HZONE BLOG SPECIAL - CHAPTER#1

👁‍🗨 SERAM
➜ HZONE 👁‍🗨 BLOG
GC Special - Read Only
https://youtu.be/albwWXd3mow
➜ CERITA² MISTIK, MISTERI 📛 SERAM
🔝KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
🔛KUMPULAN CERITA HANTU KISAH NYATA
🔝HIMPUNAN CERITA SERAM
🔛KISAH SERAM MELAYU 📛 BERSIRI
🔛CERITA SERAM 👁‍🗨 BRUNEI PAGE
🔛KOLEKSI VIDEO SERAM
https://chat.whatsapp.com/GkoZrWgBuObKVokhMGF8by
➜ EMAIL thehorrorzone.289@gmail.com
➜ BLOGGER / TheHORRORZONE
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/03/koleksi-cerita-seram-melayu.html
👁‍🗨 DESCRIPTION
GC ini akan di isikan dengan Koleksi Cerita Seram / Video Seram yg menarik buat bacaan & tontonan anda semua...

001. PEREMPUAN BERCHEONGSAM MERAH
 
HZONE ™️ 👁️‍🗨️  BLOG
MISTIK, MISTERI 👁‍🗨 SERAM
the 👁️‍🗨️ HORRORZONE
👁️‍🗨️ AD9NINE COLLECTION
CP BY A.D9NINE
🔝Koleksi Cerita Seram Melayu
*TAJUK CERITA : PEREMPUAN BERCHEONGSAM MERAH*
PENULIS : EZRIN MARSH
KOD : 0027509400001
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

“Abang nak jual lah rumah tu..”, umum abang azman pada aku sambil mula menghirup kopi…
“jual rumah?”, tanya aku balik sedikit terkejut
“mhmm..”, abang azman jawab dengan suara yang campur kopi
“tak sampai 4 tahun kan abang duduk rumah tu?”
“dekat 3 tahun setengah. tapi tak tahan aa..dah selalu sangat kena kacau..”, abang Azman cakap sambil geleng kepala sikit dan kacau sudu dalam kopi pelan-pelan..
“sapa yang kacau?”
“dah berape kali dalam 2-3 bulan ni abang nampak perempuan cina pakai cheongsam merah…”
kopi yang aku telan cam tersangkut sikit tengah tekak. aku pandang sekeliling kopitiam pot aku minum kopi dengan abang azman petang tu. tak ramai orang.
aku pandang balik kat abang azman. nampak cam tenangg je airmuka dia…
“selalu dia duduk kat tangga tepi rumah abang. ni dah main sampai dalam rumah. tu yang tak boleh angkat tu”, abang Azman sambung lagi
aku terkebil. mak aii. blok apartment abang Azman ni dekat sangat je dengan blok aku tinggal. sepelaung pakai mikrofon dah tetentu boleh dengar. seriau sekejap aku.
“selalu ke masuk rumah?”
“dah 2 kali. sekali bini abang nampak. lepas tu abang plak kena”
“ganas tu. sebelum tu abang selalu nampak kat tepi tangga?”
“a ah. tapi first time abang nampak kat parking lot bawah blok..”
Aku muqaddimah sikit la ya. Abang Azman ni salah-seorang client aku. Umur dah dekat 54 tahun. aku ni seorang ejen rumah. dan dia kira cam jiran aku juga. jiran blok. blok dia selang satu blok je ke dalam sikit dari blok apartment aku tinggal. Rumah yang dia tinggal sekarang ni akulah yang carikan dekat 4 tahun dulu..
Abang Azman ni kerja dia bawak teksi. Dah dekat 8 tahun juga selepas dia kena berhenti kerja sebagai supervisor kat Jurong Shipyard akibat ekonomi meleset ketika tu. Sejak tu sampaila sekarang, dia bawak teksi. boleh hidup jugak laa. anak-anak dia 2 orang pun dah besau-besau. sorang lelaki dah kerja sorang lagi pompuan, baru masuk universiti..
“satu malam tu abang balik awal sikit. dalam kul 1 pagi gitu. biasa abis bawak teksi dalam kul 3 pagi tapi malam tu rasa letih sangat badan…”, Abang Azman mulakan cerita..
Abang Azman memandu teksinya perlahan-lahan masuk kekawasan blok apartmentnya. parking lot nampak agak penuh dengan kereta namun suasana tetap nampak muram dan gelap. Ada beberapa pokok besar tegak terpacak disekitar nya. Ketika siang hari, pokok2 tu menghijaukan suasana. Indah dan redup. Tapi lain pula jadinya bila malam tiba. Jadi suram dan gelap serta menyeramkan. Aku memang tak boleh nak pandang keatas pokok-pokok tu bila lalu disitu memalam. Perasaan diganggu seolah-olah ada “benda” yang sedang bertenggek disalah-satu dahannya yang sebesar peha gajah.
Cantik. ada satu petak kosong. Abang Azman terus park teksi dia disitu. Terus dia matikan enjin kereta dan kemas-kemas apa yang patut sebab pagi esok kawan dia punya turn plak bawak. Sedang mengemas-ngemas tu Abang Azman perasan seperti ada bayangan yang melintas dibelakang teksinya melalui cermin rear-view. Berderau sekejap darahnya. Tapi dia teruskan mengemas dan kira duit dan cepat-cepat keluar dari teksinya.
“lepas abang tutup pintu teksi dan mula jalan ke arah lif, abang perasan macam ada orang sedang berdiri bawah satu pokok besar kat parking lot tu..”
“lepas tu?”, aku menyampuk kurang sabar sambil menyalakan rokok dibibir..
Abang Azman tersentak sekejap dan berhenti melangkah. direnungnya susuk tubuh yang berdiri tegak terpacak dibawah pokok. Dalam keadaan samar-samar dan kelam, dilihatnya seorang perempuan cina memakai cheongsam merah dengan rambutnya yang panjang hingga ke kaki, berdiri seperti merenungnya..
“abang nampak mukanya?”
“tak. muka dia tertutup dengan rambutnya yang panjang tu”
“fuhhh..kira nasib baik jugak tu tak nampak mukanya ya..”
“yup. kalau nampak tak tahulaa camana..”
“orang kot bang..tunggu boyfriend ke apa..”, aku buat andaian
“abang ada fikir camtu jugak bila memula nampak tu. tapi dia berdiri tegakk je tak gerak-gerak dan rambut nya pun panjang sangat. lepas tu pakai cheongsam plak. raya cina kan lambat lagi”, Abang Azman counter-attack balik point aku tadi macam lawyer buat bantahan dalam court
aku angguk pelan-pelan agak setuju dengan hujahnya..
“lepas tu apa jadi?”
“terus abang jalan cepat-cepat la ke pintu lif. bila nak naik lif tu abang pandang sekejap ke pokok tu tapi dia dah takde kat situ”
“nak kopi lagi bang?” usul aku pada Abang Azman. niat aku memang nak dia sambung lagi cerita dia ni dan kopi memang pemangkin yang berkesan untuk terus bersembang..
“ok jugak”
“one kopi siew tai!”, laung aku pada amoi waiter kopitiam tu..
“lepas tu bang? camana abang nampak kat tangga tu?”, tanya aku lagi tak sabar-sabar..
“malam tu macam biasa abang balik bawak teksi dekat kul 3 pagi camtu..”
Abang Azman melangkah agak cepat menuju ke pintu lift. Kejadian dia terserempak dengan lembaga perempuan cina berambut panjang bercheongsam merah yang berdiri tercegat bawah pokok masih segar dalam ingatannya. Suasana memang sunyi-sepi. Takde seorang manusia pun yang kelihatan. Lobi lif dibawah blok agak terang dengan lampu yang agak meriah tapi hati Abang Azman masih tetap berdebar-debar mengenangkan apa yang dilihatnya dibawah pokok minggu lepas..
Segera dia melangkah kedalam lif dan menekan butang ke tingkat 8. Lif dirasanya seperti bergerak naik terlalu perlahan. Pintu lif terbuka dengan bunyi yang agak gemuruh memecahkan kesunyian tingkat 8 tu. Abang Azman melangkah keluar lif namun langkahnya terpaku. Allahuakbar! jelas dilihat didepan matanya sesusuk tubuh sedang duduk ditangga depan lif. Berpakaian cheongsam merah persis seperti apa yang dilihatnya dibawah pokok dulu, dengan wajah yang terlindung disebalik rambut yang terjurai panjang hingga kekaki. juga jelas kedengaran suara seperti menangis terisak-isak…
“gilalah…macam nak meremang bulu tengkuk saya ni bang”
“kau dengar cerita pun rasa meremang. abis abang yang nampak ni? macam nak pengsan rasanya masa tu”
“abis tu? abang lari balik masuk lif ke?”, aku bertanya bangang
“lari masuk lif apa plakk..pelan-pelan laa abang pusing dan lari terus ke rumah. kelam-kabut jugak laa nak bukak kunci rumah takut dia terpacak je belakang abang masa tu”, sambung Abang Azman sambil mula menghirup kopi panas yang baru sampai..
“so lepas malam tu, dah selalu la abang nampak duduk kat tangga depan lif tu?”
“a ah. dah 3-4 kali dah setakat ni lepas first time nampak kat tangga tu”
“apasal tak tukar shift je bawak pagi balik petang je bang?”, cadang aku sambil sedut rokok senafas-dua..
“payah sikit laa sebab relief driver kawan abang tu malam dia kerja security guard. nak cari relief driver lain memang payah sebab ramai nak bawak uber je sekarang”
aku mengangguk kecil agak simpati dengan situasi Abang Azman.
“tadi abang cakap dia sampai dah masuk dalam rumah sekarang?”, ‘cuit’ aku lagi padanya untuk dengar cerita selanjutnya..
“a ah. dah kira melampau la ni. tapi bini abang yang kena dulu…”
Kak Zaharah, isteri Abang Azman, terjaga dari tidur. Dia rasa dahaga sangat tetengah malam buta tu. Jam menunjukkan sekitar pukul 1 pagi. Abang Azman belum pulang dari bawak teksi. anak-anaknya pun takde dirumah malam tu. anak lelakinya selalu kerja shift malam di SMRT dan anak perempuannya pulak memang tinggal dikampus di NUS ( National University of Singapore). Memang Kak Zaharah selalu berseorangan dirumah..
Kak Zaharah keluar dari bilik tidur. Ruang tamunya agak gelap hanya diterangi sedikit lampu dari koridor melalui tingkap yang berlangsir jarang. Dia mula melangkah ke dapur dalam keadaan gelap samar itu. Namun suara menangis terisak-isak yang didengarnya tetiba buat langkahnya terhenti. pada mulanya, suara menangis terisak-isak tu disangkanya datang dari rumah jiran terdekat tapi bunyi tangisan tu kedengaran seperti datang dari dalam rumahnya sendiri. sayu dan halus bunyinya namun jelas kedengaran ditelinganya. Segera Kak Zaharah pandang sekeliling ruang tamunya. dan darahnya terasa seperti berhenti mengalir bila matanya dihalakan ke arah sofanya..
“bini abang nampak dia tercongok duduk kat atas sofa sambil nangis terisak-isak macam yang abang nampak kat tangga”
“uishh..abis Kak Zaharah camana masa tu?”
“terus dia lari balik masuk bilik tak keluar-keluar sampai pagi. Abang balik pun dia tak keluar bilik. Dia cakap suara menangis tu terus dia dengar dari dalam bilik. lama jugaklaa sampai la abang balik katanya”
“so kak Zaharah ok ke lepas tu?”
“ok apaa…ni dah dekat 2 minggu dah ni dia pegi duduk kat rumah adik dia di Ang Mo Kio”, jawab Abang Azman dengan ekspresi sedikit kesal..
“ohhh..”, sambut aku sedikit terlopong dengan sedikit asap rokok meliuk keluar dari mulut..
“dia pun suruh abang jual je rumah tu tapi memula abang taknak sebab dah serasi duduk kat area ni. tempat ni pun convenient. pasar dekat, Giant kat sini pun bukak 24 jam. tapi lepas abang kena 3 hari lepas, abang rasa memang tak boleh tahan aa. abang nak jual je lah rumah tu..”
“bisa diatur bang. tapi abang nampak camana dalam rumah?”, aku “cuit” Abang Azman lagi. Aku memang dah agak seram-sejuk dengar cerita dia ni tapi cam seronok plak nak dengar lebih lanjut.
“malam tu abang sampai rumah dekat pukul 2 gitu. cuak jugak masa naik lif takut nampak dia tercongok kat tangga lagi. nasib baik takde plak malam tu..”
Lega hati Abang Azman bila dilihat tangga didepan lif kosong tiada kelibat lembaga perempuan cina bercheongsam merah. segera dia melangkah pantas menuju kerumahnya yang tak berapa jauh dari lif. Rumahnya memang takde sesapa sekarang kerana isterinya dah tak sanggup duduk sensorang dirumah selepas kejadian malam tu.
Pintu dibuka perlahan dan Abang Azman melangkah masuk kerumah. Gelap agak gelita rumahnya dan sunyi benar rasanya. Tangannya meraba dinding untuk memetik suis lampu bila tetiba dia terdengar satu suara tangisan sayu dan terisak-isak datang dari arah sofa diruang tamu. Sejuk seluruh tubuh dirasakannya melihat apa yang sedang duduk disofanya..
Lembaga wanita cina bercheongsam merah dengan rambut panjang menutup wajah mengurai hingga kekaki sedang duduk tegak diatas sofa sambil menangis terisak-isak. Abang Azman merasa seakan mahu pengsan tapi digagahkan semangatnya dan perlahan-lahan melangkah keluar dari rumah..
“abang pergi mana lepas tu? lepak dalam teksi?”
“lepak dalam teksi apa plakk..kang disergahnya aku tepi tingkap mahu putus urat jantung aku”, sambut Abang Azman
“abis tu? pergi masjid?”
“tak. aku datang lepak kat kopitiam ni sampai Subuh”
“ohhh..”, aku terlopong lagi
“kau kena cari buyer gak rumah abang tu as soon as possible!”, arah Abang Azman pada aku
“ok bang. consider it done”
Abang Azman inform aku selepas meeting petang tu dikopitiam yang dia dah start bawak teksi dia dari malam pukul 7 sampai pukul 6-7 pagi keesokkannya. Memang dia tak sanggup dah duduk rumah tu terutamanya dimalam hari. dan selepas hampir 3 bulan lebih, aku berjaya dapatkan buyer rumah Abang Azman tu. satu keluarga anak 2 dari Philippines. tapi aku tak ceritakan laa tentang “sejarah” rumah tu pada buyer ni. Lagipun sisuami plak nampak happy sangat dapat rumah tu sebab mudah dan dekat nak ketempat kerjanya serta pasar dan sekolah untuk anaknya pun dekat..
entahlahh..salah ke aku tak ceritakan pada dia kisah rumah tu?
tammat
nota kaki;
kisah ini benar-benar berlaku dan diceritakan oleh member aku, seorang ejen rumah. kisah ni aku ceritakan semula untuk tatapan korang mengikut gaya dan daya imaginasi aku. aku harap korang terhibur dan jika tak terhibur dan ingin buat kecaman samada secara individu atau berjemaah, aku takdehal dan akan terima dengan hati terbuka sebab seperti yang aku pernah terangkan dalam ruangan komen di salah-satu cerita aku dulu, aku memang ada masalah berkomunikasi dalam bahasa melayu sebab dah lama dinegeri orang yang rata-ratanya berbahasa inggeris dan pernah lama menjelajah negeri orang yang berambut kuning, merah dan ramai bermata biru…
tapi aku cuba juga menulis untuk mengatasi masalah ini walaupun aku tahu tak ramai yang baca karya aku sebab tak sehebat ramai penulis2 disini yang diminati ramai. 
-TAMAT-

002. TERINGAT KETIKA INI

HZONE ™️ 👁️‍🗨️  BLOG
MISTIK, MISTERI 👁‍🗨 SERAM
the 👁️‍🗨️ HORRORZONE
👁️‍🗨️ AD9NINE COLLECTION
CP BY A.D9NINE
🔝Koleksi Cerita Seram Melayu
*TAJUK CERITA : TERINGAT KETIKA INI*
PENULIS : APIPAH
KOD : 0027509400002
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Terima kasih HZONE BLOG kerana sudi post cerita saya ini. nama saya ila dan cerita ni berkenaan sewaktu saya diasrama. saya berasrama agama di sebuah sekolah di malaysia ini. saya bersekolah hanya tingkatan 1&2. ketika saya bersekolah, saya sukar bergaul dengan rakan2. kadangkala saya belajar seorang diri. kisah ini saya tahu selepas dari saya keluar dari sekolah itu. moga terhibur. dan saya harap korang sudi membaca hingga ke hujungnya kerana cerita ni adalah tergantung pada permulaanya.
tingkatan 1
untuk asrama saya, saya tinggal ditingkat 3 dan biliknya no 09 dan ianya dihujung sekali. koridor paling hujung adalah tempat yang paling saya suka untuk duduk sambil belajar. ketika semua lampu telah tutup, saya akan duduk di koridor untuk dapatkan lampu. saya suka membaca sambil mulut terkumat kamit. pernah satu ketika dimana senior keluar untuk ke tandas, dan memanggil saya untuk bertanya kenapa saya masih diluar bersama rakan. walhal ketika itu saya hanya keseorangan. tapi saya tak tangkap ape yg dia perkatakan. cume dia pelik dan terus berlalu. selepas dari itu , setiap kali senior yang keluar tandas pasti takkan menegur saya dan terus berlari masuk semula kedalam bilik.
tingkatan 2
untuk setiap asrama, pasti akan bertukar bilik. untuk pelajar yang pada tahun lepas sudah duduk tingkat 3, pasti akan bertukar ke tingkat 2 ataupun tingkat 1. tetapi ketika itu saya dikekalkan di tingkat 3. dan ketika itu bilik no 12. ketika saya di bilik itu, saya susah sangat nak tidur sebab saya seringkali diganggu. bila saya nak lelapkan mata, pasti akan ade orang yang kejut saya. dan bilik itu lah pada waktu tingkatan 1 dulu ada seorang senior terkena rasuk akibat daripada kekotoran yang biasa dicipta di asrama. terutama asrama perempuan.
Hakikat Sebenar
saya minta maaf untuk setiap cerita diatas yang agak tergantung pasti membosankan korang. disini adalah kisah sebenar yang pihak senior dan rakan2 saya cerita dgn saya. sewaktu saya diasrama kawan2 saya terlalu banyak melihat saya bersama seseorang budak sebaya dengan saya. bila ditanya sewaktu sewaktu saya dah pindah, saya cakap saya memang keseorangan sahaja. terutama mereka lihat ketika saya belajar di koridor. budak itu selalu berdiri ataupun mencangkung didepan saya dan tersenyum malah bercakap dengan saya sewaktu saya sedang teliti melihat buku. walhal untuk diri saya, saya memang selalu membaca buku sambil terkumat kamit.
sewaktu tingkatan 1, ada seorang senior yang mengalami kerasukan dan dia duduk dibilik no 12. disebabkan oleh kelalaian orang lain dan membuatkan benda tu marah pada senior tersebut kerana sewaktu tu “anak benda” tu sedang berada disitu ketika senior kami masuk tandas itu. ketika senior tu naik, dia terus berkelakuan lain. keesukkan nya hari jumaat dan kitaorang balik sekolah awal. bila sampai dibilik, senior kami tu taknak bersembang dengan rakan2nya. tetibe salah sorang dari biliknya pasang ayat alquran. dan terus dia mengamuk. dan ketika itu lah episod kerasukan mula terjadi. tetapi makin teruk sehingga membuatkan salah sorang kawan saya dibilik 11,10,09. silih berganti dan ianya berakhir pada keesukannya.
sewaktu tingkatan 2 sebelum saya pindah, paling banyak saya yang kena. sewaktu saya pulang dan berubat. mereka berkata “budak” tu berminat nak berkawan dengan saya. sewaktu ditingkatan 2, saya tidur diatas double decker dan di sebelah saya kosong. saya selalu dengar orang gelak2 bercakap dan berbisik2 memanggil saya. saya agak ketakutan tetapi saya tidak bergaul dengan rakan2. dan akhirnya saya buat keputusan untuk keluar dari asrama tersebut. yang paling menakutkan apabila saya mandi dibawah sekali bersama 2 rakan saya. dan seorang rakan bernyanyi dan ketika kami sudah mandi, kami dengar semula suara seseorang yang nyanyi lagu yang sama dalam stor. bila kami buka tiada sesiapa pun.
sebelum seminggu saya keluar, hujan sentiasa turun dengan lebatnya. pada satu ketika waktu prep saya nak pegi ke kelas, selipar saya licin dan saya terjatuh dan kepala saya terhentak di bucu tangga. pada mula nya saya teruskan perjalanan ke kelas. tetapi selepas itu saya mula pening dan ketika saya buka tudung kulit saya dah terkoyak. jahitan 5 dalam dan 3 luar dikenakan.
selepas daripada saya keluar, saya pernah datang melawat kawan2 diasrama. ketika saya melintasi asrama itu, saya akan nampak seorang budak yang muka nya dalam nada kesedihan tapi saya takpernah nampak dia sewaktu saya dekat asrama dulu. bila saya tanye senior, diorg kata budak itu lah yang selalu ade dengan saya. dan sehingga tahun 2017 setelah keluar dari sekolah itu, saya lupe tentang rakan2 tentang kenangan sekolah itu langsung. sehingga bila saya terserempak dengan rakan2 yang saya lupe itu mereka bertanya kenalkah mereka tapi saya cakap takpernah kenal.
cume pada tahun ini, sedikit sebanyak saya mula teringat satu persatu. dan sebab tu saya teringin untuk siarkan kisah ini. sebenarnya saya rindukan kawan2 saya tapi saya tahu mereka takkan ingat dekat saya lagi. terima kasih sudi membaca dan maaf jika membosankan. semoga kehidupan anda baik2 sahaja dan tidak pernah lupa segala memori yang apabila teringat semula akan buat anda mengalir airmata.
-TAMAT- 

003. DIA PENJAGAKU 

HZONE ™️ 👁️‍🗨️  BLOG
MISTIK, MISTERI 👁‍🗨 SERAM
the 👁️‍🗨️ HORRORZONE
👁️‍🗨️ AD9NINE COLLECTION
CP BY A.D9NINE
🔝Koleksi Cerita Seram Melayu
*TAJUK CERITA : DIA PENJAGAKU*
PENULIS : BAWANG
KOD : 0027509400003
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Arghhh!! kepala Aisyah pening mengingatkan tragedi kemalangan yang berlaku seminggu lepas. Bagi Aisyah, kemalangan itulah yang paling teruk sekali. Aisyah mula memicit-micit kepalanya.
Tiba-tiba Haziq, suami Aisyah datang, “sayang, kenapa? Sayang masih fikir tentang kemalangantu ya?”
“Aisyah pening bang,” jawab Aisyah dengan perlahan.
“sudah la tu, pergi berehat. Abang nak makan sekejap. Abang dah lapar ni,” Haziq berkata. Aisyah dengan perlahan-lahan menaiki tangga untuk pergi ke biliknya.
Azan Maghrib mula dilaungkan . Aisyah bangun untuk mengambil wudhuk. setelah selesai, dia baru perasan yg suaminya tiada. Aisyah memanggil suaminya berkali-kali, tetapi tiada jawapan. Aisyah mula mencari di dalam rumahnya, juga tiada. Dia menelefon suaminya…
“Abang… abang ada dekat mana?”
“Abang masih dekat pejabat. Sorry sayang, abang tak dapat balik hari ni, ada kerja,” jawab suaminya dengan tidak beberapa jelas.
Aisyah mula tersentak. Telefon yg dipegangnya terjatuh, “habis, aku berbual dengan siapa tadi?” bisik hati Aisyah. Dia terus berlari ke biliknya dan berbaring di atas katil. dia membaca ayat -ayat suci dan beberapa surah. Kemudian, secara tidak tersangka, dia tertidur pada waktu itu.
Aisyah terjaga daripada tidur. Dia terasa yang biliknya terang. Dia membuka tingkap, “sudah pagi rupanya,” kata hati Aisyah. Dia mengambil tuala kemudian mandi. Dia masih memikirkan tentang kejadian semalam. Selesai sahaja mandi, dia terdengar bunyi hon kereta di hadapan rumahnya.
“Itu pasti suamiku!” Dia cepat-cepat bersiap untuk menyambut kepulangan suaminya. Setelah sahaja suaminya masuk, dia terus bertanya, “kenapa semalam sayang terus matikan telefon? Abang belum habis cakap lagi,” tanya suaminya seperti dalam keadaan marah.
“Aisyah… Aisyah…” percakapannya tidak dihabiskan. Air mata mula membasahi pipi Aisyah. Selama ini Aisyah tidak pernah dimarahi oleh suaminya, dia seorang isteri yg sangat baik.
Walaupun begitu, mereka belum mendapat cahaya mata. Perkahwinan mereka juga bukanlah dengan kehendak, mereka terpaksa berkahwin mengikut pilihan keluarga.
“Sudah, sudah… abang nak mandi. Tolong masakkan untuk abang,” suaminya terus naik ke atas. Aisyah dengan tidak mengeluarkan sebarang alasan terus pergi ke dapur untuk memasak.
Sedang Aisyah memasak, dia terdengar suara wanita tua berkata, “cu… jangan sedih. Kemahuan cu akan jadi kenyataan,” ayat itu menyebabkan kepala Aisyah mula menjadi bingung. “Suara siapa tadi? Apa yang dia hendak sampaikan?” Terlalu banyak persoalan yang berada dalam kepala Aisyah.
Sejurus selapas itu, suami Aisyah menjerit dengan kuat. Aisyah terus naik ke atas untuk melihat suaminya. D***h mengalir di atas lantai.
“Abangggggg!” Aisyah memanggil suaminya. Kelihatan perut suaminya terburai-burai. Usus semua sudah terkeluar daripada perut suaminya. Kelihatan seperti perut suaminya telah dikoyak-koyakkan. Begitu ngeri sekali kejadian itu, Aisyah terus menelefon ambulans. Beberapa minit kemudian, ambulans pun datang. Haziq dibawa ke hospital. Walau bagaimanapun, tuhan lebih menyayangi Haziq. Haziq telah meninggal dunia.
Kejadian itu menyebabkan Aisyah seperti kurang waras. Dia tidak boleh menerima peninggalan suaminya. Haziqlah cinta pertama dan terakhir Aisyah. Semenjak kematian suaminya, Aisyah telah menjadi seperti orang gila. Dia bercakap, ketawa, menangis seorang diri tanpa sebab.
“Kenapa kau kacau aku?!” Itulah yang sering diperkatakan oleh Aisyah. Bapa Aisyah, Azman kasihan melihat Aisyah. Azman tahu bagaimana rasanya kehilangan orang yang disayangi. Isteri Azman juga telah meninggal semasa hendak melahirkan Aisyah. Azman telah merancang untuk membawa Aisyah bertemu dengan pakar.
Pada keesokan harinya, Aisyah berjumpa dengan pakar. Pakar yg merawat Aisyah cuba untuk memulihkan Aisyah, tetapi gagal.
“Ini bukan lawan aku,” kata pakar itu seolah-olah memberitahu yang Aisyah seperti telah dirasuk oleh “sesuatu”.
Aisyah dibawa keluar rumah. Bapa Aisyah mengambil kesempatan untuk berbual dengan pakar itu. Pakar itu memberitahu bahawa ada penjaga yg menjaga Aisyah. Benda itu susah hendak dikeluarkan, kerana sudah lama dan sebati berada dalam badan Aisyah.
“Sudah lama? Sebati? Sejak bila?” tanya Azman.
Pakar itu berkata, “sekarang ni, saya nak kamu pulang ke rumah dan ingat kembali siapa yang menemani Aisyah semasa dalam hospital dulu.”
Azman terus membawa Aisyah pulang kerumah Azman. Dalam beberapa minit kemudian, dia teringat bahawa yang menemani Aisyah semasa di hospital ialah rakan Aisyah. Azman terus menelefon rakan Aisyah, Farah.
“Kau tolong datang ke rumah aku sekejap,” arahnya.
“Ba… baa… baiklah,” jawab Farah terketar-ketar.
Kemudian Azman masuk ke bilik untuk mnjenguk keadaan anaknya. Sewaktu Azman hendak masuk ke bilik, dia melihat seolah-olah ada nenek tua duduk di sebelah anaknya l. Dalam pada masa itu juga, benda itu terus hilang dari pandangan.
“Ya Allah!” Jerit Azman. Aisyah daripada tidur terus bangun.
“Hihihihih… Ayah… hihihihih… Ayah…” kata Aisyah dalam tertawa. Farah sudahpun sampai. Dia terkejut melihat Aisyah sedang meratah daging ayam mentah di peti sejuk dan ayahnya diikat pada kerusi. Farah terus membuka ikatan itu dan membawa bapa Aisyah keluar.
“Encik, maafkan saya… sebenarnya kemalangan Aisyah adalah dirancang oleh saya. Pada masa itu saya amat membenci Aisyah kerana dia selalu dipuja oleh rakannya tentang kebaikannya. Saya sangat cemburu. Apabila saya dapat tahu Aisyah berada di hospital, saya terus berjumpa dengan bomoh untuk menghantar nenek kebayan kepada Aisyah. Saya melawat Aisyah kerana saya ingin menghantar benda itu. Benda itu akan buat apa yang Aisyah mahu. Pada suatu hari, Aisyah dimarahi suaminya. Aisyah berasa sedih dan marah kepada suaminya, tetapi dipendamkan. Pada waktu itulah benda itu berfungsi. Ia m******h orang yang Aisyah berasa marah, iaitu suaminya. Dan sekarang benda itu tidak dijaga dengan betul, dia berasa lapar. Sekarang ini benda itu hendak hapuskan keluarga encik. Maafkan saya, encik…” cerita Aisyah.
Azman terkejut mendengarnya. “Sudahlah… nak marah pun dah terlambat. Baik kita rawat Aisyah. kasihan dia. Dia tidak bersalah.”
Mereka mengikat Aisyah dan membawanya berubat cara tradisional. Alhamdulillah, selepas seminggu berubat, Aisyah sudahpun kembali seperti asal. Benda yang mengikutinya sudahpun dibuang ke sungai. Walaubagaimanapun, Aisyah menghidapi trauma semenjak suaminya meninggal. Kini, Aisyah tinggal dengan bapanya.
-TAMAT-

004. PENUMPANG MALAM 

HZONE ™️ 👁️‍🗨️  BLOG
MISTIK, MISTERI 👁‍🗨 SERAM
the 👁️‍🗨️ HORRORZONE
👁️‍🗨️ AD9NINE COLLECTION
CP BY A.D9NINE
🔝Koleksi Cerita Seram Melayu
*TAJUK CERITA : PENUMPANG MALAM*
PENULIS : ASALLEHIN
KOD : 0027509400004
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Jam menunjukkan 9.45 malam dan aku baru selesai menghantar penumpangku yang terakhir.
“Nak rehatlah lepas ni” gumamku dalam hati. Baru sahaja hendak berehat tiba-tiba aplikasi aku berbunyi menunjukkan ada penumpang yang request perkhidmatan aku.
“Cancel la tak larat dah nak bawak” tetapi telefon bimbit aku tiba-tiba lag. Aku tekan banyak kali tapi masih tak dapat nak reject.
“ Nama je iphone tapi lag… Aish tak boleh jadi ni… Dah la esok keje pagi” Setelah beberapa ketika mencuba akhir nya aku mengalah sambil bermonolog
“Terima je la kot-kot awek” fikirku sambil tersengih. Saat aku menekan terima boleh pula telefon bimbit aku sekali tekan.
“La boleh pulak…” monolog ku sendirian.. Selepas menerima request tersebut aku memandu ke tempat yang dinyatakn di dalam aplikasiku.
Kesibukan bandar Kuala Lumpur pada malam hari menjadikan bandar ini hidup. Hiruk piruk peniaga dan pembeli menjadikan suasana begitu hidup. Aku tak mengambil pusing dengan keadaan ini kerana terbiasa sejak menjejakkan kaki ke bandar ini. Jalan tak penah lengang kecuali musim perayaan menjadikan uber, grab atau pengangkutan awam pilihan para penduduk di bandar ini. Setelah 15 minit memandu menyelusuri jalan yang jem aku sampai ke tempat yang dinyatakan didalam app uber. Kelihatan deretan rumah yang lama tetapi cantik. Walaupun cantik tetapi binaan yang lama itu sedikit menganggu apabila kawasan itu suram disebabkan pencahayaan yang malap hasil daripada lampu jalan yang satu sahaja di hujung jalan.
“Mana dia ni tak nampak pun. Dah la lewat dah ni” sambil aku bermonolog sendirian.
Setelah 5 minit aku menunggu sambil ditemani lagu yang dipasang pada telefon bimbit aku, aku melihat pada aplikasi telah keluar pilihan untuk menolak. Saat aku hendak menekan pilihan untuk menolak tiba-tiba kedengaran satu suara garau menegur aku dari belakang.
“Jangan tekan…” aku terkejut lantas telefon bimbit aku terjatuh daripada tangan aku. Aku jadi ralat sebentar. Setelah beberapa saat berlalu aku tersedar. Dengan perlahan aku memasang lampu dengan niat hendak melihat ke belakang. Sambil mulut aku membaca bismillah aku menoleh kebelakang. Kelihatan tidak ada sesiapa atau apapun di bahagian tempat duduk penumpang. Aku lega lantas aku teringat mengenai telefon bimbit aku yang terjatuh tadi. Aku pun cepat-cepat mencari telefon bimbit aku yang jatuh tadi. Sedang aku ralit mencari kedengaran tingkap kereta aku diketuk dari luar. Aku melihat keatas dan kelihatan seorang gadis dalam umur 20an sedang memandang aku.
“Wah cantik nya dia…” monolog aku dalam hati. Dia berdehem dan aku kembali ke alam nyata. Muka aku merah sambil tersengih. Aku segera menurunkan tingkap kereta aku sambil berkata
“Maaf ya cik, saya tengah cari handphone saya jatuh. Boleh tunggu sebentar cik?”
“ Owh boleh sahaja encik, tak apa saya boleh tunggu. Saya bukannya hendak cepat pun” Sopan sahaja dia menjawab. Aku pun cepat-cepat meneruskan pencarian telefon bimbit aku tadi. Setelah aku menjumpai telefon bimbit itu, aku pun mempelawa dia naik.
Perjalanan kami ditemani lagu yang bermain pada telefon bimbit aku. Keadaan menjadi lebih janggal bila dia mengambil keputusan untuk duduk di kerusi penumpang di hadapan. Tambahan pula, semenjak dia menaiki kereta aku bau haruman bunga-bungaan semakin kuat. Aku cuba untuk mengurangkan kejangalan itu dengan berbuang kosong dengan dia.
“Cik dah lewat malam ni, nak pergi mana lepas ni?” tetapi hambar kerana dia berdiam diri. Aku pun berfikir, mungkin dia penat kot. Sedang aku melayan lagu Maroon Five- Sugar dia bersuara,
“Saya minat lagu ni”
“Saya pun minat lagu ni” sambil aku tersenyum. Dia pun menyambung,
“Awak lama dah bawak ni?” dia merujuk kepada memandu uber.
“ Taklah lama sangat.. Baru lagi” aku menjawab.
Perjalanan itu menjadi kurang janggal bila kami mula bersembang kosong. Sedang kami ralit berbual tiba- tiba kedengaran satu suara menegur dari belakang
“ Tak payah nak rapat sangat. Kamu berdua bukan dari alam yang sama.” Perbualan kami terhenti. Muka dia berubah setelah mendengar suara tersebut. Aku perasan dengan perubahan tersebut tetapi aku pendamkan dengan mengubah topik perbualan.
“Awak, sekarang ni bekerja ke belajar lagi?” tetapi sekali lagi hambar. Dia mengambil keputusan untuk berdiam diri. Keramahan dia sebentar tadi terus hilang setelah mendengar suara tadi. Suasana janggal mula terbit bila kami berdiam diri.
Perjalanan itu dirasakan sangat lama walaupun cuma 35 minit bila kami saling berdiam diri. Kami masing-masing melayan perasaan sendiri. Ketika aku sampai ke lebuhraya yang menghubungkan bandaraya Kuala Lumpur dan Putrajaya kereta aku seakan akan menjadi perlahan dan berat. Walaupun pedal minyak aku tekan sepenuh hati tetapi kereta aku masih tidak dapat bergerak seperti yang aku mahukan. Masih perlahan seperti ada yang menahan. Aku kemudiannya mengambil keputusan untuk memberhentikan kereta aku di pinggir jalan raya.
“Cik, saya nak keluar sekejap periksa kereta saya. Macam tayar kereta saya bocor saja.” kataku mencipta alasan untuk meminta izin seraya keluar dari kereta. Aku memeriksa kereta aku. Tiada apa yang ganjil. Aku masuk semula ke dalam kereta seraya melafazkan bismillah secara berbisik. Alhamudullilah kereta aku boleh bergerak, tiada lagi yang menahan kereta aku seperti tadi. Aku menarik nafas lega. Dia melihat aku seperti berkelakuan pelik.
“Awak kenapa ya?” dia bertanya kepadaku. Aku menjadi kaget kerana masih lagi janggal. Aku berfikir benerapa ketika sebelum menjawab soalan dia.
“ Tak ada apa-apa awak…” aku menjawab. Jawapan aku membuatkan wajahnya lega. Aku senyum semanis yang mungkin walaupun hati aku resah. Aku meneruskan pemanduan yang berbaki 15 minit ke lokasi penumpangku.
Kemanisan wajah si dia membuatkan aku tersenyum sendiri. Aku tersedar dari lamunan bila dia berdehem. Aku kembali ke dunia nyata . Aku melihat dia tersenyum seperti mengerti dengan ulah aku yang tiba-tiba tersenyum. Dia seperti ingin berkata sesuatu tetapi suara itu kembali
“ Usah berangan memiliki sidia jika kerna kalian buka dari akar yang sama” aku terkedu mendengar suara tersebut. Aku memerhati wajah si dia seperti sedih walaupun di sembunyikan oleh kelam lampu jalan.
Perjalanan kami hampir ke penghujungnya bila sesuatu yang pelik berlaku. Kelihatan dia seperti resah. Aku cuba bertanya kepada dia
“Awak kenapa? Resah je saya tengok”
“ Saya tak apa-apa. Teruskan memandu jangan risaukan saya” suaranya bertukar tegas. Aku terdiam dan meneruskan pemanduan aku. Ketika kereta aku berhenti pada lampu isyarat dia kelihatan semakin resah dan bertanya kepada aku
“ Kenapa awak berhenti? Kan depan tu tak ada kereta?” suaranya tidak setegas tadi tapi seolah-olah takut. Aku kemudiannya menjawab
“ Cik, walaupun depan tu tak ada kereta tetapi kita kena patuh pada undang- undang jalan raya. Nanti kalau apa-apa berlaku pada cik saya yang akan bertangungjawab.” terangku panjang. Dia seperti tidak berpuas hati dengan penjelasan aku tetapi tidak pula dia menunjukan ingin meneruskan perbualan kami. Ketika aku membelok untuk mengikuti arah yang ditunjukkan oleh aplikasiku, kelihatan ada sesuatu menunggu di tengah-tengah jalan. Aku menjadi kaget kerana aku mengenali bentuk tersebut. Si dia bersuara
“ Awak, teruskan memandu walau apa yang berlaku. Jangan pernah berhenti.” Aku tidak mampu untuk membalas arahan yang diberikan kerana perasaan takut telah menguasai diri aku. Aku cuma mampu menganggukan kepala aku sahaja. Seusai itu, pintu belakang bahagian penumpang tiba-tiba terbuka . Tiada sesiapa kelihatan yang membuka pintu kereta aku yang sedang bergerak. Aku tidak mengambil pusing lantas memecut kereta aku untuk melintasi makhluk tersebut. Aku sempat melihat makhluk tersebut seakan-akan melihat aku melintasinya.Ketika itu jugalah si dia bersuara,
“Awak jangan takut sebab ia tak mampu buat apa-apa. Awak bantu saya, saya bantu awak” lunak suara dia memberitahu. Aku menjadi sedikit lega mendengar apa yang diberitahu oleh si dia. Walaupun kenyataan dia membuatkan aku dipenuhi persoalan aku mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri aku, kerana otak aku sedang berkomunikasi antara satu sama lain menyelesaikan serta menjelaskan secara logik apa yang sedang berlaku.
Perjalanan kami akhirnya sampi ke lokasi yang ditunjukan. Kelihatan sekumpulan manusia seakan-akan menanti kehadiran kami. Si dia keluar, lantas berkata,
“Beta sudah kembali” kelihatan sekumpulan manusia tadi tunduk menghormati si dia. Aku tiba-tiba berasa kagum dengan apa yang aku lihat. Tanpa aku sedar aku telah melontarkan persoalan tanpa aku berfikir
“Cik, siapkah awak?” dia memalingkan wajah dia ke arah aku. Lantas berkata,
“ Saya merupakn puteri puak ini, kami adalah golongan yang kalian gelar orang bunian. Terima kasih kerana membantu saya.”
“Kenapa cik, eh maaf tuan puteri tak menggunakan kuasa cik? Bukan semua orang bunian ada kuasa untuk ke satu tempat dengan mudah?”
“Awak, tak semua bunia ada kuasa seperti yang awak cakap tu. Setiap kami mempunyai kuasa yang berlainan. Seperti saya, kuasa say cuma mampu mengawal mahkluk jadian sahaja. Saya yakin awak ada juga mendengar suara semasa kita dalam perjalan ke sini bukan?” aku mengangguk mengiyakan.
“ Dia adalah penjaga saya, saya memohon maaf diatas kekasaran bahasa dia. Saya juga memohon maaf kerana telah melibatkan diri awak kedalam masalah saya. Saya yakin awak perasan bila kereta awak tiba-tiba berat. Saya tahu awak takut tapi awak masih meneruskan perjalan ini. Saya tahu apa yang awak fikirkan tetapi saya tidak mahu awak ambil hati kerana saya telah membaca fikiran awak semenjak awal perjalanan kita dan disebabkan itu kugalah penjaga saya telah menegur awak” aku menjadi malu kerana fikiran aku telah memakan diri aku sendiri. Usai penjelasan yang diverikan oleh si dia ,ketika itu jugalah kelihatan makhluk seakan-akan manusia serigala jadian muncul dari sisi kereta aku. Aku menjadi kagum pada masa yang sama kaget melihat makhluk tersebut. Sekarang baru aku boleh menghubung kaitkan apa yang berlaku sepanjang perjalan aku menghantar dia. Aku bersyukur kerana aku tidak melihat apa yang berlaku cuma bayangan pocong tadi masih bermain di fikiran aku. Aku ingin menyuarakan kerisauan aku tetapi dipintas oleh si dia.
“ Jangan risau, benda tu sudah tiada disitu. Saya boleh jamin awak selamat” aku lega mendengar. Aku kemudiannya meminta diri untuk balik kerana penat. Ketika aku berpaling untuk melihat ke belakang tidak kelihatan sesiapapun disitu. Aku terus memecut kereta aku keluar dari situ. Keesokkan harinya aku meneruskan rutin harian aku seperti tiada apa yang berlaku. Cuma sesekali kelihatan kelibat seperti seseorang memerhati aku ketika aku melakuan kerja aku.
-TAMAT-

005. SIAPA YANG TERGANTUNG?

HZONE ™️ 👁️‍🗨️  BLOG
MISTIK, MISTERI 👁‍🗨 SERAM
the 👁️‍🗨️ HORRORZONE
👁️‍🗨️ AD9NINE COLLECTION
CP BY A.D9NINE
🔝Koleksi Cerita Seram Melayu
*TAJUK CERITA : SIAPA YANG TERGANTUNG?*
PENULIS : ARCHYIS
KOD : 0027509400005
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Kisah seram ini diceritakan sendiri oleh kawan aku. So “Aku” di dalam penulisan ini adalah sebagai kawan aku Hisyam (bukan nama sebenar).
Semuanya bermula sekitar pertengahan tahun 2012 di kawasan perumahan utara tanah air. Masuk semester baru aku terpaksa menyewa diluar kerana rekod tak baik. Sebabnya aku kena saman sem lepas pasal tak bawa kad matrix ke kuliah. Apalah nasib badan, duit PTPTN habis untuk sewa rumah je la nanti. Sebelum start sem baru aku dan Haziq dah cari siap-siap rumah sewa. Yelah kalau tak cari awal nak tidur mana nanti bila dah start kuliah. Cari punya cari akhirnya terjumpa satu iklan di mudah. Rumah teres dua tingkat berdekatan tempat pelajar. Hanya RM300 sebulan termasuk elektrik dan air. Campur deposit sebulan baru RM600. Murah! Tersangat murah.
Kami pun call la owner rumah tu tanya dah ada penyewa belum. Owner cakap still kosong, kalau nak datang tengok boleh la. Total aku dengan kawan-kawan aku 5 orang, campur kawan Haziq jadi 6 orang. Ok sangat lah tu, dah la murah rumah pulak 2 tingkat. Mana nak dapat zaman Abang Jibby sekarang ni. Maklumlah semuanya mahal. Yang murah pun senyuman dia time nak raih undi. Opps, just saying. Haha. Ni bukan cerita politik okay. So aku dengan Haziq set la time bila bole tengok rumah tu. Disebabkan aku dengan Haziq memang orang Utara so kami tak kisah sangat bab-bab nak cari rumah sewa memandangkan kawan-kawan kami yang lain tinggal di selatan. Lepas tengok rumah dan puas hati dengan keadaan rumah tu kami bayar deposit. Lengkap kot rumah tu, dapur, mesin basuh, peti ais, aircond setiap bilik, memang perfect la. Rugi kalau tak sewa.
Rumah teres dua tingkat yang terletak di hujung sebelah kanan taman perumahan ini sememangnya agak besar dan mempunyai laman yang luas. Parking kereta pun muat 3 buah sekali masuk. Punya landskap yang menarik dan kalau dilihat daripada luar, rumah ini memang cantik. Jauh sekali hendak terfikir yang rumah yang macam ini ada penunggunya sendiri. Tapi air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
3 hari sebelum semester baru bermula kami pun angkut barang masuk rumah sewa. Semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Member Haziq tak jadi nak duduk sekali tapi dia cakap deposit dia halalkan je. So kami tinggal berlima, 2 orang di master bed room then lagi 3 orang sorang 1 bilik. Seminggu kami duduk tanpa ada apa-apa gangguan. Sampai la weekend first week lepas sem baru start, semua orang balik ke kampong halaman. Aku je malas nak balik sebab tak ada siapa pun dekat rumah. Mak dengan ayah pergi rumah kakak di KL. So better aku lepak rumah sewa main game.
Pagi of cause la tak rasa takut, tapi lepas pukul 6 petang tuh aku da mula rasa lain macam. Rasa macam diperhatikan. Aku buat tak endah je la malas nak layan perasaan. Lepas solat maghrib aku lepak depan tv sambil main facebook dekat phone. Scroll punya scroll ada sorang kawan aku share pasal rumah sewa RM50. Serius seram kot cerita tu. Aku dah la tinggal sorang-sorang pergi layan cerita hantu dah kenapa. Habis je baca cerita pasal rumah sewa RM50 tu aku dah start cuak. Mula la terfikir kenapa owner rumah sewakan murah sangat. RM300 untuk rumah teres dua tingkat yang lengkap, agak mustahil kalau jumpa harga macam ni dekat kawasan lain.
Mungkin owner nak buat amal jariah untuk student kot, saja sedapkan hati padahal fikiran aku tak habis-habis fikir yang rumah ni berhantu. Sedang asyik melayan tv tiba-tiba terasa bahu aku ditepuk dari belakang. Melompat aku sebab terkejut, mana ada orang lain kat rumah ni semua dah balik kampung. Aku pun cuba lihat belakang sofa mana tahu kawan aku dah balik ke mari saja nak prank aku. Kosong! Belakang sofa memang kosong. Aku dah start berpeluh, terasa seram sejuk. Kalau ada benda pelik-pelik lagi berlaku memang malam ni jugak aku keluar pergi tido rumah member aku. Aku baca surah-surah yang aku hafaz then aku tutup tv naik atas masuk bilik nak tido. Walaupun baru pukul 10 aku dah cuak nak berjaga sampai larut malam. Aku tutup semua lampu di bahagian bawah kecuali lampu dapur dan mula menapak ke tingkat atas.
Masih terasa seperti diperhatikan, aku cepatkan langkah masuk ke bilik aku. Aku share bilik master dengan Haziq. Masuk je bilik teruskan aku baring atas katil dan selimut sampai paras dada. Dalam 5 minit macam tu aku terlelap. Esoknya aku terjaga sebab cahaya matahari masuk ikut tingkap. Tapi seingat aku tingkap dihujung katil dan ada langsir tebal dan aku amat pasti yang aku tutup rapat langsir sebelum tido semalam, macam mana cahaya matahari boleh masuk terang sangat. Masih dalam keadaan mamai, baru aku perasaan aku bukan dalam bilik tapi aku di berada atas sofa di ruang tamu. Terasa macam dicucuk adrenalin terus aku bangun pandang sekitar ruang tamu dan cuba hadam macam mana aku bole tido atas sofa padahal aku teramat yakin yang aku tido di atas katil bilik aku semalam. Siapa pulak yang ubah tempat tido aku? Aku kuatkan semangat pergi mandi dan terus keluar ke rumah member aku. Confirm malam ni aku tido sana.
Aku pun cerita la pada kawan-kawan rumah sewa aku apa yang berlaku bila dorang dah balik ke rumah sewa, dorang gelakan aku. Kata mereka mungkin aku mimpi yang aku naik tido dalam bilik padahal aku tido atas sofa. Mungkin ya mungkin tidak. 3 hari lepas tu Syamil dan Amzar bagitahu yang dorang nak pindah rumah. Aku, Haziq dengan Iman terkejut la kenapa tetiba je nak pindah rumah. Dorang cakap yang member dorang ajak tinggal sekali sebab 1 jurusan. Senang nak buat assignment katanya. So kami pun nak kata apa lagi, itu hak dorang.
Tinggal 3 orang je la dekat rumah yang besar ni. Weekend kali ni Haziq tak balik kampong. So Sabtu malam aku dengan Haziq lepak depan tv layan movie. Dalam pukul 1 macam tu kami terdengar bunyi macam orang tengah masak di dapur. Aku buat tak tahu je la maybe Iman yang lapar masak meggi kot. Tangga berada agak jauh dari ruang tamu dan sofa yang kami duduk membelakangkan tangga. Boleh bayangkan tak? Jadi sesiapa or apa yang turun dari tingkat memang kami tak nampak la.
Tiba-tiba telefon Haziq berdering, tanpa lihat screen phone terus dia jawab. Muka Haziq pucat macam baru nampak hantu. Aku pon tanya la siapa call.
“ weh sapa tepon malam2 buta?”
“errr… Iman call wei dia cakap malam ni dia tido rumah kawan dia, besok petang baru dia balik sini”
“hang biaq betoi, habes sapa yang dok masak dekat dapoq?”
“aku ingat Iman dok masak, weh jom pi tengok sapa dok masak”
“hang biaq betoi nak pi tengok? Dah pukol 1 kot, aku dah start rasa nak terkencing ni.”
“Ish hang ni jom la pi tengok, mana tau ada kucing ka apa ka”
“ha jom la hang jalan dulu”
Haziq di depan dan aku di belakang, dengan perlahan – lahan kami berjalan ke dapur. Sampai je kat dapur kami terus on switch lampu. Tak ada siapa or apa pun di dapur. Pelik bin ajaib, mana datang bunyi orang masak tadi. Terdengar macam orang berlari dari tingkat atas dan bunyi benda besar jatuh. Aku tengok Haziq, Haziq tengok aku Kami pun berjalan ke arah tangga untuk tengok siapa di tingkat atas. Mana la tau mungkin perompak. Tingkat atas gelap sebab memang kami tak on lampu lepas maghrib tadi. Tapi kami nampak cahaya dari bilik yang Amzar duduk sebelum ni. Setahu aku bilik tu kosong dan berkunci lepas Amzar keluar. Kami nampak bayang-bayang melalui bawah pintu. Aku dah get ready nak cabut. Kalau perompak ok lagi, macam mana kalau bukan orang. Haziq seluk saku dan keluar segugus kunci. Dia masukkan kunci pada tombol dan daun pintu ditolak perlahan-lahan.
Tiba-tiba terasa angin menyapa kuat muka kami berdua. Ada bau yang sangat tak menyenangkan. Bau seperti bangkai. Sebaik sahaja daun pintu di tolak habis, ternampak susuk tubuh seseorang tergantung di kipas bepusing-pusing. Siapa pulak gantung diri dekat rumah ni. Kami tak nampak muka dengan jelas sebab tiba-tiba lampu bilik tu terpadam masa kami tolak pintu bilik. Malam tu jugak terus kami start moto dan lepak kedai mamak sampai pagi. Dalam pukul 8 pagi kami balik semula ke rumah sewa untuk tengok betul ke apa yang kami nampak semalam.
Sekali lagi pintu bilik ditolak. Kosong! Bilik tu kosong. Tak ada mayat atau orang yang tergantung di kipas. Kami silap pandang atau benda tu memang saja nak main dengan kami. Petang tu Iman balik then dia cakap yang dia nak pindah ke rumah member dia. Reason yang bagi memang tak masuk akal. Katanya rumah member dia lagi dekat dekat tempat belajar. Jimat kos pengangkutan. Padahal rumah sewa sekarang tak la jauh sangat. Isi minyak full tank mampu tahan seminggu. Aku dengan Haziq hanya mampu iyakan je la kemahuan Iman. RM300 masih kami mampu bayar, tapi bukan soal wang sekarang ni. Hari itu juga Iman pindah keluar dan sebelum dia melangkah keluar sempat dia bisik dan bagi nasihat pada aku.
“Syam, baik korang pon keluar dari rumah ni, aku sayang korang tapi aku lagi sayang diri aku. Lagi cepat korang blah dari sini lebih baik.”
Tak sempat aku nak tanya kenapa terus dia blah tanpa toleh langsung ke belakang. Lambai pon tak. Fikiran aku tak payah cakap la memang serabut. Malam tu kami gagahkan juga untuk tido di rumah sewa. Tapi kami tido di ruang tamu, nak ke tandas pun berteman takut punya pasal. Aku sempat hantar sms ke Amzar dan Syamir tanya sejujurnya kenapa dorang pindah rumah. Nak tau apa dia reply?
Sebenarnya dorang berdua kena kacau sehari selepas aku kena alih tempat tidur. Seingat aku time tu aku dengan Haziq lepak mamak sampai pagi sebab ada bola then kebetulan besoknya just ada satu kelas, itu pun lecturer batalkan sebab ada hal. Dorang cerita serba ringkas pasal ada orang tergantung di kipas, pasal dengar orang memasak, bau bangkai dan juga pasal ada bunyi orang berlari di tingkat atas. Aku yang baca sms tuh memang pucat, aku tunjukkan pada Haziq. Haziq diam tak berkutik. Kelu tanpa bicara. Nak tak nak kami kena cari rumah lain kalau tak mungkin esok atau lusa kami pulak hilang tak dijumpai. Bila fikir macam tuh buat aku nak menangis panggil ibu.
Tok! Tok! Tok! Pintu depan diketuk orang. Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Siapa pulak datang pagi-pagi buta nih. Haziq bingkas bangun untuk buka pintu tapi aku sempat halang dia.
“ Oi, hang ni berani sangat nak buka pintu, kalau bukan orang macam mana? Salam pun dia tak bagi”
“Maybe Iman lupa barang kot, tu yang mai nak ambik”
“Apa jadahnya pagi-pagi buta nak ambik barang. Pukul 1 pagi kot, agak-agakla nak ambik barang pun. Buat macam besok tak boleh datang ambik, hang ni optimis betul la.”
Makin kuat ketukan di pintu bergegar macam nak roboh pintu. Aku dengan Haziq terus baca surah yang kami hafaz. Ketukan makin perlahan dan kemudian hilang. Aku terpandang satu lembaga hitam berada di tepi tangga. Terus aku buat isyarat mata kepada Haziq suruh dia tengok arah tangga. Kepala Haziq dipusingkan sedikit ke arah yang ditunjukan aku, aku dapat lihat terus berubah pucat muka dia kalau toreh memang confirm tak berdarah. Aku ajak Haziq keluar dari rumah tapi pintu depan tiba-tiba tak boleh buka. Aku cuba sedaya upaya tapi memang tak boleh buka padahal aku dah buka kunci tadi. Haziq pulak mencuba nasib dengan harapan kami mampu keluar secepat mungkin. Tapi malangnya sama sahaja. Sedikit pon tak bergerak daun pintu tersebut.
Haziq bagi cadangan untuk kami laungkan azan kuat-kuat. Tak cakap banyak aku pun laungkan azan. Dalam kami tengah laungkan azan tangan kami sempat menolak pintu, sedikit demi sedikit pintu itu terbuka. Dalam hati memang aku dah ucap syukur. Lega tak terhingga sebab nampak macam ada harapan untuk kami keluar dari rumah puaka ni. Dengan sedaya upaya kami bergabung tenaga tolak daun pintu, akhirnya terbuka juga. Cepat-cepat kami berlari keluar dan pintu tersebut tertutup kembali dengan kuat. Bam!! Kalaulah tangan aku tersepit time pintu tu terhempas memang putus aku rasa tangan aku.
Aku terus call Iman mintak tolong ambik dekat taman permainan berdekatan dengan rumah sewa. Kunci moto, dompet semunya kami tak sempat nak ambik. Menjelang pagi aku call tuan rumah dan bagi tau yang aku nak keluar dari rumah sewa tu. Tuan rumah tanya kenapa nak keluar, aku just bagitahu yang kami dah dapat rumah sewa yang lagi dekat dengan tempat belajar. Dengan berat hati dia iyakan sahaja permintaan kami. Hari itu juga aku dengan Haziq bawak keluar barang dan stay dekat rumah sewa Iman sementara nak cari rumah sewa yang lain. Sewaktu nak kunci pagar aku dengan Haziq nampak ada susuk tubuh tengah pandang kami dari tingkap tingkat atas. Tak tunggu lama terus kami naik kereta Iman suruh dia pecut tinggalkan rumah puaka tersebut.
Selidik punya selidik baru kami tau yang rumah tu ada kes gantung diri. Owner first rumah tu gantung diri di bilik yang Amzar duduk. Lepas seminggu baru orang jumpa mayat dia itu pun sebab anak dia baru balik dari outstation. Isteri dia dah meninggal sebab sakit. Sebab apa dia gantung diri kami tak pasti. Lepas owner gantung diri anak dia jual rumah tu kepada owner sekarang. Patut la bagi sewa murah sangat. So nasihat aku pada korang yang nak sewa rumah mohon selidik dulu latar belakang rumah tu. At least tanya jiran sekeliling pasal rumah dan keluarga yang tinggal di situ sebelum ni. Kalau rumah sewa tu asyik tukar penyewa maksudnya ada la yang tak kena dengan rumah itu.
Cerita ini betul atau tidak kesahihannya aku pun tak tau. Sebab aku sendiri pun dengar dari kawan aku. Kalau dia tipu maksudnya aku pun tipu korang la. Haha. Akhir kata, mohon hati-hati kalau cari rumah sewa. Jangan menyesal di kemudian hari. Terima kasih sebab baca cerita meleret-leret aku ni.
-TAMAT-

006. KAK PONTI RUMAH ANAK YATIM

HZONE ™️ 👁️‍🗨️  BLOG
MISTIK, MISTERI 👁‍🗨 SERAM
the 👁️‍🗨️ HORRORZONE
👁️‍🗨️ AD9NINE COLLECTION
CP BY A.D9NINE
🔝Koleksi Cerita Seram Melayu
*TAJUK CERITA : KAK PONTI RUMAH ANAK YATIM*
PENULIS : DAMERSOTEGA
KOD : 0027509400006
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Tak terpikir pulak bila aku masukkan alamat Facebook, akan diselitkan sekali bersama post di HZONE BLOG ni. Tapi tak apalah, alang-alang dah terlanjur, teruskan sajalah.
Pada yang mengharapkan sambungan kisah Gadis dalam LRT , minta maaf. Itulah kali pertama dan terakhir aku bertemu dengan dia. Tiada sesi berdialog, tiada juga berjanji akan bersua lagi. Sesungguhnya aku sendiri tidak mahu.
Semenjak kecil aku pernah dipertemukan dengan kejadian-kejadian aneh. Tapi tak sekerap dalam tempoh aku ‘sakit’. Puncanya, dalam tahun 2005 aku bekerja di sektor kerajaan dengan jawatan kontrak. Agak di pedalaman dalam negeri kelahiran aku. Dipendekkan cerita, satu hari aku mengalami apa yang digelarkan dalam ertikata medical sebagai panic attack; setiap episod panic attack ni selalunya bermula dengan rasa berdebar-debar. Kemudian disusuli dengan rasa seram sejuk sampai kau seolah-olah bernafas dalam peti ais. Kalau korang pernah tengok cerita-cerita hantu, babak bernafas keluar asap macam kau berada di Cameron. Hati rasa resah, kau rasa nak lari tapi tak tahu ke mana. Penyudahnya, kau menapak ke hulu ke hilir dalam rumah dari depan ke belakang dan kemudian kau ulang semula.
Lama-kelamaan panic attack ni disertai dengan penampakan. Apa yang kau nampak kau tahu tak nyata, sebab dia telus tak berjasad walaupun dia kadang-kadang boleh menyerupai manusia. Tapi kau tau tak sama.
Takut? Memang. Tak kira berapa lama, berapa kerap kau lalui benda ni, perasaan takut tak akan pernah pudar. Aku pun cuma manusia biasa.
Tapi akan sampai satu tahap kau boleh hidup dalam keadaan yang kau tahu kau terpaksa co-exist dengan dia. Apa lagi pilihan yang kau ada?
Aku ceritakan lagi salah satu pengalaman aku; al-kisahnya bila dah sakit, maka dicarilah ubat. Dalam keadaan terpaksa, dimana saja kau dengar orang berubat kau akan cuba. Masa ni kau naif, kau tak tahu cara tak menghalalkan maksud dan acapkali yang bersekutu dengan meraka, bukan akan membantu, malah lagi memburukkan.
Melalui pak cik aku, aku diperkenalkan dengan ‘Bapak’. Bapak ni bekas anggota beruniform, dah bersara. Kerjanya banyak, antaranya jadi guard di sebuah rumah anak yatim. Modus operandinya di situ sebab nak riki harta karun yang disembunyikan ‘orang tidak nyata’ di situ.
Banyak seluar baju aku dikorbankan semasa berubat dengan dia. Kononnya nak membuang saka; baju-baju Hush Puppies aku dipakaikan pada batang pisang, dibungkus, ditalkinkan dan kemudian dihanyutkan melalui air mengalir.
Malam itu malam minggu, seperti sebelum ini aku ke tempat kerja Bapak untuk melalukan ritual membuang pusaka.
Disuruhnya aku mengambil wudhu, “Di mana?” tanya aku. Pili dekat pagar jawapnya. Maka keluar lah aku dari pondok pengawal menyusuri taman permainan ke arah pili yang jauhnya mungkin dalam 50 meter dari pondok tersebut. Bertemankan hanya cahaya lampu dari jalanraya dihadapan diluar pagar.
Tiba-tiba nafas kuhela terasa dingin. Setiap sedut nafas tidak terasa masuk kedalam dada. Kosong. Jantung aku sepatut nya berdebar tapi tak terasa. Aku ambil nadi, terlalu laju.
Namun aku teruskan perjalanan. Sambil aku berjalan aku memandang ke bawah. Aku terlihatkan bayang-bayang daripada atas kepala terus ke hadapan.
Sangkaan aku mungkin burung, atau serangga yang dekat dengan lampu. Reaksi normal setiap orang akan memandang ke atas kerana sifat ingin tahu. Begitu juga aku.
Namun sebaik sahaja kepala kuangkat aku menyesal. Yang aku nampak ialah satu makhluk berbaju putih seolah-olah ponco; tak berjahit, cuma disarungkan ke badan. Kusam, kotor dek debu. Terbang dan hinggap atas dahan pokok di seberang jalan.
Nampak jelas tangan nya yang kurus panjang mencengkam batang pokok dan kaki nya bertenggek di atas dahan. Wajah nya terselindung dibalik redup dedaun. Rambut nya panjang terjuntai melewati dahan tempat dia bertenggek tadi.
Ketika itu aku sedar keadaan senyap sunyi. Tidak ada satu bunyi pun yang kedengaran. Mahupun deruan angin.
Seketika aku terpana. Inilah kali pertama aku melihat benda-benda sebegini. Peristiwa ini jugalah milestone kepada insiden-insiden lebih esktrem yang akan aku kongsikan jika ada kelapangan.
Tanah dibawah tapak kaki aku terasa lembik, seolah-olah kalau aku tetap berdiri disitu, aku akan tenggelam ditelan bumi. Nak menjerit, memang aku bukan dikalangan manusia extrovert. Sedangkan bercakap sekalipun suara susah kedengaran (rujuk Lily dalam Pitch Perfect). Nak pusing semula dan lari, ada kemungkinan aku rebah mencium tanah.
Aku cari kekuatan untuk melangkah. Aku pura-pura dia tidak kulihat dengan harapan aku tidak diganggu. Sesampai di pili lengan baju dan kaki seluar aku lipat. Dengan lafaz Bismillah beserta niat aku mengambil wudhu.
Usai mengambil wudhu sangkaan aku Kak Ponti sudah bosan dan berlalu pergi. Tapi tidak. Sedari tadi dia masih disitu, memerhati dengan senyap.
Aku berpaling dan perlahan-lahan berlalu pergi.
-TAMAT-

007. JENDELA 

HZONE ™️ 👁️‍🗨️  BLOG
MISTIK, MISTERI 👁‍🗨 SERAM
the 👁️‍🗨️ HORRORZONE
👁️‍🗨️ AD9NINE COLLECTION
CP BY A.D9NINE
🔝Koleksi Cerita Seram Melayu
*TAJUK CERITA : JENDELA (PART 1 & 2)*
PENULIS : KHALIS KHADIR
KOD : 0027509400007
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

PART 1
Safwan. Hidupnya penuh dengan keceriaan. Mana tidaknya, ke mana-mana dia bergerak akan dikerumuni rakan-rakannya. Seorang lelaki yang berkulit cerah, rambut sedikit keperangan, rupa paras yang menarik, pandai pula melukis dan bermain gitar. Sudah tentu menjadi rebutan gadis di sekolahnya, MRSM Taiping. Tahun ini dia akan menduduki satu ujian penting, Sijil Pelajaran Malaysia. Tetapi, hidupnya mula berubah. Pandangan matanya hanya penuh dengan kegelapan. Semuanya berpunca apabila dia dibuang MRSM.
“Safwan Bin Zainal, apakah betul dalam video ini kamu?”.
“Betul, cikgu”, balas Safwan kepada warden merangkap guru disiplinnya.
“Tergamak kamu meliwat sahabat baik kamu sendiri?! Apa ini semua Safwan. Kamu pelajar cemerlang. Why all of this happened?!”.
Safwan terpinga-pinga. Dia kelihatan gelisah. Dirinya kaku dan tergamam atas segala yang menimpa dirinya. Suasana hening ketika itu, bilik disiplin sunyi tanpa sebarang suara. Safwan cuba membuka mulut untuk menjawab soalan wardennya, Cikgu Zakaria.
“Tapi, itu bukan….”
“Apa tapi-tapi? Malek yang kamu liwat ini sendiri sudah mengaku! Apa lagi kamu nak berdalih. Video ini terang-terang bentuk tubuh kamu, wajah kamu. Dan ini memang bilik kamu. Bahagian belakang seluar Malek ini bukti ada air mani kamu, sama macam dalam video ini. Sekarang ini kamu nak mengaku atau jadikan ini kes polis?”, itulah penjelasan panjang dan gertakan wardennya kepada Safwan.
Safwan sekali lagi tergamam. Dia hanya mampu tertunduk ke bawah. Suasana di dalam bilik disiplin kembali sepi. Hanya terdengar titisan jatuh air mata Safwan sahaja ke lantai. Hampir tiga minit Safwan memikirkan jawapan yang hendak diberikan. Safwan kelihatan buntu, dia menggenggam alas kerusi yang diduduknya. Matanya memandang tajam setiap orang yang berada dalam bilik disiplin itu. Malek orang pertama yang mata Safwan meluru laju diikuti Cikgu Zakaria dan rakan-rakannya yang menjadi saksi kejadian. Safwan mula mengangkat wajahnya.
“Ya, saya yang meliwat Malek”. Safwan membalas dengan bersahaja sambil melontarkan senyuman sinis. Semua guru yang berada di dalam bilik tersebut terkejut dengan pengakuan Safwan. Seakan tidak terduga, pelajar cemerlang dan harapan sekolah itu sanggup melakukan perbuatan tersebut.
“Kesilapan jijik dan tidak bermoral ini tidak diterima di mana-mana MRSM”. Tanpa bercakap panjang, guru disiplinnya terus mengeluarkan perintah hukuman bahawa Safwan dibuang sekolah serta-merta. Itulah ujar Cikgu Zakaria kepada semua yang berada di dalam bilik tersebut. Bilik disiplin kembali sunyi. Hanya terdengar bunyi jarum jam sahaja yang berdetik.
“Nanti dulu, saya pasti Safwan tidak buat perbuatan tersebut. Saya kenal dia macam mana. Saya yakin ini semua mesti…”, tiba-tiba guru Matematik Tambahan yang rapat dengan Safwan bangun mempertahan maruah Safwan. Tapi, percakapan itu tergantung di situ sahaja apabila Cikgu Zakaria terus menerpa.
“Ini muktamad, Cikgu Ruhaila. Muktamad! Semoga kita ambil pengajaran daripada kes ini. Ya baik, semua boleh bersurai”.
Bunyi geseran tapak kasut mula menjadi rentak di bilik disiplin itu. Setiap seorang berlalu keluar melintasi Safwan yang masih terduduk berhampiran pintu masuk. Safwan yang tertunduk ketika itu terus berdiri saat Malek melintasinya. Safwan sempat mengukirkan senyuman kepada Malek yang memandangnya sebelum keluar. Setelah semua meninggalkan bilik disiplin, hanya tinggal Safwan dan Cikgu Ruhaila sahaja. Safwan datang kepada Cikgu Ruhaila yang sedang mengesat air mata kesedihan.
“Mohon maaf, minta restu. Doakan saya, saya sayang cikgu. Thank you”, itulah ungkapan terakhir Safwan yang penuh bermakna kepada Cikgu Ruhaila sambil memberikan senyuman.
“Safwan, nanti dulu”. Cikgu Ruhaila memanggil Safwan, namun tidak diendahkan Safwan yang berlalu keluar bilik disiplin tersebut. Safwan terus bergerak keluar pagar pintu utama dengan sehelai sepinggang tanpa mengambil segala barangan peribadinya di asrama.
Safwan berjalan kaki sejauh 15 kilometer ke rumahnya di Kamunting. Hujan mula turun di tengah perjalanan. Safwan berteduh seketika di pondok menunggu bas. Apabila hujan mula reda, Safwan meneruskan perjalanan. Setelah 4 jam setengah berjalan kaki, Safwan sampai di pintu rumah. Hari telah pun malam. Dia mengetuk pintu rumah usangnya berkali-kali, barangkali tiada yang mendengar. Dia terus menguatkan ketukan lalu ada seseorang yang membuka pintu.
“Eh, Safwan anak mak. Kenapa ni nak muka baru lepas menangis ni. Kamu balik jalan kaki ke nak?”, itulah balas ibu Safwan yang sedang erat memeluk anaknya. Safwan mula menceritakan semua kejadian yang berlaku dengan suara yang teresak-esak. Sekali lagi, suasana hening menemani rumah usang itu. Hanya terdengar titisan air yang jatuh dari atap rumahnya sahaja. Harapan Safwan seakan merudum terhadap masa depannya. Impiannya untuk mengubah nasib keluarga dengan pendidikan yang tinggi hilang seketika.
“Sudahlah nak, belajar dekat mana-mana pun tetap boleh berjaya. Bukan tempat yang menjadi ukuran, tapi keinginan kita nak belajar tu yang tentukan”. Itulah pujukan ibunya, Mek Nab seorang ibu tunggal setelah kematian suaminya yang terbunuh dalam kes pecah rumah.
Pesanan ibunya menguatkan kembali hidup Safwan. Dia tekad untuk memulakan kehidupannya yang baru. Safwan bercadang untuk meneruskan pembelajaran di sekolah harian berdekatan rumahnya. Kata-katanya disambut baik oleh Mek Nab dengan penuh senyuman. Tiba-tiba, kedengaran suara yang jarang didengari di kaca televisyen.
“Oleh kerana pandemik COVID-19 ini, maka kita akan laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dan semua diminta untuk duduk di rumah diam-diam. Just stay at home”. Itulah perintah kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri Kelapan, Tan Seri Muhyiddin Yaasin. Safwan dan ibunya masing-masing memandang antara satu sama lain. Di raut wajah mereka tersimpan satu rahsia yang berat untuk diungkapkan selepas mendengar perintah ini. Safwan mula kelihatan tertekan selepas mendengar perintah tersebut. Mek Nab pula terdiam barangkali terfikir cara untuk menjual kuih-muihnya yang dibuat sewaktu lambat membuka pintu tadi. Safwan terus naik ke biliknya di tingkat atas. Dia terbaring di totonya yang sudah nipis di bawah itu walaupun ada katil bujang kerana toto itu sudah menjadi keselesaan Safwan. Dia masih termenung memikirkan kejadian di bilik disiplin tadi. Ruang mindanya hanya terbayang wajah Malek, darahnya mula berkocak apabila semua persoalan yang berlaku tadi masih tidak dirungkai. Safwan mula berfikir untuk membalas dendam atas semua insiden yang menimpanya. Malek, itulah orang pertama yang menjadi sasaran Safwan.
Safwan mula mengambil raket badmintonnya yang disimpan di dalam almari baju. Dia kemudian berfikir cara untuk keluar dari rumah. Ibunya selalu berehat di ruang tamu dan kadang-kala terlelap di depan kaca televisyen. Safwan tiada pilihan melainkan keluar melalui jendela kamarnya. Dia terus melompat keluar dari jendela dan turun melalui rantai aliran hujan yang tergantung di sebelah biliknya. Safwan meluru laju ke rumah Malek yang tidak terlalu jauh dari rumahnya. Keadaan jalan raya yang lengang memudahkan perjalanan Safwan. Dia tiba di pekarangan rumah Malek tujuh minit selepas itu. Pintu rumah Malek yang terbuka luas membuatkan Malek kelihatan jelas sedang membaca al-Quran di ruang tamu.
“Celaka, dasar munafik! Kau ingat dengan muka suci kau tu boleh lepas? Kau memang penunggang agama Malek! Kau punca hidup aku musnah!”, jelas monolog Safwan yang penuh dengan rasa dendam. Safwan mulakan gerak langkah kakinya dan cuba memasuki halaman rumah Malek yang tidak terkunci pagarnya. Perlahan-lahan Safwan menyelinap masuk ruang tamu dan terus menjerat leher Malek. Safwan terus menutup mulut Malek yang meronta-ronta dengan tangannya. Malek yang terkejut dengan tindakan tersebut seakan hilang arah, mukanya sudah kebiruan kerana dicekik dan sukar bernafas. Safwan terus memukul kepala dan badan Malek dengan raket badmintonnya. Hayunan yang kuat menyebabkan terpancut keluar darah Malek. Banyak darah yang membasahi lantai di ruang tamu itu, Malek juga kelihatan tidak lagi bergerak. Keadaan ini membuatkan Safwan mula buntu dan rungsing. Niat awal Safwan pada mulanya hanyalah untuk mencederakan Malek supaya kehidupan Malek selepas itu akan terus sengsara. Namun, lain pula yang berlaku ketika itu. Safwan yang kelihatan buntu terus mengheret Malek keluar dan membawa ke sebuah gaung berhampiran rumah mereka. Lalu, Safwan terus mencampak Malek jatuh ke dalam gaung itu.
“Hahaha. Aku harap aku tak jumpa lagi makhluk sial macam kau ni Malek”. Ketawa besar Safwan selepas dia berjaya membalas dendam terhadap segala perbuatan keji Malek itu. Safwan meneruskan perjalanan. Dia mula kelihatan longlai dan lemah. Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Safwan ternampak seorang lelaki seakan dalam keadaan mabuk membawa sebuah buku tebal. Safwan berasa hairan dengan gerak-geri lelaki itu lalu menyapanya.
“Bro, kau dapat mana buku ni? Aku macam pernah…..”. Belum habis Safwan melengkapkan katanya, lelaki itu terus mengeluarkan pisau lipatnya dan menyelar perut Safwan. Menitis jatuh darah dari perut Safwan. “Argh, bangsat kau!”, Safwan bengang. Maka, berlakulah pergelutan antara lelaki mabuk itu dan Safwan. Mereka berguling-guling di atas jalan tar, cuba mempertahan diri antara satu sama lain. Suasana malam di kawasan perumahan setinggan itu agak sepi. Tiada siapa yang lalu-lalang di sekitar kawasan itu.
“Arghhhhh…..”, tiba-tiba, kedengaran kuat satu jeritan. Suara itu datang dari lelaki yang mabuk itu. Safwan tergamam. Di tangannya berlumuran penuh dengan darah. Safwan menggelengkan kepalanya. “Bukan aku. Bukan aku yang tikam. Aku tak tikam!”. Safwan menjerit ketakutan. Tanggannya menggigil. Safwan mengheret lelaki mabuk itu ke suatu tempat yang tinggi, kelihatan seperti satu bukit yang gelap tidak jauh dari tempat kejadian tadi. Oleh sebab untuk mendaki bukit yang terlalu tinggi, Safwan memerlukan kudrat yang cukup kuat. Setelah berhempas-pulas bagi menyorok bukti lelaki tadi, Safwan menghembus nafas lega apabila berjaya menyorokkan lelaki mabuk tadi di dalam semak-samun hutan. Safwan mula perasan buku tebal yang dibawa lelaki mabuk itu. Di dalam buku itu tertera alamat rumah pemilik. Safwan turun bukit yang tinggi itu dengan langkah yang perlahan, penuh berhati-hati kerana keadaan yang licin. Hujan yang membasahi petang hingga ke malam tadi masih belum kering. Setelah 13 minit Safwan berjalan kaki, dia tiba di hadapan rumah pemilik. Safwan cuba menekan loceng rumah berkali-kali, namun tidak diendahkan. Safwan tertunduk, barangkali kepenatan dengan segala insiden yang menimpanya malam itu. Safwan sempat mencoretkan beberapa kata sebelum meletakkan buku itu di atas tembok rumah pemilik. Safwan pulang ke rumahnya dan terus naik ke bilik melalui jendelanya. Akibat terlalu kepenatan, beliau terus terbaring dan lena di atas toto nipisnya itu.
“Tukk tukk tukk”. Kedengaran pintu biliknya diketuk dengan kuat sekali. Safwan yang baru terlena itu jaga dari tidurnya. Tiba-tiba, pintu biliknya terbuka.
BERSAMBUNG..

PART 2 (AKHIR)
“Safwan, mak nak tidur dengan kau Wan. Mak mimpi teruk tadi”. Ibunya terus menerpa ke arah Safwan dalam keadaan cemas. Wajah ibunya penuh dengan ketakutan. Kelihatan jari-jemari ibunya menggigil.
“Shhh, takpe mak. Safwan ada. Selalu mak tidur baca al-Mulk dulu, ni mak terlelap tu yang mimpi pelik-pelik tu”, Safwan terus tenangkan ibunya. Akhirnya, ibunya lena di sisi Safwan. Di fikirannya, masih terbayang wajah-wajah di bilik disiplin petang tadi. Safwan seakan masih belum mampu menerima kenyataan tentang kejadian itu. Safwan memandang wajah ibunya yang berada di sisinya, berhimpit mereka berdua di atas toto nipis itu. Ibunya masih terlena tidak sedarkan diri. Safwan perlahan-lahan bangun dan bergerak ke jendela kamarnya. Dengan langkah yang penuh teratur, Safwan membuka jendelanya dan melompat keluar sambil membawa sebotol air mineral yang ada di bawah katilnya. Barangkali untuk menghilangkan dahaga dan keletihannya tadi. Sekali lagi, Safwan turun melalui rantai yang mengalirkan air hujan di sebelah kamarnya.
Waktu sudah hampir ke subuh, menandakan hari akan cerah tidak lama lagi. Safwan mempercepat setiap langkahnya. Dia menuju ke sebuah taman perumahan yang agak elit terletak berhampiran kawasan rumahnya. Setibanya di sana, Safwan cuba memanjat tembok yang agak tinggi kerana pintu masuk utama dijaga rapi oleh pengawal keselamatan. Safwan mencari rumah yang pernah dia lawati beberapa tahun sebelum ini atas jemputan sebuah majlis yang pernah diadakan di rumah tersebut. Safwan menghentikan langkahnya lalu tersenyum. “Yes, aku kenal kereta ni. Kali ni, aku nak tengok kau pulak menangis. Hahahahaha!”. Dia cuba berfikir untuk pecah masuk ke dalam rumah tersebut. Saat Safwan ingin melompat pagar rumah itu, tiba-tiba lampu halaman rumah menyala. Safwan terus membatalkan rancangannya itu. Kelihatan seorang lelaki berbaju melayu dan berkain pelikat sedang membuka pintu rumahnya. Safwan terus memerhati setiap gerak-geri lelaki itu. Kemudian, lelaki itu keluar menuju ke keretanya. Sebelum sempat lelaki itu masuk ke dalam kereta, Safwan terlebih dahulu menerkam lelaki itu. Safwan mencekik leher lelaki itu sekuat hati untuk melepaskan geramnya.
“Aku nak tengok kau tersiksa. Aku fikir kau pergi subuh kat masjid, hati kau akan bersih. Tak mudah menghukum orang. Tapi kau pandang aku macam pendosa eh Cikgu Zakaria. Kau diuji dengan kebaikan kau buat, aku diuji dengan cara aku. Sial!”. Safwan terus membuka botol air mineralnya tadi dan menyimbah ke muka Cikgu Zakaria.
“Arghh, Ya Allah…Ahhh !”. Cikgu Zakaria menjerit meronta-ronta ketika itu membuatkan isterinya terus keluar melihat kejadian tersebut.
“Ya Allah, abang!”. Terkejut isteri Cikgu Zakaria melihat situasi itu. Safwan yang seakan hilang arah atas perbuatannya terus melarikan diri. Safwan bergegas pulang ke rumahnya dengan penuh pantas. Sewaktu berlari menuju rumahnya, Safwan ternampak cahaya yang terang menyuluh matanya. Dia yang masih bingung ketika itu masih tidak mampu melihat apa-apa yang ada di depannya. Cahaya putih itu makin mendekati Safwan dengan laju sekali. “Ponnn ponnnn…..”. Safwan terpelanting jauh tiga meter ke hadapan. Dia telah dilanggar sebuah lori tanah sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
“Allah…..! Huh huh….”. Itulah jeritan Safwan yang terjaga dari tidurnya. Jantungnya berdegup kencang. Dahinya jelas dibasahi dengan peluh. Jeritan itu juga membuatkan ibunya yang tidur di sebelahnya terjaga daripada lena.
“Wan, kau kenapa ni Wan. Meracau tengah pagi”. Ibunya mengusap-usap belakang badan anaknya itu.
“Safwan mimpi buruk mak. Huh huh”. Suaranya penuh dengan ketakutan. “Safwan mimpi Safwan bunuh orang mak. Safwan bunuh kawan Wan, Malek. Safwan mimpi Wan bunuh laki mabuk. Wan mimpi Wan pergi rumah Cikgu Zakaria simbah….”, sambung Safwan dengan nada suaranya yang menggigil. Belum sempat menghabiskan kata-kata, ibunya terus menyuruh Safwan solat. “Sudahlah Wan, tak mungkin kau buat macam tu. Mimpi mainan syaitan aje Wan. Kita jaga Allah, Allah jaga kita nak. Sudah. Dah nak subuh ni, jom mak teman kau ambik wuduk. Kita solat tahajud jemaah”. Safwan mula berasa tenang selepas mendengar nasihat yang penuh kasih sayang daripada ibunya. Mereka pun solat tahajud dan subuh berjemaah selepas itu.
Seusai solat berjemaah, tiba-tiba mereka terdengar ketukan pintu di bawah. “Eh, subuh pagi-pagi ni siapa pulak datang rumah ni Wan. Kejap mak turun tengok”. Mek Nab pun perlahan-lahan membuka pintu. “Assalamualaikum makcik. Adakah betul ini rumah Safwan bin Zainal?”, Mek Nab hanya mengangguk. “Kami dari Balai Polis Kamunting, tujuan kami untuk mencari Safwan. Dia ada di dalam?”. Mek Nab sekali lagi mengangguk, tergamam dengan kehadiran empat anggota polis itu. Belum sempat Mek Nab memanggil anaknya, Safwan sudah pun turun. “Ya tuan, saya Safwan”. “Encik, sila ikut kami ke balai”. Mek Nab terus bersuara. “Eh Ya Allah, kenapa tuan. Kenapa ni. Anak saya baik, anak saya tak buat salah.”. “Maaf makcik, anak makcik disyaki terlibat dalam kes pembunuhan. Kami akan masuk buat pemeriksaan di rumah ya”. Dua orang anggota polis mula masuk dan menggeledah rumah Safwan. Pada ketika itu, Mek Nab terus rebah terduduk. Air matanya terus mengalir. Dengan nada bisik yang penuh perlahan Mek Nab berkata, “itu bukan mimpi nak…”. Safwan tidak berkelip mata. Terdiam Safwan di depan pintu, tangannya sudah mula digari. Pipi Safwan sudah mula dibasahi dengan tangisan air mata.
“Inspektor Hamdan, naik ke tingkat atas. Kita menemui sesuatu”. Jelas kedengaran di walkie-talkie Inspektor Hamdan yang berada di bawah rumah. Setibanya Inspektor Hamdan di tingkat atas, pihak polis menjumpai mayat seorang lelaki berada di atas katil Safwan. Mayat tersebut tersorok di dalam selimut. “Mak, Wan taktau mak. Wan mohon ampun Mak”. Safwan terus dibawa dengan menaiki kereta polis. Pihak forensik pada ketika itu masih giat menjalankan siasatan lanjut. Mek Nab seperti biasa masih terduduk kaku di depan pintu.
Lima tahun kemudian…
Safwan masih berada dibelenggu di dalam penjara. Walaupun kehidupannya di sebalik tirai besi, Safwan tetap diberi peluang meneruskan pengajian di situ. Kini, Safwan sedang giat menghabiskan tugasan untuk diplomanya setelah dia mendapat keputusan cemerlang sewaktu SPM yang diambilnya tiga tahun lepas yang turut diambil sewaktu dalam penjara. Itulah serba ringkas kehidupan Safwan di sebalik tirai besi. Sudah lama Safwan tidak dilawati oleh ibunya. Kali terakhir ibu Safwan melawatnya hampir dua tahun lepas sewaktu pengumuman keputusan SPM Safwan. Dia rindukan ibunya. Dia rindukan bau ibunya, masakan ibunya. Dia setiap hari membayangkan ibunya tidur di sisi bahunya, seperti malam sebelum dia ditangkap. Setiap kali dia berwuduk untuk solat, pasti dia mengimbau kembali saat ibunya menemaninya ke tandas. Setiap kali dia bertahajud, dia sentiasa berasa bahawa ibunya ada di belakang menjadi makmumnya. Setiap hari Safwan mengalir air mata merindui ibunya. Tiada siapa lagi di dalam hidup Safwan melainkan ibunya. Kini, mereka dipisahkan dengan tirai besi.
“Safwan, kamu ada pelawat hari ini”. Mangga tirai besinya dibuka oleh warden penjara. Menitis air mata Safwan ketika itu. Dia sudah tahu dan dapat menyangka bahawa pasti ibunya akan datang melawatnya. Tetapi senyuman itu tidak bertahan lama. Apa yang disangkakan Safwan tidak seperti yang diramalkannya. Bukan ibunya. Safwan mula memegang gagang telefon.
“Cikgu Ruhaila..apa yang cikgu buat dekat sini? Lama saya tak jumpa cikgu, kali terakhir masa di mahkamah haritu”.
“Saya tak kuat untuk melawat kamu. Saya tau macam mana kamu derita sebelum ni. Kamu dah macam anak saya. Kamu ada hati yang suci. Cikgu terhutang budi dengan kamu. Biar apa orang pandang dekat kamu, tapi pandangan cikgu untuk kamu tetap sempurna”, jelas air mata berlinang di mata Cikgu Ruhaila.
“Waktu cikgu terbangun dari tidur masa kejadian kamu dulu, cikgu terkejut. Rumah cikgu, bilik cikgu bersepah. Cikgu sedih sangat masa tu bila tengok laptop cikgu dah hilang. Cikgu menangis sekuat hati. Cikgu mengadu pada Allah untuk temukan laptop cikgu. Cikgu merintih agar insan yang dapat jumpa atau pulangkan laptop cikgu tu dipermudah segala urusan kehidupan”. Kali ini, mata Safwan pula yang berlinangan air mata mendengar kisah Cikgu Ruhaila.
“Laptop tu terlalu bernilai. Dalam tulah semua kenangan cikgu dengan arwah suami cikgu. Dalam tu jugaklah kenangan dengan arwah anak tunggal cikgu. Semua gambar dengan video yang cikgu rakam tersimpan dalam tu. Cikgu buka pintu lepas subuh, cikgu nampak laptop cikgu atas tembok. Cikgu lari ambik, peluk laptop tu. Dan dari situ cikgu tau awak yang jumpa bagi dekat cikgu”. Air mata Cikgu Ruhaila mengalir laju saat menceritakan peristiwa itu.
“Tapi, macam mana cikgu boleh agak saya yang jumpa dan pulangkan?”, tanya Safwan yang mula kebingungan. Safwan kelihatan hairan.
“Kamu tulis thank u sambil lukis smiley. Kamu lupa? Kan itu jugak ucapan terakhir kamu dekat saya dalam bilik disiplin. Mohon maaf, minta restu, doakan saya. Saya sayang cikgu. Thank you, lepastu kamu senyum dan kamu pergi. Masih segar dalam ingatan cikgu”.
“Baik, masa tamat”, kata warden itu untuk Safwan.
“Saya ingat cikgu, thank you cikgu. Saya sa…sayang cikgu”. Kemudian Safwan terus meletakkan gagang telefon dan dibawa oleh warden penjara semula. Ketika itu, hanya air mata yang menjadi basahan pipi Safwan. Di dalam tirai besi, Safwan hanya teringat kata-kata Cikgu Ruhaila tadi. Seharian kata-kata itu menjadi permainan dalam fikirannya sehingga ke malam hari. Sebelum terlena, Safwan mula sedar peristiwa hitam dalam hidupnya itu. Rupa-rupanya, buku tebal yang dibawa lelaki mabuk itu sebenarnya ialah laptop Cikgu Ruhaila yang telah dicuri. “Allahuakhbar, maknanya yang aku tulis thank you atas laptop cikgu tu bukan marker merah. Tu darah aku yang…..”, monolog Safwan yang tergamam atas kejadian yang menimpa dirinya.
“Pelaku didapati mempunyai delusi sewaktu kejadian itu berlaku Yang Arif. Saya telah mengesahkan bahawa pelaku menyangka parang yang dibawanya itu ialah raket badminton. Saat pelaku mengheret dan mencampak mayat ke gaung, pelaku tidak sedarkan diri yang pelaku sedang mencampak mayat ke dalam stor di tingkat bawah tanah rumahnya. Pelaku didapati masih dalam delusi sewaktu pelaku menyangka sedang membawa mayat lelaki mabuk itu ke sebuah bukit walhal pelaku sedang mendaki tangga lipat untuk dibawa ke biliknya. Pelaku menyangka menyorokkan mangsa di dalam semak-samun tetapi sebenarnya di bawah selimutnya di atas katil”, jelas pakar psikiatri daripada Hospital Tanjung Rambutan yang menjadi saksi untuk kes tertutup ini memandangkan ini merupakan kes juvana. Pakar psikiatri itu sempat mengesat air matanya sewaktu memberi keterangan dan hujah di depan hakim, barangkali ini merupakan sesuatu yang jauh dari norma manusiawi.
“Pelaku juga tidak menyangka botol air mineral yang dibawanya ketika itu merupakan botol asid menyebabkan pelaku dalam keadaan tidak waras sewaktu menyimbah asid tersebut ke arah muka mangsa. Maka, saya mengesahkan bahawa pelaku menghidap penyakit skizofenia, Yang Arif”, jelas pakar psikiatri itu lagi.
Safwan terduduk di kandang tertuduh saat mengetahui bahawa itulah nasib dan keadaannya sewaktu kejadian itu berlaku. Mulutnya tidak henti menyebut “Allah….Allah…”.
“Tetapi, adakah sewaktu pembunuhan itu berlaku pelaku mempunyai niat untuk membunuh?”, balas peguambela yang mewakili Safwan.
“Untuk pertuduhan pertama, ya. Melalui hasil siasatan, pelaku mengaku telah mengungkapkan perkataan aku harap aku tak jumpa lagi makhluk sial macam kau ni Malek, yang menandakan bahawa pelaku berniat membunuh. Hasil laporan ujian mental juga mendapati pelaku dalam keadaan waras. Bagi pertuduhan kedua, pelaku didapati tiada niat menikam kerana terlibat dalam pergelutan dan cubaan menahan diri pelaku. Bagi pertuduhan ketiga, pelaku hanya berniat mendatangkan kecederaan berdasarkan ucapan pelaku yang mahu mangsa merana, bukannya mati”.
Setelah berbalas-balas hujah sewaktu prosiding mahkamah berlangsung, hakim mendapati bahawa pertuduhan pertama disabitkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan berdasarkan hujah yang jelas. Ini juga bertepatan dengan laporan bedah siasat, ahli patologi forensik menemui beberapa kesan tikaman serta mengesahkan kematian mangsa disebabkan hypovolaemic shock selain mendapati kematian juga berpunca daripada hayunan atau pukulan terakhir Safwan di kepala mangsa yang dipanggil “fatal blow”. Hakim dengan itu mengarahkan hukuman di bawah Tahanan Limpah Sultan memandangkan pelaku merupakan pesalah bawah umur yang mengikut Seksyen 97 Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan pesalah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tidak boleh dihukum gantung sampai mati. Pertuduhan kedua yang menyebabkan kematian lelaki mabuk itu pula dibacakan di bawah Seksyen 96 dan Seksyen 97 Akta 574 Kanun Keseksaan manakala pertuduhan ketiga yang membabitkan Cikgu Zainal dibacakan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
“Makkkk!”. Jerit Safwan yang terjaga dari tidurnya tadi. “Ya Allah, kenapa aku mimpi suasana dalam mahkamah tu lagi. Aku taknak ingat….taknak”, pinta Safwan yang penuh dengan rasa pilu. Safwan membuka al-Quran dan membaca surah al-Mulk. “Mungkin aku mimpi tadi sebab lupa baca ni kot sebelum tidur.. Allahuakhbar. Aku berlindung pada-Mu dari segala bisikan syaitan”.
Enam tahun kemudian
“Safwan bin Zainal”. Mangga tirai besi dibuka. Nama Safwan dipanggil oleh seorang warden penjara yang agak muda. “Alhamdulillah, hari ini anda akan dibebaskan”. Mengalir terus air mata Safwan. Safwan tidak menyangka, setelah 11 tahun meringkuk di dalam penjara, akhirnya dia dapat menikmati udara luar. “Ikut saya ke pejabat, kita isi dan sign dokumen dulu”, kata warden penjara itu.
“Safwan, ya sila masuk. Sila duduk Safwan”, kata pengarah penjara itu. “Syukur Safwan, setelah 11 tahun penantian kamu, harini Sultan Nazrin mengurniakan pengampunan buat kamu sempena Hari Keputeraan baginda. Berkat usaha kamu, bermula dengan kecemerlangan kamu dapat 8A dalam SPM, first class masa diploma. Ni tak lama lagi kamu akan habiskan degree kamu. Saya yakin semua pihak akan bangga dengan kamu, terutama tenaga pengajar Open University Malaysia. Saya harap lepas kamu tamatkan degree kamu dalam Pentadbiran Perniagaan tu, kamu dapat kejar cita-cita kamu dalam bidang yang kamu minat tu. Sikap dan budi pekerti yang baik yang kamu tonjolkan. Semua tak sia-sia, ini untuk kamu. Kamu berhak dan inilah ganjarannya”. Setelah selesai urusan dokumentasi dan nasihat terakhir daripada pengarah penjara, akhirnya Safwan berjaya memijak kaki merasai tanah dan udara di luar tirai besi. Dia menghembus nafas lega. Di fikirannya hanyalah untuk pulang memeluk ibunya, segala rindu yang terpendam. Segala persoalan yang selama bertahun-tahun tidak menerima kunjungan ibunya. Safwan tetap bersangka baik.
Safwan berjalan beberapa kilometer menuju ke stesen teksi. Berbekalkan sedikit gaji yang diterimanya sewaktu berkhidmat di dalam penjara, sudah memadai untuknya membayar tambang teksi.
“Pakcik, saya nak ke Kamunting boleh?”, tanya Safwan kepada pemandu teksi itu.
“Ya boleh, masuk masuk”. Perjalanan 20 minit dari stesen teksi ke rumahnya sangat dinikmati oleh Safwan. Matanya tidak berkelip melihat keindahan dunia luar. Segala yang ada di jalan raya membuatkan Safwan sangat terpegun. “Indahnya dunia, nikmat apa yang ingin aku dustakan lagi”, monolog Safwan di dalam hati.
“Dah sampai cik”, kata pemandu teksi itu.
Safwan memandang rumahnya. Halaman rumahnya kelihatan kotor dan tidak terurus. Suasana rumahnya itu seakan tidak berpenghuni lagi. Safwan cuba kuatkan semangat. Dia tahu dia akan lemah jika benar ibunya sudah tiada. “Aku tahu, mesti mak kat dalam kan”. Safwan cuba menenangkan hatinya sendiri. “Assalamualaikum, mak.. Assalamualaikum. Ni Safwan mak. Safwan dah balik nak jumpa mak. Nak jaga mak, nak tidur dengan mak lagi”. Tiba-tiba, Safwan terdengar satu suara seakan bisikan yang halus. Bulu roma di tangan Safwan mula menegak. “Masuklah….pintu tak kunci”. Safwan perlahan-lahan membuka pintu. Ternyata memang benar pintu tidak berkunci. Dia terkejut.
“MashaAllah, mak…. Mak tau tak Safwan rindu mak. Rindu mak sangat-sangat”. Berlari Safwan memeluk ibunya yang duduk di atas kerusi roda. Ibunya sudah kelihatan uzur. “Kenapa ni mak, kerusi roda ni?”, tanya Safwan. “Mak jatuh tandas, dah lama dah Wan. Mak minta maaf dekat kau Wan, mak tak larat lagi nak pergi melawat kau lepastu. Mak sorang-sorang dekat rumah. Apa-apa makanan pun jiran sebelah kau je yang kirimkan dekat mak”, balas ibunya yang penuh dengan nada kesayuan.
“Takpe mak, Wan yang salah. Wan tak dapat jaga mak berbelas tahun. Wan cuma ingatkan mak marahkan Wan, mak malu dengan Wan sebab tu mak tak tengok Wan”, menangis Safwan meluahkan segala isi hatinya itu.
“Mak taknak mintak jiran sebelah bawak mak pergi penjara, mak risau dia pandang serong dekat kau nanti Wan. Mak taknak jiran-jiran tahu, bukan sebab mak malu. Mak tak pernah malu, mak cuma sayangkan anak mak. Mak taknak kau dikeji nanti nak”. Suasana di dalam rumah penuh dengan tangisan. Tangisan kegembiraan, tangisan kerinduan. Semuanya bercampur-baur.
“Wan, sebelum ni Cikgu Ruhaila yang banyak bantu mak. Bagi duit, keperluan dekat mak. Dia ada pesan, dia nak melawat kau selalu. Tapi lepas 8-9 tahun lepas, dia dah tak melawat mak. Kali terakhir dia melawat mak sebelum mak jatuh tandas, katanya nanti nak melawat kau nak bagitau benda penting”, sambung Mek Nab lagi.
“Mulia hati Cikgu Ruhaila kan mak. Dia ada melawat Wan sekali haritu. Wan rasa pun mungkin sebelum mak jatuh tandas. Sebab mak kata dia selalu tengok mak kan. Mesti dia bagitau haritu kalau mak sakit”, balas Safwan.
“Kau carilah dia nak, ucapkan terima kasih dan sampaikan salam mak. Mak pun rindu sangat dekat dia. Entah kenapalah lama betul dia tak jenguk mak”.
“Ya mak, Safwan cuba ke rumahnya. Lepastu Safwan terus bungkus makanan untuk lunch kita ye”. Safwan terus bergegas ke rumah Cikgu Ruhaila. Dalam perjalanan, Safwan sentiasa berharap agar Cikgu Ruhaila masih ingatkan dirinya. Safwan terkenang segala jasa dan budi Cikgu Ruhaila.
“Assalamualaikum.. cikgu. Cikgu Ruhaila….Assalamualaikum”. Safwan memberi salam di depan pintu pagar rumah Cikgu Ruhaila. Kelihatan suasana rumah Cikgu Ruhaila juga kurang kemas.
“Waalaikumsalam. Cari siapa dik?”, balas jiran sebelah rumah Cikgu Ruhaila.
“Oh, saya datang cari Cikgu Ruhaila. Betul kan ni rumah Cikgu Ruhaila?”, tanya Safwan kepada jiran itu.
“Haah iye betullah tu. Tapi rumah ni dah lama kosong. Dekat 9 tahun dah dik”.
“Hah? Cikgu Ruhaila pindah ke mana makcik. Boleh tahu alamat rumah baru dia?”.
“Hm. Cikgu Ruhaila dah lama meninggal. Rumah dia kena samun, kena tikam perompak”, balas jiran itu.
“Innalillahhiwainnailaihirojiun…Allahhummaghfirlaha warhamha wa’afiha wa’fu’anha…”, doa Safwan yang terkejut mendengar berita kematian itu. Safwan terus bergegas ke rumah untuk menceritakan kepada ibunya.
“Makk.. Safwan dah ke sana. Tapi, Cikgu Ruhaila dah takde. Dia takde buat selamanya mak”, Safwan memberitahu dengan rasa yang sebak. Ibu Safwan masih terdiam. Terkejut mendengar berita yang tidak pernah disangka itu.
“Mak. Sebenarnya berita apa yang penting sangat Cikgu Ruhaila nak bagitau dekat Wan tu?”, tanya Safwan yang dalam kesedihan dan kebuntuan.
“Mak pun taktau nak. Yang mak ingat dia cakap dia nak bagitau pasal siapa yang edit video sampai kau kena buang sekolah tu. Mak tak tanya lebih masa tu, mak sedih ingatkan kau waktu tu”.
Safwan terdiam. Badannya kaku saatnya berdiri tegak. Hanya hembusan nafasnya yang kedengaran ketika itu. “Wan keluar beli makanan dulu mak”, hanya jawapan pendek yang dibalas Safwan. Dalam perjalanan Safwan ke sebuah restoran mamak di seberang jalan yang tidak jauh dari rumahnya, Safwan benar-benar buntu. Persoalan demi persoalan meracau minda Safwan.
“Anneyy, bungkus ayam goreng dua. Dengan ni, kuah kari ikan, Nasi putih dua”. Saat memilih lauk itu tadi pun masih terngiang-ngiang di fikiran Safwan.
“Boss, siap. RM8.50. Bayar kaunter boss”. Setelah membayar, Safwan tanpa melengahkan waktu terus bergerak pulang. Tiba-tiba dia ternampak seseorang yang pernah dia lihat baru-baru ini masuk ke restoran. “Eh, Assalamualaikum Tuan. Lunch sini ke tuan?”, tanya Safwan kepada warden penjara yang muda itu.
“Ya Allah, Safwan kan? Jumpa kat sini ya kita. Pagi tadi jumpa dekat dalam, tengah hari dekat sini ya. MashaAllah. Bungkus je ke Safwan?”, tanya warden penjara itu.
“Haah, bungkus. Lagi pun mak saya tunggu di rumah”, balas Safwan bersahaja. Tiba-tiba, Safwan ternampak tanda nama warden itu yang tersemat di poket pakaian seragam warden penjara itu. Riak wajah Safwan terus berubah. Kakinya mula menggigil. Jiwanya mula kacau.
“Nama tuan, err…..”, dengan nada yang menggigil.
“Oh ya, saya tak perkenal diri lagi ya sebelum ini? Saya Malek bin Hashim”, balas warden penjara itu. Safwan mengelamun. Terlalu banyak yang difikirkan Safwan.Tanpa berkata apa-apa, Safwan terus beredar begitu sahaja dengan langkah yang pantas.
“Kamu Safwan dari MRSM Taiping yang dibuang tu ke?”, jerit Malek dengan nada yang agak kuat apabila menyedari Safwan cuba melarikan diri. Safwan terhenti langkahnya mendengar soalan itu.
“Astaghfirullah... A’uzubillahhiminash shaitonirrojim.. Sungguh aku berlindung pada-Mu”, pinta Safwan di dalam hati. Dahinya mula berpeluh, tangan dan kakinya menggigil. “Siapa dia?”, tanya Safwan di dalam hati. Jiwanya mula meronta-ronta. Safwan terus beredar.
-TAMAT-

