasa awal semester, aku pernah nampak seorang perempuan bertenggek dekat atas tembok bangunan yang tak siap depan bilik kami. Perempuan tu pakai kain putih yang lusuh. Mungkin yang curi tuala aku tadi perempuan tu la. Azim ni aku tengok dia tak berapa percaya benda-benda halus ni.
Dia meminta aku untuk membawanya ke Fakulti. Katanya bahawa assignment yang baru diprint tu perlu disubmit sebelum esok pagi. Disebabkan perasaan kasihan tu, aku terpaksa mengorbankan misi aku pada malam tersebut. Semasa aku menghidupkan motosikal, aku tersuluh satu lembaga hitam yang berbulu seperti mawas. Lembaga tu membuka mulutnya seperti tengah menguap. Aku dapat melihat taringnya yang begitu tajam dan matanya merah seperti biji saga. Masa ini motor aku parkir di bawah bangsal yang berhadapan dengan bangunan yang tidak siap tu. Azim pula sedang menunggu aku di flyover di tingkat 3. Kolej aku ni memang unik sikit sebab tingkat 3 tu merupakan laluan utama pintu blok yang menghubungkan terus dengan jalan raya.
Perjalanan dari kolej ke fakulti mengambil masa lebih kurang 5 minit. Sesampai di fakulti dia mengajak aku untuk menemannya ke tingkat 5 Pusat Pengajiaan Sejarah. Agak takut sebenarnya untuk menggunakan lif jika berlaku kecemasan kerana keadaan fakulti begitu senyap sunyi. Kami memilih tangga sebagai jalan selamat. Laluan koridor pusat pengajian tersebut memang menakutkan, lampu koridor menyala dengan malap. Semasa kami tengah mencari nama pensyarah dia di pigeon hole, aku terdengar bunyi seperti lif berhenti. Namun tiada sesiapa yang keluar dari muka pintu lif. Aku menyuruh Azim supaya cepat-cepat meninggalkan tempat tu.
Masa kami berdua tengah turun tangga untuk ke motosikal, aku terdengar satu suara yang garau menjerit “Tunggu!”. Aku tersentak mendengar suara tu. Aku memusingkan sedikit kepala dan menggunakan ekor mata untuk melihat pemilik suara tersebut. Seorang lelaki tua yang sedang memegang usus perutnya yang dah terjatuh ke lantai. Di tangannya terdapat sebilah pisau dan dia sedang berjalan sambil mengheret kedua-kedua kaki yang terbelah dua ke arah kami. Keadaan dia tu seperti dalam kesakitan. Aku berlari dengan pantas seakan bertanding dalam Olimpik. Azim yang kelihatan blur turut mengikut aku berlari. Entiti tersebut terus mengejar kami sehingga ke kolej.
Semasa perjalanan balik, kami ditahan oleh pakcik tersebut di persimpangan masuk ke kolej. Dia melambai tangan seakan-akan minta untuk ditumpangkan. Ususnya yang terburai begitu memualkan tekak aku. Nasi yang baru dimakan tadi seperti nak keluar semula. Baunya seperti mayat yang sudah seminggu mereput. Kaki dia yang terbelah dua tu telah berulat. Bila sampai di kolej aku terus mengajak Azim untuk berehat di surau. Selepas solat Isyak berjemaah, kami membaca Yasin. Selepas keadaan kembali tenang, setelah kelibat pakcik tua itu tidak kembali lagi, baru aku mengajak Azim naik ke bilik.
Setelah keesokan harinya, aku menceritakan kepada Azim tentang kejadian itu, aku lihat mukanya begitu cuak dan pucat. Aku bukan nak menakutkan dia, tapi sebagai pengajaran supaya jangan buat kerja last minute. Kerja last minute ni memang menyusahkan banyak pihak terutamanya berkaitan dengan kes entiti ni. Ini merupakan kisah pertama aku diganggu di universiti. Kisah-kisah yang lain aku akan kongsi dengan kalian selepas ini. Aku nak study dulu, esok aku exam. Doakan aku ya.Terima kasih semua pembaca HZONE BLOG.
-TAMAT-
126. IBU MERTUA NIYANG RAPIK
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : IBU MERTUA NIYANG RAPIK
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940126
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Assalamualaikum pembaca semua. Saya memang minat kisah seram kat HZONE BLOG. Tergerak hati nak kongsi kisah yang saya alami. Banyak juga saya berdepan dengan benda mistik ni. Cuma waktu ni saya nak kongsi kisah saya berdepan dengan ilmu hitam. Tak lama lepas saya kahwin dengan suami saya, saya bermimpi yang emak mentua saya bertukar menjadi nenek kebayan. Muka hodoh, bongkok. Tapi masa tu saya malas nak fikir sangat. Mungkin mainan tidur. Saya dan suami hidup bahagia pada tahun pertama perkahwinan.
Untuk pengahuan semua, saya dan suami berkenalan dalam page untuk mencari jodoh. Saya ni tak reti nak berkawan dengan lelaki. Life pergi kerja balik kerja. Lagipun dulu saya sekolah perempuan. Masuk Uni pun Uni perempuan di Timur Tengah. Bila dah capai umur 29 semua bising2 suruh kahwin jadi alternatif saya masuk page tu untuk cari jodoh. Suami saya masa tu dia duda. Bercerai dengan isteri dia dah bertahun dan tak de anak.
Masuk tahun kedua berkahwin, rumah tangga saya bermasalah. Sebab saya dapat tahu yang suami, mak dan ayah dia, dan beberapa adik-beradik dia join satu group di mana aqidah dia menyimpang dari ajaran Islam. Masa tu ALLAH je tahu hati saya. Saya sedih sangat2. Saya kahwin umur dah 30. Diuji macam ni lagi. Diorang mula tak solat. Macam-macamlah bercanggah dengan ajaran Islam. Memang banyak kali suami ajak saya masuk tapi saya tak nak. Saya pernah minta cerai tapi suami cakap masih sayangkan saya. Saya pun mintak nasihat dengan ramai ustaz. Ramai suruh bercerai sebab masalah aqidah bukan masalah kecil.
Tapi ada juga ustaz yang mintak saya sabar dan buat solat hajat. Solat taubat dan amal zikir-zikir supaya hati suami lembut dan kembali pada Islam. Tapi makin lama saya nampak dia makin teruk. Dia mula abaikan nafkah. Mula tak pedulikan saya. Akhirnya genap tahun ketiga perkahwinan, kami bercerai setelah melalui pelbagai perkara.
Kisah bermula lepas saya bercerai. Ditakdirkan bekas biras saya (dia berkahwin dengan adik ipar saya kemudian bercerai) datang jumpa saya di ofis. Dia cerita yang ex mak mentua kami ni macam ada guna ilmu sebab sepanjang dia duduk rumah mentua. Dia selalu nampak ex mak mentua ni mulut terkumat-kamit pastu macam ada benda tertentu yang dibuat yang dia pun tak reti nak describe. Lepas tu ex biras saya ni ajak pergi jumpa dengan sorang makcik ni.
Ex biras ni, saya namakan N, pernah pergi berubat dengan makcik tu sebab masalah saka keturunan. Apa yang membuatkan jantung saya nak tercabut, makcik tu cakap ex mentua saya tu ada bela pelesit. Tujuan dia mula-mula bela pelesit tu sebab nak tundukkan suami dia sebab suami dia masa diorang muda-muda dulu panas baran. Dia selalu kena pukul dan kadang berdarah-d***h (masa tu saya teringat sepupu suami pernah cerita ex mentua pernah lari dari rumah sebab dipukul).
Sekarang ex mentua guna ilmu dan pelesit tu untuk control anak menantu supaya tunduk dan patuh setiap kata-katanya. Mula-mula saya tak percaya kata-kata makcik tu tapi bila saya fikir dan imbas banyak peristiwa, hati saya mengakui sebab saya lihat ex ayah mentua saya. Ex suami saya dan adik adik dia terlalu patuh cakap mak diorang. Walau pada pandangan saya perkara tu salah. Saya lihat keluarga diorang juga tak berapa baik dengan saudara mara belah mak mentua atau ayah mentua. Kalau raya pun diorang raya sesama keluarga je. Jarang ada saudara mara datang rumah atau diorang pergi beraya rumah saudara mara.
Lepas jumpa makcik tu saya mula search pasal perubatan Islam. Cari ayat- ayat Ruqyah, dan saya download satu Ayat Ruqyah yang agak complete (hampir 40 minit) yang dibaca oleh Ustaz Nuruddin Al Indunissy (ada dalam Youtube juga – boleh cari). Beberapa hari lepas ada masa lapang, saya dengar ayat Ruqyah tu sampai habis. Lepas habis terus sakit kepala, perut memulas-mulas. Lepas tu saya muntah. Keluar banyak lendir-lendir hitam. Saya rasa tak sedap hati. Beberapa hari lepas tu saya jumpa seorang kakak untuk berurut kaki sebab lenguh. Sebelum tu saya pernah berurut dengan kakak tu masa belum bercerai sebab jatuh.
Saya tanya kakak tu boleh tak ‘scan’ seseorang sebab saya selalu dengar orang cakap tukang urut boleh ‘ nampak’. Kakak tu cakap kadang-kadang ALLAH bagi boleh nampak kadang tak. Dia suruh bagitahu nama, tempat tinggal dan nama panggilan. Lepas saya bagi tahu detail ex mak mentua saya. Kakak tu diam pastu tiba-tiba dia mengucap sambil cakap, “Ya ALLAH, sarat kat badan dia”. Saya tanya apa yang sarat, dia cakap orang ni banyak pakai ilmu. Penuh kat badan dia ilmu. Saya tanya ilmu apa. Kakak tu jawab ilmu macam mantera. Bila dia nak kenakan orang, dia baca mantera tu. Mantera tu macam pantun dan dia dah lama amalkan ilmu tu. Dah sebati. Kakak tu cakap dia nampak orang ni tergedik- gedik macam orang muda walau umur dah tua.
Dia describe satu-satu. Terkejut saya dengar. Bila saya cakap tu mak mentua, kakak tu mengucap panjang. Dia buka cerita masa saya mula-mula berurut dengan dia dulu. Dia dah rasa something tak kena dengan badan saya. Banyak sekatan-sekatan terutama dekat peranakan. Ada orang tak mahu saya mengandung. Kalau mengandung pelesit tu akan makan janin. Saya dengar rasa nak pengsan. Patutlah saya sukar mengandung. Bila lambat period, sampai berbulan-bulan pastu bila period je berketul-ketul d***h keluar. Waktu bersama suami pula akan sakit. Saya perasan benda ni terjadi masa tahun kedua berkahwin. Mungkin sebab saya tak mahu ikut diorang masuk group tu dan minta cerai jadi mak mentua mula tak sukakan saya.
Kakak tukang urut tu syorkan saya beli limau nipis dan baca ayat Ruqyah sedikit sebanyak dan mandi limau. Esok petang lepas balik kerja, saya mandi limau yang dah dibaca ayat Ruqyah oleh saya sendiri. Time mandi tu rasa seram semacam. Rasa macam nak menjerit. Takut sangat. Pastu terhidu bau tahi yang amat busuk. Saya kuatkan semangat mandi sampai habis. Lepas tu saya message akak tu dan cerita kat dia. Akak tu cakap sebab benda tu dah lama dalam badan saya, dia syorkan saya pergi berubat dengan ustaz. Tak lama lepas tu, saya pergi berubat dengan anak murid Ustaz Nuruddin di Bangi.
Masa mula-mula ustaz tu baca ayat Ruqyah tu, saya sedih sangat sampai menangis2. Sayu sangat. Saya pun tak tahu kenapa. Pastu sendawa banyak kali. Belakang dan peranakan saya rasa mencucuk macam kena cucuk jarum. Sakit. Lepas berubat saya perasan keluar d***h hitam kat kemaluan. Makin lama makin banyak. Pelik juga sebab nak kata d***h period baru seminggu suci. Saya message ustaz tu dan cerita kat dia. Ustaz tu cakap’ “‘rumah’ benda tu dah hancur. Teruskan baca ayat2 ruqyah”.
Saya masa tu sewa hotel dengan kawan. Time tu bulan puasa. Lepas Isyak baca ayat2 ruqyah, solat sunat barulah tidur. Terjaga sebab ada tangan besar. Besar dia macam tangan lelaki dewasa, cekik tengkuk saya dari belakang. Saya cuba baca ayat Qursi walau payah. Sampai ayat terakhir tangan tu hilang. Bila saya tengok kawan saya sebelah nyenyak je tidur. Pagi tu terjaga dalam 3 lebih pagi. Bangun solat sunat. Lepas habis je, saya baring kejap sementara sahur. Pintu bilik hotel kena ketuk macam nak roboh. Saya rasa takut sangat. Kawan pun dengar.
Lama gila macam tu. Tengok kat lubang pintu tu takde orang pun. Dalam dekat2 pukul 5 baru berhenti. Bila tanya receptionst (bilik dekat dengan receptionist tu) tanya ada tak sesiapa ketuk pintu bilik kejut sahur dan ada dengar tak orang ketuk pintu. Dia cakap tak dengar apa2. Pastu polisi hotel kalau kejut sahur diorang akan call bukan ketuk. Masa tu memang meremang je dengar.
Sekarang saya faham kenapa bila berjauhan dengan suami dulu rasa rindu. Sayang sangat. Tapi bila dekat rasa benci. Asyik gaduh je walau benda2 kecil. Dan saya faham kenapa mak mentua dulu selalu paksa saya makan atau minum kat rumah dia walau saya cakap dah kenyang (rumah mak mentua dan saya tak jauh). Dia baca mantera tu kat makanan dan minuman saya. Lepas bercerai sampai sekarang saya masih amalkan membaca ayat2 Ruqyah. Bekas suami pula macam menyesal dan selalu tanya khabar. Korek2 cerita pasal saya kat adik saya. Sampai sekarang saya masih lagi bermimpi buruk tapi sudah berkurang berbanding semasa dalam perkahwinan. Doakan saya kuat dan berjumpa dengan lelaki yang baik. Maaf kalau cerita ni tidak berapa seram…
-TAMAT-
127. PANGGILAN TELEFON MISTERI
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : PANGGILAN TELEFON MISTERI
KARYA : ADEL ZAHRA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940127
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat admin HZONE BLOG dan semua pembaca HZONE BLOG. Terlebih dahulu aku ingin berterima kasih yang tidak terhingga kepada admin HZONE BLOG kerana telah menyiarkan 4 kisahku sebelum ini. Kisahku & Irly, Adik Bongsuku “Amira”, Jelmaan Berbaju Kuning dan “3 Kisah Misteri”. Aku memakai nama-nama samaran seperti Adel, Zahra dan Nadea sebelum ini. Semua kisahku itu benar dan bukan rekaan semata-mata. Begitu juga dengan kisah yang akan aku ceritakan ini, sememangnya kisah-kisah tersebut benar-benar berlaku di dalam hidupku. Terima kasih kepada yang menyukai dan yang memberi komen. Aku sangat-sangat menghargainya. Baiklah, aku mulakan dengan cerita aku di rumah sewaku sewaktu aku praktikal di Melaka.
Kisah ini berlaku ketika aku hendak memulakan praktikalku di sebuah kilang komputer di Cheng, Melaka. Aku dan 2 orang lagi kawanku menyewa sebuah rumah teres setingkat yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Sebenarnya rumah tersebut telah disewa terlebih dahulu oleh seorang kawanku dan seorang kakak yang juga merupakan rakan sekerja kawanku itu. Mereka juga merupakan pekerja kilang komputer di mana aku praktikal selama 6 bulan. Aku merupakan orang ketiga yang menghuni rumah sewa tersebut. Kiranya, sebelum ini, mereka berdua sahaja yang menyewa di rumah itu.
Berkebetulan pula, aku memerlukan rumah sewa dan sama pula dengan tempat kerja mereka. Jadi, sedang eloklah aku menyewa di situ. Bolehlah aku pergi praktikal sekali dengan mereka pergi kerja. Nasib baik jugalah, mereka kerja waktu normal dan bukannya syif walaupun mereka kerja di bahagian production. Baiklah, aku ceritakan keadaan rumah sewaku ini. Keadaan rumah ini agak usang. Dinding simen agak terlalu lama, ada pecah-pecah sikit di beberapa tempat di dinding luar dan di dalam rumah. Nampak sangat rumah ini dibina dalam sekitar awal tahun 1970-an. Aku pun belum lahir kot, sewaktu rumah ini siap dibina dan mula diduduki. Keadaan sedikit semak-samun di luar rumah menambahkan lagi keseraman bila melihat rumah ini dari luar. Grill tingkap sudah berkarat di sana-sini.
Di bahagian dalam rumah pula, dinding berwarna cream yang sudah lusuh di sana-sini dinding. Kipas di bahagian ruang tamu pula, apabila dipasang walaupun nombor 5, tetapi bergerak lebih lambat dari nombor 1. Oleh sebab itu, kami pasang kipas berdiri sahaja bagi menggantikan kipas siling. Bilik yang kosong ketika itu, hanyalah bilik tengah sahaja. Bilik tengah nie tiada tingkap. Jadi, kalau tidur di dalam bilik, agak lemas sedikitlah kerana terasa seperti tidak bernyawa sebab tidak boleh nampak bahagian luar rumah. Siling bilik tengah agak tinggi berbanding bilik hadapan dan bilik belakang. Jadi, aku hanya meletakkan barang-barangku sahaja di dalam bilik ini dan tidur di ruang tamu bersama-sama kawanku. Sebelum ini pun, bilik ini dijadikan bilik simpan barang-barang mereka berdua. Kiranya macam bilik stor diorang berdualah pendek cerita, hehe.
Aku memulakan praktikalku dan pergi-balik berjalan kaki sahaja walaupun jarak tempat praktikal jauh jugalah kalau berjalan kaki. Adalah dalam setengah jam aku berjalan, sebab aku berjalan agak laju juga. Kadang-kadang kalau aku bernasib baik, adalah kawan-kawan yang free menumpangkan aku balik dengan kenderaan mereka. Aku tidak menggunakan perkhidmatan bas kilang sebab bas kilang itu khas untuk para pekerja kilang sahaja. Jadi, dua orang kawan-kawan serumahku itu menaiki bas. Akupun tak paksa mereka jalan kaki bersamaku sebab faham keadaan mereka yang sangat penat kerja seharian di bahagian production line.
Setelah dua minggu aku pratikal, aku sudah mula terbiasa berjalan kaki dengan heels ku, kurung moden dan beg tangan. Zaman aku praktikal nie, jarang berlaku kes ragut tetapi aku sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang aku berjalan kaki pergi dan balik praktikal. Alhamdulillah, aku terpelihara dari kes ragut atau perkara-perkara yang tidak diingini. Sedar tak sedar, sudah 5 bulan aku praktikal di kilang ini. Aku berehat-rehat di dalam bilikku setelah sampai ke rumah sewaku pada suatu petang. Pintu bilik aku tutup sebab mahukan privasi. Aku berbaring dan tidak sedar aku tertidur di dalam gelap. Aku tak on pun suis lampu. Yela, masa aku sampai rumah, hari masih siang.
Bila aku terjaga, aku terperasan cahaya lampu dari luar bilikku melalui bawah pintuku. Aku seakan malas hendak bangun lalu aku tertidur lagi. Tiba-tiba, aku terasa diriku ditindih setelah beberapa minit mungkin, aku terlelap itu. Aku cuba bangun tetapi tidak berjaya. Di dalam keadaan lemah itu, aku seakan lupa membaca segala ayat-ayat Al-Quran atau apa-apa doa. Akhirnya aku pasrah sehinggalah “benda” yang menindih itu hilang dengan sendirinya. Aku cepat-cepat on suis lampu bilikku dan buka pintu bilik aku. Aku mencuci mukaku dan menjengah kawan-kawanku tetapi hampa. Mereka semua tiada di rumah. Bila aku call handphone masing-masing, kebetulan tidak berangkat. Huhu, berseoranganlah aku di rumah malam nie.
Kebetulan pula hari itu merupakan hari jumaat. Esok sabtu. Tentulah masing-masing keluar dengan teman lelaki masing-masing. Hampeh betul. Aku jugakla sorang-sorang. Apa aku hendak buat nie??? M**i kutu aku dibuatnya. Aku menggumam seorang diri. Tiba-tiba aku rasa takut sebab berseorangan di rumah. Di dalam kebosanan melanda, aku keluar rumah. Mengambil angin malam sekitar luar rumah. Hendak keluar memang tiada kawan-kawan lain yang tinggal berdekatan. Aku pun mula mendail nombor telefon penyeliaku.
Penyeliaku ini lelaki. Aku sekadar mahu bercakap telefon sahaja bagi mengurangkan rasa takutku berseorangan di rumah. Jiran-jiran di sekitar rumah sewaku ini tidak ramah dan tidak bercampur dengan orang sekeliling. Penyeliaku itu mengajak aku keluar tetapi aku keberatan pula kerana bimbang menjadi fitnah pula. Yela, aku perempuan, dia lelaki. Takut jugalah jadi apa-apa nanti. Yela, malam-malam kan, aku tak beranilah keluar dengan lelaki bukan muhrim. Di dalam keserabutan dan ketakutan itu, tiba-tiba telefon rumah berbunyi. Aku mengakhiri perbualan dengan penyeliaku bagi memberi laluan untukku menjawab panggilan telefon rumah. Sebaik sahaja aku mengangkat telefon, kedengaran suara lelaki yang tidak aku kenali berbunyi begini :
Lelaki Misteri : Hello. Assalamualaikum.
Aku : Waalaikumussalam.
Lelaki Misteri : Tak takut ke tinggal sorang-sorang di rumah tu?
Aku : Mana awak tahu saya sorang-sorang? Saya dengan kawan-kawan sayalah. ( Aku berbohong. )
Lelaki Misteri : Saya tahulah awak sorang-sorang. Rumah tu berhantu tau. Sebenarnya, rumah tu…
Aku terus meletakkan telefon kerana tidak mahu mendengar kata-kata lelaki tersebut. Tetapi tiba-tiba telefon berbunyi lagi.
Lelaki Misteri : Jangan letak telefon. Saya tahu awak takut. Sebenarnya rumah tu ada orang pernah m**i b***h diri kat kipas siling di ruang tamu rumah tu…
Papppp, aku meletakkan gagang telefon dengan kasar dan telefon berbunyi lagi. Aku terus tidak angkat dah telefon tersebut. Aku terus berlari hingga luar pagar rumah dan terus call penyelia aku. Aku suruh dia datang ke rumahku dengan segera dan teman aku di luar rumah sehingga kawan serumahku balik dari dating. Aku memang betul-betul ketakutan ketika itu. Dalam lebih kurang 5 minit, penyeliaku sampai. Huh, lega rasa hatiku. Akupun ceritalah tentang panggilan telefon tersebut dan tidak lama kemudian, kawanku balik. Akupun berterima kasih kepada penyeliaku dan menceritakan semua apa yang terjadi sebentar tadi kepada kawanku itu dan dia pun terkejut.
Kami tidak pasti siapa yang call sebab menurut kawanku itu, hanya teman lelakinya sahaja yang tahu nombor telefon tersebut. Dan mereka keluar dating tadi. Lagipun aku memang tak kongsi pun telefon rumah dengan kawanku sebab aku tidak mahu ada komitmen bayar bil telefon rumah memandangkan aku ada handphone sendiri. Kakak yang sama-sama menyewa rumah sewa ini pun telah berpindah ke rumah lain sebulan lepas iaitu bulan keempat aku tinggal di sini. Dia pun dah tak kongsi telefon rumah dan baik orangnya. Mustahillah dia suruh sesiapa buat panggilan tersebut. Aku ada juga bertanya pada seorang penduduk asal taman perumahan ini, dia pun kurang jelas mengenai sejarah rumah tersebut. Cuma katanya rumah yang kami sewa nie agak lamalah juga tidak diduduki sebelum kawan-kawanku menyewa di sini.
Tetapi kita boleh agaklah, bila rumah terbiar dan lama tidak dihuni, maka adalah makhluk Allah yang lain menghuni kan. Sehingga kini aku tertanya-tanya status rumah itu. Adakah benar seperti yang didakwa lelaki misteri yang membuat panggilan telefon itu? Ada orang m**i b***h diri dengan menggantung diri di kipas tersebut? Patutlah kipas itu bergerak terlalu perlahan…Ada logiknya di situ. Kipas itu mempunyai sejarah berdarah. Hatiku tiba-tiba seram bila kembali mengimbau kisah itu.
Sekian, secebis kisah semasa praktikalku. Terima kasih kerana sudi membacanya.
-TAMAT-
128. JENTIK PYSCHO
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : JENTIK PYSCHO
KARYA : QAYLA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940128
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Assalammualaikum dan salam sejahtera para pembaca HZONE BLOG. Kredit to HZONE BLOG sebab siarkan cerita aku. Sebagai pembuka bicara, nama aku Qayla. Aku baru sahaja bergraduasi pada bulan November. Korang agak aku Uni mana. Hehehe. Abaikan, tak penting. Bagi aku, aku dah jumpa dengan beberapa orang budak pyscho yang berbeza level masing2. Memang takdir aku kot berhadapan dengan orang camni. Oklah, aku cerita sikit-sikit dulu.
Kisah ni aku nak kongsi ketika aku di tahun tiga ataupun semester 5. Tahun ketiga aku belajar ni, rezeki untuk dapat kolej kediaman tak begitu ada la pulak. Jadi dengan rasa girang berbaur sedih dalam masa yang sama aku decide nak tinggal luar disebabkan peraturan kolej kediaman ni agak ketat. Kena turun gotong-royong, aktif itu ini dan macam-macam lagi la yg buat aku tak tahan. Aku memang susah bangun pagi sebab selalu tidur lewat untuk selesaikan segala tugasan yang ‘tertunggak’. Lagi pun dah tahun tiga, jadi kena siapkan tugasan tahun akhir (FYP). Oleh sebab tu aku selalu dimarahi felo sebab boleh pula duduk di bawah pokok, alih-alih dah nyenyak tidur ketika gotong-royong dijalankan. Hmmm.
Kebetulannya, kawan aku lagi 3 orang yang aku gelarkan Sherry, Yam dan Tira pun bernasib yang sama macam aku tak dapat kolej kediaman. Boleh je dapatkan kolej dalam dengan buat rayuan tapi kitorang dah sepakat nak daftar keluar. Kitaorang semua berlainan kos tapi rapat dari sem satu sebab dah tinggal sebilik dalam kolej kediaman kecuali Sherry (dia serumah tapi berlainan bilik). Jadi kami pun sepakat untuk menyewa rumah memandangkan semua setuju untuk tinggal diluar agar lebih fokus study dan tugasan akhir. Cari punya cari, akhirnya kami pun dapatlah rumah yang sesuai untuk 4 orang, harga berpatutan dan jarak pun tak jauh pun dari Uni iaitu hanya 10 minit kalau tak jem.
Rumah tu mempunyai dua tingkat. Tingkat atas bilik tidur (dua bilik) dan sebuah bilik air kongsi. Tingkat bawah pula macam biasalah dapur, ruang tamu dan ada sebuah bilik tidur tapi kami jadikan ruangan ‘santai’ memandangkan Tira kos seni muzik jadi keyboard, gitar, violin dan segala alat muzik yang dia ada dia sumbat dalam tu agar tak mengganggu kitorang kalau dia practice nanti. Aku pula suka menjahit, jadi aku bawa sekali mesin jahit aku (mesin jahit portable je). Dua orang lagi tu Yam dan Sherry tak tunjuk sangat minat diorang yang aku tau Sherry ni suka kumpul serangga. Dia ada banyak botol-botol tuk dia bubuh serangga dalam tu.
Sebulan setengah dalam rumah sewa, semuanya berjalan lancar dan tiada apa-apa yang berlaku. Hinggalah pada satu hari ni, Sherry pulang dari kelas petang dalam jam 6.20 (kelas jam 4pm-6pm) kitorang bertiga masa tu takde kelas jadi lepak di rumah. Sherry bawa motor ke kelas, begitu juga dengan Yam dan Tira pula ada kereta. Memandangkan aku takde kenderaan jadi aku selalu tumpang kereta Tira ataupun pinjam motor diorang kalau nak ke kelas sebab kadang2 ada kelas dalam waktu yang sama dan sebaliknya.
Masa Sherry melangkah masuk ke rumah, mulut dia tak henti-henti membebel. Kami yang duduk bertiga di ruang tamu sambil menonton tv masa tu terkejutlah sebab dahla masuk tak bagi salam lepastu membebel pula sambil mundar-mandir bagai hilang akal. Kami yang pelik tengok keadaan Sherry masih terdiam dan terkaku. Yam pun mula membuka mulut. “wei Sherry ko dah kenapa hah? Aku fikir perompak tadi main sergah gitu je. Ko tengah senaman ke ape kesana-kesini.” Tiba-tiba Sherry berhenti dan dia tunjuk kitorang satu persatu. Nak tahu apa sherry cakap? “aku jerry! Tak faham ke!” dengan suara garau. Serta merta aku terlopong dan menggaru kepala yang memang tak gatal.
