JEJAK
KOLEKSI CERITA 📛 SERAM BERSIRI
TAJUK CERITA : JEJAK
KARYA : AKI
KOLEKSI CERITA 📛 SERAM BERSIRI
TAJUK CERITA : JEJAK
KARYA : AKI
SINOPSIS : JEJAK
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/jejak.html
Sebulan berlalu dan kes kehilangan anak Emily belum dapat diselesaikan oleh pihak berkuasa.
Dalam masa yang sama, Emily mula mengalami mimpi-mimpi buruk yang menjadi petunjuk kepadanya untuk menjejaki misteri kehilangan anaknya.
Selain itu dia mula menyedari yang dia mempunyai kelebihan melihat dan berkomunikasi dengan alam ghaib yang mana dia percaya itu ada kaitan dengan misteri kehilangan anaknya.
Perkara itu membuatkan Emily terpaksa mengambil langkah sendiri untuk menjejaki anaknya dengan kebolehan yang dia miliki.
Apakah misteri di sebalik kehilangan anak Emily? Berjayakah Emily menjejaki anaknya? Ikuti kisah JEJAK. Pastikan membuatkan anda tidak duduk tenang.
KOLEKSI CERITA 📛 SERAM BERSIRI
TAJUK CERITA : JEJAK
KARYA : AKI
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/jejak.html
BAB 1 – JEJAK (SABAHAN SLANG)
Cerita ini sekadar untuk bacaan semata-mata. Sebarang persamaan dari segi nama atau kisah ialah tidak disengajakan. Selamat membaca.
"Seorang ibu akan sanggup melakukan apa-apa saja demi anak-anaknya. Anak itu amanah Tuhan yang harus kita jaga!" - EMILY
*****
“Mama, mama.” Si Dylan menarik-narik lengan baju panjang saya.
“Ya sayang. Kenapa itu?” Saya bilang sambil memandang ke arah Dylan.
“Saya mau belon merah tu mama. Please. Mau dua belon.” Bilang si Dylan sambil membuat muka monyok.
“No. Dylan kan sudah janji sama mama. Kita datang pasar ni cuma mau beli sayur dan makanan Dylan. Okay sayang?” Bilang saya sambil membelai-belai kepala Dylan. Dylan terus menepis tangan saya dengan agak kasar.
“No mama! Dylan mau juga. Kalau mama sayang Dylan, mama beli belon tu. Dua saja bah mama. Please.” Bilang Dylan. Air matanya mula bergenang di kelopak mata. Saya terus menggenggam pergelangan tangan Dylan dan menarik dia sambil berjalan.
“Mama, please. Mama. Mama jahat! Dylan tidak mau kawan sama mama!” Bilang si Dylan. Dia mula buat tantrum di khlayak ramai. Saya terus dukung Dylan menuju ke arah kereta Viva saya yang terletak kira-kira 50 meter dari pasar tempat kami berada.
Sampai di kereta saya terus meletakkan Dylan di bangku hadapan dan memakai kan dia tali pinggang keledar. Dylan memeluk tubuh sambil merenung ke arah saya.
“Dylan jangan begitu. Kan banyak kali sudah mama cakap, dengar cakap mama. Dylan mau masuk darjah satu nanti.” Bilang saya cuba memujuk Dylan. Selepas itu saya menutup pintu kereta dan bergerak menuju ke arah bahagian pemandu.
Sewaktu saya mau masuk ke dalam kereta, Dylan terus membuka tali pinggang keledarnya dan berlari keluar menuju ke arah pasar. Saya terus panik dan cepat-cepat menutup pintu kereta dan mengejar Dylan yang sudah hilang di khalayak ramai.
“Dylan! Dylan!” Saya terus berteriak tanpa mempedulikan orang ramai yang mula menumpukan perhatian ke arah saya. Perasaan saya mula gemuruh. Jantung saya berdegup dengan laju.
“Dylan! Dylan! Keluar Dylan. Dylan sayang! Mama janji akan belikan Dylan belon merah tu. Dylan mau berapa? Mama belikan.” Saya bilang sambil memandang ke arah belon penjual belon tadi.
Tetapi penjual belon tersebut sudah hilang dari tapak tempat dia berniaga. Saya terus berlari di tengah-tengah khalayak ramai sambil memanggil-manggil nama Dylan. Airmata saya mula keluar. Tetapi saya tidak akan putus asa selagi Dylan tidak keluar.
“Dylan! Dylan. Jangan buat mama begini Dylan! Keluar Dylan! Mama janji akan kasi beli Dylan belon banyak-banyak. Dylan!” Sekali lagi saya berteriak tanpa mempedulikan orang ramai.
