KERUSI #COMPLETE - 4 EPISODES

KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : KERUSI
HASIL KARYA : ZAMBRI PERASAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI


KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : KERUSI
HASIL KARYA : ZAMBRI PERASAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/kerusi.html

PART 1
Anda tentu biasa menonton cerita hantu. Banyak sangat kisah hantu yang ada. Contoh anak patung berhantu, cermin berhantu, almari berhantu, tanda berhantu, rumah berhantu memang popular dan bermacam lagi. Setiap kisah pasti ada kejadian atau trajedi yang berlaku.
Hari ini ZP hendak bercerita tentang "KERUSI". Kerusi yang berhantu. ZP akan bercerita bagaimana kejadian ini berlaku.
Ingat! ZP bercerita, anda membaca. Jom...
Hari khamis malam...
Sedang Botak leka melayan drama di tv, kebetulan pelakonnya idola Botak beraksi. Siapa lagi kalau bukan Nora D. Nora mana! Yang penting kita happy! Hahaha.
Sedang asyik menonton tiba-tiba telefon menjerit, Botak capai telefon, di skrin tertera nama kawan yang berniaga di pasar malam...
"Hello bro lama senyap,"
"Sorry Botak sibuk sikit sekarang ni. Botak aku nak minta tolong kau boleh tak," katanya dalam talian.
"Ok, apa dia bro!"
"Awek aku nak pindah, nak minta tolong angkat barang, boleh ke Botak,"
"Boleh no hal, tapi tak kan kita berdua saja,"
"Ala! Botak baraThanksk banyak pun, pakai van aku je,"
"Ok-ok! Hari apa," tanya Botak, mata melekat melihat ke wajah Nora D. sedang beraksi.
"Esok malam aku datang ambil kau,"
"Eik! Pindah malam-malam ni, macam lari tak bayar sewa je," Botak tergelak.
"Bukan lah, senang jalan tak jem,"
"Ok! Esok malam aku tunggu kau,"
"Ok Botak..terima kasih,"
Kawan Botak bernama Ali.
Jumaat malam, selepas Magrib...
Ali datang menjemput Botak dengan Van Nissan berwarna kelabu, plat bernombor W?S 67??.
"Ali! Makwe kau tak ikut ke,"
"Maya tunggu kat rumah," kata Ali.
"Oh ya, kenapa nak pindah? Rumah lamakan ok, line pun clear," Botak senyum bermaksud.
"Betul! Owner nak jual rumah tu," kata Ali, matanya kekal ke jalan raya...
"Rumah baru ni contact sapa..."
"Awek aku yang cari, tapi aku hairan lah Botak," Ali curiga.
"kenapa lak," Botak hairan...
"Kali ini duduk Apartment, area sana sewa dalam rm700-800. Awek aku dapat rm200 je. Tak perlu bayar deposit pun."
"Maya kan simbol seks nak hairan pa," Botak tergelak.
"Owner tu perempuan la," kata Ali.
"Confirm lesbian!" Botak buat kelakar, terburai gelak kuat Botak.
"Celaka lu, Botak," Ali turut tergelak.
"Tapikan, kalau sewa murah, mesti rumah tu ada masalah. Dalam Blog, aku ada terbaca rumah murah kat Shah Alam. Rumah hantu! Ramai student Uitm kena," Botak beritahu Ali.
"Bukan aku tak terfikir, Botak. Aku dah bagi tahu, degil! Lu tahu lah Maya mana percaya semua tu," Ali buat mimik muka bosan. Bosan sikap kekasihnya.
Van Ali bergerak menuju ke Ampang rumah kekasihnya. Sampai saja di depan pagar, rumah teres dua tingkat. Ali reverse van ke halaman rumah. Maya berkulit putih, berambut panjang dan bertubuh cantik berdiri di muka pintu. Menyambut kami, ada senyuman manis diwajahnya.
"Botak, thanks sudi tolong," agak kuat suara Maya. Dibibir jelas terlihat taik lalat seksinya.
"Ni bukan tolong kosong, nasi goreng ayam tau," jawap Botak sebaik turun.
"Ala nasi goreng, no hal Botak. Sponser karaoke pun boleh," kata ibu tunggal, mempunyai anak satu.
"Karaoke TAK main. Tekak sakit," Botak tergelak.
"Botak, ni saja yang nak diangkat, dua trip boleh tak Botak!" Ali yang berada di ruang tamu.
Botak melangkah masuk, di ruang tamu kelihatan papan katil, peti sejuk satu pintu, alamari baju satu pintu dan berapa kotak sederhana besar.
"Boleh Ali, peti sejuk dengan almari ni boleh baring kan dalam van," Botak memberi ideal.
"Rumah baru kat mana," tanya Botak.
"Kat jalan Ipoh," jawap Ali.
Setelah barang diangkat sehingga penuh di perut van. Bergerak van untuk trip pertama. Maya tidak mengikut. Hampir sejam juga perjalanan, Van Ali sampai ke detinasi. Rumah baru teman wanitanya.
"Ali tingkat berapa rumah Maya," Botak melihat sebuah bangunan tinggi yang berdiri gagah didepannya. Satu-satunya bangunan tinggi yang terdapat dikawasan itu. Di kelilingi barisan rumah-rumah teres. Mata Botak meliar melihat sekeliling kawasan.