008. AKU HARUS PULANG

HZONE ™️ 👁️‍🗨️  BLOG
MISTIK, MISTERI 👁‍🗨 SERAM
the 👁️‍🗨️ HORRORZONE
👁️‍🗨️ AD9NINE COLLECTION
CP BY A.D9NINE
🔝Koleksi Cerita Seram Melayu
*TAJUK CERITA : AKU HARUS PULANG*
PENULIS : KHALIS KHADIR
KOD : 0027509400008
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Namaku Yusuf. Ini merupakan tahun akhir aku di UIAM dalam bidang Psikologi. Malam ini, aku lihat semua kawan sebilikku telah tiada. Aku hubungi setiap seorang namun tiada yang menjawab panggilanku. Aku buka pintu bilikku, tiba-tiba aku ternampak satu kelibat hitam mendekatiku. Semakin lama bayangan hitam itu semakin menghampiriku. Bulu romaku mula naik. Aku mula terdengar satu bunyi yang sangat menyeramkan. Bunyi itu aku pernah terdengar beberapa kali sebelum ini. “Meow..meoww”. “Ohh, kucing rupanya, apa la kau ni Tam, buat aku cuak je. Nah whiskas terakhir untuk kau”, kataku kepada Tam, kucing yang selalu bermain di blok asrama aku, Mahallah Bilal Bin Rabah.
Aku kemudian keluar ke menuju ke tandas. Setiap langkahku ke tandas, aku perasan semua bilik sunyi-sepi tanpa penghuni. Tidak seperti sebelum ini, selalunya riuh. Aku mula rasa kurang senang dengan keadaan ini. Setibanya ke tandas, aku terus buka zip seluar dan melepaskan hajatku. “Ahh lega, dah berapa hari tak berak”, kataku yang puas selepas mengalami sembelit beberapa hari. “Sembelit ke bang lama tak berak”, tiba-tiba aku terdengar seseorang membalas dengan nada suara yang lembut. Jantungku terus berdegup kencang. Aku terus diamkan diri, basuh secepat mungkin dan terus keluar. “Brother, laju-laju tu nak tinggalkan saya ke”, suara yang penuh dengan lemah gemalai itu sekali lagi bertanyakan kepadaku. Aku terus berlari masuk ke bilik.
“Ya Allah, suara siapa lah tadi tu. Hantu mana lah aduhai sumpah aku meremang”, itulah monologku saat sedang baring di atas katil. Aku benar-benar hairan ke mana kawan-kawanku yang lain. Tiba-tiba, Azmin kawan bilikku hubungi aku semula setelah dia tidak menjawab panggilanku tadi. “Assalamualaikum Yusuf, kau okay tak? Sorry tak perasan ko call aku tadi, ni aku baru sampai rumah”. “Waalaikumussalam Azmin, lah ko pegi mana terkejut aku tengok korang semua takde. Satu blok pulak tu sunyi”, balasku kepada Azmin.
“Yelah, dah esok PKP kan. Kitorang gerak terus lah. Kang lambat-lambat terkandas dalam UIA pulak”. “Eh kejap-kejap, PKP tu apa? Pergi ke pasaraya ke hahahaha?”, tanyaku sambil berceloteh. “Eh kau ni, buat lawak sengal kau tu pulak. PKP lah, Perintah Kawalan Pergerakan. Kitorang ajak dah kau balik. Kejut kau, tapi dah kau tido mati. Taknak bangun-bangun. Kitorang balik je lah dulu haha. Tak silap aku, yang still ada dekat blok kita kau dengan Salleh jela”. “Jap, Salleh mana satu ni?”. “Ala, Salleh yang orang selalu panggil Sally tu. Suara macam pompuan tu. Kalau kau cuak tidur sorang, pegi la tido dengan dia. Tingkat 2 bilik 13”. “Ohh patut tadi time aku berak ada orang tanya. Aku ingat hantu doh hahaha okay brother. Eh jap, tapi bila kau ajak aku balik ni aduhh. Macam takde je”, soalku yang kehairanan. “Ada lah, time tu kau tengah…….”, tiba-tiba panggilan terputus. Barangkali kredit panggilan Azmin sudah habis.
Aku pun teruskan tugasan aku yang masih banyak. Tiba-tiba, aku terdengar suara bisikan yang memanggil namaku. Suara itu memang menyeramkan. Suara wanita yang lembut, kalau mengilai sudah semestinya macam hantu puntianak. Bulu romaku sekali lagi naik. Aku beristighfar. Suara itu berulang-ulang memanggil namaku tanpa henti. “Yusuf Taiyoob.. keenakan buah kurma dari timur tengah. Yusuf Taiyoob..”. “Lahh, sejak bila aku bukak radio ni. Aduh bodoh la, buat cuak je”, itulah monologku saat itu. Tergelak aku sendirian. Penakut juga rupanya aku ini. “Haish tetibe seram pulak, tidur dengan Sally jelah malam ni”.
Aku pun bergerak ke tingkat dua. Aku mencari bilik 13. “Haa dah jumpa. Ni lah biliknya”, aku pun terus mengetuk pintu dan memberi salam. Tetapi, tiada yang menjawab. Aku pun terus telefon Azmin untuk kepastian. “Hello Azmin, kau betul ke Salleh ni tak balik, aku pegi bilik dia takde sape pun”. “Ha betulla dia tak balik. Jap, cuba kau call tanya dia sendiri. Ni nombor dia, 0174319030”. Aku pun terus hubungi nombor Salleh selepas diberikan Azmin.
“Assalamualaikum, ini Salleh kan?”.
“Waalaikumsalam, ye ni Salleh. Siapa ni eh?”, tanya Salleh kepadaku. “Oh, ni Yusuf. Mahallah Bilal jugak, sama blok. Aku tak balik jugak ni. Kau kat mana saje nak lepak-lepak tidur dengan kau haha”, balasku yang bersahaja. “Oh, sape yang kata aku tak balik tu? Aku kat rumah dah ni. Aku balik lagi awal. Aku rasa aku paling awal kot balik hahaha”. Aku terus terdiam. Sekali lagi, jantungku berdegup laju. Mukaku mula pucat. Aku terus bergegas ke bilikku.
Aku terus baring di atas katil dan selimut seluruh tubuhku. Aku sangat takut. Di waktu PKP inilah pengalamanku berhadapan dengan semua situasi yang menyeramkan ini. “Tukk tukk tukk”, tiba-tiba aku terdengar pintu bilikku diketuk. Aku takut. Aku benar-benar takut sampai tangan dan kakiku jelas kelihatan menggigil. Semakin lama, ketukan itu semakin kuat. Aku gagahkan diri juga untuk buka pintu itu. Aku buka perlahan-lahan. Terkejut aku, rupa-rupanya Polis Bantuan dari Unit Keselamatan UIAM yang mengetuk. “Assalamualaikum. Yusuf kan?”. “Waalaikumussalam, ya saya Yusuf”. “Okay, saya dari Unit Keselamatan, cuma nak confirmation yang awak still ada kat sini atau tak. Okay okay tu je”, balas polis bantuan itu kepadaku. “Oh ye, memang saya ada je kat sini dari semalam. Tak tidur pun lagi dari semalam, stay up ni tuan nak kejar dateline assignment”, balasku sambil tersengeh. “Eh kamu biar betul stay up, sebab tadi roommate awak bagitau saya yang awak tidur. Tidur mati pulak tu sampai dia kejut-kejut awak pun awak tak bangun”. Aku sekali lagi terkelu. Apa semua yang sedang menimpa diriku ini. Aku tak pernah tidur, mataku memang dah berat dek seharian suntuk belum tidur. Aku memang tidak boleh untuk teruskan dengan kehidupan seperti ini. Aku harus pulang. “Tuan, kalau saya nak balik esok boleh kan?”, tanyaku dengan penuh harapan. “Eh mana boleh dah, malam ni jam 12 dah start PKP. Memang tak boleh, pihak UIA pun akan tutup pintu utama”. “Maksudnya saya kena stay sampai dua minggu? Sampai habis PKP?”, tanyaku sekali lagi. “Haah betul, itu pun kalau habis dalam masa dua minggu ni. Saya dengar-dengar benda macam ni paling kurang pun mau dua bulan lebih ni. Entah la, berserah je lah kan. Okay saya gerak dulu”.
Aku benar-benar hilang arah. Ini baru satu malam. Aku tak mampu lalui semua ini. Aku cuba berpura-pura untuk terus kuat, untuk terus siapkan tugasanku. Dalam menghabiskan tugasanku, tiba-tiba suara bisikan itu datang lagi. Suara itu memanggil namaku dengan satu nada bisikan yang halus. Aku tahu dan aku yakin, ini mesti suara datang daripada radioku. Aku cuba abaikan. “Bukan, ini bukan suara dari radio macam tadi. Ini suara aku dari bawah katil. Hihihihihi”. Lembaga itu terus merangkak keluar dari bawah katil dan menghampiriku. Aku terus pengsan.
-TAMAT-

009. KEMBARKU

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : KEMBARKU
KARYA : SAPIK AL BADAWI
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400009
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Baru sampai pejabat dan dapat panggilan. Rupanya, Pak Shan call aku. Orang yang memperkenalkan aku kepada guruku, Haji Adi.
"Pik, bini aku dah start 'seronok-seronok'."
Aku lantas faham. 'Seronok-seronok' adalah istilah yang Pak Shan berikan untuk isterinya setiap kali isterinya kerasukan.
"Lunch aku ambik kau."
Aku tanpa banyak bicara langsung setuju. Namun, setelah aku fikirkan. Kesian pula Pak Shan dari jauh datang ambil aku dengan motosikalnya.
Jadi, aku minta rakan sepejabat aku, Deen, untuk menemaniku. Kami berdua ke rumah Pak Shan dengan kereta. Sampai saja di depan rumah Pak Shan, kami disambut oleh beliau.
"Pak Shan, rokok sebatang. Hehe." Din menyapa.
Lantas rokok dihulurkan kepada Deen. Aku masuk ke rumah. Deen duduk merokok menunggu diluar.
Aku duduk. Menyapa isteri Pak Shan. Beliau senyum gelisah. Bila ditanya bagaimana keadaannya, beliau hanya menjawab yang dirinya sihat dan tiada apa yang berlaku.
Aku menoleh kepada Pak Shan. Pak Shan menggeleng. Ya. Isterinya sekarang bukanlah dirinya yang sebenar.
Aku mulakan proses. Sekejap saja proses yang diadakan. Kira-kira 3 minit.
Pak Shan menanya, "Okaykah Pik?"
Aku mengiakan kerana keadaannya biasa sahaja. Namun, hati aku merasakan masih ada benda yang halus didalam badan isteri Pak Shan. Pak Shan diam memerhati isterinya.
"Belum ok pik. Bukan diriknya ya."
Tiba-tiba, isterinya menyumpah kami.
"Aku bencik nangga muka kau!"
(Aku benci tengok muka kau!)
Jerit isteri Pak Shan sambil menjeling ke arah aku. Anak buah Pak Shan, terjaga dari tidur siangnya di sofa ruang tamu. Hanya bersebelahan isteri Pak Shan.
"Muka kau sama juak!"
Kali ini isterinya menoleh ke kanan. Ke arah suaminya, Pak Shan, yang duduk di kiri belakang aku.
Pak Shan hanya tersengih. Beliau sudah biasa dengan situasi 'seronok-seronok' isterinya. Begitulah rutin hidup mereka. Isterinya tidak boleh kepenatan, stress atau berdekatan dengan sesiapa yang mempunyai benda halus.
Aku mengatur kedudukan aku. Mata isterinya tajam.
"Benteng!"
Aku mewujudkan benteng untuk aku dan pesakit. Moga tiada apa mudarat menghampiri aku dan tuan badan yang didampingi 'semandin'. Orang Sarawak memanggil hantu sebagai 'semandin'.
"Rantai yang panas!"
Aku menghadirkan rantai berapi untuk merantai semandin tersebut. Riak wajah isteri Pak Shan hanya senyum sinis. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Aku mencuba lagi. Cubaan seterusnya adalah membuka perutnya.
'Bukak perut..tarit segala ilmu dan kekuatan,' niatku.
Juga tiada apa yang berlaku. Terkekeh-kekeh si semandin ketawa. Aku buntu.
"Kita kelaka bagus mok?"
(Kita bercakap baik-baik,nak?)
Diam. Hanya senyum menganjing.
Berkali-kali aku menanyakan soalan yang sama. Tetapi, hanya ketawa yang aku dapat.
Aku menghampiri isteri Pak Shan. Aku menoleh ke belakang dan meminta izin Pak Shan. Pak Shan mengizinkan segala yang aku bakal buat.
"Kau maok main kasar oh? Ok. Nah!"
(Kau nak main kasar ye? Ok. Nah)
Aku menekan kedua belah bahu isterinya cukup sekadar syarat. Kekuatan yang aku pakai tidak akan menyakitkan manusia biasa, hanya untuk golongan semandin. Tekanan yang digunakan sangat sikit dan diselaputi aura untuk menambah perisa.
"SAKITTTTT! SAKITT BODO!!"
Kesakitan. Semandin meraung kerana diseksa oleh aku.
"Mok kelaka bagus? Mok sik?"
(Nak cakap baik-baik? Nak tak?)
Semandin mengangguk ketakutan.
Aku kembali duduk. Keadaan kembali tenang dan senyap.
"Kau bertuan? Apa hajat kau?"
Diam. Tiada jawapan.
"Bertuan sik?"
Semandin hanya mengangguk.
Begitulah keadaannya. Hampir keseluruhan sesi tidak bercakap. Yang jenis tidak bercakap seperti ini agak sukar untuk kita ketahui punca dan sebabnya.
"Dari sine? Sapa tuan?"
(Dari mana? Sapa tuan?)
Aku cuba mengorek maklumat dan punca si semandin merasuki isteri Pak Shan.
Setiap kali aku menyoal, si semandin hanya mencebik menganjing. Kembali menganjing walhal baru lepas diseksa.
Aku diam. Mataku pejam. Aku memasang niat dan berdoa didalam hati agar ditunjukkan punca melalui 'pandangan'. Beberapa ketika aku mendiamkan diri dan memejam mata. Zikir dihidupkan dihati.
Bayangan pokok kelapa yang membengkok ke kanan muncul!
Aku bukakan mata sejurus mendapat pandangan.
"Kau dari pokok nior nak?" Aku tersenyum.
Si semandin masih senyum sinis. Mencebik dan mengangkat bahu menandakan dia tidak tahu.
Aku memeriksa untuk kali kedua.
Bayangan perempuan berambut panjang berbaju putih terbang melayang di pokok kelapa yang bengkok muncul!
'Pontianak di pokok nior.' Bisik hatiku yang diselangi zikir hati.
"Kau perempuan nak?"
Semandin mengangguk.
"Kau sombong oh?"
"Aku nang sombong." Sambil ketawa. Si pontianak mengakui dia sombong.
Aku kembali memejam mata dan pergi ke pandangan tersebut lalu menghadirkan pokok dan pontianak yang telah aku jumpai.
Pokok kelapa aku tumbangkan.
'BAAMMM!!'
Rebah pokok tersebut. Si pontianak terbang ke tepi untuk mengelak dari terkena hentakan dari pokok.
Pontianak aku ikat dengan rantai yang panas. Aku niatkan ilmunya habis.
Aku menghentak tangan kanan ke lantai dengan berniat menanam pontianak tersebut.
Aku kembali memandang isteri Pak Shan. Masih seperti tadi. Hanya diam dan menjeling sinis kepada aku.
Aku tidak pasti adakah tindakan aku sebentar tadi berjaya atau tidak.
"Kau dah lemah nak?"
Isteri Pak Shan hanya mendiamkan diri. Masih dengan sifat sombongnya.
Aku merasakan semandin tersebut mungkin sudah lemah. Tetapi, aku kurang pasti. Setelah beberapa minit, aku cuba meyakinkan diriku bahawa pontianak tersebut sudah lemah. Proses meyakinkan diri yang sering tidak yakin kepada kekuatan Allah yang Maha Berkuasa.
Aku kembali berdiri dan menghampiri isteri Pak Shan. Aku menekan kedua belah bahunya namun tiada respon. Beberapa kali aku mencuba namun hanya diam. Jika tadi, raungan yang aku dapati ketika mana aku menekan bahunya.
"Kau mok keluar?"
(Kau nak keluar?)
Juga tiada respon.
"Bagus kau keluar. Sik guna jadi hamba tuan kau. Sik best bah. Kau sikda kebebasan."
(Baik kau keluar. Tak guna jadi hamba tuan kau. Tak best. Takda kebebasan.)
Aku telah mendapat perhatian si semandin. Aku kembali memujuk agar keluar.
Akhirnya, dia mengangguk apabila ditanya adakah dia berminat untuk keluar.
"Ok! Pejam mata!"
Isteri Pak Shan memejam matanya.
Aku memerintah segala yang ada dijasad bergerak ke atas bermula dari kaki. Aku kumpulkan segala yang mengganggu dan berhenti di ubun-ubun isteri Pak Shan.
Lantas aku 'menarik' semandin.
"Bukak mata kitak."
Mata isteri Pak Shan dibuka. Aku memberi salam kepadanya. Namun, tidak dijawab.
Tipu daya. Hanya permainan yang aku perolehi.
Aku duduk. Memandang dengan hati. Mata lantas dipejam. Hanya hati yang melihat. Sebaik-baik pandangan.
Lantas aku teringat pesan Dolah.
'Andai semua usaha kita sik berkesan, maka tenang. Pejam mata. Fokus. Zikir dan doa agar diilhamkan jalan.'
Terngiang-ngiang pesan tersebut dan berbekas dihati.
"Baik! Aku ada offer untuk kau!"
Si semandin hanya menoleh ke kiri. Tiada respon.
"Tangga sitok. Tangga aku."
(Tengok sini. Tengok aku)
Semandin menoleh ke depan. Ada eye contact.
"Kau ada agama?"
Semandin menggeleng.
"Okey. Kita kelaka bagus. Aku ada offer. Offernya, kau masuk Islam. Mok? Bila kau masuk Islam, perjanjian kau dengan tuan kau batal. Kau bebas ke sine kau maok. Sikperlu ekot kata orang."
(Okey. Kita runding baik. Aku ada offer. Offernya, kau masuk Islam. Nak? Bila kau masuk Islam, perjanjian aku dengan tuan kau batal. Kau bebas ke mana kau nak. Takperlu ikut kata orang.)
Semandin seperti fokus dan menumpukan perhatian kepada aku.
Aku menyambung dakwah untuk beberapa minit. Memujuk semandin agar ke fitrah yang benar supaya tidak perlu lagi menyakiti orang. Itulah gerak terakhir yang dapat aku fikirkan. Diplomasi.
"Mok?"
(Nak?)
Semandin mengangguk.
"Okey! Ekot aku."
"Asyhadu.."
Namun, si semandin hanya diam.
"Ekot aku okey? Syahadah. Lafazkan."
"Asyhadu.." Aku kembali melafaz.
"Asyhadu.." Isteri Pak Shan mengikut lafaz syahadahku.
Aku gembira.
Lantas syahadah aku lafaz perlahan-lahan dan semandin mengikuti lafaz syahadah.
Setelah aku mendengar syahadah dan makna dalam bahasa Melayu dari mulut semandin. Aku lega.
"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah." Inilah lafaz dari mulutnya.
"Alhamdulillah. Kitak udah Islam. Sikboleh nyakit orang lagik. Ok?"
(Alhamdulillah. Awak sudah Islam. Takboleh menyakiti orang lagi. Ok?"
Semandin mengangguk.
"Nama kitak Fatimah, mok?" Tanyaku.
"Mok!"
(Nak!)
Langsung dirinya bersetuju dengan nama Fatimah, nama barunya. Riak wajahnya gembira dengan nama baru.
"Fatimah, orang Islam sik boleh nyakit orang. Pergi ke Mekah ok?"
Fatimah mengangguk.
"Baik. Ekot kami ikrar!"
Fatimah mengangguk.
"Aku berjanji bahawa aku tidak akan menyakiti anak Adam mulai hari ini. Jika mana aku melanggar perjanjian, roh aku akan digantung oleh Allah."
Setelah mendengar ikrar sumpah dari mulut Fatimah. Aku menghadirkan satu gambaran di tangan kanan aku.
"Tok yang akan berlaku mun kitak langgar perjanjian."
(Ini yang akan berlaku jika awak langgar perjanjian.)
Fatimah mengangguk.
"Baik. Pejam mata Fatimah."
Matanya langsung dipejamkan.
"Semuanya nait ke mulut. Bukak mulut."
Setelah hampir seminit aku memerintah. Aku menarik dari mulut isteri Pak Shan dan menghantar yang mengganggu dirinya ke Mekah.
"Assalamualaikum ,cik."
"Waalaikumsalam."
Isteri Pak Shan telah kembali. Syukur. Setelah selesai semuanya, Pak Shan menanya aku sebaik saja isterinya masuk ke dapur untuk menyireh dan berehat.
"Kenak anta ka Pik?"
(Kena hantar ke Pik?)
"Rasanya bukan sihir. Gangguan. Dari pokok nior bengkok. Ada sik?"
(Rasanya bukan sihir. Gangguan. Dari pokok kelapa bengkok. Ada tak?)
"Ada! Di belakang rumah."
Aku termenung. Benarlah pandangan yang diilhamkan oleh Allah. Hebatnya Allah.
-TAMAT-

010. PUSAKA

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : PUSAKA
KARYA : RENTAKA HUZAIFAH
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400010
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Prappp… Praappp…
Bunyi tapak kaki itu semakin hampir dengan kedudukan Yazid. Tubuhnya semakin kuat menggigil. Jantungnya semakin berdegup kencang. Yazid menutup matanya rapat-rapat. Dia tidak mahu melihat apakah yang sedang menghampirinya. Setahunya, hanya dirinya sahaja yang berada di rumah pusaka peninggalan arwah datuknya itu.
Bunyi langkah itu hilang tiba-tiba. Yazid juga turut diam, dia hanya memeluk bantal sambil menutup mukanya menggunakan bantal itu.
“Eh, dah tak ada,” bisik hati kecil Yazid.
Bantal yang menutup mukanya tadi dibuka sedikit agar dapat mengintai. Setelah diteliti dengan betul, Yazid dapati tiada sesiapa atau makhluk dihadapannya. Lalu, bantal tadi dibuka besar sambil dia baring terlentang menghadap siling.
“Allahhhh!” Yazid menjerit menyebut Yang Maha Esa, apabila melihat sekujur tubuh sedang tergantung di siling rumah itu. Tubuh makhluk itu serba hitam dan dipenuhi darah. Mata kanannya terjojol keluar, hidung dan mulutnya tiada. Kulit mukanya seperti mencair.
Dengan kudrat yang ada, Yazid cuba gagahkan kakinya untuk bangun lalu melarikan diri ke pintu keluar. Dia ingin meminta bantuan orang kampung.
Daaannggg… Gedaannggg… Gedaanggg…
Yazid menggegarkan pintu utama rumahnya yang tidak boleh dibuka, sedangkan semua penyendal pintu telah dibukanya. Lutut Yazid mula menggeletar. Dia sudah tidak mampu berdiri, lalu terjatuh melutut di hadapan pintu.
Kreeeuukkk…
Bunyi pintu kayu itu terbuka perlahan. Yazid pantas mengangkat mukanya melihat ke arah pintu. Dia mahu keluar dengan cepat tetapi malangnya, di pintu itu berdiri sebungkus makhluk yang dipanggil pocong.
Tiada apa yang mampu dilafazkan lagi. Keadaan menjadi semakin kabur dan akhirnya gelap, sunyi dan sepi.
Kooookkkk… kokoookkkokkkk…
Kedengaran kokokan ayam bersahutan, tanda waktu pagi sudahpun menjelma. Yazid membuka matanya perlahan. Kepalanya digosok-gosok kerana terasa sakit. Dia melihat dirinya berada di atas katil arwah datuknya, iaitu katil semalam di mana dia sedang berbaring, sebelum diganggu oleh iblis dan syaitan.
“Aku mimpi ke?” Yazid bermonolog sendirian.
Yazid bangun lalu duduk di katil sambil melihat keadaan sekelilingnya. Semuanya sama seperti semalam. Tiada apa yang berbeza. Keadaan rumah yang diperbuat daripada kayu itu sudah mula menunjukkan usangnya. Apatah lagi rumah itu jenis rumah atas, dan bila berjalan terasa lantai yang diperbuat daripada papan itu melendut dan berbunyi kuat sepertinya bakal patah pada bila-bila masa sahaja.
Yazid menuju ke dapur, tiada barang yang boleh digunakan lagi untuk dia masak.
‘Banyak benda nak kena buat dekat rumah ni,’ bentak hatinya sambil dia membelek-belek pingan dan mangkuk yang sudah berhabuk teruk.
Keadaan rumah terlalu usang. Yazid baru teringat, motif utamanya datang ke rumah pusaka itu adalah untuk mengambil gambar rumah serta tanah kerana ayah dan adik-beradiknya ingin menjual rumah itu. Tiada siapa yang hendak duduk di rumah pusaka itu, jadi mereka mencadangkan untuk menjual sahaja rumah dan tanah pusaka itu.
Yazid mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar, lalu mengetik beberapa gambar di dalam rumah. Selepas beberapa keping gambar di dalam rumah diambil, Yazid pergi pula ke bahagian luar. Beberapa keping gambar di bahagian luar serta kebun yang sudah bersemak di belakang rumah, turut diambil gambarnya. Dirinya sendiri tidak pasti berapa banyak gambar yang sudah diambil. Jarinya laju mengetik butang ‘take picture’ yang berada di permukaan skrin telefon bimbit. Akhir sekali, Yazid mengambil gambar penuh rumah pusaka itu.
‘Cantik!’ Itulah yang terdetik dalam jiwanya apabila melihat senibina rumah itu. Kayunya masih kelihatan cantik.
Yazid melangkah masuk semula ke dalam rumah. Sebelum malam, dia perlu pulang ke rumahnya semula. Tidak sanggup dia untuk tidur di rumah pusaka itu lagi.Yazid memandang pada satu pintu bilik yang berkunci rapi. Bilik itu adalah bilik arwah tok jantannya, tempat tok jantan menghembuskan nafas terakhir. Tiada sesiapa yang dibenarkan masuk ke bilik itu tanpa tok jantan atau kebenaran daripadanya.
Hati kecil Yazid mula menghasut untuk membuka pintu bilik itu. ‘Alah! Tok jantan dah tak ada, apa salahnya masuk. Lagipun, rumah ni dah nak jual,’ bisik hati kecilnya.
Yazid melangkah perlahan ke pintu bilik itu. “Arghh… Kunci pulak!” keluhnya.
Matanya melilau mencari anak kunci, jika ada tergantung di mana-mana dinding. Namun dia hampa kerana satu anak kunci pun tidak kelihatan. Disebabkan perasaan ingin tahu yang tinggi, Yazid menuju ke kereta lalu mengambil tukul besi untuk memecahkan mangga pintu.
Dengan beberapa hentakan yang kuat, akhirnya mangga pintu terbuka. Bibirnya mengukir senyuman puas. Tukul besi dicampakkan ke lantai rumah.
Kreeeuukkkk…
Pintu kayu itu dibuka perlahan. Suasana di dalam bilik itu gelap, tingkap kayu jenis buka-kuak itu tertutup rapi. Pantas Yazid membuka tingkap bilik. Kemudian, dia menyelongkar segala khazanah yang terdapat di dalam almari arwah tok jantannya. Pakaian, buku, kopiah dan pelbagai lagi barang yang digunakan arwah tok jantan sewaktu hidup, masih di tempatnya, tidak terusik.
Tiba-tiba mata Yazid terpandang satu kotak yang diperbuat daripada buluh kuning. Pelik! Warna kotak itu tidak luntur, malah kuningnya masih cantik dan buluhnya juga nampak segar. Dia mencangkung untuk membuka kotak buluh itu. Sebaik sahaja penutup kotak buluh itu dibuka, dum! Pintu bilik itu tertutup kuat, bagai dihentak.
Yazid menoleh laju kerana terkejut.
“Ehhh… apa benda tu!”
Matanya tertarik pada sepasang kain berwarna kuning dan hitam yang tergantung di belakang pintu. Namun, dia membiarkan dahulu kain itu kerana dirinya lebih tertarik pada kotak buluh yang sudah sedia berada dihadapannya. Di dalam kotak itu terdapat sebilah keris dan mata tombak yang diikat dengan kain kuning serta hitam.
Kain kuning dan hitam dibuka perlahan, kemudian dia mengeluarkan pula keris dari sarungnya sambil berdiri lagak seperti seorang pahlawan Melayu. Berangan tak sudah!
Di mata keris itu terdapat beberapa ayat yang ditulis dengan tulisan jawi. Luk keris itu juga nampak kemas dan cantik. Yazid menyentuh bilah keris itu mengunakan jari.
“Auuuchhh!” Tiba-tiba dia menarik tangannya laju, terasa jarinya seperti dicucuk-cucuk halus. Yazid melihat jarinya. Darah! Dengan pantas dilap darah itu menggunakan baju.
Keris itu diikat kembali. Hatinya mula berasa takut. Kotak itu ditutup. Tingkap juga ditutup sebelum melangkah keluar.
Tapp… Taakkk… Taap… Taakk…
Tiba-tiba terdengar sesuatu bergerak-gerak di dalam kotak buluh. Mata Yazid merenung ke arah kotak itu. Kelihatan kotak itu sedikit bergegar.
‘Confirm!’ jerit hatinya.
Yazid berlari anak keluar dari bilik. Segala pintu dan tingkap rumah dipastikan ditutup rapat dan dikunci. Dia perlu balik ke rumah sekarang, bimbang perkara-perkara aneh akan semakin menjadi-jadi.
Enjin kereta dihidupkan. Perlahan-lahan keretanya meninggalkan pekarangan rumah pusaka itu.
‘Huh! Bahaya betul tadi,’ bisik hatinya.
Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 malam. Disebabkan jalan jem tadi, Yazid telah menghabiskan masanya di jalan raya, termasuk berhenti makan, solat dan rehat. Maka, makin lambat dia sampai ke rumah.
‘KAMPUNG SILUMAN’
Besar papan tanda yang bertulis nama kampungnya, siap tertera jarak sejauh 15km lagi. Suasana jalan raya di kawasan itu sudah lengang. Maklumlah, sudah mula memasuki kawasan kampung, memang tidak sesibuk bandar. Lampu tinggi dihidupkan apabila Yazid mula tidak dapat melihat dengan jelas jalan dihadapannya.
Gedebuukkk! Kraaaccckkk! Bunyi sesuatu dilanggar oleh Yazid.
Kakinya menekan brek secara mengejut. Menggelabah dia membuka pintu kereta dan terus berlari meluru ke hadapan kereta. Kosong! Tiada apa-apa yang dilanggar. Kepalanya diturunkan sehingga hampir menjejak ke tanah untuk menjengah ke bawah kereta.
“Allahhh!” Yazid menjerit. Serta-merta tubuhnya menggigil. Di bawah keretanya, ada mayat yang sudah siap berbungkus dan dipenuhi darah.
Yazid berlari, hendak masuk ke dalam kereta. Beberapa kali dia terjelepok kerana sendi kakinya seperti sudah tiada. Keretanya dipandu laju. Yazid sudah tidak peduli jika ada benda yang dilanggarnya selepas ini.
Baru sahaja dia memasuki pekarangan rumahnya, kaki Yazid menekan brek secara tiba-tiba. Rumah di hadapannya kini adalah rumah pusaka. Tingkap kuak hadapan rumah itu tiba-tiba terbuka. Jelas, Yazid dapat melihat seorang lelaki dalam lingkungan usia 40-an sedang berdiri di tingkap sambil merenung tajam ke arahnya.
Yazid cuba menolak tombol gear kepada R, namun gagal. Gear itu seperti sudah tersangkut. Yazid berusaha untuk memecut keluar dari perkarangan rumah. Sedang dia berusaha menukar gear R itu, dia memandang semula kearah tingkap. Lelaki tadi sudah tidak kelihatan dan tingkap juga dalam keadaan tertutup. Tetapi dia masih lagi berada di rumah pusaka.
Baru sahaja Yazid bersandar untuk melepaskan ketakutan, duuuuummm! Tingkap keretanya dihentak oleh lelaki tadi menggunakan kepala. Keadaan itu tidak ubah seperti filem zombie. Yazid mengucap panjang. Mulutnya terketar-ketar membaca surah yang diingatinya. Namun, lelaki itu tidak berganjak.
Disebabkan hentakan yang kuat, kepala lelaki itu berlumuran darah. Matanya sebelah sudah tersembul keluar. Rahang bawahnya telah tertanggal menyebabkan mulutnya ternganga luas.
Kaki dan tangan Yazid sudah mula terasa sejuk. Yazid memalingkan kepalanya ke sebelah kiri untuk mengelak dari melihat wajah makhluk itu. Namun, dunia menjadi gelap apabila di sebelah kirinya, pocong tadi duduk sambil menoleh kearahnya. Mata lembaga itu kosong. Hanya kelihatan kulit muka yang semakin membusuk serta tubuh dan kainnya dipenuhi darah.
Dunia Yazid menjadi gelap. Bunyi hentakan ditingkap kereta juga semakin perlahan lalu sunyi.
“Yazid! Bangun!”
Suara ayahnya jelas kedengaran di telinga. Yazid membuka matanya dengan lemah. Tubuhnya terasa sakit, kepalanya terasa pening. Dia melihat ayah dan emaknya sedang mengetuk-ngetuk cermin kereta.
“Eh, dah pagi!” Yazid tertanya-tanya sendirian. Tapiii…
“Kau dah kenapa tidur dalam kereta? Semalam kami call kau tak jawab,” tanya ayahnya, apabila Yazid membuka pintu kereta.
“Semalam saya dah balik,” jawab Yazid dalam keadaan masih bingung.
“Balik apa? Kami datang sini,” kata ayahnya lagi.
Yazid tidak membalas kata-kata ayahnya. Memang benar, sekarang dia berada di hadapan rumah pusaka itu.
Yazid pulang ke rumah bersama ayah dan emaknya. Sampai di rumah, Yazid merebahkan tubuhnya di atas katil.
Malam itu sedang dia baring untuk tidur, Yazid teringat sesuatu.
“Ehhh… gambar semalam!” Yazid baru teringat tentang gambar rumah pusaka yang diambilnya semalam. Dia mencapai telefon bimbit lalu membuka fail galeri. Namun, gambar-gambar yang diambilnya tiada langsung di situ.
“Arghhh, takkanlah aku nak kena pergi balik!” rungut Yazid, sambil melempar lembut telefon bimbitnya.
Tiittttt…tittt…tttiitttt…
Tiba-tiba ada satu pesanan ringkas diterima. Yazid mengambil semula telefon bimbitnya. Pesanan itu dibuka.
Diterima daripada : Private Number.
‘Akan Aku Tunggu!’
Selepas membaca pesanan ringkas itu, jantung Yazid berombak kuat. Dia teringat apa yang terjadi kepadanya sebelum ini.
“Aku takkan kembali!” jerit Yazid lalu memadam pesanan ringkas itu.
Tappp…
Bunyi sesuatu terjatuh di atas lantai. Bunyi itu walaupun agak perlahan, ia menyedarkan Yazid tentang kewujudannya. Yazid memandang ke lantai, melihat barang apakah yang terjatuh. Sebaik sahaja dilihat dan diperhatikan dengan teliti, dia mula rasa pelik dan curiga.
Keris dirumah pusaka itu berada di dalam biliknya dan lebih anehnya bagaimana keris itu boleh berada di situ, sedangkan dia sudah meletakkan semula di tempatnya. Adakah ini keris yang berbeza? Tetapi mata Yazid tidak silap, keris itu sama mempunyai ikatan kain kuning dan hitam sama seperti yang di rumah pusaka.
Tukkk…tukk…tukkk…
Tingkap biliknya di ketuk. Yazid baru sahaja ingin bangun membuka, kakinya terhenti. Dia teringat biliknya di tingkat atas. Dia memberanikan diri menghampiri tingkap yang bertutup dengan langsir. Belum lagi langsir diselak, bulu romanya berdiri tegak sendiri. Yazid mengundurkan tapak dari tingkap itu.
‘Ehh, Kapur barus!’ bau ini sangat sinonim dengan kematian!. Yazid mula menjadi tidak keruan, matanya menjeling ke arah pintu. Bersiap sedia untuk lari keluar lalu mendapatkan emak dan ayahnya.
Baunya semakin kuat menusuk ke dalam rongga hidungnya. Remang roma tengkuknya semakin menebal. Jam waktu itu sudah menunjukkan pukul 1.20am, pasti emak dan ayahnya sudah tidur kerana di luar biliknya sudah gelap lampu tertutup.
“Gedegaannggg…”
Bunyi sesuatu seperti kerusi jatuh di ruang luar biliknya. Yazid berdiri kaku, jantungnya mula berdegup kencang.
Dap.. Dupp… Dappp.. Duppp
Jantung Yazid berdegup, semakin lama semakin tidak teratur.
“Ehhh, bau apa pula ni!”
“Ni, bau bangkai!” hati Yazid bermonolog sendiri.
Dengan kaki yang semakin berat, tubuh semakin menggigil kuat. Yazid melangkah ke arah katil, lalu menyelubung tubuhnya dengan selimut. Selimut yang menyaluti tubuhnya jelas nampak bergetar.
“Yazidddddd~~” suara halus lelaki memanggil namanya. Namun Yazid tidak menghiraukan kerana dia tahu itu bukan panggilan dari ayahnya.
Dengan tubuh yang masih diselubung selimut itu, Yazid merasakan ada tangan memegang kepala. Kemudian tangan itu membelai dan mengusap perlahan-lahan. Bau bangkai semakin menebal. Tekaknya semakin mual. Sejuk tubuhnya terasa sampai ke tulang sulbi sum-sum.
Tangan itu masih membelai perlahan, tiba-tiba terasa selimut di bahagian kakinya disingkap sedikit. Terasa sejuk di hujung kaki dek kerana angin menyentuh kulit. Ayatul kursi dibaca dalam keadaan menggeletar. Tajwid semua hancur kerana ketakutan.
Tangan tadi sudah berhenti dari membelai kepala nya, tetapi tangannya masih terasa di kepala Yazid. Hujung kakinya juga terasa pedih, semakin lama seperti sesuatu sedang menyucuk-nyucuk. Yazid menyelak selimut dengan laju untuk melihat apakah yang terjadi. Kesakitan di kakinya tidak dapat di tahan lagi.
“Allahuaaakbar”
Yazid menjerit sekuat hati apabila melihat kepala tidak berbadan sedang mengigit ibu jarinya. Tubuh lembaga itu sedang duduk di sebelah Yazid. Kepala itu memandang tepat padanya. Matanya terbeliak besar bewarna merah. Hidungnya tidak kelihatan. Rambutnya panjang mengurai hinga ke lantai. Yazid menyepak-nyepak kakinya sendiri, kepala itu tergolek jatuh. Tubuh badan makhluk itu menunduk ke lantai lalu mengensot ke arah kepalanya. Yazid yang dalam ketakutan menjerit kuat.
“Tolonggggg…. Tolongggg”
Yazid berlari ke arah pintu yang sudah sedia terbuka luas. Kegelapan di ruang hadapan itu telah membuatkan matanya tidak mampu melihat dengan jelas. Sedang dia lari menuju ke tangga, terasa kakinya tersadung sesuatu. Tubuh Yazid rasa melayang sebelum tangannya terasa patah, dada bagai dipijak kuat, kepalanya bagai dihantuk pecah. Dia tergolek-golek di tangga sebelum akhirnya dia tersembam di lantai bawah. Yazid sempat melihat ke arah tangga, dalam samar-samar dia dapat melihat lembaga itu sedang merangkak turun dari tangga. Ditangan lembaga itu masih memegang kepalanya diheret bersama. Yazid tidak mampu berlari lagi. Dadanya terasa dihimpit kuat. Nafasnya semakin lemah, lalu semuanya gelap.
“Arghh.. Sakitnya”
Yazid memegang kepala serta tubuh badannya. Melihat Yazid sudah sedar, emak dan ayahnya pantas mendapatkan Yazid. Pelbagai soalan diajukan kepadanya. Namun dia tidak mampu menjawab. Yazid melihat sekeliling. “Hospital!” bisik hatinya apabila melihat nurse sibuk ke hulur hilir.
Emak dan ayahnya memberitahu. Mereka menemui Yazid terbaring di tangga sambil di tanggannya memegang keris. Keris itu telah ayahnya beri kepada ustaz untuk dibuang. Semenjak kejadian itu, Yazid tidak mahu lagi ke rumah pusaka tok jantannya. Peristiwa itu membuatkannya lebih berhati-hati dan tidak menyentuh barang yang bukan miliknya. Apatah lagi barang yang digelar PUSAKA!
-TAMAT-

011. HALAU

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA :  HALAU
KARYA : ZIEHA ALIAS
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400011
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Lina sedih. Teramat-amat sedih. Kakinya dihayun penuh kelesuan sambil kepalanya ditundukkan. Air matanya pula berjuraian membasahi wajah.
Lina tidak tahu kenapa dia dihalau dari rumah itu sehelai sepinggang, sedangkan dia telah lama tinggal di situ. Dia juga telah lama mengenali Maria dan Harun, pasangan yang menghuni rumah itu. Malah, Amira dan Amir iaitu anak-anak pasangan itu juga membesar di hadapan matanya. Lina suka benar bermain-main dengan mereka.
Dia sayangkan Amira dan Amir seperti anak-anaknya sendiri. Malah, budak-budak itu juga amat suka dengannya. Mereka gemar benar jika Lina melayan mereka bermain dan berbual dengan mereka. Namun, entah mengapa, akhirnya Lina dihalau juga.
Lina betul-betul keliru. Lina tidak tahu di mana silapnya. Dia tidak pernah menyakiti mereka. Dia juga tidak pernah langsung mengganggu kehidupan mereka sekeluarga. Sampai betul hati mereka memperlakukan dirinya sebegitu.
Apa yang lebih menyedihkan lagi, Lina bukan dihalau oleh Maria dan Harun sendiri, tetapi oleh orang lain! Seorang tetamu Maria dan Harun yang tidak pernah dikenalinya sebelum-sebelum ini.
Lina pernah mendengar Harun memanggil nama orang itu, Wak Derus. Sejak kali pertama Wak Derus dibawa ke rumah itu, Lina dapat merasakan Wak Derus memang bencikan Lina.
Setiap kali Wak Derus ke rumah itu, Lina selalu bersembunyi di dalam bilik. Namun, Wak Derus cepat menghidu keberadaannya. Wak Derus akan masuk ke biliknya dan selalu cuba mencederakannya.
Wak Derus juga mengatakan Lina suka mengganggu anak-anak Maria dan Harun. Wak Derus cakap, kehadiran Lina di rumah itu akan memudaratkan keluarga mereka. Entah kenapa, dengan mudah Maria dan Harun termakan kata-kata fitnah Wak Derus.
Lina terus berjalan perlahan. Hatinya bertambah sedih apabila mengenangkan apa akan jadi dengan dirinya selepas ini. Di mana pula dia mahu tinggal? Bagaimana pula sekiranya nanti dia rindukan Amira dan Amir?
Senja telah menginjak ke malam. Kakinya terus dihayun tanpa hala tuju. Sesekali Lina berhenti dan memandang sekeliling. Hatinya kosong, sekosong fikirannya kini.
Setelah penat berjalan, Lina duduk di sebuah hentian bas. Kepalanya sarat memikirkan apa yang patut dilakukan, serta arah tujuannya untuk hari-hari yang mendatang.
Lina buntu. Kepalanya masih ligat berfikir. Akhirnya Lina membuat keputusan. Dia kena berani. Dia mesti kuat. Lina nekad. “Aku tak kira. Aku mesti balik ke rumah tu. Apa nak jadi, jadilah, aku mesti pertahankan hak aku,” gumam Lina sendirian.
Kali ini, kalau Wak Derus datang lagi, dia mesti melawan. Jika sebelum ini dia cuba jadi baik dan berdiam diri, kali ini tidak lagi. Lina tidak mahu lagi dirinya dipijak-pijak serta dihina. Dia juga ada maruah!
Lina bingkas bangun. Semangatnya berkobar-kobar. Dia tidak peduli. Dia mesti bertegas dengan Maria dan Harun. Mereka tidak sepatutnya mendengar kata-kata fitnah orang luar mengenai dirinya. Mereka tidak boleh menghalaunya begitu sahaja. Dia juga ada hak ke atas rumah itu.
Setelah berjalan beberapa ketika, akhirnya Lina sampai juga ke rumah tersebut. Didapatinya, pintu pagar masih tidak berkunci. Lina tersenyum sinis. Senang benar dia masuk ke rumah itu. Tidak mahu orang di dalam rumah sedar akan kehadirannya, Lina membuka pintu pagar tersebut seperlahan yang mungkin.
Lina berjalan menuju ke pintu dapur dibelakang rumah. Dia tahu, langkahnya memang tidak akan didengari oleh tuan rumah itu. Dia juga tahu benar, selalunya pada waktu-waktu begini, Maria masih belum mengunci pintu dapur. Namun sekiranya pintu itu telah dikunci sekali pun, dia pasti dapat masuk. Tekaannya tepat sekali. Pintu belum berkunci. Dengan mudah Lina dapat memasuki bahagian dapur rumah tersebut. Dia masuk dan menutup pintu tersebut perlahan-lahan.
Dari dapur, Lina dapat mendengar sayup-sayup suara televisyen serta gelak tawa penghuni rumah tersebut. Tahulah Lina, mereka semua sedang menonton televisyen di ruang menonton di tingkat atas.
Memandangkan bilik pembantu rumah terletak berhampiran dapur, Lina dapat memasuki bilik tersebut dengan mudah. Walau bagaimanapun, angin kuat yang entah datang dari mana menyebabkan pintu bilik yang belim sempat ditutup oleh Lina, terhempas dengan kuat. Serta-merta Lina terdengar jeritan Maria dan anak-anaknya dari ruang atas. Lina tergamam.
Seketika kemudian, Lina dapat mendengar tapak kaki bergegas ke dapur. Sebaik sahaja pintu bilik terbuka, Lina terkaku di situ. Matanya dan mata Maria bertentang. Serentak dengan itu, Maria terus menjerit nyaring, lantas menutup pintu bilik itu dengan kuat.
Lina terpaku. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dari dalam bilik, Lina dapat mendengar kekecohan yang berlaku di luar.
Sementara di luar bilik, Maria terus terjerit-jerit. “Abang! Dia masih ada bang! Macam mana ni?” Jerit Maria. Tangannya menggigil. Sementara anak-anaknya pula duduk berpelukan di atas sofa.
“Macam mana Wak Derus ni? Benda tu tak pergi pun, bang!” Jerit Maria lagi. Wajahnya pucat seperti tidak berdarah.
Harun menggaru kepala yang tidak gatal. Dia berjalan mundar-mandir diruang tamu tersebut.
“Tak boleh jadi ni. Dah macam-macam kita buat. Nampaknya dia tak nak jugak tinggalkan rumah ni,” rungut Harun.
“Kita pindah bang.” Maria masih menggigil. Tangan suaminya dicapai.
Sebelum ini, telah banyak kali Maria meminta untuk berpindah, namun Harun tidak pernah peduli.
Maria pernah memberitahu Harun, anak-anak mereka selalu sahaja bercerita mengenai seorang ‘kakak’ yang selalu bermain-main dengan mereka. Walaupun makhluk itu tidak pernah menampakkan dirinya, namun Maria tetap takut. Akan tetapi, apabila diceritakan kepada Harun, suaminya itu tidak pernah ambil peduli. Kata Harun, asalkan makhluk itu tidak menampakkan dirinya, itu sudah cukup baik. Mereka tidak perlu terlebih-lebih risau. Kata Harun lagi, masalah mereka itu boleh diselesaikan dengan mudah.
“Abang! Jom pindah, bang!” Tegas Maria lagi. Harun hanya membisu. Kepalanya masih mahu memikirkan cara lain yang patut dilakukan. Kalau boleh, dia tidak mahu berpindah. Telah banyak duitnya dihabiskan untuk rumah itu.
“Abang nak telefon Wak Derus sekejap. Suruh dia datang semula,” ujar Harun.
“Biar dia halau betul-betul hantu tu,” sambung Harun lagi.
Di dalam bilik, sebaik sahaja mendengar nama Wak Derus disebut, Lina serta merta jadi marah. Matanya terus bertukar kemerahan. Kulit wajahnya perlahan-lahan terkopek dan berjuntaian seolah-olah mereput. Ulat-ulat halus merenyut-renyut, merayap keluar dari kulitnya yang merekah dan bernanah itu. Rambutnya yang tadi tersisir rapi, kini mengerbang, panjang hingga mencecah lantai.
Selama ini Lina tidak pernah mahu mengganggu mereka. Malahan sebenarnya, mereka lah yang datang ke rumah ini, mengganggu tempat tinggalnya sejak sekian lama.
Selama ini juga Lina cuba jadi baik. Namun, kebaikannya tidak pernah dihargai. Sekarang, alang-alang mereka mahu menghalaunya, biar dia menampakkan diri, menunjukkan wajahnya yang sebenar.
“Ini rumah aku! Rumah Aku!” Jeritan Lina yang nyaring bergemanke seluruh rumah.
Maria dan anak-anaknya cepat-cepat menekup telinga sebaik mendengar jeritan itu.
Sebaik sahaja Lina menampakkan dirinya kepada Maria dan Harun serta anak-anaknya, mereka terus menjerit ketakutan. Amira dan Amir terus menangis. Namun Lina tidak peduli lagi. Dia mahu mempertahankan haknya. Rumah ini miliknya.
“Keluar! Ini rumah aku! Keluar!!” Jerit Lina lagi. Kali ini dengan lebih kuat. Wajahnya yang buruk dan mengerikan itu cukup membuatkan mereka semua menggigil ketakutan. Kesemuanya terperosok ke satu sudut di ruang tamu.
“Baik! Baik! Kami keluar! Kami keluar!” Jawab Harun. Gigil suaranya jelas kedengaran.
Lina ketawa. Buat masa ini Lina berpuas hati. Pasti esok, kesemua mereka akan keluar dari rumah ini dan dia akan hidup dengan aman semula di sini.
“Ini rumah aku! Rumah Aku! Hiiii.. hiiii... hiiiii...” Perlahan-lahan susuk tubuh Lina menghilang. Namun hilai tawanya masih kedengaran bergema ke seluruh rumah.
-TAMAT-

012. PENGASIH SYAITAN

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : PENGASIH SYAITAN (PART 1 - PART 4)
KARYA : MEHMED
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400012
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

PART 1
"Ustaz Muaz. Boleh mai rumah saya la ni tak?"
"Awat pakcik?" Soal aku kepada pakcik Jaafar.
"Yana ni. Lepas dia balik dari kolej tiga hari lepas, duk meracau ja bila tengah malam."
"Hah? Meracau yang macam mana tu, pakcik?"
"Dia duk sebut nama Firdaus ja tak habis-habis."
Aku tersentak. Disamping jawapan yang diberikan oleh pakcik Jaafar, memang aku boleh dengar jeritan anak pakcik Jaafar iaitu Liyana. Suaranya garau dan kuat asyik menyebut nama Firdaus sahaja. Kebetulan nama adik aku adalah nama Firdaus. Tapi, apa adik aku dah buat?
"Ustaz! Ustaz! Ada tak ni?" soal pakcik Jaafar yang masih berhubung denganku melalui handphone.
"Ya pakcik!" Aku tersentak.
"Ustaz dengaq tak anak saya duk meracau ni?"
"Dengaq, pakcik. Tapi kenapa dia sebut nama adik saya?"
"Itu lah pakcik nak tanya kamu. Adik kamu ada buat apa-apa ka kat anak pakcik ni?
Dahi aku berkerut. Dengan pertanyaan sebegini pasti menimbulkan syakwasangka kepada adik aku sendiri. Tapi, adik aku buat apa? Persoalan itu terus berlegar-legar di pemikiran ku.
"Macam ni lah pakcik. Saya pun tak pasti kenapa Yana duk sebut nama adik saya. Tapi biar saya cakap dulu dengan adik saya sat. Sat lagi saya call pakcik balik ya."
"Ok. Saya tunggu."
Aku terus matikan talian. Lantas aku menuju ke bilik adik aku Firdaus untuk menyoal akan hal yang terjadi kepada anak abang Jaafar tadi.
"Daus. Hang keluaq sat aku nak tanya sikit." Soal aku yang berada di hadapan pintu bilik adik aku.
"Awat bang long? Aku nak tiduq ni. Ngantok la!" Jawab adik aku dari dalam biliknya.
"Hang keluaq la sat!. Aku ada benda nak tanya." Aku bertegas.
Tak sampai 3 minit. Kunci pintu bilik adik aku dibuka dari dalam. Akhirnya adik aku muncul juga. Memang serabai habis adik aku bila sudah tahap mengantuk yang amat sangat.
"Awat ni bang long. Dah pukoi 1.15 pagi ni. Ada hal apa duk panggil Daus?"
"Kelmarin dulu. Masa hang balik dari kolej dengan Yana. Hang ada buat apa-apa ka kat dia?
"Buat apa pulak ni bang long?"
Berkerut dahi luas adik aku masa itu. Agaknya dia terkejut apa yang aku tanya kepadanya. Tapi aku pun pelik juga kenapa Yana meracau asyik sebut nama adik aku si Firdaus ini.
"Tadi ayah Yana call aku kata Yana duk tengah meracau sebut nama hang la ni. Hang ada buat apa-apa buat tak baik ka kat Yana masa balik baru ni?"
"Buat apa pulak ni bang long? Masa balik baru ni sekali dengan dia aku tengok ok ja dia macam biasa." Jelas adik aku.
Aku terdiam seketika. Memang aku percayakan adik aku sebab dia lah satu-satunya adik yang aku ada. Kami hanya dua beradik sahaja yang tinggal selepas mak dengan abah meninggal 5 tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Semenjak dari hari itu sehingga lah sekarang aku lah ketua keluarga yang mendidik adik aku dan menyara sepenuhnya adik aku menyambung pelajarannya dia kolej peringkat diploma.
Memandangkan aku mengajar dalam subjek pendidikan islam di sekolah menengah yang aku bekerja sekarang. Aku semestinya tahu mengenai rawatan islam sejak aku belajar dari maahad tahfiz dahulu. Boleh kata apa yang ilmu aku belajar, aku akan terus mengajar adik aku sendiri mengenai selok belok rawatan islam. Setiap ayat-ayat Al quran dan doa semua aku terapkan kepada adik aku Firdaus untuk rawatan dirinya sendiri dan orang lain jika berlaku apa-apa yang tidak diingini.
"Abang long! Hang awat duk termenung ja ni? Pasaipa dengan Yana?" Soal Firdaus. Suaranya sedikit kuat membuatkan aku tersentak dari lamunan.
Belum pun sempat aku nak menjawab persoalan adik aku. Tidak semena-mena telefon bimbit yang masih aku pegang berdering dengan tertera nama pakcik Jaafar di skrin. Aku lantas menjawab panggilan pakcik Jaafar.
"Ya pakcik?"
"Ustaz. Nak mai rumah pakcik ka tak ni? Yana teruk duk meracau sebut nama adik ustaz, ni. Adik ustaz ada buat apa-apa tak elok ka kat anak pakcik?"
Kali ini suara pakcik Jaafar sedikit keras. Seolah tuduhan tersebut memang adik aku yang menjadi punca sebenar.
"Macam ni lah pakcik. Biar saya dengan adik saya pergi rumah pakcik sekarang."
"Haa! Elok! Bawak adik hang tu sekali!"
Terus talian dimatikan oleh pakcik Jaafar. Kali ini situasi seakan meruncing kerana nama yang disebut oleh Yana yang sedang meracau ketika itu asyik menyebut nama adik aku si Firdaus.
"Bang long. Awat ni?" Soal adik aku lagi.
"Hang kena ikut aku."
"Pergi mana pulak tengah-tengah malam ni bang long?"
"Rumah pakcik Jaafar. Aku nak tengok awat anak dia tu meracau duk sebut ja nama hang. Cepat bersiap. Kita kena cepat."
Setelah siap selama 5 minit bertukar baju dan memakai serban. Aku membawa adik aku menaiki kereta Alza terus menuju kerumah pakcik Jaafar di Kampung Seberang Pekan Baling. Jarak perjalanan kami hanyalah 30km. Ketika itu juga tiada sebarang kereta lain yang berada dijalan kereta. Hanya kereta aku sahaja yang membelah kegelapan malam. Maklum sahaja sudah pukul 2 pagi ketika itu.
Rumah pakcik Jaafar agak pendalaman sedikit sehingga aku terpaksa melalui jalan tar kecil untuk menuju ke rumahnya dia Kampung Seberang Pekan. Pada ketika itu, kesunyian jalan yang sedang aku lalui memang meremangkan roma diseluruh badan aku.
Aku melihat adik disebelah kiri seolah tidak senang akan perjalanan menuju ke rumah pakcik Jaafar. Aku faham kerana aku turut merasai keadaan yang sama ketika itu. Kabus dihadapan jalan menyukarkan aku untuk melajukan kenderaan kerana aku harus cepat tiba kerumah pakcik Jaafar.
"Bum!"
Tidak semena-mena kereta yang aku pandu ketika itu seoalah melanggar sesuatu yang keras dihadapan. Pedal minyak aku lepas. Handbreak terus aku tarik dan aku ingin keluar dari kereta untuk melihat apa yang telah aku langgar ketika itu. Tapi, aku ditegah oleh adiku Firdaus.
"Abang long. Toksah la duk keluaq. Hang jalan ja teruih."
"Awat lak? Aku nak tengok sat kat luaq."
"Aku kata jangan bang long. Kita jalan ja teruih sampai rumah pakcik Jaafar."
Aku tengok wajah adikku ketika itu agak pucat. Aku tahu yang dia telah ternampak sesuatu yang aku tidak nampak. Itu lah kelebihan adik aku sejak dari kecil. Hijabnya masih terbuka sejak dari kecil hinggalah dia berumur 23 tahun sekarang. Aku amat faham dengan mimik muka adikku ketika itu. Tanpa membuang masa aku meneruskan perjalanan tanpa menghirau apa yang aku langgar ketika itu.
Aku terus melihat cermin sisi semasa aku henda beredar dari tempat yang aku berhenti tadi. Mataku sempat menangkap seoalah ada bayangan perempuan berambut panjang dan berpakaian putih lusuh berdarah yang sedang memanggil semula dari bahasa tangannya ketika itu.
Pedal minyak aku tekan rapat. Aku tidak memperdulikan apa yang aku nampak pada cermin sisi kanan aku. Memang situasi ketika itu aku tidak sepatutnya berhenti kerana jalan yang sedang aku lalui ketika itu kiri kanannya adalah hutan tebal. Memang sesiapa pun kalau melalaui jalan tersebut ketika waktu malam akan turut merasai seram yang amat sangat.
"Bang long."
Tiba-tiba adikku bersuara.
"Bang long nampak jugak ka?"
Aku tidak menjawab pertanyaan adik. Aku hanya menganggukkan sahaja kepala aku. Ketika itu aku harus menumpukan sepenuhnya pemanduan agar selamat tiba ke rumah pakcik Jaafar. Tetapi kami diuji lagi ketika itu. Kali ini aroma yang amat busuk memasuki rongga hidungku.
Aku pastu adikku juga menghidu bau yang sama kerana aku dapat melihat dia menutup hidungnya itu dengan baju lengan tanganya. Tanpa membuang masa, aku terus menyuruh adikku membaca 3 Qul dan ayatul Qursi untuk meminta pertolongan daripada Allah atas gangguan syaitan kepada kami berdua.
Ketika itu aku juga turut membaca sama seperti mana apa yang aku menyuruh adikku membaca. Memang ketika itu roma ku semakin merinding. Lain macam pula gangguan kali ini apabila kereta yang sedang aku pandu semakin berat. Padahal jalan ketika itu bukan lah berbukit. Malahan sentiasa mendatar.
Mataku meluar melihat cermin pandang belakang diatas. Memang aku dah agak ketika itu. Ada penumpang yang tak diundang. Mungkin agak klise bagi sesiapa yang membaca pasal ini. Tapi ketika itu yang menumpang bukan satu sahaja yang aku nampak. Tetap dua.
Aku terus mencabut cermin pandang belakang dan terus memandu serta membaca ayat-ayat perlindungan. Begitu juga dengan adikku Firdaus. Nasib sahaja aku membawa dia. Kalau aku seorang yang ada dalam kereta aku ketika itu. Semestinya, aku tidak akan berani pergi ke rumah pakcik Jaafar. Sudahlah tengah-tengah malam. Pendalaman pula lokasi rumahnya. Memang aku tidak sanggup keseorangan memandu pada waktu tersebut.
Aku tidak memperdulikan apa yang sedang kami hadapi. Kami tetap meneruskan bacaan ayat perlindungan. Sehinggalah kenderaan aku tiba di satu jalan persimpangan yang mana jalan itu ada lampu jalan dan aku terus membelok ke kanan kerana rumah pakcik Jaafar memang kearah itu.
Alhamdulillah. Pada ketika itu, aku merasakan kenderaan aku menjadi ringan dan tidak menjadi macam sebelumnya. Walaupun rapat jugak padel minyak yang aku tekan. Masih juga meter kereta menunjukkan 40km. Berat sangat.
"Bang long."
Tiba-tiba pula adik aku bersuara.
"Hah! Awatnya?"
"Hang dengaq tak apa aku dengaq?"
"Dengaq apa pulak ni, Daus?"
Adik aku tidak menjawab. Aku segera mengalihkan pandangan ke arah mukanya. Memang agak jelas kelihatan pucat pada muka adik aku masa itu. Aku tak tahu apa yang telinga adik aku dengar kerana aku memang tak dengar apa-apa yang pelik semasa aku sedang memandu.
"Tak ada apalah. Jauh tak jauh dah kan, rumah pakcik Jaafar ni, Bang long?"
"Aah. Tak jauh dah. Hang dengaq apa ja tadi?"
"Tak ada apa lah. Balik satgi aku cerita."
BERSAMBUNG ..

PART 2
Aku memandang lagi kearah muka adik aku. Aku semakin hairan dengan keadaan adik aku ketika itu. Namun, aku teruskan juga pemanduan untuk ke rumah pakcik Jaafar. Tepat jam 3.15 pagi, akhirnya aku tiba juga dihadapan rumah pakcik Jaafar. Tapi, aku sedikit pelik kerana keretanya tiada dirumah. Lampu dirumahnya juga tidak dipasang.
Enjin kereta aku biarkan hidup. Aku hendak melangkah keluar dari kereta untuk memanggil pakcik Jaafar. Dalam masa yang sama aku mengajak Firdaus juga keluar sekali. Tapi dia mendiam diri dan menggelengkan kepalanya sahaja.
"Hang tak mau turun ka? Kita dah sampai rumah pakcik Jaafar, ni."
"Abang long ni biaq betoi. Kita kat mana ni Abang long?"
Aku pula terdiam. Pelik juga aku kenapa adikku berkata sedemikian. Aku segara mengalihkan pandangan aku dihadapan kereta. Aku tak sangka yang di depan aku sekarang adalah kawasan perkuburan islam lama di kampung tersebut. Aku beristighfar panjang sahaja masa itu dan tidak jadi untuk melangkah keluar dari kereta.
Memang tahap keseraman yang aku alami ketika itu tidak dapat dikawal. Mana kan tidak. Aku hendak mengundur kebelakang kereta aku. Gear yang aku masukkan adalah gear jalan kehadapan. Memang berpeluh juga aku ketika itu. Itu keadaan aku. Aku tengok pula keadaan adik aku masa itu. Gelisah dan berpeluh juga aku melihat dia serta tidak berkata apa. Aku pula tidak menegur adik aku yang sedang dalam ketakutan yang sama ketika itu. Baru sahaja tangan kiri hendak memasuki gear mengundur, tiba-tiba telefon bimbit aku berdering dan aku segera melihat nama pakcik Jaafar yang terpapar di skrin.
"Ya pakcik."
"Ustaz pergi mana? Kenapa terlajak dari rumah saya tadi? Sampai saya panggil pun ustaz tak perasan."
"Eh? Masa bila pakcik panggil saya? Memang saya tak perasan pun pakcik. Pakcik kat mana tadi?"
"Pakcik kat tepi jalan la depan rumah pak cik ni. Yang ustaz boleh buat tak tau saja tadi kenapa ustaz?"
Aku cuma diam sebentar kerana memikirkan kembali akan kebenaran yang pakcik Jaafar beritahu. Seingat aku memang dari tadi aku tidak sampai pun rumah dia melainkan aku baru sampai kononya dihadapan rumahnya iaitu kubur.
"Oh! Saya tak perasan pula tu pakcik. Saya kalau drive malam-malam macam ni memang mata tak tajam. Maaf ya pakcik Jaafar. Sat lagi saya sampai."
Talian dimatikan. Hanya itu sahajalah alasan munasabah yang terpaksa aku berikan kepada pakcik Jaafar. Walaupun aku tau kejadiaan begini adalah sikap kelalaian aku sendiri akibat melayan perasaan seram yang tidak sepatutnya aku takut melainkan aku hanya wajib takut kepada Allah. Sebelum aku memulakan kembali perjalanan, aku mengajak adikku Firdaus menadah tangan dan berdoa sekali dengan aku membaca ayat-ayat pelindung daripada gangguan jin ataupun syaitan. Setelah selesai, aku meneruskan semula perjalanan aku.
Dalam masa 10 minit sahaja akhirnya kenderaan yang aku pandu tiba di hadapan rumah pakcik Jaafar. Ketika itu rumah dia terang dengan lampu yang dipasang dari dalam rumah. Pakcik Jaafar aku melihat wajahnya semakin dalam keadaan gelisah. Sudah pasti dia akan memarahi aku kerana aku boleh pula terlajak jalan dari hadapan rumahnya tadi.
"Pakcik. Saya mintak maaf sebab lewat sampai." Kata aku setelah turun dari kereta dan terus bersalam dengan pakcik Jaafar.
"Tak apa. Cuma pakcik heran kenapa kamu tak nampak saya tadi berdiri kat sini, Ustaz?"
Aku hanya tersenyum lalu mengalihkan pandanganku ke arah Firdaus yang baru sahaja melangkah keluar dari kereta. Aku lihat mimik muka adik aku masa itu masih lagi dalam kegelisahan dek jeritan oleh Yana yang sedang meracau dari dalam rumahnya masih jelas kedengaran oleh kami yang berada diluar. Aku melihat adikku Firdaus seakan teragak-agak untuk bersalam dengan dengan pakcik Jaafar. Maklum sahaja pakcik Jaafar ni bekas anggota polis. Tengok mukanya sahaja tak pasti sama ada dia sedang marah atau tidak.
"Ustaz dengar kan? Anak saya duk meracau lagi sebut nama adik ustaz ni. Apa sebenarnya kamu dah buat dengan dengan anak pakcik ni Daus?"
Aku dan pakcik Jaafar terus memandang tepat kearah wajah Firdaus. Kami menanti jawapan yang bakal keluar dari mulutnya ketika itu.
"Saya tak buat apa pun pakcik. Masa kami balik dari kolej sekali baru ni ok sahaja saya tengok dia. Kami sembang elok ja. Tak apa pon saya buat apa-apa kata yana, pakcik."
"Habis tu?"
Sebelum keadaan semakim meruncing. Aku terpaksa memotong percakapan pakcik Jaafar untuk mengelakan dari perkara yang tidak diingini.
"Macam ni lah pakcik. Kita pun tau yang adik saya ni memang berkawan dengan anak pakcik si Yana tu. Saya tak fikir adik saya ni ada buat apa-apa tak elok pada dia sebab saya kenal adik saya ni macam mana, pakcik. Macam ni lah. Izinkan saya dan Firdaus masuk dulu rumah pakcik untuk tengok-tengokan anak pakcik tu macam mana keadaan dia. Boleh pakcik?"
Pakcik Jaafar hanya mendiamkan diri. Agak lama juga dia merenung wajah adik aku ketika itu yang mana sudah tentu adik aku hanya memandang ke tanah kerana tidak sanggup melihat lama-lama wajah kebengisan pakcik Jaafar
"Okey. Jom masuk. Pakcik harap kamu dapat tolong anak pakcik elok balik."
"Saya cuma ikhtiar sahaja pakcik. Yang menyembuhkan itu hanya Allah S.W.T."
"Ya, saya faham. Jom lah masuk. Sebelum keadaan makin teruk."
"Baik, pakcik."
Sebelum melangkah masuk kedalam rumah pakcik Jaafar. Aku mengisyaratkan mulutku kepada adikku supaya membaca dahulu lafaz Ta'awuz. Kerana doa itu adalah doa wajib pembuka sebagai pelindung daripada gangguan syaitan yang direjam. Setalah itu kami masuk kedalam rumah dan pakcik Jaafar terus membawa kami menuju ke bilik Yana.
"Pakcik. Kenapa ikat tangan dengan kaki Yana sampai laguni?" Soal aku yang kehairanan apabila melihat keadaan Yana sedang terbaring atas katilnya.
"Kalau pakcik hang tak ikat nanti dia menjerit nak keluaq pergi jumpa Firdaus. Makcik tak tau sapa Firdaus tu. Tapi pakcik hang habaq Firdaus tu nama adik hang." Ujar makcik Kiah iaitu emak kepada Yana yang berada disisi kanan pada ketika itu.
"Memang nama saya Firdaus, makcik. Saya memang berkawan dengan anak makcik dari sekolah sampai kolej. Tapi, saya tak buat apa-apa pun kat Yana, makcik."
Aku terus memegang bahu kanan Firdaus dan menunjukan isyarat jari diam dimulutku. Terus adikku menudukkan wajahnya. Aku harap dia faham kenapa aku berkelakuan demikian kerana aku tidak mahu timbul sikap terburu-buru dan kurang ajar adikku terhadap tuan rumah.
"Macam ni lah pakcik Jaafar, makcik Kiah. Biaq saya tengok-tengokan dulu si Yana ni ya. Lagipun masa hampir nak subuh dah ni."
Pakcik Jaafar hanya menganggukkan sahaja kepalanya manakala makcik Kiah tidak berkata apa. Ketika itu aku melihat Yana berdiam diri dan matanya terpejam. Aku seperti biasa sebelum melakukan ruqyah aku akan membaca lafaz Ta'awuz dahulu. Kemudian Al- Fatihah serta menyambung ayat-ayat ruqyah yang lain bagi membendung gangguan yang ada dalam badan pesakit.
Ketika aku masih lagi membaca ayat ruqyah, dengan tidak semena-mena Yana membuka matanya. Ketika itu kelihatan hanya bebola putih matanya. Mata hitamnya pula aku tidak tahu kepada menghilang. Tiba-tiba Yana mengalihkan wajahnya itu memandang ke arah Firdaus yang sedang berdiri di sisi kanannya. Manakala, aku pula berdiri disebelah kirinya. Mata Yana yang sedang terbeliak ketika itu jelas kelihatan. Dia terus memberikan senyuman yang agak menyeramkan buat sesiapa yang menyaksikan keadaan Yana pada ketika itu.
"Yana, awat jadi.."
Dengan tangkas aku mengisyaratkan telunjuk jariku dimulut supaya adikku Firdaus tidak bercakap. Dalam keadaan macam itu, adik aku tidak sepatutnya bersuara kerana jika keadaan bertambah buruk susah untuk aku merawat Yana yang sedang kesurupan.
Aku meneruskan bacaan aku seperti biasa. Manakala Firdaus juga aku sarankan supaya membaca ayat ruqyah bersama dengan aku.
"Bie mai jugak jumpa sayang kat rumah ya? Hihihi." Ujar Yana dengan suara yang menakutkan.
Adik aku terus terdiam dari membaca ayat-ayat ruqyah. Aku melihat keadaan adik aku ketika itu memang dalam keadaan ketakutan. Aku sedia maklum yang adik aku itu masih lagi mentah untuk berhadapan yang pesakit yang sedang kerasukan seperti Yana. Adalah menjadi kekesalan aku jika aku biarkan dia merawat sekali bersama aku untuk pulihkan keadaan Yana ketika itu. Aku segara memberhentikan bacaan aku seketika.
"Daus. Hang pergi sat duk sana kat pakcik Jaafar kat pintu. Biaq abang long uruskan." Ujar aku serius.
"Bie. Awat duk jauh tu. Mai la sini duduk sebelah sayang, bie. Hihihi." Ujar Yana lagi.
"Wahai maqsyaral jin. Kenapa hang ganggu perempuan ini?" Soal aku.
"Hihihi..."
"Awat hang gelak? Aku ada buat lawak ka? Hang keluaq la ni dari badan budak ni. Sekarang!"
Yana mengalihkan pandangan dia dari Firdaus kepada aku. Kali ini dia tidak senyum. Raut wajahnya mula menunjukkan riak bengis.
"Hang jangan nak kacau hubungan aku dengan dia!"
Tangan kanan Yana terus menunjukkan arah kepada adik aku yang sedang berdiri disamping pakcik Jaafar. Aku hanya memandang sahaja reaksi Firdaus. Ternyata dia menundukkan pandangannya dari melihat Yana ketika itu.
"Hubungan apa pulak. Hang tu jin. Dia manusia. Mana boleh jin dengan manusia berhubungan. Aku tak mau tanya banyak. Lebih baik hang keluar dari badan budak perempuan ini sebelum aku bakar hang dengan ayat-ayat Allah."
"Bie...tolong lah sayang. Ada orang bodoh nak pisahkan kita ni, bie. Hihihi."
"Daus! Hang baca ayat pendinding. Jangan takut dengan syaitan. Pakcik Jaafar dengan makcik pun sama ya. Baca 3 Qul kemudian ayatul Qursi. Takut saja hanya kat Allah." Arah aku.
BERSAMBUNG ..

PART 3
Aku menyuruh Firdaus membaca ayat pendinding diri kerana aku melihat dia memang jelas dalam ketakutan. Entah apa yang difikir adik aku masa itu sehingga dia tidak dapat mengawal perasaan dirinya. Berpeluh habis muka dia masa itu dan kelihatan pucat. Terdetik juga dihati aku, betul kah dia ada buat sesuatu yang tak baik kepada Yana.
"Astaghfiruallahhallazim!" Getus hatiku.
"Hihihi..."
Aku harus berhati-hati. Masa ini lah iblis memainkan peranan besarnya untuk memasukkan rasa sangsi ke dalam hati aku. Tanpa menyoal banyak kepada Yana. Aku kembali membaca ayat-ayat ruqyah dan tidak menghiraukan provokasi oleh jin yang sedang merasuki Yana.
"Ahhh! Panas lah babi! Jangan kacau aku. Jangan kacau hubungan aku manusia bangsat! Aahhh!"
Aku tetap meneruskan juga bacaan ayatul ruqyah. Masa itu Yana semakin tidak keruan. Jin yang sedang merasukinya itu sedang kepanasan dek kalam-kalam Allah yang sedang aku kumandangkan. Menggelupur habis seluruh tubuh dia seolah mahu melepaskan diri dari ikatan. Nasib baik juga pakcik Jaafar mengikat kain pada tangan dan kaki Yana di katil agak ketat. Kalau tidak tentu Yana boleh terlepas dan terus terajang aku.
"Ahh...Bie...tolong sayang, Bie. Aahh"
Adik aku Firdaus baru saja hendak melangkah kaki kanan. Terus aku mengangkat tangan kiri aku menghala kepadanya sebagai tanda jangan mendekat. Aku pula masih lagi meneruskan bacaan supaya jin yang sedang merasuki Yana segera keluar dari tubuh badannya.
"Sudah! Cukup lah bangsat! Panas tau tak! Panas!"
"Dah tau panas. Awat yang hang degil tak mau keluaq dari badan budak ni?"
"Aku tak mau keluaq. Memang budak ini disuruh untuk suka kat adik hang. Jadi aku pun suka adik hang. Aku tak mau keluaq. Nanti tuan aku bakaq aku. Tak mau! Huh!"
"Hang berdegil lagi noh? Hang tak takut kat Allah ka? Awat yang hang takut sangat kat tuan hang tu? Dia ada kuasa apa?"
"Allah? Sapa tu? Aku tak kenal la bangsat! Aku kenal tuan aku sahaja. Hanya dia sahaja yang boleh bunuh aku. Aku tak mau keluaq! Hahahha!"
Jin yang sedang merasuk Yana terus ketawa untuk memprovokasi akan diri aku. Aku pula menyambung bacaan ayat ruqyah supaya jin yang berada di dalam badan Yana itu melemah. Namun, secara tiba-tiba Yana berhenti dari ketawa. Wajahnya terus beralih kepada aku dan melihat tajam ke muka aku.
"Krapp pungkurap pungkrap!"
Aku tidak mahu tahu apa yang dia cakap dalam masa siam. Yang pasti aku sudah dapat agak jin yang sedang merasuki Yana ketika itu memang datangnya dari bomoh siam. Aku tidak endahkan mantera yang diluahkan oleh Yana. Aku tetap tetap meneruskan membaca kalam-kalam Allah.
Dengan tidak semena-mena, muka aku diludah oleh Yana. Memang kali ini jin yang sedang merasuki Yana sudah melampau.
"Hahahha! Rasakan. Hang nak lawan sangat dengan aku kan! Hang nak ganggu aku sangat kan! Rasakan. Hahaha!"
Kalau ikutkan hati aku. Memang aku sepak muka Yana masa itu. Tapi disebabkan dia sedang dirasuk, maka aku terpaksa batalkan niat nak sepak muka Yana. Sudah lah panas air liur budak ini. Busuk pula. Aku segera mengesat muka aku dari lendir air liur Yana yang menjijikan itu.
"Hahaha! Tadi nampak macam hebat ya! Baru kena ludah sikit dah terdiam. Mana dia ayat-ayat tuhan hang tadi tu? Hahaha!"
"Hang betul-betul nak cabar ilmu Allah ka iblis laknatullah?"
"Hahaha! Mengaku sahajalah manusia bangsat yang lemah. Dalam diri hang tu dah mula duk takut dengan aku. Sekarang ini bukan aku sorang ja ada dalam badan budak ini. Semua kawan-kawan aku ada 100 orang tengah tolong aku. Hahaha!"
Aku agak tergamam sedikit ketika itu. Memang bukan yang biasa-biasa jin merasuk dalam tubuh Yana. Aku tidak boleh teragak-agak lagi. Kali ini aku terpaksa membuka langkah kanan. Serban dari kepala aku lucutkan. Aku pegang dengan tangan dan kiri aku di hadapan mulut lalu aku membaca ayat perlindungan beserta selawat keatas baginda Rasulullah SAW lalu aku tiupkan kepada kain serban aku.
Setelah dari itu segara aku libaskan kain serban tersebut ke atas badan Yana secara sederhana supaya tidak mencederakan pada tubuhnya. Kalau aku libas kuat masa itu. Sudah tentu pakcik Jaafar akan libas aku pula dengan parangnya. Mampus aku.
"Aduh! Sakitlah bodoh! Sakit. Aah!"
Sebanyak 7 kali juga aku melibas badan Yana. Menggelupur jin-jin yang ada dalam badan dia masa itu. Setelah aku habis melibas. Aku kembali membaca ruqyah untuk melemahkan jin-jin yang ada dalam badan Yana. Kali ini jeritan Yana memang sangat membingitkan buat sesiapa yang sedang berada di dalam rumah keluarga pakcik Jaafar.
"Ahh! Tolonglah jangan baca lagi. Aku dah lemah. Tolong jangan baca lagi." Rayu jin yang masih bersarang dalam tubuh Yana.
"Kenapa hang mintak tolong aku pulak? Kawan-kawan hang tadi tak tolong hang ka?"
"Aku tak tahu apa yang hang baca sampai ada setengah kawan aku terbakar jadi debu. Ada yang lari tercirit-cirit bila hang baca itu tadi. Badan aku pula sudah separuh terbakar. Cukuplah. Aku mengaku kalah. Hang lagi berkuasa dari tuan aku. Sudi tak aku jadi hamba hang?"
Aku hanya menggelengkan sahaja kepala apabila melihat rayuan jin yang masih lagi berada dalam badan Yana. Memang bahaya rayuan sebegini jikalau iman tidak mantap didada. Aku tidak menjawab apa. Aku tetap menyambungkan bacaan kalam-kalam Allah SWT.
"Sudah cukup!"
Kali ini suaranya semakin melemah.
"Apa yang hang duk baca sampai terbakar teruk badan aku? Hang tak sudi ka aku jadi hamba hang? Kalau tak sudi bunuh sahaja aku sekarang."
"Lagi sekali kalau hang merayu laguni aku memang tak teragak-agak menuruskan bacaan Al Quran untuk hapuskan hang." Tegas aku.
"Tapi kenapa pula? Bukan kah manusia suka bertuankan jin macam aku?"
"Orang-orang yang beriman hanya hamba kepada yang 1 iaitu Allah dan tidak boleh menyekutukan dia. Kalau hang nak tuan sangat. Takut lah pada Allah semata-mata. Dialah tuhan sekalian alam yang maha berkuasa. Bukan tuan hang dan juga bukan aku."
"Allah? Siapa itu? Aku macam pernah dengar nama itu tapi aku tidak pernah melihat kewujudan dia. Tidak seperti tuan aku. Dia memang wujud dimata aku."
"Kenapa hang nak tau lebih? Hang nak cabar kuasa Allah ka?"
"Bukan begitu. Sebenarnya aku sangat takut jikalau aku keluar dari badan budak ini. Aku akan dibunuh oleh tuan aku. Jikalau Allah itu maha berkuasa, sudah tentu dia boleh melindungi aku dari dibunuh oleh tuan aku sekarang. Jadi aku ingin tahu adakah Allah itu benar-benar mampu melindungi aku dari ancaman tuan aku?"
"Bukti sudah ada depan mata hang. Cukup sahaja aku hanya membaca kalam-kalamnya sehingga boleh membuatkan hang terbakaq."
"Kalam? Apakah itu?"
"Kalam itu adalah kata-kata Allah yang berada dalam kitab Al quran sebagai pengajaran dan pentunjuk untuk umat jin dan manusia supaya tidak terus berada di dalam kesesatan."
Kali ini Yana terdiam seketika. Tiada riak kebengisan dari muka dan juga tiada provokasi yang diluahkan oleh Yana. Matanya memandang tepat pada siling bilik seolah memikirkan sesuatu. Aku pula hanya membiarkan sahaja tingkah laku Yana ketika itu.
"Hang duk fikir apa tu?" Soal aku. Kerana aku tidak mahu rasukan ini berpanjangan.
"Kalau benar Allah itu berkuasa. Apakah yang perlu aku buat supaya tubuh aku kembali sembuh?"
"Kalau sembuh hang berjanji tak akan ganggu budak ini lagi?"
"Ya aku janji. Tapi,macam mana?"
"Apa agama hang la ni?"
"Aku tak ada agama. Awatnya?"
"Pilih la agama islam. Iaitu agama Allah yang diredhai. Allah akan lindungi hang setiap masa dan sudah tentu syurgalah tempat hang kalau hang terus beriman kepada Allah."
"Apa benar hang cakap ni?"
"Demi Allah, Dia menjadi saksi aku akan kebenaran ini."
"Ajarkan aku macam mana nak masuk agama ini. Ajarkan aku sekarang."
"Apa hang janji selepas aku ajarkan yang hang tak berdamping dengan manusia seperti tuan hang sekarang?"
"Aku berjanji. Cepat ajarkan aku. Pedih tersiksa dari ayat Allah yang hang baca tadi hampir membunuh aku sekarang. Tolong lah. Aku tak mau mati keadaan macam ni."
"Baiklah. Ikut apa yang aku lafaz ni ya. Aku bersaksi, tiada tuhan melainkan Allah. Dan aku bersaksi Nabi Muhanmad itu pesuruh Allah."
"Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah. Dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."
"Alhamdulillah. Hang la ni saudara seagama aku." Ucap aku sambil memberikan senyuman kepada jin yang masih berada dalam tubuh Yana.
Yana ketika itu tidak berkata apa. Hanya senyuman manis yang terukir pada bibirnya ketika itu. Ianya berseri dan tidak seperti sebelumnya. Serta secara tiba-tiba manik jernih mula membasahi pipinya.
"Terima kasih wahai hamba Allah. Memang benar kata-katamu. Setelah aku melafazkan saksi agama ini tadi seluruh badan aku diganti dengan badan yang cantik. Indah sangat aku merasakan ketika ini. Terima kasih wahai hamba Allah." Ucap Yana dalam keadaan senyum.
"Janganlah kamu berterima kasih pada aku. Terima kasih sahaja kepada Allah SWT kerana dia lah yang memberi hidayah kepadamu. Sekarang keluarlah kamu dari badan perempuan ini dan pergilah ke masjid atau surau kerana disana akan ada dikalangan kaum mu yang beragama islam akan mengajar kamu mendalami ilmu agam islam."
"Baiklah. Sebelum aku keluar dari tubuh manusia ini. Boleh tidak kiranya kamu melepaskan ikatan yang ada pada tangan dan kakinya?"
"Kamu nak buat apa?"
"Aku ingin bersalaman kepada ibu dan ayahnya sebagai tanda memohon maaf atas apa yang telah aku lakukan kepada anak depa ni."
"Baiklah aku boleh lepaskan. Tapi hang mesti berjanji. Selepas hang salam dengan depa segeralah keluar dari badan perempuan ini. Berjanjilah atas nama Allah SWT."
"Baik. Aku berjanji dengan nama Allah SWT."
BERSAMBUNG ..