Yelah Sherry yang bersifat lemah lembut, ketawa pun volume 1 mana tak nya semua orang dalam rumah tu terkejut. Tiba-tiba mengaku Jerry lak. Tira dah gelak besar. “HAHAHA! Ko da kena sampuk tom & jerry ke. Hape benda ko merepek ni”. Yam cepat-cepat menyiku Tira. Akibat mulut celupar Tira, Sherry pun cekiklah si Tira tu. Nasib kitorang ada masa tu. Hah aku dah agak dah. Orang macam ni jangan dijawab tak pasal-pasal kan dah kena. Lepas tu Sherry pun naik ke bilik sambil membebel memukul kepala. Oh ya aku dan Tira duk sebilik, Yam dan Sherry pula sebilik. Tapi kisah Sherry tu nampaknya hanyalah permulaan.
Beberapa hari kemudian, kejadian pelik semakin menjadi-jadi hinggakan Yam dah tak tahan duk sebilik dengan Sherry dan meminta izin untuk pindah ke bilik kami. Yam pun buka cerita masa dia tengah berjaga malam untuk siapkan tugasan, Sherry yang dah tidur nyenyak (sambil berdengkur pulak tu) tiba-tiba bangun dan duduk secara tegak dengan mata terbuntang. Lepas tu dia gelak dan cakap dengan Yam “mesti ko terkejutkan.” Pastu dia sambung tidur balik. Katil diorang memang berdepan, jadi memang jelaslah pandangan antara satu sama lain.
Ingatkan tu je. Tak lama lepas tu Yam dah stop buat kerja dan baring menghadap facebook. Tiba2 tanpa bunyi apa-apa Sherry bukak mata dan dengan suara halus “ko buat ape tu Yam. hehehe”. Yam dah naik angin dan dia marahlah Sherry. Yam memang ganas sikit. “ko ni, janganlah bagi aku terkejut. Nasib baik aku takde penyakit jantung kalau tak dah arwah aku tau tak!” pastu pandai plak Sherry ni merajuk dan berpaling dari Yam. “Aku tanya je… kenapa nak marah aku. Jerry jom tido”. Sambil menangis2. Yam dah cuak masa tu tapi dia tahan dah lah lampu dah off, yang ada cuma lampu daripada laptop dan telefon je lah.
Tu baru sikit. Selepas Yam tidur di bilik kitorang, Sherry merajuk dengan Yam sebab katanya Yam dah tak nak kawan dengan dia. Dia tak nak langsung bercakap dengan Yam. Habis pasal tu, benda lain pulak jadi. Awal pagi lagi Sherry dah bangun dan memasak (masa ni hari sabtu jadi semua ada di rumah). Kitorang pun pelik la kan, nak masak apa sebab kitorang belum beli barang dapur lagi sebab barang semua dah habis maklumlah dah hujung bulan.
Pagi tu, kitorang turun bawah dan Sherry beria-ia ajak kitorang makan. Kitorang pun tanya la apa dia masak and dia jawab ada milo dan tom yam. Wah! Pekena tom yam masa lapar ni memang cun la aku kata. Sekali cek dalam periuk terlompat aku wei. Kumbang dan semut berserta serai yang banyak dalam tu. Bawang besar pun dia campak dalam tu tanpa buang kulit. Memang tak hairanlah mana dia dapat “bahan masakan” dia ni. Kebetulan serai ada membiak di tanam di belakang rumah oleh penyewa sebelum ini kata pemilik rumah sewa kitorang. Air milo yg Sherry maksudkan tu tak yah cakaplah, serbuk pasir ada dalam jug. Patutlah bau hanyir.
Sherry dengan selamba kunyah serai yang dia masak dan suruh kitorang makan. Gigih pulak dia kunyah serai ye dak. Meremang bulu roma dah tak tau nak kata apa. Tira dan Yam pun dah tercegat macam tiang di situ. Dari rasa lapar terus jadi kenyang bila tengok Sherry begitu. Kami pun cepat-cepat amik keputusan sarapan di luar dan sekaligus beli barang dapur. Kitorang ajak Sherry juga takut dia kecik hati tapi dia tolak dengan jawapan dah kenyang. Gulp! Kenyang serai ke. Hmm. Ok jugak dia tak join sekali kang ada pulak benda pelik dia buat lagi.
Lepas selesai beli barang, kitorang pun pulang la rumah dalam 2 jam jugak di luar tadi. Masa nak masuk perkarangan rumah tiba-tiba Tira brek mengejut dan kami semua dalam kereta tu tersasar dari kerusi masing-masing. Boleh pulak si Sherry duk di tengah tempat parking (atas tanah) sambil menggali lubang. Ada lima lubang kecik dia gali dengan menggunakan senduk nasi. Tira dah bengang masa tu nasib baik tak terlanggar tadi. Kitorang pun turun dari kereta dan pergi dekat dengan Sherry. Sherry kata dia nak tanam kawan-kawan dia yang kemalangan tadi. Rupa-rupanya itulah kumbang yang dia masak tadi tu. Huh! Semakin lama kitorang dah semakin seram dengan si Sherry ni.
Malam tu weh, aku tak leh lupa kejadian tu. Tengah kitorang siap-siap nak tido, aku pergilah tandas nak gosok gigi tapi aku nampak pintu bilik Sherry ternganga luas. So aku jenguklah saja nak tengok tapi aku tengok dia takde. Kosong. Pastu aku panggillah Tira dan Yam. Kitorang dah cemas dah, mana pulak si Sherry ni. Tadi elok je ada. Yam cakap mungkin dia balik rumah kot. Tapi kenapa beg semua dompet ada dalam bilik. Hmm aku pun dail no telefon Sherry tapi tak terjawab. Kitorang dah resah gelisah mana pulak budak ni pegi.
Tak lama lepas tu satu sms masuk. “Aku balik rumah. Mak panggil masak kenduri kahwin saudara aku. Esok aku balik.” Tak lama lepas tu sms kedua muncul. “Tolong kemas katil aku eh, nanti mak aku nak datang.” Nasib baik tak terpelanting telefon aku. Aku bagilah Yam dan Tira baca and dorang pun dah cuak sangat. Sebabnya setahu kitorang, mak dia dah takde kot. Mak mana pulak dia maksudkan ni. Kitorang tengok katil dia pun elok je kemas, rapi (dia memang suka benda tersusun). Kitorang pun abaikan je la malam tu sebab dah ngantuk sangat.
Esoknya, kitorang malas nak basuh baju sebab dah start busy kena selesaikan banyak tugasan. Jadi ada banyak kain baju tak bercuci. Lagi pun memandangkan hari ahad dan kelas belum mula, kitorang berpakat nak ke dobi. Langsir, selimut, cadar pun kitorang bawak sekali sekaligus dah alang-alang ke dobi kan. So kitorang bawa dua bakul raga kecik untuk pakaian dan dua lagi bakul plastik hitam besar (bakul sampah tu) untuk selimut dan kain langsir. Masing2 bawa la kain tu sume turun bawah nak simpan dalam bonet kereta Tira. Aku yang first sekali buka bonet kereta tu menjerit sekuat hati wei. Tekejut beruk aku kali ni. Si Sherry tu tengah sedap tidur dalam bonet tu! Hei takkan semalaman dia tidur sini.
Tira dan Yam pun berlari la ke tempat aku and dorang pun terkedu dah tak tau nak kata apa. Lagi satu, macam mana dia masuk kat dalam sini pun aku tak tau. Si Sherry ni pun bukannya besar sangat n tak la pulak kecik sangat tu yang elok dia melingkar dalam bonet tu. Tanpa rasa bersalah si Sherry ni buka mata pastu dia cakap dengan aku “mak aku ajak tidur dengan dia kat sini. Sebab Yam tak teman aku lagi dah.” Hmm dahhhh nasiblah siang Sherry oi dan nasib baik kitorang tak nampak kelibat sape2 pun kat dalam tu. Kalau tak satu masalah lagi jadinya. Yam pun dah bergetar2 kat belakang aku.
Dah panjang sangat aku taip ni, ada masa nanti aku cerita lagi kalau korang minat. Panjang sangat kisah Sherry ni sebab aku tak tahu nak singkatkan. Hehe. Nanti akan datang aku ceritalah kes budak pyscho yg lain yg sampai sekarang aku masih seram dan tak leh lupa.
-TAMAT-
129. DIJAMPI
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : DIJAMPI
KARYA : AKAK COMEL
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940129
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Assalammualaikum semua pembaca HZONE BLOG. Terima kasih Admin jika sudi menyiarkan kisah aku ni. Aku ada kisah yang nak diceritakan sebab dari kecik memang selalu dengar dan terjadi pada diri sendiri benda-benda seram ni. Tapi kali ni aku nak cerita pasal pengalaman aku semasa kerja sebagai babysitter untuk anak pakcik aku.
Kira-kira 5-6 tahun yang lepas pakcik aku ni baru dapat degree dia. So sekarang kerja sebagai pengarah di sebuah universiti swasta. Nak dijadikan cerita, time dia balik Malaysia tu dia ada bawa seorang kawan dari Sarawak berbangsa Kayan tapi beragama Islam yang sama belajar dengan dia dulu, kami panggil dia auntie Dea (kini arwah ). Pakcik aku kenalkan dia dengan nenek, datuk saudara-mara semua. Nenek & datuk berkenan sebab arwah auntie Dea seorang yang sopan je & lemah lembut je bila bercakap.
Beberapa bulan lepas tu pakcik & arwah auntie Dea pun nikah. Dalam kalangan saudara-mara kami yang menyenangi kehadiran arwah auntie Dea dalam keluarga, ada seorang sepupu nenek yang tak suka sebab dia cakap kenapa nikah dengan orang jauh sedangkan anak dia banyak yang perempuan. Tapi nenek cakap dah jodoh. Time majlis pun muka sepupu nenek tu monyok je. Kami panggil dia Mbah.
2 bulan lepas nikah, arwah auntie Dea ni disahkan mengandung 3 minggu. Kami sekeluarga memang happy sebab dah lama takde budak kecil dalam family. Nenek decide nak buat majlis kesyukuran kecil-kecilan. Dah nama pun kecil, so mestilah kami invite yang family terdekat je macam adik-beradik atuk & nenek. Tapi Mbah tak puas hati sebab kami tak invite dia huhu so kami minta maaf tapi dia masih juga marahkan kami.
Beberapa bulan lepas tu, pakcik dengan arwah auntie balik Sarawak sebab ayah arwah auntie sakit. Lepas ayah arwah auntie dah okay dorang balik kampung arwah auntie Dea beberapa hari. Time tu pakcik dapat mimpi ada ular tedung bawah katil arwah auntie Dea, ada nenek jenguk arwah auntie Dea dari tingkap masa arwah tengah tidur. Bila pakcik cerita dengan keluarga mertua dia, dorang suruh bawa balik Semenanjung cepat-cepat takut ada yang ‘berminat’ dengan arwah auntie Dea di kampung. Tapi rupanya ada lagi yang sangat ‘berminat’ dengan arwah di sana.
Lepas balik dari Sarawak, pakcik start kerja macam biasa. Disebabkan kandungan arwah auntie Dea ni makin besar so arwah decide nak bercuti sampai bersalin. Malam tu, pakcik balik lambat. Arwah auntie tertidur di ruang tamu dengan adik aku yang paling kecik. Time tu arwah ada mimpi, ada Mbah datang. Dia suruh arwah auntie kangkang macam orang nak beranak tu and suruh arwah teran.
Bila arwah auntie Dea terbangun, pintu rumah ternganga luas. Few days after that pergi buat check up, perut arwah kosong. Takde baby lagi dah. Yang tinggal cuma tempat baby je, aku pun tak tau nama benda tu. Tapi dua tahun lepas tu pakcik dapat rezeki lagi. Walaupun kali ni dugaan lebih dashyat, tapi kali ni baby tu selamat dilahirkan.
Tapi, 2 minggu lepas bersalin, arwah auntie Dea meninggal dunia. Before dia meninggal, dia selalu meracau. Takut dengan tempat gelap, takut dengan anak dia sendiri. Tapi dia nak sangat pegang baby tu sampai dia menangis sebab dapat tengok aje. Malam lepas majlis pengebumian arwah, mak mertua pakcik cakap ada orang datang jenguk. Kami tak tahu siapa tapi memang lepas bacaan Yassin tu angin kuat & macam dengar orang menjerit dekat luar rumah. Oh yaa, time ni kat kampung. Nasib baik tandas dalam rumah time tu huhuhu.
Nak dijadikan cerita, time tu aku baru habis study. So anak pakcik aku pun makin besar, nenek aku pun makin tak kuat so aku jadi sukarelawan jaga sepupu aku yang kecik tu. Time tu kalau tak silap umur dia dalam 3 tahun lebih macam tu. Nama dia Fikri. Rumah pakcik aku ni area KL. Nenek aku balik kampung la sebab dah ada aku yang jaga Fikri. Fikri ni memang selalu tidur dengan abah dia, aku bilik sebelah. Tapi malam tu Fikri tidur dengan aku sebab nak dapatkan ‘feel’ gitu ada babysitter baru hahaha.
Around pukul 9, ready nak masuk tidur. Fikri dah lama tertidur. Lepas tutup lampu tu, ada bunyi cakar dekat pintu. Bunyi cakar tu, Ya Allah, macam orang cakar dinding dengan penyapu besi rumput tu je. So aku jeritlah panggil PAKCIK!! Sebab mana la tahu kalau bernasib baik tu mungkin pakcik aku nak tangkap lipas ke apa tapi sebaliknya aku dengar bunyi hmmmm…terus bergetar kepala lutut. Malam tu aku tidur tak tutup lampu sebab takut.
Kejadian tu aku ceritakan dengan pakcik aku, dia diam je. Lepas aku beritahu dengan nenek, dia cakap dia dah biasa dah. Beberapa hari lepas tu, aku dekat dapur. Pintu berkunci and cuma ada aku dengan Fikri je kat rumah. Time tengah cuci nasi tu aku ada tengok kelibat melalui cermin kabinet. Bila aku toleh takde orang tapi baru aku sedar yang si Fikri ni senyap je dari tadi. Aku pun berlari la pergi ruang tamu kot-kot ada penculik ke apa tapi bila tengok, pintu masih berkunci. Fikri pulak pandang aku je,dia tunjuk dekat tingkap macam nak beritahu ada orang kat sana tapi bila aku tengok takde sesiapa pun!
Okay tu je aku nak cerita. Sebenarnya banyak lagi gangguan macam dengar bunyi orang menangis, orang ratah tulang & nenek bongkok tiga berdiri tepi pagar. Kawan datuk cakap ada orang nak hantar guna-guna dengan Fikri tapi tak sampai jadi dia hantar kacau orang rumah. Lepas pakcik ‘bersihkan’ rumah dia, tak lama lepas tu Mbah sakit teruk. Kurus sangat bila kami datang melawat, dia halau pakcik sebab dia cakap pakcik punca dia jadi macam tu. Korang rasa??
Sekian, sorry tak seram just nak share pengalaman.
-TAMAT-
130. INI TEMPAT KAMI!
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : INI TEMPAT KAMI!
KARYA : CAHAYA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940130
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Assalaamualaikum WBT dan salam sejahtera kepada admin dan para pembaca HZONE BLOG. Berikut aku kongsikan #KisahSiRabun siri ketiga. Terima kasih sekali lagi kepada admin kerana sudi menyiarkan perkongsian ini. Terima kasih juga kepada pembaca atas ulasan yang memberi semangat untuk aku menulis lagi. Ada lima cerita dalam siri kali ini. Buat pengetahuan, penulisan Kisah Si Rabun ini merupakan kali pertama aku menulis kembali selepas SPM 1990-an. Maka, mungkin penulisanku agak skema, masih terpengaruh dengan format SPM.
Mengenai ibuku pula, iya, memang beliau terlampau banyak berkorban untuk kami. Begitu juga dengan bapaku. Yang kuceritakan sedikit itu yang aku nampak. Yang aku tidak tahu sememangnya banyak lagi. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati ibubapaku. Aamiin.
Kali ini, aku akan berkongsikan pengalaman ketika aku belajar di sebuah universiti di utara Semenanjung Malaysia. Ketika itu, universiti ini agak baru dibuka dan fasiliti pun tidak begitu lengkap. Aku merupakan antara kelompok awal yang diterima masuk dan mengambil pengajian Kejuruteraan. Universiti ini mempunyai banyak tasik dan terletak berdekatan dengan sebuah hutan simpan. Kediaman kami sebuah bangunan pasang siap berdekatan dengan tasik.
Bangunan tersebut cuma dua tingkat — tingkat bawah dan tingkat satu. Tangganya terletak di tengah-tengah bangunan, membahagikan bangunan tersebut kepada dua sayap (wing). Tandas beserta tempat mandi terletak di kedua-dua hujung bangunan. Bilik terletak berdepan antara satu sama lain dan dilengkapkan dengan dua katil tingkat (double decker), almari dan meja belajar. Kami empat orang junior diletakkan sebilik di tingkat satu, sayap belakang. Bilik kami di kelilingi para senior.
Dalam perjalanan untuk mendaftar, aku berdoa dalam kereta semoga ditempatkan bersama orang-orang yang baik untukku. Alhamdulillah, doaku dimakbulkan. Teman sebilikku semuanya budak-budak baik. Akan tetapi, semuanya tidak mengambil jurusan Kejuruteraan, termasuklah mereka yang suka melepak di bilikku. Maka, aku jarang berjumpa dengan mereka, kecuali waktu malam dan hujung minggu.
Lantaran kawasan universiti kami ini terletak di tempat yang agak kurang membangun ketika itu, memang banyak kudengar kes orang kena kacau oleh kak Lang di tandas, terutamanya pelajar lelaki. Bagaimanapun, jarang kedengaran gangguan terhadap pelajar perempuan ketika itu.
Nota sendu
Salah satu tuntutan jam kredit untuk para pelajar jurusan Kejuruteraan adalah bengkel besi (metal workshop), kalau tidak silap ketika semester dua, tahun pertama. Jadi, ramai antara kami yang membuat keputusan untuk mengambil semester khas yang ditawarkan ketika itu, semata-mata untuk metal workshop, supaya tidak menggangu subjek lain. Semester khas ini diadakan pada waktu cuti semester. Bengkel ini pula dijalankan di sebuah sekolah teknik yang berdekatan kerana ketika itu fasiliti ini belum ada dalam kawasan universiti. Jadi, kami akan menaiki bas yang disediakan ke bengkel sekolah tersebut. Pergi pagi-pagi, balik hampir Maghrib.
Oleh kerana aku seorang sahaja yang mengambil kelas tersebut dalam kalangan teman sebilik, aku tinggal seorang apabila mereka beransur balik ke kampung. Sebenarnya, aku berseorangan di sayap bangunan itu pun, kerana tiada senior yang mengambil semester khas tersebut. Tetapi, aku pun tidak berfikir lebih-lebih. Sebab selalunya lepas balik, mandi dan solat Maghrb serta Isya’, aku akan tertidur kepenatan.
Pada hari Ahad pertama, Rita kembali daripada kampungnya dan singgah di bilikku. Rita bukan teman sebilikku tetapi memang suka beramai-ramai di bilik kami. Kata Rita, dia bergaduh dengan neneknya dan malas mahu duduk rumah. Dia memang sangat manja dengan neneknya yang telah membelanya sedari kecil. Rita mahu duduk bersama-sama denganku ketika cuti semester tersebut.
Kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan. Ada juga teman aku di hari-hari sepi begini. Tetapi, aku memberitahu Rita yang kami hanya akan berjumpa waktu malam dan hujung minggu sahaja. Rita bersetuju dan mengambil katil bawah, berhadapan dengan katilku yang terletak di bawah juga.
Aku terbangun pada satu pagi Ahad, melihat Rita sedang duduk bersila di atas katil sambil memandangku dengan pelik.
“Haih, hang tak solat Subuh ka? Lambat sungguh bangun,” tanya Rita dengan dahi berkerut.
“Aku tak boleh solat le. Cuti,” terangku. Semakin dalam kerutan di dahinya.
“Habeh tu, awat hang bangun solat tengah-tengah pagi tadi? Dah la tak kejut aku pergi toilet sekali. Lepah tu sengih-sengih pulak bertelekung ngadap aku,” Rita meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya.
“Beb, manalah aku ada bangun pagi tadi. Kenapa pulak aku nak solat ngadap engkau. Kiblat kan arah sini,” aku menunjuk ke arah tepi katilku. “Solat mengadap engkau buat ape, membelakangkan kiblat,” sambungku lagi.
Pucat muka Rita,”Habeh, sapa senyum kat aku pagi tadi weh. Aku siap balaih balik.”
“Takde ape la. Kau mimpi kut,” pujukku. Rita cuma mengangguk perlahan. Daripada riak mukanya, aku tahu dia tidak termakan pujukanku.
Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Sekembalinya aku daripada bengkel pada petang hari Isnin keesokan harinya, aku terjumpa nota yang Rita letakkan atas katilku. Nota tersebut berbunyi;
Cahaya, aku balik dulu. Aku takutla. Sorry ya.
Sendu betul.
Meleseh
Lebih kurang tahun ketiga, kami dipindahkan ke bangunan hostel baru. Kelompok bangunan baru ini dahulunya hutan, jauh ke dalam daripada kawasan penempatan kami yang sebelumnya. Seperti biasa, kalau kawasan hutan yang baru dibuka, banyaklah cerita pemindahan makhluk-makhluk halus. Akan tetapi, tidak dapat disahkan kebenarannya.
Kali ini, kami ditempatkan di sebuah bangunan lima tingkat. Satu tingkat ada empat buah rumah. Sebuah rumah ada enam bilik untuk dua belas orang pelajar. Seperti biasa, aku bagaikan seorang yang ‘forever alone’. Tiada seorang pun teman sekelasku dalam bangunan itu kecuali sebuah rumah di tingkat lima. Aku duduk di tingkat tiga bersama dengan pelajar bukan Kejuruteraan. Tiada masalah bagiku, asalkan kami semua gembira.
Cuti semester pun tiba. Seperti yang lain, aku mengemas baju dan beg dengan rasa penuh gembira. Tiba-tiba Rita yang menginap di bilik sebelah, datang ke bilikku. Katanya dia hendak menumpang tidur dikatilku ketika aku cuti. Dia tidak mahu balik ke kampung kerana bergaduh lagi dengan neneknya. Aku pelik, kenapa tidak dia tidur di biliknya yang terletak di penjuru. Kan lebih besar dan selesa? Tetapi, aku malas mahu bertanya lebih-lebih. Orang tengah sensitif, takut panjang rajuknya. Jadi, aku benarkan sahaja.
Sekembali daripada cuti, Rita menggamitku ke arahnya, dengan muka penuh konspirasi.
“Awat?” tanyaku.
“Weh, aku tidoq katil hang hari tu, tengah sedap-sedap tidoq tu aku rasa ada orang duduk then baring ataih katil. Aku pun kesotla tepi sikit. Tapi, orang tu kesot-kesot ke aku sampai aku tersepit ke dinding. Rasa macam nak marah la weh. Aku ingatkan hang. Awat mendengki sangat kat aku. Aku bangun cepat-cepat, ingat nak sound la. Sekali tengok kosong. Katil Nina pun kosong. Baru aku ingat korang semua dah balik. Pintu bilik, pintu rumah semua aku kunci. Lepaih tu siapa tadi. Rasa nak teghiaq semua ada,” bersungguh-sungguh Rita mengadu.
Kata Rita, selepas kejadian itu dia terus tidak tidur hingga ke pagi. Terbit sahaja mentari terus dia berkemas balik ke kampung. Kata teman sebilikku, Nina, mungkin itu balasan kerana asyik bergaduh dengan neneknya. Pada aku pula, tidak kisahlah apa-apa pun, itu katil aku, bilik aku. Aku pulak yang jadi seriau. Siapa pula sibuk meleseh dengan Rita. Hish.
Kertas terakhir
Kali ini berlaku ketika cuti semester juga. Waktu itu, pelajar yang bukan Kejuruteraan telah habis menjawab semua kertas peperiksaan. Tinggallah kami pelajar jurusan Kejuruteraan yang mempunyai satu lagi kertas yang perlu dijawab lebih kurang lima hari selepas itu. Maka, tinggallah diriku seorang diri sekali lagi. Aku masih di bilik yang sama. Kali ini, tiada lagi kedengaran hasrat Rita mahu menghabiskan cuti semester di univerisiti. Mungkin dia sudah serik.
Aku membuat keputusan untuk menabahkan diri dan duduk sahaja dalam rumah kami walaupun seorang diri. Malas mahu berpindah-randah. Buku-bukuku berat. Lagipun, aku perlukan computer untuk membuat simulasi. Zaman itu cuma ada monitor ‘CRT tube’ yang besar dan gemuk. Tiada skrin rata atau komputer riba seperti sekarang. Dua malam kulalui dengan tenang, tanpa sebarang gangguan. Lagipun aku memang selalu ‘stay up’ sehingga ke Subuh.
Pada malam ketiga, aku mengambil keputusan untuk melayan mata yang mengantuk dan tidur lebih awal, lebih kurang 10 malam. ‘Kringggggg!’ Aku dikejutkan dengan bunyi jam loceng Nina. Aku tersentak bangun, dalam keadaan mamai bergerak ke katil sebelah untuk menutup jam tersebut. Baru sahaja aku mencapai bantal tidur yang menutupi jam tersebut, bunyinya berhenti. Jadi, aku pun tidur kembali. “Kringggg!’ Jam berbunyi sekali lagi. Hai, sakit jantungku kerana terkejut bergitu. Sekali lagi jam berhenti berbunyi sebaik sahaja aku mahu mencapainya.
Aku merasa semakin pelik. Nina mempunyai sebuah jam loceng digital yang boleh disetkan untuk berbunyi pada waktu yang sama setiap hari. Akan tetapi, hanya satu masa sahaja yang boleh disetkan, bukan beberapa waktu seperti yang boleh dilakukan pada telefon bimbit pada hari ini. Lagipun, kalau mahu ‘snooze’ jam tersebut, aku perlu menekan butangnya. Jika tidak, jam tersebut akan berbunyi sangat lama. Lebih pelik lagi, kenapa baru malam ini jam berbunyi. Siapa yang boleh buat dajal, aku sudah mengunci semua pintu yang patut. Aku belek-belek jam Nina. Pukul 3 pagi. ‘Mungkin rosak,’ getusku dalam hati. Aku letakkannya kembali di tempat asal — bawah bantal tidur Nina.
Aku hampir terlena bila tiba-tiba…. ‘Kringgggg!’. Terlompat aku daripada katil. Pening kepala. Kali ini aku biarkan sahaja buat beberapa lama. Aku mahu melihat sekiranya jam itu memang berbunyi sekejap-sekejap. Kalau iya, maksudnya memang betul rosak. Malangnya, kali ini jam tersebut tidak berhenti berbunyi sehingga aku menutupnya sendiri. “Aku datang sini nak belajar. Tolong jangan kacau aku,” aku bermonolog di dalam bilik. Mana tahu ada yang mendengar, semoga memahami. Mahu lari keluar, kakiku sudah terasa macam jeli. Lagipun aku mahu lari mana. Rumah terdekat di tingkat lima, macam-macam aku boleh terjumpa dalam perjalanan ke sana. Tak pasal-pasal.
Sudahnya, aku terus bangun dan sambung belajar. Apabila hari siang tiba, aku menghantar SMS kepada Nina, bertanyakan tentang jam locengnya itu. Menurut Nina, tidak pernah lagi jam locengnya jadi sepelik itu. Dia pun tidak pernah kunci jam untuk bangun pukul 3 pagi, apatah lagi bila dia sendiri tidak ada. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, selepas itu aku tidak lagi diganggu dan selamat menjawab soalan kertas terakhir semester tersebut.
Lain kali tutup tingkap
Pada semester dua dalam tahun ketiga, pelajar bukan Kejuruteraan pergi latihan industri. Maka, kali ini aku duduk serumah dengan pelajar Kejuruteraan yang lain, termasuk seorang teman serumah asalku, Dira. Dira dahulunya teman sebilik Rita dan menginap di bilik penjuru yang padaku lebih lapang. Jadi, apabila Dira mempelawaku supaya tinggal bersama, aku terus setuju. Bilik asalku diduduki oleh Rini dan Wawa, yang jugak rakan sekelasku. Kiranya, rumah yang kududuki masih sama, cuma teman serumah dan di bilik yang berlainan.
