HZONE BLOG SPECIAL - CHAPTER#2
👁🗨 SERAM
➜ HZONE 👁🗨 BLOG
GC Special - Read Only
https://youtu.be/albwWXd3mow
➜ CERITA² MISTIK, MISTERI 📛 SERAM
🔝KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
🔛KUMPULAN CERITA HANTU KISAH NYATA
🔝HIMPUNAN CERITA SERAM
🔛KISAH SERAM MELAYU 📛 BERSIRI
🔛CERITA SERAM 👁🗨 BRUNEI PAGE
🔛KOLEKSI VIDEO SERAM
https://chat.whatsapp.com/GkoZrWgBuObKVokhMGF8by
➜ EMAIL thehorrorzone.289@gmail.com
➜ BLOGGER / TheHORRORZONE
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/03/koleksi-cerita-seram-melayu.html
👁🗨 DESCRIPTION
GC ini akan di isikan dengan Koleksi Cerita Seram / Video Seram yg menarik buat bacaan & tontonan anda semua...
051. GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH
HZONE ™️ 👁️🗨️ BLOG
MISTIK, MISTERI 👁🗨 SERAM
the 👁️🗨️ HORRORZONE
👁️🗨️ AD9NINE COLLECTION
CP BY A.D9NINE
🔝Koleksi Cerita Seram Melayu
*TAJUK CERITA : GADIS MUNCUL WAKTU SUBUH*
PENULIS : HAMBA
KOD : 0027509400051
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter2.html
Dan Samion pun mengungkapkan, dari mulut beberapa orang-orang penduduk kampung berdekatan, dia memperolehi sumber yang mengatakan rumah batu lama itu, asalnya milik orang China yang pada zaman penjajah (Belanda) dianggap oleh beberapa pihak sebagai tokoh perniagaan yang terkaya di Asia Tenggara pada masa itu.
Memiliki ladang getah, cengkih, pala di samping menjalankan perniagaan gula secara besar-besaran. Sering berulang-alik ke Singapura, Pulau Pinang dan Hong Kong demi urusan pemiagaannya. Saudagar China ttu mula berdepan dengan zaman gelapnya, bila dua orang anak lelakinya yang diharapkan membesarkan perniagaan ditangkap Belanda.
"Kedua-dua anak saudagar itu dituduh membantu perjuangan penduduk tempatan menentang Belanda. Kedua-duanya ditembak mati, tak cukup dengan itu, isterinya pula diserang demam malaria dan terus mati," kata Samion dengan wajah yang sedih.
Kerana saudagar China itu berkawan baik dengan keluarga Mia, segala harta tanah, rumah dijualkan kepada keluarga Mia. Dan si Cina kaya yang malang itu berhijrah ke Pulau Pinang dan meninggal dunia di pulau tersebut. Cara Samion menyampaikan cerita, sungguh menarik membuat kami tidak bosan mendengarnya.
"Panjang juga sejarahnya rumah itu," kata saya,
Samion tersenyum.
"Ada tak cerita lain yang pelik-pelik," susul Andi Kamarool.
"Kamu berdua cari sendirilah, khabamya kamu nak bermalam di rumah ni",
"Betul pak cik tapi, sebelum tu kami nak tahu hal-hal yang ganjil," tingkah saya.
Samion telan air liur. Termenung panjang, macam ada sesuatu yang difikirkan.
"Kamu berdua pergi tanya mandur, dia pernah bermalam di anjung rumah itu. Dia nak jumpa pengawal rumah, nak minta harta. Dia nak jadi kaya. Pergi tanya dia apa yang terjadi," Samion mengakhiri kata-kata dengan ketawa terkikih.
Tindak-tanduknya membuat kami tidak sabar untuk mengetahui cerita selanjutnya.
"Ceritakanlah pak cik," desak saya.
"Tanya mandur," jawabnya. Samion segera bangun dan meninggalkan kami
MENGEJUT
KEPUTUSAN mengejut dari Samion membuat saya dan Andi Kamarool termangu-mangu. Wajarkah Samion diburu dan memaksa dia bercerita tentang apa saja peristiwa ganjil yang dialaminya semasa mejadi 'jaga' rumah batu itu?
Perlukah mencari mandur serta memaksa dia meluahkan pengalamannya untuk renungan kami? Atau melupakan saja tentang Samion dan mandur. Semuanya berlegar-legar dalam benak saya.
"Kita memerlukan keterangan dari orang lain untuk panduan, kita tak boleh melulu buat kerja ni. Kalau ada datuk kamu dan Haji Basilam lainlah, ada tempat mengadu dan minta tolong," Andi Kamarool meluahkan keraguannya. Wajahnya nampak gusar. Saya merenung rerumput di halaman yang luas saujana mata memandang. Embun di hujung rumput sudah hilang, kicau burung juga beransur kurang.
"Kalau begitu Andi, kita cari mandur",
Andi Kamarool tidak membantah dengan cadangan yang saya kemukakan.
Di tengah-tengah sinar matahari yang beransur keras menyenggat itu, kami pun mengesan dan temui mandur sedang bersandar di pangkal pokok angsana merehatkan tubuh dan fikiran sambit menghisap paip bengkok.
"Ada apa yang boleh saya tolong," tegur mandur ramah sekali. Tanpa banyak cakap kami terus duduk alas batang buruk berdepan dengannya. Kami tatap wajahnya yang masih ada kesan peluh,
"Dengar cerita kamu nak tidur di anjung rumah Mia".
"Mana mandur tahu?" Tanya saya.
"Si Harisun pembantu rumah Mia yang cakap pada aku secara sulit, kalau Mia tahu perkara ni lepas keluar, si Harisun tentu dihalaunya dari rumah. Diberhentikan kerja".
Andi Kamarool tidak memberi apa-apa komen tetapi, saya kesal dengan Mia dan rasa marah terus meluap terhadapnya. Kenapa perkara itu mesti diceritakan kepada Kak Sun. Dan mulut luas Kak Sun sudah mengkhabarkan perkara itu kepada mandur. Memang orang perempuan jahat mulut. Tidak pandai simpan rahsia, Suka sampai menyampai, keluh hati kecil saya.
Sesungguhnya apa yang saya kira rahsia, sebenarnya sudah tidak menjadi rahsia lagi. Entah berapa ramai manusia di sekeliling Mia yang mengetahui tujuan dan cita-cita kami menginap di sini.
"Bagus kamu berdua cubalah dan rasalah sendiri".
Saya tersintak dari lamunan. Batang hidung mandur saya renung. Sepintas lalu, kata-kata yang diluahkan oleh mandur itu mengandungi unsur-unsur menyindir, Boleh melemahkan semangat, kalau di terima secara negetif, kalau diterima secara positif, kata-kata itu adalah cabaran yang mesti dihasut.
"Mandur pemah tidur di anjung rumah tu?" Tanya Andi Kamarool.
Mandur gelengkan kepala.
"Samion kata, mandur pernah pergi ke situ waktu malam?" Saya menyoal.
Mandur anggukkan kepala.
"Apa yang mandur dapat?" Susul Andi Kamarool.
Mandur terdiam sejenak, dua tiga kali kelopak matanya dipejam celikkan. Sepasang kakinya dilunjurkan.
"Aku mencuba, bila anak buah aku bercakap secara sulit yang mereka selalu melihat perkara aneh di halaman rumah tu. Terutama anak buah aku yang datang awal pagi," mandur terus menghidupkan api paipnya yang mati.
Setelah dua kali menyedut dan meluahkan asap paip, mandur tidak menyambung ceritanya. Dia merenung kosong ke tengah padang (halaman).
"Apa yang anak buah mandur nampak waktu subuh tu?" Saya cuba menghidupkan percakapan yang terbantut. Mandur cabut paip dari mulut, kepala paip diketuk dua tiga kali pada akar angsana hingga sisi tembakau di dalamnya berhamburan keluar.
"Si Manan, tukang kebun. Dia tu orang Tanjung Balai, sebelum subuh dia sudah sampai ke sini. Kadang-kadang dia sembahyang subuh di kaki lima rumah, kadang-kadang di bawah pokok cempaka besar. Suatu hart selepas sembahyang subuh, dia terpandang seorang wanita jelita, berkulit putih bersih. Mungkin wanita Cina mengutip bunga-bunga tanjung yang gugur. Bila Manan mahu menegur perempuan itu terus ghaib".
Saya urut dada, senang rasa hati kerana mandur masih mahu bercerita.
"Pengalaman mandur macam mana pula?" Saya terus mencungkil rahsia.
Mandur tersenyum, jejarinya terus menyumbat tembakau ke dalam lubang paip.
Dua kali sedut, dua kali meluahkan asap ternyata mandur dapat menikmati kepuasan yang tidak terkata. Gerak gerinya kami ikuti penuh teliti.
"Niat aku bukan apa-apa, aku cuma nak jumpa makhluk ghaib kerana nak minta harta. Aku nak jadi kaya," ungkap mandur. Dia masih juga tersenyum panjang.
"Mandur dapat apa yang dihajati?" Serius sungguh Andi Kamarool mengajukan pertanyaan. Senyum mandor masih belum putus.
"Kenapa mandur?" Rasa ingin tahu saya tidak dapat kawal.
"Aku lari lintang pukang, rasa nak keluar semua isi perut, kayu batu semuanya aku langgar. Akibat takut".
Cerita yang diungkapkan si mandur membuat saya dan Andi Kamarool ketawa terbahak-bahak hingga berair mata. Dan panas terik yang menggigit tubuh tidak terasa. Memang lucu kisahnya. Mandur juga turul ketawa.
MESRA
KERANA sudah terasa agak mesra, si mandur Batak berkulit hitam, berbadan besar yang didakwa oleh Samion sebagai lelaki yang handal dalam ilmu dunia itu pun bercerita.
Menuruttnya, ada dua sebab yang mendorong dia mengunjungi rumah batu lama itu waktu tengah malam. Pertama, dia mahu memastikan sama ada cerita orang di bawahnya itu betul atau tidak. Kedua, kalau cerita itu betul, dia mahu menemui makhluk yang merayau-rayau di kawasan itu untuk meminta sesuatu.
Dua perkara itulah yang menyebabkan mandur keluar dari rumahnya (yang terletak kira-kira setengah batu dari rumah Mia) jam dua belas malam. Masuk ke kawasan rumah tersebut, mandur tidak menghadapi sebarang rintangan atau masalah. Dia terus mundar-mandir di kawasan halaman rumah.
Malam yang dingin memaksa mandur membalut tubuhnya dengan kain tebal. Tidak memadai dengan itu, dia terus memeluk tuhuhnya. Kerana tidak mahu kedatangannya dikesan oleh sesiapa (terutama Mia) mandur tidak menghisap paip.
Ketika embun jantan mula turun, mandur tidak lagi bergerak sebebas tadi. Dia lebih banyak duduk di bawah pohon cempaka, suasana terasa amat sepi sekali. Bau harum dari bunga sedap malam terus menusuk lubang hidung. Bagi menghindari rasa mengantuk, mandur minum kopi pahit yang sememang dibawa dari rumahnya. Mandur beredar dari bawah pokok bunga tanjung. Dia mendekati rumpun pokok bunga sedap malam.
Sudah satu jam masa berlalu, mandur tidak berhadapan dengan perkara- perkara yang aneh seperti yang dialami oleh Samion, si Manan dan beberapa orang lagi anak buahnya. Mandur mula mengesyaki apa yang didakwa itu memang tidak wujud. Dirinya, dipermainkan oleh anak buahnya sendiri.
Secara mendadak saja mandur panas hati. Dia memaki hamun orang yang menyampaikan cerita ganjil kepadanya. Dia bercadang mahu menempelak tukang cerita pada keesokkan hari. Puncak dari rasa marah itu, mandur terus mematahkan ranting bunga sedap malam yang sedang menyebarkan bau harum sekitar rumah.
Ketika mandur mencampakkan ranting yang dipatahkan itu ke dalam longkang besar di kanannya, dia terasa macam ada sesuatu yang bergerak ke arahnya dari sebelah kanan rumah batu lama. Semua pancaindera mandur tertumpu ke situ. Cara kebetulan, bulan yang muncul dilarut malam, masih mampu menebarkan cahaya ke sekitar kawasan rumah batu malam.
Mandur renung ke arah perdu pokok bunga tanjung. Dia melihat susuk tubuh orang hitam, tinggi dan besar. Berdiri membelakanginya. Kerana yakin, apa yang dilihat itu adalah penjaga rumah lama, mandur segera mendekatinya. Sebaiknya saja didekati untuk dikenali, orang hitam itu terus ghaib dari pandangannya.
Mandur yang keras hati dan bersemangat waja itu yakin orang hitam itu akan menjelma lagi. Kerana itu dia mengambil keputusan untuk menantinya.
Kali ini dia menunggu di bawah pokok bunga cempaka besar. Bunga cempaka yang mala, berjatuhan menimpa tubuh mandur. Semuanya itu, tidak menggugat keyakinan mandur. Dia terus menanti,
Menjelang subuh, di saat kabus nipis bangkit dari permukaan bumi, mandur terlihat tubuh tanpa kepala dan kaki, bergerak bersama kabus nipis menuju ke arahnya. Mandur masih menanti tetapi, bila dia melihat tubuh tanpa kepala dan kaki itu sekejap ada, sekejap tiada. Mandur hilang pertimbangan. Keberanian dan semangat waja yang dimilikinya terus berkecai.
Mandur tidak sanggup menghadapinya, rancangan untuk memiliki harta punah ranah dari hatinya. Mandur terus langkah seribu membelah suasana subuh yang dingin menuju ke rumahnya.
"Seminggu aku tak kerja, terbaring di rumah siang malam. Dah tu aku tak dapat tidur langsung. Pejam mata saja orang hitam tu datang, aku terpaksa balik ke tanah Batak, ubat cara kampung baru aku boleh lidur," mandur mengakhiri cerita lentang pengalaman yang dilaluinya.
"Dahsyatnya," runggut saya.