PART 4 (AKHIR)
Setelah itu, aku memanggil pakcik Jaafar dan makcik Kiah untuk membuka ikatan yang mereka ikatkan pada kaki dan tangan Yana. Pada mulanya mereka masih teragak-agak hendak datang kearah Yana kerana risau kalau-kalau Yana akan bertindak agresif terhadap mereka. Tetapi, aku tetap menyakinkan mereka untuk tidak perlu risau mengenai hal itu.
Setelah mereka melepaskan ikatan pada kaki dan tangan Yana dari keadaan berbaring, riak wajah Yana masih tersenyum dan air matanya terus bercucuran membasahi pipinya. Cuma, mata hitamnya masih lagi hilang entah kemana.
"Maafkan saya atas perlakuan buruk saya terhadap anak anda. Maafkanlah saya." Ucap jin tersebut dengan suara yang sayu.
"Kami maafkan kamu." Ucap pakcik Jaafar yang mewakili isterinya juga.
"Terima kasih wahai hamba Allah."
Kali ini Yana menangis teresak-esak. Bukan lah Yana yang menangis sebenarnya. Tetapi jin yang baru sahaja kembali kepada islam dalam badan Yana itu yang menangis. Agaknya dia sangat menyesali atas perbuatannya terhadap Yana dan menyusahkan keluarga Yana.
"Sebelum aku keluar dari tubuh ini aku ingin berbicara sebentar dengan kamu boleh ustaz Muaz?"
"Boleh. Silakan."
"Suruh lah adik kamu itu berhati-berhati memilih kawan. Akibar dari itulah apa yang terjadi kepada budak ini sekarang. Itu sahaja. Jikalau kamu sudi boleh tak bagi aku 1 nama supaya kaum aku dapat memanggil aku dengan nama yang baik-baik?"
"Nanti akan aku nasihatkan adik aku mengenai hal itu. Nama kamu sekarang adalah Fatimah. Itu juga adalah nama kepada anak kesayangan Nabi Muhammad SAW."
"Aku sangat berbangga dan terharu akan nama yang hebat ini. Terima kasih wahai hamba Allah. Aku pergi dahulu. Asalammualaikum."
"Waalaikumusalam."
Selepas mengucapkan salam. Yana terus kembali ke katilnya dan terus baring. Secara tiba-tiba mulutnya terbuka luas seolah-seolah sedang menghadapi keadaan nazak. Panik juga aku tengok keadaaan pakcik Jaafar dan makcik Kiah apabila melihat anaknya seperti itu. Mereka terus berlari menuju ke arah pembaringan Yana untuk mengejutkan Yana yang telah memejamkan matanya.
"Yana, bangun yana. Ayah, ni. Bangun sayang."
Kelopak matanya dibuka perlahan. Matanya itu juga sudah kembali kepada asal dan tidak kelihatan mata putih yang penuh seperi kerasukan tadi. Yana sudah kembali pulih seperti sediakala. Dia terus bangun lalu dipeluk oleh pakcik Jaafar dan juga makcik Kiah.
"Terima kasih ustaz Muaz sebab sudi tolong pulihkan anak saya ni."
"Alhamdulillah. Semua ini dari Allah, pakcik. Saya cuma minta bantuan dari Allah sahaja. Dia yang sembuhkan anak pakcik. Bukan saya."
"Saya faham, ustaz."
"Yana. Macam mana kamu rasa badan kamu la ni?" Soal aku kepada Yana.
"Badan saya rasa ringan ustaz. Tak macam sebelum ni. Rasa berat sangat. Lepas saya balik dengan Firdaus baru ni rasa makin berat. Bila dah sampai rumah dan masuk dalam bilik. Saya dah tak ingat apa ustaz. Cuma yang saya nampak.."
"Macam ada budak sakit teruk tadi. Saya pernah nampak budak tu sebelum ni. Tapi saya tak tahu nama dia."
"Tak apalah. Lupakan hal tu. Bersyukurlah kamu dan sembuh sekarang. Mulai saat ini amalkan ayat pendinding tau, ya?"
"Baik ustaz. Terima kasih, ustaz."
"Sama-sama."
"Pakcik. Kami nak minta izin dulu nak balik ya. Lagipun dan pukul 5.30 pagi dah ni."
"Baik-baik. Terima kasih lagi sekali ya ustaz Muaz."
"Sama-sama"
Setelah selesai aku dan Firdaus bersalaman dengan pakcik Jaafar. Aku terus memandu ke arah masjid di kampung Seberang Pekan untuk solat subuh berjemaah. Dalam perjalanan ketika itu aku menyedari adikku masih lagi mendiamkan diri dan bermenung jauh di luar tingkap kereta. Aku membiarkan sahaja dia melayan perasaanya ketika itu sementara aku teruskan pemanduanku menuju ke masjid.
5 hari sebelumnya.
Dalam bilik di sebuah kolej.
"Daus. Aku tengok hang rapat sungguh noh dengan Yana. Haa..ada apa-apa ek hampa berdua ni?" Soal Haziq.
"Eh! Tak pa haih. Aku memang rapat dengan dia dari sekolah lagi."
"Betul ka ni? Hari tu aku nampak hang bukan main lagi noh pegang tangan dia kat taman ek. Amboi hang. Tu pun nak berahsia dengan aku noh?"
"Hihi. Sebenarnya aku memang suka dia lama dah, Ziq. Tapi aku tak mau lah nak kecoh-kecoh sebab dia pun tak suka kecoh-kecoh pasal hal ni.
"Owh macam tu ka? Kiranya hangpa ni memang couple dah la ya?"
"Lebih kurang macam tula bro. Awatnya hang tanya? Haa..hang syok jugak kat Yana kan? Haha."
"Apa pulak. Suka hati hang ja tuduh noh."
"Tak adalah. Aku ingat lagi masa mula-mula kita masuk kolej dulu. Hang pernah habaq kat aku yang hang suka Yana. Tapi aku ingatkan hang suka kawan ja."
"Laa. Memang la aku suka kawan ja. Tak lebih dari tu la bro."
"Kalau macam tu tak apalah."
"Hang memang perampas hak aku, Daus. Hang tunggu lah esok. Kalau aku tak dapat. Hang pun tak akan dapat!" Getus hati Haziq.
-TAMAT-

013. GENTAYANGAN

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : GENTAYANGAN
KARYA : NORRI ZIA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400013
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