Benar kata orang, kita tidak mengenal seseorang sebenar-benarnya sehingga kita tinggal bersama orang tersebut dalam satu rumah. Disebalik penampilan normal Rini dan teman baiknya Wawa, rupa-rupanya mereka banyak berahsia.
Satu hari, ketika dalam bilik air, aku dan Dira terserempak dengan Rini dan Wawa di sudut, sedang bertengkar. Lebih tepat lagi, Rini sedang membebel dan Wawa menggaru-garu kepalanya sambil berkata, “Sorry. Sorry.”
“Kenapa ni?” tanya Dira, cuba menenangkan keadaan.
Rini dan Wawa berpandangan sesama sendiri sebelum Wawa berkata,”Takpa, kita masuk bilik dulu. Cerita sana.”
Kami berempat duduk di bilikku. Wawa menghela nafas dan memulakan cerita, sambil melirik matanya kepada Rini, “Rini ni…dia nampak.” Rini nampak serba-salah.
“Semalam aku nak tidur awal. Wawa nak ‘stay-up’. Dia ni kalau ‘stay-up’ mesti buka tingkap luas-luas. Jadi, aku ingatkan dia tutup tingkap sebelum tidur. Tapi, aku terbangun tengah-tengah malam tu, aku tengok dia dah berdengkur kat katil, tingkap ternganga. Kau tau ape aku nampak? Ada perempuan rambut panjang, muka hodoh tengah merangkak masuk tingkap tu. Aku cepat-cepat buat-buat tidur. Tapi, dia perasan kut aku sebenarnya tak tidur. Dia berdiri tepi katil, perhatikan aku sampai azan Subuh. Keras tau tak aku atas katil. Wawa yang tak tutup tingkap, sedap tidur, aku yang kena. Siapa yang tak hangin,” bebel Rini.
Patutlah. Rupa-rupanya Rini seorang yang hijabnya terbuka. Kebanyakan teman serumahku semuanya mengetahui hal ini kerana mereka semua berkawan baik sejak di bangku sekolah lagi. Cuma aku dan Dira yang tahu sekarang. Sekiranya mereka balik kampung berdua pada waktu malam, hanya Wawa yang akan memandu kerana Rini akan nampak macam-macam benda sepanjang perjalanan.
“Lain kali, kalau Rini suruh buat apa-apa — dia suruh senyap ke, pergi tidur ke, korang ikut je dulu ya. Jangan tanya-tanya,” ujar Wawa. Kami berdua mengangguk.
Pada satu malam di hujung minggu, kami serumah bergosip dan bergelak ketawa sambil makan kudap-kudapan di bilikku. Biasalah bila dah ramai-ramai, memang haruk-pikuk. Rini bangun untuk pergi ke dapur minum air. Tiba-tiba, dia masuk ke bilikku dan duduk perlahan-lahan di tepi Wawa, sambil memandang kami. “Korang, pergi tidur sekarang,” bisik Rini.
Apabila melihatkan kami tidak bergerak, diulangnya lagi, “Pergilah tidur sekarang. Kunci pintu.” Mukanya makin pucat. Seorang demi seorang mengundur diri ke bilik masing-masing. Malam jadi sepi.
Esoknya, aku bertanyakan kepada Rini tentang kelakuannya malam semalam. Kata Rini, dalam perjalanan ke dapur, ketika melintasi bilik air, dia ternampak seorang wanita berambut panjang berdiri di tepi pintu bilik air. Wanita itu memakai baju yang berdarah, sedang menggengam pisau sambil memandang tajam ke arah kami yang sedang berkumpul. Itu sebabnya dia suruh kami masuk tidur, supaya kami tidak bising-bising lagi.
Tolong kejutkan aku
Aku memang seorang yang tidak suka belajar di perpustakaan. Perhatianku cepat teralih, sangat tidak sesuai belajar beramai-ramai. Aku juga suka mendengar lagu dan menyanyi ketika belajar. Oleh itu, apabila musim peperiksaan, di kala ramai memilih perpustakaan termasuk Dira, aku masih selesa dengan bilikku.
Hari itu, Dira pergi ke perpustakaan seperti biasa untuk belajar bersama rakan sekelasnya. Aku dan Dira tidak sama kelas dan tidak sama ‘batch’. Dah duduk seorang diri, terasa bosan pula. Jadi, aku mengambil keputusan untuk mengamalkan Sunnah tidur sebentar sebelum masuk waktu Zuhur.
Sedang sedap tidur, aku bagaikan terenjat dan terbangun, dalam keaadan terlentang. Kebiasaannya, aku tidur mengiring. Mengikut pengalamanku, bila bangun dalam keadaan begini, sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Dalam keadaan masih terbaring dan terpinga-pinga, aku melihat seorang lelaki tua di tepi katilku mahu melabuhkan punggungnya di atas badanku. Dia seperti menganggap aku sebahagian daripada tilam dan mahu berbaring.
‘Hah, sudah,’ fikirku. ‘Nak menindih orangla ni.’ Aku terkenangkan teman dormku ketika zaman sekolah dulu, Jaja yang hijabnya terbuka, pernah menceritakan apa yang dilihatnya sebelum ketindihan. Bezanya dia nampak lembaga hitam. Aku nampak lelaki tua.
‘Ini tak boleh jadi,’ fikirku lagi.
Menurut ilmu psikologi, manusia mempunyai ‘acute stress reponse’ atau tindak balas tekanan akut – ‘fight or flight’ atau ‘lawan atau lari’ — ketika dalam keadaan tertekan. Pada waktu itu, tubuh badanku memilih ‘lawan’. Jadi, aku menerajang orang tua tersebut. Bergolek dia ke lantai. Badanku masih dipembaringan, kaki sahaja yang bergerak. Tidak tahu daripada mana, muncul seorang lelaki yang lebih muda, memarahiku, “Kenapa kau tendang ayahku begitu, ini tempat kami. Kami sudah lama duduk di sini!”
“Ini katil akulah. Aku yang duduk sini dulu. Ini rumah perempuan. Kenapa kau ada kat sini?” aku naik angin pula.
Ketika itu, aku cuma ada rasa marah. Rasa takut tidak ada. Kami bertengkar, tapi aku sudah tidak ingat butir pertengkaran kami selanjutnya. Tidak lama kemudian, kedengaran azan Zuhur dan Dira kembali bersama makanan tengah hari yang aku pesan daripadanya. Aku duduk terpinga-pinga di atas katil. Rasa letih sekali.
“Engkau ni kenapa serabai sangat. Dah pergi ambil wudhu’, kita solat then makan”, tegur Dira. Aku ikutkan sahaja. Aku mahu bercerita pada Dira, tapi lidahku kelu ketika itu.
Malam itu, aku tidur awal kerana masih berasa sangat letih. Tiba-tiba, aku terbangun sekali lagi. Keadaanku terlentang lagi. Aku cuba menggerakkan badanku tapi kaku. Cuma leher dan kepala sahaja yang boleh bergerak. Aku nampak Dira sedang lena tidur di katil tepi dan cuba memanggilnya tetapi tidak keluar suara. Bilaku alihkan pandangan ke depan, kulihat ada seorang budak perempuan sedang duduk di atas badanku. Lebih tepat lagi, dia sedang mencelapak dadaku. Sesak nafas rasanya. Dengan bantuan cahaya samar, aku lihat budak tersebut seperti memakai gaun putih dengan rambut lurus seperti china doll. Rupanya tidak berapa jelas.
Aku cuba membaca Ayatul Kursi dan bertakbir, tetapi tiada apa yang keluar. Budak itu mencengkam jarinya di lenganku, kiri dan kanan dan melorotkan dirinya kearah kakiku. Dengan penglihatan yang terbatas, lantaran hanya leher dan kepalaku sahaja yang boleh kugerakkan, kulihat dia akhirnya hilang dihujung kaki. Setelah itu barulah aku boleh membaca Ayatul Kursi dengan jelas.
“Cahaya,” tegur Dira, dalam gelap. “Kenapa tu?”
“Takde apa, tidurlah. Esok aku cerita,” ujarku. Alang-alang Dira sudah sedar, keberanianku datang sedikit. Lalu, aku menjenguk hujung kaki katil. Tidak ada apa-apa.
Aku mengambil keputusan untuk ‘stay-up’ sahaja malam itu. Mataku sudah tidak boleh lelap lagi. Dira ikut bersamaku. Menurut Dira keesokan harinya, dia mendengar bunyi orang berkeruh-keruh beberapa kali, tetapi takut untuk menegur. Mungkin, bunyi itu datang daripadaku yang cuba membaca Ayatul Kursi. Aku menceritakan segalanya kepada Dira. Pesanku kepadanya, lain kali kalau nampak atau dengar macam bunyi pelik daripada aku, tegurlah. Kalau takut sangat, balinglah bantal. Tolong kejutkan aku.
—
Nota: Alhamdulillah, cerita yang akhir ini merupakan kali terakhir aku benar-benar diganggu ketika di universiti. Yang lain-lain tu, cuma bunyi-bunyi dan kelibat sahaja. Apapun, padaku kita perlu memahami bahawa bukan makhluk nyata sahaja yanga ada di muka bumi. Paling penting sekali, kita jangan terlampau takut dan jangan terlampau berani. Selalu ingat Allah SWT yang Maha Berkuasa di atas segalanya.
-TAMAT-
131. SEWA RUMAH PUSAKA
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : SEWA RUMAH PUSAKA
KARYA : FATIN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940131
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca HZONE BLOG. Ini adalah penulisan pena aku yang pertama dan ini adalah cerita pengalaman aku dan keluarga di ganggu makhluk halus. Maaf andai kata cerita aku nie tak seram. Aku tak pandai guna bahasa novelis kerna aku hanya insan biasa.
Sebelum tu aku perkenalkan diri aku, nama aku Fatin dan aku berasal dari Kedah. Cerita dia bermula pada tahun 2011 di mana arwah Pakngah adik kedua Mak meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Maktok pula ibu tunggal. Maktok mengalami tekanan jiwa dan perlu di bawa keluar dari rumah Maktok di kampung kubur panjang,Kedah. Ini kerana maktok selalu terbayang2 arwah di dalam rumah.
Kami sekeluarga terpaksa menyewa rumah di Alor setar untuk memudahkan Maktok di bawa jumpa dengan kauseling setiap minggu. Kami menyewa sebuah rumah yang di syorkan oleh kawan Abah. Kawasan rumah itu terletak dalam sebuah kawasan perkampungan tapi masih dalam area pekan. Rumah tu jarak jauh sikit dari rumah jiran yg lainnya. Semasa kami datang mengemas rumah tu, ada jiran yg lalu di situ menyapa dan bertanya ” kamu penyewa baru ka? Berani sungguh tinggal di rumah nie? Org lain tinggal disini seminggu saja lepas tu akan pindah keluar”. Itu kata2 dari jiran kami seolah2 ingin memberitahu sesuatu.
Kami tak berapa peduli dan faham. Yang penting kami sewa rumah nie murah dan keadaan rumah pon cantik serta besar. Oo ya lupa bgtau rumah kami sewa nie rumah kampung 1 tingkat ja. Bilik ada 4. Berhadapan dengan tingkap di sinki dapor ada perkuburan islam lama dan baru, jarak dari rumah dan kubur hanya dalam 60 meter saja. Jadi bila buka saja tingkap memang jelas kelihatan perkuburan tersebut. Mula2 ajak meremang jugak hihihi. 2 minggu berlalu tiada apa yg terjadi.
Hingga satu malam Maktok meracau seperti kena rasuk. Semua ahli keluarga panik. Maktok meracau2 muka Maktok berubah. Seperti itu bukan lagi maktok. Abah meminta bantuan ustaz yang juga kenalan abah untuk datang membantu. Selepas ustaz selesai memulihkan Maktok, Maktok tertidor letih bertarung dengan makhluk tu mungkin. Ustaz pesan pada kami semua jangan tinggalkan Maktok bersendirian kerana saat jiwa kosong ini la syaitan akan cuba memperdaya kita. Kami semua menganguk faham. Setelah ustaz dan orang kampung beransur pulang, kami pon beransur masuk bilik untuk rehatkan diri. Maktok tidur sebilik dengan Makcik adik Mak yang bongsu. Oo ya adik2 Mak belum kawin jadi kami tinggal satu rumah masa tu.
Pagi tu dalam pukul 2 pagi macam tu masa semua orang dah nyenyak tidur,Makcik terdengar seperti ada orang memasak di dapur. Kebetulan bilik dia dekat dgn dapur jadi dia dapat dengar dengan jelas seperti kuali dan sudip berlaga2 seolah orang sedang mengoreng sesuatu. Dia abaikan sebab dia pon keletihan dan terus tidur, fikirnya mungkin ahli keluarga yang lain lapar dan bangun untuk masak. Bila semua ahli keluarga lain dah bangun,Makcik bertanya pada kami semua ada tak sapa2 memasak semalam? tapi jawapan kami sama, tak ada siapa yg memasak pon kerna semuanya letih dan tidur. Makcik cerita apa yang dia dengar semalam. Makcik hairan tapi dia hanya diam.
Selang dua hari selepas kejadian abang sepupu aku, Abang Amet datang bersama isteri dia Kak Sa melawat maktok. Mereka dari Sik. Di sebabkan hari dah gelap Mak dan Abah meminta Abang Amet bermalam di situ, dia setuju saja sebab jalan nak balik ke Sik bukannya terang macam sekarang, lagi pon dia hanya naik motorsikal. Mereka bermalam di rumah.
Besok pagi aku pergi sekolah macam biasa. Aku balik dari sekolah agak lewat petang sebab ada kelas tambahan. Aku balik terus masuk bilik tukar baju dan terlena seketika, bila maghrib Mak kejutkan aku suruh mandi dan solat. Aku pon bangun mandi. Masa dalam tandas tengah mandi tu aku dengar jelas bunyi gelang kaki Kak Sa,mungkin dia masuk tandas sebelah kot, fikir aku. Selesai mandi aku siap2 solat. Lepas solat aku dan ahli keluarga lain duduk semeja makan malam. Aku tnya pada semua ” mana Abang Amet dengan Kak Sa?Depa xmakan sekali ka?”. Pantas saja Mak bagitau ” Depa dah balik pagi tadi lepas hang p sekolah,Abang Amet hang masuk kerja pukoi 9pagi”.
Aku terdiam nasi di dalam mulut terasa kesat nak ditelan. Perasaan aku tak sedap. Aku tnya lagi ” Habis tu tadi bunyi gelang kaki sapa lalu kat dapur? Kak Sa sorang ja pakai gelang kaki kan?, cheq(saya bahasa kedah) dengaq jelas bunyi gelang kaki Kak Sa tadi masa dok mandi”. Selepas dengar penjelasan aku, semua di meja makan diam dan berpandangan satu sama lain. Tak ada sapa dalam rumah kami yang pakai gelang kaki. Masing2 dah start cuak. Masing2 tak mau mengulas panjang mungkin masing2 dah mula rasa pelik dengan rumah nie.
Malam tu kami tidur macam biasa. Sewaktu Mak nak lelepkan mata, tiba2 Mak terdengar bunyi geseran tapak kaki sebelah tingkap bilik. Dua tiga kali kedengan bunyi tu dan tiba2 hilang. Lepas pada tu bunyi seperti guli jatuh dari tempat tinggi lama dan kemudian hilang. Mak dah mula takut dan Mak cuba baca apa yang ingat. Abah dan aku dah pon tidur nyenyak masa tu.
Besoknya selepas Mak cerita dia kena kacau, Mak dengan Abah bagitau pulak diorang nak kena pergi langkawi segera dalam tiga hari,ada kerja kat sana. Aku dan Makcik memang tak mau tinggal di rumah nie sebab cuma kami dan Maktok saja. Paklang aku adik mak aku yang ketiga,dia pulak kerja shiff malam minggu nie. Memang tak la kami nak kena tinggal bertiga saja dengan keadaan maktok yg tak berapa sihat lagi. Bincang punya bincang kami setuju bawa maktok tinggal di rumah Tokmenakan aku di Lubuk Merbau Kedah.
Makcik dan Maktok tinggal kat situ sementara tunggu Mak dengan Abah balik dari langkawi. Aku pula kena tinggal dengan Maksu adik Abah sebab aku sekolah dan rumah Maksu dekat ja area mergong nie, mudah aku nak pergi sekolah. Besok tengah hari Mak dan Abah bertolak ke langkawi. Petang selepas aku balik sekolah, Paklang terus hantar aku ke rumah Maksu. Lepas hantar aku Paklang hantar Makcik dan Maktok pulak.
Selesai semua tu Paklang balik kerumah kami nak bersiap pergi kerja. Jam masa tu dalam pukul lapan malam. Selesai mandi dan siap Paklang keluar dari bilik nak pergi kerja. Dia tengok lampu dapur terbuka dia pergi nak tutup, tapi langkah dia terhenti bila dia nampak Maktok tengah basuh pinggan. Dia panggil Maktok tapi Maktok diam xjawap. Dia cuba panggil lagi dan kali nie Maktok pusing melihat Paklang.
Tapi cuma kepala saja yang pusing badan masih menghadap sinki dan tangan masih membasuh pinggan. Bayangkan kepala berpusing 360darjah wey, muka dan badan sebijik macam Maktok. Paklang buka langkah seribu hidupkan enjin kerja terus pergi ke rumah Tok Menakan. Paklang terlupa yang dia dah hantar Maktok sebab tu dia tegur. Laju Paklang drive nak cepat sampai. Masa berhenti kat simpang tiga Kubur Panjang, Paklang terbau bau wangi yg teramat sangat. Paklang macam terpaku sekejap dengan bau wangi tu sampai la bau wangi tadi bertukar ke bau busuk yang teramat sangat, hanyir dan bau bangkai. Seraya bau itu muncul kedengaran suara hilaian tawa wanita. Paklang xtunggu lama dia terus pecut kereta sampai lah ke rumah Tok menakan. Hari tu dia minta cuti kerja dan besoknya dia demam.
Selepas kejadian itu kami tak balik ke rumah kami sampai la Mak dan Abah balik. Kami ceritakan semua pada Mak dan Abah. Kami semua balik ke rumah tu kecuali Maktok, kami balik nak kemas semua barang untuk pindah. Kami bermalam di rumah tu sebab kami balik pon agak lewat petang. Kami setuju semua sekali tidur di ruang tamu beramai2. Masing2 dah ketakutan kena kacau dah tak berani tidur dalam bilik masing2.
Malam tu macam biasa lepas kami makan kami tidur. Bila semua sedar dah pagi kami perasan kedudukan kami tidur berubah. Semalam semua tidur di sebelah kanan ruang tamu, tapi bila dah sedar semua berada di kiri ruang tamu. Sapa yang pindahkan kami semua?? Kami saling berpandangan satu sama lain. Tak tunggu lama kami terus kemas2 barang yang boleh,bila maghrib kami keluar dari rumah tu tinggal dan tidur di rumah Maksu. Kami semua tak berani lagi tidur di rumah tu. Belum sampai sebulan menyewa kami pindah.
Selepas pindah kami dapat tahu rumah tu rumah pusaka, banyak barang2 antik dan purba disimpan dalam bilik pertama iaitu bilik tuan rumah yang meninggal di Mekkah. Bilik tu pulak di kunci tak di benarkan sapa pon masuk oleh anak tuan rumah. Wallahualam. Yang baik dariNya yang buruk dari kita. Itu saja aku mampu kongsikan pengalaman seram dalam hidup aku. Terima kasih FS jika cerita aku disiarkan
-TAMAT-
132. MISTERI JIRAN SEBELAH
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : MISTERI JIRAN SEBELAH
KARYA : ANWARASYAD
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940132
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Aku merupakan seorang teruna yang akil lagi baligh berhijrah ke suatu tempat di hujung Pahang dengan harapan dapat mengubah nasib hidupku yang sebelum ni agak terumbang ambing oleh kemelesetan ekonomi negara.
Mendapat tawaran pekerjaan yang agak baik membuatku lebih yakin untuk mula hidup berdikari yang jauh dari keluarga di kampung.Rumah pertama yang aku sewa merupakan kondo 5 tingkat yang merupakan antara bangunan yang tinggi di kawasan ini.
Memilih tingkat paling atas atas dasar privasi dan untuk menghirup udara segar membuatku membuak buak untuk segera mengangkat barang untuk berkemas. Turun naik tangga meyakinkan diriku bahawa diriku akan kurus jika menetap dsini untuk sekian lama. Memasuki dan mengemas rumah baru bermula dengan bantuan pengawal keselamatan yang bernama Alif, seorang pemuda dalam lingkungan 30an dan mempunyai anak 4.
“Blok ni memang 2 pintu sahaja ye tingkat 5 aliff ?”soal aku kepada Aliff yang hanya berdiam mungkin penat menolong mengangkat barang barang ku turun naik tangga 7 round.
“Ye ada dua pintu je sebab blok ni blok special sebab ada tangki lebihan diatasnya.” Jawab Aliff dengan berbekalkan pengetahuannya yang bekerja lebih kurang 5 tahun.
Setelah selesai menyusun barang aku mempelawa Aliff untuk menyedut sepam dua rokok peter stuveysant yang aku beli dari kampung. Usai menghisap rokok Aliff beredar dan hanya memesan kepadaku jika ada apa apa boleh kol talian hotline nya.
“Huh penat macam daki gunung tahan” rintih aku keseorangan. Berbekalkan smartphone dapat lah aku hilangkan bosan dengan melayari internet dan saluran youtube. Layan punya layan lagu kumpulan XPDC kejap kejap terlelap aku dibuatnya.
Kelelepan ku terganggu oleh bunyi mesin basuh lama yang sendat pada pukul 10 malam. “Boleh tahan jiran sebelah ni basuh baju ke basuh karpet”? Rintih aku kegeraman.
Aku hanya melayan mata dan kepenatan sehingga terlena di katil dan tilam lagi empuk yang telah disediakan. Pada keeseokan harinya aku bangun dan mandi untuk meneruskan misi mengemas rumah dan membersihkan bahagian belakang dapur yang dipenuhi tahi burung yang menenggek pada waktu malam. Dalam kepala otak aku menginginkan rumah yang seumpama orang yang sudah berkahwin.
Selesai semuanya pada jam 2 petang selepas makan nasi yang dikirim Aliff aku mandi di bilik air master room. Sekali lagi aku trdengar jiran sebelah rumah mengemas rak atau perabot yang diseret seret. “Jiran aku ni bujang jugak agaknya,harap harap perempuan lah!”. Sepanjang 2 hari aku dsini pintunya sentiasa terkunci,memang kuat la tanggapan aku bahawa jiran ku ni seorang wanita .Yesssss..
“Fuhh xsabar nak pegi cucuk mesin air(mesin atm) lepas ni..gaji 3 bulan tertunggak da masuk!” Bersemangat hatiku untuk memperoleh gaji pertama dan fikiran mula melayang layang untuk apa yang hendak dibeli.
Jam 3 petang terus ke kedai elektrik untuk memilih tv dan mesin basuh pada mulanya kerana sebelum ni hanya berbekalkan telefon sebagai hiburan dan baldi sebagai alat rendaman pakaian. Sesampainya di kedai aku memilih dan memilih peralatan tersebut dan akhirnya peti ais menjadi antara peralatan juga dipilih. Tuan kedai menjanjikan untuk menghantar semua barang barang ku selepas maghrib.
Selesai maghrib aku menanti di pintu rumah sambil mengenakan lagu “aku mahu pulang” yang dinyayikan amuk. Tepat jam 8 Aliff menelefon ku memberitahu ada lori masuk untuk menghantar barang barang ku.
Jep dan sepahtu pekerja kedai tadi mengangkat ketiga barangan yg ku beli petang td.
“Jiran balik kampung ke bang,gelap aje rumahnya?” Ujar jep termengah mengah keletihan.
“Entahlah tadi ada dengar macam orang mengemas,duduk dalam gelap kot dia ni”.
Ujar aku malas nak layan sangat pertanyaan jep kerana xsabar nak bukak tv yang baru dibeli. Sejak pada haritu tv la peneman aku tidur setiap waktu untuk mengelakkan keadaan yang sangat sunyi. Memang tidak dinafikan aku bukanlah penggemar tv sebelum ini. Aku beli hanya untuk memenuhi ruang rumah dan persediaan jika sudah berkahwin nanti. Hampir 3 bulan aku tidak terfikir untuk berborak dengan Aliff tentang jiran ku itu. Memandangkan aku sebagai orang baru aku berfikiran biasalah mula mula memang la tak kenal siapa lagi.
Akan tetapi jiran di tingkat 4 aku kenal berbanding jiran depan rumahku. Bagi aku ianya tidak mustahil tinggal di rumah seperti ini dengan masalah tidak mengenali jiran.
Selesai membaca facebook aku terus ke laman sesawang hot fm untuk melayan kehendak kepala hotak aku sebelum melabuhkan tirai pada hari itu.
‘Kruk kruk kruk’ ah bunyi lagi membuatkan aku lebih risau dan mula berpeluh. Lantas ku bangun dan memanaskan air untuk masak maggie kerana perut sudah berbunyi.
Dalam masa menunggu air panas yang dijerang menggunakan heater aku dikejutkan oleh satu ketukan pintu sebanyak 3 kali. Aku membiarkan sementara. Kali ini ketukan pintu kali kedua membuatkan aku membuat satu andaian.
“Kalau kali ketiga ni dia ketuk tanpa salam aku takkan buka pintu ni.” Tegas aku dalam pendirian.
‘Pang pang pang’ “assalamualaikum tuan rumah” bunyi suara memberi salam yang dialunkan oleh suara perempuan. Aku mula mengesyaki jiran hadapan rumah aku. “Nak bagi lauk la tu agaknya” hatiku gembira.
Aku berlari dan menjawab salam yang diberi sambil memakai baju sebelum membuka pintu.
“Lambat benar nak buka pintu ngapenyer?” Ujar liza jiran aras 4 yang naik ke atas.
“Lah ko rupanya liza aku ingat kan awek sebelah ni ketuk nak bg lauk!”
Liza tergamam sementara dan matanya berpinar pinar memerhatikan keadaan sekekliling.
Hari demi hari waktu silih berganti,namun kepanatan kerja hanya ditemani tv astro dan melayari internet untuk menghilangkan bosan.
Tanpa menghiraukan jiran hadapan aku hanya dengan cara hidupku dan membiarkannya sahaja.
“Boleh buat bini la kalau begini orang depan ni,hari hari mengemas rumah” rintih aku sedapkan hati. Hati dan perasaan aku sebenarnya tidak lagi seronok malah seram semenjak syiling rumahku runtuh dek kerana oleh seekor kucing hitam yang menjadikan atas syiling sebagai kediamannya. Aku menampal semula syiling yang runtuh kerana agak seram untuk melihat bumbung bangunan 5 tingkat ini.
‘Dum dam dum dam’ bunyi seolah paku dipaku ke dinding untuk menampal sesuatu. Lamunan keseraman ku terhenti oleh bunyi ketukan itu.
Aku hanya berdiam dan malayan lagu di radio era yang diputarkan melalui astro.
‘Dang dang dang’ bnyi ketukan pintu membuatkan tersedar dari kelelapan mata dalam keadaan gelap kerana jam sudah menunjukkan jam 7.50 malam. “Ah terlelap juga mata aku ni” keluh aku kerana terlelap sampai lupa membuka lampu. Aku terpinga sementara akan bunyi ketukan pintu semasa aku terlelap td.
” siapa ketuk pintu tadi ya?” Aku segera membuka kunci pintu dan melihat di luar. Satu hembusan padu ke muka ku membuatkan ku seram seram sejuk lalu terus menutup pintu.
Bunyi “kruk kruk kruk’ memberanikan aku untuk membuka semula pintu untuk melihat apa yang berbunyi di luar sana.
Nafasku lega melihat seekor kucing memamah makanan kucing di depan pintu ku.
“Aik,kucing siapa plak ni makan depan rumah aku ni?” Jiran depan ni agaknya. “Agak agak la kak oi bagi makan depan pintu aku!!” Keluh aku dalam hati.
Aku terus ke bilik air untuk menyucikan diri.
Sejak pada malam itu aku tidur tanpa menutup lampu dan memasang tv di ruang tamu. Aku rela bil elektrik melambung janji aku tidak lagi mendengar bunyi bunyi yang pelik.
Cuaca sejuk selesai hujan lebat petang itu membuatkan aku berselimut di ruang tamu sejak jam 6 petang. “Ah baik aku bukak awal awal lampu ni takut terlena pulak nanti,mampus aku mengagau!”
Dalam keasyikan melayan mimpi berkaroke bersama siti nordiana aku merasakan seoalah olah sesuatu yang berbulu merayap di tubuh dan bermain main di lubang hidung ku. Aku tidak mempedulikan kerana sayang akan mimpi itu. Semakin lama semakin lebat rasanya bulu bulu halus bermain di badan dan muka ku. Akhirnya aku mengalah dan memeberanikan diri untuk bangun dari mimpi yang indah bersama siti nordiana. Aku berpeluh!!!