"Tak tahulah aku nak kata apa-apa, Tetapi, itulah yang aku rasakan," tambah mandur. Anak matanya silih berganti menatap muka saya dan Andi Kamarool. Dia bagaikan mahu membaca rahsia hati dari wajah kami. Dia mahu memastikan apakah kami memang benar-benar mahu melakukannya atau sekadar cakap-cakap saja.buk
WAKTU
SEBAGAI orang Islam dan taat menjalankan sembahyang lima waktu, tentu saja saya tidak dapat menerima cerita yang diungkapkan oleh si mandur begitu saja. Sebagai orang muda, saya mahu mencari buktinya. Bukan apa-apa sekadar mahu mencari kebenaran. Saya kira Andi Kamarool juga sependapat dengan saya.
'Terima kasih mandur," Andi Kamarool bersuara. Telapak tangan mandur Batak yang beragama Kristian itu digenggamnya erat-erat.
"Cerita mandur boleh dijadikan panduan," kata saya,
"Aku juga fikir begitu, cuma kamu berdua mesti ingat...."
"Ingat apa mandur?" Soal saya.
"Jangan cakap besar, jangan cepat marah dan jangan patah pokok bunga sesuka hati semasa kamu mencari benda ganjil".
"Kami tetap ingat pesan mandur tu," muka mandur saya renung.
"Aku harap kamu berdua berjaya".
'Terima kasih mandur" balas kami.
Beberapa saat kemudian, kami pun meninggalkan mandur Batak yang sedang bersenang-senang di bawah pokok. Dia terus menyedut hujung paip bengkoknya. Bau asap dari paip mandur menguasai kawasan sekitar.
Kerana baru pukul sebelas pagi, rasanya tidak wajar pulang ke rumah papan. Saya tidak tahu apa rencana Andi Kamarool selanjutnya. Saya hanya mengikut saja langkahnya menuju ke rumah batu lama.
"Terlalu awal kita nak makan tengah hari, orang makan tengah hari pukul satu," teguran saya membuat Andi Kamarool berhenti melangkah.
"Aku juga fikir macam tu, habis apa yang kita buat Tamar".
"Begini Andi, kita cara Kak Sun".
"Untuk apa?".
"Dia mesti tahu banyak perkara yang orang lain tak tahu, kita risik rahsia darinya".
Andi Kamarool termenung sebentar. Dia kedutkan bibir sambil merenung ke langit. Melihat awan gemawan yang berarak ke selatan.
"Di mana kita nak cari dia Tamar?".
"Kita cari Samion dulu, tanya dia waktu begini, Kak Sun berada di mana".
"Aku setuju".
Kami pun .segera menemui Samion dalam ladang getah. Kedatangan kami membuat buruh ladang itu termenung panjang dengan dahi yang berkerut.
Setelah diceritakan tujuan sebenar kami menemuinya, Samion menarik nafas lega. Orang tua yang tidak banyak karenah itu menyuruh saya pergi ke bukit kecil, tidak jauh dari kawasan rumah batu lama.
Kata Samion waktu begini, biasanya Kak Sun berada di situ melihat atau menaruh baja be bunga orkid yang ditempatkan di bangsal khas di situ, Kami terus ke situ. Ternyata si buruh tua tidak berbohong. Kak Sun kami temui sewaktu dia memotong bunga orkid.
"Buat apa bunga tu kak," tanya saya.
Wajah Kak Sun berubah. Dia renung kami atas bawah, rangkaian bunga di tangan segera dimasukkan ke dalam raga rotan.
"Buat hiasan meja makan, bukankah tengah hari ni kamu berdua makan di rumah Mia".
"lya, balas saya.
"Apa ha!nya kamu ke mari".
Saya dan Andi Kamarool berpandangan. Angin yang turun dari puncak bukit memberikan kesegaran. Beburung hutan terus berkicau, Walaupun hari panas terik tetapi, bahangnya tidak terasa kerana di tempat kami berdiri dikelilingi pepokok besar yang merimbun. Memberikan suasana redup dan tenaga.
"Kami ni nak minta kakak tolong kami," dengan wajah yang bersahaja saya bayangkan hasrat hati.
'Tolong apa?" Sambut Kak Sun dengan wajah kemas.
"Kak Sun dah lama bekerja di sini, tentu banyak perkara yang kak tahu.
Terutama tentang kejadian pelik di kawasan rumah ni",
'Tak ada perkara pelik di sini," Kak Sun cuba berdalih. Dia segera bergerak ke kiri, memaut ranting orkid yang berbunga lebat. Ranting itu dipatah dengan hati-hati, agar bunga tidak relai. Macam tadi juga, ranting orkid yang berbunga lebat ditaruh dalam bakul.
BAYU
DALAM hembusan keramahan bayu pinggir bukit, saya dan Andi Kamarool terus rnengekorinya. Sudah tentu perbuatan sedemikian minimbulkan rasa kurang senang pada Kak Sun. Tugasnya jadi terganggu tetapi, dia tiada daya untuk menghindarinya. Buat beberapa ketika, tidak ada kata-kata yang terlontar dari mulut kami. Ke mana saja Kak Sun bergerak, kami terus mengikutinya.
"Kak Sun marah dengan kami?" Andi Kamarool cuba memancing.
'Tak marah, kenapa mesti marah".
"Kak Sun diam semacam aje," tingkah saya.
"Tak ada perkara yang nak dicakapkan, lagi pun yang nak bertanya, kamu berdua, bukannya kak," dari kata dan nada suara ternyata Kak Sun sudah pun memberi laluan. Saya dan Andi Kamarool segera berpandangan. Andi Kamarool genyitkan mata, beri isyarat supaya saya kemukakan pertanyaan.
"Begini Kak Sun, bukan apa-apa, sekadar nak tahu untuk pengetahuan kami. Lagi pun Mia sendiri suruh tanya Kak Sun, Katanya, Kak Sun banyak tahu hal-hal di sini," saya buka bicara dengan harapan apa yang saya dan Andi Kamarool inginkan akan terlaksana.
"Betul ke Mia kata macam tu?".
"Betul kak".
Terpamer perubahan di wajah Kak Sun.
"Betulkah Mia, kata macam tu," ulang Kak Sun dengan sepasang mata yang bersinar.
"Betul kak, kami tak bohong," sahut saya dan Andi Kamarool serentak.
Dan saya lihat sengih Kak Sun makin melebar di bibir. Hati kami senang sekali dengan perubahan diri Kak Sun.
Mungkin kerana penat berdiri atau mahu bercerita lebih panjang dan selesa, Kak Sun mengajak kami ke bahagian belakang bangsal.
Di situ tersedia empat bangku batang getah yang tingginya kira-kira satu kaki lebih menghadap meja panjang yang dibuat dan buluh untuk kegunaan para pekerja meletakkan makanan (bekal). Kak Sun lerus duduk disalah satu bangku tersebut.
"Duduklah, kenapa berdiri," kata Kak Sun.
Kami pun terus duduk. Pepohon besar yang menaungi kami memberikan rasa nyaman dan selesa. Kicau burung yang tidak menentu iramanya memberi sedikit hiburan. Saya dan Andi Kamarool tidak menduga semudah itu Kak Sun mahu menceritakan pengalaman- pengalaman aneh yang dikutip selama dia berkhidmat dengan keluarga Mia.
Memang ternyata sekali, janda separuh umur yang manis, mudah senyum itu menempuh pengalaman yang cukup berbeza dengan Samion dan mandur batak.
"Arwah suami kak dulu memang bekerja dengan ayah Mia. Jadi kerani menguruskan hal-hal jual beli kelapa, cengkih dengan orang luar selalu berulang ke Sungai Penuh - Medan - Belawan - Teluk Bayur. Arwah mentua lelaki kakak ada hubungan keluarga dengan ayah Mia. Mereka sama-sama Mendailing".
Senang sekali rasa hati, bila Kak Sun mahu mengungkapkan perkara tersebut. Kak Sun yang berhenti bercakap termenung sejenak, hujung jarinya kelingkingnya menyentuh hujung bunga orkid yang terkeluar dari bakul atas meja buluh.
"Masa tu Kak Sun dah bekerja di sini?" Saya cuba menghidupkan percakapan yang terhenti.
"Tak bekerja, kak duduk di rumah. Bila suami kak mati baru kak minta kerja di sini".
Saya dan Andi Kamarool anggukkan kepala, kicau burung mula berkurangan dan tiupan bayu juga beransur lemah. Tetapi, sinar matahari terus memancar keras, panasnya tidak terasa menyentuh tubuh kami yang bernaung di bawah rimbunan pokok besar.
"Masa kak kerja di sini, kak sempat jumpa dengan ayah Mia. Orangnya baik, jarang bercakap, kecuali hal-hal yang mustahak," sambung Kak Sun.
"Sempat jumpa ayah Mia?" Celah Andi Kamarool.
Kak Sun angguk kepala, sinar matanya membayangkan kebanggaan. Saya menggigit bibir dengan harapan kisah yang dituturkan Kak Sun tidak akan mati di situ saja.
"Sebenarnya, kak banyak bekerja dengan abang Mia. Ayah Mia jarang ada di rumah, terutama selepas bininya mati. Dia banyak keluar merantau ke Tanah Melayu, Jawa, Borneo dan ke Filipina," tambah Kak Sun dengan sinar mata yang agak redup.
"
Abang Mia yang baik hati dan bertimbang rasa itu memberitahu kak, bilik mana yang boleh dimasuki dan bilik mana yang jadi bilik larangan, dulu kalau ada tetamu yang tidur di bahagian anjung rumah akan mengalami hal ganjil. Bila terjaga pagi, mereka mendapati diri mereka berada di tengah padang (halaman rumah) anak saudara kakak cuba tidur di situ, dia dicampakkan ke dalam parit besar".
KECUT
CERITA yang dituturkan oleh Kak Sun membuat saya rasa cemas dan kecut perut. Saya Iihat kedua-dua belah kening Andi Kamarool nampak bergerak-gerak. Agaknya, dia juga merasa takut dan cemas, Hati saya mula berbelah bagi sama ada mahu meneruskan rancangan yang disusun atau membatalkannya saja. Andi Kamarool tentang biji mata Kak Sun.
"Ganjil," terpancut kata dari kelopak bibir Kak Sun.
"Macam ada penunggu pula Kak Sun," nada suara Andi Kamarool lemah sekali.
Mata saya liar merenung ke kiri dan ke kanan bangsal. Entah mengapa dengan tiba-liba saya terasa takut semacam, perasaan seperti bercelaru saja waktu tengah hari begini. Bagi menghilangkan rasa cemas ilu, saya terus senyum kepada Kak Sun dan Andi Kamarool.
"Kenapa kamu macam takut saja?" Kak Sun dapat mengesan apa yang sayaalami.
"Tak ada apa-apa, saya rasa sejuk waktu panas begini".
Kata-kata saya disambut dengan ketawa sinis. Saya semakin jadi serba salah. Senang rasa hati, bila mereka berhenti ketawa dan melahirkan senyum simpati untuk saya.
"Agaknya, kamu takutkan penjaga rumah?" Usik Andi Kamarool.
"Penjaganya kadang-kadang nampak, kadang tidak, berbadan besar. tinggi hitam macam orang dari Benua Afrika," secara sepontan Kak Sun bersuara, saya pun membeliakkan biji mata, lalu merenung ke kiri dan ke kanan bangsal.
"Kak pernah tengok?" soal Kamarool.
"Pernah".
"Apa kak tak cemas?"
"Kak tak apa-apa, tak takut juga tak rasa terganggu
"Hai..."jerit Andi Kamrool.
Kak Sun tidak memperlihatkan apa-apa reaksi dari jeritan kecil Andi Kamarool itu. Dia nampak bersahaja, sesekali sepasang mata hitamnya ditumpukan ke puncak bukit.
"Masa mula bekerja dulu, kak disuruh oleh abang si Mia duduk di sebelah bilik rahsia. Lebih kurang seminggu menginap di situ, pada suatu petang menjelang senja, tiba-tiba muncul orang hitam di pintu bilik dengan wajah yang masam," Kak Sun tidak meneruskan cerita, dia kedutkan kening macam mengingati sesuatu.
"Apa yang kak buat?" Tanya saya.
"Kak kata begini: Anak tuan rumah suruh duduk di sini. Maafkan aku kerana lambat memberitahu kamu. Selesai saja kak cakap macam tu orang hitam itu tersenyum dan terus hilang'
Makin lama, makin seram rasanya cerita-cerita yang diungkapkan oleh Kak Sun tetapi, menyeronokkan.
-TAMAT-
052. LEMBAGA HITAM TANPA KAKI
HZONE ™️ 👁️🗨️ BLOG
MISTIK, MISTERI 👁🗨 SERAM
the 👁️🗨️ HORRORZONE
👁️🗨️ AD9NINE COLLECTION
CP BY A.D9NINE
🔝Koleksi Cerita Seram Melayu
*TAJUK CERITA : LEMBAGA HITAM TANPA KAKI*
PENULIS : HAMBA
KOD : 0027509400052
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter2.html
SETELAH Nonong melangkah keluar dari bilik rahsia, datuk pun mengeluarkan sehelai kain kuning sebesar sapu tangan (saya menduga, kain itu memang sudah disediakan oleh datuk sejak awal lagi) dan bungkusan di tepi pintu pun ditutup dengan kain tersebut. Datuk segera mengarahkan saya dan Harun keluar dari bilik misteri.
"Mandi," katanya.
"Sejuk memanda," jawab Harun.
"Kamu mahu ke rumah Allah, mahu bersolat, mahu mengadap muka PadaNya. Bukan saja hati mesti bersih, mesti jujur. Tubuh badan mesti bersih, pakaian juga mesti bersih. Kalau badan tidak bersih, pakaian juga tidak bersih, ertinya tidak cukup sempurnalah diri kita pergi ke masjid untuk bersembahyang," cukup tenang datuk melunturkan katakata kepada kami.
Saya dan Harun segera mahu bangun untuk meninggalkan bilik misteri.