"Tingkat last sekali. Tingkat 10,"
"Ali, aku rasa line tak clear kat sini," Botak jeling ke arah Ali.
"Nak buat macam mana. Maya kata, sini senang dekat tempat kerja," Ali seolah setuju dengan kata Botak.
Setelah parkir van ditempat yang suai, kami pun memungguh turun barang-barang. Kami kemudiannya mengangkat barang-barang masuk ke dalam lif seberapa banyak yang boleh. Sebaik pintu lif hendak tertutup, muncul seorang makcik terkejar-kejar untuk memasuki lif yang sama. Ali sempat menekan butang merah.
"Terima kasih adik." Kata makcik yang dalam keadaan tercungap-cungap.
"Sama-sama," jawap Ali.
"Adik, pindah ke?" kata makcik yang bertudung, berbaju kurung dan bertubuh agak berisi.
"Ya, makcik," jawap Ali.
"Tingkat berapa," tanya makcik itu lagi.
"Tingkat 10C makcik,"
Botak dapat melihat muka makcik itu berubah serta merta, lama direnung muka Ali.
"Dik dah tengok ke rumah tu?" kata makcik itu lagi.
"Dah, kenapa makcik?" tanya Ali hairan.
"Tentu ada sebab, kalau murah kan tapi Tuhan maha berkuasa," kata makcik tapi pandangannya ke wajah Ali kekal.
Ali memandang ke arah Botak dengan penuh tanda-tanya. Botak diam membatu saja.
Lif sampai di tingkat 7, pintu terbuka. Ali menekan butang merah. Makcik itu melangkah keluar. Botak sempat menjeling ke arah makcik yang tidak jemu-jemu memandang ke arah kami dengan serius.
"Adik, Hati-hati ya," kata terakhir makcik di luar pintu lif.
Ali hanya diam, begitu juga Botak.
Lif bergerak hingga ke tingkat 10, terbuka saja pintu lif. Botak melihat ruang depan lif agak kesamaran. Botak melangkah keluar, Botak lihat terdapat empat biji lampu kalimantan, hanya satu biji saja yang menyala.
"Ali belah mana rumah Maya," Botak memandang ke arah Ali.
"Depan tu, sebelah kanan,"
Semua barang di angkat keluar dari lif dulu. Barang pertama yang diangkat ke rumah ialah peti sejuk, diletakkan sebaik sampai di depan pintu. Ali menyeluk poketnya mengeluarkan kunci. Botak yang berdiri di belakang hanya diam, Botak mainkan mata memandang sebelah kanan rumah jiran yang paling hampir. Botak lihat ada sesekali jiran itu keluar menjenguk tetapi tidak menegur sapa.
"Ok Botak! Jom... Selamat datang ke rumah baru aku," Ali mengatur langkah masuk.
"Ok, rumah baru kau," Botak perli.
"Ya la, rumah awek aku, rumah aku gak," Ali tersenyum.
"Yalah. Betul la tu," Botak turut tersenyum.
"Wah, ok rumah ni, puas hati."
Botak berada di ruang tamu. Botak lihat dinding rumah di cat dengan warna hijau pekat, kelihatan agak mendung keseluruhan rumah. Keadaan bersih dan cantik.
"Wah dapat pakej lagi tu!"
Bila Botak terlihat kerusi yang boleh memuatkan 3 orang terdampar di sudut ruang tamu.
"Memang owner, tinggalkan kerusi ni," jawap Ali.
Kerusi yang diperbuat dari kayu. Rangka belakangnya (tempat menyandar) hingga ke tempat meletak tangan terdapat ukiran bunga. Berwarna hitam berkilat. Memang cantik, mungkin agak mahal harganya. Kerusi itu terdampar kemas di sudut dinding. Itu satu-satunya perabut yang ada di ruang tamu.
BERSAMBUNG...

KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : KERUSI
HASIL KARYA : ZAMBRI PERASAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/kerusi.html

PART 2
Botak menarik sliding door menuju ke bolkoni, langit gelap terpadam pandangan. Bintang-bintang memencilkan diri tiada kecantikan yang terlihat. Botak menjamu mata pula melihat pemandangan rumah-rumah teres yang tersusun rapat bagaikan kotak-kotak kecil bila di lihat dari atas. Aliran sungai di sisi kawasan perumahan mengalir lesu dengan airnya berwarna teh tarik. Sampah sarap nyata terlihat di permukaan air. Memang sungai sedih sebab dirinya tidak di hargai... Ah! Melalut pulak...
Botak masuk semula, berjalan sekeliling rumah yang mempunyai tiga bilik.
"Ali! Ok, memang puas hati, sewa pun murah giler. Ada pemandangan sungai lagi, Walaupun tak cantik," Botak ketawa sambil melabuh punggung di kerusi yang berwarna hitam itu.
"Jom botak, kita sambung angkat barang," Ali yang berada di pintu depan.
"Ok, jom!"