"Aduh...gila panas!"
Habis basah lencun bajuku berdiri tegak dibawah sinar mentari dah macam budak sekolah kena denda berdiri dekat tiang bendera pula.
"Jam masuk air la pula...air datang dari mana entah, entah pukul berapalah sekarang ni".
Aku yang sedari tadi mundar-mandir entah dah berapa kali...takkan tiada walau sebiji bas pun lalu kat kawasan ni? Kereta aku ni bagus sangat perangainya, entah apa pula yang rosak tiba2 enjin tak boleh hidup padahal baru dua minggu lepas aku servis, tiap2 hari pula aku belanja dia minum RON97.
"Dah kau nak buat perangai pula harini kan...takda hari lain kau nak buat pe'el eh?"
Aku mulai bermonolog sendirian. Dahlah panas, seorang...handset pula entah kemana. Baru je aku cuba tengok2 enjin tadi pandai dah siOppo main sorok2. Nak kata dicuri takda pula kelibat orang lalu-lalang...cuma ada sorang budak ni je duk perhati aku dari jauh. Lastik tu siap gantung kat leher, nak lastik burung la ni...
"Dik, ayah ada kat rumah tak?"
Aku yang mulai menegur tujuan ingin mendapatkan bantuan nampaknya telah menakutkan sikecil.
"Laju kau lari dik macam nampak hantu pula", getusku kecewa padahal dari tadi tu asyik perhati aku ingat beranilah kot budak2 jalan sorang2 baru kena tegur sikit dah lesap agaknya diingat penculik kot, adehh...
~~~~~~~~~~~~~~~
"Trang!!"
"Meooww"
Habis pecah berderai pinggan jatuh ke lantai.
"Si Oyen ni pun...time orang nak lalu time tu jugalah dia kelam-kabut nak lalu. Dah macam mana nak bagi kau makan habis semua sisa lauk bercampur kaca ni hah".
"Meooww..."
Sahut si Oyen bagai faham bicara pula.
"Tak apalah bang, ni bagi dekat si Oyen saya kaup sedikit lauk untuk si Azmi ni. Kaca tu tak apa...nanti kejap saya kemaskan sekali".
"Hah yela...lepas ni saya pun nak masuk zuhur dah, dah dekat pukul 3 ni lalai menunggu si Azmi ni tak juga muncul2".
"Cakap pasal si Azmi anak kita tu kan bang, harap tak apa2lah dia dalam perjalanan ye...dah kedapatan pecah pula pinggan sebelum dia, risau pula hati sayani".
"Awak tu tak payahlah diikutkan hati sangat kejap lagi sampailah tu...lagipun bukannya tak tahu perangai anak kita sorang tu, katanya sampai siang karang malam baru mengetuk pintu".
~~~~~~~~~~~~~~~~
"Lambat baliknya abang oii, kata keluar membeli roti je".
"Ni nak khabar...lepas saya beli roti kat kedai si Ajis tadi nampak ramai orang berkumpul kat rumah Pak Lang simpang tengah tu, katanya anak menantu dia kemalangan", balas Pakcik Hamzah yang belum pun sempat mematikan enjin motorsikalnya sambil tangan sebelah menghulur roti yang dibeli kepada isterinya.
"Innalillahi wainnailaihi irrojiun, yang baru kahwin 2 bulan lepas tu kan? berlanggar dengan apa?"
"Entahlah, tu saya balik dulu khabo kat awak kang risau tak memasal bila saya tak balik2. Ni nak tanya, anak kita tu dah sampai belum?"
"Belum lagi bang, ni saya pun baru balik dari menghantar tempahan kerepek si Tiah tu, sekali sampai rumah entah datang mana pula kelopak2 air dekat beranda ni hah"
"Hah yela...awak sambunglah lap dulu, saya kesana dulu ye bantu uruskan apa yang patut".
~~~~~~~~~~~~~~
"Terima kasih sudi tumpangkan sampai sini bang".
"Kebetulan memang saya nak pergi ke destinasi yang sama, selesaikan segera urusan awak ye...kejap lagi karang dah nak masuk waktu kita kena panggil".
Aku sedikit binggung dengan butir bicara mamat yang ku gelar abang ini. Dari perwatakan aku agak dia mungkin sedikit tua dariku.
Aku hanya membalas dengan senyuman dan mengangguk tanda faham. Agaknya dia maksudkan masuk waktu Maghrib kot...dan aku perasan rupa abang tu macam pernah ku lihat, mungkin pernah terserempak dimana2 sebelumni cuma ketika dia menoleh sedikit ke tepi tadi kelihatan rupanya pucat...amat pucat yang seakan mayat.
"Mak ayah ni pun satu, dah bagitau nak balik harini takda pula kat rumah...", getusku sendirian yang baru sahaja sampai dirumah tadi tapi kecewa salam tak bersambut tanda ketiadaan sesiapa dirumah.
"Kena beli phone baru dulu ni, karang kena curi pula tayar tu, baru lepas tukar sport rim baru tu".
Aku segera menuju ke kedai2 yang ada diterminal.
Tutup.
Semua tutup.
Pelik...
"Aii...lockdown ke apa ni? Kampung aku pun gila ketat lockdown ke apa?", rungutku sendirian lantas mengeluh panjang...
"Takkan abang tadi tu tak bagitau kedai tutup seusai Maghrib, aduhh...tambah susah kerja gini time perlu call towing tak dapat call pula".
Aku perhati sekeliling terminal.
Terminal yang ku nampak dari kejauhan tadi sibuk dan riuh sekelip mata bertukar sunyi.
Kosong.
Suram.
Seakan suatu tempat asing yang ditinggalkan.
Aku masih cuba mengenal pasti keadaan. Adakah benar apa yang kulihat tadi dan apa yang ku alami kini atau hanya sekadar halusinasi dek penat sejak tengahari tadi?
Sekilas mataku tertarik pada sekumpulan lelaki berjubah putih ditingkat atas. Ramai. Mereka ramai dan berjalan seakan berbaris memasuki suatu pintu.
Baju yang mereka pakai seakan sama, sebenarnya nak dikata jubah bukan...nak dikata kurta pun bukan sebab terlilit kain dipinggang untuk setiap daripada mereka dan kain itu pula berlainan warna. Mereka juga lengkap bersongkok dan songkok yang dipakai tinggi2 belaka, agaknya lebih 2 jengkal dari songkok biasa.
"Aku tertinggal trend kah?"
Aku segera menuju kearah mereka.
Bangunan terminal ni hanya ada 2 tingkat sebenarnya dan ku agak terdapat surau ditingkat atas. Tapi belum pun sempat ku mengorak langkah, aku disapa oleh satu suara aneh.
"Bang...ada nampak anak saya tak?"
Suara itu kedengaran bergetar dan berada betul2 dibelakangku.
Masya Allah!
Kelihatan seorang wanita yang cuba menangkuk mulutnya yang cedera seakan tertanggal dua manakala sebelah tangannya lagi memegang perutnya yang terkoyak menampakkan segala isi perutnya.
Aku hampir tersungkur melihat apa yang baru ku saksikan dihadapan mataku ini.
Aku dengan sedaya upaya berlari bagai tak cukup tanah meninggalkan bangunan terminal kerana terdorong perasaan takut yang amat.
Jantungku berdegup kencang, kepala lututku terasa longgar dan berketar2. Kedengaran gelak tawa mengilai bergema diseluruh tempat yang seakan berada didalam hutan.
Ku tetap gagahkan diri menoleh ke belakang. Hutan? Mana pergi terminal tadi?
"Bukk!!"
"Aduhh...mana pula datang akar kayu ni!"
Aku jatuh tersadung kesakitan menyembah bumi.
Jalan yang dihadapanku sebelum ini juga bertukar semak.
"Apakah aku dah lari masuk ke hutan?"
"Alahai...kat mana pula ni??"
Aku mulai bingung.
Aku mulai pening dan penat dengan hal sekeliling yang seakan cuba menipuku pada setiap penjuru tempat yang ku lewati.
Tuhan,
dugaan apa yang kau berikan pada aku kali ni? Bermula keretaku rosak dipertengahan jalan, kini kau buka hijabku untuk melihat makhluk2Mu di alam yang lain?
Sebenarnya tujuanku pulang ke kampung kalini ingin menyampaikan hasrat untuk menamatkan zaman bujang yang selama ini diimpikan oleh kedua ibubapa ku tapi nampak al kisahnya menjadi ngeri seperti ini.
"Bukan Puteri Bunian yang nak ku suruh Pinang pun, kenapa ini pula yang harus ku lalui dulu..."
Peluhku membasahi seluruh badan.
Bajuku basah lencun.
Yang pelik, kasutku memang sedari tadi bertakung air. Jamku juga sedari tadi mati tak berfungsi dan berwap dipermukaan kacanya seakan dimasukki air.
Dari kejauhan kelihatan lampu berkelip2 berwarna biru serta suara bising yang mungkin datang dari para pekerja yang membaik pulih jalan.
Aku menarik nafas lega kerana akhirnya menjumpai manusia sepertiku. Sekurang2 tiada lagi rasa takut seakan gugur jantung seperti tadi.
"Baik...ke kiri sikit. Takpa letak saja kat situ dahulu, kita tunggu bahagian forensik buat pemeriksaan".
Aku sempat melihat susuk tubuh yang diusung tadi sebelum mukanya ditutup dengan plastik hitam.
"Eaa...bukankah ini abang tadi yang menghantar aku pergi ke terminal?"
Diriku mulai kebingungan.
Sejurus itu juga badanku kembali berpeluh deras seperti berbaldi2 air disimbah ke arahku.
"Tuan, suspek kedua belum ditemui, mungkin mangsa masih terperangkap didalam paya. Keadaan kereta suspek pun agak teruk, cermin hadapan keretanya pecah dipercayai badan mangsa tercampak keluar".
Mataku segera menangkap bayang kereta yang baru selesai diangkut keluar dibahagian sisi jalan.
Mini Cooper BNV88.
Sah itu kereta aku.
Keadaannya juga sama seperti yang dilaporkan oleh pegawai polis tadi.
"Keadaan dah semakin gelap. Kerja2 penyelamatan kian menjadi rumit, saya tak nak pula nanti ada terkorban jiwa dikalangan para pegawai saya. Kita tangguhkan misi penyelamatan sehingga esok memandangkan langit pun sudah menunjukkan tanda2 ribut. Inspektor Zariel, terus buat pengecaman dan pengesahan dari nombor2 plat kenderaan mangsa kemudian sedia maklum pada keluarga2 mangsa yang terlibat".
Badanku seolah ditarik oleh sesuatu.
Sekelip mata diriku berada ditengah ruangtamu rumah ibubapaku.
"Akhirnya aku sampai ke destinasi tujuanku!", kataku didalam hati dengan keadaan yang basah kuyup.
Ditengah perkarangan kelihatan ibubapa, sanak saudara serta beberapa jiran terdekat sedang asyik membaca Yassin.
"Mak, Azmi dah sampai mak..."
Aku menghampiri ibuku lalu cuba memegang tangan tuanya tetapi terhalang oleh suatu dimensi lain yang seakan memisahkan kami walau kami berada di tempat yang sama.
"Abang, saya percaya anak kita selamat bang, saya tahu dia masih ada disitu".
Tiba2 suara ibuku mencelah disebalik alunan Yassin. Air matanya lantas bercucuran membasahi pipi.
Ingin saja ku usap air matanya...
"Maafkan saya mak...", jiwaku turut terluka melihat keadaan ibuku yang risau akan keadaan anak terlajak bujangnya ini tapi apakan daya kini diriku juga tidak dapat berbuat apa2 melainkan turut menunggu untuk diselamatkan.
"Ye...kita serahkan segalanya pada pihak polis. Saya pun harap dia dijumpai segera, saya sendiri tak sangka rupanya anak menantu Pak Lang tu kemalangan dengan anak kita sendiri", balas ayahku cuba menenangkan ibuku kembali.
~~~~~~~~~~~~~~~~
"Tuan, saya rasa elok kita mulakan pencarian dengan laungan azan, semoga Allah SWT membantu kita dalam memudahkan pencarian anak saya", cadang ayahku kepada pihak polis yang lebih dahulu sampai ditempat kejadian.
Aku perhati kawasan sekeliling.
Inilah jalan yang ku lalui semalam dimana keretaku bertembung dengan sebuah motor yang hilang pertimbangan yang datang dari arah bertentangan.
Keretaku yang cuba menggelak namun gagal terus terhumban masuk ke dalam gaung. Rupanya terdapat kawasan berpaya dibahagian bawah yang memerangkap diriku hingga kini.
Disisi seberang jalan, betul2 dibawah papan tanda amaran jalan berbengkang-ben
gkok, ku terlihat adik kecil semalam yang setia berteman lastik yang bersangkut dilehernya, cuma kali ini dia tidak sendirian, dia berteman ayahnya dan juga beberapa orang kampung yang ku agak tinggal berdekatan.
Mereka sedang asyik melihat para penyelamat melakukan tugas2 penyelamatan dan sesekali berbisik sesama sendiri. Si anak kecil itu pula asyik merenungku. Renungannya sama seperti semalam cuma kali ini aku tidak akan menyapanya khuatir menakutkannya lagi.
Tapi sebaik hasrat hatiku ingin melemparkan senyuman buat anak kecil itu, badanku yang sedia basah kuyup kali ini terasa seperti dipatah2kan, bagai dahan pokok kering yang dihimpun dan dipatahkan serentak.
"Arrghh...sakiitt!!", tapi sayang...jeritanku tidak didengari sesiapa.
Disuatu sisi jalan yang lain dimana ayahku berdiri bersama beberapa orang pakcik saudaraku dan pihak berkuasa yang lain, ku terlihat satu tubuh diusung sedang cuba untuk dibawa naik.
"Aaa...aakkuu??"
Dengan badan yang terasa seperti dipatah2kan serentak, air turut mengalir keluar dari seluruh rongga badanku, hidung, telinga, mulut, malah jantungku bagai diramas kasar keluar dari tubuhku.
"Masya Allah...Azmi".
Kedengaran suara ayah menyebut namaku.
"INNALILLAHI WAINNAILAIHI IRROJIUN"
~~~~~~~~~~~~~~~~
"Arene, kau dah tahu ke tentang Azmi?"
"Dari semalam aku cuba call dia tapi tak dapat2, dia dah masuk kerja ke?"
"Aku tak tahu macam mana nak mula ni...aku harap kau tenang dan kuat. Azmi kemalangan jatuh gaung dalam perjalanan pulang ke kampung, baru tengahari tadi pihak polis jumpa mayatnya".
"Hah???"
TAMAT

014. KERANA MALU

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : KERANA MALU
KARYA : DE NARISSA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400014
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

“Awak, jom malam ni makan kat Seoul Garden? Awak belanja! Lama dah kita tak makan situ tau.” Pinta Maya dengan suara manjanya.
Farid garu kepala tanda serba salah.
“Maya, saya minta maaf sangat-sangat. Bukan saya tak sudi nak belanja awak, buat masa ni duit saya tak banyak. Sekarang ni saya tengah berjimat. Awak pun tau kan saya belum dapat kerja tetap lagi. Saya minta maaf ya. Apa kata saya belanja makan burger malam ni kat depan 7e dekat dengan rumah awak tu, nak?”
Maya mencebikkan mukanya. Dia sudah meluat dengan Farid yang semakin tidak dapat mengikut kehendaknya.
“Tak payahlah. Saya makan maggi lagi bagus!”
Panggilan terus dimatikan.
Maaf Maya, aku tak mampu. Bisik hati Farid. Farid menghela nafas berat. Dia bergegas untuk bersiap bagi menyambung syif yang kedua pada waktu petang pula. Pagi tadi dia sudah selesai untuk syif pertama selama tiga jam. Menjelang waktu tengah hari dia pulang sebentar untuk makan dan rehat. Hampir begitulah setiap hari rutin harian Farid sebagai penghantar makanan dengan menaiki motorsikalnya. Sudah hampir lima bulan Farid bekerja sambilan di syarikat Jom Makan demi melangsungkan kehidupannya.
Sehingga kini Farid belum dapat kerja tetap sebagai pereka grafik, bidang yang diimpikannya selama ini selepas tamat pengajian. Belum sampai rezekinya untuk berada di tahap itu. Walaupun dia semakin aktif dengan tugas menghantar makanan, Farid tidak ketinggalan melakukan freelance sebagai pereka grafik. Pendek cerita, segala usaha yang dilakukannya ini, dia tetap berasa bersyukur.
“Ish takkan sampai sekarang tak dapat kerja tetap lagi? Dulu masa belajar, beriya-iya nak ajak aku kahwin! Sekarang bila dah jadi macam ni, semua benda asyik nak tolak je!” Maya mula tertekan keseorangan dalam bilik.
“Maya, hey sweetie. Kenapa ni?” Datin Fatima mula mendekati anaknya.
Maya yang tidak sedar akan kehadiran ibunya, sedikit terkejut lalu melentokkan kepala di bahu wanita berumur 50-an itu.
“Tak ada apalah ma. Maya stress dengan Farid ni. Dia tak macam dululah. Makin hari bila Maya minta apa yang Maya nak, semua tak dapat dari dia, ma. Lagipun Maya bosan hidup macam ni. Maya nak kerja pun papa tak bagi.”
“Janganlah cakap macam tu sayang. Maya kena faham juga dengan Farid. Dia pun tengah berusaha kumpul duit. Tambah lagi mak dan ayah dia dah meninggal. Cuma dia seorang saja yang kena bantu untuk diri dia sendiri. Mama yakin dalam masa yang sama, dia tengah kumpul duit untuk kahwin dengan Maya suatu hari nanti. Dan papa pula, niatnya dia mahu bagi yang terbaik untuk Maya. Papa ada cakap dengan mama, dia belum bersedia nak Maya bekerja buat masa ni. Maya tolonglah faham ya sayang.” Ujar Datin Fatima sambil mengusap lembut rambut anaknya.
Selepas seminggu Maya berdiam diri dari Farid. Gara-gara Farid menolak permintaanya tempoh hari. Farid tidak pernah sesekali melepaskan peluang untuk cuba hubungi Maya. Farid sudah mula risaukan dengan keadaan Maya yang tidak memberi apa-apa respons terhadapnya. Agaknya sudah beribu kali cuba menghubungi kekasih hatinya itu, tetapi tiada jawapan. Mesej dalam whatsapp lagilah. Hanya meninggalkan bluetick saja. Tergurisnya hati Farid hanya Tuhan saja yang tahu. Tetapi dia tetap bersabar.
Walau fikirannya serabut memikirkan Maya, dia tetap menjalankan tugas hariannya dengan baik. Baginya apabila dirinya cuba sibukkan diri dengan hal-hal yang lain, perasaan kecewa itu sedikit demi sedikit boleh hilang tetapi tidaklah sehingga boleh pudarkan perasaan cintanya pada Maya. Hatinya tetap memilih Maya sebagai suri hidup. Melainkan Maya sendiri membuat keputusan untuk meninggalkannya.
Tetapi Maya? Hanya memikirkan kehendaknya saja. Tiada sekelumit pun memikirkan perasaan Farid. Tentang pekerjaan Farid? Lagilah dia malas hendak ambil tahu. Apa yang dia cuma mahukan adalah perhatian Farid yang sentiasa boleh ikut rentaknya. Perangai mengada-ngadanya itu tidak bertempat. Mujurlah Farid masih bertahan dengan sikapnya. Mungkin istilah pentingkan diri amat sesuai pada Maya.
Telefon bimbit milik Maya berbunyi di atas sofa. Pantas dia melihat nama si pemanggil. Dia mula membuat muka meluatnya. Ish nak apa lagi? Bentaknya dalam hati.
“Hello! Haa nak apa lagi Farid? Awak tak payah contact saya lagi lepas ni, faham tak?”
“Maya.. saya rindukan awak. Dah seminggu saya tak dengar suara awak. Tak jumpa awak. Takkan sampai sekarang ni awak masih marahkan saya? Saya ingat awak akan faham dengan keadaan saya, tapi rupanya tak. Saya berusaha untuk pertahankan hubungan kita ni. Bagi sokongan pada saya pun dah cukup.”
“Awak nak saya faham awak, Farid? Come on man. Awak sendiri pun tak faham saya. Apa yang saya nak, susah nak dapat! Awak patut bersyukur tau sekurang-kurangnya saya tak curang pada awak!”
“Maya, belum sampai rezeki saya untuk dapat kerja tetap dan nak bagi apa yang awak nak. Saya berterima kasih dengan awak sebab awak masih setia dengan saya. Please Maya, jangan macam ni ya. Setiap hari saya risaukan awak.”
“Ni lagi satu saya nak ingatkan kat awak. Lepas ni, kalau kita terserempak kat luar dan kebetulan awak pula tengah pakai baju uniform Jom Makan awak tu, jangan memandai nak tegur saya, faham? Jangan harap saya akan pandang awak! Kita anggap saja tak kenal masing-masing. Faham Farid?”
Farid memejamkan matanya sehingga tidak sedar air matanya tumpah ke pipi.
“Maya, awak malu saya kerja macam ni?”
“Habis tu, awak ingat selama ni saya memang sokong awak kerja tu? Saya terpaksa terima tau. Tapi sekarang saya tak boleh sorok lagi dah perasaan saya ni. Saya nak awak tau, saya tak nak dah nak berpura-pura. Penat bila pura-pura sokong ni. Padahal dalam hati saya malu dengan awak. Saya tak nak kawan-kawan saya yang lain tahu awak kerja sebagai apa!”
“Hinanya saya di mata awak, Maya. Maafkan saya sebab tak dapat jadi seperti lelaki lain yang boleh tunaikan permintaan pasangannya. Cuma satu saja saya nak ingatkan pada awak, sekurang-kurangnya kerja saya ni halal dan saya tetap bangga bekerja sambilan menghantar makanan. Saya buat semua ni sebab saya nak kumpul duit, sementara saya dapat kerja lain. Tolong jangan hina pekerjaan saya ni, Maya. Walaupun awak malu dengan saya, saya tetap teruskan dengan kerja ni.”
“Okay Farid. Suka hati awak!”
Farid tersentak apabila panggilan dimatikan begitu sahaja. Wajahnya diraut beberapa kali sambil menggelengkan kepalanya. Air matanya sudah kering. Dia cuba untuk bertahan lagi dengan hubungan ni. Walau hatinya sakit, mengapa hatinya tetap memilih untuk bersabar. Adakah Maya ikhlas cintakan aku? Dirinya menyoal.
Dua hari kemudian..
“Hai girls!!!” Maya menjerit girang sambil memeluk erat Lily dan Sara.
“Jom Maya, meh masuk!” Pelawa Lily dengan senyuman. Mereka berdua terus paut lengan Maya untuk masuk ke dalam rumah mereka.
Ternyata hanya Lily dan Sara tinggal bersama di rumah sewaan mereka. Apartment yang mereka berdua didiami tidaklah begitu jauh dengan rumah keluarga Maya. Sekali sekala hujung minggu mereka pasti mengajak Maya makan bersama di rumah sambil berborak hingga lewat petang.
“Haa! Korang masak apa hari ni? Takde bau apa apa pun kat dapur?” Soal Maya bersahaja.
“Eh eh menyempat ya kau buat spot check?” Jawab Sara lalu terus menyiku Lily untuk sambungkan jawapan seterusnya.
“Okay macam ni Maya. Kami ni tiba-tiba berubah angin hari ni. Tak nak masak.” Kata Lily sambil ketawa kecil.
“Weh kalau macam tu, kita makan kat luar nak? Takkan duduk sini tak makan kot. Perut aku dah buat konsert dah ni!”
“Chill Maya. Kami ni dah oder Jom Makan! Yeayy! Sambil makan, kita bolehlah tengok movie sampai petang! Amacam? Lagipun lagi 10 minit food rider tu sampai.” Jelas wajah riang Sara.
“Okay aku ikut je!” Ujar Maya lalu menarik dan memeluk kedua-dua rakan baiknya yang berada kiri dan kanan ke dalam dakapannya.
Setelah 10 minit, mereka bertiga terkejut dengar ada seseorang memberi salam dari luar rumah. Bergegas Maya dan Sara pergi ke arah pintu.
“Waalaikumussalam!” Jawab mereka serentak.
Pantas pintu dibuka secara luas. Maya benar-benar terkejut dengan apa yang dilihat di depan matanya. Farid!
“Yeay! Terima kasih ya abang Jom Makan!”
“Sama-sama.” Kata Farid lalu memberi senyuman setelah menyuakan makanan yang dipesan itu kepada Sara. Kemudian Farid berlalu pergi.
“Abang Jom Makan hati-hati ya bawak motor. I love you!” Sara meninggikan suara sedikit tanpa pedulikan jiran sebelah-menyebelah.
Maya tergamam dengan tindakan Sara. Walaupun Farid sedar kehadirannya di situ, tetapi Farid tetap tidak beri sebarang reaksi pada Maya.
“Wey Lily! Mamat yang hantar makanan kita tadi ni, handsome gila! Mak aii cair aku bila dia senyum tadi! Auchh! Kalaulah aku ni girlfriend dia! Alahai... Rugi kau tak tengok tadi, kan Maya?”
Maya cuma mengangguk sekali dengan pertanyaan Sara. Tiba-tiba saja tangannya cekap menyusun dan mengagihkan makanan yang tersedia di atas meja ruang tamu. Lily hanya menggeleng sambil tersenyum melihat telatah Sara yang seperti mahu melihat lagi abang Jom Makannya itu.
“Kalau aku jadi girlfriend dia, confirm aku takkan lepaskan dia.” Kata Sara sambil mengangkat keningnya berkali-kali ke arah kedua-dua sahabatnya.
“Eleh, kau suka dia sebab handsome kan?” Perli Lily pula.
“Hello mana ada lah!” Cepat-cepat Sara mencuit pinggang Lily. Mereka berdua gelak bersama.
Maya hanya memandangkan tempat lain. Fikirannya mula tertumpu pada Farid.
Tepat pukul 9 malam, Maya terbangun dari tidur. Rupanya seusai pulang dari rumah sahabatnya itu, badannya terus dihenyak di atas tilam. Melihat paparan di telefon bimbitnya, ada text whatsapp dari mamanya.
“Maya, mama dengan papa tak jadi balik ke Malaysia malam ni ya. Kebetulan papa ada hal pula ni. Nanti ada apa-apa mama update okay. Take care of yourself.” – Mama.
Selepas membalas text dari mama kesayangannya itu, Maya terus menelefon Farid. Kali ini perasaan serba salahnya semakin meninggi dari ego.
“Hello Farid. Saya ganggu awak ke?”
“Eh tak pun. Ada apa Maya? Awak okay tak sana?”
“Saya okay. Awak, saya minta maaf. Saya betul-betul menyesal dengan tindakan saya sebelum ni, Farid. Saya rasa berdosa sangat-sangat dengan awak.”
“Tak apa Maya. Saya dah lupakan. Tadi awak makan kat rumah kawan-kawan awak tu ya?” Farid tidak mahu mengingatkan kembali tentang apa yang sudah terjadi antara mereka berdua.
“Ya Farid. Farid, awak boleh hantarkan makanan untuk saya? Saya malas nak keluar. Lagipun dah malam. Mama dengan papa tak ada kat sini.”
“Saya tak kisah tolong awak. Okay awak nak saya oderkan apa?” Suara Farid kedengaran seperti kembali bersemangat bila Maya cuba untuk berbaik dengan dirinya semula. Maya tersenyum.
“Saya nak chicken chop kat kedai yang dekat dengan rumah awak tu. Favourite kita berdua tu.”
“Okay Maya, nanti dah sampai saya call awak ya.”
“Terima kasih Farid. Saya tunggu awak.”
Jam sudah menunjuk pukul 11 malam. Maya setia menunggu di tepi jendela biliknya. Dia cuma melihat dari atas. Kelibat motor Farid masih belum tiba di perkarangan rumahnya. Maya mula naik angin dengan tindakan Farid yang sambil lewa itu. Sudah kali ke 50 dia menelefon Farid tetapi tidak dijawab. Maya sangat hampa pada malam itu. Maya jenguk sekali lagi ke luar jendela. Tidak lama selepas itu, matanya tertangkap satu kelibat aneh sedang mengesot laju dari halaman rumahnya menuju ke pintu pagar kemudian hilang sekelip mata! Maya memisat-misat matanya. Seolah-olah tidak percaya apa yang dilihatnya itu. Kakinya mula menggeletar dan terasa bulu romanya berdiri tegak. Dia terus melompat ke katil kemudian capai selimut menutupi seluruh tubuhnya. Ish mana Farid ni! Getusnya dalam hati.
Perlahan-lahan Maya membuka matanya lalu menggeliat sebelum melihat telefon bimbit yang berada di sebelahnya.
“What? Dah pukul 8 pagi?”
Dek kerana ketakutan tentang kelibat aneh semalam, terus tertidur sampai ke esok pagi. Maya melangkah kakinya menuju ke dapur. Kemudian, cek makanan di peti ais. Apabila ternampak kotak susu Goodday, terus dicapainya gelas. Sambil minum, dia sekali lagi melihat telefon bimbitnya. Tiada panggilan dari Farid. Farid seperti lenyap. Kerisauan mula menyerbu ke dalam hatinya. Dengan berat langkah, Maya pergi ke arah meja makan untuk duduk sementara. Sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi, dia tersedar ada bungkusan makanan di atas meja.
“Eh pelik? Bila masa makanan ni ada?” Katanya sambil membuka plastik makanan itu.
Sebaik saja, makanan itu dibuka dari bekas polisterin, Maya terus terduduk di atas lantai. Dia benar-benar terkejut dengan apa yang dilihatnya itu!
Chicken Chop!
Telefon bimbitnya berbunyi. Nama Zarul muncul di paparan yang merupakan kawan baik kepada Farid sejak dari zaman mereka belajar lagi.
“Hello Maya. Weh aku nak ucap takziah kat kau atas pemergian Farid.” Kedengaran sayu suara Zarul ketika itu.
“Hah? Kau merepek apa ni?” Maya bingung.
“Maya! Kau tak tau ke Farid dah meninggal semalam? Dia meninggal sebab accident! Kena langgar dengan lori. Kakinya hancur, Maya. Aku rasa tak percaya benda ni berlaku kat Farid...” Teresak-esak Zarul cuba menyampaikan berita buruk itu kepada Maya.
“Zarul... kenapa kau baru bagitau hari ni??” Akhirnya Maya tidak dapat menahan air matanya mengalir.
“Kami pun baru dapat tahu pasal berita ni, Maya. Dengar cerita dia kena langgar lari. Dan tak ada sesiapa pun yang tahu tentang nasib dia. Baru subuh tadi orang jumpa mayat dia kat tepi jalan.”
“Terima kasih Zarul.” Maya terus menjerit sekuat hati sambil menangis sehingga tidak mampu untuk berkata-kata. Dia hanya menyebut nama Farid berulang-ulang kali.
Beberapa minit selepas itu, Maya cuba gagahkan diri untuk berdiri. Masih ada lagi bungkusan chicken chop di atas meja. Kemudian, dia terpandang ada tulisan di sebelah bungkusan makanan itu seperti ditulis dengan darah, SAYANG, MAAFKAN SAYA SEBAB TAK DAPAT JUMPA AWAK. JAGA DIRI BAIK BAIK YA.
-TAMAT-

015. PATUNG 

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : PATUNG
KARYA : NASA YUSOF
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400015
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Rumah tak ada elektrik, jadi aku ambil keputusan untuk tidur di butik aku sendiri. Ya! Aku ada butik pakaian berjenama. Semua aku ambil dari luar negara. Siapa yang tak kenal butik aku. Jadi, aku hidupkan aircond dan lampu. Sebelum tu aku siap kemaskan baju baru yang sampai pagi tadi. Aku pakaikan satu persatu pada patung dan aku letak di hadapan pintu cermin. Depan pintu masuk. Ketiga-tiga patung itu aku pakaikan lengkap dengan baju baru.
Kunci butik aku sangkut di atas rak cermin, memang biasanya aku akan letak situ. Sebab bab kunci ni aku sangt peka. Setelah siap kemas, aku berpusing melihat susun atur di dalam butik aku.
“Nice.” Aku berpuas hati. Aku belek ketiga-tiga patung tadi.
“Lawa! Esok pasti ada orang beli baju ni,” lepas puas hati, aku masuk ke bilik belakang butik dan berbaring.
Dari pagi tadi aku berjalan dengan teman baik aku. Orang kata reward diri. Lepas penat kita bekerja kita beli sesuatu untuk hadiahkan kepada diri sendiri. Jadi itu yang aku buat. Aku belek semula kasut yang aku beli. Entah bila aku akan pakai, yang penting aku suka designnya. Itu pun sudah cukup!
“Happy birthday to myself.” Aku berbisik sendirian. Aku tak ada keluarga mahupun kekasih. Ahhh! Bosannya hidup single. Nasib baik ada rakan-rakan yang sudi meneman. Tapi tulah! Sekejap sahaja... kerana masing-masing ada tugas yang perlu dilakukan. Ada anak, ada suami dan aku tak tahulah kalau dia terpaksa teman atau pun ikhlas meneman.
Ah! Tak kisahlah, yang penting aku berpuas hati aku tak menyambut hari jadi aku seorang diri.
Sendu betul!
Tidak sampai sepuluh minit, lampu dan aircond yang aku pasang termati sendiri. Bukan lampu di bilik sahaja, tetapi seluruh kedai. Aku bangun dan menekan semula suis utama. Belum pun sempat aku berbaring, elektrik terpadam lagi.
“Apasal ni?” kali ini aku bengang. Aku keluar dari bilik belakang, menuju ke ruang depan. Kalau bukan Wati tentu sahaja pekerja aku yang dua orang lagi. Mereka pekerja baru, jadi dia tentu tidak tahu kalau aku selalu sahaja lepak di butik aku pada waktu malam. Terutama kalau ada banyak kerja yang perlu aku siapkan.
Aku berdiri di pintu bilik, menghidupkan suis utama dan… Aku tercengang tidak berganjak. Aku nampak patung yang aku letak di hadapan pintu kedai tadi kali ini ada di tengah-tengah ruangan butik. Ketiga-tiganya sedang melihat ke arah aku.
Berdiri tegak sedang bercekak pinggang.
“Wati…” aku panggil nama staff aku yang paling lama bekerja. Dia paling faham tentang selok belok kerja yang aku mahukan. Cuma kadang kala aku tidak suka sikapnya yang pendiam. Dia tu pelik. Aku pernah nampak dia tenung orang tak berkelip. Psiko!
Kalau ada masalah tak pernah beritahu, tiba-tiba minta cuti panjang.
Lepastu menyendiri tak bercampur dengan org ramai. Tapi aku tetap mengambil dia bekerja kerana dia tidak pernah melawan. Dia ikut apa aku suruh walaupon sikap dia menyeramkan
“Wati…” aku berjalan perlahan ke arah ruangan depan butik.
Tidak ada sesiapa. yang ada hanyalah baju yang bergantungan dan juga baju yang tersedia lipat di rak yang disediakan.
Suasana sunyi. Tidak ada bunyi langsung. Ruangan butik aku yang luas itu membuatkan aku rasa seperti diperhatikan.
Aku mengambil semula ketiga-tiga patung tadi, aku susun semula menghadap luar. Aku letak di cermin depan pintu masuk, tujuannya sebagai peragaan. Aku menggeleng kepala. Aku terlalu penat mungkin? Sebab tu aku nampak bukan-bukan.
Jadi setelah aku siapkan semua dan aku pastikan ruangan butik itu memang tidak ada penghuni, aku berjalan ke arah bilik belakang semula. Pintu ku tutup dan aku berbaring menghadap siling.
Sebenarnya aku mula tak sedap hati. Aku bukan seorang yang pelupa. Walaupun aku terlalu penat, aku memang bukan seorang yang pelupa. Aku ingat apa aku buat dan yang pasti, aku telah letakkan ketiga patung tadi di depan pintu cermin pada mulanya. Kenapa patung itu berada di ruangan tengah butik pula?
Aku berbaring mengiring, malas untuk mengambil pusing. Dari bawah pintu bilik, aku dapat lihat bayang-bayang orang yang sedang lalu Lalang.
Aku terduduk!
Aku cepat melemparkan selimut. Ketika ni dada aku dah berdebar. Mana mungkin ada orang lain selain aku seorang di dalam butik ni?
“Wati!” aku jerit. Aku pasti ini kerja Wati. Aku bukan orang yang percaya pada hantu atau benda-benda mistik. Dan Wati tu pula mudah percaya pada benda yang tidak masuk akal seperti itu.
Kami pernah bertekak tentang perkara ini. Dia suruh aku percaya mengikut apa yang dia percaya.
“Wati! Aku tahu kau ada di butik ni! Kau kan tu?”
Senyap! Suasana senyap!
Aku bengang, aku bangun, aku berjalan ke arah pintu dan aku buka kasar. Sekali lagi aku terdiam dan tercengang. Ketiga-tiga patung tadi ada betul-betul depan pintu bilik aku. Oleh kerana terperanjat, aku tutup pintu bilik sekuatnya dan aku kunci. Aku menapak perlahan ke arah belakang. Dada aku dah menendang laju. Nafas rasa mecam tersekat.
Aku cepat-cepat mengambil telefon. Ketika ni lah aku tak tahu untuk menelefon siapa. Nama Wati yang tiba-tiba tertera, aku dail. Lega rasa apabila ringtone berbunyi. Aku berharap agar Wati ada ketika ini.
Tapi ringtone yang berbunyi itu adalah dari dalam butik aku sendiri. Aku cepat menoleh, ke arah pintu bilik. Aku berjalan perlahan dan menekap telinga ke arah papan pintu, dan aku dapat mendengar dengan jelas bunyi itu dari dalam butik aku.
Talian aku matikan dan aku bernafas dalam-dalam. Aku buka pintu bilik tadi semula. Secara rasionalnya, aku alihkan semula patung-patung yang menghalang tadi. Ketiga-tiganya aku letak di hadapan pintu masuk kaca semula. Pintu grill hadapan, aku dah tutup, jadi aku berada di dalam butik yang kedap Sekarang. Bodohlah kalau aku cakap aku tak takut. Tapi hati aku kuat mengatakan yang Wati sengaja nak mempermainkan aku. Mungkin dia bengang dengan hal tempoh hari? Aku tak beri kebenaran dia cuti? Atau aku tak percaya tentang benda mistik seperti mana dia.
Aku mencari-cari bunyi telefon bimbit Wati. Aku mengenali dari ringtonenya. Sebaik terhenti, aku cuba mendail lagi dan lagi. Aku berhenti di hadapan pintu bilik air belakang. Masa aku masuk tadi aku tak terfikir pun untuk pergi ke arah bilik air.
“Apa dia buat kat sini?”
Aku tolak pintu bilik air tersebut. Hampir tercabut separuh jantung aku apabila melihat Wati terbaring dengan berlumuran darah. Aku menapak kebelakang, baru sahaja aku ingin berlari, aku terperanjat melihat ketiga patung tadi di ruangan tengah butik semula.
Aku menjerit sekuat hati. Aku tak peduli, siapa yang dengar nak datang ke apa ke, datanglah.
Aku berlari ke arah patung tadi, aku tolak ketiganya. Tercabut tangan dan tubuh badan yang lain. Aku lakukan dengan sengaja. Aku berlari ingin mengambil kunci butik di atas rak cermin, aku mahu keluar dan laporkan pada polis. Sebaik aku meraba rak atas cermin, kunci butik tadi tiada. Aku rasa aku ingat memang di situ yang aku letak.
Oleh kerana takut, aku terus berlari masuk ke dalam bilik. Pintu aku biarkan, dan Aku menelefon staf lain untuk membuka kunci daripada luar.
“Mana pergi ni?! Semua telefon tak berjawab.” Tangan aku menggigil. Aku tak tahu samaada Wati hidup lagi atau tidak, aku tidak periksa.
“Tiara…” suara di belakang membuatkan aku berpaling. Wati sedang berdiri di luar pintu bilik dengan memegang sebilah pisau. Dia tersenyum sinis. Wajahnya separuh seperti hancur.
“Tolong aku Tiara…” Wati menghulur pisau itu dari jauh. dia berjalan untuk masuk, namun aku segera menutup pintu bilik dan mengunci. Aku nampak dia tidak sedarkan diri tadi, sekarang di ada tegak berdiri.
Aku takut! Ya! Aku takut! Aku menangis teresak-esak tidak tahu apa yang boleh aku lakukan
Pintu bilik diketuk beberapa kali, nama aku dipanggil lagi. aku menjerit menyuruh Wati diam namun Tidak sampai beberapa minit, semua lampu terpadam…
“Apa kau nak Wati!!!” Aku jerit.
Suasana sunyi!
“Wati kau nak apa!” Tengkingku. Suara aku menangis memang boleh didengar sampai ke luar.
Tombol pintu berpusing. Dan perlahan-lahan, pintu bilik terbuka…
aku lupa yang Wati ada kunci pendua. Aku nampak cahaya samar-samar masuk ke ruang bilik. Cahaya yang beralun. Cahaya yang aku kira terbias sedikit sahaja.
Wati berdiri, memegang pisau, dia tersenyum, mengelap wajah yang berdarah.
Aku bersandar pada dinding bilik. Tubuh aku kaku. Dada berombak laju. Dan aku nampak patung yang tercabut tadi siap terpasang,
Berdiri di depan pintu bilik!
Bersama dengan dua org lain!
Membawa kek!
Ada lilin!
Dan trompet dengan topi kon di kepala!
“Happy birthday to youuuu,,, happy birthday to you… Happy birthday to my bos, Tiara… Happy birthday to you…” staf aku menyanyi sambil bertepuk tangan. Mereka gembira melihat aku terkaku barangkali terlalu teruja dengan kejutan yang mereka lakukan.
Wati tersenyum sinis. menapak kehadapan sambil menghulur pisau. Matanya memandang tajam ke arah majikannya dengan wajah yang masih ada kesan darah.
“Happy birthday Tiara...” Wati mengenyit mata.
TAMAT

016. LUPA

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : LUPA
KARYA : LILI DELILAH
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400016
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

‘TAP! TAP ! TAP !’
Selepas sebulan, baru hari ini rintik rintik rahmat dari langit kedengaran . Aku melemparkan pandangan aku ke luar jendela untuk memastikan yang turun itu benar benar hujan. Lama benar aku membeku di bilik gelap ini. Bilik yang dilengkapi dengan tandas dan pendingin hawa ini benar benar membuatkan aku malas untuk keluar bersosial. Saja suami aku pasangkan pendingin hawa, dia tahu isterinya ini kalis manusia lebih suka menghabiskan masa bersosial dengan tinta dan papan kekunci. Lebih lebih lagi kesihatan mental aku yang semakin merundum, aku hampir lupa nama dan wajah mereka yang aku kenal dulu.
‘Ibu, jom lah main dengan adik …’
Sial. Aku masih tidak lupa, yang aku tidak ada zuriat, kerana aku dan suami masih memperjuangkan qada’ muallaq selepas keguguran tujuh tahun lalu. Namun aku seakan sudah lali dengan panggilan panggilan asing. Kadang kadang aku dengar suara embah, kadang kadang aku dengar suara uwan. Ya mereka sudah tiada. Bulan lepas uwan baru sahaja meninggal.
Aku tahu yang aku bakal melupakan semua memori pahit dan indah aku. Disebabkan itu aku mengambil keputusan untuk menulis. Dan ini adalah salah satu kisah yang tidak mahu aku lupakan.
Selepas usai pengajian di Kolej Matrikulasi Perak, aku mengambil keputusan untuk transit di salah satu madrasah adik perempuan aku di Kedah. Ya, kami belajar bersama menghafaz alquran, semak bacaan, dan melakukan perkara perkara tipikal sebagai budak madrasah. Cuma mujahadah aku nipis ketika itu. Aku berhenti selepas seminggu aku mendaftar, aku tidak sanggup cuci berak menggunakan gayung. Sanggup aku tahan berak seminggu menunggu untuk menggunakan getah paip dirumah. Namun pengalaman ini bukan pengalaman aku, tetapi adik perempuan aku. Satu satu nya adik perempuan, yang aku sayang. Yang sehingga kini masih menghuni asrama madrasah itu. Zulaiqha
Cerita bermula…
Kereta Axia hitam plat ALK 2356 kepunyaan suami aku meluncur laju diatas lebuh raya utara-selatan. Aku tekan minyak sehingga 120 km/j . Malam itu agak sunyi, maklumlah, budak budak madrasah cuti selalunya tidak sama dengan cuti sekolah kebangsaan. Perkara biasa yang Zulaiqha lakukan apabila aku bawa dia pulang ke rumah semasa cuti semester adalah bercerita perihal asramanya. Dan aku menjadi kakak yang setia mendengar sambil memandu dan kadangkala mencarut.
‘Angah nak tahu tak? Orang ada cerita best!’.
‘Apa? Cerita la… Kau jangan cerita seram seram, aku sepak kau nanti !’
‘Tak seram. Biasa je, tapi orang nak cerita gak!’
‘Hishhhh ! cerita la cepat !’
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Aku( Zulaiqha)
Terkebil kebil mata aku memandang papan katil Aisyah di atas aku. Kerap sangat Si Aisyah ni bergerak gerak, benci dengan bunyi yang di keluarkan katil double decker ini. Sekejap mata ku beralih ke jam dinding. Sudah jam satu pagi. Kalau pengawas tahu aku tak tidur lagi ni, mati esok kena denda.
‘KREKKKKK ! PAAPP!’
Aisyah melompat kebawah. Terus dia baringkan badan disebelah aku. Aku dapat dengar degupan jantungnya dengan jelas.
Walaupun samar samar dek kalimantang berwarna oren, aku masih dapat lihat bibir Aisyah pucat lesi, tangannya sejuk. Aisyah hanya diam membatu, kejap kejap aku mendengar dia membasahkan kerongkongnya sambil terkumat kamit membaca ayatul kursi .Malas melayan kerenah Aisyah. Aku tahu hijabnya terbuka, aku malas nak serabutkan kepala aku memikirkan benda benda ghaib ini dengan bertanya tanya.
‘Tik…. Tikkk… Tikkk….Tikktiktik….Ktanggg.. tik tikk tikkk… !’
Aku kaget ! bunyi guli seakan berlanggar dengan katil aku. Aku dan Aisyah bingkas bangun. Selang 10 minit, kedengaran bunyi seperti orang menghantuk hantukkan kepala ke dinding. Bunyi hantukan semakin mengganas
Jam menunjukkan 1:20 pagi. Aku dan Aisyah menggeletar, bunyi hantukan makin galak. Mahu tidak mahu aku dan Aisyah bingkas bangun kejutkan enam lagi ahli bilik kami.
‘Weyh bunyi apa tu…?’
‘Weyh bunyi ni lagi !’
Halimatun bingung, dia sendiri menjawab pertanyaannya. Halimatun pernah ceritakan pada Rahimah tentang bunyi ini. Setiap malam Jumaat dia akan tidur di katil Rahimah kerana bunyi hentakkan ini seolah olah berada disebelahnya. Aku yang tidur disebelah katilnya tidak mendengar apa apa. Cuma malam ini sahaja hentakan itu kedengaran
‘Jom pergi bilik ustazah weyh! Aku takut ni. Tak tahu nak buat apa’. Aisyah bersuara
Aku dan yang lain membontoti Aisyah. Masing masing berlari tidak mahu jalan dibelakang sekali. Bergasak gasak kami menuruni tangga menuju ke bilik ustazah Sarah
‘Assalamualaikum Ustazah. Ustazahh, Ustazah’.
Kami bersuara serentak tanpa menghiraukan bayinya yang sedang nyenyak tidur
‘Waalaikumsalam, Ya, saya pun dengar, apa pulak kali ini. Kumpulkan semua pelajar kat bawah suruh mereka baca Manzil. Nadiah, Yasmin, Adilah dan Syaimah ikut saya bawak Hizib, kita cari malam ni mana datang bunyi tu’
Aku juga kelam kabut mencari Hizib walaupun ustazah Sarah tidak menyuruh . Kami berenam berkumpul di luar dan memulakan bacaan sambil bergerak mengelilingi madrasah. Penat aku mengulang bacaan tidak mampu melawan debaran yang aku alami, bimbang apa yang bakal kami temui.
Sampai sahaja di tangga tingkat 2 bangunan madrasah Ustazah berhenti. Adilah memegang tangan Yasmin. Matanya berair.
‘Yasmin…. Aku takut…Pocong tu....’
Aku tak nampak apa apa, tetapi bunyi hentakan seaakan berada betul betul di hadapan.
‘Zulaiqha…kenapa datang sini? Nak ziarah kawan kawan ya?... Kesian kawan kawan awak nak belajar . Balik ya... Ustazah sayang Zulaiqha..’
Dada aku seaakan pecah apabila ustazah menyebut nama aku. YA! Hanya aku seorang sahaja Zulaiqha di sini ! tiada orang lain!
Perlahan lahan aku mencari mata ustazah. Dia masih memandang aku. Matanya sayu. Aku pandang badan aku, berbalut kapan. Mata aku beralih memandang setiap wajah sahabat sahabat aku. Aku dapat melihat ketakutan di wajah mereka.
Akhirnya aku tahu, bunyi itu dari aku.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Aku (Angah)
Aku masih memandu kereta. Badan aku kaku tidak bergerak. Hanya stering dan pedal minyak yang aku tekan. Nafas aku sesak, air panas mula membasahi wajah aku.
YA. Adik kesayangan aku sudah tiada. Hari ini merupakan hari ke-41 , juga hari sepatutnya aku mengambil dia pulang dari madrasah. Aku pandang ke kiri. Zulaiqha masih di situ memandang aku. Wajahnya berseri, jubah hitam uniform madrasah masih tersarung dibadannya.
‘Terima kasih angah. Zulaiqha sayang angah…Assalammualaikum’
Waalaikumsalam . Balas aku sepatah
Aku lupa.
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………
“Yan – Sebuah rumah di Batu 1/3, Lorong Cempaka, Kambung Ekor Lambat, Jalan Datuk Maharajalela, di sini musnah dalam kebakaran, hari ini.
Dalam kejadian kira kira jam 1 pagi itu telah meragut empat nyawa dan seorang dalam keadaan kritikal akibat terhidu asap tebal.” –BH-
Keratan akhbar yang aku lekat di catatan harian aku koyakkan, aku kepalkan dan aku buang ke luar.
‘Aku harap aku lupa yang mereka sudah tiada, aku harap aku lupa yang mereka sudah tiada, aku harap aku lupa yang mereka sudah tiada’
Aku ulang sebanyak banyaknya. Sehinggalah suami aku pulang dari kerja. Dia menyelak pintu bilik, melihat aku tersandar ke dinding. Tangannya sejuk mengusap kepala aku.
‘Sabar ya sayang…’
Aku diam. Aku tahan diri dari memeluk suami aku, kerana aku tahu....Empat mangsa itu ialah abah, ibu, Zulaiqha dan SUAMI aku… Kini aku biarkan semuanya. Biar mereka datang kerana aku terlalu RINDU.
TAMAT

017. ENAM KAKI DI BAWAH

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : ENAM KAKI DI BAWAH
KARYA : LILY KAMARUDDIN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400017
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Gedegang! gedegung! puas di hentaknya papan yang mengurungnya. Sesak, sempit!. Air mata sudah kering. Suara jeritan sudah tenggelam. Nafas juga semakin pendek.
Teringat semua saat ini. Menyesal!, ya dia sangat menyesal. Dia mahu mengubahnya kalau boleh. Saat ini hanya tuhan sahaja tempat dia bersandar dan berdoa. Dia berharap akan keajaiban.
Gedegang! gedegung! di tendangnya lagi papan penutup yang semakin melendut itu. Takut? tiada ayat untuk di jelaskan saat ini. nafasnya semakin sesak dan lemas.
Serrr…bunyi tanah melungsur sedikit demi sedikit dari celahan papan. Tiada sedikit cahaya. Hanya kegelapan. Ya, kegelapan yang selama ini dia tidak peduli.
3 jam sebelum.
Kepalanya pening. Matanya cuba di buka, perit. Sebaik sahaja membuka mata tiada apa yang kelihatan. Hanya kegelapan. Dia menjerit sekuat hati. Serta merta ketakutan menerpa. Hebat gigilan tubuhnya menggoncang.
Dia meraba. Tangan dan kakinya bebas tidak berikat. Tetapi…ruangnya sempit. Dia terbaring. Di mana aku?. Soalnya sendiri. Tangannya meraba-raba kegelapan. Tepinya dinding, kiri kanan. Atas dan bawah. Dia terpinga. Aku dalam kerandakah?.
Tolong!!!!!!! dia menjerit sekuat hati. Namun lantunan gema suaranya hanya bergaung dalam ruang yang sempit itu. Dia menangis. Meraung dan meronta. Hampa. Siapa yang akan mendengar jeritannya kala itu.
Dia di kubur hidup-hidup. ya di kubur sebelum maut menjemput. Apa lagi ketakutan paling dahsyat selain mengetahui kau telah di kubur jauh di dalam tanah tetapi kau belum m**i.
Dan dalam kesempitan ruang, kegelapan yang menyerkap kau perlu menghitung setiap nafas yang tersisa menanti malaikat datang mencabut nyawa atau menanti sang malaikat penyelamat tiba. Siapa?.
Dan saat ini taubatnya menjelma. Taubat yang selama ini tertangguh dengan kesibukan dia mengejar kewalahan dunia. Dia meraung sekuat hati. Menggendang sesungguh hati. Berharap ada orang yang sudi menyelamatkannya saat ini. Atau sebenarnya mengharapkan kejaiban.
Peluhnya menitik. Panas!. Tekaknya perit. Haus!. Tubuhnya terasa hangat mendidih. Kepanasan kegelapan, kelemasan. Emak!!! Ayah!!! dia menjerit dan merayu. Berharap mereka mendengar. Atau mendapat tanda. Dia di mana. Atau di beri mimpi oleh tuhan tanda dia masih hidup.
Arghhhh.. dia mengeluh dalam. Aku anak derhaka. Maafkan aku emak..ayah..dia merintih. Dalam panas dan lemas air matanya terasa membanjiri tubuh dan hilang di celah papan sebelum meresap di kandung tanah. Tanah yang mungkin menindih kerandanya enam kaki di bawah bumi saat ini.
Dia menggendang lagi. Mencakar dinding papan. kepanasan membuatkan dia mencarik pakaiannya sendiri. Saat ini malaikat mungkar nangkir belum lagi datang menyoal dia. Membelasah dia dengan cemeti api. Atau sang ular dari neraka belum lagi datang membelitnya sehingga berlaga tulang rusuk.
Ya, dia sudah menderita azabnya m**i sebelum m**i. Air mata penyesalan tiada maknanya lagi. Entah berapa lama lagi nyawanya bakal tersisa. Barangkali tuhan memberikan dia peluang menghisab dosa sebelum azab kuburnyab tiba.
Emak..ayah..raungnya pilu. Ampunkan Airah. Ampunkan semua dosa Airah…dia menangis sungguh-sungguh. Teringat betapa kasarnya dia terhadap orangf tua itu. di herdik di tengkingnya sesuka hati. Sudahlah emaknya lelah menjaga ayahnya yang lumpuh. Dia pula buat perangai.
Berpeleseran mengejar jantan ke hulu hilir. Mengikut sahaja jantan jongos yang sudi memberikan wang yang tidak seberapa untuk habuan tubuh yang di jaja tanpa harga. Dia bosan hidup dalam kemiskinan dan kesempitan. Bosan melihat kelelahan emak dan kesibukan menjaga bapanya yang tidak pernah sembuh.
8 jam sebelum.
“Menyusahkan!!” dia mengherdik lelaki lumpuh itu. “kau pun samalah perempuan tua!” pekiknya pula kepada emaknya. Wanita itu hanya mampu menatap anak yang selama ini di jaga penuh kasih itu menjadi sangat biadap dan kurang ajar.
“Aku nak makan. Kau tak masak ke bodoh?” tengkingnya kepada emak yang baharu usai solat isyak.
Emaknay emrenung sayu. “Beras dah habis nak. Hari ini upah membasuh emak belikan pampers pakai buang ayah kau. Ada bubur tadi sudah ayah kau makan” terang emaknya lembut.
“Siallah. Aku lapar. ruamh ni apapun takde. Ada mak bodoh!, ada bapak menyusahkan!” pekiknya nyaring sambil menendang belakag emaknya. Tersungkur wanita itu.
Berjurai hiba air mata si ayah mendengar makian anak gadis tunggalnya itu. “Allah..” hanya itu sahaja mampu terluah dari hatinya yang etrsiat luka dan pedih.
Emaknya hanya menangis hiba. Tersebam dia di atas sejadah akibat di tendang si anak. Pecah bibirnya akibat terlaga gigi. Namun pedih di bibir tidak terbanding remuk hatinya seorang ibu kerana anaknya menjadi begitu biadap dan derhaka.
6 jam sebelum
Lelaki itu lengkap berjaket kulit dan berhelmet full face. Serba hitam. menunggang motosikal kawasaki Ninja. Dia tersenyummelihat seorang gadis genit berbaju tanpa lengan dan berseluar pendek.
Genit dan cantik. Gadis itu enak merokok di pondok menunggu bas sambil kakinya bersilang pada palang besi penghadang. Dia menuju ke arah si gadis dan memberhentikan motosikalnya betul-betul di hadapan si gadis.
“Hai!” sapanya mesra.
Si gadis memandangnya. Selamba sambil menghembus asap rokok ke mukanya. “Berapa kau nak bagi?” soalnya selamba.
Lelaki itu ketawa. Berani. Masih muda sudah mampu meneka kemahuan lelaki. Pandai pula menawar harga. Dia mengembangkan 5 tangan. “Lima puluh?” rungutnya sambil menggeleng.
“Lima ratus” dia menjawab. Terbuntang mata si gadis mendengar. Tanpa banyak tanya dia mencapai topi keledar yang di hulur lantas memanjat belakang motosikal. Lelaki itu hanya ketawa galak. Galak kerana si gadis bodoh bernafsu serakah senang betul masuk perangkap.
Lelaki itu membawanya ke sebuah hotel murah. Mereka berseronok dan hilang dalam dunia maksiat rekaan syaitan. Kemudian dia tidak ingat lagi apa yang berlaku. Perkara terakhir dia hanya rasa mengantuk sangat sebelum tidak sedarkan diri.
1 jam sebelum.
Dalam ruang yang sempit dan padat itu dia baharu tersedar, pinggangnya pedih. Entah bius atau apa sudah semakin hilang kesannya. Dia kesakitan. Kesakitan yang amat. Terasa ada cairan hangat meleleh. Bau hanyir darahnya sendiri mengembang dalam ruang sempit.
Matanya? arghhh…sebenarnya dia sudah tiada punya mata. Lompong. Kedua bebola matanya telah di korek. Kenyataan yang dua kali ganda lebih menakutkan. Apa yang lelaki itu lakukan pada dia?.
15 minit sebelum.
Nafasnya semakin pendek dan sesak. Kesakitan bersatu dengan rasa lemas yang semakin mencengkam. Cakarannya semakin lemah. Kukunya sudah pecah-pecah kerana mencakar dinding papan. Hentakan kakinya juga semakin lama semakin perlahan.
Dalam sesak nafas di tenggorok. Dengan kesakitan mencucuk di pinggang dan matanya yang sudah tiada. Nafasnya makin pendek-pendek. Airah dapat melihat bengisnya malaikat yang akan datang mencabut nyawanya.
Dia menggelupur. Meronta sebelum senyap. Koma. Dalam komanya dia berharap akan dapat memberitahu ibunya dia di mana. Dan kalau mampu saat ini hanya pengampunan dari kedua ibu bapanya sahaja yang di pinta.
Selepas 24 jam.
Kawasan hutan itu semakin riuh. Bunyi anjing menyalak kedengaran. Di bawah pokok yang tidak berapa rendang. Di pinggir bandar. Dalam semak samun.
Pihak polis mendapat laporan seorang wanita yang tiba-tiba sahaja menerpa balai polis. Di katanya mendapat mimpi. Si anak di kubur hidup-hidup. Mulanya tiada siapa peduli. Namun rayuan si ibu tidak berhenti. Di gambarkan tempat dan kawasannya sekali.
Atas rasa kasihan dan tanggung jawab sesama manusia maka sekumpulan polos dan anjing pengesan di hantar di kawasan terbabit.
Anjing pengesan di lepaskan. Anjing itu menghidu-hidu sebelum berhenti di bawah sepohon pokok. Tanahnya ada kesan di gembur dan di gali. Lantas pihak pegawai yang mengetuai mengarahkan anggotanya menggali.
Prap! cangkul terkena papan setelah hampir sejam menggali. Anggota yang menggali berhenti. Menggunakan tangan sahaja untuk menggali. Sekejap sahaja terserlah papan keranda yang di buat seadanya sahaja. Papan di kopak dan di pecahkan.
Terkesima. Dia dalamnya seorang gadis dengan matanya sudah lopong keduanya. Pakaiannya koyak rabak. Mulutnya ternganga. Pinggangnya pula bersalut selotep tebal. Ada d***h merah meleleh. Nadi di rasa. Tiada tanda masih hidup.
Dua hari selepas.
Puan Aminah menyorong kerusi roda suaminya. Tanah merah yang mengambus jasad Airah masih segar menimbun. Hiba dia melihat azabnya nyawa si anak berakhir. dari laporan polis dan juga post mortem pihak hospital.
Mata Airah di cungkil dan di ambil. Buah pinggangnya di curi sebelah. Ternyata si anak menjadi mangsa pencurian organ. Paling mengejutkan si anak juga di dapati telah melakukan hubungan seksual dengan pelaku. Juga paling tragik di kuburkan saat nyawanya masih ada.
Kesan cakaran di dinding keranda dan kukunya yang pecah menandakan si anak berjuang untuk menghirup nafas-nafas akhirnya penuh penyeksaan sebelum nyawanya di regut malaikat.
“Mak dan Ayah ampunkan kau nak. Damailah kau di sisi Allah” bisik Puan Aminah hiba.
-TAMAT-

018. BANGUN! LEPASKAN AKU!

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : BANGUN! LEPASKAN AKU!
KARYA : MISSHADA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400018
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar, pembaca HZONE BLOG sekalian? Harap kalian sihat walafiat. Ini merupakan kisah pertama saya di sini. Saya berharap agar admin HZONE BLOG siarkan cerita saya ini.
Ini merupakan kisah seram yang benar berdasarkan apa yang nenek saya ceritakan pada saya dan apa yang telah saya lalui juga. Saya berharap agar kalian semua mengambil iktibar daripada kisah ini. Ceritanya berlaku beberapa tahun lepas. Tahun bila saya sudah lupa tapi saya rasa masa itu saya masih belajar di sekolah menengah. Sekarang sudah lanjut pengajian di sebuah IPTA di Perak.
Begini ceritanya…
Datuk saya merupakan seorang yang gemar mengumpul barangan antik dan terpakai sejak zaman muda mak saya lagi. Barangan yang dikumpulnya memang tidak boleh di sentuh langsung, kiranya kalau nenek atau mak saya mahu mengemas atau tegur datuk saya, dia akan mula naik marah. Degil sangat Datuk. Semua barang-barang tersebut di simpan dalam kotak. Cuba bayangkan, sudah beberapa tahun dan dekad mengumpul ‘sampah’ dari luar, rumah mereka dah dipenuhi sangat dengan kotak-kotak sampai sekarang saya tengok pun dah jadi macam dalam tempat stor Ikea. Duduk di ruang tamu dah jadi tak selesa sebab barang-barang dalam kotak-kotak tersebut mengeluarkan bau hapak dan ada kalanya beberapa kotak itu ada keluar bau ikan hanyir semacam.
Deria Datuk tidak berfungsi elok seperti dahulu ( umur sudah mencecah pertengahan 80-an), jadi dia memang tak ambil kisah. Tetapi kami terutamanya nenek boleh rasakan ada sesuatu yang tidak elok di dalam beberapa kotak-kotak tersebut.
Nenek tidak ambil peduli pun tentang hobi pelik Datuk sebab dah ‘fed up’ kena marah, jadi dia tak tahu dari mana Datuk ambil barang tersebut. Datuk pernah kongsi yang dia selalu pungut barang antik yang telah dibuang atau ditinggalkan di tepi jalan kawasan perumahan dan rumah-rumah lama yang terbiar kosong. Ha, hebat dan berani kan Datuk saya? Nenek buat tidak dengar sahaja tetapi mak saya sudah tidak boleh tahan dan Datuk kena ‘sound’ teruk daripada dia. Yalah, sudahlah ambil barang dari rumah terbiar lepas itu di simpan buat koleksi. Entah-entah ada ‘benda’ yang lekat kat barang tersebut….
Okay, barang Datuk yang saya nak cerita sekarang ni adalah penyebab rumah mereka jadi huru-hara. Ciri-ciri barang ini adalah antik dan merupakan patung marble ‘authentic’ yang saya pasti adalah untuk kegunaan ritual. Saya ada sekali nampak patung ini semasa Datuk membelek kotak. Tiba-tiba sahaja bulu roma saya meremang. Pada masa itu, saya dah rasa tak sedap hati. Pelik juga rupa patung itu, macam rupa hantu jembalang hodoh pun ada. Nasib baik semangat saya kuat… tetapi neneklah yang paling malang.
Untuk pengetahuan sekalian, saya biasanya tinggal rumah mereka masa cuti sekolah sahaja dan saya ‘occupy’ bilik master sebab ada study area untuk saya. Nenek dan Datuk tidur di bilik kedua dan ketiga yang ada ‘shared bathroom’. Gangguan bermula apabila nenek tidur dalam bilik saya berseorangan (lepas berkelahi dengan Datuk rasanya). Dalam jam tepat 2 pagi, nenek tiba-tiba bangun tersentak. Badannya dibasahi dengan peluh sejuk, berasa lenguh sekali dan dia tidak boleh gerak langsung. Nenek pasti dia macam ditindih oleh sesuatu. Mata nenek yang agak rabun tertumpu kepada satu lembaga yang berdiri di hujung katil.
Berdasarkan cerita nenek, dia ingatkan Datuk masuk bilik, sebab rupa dan fizikal lembaga itu macam mirip Datuk sedikit. Nenek menegur ‘Datuk’ beberapa kali tetapi dia hanya berdiri tegak dan keras macam patung sementara matanya hanya melekat pada nenek sahaja. Pada masa itu, nenek sudah rasa lain semacam sudah. Nenek cuba menoleh kepalanya kearah kanan, dan apabila dia sudah berjaya berbuat demikian, Nenek tiba-tiba menjerit….kerana terkejut melihat lembaga itu duduk bercangkuk tepi kanan katil, mukanya pula hanya beberapa inci sahaja daripada muka nenek!
Rupa lembaga itu tidak ada langsung mirip Datuk. Mukanya seakan-akan lelaki tua, kulit kerepot yang melampau dan ada kesan bakar yang teruk. Matanya bulat terjegil dan berwarna merah d***h. ‘Dia’ kelihatan sangat marah.
‘Hoi, *****! Bangun! Lepaskan aku sekarang!’ Lembaga itu memarahi nenek dengan muka yang amat bengis dan suara yang garau metallic. Bahasa yang dipertuturi oleh lembaga tersebut adalah Cina berdialect Hokkien. Nenek adalah keturunan Cina Hokkien, jadi dia faham apa lembaga itu berkata.
Nenek tidak endahkan lembaga tersebut. Dia mula membaca ayat-ayat perlindungan yang diberi oleh sami dahulu (Nenek beragama Buddha). Namun, lembaga itu tidak melepaskannya. Sekali lagi dia jerit tepat-tepat di telinga kanan Nenek. ‘Lepaskan aku sekarang! Lepaskan…!” Nenek terus baca dengan kedua-dua matanya pejam. Setahu Nenek, kehadiran lembaga itu semakin lama semakin hilang, mungkin disebabkan sudah ‘give up’ menganggu Nenek. Akhirnya, ‘dia’ sudah tiada dan Nenek bolehlah gerakkan badannya. Semasa Nenek turun katil, pintu tandas bilik master dihentak kuat macam bunyi bom dari dalam. Nenek masa itu tidak boleh tahan lagi lalu dia cepat keluar dari bilik master dengan suis air cond tidak tertutup dan terus masuk ke biliknya.
Keesokan harinya, Datuk marah Nenek kerana tidak tutup suis pasalnya tetapi Nenek dah terlalu takut sudah mahu layan kerenah Datuk. Tambah lagi, dia sudah mula ada demam. Dia cepat-cepat call saya. Masa itu saya di rumah mak pada hujung minggu. Nenek bercerita lah kejadian semalam sambil menangis. Hati saya sudah berdegup kencang mendengarnya sebab sebenarnya saya sudah ada mimpi yang jelas tentang ini dua hari sebelum kejadian ini berlaku (nota: kelebihan saya ini akan diceritakan pada episod yang akan datang).
Raut wajah mak saya sudah berubah apabila dia mendengar cerita tersebut. Kami berdua segera ke rumah mereka. Mula-mula kami pergi ke bilik master saya itu. Masa ini, saya rasa bilik saya ni sudah jadi sangat suram dah walaupun tingkap dah terbuka luas oleh Datuk awal pagi tadi. Memandangkan semangat saya ini di kira paling kuat dalam keluarga, saya masuk bilik itu dulu. Mak pula di bawah cuba berubat Nenek yang semakin parah demamnya dan akhirnya terpaksa bawa nenek pergi ke klinik. Jadi, di bilik hanya tinggal saya dan Datuk, yang dari tadi ikut saya naik atas. Alasannya, mahu belek kotak.
‘Hold on a second, belek kotak?’ Sekarang ini aku sudah terang-terang dah nampak kotak-kotak milik Datuk tersusun dekat dinding tepi katil. Aku tanya lah Datuk, ‘Sejak bila Datuk letak kotak-kotak di sini?’
‘Sejak kamu habis bercuti di rumah Datuk seminggu yang lepas. Ruang bawah sudah penuh, jadi Datuk letak barang-barang dekat sini.’
Aku mendengus perlahan dan beranikan diri membuka sedikit beberapa kotak-kotak di situ. Akhirnya, saya sudah cari punca gangguan nenek semalam iaitu barang yang ada di dalam sebuah kotak coklat pudar bersaiz sederhana yang agak ‘familiar’ bagi saya. Auranya sangat lain, kuat dan bersifat negatif. Saya tidak perlu membuka untuk tahu isi kandungan dia sebab setahu saya ini lah kotak di mana Datuk simpan patung ritual itu. Pada masa ini, Datuk ingin mengambil kotak tersebut. Dia mahu mengalihkannya ke bawah pula.
‘Apalah Datuk ni, dah nyanyuk agaknya’, fikir saya. Disebabkan saya cucu kesayangan Datuk, maka dia pun biarkan saya pegang kotak itu selepas memujuknya beberapa kali. Tindakan yang seterusnya pula saya terus call ustaz selaku guru agama Islam saya dari darul syifa’ untuk ‘bersihkan’ bilik master saya sebab saya dah mula rasa tidak sedap hati tinggal kat bilik ini berseorangan memandangkan Datuk sudah turun.
Lagipun nak pagar bilik ini saya tidak boleh buat berseorangan sebab tidak mampu dan perlukan pakar seperti ustaz untuk membuang jin. ‘Benda’ ni pun kuat juga melawan. Nak dipendekkan cerita, ustaz sudah pagarkan bilik master itu dengan azan, ayat kursi, ayat tiga Kul dengan ayat surah pendinding daripada jin. Patung ritual tersebut telah dipindahkan, mungkin telah di hapuskan (saya tidak pasti di mana) dan sejak hari itu, tiada lagi gangguan di dalam rumah tersebut terutamanya di bilik master.
Sebenarnya, saya sudah sendiri awal-awal lagi pagarkan bilik itu, siap tabur lada dengan minyak kasturi dan daun limau serta melaungkan azan di setiap penjuru semasa cuti sekolah…disebabkan hari itu Datuk membuta sahaja bawa balik barang pelik macam patung ritual itu dari tempat yang ‘kotor’. ‘Benda’ itu pastinya terseksa kerana adanya pendinding ayat suci Al-Quran itu dalam bilik master, jadi dia cuba nak serang and masuk ke dalam badan nenek saya malam itu. Terperangkap lah ‘benda’ itu jadi dia sangat marah.
Sejak kejadian gangguan tersebut, nenek dah bertambah pulih. Mak dan nenek senyap-senyap buang semua barang-barang dan koleksi kesayangan Datuk itu apabila dia tidur pada sebelah petang. Saya pula tolong sekali kemaskan dan alhamdulilah, rumah mereka sekarang ini sudah hampir bersih, tinggal sahaja nak jual surat khabar lama yang telah disimpan sejak tahun 80an! Haha, Datuk oh, Datuk…
Pengajarannya, jangan jadi macam Datuk, pandai-pandai kutip barang walaupun nampak cantik dan mahal dekat tepi jalan mahupun rumah terbiar sebab mungkin barang-barang tersebut adalah harta pusaka peninggalan nenek moyang orang lain dan ada ‘benda’ yang duduk menghuni di dalam barang tersebut.
Sekian sahaja coretan saya dan terima kasih kerana membaca!
-TAMAT-

019. MISTERI BILIK 2-6

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : MISTERI BILIK 2-6
KARYA : ANA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400019
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Assalammualaikum hai semua. Pada kali ini aku nak ceritakan sedikit mengenai pengalaman aku semasa duduk di asrama Fata*** di Bilik 2-6. Waktu tu memang bilik kitaorang yang popular sangat dengan gelaran bilik
keras .
Sebelum ni semua yang duduk bilik tu keluar awal ataupun pindah terus sebab takut sangat. Tapi ramai yang kata kami dua belas orang ni la yang first duduk sampai habis kontrak.
Aku nak mulakan kisah ni pada waktu petang selepas kami berbincang dan menceritakan tentang bilik kami ni. Apa yang kami dengar. Selepas dari kami berbincang tu ada seorang budak bilik aku namanya Peah sangat takut bila nak masuk bilik tu. Aku dan 2 orang lagi kawan aku cakap la masuk je, takde apa laa. Sebab yang lain pergi kantin nak makan. Okay nak dijadikan cerita pada petang tu memang dah gelap sebab hari nak hujan, salah satu pintu kat bilik kami tu terhempas kuat.
Okay la aku namakan bilik B. Sebab kat situ ada dua bilik, ruang depan, sinki, bilik air dan balkoni luar. Jadi kami berempat diam je la. Kawan aku yang peah tu dah start menggigil dan menangis sebab takut sangat. Kami cuba pujuk dia. Tak lepas gak. Waktu tu tiba-tiba kami berempat terdengar bunyi pintu tu nak dibuka dari dalam dan waktu tu jugak kami dengar bunyi bayi gelak. Apa lagi, kami terus duduk luar sebab takut sangat. Selepas je kawan aku yang lain balik. Kami buat keputusan semua tidur kat ruang depan tu.
Berhimpit laa kami dua belas orang dengan berbekalkan kipas angin yang kecik pusing-pusing tu. Haha kau rasa? Selepas kejadian itu, sepupu aku kena berat lepas balik dari toilet Kuang. Sebab dia kata dia dengan kawan aku nampak kepala paip dekat sinki tu terbukak sendiri. Dan badan mereka dua rasa berat selepas mereka keluar dari toilet tu. Waktu nak ke asrama, dia terjatuh.
Aku pun gelak la. Macam mana kau jatuh? Dia kata ada orang tolak dia. Padahal mana ada orang. Aku dah start seram sejuk dah. Setiba di bilik sepupu aku suruh aku urut bahu dan picit kepala dia. Aku mulakan tugas aku sambil urut tu aku baca ayat qursi. Waktu tu dia kata dia sakit sangat. Aku pun picit la kuat lagi.
Then kawan aku pasang surah yaasin. Sepupu aku kata dia panas, then badan dia dah macam ular aku tengok. Aku nangis la time tu sebab first time kena dan sepupu aku kot. Jadi aku terus panggil kakak yang pandai lah jugak berubat ni datang ke bilik. Bila masuk je bilik tu kakak tu terkejut sikit bila tengok keadaan sepupu aku tu. Dia suruh aku dan sepupu aku pergi ke bilik dia. Time tu laa badan aku pulak jadi berat.
Then, kakak tu kata kau tak minta izin sebab tu benda tu marah. Haa apa lagi aku nangis lagi laa. Sebab aku ni dikategorikan sebagai penakut. Selepas itu kakak tu mula pantau kami. Hari hari datang bilik kami.
Start tu kami mula rapat dengan kakak tu. Selepas dah diurut sepupu aku lain sikit. Dia suka senyum sorang sorang, gelak sorang sorang dan paling penting dia suka bersendirian. Aku jadi takut dengan dia. Pada satu malam aku tidur memang sebelah dia. Aku terasa ada orang tarik rambut aku.
Aku terkejut laa. Aku tanye kau tarik rambut aku ehh. Dia dah memang pejam mata dia cuma senyum senyum je. Lagilah aku takut.
Bilik 2-6 ni sejak tu kami kena teruk. Loker goyang goyang sendiri. Bunyi guli laa, bunyi orang duduk atas katil dan yang paling takut dekat tingkap bilik air akan ada rambut julur je kat situ.
Tu kawan aku nampak. Aku alhamdullilah tak nampak. Paling rare pasal bilik 2-6 ni setiap maghrib je pintu dapur tu akan tertutup dan terkunci dengan sendirinya. Ada lagi waktu tu kami tengah solat berjemaah, nak baca surah yaasin time tu mula laa loker tu buat bunyi, katil tu lagi kuat bunyi macam orang tengah duduk dan banyak lah.
Ada sorang kawan aku tengah mengaji, kotak tu melayang kena kepala dia. Tu yang susah tu. Ada dalam bilik A satu katil kawan aku yang Peah tu katil dia memang berat sangat nak tarik cadar pun tak boleh. Macam ada orang tengah baring kat situ. Aku ada ceritakan ada sorang kakak yang tolong kitaorang berubat tu dia boleh nampak benda benda halus tu. Dia kata tu atas katil tu budak. Start tu kawan aku memang dah tak tidur tempat dia.
Aku pun dah tak tidur tempat aku. Aku tidur nan kawan aku kat depan. Kami berempat tidur kat depan. Ada satu malam kawan aku nampak ada nenek masuk bilik air bunyi orang berlari kat luar. Yang lawaknya aku sampai nak ke tandas pun suruh kawan teman ataupun aku bukak sikit pintu tu. Haha penakutnya aku waktu tu.
Haa yang paling seram ada hantu pocong kat balkoni kitaorang. Pada mulanya kami tak nampak. Kawan aku sorang ni nama dia joyah yang nampak. Malam-malam akan dengar bunyi sinki tu diketuk dan apa yang lawaknya kami berempat memang tidur pasang lagu. Sepupu aku ni jenis tidur lambat dia ada pernah nampak pocong tu tengah berjoget ke kiri ke kanan. Haa tu yang lawak.
Ada pernah dia bawak geng pulak 3 benda tu. Ada tinggi, pendek nan gempal. Kau rasa?? Haihh, pernah sekali ada pontianak datang rehat kat balkoni kami. Dekat ampaian ada orang tua memang duduk situ. Aku selalu basuh baju jemur waktu nak maghrib memang bahu aku berat je and sakit. Aku kalau nak jemur baju ke mesti ajak kawan aku. Hahaha, nasib aku ada kawan yang baik dan boleh terima aku ni seadanya.
Ramai budak lelaki selalu bertanya bilik kitaorang ni ok tak? Korang okay tak? Sebab setiap malam yang mana berada di kedai mamak di depan rumah memang akan nampak.
Yang lagi pelik kawan aku semua cerita pernah mimpi seorang nenek tua pendek, bongkok dan muka buruk sangat datang bilik kami.
Tapi aku tak pun. Tapi pada suatu hari aku termimpi nenek tua tapi ni bukan yang pendek tapi ni yang tinggi. Dan aku pernah nampak. Ya Allah, waktu tu memang aku menggigil dan aku suruh mak aku ambik malam tu jugak.
Tapi tak ambik sebab rumah aku jauh kat perak. Aku belajar kat KL. Sejak peristiwa macam ni berlaku aku mula kuat semangat berbanding dulu. Pernah sekali aku nan kawan aku saja datang ke asrama tu.
Aku saja pandang balkoni ex bilik kami aku nampak penyodok tu pusing pusing sendiri walaupun takde angin. Jadi kepada adik adik bilik 2-6 hati hati tau. Banyak-banyakkan baca al-quran, ayat qursi dan surah yaasin.
-TAMAT-

020. LEMBAGA DI POKOK BULUH

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : LEMBAGA DI POKOK BULUH
KARYA : HAMBA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400020
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Assalamualaikum para peminat HZONE BLOG, abam datang lagi. hehehe..
OK lah, korang mesti tertanya kan, betul ke mamat ni jumpa hantu? Macam auta je. Macam tipu je… Banyak kali pulak tu. Siap boleh cerita lagi. Macam bohong je.
Baiklah. Biar aku berterus terang kongsi kisah hidup aku ni sampai selalu jadi “target” benda tu nak menonjolkan diri. Selepas terjadinya insident di Rumah Nenek tu, memanglah memasing kami demam, maka kenalah berubat. Menurut kata orang yang berubat tu, aku ni special sikit, ada “pengiring” gitu. Bukan 1 tapi ada 3. Semua lelaki. Sorang pakai kopiah, mukanya bersih. Sorang berbaju hitam bermisai lebat dan agak agresif, sorang lagi macam khadam kepada yang dua ni. Tak hairanlah dari kecik benda tu dok asyik “enter frame”. Aku tak minta pun, so pengiring atau tidak, aku tak nak ambil tahu. Dorang ni tak pernah muncul, cuma kadang-kadang dalam mimpi, dorang akan beritahu aku apa nak jadi, selalunya benda yang tak baiklah. Itulah sebabnya benda selalu nak test, kononnya aku ni istimewa. Porah!! Istimewa apa, buat takut je sampai demam-demam.
Kisah yang aku nak ceritakan ni berlaku selepas insiden di Rumah Nenek yang aku kongsi dulu. Baiklah, biar aku mula.
Aku ni anak orang susah. Masa remaja dulu, kerana mak aku garang, aku jadi remaja pemalu yang rajin ke masjid berjemaah. Aku juga akan mengikut ke mana emak aku (arwah) pergi mencari rezeki sebab bapak aku meninggal masa aku sekolah rendah lagi. Mak aku akhirnya dapat kerja jadi tukang masak di kilang, kerja pagi je. Subuh-subuh lagi aku akan hantar mak aku naik bas naik basikal. Itu saja yang aku boleh buat kerana aku masih bersekolah.
Satu hari tu, selepas berjemaah Subuh di masjid aku pun kayuh basikal balik ke rumah. Masa tu rasanya Subuh sangat awal, ye lah 20 tahun yang lalu kan. Sampai rumah, mak aku dah siap. Aku pun hantar la mak aku ke pekan (pekan yang aku cerita dalam kisah Rumah Nenek tu). Bas pun sampai, mak aku selamat naik bas, aku pun balik kayuh basikal. Hari masih gelap.
Masa tu kawasan kampung aku masih lagi dikelilingi hutan. Ada sepohon buluh yang rendang dan menyeramkan di tepi kebun getah cina. Kebun getah tinggal yang tak de orang usahakan dah. So boleh bayangkanlah, dah macam hutan rimba kebun getah tu. Tepi pokok buluh tu ada sungai sepanjang jalan dan bersambung dengan sebatang parit besar masuk ke dalam kebun getah tu. Pokok buluh rendang tu terletak tepi simpang sungai bertemu parit, dalam semak. Orang kampung memang selalu kena usik kat situ. Hari tu nasib aku memang tak baik, giliran aku yang kena.
Dari jauh, aku nampak macam ada tanglung cina turun perlahan-lahan masuk ke rumpun buluh tu. Hilang je cahaya, seluruh pokok buluh bergoyang-goyang macam ada tangan yang menggoncang. Bila dah dekat dengan pokok buluh tu, aku dengar macam kerbau meranduk air. Riuh sangat bunyinya macam air diranduk kerbau berjemaah. Aku yang bengong ni pun nak tahu, kerbau siapa pulak terlepas. Lampu jalan masa tu memang sebatu satu, dan memang kat pokok buluh tu agak gelap, sebab lampunya di sebelah jalan sana (dekat sekolah cina). So aku memang tak nampak “kerbau” siapa. Masa tu aku tak ingat pulak masa lalu nak pergi dengan mak aku tadi takde pulak terserempak dengan kerbau waima seeekor pun.
Semakin dekat semakin kuat bunyi deburan air. Masa tu aku tak perasan air berolak atau tak, memang tak terfikir. Bila hanya beberapa kaki dari sungai, aku berhenti sebab aku dengar ada orang perempuan panggil nama aku. Tak semena-mena, keluar satu makhluk dari rumpun buluh di gigi air. Tersengguk sengguk bersungguh sungguh dia meranduk air nak datang pada aku. Aku hanya nampak dua biji mata je. Makin lama dia makin dekat. Aku hanya terpaku tak boleh nak buat apa. Aku juga dengar dia ketawa mengekek macam kita usik baby. Pelik sangat bunyinya.
Bila dia betul2 di tengah sungai, baru jelas sikit aku nampak makhluk tu. Hari kan dah nak siang, so dalam samar-samar tu, aku nampak hanya kepala saja, yang lain terendam dalam sungai. Panjang rambutnya sampailah dari tempat dia pegun dok menyeringai kat aku sampailah ke rumpun buluh tempat dia keluar tu. Benda tu berhenti meranduk air betul-betul di tengah sungai. Aku terkaku, terketar-ketar, hampir-hampir nak terlepas basikal dari tangan aku sambil mata dia tak lekang pandang aku. Muka dia tak jelas sebab ditutup rambut, tapi aku masih dapat lihat mata dia yang besar macam bola ping pong, buntang macam mata ikan m**i terendam. Ada mata hitam sebijik macam mata ikan. Gigi jangan cakaplah, spesis hantu setan gigi dorang sepesen je. Semua taring atas bawah, panjang-panjang, runcing-runcing. Bibir tebal macam bibir ikan kaloi. Hidungnya hanya dua lubang, bukan macam hidung kita. Kulit macam buah epal yang dah kecut, lebam kebiru-biruan.
Katak ke cengkerik ke takde yang berbunyi, di tambah masa tu tiada orang yang yang lalu. Tapi aku perasan sepanjang dua belah sungai, terdengar macam bunyi ikan melompat-lompat terkejut. Perlahan-lahan, aku nampak makhluk tu keluarkan tangan dia nak tarik kaki aku. Tangannya berselaput macam tangan katak, tapi ada kuku panjang dan tajam-tajam. Bersisik halus-halus berwarna biru kehijauan. Panjang tangan dia oiii…macam ular berkilat-kilat. Bayangkan, dia ditengah sungai, kira beberapa depa la juga aku dari dia. Semakin lama semakin panjang jangkauan tangan dia, sampai kuku dia dah menyentuh selipar aku. Benda tu bunyi macam menderam-deram. Sekejap menderam, sekejap mengekek ketawa.
Perlahan-lahan benda tu munculkan diri. Kecik lonjong je badan dia. rambut je panjang nauzubillah. Badan dia berkilat-kilat, lebam macam orang m**i lemas. Sampailah dia berdiri betul-betul atas permukaan air dengan mata dia tak berkelip pandang aku. Aku dengar macam bunyi ikan cuba melarikan diri dari tempat tu, melompat-lompat ketakutan. Orang yang biasa memancing aku tahu apa yang cuba aku sampaikan.
Yang buat aku berserah ialah bila pergelangan kaki aku dia dah pegang. Sejuknya jangan cakap. Rasa sejuk yang sakit macam korang genggam ais lama-lama. Rasa macam ular pun ada, lembik-lembik berlendir. Aku masa tu dah takut separuh m**i, tak boleh nak buat apa-apa. Logik kepala pun ntah ke mana. Memang macam kena pukau bila mata dia asyik pandang aku dengan gigi mengeringai.
Hati aku kata kalau Allah kata kalau Dia izinkan makhluk tu tarik aku dalam sungai, aku redha saja. Aku mengucap sendirian. Alhamdulillah, lalu sebuah bas kilang. Cepat-cepat benda tu lepaskan kaki aku dan tenggelam lalu menyelam balik ke pangkal pokok buluh. Hari dah makin terang, dan aku nampak semakin dalam dia menyelam, semakin panjang rambut dia penuh satu sungai. Dan kat tebing dan atas jalan tar, memang ada bekas basah macam bekas tangan benda tu.
Aku pandang bas yang lalu, barulah aku macam sedar. Dan bila aku pandang sungai, hanya ada alunan air berombak macam ada benda lalu, padahal apa pun tak ada. Aku dapat dengar macam ranting-ranting buluh dipijak-pijak sambil beberapa batang buluh digoncang dengan kuat. Terkejut, cepat-cepat aku kayuh basikal balik rumah. Demam seminggu lagi aku. Terkejut betul-betul sebab ada physical contact.
Kaki aku lebam tempat dia pegang. Lebam bengkak yang sangat sakit bila disentuh. Pun macam tu aku pi sekolah macam biasa. Aku tak banyak berubat sebab kadang-kadang demam aku pulih sendiri. Mak aku akan baca sikit-sikit ayat yang dia tahu kalau demam aku kuat dan aku meracau. Selain itu, demam aku akan pulih sendiri macam ada orang yang sembuhkan.
Bermula dari situ, aku rasa pelik pada diri sendiri. Dari seorang remaja yang pemalu (sebab aku rasa aku hodoh dan miskin), aku jadi pemarah dan kurang sabar. Selalu dapat mimpi pelik-pelik. Mimpi yang sama, aku lemas di laut yang berwarna merah. Satu mimpi yang amat kerap ialah aku naik basikal roda satu (yang macam badut sarkas naik tu), tapi sangat tinggi sampai ke awan dan tiba-tiba jatuh terhempas. Dan lepas peristiwa kat rumpun buluh tu, keraplah benda-benda tu menonjolkan diri mereka. Macam-macam jenis yang aku dah jumpa. Semuanya buruk dan menyeramkan. Semuanya berniat jahat. Nanti aku akan kongsi pengalaman yang paling mengesankan dan menakutkan aku semasa aku menjadi penuntut universiti dulu. Ntah la kan? Hantu dengan IPT ni macam kembar siam pulak. Huhuhuh..
Aku percaya kuasa Allah mana ada sempadan. Semua boleh terjadi kalau Dia izinkan. Wallahualam.
Sekian, terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum
-TAMAT-


021. SIAPA CIKGU DAHLIA..?

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : SIAPA CIKGU DAHLIA..?
KARYA : NANA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400021
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Dari dalam kelas…..
Bising…! Bingit…! Begitulah keadaan kelas tingkatan 5 Ikhlas apabila ketiadaan guru. Sehingga ada guru yang hadir ke kelas mereka pening kepala melayan karenah pelajar didalamnya. Haifa dan Ainul ligat bersembang dengan pelbagai topik, dari kisah sejarah, matematik hinggalah gosip artis terkenal. Termasuklah beberapa orang pelajar lain dari setiap meja dikelas berbincang dengan topik masing-masing dan ada yang berbual sambil ketawa berdekah-dekah umpama menonton maharaja lawak.
Dari luar kelas……
Kelihatan ada sepasang kaki melangkah kemas menuju ke arah kelas tingkatan 5 Ikhlas. Cikgu Dahlia nama diberi. Berkebaya merah, berkain batik lepas, rambut disanggul rapi diselitkan dengan bunga cempaka disisi. Bersepatu tinggi berwarna merah, berjalan penuh lemah gemalai mengalahkan sang primadona. Lagak gaya seperti cikgu tahun 50an.
…………………………………………………
Cikgu Dahlia meletak beberapa buah buku dan beg tangan di meja. Kelas 5 Ikhlas yang sedari tadi bising dan riuh mulai sunyi sepi dengan kehadiran cikgu baru. Cikgu Dahlia memandang satu persatu wajah pelajarnya.
“Pelik ya…? Dari luar cikgu dah dengar suara kamu semua, bukan main lagi bising…! Masuk saja saya ke dalam kelas, terus senyap…!” Cikgu Dahlia bersuara sambil tersenyum lebar menampakkan baris-baris gigi.
Kesemua pelajar hanya diam. Tiada sebarang reaksi yang dipamerkan oleh mereka saat cikgu Dahlia melontarkan kata-kata permulaan. Mungkin kerana terkejut akan kedatangan cikgu baru ke dalam kelas mereka. Ini kerana mereka langsung tidak dimaklumkan akan kehadiran cikgu baru ke dalam kelas mereka. Kalau ada pun cikgu yang sedia ada di sekolah tersebut. Dan yang membuatkan mereka bertambah terkejut lagi, cara pemakaian cikgu Dahlia yang persis ratu kebaya zaman 50an.
Haifa mula mencebik dan bermonolog didalam hati… “Macam lawa sangat…, dah macam Normadiah pulak, hihihi….” sambil ketawa sinis.
Sepantas itu juga cikgu Dahlia memandang tepat ke anak mata Haifa sambil tersenyum meleret. Terkejut Haifa dipandang begitu.
“Biar betul cikgu ni, dia dengar ke apa yang aku cakap tadi…?” Haifa sedikit kaget namun sedaya mungkin Haifa tidak menunjukkan reaksi spontannya itu.
Lalu cikgu Dahlia melangkah ke hadapan seraya berkata.
“Nama cikgu…., Dahlia. Hari ni…, hari pertama cikgu mengajar di sekolah ini. Jadi cikgu minta kerjasama dari kamu semua, dengar kata-kata yang cikgu, jangan buat bising dan yang penting… jangan cuba-cuba nak MELAWAN, faham…..” Sambil memandang serius di setiap wajah-wajah pelajar dikelasnya.
“FAHAM CIKGUUUU……..!!!!!” Serentak suara pelajar 5 Ikhlas bersuara.
“Cikgu ada terdengar guru kelas kamu, cikgu Haryati mengalami keguguran sebab terlalu tertekan dengan perangai kamu yang tidak mendengar cakap, suka buat bising dan suka sangat melawan. Sehingga kebanyakkan guru-guru lain tidak mahu mengambil alih untuk jadi guru kelas didalam kelas 5 Ikhlas ni. Betul ke….?”
Haifa dan Ainul berpandangan sesama sendiri.
“Takkanlah sebab kitorang bising, sampaikan cikgu Haryati keguguran Cikgu, mungkin kebetulan kut. Janganlah sebab Cikgu Haryati keguguran, kami pulak dipersalahkan. Semua tu kan dah takdir, dah takde rezeki. Nak buat macam mana”, Haifa bersuara bersahaja sambil tersenyum sinis kepada cikgu Dahlia. Ada sedikit tanda ketidakpuasan pada hatinya. Seraya itu juga terdengar ketawa kecil dari beberapa orang pelajar yang seakan “menyokong” tindakan Haifa itu.
Namun, Cikgu Dahlia tidak cepat melatah, dia tetap tersenyum. Tersenyum seakan terhibur dengan kata-kata “nakal” dari Haifa, seorang pelajar yang terkenal dengan sifat nakal dan banyak mulut.
“Baiklah, hari ni saya taknak mengajar dulu. Apakata hari ni kita main satu permainan. Nak tak….?” Cikgu Dahlia memberi pendapat sambil mengerling tajam ke arah Haifa.
“Nak…!”
“Nak…!”
“Nak cikgu…..!!”
“Nakk…..!!”
Serentak itu juga para pelajar bersetuju dengan usul yang diberikan oleh cikgu Dahlia.
“Wowww….! Teruja sungguh kamu semua ya….”
Cikgu Dahlia mula tersenyum.
“Kalau permainan macam budak tadika, lebih baik tak payah cikgu”, Haifa menyampuk lagi.
“Tidak. Ini bukan permainan budak-budak. Permainan ni tidak perlukan barang atau keluar dari kelas. Kamu hanya duduk didalam kelas sahaja. Kamu hanya perlu pejamkan mata dan mendengar setiap apa yang cikgu katakan. Apabila kamu mendengar suara cikgu , kamu perlu bayangkan seolah-olah kamu berada ditempat yang cikgu akan ceritakan nanti. Anggaplah ini seperti cikgu sedang hipnosis kamu. Baiklah, cikgu harap kamu semua faham. Apa kata kita namakan permainan ni……., SELAMATKAN AKU……”
Cikgu Dahlia memberi penjelasan malah memberi tajuk sekali.
“Hipnosis…? Duduk kat sini….?”, Ainul inginkan kepastian sambil menunding ke arah kerusi yang didudukinya.
“Ya, hipnosis. Hanya duduk dikerusi kamu saja. Dengar dan cuba berada ditempat itu. Ingat….!! Jangan sesekali buka mata kamu. Buka apabila cikgu sebut perkataan SEGERA!!! Senang bukan…? Jadi kamu semua sudah bersedia…..?”
Mereka mengangguk.
“Sekarang saya nak kamu pejamkan mata. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus dengan perlahan……”
Kesemua pelajar mengikut apa yang disuruh Cikgu Dahlia.
“Jangan buka mata selagi cikgu tak suruh. Kosongkan fikiran kamu, kosongkan fikiran kamu sekosong kosongnya. Lupakan seketika apa yang telah kamu alami. Kisah hari ini, kisah semalam, kisah kelmarin…. dan segala kisah yang pernah kamu alami…..”
Sambil menutup mata, mereka kelihatan tekun mendengar dan menghayati setiap baris ayat yang keluar dari mulut cikgu Dahlia. Kelihatan seakan mereka sudah masuk ke dalam hipnosis itu.
Ketika ini keadaan didalam kelas menjadi sunyi, cikgu Dahlia berasa tenang dengan suasana itu. Lalu cikgu Dahlia mula bersuara dengan lontaran suara yang tidak terlalu kuat tetapi cukup untuk membuat kesemua pelajar mendengar suaranya.
“Sekarang….. kamu berada disatu lorong kecil. Laluannya sungguh sempit, dikiri kanan terdapat lalang-lalang separas betis kamu dan hanya kamu seorang sahaja berada dilaluan yang sempit itu. Kemudian, kamu berjalan perlahan-lahan, merentas laluan kecil itu. Tiba-tiba, didepan kamu terdapat sebuah rumah batu satu tingkat ala colonial, berdindingkan warna putih yang kini sudah kusam warnanya kerana diselaputi dengan lumut dan debu. Pintunya yang berwarna hitam diperbuat daripada kayu yang hampir reput. Namun, rumah itu kelihatan uzur kerana dimamah mentari. Lantas kamu terus berjalan menuju ke rumah itu. Lalu kamu terus membuka pintu itu tanpa memberi salam. Daun pintu terbuka perlahan, selangkah kaki kamu masuk ke dalam rumah, sudah terhidang bauan hanyir seakan bau d***h kering disetiap ceruk ruang tamu rumah itu. Kaki kamu melangkah lebih ke dalam lagi. Suasana didalam rumah kelihatan samar-samar dan hanya dibantu cahaya dari luar rumah….”
Cikgu Dahlia terdiam seketika sambil memerhati raut wajah para pelajar di hadapannya. Masing-masing tetap setia dengan mata terpejam tanpa ada sebarang reaksi dan ekpresi. Hanya diam dan terpaku di tempat duduk masing-masing. Kemungkinan sedang berada di dalam situasi yang sedang cikgu Dahlia ceritakan. Sebenarnya cikgu Dahlia cuba untuk mengawal minda separa sedar mereka tanpa mereka sedari.
“Kini kamu begitu teruja menyelusuri setiap ceruk di dalam rumah itu. Cuba kamu pusing kekiri terdapat ada ruang meja makan yang kosong dan paling pula ke kanan, terdapat ada tiga pintu bilik dihadapan kamu. Pintu bilik pertama….. berwarna biru, pintu bilik kedua….. berwarna kuning dan pintu bilik ketiga….. berwarna merah. Kini kamu akan masuk ketiga-tiga bilik tersebut……”
“Pintu bilik pertama kamu buka…….”
Kali ini cikgu Dahlia diam seketika sambil melirik ke arah jam dinding yang terletak di dinding belakang. Apabila sudah cukup dalam kiraan satu minit, cikgu Dahlia…..
“Kini kamu buka pula pintu bilik kedua……”
Seperti tadi juga cikgu Dahlia menunggu dalam kiraan satu minit sambil melihat jam dinding yang terletak di belakang kelas.
“Akhir sekali, pintu ketiga kamu buka……”
Kali ini cikgu Dahlia menunggu sedikit lama, lebih kurang dalam dua minit……
Cikgu Dahlia tersenyum. Memandang wajah pelajar dihadapannya yang sedang terpejam.
“Sekarang kamu keluar dari bilik ketiga…..
Dan…. terus keluar dari rumah itu dengan…….. SEGERA…..!!!!”
Kesemua pelajar membuka mata mereka apabila cikgu Dahlia menyebut perkataan SEGERA.
……………………………………………………..
Namun ada sesuatu yang sedang berlaku…..
“Cikgu!! Kenapa dengan Haifa cikgu? Dia masih lagi tak buka matanya cikgu!”, Ainul panik melihat sahabat baiknya yang masih lagi tidak membuka mata. Jelas kelihatan peluh membasahi wajahnya. Haifa seakan dalam ketakutan, seperti sedang melihat sesuatu yang menakutkan didepan matanya.
Tiba-tiba, Haifa mula terjerit-jerit dan meronta-ronta ditempat duduknya.
“AAAAARRRHHHH……!!!! PERGI….!!! PERGI….!!! PERGI….!!!!!”
Pelajar di dalam kelas yang melihat keadaan Haifa yang seperti dalam kerasukan, mula panik lalu segera bangun dan berlari ke tepi dinding dan penjuru dinding.
Kemudian Haifa terus bangun dan meronta-ronta sambil kedua tangannya mendepang ke sana ke sini, lantas menjerit minta diri lepaskan.
“Lepaskan aku…!!! Lepaskan aku…!!! Tolongggg…!!! Tolongggg…….!!!!”
Tiba-tiba dengan tidak sengaja ada dua lagi pelajar perempuan juga turut meronta-ronta dan menjerit seperti keadaan Haifa. Ketika itu,didalam kelas 5 Ikhlas sangat kelam kabut. Ada yang lari keluar kelas dan ada yang masih bertahan tinggal didalam kelas, untuk menolong rakan-rakan mereka yang sedang dalam kerasukan. Mujur ada guru dari kelas sebelah datang untuk melihat keadaan.
“Kenapa ni…!! Kenapa diorang menjerit….!!”
Cikgu Zaidah dari kelas sebelah bertanya cemas sambil merangkul tubuh Haifa yang keletihan. Manakala dua lagi pelajar perempuan telah ditenangkan oleh pelajar yang lain.
“Ainul, awak tolong panggil Ustaz Meor dan ustazah Azizah, cepat….!!” Cikgu Zaidah memberi arahan.
……………………………………………………………
Keadaan di dalam kelas 5 Ikhlas sudah seperti biasa, tiada lagi suara terjerit-jerit dan suasana kelam kabut. Kesemua pelajar kini sedang berada didalam surau sekolah, atas arahan ustaz Meor. Haifa dan dua lagi pelajar kembali tenang namun masih dalam keadaan lemah. Tiada lagi terpancar riak ketakutan diwajah mereka.
“Alhamdulillah. Kamu bertiga dah ok…?” ustazah Azizah bertanyakan keadaan mereka.
Lalu menghulurkan tiga gelas air yang telah di baca surah oleh ustaz Meor kepada mereka bertiga agar lebih tenang.
Haifa dan dua lagi pelajar mengangguk.
“Saya dah ok ustazah….” ringkas jawapan yang diberi oleh Haifa dek kerana kepenatan akibat dari rontaannya yang terlalu kuat.
“Boleh ustaz nak tahu kenapa boleh jadi macam tu?”, Ustaz Meor inginkan jawapan.
“Ini sebab cikgu baru tulah, nak hipnosis kitorang!”, Ainul menunjukkan ketidakpuasan hatinya.
“Cikgu baru….? Ustazah, sekolah kita ada cikgu baru datang ke…?” Ustaz Meor berasa pelik.
“Mana ada ustaz. Pengetua tak cakap apa-apa pun…? Kalau ada, mesti cikgu Borhan akan beritahu…..”
“Ada ustaz, nama dia cikgu Dahlia. Dia pakai kebaya merah dan kain batik lepas. Rambutnya disanggul siap ada bunga warna putih lagi…!! Tak percaya, tanya diorang…..” Ainul tetap dengan jawapannya sambil menunding ke arah Haifa dan pelajar yang lain.
“Tapi, ustazah ustaz pasti, tidak ada cikgu baru yang masuk ke sekolah kita”, ustazah Azizah cuba meyakinkan Ainul.
“Apa yang cikgu Dahlia cuba hipnosis kamu?”, Ustaz Meor bertanya lanjut.
“Dia suruh kitorang masuk sebuah rumah ala colonial. Kat dalam rumah tu ada tiga bilik. Saya pun cubalah bayangkan, masuk bilik pertama…, saya bayangkan bilik mak ayah saya. Masuk bilik kedua…, saya bayangkan bilik kakak saya dan masuk bilik ketiga…., saya bayangkanlah bilik saya. Hahaha, itu je. Takdelah saya ambik serius sangat. Nanti takut kena marah dengan cikgu tu, muka dia lain macam sangat!!”, Ainul mula menjelaskan kejadian mereka di hipnosis separa sedar.
Ini juga turut diakui oleh pelajar yang lain, kebanyakan jawapan dari mereka, ketiga-tiga bilik adalah “kosong”. Tidak ada apa yang mereka ingin cuba bayangkan. Ada antara mereka cuba untuk masuk di dalam hipnosis itu, tetapi tetap tidak dapat hendak mengosongkan fikiran seperti yang di pinta cikgu Dahlia. Lagi dicuba, lagi pelbagai benda yang mereka fikirkan.
Kemudian Haifa mencelah……
“Tapi….., saya rasa…. Saya dah masuk ke dalam hipnosis tu. Bila saya masuk bilik pertama, ada seekor bangkai kucing yang sudah m**i. Terbaring ditengah-tengah bilik yang kosong, tiada katil ataupun perabut yang lain. Baunya sungguh busuk…!! Lepas tu saya terus keluar, sebab tak tahan dengan bau bangkai kucing tu…!! Kemudian saya masuk bilik kedua, saya lihat ada tiga ekor bangkai burung gagak pula yang tergantung ditingkap kaca tetapi kurang bau busuknya. Lepastu saya masuk bilik ketiga, bukak saja pintu bilik….. Terus saya ternampak ada seorang perempuan muda sedang menyisir rambutnya yang panjang dihadapan cermin antik….” Haifa membuka cerita pengalamannya termasuk didalam hipnosis cikgu Dahlia.
“Rambut dia sungguh panjang. Dia memakai baju kebaya merah dan kain batik lepas macam yang Cikgu Dahlia pakai. Saya fikir mesti perempuan ni cantik. Tiba-tiba, dia terus menoleh ke arah saya. Muka dia, saling tak tumpah macam cikgu Dahlia. Lepas tu dia terus senyum pada saya. Masa tu saya okey lagi, yang tak okey nya masa dia toleh je pada saya kepala dia terus terangkat naik ke atas…!! Badan masih kat bawah…!! Terkejut saya…!! Kepala cikgu Dahlia tercabut dengan rambut panjang dia tu, nak datang kat saya…!! Itu yang saya suruh PERGI..!! PERGI..!! PERGI…!!
Lepas tu tangan dia terus jadi panjang nak pegang saya. Lepas tu saya menjerit…., LEPASKAN AKU…!! LEPASKAN AKU…!! Bila dia taknak lepaskan saya, itu yang saya mintak TOLONG…..”
Panjang lebar penerangan dari Haifa menceritakan saat dia dihipnosis.
“Yang kamu berdua pulak kenapa menjerit, kamu nampak apa?” ustazah Azizah bertanya kepada dua pelajar yang turut terkena tempias dari Haifa.
“Saya nampak cikgu Dahlia tersenyum kat saya masa Haifa tengah menjerit-jerit, lepas tu kepala dia tercabut keluar dari badan dan terus melayang nak datang kat saya….”
“Saya pun nampak macam tu jugak, tapi bukan kepala yang nak datang kat saya…, tapi badan dia yang datang kat saya macam nak peluk saya….” cerita daripada dua pelajar tersebut yang masih dalam ketakutan.
Ustaz Meor beristighfar, terkejut dia mendengar cerita dari pelajar terbabit. Patutlah semasa dia cuba berlari hendak menuju ke kelas 5 Ikhlas, sepanjang laluan itu sehingga ke dalam kelas dia terbau sesuatu yang busuk. Kerana itulah dia menyuruh kesemua pelajar pergi ke surau agar tidak berlaku lagi kejadian yang tidak diingini.
“Itulah lain kali, bising lagi. Kan dah ada
” benda” yang marah. Dia dah datang sakat kamu semua”, Terpacul cikgu Zaidah memberi peringatan.
“Cikgu Zaidah, itu semua kerja syaitan. Lagipun dah lama sekolah ni tidak diganggu, kali ni dia buat balik…” Ustaz Meor berasa kerisauan.
Ustaz Meor berdiri menghampiri tingkap melihat suasana diluar surau. Dikepalanya mula memikirkan sesuatu…..,
“SIAPA CIKGU DAHLIA….?”
-TAMAT-

022. KISAH2 DI KEM PERTAHANAN 

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : KISAH2 DI KEM PERTAHANAN (BHG. 1 & 2)
KARYA : HAMBA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400022
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

BHG. 1
Masa berjalan begitu pantas, sambutan Syawal berlalu sudah. Rasa terharu mengenangkan momen meriah berkumpul sesama sanak-saudara, yang jauh maupun yang dekat.
Entah bila kita dapat ketemu lagi. Walau bagaimanapun diharapkan Syawal ini bukan yang terakhir bagi kita semua.
Bila berkumpul beramai-ramai pada musim perayaan sebegini, pelbagai topik perbualan pun tercetus, dari gosip-gosip kosong melarat ke cerita-cerita seram. Sehingga minat aku menulis kisah2 mistik di ruangan FS sudah menular ke pengetahuan sepupu-sepapat. Apalagi, sesi berkongsi cerita pun bermula tentang pengalaman mereka serta rakan-rakan yang lain-nya bertembung dengan alam ghaib semasa menjalani perkhidmatan negara sepenuh masa selama 2 tahun.
Harap maklum: Kesemua nama-nama watak dan kumpulan telah diubah-suai untuk melindungi peribadi serta hak masing-masing.
Pulau Hantu: Pulau yang terletak di bahagian timur laut, bila nama disebut memang tidak asing pada semua orang yang menetap di sini dan terutama sekali di kalangan anggota-anggota NS (National Serviceman), di mana kejadian-kejadian nan luar-biasa selalu dikaitkan. Pernah dijajahi oleh tentera Jepun pada tahun 1942-1945. Saat itu dianggap paling pahit oleh rakyat tempatan yang sentiasa hidup dalam kesengsaraan dan ketakutan. Kezaliman kempetai bersifatkan kuku besi bukan sahaja mendera malah m******h sesiapa sahaja yang disyaki ingin menentangnya.
Sesetengah orang percaya pulau ini telah ternoda dengan kes penderaan dan pembunuhan berlaku secara pensendirian atau beramai-ramai pada waktu itu, dan mangsa-mangsa yang terlibat datang dari golongan-golongan yang tidak bersalah, termasuk kanak-kanak.
Ayat yang selalu menjadi kelaziman, “Biasalah tempat-tempat gini kan banyak orang m**i tak rela, jadi roh-roh dorang semua tak aman dan selalu berkeliaran”.
Wallahu a’lam bish-shawab.
Selepas kemerdekaan, sebahagian pulau ini telah dijadikan markas pangkalan bagi tentera darat. Setiap anggota yang berdaftar di bawah unit kombat perlu melalui BMT (Latihan Asas Militari) dan harus berpangkalan di sini. Untuk beberapa minggu pertama, tiada keganjilan berlaku. Demoralasasi hanyalah latihan ketenteraan yang sangat berat dan sulit, tidak ketinggalan juga para pegawai atasan yang bengis belaka.
(I) Sumber: Korporal Fairuz
Peristiwa: “Spiderman”
Lokasi bangunan satu tingkat yang diagihkan kepada pasukan kami terletak di sudut paling hujung, berjauhan dengan seksyen-seksyen yang lain dan berhampiran dengan hutan belantara.
Semua lampu-lampu di kem terpadam tepat jam 10.30 malam. Namun pada malam itu, keadaan di bilik masih terang sedikit dari cahaya bulan mengambang. Aku tinggal berdua dengan rakan sebilik, Syam sementara Rashid dan dua lagi teman dikenakan tugas mengawal malam. Sungguhpun telah melalui latihan lasak dan memenatkan pada siang hari, aku masih tidak dapat merehatkan mata ditambah pula dengan cuaca yang bahang. Untuk memudahkan aku tertidur, aku bermainlah permainan komputer di PSP yang kubawa dari rumah.
Berbeza dengan Syam yang kukirakan sudah hanyut di alam fantasi.
Suara lolongan anjing-anjing liar yang berterusan dari padang kawad semacam memberi petanda tentang kehadiran sesuatu yang tidak elok bakal muncul tanpa diundang. Selepas itu, kedengaran bunyi seperti beberapa biji guli jatuh bertalu-talu di atas lantai jumbin; pelik siapa yang bermain di lewat malam hari dan sah-sah tidak ada aras kedua di bangunan ini.
Syam tiba-tiba terpekik meminta tolong dan meloncat turun dari tempat tidurnya di bahagian atas katil dua tingkat. Dia menunjuk-nunjuk kepada sesuatu di tembok siling. Seminit kemudian, Rashid pula masuk dan segera menyalakan lampu. Syam tampak bagai ayam yang terkecundang; wajahnya putih berkilat dengan cetusan peluhan sejuk di dahi seperti lilin yang cair ketika dibakar. Aku serta Rashid sedaya upaya menenangkan keadaan dengan menyuruhnya beristighfar.
Bila reda sedikit, barulah Syam menceritakan sungguhpun masih lagi dalam keadaan gementar.
Aku di sini ialah Syam:
Ada sesuatu yang menggangguku ketika tidur. Bila tersedar, satu lembaga hitam berada di hujung kaki, melekat di tembok siling seperti “spiderman”. Matanya yang merah bercampur kuning semacam bebola api, menenung aku kembali. Aku tergamam buat seketika melihatkan benda aneh yang tidak semena-mena muncul di situ. Ia kemudian melopongkan mulutnya luas dan melompat ke arahku. Sebuah lubang hitam besar ibarat mulut gua, gelap dan banyak taring-taring melapisi di atas dan bawah mulutnya datang menghampiri semacam ingin menelan aku. Sebab itulah aku menjerit.
Aku di sini ialah Rashid:
Aku kebetulan sedang meronda berdekatan dan jelas kelihatan seseorang, kemungkinan lelaki, memakai jubah panjang serba hitam bersama hud menutupi kepala berjalan masuk ke bangunan. Mengesyaki mungkin ada pencerobohan berlaku, aku pun mengekorinya. Setibanya berada di hadapan bilik kamu, dia terus sahaja menembusi masuk ke dalam. Dan ketika itu jugalah, aku terdengar jeritan dari Syam.
Sekali lagi terdengar lolongan anjing liar di luar menambahkan efek yang menakutkan dan diikuti dengan hilaian ketawa mengejek panjang, “he he he ha ha ha haa” bergema di seluruh bilik membuatkan kami tergesa-gesa keluar dari situ.
Bulan ketujuh merupakan musim Perayaan Hantu dalam qamariah orang-orang Cina. Pada waktu beginilah kerap terjadinya penemuan yang aneh lagi pelik.
(II) Peristiwa: Auditorium usang
Berikut adalah kronologi menimpa beberapa kumpulan kadet nasional yang dijadualkan tugasan mengawal di waktu malam, berhubungan dengan sebuah auditorium terbelangkalai terletak di sebelah bangunan yang digunakan sebagai ibu pejabat bagi pengedalian urusan pentadbiran. Perantaraan-nya:
-Jelmaan seorang perempuan berpakaian putih menyisir rambutnya sambil bersenandung di suatu sudut. Peliknya ia mengadap dinding dengan tiada cermin tergantung dihadapannya. Dan bila berasakan eksistensi mendapat perhatian dari seorang manusia, kepalanya berputar 360 darjah ke arah si pengintai dari belakang itu.
-Seorang rekrut membuat panggilan secara rahsia di pondok telefon yang terdapat di dalam auditorium itu. Sedang asyik berborak dengan kekasihnya, sekilas dia terpandang sesuatu bercahaya putih berligaran di atas pentas. Sangkaan mulanya mungkin seekor kelawar telah masuk tetapi apabila dia lama mengamatinya, dia terkejut lantas melepaskan gagang talipon dan pecut lari dari situ.
Pendedahan: benda terbang itu merupakan susuk kepala tanpa badan bersama usus, perut dan hati tergantung serta titisan d***h merah kehitamman memercik. Selain muka yang hodoh, tulang dagu makhluk itu semacam tercabut dan tergantung dengan sisa kulit dan urat.
-Sekumpulan kadet telah dimarahi dan didenda teruk oleh ketua mereka kerana tidak menyelesaikan pusat pemeriksaan ketika menjalani kawalan malam. Dengar cerita, mereka telah terserempak dengan makhluk yang menyerupai seorang perempuan atau ibu berduduk menyusukan anaknya di salah satu bangku didalam auditorium. Bila kain membaluti bayi (konon-nya) itu terselak, ternyata yang digedungnya adalah seketul batu nisan!!!
(III) Sumber: Privet Ah Beng
Peristiwa: Pegawai kemeja putih
Sebagai seorang bekas ahli gangster dan kerapkali terjebak dalam pergaduhan besar antara geng-geng, sudah semestinya aku skeptis dengan benda-benda paranormal apalagi mahu mempercayai tentang kewujudan-nya. Akan tetapi satu pengalaman yang aku alami sendiri, telah sama sekali mengubah tanggapanku dalam perpekstif sedemikian.
Rutin aku setiap pagi ialah mengemas bilik pegawai yang berada di tingkatan bawah tanah. Kerja aku selesai dalam jam 6.30 pagi dan aku pun berehat dekat sofa depan televisyen memandangkan ada masa terluang sebelum latihan kawad bermula pada jam 7 pagi. Reflek dari kaca TV pula, dapatlah di-lihat dengan jelas segala yang berlaku di belakangku. Seorang pegawai berkemeja-T putih menjelma dari sebelah kiri melintas menuju ke kamar mandi. Aku dengar bunyi hempasan pintu ke pintu.
Setelah 10 minit lamanya, aku didatangi oleh satu perasaan aneh secara tiba-tiba:
1) Pintu utama masuk ke pejabat hanya satu dan berada di sebelah kanan.
2) Yang pastinya tidak ada seorang manusia yang berada di bilik ketika aku masuk tadi (aku tidak mengantuk dan tidak juga berhalunasi).
3) Dia berjalan agak pelik sedikit dari cara seorang manusia biasa – atau lebih tepat lagi seakan melayang.
4) Kalau berasaskan undang-undang, baju berwarna terang atau putih tidak dibenarkan dalam premis kem, selain dari warna hijau lumut/hitam.
Dia masih belum keluar dari tandas jadi aku pun mula berteriak. Senyap, tiada jawapan balas. Aku memulas tombol dan membuka pintu yang tidak berkunci dari dalam. Terkejut aku bila melihat pegawai tadi berdiri di depan cermin. Dengan ukiran senyum sinis melihatku, ia memegang kepala dan sebelum aku ketahui aksi selanjutnya, kepala pegawai itu telahpun terpisah dari badannya lalu diletakkan di atas sinki. Senyumanya masih tidak pudar.
Aku panik; terus menerpa keluar dari situ. Kakiku melemah sejurus bertembung dengan rakan-rakan di tingkatan satu yang sedang sibuk bersiap sedia untuk berkawad. Mereka terkejut melihatku menggigil ketakutan. Hanya tuturan perkataan “Gui aah, Gui aah (Hantu aah Hantu aah)!!!” yang mampu keluar dari anak tekak-ku.
Mereka terpaksa memapah aku berjumpa dengan pegawai perubatan.
Selepas peristiwa itu, aku diserang demam panas dan diberi cuti sakit selama seminggu. Apabila aku kembali bekerja, aku pastikan aku tidak keseorangan di dalam bilik itu lagi dan memberi seribu satu helah untuk membawa seorang lagi rakan sebagai penemanku.