Dalam masa yang sama saya nampak seorang kanak-kanak lelaki yang seiras Dylan. Yang saya nampak itu ialah Dylan. Saya terus berlari dan mendapatkan budak lelaki tersebut. Saya terus memegang bahu budak lelaki tadi.
“Dylan anak mama, Dylan jangan buat begitu lagi. Mama risau.” Bilang saya sambil memeluk budak lelaki tersebut. Budak lelaki tadi menangis.
“Hey! Kau buat apa sama anak saya ha! Lepaskan dia!” Bilang salah seorang perempuan yang menegur saya dengan cara kasar. Saya terus melepaskan budak lelaki tadi dan baru perasaan bahawa budak itu bukan Dylan.
“Dylan anak mama. Dylan mana kau sayang. Dylan jangan buat mama begini! Dylan!” Saya berteriak memanggil nama satu-satunya anak saya di tengah-tengah pasar yang dipenuhi dengan orang ramai. Dada saya terasa sangat sakit. Saya tidak boleh berdiri dan perasaan takut mula menyelubungi diri saya.
TRTTTTT... TRTTTT.. TRRTTTT..
Getaran telefon dan bunyi telefon mengejutkan saya dari tidur. Rupanya saya bermimpi lagi. Mimpi yang sama sejak perkara itu berlaku di dalam hidup saya. Sungguh ujian yang saya alami ini sangat berat. Saya mengesat airmata dan mematikan penggera telefon.
Sudah sebulan perkara itu berlalu. Belum ada kata putus daripada pihak berkuasa. Pelbagai cara yang saya gunakan untuk mencari Dylan termasuk memviralkan kehilangan Dylan di media sosial. Tetapi semuanya belum ada jawaban malah orang mengambil kesempatan di atas masalah yang saya hadapi.
Saya bangun dan bersiap-siap seperti biasa. Saya harus kuat demi menjejaki kehilangan Dylan. Saya percaya, di suatu sudut Dylan masih menanti kedatangan saya. Saya percaya Dylan juga menunggu kehadiran saya.
Hari itu saya berjumpa dengan bapa kandung Dylan yang kini menjadi bekas suami saya hanya disebabkan oleh perempuan lain. Entah sudah berapa kali saya berjumpa dengan Stanley untuk meminta pertolongan daripadanya.
Saya sudah berpisah dengan Stanley selama 8 tahun iaitu ketika usia Dylan baru menjangkau setahun. Masa itu Stanley ada skandal dengan perempuan yang kini menjadi isterinya sekarang. Tetapi itu bukan bermakna Stanley boleh mengabaikan anaknya yang keluar dari rahim saya.
“Apa lagi kau mau datang sini? Kan saya sudah bilang biar pihak berkuasa yang menjalankan tugas diorang. Diorang tau juga buat kerja.” Bilang Stanley. Dia tidak membuka pagar pintu rumahnya kali itu.
“Ya saya tau. Tapi dia anak ko stanley. Dia darah daging ko!” Saya bilang. Suara saya sebak. Saya berusaha tahan airmata saya.
“So what Emily? Apa yang ko mau saya buat? Saya bukan boleh buat magik untuk kasi muncul si Dylan di depan ko. Balik-balik polis bilang dalam siasatan. Jaid kita serahan sepenuhnya sama diorang. Kita kena percaya kerja diorang. Diorang lebih arif dari kita Emily!” Suara Stanley sedikit kasar.
“Stanley!” Saya teriak lagi.
“What!” Bilang Stanley sambil membuat muka tidak puas hatinya.
“Tolong saya cari dia. Kalau kau masih anggap Dylan anak ko tolong saya cari dia. Kita dua cari dia.” Saya bilang. Tanpa disedari airmata saya mengalir. Pandangan mata sya terhadap Stanley sangat sayu. Saya sangat mengharap yang Stanley akan bagi kerjasama.
“You know Emily, dia memang anak saya. Dia darah daging saya. Tetapi selama ini pernah kah kau benarkan saya untuk jumpa dia? Sedangkan mau bawa dia keluar berjalan-jalan pun tidak boleh. Mungkin dia kenal saya pun tidak kan? Sudah kau susah begini baru kau mau cari saya. Minta tolong dan menyusahkan saya. Pleaselah Emily. Jangan kacau hidup saya. Lama kau tidak muncul dan sekarang kau muncul untuk ganggu kehidupan saya!” Bilang Stanley. Bibir Stanley bergegar menahan amarah.
“Maafkan saya Stanley. Saya tau semua salah saya sebab tidak benarkan dia jumpa kau. Saya ada alasan saya sendiri kenapa saya buat begitu.” Bilang saya sambil menangis teresak-esak di depan Stanley.