Ketika kaki kanan Botak menjejak ke pintu depan. Termati langkah, Botak toleh ke belakang melihat ke ruang tamu. Hidung Botak bagaikan dicucuk bau yang kuat, bau wangi bunga. Botak tidak tahu bunga apa. Baunya memenuhi ruang tamu. Botak pandang sekeliling, cuba pastikan dari mana datang baunya tapi tidak berjaya. Botak abaikan terus melangkah cepat mengejar Ali yang telah berada di depan lif. Botak tidak cerita pada Ali.
Dalam pukul 12.00 malam kerja perpindahan selesai, memang dua trip semuanya. Pada trip ke dua, Maya mengekori dari belakang memandu kereta Vivanya berwarna hitam.
"Botak, aku turun jap. Maya datang, aku nak angkat barang yang dia bawa," Ali terima panggilan telefon daripada kekasihnya.
"Ok Ali!" ringkas jawap Botak.
Di ruang tamu, Botak kemas mana yang patut. Botak mengangkat kotak untuk di bawa masuk bilik nombor dua. Tiba-tiba saja lampu seluruh rumah terpadam. Terperanjat Botak, hampir terlepas kotak yang dipegang. Botak paksakan diri berjalan dalam gelap, terus melangkah ke bilik kemudian Botak terus melangkah ke luar rumah. Botak melihat rumah jiran berhampiran terang, Botak pandang ke dalam rumah semula.
"Eik, terang pulak," bisik hati Botak, dalam kehairanan...
"Botakkk! Thanks tolong Maya," Maya seolah menjerit muncul dari kiri Botak.
Botak hanya tersenyum seraya berkata.
"Nasi goreng ayam kan! Kan!"
"No hal!" Maya tersenyum.
Ali juga tersenyum saja di belakang kekasihnya.
"Ali, aku rasa rumah ni ada masalah wirering. Tadi tiba-tiba lampu semua terpadam," Mata Botak memandang lampu Kalimantan di ruang tamu.
"Tapi owner tu kata semua baru," Maya mencelah.
"Betul Botak, aku dah periksa masa cuci rumah ari tu," Ali menyokong kata kekasihnya.
"Ohhh! Kalau macam tu mungkin karan ni sengugut kot!" Botak buat lawak tergelak.
"Hoi, jangan nak main bab perempuan!" Kata Maya sambil tersenyum.
"Ohhh, yang awak tu suka main barang, tak pe!"
"Botak, I kata bab lain bukan barang!" Kata Maya dalam nada tinggi, tergelaknya tetap kedengaran.
"Ohh ya ke, sori salah dengar," Botak tersenyum sinis terus melangkah pergi.
"Ala! Dah memang Otak kuning kan!" Maya sindir tersenyum.
"Baby! Masa kita cuci rumah ni. Baby ada jemur kain ke?"
Botak yang berada di bolkoni dengar Ali bertanya pada kekasihnya di ruang tamu.
"Tak ada! Kenapa sayang?" kata Maya.
"Tu kat ampaian ada kain warna putih macam kain tudung je," kata Ali.
"Botak! Kau nampak tak kain warna putih kat sebelah kanan tempat sidai tu?" Jerit Ali di ruang tamu.
Botak pantas menoleh ke kanan. Botak lihat tiada apa-apa cuma dawai ampaian saja.
"Tak ada pun Ali," jawap Botak.
Ali berjalan menuju ke bolkoni, berdiri di sebelah Botak.
"Kat sini tadi aku nampak, masa tu kau kat bilik, Botak," Ali menunjuk sambil mengoyangkan dawai besi itu.
"Mungkin, sayang salah pandang kot! Sayang! Bila pulak i pakai tudung," kata Maya dari belakang.
"Siap disepit tu!" kata Ali yakin.
"Kain hantu kot!" Botak tersenyum.
"Eik Botak, merapu je," Maya tarik muka semacam.
"Jom kita kemas," Botak matikan cerita.
"Jom! Dah pukul berapa ni," kata Ali tapi di wajahnya masih tidak puas hati.
Semasa berkemas, masing-masing dengan tugas sendiri. Maya sibuk mengangkat barang peribadinya masuk ke bilik nombor satu iaitu biliknya. Ali turut membantu kekasihnya. Botak lebih tertumpu barang dapur dan barang di ruang tamu. Semasa mengeluarkan barang dari kotak berisi buku.
"Plastik pa ni? Buku ke," bisik hati Botak. Tangannya memegang plastik kecil berwarna hitam yang terikat.
"Ohhh YASIN," kata Botak sambil keluarkannya.
Botak serahkan YASIN pada Ali.
"YA ALLAH! Aku dah cakap kat Maya YASIN simpan kat beg tangan je. Degil betul minah ni," Ali geram.
"Degil-degil pun, sayang kau gak, bro!" Botak tergelak.
"Apa dia Botak!" Maya muncul tiba-tiba dari belakang.
"Takde, Ali kata dia sayang kau sampai langit ke tujuh," Botak cuba menahan gelak.
"Sayang pa tu!" Maya yang masih tidak faham.
"Tu namanya sayang AYAH PIN!" Terburai ketawa besar Botak.
"Apa!!! Sayang Ayah Pin. Tak nak!!!" Maya turut tergelak besar.
BERSAMBUNG ...

KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : KERUSI
HASIL KARYA : ZAMBRI PERASAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/kerusi.html

PART 3
Sedang ketawa, serentak lampu seluruh rumah sekali lagi terpadam. Semua senyap seketika dalam gelap.