(IV) Sumber: Korporal Zack
Peristiwa: Joseph dan elemen ‘supernatural’
Pasukan kami boleh dikatakan antara yang berdisiplin dan memaparkan prestasi baik dalam kebanyakan latihan kem. Ramai pegawai atasan sangat berpuas hati dengan kami, kecuali seorang komander bernama Staf Sarjan Tan. Seorang yang tidak berperikemanusiaan dan sentiasa mencari kesalahan untuk mendenda, terutama dengan rakan seperjuangku, Joseph. Kami pun tidak tahu punca sebenar mengapa dia tidak sehaluan dengan si Joseph itu.
Joseph pula seorang yang baik hati dan suka membantu rakan-rakan yang lain, cuma adakalanya dia sedikit cuai dan leka.
Pada satu petang, aku bersama beberapa kawan yang lain sedang menonton TV di bilik rekreasi. Joseph masuk dan menghempaskan dirinya di sofa bersebelahan denganku. Beliau baru sahaja selesai melakukan tugas tambahan yang dikenakan oleh SGT Tan sebagai denda kerana melanggar perintah semasa latihan siang tadi. Joseph kelihatan begitu marah sekali dan tiba-tiba dia memberontak, “You will die and burn in hell!”
Aku menasihatinya supaya mengikut sahaja arahan yang diberi dan jangan melawan kalau dia tidak mahu lagi menerima hukuman. Lebih-lebih lagi kami sudah masak sangat dengan perangai bajingan Tan.
Joseph bangun dari tempat duduknya dan melemparkan pandangannya kepadaku. Perubahan di wajahnya, yang sebelum ini tampak naif dan tenang, menimbulkan sensasi buih-buihan sejuk menyusur di tulang sendiku. Seketika bulu romaku meremang – ada suatu aura nan lain, susah bagiku jelaskan gambarannya. Sambil dia berjalan keluar meninggalkan kami, dia mengulangi ayat-ayat yang sama, walaupun dalam bisikan kecil tetapi ketara kedengaran, ““He will die and burn in hell, he will die and burn in hell.….!”.
Ku rasakan dia seperti menjampi mantera atau mengenakan wabak sumpahan terhadap Tan.
Selepas kejadian itu, ada suatu malam terasa mencengkam dan entah mengapa aku berasa gusar – perasaan was-was seperti ada benda yang mengawasi. Aku berputar balik di atas katil mendapatkan keselesaan untuk tidur. Pada satu jangka masa, aku mengiring ke kanan dan ternampak satu bayangan hitam sedang bertenggek di atas lemari dan menenung Joseph yang sudahpun lena dibuai mimpi. Kedudukan katil Joseph pula adalah di paling hujung bersebelahan dengan tingkap. Aku lantas berpaling arah dan memejam rapat mataku, tidak mahu melihat aksi seterusnya dari benda yang tetiba menjelma di dalam bilik.
Keesokan hari, Joseph kelihatan riang, berura-ura bahawa dia tidak pernah dapat tidur dengan nyenyak sekali seperti semalaman sepanjang berada di kem ini. Aku hanya tersenyum mendengarkan kata-katanya dan tidak mengungkitkan perihal kemunculan makhluk aneh itu.
Seminggu kemudian, SGT Tan m**i serta merta dalam satu kemalangan ngeri. Menurut khabar, Tan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas sambutan pesta hari lahir temanita-nya pada malam hari Sabtu. Dia telah merempuh batu pembahagi jalan dan keretanya meletup akibat kebocoran dari tangki minyak dan gas. Mayat Tan rentung dan hangus dijilat api kebakaran itu.
Pembedahan siasat mendedahkan bahawa Tan telah mengambil minuman-minuman keras dan memandu dalam keadaan mabuk. Disebabkan itu dia telah hilang kawalan pada kereta yang dipandunya.
Secara kebetulan atau sumpahan benar – satu perkara yang implisit. Kes SGT Tan diibaratkan seperti kasturi m**i kerana baunya.
(V) Sumber: Sarjan Mejar Regimen Peter
Peristiwa: Sesat di kubur
Aku ingin menceritakan pengalaman misteri semasa mengetuai satu latihan navigasi. Platun aku seramai 6 orang menjalani latihan itu di sebuah hutan kecil berdekatan dengan tanah perkuburan Cina. Ketika ingin pulang ke HQ, aku tersedar bahawa kami telah sesat. Kompas kami pula seperti berhenti berfungsi; menunjukkan satu hala di mana tiada jalan keluarnya. Kami mengembara tanpa haluan, trek jejakan pun diliputi kabus tebal dan seketika aku merasa diriku seperti berada di zon senja.
Kedengaran satu teriakan nyaring menyentakkan kami dari lamunan. Suara yang biasa kudengari. Rupanya datang dari seorang rakan komander dari platun lain yang menjumpai kami di situ.
(Penjemahan dari Bahasa Inggeris) “Oi!! Apa hal korang jalan pusing-pusing kat sini? Nape tak balik kem lagi? Dah lambat tau tak.”
Barulah kami sedar yang sejak beberapa jam yang lalu, kami hanya berjalan mengelilingi sebuah kubur yang sama. Dan kubur itu tertanamnya seorang anggota tentera yang dipercayai telah m**i b***h diri.
Menurut kisah, semasa hayat kadet ini, dia seorang yang sangat pendiam dan suka mengasingkan diri. Pada suatu hari, dia telah menembak diri di kepala menggunakan senapang latihan kepunyaan-nya.
Satu nota bertulis telah ditinggalkan; dia tidak dapat menghadapi tekanan yang timbul dari masalah peribadi di rumah dan juga pembulian di kem pertahanan.
(VI) Sumber: Sarjan Mejar Iskandar (sudah bersara)
Peristiwa: Penjaga pokok pisang
Di sini saya ingin mengongsikan pengalaman berlaku dalam satu misi kerahan luar negara pada tahun 1983.
Saya bersama seorang lagi pegawai pemandu askar tempatan, telah dikerahkan oleh pihak atasan untuk memantau satu lokasi untuk dijadikan perkhemahan keseluruhan sementara.
Perjalanan dari bandara kombat ke lokasi itu mengambil masa kira-kira 3 jam atau lebih, tertakluk pada keadaan kesesakan trafik. Hari mula gelap jadi untuk jalan pintas, kami berdua berpakat untuk meredah sebuah ladang pokok pisang.
Kami dijunamkan ke dalam suasana yang gelap gelita, sunyi dari segala hiruk-pikuk kesibukan kereta, tiada lampu jalan dan hanya berpandukan kepada kuasa lampu tinggi yang terpancar dari jip Land Rover yang dipandu pada had kelajuan yang santai, ditemani unggas dan juga cengkerik dan segala jenis bunyi di malam hari. Alat penghawa dingin pula rosak dan cermin tingkap terpaksa diturunkan sepanjang perjalanan.
Tetiba kami disambut dengan bunyi daun-daun bergeseran sesama sendiri. Pokok-pokok pisang di situ mula bergoyang, kami berdua menjadi hairan kerana tiada angin kuat meniup pada saat itu. Dari sisi cermin pandang belakang, aku mula menyedari satu kelibat kain putih terbang sehaluan dengan kereta kami. Ia beralih dari satu ke satu pohon. Bila ia bersinggah, pokok itu akan bergoncang dengan kuatnya.
Saya: (penjemahan dari Bahasa Inggeris) “Pandu cepat, lekas lekas. Ada sesuatu di belakang kita”.
Rakan saya mungkin ternampak benda yang sama kerana dia pun menekan pedal pemecut dan terus memandu laju keluar dari kawasan itu. Saya membaca apa sahaja ayat pelindung yang terlintas di ingatan. Nasib keberuntungan menyebelahi kami, kami dapat menemui jalan keluar dan menyambung perjalanan kami di lebuhraya yang terang-benderang.
Saya merahsiakan pengalaman itu daripada pihak atasan dan kekawan semua sehinggalah ke saat ini.
(VII) Sumbangan: Sarjan Yahya (sudah bersara)
Peristiwa: Latihan Malam Jumaat
Kejadian menyayat hati pernah terpahat di minda sekumpulan askar-askar suatu ketika dahulu.
Seperti malam-malam yang lain, pasukan ini dijadualkan dengan aktiviti berbaris didalam hutan pada malam hari Khamis. Bila selesai latihan dan tiba saatnya untuk headcount, barulah disedari bahawa mereka telah kehilangan salah satu rekrutnya dan untuk berapa lama tidak pula diketahui. Pencarian dimulakan dan akhirnya mereka berjaya juga ketemu dengan anak buahnya itu namun mereka tidak sama sekali menyangka sebuah kejutan telah lama menunggu kedatangan mereka.
Tubuh rekrut itu tergantung longlai di atas dahan pokok dan telah dirobek dengan ganas bagai tiada perasaan keperimanusiaan oleh si pelaku. Organ, tali perut, usus dan segala dalaman badan dideretkan dalam satu barisan lurus di atas tanah lumpur bersama pek makanan dan segala bekalan yang dikeluarkan dari beg si mangsa seperti persediaan untuk suatu upacara yang tidak diketahui.
Sejak terjadinya peristiwa itu hingga ke hari ini, para pegawai masih lagi mengadakan latihan malam sedemikian pada hari-hari biasa kecuali malam kliwon.
BERSAMBUNG ...

BHG. 2
(I) Nama: Ketua Pegawai Waran Abg Mail (sudah bersara)
Peristiwa: Pakcik dusun durian
Saya didatangi oleh seorang pakcik tua berpakaian sehelai kaos dan bercelana pendek. Dia merayu agar pagar itu dibuka untuk diberi laluan kerana dia ingin melihat dusun duriannya yang berada di dalam kem.
Saya sebagai pengawal gantri utama telah diberikan tugas berat dan arahan ketat dari pihak atasan Saya (dididik untuk menanam rasa penuh hormat terhadap mereka yang lebih tua) dengan sopannya telah menghadang dari memasuki kawasan larangan. Pakcik dengan wajah hambar berlalu pergi dan di ketika itu juga sebuah batalion telah pulang ke pos kawalan dari latihan luar padang. Dari jauh kupandang, ada sedikit kelainan dengan cara pakcik itu berjalan tapi aku tidak memikir panjang tentang hal tersebut.
Rekrut: “Siapa tu, Bang?”
Saya: “Entahlah, dia kata nak tengok ladang durian dia kat dalam sini.”
Rekrut (bergurau): “Durian?! Kalau memang ada dahlah kita yang ngappp dulu, ye tak? Kah kah kah!”
Saya ikut ketawa tetapi dalam hati tertanya-tanya, “Pakcik ni biar betul. Zaman dah moden macam gini pun masih dusun lagi ke?”
Tidak lama kemudian, saya menerima panggilan dari dalam kem.
Rekrut: “Bang!!! Pakcik tadi tu sekarang ada kat obstacle course area kita (kawasan padang halangan).”
Saya : “Huh? Macam mana dia boleh masuk, abang dari tadi jaga kat sini. Tak ada satu orang luar pun yang lepas dari abang.”
Rekrut: “Tak tau ni. Bukan saya seorang je, yang lain pun nampak juga.”
Saya: “Dia masih kat situ lagi ke? Saya datang sekarang.”
Rekrut: “Tu takpe bang. Ada lagi satu problem.”
Saya: “Apa dia?”
Rekrut: “Kaki dia takde, bang!!”
Saya: Terdiam….
(II) Sumbangan: Pegawai Waran Abg Fahmi (sudah bersara)
Peristiwa: Betul ke itu Jeneral?
Intro: Sederetan pohon-pohon redang lagi cantik dipandang mengelilingi perimeter pagar di luar bangunan kem ini. Menurut cerita lama daripada penduduk-penduduk kampung tempatan, pokok-pokok kecil ini pernah digunakan sebagai ruang untuk menggantungkan penggalan kepala manusia suatu ketika dahulu.
Pemenggalan kepala adalah suatu proses biasa dan juga dijadikan sebagai satu tradisi bagi tentera-tentera Jepun. Dengan menggantungkan kepala-kepala di situ, ia akan bertindak sebagai tanda amaran yang diberikan kepada penduduk setempat supaya jangan menderhaka terhadap mereka. Bangunan kem di dalam kawasan pula digunakan sebagai kuarters untuk memenjarakan orang-orang tawanan yang menunggu masa untuk d*******l.
Fakta tambahan, pokok-pokok di sepanjang jalan adalah spot yang paling sesuai untuk melaksanakan khidmat tersebut.
Ahmad ditugaskan sebagai penjaga pondok kawalan untuk mengawal pagar gantri utama. Pondok ini pula terletak bertentangan dengan pohon-pohon itu. Ini bukanlah malam pertama tetapi sudah acapkali juga dia dikenakan jagaan malam, namun dia tidak mengalami sebarang kejadian aneh kecuali pada suatu malam itu.
Malam itu tiada bezanya, sepertimana malam-malam lain yang biasa dilaluinya– sunyi dan hangat. Dia mendengar radio supaya dapat mengelakkan dirinya dari tertidur; tidak ingin dikecam oleh ketuanya sebagai “curi tulang”. Kira-kira dalam jam 3 pagi, Jeneral Ong (ketua Ahmad) datang menuju ke pondok kawalan. Nasib baiklah Ahmad tidak tertidur semasa Jeneral-nya sampai, kalau tidak akan terjerumuslah dia dalam masalah besar nanti.
Dia bangun lalu keluar berdiri di depan pintu pondok dan menabik, “Selamat pagi, Tuan”. Jeneral pun membalas balik dan sejurus itu berlaku jeda yang janggal seakan masa membeku. Jeneral Ong berdiam dan di dalam keadaan bertabik hanya menatap lama kepada Ahmad. Ahmad pula mula merasa tidak selesa dan ingin menanyakan ketua-nya itu jika semua berjalan lancar atau ada sesuatu yang yang tidak kena. Sebelum sempat membuka mulut, kepala Jeneral itu melentok ke satu arah dan jatuh berguling ke bawah. Ahmad tergamam melihat kepala ketuanya di atas tanah sementara tubuhnya yang lain masih teguh berdiri dimana dia berdiri.
Ahmad menjadi terlalu takut lalu lari masuk ke dalam kem. Dia jatuh sakit selama seminggu akibat trauma dari peristiwa itu. Dia cuba memberitahu rakan-rakannya yang lain tetapi mereka enggan mempercayai keseluruhan ceritanya kerana Jeneral Ong selalu dillihat berada di dalam stesen bekerja seperti biasa sehari-harian.
Penemuan pada malam itu bagaimanapun, tidak menghalang semangat Ahmad untuk meneruskan tugasnya sebagai pengawal. Apabila terpaksa bekerja malam, dia menjadi lebih peka dengan segala perubahan keadaan di sekelilingnya. Ahmad tidak menduga malam pertemuan itu berulang lagi setelah beberapa bulan kemudian. Dia panik bila tetiba dia ternampak Jeneral Ong keluar dari kereta dan berjalan menghampiri pondok kawalan jagaanya. Kali ini Ahmad telah bersiap-sedia untuk menempuhi keadaan sebegitu, mengambil peristiwa lalu sebagai panduan.
Setibanya di pondok jagaan Ahmad, Jeneral Ong menyapa-nya dahulu. Ahmad menjadi takut untuk menjawab kerana bimbang akan melihat kepala Jeneral berguling lagi sekiranya dia berbuat demikian. Jadi dia pun membisu dan tenung ke arah ketuanya itu. Jeneral pun senyap juga menunggu reaksi Ahmad seterusnya.
Ahmad: (berbisik dalam hati) Oh! Oh! Dia dah diam. Dah mesti lari sekarang.
Jeneral Ong bersuara: (Penterjemahan dari Bahasa Inggeris) Kamu ok ke tak? Kenapa muka kamu pucat?
Ahmad: (masih berbisik dalam hati) Alahai!! Dia bersuara pula.
Perasaan Ahmad sekarang sedang bercelaru. Dia menjadi bingung samada di hadapannya ini adalah ketuanya sebenar-benar atau makhluk jin berjirimkan manusia.
Ahmad memberanikan diri dan mencucuk-cucuk badan Jeneral itu dengan pentungan-nya. Pepejalan badan seorang manusia dapat dirasakan namun dia tidak yakin lalu dia menunjal kepala Jeneral pula. Kepala Jeneral, kali ini, tidak terjatuh dan masih utuh di tempatnya. Sudah sah yang berada di depannya sekarang adalah seorang manusia dan sememangnya ketuanya sendiri.
Jeneral menjadi berang dan memarahi Ahmad kerana tidak menunjukkan kehormatan langsung. “What do you think you are trying to do, huh?! Firstly, you did not respect your own senior. And then you try to hurt by poking me and pushing my head too?!”
Ahmad didenda kerana berlaku kurang sopan terhadap ketuanya sendiri. Dia ditukarkan ke seksyen yang lain dan tidak lagi ditugaskan untuk menjadi pengawal gantri utama.
(III) Nama: Privet Kelas Pertama Ah Boon
Peristiwa: Hantu Jepang
Pada suatu dinihari, aku dikejutkan dengan bunyi derapan kasut but tentera berkawad di hadapan barisan katil-katil tidur. Aku membuka sedikit mataku untuk mengintip dan ternyata satu makhluk berpakaian tentera Jepun berwarna coklat kekuningan. Ia berjalan ke satu hujung bilik dan kemudian berpatah balik menuju ke hujung yang lain, badan digerakkan serentak dengan kaki seperti berlatih untuk perbarisan. Satu tangannya memegang selaras senapang Garand (pada pendapatku senapang jenis ini digunakan hanya semasa Perang Dunia II) dan sebelah lagi tangan memangku kepala tanpa raut wajah.
Keesokan hari, aku bertanyakan kepada rakan-rakan sebilik dan semua mengakui telah mendengar bunyi yang sama tetapi berpura-pura meneruskan tidur kerana mereka menyedari, walau apa sekalipun, tiada perbarisan yang akan dijadualkan pada waktu subuh.
Peristiwa yang lain pula:
Pegawai perubatan kami, Mahesh, pernah kerasukan dengan hantu jepun. Ceritanya bermula pada siang hari kejadian itu, Mahesh telah bersetuju untuk makan malam bersama aku dan 2 orang rakan lain. Waktu makan tiba dan kami tidak bertemukannya di kantin seperti dijanjikan. Kami meneruskan juga bersantapan kerana berasa terlalu lapar. Mahesh masih jua tidak muncul sehingga kami selesai makan.
Selesai makan dan ada masa kelapangan, kami bertiga bersahaja untuk pergi berjumpa Mahesh memikirkan dia masih di pejabatnya dengan bebanan kertas kerja yang datang pada saat-saat akhir. Sebaliknya, kami menemui Mahesh merayau-rayau tanpa arah tujuan di padang operasi khas. Kami cuba meneriak tapi dia mengabaikan saja dan terus berjalan seperti orang hilang akal. Kami dapat menyusuli dan apabila dia dipusingkan mengadap kami, dia didapati sedang berbicara sendiri dalam bahasa asing yang kuduga adalah bahasa Jepun. Suaranya berubah menjadi garau, tatapan matanya kosong tapi tajam, lurus pandang ke sesuatu dan warna kemerah-merahan. Salah seorang rakanku lari mendapatkan Mejar yang arif tentang hal-hal begini. Pengusiran mengambil masa 30 minit lamanya dan Mahesh pun pulih seperti sediakala dan diberi cuti rehat selama seminggu.
Setelah beberapa minggu, pada satu hari, kami sempat berbual-bual dengan Mahesh di waktu rehat.
Dia pun menceritakan apa yang terjadi selepas dia berjumpa kami pada hari kejadian itu.
Aku di sini ialah Mahesh:
Aku tuju ke pejabatku di tingkat dua selepas berjumpa kamu semua pada hari itu. Ketika melepasi sebuah lorong kecil, yang memisahkan bangunan kantin utama dengan bilik senjata, aku terserempak dengan seseorang bercangkung menghadap tembok. Dari jauh, kulihat kepalanya tertunduk. Sangkaanku mungkin salah seorang rekrut sedang curi-curi menghisap rokok.
Aku pun pergi mendekati dengan niat untuk menyergahnya. Ketika menghampiri, aku mula terperasan seragam tentera yang dipakainya sangat luar biasa. Berwarna coklat kekuningan dan dibahunya pula ada ikatan bar warna merah seiras askar Jepun dalam zaman 1940-an.
Dia pun, seperti sedar keberadaan aku di situ, bangun meluruskan diri. Barulah aku nampak dengan jelas orang itu tidak mempunyai kepala!!! Itulah saat terakhir dan aku tidak dapat mengingati perkara yang terjadi selepas itu sehingga aku tersedar dan melihat kamu bertiga dan Mejar dihadapanku.
(IV) Sumbangan: Leftenan Kolonel Damon (sudah bersara)
Kemungkinan era ‘80an (kesahihan tidak dapat dipastikan)
Peristiwa: Mana Albert?
Pada era itu, Pulau Hantu belum lagi berkembang maju sangat seperti masakini.
Alkisah, satu malam, sepasukan pelopor elite terdiri dari seorang pemandu trak militari (Rahim) dan seorang perwira (Albert) sedang dalam perjalanan pulang ke dasar kem. Selain rakan sekomplok, secara peribadi mereka juga merupakan sepasang kawan akrab sejak dari kecil lagi.
Trak yang dipandu telah menyusur sebuah lorong kecil yang hanya muat untuk laluan satu kenderaan sahaja. Laluan di situ sangat gelap, tiada lampu penerang dan dikelilingi oleh hutan tebal. Tidak tahu punca kenapa, trak itu tiba-tiba menanjak kuat lalu terhenti dengan sendiri-nya. Lampu, sepatutnya berfungsi dari bateri lama yang belum ditukar ganti, juga terpadam dan tidak dapat bernyala.
Memandangkan mereka berada tidak jauh dari lokasi kem, Albert mengambil keputusan untuk pergi meminta bantuan. Rahim disuruh untuk berduduk diam dan tidak meninggalkan trak walau apa sekalipun terjadi dan sebagai keselamatan dirinya. Rahim pun bersetuju. Albert keluar dari kenderaan dan berpandukan cahaya dari bulan penuh, Rahim melihat rakannya berjalan dan terus hilang dalam kepekatan malam.
Anggaran lima minit kemudian. Rahim terdengar hentaman di atas bumbung kenderaan-nya dan berbunyi pula menepat di mana beliau sedang duduk. Semakin lama bunyi dentaman itu semakin kuat tetapi mengingati arahan yang diberi oleh Albert tadi, dia tidak keluar juga untuk menyiasat.
Setengah jam berlalu, bunyi dentaman itu berterusan dan setiap kali ia semakin kuat sehinggakan membuat si Rahim berasa jengkel. Tidak lama selepas itu, sebuah jip dengan 2 orang pegawai mendatang dari arah bertentangan. Mereka terperasan trak yang tersidai di tepi jalan dan berhenti di hadapan-nya. Mereka ternampak sesuatu dan amat terkejut sekali. Dengan suluhan lampu jip mereka memberi isyarat kepada Rahim supaya keluar. Bila Rahim di luar trak, salah satu pegawai pun menjerit dengan nada yang cemas, (penterjemahan dari Bahara Inggeris) “Lari ke jip kami, sekarang. Jangan pandang belakang ok!”
Rahim masih tidak tahu apa yang berlaku dan menuruti sahaja perintah yang diberi. Namun rasa ingin tahu membuak-buak dan apabila dia sudah berhampiran dengan jip dalam jarak sejengkal, dia menoleh untuk melihat apa yang berlaku. Dia terpekik lalu rebah pengsan. Seorang pegawai dari jip tadi terpaksa mengheretnya masuk ke dalam kenderaan dan mereka terus berpusing balik menuju ke kem.
Fenomena: Seorang perempuan berjubah putih dan wajah yang begitu hodoh sekali sedang melantun-lantun kepala Albert di atas trak tersebut.
(V) Sumbangan: Kolonel Justin (sudah bersara)
Dalam tahun 1970-an
Peristiwa: Tragedi misteri
Ada dua versi yang diperdengarkan dan berlaku pada batalion perintis. Pada dasarnya insiden ini melibatkan seorang rekrut hilang setengah jalan semasa menjalani satu misi navigasi di dalam hutan tebal.
Kawasan hutan ini pula sedikit ganjil dan untuk membuat dua-hala panggilan radio atau ‘walkie talkie’ adalah mustahil kerana gelombang isyarat yang terlalu lemah pada masa itu. Mereka menjumpai rekrut itu pada keesokan harinya tetapi bukan dalam satu potongan tetapi anggota badan semuanya telah terpisah dan bergelimpangan di merata tempat.
Dalam kisah lain pula, seorang rekrut telah meminta izin untuk lebihan masa berehat kerana terlalu letih sementara teman-teman yang lainnya meneruskan misi latihan.
Setelah beberapa minit kemudian, mereka menyedari rekrut yang istirehat tadi masih tidak datang menyusuli. Apabila mereka berpatah balik ke tempat tadi, si rekrut sudah tidak kelihatan lagi di situ. Bermula dengan rejimen yang terbabit, merebak ke batalion-batalion sehingga menjangkau ke seluruh penduduk pulau terlibat dalam pencarian namun usaha yang digiatkan menjadi sia-sia kerana rekrut yang hilang tetap tidak ditemui.
Tiga hari kemudian, mayatnya dijumpai dalam keadaan tertelungkup, dibawah sebatang pokok berdekatan dengan tempat terakhir dia kelihatan. Tiada kesan luka ditemui pada badannya.
Tidak diketahui punca yang menyebabkan kematiannya yang mengejut, dan paling musykil dalam minda masing-masing ialah mengapa dia tidak dapat ditemukan sebelumnya sedangkan dia berada berdekatan sekali dengan tempat peristirehatan terakhir.
(VI) Sumbangan: Leftenan Kedua Subramaniam
Peristiwa: Cermin berpuaka
Blok 23 boleh digolongkan ke kluster bangunan-bangunan kem yang sudah agak tua. Cat-cat di dinding sudahpun pudar dan mengelupas, tembok berlubang di sana-sini dan ruangan itu dipenuhi dengan tumbuhan dedaunan kecil menonjol keluar darinya, beberapa jendela pula telah lama rosak tetapi tidak pernah dibaiki. Cuba anda bayangkan, tampilannya mirip seperti bangunan tua yang dipamerkan dalam kebanyakkan filem-filem seram.
Satu kejadian telah menimpa seorang askar membabitkan sebuah cermin yang terletak di salah satu kamar mandi dan dikatakan berpuaka.
Hari Jumaat adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh para anggota tentera kerana mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Ada yang pulang awal memandangkan hari percutian panjang sudah mendekat, kecuali mereka yang terpaksa bertugas mengawal persekitaran. Tinggallah 3 kawan sebilik yang berjadual untuk pulang pada keesokan harinya – Michael, Charlie dan Ringgo. Mereka masuk tidur awal kerana tiada jadual tugasan dan perkara-perkara lain yang harus dilakukan pada malam itu.
Di tengah-tengah malam, Michael terbangun untuk menunaikan ‘panggilan alam’. Dia pergi ke tandas, tetapi ada sesuatu yang beliau ternampak di dalam kamar mandi maka dia bergegas kembali dan mengejutkan rakan-rakannya.
“Hey hey…Charlie, Ringgo!!! Ban….gun, cepat!!!”
Kedua-duanya tersentak dari tidur dengan tindakan Michael yang mendadak. “Apa ni Mike? Ribut ah kau,” sahut Ringgo, masih tidak berganjak dari tempat tidurnya.
“Ada…ada…benda… kat…kat…cermin tu…tu…aku…aku nampak” Michael gagap, kata-katanya keluar dengan tersekat-sekat.
Charlie menjawab tenang, “Biarkan ajelah. Kau tidur je, kunci pintu tu ok.” Charlie dan Ringgo kembali tidur.
Satu jam kemudian, Charlie terjaga kerana dia terdengar jeritan kuat. Dia bangun dan nampak Ringgo berdiri terpacak kaku di sebelah katilnya, kakinya bagai berakar dan ternamam di situ melihatkan sesuatu. Charlie mengikut arah pandangan Ringgo. Dia pun terpacul dengan apa yang berada di depan matanya.
Michael tergantung di tali yang di-ikat dari atas bingkai pintu bilik. Mata terbeliak dengan iris hitamnya memandang ke atas seolah-olah sesuatu telah menyergahnya dengan lidahnya terjulur keluar.
Selepas kejadian itu, unit yang dipakai oleh 3 rakan itu telah dikunci dan tidak digunakan oleh pasukan-pasukan yang lain. Bila dijengah ke dalam, dilihat bermacam-macam tempelan tangkal dan kertas azimat berwarna kuning berselerakan di dinding-dinding.
Charlie & Ringgo telah dihantarkan ke pusat pemulihan mental kerana mengalami gangguan emosi yang melampau berpunca dari peristiwa itu.
Ada juga penampakan-penampakan yang lain berkaitan dengan blok ini. Tetapi kisah Michael ini masih menjadi misteri dan belum dapat huraiannya sehingga kini. Rumors ada mengatakan Michael ditarik oleh suatu kuasa jahat atau mungkin seorang kenalan kem berasa iri hati dan telah mencerutkan leher dengan tali, kemudian menggantungkannya di pintu supaya kelihatan dia m******h diri.
Maaf kerana entri kali ini terpaksa dibahagikan kepada dua bahagian.
Harap tidak jenuh membacanya.
Sekian, terima kasih.
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
-TAMAT-

023. USIKAN MANJA

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : USIKAN MANJA
KARYA : CIK ALIN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400023
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Assalamualaikum dan hai pembaca HZONE BLOG.
Terima kasih admin kalau publishkan entry aku yang kedua ni. Kalau entry lepas aku ada ceritakan pasal arwah kawan aku yang menjadi Korban Hantu Air. Kali ni aku nak share pasal diri aku sendiri plak.
Sebenarnya sejak kecik aku ni memang selalu kena ganggu. Kadang-kadang boleh merasa aura kehadiran ‘benda’ tuh bila dia datang dekat, kadang-kala diganggu melalui bunyi-bunyian. Tapi Alhamdulillah walaupun dapat melihat benda tuh jugak, tapi jarang berlaku.
Seram tuh hanya orang yang pernah mengalami perkara yang sama jer faham macam mana. Semua benda ni terjadi samada di rumah aku, sekitar kampung aku, disekolah dan sampailah kat tempat aku study sekarang ni. Okehh ni antara pengalaman aku diusik semasa aku kanak-kanak .
Jelmaan Jin Berupa Beruk vs Ayam
Masa aku umur 6 tahun masa ni dalam tahun 2000, aku bersekolah tadika kt kampung sebelah. Pagi-pagi mak atau akak aku (akak aku time ni sekolah sesi petang, so pagi dia free la) yang akan hantarkan berjalan kaki jer. Jarak tuh ada la dalam 500 meter daripada rumah aku. Time balik plak kalau mak aku tak dtg jemput, aku akan balik jalan kaki sorang-sorang jer. Selalunya lebih banyak balik sorang-soranglah berbanding dijemput. Hehe. Tapi dulu orang-orang kampung penuh adab sopan dan budi pekerti yang baik.
Mak ayah mana nk risau kalau kanak-kanak jalan sorang-sorang. takde pun “jembalang kepala hitam” yg nak kacau anak orang. Yang baik-baik jer ada semua, siap kalau jumpa ajak nak tumpangkan naik motor or basikal diorang lagi ada la dan hantarkan kerumah. Huhu.
Okehh, kisahnya macam ni. Satu hari ni, macam biasalah mak aku tak datang jemput aku lagi, so automatiklah aku balik sesorang lagi kn. Elehh no hal, gua dh biasa . takde hal la, nak takot apa kan. Aku ni plak jenis kanak-kanak ceria astro ceria tuh. Sambil-sambil jalan memang aku suka nyanyi-nyanyi atau hafal-hafal apa yang cikgu ajar kat sekolah setiap hari. Mungkin sebab tuh zaman aku kecik-kecik dulu hati aku terang, cepat belajar.. cewahh up diri sikit.. hehe..
Nak dijadikan cerita, time balik jalan ni, memang aku akan lintas satu kawasan anak sungai dalam jarak 50 meter dari tadika aku. Anak sungai ni kecik jer, alaa sekali lompat orang dewasa jer terus sampai tebing sebelah. Huhu. Sekeliling anak sungai ni memang banyak pokok paku-pakis dan pokok-pokok ara. Kira jalan yang aku lalu tuh merentasi anak sungai ni dan kawasan ni plak takde rumah orang. Sebab dia macam sempadan kampung aku dan kampung sebelah tempat tadika aku tuh la. Masa tengah syok berjalan sambil menyanyi sesorang tuh, mata aku ni aku selalu perhatikan kawasan anak sungai ni. Syok wehh tengok sungai jernih, buah-buah ara yang besar-besar kat pokok. Tapi tak semena-mena aku perasan kawasan semak lalang berhampiran bergoyang-goyang macam ada benda tengah berjalan melaluinya.
Akupun terus pegun, nak perhatikan apa benda la kan. Tetiba, zup macam kilat aku terpandang benda berbulu hitam lebat lintas semak dekat lalang tuh terus menghilang kearah dahan ara. Arghhhhhhh terkejut beruk la aku. Terus aku lari tak ingat dunia. haa jangan tak tahu, aku ni memang bukan jenis penakut, tapi bukan jugaklah jenis berani sangat. Kalau budak-budak lain tuh aku rasa dan pengsan kt situh. Hahaha. Yang aku ingat benda tuh macam beruk. Mata dia merah. benda apa tuh wallahualam aku xtahu. Tapi kampung aku memang xde beruk or monyet. Dan logiknya, hari-hari aku lalu kawasan tuh tak pernah plak aku jumpa benda tuh.
Bila agak jauh dah lari, dan aku rasa dah selamat. Aku pun berhenti berlari, tarik nafas panjang-panjang cuba untuk cool. Urut-urut dada yang penat. Sambil-sambil teruskan perjalanan, sambil otak aku ligat berfikir apakah makhluk tadi. Sedar tak sedar, kaki aku dah memasuki simpang menuju kerumah aku. Ada lah dalam jarak 100 meter lagi nak sampai dah. Fuhh lega beb dah nampak atap rumah dari jauh. Kat tengah2 jarak tuh dalam 60 meter dari tempat aku berdiri memang ada surau kecil. Duduk ada dalam 40 meter sebelah jer rumah aku. Maksudnya dari tempat aku berdiri sekarang aku kena lalui surau tuh dulu barulah sampai ke rumah.
Buat pengetahuan semua, surau ni kecik jer. Surau yang diperbuat daripada kayu, ada lah boleh muatkan dalam 20-30 jemaah jer. Sebelah surau plak, ada anak sungai yang mengalir melintang bawah jalan kampung tuh. Kedudukan sungai ni tengah-tengah antara surau dan rumah aku. Sama macam anak sungai dekat tadika tadi, sekeliling anak sungai surau ni jugak penuh semak samun dan paku pakis. Kebun pisang pun ada tau.
So, aku pun berjalan la konon-konon dah lega peristiwa tadi. Makin dekat dengan surau, makin lega hati aku dan makin cepat perasan nak sampai ke rumah. Akhirnya aku pun tibalah di hadapan surau tuh. Entahlah kenapa memang mata aku ni suka perhatikan sekeliling kot. Guys, tahu tak apa aku nampak ? Kat belakang surau tuh aku nampak macam seekor ayam jantan tengah mengais-ngais dekat daun-daun kering. Tengah cari makan mungkin. Tapi peliknya hanya sekor tuh jer aku nampak, takde plak ayam lain dekat-dekat situ. Alaa korang imagine la ayam jantan kampung yang bulu dia kaler-kaler tuh campur merah oren hitam bulu dia tuh.
Aku pun apa lagi, tengah syok tengok ayam, aku pun berhenti la berjalan tuh. Aku perhati jer. Budak-budak lagi kan time ni memang suka kt binatang. Hehe. Kedudukan ayam tuh plak membontoti aku, maksudnya aku nampak bahagian belakang ayam jer. Kepalanya aku tak nampak, mungkin ayam tuh sedang syok menunduk tengah mematuk hasil kaisannya tadi. Ralit jer aku duk perhati.
Kemudian terdetik lahh dalam hati aku time tuh, “mesti cantik ayam ni kn, aku nak tengok lah kepala dia”. Dan serentak tuh jugak lah ayam tuh macam boleh baca hati aku. Ayam tuh terus diam x bergerak-gerak, kaku dari aktiviti kais- mengaisnya. Then, zupppp kepala ayam diangkat !!
Makkkkkkkkkkk !!!! giler nak tunggu .. terus aku lari x ingat dunia dah mak oii. Kali kedua hari ni aku terkejut nampak benda ntah binatang ke tidokk. Kuss semangat nenek moyang aku. Soheh aku berlari takdenya nak toleh belakang lagi. Jengg jengg jenggg …..Nak tahu aku nampak apa tadi ?. aku nampak bukan kepala ayam weh. Tapi kepala BERUK. Yess kepala beruk warna hitam pekat berbulu mata merah dan mulutnya ada sisa-sisa d***h yang masih basah. Adoii menatang apa plak wehh badan ayam tapi kepala beruk ??
Balik rumah terus aku cerita kat mak aku, akak-akak aku dan abang-abang aku. Mujurlah aku ni bukan jenis lemah semangat. takde kena sampuk or demam ke haper.. fuhhhss nasib baik beb. Tapi lepas peristiwa tuh, memang mak aku tak izin dah aku balik sesorang. Mesti diorang dtg jemput. Huhu.
PENUNGGU POKOK M**I
Peristiwa ni pom zaman aku kanak-kanak jugak tau. Meh aku cerita kt korang. Haa, sebagai anak kampung memang setiap malam selepas waktu maghrib kami adik-beradik akan pergi mengaji al-Quran. Kami ni pergi ngaji jalan kaki jer. Selalunya kami ber3 jer iaitu abang aku, kak aku dan aku yang paling kecik la kira. Kebiasaannya, kami saing sekali pergi ngaji dengan anak-anak jiran depan umah kami. Mereka semua dalam 4 beradik. So, jadi semua sekali kami ber7 la . tapi aku la paling kecik time tuh, mungkin dalam 7 tahun. Aku pun dah ingat-ingat lupa daaa.. jangan maraa haa (ikot dialog P.ramlee) . hihi
Okeh nak dijadikan cerita, jalan yang kami kena lalui sebelum sampai ke tempat mengaji ni kena lintas sungai yang dekat surau yang aku cerita kat atas tuh. Kat sebelah sungai yang duduknya bertentangan surau ada satu pokok besar yang dah m**i. Pokok apa tuh, aku pun tak kenal. Hihi. Okehh korang imagine pokok tuh dh m**i tp still lagi gagah berdiri. Kenapa aku cakap m**i ?, sebab batang, dahan, ranting sume dh kering. Daun pun dah xde. Haa macam tuh la rupa pokok kt hujung jalan tepi sungai tuh.
Short to the story, setiap kali kami otw nak pegi ngaji mesti geng-geng rombongan cik kiah propa ni ngusik aku. Diorang cakap kat pokok tuh ada hantu la, pontianak la, hantu terbang la, orang minyak la dan apa-apa la yang boleh dijadikan modal oleh mereka untuk takutkan aku ni. Pastu gelak-gelak berjemaah. Haha nakal tak sudah. Tapi macam aku dah bagitahu, aku ni bukan jenis penakut. so setiap kali diorang mengusik aku diam jer. Hahaha malas nak layan.
Sampailah suatu hari masa otw balik dari mengaji, hari ni kami habis lewat dalam jam 10pm lebih. Sebabnya ramai pulak kanak-kanak malam ni yang mengaji sampai ke luar beranda rumah tok guru plak. Hehe. Macam biasa lah, diorang ni dari awal-awal lagi duk ngusik aku cakap kejap lagi akan lalu pokok tuh, ada jembalang yang dh tunggu aku nak ambik aku. Aku pulak buat tak layan jer, tapi makin dekat dengan pokok tuh mata aku ni kan suka memerhati.
Ntah kenapa malam ni aku rasa nak perhatikan jer pokok tuh, sambil dalam hati aku terniat la “kalau betul pokok ni ada penunggu, bia dia keluar usik diorang ni plak”. Haaa tudiaa bakhang, elok jer aku terdetik gituh, aku perasan disebalik pokok tuh macam ada sosok tubuh manusia. Tap[ aku andaikan itu adalah budak-budak dalam kampung kami yang saja menyorok nak menyakat kami. Jalan memang gelap, tapi malam tuh bulan tengah mengambang elok jer duk atas kepala. So, bleh nampak la samar-samar jalan dan kawasan sekitar. Cun habis oiii.. ohhh bulannn (haa sambung nyanyi lagu Yuna). Hihi…
Sedang geng-geng aku ni masih duk gelak-gelakkan aku, diorang langsung tak perasan kewujudan sosok tubuh tadi. Makhluk tuh plak memang macam tengah duk intai kami. Makin lama kami berjalan, makin dekatlah kami dekat pokok tuh. Aku pun apalagi, bagitahu la mereka suruh mereka tengok kearah pokok tuh.aiok tuh menyergah kami dengan “HOIIIIIIIIIIIIIII…….. “ mendepakan tangannya dan….. zupppppp dia melayang naik keatas dahan pokok … sekali lagi aku ulang, DEPAKAN TANGAN MELAYANG NAIK KEATAS POKOK … BUKAN PANJAT !
Arghhhhhhhhhh…………….. aku dengar masing-masing budak-budak ni menjerit lintang-pukang lari balik tinggal aku sesorang. Tapi aku masih lagi terpacak kat situ, aku perhati jer makhluk atas pokok tuh. Cehh tak guna, abang dgn kak aku pun sama tinggal aku. Hahah… dalam beberapa saat jer terus makhluk tuh terbang keatas dan ghaib. Baru la aku jalan kaki balik sesorang kerumah macam takde apa-apa berlaku. Huishh berani kan budak kecik ni.. hehe
Bila aku sampai rumah, baru la aku tengok mak, abg dan kakak aku tengah kecoh cari aku. Apalagi membebel la mak aku kat abg, kak aku sebab tinggal aku cam gtuhh jer. Memasing muka menikus dan pucat jer.. hahahaha padan muka sapa suruh tinggal adik kan.. alhamdulillah aku takde plak kena sampuk or diganggu lepas kejadian tuh.
Tak lama lepas tuh pokok m**i tuh orang kampung tebang atas tujuan keceriaan kampung. Orang tua-tua ada cakap, pokok yang m**i yang masih berdiri memang selalu ada yang menumpang. Malam kejadian tuh plak, aku pun tak tahu tuh hantu apa, yang aku perasan fizikal dia macam badan lelaki dan masa dia menyergah kami pom suara garau lelaki. Jiran-jiran aku cakap, makhluk tuh saja menjelma malam tuh sebab nk bagitahu dia memang ada kat situ lagipun aku sendiri terdetik nak tengok kewujudannya. Wallahualam.
So, moral of story ……JANGAN BIARKAN ANAK-ANAK KECIK ANDA BERSENDIRIAN SEPANJANG MASA .. nanti tak pasal-pasal ada benda yang berminat untuk mendekati. Kihkihkihhhhhhh
Thanks guys. Sorry kali ni cerita panjang dan berjela-jela. Banyak lagi sebenarnya usikan manja yg aku terima masa kecik-kecik, tapi cukup sampai sini dulu kot. Ni semua hanyalah permulaan kepada perjalanan hidup mistik aku selepas ini. Nanti aku share lagi dalam next entry. Assalamualaikum.
-TAMAT-

024. SEMBANG 

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : SEMBANG
KARYA : SZ
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400024
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga HZONE BLOG.
Aku takda nama pena tapi letak je laa nama aku SZ. Aku berumur 23 tahun dan berasal dari Sabah. Aku minat baca HZONE BLOG sejak aku terbaca karya Nurhan hehe. Then, aku pun terfikir laa juga nak kongsi cerita dengan korang semua. Sebelum itu, terima kasih admin kerana sudi publish cerita aku ni (kalau publish laa). Pertama sekali, (ayat cliché) aku nak minta maaf sebab cerita aku ni takda laa seram mana pun dan semuanya berdasarkan pengalaman aku sendiri tapi telah diubah suai sesedap rasa hehe
Cerita ni bermula sejak aku kecil lagi. Waktu tu aku tinggal kat Sepang dan aku berumur 8 tahun kot masa tu. Nak dijadikan cerita, rumah yang aku duduk tu betul-betul menghadap jalan raya. Kira macam rumah aku tu kalau terus je memang nampak sebiji rumah kat hujung jalan. Dapat bayang tak? Haaaa orang tua-tua kata, kalau rumah menghadap jalan ni jadi laluan makhluk halus. Wallahualam
Masa tu dah nak senja rasanya. “Adikkkk… Abang…”, bergema jeritan mak aku memanggil kitorang pulang. Aku ni dua beradik je. Maka berlarian laa aku dan abang aku ni pulang rumah. Mak aku memang tak galakkan kitorang main sampai senja. Katanya nanti ada org datang nak culik. Lucu bila aku ingat balik sebab budak-budak kan, jadi percaya je bulat2 masa tu hahaha. Jadi mcm biasa laa kehidupan budak-budak ni lepas maghrib tu confirm pegi mengaji. Aku mengaji dulu pun dekat je sebab kat belakang rumah je rumah ustazah tu.
Okay cukup intro pasal rumah lama aku tu. (Sekarang ni aku nak cerita pasal apa yang mak aku nampak malam tu). Dalam jam 2.30 pagi, sedang mak aku lena dibuai mimpi, tiba-tiba mak aku terjaga dek kerana bunyi tombol pintu belakang rumah kami dipulas-pulas seolah-olah ada seseorang nak masuk ke dalam rumah. Masa tu kitorang tidur kat ruang tamu sebab malam tu kebetulannya takda elektrik. Mak aku bangun dari tempat tidur dan dia nampak aku dah takda kat sebelah. Mak aku pikir mungkin aku ke tandas then dia terus ke dapur. Rupa-rupanya aku yang tengah cuba untuk buka pintu belakang.
Mak: Kenapa adik bangun ni? (Sambil memalingkan badan aku)
Aku: (Tengok mak sambil memulas-mulas tombol pintu)
Masa ni mak aku dah rasa lain macam dah tapi mak aku ikutkan je buka pintu belakang tu sebab dia pun nak tau aku nak pegi mana sebenarnya. Bila pintu dah buka, aku terus jalan pegi ke hujung laman belakang rumah aku dan duduk betul-betul berhampiran longkang belakang rumah aku. Masa tu laa mak aku nampak ada seorang perempuan cantik berkebaya putih dgn rambut bersanggul. (Okay cop. Mak aku sebenarnya pandai mengubat orang dulu-dulu sebelum dia kahwin dan dia pun ada gak laa sixth sense ni. Tapi kita sekarang ni tak cerita pasal mak aku hohoho okay back to track.) ‘Bayangan aku je kot’, kata mak aku dalam hati.
Tiba-tiba, dia terdengar aku bercakap-cakap dan ketawa seolah-olah sedang bersembang dengan seseorang. Mak aku datang then dia tanya aku sembang dengan siapa. Aku cakap laa yang aku tengah sembang dengan ‘kawan’. Haaa boleh pulak masa tu aku terlebih pandai gi tunjuk ‘kawan’ tu. Mak aku tak tunggu lama guys… ‘Anak aku tak kacau kau, kau jgn kacau anak aku’, kata mak dan terus angkat aku bawa masuk dalam. Masa aku kena angkat tu, boleh pulak aku melambai-lambai sambil cakap, “Nanti kita sembang lagi k”.
Kejadian tu berulang hampir setiap malam, sampai laa satu saat tu mak aku tak tahan then dia cakap benda ni kata abah aku. Abah aku cakap besok malam kita panggil ustaz ustazah kat belakang rumah aku tu. Aku ingat lagi masa tu nak dekat pukul 9 malam ustaz tu datang dengan isterinya, ustazah tu. Mak aku pun cerita kejadian menimpa aku tu dari A sampai laa Z. Ustaz tu pandai gak laa mengubat orang then ustaz tu diam sekejap. Tak lama lepas tu ustaz cakap yang aku ni takda apa pun. Bersih! Jin atau makhluk halus semua takda dalam badan aku. Jadi apa sebenarnya berlaku? Jeng jeng jengggggggg
Aku masa tu kan budak lagi jadi memang aku lupa-lupa ingat laa kejadian sebenarnya. Yang aku ingat masa tu mak aku pun cakap yang dia dah cuba tengok and memang takda apa laa kat aku. Jadi ustaz tu buat keputusan untuk tidur kat rumah aku malam tu sebab nak tengok sendiri apa sebenarnya terjadi. Maka, malam tu pun kejadian sama berulang tapi belum sempat aku keluar rumah, ustaz tu dah terkumat-kamit baca doa. Aku berdiri kaku depan pintu belakang lalu menangis. “Mak, kenapa ustaz tu buat ‘kawan’ adik sakit? Kesian dia berdarah-d***h. Dia bukan kacau adik pun. Kami kawan. Kami sembang je.”, (sambil menangis teresak-esak). Ustaz tu berhenti dan tarik aku masuk ke dalam rumah.
Ustaz: Adik nampak ‘kawan’ adik?
Aku: Nampak. Tapi dia dah balik sebab dia sakit. Dia pegi klinik kot huhuhuhu
Abah aku terkejut dan mak aku menangis. Mak aku berulang kali minta maaf dengan abah aku sebab dia tak bagi tau yang aku memang boleh nampak ‘benda’ atau hijab memang terbuka laa kiranya sejak aku umur 5 tahun lagi. Ustaz tu kata mungkin sebab aku mewarisi dari mak aku. Masa tu baru laa aku tau yang aku sebenarnya ada anugerah Allah yang hanya sesetengah orang sahaja memilikinya. Tapi aku takda laa nampak sepanjang masa sebab aku akan nampak bila aku terlalu penat atau insomnia. So, sejak dari hari tu, memang aku start laa bersendirian dan tak ramai kawan sebab aku sebenarnya tak dapat beza pun antara makhluk tu and manusia biasa. So, siapa yang rapat dengan aku tu terpaksa laa tahan bila aku tegur benda yang dorang tak nampak hahahaa
Ok tu saja cerita aku kali ni. Kalau sudi, bagi laa komen k, negative pun takpa tapi banyakkan laa positif ye hehehe aku bukan laa apa, mana tau aku dapat improve lagi sebab aku ni takda pandai sangat nak menulis cerita. Terima kasih kerana sudi baca cerita aku yang tak seberapa nak seram
-TAMAT-

025. BILIK I-102 – KISAH DI SEBUAH KOLEJ ISLAM

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : BILIK I-102 – KISAH DI SEBUAH KOLEJ ISLAM
KARYA : SYIKA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400025
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Assalamualaikum kepada para pembaca HZONE BLOG, sebelum ni aku hanya silent reader kat page ni dan adakala ada juga kisah- kisah yang aku tak baca atas faktor kesibukan dan tiada masa. Terima kasih jika cerita ini disiarkan. Ini kali pertama aku bercerita disini memandangkan ada salah satu student buka cerita pasal “qaryah” kami di salah sebuah kolej universiti islam. Tapi berbeza dengan cerita aku kerana aku berada di blok dan bilik lain. Aku jadi trigger sikit sebenarnya bila nak ceritakan balik kisah ini. Mungkin ada yang seram dan mungkin ada yang tidak, maaf dipinta awal- awal.
Kisah 1
Sejak kecil aku memang dianugerahkan dapat melihat dan merasa kehadiran “benda” tu, tak terkecuali ketika kali pertama aku jejakkan kaki di peringkat asasi. Masa intake aku masuk tu bulan Ramadhan, kejadian jadi lepas raya. Okay banyak omong kosong. Sem 1, tak obvious lagi kehadiran dia tu. Dia hanya main-main bagasi beroda yang ada di bawah katil roomate aku, dan malam tu mereka yang dengar ialah mila, hikmah dan izzah kalau tak silap, selalu terasa seperti diangkat ke suatu tempat yang lain dan hari last paper final exam, aku turun balik bilik pukul 2 lebih sebab study dan aku seolah diperhatikan semasa tidur dengan keadaan kedua belah tangan aku dipegang erat oleh gigi-gigi yang tajam. Nasib baik tak effect kat paper exam aku.
Untuk pengetahuan, dalam bilik aku ketika itu hanya ada 4 orang daripada 4 katil double decker, tapi budak katil sebelah aku dapat tawaran ipg, jadi dia pindah dan tinggal aku sorang menghuni katil tu. Sementara bahagian hujung bilik ada 2 lagi roomate aku, Qis dan Izzah, dan dorang hangkut sekali kawan depa dari Aras 5, Karmila aka mila. Hikmah pula asal blok lain tapi kadangnya tidur kat bilik kami.
Kisah 2
Sem 1 dia tak menyerlah sangat, mungkin hanya nak bagi salam perkenalan pada kami. Namun sewaktu sem 2 yang paling aku rasa teruk dan kemuncak. Kemurungan aku jadi teruk juga disebabkan peristiwa itu. Malam pertama aku balik qaryah untuk Sem 2, macam biasa bilik kami gelap dan hanya ada sipi cahaya dari lampu luar qaryah. Kami statik pada katil kami semasa sem 1, malam tu aku sorang je kene. Aku terjaga dan terasa sangat yang ada seseorang belakang katil aku, aku jadi kaku, aku kuatkan diri bangun juga dan tengok sekeliling.
Aku pun duduk je atas katil dalam keadaan gelap tu, katil sebelah dan bahagian atas memang kosong, takde orang. Hati aku malam tu rasa tak sedap, aku whatsapp kawan-kawan tapi mereka tak percaya dan cakap itu hanya perasaan aku dalam masa yang sama aku rasa setiap perbualan aku di whatsapp diperhatikan sebab aku dapat rasa ada rambut-rambut yang berterbangan dari atas katil kene kat kepala aku seolah-olah dia tengah duduk kat katil atas.(katil atas takde orang jadi katil tu dilipat jadi separuh supaya senang kene kipas kat katil bawah).
Aku pasang audio surah Yasin dan cuba untuk tidur tapi tak jalan. Rasa lagi diganggu, akhirnya aku dah rasa tak tahan sangat, aku bangun jugak dari katil dan aku nyalakan semua lampu dalam bilik tu sampai roomate aku terjaga. Aku dah macam nak nangis jerit sume ada tapi aku diam jugak dan tak cerita pada sesiapa. Lepas je azan subuh berkumandang, akhirnya baru lah aku dapat tidur lena.
Kisah 3
Cerita tak habis sampai situ je, aku jenis yang selalu “ditinggalkan” dalam bilik seorang diri sebab roomate aku jenis suka keluar dan aku pula jenis suka duduk sorang² jadi aku tak kisah pon, masa sem 1 dan 2 memang tak berapa rapat lagi masa tu. Bilik tu kedudukan dia 2 katil double decker di sebelah kiri ,ditengah² ada 6 meja study dan sebelah kiri 2 katil double decker.
Apa yang aku cuba nak terangkan kat sini adalah, bila aku sorang dalam bilik, aku akan nampak dan dengar macam² bunyi dekat kawasan meja belajar dan katil belah mereka tapi bila aku pula tak ada misal kata balik hujung minggu ke, dorang tak balik dan stay kat hostel, tapi dorang pulak yang akan nampak atau dengar macam² bunyi belah kawasan aku, seolah macam nak melagakan kami.
Nampak permainannya disitu. Mereka pernah dengar bunyi orang menulis kat meja aku (aku balik rumah) , barang jatuh² tapi bila check takde ape pon yang jatuh, bunyi tapak kaki, bunyi macam orang main pensel tekan. Aku pula pernah dengar dekat kawasan mereka, bunyi orang tengah berjalan, jalan mengengsot (seret kaki), bunyi barang² jatuh, dengar locker kene ketuk macam ada orang dalam locker dll. Hikmah juga pernah cerita pada kami yang dia pernah mimpi perempuan berpakaian putih lusuh dengan rambut menggerbang sedang mengengsot dan tersenyum ke arah dia !!! (Aku syak dia nak tunjuk rupa dia memandangkan aku selalu dengar bunyi mengengsot di bilik tu)
Kisah 4
Waktu ni keadaan gangguan dah teruk aku rasa, waktu tu ada akak ni cadang aku mandi air limau yang dibaca ayat² suci. Masa aku balik dari kedai, saat aku masuk bilik nak letak bungkusan limau nipis atas meja, aku ternampak lembaga hitam berbentuk manusia lompat turun dari katil roomate aku, waktu tu Tuhan je tau apa aku rasa. Dan hari² seterusnya kalau roomate aku balik dari kelas dan nampak aku tengah gosok baju dengan muka pucat dan pintu bilik terbuka, haa maksudnya aku baru lepas nampak benda tu. Aku jadi lemah semangat lama kelamaan, masa aku balik rumah pon aku kene ganggu, badan aku mula sakit² sampai badan aku jadi mengeras, mujur ayah aku pandai mengubat, dia rawat aku dan bagi aku bungkusan garam kasar dan kacang hijau, terasa ringan sikit badan aku.
Tapi kaedah tu tak bertahan lama, benda tu seolah kebal dan tak takut. Jalan terakhir, kami satu bilik sepakat panggil ustaz di kolej untuk minta bantuan. Ustaz bacakan ayat² suci dalam baldi berisi air dan renjis diseluruh bilik mengikut lawan arah jam, dan dia berpesan pada kami agar buat 2 hari sekali. Padan hari seterusnya, terasa rahmatNya datang apabila ada dua pelajar second intake menginap bilik tu, kebetulan yang tak dijangka, apa² pon kami tak ceritakan kisah ni pada mereka pada mulanya untuk elakkan mereka rasa takut. Gangguan mula berkurang dan tak ketara macam dulu. Mungkin sebab ramai orang.
Kisah 5
Aku janji ini kisah terakhir, hahahaha. Waktu ni sem akhir kami, sem 3 , kami pindah bilik baru iaitu i-103 , sebenarnya ada je kejadian yang lain tapi yang paling obvious, satu malam aku terjaga seolah² dikejut, apabila aku bukak je mata, aku nampak pocong tengah berdiri betul² depan aku, ketinggian lebih kurang tinggi sikit dari aku, wajahnya hitam terbakar dan mata agak merah, dia sedang memandang tepat arah aku dan akhir menghilang perlahan begitu sahaja. Aku sangka malam tu hanya aku saja yang nampak, rupanya Izzah pon nampak benda yang sama tapi kedudukan pocong itu arah lain. Lama-lama kami buka semua cerita pada roomate kami sejak kami sem 2, kami ceritakan setiap apa yang kami pernah alami dan ada yang macam terkedu, terkejut, tak berani dengar… Tapi dalam banyak² roomate aku, Qis yang aku rasa tak pernah nampak atau dengar apa², rileks je hahahaha.
Banyak lagi sebenarnya kisah kami tapi aku cuma ceritakan sebahagian sebab aku rasa kalau ceritakan semua boleh jadi novel dah rasanya, hahahaha ! Apa pun masa sem 3 dengan bilik baru, ukhwah kami bertambah rapat dan terjalin erat dan akhiri sem akhir kami dengan seribu kenangan manis. Allah Maha Mengetahui. Terima kasih sebab sudi habiskan baca ?
-TAMAT-

026. DIUSIK SIGULA-GULA (POCONG)

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : DIUSIK SIGULA-GULA (POCONG)
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400026
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Assalamualaikum dan salam Ramadhan
Kisah sy ni terjadi masa nak balik ke kampung sebelah sy. Nak dijadikan cerita sy ada 3 anak. Dua daripadanya dikurniakan kelebihan deria ke enam. Melihat benda yg tak sepatutnya nampak dgn mata kasar.
Kami bergerak dari Penang (rumah mertua) lebih kurang pukul 3 ptg. Campur tolak jalam jem anggaran 2jam lebih la untuk sampai Kuala Kangsar sebabkan musim raya kan. Dalam masa perjalanan tu sy mmg tak sedap hati dah. Rasa mcm ada benda pelik or tak kena akan jadi. Tapi sy tak melayan sangat la. Saya pun buat tak kisah la.
Sy sekeluarga sampai tol Kuala Kangsar dlm pukul 6.30 kot. Lepas tu singgah pekan kejap beli Pampers anak. Lepas tu sy teruskan perjalanan ke kampung sy kt Kampung Ketior. Yg mana org Kuale mesti tau kampung ni.
Nak dijadikan cerita, masa perjalanan tu hujan rintik dan elok sampai je kt selekoh maut (sebab selekoh tu mmg tajam dan mmg selalu eksiden), dua anak sy si sulung dan tengah ni cakap :
Kakak: " Papa kakak takut"
Adik 2: "ot,ot" (takut sb pelat lg)
Sy pun cakap la " haishh, apa senja² cakap macam ni"
Kebetulan masa sampai Ketior dalam pukul 7 lebih.
Bila makin nak dekat je kawasan rumah keluarga sy ni makin takut dua anak sy ni dok kata takut² sampaikan si kakak dah nangis². Untuk pengetahuan semua, laluan nak ke rumah sy ni kena lalu kebun cili (kiri) dan kebun pisang(kanan).
Bila dah makin dekat nak ke laluan tu si kakak cakap "nanti depan ada hantu, kakak takut". Masa tu sy tengok cermin pandang belakang sambil pujukkan si kakak ni. Tapi elok je sy pandang depan sambil nak masuk selekoh kiri nak lalu kebun cili dan pisang tu. Sy terperasan macam nampak si Gula-Gula seakan merukuk. Dengan spontan sy terpasang lampu tinggi. Tapi apa yg menghairankan sy, Gula-gula yg sy perasan tu berubah jadi batang pisang yg dah mati seakan merukuk sb tersangkut atas pagar.
Gangguan tak sampai takat tu je. Bila dah sampai kawasan rumah, dok tengah angkat barang nak masuk rumah sy rasa diperhatikan. Haa masa kemuncaknya waktu nak makan, badan sy tiba² jadi lemah rasa nak muntah, rasa macam nak pitam pun ada. Waktu sy nak pitam tu la si Gula² cuba menampakkan rupa dalam fikiran sy dan kat mana dia berada. Gula² tu berada dipagar pintu masuk rumah. Mungkin tak boleh masuk sebab rumah keluarga sy ni selalu dipenuhi ayat² suci AlQuran yg selalu mak ayah sy bacakan. Lupa nak cakap, sy pun sebenarnya dikurniakan kelebihan. Hijab sy terbuka cumanya dah jarang nampak sebab Solat kdg buat kdg idok. Puncanya nanti sy ceritakan kemudian hari.
Berbalik pada si Gula² menampakkan dirinya td. Bila dah jadi mcm tu sy terus mintakan air yg sudah dibacakan Surah Yaasin. Tapi mak sy kata tak ada. Jadi sy mintakkan air ZamZam. Elok sy dah Selawat dan minum air ZamZam, rasa nak muntah rasa lemah rasa nak pitam tadi makin hilang. Bila dah elok tu mak sy kabo kebun pisang tu tuan tanah mmg ada bela untuk jagakan kebunnya. Mak juga kata gangguan tu mmg nak mengusik sy.
-TAMAT-

027. PUNUNGGU BILIK

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : PUNUNGGU BILIK
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400027
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

“TERUSKAN,” kata datuk. Bila melihat saya dan Ali Usman mematikan langkah dengan mengejut.
Perasaan saya berdebar semacam. Sawang dan sarang lelabah yang bergayutan di ambang pintu putus dan jatuh ke atas bahu bahagian belakang saya.
Paling mengejutkan, berbelas-belas ekor tikus berbulu kelabu muncul dari celah jenang pintu dan tingkap lalu terjun ke arah Ali Usman dan saya. Kami terpaksa melompat, mengelakkan tubuh menjadi tempat tikus kelabu bergayut.
Dalam masa yang sama, entah dari mana datangnya kelihatan beratus-ratus ekor lipas memanjat dan terbang ke arah tangga. Bentuknya lebih besar dari lipas biasa yang sering dilihat dalam rumah.
Kepaknya hampir dua inci lebarnya. Dari badannya yang besar berkilat itu mengeluar kan bau hamis, macam bau hamis kambing randuk.
“Apa erti semuanya ini?” kata saya.
Kata-kata yang terpancut dan kelopak bibir saya, tidak mendapat tindak balas dari datuk dan Ali Usman. Inilah yang membuat saya resah.
“Allah” terkeluar lagi ungkapan dari mulut saya.
"Humm " keluhan dari datuk masuk ke lubang telinga.
“Hisss......... banyaknya,” terhambur kata dari Ali Usman.
Dan kini, enam biji mata tertumbuk ke arah barisan semut merah yang bertali arus me manjat tiang, dinding, meniti di jenang tingkap dan bendul. Sebahagiannya jatuh terus menerpa ke arah kaki kami.
“Elakkan dari kena gigitannya,” datuk mengingatkan.
Serentak saya dan Aii Usman menarik nafas cemas sambil mata mengawasi kumpulan semut merah yang jatuh menuju ke arah kaki.
"Jangan dibunuh," datang lagi ingatan dan datuk.
Bagi melaksanakan saranan datuk ini, saya dan Ali Usman ada ketikanya terpaksa berjingkit dan melompat, begitu juga dengan datuk. Kerana kumpulan semut merah yang ber jatuhan itu bukan sedikit jumlahnya, bebera pa ekor daripadanya berjaya bergayut di hujung sepatu yang dipakai, getah di hujung sepatu terus dimamah hingga relai, giginya cukup tajam.
"Semut menggigit hujung kasut saya." adu saya pada Ali Usman sambil merenung mukanya. Dia cemas dan tidak tahu apa perkara yang patut di beritahu pada saya.
"Ambil ini."
Bagaikan kilat saya menoleh ke arah datuk yang melambungkan keris pendek kepada saya. Keris pendek tanpa hulu dan sarung se gera saya sambut. Keris dalam genggaman sa ya renung sekali imbas.
Sepanjang yang saya ingat datuk seme mangnya tidak memiliki keris jenis ini. Dari mana dia memperolehinya. Tak kisahlah da tuk memang suka buat kejutan dan melakukan hal hal yang pelik. Soalnya apa yang mesti saya lakukan dengan keris di tangan ini?
Bunuh semut merah dengan keris pendek? Ini kerja gila. Mana ada orang bunuh semut dengan keris. Saya terus berperang dengan perasaan sambil menggigit bibir. Kerana bosan menanti arahan dari datuk saya segera menyongsong pertanyaan:
“Tikam semut dengan keris Tuk?”
“Kenapa otak kau beku sangat Tamar" Sergah datuk.
JATUH
ALI USMAN ketawa kecil dan saya jadi serba salah. Memang saya kurang senang dengan tutur kata yang dihamburkan oleh datuk. Dia seolah-olah mempermain-mainkan saya.
Semut merah kian banyak berjatuhan, semuanya menuju ke arah kaki saya dan Ali Usman. Jumlah yang menuju ke kaki datuk agak berkurangan. Jika dibandingkan dengan jumlah yang meluru ke kaki kami. Tikus berbulu kelabu boleh dikatakan hanya tinggal beberapa ekor saja yang aktif melompat dan terjun.
Lipas besar berbau hamis yang tadi menguasai di dinding rumah lari menyelamatkan diri, bila semut merah muncul. Mana yang tidak sempat menyelamatkan diri terus jadi mangsa semut merah. Semuanya serba menakutkan dan membingungkan.
“Tamar.”
Perhatian kembali kepada datuk, tidak lagi kepada semut merah, tikus berbulu kelabu dan lipas yang berbau hamis.
"Ada apa tuk?"
"Banyak lagi semut merah mengigit kasut kamu?"
"Banyak tuk”
"Si Ali macammana?"
"Setakat ini belum ada yang hinggap di sepatu saya, tapi saya sudah letih melompat dan berjingkit.” Kata Ali Usman dalam nada suara yang agak cemas.
"Apa yang aku harapkan kamu berusaha jangan sampai semut merah menggigit kasut kamu, bila dah jadi macam Ta mar, sulit sikit." terang datuk pada Ali Usman.
Kata-kata itu sudah tentu membuat saya lemah semangat. Membuat saya hilang keyakinan diri.
Bila saya lihat ke kaki, jumlah semut merah kian banyak bergayut di hujung sepatu, kalau tadi hanya sebelah, kini sudah menjadi dua belah. Saya tidak boleh bergerak kerana kaki terasa amat berat macam batu.
“Semut merah makin banyak tuk, matilah saya” nada suara saya separuh rnenangis.
Dalam melompat dan terjingkit jingkit itu. Ali Usman masih sempat melepaskan senyum sinis untuk saya.
Sebahagian daripada muncung sepatu saya sudah berlubang digigit oleh semut merah. Begitu juga bahagian tumit. Pada bemat saya dalam beberapa minit lagi mungkin gigitan itu menembusi kulit kaki saya.
“Macamana ni tuk?” saya merayu.
"Kamu acukan hu jung keris itu ke arah kasut kamu Tamar." Arahan datuk segera saya turuti.
“Haaaa....” biji mata saya terbeliak.
Sebaik saja hujung keris dihalakan ke arah kumpulan semut merah, kaki yang berat terasa ringan.
Dan semut- semut di hujung sepatu berjatuhan di lantai lalu menjadi debu halus yang bertukar menjadi kelompok air berwarna kemerah-merahan dan terus bersatu (meresap) dalam papan lantai.
"Sudah habis kerja kamuTamar?"
"Dah tuk."
"Sebelum tu. Ali pergi ke arah kanan, berdiri dekat tingkap. Apa yang kamu nampak di situ, jangan disentuh dan jangan diusik." Ali Usman pun melakukan apa yang disuruh oleh datuk. Dalam sekelip mata saja Ali Usman sudah berubah tempat.
Dengan hati-hati dan penuh waspada saya pun meletakkan keris pendek di lantai Ada pancaran cahaya keluar dari huiung keris yang kemudian bertukar menjadi percikan api dan terus merayap di permukaan papan lantai, seolah-olah papan lantai disimbah minyak petrol.
PANTAS
PERKARA itu berlangsung cukup pantas sekali, sepantas semut-semut merah yang bertali-tali hilang dari penglihatan saya. Hujung dan tumit sepatu saya yang robek dan berlubang, kelihatan tidak mengalami kecacatan sedikit pun, masih seperti asal.
“Terlalu banyak rintangan." keluh Ali Us man.
“Sabar." kata saya. Tidak ada komen dari datuk.
Dengan tenang da tuk rnendekati saya. Dia membongkok mengambil keris pendek di lantai, keris pendek tanpa hulu segera dibungkus dengan kain dua warna iaitu hitam berjalur merah.
Saya sendiri tidak tahu, bagaimana caranya datuk membungkus keris yang panjangnya kira-kira satu jengkal orang dewasa, boleh menjadi kecil sebesar ibu jari dan terus diselitkan ke celah tali pinggang lebarnya yang berwarna hijau.
Datuk menegakkan jari telunjuk ke langit kemudian manjatuhkannya perlahan-lahan hingga hujung jari itu selari dengan pintu bilik. Isyarat tersebut membawa maksud langkah seterusnya ialah menuju ke bilik yang berada di sebelah kanan Ali Usman.
Masalahnya siapa yang harus mendahului. Saya atau Ali Usman? Walaupun cahaya dapat masuk ke ruang rumah melalui pintu yang terbuka. Tetapi cahaya itu tidak menyeluruh, tidak sampai ke depan pintu bilik.
Rasa takut dan cemas setelah melalui peristiwa berdepan dengan semut merah, tikus kelabu dan lipas besar masih terkesanen di hati.
“Kamu dulu, aku ikut dari belakang.” bisik Ali Usman.
"Maaf, ini rumah bapak saudara kamu, eloklah kamu pergi dulu." saya membalas bisikan Ali Usman. Hampir lima minit masa berlalu begitu saja, kami masih belum bergerak dari tempat berdiri. Datuk sudah dua kali berdehem menyuruh kami segera melangkah.
"Buka mana-mana tingkap, baru dapat cahaya masuk dan memudahkan kamu bergerak." ujar datuk dari belakang.
Aneh! selesai saja datuk bercakap, daun tingkap yang berada tidak jauh dari saya terbuka sendri. Caha ya matahari segera menerpa ke ruang rumah.
"Buka lagi satu ting kap," datuk bersuara. Sepasang daun tingkap yang berada betul- betul di belakang datuk terbuka sendiri. Angin terasa meluru masuk ke ruangtamu.
Dalam keadaan cemas dan takut, saya masih sempat melihat bahagian tertentu dalam rumah tersebut dipenuhi dengan jaringan sarang lelabah. Ali Usman nampak tenang dan bersahaja.
"Luas," terdengar suara datuk.
"Memang luas,” balas Ali Usman.
Saya tidak mahu melibatkan dalam dialog pendek tersebut.
Sepasang mata liar terus bergerak. Di satu sudut terdapat meja bulat kecil yang dipenuhi dengan tengkorak binatang. Berpandu kan dari bentuk tengkorak tersebut menyakinkan saya bahawa tengkorak tersebut ada lah tengkorak monyet atau sejenis dengannya.
SAKIT
TIBA-TIBA saja batang leher rasa sakit, sukar untuk digerakkan ke kiri dan ke kanan. Ali Usman dan Datuk masih bercakap sesuatu yang tidak dapat saya pastikan perkara yang mereka perkatakan.
“Ular.”
Mujur suara itu bergolak dalam dada saja. Kalau terpaksa keluar pasti datuk dan Ali Us man melompat. Walau apa pun saya tetap cemas. Demi kepastian, saya renung kembali ke bawah meja bulat.
Saya pasti bukan nya ular di bawah meja bulat, tetapi sebatang tongkat dan kayu yang bengkang-bengkuk, manakala pemegang atau hulunya diukir kepala ular, seluruh tongkat disapu cat hitam berkilat.
Tidak jauh dan kaki meja bulat terhampar sehelai tikar mengkuang yang keempat- empat bucunya dikerat. Di bahagian tengah ditebuk bulat dan disitu terdapat tempat membakar kemenyan yang dibuat dari tembikar, masih terdapat arang yang membara mengeluarkan asap nipis. Seolah-olah baru saja lepas ditiup.
Selain dari itu, tidak terdapat benda-benda pelik yang lain. Cuma sesekali terhidu bau kemenyan dan bau daun pandan terba kar. Datuk dan Ali Usman yang terpisah segera bersatu dan mendekati saya. Datuk berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik sambil menggigit hu jung jari kiri dengan sepasang mata me renung lubang kunci pintu.
“Pada hemat aku, bilik ini tidak ada istimewanya, macam bilik biasa saja."
“Maksudnya?” Pintas Ali Usman.
“Bukan bilik kerjayanya.”
“Jadi mahu cari bilik kerjanya”
“Tentu sekali,” jawab datuk tegas
PELIK
ALI USMAN kerutkan dahi, ada sesuatu yang bermain dalam ternpurung kepalanya. Biji matanya mula merenung ke setiap sudut ruang. Dia mencari bilik kerja arwah bapa saudaranya. Memang tidak ada bilik lain, selain dari bilik yang ada di depan kami.
“Buka lagi satu tingkap.” perintah datuk pada saya.
Sama seperti tadi, sebaik habis datuk bercakap tingkap yang kedudukannya agak tersorok terbuka sendiri.
Cahaya yang masuk membuka rahsia, menyuluh ke arah tirai kain berwarna hitam yang di bahagian kakinya ada garisan kain berwarna kuning.
Kalau tidak diperhatikan dengan teliti kain hitam tidak kelihatan seperti kain hitam. Malah kelihatan macam dinding rumah (semua dinding rumah dicat dengan warna hitam). Ali Usman agak terkeiut, sebelumnya dia tidak pernah melihat tirai tersebut.
"Barang kali di sebalik tirai itu bilik kerjanya. "spontan datuk bersuara. Serentak dengan itu kain tirai lucut dan penyangkutnya seperti direntap oleh seseorang yang tidak kelihatan oleh mata kasar.
"Memang itu biliknya, saya ingat sekarang," suara Ali Usman riang. Jari telunjuknya masih menuding ke arah pintu dua warna. Pintu kiri dicat hitam, manakala sebelah kanan dicat merah.
Berdasarkan dari warna di dalam rumah tersebut. Ternyata pemliknya amat berselera dengan wama hitam, merah dan sedikit warna kuning. Mungkin warna tersebut membawa erti tertentu dalam kehidupan pemiliknya atau mempunyai imej tersendiri.
"Ada kucing hitam depan pintu Tuk."
Seekor kucing hitam jenis Siam duduk berlingkar di depan pintu. Ekornya yang panjangnya bergerak-gerak menyapu lan tai, sesekali membalik-balikkan badannya yang besar sambil mengiau panjang. Kehadiran kami bagaikan tidak menarik minatnya.
“Kucing hitam siapa?”
Saya renung batang hidung Ali Usman.
"Kucing peliharaan bapa saudara aku. Dari dulu lagi memang tempatnya di situ"
“Jaga pintu?” tingkah saya lagi.
“Begitulah kira-kiranya,” jawab Ali Us man selamba dan penjelasan itu saya sambut dengan ketawa kecil.
"Salah seorang da ri kamu mesti lakukannya, pada hemat aku orang yang paling sesuai si Ali kerana dia ada hubungan darah dengan pemiliknya." lernbut dan senada saja suara datuk mengungkapkan kata tetapi wajah Ali Usman membayangkan keresahan.
“Ayuh buka Ali”
“Sekarang?” Ali renung muka datuk.
"lya."
Ali Usman pun mengatur langkah me nuju ke pintu bilik dua warna merah dan hitam.
Saya yang nakal mengira langkah Ali Usman. “Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tuuuuu........”, kata tidak dapat diteruskan.
Dari arah belakang dirasakan ada tangan besar yang menolak tubuh maju ke depan menuju ke bilik kerja memintas Ali Usman yang sedang melangkah.
Bagi mengelakkan perkara tidak diingini terpaksa meluruskan se pasang ta ngan ke de pan dengan harapan tubuh ti dak terdampar ke pintu dua war na, biar tangan saja yang mencecah pintu. Semasa telapak tangan menyentuh daun pintu. Kucing yang berada di situ mengiau keras.
Belum pun sempat saya melakukan sesuatu, kucing hitam melompat ke arah muka sambil mempamirkan gigi, kukunya yang tajam dan panjang menuju ke arah biji mata. Dalam keadaan yang tergamam itu, Ali Us man menerpa lalu memeluk tubuh saya. Akibatnya kami jatuh terguling di lantai.
CARI MANGSA
MUNGKIN kerana gagal menjadikan saya mangsanya, kucing hitam naik angin.
Mangsa seterusnya ialah datuk yang diserang dari segenap penjuru. Semua serangan itu dapat diatasi de ngan baik. Kucing hi tam siam yang mempunyai kekuatan tenaga luar biasa, tidak berputus asa dan terus melakukan serangan demi serangan bertubi-tubi.
Dailam usaha menewaskan datuk, lebih dari lima kali kucing hi tam itu jatuh di sisi Ali Usman, malah ada ketikanya badannya ja tuh atas badan Ali Us man. Anehnya, kucing tersebut tidak pun mencakar mengigit Ali Usman.
"Bersedia kamu." Saya dan Ali Usman yang baru bangun segera merenung ke arah datuk yang berdiri betul-betul di muka pintu.
Kucing hitam berlegar-legar di depannya. Tidak ubah seperti harimau yang cuba menarik perhatian musuhnya. Bila musuh terlalai masa itulah serangan maut dilakukan.
“Mari,” Datuk menyelak bajunya mempamerkan daging perutnya pada kucing hitam.
Perbuatan itu menyebabkan sikucing bertambah marah. Tanpa membuang masa, satu terkaman dilakukan dan dengan pantas datuk menjatuhkan dirinya dipermukaan lantai.
Kucing hitam meluru bagaikan peluru me nuju ke pintu yang terbuka luas, lalu tercampak di halaman sambil mengiau panjang, manahan kesakitan. Saya dan Ali Usman meluru ke pintu dan berdiri di situ. Kucing hitam siam terkapar di halaman untuk beberapa detik, sebelum mengecil dan akhirnya bersatu dengan pasir di halaman rumah.
“Kita tunggu dulu, kalau -kalau kucing syaitan datang lagi.”
Arahan datuk itu kami patuhi. Lebih dari sepuluh minit masa berlalu. Tidak ada sebarang tanda atau alamat yang boleh membawa kepada keburukan. Demikianlah menurut firasat datuk.
Tugas yang dibebankan kepada Ali Us man untuk membuka pintu bilik kerja masih belum berakhir, meskipun diganggu oleh ku cing hitam siam. Dari gerak-geri dan air mu ka Ali Usman, ternyata dia cukup senang de ngan tugas tersebut. Dia tidak gentar dan cemas macam tadi.
"Semasa arwah ayah saudara ada lagi, saya memang takut semacam bila berdepan dengan kucing hitam yang menjaga bilik, kerana dia ada saya tidaklah cemas sangat." Ali Usman membuka rahsia.
"Kenapa tak cakap awal-awal." Datuk gelengkan kepala. Saya dan Ali Usman ketawa serentak, penuh lucu.
“Bagaimana? boleh saya masuk.” Datuk anggukkan kepala.
Tiga langkah Ali Usman maju ke depan. Berdiri betul di depan pintu dua warna. Sebelum pemegang pintu dipulas, dia merenung ke arah saya dan Datuk.
“Mari rapat dengan saya. Berdirilah di kiri dan kanan saya.” Permintaan Ali Usman segera dipatuhi. Saya dan datuk berdiri disisinya.
Mungkin untuk memberikan kekuatan atau semangat baru. Datuk menekankan ibu jari kirinya ke pangkal telinga kanan Ali Usman.
Ada perubahan di wajahnya, muka Ali Usman nampak merah, macam udang kena bakar. Dia nampak bersemangat sekali. Perlahan-lahan, pembuka pintu dipulas, sepasang daun pintu terkuak.
“Ya Allah”
Ali Usman tidak mampu berdiri, tubuhnya jadi lemah dan lembik. Datuk segera memangkunya, saya turut membantu.
Dengan perlahan-lahan badan Ali Usman diletakkan atas lantai.
“Kenapa Ali?” Soal datuk.
“Bapak saudara saya ada di dalam.”
-TAMAT-

028. SEWA RUMAH PUSAKA

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : SEWA RUMAH PUSAKA
KARYA : FATIN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400028
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca HZONE BLOG. Ini adalah penulisan pena aku yang pertama dan ini adalah cerita pengalaman aku dan keluarga di ganggu makhluk halus. Maaf andai kata cerita aku nie tak seram. Aku tak pandai guna bahasa novelis kerna aku hanya insan biasa.
Sebelum tu aku perkenalkan diri aku, nama aku Fatin dan aku berasal dari Kedah. Cerita dia bermula pada tahun 2011 di mana arwah Pakngah adik kedua Mak meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Maktok pula ibu tunggal. Maktok mengalami tekanan jiwa dan perlu di bawa keluar dari rumah Maktok di kampung kubur panjang,Kedah. Ini kerana maktok selalu terbayang2 arwah di dalam rumah.
Kami sekeluarga terpaksa menyewa rumah di Alor setar untuk memudahkan Maktok di bawa jumpa dengan kauseling setiap minggu. Kami menyewa sebuah rumah yang di syorkan oleh kawan Abah. Kawasan rumah itu terletak dalam sebuah kawasan perkampungan tapi masih dalam area pekan. Rumah tu jarak jauh sikit dari rumah jiran yg lainnya. Semasa kami datang mengemas rumah tu, ada jiran yg lalu di situ menyapa dan bertanya ” kamu penyewa baru ka? Berani sungguh tinggal di rumah nie? Org lain tinggal disini seminggu saja lepas tu akan pindah keluar”. Itu kata2 dari jiran kami seolah2 ingin memberitahu sesuatu.
Kami tak berapa peduli dan faham. Yang penting kami sewa rumah nie murah dan keadaan rumah pon cantik serta besar. Oo ya lupa bgtau rumah kami sewa nie rumah kampung 1 tingkat ja. Bilik ada 4. Berhadapan dengan tingkap di sinki dapor ada perkuburan islam lama dan baru, jarak dari rumah dan kubur hanya dalam 60 meter saja. Jadi bila buka saja tingkap memang jelas kelihatan perkuburan tersebut. Mula2 ajak meremang jugak hihihi. 2 minggu berlalu tiada apa yg terjadi.
Hingga satu malam Maktok meracau seperti kena rasuk. Semua ahli keluarga panik. Maktok meracau2 muka Maktok berubah. Seperti itu bukan lagi maktok. Abah meminta bantuan ustaz yang juga kenalan abah untuk datang membantu. Selepas ustaz selesai memulihkan Maktok, Maktok tertidor letih bertarung dengan makhluk tu mungkin. Ustaz pesan pada kami semua jangan tinggalkan Maktok bersendirian kerana saat jiwa kosong ini la syaitan akan cuba memperdaya kita. Kami semua menganguk faham. Setelah ustaz dan orang kampung beransur pulang, kami pon beransur masuk bilik untuk rehatkan diri. Maktok tidur sebilik dengan Makcik adik Mak yang bongsu. Oo ya adik2 Mak belum kawin jadi kami tinggal satu rumah masa tu.
Pagi tu dalam pukul 2 pagi macam tu masa semua orang dah nyenyak tidur,Makcik terdengar seperti ada orang memasak di dapur. Kebetulan bilik dia dekat dgn dapur jadi dia dapat dengar dengan jelas seperti kuali dan sudip berlaga2 seolah orang sedang mengoreng sesuatu. Dia abaikan sebab dia pon keletihan dan terus tidur, fikirnya mungkin ahli keluarga yang lain lapar dan bangun untuk masak. Bila semua ahli keluarga lain dah bangun,Makcik bertanya pada kami semua ada tak sapa2 memasak semalam? tapi jawapan kami sama, tak ada siapa yg memasak pon kerna semuanya letih dan tidur. Makcik cerita apa yang dia dengar semalam. Makcik hairan tapi dia hanya diam.
Selang dua hari selepas kejadian abang sepupu aku, Abang Amet datang bersama isteri dia Kak Sa melawat maktok. Mereka dari Sik. Di sebabkan hari dah gelap Mak dan Abah meminta Abang Amet bermalam di situ, dia setuju saja sebab jalan nak balik ke Sik bukannya terang macam sekarang, lagi pon dia hanya naik motorsikal. Mereka bermalam di rumah.
Besok pagi aku pergi sekolah macam biasa. Aku balik dari sekolah agak lewat petang sebab ada kelas tambahan. Aku balik terus masuk bilik tukar baju dan terlena seketika, bila maghrib Mak kejutkan aku suruh mandi dan solat. Aku pon bangun mandi. Masa dalam tandas tengah mandi tu aku dengar jelas bunyi gelang kaki Kak Sa,mungkin dia masuk tandas sebelah kot, fikir aku. Selesai mandi aku siap2 solat. Lepas solat aku dan ahli keluarga lain duduk semeja makan malam. Aku tnya pada semua ” mana Abang Amet dengan Kak Sa?Depa xmakan sekali ka?”. Pantas saja Mak bagitau ” Depa dah balik pagi tadi lepas hang p sekolah,Abang Amet hang masuk kerja pukoi 9pagi”.
Aku terdiam nasi di dalam mulut terasa kesat nak ditelan. Perasaan aku tak sedap. Aku tnya lagi ” Habis tu tadi bunyi gelang kaki sapa lalu kat dapur? Kak Sa sorang ja pakai gelang kaki kan?, cheq(saya bahasa kedah) dengaq jelas bunyi gelang kaki Kak Sa tadi masa dok mandi”. Selepas dengar penjelasan aku, semua di meja makan diam dan berpandangan satu sama lain. Tak ada sapa dalam rumah kami yang pakai gelang kaki. Masing2 dah start cuak. Masing2 tak mau mengulas panjang mungkin masing2 dah mula rasa pelik dengan rumah nie.
Malam tu kami tidur macam biasa. Sewaktu Mak nak lelepkan mata, tiba2 Mak terdengar bunyi geseran tapak kaki sebelah tingkap bilik. Dua tiga kali kedengan bunyi tu dan tiba2 hilang. Lepas pada tu bunyi seperti guli jatuh dari tempat tinggi lama dan kemudian hilang. Mak dah mula takut dan Mak cuba baca apa yang ingat. Abah dan aku dah pon tidur nyenyak masa tu.
Besoknya selepas Mak cerita dia kena kacau, Mak dengan Abah bagitau pulak diorang nak kena pergi langkawi segera dalam tiga hari,ada kerja kat sana. Aku dan Makcik memang tak mau tinggal di rumah nie sebab cuma kami dan Maktok saja. Paklang aku adik mak aku yang ketiga,dia pulak kerja shiff malam minggu nie. Memang tak la kami nak kena tinggal bertiga saja dengan keadaan maktok yg tak berapa sihat lagi. Bincang punya bincang kami setuju bawa maktok tinggal di rumah Tokmenakan aku di Lubuk Merbau Kedah.
Makcik dan Maktok tinggal kat situ sementara tunggu Mak dengan Abah balik dari langkawi. Aku pula kena tinggal dengan Maksu adik Abah sebab aku sekolah dan rumah Maksu dekat ja area mergong nie, mudah aku nak pergi sekolah. Besok tengah hari Mak dan Abah bertolak ke langkawi. Petang selepas aku balik sekolah, Paklang terus hantar aku ke rumah Maksu. Lepas hantar aku Paklang hantar Makcik dan Maktok pulak.
Selesai semua tu Paklang balik kerumah kami nak bersiap pergi kerja. Jam masa tu dalam pukul lapan malam. Selesai mandi dan siap Paklang keluar dari bilik nak pergi kerja. Dia tengok lampu dapur terbuka dia pergi nak tutup, tapi langkah dia terhenti bila dia nampak Maktok tengah basuh pinggan. Dia panggil Maktok tapi Maktok diam xjawap. Dia cuba panggil lagi dan kali nie Maktok pusing melihat Paklang.
Tapi cuma kepala saja yang pusing badan masih menghadap sinki dan tangan masih membasuh pinggan. Bayangkan kepala berpusing 360darjah wey, muka dan badan sebijik macam Maktok. Paklang buka langkah seribu hidupkan enjin kerja terus pergi ke rumah Tok Menakan. Paklang terlupa yang dia dah hantar Maktok sebab tu dia tegur. Laju Paklang drive nak cepat sampai. Masa berhenti kat simpang tiga Kubur Panjang, Paklang terbau bau wangi yg teramat sangat. Paklang macam terpaku sekejap dengan bau wangi tu sampai la bau wangi tadi bertukar ke bau busuk yang teramat sangat, hanyir dan bau bangkai. Seraya bau itu muncul kedengaran suara hilaian tawa wanita. Paklang xtunggu lama dia terus pecut kereta sampai lah ke rumah Tok menakan. Hari tu dia minta cuti kerja dan besoknya dia demam.
Selepas kejadian itu kami tak balik ke rumah kami sampai la Mak dan Abah balik. Kami ceritakan semua pada Mak dan Abah. Kami semua balik ke rumah tu kecuali Maktok, kami balik nak kemas semua barang untuk pindah. Kami bermalam di rumah tu sebab kami balik pon agak lewat petang. Kami setuju semua sekali tidur di ruang tamu beramai2. Masing2 dah ketakutan kena kacau dah tak berani tidur dalam bilik masing2.
Malam tu macam biasa lepas kami makan kami tidur. Bila semua sedar dah pagi kami perasan kedudukan kami tidur berubah. Semalam semua tidur di sebelah kanan ruang tamu, tapi bila dah sedar semua berada di kiri ruang tamu. Sapa yang pindahkan kami semua?? Kami saling berpandangan satu sama lain. Tak tunggu lama kami terus kemas2 barang yang boleh,bila maghrib kami keluar dari rumah tu tinggal dan tidur di rumah Maksu. Kami semua tak berani lagi tidur di rumah tu. Belum sampai sebulan menyewa kami pindah.
Selepas pindah kami dapat tahu rumah tu rumah pusaka, banyak barang2 antik dan purba disimpan dalam bilik pertama iaitu bilik tuan rumah yang meninggal di Mekkah. Bilik tu pulak di kunci tak di benarkan sapa pon masuk oleh anak tuan rumah. Wallahualam. Yang baik dariNya yang buruk dari kita. Itu saja aku mampu kongsikan pengalaman seram dalam hidup aku. Terima kasih HZONE BLOG jika cerita aku disiarkan
-TAMAT-

029. MISTERI JIRAN SEBELAH

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : MISTERI JIRAN SEBELAH
KARYA : ANWARASYAD
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400029
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Aku merupakan seorang teruna yang akil lagi baligh berhijrah ke suatu tempat di hujung Pahang dengan harapan dapat mengubah nasib hidupku yang sebelum ni agak terumbang ambing oleh kemelesetan ekonomi negara.
Mendapat tawaran pekerjaan yang agak baik membuatku lebih yakin untuk mula hidup berdikari yang jauh dari keluarga di kampung.Rumah pertama yang aku sewa merupakan kondo 5 tingkat yang merupakan antara bangunan yang tinggi di kawasan ini.
Memilih tingkat paling atas atas dasar privasi dan untuk menghirup udara segar membuatku membuak buak untuk segera mengangkat barang untuk berkemas. Turun naik tangga meyakinkan diriku bahawa diriku akan kurus jika menetap dsini untuk sekian lama. Memasuki dan mengemas rumah baru bermula dengan bantuan pengawal keselamatan yang bernama Alif, seorang pemuda dalam lingkungan 30an dan mempunyai anak 4.
“Blok ni memang 2 pintu sahaja ye tingkat 5 aliff ?”soal aku kepada Aliff yang hanya berdiam mungkin penat menolong mengangkat barang barang ku turun naik tangga 7 round.
“Ye ada dua pintu je sebab blok ni blok special sebab ada tangki lebihan diatasnya.” Jawab Aliff dengan berbekalkan pengetahuannya yang bekerja lebih kurang 5 tahun.
Setelah selesai menyusun barang aku mempelawa Aliff untuk menyedut sepam dua rokok peter stuveysant yang aku beli dari kampung. Usai menghisap rokok Aliff beredar dan hanya memesan kepadaku jika ada apa apa boleh kol talian hotline nya.
“Huh penat macam daki gunung tahan” rintih aku keseorangan. Berbekalkan smartphone dapat lah aku hilangkan bosan dengan melayari internet dan saluran youtube. Layan punya layan lagu kumpulan XPDC kejap kejap terlelap aku dibuatnya.
Kelelepan ku terganggu oleh bunyi mesin basuh lama yang sendat pada pukul 10 malam. “Boleh tahan jiran sebelah ni basuh baju ke basuh karpet”? Rintih aku kegeraman.
Aku hanya melayan mata dan kepenatan sehingga terlena di katil dan tilam lagi empuk yang telah disediakan. Pada keeseokan harinya aku bangun dan mandi untuk meneruskan misi mengemas rumah dan membersihkan bahagian belakang dapur yang dipenuhi tahi burung yang menenggek pada waktu malam. Dalam kepala otak aku menginginkan rumah yang seumpama orang yang sudah berkahwin.
Selesai semuanya pada jam 2 petang selepas makan nasi yang dikirim Aliff aku mandi di bilik air master room. Sekali lagi aku trdengar jiran sebelah rumah mengemas rak atau perabot yang diseret seret. “Jiran aku ni bujang jugak agaknya,harap harap perempuan lah!”. Sepanjang 2 hari aku dsini pintunya sentiasa terkunci,memang kuat la tanggapan aku bahawa jiran ku ni seorang wanita .Yesssss..
“Fuhh xsabar nak pegi cucuk mesin air(mesin atm) lepas ni..gaji 3 bulan tertunggak da masuk!” Bersemangat hatiku untuk memperoleh gaji pertama dan fikiran mula melayang layang untuk apa yang hendak dibeli.
Jam 3 petang terus ke kedai elektrik untuk memilih tv dan mesin basuh pada mulanya kerana sebelum ni hanya berbekalkan telefon sebagai hiburan dan baldi sebagai alat rendaman pakaian. Sesampainya di kedai aku memilih dan memilih peralatan tersebut dan akhirnya peti ais menjadi antara peralatan juga dipilih. Tuan kedai menjanjikan untuk menghantar semua barang barang ku selepas maghrib.
Selesai maghrib aku menanti di pintu rumah sambil mengenakan lagu “aku mahu pulang” yang dinyayikan amuk. Tepat jam 8 Aliff menelefon ku memberitahu ada lori masuk untuk menghantar barang barang ku.
Jep dan sepahtu pekerja kedai tadi mengangkat ketiga barangan yg ku beli petang td.
“Jiran balik kampung ke bang,gelap aje rumahnya?” Ujar jep termengah mengah keletihan.
“Entahlah tadi ada dengar macam orang mengemas,duduk dalam gelap kot dia ni”.
Ujar aku malas nak layan sangat pertanyaan jep kerana xsabar nak bukak tv yang baru dibeli. Sejak pada haritu tv la peneman aku tidur setiap waktu untuk mengelakkan keadaan yang sangat sunyi. Memang tidak dinafikan aku bukanlah penggemar tv sebelum ini. Aku beli hanya untuk memenuhi ruang rumah dan persediaan jika sudah berkahwin nanti. Hampir 3 bulan aku tidak terfikir untuk berborak dengan Aliff tentang jiran ku itu. Memandangkan aku sebagai orang baru aku berfikiran biasalah mula mula memang la tak kenal siapa lagi.
Akan tetapi jiran di tingkat 4 aku kenal berbanding jiran depan rumahku. Bagi aku ianya tidak mustahil tinggal di rumah seperti ini dengan masalah tidak mengenali jiran.
Selesai membaca facebook aku terus ke laman sesawang hot fm untuk melayan kehendak kepala hotak aku sebelum melabuhkan tirai pada hari itu.
‘Kruk kruk kruk’ ah bunyi lagi membuatkan aku lebih risau dan mula berpeluh. Lantas ku bangun dan memanaskan air untuk masak maggie kerana perut sudah berbunyi.
Dalam masa menunggu air panas yang dijerang menggunakan heater aku dikejutkan oleh satu ketukan pintu sebanyak 3 kali. Aku membiarkan sementara. Kali ini ketukan pintu kali kedua membuatkan aku membuat satu andaian.
“Kalau kali ketiga ni dia ketuk tanpa salam aku takkan buka pintu ni.” Tegas aku dalam pendirian.
‘Pang pang pang’ “assalamualaikum tuan rumah” bunyi suara memberi salam yang dialunkan oleh suara perempuan. Aku mula mengesyaki jiran hadapan rumah aku. “Nak bagi lauk la tu agaknya” hatiku gembira.
Aku berlari dan menjawab salam yang diberi sambil memakai baju sebelum membuka pintu.
“Lambat benar nak buka pintu ngapenyer?” Ujar liza jiran aras 4 yang naik ke atas.
“Lah ko rupanya liza aku ingat kan awek sebelah ni ketuk nak bg lauk!”
Liza tergamam sementara dan matanya berpinar pinar memerhatikan keadaan sekekliling.
Hari demi hari waktu silih berganti,namun kepanatan kerja hanya ditemani tv astro dan melayari internet untuk menghilangkan bosan.
Tanpa menghiraukan jiran hadapan aku hanya dengan cara hidupku dan membiarkannya sahaja.
“Boleh buat bini la kalau begini orang depan ni,hari hari mengemas rumah” rintih aku sedapkan hati. Hati dan perasaan aku sebenarnya tidak lagi seronok malah seram semenjak syiling rumahku runtuh dek kerana oleh seekor kucing hitam yang menjadikan atas syiling sebagai kediamannya. Aku menampal semula syiling yang runtuh kerana agak seram untuk melihat bumbung bangunan 5 tingkat ini.
‘Dum dam dum dam’ bunyi seolah paku dipaku ke dinding untuk menampal sesuatu. Lamunan keseraman ku terhenti oleh bunyi ketukan itu.
Aku hanya berdiam dan malayan lagu di radio era yang diputarkan melalui astro.
‘Dang dang dang’ bnyi ketukan pintu membuatkan tersedar dari kelelapan mata dalam keadaan gelap kerana jam sudah menunjukkan jam 7.50 malam. “Ah terlelap juga mata aku ni” keluh aku kerana terlelap sampai lupa membuka lampu. Aku terpinga sementara akan bunyi ketukan pintu semasa aku terlelap td.
” siapa ketuk pintu tadi ya?” Aku segera membuka kunci pintu dan melihat di luar. Satu hembusan padu ke muka ku membuatkan ku seram seram sejuk lalu terus menutup pintu.
Bunyi “kruk kruk kruk’ memberanikan aku untuk membuka semula pintu untuk melihat apa yang berbunyi di luar sana.
Nafasku lega melihat seekor kucing memamah makanan kucing di depan pintu ku.
“Aik,kucing siapa plak ni makan depan rumah aku ni?” Jiran depan ni agaknya. “Agak agak la kak oi bagi makan depan pintu aku!!” Keluh aku dalam hati.
Aku terus ke bilik air untuk menyucikan diri.
Sejak pada malam itu aku tidur tanpa menutup lampu dan memasang tv di ruang tamu. Aku rela bil elektrik melambung janji aku tidak lagi mendengar bunyi bunyi yang pelik.
Cuaca sejuk selesai hujan lebat petang itu membuatkan aku berselimut di ruang tamu sejak jam 6 petang. “Ah baik aku bukak awal awal lampu ni takut terlena pulak nanti,mampus aku mengagau!”
Dalam keasyikan melayan mimpi berkaroke bersama siti nordiana aku merasakan seoalah olah sesuatu yang berbulu merayap di tubuh dan bermain main di lubang hidung ku. Aku tidak mempedulikan kerana sayang akan mimpi itu. Semakin lama semakin lebat rasanya bulu bulu halus bermain di badan dan muka ku. Akhirnya aku mengalah dan memeberanikan diri untuk bangun dari mimpi yang indah bersama siti nordiana. Aku berpeluh!!!
“KURANG AJAR BETUL LA KAU NI,DATANG TERBANG BALIK JALAN KAKI!!!!”
Marah aku sambil menghempuk hempuk kusyen di ruang tamu rumah.
“Letih la aku nak sapu sayap sayap kau ni wahai kekatu.” Merungut aku sambil berjalan ke dapur untuk mengambil penyapu dan penyodok sampah. Sewaktu aku mengambil penyapu di dapur aku sempat untuk menyelak peti ais untuk melihat isi di dalamnya walaupun sudah ku tahu didalamnya hanya ada sebotol air sejuk dan sebotol kicap.
Sewaktu aku menogok air sejuk aku terdengar burung berkicauan terbang di belakang rumah aku dimana tempat aku meletak mesin basuh dan alat alat pencuci. Berbekalkan bacaan Bismillah aku membuka pintu dan satu lemparan angin tepat menghembus muka ku. Aku segera menutup pintu dan kebunyian mesin basuh lama mula merancak di rumah sebelah. Aku segera ke ruang tamu dan menguatkan radio era di pitar astro.
“Aku nak telefon liza lah nak tanya dia dengar x!!!!” Selesai aku mendail number liza hanya pembantunya sahaja menjawab “nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi” ah bengang pulak aku dalam keadaan yang menyeramkan itu.
” Ha ada pon bluetooth speaker yang aku beli 2 tahun lepas,dapat lah aku pasang lagu kuat kuat dan zikir lepasni ” lega hatiku selepas menyelongkar kotak di dalam almari yg belum sempat dikemas.
Sejak malam itu lagu terbaru termasuk lagu crazy frog sering diputarkan di telefon dan disambungkan dengan speaker yg comel lagi kuat. ‘Abang ada mesej untuk abang’ notifikasi mesej hp aku berbunyi..
“Siapa pula mesej pukul 2 pagi ni?” Number yang pelik tertera tanpa nama. “Hye ada telefon jgak ke jiran sebelah ni?” Bisik hatiku..
Mesej yang berbunyi ‘nak lawan bunyi ke saudara’ membuatkan aku lagi seriau untuk membalasnya. Risau juga aku kalau kalau jiran lain berbunyi dan menyebabkan jiran lain terganggu. Aku memberanikan diri untuk menelefon nombor yang agak pelik utu namun operator menjawab ‘tiada dalam perkhidmatan’.
Aku segera menelefon Aliff yang bertugas pada haritu untuk memastikan siapa pemilik nombor tersebut di kawasan kediaman sini. Selesai menyemak buku maklumat data Aliff menyatakan tiada pemilik nombor tersebut. Aku bingung dan lantas aku mencampakkan hp ku ke bawah bantal.
Selang 20 minit aku berpeluh sambil terdengar budak budak bermain dan berlari lari di tangga aku memberanikan diri untuk menjenguk anak siapa yang bermain tangga malam malam buta ni. “Buat suspen sungguh la jiran jiran sini” pujuk hatiku untuk keberanian.
Perlahan lahan aku membuka tingkap untuk menjenguk di bahagian tangga malangnya keadaannya senyap sunyi sahaja.
“Ah anak akak tingkat 3 tu kot”pujuk hatiku lagi. Aku terus ke bilik untuk mengambil semula hp yang diletakkan di bawah bantal dan amat memeranjatkan adalah mesej yang aku terima berbunyi ‘nak lawan bunyi ke saudara’ dari number yang tiada didalam talian sudah tiada seolah olah sudah terpadam.
Dengan jantung yang berdegup degup aku terus memejam mata untuk tidur dalam keadaan terpaksa.
“Ko dah kenapa liza” aku meleraikan mata terpinarnya.
“Weh aku da dekat 3 bulan dah nak tanya ko tau x. Ko ni tak habis habis lagi ke mengemas barang?
Last semalam aku dengar lentung lentang mengemas barang dengan guli beterabur la macam macam..aku nak tidur pun tak senang.!!” Marah liza kat aku.
“Bila plak aku mengemas barang nya liza oi,jiran sebelah ni la.!” Aku membalas.
Liza lagi tergamam dan terus berpinar pinar matanya melihat aku.
“Weh sebelah umah ko ni mana ada orang la,ko je yang duduk atas ni. Aku naik ni pon sebab lepas ko duduk sni asyik berbunyi orang mengemas barang saja.!” Tegas liza.
Kali ni aku seorang yang bersahaja menjadi kaku dan terdiam.
“Betul ke aras ni aku je yang duduk liza?”
“Ye la ko je la duduk tak kan aku plak!”
Aku terus berbisik pada liza yang mengatakan bahawa aku dengar semua yang didengari liza dari arah pintu hadapan rumah aku iaitu jiran yang aku anggap selama ni. Bukan dari rumah aku.
Usai aku berbisik pada liza 2 ekor kucing hitam terjun dari arah bumbung dan berlari menuruni tangga.
“Hang buat tak tahu ja,bukan kita duk kacau dia pon” kata kata ibuku yang menelefon aku pukul 7 pagi memberi semangat untuk aku ke tempat kerja dan meneruskan hidup di situ. Usai memakai stokin dan kasut semerbak bau masakan yang enak menusuk di dalam lubang hidungku yang kembang. Aku tersenyum dan mengekalkan semangat yang ku terima dari ibuku sebentar tadi.
Selepas mengunci pintu aku bersahaja dan berseloroh sebelum menuruni tangga. “Masak tu jangan lupa bg sikit, tolong kemas sikit rumah aku ya?” Aku beseloroh dan terus menuruni tangga untuk ke tempat kerja. Berbekalkan motosikal petronas berkuasa 110cc aku memecut ke tempat kerja dan berjanji tidak ingin menanyakan kepada siapa siapa akan kejadian itu takut takut ada yang takut dan ada yang mengatakan aku tipu.
Pukul 2 aku pulang ke rumah aku mahu menghajati niatku semasa diatas moto iaitu tidur.
Selesai membuka pintu yang berkunci aku terkejut segala benda yang ada di dalam rumah aku kemas dan tersusun rapi. Aku mula meremang namun aku menyedapkan hati “ah memang rumah aku kemas macamni pon,apa nak hairan kan?”
“PRAKKKKKK PRINGGGPRING”
Bunyi kaca berderai di rumah sebelah seolah olah ayat penyedap hatiku itu diamarahi seseorang.aku tidak mempedulikannnya lalu memasang radio di astro dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai menguruskan diri aku baring kepenatan dan tertidur. Hari itu betul betul penat sehingga aku tersedar pada pukul 9.30 malam dalam keadaan suasana yang gelap dan didengari radio samar samar.
“Xda pulak bunyi orang mengemas ke guli ke memasak ke membasuh baju?” Bisik hatiku yang dalam keadaan agak seram dalam kegelapan. Seeloknya aku habis bercakap di dalam hati kedengaran meja kayu diheret heret mula kedengaran. Aku bangun dan lantas memasang lampu di ruang tamu dan menguatkan radio. “Pantang bertegur,bunyi selalu!!” Keluh hatiku.
Tanpa membuang masa terus aku ke bilik air untuk membuat satu mandian kerbau. “Kali ni aku nak cuba la berborak dengan Aliff tentang hal ini alang alang terus boleh makan di luar” tekad hatiku.
Sesampai sahaja di pondok Aliff aku memulakan bicara dengan menanyakan tentang spot rim kereta. Aliff memang pakar bab bab melawakan kereta ni.
Keadaan tenang aku memulakan bicara “Aliff siapa ya dulu duduk di rumah berhadapan rumah aku tu?” Tanya aku tenang lagi bersahaja.
“Eh ada orang la duduk depan rumah tu.!” Jawab Aliff sambil ketawa kecil.
Tak da la. Mana ada orang duduk la situ. Da kosong lama dah. Last 3 tahub lepas seorang doktor tinggal disitu tu pun sebulan sahaja.
Jelas Aliff kepada ku.
“Kenapa sebulan je duduk,Kena ganggu ke?” Tanya aku kegerunan.
Takdalah dia pindah sebab ditukarkan ke Sarawak.
Ceh buat suspen sahaja Aliff ni. Rungut aku sambil membelai belai ekor kucing yang comel lagi manja yang bermain di situ.
“Rumah depan aku tu kuat jugak bergurau kan Aliff?” Tanya aku bersahaja.
Kucing yang kubelai menggigit jari ku seolah olah memarahi aku kerana bertanyakan soalan itu kepada Aliff.
Dalam hatiku semakin gemuruh sebab seolah olah kucing itu memahami keadaan sebenar. Biarlah janji aku tak kacau sesiapa kan. Pujuk hatiku lalu beredar dari pondok Aliff untuk ke kedai makan malam ditemani motosikal petronas kuasa 110cc itu.
“Duduk blok mana bang?” Tanya pelayan kedai yang cantik lagi mulus kepadaku.
Duduk blok B dik jawab aku bersahaja.
“Kalau dah kawin takpela bang,lau belum kahwin elok elok lah bang.”
Senyum pelayan itu kepada aku.
“Eh kenapa pula ckp macamtu?ye la sy masih bujang ni”. Tanya aku kerisauan.
“Takda apa saja je bergurau,kalau bujang elok elok la naik turun tangga nanti jatuh!” Jawab pelayan itu bersahaja. “Saya pon baru je datang sini bang tolong pakcik sy.” Jelas gadis itu.
“Cis! Buat suspen je budak ni nak ngorat aku ke apa ni dah la orang dalam keseraman!” Marah aku sambil mengunyah daging masak kicap bersulamkan teh o ais.
Hati gusar dan makin seram namun hanya perilaku seperti biasa kulakukan untuk meneruskan tidur pada malam itu.
Awal pagi tersedar pada jam 5.30 pagi akibat gatal gatal yang tak pernah aku alami. “Selalu tak da nyamuk aras 5 ni macamana bnyak nyamuk pula ni!” Keluh aku kegeraman.
Setelah dibelek seluruh kaki ku berbintik merah memenuhi ruang.
Ini macam pijat. Mustahil pula!!
Mengambil keputusan untuk ke klinik di luluskan pentadbir membuatkan aku tidak sabar untuk bertanyakan kepada doktor.
“Ini bukan nyamuk dan ini bukan hasil gigitan pijat” terang doktor Arsyad kepadaku. Habis kenapa tiba tiba gatal sebegini rupa doktor.
Doktor mengatakan ini mungkin alahan. Aku berdiam dan menerima sahaja ubat gatal yang diberi.
3 hari kaki ku dipenuhi gatal gatal membuatkan aku semangat untuk berjumpa seorang ustaz untuk menanyakan sesuatu. Ustaz menanyakan serba sedikit latar belakangku sebelum membuat air jampi.
“Rumah kau duduk tu dulu tanahnya tempat orang bunian duduk” jelas ustaz kepadaku. Mereka dialihkan ke hutan sebelah untuk dijadikan tempat baru. Aku hanya berdiam tanpa memberitahu kisah kisah yang aku alami. Menurut ustaz kegatalan yang melanda itu akibat daripada serangga hutan yang datang mengigit pada waktu malam.
Selepas mendapat air jampian oleh ustaz Alhamdulillah kakiku menjadi pulih seperti biasa. Tiada lagi gatal gatal dan kepedihan melanda.
Sejak pada itu aku beranggapan bahawa mungkin aku tidak diganggu lagi oleh bunyi bunyi yang kurang menyenangkan dari rumah sebelah. Namun ianya hampa,aku tetap mendengar dan menahan jiwa untuk gangguan seperti itu.
Liza sekali lagi mengetuk pintu rumahku untuk menghantar lauk yang dibeli lebih olehnya. “Dah 2 minggu aku tak dengar apa apa selepas jumpa ko tu” jelas liza kepadaku. Aku mengambil lauk diberinya dan tergamam dan mengucapkan terima kasih.
“Kenapa aku masih dengar benda benda ni?” Keluh aku kegeraman kerana aku seorang masih mendengar dan menelannya seorang!
“Krik krik krik” bunyi seolah olah kuku dicakar cakar ke tingkap.
“Ah bunyi apa pulak kali ni!!”
Berbekalkan keberanian aku membuka pintu bilik tergamam aku bila melihat seekor burung hantu terbang mencari jalan keluar dari dalam rumah. Bulu roma menegak serta merta melihat wajah burung hantu itu. Rileks,dan melihat keadaan sekeliling.burung itu keluar dari syiling yang pecah di ruang tamu.
Setiap kali berbunyi perabot diseret seret di rumah sebelah burung hantu itu seolah olah tidak tenang dan terbang ke sana ke mari mencari jalan keluar. Aku membuka sliding door seluas yang mungkin.
“AH DEGIL PULAK BURUNG NI ORANG DAH BAGI JALAN!”
Aku ke dapur mengambil penyapu dan menghalau burung hantu itu ke luar. Puas juga aku menyapu rumah oleh serpihan syiling dan bulu bulu yang beterabur kerana terkena kipas.
Angin di luar bertiup sepoi sepoi menghembus muka ku sewaktu memanjat untuk memasang syiling.
“Macamna la keadaan dalam bumbung ni ya? Macam macam sangat bunyinya. Aku meberanikan diri.
“Gedegang!”bunyi pintu dihempas.
Bunyi tapak kaki menuruni tangga.
Aku segera membuka pintu untuk melihat tetapi satu kelibat pon aku tak nampak.
“Keluar minum la tu” aku beseloroh.
Selepas menutup pintu serta merta rumah aku blackout.
Aku menerpa ke tingkap untuk melihat samada rumah aku sahaja atau semua. Lega hatiku kerana semua ketiadaan elektrik.
Lebih menakutkan bunyi perabot di rumah sebelah semakin kuat diheret kesana kesini. Aku segera menelefon liza.
“Ya weh aku pun duk dalam ketakutan ni ngn budak rumah aku,kuat giler bunyi atas ni.!”
Kata liza dalam ketakutan.
“Tak pa kita buat tak tahu ja. Kejap lagi ada la tu elektriknya!” Aku menenangkan liza.
“Kenapa kali ni liza pun dengar jugak?” Bisik hatiku kekeliruan.
Aku mengambil keputusan untuk mengintai pintu hadapan ni sampai bertemu jawapnnya.
Untuk mencari rumah lain amat sukar disini kerana rata rata dipenuhi orang luar yang mencari rezeki disini.
“Cuba la sikit ambil tanah blok hang tu n makan sikit bagi rasi dengan tempat hang” pesan mak aku pada satu petang sewaktu aku menelefonnya.
Aku turun dan ambil sedikit tanah untuk menghajati petua orang tua.
“Layan je la petua orang tua ni,mungkin ada betul nya” keluh aku sendiri.
Malam itu aku seperti biasa membuka lampu dan segala benda yang sudah menjadi kebiasaan.
Sunyi dan nyaman pada malam itu. Tiada lagi bunyian yang aku alami.
3 hari berselang aku bersyukur kerana tidak lagi mendengar bunyian itu. Pada hari keempat selepas aku menelan sedikit tanah itu, bunyi itu kembali berbunyi namun ditambah dengan bunyi yang baru iaitu bunyi kereta kawalan jauh dilanggar langgar ke dinding dan bunyi kanak kanak berlari menaiki tangga.
Aku seperti sudah menjadi lali akan bunyi bunyi walaupun kadang kadang perasaan meremang dan seram tetap ada. “Aku nak try masuk la rumah sebelah ni nanti..nak tgk apa ada dalamnya!”
“Tak payah la masuk bukan ada apa pon dalamnya,ada perabot sama macam rumah hang,cuma rumah tu kosong je takda orang nak duduk” tegas Aliff kepada ku.
Aku diam dan mengiyakan saja.
“Kerek pulak mamat ni,aku nak masuk saja je, kot kot ada barang yang orang tinggal boleh la aku guna,ishhhhhh”
Elektrik kembali pulih. Lega hatiku. Aku mula mengintai di hujung celahan pintu untuk melihat pintu jiran hadapan. Tepat jam 1 pagi aku tidak menemui sebarang jawapan dan aku beralah untuk tidur.
Membuka lampu membuka radio dan memasang mp3 agak meriuhkan keadaan dalam rumah aku untuk mengelak ketakutan.
“Janji aku tak nak dengar benda bukan bukan” bisik aku yang meletakkan bantal menutupi muka.
Azan subuh kedengaran di masjid berdekatan. Seusai azan satu pengumuman tentang kematian dibacakan. “Aku kena ke rumah orang meninggal la jap lagi memandangkan hari ini hari sabtu”
Aku menyiapkan diri dan menuju ke rumah orang meninggal.
“Awak la duduk di blok tu ya?” Soal seorang pakcik tua dalam lingkungan 50an.
“Ya pakcik,kenapa?” Soal aku.
“Makhluk Tuhan ni ada dimana mana” jawab pakcik itu bersahaja dan terus masuk menziarahi arwah.
Pulang sahaja dari tanah perkuburan aku sempat berborak dengan seorang otai lama yang duduk di kawasan rumah aku. Kali ini aku memberanikan diri untuk bercerita hal sebenar yang aku alami.
“Kau rajin mengaji tak?kau rajin solat tak?kau rajin memperdengarkan ayat ayat zikir tak?” Tanya otai itu.
“InsyaAllah cikgu ada semua tu” jawab aku bersahaja.
“Kalau ada semua tu kau tak payah risau la. Semuanya baik baik sahaja. Apa apa pon ko diletakkan di situ pun sebab penghulu tahu kau ok”. Jawab otai itu.
Aku kebingungan apa yang cuba disampaikan oleh otai tu.
“Kau akan dapat jawapannya nanti,aku taknak cerita apa apa. Sebab kau orang yang ke lima dah kalau aku cerita,yang 4 lagi tu dulu aku cerita semua tak percaya dan sampai sekarang diorang tak dapat jawapannya” kata otai itu memberi ku semangat.
“Baik la cikgu” jawab aku akur. Dalam hatiku berkata layan je la sampai jumpa jawapan. Kalau ok aku stay kalau tak okey aku blah.