"Nanti dulu," tahan datuk.
Serentak saya dan Harun berpandangan, mencari-cari jawapan kenapa kami ditahan.
"Pelik benar anak muda sekarang, kalau turun ke bandar merambu atau ke panggung wayang, ke tempat pesta, mengenakan pakaian yang cantik-cantik, kemas, biar nampak kacak dan cantik. Kenapa perkara semacam itu tidak dilakukan bila ke masjid," datuk mula berceloteh.
Sesungguhnya perkara seperti ini memang tidak saya senangi.
Sebelum celoteh menjadi lebih panjang, secara hormat kami mohon lalu segera angkat kaki. Sebaik sahaja melepasi ruang tengah menuju ke bilik air, saya toleh ke arah datuk yang sedang merapatkan daun pintu dan menguncinya.
Dalam jangkaannya, datuk akan bersama-sama kami ke Masjid Raya. Jangkaan itu tersasar, datuk pergi dulu sendirian. Entah mengapa datuk tidak mahu bersama. Barangkali, dia ada matlamat atau maksud tertentu. Boleh jadi juga, dia mahu menguji keberanian saya dan Harun.
Mungkin dia mempunyai muslihat dan strategi tertentu. Jarang datuk berbuat demikian atau meninggalkan saya. Memang wajarlah tindak-tanduknya menimbulkan bermacam-macam andaian dalam kepala saya.
BESAR
KAMI tiada pilihan, terpaksa meredah kedinginan dan kabus subuh dengan rasa takut-takut berani. Entah mengapa, sambil melangkah saya teringatkan kemunculan lembaga manusia dalam kabus menghalang perjalanan saya dan datuk. Memang saya mengharapkan perkara demikian tidak akan berulang lagi. Kami terus melangkah.
"Tamar."
Langkah terhenti, bahu kiri dipaut Harun dari arah belakang.
"Kenapa Harun?"
"Aku rasa seram semacam."
`Ah! tak ada apa-apa, kalau ada pun kita tentang," tutur saya dengan
nada suara yang meninggi. Mendengar kata-kata itu, Harun mengeluh dan terus melangkah. Saya membaca beberapa surah dari Al-Quraan untuk menghilangkan rasa cemas yang muncul mendadak dalam diri. Langkah terus dipercepatkan.
"Allah hu akbar."
Itu yang terkeluar dari kelopak bibir. Di depan saya berdiri lembaga hitam. Harun terkejut besar, mulutnya terlopong. Sepasang matanya terbeliak. Kedua-dua belah tangannya memeluk tubuh saya. Siapa pun mengeletar, bila berdepan dengan makhluk asing berkulit hitam.
Tubuhnya besar, kira-kira lima pemeluk pokok Sena dan tingginya melepasi pokok kelapa dara. Rambut kuningnya melepasi punggung manakala di bahagian dada penuh dengan bulu tebal.
Bulu tebal yang menguasai bahagian dada hingga ke paras lutut berwarna kehitam-hitaman bercampur dengan warna putih kemerah-merahan.
Di bahagian kemaluan, warnanya lain pula, macam warna perak, keras macam berus dawai pengosok periuk, berlapis-lapis tebal macam cawat menyebabkan sukar bagi saya menentukan jenis kelamin makhluk asing itu, sama ada lelaki atau perempuan.
"Tak ada kaki."
Dalam rasa takut dan cemas itu, Harun masih sempat berbisik kepada saya. Apa yang dikatakannya memang benar. Anggota makhluk asing hanya boleh dilihat dari paras bahu hingga ke bahagian lutut. Kepala dan bahagian kaki tidak kelihatan.
Makhluk itu bagaikan berdiri atas kabus. Berpusing perlahan-lahan seolah-olah melihat keadaan sekitar. Beberapa minit kemudian lembaga tanpa kepala dan kaki itu hilang dari pandangan kami.
"Bagaimana Tamar?"
"Persetankan, dia sekadar menguji kita."
"Tapi..."
"Tak ada tapinya lagi, jangan banyak cakap, jalan terus, subuh dah hampir benar ni," kata saya sambil menarik tangan Harun. Langkah yang terhenti di susun semula. Kali ini kami melangkah dengan cepat sekali tanpa mahu menoleh ke kiri dan ke kanan.
Memang tidak diduga datuk menunggu kami di luar perkarangan Masjid Raya. Dengan senyum datuk menyambut kami.
"Ada apa-apa perkara pelik yang kamu berdua alami semasa datang ke sini tadi?" Tanya datuk.
"Tak ada apa-apa tuk," saya berbohong.
"Kamu Harun?"
"Aaaaaa " Harun tidak dapat meneruskan percakapan kerana bahu kirinya saya singgung dengan siku. Perbuatan saya itu dapat dikesan oleh datuk.
"Jangan tahan dia nak bercerita Tamar."
Saya memaksa diri senyum untuk menutup rasa malu yang saya lakukan sendiri. Harun renung muka saya, macam mahu menyatakan bahawa dia terpaksa patuh dengan permintaan. Saya restui permintaannya dengan menegakkan ibu jari kanan.
"Ceritakan Harun, jangan peduli dengan Tamar," kata-kata dorongan dari datuk membuat Harun menarik nafas lega.
"Kami jumpa lembaga hitam tidak berkepala dan berkaki," Tamar memulakan cerita dan saya lihat datuk macam tidak berminat mahu mendengarnya.
"Ceritakan dari mula Harun," saya memberitahu.
Datuk anggukkan kepala, setuju dengan saranan saya.
"Sebaik saja sampai di kepala simpang, saya rasa macam ada sesuatu menyentuh cuping telinga saya. Tapi, kerana takut saya diam saja, tak cakap pada Tamar. Akhirnya, kami bertembung dengan lembaga hitam tidak berkepala dan berkaki."
"Hummmm " datuk mengeluh kecil sambil mengigit bibir.
JEMAAH
BEBERAPA orang jemaah yang lalu memberi salam dan berjabat tangan dengan datuk. Malah dua tiga orang daripada jemaah itu bercakap-cakap dengan datuk seketika, mereka bertanya kenapa berada di luar kawasan masjid. Setelah menerima penjelasan dari datuk, mereka pun beredar.
"Cuping telinga sebelah mana? kiri atau kanan Harun?" Tanya datuk.
"Kanan memanda."
"Benda yang sentuh telinga kamu tu, macam daun lalang." "Iya memanda."
Datuk termenung seketika. Dahinya, dikerutkan dan bibir bawah digigit untuk kesekian kalinya. Perlahan-lahan datuk donggak wajah ke langit, melihat awan subuh yang berarak lembut. Pangkal tumit kirinya ditekan ke bumi hingga berbekas.
"Kalau begitu, kita ada dua pilihan untuk menyelesaikan barang dalam bungkusan yang berada dekat pintu bilik," tutur datuk sambil merenung ke arah saya dan Harun. Dan di bawah langit subuh, saya lihat sinar mata datuk bercahaya, penuh keyakinan dan pengharapan.
"Maksud Tuk?" Soal saya.
"Barang dalam bungkusan tu, mesti di buang ke sungai atau ditanam di tanah kampung, di mana ilmu susuk itu dipeturunkan kepada emak Nonong."
Saya lihat wajah Harun cemas sambil menarik nafas dalam-dalam. Matanya tidak berkedip merenung dada langit.
"Habis, macam mana memanda?" Tanya Harun penuh keraguan.
"Usah bimbang, semuanya akan kita fikirkan selepas solat nanti, tak usah risau," datuk memberikan keputusan muktamad. Membunuh keraguan dan kebimbangan di hati saya dan Harun. Dan kami pun akur dengan keputusannya itu.
Sebelum azan bergema, kami segera masuk ke masjid melakukan solat tahyat masjid. Tidak lama berselang azan subuh pun dilaungkau oleh muazim.
Suaranya bergema dan mendayu penuh syandu menguasai suasana subuh yang sekaligus dapat didengar penghuni kotaraya Medan yang tinggal tidak jauh dari Masjid Raya.
Di bawah langit dan bumbung masjid saya terharu menikmati alunan azan. Dan terasa betapa kecilnya diri ini di atas bumi Allah. Sesungguhnya, Allah maha agung dan maha berkuasa, padaMu aku mohon restu dan berlindung. Tanpa disedari air mata meleleh dicerun pipi.
Solat subuh pun bermula.
Saya kira setelah selesai menunaikan sembahyang subuh, datuk terus pulang seperti yang dilakukan pada subuh sebelumnya. Perhitungan saya tidak tepat kali ini. Datuk menahan saya dan Harun agar bernaung lebih lama lagi dalam perut masjid.
"Kita ikut Kuliah subuh kali ini," bisik datuk ke telinga Harun.
Kata-kata yang sama juga diungkapkan oleh Harun ke lubang telinga saya.
"Terpaksa," kata Harun.
"Iya," nada saya lemah.
Harun senyum panjang.
Melihat kepada jumlah para jemaah yang masih ramai bertahan dalam masjid, saya menduga kuliahnya pasti menarik dan memikat.
Kuliah subuh disampaikan oleh seorang ulama dari Bukit Tinggi (nama saya sudah lupa).
Perkara yang disyarahkan berhubung dengan gangguan syaitan. Kerana cara penyampaiannya yang begitu menarik dan memikat membuat para jemaah terpesona. Tidak bergerak dari tempat duduk.
Semuanya mendengar dengan penuh khusyuk.
"Kalau kita dekat dengan Allah. Syaitan jauh dari kita," tutur si ulama berbadan kecil, berjanggut sejemput berkulit sawo matang.
"Kalau kita dekat dengan syaitan, Allah jauh dari kita. Celaka hidup seseorang bila didekati syaitan," sambungnya sambil membetulkan kedudukan cermin mata bulat, macam cermin mata Mahatma Ghandi, pemimpin agung negara India. Semua para jemaah yang berada dalam masjid menganggukkan kepala.
"Negara hancur dan jahanam, bila pemimpin didampingi syaitan,maka lahirlah pemimpin gila kuasa, pemimpin rasuah, ambil harta rakyat untuk kaum kerabat dan anak sendiri. Kawan-kawan yang tidak sehaluan ditangkap dan dihukum," tambah si ulama penuh semangat sambil mengingatkan para jemaah yang bercita-cita mahu jadi pemimpin harus bersikap adil dan bijaksana.
POLITIK
SEMASA si ulama berbadan kecil memberi peluang kepada para jemaah mengemukakan pertanyaan. Harun segera mengangkat
tangan.
"Silakan," si ulama memberi laluan. Semua biji mata para jemaah
tertumpu ke arah Harun. Dan saya lihat Harun menggigit bibir menahan rasa gementar. Maklumlah dia tidak pernah bercakap dikhalayak ramai.
"Saya mahu bertanya tentang perkara yang terkeluar dari topik dalam kuliah ini," suara Harun tersangkut-sangkut.
"Tentang politik?" si ulama berbadan kecil mengajukan pertanyaan.
"Tidak," jawab Harun.
"Kalau begitu, silakan."
Buat seketika Harun merenung ke arah kepala para jemaah yang berceratuk. Dan secara tidak sengaja, semasa saya mengangkatkan kepala, pandangan saya dengan Harun bertembung. Cepat-cepat saya menegakkan ibu jari memberi perangsang. Harun tersenyum penuh semangat.
"Apa hukumnya bagi mereka yang memakai susuk termasuk dukun susuk?" Harun bertanya dengan lantang. Terbeliak mata datuk melihat keberanian Harun. Memang diluar dugaan yang Harun mampu bertindak demikian.
"Tahniah, pertanyaan yang baik dan jarang ditanyakan kepada saya," ada senyum terpamer dikelopak bibir ulama berbadan kecil, perlahan-lahan dia menolak bingkai kacamata sebelah kiri ke atas. Renungannya diarahkan ke muka Harun.
"Hai orang muda, agaknya kamu nak pasang susuk?".
"Tidak," pantas Harun menjawab sambil menggelengkan kepala.
Terdengar suara para jemaah berbisik sama sendiri yang diselang dengan suara orang batuk yang sengaja dibuat-buat. Agaknya, mereka menyindir Harun. Suara berbisik dan batuk itu datangnya dari arah belakang kami.
"Ehemmmm....."
Suara dari ulama berbadan kecil membunuh suara orang yang berbisik dan batuk yang sengaja dibuat-buat.
Situasi dalam perut masjid kembali sepi dan tenang. Gigi atas dengan gigi bawah saya lagakan berkali-kali. Datuk tunduk merenung permaidani masjid. Sayup-sayup terdengar bunyi kenderaan di jalanan. Suasana subuh masih lagi menguasai pinggir kota Medan.
"Secara kebetulan beberapa hari lalu semasa saya singgah di kedai kopi, terdengar beberapa orang di meja sebelah bercakap tentang susuk," si ulama berbadan kecil menatap wajah para jemaah yang tertonggok di depannya. Semuanya diam terpaku, penuh minat menanti kata-kata yang bakal diluahkan oleh si ulama berbadan kecil.
"Saya tak tahu entah kenapa perkara susuk ni, suka sangat disebutsebut terutama di kalangan kaum wanita. Menurut kata orang, tujuan memakai susuk atau pemanis diri supaya wajah yang tak cantik nampak cantik, dan mampu menarik perhatian lawan jenis. Niatnya sudah lain," percakapan si ulama berbadan kecil terganggu, kedudukan cermin matanya nampak sengit sebelah kanan kerana terlalu kerap mengoyang-goyangkan kepala ke kiri dan ke kanan.
"Jadi, dia nampak menarik dan cantik tidak sebagaimana yang sepatutnya, kecantikannya kerana pengaruh susuk," percakapan yang terhenti disambung kembali. Beberapa orang para jemaah mengeluh kecil sambil menarik nafas.