“KURANG AJAR BETUL LA KAU NI,DATANG TERBANG BALIK JALAN KAKI!!!!”
Marah aku sambil menghempuk hempuk kusyen di ruang tamu rumah.
“Letih la aku nak sapu sayap sayap kau ni wahai kekatu.” Merungut aku sambil berjalan ke dapur untuk mengambil penyapu dan penyodok sampah. Sewaktu aku mengambil penyapu di dapur aku sempat untuk menyelak peti ais untuk melihat isi di dalamnya walaupun sudah ku tahu didalamnya hanya ada sebotol air sejuk dan sebotol kicap.
Sewaktu aku menogok air sejuk aku terdengar burung berkicauan terbang di belakang rumah aku dimana tempat aku meletak mesin basuh dan alat alat pencuci. Berbekalkan bacaan Bismillah aku membuka pintu dan satu lemparan angin tepat menghembus muka ku. Aku segera menutup pintu dan kebunyian mesin basuh lama mula merancak di rumah sebelah. Aku segera ke ruang tamu dan menguatkan radio era di pitar astro.
“Aku nak telefon liza lah nak tanya dia dengar x!!!!” Selesai aku mendail number liza hanya pembantunya sahaja menjawab “nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi” ah bengang pulak aku dalam keadaan yang menyeramkan itu.
” Ha ada pon bluetooth speaker yang aku beli 2 tahun lepas,dapat lah aku pasang lagu kuat kuat dan zikir lepasni ” lega hatiku selepas menyelongkar kotak di dalam almari yg belum sempat dikemas.
Sejak malam itu lagu terbaru termasuk lagu crazy frog sering diputarkan di telefon dan disambungkan dengan speaker yg comel lagi kuat. ‘Abang ada mesej untuk abang’ notifikasi mesej hp aku berbunyi..
“Siapa pula mesej pukul 2 pagi ni?” Number yang pelik tertera tanpa nama. “Hye ada telefon jgak ke jiran sebelah ni?” Bisik hatiku..
Mesej yang berbunyi ‘nak lawan bunyi ke saudara’ membuatkan aku lagi seriau untuk membalasnya. Risau juga aku kalau kalau jiran lain berbunyi dan menyebabkan jiran lain terganggu. Aku memberanikan diri untuk menelefon nombor yang agak pelik utu namun operator menjawab ‘tiada dalam perkhidmatan’.
Aku segera menelefon Aliff yang bertugas pada haritu untuk memastikan siapa pemilik nombor tersebut di kawasan kediaman sini. Selesai menyemak buku maklumat data Aliff menyatakan tiada pemilik nombor tersebut. Aku bingung dan lantas aku mencampakkan hp ku ke bawah bantal.
Selang 20 minit aku berpeluh sambil terdengar budak budak bermain dan berlari lari di tangga aku memberanikan diri untuk menjenguk anak siapa yang bermain tangga malam malam buta ni. “Buat suspen sungguh la jiran jiran sini” pujuk hatiku untuk keberanian.
Perlahan lahan aku membuka tingkap untuk menjenguk di bahagian tangga malangnya keadaannya senyap sunyi sahaja.
“Ah anak akak tingkat 3 tu kot”pujuk hatiku lagi. Aku terus ke bilik untuk mengambil semula hp yang diletakkan di bawah bantal dan amat memeranjatkan adalah mesej yang aku terima berbunyi ‘nak lawan bunyi ke saudara’ dari number yang tiada didalam talian sudah tiada seolah olah sudah terpadam.
Dengan jantung yang berdegup degup aku terus memejam mata untuk tidur dalam keadaan terpaksa.
“Ko dah kenapa liza” aku meleraikan mata terpinarnya.
“Weh aku da dekat 3 bulan dah nak tanya ko tau x. Ko ni tak habis habis lagi ke mengemas barang?
Last semalam aku dengar lentung lentang mengemas barang dengan guli beterabur la macam macam..aku nak tidur pun tak senang.!!” Marah liza kat aku.
“Bila plak aku mengemas barang nya liza oi,jiran sebelah ni la.!” Aku membalas.
Liza lagi tergamam dan terus berpinar pinar matanya melihat aku.
“Weh sebelah umah ko ni mana ada orang la,ko je yang duduk atas ni. Aku naik ni pon sebab lepas ko duduk sni asyik berbunyi orang mengemas barang saja.!” Tegas liza.
Kali ni aku seorang yang bersahaja menjadi kaku dan terdiam.
“Betul ke aras ni aku je yang duduk liza?”
“Ye la ko je la duduk tak kan aku plak!”
Aku terus berbisik pada liza yang mengatakan bahawa aku dengar semua yang didengari liza dari arah pintu hadapan rumah aku iaitu jiran yang aku anggap selama ni. Bukan dari rumah aku.
Usai aku berbisik pada liza 2 ekor kucing hitam terjun dari arah bumbung dan berlari menuruni tangga.
“Hang buat tak tahu ja,bukan kita duk kacau dia pon” kata kata ibuku yang menelefon aku pukul 7 pagi memberi semangat untuk aku ke tempat kerja dan meneruskan hidup di situ. Usai memakai stokin dan kasut semerbak bau masakan yang enak menusuk di dalam lubang hidungku yang kembang. Aku tersenyum dan mengekalkan semangat yang ku terima dari ibuku sebentar tadi.
Selepas mengunci pintu aku bersahaja dan berseloroh sebelum menuruni tangga. “Masak tu jangan lupa bg sikit, tolong kemas sikit rumah aku ya?” Aku beseloroh dan terus menuruni tangga untuk ke tempat kerja. Berbekalkan motosikal petronas berkuasa 110cc aku memecut ke tempat kerja dan berjanji tidak ingin menanyakan kepada siapa siapa akan kejadian itu takut takut ada yang takut dan ada yang mengatakan aku tipu.
Pukul 2 aku pulang ke rumah aku mahu menghajati niatku semasa diatas moto iaitu tidur.
Selesai membuka pintu yang berkunci aku terkejut segala benda yang ada di dalam rumah aku kemas dan tersusun rapi. Aku mula meremang namun aku menyedapkan hati “ah memang rumah aku kemas macamni pon,apa nak hairan kan?”
“PRAKKKKKK PRINGGGPRING”
Bunyi kaca berderai di rumah sebelah seolah olah ayat penyedap hatiku itu diamarahi seseorang.aku tidak mempedulikannnya lalu memasang radio di astro dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai menguruskan diri aku baring kepenatan dan tertidur. Hari itu betul betul penat sehingga aku tersedar pada pukul 9.30 malam dalam keadaan suasana yang gelap dan didengari radio samar samar.
“Xda pulak bunyi orang mengemas ke guli ke memasak ke membasuh baju?” Bisik hatiku yang dalam keadaan agak seram dalam kegelapan. Seeloknya aku habis bercakap di dalam hati kedengaran meja kayu diheret heret mula kedengaran. Aku bangun dan lantas memasang lampu di ruang tamu dan menguatkan radio. “Pantang bertegur,bunyi selalu!!” Keluh hatiku.
Tanpa membuang masa terus aku ke bilik air untuk membuat satu mandian kerbau. “Kali ni aku nak cuba la berborak dengan Aliff tentang hal ini alang alang terus boleh makan di luar” tekad hatiku.
Sesampai sahaja di pondok Aliff aku memulakan bicara dengan menanyakan tentang spot rim kereta. Aliff memang pakar bab bab melawakan kereta ni.
Keadaan tenang aku memulakan bicara “Aliff siapa ya dulu duduk di rumah berhadapan rumah aku tu?” Tanya aku tenang lagi bersahaja.
“Eh ada orang la duduk depan rumah tu.!” Jawab Aliff sambil ketawa kecil.
Tak da la. Mana ada orang duduk la situ. Da kosong lama dah. Last 3 tahub lepas seorang doktor tinggal disitu tu pun sebulan sahaja.
Jelas Aliff kepada ku.
“Kenapa sebulan je duduk,Kena ganggu ke?” Tanya aku kegerunan.
Takdalah dia pindah sebab ditukarkan ke Sarawak.
Ceh buat suspen sahaja Aliff ni. Rungut aku sambil membelai belai ekor kucing yang comel lagi manja yang bermain di situ.
“Rumah depan aku tu kuat jugak bergurau kan Aliff?” Tanya aku bersahaja.
Kucing yang kubelai menggigit jari ku seolah olah memarahi aku kerana bertanyakan soalan itu kepada Aliff.
Dalam hatiku semakin gemuruh sebab seolah olah kucing itu memahami keadaan sebenar. Biarlah janji aku tak kacau sesiapa kan. Pujuk hatiku lalu beredar dari pondok Aliff untuk ke kedai makan malam ditemani motosikal petronas kuasa 110cc itu.
“Duduk blok mana bang?” Tanya pelayan kedai yang cantik lagi mulus kepadaku.
Duduk blok B dik jawab aku bersahaja.
“Kalau dah kawin takpela bang,lau belum kahwin elok elok lah bang.”
Senyum pelayan itu kepada aku.
“Eh kenapa pula ckp macamtu?ye la sy masih bujang ni”. Tanya aku kerisauan.
“Takda apa saja je bergurau,kalau bujang elok elok la naik turun tangga nanti jatuh!” Jawab pelayan itu bersahaja. “Saya pon baru je datang sini bang tolong pakcik sy.” Jelas gadis itu.
“Cis! Buat suspen je budak ni nak ngorat aku ke apa ni dah la orang dalam keseraman!” Marah aku sambil mengunyah daging masak kicap bersulamkan teh o ais.
Hati gusar dan makin seram namun hanya perilaku seperti biasa kulakukan untuk meneruskan tidur pada malam itu.
Awal pagi tersedar pada jam 5.30 pagi akibat gatal gatal yang tak pernah aku alami. “Selalu tak da nyamuk aras 5 ni macamana bnyak nyamuk pula ni!” Keluh aku kegeraman.
Setelah dibelek seluruh kaki ku berbintik merah memenuhi ruang.
Ini macam pijat. Mustahil pula!!
Mengambil keputusan untuk ke klinik di luluskan pentadbir membuatkan aku tidak sabar untuk bertanyakan kepada doktor.
“Ini bukan nyamuk dan ini bukan hasil gigitan pijat” terang doktor Arsyad kepadaku. Habis kenapa tiba tiba gatal sebegini rupa doktor.
Doktor mengatakan ini mungkin alahan. Aku berdiam dan menerima sahaja ubat gatal yang diberi.
3 hari kaki ku dipenuhi gatal gatal membuatkan aku semangat untuk berjumpa seorang ustaz untuk menanyakan sesuatu. Ustaz menanyakan serba sedikit latar belakangku sebelum membuat air jampi.
“Rumah kau duduk tu dulu tanahnya tempat orang bunian duduk” jelas ustaz kepadaku. Mereka dialihkan ke hutan sebelah untuk dijadikan tempat baru. Aku hanya berdiam tanpa memberitahu kisah kisah yang aku alami. Menurut ustaz kegatalan yang melanda itu akibat daripada serangga hutan yang datang mengigit pada waktu malam.
Selepas mendapat air jampian oleh ustaz Alhamdulillah kakiku menjadi pulih seperti biasa. Tiada lagi gatal gatal dan kepedihan melanda.
Sejak pada itu aku beranggapan bahawa mungkin aku tidak diganggu lagi oleh bunyi bunyi yang kurang menyenangkan dari rumah sebelah. Namun ianya hampa,aku tetap mendengar dan menahan jiwa untuk gangguan seperti itu.
Liza sekali lagi mengetuk pintu rumahku untuk menghantar lauk yang dibeli lebih olehnya. “Dah 2 minggu aku tak dengar apa apa selepas jumpa ko tu” jelas liza kepadaku. Aku mengambil lauk diberinya dan tergamam dan mengucapkan terima kasih.
“Kenapa aku masih dengar benda benda ni?” Keluh aku kegeraman kerana aku seorang masih mendengar dan menelannya seorang!
“Krik krik krik” bunyi seolah olah kuku dicakar cakar ke tingkap.
“Ah bunyi apa pulak kali ni!!”
Berbekalkan keberanian aku membuka pintu bilik tergamam aku bila melihat seekor burung hantu terbang mencari jalan keluar dari dalam rumah. Bulu roma menegak serta merta melihat wajah burung hantu itu. Rileks,dan melihat keadaan sekeliling.burung itu keluar dari syiling yang pecah di ruang tamu.
Setiap kali berbunyi perabot diseret seret di rumah sebelah burung hantu itu seolah olah tidak tenang dan terbang ke sana ke mari mencari jalan keluar. Aku membuka sliding door seluas yang mungkin.
“AH DEGIL PULAK BURUNG NI ORANG DAH BAGI JALAN!”
Aku ke dapur mengambil penyapu dan menghalau burung hantu itu ke luar. Puas juga aku menyapu rumah oleh serpihan syiling dan bulu bulu yang beterabur kerana terkena kipas.
Angin di luar bertiup sepoi sepoi menghembus muka ku sewaktu memanjat untuk memasang syiling.
“Macamna la keadaan dalam bumbung ni ya? Macam macam sangat bunyinya. Aku meberanikan diri.
“Gedegang!”bunyi pintu dihempas.
Bunyi tapak kaki menuruni tangga.
Aku segera membuka pintu untuk melihat tetapi satu kelibat pon aku tak nampak.
“Keluar minum la tu” aku beseloroh.
Selepas menutup pintu serta merta rumah aku blackout.
Aku menerpa ke tingkap untuk melihat samada rumah aku sahaja atau semua. Lega hatiku kerana semua ketiadaan elektrik.
Lebih menakutkan bunyi perabot di rumah sebelah semakin kuat diheret kesana kesini. Aku segera menelefon liza.
“Ya weh aku pun duk dalam ketakutan ni ngn budak rumah aku,kuat giler bunyi atas ni.!”
Kata liza dalam ketakutan.
“Tak pa kita buat tak tahu ja. Kejap lagi ada la tu elektriknya!” Aku menenangkan liza.
“Kenapa kali ni liza pun dengar jugak?” Bisik hatiku kekeliruan.
Aku mengambil keputusan untuk mengintai pintu hadapan ni sampai bertemu jawapnnya.
Untuk mencari rumah lain amat sukar disini kerana rata rata dipenuhi orang luar yang mencari rezeki disini.
“Cuba la sikit ambil tanah blok hang tu n makan sikit bagi rasi dengan tempat hang” pesan mak aku pada satu petang sewaktu aku menelefonnya.
Aku turun dan ambil sedikit tanah untuk menghajati petua orang tua.
“Layan je la petua orang tua ni,mungkin ada betul nya” keluh aku sendiri.
Malam itu aku seperti biasa membuka lampu dan segala benda yang sudah menjadi kebiasaan.
Sunyi dan nyaman pada malam itu. Tiada lagi bunyian yang aku alami.
3 hari berselang aku bersyukur kerana tidak lagi mendengar bunyian itu. Pada hari keempat selepas aku menelan sedikit tanah itu, bunyi itu kembali berbunyi namun ditambah dengan bunyi yang baru iaitu bunyi kereta kawalan jauh dilanggar langgar ke dinding dan bunyi kanak kanak berlari menaiki tangga.
Aku seperti sudah menjadi lali akan bunyi bunyi walaupun kadang kadang perasaan meremang dan seram tetap ada. “Aku nak try masuk la rumah sebelah ni nanti..nak tgk apa ada dalamnya!”
“Tak payah la masuk bukan ada apa pon dalamnya,ada perabot sama macam rumah hang,cuma rumah tu kosong je takda orang nak duduk” tegas Aliff kepada ku.
Aku diam dan mengiyakan saja.
“Kerek pulak mamat ni,aku nak masuk saja je, kot kot ada barang yang orang tinggal boleh la aku guna,ishhhhhh”
Elektrik kembali pulih. Lega hatiku. Aku mula mengintai di hujung celahan pintu untuk melihat pintu jiran hadapan. Tepat jam 1 pagi aku tidak menemui sebarang jawapan dan aku beralah untuk tidur.
Membuka lampu membuka radio dan memasang mp3 agak meriuhkan keadaan dalam rumah aku untuk mengelak ketakutan.
“Janji aku tak nak dengar benda bukan bukan” bisik aku yang meletakkan bantal menutupi muka.
Azan subuh kedengaran di masjid berdekatan. Seusai azan satu pengumuman tentang kematian dibacakan. “Aku kena ke rumah orang meninggal la jap lagi memandangkan hari ini hari sabtu”
Aku menyiapkan diri dan menuju ke rumah orang meninggal.
“Awak la duduk di blok tu ya?” Soal seorang pakcik tua dalam lingkungan 50an.
“Ya pakcik,kenapa?” Soal aku.
“Makhluk Tuhan ni ada dimana mana” jawab pakcik itu bersahaja dan terus masuk menziarahi arwah.
Pulang sahaja dari tanah perkuburan aku sempat berborak dengan seorang otai lama yang duduk di kawasan rumah aku. Kali ini aku memberanikan diri untuk bercerita hal sebenar yang aku alami.
“Kau rajin mengaji tak?kau rajin solat tak?kau rajin memperdengarkan ayat ayat zikir tak?” Tanya otai itu.
“InsyaAllah cikgu ada semua tu” jawab aku bersahaja.
“Kalau ada semua tu kau tak payah risau la. Semuanya baik baik sahaja. Apa apa pon ko diletakkan di situ pun sebab penghulu tahu kau ok”. Jawab otai itu.
Aku kebingungan apa yang cuba disampaikan oleh otai tu.
“Kau akan dapat jawapannya nanti,aku taknak cerita apa apa. Sebab kau orang yang ke lima dah kalau aku cerita,yang 4 lagi tu dulu aku cerita semua tak percaya dan sampai sekarang diorang tak dapat jawapannya” kata otai itu memberi ku semangat.
“Baik la cikgu” jawab aku akur. Dalam hatiku berkata layan je la sampai jumpa jawapan. Kalau ok aku stay kalau tak okey aku blah.
Seperti biasa setiap ahad aku membasuh baju untuk seminggu. Keadaan di belakang rumah tempat mesin basuh agak menakutkan dengan dinding yang berlumut akibat kebocoran atap. Hanya menyental sikit untuk nampak lebih baik. Dengan tahi burung yang dari mula aku tak dapat halang terpaksa untuk aku membalut mesin basuh setiap kali selepas digunakan. Namun pada haritu selepas membuka pintu belakang untuk membasuh baju alangkah terkejut keadaan bersih dan tiada tompokan tahi burung kelihatan.
“Tolong cuci ke orang sebalah” aku beseloroh lagi.
“Gangggg!” Bunyi pintu dihempas di rumah sebelah.
Aku ketawa kecil seolah olah sudah biasa walaupun dalam hati berdegup ketakutan. Semangat dari otai membuatkan aku yakin yang ianya baik baik sahaja.
Selesai membasuh aku menyidai di beranda rumah yang berhadapan dengan rumah hadapan. Kedengaran seolah olah orang memasang tv namun samar kedengarannya. Aku hanya bersahaja dan terus menyidai untuk kali terakhir iaitu seluar comel ku. Aku teringat akan pesan ibu ku.,pakaian dalam tak payah la jemur di luar nanti orang tak suka.
“Jika betul ini juga makhluk Allah aku nak tgk dia marah atau tak” bisik hatiku sambil meneruskan menjemur pakaian kecil ku.
Selesai kerja jam 2 pm aku pulang untuk mengangkat kain jemuran yang disidai semalam. Kelihatan seluar kecilku bertaburan di atas lantai dan pakaian lain elok seperti sediakala.
“Betul la ni ada orang tak suka” rintih aku sambil mengangkat pakaian.
“Cisssss!” Air kencing kucing. Patut la tak suka. Siap kencing lagi atas kain kecil aku! Eksperimen aku terganggu nampaknya. Lantak lah.
Aku tiba tiba teringat akan kejadian sms tiada tuan dan kehilangannya. Aku menjadi bingung sambil mebelek belek telefon ku sambil membalas whatsaap.
Leka bermain telefon aku terlelap di hujung katil yang empuk lagi enak. Kali ini aku ditindih sesuatu di atas badan aku. Aku seolah olah sudah menjerit namun sakit dan senak di dada ku. Aku cuba membanca ayat Al Quran dan akhirnya hempakan itu terlepas. Kain langsir beterbangan seolah ada angin meniupnya. Aku membongkokkan badan menarik nafas lega akan kesakitan di dada ku.
“Siang siang pon kena hempap,bahaya betul dah ni” keluh aku sambil memasang alunan zikir.
Pesan otai membuatkan aku teringat yang semuanya baik baik sahaja. Aku dah nampak sedikit gambaran. Mungkin ini nak disampaikan. Cabaran aku untuk melihat reaksi kemarahan sudah dibalas. Aku berdiam dan terus ke dapur untuk memasak air kerana takungan air masak sudah berkurangan.
Badan aku kepenatan lalu terbaring di bucu katil. Mata terbuka dan kejap kejap terlelap semula. “Takpalah layan la sikit lagi”. Lampu sudah terpasang di ruang tamu membuat aku lebih berani tanpa tinggal dalam gelap.
Dalam keadaan mimpi tak mimpi aku seolah menampakkan sebaris berjubah putih sedang bersolat jemaah di ruang tamu. Dalam keadaan separuh sedar aku sempat bercakap di dalam hati “mimpi apa ni” namun tidak kubangunkan diri kerana melayan kepenatan. Seorang berbaju putih samar samar menghampiri dan menampar pipiku. Aku tersedar dan mendapati telefon terhempap ke muka ku.
“Adoi sakit jgak” aku mengaduh. Bangun aku dari terbaring jam sudah menunjukkan waktu isyak dan aku dapati tingkap bilik ku seolah ditiup angin.
Bila diingatkan seolah olah aku ditampar kerana membuat kesalahan.
“Aku mimpi ke apa td ya?” Aku kebingungan yang melampau.
Aku segera bangkit dan menyucikan diri lantas melakukan apa yang patut.
Terang bulan malam tu.. aku menyelak langsir menikmati bulan penuh tepat menerjah ke bilikku.
Mata yang segar bugar membuatku tidak lena dan melayan whatsapp.
“Hik hik hik,pap pap pap pap” kedengaran budak berlari lari di tapak parking.
“Amboi seronok benar anak anak cikgu ni,ingat raya ke apa? Bulan terang je pon!” Aku ketawa kecil.
Belek belek telefon aku menghantar whatsapp kawan setempat kerja mengenai kerja. Yang membuatkan aku terkejut jam sudah menunjukkan jam 2.30 pagi.
Lebih membingungkan anak siapa yang berlari keseronokan di bawah sana jam 2 pagi mcmni? Aku kebingungan lalu terus menutup lampu bilik dan membiarkan pintu terbuka sikit untuk cahaya ruang tamu memasuki bilik.
Berdiri tegak sambil melambai tangan memanggilku ketika ingin keluar bekerja. “Awal g kerja harini bang?” Tegur Aliff yang segak berkopiah di pondok jaga.
“Harini kena awal ada urusan sikit.” Aku mebalas sambil memulas throttle motosikal lagenda petronas buatan jepun yang satu satunya warna yang unik di kawasan itu. Terpancar sinar di wajah Aliff dengan mengayakan kopiah putih pagi itu.
“Lena tak tidur semalam?” Soal Aliff
“Emm lena je Aliff,penat punya pasal,ok la aku pegi sekolah dulu ya?”
Aku membalas selamba malas melayan Aliff yang kupikir ingin menyakat aku.
“Aku dulu duduk sebulan je situ, tak tahan anak aku asyik menangis aje” jelas rakan di tempat kerja yang merupakan otai lama yang pernah duduk di kawasan kediaman ku sejak ianya dibina.
“La ye ke..kenapa tak tahan naik turun tangga ke mcmna tu?” Soal aku.
“Tak da lah memang tempat tu tak sesuai tu anak aku menangis” terang otai itu dan berlalu menuju ke kantin.
Pulang kerja sekali lagi aku terserempak dengan pakcik yang menegur ku tempoh hari.
“Beli cendol ke abc? Tak pa buat pilihan yang terbaik ya. Jangan risau semuanya baik baik sahaja.” Ungkap pakcik itu sambil berlalu menaiki moto c70 buatan jepun original.
Aku kebingungan tentang itu dan terus membeli cendol dan pulang ke rumah.
Menghirup cendol sambil menonton rancangan tv sesungguhnya perkara yang nikmat untuk melayan perasaan dan kepenatan.
“Kata syiling rumah pecah?, kejap lagi aku naik tolong pasang yang baru ya.!” Aliff memeberitahu aku dalam telefon.
5 minit kemudian Aliff naik bersama dua keping syiling yang baru.
“Apa je ada atas ni Aliff?” Soal aku ingin tahu.
“Ada tangki air je la untuk semua rumah blok ni” jawab Aliff bersahaja sambil memaku syilling yang baru.
Aliff segera ingin turun kerana ingin menjalankan tugas dan aku hanya membiarkan Aliff keluar. Aku sempat untuk menelek gerak geri Aliff menuruni tangga. Sehilangnya penglihatanku terhadap Aliff,
“Gedegang!!” Bunyi seolah pintu juga ditutup oleh jiran hadapan seolah olah juga melihat Aliff menuruni tangga.
“Nak menyebok juga jiran ni” dengus hatiku sambil tersenyum kecil. Perkara sebegitu seolah menjadi kebal bagi ku namun kadang kadang perasaan seram tetap diselubungi.
Melayan you tube lagu lagu jiwang membuatkan ku leka sambil membaca sebuah buku peperangan yang baru dibeli.
“Srettt srett srettttt” bunyi seolah olah orang mengesot di atas tepat syiling dalam bilik ku. “Kucing la ni nak beranak!” Aku menyedapkan hati sambil mengambil batang mop mengetuk ngetuk syiling untuk menghalau. Sejak syiling dibaiki Aliff aku sering mendengar seretan mengesok di syiling bilik ku sehingga aku terpaksa pindah untuk tidur di ruang tamu.
“Aliff ada rumah kosong lagi tak area sini?aku rasa nak pindah la dekat seminggu dah aku tidur tak lena lepas kau baiki syiling ni” aku mengadu kepada Aliff yang leka bermain mainan alam maya di telefonnya.
“Macamni la kau bukak la satu syiling yang aku tampal tu. Renggangkan sikit tanpa memakunya,mungkin ada yang marah sebab tak da jalan keluar.” Jawab Aliff bersahaja.
“Kau ni bila orang serius kau buat main main pulak!” Tegas ku agak memarahi sikap Aliff.
“Aku cakap biarkan kau suruh tampal bila dah tampal kau merungut itu ini,bukan aku nak layan kau sorang je!” Aliff meninggikan suara. Aku hanya berdiam dan Aliff memohon maaf kerana melayan aku seperti itu.
Aku naik ke atas dan menonton tv. Sekali sekala aku memasuki bilik dan mendengar bunyi seretan itu di syiling bilik. “Ah aku cuba la buat apa Aliff suruh,dia otai jugak mesti la ada apa apa tu.” Aku bisik menuruti dan mula mengenal apa itu menghormati otai lama. Aku menanggalkan paku dan membiarkan syiling renggang seolah olah membuka ruang.
Sudah 3 hari bunyi itu tidak kedengaran dan pada hari keempat,
“Prangggggg” bunyi syiling jatuh di ruang tamu ku itu. Bunyi yang kuat seolah kaca berderai membuatkan aku terjaga dari tidur petang pada jam 4 petang.
“Betul la kata Aliff ada yang nak keluar sebabtu marah dengan mengeluarkan bunyi tidak menyenangkan” bisik hatiku sambil menggeliat.
Betul!! Sangkaan aku selama ini menepati dan tepat sekali! Aku bersemangat kerana tekaanku tepat dalam keadaan yang agak meremangkan bulu roma apabila melihat seekor kucing hitam menggigit seekor anak kucing di depan pintu rumah ku. Kelihatan memang baru diberanakkan . Kucing itu dengan mata terpinar membuatkan ku lebih seram seolah olah memarahi aku kerana tidak membuka pintu untuk ianya keluar.
Aku segera membuka pintu untuk membiarkan kucing itu keluar.
Aku membersihkan syiling yang pecah dan kali ini aku hanya membiarkan dan tidak lagi mahu menampalnya.
“Kan aku da ckp kau nak tampal jugak” Aliff menelefon dan memberitahu ku.
Aku tercenggang dan agak pelik,macamna Aliff ni boleh tahu pula syiling aku da pecah semula?
Aku segera meletak telefon kerana berasa yang amat pelik dan mula memikirkan sesuatu yang tidak kena mengenai Aliff.
“Tuk tuk tuk” bunyi ketukan pintu membuatkan aku lebih seram dan aku hanya membiarkan dan terus memasuki bilik tanpa sempat membuang pecahan syiling ke dalam tong sampah.