"Tengok! Kan aku dah cakap, bro. Ada masalah kan!" Dalam gelap Botak bersuara.
"Suis utama kot!" Ali berjalan pelahan menuju ke tepi dinding.
"Botak ada kerusi tak?"
"Ada kat bilik nombor dua, Jap! aku ambil,"
Setelah kerusi tersedia, Ali yang tahu serba sedikit tentang wirering telah melakukan sesuatu. Tugas Botak sebagai penyuluh menyenangkan kerja Ali. Itu saja Botak termampu.
"Ohh! Fuis tak ketat rupanya,"
"Ohh, betul ke," Botak menyampuk.
"Bro, Lu buat apa-apa yang patut. Kalau aku buat, mahu terang rumah ni macam Stadium Bukit Jalil." Botak buat lawak.
"Dalam gelap pun boleh buat lawak lagi." Sampuk Maya juga ketawa.
Ali menolak keatas punat di suis utama.
"Tappp." Terang semula seluruh rumah.
"Yes! Kerjasama kita berjaya." Botak membuat high five pada Ali. Maya ketawa saja.
Hampir pukul 2.00 pagi, kerja mengemas selesai.
Maya bersuara, "Botak ok la, yang kecil-kecil nanti Maya buat,"
"Ok! Jom pergi makan, dah macam bunyi rock kapak perut aku ni!" Pantas bagai kilat di langit Botak menjawap. Sambil menepuk perutnya.
"Jom!" Pendek kata Ali.
Kelihatan agak ramai yang menjemu selera di kedai pilihan Maya. Ali memilih meja yang berdepan tempat parkir kereta. Maya tidak bawa keretanya.
"Pagi-pagi buta pun ramai orang lagi. Tak tahu tidur ke diorang ni." Botak membebel.
"Ala kata orang, awak itu lepak kedai mamak sampai subuh. Apa cerita!" Sindir Maya.
"Aku lain, aku meeting." Gelak Botak.
"Dah-dah! Cepat order." Ali mencelah.
Maya bersuara, "Botak! Apa lagi minta dua pinggan nasi goreng ayam." Maya ketawa.
"Dua pinggan! Nakk bagi aku muntuh babi kat sini ke!" Botak turut ketawa.
Keadaan senyap, kami berselera menjamu juadah yang terhidang. Maklum lah penat berkerja. Botak dengan tenang, itik berenang habis makanannya nasi goreng ayam dan mee goreng mamak.
"Baby! Nanti sayang hantar sampai bawah je, sebab rumah baby sekarang tak sama rumah dulu, ni kawasan Melayu. Masalah nanti." kata Ali pada kekasihnya.
"Baby tahu sayang! Thank tolong baby, sayang," Maya melantun suara manjanya.
"Hai sayang je, aku yang separuh nyawa ni tak cakap pun terima kasih ke," Botak mengusik.
"Thank Botak. Lain kali Maya pindah tolong lagi ya," Maya ketawa.
"Ni last, lain kali upah orang, kau masyukkk,"
"Sampai hati..." Maya tarik muka merajuk.
"Oh ya baby, kalau ada apa-apa telefon sayang ya,"
"Baik sayang!"
Selesai makan, Ali menghantar kekasihnya pulang. Sampai saja di bawah Apartment, Ali berpesan sekali lagi.
"Baby jaga diri baik-baik, ada apa-apa call sayang," kata Ali di tempat pemandu.
"Baik sayang! Love you," Maya cium tangan kekasihnya.
"Maya! kalau ada apa-apa yang tak elok, AZAN je. Serius ni!" Botak bagi tip.
"Mana ada hantu zaman FACE BOOK NI! Thank ya Botak tolong Maya,"
"Ok Maya, terima kasih gak belanja makan," Botak tersenyum.
Maya melambai tangan hingga van kekasihnya hilang dari pandangan.
Maya mengatur langkah menuju ke ruang lif. Keadaan pada masa itu sunyi-sepi cuma sesekali kedengaran salakan anjing liar. Maya lihat jam tangannya menunjuk pukul 3.00 pagi.
Pintu lif terbuka Maya melangkah masuk. Butang nombor sepuluh ditekan. Lif bergerak naik.
"Tinggg!" Di tingkat 10, pintu lif terbuka. Lemah kakinya melangkah menuju ke rumah. Di depan pintu, semasa mengeluarkan kunci. Maya terperasan, berbisik hatinya.
"Aku rasa buka lampu tadi. Ala! Tak ingat pulak!" Maya abaikan bisikan hatinya, di pandang ke rumah jiran.
"Dah tidur jiran aku," bisik hati Maya, senyum sendiri.
Sebaik pintu di buka.
"Ohhh makkk kauuuu!!!" Menjerit, melatah dan terperanjat Maya bila di lihat seperti kelibat anak kecil berlari laju didepannya menuju ke bilik air. Maya berdiri kaku di muka pintu, dibiarkan pintu terbuka. Agar cahaya lampu dikaki lima membias masuk ke rumahnya. Perlahan Maya melangkah masuk, matanya menoleh kekanan arah bilik air. Maya mengatur langkah pelahan menuju ke bilik air. Keadaan kesamaran dan senyap, sampai di pintu bilik air tangan kirinya menolak pelahan pintu itu.