"Cara ini saya tidak setuju dan kurang terpuji kerana segala sesuatu tergantung pada niat, "innamal a'malu binniati waiinamalikuli riin manawa, sesungguhnya segala sesuatu dengan niat, jika niat hanya untuk mendapat atau mencari perhatian supaya orang lebih tertarik dan tergila-gilakan padanya. Perbuatan begini pada saya memang mengelirukan dan itu haram hukumnya. Ertinya, mengikut hukum Islam susuk itu haram," Harun menggigit kuku jari mendengar penjelasan tersebut.
BURUK
ULAMA berbadan kecil lagi sekali membetulkan kedudukan kacamatanya. Para jemaah tidak berganjak punggung. Dan minat saya untuk mengikuti kisah selanjutnya terus memuncak. Dari pengamatan saya ternyata si ulama itu sendiri cukup berminat untuk memperkatakan tentang topik yang ditimbulkan oleh Harun.
Selanjutnya, dijelaskan oleh si Mama itu bahawa perbuatan mereka (pengamal susuk) sudah menyalahi kudrat, mereka sudah ingkar dari apa yang telah digariskan oleh Allah. Tidak puas dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka, lalu berusaha mempercantikkan diri, mereka pasang susuk. Saya mendapat tahu pasang susuk itu ada jampi serapahnya.
Sesuatu yang dibuat oleh manusia, sudah tentu tidak kekal. Bila kuasa susuk menjadi tawar (tidak berkesan) keadaan sebenar terserlah (wajah kurang menarik) ditambah pula dengan usia yang semakin meningkat. Perkahwinan atau percintaan yang disalut dengan susuk akan berubah dan akhirnya merugikan kedua-dua belah pihak.
Lawan jenis tidak tertarik, rasa cintanya segera luntur, macam luntur seri wajah yang dibalut susuk. Selama ini dia tertarik kerana kepalsuan, cantik yang dibedak syaitan, dia tertipu.
Kesimpulannya, benda atau barang buruk dibungkus dengan pembungkus yang elok supaya nampak cantik dan menarik tetapi, isinya tetap buruk. Orang yang tertarik dengan pembungkus yang cantik segera mahu memilikinya, bila dibuka baru tahu isinya. Itulah sebabnya perbuatan tersebut berdosa dan haram hukumnya.
"Maafkan saya tuk guru."
Semua kepala para jemaah bergerak serentak menoleh ke arah kanan masjid. Seorang lelaki dalam lingkungan usia awal empat puluhan, bersongkok putih, berdiri mengemukakan pertanyaan.
"Mahu bertanya?"
"Iya Pak guru."
"Silakan. Siapa nama anda."
"Saya Syed Shahrul Akbar, saya tinggal tidak jauh dari Pusat Pasar Medan, perkara yang ingin saya tanyakan ialah apa pendapat Pak guru tentang ada golongan yang tahu hukum agama seperti kiai, ustaz dan sebagainya yang seolah-olah memberikan galakan memasang susuk?".
Satu pertanyaan yang secara tidak langsung mempertikaikan kejujuran dan keikhlasan golongan atau ahli agama dalam usaha membenteras perbuatan yang bertentangan dengan hukum Islam. Air muka si ulama berbadan kecil nampak berubah seketika.
Malah beberapa orang para jemaah memperlihatkan rasa kurang senang dengan pertanyaan yang diajukan oleh Syed Shahrul Akbar. Pertanyaan itu menjatuhkan air muka si ulama berbadan kecil, meragui kebolehannya. Apa juga alasan yang diberikan, tindak-tanduknya (Syed Shahrul Akbar) memang tidak wajar dan keterlaluan.
BERAKHIR
TETAPI, kebimbangan para jemaah segera berakhir, bila si ulama berbadan kecil tersenyum. Dia pun mengulangi kembali penjelasan tentang niat, sesuatu perbuatan bergantung pada niat, jika niatnya tidak baik atau jahat, sudah pasti perbuatannya berdosa.
Sebagai contoh, ada guru agama atau ustaz memasang susuk kepada seseorang supaya orang itu mempunyai daya tarik, daya pemikat. Bukan bertujuan untuk mengubati penyakit atau sebagainya.
"Sudah tentu perbuatan ini berdosa!"
Dari balik cermin mata putihnya, si ulama berbadan kecil menatap wajah para jemaah yang tertonggok di depannya satu persatu. Para jemaah di bahagian belakang memanjangkan lehernya.
"Kalau tak silap saya, Imam Ghazali pernah mengatakan golongan orang berilmu (ulama) ada dua jenis, di antaranya ada ulama SYU', ertinya ulama yang jahat. Ulama jenis ini sudah tentu ilmunya tidak seberapa," sambungnya dalam nada suara yang amat rendah sekali. Tetapi, berjaya menarik perhatian para jemaah.
"Begitu," cara mendadak Syed Shahrul Akbar.
"Iya, begitulah yang saya ketahui," sahut ulama berbadan kecil, dengan bermodalkan ilmu yang tidak seberapa itu dia telah melanggar aturan atau hukum syarak yang sebenarnya dia sudah tahu tentang dasar hukumnya. Mungkin kerana imannya masih nipis dan dapat dikuasai oleh syaitan maka dia pun mengutamakan dunia daripada akhirat."
Saya mengeliat untuk menghilangkan rasa lenguh di pinggang akibat terlalu lama duduk. Harun termenung panjang dan datuk memicit-micit pangkal pahanya. Dua tiga orang para jemaah batuk. Semuanya itu tidak mengganggu kelancaran kata-kata dari ulama berbadan kecil.
"Nah, golongan inilah dikatakan ulama jahat yang tidak wajar dijadikan contoh, sebabnya dia sudah menipu orang lain dan menipu dirinya sendiri, ulama yang baik itu adalah Al-Ulama Wahrahsatul Anbia, bermaksud ulama itu adalah pewaris para nabi," kali ini nada suara ulama berbadan kecil agak tinggi dan lantang sekali terutama bila dia menyebut kata-kata ulama adalah pewaris nabi.
-TAMAT-
053. LAMBAIAN GADIS AYU
HZONE ™️ 👁️🗨️ BLOG
MISTIK, MISTERI 👁🗨 SERAM
the 👁️🗨️ HORRORZONE
👁️🗨️ AD9NINE COLLECTION
CP BY A.D9NINE
🔝Koleksi Cerita Seram Melayu
*TAJUK CERITA : LAMBAIAN GADIS AYU*
PENULIS : SENYUMAN PERANTAU
KOD : 0027509400053
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter2.html
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca HZONE BLOG. Agak lama aku tak mengarang dalam ni, harap karya aku disiarkan. Aku SenyumanPerantau atau Jie. Harini aku nak kongsikan kembali kisah yang pernah berlaku kepada aku dan 4kawan baik aku. Kepada yang belum sempat menjengah cerita-cerita aku sebelum ni, aku mempunyai 4sahabat yang dikira rapat dan sanggup berkorban apa sahaja. Kawan-kawan aku bernama Amran, Mads, Mujahid, dan Mahadi.
Cerita sebelum ni aku tak pernah terangkan mereka secara terperinci, harini aku ulas semula tentang rakan baikku. Kami semua menuntut di sebuah institusi di Ampang. Kami memang terkenal dengan sifat sengal, nakal dan gila-gila. Walaupun begitu, dalam tidak sedar, semangat setiakawan kami sangat menebal sehingga kini. Walaupun kami tidak lah sepintar, secerdik sesetengah rakan kami yang lain, tapi kami bersyukur dengan bonding yang kami ada. Sehinggakan masa kereta aku rosak masa belajar, salah seorang rakan aku di atas sanggup turun daripada Ampang ke Seremban untuk membantu aku.
Cukup la cerita pasal dorang, nanti kembang pulang, riak menjelma nanti. Hari ni aku nak menyingkap kembali kisah masa kami menuntut di sebuah institusi di Ampang sekitar tahun 2009-2012. Kami ni mempunyai tabiat pelik, sebab kami ni memang gila makan, tambah-tambah lagi masa exam weeks. Pendek kata, makin kami stress, makin bergelen-gelen, bertan-tan makanan dan minuman yang kami akan telan. Antara makanan favourite kami dulu, burger bakar abang burn, chicken chop taman dagang, SS2 Murni, burger OM, dan eh..banyak lagi la.
Burger abang burn dengan juicy, sedikit bawang goreng yang rangup dengan sosnya yang cukup rasa. Chicken chop taman dagang dengan harga berpatutan zaman student, dengan daging ayam yang empuk dan black pepper gravy yang cukup mengiurkan. Burger OM yang digrill dengan menggunakan marjerin membuatkan setiap gigitan disertai dengan bau harum..Fuh.. Cukup2..Kecur pulak air liur aku…sedap, serius sedap kalau sapa-sapa belum try, pergi la, aku pun rindu gila suasana makan.
Satu tabiat pelik kami,ermm, maksud aku bukan kami, Amran.
Disebabkan masa tu, hanya Amran yang bawa kereta dan pakar selok-belok jalan KL, dia mempunyai kuasa veto dalam menentukan ke mana tempat yang kami tuju selepas makan. Amran ni suka bawa kami acah-acah ghost hunting area KL Selangor ni lepas makan. Antara tempat yang dibawanya, seperti Highland Tower, Hospital lady templer, Rumah sakit bangsar, Perkuburan Kristian Cheras, dan macam-macam lagi la. Keputusannya semua tiada jumpa apa-apa pun kecuali gangguan minor je la. Lagipun jin setan pun tak nak keluar kalau pergi 5orang jalan rapat-rapat, perangai pun masing-masing lebih kurang hantu.?
KECUALI… Ada satu gangguan ketika satu malam tu. Malam tu seingat aku Mujahid tak ikut, dia ada tugasan yang belum selesai (baca:study group mengorat junior?). Malam tu, Amran pandu kereta Kembara hitam dia, sebelah dia aku,di belakang belah kiri, Mads, kanan, Mahadi. Dan malam tu, Amran ada bawa sorang junior kitorang yang kepala agak-agak gila macam kami, kami panggil dia “Zack Tersesat Badan”. Zack kena panggil macam tu sebab badan dia tinggi besar berjambang tapi gelak dan perangai macam budak kecik..
Malam tu, asalnya kitorang nak pergi 4orang je, tapi memandangkan sebab nak cukup korum, Amran pergi culik Zack ni sekali. Malam tu, esoknya ada kuiz, tapi biasa la, kami bila stress akan keluar makan. Malam tu, kitorang pergi makan nasi lemak antarabangsa. Dalam perjalanan balik, Amran pun bunyi, ”
Weh..hampa,jom singgah Highland Tower sat, alang-alang dah lalu kot ni.”
“Jom, aku ok ja!!”sampuk aku, ramai-ramai memang aku cuba memberanikan diri.
“Jom..jom,”Mahadi dan Mads serentak.
“Gulps, em..ermm,betul ke ni?” Zack terkedu, sambil tangannya memegang Quran kecil yang sengaja Amran tinggalkan dalam kereta.
“Hehe..hang kena ikut la, tak mau kami tinggai hang tepi jalan ni!” Amran mencelah sambil kami menyambut dengan hilaian dan gelak tawa.
Amran pun memandu sekeliling kawasan Highland Tower sambil mulutnya tak berhenti menerangkan perihal kejadian itu. Amran ni memang jenis rajin membaca sejarah, teori dan segala la. Pendek kata, dia akan baca sesuatu kejadian dengan terperinci, dari sudut kerajaan, pembangkang dan neutral. Semua kejadian, termasuk la kes Highland Tower. Tapi rajin baca pasal kes pengetahuan am la, kalau exam malas jugak nak baca, kelaut jugak.hehe.
Tengah memandu tu, kereta Amran seperti terhenggut-henggut seolah-olah kereta rosak. Zack dah pucat.
“Amran, kenapa kereta kau ni? Jangan-jangan kereta ni..” dia diam sampai situ.
Kami semua berpura-pura menyampuk, “Amran, kenapa rasa berat ni, ada apa-apa ke?”
Zack semakin pucat, diam. Kami semua menahan ketawa, memang itu taktik Amran setiap kali keluar, kami dah masak sangat. Cuma Zack yang pertama kali keluar dengan kami. Berpeluh-peluh muka dia.
“Jom turun jom,”Mahadi bersuara. Serentak habis Mahadi bersuara, tiba-tiba guruh berdentum-dentum dan hujan lebat turun mencurah-curah.
“Alhamdulillah..tak payah turun,” suara Zack keluar dengan muka yang amat lega.
“Ala, tak boleh keluar la pulak,tak apa kita balik je,” ujar Amran, hampa.
Dekat Highland Tower tu kami tak jumpa apa-apa pun. Cuma hujan lebat sahaja. Mungkin suasana tak berapa seram, sebab kami ramai. Amran pun memandu laju untuk pulang ke hostel di Cheras Baru.
Masa dalam perjalanan, dekat-dekat nak sampai persimpangan Cheras Baru, kami akan lalu sebuah perkuburan Kristian di Cheras. Amran tiba-tiba bersuara, “Eh, alang-alang hujan ni, apa kata kita lalu shortcut jalan dalam kawasan kubur Kristian ni?? Amacam semua?”
“Ok Amran.kami ok je..”
Amran pun ambil susur kiri untuk masuk ke tengah-tengah kawasan perkuburan itu. Untuk pengetahuan semua, tanah perkuburan ini memang mempunyai laluan untuk kereta lalu, walaupun agak sempit. Jalan ni sangat gelap dan terdapat sebatang pohon besar yang rendang. Masa ni bulu roma aku agak meremang sedikit. Bulu roma aku memang jarang meremang kecuali kalau memang ada “benda-benda” disekeliling aku.
Dalam kawan-kawan aku ni, Mads, Mahadi dan aku memang selalu diuji dengan penampakan pelik-pelik. Hanya Amran yang jarang nampak, tapi dia mempunyai naluri yang kuat. Kalau dia rasa, benda tu macam ada, memang selalunya akan ada. Hanya Mujahid je yang tak pernah nampak dan rasa apa-apa ni, sampai sekarang tak pernah percaya benda mistik ni.