Aku masuk ke bilik air dan mandi dengan air yang dipasang kuat kuat untuk menghilangkan tekanan badan yang agak terkejut. Semakin lama aku berasa tenang dan aku termenung di kamar sepi rumah ku itu.
“KAU KENAPA SEMALAM AKU KETUK PINTU TAK BUKA?AKU KOL KAU LETAK!”
Aliff menahanku ketika hendak ke sekolah dan menanyakan seperti tidak berpuas hati.
“Balik nanti aku lepak dengan kau jap” Aku balas sambil memulas minyak motosikalku untuk segera ke sekolah.
Sesampainya di tempat kerja,hujan mula menuruni dan membasahi kawasan itu sehingga jam 3 petang. Aku terperangkap di bawah pondok dimana aku meletakkan motosikalku berteduh.
“Tu la ada kereta kau simpan taknak bawak,bila hujan da tersangkut! Aku nak balik kampung petang ni,nanti la kita borak ya?” Aliff menelefonku kerana sudah sejam menunggu aku di pondoknya.
“Ok!” Ringkas balasanku kerana masih musykil dengan sikap Aliff.
“Makin lama makin misteri la pulak saya rasakan duduk disini” rintih aku kepada otai lama di kediaman ku.
“Ha ha ha.. takpa tak da sampai m**i pon kan?jangan risau lah ok je,aku da belas tahun duduk sini” balas otai lama disitu.
“Boleh tak cikgu terus terang je apa ceritanya?” Soal aku ingin tahu.
“Sabar lah,kau akan tahu juga nanti. Sabar aje lah bukannnya benda ni memudaratkan kau pun. Rileks je ok. Kau beruntung tahu tak?” Balas otai lama sambil berjogging keluar dari pagar.
Aku kebingungan dengan perkataanya “beruntung”. Aku punya lah seram sejuk dibuatnya dia boleh cakap aku beruntung. Rintih aku kegeraman sambil berlari menaiki tingkat 5.
Petang itu keharuman menusuk kalbu berbau di hidungku disulami bau bau seperti kari dan masakan lain.
“Perghh, lapar perut lau gini gaya” aku menggeliat sambil memejam mata.
“Kalau buat kenduri jangan lupa jemput jiran sebelah!” Aku berseloroh sambil bangun memasang lampu dan beredar ke bilik air untuk membersihkan diri.
“Malam ni lampu koridor semua tak da ya sebab fius terbakar” mesej dihantar oleh Aliff kepadaku.
“Okey no problem” aku membalas mesej Aliff.
Aku mula pelik dengan Aliff macamana dia boleh tahu fius terbakar sedangkan dia balik ke kampung.
“Ada la tu ahli bagitahu dia,dia kan otai lama” aku menyedapkan hati.
Malam itu umpama ada satu bunyi tarian dan gendangan alat muzik yang dengar samar samar di telinga ku. Aku terus menghantar sms ke liza dan otai lama situ.
“Ada dengar tak apa apa?”
“Aku tak dengar apa apa!” Balas liza
“Kau sangat beruntung wahai anak muda” otai lama membalas.
Jam tepat jam 9 malam. Aku cuba mengintai di pintu rumah ku. Apa yang membuatkan aku terkejut, keadaan rumah sebelah seperti terang menderang seolah olah sedang meraikan satu majlis gilang gemilang.
Keadaan berbunyi riuh membuatkan aku seram dan terus mengambil keputusan untuk keluar ke kedai pada malam itu. Aku mengajak liza keluar atas dasar ingin membelanja nya.
“Liza kau ada dengar apa apa tak?ke kau nak berahsia dengan aku? Tak pa malam ni kau oder je nak makan apa aku belanja” tanya pujuk akunkepada liza.
“Kau dah kenapa ni?cuak giler aku tengok” jawab liza sambil senyum.
Setelah selesai makan sambil berborak memang ternyata liza sudah sifar dari mendengar benda benda pelik lagi.
Oleh kerana liza tidak mendengar apa apa,aku mengambil keputusan untuk tidak memberitahu apa apa mengenai apa yang aku lalui. Demi menjaga kerisauan liza dan ketakutannya.
“Kau kalau dengar kereta kawalan jauh tu kau join la sekali brader”
Liza bergurau kepadaku sambil memberi salam dan terima kasih.
“Aeleh minah ni aku cerita satu persatu kang ada yang pindah rumah kang” keluh hati aku seolah olah seorang yang sangat berani.
Aku menelek ke rumah sebelah,cahaya seperti kenduri itu sudah tiada. Aku membuka pintu dan amat terkejut apabila aku lihat semut penuh menghurungi kawasan depan pintu aku. Aku menunduk dan melihat apa yang dihurung semut.
Aku semakin seram kerana semut penuh tanpa menghurungi apa apa. Aku mula berfikir adakah ada makanan atau apa apa benda manis aku tumpahkan,tapi aku yakin tiada.
Aku mula memikir dan pikiranku melayang sehingga menaikkan bulu roma ku. Apa yang aku fikirkan ialah semut itu menghurung makanan yang diberi jiran sebelah.
Aku mula berpeluh dan menyesal kerana berseloroh untuk jiran sebelah memberi makanan!
“Aduh lenguh nya belakang ni.”aku merintih kesakitan seolah olah sedang memikul guni beras seberat 50kg. Aku mula meraba raba dalam laci untuk mencari minyak angin untuk disapu.
“Sini ada tak tukang urut yang boleh datang ke rumah bang?”aku menelefon seorang kawan yang merupakan penduduk asal.
“Ada,wak santor namanya kalau nak aku tolong sampaikan kat dia dan minta dia datang rumah kau!” Balas bang Berahim.
“Boleh jugak bang,suruh dia datang jam 5 petang ni ya?” Balas aku sambil mengusap ngusap belakang menggunakan bucu katil.
Aku menunggu dengan sabar kehadiran wak santor sambil membuka pintu rumah yang ditahan dengan pengalas kaki.
Aku terlena seketika. “Gedegang” pintu rumah tertutup dengan sendiri membuatkan aku terkejut. Tiupan angin seolah olah ingin menyambut kehadiran wan santor ke rumah ku.
“Assalamualaikuk pak,katanya mau diurut?” Wak santor tercegang di rumah aku.
“Masuk wak,lama benar menunggu lama da sakit ni macam ada yang menumpang!” Aku berseloroh.
Wak santor memasuki rumah aku dan bersalaman dengan aku. Tapak tangannya yang kasar memutik kegatalan di tapak tangan ku. Matanya terpinar pinar seolah melihat sekeliling.
“Duduk berdua ya pak?” Soal wak santor kepadaku.
“Sorang je la wak,apa berduanya!” Jawabku keseraman,seolah wajah wak santor dapat melihat benda lain.
“Waduh lebam lebam ni belakangnya!” Wak santor memberitahuku sambil menggosok gosok belakangku. “Tidak ada yang menggosok lagi kan?” Tanya wak santor kepadaku.
Tidak ada lagi wak jawabku bersahaja sedangkan aku tahu lebam itu kerana aku menekan nekan tempat sakit di bucu katil.
Urutannya tidak menggelikan aku kerana kasar tapak tanggannya.
Sekali sekala angin keluar tetapi wak santor rileks kerana sudah biasa akan perkara tersebut.
“Pernah buat kenduri rumah ini?” Tanya wak santor sambil menuang sedikit minyak untuk menambahkan licin.
“Tak pernah lagi wak” jawab aku.
“Sekali sekala buat la sini kan ramai jiran jiran boleh tambah pahala.” Jawab wak santor sambil menenyeh2 belakangku.
Selesai mengurut aku mengajak wak santor minum air kopi yang aku bancuh sambil dia menghisap rokok dari seberang.
“Kalau raya balik kampung gak?” Soal wak santor.
“Tak balik wak,raya sorang sorang je sini kadang kadang family ramai datang sini” jawab aku menipu risau rumahku diselidik oleh warga asing.
Mata wak santor terpinar pinar melihat keadaan sekeliling sambil mengehmbus asap rokok cengkihnya itu. Selesai semuanya wak santor ingin beredar dan bersalaman kepada aku.
“Tinggi sangat rumah kamu ni,patut sakit badan,nanti kalau perlukan telefon saja bang berahim ya?” Wak santor berkata sambil mengikat tali kasut nya. Sewaktu menuruni tangga wak santor sempat berkata “patut la tak bosan duduk tinggi tinggi ramai anak beranak jiran rupanya”. Aku tergamam dan segera menutup pintu.
“Kau berjampi apa dengan wak santor semalam?” Soal otai lama kepadaku.
“Takda apa saja suruh mengurut belakang ni ha,lenguh sangat la cikgu.” Jawabku sambil mengusap belakang dengan sebatang pen.
“Tinggi ilmu orang tua tu kalau kau nak tahu” terang otai kepadaku.
Aku mula mengingati kata kata akhir wak santor bahawa ada anak beranak jiranku. Aku mengesyaki yang wak santor boleh nampak selain dari alam nyata. Tapi aku musykil samada wak santor memberitahu samada jiran blok aku atau jiran depan rumah aku.
“Bang Berahim minta wak datang lagi boleh tak?” Aku menelefon bang Berahim.
“Bukan ke kau da okey mngurut?ni mesti nak cungkil ilmu orang tua tu kan? Dia ada ilmu orang lelaki bagi kuat tau! Orang tua tu dah balik seberang la lawat anak anak dia. Tak tahu la sampai bila.” Jawab bang Berahim panjang lebar.
Aku mencapai kunci motosikal kerana ingin ke kedai untuk mengeteh. Kali ini aku berasa kurang selesa kerana motosikalku seolah2 berat ditumpangi sesuatu. Aku terus memulas minyak. Hatiku berdebar sehinggakan peluh jantan mula mengalir di dahi.
“Cis tayar pancit rupanya,kusangkakan ada yang menumpang” aku mengelap peluh dan terus menolak motosikal ke kedai yang berhampiran untuk dibaiki.
Aku minum di kedai yang berhampiran dengan kedai moto itu.
“Minum apa bang?makan?” Soal perempuan pemilik warung kedai itu.
“Bagi bakso dan neslo ya!” Jawabku ringkas sambil membelek telefon dan membaca segala perihal di group whatsapp tempat kerja.
Aku sempat perhatikan pemilik kedai itu. “Dia ni bini orang ke anak dara ek? Muka boleh tahan tapi kenapa asyik pandang aku je.” Aku mula perasan gerak geri perempuan itu.
Siap aku menghirup kuah bakso aku akhirnya disapa pemilik kedai itu.
“Abang tinggal kat mana? Asal mana?”soalnya.
“Tinggal kat kondo tu la,asal dari kampung je dik” aku menjawab sambil mengangkat keningku yang jarang.
“Kenapa dari tadi tengok saya macam saya ni penjenayah?” Aku menyoal nya dengan nada sopan.
“Tak da apa la bang,saya pelik la tgk abang ni,tak pernah nampak sebelum ni,tiba tiba abang datang kedai sy dan sy tengok abang rasa pelik sgt” dia membebel sambil membungkus keropok.
Aku mula terdiam dan aku seram bila diperkatakan sebegitu seolah olah dia nampak sesuatu yang pelik kepada wajahku. Aku mula membuka camera telefonku untuk melihat wajahku di kanta selfie. Aku amat terkejut bila melihat kesan lebam hitam di leherku. Aku menelan air liur perlahan lahan terkedu kerana melihat kesan hitam itu.
Aku bangkit dan terus membayar untuk segera pulang. “Berapa smua ni?”soal aku.
“Tak payah bayar la bang,lagipun abang kali pertama cuba kedai sy ni. Tadi sy bukan pelik apa tengok abang,wajah abang ni mirip dengan seorang kawan saya masa di shah alam dulu,namanya Asrul.” Perempuan itu tersenyum.
“Lah yang kau pelik tengok aku tadi sebab wajah aku sama dengan kawan hang?bukan sebab lebam bawah leher aku ni?” Aku meninggikan suara.
“Eh bukan bang,aah sebab muka abang sama dengan kawan saya di shah alam bukan sebab lebam tu. Tapikan bang rasanya tu bukan lebam,tu macam minyak rantai motosikal je?” Perempuan itu menjawab dan menyoal ku.
Aku segera mengambil tisu dan cuba mengelap dan ternyata ianya minyak hitam mungkin terkena semasa di kedai moto semasa membaiki tayar. Aku senyum malu dan kembali ke motosikal.
“Tapi ramai orang cakap kondo tu seram kan bang?” Soal perempuan tu lagi.
“Aah seram sangat tapi adik pandang abang tadi lagi seram dibuatnya”aku berseloroh.
“Jangan nak berlawak sangat la bang,ramai da orang becerita kondo tu berhantu dan ramai tak sanggup duduk situ tau” jawab perempuan itu.
Aku yang lali oleh kata kata sedemikian tidak mengendahkan dan terus berlalu dengan mengayakan tayar motosikalku yang baru.
“SEBENARNYA AKU DAH LAMA NAK BAGITAHU KAU,TAPI AKU TENGOK KAU NI JENIS RILEKS DAN TENANG JADI AKU MALAS LA TERBURU BURU,LAGI SATU AKU TENGOK KAU NI JENIS YANG BERANI. SEBENARNYA JIRAN DEPAN RUMAH KAU NI ADALAH ROH ROH ORANG YANG DAH M**I. DULU ADA SATU KELUARGA DARI TERENGGANU DUDUK DISITU. SI AYAHNYA NI SEORANG YANG MENTAL TELAH MENETAK KEPALA ISTERI DAN ANAK ANAKNYA DAN AKHIRNYA MEMB UNUH DI RISENDIRI ATAS SEBAB TIDAK DAPAT MENGAWAL AKALNYA DENGAN BAIK. DIORANG NI ASALNYA KELUARGA YANG SANGAT BAHAGIA SEHINGGAKAN AYAHNYA KEHABISAN UBAT DAN BERTINDAK DI LUAR JANGKAAN.”
Sesorang telah memberitahu ku.
“Gedengangggggggggggg” bunyi tabung duit syiling ku berterabur.
Aku tersedar dari tidur siang.
“Cis mengarut sungguh la mimpi siang siang ni. Patut la mak aku tak nak dengar kalau aku becerita pasal mimpi siang. Semuanya mengarut. Akibat kepenatan yang teramat aku tertidur dan mimpi yang bukan bukan pada hari itu.
Aku segera ke bilik air dan mandi bagi menyucikan tubuhku serta kesan minyak hitam di leherku.
Seusai mandi aku sekali lagi dikejutkan oleh bunyi perabot di sebelah rumah.
“Ei tak habis habis lagi ke jiran aku ni.”
Aku merungut sambil mengelap badan dan terus memasang lampu di ruang tamu.
“Ada penah tak orang meninggal kat sini cikgu?”aku menanyakan otai lama yang sibuk mengikat tali leher di kereta nya.
“Kadang kadang aku pulak rasa kau ni mistik punya orang tanya soalan macamni pagi pagi. Takda lah tak pernah ada orang meninggal lagi kat sini. Kucing ayam cicak ada la yang m**i kat sini.” Jawab otai sambil berlalu.
Aku terus menaiki moto ke tempat kerja.
“Rasa nak gelak jugak mimpi mengarut ngarut ni ye” aku bercakap dalam hati sambil menunggang motosikal dengan penuh gaya.
“Kau taknak cari partner ke duduk sekali? Tak bosan ke duduk sorang sorang?” Soal makcik kantin sambil menjual makanan.
“Bukan taknak cari partner la kak,esok kalau saya nak pakai boxer susah la dalam rumah!”aku jawab sambil gelak.
“Suka sangat kau ye? Semalam akak nampak kau makan kat kedai bakso tu kan? Taknak ngorat ke tokey dia tu.?comel kan orangnya. Anak dara lagi tu. Cuma umur dia lebih sikit” rekemen akak kantin sambil mengangkat kening.
“La anak dara lagi,ingatkan isteri orang sebab gaya dia tu matang dan nampak……..”
“Ha nampak apa? Kau jangan macam macam ayah dia tu orang berilmu. Pandai macam macam tau.” Akak kantin memotong kataku.
“Macam kawan sy la kak,ish” aku jawab bersahaja untuk elak panjang cerita.
Aku mendapat satu akal untuk memberanikan diri.
“Aku nak try la masuk rumah depan rumah aku tu,aku kena cari kunci kat pondok pengawal.” Aku meyakin dan memberanikan diri sambil mengetuk pen ke meja.
Selesai tugas aku pulang dan terus ke pondok pengawal untuk mendapatkan kunci yang disimpan.
“Aliff tak balik lagi ke dari cuti?” Aku menyoal pengawal yang menggantikan Aliff yang datang dari sekolah sebelah.
“Belum lagi dia tak bagitahu pulak bila dia balik” jawab dia dengan tenang.
Aku terus ke mejanya sambil mengetuk sebatang rokok buatan murah. Aku terus membuka laci sambil membelek belek untuk mencari kunci.
“Nak cari apa bang? Buku mastika ke?” Soal pengawal itu yang bernama Aman.
“Takdalah zaman bila baca mastika,nak mistik aje ceritanya,kunci rumah rumah kosong letak kat mana ya?aku nak cari kemistikan ni” jawab aku seolah olah seorang yang berani.
“Kunci takda bang kat sini,memang saya datang sini hanya meronda keselamatan je dan takda pula ditinggalkan kunci” jawab Aman sambil membaca buku mastika.
Aku hampa dan terus pergi dari situ.
Sesampainya di tingkat atas aku merenung ke pintu hadapan rumahku yang dikunci rapat. Aku tekad untuk mengetuk pintu itu sekuat hati. Aku terus mengetuk selama 5 kali dan terus memasuki rumahku.
“Aku nak tengok apa reaksi orang depan ni”aku merintih sambil tersenyum.
“Saya minta cuti ya harini,badan sy demam dan menggeletar” aku menghantar mesej ke pihak pentadbir untuk diambil tindakan.
Aku demam seolah olah dalam kesejukan yang amat. Hanya selimut toto dan memakai baju sejuk untuk memanaskan badan.
“Susahnya duduk tingkat 5 ni sorang sorang,nak turun tangga pon da malas,orang pon tak tahu kalau aku m**i ni” rintih aku sambil menyapu ubat panas di badan ku.
Kedengaran geselan meja ke lantai nyaring di sebelah seolah olah menghormati aku yang sedang sakit.
Bau bauan makanan tidak aku endahkan kerana melayan demam yang melanda diriku.
“Pelik sungguh la,nak kata kena hujan tidak,salah makan pon tidak,kenapa la tiba tiba demam ni?” Aku merintih seolah olah aku tidak disayangi lagi.
“Kalau lah aku dah kawin ada jugak orang boleh sapukan minyak,malas la kol mak aki takut pulak dia risau,harap harap tak da apa la ni” aku merintih dan terus merintih.
Aman menghantar aku ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
“Kenapa ni encik sampai bawak selimut datang ke hospital ni?” Soal doktor lelaki yang gagah berdiri.
“Saja je doktor,bosan dah tidur kat rumah,rasa nak tidur kat sini la pulak. Boleh doktor?” Jawab aku kegeraman.
“Saya cek suhu awk ni ok je dan bukan kategori demam ni,awk macam seolah olah terkejut sesuatu!” Terang doktor sambil membuat muka pelik.
“Aman kau tolong ambilkan ubat aku tak larat la,nanti dalam kereta jangan pasang aircond ek,aku sejuk bakhang” aku memesan kepada Aman budak yang suka baca buku mastika itu.
“Ok setel bos,tapikan sy rasa abang ni macam kena sampuk dengan hantu la,lain macam jugak sy tengok abang ni. Jum la saya bawakkan jumpa seorang imam di kampung saya boleh tak? Ujar Aman sambil menurunkan handbrake dan meluncur laju.
“Hantar aku balik dulu lah,lagi 3 hari macam tak sihat kau bawak la aku kesana ok?” Aku memberitahu Aman seolah tidak mempercayai katanya yang sukakan mistik.
“Gedegang” bunyi pintu dihempas.
“Eh sapa pulak duduk atas tu bang?”soal Aman memapahku di tangga. Aku hanya berdiam dan melayan sejuk melanda.
Aman menghantarku sampai ke ruang bilik dan ke dapur untuk mengambil bekalan air masak untuk diletakkan berhampiran katilku.
“Apa apa hal abang kol la sy ya? Risau jugak tengok keadaan abang ni duduk sorang sorang,kahwin kahwin la cepat bang” kata Aman sambil meninggalkanku.
9 minit kemudian.. “abang,ada mesej untuk abang’ bunyi satu sms di telefon ku. Bunyi yang terbaik aku muat naik di aplikasi ‘zedge’.
“Bang masa saya turun dari rumah abang tadi bulu roma saya menegak je bang,sampai la ke tingkat bawah,lepastu satu hembusan ke muka saya bang” bunyi mesej Aman kepadaku.
Aku mula ketakutan dan hanya membalas untuk menyedapkan hati.
“Kau tak payah nak mistik mistik sangat la wahai Aman pencinta Buku mastika” aku membalas dengan tangan terketar ketar.
“Cuba kau ingat kau buat apa benda yang menjengkelkan?” Tanya otai lama yang datang melawatku bersama anak lelakinya.
“Saya mana ada buat apa apa pon cikgu!” Aku menegaskan sambil meneguk air masak.
Otai lama bangun dan berjalan di ruang tamu aku sambil membelek belek tingkap. Aku hanya memerhati dari hujung mata kerana tidak larat untuk bangun.
“Kau berapa lama tak buang benda ni?” Kedengaran suara tegas dari ruang tamu.
Aku segera bangkit disulami keseraman risau akan sesuatu.
“Benda apa cikgu?” Tanya aku dengan nada lemah.
Otai merenung wajahku sambil menjeling padan dengan mukanya yang bengis dan menjadi ketakutan pelajar sekolahnya.
“Ni la habuk rokok kau ni! Kau nak letak dalam muzium ke banyak banyak ni?” Dia menunjukkan barang yang menjadi keseramanku tadi.
“Alah ingatkan apa tadi,ala bekas tu kan besar nanti saya buang la bila da penuh.”jawab aku yang semakin lama malas melayan otai itu.
“Da dekat 4 hari kau demam ni,aman cakap nak bawak kau pergi jumpa imam kampung dia kau taknak,kenapa?otai menyoal ku seperti seorang polis.
“Bukan taknak pergi la cikgu,dia larat ke papah saya ni?dia tu keding je,haritu papah saya kejap pon dah mula nak mistik mistik,nyampah tau”
Jawab aku merenget.
“Kau tu lah,berani tu bagus dah,cekal tu bagus dah,tapi kau kena ingat makhluk Allah ni bukan kita je,ada baik ada jahat ada baik ada nakal! Kau kena ingat tu. Pergi dulu jumpa imam tu sebab kau kata takda buat benda benda tak baik!” Otai itu mengarahku sambil beredar.
Aman memapahku dengan mendadakan badannya seolah olah seorang yang kuat mengheretku.
“Aku terima kasih banyak banyak kat kau Aman,walaupun kau keding tapi hatikau tabah memapahku” aku berterima kasih pada Aman.
“Tanggungjawab saya bang bertugas disini menolong apa yang patut” Aman membalas sambil memegang erat pinggangku.
Setibanya di rumah imam yang dikatakan aku seolah olah disuntik satu tenaga yang baik. Aku larat untuk masuk ke rumah imam tanpa di papah Aman akan tetapi kesejukan masih sama.
Imam keluar dengan muka yang bengis membuatkan aku seram untuk berkata kata.
“Apa hal kamu ni dengan berselimut datang rumah aku ni?” Soal imam dengan nada lembut.
“Tak tahu la imam,da 4 hari badan saya kesejukan dan lenguh lenguh tapi doktor kata saya tak demam”jawab aku sambil memeluk tubuh.
Setelah menyoal beberapa perkara mengenai aku akhirnya imam mengambil secawan air untuk dibacakan doanya.
“Nah minum air ni bagi bertenaga sikit” imam menyuruhku.
Sewaktu aku minum imam memulakan bicara dan menerangkan sesuatu mengenai sejarah akan tempat kediaman ku itu.
Menurut imam,dahulu dia bersama sama penduduk kampung antara orang yang penting untuk memindahkan perkampungan bunian di tapak rumahku itu.
“Dulu diorang takboleh nak tebang hutan kat situ sebab situ perkampungan bunian kau tau tak” imam menerangkan kepadaku.
“Ada kena mengena ke dengan demam saya ni imam?” Aku menyoalnya.
“Bagi la aku habiskan cerita dulu!” Imam memarahi ku.
“Dia orang dah berkampung kat situ sekian lama tiba tiba ada orang nak buat pembinaan,kau marah tak kalau orang nak langgar kampung kau?soal imam kepadaku yang sambil menunduk.
“Aku dengan beberapa kawan aku terpaksa berunding dengan penghulu bunian tu demi menjayakan projek pembinaan kediaman tu. Kau rasa berapa lama tempoh aku berunding?”soal imam kepadaku.
“Dua hari?” Jawab aku yang ingin jawapan.
“Kalau dua hari hebat lah,dekat 3 bulan kau tau tak aku berunding!” Tegas imam menerangkan jawapan sebenar.
“Akhir sekali penghulunya bersetuju dengan syarat untuk tinggal di sebelah tapak pembinaan tanpa diganggu lagi.”terang imam.
“Owh patut la ada hutan siap berpagar dan takda orang masuk” kata aku dalam hati.
“Tapi dalam banyak banyak rumah yang akan dibina,penghulu bunian itu meminta untuk menumpang sebiji rumah dalam satu satu masa jika ianya kosong disebabkan keluarga penghulu itu terlalu ramai dan anak anak gadisnya ramai.”
Aku terkaku mendengar cerita imam dan mempercayainya kerana sedetik tidak memusykilkan percakapan imam.
“Kita ni boleh nampak atau dengar tak alam dia imam?”soal aku ingin kepastian.
“Boleh kalau kau bertuah,silap silap kahwin dengan bunian untung lah kau” imam menerangkan sambil berseloroh.
Setelah mendengar cerita aku minta diri untuk pulang,namun aku masih lemau seolah olah orang demam.
“Aku hanya boleh mampu setakat ni sahaja,dan aku tak boleh buat apa dah sebab demam kau ni aku rasakan kau ni dimarahi keluarga bunian itu. Aku minta maaf dah 20tahun lebih aku tak tahu lagi pasal bunian tu,andai benar kau jadi macmni kau kena jumpa sendiri penghulunya atau melalui orang tengah” terang imam kepadaku.
“Macamana ni imam?saya tak berani. Macamna saya nak tahu siapa orang tengah selain imam?” Soal aku ketakutan dan makin kesejukan.
“Kau berserah je la dan buat la cara terbaik.” Terang imam.
Sesampainya di rumah aku berehat dan terpaksa mengambil cuti tambahan. Orang di sekeliling tidak tahu sangat tentang aku kerana kehidupan masing masing dengan perihal sendiri.
“Kalau macamtu kata imam,kau bersabar lah,nanti ada la jalan penyelesainnya”otai lama melawat dan memesan kepadaku.
Hati aku terdetik seketika kerana hampir 4 hari tiada bunyi apa apa meragukan dan yang sedih keadaan aku masih sama.
“Kalau betul la orang depan ni bunian,dan kalau betul la dia ada marah apa apa padaku,macamna aku nak hadapi. Bunyi apa pon takda dah sekarang,merajuk ke apa ni?aku mempersoalkan hati.
“Assalamualaikum,dengar cerita demam badan sejuk sejuk?” Aliff menelefonku.
“Amboi kau senyap balik kampung ada urusan apa?lama sungguh balik?” Aku membalas.
“Nanti petang sikit aku datang rumah kau” jawab Aliff dan terus meletak telefon.
Selesai bercakap bunyi geseran meja kerusi berbunyi di rumah sebelah seolah olah menyambut kepulangan Aliff. Aku semakin bingung dan mula memikirkan yang bukan bukan.
“Ah makin pening aku kalau melayan fikiran ni” dengus hatiku sambil berselimut.
3 jam menunggu, Aliff mengetuk pintu rumahku dan memberi salam.
Aku segera bangun dan membuka pintu. Satu hembusan wangi menerpa ke muka ku menjadikan aku segar seketika.
“Amboi kau Aliff baru beli minyak wangi dari utara ka?” Soal aku sambil bersalaman.
“Aku masam masam macamni kau kata wangi,dah kau pergi la duduk aku nak ambil segelas air jap kat dapur,boleh?” Aku mengangguk setuju.
Rumah ku menjadi lain seperti hari biasa kerana bau wangian sesekali menerpa ke hidungku yang agak tersumbat.