PRAKK
Kedengaran pintu bilik air bergerak ke belakang, terbuka luas. Maya panjangkan lehernya menjenguk ke dalam bilik air. Tiada apa-apa yang di lihatnya. Dua buah baldi dan barang untuk mandi terletak kemas di atas rak.
"Perasaan aku kot! Mengantuk dah," bercakap sendiri Maya, masih boleh tersenyum.
Maya biarkan pintu bilik air itu terbuka, dalam kesamaran Maya berjalan menuju ke ruang tamu mencari suis lampu. Dipetik, sekelip mata ruang tamu berubah terang. Maya abaikan semuanya, berjalan menutup pintu depan. Di kemas barang setakat termampu.
"Dah penat, sambung esok je," bisik hatinya.
Maya melangkah ke biliknya, menukar pakaian untuk mandi.
Dibilik mandi.
Sementara menunggu air penuh di dalam baldi, mulutnya menyanyi-nyanyi pelahan. Tangannya mencapai Syampu lalu disusun pada rak yang berada di bucu dinding.
"Ala! Kecil sangat cermin ni, esok kuar dengan sayang beli baru yang besar sikit," Maya bercakap sendirian pada cermin di tinggalkan penyewa lama. Air penuh di dalam baldi, di benam gayung kecil, diangkat lalu disiram ke tubuhnya.
"Ohhh lega rasanya."
Dalam berapa kali siraman, Maya berhenti bila telinganya diganggu satu bunyi. Bunyi yang datang dari luar bilik air. Ditutup kepala paip. Senyap! Pelahan Maya rapat tubuh ke pintu bilik air. Di rapat telinganya ke pintu diperbuat dari plastik itu. Maya dengar penuh teliti...
"Eik! Macam ada orang kat ruang tamu," Maya seakan berbisik.
Maya tunduk memandang ke bawah pintu.
"Gelap???" Maya hairan.
Maya yakin lampu di ruang tamu di pasang tadi semasa hendak mandi. Tangan Maya pantas mencapai tuala mandi, dibalut pada tubuhnya. Maya rapat sekali lagi telinganya kepermukaan pintu. Maya pasti memang ada orang di ruang tamu. Maya dapat dengar jelas suara seorang wanita sedang bercakap. Maya juga dapat dengar jelas suara anak kecil sedang ketawa. Maya merasa hairan, bukan takut kerana Maya tidak percaya keujudan hantu. Maya tarik selak pintu, laju melangkah keluar.
Di depan pintu Maya bersuara. "Siapa tu!"
Maya pandang ke arah ruang tamu. Keadaan hanya gelap dan senyap saja. Dalam keadaan basah tubuhnya. Maya berjalan pelahan ke ruang tamu, memandang setakat termampu. Maya periksa sliding door yang memang berkunci, berjalan ke pintu depan, dipegang tombol pintu dan cuba dipulas berulang kali...
"Kunci???" bisik hatinya.
Maya melangkah ke suis, dipetiknya sekali lagi ruang tamu kembali terang.
"Rosak ke ke suis ni, pelik tadi sayang dah betulkan. Esok kena bagitau sayang ni,"
Maya pandang dan periksa sekali lagi di ruang tamu, termasuk semua bilik tetap tidak ada apa...
"Ada orang nak main-main kan aku ke?" Tertanya-tanya Maya.
Sedang tertanya-tertanya, matanya terpegun memandang ke satu arah. Tersentap Maya, bila matanya melihat kain berwarna putih. Kain berwarna putih itu betul-betul terdampar di atas kerusi. Maya hampiri, didekatkan mukanya pada kain itu.
"Bukan kain aku ni!" Maya teragak-agak. Agak lama kain itu ditenungnya, perasaan tidak puas hati mengcengkam hatinya. Tangan kanannya bergerak teragak-agak untuk menyentuh. Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, Maya menarik ke atas kain putih separuh berlipat itu. Hidung Maya terbau, bauan bunga. Bau yang kuat. Terlepas kain itu dari pegangannya. Maya terperanjat, tergerak kakinya ke belakang.
"Sapa nak mainkan aku ni. Botak ke?" Maya nekad terus memegang kain itu dibuang ke bakul sampah yang berada di dapur. Di abaikan semuanya lagi.
Selesai mandi, Maya berjalan ke bilik, pakaian tidur sudah tersarung ditubuhnya. Maya rebahkan diri di katil yang dipasang oleh kekasihnya dan Botak. Kerana keletihan Maya tertidur dengan lena.
BERSAMBUNG..

KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : KERUSI
HASIL KARYA : ZAMBRI PERASAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/kerusi.html

PART 4 (FINAL)
Keadaan di seluruh sudut rumah sunyi dan senyap. Tiada bunyi pergerakan yang kedengaran. Segalanya kelihatan tenang. Lampu di ruang tamu dan bilik air kelihatan menyala.
"Klip-lap! Klip-lap!"
Kelihatan lampu-lampu itu sekejap menyala, sekejap terpadam. Seperti ada seseorang bermain suis lampu. Akhirnya lampu-lampu itu terpadam, terpadam terus. Berubah seluruh ruang rumah menjadi gelap.
