HZONE BLOG - CHAPTER#3
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG - CHAPTER#3
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
KOD#00275094001200
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : WANITA TANPA WAJAH JALAN MALAM
KOD#00275094001200
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Pemilik lombong itu membeli tanah milik orang Melayu dengan harga yang mahal. Dan orang Melayu yang menjual tanah itu diberi tapak rumah yang terletak di satu kawasan lain. Tidak lama lagi tulang mayat yang ada di tanah perkuburan tersebut akan dipindahkan ke tempat lain. Segala perbelanjaan ditanggung oleh pihak tuan punya lombong.
“Tidak lama lagi kampung kami tinggal nama saja, semua rumah yang ada ini, paling lama boleh bertahan lima enam bulan saja lagi, lepas tu terpaksa pindah. Di bawah tempat kita berdiri ini penuh dengan bijih,” kata Ramli.
“Macam mana kalau mereka tak mahu pindah?”
“Mana boleh semuanya sudah dijual duit pun dah ambil dari tauke lombong,” jawab Ramli.
“Rugi mereka jual tanah,” kata saya.
“Awak tak boleh cakap macam ini, kalau mereka tak jual tanah, mereka juga tak boleh kaya, takkan nak cangkul tanah cari bijih, lagipun tawaran yang datang ni memang tinggi,” kata Ramli. Bila saya fikirkan dengan halus cakapnya itu memang ada benarnya.
Rupanya Ramli yang hampir sebaya dengan saya itu, terlalu pintar bercakap. Ia boleh bercerita tentang apa sahaja yang ada hubung kait dengan Kampung Bakap. Kami terus bercerita panjang. Kami berpisah ketika azan Maghrib dilaungkan.
Ramli kini menjadi pelombong Melayu yang berjaya, setelah ia meletakkan jawatan sebagai Pengarah Galian Negeri Perak. Anak sulungnya menuntut ilmu kedoktoran di England.
Kawan Datuk itu namanya, Alang Abdul Rauf. Datuk memanggilnya Rauf sahaja. Sebagai orang kampung yang sederhana, ia mempunyai dua ekar tanah dusun dan tiga ekar ladang getah. Hasil dari tanah miliknya itu menjadi sumber pendapatannya.
Sejak enam bulan kebelakangan ini, ia membuat kerja tambahan menggali kubur lama waktu malam. Tulang-temulang dari kubur lama itu dikumpulkan lalu ditanam di kawasan perkuburan yang baru. Semua pembiayaan kerja itu diuruskan oleh pihak tuan punya lombong yang mahu mencari bijih di kawasan tersebut.
Alang Rauf dibantu oleh empat orang lain. Mereka menjalankan kerja selepas waktu Isyak hingga ke Subuh. Sepanjang tugas itu dilaksanakan mereka tidak menghadapi sebarang kejadian aneh. Semua kerja berjalan dengan lancar.
“Bagaimana, kalau kamu dengan cucu kamu ikut kami malam ini,” Alang Abdul Rauf membuat tawaran pada Datuk setelah selesai sembahyang Isyak. Bulu tengkuk saya jadi meremang mendengar pelawaan itu. Ah, itu kerja gila, pergi kubur waktu malam dan menggalinya pula, rungut saya dalam hati.
“Minta maaf, malam ni saya ada berjanji dengan orang yang berniaga di pasar Batu Gajah,” ajar Datuk tenang.
“Nak ke mana pula?”
“Orang tu beritahu saya, di kampung tempat dia menyewa rumah dikawal oleh satu lembaga putih, sesiapa yang datang ke kampungnya dengan niat nak mencuri atau mengambil sesuatu lembaga putih akan mengganggunya.”
“Aku tahu cerita tu kalau tak silap di Kampung Dhobi di Pekan Lama.”
“Agaknya, begitulah,” Datuk menelan air liur. Alang Abdul Rauf menggaru pipi kiri. Kemudian menyedut rokok daun dengan penuh nafsu. Suara cengkerik jelas kedengaran menendang gegendang telinga.
Alang Abdul Rauf pun terus bercerita pada Datuk. Kira-kira tiga bulan yang latu, waktu musim buah durian gugur. Tiga orang pemuda India yang nakal telah datang ke kampung tersebut untuk mencuri buah durian waktu malam.
Sedang mereka mengutip buah durian, tiba-tiba mereka terpandang lembaga putih memakai kain telekung. Pada sangkaan pemuda-pemuda India itu, orang-orang kampung cuba menakutkan mereka.
Mereka terus membalingkan kulit durian dan dahan kayu ke arah lembaga tersebut. Lembaga itu tidak bersuara malah terus duduk di tunggul buruk. Kerana memikirkan yang bertelekung itu orang perempuan, ketiga-tiga pemuda India ini terus rapat ke arah lembaga tersebut.
Bila sahaja lembaga itu merenung ke arah mereka. Ketiga-tiga pemuda India itu terus menjerit dan lari lintang-pukang. Dua hari kemudian seorang daripada pemuda India itu mati gantung diri. Manakala yang dua orang terus gila dan dihantar ke hospital Bahagia Tanjung Rambutan.
“Apa yang mereka lihat.” tanya Datuk.
“Entahlah,aku pun tak tahu.”
“Pelik juga ceritanya.”
“Kalau kamu nak tahu, kamu pergi sendiri. Aku nak mulakan kerja, kawan-kawan aku dah menunggu,” Alang Abdul Rauf segera bangun menuju ke pintu.
“Tak apalah Rauf, aku juga nak pergi ke tempat yang aku janjikan dengan peniaga tu,” Datuk terus bangun.
“Kamu balik atau tidak malam ni?”
“Belum tahu lagi.”
“Tak apalah, kalau kamu balik dan aku tak ada di rumah kamu ketuk aja pintu, nanti orang rumah aku bukakan pintu.”
Alang Abdul Rauf terus melangkah menuju ke tempat kerjanya. Saya dan Datuk juga mengatur langkah.
Sampai sahaja di depan Masjid Batu Gajah, kenalan Datuk sudah pun menunggu. Di situ kami menuju ke rumahnya. Isterinya menghidangkan kopi dan biskut kering.
“Awak ni berminat sangat nampaknya, apa awak seorang pawang dan nak menghalaunya,” tanya peniaga tersebut pada Datuk. Ketika itu jam sudah pun hampir pukul dua belas malam.
“Bukan apa-apa, saya cuma nak tengok, apakah cerita betul atau sengaja diada-adakan.”
“Kalau awak tak mahu, biar kami pergi berdua.”
“Tak apalah. saya hantarkan awak ke hujung kampung.”
“Boleh juga,” jawab Datuk.
Tepat pukul dua belas malam. Kami meninggalkan rumah. Peniaga tersebut cuma menghantar kami hingga sampai ke pohon jejawi yang besar. Ia membekalkan lampu suluh pada Datuk. Saya mula resah. Angin malam yang bertiup lembut terus menjamah wajah saya.
“Saya setakat sini saja, awak tahu menuju rumah saya,” lembut benar suara peniaga. Membayangkan rasa cemas.
“Saya tahu menuju rumah awak, terima kasih.”
“Sebenarnya, saya tak pula suruh awak buat macam ni, saya sekadar bercerita saja di masjid tadi, saya fikirkan awak olok-olok aje nak datang rupa-rupanya awak sungguh-sungguh.”
“Saya memang suka buat kerja macam ni,” jawab Datuk. Dan peniaga itu meninggalkan kami di bawah pepohon jejawi yang besar itu.
Dua tiga kali saya meraba pangkal dagu bila terdengar lolongan anjing bersahut-sahutan dari bahagian tengah dan hujung kampung. Lolongan anjing itu disertai dengan salakan yang tidak putus-putus macam menyalak sesuatu. Saya lihat ke langit, saya nampak awan putih bersih bergerak lemah ke selatan.
Suara katak dan cengkerik menambahkan rasa seram. Beberapa helai daun jejawi yang tua gugur lalu menyentuh kepala saya. Datuk tetap tenang menyuluh ke kiri dan ke kanan dengan lampu picitnya. Melihat dari langkah dan gerak tangan Datuk, menggambarkan yang dirinya tidak perlu membuat apa-apa persiapan.
Datuk tidak membaca ayat-ayat suci. Ia kelihatan tenang dan ada kalanya ia tersenyum panjang. Datuk duduk bersila di pangkal jejawi. Akar-akar yang bergayutan di pohon jejawi bergerak sendiri macam ada orang yang menolaknya. Akar-akar itu memukul belakang Datuk dan ada kalanya memukul bahagian punggung saya. Terasa juga sakitnya tetapi, saya diamkan sahaja.
“Suluh baik-baik,” Datuk mengingatkan saya. Arahan Datuk saya patuhi.
Saya terdengar kicau burung murai. Pelik juga macam mana murai boleh berkicau malam. Bila kicau mural itu berhenti. Ada titik air jatuh dari dahan jejawi, macam air dari perahan kain yang dibasuh. Air itu turun berjuntai. Salakan anjing beransur perlahan begitu juga dengan lolongannya.
Terdengar bunyi kaki orang memijak reranting dan dedaun kering dalam gelap malam. Bila disuluh dengan lampu picit. Tidak ada sesuatu yang dapat dilihat. Bulu tengkuk saya meremang. Badan saya terasa seram sejuk.
Beberapa ekor tikus liar. Entah dari mana datangnya melintas di depan saya dan Datuk. Seekor anjing yang bertompok hitam putih melompat di depan Datuk dan terus hilang. Beberapa saat kemudian terdengar suara anjing menderam macam menegur sesuatu.
“Dia tidak datang kerana kita tidak mengambil sesuatu di sini,” kata Datuk pada saya sambil bangun. Ia menggeliat.
“Apa yang kita nak ambil tuk?”
“Ikut aku Tamar.”
Saya lihat Datuk menyuluh ke kanan. Dari suluhan lampu picit ternampak beberapa batang pokok delima yang berdaun lebat. Datuk mengajak saya menuju ke pohon delima itu. Datuk serahkan lampu picit pada saya.
“Suluh, biar aku petik sebiji dua,” beritahu Datuk pada saya.
“Baik tuk.”
Datuk memetik dua biji delima yang masak ranum. Dia masukkan ke dalam sakunya dan Datuk melangkah ke arah pohon kelapa yang berada di depannya.
Tiba-tiba dari balik pohon kelapa itu muncul lembaga manusia, memakai kain putih menutup seluruh tubuh hingga ke kaki. Hujung kain putihnya mengheret dedaun dan ranting yang melekat dan mengeluarkan bunyi macam bunyi pinggan yang ditarik atas meja tanpa alas.
Ia berjalan di depan kami dalam jarak lima belas kaki. Bila Datuk dan saya berhenti berjalan. Ia juga turut berhenti. B11a Datuk mengalihkan perjalanan ke arah lain. Ia hilang untuk beberapa minit dan akhirnya muncul di depan kami.
Perbuatannya itu seolah-olah menyekat perjalanan saya dan Datuk. Lebih dari satu jam kami berlegar-legar di situ. Ke mana sahaja kami pergi lembaga putih tetap berada di depan. Ia tidak menoleh ke arah saya dan Datuk. Bagaikan ia mahu menyembunyikan wajahnya dari kami.
Ia juga tidak mengganggu atau cuba menakutkan saya dan Datuk. Saya mengajak Datuk pulang. Malangnya Datuk tidak mahu mendengar cakap saya.
“Dia tidak berkasar, susah aku nak menduganya,” beritahu Datuk pada saya dengan wajah sedikit kecewa. Dan Datuk cuba mendekatinya. Lembaga putih itu bagaikan tahu apa yang tersirat di hati Datuk. Ia tidak bergerak, tertegun dengan membelakangi kami.
Datuk terus menepuk bahu lembaga putih. Dengan pantas lembaga itu memusingkan badannya. Menentang wajah saya dan Datuk. Badan saya menggeletar dan lembik. Saya jatuh tanpa berkata apa-apa. Datuk tidak berganjak, Ia tetap menentang wajah lembaga putih itu.
Macam mana badan saya tidak lembik dan jatuh. Lembaga putih itu tidak berwajah. Bahagian muka yang tidak ditutup dengan kain putih itu sebenarnya kosong, nampak berlubang dan hitam pekat tetapi ada kilau cahaya yang amat kecil yang menyebabkan mata jadi silau bila ditentang. Kepala terasa pening.
“Aku cuma nak tengok kamu saja, apa yang aku ambil aku pulangkan ke tempatnya,” kata Datuk pada lembaga itu. Perlahan-lahan lembaga itu memusingkan badannya ke arah depan. Datuk membangunkan saya. Lembaga putih masih berdiri di tempatnya.
“Kita mengambil hak orang,” beritahu Datuk pada saya. Tangan saya ditariknya menuju ke pohon delima. Datuk mengeluarkan buah delima dari koceknya dan diletakkan di pangkal pokok delima. Bila kami toleh ke arah lembaga putih, lembaga itu sudah pun hilang.
Salakan dan lolongan anjing kedengaran bertalu-talu dari arah selatan. Datuk menarik tangan saya menuju ke rumah peniaga. Saya terkejut, peniaga itu menunggu kami di kaki tangga. Jam tua di tengah rumahnya berdenting dua kali.
“Jumpa?” Tanyanya.
“Jumpa, saya dah jumpa,” balas Datuk.
“Apa katanya?”
“Dia mengawal kampung awak,” jawab Datuk. Peniaga itu agak terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Datuk.
Ia termenung. Dengan nada suara yang lembut ia berkata; “Ramai orang yang berkata, seperti yang awak katakan itu.” Datuk tersenyum panjang. Datuk terus duduk di sisinya. Saya masih berdiri.
Peniaga itu mengajak Datuk tidur di rumahnya dengan alasan ia mahu Datuk bercerita, bagaimana lembaga putih itu boleh berkeliaran di kampungnya. Ia juga ingin tahu betulkah lembaga itu menjelma untuk mengawal kampung tersebut.
Datuk menolak permintaannya. Datuk juga berjanji padanya, satu hari nanti, Datuk akan menceritakan padanya bagaimana lembaga putih tu boleh muncul. Peniaga itu puas hati dengan penjelasan Datuk dan merestui perjalanan kampung ke rumah Alang Abdul Rauf.
Along Abdul Rauf sudah pun pulang kerja ketika kami tiba di rumahnya. Ia sudah menyediakan tilam dan bantal untuk kami. Macam selalu, sebelum tidur Datuk akan melakukan sembahyang sunat. Mungkin kerana terlalu letih, Along Abdul Rauf tidak mahu bercerita panjang.
“Esok kamu ceritakan pada aku apa yang kamu alami,” kata Along Abdul Rauf. Saya merasa senang hati. Saya dapat tidur cepat. Sudah tidak tahan rasa menahan kelopak mata.
“Tak apalah Rauf, esok saja.”
“Tidurlah.” Alang Abdul Rauf meninggalkan kami.
GORENG
Pagi itu, kami sarapan pagi di anjung rumah Along Abdul Rauf. Goreng pisang yang disediakan oleh isterinya membuat saya makan dengan penuh selera sekali.
“Kamu jumpa?” Along Rauf memulakan ceritanya.
“Jumpa dan bercakap dengannya.”
“Apa katanya?”
“Aku saja yang bercakap tetapi dia diam juga.”
“Ah, kamu mempermainkan aku.” balas Along Abdul Rauf sambil ketawa panjang. Saya cuma tersenyum lebar. Seronok juga melihat orang tua berjenaka.
Tanpa diminta oleh Datuk, Along Abdul Rauf terus bercerita berhubung dengan lembaga putih. Menurutnya, lembaga itu sudah lama muncul di tempat tersebut.
Beberapa orang pawang telah dipanggil untuk menghalaunya tetapi tidak berjaya. Penduduk di tempat tersebut terpaksa bertindak demikian kerana ramai penduduk yang terserempak dengan lembaga putih bila pulang malam. Malah, ada yang jatuh sakit.
“Saya rasa susah nak mencari orang yang boleh menghalaunya,” tercetus suara Datuk.
“Kalau macam tu susahlah.”
“Tak susah satu masa nanti lembaga ini akan hilang dengan sendirinya, asalkan penduduk di situ selalu mengadakan pembacaan Yasin secara beramai-ramai di masjid atau surau pada setiap malam Jumaat,” jelas Datuk dengan tenang.
Datuk terus memberitahu Alang Abdul Rauf, lembaga putih itu ada hubungannya dengan orang kaya atau orang yang mula meneroka kampung tersebut. Orang kaya atau peneroka kampung tersebut memelihara sejenis makhluk untuk jadi pengapit dirinya atau untuk menjaga hartanya.
“Ilmu itu apa namanya?” Mendadak sahaja Alang Abdul Rauf bertanya.
“Setengah orang menyebutnya Pengapit dan setengah orang pula menyebutnya sebagai kembar” jelas Datuk.
“Tujuannya baik, tentu tak salah?”
“Sebagal orang Islam kenapa kita mesti minta pertolongan dari makhluk lain seperti syaitan atau jin, kenapa kita tidak memohon pertolongan dari Allah? Perbuatan begini sudah salah boleh memesongkan iktikad kita.”
“Tapi, kita mohon sesuatu yang baik untuk keselamatan diri dan Allah perkenankan,” Alang Abdul Rauf tidak puas hati.
“Bukankah Allah itu pemurah, apa yang diminta akan diberi tetapi, Allah memberikan fikiran pada kita untuk berfikir bagi memilih mana yang baik, Allah suka pada orang berfikir.” Sanggah Datuk. Dan Datuk bersedia melanjutkannya kalau Alang Abdul Rauf mahu berhujah tentang perkara itu.
“Kamu tahu tak, apakah makhluk pengapit dari jin dan syaitan atau sebagainya,” tanya Alang Abdul Rauf lagi.
“Boleh jadi kedua-duanya sekali,” pendek Datuk menjawab.
“Hum,” keluh Alang Abdul Rauf.
Datuk terus menerangkan pada Alang Abdul Rauf, bila orang yang mengamalkan ilmu pengapit itu meninggal dunia. Pengapitnya akan berkeliaran mencari kerabat si mati yang mahu membelanya.
Andainya keluarga si mati itu tidak tahu simpati membela pengapit atau tidak mahu menyambung usaha si mati, pengapitnya berkeliaran ke mana sahaja di kawasan kampung yang pernah jadi tempat tinggal si mati. Pengapit itu akan menjadi penunggu kampung secara sukarela dengan harapan ada orang yang bersimpati untuk mengambilnya menjadi pengapit.
“Kamu tahu macam mana cara orang itu membela pengapitnya?” Cungkil Alang Abdul Rauf.
“Dia mengadakan kenduri, membaca doa tetapi, lebihan dari jamuan kenduri itu diambil diletakkan dalam nyiru lalu dicampakkan ke dalam hutan atau di bawah pokok besar.”
“Mana kamu tahu semuanya ni?”
“Aku pernah berdamping dengan orang yang membela pengapit tetapi, aku tak mengamalkannya kerana perbuatan ini bertentang dengan ajaran Agama Islam.”
“Hebat juga kamu ni?”
“Bagi aku, kita harus menyerahkan diri pada Allah minta perlindungan pada-Nya, buat apa yang disuruh, jauh dari kerja yang ditegahnya. Ajaran Islam kalau diikut dengan betul, kita selamat dunia akhirat.”
“Tetapi, ada orang campur-adukkan ajaran agama dengan ilmu dunia, campur dengan perkara tahyul, bagaimana pendapat kamu.”
“Itu cara yang salah dan tanggungjawab orang itu untuk berhadapan dengan Allah,” Datuk tersenyum.
Biji mata Alang Abdul Rauf terbeliak bila Datuk memberitahunya, jika Datuk memasukkan segenggam tanah ke arah muka lembaga putih yang kosong itu, pasti lembaga itu akan mengikutnya dan akan menjadi hamba Datuk sampai Datuk mati.
“Bukan itu tujuan aku mencarinya, aku sekadar nak tahu saja. kalau aku tanya orang-orang kampung tersebut, aku mesti dapat tahu pengapit siapa lembaga putih itu, tapi kena makan masa yang panjang.”
“Tak usah buat kerja salah tu,” tahan Alang Abdul Rauf.
“Kalau kamu tak cakap pun, aku tak akan membuatnya.”
“Bagus, malam esok ikut aku ke kubur korek mayat,” pelawa Alang Abdul Rauf.
“Boleh juga,” jawab Datuk pantas. Saya menarik nafas panjang.
Saya tinggalkan Datuk dan Alang Abdul Rauf yang rancak berbual. Saya duduk berjuntai kaki di tangga, melihat pepohon yang berdaun lebat di halaman rumah Alang Abdul Rauf. Dari radio jiran tetangga Alang Abdul Rauf, saya menikmati lagu ‘Tak Mengapa’ dendangan A. Rahman Hassan yang popular ketika itu.
Hati saya jadi terhibur lalu menepuk tangan perlahan-lahan mengikut rentak irama lagu tersebut. Sesekali saya menyebutkan senikatanya. Memang, semua senikata lagu itu tidak dapat saya ingati. Tetapi, iramanya memang menarik, sambil mendengar lagu tersebut, saya cuba mengkhayalkan dalam kepala yang saya sedang mendendangkan lagu itu di atas pentas di hadapan ribuan para peminat.
Saya tersenyum bila menerima tepukan yang bergemuruh. Saya lalu menundukkan badan dan kepala membalas penghormatan itu. Saya bayangkan, ketika turun dari pentas saya terus dikerumuni oleh para peminat, mereka hulurkan tangan untuk bersalaman, mereka lari beri autograf untuk ditandatangani. Ada yang beri baju dan sapu tangan untuk ditandatangani. Saya jadi lemas di tengah para peminat yang terdiri dari para belia.
Saya juga membayangkan gambar saya jadi bahan siaran majalah hiburan. Di mana-mana saya pergi, saya tetap disanjung dan dihormati. Setiap hari saya membalas beratus-ratus surat peminat. Oh, seronoknya.
“Eh, kamu ini tak habis-habis dengan menung, berangan-angan,” Datuk terus menepuk bahu kanan saya. Semua khayalan indah yang berbunga dalam kepala hancur punah. Saya renung mukanya dengan rasa kesal. Bukannya senang mahu membina satu khayalan yang menyeronokkan.
“Kamu ikut Alang Abdul Rauf pergi ke Kota Baru,” kata Datuk.
“Tuk nak ke mana?”
“Aku nak jumpa dengan peniaga di pasar Batu Gajah.”
“Kalau macam tu, saya ikut tuk saja, tak seronok dengan Alang Rauf, saya tak begitu kenal dengannya tuk.”
“Jangan bantah cakap aku.” suara Datuk mula keras. Dan Alang Abdul Rauf segera mendekati saya. Perlahan-lahan saya lagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali.
“Mari,” kata Alang Abdul Rauf. Saya tak ada pilihan. Terpaksa ikut cakap Datuk dan mematuhi ajakan Datuk.
Datuk, saya dan Alang Abdul Rauf meninggalkan rumah. Jalan bersaingan hingga sampai kepala simpang. Dari situ kami berpecah. Datuk menuju ke pasar Batu Gajah. Alang Abdul Rauf dan saya menuju ke tempat yang dirancang.
Seronok juga ikut Alang Abdul Rauf. Saya dapat pengalaman baru yang amat menyeronokkan. Melintasi ladang getah dan kawasan perlombongan yang amat luas. Tidak saya sangka Alang Abdul Rauf yang sudah tua, (saya kira usianya sekitar lima puluh tujuh) masih bertenaga mengayuh basikal berbatu-batu. Saya yang membonceng di belakangnya perlu mengimbangkan badan supaya tidak berat sebelah.
Sesekali terpaksa angkat punggung, bila tayar basikalnya melanggar akar-akar getah yang berselirat di jalan kampung. Alang Abdul Rauf memberitahu, dia sengaja membawa saya melalui jalan tersebut, kerana jalan kampung itu merupakan jalan pintas yang terdekat untuk sampai ke Kota Baru, sebuah pekan kecil dalam daerah Kinta.
Sejam kemudian, kami sampai ke pekan kecil itu. Alang Abdul Rauf sandarkan basikal di pangkal pokok jati depan kedai kopi. Bahagian belakang baju Melayunya, saya lihat dibasahi peluh. Daging punggung saya terasa kebas dan sengal-sengal.
“Kita minum, rumah adik aku tak jauh Lagi,” kata Alang Abdul Rauf.
“Saya tak dahaga pakcik.”
“Tak dahaga pun, apa salahnya minum.”
“Tak payahlah pakcik.”
“Jangan begitu, Datuk kamu tak marah, dia suruh aku bawa kamu, biar kamu tahu tentang keadaan orang di sini.”
“Hummmm,” keluh saya lalu mengikutnya masuk ke kedai kopi.
Alang Abdul Rauf minta dua cawan kopi. Sementara menanti kopi yang dipesan, Alang Abdul Rauf menatap akhbar Utusan Melayu yang memang disediakan oleh pihak pekedai untuk para pelanggan yang datang minum. Saya lihat tidak berapa ramai orang yang minum dalam kedai tersebut.
Kebanyakannya sudah tua-tua belaka. Tetapi, mereka tetap bersikap ramah pada saya dan Alang Abdul Rauf. Mereka tidak kedekut untuk memberikan senyuman pada kami. Sikap mereka itu membuat saya gembira dan senang hati. Kopi yang dipesan pun sampai.
“Minumlah” kata Alang Abdul Rauf pada saya. Cepat-cepat saya anggukkan kepala lalu mendekatkan piring dan cawan ke tepi meja. Saya kacau air dalam cawan dengan sudu. Biar gula, kopi dan susu jadi sebati. Alang Abdul Rauf masih lagi menatap akhbar. Seolah-olah buat tidak kisah dengan air kopi yang dipesannya.
“Pak cik kenapa tak minum?” Tanya saya. Alang Abdul Rauf jatuhkan surat khabar atas meja. Muka saya ditentangnya sambil menolak surat khabar Utusan Melayu ke tepi. Saya terus mendermakan senyum padanya sambil mengangkat cawan untuk menghirup air kopi.
“Tamar.”
Cawan kopi saya letakkan atas meja kembali. Saya lihat Alang Abdul Rauf menekup kedua belah telinganya dengan telapak tangan. Matanya tertatap pada dada meja. Memang saya, tidak mengerti kenapa Alang Abdul Rauf berbuat demikian. Mungkin itu kebiasaan yang sering dilakukannya atau dia mengalami sakit telinga, saya membuat andaian yang tersendiri.
Alang Abdul Rauf terus menghirup kopi. Bahu kanan saya dicuitnya, menyuruh saya minum. Tanpa membuang masa, air kopi terus saya hirup. Rasa kering di anak tekak terus berakhir.
“Makan kuih,” kata Alang Abdul Rauf. Ia terus mengambil pulut udang dalam piring. Pembalut pulut udang dikoyakkannya dengan berhati-hati.
Sebelum pulut udang disumbat ke dalam mulut, pembalut bahagian atas dan bawah terus dibuang. Alang Abdul Rauf terus mengunyah pulut udang dan kemudian ditelan.
Saya terus mengambil kuih Seri Muka, bila kuih itu saya dekatkan ke mulut. Alang Abdul Rauf terus berdehem. Saya segera memandang padanya dengan ragu-ragu. Kenapa setiap kali saya mahu minum dan makan, Alang Abdul Rauf melakukan sesuatu.
“Kau tak baca bismillah,” Alang Abdul Rauf mengingatkan.
“Oh. terima kasih.”
Saya terus membaca bismillah. Kuih Seri Muka saya kunyah dengan rakus sekali. Alang Abdul Rauf tersenyum memandang pada saya. Beberapa orang pelanggan, masuk dan keluar dari kedai kopi. Matahari yang memancar garang di luar menghantar bahang panas ke dalam kedai.
Badan saya jadi berpeluh. Alang Abdul Rauf menghabiskan sisa-sisa kopi di cawan. Ia minta lagi secawan kopi. Jumlah pulut udang dalam piring terus berkurangan. Saya kira kopi dan pulut udang merupakan makanan dan minuman yang amat digemari oleh Alang Abdul Rauf.
“Tamar, kau mahu mengamalkan petua orang tua-tua.”
‘Mahu pakcik.”
Alang Abdul Rauf kacau kopi dengan sudu berkali-kali. Sudu yang berlaga dengan bibir cawan melahirkan bunyi yang amat menyeronokkan bagi diri saya. Sebelum minum kopi, Alang Abdul Rauf menggosok-gosok rambutnya dengan telapak tangan. Kemudian baru ia minum dengan tenang.
“Apa petua yang pakcik nak cakapkan dengan saya?”
-TAMAT-
201. AKIBAT MALUKAN ORANG
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : AKIBAT MALUKAN ORANG
KOD#00275094001201
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Akhirnya, anak Malik Cina terus pulih seperti sedia kala. Malik Cina terus menghubungi menantunya tentang keadaan isterinya yang sudah baik.
Tempoh yang dijanjikan sudah cukup. Saya dan Datuk pun bersedia untuk meninggalkan rumah Malik Cina. Isterinya menangis melihat saya dan Datuk berdiri di ambang pintu untuk melangkah pulang.
“Bagaimana,kalau saya hantarkan,” Malik Cina kemukakan cadangan. Datuk kerutkan dahi. Merenung ke kiri dan ke kanan halaman dengan wajah yang tenang.
“Tak payah, biar kami balik sendiri.”
“Bagaimana dengan kerja yang lalu, berapa upah dan pengerasnya.”
“Apa yang Allah kurniakan pada aku, adalah untuk kebaikan bagi menolong sesama manusia. Aku bukan mencari makan dengan kerja-kerja begini.”
“Maksudnya?”
“Tak ada apa-apa bayaran.”
Malik Cina termenung panjang. Saya terus mengikat tali kasut. Tiupan angin terasa memukul dedaun telinga dan pipi saya.
“Boleh saya tahu, siapa yang membuat anak saya jadi begini,” cara mendadak isteri Malik Cina mengajukan pertanyaan. Malik Cina kelihatan resah tidak keruan.
“Kenapa kamu tanya siapa yang membuatnya?”
“Saya nak balas dendam, kalau boleh saya minta awak buat kerja tu, kalau upahnya satu ekar tanah pun, saya sanggup mengadakannya.”
Membalas dendam dan ambil upah untuk merosakkan hidup orang lain itu bukan kerja saya,” suara Datuk meninggi wajahnya nampak masam. Datuk terus menggenggam penumbuk.
“Malik,” pekik Datuk dengan wajah yang marah.
“Ya, kenapa?”
“Banyakkan bersedekah pada anak-anak yatim dan orang susah, selalulah baca Yasin setiap malam Jumaat, pohon doa, pada Allah minta jauhkan dari segala bala.”
“Ya saya faham, saya nak tahu benarkah sakit anak saya dari buatan orang,” Malik Cina mengajukan pertanyaan.
“Itu aku tak tahu tetapi, aku rasa apa yang kau alami sekarang merupakan pembalasan dan Allah.”
“Ah, saya rasa, sepanjang hidup saya ni, saya tak pernah menganiayai orang, saya tak pernah buat orang susah.”
“Kau tak boleh cakap begitu, mungkin masa muda kamu dulu kamu pernah menipu atau memberi malu pada seseorang,” Datuk menarik nafas panjang. Isteri Malik Cina yang berdiam segera membenamkan pacak sanggul lintang pada sanggul yang seketul atas kepala.
“Itu saja yang nak saya katakan pada kamu berdua, terpulanglah pada kamu berdua memikirkannya sama ada kamu berdua nak ikut atau percaya dengan cakap aku,” selesai sahaja Datuk berkata-kata. Ia terus menggeliat. Tangan saya ditariknya untuk menuruni anak-anak tangga yang dibuat dari kayu cengal.
Bila sahaja tapak kaki Datuk memijak mata tangga terakhir. Malik Cina, menyebut nama Datuk. Mereka berpandangan. Sinar mata Malik Cina redup tertampar ke wajah Datuk.
“Ada apa lagi Malik?”
“Barangkali cakap kamu benar.”
“Maksud kamu.”
Malik Cina terdiam. Pandangannya dialihkan ke arah dinding rumah. Anak perempuannya yang datang cara mendadak di sisinya, renung muka saya, kemudian melangkah dengan tenang.
“Katakan apa saja Malik, aku bersedia mendengarnya,” pohon Datuk. Malik Cina turun menghampiri Datuk. Bahu Datuk dipegangnya. Dadanya nampak berombak. Wajahnya juga kelihatan rasa tidak menentu.
Malik Cina memaksa Datuk duduk di mata tangga terakhir. Saya berdiri dekat mereka. Isterinya mungkin tidak mahu campur dalam urusan Datuk dan Malik Cina, segera menuruti jejak langkah anaknya menuju ke ruang belakang.
“Kau betul dalam hal ini, dulu aku meminang seorang perempuan, bila sampai waktu mahu menikah, aku tidak pergi ke rumahnya pada hal kedua orang tua gadis itu, sudah pun memanggil orang kampung, kaum kerabatnya sudah berkumpul,” Malik Cina membuka rahsia dirinya.
“Kenapa kamu buat macam tu Malik?”
“Saya cara mendadak tak sukakan dia, saya dah jatuh hati dengan isteri saya sekarang.”
“Lepas tu apa yang kau buat, kau tak minta maaf.”
“Tidak, saya takut pada keluarga perempuan tersebut, kalau saya pergi, tentu saya menerima padah yang buruk, saya buat tak tahu dan nikah dengan bini saya sekarang.”
LEMBUT
Cerita dari Malik Cina itu, membuat Datuk menarik nafas panjang. Rasa kecewanya terhadap perangainya Malik Cina terbayang di wajahnya. Angin yang bertiup lembut terus menyentuh wajah saya dan Datuk.
“Aku pernah dengar cerita macam tu, tapi aku tak menduga kau yang melakukannya,” kata Datuk.
“Dari siapa dengar cerita tu?” Soal Malik Cina.
“Aku tak ingat dari siapa?” Jawab Datuk dan terus bangun. Sarungkan kasut capal bertali dua ke kaki. Datuk melangkah dua tapak ke depan.
Datuk berhenti melangkah. Pusingkan badan dan berdiri berdepan dengan Malik Cina yang masih duduk di mata anak tangga terakhir. Bahagian tepi rambut Malik Cina nampak bergerak-gerak disentuh angin.
“Kalau dulu, kau pernah memalukan orang lain, sekarang kau sendiri merasakan balasannya. Ingat, kalau kita pernah menganiayai orang satu hari kelak kita akan menerima padahnya, kalau tidak pada kita, mungkin pada anak cucu kita,” jelas Datuk dengan tenang. Malik Cina segera berdiri. Biji mata Datuk ditentangnya.
“Saya sedar dan faham semuanya,” balas Malik Cina lembut.
“Ingat mulai hari ini, bersihkan hatimu, jangan menganiayai orang, jangan menjatuhkan maruah orang, buatlah baik sesama insan.”
“Ya saya berjanji.”
“Aku doakan kamu bahagia,” tenang sekali Datuk bersuara.
Datuk bersalam dengan Malik Cina. Cepat-cepat Malik Cina memeluk tubuh Datuk. Mereka berdakapan penuh mesra.
Saya hanya memerhatikan sahaja gerak-geri Datuk dan Malik Cina.
“Biar saya hantar awak ke pekan Sungai Siput,” Malik Cina mengemukakan cadangan. Datuk segera menjatuhkan sepasang tangannya yang merangkum tubuh Malik Cina.
“Tak payah, biarlah kami berjalan kaki.”
“Kenapa pula? Naik kereta lagi bagus.”
“Terima kasih Malik, biar kami berjalan.”
Malik Cina garu hujung dagunya berkali-kali. Hatinya tidak berapa seronok mendengar alasan yang dikemukakan oleh Datuk. Dua kali tawarannya ditolak oleh Datuk.
“Terkilan rasa hati saya, datang dijemput, bila balik jalan kaki,” Malik Cina meluahkan rasa hatinya.
“Tak apalah ini permintaan tuan punya diri, kenapa kamu nak susah hati.”
“Saya tahu, tapi kurang seronok.”
“Tak apalah, aku cakap ikhlas,” jelas Datuk.
Datuk menarik tangan saya untuk memulakan langkah.
Tiba-tiba isteri Malik Cina meluru ke arah kami. Di tangannya terselit sampul surat panjang berwarna kekuningan. Isteri Malik Cina hulurkan sampul surat itu pada Datuk.
“Apa bendanya ni?” Datuk agak terkejut.
“Duit, ada dua ratus ringgit untuk upah mengubati anak saya,” jelas isteri Malik Cina. Datuk tergamam. Sampul surat di tangan isteri Malik ditepisnya. Wang bertaburan atas tanah.
Muka Datuk serta-merta menjadi marah. Nafasnya tercungap-cungap. Badannya menggeletar menahan rasa marah. Muka isteri Malik Cina jadi pucat.
“Malik,” jerit Datuk sekuat hati. Malik Cina segera menghampirinya. Wajah isteri Malik Cina yang pucat segera bertukar menjadi kemerah-merahan. Wang yang bertaburan atas tanah dikutipnya sehelai demi sehelai dan disumbat ke mulut sampul surat.
“Bukankah sudah aku katakan, aku bukan mencari rezeki dengan mengubati orang, aku sekadar berusaha yang menentukannya Allah, mengapa perkara yang aku benci ini kamu lakukan pada aku? Apa kamu mahu menguji aku,” Datuk meledakkan apa yang ada dalam hatinya.
“Maafkan saya, saya terlupa beritahu bini saya, dia tak tahu, tak terniat untuk menguji awak,” sahut Malik Cina.
Mukanya nampak cemas.
Datuk termenung. Perlahan-lahan ia menatap wajah isteri Malik Cina yang keadaannya tidak tentu arah.
“Maafkan aku, aku tak berniat nak menjatuhkan air muka kamu, maafkan aku,” nada suara Datuk dibalut rasa kesal yang memanjang. Datuk terus beristighfar beberapa kali.
“Maafkan aku,” ulang Datuk.
“Saya maafkan,” balas isteri Malik Cina. Datuk gembira mendengar kata-kata yang diluahkan oleh isteri Malik Cina. Dan Malik Cina pula berkali-kali minta maaf pada Datuk kerana kesalahannya tidak memberitahu isterinya, tentang pantang larang yang diamalkan Datuk.
“Wang itu kau sedekah pada anak-anak yatim, pada fakir miskin atau hadiahkan pada masjid, barangkali dengan wang itu dapat digunakan untuk membaiki mana-mana bahagian masjid yang rosak,” dalam nada yang lembut Datuk menyatakan pada Malik Cina dan isterinya. Mereka anggukkan kepala.
“Aku nak pesan pada kamu supaya mengamalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali, di antara sembahyang sunat Subuh dengan fardu Subuh,” beritahu Datuk pada Malik Cina.
“Apa faedahnya mengamalkannya?” Soal Malik Cina tidak sabar.
“Kalau orang itu makan gaji, mudah naik pangkat.”
“Lagi.”
“Kalau ia miskin akan jadi kaya, ada saja rezeki yang halal diberikan Allah untuknya.”
“Lagi?”
“Kalau ia banyak hutang, ada saja jalan diberikan Allah untuknya menyelesaikan hutang.”
Malik Cina renung muka isterinya yang khusyuk mendengar penerangan dan Datuk. Saya hanya diam tetapi, apa yang saya dengar tetap saya sematkan dalam hati, Memang tidak mudah Datuk mahu memberikan amalan pada seseorang. Entah apa mimpinya ia mahu memberikan pada Malik Cina.
“Lagi apa faedahnya amalan itu,” Malik Cina mencungkil rahsia.
“Kalau seseorang itu sakit dan amalkan membaca, dengan izin Allah sakitnya akan sembuh,” jelas Datuk.
“Lagi?”
“Jika ia lemah, akan dikuatkan oleh Allah.”
“Lagi.”
“Jika orang itu berdagang atau merantau di negeri orang. Ia tetap dihormati dan dimuliakan, cita-citanya sampai dan orang itu tidak akan dimusuhi oleh sesiapa,” Datuk terbatuk.
“Banyak faedahnya,” kata isteri Malik Cina.
“Ya, dengan syarat diamalkan, tidak meninggalkan sembahyang lima waktu, nampaknya mudah tetapi jarang orang dapat mengamalkannya dengan sempurna,” Datuk meraba pangkal dagu. Ia renung muka saya, memberi isyarat untuk memulakan perjalanan.
“Tapi, kamu sekeluarga harus mengamalkannya, terutama anak kamu, supaya sakitnya tidak berulang lagi,” Datuk mengingatkan Malik Cina dan isteri.
Datuk bersalaman dengan Malik Cina. Kemudian saya pula bersalaman, Saya rasakan genggaman Malik Cina cukup erat, seolah-olah tidak mahu melepaskan saya pulang.
“Selamat jalan, semoga kamu dengan cucu selamat sampai ke tempat yang dituju,” ujar Malik Cina pada Datuk.
“Semoga Allah memberkati dan menyelamatkan keluarga kamu dari sebarang bencana,” jawab Datuk. Malik Cina tunduk tetapi, di kelopak mata isterinya tergenang air jernih.
Saya renung ke arah rumah Malik Cina. Saya lihat anaknya berdiri di muka pintu merenung ke arah saya. Memang, anak perempuan Malik cantik sungguh. Secara diam-diam saya tertarik dengan kecantikannya. Kalau saya disuruh menatap wajahnya selama dua tiga jam, saya sanggup melakukannya.
“Eh tengok apa tu, kamu tahu dia bini orang,” terdengar suara Datuk memukul gegendang telinga saya.
Cepat saya menoleh ke kanan, Malik Cina tersenyum ke arah saya. Toleh ke kiri isteri Malik Cina juga tersenyum. Saya terasa malu dan untuk menghilangkan rasa malu itu, saya terus melangkah dengan cepat mendahului langkah Datuk.
“Cucu awak dah besar, dah ada perasaan pada perempuan,” saya terdengar suara Malik Cina. Kata-kata itu menyindir diri saya. Saya terdengar ketawa Datuk pendek. Ketawa itu juga saya rasakan menyindir diri saya. Menyesal saya renung ke rumah Malik Cina. Kalau saya renung tadi, tentu saya tidak diketawakan dan jadi bahan bualan mereka. Batin saya terus merungut, penuh rasa kesal.
LANGKAH
Saya terus melangkah. Saya tidak peduli sama ada Datuk mengikuti saya dari belakang atau tidak. Soal yang penting bagi saya ialah tidak mahu pandang muka Malik Cina dan isterinya. Tidak mahu dengar suara mereka. Semuanya menyakitkan hati. Saya terus melangkah.
Bila sampai dekat pokok besar. Datuk terus memegang bahu saya. Ia menyuruh saya jalan bersaing dengannya. Tidak kuasa saya melihat wajahnya. Saya masih terasa malu kerana rahsia diri saya sudah diketahuinya. Saya berdoa semoga Datuk tidak menimbulkan perkara itu pada saya. Sesungguhnya, saya tidak rela malu untuk kali kedua pada Datuk. Hati saya terasa lega. Datuk tidak menimbulkan perkara tersebut. Kami terus melangkah seiring di bawah hembusan bayu yang datang dari arah sebuah bukit yang letaknya di pinggir Kampung Bahagia.
Kicau burung yang menyanyi di pepohon kiri kanan jalan amat menyeronokkan. Matahari pagi yang berada di paras pucuk kelapa dara bersinar lembut. Kabus nipis kelihatan bangkit perlahan-lahan di puncak banjaran Titiwangsa. Bayu pun menggerakkan dedaun menghijau.
Indahnya alam ciptaan Allah. Kata nenek, kalau kita mengagumi keindahan alam ciptaan Allah, kita harus bersyukur dan memuji-Nya. Kemudian bandingkan betapa kerdilnya diri kita dalam keindahan alam itu.
Nenek juga berkata, orang-orang yang tinggal di kawasan alam semula jadi. Selalunya hidup aman dan panjang umur, Sentiasa tenang. Sebabnya mereka jadi demikian, kerana mereka selalu bersyukur pada Allah secara tidak langsung mereka mendekati diri dengan-Nya. Dan orang-orang yang selalu mendampingi dirinya dengan Allah, selalu merasa bahagia meskipun pada lahirnya mereka nampak susah dan sukar.
Kekayaan dan pangkat serta penghormatan tidak bererti, kalau batin manusia yang mewah itu tidak tenteram. Sebabnya kebahagiaan tidak terletak pada kekayaan. Kebahagiaan terletak pada had. Bila hati tenteram, jiwa pun bersih dan wajah pun berseri.