“Kita ni kalau bersikap kurang ajar dengan binatang pon diorang taksuka,dengan manusia lagi la tak suka. Senang cerita setiap makhluk tak suka kalau orang bersikap kurang ajar. Betul tak?” Aliff menyoal ku sambil meneguk air masak bergelas besar.
“Apa maksud kau ni Aliff,aku puji kau wangi pon kau cakap aku kurang ajar ke?aku bukan perli tapi memang bau wangi la” aku merungut.
“Siapa bagitahu kau aku demam? Aman ke?” Aku menyoal Aliff.
“Tok penghulu bagitahu aku” Aliff membalas sambil memejam mata seolah sedang membaca sesuatu.
Aku mula meremang dengan kata kata Aliff kerana teringatkan akan kata kata imam yang menyuruh aku memohon maaf kepada tok penghulu bunian jika benar aku dimarahinya.
Aku pura pura untuk senyap dan tidak menahu akan sesuatu.
“Tok penghulu sini siapa Aliff? Bukan ke tok penghulu sini otai lama tu?” Aku menyoal.
Aliff hanya berdiam dan matanya tenang seolah olah sedang menenangkan diri untuk terjun ke suatu lembah yang curam.
“Kau antara yang beruntung kerana dapat merasakan semua ini.” Jawab Aliff dengan nada yang tenang dan terus memejamkan matanya.
“Macamni la,kau sebenarnya antara golongan orang yang bertuah untuk mendengar kehidupan alam bunian,cuma kau tak dapat lihat saja. Aku pasti kalau kau nampak silap silap kau nak hidup sekali di sana. Disana jauh lebih indah dan jauh lebih canggih dari kehidupan kita.”
Aliff menerangkan kepadaku.
“Jadinya,kau ni siapa Aliff?” Aku menyoal tanpa ragu ragu.
“Aku manusia biasa,cuma aku istimewa untuk pergi ke alam bunian dan aku salah sorang anak angkat penghulunya. Aku baru ni pergi ke alam sana untuk menghadiri majlis kenduri cukur jambul cucunya,aku pergi 3 hari je ke sana” jawab Aliff bersahaja.
“Aku cakap kau kurang ajar tu bukan apa,baru ni kau ketuk pintu sebelah ni kan kuat kuat? Kau tahu tak masatu kenduri cukur jambul cucu dia dan bila kau ketuk sekuat kuat hati kau telah membuatkan cucu dia menangis dan penghulunya itu marah dan memberi kau akibatnya”
Aliff menerangkan dengan nada yang juga seakan marah.
“Aku minta maaf Aliff aku buat tu bukan apa aku cuma saja untuk tengok reaksi keadaan yang aku alami semua ni,aku tak tahu apa apa pon Aliff. Memang aku seorang yang okey dan tak kisah tapi aku tak tahu apa apa” aku membalas sayu.
“Ye aku tahu,dan penghulu pun dah maafkan kau,cuma dia taknak kau berjumpa dengannya dan hanya mewakilkan aku untuk menghembus air ke muka kau,boleh aku mulakan?” Aku mengangguk setuju.
Aliff mengambil air dan menghembus ke muka aku dengan mulutnya.
Aku menguap seolah olah bangun dari tidur dan keadaan menjadi segar.
“Aku bukan taknak bagitahu apa apa kat kau,sebab aku dah tahu kau jugak beruntung sebab dapat mendengar sesuatu dari alam sana,dan aku yakin kau okey dan tidak mungkin membuat sesuatu tanpa sebab jadi aku percayakan kau. Cuma aku harap kau kena paham aku bukanlah sesiapa cuma aku juga bertuah seperti kau dan aku cuma boleh ke alam sana” Aliff menerangkan sambil menepuk bahu ku.
Aku berdiam dan agak terketar. “Cuma aku harap kau tidaklah menyebarkan cerita ini kepada sesiapa sebab aku yakin tiada siapa yang percaya hanya orang tertentu sahaja.” Terang Aliff.
“Takpelah Aliff aku mohon maaf la sekali lagi,aku minta aku taknak la dengar benda benda ni lagi sebab aku keseraman sebab tak nampak apa berlaku” aku membalas.
“InsyaAllah lepas ni tak de apa apa lah,cuma kalau ada bunyi pon sikit sikit saja,aku dah bincang semuanya” jawab Aliff menenangkanku.
“Aliff kau tahu tak aku pernah dapat satu sms misteri?” Aku menanyakan Aliff.
“Kan aku da cakap alam diorang lagi canghih dari kita,kereta diorang semua dah terbang kau tahu?” Aliff menerangkan dan aku akur.
Hatiku ingin untuk melihat alam mereka namun aku takut ,jadi aku tekad untuk kekal seperti biasa.
“Jadinya kat sini aku cg,otai(nama dirahsiakan) dan liza la yang beruntung untuk tahu semua ni?” Aku menanyakan dengan lantang kerana badanku segar kembali.
“Liza? Cg otai tu?” Aliff menyoalku dengan muka yang pelik.
“Ye la diorang la” aku membalas.
“Kau pergi ambil air wuduk dulu boleh tak? Kita baca Yassin dulu.Nanti kita sembang” Aliff menyuruhku dengan kadar segera.
Selesai kesemuanya Aliff suruh aku berselawat dan dia membacakan sedikit doa.
“Aku harap kau tenang dan kuat,kau memang beruntung. Minta maaf kalau apa apa terjadi lepasni kat kau ya.”? Aliff menenangkan ku.
“Liza dan otai lama yang kau maksudkan tu semuanya tidak wujud disini. Diorang dah lama pindah,otai lama tu dah lama meninggal setahu aku selepas dia pindah dan pulang ke kampungnya. Minta maaf aku taknak bagitahu dia berasal dari mana” jawab Aliff sambil memegang bahuku.
“Liza pula?” Aku menyoal.
“Liza yang kau maksudkan tu pun sama,dah dua tahun dia dah tak da disini,dia hanya menumpang tinggal di sini,dia kerja swasta. 2 tahun lepas dia tinggalkan tempat ni dan rumah di bawah ni pon kosong.” Aliff menerangkan sambil memegang bahuku.
Aku tergamam dan menguatkan hati untuk terus bertahan.
Aku mula memikirkan tentang apa yang aku lalui selama ini dan yang membuatkan aku ketakutan aku pernah keluar makan bersama liza. Aku cuba menyemak di ‘call log’ dimana liza pernah menelefonku ternyata hilang sama sekali!
“Kau sangat beruntung,sabar lah dan aku harap kau lalui seperti biasa. Kalau kau nak pindah dari sini pon aku faham. Aku harap kau tidak lagi mencari jawapan di mana mana kerana aku risau ianya menghantui kau.” Nasihat Aliff kepadaku.
“Aku nak minta satu je dari kau,boleh tak aliff?” Aku menanyakan seolah merayu.
Boleh, jawab Aliff.
“Boleh tak aku nak tgk suasana rumah depan ni,rumah liza dan rumah otai lama tu tak?” Aku menyoalnya dengan agak seram.
Setelah menunjukkan ketiga rumah rumah itu,semuanya kosong dan hanya rumah dihadapanku kemas rapi seperti didiami.
Namun yang membuatkan aku demam selama 3 hari,rumah liza dan otai yang ditunjukkan Aliff sangat usang dan memang telah ditutup untuk dimasuki penghuni.
Sejak pada hari itu aku mengambil keputusan positif untuk aku jadikan kenangan dan pengalaman hidup ku.
Keputusan yang diambil demi kehidupan aku yang seterusnya.
Aku menenangkan diri dan berdoa agar memperolehi kehidupan yang sempurna.
Aku rela untuk tidak terpilih sebagai yang bertuah lagi. Biar lah aku dengan kehidupan nyata ku.
Aku berterima kasih kepada Aliff kerana banyak memberi nasihat kepadaku untuk aku dapat menjalani hidup sepert biasa tanpa mengingati benda yang berlaku untuk mengelakkan dihantui.
P/s: mungkin apa yang dilalui tidak masuk akal tetapi jangan terkejut jika anda juga akan mengalaminya..
-TAMAT-
133. APARTMENT BERPENGHUNI
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : APARTMENT BERPENGHUNI
KARYA : SHARIS
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940133
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Assalammualaikum dan hi kepada semua pembaca HZONE BLOG.Nama aku Shasha, ye nama aku Shasha haha.Aku nak ceritakan pengalaman aku 2 tahun lepas.Maaf kalau tak seram. Shasha cuba.
” ibu,ada tak eh rumah sewa area sini? Yang dekat-dekat dengan tempat kerja sha? .”
Itu soalan aku kepada ibu yang akhirnya aku sesali sehingga sekarang…
Dua buah bagasi aku tarik menuju ke arah apartment yang aku sewa dari seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an.
” korang kalau ada apa-apa masalah dengan rumah ni, ada yang tak puas hati ke kasi tahu je abang,tak pun call je akak intan kau. ”
Pesan abang Khairil semasa aku membayar deposit tempoh hari,aku tak sempat nak melawat,sempat bank in duit je, yang dah melawat apartment ni ialah 5 orang sahabat aku yang juga akan tinggal serumah dengan aku.
Aku,Wawa,Dyna,Faye,Putri dan Leeya,6 orang sahabat yang dah berkawan baik sejak dibangku sekolah sehingga ke hari ini, dan sekarang kami buat keputusan untuk tinggal bersama pula.
Aku mulakan dengan membaca ayat kursi dan 3 kul.Itu adalah ajaran ibu yang ibu dah terapkan dari zaman sekolah rendah.Tak kira untuk masuk rumah ke, masuk hotel tu wajib lagilah.Aku diajar untuk sentiasa amalkan benda ni.
Pintu aku ketuk tiga kali kemudian barulah aku buka pagar dan pintunya pula.
Tak semena-mena angin yang boleh tahan kuatnya(macam kipas nombor 3 kena muka je) menerpa kulit muka aku.Aku diam di muka pintu buat seketika.
” weyh cepatlah Sha!.” Faye menggesa aku untuk terus masuk ke dalam rumah.
” ish tak sabar betul kau ni, bukannya tak pernah tengok pun.” aku mengomel sambil kaki aku menapak masuk ke dalam rumah.Bagasi aku semua aku biarkan di ruang tamu sebelum aku check satu persatu perabot yang ada di ruang tamu.Rumah tu cantik,berkonsepkan open kitchen memang buat aku tertarik sangat-sangat,kenalah dengan aku yang memang suka masuk dapur ni.
Aku terus pergi ke bahagian dapur,dapur masih kosong disebabkan kami masih belum beli apa-apa kelengkapan dapur lagi kecuali blender,pisau dan barang-barang wajib yang lain.
Riuh di ruang tamu suara kawan-kawan aku yang kegembiraan dapat rasa duduk serumah tu.Aku di kitchen bar hanya memperhatikan mereka dengan senyuman di bibir.Bermulalah hari baru!
Selesai berkemas dan membersihkan badan,kami masuk ke dalam bilik masing-masing.
oh ye lupa nak cerita,rumah tu ada 3 bilik,2 bilik air dan satu bilik stor yang kitaorang ambil keputusan untuk jadikan wardrobe kami.
Hasil lat ta li lat tu aku dan Faye sah sebagai roomates sekaligus berjaya merebut master bedroom yang dah siap satu bilik air di dalamnya tu.
Wawa berkongsi bilik dengan Putri,dan Leeya pula dengan Dyna.
Aku dan Faye terus masuk ke dalam bilik sambil mukut Faye berceloteh entah apa yang aku pun dah tak ingat.Faye memang banyak cakap,pelawak dalam kumpulan kitaorang ni dia lah.
tengah-tengah aku sibuk lipat baju untuk disusun ke dalam almari,si Faye buka mulut laser dia tu.
” Eh hanie,kau tahu mak aku kata kawasan apartment ni kena hati-hati…aku fikir mak aku sengaja nak takutkan aku lah,tapi kau tahulah aku kan…aku mana ada perasaan takut semua tu haha…kau jangan risau kalau ada orang ke natang apa ke nak kacau kau aku kejar dia dengan selipar.” omel Faye.
aku tersenyum kecil je mendengar celoteh si Faye.
” apa yang mak kau suruh hati-hatikan tu?.” aku menyoal sekadar meneruskan perbualan supaya tak hambar.
” dia kata dekat apartment ni orang buat hal dia sendiri je,tak kesah pasal orang lain..pernah ada sorang perempuan bujang ni meninggal 2 minggu baru tahu dia dah meninggal kau tahu tak?tu pun sebab jiran dia bau benda busuk menyengat hidung dari rumah perempuan tu.”
Entah kenapa pula seram sejuk terus aku bila dengar cerita Faye.
” dah lah,jomlah tidur..esok kerja.” aku buka mulut sebelum baju yang aku dah lipat aku letakkan semula cantik-cantik atas beg aku.Esok jelah susun hahaha.
Esoknya…
Aku pandang kiri kanan menunggu bas yang lambat pula tiba hari ni.Sama ada bas yang lambat atau aku yang lambat keluar office.
aduh janganlah tak ada bas pulak dah lah Wawa dengan Leeya dah sampai rumah,takkan nak susahkan diaorang suruh ambil pula.Faye dengan yang lain pula Shift malam.
Tulah,ibu suruh ambil lesen kereta tak nak…
Tiba-tiba sebuah kereta honda CR-V berhenti dihadapan hentian bas.Aku dah tahu gerangan orangnya.
” shasha,naik lah sini aku hantarkan kau balik,dah nak masuk pukul 11 ni…bahaya anak dara duduk luar macam ni sorang-sorang.” Itulah perkataan yang keluar dari bibir Haris.Haris ni boleh dikira bos aku lah walaupun dia bukan bos besar haha,aku bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat.
” Tak apalah Encik,Kawan saya tengah otw ambil ni.” aku auta.Tak nak menyusahkan Haris.Lelaki tu baik sangat.Tak sampai hati aku dibuatnya.
” Tak apalah Sha,naik sini…kalau ada peragut ke penculik ke tengah ushar-ushar awak sekarang macam mana?.” Haris menakut-nakutkan aku.
Risau punya pasal,terus aku bangun dan masuk ke dalam keretanya.
” dengar cerita Sha dah pindah rumah eh?tak duduk dengan ibu..eh makcik lagi?.” soal Haris sambil keretanya laju membelah jalan.
tersasul ke sengaja nak tersasulkan tu.
” A’ah…” ringkas aku membalas.
” duduk mana?.” soal Haris.
” Apartment depan petronas tu je..tak jauh dari rumah ibu pun.” beritahu ku.
skip lagi…
Aku dan Haris berjalan ke arah apartment aku.Dia yang nak sangat temankan walau dah puas aku halang.Lantak dia lah.
aku membaca ayat kursi dan 3 kul lalu membuka pintu rumah tanpa apa-apa masalah.
sebaik sahaja aku kalih muka pandang Haris bagi mengucapkan terima kasih kepada dia,aku lihat Haris meraup wajah sambil mengucap perlahan yang masih dapat aku dengari.
” kenapa Encik?.” aku menyoal.
Haris memandang aku lama lalu tersenyum serta menggelengkan kepala.
” tak ada apa-apa…jangan lupa basuh kaki,kalau tak solat lagi…mandi terus solat…sambil buat kerja apa-apa,tengah jalan atau ada masa terluang baca je apa-apa yang awak ingat…jangan terleka…jaga diri.” Pesan Haris.
aku hanya mengangguk sebelum mengucapkan terima kasih.
Haris membuka langkah untuk menuju ke lif.Entah kenapa aku lihat seperti dia berat je nak melangkah meninggalkan rumah aku.Beberapa kali dia pusingkan kepala kembali.
Mendengar suara Wawa memanggil aku.Aku terus menuju ke arah bilik Wawa.Aku lihat Wawa tengah duduk di atas katil membelakangi aku sambil memandang tingkap.
” kenapa wa?.” aku menyoal.
” tolong ambilkan air untuk aku boleh?hauslah…” pinta wawa.
aku tanpa menyoal terus mengambil air di dapur.Sekembalinya aku ke bilik Wawa,aku lihat Wawa susah tiada.
eh?mana minah ni pergi?
aku berjalan sekeliling rumah mencari Wawa sebelum langkah ku terhenti bila telefon aku yang masih berada di poket seluar jeans aku berbunyi.
Tertera nama Haris di skrin telefon bimbit aku.Terus aku selek ikon hijau lalu merapatkan telefon ke telinga.
” Sha,saya dekat luar…boleh keluar kejap tak?awak tertinggal barang awak ni.” kata Haris.
Aku meletakkan cawan di atas kitchen bar sebelum berjalan ke arah pintu.
tiba-tiba pinti bilik Wawa tertutup.
dum!
aku fikirkan Wawa yang tutup pintu tu…
” Wa..air kau ada dekat atas meja,aku nak keluar sekejap.” aku menjerit perlahan.
aku meneruskan langkah sebelum tiba-tiba pintu itu terbuka semula.
” wa…janganlah main-main pintu tu,rosak nanti kang.” aku berkata.
Pintu itu tertutup semula lalu terbuka semula.
” wa..okeylah aku bawakkan air tu untuk kau eh.” aku melangkah ke arah meja yang menempatkan cawan tadi.Belum sempat aku memegang cawan tu.Tiba-tiba pintu tu makin laju ditutup dan dibuka.Dari meja tu barulah aku nampak terus ke dalam bilik tu.
ya Allah!mengucap panjang aku bila aku tengok dalam tak ada siapa yang ada dekat dengan pintu tu.
terus aku berlari menuju ke arah pintu rumah.Tangan aku dah mula menggigil ketakutan.
tiba-tiba kerusi berhampiran aku jatuh menghalang laluan,terus aku terjatuh.
“Aduhh.” aku menyeringai kesakitan.
” Sha,awak okey tak sha?.” aku mendengar suara Haris menjerit memanggil aku dari luar sambil mengetuk-ngetuk pintu rumah.
aku dah mula panik bila bunyi dentuman pintu tu semakin laju.
aku cuba untuk bangun tapi berakhir dengan terjatuh semula dengan rasa sakit yang mencengkam bahagian kaki aku.
” Encik tolong Encik saya tak boleh bangun!!.” aku menjerit.
dan lepastu aku dengar bunyi tombol pintu rumah dipusingkan secara paksa supaya terbuka disertai dengan hentakan pada pintu.
aku menjerit bila lampu rumah tiba-tiba terpadam sepenuhnya.
srttt…srttt..
bunyi derapan tapak kaki kendengaran menuju ke arah aku.
waktu tu hanya allah je yang tahu bertapa takutnya aku.Air mata mencurah turun tanda ketakutan yang amat sangat.
lepas tu aku tak sedarkan diri…
Aku mendengar suara ibu.Terus aku membuka mata.Aku mengucap dengan mimpi ngeri yang aku hadapi.
aku mimpi sesuatu…tak bukan pasal pintu dan segalanya tu…itu bukan mimpi..itu nyata…
mimpi tu seakan nyata…
aku pendekkan mimpi tu…
seorang perempuan meninggal dalam bilik yang persis bilik Wawa,yang aku tahu perempuan tu bukan orang melayu melalui rupanya.Sebelum tu…perempuan tu ada kasi tahu sorang lelaki berkulit gelap yang dia mengandung,dan lelaki tu tak nak bertanggungjawab…
” Shasha?.” ibu memanggil aku.
aku pandang sekeliling,aku nampak Haris dengan baju yang sama macam semalam,ada seorang lelaki lebih kurang usia 60-an ala-ala ustaz tengah pandang aku.
rupanya Haris bawa aku ke rumah ibu dan dia yang panggilkan ustaz dan ceritakan apa yang dia tahu.
rupanya rumah tu lah rumah yang mak faye katakan…mak faye tak sangka yang rumah kitaorang lah rumah dia tu…sebelum aku kena kacau…Wawa ada cerita yang dia nampak bayangan perempuan lalu depan bilik dia…ada bunyi cakaran dari tingkap.Tapi kami endahkan je dan kata ilusi dia je.Lepastu Dyna pula yang kena,kerusi bergerak lah,suis tv m**i sendiri dan channel tertukar berkali-kali sendiri.Faye pula waktu dia tengah mandi ada orang ketuk berkali-kali pintu bilik air tapi bila buka tak ada siapapun
akhir sekali aku pula yang kena….dan akulah yang paling teruk.Rupanya pada malam tu,Wawa dan Leeya turun pergi mcd yang tak jauh dari sini.Jadi yang aku nampak tu bukan Wawalah.
lebih 1 minggu aku berubat untuk pulihkan semangat.Lepas je kejadian tu aku mudah terkejut dan mula sensitif dengan persekitaran.
Alhamdulillah sekarang kami masing-masing dah ada hidup sendiri,cuma Putri dengan Dyna je yang belum kahwin.Aku pula sekarang tengah mengandung 3 bulan.Suami aku pun salah satu dari semua orang yang ada dalam ni…dapat teka kan?yep Haris lah orangnya.Cakap pasal Haris…rupanya waktu dia usap muka semua tu,dia nampak seorang perempuan tengah berdiri depan pintu bilik wawa dan rumah tu bau busuk macam bangkai.Padahal aku bau semua okey je.Tapi apapun alhamdulillah aku dah tak kena kacau lepastu.Hidup aku bahagia sampai sekarang.Terima kasih.
-TAMAT-
133. REBAH DI PINTU SURAU
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : REBAH DI PINTU SURAU
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940133
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Saya perhatikan keadaan sekitar. Terasa agak sepi sekali, sekali sekala terdengar suara nyanyian reriang mendakap pohon langsat yang di tingkah suara kicau murai,
Matahari terus menyimbah sinarnya kesetiap dedaun, reranting dan permukaan bumi yang terhampar. Dan di bawah kepak matahari yang kian keras itu, serentak datuk dan Pak Habib menarik nafas panjang.
Kemudian mereka saling berpandangan.
“Kerana kejadian ini dalam kawasan saya, biar saya selesaikan, kalau tak langsai barulah sahabat datang membantu.”
“Kalau itu yang dihajati, silakan,” datuk bersuara sambil senyum.
“Saya pergi,” kata Pak Habib.
“Saya doakan berjaya,” sahut datuk.
Dengan tenang dan bersahaja, Pak Habib memulakan langkah menuju ke pintu surau yang tertutup rapat. Dengan tidak semena-mena, Pak Habib berpatah balik mendapatkan datuk. Hati saya segera berdebar.
“Kenapa?”
Terhambur pertanyaan dari dari kelopak bibir datuk.
“Hati terasa berdebar semacam.”
“Tak mengapa, teruskan. Saya ada.”
Datuk menyimbah semangat untuk Pak Habib dan Pak Habib berpatah balik menuju kearah pintu surau yang tertutup rapat.
Memang beralasan, Pak Habib merasai kurang enak atau terasa ada sesuatu yang ganjil. Biasanya pintu surau terbuka bagi sesiapa yang datang untuk membaca al-Quran atau membaca kitab. Melakukan apa saja kegiatan yang ada hubung kaitnya dengan agama.
Buat beberapa ketika, Pak Habib berdiri kaku di depan pintu surau. Sebahagian daripada bangunan surau itu dibina dari simen. Manakala sebahagian lagi dari papan. Pak Habib keberatan untuk mengetuk daun pintu surau. Malah dia tidak terfikir langsung untuk memberikan salam. Fikirannya bercelaru sekali pada saat itu. Sungguh mengejutkan, secara sepontan Pak Habib memusingkan badan, menghadapkan wajahnya ke arah kami sambil melambaikan tangan. Lambaian tangan itu bukan untuk datuk, tidak juga untuk saya. Lambaian tangan itu, milik anak saudaranya, Tajuddin yang berdiri dibelakang datuk.
“Dia panggil kamu, pergi cepat.” Tutur datuk.
Tanpa banyak soal, berlari anak Tajuddin menuju ke arah Pak Habib dan terus berdiri disisi pamannya. Tiada arahan yang dikeluarkan oleh Pak Habib untuk Tajuddin. Dia membiarkan dulu, anak saudaranya memperoleh ketenangan dan keyakinan diri.
“Kamu beri salam.”
Itu arahan Pak Habib untukTajuddin yang dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya dan datuk. Tanpa berlengah walau sedetik pun Tajuddin terus memberi salam dengan nada suara yang cukup lantang sekali. Tiada jawapan yang diterima. Salam segera diulangi untuk kali kedua dan ketiga. Hasilnya tetap sama.
Datuk kelihatan resah sekali . Dalam saat begini, dia merasakan tidak wajar berada jauh dari Pak Habib.
“Mari Tamar.”
Bahu kanan saya segera dicuit dan kaki segera melangkah mengikut datuk menuju ke arah Pak Habib dan Tajuddin yang masih tidak bergerak di depan pintu surau.
“Ada masalah besar ?” Datuk ajukan pertanyaan.
Pak Habib membisu, Tajuddin mengigit bibir. Macam ada sesuatu yang difikirkan oleh Pak Habib dan Tajuddin. Datuk pun segera mengulangi pertanyaan yang sama.
“Sudah diberi salam tiga kali berturut-turut, tak ada jawapan. Peliknya pintu pula dikunci dari dalam,” terdengar suara Pak Habib seperti merungut. Saya hanya mengigit bibir. Turut merasa bimbang denga situasi yang dihadapi.
“Agaknya tak ada orang di dalam,” komen datuk bersahaja.
“Tak munkin tak ada orang di dalam, saya tengok sendiri dia masuk ke dalam masjid, selepas dia mengejar Kamarul dengan parang panjang . Agaknya dia dah bunuh diri,” tekanan nada suara Tajuddin keras sekali.
Semua berada di situ saling berpandangan, Kepala masing-masing terus digayuti dengan seribu persoalan.
Matahari terus bersinar garang. Kicau murai sudah lama berhenti, begitu juga dengan nyanyian reriang. Nasib baik kehadiran dan kegemparan yang dibuat oleh lelaki berambut panjang tidak tersebar merata-rata, sekadar berlegar-legar di kawasan rumah dekat surau sahaja. Dan jumlah orang yang mengetahuinya juga agak terhad.
“Biar saya uruskan,”
Datuk segera melangkah mendekati pintu surau yang bertaut rapat. Salam yang diberi tidak mendapat jawapan. Langkah kedua yang dilaksanakan oleh datuk ialah menolak daun pintu dengan ibu jari kiri. Tiga kali tolak, daun pintu tidak berkuak.
“Dikunci dari dalam,” terhambur kata dari datuk.
Pak Habib anggukkan kepala. Setuju dengan pendapat datuk. Saya sudah mula bosan berdiri di muka pintu surau yang bertutup. Panas pagi yang kian menyengat membuat badan berpeluh dan terasa bergetah.
Tajuddin yang saya duga menghadapi rasa bosan seperti saya kelihatan menarik nafas dan menguap panjang. Kelopak matanya mula berair.
Dalam keadaan yang serba tidak menyenangkan itu, terdengar bunyi sesuatu di dalam surau, Saya dan Tajuddin berpandangan. Pak Habib memberi isyarat supaya kami menumpukan perhatian terhadap bunyi tersebut.
Setelah diamat-amati, saya berpendapat dan yakin bahawa bunyi itu adalah bunyi telapak kaki sesaorang sedang berjalan dalam surau. Saya harap pendapat saya itu tidak jauh berbeza dengan pendapat Pak Habib, datuk dan Tajuddin. Tidak lama berselang suara orang bercakap dalam loghat bahasa yang sukar difahami.
TINGGI
Cuaca panas yang kian meninggi menundang bintik-bintik peluh di hujung hidung. Suara dari dalam surau bertambah kuat. Kepala terasa sakit mendengar kata-kata yang diluahkan.
“Orang itu membaca mentera bercampur dengan bahasa Arab, Melayu dan Jawa Kuno,” cetus Pak Habib.
Datuk tidak memberikan sebarang komentar. Cuma kelopak matanya kelihatan mengecil sementara gigi atas dengan gigi bawah tearus bergeseran yang menghaslkan bunyi seperti batru kerikil berlaga sama sendiri. Tajuddin tunduk merenung tanah. Berusaha mencari akal untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi.
“Sahabat fikirlah sendiri, baik buat sahabat baiklah buat saya,” Pak Habib meletakkan keputusan di tangan datuk.
“Baiklah, kalau itu hajatnya,” pendek datuk menjawab.
Pak Habib dan Tajuddin segera membaeri laluan pada datuk. Satu beban besar yang harus dipikul dan diselesaikan oleh datuk. Kalau terlajak langkah buruk padahnya.
Datuk berdiri tenang dipintu. Macam tadi juga datuk terus menghambur salm sebanyak tiga kali, bersama ketukan di pntu bertubi-tubi. Datuk tidak menerima sebarang reaksi dari dalam surau.
Perlahan-lahan datuk toleh ke arah Pak Habib sambil anggukkan kepala. Dengan pantas Pak Habib membalas anggukkan datuk itu dengan mengangkat tangan kanan separas dada. Ertinya, Pak Habib merestui dengan apa juga keputusan yang bakal diambil oleh datuk.