Tengah Amran memandu, tiba-tiba kereta terhenggut-henggut seperti tadi. Kami menganggap cuma benda biasa seperti selalu, Amran ingin “mengusik”. Kereta Amran terhenti seketika di bawah sebatang pokok besar yang rendang. Berkali-kali Amran cuba menghidupkan keretanya tetapi gagal. Masuk kali keempat, dengan berbekalkan kalimah Bismillahirrahmanirrahim, baru lah kereta berjaya dihidupkan kembali.
“Hehe, eleh Am, taktik jangan wat selalu sangat, dah tahu la sengal!!” Mads berbunyi.
“Jom balik Am,nak study kuiz pulak ni!” Mahadi menyampuk.
“Hurm..hurm..”Amran mengeluh, acuh tak acuh.
“Sebenarnya, aku tak buat ni, aku pun tak tau kenapa ni..”
“Haha,bongok la,lame lame. taktik hang!”Mads ketawa berdekah.
“Ikut hang la, tapi…” belum sempat Amran menghabiskan ayatnya, tiba-tiba bau busuk yang amat sangat muncul dengan tiba-tiba.
“Woi..busuk..bau sapa kentut macam bangkai ni..cepat mengaku, bukak tingkap woiii!” Mads menempik sambil tangannya terus menekan butang tingkap di sebelahnya. Tingkap pun diturunkan.
Aku dan Amran masa ni, masing-masing mencuit sesama sendiri. Sebab bulu roma kami memang dah menegak di tahap paling maksimum. Seram sejuk. Zack dah pucat lesi. Mahadi acah-acah cool main FB, dan Mads?? Masih bangang tak rasa apa-apa, siap turun tingkap lagi!!!
Seraya tingkap diturunkan, angin sejuk datang menerpa dan masuk menuju ke dalam kereta.
“Eh, awat lain macam angin bertiup malam ni?” Mads masih lagi tak henti-henti berbunyi. Buat pengetahuan korang, Mads ni memang agak serabut dalam kami berlima ni. Kadang-kadang rasa nak tampar pun ada, tapi dah kawan kan, terima je la kelebihan dan kekurangan kawan. Emm, maksud aku lebih kepada kekurangan, kelebihan tu macam sikit je.hehe. Maaf Mads.
“Hang diam sikit boleh dak?” Amran meninggikan sedikit intonasi suaranya.
“Aku ghasa tak sedap hati dah ni, gheta berenggut ni pun aku tak tau kenapa..” sambung Amran lagi.
Mads pun dah mula diam masa ni. Bau busuk tadi mula hilang lalu diganti bau wangi yang amat sangat. Bau dia susah aku nak terangkan, tapi bau dia seakan-akan bunga kemboja, wangi yang menenangkan, tidak terlalu kuat. Kami mula rasa lain macam.
“Eh, wangi la pulak..”Mads berbunyi lagi.
“Kelepak!!” Kepala Mads diluku oleh Mahadi.
Cepat-cepat Mads diam kembali. Tiba-tiba Zack berbunyi setelah kian lama menyepi, “Hurm, korang, jom balik, aku nampak…hurmm.. aku nak kencing la korang, tak tahan dah ni.”
“Sabaq la, aku nak balik la ni, tengok la kereta ni.”
Akhirnya kami pun berjaya meneruskan perjalanan dan terpaksa berhenti di Petronas sebab Zack dah tak tahan sangat nak kencing. Sampai kat Petronas tu pun, dia terus melompat dan masuk tandas tanpa menutup pintu, nasib baik malam tu pun dah pukul 1pagi, dan geng-geng kami takda yang kunyit, kalau tak, nahas Zack???..
Habis Zack membuang, dia pun menyambung ayatnya yang terputus tadi..
“Weh, aku nampak sorang perempuan tadi, waktu kereta kita m**i kat pokok besar tadi.. Dia duduk atas dahan besar tu, korang tak nampak ke wehhh…”
“Muka dia pucat kebiruan. Mata agak sepet sikit.. Nampak macam cina, tapi baju putih.. Entah, aku nak terangkan lama2 pun aku tengok kejap je,” Zack menyambung.
“Satu lagi masa bau busuk tu, dia ada duduk bertenggek atas but kereta betul2 belakang aku, tu aku diam ja masa celaka Mads ni bising.”
“Dan last sekali, masa bau wangi tu, dia melambai-lambai daripada sebelah Jie..”
Kami??? Kami tak nampak apa-apa pun pasal perempuan tu, hanya Zack je yang menyaksikan kejadian tu.
Apa benda tu??? Kitorang pun tak tahu apa menatang tu.
Semua terdiam. Kami sunyi sepi sepanjang perjalanan ke hostel. Lepas kejadian tu?? Kami masih meneruskan acah-acah ghost hunting tu. Tapi tiada apa2 kejadian spesial melainkan kejadian di atas???
Ok,aku SenyumanPerantau, jumpa lagi episod seterusnya kalau aku rajin…Babai Zack Tersesat Badan..Aku dah tulis pasal kau.haha?
-TAMAT-
054. JANGAN CAKAP ABANG TAK PAYUNG (ABAM & PERISTIWA DI SEBUAH BANGLO TINGGAL)
HZONE ™️ 👁️🗨️ BLOG
MISTIK, MISTERI 👁🗨 SERAM
the 👁️🗨️ HORRORZONE
👁️🗨️ AD9NINE COLLECTION
CP BY A.D9NINE
🔝Koleksi Cerita Seram Melayu
*TAJUK CERITA : JANGAN CAKAP ABANG TAK PAYUNG (ABAM & PERISTIWA DI SEBUAH BANGLO TINGGAL)*
PENULIS : ABAM KIKO
KOD : 0027509400054
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter2.html
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua. Terlebih dahulu abam nak mengucapkan terima kasih kepada admin HZONE BLOG kerana telah menyiarkan cerita-cerita abam sebelum ini iaitu siri JANGAN CAKAP ABANG TAK PAYUNG (ABAM & PEAH) & (ABAM TERSESAT MASUK KE KAWASAN BUNIAN). Untuk yang belum mengenali siapakah empunya cerita ini, abam perkenalkan semula diri ini sebagai #AbamKiKo. Ada banyak peristiwa seram yang pernah menimpa diri abam sepanjang hidup ini. Abam akan berlagak selamba walaupun dihimpit ketakutan apabila bersua dengan mereka semua (Hantu Puaka). Prinsip abam adalah kita semua haruslah sentiasa berada di dalam keadaan selamba walaupun tengah bersedih, sakit hati, seram, takut, ataupun panik. InsyaAllah kita semua akan selamat. Abam bukanlah seorang hero, abam cuma ingin hidup gembira seperti orang lain, selamat, dan aman tenteram. Adakalanya abam nampak akan kehadiran mereka, adakalanya haram tak nampak, dan adakalanya nampak sepanjang masa. Jom layan cerita terbaru dari #AbamKiko OK?
ABAM KIKO & PERISTIWA DI SEBUAH BANGLO TINGGAL
Apa khabar korang semua? Abam harap korang semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan gembira hendaknya. Kali ini abam ingin bercerita tentang sebuah misi penyiasatan yang pernah abam dan beberapa rakan yang lain kendalikan pada suatu ketika dahulu. Subjek siasatan adalah sebuah banglo tinggal yang terletak berhampiran dengan sungai di sebuah negeri di selatan tanah air. Pada mulanya abam tidak ingin melibatkan diri dalam misi itu tetapi terpaksa akur juga selepas puas dipujuk rayu oleh sahabat abam sendiri.
Pada awalnya tujuan kami berada di situ adalah untuk memukat ikan dan udang di sepanjang sungai itu tetapi ketika bot kami sedang menghampiri sebuah jeti kecil yang hampir runtuh di situ, sahabat abam iaitu Rozzi ternampak sebuah banglo besar terlindung di sebalik pokok-pokok tembakau yang tumbuh melata di sepanjang muara sungai itu. Daripada jauh banglo itu kelihatan begitu suram dan daripada pengalaman terdahulu abam tahu bahawa banglo itu mempunyai penghuni-penghuninya sendiri.
Rozzi: Korang nampak tak apa yang aku nampak?
Abam: Nampak apa?
Rozzi: Cuba korang perhatikan betul-betul apa yang ada kat belakang pokok-pokok tembakau tu.
Duan: Wah…
Abam: Aku nampak macam rumah orang. Kenapa?
Rozzi: Cuba kau fikir secara logik. Situ kan kawasan semak samun, itu bukan rumah biasa, itu banglo tinggal. Aku confirm takde orang yang tinggal kat situ.
Duan: Mana kau tau?
Rozzi: Guna akal bro. Apa pulak pendapat kau Halim?
Halim: Aku pun rasa banglo tu kosong. Aku pernah dengar yang tu banglo bekas pegawai British masa zaman sebelum merdeka lagi. Itu yang aku pernah dengarlah.
Abam: Ya je kau ni.
Halim: Ya. Atuk aku pernah cerita dulu. Ada sebuah banglo besar tepi sungai. Banglo pegawai kolonial. Lebih kurang macam tulah. Aku rasa banglo tulah yang dimaksudkan oleh dia.
Rozzi: Menarik tu. Untuk mengesahkan lagi teori kau tu Halim, apa kata kita semua buat sedikit kajian kat banglo tu. Barulah kita tau samada atuk Halim ni kaki sembang ataupun memang pakar sejarah. Camne kawan-kawan?
Halim: Wah mulut kau Rozzi. Tak makan saman. Respek sikit atuk aku!
Rozzi: Takdelah aku just cakap je. Camne? Adakah kita sekadar pulang seperti biasa ataupun kita buat lawatan sambil belajar ke situ?
Duan: Aku on je.
Halim: Aku beres, takde masalah.
Abam: Abam tak setuju. Hari dah nak lewat petang ni. Kalau jadi apa-apa susah kita semua.
Rozzi: Abam. Kau ni selalu je buat hal. Kau tak payah bimbanglah. Aku ada kat sini. Aku boleh jaga korang semua. Siapa yang tak kenal aku. Ini Rozzi. Ini Rozzi der.
Abam: Abam nak balik jugak. Kalau korang nak ikut dia korang ikutlah. Kau hantar abam balik sekarang Rozzi!
Duan: Chill bro. Kita tengok-tengok sekejap pastu blah. Ok?
Abam: Abam tak kira jugak, tolong hantar abam balik sekarang.
Rozzi: Macam budak-budak kau ni. Bukannya selalu aku ajak kau datang sini. Apa jenis kawan kau ni abam?
Halim: Abam. Kita gi sekejap je. Kalau jadi apa-apa kat kau si Rozzi ni tanggung nanti. Setuju?
Abam: Hmmm…
Rozzi: Kita punyalah nak tengok kawan happy. Siap pinjam bot pak sedara lagi. Tapi dia. Malas nak cakaplah…Sedih aku…
Abam: Ok fine. Abam ikut. Sekejap je. Kalau jadi apa-apa kau jawab nanti Rozzi.
Rozzi: Yahoo. Yabedabedu. Jom!
Kawasan tersebut dipenuhi dengan semak samun yang tinggi melalang. Entah macam mana cuaca tiba-tiba sahaja berubah. Awan tebal mula kelihatan, angin bertiup kencang disusuli pula dengan hujan yang lebat. Nak tak nak kami semua terpaksa meredah masuk ke dalam banglo itu untuk berlindung daripada dibasahi hujan. Ketika menjejakkan kaki ke dalam banglo itu, abam ternampak beberapa orang wanita tua yang berkelubung hitam sedang berdiri memerhatikan gerak-geri kami semua.
Mata mereka berwarna hitam pekat, masing-masing memegang sebatang tongkat. Penampilan mereka adalah sama seperti sekumpulan ahli sihir wanita dari negara barat. Sahabat-sahabat abam tidak sedar bahawa mereka semua sedang diperhatikan. Rozzi pula dengan berani matinya bercakap besar seakan-akan mencabar makhluk di situ untuk memunculkan diri mereka di situ. Abam hanya mendiamkan diri sambil membaca ayat Qursi dan surah 3 kul di dalam hati sebagai perlindungan.
Rozzi: Aku pelik betul. Banglo ni punyalah besar gedabak. Sekor hantu pun takde kat sini. Pelik aku.
Abam: Jaga mulut tu. Jangan cabul. Jangan berlagak sangat. Kang mendapat baru kau tahu.
Rozzi: Setahu akulah, tempat kosong macam banglo ni biasanya ada benda yang duduk. Ini takde langsung. Itu yang membuatkan aku pelik.
Abam: Huh. Tak ada? Lantak kaulah Rozzi. Abam dah pesan awal-awal, mulut tu jaga sikit.
Rozzi: Kau ni penakut sangatlah abam. Rilek sudahlah.
Halim: Weh korang…Cepat naik atas, ada benda yang menarik ni.
Jantung abam tiba-tiba sahaja berdegup laju apabila Halim menjerit memanggil kami dari tingkat atas. Rozzi pantas berlari menaiki tangga di situ. Abam pula terkial-kial keseorangan menaiki tangga dengan agak perlahan. Ketika abam melintasi tiang yang berhampiran dengan tangga itu, abam nampak salah seorang daripada wanita tua itu terbang dengan lajunya menuju ke tingkat atas.
Rozzi: Woi abam. Lambatnya kau, terkedek-kedek.
Abam: Wei. Agak-agaklah bila bercakap tu. Abam ni special, bukan macam korang, halus macam lidi. Lain kali fikir dulu sebelum bercakap. Otak tu taruk kat kepala bukan kat lutut! Cakap main lepas je!
Ketika abam sampai di tingkat atas, abam ternampak pelbagai jenis hantu puaka sedang berkeliaran di situ. Jumlahnya dalam berbelas-belas ekor. Wanita tua itu juga berada di situ. Pada firasat abam, wanita tua itu mungkin adalah penjaga ataupun penunggu banglo itu. Rozzi, Duan, dan Halim pula berada di dalam bilik tengah. Mereka terjumpa fosil rangka tulang seekor haiwan yang tidak diketahui jenisnya.
Rozzi: Aku rasa ni rangka harimau. Tengok rupa pun dah tahu. Sini kawasan hutan memang logiklah ada harimau.