“Cukup Emily.” Bilang Stanley. Tanpa berlengah saya terus melutut di depan Stanley dan menangis teresak-esak. Yang saya harapkan Cuma belas kasihan Stanley untuk membantu saya mencari Dylan.
“Tolong saya kali ini saja Stanley. Cuma kau boleh tolong saya. Kau tau kan saya anak yatim piatu. Tiada keluarga. Cuma kau saja boleh tolong saya dan kau bapa kepada Dylan. Dia memerlukan kita sekarang Stanley. Tolong saya Stanley. Please, kali ini saja.” Bilang saya. Suara saya terputus-putus akibat menangis sambil merayu dengan Stanley. Kerongkong saya terasa sakit dan degupan jantung saya berdegup laju.
“Dear, jom lunch. Semua sudah terhidang.” Suara seorang perempuan kedengaran dari dalam rumah Stanley. Tidak lama kemudian keluar dua orang kanak-kanak lingkungan umur 3 – 5 tahun berlari menuju ke arah Stanley.
“Daddy, daddy, mommy panggil untuk lunch. Mommy cakap lunch sudah siap.” Bilang kanak-kanak lelaki yang tua sikit sambil memandang ke arah saya.
“Okay Stephen. Daddy lapar juga ni. Jom masuk dalam.” Bilang Stanley sambil mengukir senyuman ke arah kanak-kanak tadi.
“Siapa tu daddy? Kenapa dia menangis?” Bilang lagi budak tadi.
“Oh orang salah rumah. Kamu masuk duluan ya.” Bilang si Stanley.
“Okay daddy.” Bilang tu dua orang budak dan terus kembali masuk ke dalam rumah.
“Stop it Emily. Kau tidak kesian kah sama anak-anak saya di rumah kalau saya keluar ikut kau pergi cari Dylan? Diorang pun perlukan saya Emily. Diorang pun anak saya juga. Lebih baik kau balik sekarang dan biar polis jalankan tugas diorang. Okay?” Bilang Stanley dengan nada tegas. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.
“Kehilangan Dylan semuanya disebabkan kau juga Emily. Dan kau harus sedar itu! Kau punca semua ni!” Sambung Stanley lagi dan dia terus melangkah masuk ke dalam rumah dan membiarkan saya menangis teresak-esak di atas rumput dalam keadaan berlutut.
Selepas Stanley masuk ke dalam rumah, saya berdiri perlahan-lahan. Kaki saya terasa kebas. Saya mengesat airmata saya dan perlahan-lahan mengatur langkah untuk bergerak ke arah kereta saya. Baru tiga langkah, nama saya dipanggil dengan lantang.
“Emily!” Saya boleh mengagak suara itu kepunyaan siapa. Saya menoleh dan melihat satu sosok badan perempuan sedang berdiri di depan pintu rumah sambil bercekak pinggang. Selepas itu, perempuan tadi meluruh ke arah saya sambil membuka pintu pagar.
PAAKK!
Satu tamparan hinggap di pipi kiri saya. Tidak tau kenapa saya langsung tidak merasa sakit. Saya mengangkat muka dan memandang muka perempuan tadi.
“Kau jangan berani ganngu lagi kehidupan kami sekeluarga! Sekarang kami sudah cukup bahagia dan kau tiba-tiba muncul mau ganggu suami saya. Ini amaran terakhir Emily!” Bilang Dahlia yang kini bergelar isteri kepada Stanley.
“Saya datang Cuma mau minta tolong Stanley. Itu anak dia yang hilang. Dia ada tanggungjawab ke atas anak itu!” Saya bilang.
“Tanggungjawab apa lagi? Kau tidak nampak kah dia sedang bahagia sama anak dia yang keluar dari rahim saya! Kau berambus dan jangan pernah datang sini lagi!” Bilang si Dahlia sambil menutup pintu pagar.
Masa itu saya sempat nampak si Stanley berdiri di tepi tingkap rumah sambil memerhatikan saya dan Dahlia dari dalam rumah. Dua kanak-kanak tadi juga kelihatan.
Dengan perasaan hampa saya bergerak menuju ke arah kereta. Sebaik saja sampai di kereta, saya terus berteriak sambil menghentak streng kereta. Airmata saya bercucuran laju. Saya tidak tau apa perasaan saya masa itu. Perasaan saya bercapur baur.
Kata-kata terakhir Stanley terus terngiang-ngiang di telinga saya masa itu. Saya benci diri saya! Ini semua memang salah saya! Semua berpunca dari saya! Kalaulah saya belikan saja Dylan belon merah ketika itu, pasti Dylan tidak akan meragam dan semua ini tidak akan berlaku.