Tindakan selanjutnya sungguh melucukan, datuk bertindak macam kanak-kanak main tepuk-tepuk pohon. Datuk pula melekapkan telapak tangan kirinya ke atas daun pintu sebelah kanan. Beberapa detik berikutnya daun pintu sebelah kiri terkopak sendiri.
Seorang lelaki, berusia awal tiga puluhan, nerambut panjang berdiri di muka pintu surau dengan sebilah parang panjang di tangan. Hujung parang menikam lantai surau.
“Eh...” kata datuk.
“Eehhh...” jawab lelaki berambut panjang.
Sekujur tubuh datuk ditatap atas bawah. Dia tersengih panjang. Sepasang bibirnya dijuihkan kedepan, macam muncung ikan gelama kehabisan udara. Lelaki itu memperlecehkan datuk.
“Dummmmm......” Satu kejutan, lelaki itu menghempaskan daun pintu sekuatnya. Tubuhnya hilang di balik pintu surau. Lelaki itu mengulangi ungkapan bahasa yang pelik di dalam surau. Kami bertiga menarik nafas panjang. Kekecewaan terbayang di muka Pak Habib.
“Kurang ajar,” Tajuddin melempiaskan kemarahan.
“Sabar,” Pak Habib menenangkan perasaan anak saudaranya.
Datuk pun mengeluarkan arahan, minta kami bertenang. Jangan bertindak terburu-buru. Berkeras kalau lelaki itu bertindak luar batas kemanusiaan. Dalam saat beringat dan berjaga-jaga itu, daun pintu surau bergerak perlahan-lahan.
“Shhhhhh.....” datuk mendekatkan hujung jari telunjuk kebibir , kemudian jari telunjuk dihalakan ke arah daun pintu yang bergerak amat peralahan sekali. Andainya tidak diperhatikan dengan teliti, tidak ada sesiapa yang menyangka daun itu bergerak.
“Lihat....” Bisik datuk.
Serentak kami mengangguk.
“Paaannngggg....” daun pintu terhempas ke jenang. Lelaki berambut panjang berdiri di depan kami, keadaannya sudah jauh berbeza dari tadi. Kalau tadi dia mengenakan pakaian hulubalang, kini keadaan menjadi sebaliknya. Tengkolok ditukar dengan kopiah putih, berlilit kain serban.
Seluar dan baju hulubalang perang, digantikan dengan seluar dan baju labuh, macam pakaian orang Afghanistan lalu dibalut dengan jubah hitam. Ada mata rantai tasbih tersangkut dihujung jari. Wajahnya agak ceria dan memperlihatkan sikap persahabatan. Langkah teratur penuh kesopanan. Pendek kata, wajah amat jauh berbeza dari watak sebelumnya.
“Lakonannya sungguh hebat,” bisik hati saya.
“Cepatnya berubah,” bisik Tajuddin pada saya.
“Diam jangan banyak cakap, tengok dan lihat apa yang mahu dibuatnya.”
Kata-kata itu datuk arahkan untuk Tajuddin dan saya yang suka memberi komen. Ada kalanya, komen yang dikeluarkan tidak kena pada tempat dan waktunya.
“Kamu bertiga datang nak jumpa aku, mahu belajar dari aku. Memang bagus kalau itu hajat hati kamu semua. Aku tengok banyak perkara tidak betul jadi amalan disini.”
Tiba-tiba sahaja lelaki itu bersuara dengan wajah yang serius. Hujung jubahnya digerakkan ke kiri dan ke kanan. Tasbih dihujung jari, turun naik mengikut ferak jarinya.
“Banyak membuat amalan yang tidak betul,” tambahnya.
Muka datuk dan Pak Habib direnung agak lama. Anak matanya bergerak menalanjangi wajah Tajuddin.
“Kamu orang baik kerana membenarkan akududuk disini, tetapi amalan kamu jadi rosak kerana bersubahat dengan orang yang melakukan perbuatan salah,” lelaki itu berhenti bercakap. Anak matanya masih terdampar kewjah Tajuddin.
Datk dan Pak Habib terus membatu, tidak mahu campur dalam urusan tersebut. Tajuddin merasi dirinya kesaorangan. Saya pula tidak mahu menentang biji mata lelaki itu yang say akira ada kuasa untuk melemahkan semangat sesaorang.
“Maafkan aku kerana menghalau orangdengan parang, kamu mahu tahu sebabnya; lelaki itu menyoal Tajuddin. Kerana terdesak dan tidak tahu berbuat apa-apa, Tajuddin terus anggukkan kepala.
“Sebabnya, dia sembahyang lepas waktu subuh, lepas subuh tak ada sembahyang lagi,” kata lelaki itu riang. Cara dia memberi penjelasan kelihatan bergaya sekali. Macam seorang guru agama menerangkan sesuatu pada anak muridnya.
Datk dan Pak Habib terkejut. Dan mula dapat mengesan sesuatu yang kurang dalam diri lelai tersebut.
Tajuddin yang tadi merasa cemas dan tidak tentu arah, bagaikan mendapat semangat baru mendengar perkataan “SESAT”. Tajuddin mengambil keputusan untuk memberkan penjelasan sebenara tentang sembahyang duhar yang mahu dilakukan oleh Kamarul yang diburunya tadi.
MULUT
Ketika Tajuddin mahu membuka mulut, Pak Habib bertindak pantas menahan Tajuddin bercakap. Biarkan dia bercakap, dari situ dapat kita sukat ilmu yang ada dalam dadanya, Dapat kita nilai dirinya dari golongan mana. Itulah yang dibisikkan oleh Pak Habib ke telinga anak saudaranya. Nasihat itu diterima oleh Tajuddin.
BERDIRI
Sudah hampir setengah jam berdiri di pintu surau. Masalah yang kusut masih belum dapat diluruskan. Asal usul lelaki berambut panjang masih belum dapat dikesan. Tujuan dan matlamatnya tumpang berteduh disurau masih belum diketahui. Dalam situasi tanpa hujung membuat perasaan saya jadi resah semacam.
Matahari kian meninggi, bahang panas terasa mengigit setiap inci kulit. Bintik-bintik peluh terus membesar dan kembang lalu mengalir dicerun-cerun pipi. Tiada lagi kicau murai, diganti dengan burung helang sewah terbang rendah bersama suara yang nyaring mengintai anak ayam turun sepuluh bermain di jemuran padi.
“Panas, “rungut saya sendirian.
Serentak dengan itu, lelaki berambut panjang mengubah kedudukan dirinya. Dari berdiri terus duduk bersila di depan pintu surau.
Melihat empat lelaki yang berada di depannya, tidak memberikan sebarang komentar atau menyanggah pendapatnya, dia menduga apa yang diluahkannya dapat diterima oleh Pak Habib dan datuk. Saya dan Tajuddin tidak terkecuali.
“Dunia sudah cukup tua, sudah berjuta tahun tak lama lagi dunia kiamat, sebelum kiamat, sebelum Imam Mahadi datang marilah kita bertaubat, kita pergi ke tempat yang jauh dan sunyi untuk melakukan amal ibadat, di sana tak sembahyang,” lelaki itu memulakan ceramah. Datuk resah sekali.
“Aku nak ajak kamu ikut aku ketempat tersebut, tak payah amalkan rukun Islam yang lima, cukup hanya menyebut Allah saja,” tambahnya sambil merenung ke arah Pak Habib dan datuk yang kelihatan macam orang bodoh.
“Gila,” jerit Tajuddin.
Lelaki berambut panjang terus bingkas bangun, mencapai parang panjang disisinya, bagaikan helang menyambar anak ayam di tepi jemuran dia melompat ke arah Tajuddin dengan parang terhunus di tangan. Keadaan menjadi kelam kabut sekali. Saya segera lari ke bahagian tepi surau ntuk menyelamatkan diri. Rupa-rupanya , Tajuddin berlindung di tempat yang sama.
“Berhenti,”
Suara datuk yang bergema itu membuat lelaki berambut panjang berhenti memburu Tajuddin. Dia mengubah haluan menerpa ke arah datuk. Saat dia menghayunkan parang panjang kebahagian leher datuk, Pak Habib datang dari sebelah kanan.
Dengan satu jentikan dari Pak Habib di pangkal cuping telinga kanan lelaki berambut panjang, seluruh tubuhnya menjadi lemah. Parang ditangan terlepas dan lelaki berambut panjang rebah terkapar dihalaman surau.
-TAMAT-
135. PEMUDA RAMBUT PANJANG
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : PEMUDA RAMBUT PANJANG
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940135
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Dalam pertemuan di ruang tamu itu, datuk menyatakan hasratnya untuk pulang ke tanah semenanjung pada Pak Habib. Buat seketika, Pak Habib atau Syed Hamid Al-Hadad, tidak memberikan sebarang komentar. Dia tenang dan kelihatan bersahaja.
“Tak boleh tunggu, dua tiga hari lagi?”
Satu pertanyaan dari Pak Habib yang saya kira cukup berat untuk dijawab oleh datuk.
Angin yang masuk menerusi jendela memberikan kesegaran pada saya. Mungkin juga untuk datuk dan Pak Habib. Terdengar kokok ayam dan kicau murai dihujung ranting.
“Rasanya tak perlu,” jawab datuk.
“Maksud sahabat?”
Anak mata Pak Habib menyorot wajah datuk. Saya lihat datuk terpampan. Ekor mata kanannya mengecil, mencari alasan untuk membalas pertanyaan Pak Habib. Hampir sepuluh saat suasana di ruang tamu terasa sepi.
“Saya rasa semuanya sudah selesai. Hajat sahabat sudah saya tunaikan. Orang bertiga sudah balik, sudah bekerja dengan sahabat, malahan tekun belajar agama. Jadi apa perlunya saya di sini,” tutur datuk tenang.
“Kalau, saya katakan, saya memerlukan khidmat sahabat bagaimana?” Pak Habib senyum.
“Ini yang sulitnya,” datuk mengeluh.
“Tak sulit, asalkan sahabat mahu ikut cakap saya,”
“Itu paksaan secara terhormat namanya,” sanggah datuk.
Dua sahabat itu ketawa terkikih. Masing-masing bertindak bijak untuk ‘memerangkap’ antara satu sama lain secara diplomasi. Saya tersenyum. Angin terus masuk ke ruang tamu. Sayup-sayup terdengar bunyi lesung orang menumbuk padi.
“Begini saja, saya mahu berterus terang dengan sahabat. Ikut saya ke Jawa,”
“Haaa.......,” mulut datuk melopong.
“Tak susahkan diri sahabat, mungkin menguntungkan,’ nada suara Pak Habib lembut. Mulut datuk yang terlopong kembali bertaut. Tetapi, sepasang keningnya yang berbulu lebat, kelihatan seakan-akan terangkat seketika. Macam ada sesuatu yang bermain dalam kepalanya.
DOA
Hati kecil saya terus berbunga dengan doa. Semuga datuk akan memenuhi permintaan Pak Habib. Kembara di bumi rumpun Melayu atau lebih tepatnya seluruh Nusantara memang menjadi minat saya. Bukankah rumpun Melayu itu besar dan luas, budaya adatnya tidak jauh berbeza. Saya membina angan-angan dalam kepala.
“Jawa tu luas sahabat, tempat sebenarnya di mana?” datuk angkat kepala. Tentang biji mata Pak Habib.
“Tanah Abang,” suara Pak Habib yakin.
“Tanah Abang,” ulang datuk sedikit sangsi.
“Iya, Tanah Abang, Jakarta.”
“Hummmm?” keluh datuk.
“Bagaimana? Jadi.” Pak Habib minta kepastian.
Tiada jawapan pasti dari datuk, saya mula resah sendirian. Harapan untuk melihat tempat pendekar si Pitung menjadi samar.
“Bagaimana kalau lain kali saja sahabat?”
“Lain kali tu, boleh jadi tak pergi langsung. Bila sahabat balik ke tanah semenanjung. Entah bila pula kemari. Barangkali boleh jadi tak datang langsung,” Pak Habib menggaru hujung kening.
“Susah, saya benar-benar susah,” datuk mengeluh.
“Apa yang sahabat susahkan.”
“Saya dah berjanji dengan kapten kapal dagang yang mahu ke Pulau Pinang tengahari esok. Orang yang menguruskan hal ini, Tajuddin anak saudara sahabat. Berat rasa hati nak membatalkannya,” wajah datuk nampak sugul.
“Jangan bersusah hati, biar saya uruskan hal ini.”
“Tapi........,”
“Saya faham, sahabat segan dengan Tajuddin. Kapal yang mahu sahabat tumpang tu, kapal saya. Kenapa sahabat berahsia dari saya,” amat bersahaja Pak Habib mengungkap kata-kata.
“Bukan berahsia, tetapi tidak mahu menyusahkan Habib,” Pak Habib pun menghadiahkan senyum sinis untuk datuk yang tersipu malu.
“Tunggu sebentar,” tiba-tiba saja Pak Habib berkata demikian pada saya dan datuk. Pasti saya merasa ganjil dengan perbuatannya. Kemudian Pak Habib tergesa-gesa masuk ke bahagian ruang tengah rumah. Terdengar Pak Habib bercakap dengan seseorang. Kurang jelas apa yang diperkatakannya dengan orang tersebut.
GABUNG
Pak Habib kembali ke ruang tamu bergabung dengan kami. Topik perbincangan tidak lagi berkisar pada persoalan pergi ke tanah Jawa. Walaupun datuk belum memberikan kata putus sama ada pergi atau sebaliknya. Perkara itu terus tergantung begitu saja.
Mendengar datuk dan Pak Habib membahasakan hal-hal yang ada sangkut paut dengan agama, memang tidak menarik minat saya.
Kerancakan perbahasan datuk dengan Pak Habib terganggu oleh suara orang memberi salam di luar. Setelah menjawab dengan lantang. Pak Habib mempersilakan si pemberi salam naik ke rumah. Orangnya memang saya kenali, Tajuddin anak saudara Pak Habib.
“Panggil saya?” itulah yang diajukan oleh Tajuddin sebaik saja merenung muka Pak Habib. Saya jeling datuk yang sedang merenung ke arah Tajuddin. Langsir tingkap bergerak lemah disentuh bayu. Kerana jawapan dari pertanyaan yang diajukan oleh Tajuddin lambat dijawab oleh Pak Habib menyebabkan Tajuddin resah, merasakan dirinya berdiri dalam keadaan yang serba tidak kena.
“Memang aku panggil kamu.”
Tajuddin menarik nafas panjang. Lega hatinya mendengar jawapan itu. Wajahnya nampak riang.
“Beritahu kapten Nasir orang ini tak jadi balik ke Pulau Pinang, pastikan barang dagang yang dibawanya ikut peraturan, jangan bawa benda salah,” tambah Pak Habib.
“Saya faham. Maafkan saya kerana membenarkan Nasir membawa orang ini ke Pulau Pinang,” Tajuddin renung muka saya dan datuk. Pak Habib mendengar dengan teliti sekali.
“Kesilapan saya kerana tak memberitahu Pak ayah,” samung Tajuddin wajahnya nampak sedikit cemas.
“Sudahlah, tu. Lain kali jangan main pandai sendiri.”
“Maaf, saya pergi.”
“Silakan.”
Tajuddin bersalaman dengan Pak Habib. Kemudian bersalam dengan datuk dan saya. Ketika bersalaman itulah Tajuddin sempat menepuk bahu saya seraya berkata: “Kamu kena duduk lama di sini”.
Saya balas dengan senyuman yang panjang. Penuh tanda tanya dan seribu makna. Ruang tamu yang luas kembali dikuasai oleh kami bertiga. Angin semakin rancak masuk ke ruang tamu lalu menyapa wajah tiga manusia.
“Bagaimana sekarang?” Tiba-tiba Pak Habib bersuara.
“Maksudnya,” soal datuk kembali.
“Maksudnya amat mudah, keputusan ditangan sahabat. Tugas saya sudah selesai. Kapten kapal dah tahu sahabat tak jadi menumpang ke Pulau Pinang,” dalam senyum dan tenang Pak Habib melafazkan kata.
SENYUM
Datuk renung ke arah saya bersama segaris senyum.
“Jawapannya,” datuk ketawa kecil, “sahabat sudah tahu. Bak kata orang sudah terang, bersuluh lagi. Menyeberang dengan perahu, bila perahu tak ada duduklah ditebing. Itulah ibarat diri ini.”
“Jadi sahabat setuju ke Tanah Abang,” riang sekali suara Pak Habib. Dia ketawa puas. Wajahnya ceria sekali.
“Apa lagi mahu dikata, sebagai tetamu ikut saja cakap sahabat,” datuk mengalah sambil memperkemaskan silanya.
“Niat saya baik, mahu memperkenalkan sahabat dengan keturunan pendekar Tanah Abang. Barangkali ada ilmu yang baik untuk diambil. Ilmu yang buruk ditinggalkan,” Pak Habib berhenti bercakap seketika.
“Ilmu yang baik itu boleh diambil dan dikembangkan di tempat sendiri,” sambung Pak Habib. Datuk terlalu lambat memberikan tindak balas. Entah mengapa saya pula yang berdebar cemas.
“Dengan keturunan siapa sahabat mahu memperkenalkan saya?” Satu pertanyaan yang cukup positif dari datuk.
“Dengan keturunan Si Pitung, Si Jampang Macan Kamayuran, mereka ini dinaggap jagoan Tanah Abang yang menentang Belanda. Mereka membela rakyat yang tertindas. Mesti ada petua langkah. Ilmu-ilmi lama yang ditinggalkan pada keturunannya. Apa salahnya kita memetik yang baik dari ilmu itu,” pendapat dan jawapan dari Pak Habib yang positif dan berkeyakinan.
TUA
Saya kira, sebagai orang tua yang tidak pernah putus-putus mencari dan menuntut ilmu dunia atau akhirat, datuk pasti tidak menolak tawaran yang dikemukakan oleh Pak Habib. Malah saya kira dautk tetap berminat dan tidak menolak peluang tersebut.
“Bila nak pergi, kalau lambat sangat, saya kurang seronok,” bersahaja datuk bertanya. Pak Habib sandarkan badan ke dinding. Sepasang matanya merenung awan gemawan yang bergerak lemah menerusi jendela yang terdedah. Kerut keningnya menandakan Pak Habib sedang memikirkan sesuatu.
Kemudian lelaki berdah Arab-Melayu menarik nafas panjang. Air mukanya kelihatan cerah sekali.
“Hari ni, hari Isnin, besok Selasa, kemudian Rabu. Saya cadangkan pagi Khamis kita berangkat ke sana. Jadi pada malam Jumaat kita berjemaah di Masjid Al-Makmur, tidak berapa jauh dari pasar Tanah Abang, salah satu masjid tertua di Jakarta. Berjemaah malam Jumaat di masjid lama, kata orang dapat berkat,” suara Pak Habib lemah membayangkan kebimbangan kalau-kalau datuk menolak cadangannya.
Tiada komentar dari datuk. Kepalanya diangkat sedikit merenung lelangit ruang tamu. Bagaikan mencongak sesuatu dan perlahan-lahan anggukkan kepala. Wajah bimbang Pak Habib kembali cerah.
“Boleh,” jawab datuk penuh yakin.
“Bagus,” Pak Habib tegakkan badannya kembali.
“Jadi sementara menanti hari Khamis, saya terpaksa bergaul dengan ketiga-tiga manusia itu, mengajar mereka petua-petua bagaimana nak kusyuk sembahyang, selain dari menanamkan semangat tauhid dalam dada mereka,” datuk mengeliat.
“Memang itulah yang diharapkan dari sahabat, ketiga-tiga manusia yang menawan kita dulu, amat serasi dan menghormati sahabat. Kesempatan itu mesti digunakan dengan sebaik mungkin, lagi pun orang-orang di sini terlalu menghormati orang luar yang berilmu (agama) dari orang tempatan,” satu pengakuan yang ikhlas dari Pak Habib.
“Barangkali perkara ini berlaku secara kebetulan,” datuk cuba membunuh rasa kecewa di hati Pak Habib.
“Saya tahu, ini satu fenomena biasa, berlaku di mana-mana dalam apa jenis masyarakat pun, lebih mementingkan dan memandang mulia orang luar dari orang dalam,” Pak Habib meluahkan pendapatnya. Ternyata datuk setuju dengan pendapat tersebut.
BERGERAK
Menjelang keberangkatan ke Tanah Abang (hari Khamis) datuk cukup sibuk sekali. Dia bagaikan tidak ada masa, (mungkin terlupa) terucap. Biasanya nama nenek disebut oleh datuk setelah melakukan solat Tahajud atau ketika selesai mengerjakan solat Asar.
Harapan Pak Habib memang dilaksanakan oleh datuk dengan sebaik mungkin. Setiap masa (selepas waktu kerja) datuk mendampingi ketiga-tiga manusia laknat yang sudah insaf. Mereka sentiasa diingatkan bila melakukan sesuatu harus ikhlas dan mencari sumber rezeki dari sumber yang halal.
Bila bekerja dengan orang (makan gaji) mesti ikhlas menjalankan tugas, ikut peraturan Islam. Jangan sekali-kali curi tulang tanpa sebab-sebab yang kukuh. Bila kerja tidak ikhlas, gaji yang diperolehi tidak berkat. Sentiasa tidak cukup, sentiasa terhimpit.
Datuk juga memberitahu mereka, setiap gerak dan nafas kita adalah milik Allah. Jadi Allah harus lekat dikalbu. Setiap kali bergerak atau melakukan sesuatu sama ada berjaya atau gagal, mesti diucapkan doa kesyukuran pada Allah. Setiap doa yang dihembus adalah doa kesyukuran pada Allah.
Datuk meyakinkan mereka menanamkan semangat cinta agama dengan dalil dan petunjuk yang mudah. Sesuai dengan latar belakang kehidupan dari mana mereka datang. Begitu juga dengan pendidikan yang mereka perolehi.
Mereka tidak disuruh menjadi Islam yang fanatik. Secara perlahan-lahan dan teratur, datuk menyuruh mereka menjadi seorang Islam yang progresif sesuai dengan perkembangan arus kemajuan ketika itu. Mereka disuruh melihat dunia luar secara terbuka dan luas.
Mereka disuruh banyak membaca buku-buku pengetahuan yang ada hubungkaitnya dengan ilmu bintang, sains dan kedoktoran, tak kira buku ditulis dalam bahasa apa, pokoknya mereka boleh membaca, asalkan tidak lari dari asas Islam. Bila perkara yang sama diasak setiap hari oleh datuk, maka cara berfikir mereka mula terbuka. Mereka benar-benar melupakan dunia hitam yang pernah mereka lalui.
GEMPAR
Pada hari Rabu, kira-kira jam sepuluh pagi, berlaku kegemparan tidak jauh dari kawasan surau. Seorang lelaki yang sejak dua hari lalu (Isnin dan Selasa) menumpang di surau atas keizinan keluarga Pak Habib melakukan sesuatu yang diluar dugaan.
Keizinan menginap di surau keluarga Pak Habib dibenarkan oleh Pak Habib, kerana lelaki yang berambut panjang, mendakwa dirinya dari Binjai menyatakan dia mahu melakukan amal ibadah di surau tersebut dalam waktu beberapa hari.
Dia juga memberitahu yang dirinya dalam perjalanan ke Padang Panjang untuk menuntut ilmu agama. Atas alasan itu, permintaannya diperkenankn oleh Pak Habib.
Memang ternyata lelaki berambut panjang itu mengkotakan apa yang dikatanya. Hasil intipan para tetangga membuktikan yang kebanyakkan masa lelaki berambut panjang itu dihabiskan dengan membaca kitab-kitab yang dibawanya. Tidak seorang ahli qariah yang tahu jenis kitab yang dibacanya kerana perkara itu amat dirahsiakannya.
“Lelaki itu gila, kita dah silap membenarkan dia tinggal di surau,” kata Tajuddin pada Pak Habib yang datang ke surah setelah diberitahu apa yang terjadi. Pak Habib datang bersama datuk.
“Apa yang dibuatnya?” Tanya Pak Habib.
“Dia mahu membakar surau dan mahu membunuh siapa saja yang menghalang. Dia bawa parang panjang,” jelas Tajuddin pada pamannya.
“Sekarang dia berada di mana?” Soal Pak Habib lagi.
“Ada dalam surau.”
“Habis macamana, kamu kata dia mengamuk,” datuk pula menyoal.
“Tadi, semasa Kamarul mahu sembahyang Dhoha di surau dilarangnya. Dia beritahu Kamarul tak ada sembahyang selepas sembahyang subuh. Kamarul cuba terangkan kedudukan sebenar. Dia tak mahu terima. Kamarul dihalau, dikejarnya dengan parang panjang,” terang Tajuddin.
-TAMAT-
136. BILIK NO. 4
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : BILIK NO. 4
KARYA : LARRY
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940136
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Hai. Selamat malam semua. Kali ini saya akan berkongsi cerita di group ini. Cerita seram. And hopefully you all enjoy ok.
Beberapa tahun yang lepas. Saya di arahkan oleh bos. Untuk memantau kerja kerja penyediaan majlis di pekan Nabawan. Sebuah pekan kecil yang jauh ke pedalaman Sabah. Makanya saya kena berkampung 2 hari sebelum majlis demi memastikan, khemah, kerusi, stage, audio system berjalan dan berfungsi dengan baik. Kali ini tetamu yang datang ialah ketua menteri. Dan saya di lantik sebagai protokol majilis.
Pekan Nabawan cuma ada satu motel, pada masa itu. Sekarang saya dengar. Suda ada orang persendirian membuka motel mereka masing masing berbentuk homestay. Ada juga family saya sini. Tapi saya lebih suka kan privasi sebenarnya, sebab itu memang skill saya. Ketenangan melakukan kerja.
Saya adalah bekas setiausaha kerja kepada bos saya. Dulu dia adalah timbalan speaker DUN Sabah. Dia pencen. Saya ikut pencen lah. Hahaha..... Saya dan bos amat rapat sekali. Ke mana dia pergi saya akan pergi. Kali ini bos arahkan saya ke Nabawan. Mengatur majilis dan segalanya sebelum CM Sabah tiba merasmikan majlis bersama rakyat jelata.
Jadi tinggalkan cerita lama ini sebentar. Terus ke kisah saya sebuah cerita seram based on true story lagi. . Terima kasih atas sokongan kalian kerana like cerita saya. Semakin bersemangat saya menulis dan berkongsi. Kerana dulu semasa kolej saya ambik bidang kewartawanan juga. So sudah lama tidak melakukan kerja kerja penulisan.
Kawan saya, memujuk saya tidur di rumahnya saja. Saya menolak dengan baik kerana saya mahu selesaikan tugasan menggunakan laptop malam ini juga. Bukan maksud saya menolak jemputannya. Imgine dia ada ramai anak. Nanti terganggu lah tugasan saya dalam menaip report dan atur cara majilis yang mendesak ini. Hehehe.....
Saya parking kereta dan masuk di ruangan motel. Motel ini tidak popular sebenarnya. Kerana berada di atas bukit yang penuh pokok pokok kayu besar. Sebelum berjalan ke kaunter. Saya melihat cuma ada 4 bilik saja. Ada tertulis di situ Bilik 1 dan sekian sekian. Biliknya melekat antara satu sama lain. Dan of course pemandangan yang indah ialah bilik terakhir paling hujung bernombor 4. Bilik ini ada kaki lima. Dan satu satunya bilik yang ada TV. Dan kaki lima yang boleh duduk di luar menulis cerpen inspirasi. Saya perhati bilik itu. Dan saya katakan. Wow, saya akan tidur di bilik ini malam ini dan esok.
Pekan Nabawan adalah pekan kecil. So, destinasi pelancongan sini kurang. Kalau mahu melancong silakan ke sepulut. Nabawan tidak banyak untuk paparan pelancongan. Tapi majilis ini akan di buat di Nabawan. Malam itu selepas balik dari kampung di mana majilis bakal di raihkan, saya terus balik ke bilik motel saya. Saya duduk buka laptop dan pasang TV. Amat sunyi sekali sampai kan saya dengar bunyi cengkerik bermain biola di luar bilik. Hehehe...
Belum ada apa apa kejadian luarbiasa. Dan telefon saya berbunyi. Rupanya seorang sahabat saya dari kg 4 telefon. Dia cakap bilik kau ada aircond ka? Saya jawab ya. Kemudian dia cakap. Boleh kah saya pergi tidur sana ini malam? Saya cakap well... Why not? Datanglah... Saya suka juga ada teman saya cakap.
Dia datang sejam kemudian. Naik menunggang motor kapchai. Ini sahabat saya. Kalau di ibukota kami selalu bertemu kerana dia akan datang untuk hantar report ke HQ parti.