Abam: Kau ni agak-agaklah. Takkanlah harimau kecik macam tu? Dah tu melengkung sangat tulang belakang dia. Abam rasa bukan harimau ni.
Rozzi: Ini anak harimau der. Kau tengok tengkorak muka dia tu. Muncung ke depan tu. Harimaulah tu. Harimau hutan.
Abam: Harimau hutan? Memang diorang duk dalam hutan. Ada ke harimau bandar?
Rozzi: Kau diamlah abam.
Duan: Kalau harimau, Kenapa dia takde ekor? Tulang jari kaki pun takde?
Rozzi: Korang pernah tengok tak anak harimau ekor kudung?
Abam: Ha? Harimau ekor kudung? Biar betul?
Rozzi: Harimau ekor kudunglah. Diorang lahir cacat sebab tak cukup bulan. Diorang takde ekor. Alah macam kucing jugak.
Abam: Habis tulang jari dia?
Rozzi: Itu mungkin semut dah bawak lari makan.
Abam: Macam tak logik je jawapan kau ni. Habis tu sisa tulang yang lain kenapa diorang tak makan?
Rozzi: Tulang yang lain tu besar. Kena ada semut yang besar untuk makan tulang tu.
Abam: Hahaha. Bodohnya jawapan kau. Nak sembang dengan budak kecik bolehlah. Kau ni dah mengarut sangat ni.
Duan: Aku setuju abam. Memang tak logik langsung. Aku tak rasa binatang ni harimau. Kau tengok taring bawah dia tu. Lain macam je. Aku rasa kau ni main taram je Rozzi.
Rozzi: Terpulanglah kalau korang nak percaya atau tak. Aku dah jelaskan apa yang patut.
Abam: Hahaha. Abam dah tahu menatang apa ni. Kau jangan berlagak pandailah Rozzi.
Rozzi: Apa dia kalau kau bijak sangat?
Abam: Ni rangka tulang b**i tunggal. Kau tengoklah gigi taring bawah tu. Tajam melengkung ke atas. Harimau mana ada taring tirus melengkung macam tu.
Rozzi: Bapaklah…
Duan: Yelah. Aku pun rasa macam tu. Nasib baik aku tak pegang tadi.
Abam: Pandai-pandailah kau samak nanti ya Rozzi. Hahaha. B**i tunggal dikatanya harimau.
Rozzi: Tapi macam mana b**i ni boleh ada kat dalam bilik ni?
Abam: Dia masuk dalam banglo nilah sengal.
Rozzi: Aku tahu. Tapi macam mana dia boleh naik ke tingkat atas dan masuk dalam bilik ni? Cuba kau fikir betul-betul.
Abam: Itu pun kau tak boleh fikir? Dia naik tangga pastu masuk dalam bilik ni. Nak dijadikan cerita dia t******h dalam bilik ni. Mungkin sebab heart attack ataupun benda lain.
Duan: Kau pun mengarut jugak abam. Kaki b**i dahlah pendek, macam mana dia naik tangga?
Abam: Ok, b**i ni melompat-lompat pastu masuk dalam bilik ni dan menemui ajalnya akibat keletihan. Itu jawapan muktamad.
Duan: Boleh jadi jugak. Terima kasih abam. Otakmu sungguh bergeliga.
Ketika kami sedang bergelak ketawa abam terdengar tangisan yang agak kuat dari bilik sebelah. Abam mengajak mereka untuk meninjau ke bilik sebelah pula. Abam hendak melihat gerangan makhluk apakah yang sedang menangis itu.
Abam: Allahuakbar!
Rozzi, Duan, & Halim: Kenapa? Kenapa Abam?
Abam: Ermm. Takde apa.
Abam nampak seorang budak perempuan yang berumur dalam lingkungan 8-9 tahun sedang menangis di dalam tandas bilik itu. Kulitnya pucat lesi, mukanya agak cengkung, berbadan kurus, berambut tocang, dan dia sedang berdiri di atas mangkuk tandas sambil menangis bersendirian. Mukanya nampak comel tetapi kulitnya terlampau pucat seperti mayat. Tak lama kemudian dia menghalakan tangannya ke arah abam.
Sedang abam asyik memerhatikannya muncul pula seorang lelaki tua yang memakai baju kot memasuki bilik itu. Wajahnya saling tak tumpah seperti orang Inggeris. Dia memegang sebatang kayu baton di tangan kanannya dan duduk di atas kerusi di hadapan abam. Lalu dia mengeluarkan sebatang pen dan menulis sesuatu di atas kertas yang berselerakan di atas meja kerja di situ. Abam mendekatinya kerana ingin tahu apakah yang sedang ditulisnya. Apa yang abam nampak hanyalah contengan-contengan buruk. Tiada sebarang ayat ataupun tulisan yang ditulis olehnya.
Tiba-tiba kepalanya berpusing 180° ke belakang. Badannya di depan manakala kepalanya berada di belakang merenung abam sambil menjelirkan lidahnya. Abam menggigil keseorangan. Rozzi, Duan, dan Halim pula sedang ralit dengan aktiviti menyelongkar sebuah gerobok lama yang berada di hujung bilik itu. Abam berganjak dan menghampiri mereka bertiga.
Duan: Pucat semacam muka kau abam. Apa hal?
Halim: Yelah. Dah macam nampak hantu. Ke kau takut?
Abam: Diamlah korang.
BERDEPUP. Bunyi kepala lelaki tua itu terjatuh di atas lantai. Kepalanya mula bergerak dan memasuki gerobok lama itu. Badannya masih berada di atas kerusi itu. Dalam masa yang sama budak perempuan itu masih lagi menangis di situ. Duan pula telah masuk ke dalam bilik air itu untuk melepaskan hajatnya. Suara tangisan budak perempuan itu semakin lama semakin kuat. Mungkin budak perempuan itu terkejut dan trauma akibat ternampak barang peribadi milik Duan ataupun dia terlampau sedih kerana Duan telah terkencing ke atasnya. Sungguh malang nasib yang menimpa budak perempuan itu.
Rozzi: Aku rasa kita bawak balik gerobok ni. Kita jual dalam ebay ataupun amazon. Mesti kaya punya. Barang rare ni.
Abam: Tak payah. Biarkan saja ia di situ.
Rozzi: Takpe abam. Aku sorang pun dah boleh angkat gerobok ni. Bukan berat pun.
Abam: Bukan masalah berat. Gerobok ni bukan hak kita. Kau nak mencuri ke apa? Niat kita nak masuk dalam banglo ni dan tengok-tengok saja. Kau jangan buat kerja gila ya.
Rozzi: Habis tu kalau aku tak ambik nanti mereput jugak gerobok ni.
Abam: Jangan. Abam cakap jangan.
Rozzi: Huish…Kau ni!
Entah kegilaan apakah yang terjadi pada Halim pada waktu itu. Halim dengan bodohnya telah menendang gerobok itu dengan kuat. Abam lihat kepala lelaki tua itu melantun-lantun di dalam gerobok itu. Badannya terus bangun dari kerusi itu lalu ia menuju ke arah Halim dan menghantuk kepala Halim dengan kuatnya di sisi gerobok itu.
Halim: Aduh! Sakitnya. Aduh…Pecah kepala aku.
Abam: Kenapa bro?
Halim: Kepala aku terhantuk dowh. Macam ada orang tolak je aku rasa tadi.
Abam: Kau tergelincir kot. Tak pun kau pening pastu kepala kau terhantuk kat situ.
Halim: Mungkin jugak. Benjol kepala aku. Gilalah. Rozzi, kau tengok dahi aku ni. Benjol tak?
Rozzi: Alah benjol sikit je. Yang kau terhantuk pehal? Mabuk ke apa?
Halim: Aku tak taulah. Aku tergelincir pastu terhantuk. Sakit macam nak pecah kepala rasa.
Rozzi: Lain kali hati-hatilah.
Abam lihat Halim menahan sakitnya sambil mengeluh bersendirian. Abam agak geli hati sebenarnya tetapi abam tidak memberitahu perkara sebenar kepada mereka. Apa yang berlaku adalah pengajaran buat mereka. Jangan sesekali melawan nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman. Rozzi pula telah ditarik kaki dan tersembam di atas lantai akibat meludah di tepi gerobok itu.
Rozzi: Ada benda kat sini. Aku rasa macam ada benda yang tarik aku tadi. Banglo ni berhantu. Jom blah.
Halim: Aku pun sama jugak. Macam orang tolak kepala aku tadi. Ini semua kau punya pasal.
Rozzi: Aku pulak? Kau ni apa hal? Aku tak bersalah apa-apa pun.
Halim: Mulut kau tu celupar sangat tadi. Blahlah dowh.
Kami bertiga terus turun ke bawah. Abam tidak nampak sebarang hantu puaka berada di bahagian bawah. Mungkin mereka semua telah berkumpul di tingkat atas. Kami bertiga pun keluar dari banglo itu dan terus menuju ke arah bot. Cuaca kembali cerah. Jam sudah menunjukkan ke angka 6:30 petang. Ketika berada di atas bot abam berasa seperti kehilangan sesuatu. Seperti kekurangan sesuatu. DUAN! Ya Allah kami bertiga telah meninggalkan Duan di dalam banglo itu.
Abam: Rozzi, Halim. Wei kita kena masuk balik ke dalam banglo tu sekarang.
Rozzi: Kau gila ke apa? Tak nak aku. Dah nak Maghrib ni.
Abam: Wei bahalol. Kau dah nyanyuk ke apa? Kita datang berempat pastu balik bertiga? Duan ada kat dalam banglo tu gila!
Rozzi: Allahuakbar. Ya tak ya jugak. Aku ingat dia ada kat belakang kau tadi.
Abam: Celah mana pulak dia duk belakang aku. Dah. Jom kita ke sana balik. Merajuk pulak budak tu nanti.
Halim: Jomlah.
Abam: Kau ni senyap je dari tadi Halim. Kenapa?
Halim: Takde apa.
Abam menunggu di tingkat bawah sahaja kerana malas untuk naik ke atas. Rozzi dan Halim ditugaskan untuk membawa Duan turun.
Rozzi: Abam. Parah. Duan takde kat situ, kat dalam bilik lain pun takde. Camne ni?
Abam: Kau biar betul? Jangan main-main…
Rozzi: Sumpah. Kau tanya Halim…Eh Halim…
Abam: Mana Halim?
Rozzi: Tadi dia ada dengan aku. Aku turun sama-sama dengan dia. Sumpah!
Abam: Abam dah cakap siang-siang tadi. Kau degil. Nak jugak datang ke sini. Sekarang tengok apa yang dah jadi. Duan dah hilang. Pastu Halim pun sama. Sekarang kita cari kat bilik-bilik area sini pulak.
Abam dan Rozzi melakukan pencarian dari bilik ke bilik tetapi kelibat Duan mahupun Halim langsung tidak kelihatan. Apa yang ada hanyalah hantu-hantu puaka yang menjadi residen tetap di situ. Abam terpaksa menggunakan alternatif lain untuk mencari mereka berdua. Abam harus berkomunikasi dengan hantu puaka untuk bertanyakan tentang kejadian yang telah berlaku kepada mereka berdua. Risiko harus diambil memandangkan hari sudah semakin gelap ketika itu.
Abam: Rozzi kau tunggu kat luar sekejap.
Rozzi: Kau nak buat apa? Jangan buat gila. Aku tak nak balik sorang-sorang.
Abam: Alah. Cepatlah. Kau tunggu kat luar. Sekejap je.
Rozzi: Tak nak aku. Kau nak buat apa sebenarnya ni?
Abam: Adalah. Banyak soal pulak. Keluarlah!
Rozzi: OK! 5 minit paling lama. Kalau tak aku masuk balik.
Abam: Keluar cepat!
Abam berjalan menuju ke bahagian dapur. Lalu abam mendekati seorang wanita tua yang juga berkelubung hitam itu. Daripada pengamatan abam, terdapat 4 orang wanita tua yang berkelubung hitam di dalam banglo itu. Salah seorangnya berada di bahagian dapur itu.
Abam: Nek…Ermm…Nenek.
Hantu Wanita Tua: Haaa Haaaaa Haaaa
Abam menggigil dan hampir terkucil ketika itu. Tindakan yang dilakukan oleh abam ketika itu adalah sangat gila dan tidak bertamadun kerana bertanyakan pada hantu puaka tentang nasib yang sedang menimpa Halim dan Duan. Walaubagaimanapun abam cuba untuk berlagak selamba walaupun seramnya hanya Allah yang tahu.
Abam: Nek, saya abam…
Hantu Wanita Tua: Haaa Haaa Haaa
Abam: Saya nak tanya ni…Nek tengoklah saya ni…
Hantu Wanita Tua: Haa Haaa Haaa
Abam: Nek, tadi ada 2 orang kawan saya dalam rumah ni. Nek tahu tak diorang ada kat mana sekarang ni?
Hantu wanita tua itu terbang menuju ke arah abam. Matanya yang pada mulanya berwarna hitam pekat kini telah bertukar menjadi warna merah saga. Dia menjegilkan matanya sambil meraba-raba muka abam. Abam hampir terkucil di situ tetapi berbekalkan semangat selamba itulah abam masih dapat lagi mengawal emosi walaupun hakikatnya abam sedang menggigil ketakutan. Dia memegang tangan kanan abam lalu cuba untuk terbang tetapi gagal kerana faktor berat abam yang menidakkan keupayaannya untuk memikul beban tambahannya.
Bayangkan, abam tidak berganjak walau seinci pun dari tempat yang abam berdiri itu. Untuk tidak membuang masa lagi abam melakukan eksperimen lain. Abam memeluknya seerat mungkin dari belakang. Dengan cara itu abam fikir mungkin dia mampu untuk membawa abam terbang bersama kerana beban yang ditanggung olehnya telah diagihkan secara sama rata di bahagian belakangnya. Bau jubah kelubungnya begitu hapak dan tengik. Abam terpaksa bernafas melalui mulut untuk mengelakkan daripada tercium bauan yang kurang menyenangkan itu. Eksperimen abam berjaya.