Semua ini salah kau Emily! Kau yang sebabkan kehilangan Dylan! Kau punca utama! Arghhh! Hati saya terus berkata-kata menyalahkan diri saya sendiri. Saya berteriak dan meraung menangis macam orang gila di dalam kereta Viva saya.
TOK.. TOKK.. TOKK..
Bunyi ketukan pada cermin kereta, mengejutkan saya. Seorang lelaki tua berdiri di luar kereta sambil tersenyum ke arah saya. Saya mengesat airmata dan membetulkan rambut saya. Kemudian saya terus membuka cermin kereta.
“Kau okay juga nak. Aki (Atok) tengok kau menangis. Risau pula Aki.” Bilang si Aki.
Saya memerhatikan muka si Aki yang sudah berkedut. Rambutnya penuh dengan uban. Pakaiannya lusu.
“Nak, Aki tanya. Kau okay juga bah kan? Risau Aki nampak kau.” Bilang lagi si Aki. Saya terus mengukir senyuman di muka saya walaupun dalam keadaan terpaksa.
“Okay juga ni Aki. Terima kasih.” Saya bilang.
“Ohh. Baguslah kalau okay.” Bilang si Aki sambil jalan dan melambaikan tangannya.
Si Aki jalan terhenjot-henjot macam tempang. Kakinya beralaskan selipar jepun. Timbul pula perasaan kasihan terhadap si Aki.
“Aki!” Saya memanggil si Aki. Si Aki menoleh. Saya terus keluar dari kereta dan menuju ke arah si Aki.
“Ya kenapa tu nak?” Bilang si Aki.
“Aki mau pigi mana?” Saya tanya Aki.
“Balik rumah Aki. Sana hujung simpang perumahan. Tapi hujung sekali.” Bilang si Aki. Saya terus mengerutkan dahi saya. Hujung simpang perumahan bukankah.. Ahh! Biarlah! Saya bercakap dengan diri sendiri di dalam hati.
“Aki tumpanglah kereta saya. Saya hantar Aki. Kira jauh juga tu kalau mau jalan kaki pigi sana Aki.” Bilang saya.
“Tidak susahkan kamu kah nak?” Bilang Aki.
“Tidaklah.” Saya bilang terus tarik si Aki menuju ke arah kereta.
Sampai di kereta, saya terus buka pintu dan suruh si Aki masuk. Selepas itu saya kasi pakai dia tali pinggang keselamatan dan saya masuk ke dalam kereta.
“Baiknya hati kau nak.” Bilang si Aki. Saya senyum saja. Bukan selalu.
“Anak tau, ini pertama kali Aki naik kereta.” Bilang si Aki lagi bersuara. Saya sekadar mengangguk-anggukan kepala. Terus si Aki fokus dengan gambar yang tergantung pada cermin hadapan kereta saya.
“Siapa budak tu? Anak kau kah nak?” Bilang si Aki. Saya angguk-angguk kepala saya.
“Untung dia dapat mama macam kau. Mesti dia anak yang baik kan. Rindu sama cucu saya. Lama tidak nampak diorang.” Bilang si Aki. Tidak tau kenapa perasaan saya jadi sebak dengar perkataan rindu.
Sedangkan seorang datuk pun terseksa merindukan cucu-cucunya, apalagi seorang ibu yang kehilangan anaknya. Tanpa saya sedari, airmata saya mengalir jatuh membasahi pipi saya. Si Aki perasaan dan cepat-cepat saya mengesat airmata saya.
“Berhenti di sini. Aki turun di sini saja. Pounsikou (terima kasih).” Bilang si Aki sambil membuka pintu kereta selepas melepaskan tali pinggang keselamatannya.
“Miagal (sama-sama) Aki.” Bilang saya sambil melambai ke arah si Aki.
“Apapun masalah yang kau hadapi, kau kena kuat. Ingat, Tuhan tidak akan membiarkan kita sendiri kalau kita datang kepadanya. Kuatkan semangat!” Bilang si Aki. Terus dia bergerak menuju ke arah satu pintu pagar buruk.
Saya terus menggerakkan kereta saya dan memandang ke arah cermin sisi kereta. Saya amat terkejut bila melihat kelibat si Aki sudah hilang. Saya memberhentikan kereta saya di tepi jalan dan terus keluar unutk mencari si Aki.
Tidak tau kenapa bulu rumah saya berdiri masa itu. Sudah lah tempat yang saya pergi itu ialah perkuburan orang-orang Kristian. Tempatnya juga redup dipenuhi dengan pokok-pokok hiasan. Tanpa berlengah saya terus masuk semula ke dalam kereta dan meluncur laju kereta saya.
B E R S A M B U N G
Comments
Post a Comment