Seperti biasa setiap ahad aku membasuh baju untuk seminggu. Keadaan di belakang rumah tempat mesin basuh agak menakutkan dengan dinding yang berlumut akibat kebocoran atap. Hanya menyental sikit untuk nampak lebih baik. Dengan tahi burung yang dari mula aku tak dapat halang terpaksa untuk aku membalut mesin basuh setiap kali selepas digunakan. Namun pada haritu selepas membuka pintu belakang untuk membasuh baju alangkah terkejut keadaan bersih dan tiada tompokan tahi burung kelihatan.
“Tolong cuci ke orang sebalah” aku beseloroh lagi.
“Gangggg!” Bunyi pintu dihempas di rumah sebelah.
Aku ketawa kecil seolah olah sudah biasa walaupun dalam hati berdegup ketakutan. Semangat dari otai membuatkan aku yakin yang ianya baik baik sahaja.
Selesai membasuh aku menyidai di beranda rumah yang berhadapan dengan rumah hadapan. Kedengaran seolah olah orang memasang tv namun samar kedengarannya. Aku hanya bersahaja dan terus menyidai untuk kali terakhir iaitu seluar comel ku. Aku teringat akan pesan ibu ku.,pakaian dalam tak payah la jemur di luar nanti orang tak suka.
“Jika betul ini juga makhluk Allah aku nak tgk dia marah atau tak” bisik hatiku sambil meneruskan menjemur pakaian kecil ku.
Selesai kerja jam 2 pm aku pulang untuk mengangkat kain jemuran yang disidai semalam. Kelihatan seluar kecilku bertaburan di atas lantai dan pakaian lain elok seperti sediakala.
“Betul la ni ada orang tak suka” rintih aku sambil mengangkat pakaian.
“Cisssss!” Air kencing kucing. Patut la tak suka. Siap kencing lagi atas kain kecil aku! Eksperimen aku terganggu nampaknya. Lantak lah.
Aku tiba tiba teringat akan kejadian sms tiada tuan dan kehilangannya. Aku menjadi bingung sambil mebelek belek telefon ku sambil membalas whatsaap.
Leka bermain telefon aku terlelap di hujung katil yang empuk lagi enak. Kali ini aku ditindih sesuatu di atas badan aku. Aku seolah olah sudah menjerit namun sakit dan senak di dada ku. Aku cuba membanca ayat Al Quran dan akhirnya hempakan itu terlepas. Kain langsir beterbangan seolah ada angin meniupnya. Aku membongkokkan badan menarik nafas lega akan kesakitan di dada ku.
“Siang siang pon kena hempap,bahaya betul dah ni” keluh aku sambil memasang alunan zikir.
Pesan otai membuatkan aku teringat yang semuanya baik baik sahaja. Aku dah nampak sedikit gambaran. Mungkin ini nak disampaikan. Cabaran aku untuk melihat reaksi kemarahan sudah dibalas. Aku berdiam dan terus ke dapur untuk memasak air kerana takungan air masak sudah berkurangan.
Badan aku kepenatan lalu terbaring di bucu katil. Mata terbuka dan kejap kejap terlelap semula. “Takpalah layan la sikit lagi”. Lampu sudah terpasang di ruang tamu membuat aku lebih berani tanpa tinggal dalam gelap.
Dalam keadaan mimpi tak mimpi aku seolah menampakkan sebaris berjubah putih sedang bersolat jemaah di ruang tamu. Dalam keadaan separuh sedar aku sempat bercakap di dalam hati “mimpi apa ni” namun tidak kubangunkan diri kerana melayan kepenatan. Seorang berbaju putih samar samar menghampiri dan menampar pipiku. Aku tersedar dan mendapati telefon terhempap ke muka ku.
“Adoi sakit jgak” aku mengaduh. Bangun aku dari terbaring jam sudah menunjukkan waktu isyak dan aku dapati tingkap bilik ku seolah ditiup angin.
Bila diingatkan seolah olah aku ditampar kerana membuat kesalahan.
“Aku mimpi ke apa td ya?” Aku kebingungan yang melampau.
Aku segera bangkit dan menyucikan diri lantas melakukan apa yang patut.
Terang bulan malam tu.. aku menyelak langsir menikmati bulan penuh tepat menerjah ke bilikku.
Mata yang segar bugar membuatku tidak lena dan melayan whatsapp.
“Hik hik hik,pap pap pap pap” kedengaran budak berlari lari di tapak parking.
“Amboi seronok benar anak anak cikgu ni,ingat raya ke apa? Bulan terang je pon!” Aku ketawa kecil.
Belek belek telefon aku menghantar whatsapp kawan setempat kerja mengenai kerja. Yang membuatkan aku terkejut jam sudah menunjukkan jam 2.30 pagi.
Lebih membingungkan anak siapa yang berlari keseronokan di bawah sana jam 2 pagi mcmni? Aku kebingungan lalu terus menutup lampu bilik dan membiarkan pintu terbuka sikit untuk cahaya ruang tamu memasuki bilik.
Berdiri tegak sambil melambai tangan memanggilku ketika ingin keluar bekerja. “Awal g kerja harini bang?” Tegur Aliff yang segak berkopiah di pondok jaga.
“Harini kena awal ada urusan sikit.” Aku mebalas sambil memulas throttle motosikal lagenda petronas buatan jepun yang satu satunya warna yang unik di kawasan itu. Terpancar sinar di wajah Aliff dengan mengayakan kopiah putih pagi itu.
“Lena tak tidur semalam?” Soal Aliff
“Emm lena je Aliff,penat punya pasal,ok la aku pegi sekolah dulu ya?”
Aku membalas selamba malas melayan Aliff yang kupikir ingin menyakat aku.
“Aku dulu duduk sebulan je situ, tak tahan anak aku asyik menangis aje” jelas rakan di tempat kerja yang merupakan otai lama yang pernah duduk di kawasan kediaman ku sejak ianya dibina.
“La ye ke..kenapa tak tahan naik turun tangga ke mcmna tu?” Soal aku.
“Tak da lah memang tempat tu tak sesuai tu anak aku menangis” terang otai itu dan berlalu menuju ke kantin.
Pulang kerja sekali lagi aku terserempak dengan pakcik yang menegur ku tempoh hari.
“Beli cendol ke abc? Tak pa buat pilihan yang terbaik ya. Jangan risau semuanya baik baik sahaja.” Ungkap pakcik itu sambil berlalu menaiki moto c70 buatan jepun original.
Aku kebingungan tentang itu dan terus membeli cendol dan pulang ke rumah.
Menghirup cendol sambil menonton rancangan tv sesungguhnya perkara yang nikmat untuk melayan perasaan dan kepenatan.
“Kata syiling rumah pecah?, kejap lagi aku naik tolong pasang yang baru ya.!” Aliff memeberitahu aku dalam telefon.
5 minit kemudian Aliff naik bersama dua keping syiling yang baru.
“Apa je ada atas ni Aliff?” Soal aku ingin tahu.
“Ada tangki air je la untuk semua rumah blok ni” jawab Aliff bersahaja sambil memaku syilling yang baru.
Aliff segera ingin turun kerana ingin menjalankan tugas dan aku hanya membiarkan Aliff keluar. Aku sempat untuk menelek gerak geri Aliff menuruni tangga. Sehilangnya penglihatanku terhadap Aliff,
“Gedegang!!” Bunyi seolah pintu juga ditutup oleh jiran hadapan seolah olah juga melihat Aliff menuruni tangga.
“Nak menyebok juga jiran ni” dengus hatiku sambil tersenyum kecil. Perkara sebegitu seolah menjadi kebal bagi ku namun kadang kadang perasaan seram tetap diselubungi.
Melayan you tube lagu lagu jiwang membuatkan ku leka sambil membaca sebuah buku peperangan yang baru dibeli.
“Srettt srett srettttt” bunyi seolah olah orang mengesot di atas tepat syiling dalam bilik ku. “Kucing la ni nak beranak!” Aku menyedapkan hati sambil mengambil batang mop mengetuk ngetuk syiling untuk menghalau. Sejak syiling dibaiki Aliff aku sering mendengar seretan mengesok di syiling bilik ku sehingga aku terpaksa pindah untuk tidur di ruang tamu.
“Aliff ada rumah kosong lagi tak area sini?aku rasa nak pindah la dekat seminggu dah aku tidur tak lena lepas kau baiki syiling ni” aku mengadu kepada Aliff yang leka bermain mainan alam maya di telefonnya.
“Macamni la kau bukak la satu syiling yang aku tampal tu. Renggangkan sikit tanpa memakunya,mungkin ada yang marah sebab tak da jalan keluar.” Jawab Aliff bersahaja.
“Kau ni bila orang serius kau buat main main pulak!” Tegas ku agak memarahi sikap Aliff.
“Aku cakap biarkan kau suruh tampal bila dah tampal kau merungut itu ini,bukan aku nak layan kau sorang je!” Aliff meninggikan suara. Aku hanya berdiam dan Aliff memohon maaf kerana melayan aku seperti itu.
Aku naik ke atas dan menonton tv. Sekali sekala aku memasuki bilik dan mendengar bunyi seretan itu di syiling bilik. “Ah aku cuba la buat apa Aliff suruh,dia otai jugak mesti la ada apa apa tu.” Aku bisik menuruti dan mula mengenal apa itu menghormati otai lama. Aku menanggalkan paku dan membiarkan syiling renggang seolah olah membuka ruang.
Sudah 3 hari bunyi itu tidak kedengaran dan pada hari keempat,
“Prangggggg” bunyi syiling jatuh di ruang tamu ku itu. Bunyi yang kuat seolah kaca berderai membuatkan aku terjaga dari tidur petang pada jam 4 petang.
“Betul la kata Aliff ada yang nak keluar sebabtu marah dengan mengeluarkan bunyi tidak menyenangkan” bisik hatiku sambil menggeliat.
Betul!! Sangkaan aku selama ini menepati dan tepat sekali! Aku bersemangat kerana tekaanku tepat dalam keadaan yang agak meremangkan bulu roma apabila melihat seekor kucing hitam menggigit seekor anak kucing di depan pintu rumah ku. Kelihatan memang baru diberanakkan . Kucing itu dengan mata terpinar membuatkan ku lebih seram seolah olah memarahi aku kerana tidak membuka pintu untuk ianya keluar.
Aku segera membuka pintu untuk membiarkan kucing itu keluar.
Aku membersihkan syiling yang pecah dan kali ini aku hanya membiarkan dan tidak lagi mahu menampalnya.
“Kan aku da ckp kau nak tampal jugak” Aliff menelefon dan memberitahu ku.
Aku tercenggang dan agak pelik,macamna Aliff ni boleh tahu pula syiling aku da pecah semula?
Aku segera meletak telefon kerana berasa yang amat pelik dan mula memikirkan sesuatu yang tidak kena mengenai Aliff.
“Tuk tuk tuk” bunyi ketukan pintu membuatkan aku lebih seram dan aku hanya membiarkan dan terus memasuki bilik tanpa sempat membuang pecahan syiling ke dalam tong sampah.
Aku masuk ke bilik air dan mandi dengan air yang dipasang kuat kuat untuk menghilangkan tekanan badan yang agak terkejut. Semakin lama aku berasa tenang dan aku termenung di kamar sepi rumah ku itu.
“KAU KENAPA SEMALAM AKU KETUK PINTU TAK BUKA?AKU KOL KAU LETAK!”
Aliff menahanku ketika hendak ke sekolah dan menanyakan seperti tidak berpuas hati.
“Balik nanti aku lepak dengan kau jap” Aku balas sambil memulas minyak motosikalku untuk segera ke sekolah.
Sesampainya di tempat kerja,hujan mula menuruni dan membasahi kawasan itu sehingga jam 3 petang. Aku terperangkap di bawah pondok dimana aku meletakkan motosikalku berteduh.
“Tu la ada kereta kau simpan taknak bawak,bila hujan da tersangkut! Aku nak balik kampung petang ni,nanti la kita borak ya?” Aliff menelefonku kerana sudah sejam menunggu aku di pondoknya.
“Ok!” Ringkas balasanku kerana masih musykil dengan sikap Aliff.
“Makin lama makin misteri la pulak saya rasakan duduk disini” rintih aku kepada otai lama di kediaman ku.
“Ha ha ha.. takpa tak da sampai m**i pon kan?jangan risau lah ok je,aku da belas tahun duduk sini” balas otai lama disitu.
“Boleh tak cikgu terus terang je apa ceritanya?” Soal aku ingin tahu.
“Sabar lah,kau akan tahu juga nanti. Sabar aje lah bukannnya benda ni memudaratkan kau pun. Rileks je ok. Kau beruntung tahu tak?” Balas otai lama sambil berjogging keluar dari pagar.
Aku kebingungan dengan perkataanya “beruntung”. Aku punya lah seram sejuk dibuatnya dia boleh cakap aku beruntung. Rintih aku kegeraman sambil berlari menaiki tingkat 5.
Petang itu keharuman menusuk kalbu berbau di hidungku disulami bau bau seperti kari dan masakan lain.
“Perghh, lapar perut lau gini gaya” aku menggeliat sambil memejam mata.
“Kalau buat kenduri jangan lupa jemput jiran sebelah!” Aku berseloroh sambil bangun memasang lampu dan beredar ke bilik air untuk membersihkan diri.
“Malam ni lampu koridor semua tak da ya sebab fius terbakar” mesej dihantar oleh Aliff kepadaku.
“Okey no problem” aku membalas mesej Aliff.
Aku mula pelik dengan Aliff macamana dia boleh tahu fius terbakar sedangkan dia balik ke kampung.
“Ada la tu ahli bagitahu dia,dia kan otai lama” aku menyedapkan hati.
Malam itu umpama ada satu bunyi tarian dan gendangan alat muzik yang dengar samar samar di telinga ku. Aku terus menghantar sms ke liza dan otai lama situ.
“Ada dengar tak apa apa?”
“Aku tak dengar apa apa!” Balas liza
“Kau sangat beruntung wahai anak muda” otai lama membalas.
Jam tepat jam 9 malam. Aku cuba mengintai di pintu rumah ku. Apa yang membuatkan aku terkejut, keadaan rumah sebelah seperti terang menderang seolah olah sedang meraikan satu majlis gilang gemilang.
Keadaan berbunyi riuh membuatkan aku seram dan terus mengambil keputusan untuk keluar ke kedai pada malam itu. Aku mengajak liza keluar atas dasar ingin membelanja nya.
“Liza kau ada dengar apa apa tak?ke kau nak berahsia dengan aku? Tak pa malam ni kau oder je nak makan apa aku belanja” tanya pujuk akunkepada liza.
“Kau dah kenapa ni?cuak giler aku tengok” jawab liza sambil senyum.
Setelah selesai makan sambil berborak memang ternyata liza sudah sifar dari mendengar benda benda pelik lagi.
Oleh kerana liza tidak mendengar apa apa,aku mengambil keputusan untuk tidak memberitahu apa apa mengenai apa yang aku lalui. Demi menjaga kerisauan liza dan ketakutannya.
“Kau kalau dengar kereta kawalan jauh tu kau join la sekali brader”
Liza bergurau kepadaku sambil memberi salam dan terima kasih.
“Aeleh minah ni aku cerita satu persatu kang ada yang pindah rumah kang” keluh hati aku seolah olah seorang yang sangat berani.
Aku menelek ke rumah sebelah,cahaya seperti kenduri itu sudah tiada. Aku membuka pintu dan amat terkejut apabila aku lihat semut penuh menghurungi kawasan depan pintu aku. Aku menunduk dan melihat apa yang dihurung semut.
Aku semakin seram kerana semut penuh tanpa menghurungi apa apa. Aku mula berfikir adakah ada makanan atau apa apa benda manis aku tumpahkan,tapi aku yakin tiada.
Aku mula memikir dan pikiranku melayang sehingga menaikkan bulu roma ku. Apa yang aku fikirkan ialah semut itu menghurung makanan yang diberi jiran sebelah.
Aku mula berpeluh dan menyesal kerana berseloroh untuk jiran sebelah memberi makanan!
“Aduh lenguh nya belakang ni.”aku merintih kesakitan seolah olah sedang memikul guni beras seberat 50kg. Aku mula meraba raba dalam laci untuk mencari minyak angin untuk disapu.
“Sini ada tak tukang urut yang boleh datang ke rumah bang?”aku menelefon seorang kawan yang merupakan penduduk asal.
“Ada,wak santor namanya kalau nak aku tolong sampaikan kat dia dan minta dia datang rumah kau!” Balas bang Berahim.
“Boleh jugak bang,suruh dia datang jam 5 petang ni ya?” Balas aku sambil mengusap ngusap belakang menggunakan bucu katil.
Aku menunggu dengan sabar kehadiran wak santor sambil membuka pintu rumah yang ditahan dengan pengalas kaki.
Aku terlena seketika. “Gedegang” pintu rumah tertutup dengan sendiri membuatkan aku terkejut. Tiupan angin seolah olah ingin menyambut kehadiran wan santor ke rumah ku.
“Assalamualaikuk pak,katanya mau diurut?” Wak santor tercegang di rumah aku.
“Masuk wak,lama benar menunggu lama da sakit ni macam ada yang menumpang!” Aku berseloroh.
Wak santor memasuki rumah aku dan bersalaman dengan aku. Tapak tangannya yang kasar memutik kegatalan di tapak tangan ku. Matanya terpinar pinar seolah melihat sekeliling.
“Duduk berdua ya pak?” Soal wak santor kepadaku.
“Sorang je la wak,apa berduanya!” Jawabku keseraman,seolah wajah wak santor dapat melihat benda lain.
“Waduh lebam lebam ni belakangnya!” Wak santor memberitahuku sambil menggosok gosok belakangku. “Tidak ada yang menggosok lagi kan?” Tanya wak santor kepadaku.
Tidak ada lagi wak jawabku bersahaja sedangkan aku tahu lebam itu kerana aku menekan nekan tempat sakit di bucu katil.
Urutannya tidak menggelikan aku kerana kasar tapak tanggannya.
Sekali sekala angin keluar tetapi wak santor rileks kerana sudah biasa akan perkara tersebut.
“Pernah buat kenduri rumah ini?” Tanya wak santor sambil menuang sedikit minyak untuk menambahkan licin.
“Tak pernah lagi wak” jawab aku.
“Sekali sekala buat la sini kan ramai jiran jiran boleh tambah pahala.” Jawab wak santor sambil menenyeh2 belakangku.
Selesai mengurut aku mengajak wak santor minum air kopi yang aku bancuh sambil dia menghisap rokok dari seberang.
“Kalau raya balik kampung gak?” Soal wak santor.
“Tak balik wak,raya sorang sorang je sini kadang kadang family ramai datang sini” jawab aku menipu risau rumahku diselidik oleh warga asing.
Mata wak santor terpinar pinar melihat keadaan sekeliling sambil mengehmbus asap rokok cengkihnya itu. Selesai semuanya wak santor ingin beredar dan bersalaman kepada aku.
“Tinggi sangat rumah kamu ni,patut sakit badan,nanti kalau perlukan telefon saja bang berahim ya?” Wak santor berkata sambil mengikat tali kasut nya. Sewaktu menuruni tangga wak santor sempat berkata “patut la tak bosan duduk tinggi tinggi ramai anak beranak jiran rupanya”. Aku tergamam dan segera menutup pintu.
“Kau berjampi apa dengan wak santor semalam?” Soal otai lama kepadaku.
“Takda apa saja suruh mengurut belakang ni ha,lenguh sangat la cikgu.” Jawabku sambil mengusap belakang dengan sebatang pen.
“Tinggi ilmu orang tua tu kalau kau nak tahu” terang otai kepadaku.
Aku mula mengingati kata kata akhir wak santor bahawa ada anak beranak jiranku. Aku mengesyaki yang wak santor boleh nampak selain dari alam nyata. Tapi aku musykil samada wak santor memberitahu samada jiran blok aku atau jiran depan rumah aku.
“Bang Berahim minta wak datang lagi boleh tak?” Aku menelefon bang Berahim.
“Bukan ke kau da okey mngurut?ni mesti nak cungkil ilmu orang tua tu kan? Dia ada ilmu orang lelaki bagi kuat tau! Orang tua tu dah balik seberang la lawat anak anak dia. Tak tahu la sampai bila.” Jawab bang Berahim panjang lebar.
Aku mencapai kunci motosikal kerana ingin ke kedai untuk mengeteh. Kali ini aku berasa kurang selesa kerana motosikalku seolah2 berat ditumpangi sesuatu. Aku terus memulas minyak. Hatiku berdebar sehinggakan peluh jantan mula mengalir di dahi.
“Cis tayar pancit rupanya,kusangkakan ada yang menumpang” aku mengelap peluh dan terus menolak motosikal ke kedai yang berhampiran untuk dibaiki.
Aku minum di kedai yang berhampiran dengan kedai moto itu.
“Minum apa bang?makan?” Soal perempuan pemilik warung kedai itu.
“Bagi bakso dan neslo ya!” Jawabku ringkas sambil membelek telefon dan membaca segala perihal di group whatsapp tempat kerja.
Aku sempat perhatikan pemilik kedai itu. “Dia ni bini orang ke anak dara ek? Muka boleh tahan tapi kenapa asyik pandang aku je.” Aku mula perasan gerak geri perempuan itu.
Siap aku menghirup kuah bakso aku akhirnya disapa pemilik kedai itu.
“Abang tinggal kat mana? Asal mana?”soalnya.
“Tinggal kat kondo tu la,asal dari kampung je dik” aku menjawab sambil mengangkat keningku yang jarang.
“Kenapa dari tadi tengok saya macam saya ni penjenayah?” Aku menyoal nya dengan nada sopan.
“Tak da apa la bang,saya pelik la tgk abang ni,tak pernah nampak sebelum ni,tiba tiba abang datang kedai sy dan sy tengok abang rasa pelik sgt” dia membebel sambil membungkus keropok.
Aku mula terdiam dan aku seram bila diperkatakan sebegitu seolah olah dia nampak sesuatu yang pelik kepada wajahku. Aku mula membuka camera telefonku untuk melihat wajahku di kanta selfie. Aku amat terkejut bila melihat kesan lebam hitam di leherku. Aku menelan air liur perlahan lahan terkedu kerana melihat kesan hitam itu.
Aku bangkit dan terus membayar untuk segera pulang. “Berapa smua ni?”soal aku.
“Tak payah bayar la bang,lagipun abang kali pertama cuba kedai sy ni. Tadi sy bukan pelik apa tengok abang,wajah abang ni mirip dengan seorang kawan saya masa di shah alam dulu,namanya Asrul.” Perempuan itu tersenyum.
“Lah yang kau pelik tengok aku tadi sebab wajah aku sama dengan kawan hang?bukan sebab lebam bawah leher aku ni?” Aku meninggikan suara.
“Eh bukan bang,aah sebab muka abang sama dengan kawan saya di shah alam bukan sebab lebam tu. Tapikan bang rasanya tu bukan lebam,tu macam minyak rantai motosikal je?” Perempuan itu menjawab dan menyoal ku.
Aku segera mengambil tisu dan cuba mengelap dan ternyata ianya minyak hitam mungkin terkena semasa di kedai moto semasa membaiki tayar. Aku senyum malu dan kembali ke motosikal.
“Tapi ramai orang cakap kondo tu seram kan bang?” Soal perempuan tu lagi.
“Aah seram sangat tapi adik pandang abang tadi lagi seram dibuatnya”aku berseloroh.
“Jangan nak berlawak sangat la bang,ramai da orang becerita kondo tu berhantu dan ramai tak sanggup duduk situ tau” jawab perempuan itu.
Aku yang lali oleh kata kata sedemikian tidak mengendahkan dan terus berlalu dengan mengayakan tayar motosikalku yang baru.
“SEBENARNYA AKU DAH LAMA NAK BAGITAHU KAU,TAPI AKU TENGOK KAU NI JENIS RILEKS DAN TENANG JADI AKU MALAS LA TERBURU BURU,LAGI SATU AKU TENGOK KAU NI JENIS YANG BERANI. SEBENARNYA JIRAN DEPAN RUMAH KAU NI ADALAH ROH ROH ORANG YANG DAH M**I. DULU ADA SATU KELUARGA DARI TERENGGANU DUDUK DISITU. SI AYAHNYA NI SEORANG YANG MENTAL TELAH MENETAK KEPALA ISTERI DAN ANAK ANAKNYA DAN AKHIRNYA MEMB UNUH DI RISENDIRI ATAS SEBAB TIDAK DAPAT MENGAWAL AKALNYA DENGAN BAIK. DIORANG NI ASALNYA KELUARGA YANG SANGAT BAHAGIA SEHINGGAKAN AYAHNYA KEHABISAN UBAT DAN BERTINDAK DI LUAR JANGKAAN.”
Sesorang telah memberitahu ku.
“Gedengangggggggggggg” bunyi tabung duit syiling ku berterabur.
Aku tersedar dari tidur siang.
“Cis mengarut sungguh la mimpi siang siang ni. Patut la mak aku tak nak dengar kalau aku becerita pasal mimpi siang. Semuanya mengarut. Akibat kepenatan yang teramat aku tertidur dan mimpi yang bukan bukan pada hari itu.
Aku segera ke bilik air dan mandi bagi menyucikan tubuhku serta kesan minyak hitam di leherku.
Seusai mandi aku sekali lagi dikejutkan oleh bunyi perabot di sebelah rumah.
“Ei tak habis habis lagi ke jiran aku ni.”
Aku merungut sambil mengelap badan dan terus memasang lampu di ruang tamu.
“Ada penah tak orang meninggal kat sini cikgu?”aku menanyakan otai lama yang sibuk mengikat tali leher di kereta nya.
“Kadang kadang aku pulak rasa kau ni mistik punya orang tanya soalan macamni pagi pagi. Takda lah tak pernah ada orang meninggal lagi kat sini. Kucing ayam cicak ada la yang m**i kat sini.” Jawab otai sambil berlalu.
Aku terus menaiki moto ke tempat kerja.
“Rasa nak gelak jugak mimpi mengarut ngarut ni ye” aku bercakap dalam hati sambil menunggang motosikal dengan penuh gaya.
“Kau taknak cari partner ke duduk sekali? Tak bosan ke duduk sorang sorang?” Soal makcik kantin sambil menjual makanan.
“Bukan taknak cari partner la kak,esok kalau saya nak pakai boxer susah la dalam rumah!”aku jawab sambil gelak.
“Suka sangat kau ye? Semalam akak nampak kau makan kat kedai bakso tu kan? Taknak ngorat ke tokey dia tu.?comel kan orangnya. Anak dara lagi tu. Cuma umur dia lebih sikit” rekemen akak kantin sambil mengangkat kening.
“La anak dara lagi,ingatkan isteri orang sebab gaya dia tu matang dan nampak……..”
“Ha nampak apa? Kau jangan macam macam ayah dia tu orang berilmu. Pandai macam macam tau.” Akak kantin memotong kataku.
“Macam kawan sy la kak,ish” aku jawab bersahaja untuk elak panjang cerita.
Aku mendapat satu akal untuk memberanikan diri.
“Aku nak try la masuk rumah depan rumah aku tu,aku kena cari kunci kat pondok pengawal.” Aku meyakin dan memberanikan diri sambil mengetuk pen ke meja.
Selesai tugas aku pulang dan terus ke pondok pengawal untuk mendapatkan kunci yang disimpan.
“Aliff tak balik lagi ke dari cuti?” Aku menyoal pengawal yang menggantikan Aliff yang datang dari sekolah sebelah.
“Belum lagi dia tak bagitahu pulak bila dia balik” jawab dia dengan tenang.
Aku terus ke mejanya sambil mengetuk sebatang rokok buatan murah. Aku terus membuka laci sambil membelek belek untuk mencari kunci.
“Nak cari apa bang? Buku mastika ke?” Soal pengawal itu yang bernama Aman.
“Takdalah zaman bila baca mastika,nak mistik aje ceritanya,kunci rumah rumah kosong letak kat mana ya?aku nak cari kemistikan ni” jawab aku seolah olah seorang yang berani.
“Kunci takda bang kat sini,memang saya datang sini hanya meronda keselamatan je dan takda pula ditinggalkan kunci” jawab Aman sambil membaca buku mastika.
Aku hampa dan terus pergi dari situ.
Sesampainya di tingkat atas aku merenung ke pintu hadapan rumahku yang dikunci rapat. Aku tekad untuk mengetuk pintu itu sekuat hati. Aku terus mengetuk selama 5 kali dan terus memasuki rumahku.
“Aku nak tengok apa reaksi orang depan ni”aku merintih sambil tersenyum.
“Saya minta cuti ya harini,badan sy demam dan menggeletar” aku menghantar mesej ke pihak pentadbir untuk diambil tindakan.
Aku demam seolah olah dalam kesejukan yang amat. Hanya selimut toto dan memakai baju sejuk untuk memanaskan badan.
“Susahnya duduk tingkat 5 ni sorang sorang,nak turun tangga pon da malas,orang pon tak tahu kalau aku m**i ni” rintih aku sambil menyapu ubat panas di badan ku.
Kedengaran geselan meja ke lantai nyaring di sebelah seolah olah menghormati aku yang sedang sakit.
Bau bauan makanan tidak aku endahkan kerana melayan demam yang melanda diriku.
“Pelik sungguh la,nak kata kena hujan tidak,salah makan pon tidak,kenapa la tiba tiba demam ni?” Aku merintih seolah olah aku tidak disayangi lagi.
“Kalau lah aku dah kawin ada jugak orang boleh sapukan minyak,malas la kol mak aki takut pulak dia risau,harap harap tak da apa la ni” aku merintih dan terus merintih.
Aman menghantar aku ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
“Kenapa ni encik sampai bawak selimut datang ke hospital ni?” Soal doktor lelaki yang gagah berdiri.
“Saja je doktor,bosan dah tidur kat rumah,rasa nak tidur kat sini la pulak. Boleh doktor?” Jawab aku kegeraman.
“Saya cek suhu awk ni ok je dan bukan kategori demam ni,awk macam seolah olah terkejut sesuatu!” Terang doktor sambil membuat muka pelik.
“Aman kau tolong ambilkan ubat aku tak larat la,nanti dalam kereta jangan pasang aircond ek,aku sejuk bakhang” aku memesan kepada Aman budak yang suka baca buku mastika itu.
“Ok setel bos,tapikan sy rasa abang ni macam kena sampuk dengan hantu la,lain macam jugak sy tengok abang ni. Jum la saya bawakkan jumpa seorang imam di kampung saya boleh tak? Ujar Aman sambil menurunkan handbrake dan meluncur laju.
“Hantar aku balik dulu lah,lagi 3 hari macam tak sihat kau bawak la aku kesana ok?” Aku memberitahu Aman seolah tidak mempercayai katanya yang sukakan mistik.
“Gedegang” bunyi pintu dihempas.
“Eh sapa pulak duduk atas tu bang?”soal Aman memapahku di tangga. Aku hanya berdiam dan melayan sejuk melanda.
Aman menghantarku sampai ke ruang bilik dan ke dapur untuk mengambil bekalan air masak untuk diletakkan berhampiran katilku.
“Apa apa hal abang kol la sy ya? Risau jugak tengok keadaan abang ni duduk sorang sorang,kahwin kahwin la cepat bang” kata Aman sambil meninggalkanku.
9 minit kemudian.. “abang,ada mesej untuk abang’ bunyi satu sms di telefon ku. Bunyi yang terbaik aku muat naik di aplikasi ‘zedge’.
“Bang masa saya turun dari rumah abang tadi bulu roma saya menegak je bang,sampai la ke tingkat bawah,lepastu satu hembusan ke muka saya bang” bunyi mesej Aman kepadaku.
Aku mula ketakutan dan hanya membalas untuk menyedapkan hati.
“Kau tak payah nak mistik mistik sangat la wahai Aman pencinta Buku mastika” aku membalas dengan tangan terketar ketar.
“Cuba kau ingat kau buat apa benda yang menjengkelkan?” Tanya otai lama yang datang melawatku bersama anak lelakinya.
“Saya mana ada buat apa apa pon cikgu!” Aku menegaskan sambil meneguk air masak.
Otai lama bangun dan berjalan di ruang tamu aku sambil membelek belek tingkap. Aku hanya memerhati dari hujung mata kerana tidak larat untuk bangun.
“Kau berapa lama tak buang benda ni?” Kedengaran suara tegas dari ruang tamu.
Aku segera bangkit disulami keseraman risau akan sesuatu.
“Benda apa cikgu?” Tanya aku dengan nada lemah.
Otai merenung wajahku sambil menjeling padan dengan mukanya yang bengis dan menjadi ketakutan pelajar sekolahnya.
“Ni la habuk rokok kau ni! Kau nak letak dalam muzium ke banyak banyak ni?” Dia menunjukkan barang yang menjadi keseramanku tadi.
“Alah ingatkan apa tadi,ala bekas tu kan besar nanti saya buang la bila da penuh.”jawab aku yang semakin lama malas melayan otai itu.
“Da dekat 4 hari kau demam ni,aman cakap nak bawak kau pergi jumpa imam kampung dia kau taknak,kenapa?otai menyoal ku seperti seorang polis.
“Bukan taknak pergi la cikgu,dia larat ke papah saya ni?dia tu keding je,haritu papah saya kejap pon dah mula nak mistik mistik,nyampah tau”
Jawab aku merenget.
“Kau tu lah,berani tu bagus dah,cekal tu bagus dah,tapi kau kena ingat makhluk Allah ni bukan kita je,ada baik ada jahat ada baik ada nakal! Kau kena ingat tu. Pergi dulu jumpa imam tu sebab kau kata takda buat benda benda tak baik!” Otai itu mengarahku sambil beredar.
Aman memapahku dengan mendadakan badannya seolah olah seorang yang kuat mengheretku.
“Aku terima kasih banyak banyak kat kau Aman,walaupun kau keding tapi hatikau tabah memapahku” aku berterima kasih pada Aman.
“Tanggungjawab saya bang bertugas disini menolong apa yang patut” Aman membalas sambil memegang erat pinggangku.
Setibanya di rumah imam yang dikatakan aku seolah olah disuntik satu tenaga yang baik. Aku larat untuk masuk ke rumah imam tanpa di papah Aman akan tetapi kesejukan masih sama.
Imam keluar dengan muka yang bengis membuatkan aku seram untuk berkata kata.
“Apa hal kamu ni dengan berselimut datang rumah aku ni?” Soal imam dengan nada lembut.
“Tak tahu la imam,da 4 hari badan saya kesejukan dan lenguh lenguh tapi doktor kata saya tak demam”jawab aku sambil memeluk tubuh.
Setelah menyoal beberapa perkara mengenai aku akhirnya imam mengambil secawan air untuk dibacakan doanya.
“Nah minum air ni bagi bertenaga sikit” imam menyuruhku.
Sewaktu aku minum imam memulakan bicara dan menerangkan sesuatu mengenai sejarah akan tempat kediaman ku itu.
Menurut imam,dahulu dia bersama sama penduduk kampung antara orang yang penting untuk memindahkan perkampungan bunian di tapak rumahku itu.
“Dulu diorang takboleh nak tebang hutan kat situ sebab situ perkampungan bunian kau tau tak” imam menerangkan kepadaku.
“Ada kena mengena ke dengan demam saya ni imam?” Aku menyoalnya.
“Bagi la aku habiskan cerita dulu!” Imam memarahi ku.
“Dia orang dah berkampung kat situ sekian lama tiba tiba ada orang nak buat pembinaan,kau marah tak kalau orang nak langgar kampung kau?soal imam kepadaku yang sambil menunduk.
“Aku dengan beberapa kawan aku terpaksa berunding dengan penghulu bunian tu demi menjayakan projek pembinaan kediaman tu. Kau rasa berapa lama tempoh aku berunding?”soal imam kepadaku.
“Dua hari?” Jawab aku yang ingin jawapan.
“Kalau dua hari hebat lah,dekat 3 bulan kau tau tak aku berunding!” Tegas imam menerangkan jawapan sebenar.
“Akhir sekali penghulunya bersetuju dengan syarat untuk tinggal di sebelah tapak pembinaan tanpa diganggu lagi.”terang imam.
“Owh patut la ada hutan siap berpagar dan takda orang masuk” kata aku dalam hati.
“Tapi dalam banyak banyak rumah yang akan dibina,penghulu bunian itu meminta untuk menumpang sebiji rumah dalam satu satu masa jika ianya kosong disebabkan keluarga penghulu itu terlalu ramai dan anak anak gadisnya ramai.”
Aku terkaku mendengar cerita imam dan mempercayainya kerana sedetik tidak memusykilkan percakapan imam.
“Kita ni boleh nampak atau dengar tak alam dia imam?”soal aku ingin kepastian.
“Boleh kalau kau bertuah,silap silap kahwin dengan bunian untung lah kau” imam menerangkan sambil berseloroh.
Setelah mendengar cerita aku minta diri untuk pulang,namun aku masih lemau seolah olah orang demam.
“Aku hanya boleh mampu setakat ni sahaja,dan aku tak boleh buat apa dah sebab demam kau ni aku rasakan kau ni dimarahi keluarga bunian itu. Aku minta maaf dah 20tahun lebih aku tak tahu lagi pasal bunian tu,andai benar kau jadi macmni kau kena jumpa sendiri penghulunya atau melalui orang tengah” terang imam kepadaku.
“Macamana ni imam?saya tak berani. Macamna saya nak tahu siapa orang tengah selain imam?” Soal aku ketakutan dan makin kesejukan.
“Kau berserah je la dan buat la cara terbaik.” Terang imam.
Sesampainya di rumah aku berehat dan terpaksa mengambil cuti tambahan. Orang di sekeliling tidak tahu sangat tentang aku kerana kehidupan masing masing dengan perihal sendiri.
“Kalau macamtu kata imam,kau bersabar lah,nanti ada la jalan penyelesainnya”otai lama melawat dan memesan kepadaku.
Hati aku terdetik seketika kerana hampir 4 hari tiada bunyi apa apa meragukan dan yang sedih keadaan aku masih sama.
“Kalau betul la orang depan ni bunian,dan kalau betul la dia ada marah apa apa padaku,macamna aku nak hadapi. Bunyi apa pon takda dah sekarang,merajuk ke apa ni?aku mempersoalkan hati.
“Assalamualaikum,dengar cerita demam badan sejuk sejuk?” Aliff menelefonku.
“Amboi kau senyap balik kampung ada urusan apa?lama sungguh balik?” Aku membalas.
“Nanti petang sikit aku datang rumah kau” jawab Aliff dan terus meletak telefon.
Selesai bercakap bunyi geseran meja kerusi berbunyi di rumah sebelah seolah olah menyambut kepulangan Aliff. Aku semakin bingung dan mula memikirkan yang bukan bukan.
“Ah makin pening aku kalau melayan fikiran ni” dengus hatiku sambil berselimut.
3 jam menunggu, Aliff mengetuk pintu rumahku dan memberi salam.
Aku segera bangun dan membuka pintu. Satu hembusan wangi menerpa ke muka ku menjadikan aku segar seketika.
“Amboi kau Aliff baru beli minyak wangi dari utara ka?” Soal aku sambil bersalaman.
“Aku masam masam macamni kau kata wangi,dah kau pergi la duduk aku nak ambil segelas air jap kat dapur,boleh?” Aku mengangguk setuju.
Rumah ku menjadi lain seperti hari biasa kerana bau wangian sesekali menerpa ke hidungku yang agak tersumbat.
“Kita ni kalau bersikap kurang ajar dengan binatang pon diorang taksuka,dengan manusia lagi la tak suka. Senang cerita setiap makhluk tak suka kalau orang bersikap kurang ajar. Betul tak?” Aliff menyoal ku sambil meneguk air masak bergelas besar.
“Apa maksud kau ni Aliff,aku puji kau wangi pon kau cakap aku kurang ajar ke?aku bukan perli tapi memang bau wangi la” aku merungut.
“Siapa bagitahu kau aku demam? Aman ke?” Aku menyoal Aliff.
“Tok penghulu bagitahu aku” Aliff membalas sambil memejam mata seolah sedang membaca sesuatu.
Aku mula meremang dengan kata kata Aliff kerana teringatkan akan kata kata imam yang menyuruh aku memohon maaf kepada tok penghulu bunian jika benar aku dimarahinya.
Aku pura pura untuk senyap dan tidak menahu akan sesuatu.
“Tok penghulu sini siapa Aliff? Bukan ke tok penghulu sini otai lama tu?” Aku menyoal.
Aliff hanya berdiam dan matanya tenang seolah olah sedang menenangkan diri untuk terjun ke suatu lembah yang curam.
“Kau antara yang beruntung kerana dapat merasakan semua ini.” Jawab Aliff dengan nada yang tenang dan terus memejamkan matanya.
“Macamni la,kau sebenarnya antara golongan orang yang bertuah untuk mendengar kehidupan alam bunian,cuma kau tak dapat lihat saja. Aku pasti kalau kau nampak silap silap kau nak hidup sekali di sana. Disana jauh lebih indah dan jauh lebih canggih dari kehidupan kita.”
Aliff menerangkan kepadaku.
“Jadinya,kau ni siapa Aliff?” Aku menyoal tanpa ragu ragu.
“Aku manusia biasa,cuma aku istimewa untuk pergi ke alam bunian dan aku salah sorang anak angkat penghulunya. Aku baru ni pergi ke alam sana untuk menghadiri majlis kenduri cukur jambul cucunya,aku pergi 3 hari je ke sana” jawab Aliff bersahaja.
“Aku cakap kau kurang ajar tu bukan apa,baru ni kau ketuk pintu sebelah ni kan kuat kuat? Kau tahu tak masatu kenduri cukur jambul cucu dia dan bila kau ketuk sekuat kuat hati kau telah membuatkan cucu dia menangis dan penghulunya itu marah dan memberi kau akibatnya”
Aliff menerangkan dengan nada yang juga seakan marah.
“Aku minta maaf Aliff aku buat tu bukan apa aku cuma saja untuk tengok reaksi keadaan yang aku alami semua ni,aku tak tahu apa apa pon Aliff. Memang aku seorang yang okey dan tak kisah tapi aku tak tahu apa apa” aku membalas sayu.
“Ye aku tahu,dan penghulu pun dah maafkan kau,cuma dia taknak kau berjumpa dengannya dan hanya mewakilkan aku untuk menghembus air ke muka kau,boleh aku mulakan?” Aku mengangguk setuju.
Aliff mengambil air dan menghembus ke muka aku dengan mulutnya.
Aku menguap seolah olah bangun dari tidur dan keadaan menjadi segar.
“Aku bukan taknak bagitahu apa apa kat kau,sebab aku dah tahu kau jugak beruntung sebab dapat mendengar sesuatu dari alam sana,dan aku yakin kau okey dan tidak mungkin membuat sesuatu tanpa sebab jadi aku percayakan kau. Cuma aku harap kau kena paham aku bukanlah sesiapa cuma aku juga bertuah seperti kau dan aku cuma boleh ke alam sana” Aliff menerangkan sambil menepuk bahu ku.
Aku berdiam dan agak terketar. “Cuma aku harap kau tidaklah menyebarkan cerita ini kepada sesiapa sebab aku yakin tiada siapa yang percaya hanya orang tertentu sahaja.” Terang Aliff.
“Takpelah Aliff aku mohon maaf la sekali lagi,aku minta aku taknak la dengar benda benda ni lagi sebab aku keseraman sebab tak nampak apa berlaku” aku membalas.
“InsyaAllah lepas ni tak de apa apa lah,cuma kalau ada bunyi pon sikit sikit saja,aku dah bincang semuanya” jawab Aliff menenangkanku.
“Aliff kau tahu tak aku pernah dapat satu sms misteri?” Aku menanyakan Aliff.
“Kan aku da cakap alam diorang lagi canghih dari kita,kereta diorang semua dah terbang kau tahu?” Aliff menerangkan dan aku akur.
Hatiku ingin untuk melihat alam mereka namun aku takut ,jadi aku tekad untuk kekal seperti biasa.
“Jadinya kat sini aku cg,otai(nama dirahsiakan) dan liza la yang beruntung untuk tahu semua ni?” Aku menanyakan dengan lantang kerana badanku segar kembali.
“Liza? Cg otai tu?” Aliff menyoalku dengan muka yang pelik.
“Ye la diorang la” aku membalas.
“Kau pergi ambil air wuduk dulu boleh tak? Kita baca Yassin dulu.Nanti kita sembang” Aliff menyuruhku dengan kadar segera.
Selesai kesemuanya Aliff suruh aku berselawat dan dia membacakan sedikit doa.
“Aku harap kau tenang dan kuat,kau memang beruntung. Minta maaf kalau apa apa terjadi lepasni kat kau ya.”? Aliff menenangkan ku.
“Liza dan otai lama yang kau maksudkan tu semuanya tidak wujud disini. Diorang dah lama pindah,otai lama tu dah lama meninggal setahu aku selepas dia pindah dan pulang ke kampungnya. Minta maaf aku taknak bagitahu dia berasal dari mana” jawab Aliff sambil memegang bahuku.
“Liza pula?” Aku menyoal.
“Liza yang kau maksudkan tu pun sama,dah dua tahun dia dah tak da disini,dia hanya menumpang tinggal di sini,dia kerja swasta. 2 tahun lepas dia tinggalkan tempat ni dan rumah di bawah ni pon kosong.” Aliff menerangkan sambil memegang bahuku.
Aku tergamam dan menguatkan hati untuk terus bertahan.
Aku mula memikirkan tentang apa yang aku lalui selama ini dan yang membuatkan aku ketakutan aku pernah keluar makan bersama liza. Aku cuba menyemak di ‘call log’ dimana liza pernah menelefonku ternyata hilang sama sekali!
“Kau sangat beruntung,sabar lah dan aku harap kau lalui seperti biasa. Kalau kau nak pindah dari sini pon aku faham. Aku harap kau tidak lagi mencari jawapan di mana mana kerana aku risau ianya menghantui kau.” Nasihat Aliff kepadaku.
“Aku nak minta satu je dari kau,boleh tak aliff?” Aku menanyakan seolah merayu.
Boleh, jawab Aliff.
“Boleh tak aku nak tgk suasana rumah depan ni,rumah liza dan rumah otai lama tu tak?” Aku menyoalnya dengan agak seram.
Setelah menunjukkan ketiga rumah rumah itu,semuanya kosong dan hanya rumah dihadapanku kemas rapi seperti didiami.
Namun yang membuatkan aku demam selama 3 hari,rumah liza dan otai yang ditunjukkan Aliff sangat usang dan memang telah ditutup untuk dimasuki penghuni.
Sejak pada hari itu aku mengambil keputusan positif untuk aku jadikan kenangan dan pengalaman hidup ku.
Keputusan yang diambil demi kehidupan aku yang seterusnya.
Aku menenangkan diri dan berdoa agar memperolehi kehidupan yang sempurna.
Aku rela untuk tidak terpilih sebagai yang bertuah lagi. Biar lah aku dengan kehidupan nyata ku.
Aku berterima kasih kepada Aliff kerana banyak memberi nasihat kepadaku untuk aku dapat menjalani hidup sepert biasa tanpa mengingati benda yang berlaku untuk mengelakkan dihantui.
P/s: mungkin apa yang dilalui tidak masuk akal tetapi jangan terkejut jika anda juga akan mengalaminya..
-TAMAT-

030. APARTMENT BERPENGHUNI 

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : APARTMENT BERPENGHUNI
KARYA : SHARIS
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400030
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Assalammualaikum dan hi kepada semua pembaca HZONE BLOG.Nama aku Shasha, ye nama aku Shasha haha.Aku nak ceritakan pengalaman aku 2 tahun lepas.Maaf kalau tak seram. Shasha cuba.
” ibu,ada tak eh rumah sewa area sini? Yang dekat-dekat dengan tempat kerja sha? .”
Itu soalan aku kepada ibu yang akhirnya aku sesali sehingga sekarang…
Dua buah bagasi aku tarik menuju ke arah apartment yang aku sewa dari seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an.
” korang kalau ada apa-apa masalah dengan rumah ni, ada yang tak puas hati ke kasi tahu je abang,tak pun call je akak intan kau. ”
Pesan abang Khairil semasa aku membayar deposit tempoh hari,aku tak sempat nak melawat,sempat bank in duit je, yang dah melawat apartment ni ialah 5 orang sahabat aku yang juga akan tinggal serumah dengan aku.
Aku,Wawa,Dyna,Faye,Putri dan Leeya,6 orang sahabat yang dah berkawan baik sejak dibangku sekolah sehingga ke hari ini, dan sekarang kami buat keputusan untuk tinggal bersama pula.
Aku mulakan dengan membaca ayat kursi dan 3 kul.Itu adalah ajaran ibu yang ibu dah terapkan dari zaman sekolah rendah.Tak kira untuk masuk rumah ke, masuk hotel tu wajib lagilah.Aku diajar untuk sentiasa amalkan benda ni.
Pintu aku ketuk tiga kali kemudian barulah aku buka pagar dan pintunya pula.
Tak semena-mena angin yang boleh tahan kuatnya(macam kipas nombor 3 kena muka je) menerpa kulit muka aku.Aku diam di muka pintu buat seketika.
” weyh cepatlah Sha!.” Faye menggesa aku untuk terus masuk ke dalam rumah.
” ish tak sabar betul kau ni, bukannya tak pernah tengok pun.” aku mengomel sambil kaki aku menapak masuk ke dalam rumah.Bagasi aku semua aku biarkan di ruang tamu sebelum aku check satu persatu perabot yang ada di ruang tamu.Rumah tu cantik,berkonsepkan open kitchen memang buat aku tertarik sangat-sangat,kenalah dengan aku yang memang suka masuk dapur ni.
Aku terus pergi ke bahagian dapur,dapur masih kosong disebabkan kami masih belum beli apa-apa kelengkapan dapur lagi kecuali blender,pisau dan barang-barang wajib yang lain.
Riuh di ruang tamu suara kawan-kawan aku yang kegembiraan dapat rasa duduk serumah tu.Aku di kitchen bar hanya memperhatikan mereka dengan senyuman di bibir.Bermulalah hari baru!
Selesai berkemas dan membersihkan badan,kami masuk ke dalam bilik masing-masing.
oh ye lupa nak cerita,rumah tu ada 3 bilik,2 bilik air dan satu bilik stor yang kitaorang ambil keputusan untuk jadikan wardrobe kami.
Hasil lat ta li lat tu aku dan Faye sah sebagai roomates sekaligus berjaya merebut master bedroom yang dah siap satu bilik air di dalamnya tu.
Wawa berkongsi bilik dengan Putri,dan Leeya pula dengan Dyna.
Aku dan Faye terus masuk ke dalam bilik sambil mukut Faye berceloteh entah apa yang aku pun dah tak ingat.Faye memang banyak cakap,pelawak dalam kumpulan kitaorang ni dia lah.
tengah-tengah aku sibuk lipat baju untuk disusun ke dalam almari,si Faye buka mulut laser dia tu.
” Eh hanie,kau tahu mak aku kata kawasan apartment ni kena hati-hati…aku fikir mak aku sengaja nak takutkan aku lah,tapi kau tahulah aku kan…aku mana ada perasaan takut semua tu haha…kau jangan risau kalau ada orang ke natang apa ke nak kacau kau aku kejar dia dengan selipar.” omel Faye.
aku tersenyum kecil je mendengar celoteh si Faye.
” apa yang mak kau suruh hati-hatikan tu?.” aku menyoal sekadar meneruskan perbualan supaya tak hambar.
” dia kata dekat apartment ni orang buat hal dia sendiri je,tak kesah pasal orang lain..pernah ada sorang perempuan bujang ni meninggal 2 minggu baru tahu dia dah meninggal kau tahu tak?tu pun sebab jiran dia bau benda busuk menyengat hidung dari rumah perempuan tu.”
Entah kenapa pula seram sejuk terus aku bila dengar cerita Faye.
” dah lah,jomlah tidur..esok kerja.” aku buka mulut sebelum baju yang aku dah lipat aku letakkan semula cantik-cantik atas beg aku.Esok jelah susun hahaha.
Esoknya…
Aku pandang kiri kanan menunggu bas yang lambat pula tiba hari ni.Sama ada bas yang lambat atau aku yang lambat keluar office.
aduh janganlah tak ada bas pulak dah lah Wawa dengan Leeya dah sampai rumah,takkan nak susahkan diaorang suruh ambil pula.Faye dengan yang lain pula Shift malam.
Tulah,ibu suruh ambil lesen kereta tak nak…
Tiba-tiba sebuah kereta honda CR-V berhenti dihadapan hentian bas.Aku dah tahu gerangan orangnya.
” shasha,naik lah sini aku hantarkan kau balik,dah nak masuk pukul 11 ni…bahaya anak dara duduk luar macam ni sorang-sorang.” Itulah perkataan yang keluar dari bibir Haris.Haris ni boleh dikira bos aku lah walaupun dia bukan bos besar haha,aku bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat.
” Tak apalah Encik,Kawan saya tengah otw ambil ni.” aku auta.Tak nak menyusahkan Haris.Lelaki tu baik sangat.Tak sampai hati aku dibuatnya.
” Tak apalah Sha,naik sini…kalau ada peragut ke penculik ke tengah ushar-ushar awak sekarang macam mana?.” Haris menakut-nakutkan aku.
Risau punya pasal,terus aku bangun dan masuk ke dalam keretanya.
” dengar cerita Sha dah pindah rumah eh?tak duduk dengan ibu..eh makcik lagi?.” soal Haris sambil keretanya laju membelah jalan.
tersasul ke sengaja nak tersasulkan tu.
” A’ah…” ringkas aku membalas.
” duduk mana?.” soal Haris.
” Apartment depan petronas tu je..tak jauh dari rumah ibu pun.” beritahu ku.
skip lagi…
Aku dan Haris berjalan ke arah apartment aku.Dia yang nak sangat temankan walau dah puas aku halang.Lantak dia lah.
aku membaca ayat kursi dan 3 kul lalu membuka pintu rumah tanpa apa-apa masalah.
sebaik sahaja aku kalih muka pandang Haris bagi mengucapkan terima kasih kepada dia,aku lihat Haris meraup wajah sambil mengucap perlahan yang masih dapat aku dengari.
” kenapa Encik?.” aku menyoal.
Haris memandang aku lama lalu tersenyum serta menggelengkan kepala.
” tak ada apa-apa…jangan lupa basuh kaki,kalau tak solat lagi…mandi terus solat…sambil buat kerja apa-apa,tengah jalan atau ada masa terluang baca je apa-apa yang awak ingat…jangan terleka…jaga diri.” Pesan Haris.
aku hanya mengangguk sebelum mengucapkan terima kasih.
Haris membuka langkah untuk menuju ke lif.Entah kenapa aku lihat seperti dia berat je nak melangkah meninggalkan rumah aku.Beberapa kali dia pusingkan kepala kembali.
Mendengar suara Wawa memanggil aku.Aku terus menuju ke arah bilik Wawa.Aku lihat Wawa tengah duduk di atas katil membelakangi aku sambil memandang tingkap.
” kenapa wa?.” aku menyoal.
” tolong ambilkan air untuk aku boleh?hauslah…” pinta wawa.
aku tanpa menyoal terus mengambil air di dapur.Sekembalinya aku ke bilik Wawa,aku lihat Wawa susah tiada.
eh?mana minah ni pergi?
aku berjalan sekeliling rumah mencari Wawa sebelum langkah ku terhenti bila telefon aku yang masih berada di poket seluar jeans aku berbunyi.
Tertera nama Haris di skrin telefon bimbit aku.Terus aku selek ikon hijau lalu merapatkan telefon ke telinga.
” Sha,saya dekat luar…boleh keluar kejap tak?awak tertinggal barang awak ni.” kata Haris.
Aku meletakkan cawan di atas kitchen bar sebelum berjalan ke arah pintu.
tiba-tiba pinti bilik Wawa tertutup.
dum!
aku fikirkan Wawa yang tutup pintu tu…
” Wa..air kau ada dekat atas meja,aku nak keluar sekejap.” aku menjerit perlahan.
aku meneruskan langkah sebelum tiba-tiba pintu itu terbuka semula.
” wa…janganlah main-main pintu tu,rosak nanti kang.” aku berkata.
Pintu itu tertutup semula lalu terbuka semula.
” wa..okeylah aku bawakkan air tu untuk kau eh.” aku melangkah ke arah meja yang menempatkan cawan tadi.Belum sempat aku memegang cawan tu.Tiba-tiba pintu tu makin laju ditutup dan dibuka.Dari meja tu barulah aku nampak terus ke dalam bilik tu.
ya Allah!mengucap panjang aku bila aku tengok dalam tak ada siapa yang ada dekat dengan pintu tu.
terus aku berlari menuju ke arah pintu rumah.Tangan aku dah mula menggigil ketakutan.
tiba-tiba kerusi berhampiran aku jatuh menghalang laluan,terus aku terjatuh.
“Aduhh.” aku menyeringai kesakitan.
” Sha,awak okey tak sha?.” aku mendengar suara Haris menjerit memanggil aku dari luar sambil mengetuk-ngetuk pintu rumah.
aku dah mula panik bila bunyi dentuman pintu tu semakin laju.
aku cuba untuk bangun tapi berakhir dengan terjatuh semula dengan rasa sakit yang mencengkam bahagian kaki aku.
” Encik tolong Encik saya tak boleh bangun!!.” aku menjerit.
dan lepastu aku dengar bunyi tombol pintu rumah dipusingkan secara paksa supaya terbuka disertai dengan hentakan pada pintu.
aku menjerit bila lampu rumah tiba-tiba terpadam sepenuhnya.
srttt…srttt..
bunyi derapan tapak kaki kendengaran menuju ke arah aku.
waktu tu hanya allah je yang tahu bertapa takutnya aku.Air mata mencurah turun tanda ketakutan yang amat sangat.
lepas tu aku tak sedarkan diri…
Aku mendengar suara ibu.Terus aku membuka mata.Aku mengucap dengan mimpi ngeri yang aku hadapi.
aku mimpi sesuatu…tak bukan pasal pintu dan segalanya tu…itu bukan mimpi..itu nyata…
mimpi tu seakan nyata…
aku pendekkan mimpi tu…
seorang perempuan meninggal dalam bilik yang persis bilik Wawa,yang aku tahu perempuan tu bukan orang melayu melalui rupanya.Sebelum tu…perempuan tu ada kasi tahu sorang lelaki berkulit gelap yang dia mengandung,dan lelaki tu tak nak bertanggungjawab…
” Shasha?.” ibu memanggil aku.
aku pandang sekeliling,aku nampak Haris dengan baju yang sama macam semalam,ada seorang lelaki lebih kurang usia 60-an ala-ala ustaz tengah pandang aku.
rupanya Haris bawa aku ke rumah ibu dan dia yang panggilkan ustaz dan ceritakan apa yang dia tahu.
rupanya rumah tu lah rumah yang mak faye katakan…mak faye tak sangka yang rumah kitaorang lah rumah dia tu…sebelum aku kena kacau…Wawa ada cerita yang dia nampak bayangan perempuan lalu depan bilik dia…ada bunyi cakaran dari tingkap.Tapi kami endahkan je dan kata ilusi dia je.Lepastu Dyna pula yang kena,kerusi bergerak lah,suis tv m**i sendiri dan channel tertukar berkali-kali sendiri.Faye pula waktu dia tengah mandi ada orang ketuk berkali-kali pintu bilik air tapi bila buka tak ada siapapun
akhir sekali aku pula yang kena….dan akulah yang paling teruk.Rupanya pada malam tu,Wawa dan Leeya turun pergi mcd yang tak jauh dari sini.Jadi yang aku nampak tu bukan Wawalah.
lebih 1 minggu aku berubat untuk pulihkan semangat.Lepas je kejadian tu aku mudah terkejut dan mula sensitif dengan persekitaran.
Alhamdulillah sekarang kami masing-masing dah ada hidup sendiri,cuma Putri dengan Dyna je yang belum kahwin.Aku pula sekarang tengah mengandung 3 bulan.Suami aku pun salah satu dari semua orang yang ada dalam ni…dapat teka kan?yep Haris lah orangnya.Cakap pasal Haris…rupanya waktu dia usap muka semua tu,dia nampak seorang perempuan tengah berdiri depan pintu bilik wawa dan rumah tu bau busuk macam bangkai.Padahal aku bau semua okey je.Tapi apapun alhamdulillah aku dah tak kena kacau lepastu.Hidup aku bahagia sampai sekarang.Terima kasih.
-TAMAT-

031. SAHABAT SIHIR

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : SAHABAT SIHIR
KARYA : MENCARI SYURGA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400031
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Assalamualaikum admin.
Harap cerita daya disiarkan sebagai pengajaran.
Kami berkawan sejak dibangku sekolah lagi. Persahabatan kami selama lebih dari 15 tahun. Selama berkawan tiada istilah berkira antara saya dan dia.
Segala jenis Pertolongan yang dia minta akan cuba saya usaha dan bantu. Baik dari segi kewangan mahu pun makanan. Pendek kata tidur pun sebantal.
Suatu hari Allah beri saya rezeki tanpa di duga, Alhamdulillah. Produk yang saya jual viral sehinggakan tidak menang tangan. Telefon Bimbit tidak henti masuk pesanan msg. Syukur sujud pada Allah. Kemudian terjadi lah kisah antara kami. Saya minta bantuan sahabat saya untuk bantu saya Selama seminggu. kebetulan syarikat tempat dia berkerja punyai masalah. Saya juga meminta dia bekerja dengan saya walaupun sebelum ini kakak dia sendiri pernah menipu saya tapi saya abaikan dan melupakan perkara tersebut.
Selepas beberapa hari dia bantu saya, Allah gerakkan hati saya untuk tidak dia bekerja sepanjang masa dengan saya tetapi hanya separuh masa, Sebab saya fikir berniaga ada pasang surutnya. Memandangkan dia masih belum berhenti kerja saya minta untuk dia tidak berhenti kerana lebih menjamin masa depan dia. Tetapi dia bernekad untuk berhenti kerja kerana dia yakinkan saya yang dia mampu usahakan perniagaan yang saya jalankan.
Saya berkeras untuk dia bekerja separuh masa. Tetapi dia tidak setuju dan berlaku perselisihan faham antara kami. Sejak itu kami tidak berhubung lagi sehingga sekarang. Beberapa bulan selepas kami membuat haluan masing-masing, barangan yang saya jual kerap rosak. Tetapi kami sekeluarga berfikir mungkin cara penyimpanan barangan tersebut salah. Seminggu kemudian badan saya kerap sakit, tangan saya sukar diangkat & terasa berat.
Emak saya minta saya pulang ke kampung untuk berubat. Saya pulang ke kampung dan berjumpa dengan bilal masjid yang pandai berubat. Apabila berjumpa dengan bilal masjid tersebut kami hanya bertanyakan kenapa badan saya kerap sakit dan barangan perniagaan saya kerap rosak. Terus bilal beritahu kami ” Kawan baik yang buat, dia jual barangan yang sama tetapi orang tidak mahu membeli dengan dia. Orang tetap cari kamu” . Saya beritahu bilal, saya hanya nak sihat kembali dan pulihkan barangan perniagaan saya. Memang dia jual barangan yang sama selepas kami tidak berhubung. Saya tahu selepas diberitahu oleh bilal.
sebulan lepas berjumpa bilal, saya sakit semula. Kali ini lebih teruk. Saya dirasuk , bercakap siam & ada bisikan yang sangat jelas di telinga. Setiap kali merasuk & berubat saya akan menyebut nama bekas sahabat tersebut. Pernah juga kami berubat sehingga 10 orang ustaz pegang saya tetapi saya masih kuat, saya hanya mahu tinggal dimasjid kerana tidak mahu pulang ke rumah sebab kami sekeluarga tidak boleh tinggal dirumah saya kerana saya rasa seperti diperhatikan. Rumah yang saya tinggal hanya orang berkenaan sahaja yang tahu termasuklah bekas sahabat tersebut.
Merata kami pergi berubat ke melaka ,perak, johor termasuk panggil ustaz datang ke rumah. Sebut sahaja ke mana kami pergi dan setiap kali berubat juga saya merasuk dan menyebut orang yang sama “jin tersebut menyebut, kalau nak sehat berhenti berniaga”. Ada 1 tempat kami pergi dan perawat tersebut beritahu kami ” saya nampak kat mana dia buat, berapa dia bayar & apa dia hantar. Dia pergi keramat buat kamu”.
Bak dijadikan cerita selepas beberapa bulan saya berubat. Kawan bekas sahabat itu sendiri berjumpa kawan saya dia terlepas cakap dan beritahu pada kawan saya ” kakak dia selalu je pergi ke keramat berubat laki dia ” . Allah nak tunjuk pelaku dalam pelbagai cara.
Pernah kami sekeluarga solat hajat dan saya dengan tiba-tiba merasuk. Saya merasuk dan masih sebut orang yang sama dan minta ampun kerana panas. Saya anggap ini teguran dari Allah. Ujian Yang Allah bagi kepada saya melalui orang seperti dia dan dia juga di uji. Ada sekali saya kemaskini facebook saya dan membuat satu gambaran tentang penyihir tersebut tanpa menyebut nama sesiapa tetapi dia terasa seperti saya tujukan status tersebut kepada dia. Untuk pengetahuan umum saya memang sudah lama menapis dia dari Facebook saya tapi dia tahu apa yang saya update. Kalau tak buat tak perlu rasa apa-apa.
Saya perbanyakkan amalan , solat awal waktu dan dekatkan diri dengan Allah. Sehingga sekarang saya dapat rasa seperti ada aura yang masih mencuba masuk ke dalam badan saya tapi tidak berjaya. Dalam persahabatan kita tidak akan tahu hati kawan kita walaupun kita kenal bertahun- tahu. Kita akan kenal bila dia bermasalah dengan kita. Hati- hati bila berkawan mungkin apa yang kita lihat tak sama dengan apa yang anggap.
Sahabat SIHIR
Bertahun aku bazirkan masa untuk kawan yang jahat itu biasa, aku boleh terima.
🥀 Tapi kawan yang main ilmu hitam ni aku tak boleh digest.
🌒 Yang ditutup lama-lama pasti ketahuan.
Org seperti mu akn kenal Tuhan bila segalanya dah makan diri.
Cepat taubat kawan, ilmu mu nanti akn makan diri. Tak ada siapa yang boleh selamatkan nanti.
Aku redha dengan ujian ini, segalanya dengan izin Allah. Terima kasih sebab terjadinya ujian ini aku lebih dekat dengan Allah.
Doa kan saya.
-TAMAT-

032. POCONG TERBARING DI TENGAH JALAN

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : POCONG TERBARING DI TENGAH JALAN
KARYA : SHAFIX FIXIE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400032
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Bismillah.
Terima kasih admin kerana menyiarkan kisah aku yang bertajuk Kau Cabar, Aku Datang. Oleh kerana aku sedang bercuti panjang, aku boleh meluangkan sedikit masa mengarang satu lagi pengalaman aku ketika menggalas tugas sebagai seorang pramugara.
Tapi kali ini,ianya berlaku sesudah aku pulang dari penerbangan harian(daily flight) dan sedikit sebanyak ia memberi kesan dalam kehidupan aku seharian.
Tahun 2015 aku melangsungkan perkahwinan dan kami menyewa sebuah bilik secara sementara di Bukit Jalil sementara mencari rumah lain. Isteri ku juga seorang anak kapal seperti ku, jadi kami sedia maklum dengan jadual penerbangan masing-masing dan kerap kali tidak berpeluang berjumpa di rumah memandangkan masing-masing mempunyai jadual penerbangan yang berlainan.
Pada hari kejadian,isteri ku berada dirumah menanti kepulangan ku. Walaupun jam sudah pun melepasi 12 tengah malam,kami telah berjanji untuk keluar makan lewat malam bersama. Aku yang baru sahaja touch down dari penerbangan bergegas ingin pulang kerumah.
Oleh kerana bukan malam minggu,jalan agak lengang memudahkan perjalanan ku memandu sedikit laju. Akhirnya aku tiba di simpang empat bersebelahan sebuah kolej di Bukit Jalil, di mana jarak lokasi tersebut dari rumah ku semakin hampir.
Sedang aku memandu perlahan menyusuri jalan ke arah rumah ku, aku terlihat seakan-akan kain kotor yang dibungkus dalam keadaan terbaring di tengah jalan. Jarak aku semakin hampir dengan bungkusan itu, sedikit pun tidak terlintas dalam fikiran ku apa-apa yang menyeramkan, sampai lah aku cuba mengelak dari melanggarnya, tiba tiba bau kapur barus memenuhi ruang di dalam keretaku disulami dengan perasaan terkejut dan meremang!
Ah sudah! “Dia” datang pulak! Aku mula memecut tanpa menghiraukan isyarat lampu traffic. Bertambah gusar aku memikirkan aku perlu mencari parking diluar kediaman memandangkan tuan rumah tidak menyediakan parkir kepadaku.
Aku berlari anak sambil menarik beg naik ke rumah. Sampai sahaja di rumah,aku mengambil keputusan untuk tidak memberitahu isteriku bagi mengelakkan rasa takut dalam dirinya. Program asal untuk keluar juga aku batalkan dengan alasan aku kepenatan.
Di dalam bilik mandi aku terbayang bayang apa yang aku lihat tadi. Tertanya tanya adakah itu yang dikatakan pocong?Usai mandi aku terus tidur. Isteri aku sudah pun dibuai mimpi indah.
Selepas seharian bekerja,jarang sekali untuk aku terjaga di tengah malam. Tapi tidak untuk malam itu. Aku terjaga, dalam keadaan mamai, aku terlihat di bucu bilik ku, sekujur tubuh berbungkus, dengan muka yang gelap dan bermata kehijauan melihat tajam kearah ku!!! Aku tergamam ! Mulut terasa seperti dikunci untuk berkata kata,aku pantas mengejutkan isteri ku di sebelah. Dalam keadaan separa sedar,isteri ku bertanyakan kepada ku kenapa, dan apabila aku memandang semula kearah bucu bilik,makluk itu sudah pun tiada. Barang kali takut pada isteriku yang aku juga kadang-kadang terasa demikian.Aku menyuruh isteriku untuk sambung tidur semula.
Setelah agak beberapa lama, mata ku seperti digam,tidur seperti tiada apa yang berlaku. Aku terjaga buat kali kedua, dan kali ini,dia berada betul betul di atas muka aku,melekat rapat di atas siling,dengan dibaluti kain yang lusuh dan melayang layang tepat melihat kearah ku!
Aku beristifar panjang dan melaungkan Allah Hu Akbar ! Seraya dengan itu isteri ku terjaga, ingin sahaja aku menceritakan kepada nya, tapi khuatir jikalau ia memberi kesan kepada isteri ku. Sekali lagi aku hanya memberitahunya aku bermimpi.
Aku terus bangun dan mengambil wudu’ . Aku membiarkan lampu tandas bilik ku menyala. Aku duduk di tepi katil. Membuat konklusi sendiri, “barang kali benda ni mengikut aku dari luar tak?” Seperti yang aku ceritakan kepada kalian di kisah lepas, aku perlu pasti kan bilik sentiasa gelap untuk memudahkan aku tidur. Namun semenjak kejadian tersebut, aku akan tidur dengan satu lampu kecil dibiar menyala.Supaya aku boleh memerhati,kalau-kalau ada yang melihat ku dalam diam…..
-TAMAT-

033. BERBADAN DUA

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : BERBADAN DUA
KARYA : DON
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400033
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

(KREDIT UNTUK SEPUPUKU – ASRAF)
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama rasanya dah menghilangkan diri dari dunia pena. Ada juga sebilangan peminatku yg masih bertanya hingga kini bila nak mengarang lagi cerita baharu. Akhirnya aku memutuskan untuk menjawab segala persoalan kalian dgn menyajikan sebuah kisah baharu. Khususnya buat seluruh pembaca FS dan tentunya para peminat setiaku. Ini merupakan kali ke-8 aku “berpencak silat” didalam ruangan FS.
Bismillah,
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani…
Aku bukanlah insan yg layak untuk buka kisah hitam ni. Tetapi atas nama baik, aku terpaksa berkongsi demi pengajaran pada kita semua. Anggaplah ianya suatu petunjuk yg Tuhan nak sampaikan pada diri masing-masing.
‘Tok Wan’ (bukan nama sebenar) merupakan salah seorang penduduk kampung yang cukup dikenali oleh masyarakat setempat di negeri pantai timur. Menurut cerita daripada sepupuku yang sekampung dgn Tok Wan, beliau amat terkenal dengan kemahiran merawat batin serta menyediakan khidmat ‘guna-guna’. Tak hairanlah jika setiap bulan Tok Wan selalu menerima kunjungan oleh tetamu luar bagi mendapatkan perkhidmatannya. Yang meminta khidmat merawat batin ada. Yang meminta ‘guna-guna’ pun ada. Kecil, besar, tua & muda. Sebutlah saja. Semuanya ada. Malah, orang kenamaan seperti Dato & Datin juga kerap mengunjungi Tok Wan. Semuanya atas nama kehebatan Tok Wan itu sendiri. Sepanjang hayatnya bergelar sebagai pawang yang tersohor, Tok Wan seringkali menguji kehebatan ilmu yang pernah dituntut olehnya di Negeri Wongsorejo (Jawa Timur) satu ketika dahulu. Tiada satupun orang kampungnya yang dapat menandingi kehebatan beliau. Namanya sentiasa terpahat di bibir jiran tetangga. Namun, keagungan Tok Wan tidak kekal lama.
Beberapa bulan kemudiannya, dikhabarkan Tok Wan telah kembali ke Rahmatullah. Tak perlulah aku terangkan bagaimana keadaan arwah ketika meninggal dunia. Biar Allah yang tau. Pemergian beliau hanya diiringi oleh beberapa jiran tetangga beserta keluarga sepupuku. Tok Wan tidak berkeluarga. Hidupnya cuma sebatang kara. Aku pendekkan sajalah cerita ni. Secara ringkasnya, pemergian arwah Tok Wan banyak meninggalkan tragedi hitam serba seram buat jiran tetangga secara keseluruhannya.
Al-kisah seram yang pertama mula menimpa pada keluarga sepupuku. Menurutnya, dia pernah terserempak ‘kelibat’ Tok Wan sedang bersila didepan serambi rumah sambil membelai seekor ayam hitam pada tengah malam. Waktu tu sepupuku baru balik dari bekerja. Betapa pucatnya muka dia bila ‘Tok Wan’ tu renung dgn sepasang mata merah tepat kemukanya.Adalah juga dalam 2 hari sepupuku demam gara-gara kelibat tersebut.
Menurutnya lagi, kalau dia bernasib baik maka dia boleh mendengar suara orang berbual di rumah arwah Tok Wan yg tak jauh daripada rumahnya. Manakala Makngah pula (mak sepupuku) pernah terdengar ada suara ‘membaca’ something dari arah rumah arwah Tok Wan. Wallahualam. Tapi suaranya cukup jelas kedengaran. Boleh sampai ke bilik tidur Makngah. Dalam beberapa waktu juga makngah pernah mengadu pada anaknya bahawa dia terdengar bunyi tingkap dapur pecah. Macam ada orang baling sesuatu dgn objek keras. Bila jengah kedapur tak ada pun tingkap yang pecah. Mungkin ini adalah gangguan daripada ‘kelibat’ arwah Tok Wan disebabkan Makngah pernah berselisih faham dgn arwah satu ketika dulu menurutnya.
Tambah makngah lagi, kadang-kala mereka dua beranak kerap diganggu dengan gangguan halus seperti bunyi orang berjalan didalam rumah. Pernah juga tengah malam tiba-tiba bilik tidur ‘mereka’ terasa bahang tak semena-mana. Paling menyeramkan apabila sepupuku pernah kena cuit di lengan bila dia sedang lena dibuai mimpi. Kejadian sebegini belum pernah lagi menimpa pada keluarga mereka sehinggalah Tok Wan meninggal dunia.
Manakala bagi sebelah pihak jiran tetangga pula, ada diantara mereka yang pernah terserempak kelibat Tok Wan secara ‘live’ di rumah masing-masing. Khabarnya waktu tu Tok Wan tengah berlegar-legar dibahagian ruang tamu rumah jiran seperti sedang mencari sesuatu. Akibatnya, ada dikalangan mereka yang menghidapi histeria disebabkan kemunculan kelibat arwah Tok Wan. Jangankan orang biasa, Tok Imam pun turut sama sekali kena kacau. Boleh dikatakan hampir separuh daripada penduduk dikampung tu kena ganggu. Ada kebarangkalian roh arwah Tok Wan masih lagi ‘tak tenteram’ disitu. Sebab itulah ramai yang terkena.
Cadangan oleh sebulat suara rukun tetangga bagi ‘membersihkan’ rumah Si Arwah tersebut pernah dilaksanakan. Tapi semuanya tak berhasil. Malah, ramai juga yang terkena tempias akibat cuba menjalankan Ruqyah keatas rumah tersebut. Nak dijadikan cerita, hampir berbulan-bulan juga masyarakat kampung sepupuku menerima gangguan aneh dan berbulan-bulan jugalah ‘kelibat’ arwah Tok Wan mengamuk disana.
Peleraian kisah ini akhirnya tamat apabila ada seorang ‘hamba’ yg diutus oleh Allah untuk membawa ‘qarin'(kembar ghaib) arwah Tok Wan keluar dari kampung lalu dilepaskan kelaut. Manakala rumah peninggalannya pula dirobohkan dengan serta-merta atas suruhan AJK kampung. Ramai jiran tetangga mendakwa mereka terjumpa pelbagai barang didalam rumah Arwah Tok Wan. Antaranya adalah kertas-kertas lama bertaburan diatas lantai yang mengandungi abjad Siam selain beberapa ayat yg tak dapat dikenalpasti. Paling mengerikan, mereka juga menemukan banyak kesan tompokan d***h diatas lantai ruang tamu dan bekas colok kemenyan yang jatuh terbalik. Alhamdulillah, semuanya beransur pulih sedia kala selepas daripada kejadian tersebut.
Apa yang aku sampaikan ni bukanlah niat untuk membuka aib ‘Si M**i’ demi menjaja nama sendiri. Tapi aku buat kerana aku nak jadikan kisah ni sebagai satu tauladan supaya kita jangan sesekali menyekutukan
Tuhan@Allah demi mengejar kemewahan dunia & wang ringgit. Semuanya tak bawak kita sampai ke liang lahad. Sekian, terima kasih.
-TAMAT-

034. RAHSIA BEKAM

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : RAHSIA BEKAM
KARYA : MAT TEPOS
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400034
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Salam sejahtera kepada admin HZONE BLOG dan pencinta-pencinta HZONE BLOG yang budiman. Terima kasih atas pandangan dan kritikan positif dan membina. Mat Tepos minta maaf tidak menyajikan ghost story yang baik. Malah, Mat Tepos akan cuba “meringankan” kaedah penyampaian yang lebih santai dan tatabahasa yang lebih rileks serta hijau. Baiklah tanpa berflower-flower:
“ Malam ini betul-betul penat,” desus hati aku. Dari pagi sehinggalah Isyak, appointment tak putus dengan customer dari Pontian dan ada yang sekitar Johor Bahru. Selepas Isyak barulah selesai lewat pukul 10 malam. Tapi apa-apa pun, syukur rezeki Allah SWT turunkan. Aku tetap gagahi lagipun weekend, kalau weekday agak terbatas. Aku mengambil upah urut dan jurubekam bagi menampung keluarga dan sebagai kerja tambahan selepas berhenti kerja di Lembah Klang. Pandai itu tidaklah, tapi biasa-biasa sahaja dalam menghidupkan sunnah. Janggut pun tidaklah panjang, cukup segenggam.
Tiba-tiba bunyi deringan VIVO V5..truuttt..truttt..hello..aku melarikan telefon bimbit di laman rumah takut mengganggu isteri dan anakku beradu dibilik sebelah. Maklumlah suara aku agak kuat. “Ya cik, saya Mat Tepos, boleh saya tolong?,” ujarku spontan. “Cik free tak malam ini? Saya nak bawa ayah bekam dan urut sekali,”pintanya. “Boleh, tapi Cik dimana? Kalau jauh kita buat malam esok,” ujarku cuba menolak lembut. “Saya tinggal dixxx, dekat sahaja, bolehlah saya datang rumah cik, 30minit sahaja,” ujarnya meyakinkan aku. “Baiklah, rumah saya no.1,……saya share location,” aku menamatkan perbualan. Aku tengok jam lagi 15 minit menuju pukul 11. Ok sempat sejam, sebelum pukul 12 malam
.Betul, pukul 11.15 malam dah muncul kereta Toyota Altis didepan pagar pondok burukku. “Assalamualaikum, marilah masuk, kereta parking bawah tiang lampu, ruang besar,” aku menjemput masuk tetamu lewat malam. Betul-betul kalau Allah SWT nak bagi rezeki tidak menentu masa dan keadaan. Lelaki baya 40 an bersama seorang lelaki lewat usia bermisai putih lebat meminta izin duduk diruang tamu. Biasalah adat tuan rumah bersuai kenal dahulu, tinggal mana, dah pernah bekam, umur berapa, anak ada berapa, pernah urut dimana, minuman kegemaran apa, and so on.
“ Marilah kita masuk bilik, anak pak cik pun boleh ikut sama, mana tahu boleh urut pak cik dirumah pulak kan?,” aku menjemput tetamuku di bilik khas. Selesai Pak Cik yang aku namakan Man Misai ini menukar kain pelikat Gajah Duduk aku baringkan di atas tilam khas. Aku mengambil dahulu bacaan BP mengikut SOP, sekiranya bacaan sesuai aku teruskan, andaikata tidak sesuai, aku minta datang kemudian hari. Tidak berani melanggar SOP, buruk padahnya nak ditanggung. Alhamdulillah, bacaan cantik dan dia pula tidak mengadu tidak selesa atau pening-pening. Sihat walafiat, masih gagah walaupun lewat usia.
Tejap betul badan Man Misai ni, tapi banyak angin. Terkentut-kentut, tersedu-sedan enak dipicit dibahagian kepala dan bahu. Tangan aku pula rasa sakit. Rasa kebas. Berpeluh-peluh badan aku walaupun industry fan aku letak 4 speed. Anak lelakinya pula asyik tersenyum-senyum melihat aku dihujung tilam. Aku ajarkannya beberapa titik utama dan fungsinya. Itupun hanya tersengeh mengangguk.
Aku menaruh curiga akan anak-beranak ni. “Ok baik pak cik, kita teruskan bekam,” pintaku sambil mengambil bacaan BP. OK semuanya baik. Aku menyiapkan diri dan peralatan bekam diatas meja troli. Ok aku puas hati, hygine. “Pakcik, kalau sakit beritahu ya, kita buat 21 cup,” aku memulakan tugasku. Bekam kini mudah, tak seperti aku dahulu, menggunakan tanduk kerbau.
Bismillahirohmanirohim..aku melalukan jarum diatas kulit Man Misai. “Ehmmmm..kenapa pulak ni,” desus hatiku. Sekali lagi aku melalukan jarum, “haahh..sudah, mata jarum ada masalah,” gerutuku. Aku kembali ke set jarum yang baru, sterile. Aku tukar kepada jarum baru. Sekali lagi aku melalukan jarum di atas kulit Man Misai yang sedang tidur-tidur ayam. Anaknya hanya memerhati disisi melihat telatahku yang dianggap kurang professional. “Huhh… kenapa jarum ni?, aku tersilap belikah?,” gerutu hatiku. Berpeluh-peluh aku, tapi satu titikan jarum pun belum berjaya. Aku nekad menukar set tools aku yang jenis Hi-End agar semua kembali lancar.
“InsyaAllah kali ini pasti berjaya besama set yang berkualiti Eropah,” ujarku yakin. “Arghhhh..gagal lagi, takkan jarum 4 inci baru boleh tembus kulit?,” aku membuka mask mengeluh. Aku hampir sahaja hendak membangunkan isteriku, kerana dia lebih mahir pasal peralatan ini berbanding aku yang lebih kuno dan tradisional. Anak lelakinya mencuit aku. “Abang, minta maaf, kenapa?,” ujar anaknya. “Saya minta maaf, peralatan saya rosak, mungkin jarum saya tersalah beli,” aku jujur kepadanya. “Yeke?, sekejap saya bangunkan ayah,”ujar lelaki itu membangunkan ayahnya. “Hah, kenapa?,” Man Misai terkuap-kuap melihat aku. Anaknya membisik sesuatu ditepi telinga ayahnya. “Ohhh, kenapa tak beritahu saya awal, mujur saya tak terus tidur,hahahaha, sekejap, boleh pinjamkan saya penyepit kuku?,” pintanya tersenyum.
Aku memberikannya tanpa tahu sebab-musabab penyepit kuku tu digunakan. Terbongkok-bongkok Man Misai menyepit kuku. “Hah sudah, marilah bekam,” terus Man Misai kembali berbaring. Syukur, 21 cup memenuhi badan Man Misai. Semuanya elok, terpancut-pancut d***h hitam memenuhi 21 cup. Penuh bakul sampah dengan tisu berdarah. Puas hati aku.
“Elok-elok memandu ya,” ucapku melambai-lambai tetamuku berangkat balik. Namun ada yang bercekak pinggang ditepi monsoon drain. Macam tidak berpuas hati. Aku betul-betul penat. Aku melelapkan mata disamping anakku. Namun aku terbangun apabila aku terdengar bunyi orang menyelongkar diluar rumah. Tambah pula Jimi, anjing milik jiran rumahku mengerang. Menyalak-nyalak. Mungkin ada anjing liar ceroboh kawasannya. Sudah lewat 3 pagi. Anak kecilku mula menangis teresak-esak.
“Alahhhh, benda apa pulak selongkar tong sampah SWM ni?,” aku mengeluh di sisi tingkap. Fizikal macam orang sedang mengutip tin, tapi yang dipunggah bungkusan sampah yang aku buang. Orang itu merungut-rungut menyelongkar tong sampah dengan Jimi asyik menyalak tak habis-habis. Mujur aku buang diluar, kalau dibiar dalam rumah dah cerita lain. Aku sambung tidur dengan beberapa bacaan sehingga Subuh.
Di tempat kerja, aku menelefon kembali anak Man Misai. Ingin bertanyakan khabar. Hati aku tak senang, macam-macam timbul dalam mimpi. “Hahaha ayah baik, semalam balik ayah terus tidur. Kalau tak, susah sangat nak tidur, terima kasih ya bang, nanti saya datang lagi dengan ayah” anaknya Man Misai gembira. “Tapi bang, saya nak tanya sikit, abang ada yang tak kenakah semalam,” ujarnya. Aku mengeluh. “haah, ada yang menyelongkar tong sampah, tangan abang rasa kebas dan malam tadi mimpi ada orang marah abang,” aku hanya ketawa. “Saya minta maaflah abang, patut saya beritahu awal-awal, dan silap tidak bawa balik tisu d***h tu semua,” lelaki baya aku mengeluh. Dihujung talian aku meminta alamatnya dan share location. Satu masalah lagi timbul.
Tengah hari aku pulang kantor, menyelongkar tong sampah SWM, hahaha, mujur ada lagi belum diangkut. Ada lagi bungkusan semalam, satu sudah berterabur dan satu lagi kemas diikat. Aku angkat kedua-duanya dan letakkan dalam bonet. Petang sewaktu habis kerja, aku terus ke rumahnya di xxx. Aku serahkan kedua-dua bungkusan plastik berisi tisu d***h. “Kawan minta maaflah, kawan pulangkan kembali, tak tahan, tak boleh tidur malam ni Pak Cik, anak pun kecil lagi,” ujarku. “Hahaha tak apalah, silap saya, terlupa sebab dah terbayang tilam,”ujarnya ketawa kecil. Diserahkan bungkusan biru kepada anaknya untuk ditanam di bawah pokok bunga kertas. “Ada yang kacau awak dirumah ke?,” perlahan Man Misai bertanya. “Ada, dia marah kenapa kawan tolong awak bekam,” ujarku kecil. “Hahaha, patutlah semalam saya tidur aman,” ujarnya bersama ketawa kecil.
Tanpa berselindung Man Misai menceritakan segalanya umpama membuka pekung didada. “Niat hati memang nak buang benda salah ni, tapi tak tahulah dimana, tahun ni dah naik Haji,” keluhnya. Aku terdiam. “Malam nanti dia datanglah balik, dia pun tahu kita dah tua, dah tak kuat, nak kan Saiful anak kawan,” Man Misai melarikan mata kearah anaknya yang sedang menyangkul. Man Misai ini kerja askar, dahulu berkhidmat di Kem Sarawak menjaga sempadan Malaysia-Borneo. Lama jugalah, sehinggakan 20 tahun di perbatasan. Katanya ada amalkan ilmu kebal dan bermacam-macam ilmu yang tak masuk akal untuk perlindungan. Tetapi itu semua dulu, Man Misai dah tak amalkan lagi. Namun ada yang melekat.
“Kawan minta maaflah, kawan pun tak boleh bantu, tapi kalau ada cara kita bolehlah ikhtiar,” aku cuba membantu tanpa menaruh harapan. Dirumah aku tidak sesekali jelaskan kepada wife, kalau dia baca HZONE BLOG, dia tahulah kenapa Jimi sebelah rumah asyik menyalak tahun sebelum ini. Ada scavengers selongkar tong sampah malam-malam, ada yang berkawad depan pagar, dan ada yang berlari pukul 4 pagi. Man Misai pun dah baik-baik sejak balik Sarawak, terakhir jumpa sewaktu kenduri kesyukuran. Cuma dah tak segagah dahulu. Sekian wassalam
-TAMAT-

035. AMBULANS MISTERIUS

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : AMBULANS MISTERIUS
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400035
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Namaku Dodi,Aku seorang driver ojek online yang juga tergabung di grup relawan Bandung.
aku berpikir,hidup ini selain mencari uang tentu ada sisi kemanusiaan yang bisa dimanfaatkan untuk kebutuhan sosial diriku sendiri.itulah alasanku bergabung ke salah satu komunitas relawan di Bandung.
Komunitas ini biasanya setiap hari selalu mengawal ambulans2 yang hendak akan menuju suatu tujuan dengan cepat dan selamat.Mengingat kota Bandung sudah seperti kota2 besar lainnya yang dikelilingi kemacetan,keberadaan relawan ini sangat dibutuhkan sekali,guna membuka jalan untuk mobil ambulans yang hendak lewat.
Singkat cerita,malam itu aku sudah berencana untuk mencari penumpang hingga larut malam.karena kebetulan aku harus kejar setoran mengingat ada cicilan yang harus segera di bayar.Aku memutuskan utk begadang mencari penumpang.
Aku pun mangkal dengan beberapa temanku di salah satu warung yang biasa kita sebut basecamp.
Saat aku sedang mangkal,tiba2 ada pesan dari admin di grup relawan yang memberitahukan bahwa disebuah rumah sakit akan ada ambulans yang keluar dan membutuhkan pengawalan.Namun tumben sekali di grup itu tidak ada anggota yang merespon pesan admin,biasanya bnyak sekali anggota yg siap bila ada tugas mengantarkan ambulans.
Karena lokasi rumah sakit tidak jauh dari tempatku mangkal,dan kondisi orderan jg sedang sepi akhirnya aku meminta ijin kepada admin untuk mengawal ambulans tersebut.
Singkat cerita,sampailah aku di rumah sakit yang di maksud.Lalu aku berdiskusi dengan supir ambulan yang akan aku kawal ini.Namanya pak Seno.Yaa aku sudah sering mengawal pak seno jadi sudah sangat kenal sekali dengan pak seno.Kali ini pak seno akan membawa.jenazah seorang perempuan yang wafat saat sedang melahirkan.
setelah semua urusan dirumah sakit beres,akhirnya aku dan pak seno pun mulai jalan.menuju lokasi pengantara di sekitaran Bandung utara.
Kali ini perjalanan benar2 sangat sepi,mengingat waktu pun sudah hampir tengah malam.Hujan pun mulai turun seperti ikut mengawal perjalanan kami.
Saat hujan semakin deras,aku pun memberi tanda dengan lampu sen motorku ke pak seno supaya minggir sebentar karena aku harus mengenakan jas hujan.
Namun aneh,bukannya berhenti pak seno malah terus melaju meninggalkanku.
"huh,dasar orang tua" gerutuku.
Tidak.membutuhkan waktu lama akhirnya jas hujan pun sudah beres dipakai.aku pun lgsg bergegas tancap gas dgn tujuan ingin menyusul pak seno.
Namun setelah cukup lama aku mengebut, tidak sedikit pun aku melihat keberadaan ambulan pak seno.bahkan sirine nya pun tidak terdengar.
Akhirnya aku memutuskan untuk berhenti sejenak di salah satu warung yang sudah tutup,dgn niat akan menelepon pak seno.
Namun sebelum aku sempat menelepon pak seno tiba2 ada sebuah mobil ambulans yang lewat dari belakangku.sontak aku pun mengikutinya karena plat nomernya sama dgn plat nomen mobil ambulans yg dipakai pak seno.
aku pun memutuskan utk mengikuti dari belakang mobil ambulans itu karena jalanan sangat sepi jd rasanya pak seno tdk perlu dikawal dari depan.
Saat itu tiba2 hp ku berbunyi ada pesan whatsapp,dan ternyata yg mengirimkan pesan whatsapp adalah pak seno.Mungkin pak seno tidak tau kalo aku ada di belakang mobil ambulansnya.
Namun ada sesuatu yg sangat mengagetkan ketika aku buka pesan dari pak seno yang bunyinya..
"Dod kamu dimana? bapak sudah dari td nyampe ke tempat pengantaran".
Sontak aku pun kaget dan seketika merinding.
Lalu mobil siapa yang sedang aku ikuti ini?
Seketika aku mencoba berhenti,namun aneh ambulans di depanku pun ikut berhenti.Lalu ambulans itu tiba2 bergoyang2 sendiri.Melihat asa yg tidak beres tanpa berpikir panjang aku langsung memutarkan motorku dan mencoba tancap gas untuk pergi dari tempat yang aku sendiri tidak menyadari ada dimana aku ini sekarang,sekelilingku banyak semak belukar dan pohon2 yang besar.
Seketika terdengar juga suara tawa perempuan entah dari dalam ambulans atau dari kawasan pepohonan yang ada disekitaran mobil ambulans.yang jelas membuatku semakin ketakutan.
aku lgsg menancap gas motorku.
saat aku sedang mengebut tiba2 dari arah depanku aku melihat sosok perempuan dgn wajah pucat dan rambut yang panjang dan mengembang terlihat seperti memghadang motorku.
Karena aku yakin sosok itu bukan sosok manusia tanpa berpikir panjang aku semakin menancap gas motorku dgn berharap dapat secepat mungkin melewati sosok itu.
Alhamdulillah aku pun akhirnya berhasil menjauh dari ambulans misterius dan jg perempuan menakutkan itu.
Lalu aku pun mencoba menghubungi pak seno,dan ia pun mengirimkan kembali map tempat ia mengantarkan jenazah tsb.
Singkat cerita sampailah aku di lokasi itu dan menceritakan kejadian2 yg aku alami barusan.
Pak seno pun bersyukur karena aku tidak disesatkan lebih jauh oleh mahluk-mahluk tak kasat mata.
-TAMAT-

035. TUK GURU SASAU

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : TUK GURU SASAU
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400035
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Datuk dan Pak Habib masih menanti suami malang menyambung cerita yang terputus. Sudah hampir lebih dari sepuluh saat masa berlalu, suami malang masih juga membisu.Datuk mula nampak resah. Pak Habib masih macam biasa, tenang dan selesa.
Pada hemat saya apa yang di ucapkan oleh si suami malang diikuti dengan teliti oleh datuk dan Pak Habib. Saat saya menoleh ke kanan, terpandangkan isteri kepada lelaki (suami malang) tersebut tunduk merenung permukaan bumi, tiada seorang pun tahu apa yang bermain dalam tempurung kepalanya.
Dalam keadaan serba tenang tetapi, mendebarkan itu, datuk menarik nafas dalam-dalam, dia merasakan lelaki itu seperti keberatan mahu meneruskan kata-kata. Andainya, telahan datuk itu tepat, memang sungguh menghampakan, bukan saja buat dirinya, malahan melibatkan Pak Habib dan diri saya sendiri.
Kumpulan lelaki berbadan besar dan tegap yang menjauhkan diri dari kami, terus merawat dan melayani anak muda yang mereka anggap dan gelar “ Tuan atau Pak Guru”. Beberapa orang dari mereka menangis sambil mengharapkan orang yang mendatangkan kecelakaan kepada pemimpin agung mereka, akan ditimpa bencana.
“Anak kamu memang hebat, dia ada kebolehan dan pelajaran, memang tak berhati perut orang yang dengki dengannya,” datu mula mengocak suasana yang agak sepi, sekali gus secara diplomasi mengajak lelaki itu membuka mulut.
“Iya, mereka memang tak patut,” si isteri yang menyampuk.
Datuk dan Pak Habib berpandangan.
“Anak kami selalu dihantar oleh pengetua pesantren menghadiri seminar di luar negeri,” si lelaki meningkah cakap isteri dengan nada suara yang megah.
MENJERAT
“Dihantar kemana tu?” datuk cuba menjerat.
“Ke Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Siam dan Arab Saudi. Ada cerita lain orang dengki dengan anak saya.”
“Cerita macam mana tu.” Pak Habib pula bertanya.
“Kononnya anak saya ni sombong dengan ustaz-ustaz din situ, maklumlah dia ada pelajaran tinggi, selalu memandang rendah pada orang lain, cerita ini susan nak percaya,” si lelaki itu menelan air liur dan berhenti bercakap.
“Hidup ini memang sudah, miskin orang benci bila senang ada pelajaran sidikit, timbul macam-macam fitnah,” si isteri memberikan komen yang agak terkesan dalamm diri saya.
“Ada cerita lagi tentang dirinya,” datuk cuba membunuh [ercakapan si isteri yang pada pendapat datuk sudah keluar dari perkara yang diperkatakan.
“Ada,” jawap si lelaki.
“Apa dia? Ceritakanlah,” Pak Habib mendesak.
“Kononnya, dia menolak cinta seorang gadis. Tetapi, malangnya sigadis tidak dapat menerimanya malah terus merayu dan memujuk. Anak saya bosan dengan sikap gadis , dia jadi marah lalu terkeluar kata-kata yang pedih dan bisa dari mulut anak saya. Gadis yang kecewa, kononnya terus gunakan khidmat bomoh hitam,” ujar lelaki tersebut, nada suaranya sekejap meninggi dan sekejap merendah.
“Allah huakbar.”
Pandangan saya segera beralih ke arah kumpulan lelaki berbadan besar dan tegap. Mereka sedang menjulang “Tuk Guru” sambil bergerak ke bucu surau belah kanan.
“Mereka mendewa-dewakan anak kami,” keluh si lelaki merenung ke arah kumpulan berbadan besar dan tegap.
“Mereka orang jahil yang harus kita perbetulkan,” kata Pak Habib.
“Itu juga harapan kami berdua,” serentak pasangan suami isteri bersuara..
Kumpulan lelaki berbadan besar dan tegap segera meletakkan “Tuk Guru” disudut surau tersebut. Mereka terus memuji dan memuja Tuk Guru.
LANGIT
Pak Habib medongak ke langit melihat awan, datuk mngerutkan dahi. Mereka berdua sedang memikirkan sesuatu untuk menyelesaikan masaalah yang dihadapi. Tidak manis dibiarkan perkara ini berlarut. Memang kejam kalau dibiarkan pasangan itu terkatung-katung dengan masaalah tanpa diberikan penyelesaian sewajarnya.
Tidak berakal namanya, membiarkan kumpulan lelaki berbadan besar dan tegap mendewa-dewakan Shafie yang ternyata kurang waras. Pada anggapan kumpulan lelaki berbadan besar dan tegap Shafie orang yang tinggi ilmu agamanya. Jika perkara ini tidak dihalang akan menambahkan lagi bilangan orang yang terjebak dalam ajaran sesat, barangkali itu yang bermain dalam kepala Pak Habib.
“Bagaimana? Perlukah kita selesaikan masalah ini.” Datuk tatap wajah Pak Habib.
“Bukan cara orang berilmu meninggalkan kerja yang belum selesai.Sekali masuk gelanggang, selesaikan langkah supaya tidak sumbang. Jangan jadi guru kepalang ajar, ilmu murid bagaikan kembang tak jadi,” kata Pak Habib.
“Faham dengan maksud yang diungkapkan. Kalau begitu mari kita selesaikan bersama,” jawab datuk penuh keyakinan. Dengan pantas sisuami malang menjeling kearah isterinya yang termanggu. Dia mengajak isterinya beredar dari situ.
“Nanti dulu, jangan beredar begitu saja, cerita tentang anak kamu belum habis lagi. Tak boleh cerita separuh jalan, nanti semuanya jadi rosak,” datuk menghalang pasanga suami isteri beredar.
“Cakapnya itu memang benar, lemah tekanan suara Pak Habib menyokong tindakan datuk.
Pasangan suami isteri itu termenung sejenak. Kemudian mereka mengangguk setuju.
“Ceritakan apa yang mahu kamu ceritakan,” kata Pak Hbib bersahaja.
“Bila anak kami diserang penyakit ganjil ini, memang azab rasanya. Orang hanya simpati, kami yang menanggungg tak tahu nak cerita. Macam kata orang dulu-dulu, betapalah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul,” si isteri mengambil alih tugas si suami bercerita.
“Tak berusaha mengubatinya ? sanggah datuk.
“Masdakan kami tak berusaha, tak ada emak bapak yang mahu menengok anaknya sakit. Jangan bercakap ikut sedap mulut saja,” siisteri memperlihatkan bunga kemarahan pada datuk. Tidak memadai dengan itu dia melepaskan jelingan yang cukup tajam, bagaikan mata pisau, kearah datuk.
Di saat suasana yang lebih kuat, mengarah kepada sempadan ketegangan, Pak Habib cepat bertindak. Dia minta maaf bagi pihak datuk andainya kata-kata yang diucpkan tadi menyinggung perasaan pasangan suami isteri.
Pak Habib segera menerangkan, dalam usaha mencari sebuah penyelesaian yang jitu tidak terniat di hati datuk atau dirinya untuk melukakan sesiapa. Saya bersyukur, penjelasan beruntung kerana apa yang dikatakan oleh Pak Habib itu disambut dengan baik oleh pasangan suami isteri terbabit.
Suara pekikan Allah hu akbar, tidak lagi kedengaran dari kumpulan lelaki berbadan besar dan tegap. Mereka sekadar mengelilingi ‘tuk guru’ yang sengaja menelentang tubuh di tanah. Kedua belah tangannya berada atas dada, tidak ubah seperti mayat yang terbujur.
Beberapa orag saudara mara terdekat Pak Habib mula datang ke tempat kejadian. Tidak berapa lama berselang orang-orang kampung berdekatan datang beramai-ramai, cerita orang mengamuk di surau sudah tersebar jauh.
“Kerana percayakan cakap orang anak kami di sihir, kami tidak membawanya ke hospital untuk berubat. Kami j uga berikhtiar ubat cara kampong,” si suamimalang telan air liur untuk sekian kalinya. Kemudian garu pangkal leher. Si isteri Nampak cemas sedikit, melihat orang kampong kian ramai datang.
KAMPUNG
Kumpulan orang kampug itu, kebanyakannya ada hubungan darah dengan Pak Habib. Mereka mula melingkungi kawasan sekitar. Tajuddin segera bergabung degan mereka dan perbuatan Tajuddin tidak ditegah oleh Pak HABIB. Suasana yang mahu dirahsiakan oleh datuk dan Pak Habib dari pengetahuan ramai, sudah tidak menjadi rahsia lagi.
Sebahagian dari mereka yang datang itu (kaum lelaki) segera mengelilingi kumpulan lelaki berbadan besar dan tegap yang menghurungi “Tuk Guru”.
Memang, dari kumpulan lelaki berbadan besar dan tegap, ada percubaan mahu mengusung Tuk Guru keluar dari kepungan orang ramai. Ternyata percubaan itu gagal, mereka dipaksa duduk diam disitu.
Kumpulan lelaki berbadan besar dan tegap cuba membantah. Tetapi, puak orang kampung menunjukan tindak balas yang kasar. Mereka terud berdiam. Bila sudah ramai yang datang ke kawasan surau, keadaan menjadi sudah tidak terkawal. Nampaknya Pak Habib dan datuk gagal untuk menguasai keadaan sekitar. Mereka yang datang mahu segera mengetahui keadaan sebenar yang berlaku.
“Semua dukun dan pawang yang ditemui sepakat mengatakn ank kami kena sihir. Mereka cuba berikhtiar mengubatinya. Usaha mereka gagal, malah keadaan anak kami semakin bertambah teruk,” tiba-tiba sahaja suami malang menyambung kembali cerita yang terputus.
“Kalau boleh segerakan cerita tentangnya, jangan terhenti-henti, kamu tengok keadaan sudah jadi kelam-kabut, kalau ceritanya selalu sahaja terputus-putus, masalah tak boleh selesai dengan cepat, anak kamu tidak boleh diselamatkan, saya takut orang yang datang ini bertambah marah bila mereka dapat tahu anak kamu buat kacu dalam surau,” Pak Habib bersuara sambil menyuruh pasangan suami isteri merenung keadaan sekitar.
Pasangan suami isteri segera merenung keadaan sekitar. Kali ini mereka amat cemas sekali. Wajah mereka Nampak pucat. Malah si isteri kelihatan mengeletar.
“Kamu lihat sendiiri,” kata Pak Habib.
Pasangan suami isteri itu mengangguk.
“Saya tidak berbohong,” tambah Pak Habib.
“Iya, awak tak berbohong,” sahut si isteri.
“Kalau begitu selesaikan masalah ini, suruh suami kamu tamatkan cerita tentang anak kamu berdua dengan segera. Dengan cara itu, masalah kamu boleh diselesaikan dan anak kamu dapt diselamatkan,” kali ini nada suara Pak Habib cukup keras dan wajahnya nampak serius.
MALANG
Setelah dua tiga kali mohon maaf pada datuk dan Pak Habib, si suami malang memperlihatkan perubahan yang sungguh mengejutkan. Dia tidak mudah bersedih. Malah wajahnya memperlihatkan rasa yakin tidak berbelah bagi pada datuk dan Pak Habib.
“Usaha cara tradisional gagal, kami bawak anak kami jumpa doctor di rumah sakit, setelah diperiksa didapati kepanasan badannya melampaui had normal disamping anak kami juga mengalami tekanan perasaan. Malah dia ditempatkan dalam had khas yang dikandang, takut dia melakukan hal yang tak diingini pada pesakit lain,” si suami malang berhenti sejenak, sambil mengerutkan dahi macam mengingati sesuatu.
Kemudian dia bercerita kembali, setelah seminggu berada di hospital keadaannya beransur baik. Badannya kembali normal. Tetapi, dia suka bercakap sendirian. Kerana yakin keadaan anaknya boleh baik, dia minta izin dari pihak hospital untuk membawa anaknya pulang kerumah. Permintaannya segera dipenuhi.
Kerana Shafie suka meracau dan menjerit sesuka hati, tanpa mengira waktu samada malam atau siang, pagi atau petang. Pasangan suami isteri itu menempatkan isteri dalam kandang buluh yang didirikan di ruang tamu rumah. Shafie dibiarkan bergerak bebqs disitu. Makan minumnya diatur dengan sempurna. Begitu juga dengan pakaiannya. Sampai waktu andi terus dibawa ketelaga.
JANGGUT
Pada suatu hari, rumah pasangan itu didatangi oleh seorang tua yang berjanggut putih separas dada. Orang tua itu memarahi pasangan suami isteri yang disifatkannya melayani anak seperti melayani binatang. Pasangan suami isteri itu menerangkan keadaan yang sebenar. Orang tua yang tidak diketahui asal usulnya, dari mana datangnya, tidak mahu menerima alas an tersebut. Malah dia menawarkan diri untuk mengubati Shafie dengan bayaran tertentu.
Pasangan suaki ister setuju dengan tawaran tersebut. Bila persetujuan dicapai, minta syarat diubah dari nilai rupiah ke sebentuk cincin. Kerana anak, si ibu sanggup memenuhi syarat yang ditetapkan.
Orang tua itu berjanji tiga hari lagi dia akan datang untuk memulakan pengubatan tradisional yang didakwanya mempunyai kaedah baru dengan mencampur adukkan perubatan tradisional dengan perubatan moden.
Pasangan suami isteri hanya diminta menyediakan sebentuk cincin sebagai upah dan tiga ruas buluh kuning sebagai alat untuk mengubat, manakala orang tua itu akan membawa ubat-ubatan berupa pil dn cecair yang didakwanya dibeli di luar negeri. Menurutnya dalam tempoh seminggu Shafie akan pulih seperti sediakala dan boleh menyambungkan pelajarannya di Jordan.
Seperti yang dijanjikan, cukup tempohnya orang itu pun datang ke rumah pasangan suami isteri tersebut. Diaa datang lepas isyak, kali ini, dia tidak datang sendirian, ditemani dua orang muda yang berpakaian rapi, dan memperlihatkan cirri-ciri orang berpelajaran dalam bidang kedoktoran.
Sebaik sampai di rumah pasangan suami isteri tersebut, kedua-dua orang muda itu terus menemui menemui Shafie yang berada dlam kandang buluh di ruang rumah. Shafie mebiarkan sahaja kedua-dua orang muda itu memeriksa tubuhnya dengan menggunakan alat yang menyerupai ‘skrew driver’ disamping beberapa wayar yang dilekapkan kebadan Shafie. Bila urusan pemeriksaan selesai, kedua-dua anak muda itu segera melapurkan pada orang tua yang sedang duduk bersila menghadapi tempat bara. Bau setanggi menguasai seluruh ruang tamu.
Dalam keadaan separuh sedar orang tua berjanggut itu menhukurkan jari hantunya pada ibu shafie agar disarungkan cincin bermata berlian. Semuanya dilaksanakan oleh si wanita yang kepingin melihat anaknya sembuh. Bila cincin sudah berada dijari, orang tua menyuruh dua anak muda mengeluarkan Shafie dari kandang buluh. Kalau tadi Shafie hanya mengikut saja, macam kerbau dicucuk hidung, kali ini keadaan sungguh berbeza. Dia mula melawan dan meronta-ronta. Sebaik sahaja pintu kandang dibuka, Shafie terus menolak kedua-dua anak muda itu hingga jatuh dalam kandang. Orang tua berjanggut terus membakar kemenyan. Sebaik sahaja orang tua berjanggut itu membuka mata, dilihatnya Shafie sudah berdiri di depannya. Dalam keadaan terketar-ketar dia membaca mantera untuk melemahkan Shafie. Segala jenis jembalang dan hantu disebutnya.
Dalam keadaan serba tidak kena itu, orang tua berjanggut terus melucutkan cincin di jari dan diletakkan kembali atas lantai. Tempat perasap di depannya terus ditendang oleh Shafie. Bara api berterbangan mengenai baju dan pipi orang tua berjanggut. Kerana terasa sakit dia terus menjerit dan terjun dari rumah. Shafie terus memburunya. Kedua-dua orang tua Shafie yang terkejut dengan kejadian itu jatuh terduduk di lantai.
-TAMAT-

036. PAK GURU MASUK PARIT

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : PAK GURU MASUK PARIT
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400036
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Datuk terkejut dengan kejadian yang tidak di duga itu, duduk tersandar didinding. Pak Habib masih berdiri disisi tubuh lelaki berambut panjang yang tergolek di tanah.
Bila datuk merasakan denyut jantung kembali normal, dia segera bangun seraya menghulurkan tangan pada Pak Habib. Dan Pak Habib menyambutnya dengan penuh kehangatan.
“Nampaknya, bila terdesak baru dimanfaatkan kebolehan yang ada. Kalau tidak, ilmu yang ada disembunyikan dari kita,” datuk bersuara.
“Semuanya yang saya buat ini untuk sahabat.”
“Saya tahu, terima kasih,” bibir datuk menguntum senyum.
“Hummmmmm’........”
Lelaki berambut panjang masih terkapar di tanah, dipanah sinar matahari yang menyengat. Saya dan Tajuddin segera keluar dari tempat persembunyian. Kehadiran kami di sisi datuk dan Pak Habib disambut dengan senyum sinis.
“Ambil parang dekat tangannya,”
Pak Habib menuding, jari ke arah Tajuddin menyuruh mengambil parang panjang yang berada dalam jarak sekaki dari tubuh lelaki berambut panjang. Sudah tentu arahan itu satu penyiksaan buat Tajuddin dan amat berat untuk dilaksanakan.
Siapa tahu lelaki berambut panjang itu berpura-pura pengsan atau mati. Bila ada orang mendekatinya, dia terus bertindak ganas. Siapa boleh menduga yang tindakannya itu tidak mencederakan atau membawa maut pada sesaorang.
“Pergi ambil parang tu, tak mengapa aku ada di sini.”
Satu jaminan yag kukuh dari datuk untuk Tajuddin. Tetapi, Tajuddin masih belum bergerak. Dadanya terus digayut seribu persoalan.
“Jangan buang masa, nanti kita yang rugi.”
Lembut sekali datuk mendesak. Tajuddin masih tidak bergerak di sisi saya.
“Apa yang dia cakap tu memang betul Tajuddin.”
Pak Habib menyokong datuk. Dan Tajuddin kalah, atau tidak mampu berdalih atau memberikan sebarang alasan,
SEKELIP MATA
Antara keberanian bersalutkan ketakutan, Tajudin pun bergerak dengan pantas ke arah yang dimaksudkan . Dalam sekelip mata saja parang panjang sudah berada dalam genggamannya, Sebuah senyuman kepuasan dihadiahkan oleh Tajuddin untuk Pak Habib dan datuk, sudah tentu saya tidak dikecualikan.
Dalam saat yang sama juga, sekujur tubuh lelaki berambut panjang ang tadi kejang kaku mula bergerak lemah. Sepasang ibu kakinya seperti tersentak-sentak, macam ayam yang disembelih hampir habis nyawa. Kelopak matanya mula pejam celek. Semuanya itu tidak disedari oleh Tajuddin.
“Tajuddin berjaga-jaga,” kata datuk.
Tajuddin masih dengan senyumnya. Manakala lelaki beramut panjang yang terbaring dekat kakinya makin aktif menggerakkan anggota tubuh.
“Hati- hati Tajuddin,” ulang datuk.
“Kenapa? “ Dengan pantas Tajuddn bertanya semula kepada datuk. Pak Habib gelengkan kepala melihat kelemahan Tajuddin yang tidak mahu mengawasi keadaan sekitarnya.
“Orang dekat kaki kamu,” jerit saya.
Tajuddin segera merenung lelaki berambut panjang yang semakin rancak mengerakkan anggota kaki dan tangannya. Air muka Tajuddin segera berubah menjadi cemas semacam.
“Jangan kelam kabut, bertenang,” Pak Habib mengingatkan Tajuddin.
“Serahkan parang pada aku,” pinta datuk.
Tajuddin segera mencampakkan parang panjang ke arah datuk dan Pak Habib. Bagaikan pahlawan KUNG FU datuk melompat lalu menyambar ulu parang panjang. Bila lelaki berambut panjang mula duduk, Tajuddin angkat kaki memulakan langkah seribu menuju ke arah datuk dan Pak Habib. Saya ketawa kecil melihat karakternya.
TERUS
Lelaki berambut panjang terus berdiri lalu membuka langkah yang pada hemat saya bukannya kangkah silat, tetapi gerakan memanaskan badan dan menggerakkan urat. Bila gerakan itu berhenti, lelaki berambut panjang menghalakan pandangan ke arah kami berempat.
Muka kami berempat ditatapnya satu persatu. Macam harimau lapar merenung mangsanya. Saya jadi resah, tidak mampu melihat biji mata lelaki itu yang saya rasakan seperti memancar satu sinar yang sungguh tajam. Apa yang di tunjukkannya seperti menyatakan perasaan marahnya yang amat sangat terhadap kami.
“Bagaimana? Perlukah kita menangkapnya,” Tajuddin ajukan pertanyaaan pada datuk.
“Tanya ayah saudara kamu,” balas datuk.
“Kita nasihati dan tanya, macam mana dia boleh jadi begini,” Pak Habib menunjukkan jalan penyelesaian.
“Saya pun fikir begitu,” sokong datuk.
Dalam buat mencari keputusan sebulat suara lelaki berambut panjang melakukan sesuatu yang diluar dugaan kami. Dia melaungkan perkataan Allahu Akbar dengan lantang dan kuat. Susah tentu kami tercengang cengang dan mencari punca kenapa dia berbuat demikian. Tanpa disedari dia sudah berada di belakang Pak Habib.
Cukup pantas dia bergerak. Belum pun sempat datuk memberitahu Pak Habib supaya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan lelaki berambut panjang lebih dahulu bertindak dengan melompat tinggi untuk melepaskan ‘flying kick’ ke arah Pak Habib.
Tetapi yang peliknya Pak Habib tidak mempertahankan diri atau mengelak. Dia tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Ironisnya lelaki berambut panjang itu yang tercampak jauh hampir-hapir jatuh atas permukaan longkang surau. Datuk semakin kagum dengan kebolehan Pak Habib yang dibuka sedikit demi sedikit.
Suasana di halaman surau menjadi kelam kabut. Beberapa orang lelaki dan wanita muncul dari arah belakang surau.
“Siapa mereka?” Tanya datuk pada Tajuddin.
“Tak tahu.”
“Kaum keluarga sahabat atau orang dalam kampung ini?” Datuk minta kepastian.
“Bukan, mereka datang dari tempat lain, jangan ganggu tengok saja apa yang mereka nak buat,” Kata Pak Habib. Kami pun segera akur dengan permintaan itu.
Kumpulan sekitar tujuh orang (empat lelaki dan tiga wanita) terus menyerbu kearah lelaki berambut panjang yang mereka panggil sebagai PAK GURU. Ramai ramai mereka mengusung lelaki yang kelihatan menanggung sakit akibat terjatuh. Beberapa orang daripada mereka mengosok gosok badan lelaki berambut panjang.
Salah seorang daripada mereka dengan sepotong kayu datang ke arah kami.
“Kamu semua durhaka, aniaya Pak Guru.”.
Kami beempat tidak menjawab. Orang yang naik darah lalu memanggil seorang kawannya yang berbadan besar dan tegap (juga membawa sepotong kayu keras).
Sikawan yang dipanggil nampak garang sekali. Tidak mahu bertolak ansur. Kalau tidak disabarkan oleh kawannya yang memanggil, sudah pasti kepala Tajuddin terbelah dua kena hentak sepotong kayu keras.
“Kamu semua tak berhati perut menyiksa orang yang menyeru ke jalan Tuhan. Perbuatan kamu akan menerima hukuman di dunia pembalasan" tambah orang tadi.
Kami berempat terus membisu , tidak memberikan sebarang reaksi. Terbukti, perbuatan kami melukakan hati orang yang berbadan tegap. Dia hilang sabar lalu menhayunkan kayu di tangan ke leher datuk. Di saat kayu mahu dihayun terdengar suara jeritan wanita dan lelaki. Seluruh perhatian tertumpu ke arah suara tersebut.
PANJANG