Itu pendapat nenek yang tidak pernah ke sekolah. Susah juga untuk saya mempercayainya tetapi, kata nenek lagi, bila saya bertambah tua dan sudah mengalami rempah-ratus kehidupan, barulah saya tahu, apakah cakapnya itu benar atau tidak. Macam-macam yang datang dalam kepala saya.
Tiba-tiba saya dan Datuk sudah pun sampai ke bibir jalan raya Ipoh - Kuala Kangsar. Saya duduk di batu tepi jalan sambil mengutik-ngutik rumput semalu. Rumput yang kembang segar itu akan terus mengecut bila saya usik dengan hujung sepatu.
Datuk terus merenung ke arah kenderaan yang lalu lalang di jalan raya. Saya terus resah. Sudah berada di tepi jalan raya, Datuk masih belum beritahu saya ke mana harus pergi? Ini yang susahnya mengikut Datuk. Ia tidak mempunyai rancangan yang tertentu.
Saya segera mendekati Datuk. Ia tersenyum sumbing memandang ke arah saya. Ia bagaikan tahu dengan apa yang bergolak dalam diri saya.
“Kita ni nak ke mana tuk?”
“Ke Bakap, dekat Batu Gajah.”
“Bukan nak pergi ke pekan Sungai Siput?”
“Kamu berjalan ikut aku, apa yang aku buat kamu ikut saja jangan banyak cakap. Belum apa-apa dah nak mengajar orang tua.”
Perasaan saya tersentap mendengar kata-kata Datuk itu. Ditanya jawapannya kena marah. Tidak ditanya hati resah. Memang serba salah jadi cucu pada Datuk yang selalu beranggapan yang cucunya tidak pandai dan mesti patuh dengan cakapnya.
Datuk menahan bas yang mahu ke Ipoh. Saya disuruh naik dulu. Saya memilih tempat di bahagian belakang. Tetapi Datuk tidak setuju dengan tempat yang saya pilih itu. Ia suruh saya pilih tempat duduk yang berhampiran dengan pemandu.
“Jangan biasakan bila naik bas duduk di belakang.”
“Kenapa tuk?”
“Tak bagus, kalau ada kejadian yang tak diingini kita susah bertindak, sebaik-baiknya pilih di bahagian tengah.”
“Sebabnya tuk?”
“Kalau diserang komunis dari depan kita dapat bersedia begitu juga kalau diserang dari arah belakang.”
“Tapi, kita duduk di bahagian depan sekarang tuk?”
“Tak apa kerana aku rasa perjalanan kali ini selamat.”
Saya diam. Tidak kuasa mengajukan sebarang pertanyaan padanya. Bas terus meluncur. Saya terus terlelap. Saya terkejut bila bas berhenti dengan tiba-tiba. Saya gosok kedua belah mata dan renung kiri dan kanan. Apa yang saya lihat ialah kebun getah yang subur.
“Kita ni di mana tuk?”
“Kita baru meninggalkan Pekan Chemor.”
“Kenapa has ni berhenti di tengah hutan tuk.”
“Kamu tengok tu,” Datuk meluruskan telunjuknya ke arah belukar kecil di kiri bas.
Saya terkejut, saya lihat lebih dari dua puluh orang lelaki memakai baju seragam dengan topi leper berbucu lima. Di tangan mereka lengkap dengan senjata api.
“Itu askar tuk,” kata saya.
“Bukan, itu komunis,” sebaik sahaja Datuk mengakhiri kata-katanya. Tiga orang anggota komunis naik ke bas. Seorang berdiri di tangga bas. Seorang berdiri di bahagian tengah. Dan seorang di bahagian belakang bas.
Saya amati, yang berdiri di tangga bas. Orang India. Di tengah bas, orang Cina dan di bahagian belakang orang Melayu. Saya kira yang berdiri di tengah adalah ketua mereka. Manakala di luar bas kelihatan lebih dari dua puluh anggota komunis duduk dalam belukar. Mereka menghalakan muncung senapang ke arah bas.
Penumpang bas yang sebahagian besarnya terdiri dari orang Melayu dan Cina serta beberapa orang India kelihatan cemas. Pemandu bas diarahkan turun oleh komunis berbangsa India. Wang yang ada pada penjual tiket bas dirampas oleh komunis berbangsa Cina. Penjual tiket juga disuruh turun.
“Sekarang, semua orang bangun, letakkan duit, jam tangan, emas dan apa yang kamu bawa dekat pintu has, kalau kamu membantah kami tembak. Keluar satu-satu,” perintah komunis Melayu yang berada di bahagian belakang bas.
Semua penumpang bas patuh. Semua barang yang mereka bawa diserahkan pada pihak komunis. Bila sudah turun dari bas. Kami disuruh berbaris. Seorang anggota komunis melakukan pemeriksaan pada diri penumpang. Semua kad pengenalan bas dirampas dan dikumpulkan di tanah lapang untuk dibakar.
Dua orang pemuda Melayu dihentak oleh anggota komunis dengan buntut senapang. Sebabnya, kedua pemuda Melayu itu tidak mahu menyerahkan rantai leher yang dipakai. Saya lihat pemuda Melayu itu jatuh terlentang dan mulut mereka berlumuran darah.
Datuk hanya melihat peristiwa itu dengan tenang. Dahinya nampak berpeluh dipanah sinar matahari yang garang. Saya kira ketika itu, lebih kurang pukul sebelas pagi.
“Ingat siapa tak mahu dengar cakap kami inilah padahnya,” kata anggota komunis berbangsa Melayu. Anggota komunis bangsa India dan Cina menegakkan ibu jarinya memuji tindakan anggota komunis bangsa Melayu itu.
“Ini hari gua kasi power sama lu, lu boleh bikin apa saja,” kata anggota komunis Cina (ketua) pada anggota komunis bangsa Melayu. Sedangkan anggota komunis bangsa India ketawa. Matanya merenung tajam pada gadis India berkulit cerah. Berusia sekitar 18 tahun.
Gadis India yang memakai sari itu nampak gelisah. Berkali-kali ia merenung wajah ibunya. Tetapi, anggota komunis bangsa India itu terus melihatnya terutama di bahagian perut gadis India yang dibalut oleh kain sari.
“Lu suka sama dia, kalau suka ambil bawa masuk hutan,” ujar ketuanya.
“Nanti dulu,” jawab anggota komunis bangsa India. Keadaan ketika itu memang mencemaskan. Pemandu kenderaan yang lalu-lalang di situ, buat tidak kisah dengan apa yang terjadi. Mungkin mereka menyangka bas yang berhenti itu rosak.
“Eh budak, kenapa kamu tak serahkan cincin yang kamu pakai,” anggota komunis menghampiri saya.
“Ini bukan emas, ini suasa, orang lelaki haram pakai emas,” kata saya.
“Sekarang kasi sama kami.”
“Tak boleh,” saya berkeras.
“Kuranggg ajjjjar punya budak.”
Muka saya ditampar dan perut saya ditendang. Saya berguling-guling di bumi menahan kesakitan. Saya melolong minta tolong pada Datuk. Saya lihat Datuk tidak juga bertindak. Dan anggota komunis Melayu itu mengangkat buntut senapangnya untuk menghentak kepala saya.
Belum pun sempat buntut senapang itu hinggap di kepala saya. Datuk menerpa ke arah anggota komunis tersebut. Ia menendang senapang di tangan anggota komunis tersebut. Senapang itu terpelanting dan terus meletup. Salah seorang anggota komunis yang berdiri tidak jauh dari situ menjerit dan terus rebah.
Perutnya yang ditembusi peluru mengeluarkan darah yang banyak. Tendangan Datuk itu disusuli dengan penumbuk. Anggota komunis itu tersandar di pangkal getah. Bila ia cuba bangun, Datuk bagaikan terbang menerkam ke arahnya. Satu tendangan hinggap di bahagian kiri perutnya. Anggota komunis itu terus lembik di situ.
Suasana menjadi tegang. Dalam beberapa saat sahaja anggota komunis terus mengerumuni Datuk. Mereka menghalakan muncung senapang ke arah Datuk. Saya menjadi cemas dan Datuk menjadi kaku. Tetapi, ekor matanya terus mengawasi anggota komunis di sekelilingnya.
Anggota komunis berbangsa India menghampiri Datuk. Tanpa berkata apa-apa, ia melepaskan penumbuk ke arah Datuk. Cepat-cepat Datuk mengelak dan terus menyambar pergelangan tangannya.
Dengan sekuat hati, Datuk menolaknya ke kanan, Ia terperosok dalam perdu nanas. Pistol yang terselit di pinggangnya terpelanting lalu jatuh di depan Datuk. Tanpa membuang masa Datuk terus memijak pistol itu hingga terbenam dalam tanah.
“Tangkap dia dan tembak,” ketua komunis yang berbangsa Cina mengeluarkan perintah. Belum pun sempat Datuk menoleh ke kanan, tiga orang anggota komunis memeluk tubuhnya dengan kejap. Anggota komunis bangsa India yang terperosok dalam perdu nanas segera bangun. Wajahnya nampak bercalar.
“Ikat dan tembak dia,” katanya marah sambil melempar tali sabut pada kawannya. Datuk kelihatan tenang. Ia membiarkan anggota-anggota komunis itu membelitkan tali sabut ke tubuhnya. Datuk ditarik macam lembu menuju ke pangkal pokok Petai. Datuk terus diikat di situ.
“Sekarang suruh orang-orang yang turun dari bas naik ke bas semula, suruh dia orang tengok kita tembak orang tua yang nak mampus ni,” ketua komunis bangsa Cina mengeluarkan arahan pada anggota komunis bangsa Melayu.
Arahan itu segera dipatuhi. Penumpang bas kembali ke tempat duduk masing-masing. Tetapi, pemandu bas dan penjual tiket tidak dibenarkan naik bas. Mereka disuruh berdiri tidak jauh dari pintu bas.
“Eh kamu budak, mari sini, kamu duduk sini, kamu tengok macam mana orang tua ni mampus,” anggota komunis bangsa India bersuara lalu menarik tengkuk baju saya. Saya disuruh duduk bertinggung menghadap ke arah Datuk. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa cemas dan takutnya saya ketika itu.
BAKAR
Di tengah suasana tengah hari yang terik dan perit itu, saya rasa kulit muka saya bagaikan mahu terbakar. Baju saya basah diresapi peluh. Saya menangis tersedu di depan Datuk.
“Tamar, jangan menangis, tidak ada manusia yang boleh memisahkan roh dari jasad seseorang, jika tidak diizinkan oleh Allah, janganlah kamu takut pada mereka,” kata Datuk berpandangan sama sendiri. Dua tiga orang daripada mereka menjuihkan bibir dan sebahagian yang lain senyum dan ketawa kecil.
“Sekejap lagi kamu tahu, siapa besar, Allah kamu atau peluru senapang, masa itu kamu boleh minta tolong dengan Allah,” sindir anggota komunis bangsa Melayu. Datuk hanya diam sahaja. Wajahnya kelihatan aman tenang sekali.
Saya terus mengesat air mata, ketika itu juga saya terdengar suara jeritan burung helang, panjang dan amat nyaring sekali. Saya lihat ke langit, saya lihat burung helang itu terbang berlegar-legar di atas kepala kami.
Menurut petua orang tua-tua, bila burung helang berbunyi di atas kepala dan berpusing-pusing waktu tengah hari, itu tandanya orang yang berada di bawahnya akan menemui kesusahan, bagi mengelakkan perkara itu terjadi, orang yang mendengarnya harus memukul pangkal pokok besar sekuat hati, dengan harapan dapat didengar oleh burung helang, dengan itu burung helang tersebut akan terbang ke tempat lain.
-TAMAT-
203. UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : UJI ILMU PADA ISTERI ORANG
KOD#00275094001203
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Matahari pagi memancar indah. Sinarnya jatuh pada dedaun dan rumput di halaman. Sekawan itik air berlari di tanah lapang menuju ke arah danau nan terbentang membiru. Dan kabus kelihatan kian menipis di puncak bukit.
Saya masih lagi berdiri di muka jendela. Datuk yang sudah selesai mandi embun terus melakukan senaman Harimau Bangun Tidur. Saya terus menggeliat sambil melebarkan kedua belah tangan. Saya tarik nafas panjang. Angin pagi yang menyentuh kulit tubuh, membuat saya terasa seram dan sejuk.
Datuk terus bersenam. Dari arah dapur saya terdengar batuk Malik Cina. Sesekali terdengar suara isterinya merungut sesuatu. Tidak tahu apa yang dirungutkan, kerana suaranya tidak berapa jelas.
Datuk berhenti melakukan senaman. Ia mengenakan seluar dan baju ke tubuh. Wajahnya nampak kemerah-merahan dan berseri. Seimbas pandang Datuk kelihatan lebih muda dari usianya. Dengan tenang Datuk turun ke tanah. Datuk berdiri sejenak di kaki tangga.
Macam ada sesuatu yang ganjil saya rasakan pagi itu. Selalunya, Datuk mengajak saya turun atau memberitahu sesuatu yang akan dilakukannya. Tetapi, kenapa perkara seperti itu tidak Datuk lakukan pagi ini? Timbul pertanyaan dalam hati saya.
Datuk bergerak meninggalkan kaki tangga. Ia menuju ke tengah halaman dan berdiri di situ sebentar. Kemudian Datuk membongkokkan badannya lalu mencabut beberapa rumpun rumput hijau. Rumpun rumput itu Datuk ramas dan Datuk kenakan dengan air embun yang berada di dedaun mempelam dan bunga di sisinya.
Semua gerak-geri Datuk saya perhatikan dengan penuh teliti. Datuk memasukkan rumpun rumput itu ke dalam sakunya. Ia terus juga mundar-mandir mengelilingi halaman rumah. Sampai di sudut kanan halaman, Datuk berdiri di situ merenung ke arah matahari jatuh.
Perlahan-lahan Datuk angkat kaki kanannya separas pusat. Badannya dipusingkan lebih dari sepuluh kaki. Saya kagum, kerana Datuk mengimbangi badannya dengan sebelah kaki. Saya kira, apa yang Datuk lakukan itu satu senaman untuk menegangkan kulit tubuh.
Senaman seperti itu, amat jarang sekali dilakukan oleh Datuk. Dalam sebulan, ia cuma melakukan dua atau tiga kali sahaja di tempat yang berlainan. Kadang-kadang apa yang Datuk lakukan, memang melucukan dan boleh jadi bahan ketawa atau dianggap sebagai kerja orang yang tidak siuman. Terutama pada orang yang tidak mengenali diri Datuk.
Saya membiarkan wajah disentuh oleh sinar matahari yang ramah. Dalam saat-saat demikian, saya semacam terlibat satu lintasan bayangan di halaman. Bentuknya kurang jelas dan sukar untuk digambarkan. Saya jadi tidak tentu arah. Macam-macam perasaan timbul dalam hati. Tiba-tiba lintasan bayangan itu muncul kembali.
Badan saya mula berpeluh dalam hembusan angin pagi yang nyaman. Secara tidak sengaja saya mendongak ke langit. Saya menggigit ibu jari dan terus tersenyum. Saya sudah dapat mengesan dari mana lintasan bayangan itu muncul.
“Ya, dari pelepah kelapa dara yang ditiup angin.”
Bisik batin saya. Sepasang mata saya tertumpu ke pelepah kelapa yang bergoyang. Sinaran matahari yang mula keras tertumpu ke arah pelepah tersebut dan membentuk berbayang yang panjang di bumi.
Bila angin bertiup agak kencang pelepah kelapa itu tu bergerak dengan cepat, lantas membentuk lintasan berbayang yang panjang di bumi (untuk beberapa saat). Ternyata saya sudah ditipu oleh perasaan saya sendiri. Perlahan-lahan saya menarik nafas panjang dan senyum pun terukir di bibir. Keraguan dan kebimbangan yang merajai hati, sudah pun berakhir.
“Datuk kamu ke mana Tamar?”
Saya menoleh ke kanan. Malik Cina tersenyum ke arah saya. Ia memakai baju Melayu, berkain pelekat kotak berwarna putih dan hijau serta berjalur merah. Songkok putihnya berserkup kemas di kepala. Rambut di bahagi pelipis kanannya, kelihatan memutih.
“Itu dia”
Jari telunjuk saya menuding ke arah Datuk. Malik Cina tersenyum lalu melambaikan tangan ke arah Datuk. Mereka berbalas senyum.Datuk bergerak menghampiri ke arah anak tangga. Malik Cina menggaru pangkal lehernya dua tiga kali.
“Buat apa di situ?” Tanya Malik Cina, matanya menatap wajah Datuk. Biji mata saya juga tertikam ke muka Datuk yang kelihatan kemerah-merahan. Tanda sihat.
“Bersenam,” suara Datuk lembut.
“Dab tua-tua mahu jaga badan.”
“Bukan jaga badan, jaga kesihatan, tubuh badan perlu dijaga. Bila sihat mudah kita buat amal ibadah dan menolong orang, bukankah, menjaga kesihatan diri disuruh oleh Islam.”
“Saya setuju dengan awak,” Malik Cina menegakkan ibu jari kanannya.
Mereka ketawa serentak. Datuk terus memijak mata tangga. Sampai di ambang pintu ia berdiri sebentar. Renung kiri, renung kanan. Melangkah kembali menuju ke ruang anjung.
“Macam mana anak kamu Malik?”
“Alhamdulillah, sejak minum air yang awak beri tu, ia terus tidur nyenyak.”
“Aku harap, dia tidak menjerit lagi.”
“Saya juga harap begitu.” Malik Cina membetulkan songkok putihnya. Ia menggaru pipi kanannya dua kali. Malik Cina terus duduk bersila. Datuk juga berbuat demikian.
“Ke mari kamu,” Datuk renung ke arah saya. Tanpa buang masa saya terus duduk di sisinya. Malik Cina dengan tenang membalut rokok daun. Isterinya datang lalu menghidangkan kuih dan satu teko air kopi, berserta beberapa cawan.
“Cuma ini saja yang ada, kuih jemput,” Malik Cina terus menuangkan air kopi ke dalam cawan. Asap nipis berlegar-legar di permukaan cawan. Isteri Malik Cina meninggalkan kami.
“Ini pun sudah cukup baik,” kata Datuk sambil mengenakan telapak tangan kanannya dengan asap nipis yang bermain di permukaan cawan.
Perbuatan itu segera disedari oleh Malik Cina. Air mukanya nampak berubah. Pelik juga, kenapa Datuk melakukan perkara sedemikian? Ah, Datuk memperlihatkan perkara yang ganjil ketika berada di rumah sahabat lamanya. Timbul pertanyaan dalam diri saya.
“Kau terkejut dengan apa yang aku buat ni?” Datuk ajukan pertanyaan pada Malik Cina. Dengan sopan sekali Malik Cina anggukkan kepala sambil meletakkan piring kuih jemput di depan Datuk. Saya menjeling ke arah Datuk.
“Kau tak usah bimbang, apa yang aku buat ni hanyalah petua dan orang tua-tua. Menurut kata mereka, jika nak menguji sesuatu keluarga tu kena sihir, beginilah caranya,” Datuk membuka rahsia.
“Tak kan minuman dan makanan yang dibuat sendiri pun disihir?” Malik Cina ragu-ragu.
“Kau sendiri tahu, kerja syaitan ini, selagi ada udara, selagi ada langit dan bumi serta air semuanya dimanfaatkan untuk menjahanamkan dan membinasakan anak Adam,” terang Datuk. Malik Cina terdiam.
KOPI
Datuk terus menghirup air kopi. Datuk menggerakkan bahu kanannya dua kali sambil mencuit kepala lutut saya dengan ibu jari kelengkengnya.
“Minum, semuanya selamat,” suara Datuk tenang. Tanpa membuang masa saya terus minum kopi dan makan kuih jemput. Terasa cukup enak. Saya tidak pasti berapa banyak kuih jemput sudah masuk ke dalam perut.
Datuk tersenyum melihat kuih jemput yang kian berkurang di piring. Dan Datuk pura-pura batuk. Mengingatkan saya supaya jangan lahap sangat makan. Tetapi, Malik Cina terus juga menyuruh saya makan kuih jemput. Katanya, di dapur masih ada kuih jemput yang panas dan baru.
“Ahhhhhhh.”
Mendadak sahaja Datuk bersuara demikian. Tangkai cawan terpisah dari badan. Piring kuih jemput terus jadi retak seribu. Serentak dengan itu juga terdengar suara jeritan anak Malik Cina. Keras dan nyaring sekali.
Datuk terus bangun. Cawan, teko dan piring di depan terus ditendang. Semuanya hancur berkecai. Saya terkejut, bila melihat anak perempuan Malik Cina berdiri depan kami. Matanya kelihatan merah dan rambutnya menggerbang.
Anak perempuan Malik Cina terus menyambar langsir tingkap. Kain langsir itu dikoyaknya hingga hancur. Ia bersedia untuk mengoyak baju dan kain yang dipakainya. Sebelum perkara itu dilakukan, Malik Cina segera menyerah seberkas akhbar lama padanya.
Akhbar lama itu terus dikoyak. Tidak sampai sepuluh minit, naskhah akhbar lama itu habis dicarik-carik dan bersepah atas lantai. Perlahan-lahan ia membuka sepuluh jarinya dan bersedia untuk mencakar muka Datuk. Sebelum bergerak ke arah Datuk. Ia membuka silat dan menyembah ke arah matahari.
Melihat keadaan yang agak cemas itu, saya terus melompat ke tanah untuk menyelamatkan diri. Saya mula menggigil ketakutan. Sesungguhnya, saya sendiri tidak sedar bagaimana saya boleh terjun dari rumah yang mempunyai tujuh anak tangga. Air kopi yang saya minum tadi terasa mahu keluar menerusi kemaluan saya.
Anehnya, dalam rasa takut itu timbul pula rasa berani dalam diri saya. Rasa ingin mengetahui apa yang terjadi mendorong saya berlindung di balik pohon bunga raya. Saya mengintai keadaan dalam rumah. Semuanya dapat saya lihat dengan jelas.
Malik Cina cuba memeluk tubuh anaknya. Tetapi, ia ditolak hingga terlentang. Isterinya cuba memegang tangan anaknya, ia juga ditendang hingga tersandar ke dinding. Anak Malik Cina terus menjerit, rambutnya yang terurai menutup sebahagian dan wajahnya. Ia melangkah ke arah Datuk.
Datuk masih lagi duduk di tempatnya. Tiba-tiba Datuk menepuk lantai dengan sekuat hati. Anak Malik Cina bagaikan terpaku di lantai. Tidak terdaya melangkah ke mana-mana. Tegak bagaikan patung. Datuk terus bangun melafazkan azan dengan suara yang amat lantang sekali. Seluruh penduduk kampung jadi gempar. Mereka dikejutkan dengan suara azan waktu pagi yang bening.
Selesai Datuk melafazkan azan. Datuk membaca ayat Kursi dengan kuat sekali. Belum pernah Datuk membaca ayat Kursi selantang itu. Bila pembacaan ayat suci itu berakhir, anak perempuan Malik Cina jatuh berdentum di lantai. Terkapar bagaikan mayat.
“Jangan sentuh tubuhnya.”
Suara Datuk meninggi. Isteri Malik Cina tidak jadi menyentuh tubuh anaknya. Dari kerutan wajahnya, ternyata perempuan yang berusia hampir lima puluh tahun itu, kurang senang dengan perintah Datuk.
Perempuan itu terus dipeluk rasa resah dan gelisah. Sesekali, ia meraba kelopak matanya yang terasa berair. Hatinya terasa amat sayu. Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Lebih-lebih lagi melihat keadaan anak yang terlantar dengan keadaan pakaian yang tidak senonoh.
“Boleh saya selimutkan tubuhnya dengan kain, saya malu kalau ada orang yang datang dan nampak anak saya dalam keadaan begini,” rayu Malik Cina.
“Jangan, jangan disentuh dan jangan rapat dengannya.”
“Habis, awak mahu seksa anak saya begini,” jerit isteri Malik Cina.
“Kalau awak mahu saya selesaikan semuanya, ikut sahaja cakap saya, kalau awak tak setuju, saya tak marah,” Datuk renung muka Malik Cina.
SEPI
Suasana dalam rumah menyepi. Deru angin yang melanggar dedaun dan reranting jelas kedengaran. Malik Cina dan isterinya saling berpandangan. Datuk terus meraba-raba pangkal telinganya macam ada sesuatu yang didengarnya.
“Kami mahu awak meneruskan hingga berjaya,” Malik Cina membuat keputusan. Isterinya terus membatu. Biji matanya terus menjilat batang tubuh anaknya yang terkapar.
Melihat keadaan dalam rumah sudah tenteram. Saya keluar dari tempat persembunyian. Naik ke rumah dan duduk dekat Datuk.
“Kamu ke mana tadi Tamar?”
“Saya lari, saya takut.”
“Memanglah kamu ni pengecut,” suara Datuk serak. Ia telan air liur. Saya tersengih, tebal rasa kulit muka, bila disoal begitu di depanMalik Cina dan isterinya. Bagi menutup rasa malu itu, saya cuba tersenyum pada Malik Cina. Malangnya senyuman yang saya berikan tidak dibalas.
“Kali ni, kamu jangan lari ke mana-mana walau apa pun yang terjadi kau duduk di situ, hadap semua yang datang,” Datuk mengeluarkan perintah. Wajahnya nampak serius. Sepasang tangannya terus memeluk tubuhnya kejap-kejap. Mata Datuk tertumpu ke arah permukaan tikar mengkuang yang terbentang. Kedua belah pipinya kelihatan kembung dan daun telinganya nampak tegak, macam telinga arnab.
Datuk angkat punggungnya perlahan-lahan. Kedua belah tangannya dibuka. Udara yang ada dalam mulutnya dihembuskan. Kedua belah pipinya yang kembung terus jadi kempis. Datuk meluruskan tubuhnya macam batang kayu.
Saya perhatikan gerak-geri Datuk dengan teliti. Di luar rumah, sinar matahari kian garang. Beberapa orang kampung yang terdengar jeritan anak Malik Cina segera menghampiri rumah. Kerana tidak ada sesiapa pun yang mempelawa mereka, mereka terus berdiri di hujung halaman rumah sambil memanjangkan leher. Mereka ingin mengetahui apa yang terjadi dalam rumah.
Rupanya, kedatangan orang-orang kampung itu, tidak menyenangkan hati Malik Cina. Ia minta kebenaran pada Datuk untuk menutupkan pintu dan tingkap. Permintaannya tidak diperkenankan oleh Datuk.
“Jangan pedulikan mereka, kau pergi carikan mayang pinang dan cendawan batang,” kata Datuk pada Malik Cina.
“Kamu pula carikan aku kain putih dan bunga cengkih,” Datuk renung muka isteri Malik Cina. Tanpa bersuara sepatah apa pun, pasangan suami isteri itu turun dan rumah.
Datuk meraba pangkal telinga kiri dengan tangan kanannya. Ia melangkah dua tapak ke depan. Urat-urat di batang lehernya nampak menonjol. Datuk memusingkan badannya ke kanan dengan kaki kanannya terangkat dan badannya dibengkokkan sedikit. Kedua belah tangannya kelihatan bergerak lembut, macam mengikut irama muzik.
Sekali pandang, gerakan yang Datuk lakukan itu macam orang mahu memulakan Tarian Inang Pulau Kampai. Saya terasa geli hati.
“Kamu tunggu budak perempuan ni,” suara Datuk keras serentak dengan itu ia menghentakkan kakinya ke lantai rumah. Saya terpinga-pinga. Amat berat rasanya untuk memenuhi permintaannya.
Belum pun sempat saya menyampaikan bantahan pada nya. Datuk sudah meninggalkan saya sendirian. Ia melangkah tenang menuju ke halaman rumah dalam sinar matahari yang keras. Bayang tubuh Datuk nampak memanjang di tanah.
Bila Datuk hampir ke hujung halaman tempat orang-orang kampung berdiri, Datuk pusingkan lehernya ke kanan. Tiba-tiba, orang-orang yang berdiri di situ lari lintang-pukang tidak tentu arah, macam terpandangkan sesuatu yang amat menakutkan.
“Datuk.”
Pekik saya sekuat hati. Datuk segera melihat ke arah saya. Ya Allah, wajah Datuk berubah, jadi macam muka harimau yang amat menakutkan. Badan saya menggeletar dan kepala lutut saya terasa amat lemah sekali. Saya berdoa dalam saat-saat demikian, supaya Datuk jangan datang ke rumah.
Doa saya diperkenankan oleh Allah, Datuk tidak memandang ke arah saya. Ia meneruskan perjalanannya dalam panas terik membelah hutan kecil di hujung halaman. Orang-orang yang lari tadi menyampaikan berita pada kawan-kawan tentang keanehan yang terjadi pada Datuk. Seluruh kampung jadi gempar.
Tidak sampai satu jam, cerita manusia berkepala harimau hauskan darah merebak ke seluruh kampung. Halaman rumah dan kaki tangga rumah Malik Cina mula dikerumuni oleh orang-orang kampung, mereka membawa parang, lembing serta senapang kampung berlaras satu. Mereka mahu menangkap manusia berkepala harimau.
“Eh, budak! Mana dia Malik Cina?” Salah seorang dari orang yang berada di kaki tangga mengajukan pertanyaan pada saya.
“Dia keluar cari ubat anaknya,” jawab saya.
“Bininya ke mana?”
“Cari ubat juga.”
“Orang tua yang baru datang tu ke mana perginya?”
“Keluar.”
“Sudah sahlah, rumah ni jadi punca manusia kepala harimau,” suara orang di kaki tangga kian meninggi. Saya jadi tidak tentu arah. Macam-macam yang saya fikirkan. Saya renung anak Malik Cina yang terbujur. Saya renung muka orang-orang kampung di halaman. Semuanya masam, tidak memperlihatkan rasa persahabatan.
Saya yakin, kalau orang-orang naik ke rumah dan menjentik hidung saya. Tentu saya mati kelemasan, jumlah mereka bukan sedikit. Inilah, saat yang paling genting dalam hidup saya. Pada siapa mahu saya sampaikan rasa cemas dan takut ini?
TAKUT
Rasa cemas dan takut yang menguasai diri saya terus berakhir. Malik Cina dan isterinya muncul di depan saya. Mereka masuk ke rumah menerusi pintu dapur. Semua barang-barang yang diingini oleh Datuk mereka adakan. Mereka juga terkejut melihat orang berkumpul di kaki tangga dan di halaman rumah.
“Eh Malik ke mana orang tua itu kamu sembunyikan, dia bawa bencana,” tanya seorang penduduk pada Malik Cina.
“Aku tak sembunyikan dia, masa aku keluar rumah tadi, dia ada di sini?” tingkah Malik Cina.
“Kau tahu tak apa yang sudah terjadi?”
“Aku tak tahu.”
“Kami mahu tangkap dia, kalau dibiarkan seluruh kampung jadi huru-hara, dia tu bukan manusia, aku tengok badannya sahaja serupa kita tetapi, kepalanya tak serupa kita, dia berkepalakan harimau,” sambung orang itu bersungguh-sungguh. Air liurnya bersemburan.
Malik Cina dan isterinya berpandangan sama sendiri, Orang yang berkumpul terus membisu. Seluruh wajah mereka kelihatan cemas. Tetapi, biji mata mereka tertumpu ke arah saya. Mereka bagaikan mahu mematahkan seluruh tulang temulang di anggota tubuh saya.
“Kamu cari aku, aku datang,” saya terdengar suara Datuk dari arah belakang kumpulan orang kampung. Semu orang yang berkumpul kelihatan terkejut. Beberapa orang dari mereka terus merendahkan badan dan menyusup di bawah rumah, kemudian terus menghilangkan diri. Saya kembali bersemangat. Muka orang yang berdiri di halaman, saya renung satu-persatu.
Saya lihat Datuk melangkah dengan gagahnya sambil membibit baldi yang berisi air. Dua orang cuba menghalang perjalanan Datuk. Tetapi, usaha mereka gagal. Bila Datuk berdehem, kedua-dua orang yang menahan Datuk itu terus terjatuh, seolah-olah tulang kaki mereka tidak berguna sama sekali.
Anehnya, bila Datuk meninggalkan mereka dalam jarak sepuluh langkah, mereka dapat bangun kembali, Tetapi, mereka terlupa dengan apa yang mereka alami. Datuk terus merempuh barisan orang ramai itu. Bila sampai di kaki tangga, Datuk terus berdiri di situ. Baldi yang berisi air diletakkan di sebelah kanannya.
Saya berharap Datuk tidak akan bertindak yang boleh menimbulkan seribu ketegangan dan haru-biru. Isteri Malik Cina terus menangis tersedu-sedu.
“Apa yang kamu mahu?” Tanya Datuk pada orang ramai.
“Kamu tukang sihir dan kami mahu menghukum kamu,” jawab seorang lelaki. Badannya cukup tegak. Besar dan nampak gagah.
“Kenapa kamu cakap macam tu?” Soal Datuk lagi.
“Tadi, kami nampak kepala kamu bertukar jadi kepala harimau.”
“Itu tandanya kamu tidak ikhlas, kamu mahu menganiayai aku, kalau kamu jujur, kamu tak nampak semuanya itu.”
“Kamu berdalih.”
“Siapa yang berdalih, kamu atau aku cakap dengan jujur?” pekik Datuk lalu menghentakkan kakinya ke mata anak tangga.
Orang itu terdiam. Mulutnya bagaikan terkunci. Datuk membaca sesuatu sambil melipatkan ibu jari kanannya dan jari kelengkengnya menekan ibu jari tersebut. Saya tahu, selagi Datuk tidak menegakkan ibu jarinya, orang itu tidak kan boleh berkata-kata walau sepatah pun.
“Cakap dengan jujur,” ujar Datuk. Ibu jari dan jari kelengkengnya ditegakkan. Muka orang itu berpeluh. Nafasnya jadi sesak. Tempurung lututnya menggeletar.
“Ya, saya mengaku, saya mahu menggunakan ilmu sihir saya yang boleh melumpuhkan seluruh badan awak,” orang itu memberikan pengakuan. Datuk tersenyum.
“Sekarang kamu dah mengaku, apa yang kamu mahu dari aku, kamu mahu bersahabat atau untuk menjadi lawan,” Datuk renung muka orang itu.
“Aku mahu bersahabat.”
“Kalau mahu bersahabat, pulanglah ke rumah. Aku tahu, kamu tak suka orang mengubat anak Malik Cina, kau suka perempuan itu menjerit dan koyak kain, kemudian kau tumpangkan ilmu salah kamu. Aku tahu, kamu yang suruh orang-orang mengerumuni anak Malik Cina. Betul atau tidak?”
“Betul.”
“Kenapa kamu buat macam tu.”
“Saya sebenarnya sedang menuntut ilmu terlentang ke langit anak Malik Cina yang sakit ini mahu saya jadikan ujian.”
“Sudahlah, berhentikan perbuatan itu. Pulanglah ke rumah dan bertaubat, biar aku uruskan anak Malik Cina,” suara Datuk keras.
Orang itu tundukkan kepalanya. Tanpa mengucapkan sesuatu ia meninggalkan rumah Malik Cina. Kawan kawannya yang lain menurut jejak langkahnya. Datuk menyorot langkah mereka hingga keluar dari kawasan halaman rumah Malik Cina.
Datuk terus duduk dekat anak Malik Cina. Ia minta barang,, barang yang dipesan dari Malik Cina isterinya. Semua barang-barang itu dimasukkan ke dalam baldi yang berisi air kecuali kain putih.
“Ikatkan kain putih itu pada buku lali anak kamu,” kata Datuk pada isteri Malik Cina. Perintah itu segera dipatuhi.
“Ini usaha terakhir, aku hanya menjalankan ikhtiar. Allah yang akan menentukan untuk menyembuhkan penyakit atau sebaliknya. Cara ini tidak sesuai dengan perubatan moden tetapi inilah ikhtiar yang terdaya aku lakukan,” sambung Datuk lagi dengan tenang.
Datuk tarik baldi ke depannya. Ia memperkemaskan silanya. Kedua belah lengan bajunya dilipat separas siku. Datuk terus membaca Al-Fatihah seribu kali. Bila sudah selesai, Datuk berdiri di muka pintu.
Datuk melihat matahari yang memancar garang dengan wajah yang tenang dan penuh keyakinan. Mulutnya telap bergerak. Entah apa yang dibacanya, saya sendiri pun tidak tahu.
“Sekarang usung anak kamu ke tengah laman rumah, biarkan ia di situ,” beritahu Datuk pada Malik Cina. Anak perempuan Malik Cina segera diusung. Saya hanya memegang bahagian buah betis dengan perasaan bimbang. Saya takut, ketika diusung nanti, anak perempuan Malik Cina tersedar dari pengsan dan terus menendang saya.
Syukur, apa yang saya bimbangkan tidak berlaku. Anak Malik Cina diletakkan di tengah halaman dalam sinaran matahari yang amat garang. Datuk terus membimbit baldi ke halaman rumah. Tanpa menegur Malik Cina dan saya, Datuk terus menjirus air dalam baldi ke tubuh anak Malik Cina.
Anak Malik Cina tersedar dari pengsan. Saya merasa terkejut air yang membasahi tubuhnya kering dengan serta-merta. Kain dan baju terus kering.
“Pergi ambil kain, balutkan tubuhnya, ia sejuk tu,” Datuk menujukan kata-kata itu untuk isteri Malik Cina. Isteri Malik Cina masuk ke rumah dan keluar dengan sehelai batik jawa. Tubuh anaknya segera dibalutkan dengan kain tersebut.
“Bangun nak,” kata Datuk. Anak Malik Cina terus bangun. Ia duduk mencangkung. Matanya merenung ke arah Datuk. Cahaya matanya cukup lembut.
“Kenapa saya ni,” tanyanya tersipu-sipu.
“Kau tak ada apa-apa, baliklah ke rumah.”
“Ya saya nak balik.”
MANDI
Anak Malik Cina terus menuju ke rumah. Kami mengekorinya dengan hati-hati. Sampai di rumah, anak Malik Cina terus mandi, kerana keadaannya agak lemah. Datuk menyuruh isteri Malik Cina mendampinginya. Anak Malik Cina terus menghias diri. Sikat rambut dengan rapi serta menaruh bedak ke pipi. Ia mula menyebut nama suaminya bekali.
“Kamu layan karenahnya, jangan dimarahi, sebaiknya kau beri hatinya gembira hingga ia percaya pada diri sendiri. Dalam tempoh dua tiga hari ni, ia akan menghadapi tekanan perasaan yang hebat, susah untuknya membuang kebiasaan yang dialami masa ia sakit dulu,” Datuk mengingatkan Malik Cina. Malik Cina anggukkan kepala.
“Aku terpaksa duduk di rumah kamu dua hari lagi, bila anak kamu sudah sihat dan pulih, aku pergi,” Datuk renung muka Malik Cina.
“Itulah yang aku harapkan,” Malik Cina keriangan. Tetapi saya kurang senang mendengar kata-kata itu. Duduk di rumah memang membosankan. Apakan daya, kata-kata Datuk tidak boleh di bantah.
Selama tiga hari berikutnya, Datuk terus berikhtiar memulihkan sisa sakit yang dideritai oleh anak Malik Cina. Setiap pagi dan petang anak Malik Cina disuruh minum segelas air sejuk yang sudah dibacakan dengan Bismilah seratus kali.
-TAMAT-
204. MASIH DALAM UJIAN
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : MASIH DALAM UJIAN
KOD#00275094001204
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Hujan turun mencurah-curah. Dentuman petir memekakkan telinga dan mengecutkan tali perut. Tempias hujan terus menerpa ke kamar, lalu jatuh atas halaman akhbar yang tersadai di dada meja. Rasa dingin terasa menggigit kulit tubuh. Tingkap segera saya rapatkan.
Bunyi deru hujan amat jelas kedengaran. Dalam saat-saat tertentu saya tersentak oleh bunyi petir, diikuti dengan cahaya kilat yang tajam menyelinap menerangi ruang kamar. Bagi menghilangkan kebekuan itu saya terus membaca berita yang termuat dalam akhbar.
Sejak pulang dari kampung halaman guru silat, saya dan Datuk menghabiskan masa ke kebun getah atau pisang, pada sebelah pagi. Pada sebelah petangnya pula, pergi ke sawah. Kalau tidak turun ke sawah kami pergi memburu ayam hutan atau melihat jerat di pinggir belukar.
Satu hal yang membanggakan Datuk ialah, kerana saya sudah pun menamatkan ilmu persilatan dengan guru silat. Sudah diadakan ujian dan menutup gelanggang tetapi, Datuk tetap mengatakan apa yang saya tuntut itu masih belum cukup. Mesti diperlengkapkan dengan pengalaman dan ujian-ujian yang tidak diduga.
Di samping itu, Datuk tetap menyuruh saya menambahkan ilmu mempertahankan diri sebanyak yang terdaya oleh saya.
“Kau harus belajar lagi, jangan sampai terpesong dari ajaran Islam. Kau harus mendalami ilmu agama kamu,” secara mendadak sahaja saya teringat cakap Datuk. Saya senyum sendirian. Bunyi deru hujan mula beransur reda.
Sudah hampir enam bulan saya meninggalkan kampung halaman guru silat. Tidak ada berita tentang bomoh tua yang disampaikan oleh adik guru silat kepada Datuk. Apakah bomoh tua itu sudah bertaubat atau kian mengganas? Apakah adik guru silat tidak pernah menulis surat pada abangnya? Timbul pertanyaan dalam diri saya.
Saya membuat keputusan sendiri. Besok atau lusa saya akan menemui guru silat untuk bertanyakan perkara tersebut. Kalau guru silat enggan bercerita, saya sendiri akan menulis surat pada beberapa orang kawan di kampung halaman guru silat.
“Bagaimana kalau aku sendiri pergi ke sana, menyiasat keadaan yang sebenar? Tidak mungkin. Kalau Datuk tahu aku pergi sendirian ke sana, teruk aku kena penamparnya,” bisik hati kecil saya.
Saya senyum sendirian teringatkan tingkah laku bomoh tua di hari meninggalkan kampung halaman guru silat. Bomoh tua itu menahan perjalanan kami yang mahu pergi ke perhentian bas. Dia mengingatkan Datuk tentang hasratnya untuk bersahabat dengan Datuk, ingin belajar sesuatu dari Datuk.
Ternyata hati Datuk tidak dapat dilembutkannya. Datuk menyuruh dia bertaubat dulu serta kembali ke jalan yang betul.
Pada mulanya, saya begitu menyesali sikap Datuk yang tidak mahu bertolak ansur itu. saya kesal kerana Datuk begitu angkuh dengan orang yang mahu menjalinkan persahabatan dengannya. Rasa kesal saya itu berakhir bila saya menerima penjelasan dari guru silat.
“Tuk kamu tak angkuh Tamar. Dia tahu bomoh tua tu tak ikhlas, bomoh tu mahu memperdayakan dirinya,” satu penjelasan dari guru silat. Tapi, saya kurang yakin dengan penjelasan itu. guru silat segera melanjutkannya.
“Kau sendiri tahu, Datuk kau bersikap lembut. Dia suruh bomoh tua itu bertaubat. Bila bomoh itu mengetahui dan bersedia mahu bertaubat tentu dia mahu bersahabat. Datuk kau terlalu berhati-hati,” sambung guru silat ketika berada dalam bas, waktu kami pulang dulu.
Akhirnya saya percaya dengan apa yang diluahkan guru silat tersebut. Sebabnya bukan apa-apa. Saya mahu mendapat keterangan yang tepat dari Datuk. Kata Datuk, dia memang menghargai hasrat bomoh tua itu. tetapi, dia tidak yakin apa yang dikatanya itu ikhlas dan jujur. Buktinya, waktu kamu mahu naik bas, bomoh tua itu cuba menggunakan ilmu hitamnya dengan memasukkan segenggam pasir ke dalam beg kain yang saya galas.
Pasir tersebut bila berada dalam beg dalam jangka waktu lebih kurang tiga jam akan bertukar menjadi habuk yang cukup halus macam habuk rokok. Melekat pada pakaian. Bila pakaian itu dipakai, seluruh tubuh menjadi bengkak dan gatal.
Bila terlalu kerap digaru, kulit akan tercalar lalu berair. Dan air itu akan mengeluarkan bau yang busuk. Tidak ada ubat yang boleh menghilangkan penyakit tersebut kecuali dengan cara tradisional iaitu menggunakan pasir yang sudah digoreng dengan hampas tebu. Hanya orang-orang yang tahu sahaja yang boleh melakukannya.