Abam dapat rasa bahawa kami berdua telah mula terapung dari lantai. Kami terapung pada paras ketinggian 7 kaki dan mula bergerak menuju ke ruang hadapan. Kami terbang dengan agak laju namun malang tidak berbau. Dia telah merempuh pintu depan dan menembusi pintu itu tanpa sebarang masalah tetapi abam tidak dapat menembusi pintu itu. Abam terlanggar pintu itu lalu terjatuh ke atas lantai seperti sebiji nangka busuk yang gugur ke tanah.
Dalam kesakitan itu abam membuka pintu untuk keluar. Pada masa yang sama Rozzi sedang duduk menyandar di gazebo yang terletak berhampiran dengan pintu rumah itu. Hantu wanita tua itu seperti ingin menunjukkan sesuatu kepada abam. Lalu abam berjalan menuju ke arahnya.
Rozzi: Hoi abam kau buat apa tu?
Abam: Adalah. Kau lepak dulu kat situ.
Sekali lagi abam mengulangi proses yang sama seperti sebelumnya iaitu dengan memeluknya seerat mungkin dari belakang. Kami berdua terapung dan terbang semula seperti tadi. Dia membawa abam ke bahagian belakang banglo itu lalu berhenti di tepi sebuah perigi tinggal di situ. Ketika itu abam terdengar suara Duan dan Halim sedang menjerit meminta tolong. Abam tercari-cari dari mana datangnya suara mereka sambil memanggil nama mereka.
Abam: Duan, Halim korang kat mana?
Duan & Halim: Tolong, tolong…
Abam: Korang kat mana? Abam ada kat sini.
Duan: Abam! Kitaorang kat bawah ni. Dalam lubang perigi.
Suasana gelap yang telah menyelubungi atmosfera cukup menyukarkan pandangan abam untuk melihat dengan lebih jelas di dalam perigi itu.
Abam: Abam kat atas ni. Korang ke yang ada kat bawah tu?
Duan: Abam tolong kitaorang. Air kat sini dahlah kotor, busuk pulak tu. Tolong keluarkan kami dari sini.
Seperti biasa abam akan menguji mereka terlebih dahulu untuk memastikan bahawa mereka adalah manusia dan bukannya hantu puaka.
Abam: Duan. Kau dengar tak ni?
Duan: Ya aku dengar. Kenapa?
Abam: Cuba kau laungkan azan dengan sekuatnya. Takut ada hantu jembalang dalam tu.
Duan: Mana ada hantu jembalang.
Abam: Kau nak laung azan ke tak ni?
Duan: Ok. Kejap. Allahuakbar Allahuakbar…
Abam: Sekarang turn kau pulak Halim.
Bahu abam ditepuk dari belakang. Muka abam disuluh dengan cahaya lampu suluh. Abam hampir pengsan akibat terkejut ketika itu.
Rozzi: Kau buat apa kat sini? Kitaorang cari kau macam orang gila tadi.
Abam: Ha???
Duan: Kau punya pasal aku pun dapat susah. Mula-mula korang tinggalkan aku kat dalam tu. Pastu aku pergi ke bot sorang pun takde kat situ. Haram jadah betul. Kawan tinggal kawan!
Abam: Ha? Apa ni?
Halim: Kau buat apa kat sini abam? Bapak ngeri seram kawasan ni.
Abam: Habis tu…Siiiaaaapaa kat dalam tuuuu?
Halim: Dalam mana?
Abam: Dalam perigi tu…
Halim: Mana ada apa. Kosong je.
Rozzi: Kau ni abam! Nasib baik aku dengar suara kau. Kalau tak aku tak taulah apa yang akan jadi kat kau.
Abam: Taaadiii…Abaaamm denggarrrr suara Duan dan Halim panggil abam kat dalam tu.
Duan & Halim: Ha?
Abam: Ya. Abam dengar tadi…
Duan: Astafighullahalazim. Bawak mengucap abam. Dah jom kita balik dulu. Papehal cerita kat rumah. Aku dah tak sedap hati ni.
Abam: Kejap! Rozzi, tadi kau yang lepak kat gazebo tu kan?
Rozzi: Apa pulak? Aku, Duan, dan Halim ada kat dalam tadi. Aku dengar suara kau kat tingkat atas pastu kitaorang naik…Cari punyalah cari langsung tak jumpa. Last last kitaorang cari kat kawasan luar. Pastu aku terdengar suara kau menjerit-jerit tadi. Tup tup nampak kau kat sini.
Abam: Tadi masa kita bertiga masuk semula kat dalam tu kau hilang ke mana Halim?
Halim: Apa pulak aku yang hilang? Kau tu yang hilang. Aku dengan Rozzi tengah kalut cari Duan tiba-tiba kau pulak yang buat hal. Si Duan pulak boleh tahan jugak bengap. Boleh pulak dia tertidur kat atas bot tu.
Abam: Abam nak korang bertiga baca ayat Qursi kuat-kuat sekarang jugak!
Rozzi: Kenapa pulak?
Abam: Baca sekarang jugak. Kalau tak jangan mengaku abam ni kawan korang.
Syukur Alhamdulillah kerana mereka bertiga adalah sahabat abam yang sebenar. Peristiwa itu boleh diibaratkan sebagai peristiwa yang agak seram dan mengerikan buat abam kerana abam telah dipermainkan dan diperdayakan secara mental dan fizikal daripada hantu-hantu puaka yang merupakan residen asal banglo tersebut.
Hantu wanita tua itu juga berperanan besar di dalam memporak porandakan keadaan ketika itu. Kejadian tersebut menjadi sebuah iktibar buat abam bahawa sebagai seorang manusia kita jangan sesekali memohon bantuan dan bergantung kepada mereka kerana mereka adalah makhluk durjana yang hina lagi keji dan seharusnya kita harus berdoa dan memohon bantuan daripada Allah SWT.
Abam harap korang terhibur dengan kisah di atas. Banyak lagi kisah yang abam ingin kongsikan dengan korang semua. InsyaAllah abam akan berkongsi lagi kisah-kisah seram abam di sini. Semoga kita semua beroleh rahmat dariNya, InsyaAllah. Sekian, Assalamualaikum WBT.
-TAMAT-
055. POLTERGEIST
HZONE ™️ 👁️🗨️ BLOG
MISTIK, MISTERI 👁🗨 SERAM
the 👁️🗨️ HORRORZONE
👁️🗨️ AD9NINE COLLECTION
CP BY A.D9NINE
🔝Koleksi Cerita Seram Melayu
*TAJUK CERITA : POLTERGEIST*
PENULIS : VEE
KOD : 0027509400055
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter2.html
Assalammualaikum warga HZONE BLOG. Terima kasih atas feedback membaca karya sulungku bertajuk Rumah Ungu. Aku sekarang tengah sambung pengajian di peringkat master di University Malaya. Sambil-sambil aku memerah idea untuk thesis, aku tiba-tiba terfikir. Takde ke yang buat research pasal paranormal ni eh? Dan aku mula mencari research-research pasal paranormal ni. Not much. Just a few. Jadi aku akan kongsikan serba sedikit tentang apa yang aku jumpa tentang kajian paranormal ni Semuanya berlaku di luar Malaysia.
1) Maurice Grosse
Maurice Grosse (1919-2006) ialah seorang pengkaji paranormal yang terkenal di Britain. Sebagai seorang yang berkarisma, dia juga ialah seorang jurutera dan menjadi seorang yang berjaya semasa perang dunia kedua. Dia memasuki dunia paranormal pada 1976 selepas anak perempuannya d*****h secara tragis dengan motorsikal. Grosse mula mengalami perkara-perkara pelik dan supernatural dan mula menyertai kumpulan pengkaji paranormal. Selepas satu tahun menyertai kumpulan itu, Grosse mengalami insiden-insiden poltergeist yang sangat pelik yang pernah direkodkan dalam sejarah.
Enfield Poltergeist Case ialah kes yang sangat rumit dan mengambil masa berbulan-bulan untuk diburu. Grosse sangat berani dan tetap tinggal di rumah yang dia sering diganggu untuk jangka masa yang lebih lama semata-mata untuk merekodkan perkara-perkara aneh yang berlaku seperti objek bergerak dan pintu dihempas tanpa tenaga manusia. Perkara paling misteri yang dia pernah rekodkan ialah suara poltergeist yang menyeramkan iaitu suara seorang lelaki tua namun disampaikan oleh seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun. Scene ni ada dalam cerita Conjuring 2. Dan semasa aku type cerita ni macam ada orang tengah perhatikan sebelah kiri ni…..
2) De Incendiis Corporis Humani Spontaneis
Dr. Jonas Dupont daripada Universiti Leiden sebelum ini tidak pernah ada niat untuk mengkaji paranormal aktiviti. Namun, seorang pengkaji yang tidak dikenali namanya pada 1673 berterima kasih kepada Dr. Jonas Dupont di atas kajian thesisnya yang bertajuk ‘De Incendiis Corporis Humani Spontaneis’ iaitu yang bermaksud ‘Pembakaran Manusia secara Spontan’. Dr. Dupont mula menyedari tentang fenomena misteri bila dia terjumpa dokumen dengan kes mahkamah yang sangat pelik iaitu tentang seorang suami yang kuat berparti bernama Nicole Millet telah ditahan kerana membakar isterinya secara hidup-hidup sehingga m**i. Isterinya telah dibakar sangat teruk sehingga yang tinggal hanyalah tengkorak dan tulang jari sahaja! Ini berkait rapat dengan kajian Dr. Jonas Dupont tentang ‘Pembakaran Manusia secara Spontan’. Kalau korang nak tahu lagi, korang google lah ye.
3) William Hope dan Fotografi Berhantu
William Hope (1866-1936) ialah seorang pengkaji paranormal. Dia menjadi terkenal dengan gambar-gambarnya yang berkonsepkan ‘’spirit photography’’ sebab dia ni kira gifted lah ada kebolehan untuk ambil gambar-gambar hantu pakai kamera dia padahal waktu tu teknologi takdelah power mana kalau nak compare dengan teknologi sekarang. Boleh lah korang google nama dia untuk tengok-tengok hasil-hasil gambar paranormal.
4) Independent Investigations Group (IIG)
IIG ialah organisasi yang mengkaji perkara-perkara paranormal dan dah terkenal di serata dunia. Mereka ditubuhkan di Hollywood, California pada tahun 2000 dan kini beroperasi di seluruh United States. Mereka juga adalah organisasi pengkaji paranormal yang terbesar. IIG juga ada menawarkan sejumlah wang untuk sesiapa sahaja yang berkebolehan untuk membuktikan perkara-perkara paranormal dan kuasa mistik secara saintifik. Wang yang ditawarkan adalah $50,000 dan kini mereka menaikkan lagi jumlah tawaran mereka sehingga $100,000.
5) EMF Meters
EMF meters ialah sejenis alat yang selalu digunakan oleh pengkaji paranormal. Namun, terdapat beberapa kekeliruan mengenai EMF meters ni. Ada yang kata hantu sememangnya mengeluarkan radiasi elektromagnetik dan ada juga yang kata mereka mengganggu kawasan itu sehingga menyebabkan bacaan pada EMF meters naik. Teori mana yang betul, tak penting. Namun, komuniti pemburu hantu selalu menerima idea dan percaya bahawa hantu dan spirit lain boleh dikesan melalui EMF ini. Nampaknya, banyak masalah dengan EMF meters ni. Mereka tak tahu sama ada betul ke boleh kesan kewujudan hantu guna EMF meter ni?
6) Duke University: Parapsychology Laboratory (1935 – 1965)
Pada tahun 1935, penyelidik Duke JB Rhine dan William McDougall secara rasmi telah membuatkan Duke University menjadi university kedua di negara itu yang ada kajian paranormal. Yang lebih menarik, mereka juga ada seorang pensyarah yang dapat memberikan kuliah yang sangat menarik mengenai kemungkinan untuk berkomunikasi dengan orang m**i. Sehingga hari ini, Rhine sering diterima menjadi bapa parapsikologi dan bukan sahaja kerana telah membentuk istilah dengan bantuan rakan kongsi McDougall, tetapi juga kerana mempunyai parapsychology yang tersendiri dan ditubuhkan sebagai bidang penyelidikan saintifik dan akademik. Walaupun nama Rhine tidak lagi dikaitkan dengan Universiti Duke, kejayaannya di dalam bidang paranormal masih diterima.
7) Viktor Grebennikov
Viktor Grebennikov ialah seorang bekas saintis daripada Soviet dengan kebolehan supernatural yang pelik iaitu boleh membawa dia ke mana sahaja. Menarik kan? Dia ialah seorang entymologist iaitu pengkaji serangga. Namun, dia lagi suka bidang paranormal ni. Sebelum kematiannya pada 2001, dia telah mengumpul banyak kajian tentang seni mengapungkan diri di udara dan dia juga kata yang dia telah membina platform yang boleh mengapungkan seorang lelaki dewasa ke udara. Best kan? Lepas ni tak payah lah susah-susah kumpul duit nak beli tiket flight. Dia kata seni mengapungkan diri di udara ni adalah berdasarkan struktur geometric. Dia bina semua tu menggunakan serangga. Aku pun tak dapat nak bayangkan macam mana.
8) Universiti Harvard (1990-an – 2008)
Bukan semua orang menjalankan penyelidikan paranormal dengan harapan akhirnya memanfaatkan bukti kewujudannya. Baru-baru ini, satu pasukan saintis daripada Harvard telah membuktikan kewujudan paranormal dan juga memperkenalkan satu kaedah penyelidikan baru untuk melakukannya. Untuk menjalankan penyelidikan mereka, Harvard menggunakan pengimbasan otak dengan tujuan menafsirkan sama ada individu mempunyai pengetahuan yang tidak dapat dijelaskan menerusi pancaindera. Walaupun penyelidik mengakui bahawa secara teknikal keputusan projek tidak membuktikan kewujudan paranormal, mereka menegaskan bahawa penemuan daripada eksperimen mereka memberikan bukti yang paling meyakinkan setakat ini terhadap kewujudan paranormal.