Seorang wanita dan seorang lelaki dalam lingkungan usia 64 tahun, berlari ke arah kumpulan orang yang merawat lelaki berambut panjang. Kedua-dua orang tersebut terus memaki hamun kumpulan yang sedang menhurungi si rambut panjang yang dipanggil PAK GURU.
Dua lelaki yang berdiri di hadapan kami segera beredar. Mereka bergabung dengan kawan kawan mereka yang sedang merawat ‘PAK GURU’. Setiap perkembangan yag terjadi, kami ikuti dengan penuh minat, penuh teliti. Secara mendadak sahaja kumpulan yang memanggil lelaki berambut panjang sebagai Pak Guru berpecah dua.
Manakala pihak yang lagi satu berada di pihak lelaki dan wanita yang berusia 64 tahun. Sementara Pak Guru terbaring di tanah. Kedua-dua pihak tersebut saling tuduh menuduh antara satu sama lain.
“Eh dari mana mereka datang?” Saya bersuara cemas, berbelas orang lelaki dan perempuan termasuk beberapa orang kanak-kanak muncul dari arah belakang surau. Kumpulan yang baru muncul itu bergabung dengan puak yang diketuai lelaki berbadan besar dan tegap.
Puak yang diterajui oleh lelaki dan wanita berusia 64 tahun mempunyai jumlah yang amat kecil, tidak lebih dari sepuluh orang. Mereka terus bertengkar dan bertengkar.
“Mereka datang dari mana Pak Habib”
Saya memberanikan diri bertanya.
“Tak tahu,” balas Pak Habib.
“Tak ada seorang pun yang Pak Habib kenal?
Pak Habib anggukkan kepala. Datuk segera menegur saya, kerana terlalu banyak mengajukan pertanyaan. Pada hemat datuk, perbuatan itu boleh mengganggu tumpuan perhatian Pak Habib dan datuk dalam mengawasi kumpulan yang bertelagah.
Dua kumpulan tersebut terus bertengkar hingga samai keperingkat yang teruk. Mereka mula mengeluarkan kata-kata kesat. Masing-masing mahu menghalalkan apa yang mereka lakukan adalah betul dan benar. Puncak dari maki hamun dan pertengkaran, mereka sudah bersedia untuk beradu kekuatan. Pak Guru yang terkapar tidak dipedulikan.
Sebelum keadaan menjadi lebih teruk, Pak Habib mengajak kami mendekati dua kumpulan yang sedang bertelagah. Memang mencemaskan bila Pak Habib berdiri ditengah-tengah dua kumpulan yang bergaduh. Kehadiran Pak Habib membuat dua kumpulan itu terkejut dan terdiam seketika.
Pada saat-saat berikutnya adalah saat yang penuh debar dan mencemaskan. Kedua-dua belah puak mahu memukul Pak Habib yang berada di tengah-tengah mereka. Meski pun keselamatannya terancam, Pak Habib masih bertenang. Secara tidak langsung menggambarkan kewibaan orang yang berhemah tinggi.
Sebelum meninggalkan kami, Pak Habib mengarahkan saya dan Tajuddin berada agak jauh dari kumpulan yang bertelagah. Datuk pula diarahkan supaya berada atau berdiri selari dengan Pak Habib diluar kumpulan terbabit. Tujuannya bila tercetus perkara yang tidak diingini mudah bagi saya dan Tajuddin mengawal dua kumpulan itu.
Datuk yang diarahkan sentiasa berada selari dimana Pak Habib berdiri, matlamatnya supaya mudah memecahkan benteng dua kumpulan untuk masuk ke tengah bagi menyelamatkan Pak Habib. Semuanya sudah diatur dan disusun dengan rapi.
“Hai dengar disini.”
Lantang suara Pak Habib. Hujung serbannya diraba dan dipulas berkali-kali dalam sinar matahari yang kian keras. Tindakan Pak Habib membuat dua kumpulan yang mahu menghukum dan mencederakannya tersentak dan terkejut. Tanpa arahan, dua kumpulan yang bertelagah undur dua tapak ke belakang.
“Siapa yang terbaring ni?” Tanya Pak Habib.
“Dia anak kami,” jawab lelaki usia 64 tahun.
“Iya tuan, dia anak kami,” sahut wanita disebelah lelaki usia 64.
DIALOG
Lelaki berbadan besar dan tegap bersama kumpulannya yang mendengar dialog antara Pak Habib dengan pasangan suami isteri segera geleng-gelengkan kepala. Terdengar suara memperlekehkan kehadiran Pak Habib.
Salah seorang dari anggota puak tersebut menerpa ke arah Pak Habib dan bersedia menghayun sebatang kayu ke sebelah kanan kepala Pak Habib.
“Jangan begitu, saya cuma bertanya,” lembut suara Pak Habib.
Secara mengejut kayu ditangan orang itu terlucut dan dia terus jatuh, bagaikan sendi lututnya lemah sekali. Tidak mampu menahan tubuhnya.
Orang itu merangkak perlahan-lahan menuju kearah Pak Guru yang terbaring. Semua anggota puak lelaki berbadan besar dan tegap tidak melakukan sesuatu. Meraka bagaikan terpukau dan tenggelam punca melihat kejadian yang berlaku di depan mata. Dalam saat mereka terpinga itu, Pak Habib menggunakan kesempatan itu dengan sebaik mungkin.
“Apa hubungan kamu dengan Pak Guru?”
Itu yang Pak Habib ajukan kepada lelaki berbadan besar dan tegap. Buat beberapa saat lelaki itu terdiam tunduk. Setelah beberapa saat berlalu baru dia angkat muka merenung kawan-kawannya minta banuan.
Dengan menggunakan isyarat mata, kawan-kawannya memberi laluan untuk menjawab pertanyaan tersebu.
“Dia guru kami, dia banyak mengajar hukum agama pada kami, dia pandai mengubat semua jenis penyakit. Orangnya kebal tak lut senjata apa jenis pun. Boleh menentukan nasib kami, boleh berhubung dengan sahabat-sahabat nabi dan bertanya bila tarikh kami mati. Dia guru kami,” kata lelaki berbadan tegap.
“Hebatnya dia,” keluh Pak Habib.
“Pak Guru kami memang hebat, dia boleh mencari harta karun dan emas dalam tanah,” sambung lelaki berbadan besar dengan rasa bangga.
“Dia mengajar kamu rukun Islam dan Iman?” Tanya Pak habib lagi.
“Iya,”
“Apa yang diajarnya ?”
“Macam biasa, rukun Islam lima perkara.”
“Apa dia?”
“Pak Guru terima wahyu dari langit, mengucap dua kalimah syahadat tak perlu, memadai dengan selawat. Sembahyang hanya seminggu sekali, pada setiap hari Isnin,’ lelaki berbadan tegap berhenti sebentar.
Kerana dia kelihatan seperti keberatan mahu meneruskan percakapan Pak Habib terus mendesak.
“Lagi apa katanya ?”
“Puasa hanya sehari di bulan Ramadan, bukan sebulan. Puasa sebulan penuh tak betul. Anak muridnya boleh memilih mana-mana hari ntuk berpuasa sehari dalam bulan Ramadan.
“Macam mana dengan zakat?” Tanya Pak Habib.
“Zakat tak perlu, ke Makkah juga tak perlu, anak muridnya boleh mengambil haji dengan keluar dari kampung sendiri, pergi ke mana-mana dalam jarak 100 batu selama sebulan, bila balik orang itu sudah haji dan boleh pakai serban. Jadi kenapa kamu aniaya guru kami yang menunjukkan jalan yang betul.”
Pak Habib menarik nafas panjang. Kemudian meminta pada orang yang berbadan besr dan tegap menyuruh pengikutnya duduk atas tanah. Permintaan Pak Habib di penuhi. Pak Habib juga memberitahu mereka yang dia mahu menyoal pasangan suami isteri 64 tahun. Kumpulan atau puak lelaki berbadan besar mengizinkan, asalkan Pak Habib tidak membenarkan pasangan tersebut mengambil Pak Guru yang mengerang kesakitan. Pak Habib berjanji memenuhi permintaan mereka.
-TAMAT-

037. BOMOH KENA TENDANG

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : BOMOH KENA TENDANG
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400037
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Malam itu penghuni kampung jadi gempar. Semuanya menyerbu rumah orang tua Shafie. Seluruh kawasan rumah terang bederang dengan cahaya andang daun kelapa. Apa yang berlaku segera diterangkan dengan terperinci oleh orang tua Shafie pada orang kampung.
Orang kampung yang berkumpul di halaman rumah mengambil keputusan untuk menjejaki dua insan yang lari. Kedua orang tua Shafie tiada daya untuk menghalangnya. Cuma mereka berpesan, jika dukun berhasil ditangkap jangan diapa-apakan. Suruh dia pulang. Pujuklah Shafie supaya balik ke rumah. Jangan dipukul dan dijentik batang tubuh mereka.
Ternyata, orang kampung bersedia mematuhi pesanan ayah dan ibu Shafie. Seluruh belukar dan hutan dijenguk. Semua rumah kosong dimasuki. Gua dan parit disusupi. Orang yang dicari tidak juga ditemui. Tetapi, orang kampung tidak putus asa dan terus mencari.
Malam yang hening menuju ke subuh terus dikocak dengan tempik sorak. Mereka bertembung dengan seorang lelaki terperosok dalam perigi buta. Ramai-ramai mereka menaikkan orang tersebut dari dalam perut telaga buta. Dan orang yang ditolong itu ialah orang tua berjanggut putih separas dada. Tetapi, sudah berubah menjadi hitam kotor.
Maka orang tua berjanggut putih separas dada itu, segera diusung oleh orang kampung ke rumah orang tua Shafie. Segala apa yang melekat ditubuhnya segera dibersihkan. Luka dan bengkak segera diubati. Bila didesak dan ditanya oleh orang-orang kampung. Secara jujur orang tua berjanggut putih separas dada menerangkan, hasratnya sekadar mahu menolong.
Dia juga mahu menguji formula barunya bagi menolong orang yang bermasalah. Formula barunya ialah mencantumkan cara perubatan tradisional dengan perubatan moden menggunakan pil vitamin yang dibeli di kedai farmasi.
Beberapa pesakit yang diubati mengikut formula barunya berhasil. Cara kebetulan dua orang pembantunya pernah bekerja di klinik swasta.
Seorang sebagai pembancuh ubat, manakala seorang lagi pembantu kanan pada doktor klinik berkenaan.
Sesungguhnya, dia tidak menduga akan mengalami perkara yang memalukan dirinya sebagai dukun. Lelaki tua berjanggut putih separas dada mengakui tendangan yang dilepaskan Shafie membuat dirinya terasa berpusing-pusing. Dua batang gigi tercabut dari gusi.
Ketika Shafie mengejarnya, dia berusaha berlari dengan sekuat hati. Apa yang ada dalam kepalanya ketika itu ialah kematian yang belum diketahui di mana tanah kuburnya. Malah, dia sendiri tidak pasti bagaimana dia boleh berada dalam perut perigi buta.
MELAYANG
Semasa dia berlari tiba-tiba dia merasai tubuhnya melayang di atas awang-awangan, kemudian terjatuh dalam tempat yang gelap. Seluruh badannya basah. Dalam masa yang sama didepannya berdiri orang hitam berbadan besar dan terus memukul kepalanya sekuat hati.
Setelah itu, dia tidak sedar apa yang berlaku. Bila bergerak ke kanan terasa seluruh tubuhnya sakit. Saat dia membuka mata didapati dirinya sudah berada di rumah orang tua Shafie dan melihat dua orang pembantunya berada dalam kandang buluh, di mana Shafie ditempatkan.
Lelaki tua berjanggut paras dada, tanpa diminta memberitahu orang kampung, kejadian yang memalukan di rumah orang tua Shafie, mungkin menjadi malam penamat kerjaya sebagai bomoh. Hasratnya untuk memperkenalkan formulanya di Kedah (Malaysia) sebagai sumber rezekinya terpaksa dibatalkan.
Kejadian malang di rumah orang tua Shafie seolah-olah menyedarkan dirinya supaya berhenti menjadi bomoh yang diakuinya banyak melakukan perbuatan tidak benar daripada yang benar. Banyak bercakap berbelit-belit tidak lurus, gunakan ayat Quran untuk kepentingan perut, pura-pura jadi orang warak pada hal pengetahuan tentang agama tidak sebanyak mana.
Pengakuan yang jujur dan ikhlas itu membuat orang kampung simpati dan kasihan. Semua yang ada di situ bermuafakat memberikan sedekah setakat mana yang mampu dalam bentuk rupiah.
Kedua-dua orang pembantu yang berada dalam kandang di ruang rumah segera dikeluarkan. Mereka juga diberikan sedikit habuan.
Sebelum dilepaskan, orang tua berjanggut separas dada bersama dua orang pembantunya diingatkan supaya jangan datang ke kawasan mereka untuk menjaja dan mempamerkan ilmu kebomohan yang bersalut dengan penipuan.
Andainya, mereka datang juga, belum tentu mereka boleh pulang dengan selamat. Apa yang dilakukan oleh Shafie adalah merupakan amaran pertama. Amaran selanjutnya, mungkin isi perut terburai atas tanah atau kepala terpisah dari tubuh.
Memang mengejutkan, bila orang tua berjanggut putih paras dada berjanji, tidak akan datang lagi ke kampung tersebut, walaupun diundang. Kata-kata itu mendapat tepukan dan sorakan dari orang kampung. Mereka segera mengiringi lelaki berjanggut putih paras dada bersama dua orang pembantu keluar dari kawasan kampung mereka.
SAMPAI
Setelah mendengar cerita sebenar yang disampaikan oleh pasangan suami isteri malang itu, saya lihat datuk dan Pak Habib menarik nafas panjang. Saya termenung dan Tajuddin tidak menunjukkan sebarang reaksi, sama ada sedih atau sebaliknya. Susah mahu diteka apa yang ada di dalam tempurung kepala Tajuddin.
Tajuddin menudingkan telunjuk ke arah kumpulan lelaki berbadan besar dan tegap. Semua perhatian tertumpu ke arah yang ditunjukkan oleh Tajuddin. Kumpulan tersebut sedang mengurung lelaki yang mereka panggil sebagai Tuk guru yang kadang-kadang mereka sebut juga sebagai Pak Guru.
“Halang mereka, Pak Habib,” saya bertanya.
“Jangan, biarkan,” jawab Pak Habib.
“Nanti mencemarkan surau kita,” tingkah Tajuddin.
“Jangan, bila berada dalam surau, lebih mudah kita bertindak, kalau mereka robohkan surau, baru kita halang,” ujar Pak Habib. Saya dan Tajuddin berpandangan.
Barangkali Pak Habib sudah memikirkan buruk baiknya jika bertindak terburu-buru, kumpulan itu akan menang, Shafie tidak dapat diselamatkan dan terus jadi milik mereka, fikir saya.
Datuk minta suami malang menyambung ceritanya kembali. Permintaan datuk segera ditunaikan.
Kejadian malam itu merupakan malam perpisahan antara pasangan suami isteri dengan anak mereka, Shafie. Hilang entah ke mana. Perasaan sedih tiak dapat dibendung oleh si isteri.
Tiga bulan terpisah membuat si isteri merana dan jatuh sakit. Bermacam-macam usaha dilakukan, sakit yang ditanggung oleh wanita malang itu tidak juga sembuh.
Si isteri yang rindukan Shafie dibawa oleh suaminya ke hospital. Setelah diperiksa dah duduk dalam wad lebih dari dua minggu, doktor mendapati wanita itu tidak mengalami sebarang sakit. Dia mengalami tekanan perasaan yang agak hebat, rasa putus asa, kecewa dan marah sentiasa bermain dalam batinnya.
Menurut doktor yang merawatnya, penyakit itu boleh dikurangkan secara bertahap-tahap. Dan akhirnya boleh baik terus.
Satu saranan yang cukup mudah, tetapi agak berat untuk dilaksanakan. Sebagai ikhtiar, si suami malang tetap mencuba dan berusaha. Dia segera memulakan langkah untuk mengubatinya dan mencari anaknya dengan cara berpesan-pesan pada orang yang dikenalinya.
Usaha lain yang dilakukannya ialah menulis risalah sebanyak-banyaknya dalam tulisan jawi. Risalah itu ditampalkan di semua surau dan masjid seluruh daerah.
Bila ada masa terluang, dia akan melakukan sembahyang fardhu dari surau ke surau atau masjid dengan harapan ada jemaah yang tahu tentang Shafie.
TETAMU
Pada suatu malam Jumaat, di bulan rabiulakhir, seorang kenalan dari kampung berdekatan datang ke rumah. Kenalan itu menceritakan, kira-kira jarak tiga buah kampung dari kediamannya tersebar berita seorang muda yang baru keluar dari tempat pertapaan. Hebat dengan ilmu dunia dan akhirat.
Anak muda itupun segera dimuliakan oleh penduduk kampung berkenaan dianggap sebagai ‘manusia keramat hidup’. Mulutnya masin, sebut apa saja terus menjadi. Boleh menyembuhkan apa saja jenis penyakit dengan cara menyentuh ibu jari pesakit. Banyak benar kehebatan orang muda tersebut.
Suami malang segera tertarik dengan cerita tersebut. Dia ingin melihat bagaimana rupa anak muda ahli pertapaan itu. Di samping itu, dia mahu juga menyuruh isterinya berubat dengan orang alim dan warak. Satu persetujuan diikat oleh suami malang dengan kenalan dari kampung berdekatan. Pada hari jumaat akan datang, mereka berdua akan menunaikan fardhu jumaat di kampung tersebut.
Hari yang dijanjikan pun sampai kira-kira setengah jam lagi mahu masuk waktu, suami malang dan kenalannya duduk dalam masjid. Setiap jemaah yang masuk jadi perhatian suami malang.
Entah macamana dia terpandangkan satu kumpulan memakai pakain serba putih masuk ke dalam masjid. Kumpulan itu berada di saf atau barisan tengah masjid. Orang yang mereka panggil ‘Tuk guru’ menutup sebahagian mukanya, macam kebiasaan yang dilakukan orang-orang Arab dipadang pasir ketika menjaga kambing.
Kerana jaraknya agak jauh, pandangan sering diganggu oleh gerak kepala para jemaah dan muka orang mahu dikenali separuh tertutup, maka suami malang tidak dapat melihat dengan jelas wajah individu yang mahu dikenalinya itu.
Selesai sembahyang dan berdoa para jemaah menerkam pintu masjid mahu keluar. Suami malang dan rakannya segera menuju ke arah kumpulan berpakaian serba putih. Belum pun sempat sampai, kumpulan itu sudah mengiringi ketua mereka ke bawah pokok kekabu. Sebahagian daripada para jemaah terus menuju ke arah pokok tersebut.
-TAMAT-

038. ANAK KAMI DISIHIR ORANG

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : ANAK KAMI DISIHIR ORANG
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400038
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Kerana merasakan suasana tidak sehangat tadi, dan keadaan boleh dikawal, Pak Habib segera menggamit datuk supaya datang ke sisinya. Tidak sampai lima saat, datuk sudah tegak di sisi Pak Habib. Kurang seronok rasanya, bila saya dan Tajuddin disuruh berada di tempat biasa.
“Betul, dia anak kamu berdua?”
Datuk mengambil alih tugas Pak Habib. Srpasang wajah suami isteri tersebut, datuk tenung dalam-dalam. Pasangan suami isteri tidak cemas, malah mereka senyum penuh keyakinan.
“Sebagai seorang Islam, kami tak mahu berbohong, kami boleh berbohong di depan tuan berdua atau sesiapa saja. Tetapi, kami tidak boleh menipu Allah. Kami tidak mahu didakwa di mahkamah Allah kelak,” satu penjelasan yang membunuh manik-manik keraguan di kalbu datuk dan juga Pak Habib.
“Sudah takdir,” tutur si isteri.
Wajahnya dibalut rasa putus asa, nada suaranya mengutus rasa kecewa yang tiada sempadan. Berhadapan dengan situasi begitu, datuk dan Pak Habib jadi serba salah.
Si isteri pun menggunakan senjata lumrah seorang wanita. Air mata seorang ibu berbenang-benang di pipi. Sedu pun datang mengiring untuk memperlengkapkan derita seorang yang tabah.
“Inilah ujian untuk kami suami isteri, tetapi tidak menduga sampai begitu jauh terpesong’, sambung si isteri sambil mengesat air mata. Manakala suaminya, tidak putus-putus menarik nafas dalam-dalam sambil matanya menatap permukaan bumi.
Lelaki berbadan besar dan tegap menjuihkan sepasang bibir tebal ke depan. Meluat dan menyampah melihat karenah pasangan suami isteri tersebut.
KERAS
Konco-konconya bercakap sesame sendiri. Pada mulanya secara perlahan-lahan, kemudian bertukar kuat dan keras. Matlamatnya untuk mengannggu perbualan sepasang suami isteri itu dengan datuk atau Pak Habib.
Tingkah laku para pengikut lelaki berbadan besar dan tegap itu dianggap oleh datuk dah keterlaluan. Secara lembut dan rendah diri datuk minta ketua puak terbabit supaya memberi kesempatan pada Pak Habin untuk bertanya. Lelaki berbadan besar dan tegap terus protes. Bila datuk memperlihatkan sikap keras dan melawan, lelaki berbadan besar dan tegap mula lembut dan memperlihatkan sikap bertolak ansur.
”Maaf saya nak bertanya?”
Datuk terus renung muka pasangan suami isteri itu. Pak Habib membiarkan datuk memainkan peranannya. Dia tidak mahu ganggu. Sekiranya datuk gagal, barulah dia campur tangan. Apa yang pasti orang berbadan besar dan pengikutnya tetap resah.
“Silakan.”
Serentak pasangan suami isteri menjawap. Datuk menarik nafas lega. Pak Habib senyum puas kerana mendapa kerjasama dari pasangan yang terlibat.
Tetapi, puak lelaki badan besar dan tegap ternyata kurang senang berdepan dengan suasana semacam itu. Saya dan Tajuddin tetap berwaspada. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, samada bai atau sebaliknya.
“Siapa namanya?” Datuk bertanya.
“Shafie, “ jawap si isteri.
“Satu nama yang baik, serupa dengan Imam Shafie,”
“Memang hajat di hati biar dia jadi ulama besar,” celah si ayah dengan wajah sedikit gusar.
Puak lelaki berbadann besar dan tegap bercakap sama sendiri. Berulang kali mereka menyebut perkataan “Imam Shafie” dan kata “Ulama” dengan kuat dan lantang. Tidak pula diketahui kenapa kata-kata itu disebut kuat-kuat. Datuk pura-pura batuk, perbuatan datuk segera diketawakan oleh puak lelaki berbadan besar dan tegap. Malah beberapa orang dari mereka bersorak ke arah datuk sambil mencarut.
TEKAN.
Datuk yang tertekan dengan keadaan tersebut, mula resah semacam. Wajah Pak Habib mula jadi sorotan mata datuk.
Terbukti lelaki berdarah Arab itu memang kurang senang dengan telatah puak lelaki berbadan besar dan tegap. Kerlingan mata dari Pak Habib untuk datuk menghantar isyarat supaya datuk bersabar dan bertenang. Berusaha mencari jalan bagi mengatasi masaalah yang dihadapi dengan penuh diplomasi.
Melihat datuk dan Pak Habib tidak memberikan sebarang tindak balas, puak yang diketua lelaki berbadan besar dan tegap, kian gamat bersorak. Mulut mereka makin lancing menghamburkan maki nesta sesuka hati. Saya mula merasakan bahawa keselamatan diri memang tidak terjamin.
Ketika itu, saya tidak langsung memikirkan tentang diri Tajuddin. Apa yang saya fikirkan ialah bagaimana mahu melepaskan diri bila nyawa terancam.
Semasa saya mencari ruang untuk mencelah keluar lari dari kawasan tersebut, tanpa disangka-sangka saya terpandang wajah datuk.
Darimimik wajahnya saya dapat menduga dan membuat kesimpulan dalam kalbunya terbuku rasa sebuah kemarahan yang amat sangat. Bila-bila saja boleh meledak dan andainya meledak, sukar untuk saya gambarkan apa yang akan terjadi. Perbuatan anak buah lelaki berbadan besar dan tegap, memang membakar perasaan datuk.
“Syukur.”
Itu yang terhambur dari mulut saya, bila melihat menegakkan jari hantunya kea rah Pak Habib. Dalam erti kata lain datuk akan melaksanakan pesan Pak Habib dengan sebaik mungkin.
“Biar saya bertanya dulu, kita mencari sesuatu yang baik. Perkara yang keruh kita jernihkan. Apa yang meragukan kita cari jalan penyelesaian,” suara datuk bergetar keras. Kata-kata itu datuk tujukan kepada lelaki berbadan besar dan tegap. Malangnya tidak mendapat tindak balas yang baik.
Tetapi lain pula reaksi yang diperlihatkan oleh pasangan suami isteri. Mereka setuju dengan apa yang datuk ungkapkan. Buktinya mereka anggukkan kepala.
“Setuju dengan saya?” Tanya Datuk.
“Setuju,’’ jawap si isteri penuh yakin.
“Ah,” suara lelaki berbadan besar dan tegap menguasai keadaan sekitar. Anak buahnya terus bertindak biadap. Beberapa orang dari mereka menerpa kearah datuk sambil melompat dengan menghulurkan kaki kea rah muka datuk.
“Jawap.”
Lantang sekali suara Pak Habib yang ditujukan untuk datuk.Tanpa membalas kata-kata Pak Habib dengan pantas sekali datuk merentap batang kayu yang dipegang oleh sala seorang daripada anak buah lelaki berbadan besar dan tegap. Suasana yang hiruk pikuk menjadi sepi. Semuanya terdiam kaku macam kena pukau.
Dalam suasan sunyi itu, datuk terus lambungkan batang kayu ke udara setinggi lima tingkat bangunan. Semasa kayu itu berada di awang-awangan terdengar letupan, macam bunyi mercun. Saat batang kayu itu jatuh menjunam, datuk hulukan tangan kirinya. Bila batang kayu menghempap lengan kirinya terdengar bunyi. Krrruummmpppp yang amat kuat.
HANCUR
Semua yang berada di situ memalingkan muka ke arah lain. Pada hemat mereka lengan kiri datuk hancur patah sembilan dihempap batang kayu. Mungkin juga datuk jatuh tersembam, menggelupur di bumi, macam ikan keli yang kepalanya kena hentak dengan batu besar. Bila bunyi krummmppp berakhir, mereka tidak mendengar jeritan atau keluhan dari datuk. Suasana terasa cukup sepi sekali.
Puak lelaki berbadan besar dan tegap menduga datuk sudah menemui ajalnya. Begitu juga dengan puak sepasang suami isteri. Perlahan-lahan mereka mengalihkan pandangan kea rah tempat datuk berdiri. Perlahan-lahan mereka membuka kelopak mata.
“Waaaaaahhhhhh.”
Semunya terkejut. Tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Datuk tidak mengalami sebarang kecederaan, Lengannya tidak patah, tidak luka. Batang kayu hancur dan serpihannya bertaburan. Sepasang suami isteri dan pengikutnya mengucap panjang.
Lelaki berbadan besar dan tegap terpegun seketika macam patung batu. Beberapa detik selanjutnya dia bertindak pantas macam kilat. Dia merejamkan kayu di tangan kea rah datuk. Barangkali dia mahu menguji kebolehan dan ketangkasan datuk bertindak.
Bagaikan harimau menerkam kambing dara, datuk menyambar kayu yang menjunam kea rah dadanya. Kayu dibaling ke arah rumpun pisang yang berdekatan. Kayu itu menembusi batang pisang dan terus melekat disitu.
“Kalau awak semua mahu main kasar, saya juga boleh main kasar,’ nada suara datuk penuh dengan rasa amarah yang tinggi. Muka yang tenang dan selamba segera bertukar garang serta geram. Bersedia untuk bertindak balas terhadap lelaki berbadan besar dan tegap.
“Ehhheeemmmmm, sahabatku. Allah suka pada orang yang sabar. Tidak bertindak mengikut perasaan,” lembut suara Pak Habib menyentuh gegendang telinga datuk.
Secara sepontan Pak Habib mengingatkan datuk, bahawa kata-kata yang baru diucapkannya itu, ada unsur-unsur riak dan takbur. Menyedari keterlanjurannya itu, datuk segera beristighfar beberapa kali. Seterusnya diam, tidak melakukan sesuatu. Datuk punberusaha menurunkan perasaan marahnya ketahap paling normal.
“Maafjkan saya,” pekik datuk ke arah lelaki berbadan besar dan tegap.
Tiada reaksi yang memberangsanagkan diterima oleh datuk.
“Maafkan, “ ulang datuk lagi.
Reaksinya tetap sama macam tadi juga. Tidak menerima maaf dari datuk. Datuk tidak merasa tergugat dengan keadaan tersebut. Begitu juga dengan Pak Habib. Tetapi, saya tetap berdebar.
Satu keputusan yang drastic datuk lakukan. Dia seolah-olah melupakan kehadiran puak lelaki berbadan besar dan tegap.
Datuk tumpukan perhatian ke arah pasangan suami isteri. Begitu juga dengan Pak Habib. Pasangan suami isteri itu lebih jujur dan ikhlas. Dari gerak geri, raut wajahnya dan gerak mata, ternyata pasangan suami isteri itu dihempap rasa takut dan cemas yang tidak bertepi, semangat mereka bagaikan lari jauh. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Datuk segera melakukan sesuatu supaya semangat pasangan suami isteri kembali pilih. Boleh bertindak dan boleh berfikir. Saya lihat kelopak bibir datuk bergerak. Saya yakin datu sedang membaca beberapa potong ayat dari al-Quran untuk membasmi sihir dan kuasa syaitan. Muka pasangan suami isteri datuk hembus.
Memang ada perubahan rasa cemas dan takut di wajah pasangan suami isteri itu tidak ketara sangat. Wajah mereka yang pucat, mula kelihatan merah. Sinar mata yang tadi nampak layu kelihatan bercahaya.
SEMANGAT
Disaat pasangan suami isteri itu mendapat semangat baru, puak yang diketuai oleh lelaki berbadan besar dan tegap sedikit demi sedikit bergerak arah ke selatan.
Mereka berusaha menjauhkan diri dari datuk, Pak Habib dan pasangan suami isteri. Bila sampai dekat seketul batu besar mereka berhenti seketika di situ sambil berbincang sama sendiri.
Kemudian mereka bergerak lagi, kali ini kumpulan itu menuju ke arah lelaki berambut panjang yang terlentand di tanah. Mereka usung lelaki itu dekat pintu surau. Memang ada percubaan untuk membawa lelaki yang diusung kedalam surau. Tetapi, lelaki berbadan besar dan tegap menghalang.
“Pedulikan mereka.”
Datuk renung muka sepasang suami isteri.
“Betul kata awak, kalau mereka dah sesat, kenapa kita mesti ikut sesat.” Si suami mula berani bercakap.
“Pendapat yang tepat, ceritakan secara terperinci. Kalau boleh kami tolong, kami sedia membantu,” cukup teratur dan tenang datuk bersuara.
“Percayalah, kami bukan dari golongan mereka. Mami bersedia menolong kamu semua, asalkan kamu berterus terang,” secara mengejut sekali Pak Habib melibatkan diri. Menanam rasa yakin terhadap pasangan suami isteri dan kumpulannya.
“Berterus teranglah,’ desak datuk.
Berputik dari kata-kata Pak Habib dan datuk membuat si isteri lebih pantas menguasai suasana. Mulutnya lebih ligat melontarkan kata, Agak berbeza dengan suaminya yang agak pemalu menyingkap rahsia keluarga. Mungkin kisah keluarga dianggapnya sebagai rahsia peribadi yang tidak boleh dilontarkan pada sebarang orang.
“Berterus terang saja pada kami, terangkan siapakah puak yangmendewa-dewakan anak kamu?” Pak Habib mendesak yang secara tidak langsung mengambil alih tugas datuk. Barangkali Pak Habib berpendapat ini lebih berkesan dan cepat dari mengharapkan datuk seorang saja.
“Kami mahu dia jadi orang alim, kerana itu sebaik saja dia tamat sekolah rendah kami hantar dia masuk pesantren di Surabaya,” si isteri mula membuka rahsia.
“Sampai tamat menuntut?” Pak Habib bertanya. Tanpa diduga si suami memberikan aksi positif dengan menganggukan kepala.
“Kemudian apa tindakan kamu selanjutnya,” datang lagi pertanyaan dari Pak Habib. Tiada jawapan yang diterima.
KAmu tak berusaha menambahkan ilmunya lagi ?” dauk mencelah.
“Bila dah tamat pengajian dia balik ke kampoung,” kelancaran dan kepetahan si isteri bercakap bagaikan terganggu. Perkataan yang diucapkannya keluar satu-satu.
KEGAGALAN
Akhirnya dia berhenti di situ. Uaminya minta dia menyambung cerita yang terputus. Usaha si suami menemui kegagalan.
Kerana menyedari isterinya mengalami tekanan perasaan yang cukup hebat, si suami minta bantuan beberpa orang wanita (dari puak pasangan suami isteri tersebut)supaya membawa isterinya ke satu sudut untuk diberikan rawatan ringkas.
Wanita malang itu dibawa ke bawah pokok mempelam lalu didudukkan di situ. Badan, kepalanya dipicit dan diberikan minuman.
Si suami yang pemalu dan perahsia diminta oleh datuk dan Pak Habib menyambung kisah yang terputus. Pujukan pertama gagal, kedua juga gagal, begitu juga dengan pujukan ketiga dan keempat.
“Kalau kamu macam ini , masih merahsiakan, kami tidak boleh membantu kamu dan anak kamu. Jika keadaan ini tidak diselamatkan hidup anak kamu binasa dan makin banyak orang yang rosak dan sesat kerananya,” Pak Habib berterus terang.
“Fikirkanlah baik-baik, sebelum kami buat keputusan,” kata datuk.
“Fikirkanlah dengan tenang,” ulang Pak Habib.
Setelah termenung panjang lebih dari lima minit, akhirnya si suami yaqng pemalu dan perahsia menyahut kata-kata datuk dan Pak Habib.
“Semasa di kampong dia mengajar agama sukarela, saya dan isteri sudah mengumpulkan wang untuk menghantar dia belajar di Madinah. Dia dipelawa mengajar di sebuah pesantren. Jadi kami fikir, sementara menanti panggilan belajar di luar negeri apa salahnya dia jadi ustaz sementara, dapat juga duit,” dengan tulus si suami bercerita.
“Kesudahannya dapat anak kamu ke Madinah? “ ternyata datuk kurangf sabar.
“Dapat, dia diterima bellajar di Univesiti Madinah. Malangnya atau memang sudah takdir nasib kami berdua,” kata-katanya tidak dapat diteruskan. Nafasnya secara mendadak turun naik dengan cepat sekali. Tercungap-cungap.
“Kenapa?” datukk bertanya cemas.
“Beri saya rehat sekejap.” Pintanya.
Pak Habib dan Datuk mengizinkan.
Lama juga si suami itu berehat. Bila perasaannya kermbali tenang, tanpa didesak dia terus bercerita.
“Lebih kurang dua minggu lagi mahu ke Madinah, masa itu semua keperluannya sudah sedia, tiba-tiba saja anak kami jatuh sakit ketika mengajar. Kerana dalam masa sihat jatuh sakit, macam-macam cerita kurang manis dikaitkan dengan anak kami. Kononnya anak kami dibuat orang (sihir) kerana dengki. Anak kami dikatakan diberi perhatian yang lebih oleh pengetua pesantren, dijadikan anak emas berbanding dengan ustaz-uztaz dan ustazah yang lebih lama mengajar di situ,” si suami malang berhenti bercerita.
-TAMAT-

039. AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : AYAH PERKOSA ANAK KANDUNG
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400039
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

HAJI Basilam pun memulakan langkahnva. Kami segera mengekorinya, meredah pepokok renik yang dan badam yang ingin kembali berpeluh. Panas kembali terasa mengigit kulit tubuh. Sesekali terdengar siulan burung liar.
Kami segera berjalan hingga bertemu dengan jalan enam kaki yang debunya berterbangan ditolak angin. Debu-debu itu jatuh di dedaunan dikiri kanan jalan enam kaki.
“Berhenti."
Haji Basilam angkat tangan. Langkah kami segera terhenti.
"Kenapa Pak Aji?" Tanya Andi Kamarool.
"Apa yang kamu berdua alami dan rasai bersama aku tetap menjadi rahsia kita bertiga, tidak boleh diceritakan pada orang lain," wajah kami terus ditatap oleh Haji Basilam silih berganti. Saya dan Andi Kamarool bertukar pandangan. Kemudian, .serentak kami mengangguk.
"Jika aku tahu, kamu berdua pecahkan, rahsia ni pada orang lain, aku pecahkan kepala kamu berdua dengan ini...." Haji Basilam mengacukan penumbuk kepada kami berdua. Wajahnya nampak serius, anak mata hitamnya bagaikan memancar keazaman. Nada suaranya cukup keras, membuat hati kami kecut perut.
"Kami berjanji patuh dengan pesan Pak Aji," serentak kami memberi ikrar.
"Ok."
Ada senyum terukir di kelopak bibir Haji Basilam. Saya menarik nafas lega.
"Mari Andi. Tamar, kita dah lewat ni."
Haji Basilam segera menarik tangan saya dan Andi Kamarool. Kami dipeluk dan ditolak dengan kasar agar mara ke depan.
Kemudian digesa berjalan cepat menuju ke kawasan perumahan. Saya tidak berminat bertanya pada Haji Basilam nama kampung yang ditujui. Sampai dipintu tangga rumah kelak, nama kampung akan diketahui juga, fikir saya dalam hati.
Setelah melepasi sebuah surau kecil berdinding papan, beratap zink. Seterusnya, kami berdepan dengan sebuah rumah berbumbung limas. Halamannya, cukup bersih dari dedauan dan rerumput. Kiri kanan halaman ditanam dengan pokok kemunting serta diselang seli dengan pokok bunga kertas.
"Datuk kamu ada di rumah tu."
Itu yang dituturkan oleh Haji Basilam, sebaik saja sebelah kaki saya berada di halaman rumah tersebut. Saya anggukkan kepala, Andi Kamarool tersenyum. Kami terus mendekati rumah berbumbung limas itu.
Entah bagaimana, pandangan saya tertumpu ke arah sesusuk lelaki tua yang berdiri di situ? Muncul pertanyaan dalam hati.
Walau demikian, di bawah sinar matahari yang membahang itu, saya terus mengamati lembaga tersebut. Sudah nyata, orang yang berdiri itu, tidak lain, tidak bukan ialah datuk saya. Dia melambai-lambaikan tangan ke arah kami bersama senyum lebar. Lambaian kami balas, Langkah dipercepatkan menuju ke rumah.
"Lama juga kamu menanti budak-budak ni?"
Begitulah datuk menyambut kedatangan kami. Haji Basilam tidak segera menjawab. Malah dengan tenang mengesat peluh di dahi dengan hujung baju. Saya dan Andi Kamarool terus tercegat di kaki tangga.
"Budak-budak ni, buat hal pula. Lain yang disuruh, lain pula yang mereka buat," sahut Haji Basilam sambil menjeling ke arah saya dan Andi Kamarool. Kami pura-pura buat bodoh.
"Tak sangka angakkan aku, memang aku jangka budak berdua ni, suka buat tergeliat," tanpa memandang ke arah kami datuk bersuara.
“Naik," Haji Basilam mengeluarkan perintah. Semuanya kami patuhi.
Setelah berada lebih dari tiga jam di dalam perut rumah berbumbung limas, sejarah rumah itu tertungkap. Rumah yang sudah berusia lebih dari seratus tahun itu, milik salah seorang keluarga rapat Haji Basilam. Sejak pemiliknya meninggal dunia, rumah tersebut terbiar dan menjadi rumah penginapan istimewa bila Haji Basilam berkunjung ke daerah Kerinchi.
"Saudara mara rapat yang lain, boleh dikatakan tidak betah tinggal di rumah ni. Paling lama mereka boleh tidur semalaman saja, masuk malam kedua, kena campak keluar," tenang sekali Haji Basilam mengungkapkan kisah aneh rumah pusaka.
"Pak aji pernah kena campak?" Andi Kamarool bertanya.
"Setakat ni belum lagi, Insya Allah perkara macam tu tak akan terjadi. Datuk si Tamar juga hebat, dah tiga hari tiga malam di sini, dia tak apa- apa."
"Ahemmm " Datuk bersuara.
Haji Basilam segera menoleh ke arahnya (datuk) yang berdiri dekat tingkap. Serentak mereka ketawa kecil yang tersirat dengan seribu makna.
"Kata kamu dulu, kami nak beri pengalaman baru pada budak-budak berdua ni. Ada baiknya kamu memikirkan perkara itu daripada bercerita tentang rumah lama dan diri aku," datuk melontarkan komen. "Saya ingat."
"Apa rancangan yang kamu siapkan untuk mereka?"
"Mencari orang pendek?" biji mata datuk terbeliak. Kemudian dia termenung sebentar, macam ada sesuatu yang difikirkan. Tanpa banyak cakap datuk masuk ke biliknya.
JUMPA
PETANG itu, Haji Basilam membawa kami berjumpa dengan beberapa orang tertentu yang masih ada pertalian keluarga dengannya. Selama Haji Basilam dan datuk menginap di rumah pusaka, mereka bermurah hati menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan malam untuk datuk dan Haji Basilam.
Imam surau berdekatan meminta datuk menjadi imam serta mengajar ilmu agama. Datuk tidak menghampakan permintaan tersebut.
Dalam sekelip mata saja nama datuk jadi buah mulut penduduk setempat. Kalau mereka menghadapi masalah hukum agama, datuk jadi tempat rujukan. Pendek kata, datuk jadi tumpuan, tempat mengadu susah senang dan meminta nasihat. Malah kalau ada yang kena sakit demam, datuk juga jadi tumpuan.
"Datuk kamu terkenal di sini," bisik Haji Basilam, ketika keluar dari sebuah rumah anak buahnya. Saya hanya anggukkan kepala sambil melagakan sisi bawah dengan atas berkali-kali. Andi Kamarool tidak memberikan sebarang komentar.
"Kamu berdua boleh pergi ke mana-mana di kampung ni. Dari pangkal hingga hujung kampung ni semuanya anak buah aku, keselamatan kamu terjamin, aku nak balik dulu. Ada hal yang nak aku buat bersama datuk kamu di rumah," Haji Basilam segera meninggalkan saya dan Andi Kamarool di kelapa simpang.
Kerana cuaca baik, saya mengajak Andi Kamarool pergi ke sebuah kawasan sebelah utara. Saya amat terpikat dengan suara burung merbuk yang datang dari arah tersebut.
Permintaan saya tidak dihampakan oleh Andi Kamarool. Bila sampai di kawasan tersebut, saya dapati banyak sekali beburung merbuk terbang bebas dan turun berkejar-kejaran dikawasan yang berpasir halus.
Sebagai manusia yang memang minat dengan burung merbuk terutama suaranya, keadaan begitu membuat saya lupa dengan keadaan begitu membuat saya lupa dengan keadaan sekitar. Tanpa kami sedari, langit yang putih bersih, segera bertukar menjadi hitam pekat, angin mula bertiup kencang. Dedaun tua dan reranting yang reput segera berjatuhan. Dalam sekelip mata, beburung merbuk yang berkeliaran terus ghaib entah ke mana.
"Hari nak ribut," kata Andi Kamarool.
Saya anggukan kepala.
"Kita balik Tamar."
“Tak sempat sampai, kita tumpang, kita tumpang teduh di mana-mana."
"Ayuh, kita cari tempat," Andi Kamarool mengemukakan usul.
Sebaik saja Andi Kamarool selesai bercakap, hujan pun turun dengan lebatnya. Kami tiada pilihan dan terpaksa merekah hujan lebat yang turun berjurai.
Akhirnya, kamu tumpang berteduh di sebuah pondok usang. Saya dan Andi Kamarool mula mengigil. Hujan terus turun mencurah-curah dan kali ini disertai dengan petir dan kilat sabung menyabung, memekakkan anak telinga. Di mana-mana kelihatan air sekata.
Kabel letrik yang terentang ditiang berlaga sama sendiri hingga menimbulkan percikan bunga api. Saya melihat dahan dan sekah dari pokok lalu jatuh ke bumi. Keadaan sekeliling sungguh mendebarkan. sungguh menakutkan.
"Ribut dan hujan bersatu," saya merunggut.
"Macam membawa petanda yang buruk," sahut Andi Kamarool.
Dan satu ledakan petir mengegarkan seluruh kawasan. Kelihatan api petir menjilat pokok nibung.
"Macamana kita Tamar. Apakah kita mesti bertahan di sini."
"Sabar, bila reda kita balik."
Andi Kamarool mengangguk setuju.
Tidak lama berselang hujan beransur kurang. Begitu juga dengan angin. Kilat dan petir juga tidak sehebat tadi. Tanpa melengah-lengahkan masa, kami pun memulakan langkah pulang penuh debar.
"Terperangkap?" Tanya datuk sebaik sahaja kami melintasi ruang tengah untuk menuju ke bahagian belakang.
"Hujan lebat, petir dengan kilat sabung menyabung, angin cukup kuat." Andi Kamarool menjawab. Ketika itu, saya sudah pun berada di bahagian belakang rumah menukar pakaian yang basah.
"Singgah dimana?"
Haji Basilam pula bertanya.
"Di rumah tinggal."
Jawapan itu disambut oleh datuk dan Haji Basilam dengan ketawa kecil. Haji Basilam memberitahu Andi Kamarool, semasa ketiadaan kami tadi, mereka dikunjungi oleh dua orang lelaki. Tetamu yang tidak diundang itu meninggalkan rumah sebelum hujan lebat turun.
Anehnya, Haji Basilam tidak pula menerangkan siapakah nama tetamu yang tidak diundang itu? Apakah tujuan mereka menemui datuk dan Haji Basilam. Buat seketika legar-legar dalam tempurung kepala saya. Dan akhimya, punah sendiri.
TOPIK
PERISTIWA hujan ribut petang tadi, menjadi topik perbualan yang agak hangat di kalangan para jemaah surau kecil. Para jemaah memberi tafsiran yang sendiri tentang kejadian itu. Malah ada di antara mereka menimbulkan kejadian-kejadian aneh yang terjadi, sejak akhir-akhir ini sebagai tanda-tanda kemusnahan dunia atau kiamat.
Seorang jemaah malam itu dengan suara lantang menyebut tentang seekor binatang yang menyerupai lembu, boleh menyembuhkan orang yang sakit. Di sebut juga seorang anak yang dilahirkan berkaki tiga oleh seorang wanita.
Si jemaah yang berkulit hitam, berbadan kulit hitam, berbadan kurus itu terus bercerita tentang perkara-perkara yang menyeramkan. Boleh membuat bulu tengkuk meremang. Bagaimana tidak seram dan cemas bila dia menyebut tentang ayah yang memperkosa anak kandung. Abang yang mencabuli adik sendiri. Lelaki tua yang mahu mampus meliwat anak kecil, dia juga menyebut hal lesbian, homoseks dan paling tidak masuk akal bila anak memperkosa ibu kandungnya sendiri.
Semua yang berada dalam surau kecil. mendengar cerita itu dengan mulut terlopong.
"Apakah sewaktu melakukan perkara terkutuk itu mereka tidak ingat alam akhirat, di situlah kita akan kekal dan di situ juga kita akan menerima balasan dengan apa yang kita lakukan semasa hidup di dunia yang fana ini," kata orang itu dengan nada suara yang meninggi, semua muka yang tertonggok di depannya ditatap satu persatu. Saya lihat datuk dan Haji Basilam anggukkan kepala.
"Orang yang banyak membuat dosa ....." sambungnya penuh semangat."....akan diseksa dalam api neraka. Manakala orang yang berbuat kebaikan, banyak membuat amalan akan hidup kekal dan bahagia dalam syurga bersama para nabi dan Rasul. Bersama para wali, para Syuhada dan orang orang yang soleh."
Saya kira, kalaulah manusia dapat membayangkan betapa ngerinya seksaan api neraka, mungkin manusia tidak berani membuat dosa seperti menipu, mencuri, membunuh, memperkosa. Durhaka kepada ibu yang telah melahirkan kita dengan susah payah, kemudian memelihara kita hingga dewasa. Tetapi, sejak akhir-akhir ini durhaka kepada kedua orang ibu bapa sering terjadi.
"Apa yang saya katakan tadi untuk renungan bersama," secara mendadak orang kurus berkulit hitam bersuara dengan keras. Semua yang bermain dalam kepala saya terus hilang.
"Kita balik." bisik Haji Basilam kepada saya.
"Jum....," kata saya.
Serentak saya dan datuk bangun, kemudian dituruti oleh Andi Kamarool dan Haji Basilam. Beberapa orang jemaah mengikut jejak kami keluar dari surau kecil. Orang yang berkulit hitam dan berbadan kurus meneruskan ceramahnya.
ASAR
PETANG besoknya, tanpa mcmberitahu datuk dan Haji Basilam, kami berdua membuat keputusan untuk pcrgi sembahyang Asar di sebuah masjid yang jaraknya lebih kurang 500 meter dari rumah tinggal, tempat kami berteduh petang semalam. Saya berharap tindakan tidak bersembahyang jemaah disurau kecil tidak akan menimbulkan kemarahan pada datuk atau Haji Basilani.
"Mesti Pak Aji tertanya-tanya bila melihat kita tak ada di surau." bisik saya pada Andi Kamarool sambil membasuh tangan di kolah.
"Kalau marah, kita minta maaf." sahut saya.
"Aku juga terfikir macam tu."
Saya dan Andi Kamarool terus ketawa kecil dan terus mengambil wuduk. Semasa saya membasuh kedua belah cuping telinga, saya tercium bau yang amat busuk. Macam bau daging dan tulang yang dibakar rentung. Saya berhenti mengambil wuduk.
"Aku tercium bau bangkai, Andi."
"Aku juga begitu, Tamar."
"Kalau tak silap, bau itu datang dari arah belakang masjid dibawa angin, kau tengok daun pokok kecil tu bergoyang-goyang," saya arahkan sepasang anak mata menghala ke belakang masjid. Andi Kamarool turut juga berbuat seperti apa yang saya buat. Lantas kami saling berpandangan.
"Kita sembahyang dulu, kemudian baru siasat dari mana bau busuk itu datang," satu usul yang lojik dari Andi Kamarool. Cepat-cepat saya anggukkan kepala tanda setuju.
Memang di kawasan belakang masjid terdapat sebidang tanah yang boleh dikatakan agak luas juga. Di atas tanah itu terdapat beberapa batang pokok cempedak, asam gelugur atau asam keping dan selebihnya adalah pokok-pokok getah yang subur tidak ditoreh. Tanah kubur tersebut sentiasa dijaga dengan rapi oleh penduduk setempat.
Malah, orang-orang dari kampung berdekatan yang meninggal dunia diizinkan ditanam ditanah perkuburan tersebut dengan syarat orang yang meninggal itu mempunyai pertalian keluarga dengan penduduk.
Selesai sembahyang Asar kami pun memulakan tugas mengesan bau busuk tersebut. Kami menutup hidung dan mulut dengan sapu tangan tetapi, bau yang tidak menyenangkan itu terus mencucuk lubang hidung.
Tidak sukar bagi kami memasuki kawasan perkuburan yang pintu pagarnya tidak berkunci.
Cuaca yang terang benderang secara mendadak bertukar menjadi redup. Bila kepala di donggakkan ke langit, saya lihat ada tompok-tompok awan hitam tebal yang mula melindungi pancaran matahari.
Walaupun hari siang tetapi, bila memasuki perkuburan memang terasa seram sejuk. Lebih-lebih ladi keadaan cuaca redup dan mendung. Suasana di kawasan perkuburan terasa sunyi. Batu-batu nisan tegak kaku sementara pepohon kemboja yang ditanam berdekatan batu-batu nisan nampak bergerak-gerak lemah. Beberapa ekor burung tanpa suara terus melompat dari dahan ke dahan kemboja.
"Nak hujan Tamar," bisik Andi Kamarool.
"Kita berdoa supaya hujan tak jadi macam semalam."
"Aku juga begitu," balas Andi Kamarool sambil merenung ke dada langit yang kian menghitam.
Bau busuk dan hangit terus menusuk batang hidung. Kami terus berjalan dengan hati-hati di celah-celah pepohon kemboja dan batu nisan yang kaku. Bila sampai ke perdu cempedak atau pokok asam gelugur kami berhenti sebentar untuk menghilangkan rasa penat. Bau busuk dan hangit kian bertambah kuat, anak tekak terasa loya dan mahu muntah.
CADANGAN
TIBA-TIBA saya merasakan apa yang dilakukan adalah kerja yang sia-sia. Saya mengajak Andi Kamarool pulang. Tetapi, Andi Kamarool membantah cadangan saya.
"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Kalau sudah sampai separuh jalan. tiba-tiba mahu berhenti. tak kenalah caranya. Kenapa masa mula-mula tadi tak mau fikir habis-habis," Andi Kamarool meluahkan protesnya. Saya kira diam lebih baik dari bertekak. Perjalanan dan percarian ditanah perkuburan diteruskan.
"Berhenti."
Andi Kamarool memegang bahu kanan saya.
"Kenapa Andi?"
"Aku dengar suara orang bercakap di sebelah hujung sana," bisik Andi Kamarool. Dan saya terus pasang telinga. Apa yang dikatakan oleh Andi Kamarool memang benar. Suara orang bercakap sama kuatnya dengan bau busuk dan hangit.
"Kita jalan perlahan-lahan. jangan sampai gerak-geri kita dapat mereka kesan," Andi Kamarool mengeluarkan arahan. Saya patuhi arahan itu.
Perjalanan selanjutnya cukup hati-hati. Dengan sedaya upaya kami cuba menghindari dari terpijak reranting kering. Ada ketikanya kami membongkok dan merangkak di bawah pepohon kemboja. Berusaha dengan sedaya upaya agar kami tidak melanggar batu-batu nisan yang bersimpang perinang di tanah perkuburan.
Bunyi orang bercakap, makin lama, makin jelas. Bau busuk dan hangit makin kuat, membuat saya enggan melangkah ke depan.
"Lihat itu," kata Andi Kamarool sambil memberhentikan langkah.
-TAMAT-

040. ‘DIA’ MENUMPANG…

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : ‘DIA’ MENUMPANG…
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400040
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Assalamualaikum kepada semua pembaca HZONE BLOG. Cerita yang aku nak share ni pendek saja and mungkin bagi korang seram mungkin tidak tapi tak apa aku just nak share experience aku untuk bacaan korang. Ok ceritanya bermula begini. Kejadian ni berlaku pada bulan lepas. Masa ni aku dan classmate aku Balqis (bukan nama sebenar) keluar dinner berdua saja since kawan-kawan kitorang yang lain busy siapkan assignment di hostel masing-masing.
Maklumlah kitorang ni student. Kitorang study di sebuah private college di Negeri Sembilan (tempat dirahsiakan). Ok di sebelah kedai yang kami dinner ni ada sebuah gereja. Keadaan gereja yang gelap tidak berlampu membuatkan aku rasa macam ada something yang memerhati. Aku cakap pada Balqis namun dia hanya menyuruhku agar tidak ambil pusing. Seumur hidup aku, aku cuma dengar cerita-cerita orang dan dapat ‘rasa’ saja apabila menyentuh bab-bab benda ghaib. Aku tak pernah nampak even sekalipun.
Tapi Balqis ‘gifted’. Dia selalu dah nampak benda-benda tersebut. Dia sudah lali. Around pukul 10.40 malam kitorang sudah siap makan dan ketika on the way balik ke hostel, aku dan Balqis sedang karaoke dalam kereta. Kitorang menyanyi lagu ‘Blank Space’ by our queen Taylor Swift. Bayangkan kitorang berdua pun jadilah memekak dalam kereta tu hahaha. Tiba-tiba kitorang perasan lampu tengah dalam kereta berkelip. Alaaa lampu atas kepala tu. Itu menandakan ada pintu yang tak bertutup rapat tapi aku fikir itu mustahil sebab biasanya sebelum gerak kemana-mana aku akan check semua pintu.
Kemudian aku tengok logo pintu tak menyala pun. Aku dah rasa tak sedap hati. Aku pandang Balqis, Balqis pandang aku. Dia terus berhenti menyanyi dan senyap. Tak lawak weh dahlah time tu kitorang betul-betul lalu tepi kubur cina. Dengan keadaan gelapnya, sunyinya. Padahal awal lagi pukul 11 pun belum. Aku memberanikan diri untuk melihat seat belakang. Dalam hati aku minta supaya tak adalah yang menumpang. Fuhhh lega rasanya bila takde ‘benda’ di seat belakang namun aku terus drive and drive.
Kitorang senyap saja tak memekak macam tadi dah. 5 minit kemudian, tiba-tiba lampu atas berkelip semula. Bukan sekali tapi dua kali! Aku sekali lagi memberanikan diri untuk tengok belakang tapi tiada apa-apa. Time ni Allah saja yang tahu betapa kuatnya jantung aku berdegup. Kencang. Aku dah mula berpeluh padahal aircond kemain sejuk lagi. Aku tengok Balqis senyap habis dan pandang luar saja. Aku tahu dia dapat rasakan something. Aku kenal dia. Tapi memang taklah aku nak bersuara time tu juga. Aku nekad sampai hostel nanti barulah aku tanya dia.
Sampai saja di simpang tiga, aku belok kanan untuk masuk dalam hostel area dan time nilah lampu atas berkelip sekali lagi dan tiba-tiba Balqis bersuara menyuruhku singgah kedai, jangan balik terus katanya. Aku menurut saja dan drive sampai depan 7e. Lepas park kereta, aku menarik nafas lega kerana tiada apa-apa yang buruk berlaku pada kami. Balqis juga turut melakukan perkara yang sama. Selepas itu, Balqis menepuk-nepuk bahuku untuk ‘cool’kan aku. Sebelum aku sempat bertanya, Balqis terlebih dahulu menceritakan semuanya.
Katanya, time di kedai makan tadi semasa aku tengah bayar, dia ternampak kelibat misteri di gereja itu. Kelibat tersebut fizikalnya tinggi, gempal, dan berambut panjang. Dia tak dapat melihat wajah kelibat itu kerana faktor keadaan gelap yang membataskan penglihatannya. Selepas itu dia mula rasa tak sedap hati dan terus mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Ceritanya lagi, dia nampak kelibat misteri itu berada dalam kereta setelah lampu berkelip pada kali kedua. Rupanya sangat menyeramkan. Dua biji mata terperosok ke dalam, wajahnya penuh d***h dan rambut kusut masai.
Sebab itu dia hanya mendiamkan diri dan pandang luar. Di simpang tiga tadi barulah kelibat tersebut keluar dari kereta aku ceritanya lagi. “Habis kenapa kau tak nak balik terus?”, tanyaku. “Orang tua-tua pernah kata kalau keluar ke mana-mana jangan balik terus. Mungkin ‘benda’ tu mengikut”, kata Balqis. Jadi kesimpulannya untuk mengelakkan makhluk-makhluk Allah yang tidak diundang ini mengikut kita pulang, eloklah singgah mana-mana dulu.
Terima kasih kerana sudi membaca kisah aku. Terpulang pada korang untuk percaya atau tidak. Tapi aku sudah mengalaminya sendiri. Kita wajib percaya bahawa benda-benda ghaib ini wujud. Namun kita tak boleh berani sangat, tak boleh jadi penakut sangat. Ingatlah bahawa kita hanya perlu takut pada Allah bukan pada makhluk-makhlukNya.
-TAMAT-

041. MIDNIGHT MOVIE

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : MIDNIGHT MOVIE
KARYA : SICELUPAR
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400041
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Lepas aku baca kisah Sesat Di Midvalley , terus kepala otak aku mengimbau apa yang berlaku dekat aku dengan member aku masa aku belajar dekat U dulu. Kenapa la dalam banyak-banyak kisah misteri, kisah dekat mall ni aku boleh lupa. Terima kasih writter Sesat Di Midvalley sebab dah menjentik kembali memori seram dekat mall yang pernah aku alami kira-kira lima tahun dulu.
Sebelum aku mulakan cerita, izinkan aku perkenalkan satu watak baru dalam cerita aku. Aku gelarkan dia Si Carut. Dari namanya tu, korang boleh faham la. Pencarutan yang ketara akan ada dalam cerita ni. Pembaca di bawah 18 tahun dinasihatkan agar tidak membacanya atau dapatkan nasihat doktor sekiranya perlu. Kah kah kah.
Ok, jom mula.
Cerita yang ni pendek je. Petang jumaat tu aku ngan member aku ni ada test. Test subjek apa entah. Tak ingat dah. Lepas habis test, terus aku pakat nak pergi tengok wayang. Aku ajak ramai, tapi semua ada hal. Cuma Rahman seorang je yang tak busy. Itupun malam baru dia boleh free kan diri dia. Bajet-bajet nak self reward lepas test la kononnya, nak jugak tengok wayang. Jadi, kitorang pun buat keputusan nak pergi tengok midnight movie dekat sebuah mall ni.
Sumpah aku lupa mall mana. Aku cuba nak ingat tapi still tak nampak bayang mall mana. Nampak sangat aku kaki merayap masa belajar dulu. hahahaha Habis je movie tu, kitorang decide nak lepak mamak. Siap rojer lagi member-member lain yang tak tidur lagi. Kot-kot ada yang nak pekena roti canai teh tarik malam-malam buta tu kan.
Mall ni pelik sikit. Dia tak ada escelator. Ada lif dan tangga je. Saiz mall ni pun tak besar. Aku datang tengok wayang kat sini pun sebab nak tiket seat atas. Kalau aku pergi mall lain konfem dapat seat patah tengkuk. Kisahnya bermula bila si Rahman ni ajak aku turun ke parking guna tangga. Sebab ramai orang tunggu depan lif masa tu. Semua baru lepas habis tengok wayang. Lif ada dua je. Aku pun memang jenis tak suka menunggu lif lama-lama.
Kitorang guna la tangga kecemasan yang ada gambar orang turun tangga warna hijau tu. Baru lepas habis tengok cerita komedi masa tu. Kepala otak memang tak pikir langsung pasal benda-benda mistik ni. Siap buat discussion lagi pasal movie tadi sambil gelak-gelak.
Bila dah turun dalam empat level macam tu, barulah aku duk tanya Rahman, “kereta kita kat level berapa?”.
Rahman cakap dekat level G. Aku pandang pintu, aku pandang dinding. Tak ada langsung tanda kitorang dekat level berapa. Fail betul la siapa yang buat mall ni! Nak tak nak, kena la bukak pintu kecemasan tu, tengok dekat luar dah ada dekat level berapa. Bila kitorang keluar, nampak la kedai-kedai dalam mall tu, tapi koridor luar kedai-kedai tu gelap je. Cahaya pun malap.
Aku dan Rahman pun berjalan la tinjau-tinjau cari papan tanda nak tau aras berapa. Mall ni level G dia bukan level paling bawah. Ada lagi yang lebih bawah. Tapi, main entrance dia level G lah. Aku jenguk la ke bawah dari koridor tu. Nak kira berapa tingkat lagi nak ke bawah. Tapi, aku baru je julur kepala nak tengok, terus mata aku tangkap tiga bentuk tubuh orang tengah berdiri pakai baju putih kat level bawah. Berderau d***h aku! Muka benda tu tak senyum langsung. Semua tepat pandang ke aku. Meremang terus bulu roma aku.
“Rahman, kau tengok apa aku nampak!” aku bagitahu Rahman sambil tunjuk-tunjuk dekat kelibat tubuh kaku tu.
“Woi, b**i! Terperanjat la sial. Musibat punya patung!”, mamat ni memang kalau bab mencarut, award pencarut paling hebat dalam dunia ni, bagi lah kat dia.
Aku gelak terkekeh-kekeh. Dia pun terperanjat jugak rupanya bila nampak patung tiga orang kat dalam satu butik dinding kaca kat tingkat bawah tu. Happy kenakan si carut ni sampaikan keadaan dalam mall yang malap tu pun tak berjaya takutkan aku. Kepala otak aku masih lagi ligat memikirkan roti tisu yang rangup dekat kedai mamak nanti. Pikir pasal makan je kerja aku ni, sebab tu tak takut sangat masa ni.
Jalan punya jalan, nampak lah papan tanda tulis Level 2. Rahman pun ajak la turun guna tangga lagi sekali. Kali ni, tangga kecemasan belah lain pulak. Masa tengah menapak turun, barulah otak aku ligat berfikir. Wayang dekat tingkat 4. Kitorang dah turun 4 level. Sepatutnya dah dekat level G. Kenapa baru kat level 2? Aku baru nak persoalkan hal tu tiba-tiba lampu dekat tangga tu terpadam. Terus kelam gelap gelita tak nampak apa.
“Kepala b***h pak hang! Lampu ni terpadam, awatnya?”. Sekali lagi dia ‘berzikir’. Kali ni keluar terus bahasa ibunda dia. Hilang terus slang KL dia.
Rasa takut aku terus datang, spontan aku tarik tangan mamat tu. “Dah hang tarik tangan aku pasai apa?”, dia terus rentap tangan dia mintak aku lepaskan. Aku lepaskan. Lepas tu aku terus capai phone dalam poket. Aku bukak aplikasi torchlight. Terus terang kawasan tangga tu. Terang memang lah terang tapi bulu roma aku terus mencanak tegak. Rahman tak ada pun depan aku. Tak lama lepas tu, aku nampak cahaya dari tingkat bawah.
“Woi musibat! Hang mana?”, aku dengar Rahman panggil aku.
Sumpah otak waras aku tak dapat nak rungkaikan apa yang berlaku. Baru tadi aku tarik tangan mamat ni, ada depan aku walaupun tak nampak dalam gelap. Lepas dapat cahaya, tiba-tiba Rahman ada kat tingkat bawah. Apa semua ni? Aku berlari turun pergi dekat Rahman. Aku nampak muka dia dah tunjuk riak takut. Dia terus ajak aku keluar dari area tangga tu. Pintu yang ada depan dia masa tu, dia buka. Aku follow belakang. Baru dua tiga tapak kitorang masuk semula ke bahagian dalam mall tu, langkah kitorang terhenti.
Depan kitorang bukan lagi kedai-kedai dalam mall yang cantik-cantik tu. Tapi macam dalam mall yang tak siap lagi. Dinding buruk. Lantai bergerutu tak bermozek lagi. Siling penuh wayar-wayar berselirat.
Perasaan aku masa tu, kenapa lah aku ada kat sini? Kenapa bukan kat rumah tido ke, ataupun dekat mamak tengah pekena nan cheese. Kitorang macam dilema. Nak masuk ke area tangga kecemasan tu semula ke, atau nak lalu je kawasan mall tak siap tu.
Kitorang waras lagi. Lebih selamat, kitorang guna tangga tu semula. Turun lagi satu level. Masa tengah menapak turun tangga tu, tiba-tiba kitorang dengar bunyi orang ramai-ramai menyanyi koir kat tingkat atas. Bergema sampai ke bawah. Bunyi penyanyi koir lelaki ramai-ramai sebut “aa aa aa aa aa” suara suprano garau bergema sampai bawah ni.
Kitorang apa lagi. Terus berlari turun. Bukak pintu dan jumpa kedai-kedai dalam mall tu semula. Suasana masih sama. Malap. Lampu koridor tak banyak yang dipasang. Bila jumpa papan tanda, kitorang memang pelik dah. Baru dekat level 1. Maknanya ada 1 level je lagi nak sampai ke G. Kali ni, kitorang dah nekad, nak guna lif je. Berjalan la cari lif. Masa on the way nak pergi ke lif tu, kitorang lalu la depan kedai butik baju pengantin yang ada tiga patung tadi.
“B**i! Patung ni lagi!”, aku dengar Rahman mencarut lagi. Dia ada dekat depan aku masa tu. Mula-mula aku macam nak tergelak, tapi aku batalkan niat aku tu. Bulu roma aku meremang lagi. Aku rasa kalau aku ada sakit jantung, dah lama KO ni. Aku terus jalan pantas kejar Rahman yang laju betul melangkah ke depan. Nampak betul dia dah mula rasa tak sedap duduk dalam mall tu lama-lama.
Bila kitorang sampai dekat lif, baru je nak tekan butang, lif terbukak dan ada dua orang guard Bangla dekat dalam. Tuhan je yang tahu betapa aku dan Rahman lega gila masa tu. Guard tu tanya, apa kitorang buat kat level tu? Kitorang cakap la kitorang sesat lepas guna tangga kecemasan nak turun. Guard tu marah kitorang. Diorang kata, next time, guna lif sahaja! Jangan guna itu tangga! Kitorang iya kan je.
Berjaya jugak la kitorang sampai ke level G. Kitorang pergi dekat kereta. Kitorang park kereta betul-betul sebelah pondok pak guard. Rahman punya style. Kalau tengok midnight movie, dia suka park siap-siap sebelah pondok pak guard. Bajet selamat la kereta ada orang jaga. Baru je sampai dekat kereta, ada Pakcik Guard melayu kat dalam. Dia bagi salam. Dia seorang. Bosan agaknya. Tu dia tegur kitorang tu kot. Rahman pulak jenis ramah. Boleh pulak dia borak kejap dengan pakcik tu. Perut aku dah pedih meronta minta roti telur ni.
Pakcik tu tanya, kitorang tengok cerita apa? Rahman la yang banyak jawab. Aku malas nak layan sangat. Aku bizi mesej member-member siapa nak join lepak mamak. Sampailah aku dengar pakcik tu cakap,
“Nasib baiklah korang kena sekejap je. Ada kes budak perempuan tiga orang minggu lepas. Sampai ke subuh tak keluar-keluar. Mall ni keras sikit. Sebab tu tak ramai yang nak tengok wayang tengah malam dekat sini. Tadi pun pakcik baru nampak kamu berdua dekat CCTV. Baru je pakcik nak bangun pergi dekat korang, korang dah keluar”.
Lepas tu Rahman mencelah,
“Tu lah pakcik. Nasib baik ada pak guard bangla dua orang tadi”.
Muka pakcik tu macam pelik. Lepas tu dia sengih. Nak tau tak dia cakap apa, dia cakap pak guard kat sini semuanya melayu. Dan yang bertugas malam tu cuma dia berdua je. Seorang lagi tengah pergi buat rondaan. Melayu ye, bukan bangla.
“Jadi, siapa pak guard bangla dua orang tu?”, aku tanya Rahman masa dalam kereta on the way nak ke kedai mamak, nak pekena megi goreng telur mata.
“Tu satu hal. Satu hal lagi, kau sedar tak patung tiga bijik yang aku terkejut tu? Masa kita lintas kedai tu, aku nampak patung tu dah pandang ke bawah. Bukan ke atas”. Rahman punya ayat terus buat aku meremang.
Itu dari sisi mata dia. Dari sisi pandangan aku pulak, aku nampak ada empat patung. Empat! Bukan tiga. Dari mana datangnya patung keempat tu? Entah la. Yang pasti, bila aku dah nampak ada empat tu, aku terus kejar Rahman tak pandang belakang langsung dah.
Malas aku nak fikir lebih-lebih. Yang penting aku dengan Rahman berjaya keluar dah ni. Memang tu la last aku pergi mall tu. Walaupun karaoke kat situ murah, aku cekalkan hati tak nak jejakkan kaki kat situ dah. Daripada aku fikir pasal misteri kejadian tadi, baik aku fokus pasal roti bom yang gebu bakal aku ngap sekejap lagi.
Ok. Ni lagi satu misteri. Aku nak makan apa sebenarnya kat mamak nanti?
-TAMAT-

042. SAMPAI BILA?

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : SAMPAI BILA?
KARYA : EX - CAPTAIN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400042
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Hai semua. Aku tak pernah terlintas nak cerita atau share benda yang pernah terjadi pada aku ni. Sebab aku malu dan aku sendiri macam tak percaya. Tapi, apa salahnya kan. Since korang tak tahu pun aku sapa, why not? Hehe cerita aku ni panjang, sebab bermula masa aku umur 17 tahun, sekarang aku dah xx tahun pun.
Aku dulu duduk asrama, dari tingkatan 1. Semua okay aje la. Kena ragging tu biasa la. Tang kakak angkat la adik angkat la segala tu pun biasa. Frust menonggeng sebab bakal kakak angkat ambik adik angkat lain pun biasa. Sakit dia tuh….. Aku rasa nak lempang pulak bila ingat pe’el memasing. Palinggggggg biasa cerita hantu. Tak asrama la kan takde hantu. Kisahnya, asrama aku ni dulu bekas hospital (apa dah tak ada bangunan lain nak di-convert-kan jadi asrama?). Kalau ikut struktur bangunan memang nampak pelik la, binaan dia pelik. Bila aku dapat tau tu bekas hospital, memang make sense.
Ada blok bangunan baru dan ada blok lama. Blok lama la yang aku refer as pelik ni. Bilik mandi dia ada platform panjang-panjang. Kitorang ni apa lagi, sebab orang jarang guna bilik mandi blok lama ni, kitorang berjimba la boleh basuh baju berdiri dan selama mana nak tanpa ada orang berdehem, “Ehm, ada orang lain nak basuh jugak woi!”. Dan paling penting, tak la kebas kaki bersimpuh ye dak. Bila dah hujung-hujung belajar ada orang informed, tu sebenarnya bekas bilik mandikan mayat. O-M-G! Luruh jantung jap.
Belakang dewan makan, ada pokok kemboja besaaaaaaaar. Aku harap korang baca ni dengan nada sekali tau. Beriya aku taip besaaaaar tu menggambarkan saiz pokok tu. Bila malam cahaya bulan terang pastu asrama dah light off, kau masih boleh nampak pokok tu dengan bunga kemboja yang kaler putih tu. Terlambai-lambai…. tetiba, bau wangi semerbak. Choi! Dipendekkan cerita, masa naik form 5 aku jadi kapten asrama. Masa ni la gangguan yang selama ni aku gelak-gelak je bila dengar (tapi masa nak tidur gigil gak la. Kumat kamit baca doa surah segala), aku pulak alami. Masa tidur terasa orang tarik rambut, kaki kena tarik, katil kena goncang segala. Tapi nasib baik aku ni jenis husnudzon bila ngantuk. Katil bergoncang? Hmmm budak atas ni. Tido lasak nau. Bangun esok aku terdiam jap, katil atas mana ada orang duduk. Wahahaha.
Dalam banyak-banyak benda, paling kerap terjadi ialah histeria. Tak lain tak bukan la sebab dia. Confirm tak basuh pad. Ada perangai tak tau la nak klasifikasikan sebagai apa, simpan pad dah guna dalam locker. Kejadahnya dik non oi? Satu hari aku dah penat dan hilang sabar. Aku dah la duduk depan wei, mana aku nak cover bila ngantuk dalam kelas malam asyik kena kacau je. So satu hari aku buat roll call. Ayat aku camni la lebih kurang;
“Saya dah penat lah asyik saya je kena. Siapa punya pad tu baik mengaku? Siapa yang tinggalkan tak basuh dekat bilik mandi sekian sekian tingkat sekian sekian?”. Semua senyap.
“Saya bagi peluang awak mengaku sekarang dan bersihkan”. Suasana sunyi.
“Okay. Takpe. Saya tak nak tanggung. Saya kira sampai sepuluh kalau tak ngaku dia tanggung la sendiri”, ujarku sebab dah malas xda orang ngaku.
Sampai je aku kira 10, pup! Tumbang sorang budak ni. Kaget aku. Tak sangka la pulak. Aku nak ugut je sebab banyak kali sangat kes pad berdawah ni. Stweess mak. Kecoh kejap la sebab benda ni berjangkit jangkit. Lepas sorang, sorang tumbang. Paling aku tak boleh blah, budak-budak yang histeria tu panggil nama aku. Nama aku wei……. Bersahut sahutan. Choi habis la. Aku punya ngeri la masa tu. Tapi ku tahan jebat! Ku tahan demi air muka seorang kapten. Aku dah tak ingat camne ending malam tu. Rasanya semua tidur kat surau kot dan panggil ustaz.
Sejak dari tu aku selalu mimpi this one lady. Very very traditional looking. Rambut panjang tocang dua. Baju kebarung besar. Bila aku cerita dekat Umi (penyelia asrama), muka dia berubah sakan. Dia tarik aku ke tepi. Dia suruh aku cerita in detail perempuan tu macam mana. Bila aku cerita lagi, dia macam nak nangis. Lama lepas tu, Umi cakap, “dia Rahmah. Bekas student sini. Dia b***h diri belakang dewan makan kita, dekat pangkal pokok kemboja. Awak jangan cakap dengan sesiapa. Please”.
Lepas tu aku keluar asrama sebab mak aku marah. Dia takut pelajaran aku terganggu sebab benda ni. Aku berubat jugak dengan macam-macam ustaz at the same time. Mimpi pasal Rahmah pun masih kerap. Dia nak kawan dengan aku. Dia kata dah lama perhatikan aku la segala. Bila aku tolak dan tolak dan tolak, dia tukar rupa dari cantik ke hodoh yang amat sangat. Akhirnya, ada sorang ustaz ni berjaya tutup hijab tu. Aku pun dah start tidur lena takda dah Rahmah dalam mimpi.
Fast forward the story, aku masuk PLKN. Mula-mula aku dapat placement kat negeri bawah bayu. Mak aku buat drama pulakkkkk. Hari-hari nangis macam-macam the worst case scenario dia cakap. Last sekali, bapak aku bawak pergi HQ PLKN, mohon tukar. Dapat la satu kem yang dekat dan tepi high way. Tidak la meroyan puan emak tu sangat.
Aku pun excited yada yada yada sampai la kitorang ada kembara waja. Masuk hutan. Aku memang suka bab-bab masuk hutan ni. Tapi yang tak syok nya, khemah apa semua dah siap pasang, secara tiba-tiba komander kem kata ada serangan musuh. Ohh apa lagi, aku dah lama berangan nak kombat ala tentera la konon. Tapi hampa sebab kena bukak balik khemah dalam gelap. Wuuuu wuuuuu rasa nak nangis kau. Takpe lah, bertabah aje la ye tak.
Aku mula rasa pelik sebab ada dua tiga geng pandang tajam je dekat aku. Dan aku perasan, dorang ni ada kawan 2 orang pegang kiri kanan. Aku kan selalu husnudzon tak kena tempat. Jadi aku buat tak tahu. Bad mood agaknya dorang tu. Masa nak naik bas, baru aku dapat tangkap serangan “musuh” yang komander kem tu kata apa. Wei, rasukan wei!! Not again! Bodoh nya aku ni slow bebeno siaran tergendala macam piring astro ditimpa hujan lebat. Masa aku naik bas tu, ada beberapa orang yang aku perasan memang pandang tajam kat aku. Aku diam. Aku tunduk je tak pandang orang bila aku duduk kat seat tu. Aku pejam mata dan baca ayat kursi. Masa aku pejam mata tu aku terdengar macam suara berbisik;
“Pah…. Aku ni. Aku datang cari kau. Jauh aku cari….”
Not again……! Para cikgu pun macam dapat sense something was wrong somewhere sebab orang dok pandang aku secara tajam. Makanya, dorang kunci aku dalam bilik ditemani beberapa kawan. Aku tak ingat sangat apa jadi selain jeritan yang bersahut sahutan. Ciskek betul. Boleh dia trace aku. Zaman tu mana ada waze wei. Mungkin GPS? Atau dia ada orang dalam dekat CIA? FBI? Bukit Aman? Ok dah boleh berhenti merapu. Aku masih dihantui oleh Rahmah rupanya. Dan sesi berubat berjalan kembali. Sana sini mak aku bawak. Masa dekat U pulak, aku join fasilitator punya thingy. Kenaaaaaa lagi.
Korang dah penat ke baca? Aku rasa nak berhenti. Tapi aku tak suka buat benda separuh jalan. Penyesalan jugak la kenapa aku rajin sangat nak menaip segala ni. Baca je la ye. Sis cuba taip lagi.
Sambung…. Kisahnya, kem yang aku jadi fasi tu dibuat dekat Ulu Yam. Malam tu ada night walk. Aku ikut la. Tapi malam tu aku macam ternampak few things yang pelik. Macam biasa, aku kan apa? Husnudzon tak bertem..? Pat. Pandai korang habiskan ayat. Aku ingat aku penat sangat hence terbayangkan benda pelik pelik. Esoknya ada morning walk, aku penat sangat sebab tetiba dorang suruh berhenti jap. Aku pun duduk bertongkat dagu. Ingatkan nak lelap la kejap. Sis penat sangat tau. Ahaha sekali ada suara haruk pikuk suruh ketepi. Rupanya dorang tengah angkat budak yang histeria.
*Admin, kenapa tak boleh masukkan emoji. Aku nak letak muka nangis 2 baris*
Histeria lagi. Apalah nasib aku. Dari situ bermula la episod aku pulak yang terkena. Ada nenek yang mengikut balik. Siap ada harimau lagi kau.
Alhamdulillah, setelah another round of berubat, aku juga sempat dirawat sendiri oleh Almarhum Dato Harun Din. Semuanya reda bila aku kahwin. Sekarang dah ada 2 orang anak nak masuk tiga pun.
“Ibu, ibu. Abang takut”, ujar anakku.
“Takut apa sayang?”, tanyaku.
“Tu dekat luar tu.. Takda harimau kan?”, jawabnya.
Aku nak tanya korang, sampai bila? 
-TAMAT-

043. CIKGU TAK TIDUR LAGI???

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : CIKGU TAK TIDUR LAGI???
KARYA : CIKGU Y
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400043
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca HZONE BLOG. Ni 1st time aku menulis dalam HZONE BLOG. Diharapkan anda semua faham lah ye. Aku tetiba jadi nak menulis pengalaman aku selepas aku membaca tentang “AKU DAN STUDENT”. Aku rasa nak share benda yang hampir sama.
Kisah bermula bila aku memilih sebuah sekolah di Ipoh sebagai lokasi aku praktikal cikgu. Sekolah aku pilih ni adalah sekolah sukan yang rata-ratanya memang duduk asrama lah pelajarnya untuk senang turun membuat latihan. Aku adalah dari keluarga yang pandai berubat. Keturunan bapak aku, yang lelaki semua pandai berubat (adik-beradik bapak aku). Dalam keluarga aku pulak, aku ni boleh dikira lebih kurang macam bapak aku (aku perempuan ya). TYang lain biasa-biasa je. Kat rumah kalau jadi apa-apa, aku dan bapak aku yang macam dapat rasakan dulu tapi aku tak boleh nampak dan tak boleh buang benda tu. Kisah bermula bila………
Cerita di sekolah aku masuk tu. SMK** sangat bagus bagi pandangan aku yang bukan aktif sukan ni walaupun dekat Uni aku ada join jugak bola jaring dan futsal sebab sekolah ni sangat menjaga pelajar sukannya. Training ikot waktu. Tiada seorang pelajar pon boleh stay dalam asrama sewaktu training. Masa aku masuk check in asrama warden (kedudukan dia dalam blok asrama pelajar perempuan, blok hadapan, tingkat 2 sederet dengan tempat prep budak tingkatan 1 dan 4) aku diberitahu pelajar kat situ, bilik yang aku dan kawan aku duduk tu tak pernah ada orang masuk. Tapi aku jenis tak kisah sebab aku memang jenis pergi mana-mana tempat baru aku akan baca yaasin untuk pagar tempat aku pergi. (Habit aku mungkin sebab aku percaya Allah akan pelihara aku). Selang beberapa hari, 2 lagi kawan baru aku masuk dari U*** jadi dalam bilik kami ada 4 orang. 2 islam, sorang cina, sorang sabahan (non muslim).
Kejadian mistik pertama terjadi (tapi tak mistik sangat) sebelum geng U*** aku masuk, masa hari first masuk rumah tu, macam biasa je. Tak rasa apa-apa. Kedudukan katil aku dengan kawan aku KD, memang jarak sebab aku duduk kat katil yang betul-betul sebelah bilik air (yang memisahkan katil aku dengan bilik air adalah dinding. Dinding tu pulak, jenis macam dinding dekat toilet sekolah, yang atas tu boleh intai orang). Kedudukan katil kawan aku plak adalah hujung dinding sebelah kiri. Jadinya kalau dia tidur dan menghadap aku, dia akan nampak dinding toilet tu la (harap korang dapat imagine hehehhe). Tengah-tengah katil kami pula boleh letak lagi 2 buah katil single.
Nampak tak betapa jauhnya kedudukan aku dengan katil KD. Nak dijadikan cerita, malam tu kawan aku yang penakut ni kena kacau. Dia nampak “benda” tu bertenggek dekat atas dinding toilet sebelah katil aku tu. Dia cakap benda tu tengok je dia. dia cakap dia panggil aku tapi aku tak dengar. Terus dia tidur menghadap dinding sebelah kiri dia sampai pagi (memang la aku tak dengar, penat woi dari KL nak pergi Ipoh kemas barang semua. Memang ngantuk la).
Mistik kedua (terjadi pada hari ahad)
Pada hari jumaat tu aku kena bawak budak tingkatan 4 ke kem luar sekolah. Nauzubillah penatnya, petang ahad baru sampai kat sekolah. Time tu nak dekat maghrib baru sampai. Jadinya aku suruh pelajar semua balik ke dorm masing-masing dan standby untuk solat jemaah kat surau besar sekolah, then terus bersiap untuk prep (pelajar perempuan prep kat blok asrama je. Pelajar lelaki prep kat blok sekolah). Nak jadikan cerita, as warden sambilan ni, aku pon lepas mandi semua, aku terus lah cek budak-budak ada ke tak dalam prep.
Ada yang sakit ke atau apa-apa jela. Jenis aku, aku selalu stay dengan budak aku supaya kalau ada masalah dalam pelajaran dorang senang nak tanya aku. Jadi aku pon prep bersama dorang sampai la jam 10.30 malam (tak silap aku. Aku lupa dorang habis prep jam berapa). Elok aku balik bilik, kemas beg semua dan nak terlelap. Masa tu dalam jam 11.40 malam, tiba-tiba, ada pelajar aku ketuk pintu. (KD bukak pintu tu). Budak panggil aku katanya, aku pon pergi ke pintu tanya kenapa, dorang bising cakap, “cikgu, si A kena rasuk. Dia tak bagi sesiapa ada dalam dorm kecuali 3 orang, cikgu, B dan C”.
Aku pon dengan blur dok tanya budak tu, kenapa aku. Dorang kata tak tahu. At the end, sebagai guru, aku pon pergi la ke dorm pelajar tingkatan 4 di blok belakang (blok pelajar perempuan ada 2, blok B dan C. Penghubung blok tu adalah laluan koridor macam dekat sekolah tu). Sebelum aku pergi, si KD ni sibuk nak tahu kenapa aku rushing nak ke dorm budak. Aku dah kata, ada hal, dia sibuk nak tahu juga, then aku bisik kat dia ada budak kena rasuk terus terduduk dia. Diam seribu bahasa. Kawan aku 2 orang lagi tu pon pelik kenapa tetiba KD diam.
Lepas tu aku terus ke bilik si A. Yes memang, time tu dia duduk atas katil, B dan C sedang pegang dia. Yang lain semua stay luar bilik. Pintu ditutup, dan si B pun mula bersoal jawab dengan benda tu (si B ni dia boleh membuang. Macam aku, aku tak boleh).
B: kenapa kau kacau kawan aku
A: sebab dia kawan aku
B: manusia mana boleh kawan dengan jin
A: tapi aku sayang dia. Aku dah lama duduk dengan dia.
B: baik kau keluar sebelum aku b***h kau
A: tiba-tiba mengamuk dan meracau.
Aku terus panggil pelajar-pelajar luar masuk dan baringkan A dekat lantai (bertilam). Lepas tu, setiap yang boleh solat, pergi ambil wudhuk dan kitorang sama-sama baca yaasin dekat A. Masa tu A diam je. Dia antara sedar tak sedar cakap, “cikgu saya tak dengar apa-apa, benda tu tutup telinga saya cikgu. Tolong saya.” Lepas tu aku minta B dan C papah A ke toilet untuk ambil wudhuk, tiba-tiba si D yang ada saka ni cakap, “cikgu, benda tu duduk kat rambut dia”. Untuk pengetahuan semua, si A ni rambut memang panjang sampai takat pinggang dan memang suka buat sanggul tinggi. Macam perempuan mengandung tu. Jadinya, lepas D bagitahu aku tu, aku terus ke A dan minta dia bukak sanggul dia. Dia dengan marah cakap, “saya rimas lah cikgu. Buat apa nak bukak sanggul ni. Ambil wudhuk kat gigi rambut je”. Lepas tu sah lah memang benda tu stay kat rambut dia.
Aku pun biarkan. Lepas tu B dan C pon bawak A ke dorm semula. Time tu jam 3.30 @ 4 pagi. Aku cakap dengan yang lain, A dah ok sikit ni. “Takpa, cikgu akan jaga A, kamu semua tidur dulu. Esok nak sekolah”. Jadinya, malam tu yang berjaga adalah aku dan si A dan D. Yang lain dah tidur dalam keletihan. Aku tahu benda tu masih ada dalam badan A sebab apa? sAebab dalam A tutup mata, dia akan toleh ke kanan dan ke kiri tanpa gerakkan badan dia, sambil tersenyum. Masa tu kedudukan aku tidur di katil D (berkongsi katil dengan D) adalah kat kepala A. Jadinya aku tak tidur sebab tengok A yang dok senyum tu.
Tiba-tiba, jeng jeng jeng. Dalam mata tertutup tu A boleh tegur aku, “cikgu tak tidur lagi? Tidur la, saya dah ok ni”. Tiba-tiba dia senyum. Ko rasa. Hahahaha.. kecut perut aku time tu. Aku tak tahu bilanya aku terlelap, tiba-tiba jam loceng aku bunyi menandakan dah jam 6. Jadinya aku bangun balik ke rumah warden dan mandi and solat seterusnya ke sekolah. By the way, mak bapak A datang bawak A balik untuk berubat (aku dapat tahu, benda tu memang ada dengan A sejak dia lahir sebab benda tu fitnah kata mak A terima. Tapi wallahualam sebab aku tak arif tentang benda ni).
Dengan penat tak habis lagi balik dari kem, dan hari ahad yang penuh tragik tu. Dengan tak tidur seharinya, hari isnin balik dari sekolah dalam jam 3. Lepas tu aku rehat jap, jam 5 kena turun tengok budak training pulak. Lepas tu waktu selepas maghrib kononnya kami 4 orang nak la makan kat luar. Sedang aku berjalan dengan kawan2 aku nak ke kereta, tiba-tiba aku terjatuh (macam orang nak lumba lari tu). Kawan aku c KD dah pelik, kenapa aku boleh jatuh sedangkan takde apa-apa yang menghalang perjalanan kami. Aku cakap dengan KD, “aku tak sedap hati. Aku nak jaga budak-budak tu. Aku minta dorang tapaukan aku makanan je”. KD tanya aku, aku ok tak. Aku cakap aku ok. Dan aku minta KD dan 2 kawan aku lagi tu tunggu dekat dewan sekolah, stay dengan budak laki yang tengah prepare untuk majlis hari selasa tu.
Elok aku hantar dorang ke dewan tu, tiba-tiba dengar budak perempuan menjerit. Ada budak perempuan lain jerit-jerit panggil aku, “Cikgu, ada budak kena rasuk”. Aku tinggalkan kawan-kawan aku kat dewan terus aku lari dapatkan budak tu. Aku minta KD dan kawan yang lain call sesiapa sebab aku cakap aku dah tak larat. Terus aku dapatkan budak pertama yang histeria, di bilik prep tingkatan 1 di blok C (blok belakang). Budak tu meracau, macam biasa assistant aku B, C dan D ada sama. Aku minta pelajar lain kumpul dalam surau blok. Masa B nak keluarkan benda tu dari badan budak ni, B aku tengok memang dah betul-betul lemah sebab semalam seharian aku, dan dia dok bertarung dengan si A. Hari ni ada lagi pulak budak yang kena. Yang aku sempat tangkap conversation antara B dengan benda tu adalah;
B : apasal kau kacau budak ni
H : aku benci budak tingkatan 1 sekolah ni
B : apa salah dia buat dekat kau
H : dorang buat aku hilang kerja. aku akan jilat semua kema**** budak tingkatan 1.
B terus cuba keluarkan benda tu. Lepas dah dapat keluarkan, B pengsan. Aku minta C dan D dan beberapa budak lain tolong bawak H dan B ke surau blok. Tengah kumpul kat situ, 6 orang pelajar lain kena histeria. Meracau-racau dalam tu. Aku bisik dekat D, “cikgu tak kuat dah ni D. Tolong minta semua kumpul dan baca yaasin”. Nasib baik malam isnin tu 7 orang je kena. Kalau tidak, mampuih aku. Lepas tu bila semua dah ok. Dah diberi minum air yaasin. Aku minta bawak semua ni ke surau besar sekolah. Semua pelajar yang kena rasuk dan histeria dijaga oleh kawan-kawan yang lain.
Waktu tu, dah masuk waktu isyak. Dan time tu cikgu-cikgu pon dah start datang. Selesai aku solat isyak kat surau tu, tiba-tiba aku menangis. Ada sorang pelajar tegur aku, “cikgu, kenapa menangis?” dan akhirnya aku pitam. Tersedar aku bila aku dengar ada ustazah dari luar baca ayat kat aku dan tepuk belakang aku. Dia kata, baca ayat kursi dan hembus depan, belakang, atas bawah, kiri kanan aku. Aku buat dan akhirnya aku macam dapat energy aku balik.
Elok je aku dah ok, pelajar paling rapat dengan aku, aku namakan dia Baby tiba-tiba meracau dalam surau. Pelajar lelaki yang ada di dewan semua datang. Aku terus peluk Baby dan bacakan ayat kursi kat telinga dia. Masa tu Allahuakbar, menggeletar badan dia tu toksah nak cakap. Macam kena mandi air sejuk. Lepas je dia ok, ayah dia bagi dia minum lebihan air yaasin yang kitorang buat dekat surau kecil tu.
Lepas semua dah setel malam tu. aku pon bertanya pada budak B,C dan D kenapa jadi macam tu. Dorang pun bukak cerita tentang masa dorang tingkatan 1 (dorang pada waktu ni tingkatan 4 dah).
Selepas tu tak ada kes rasuk dan histeria terjadi lagi. Just aku je lah kadang-kadang kena ganggu. Benda tu tak tunjuk muka, tapi dia tutup saluran penafasan aku sampai aku tak boleh bernafas dan pengsan (nasib masa ni aku ada pewangi minyak kijang dan kasturi hadiah dari sepupu aku yang mengamalkan perubatan Islam Darul *****). Aku dah kata kat KD kalau jadi apa-apa kat aku, letak pewangi tu kat tempat-tempat tertentu. Alhamdulillah dengan izin Allah aku ok. Just sekarang pewangi aku tu ntah ke mana sebab pelajar aku guna.
Tu je la kot daripada aku. Maaf cerita aku panjang berjela. Harap semua faham sebab aku bukan guru bahasa. Terima kasih kerana membaca sedikit pengalaman aku handle benda tu di sekolah asrama.
-TAMAT-


044. BENDA MENYERUPAI ‘AKU’

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : BENDA MENYERUPAI ‘AKU’
KARYA : CIK IJA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400044
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Salam, thanks admin kalau publish citer aku. Hai reader2, apa kabar? Moga ceria selalu. Maaf kaalu citer ni tak seram, taip bagi aku. X seram pun, aku bengang, kenapa dalam banyak2 orang, RUPA AKU JUGAK DIA NAK BENTUK! Ok, kita mulakan. Zasss~
Pagi tu macam bese, mak aku lepas subuh ni tak tido. So, lepas dia hantar bapak aku nak pergi keje depan pintu, maka bermulalah operasi dia kemas dapur sikit2 (rumah aku kemas), tapi pagi tu lepas subuh, aku pulak pergi sambung tido tapi di ruang tamu lah, supaya senang takleh tido lama2 (badan sakit la beb tido atas lantai hehe). Oh sebelum terlupa, kalau pagi2 buta lepas ayah aku pergi keje, yang ada di rumah memang aku dan mak aku je. Adik2 sekolah. Lepas kemas2 dapur, mak aku pergi lah mandi dan siap2 solat dhuha dan mengaji, di bilik dia (bilik dia belakang skali, paling jauh dengan dapur).
Dalam dia tengah mengaji tu, tetiba pintu kat dapur bahagian belakang (yang memisahkan ruang mesin basuh dengan dapur), bergegar dengan sangat kuat sekali. Oh sebelum tu, rumah kitorang flat je. Takde nye orang luar boleh ceroboh masuk kawasan mesin basuh tu. Nak capai pintu yang menghubung ke dapur pun x boleh sama sekali.
Ok, mulanya mak aku buat x tahu dengan gegaran pintu tu. Lelama x puas hati jugak lah kan. Dia pun bangun, pergi lah ke dapur. Tengok pintu, dia ingatkan aku la buang tebiat pergi goncang pintu tu, tapi eh aku pulak masih tido laig di ruang tamu. Rupa orang tido m**i, jadi sangat mustahil untuk aku yang pergi bangun nak goncang2 lak pintu dapur tu. Mak aku istighfar jelah, tahu dah bukan aku tapi ‘dia’ seronok nak kacau orang.
***
Lepas dari peristiwa tu, hidup mak aku bahagia balik tanpa ada gangguan apa2. Tapi kebahagiaannya tak lama. Dalam beberapa minggu lepas tu pulak, kes sama. Lepas mak aku habis ngaji bagai, maka melepak lah dia di ruang tamu sambil tengok2 hp. Time tu sama juga lah aku ni sambung tido lepas subuh, tapi di bilik sendiri lah. Tengah2 mak aku scroll2 hp, dia nampak ‘aku’ berjalan pergi ke dapur, minum air masak. Dapur dan ruang tamu sebelah menyebelah je.
Mulanya mak aku buat x tahu. Tp tetiba dia x sedap hati, dia dapat rasa ada angin sikit tadi. Dia pun letak hp dan terus ke bilik aku, dan macam biasa. Tengok aku ni rupa orang tido m**i, xde tanda2 baru minum air masak or what so ever. Sebab mak aku ni jenis xda rasa takut, dia geleng kepala dan terus pergi ke ruang tamu tengok hp balik.
Ok, habis sudah. Thanks sudi baca n sorry kalu hambar ke ape ke. Aku bukan cikgu bm nak sempurnakan penulisan, huhu santai je k? Oh sebelum terlupa, kalu pagi2 buta lepas ayah aku pergi keje, yang ada di rumah memang aku dan mak aku je. Adik2 sekolah.
Tapi tu lah, aku ade dengar. Org kata kalau orang lain selalu nampak ‘kita’, sebenarnya kita ada saka/pendamping. Ye ke? Risau lak aku. Sebab mmg, keluarga blah mak aku (moyang aku) yang baru meninggal memang ade saka. Adik beradik nya ada 2, dan sorgan dah meninggal (tok ki aku), dan adik beradik mak aku ade 3 je. Mane lah tahu kalau saka tu mai cari dalam salasilah keluarga aku. Hmm, moga dijauhkan. Doakan yg baik2 je, huhu. Okbai! Wassalam.
-TAMAT-

045. HUJUNG KAKI KAMI

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : HUJUNG KAKI KAMI
KARYA : HANDSOME BOY
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400045
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Salam perkenalan kepada HZONE BLOG dan pembaca sekalian. Terima kasih kepada HZONE BLOG kerana sudi memberi peluang berkongsi kisah disini. Terlebih dahulu biarlah aku memperkenalkan nama saya sebagai O.G. Kisah yang saya ingin kongsikan ini tidaklah seram sangat seperti kisah-kisah yang saya baca di HZONE BLOG sebelum ini. Kisah ini berlaku di sebuah institut pengajian tinggi di Kuching, Sarawak (PKS).
Kisah ini bermula ketika saya Sem 1 lagi. Biasalah tempat baru benda pun baru kan? Masa Sem 1 semua pelajar baru diwajibkan tinggal di asrama (KAMSIS). Masa tu saya dapatlah sebuah bilik iaitu di Blok D KAMSIS tersebut. Di institut ini ada terdapat 2 Blok KAMSIS perempuan dan 6 Blok KAMSIS lelaki.
Pada awal Sem memang tidak ada apa-apa yang berlaku sehinggalah di pertengahan Sem tersebut. Faizo ( bukan nama sebenar ) merupakan seorang kawan saya dan juga merupakan budak 1 Jabatan juga. Faizo ini pula tinggal di Blok F agak jauh dari Blok saya berdekatan dengan hutan. Kalau nak pergi Blok dia pun berfikir seminggu dulu agaknya. Bukan apa, Blok F ini jauh sangat dari Blok lain selepas itu terpaksa pula naik tangga yang tinggi, lagi-lagi bilik Faizo di tingkat 3/4 kalau tak silap.
Kisah berlaku apabila Faizo bertandang ke bilik kami dan menceritakan kisah seram yang berlaku di Blok mereka. Kebiasaannya mereka akan mendengar bunyi pelik dan melihat bayangan dari cermin sebelah hutan sedangkan bilik ditingkat atas mana ada orang diluarkan. Dijadikan cerita, pada suatu malam itu saya terpaksa pergi ke bilik Faizo di Blok F atas sebab-sebab tertentu. Di bilik tersebut ada seorang kawan Faizo yang tinggal bersama-sama dengannya. Saya pergi agak awal juga belum gelap lagi masa tu.
Oleh kerana terlalu leka bercerita apa semua, saya pun tidak sedar jam sudah lewat malam. Nak balik pun agak-agaklah lebih-lebih lagi selepas mendengar cerita yang diceritakan Faizo kepada kami. Tambahan pula, Blok saya agak jauh biasalah Blok D. Jadi malam itu saya mengambil keputusan untuk tidur di sana dengan Faizo dan kawannya. Pada malam itu, saya tidur berkongsi katil dengan Faizo disebabkan bilik tersebut hanya ada dua katil. Siapa pelajar yang belajar di institut ini tahulah macam mana kan? Katil Faizo bersebelahan dengan pintu manakala kawan dia pula bersebelahan dengan tingkap. Oleh kerana sudah terlampau lewat esok pula ada kelas jadi kami pun tidur.
Rasanya baru sahaja terlelap sedikit, saya terdengar bunyi ketukan pintu. Dan kawan Faizo ini pula rupanya masih bangun dan dia pergi buka pintu melihat siapa yang ketuk. Rupa-rupanya kawan dia datang nak pinjam barang. Oleh kerana terbangun dek ketukan tersebut, saya tidak dapat nak lelapkan mata lagi. Berpusing kiri kanan, meniarap dan sebagainya posisi masih juga sama. Jadi saya pun mengambil keputusan untuk mengalihkan muka ke arah Faizo yang sedang berdengkur bak bunyi kapal yang tengah sarat muatan.
Masa saya beralih itu ada terlihat satu lembaga putih duduk dihujung kaki Faizo yang tengah nyenyak tidur. Dengan cepat saya mengalihkan pandangan ke atas siling. Oleh kerana perasaan ingin tahu dan ingin memastikan apa yang saya nampak itu dan saya pun mengalihkan pandangan saya ke arah benda tersebut lagi. Hilang. Entah ke mana lembaga putih tersebut. Dengan perasaan yang takut saya pun membaca semua ayat-ayat yang saya tahu sampailah saya tertidur terlampau takut.
Keesokan harinya, saya pun bercerita dengan Faizo tentang apa yang terjadi malam tersebut dan saya tak pasti apa yang mereka lakukan selepas itu sebab saya dengar Faizo ingin membawa kawan-kawannya sembahyang di bilik tersebut. Sekian sahaja daripada saya. Dan sekarang sudah hampir 3 tahun saya belajar di sini ( Sem Akhir JP students ).
Kepada pelajar PKS yang tinggal di Blok tersebut harap baik-baik sahaja. Hahahaha..
-TAMAT-

046. HMMM.. NAMA SIAPA?

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : HMMM.. NAMA SIAPA?
KARYA : REEN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400046
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Salam pembaca HZONE BLOG. Harap korang jenis macam aku, suka baca before tidur acah2 nak mimpi ngeri sikit pastu mulalah Google tafsiran mimpi. Hahaha. BTW, thank you HZONE BLOG if cerita aku ni di publish untuk menyeramkan manusia yang penakut tapi degil nak layan cerita seram. Okay cerita aku ni berlaku di kolej kat Kuantan. Aku tak nak belajar kat situ tapi abang aku duk pushy sangat dia risau aku jadi minah kilang. So, aku ambik kos IT. Aku masuk belajar lambat sikit. Okay, at first month tu aku okay je buat kerja sendiri sampai lah aku start kenal Kin & Ann (bukan nama sebenaq).
Kin ni cantik gila muka dia iras fouziah gaus tu ha. Dia orang kampung. Bapak dia ketua kampung. Adik-beradik dia semua bisu & pekak kecuali dia & abang dia. Subhanallah, Allah nak bagi kan. Ann ni biasa je, badan kecik molek and Mak dia berniaga kat politeknik Kuantan time tu. Dorang dua ni roommate aku since aku pindah dari tingkat 4 ke bilik dorang kat tingkat 2 which is before this bilik tu tak berpenghuni for few months.
So, starting cerita ni dari Kin sendiri. Dia dah rasa selesa dengan aku, dia cerita yang dia ada saka duduk kat tulang belakang dia. Somewhere there lah. Aku ye kan aje. Takkan nak tanya lebih2. So as usual lah stay hostel ada lah kes histeria & Kin takkan dekat kat area tu sebab tu ‘benda’ lain. Saka ni macam kucing gamaknya, ada territory dia sendiri. If salah masuk kawasan, gaduh lah (wallahualam).
Jadi lah satu hari ni Kin lepak bilik sebelah tah buat apa tetiba dia mengilai satu block dengar. Semua bilik terus tutup pintu sebab takut, tau dah tu budak kena rasuk lah tu. Seniors pun call lah ustaz untuk sembuh kan si Kin ni. Ada senior lelaki ni dia pandai berubat, so dia pun join venture dengan ustaz ni berganding bahu menyembuhkan Kin. Alhamdulillah berjaya. Ha belum masuk part best lagi ni..
One day, aku lepak dalam duk bilik mesej dengan bf sambil pintal2 rambut. Tetiba Ann panggil aku masuk surau which depan bilik aku as bangunan tu bentuk U. Bilik aku hujung sekali. Aku masuk lah surau lepas ambik wudu’, Kin tengah duduk posisi lutut ke dada macam budak2 nangis tu. Kaki dia pucat sejuk. Aku punya lah hangat dalam tu kipas tak on. Pastu aku tanya, “Kin, okay tak ni?”. Dia geleng je. Aku dah nak start neves tapi dia kawan aku kan takkan nak tinggal. Ann cakap dia dah call ustaz. So kami teman dia tunggu ustaz. Harap2 dia baru nak intro lah so takde lah susah nak jaga.
Aku baca ayat kursi dalam hati. Pastu aku rasa macam nak tolong Kin, aku bacakan ayat kursi kat telinga dia. (Buat cerdik!) Dia diam jap pastu start nangis “huuuu…huuuuu”, pastu dia tolak aku kepala terhentak ke lantai! Dia jerit, “DIAMLAH!!!?” Then dia cekik leher aku, aku pejam mata je sebab takut ngatngat nih! Ann tarik Kin dari cobaan mencekik meragut nyawaku. Seriously cuak tapi aku still stay dalam surau tu teman Kin. Ann pegang je tangan Kin.
Ustaz & abam senior pun sampai. Berdua je depa settle kan Kin. Aku pelik, bila part ustaz tu tarik something dari belakang badan Kin, dia meraung macam patah kaki. Ustaz tak paksa2. Ustaz duduk melutut depan Kin & cakap, “Kau keluar lah dari badan ini kerana Allah”. Kin geleng kepala & cakap, “Tak boleh. Kau suruh ‘dia’ pergi”. Tak lama, Kin diam & tiba2 sedar. Aku confused dah mana satu yang masuk, mana satu yang ada kat dia. Aku rasa tak boleh ada benda lain nak masuk sekali bila rumah tu berpenghuni. Maybe?
Sebulan lepas tu, tetiba Kin cakap dengan aku dia rasa nak makan medium rare chicken. Ayam pulak nak ayam KFC (amboii selera diaa). Aku cakap KFC takde medium rare. Dia diam jap, pusing kiri pastu cakap, “takpe mana2 je”. Aku pi lah melepak bandar Kuantan yang tak seberapa time tu dengan Ann. Balik tu beli KFC sebab hopefully dapat ayam panas nak bagi Kin (sesungguhnya aku kawan yang prihatin).
Sesampainya di bilik, dah nak maghrib time tu. Aku letak ayam atas meja study Kin. Aku tak panggil lagi dia (dia kat bilik sebelah), tetiba masuk bilik cakap, “Ye aku dengar kau panggil. Thanks belikan!”. Riang ria di hari raya aku tengok muka Kin time tu. Tapi, tetiba dia panjat kerusi as cabinet kat atas meja study, dia bawak keluar biskut Oreo. Dalam posisi berdiri tu dia bukak Oreo and hancurkan atas ayam. Dia duduk kat kerusi dengan kaki sebelah bersila. Azan Maghrib pun berkumandang. Aku malas layan perangai dia tu maybe selera dia makan KFC macam tu? Who knows. Aku tengah duduk kat katil Ann which is katil bawah, duk mesej dengan bf aku bagitau Kin makan ayam KFC dengan Oreo. Haha.
Tetiba Kin yang tengah sedap makan ayam dia tu, tegur aku, “Hmmm.. Nama siapa?”. Aku terdiam. Suara Kin bukan macam tu, suara dia nyaring sikit. Ni suara yang tanya aku tu, serak2 besar macam tu. Aku telan air liur & jawab dengan coolnya, “Lah ni aku lah Reen”. Pastu Kin angguk2 eh macam baru kena je and dia cakap, “Ooh… Reen”. Aku cover cuak aku cakap, “Jap eh nak pergi bilik sebelah”. Kin gelak hihihi. Aku ketap2 gigi je tahan lutut longgar ni janganlah nak jatuh pulak nanti aku mengengsot pulak pi bilik sebelah.
Aku pi bilik sebelah, ketuk pintu & Ann bukak. Aku cakap, “Kin dah kena dah tu”. Ann terus pi tengok Kin. Berani si Ann ni. Kitorang masuk bilik, tengok Kin tengah tidur. Ann kejut Kin. Dia punya bangun tu real lah macam dia dah tidur berejam. Kin tengok aku, tanya mana ayam KFC dia. Aku pusing tengok habis dah ayam KFC mix Oreo tu. Tulang pun takde! Padahal aku beli breast & drumstick punya part. Aku fikir dia buang tapi kenapa tak buang dengan kotak sekali? Haa kau ghase? Aku bagitau Kin apa jadi, dia cakap dia tidur since lepas Asar. Aku tak tau nak rasa apa time tu.
Esoknya hari Ahad. Aku berat je rasa nak bangun. Aku bangun je, aku tidur balik, bangun then tidur balik , dalam masa yang sama aku nampak Ann & Kin lalu lalang tepi katil aku tengok aku. Aku tak larat rasa nk bangun, mengantuk sangat macam tak tidur 2 hari. Sekali aku bangun, aku tengok phone dah pukul 5.15 petang macam tu. Ehh. Lama gila aku tidur! Biasa paling lambat pukul 1 aku bangun. Tiba2 Ann masuk dengan akak senior sorang. Akak tu datang kat aku, tengok je muka aku & suruh aku baca ayat kursi & 3 Qul sambil usap2 pipi aku. Aku pun baca. Sekali macam tersekat2. Aku ulang balik baca dalam hati pulak. Sama. Tersekat2. Kakak tu pegang kepala aku, dia baca2 apa patut. And suruh aku bangun. Masa bangun tu aku cuak sebab aku rasa ada tangan pegang pergelangan kaki kiri aku. Aku pandang akak tu and geleng2 je kepala. Muka nak nangis + muka tak mandi. Kau ghase??
Aku keep baca ayat kursi & auzubillahiminassyaitonirrajim. Lama2 aku rasa dilepaskan. Cepat2 turun katil peluk Ann. Kin diri depan katil aku tengok sudut katil aku. BTW, katil aku is katil atas supaya dekat dengan kipas. Kin tarik aku keluar pi bilik sebelah. Dia cakap, “Reen.. Dari pagi tadi aku nampak ‘benda’ tu mencangkung ngadap kau. Aku tengok benda tu, tapi benda tu macam marah aku. Kau ada membela ke?”. Keluruhan jantung berlaku ye. Aku terkejut & takut ya rabbi! Family aku alhamdulillah takde yang membela, aku teringat yang malam tu aku skip Isyak. Tu lah padahnya!
Tak habis lagi cerita aku ni bertenang dulu tuan2 & puan2…
There’s one week tu Ann pergi kem apa tah kat area Kuantan jugak. Dia balik je dia macam tak banyak cakap. Dia macam sopan. Padahal dia banyak jugak mengomelnya. Pastu nak jadi cerita, Kin kena rasukan dia tu lah. Dia meronta2 menyepak2 orang yang pegang dia termasuk aku yang lebam sana sini macam kena dera. Dia cengkam tangan aku, biru serta merta. Aku tahan je berharap tak patah tangan iolls. Sekali Ann yang jarang nak tolong ni, tetiba datang kat Kin and terus macam tarik something start dari pinggang Kin. Tangan Ann tak sentuh pun Kin, tapi cara dia tu macam tengah mencengkam something. Aku tergamam kejap tengok tangan Ann keluar2 urat macam main gusti lengan. Dia cakap kat aku, “Reen, tolong, aku tak kuat.” Eh ingat aku kuat ke? Aku cakap aku tak tau! Dia berusaha jugak tarik slow2 sampai ke lutut and sampai ibu jari Kin.
Ann mengah2 penat. Kin sembuh sekejap alhamdulillah. Aku suruh Ann pi ambik wudu’ and solat. Dia bangun and ajak aku pi bilik. Kin duduk kat surau dengan beberapa kawan lain teman dia. Ann cerita lah kat aku….
“Reen kau nak tau tak, masa aku pi kem haritu, malam tu kitorang ada Operasi Burung Hantu. Yang berjalan malam tanpa torchlight tu. Sebab bulan penuh kan. So aku berpasangan jalan dengan Ain. Kitorang dah lepas semua tu, otw ke last check point yang part kat jalan tar, aku nampak ada sorang laki tua berjambang putih berketayap. Jalan sebelah Ain. Aku takut. Tapi aku buat2 tak nampak. Masa duduk kat jalan sambil tunggu group lain, Pakcik tu duduk belah kanan aku. Dia senyum je. Aku diam macam tak boleh nak buat apa. Then Ain kejutkan aku, rupanya aku terbaring atas jalan. Bila masa pulak aku baring aku tak sedar weh. Aku selawat, baca ayat kursi. Hari last tu time siang aku nampak lagi Pakcik tu kat area hutan. Dia senyum & angguk. Aku pusing nak panggil Ain suruh tengok apa aku nampak. Pusing balik, dak takde. Aku balik sini aku rasa lain. Aku nampak ‘benda’ ni. Tapi aku tak rasa takut sebab dorang tak kacau aku. Aku ignore je. Tadi masa Kin jerit2 tu, aku dengar suara Kin yang sebenar jerit, “sakit! Allah! Allah!”. Aku masuk surau aku nampak ‘benda’ tu dah macam peluk Kin sampai ke pinggang”.
Aku angguk2 dengar cerita Ann. Aku tak tau nak cakap apa. Nak percaya ke tidak. Tetiba aku tanya Ann, kenapa benda tu tak kacau aku? Ann cakap, “sebab benda tu taknak kau”. Gitu je dia jawab. Aku syukur jugak takde apa2 terjadi kat aku.
Lepas Kin sembuh tu, aku pi lepak bilik sebelah. Aku tegur sorang kawan aku ni Hana nama diberi, dia makin mengurus.
Aku: Hana, awat kuruih ngat nihh?
Hana: Ex aku buat aku (Eh sempoi je bagitau macam cerita jiran kasi kuih keria. Aku pun tanya lagi)
Aku: Kau pergi berubat tak? Jumpa lah ustaz2.
Hana: Mak aku bagi ni. Dia jumpa orang dah.
Hana seluk bawah bantal dia hulur aku kain kuning bulat.
Aku: Errrr apa ni? Kau bukak aku nak tengok boleh?
Hana angguk2 boleh & bukak kain tu. Keluarkan batu sungai kecik & kain putih ada tulisan jawi. Aku ingatkan ayat Quran tapi bila aku baca ayat tu, pelik sangat aku yakin bukan ayat quran.
Aku: Apa kau buat dengan benda ni?
Hana: Mak aku cakap, bila aku takut and ada benda2 datang kacau aku, aku baca ayat ni & jilat batu ni.
Aku: Jilat? Like seriously?
Hana: Ha ah, mak aku cakap orang tu dah bacakan ayat2 kat batu ni and jilatkan batu ni.
Aku istighfar terkejut.
Aku: Hana, better kau jumpa ustaz kay? Benda macam ni takde dalam perubatan Islam.
Hana: Aku tak tau. Mak aku bagi.
Aku faham lah sebab dia memang nampak lurus bendul. Tak tau lah kalau diri dia macam tu or disebabkan buatan tu.
2 minggu lepas tu aku berhenti belajar kat kolej tu sebab aku dapat offer kat kolej area KL. Aku terus lost contact dengan Kin & Ann sebab aku kena samun. Phone apa semua hilang. Time tu mana ada Facebook apa bagai ni. Aku doakan dorang selamat insyaAllah.
Nanti aku share cerita lain. 
-TAMAT-

047. TAMAN PERUMAHAN

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : TAMAN PERUMAHAN
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400047
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca. For your information admin, this is my first story that i want share in this page. Syukron jazakillah kalau admin sudi post cerita saya ni. Citer saya ni tak panjang sangat, senang la pembaca nak baca. Saya tertarik nak share citer saya dekat page ni sebab dah banyak sangat citer seram yang saya baca dekat page ni dan sangat menyeronokan bagi saya la. Hehehe apa pun saya ni memang suka sangat lah about kisah-kisah benar yang seram ni. And citer first yang saya nak share ni adalah citer pasal taman perumahan saya sendiri.
First at all saya just nak guna gelaran “Ceq” sebab ceq ni oqang utara yang berasal dari Kedah, ceq tinggal kat mana tu tak penting. Cita rumah ceq ni bermula dari masa awal perkahwinan ayah dan mak ceq. Masa awai-awai mak ceq kawen ngan ayah ceq, depa pindah la mai Kedah ni sebab mak ceq oqang Penang. Kawasan taman perumahan ceq pulak masa tu masih dalam pembinaan lagi. Nak dijadikkan cita pulak yang tapak taman perumahan yang ceq dok la ni dulu bekas jerat cina. Masa tu mak ceq habaq dekat ceq kawasan perumahan ni sunyi sangat2. Jiran2 yg dok kat sini pun baru ada dua ke tiga oqang ja. Memang sunyi gila lah.