Bukan senang mencari orang yang tahu cara perubatan tradisional itu. kalau tidak menemui orang yang tahu, alamat si sakit akan menderita sampai mati. Mujurlah Datuk sempat bertindak. Kalau lambat bertindak, padahnya akan ditanggung sampai mati. Cara Datuk mengesan perbuatan bomoh tua itu juga amat menarik.
Bila Datuk terpandangkan bomoh tua menaruh pasir ke dalam beg yang saya galas, Datuk segera mengoyakkan bahagian bucu beg. Semua pasir di dalamnya terus jatuh di permukaan jalan raya, menjadi debu. Melihat tindakan Datuk itu, bomoh tua berasa malu lalu meninggalkan kami tanpa mengucapkan sesuatu.
Walaupun begitu Datuk masih yakin bomoh tua itu akan membalas dendam. Bila masanya bomoh tua mahu bertindak tidak ada sesiapa pun yang tahu. Walaupun begitu, Datuk tetap berjaga-jaga dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Datuk serahkan segala-galanya pada Allah yang maha kuasa.
“Assalamualaikum.”
Saya tersentak dari lamunan.
“Wa'alaikumsalam, naiklah.”
Terdengar suara Datuk menjawab. Perasaan saya bagaikan digaru-garu mahu mengetahui suara siapakah yang memberi salam. Rasa-rasanya saya pernah mendengar suara itu. Di mana dan bila, saya kurang pasti. Saya terus mengamati dengan teliti suara orang yang bercakap dengan Datuk itu.
“Ah, dia datang.”
Saya melonjak kegembiraan dan terus bangun. Buku jendela, titik hujan sudah berhenti luruh dari dada langit. Saya keluar dari kamar lalu menuju ke ruang tengah. Senyum tetap terukir di bibir dan hati terus dikocak kegembiraan.
“Kamu dari mana Tamar?” Tanya guru silat.
“Apa lagi, buat tahi mata lebih-lebih lagi waktu hujan begini,” tingkah Datuk. Saya terus duduk dekat guru silat.
“Saya tak tidur tuk!”
“Kalau kau tak tidur, kau buat apa dalam bilik?”
“Saya membaca tuk.”
“Kau baca apa?”
“Baca surat khabar.”
“Hummmmm aku ingatkan baca kitab,” Datuk juihkan bibir sambil menarik nafas panjang. Guru silat terus senyum. Belakang saya ditepuknya dua tiga kali berturut-turut.
Saya merenung ke arah jam dinding. Sudah petang. Secara mendadak saya teringat hari itu adalah hari Khamis. Bila matahari terbenam di kaki langit, saya akan berada dalam suasana malam Jumaat. Ada beberapa aturan yang mesti saya patuhi. Peraturan itu amat membosankan tetapi apakan daya saya terpaksa mematuhinya.
Biasanya setelah menunaikan fardu Maghrib, Datuk berwirid panjang. Lepas itu membaca surah al-Waqiah atau surah al-Mulk atau surah at-Taubat. Jika tidak membaca salah satu surah itu, dia akan membaca surah Yasin. Pokoknya, dari waktu Maghrib hingga sampai waktu Isyak mesti diisi dengan kegiatan yang mendatangkan faedah. Kegiatan itu ditamatkan setelah menunaikan sembahyang Isyak.
Memang menjadi kebiasaan saya, setelah selesai menunaikan fardu isyak saya menyusur tepi dinding perlahan-lahan kemudian menyelinap masuk ke kamar lalu mematikan diri. Saya tidak mahu melibatkan diri dengan Datuk untuk membaca Quran.
“Eh, apa yang kamu menungkan, Tamar?”
Nenek sergah saya. Cepat-cepat saya renung ke arah Datuk dan guru silat. Mereka juga saya lihat mengelamun tetapi anehnya kenapa nenek tidak menegur mereka.
“Jangan fikir apa-apa. Minum kopi panas ni,” tambah nenek lalu meletakkan cawan kopi di depan saya, di depan Datuk dan guru silat. Asap nipis merayap di permukaan cawan.
“Kopi bujang aje ke?” usik Datuk.
“Ada kawannya. Tunggulah dulu.”
Nenek terus menuju ke dapur. Datang kembali bersama mangkuk bubur kacang. Bau daun pandan yang ditaruh dalam mangkuk bubur membuat selesa saya terbuka luas.
“Memang bagus ni,” kata guru silat.
“Silakan,” pelawa Datuk.
“Ya, sila. Jangan malu,” tingkah nenek.
“Jangan bimbang, fasal makan saya memang tak tolak punya,” guru silat berjenaka disambut dengan ketawa. Nenek kembali ke ruan dapur. Saya memang mengharapkan kedatangan guru silat pada petang itu akan membawa cerita yang baru dan segar untuk saya.
Kopi dalam cawan sudah habis, bubur dalam mangkuk juga sudah selesai. Cerita yang saya harapkan dari guru silat tidak juga muncul. Dia dan Datuk asyik bercerita tentang harga getah, asyik bercerita tentang babi hutan dan monyet yang menyerang tanaman di kebun. Cerita yang membosankan. Tetapi, saya masih bertahan di ruang tamu. Masih mengharapkan cerita dari guru silat.
LUNTUR
Dalam cita-cita yang meluap-luap itu tiba-tiba semangat jadi luntur untuk duduk berdepan dengan guru silat dan Datuk. Tidak ada gunanya menjadi kucing yang menunggu ikan dipanggang. Saya segera angkat punggung. Meraut bilah buluh di pelantar untuk membuat bubu lebih baik dari duduk di depan wajah manusia ini, bentak batin saya. Saya segera mencari pisau raut dan mengeluarkan bilah buluh dari tempatnya.
Sebaik sahaja saya bersila di pelantar, saya terdengar suara Datuk mengajukan pertanyaan pada guru silat.
“Apa kau tak dapat berita dari adik kamu?”
“Ada, pagi tadi saya terima surat darinya.”
“Apa cerita? Soal Datuk lagi. Guru silat saya lihat menarik nafas dalam-dalam. Dia termenung sejenak. Saya terus memasang telinga. Dan mengharapkan kata-kata yang terhambur dari guru silat akan menggembirakan hati saya.
Cepatlah, aku nak dengar cerita dari kampung halaman kamu guru silat, suara batin saya melonjak-lonjak. Saya jeling ke arah guru silat dan Datuk. Mereka kelihatan tenang dan bersahaja. Mungkin tidak ada sesuatu cerita yang menarik, sebab itulah agaknya guru silat tak mahu cerita apa-apa pada Datuk, saya cuba mendamaikan perasaan yang bergelora dalam dada.
“Saya bersyukur pada Allah.”
“Sebabnya?” Datuk menyoal.
“Bomoh tua tu…,” gosok batang hidungnya dua tiga kali. Saya keresahan menanti kata selanjutnya dari guru silat.
“Kenapa dengan bomoh tua tu? Dia dah bertaubat?” suara Datuk agak keras, mungkin tanda protes kerana guru silat lambat sangat menyambung kata-kata yang terputus.
“Bukan bertaubat.”
“Kalau bukan bertaubat, dia dah mati agaknya,” Datuk buat ramalan.
“Dia tak mati.”
“Habis dia buat apa?”
“Pindah ke tempat lain,” guru silat telan air liur.
“Ke mana?” Datuk tidak sabar lagi.
“Ke Langkawi.”
“Langkawi,” mulut Datuk separuh terbuka. Guru silat tunduk menatap permukaan lantai. Batang tubuh bomoh tua segera terpamer dalam tempurung kepala saya. Ketika itu juga saya bagaikan terdengar-dengar suaranya di gegendang telinga saya.
“Biarlah dia dengan halnya. Tapi, adik ipar kamu macam mana? Aku lebih suka mendengar cerita tentang dirinya dari mendengar cerita bomoh tua tu,” Datuk memperkemaskan silanya.
Kali ini saya cuba melintasi di depan Datuk. Berdiri dekatnya sebentar. Tiada teguran dari Datuk, ini menandakan Datuk tidak akan marah kalau saya duduk di sisinya untuk mendengar perbualan selanjutnya antara dia dengan guru silat. Dengan batuknya yang dibuat-buat, saya pun bersila tidak jauh dari guru silat.
“Menurut suratnya pada saya, dia dah boleh turun ke bendang, sudah boleh membuat kerja-kerja berat,” jelas guru silat.
“Syukurlah. Aku harapkan apa yang dialaminya akan mendatangkan keinsafan pada dirinya. Kemudian aku harap dia akan mengikut perintah Allah. Tidak lagi macam dulu, suka membuat kerja yang sia-sia,” Datuk menarik nafas dalam-dalam.
Saya terus melunjurkan sepasang kaki. Perbuatan saya segera ditegur oleh Datuk. Perbuatan saya itu, tidak senonoh dan biadab. Teguran dari Datuk segera saya patuhi. Guru silat nampak resah. Sesekali ekor matanya merenung ke arah saya.
“Saya juga harap macam tu,” guru silat bersuara lembut.
“Dari apa yang aku tahu, adik ipar kamu tu buas juga orangnya. Suka berjudi, suka menipu orang,” celah Datuk.
“Macam mana awak tahu semuanya ini,” mata guru silat terbeliak.
“Dari orang-orang kampung kamu dulu.”
“Ha, siapa yang cerita?” guru silat kerutkan kening.
“Beberapa orang yang aku jumpa di kedai kopi dulu yang menceritakan pada aku.”
“Tapi, saya tak nampak awak bercakap dengan sesiapa pun masa di kedai tu dulu.”
“Masa aku bercakap dengan mereka kau belum datang lagi ke kedai tu. Bila aku dah selesai bercakap, baru kamu datang.”
“Hum. Kalau macam tu, tak hairanlah kalau kamu tahu perangainya,” guru silat ketawa kecil. Perlahan-lahan dia menepuk pangkal paha Datuk.
“Aku harap kedua-duanya bertaubat,” ujar Datuk.
“Saya harap juga macam tu. Kedua-duanya lebih kurang saja perangainya,” guru silat menambah. Senyum terus berbunga di kelopak bibirnya.
“Kau,” guru silat renung ke arah saya.
“Selalulah datang ke tempat aku untuk mendalami ilmu yang ada,” sambung guru silat.
“Betul nasihat kamu tu, ilmu yang ada belum cukup lagi.”
“Bukan apa-apa. Saya cuma mengingatkan, ramai anak murid saya yang sudah tamat tak tamu datang lagi ke tempat saya untuk bertanya itu dan ini,” keluh guru silat. Di wajahnya terbayang kehampaan yang amat sangat.
“Ada masa saya tetap ke sana. Saya tahu apa yang ada pada saya ni masih belum cukup. Banyak perkara lagi yang mesti saya pelajari,” itulah janji saya pada guru silat. Ternyata janji itu menghadiahkan kegembiraan yang amat sangat untuknya.
“Dah pukul berapa sekarang Tamar?”
“Ha,” saya segera meraba pergelangan tangan kiri. Hari ini saya terlupa memakai jam. Saya segera bangun tetapi terpaksa duduk kembali. Guru silat memegang pergelangan tangan kanan saya.
“Kamu nak ke mana Tamar?”
“Nak tengok jam.”
“Jam tangan kamu yang aku hadiahkan minggu lalu mana dia?”
“Saya lupa pakai pak guru.”
“Tak tahu menghargai pemberian orang. Cuai dan pelupa,” Datuk memberi teguran pahit dalam suasana yang tidak menyenangkan.
“Kamu tak payah tengok jam. Aku tahu, sekarang pukul lima lebih. Kau tengok jam gantung di dinding,” guru silat mengarahkan jari telunjuknya ke dinding. Saya segera merenung ke arah yang ditunjuknya.
Kenapa ketika pertanyaan itu diajukan, saya tidak teringat atau memandang ke arah jam dinding? Apakah ini menandakan daya ingatan saya terlalu lemah? Timbul pertanyaan dalam hati saya. Lebih memalukan bila guru silat berkata:
“Orang muda mesti mempunyai ingatan yang kuat. Mesti ingat apa yang ada dalam rumah.”
“Semuanya itu memerlukan latihan,” Datuk turut campur.
“Selain itu mesti ada rasa cinta atau perhatian pada keadaan sekeliling kita, saudara-mara kita, keadaan rumah kita sama ada dari luar atau dari dalamnya. Semuanya ini memerlukan ketelitian,” guru silat memulakan syarahan pendek.
“Saya cuba belajar semuanya itu.”
“Bagus,” guru silat tepuk bahu saya.
Ternyata usaha saya untuk membersihkan mereka dari memperkatakan kelemahan diri saya beroleh kejayaan. Kini tajuk perbualan sudah berubah pada perkara menanam pokok dan memelihara binatang. Memang saya mengharapkan perbualan itu akan berjalan terus. Semoga salah seorang daripada mereka tidak akan mengungkit-ungkit hal saya.
“Biarlah saya balik dulu,” guru silat minta diri.
“Tunggulah sampai maghrib baru balik,” Datuk menahan.
“Hajat saya mahu menyampaikan berita sudah tertunai. Saya juga meminta maaf kerana terpaksa balik. Bukan tak sudi dengan pelawaan awak, tapi saya ada hal.”
“Kalau ada hal pun tak akan sampai tak boleh ditangguhkan,” Datuk berusaha agar guru silat memenuhi permintaannya. Sikap Datuk itu membuat guru silat berada dalam keadaan serba salah.
“Saya minta maaf, balik lepas waktu maghrib merbahaya.”
“Merbahaya?”
“Ya, sekarang musim harimau mengganas,” wajah guru silat cemas.
“Oh. Kalau begitu, saya mula faham. Eloklah kamu balik, musuh jangan dicari.”
“Saya pun berpendapat macam tu.”
Datuk dan guru silat berjabat tangan. Datuk dan saya hantar guru silat hingga ke basikal tuanya yang tersandar di pangkal pohon manggis. Sebelum lompat atas basikal lagi sekali Datuk dan guru silat bersalaman. Guru silat terus kayuh basikal keluar dari kawasan rumah. Saya dan Datuk mendoakan agar perjalanan guru silat diberkati oleh Allah, terhindar dari segala bencana.
“Cuba kamu pergi tengok jerat aku di kaki bukit.”
“Bila tuk? Esok ke atau petang ni.”
“Petang ni, dah suntuk tuk,” saya mula berdalih.
“Tak suntuk. Baru pukul lima. Setengah jam berjalan sampailah ke tempat tu. Cuma ada enam jerat saja. Manalah tahu, kalau dapat ayam hutan. Biasa lepas hujan ayam hutan selalu keluar.”
“Tapi tuk?”
“Tak ada tapi, pergi sekarang. Bawa parang dan kayu panjang untuk memudahkan kamu berjalan.”
“Saya takut tuk.”
“Eh budak ni, belajar silat dah tamat. Sebanyak sedikit petua dah tahu. Apa kamu tak berani pergi ke kaki bukit. Eh Tamar, orang lelaki mesti berani tau.”
“Saya tau tuk, tapi…”
“Pergiiiii…,” jerkah Datuk.
TERKEJUT
Saya terkejut dan dalam sekelip mata saya seperti memperoleh kekuatan yang amat sangat. Tanpa berkata apa-apa pada Datuk saya meluru ke dalam rumah. Pakai baju dan seluar. Dengan parang di tangan saya melangkah.
“Kau tak bawa kayu panjang.”
“Tak payah,” jawab saya tegas.
Langkah saya diatur. Saya tidak tahu apa kata Datuk tentang sikap yang saya tunjuk itu. satu hal yang pasti ketika saya berada agak jauh dari kawasan rumah saya terdengar sayup-sayup suara batuk Datuk memanjang.
Saya yakin benar bahawa batuk itu sengaja dibuat-buat oleh Datuk. Mungkin dia cuba menarik perhatian supaya menoleh ke arahnya. Saya keras hati tidak mahu menoleh.
Kali ini saya mahu buktikan pada Datuk yang saya bukanlah seorang cucu yang penakut atau pengecut. Saya mampu pergi ke mana-mana sendirian. Mampu melakukan apa sahaja seperti apa yang dilakukan oleh anak-anak muda yang seusia dengan saya. Langkah pun saya percepatkan.
Berjalan di celah pepohon kecil selepas hujan memanglah amat menyulitkan. Kesan air hujan di daunan bila kena baju atau seluar membuat pakaian terasa lembap. Bila kena kulit, tubuh terasa sejuk. Semuanya terpaksa saya hadapi. Sesekali saya dongak ke langit. Matahari tidak mahu bersinar lagi. Dalam waktu tertentu, saya gunakan parang untuk memotong reranting yang menghalang perjalanan saya.
Dalam keadaan yang dingin itu, badan saya berpeluh. Nafas tercungap-cungap terasa amat penat sekali. Siapa pun akan merasai penat bila berjalan dalam keadaan yang agak mendaki. Cuaca tidak begitu menggalakkan.
Sejak hujan berhenti, matahari terasa amat malas untuk bersinar. Pada hal kalau cuaca baik, saya tidak mengalami keadaan seperti ini. Hati kecil saya terus merungut dan merasakan tindakan Datuk memang tidak patut. Saya jadi marah dengan tiba-tiba.
Rasa marah itu terus membara dan tidak boleh dikawal lagi. Bagi melepaskan rasa marah itu, saya patahkan ranting kayu yang menghalang perjalanan saya. Perbuatan itu tidak mendatangkan kepuasan. Saya ambil parang lalu ranting yang sudah patah itu saya tetak beberapa kali hingga menjadi potongan kayu yang amat kecil. Tidak memadai dengan itu, ranting kayu yang sudah potong itu saya pijak-pihak hingga terbenam dalam bumi.
Semuanya tidak mendatangkan kepuasan dalam diri. Rasa marah terus menjadi-jadi. Pertama kali saya mengutuk Datuk dengan semahu-mahunya. Saya tunduk Datuk manusia kejam, suka memerintah dan timbul sebuah azam dalam hati untuk memusuhi Datuk, tidak mahu menghormatinya lagi.
Saya tikam bumi dengan parang, terpacak di situ. Ulu parang yang dibuat dari gading itu saya urut beberapa kali.
“Yahooooooo, kamu kejam.”
“Begitulah saya memekik dengan sekuat hati, bergema ke seluruh kawasan di kaki bukit. Saya kira mengejutkan monyet dan lotong di dahan. Mengganggu perjalanan beburung dan haiwan. Tidak memadai dengan itu, saya tendang apa yang ada di kiri kanan saya. Sesungguhnya saya luahkan perasaan marah saya pada apa sahaja yang ada di sekeliling saya.
-TAMAT-
205. PENJAGA AYAM HUTAN
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : PENJAGA AYAM HUTAN
KOD#00275094001205
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Saya terus menyandarkan tubuh pada sebatang pokok. Saya pejamkan sepasang mata hingga rasa marah hilang dari sanubari. Kemudian perlahan-lahan kelopak mata saya buka lebar-lebar. Ketika itu perasaan saya sungguh aman dan tenteram. Dada saya terasa lapang. Saya meneruskan perjalanan.
Jerat pertama saya tengok, tak mengena apa-apa tetapi kesan laluan ayam hutan memang terdapat di situ. Agaknya ayam hutan tahu, di sana ada jerat untuknya. Saya terfikir dan kemudian tersenyum panjang. Jarak jerat antara satu sama lain tidak menentu. Ada yang jaraknya sepuluh kaki, ada yang dua puluh kaki. Sebab jaraknya tidak sama kerana mengikut laluan binatang yang dihajati.
Waktu saya pergi ke jerat yang ketiga, letaknya tidak jauh dari kolam kecil. Saya terlihat laluan pelanduk, saya amati sekelilingnya, memang tidak salah lagi. Di situ terdapat kesan tapak kakinya. Mungkin pelanduk tersebut pergi ke kolam kecil untuk minum. Saya ikut kesan tapak kaki itu hingga sampai ke jerat. Aneh, saya dapati jerat itu bingkas dan ada bekas tapak kaki pelanduk di situ.
Ini mesti pelanduk yang kena jerat ni diambil orang. Siapa yang melakukan semuanya ini? Pasti orang yang sudah lama mengintip gerak-geri Datuk. Manusia suka membuat kerja mudah, rungut hati saya. Jerat yang sudah bingkas itu saya pasang kembali. Saya berdiri di situ mengingati sesuatu. Kata Datuk jerat yang dipasangnya berjumlah lima jerat semuanya. Ertinya masih ada dua jerat lagi yang mesti saya lihat.
Kedudukan kedua-dua jerat ini agak jauh ke dalam bahagian kaki bukit. Pesan Datuk, saya mesti melihat kelima-lima jerat itu. Kalau tak mahu kelima-limanya sekali, mesti lihat tiga. Pokoknya saya mesti membuat kerja yang ganjil. Saya tidak boleh melihat dua atau empat jerat kerana itu perbuatan genap, saya mesti meninggalkan jumlah ganjil.
Tiba-tiba saya merasakan, memang wajar melihat semua jerat itu. Siapa tahu, jerat empat dan lima sudah mengena. Bila sudah mengena, saya tidak pulang dengan tangan kosong. Saya kira Datuk dan nenek tentu gembira melihat saya pulang ke rumah dengan ayam di tangan. Selain dari itu, saya mahu menerima pujian dari Datuk tentang ketabahan hati saya. Biar dia kagum dengan apa yang saya lakukan.
“Ya, aku mesti tengok semua jerat.”
Itulah keputusan muktamad yang saya ambil dalam masa sekelip mata sahaja. Apa yang terjadi, keputusan yang diambil mesti dilaksanakan. Saya pun melangkah perlahan menuju ke jerat yang keempat. Letaknya di bawah pokok yang rendang. Datuk sengaja memilih tempat tersebut untuk menahan jerat.
Mungkin tempat tersebut dipilih kerana kedudukan kawasan tanahnya yang agak cerah, tidak ditumbuhi rerumput yang tebal. Ada dahan sebesar paha manusia melintang arah ke parit kecil. Pada hemat saya, di ranting besar itu jadi tumpuan ayam hutan berdiri sambil mengepakkan badan terutama ayam jantan. Amat suka berkokok di tempat yang agak tinggi.
“Memang pandai Datuk memilih tempat.”
Saya memuji Datuk dalam hati. Saya terus melangkah. Hari sudah beransur agak gelap. Tetapi langit masih kelihatan cerah walaupun matahari tidak bersinar. Saya sampai ke jerat yang keempat. Kali ini saya melihat kawasan di situ cukup bersih seperti baru lepas disapu. Tanah di situ kelihatan seperti baru sahaja dikais-kais oleh ayam. Saya garu kepala dua tiga kali, terasa suasana seperti itu amat ganjil sekali.
Rasanya tidak mungkin ayam hutan mampu mengubah dedaun dan reranting yang terdapat di situ. Lebih menakjubkan jerat yang tidak mengena atau bingkas tetap macam biasa. Batang jerat kelihatan bergerak macam baru disentuh oleh tangan manusia. Hati saya mula berdebar.
Saya renung kiri dan kanan. Bersedia untuk memulakan langkah seribu. Bulu roma terus tegak berdiri. Mesti ada sesuatu yang tidak kena terjadi di sini. Mungkin harimau, mungkin beruang, mungkin kucing hutan berguling-guling di sini. Macam-macam yang timbul dalam hati saya bersama rasa takut yang amat sangat.
Tiba-tiba saya lihat pepohon kecil di kanan bergerak, macam dilanggar sesuatu. Dedaun kering bergerak seperti dipijak sesuatu. Beberapa ekor cengkerik dan katak keluar dari bawah dedaun kering macam ada sesuatu yang memburunya. Dalam keadaan yang serba membingungkan itu, saya terlihat seekor ayam hutan jantan menerpa ke arah jerat dan terus sarungkan kakinya ke dalam jerat.
Dalam beberapa detik sahaja jerat tersebut bingkas. Dan ayam jantan hutan tergantung di udara menggelepar sambil berbunyi. Melihat ayam kena jerat, rasa takut hilang dari hati saya. Semua perkara yang saya kira ganjil dan aneh hilang dari ingatan saya. Hati saya bersorak kegembiraan melihat ayam hutan di depan mata.
Saya mendekati jerat lalu membongkok untuk merendahkan kayu jerat. Bila tali jerat berada dalam tangan, kepala ayam jantan itu saya urut berkali-kali. Ayam itu tetap menggelepar sambil berbunyi nyaring.
Simpul jerat di kaki ayam berhasil saya buka. Kali ini kaki ayam tersebut saya ikat dengan tali guni, lalu saya masukkan ke dalam karung yang dibuat dari mengkuang.
Di bucu karung ditebuk lubang kecil untuk udara, memudahkan ayam bernafas. Hujung karung saya ikat dengan tali lalu saya sandangkan ke bahu. Saya memulakan langkah untuk pergi ke jerat yang kelima. Kedudukannya, betul-betul berada di lereng bukit tidak jauh dari pohon bertam. Memang saya mengharapkan jerat yang kelima akan mengena. Kalau tak dapat ayam hutan dapat napuh atau pelanduk pun sudah memadai, sebuah harapan berbunga dalam hati saya.
Langkah kian rancak, cuaca yang sudah beransur samar-samar tidak menjadi masalah. Kalau cuaca terus jadi gelap saya tidak sudah hati. Kawasan sekitar kaki bukit itu sudah sebati dengan diri saya. Tidak dinafikan saya boleh mengingati kedudukan pelbagai jenis pohon besar di situ. Saya juga tahu di mana letaknya parit atau danau kecil. Kalau saya dicampakkan ke kawasan tersebut pukul dua pagi, saya masih dapat mencari jalan pulang.
“Hai, apa khabar? Seorang aje.”
Saya menoleh ke kanan. Mulut saya bagaikan terkunci untuk menjawab.
“Banyak jerat awak yang mengena, berapa ekor awak dapat ayam?”
Saya menjadi bertambah menggelabah.
“Kenapa tak jawab apa yang saya tanya, awak takut?”
Saya tarik nafas panjang. Renung ke langit, renung kiri kanan. Dada saya terus berdebar. Sesungguhnya, saya tidak tahu dari mana perempuan muda itu muncul. Saya amati wajahnya yang sedang senyum. Orangnya memang menarik. Tetapi, sayang saya tidak kenal dengannya. Ternyata perempuan ini bukannya anak watan kampung saya.
Sebagai orang muda, dalam rasa takut dan darah gemuruh itu, keinginan untuk memikat hati perempuan muda di depan mula bercambah dalam diri. Saya amati dirinya. Baru memasuki usia dua puluhan. Berkulit putih merah. Hidung mancung. Saya terpikat dengan sepasang matanya yang lembut tetapi kelihatan sayu. Mukanya bujur sirih. Aduh! Senyumannya tidak berhenti menari di bibir nipisnya.
“Kenapa tak sembelih ayam tu di sini? Awak tak bawa pisau?”
perempuan yang berambut ikal berbulu kening tebal merapati saya. Darah gemuruh saya terhenti dari bergerak dalam urat saraf. Keinginan mengenali perempuan itu lebih dekat terus berkocak dalam rongga dada.
“Saya tak bawa pisau menyembelih.”
“Awak mahu pisau? Kalau mahu nanti saya ambil di rumah.”
“Tak payahlah.”
“Macam mana kalau saya minta sikit daging ayam?”
“Boleh, apa salahnya.”
“Sepatutnya saya tak payah minta sebab ayam yang kena jerat awak itu saya yang punya.”
“Ha…haa..?” mulut saya terlopong.
Perempuan itu tetap senyum. Hati saya berkata, mungkin perempuan ini mahu bergurau. Ayam hutan mana ada tuannya. Sesiapa pun boleh menjerat atau menembaknya. Dengan rasa jijik saya renung wajah perempuan itu. dia bagaikan tahu yang diri saya tidak mempercayai apa yang diucapkannya.
“Setiap benda di dunia ini ada tuannya, ada penjaganya. Tetapi manusia selalu melupakan semuanya itu.”
“Kamu mengarut dan merepek.”
“Kalau kamu tak percaya tak mengapa, tetapi saya mahu mengambil hak saya kembali.”
Saya segera mengedutkan kening. Karung mengkuang yang saya sandang terasa bergerak-gerak. Ayam di dalamnya menggelepar. Karung mengkuang terasa amat berat macam ada batu pejal di dalamnya. Bahu saya bagaikan mahu patah dibuatnya. Saya terpaksa meletakkan karung mengkuang atas tanah. Perempuan itu tetap berdiri di depan saya tanpa mengucapkan sesuatu. Sepasang anak matanya melihat gerak geri saya dengan teliti.
Paling mengejutkan saya, tali guni yang saya ikat di hujung karung mengkuang terbuka dengan sendiri. Ayam yang ada di dalamnya keluar dengan mudah lalu berkokok bertalu-talu sambil menggoyangkan ekornya. Paling menyakitkan hati, bila ayam itu menghalakan muncungnya ke arah saya dan terus berkokok sambil menjungkitkan ekornya tinggi-tinggi. Kalau diturutkan kata hati mahu rasanya membaling seketul kayu pada kaki ayam itu. biar kakinya patah.
“Suhh..,” pekik saya.
“Jangan halau dia,” suara perempuan itu cukup lembut.
“Kurang ajar punya ayam.”
“Jangan cakap macam tu. Itu ayam saya, marii..,” saya lihat bapak ayam hutan terus meluru ke arahnya. Terbang dan hinggap di bahu sebelah kanannya. Ayam itu berkokok lagi. Saya terpukau dengan suasana yang saya anggap aneh tetapi melucukan.
“Terima kasih kerana kamu sudah memulangkan hak saya.”
“Tapi ayam tu tak bertuan.”
“Itu pendapat kamu. Hakikat sebenar memang bukan begitu. Terima kasih.”
Perempuan itu segera memusingkan badannya membelakangi saya. Ayam jantan yang berbalung merah tetapi berdiri di bahu. Satu perkara yang pasti, waktu perempuan itu menentang wajah saya, suasana sekitar terasa cerah. Bila dia membelakangi saya, suasana bertukar menjadi samar-samar.
“Eh, nama saya Tamar.”
Perempuan itu segera toleh ke arah saya kembali.
“Nama awak siapa?”
Perempuan itu menarik nafas dalam-dalam.
“Cakaplah siapa nama awak?”
“Nanti kita jumpa lain kali. Masa tu saya cakap nama saya.”
“Cakap sekarang,” kata saya lalu mengejar ke arahnya. Dalam sekelip mata sahaja perempuan itu ghaib tetapi ayam miliknya masih dapat saya lihat duduk di ranting dan terus berkokok bertalu-talu. Beberapa detik kemudian ayam jantan itu pun ghaib.
“Syaitan mempermainkan aku,” kata saya dalam nada suara yang agak tinggi.
Saya pusing ke kanan. Memulakan langkah pertama, mencari jalan pulang. Saya terdengar bermacam-macam suara,ada suara kokok ayam. Saya sedar, bila hati dikuasai rasa takut bermacam-macam yang didengar padahal perkara itu tidak wujud sama sekali. Cuma perasaan kita sahaja yang merasakan begitu.
Makin kuat saya menetapkan dalam hati apa yang saya dengar itu adalah perasaan, makin kuat suara-suara yang tidak saya ingini datang dalam gegendang telinga saya. Saya terus lari dengan semahu-mahunya melanggar apa sahaja. Parit lebar saya lompat kerana saya menyangka parit itu kecil. Akibatnya saya terhumban dalam parit. Habis pakaian saya basah kuyup. Keluar dari parit saya terus lari lintang pukang.
Dalam cuaca yang mula samar-samar itu, saya terus berlari dan berlari hingga sampai di bahagian dapur rumah. Bila saya jengukkan muka di pintu dapur, nenek terus menjerit dengan sekuat hatinya. Seluruh kampung dikuasai oleh suara nenek. Datuk yang berada kira-kira tiga rantai dari rumah segera menerpa ke bahagian dapur.
“Kenapa muka kamu penuh dengan lumpur, pakaian basah kuyup. Kenapa Tamar?” soal Datuk.
“Sayaaa…” saya tidak dapat meneruskan kata-kata, mata saya terasa pedih dan hidung saya bagaikan tersumbat dan saya terus bersin dengan sekuat hati. Beberapa orang jiran tetangga segera datang ke rumah. Mereka ketawa melihat keadaan saya.
“Saya jatuh parit tuk.”
“Kamu kena kejar harimau?”
“Tidak.”
“Habis kamu kena kejar jembalang?”
“Bukan dikejar jembalang, saya diburu hantu.”
“Hantu?” biji mata Datuk terbeliak.
Bila keadaan sudah kembali tenang. Saya ceritakan pada Datuk, pada nenek dan jiran-jiran yang datang apa yang saya alami. Kebanyakan dari mereka tidak percaya dengan apa yang saya ceritakan. Nenek secara terang-terangan mengatakan saya mengigau siang. Perbuatan mereka itu membuat saya jadi marah dan tidak mahu meneruskan cerita selanjutnya. Tetapi, Datuk cuba melahirkan simpatinya pada saya.
“Itu perkara biasa, dalam dunia ni selain dari manusia terdapat makhluk lain. Kau tak usah takut. Barangkali makhluk itu mahu bersahabat dengan kamu,” kata Datuk.
“Satu pengalaman yang menakutkan tuk.”
“Tak mengapa, petang esok kau pergi lagi. Kalau kau jumpa dengannya kau ajak dia datang ke rumah.”
“Mengarut, tuk mengarut. Agaknya tuk tahu yang saya akan berjumpa dengan benda macam tu. Kerana tu tuk suruh pergi seorang diri.”
Aku tak tahu Tamar. Tapi dulu aku pernah mengalami perkara semacam tu, itu semuanya syaitan yang cuba nak mengusik kamu.”
“Hum…” saya mengeluh dan tunduk merenung tanah.
Nenek tersenyum. Datuk menyuruh jiran-jiran yang datang pulang ke rumah masing-masing.
Perlahan-lahan saya angkat muka. Sepasang mata saya terpaku ke wajah Datuk. Kegelisahan segera bersarang dalam dada. Kurang senang rasa hati melihat senyuman Datuk yang saya rasa bagaikan menyindir diri saya.
“Tuk tak percaya dengan apa yang saya cakapkan ni?”
“Sudahlah, pergilah kamu mandi.”
Saya kerutkan dahi. Dengan langkah yang longlai saya menuju ke perigi. Setiap kali air perigi menyentuh kulit tubuh, apa yang saya alami segera terbayang dalam kepala.
Sesungguhnya, apa yang telah saya alami itu adalah satu pengalaman yang tidak pernah saya duga akan terjadi dalam hidup saya. Selesai mandi saya segera pulang ke rumah. Sebelum memijak anak tangga, dua tiga kali saya pusing ke belakang. Saya takut dan bimbang macam ada sesuatu dekat saya.
“Cepat naik, jangan pandang kiri kanan lagi. Jangan fikirkan perkara yang dahulu,” terdengar suara Datuk. Saya segera angkat muka. Datuk berdiri di serambi.
Hari sudah beransur gelap. Suara burung kuang sayup-sayup kedengaran di pinggir bukit kota. Saya menarik nafas. Kecantikan paras perempuan yang saya temui bermain-main dalam tempurung kepala.
“Eh, kami ni. Naik cepatlah.”
Tanpa tangguh-tangguh lagi saya pijak anak tangga. Berhenti bila sampai anak tangga kelima. Renung ke halaman yang sudah dikuasai cuaca senja.
“Kita jemaah di masjid, Tamar.”
“Kenapa kita tak sembahyang di rumah tuk?”
“Agama Islam menggalakkan pengikutnya sembahyang berjemaah di masjid atau surau. Sekali-sekala bolehlah kita bersembahyang jemaah di rumah. Kalau dah terlalu kerap berjemaah di rumah, tak elok jadinya.”
“Saya malas nak pergi tuk.”
“Ah, jangan banyak karenah, ikut cakap aku,” bentak Datuk keras. Saya tidak ada pilihan lain lagi. Cakap Datuk harus dipatuhi.
Saya masuk ke rumah menukarkan pakaian. Amat selesa rasanya memakai seluar dan baju Melayu warna kuning tanah liat. Datuk senyum panjang. Saya tahu kenapa Datuk senyum begitu. Bukan apa-apa kerana letak songkok saya melintang. Letak songkok segera saya betulkan. Tanpa banyak soal jawab saya terus mengekori Datuk ke masjid.
Sepanjang jalan saya lebih banyak mengelamun. Sesekali kelihatan Datuk meraba pangkal telinga sebelah kanannya. Ada masanya Datuk batuk kecil. Saya tidak tahu, apakah batuk itu memang benar-benar terjadi atau batuk yang sengaja dibuat-buat.
Selesai menunaikan solat maghrib, saya dan Datuk seperti orang-orang kampung yang lain terus mengikuti tafsiran hadis. Apa yang diungkapkan oleh guru agama tersebut semuanya tidak masuk dalam kepala saya. Fikiran saya masih memikirkan apa yang telah saya alami petang tadi. Ada masanya, saya rasakan peristiwa itu harus berulang dalam hidup saya. Satu ketika yang lain saya berdoa supaya peristiwa itu jangan berulang dalam hidup ini
“Kalau mahu dinisbahkan tentang banyaknya makhluk Allah di dunia ini, lebih kurang begini. Para malaikat 90 peratus, para jin 9 peratus dan manusia cuma satu peratus saja. Kalau kita boleh melihat para Malaikat dan para Jin, kita jadi takut dan tidak boleh bergerak,” tutur guru agama. Semua biji mata dalam masjid terbeliak, tidak jadi mengantuk.
“Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Kaya kerana itu para Malaikat dan para Jin tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Kalau Allah menghendaki seseorang itu melihat para Malaikat dan para Jin, perkara itu tetap akan terjadi,” tambah guru agama. Saya terus gosok pangkal hidung beberapa kali. Datuk tumpukan seluruh perhatiannya pada guru agama yang tertonggok di ruang tengah masjid dengan para jemaah mengelilinginya.
“Makhluk jin juga ada yang baik dan ada yang jahat. Kalaulah ditakdirkan kita dapat melihat Jin, agak sukar untuk kita menentukan yang mana baik dan yang mana jahat,” lanjut guru agama itu. pelajaran tafsir itu berlanjutan hingga menjelang waktu Isyak.
Saya kira setelah selesai solat Isyak, wajah guru agama tidak akan saya lihat. Begitulah juga dengan suaranya tidak akan saya dengar. Perkiraan saya itu meleset sama sekali. Tidak saya duga Datuk mengundang guru agama itu datang ke rumah. Banyak perkara yang Datuk tanya pada guru agama itu. semuanya berkaitan dengan hukum agama.
“Kalau pelajaran tafsiran hadis ni dapat diadakan setiap minggu alangkah baiknya,” Datuk bersuara.
“Saya faham, ramai para jemaah berpendapat macam awak. Mereka mahu pelajaran tafsiran ini diadakan pada setiap minggu.”
“Soalnya, bila diadakan dua minggu sekali, perkara yang dipelajari hampir mahu lupa disambung pelajaran yang baru.”
“Ya, ya saya faham. Kalau boleh saya mahu datang tiap-tiap minggu di sini. Boleh jumpa awak selalu dan boleh makan dan tidur di sini. Tapi apa boleh buat semua jadual sudah disusun.”
“Tak bolehkah dirombak?”
“Tunggu tahun depan.”
“Hum…,” Datuk seperti mengeluh. Guru agama tersenyum.
CAKAP
Dan malam itu Datuk terus bercakap-cakap dengan guru agama. Datuk terus membaca Al-Quran di bahagian surah al-waqiah. Guru agama terus membuat tafsirannya dan menghuraikannya dengan teliti. Datuk terus mendengar huraian terjemahan itu. dalam waktu tertentu Datuk mencatatkan ke dalam buku kecil.
Guru agama itu juga menasihatkan Datuk, kalau ada masa supaya membaca surah al-waqiah pada setiap malam, terutama setelah menunaikan sembahyang Subuh. Menurut guru agama itu, surah tersebut surah yang baik. Lebih-lebih lagi kalau kita sudah memahami tafsirannya. Sesekali saya terdengar Datuk dan guru agama berdebat panjang. Perdebatan mereka segera terhenti bila mereka dapat membuat sesuatu kesimpulan.
Saya sandarkan badan ke dinding bilik. Jari-jemari saya terus melukis sesuatu di kertas. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini, saya begitu minat pada lukisan. Saya mahu abadikan apa yang saya lihat ke kertas untuk dinikmati oleh orang lain. Sambil melukis saya terus pasang telinga. Mengikuti dengan teliti apa yang dibualkan oleh Datuk dengan guru agama.
Ada perkara yang menarik dan ada perkara yang tidak menarik jadi topik bualan Datuk dengan guru agama. Bila perkara menarik diperkatakan, saya terus jelingkan biji mata dan mengikutinya dengan penuh minat. Kalau perkara yang membosankan saya terus rasa mengantuk. Ketika itu saya terdengar suara kedua-duanya sayup-sayup dan akhirnya menghilang. Dalam saat begitu, saya terus tersengguk-sengguk.
Bila mereka bincang tentang alam ghaib, mata saya terbeliak besar. Minat saya untuk mengikutinya bertambah ghairah. Saya tahan mata dari mengantuk. Saya bersenam memanaskan badan. Sayang seribu kali sayang, perkara alam ghaib hanya disentuh sambil lalu sahaja. Perkara begini amat saya kesalkan. Apakan daya, saya tidak ada kuasa untuk menyuruh Datuk dan guru agama memperkatakan perkara yang amat saya minati. Dalam keadaan demikian, saya terus terlelap.
-TAMAT-
206. MANDI DI AMBANG PINTU
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : MANDI DI AMBANG PINTU
KOD#00275094001206
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Sebaik sahaja air sejuk berlari di kerongkong, urat saraf di setiap sendi badan terasa seperti disentap-sentap. Serentak dengan itu terdengar bunyi dentuman yang kuat di telinga macam bunyi petir. Cawan di tangan terlepas lalu jatuh di atas lantai. Pecah berderai. Tenaga saya makin lemah.
“Tamar dengar cakap aku ini. Allah itu maha ESA, berkuasa atas segalanya. Pada Allah kita minta pertolongan, bacalah surah Al-Ikhlas, Qulhuwallah…,” Uda Lamat memberi arahan. Saya terus mengikuti arahannya. Tiga kali saya baca surah Al-Ikhlas dengan penuh khusyuk.
“Tamar, renung ke sini.”
Bagaikan kilat saya menoleh ke arah datangnya suara Datuk. Serentak dengan itu Datuk memegang pergelangan tangan kanan saya. Dia memaksa saya merenung ke arah biji matanya.
“Renung biji mata aku, Tamar.”
“Baik, tuk.”
“Ikut gerak bibir aku, Tamar.”
“Ya, tuk.”
“Tumpukan perhatian padanya, pasang telinga kau. Dengar apa yang dicakapkan,” Uda Lamat memberikan petunjuk. Saya terus anggukkan kepala. Sedia patuh dengan apa jua perintah.
Memang tidak sukar bagi saya mengikuti kalimah-kalimah yang diucapkan oleh Datuk. Datuk membaca beberapa rangkaian ayat dari al-Quran yang pernah saya baca pada setiap malam Jumaat. Ayat-ayat itu bagaikan luput dari ingatan sejak suara aneh menguasai diri saya.
Bila Datuk menyebutnya di depan saya, barulah saya teringat dengan ayat-ayat tersebut. Pada mulanya, pembacaan saya memang tidak lancar. Setelah tiga kali berturut-turut mendengar dan mengikuti gerak bibir Datuk barulah saya faham.
Tidak saya nafikan, setiap kali ayat-ayat yang Datuk lafazkan itu, saya ikuti dengan penuh perasaan, dada terasa amat panas. Hati tidak tentu arah, menggelabah tanpa sebab. Uda Lamat, orang tua yang banyak pengalaman dan asam garam dalam kehidupan itu, tidak mahu meninggalkan Datuk sendirian di ruang anjung rumah. Setiap gerak geri saya diawasinya, hinggakan gerak telinga, pernafasan, jejari saya tidak terlepas dari pengawasan Uda Lamat.
Pada hemat saya, kedatangan Uda Lamat memang dirancang untuk jadi pembantu Datuk dalam usaha memulihkan diri saya.
“Bertenang, Tamar,” kata Uda Lamat.
Bila melihat tubuh saya tersentap-sentap macam terkena kejutan elektrik. Badan saya berpeluh dengan banyak. Mungkin peluh itu terjadi akibat cuaca pagi yang kian membahang di luar atau akibat dari tekanan perasaan dalam diri saya.
“Dia dah lemah tu,” sayup-sayup terdengar suara Datuk.
“Baca lagi, hingga lemah betul,” suara Uda Lamat masih dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya.