Tiba-tiba...
"Hihihi. Hihihi."
Terdengar ketawa seiringi kelibat anak kecil yang entah dari mana datang. Anak kecil itu berlari di ruang tamu menuju ke bilik air.
Prappp.
Pintu bilik air tertutup dengan sendiri. Didalam bilik air jelas terdengar suara anak kecil gembira bermain air. Terdengar jelas bunyi tepukan dipermukaan air dan percikkan air. Semuanya terlalu jelas kedengaran. Tapi Maya tidak terdengar atau belum terdengar.
Maya lena dibuai mimpi. Maya tidak sedar yang kini di dalam rumah bukan dia seorang yang ada. Rumahnya sudah ada penghuni. Penghuni yang tidak di undang.
Dalam tidur, mata Maya bergerak-gerak, tidurnya tidak lena. Bila telinganya terganggu. Terganggu suara seorang wanita. Terbuka mata Maya, tidurnya berakhir. Diamati penuh teliti..
"Amir! Jangan main air, cepat makan." Jelas kata-kata itu singgah ditelinganya. Maya paksa tubuhnya bangun, dilihat jam kecil di tepi katil menunjuk pukul 4.00 pagi. Dalam keadaan mamai Maya berjalan ke pintu, pelahan tombol pintu dipulas. Maya menjenguk kepalanya melihat ke ruang tamu. Gelap! Bulat mata Maya cuba melihat semampu yang boleh, tapi gagal. Maya ambil telefonnya, di screen simbol lampu suluh ditekan. Membuak cahaya terang keluar, dihalakan cahaya itu setiap sudut tapi tiada apa-apa pun. Tiada orang, tiada kelibat. Maya berjalan menuju ke suis lampu. Dipetik tidak menyala. Di petik kali kedua, tidak menyala. Dipetik berkali-kali namun tetap hasilnya sama, tidak menyala.
Tiba-tiba…
"Hihihi!"
Terperanjat Maya bila terdengar suara anak kecil ketawa.
"Kat bilik air ni!" Berbisik Maya. Maya yakin. Maya melangkah laju ke bilik air yang pintunya tertutup. Semakin dekat semakin kuat suara anak kecil itu. Suara keseronokkan. Maya geram bukan takut. Sebaik Maya mengangkat tangan untuk menolak pintu itu.
Praappp!
Meluru laju anak kecil itu melintas di depannya.
"Ahhhh!!! Mak!!!" menjerit Maya terperanjat. Maya jatuh terduduk di lantai. Kali ini Maya nampak jelas anak kecil itu dalam usia tiga tahun. Hanya memakai lampin yang telah lusuh. Kulit Anak kecil itu putih pucat dan bertubuh kurus kering. Anak kecil itu berjalan laju sambil ketawa menuju ke bawah kerusi kemudian hilang. Maya bangun meluru ke kerusi itu.
"Keluar! Adik kuar!" Maya tunduk memandang ke bawah kerusi.
"Adik! Cepat keluar! Nanti kak pukul baru tahu!" Sambil tangannya menepuk-nepuk ke lantai.
Maya bodoh! Sebenarnya dia bukan berdepan dengan manusia. Kerana sikapnya yang tidak percaya perkara tahyul maka Maya lupa semua itu.
Maya masih tunduk melihat di bawah kerusi...
"Adik! Kuar adik! Cepat kuar!" Perasaan marah Maya mula terbit.
Maya tergaman, tergesa-gesa bergerak ke belakang. Maya lihat kerusi itu bergoyang-goyang, bergerak-gerak dan terangkat dengan sendiri. Di seluruh kerusi itu mengeluarkan asap putih bagaikan kabus. Kerusi itu terapung-apung kemudian bergerak pelahan, melayang menuju ke arah Maya. Maya bergerak ke belakang lagi. Kali ini perasaan takut Maya timbul. Takut dengan apa yang berlaku di depan matanya.
"Ahhh!!!" Menjerit Maya sekuat hati.
Praappp!
Kerusi itu terjatuh.
Wajah ketakutan jelas bila matanya terpaku melihat disesuatu bawah kerusi. Kelihatan susuk tubuh lembaga, kain berwarna putih membaluti tubuhnya. Lembaga itu merangkak, diiringi suara menakutkan. Perasaan takutnya telah menyelubungi dirinya. Lembaga itu merangkak dengan pelahan menuju ke arahnya. Di kepala lembaga itu terikat kain tudung berwarna putih. Muka lembaga itu memandang ke arah Maya tapi wajahnya tidak jelas, hanya kelihatan sebelah matanya berwarna merah berapi. Dalam keadaan tergaman, Maya terdengar suara anak kecil ketawa. Maya alih pandangan, rupanya anak kecil itu sedang duduk di kerusi melihat Maya yang dalam ketakutan. Maya gagahkan dirinya bangun berlari ke biliknya. Suaranya berteriak.
"Pergi kau! Jangan ganggu aku!"
Selama ini cerita tentang hantu hanya Mitos bagi Maya. Hari ini tidak, kenyataan tercatit. Terhapus sudah Mitos dalam diri Maya.