Cerita dia masa tu bulan ramadan, tepi rumah ceq ada la beberapa oqang anak dara yang keja kilang, sewa rumah tu lepas tu depan rumah pulak ada anak bujang sewa. And anak2 dara ni depa rajin bangun awai. Dalam pukui 4 lebih depa bangun dah siapkan makanan untuk sahur, lepas tu depa rajin juga dok pi gerak anak2 bujang depan rumah tu supaya bangun sahur, besa la kan oqang laki kan liat bangun awai jadi yg anak2 dara ni kesian kat depa takut nanti tak bangun sahur nak buat kerja kat kilang tak ada tenaga pulak.
So salah sorang anak dara tu beranikan la diri pi keluaq rumah nak pi panggil anak bujang tu bangun. Then masa dia pi dekat pagaq nak bukak pintu dia pandang la dekat rumah anak bujang tu. Bagaikan halilintaq, anak dara tu pecut masuk rumah tutup pintu. Kawan2 dia tanya la kenapa. Dia tak cakap apa2 pun. Diam ja. Then paginya pulak, masa nak pi kerja baru dia bagi tau dekat kawan2 dia apa yang jadi masa sahur tu. Dia cakap masa dia tengok dekat rumah bujang tu, atas pagar rumah tu ada satu lembaga tengah bertenggek atas pintu pagaq tu. Rambut dia mencecah ke tanah, rupa dia memang tak nampak sebab terlindung dengan rambut dia.
Sejak dari hari tu, sorang pun anak dara tu tak berani nak pi gerak dah anak2 bujang tu bangun sahur. Tapi depa jenguk dari celah pintu rumah saja tu pun ada yang kata depa still nampak lembaga tu bertenggek atas pintu pagar rumah tu. Jadi depa tak mau amek tau dah pasal anak bujang tu lagi. Tapi kesian la sebab hari yang anak dara tu nak pi gerak anak bujang tu tapi tak menjadi sebab nampak lembaga tu, boleh katakan anak2 bujang yg dok rumah tu, tak bangun sahur. Padan muka depa sapa soh liat nak bangun awai. So berhuhuhu saja la. Hahahaha agak kejam kan.
Tapi lepas kejadian tu, anak2 dara ni kan keja kilang so depa kena ikut shift la. Jadi yang mana anak2 dara tu kena shift malam, depa selalu cakap nampak lembaga tu dok bertenggek atas pagar rumah anak bujang tu. Kadang2 sampai ada member diorang yang kena serangan demam sebab terkejut nampak makhluk tu. Apa pun tawakal saja la yang depa boleh buat walaupun takut, terpaksa la redahinya demi mencari rezeki.
Sampai sini saja la kisah yang ceq nak cerita. Kisah ni jadi masa ceq pun tak tau dok mana hala lagi sebab abang ceq yang sulung pon tak lahir lagi masa tu. Hehehehe. Banyak lagi kisah yang ceq nak cita ni tapi sampai sini saja la dulu ceq kongsikan pengalaman orang tua ceq. Ada waktu nanti, ceq cita lain la noh. Ok bye2 Assalamualaikum.
-TAMAT-


048. MASAK DI DAPUR

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : MASAK DI DAPUR
KARYA : RYTCI
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400048
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Salam semua pembaca HZONE BLOG. Aku RYTCI yang pernah berkongsi sebelum ini mengenai kisah “Sesat di Midvalley“, maafkan kalau penulisan aku tak sebaik mana sebab itu kali pertama aku menulis di dalam HZONE BLOG. Ada yang bertanya cukup ke minyak kereta 4 jam berpusing dalam parking Midvalley tanpa henti. Biar aku jelaskan, kisah yang aku ceritakan adalah benar dari A-Z, bab minyak pula aku memang tak sedar dia habis ke tak. Sebab aku memang tak cek minyak lepas kejadian tu (berapa lama da).
Kejadian tu seolah-olah macam kau disorok atau dighaibkan sesuatu dalam 1 tempoh masa, sebab aku perasan ada rasa terpinga-pinga selepas keluar dari parking. Mungkin aku tak bergerak pun atau mungkin betul-betul aku bergerak selama 4 jam. Semestinya aku berhenti dulu selepas keluar tu sebab aku baru sesat hampir 4 jam kot dengan keadaan yang aku sendiri tak faham. Masa aku keluar lebih kurang 6 pagi. Nasib ada brother Melayu yang boleh aku tanya. Wallahualam, memang aku tak tahu nak jawab persoalan korang yang lain. InsyaAllah kalau ada rezeki untuk korang alami, mungkin akan lebih faham situasi aku (hehe ,doa tu).
Hari tu ada jugak aku google kisah2 misteri kat Midvalley. Rupanya banyak woi lagi2 kat kawasan parking bawah. Ada yang kene tumpang naik motor, ada yang menjelma jadi staff, macam2lah. Jadi kita muhasabah diri, Allah maha berkuasa, takde apa yang lebih berkuasa dariNya, InsyaAllah. Oleh kerana sambutan menggalakkan (macam MLM pulak) aku nak ceritakan satu kisah, tapi terus terang aku maklumkan ye, bukan aku yang alami perkara ni. Tapi terjadi pada ibu aku sendiri. Kisah ni dia kerap cerita kalau kami adik beradik cuba tanya, “Ibu penah jumpa hantu tak?”.
So macam kisah seram rasmi dalam family aku. Jadi aku harap korang sudi membaca dan sama-sama kongsi pendapat. Baiklah, kisah ni terjadi pada ibu aku sekitar 1970an ke 80an kalau tak silap aku. Adik beradik ibu aku 4 orang semua perempuan (ibu anak bongsu). Kisah ni bermula apabila nenek aku (mak pada ibu aku, takkan tak paham kan) mahu ke rumah saudaranya tak jauh dari rumah. Jadi nenek aku nak menziarah saudaranya sebab lama tak jumpa katanya. Jadi bersiaplah semua untuk kesana, kecuali ibu aku.
Kata ibu aku, dia nak tunggu kepulangan ayahnya yang akan balik ke rumah petang tu dari pelabuhan (datuk aku merupakan tukang masak dalam kapal kargo). Nenek aku memaksa tapi ibu tetap berkeras kerana datuk telah berjanji membelikan sesuatu. Jadi ibu aku kira kes tak sabar la ni (biasalah budak-budak kan). Jadi nenek aku mengalah dan pergi bersama 3 orang adik beradiknya yang lain (sebab tak jauh mana). Nenek berpesan berkali-kali supaya rumah dikunci dan tidak keluar ke mana-mana hingga mereka pulang lewat petang nanti. Ibu akur dan gembira dengan keputusan nenek untuk meninggalkannya di rumah.
Selesai nenek dan kakaknya bergerak keluar dan hilang dari pandangan, ibu mengunci semua pintu rumah dan membuka peti televisyen. Almaklumlah nenek takde kan? Pada zaman ni kat kampung ada 3 rumah je yang ada peti televisyen sebab masa tu semua orang susah tak macam sekarang. Kebetulan nenek aku cikgu sekolah, maka agak berduit jugaklah ketika itu. Ibuku melayan siaran sambil berbaring hingga kira-kira jam 4 petang. Kat sini bermulanya perkara aneh yang ibu masih gagal merungkai hingga sekarang.
Secara tiba-tiba nenek melintas di ruang tamu tempat ibuku sedang berbaring menonton peti televisyennya. Ibuku yang terkejut lantas bangun dan bertanya nenek yang sedang ke dapur, “Mak balik dah? Awalnya”. Nenek ku pula menyahut ringkas, “dah”. Ibuku menyambung semula tontonan siarannya. Sambil menonton dia mendengar bunyi ketukan, bunyi-bunyi yang biasa kita dengar di dapur. Sangkaan ibu nenek sedang memasak sesuatu. Maklumlah datuk akan balik setelah 2-3 bulan berlayar, mesti nenek masak sesuatu yang istimewa.
Ibu mula perasan yang adik beradiknya takde kat rumah, mungkin masih di rumah saudaranya bermain dengan sepupu yang lain sangka ibu. Ibu bangun dan menuju ke dapur untuk membuat lawatan lagak YB melihat apa yang bakal dimasak nenek. Rupanya nenek sedang membersihkan ayam hutan di singki. Ada 5-6 ekor, banyak betul. Mungkin ada saudara mara nak datang sekali malam ni. Ibu meneka mungkin nenek nak masak ayam masak merah kesukaan datukku, tapi datuk tak gemar ayam hutan kerana liat. Mungkin nenek saja membeli dengan jiran hujung yang gemar berburu ayam hutan.
Tapi ibu sedikit hairan, kerana semasa nenekku berjalan di ruang tamu, tiada apa dibawanya. Ibuku bertanya, “bila mak beli? Tak nampak pun mak beli apa-apa”. Nenekku hanya tersenyum sinis dan menjawab lembut, “Kawan mak bagi tadi ikut pintu dapur”. Ibu menggaru kepala kehairanan sejak bila kawan nenekku datang? Dia tak dengar bunyi apa-apa selain bunyi memasak di dapur. Padahal kalau nak datang semestinya kena ikut pintu depan kerana rumah jiran semua di depan rumah. Bahagian tepi dan belakang adalah kebun datukku. Ibu terdiam dan berhenti bertanya soalan pada nenek lalu pergi semula menonton tepi televisyen di ruang tamu
Tak lama kemudian, nenek melintas lagi di ruang tamu tempat ibu menonton peti televisyen dan menuju ke biliknya. Ibuku masih tak menghiraukannya dan terus menonton siarannya. Tamat siarannya, ibu terasa rumah sunyi tanpa sebarang bunyi dan ibu bosan berseorangan, lalu ibu menuju ke bilik nenekku. Ternyata nenek sedang duduk ditepi katil dan tersenyum pada ibu, seolah-olah menanti kehadirannya. Ibu bertanya mengenai kakaknya yang lain. Nenek memberitahu petang nanti mereka akan pulang bersama. Nenek menceritakan bagaimana jauhnya pulang dari rumah saudaranya.
Ibu merasa hairan kenapa nenek mengatakan rumah saudaranya jauh, padahal menaiki bas tidaklah jauh mana melainkan berjalan kaki. Nenek terus bercerita sambil menangis teresak-esak hingga basah katil dengan air mata nenek. Kenapa dengan nenek ni, tiba-tiba pelik sangat. Mak yang kurang senang dengan tingkah laku nenek meminat izin untuk keluar bermain. Nenek mengangguk sambil berkata, ”Main sekejap je, nanti ikut mak balik”. Ibu mengganguk lemah dan kehairanan. Jarang benar nenek mengizinkan keluar tanpa solat asar dan mengaji terlebih dahulu, lebih aneh mahu balik ke mana?
Tak memikirkan apa-apa, ibu laju berjalan menuju ke pintu rumah untuk keluar bermain-main diluar. Tiba-tiba sesuatu yang pelik apabila selak pintu rumah berkunci. Selalunya nenek tak mengunci selak pintu rumah di siang hari kalau ada orang di rumah sebab selak pintu tinggi dan ibu dan kakaknya perlu memanjat dengan sesuatu untuk membukanya. Tak perlu nenek datang membuka pintu kalau ada di dapur atau sedang tidur, ibu terus membuka pintu dan bermain di luar berseorangan bermain bersama kucing di depan rumah. Anak jiran lain tak kelihatan pula.
Tak berapa lama kemudian, semasa leka ibu bermain, terdengar suara-suara yang biasa dikenalinya. Suara kakak-kakaknya, seronok ibu melihat kakaknya turun satu demi satu dari bas yang berhenti di hadapan jalan memasuki rumah. Ibu mengandaikan emak saudaranya juga ada dan yang paling penting sepupunya turut ikut bersama-sama menghantar adik beradiknya yang lain dari rumahnya. ”Patutlah mak masak banyak dan bolehlah bermain beramai-ramai, pasti seronok”, kata ibu di dalam hati kegirangan.
Habis kakak-kakaknya turun dari bas, muncul pula susuk tubuh terakhir turun dari bas. Bas terus bergerak bererti tiada penumpang yang lain turun. Ibu kenal betul bentuk tubuh tersebut. Itu adalah nenek yang dikenalinya sejak lahir, mustahil tak kenal mak sendiri kan? Ibu ternganga kehairanan. Habis siapa di dalam rumah sibuk memasak, bersembang dengan ibu tadi? Semua soalan bercampur-baur antara seram dan kehairanan. Berlari ibu menuju ke “nenek” yang baru berjalan masuk bersama-sama kakaknya ke jalan rumah. Nenek pula tanpa cakap banyak terus memarahi ibuku yang degil bermain diluar (warisan zaman ke zaman, haha) berseorangan padahal sudah dipesan duduk rumah dan jangan keluar.
Tersedu-sedu ibuku yang dimarahi menceritakan apa yang terjadi satu persatu. Nenekku walaupun masih marah terus masuk ke rumah dan memeriksa bilik dan dapur. Ternyata dapur berselerak dan dipenuhi bau hanyir seperti bau ikan disiang, begitu juga bilik nenekku. Ibu pula menjadi murung dan tak boleh diusik seharian oleh kakak-kakaknya kerana dia akan menangis ketakutan, macam trauma la senang citer. Mana tak trauma teringat “nenek” yang 1 lagi senyum dan bersembang dengan dia, padahal tak tau siapa yang menjelma.
Tak lama terdengar salam dari datukku yang baru sampai ke rumah menaiki motorsikalnya. Lantas nenekku menceritakan segalanya-galanya pada datuk. Datuk menceritakan semula kisah tersebut beberapa hari kemudian, ibu kemungkinan diganggu orang bunian, tapi itu cuma sangkaan datuk sahaja. Kawasan kampung rumah nenek memang berasal dari kawasan hutan yang diteroka beberapa generasi sebelum datuk, mungkin dari situ wujudnya berbagai makhluk Allah yang kita tidak nampak. Entahlah, Wallahualam. Tamat kisah misteri ibu aku yang sering dia ceritakan.
Sekarang aku masih lagi pulang ke rumah nenekku apabila raya dan cuti panjang, maklumlah Beruas bukannya dekat, dan mak ayah agak sibuk dengan menguruskan adik-adik yang masih bersekolah. Tapi kadangkala apabila malam, terdengar bunyi kompang serta bunyi orang bercakap dalam kumpulan yang ramai sayup-sayup. Mulanya aku anggap itu bunyi yang dibawa angin dan anggap kisah bunian dan segala bagai kisah alam ghaib hanya cerita karut hinggalah kisah “sesat di Midvalley” terjadi betul2 kat aku. Alfatihah buat arwah nenek dan datuk yang telah lama meninggalkan kami, dua insan ini sering aku rindukan ketika memijak rumah warisan ini. Sekian
-TAMAT-

049. KEGUGURAN 2 BULAN

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : KEGUGURAN 2 BULAN
KARYA : LADY GERBERA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400049
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Salam perkenalan semua pembaca, baru hari ni aku diberi kekuatan untuk bercerita apa yang terjadi dalam hidup aku selepas aku berkahwin setahun yang lepas. Aku mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan selepas je majlis resepsi aku, kami terus tinggal sendiri di rumah sewa yang aku dapat.
Rumah sewa aku jenis memanjang ke belakang dan tak berapa besar sesuai la kiranya utk kami yangg baru nak belajar hidup berdikari. Meh aku cerita macam mana kedudukan rumah aku.
Masuk2 je jumpa ruang tamu kat situ aku letak tv dan sofa je serta iron board, ruang kedua bilik tidur utama dan ada sedikit ruang di luar bilik aku letak bakul baju, ruang ketiga ada bilik aku letak baju, beg2 serta hadiah kawin, luar bilik tu aku letak meja makan untuk 6 orang makan dan last sekali ruang dapur serta bilik air, oh ya rumah aku takde pintu dapur sebab belakang rumah aku kawasan hutan. itulah kedudukan rumah aku.
Sebulan sebelum tinggal di rumah sewa tu aku dah pagarkan rumah tu dengan mama aku, seminggu sebelum aku nikah lagi sekali aku pagar rumah aku dan tidur disana dgn sepupu2 perempuan aku. Masa tu aku belum dapat rasa apa2 yg pelik lagi. Perkara ni terjadi selepas aku tinggal di rumah tu bersama suami aku.
Seminggu lepas majlis, bermula kehidupan aku sebagai isteri, disebabkan waktu balik kerja kami x sama aku lebih banyak habiskan masa dirumah keseorangan sementara tunggu suami aku balik kerja. Mcm biasa aku smp rumah dlm jam 6 petang mcm tu aku terus bersilat kt dapur utk masak mkn malam, awal2 kawin kami jarang mkn diluar adapun beli tapau dan mkn di rumah.
Sepanjang aku tinggal rumah tu sorang, masa masak kt dapur aku selalu rasa diperhatikan tapi aku pikir positif maybe perasaan aku je sbb kawasan rumah aku sunyi dan pertama kali aku tinggal sendiri.Oh ya aku juga ada perasaan x sedap bila aku dkt rumah tu, satu2 nya ruang yg buat aku selesa adalah ruang tamu tp tv aku selalu m**i sendiri wlaupun kau tgh tgok tv, tp aku pikir maybe tv aku ada sensor kalau da bukak lama dia m**i sendiri hahahahaha pikir baik masa nie, lepas masak aku cpt2 mandi solat dan akn tunggu laki aku diruang tamu. kawasan bilik air memang 24jam aku hidupkan lampu sbb gelap.
Lps sebulan aku tinggal rumah tu aku mimpi ada sorang nenek tua yg bongkok 3 jengah aku dr tingkap dapur. masa aku sedar dr tidur tu berpeluh2 aku. hahahaha mcm lps lari marathon, aku cerita dkt laki aku dan dia tnya mak dia, then aku biar mcm tu je sbb pd aku tu just mimpi je rupanya itulah permulaaannya. Lps tu aku mimpi lagi aku berlawan dgn 2 ekor ular, 1 ular hitam 1 ular putih, dlm mimpi tu ular tu yg serang aku dulu dan aku berjaya b***h 2 ekor ular tu, bila aku sedar pn sama aku berpeluh2 mcm lepas marathon.
Sampailah bulan ketiga aku tinggal dlm rumah tu, aku disahkan mengandung 6 minggu, aku mabuk teruk smp x blh masak sbb x boleh bau benda bergoreng,perut aku kerap sakit mcm kejang lagi2 bila aku dekat rumah. mula2 aku mcm x perasan smp lah masa genap 2 bulan aku pregnant aku keguguran, pagi tu aku dah sakit lain mcm kt perut tp aku pergi je kerja sbb aku pikir maybe sbb aku pregnant kan, baru 30 minit kerja tibe2 aku rasa mcm senak dan nk terkencing aku pergi toilet aku tgok d***h keluar dan ada seketul d***h beku sorry ye kalau agak selekeh aku cuma cerita pengalaman je.
Aku mcm nk pitam masa tu terus aku call laki aku, x dlm masa 15 minit laki aku smp opis aku dan kami pergi klinik dulu, doktor scan perut aku bersih xde kantung dan blood spot kata doktor sepatutnya ada sikit sisa d***h sbb jarak aku bleeding dan ke klinik x smp 1 jam. Laki aku x puas hati dan kami ke hospital utk kepastian, smp je hospital masuk emergency dan doktor scan pun doktor bagitahu benda yang sama.
Aku di bagi ubat dan dibenarkan balik berserta cuti. Smp je rumah aku melalak mcm org gila, laki aku buatkan air milo suruh aku minum dan aku tertidur. Agak susah untuk aku terima. So aku berpantang mama aku jaga, tp lepas seminggu aku masuk kerja sbb aku nk lupakan apa yg terjadi.
2 minngu lepas peristiwa gugur tu aku perasan laki aku mcm dingin dgn aku, asyik nak marah je dgn aku bila dkt rumah, dan keadaan rumah aku panas semacam wlaupun kt luar hujan lebat gila. Kadang2 aku panggil makan pn dia marah bila aku sentuh tangan dia utk ajak ke dapur, aku juga dibiarkan sendirian tanpa sebarang sentuhan dr laki aku, tp aku x kisah langsung malah aku lg selesa, kadang2 dia tgk tv aku dkt bilik dan bila dia masuk bilik aku keluar bilik smp dia biarkan aku tido sendiri di ruang tamu smp lah aku sedar sendiri dan masuk kebilik.
Tapi bila kami kelua dr rumah kami ok, dia pn xde marah2, dia pegang tangan aku semua.Aku mula terfikir knp mcm tu ye, so kami selalu keluar memalam buta hampir setiap malam kami keluar sbb x tahan panas dlm rumah, kalau salah seorang antara kami tiada di rumah contohnya laki aku kerja aku tinggal rumah elok je kami wasap ber i love u bagai tp smp je dia kt rumah kami akn jadi dingin, pelik kan.
Kadang2 aku balik kerja petang tu pinggan mangkuk, kuali bersusun dilantai dapur mcm kau main masak2, aku agak pelik tp aku masih pikir postif lagi aku anggap tikus yg buat mcm tu, ada satu hari tu aku balik kerja tgh hari sbb sabtu aku memg kerja half day, telur bersepah depan bilik tidur aku, kulit telur saja dan isinya tiada cantik elok telur tu mcm kau nk goreng telur mata tu kulitnya pecah, aku jalan ke dapur dan ada lagi yg pecah, aku video call dgn laki aku sbb nk tnjuk apa jadi, masa tu rupanya laki aku dah rasa xsedap hati dan lain mcm tp dia x bagitahu aku,.
sambil bersihkan kulit telur tu aku bebel ape la monyet ni nak curi telur curi jelah jgn pecahkan then lps tu aku ke ruang tamu sbb nk lipat kain baju smbil tgok tv tp x dpt siaran so aku anta gmbr dkt laki aku dan laki aku call astro, astro ckp piring ats tu bermasalah atau kena langgar so kuat la hati aku kata ni memg kerja monyet.
Esoknya astro datang betulkan dan dia ckp ada wayar tercabut mcm kena langgar, mlm nya tu kami tgok tv sama2 tp masing2 x bercakap tiba2 aku ternampak bayang2 dkt luar rumah dgn kelajuan yang pantas 2 3 kali. Aku ckp kat laki aku dan dia pn nmpk juga sebenarnya, so kami ckp maybe bayang lampu kereta, makin lama kerap juga kami nmpk tp kami biarkan.
Satu hari tu aku dan laki aku gaduh besar sbb laki aku kata dia panas tgok muka aku dan rasa panas dkt rumah parents aku so dia tinggalkan aku sendiri dkt rumah parents aku wey, xpernah dia balik rumah sewa kitaorg sendiri. aku x tido mlm tu sbb dok tgu laki aku.
Esok paginya dia singgah rumah parents aku peluk aku minta maaf sbb tinggalkan aku dia x tahu knp dia mcm tu, then dia pergi kerja. Mlm tu kami keluar lepak, dan aku tanya soalan dkt dia aku ada buat salah ke atau ada kekurangan dkt diri aku smp dia dah sebulan x sentuh aku, dia ckp dia pn x tahu knp tp dia x bernafsu tgok aku, dan dia punya pn mcm x berfungsi, agak pelik disitu dia smp pikir dia ni sakit, dan dia ckp lagi dia panas tgok aku rasa mcm nk marah lagi2 dgr suara aku, perghh mkn dalam dan sentap aku masa tu.
Then aku pn mengaku yg kdg2 aku rasa panas dgn dia. Masa tu aku rasa mcm ada yg xkena. Aku mula wasap kwn2 aku tanya ada tahu x tmpt utk berubat, ustaz ke ape ke, so ada akak tu bagi aku 1 nombor pakcik ni dan kami decide nk pergi. Tp semua perbincangan kami buat di luar rumah, rasa mcm kami pula yg menumpang rumah sewa kami sendiri.
Keesokan mlm nya, lps dia blk keje dia ckp kemas kain baju kita tidur tmpat lain, aku tanya dia knp tp aku kena marah, so mls gaduh aku ikut kan je lah arahan dia. Lepas mandi kami terus ke rumah pakcik tu, Smp je kami tgu lah juga sbb ada org tgh berubat.
Masuk rumah pakcik tu kami cite lah apa jadi dan dia bacakan ayt2 quran, kami laki bini diminta masuk dlm sebuah bilik dan baring dikatil, pakcik tu baca ayt ruqyah dan laki aku blh bantai tidur lena pula, masa tu aku da tahu ni memang sahlah ada benda x kena, aku cuma rasa sakit di bahagian kaki mcm panas dan kebas.
Pakcik panggil keluar bilik dan bagi air utk mandi dan minum, lps buat bayaran kami pn balik.Sepanjang jalan balik mcm2 aku nmpk tepi jalan dan kami decide mlm tu utk tidur hotel budget, lps check in laki aku mandi dgn air yg dibagi sekali dkt bdn dia ada rasa sakit dan ada kesan mcm terbakar, mlm tu kami tidur agk aman la cuma laki aku rasa sakit setiap kali aku peluk dia.
Esoknya dia bagitahu rasa sakit tu muncul bila lps asar smp la azan subuh. Aku blk rumah sewa aku tp x tidur dan aku ajak sesiapa bila nk balik kalau laki aku xde.
Kami pergi jumpa ustaz pula lepas rasa lain mcm bila laki aku makin pelik, kerap berkhayal, sepanjang jln jmpa ustaz tu hati aku berdebar2 mcm xnk pergi, smp je kami terus masuk rumah ustaz tu dan ustaz tu bagi air utk kami minum kt situ.
Lepas minum aku rasa nk muntah tp laki aku cuma pening je, ingt dah ok kami pn balik la hotel semula. Lama2 aku rasa x tahan aku bagitahu mama aku apa yg jadi, mama aku minta tlg pakcik aku supaya carikan org utk ubatkan aku, sbb keadaan masih sama. Pakcik aku call ckp kwn dia nk tgok rumah aku, so dorang dtg tgh hari mcm tulah, Pak Haji tu masuk rumah aku, sblm nk masuk tu aku bukak pintu umah dgn mama aku ada angin sejuk keluar dr rumah aku.
Aku pelik da mcm tu aku pikir aku x tutup kipas tp masuk je xde pula kipas terbukak dan rumah aku panas ya amat. Pak haji tu tanya aku soalan yg aku sendiri terkejut, dia tnya masa pregnant tu berapa bulan aku jwb 2 bulan tp da gugur, dia ckp bkn gugur tp kena makan sbb manis dan benda tu x suka kau dan dia ckp benda2 dlm rumah aku ada 11 jenis semuanya dan benda tu pesan lbh baik aku yg berundur dr rumah tu , masa ni aku mcm nk pitam. Pak Haji tu ckp nanti dia ubatkan aku dgn laki aku. so we decide tgu laki aku cuti.
Alhamdulilah hari yg dinanti tiba, Pak Haji tu datang rumah mama aku mandikan kami dgn daun bidara dan daun kelor, lepas mandi je aku rasa penat sangat dan kami laki bini tidur dr lpas zohor smp asar. Oh ya, kesan yg terbakar kt badan laki aku hilang mcm tu je tanda kesan sikit pn. Pak Haji tu pesan juga kalau nak balik rumah sewa tu blk sblm asar kalau blh. So aku decide utk pindah rumah lain, lepas dapat rumah sewa aku blk rumah lama utk kemas sikit2, hari pertama nak blk tu mama aku ada dgn adik aku sekali hambik kau baru bukak pintu rumah je ada angin agak kuat menyapa kami, so mama aku ckp lain hari la ye kita kemas so kami x jadi kemas masa tu.
Hari ahad kami laki bini cuti, so kami decide nk blk kemas sikit, pagi tu dlm jam 11 smp rumah je aku mcm nk pengsan tgok bersepah giler rumah aku mcm baru lepas kena ribut padahal xde sapa pn masuk rumah ni.
So laki bini ni masuk juga la tawakal bagai semua, tgok bilik air basah eh padahal xde sapa guna. pinggan kuali bersepah, aku kemas semula, then kami pack kain baju sikit2 mana yg dapat lah sebab nk kejarkan masa sampai sebelum asar tapi tak dan juga so laki aku call cousin dia soh dtg teman.
Masa ni aku tgh pack brg2 kt bilik baju tu laki aku diri kt pintu ruang ketiga tu then aku kemas sorang dlm bilik baju tu, masa ni aku tgh angkut kelua beg2 yg da siap pack tu aku ternampak sepasang kaki berbulu dkt pintu bilik air.Aape lagi aku jerit la laki aku dtg kt aku tp aku tolak laki aku smp nk tersungkur laki bini. Last2 aku tgu dkt luar rumah je laki aku dgn sepupu dia dok angkut brg2 dlm kete.
Hari aku kerja aku ada gak balik tp aku ajk kawan la berkemas bagai, aku perasan boxer laki aku kurang dan tinggal sikit padahal ada byk dlm laci tu sbb aku yg beli so aku hafal la nk kata basuh x pula, aku cari kt celah2 almari takut terselit sana sini kerja si tikus tp xde gak. So bila dah kemas sikit2 dan pack kami angkut barang keluar rumah , sewa lori angkut brg2 besar. masa tulah kemuncaknya agak teruk la juga kena kacau.
Masa aku kemas bilik tidur aku, laki aku angkat tilam sbb nk bwk naik lori blh pula jmpa boxer2 laki aku tersusun elok je bawah tilam, kau x pelik ke bila jmpa boxer elok berlipat bawah tilam apa ke hal nya aku nk simpan bwh tilam.
Lepas angkut barang2 tu kami keluar jap g kedai beli air, bila blk rumah semula pehhhh masuk je rumah mcm da setahun tinggal dgn habuk bagai smpah2 padahal masa kemas2 td xde semua tu, dgn bunyi dkt bilik air brg jatuh la ape la padahal brg2 xde pn. Tp sbb nk settle cpt tawakal la aku siap sapu semula bersih2 dan mop 1 rumah kau bayangkan.
Esoknya, tuan rumah cek rumah pagi2 tu sekali bukak pintu rumahnya berhabuk mcm dah setahun tinggal dan jiran aku bagitahu malam lps kami angkut barang tu kt rumah tu bunyi bising cm ada org mengamuk dgn bunyi brg2 jatuh lah kena hempas la.
Settle aku keluar rumah aku call Pak Haji tu semula, dia pun ckp penyewa lama rumah tu sebenarnya tinggalkan peliharaan dia tp aku b***h , kan ada yg aku mimpi ular tu kan tulah peliharaan dia yg jaga rumah sewa tu tp aku dah b***h so dia marah tu yg dia kacau.
Dalam bilim tidur aku pula ada kakak cantik tinggal and kakak cantik tu sakit hati tgok aku mesra2 dgn laki aku tu yg dia kacau bagai ambik boxer laki aku and tu yg laki aku blh tido dkt bilik tanpa aku, dia kacau peranakkan aku.
Kat bilik baju aku pula ada puteri jaga tu yg bilik baju aku sejuk and bersih je, aku sepanjang tinggal situ paling jarang sapu bilik baju sbb bilik tu bersih je, dkt ruang mkn aku pula ada ape ntah tu yg nasi aku asyik basi je wlaupun kau masak kul 6 petang bila nk mkn aku matikan suis then mlm nya dlm kul 10 nasi da basi.
Berbagai jenis beras aku da cuba tetap basi. Kat dapur dgn bilik air pula ada gondorowo yg aku nmpak berbulu tu, benda tu suka tgok aku mandi sorang tp kalau aku mandi dgn laki aku dia marah tu yg dia kacau aku and makan baby aku.
Then ada polong, jin tanah dan byk lagi yg aku x ingt semua namanya. Benda tu x suka aku ngn laki aku sbb kitaorg selalu gurau2 manja dlm rumah, habis tu dah aku sewa rumah tu xkan aku x blh gurau2 ngn laki aku.
That why la ada sekali tu maghrib2 aku dgr org bukak pintu rumah aku, masa tu aku tgh masak aku ingt laki aku blk sekali aku g depan aku tgok pintu rumah aku terbukak tp xde org, padahal masa aku masuk umah tu aku lock pintu rumah aku. Nasib baik xde ape jadi.
Sebenarnya kata Pak Haji tu aku pagar rumah tu siap pagar dgn makhluk2 tu sekali rupanya.
Sampai sini je cerita aku, memang x seram pn tp nilah pengalaman aku yg xkan aku lupakan seumur hidup aku. Apa pun nasihat aku kalau kita nk sewa rumah lebih baik kita selidik dulu psl rumah yg kita nk sewa tu.
-TAMAT-

050. RUMAH SEWA “TUMPANGAN JIN”

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : RUMAH SEWA “TUMPANGAN JIN”
KARYA : AS
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400050
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sebelum aku mulakan cerita,biarlah kalian hanya mengenali aku dengan nama A. Seorang perempuan dari salah sebuah negeri di Pantai Timur,Malaysia.
Kisah yang aku nak ceritakan ni, tidaklah seram seperti kisah penulis lain. Tapi aku harap kalian terhibur,dan jika ada pengajaran dari kisah ini—ambillah sebaik mungkin.
Kisah ini berlaku kira-kira 7 tahun dulu, ketika aku dan keluarga berkunjung ke rumah sewa abang aku,yang terletak di negeri P (Barat Laut Malaysia). Kami bertolak dari rumah dengan jiran kami,aku gelarkan mereka—keluarga Ustaz. Kebetulan,abang aku yang kedua,ketiga dan anak lelaki ustaz (aku namakan Abang Edi, Abang Ezi, Abang N) akan berkonvokesyen yang mana sesi mereka berlangsung selang sehari.
Nak dijadikan cerita ketika kami sampai dan masuk ke dalam rumah,ustaz terus cakap,”malam esok,kita baca Yassin ya.” Kami semua iakan saja. Malam yang sama,aku,mak dan ustazah tidur dalam bilik. Ustaz dan semua yang lelaki,tidur di ruang tamu rumah. Alhamdulillah sepanjang masa kami di rumah,tidak ada sebarang gangguan. Cuma yang aku sedikit hairan apabila terlihat ustaz keluar seketika ke bahagian tepi rumah,anggapanku mungkin ustaz cuma mengambil angin.
Malam kedua,kami semua pulang agak lewat ke rumah (kami ambil kesempatan untuk ke pusat bandar), tetapi ustaz tetap mahu meneruskan bacaan Yassin walaupun jam sudah menunjukkan hampir jam 11 malam. Usai bacaan Yassin,ustaz sempat berpesan pada abang-abangku & anak lelakinya supaya sentiasa menjaga tingkah laku sepanjang menyewa rumah ini. Walaupun sedikit hairan,mereka mengiakan saja.
Esoknya sebelum bertolak pulang,kami singgah di kedai makan,barulah ustaz menceritakan perkara sebenar. Rumah tersebut sebenarnya didiami keluarga jin. Terdiri daripada ibu & anak (mungkin anak kecil). Malam pertama kami sampai ke rumah itu,ustaz yang sedang tidur di ruang tamu tiba-tiba terjaga dek terdengar bunyi orang sedang memasak. Apabila diperhatikan,susuk tubuh yang sedang memasak itu bukanlah antara kami bertiga (aku,mak atau ustazah),tetapi “perempuan” lain. Lagipun,siapa yang memasak di tengah-tengah malam? Kata ustaz,”rupa dia seperti manusia. Tak terlalu menakutkan,tapi tak juga menyeramkan. Tapi rasanya kalau kamu semua tengok dia—memang boleh pengsan.” Malam yang sama juga,abang Edi demam. Tetapi sehampir jam tiga pagi,dia terjaga dan terdengar bunyi loceng,ustaz perasan abang Edi semacam resah,tapi ustaz menyuruh dia sambung tidur saja.
Kata ustaz lagi,dia keluar ke bahagian tepi rumah pada malam itu untuk berkomunikasi dengan benda tu,”Dia (jin itu) pesan. Dia tak suka kamu buat bising,menyanyi,pasang lagu kuat-kuat. Jangan kotorkan rumah. Kerana dia ada di situ dengan keluarganya. Aku dah ingatkan dia jangan kacau kamu,tapi katanya kalau kamu buat perkara yang dia tak suka—memang dia akan ganggu.” Sebab itu ustaz pesan supaya menjaga tingkah laku.
Kisah ini aku akui,tidak seram seperi kisah lain. Tetapi cukup untuk ajarkan kita,bahawa apabila kita menumpang di sesuatu tempat,bukan sahaja kita yang ada di situ,tapi juga makhluk lain. Itulah unjuran Tuhan supaya perlunya kita menjaga tingkah laku. Sekian.
-TAMAT-

051. SAHABAT DARI NERAKA

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : SAHABAT DARI NERAKA
KARYA : CIMI
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400051
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Assalamualaikum pembaca setia HZONE BLOG. Nama I Cimi . Semua dalam cerita ni I guna bukan nama sebenar ya . I nak cerita pengalaman waktu bujang dulu dekat rumah sewa I dengan housemates dulu. Dengar cerita macam klise kan tapi ini bukan ‘typical story’ pasal rumah sewa. I cuba untuk ‘cut it short’ dan mungkin ada unsur yang tak berapa sihat tapi sila ambil sebagai pengajaran.
Dulu kami duduk bertiga je dalam rumah sewa. Semua dalam rumah tu bekerja, umur linkungan 25-28. Housemates I nama Dyana & Sofea. Kami memang rapat, macam adik beradik lebih kurang 3 tahun dah kenal. Every weekend kami akan keluar dan balik lewat malam. Senang cerita, iman kami sangat goyah, banyak yang kami lalai.
Nak dijadikan cerita, Sofea baru berkenalan dengan seorang mamat bernama Eric yang dia jumpa dekat dating apps ‘Tinder’. Sejak daripada tu, Eric selalu ikut kami kemana je kami pergi sebab dia memang suka sangat dengan Sofea sampai tak kisah untuk keluar Bersama kami. Tapi lepas 4 bulan macam tu, Sofea dan Eric makin menjauhkan diri dari kami. Sejak tu lah macam macam benda pelik yang jadi dalam rumah.
Pada suatu malam, I dengan Dyana balik rumah agak lewat. Sampai je dekat parking condo, Dyana bersuara “Kenapa guard tadi tengok kita macam nampak hantu?”. I paling tak suka bila ada member yang suka nampak benda pelik pelik ni so, I cakap tu mungkin perasaan Dyana je kot.
Tapi at the same time bulu i dah meremang dah (ya I memang penakut, kami semua penakut memang tahap extreme punya penakut okay). Naik je rumah, kami masuk bilik masing masing. Tiba tiba I terdengar Dyana panggil I dari dalam bilik dia. I pun pergi la bilik dia dan tanya kenapa. Tapi dia muka blur blur sotong tengok i. Dia cakap “bila masa pula I panggil you?” so I macam terkaku jap “Habistu, tadi siapa yang..?” Memang I tak salah dengar, suara Dyana yang memanggil tadi. Dyana pula perli I “Perasaan you je tu!”
Lepas kejadian tu, banyak lagi kejadian pelik yang kami lalui. Hanya I & Dyana yang selalu kena sebab Sofea dah jarang balik rumah. Contohnya, nampak kelibat Sofea dalam rumah padahal dia tak ada, pintu bilik kena ketuk, bunyi tapak kaki etc etc. I tak cerita full lah ya kejadian2 yang klise ni sebab nak pendekkan cerita.
Selang beberapa minggu, I dengan Dyana tengah masak lunch dekat rumah, tiba tiba loceng rumah berbunyi. Rupa rupanya jiran tingkat atas kami, kak Mah. Suami dia ustaz dan dia selalu jalan jalan sekitar block kami. Dia tegur ada bau sedap dari rumah kami & I pun cakap la “Oh, kami baru lepas masak. Mari lah makan sekali” Tiba tiba friendly pula aku.
Lepastu dia ckp “Oh masak ya patut bau sedap” Pastu dia terus blah. I pun terpinga pinga depan pintu. Apa dia nak sebenarnya? Malas nak layan Kak Mah yang pelik tu, I dgn Diyana makan sambil tengok tv. Tengah syok layan cerita sedih, I tengok phone ada miscall berkali kali dari Sofea (Phone I silent). I try call balik tapi tak dapat. I dah start risau, dah lah jarang balik rumah sekarang. Macam2 bermain dalam kepala, Eric culik dia ke?
Keesokannya, Sofea balik rumah. Bila ditanya kenapa call berkali kali, dia kata dia tak ingat. Pelik kan. I start tak sedap hati so, I masak untuk lunch dan panggil semua makan sekali. Borak punya borak, semua nampak normal sampai lah I start buka topik pasal Eric. Tak sempat habiskan soalan, ada bunyi kaca pecah dalam bilik Sofea. Semua terdiam sekejap dan sambung makan dengan perasaan tak tenang. Tiba tiba Sofea bersuara “benda tu memang ikut I!” sambil terbeliak biji mata macam nak terkeluar.
Semua pandang Sofea sambil meremang segala bulu. I cuba tenangkan dia dan tanya apa berlaku sebenarnya since I memang syak something wrong dengan Eric tu. Sofea mula bercerita, “Sejak I keluar dengan Eric banyak benda pelik jadi dekat I. I selalu nampak ‘kelibat’ dekat seat belakang kereta Eric tapi I takut nak tegur. Bila I tidur dekat rumah, I rasa macam ada ‘orang’ dekat sebelah dan kadang2 katil bergoyang macam ada ‘orang’ dekat sebelah I tengah betulkan position tidur. sebab tu I tak tidur rumah I takut. I tumpang tidur rumah kakak I. Sorry I tak inform korang sebab I taknak korang buat tindakan melulu dekat Eric. Biar I sendiri jauhkan diri dari dia.” Muka masing masing dah biru dengar cerita Sofea dan kami decide untuk pergi berubat dengan ustaz tingkat atas. Alaa yang suami Kak Mah tu la.
Selesai makan, I dengan Sofea pergi rumah ustaz untuk berubat. Diyana memang penakut antara kitorg yang sememangnya penakut ni so, dia decide untuk tak ikut sebab taknak nampak benda pelik2. Jenuh kami pujuk tapi dia berkeras taknak ikut. Biar lah situ. Sampai je rumah ustaz, I nampak Kak Mah tengah mengemas rumah seakan akan tau ada tetamu nak datang. Kami beri salam dan masuk berjumpa ustaz, bagitau apa tujuan kami. Ustaz cakap dia dah tau. I pun pelik kenapa mostly ustaz ni tau je apa tujuan orang nak datang berubat? Bila tanya mana ustaz tau, dia cakap Kak Mah yang bgtau.
Rupa rupanya, hari yang Kak Mah datang tegur bau masakan kami sedap haritu, bukan lah bau sedap yang dia hidu tapi bau yang sangat hanyir dan rumah kami nampak sangat usang. Bila I buka pintu Kak Mah ckp dia nampak ada orang dalam rumah tu yang tak puas hati pandang Kak Mah dari dalam rumah seolah olah taknak Kak Mah masuk campur jadi Kak Mah terus balik rumah dan cerita pada ustaz untuk ustaz buat something.
Ustaz memang dah mula berubat kami dari jauh sebab niat nak tolong kami. Dia tahu kami tak ramai dalam rumah tu & dia boleh tau iman kami tak kuat untuk lawan semua tu. Ustaz juga baca ayat pendinding untuk kami dan buka kan jalan untuk sofea kembali ke rumah sebab tu Sofea balik. Ustaz ajak kami pergi rumah untuk pagar rumah.
Sampai je di rumah, I tekan loceng tapi takde orang yang bukakan pintu. Entah kemana Dyana pergi, takut sangat agaknya sampai keluar pergi lepak mana2. Nasib kami bawa kunci rumah. Ustaz mula memagar rumah kami dan baca ayat ayat suci untuk menghalau ‘benda’ yang masih berbaki di dalam rumah. Selepas selesai, ustaz minta sofea duduk sambil melunjur kaki. I punya seram, kalau boleh nak masuk dalam kain Kak Mah supaya tak nampak apa apa.
Ustaz mula memicit hujung jari kaki sofea sambil terkumat kamit membaca ayat2 suci. Tak lama lepastu Sofea menjerit macam orang gila. I taktau apa jadi sebab tutup mata, I cuma dengar mereka bercakap je haha! Ustaz tanya “Kenapa sihir dia?” Sambil menjerit Sofea menjawab “Dia ada segala yang dia impikan, dia lebih dari aku, malah semua lelaki tertarik dengan dia.” Ustaz tanya lagi, “Siapa yang hantar kamu?” Sofea ketawa “Orang dalam rumah ni juga hahahaha!” Terus ustaz sambung baca ayat (maaf sangat sangat aku taktau apa ayat yang ustaz baca dari mula kami berubat) dan Sofea terus pengsan.
Ustaz cerita, sebenarnya yang hantar sihir tu orang paling rapat dengan kami dalam rumah ni (ustaz taknak sebut nama tapi siapa lagi yang ada dalam rumah ni selain kami?) Perasaan I bercampur baur, urat otak ni berselirat fikir benda yang tak logik ni. Dia sihir Sofea sebab dengki. Sofea seorang yang cantik (memang paling cantik dan bergaya), pandai buat kawan dengan semua orang, apa dia nak semua dia dapat, hidup dia memang serba lengkap. Tambah pula, Sofea bahagia dengan lelaki yang tampan. Sejak tu dia mula sihir sofea. Buat sofea untuk renggang dengan Eric, buat Sofea benci untuk balik rumah (sebab tu ada banyak gangguan dirumah) dan keluar daripada rumah ni. Ustaz kata dia memang plan untuk keluar rumah sebelum kita datang sini.
Apa jadi dekat Dyana? Eric? Tunggu sambungan. Nak cerita semua takut kena banned sebab panjang sangat! Sorry cerita tak berapa detail sebab nak pendekkan cerita.
Moral of the story, ini pesanan daripada ustaz juga, rajin rajinlah dekatkan diri dengan Allah swt, jangan terlalu mengejar dunia. Hidup biar bersederhana, jangan terlalu menunjuk kemewahan. Hidup jangan terlalu bebas, ingat batas agama. Tolonglah jangan terlalu menayang susuk tubuh dan rupa paras you all yang cantik tu di social media, orang boleh sihir guna gambar dalam Instagram je tau, tak perlu dah curi gambar passport kita. Manusia sekarang sanggup lakukan apa sahaja untuk melihat kita jatuh terduduk, kerana hasad dengki. Percaya atau tidak, ini lah yang betul betul berlaku pada era globalisasi kini. Dunia semakin nazak. Kiamat semakin dekat. Wallahualam.
====
Assalamualaikum pembaca setia HZONE BLOG. Terima kasih admin andai cerita kedua Sahabat dari Neraka ni di publish kan. Okay macam biasa I’ll try to cut it short ya hehe. Apa jadi dekat Dyana yang diam diam ubi berisi tu? Eric pula kemana? Apa konspirasi mereka ni?
Setelah sebulan selepas berubat dengan ustaz, kami decide untuk cari Eric memandang kan Eric tak bersalah dalam hal ni. Nasib baik Sofea sempat berkenalan dengan kawan rapat Eric, Ijan (bukan nama sebenar) so kami dapat cari Eric menerusi Ijan ni. Pada mula nya Eric bertegas tak mahu berjumpa dengan kami dan berulang kali cakap “Aku taknak berkawan dengan manusia syirik & kuno”.
Setelah penat dipujuk oleh Ijan dan tau serba sedikit tujuan kami untuk berjumpa, Eric setuju untuk berjumpa.
Al-kisah nya, Eric juga turut pergi berubat kerana gangguan2 yang dia sendiri tak tahan. Ustaz yang mengubati Eric tu beritahu salah seorang antara kami yang hantar ‘benda’ tu untuk ganggu jadi Eric syak kami bertiga sebab tu dia macam benci dengan I dengan Sofea sekali. I tanya “Apa jadi dekat you?” Eric jawab “Bila I keluar dengan Sofea, I rasa gelisah yang macam tak tentu arah, rasa macam nak marah orang. Kadang2 rasa macam ada ‘benda’ ikut kami sepanjang kami keluar pergi mana mana especially waktu malam.
Bila I dekat rumah, selalu dengar suara perempuan panggil nama I dan I selalu mimpi sampai berpeluh. Seumur hidup I, I tak pernah kena ganggu seteruk ni” No wonder Eric pun menjauhkan diri sebab dah mula syak yang bukan bukan dekat kami. Rupa rupa nya Eric dan Sofea mula menjauhkan diri daripada kami bukan lah kerana Eric bawa lari Sofea. Mereka masing2 mengesyaki diri masing2 dan decide untuk putus hubungan. Maknanya sihir si pengkhianat ni memang kuat dan berhasil.
Sedikit sebanyak kami rasa lega kerana dah dapat penjelasan dari Eric dan tahu keadaan dia semakin baik. Bagaimanapun, kami tidak lah rapat seperti dulu dan Sofea membuat keputusan untuk menjauhkan diri dari Eric. Apa sebab Sofea buat macam tu, hanya dia yang tahu. Kami juga decide untuk keluar rumah tu sebab dah taknak ingat apa yang pernah terjadi memandangkan kami sangat penakut.
Setelah beberapa minggu, kami pindah ke rumah baru. Bermula lah sesi mengemas satu rumah Bersama Sofea. Setelah selesai mengemas, Sofea tanya “Bilik Dyana ni macam mana? Takkan nak biar berkunci? Entah apa ada dalam bilik dia pun kita tak tahu. I taknak kalau tuan tumah salahkan kita kalau apa apa jadi” I pun jawab “Habistu u nak pecahkan pintu dia ke?” Kalau nak pecahkan pun, I memang tak berani nak tengok apa ada dalam bilik dia jadi kami tawakal je lah terus keluar dari rumah tu. Dan sampai sekrang kami tak ada pula dengar apa apa complain dari tuan rumah. Bermakna tiada apa pelik yang berlaku selepas kami keluar rumah tu.
Berbalik pada situasi nak pindah rumah tadi tu, sewaktu tengah sibuk memindahkan barang ke dalam lori sewa, kami terserempak dengan jiran sebelah dan bertegur. Jiran kami jarang bertegur antara satu sama lain sebab mereka lebih mengamalkan konsep ‘mind your own business” tapi memandangkan nampak kami nak pindah mereka pun tanya “Eh nak pindah dah ke?” I pun jawab “Pindah lah lama sangat dah duduk sini, nak tukar angin baru pula” Lepastu anak kecil dia dalam lingkungan 5 tahun macam tu bersuara “Hantu yang selalu bergayut kat pintu tu ikut sekali tak?” Kami terus tersentak terkedu dengar budak kecik tu cakap macam tu. Lepastu jiran kami terus menutup mulut anak dia seolah olah anak nya itu terlepas cakap dan bergegas masuk ke dalam rumah. Kami tak fikir panjang terus masuk kereta dan pecut laju.
Mana Dyana? Wallahualam, kami sendiri taktau mana dia pergi sebab kami memang taknak langsung berjumpa dengan dia, kami trauma. Ini pertama kali dalam hidup kami hadapi situasi yang macam ni. Pada awalnya kami memang ada cuba untuk mencari Dyana tapi tiada siapa tahu dimana dia berada. Seolah olah Dyana pergi membina hidup baru dengan kawan kawan baru dan suasana baru.
Mungkin dia menyesal mungkin tidak. Jadi kami decide untuk tak perlu pun nak cari dia. Pengalaman hidup ni yang I mmg tak akan lupa sampai bila bila pun. I sedih sebab tak expect boleh hilang kawan seperti Dyana, seorang yang soft spoken dan tak banyak bercakap. Semoga cerita ni dapat pengajaran kepada semua.
Ya I tau mungkin cerita kurang seram dan kurang menarik tapi ini memang base on true story. Jangan ingat kita hidup di bandar dengan “budak budak bandar” tapi tak ada “amalan kampung” ni semua. Dekatkan lah diri dengan Allah. Bila kita dekat dengan Allah, Inshallah kita pun akan dilindungi. Sekian
-TAMAT-

052. GELANG KEKASIH DARI IJAT

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : GELANG KEKASIH DARI IJAT
KARYA : EMY
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400052
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Assalammualaikum readers. Ape yang aku nak sampaikan ini berlaku pada diri aku sendiri. Sekitar 10 tahun lepas. Tapi masih segar dalam ingatan. Dan aku harap cerita ini dapat memberi iktibar pada yang baru nak ‘up’ sebagai student.
Aku bekas pelajar kolej terkemuka dan popular di kuala lumpur pade mase itu. Tahun 2010. Aku ambil course hotel management. Kehidupan aku macam biasa sebagai seorang student. Pagi pergi class, petang balik. Bermacam kawan yang aku jumpa. Datang dari pelusuk negeri. Aku sendiri datang dari selatan tanah air.
Kisah bermula apabila aku mula mengenali seorang student lelaki, dari luar semenanjung. Cukup aku gelarkan dia Ijat. Dia pendiam and tak ramai kawan. Kitorang duduk di satu kondominium yang sama, dia tingkat 10 dan aku tingkat 8. Kami kerap makan bersama serta rakan yang lain. Pergi class bersama. Suatu hari, Ijat ada memberikan aku seutas gelang tangan hitam. Gelang pattern seperti itu sangat digilai budak muda seperti aku pade waktu tu. Dan aku menerima kerana aku anggap ia satu trend. Aku pakai di kaki.
Bermula kisah seram dengan gelang pemberian kekasih aku itu. Aku tidak pernah menanggalkan nya walau seketika. Sejak aku pakai gelang itu, hati aku terlalu rindu yang melampau pada Ijat. Tidak bertemu dia satu hari boleh bikin hati aku kacau. Siang malam berkepit. Sampai tak ada kawan lelaki yang nak tegur aku. Sedangkan sebelum ini semuanya okey, aku seorang yang friendly.
Senang bertegur sapa dengan orang. Bila sendirian, aku rasa tak keruan, rasa bilik yang aku tidur gelap walaupon siang. Ke mana aku pergi macam ade yang ikut. Pernah aku nampak kelibat berbulu yang besar duduk tercangak di belakang pintu mase aku sorang dalam bilik. Kawan yang lain ke class. Aku cuba call Ijat konon nak bagi hati aku chill, dia cakap tak ada ape lah, khayalan aku je.
Pernah sekali, aku dah balik daripada class petang. Stay lah dalam bilik. Ade yang ketuk pintu bilik. Aku bukak, roommate aku si Wani. Muke masam masuk bilik. Aku syak gaduh dengan boyfriend dia tak pon train delay. Dia terus baring atas katil dia. Tidur. Aku biarkan sampai malam.
Dalam pukul 10 aku keluar turun bawah, tapau nasi lemak dekat kedai mamak. Terserempak dengan si Wani tengah berjalan nak naik bilik. Eh, aku tegur bila kau turun? Dia cakap ape? Aku baru balik class ni. Train delay 2jam. Habis yang balik pukul 7 tadi siapa? Yang kat atas tidur siape? Yang stay dengan aku daripada pukul 7 sampai pukul 10 kat dalam bilik tadi siapa? Tak jadi tapau aku menebeng kat kedai mamak tu dengan Wani. Cerita yang jadi. Biru muka masing².
Esoknya aku rasa curiga dengan gelang pemberian Ijat ni. Sejak pakai rase macam ada bodyguard. Aku tanggalkan. Dan macam biase aku jumpa Ijat. Dia boleh perasan yang aku tak pakai gelang tu. Padahal aku pakai seluar panjang. Dalam hati aku kate, mamat ni ade mate ke kat kaki? Dia marah² suruh pakai. Yang bodohnya aku pon pakai balik. Lepas kejadian tu hidup aku bertambah huru hare. Ijat semakin control life aku. Ape aku buat dekat kolej mesti dia dapat tahu. Macam ade cctv kat mate dia. Duduk discuss dengan member lelaki sekelas pon kena marah.
Aku tak boleh tahan dengan sikap dia. Aku break off dengan Ijat. Jadik singa dia sekejap. Dia tak boleh terima. Aku balik bilik, buang gelang hitam tu kat tingkap. Dari tingkat 8. Sebab kau lah gelang aku jadi huru hare. Aku mandi,masuk bilik tengok gelang tu ade dalam almari aku. Ish, takkan lah!
Memang aku yang buang gelang tu kat tingkap. Aku takut teramat sangat, sampai roommate aku Wani dan Jaja baca yasin dalam bilik. Kitorang bakar gelang tu. Roommate yang lain dah pelik kenape kitorang buat pembakaran dalam rumah.
Lepas bape hari kejadian tu, aku dengar roommate Ijat cakap Ijat dah berhenti study. Balik negeri dia. Ermm biar lah dia. Aku pon tak nak jumpa manusia spesis dia lagi. Pendiam tapi psiko. Cukup lah aku rase pengajaran yang Allah bagi ni. Silap aku jugak suka hati terima barang daripada orang.
Itu sahaja dari aku. Terima kasih kerana sudi membaca..
-TAMAT-

053. SANTAU SI PAK CIK TUA

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : SANTAU SI PAK CIK TUA
KARYA : CIK PUAN MUDA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400053
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Tq HZONE BLOG sudi publish story aku ni..
Dan sorry jika ayat aku n jalan cerita aku tunggang langgang..
Sedikit perkenalan diri aku dan family kecil aku..
Nama aku linda berumur 30 tahun.. Duduk di selatan tanah air.. Abah aku org Indonesia dan mak aku org malaysia.. Aku anak tunggal.. Tapi abah aku pernah berkahwin di Indonesia dan ada anak 6 org.. Kira adik beradik 1 bapa lain mak..
Kisah aku ni x seram mana.. Cuma peringatan je lah.. Sekeliling kita ni tak semua berhati emas.. Banyak yg berhati busuk dan lebih suka berdamping dgn syaitan untuk memenuhi kehendak n membalas dendam..
Abah aku bekerja tukang kait sawit.. Ambil upah dgn peneroka-peneroka di felda ini.. Tahun 1998 gaji 4k dah cukup lumayan.. Tapi ye lah.. Dgn komitmen arwah abah aku nak kirim kampung jadi aku n mak yg di depan mata abah ni lah terpaksa mengalah.. Makan apa yg ada je..
Mak aku cuma suri rumah.. Menjaga aku n jadi tukang masak untuk budak2 indon.. Tanpa gaji tau.. Tapi kene maki hari2 sbb lauk x cukup..
Ok2 dah.. Jadi sakit hati aku kalau ingat..
Di sinilah bermula segalanya kemusnahan n kesusahan aku..
Pekerja abah aku berlanggar dengan seorang pak cik ni.. Peneroka felda ni.. Bawak lah kes pelanggaran ni ke balai.. Tak ada lah teruk mana pak cik tu.. Pekerja abah aku yang teruk.. Tapi polis kata selesaikan lah cara baik.. So abah aku oklah.. Betulkan motor pak cik tu dan pekerja abah.. Kiranya semua kos abah aku tanggung..
Tapi pak cik tu tak puas hati.. Dia kalau boleh nak abah aku ke tali gantung bagai..
Last sekali dia cuma cakap dekat abah aku..
“kau tak kenal aku siapa dan kau tak tahu org Malaysia ni macam mana”..
Abah aku tak amik peduli.. Yg penting abah aku selesaikan apa yang patut..
Sebulan selepas kejadian tu.. Abah aku jatuh sakit.. Demam yang sangat teruk..sebelum abah aku sakit.. Mak aku ada mimpi org bagi makanan.. Tapi mak aku buang depan rumah.. Lagi 1.. Masa tu tepat jam 12malam..ada org bagi salam.. Cara salamnya mendatar je suara..
“assalamualaikum”..
Aku ni cepat je nak bukak.. Tapi mak aku tak bagi.. 12 malam kot.. Jadi hati2 la korang.. Kadang2 tu laluan santau nak masuk dlm rumah..
Pergi cek doktor.. Doctor kata abah aku okay.. Padahal abah aku meracau tak hingat dunia.. Mcm2 ayat keluar dari mulut dia.. Scary weyh klu abah aku bertukar suara jadi suara garau..
So doktor semua dah kata tak ada apa.. Beralih lah ke ubat kampung.. Dah berpuluh dukun lah ustaz lah.. Semua buntu nak ubat abah aku.. Tak ada jalan dah.. Sakit abah aku ni buat abah aku meracau 24jam.. Selama 7 tahun abah aku menderita.. Masa ni lah abah aku dekatkan diri dgn allah.. Dan abah pulih sikit boleh lah kerja kilang.. Abah aku ic merah okay bukan datang sini seludup naik tongkang..
Tapi abah aku belum sembuh.. Santau tu tetap datang.. Aku yg duduk rumah sorang2 ni selalu kene gangguan.. Rumah aku 2 tingkat.. Aku selalu dengar dekat tingkat atas ada org berjalan.. Batuk.. Kadang2 suara berdengkur yg kuat.. Pernah sekali aku naik ke atas..aku nampak bayang2 terjun dari tingkap.. Tapi masa tu aku budak.. Jadi semuanya ok je bila aku dah main dgn kawan2 aku..
Seingat aku ada org mersing cuba ubati abah..dari situ barulah tahu punca abah aku sakit.. Dari pak cik peneroka tu yang hantar mcm2 santau.. Abah aku cukup berang.. Nak di parangnya org tua syaitan tu.. Tapi alhamdulillah mak aku dapat tenangkan.. Cuma org mersing tu dapat keluarkan apa yg ada depan mata je.. Yg lain x dapat.. Sbb org tua tu guna bomoh siam kaw2 siam punya.. Benda yg di tanam tu ngam2 dekat mana mak aku campak makanan yg dlm mimpi tu..
Abah kerja dekat kilang tu.. Abah kenal seseorang.. Org tu dari Indonesia (pak don) .. Dia yang hulurkan diri untuk bantu abah aku.. Dia datang rumah.. Dia tengok abah aku ni dah teruk.. Semua dalaman abah aku dah habis jadi santapan makhluk lain..
1. Dari abu mayat
2. Dari tulang b**i
3. Santau angin
4. Santau minyak
Semua jin tu ada dalam badan abah..
Pak don tunaikan solat hajat.. Berzikir dan minta petunjuk allah.. Masa tu rumah aku ni dah bau mayat yang mereput tu ha.. Busuk dia jgn kata.. Tapi kata mak aku.. Tahan buat tak ada apa.. Aku pon ikot je lah arahan.. Padahal nak muntah gila..
Masa ni aku da pindah rumah sbb rumah 2 tingkat tu terlalu banyak gangguan untuk aku..
Masa sesi berubat tu.. Abah aku tenang.. Zikir je dekat sejadah.. Pak don turun keliling rumah n korek segala macam yang ada di setiap penjuru rumah.. Tapi keadaan tenang je.. Tulang b**i bersepah setiap pelusuk rumah.. Mcm2 botol yang berisi entah apa2 di jumpai..
Alhamdulillah semua selesai.. Peneroka yang buat abah aku on the spot terima balasan.. Rumahnya terbakar.. Istrinya lumpuh separuh badan.. Majlis kawin anaknya kucar kacir.. Tapi semua tu kuasa allah.. Kita hanya mencari jalan untuk meminta bantuan..
Abah aku pun dah pergi mengadap illahi pada tahu 2015.. Al fatihah untuk abah aku.. Bukan sbb santau.. Tapi kene langgar lori..
Mana yg suka berdamping n meminta bantuan dari syaitan berhentilah.. Allah lebih berkuasa tiada yang lain mampu menandingi kebesaran n kehebatan allah.. Santau katanya tiada ubat.. Tapi jika allah dah berkendak.. Maka ia tetap baik n pulih..
Sebenarnya dah jadi mcm2 ni.. Hijab aku pon terbuka.. Tapi kalau aku nak cerita.. Bape hari kau semua nak ngadap story aku? Bagi la laluan dkt suhaimi saad punye story pulek kan..
-TAMAT-

054. DI WAKTU MAGHRIB

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : DI WAKTU MAGHRIB
KARYA : ADDAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400054
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Ayah dah pesan banyak kali. Bila sampai rumah jika ada ada anak kecil atau anak buah jangan terus peluk cium mereka.
Mesti basuh kaki atau ambil wuduk dulu. Kita tak tahu siapa dan apa yang ikut kita pulang.
Kejadian ini berlaku di rumah adik saya, Angah beberapa tahun lalu di Taman Kajang Mulia.
Ketika saya menonton tv terasa ada sesuatu di pagar terhendap hendap mencari seseorang. Bila saya keluar rumah tiada pula kelibat manusia.
Mungkin perasaan saya saja. Waktu Maghrib pula tu.
Saya sambung menonton tv. Sekali lagi rasa diperhatikan. Tapi kali ini dari bahagian dapur ‘dia’ menghendap di sebalik dinding.
Mengintai intai ke arah ruang tamu.
Bila saya toleh tidak pula kelihatan.
Tiba tiba anak buah saya (si kembar) melalak di bilik atas. Meraung tak tentu pasal. Teruk juga mereka menangis. Sampai muntah muntah.
Angah turun dari atas dan terus ke dapur memaki hamun dan mencarut entah kepada siapa dia tuju saya tak pasti.
“Angah marah siapa?”
“Siapa siapa saja yang kacau anak Angah. Dah dekat seminggu macam ni. Asal Maghrib je meraung”
“Takpe. Angah naik atas. Biar Along setelkan”
Angah berlari naik ke atas semula. Cuba memujuk anak anaknya berhenti menangis.
Lalu saya ke dapur. Mencabar siapa pun yang berani membuat kacau.
“Aku tahu kau ada di sini. Muncul kan diri”
Tiba ada kelibat keluar dari bilik air. Seorang wanita tua bertongkat. Rambutnya putih. Macam nenek kebayan pun ada.
“Siapa kau dan kenapa kau ganggu anak buah aku?”
“Aku suka mereka. Mereka macam cucu aku”
“Itu bukan cucu kau. Itu anak kepada adik aku. Jangan berani berani kau cuba sentuh mereka”
Nenek itu kemudian berjalan mundar mandir di ruang dapur.
“Tapi aku suka mereka”
“Tidak! Aku kata tidak. Mereka buka kau punya. Siapa kau dan dari mana kau? Mari aku hantar kau pulang!”
Nenek itu menggeleng kepala. Tanda dia tidak setuju.
“Jika aku beritahu tuan aku. Mesti dia suka. Mesti dia suruh aku pelihara anak itu. Tuan aku bidan dan tukang urut orang bersalin”
Waktu itu saya menjadi sangat marah. Takut itu perkara nombor dua.
“Begini. Aku akan lepaskan kau pergi dengan baik jika kau tinggalkan budak itu. Atau aku akan bakar kau dengan tuan kau sekali. Atau kau bawa aku berjumpa dengan tuan kau”
Wajah nenek itu mula berubah. Dia seakan marah dengan tindakan saya yang berani mencabarnya.
“Baik. Aku akan pergi dari sini jika tuan aku pulang ke rumahnya semula. Jika tidak aku akan terus melawat anak anak ini”
“Beritahu di mana tuan kau. Aku akan suruh dia keluar dari tempat ini. Jika tidak engkau yang aku akan b***h”
Saya cuba mengugut dan menunjuk berani.
“Baik. Aku bagi kau jumpa tuan aku. Tapi kau jangan apa apa kan dia”
“Bergantung!” Tegas saya.
Saya mengikut nenek itu bertemu dengan tuan nya. Mereka tinggal selang beberapa rumah dari rumah Angah.
Rupanya tuannya ini seorang Mak Bidan yang menjaga orang sedang berpantang. Sudah seminggu mereka di sini.
Dan setelah berbincang secara diplomatik Mak Bidan ini setuju untuk pulang keesokkan harinya. Beliau juga meminta maaf atas kesilapannya dan pendampingnya.
Ingat senang ke nak slow talk dengan orang tua?
Keadaan kembali pulih. Cuma sesekali terbayang juga orang mengintai dari dapur.
-TAMAT-

055. JELMAAN DATUK

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : JELMAAN DATUK
KARYA : IZA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400055
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Hi. Nama aku Iza. Salam kenal semua. Aku nak cerita kan beberapa kisah seram yang berlaku pada diri aku dan orang lain. Selamat membaca.
Pengalaman 1 :
Datuk aku dah meninggal dunia setahun yang lepas. Tapi orang kampung duk bercerita diaorang nampak kelibat datuk aku lah dan macam2 yang kurang enak kami sekeluarga dengar. Ada jiran sebelah rumah cerita, waktu tu pagi dia tengah bersiap-siap nak buka warung tiba-tiba dia dengar ada orang menyapa dia lalu dia pusing belakang nak tengok siapa, tup-tup dia nampak kelibat datuk aku depan dia. Terkumat kamit dia baca apa yang patut sebab takut dan terkejut lalu bayang datuk aku pun hilang. Demam juga la jiran sebelah rumah selepas kejadian tu.
2) Memang menjadi rutin harian nenek aku setiap hari kalau tak hujan pergi menoreh. Tengah sibuk nenek aku duk buat kerja. Drap.. Drap.. Drap.. dia dengar bunyi tapak kasut lalu dia pun cari lah mana mai bunyi tu , sekali nenek aku nampak datuk aku duk melambai panggil dia dekat hujung. Terus nenek aku cabut balik rumah. Nasib dekat ja rumah dengan kebun.
3) Ada 1 hari tu, pak cik aku baru balik dari melepak dengan kawan2 dia, lepas tu elok dia sampai rumah nak park motor, sekali dia nampak penanggal elok ja duk terbang dekat area rumah. Mau kecut perut tengok benda tu.
4) Aku mimpi arwah datuk aku. Nampak bayangan datuk aku dalam mimpi tu tapi pada masa yang sama ada seorang perempuan pakai baju putih tpi ada kesan d***h, lepastu rambut dia panjang tutup muka tapi nampak menyeramkan lah (ala macam dalam cerita hantu tu) . Dalam mimpi tu datuk aku kata dekat aku, tolong jaga dia. Aku pun terkejut pastu terus terbangun lepastu nampak kelibat perempuan tu depan mata, aku pun terkejut , pejam mata balik, baca apa yang patut siap peluh badan2 habis.
Lepas seketika baru aku berani bukak mata balik. Alhamdulillah benda tu dah hilang. Tapi semenjak tu badan aku selalu jadi lemah dan aku kerap sakit, badan pun makin kurus. Mak aku decide nak bawak aku jumpa ustaz. Ustaz kata benda tu duk makan dalam perut aku dan dalam badan aku dah rosak ada bekas2 dia tinggalkan.
Dia akan datang setiap 2,3,4 pagi time aku tidur. Aku pun tak tahu benda tu betul ke tak tapi maybe ye sebab ustaz dah kata macam tu kan. Sampai sekarang aku masih berubat. Sebelum subuh perut aku selalu akan sakit kadang2 ganggu aku nak tidur dan bila bangun aku jadi lemah. Dah pergi hospital , doktor check kata tak ada apa so tak tahu lah. Doakan je lah aku supaya sihat balik ye.
Itu sahaja lah aku nak cerita setakat ni. Harap korang faham lah ye cerita aku.. terima kasih dan semoga bersua lagi.
-TAMAT-

056. AIR MANDIAN JENAZAH

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : AIR MANDIAN JENAZAH 
KARYA : IRWAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400056
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin sebab mengongsikan cerita aku. Sebelum Ini aku ada menghantar kisah seram aku, tapi mungkin sebab tidak mengikut syarat yang ditetapkan. Ok berbalik pada kisah aku. Kejadian ini ketika umur aku 13 tahun, Form 1 la senang kata. Disinilah permulaan detik dimana dengan izinNya, aku diberi keistimewaan boleh melihat mahkluk ghaib ini, namun dengan izinNya juga.
Masih segar dalam ingatan aku, tarikh arwah datuk aku meninggal 17.12.2007. Satu panggilan menjengah ke telefon bimbit ibu ku. Aku yang sedang khusyuk bermain permain video di komputer riba ibu ku memandang ke arah ibu ku oleh dek kerutan muka dan air mata yang merembes di pipinya. Aku menghentikan permainan ku seketika dan cuba mendekati ibu ku yang sedang menangis. Aku bingung dan tertanya dalam hati apa yang berlaku. Serentak itu, ibu ku meletakkan telefon bimbitnya dan berkata “atok dah meninggal pukul 9 tadi” . Lantas aku bertanya “Siapa telefon tadi?.Atok sakit apa?”. Ibu ku hanya mendiamkan diri dan melayan air matanya yang laju mengalir ke pipinya. Persoalan ku tidak dijawab kerana ibu ku diam membisu. “Siap lah kita pergi rumah datuk kejap lagi”. Ibu ku berkata memecah kebisuan. Untuk pengetahuan semua rumah aku dan rumah datuk ku tidaklah jauh, masih di daerah yang sama.
Didalam kereta yang dipandu oleh ibu ku , aku hanya diam membisu. Tatkala itu adik perempuan ku duduk dibelakang cuba mengelap air mata ibu ku yang terus mengalir. Sesampainya di rumah datuk, terlihat banyak kereta di halaman. Ya aku cam kereta itu semua, ia kereta milik pak sedara dan mak sedara aku yang telah awal tiba. Ibu ku terus meluru keluar daripada kereta dan terus naik ke rumah binaan sendiri milik arwah datuk ku. Aku mengikutinya dari belakang dan Aku lihat ibu ku sudah berada disamping jenazah arwah datuk ku. Diatas permintaan nenek ku, beliau mahu jasad arwah suaminya itu dimandikan di dalam rumah tersebut. Kesemua anak anak nenek ku iaitu pak sedara dan mak sedara ku akur diatas kehendak beliau.
Aku hanya melihat daripada jauh disaat jenazah arwah datuk ku dimandikan diatas rumah lalu air nya itu mengalir di celah celah papan rumah. Betapa jahatnya aku tatkala itu aku masih berfikir untuk bermain permainan video di komputer riba. Alhamdulillah jenazah arwah datuk ku selamat dikebumikan pada jam 5 petang. Malam itu semua mengadakan tahlil arwah menjemput orang orang surau kampung.
Kepala ku masih terfikir “menyesal tak bawak laptop,boleh main game”. Aku bermonolog sendirian. Jam sudah menunjukkan 9.30 malam..semua penghuni rumah sudah tidur. Ada yang tidur di ruang tamu , ada di kerusi , ada di sofa dan ada sebahagian didalam bilik. Pendek cerita, penuh manusia didalam rumah nenek ku oleh anak anaknya. Aku pulak memilih untuk menidurkan diri di atas kerusi sofa. Sebelum tidur aku tiba tiba terbayang cerita hantu yang aku tonton di komputer riba tempoh hari iaitu Momok 3. Terbayang pulak hantu putih tu cuba mencekik ku. Akhirnya aku terlena. “Beep”. Satu bunyi notifikasi daripada telefon bimbit nokia 6280 aku berbunyi. Aku tersedar. Dengan terkebil-kebil buka mata untuk lihat siapa pula yang mesej pepagi ni. “Hisshh..aku nak tidur..siapa pulak ni” aku mengomel sendirian. Serentak dengan itu bertalu – talu mesej masuk didalam telefon bimbitku. Aku lihat bersepah masuk mesej daripada awek aku yang mesej.
Dengan berat hati sebab mengantuk, aku pun membukanya. Dia mengatakan sejak daripada pukul 2 petang tak mesej tak call. Aku pun tekan button off untuk mematikan telefon bimbitku. “Settle esk la..aku nak tidur kacau jek”. Bebel aku sendirian. Disaat aku hendak menyambung tidur, masa itu lah baru terasa nak terbuang air kecil. Aku bangun dengan perasaan marah sambil berkata “Bodoh lah pun** ni.Time ni la kau nak kencing”. Dengan rasa malasnya aku gerak dalam cahaya samar samar aku berjalan melintasi segala mak pak sedara sepupu yang tidur untuk ku ke dapur. Sempat jugak aku mengusik sepupu lelaki aku yang nenyak tidur. Aku mengambil tangannya dan pukul kan di bahagian sulitnya. Aku tergelak kecil apabila terpandang wajah nya yang mengerut. Senak agaknya fikirku.
Selesai membuang hajat. Aku singgah ke peti ais untuk melihat apakah air sunquick baki malam tadi masih ada. Hatiku riang apabila melihat ada penuh satu jug air lalu meminumnya tanpa guna cawan. Bak kata orang “tonggok” je.
Tiba-tiba aku dengar seakan ada bunyi percikan air dan seperti orang minum air kuat macam “slurp..slurp..slurp”. Bunyi macam orang hirup kuah. Aku pun fikir siapa pulak minum air kuat-kuat ini. Aku cuba amati bunyi itu datang daripada mana. Ya, dapat. Bunyi tersebut datang daripada bawah rumah. Aku mencari suis lampu belakang rumah. Dengan berani nya aku buka pintu belakang. Masa tu tak difikir pun tentang mistik ni. Dalam kepala fikir pencuri. Perlahan-lahan aku turun mengikuti bunyi misteri tersebut. Gelap. Tak nampak apa pun bawah rumah akan tetapi bunyi masih ada. Aku seluk poket seluar aku mengeluarkan telefon bimbit aku dan menyalakan flash. Suluh bawah rumah. Gerak perlahan lahan sambil tangan menyuluh ke bawah rumah.
Tiba-tiba aku tersuluh sesuatu yang aku sendiri tidak tahu apakah ia benda itu. Badannya besar berbulu, lidahnya terjelir, matanya merah. Ia memandang tepat ke arah aku. Tangan aku masih menyuluh tepat ke arah benda itu. Benda itu terus meluru laju ke arah aku sehingga aku merasakan mata merah itu berada setengah meter daripada aku.
Mengikut gerakannya kepalanya bergerak perlahan ke kiri dan kanan seolah mengecam sesuatu. Pandangan aku gelap. Aku tersedar apabila ibu ku jirus air ke muka aku. Aku bingkas bangun dan bernafas tercungap-cungap. Menurut cerita ibu ku, ayah ngah aku menjumpai aku terbaring di bawah rumah.
Aku menceritakan segalanya. Ayah Long aku segera ke bawah rumah setelah aku menceritakan semuanya. Alangkah terkejutnya ayah long aku kerana melihat ada air yang bertakung dibawah rumah.
Menurut kata ayah long aku, yang datang minum air lebihan mandian jenazah itu adalah jin(menurut daripada cerita aku). Dan sejak daripada hari itu aku demam seminggu. Masih aku terbayang rupa makhluk tersebut. Untuk pengetahuan semua, disini permulaan kisah aku dapat keistimewaan dapat melihat makhluk ghaib ini. In Shaa Allah, masa terdekat aku akan kongsi kisah-kisah yang selanjutnya, memandangkan umur aku sekarang sudah mencecah 24 tahun.
-TAMAT-

057.  MAKHLUK DEPAN PINTU

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : MAKHLUK DEPAN PINTU
KARYA : HANNA QUINN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400057
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Hai dan salam sejahtera kepada readers HZONE BLOG. Sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih kepada admin sebab sudi post cerita aku yang tak seberapa ni. Okay, nama aku Hanna. Baru menghabiskan study di sebuah universiti di semenanjung malaysia. Cerita yang aku nak sampaikan ni mengenai kisah yang berlaku masa aku study dulu.
Masa study pada tahun kedua aku dan kawan aku Mya ambil keputusan utk stay diluar. Kami menyewa bersama senior kami yang beberapa bulan hendak menamatkan pengajian. Kiranya kami ni macam sambung sewa kat situ la. Aku dan Mya dapat bilik master room. Bilik yang agak besar, ada toilet sendiri. Dalam masa dua bulan pertama semuanya okay.
Masuk bulan ketiga, semuanya berubah. Masa tu aku dan Mya duduk di ruang tamu layan cerita korea. Mya dalam masa yang sama layan cerita korea dia oncall dengan pakwe dia. Mya ni orang sabah,pakwe dia pun orang sabah jadi memang oncall je la kerja dia. Biasa la, long distance relationship konon. Masa tengah syok2 tengok cerita korea tiba2 ada orang ketuk pintu rumah kami. Ingatkan senior kitorang sebab tadi diorang keluar buat assignment katanya. “Masuk je la. Tak kunci pun.” jerit aku yang meniarap sambil tengok tv. Tapi senior tu tak masuk. Lagi sekali kedengaran bunyi ketukan di pintu. Mya terus bangun nak buka pintu.
Sejurus selepas Mya buka pintu tiba2 Mya menjerit terus lari kearah aku yang masih meniarap lalu memeluk aku. Badan Mya ni kecik, tapi berat dia lahaaiii…boleh terpenyek kau! Dia bukan peluk elok2, dia duduk atas belakang aku yang masih meniarap sambil peluk aku. Macam wrestling gitu. Masa aku tengah bergelut nak lepaskan diri dari Mya tiba2 ada bunyi pinggan pecah didapur. Sekali lagi Mya terkejut dan terlompat ke atas sofa. Dengan kesempatan ini aku dengan tak pandang kiri kanan terus lari keluar rumah pakai kasut terus lari pergi rumah kawan aku yang jauhnya ambik masa 10minit jugak berjalan.
Aku memang terkenal dengan sikap pengecut ni. Dalam masa aku terhencot2 berjalan tu aku sedar Mya dah pecut p****g aku. Apa lagi aku pun lari la ikut Mya. Sampai dekat rumah kawan aku tu tak ada salam terus masuk panggil kawan aku tu. “Jay! Tolong kitorang!” kata Mya. Kebetulan masa tu Jay tengah lepak luar hisap rokok sambil main phone. “Kenapa?! Kena kejar anjing ke?” tanya Jay sambil terjengok2 keluar sebab dekat kawasan tu memang banyak anjng liar. “Rumah kitorang ada hantu!” kata mulutku celupar. Entah hantu ke tidak, mana tau kucing main pinggan. Tapi mustahil kucing boleh ambik pinggan tu dari rak pinggan. Lainlah kalau dia kaum Doraemon.
“Okay2, korang tenang dulu. Jap,aku ambik air jap.” kata Jay terus masuk rumah. Aku dan Mya masih kat luar rumah. Tak elok pula masuk rumah orang bujang kan? Tak lama lepas tu Jay keluar dengan Danial. “Uii..gila punya takut korang ni. Sorang tak pakai kasut. Sorang lagi pakai kasut lain2.” gelak Danial. Mungkin Jay dah cerita dekat Danial. Aku terus pandang kaki aku.
Rupa2nya aku pakai kasut sebelah kiri kasut tumit tinggi si Mya. Sebelah lagi selipar jepun ntah sapa punya. Patutla tadi jalan macam tinggi sebelah je. Lepas tu Mya cerita semuanya. Dia cakap masa dia buka pintu tadi dia ingat senior kitorang dah balik tapi lupa bawa kunci. Bila dia buka je pintu dia tak nampak sapa2 pun. Bila dia pandang sebelah kanan tempat rak kasut kami, dia nampak makhluk yang tak pasti apa benda tu. Rambut dia macam gugur2, muka hodoh tengah bertenggek diatas rak kasut sambil senyum menyeringgai pandang Mya.
Masa aku dengar tu memang meremang la bulu roma saya. Mana taknya aku lalu je rak kasut tu tadi tapi tak tau benda tu ada kat situ. Kalau tau tadi memang tak berani la keluar. Jadi Jay cadangkan kami balik rumah kami tapi dia dan Danial akan teman kami sampai senior kami balik. Sampai je dekat rumah kami, kami memang tak masuk rumah tu. Biar tunggu je depan gate sebab takut. Tak lama lepas tu senior kami balik. Kami tak cerita apa2 pun kat senior kami tu takut nanti diorang yang takut.
Malam tu aku dan Mya memang tidur berpeluk. Panas tu panas la jugak, tapi takut punya pasal tak peduli panas ke tidak. Sebab dah penat sangat aku dan Mya tertidur sampai pagi. Keesokkannya masa bersiap nak pergi kelas, salah seorang senior kami ni aku gelarkan Kak Siti je la ye. Kak Siti ni tiba2 tanya aku satu soalan yang pelik. “Hanna dah tau ke?” kata Kak Siti sambil tersenyum2. “Tau apa kak?” tanya aku. Kak Siti cuma tersenyum dan pergi ke biliknya.
Serious aku lupa apa yang berlaku malam tu. Selain dengan sikap pengecut aku ni, aku juga seorang yang pelupa. On the way nak pergi kelas aku cerita la dekat Mya yang tadi Kak Siti ada tanya soalan pelik tu. “Ntah2 pasal hal malam tadi tak?” kata Mya. Tersembur keluar air milo yang aku tapau dari rumah tadi terkena muka si Mya bila teringat hal malam tadi.
Mya merungut sambil lap mukanya dengan lengan baju aku. “Jadi selama ni Kak Siti dengan Kak Ayu dah lama tau la rumah tu ada penunggu sebab tu diorang jarang balik?” kata aku sambil membeliakkan mata kepada Mya. Kak Siti dengan Kak Ayu jarang balik rumah tu. Diorang cuma balik kadang2 2 kali seminggu. Selama ni diorang di rumah kawan diorang dengan alasan buat group assignment. Kenapa Kak Siti dan Kak Ayu tak bagitau kitorang awal2? Sakit pulak hati kite bila ingat balik. Huhu. Sebenarnya Kak Siti dan Kak Ayu tak mampu nak bayar sewa rumah tu berdua. Jadi diorang ajak kami untuk tolong jimat kos.
Sampai je di kuliah kami terus tanya kawan2 kami yang ada tau rumah sewa untuk disewa. Tak hingin nak stay dekat rumah tu lagi. Cari punya cari jadi jumpa la satu rumah sewa sejenis apartment tapi jauh sikit la daripada U kami. Tak kisah pun sebenarnya. Mya ada kereta yang atok dia kasi pakai jadi senang la nak gerak pergi mana2. Tapi akak tu cakap bilik tu tak kemas lagi. Aku dan Mya tetap nekad nak masuk rumah tu pagi esok jugak.
Tak peduli dah kemas ke belum. Nasib baik esok tu cuti hujung minggu. Dah habis kelas apa semua aku dan Mya pikir dua tiga kali nak balik rumah ke tak. Sementara pikir tu kitorang duduk kedai mamak dulu. Dekat situ kami terserempak dengan Kak Siti dan Kak Ayu tengah melepak dengan kawan2 dia. Aku dan Mya masih tak puas hati dengan akak berdua tu jadi kami panggil dan tanya elok2. Gile ko nak marah2. Tak pasal2 kitorang pulak kena marah balik. Ramai tu geng Kak Siti dan Kak Ayu kat belakang tu. “Akak, kitorang nak tanya.
Sepanjang akak stay sana ada tak kena benda pelik2?” tanya Mya sambil jeling aku sebab buat bunyi bising hirup teh o ice yang tinggal ice je dalam gelas. “Oo..jadi korang dah kena la ye..” kata Kak Ayu sambil gelak pandang Kak Siti. Kak Ayu memulakan cerita dia. Jadi sebenarnya ramai yang menyewa dengan Kak Ayu dan Kak Siti dulu. Tapi semua tak tahan sebab kena ganggu. Ada yang kena ganggu masa tengah mandi ada orang pegang kaki la. Sedangkan dalam bilik mandi tu mana ada orang lain lagi. Tak pasal2 akak tu lari keluar tak sempat pakai kain. Ada pulak budak kena ganggu masa tidur kena tarik kaki time tengah tidur.
Bila sedar je badan dah separuh diatas katil separuh lagi dah diluar katil. Kak Siti pernah kena, masa tu dia stay di master room tempat saya dan Mya sekarang. Masa dia tengah tidur tu dia dapat rasa macam sedang diperhatikan walaupun dia tengah pejam mata. Bila dia buka je mata dia lihat ada makhluk kepala botak ada rambut sikit2 macam keguguran gitu rambut dia tengah pandang dia di tepi katil sambil menyeringai. “Arghh!! Terlompat aku bila pandang benda tu terus lari pergi bilik si Ayu ni haa..demam seminggu kauu. Ada jugak alasan aku nak lari dari buat group assignment” kata Kak Siti sambil demo balik kejadian masa tu. Mya pun buat mulut “O” sambil pandang aku lalu kata “Makhluk yang semalam la tu.”. ” Lepas tu apa jadi?” kata kawan Kak Siti dan Kak Ayu yang duduk sama di meja kami bila sampai pun tak tau la. Tokojut den dibueknyo. “Lepas banyak kali dah kena tu kami pergi whatsapp owner rumah. Owner tu memang sampai sekarang tak nak cerita apa2.
Kami dah nak habis study ni pun macam malas pulak keluar cari rumah lain. Tapi ikut kata jiran2 sebelah, diorang cakap dekat rumah tu dulu tempat tinggal seorang bomoh. Bomoh tu selalu buat ritual kat dalam rumah tu. Lepas tu bomoh tu meninggal. Mungkin sebab tu hantu bomoh tu masih ada kat situ.” kata Kak Siti. Aku angkat kening sambil pandang Kak Siti. Selalu dengar bomoh tinggal kat tempat2 pendalaman. Bomoh yang ni upgrade sikit.
Tinggal kat kawasan perumahan gitu. “Jiran2 pernah jugak ternampak kelibat2 kat dalam rumah tu.” sambung Kak Ayu. “Mungkin makhluk tu cari tuan baru kot?” kata Mya. “Aku tak sudi! Aku nak keluar hari ni jugak!” aku angkat kedua2 tangan sebagai tanda aku menyerah. “Ko gile nak jadi tuan baru? Dah jom balik kemas barang!” kata Mya terus bangun pergi ke kereta. Aku angguk kepala dan mengikut langkah Mya. Dah sampai di kereta dan start enjin, Mya keluar balik dan pergi ke restoran tu tadi. “Hmph, tapau la tu.” kataku dalam hati.
Tapi sekali Mya balik ke kereta dengan akak berdua tu sekali ikut. Rupa2nya Mya minta teman akak berdua tu. Tak terpikir pulak tadi. Huhu. Lepas sampai di rumah sewa tu, saya dengan Mya terus kemas2 barang manakala kak siti dan kak ayu tunggu dekat ruang tamu sambil main hp. Sambil2 kemas tu tiba2 “Atukoii!!” jerit Mya. Aku dalam hati dah ready nak lari kebetulan masa tu barang aku dah siap kemas. Tinggal nak masukkan baju dalam beg je lagi. Tak sempat simpan baju dalam beg terus angkat baju dengan beg pergi ke ruang tamu sambil tercungap2 masih terkejut dengan Mya tadi. “Uuii mandak! Ko punya santut tu tertinggal tu na.” kata si mya sambil mengangkat beg ke ruang tamu. “Ko jerit tadi kenapa setan!” kataku marah. “Cicak bah. Aku geli ni sama cicak!” kata mya.
Terkeluar slang sabah si mya. Tadi aku sempat perasan masa aku lari ke ruang tamu tadi aku nampak kak ayu keluar dari dapur dalam keadaan muka pucat. Tak sempat bertanya aku terus ambik balik barang yang tertinggal dalam bilik dan pastikan tiada lagi barang tinggal dan terus keluar dari rumah tu. Masa kami dah keluar dari rumah tu aku melihat ke arah rumah tu buat kali terakhir, masa tu aku terlihat makhluk yang mya dan kak siti ceritakan tu duduk atas gate rumah kami. Masa kami pindah keluar tu hari dah gelap. Memang rasa nak pitam bila ternampak. Sebab ini kali pertama aku ternampak benda2 macam ni.
Mya perasan dan suruhku jangan pandang lagi ke arah rumah tu. Kami terus hantar kak siti dan kak ayu ke tempat restoran tadi. On the way ke restoran tu aku teringat pasal kak ayu dekat rumah sewa tadi. “Kak ayu, tadi Hanna nampak kak ayu keluar dari dapur pucat2 tadi kenapa?” tanyaku. Agak lama kak ayu tidak menjawab akhirnya dia bersuara. ” Tadi masa korang tengah kemas2 barang, akak macam terdengar suara Hanna panggil akak dari dapur. Akak ingatkan Hanna perlukan bantuan akak ke apa jadi akak pergi la. Sampai kat sana akak nampak Hanna duduk mencangkung membelakangkan akak sambil menangis.
Akak pun hairanlah dah kenapa Hanna nangis2 ni. Takkan la sayang sangat kat rumah ni sampai menangis. Baru je akak nak tegur Hanna, akak terdengar Mya menjerit. Terus akak keluar dari dapur nak tengok apa yang berlaku. Masa akak nak keluar tu akak ternampak Hanna keluar dari bilik dengan beg dan baju2 Hanna sekali. Akak terkejut. Kalau Hanna kat bilik jadi siapa yang panggil akak dan menangis tadi tu? Masa akak toleh je ke arah “Hanna” tu, akak tak nampak sesiapa lagi. Bilik dapur tu kosong.” kata kak ayu. Meremang bulu roma aku bila kak ayu cerita. Nampaknya benda tu dah upgrade. Dia dah start menyamar pulak dah..
Dah sampai kat restoran tu kami singgahkan kak siti dan kak ayu salam2 sikit macam hari raya, kitorang terus pergi ke rumah sewa yang kawan kami tadi cadangkan iaitu di apartment. Lepas kejadian tu kami memang tak berani lalu tempat tu lagi dah. Kak siti dan kak ayu pun dah pindah rumah keesokkan harinya. Terpaksa menumpang di rumah kawan untuk seketika. Setakat ni saja la cerita mengenai rumah sewa tu. Sebenarnya kalau nak diikutkan cerita ni agak panjang. Tapi aku straight to the point je. Lepas ni nanti kalau rajin, aku akan ceritakan mengenai sepupu psycho Mya masa kami pergi bercuti di Sabah pulak.
-TAMAT-

058. SALAM PENGENALAN PENGHUNI BARU

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : SALAM PENGENALAN PENGHUNI BARU
KARYA : SWEETLADY
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400058
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Assalamualaikum dan salam sejahtera admin serta pembaca setia HZONE BLOG. Terima kasih admin kalau cerita ini lepas. Kisahnya kejadian 14 tahun dulu. Waktu aku tinggal di kem askar dengan keluarga.
Sebelum berpindah di kem askar ni, quarters askar orang panggil. Aku menetap di Selangor. Jadi bila tahun 2004 tu kira tahun pertama la aku duduk di quarter ni.
Kalau ingat lagi, waktu ni tengah sibuk dengan Sure Heboh. Mesti ada konsert hari terakhir kan. Aku duduk di tingkat 4. Tingkat 5 tak ada siapa-siapa. Blok yang aku duduk ni paling belakang. Kiranya kalau buka pintu belakang tu nampak padang dan stor askar. Petang-petang jadi port orang jogging termasuk aku.
Oh ye. Aku ni perempuan. Panggil Sweet je nama glamor la sangatkan. Ok sambung balik. Waktu ni aku form 5. Keluarga aku belanja barang dapur kat pasaraya. Dorang dah ajak dah tapi aku tolak sebab nak belajar. Kejadian baru jugak la. dalam 2 3 minggu waktu aku mula pindah.
Jadi, lepas Isyak tu kakak aku dah start kemas-kemas nak gerak. TV on nak tengok konsert Sure Heboh. Aku dah siap solat semua, terus sambung belajar kat bilik sambil dengar nyanyi tu. TV tu sambung dengan radio untuk speaker dia. Kiranya boleh kuatkan macam ko nak karaoke puas-puas la.
Dari dalam bilik aku boleh nampak TV dari side tepi sebab TV tu mengadap ke pintu keluar. Bilik aku sebelah ruang tamu tu. Kiranya aku study sambil bukak pintu tu je la. pintu utama tutup. Keluarga aku gerak dalam jam 8.45 pm macam tu.
Waktu ni tak fikir apa. Memang selalu dengar kisah mistik. Tapi aku tak amik port sebab aku memang tak alami gangguan-gangguan atau terbuka hijab atau orang kata six sense waktu tu.
Volume radio waktu tu boleh tahan, tak kuat tak perlahan sangat. Tiba-tiba aku terdengar suara perempuan beri salam. Memang terdetik dalam hati ni, suara jiran aku ni kak Ila. Aku intai ikut tingkap bilik sebab nak pastikan suara tu kat depan pintu tapi tak ada siapa. Suara tu slow je. Macam jauh atau macam romantik gitu.
Aku sambung buat kerja balik. Ada orang bagi salam lagi. Kali ni dia ketuk pintu 3 kali. Yes, aku buka pintu utama terus sebab yakin sangat tu suara kak Ila. Guest what? Tak ada siapa. Haha.. aku dah start blur tapi masih suci minda ni tak fikir mistik. Aku duduk kat meja study balik dan kali ni suara suami kak Ila pula bagi salam kat area luar tingkap aku. Aku memang yakin gila terus buka pintu lagi OMG dan kali ni aku sedar, aku dah dipermainkan.
Dalam hati cakap, sungguh ke ni. Aku siap buka pintu 2 kali kot jengah keluar. Mana la tau dorang ada kecemasan ke apa kan. Ok kali ni aku duduk dan set dalam kepala, jangan buka pintu dah. Sekali suara TV yang konsert time tu tetiba jadi kuat. Volume habis tinggi. Ahhh sudahh.. Dia dah masuk aku cakap. huwaa…
Aku berlari keluar bilik ambil remote dan cuba slow kan. tak boleh!! Aku pusing kat volume radio tu, rosak tak effect apa-apa. Last sekali aku tutup dan aku duduk kat sofa sambil peluk lutut. istighfar banyak-banyak. Ingat lagi time tu aku cakap,
“Aku tak kacau kau. Jangan la kacau aku. Aku nak belajo ni.”
Memang nangis waktu tu. Belum nampakkan. Kalau tak, tak tau la apa aku buat. Keluarga aku pulak tak balik-balik lagi. Nak buka pintu dia dah main bagi salam tadi. adududu.. Dalam 5 minit macam tu aku dengar kereta family aku sampai. Bunyi kuat boleh dengar sampai atas. Aku tunggu dorang naik tangga. Lamanya…. terasa lama gila walaupun tingkat 4 je. Dengar je suara kakak aku, aku bukak pintu dan tarik nafas lega dorang balik.
Kakak aku pelik la. Dia tanya kenapa tiba-tiba buka pintu ni. Aku senyapkan. Tunggu dorang masuk cool down dulu. Time nak lepak supper tu baru aku cerita.
Abang ipar aku kata la, ‘dia’ nak berkenalan dengan orang baru tu. Oh macam tu ae.. Aku dah la tidur bilik sorang-sorang tapi mujur la si dia tu tak muncul dah. Lega mak..
Pedomannya, dengarla bacaan al-Quran. Bukan hiburan. Sungguh aku terkesan sebab aku leka time tu. Start tu aku memang kurang dengar lagu melayu dah. Trauma haha.. Lagu omputih plak Dulu la.. Sekarang dah tua, dekatkan diri dengan al-Quran. InsyaAllah istiqomah sesama ye kengkawan.
Thanks admin dan semua yang sudi baca.
-TAMAT-

059. MIMPI

CEERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : MIMPI
KARYA : APPLE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400059
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Cerita yang nak aku sampaikan adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri, jadi unsur seram tu kurang sikit lah kot bagi para pembaca tetapi kepada aku sendiri benda ni buat aku rasa trauma bila tiba malam nak tidur.
Mimpi. Ya, gangguan yang aku hadapi hanyalah di dalam mimpi. Masa aku masih menuntut di IPTA jauh di utara, aku demam seminggu. Berat badan pun turun banyak masa tu. Aku fikir tu normal lah kot sebab bila demam kau tak ada selera nak makan. Tapi yang aku pelik siang tu aku sihat je, boleh pergi kelas macam biasa. Bila maghrib je badan aku start panas balik. Aku ada call mak aku cakap yang aku tak sihat. Aku sebenarnya kalau boleh tak nak beritahu parents yang aku sakit sebab aku tak nak diorang risau. Alhamdulillah lepas tu aku sembuh dari demam. Tapi berat badan aku tetap tak naik. Aku ingat tu normal sebab aku dari kecik memang kurus. Jadi satu hari tu, aku tertido tengah hari lepas balik dari kelas. Kat bawah ni cerita dalam mimpi aku.
Aku terjaga dari tidur. Roomate semua belum balik ni aku cakap dalam hati.Aku keluar dari bilik aku tersentak! Aku nampak ada orang tergantung kat siling (tapi aku tak nampak muka just image lelaki tergantung) . Aku berlari ke arah pintu utama dan masa tu jugak kebetulan housmate aku balik ke rumah dan diorang yang bukak pintu. Terus aku tersedar dari tidur. Sumpah aku cakap, apa yang aku mimpi tu macam real. Jantung aku berdegup macam baru lepas lari pecut 100 meter. Tu lah first time dalam hidup aku mimpi seram macam tu.
Tak lama tu cuti sem so aku pun balik kampung aku which is kat selatan. Balik je rumah mak aku ajak pergi rumah ustaz M yang selalu ubatkan adik aku. (adik aku selalu kena gangguan ni so ustaz M tu dah familiar dengan family aku). Pergi sana ustaz M tanya aku ada mimpi pelik ke? Aku teringat apa yang aku mimpi tu aku pun cakapla kat ustaz tu. Ustaz M kata benda ni dah lama lekat kat aku. Sebab tu aku berat tak naik sebab benda ni menumpang. Dan ustaz M cakap benda tu adalah pocong. Terkejut la aku.
Okay tu cerita masa zaman aku student. Ni zaman aku dah kerja pulak. Aku tinggal kat rumah sewa dengan kawan-kawan. Entah macam mana owner rumah tu nak rumah dia balik jadi kami terpaksa keluar cari rumah lain. So masa masuk rumah baru ni aku tengah tak suci (tak boleh solat). Rumah ni rumah flat. Jiran-jiran banyak orang foreigner dan cina. Hari pertama semua okay je. Hari ketiga. Malam tu entah kenapa emosi aku ke laut. Aku rasa sedih sangat malam tu teringat yang aku kena tinggal dengan ex ..(masa taip ni rasa,alahai bodoh nya aku masa tu haha). Jadi malam tu aku tidur bertemankan air mata lah konon nya. Bilanya aku terlelap aku pun tak perasan. Tapi aku sempat tengok jam sebelum aku tidur dalam jam 12.00 AM. So bawah ni situasi dalam mimpi aku.
Aku berjalan-jalan kat dalam kawasan rumah terbiar. Ada orang-orang lain tapi aku tak kenal siapa diorang. Tah macam mana aku boleh tiba-tiba baring pulak kat dalam rumah tu (macam tak logic kan tiba-tiba aku boleh baring). Lepas tu ada satu makhluk ni datang kat aku dan dia seolah-olah nak gigit aku. Aku tak nampak macam mana rupa benda tu. Cuma bila benda tu dekat kan muka dia ke leher aku, aku rasa meremang! Memang rasa ngilu kat leher tu real betul. (rasa dia macam ada orang pergi seret seret kapur tulis kat papan hitam sekolah tu, ha macam tu lah aku rasa). Terus aku terjaga dari tidur! Bila tersedar tu sumpah aku rasa takut betul. Rasa seram. Aku tengok jam handphone, 2.30 AM! Baru je aku tidur rupanya tapi rasa macam dah lama sangat tidur. Nak tidur balik masa tu memang susah. Aku terus pasang surah yassin dan biar sampai esok pagi.
Pagi nya masa kat ofis aku wassap mak aku cakap yang aku mimpi seram semalam apa semua. Ayah aku pun inform la ustaz M tu. Dan kemudian ustaz M tu kata memang ada yang tinggal dalam rumah tu selain kitorang. Ustaz M dah tembak dari jauh la katanya. Ustaz M cakap benda tu Pontianak! So pengajaran yang aku dapat kat sini, jangan nak emosi menangis apa bagai untuk hal yang sia-sia. Yela bila emosi kita tak stabil senang mahluk halus ni ambil kesempatan.
Pakej pulak masa tu aku tak boleh solat. Oleh sebab kejadian ni, aku tidur pasang lampu dekat 2 minggu jugak lah. Trauma kau..haa..tapi aku mampu lagi la tidur dalam bilik tu. Tapi aku bertahan kat rumah tu sebulan je sebab owner dia pelik. Awak dah lelaki pastu boleh pulak masuk rumah perempuan sesuka hati. Sebulan genap aku pindah rumah lain.
Hari berganti hari. Alhamdulillah hari-hari yang aku lalui tenang je. Pergi kerja balik kerja. Suatu hari mak aku cakap kat aku yang dia risau jodoh aku tak sampai-sampai lagi. Entah la, aku rasa biasa lah memang belum sampai waktu la kot kan. Tapi mak aku cakap yang dia pernah dengar ceramah seorang ustaz kat tv antara sebab lambat jodoh adalah pendinding seseorang tu terlampau tinggi sampai orang tak nampak dia. Maksud pendinding kat sini ialah pendinding dari gangguan makhluk halus. Mak aku cakap yang dia pernah minta kat ustaz M buatkan pendinding untuk aku. So lepas tu mak aku minta ustaz M turunkan sikit pendinding tu. Aku anggap benda sebagai ikhtiar la oleh mak aku supaya dia cepat dapat menantu. So bermula lah lagi mimpi-mimpi seram aku.
Weekend biasa aku balik rumah parents, so malam tu aku tidur bilik aku. Katil yang aku tidur ni katil tingkat dan aku tidur katil bawah je. Katil belah atas buat letak barang. Tengah sedap tidur aku pun bermimpi. Lagi?
Aku nampak sebuah rumah. Aku masuk dalam rumah tu even aku tak tau tu rumah siapa. Aku jalan sampai ke bahagian ada laluan panjang. Entah macam mana, tiba-tiba aku baring dalam satu bilik dalam rumah tu. Aku masa tu tengah baring mengiring ke kanan. Belah kanan ni ada cermin tingkap besar (macam cermin kat ofis) yang kalau ada orang berdiri kat luar boleh nampak orang tu hingga paras pinggang dia. Luar cermin tu laluan panjang yang aku nampak tadi sebenarnya. Korang pening ke? Harap korang boleh imagine lah ye.
Okay sambung. Tengah baring tu, tetiba aku ternampak ada benda lalu kat luar cermin tu dari arah kanan ke kiri. Benda tu rambut panjang, pakai baju putih. Aku tak buat apa aku hanya tengok je. Benda tu jalan slow je, bila dia dah nak hilang dari pandangan aku tiba-tiba aku terdengar ada suara cakap “nak ke mana tu?”. Aku tak tau suara siapa tapi oleh sebab suara tu, benda yang lalu tu berhenti berjalan dan terus jengah aku yang kat dalam bilik ni! Benda tu siap tekapkan muka dan tangan dia lagi kat cermin okay. Korang tau apa benda yang jengah aku tu? Pontianak guys.
Aku terkejut dan terus tersedar dari tidur masa tu. And guess what, posisi aku tidur masa aku tersedar tu ialah aku tidur mengiring ke kanan jugak! So apa yang aku mimpi tu seolah-olah memang jadi betul in real life. Mimpi kali ni lagi berganda seram dari sebelum sebelum ni. Dan tanpa berfikir panjang aku berlari keluar masuk bilik parents aku. Hahaha. Esoknya terus la inform ustaz M apa jadi kat aku. So petang tu datang rumah ustaz dia bagi limau suruh buat mandi. Mandi limau tu dalam 2 minggu jugaklah baru habis ada 14 biji semua sekali mandi guna sebiji. Tapi, 3 hari lagi nak habis mandi limau tu aku mimpi lagi! Masa kejadian adalah kat rumah sewa aku yang baru ni. Aku tidur dalam bilik sorang je sebab housemate lain suka tidur kat ruang tamu je, tidur kat bilik panas katanya.
Mimpi yang kali ni ada storyline dia cuma aku tak boleh ingat. Yang aku ingat ada baby ni tengah bercakap dengan aku. Aku tak dapat faham apa butir butir dia cakap. Cuma, dia ada sebut ‘pocong’. Tiba-tiba aku rasa ada angin panas kat tengkuk aku. Macam ada orang yang tiup tengkuk aku! Aku terus terjaga. Tengok jam 3.00 AM. So apa aku rasa masa tu sama la macam yang sebelum-sebelum ni. Aku nak sambung balik tidur tapi tak boleh weh. Rasa macam ada orang tengah perhati je. Sudahnya aku keluar dan tidur dengan housemates aku kat luar. Hahaha. Aku tak cerita apa-apa kat diorang sebab aku tak rasa rumah ni yang bermasalah dan yang bermasalah adalah aku.
Macam biasa jumpa lagi ustaz M dan tambah lagi mandi limau. Tapi Alhamdulillah lepas tu okay. Berapa bulan lepas tu, aku mimpi lagi.Masa ni, housemate aku sorang ni dia tidur dalam bilik aku. Sekali lagi aku tak boleh ingat storyline mimpi aku cuma tiba-tiba dalam mimpi tu aku terkejut dan masa dalam mimpi tu aku istighfar dalam menjerit.
Kiranya aku lafaz istighfar tu kuat lah. Dan masa aku tersedar tu aku tengah beristighfar lagi. Okay aku explain bagi korang lagi senang faham. Dalam mimpi aku lafaz “Astaghfirullah” bila tersedar aku tengah lafaz “hal Adzim”. Aku tengok jam 3.00 AM. Sumpah weh masa ni aku dah terdetik dalam hati apesal lah korang suka sangat kacau aku ni. Rasa geram pun ada. Oleh sebab penat sangat agaknya aku boleh sambung tidur macam biasa. Nasib baik jugak roommate aku tak sedar masa aku jerit tu, kalau tak dah nak kena cerita pulak kat dia.
Rasa mimpi yang tu aku cakap kat parents aku cuma kitorang biar macam tu je. Tak ada pergi refer kat ustaz M dah. Dan mimpi seram last aku ingat, masa tu aku tengah drive sensorang. Aku tak tau jalan mana tapi jalan tu gelap kiri kanan hutan. Tiba-tiba aku nampak pocong duduk kat tengah-tengah jalan tu. Dia duduk okay bukan berdiri. Korang imagine lah pocong dalam berbungkus tu duduk tekap lutut kat jalan dan muka dia toleh ke arah aku. Aku dah cuak. Bila makin dekat tiba-tiba benda tu hilang! Dan masa tu aku cakap dalam hati, jangan toleh sebelah! Jangan toleh sebelah! (seat belah penumpang maksud aku). Tapi “aku” dalam mimpi tu tak makan saman, pergi toleh jugak. Haa betul lah macam korang agak, pocong tu ada kat seat sebelah penumpang! Aku pun terjaga dari tidur. Tengok jam 3.00 AM. Memang waktu diorang bekerja tu.
Rentetan dari kejadian ni semua bila aku tersedar tengah malam aku tak kan tengok jam. Sebab aku takut. Hahaha. Dan itulah antara mimpi seram aku. Untuk pengetahuan korang, aku ni jenis tidur yang tak mimpi. Tidur nyenyak la orang kata. Atau kalau mimpi pun esok bangun tu kau tak ingat dah apa kau mimpi malam tadi. Tapi bila mimpi yang buat kau terjaga dari tidur dalam keadaan takut macam tu, memang ada la yang tak kena dengan kau.
Aku sebelum tidur baca juga Ayat Kursi, 3 Qul. Tapi izin Allah jugak kan nak kena. Sebab apa aku cakap macam ni, sebab masa adik aku selalu kena kacau dulu aku ada terfikir adik aku ni tak baca doa ke apa kot tu yang kena kacau je. Ha bila batang hidung sendiri kena baru lah aku faham. Lagi ustaz M pernah cakap once badan kau pernah makhluk halus masuk, seolah macam ada jalan untuk makhluk halus lain masuk dalam badan kau. Jadi, isi lah diri kita dengan ingat Allah. Zikir selalu.
So itu jelah cerita dari aku. Please jangan suruh aku sambung cerita, sebab memang dah tak ada cerita yang aku boleh ceritakan. So sampai sini jela. Moga korang dapat manfaat dari cerita aku ni.
-TAMAT-

060. IBU TERKENA STROK

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : IBU TERKENA STROK
KARYA : ALIEYA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400060
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Asalamualaikum kepada semua pembaca HZONE BLOG.Aku Alieya nak ceritakan satu kejadian yang berlaku pada ibu dan tok aku pada akhir tahun 2015.Masatu umur aku 12 tahun.
Sepatutnya bulan 12 tu kami sekeluarga adakan hari keluarga bersama keluarga yang berada di Perak tapi disebabkan kejadian yang tak diingini berlaku pada ibu dan tok aku jadi kami sekeluarga batalkan untuk pergi ke hari keluarga tu.
Ok cerita dia macam ni,awal bulan 12 aku dan keluarga aku pulang ke kampung belah ibu aku sebab tu memang rutin.Satu hari tu ibu aku ajak pergi berkelah di kebun getah tokwan aku sebab kampung ibu aku dekat felda.Jadi semua bersiap nak pergi berkelah kat kebun getah tu.Semasa pergi dan balik keadaan ok ja.Lepas beberapa hari tu sepatutnya ibu dan abah aku ja balik semula ke rumah kami sebab nak uruskan beberapa hal dan akan datang balik lepas siap semua kerja tapi aku dan 2 orang adik aku bertegas nak balik jadi hanya tinggal adik yang kedua saja tinggal kat kampung.Entah kenapa aku nak ikut balik pun tak tahu la,ibu aku suruh tinggal ja dekat rumah tok aku tapi aku tetap nak ikut.
Lepas beberapa hari balik rumah kami sendiri tiba tiba saja ibu aku demam dalam 3 hari.Pergi hospital tambah air still sama asyik terbaring saja.Hari ibu aku dimasukkan ke hospital abah aku kerja petang dan malam sebab dia kerja kat hospital.Kejadian yang berlaku di rumah sebelum ibu aku ditahan di hospital.Malam tu aku dan 2 orang adik aku yang lain tengah tengok tv dan ibu aku dalam bilik.Dalam pukul 8 abah aku balik tengok keadaan ibu aku dan hantar makanan dan abah aku sambung pergi kerja dan dalam pukul 10 malam tu ibu aku bangun dengan keadaan ibu aku macam nak jadi strok sebab badan belah kanan semua lembik dia suruh tolong dia pakaikan baju dan tolong sapukan minyak angin dekat kaki dan tangan dia supaya hilangkan rasa kebas tu.
Lepas ibu aku dah rasa baik sikit aku terus call abah aku suruh balik ambil ibu aku.Masa abah aku dah sampai tu aku tutup dan kunci semua rumah lepastu keluar dengan keadaan kasut selipar pun takdak sebab putus aku pakat pakai ja kasut ibu aku.Dalam perjalanan ke hospital tu aku tefikir bagus juga aku berkeras nak balik ikut ibu dan abah aku kalau tak entah apa la yang berlaku.Semasa sampai hospital ibu aku ok ja boleh jalan apa semua tapi esoknya ibu aku terus jadi strok (Strok ringan yang boleh sembuh)Lepastu satu family abah aku datang tengok ibu aku.
Masa tok dan tokwan aku datang aku pun ikut masuk sekali lepastu tok aku tanya ibu aku ok ka dak lepastu ibu aku hanya pandang tok aku dengan senyuman yang menyeramkan tak cakap langsung.Lepas dah tengok ibu aku terus tok aku keluar dengan abah aku dan semua family abah aku bincang pasal ibu aku.Aku dok kat luar jaga adik adik aku yang lain terdengar perbualan tok aku dia cakap yang tu sebenarnya bukan ibu aku tapi benda lain dan minta tolong untuk rawatkan ibu aku dekat hospital dengan izin pihak hospital lagipun abah aku kerja sana senang la dapat izin untuk buat rawatan tu.
Esoknya semua family belah ibu aku pun datang dan malam tu mereka memulakan rawatan dan aku dan adik aku yang lain serta tokwan belah ibu aku stay dekat bilik menunggu hospital.Lama jugak la.Kira semua tok,tokwan,maktih(kak ibu aku),pak ngah(abang ibu aku) semua tidur rumah mak ayah abah aku.Yang lain tu balik sebab urusan kerja.Kira masing masing sibuk jugak la nak uruskan ibu aku.Yang aku tau benda yang masuk badan ibu aku tu sebenarnya datang dari kebun getah tokwan aku.Setakat tu ja la yang aku tahu.Sebulan jugak la aku stay rumah tok dan tok wan aku dan 2 minggu juga ulang alik hospital.
Lepas ibu aku dah sihat dan boleh berjalan,dia dibenarkan balik ke rumah.Tapi tok aku suruh duduk dengan dia sebab dia nak jaga.Tapi ibu aku tak nak sebab dia asyik rasa gelisah plus tak boleh nak tidur dengan nyenyak.Memang waktu maghrib kami takleh keluar rumah sebab tok dan tokwan aku nak buat apa yang ustaz suruh buat dalam rumah tu.
Lepas beberapa hari ibu aku stay kat rumah tok tokwan aku dia tiba tiba rasa sakit pinggang ya amat tapi dia hanya mengadu dekat abah aku.Banyak hari jugak dia mengadu lepastu satu malam tu ada 2 orang datang nak berubat tok aku dalam pukul 12 sebab apa pun aku tak tahu lagi awalnya.
Masa tu aku,adik adik aku dan ibu dah bersiap nak tidur dan masa nak tidur tu ustaz tu nak pagar rumah kot sebab dia guna kacang hijau dan lada hitam kemudian dia baling dalam setiap bilik dan kawasan rumah.Masa nak buat rawatan tu aku tak nak tidur sebab nak tengok proses rawatan tu tapi entah la kenapa aku terus tertidur dengan nyenyak lepas ustaz tu baling kacang hijau dan lada hitam dalam bilik tu sampai kan tok aku siap tanya “kenapa tak keluar tengok proses rawatan tu ka takut nak keluar” aku dan ibu cakap la “Tak dengar apa apa pun”.Lepastu abah aku tunjuk video yang dia ambil masa proses rawatan tu dan tunjuk kat aku dan ibu tapi adik adik aku pun sibuk nak tengok jadi kami tengok sama sama.Terkejut juga aku bila tengok video tu sebab memang bising tapi kami yang duk dalam bilik tu tak dengar apa apa pun.
Ni apa yang terjadi dalam video tu.Ustaz tu dia rawat tok aku apa semua pastu keluar satu suara perempuan yang agak besar dan dok bersembang dengan ustaz tu ‘dia’ cakap dia sakit dan meracau kemudian ustaz tu kata kenapa hang ada dalam badan dia kemudian ‘dia’ cakap yang
“tuan dia buang dia sebab dah tak berguna,lagipun aku dah tua jadi aku tak boleh pergi jauh dan disebabkan dia jiran yang terdekat dengan tuan aku jadi aku masuk la dalam badan dia”
kemudian diorang bersembang dan ‘dia’ berdegil takdak keluar terus ustaz tu buat sampai dia nak keluar.Lagipun depan rumah tok aku ada kubur dan dalam kubur tu ada pokok cempedak yang besar jadi ustaz tu ikat ‘dia’ dekat pokok tu dan cakap jangan ganggu orang lagi.
Dan pinggang ibu aku yang sakit tu sebenarnya bukan sakit urat tapi sebab benda tu bergayut dekat pinggang ibu aku.Sebab tu ibu aku bangun dia dah tak rasa sakit pinggang.
Sebenarnya ‘Dia’ tu dah tua dan bongkok serta tangan belah kanan ‘Dia’ patah.Tuan ‘dia’ tu pula jiran tok aku.Dia buang benda tu sebab laki dia dah m**i dan tak berguna dah.Dia ambil benda tu sebab nak bagi laki dia hanya pandang dia seorang saja jadi bila laki dia dah m**i dia buang benda tu dan pagarkan rumah dia.
Lagipun rumah tok aku paling dekat dan ‘Dia’ pun dah tua jadi dia pergi ke rumah yang dekat dengan rumah tuan dia jala.Itulah kisah pasal ‘Dia’.Dan lepas dari kejadian tu alhamdulilah takdak benda pelik yang berlaku kat keluarga kami.Sekian terima kasih sudi baca pasal kisah yang terjadi pada keluarga aku walaupun panjang.Terima kasih juga kepada admin sebab sudi publish cerita ni.
-TAMAT-


061. 

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : 
KARYA : 
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400061
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

062. 

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
HZONE 👁‍🗨 BLOG SPECIAL
TAJUK CERITA : 
KARYA : 
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
KOD : 0027509400062
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-special-chapter1.html

Comments

Popular posts from this blog

KOLEKSI VIDEO / MOVIE ACTION / CARTOON / SEASON#1

AD COLLECTIONS / THAI MOVIES / SEASON#1

CGCZONE 👁‍🗨 PAID ADVERT / SERVIS IKLAN BEBAYAR / DETAILS