Ketika itu, saya merasai diri saya berada dalam keadaan fana dan sepi. Antara fana dan sepi itu, saya terlihat ada bayang-bayang nipis yang keluar dari tubuh saya, (lebih tepat dari bahagian dada). Kepulan asap yang nipis itu berpusu-pusu di sebelah kiri saya. Aneh sekali, kepulan asap yang nipis itu membentuk sifat diri saya.
Saya tidak berkata apa-apa. Suara saya tidak keluar. Mulut bagaikan terkunci. Cuma tangan daya tergapai-gapai ke kiri dan ke kanan. Maksud saya itu, tidak dapat ditangkap oleh Datuk dan Uda Lamat. Mungkin mereka tidak sedar dengan apa yang terjadi. Bayang-bayang nipis dan halus yang menyerupai diri saya itu terus bergerak ke pintu rumah. Berdiri di ambang pintu, saya lihat diri saya menangis dan meratap hiba di situ. Menghempaskan diri pada jenang pintu hingga mengeluarkan darah dari kepala dan muka.
Paling akhir, saya lihat diri saya bertukar menjadi batang tubuh Amjal Kamal, pamerkan diri di depan Datuk. Tetapi, bila Datuk melafazkan beberapa ayat dari surah Al-Imran, bebayang tubuh Amjal Kamal berkecai dan hancur lalu bersatu dengan udara. Keluar dari rumah dengan meninggalkan jeritan yang halus dan cukup nyaring.
Saya bertambah lemah. Dalam usaha memulihkan saya, sama ada dari segi kekuatan tubuh dan otak, Datuk lagi sekali menggunakan ramuan tradisional. Dia tidak memerlukan pertolongan dari nenek, kecuali untuk menyediakan dua gelas air panas, kali ini Datuk memerlukan tenaga dari Uda Lamat yang begitu matang dengan akar kayu dan pepucuk berkhasiat.
PERTAMA
Petua pertama Datuk dan Uda Lamat lakukan terhadap saya ialah mandi di ambang pintu. Kemudian disuruh berjemur di tengah panas untuk kira-kira lima minit. Masa berjemur saya diawasi oleh Uda Lamat. Datuk merebus pepucuk daun. Akar kayu diketuk atau dihimpit dengan satu alat keras dan berat hingga mengeluarkan air.
Pepucuk daun yang direbus, disuruh makan begitu sahaja. Kepalang pahitnya, apakan daya saya tidak terdaya membantah. Saya disuruh berehat selama lima minit dengan berbaring hingga saya tertidur. Saya dikejutkan semula, disuruh minum air madu lebah yang dicampurkan dengan air dari akar kayu.
“Minum dengan sekali nafas sebelum minum. Baca Bismillah dan mohon pada Allah supaya diberikan kekuatan fikiran seperti sediakala, terhindar dari pengaruh tidak sihat,” Datuk mengingatkan saya.
“Apa doanya tuk?”
“Berdoa dalam Bahasa Melayu. Allah mengerti apa bahasa yang diucapkan oleh makhluknya. Apa yang penting permintaan itu mesti ikhlas,” sahut Datuk.
Saya lakukan apa yang Datuk suruh. Manisan lebah yang bercampur dengan air akar kayu terus saya teguk. Rasa pahit dengan manis terus menguasai anak tekak. Datuk tersenyum melihat muka saya mula kemerah-merahan.
“Madu lebah ni, memang banyak khasiatnya. Sayangnya, orang kita tak tahu menggunakannya. Orang tua-tua yang tahu macam mana menjadikan madu lebah ini sebagai ubat, tidak pula menurunkan petua itu pada orang-orang terkemudian darinya,” Datuk memulakan satu ceramah kecil di depan saya dan Uda Lamat.
Saya tidak memberikan sebarang komentar, dada saya terasa lapang. Dalam beberapa saat sahaja badan saya berpeluh. Terasa bertenaga kembali. Fikiran tidak pula bercelaru, terasa amat lapang sekali.
“Kadang-kadang orang tua-tua ada memberikan petua. Tetapi, golongan baru tak mahu amalkan petua tu, kononnya, petua adalah pendapat kuno, tidak sesuai dengan peredaran zaman sains dan teknologi. Akibatnya petua itu dilupakan. Kita ni, setinggi melangit sekalipun pelajaran, pandai bergaul dan berbudaya moden, sebaik-baiknya petua orang tua-tua jangan dilupakan,” Uda Lamat seperti menyokong pendapat Datuk. “Bila kita tidak lupa asal budaya, petua nenek moyang kita sendiri, selamat kita dalam hidup,” tambah Datuk. Saya tersenyum.
Di luar panas kian terik, angin pun tidak bertiup. Entah mengapa, dalam cuaca yang agak panas itu, saya rasa mengantuk. Uda Lamat menasihatkan saya supaya membasuh muka. Saya terus ke dapur dan basuh muka.
“Macam mana Tamar?” Tanyanya ketika saya melintasi di ruang tengah.
“Setakat ini, tidak ada apa-apa,” kata saya.
“Kamu kena badi hutan.”
“Entah,” saya terus gelengkan kepala. Meneruskan langkah yang terhenti.
Sebenarnya, saya tidak mahu mengingati dengan apa yang telah saya alami. Dan secara kebetulan pula, beberapa bahagian dari peristiwa itu bagaikan terus hilang dari ingatan saya,. Jika ada orang yang meminta saya menceritakan kembali, mungkin sebahagian kecil sahaja yang saya ingati.
“Duduk sini,” Uda Lamat memanggil saya. Bila dilihatnya saya mahu duduk di sudut kanan anjung rumah. Sebaik sahaja saya duduk Datuk terus bangun, dia menuju ke halaman rumah membetulkan kedudukan beberapa batang buluh yang dijemurnya.
Menjemur batang-batang buluh yang baru ditebang, memang kerja Datuk. Bila buluh-buluh itu berubah warna, Datuk terus membelahnya untuk dijadikan bilah lokah atau dibuat raga besar bagi mengisi pisang. Saya tersenyum, melihat muka Datuk berkerut-kerut menahan panas, kedua belah pelipisnya mula ditumbuhi peluh-peluh halus.
“Saya nak tanya,” kata saya pada Uda Lamat.
“Silakan, Tamar.”
“Benarkah apa yang terjadi pada saya ni, kerana kena tegur atau kena badi orang mati bunuh diri?” Tanpa segan-segan saya ajukan pertanyaan pada Uda Lamat, satu rasa gembira angin yang bertiup di luar rumah masuk ke ruang anjung, badan terasa sejuk. Saya renung jam yang tersangkut di dinding, sudah hampir pukul sebelas pagi.
“Kamu jangan tak tahu Tamar, itu bukannya badi, bukannya penunggu atau kena tegur, tetapi semuanya itu kerja iblis,” suara Uda Lamat meninggi. Matanya merenung ke arah Datuk yang melangkah dalam panas ke arah anjung rumah.
“Saya membaca ayat-ayat suci, waktu berdepan dengan perkara-perkara yang pelik yang saya fikirkan ada iblis atau syaitan terlibat sama,” ujar saya penuh yakin. Datuk sampai ke ruang anjung, terus duduk.
“Soalnya, masa kamu menyebut ayat-ayat suci itu, adakah kamu yakin yang hati dan perasaan kamu tidak was-was padanya. Dengan bisikan jahat dan was-was inilah iblis telah menipu Nabi Adam. Menimbulkan rasa was-was, memang kerja iblis,” tanpa diduga Datuk turut campur dalam perbualan saya dengan Uda Lamat.
SERONOK
Bila Datuk campur tangan dalam hal seperti ini, hati saya tidak begitu seronok. Datuk selalu bertindak mahu mengajar dan membetulkan kesilapan diri saya di depan tetamu, perbuatannya itu secara tidak langsung memperbodoh-bodohkan diri saya. Inilah perkara yang memang tidak saya gemari. Sebabnya, saya merasakan diri saya bukan budak-budak yang berusia antara sembilan hingga sepuluh tahun.
“Apa yang Datuk kamu cakap itu memang betul,” Uda Lamat renung muka saya. Sebagai mengambil hati dan rasa hormat pada orang tua, saya terus tersengih. Datuk anggukkan kepala. Matanya merenung ke halaman rumah yang kelihatan membahang dengan cuaca panas.
“Selain daripada bentuk asalnya, iblis dan syaitan kadang-kadang menyerupai manusia. Boleh bercakap-cakap dengan manusia, memberi nasihat pada kita,” lanjut Uda Lamat dengan wajah yang serius.
“Peliknya, iblis boleh menyuruh dan menegah manusia daripada melakukan sesuatu,” sampuk Datuk. Uda Lamat kelihatan bertambah bersemangat.
Kemudian, Datuk dan Uda Lamat terus menceritakan tentang peranan iblis dalam tingkah laku anak Adam. Biasanya, iblis atau syaitan akan menggoda manusia ketika seseorang itu berada dalam keadaan:
• Marah dan bernafsu.
• Melalui rasa dengki yang membara pada diri.
• Waktu manusia terlalu kenyang dengan makanan dan minuman.
• Ketika manusia menyukai perhiasan yang berlebihan, seperti hiasan bangunan, pakaian dan barang-barang kemas.
• Sifat tamak.
• Sifat terburu-buru.
• Menerusi sifat bakhil.
• Menerusi rasa fanatik mazhab.
• Waktu manusia mementingkan diri sendiri.
• Menerusi rasa atau sifat prasangka buruk terhadap saudaranya yang Islam.
Demikian Datuk dan Uda Lamat menguraikan peranan iblis. Saya menerima keterangannya itu sambil berfikir bahawa iblis ada seribu cara untuk meruntuhkan dan mendorong manusia ke arah jalan yang tidak diredai oleh Allah. Saya terus menarik nafas panjang.
“Bila dalam diri manusia terdapat perkara-perkara yang disebutkan tadi, mudah saja syaitan dan iblis menjalankan jarumnya,” dengan nada suara yang lembut Datuk mengungkapkan kata-kata itu.
Dia renung ke arah saya. Cepat-cepat saya menundukkan kepala. Terasa angin yang berlegar-legar dalam ruang anjung menyentuh hujung rambut di pelipis kiri.
Tanpa diduga, nenek menghidangkan satu teko kopi panas bersama dua cawan kosong. Saya kira nenek terlalu lambat menyediakan semuanya itu. Kenapa sudah berjam-jam Uda Lamat berada di rumah, baru disogokkan dengan kopi. Apakah Datuk mengeluarkan perintah agar nenek berbuat demikian? Timbul pertanyaan dalam diri saya.
“Minta maaf,saya terlambat,” nenek bersuara.
“Awak buat apa hingga terlambat?” Soal Datuk.
“Tadi, saya ke kedai nak beli tepung untuk buat kuih nak jamu awak dan Uda Lamat, sampai ke kedai runcit saya tersangkut.”
“Mendengar cerita orang tau belajar mengumpat,” Datuk membuat tuduhan secara terbuka pada nenek.
Saya lihat wajah nenek berubah. Sesungguhnya, tidak ada sesiapa yang gembira bila dituduh secara melulu di depan tetamu. Sebagai isteri yang penyabar,kaya dengan pengalaman serta asam garam kehidupan, Nenek tidak memperlihatkan kemarahannya. Dia tetap tenang dengan senyum segar di bibir tua.
“Beberapa orang menasihatkan saya.. ,” nenek berhenti bercakap. Dia tuangkan air kopi ke cawan untuk Datuk.
“Apa yang mereka nasihatkan awak?” Tanya Datuk lalu berdirikan lututnya. Telapak tangan kanannya diletakkan ke atas tempurung kepala lutut kiri. Dia terus termenung sambil mengerutkan dahinya. Tetapi sepasang matanya tertumpu ke wajah Uda Lamat.
“Siapa yang menasihatkan awak tu?” Datuk mula cungkil rahsia. Nenek tetap tenang. Dia bersila di depan Datuk.
“Tuan kedai menasihatkan kita supaya mengadakan jamuan atau semahan,” nenek mulakan cerita dengan wajah bersahaja. “Tujuannya, untuk menjamu penunggu hutan, penunggu gunung, penunggu paya supaya jangan mengganggu cucu kita dan orang-orang kampung yang lain,” nenek berhenti bercakap. Dia menelan air liur.
“Tuan kedai tempat awak mengambil barang tu namanya, Haji Taufik?” Uda Lamat kemukakan pertanyaan. Nenek anggukkan kepala. Saya lihat Datuk resah, macam ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman dirinya.
“Kenapa Pak Haji menyuruh kita membuat sesuatu yang bertentangan dengan hukum Allah,” Uda lamat seperti mengeluh. Nenek terus bangun, menuju ke ruang dapur.
Datang kembali ke anjung rumah membawa segelas air halia yang sudah ditaruh dengan beberapa titik madu lebah. Air itu, adalah untuk saya. Mungkin air halia bercampur dengan madu lebah mempunyai khasiatnya tersendiri. Tidak mengapa, bila Uda Lamat pulang, perkara itu akan saya tanyakan pada nenek atau Datuk.
“Perbuatan khurafat,” suara Datuk keras. Sepasang biji matanya terbeliak merenung muka saya. Menggigit bibir bersama rasa kesal yang amat sangat.
“Iblis memang tidak pernah berhenti dari berusaha menjadikan manusia memandang yang buruk itu baik, yang baik itu buruk, memang sudah aku duga perkara seperti ini akan timbul,” lanjut Datuk lagi.
“Tak mengapa, kita harus membetulkan anggapan yang silap itu. Kita beritahu tempat kita mengadu dan meminta hanyalah pada Allah yang Maha Besar, bukannya pada penunggu, bukannya pada keramat,” Uda Lamat cuba menyejukkan hati Datuk. “Ya, kita berusaha ke arah itu,” sahut Datuk.
Saya kira, perkara yang dibincangkan itu habis di situ sahaja. Ternyata perkiraan saya itu tidak tepat, Datuk dan Uda Lamat terus bercerita tentang masalah yang bersangkut paut dengan pendirian masing-masing. Tentu sahaja perkara semacam ini, tidak menggembirakan saya.
“Saya nak keluar, jalan-jalan keliling kampung tuk,” saya ajukan permintaan pada Datuk. Uda Lamat renung muka saya.
“Jalan keliling kampung tu di mana?” Datuk meminta kepastian. Biji matanya tertumbuk ke wajah saya. Rasa cemas kembali bertandang dalam diri saya.
“Saya nak ke kebun, saya nak tengok pokok pisang, betik dan lain-lain lagi,” ungkap saya penuh ikhlas.
“Tak payah,” Datuk memberikan kata muktamad. Saya menelan air liur kecewa. Uda Lamat dapat membaca rasa hampa dalam diri saya melalui riak muka.
“Tak payah pergi Tamar, dengar cakap Datuk kau tu. Kamu tak berapa sihat,” Uda Lamat menyejukkan hati dan perasaan saya. Nasihatnya itu saya terima.
“Sebagai orang Melayu beragama Islam, kita adalah orang yang bertuah dan beruntung di dunia,” Uda Lamat lunjurkan kedua belah kakinya, membayangkan dia mahu bercerita secara serius dan panjang pula.
“Kenapa awak kata macam tu?” Tanya Datuk.
“Apa yang ada pada kita, tidak ada pada orang Jepun, tidak ada pula pada orang Inggeris dan tidak ada pada orang Amerika,” jawab Uda Lamat.
Jawapannya itu tidak menyenangkan diri Datuk. Saya mula merasakan keterangan Uda Lamat itu kebudak-budakan. Sebabnya, pada hemat saya orang-orang Jepun, Perancis, Amerika dan Inggeris satu bangsa yang maju dapat bergerak dan berkembang seiring dengan arus zaman abad kedua puluh. Masakan orang dapat mengikuti atau memiliki dengan apa yang ada pada diri mereka.
“Apa yang tak ada pada mereka tu? Kau nak kata mereka tak berilmu? Tak ada Tuhan, tak ada adat dan budaya, sedangkan mereka menguasai semua bidang dalam dunia ini,” Datuk menyanggah pendapat Uda Lamat.
Dalam hati kecil, saya setuju dengan pendapat Datuk itu. Saya kira Uda Lamat tidak dapat menghujah pendapat Datuk. Uda lamat terus termenung. Agaknya berfikir untuk mencari jawapan.
“Apa yang tak ada pada mereka?” soal Datuk lagi.
“Mereka tak ada IMAN,” jawab Uda Lamat, membuat saya dan Datuk berpandangan sesama sendiri.
-TAMAT-
207. MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : MUNCUL DAN HILANG SEKELIP MATA
KOD#00275094001207
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Din Tarzan tunduk merenung bumi “ Awak rompak saya dekat Changkat Jering.” Tambah Wak Juno.
“Ya,” tidak diduga Din Tarzan yang gagah dan bongkak membuat pengakuan secara terbuka.
“Kau nak duit lagi, nanti saya beri, jangan kacau saya nak cari rezeki cara halal, berapa banyak yang awak mahu?” Muka Wak Juno pucat.
“Saya tak mahu semuanya tu, saya nak minta maaf pada awak tentang perangai saya yang lalu.”
“Saya sudah maafkan, saya halalkan wang yang awak rompak dari saya tu.”
“Ha...”, Din Tarzan terkejut lalu memeluk tubuh Wak Juno.
Kemudian Din Tarzan menangis, meraung dengan sekuat hati. Perbuatannya itu menarik perhatian orang ramai. Kejadian yang menyayat perasaan itu berlaku sekitar lima minit. Orang ramai terpegun dan tidak berkata apa-apa.
“Lupakan perkara yang lalu, bila kamu datang jumpa aku minta maaf, ertinya kamu berusaha untuk membetulkan kesilapan kamu lalu, perbuatan kamu ini semua digerakkan oleh Allah, ini menandakan Allah masih sayangkan kamu,” Wak Juno cuba menenangkan perasaan Din Tarzan.
Pertama Kali, saya dengar Din Tarzan mengucap dua kalimah syahadat dan menyebut nama Allah berkali-kali.
“Saya sekarang mahu jumpa semua orang yang saya aniaya, saya nak minta maaf.” jelas Din Tarzan.
Din Tarzan juga memberitahu pada orang ramai yang berada di situ bahawa sejak akhir-akhir ini, bila sampai waktu sembahyang, dia sering dikunjungi oleh seorang lelaki tua yang mendesak dirinya supaya menunaikan sembahyang dengan segera. Kalau dia berlengah-lengah, orang tua itu akan memukul tubuhnya dengan rotan.
“Pukul satu, pukul tiga pagi dia mengejutkan saya dari tidur, suruh saya bertaubat, dia suruh saya minta ampun pada orang-orang yang saya aniaya,” kata Din Tarzan sambil mengesat air mata yang mengalir di pipinya.
“Kau kenal orangnya?” Tanya saya.
“Tak kenal.”
“Tak apalah, apa yang penting orang itu mengajar kamu supaya menjadi manusia yang baik,” Wak Juno bersuara lembut. Din Tarzan tunduk merenung tanah.
“Orang yang Wak bawa ke hospital dulu, sudah mati.” Din Tarzan membuka rahsia. Saya dan Wak Juno terkejut besar.
“Mana kamu tahu?” Soal saya.
“Orang tua itu beritahu saya, katanya dia membawa Amjal Kamal ke masjid untuk sembahyang. Amjal tak mahu malah dia lari ke arah Bukit Larut, masuk dalam hutan di situ terus berlari-lari di celah-celah batu, akhirnya jatuh ke dalam gaung.” lanjut Din Tarzan. Saya menarik nafas panjang.
Din Tarzan minta maaf untuk kali yang kedua pada Wak Juno. Dia tetap melahirkan hasratnya untuk mencari orang-orang yang pernah dianiayanya untuk memohon maaf. Din Tarzan bersedia menerima sebarang risiko. Rela dituduh atau dimaki hamun.
Saya membatalkan niat saya untuk menemui Najib. Wak Juno saya tinggalkan dan terus kembali ke rumah. Fikiran saya masih berlegar-legar tentang apa yang diceritakan oleh Wak Juno dan Din Tarzan. Saya masih tertanya-tanya apakah orang tua yang ditemui oleh Wak Juno dan Din Tarzan adalah orang tua yang sama. Mungkin orang tua yang mereka temui itu juga orang tua yang saya jumpai. Semuanya berlegar-legar dalam kepala saya.
MENUNG
Saya terus termenung di pangkal pokok manggis. Jaraknya dari rumah kira-kira tiga rantai sahaja. Tempurung kepala masih digayuti persoalan tentang orang tua yang dikisahkan oleh Wak Juno sebentar tadi.
Timbul pertanyaan dalam diri, kenapa kejadian yang tidak masuk di akal, harus terjadi pada saya? Dalam usaha mencari jawapan pertanyaan tersebut, tanpa diduga Agam muncul di depan saya. Dari arah mana dia muncul, sukar untuk dipastikan. Agam hulurkan tangan. Segara saya sambut.
“Aku sekadar nak menumpang lalu saya di sini Tamar. Aku gembira kau sihat.”
“Abang ini dari mana?” Aku segera memanggilnya abang, tanda hormat pada orang yang lebih tua, “singgah dulu, jumpa Datuk dan nenek saya.”
“Tak payahlah, sampaikan salam aku pada Datuk kau, sebut nama aku dia mesti tahu.”
“Betul tak mahu naik?” Agam melepaskan telapak tangan saya yang digenggamnya.
“Betul Tamar, aku tak menentang niat.”
“Niat aku Cuma nak menumpang lalu, bila aku selesai melihat saudaraku yang sakit di hujung kampung,” jelas Agam sambil jari telunjuknya menuding ke arah hutan kecil di pinggir kampung yang tak pernah dikunjungi oleh sesiapa pun.
Orang-orang kampung mendakwa kawasan hutan kecil itu dijaga oleh orang Bunian. Sesiapa yang masuk ke situ pasti sesat sampai berminggu-minggu dan pulang dalam keadaan bodoh.
“Sekejap pun tak boleh?”, desak saya.
“Saya tak boleh melakukan sesuatu yang tidak pernah terniat dalam hati.”
“Begitu.”
“Memang begitu aturan hidup saya,” Agam hulurkan tangan untuk bersalam.
Tiba-tiba darah tersirap, dua tiga kali saya gerakkan kelopak mata. Macam mana tidak terkejut, telapak tangan Agam yang digenggam erat ghaib secara tiba-tiba. Sekujur tubuhnya turut sama hilang. Dahi segera saya tepuk dua tiga kali sambil menarik nafas dalam-dalam.
Gegendang telinga menangkap bunyi telapak kaki orang melangkah di sebelah kanan. Saya toleh ke kanan, apa yang saya lihat ialah dedaun pokok yang bergerak seperti baru dirempuh atau disentuh sesuatu. Ah, tak mengapalah, kenapa perkara sekecil ini harus difikirkan setengah mati, fikir saya. Saya terus duduk di pangkal manggis kembali.
Seronok juga melihat beberapa ekor burung murai melompat direranting. Sesekali dedaun manggis bergoyang-goyang akibat dilompati tupai jantan yang mengejar tupai betina. Bayu yang bertiup membuat kelopak mata terasa berat. Rasa mengantuk mula datang. Dua tiga kali saya tersenguk-senguk dan hampir terlelap.
Antara sedar dengan tidak, saya bagaikan terpandang-pandang batang tubuh orang tua yang diperkatakan oleh Wak Juno. Rasanya, orang tua itu bagaikan berdiri di depan saya. Anehnya, bila saya buka kelopak mata lebar-lebar, bebayang orang tua itu hilang. Perkara itu berlaku berulang kali, akhirnya saya merasa terkhayal. Perasaan saya seperti mengembara ke satu tempat yang amat jauh, merempuh padang, merempuh paya dan hutan belukar. Dalam khayalan yang tidak bertepi itu, saya berhenti di tebing sungai yang airnya mengalir jernih.
“Kau pernah tengok aku?”
Saya segera dongakkan kepala menatap orang tua yang berdiri di depan. Dia senyum sambil menggaru-garu pelipis sebelas kanannya.
“Pernah.” jawab saya.
“Dalam bas. Kemudian kau terkejut melihat aku turun di kawasan hutan tebal.” lanjut orang tua itu.
“Ya.” Saya anggukkan kepala.
“Kemudian kau terus-menerus memikirkan tentang diri aku, bukan begitu hai orang muda?” tanyanya dengan wajah selamba sambil tersenyum.
"Betul.”
“Sekarang sudah berdepan dengan aku. Apa kau masih memikirkan tentang diri aku lagi.?”
Saya terdiam. Susah untuk memberikan sebuah jawapan. Sesungguhnya, orang tua itu tidak jauh bezanya dengan orang-orang tua yang terdapat di kampung saya. Cuma yang peliknya, orang tua di depan saya ini boleh muncul dan hilang dengan tiba-tiba.
“Orang-orang yang bijak tidak mempersoalkan kebesaran Allah tetapi mereka mengaguminya, kerana apa yang dikehendaki oleh Allah itulah yang berlaku. Mana yang tidak dikehendaki oleh Allah pasti tidak akan berlaku,” orang tua itu memberi ceramah pendek, secara tidak langsung mematahkan hasrat saya untuk menyoal dirinya.
“Kau kenal Agam?”, tanyanya.
“Ya,” cepat-cepat saya anggukkan kepala.
“Dunia aku, kampung halaman aku, asal-usulku serupa dengan Agam, sesungguhnya makhluk kamu dan makhluk aku dijadikan oleh Allah untuk menyembah-Nya,” lanjut orang tua itu lagi. Saya tetap setuju dengan kata-katanya itu. Saya bersedia mendengarnya kalau dia mahu melanjutkan percakapan.
MUKA
Perlahan-lahan orang tua itu memalingkan mukanya ke kanan. Dia melihat air yang mengalir dan dedaun yang bergerak disentuh angin. Dia merenung ke arah saya kembali.
“Terlalu banyak yang Allah berikan pada makhluk tetapi terlalu sedikit pula yang makhluk berikan kepada Allah, kau tidak pernah mengucapkan syukur atau berterima kasih pada Allah yang menjadikan angin dan air sungai ,” lanjutnya. Saya menggigit bibir. Saya akui apa yang dikatakannya itu.
“Barangkali, kau tidak berapa senang dengan apa yang aku katakan. Tak apalah, cukup setakat ini saja. Kau pun sudah tahu siapa aku yang sebenarnya. Jangan peningkan kepala kamu memikirkan tentang diri aku,” orang tua itu terus menepuk bahu saya tiga kali berturut-turut. Dia ketawa kecil sambil jari kelengkengnya menggaru hujung pelipis sebelah kiri.
“Apa lagi yang mahu kau tanya padaku?” soalnya, saya terus menelan air liur, sambil terus berfikir tentang pertanyaan yang akan saya ajukan padanya.
“Kata Din Tarzan, Amjal Kamal dah mati, betulkah cakapnya itu.” Saya kira itu pertanyaan yang paling baik untuknya. Orang tua itu termenung sejenak.
“Ya, dia sudah mati,” katanya dengan nada suara yang merendah.
Matanya merenung sayu ke arah pepohon dan air sungai yang mengalir, “Dia mati kerana menyangkakan ilmu dunia yang dituntut itu dapat melawan kekuasaan Allah,” tambahnya dengan tenang.
“Dia melawan awak?”
“Berbudi bahasa sedikit, hormatilah orang tua kerana kamu juga akan tua, bila kamu tak mahu menghormati orang tua, jangan marah bila kamu sudah tua nanti orang muda tidak mahu menghormati kamu.”
“Maafkan saya.”
“Aku lebih tua dari Datuk kamu.”
“Maafkan saya tuk aku,” saya segera menundukkan kepala setelah menyedari kesilapan yang telah saya lakukan. Saya jadi malu pada diri sendiri.
“Dia lari bila aku ajak ke masjid, paling menyakitkan hati bila mengejek-ejek dan mengetawakan aku, bila aku ajak dia sembahyang,” wajah orang tua itu dibalut rasa kesal yang amat sangat.
“Ke mana dia lari?”
“Lari ke arah Bukit Larut, dia tak peduli dengan orang mengejarnya. Sesiapa yang cuba menangkap, semuanya kena tendang.”
“Apa yang dibuatnya ke situ?”
“Dia panjat batu besar lalu berdiri di situ, sepasang tangannya diluruskan ke arah matahari, macam orang menyembah sesuatu. Entah macam mana badannya terlayah jatuh dalam gaung.”
“Kesian,” saya gelengkan kepala.
Orang tua itu meraba pangkal dagunya dua tiga kali. Matanya tetap merenung awan yang berarak lemah di dada langit. Dalam diam-diam saya gambarkan wajah Amjal Kamal dalam kepala. Orang tua itu terus meraba-raba kulit pipi sebelah kanannya.
“Dari tempat tinggi aku lihat tubuhnya terkapar di bumi, tidak bergerak-gerak. Aku segera mendekatinya tetapi....” orang tua itu mengerutkan dahinya.
“Apa yang jadi padanya?” Tergesa-gesa saya menyoal.
“Tubuhnya hilang, apa yang aku lihat ialah kesan darah. Aku yakin dia akan menuntut bela terutama pada orang yang pernah melihat dia berlawan dengan Agam.”
“Ha,” kata saya dengan cemas, “Betul dia mahu menuntut bela?”
“Barangkali begitulah, mengikut andaian aku. Dia akan menuntut bela dalam bentuk lain, kamu harus hati-hati,” lanjut orang tua itu. Saya tergamam. Macam-macam perkara buruk datang bertandang dalam tempurung kepala saya.
“Jangan susah hati,” bahu kanan saya ditepuknya dua kali berturut-turut, “aku nak balik dulu,” sambung orang tua itu.
Kali ini suaranya terdengar sayup-sayup. Bahu kanan saya yang ditepuknya terasa amat sakit. Orang tua yang tadi nampak cukup jelas terus bertukar menjadi samar-samar dan berbalam. Akhirnya terus hilang.
“Astaghfirullahlah,” kata saya sambil menepuk dahi.
Cepat-cepat saya menoleh ke kiri dan ke kanan. Saya yakin, bahawa saya tidak lagi berada dalam dunia khayalan. Saya dongakkan kepala, merenung reranting dan dedaun manggis.
Saya menarik nafas dalam-dalam. Saya puas hati. Apa yang selama ini menjadi tanda-tanda sudah pun terjawab. Apa yang saya ketahui dan saya alai harus diberitahu pada Najib. Kemudian meminta dia merahsiakannya daripada orang ramai. Pada Datuk dan nenek juga perkara ini mesti dirahsiakan, saya membuat keputusan tersendiri.
BANGUN
Sebelum beredar dari bawah pohon manggis, saya terpaksa menggeliat dua tiga kali untuk menghilangkan rasa lenguh-lenguh di sendi pinggang dan di pelipat kaki. Saya memutuskan untuk pulang ke rumah, kalau saya rajin boleh ikut nenek ke ladang.
“Eh Tamar, bagaikan nak mampus aku mencari kamu, rupanya kamu bersenang-senang di sini,” teriak Najb dalam jarak tiga rantai dari saya. Mata saya, tertumpu ke arah seorang anak muda yang memakai baju putih dan berseluar hitam, berdiri di samping Najib.
Setelah puas mengamat-amatinya, saya yakin anak muda itu tidak saya kenali. Dia orang baru, mungkin keluarga Najib atau kenalan rapatnya, fikir saya dalam hati. Najib dan anak muda itu terus melangkah mendekati saya. Dan saya menanti dengan penuh sabar. Dari jauh anak muda yang mengekorinya memberikan senyuman keramahan dan persahabatan untuk saya.
“Ramli Ahmad dari Kota Sarang Semut, Kedah,” Najib memperkenalkannya pada saya.
Segera saya hulurkan tangan. Buat beberapa saat tangan kami bergoncang. “Saya Tamar, saya gembira berkenalan dengan awak, saya harap awak gembira di sini.” kata saya berbudi bahasa.
“Ya, saya juga megah dan gembira kerana berjumpa dengan awak. Najib dah banyak ceritakan tentang diri awak pada saya,” kata-kata Ramli itu amat mengejutkan saya.
Wajah Najib segera saya renungi. Dia senyum lalu menganggukkan kepala. Setuju dengan apa yang diungkapkan oleh Ramli. Hati saya berdebar, mungkin Najib sudah menceritakan sesuatu yang tidak wajar diceritakan pada Ramli. Saya memisahkan diri dengan Ramli lalu mendekati Najib.
“Apa yang kau cakapkan dengannya Jib?”
“Tak ada apa-apa, Cuma aku ceritakan tentang keberanianmu, Tamar.”
“Aku tak percaya.”
“Sumpah, aku tak tipu kamu,” jelas Najib tetapi rasa ragu-ragu terus menyelubungi diri saya.
“Kau ceritakan apa yang kita alami dalam hutan dulu?” Aku mula membuat tuduhan melulu.
“Kau gila, aku tak sebodoh itu. Aku bukannya budak-budak tau!” Herdik Najib. Mukanya mula merah padam.
Bila sudah sampai tahap tersebut, saya tidak berani melemparkan sebarang tuduhan lagi pada diri Najib. Kalau diteruskan, boleh menimbulkan kemarahannya. Saya terus membisu dan membuat kesimpulan Najib memang bercakap benar dengan saya. Ramli terus mendekati kami.
“Ke mana lagi kita nak pergi?” Ramli mengajukan pertanyaan pada Najib. Saya menarik nafas dalam-dalam. Saya harus mengambil kesempatan ini untuk menenangkan perasaan Najib.
“Bagaimana kalau kita melihat jerat pelanduk,” kata saya.
“Boleh juga,” sahut Ramli lalu merenung muka Najib sepupunya. Najib tersenyum lalu merenung ke arah saya. Dia gelengkan kepala.
“Kenapa Najib?” Saya menyoal.
“Tak ada apa-apa tetapi aku keberatan untuk pergi ke dalam hutan lagi, susah aku nak cakapkan pada kamu, Tamar. Tapi aku harap kamu faham kenapa aku tak mahu pergi,” satu penjelasan dari Najib yang jawapannya sudah ada dalam tempurung kepala saya. Dan saya tidak pula mendesak. Perkara itu mati di situ sahaja.
Demi kebaikan dalam persahabatan, saya penuhi permintaan Najb yang mengajak saya minum kopi di warung Pak Mah Noh. Sesungguhnya, minum di warung sama ada minum kopi atau minum minuman dalam botol, bukanlah kegemaran saya. Pesan Datuk, sebaik-baiknya saya mengelakkan diri dari minum di warung, kecuali kalau sudah terdesak.
Di warung Pak Mat Noh, Najib minum kopi, Ramli minum teh dan saya minum air sejuk yang sudah dimasak. Najib memberitahu, sepupunya masih menuntut di salah sebuah sekolah Inggeris di negerinya. Musim cuti dia suka menghabiskan masanya dengan mengembara dalam hutan serta memanjat gunung lalu berkhemah di situ bersama kawan-kawan yang sehaluan dengannya.
“Cuti kali ni, orang tua saya tak benarkan saya pergi masuk hutan atau daki gunung.” Ramli membuka rahsia dirinya.
“Jadi kerana itu kau datang ke mari,” celah saya.
“Ya, memang tepat,” jawabnya ringkas lalu menepuk bahu kanan saya berkali-kali.
Kemesraan dalam keramahan segera terjalin dengan eratnya antara saya dengan Ramli. Banyak pengalaman menarik yang dialaminya ketika mendaki gunung diceritakan pada saya.
Lepas minum di warung Pak Mat Noh, saya dan Najib membawa Ramli ke gelanggang orang belajar silat. Kemudian membawa dia ke rumah Pak Din yang handal membuat wau dan gasing. Akhirnya, kami berkubang di sungai. Bila sudah kecut kulit badan baru berhenti mandi.
Kata Ramli, pengalaman yang diperolehnya bersama saya dan Najib amat menyeronokkan. Saya terpisah dengan Najib dan Ramli. Kami berjanji untuk bertemu pada petang besoknya dengan beberapa rancangan yang menarik.
PULANG
Seminggu Ramli di kampung, saya rasa cukup seronok dan bahagia sekali. Ramli yang tidak dapat memisahkan dirinya dari bercakap dalam loghat Kedah itu, ternyata manusia yang kaya dengan humor. Kadang-kadang dia membuat saya ketawa hingga tidak kering gusi.
Tidak hairanlah, ketika dia mahu berangkat ke Kota Sarang Semut, saya dan Najib seperti keberatan mahu melepaskannya.
“Sebenarnya, aku nak balik minggu depan tapi, orang tua aku dah datang ambil, aku tak boleh buat apa-apa,” katanya pada saya dari tingkap kereta Austin Eight, berwarna hitam milik ayahnya.
“Cuti yang akan datang, dia tak boleh ke mana-mana. Dia mesti menumpukan masa pada pelajaran,” tanpa diduga ayah Ramli yang jadi guru sekolah Melayu di tempatnya memberikan keputusan muktamad. Saya dan Najib berpandangan. Kereta Austin Eight yang membawa Ramli pun bergerak meninggalkan kami.
Beberapa tahun kemudian, saya mendapat tahu Ramli telah melanjutkan pelajarannya ke Jerman Barat, kemudian bekerja di Singapura, di Kedah iaitu di Sungai Petani. Akhir sekali dia berkhidmat dengan MARA di Kuala Lumpur.
Beberapa jam selepas Ramli pulang, saya meninggalkan rumah Najib tetapi hasrat kami untuk pergi ke Alor Setar tetap tidak pudar. Bila sampai ketika dan saat yang baik semuanya akan dilaksanakan.
Kerana hari sudah hampir gelap, saya mengambil jalan dekat untuk pulang ke rumah. Bila saya memilih jalan dekat, ertinya saya terpaksa melalui kawasan getah yang amat luas dan sunyi. Cuma ada sebuah sahaja rumah dalam ladang getah tersebut. Rumah itu sudah lama tidak didiami tetapi, masih ditunggui oleh beberapa ekor anjing.
Pemilik rumah sebuah di tengah ladang itu seorang lelaki India yang berusia sekitar empat puluhan. Dia ditugaskan oleh pemilik ladang tersebut mengawasi pokok getahnya dari ditoreh secara curi pada sebelah petang oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Kira-kira tiga bulan yang lalu, lelaki India itu telah mengamuk, memburu dua orang anak lelakinya yang berusia sekitar 16-17 tahun dari pangkal ladang hingga ke hujung ladang dengan pisau sabit. Dia jadi demikian, kerana kecewa dengan sikap isterinya yang lari dari rumah mengikut lelaki lain.
-TAMAT-
208. PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : PEREMPUAN CANTIK KOYAK KAIN
KOD#00275094001208
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Datuk terus mengangkat kaki kiri. Dengan tangan kiri, dia terus menepuk tapak kaki lima kali berturut-turut. Kucing hitam terus mengiau sekuat hati sambil berdiri di kaki. Mulutnya terbuka luas. Mata merah bagaikan seketul bara api dari kayu bakau.
Perlahan-lahan Datuk menjatuhkan kaki kirinya sambil menahan nafas. Bila dia menghembuskan nafas, tangan kiri terus diluruskan. Sebaik sahaja tapak kaki kiri bertemu dengan batu jalan. Kucing hitam terus menjerit serta melompat separas kepala saya. Kucing hitam terus ghaib.
Sekujur tubuh saya dibasahi peluh. Panas bagaikan menyengat menggigit kulit muka. Mulut Tajuddin dan Maniam terlopong. Muka mereka bertambah pucat. Datuk menatap muka Maniam dan Tajuddin. Deru kenderaan yang lalu di dada jalan raya menyumbat lubang telinga.
Debu-debu dan kenderaan yang bergerak dalam suasana panas amat membosankan. Beberapa orang anggota polis yang bertugas di balai merenung ke arah kami. Ganjil bagi mereka melihat kami bercakap dalam panas yang amat membahang.
“Ular, ularr..” suara itu datang dari arah pasar. Perhatian terus ditumpukan ke arah pasar. Suasana di situ kelihatan kelam-kabut, penjual dan pembeli bertempiaran keluar dari pasar. Mereka berlari tidak tentu arah. Jerit mereka sambung-menyamb
ung.
Dua orang penjual ikan dengan pisau pemotong ikan di tangan, melintasi jalan raya. Sebuah kereta terpaksa melakukan brek kecemasan. Sebuah lori membawa durian yang berada dalam jarak dekat dengan kereta itu, tidak dapat melakukan brek kecemasan. Akibatnya, lori itu terus menyondol punggung kereta.
Pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami kecederaan. Begitu juga dengan pemandu dan kelindan lori yang membawa durian. Suasana menjadi bertambah kacau. Cerita ular muncul dalam pasar terus merebak dengan cepatnya.
Penjual ikan yang selamat dari dilanggar kereta kecil terus masuk ke kawasan depan balai polis. Datuk segera menangkap tangannya. Datuk merampas pisau pemotong ikan darinya. Manakala yang seorang lagi terus lari ke arah belakang pekan. Tidak muncul-muncul lagi.
Mungkin penjual ikan bangsa Cina itu pulang ke rumahnya, fikir saya. Bila saya menoleh ke arah Maniam dan Tajuddin saya dapati mereka sudah pun meninggalkan saya. Mereka lari masuk ke balai polis.
Beberapa orang anggota polis segera pergi ke tempat kejadian. Mereka mengawal keadaan supaya perjalanan kenderaan di jalan raya berjalan dengan lancar. Beberapa orang anggota polis yang tidak bertugas segera mencari kayu dan buluh untuk pergi ke pasar.
“Jangan,” kata Datuk pada anggota polis itu. Mereka patuh dengan cakap Datuk. Sarjan 1000 segera mendapatkan Datuk. Mereka bercakap-cakap sebentar. Sarjan 1000 segera menyuruh anggota-anggota polis yang membawa kayu dan buluh pulang ke balai.
“Macam mana rupanya ular tu?” Tanya Datuk pada penjual ikan yang berasal dari Kedah.
“Hitam besar, sebesar pinang dara, menjilat darah ikan lantai pasar.”
“Kamu tahu dari mana dia datang?”
“Tak tahu, yang saya ingat sebelum tu ada seorang lelaki tua, bau badannya busuk masuk pasar.”
“Apa yang dicarinya?”
“Dia berjalan dalam pasar, bila saya kata ada bau busuk lelaki itu hilang, lima minit kemudian tempat lelaki itu hilang, muncul ular besar, lidahnya menjilat bangkai ikan dan darah.”
“Hummmmmmmmmm...,” Datuk mengeluh pendek.
Sarjan 1000 yang mendengar perbualan antara Datuk dengan penjual ikan itu menggigit bibir. Dahinya terus dikedutkan. Sementara itu kereta dan lori yang berlanggar segera diubahkan ke tepi jalan.
“Mari kita pergi tengok,” Datuk menarik tangan penjual ikan.
“Minta maaf,” penjual ikan itu menolak.
“Tak apalah kalau kamu tak mahu.”
“Saya takut.”
“Tak apa, kamu pergi ke balai,” sebaik sahaja selesai Datuk bercakap, penjual ikan itu terus menuju ke balai polis. Datuk terus bercakap dengan Sarjan 1000. Datuk tidak dapat menerima cadangan dan Sarjan 1000 untuk menembak ular tersebut.
“Kalau tidak dibunuh, ular tu boleh mengancam keselamatan orang ramai,” kata Sarjan 1000.
“Saya tahu Sarjan, kita cari jalan lain.”
“Apa caranya?”
“Begini saja, kita tunggu di sini, awak suruh orang yang ada dua tiga orang tepi jalan ni pulang, jangan suruh mereka tunggu di situ.”
“Baik.”
PULANG
Sarjan segera menyuruh orang-orang itu pulang. Keadaan kembali tenang. Beberapa orang suri rumah yang masuk ke pasar disuruh pulang. Keadaan dalam pasar sunyi sepi. Panas tengah hari kian mencengkam, batu di jalan kelihatan seperti ada air.
“Sekarang awak berdiri di belakang saya dalam jarak sepuluh kaki, Tamar pula berdiri di belakang awak dalam jarak yang sama,” Datuk mengeluarkan perintah pada saya dan Sarjan 1000. Perintah itu segera kami patuhi. Kenderaan kian berkurangan melalui jalan raya di depan pasar.
Datuk terus memeluk tubuh sambil merenung ke arah pasar. Saya lihat sebuah teksi berhenti mengejut di jalan raya. Di depan teksi tersebut kelihatan seekor ular hitam sebesar batang pinang dara, berwarna hitam melintasi jalan raya dalam panas tengah hari yang membahang.
Bila teksi itu bergerak semula, ular hitam sebesar batang pinang dara sudah pun berada di depan Datuk. Ular itu mengelilingi Datuk. Dalam sinar matahari yang keras itu, saya lihat mulut itu mengeluarkan asap nipis.