Kami bersembang sambil dia menonton TV. Dia cakap bilik ne sejuk. Kepanasan saya di rumah tiada letrik (api) katanya. Kemudian dia layan diri dia. Saya buat kerja dalam laptop.
Saya tengok jam sudah pukul 11 malam. Tugasan sudah siap dan hanya perlu di perkemaskan saja. Malam ini malam jumaat. Dan hari Sabtu ini big boss akan tiba. Saya mengantuk sekali dan naik ke atas katil saya. Menarik selimut tebal yang empuk sekali dan tertidur. Tiba-tiba saya terkejut kerana mendengar seperti ada bunyi jatuh seperti melompat di kaki lima. Oleh kerana hujan. Saya memerhati saja dari ketil ke arah kaki lima motel. Namun tiada manusia di kaki lima bilik saya. Sebab boleh nampak itu bayang bayang orang. Bilik motel saya berlangsir dua lapis. Saya tidak tutup keduanya. Saya tutup cadar putih. Yang cadar coklat tebal saya buka. So, kita boleh tahu siapa di kaki lima.
Saya sambung balik tidur dan berbaring menghendap ke katil sebelah tempat kawan saya tidur. Saya perhati dia, yang Khusyuk tertidur di buai aircond dengan bunyi bunyian yang bermacam rentak. .
Than it happens. Saya terbangun jam 12 malam kerana terganggu dengan bunyi bunyi cakaran di bilik sebelah. Cakaran itu kiri dan kanan. Oleh kerana saya paling hujung. So, saya juga dengar bunyi dari bilik no 3 yang bercantum dengan bilik saya di cakar cakar. Bunyinya seperti kucing mencakar cakar dinding bilik. Belum lg saya suspen apa-apa ini. Tiba tiba, saya terdidengar dari luar bilik. Satu cakaran kuku berjari lima dari atas bumbung turun sampai ke bawah. May god. Sudah tentu saya berfikir ini pontianak ka atau manusia ini?. Tinggi pulak ini orang boleh buat cakaran epik dari atas ke bawah. Siling bilik motel ini tinggi. Bumbungnya tinggi. Dan bilik ini master room. Cuma tandas nya kena turun lagi ikut anak tangga. Dan bilik motel saya punya kolong di bawahnya.
Pada mulanya saya diam dan memerhatikan saja. Saya rasa lain lain sudah ini. Tapi belum sampai ke tahap ketakutan. Cuma panik dan jantung berdegup kencang. Dup dap, dup dap. .
Dan kali ini semakin teruk. Lantai bilik saya kena ketuk ketuk pulak. Di ketuk dari bawah kerap kali. Kerana seperti saya katakan bilik motel ini fesyennya ada tiang kaki. Kali ini sahabat saya terbangun. Saat itu juga. Kami dengar dinding kena cakar. Bawah lantai mengetuk-getuk. Jam sudah 1 pagi. Hujan perlahan saja tidak kuat. Kawan saya bangun dan cakap kuat. Siapa tu ah!!!
Kami berdua bangun dan bergegas keluar ke kaki lima. Tapi tak ada orang. Kemudian kami bergegas ke luar bilik dan kawan saya suluhkan ke kolong bawah motel kami. Mungkin ada orang sudah mempermainkan kami. Tapi tak ada orang juga.
Tapi di bawah kolong bilik motel saya, penuh dengan busut anai anai. Kawan saya cakap lock pintu. Kita pergi kaunter tanya dia cakap. Kami ke kaunter dan bertanya kalau kalau tuan penjaga motel boleh periksa. Tapi malangnya kaunter tutup dan sebuah kertas di tulis.
PERHATIAN. TUAN MOTEL BALIK RUMAH. MASA BUSINESS 7am-7pm SAHAJA. SILA CALL NO INI XXX - XXXXXXXXX. JIKA PERLU APA APA.
Ya Tuhan. Rupanya motel ini tak ada orang. Cuma kami berdua saja. Dan anjing penjaga motel ini sudah cabut entah ke mana. Saya pusing dan kawan saya cakap. Ayuhlah tidur di rumah saya. Saya kemas barang. Kunci bilik dan start kereta. Kawan saya tidak naik motor dia. Dia tumpang saya. Kami diam saja.
Esok pagi. Saya balik ke motel. Dan kemaskan barang. Saya tunggu tuan motel dan check out pagi tu juga. Bilik no 4 ini ada gangguan. Saya berfikir hantu saya tidak takut. Tapi manalah tahu jika ianya perbuatan orang jahat yang cuba menganiaya saya atau merompak saya. Bilik motel ini murah betul. Harganya cuma rm20 saja walau pun kemudahan nya tip top.
Di kemudian hari. Saya mendapat tahu dari sahabat saya. Bahawa bilik no 4 itu berhantu. Sebulan sebelum kejadian. Seorang lagi sahabat saya di ganggu benda yang sama. Tapi mereka berempat. Dan mereka sempat tersuluh manusia hitam bermata merah di bawah bilik kolong yang sama sebelum cabut lari lintang Pukang.
Sejak itu. Saya tidak masuk menginap mana mana bilik hotel bernombor 4. Saya sanggup bayar lebih jika ada bilik lain yang mahal sikit asalkan bukan bilik no 4.
Saya di fahamkan bilik ini berhantu sebab itu tidak ada orang mahu menginap di dalamnya. Penghuninya akan di ganggu hebat. Dan sampai sampai ada orang melihat kewujudan lembaga hitam bermata merah.
Syukurkah dengan tindakan cepat, kami keluar dari bilik itu sebelum menjadi mangsa mainan makhluk halus yang jahat. Ada banyak lagi kisah pasal ini bilik no 4 di mana ada orang mendakwa.... Tempat ini seperti tidak pernah wujud sama sekali.
-TAMAT-
137. BAWA JENAZAH BALIK
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : BAWA JENAZAH BALIK
KARYA : LARRY
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940137
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Ada satu pengalaman seram dan nyilu saya akan kejadian yang pernah berlaku lewat 90-an. Kenapa seram? Yalah dah lah berdua bawa balik dengan van. Lepas tu bila kena main. Rasa nyilu seperti di dalam kita di tusuk tusuk dengan benda keras. Di ulu hati.
Jarak Keningau ke kota Kinabalu Sabah ialah 168km. Dan jarak ini dahulunya akan memakan masa 2 jam lebih kalau ikut laluan lama kk-tambunan-keningau. Ya saya orang Keningau. Ini bukan perkerjaan saya. Saya cuma bersahabat akrab dengan anak Taukey keranda dan pengurusan jenazah mayat (non Muslim) sahaja. Alkisah cerita. Bapak kepada kawan saya ini. Suda berkecimpung dengan bisnes pengurusan jenazah ini lebih 30 tahun. Dan namanya saya tidak akan ungkap. Sebab mereka memang masyhur anak beranak kerana mereka lah satu satunya yang menjalankan perkerjaan ini sebagai mata pencarian keluarga mereka. Taukey yang baik hati ini. Bahkan boleh melakukan post Mortem di bilik mayat jika di arahkan polis untuk kes kes jenayah berat.
Satu hari mereka dapat panggilan telefon untuk membawa jenazah balik meninggal dari hospital besar kota Kinabalu (Queen) ke Keningau. (Bandar kami). Untuk sampai ke Keningau. Perjalanan nya perlu merentasi gunung-ganang. Sebab permukaan di bandar kami adalah di pergunungan dan dahulunya sebuah hutan belantara yang maha kaya dengan flora dan fauna. Saya meminta izin untuk ikut. Dan bapak kawan saya izinkan. Kerana saya juga mahu jalan-jalan sambil mencari pengalaman baru. Memang tabiat semulajadi saya merantau, melancong dan mengembara. Sebab itu sampai skrg jika bukan2 gara-gara Corona virus. Saya sudah ke Perth Australia melancong. Makanya kami bertiga dengan van khas menuju ke ibukota Sabah.
Kami bertolak jam 2 petang ke kota Kinabalu Sabah. Dan sampai dekat dekat jam 4 lebih petang. Masa sampai di kota Kinabalu atau short form popular dia KK. Bandar KK sudah hujan lebat. Langit gelap. Kami tunggu lebih kurang 3 jam lebih lagi untuk proses sijil mati. Post mortem. Dan pemakaian baju jenazah. Perempuan muda ini meninggal kerana kanser. Dia ada 4 orang anak. Dan suaminya sugul sudah puas menangis. Setelah urusan sembahyang ringkas di ucapkan. Maka kami mengangkat keranda itu naik ke atas van. Keluarga si mati memandu kereta lain. Kami bertiga. Oppsss berempat included jenazah.
Saya duduk di hadapan van. Taukey bawa kereta. Anaknya di belakang kami. Ada kerusi special di sana. Kami bersembang sembang menghilangkan kebosanan. Sambil Taukey bergerak sederhana laju menuju ke Penampang sebelum van meluncur laju ke Tambunan. Belum ada apa apa lagi masa ini. Van in good condition. Masih baru. Dan tiada kerosakan. Segalanya well function sampailah kami ke gunung emas.
Dalam perjalanan mendaki gunung-ganang yang tinggi. Dan malam berlabuh pekat. Memang saya akui rasa seram sekali. Apatah lagi ketika membawa mayat jenazah manusia. Kesian mendiang ini. Sudah lama dia berjuang melawan breast cancer dia. Akhirnya ajal datang menjemput.
Sebelum tiba di gunung emas. Kami perasaan sekali yang van jenazah menjadi berat sekali. Bas ini masih baru. Buka plastik. Masakan sudah ada masalah engine nya?. Masa ini kabus mula datang. dan tiada kereta mengekori kami dari belakang. Jam sudah dekat 9 malam. Kami tidak boleh rush kerana kami membawa orang mati. (Perlu hormat). Tapi bas suda semakin perlahan. Di sinilah saya rasakan betapa nyilu sekali. Seram. Takut dan yalah macam itu ulu hati di cocok cocok dari dalam. Hehe....
Bila satu corner. Tiba tiba kereta itu mati sendirinya. Nah. Pak. Si Taukey hempas tangannya ke atas stering van. Saya tengok si Taukey mulutnya terkumat kamit macam membaca mantera. Dan anaknya juga demikian. Anak nya rapat ke telinga saya dan berbisik. Kita sudah kena main. Awak sembahyang agama awak. Lepas tu seluruh bulu roma di badan saya meremang. Entah mungkin kecut dan gopoh saya tidak tahu apa suda doa yang keluar dari mulut saya. Lepas Taukey berdoa. Dia cuba start engine kereta. Tapi engine tetap tidak mahu hidup. Kali ini Taukey terus turun. Dan dengan laju dia pusing seluruh van kereta sambil hempas hempas tangan nya di dinding van. Dia cakap sambil hentak hentak tangan di badan van...
"Hai kamu makhluk ghaib yang tidak kelihatan. Aku minta maaf. Aku minta maaf. Aku di beri mandat menjaga tubuh dan raga si mati. Aku minta maaf. Aku minta maaf. Tolonglah kasihanilah si mati. Selama hidup dia. Dia sudah menderita. Jangan pulak selama dia sudah pergi. Kamu datang lagi menganggu dia"
Si angkol taukey yang berpengalaman 30 tahun ini terus mumbling. (Bercakap cakap). Dia terus menghentak hentak tangannya dan naik van, dan langsung start engine van terus HIDUP!!!!!!.
saya tidak berani bersuara. Bahkan terus terdiam lemas. Kerana mengalami kejadian luarbiasa aneh ini. Van terus hidup dan lancar perjalanan kami balik ke Keningau. Setelah menurunkan si jenazah di rumah keluarganya kami balik dan Taukey suruh saya langkah api dahulu sebelum masuk tidur. Sebab takut takut kalau semangat jahat mengekori kami balik. Dia suruh kami mandi daun limau dan buah limau. Lepas makan saya terus tidur di bilik anaknya (kawan sekolah) saya itu.
Keesokkan paginya. Si uncle Taukey baru menceritakan kejadian sebenar. Dia cakap. Masa belok corner naik ke gunung. Dia nampak van jenazah di ekori 2 lembaga hitam. Mereka duduk di atas atap. Dan bila sampai ke corner tempat kami berhenti semalam. Semangat itu bercadang mahu melapah tubuh jenazah dengan lidah panjang mereka. Saya cakap dengan angkol. Makhluk tu apa? Dia cakap itu iblis. Penunggu yang ada di corner gunung emas. Lazimnya ia suka muncul kalau ia terbau mayat manusia. Mereka akan makan daging mayat itu supaya kekal berkuasa. Itu semangat jahat. Semalam masa halau saya ada baca mentera pendinding. Mereka cabut kepanasan katanya.
Terdiam saya melihat angkol. Dia cakap. Setiap kali manusia mati. Mesti ada seseorang di sisinya. Kalau tidak ada semangat jahat datang dan menjilatnya dengan lidah panjang. Sebab itu kesukaan mereka.
Si angkol adalah penganut Buddhist yang taat. Dan walau pun sudah kaya raya dengan perniagaan ini. Tetap merendah diri dan tidak berlagak.
Ini perkongsian saya bukan rekaan.
-TAMAT-
138. HANTU HOSTEL
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : HANTU HOSTEL
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940138
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Aku bljar dkt sbuah unvrsty swasta dkt pulau pinang,, aku asal dri Perlis, mcm biasa, klaw hujung mnggu je, lps hbis klas hari jumaat, aku trus pecut balik perlis, brpa jam lah sgt, dri penang nk ke perlis kn. . lbh kurg dua jam mcm tu, mmg aku lbh suka spend time dgn family, brbndg join member2 aku lepak kt queensbay or sunway... smpaikn dia org ckp aku ktak bwh tmpurg , kdg2 aku blas je.. aku nie ktak dalam gelas.. x main lah bwh2 tmpurng nie..
satu mggu sblm tu, member dpn rumah aku histeria, aku x knal sgt, dgr kata student medic, mlm2 dia mnjrit2 smpai security dtg bwk dia ke mna ntah lah.. pastu kita org x ambik pot dh.. keesokkannya hari sbtu, d sbbkn exam is coming soon, so mmg ad extra class lah, makanya, aku pn xdpt lh nk balik kg mcm hjng mnggu sblm2 nie..mcm x brbaloi je nk hbiskn mnyk krta aku balik kg untk cuti shri je, so aku decide, stay kt hostel ngn member2 aku je.., tggal kmi tga org je lah, budk2 nursing, housemate aku yg lain student physio, smua balik cuti.
so... mcm biasa, pgi tu, aku ngn housemate aku 2 org, sorg Farah n sorg lagi Shud, si Farah,nie satu blik dgn aku, yg si Shud plk bilik sbelah, kmi siap2 nk prgi class mcm biasa, dekt class, xde prkra pelik yg brlaku, just member aku si Farah nie ckp dia xsedp bdn n rse mcm xbrpa nk siht, muka dia pucat teruk kot, skli tu dia prgi tndas... lps balik dri tndas je, aku tgok dia, srbut truk, tudung senget benget dh, lipstic hbis dh.. xde brjambu dh bibir dia, dia dh la kulit cerah, mmg aku nmpk ketara yg muka dia pucat sgt, dia ckp dia rse mcm ad bnda ikut dia, aku ngn shud diam je.. bt relax.. tenang kn dia.. kta org ckp, mgkin sbb dia x sht dia rse mcm tu.. dia pn ok lps tu.. mgkin dia pn mls lyn persaan sgt..
hujg mnggu je, hostel mmg akn sunyi, smua balik brcuti, kiri kanan rumah mmg xde lah member2, hbis class pkul 2ptg, smpai rumah, mcm biasa lah.. shud mndi kt tndas blkg, aku ngn farah duduk master room, so ad toilet kt dlm blik, farah mndi dlu.. aku pn kms2 lh katil aku.. plan lps mndi nk tdo.. farah siap mndi, aku pn lgkah msuk toilet n mndi, siap mndi.. aku tgok farah dh tdo dh.. aku thu dia tgh ABC ( Allah bagi cuti) so aku solat dlu, than aku pn nk ke alam mimpi jgk lah..
bilik aku ad dua buah katil, ktil jenis dua tgkat tu.. farah tdo kt katil yg brtntang dgn pntu tnds, dia tdo ktil atas.. aku plk tdo dekt ktil yg brtntg dgn tingkap bilik, aku katil bawah, so mse nk tdo.. aku suka bukak tgkp, kdg2 kalaw member2 aku yg nakal ckt tu, dari luar dia org blh hulur kpla, xpun kaki aku je yg mghukur ke tgkp..
. rndh je tgkp tu.. sliding window.. aku selimut.. pntg untk aku slimut walaupn tghhari buta. slimut aku wajib tebal.. yg toto tu..
sedap jgk lah aku tdo.. lps tu aku trsedar, aku rse mcm nk brgerak x boleh, aku rse tgn aku mcm mendepa, aku rsr berat sgt, mcm ad bnda menindih aku sluruh badan aku..aku try hard lah nk bgun, x blh jgk... trcunggap2 dh aku mse tu.. hbis berpeluh..aku bukak mata, depan aku gelap weeii... mna tgkap bilik aku tdi??. malam ke..??
aku nmpk satu mkhluk nie.. aku xthu lah jenis apa tu.. rmbut dia mngerbang.. honestly, kerinting.. ngerbang rmbut tu lah yg bt aku nmpk gelap depn aku, muka dia bulat besar, mata dia putih, ad anak mta hitam kecik, aku mnjerit.. tp suara aku x kluar, sehabis tnga aku kerahkn nk lepaskn tgn aku.. lgi kuat dia mnindih.. Allah.. aku bca segala doa yg aku ingt msa tu... aku bca ayat qursi.. haaa.. jgn ingt aku x pndai.. msalah nya.. bila dh panic mcm tu, baca plk ayat pnjg2, kau rse.??. nk btul ke bacaan doa aku..?? mmg x lah... paling aku sentap, bila aku baca ayt qursi tu and bacaan aku salah, sbb panic pnya fasal, and mse tu aku nmpk mkhluk tu menyeringai.. ( dia sengih, nmpk taring) and dia ckp pda aku, "btul kan bacaan aku... " ddduusshh...!! .. jntung aku yg brdegup laju tdi, rse mcm brhnti mngejut.. ya allah.. mkhluk apa yg aku brhadpn nie.. last2 aku baca surah al fatihah n 3 qul.. yg paling mudah and aku yakin betyl bacaan aku, bru lah dia lps kn aku.. trcungap2 aku bgun, berpeluh, mnggigil..
farah perasan aku bgun mngejut, dia tnya aku, ok ke x.. aku crta kt dia.. ye lah.. tkut lah wei nk snyap sorg2.. .. kmi crta kn pda shud jgk, dia dok bilik sblh, roomate plk balik cuti, dia request nk join tdo bilik kita org.. sbb ogi tdi, farah yg alami, n ptg tu plk.. aku plk yg kna.. so aku ngn farah.. on je lah.. dh la kmi brtga je dlm rumah tu... brmula lah satu lagi episod mlm tu..
lps isyak, shud msuk bilik aku dgn bntl busuk dia.. aku tdo dekt ktil aku, shud n farah tdo kt bwah, kt lantai lah.. sbelah katil aku.. n brhadapan dgn pntu tndas.. bilik tu xde lah besar mne pn, masing2 pegang yassin sorg satu, mmg malm tu kami rse lain sgt.. tgkp kt katil aku, aku dh tutp, lngsir tarik siap..
kmi lyn movie kt laptop.. msing2 bt happy.. tp hati, xthu mcm mna.. tgh layan movie tu, kmi dgr bnyi guli brgolek2 dri rumah atas.. thu.. mne ad student rumah ats, smua cuti.. kmi fhm, mlas layan lgi.. trus smbg tgok movie.. dok skejap, bnyi brg jatuh dlm tnds.. mmg trkejt sgt.. dekt je pntu tndas tu.. hujung kaki shud n farah je.. wktu nie mmg msing2 dh tkut, tmbh plk farah.. dia mmg tkut sgt.. dia nk nngis dh, dia suruh aku bukak surah yasin dekt laptop. than mse tu lah pntu tndas tu brgoncang kuat.. mcm ad bnda nk kluar dri tndas.. kmi xlari kluar dri bilik, sbb yakin kn bukak mengaji.. slow2 baca yassin, dekt 10 mnit jgk lah bnyi tu.. lps tu aku tukar surah kt laptop ke surh al baqarah.. smpai pgi kmi tdo..
esokknya, farah call mak n ayh dia suruh dtg.. parents dia stay dekt kulim. dekt je lah.. ksian aku tgok farah.. dia lemah sgt mse tu, mata dh mcm panda dh.. aku ngn shud x bnyk ckp, dekt luar rumah, kmi crta apa yg jdi dri awal... smpai akhir, ayh farah msuk dalm rumh n dia azankn stiap pnjuru rumah.. n kasi kmi mnum air zam2 yg dia bwkkn.. aku ckp dgn ayh farah, aku x suka wktu snja.. mcm menakutkn, than ayh dia pesan, stiap kli wktu snja, bnykkn brzikir, especially tgh drive, sbb wktu tu mse prtukran wktu antra dunia kita n mkhluk tu.. pda kita mlm, pd dia sianh dia mcm kita jgk.. ad urusn sndri.. mse tu lah mkhluk tu akn kluar rmai2.. mse snja... wallahulm.. aku ingt pesn tu smpai skrg..
nie lah satu2 nya pngalamn seram sejuk mse kt hostel dlu..in sha allah.. lps nie aku share pngalamn mse first time bt post mortem plk. hope sudi baca...
-TAMAT-
139. KISAH ASRAMA DI TEPI BUKIT
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : KISAH ASRAMA DI TEPI BUKIT
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940139
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Assalamualaikum dan selamat sejahtera aku ucapkan pada semua ahli grup.Semoga kalian dalam keadaan baik2 sahaja.Sama2 kita memeriahkan grup ini,mengeratkan silaturahim dan berkongsi pengalaman,pendapat dan jga ilmu pengetahuan yg kita ada semoga ia bermanfaat untuk diri kita sndiri dan jga insan terdekat serta mnjadi hiburan bagi mengisi masa yg terluang..In syaa allah.Masih diberi nkmat kesihatan untk berkongsi cerita pengalaman hidup aku sendiri tentang kisah2 seram yang mana terpulang pada rakan grup sdiri untuk menilai dan tak dinafikan banyak cerita yang menarik dan seram yang dikongsikn oleh rakan2 yang bgitu mnarik hati aku.Syabas betey...
Baiklah kali ni aku ingin berkongsi pengalaman aku smasa aku berkursus di sebuah tempat di pantai timur semenanjung slama 3 bulan.Kalau tak silap aku la pada tahun 2016..Lokasi aku berkursus ni nun jauh di pedalaman kampung dan lebih tepat lagi sudah lah pedalaman,dok hujung kg pulak tu.Ujung sut sut orang kelate kata.Tempat jin bertendang.Memang pun..Tapi pada mata kasar nye actually tmpt aku brkursus ni memang tenang lah.Dengan ape ek aku nk cakap payah pulak nak sebut.Panorama??Pemandangan??Sekeliling dihiasi dengan kehijauan alam dan kebetulan terletak di pinggir bukit.Bila pagi dengan berkabus nya penuh kedinginan dan ketenangan ditemani pulak dgn kicauan burung menambahkn lagi suasana semulajadi tempat tu.Klau ke luar kawasan kursus tu sikit ada air terjun dan juga empangan.Perghhh cantik weyy air kehijauan luas saujana mata memandang maklumlah empangan hidro.Sempat la jugak beberapa kali aku mgail kat situ.Ikan xpyh cskap lah memang lubuk dia..Memang indah tempat tu..Ok done..
Sesampainya aku kat sana lapor diri berjalan seperti biasa berjalan dengan lancar.Kami ditempatkn di hostel 2 orang sebilik.Agak selesa bg aku.Suka sangat la dapat dok dua orang sebilik xramai.Aku xsuka ramai2 bising kacau aku nak tido.Roomate aku ni orang dekat2 situ je sbenar nya tapi agak serba salah juga klau nk berulang alik.Klau aku dah memang jauh la beratus kilometer baq hang.Jadi kami disini dibenarkan untuk pulang pada setiap petang khamis sebab jumaat dan sabtu kami cuti.Yihaaa.Masa tu mana ada covid 19 jadi pada sape2 yang nak balik tu boleh balik dan sape yang stay boleh stay tapi kna lapor pada pihak hostel la.Sebab nak sediakan makanan.Sbenarnya kat sana kami disediakan makan minum percuma bahkan smua percuma sampai pkaian pun percuma
..Jadi nak bgtau kat sini majoriti balik weh dalam ratus2 tiggal xsampai 20org je.Tu pun pecah dok blok2 lain.Macam aku pun roomate aku konpem balik punye tinggal la aku seorg diri.Yang tiggal rata2 orang2 jauh macam KL,Sabah.
Jadi di cuti hujung minggu pertama aku kat situlah aku mula diuji dan diganggu.Tengah2 mata mengantuk nak tdo.Di kala ku sendirian tanpa berteman. Aku dikejutkan bunyi panggggggg!!!berdentum!!Anjat boboy.Aku bingkas bangun.Teka ape??Pintu almari rakan bilik aku tu trbuka.Sebelum tu aku dah tengok dah dia selak elok pkai dawai ikat elok dah.Tapi dia xberhenti kt situ ok.Pintu almari tu tertutup balik rapat.Aku cuak wey.Toleh kiri toleh kanan.Dia bagi sekali lagi pintu tu terbukak lagi dengan kuat pengggg!!!Lepas tu tertutup balik.Dia buat bergegar pulak dah.Bayangkn almari dok bergegar dong!!deng!!dong!!deng!!.Aku tengok jam masa tu lebih kurang 12 tengah malam.Aku kata xleh jadi ni.Aku keluar bilik. Alah kat luar sunyi sepi pulak aku xtau bilik mana yang berpenghuni, yang xbalik.Damn!!.aku masuk bilik aku smula.Ahhh ape nak jadi jadilah!!!aku baring atas katil sambil menatap almari tu.Sampai la aku tertido dan bangun dikala dinihari.Malam2 seterusnya dah okay dah xbuat hal dah almari tu..
Di minggu2 yang keseterusnya,hujung minggu jugak.Kebiasaan kami yang xbalik suka sangat main pingpong.Aku la buat kepala sebab aku agak handal dari yang lain. Tempat main pingpong ni agak jauh dari hostel.kena jalan melintasi padang yang luas.500meter lebih jugak kot.Memang kat situ xda orang kalau bukan waktu bekerja.Kosong!!!.Sunyi sepi hanya dengar suara kami dan lantunan bola pingpong saja.pada suatu petang jumaat tu kami main pingpong lagi.Kami brlima.Kali ni aku kalah wey..Kalah dengan member aku dari Pahang.Aku xpuas hati.Malam tu aku xboleh tido.Aku pegi bilik member Pahang aku tu.Woiiii jom repeat.Aku xpuas hati kalah petang tadi.Dia kata ok.Ajak member lain xmau.Jadi kami berdua je pergi. Masa tu jam dah 10malam.Leka kami bermain tuk!tak!tuk!tak!tuk!tak! Bunyi bola pingpong melantun.Mase tu aku menghadap dengan tingkap.Tiba2.....Tiba2 lalu la satu lembaga putih ikut luar tgkap tu.Laju tak laju slow xslow.Jubah putih rambut panjang.Tapi yg aku nampak tu macam mana nk ckp ek dia bukan macam kita tengok manusia.Macam tengok cahaya putih pudar mcm tu.Gapp!!sentak jantung aku..Terkejut baq hang.Tapi nak habaq aku lagi suka pingpong ni lalu hatiku berkata.perasaan aku je tu kot.Aku diam je xbagitau member aku.Tapi aku perasan dia macam dah xnak main.Dok kejap benda tu lalu pulak.Kali ni aku lari lintang pulang xtunggu dah.Member aku pun lari ,xsempat aku cakap dia tanya dlu.Ada benda tadi kan ??sbb dia rasa walau xnampak..Tu last kami main pingpong waktu malam.
Ada banyak lagi kejadian kat situ yang xsecara langsung aku hadap.Macam bilik terbakar tanpa tau ape punca.Cuma aku syak tu keja bebola api yang terbang2 tu.Sebab aku pernah nampak bola api tu.Berdekatan bilik yg trbakar tu.Tp aku xpasti sangat nak cerita lebih2.Ok gais setakat ni dlu.Sori la klau xsyok xbest ke xseram ke.Aku just share pgalaman aku yang pada aku agak seram sebab terjadi depan mata aku sendiri tapi klau pikir2 mcm klakar plak. Stay safe.Stay @ Home.Kita Jaga Kita...Sama2 kita hentikan rantaian covid19..
-TAMAT-
140.
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA :
KARYA :
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
HZONE 👁🗨 BLOG
KOD : 002750940140
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/koleksi-cerita-seram-melayu-season-1.html
Comments
Post a Comment