Maya kunci pintu bilik, dicapai telefon. Nombor kekasihnya ditekan berkali-kali tetapi tidak dapat. Maya lihat di skrin tiada signal. Telefonnya tiba-tiba terpadam sendiri, di screen gelap. Maya cuba buat termampu yang boleh tapi masih tidak berjaya. Dalam keadaan gelap dan kelam kabut, Maya cuba mencari sesuatu.
"Mana YASIN ni," Maya teringat, dalam keadaan tergesa-gesa mencari didalam kotak didepan katil.
"Ya ALLAH! Mana ni!"
Tidak berjumpa. Maya ketakutan, Maya menangis. Maya merangkak di atas katil mencari lampu suluh yang berada didalam kotak. Sebaik ditekan lampu itu tidak menyala. Maya menepuk-nepuk lampu di tangan kirinya mengharap yang baik berlaku tetapi tetap tidak menyala. Maya baling lampu suluh ke dinding. Maya bersandar ke katil dengan semangat yang hilang. Maya sudah tidak tahu hendak buat apa lagi. Tangisannya semakin kuat. Matanya tepat merenung ke pintu bilik. Di dahinya kelihatan peluh mengalir deras. Wajahnya penuh dengan ketakutan. Ketakutan yang amat sangat. Maya dapat dengar jelas perbualan antara mak dan anak di luar.
"Sapa kau nak marah anak aku! kau tak ada hak faham! Faham tak!!!" Marah suara perempuan itu.
Maya yang bersandar di katil, menarik selimut hingga ke dada. Maya memang tidak tahan lagi.
"Pergi kau! Jangan kacau aku! Tolonggg pergi!!! Aku tak kacau kau. Apa salah aku."
Maya menjerit bagaikan Hesteria. Mengigil seluruh tubuhnya. Tangisannya tidak putus.
Ruang tamu menjadi senyap dan sunyi selepas jeritan Maya. Hanya kegelapan yang setia menanti.
Maya terdiam, ketakutan kekal mencengkam seluruh dirinya. Matanya melekat memandang ke pintu. Tidak dialih lansung. Jantungnya berdebar-debar laju bagaikan bunyi engin bot.
Prapp!
Pintu bilik terbuka dengan sendiri. Maya tergaman, mengigil dan menangis melihat muka pintu bergerak hingga terbuka luas. Dalam keadaan gelap Maya masih mampu melihat lembaga itu kerana dekat. Maya tidak mampu untuk bergerak, badannya bagaikan melekat kini. Seolah tilam katil mengenggam seluruh tubuh Maya. Rambut lembaga itu sangat panjang meleret ke lantai. Sebahagian rambut lembaga itu menutup mukanya. Kain tudung berwarna putih tidak kelihatan dikepalanya lagi.
Merangkak lembaga itu masuk ke bilik Maya, mulutnya mengeluarkan bunyi seperti orang sakit Asma. Nafas yang tersekat-sekat disertai bunyi yang nyaring. Anak kecil itu duduk di atas tubuh lembaga atau duduk di atas maknya. Bagaikan menunggung kuda. Lembaga itu merangkak pelahan rapat ke katil . Maya sudah tidak keharuan, menjerit sekuat hati. Namun suaranya tidak keluar. Sekuat mana pun Maya menjerit seolah berbisik jadinya.
"Jangan kacau aku! Aku tidak buat salah!" Maya menangis sepuas-puasnya dalam ketakutan. Mengigil tubuh Maya. Maya paksa tubuhnya bangun untuk melarikan diri tapi tidak berjaya.
"Tolong jangan buat macam ni, ni rumah aku, aku tak kacau kau."
Maya tidak sanggup berdepan dengan lembaga itu. Lembaga itu rapatkan diri kepada Maya. Maya pejam matanya serapat-rapat yang boleh, di mulutnya hanya tangisan teresak-esak kedengaran. Tangisan ketakutan. Maya dengar pergerakan lembaga itu semakin dekat menghampirinya. Mulutnya mula membaca ayat Al Fatihah tapi tidak berkesan, mungkin hatinya tidak yakin.
Lembaga itu berhenti.
Krappp! Krappp!
Kedengaran tulang-temulangnya berlaga. Bila lembaga itu cuba untuk berdiri. Lembaga itu berdiri tegak memandang tajam ke arah Maya. Tangan kirinya memegang tangan anaknya. Lembaga itu mula melangkah, melangkah dengan mengheret kakinya, kelihatan tersiksa lembaga itu melangkah.
Ketakutan dan tangisan Maya seiring kuat.
"Tolong jangan kacau aku, aku tak kacau kau. Ini rumah aku!" Kata Maya dengan mata tertutup. Maya tahu lembaga itu sudah berada dekat dengannya. Maya dapat rasakan ada sesuatu membuka matanya, ada satu sentuhan ditengah antara matanya. Maya cuba melawan tapi gagal. Mata Maya terbuka dengan sendiri. Maya lihat anak kecil itu berada didepannya. Berada terlalu dekat. Sentuhan jarinya membuat mata Maya terbuka. Maya tidak mampu berbuat apa-apa seolah di pukau. Maya pandang muka anak kecil itu dalam jarak sejengkal.