Datuk angkat kaki kanan, melangkah tiga tapak ke depan. Datuk membuka tangan yang memeluk tubuh dan undur tiga tapak ke belakang akhirnya Datuk membuka silat. Serentak dengan itu terdengar satu ledakan yang kuat macam suara petir. Dari sebelah kanan Datuk memancar cahaya kilat yang memanjang menuju ke arah pucuk kelapa.
Suara ledakan di tengah bandar itu didengar oleh para penduduk beberapa buah kampung sekitar pekan kecil tersebut. Bila ledakan itu berakhir, ular hitam sebesar pinang dara itu terus ghaib.
Saya lihat tubuh Datuk dibasahi peluh. Nafasnya tercungap-cungap. Rumput hijau yang berada tidak jauh dari Datuk nampak hangus. Manakala batu jalan menuju ke balai polis, tempat ular hitam sebesar pinang dara itu bergerak, kelihatan merkah.
Datuk meletakkan hujung jari telunjuknya di hujung dahi. Dari hujung dahi, dia menjatuhkan jarinya perlahan-lahan hingga ke pangkal dagu. Peluh yang disapu oleh jari telunjuk berjatuhan atas dada.
“Masih belum selesai lagi,” rungut Datuk. Sarjan 1000 menarik nafas panjang sambil merenung muka saya dengan seribu macam persoalan.
“Sekarang orang yang berniaga bolehlah pulang ke tempat berniaga,” Datuk beritahu Sarjan 1000. Dan Sarjan 1000 segera menghebahkan perkara itu pada orang-orang yang berada di situ. Sepuluh minit kemudian, pasar ikan dan sayur berdenyut kembali dengan manusia. Mereka seolah-olah lupa dengan apa yang berlaku.
Beberapa orang kampung yang berdekatan, datang ke balai polis. Mereka mahu mengetahui punca ledakan yang mereka dengar. Mereka kecewa, tidak seorang pun anggota polis di balai tersebut dapat memberi penjelasan dengan terperinci.
“Tidak ada sesuatu yang ganjil dan saya sendiri tidak dapat menerangkannya, kalau awak mahu tahu tanyalah pada penjual ikan dan sayur di market,” itulah jawapan yang Datuk berikan pada salah seorang lelaki yang bertanya padanya berhubung dengan perkara aneh itu. Orang yang bertanya menggigit bibir lain meninggalkan Datuk.
Kerana waktu Zuhur sudah tiba, saya dan Datuk menuju ke masjid. Setelah menunaikan fardu Zuhur serta berwirid pendek, kami pun meninggalkan masjid yang letaknya tidak berapa jauh dari Sungai Perak.
Sebabnya saya beranggapan demikian, kerana pakaian lelaki itu bertampung di sana, bertampung di sini, tidak jauh darinya terdapat tongkat dan tempurung.
Datuk berhenti melangkah. Dia terus menyeluk saku bajunya. Bersedia untuk mencampakkan seringgit dua ke dalam tempurung peminta sedekah. Saya sudah masak benar dengan perangai Datuk. Terlalu murah hati dengan peminta sedekah, sanggup berlapar asalkan peminta sedekah diberi wang.
“Berikan padanya” Datuk hulurkan wang kertas lima ringgit pada saya.
“Banyak sangat ni tuk.”
“Berikan saja, jangan banyak cakap,” Datuk membeliakkan biji mata. Saya terkejut dan terus melangkah mendapatkan peminta sedekah.
Bila saya berdiri di depan peminta sedekah, bulu tengkuk saya terus berdiri. Perasaan saya terus berdebar, macam ada sesuatu yang kurang menyenangkan. Saya rasa sepasang mata lelaki itu begitu tajam menyorot tiap langkah saya. Badan saya terus menggeletar.
“Apa lagi yang kau tunggu Tamar,” jerit Datuk.
“Saya takut tuk?”
“Apa yang kamu takutkan, bukankah dia makhluk macam kamu juga.”
“Saya tak mahu tuk,” saya segera berpatah balik ke arah Datuk yang berdiri tidak jauh dan saya.
Tidak saya duga, perbuatan saya itu menimbulkan rasa marah pada Datuk. Dia segera mengheret saya ke arah peminta sedekah di bawah pokok. Sebaik sahaja saya dan Datuk berdiri di depan peminta sedekah tersebut, tanpa diduga peminta sedekah itu segera bangun.
Dia melemparkan tempurung dan tongkatnya arah utara. Perbuatannya itu memang aneh sekali. Saya dan Datuk merenung ke arah kawasan dia melemparkan tongkat dan tempurung. Bila kami merenung kembali ke arahnya. Peminta sedekah itu, sudah tiada lagi di situ. Saya dan Datuk terhidu bau busuk yang amat kuat.
“Sudahlah, kita diperdaya lagi.”
“Siapa yang memperdayakan kita tuk?”
“Nantilah, aku terangkan kemudian.”
“Saya boleh agak orangnya tuk.”
“Sudahlah, jangan nak merepek.”
Nada suara Datuk yang keras itu, membunuh hasrat saya untuk menunjukkan sebarang pertanyaan. Tetapi, otak saya segera memikirkan tentang Kamal. Semua gerak-gerinya timbul dalam kepala. Dua tiga kali, saya menggosok kelopak mata, saya bagaikan terpandang-pandang tubuh Kamal dan kakinya yang tokak wujud di depan saya.
“Berusaha melupakannya, bila kau ingat atau terkenangkan dirinya, dia datang dekat kamu,” kata-kata Datuk itu membuat seluruh bulu roma saya tegak berdiri. Saya tidak berjaya melupakannya, makin kuat saya mahu melupakannya, makin kuat pula ingatan itu berlegar-legar dalam kepala.
Datuk segera mengeluarkan sapu tangan. Muka saya digosoknya dengan sapu tangan dua warna iaitu hitam dan kuning, bentuknya tiga segi. Dua kali muka saya digosok dengan sapu tangan. Kepala saya terasa berdesing sebentar kemudian terasa cukup lapang. Bayang Kamal terus hilang.
MAKAN
Saya dan Datuk singgah di kedai makan, tidak jauh dari tebing sungai. Saya minta nasi dan gulai tempoyak ikan baung. Datuk hanya meminta segelas air sejuk. Sebelum, air itu diteguk Datuk membaca sesuatu.
Sementara menanti saya selesai makan, Datuk terus termenung. Sesekali dia menggaru batang lehernya. Dua orang lelaki yang duduk tidak jauh dan meja kami, bercerita dengan rancaknya tentang buaya putih yang dilihat o1e beberapa penduduk di kampung seberang.
Menurut cerita kedua lelaki itu, buaya putih tersebut muncul di tengah sungai waktu bulan mengambang penuh. Buaya itu mengekor sampan yang digalah oleh orang-orang yang pulang malam dari pekan Parit. Setakat ini belum ada orang yang diganggu oleh buaya putih itu.
Buaya itu sekadar memperlihatkan dirinya sahaja. Bila ada orang memaki hamunnya, buaya putih akan membuka mulutnya luas-luas sambil ekornya memukul air sungai.
“Buaya putih tu, buaya keramat, malam esok orang-orang kampung aku akan mengadakan jamuan untuk buaya putih,” saya menjeling ke arah lelaki yang bercakap itu. Orangnya berbadan kurus, ada misai nipis melintang di bibir. Di dagunya tergantung sejemput janggut. Saya menyebut janggut jenis itu sebagai janggut kambing.
“Buaya putih itu berasal dan manusia, kalau tak dibuat jamuan atau semahan akan mendatangkan bala pada kita,” sambung lelaki itu. Kawannya yang tertonggok di depan anggukkan kepala. Datuk segera mencuit bahu saya. Dia suruh saya makan cepat. Datuk tidak begitu minat mendengar perbualan kedua orang lelaki itu.
Dari cara kedua lelaki itu bercakap (dengan nada suara yang keras), seolah-olah mahu menarik perhatian pelanggan-pelanggan lain yang berada dalam kedai makan. Saya tidak tahu tujuan sebenar kedua-dua orang lelaki itu.
“Bangun,” kata Datuk. Saya anggukkan kepala dan terus bangun. Saya terus menuju ke meja penerima wang. Saya jelaskan bayaran makan dan minuman yang dipesan. Kami tinggalkan kedai makan.
“Memuja dan membuat jamuan tu kerja khurafat, mana ada buaya keramat,” bisik Datuk pada saya.
“Habis buaya itu, buaya apa tuk.”
“Boleh jadi memang ada buaya putih, boleh jadi itu kerja syaitan.”
“Sudahlah, jangan tanya perkara macam tu pada aku Tamar.”
Kerana patuh dengan permintaannya, saya tidak mengajukan sebarang pertanyaan pada Datuk. Kami menuju ke arah stesen minyak. Dan situ kami bergerak menuju ke kedai menjual kain baju. Berdiri di situ menanti bas. Hampir sepuluh minit berdiri bas yang ditunggu tidak juga datang.
“Kita cari teksi Tamar,” kata Datuk.
“Elok juga tu, kalau tak dapat teksi betul, kita baik teksi sapu tuk.”
“Mana-mana pun boleh.”
Saya dan Datuk menuju ke tempat teksi. Nasib kami cukup baik. Malik Cina (kawan Datuk) yang membawa teksi sapu bersedia untuk menghantar saya dan Datuk pulang dengan percuma.
Pada mulanya, Datuk enggan menerima tawaran itu tetapi setelah dipujuk beberapa kali oleh Malik Cina Datuk menerimanya.
Datuk memberitahu saya, sebab kawannya itu dipanggil Malik Cina kerana wajahnya mirip orang Cina serta boleh bercakap bahasa Cina dengan lancar sekali.
“Ini cucu awak,” tanya Malik Cina pada Datuk.
“Ya,” Datuk anggukkan kepala. Malik Cina senyum lalu mempersilakan saya dan Datuk masuk ke keretanya.
“Setahu aku, kamu dulu pindah ke Kelantan, habis macam mana kamu boleh bawa teksi di sini.”
“Betul, itu dulu, malah aku sudah mengambil keputusan nak menetap di Kubang Kerian,” Malik Cina meraba batang lehernya.
“Habis kenapa balik ke sini?”
“Bila anak perempuan sulung aku kahwin, nasib buruk menimpa keluarga kami.”
“Nasib buruk macam mana? Rumah kamu terbakar, harta benda kamu dirampas orang atau kamu dapat menantu orang jahat.”
“Bukan itu,” jawab Malik Cina pendek.
Saya lihat muka Malik Cina gusar. Sesekali dia menarik nafas panjang sambil memandu kereta dengan tenang. Datuk menggigit bibir sambil merenung ke arah pepohon yang tumbuh subur di kaki kiri kanan jalan. Kereta yang dipandu oleh Malik Cina melalui liku jalan yang tajam.
Angin terasa memukul wajah saya. Rambut saya menggerbang tidak tentu arah. Terpaksa disikat dengan rapi tetapi, rambut yang disikat itu mampu bertahan untuk beberapa minit sahaja.
“Menantu kamu tu orang mana?” tanya Datuk.
“Orang Mersing, sama-sama kerja satu pejabat dengan anak perempuan aku.”
“Apa kerjanya?”
“Kedua-duanya kerja di Jabatan Parit dan Tali air,” Malik Cina menjeling Datuk dengan ekor mata.
Datuk mengepal-ngepal kedua belah tangannya. Sesekali meraba hujung mata dengan jari kelingking. Saya sandarkan badan ke kusyen berlagak macam orang kaya. Bergerak ke sana, bergerak ke sini dengan bebas maklumlah duduk seorang diri di belakang.
“Tiga minggu lepas nikah, anak perempuan aku buat perangai, masuk saja waktu asar, dia terus menjerit dan mengoyak pakaiannya hingga hancur. Dah puas aku bawa jumpa doktor pakar jiwa, sakitnya tak juga berubah.”
“Berubat cara kampung kau tak cuba.”
“Sudah, berpuluh pawang dan bomoh yang lari lintang pukang.”
“Kenapa jadi macam tu?”
“Bila dia tengok pawang atau bomoh, sakitnya menjadi jadi kekuatannya macam orang lelaki, tiga orang tak mampu memegangnya, api bara dipijak dan dimakan.” Malik Cina menelan air liur.
Saya tumpukan seluruh perhatian pada cerita yang disampaikan oleh Malik Cina pada Datuk. Menarik tetapi tetap terasa seram. Saya terus menyikat rambut yang menutup dahi. Bila tayar kereta melanggar lopak, badan dan kereta terasa bergegar, bagaikan dinding dan pintu mahu tercabut rasanya maklumlah kereta tua.
"Setelah berfikir panjang, semua tanah dan rumah saya di Kubang Kerian saya jual dan menantu saya pula mengizinkan saya membawa isterinya dengan tujuan nama berubat, dah lima bulan aku menetap di Sungai Siput,” sambung Malik Cina.
“Jauh sungguh kamu cari penumpang sampai ke sini.”
“Pagi tadi, ada orang sewa kereta aku ke Teluk Intan. Dari Teluk Intan, aku dapat penumpang nak ke Parit, supaya jangan pulang kosong aku cari penumpang untuk ke Kuala Kangsar, dari Kuala Kangsar aku cari penumpang untuk ke Sungai Siput, tiba-tiba aku jumpa kamu,” Malik Cina ketawa berdekah-dekah.
“Lepas kamu hantar aku ni, kamu nak cari penumpang lagi?” tanya Datuk.
“Tidak, aku nak terus balik,” jawab Malik Cina.
Malik Cina memberhentikan teksi sapunya di tepi jalan. Datuk hulurkan wang sewa teksi sapu. Malik Cina meno1ak dengan alasan apa yang dilakukan itu sebagai tanda persahabatan. Menurutnya, dia bersyukur kerana dapat berjumpa dengan Datuk. Perjumpaan itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.
“Aku cuma nak minta tolong pada kau satu saja,” suara Malik Cina mendatar masuk ke lubang telinga Datuk.
“Apa dia Malik?”
“Kalau kau ada kenal bomoh atau pawang handal, sila beritahu aku. Aku nak berikhtiar nak ubat anak aku.”
“Tak usahlah, kau berubatlah ke hospital.”
“Aku bukan tak percaya dengan doktor tapi, aku dah berusaha ke arah itu, hasilnya kurang berkesan, aku juga tak percaya pada bomoh dan pawang, banyak bomoh dan pawang menipu tapi, aku mencuba,” Malik Cina menelan air liur.
Datuk termenung panjang. Dia renung muka saya sejenak. Angin petang di bawah sinar matahari yang redup terasa menampar-nampar kulit muka saya. Perlahan-lahan saya menarik nafas dalam-dalam.
Nantilah aku tanya orang-orang kampung kalau ada yang tahu pawang atau bomoh,” Datuk memberikan jawapan. Cepat-cepat Malik Cina menyambar tangan Datuk. Dipegangnya erat-erat. Mukanya kelihatan berseri-seri.
“Aku ingin nak tengok penyakit anak kamu tu Malik?” tambah Datuk.
“Bila, kamu nak datang bagi tahu, biar aku ambil kamu.”
“Tak tentu, boleh jadi dalam minggu depan.”
“Macam tu susahlah.”
“Tak susah, kau lukis rajah ke rumah kamu Malik,”
“Ya, tunggu sekejap,” Malik Cina mengambil sekeping kertas dan pensel dari dalam kereta.
Kemudian Malik Cina melukis rajah jalan ke rumahnya. Setelah siap dilukis kertas itu diserahkan pada Datuk. Datuk meneliti rajah yang dibuat oleh Malik Cina dengan teliti. Datuk anggukkan kepala dua tiga kali.
“Aku tahu, tanah dan rumah yang kamu beli tak jauh dari Kampung Bahagia.”
“Betul, tapi kena lalu Kampung Bahagia dulu baru sampai ke rumah aku, pada hal jaraknya dengan jalan raya Kuala Kangsar - Ipoh tak jauh, kerana tak ada jalan pintas semuanya jauh.”
“Tanah siapa yang kamu beli?”
“Tanah Cina, jangan terkejut bila kamu datang ke rumah aku, kamu melihat anak perempuan aku berpakaian tak senonoh, macam orang separuh bogel dan memaki hamun kamu.”
“Itu perkara biasa,” balas Datuk.
Datuk mempelawa Malik Cina ke rumah untuk menikmati kopi petang. Malik Cina menolak dengan alasan dia mahu pulang segera. Lagi sekali Datuk dan Malik Cina bersalam-salaman. Beberapa saat kemudian teksi sapu milik Malik Cina meninggalkan saya dan Datuk di bibir jalan.
Sampai di rumah Datuk memberitahu saya, umurnya dengan Malik Cina berbeza hampir lapan tahun. Tetapi, Malik Cina nampak lebih tua dari Datuk. Datuk juga memberitahu saya, Abang Malik dikenali maka Suhaimi Jepun, jadi kawan rapat Datuk ketika menuntut ilmu silat.
Tetapi, Suhaimi Jepun mati gantung diri kerana malu isterinya dilarikan oleh orang. Malu dengan peristiwa yang dilakukan oleh abangnya yang bertentangan dengan ajaran agama Islam itu, Malik Cina pindah ke tempat lain. Itulah latar belakang keluarga Malik Cina yang dinyatakan oleh Datuk pada saya.
BERJALAN
Saya terkejut bila Datuk menyatakan dia mahu pergi ke rumah Malik Cina. Saya termenung panjang, padahal semalam Datuk memberitahu Malik Cina dia mahu pergi ke tempat tersebut dalam minggu depan.
“Kenapa mendadak saja tuk nak pergi?”
“Itu soal aku, bukan soal kamu,” tebal rasa kulit muka saya.
“Pukul berapa kita nak pergi tuk.”
“Sekejap lagi, aku mahu sampai ke rumahnya sebelum waktu Asar, kau pergi dulu naik bas,” terkejut lagi saya mendengar kata-kata dari Datuk.
Belum pernah Datuk menyuruh saya pergi ke sesuatu tempat seorang diri. Ke mana-mana kami tetap bersama barang kali Datuk mahu menguji saya? Apakah saya mampu pergi ke mana-mana seorang diri. Cabaran ini mesti dijawab. Saya anak jantan bukannya pondan, timbul azam dalam diri saya.
“Datuk pula macam mana?”
“Itu urusan aku, kamu pergi dulu, nanti aku dekat simpang masuk ke Kampung Bahagia.”
“Baiklah tuk,” balas saya.
Datuk memberikan wang tambang. Dia juga memilih pakaian yang perlu dibawa dan memasukkan ke dalam beg sandang. Nenek tidak dapat berbuat apa-apa.
Saya terpaksa naik bas sendirian. Terasa bosan kerana tidak ada kawan untuk dilawan bercakap. Semuanya saya hadapi dengan perasaan yang tenang dan tabah. Saya beruntung dalam perjalanan itu, saya bertemu dengan seorang pemuda yang sebaya dengan saya. Namanya, Zainuddin dan nama bapanya Ismail.
Saya bertemu dengan Zainuddin di perhentian bas Kuala Kangsar. Dia dalam perjalanan ke Ipoh. Dari Ipoh dia akan meneruskan perjalanannya dengan bas ekspres ke Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur dia naik has untuk ke Melaka menziarahi ayah saudaranya yang bertugas sebagai tentera di Terendak Kem.
Akhirnya saya sampai juga ke simpang masuk ke Kampung Bahagia. Saya tersentak bila melihat Datuk sudah ada di situ. Dia menyambut saya dengan wajah yang manis. Dia bertanya pengalaman saya naik bas. Semuanya saya ceritakan. Bila saya bertanya, bagaimana Datuk boleh berada di situ. Apakah dia naik teksi atau bas? Datuk tidak mahu menjawab.
Bila saya tanya berulang kali, Datuk jadi marah. Dia jegilkan biji mata ke arah saya. Saya dan Datuk terus berjalan kaki melalui kawasan perumahan. Lebih kurang 200 meter mahu sampai ke rumah Malik Cina, kami bertemu dengannya.
"Naik kereta saya, kenapa semalam tak mahu cakap, kalau cakap siang-siang bukankah mudah,” Malik Cina menyatakan rasa kesalnya. Datuk hanya ketawa sahaja sambil masuk ke kereta (teksi sapu).
“Kamu tak cari penumpang hari ni, Malik?”
“Hari ini cuti, semalam dapat lebih.”
“Ini kerja orang malas namanya.”
“Kerja sendiri.”
“Betul cakap kamu, kerja sendiri tak ada siapa yang marah kalau tak buat, kalau tak ada beras di rumah pun orang tak marah,” usik Datuk, serentak kami ketawa.
DADA
Setelah menunaikan sembahyang Asar, Datuk mengajak saya melihat keadaan anak perempuan Malik Cina. Orangnya cantik, berkulit putih, hidung mancung tinggi lampai dengari rambut panjang separas dada. Usianya sekitar dua puluhan. Saya merasa kasihan melihat gadis secantik itu tidur dalam keadaan kakinya dirantai.
Saya dan Datuk kembali ke ruang anjung rumah. Datuk mencungkil rahsia dari Malik Cina. Tanpa berselindung-selindung Malik Cina memberitahu, bila perempuan cantik itu terjaga dari tidur dia akan menjerit, untuk memberhentikan dirinya dari menjerit, terpaksa diberi kain. Kain itu akan dikoyaknya hingga hancur.
“Sekarang ni, saya menggantikan kain itu dengan kertas nampaknya dia dapat menerima kertas tu, saya terpaksa menyediakan lima enam kati kertas sehari, kalau tak diadakan, dia akan menjerit sambil mencubit kulit badannya dan membuka pakaian,” sebaik sahaja Malik Cina habis berkata kami terdengar suara perempuan menjerit. Bulu roma saya terus berdiri.
Malik Cina meninggalkan kami. Dia membuka rantai kaki anak perempuannya. Isteri Malik Cina segera membawa setimbun kertas dan diletakkan di bawah pokok manggis di belakang rumah. Bila rantai kakinya dibuka perempuan cantik itu segera mendapatkan timbunan kertas.
Dia terus mengoyak kertas sesuka hati, ketika itu kalau dibersihkan makanan atau air minuman, semuanya habis dicampakkan ke mana sahaja mengikut sesuka hatinya.
Jiran-jiran yang berdekatan, segera mengerumuni perempuan cantik itu. Mereka merasa terhibur melihat perempuan cantik mengoyak kertas, malah ada yang datang itu membawa kertas dan kain untuk diberikan padanya.
Saya merasa perbuatan jiran-jiran itu sudah keterlaluan, mereka mencari hiburan dari orang yang sedang sakit. Sepatutnya mereka bersimpati dengan penderitaan gadis tersebut.
“Mari Tamar, kita lihat lebih dekat lagi perangainya,” kata Datuk.
“Boleh juga tuk,” balas saya. Kami terus melangkah ke arah pokok manggis. Malik Cina dan isterinya yang ada di situ kelihatan sugul melihat kedatangan kami.
Datuk berhenti di depan gadis cantik. Datuk bertinggung di depannya. Perempuan itu terus mengoyak-ngoyakkan kertas.
-TAMAT-
209. ”ENGKAU SIAPA?”
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : ”ENGKAU SIAPA?”
KARYA : SS
KOD#00275094001209
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca HZONE BLOG, Terima kasih admin, meluluskan cerita saya untuk disiar. Sebenarnya saya juga antara pembaca seperti anda semua, cuma saja nak berkongsi cerita di mana saya rasa ia memang menyeramkan bagi seorang wanita seperti saya yang tak tahu apa-apa. Cerita ni cuma salah satu pengalaman yang saya lalui. ok. Jadi saya perkenalkan nama saya Mira (bukan nama sebenar). perkara ni berlaku ketika saya dan suami saya berpindah ke rumah baru. Rumah ni memang nampak suram sebab penyewa lama duduk entah macam apa, tinggal semua barang begitu saja, sofa rosak, dengan habuk yang penuh, botol air mineral bersepah bau hapak, bau asap rokok, hanya Allah saja tahu keadaan rumah seperti telah lama ditinggalkan sedangkan baru sehari dua.
Jadi, balik kerja jam 6 macam tu, saya pun mengemas sambil dibantu oleh suami, sy mop dalam bilik, suami bersihkan ruang tamu. Tiba giliran saya mop ruang tamu, encik suami pun tinggal nak duduk senang lenang atau membantu apa yang patut. berhenti solat bagai saya tak payah cerita la. bilik utama dah bersih, jadi kami solat dalam tu. Rumah ini ada 3 bilik 2 bilik air dimana kami bersihkan dahulu bilik utama dengan ruang tamu. Kami bekerja balik pun sampai maghrib kekadang ke isyak tak sempat nyempat. Jadi saya kemas bilik utama yang di dalamnya ada tandas. Tandas lagi satu tu saya tak mampu nak tengok sebab encik suami kata kotor sangat.
Dijadikan cerita entah saya tak ingat perbualan apa yang kami bualkan sampaikan saya terasa hati dan cakap sesuatu yang buat encik suami pula terasa hati, jadi kami diam dan buat hal memasing. Biasalah perempuan kan biasa rasa dia je betul (huhuhu), dengan egonya saya lantakkan encik suami yang dok baring dengar lagu nasyid and zikir melalui talian bimbitnya di dalam bilik. Dalam hati angin juga la kan tak tolong angkat air kotoran mop dan ambilkan air bersih untuk bilas mop lantai ruang utama tu.
Bila semua sudah selesai dengan tempat diruang tamu yang telah kering tu, saya hamparkan toto nak baring, ye la sakit pinggang kot dok mop berulang kali dah macam pasir penuh kat lantai je rumah tu, haish. Jadi disebabkan ego tadi yang saya taknak panggil suami baring sama kat sebelah dengan harapan dia datang pujuk dan minta maaf, saya tak sedar dah terlelap.
Tiba-tiba…….
BAMMM!!!
Bunyi macam orang tumbuk dinding rumah bergegar, serius lah. Terkejut dari tidur, tengok encik suami masih tiada di sebelah.
Jadi saya pergi jenguk dia di dalam bilik. Tuptup, dia ada dalam bilik air. Saya tanya dia, abang ok ker? dia hanya pandang saya dan bergerak keluar dari bilik air. Sungguh pandangannya kosong. Tapi dia bergerak keluar menuju ruang tamu.
Masa keluar dari bilik, saya tanya dia berkali-kali. Abang ok ker? sambil memujuk dan minta maaf kononnya. Ni minta maaf betul ye sebab rasa bersalah biarkan dia. Dia masih diam tak bersuara dan terus jalan. saya? teruskan bebelan saya cakap, takkan lah marah sangat sampai abg taknak cakap dengan sayang…lepas tu dia pusing pandang saya. ok yang ini seram sangat sebab dia pandang kosong sangat. (masa menaip ni pun tetibe meremang teringat muka dia waktu tu). Disebabkan saya pun dah tak sedap hati saya panggil nama penuh dia, beberapa kali ya dan dia tak beranjak dari tempat dia berdiri. lepas tu saya kata, tak ape lah, jom kita tido. baru dia bergerak ke toto yang saya bentang di ruang tamu bawah kipas.
Kekawan, dia baring dengan menghempaskan badannya dan meniarap. Ya Allah masa tu saya fikir, dia ni kenapa?…seram tadi tu saya tak layan sebab saya memang susah nak layan takut walaupun sebenarnya takut (huhu).
Dah saya ni pun pujuk lah lagi, cakap lah takkan lah marah sampai tido meniarap dan taknak cakap ngan sayang apa-apa, sayang minta maaflah (saya bebel lah panjang mujuk dengan rasa bersalah sampai encik suami tak nak cakap tak nak pandang kita, kan. sebab masa dia meniarap, muka nya dipalingkan ke arah sebelah bertentang saya, maknanya di tak pandang saya pandang tempat lain la.)
Awak tahu tak dia buat ape? dalam keadaan saya peluk dia pujuk dia, dia boleh pusing kepala dia dan tanya ‘awak siapa’?
Allah….
saya terus bangun duduk tekup muka baca ayat Kursi berulang-ulang. Dengar dia mendengus, saya tengok dicelahan jari, dia dalam posisi merangkak, dengar dia buka baju, buka kaca mata dia. Hanya Allah tahu hati saya dupdap macam mana. disebabkan saya jenis ngaji tak suka laju-laju, jadi masa tu baca ayat Kursi pun tak laju, jadi bacaan elok cuma kekadang bila keseraman melampau, saya pun tak tahu betul ke tak, bila rasa salah ulang balik dari mula. ada juga baca 3Qul tapi rasa tak mampu nak ulang 3Qul, ulang semula ayat Kursi.
Tetibe…..
Bamm,
dia menjatuhkan diri dia ke belakang (kalau tadi tempat tu bahagian kaki dia, dia jatuh kan kepala dia di bahagian kaki, kuat woo. rasa macam pecah jugak kang kepala di ni kang). Dia jatuh terlentang tak sedarkan diri.
dan saya?
Menjeritlah apa lagi, dah la rebah depan saya, dah tu tinggal saya dengan dia je dalam rumah tu, nak minta tolong siapa? saya jerit…ALLAHU AKBAR …terus saya mengundur dalam keadaan duduk melekatlah kat dinding ketakutan.
Dalam otak ni, lantak la jiran fikir ape, nak lari keluar nak kena lalui dia. Otak fikir kang dia bangun tarik kaki macam mana? haaa nampak tak imaginasi tu (huhuhu)
dah tu saya pun dalam keadaan tak bertudung, tentulah tak nak saya keluar, kan.
Saya teringat orang kata, azan kalau keadaan mistik-mistik ni. Ye la orang hilang, azan, rumah baru nak masuk, azan, kan?
Jadi saya azan lah konon sampai dia terjaga. Dia jaga macam takde apa-apa yang berlaku, sambil tanya saya..sayang, kenapa sayang azan. Kemudian dia bangun dan duduk mendekati saya dan tanya berulang ditambah soalan, sayang azan ke iqamat tadi tu? saya yang msih menggigil tak tahu nak jawab ke gelak ke, nak marah ke kan. Dia tanya lagi kenapa abg kat sini, bukan abang kat dalam bilik ke sambil menggosok kepalanya yang sakit. saya masih membisu menggigil ketakutan. Dia panggil saya nama penuh pon saya takut nak jawab, kot tetibe dia berubah lagi cekik saya kan (huhu…nampak tak sendiri menakutkan diri sendiri…adehhh)
Encik suami datang nak peluk sebab tengok saya dah macam ape, saya tepis tangan dia. Dia masih memujuk, sambil cakap klau dengan abang pun sayang takut, macam mana abang nak tenangkan sayang..
Terus saya melenting…cakap senang la, dah la orang sesorang dia jadi macam tu, siapa tak takut. Dia boleh jawab, Allah kan ada. Senang je dia ckap Allah tu ada, kan.
Memang Allah tu ada tapi ketika itu hanya kita je sorang yang mengadap. tak seram ker? haish…dah tak ingat Allah ke apa, fikir apa je jadi kang ngan diri kita hadap mende tu..huhu
lepas tu dia pujuk saya dan ajak tido, rupanya dah 12tengah malam. Kekawan cuba teka apa pulak lepas tu?
ye….lepas tu, mula la drama pindah barang perabot. Saya suruh encik suami baca macam-macam surah. tapi makin berlagu pulak perabot-perabot tu diseretnya. Saya bebel la kat encik suami, encik suami kata abaikan je la, anggap macam tak dengar, benda tu tahu awak takut tu dia kacau. lepas tu benda tu tahu awak layan dia, lagi di suka.
Geram pulak saya, dia senang la tak sampai seminit tido, memang tak la saya biar, saya kejut dia suh baca lagi surah sampai saya yang tertidur…huhuhu
Esoknya encik suami azan dan ajak baca Surah Al-Baqarah. saya baca separuh, dia baca separuh (surah Al-Baqarah kan panjang, jadi bahagi dua baca sejam seorang). Masa baca surah tu letak air botol kat depan kita sebab encik suami kata nak buat pagar rumah.
Lepas selesai semua, kami pun mula cerita apa yang berlaku…
Encik suami kata mungkin dia terlalu beremosi sehingga mudah mende tu masuk. seingat dia, dia dengar lagu (yang ini saya iyakan juga sebab saya dengar, kan) kemudian dia dah tak ingat apa-apa. saya cerita bahagian saya pulak. memasing minta maaf dan encik suami berterima kasih sebab saya tak tinggalkn di walaupun begitu keadaannya. (Dia tak tahu saya punya takut kalau boleh nak rempuh dinding rumah tu bagi pecah untuk larikan diri…huhu…)
Belum lagi habis cerita rumah ni sebenarnya, tapi…ini salah satu pengalaman yang ada yang paling seram saya rasa.
Sekian sahajalah cerita saya. minta maaf kalau kekawan rasa tak best, tak smpai pemahaman cerita. minta maaf sesangat. sekadar berkongsi pengalaman, insyaaAllah.
Pengajaran, jangan terlalu ikut emosi dan jangan suka bersendirian, syaitan sangat suka. jeng..jeng..jeng….jaga-jaga dalam bilik tu…kikikiki
-TAMAT-
210.
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA :
KARYA :
KOD#00275094001210
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
211. DIBANTU LELAKI MISTERI
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : DIBANTU LELAKI MISTERI
KARYA : ASH
KOD#00275094001211
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Hai, bertemu kembali!! Nama aku Ash, dari Pantai Timur… First, aku nak menjawab soalan dulu… Yes! aku lah yg menulis cerita tentang Menangkap 7 Setan.. Kalau korang perasan, ada 2 versi.. 1 versi ringkas dan 1 versi penuh dalam bentuk penceritaan…
Sebenarnya buat pengetahuan korang, versi ringkas ditulis setelah bertahun² kisah ni berlaku.. Manakala versi penuh ditulis keesokan harinya setelah sesi pembersihan dijalankan.. Semasa aku sedang kemaskini henfon sbb nak transfer data, aku jumpa cerita yang aku tulis versi penuh, sbb itu aku submit ke page ni dan mengekalkan word asal tanpa olah balik..
Ceritanya details sebab masih fresh lagi ditulis dan ceritanya bukan tergantung sebenarnya, kalau korang gabungkan 3 cerita, korang akan nampak ending nya…
1. Menangkap 7 Setan versi penuh
2. Berubat arwah ayahku ( menangkap 7 setan versi ringkas)
3. Bermain Aumcak dengan Hantu
Sebenarnya ianya berkait, dan ada yg tnya pasal arwah ayah aku ( nama samaran Haji Daud), dia telah meninggal dunia dalam kiraan 6 bulan selepas itu.. Sudah ketentuan Ilahi.
Ada juga bertanya pasal picit kaki, yang itu aku hanya perhatikan ustaz buat, dan aku tak pasti apa yang dibacakan… so maaf lah ye.. cuba penjelasan tu, ustaz sendiri yang bagitahu tanpa ditanya..
Ada yg komen pasal penat… Yes, memang penat yang melampau… insyaallah kalau korang ada peluang untuk mencuba, cuba dan rasa sendiri penat yang melampau tu camner… Melawan rasa letih dan takut… Memang macam drama, tapi itulah hakikat… Okay, sekarang aku nak bercerita tentang “Dibantu Lelaki Misteri”, ini bukan cerita aku ye.. Ini kisah tentang apa yang berlaku pada member aku minggu lepas.. Biarlah aku tulis dalam bentuk cerita novel lagi sekali…. Teruskan membaca
.
.
Minggu ini giliran Aziz (bukan nama sebenar) bekerja shift malam dan macam biasa, Aziz selalu mengambil OT supaya dia dapat pulang ke rumah awal pagi, waktu semua orang sudah ramai atas jalanan (7 pagi).
Tetapi disebabkan keadaan nya yang agak tidak sihat malam ini, mungkin kerana cuaca di Johor sekarang agak panas terik, Aziz tidak dapat meneruskan OT dan bercadang terus pulang apabila waktu kerjanya tamat.
*Pukul 5 pagi
Setalah berhempas pulas bekerja shift malam sebagai juruteknik di sebuah kilang di kawasan Seelong – Kempas ( lokasi sebenar ), Aziz telah sedia untuk pulang dengan membonceng motor RXZ kesayangannya.
Dengan berbekalkan lampu yang agak malap dari motosikal tunggangannya, Aziz meneruskan perjalanan pulang menghala ke kawasan rumah sewanya di Kg. Sinaran Baru. Dengan keadaan sekeliling yang sunyi sepi, Aziz tetap juga meneruskan perjalanan tanpa sebarang rasa gentar.
Bukan dia tidak takut, tetapi dia baru sahaja bermastautin di Johor dan tidak tahu menahu bahawasanya jalan yang dia akan lalui sekejap lagi amat angker dan telah banyak mengorbankan nyawa. Berita kehilangan nyawa ini pernah tersiar di stesen television beberapa tahun yang lepas dimana sebuah van pekerja ( pekerja dalam anggaran 7 orang), kemalangan dan maut ditempat kejadian.
(rujuk berita :https://youtu.be/_wwHIRjPB04 )
(rujuk ulasan: https://youtu.be/gD5U4D8GMlE )
Dengan berbekalkan jiwa anak muda yang sedang sakit kepala dan demam, perlahan² dia membonceng motor dan tibalah dirinya di lencongan yang dimaksudkan. Awalnya tiada apa yang berlaku, tetapi tiba² motor yang dibonceng beliau m**i sendiri betul² di kawasan lencongan tersebut.
Aziz cuba menghidupkan kembali motornya, tetapi gagal berbuat demikian dan dengan keadaan waktu pagi yang dingin, Aziz menyalakan rokoknya sebatang demi sebatang sambil cuba menahan mana² kenderaan yang lalu kawasan tersebut pada waktu 5 pagi itu.. Yes! Jalan itu agak cerah dengan lampu jalannya yang terang pada lencongan, tetapi itu pun betul² pada lencongan sahaja, lain² kawasan agak gelap kerana banyak pokok besar yang melindungi cahaya dari terus menerjah ke atas jalanraya. Berbalik pada cerita tadi, tiada satu pun kenderaan yang berhenti apabila dia menahan, yang hanya ada, adalah high beam semata² .
“Sungguh pelik, kenapa semua high beam? Ingat aku perompak kah?” bisik Aziz
Aziz mngeluarkan henfon dari kocek dan melihat skrin, jam masih belum lagi pukul 5.30 pagi dan battery henfon nya sekarang agak low dan bila² masa sahaja boleh padam. Kerana sudah agak buntu, Aziz cuba menuntun motornya ke kawasan hadapan sedikit dan tibalah dirinya dihadapan Kilang Venture ( lokasi sebenar ), Aziz tanpa bnyak soal, terus cuba mendapatkan bantuan pak guard ( nepal /Bangladesh) untuk caj fon miliknya kerana dia ingin menelefon rakan² untuk datang membantunya.
Tetapi sayang sekali, pak guard tidak membantunya.. Mungkin kerana risau akan keselamatan dirompak dan sebagainya, Aziz dibiarkan diluar kilang sahaja tanpa dibantu. Kawasan kilang Venture itu agak gelap kerana tiada satu pun cahaya lampu jalan disitu.. Sekiranya pembaca biasa dengan jalan ini, pembaca akan perasan kawasan ini yang mana kilang Venture berada di atas kawasan bukit sedikit selepas lencongan.
Aziz lagi menuntun motornya ke kawasan lencongan kembali, kerana fikirnya kawasan itu cerah dan mungkin akan ada yg akan membantunya kali ini. Setelah diparking motornya betul² di tepi barrier besi tepi jalan, Aziz menyalakan lagi rokoknya.
Dan Tuhan hantar bantuannya. Kali ini seorang pakcik tua yang mukanya agak bersih, entah datang dari mana dengan membonceng motor EX5 menegur Aziz.
” Kenapa ni nak?” tegur Pakcik Tua
Aziz cuba untuk tidak menjawab, kerana lagaknya pakcik itu sangat pelik… Entah datang dari mana, dengan semua lengkap putih; serban putih, jubah putih, janggut pun putih.
Setelah didesak berkali², Aziz mula menjawab.
” Motor m**i la pakcik, saya dah try start, tapi sampai sekarang masih belum hidup.” balas Aziz
“Boleh tak kalau pakcik tolong tunda motor saya ke hadapan?” Kata Aziz lagi sekali sambil menunjukkan ke aras jalan memghala ke Kempas.
“Boleh nak!” Balas pakcik tua
Tanpa banyak soal, mulalah sesi menunda motor dari lencongan tadi ke kawasan hadapan sedikit sehinggalah sampai ke jejantas betul² di hadapan Sekolah Rendah Agama Hidayah ( lokasi sebenar ).
“Nak, berhenti sekejap! Cuba start motor ni, pakcik rasa dah hidup ni.” kata pakcik tua
Aziz tanpa banyak soal,terus start motor dan ajaibnya, motor terus hidup dengan sekali start sahaja. Memang gembiralah hati Aziz sebab dia sudah boleh pulang terus ke rumah dan berehat.
Aziz mulai hendak menoleh ke arah pakcik tadi dan cuba untuk mengucap terima kasih, tetapi ajaibnya lagi sekali, Pakcik Tua tadi serta motor EX5 hilang ghaib. Nah sekarang Aziz yang tiada rasa gentar apa² tadi, terus bermandi peluh!
Dia terus memulas throttle motor dan balik ke rumah sewa kami! Haa ajaib kan?
Memang Misteri pakcik ni… Syaitan atau suatu bentuk pertolongan? Cuba anda rungkaikan… Misteri yang tak terungkap…
p/s: 99% adalah kisah benar dan diceritan kembali dalam bentuk cerita mengikut apa yg si Aziz cerita kat Aku… 1% adalah ayat yang ditambah untuk dijadikan dalam bentuk penceritaan… Anggaplah ini sebagai bacaan malam, jangan terbawa² sangat dlm kehidupan… tq dan jumpa lagi lain kali dlm kisah lain.
-TAMAT-
212. BILA KAK LANG DEMAM
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : BILA KAK LANG DEMAM
KARYA : AIN
KOD#00275094001212
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Assalamualaikum gaiss,memang dah lama aku nak share citer ni tapi masa tak mengizinkan.So dah ada masa ni korang bacalah ye kisah aku ni.Semua cerita yang aku nak share ni bukanlah pengalaman aku sendiri and syukur tak experience lagi and memang mintak simpang malaikat 44 la.(eee tanak do)
Pengenalan ringkas,aku Ain.Masih lagi student.Aku nak share pasai kakak aku,kami panggil dia kak lang.Kak lang ni,bila demam dia jadik lain macam sikit and dia jenis yang lemah semangat.Demam je hijab terbukak and jadik malas nak semayang.Ha baguih la tuh.
Kisah Kak Lang aku ni terbahagi kepada 3 bahagian.
Kisah Pertama
One fine day,dia demam cam biasa.(FYI dia paling selalu demam.Tulahh antibodi tak kuat tu yang lemah longlai gemalai tu)So famili kitorang bila demam memang tido kat bilik parent aku.Time ni dah pukul 1 pagi camtu,aku ada lagi sorang kakak iaitu Kak Cik.Kak Cik ni memang jenis yang tido lambat ntah taktau buat apa kita husnuzon je.Nak dijadikan cerita,Kak Cik aku dengan beraninya pegi intai Kak Lang aku tido.
Parents aku tido atas katil while Kak Lang aku tido kat bawah beralaskan toto je.Yelah takkan nak menyempit celah celah mak ayah aku pulak,kang dia buat perangai tak memasal parent aku kena cekik.So Kak Cik aku bukak sikit je pintu,terus nampak Kak Lang aku tengah elok tido.
Tetiba,berapa detik pastu Kak Lang aku cam tersentak and terus dalam position merangkak, macam harimau nak terkam mangsa.(BTW menipu la kan kalau kata tak nampak dalam gelap,kalau tak nampak tu bukan tak nampak,tu buta namanya)Terus terkedu Kak Cik aku.
Tapi yang buat lutut dia longgar and cam nak tersungkur menyembah bumi lagi bila Kak Lang aku dah start buat bunyik haiwan.Ni sumpah tak lawak eh serius.Mengaum,mengiau me-apa la lagi bermacam bunyik binatang dia buat.(Kak Cik aku time cerita kat kami pasal ni katanya terfeeling kat zoo pulak,bengong kan)
Belum sempat Kak Cik aku nak merasa terkaman Kak Lang,ayah aku dah simbah air Yassin kat muka dia.(Memang standby tepi katil takut jadik camni)Dalam keadaan dah basah ngan air suci tu mak ayah aku pun tenangkan kakak aku and baca apa yang patut.
And esoknya Kak Cik aku kena marah.Sape suruh skodeng orang,padan muka.