9) Kumpulan Pengkaji Bunian
Sebelum perang dunia kedua, cerita-cerita pasal bunian, UFO dan hantu menjadi perbualan yang popular yang sering dibualkan susulan cerita Peter pan yang mula memberi idea kepada orang ramai tentang kewujudan bunian. Kumpulan Pengkaji Bunian ini ialah sebuah kelab daripada British yang mengkaji perkara-perkara paranormal ini dan ditubuhkan pada 1924. Mereka mengumpul bukti, menyiasat laporan dan mengkaji tentang bunian. Kesahihan kajian daripada kelab ini susah untuk dibuktikan kerana waktu perang dunia kedua tu takde lagi teknologi yang canggih untuk membuktikan semuanya. Kemudian mereka diharamkan pada tahun 1970-1990 dan kini ada pulak kelab baru yang sama dilancarkan pada tahun 2013 yang lalu.
10) Stanford University (1972 – 1980s)
Universiti Stanford mempunyai banyak perkara-perkara yang buat mereka terkenal apabila ia berkaitan dengan penyelidikan paranormal. Universiti yang terhormat ini dengan tepat dapat menegaskan bahawa mereka ialah institusi akademik pertama di Amerika Syarikat yang mempelajari persepsi extrasensory (ESP) dan psikokinesis (PK) secara rasmi. Pada tahun 1911, John Edgar Coover mula menjalankan eksperimen terhadap ESP. Perkara lain yang membuat mereka menjadi popular termasuklah penerokaan saintifik yang terperinci mengenai kebolehan psikik yang dikatakan sebagai “spoon bender” yang telah dikaji secara intensif di Institut Penyelidikan Stanford dalam tempoh lima minggu pada tahun 1970an. Yang lebih menarik, ada satu projek bertajuk ‘Project Stargate’ yang ditaja oleh CIA untuk mengkaji aplikasi praktikal tentang logam lentur dengan minda menggunakan ‘Remote Viewing’. Malangnya, pada pertengahan tahun 90-an, penyelidikan ‘Project Stargate’ telah diberhentikan secara rasmi kerana projek itu gagal menghasilkan aplikasi yang berguna dan bertujuan.
11) Universiti Virginia: Bahagian Pengajian Perceptual (1967 – sehingga kini)
Sebuah unit penyelidikan dalam Jabatan Perubatan Psikiatri oleh Dr. Ian Stevenson pada 1967 telah ditubuhkan selepas 6 tahun penyelidikan dalam bidang kehidupan masa lalu (reincarnation/ penjelmaan masa lalu). Penyelidikannya telah meneroka fenomena seperti penjelmaan semula especially melalui kanak-kanak kerana kanak-kanak adalah yang paling sesuai sebab menurut mereka, kanak-kanak ni boleh mengingati kehidupan masa lalu yang berkait rapat dengan pengalaman tentang kematian, penampakan dan komunikasi selepas kematian dan banyak lagi perkara psikik dan mistik.
12) Universiti Arizona: Program Penyelidikan VERITAS & SOPHIA (2006 – sehingga kini)
Jabatan Psikologi di University of Arizona ialah yang paling utama dengan penyelidikan paranormal dan sentiasa berkembang sehingga kini. Projek-projek penyelidikan VERITAS dan SOPHIA telah diwujudkan dengan matlamat utama untuk mengkaji kemungkinan bahawa manusia mungkin boleh hidup dalam pengalaman kematian fizikal. Aku pun tak faham apa maksud kematian fizikal tu. Dari tahun 2006 hingga 2008, VERITAS mengkaji kewujudan individu yang hidup dapat mengalami kematian secara fizikal. Kajian demi kajian dibuat sehingga mewujudkan sebuah badan penyelidikan yang lebih menyeluruh tentang komunikasi selepas kematian yang lebih luas dengan panduan roh dan malaikat di bawah nama program SOPHIA.
Sesungguhnya, alam yang lain daripada alam yang kita diami sekarang dan makhluk-makhluk lain wujud seperti yang dikatakan dalam Al-Quran. Tapi, kita masih ragu-ragu dengan kewujudan mereka sebab kita tak nampak mereka dan tak dapat nk buktikan secara saintifik. Kadang-kadang aku pun tak percaya sebab tak logik dan tak dapat nk buktikan. Jadi kawan-kawan, kalau korang minat bidang paranormal ni boleh lah buat kajian tentang paranormal, psikik, parapsychology, ESP dan psikokinesis kat Malaysia ni. Aku tak sure kat Malaysia ni dah ada researchers yang buat research dalam paranormal field ni. Kalau ada, share lah dengan kami. Hehe. Sekian, terima kasih.
-TAMAT-
056. AYAH AKU
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : AYAH AKU
KARYA : ZEE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400056
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter2.html
Assalamualaikum. Terima kasih HZONE BLOG sebab publishkan cerita aku. Aku bukan penulis dan aku tak pandai nak bermadah. Kisah aku ni aku nak kongsikan sekadar suka-suka tapi perkara ni adalah perkara yang benar-benar terjadi terhadap aku dan juga sebenarnya kisah-kisah yang aku nak kongsikan ni lebih kepada cerita ayah aku. Mungkin sikit dan banyak typo sebab aku menaip menggunakan handphone. Maafkan diri ini kerana menggunakan aku mungkin agak kasar tapi nak bagi feel lebih dan aku harap korang semua bersabar.
KISAH AKU : Bunyi dan siapa itu?
Nama aku Zee (20), Aku orang Sabah. Kisah ni berlaku pada aku pada tahun lalu di mana kami sekeluarga balik bercuti pergi Indonesia rumah macik aku. Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan Allah s.w.t sampailah kami tiba di rumah macik aku pada pukul 12:30 malam. Kami tiba tengah malam kot, sunyi sepi dan gelap. Semua orang dah nyenyak tidur tinggallah kami anak beranak yang menguruskan diri. Semasa Ibu dan Ayah aku sibuk menurunkan bagasi dan barang-barang kami dari bonet kereta, Ibu menyuruh aku untuk pergi memanggil pacik aku untuk bantu diorang angkat barang-barang semua.
Aku ajakla adik aku teman sekali. Rumah macik aku biasalah rumah kampung, rumah kayu yang ada kolong bawah rumah. Selesai kami mendaki anak tangga, sesampainya kami di pintu rumah aku pun ketuklah sambil panggil-panggil, “pacik oh pacik” tiba-tiba “Hahhhhhhhhhhhh, hemmmmmmm” aku dan adik aku terus terdiam. Bunyi tu kami agak dari bawah kolong rumah pacik aku dan seolah-olah ada yang sesuatu yang memerhati kami. Bunyi tu agak kuat, seperti orang tengah menahan marah sambil nafasnya turun naik (paham tak, hehe) aku pikir positif, aku agak pacik aku nak main-mainkan aku dan adik aku tapi 12:30 malam kot orang dah tidur.
Bunyi tu dalam seminit, bulu tengkuk aku dah naik. Aku ketuk pintu rumah tu kuat-kuat panggil macik aku pula dalam 5 minit jugala kami dalam sesi ketuk mengetuk ni, aku agak tidur m**i orang-orang dalam rumah tu. Bila pacik aku dah bangun baru aku lega, cepat-cepat masuk rumah. Tak nak aku turun bawah, takut kot-kot benda tu menampakkan wajah. Pacik aku dan seorang lagi pacik muda aku turun pergi bawah bantu ibu dan ayah aku angkat barang semua kami pun sekeluarga duduk sofa rehatkan badan kejap. Ibu dan ayah berbual lah dengan macik dan pacik aku pasal apa sampai malam, macam mana perjalanan dan sebagainya sampailah sepupu aku yang bernama Ani ni bangun tiba-tiba tak tau kenapa gatal tangan sangat nak buka tingkap rumah tengah malam.
Time buka tingkap tu dia buka separuh saja, lepas tu dia terkejut dia tutup balik. Kuat pula tu, begegar rumah. Mak dia tanya kenapa, dia kata dia nampak seorang perempuan pakai baju putih rambut panjang bediri dekat pokok pisang seolah-olah memerhati. Tekejut kami semua, orang dalam rumah tu terdiam. Tapi pacik aku kata tak apalah, mungkin halusinasi si Ani tu saja tengah malam buta ni. Aku pun automatik ingat kejadian tadi semasa kami dengar bunyi seperti orang berdengus tu. Adakah perempuan yang sepupu aku tu nampak berkaitan dengan bunyi suara yang kami dengar.
KISAH AYAH AKU.
Ayah aku ni seorang security guard di kilang yang ada di Sabah. Tak payahlah aku nak ceritakan lokasi dan nama kilang tersebut, cukuplah korang hayati kisah ini. Kejadian ni terjadi sewaktu aku berumur 15 atau 14 tahun lalu, ayah aku ceritakan kepada kami sewaktu dia kerja shift malam. By the way, kilang ni beroperasi pada waktu siang sahaja dan tidak pada waktu malam. Semasa ayah aku ronda-ronda keadaan sekeliling kilang tu ayah aku tiba di kawasan tandas dan beliau terlihat seorang perempuan membawa baldi masuk ke dalam tandas tersebut. Ayah aku tertanya-tanya perempuan mana pula berada dalam kawasan kilang tengah-tangah malam ni. Ayah aku pun ikut dan tunggu perempuan tu di luar tandas. Dalam 10 minit macam tu ayah aku tunggu tapi tiada seberang bunyi pun yang menandakan ada seseorang yang berada dalam tandas tersebut. Ayah aku dah rasa lain macam, dia masuk dan periksa satu persatu pintu tandas dan tiada seorang pun dalam tandas tu. Bulu tengkuk ayah aku dah tegak dia pun blah dari situ dan cepat-cepat kembali ke pondok security.
KISAH KEDUA
Masih dalam kawasan kilang tu juga. Kawasan kilang ni office dan kilang berdekatan sahaja cuma perlu berjalan kaki sikit untuk sampai ke kilang daripada office utama. Kilang ni kepunyaan orang cina, mestilah dia simpan tokong kecik-kecik warna merah yang ada patung buddha tu kan tempat diaorang sembayang. Di kawasan tokong tu agak berbukit dan agak tinggi juga kedudukannya kalau jatuh mungkin boleh patah tulang belakang kot, aku tau sebab aku pernah kerja di kilang ni semasa nak tunggu result spm keluar. Sambung kisah ayah aku, ayah aku penatlah kan ronda-ronda kawasan time ni ayah aku shift malam juga. Ayah aku duduk berdekatan dengan tokong tu nak rehat kejaplah katakan, ayah aku duduk dalam 10 minit lepas tu tiba-tiba ada sesuatu benda yang tolak ayah aku tolakan dia tu macam yang orang main gelongsor. Ayah aku tahan dan benda tu masih tolak ayah aku sampai setengah bukit tu, korang boleh bayangkan keadaan tu tak. Setelah benda tu berhenti tolak ayah aku, ayah aku menoleh belakang tapi tiada siapapun dan seorang pun melainkan beliau. Kalau iyapun manusia yang buat mesti ayah aku dengar kesan bunyi tapak kaki kalau pun benda tu lari.
KISAH KETIGA
Kira-kira jam 8 malam ayah aku hendak ke rumah kawan yang terletak di kampung sebelah. Nama kampung tu kampung pisang. Jika hendak ke kampung pisang dari kampung aku, kita akan melalui satu bukit. Sesampainya kita di atas bukit tersebut bukit tu di atasnya adalah tanah yg sangat lapang, kebesarannya adalah sebesar padang bola sepak atau lebih. Tiada apa di atas bukit tersebut kecuali pokok-pokok mangga dan pokok lain serta semak samun. Jam dinding telah menunjukkan jam 10 malam jadi ayah aku pun baliklah rumah, seperti yang aku katakan kalau dari kampung pisang ke kampung aku kena lalu bukit. Semasa naik bukit menggunakan motor tiada apa yang berlaku tapi setibanya ayah aku di atas bukit tersebut tiba-tiba enjin motor dia m**i. Ayah aku hairanlah kenapa pula motor ni buat hal sedangkan motor ayah aku tu kira barulah waktu tu. Dia turun dan cek keadaan enjin motor tersebut.
Atas bukit tu gelap ya sekalian teman hanya ditemani cahaya bulan. Mata ayahku dok gatal sangat nak melilau kiri kanan dan dia ternampak sesusuk tubuh seorang lelaki yang tinggi dan agak besar. Ayah aku kata badan dan muka dia macam Jaafar Onn (maafkan saya jika menyentuh sensitivity tapi saya hanya memberikan gambaran rupa sebenar. Sekali lagi saya minta maaf, maaf sangat-sangat) tetapi benda tersebut makin mendekati ayah aku dan membesarkan matanya sehingga matanya hampir tercabut, ayah aku dah cuak dan dia nak hilangkan perasaan takut dia, ayahku ambil rokok hisap dan dia duduk balik atas motor dan mata pandang bawah saja. Dia tak nak nampak benda tu lagi. Dalam dua tiga minit jugalah ayah aku gagahkan diri bertahan hadapi benda tu disamping ayah aku berusaha hidupkan balik enjin beliau dan tiba-tiba enjin motor ayah aku dah baik balik, apalagi dia pecutlah balik rumah.
Itu sahaja cerita aku, sebenarnya banyak lagi benda yang ayah aku hadapi tapi aku tak pandai sangat nak mengarang dan penatlah sebab aku guna phone ja, Okey sekian terima kasih.
-TAMAT-
057.
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA :
KARYA :
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400057
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter2.html
058.
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA :
KARYA :
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400058
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter2.html
059.
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA :
KARYA :
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400059
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter2.html
060.
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA :
KARYA :
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400060
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter2.html
061.
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA :
KARYA :
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400061
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter2.html
062.
CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA :
KARYA :
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400062
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter2.html
Comments
Post a Comment