Maya dapat melihat jelas matanya tiada, kosong. Kulitnya berkerut seribu seperti plastik yang terbakar. Maya menjerit, meraung ketakutan dan cuba pejam matanya semula. Setiap kali Maya menutup mata, jari anak kecil itu akan menyentuh ditengah antara matanya. Maya seperti di pukau, matanya akan terbuka sendiri.
Lembaga itu pula berdepan dengan Maya. Lembaga itu berdiri tegak di depan Maya dalam jarak satu depa. Maya tidak mampu untuk berkata-kata. Hanya airmata mata yang mampu mengalir. Tubuh Maya mengigil.
"Kau kata ni rumah kau!" Garau suara lembaga itu.
Rambut panjang lembaga itu bergerak-gerak, berterbangan bagaikan ditiup angin. Rambutnya mencecah-cecah ke kulit muka Maya. Kain putih yang membaluti tubuhnya bagaikan baju kurung. Lembaga itu kekal berdiri tegak di depan Maya.
"Kau kata ini rumah kau, celaka kau!" Berulang kata lembaga itu.
Maya diam hanya memandang ke lembaga itu. Kini mulutnya seperti di GAM. Wajah penuh lembaga itu terlindung dek rambutnya yang panjang.
"Kau kata ini rumah kau!" Tiga kali lembaga itu berkata ayat yang sama. Lembaga itu tundukkan badan, mukanya separas dengan muka Maya. Dalam jarak setengah depa lembaga itu merenung tajam dan marah pada Maya. Merah matanya, berapi.
Grappp! Grappp!
Terdengar bunyi pelik dilehernya. Terpulas lehernya ke kanan dan ke kiri. Sepantas kilat menyambar, leher lembaga itu memanjang menuju pelahan ke arah muka Maya. Berhenti dalam jarak sejengkal di muka Maya.
Meraung, menangis, mengigil dan meronta Maya. Hanya itu yang termampu di lakukan oleh Maya. Maya cuba pejam matanya tapi tidak mampu.
Dalam keadaan terpaksa, bercampur ketakutan yang amat. Maya melihat wajah lembaga itu, matanya tiada kelopak. Matanya merah menyala. Kulit muka lembaga itu penuh berulat, tulang rahang terjulur keluar, hidungnya tiada berdaging dan mulutnya tiada berbibir.
"Hahaha!" Ketawa besar lembaga itu.
Tidak habis lagi, lembaga itu mengerakkan ke kanan dan ke kiri kepalanya, Maya dapat mendengar bunyi geselan tulang di leher lembaga itu. Maya meronta-ronta sehabisnya. Dipusingkan mukanya ke kiri dan ke kanan, tidak sanggup Maya tempuh semua ini. Tidak sanggup Maya melihat lagi. Setiap kali Maya memusing mukanya, anak kecil itu akan menolak pipi Maya bersemuka dengan ibunya. Seolah mahu Maya melihat segalanya. Maya tidak mampu berbuat apa. Menjerit meraung, dan menangis cuba meminta tolong. Namun perbuatannya sia-sia bagaikan mencurah garam di lautan, tiada seorang jiran pun yang mendengar. Sedangkan rumah jiran hanya berapa langkah saja dari rumahnya. Kedengaran geselan tulang-temulang dileher lembaga itu semakin kuat. Semakin menakutkan.
Prappp!
Berpusing kepala lembaga itu ke kiri, berpusing lagi dan lagi. Dalam kedudukan 90 darjah, terhenti kepalanya. Berubah keadaan Mata dan mulutnya. Matanya berada dibawah, mulutnya berada diatas. Kekal keadaan itu.
"Hihihi! Hoi! Manusia ini rumah aku! Milik aku. Kau hanya pendatang."
Garau suara lembaga itu.
Matanya pula kelihatan bergerak-gerak, bergerak ke depan dan ke dalam. Terdengar berkocak dan nyilu. Tersembul-sembul biji matanya bila bergerak ke depan, tengelam biji matanya bila bergerak ke dalam. Perbuatan itu berlaku berulang-ulang dengan laju.
"Aaahhh!" Menjerit sekuatnya lembaga itu serentak itu juga kedua-dua biji matanya terkeluar, melayang jatuh atas tubuh Maya. Maya menjerit sekuat hati, ketakutan dan mengigil teramat sangat, air matanya bagaikan sudah kering tiada mengalir di pipi. Jeritannya tiada bernada. Tiada lagi kudrat yang tinggal. Hanya kekuatan mental yang masih bersisa. Dalam keadaan kepayahan Maya gagahkan membuka mulutnya.
"ALLAH HUAKHBAR, ALLAH HUAKHBAR."
Lembaga dan anak kecil itu menjerit sekuat hati. Menjerit seperti.. ketakutan dan kepanasan. Maya tidak dapat habiskan Azan, Maya pengsan di katil. Nama yang Maha Esa disebut dua kali. Itu sudah cukup menewaskan Syaitan. Yakin.
-TAMAT-

Comments

Popular posts from this blog

KOLEKSI VIDEO / MOVIE ACTION / CARTOON / SEASON#1

AD COLLECTIONS / THAI MOVIES / SEASON#1

CGCZONE 👁‍🗨 PAID ADVERT / SERVIS IKLAN BEBAYAR / DETAILS