Kisah Kedua
Dia demam lagi.Tapi selang sebulan ke apa ke takdelah setiap hari.Time ni Kak Lang aku tak tido kat bilik parent aku,dia tido bilik dia.Tengah elok happy je dia tido,tetiba ada satu makhluk intai dia.Ya,Kak Cik aku.Siot kan?Mesti korang expect cik ponti ke apa kan?Tulah Kak Cik aku ni,keje asyik skodeng orang je ha pegilah flying kick Kak Cik aku,aku izinkan.
Macam kisah pertama,lepas je Kak Cik aku intai,terus Kak Lang aku pandang dia sambil jerit.Pandang macam nampak sesuatu,and jerit yang macam cite hantu tu yang cam boleh kasi pecah gelas.Terus Kak Cik aku tak intai tapi Kak Lang still jerit lagi.Berdesup mak aku masuk bilik nak tenangkan Kak Lang.Seblum mak masuk,mak bagi jelingan maut kat Kak Cik katanya.Rasanya tahap jelingan maut mak tu lagi menyeramkan dari Kak Lang.
Masuk je mak aku,tengok2 Kak Lang tunjuk kat kipas siling pulak,sambil menjerit.Ah sudah ada benda bergayut ke???
Esoknya,bila dah kebah demam tu kami pun ramai ramai pakat interview apa yang Kak Lang nampak time tu,katanya dia nampak yang intai tu bukan Kak Cik tapi cik ponti,tu yang dia jerit tu.Pasal kipas tu pulak dia kata tak ingat.Aduuu spoil lah baru nak mintak nombor ekor.Gurau gurau HAHAH
Kisah Ketiga
FYI,untuk aku yang ni paling creepy and psycho.Time ni parents aku kuar dating.Ok tipu,takkanlah anak tengah demam kat umah nak bersuka ria pulak kan.Ntahla pergi mana,aku tak ingat.Ha pastu Kak Lang aku pun tidolah ngan Kak Cik.Jangan risau,kalini dia tak intai.LOL
So dua orang ni pon menyempit la atas katil single.Kan aku dah bagitau Kak Cik ni suka tido lewat kan,rupanya dia main fon layan insta,twitter dan apps lain yang melalaikan.Well,typical remaja jaman now.Main fon sorok dalam selimut,while Kak Lang diam je tak bergerak kat seblah,menghadap dinding.
Kak Cik aku ingat Kak Lang ni dah tido,tetiba dia pusing menghadap Kak Cik sambil main touch touch Kak Cik punya fon.FYI,fon Kak Cik jenama Motorola.Yang lipat tutup tu.Ha taktau rajin rajinla search google ye.So Kak Cik aku pelik la budak ni dah terencat ke main touch touch fon motorola?
Tapi yang makin creepynya,tetiba Kak Lang dah start gelak gelak macam bebudak sambil main dia punya jari.Macam dalam dunia sendiri.Kalau aku kat tempat Kak Cik,Allahuu dah basah tilam rasanya.So Kak Cik time tu takdelah bebal sangat,dah sedar ada something wrong dia pon bacalah Auzubillah pastu tiup kat Kak Lang.
Tau apa jadi?Tak janganla expect tetiba Kak Lang melekat kat dinding ke apa cam Maria Munafiq tu.Dia just jadi camni,tadi gelak kan?Tetiba jadi”HAHAHA HA HA HIHI HI HAAAAAAAA~~~~”Tetiba gelak cam orang histeria tu tukar jadi nangis mendayu dayu macam kena tinggal pakwe.
Kak Cik aku punya gelabah,terus lompat dari katil kuar dari bilik,and alhamdulillah sangat sebab time tu jugak mak ayah aku balik.Rasa cam nak buat sujud syukur tengah tengah karpet tu.
Ok sekian daripada aku,
Terima kasih sebab sudi membaca,
Maaf kalau cerita ni tak berapa nak best.
-TAMAT-
213. MAKCIK BERKEMBAN
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : MAKCIK BERKEMBAN
KARYA : EDI
KOD#00275094001213
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Selepas peristiwa terserempak ‘ Kembar Kak Ti ’ tu, mak langsung tak bagi aku dengan Kak Ti keluar malam. Kecuali time aku nak pi masjid. Tu pun kena pi dengan ayah atau dengan kawan-kawan. Mak cukup risau pasai dia tau anak-anak dia ni mata belum elok. Ayah pun dah cuba rawat tapi belum pulih.
2 tahun kemudian, aku dah besar sikit. Orang Penang kata dah baliaq(akil baligh). Akai makin jenuh kata orang tua-tua. Bila mencecah usia macam tu, macam-macam benda hang nak try.
Semua budak macam tu termasuklah aku. Sepanjang 2 tahun lepas peristiwa tu, tidak berlaku apa-apa yang mistik dalam hidup aku.
Kehidupan berjalan seperti biasa. Pagi pi sekolah, balik sekolah pi mengaji, balik mengaji pi main kat padang. Malam pi masjid kena mengaji lagi. Balik masjid terbongkang tidur. Hari cuti pi main sungguh-sungguh sampai tak reti nak balik rumah.
Pi terjun ayaq acaq (parit), pi mengai ikan, pi hambat ayam, tangkap ikan puyu, sama macam budak-budak lain. Dulu-dulu mana ada gadjet. Gadjet yang paling best ialah senapang kayu ikat getah guna peluru buah ceri. Kena tengah belakang mau melaung hang mengalahkan bilal masjid. Pendek kata kehidupan aku di kampung masa tu sangat tenteram, tiada benda pelik-pelik yang berlaku dalam 2 tahun tu. Sehinggalah di suatu malam….abang Long ajak aku keluar malam. Sebab nak pi sambut abang Ngah aku yang dalam perjalanan balik dari asrama.
Kebetulan malam tu ayah aku tak ada. Macam biasa, ayah sama ada ke laut atau kemana-mana aku tak ingat dah. Jadi tiada yang lebih hero tamil dalam rumah tu melainkan abang Long aku. Waktu dia ajak aku tu, jam dah menghampiri tengah malam.
Abang Ngah aku ni, dia balik dari asrama guna bas lompat-lompat. Kalau sekarang ni bas Rapid lah. Perjalanan dari tempat abang Ngah belajar menuju ke terminal bas kat kampung aku ni ambil masa 2 jam ja. Tapi entah apa jadah dia balik lewat malam tu, tengah malam baru sampai.
Sebelum bertolak balik, dia telefon rumah dan minta kami tunggu kat simpang masuk kampung pada sekian-sekian jam. Banyak barang katanya, maklumlah cuti hujung tahun. Dari terminal bas ke rumah aku pula ambil masa 45 minit berjalan kaki.
Kena menyusur jalan kampung, lalu tepi ladang kelapa dan rumah-rumah penduduk yang jarang-jarang kedudukannya. Cering bulu roma la juga sementara nak sampai rumah. Kalau siang hari ada beca yang boleh disewa dari terminal ke rumah. Tapi bila dah malam ni…menapak la hang.
Aku yang dah mabuk ayam nak lena malam tu terkulat-kulat bila abang Long kejutkan aku.
“Edii…mangkit(bangun). Jom pi ambik Angah.” Kata abang Long sambil menghinggut-hinggut tubuh aku yang sedang tidur terlentang depan tv hitam putih. Aku gosok-gosok mata kepeningan.
“Ok..” Sebagai adik yang menurut perintah, tu je aku boleh cakap walaupun dalam hati agak memberontak. Aku pun ke dapur, basuh muka dan ready kat pintu rumah.
“Hang naik honda merah, abang naik RXS” Kata abang Long sambil menjuihkan bibirnya pada basikal chopper warna merah yang tersandar kat dinding rumah. RXS pula merujuk kepada basikal tua kesayangannya berjenama Raleigh. Dulu mana ada motor. Boleh dok berangan gitu je lah.
Kami pun sama-sama menekan paddle membelah kegelapan malam Kampung Bagan, menuju ke jalan besar. Aku ingat lagi. Malam tu aku pakai baju tidur hadiah dari salah seorang kakak aku sebab result periksa aku bagus. Baju tidur dibaginya. Lengkap baju dengan seluar dan ada corak buaya. Abang Long pula macam biasa, kain sarung dengan t-shirt pagoda zaman berzaman yang jarang aku nampak dia basuh.
Suasana hening dan dingin kampung menemani perjalanan kami menuju ke kepala simpang. Jalan kampung berlopak-lopak kesan hujan lebat petang tadi. Sekali sekala terdengar anjing sahut menyahut dari kejauhan. Aku kayuh di depan, abang Long ikut di belakang.
“Hang kayuh laju sikit Edi…satgi Angah sampai jenuh melangut dia kat depan simpang” Kata abang Long. Aku pun tekan laju sikit sambil cilok mencilok mengelak lopak di jalan. Limpahan lampu dinamo terang menyuluhi jalan di depan.
Ketika melewati ladang kelapa, kami kayuh beriringan. Abang Long kayuh tepi aku sebab jalan situ agak luas. Laju je kami kayuh kat jalan tu, sebabnya….di tengah-tengah ladang tu ada sebuah rumah ladang yang dah terbiar kosong. Nampak macam usang menanti rebah ke bumi. Walaupun rumah tu tak pernah kacau orang, tapi fikiran budak-budak ni hampa tau la kan. Suka pikiaq benda pelik-pelik.
“Edi…hang tengok rumah tu. Takut tak takut tak..?? Tersentap aku yang tengah control minda bila abang Long sound macam tu. Jibake time macam ni nak buat lawak seram. Tetapi bila dia cakap macam tu secara automatik kepala aku pun pusing ke arah rumah tu. Dengan sedikit bantuan cahaya bulan yang tak berapa mengambang, boleh nampak rumah tu berdiri senget, keseorangan, kesepian dan bagai memandang kami berdua macam nak telan. Bumbung atapnya banyak yang dah gugur ke tanah. Dinding depannya dah terpelohong, hanya tinggal daun pintu yang tertutup rapat bagai tidak mengalu-alukan kedatangan tetamu.
Aku cuma diam dan pekakkan telinga takmau layan. Mata kembali fokus ke jalan di depan takut terlanggar lopak.
Lepas 15 minit kayuh, kami pun tiba di simpang masuk kampung…dan abang Ngah masih belum tiba di situ. Kami berdua pun tongkat basikal dan duduk menunggu atas tembok parit di tepi jalan. Dah tak ada apa nak buat, aku dengan abang Long pun sembang kosong. Tentang member kampung, tentang ayah, tentang mak. Paling lama sembang tentang program cuti sekolah. Nak mengai ikan, nak terjun parit, nak ngorat Leha anak Pak Latip jiran belakang rumah.
Lepas setengah jam baru nampak kelibat abang Ngah jalan menyenget sambil usung beg sekolah dengan barang-barang asrama dia. Antara yang paling aku tak boleh lupa…timba (baldi) pun dia usung bawa balik. Dalam tu penuh dengan sabun mandi, sabun basuh baju, syampu dan apa lagi entah.
“Ni hang nak pindah sekolah ka apa? Semua usung balik.” Ujar abang Long menyapa adik dia yang berbeza umur hanya setahun.
“Taaaak! Ni semua kalau tinggai, tahun depan masuk sekolah semua ghaib. Tak pasai-pasai ayah kena beli lain.” Kata abang Ngah sambil menghulurkan timba tu kat aku.
“La ni mai aku bawa timba tu dengan beg baju. Hang pikoi(pikul) beg lagi satu. Edi mai naik dengan aku. Angah kayuh honda.” Kata abang Long menyusun strategi untuk kami balik ke rumah. Sebenarnya bila dia kata “mai aku bawa baldi dengan beg ”, tu maksudnya aku yang kena pikul dua benda tu sebab aku duduk belakang. Dia kerja kayuh ja. Dah setting elok, kami pun kayuh kembali menyelusuri jalan tadi untuk pulang ke rumah.
Abang Long kayuh kat depan dengan aku membonceng RXS dia tu. Angah follow belakang dengan chopper. Sakan depa berborak menyanyi-nyanyi sebab cuti sekolah dah tiba. Aku tersengguk-sengguk akibat mengantuk yang amat sangat. Kejap tersenget ke kiri kejap tersenget ke kanan.
“Edi….mengantuk ka?” Tanya abang Long. Aku jawab pendek..
“Hmmmm…”
‘Prrreeetttttttttt…..preettt pett’
Kuangajaaaaaaqqq….selamba dia kentut kat muka aku 3 das. Bedebah betul.
“Bagi cerah mata sikit. Sat lagi hang terlentang kat belakang” Katanya lagi. Jadah sungguh.
Abang Long aku ni memang dah popular sebagai anak paling huru-hara dalam rumah. Ada saja benda pelik-pelik dia nak buat. Yang paling aku ingat, bila dia bakar sabut nyok kat seluruh penjuru rumah sebab stock ubat nyamuk dah habis. Berkelun (berkepul) asap sampai ke rumah jiran. Mak aku hambat dia dengan pelepah pisang, mencicit lari tak cukup tanah.
Setelah beberapa minit kayuh, kami pun tiba di kawasan ladang kelapa. Aku yang kena kentut tang muka tadi ni terus berasa segar bugar dan buka mata luas-luas. Dalam kegelapan malam tu aku memerhati seluruh kawasan ladang. Benda yang paling menangkap mata aku dah tentu lah rumah kosong tadi. Lama aku perhatikan rumah tu sambil membayangkan ada setan jenglot keluar kot pintu. Tapi bila ada bertiga dengan abang-abang aku ni tak la berasa seram sangat.
Abang-abang aku masih berborak kosong. Adakalanya depa main tampar menampar bila kayuh beriringan. Mata aku masih liar memerhati keadaan sekeliling. Suasana sunyi sepi. Hanya terdengar bunyi rantai basikal kami sedang berpusing dan gelak tawa abang-abang aku. Rasa mengantuk aku kembali datang perlahan-lahan. Bila nak sampai rumah ni? Dan mata aku pun terkatup rapat dengan kepala tersandar kat belakang abang Long.
Belum sempat aku nak lena dengan nyenyak, mata aku terbuntang kembali bila basikal masuk lopak. Terasa sengal kat telur. Jilake. Kayuhan abang Long tiba-tiba jadi agak laju diekori abang Ngah kat belakang. Kali ni depa tak borak macam tadi,masing-masing memberi tumpuan kat jalan di depan. Aku yang duduk di belakang dengan baldi dengan beg lagi jenuh dok ejas buntut bila terlanggar lopak. Sambil tu mata aku masih melilau melihat kiri kanan. Dan aku mula sedar sesuatu yang pelik.
Sejak dari tadi kami masih berada dalam kawasan ladang kelapa. Sepatutnya dah lama keluar dari sini. Ladang ni bukan luas sangat pun. Tapi aku diam ja. Sehinggalah sekali lagi aku ternampak rumah kosong tadi. Aik? Rumah ni ada dua buah ka? Rasanya tadi dah lintas. Aku mamai ka tadi ni? Abang Long terus rancak menekan paddle. Bunyi nafas turun naik menyergah ke telinga aku. Abang Ngah aku pun ikut rapat kat belakang. Depa ni tengah race ka apa?
Perjalanan kami malam tu tiba-tiba jadi panjang dan jauh. Sepatutnya 20 minit dah sampai rumah tapi ini dah lebih. Dah la aku nak terkencing ni. Dalam dok menahan kencing tu sekali lagi aku nampak benda yang sama belah kiri aku. RUMAH KOSONG!! Langsung bulu roma di lengan aku tegak terpacak bagai daun semalu.
“Long…kita lalu depan rumah tu lagi la Long…” Ujar aku yang semakin tak senang duduk di belakang.
“Tau…mau relax dah.” Jawab abang Long dalam tercungap-cungap mengayuh basikal. Dia suruh aku relax tapi gaya macam dia yang menggelabah.
“Bila nak sampai ni? Kita sesat ka Long?” Tanya aku lagi.
“Kalau sesat, kita tak lalu sini. Jalan ni betoi dah. Mana ada jalan lain balik rumah” Kata abang Ngah yang sedang cucuk rapat belakang basikal abang Long.
“Aku nak terkencing ni Long” Ujar aku minta simpati dengan harapan depa berhenti sekejap tepi jalan.
“Alahai dia ni. Time emergency macam ni la nak kencing pun. Time tidoq nak berak, time kayuh nak kencing” Abang Long mula beletiaq kat aku.
“Nak ka cek kencing dalam seluaq?” Aku bagi final reminder. Kalau tak berhenti juga aku kencing ja dalam seluar. Nanti sampai rumah hampa jawab dengan mak.
“Ha laah haa laaaahhh….berenti sat. Cepat sikit. Jangan dok berak pulak kat sini.” Kata abang Long sambil perlahankan basikal.
Aku pun cepat-cepat turun, letak baldi atas tanah dan tanpa berlengah terus pancut kat tunggul pokok kelapa yang dah m**i. Terketar-ketar lutut aku menahan kencing sejak dari tadi. Dan nak dijadikan cerita, kencing aku jadi lama pula kali ni. Keluar macam air terjun Lata Hijau. Macam takmau berhenti.
“Ya Allaaaaaahhh…..kencing apa ni Edi lama sangat woiii? Hang langgah minyak tanah ka siang tadi?” Bebel abang Ngah. Depa ni kan…..aku terajang satgi.
“Sat laaaa dia dok keluaq lagi ni…takmau stop” Jawab aku terketar-ketar sambil pejamkan mata. Takut nak tengok suasana gelap di depan.
Dah siap, aku pun langkah sikit ke kiri dan cari daun nak buat istinjak. Sebaik aku panggungkan kepala, mata aku terpaku pada satu kelibat tubuh perempuan tua memakai kain batik berkemban sedang membelakangi aku, berdiri sebelah pokok kelapa selang dua tiga pokok dari tempat aku berdiri. Waktu tu juga aku berasa macam nak terkencing lagi sekali. Kaki aku bagai kena gam kat tanah. Terketar tapi melekat.
Perempuan tu hanya berdiri tanpa bergerak sedikit pun. Aku terus berdoa supaya dia tak kalih tengok aku yang belum sempat beristinjak ni.
Aku pun berpaling kearah abang-abang aku yang sedang menunggu atas basikal. Haram….basikal kosong tidak bertuan. Rupanya depa dua pun turun kencing, tapi kat arah seberang jalan membelakangi aku. Dan bila aku pusing balik ke depan, perempuan tu dah tak ada kat tempat tadi. Tetapi dia berubah tempat selang sepokok ja dari tempat aku berdiri. Makin hampir. Cuma tubuhnya saja sama macam tadi, berdiri membelakangi aku. Hampa tau tak, tak pernah lagi dalam sejarah aku lari dalam kampung dengan seluar terlondeh ke lutut. Dan malam tu sejarah tercipta.
Tanpa pedulikan abang-abang aku yang masih tengah kencing kat belakang…..zaaaaaaaasssssssss!!!! Kelepek kelepek kelepek kelepek kelepek kelepek…….
Bunyi selipar aku memecah keheningan malam meninggalkan abang-abang aku dalam kegelapan. Masa tu aku tak peduli dah tentang abang aku, tentang seluar yang dah melurut ke tumit. 2 kali aku tersembam ke tanah sebab kaki tersangkut seluar.
“Wooiiii Ediiiiii….hang nak pi manaaaaa???” Jerit abang Ngah dari kejauhan.
“Hantu baaaannnnnggggg…..hantu kembaaaaaaannnn!!!” Teriak aku setelah tersembam buat kali ketiga. Lutut dan siku terasa pedih akibat tersagat tanah.
“Tuuuuuuu….tepi ampaaa tuuuu…!!!!!”
Abang Long yang sedang betulkan kain sarung terus celapak naik atas basikal tuanya. Abang Ngah pula terhoyong hayang menolak basikal chopper.
“Lariiiiiii…..lari kaaaiihhhhhh!!” Teriak abang Long. Aku pun bingkas bangun, pasang seluar dan buka langkah seribu. Kalau pelesit ajak race masa ni confirm dia kalah bertiang-tiang.
“Woi naik belakang…naik belakang kaih” Abang Long menarik lengan aku yang masih berlumba dalam kegelapan. Terus aku lompat naik belakang abang Long. Lagi sekali aku berasa sengal ya amat bila p******g singgah di besi carrier.
“Adddoooooooiiiiiii……” Melolong aku sambil memeluk erat pinggang abang Long.
“Kayuh Ngah kayuh…..aku nampak gak tadi. Dia ada celah pokok tu.” Ujar abang Long pada abang Ngah yang pucat lesi kat tepi. Kami bertiga memang tak cukup nyawa dah malam tu.
“Aku tak nampak pun. Hampa jangan melawak time macam ni woiii…” Balas abang Ngah melelong-lelong menekan paddle.
“Tobat aku nampak masa hang dok keriau kat Edi. Nak melawak apanyaaaa!!” Kata bang Long lagi demi nak meyakinkan bang Ngah.
Tak sampai 10 minit, kami tiba di halaman rumah. Pintu rumah berkunci.
‘Dumm dummm duummmmm….’
Bergegar pintu rumah bila abang Ngah ketuk pintu tu. Siap tendang-tendang guna lutut.
“Assalamualaikum …..maaaaaaakkkkkkkkkk! Tolong bukak pintu maaaaaaaaaaaaakkk!!!” Jerit dia terlolong-lolong memanggil mak.
“Maaaaaaaaaaaaakkkkkkk……bukak pintu maaaaaaaakkk!!” Abang Long pula melalak.
‘Dummm dummm dummm dummmm dummmm’
Mau reban pintu rumah macam ni. Aku masih duduk melekat atas pelantar basikal. Tak boleh nak bergerak. Rasa bagai kena welding kat besi pelantar tu.
“Waalaikumussalammm…..haa sampai dah! Pi melilau mana punya lama mak tunggu..” Pintu pun dibuka dan wajah mak aku yang suci murni muncul menyambut kami bertiga.
“Yaaaaa Rabbbbiiiii……..hang buang tebiat apa Along hooiiii. Kain hang mana? Yang balik bogey ni pasai pa?” Jerit mak aku dengan muka terpinga-pinga. Dari tadi aku dah perasan kain abang Long terlondeh masa dia lompat atas basikal, tapi aku tak mampu nak gelak sebab tengah panik dan sakit di kelangkang aku tak abis lagi ni.
“Kaaaaaahhhhkahkahkahkahkahkahkah….setan curi kain dia mak!!. Kohhhkohkohkohkohkohhhhh…!!!” Abang Ngah aku gelak terbahak-bahak sambil menekan perut. Dajey sungguh.
Aku pula yang dari tadi nak turun dari basikal tak boleh-boleh. Rasa macam betul-betul kena gam dan pedih di kelangkang.
“Maaakkkk….tak boleh turun ni. Sakiitttt!!!” Air mata aku dah keluar waktu aku minta tolong mak.
“Hat ni pasai pa plak? Ya Allah…anak-anaaaakk!” Mak pun datang menghampiri aku. Abang Long dah masuk ke dalam ambilkan kain ganti. Dah macam toyol hitam aku tengok dia berlari masuk ke rumah. Mak cuba tarik aku turun dari basikal.
“Adddooooiiii….sakit maaaaaakkkk!!!” Lagi sekali aku melolong. Abang ngah pun datang nak tolong sama. Abang Long yang dah pakai kain turut keluar nak membantu. Dia jenguk-jenguk ke bawah pelantar basikal.
“Kaaaaaahhhhhhh kahkahkahkah…..hahahahahahaha…..kahkahkahkahakahkaaaahhhhhh!!!” Tiba-tiba abang Long gelak berdekah-dekah macam kena rasuk setan.
“Angahhh…. Hang tengok tu…kaaahhhkahhkkaaahhkkkaaaahhh” Ujarnya menekan-nekan perut kesukaan. Jadah….pasaipa depa ni? Aku tengah sakit kot. Angah pun tunduk ke bawah pelantar, nak tengok tempat yang abang Long tunjuk.
“Kaaaaahhhhhhkahkahkahkahkahkahkahkah….” Abang Ngah pula berdekah gelak sampai terguling-guling menepuk tanah. Hareeeyyy dua orang sekali kena rasuk. Aku dan mak masih bingung tak tahu punca.
“Maaaaakkkk!!! Teloq dia tersepit kat besi mak…kaaaaahhhhkahkahkahkahkah! Teloq dia maaaakkk!! Teloq kena kapit maaaaakkk!!Kah kahkahkahkahkahkahkah!! Teriak abang Long aku dalam ketawa yang semakin galak sambil menepuk dahi. Mak aku pun jenguk ke bawah pelantar. Confirm, telur anak dia tersepit celah tu….dan aku takmau gambarkan macam mana mak aku puya gelak malam tu. Sadiss….kejam!!
“Abih tu nak buat macam mana ni? Takkan nak tunggu ayah balik? Seksa adik ampa macam tu.” Tanya mak pada abang-abang aku dalam nada suara ak menahan gelak.
“Senang ja tu mak. Kami besa kena dah hahahahahahahaha!!” Jawab abang Ngah
“Tu la hang…lenkali pi mana-mana pun pakai la spenda. Apparaaaa….” Kata abang Long sambil keluar bawa playar. Lepas dicabut spring pada besi pelantar, aku pun turung mengengkang-ngenkang masuk ke rumah dipimpin mak aku. Pedih siot. Mujur tak kemek…
Lepas dah disapu ubat ke lutut dan lain-lain tempat yang luka, kami bertiga duduk berbincang dalam bilik.
“Tadi tu kita kena sakat. Dia bagi kita sesat. Lepaih tu dia tunjuk yang dia ada situ.” Kata abang Long sambil membetulkan tilam tempat tidur kami.
“Yang berpusing tempat sama tu aku perasan. Tapi yang hantu kemban tu aku tak nampak.” Ujar abang Ngah.
“Aku nampak…dia berdiri celah pokok depan Edi dok kencing. Tu la jin . Ampa jangan dok meronda kat situ time magrib. Satgi sesat. Dia kidnap ampa buat gulai” Kata abang Long lagi.
Aku yang sejak dari tadi belum hilang pedih terus membungkam sepi kat tengah tempat tidur. Abang Long ambil kipas mengkuang dan kipaskan aku sampai terlena diulit mimpi. Demam!
Esoknya, lepas subuh ayah sampai di rumah sambil usung baldi kaler merah yang tertulis nama abang Ngah.
“Angah….ni Angah punya kan? Awat pi tinggai kat pokok nyok tu?”
-TAMAT-
214. HANTU RAYA IBU
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : HANTU RAYA IBU
KARYA : SOPHIA
KOD#00275094001214
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Assalamualaikum buat warga pembaca HZONE BLOG. Terima Kasih buat admin jika kisah aku ini dapat disiarkan. Kisah ini tidaklah begitu menyeramkan namun cukup menyedarkan aku dan keluarga. Aku lebih suka dikenali sebagai Sophia ( bukan nama sebenar ). Disini aku jelaskan terlebih dahulu, aku mempunyai 4 orang adik beradik. 2 abang, aku dan adik lelaki. Ya, hanya aku puteri didalam keluarga.
Abah kandung aku meninggal sewaktu aku berumur 8tahun dan semenjak itu ibu berusaha keras menanggung kami adik beradik. Pagi bekerja sebagai guru, petang menjadi guru agama dan malam pula mengajar anak-anak kecil mengaji. Disebabkan ibu sibuk, kami adik beradik kurang rapat dengan ibu dan banyak habiskan masa di rumah arwah tokwan serta ibu saudara yang lain.
Seingat aku, kisah terjadi sejak aku berumur 12 tahun, dimana ibu banyak mengamuk seperti bukan ibu yang aku kenali. Dia juga sering mengadu badannya sakit serta kakinya terasa berat.Pernah sekali aku tidur bersama ibu, aku ditindih. Mata aku terbuka tapi badan aku tak boleh bergerak.
Tangan aku cuba capai ibu kat sebelah namun yang menakutkan lagi bila badan ibu menjadi hitam. Tidak seperti seorang manusia. Aku cuba membaca semua surah yang aku ingat tapi akhirnya aku tertidur. Ibu pernah kuatkan diri berjumpa ustaz dan dia menjerit jerit. Tu bukan ibu.
Suaranya berubah-ubah. Ustaz minta aku bawa ibu balik ke rumah arwah tokwan. Sejak dari itu ibu banyak dirasuk. Kami sekeluarga banyak habiskan masa dirumah arwah tokwan sebab risau jika ibu dirasuk, tiada sesiapa yang akan menolong kami dirumah. Gangguan masih menjadi jadi apabila ibu sering memarahi aku kerana tidak menyahut panggilannya ketika aku keluar dari tandas padahal aku syok baring dalam bilik lepak dengan abang-abang. Habistu siapa yang keluar dari tandas? Kami sering nampak seperti ada orang yang sedang berjalan dibelakang tapi masing-masing mendiamkan diri.
Sewaktu umurku 13tahun ,aku pulang dari asrama dan melihat ramai orang dirumah. Rupanya ibu bakal berkahwin pada malam itu namun didiamkan sebab takut aku tidak bersetuju. Siapalah aku untuk menghalang kerana ayah tiri kami sangat baik. Sejak ibu dan ayah berkahwin, ibu mudah sakit seperti sakit badan, batuk yang lama dan kadang-kadang ibu bermimpi perkara yang buruk. Sejak itu juga, kami adik beradik banyak menjauhkan diri dari ibu kerana tidak selesa dengan ayah tiri. Pernah abang aku yang sulung bergaduh dengan ibu dan dia keluar melalui tingkap pada pukul 1pagi.
Abang aku yang kedua pun mengikutinya dari belakang tapi sewaktu dia keluar dari tingkap, ada satu benda tengah sujud warna hitam berbulu sambil bertanya, ” Apa kau buat dekat ibu kau?” . Yes, benda tu bercakap.
Lepas kejadian tu abang yang kedua demam dan banyak diganggu. Dia pernah bersilat diluar rumah masa waktu hujan. Bersilat pakai parang okay. Aku pernahlah tidur kat ruang tamu sebab panas kat dalam bilik. Tepat pukul 3pagi, abang kedua aku bangun then buka pintu rumah tepuk tangan siap cakap, ” Meh lah masuk.. Jangan takut ..” Weh aku seram time tu terus call ibu yang kat dalam bilik. Abang aku banyak masuk balai polis tau sebab dia benci tengok ibu ayah then dia ambil barang tajam macam nak b***h ibu ayah. Tiap-tiap malam dia ambil tali pinggang dan pukul dinding macam nak lepaskan marah kat ibu ayah.
Bila dia dah pergi berubat, barulah dia mengadu dia asyik nampak kepala bergolek dalam rumah, nampak ada kepala dalam kereta dekat seat, asyik dengar orang berbisik dekat telinga. Ustaz cakap sebenarnya ibu terkena gangguan hantu raya, dimana ada lelaki yang pernah minat tu hantar untuk berada dirumah serta berada disebelah ibu. Area rumah yang kami tinggal sekarang adalah kawasan parit dulu. Banyak orang yang buang benda tak betul dalam tu so punca rumah tu jadi makin keras. Abang kedua pula jadi macam tu sebab dia lemah semangat.
Aku pula pernah diganggu di asrama dimana dia tidur disebelah dan aku ditolak dari katil double decker bahagian atas tu okay. Jatuh pulak atas baldi sampai pecah baldi tu, tapi yang pelik badan aku takde lebam takde apa. Aku naik je katil tu tengok ada orang berbungkus dengan selimut, m**i-m**i ingat member rupanya benda lain. Bangun pagi esok baru member bagitahu nampak ada benda hitam tidur sekali dengan aku. Kadang-kadng dia kacau meyerupai aku sampai adik junior asrama pun takut nak tegur sebab tak tahu aku ni yang betul atau klon.
Banyak tempat ibu pergi berubat tapi gangguan masih sama sampai ada banyak ustaz lari dan menolak untuk mengubati ibu kerana pernah terjadi ustaz baru je bertolak nak ke rumah kami tapi tayarnya dipecahkan diluar rumah serta dia diganggu dengan teruk. Ibu masih lagi dalam proses rawatan dan abang kedua pula sudah semakin sihat. Kami adik beradik masih lagi nampak penampakan dirumah dan kami hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan bagi keluarga kami.
Terima kasih kepada para pembaca.
-TAMAT-
215. MENDENGAR CERITA HANTU
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : MENDENGAR CERITA HANTU
KARYA : RYKA
KOD#00275094001215
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Hi Admin dan warga theHORRORZONE ,aku dah jadi pembaca cerita-cerita yang dikongsikan dalam HZONE BLOG ni dari pertengahan tahun 2018.
Bukan HZONE BLOG je yang aku layan, ada macam-macam lagi page cerita hantu termasuklah di youtube yang aku akan khatamkan setiap hari sebelum tidur.
Nak dijadikan cerita, pada tanggal 17 januari 2019 aku berbaring di atas katil.Waktu tu jarum jam yang pendek dah tunjuk ke arah 11 dan yang panjang dah tunjuk ke arah 10.Tak lama lagi masuklah pukul 12 tu.
Aku buka laptop lalu ikon youtube aku tekan, aku cari video terbaru dari satu akaun dalam youtube ni.Tak perlu aku beritahu akaun apa sebab aku rasa ramai yang dah tahu.
Aku tekan video terbaru yang berkisahkan tentang komplikasi kisah kehidupan pelajar yang duduk di dalam sebuah asrama sehinggalah satu ketika mereka diganggu sesuatu.
Aku tekan butang play lalu aku pakai headset dan selesakan badan di atas katil, telefon bimbit aku yang terletak di atas meja lampu aku capai dan aku mula mengeledah whatsapp group aku.
Bunyi dari sound effects video yang aku mainkan tadi memang menyeramkan sekali pada malam ini, rasa macam betul-betul pula…terasa seperti aku memang berada dalam kalangan pelajar tu.
Berdetum detam bunyi sound effects tu, bunyi derapan tapak kaki yang berlari dan ada yang menjerit dengan diikuti bunyi perempuan menangis sayu jelas kedengaran pada corong headset aku.
Dalam 6 minit kemudian semua bunyi tu terhenti secara tiba-tiba.Dalam hati aku terdetik ‘ oh mungkin dah habis kot. ‘ padahal sewaktu aku tekan play video tu berdurasi 21 minit.
Aku pandang skrin laptop aku,ternganga kejap aku bila tengok skrin tu masih menunjukkan simbol bulatan yang berpusing-pusing tanda benda tu masih surfing.Aku tengok di bahagian Wi-Fi rupa-rupanya sambungan dah terputus.Aku syak mak aku yang tutup Wi-Fi tu.
Video tu langsung tak bermula lagi, video tu masih load pada 00.00.Habis tu…yang aku dengar tadi tu semua apa pula kalau video masih tak bermula?
Aku dah mula takut, rasa tak sedap hati dan seperti ada orang yang sedang memerhati aku.Aku arahkan kaki untuk berlari keluar dari bilik tapi rasa takut lebih kuat sampaikan aku tak berani nak bangun dan turun dari katil.
Betullah yang ibu tu ialah superwoman,tiba-tiba ibu aku buka pintu bilik aku dan mula berleter tengok aku tak tidur lagi padahal esok nak kena bangun pagi pergi sekolah.Aku pelajar tingkatan 5 buat pengetahuan pembaca.
Ibu kata ” dah pukul 12 ni angah, tak tahu nak tidur ke? Esok susah nak bangun pula. ”
Aku cepat-cepat turun dari katil dan menerpa ibu.
” ibu hari ni angah nak tidur dengan ibu eh, takutlah. ”
Ibu aku pasang muka pelik tengok aku.Lepastu dia menggelengkan kepala.
” ni mesti tengok cerita hantu kan? Dah takut lah ni? Ha padanlah muka kamu.. Orang cakap tak…” tiba-tiba ayat ibu terhenti disitu.
Aku pandang mata ibu, aku nampak ibu tengah tengok ke arah katil aku.
” dah…pergi masuk bilik ibu, tidur cepat…nanti ayah balik kau tak tidur lagi, habislah kau kena dengan dia. ” ibu tolak bahu aku perlahan menuju ke bilik ibu yang hanya terletak di sebelah bilik aku.
Ibu tutup pintu bilik dia lalu ibu mengucap panjang sambil usap dada dia sendiri.
” kenapa ibu?. ” soal aku.
” tak ada apa, dah tidur cepat. ”
Pada 18 januari 2019.
Balik je dari sekolah aku terus ke dapur,ambil air lalu aku tarik kerusi dan duduk.
Ibu yang sibuk memasak aku pandang sekejap.Dari sekolah tadi aku asyik terfikir kenapa ibu terkejut malam tadi.Tak puas hati selagi tak tahu. Jadi aku mula buka mulut.
” ibu malam tadi kenapa ibu mengucap bagai?. ”
Ibu pandang aku sekilas sebelum dia pandang lauk dalam kuali dia semula.
” lain kali tak payah dah tengok, baca ke apa benda-benda macam tu lagi…kamu asyik dengar benda macam tu, benda tu fikir kamu panggil dia tahu tak?. ”
Air yang aku minum terasa kesat bak minum pasir je bila dengar kata-kata ibu.
” ibu nampak apa?. ” aku menyoal lagi.
Ibu matikan api dapur gas tu lalu dia duduk disebelah aku.
” semalam ibu nampak ada perempuan rambut panjang tak nampak muka baju penuh dengan tanah merah duduk peluk lutut dekat tepi katil kamu.”
Ah sudah!
” ni ayah keluar pergi rumah tok imam nak minta dia tengokkan bilik kamu tu…kejap lagi sampailah tu.”
Dalam jam 5 petang,tok imam dan ayah aku sampai. Aku duduk dekat luar, dari balik sekolah tadi sampai sekarang tak berani nak masuk bilik.
Tok imam tu pandang aku sekilas sebelum ayah tunjukkan bilik aku.
Aku memerhati.
Ibu dengan ayah pula membuntuti tok imam tu masuk ke dalam bilik aku.
Aku tak nampak sebab ibu dengan ayah menghalang pandangan aku.Tapi aku dapat dengar suara tok imam tu bagikan sedang memarahi ‘sesuatu’.
Tak sampai 20 minit lepas tu,mereka bertiga keluar dari bilik aku dan biarkan pintu terbuka.
Tok imam tu pandang aku lalu kuntum senyum.
” kamu tau? Dia nak berkawan dengan kamu…dia kata kamu suka dia. ”
Fuh kus semangat aku dengar kata-kata tok imam tu.
” ayah kamu kata kamu suka berjaga lewat malam baca cerita hantu ye?.”
Aku mengangguk perlahan.
” itulah sebabnya…waktu malam ni waktu mereka, kamu pula pergi tengok benda-benda macam tu,lepas ni nak baca ke apa tak ada masalah tapi jangan baca selepas 10 malam lagi.Takut dia nak duduk dengan kamu pula….dia ada kacau kamu tak selama ni?
Dan aku pun ceritakanlah apa yang terjadi malam tadi…
Sejak dari tu aku memang insaf.Tapi tak sepenuhnyalah,aku masih dengar dan baca cerita hantu.Tapi aku pegang nasihat tok imam tu untuk tak baca di waktu ‘mereka’lagi dah.
Ini kisah benar yang aku lalui dua bulan lepas dari tarikh aku hantar cerita ni pada HZONE BLOG. Kalau HZONE sudi post cerita ni aku ucapkan ribuan terima kasih.Semoga menjadi pengarajan kepada korang semua!
-TAMAT-
216. CINTA M**I
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : CINTA M**I
KARYA : DEEFEN
KOD#00275094001216
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
“Faris, petang nanti habis kerja teman Sufiya pi beli barang kat hypermarket boleh?”
“Faris… Sufiya nak minta tolong boleh? Tolong transfer jap duit kat seller jual baju. Baju tu cantik sangat tapi duit gaji Sufiya dah tinggal ciput. Sufiya pinjam duit Faris dulu boleh?”
“Sufiya teringin nak makan ais kepal milo. Tengah viral makanan tu. Faris tolong belikan boleh? Sufiya nak buat overtime, tak sempat la nak keluar beli. Boleh laa…”
“Hello Faris. Tolong Sufiya, Faris. Sufiya takut. Kereta Sufiya rosak on the way balik ke kampung ni. Jalan gelap sangat ni Faris. Please Faris… Cepat datang.”
“Faris… Esok pagi tolong ambil Sufiya kat rumah boleh? Petang ni Sufiya nak hantar kereta ke bengkel. So, esok Sufiya takda kereta nak datang kerja. Tumpang? Hehehe.”
“Faris, ambil Sufiya kat mall. Nak balik. Sufiya gaduh dengan Zaiful.”
FARIS
Aku berkerja di sebuah syarikat insurans sebagai seorang akauntan. Sudah hampir tiga tahun aku bekerja di sini. Ini merupakan syarikat pertama dan satu-satunya syarikat aku bekerja selepas tamat pengajian degree di universiti.
Aku agak gembira bekerja di sini. Suasana kerja yang baik. Bos yang memahami. Rakan sekerja yang sekepala. Dan yang paling penting, aku bekerja satu pejabat dengan Nur Sufiya.
Setiap kali aku menyebut nama Nur Sufiya, pasti hati aku terasa berbunga-bunga. Kadangkala berdebar pun ada. Bermacam perasaan dalam diri aku bila memikirkan tentang dia. Kelakarkan?
Sufiya, pada pandangan mataku dia seorang yang cantik dan bersifat lembut; juga penyayang. Namun dalam kelembutan dan sifat penyayangnya, dia sangat tegas tatkala mempertahankan sesuatu isu. Kadangkala dia boleh jadi keras kepala. Kuat merajuk pun satu hal. Tapi aku rela je. Tak susah pun nak pujuk dia.
Aku dengan Sufiya dah kenal agak lama. Sejak mula belajar diploma lagi. Kami sama-sama sekelas sepanjang diploma. Manakala semasa pengajian degree, kami berbeza kelas.
Aku tak nafikan yang aku ada menaruh perasaan sayang pada Sufiya sejak hari pertama aku memandangnya.
Aku sanggup lakukan apa sahaja demi Sufiya. Aku tak kisah bersusah payah. Apa sahaja yang diminta olehnya, aku pasti usahakan. Walaupun akhirnya aku sendiri yang terpaksa menanggung kepayahan, terpaksa mengikat perut. Aku lakukan semuanya kerana kasih dan sayang aku padanya.
Namun perasaan sayang dan cinta itu tak pernah aku luahkan kepadanya. Kerana apa? Kerana dia sudah mempunyai teman lelaki. Teman lelaki yang sudah dikenalinya sejak dari zaman persekolahan lagi. Zaiful; lelaki inilah yang menjadi teman lelakinya sehingga sekarang.
Walaupun begitu, aku tetap menyimpan hasrat yang suatu hari nanti aku akan memilikinya sebagai teman hidup yang sah. Aku berjanji yang aku akan temaninya sehingga hujung nyawa aku…
“Faris tak nak keluar lunch ke?” tanya Sufiya ketika dia datang ke tempat aku untuk mengajak aku keluar makan tengahari.
“Emmm… Tak nak la,” jawab aku ringkas.
“Kenapa ni Faris? Tak selera? Tak sihat? Tak larat?” Bertubi-tubi soalan Sufiya ditujukan pada aku.
“Sakit kepala la.”
“Laaa yeke. Dah letak minyak?”
“Belum.”
“Jap lagi Sufiya ambilkan. Takpa la, nanti Sufiya tolong bungkuskan makanan untuk Faris ye.”
“Terima kasih Sufiya.”
Kadangkala aku sengaja membuat seperti tak sihat. Sakit kepalalah; nak demamlah; sakit kakilah, macam-macam lagilah. Aku sekadar nakkan perhatian dari Sufiya saja. Bukan sakit betul sangat pun. Sengaja nak uji yang dia betul ambil berat tentang aku atau tidak. Mengada-ngadakan aku ni?
Sejujurnya aku kurang bersetuju Sufiya berkawan dengan Zaiful. Seringkali Sufiya diabaikan lelaki tersebut. Bila perlu, baru lelaki tersebut datang berjumpa dia. Bila tak perlu, dibiarkan Sufiya terkontang-kanting. Apa sahaja kesusahan Sufiya, Zaiful kadangkala sahaja akan bantu. Selalunya akulah yang dihubunginya bila dia dalam kesusahan.
Zaiful ini boleh tahan juga playboy. Sudah beberapa kali Sufiya mengadu padaku yang Zaiful pernah kantoi dengannya. Gambar perempuan lain dalam telefon bimbit, bergayut berjam-jam, panggilan video dan perbualan Whatsapp dengan perempuan lain.
Tapi setiap kali mereka bergaduh, pasti Zaiful akan nafikan perkara itu. Menurutnya, itu semua hanya kawan biasa. No special feeling. Cintanya hanya pasal Sufiya seorang. Dia tak boleh hidup tanpa Sufiya. Akhirnya Sufiya pun termakan pujuk rayu Zaiful. Begitulah mereka selama ini. Gaduh, baik, gaduh, baik.
Sebenarnya aku pun dah naik muak mendengar cerita tentang pujuk rayu Zaiful. Apa jadah video call dengan perempuan lain, borak setiap hari dalam chat, tapi…tiada perasaan? Sangat kelakar jawapan Zaiful.
Pernah juga dua kali aku terserempak Zaiful bersama perempuan lain. Namun aku diamkan saja dari pengetahuan Sufiya.
Kadangkala lebam tangannya dicengkam kuat oleh Zaiful ketika mereka bergaduh. Matanya usah ditanyalah, seminggu sekali pasti akan kelihatan sembap akibat banyak menangis. Sedih aku melihat keadaan Sufiya sebegitu. Rasa mahu ditempeleng sahaja si Zaiful sampai tersidai di tepi longkang.
Aku pun tak faham kenapa Sufiya masih mahu kekal bersama Zaiful walaupun bermacam-macam dah Zaiful lakukan padanya. Sufiya layak dapat lelaki yang lebih baik…
NUR SUFIYA
Fikiran aku sering berkecamuk memikirkan masalah hidup. Aku semakin rasakan yang aku telah semakin ditelan oleh masalah-masalah yang menyelubungi hidupku. Sekarang ini kadangkala aku seperti terdengar suatu suara yang menyuruh aku melakukan sesuatu. Apakah aku berfikir terlalu berlebihan?
Aku selalu memikirkan masalah kesihatan ibu yang sejak dua tahun kebelakangan ini semakin merosot. Seminggu dua kali perlu ke hospital yang terletak agak jauh dari rumah. Wang yang banyak perlu dipakai. Ayah pula sudah terlalu tua untuk berkerja. Namun sesekali ayah tetap mengambil upah memotong rumput dengan mesin rumput uzurnya.
Adik lelaki aku pula tak boleh diharap. Tak bekerja. Asyik memberontak, membawa masalah ke rumah dan sering meminta duit. Sekarang sudah mula terjebak dengan najis dadah. Aku stress.
Di tempat kerja, aku tertekan dengan penyelia. Dia sering memberi kerja yang terlalu banyak dan rumit. Jika lambat siap, pasti aku dimarahi. Ada sahaja kesalahan aku yang dicarinya. Hari-hari aku terpaksa membuat kerja lebih masa. Aku tertekan.
Manakala Zaiful pula sering mengabaikan aku. Aku sayangkan dia, tapi bila aku perlukannya, dia seringkali hilang atau membuat seolah-olah aku seperti tidak wujud. Aku perlukannya sebagai tempat untuk meluahkan perasaan. Untuk berkongsi masalah. Untuk menenangkan aku ketika aku jatuh. Aku rasa down sangat.
Zaiful juga sering meminta wang daripada aku. Sudahlah aku perlu mengirim wang ke kampung untuk membeli ubat emak dan menyara kehidupan mereka, Zaiful pula langsung tidak membantu. Entah ke mana duit gajinya pergi. Sejak dari di universiti lagi Zaiful berperangai begitu sehingga membuatkan aku tertanya-tanya, adakah Zaiful betul-betul sayangkan aku. Aku serabut.
Tapi aku ada seorang teman. Teman yang terlalu baik. Dia sering membantu aku ketika kesusahan. Menemani aku ketika aku tertekan. Mendengar segala masalah aku. Mengangkat aku kembali ketika aku berasa sudah hilang upaya untuk berdiri. Faris namanya. Aku tenang bersamanya.
Aku tahu dia menyimpan perasaan padaku. Aku boleh nampak daripada pandangan matanya. Aku boleh rasakan perasaan sayangnya padaku. Apa sahaja yang dilakukannya untukku langsung tak pernah diminta balasan walau sekelumit.
Dia terlalu baik. Hatinya tulus. Terlalu baik sehinggakan aku takut aku menyakitinya. Dan aku juga tidak mahu orang lain melukainya. Sesiapa yang memilikinya pasti beruntung.
Ada sahaja gadis yang mahu mendekati Faris. Tapi dia selalu menolak. Bukan sekali, rasanya sudah hampir 10 kali dia menolak. Bila aku tanya mengapa, jawapan yang sama sahaja aku perolehi iaitu ‘aku dah ada orang yang aku sayang’.
Bila aku tanya siapa, mana gambar? Dia hanya tersenyum dan menjawab nantilah dia tunjuk. Sejak dari zaman kami belajar sehingga sudah bekerja sekarang, itulah sahaja jawapannya.
Tak dinafikan yang aku juga cemburu setiap kali ada gadis yang cuba mendekati Faris. Cemburu tandanya apa? Tandanya sayang. Ya, aku juga ada perasaan sayang pada Faris. Perasaan sayang itu timbul semasa kami hampir tamat belajar degree.
Aku terpesona dengan susah payah Faris membantu aku belajar semasa peperiksaan akhir. Bukan tak pernah dia bantu aku sebelum itu, tapi detik itu membuka sedikit ruang hatiku untuknya bertapak.
Tetapi, sayang aku kepada Zaiful begitu menebal. Sudah banyak susah senang yang aku lalui bersama Zaiful sejak dari zaman persekolahan. Aku sudah terbiasa dengannya. Aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpanya di sisi. Walaupun dia kadangkala menyakiti tubuh aku, tapi aku selalu berdoa yang dia akan berubah.
“Sufiya tahu kan yang bos kita buka cawangan baru kat selatan?” Faris mendekati aku sambil meletakkan secawan coklat panas di atas meja kerja aku. Namun mataku tetap tak berubah daripada merenung skrin komputer sambil jari-jemari menekan papan kekunci. Setiap petang jika aku membuat overtime, Faris pasti membancuh air untukku. Aku senang dengan keadaan itu.
“Tahu. Kenapa?” Pendek jawapan dan soalan aku.
“Saja la tanya. Ingatkan Sufiya tak tahu.”
“Orang tahu la. Satu office ni dah tahu.. Hehe.”
Pejabat mulai kosong dengan staf yang berkemas balik setelah tamat waktu pejabat. Hari Jumaat sebegini semua berkejar hendak balik awal. Tinggal aku sajalah bekerja di sini dan selalunya ditemani Faris ketika aku membuat overtime. Faris sering melepak di ruangan rehat sambil bermain game dan melayari Facebook sehingga aku siapkan kerja.
“Ada satu lagi Faris nak bagitahu. Tapi yang ni satu office pun tak tahu lagi. Sufiya je yang tahu.”
“Apa tu? Okay saspen…” Aku sudah berhenti menaip. Kerusi diputar menghadap Faris. Wajah Faris menguntum senyuman manis padaku seperti selalu. Ahhh… Bibirmu itu selalu mencairkan hatiku.
“Haa apadia Faris?”
Faris mendekatkan bibirnya pada telingaku. Aku memejamkan mata dan seraya itu Faris berbisik.
“Faris naik pangkat. Dua tangga sekaligus.”
“Wah!” Terlepas jeritan daripada kerongkongku sehingga mengundang renungan beberapa mata staf yang sedang berkemas.
“Sorry sorry semua! Teruskan kemas ye. Selamat pulang. Bye! Bye!” Menggelabah aku cuba selindungkan malu. Faris tergelak kecil melihat telatahku.
“Taknak ucap tahniah kat Faris ke? Hehehe.”
“Tahniah Encik Faris. Hahahaha bongok! Bulan depan eh naik pangkat?”
“Ye. Tapi ada syarat.”
“Syarat apa?”
“Faris kena transfer ke cawangan baru, baru dapat naik pangkat tu. Kat sini position pangkat tu dah penuh diisi.” Wajah Faris berubah. Nampak sedikit sedih.
Aku terdiam. Fikiranku kosong. Walaupun aku gembira Faris dinaikkan pangkat, namun untuk berjauhan dengannnya membuatkan aku bakal kehilangan teman rapat.
“Faris setuju?”
“Faris terima… Walaupun berat hati. Ahad ni lapor diri. Ada lagi 2 hari nak siapkan barang.”
“Cepatnya. Emmm… Errr… Baguslah macam tu. Demi kerjaya Faris juga kan.” Aku cuba menguntum senyum yang kurasakan pasti kelihatan kelat.
“Tapi… Faris rasa berat hati…”
“Berat hati kenapa?”
Faris terdiam seketika. Dia menunduk memandang ke lantai.
“Faris berat hati nak tinggalkan Sufiya. Nanti tak ada orang nak tengok-tengokkan Sufiya.”
Hatiku tersentuh. Dadaku sesak. Tekak terasa perit. Tanganku genggam kuat. Aku cuba mengawal perasaan.
“Faris… Faris nak tinggalkan Sufiya?” Aku tak mampu membendung lagi apa yang ada di dalam fikiranku. Sejujurnya aku tak sanggup Faris pergi meninggalkanku. Mungkin aku kedengaran seperti mementingkan diri.
“Faris pergi pun demi Sufiya. Demi kebahagiaan Sufiya.”
Aku dapat melihat mata Faris mulai merah dan berkilau dengan air mata.
“Demi kebahagiaan Sufiya?”
“Ya… Dua minggu lepaskan Sufiya bagitahu yang Zaiful berjanji nak datang meminang Sufiya hujung tahun ini. Sufiya pun cerita yang sekarang ni korang tengah berusaha membaiki hubungan korang,” perlahan-lahan tutur kata Faris mengatur ayat.
“Tapi Faris… Jangan tinggalkan Sufiya. Sufiya tak sanggup kehilangan Faris. Sufiya nak Faris sentiasa di sisi bila Sufiya perlukan Faris. Faris… Please…” Air mataku mula menitis. Aku berasa sangat takut akan kehilangan Faris.
“Sampai bila Sufiya? Faris tak nak jadi batu penghalang kepada kebahagiaan korang berdua. Ya Faris akui yang Faris sayangkan Sufiya. Faris cintakan Sufiya. Faris nak memiliki Sufiya. Faris…” kata-kata Faris terhenti dek esakan tangisnya yang mengugu.
“Allahu…” kolam mataku tak mampu ditahan lagi. Terus mengalir deras. Tak disangka yang kami akan melalui saat-saat begini. Faris buat pertama kalinya turut meluahkan perasaan cintanya padaku dalam situasi begini. Aku sedih.
“Sufiya tak sanggup kehilangan Faris…”
Kami berdua teresak-esak menangis. Meluahkan perasaan yang terbungkam di hati melalui air mata tanpa sebarang kata-kata.
“Takpa Sufiya… Faris faham kedudukan Sufiya. Jangan lupakan Faris tau. Insha Allah ada masa kita akan berjumpa lagi nanti. Faris doakan korang bahagia.” Faris memandang sambil mengelap pipiku yang basah dengan air mata. Aku akan merindui senyuman itu. Senyuman penawar ketika aku berduka.
Tapi… Sekarang pun aku sudah berasa rindu! Bagaimanakah keadaan aku pada hari-hari mendatang???
Sudah sebulan berlalu sejak Faris berpindah ke cawangan baru. Aku rindukannya. Serius aku tersangat rindu.
Betul kata orang, bila seseorang dah tiada di sisi baru kita akan kenal erti kehilangan. Kenal erti rindu. Selama ini Faris sentiasa ada di sisi sewaktu aku susah. Ketika aku senang, aku pergi kepada Zaiful. Allahu, kejam juga aku terhadap Faris. Memainkan perasaan yang tulus menyayangi aku.
Aku acapkali menghantar pesanan Whatsapp kepada Faris bertanyakan khabar. Jawabnya, dia sangat sibuk sekarang. Sehingga hujung minggu pun kerja. Cawangan baru tengah merekrut ramai pekerja baru, maka banyak latihan dan persediaan perlu dilakukan.
Air mataku sentiasa mengalir setiap kali terkenangkannya.
Dia ada berkata yang hujung minggu depan dia akan pulang ke rumah keluarganya di sini. Aku sangat tak sabar untuk bertemu.
Hari ini merupakan hari jadi aku. Dia sudah ucapkan hari jadi kepada aku semalam. Aku ada minta hadiah daripadanya apabila dia pulang minggu depan. Can’t wait!
Aku mengerling jam di telefon bimbit. 6:30 petang, Jumaat. Selalunya masa begini sudah ada terhidang secawan air panas di atas meja. Faris pula berada di ruangan rehat. Dipanjangkan leher sedikit sudah boleh nampak ruangan tersebut.
Aku menjenguk. Kosong. Tiada siapa di situ. Ahhh aku rindu kau Faris!
TEETTTT!
Bunyi penggera pintu berbunyi tanda pintu pejabat dibuka. Aku tidak menghiraukan lantaran mataku tertancap pada skrin komputer.
“Sufiya…”
Gemersik suara itu sangat aku kenali. Aku memejamkan mata…
“Sufiya…”
Suara itu terasa terus menusuk dan membelai kalbuku.
Aku berpaling. Di belakangku berdiri seorang jejaka yang sangat aku rindui.
“FARIS!!!”
Air mata aku tak tertahankan lagi. Saat itu aku sudah merasakan yang Faris adalah cinta yang aku cari selama ini. Aku sudah merasakan peritnya menahan rindu. Perasaan yang tak pernah aku rasai bersama Zaiful.
Aku bertekad untuk mengejar cinta Faris. Cinta tulus yang tak akan aku lepaskan. Yang tak mungkin akan aku temui lagi sepanjang hidupku.
Faris tersenyum memandangku. Senyuman yang mendamaikan gelora hatiku.
“Happy birthday Sufiya…”
“Terima kasih Faris! Kenapa tak bagitahu nak datang? Jahat tau buat surprise macam ni!” Senyuman tak lekang daripada bibirku. Gembiranya aku saat itu hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“Faris datang singgah pun saja nak wish birthday. Sebab minggu depan Faris tak jadi balik. Sebab tu Faris datang sekejap sekarang. Kejap lagi Faris balik semula.”
“What? Faris drive jauh-jauh tiga empat jam semata-mata nak wish birthday kat Sufiya? Allahu terharunya. Awak sayang sangat kan kat saya?” Aku menekup mulut. Tak sangka Faris sanggup datang sejauh ini.
“Faris… Sufiya sayangkan Faris…”
Faris menunduk ke lantai lalu berkata dengan suara yang penuh sebak. “Faris pun sayang sangat kat Sufiya. Faris terlalu rindukan Sufiya. Rinduku padamu yang menerbangkan aku ke sini…”
Tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Tertera nama Haikal. Dahiku berkerut., tertanya-tanya dalam hati, kenapa? Haikal merupakan bekas rakan sekerja aku yang turut sama ditukarkan ke cawangan baru bersama-sama Faris.
Aku menunjukkan skrin telefon yang masih berdering kepada Faris.
“Angkatlah…” suruh Faris ringkas.
Belum sempat aku mengangkat, talian telah ditamatkan. Mungkin kerana terlalu lama berdering sehingga masuk voice mail.
Tiba-tiba telefon pejabat aku pula berdering. Aku menjeling ke arah Faris. Faris tersenyum kelat lalu menganggukkan kepala memberi isyarat supaya aku mengangkat telefon.
“Hello. Hello… Sufiya ke tu?”
“Ye Sufiya ni. Haikal kan?” Aku sangat mengecam suara Haikal yang sedikit garau dan serak.
“Hello. Hello. Weh.. Sufiyakan? Aku tau kau tengah overtime ni. Aku tak dengar suara kau. Tapi kalau kau dengar suara aku, aku nak bagitau yang Faris accident baru saja tadi. Aku minta maaf Sufiya. Faris dah… dah tak ada…”
Gagang telefon terlepas dari genggamanku. Aku tercari-cari kelibat Faris. Tiada?
“Tak mungkin….!! FARISSSSSS!!! Jangan tinggalkan Sufiya!”
RAKAMAN CCTV
Rakaman terakhir merekodkan hanya Sufiya berseorangan berada di ruangan kerjanya. Dia kelihatan bercakap-cakap sendirian sambil menangis teresak-esak.
Sebaik sahaja dia bercakap dalam telefon, tiba-tiba gagang telefon terlepas dari tangannya. Dia menoleh sekeliling. Mulutnya bergerak, seperti menjerit-jerit seolah-olah memanggil dan mencari seseorang. Dia terlihat gelisah.
Kemudian dia menarik-narik tudung yang melilit kepalanya. Memukul-mukul dadanya, lantas menghentak kepalanya di meja kerja. Perbuatannya terhenti. Dia kelihatan menyelongkar tas tangannya di sudut meja. Dia seperti terjumpa sesuatu.
Ubat!
Dia menelan kesemua ubat Risperidone dan Fluvoxamine serta ubat tidurnya. Beberapa ketika dia tersandar di dinding kubikel sebelum dia terhuyung-hayang lalu jatuh terjelepok ke lantai. Pengsan. Dada Sufiya masih bergerak sehinggalah kira-kira 2 jam kemudian ketika dia diserang sawan lalu dia terus tidak bergerak lagi…
Sufiya telah disahkan meninggal dunia akibat keracunan melalui dos ubat yang berlebihan.
ZAIFUL
Setelah selesai upacara pengebumian jenazah Sufiya di tanah perkuburan, aku menuju ke arah seorang pemuda yang kelihatan sugul dan duduk berteleku di tangga masjid.
“Bro…” Aku menyapa pemuda itu. “Kau Faris kan?”
“Ye saya. Eh…errr… Zaiful.” Pemuda yang bernama Faris itu kelihatan sedikit tercengang dengan kehadiranku. Diseka air mata yang mengalir di pipinya.
“Kau yang rapat dengan Sufiya kan? Aku masih cam muka kau.”
“Emm ye la kot…”
“Aku tau kau ada hati dengan Sufiya. Sebab tu aku nak cepat-cepat masuk meminang dia.”
Faris diam dan membuang pandang pada kawasan kubur di belakang masjid.
“Aku rasa kau penyebab Sufiya m**i! Kalau kau tak hadir dalam hidup dia, dia tak akan b***h diri!” Perasaan marahku meluap. Aku percaya yang Faris adalah punca kematian Sufiya.
“Maaf…”
“Kau pembunuh!”
Faris mengetap gigi lalu memandang tepat ke arah ku dengan mata yang merah. “Kau tak tahu apa yang Sufiya lalui. Kau hanya pentingkan diri. Selama bertahun-tahun dia menyayangi kau, bersabar dengan kau. Tapi kau anggap dia umpama boneka. Datang dan pergi sesuka hati kau. Langsung tak pernah menghargai kasih sayang dia pada kau.”
Aku terkelu.
“Kau tahu dia ada masalah kemurungan sejak setahun ini? Kau tahu dia ada masalah keluarga? Kau tahu dia ada masalah kerja? Kau tahu dia sangat letih bersabar dengan perangai kau? Kau tahu dia ada masalah delusi daripada kemurungan dia? Pernah kau ambil tahu? Pernah? Sudahlah Zaiful. Aku tak ada apa lagi nak bicara dengan kau…”
Faris terus bangun dan berlalu pergi.
Manakala aku… Aku terus termangu di situ. Dadaku seolah dihempap dengan persoalan yang ditinggalkan oleh Faris.
“Ahhhh! Ini semua tetap salah si celaka Faris! Kalau kau tak muncul dalam hidup Sufiya, pasti semuanya tak akan jadi macam ni! Kau jaga Faris! KAU JAGA!!!”
SUFIYA
2 Minggu sebelum kejadian..
Setiap malam aku terganggu… Bisikan itu makin kerap. Malah ia lebih teruk bila sampai tahap aku sudah mula cenderung menyakiti tubuhku. Aku mahukan Faris untuk mendengar. Aku mahu dia di sisiku seperti biasa. Aku sunyi. Aku hilang tempat berpaut.
“KAU TAK GUNA SUFIYA!”
“KAU MEMANG PEREMPUAN MALANG!”
“FARIS BENCI KAU!!”
“ZAIFUL PERMAINKAN KAU!!”
Aku tak tahan mendengar suara-suara ghaib itu. Aku tekup telinga aku. Aku hantuk kepala aku pada dinding. Tidak cukup, aku lari pula ke dapur. Aku cari pisau, lalu aku k***r-k***r pehaku. D***h mula terbit. Ironinya aku tidak merasa sakit dan pedih kerana jiwaku lebih parah.
“Sufiya…jangan buat macam ni!”
Aku terkedu mendengarkan suara itu. Aku toleh ke muka pintu.
“Faris?”
“Ya..aku datang. Aku dengar kau panggil aku…”
-TAMAT-
217. KISAH SI BONGKOK
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : KISAH SI BONGKOK
KARYA : ARIFF BUDIMAN
KOD#00275094001217
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Kisah kali ini bukan kisah seram atau misteri tapi ia merupakan kisah masyarakat yang kadang2 kita pinggirkan. Terima kasih admin kalau sudi approve dan terima kasih kepada pembaca semua.
Munah dan Fendi merupakan pasangan suami isteri. Sudah 5 tahun mereka mendirikan rumahtangga namun belum ada rezeki di kurniakan anak. Sudah berbagai cara telah di ikhtiarkan tapi Allah masih belum memberi perkabaran gembira kepada mereka.
“ Bang…Kalau di kurniakan anak, abang suka anak apa.” Tanya Munah. Fendi diam sambil tangannya membalut rokok daun. Jauh dia memandang luar.
“ Aku lebih suka anak lelaki.” Ringkas jawapan Fendi.
“ Munah pula tak kisah anak apa bang. Janji anak kita.” Jawab pula Munah
“ Suka hati kau lah Munah.” Terus dia melangkah pergi. Panas baran Fendi masih kekal di tambah dengan masalah ketiadaan zuriat telah membuat Fendi tidak tenang jiwa.
“ Jangan-jangan kau yang bermasalah Fendi.” Gurau kawan-kawan di ikuti ketawa mereka. Itu yang membuatkan Fendi merasa tertekan. Munah pula suka berbual dan ini membuatkan Fendi tidak tenang bila berada di rumah. Baginya Munah suka berleter.
Selang beberapa bulan, Munah sudah menampakkan tanda-tanda tidak sihat. Dia kerap merasa meloya dan muntah Fendi menjemput bidan Som untuk melihat keadaan Munah. Setelah memegang tekanan nadi, bidan Som tersenyum…
“ Isteri kamu Munah dah berbadan dua Fendi.” Apalagi Fendi terlalu gembira mendengar kata-kata mak bidan
“ Ehh..yeke Mak Som. Anak apa tu.” Tanya Fendi
“ Kamu ni Fendi. Masih terlalu awal untuk mengetahui anak apa. Perut pun tak nampak lagi.” Tergaru-garu kepala Fendi yang tidak gatal.
“ Kamu jaga isteri kamu baik-baik Fendi. Jangan di sakiti hatinya. Berilah makanan yang sihat kepada isteri kamu.
“ Baik Mak Som.” Berlari Fendi mencari kawan-kawan yang mengutuk dan berkata dia merupakan lelaki lemah. Ingin dia kabarkan berita gembira ini.
“ Pak Leman. Hari ini saya belanja kawan-kawan semua.” Kata Fendi kepada Pak Leman yang berniaga di warung kedai kopi. Gembira juga kawan-kawan Fendi. Ya la dapat makan free katakan.
“ Apa yang kamu gembira sangat ni Fendi sehingga nak belanja kawan-kawan.” Tanya pak Leman
“ Isteri Fendi mengandung Pak Leman. Sah la Fendi tak lemah.” Kata Harun sambil tersengih
“ Kamu ni Harun suka sangat menyakat Fendi.” Fendi hanya tersengih mendengar.
“ Syukurlah Fendi. Kamu tu kena jagalah isteri kamu dengan baik. Bukan senang nak dapat anak. Tak payah kamu pulang sehingga larut malam” Nasihat Pak Leman
Di rumah….
“ Awal abang pulang kali ni.” Tanya Munah
“ Pak Leman nasihatkan abang agar jangan pulang lewat malam. Itu yang abang pulang awal tu.” Jawab Fendi
“ Elok juga tu abang. Tak lah Munah kesunyian di rumah seorang diri., Abang rasa la anak kita ni lelaki ke perempuan.” Tanya Munah. Fendi mengurut janggut yang sejemput
“ Abang rasa anak kita lelaki la.” Kata Fendi
“ Ala…Munah nak anak perempuan.” Kata Munah.Fendi hanya tersengih. Harapannya begitu tinggi untuk menimang anak lelaki. Begitu cepat masa berlalu. Perut Munah semakin membesar dan Fendi telah menjalankan kewajipannnya sebagai seorang suami dengan begitu baik sekali atas nasihat Pak Leman.
“ Bangg….Munah sakit perut bang.” Munah kesakitan. Fendi mula tidak tentu arah. Sekejap dia ke depan dan sekejap dia ke belakang.
“ Abang pergi jemput bidan Som. Munah rasa dah tiba masanya.” Kata Munah kepada Fendi. Terus Fendi bergegas mengambil bidah Som. Pak Leman turut datang bila di beritahu Fendi
Fendi begitu gelisah menanti kehadiran anak sulongnya…
“ Uwekkk…uwekk..” Terdengar suara tangisan anak dan terdiam seketika. Fendi begitu riang.
“ Uwekk…uwekkk…” Terdengar sekali lagi suara tangisan
“ Tahniah Fendi. Dapat juga kau anak ya.” Kata Pak Leman. Fendi hanya tersengih gembira. Datang bidan Som
“ Munah dah berjaya melahirkan anak kembar.” Kata bidan Som
“ Anak apa mak Som.” Tanya Fendi
“ Kedua-duanya lelaki.Pergilah masuk tengok isteri dan anak kamu” Kata bidan Som. Bergegas Fendi masuk ke dalam bilik. Dia langsung tidak bertanya khabar isterinya Munah. Terus di pegangnya anaknya
“ Kenapa dengan anak kita ni yang seorang lagi Munah.” Tanya Fendi. Munah hanya menangis. Fendi terus keluar mendapatkan bidan Som.
“ Mak Som. Kenapa dengan anak saya yang seorang lagi.” Tanya Fendi. Bidan Som menjeling ke arah Pak Leman
“ Sabar Fendi. Ini semua takdir dari Allah.” Kata Pak Leman
“ Saya faham takdir tapi apa masalahnya dengan anak saya.” Tanya Fendi
“ Sebenarnya dari apa yang mak Som nampak belakang anak kamu bongkok sikit. Mungkin anak kamu cacat Fendi.Yang seorang lagi keadaan macam biasa saja” Terang bidan Som
“ Tidakkk..Aku tak percaya. Anak aku tidak cacat. Munahhh….Anak kita tak cacatkan.” Fendi seperti di rasuk hantu. Dia tidak dapat menerima kenyataan.
“ Sabarlah Fendi. Ini semua anugerah Allah. Allah jadikan sesuatu mesti bersebab.” Kata Pak Leman
“ Tidak Pak Leman. Anak saya tidak cacat.” Kata fendi. Munah hanya menangis keseorang di dalam bilik.
“ Kamu jenguk-jenguklah isteri kamu dan bertanya kabar. Dia yang lebih tersiksa nak melahirkan anak kamu.” Kata bidan Som. Fendi berjalan lesu masuk ke dalam bilik.
Dia langsung tidak melihat anaknya yang cacat. Fendi hanya memegang anaknya yang tidak cacat. Tidak seperti sebelumnya, dia tidak sabar menanti kehadiran anak sulongnya
“ Bangg…Macam mana pun keadaan anak kita, mereka d***h daging kita bang.” Munah memegang tangan Fendi. Fendi hanya tunduk ke bawah.
“ Abang tolong azan dan iqamah anak-anak kita bang.” Minta Munah. Fendi terus keluar dari bilik. Pak Leman dan bidan Som hanya mampu menggelengkan kepalanya. Akhirnya Pak Leman yang azan dan iqamahkan anak-anak Fendi dan Munah. Menangis Munah sewaktu Pak Leman mengalunkan azan.
“ Sabarlah Munah. Lambat laun dia pasti akan terima kenyataannya. Kamu tu jangan terlalu banyak menangis. Badan kamu tu masih terlalu lemah” Nasihat bidan Som sebelum pulang ke rumah.
Sudah beberapa hari Fendi tidak menghiraukan Munah dan anaknya. Puas Munah berendam airmata melihat tingkah laku Fendi.
“ Bang….Abang nak letak nama apa dekat anak-anak kita.” Tanya Munah
“ Anak yang ini abang beri nama Lokman. Yang ni pula.letak saja bongkok.” Munah terkejut mendengar kata-kata Fendi
“ Sampai hati abang nak letak nama bongkok dekat anak kita. Kenapa…hina sangat ka Munah yang melahirkannya. Itu d***h daging abang. Abang mesti faham. Anak kita pun tak minta di lahirkan begini bang. Allah yang beri bang. Terimalah kenyataannya bang.” Menangis tersesak-esak Munah. Fendi hanya mendiamkan dirinya.
“ Kau letaklah nama anak kita yang bongkok tu.Yang lain aku uruskan” Kata Fendi. Munah terus memeluk anaknya.
“ Ibu namakan anak ibu ini dengan nama Hamzah. Doa ibu moga Hamzah menjadi seorang yang berani. Biar Hamzah menjadi seorang pembela. Ibu ada Lokman dan Hamzah.” Sambil mengusap rambut Hamzah dan Lokman. Mereka belum mengerti apa-apa lagi. .Hamzah dan Lokman semakin membesar dan belakang Hamzah yang bongkok amat ketara. Masyarakat di kampong dapat menerima keadaan Hamzah. Tak ada yang mempersendakan fizikal Hamzah. Fendi kerap bermain dengan Lokman manakala Hamzah di biarkan bersama ibunya
“ Abang ni. Layan la sama Hamzah.” Tegur Munah tapi Fendi tidak mengendahkannya
Hamzah pula suka bergaul dengan rakan-rakan. Mereka juga dapat menerima keadaan fizikal Hamzah. Tidak ada panggilan bongkok terhadap Hamzah. Munah amak lega bila anaknya dapat di terima masyarakat cuma ayahnya saja yang masih belum dapat menerima fizikal Hamzah. Fendi langsung tidak berbual atau bertegur sapa dengan Hamzah.Dia hanya melayan Lokman seolah-olahnya hanya Lokman saja anaknya. Kalau ada yang di mintanya pasti dengan nada yang keras. Tiada kelembutan. Bagi Hamzah, walaupun ayahnya tidak bertegur sapa dengannya Fendi tetap ayahnya. Hamzah dan Lokman kerap pergi ke masjid untuk berjemaah. Begitu juga Fendi. Seusai solat, Hamzah akan terus bersalaman dengan ayahnya namun Fendi hanya memandang ke arah lain. Hamzah memandang sayu bila ayah hanya melayan adiknya Lokman. Kadang-kadang jatuh juga airmatanya bila melihat ayahnya bergurau senda dengan adiknya Lokman.
Kadang-kadang sikap Fendi terhadap hamzah menjadi buah mulut masyarakat yang sering berjemaah di masjid.
“ Kau tak patut layan Hamzah begitu Fendi. Hamzah juga anak kau dan dia tak minta menjadi begitu.” Tegur imam. Fendi hanya memekakkan telingannya saja bila di tegur pak imam. Pulang ke rumah, wajah Fendi masam sahaja.
“ Kenapa abang masam ni. Ada yang tak kena ke dengan Hamzah bang.” Tanya Munah.
“ Pak imam tu. Menyebuk saja nasihat abang sebab layan Hamzah tak sama macam Lokman.” Jawab Fendi
“ Betul la teguran pak imam. Ketara sangat layanan abang terhadap Hamzah walhal dia d***h daging abang juga.” Fendi diam mendengar leteran isterinya Munah. Bagi Hamzah pula, kadang-kadang timbul perasaan cemburunya terhadap adiknya tapi dia hanya pendamkan saja cemburunya sebab Hamzah juga begitu sayangkan adiknya.
Hamzah dan Lokman semakin membesar. Hamzah semakin beralah dengan adiknya sementara Lokman semakin nakal. Suatu hari ketika mereka sedang makan di kantin sekolah, Lokman ternampak pensel yang amat cantik berada di bawah meja. Tentu mahal harganya. Terus Lokman mengambilnya. Di tunjuknya pensel kepada abangnya Hamzah.
“ Adik. Letak kembali di tempatnya. Itu bukan kita punya. Nanti ayah marah.” Lokman tidak mengindahkannya. Di letaknya pensel di atas meja.
“ Ibu. Inilah pensel Shah. Lokman yang curi rupanya.” Tuduh Shah yang merupakan rakan sekelas Lokman. Lokman sudah ketakutan bila dia di tuduh sebagai pencuri. Tiba-tiba datang seorang guru yang sedang menuju ke kantin
“ Cikgu….cikgu. Inilah pensel saya yang hilang. Rupanya Lokman yang mencurinya.” Kata Shah kepada gurunya Mior
“ Saya minta cikgu tolong siasat perkara ini.” Kata Linda ibu Shah
“ Betul ke awak yang mengambilnya Lokman.” Tanya cikgu Mior
“ Tak cikgu. Saya jumpa di bawah meja makan cikgu.” Jawab Lokman.
“ Saya simpan dalam beg sekolah saya cikgu.” Kata Shah
“ Cikgu tidak suka orang yang suka mencuri. Lokman…. Jumpa cikgu di pejabat. Cikgu akan panggil ayah kamu.” Mendengar perkataan ayah sudah membuatkan Hamzah dan Lokman ketakutan. Hamzah lah yang paling takut
“ Kan abang dah cakap. Jangan ambil pensel tu. Kan cikgu dah tuduh adik yang curi.” Kata Hamzah kepada Lokman.
“ Lokman takut bang.” Sambil melangkah menuju ke pejabat cikgu Mior. Lokman memegang erat tangan adiknya. Begitu sayangnya Hamzah terhadap adiknya.
Bila mereka memasukki pejabat cikgu Mior, Hamzah dan Lokman terkejut bila melihat ayah serta ibu mereka sudah berada di dalam pejabat.
“ Kenapa ni Lokman mencuri pensel kawan.” Marah Fendi
“ Aaaadik tak curi ayah.” Jawab Lokman
“ Habis bagaimana pensel itu ada dekat kamu.” Tanya cikgu Mior
“ Saya yang ambil dan beri kepada adik saya….cikgu. Masa tu saya nak jemput adik saya dan saya ternampak pensel atas meja lalu saya ambil dan berikan kepada adik saya.” Kata Hamzah.
“ Panggggg….” Tiba-tiba penampar hinggap di pipi Hamzah. Fendi mula panas hati
“ Anak tak kenang budi.Aku bela kamu yang bongkok dari kecil, ini balasan kamu. Menjadi pencuri
“ Betul ke Hamzah yang curi pensel tu.” Tanya Munah. Dia kenal sangat akan anaknya yang cacat seorang. Hamzah hanya memandang sayu wajah ibunya. Air mata Hamzah mengalir. Pipinya terasa sakit akibat penampar yang kuat dari ayahnya.
“ Jadi Hamzah sudah mengaku yang dia mengmbil pensel Shah. Saya hanya memberi amaran terakhir agar perkara ini tidak berlaku lagi.” Kata cikgu Mior kepada Fendi dan Munah.
“ Kenapa abang mengaku abang yang ambil pensel tu.” Tanya Lokman
“ Abang tak nak adik yang kena hukum.” Jawab Hamzah
“ Nanti abang akan kena pukul dengan ayah.” Kata Lokman. Hamzah hanya terdiam. Dia sendiri dapat merasakan yang dia pasti akan di pukul ayahnya bila sampai di rumah.Demi sayangnya kepada adik, Hamzah sanggup mengambil risiko.
“ Haaa..Dah balik pun. Hamzah kemari.” Jerkah Fendi. Hamzah terus melalangkah dengan perlahan. Dia sudah dapat merasai apa yang bakal berlaku terhadapnya.
“ Siapa yang ajar kau mencuri.’ Jerkah fendi sambil melibat tali pinggang di badan Hamzah. Hamzah terloncat-loncat kesakitan
“ Sakit ayah.” Hamzah meminta simpati. Lokman pula mula menangis. Dia tidak sanggup abangnya di pukul hanya di sebabkannya.
“ Ooo sakit. Hati aku lagi sakit punya anak bongkok dan pencuri.” Sambil terus memukul anak
“ Hamzah minta maaf ayah. Hamzah tak buat lagi.” Rayu Hamzah
“ Ayah…Jangan pukul abang Hamzah lagi.” Rayu Lokman
“ Kamu masuk ke dalam Lokman. Biar ayah ajar si bongkok ni.” Kata Fendi
Munah terus menerpa keluar dan terus memeluk anaknya Hamzah
“ Apa yang abang buat ni. Ini anak abang. Kalau ya pun Hamzah bersalah, abang nasihatkannya. Bukan memukul dengan teruk.” Kata Munah
“ Kamu manjalah anak bongkok kamu.” Kata Fendi
“ Abang. Abang hina Hamzah bermakna abang telah hina Munah bang. Munah yang melahirkan Hamzah. Munah yang merasa kesakitan saat-saat melahirkan Hamzah. Abang jangan hina ciptaan Allah. “ Sayu hati Munah bila melihat Hamzah di perlakukan demikian oleh ayah kandungnya sendiri hanya kerana Hamzah seorang anak yang cacat.” Munah terus membawa Hamzah masuk ke dalam.
“ Maakkk…Hamzah minntaaa maaf mak. Hamzah bongkok makkk.” Meraung Hamzah bila melafazkan ayat tersebut. Munah terus memeluk anaknya. Mereka menangis bersama
“ Mak tak pernah menyesal punya anak seperti kamu. Kasih sayang mak tidak pernah berbelah bagi.” Kata Munah.
Lokman menghampiri emaknya lalu memegang tangan emaknya.
“ Mak. Adik nak minta maaf. Sebenarnya adik yang ambil pensel Shah. Adik jumpa bawah meja lalu mengambilnya.” Kata Lokman. Munah terkejut mendengar pengakuan Lokman
“ Benarkah kata-kata Lokman ni Hamzah.” Tanya Munah. Hamzah diam sambil menganggukkan kepalanya
“ Kenapa kamu yang mengaku mengambil pensel tadi. Teruk kamu di pukul ayah.” Kata Munah
“ Hamzah tak nak adik kena pukul dengan ayah. Biarlah Hamzah yang kena. Hamzah sayang adik emak.” Munah terus menangis dan memeluk Hamzah dan lokman
“ Mulianya hati kamu Hamzah.”Terus dia meninggalkan mereka berdua dan menuju ke arah Fendi.
“ Abang. Abang bertindak tidak usul periksa langsung. Bukan hamzah yang mengambil pensel tu tapi Lokman yang jumpa di bawah meja dan di tuduh mencuri.” Kata Munah.
“ Aku peduli apa. Nama aku dah busuk.” Kata Fendi tanpa perasaan bersalah
“ Abang…Suatu hari nanti hamzah yang akan menolong abang dan saat itu abang pasti menyesal. Abang ingat akan kata-kata saya bang. Ini doa saya. Suatu hari abang pasti akn terhutang budi kepada Hamzah. Kesokkan harinya, Munah melihat Hamzah termenung di depan pintu. Malam itu hujan turun dengan lebatnya. Hamzah masih tidak dapat melelapkan matanya. Walaupun dia dapat menerima apa yang terjadi tapi jauh di sudut hatinya, dia merasa amat pilu bila ayahnya sendiri membencinya hanya kerana dia seorang anak yang cacat. Badannya bongkok. Dia melihat kesan-kesan calar di badannya akibat di rotan ayahnya. Masih terasa kesakitan tapi sakit di dalam hati ternyata lebih pedih. Akhirnya tewas juga Hamzah setelah bermain perasaan dan airmata.
“ Apa yang anak emak fikirkan ni.” Hamzah hanya mendiamkan diri sambil memandang muka ibunya. Cuaca pagi amatlah sejuk kerana semalam hujan turun dengan lebatnya.
“ Kenapa ni Hamzah. Macam ada yang tidak kena ni.” Tanya Munah
“ Hamzah rasa macam nak pergilah emak.” Jawab Hamzah selamba
“ Pergi mana Hamzah. Jangan buat emak risau.” Di peluknya Hamzah dengan penuh kasih sayang.
“ Anak emak merajuk ya.” Gurau ibunya
“ Tak ada la emak. Lokman ajak mandi sungai.” Jawab Hamzah.
“ Hati-hati Hamzah. Semalam hujan lebat. Tentu air sungai deras. Tolong tengokkan Lokman.” Pesan ibunya
“ Sebab itulah Hamzah nak temankan Lokman emak.” Walaupun Hamzah seorang yang cacat, tapi dia pandai berenang. Dia kerap mandi bersama rakan-rakannya yang lain.
“ Mana pergi budak-budak ni.” Tanya Fendi yang baru pulang dari pekan.
“ Ke sungai bang. Hamzah menemani adiknya mandi sungai.” Jawab Munah
“ Kau benarkan mereka pergi. Semalam kan hujan lebat. Tentu airnya deras. Tak boleh di harapkan langsung” Terus Fendi berjalan menuju ke arah sungai. Dari jauh lagi sudah dapat mendengar bunyi air sungai yang deras memukul batu-batu. Fendi sedikit lega bila melihat kedua-dua anaknya tidak mandi tetapi hanya berada di tebing sungai.
“ Lokman…Dah la. Air deras tu. Jom balik.” Kata Fendi kepada Lokman
“ Jap ayah. Man nak nak tengok air deras ni.” Terus melangkah ke atas batu.
“ Ayahhh…” Terdengar jeritan Lokman. Terkejut Fendi bila melihat Lokman sudah tiada di atas batu. Dia melihat Lokman terkapai-kapai di dalam air yang deras. Terus Fendi melompat kedalam air untuk menyelamatkan Lokman.
Hamzah juga turut melompat ke dalam air. Rakan-rakan yang melihat terus berlari untuk beritahu kepada Mak Munah.
“ Ya Allah suamiku, anakku-anakku.” Bergegas Munah berlari menuju ke arah sungai. Hebuh satu kampung bila mendengar cerita Lokman terjatuh dalam sungai yang arusnya deras. Dari jauh Hamzah melihat ayah dan adiknya terkapai-kapai. Dia masih ingat akan kata-kata Pak Mail yang mengajarnya berenang di sungai..
“ Bila kita berada di dalam air, buangkan perasaan gugup. Tenangkan fikiran. Barulah kita dapat apungkan diri bila kita tenggelam di dalam air sekalipun. Teknik itu yang dia gunakanketika itu. Dia tidak harus gugup. Makin lama dia semakin dekat dengan Lokman dan akhirnya dia dapat mencapai baju Lokman lalu menolak ke tebing. Syukur Lokman di tolong dari orang kampung.
Dia melihat ayahnya terkapai-kapai di bawa arus. Terus dia berenang sambil di tolak arus deras mendekati ayahnya. Di tariknya baju ayahnya ke tebing. Ayahnya merangkak lemah ke atas tebing. Tiba-tiba sebatang kayu besar telah menghentak kepala Hamzah. Hamzah terjatuh kembali ke dalam arus deras. Fendi hanya mampu memandang anaknya di bawa arus. Dia terus menjerit meminta tolong penduduk agar menyelamatkan anaknya Hamzah. Sedikit sebanyak sudah timbul keinsafan di hati Fendi. Anak yang dia benci selama ini, anak inilah yang telah menyelamatkan dia dan adiknya. Akhirnya Hamzah dapat di selamatkan oleh penduduk kampong. Bergegas Fendi ke sana. Dilihat isterinya Munah, sedang memangku Hamzah. Terus Fendi memeluk anaknya
“ Ayah minta maaf nak. Selama ini ayah benci Hamzah sebab Hamzah cacat tapi hari ini Hamzah dah menyelamatkan ayah dan adik. Ayah minta maaf.” Sambil memeluk anaknya Hamzah.
“ Munah…Abang tak lupa kata-kata Munah. Abang pasti menyesal dan sekarang abang menyesal.” Meraung Fendi
“ Hamzah tak marah ayah. Hamzah sayang ayah. Emak…ayah..Hamzah nak pergi ke tempat itu. Cantik tempat tu.” Sambil jarinya menunjukkan ke arah sesuatu
“ Jangan tinggalkan emak Hamzah.Sebab tu pagi tadi hamzah asyik sebut nak pergi saja” Menangis Munah
“ Hamzah pergi dulu emak..ayah. Hamzah tunggu di sana ya.” Akhirnya Hamzah pergi menemui penciptanya setelah berhempas pulas menyelamat ayah serta adiknya.
Orang-orang kampung juga tidak dapat menahan perasaan. Mereka turut menangis.
“ Sudah la Fendi. Hamzah pun dah pergi dengan cara yang baik. Kau terimalah kenyataan ini. Kau peliharalah Lokman dengan baik.” Kata penghulu Samad
“ Munah…Abang menyesal Munah.” Kata Fendi kepada Munah namun Munah hanya mendiamkan diri. Baginya sesal dulu pendapatan dan sesal kemudian tidak berguna. Semenjak hari itu Fendi kerap membawa anaknya Lokman ke surau untuk berjemaah. Dia telah benar-benar insaf atas apa yang terjadi. Isterinya Munah telah menjadi seorang yang pendiam dan Fendi telah berazam untuk memulihkan kembali keceriaan isterinya walaupun dia tahu bukan sesuatu yang senang bila hati isterinya sudah retak akibat perbuatannya sendiri. Kini Lokman telah berjaya menjadi seorang jurutera. Munah tetap seorang yang pendiam namun dia tetap menghurmati suaminya Fendi. Fendi sudah jauh berubah. Dia lebih banyak berada di surau dan dialah bilal yang kerap mengalunkan azan. Kisah Si Bongkok tidak pernah lekang dari penduduk tempatan. Moga ianya menjadi pengajaran agar kita tidak membezakan fizikal anak-anak kita. Semua itu anugerah dari Allah dan masing-masing ada kelebihannya.
-TAMAT-
218. PREP MALAM
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : PREP MALAM
KARYA : CHEMAS
KOD#00275094001218
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada admin dan warga HZONE BLOG sekalian. Pertama sekali, aku ingin berterima kasih kepada admin HZONE BLOG sekiranya cerita ini dipublishkan. Ni cerita pertama aku, so sebarang kesalahan dalam penceritaan mohon dimaafkan.
Aku Chemas, merupakan seorang kanak-kanak Ribena yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun 201*. Disebabkan tarikh peperiksaan semakin hampir, pihak sekolah telah bersepakat untuk mengadakan prep malam bermula dari pukul 8:10-10:45 p.m. Aku terpaksa hadir 25 minit awal sebelum kelas bermula kerana ayah mempunyai urusan bersama kawannya.
Sebelum itu, aku ingin menerangkan kedudukan beberapa tempat di sekolahku. Kantin terletak secara bertentangan dan agak jauh dari pintu pagar sekolah. Bilik darjah tahun dua pula terletak bersebelahan kantin. Di belakang bilik darjah tahun dua ada bangunan sekolah 3 tingkat yang menempatkan kelas-kelas. Okay, sorry kalau tak faham.
Setibanya aku di sekolah, ternyata tiada seorang pun rakan mahupun guru yang telah tiba di situ. Aku mengambil keputusan untuk berehat di kantin sementara menunggu ketibaan rakanku yang lain. Cik bulan yang malu-malu menunjukkan dirinya serta angin malam yang menampar pipi memberi tanda bahawa hujan mungkin akan turun membasahi bumi pada bila-bila masa sahaja.
Keadaan kantin yang agak gelap kerana hanya diterangi dua lampu pendafluor itu menambahkan suasana seram yang menyebabkan bulu romaku meremang secara tiba-tiba. Terasa seperti diperhatikan sesuatu, aku menoleh secara perlahan-lahan melihat sekeliling. Dari jauh, kelihatan bayang yang berdiri statik di tengah-tengah jalan koridor yang gelap gelita!
Aku kaku!
‘Tap… tap… tap… taptaptaptaptaptap…’
Si dia yang bergerak perlahan pada mulanya, semakin melajukan langkahnya menerpa ke arahku. Ku pejamkan mata serapatnya dan berharap ini hanya sekadar mimpi. Bunyi derapan tapak kaki semakin dekat.
Semakin kuat.
Semakin laju.
Ya Allah selamatkanlah aku…
“Oi, Chemas! Buat apa sorang2 dalam gelap ni?! Terkejut aku… sampai-sampai ada lembaga hitam!”
Aik? Awat macam kenai ja suara nih?
Aku tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Dengan lafaz bismillah, mata ku buka sedikit demi sedikit. Risau sekiranya ini hanya helah syaitan semata. Wajah Fathini yang marah terpampang di depan mata. Tiada apa yang boleh ku katakan selain menayangkan sengihan. Malu akan sikap diri yang terlalu penakut.
****************
8:55 p.m.
Suasana di dalam kelas amat riuh meskipun kelas mathematic sedang berlangsung. Sudah menjadi kebiasaan bagi Cikgu Musa untuk mengedarkan gula-gula kepada kami untuk mengelakkan kami tertidur kerana kebosanan. Haha! Kelas diadakan di dalam bilik darjah tahun dua yang terletak bersebelahan kantin kerana kelas tingkat atas DILARANG sama sekali untuk digunakan pada waktu malam.
Sesi pembelajaran disambung semula setelah tamat waktu rehat. Sepuluh minit sudah cukup untuk meregangkan otot badan. Ketika cikgu sibuk memberi penerangan, si dia mula memainkan peranan.
‘Ting… Ting… Ting… Ting…’
Bunyi loceng yang entah dari mana menghentikan proses pembelajaran kami. Masing-masing diam tidak berkutik sambil berbalas pandangan.
“Ehem. Sesiapa yang berkenaan, sila silent phone ye,” kata Cikgu Musa.
Kami turutkan sahaja arahan cikgu meskipun masing-masing bingung dari mana datangnya bunyi loceng tersebut sedangkan phone masing-masing telah dimatikan sebelum kelas bermula. Sesi pembelajaran bersambung semula dan diselitkan lawak jenaka sekali-sekala. Mungkin untuk meredakan rasa takut. Hmm…
Kelas yang riuh dengan gelak tawa pada waktu itu kembali senyap secara tiba-tiba. Aku yang sedang menulis ketika itu berhenti apabila melihat kawanku, Ain dan Syuhada yang memberi isyarat mata sesama sendiri. Dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, ku buka mulut ingin bertanya.
“Weh, kenapa hampa dia–”
“Sshhh… dengaq tu.” Belum sempat aku menghabiskan percakapanku, Syuhada memotongnya dengan nada bergetar, menyuruh aku supaya berdiam diri.
Aku senyap dan cuba mengamati bunyi yang mereka cuba katakan. Fokus dan dengar…
Cuak.
Takut.
Itulah perasaan ku apabila bunyi bayi menangis sayup-sayup kedengaran di halwa telinga ini. Aku pandang sekeliling dan melihat wajah kawan-kawanku serta cikgu yang mula kelihatan pucat. Bunyi tangisan yang kedengaran hampir tiga minit itu kurasakan begitu lama.
“Err… okay, kelas… hari ni kita–”
Percakapan Cikgu Musa terhenti apabila kedengaran bunyi benda bergolek di atas bumbung. Makin lama makin kuat bunyi tersebut seolah-olah ia semakin hampir dengan kami.
Ia terus bergolek…
Bergolek…
Dan…
BAM!
Bunyi seperti sesuatu dilempar ke atas bumbung kelas menyebabkan kami menjerit ketakutan lalu berlari sekuat hati keluar daripada kelas. Dah semakin kasar gurauannya. Aku, kawan-kawanku beserta Cikgu Musa berkumpul di hadapan kantin. Masing-masing berada dalam keadaan takut sehinggakan ada salah seorang daripada sahabatku yang menangis.
“Okay, bertenang. Malam ni kita tamatkan kelas awal ya. Kamu semua boleh call parents suruh cepat datang ambik. Takpa, saya tunggu sampai semua balik.”
Kata-kata Cikgu Musa sedikit sebanyak menghilangkan gusar di hati. Parents aku selalu datang lambat. Memang gilalah kalau nak tunggu sorang-sorang walaupun ada pakguard.
Sudah 20 minit berlalu. Dari jauh, kelihatan ayah aku dan Pakcik Anuar (Ayah kepada Fathini) datang untuk mengambil kami pulang. Kami berjalan beriringan untuk keluar dari perkarangan sekolah sambil berbual kosong dan bergelak ketawa untuk menghilangkan rasa takut. Sikap Fathini yang riuh sebentar tadi dan bertukar menjadi pendiam secara tiba-tiba menghairankan aku. Awat minah ni?! Belum sempat aku bertanya, dia terlebih dahulu membuka mulut.
“Chemas… aku nak bagitau something ni…”
“Hah? Apadia?!”
“Tu…”
Fathini menudingkan jarinya ke arah bangunan sekolah yang terdapat kelas-kelas di setiap tingkat (kelas yang dilarang ketika prep malam). Aku melihat ke arah yang ditunjuk olehnya… “Takdak apa pon?” Entah-entah dia nak mainkan aku.
Mungkin perasan akan riak wajahku yang bingung, dia menyuruh aku melihat ke arah kelas 4 Cempaka yang berada di tingkat 2.
Permintaannya aku turutkan saja. Malas nak bertekak malam-malam ni. Apabila mataku terarah ke kelas tersebut, bagai nak gugur jantungku apabila melihat pontianak yang berbaju putih lusuh dan berambut panjang mengurai sedang bertenggek di hadapan kelas itu. ‘Dia’ seolah-olah sedang memerhatikan kawan-kawanku yang masih belum pulang dari atas tempat dia berada. Terbang dari suatu tingkat ke tingkat yang lain. Haih… nasib hampalah dapat bodyguard malam ni.
Kejadian penampakan pontianak tersebut tidak kami ceritakan kepada sesiapa sehinggalah tamat UPSR. Bukan apa, bimbang kalau-kalau aku cerita awal, lepas ni tak ada siapa yang nak datang prep malam dah. Sedangkan ‘dia’ berada di mana-mana saja.
Sekian.
Maaf kalau cerita ni tak berapa seram. Cuma secebis pengalaman yang tidak seberapa dari zaman kanak-kanak. Terima kasih sudi singgah.
-TAMAT-
219. PUKUL TIGA PAGI
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : PUKUL TIGA PAGI
KARYA : ARIES BURN
KOD#00275094001219
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga HZONE BLOG. Terima kasih admin sebab publishkan cerita aku ni. Cerita ni bagi aku agak seram tapi taktau la bagi hampa semua.
Aku berasal dari utara tanah air. Nak dijadikan cerita, aku dapat sambung belajar di negeri aku jugak. Aku seronok bercampur duka, sebabnya aku tak suka tinggal di asrama. Tapi apakan daya. Kerana terpaksa aku relakan.
Dah belajar ni assignment memang banyaklah. Dulu waktu sekolah aku tak pernah buat homework berlambak. Dekat tempat aku belajar ni, setiap hari Khamis mesti kena submit assignment. Kena pula hari Rabu baru lecturer nak bagi. Jadi malam tu memang pulunlah (orang kedah punya loghat) nak siapkn assignment tu.
Malam tu, aku dengan kawan aku, Ila (budak satu kelas dan budak asrama satu aras dengan aku, tapi bilik dia depan dan bilik aku, dekat belakang). Bilik aku selalu jadi port kami melepak sebab roommate aku selalu takda.
Start buat assignment dalam pukul sembilan lebih. Lagipun malam tu cuma kami berdua saja. Punya pulun menyembang sambil buat kerja tu, tengok jam dah pukul satu pagi. Tiba-tiba aku terdengar bayi menangis. Dengar macam jauh, sayup-sayup ja. Aku buat taktau ja, sebab dalam kepala otak aku dok fikir anak warden kot. Lagipun assignment tak siap lagi ni.
Selang beberapa minit, tangisan tu bunyi lagi. Ila waktu tu boleh pulak tanya, “wei, anak siapa yang reyau tu? Hang dengar dak?”
Aku waktu tu dah rasa seram dah. “Ish, hang tak payah tanyalah! Aku dahlah sorang malam ni. Yana (roommate aku) entah ka tak balik.”
Kami pun sambung buat assignment walaupun bunyi tangisan tu masih ada…
Jam dah berlarut ke pukul tiga pagi… Syukur sangat dah siap semua. Rasa berat sangat mata waktu tu. Macam nak tarik selimut ja.
“Wei, jom pi tandas dulu, aku nak terkencinglah,” ajak Ila.
Adoi dia ni buat dah time macam ni. “Ish, pukui 3 dah wei. Simpan esoklah.”
Dia jawab pulak, “aku tak tahan dah wei. Jomlah!”
Untuk menyedapkan hati kawan, aku turutkan juga. Sewaktu berjalan ke tandas, keadaan agak sunyi. Yalah, pukul tiga pagi, semua dah mengeruh. Jalan ke tandas ada selekoh dan di selekoh tu ada pintu ke tempat ampaian. Di kawasan ampaian ada pokok-pokok besar dan rendang. Kiranya pintu keluarlah dan boleh nampak blok C. Kami pun berjalan macam biasa. Aku pulak bila sampai selekoh mesti kepala nak tengok blok C (tak tahu nak bagi alasan apa. Memang tabiat aku benda larangan tu nak jugak buat).
Tahu tak apa yang aku nampak? Aku ternampak seorang perempuan mencangkung di blok C. Ada cahaya di tangan dia. Aku ingat dia tengah main phone. Dalam hati aku dok fikir, beraninya dia ni dok dekat situ. Mesej dengan marka dia kot.
Setelah menunaikan hajat, kami pun keluar nak balik ke bilik. Sewaktu berjalan di selekoh menuju ke pintu yang bertentangan blok C tu, aku nampak perempuan yang kami nampak tadi dah berdiri, rambut kusut tak nampak muka. Tapi keadaanya kali ni memang pelik sebab gaya dia berdiri macam tulang dia patah… Badan mengeliut macam cerita Ju-on tu.
Ya Allah… apakah ini? Aku tak pernah berada dalam situasi begini. Sewaktu histeria besar-besaran dulu, aku tak dapat lalui sebab aku tertidur. Tidoq m**i kot. Okay, sambung balik, bulu roma aku dah tercacak terasa kembang leher aku. Aku terdiam menyaksikan perempuan tu.
Nah, Ila si mulut pot pet ni main peranan sekali lagi, “Bal… Balkis…” dia panggil aku terketar-ketar.
Belum habis dia cakap, aku dah p****g, “Ila, janganlah!”
Dalam waktu yang sama aku pecut sampai aku rasa macam nak terbang. Masa tu, Ya Allah… aku tak boleh nak gambarkan betapa seram sejuknya aku.
Dari belakang Ila dah masuk bilik. Tu pun sebab aku dengar bunyi pintunya dikuak. Sesampainya aku ke bilik, Alhamdulillah. Roommate aku ada dalam bilik.
”Awat kak?” Yana tanya aku. Mungkin aku berlari sampai bergegar lantai kot. Terus aku ajak dia tidur.
Malam tu kami tidur dengan lampu yang masih menyala. Aku dapat tidur jugak dalam ketakutan… mungkin aku penat berlari tadi.
Keesokan harinya, aku dan Ila bersembang tentang hal malam tadi. Dia cakap perempuan tu dari sisi belakang sedangkan aku pula dari sisi hadapan. Aik, pelik kan? Sedangkan kami berjalan dari arah yang sama. Dalam waktu yang sama, salah sorang budak asrama lelaki menyampuk. Dia cakap malam tadi ada histeria. Terus kami terkejut.
Mungkinkah perempuan yang kami nampak tu punca histeria yang berlaku malam semalamnya tu?
Perempuan dengan tangan bercahaya. Berdiri mengeliut macam tak ada tulang…
Ish!
Okay, setakat ni saja daripada aku. Sorrylah kalau tak seram ya. Byeeee….
-TAMAT-
220. BANGLO TINGGAL
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : BANGLO TINGGAL
KARYA : JOKESCOP
KOD#00275094001220
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Aku ada seorang kawan nama Latif. Dia ni suka dengan benda yang berkaitan dengan hantu atau paranormal. Sampaikan diri dia jadi terlalu obses dengan paranormal. Aku ni duduk menyewa satu rumah dengan Latif. Suatu hari tu aku ada nampak dia bawa balik satu papan ni. Aku ingatkan maybe chessboard atau permainan papan lain ke, tapi sebenarnya papan tu adalah papan yang agak seram juga. Aku tak sangka obsesnya Latif ni dengan paranormal sampai sanggup beli Ouija Board.
Suatu hari, dia ajak aku dan kawan-kawan serumah pergi ke satu tempat ni kat kawasan Hulu Selangor. Dia kata dia ada jumpa kat internet mengenai rumah banglo lama kat tengah-tengah kebun kelapa sawit. Kawan-kawan serumah aku yang lain pun boleh tahan juga kepala otak masing-masing. Dia orang minat juga paranormal ni tapi tak obses macam Latif. Aku pada mulanya menolak ajakan Latif. Tapi, bilamana satu rumah setuju nak pergi, aku pun terpaksalah akur dengan keputusan dia orang. Lagi pun dia orang kata cuma pergi nak tangkap gambar dan tinggal kat situ untuk 1 malam je. Jadi, aku pun berfikir. Ya tak ya juga, apa salahnya kan? Aku pun tak pernah lalui benda-benda macam ni.
Jadi, pada hari yang dinantikan, kami semua pun bertolaklah dari Cheras menuju ke Hulu Selangor. Latif gembira sebab kami semua setuju untuk temankan dia buat aktiviti paranormal yang pertama kali dalam hidup dia. Ketika kami tiba ke lokasi, waktu sudah pun petang. Jadi kami tak buang masa, kami segera mengeluarkan perkakasan untuk kami bermalam di rumah banglo itu.
Ketika aku melangkah keluar dari kereta, aku terpaku sebentar apabila melihat rekabentuk rumah banglo lama itu. Saling tak tumpah seperti rumah banglo yang ada di negara barat. Yang hairannya, kawasan rumah tersebut bersih. Tiada rumput atau daun kering. Aku sedikit aneh apabila melihat keadaan rumah itu. Rumah tersebut berpenghuni ke? Ada penjaganya ke? Tapi jika dilihat dari pintu pagar utama, ianya sudah lama roboh dan berkarat. Mengikut informasi yang Latif berikan, rumah tersebut sudah berada disitu lebih dari 50 tahun. Dan tiada sesiapa pun yang tahu siapa pemilik asal rumah tersebut.
Kami membawa masuk segala perkakas kami masuk ke dalam rumah. Lagi sekali kami semua tergamam kerana di dalam rumah banglo itu keadaannya sangat kemas dan cantik. Walaupun sedikit berhabuk dan ada sawang labah-labah. Hati aku terdetik ketika itu. Benarkah rumah itu tiada orang duduk? Aku bertanyakan pada Latif soalan yang sama dan jawapan Latif tetap yang sama, Latif siap bagi aku baca artikel mengenai rumah itu.
Dari lama web yang aku baca tu ada mengatakan bahawa pemilik asal rumah tersebut merupakan orang British, dan sudah lama meninggal dunia. Dan kawasan kebun itu semuanya adalah milik syarikat plantation yang terkenal. Dan apa yang kami sedang lakukan ketika itu adalah pencerobohan. Aku ada terbaca juga bahawa sudah ramai yang keluar masuk dalam rumah tu. Rupa-rupanya rumah banglo tu selalu menjadi pilihan untuk mereka yang suka ‘photoshoot’. Jadi tidak hairanlah jika kawasannya agak bersih dan kemas. Mungkin sebelum kami tiba, ada orang lain singgah ke? Siapa tahu kan? Untuk menyedapkan hati, aku beranggapan begitu saja.
Pada pukul 10 malam, kami semua sedang duduk di bahagian ruang besar, berkemungkinan ruang tamu rumah itu. Latif mengeluarkan Ouija Board yang dibelinya tempoh hari. Saat aku melihat papan tersebut, hati aku terus jadi tidak tenang. Apa gila si Latif ni? Kawan-kawan aku yang lain pula boleh melonjak keseronokan bila Latif kata malam tu kami akan main papan tersebut. Aku membantah kerana perkara tersebut syirik. Dan satu hal lagi, macam mana kalau betul-betul ada benda yang tak elok datang? Sudahlah kami masing-masing tidak tahu menahu mengenai ilmu perubatan islam.
Aku duduk di satu sudut memerhatikan saja mereka bermain papan Ouija tersebut. Entah kenapa, hati aku betul-betul jadi tidak tenang malam itu. Adakah sebab aku terlalu takut? Sedang aku berfikir seorang diri, salah seorang dari kawan aku menjerit. Dia dakwa dia ternampak kelibat melintas belakang Latif. Aku dah mula rasa cuak. Alamak, macam mana nak buat kalau betul-betul benda tak elok datang? Aku pun nampak perubahan pada diri dia orang, masing-masing tengah menggelabah.
Aku masih tak bergerak dari tempat aku duduk tadi. Aku masih memerhati kawasan sekeliling. Tidak jauh dari tempat aku duduk, ada tangga menuju ke tingkat dua. Di atas tangga tersebut aku ternampak ada kelibat seorang perempuan lingkungan usia 30an sedang memerhatikan kawan-kawan aku. Aku telan air liur sendiri, perasaan gemuruh tiba-tiba datang. Apa aku nak buat? Mengikutkan pengalaman aku, itu adalah kali pertama aku nampak kemunculan kelibat. Sebelum ni setakat rasa dan dengar bunyi je.
Kawan-kawan aku semua sudah berhenti bermain dengan papan syirik tersebut. Wajah masing-masing pucat. Aku tanyalah dia orang, apa yang korang rasa masa main tadi? Latif jawab, rasa cuak sikit je. Dan, aku tanyakan lagi soalan, betul ke benda segi tiga tu bergerak sendiri. Tapi dia orang langsung tak jawab pertanyaan aku. Masing-masing membisukan diri dan pandang ke bawah. Aku nampak dari riak wajah dia orang yang dia orang ketakutan. Aku pun mengeluarkan cadangan untuk semua balik ke rumah saja dan batalkan niat untuk bermalam di situ.
Bagaikan tidak percaya bahawa dia orang setuju dengan aku. Jadi, kami pun segera mengemas barang-barang kami dan ingin menuju ke kereta. Namun nasib kurang baik kerana kami tidak jumpa jalan keluar. Sepatutnya jika kami belok ke kiri dari ruang besar tadi, kami akan jumpa terus pintu keluar. Namun, pintu itu tiada. Apa yang ada disitu hanyalah dinding dan sebingkai gambar besar. Gambar tersebut merupakan sebuah lukisan potret seorang lelaki berusia lingkungan 40an. Entah kenapa, kami semua berdiri kaku kat depan gambar tersebut. Bagaikan terpukau. Lama juga kami berdiri di situ.
Kemudian, semua yang berada di situ melihat dengan biji mata sendiri yang di mana lukisan di dalam gambar itu menggerakkan biji matanya dan merenung ke arah kami. Tak perlu cakap banyak, masing-masing melarikan diri. Tak cukup tanah dibuatnya. Dan, akhirnya kami terpisah. Aku dengan Latif berlari menuju ke satu ruang bilik kosong. Dalam bilik tersebut penuh dengan perabot yang sudah lapuk. Aku cuba memecahkan tingkap, namun tidak berjaya. Tidak aku sangka bahawa cermin tingkap itu begitu keras sekali.
Latif tiba-tiba menarik baju aku. Aku berpaling ke dia dan mendapati bahawa muka Latif begitu pucat sekali. Dia memberitahu bahawa dia nampak ada kelibat seorang budak kecil berdiri di pintu bilik itu memerhatikan kami berdua kemudian berlalu pergi. Sungguh kami ketakutan waktu itu, tak tahu nak buat apa. Dan, aku terdengar kawan-kawan aku yang lain menjerit memanggil nama kita orang semua. Tapi aku tak tahu suara tu dari arah mana kerana aku dengar ianya bergema. Seperti datang dari semua arah.
Aku dan Latif dan menggigil kat situ. Berpelukan. Mee segera yang aku makan waktu makan malam tadi seperti ingin keluar dan turut cabut lari. Belum campur dengan perasan nak terkencing dan tercirit. Latif berbisik ke telinga aku, “Aku tercirit”. Dan aku hanya mampu jawab, “Aku pun bakal-bakal ni..”.
Dalam kekalutan yang sedang berlaku itu, aku nampak cahaya lampu suluh datang dari arah pintu. Nama aku dan Latif di seru. Bila aku tengok betul-betul. Rupa-rupanya kawan-kawan aku yang lain berdiri di situ. Kami pun berkumpul semula. Perasaan ketika itu seperti sudah 50 tahun tak berjumpa dan kamu reunite balik setelah sekian lama terpisah. Malangnya, kawan aku bernama Shahril mengalami kecederaan pada kaki. Dia berlari ke tingkat atas tadi dan terlihat ada kelibat yang mengerikan berdiri dihujung tangga. Akibat dari itu, Shahril tersungkur dan terjatuh tergolek di tangga itu. Kakinya mungkin terseliuh.
Fendi, salah seorang dari kawan kami kata dia berlari menuju ke kawasan belakang rumah dan terjumpa pintu keluar. Kami semua tak banyak bicara, terus menuju ke lokasi. Memang benar ada pintu keluar dari situ. Tidak perlu berbincang, kami terus berlari keluar kecuali Shahril sebab kaki dia sakit, jadi dia kena lari-lari anak je.
Aku melilau melihat sekeliling. Aku dapat rasakan bahawa kami berada di bahagian belakang rumah. Dipendekkan cerita, kami pusing keliling rumah untuk cari jalan pergi ke bahagian depan rumah di mana kereta kami berada. Setelah kami berjaya menemui jalan pulang ke kereta. Entah kenapa aku pergi toleh ke belakang dan melihat ke kawasan pintu masuk rumah. Aku ingin memastikan bahawa pintu itu benar-benar ada di situ.
Namun, apa yang aku lihat selepas itu merupakan perkara yang membuatkan aku tidak akan lagi melakukan aktiviti paranormal seumur hidup. Apabila aku toleh ke belakang, aku mendapati rumah banglo tersebut tidak ada. Apa yang ada di situ adalah tanah kubur lama yang sudah dipenuhi dengan lalang.
“Guys”
Aku panggil kawan-kawan aku. Dia orang semua memberikan reaksi yang sama seperti aku juga. Terkejut ada. Takut pun ada.
Kami segera masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi dari kawasan situ. Semua menggigil ketika di dalam kereta. Tidak ada yang berani berkata-kata. Aku pun tak berani nak menjenguk ke luar tingkap. Risau ada benda buat ‘jump-scare’ pula nanti.
Apabila kami dah masuk ke kawasan KL, barulah masing-masing berani membuka mulut. Kami ingin lepak di mamak dahulu sebelum pulang ke rumah namun Latif membantah. Dia ingin terus pulang ke rumah. Waktu itu baru aku teringat bahawa Latif ada memberitahu bahawa dia tercirit dalam seluar sebab ketakutan. Jadi, aku faham perasaan dia. Aku pun cuba-cuba untuk memeriksa seluar dalam aku. Kot-kot aku pun tercirit. Selamat tidak, kalau tak, malu aku.
Esok harinya, kami berkumpul diruang tamu rumah kami untuk memikirkan mengenai kawasan yang kami pergi semalam. Semua mengajukan soalan yang sama pada Latif, betul ke wujud rumah banglo tu kat sana? Latif bermatian kata rumah tu wujud. Dan bila dia buka laman web yang dia jumpa tu, lama web tu sudah tidak wujud. Masing-masing terdiam. Kemudian Latif menaip alamat kawasan tu di Waze, kerana kami menggunakan aplikasi tersebut untuk pergi ke sana. Tapi waze tidak dapat memberikan jawapan yang tepat dan puas hati.
“Papan bodoh tu kau tinggal ke bawa balik?”
Soal Fendi, dan kami semua menunggu jawapan dari Latif dengan wajah yang serius. Latif bangkit dari tempat duduknya dan memberitahu bahawa papan tersebut ada di dalam beg dia. Kami semua ikut Latif menuju ke bilik tidurnya untuk melihat papan Ouija itu. Latif membuka zip begnya itu perlahan-lahan, aku dapat dengar bunyi muzik suspen di dalam kepala otak aku ketika itu. Dan Latif perlahan-lahan membawa keluar papan Ouija tersebut.
“Buang”
Kawan aku memotong scene seram kami dengan mengarahkan Latif untuk membuang papan itu dengan segera tanpa banyak budi bicara. Latif akur dan dia terus menuju ke luar rumah dan membuang papan itu ke dalam tong sampah rumah jiran kami yang jaraknya 4 buah rumah. Dan owner rumah itu adalah orang cina. Kami memerhatikan saja gerak geri Latif. Dah kenapa dia buang jauh sangat papan tu.
Ketika Latif masuk ke kawasan pagar rumah, dia tiba-tiba ketakutan melihat kami semua dan terus melarikan diri. Kami jadi hairan. Apa masalah budak tu?
“Ada something kat belakang?”
Aku telan air liur sendiri selepas mendengar soalan dari mulut Fendi itu. Ada makhluk lain ke berdiri kat belakang kami? Mungkin sebab tu Latif lari? Dengan anak mata aku, aku nampak Fendi perlahan-lahan menoleh ke belakang. Aku tak berani langsung nak menoleh, dan aku dalam keadaan bersedia untuk melarikan diri jika benar ada entiti dibelakang kami. Tiba-tiba Fendi menjerit macam histeria. Aku pun tak fikir banyak, terus buka langkah seribu meninggalkan rumah tersebut. Aku dah tak peduli pasal sesiapa lagi, yang penting aku tak jumpa benda-benda tak elok tu.
-TAMAT-
221. KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : KAIN HITAM PEMBALUT TUBUH
KOD#00275094001221
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Selesai saja kata-kata itu diucapkan, bahu kanan saya ditumbuk dengan kuat sekali. Dan saya seperti tersintak. Bahagian bahu yang ditumbuk segera saya raba dan picit untuk menghilangkan rasa sengal-sengal.
'Tamar"
“Iya Andi."
“Kau tak dikuasai oleh apa-apa sekarang. Cuba lihat keadaan sekeliling kamu."
Permintaan Andi Kamarool tidak saya hampakan. Dengan sepasang mata keadaan sekitar segera saya sorot dengan tenang. Saya dapati suasana sekitar cukup sepi, Di padang yang luas, saya lihat dan kabus nipis. terdengar kokok ayam sayup-sayup, Gegendang telinga dapat menangkap suara Andi Kamarool yang perlahan membaca beberapa potong ayat dari Al-Quran.
"Sekarang lebih kurang pukul dua pagi Tamar."
“Iya," kata saya perlahan.
"Untuk apa, kamu datang ke rumah batu lama?"
"Tadi, sebelum aku mengejutkan kamu, aku berjumpa dengan dua orang perempuan cantik, aku kira mereka berdua masih gadis lagi.” saya sudah tidak terdaya menyimpan rahsia. Andi Kamarool tidak terkejut dengan penjelasan itu.
"Salah seorang darinya mungkin Mia?" Andi Kamarool masih lagi menatap wajah saya tetapi, renungan kali ini lebih tajam. Dengan pantas saya mengelengkan kepala.
"Jadi, kau tak kenal langsung dengan mereka."
"Iya, aku tak kenal langsung, Andi,"
Buat beberapa ketika, Andi Kamarool termenung panjang, macam ada sesuatu yang diflkirkannya. Dan dalam keadaan yang damai itu, terasa diri ini seperti dipermainkan oleh keadaan.
"Kita keliling rumah batu ni, Tamar."
Cadangan yang membuat bulu tengkuk saya tegak berdiri. Hati terasa cemas semacam.
"Buat apa Andi?"
"Jangan banyak fikir, jangan banyak tanya lagi. Ikut saja cakap aku."
Tangan saya segera ditarik oleh Andi Kamarool. Tidak ada pilihan lain, kecuali mengikut saja kemahuannya. Dalam suasana dinihari yang dingin itu, kami pun memulakan langkah untuk mengelilingi rumah batu lama dari arah kiri dan kanan. Ketika melintasi bahagian dapur, terdengar suara perempuan dan lelaki mengerang dan mengeluh seperti menahan rasa sakit yang amat sangat.
Berpandukan pada suara tersebut, saya dapat mengagak usia mereka sekitar tujuh puluhan lebih. Dan secara spontan, saya teringatkan bilik misteri yang terdapat di bahagian ruang dapur rumah batu lama itu. Mungkinkah suara itu suara datuk dan nenek Mia? fikir saya dalam hati.
JUMPA
“Hai, dah jumpa dengan pengawal rumah batu?”
Serentak saya dan Andi Kamarool menoleh ke kanan. Kak Sun tercegat di bucu rumah batu dengan rambut mengerbang. Sepasang matanya nampak kemerah-merahan. Merenung tajam ke arah saya. Andi Kamarool dan saya tergamam, tidak tahu dari arah mana Kak Sun datang.
Barangkali dia baru keluar dari ruang makan, saya membuat kesimpulan. Tetapi saya lihat pintu dapur bertutup rapat, Andi Kamarool yang sudah dapat mengawal tergamamnya, begitu tenang menghadapi situasi yang saya kira agak gawat itu.
"Kak Sun bermalam di rumah batu?" Andi Kamarool mengemukakan pertanyaan. Kak Sun mengangguk.
"Sebilik dengan Mia?" tambah Andi Kamarool lagi.
"Tidak, dia di bilik atas, aku di bilik bawah," sambil bercakap mata Kak Sun merenung ke tingkat atas, Dan secara tidak sengaja, saya dan Andi Kamarool mendonggakkan kepala ke tingkat atas. Dari cahaya lampu bilik yang agak samar-samar itu, kelihatan bebayang manusia menyisir rambut.
"Itu, kalau tak silap saya, Mia" terkeluar ungkapan itu dari kelopak bibir saya. Andi Kamarool tidak memberikan sebarang komentar tetapi, dia mengigit bibir.
"Memang benar, kata kamu Mia," sahut Kak Sun.
Aneh sungguh, sudah dinihari masih mahu menghias diri, kemana dia mahu pergi. Fikir saya dalam hati sambil mengerutkan kening.
"Mia belum tidur lagi, sekarang dah pukul dua lebih," Andi Kamarool segera melibatkan diri.
"Dia memang begitu, ada malam-malam tertentu dia terpaksa bangun pukul dua atau empat pagi. Masa itulah dia menghias diri dan memakai wangi-wangian dan aku selalu dipanggil tidur di rumah batu ni untuk menemaninya," penjelasan Kak Sun itu memaksa saya dan Andi Kamarool saling bertukar pandangan.
"Dia nak ke mana Kak Sun, berpakaian cantik waktu tengah malam. Mesti ada sesuatu yang tak kena pada dirinya Kak Sun," saya memberikan komentar ikhlas. Tetapi, Andi Kamarool tidak gemar dan komentar yang saya luahkan itu, Perkara itu dapat saya kesan dari kenyit matanya.
'Tamar!" Sergah Kak Sun secara tiba-tiba.
"Kenapa perkara itu yang kamu tanyakan? Itu urusan dirinya, Dia nak bangun malam dia nak menghias diri. Itu urusan dia, kamu sudah keterlaluan Tamar," Duga Kak Sun boleh marah dengan tiba-tiba. Nada suaranya cukup tinggi, wajahnya nampak garang.
"Maafkan saya kak."
"Hisss........," katanya separuh hati. Saya menarik nafas kesal sedangkan Andi Kamarool tunduk merenung bumi. Dingin dinihari menghimpit diri.
"Kak mengawasi kami," suara Andi Kamarool lembut sekali. Saya lahu nada suara itu sengaja dilembutkan dengan harapan api kemarahan Kak Sun akan menurun. Dia nampak tenang dan selesa.
"Kak memang tak berhajat nak mengawasi kamu berdua Andi."
"Jadi untuk apa kak berada di sini?"
"Begini Andi. aku cuma nak menemani Mia ke..........."Kak Sun tidak meneruskan kata-kata. Dia donggakkan muka ke tingkat atas, Mia masih menghias diri. Angin yang bertiup lembut menambahkan lagi rasa sejuk. Kokok ayam sekali-sekala tetap kedengaran di sampingnya “ke pangkal pokok buluh kuning," syukur Kak Mia tidak lagi menyimpan rasa marah terhadap saya.
"Di situ kubur datuk neneknya," celah Andi.
“Kenapa? kamu takut."
Andi Kamarool terdiam, saya mengigit bibir.
"Sejuk, embun dah jatuh atas kepala," Kak Sun seperti merunggut, kemudian dia memeluk tubuhnya dengan erat untuk menghilangkan rasa dingin.
CAHAYA
Malam yang sudah beransur tua, membuat saya resah dan mula menggigil kedinginan. Kak Sun masih merenung ke arah bilik Mia yang masih diterangi cahaya lampu. Dia bagaikan tidak ambil peduli dengan suara burung hantu, lolongan anjing liar dan desiran angin yang merempuh dedaun sekitar kawasan rumah. Bagi saya, suasana sedemikian amat menyeramkan.
"Bagi kak, apa yang dibuat oleh Mia adalah biasa. Setiap sepuluh, lima belas, dua puluh dan dua puluh lima haribulan Islam, dia mesti pergi ke kubur di perdu buluh kuning, pukul tiga atau empat pagi, bila masuk waktu subuh baru dia balik," tambah Kak Sun lagi.
Penjelasan Kak Sun itu memang di luar dugaan. Saya mengalami kejutan yang amat hebat. Dua tiga kali, pangkal hidung saya rosak. Dua tiga kali air liur ditelan, rasa resah tidak juga berkurangan.
Andi Kamarool merenung suasana dinihari yang agak kelam, ada kabus nipis menguasai sekitar. Barangkali dia juga menghadapi keresahan seperti saya. Memang tidak pernah terfikir dalam benak saya (mungkin juga Andi Kamarool) yang selama ini Mia melakukan kerja-kerja aneh dan pelik. Memanglah, dia gadis yang diselubungi dengan seribu satu misteri.
Untuk sekian kalinya, saya merenung Andi Kamarool. Dia masih resah, memicit-micit kedua belah tangannya. Meraba-raba batang lehernya beberapa kali. Apa yang dilakukan oleh Andi Kamarool kelihatan seperti serba tidak kena. Dingin dinihari kian hebat menghimpit tubuh, kabus nipis kelihatan di mana-mana.
Ketika pandangan diluahkan ke kaki langit, saya lihat bintang timur mula bangkit. Bayu yang berhembus lembut membawa suara solakan anjing liar. Nyanyian burung hantu terus bersahut-sahutan, cukup rancak dan gempita sekali. Bau hamis harimau mula menusuk lubang hidung. Kak Sun yang berdiri (di antara saya dan Andi Kamarool) cuba mengelak agar bahunya, tidak bersentuhan dengan tubuh saya dan Andi Kamarool. Kami bertiga (saya, Kak Sun dan Andi Kamarool) berdiri sebaris tetapi, merenung ke arah yang tidak berlainam
Kak Sun merenung ke arah rumpun buluh kuning. Andi Kamarool ke arah bucu dapur rumah batu lama. Dan pandangan atau renungan saya lebih berkecamuk lagi, sekejap merenung ke arah jendela bilik Mia di tingkat atas. Sebenamya, saya mahu melihat perkembangan Mia, apakah sudah menyisir rambut dia akan membuka baju tidur untuk digantikan dengan baju yang baru. Tumpuan saya terganggu, macam ada sesuatu yang berlari di bumi.
"Ah! Binatang sial ni " itu yang terungkap di kelopak bibir saya.
Dengan biji mata yang terbeliak, saya melihat kemunculan beberapa ekor kucing hitam dengan sinar mata yang garang. Cemas juga rasanya, bila kumputan kucing itu mengiau sambil memperlihatkan siungnya yang tajam dan panjang. Kemunculan kumpulan kucing hitam itu ternyata tidak menarik perhatian Kak Sun dan Andi Kamarool.
Nampaknya kumpulan kucing hitam itu lebih senang mengelilingi saya, tidak mahu mendekati Kak Sun atau Andi Kamarool.
"Kucing hitam Kak Sun," kata saya sambil merenung wajahnya. Kak Sun tersenyum sambil mengaru pangkal telinga kiri. Setiap kali kepalanya bergerak, rambutnya juga ikut bergerak.
"Itu kucing peliharaan, jangan diapa-apakan dia, Tamar."
"lyalah, Kak" sahut saya separuh kesal sambil merenung ke arah Andi Kamarool, dia kelihatan bersahaja. Tidak kisah dengan kemunculan kumpulan kucing hitam itu, semuanya ini membuat saya tidak senang hati.
Memang saya tidak tahu, dari mana kumpulan kucing hitam itu muncul, Jumlahnya lebih dari tujuh ekor. Ukuran atau bentuk lubuhnya lebih besar dari kucing Siam, hampir menyamai anak harimau yang baru belajar main ekor ibunya, Kesemua kucing hitam ganjil itu terus mengelilingi saya dan ada ketikanya mengeselkan tubuh ke kaki, bulu roma terus meremang dan seluruh sendi terasa lemah.
Saya terus angkat kepala merenung ke arah bilik tidur Mia di tingkat atas. Lampu biliknya sudah padam, langsir sudah dijatuhkan. Dan bau wangi mcnguasai sekitar kawasan kami berdiri. Saya terdengar bunyi daun pintu dapur dibuka dan ditutup. Bila direnung ke situ tidak nampakpun ketibat manusia.
ANGKAT
Ke mana dia menghilang? Barangkali Mia sudah merebahkan tubuh di katil. Begitu saya membuat kesimpulan dan membayangkan bentuk tubuh Mia yang montok terkapar di katil tanpa pakaian. Saya menelan air liur dan rasa ghairah yang tidak bertepi terus mengusai otak.
"Mia sudah menanti aku di situ."
Saya tersedar dari lamunan. Biji mata saya mengikuti arah yang ditunjukoleh Kak Sun dengan jari telunjuknya, iaitu perdu buluh kuning. Kami lihat ada beberapa batang lilin sedang memancarkan cahaya, menerangi sebahagian daripada kawasan di bawah rumpun buluh kuning, termasuk kuburan batu.
Di bahagian kepala kubur terdapat sebatang lilin besar yang diletakkan di atas batu besar dua pemeluk manusia dewasa. Tidak tahu, siapa yang menyediakan dan menyalakan api lilin tersebut.
Angin dinihari yang lembut turut menggugurkan dedaun buluh yang kering, terdampar atas kubur batu. Ternampak kelibat manusia yang bergerak dari bahagian kepala. Perbuatan itu diulangi sebanyak tujuh kali berturut-turut.
Manusia yang melakukan perbuatan itu menyalutkan seluruh tubuhnya dengan kain hitam. Setelah selesai berjalan tujuh kaki(dari kaki ke kepala kubur) manusia yang berpakaian serba hitam berdiri tegak (di bahagian tengah kubur) menghadapi kubur misteri yang ditimbuni dengan bebatu sungai.
“Barangkali itu kelibat tubuh Mia, Andi," saya memberanikan diri bersuara.
"Aku juga fikir begitu."
"Perempuan apa dia ni, berani keluar malam ke kubur lama," komentar saya, lalu menatap wajah Kak Sun di sisi. Memang terdapat perubahan di wajahnya. Dia nampak bengis semacam.
“Barangkali ada sesuatu yang dicarinya. Boleh jadi dia menjalankan amanat datuk dan neneknya," Andi kamarool melahirkan pendapat.
"Itu urusan dia," sahut Kak Sun dengan nada suara yang suara yang cukup keras."Bukan urusan kamu. Aku nak beritahu kamu berdua, engkau orang tak berhak bertanya begitu, kau bukan kaum kerabatnya, kau orang tetamu dia, faham," sambung Kak Sun. Dia berang sungguh.
"Maafkan kami Kak, serentak kami bersuara.
Buat beberapa saat, Kak Sun terus membisu. Rasa marahnya masih belum hilang. Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan, menanti penuh sabar apa pula yang bakal Kak Sun luahkan. Pahit atau manis terpaksa kami terima.
"Aku juga nak beritahu kamu berdua," nada suaranya mula menurun, tidak sekeras tadi. Riak mukanya beransur cerah.
"Nak beritahu apa Kak?" Saya yang ingin segera tahu terus menyoal. Dan Kak Sun tidak terkejut dengan tindakan saya itu. Tetapi Andi
Kamarool kurang setuju dengan cara itu, Mungkin pada hematnya, tindakan saya itu agak keterlaluan.
"Batalkan saja segala rancangan yang kau orang buat."
"Kenapa pula?" Bentak Andi Kamarool.
"Pengawal rumah batu lama tu, tak ingin nak jumpa dengan kau orang berdua. Dia dah beritahu kak, kalau kau orang teruskan memang sia-sia. Tldak ada hasilnya,"
Mendengar kata-kata itu darah saya tersirap Rasa marah dan geram terhadap Kak Sun memuncak, Barangkali, Kak Sun mempunyai maksud tertentu. Kalau tidak masakan dia bercakap begitu. Fikir saya.
"Apa hak Kak menahan kami. Mia sendiri menyuruh kami berusaha mencari pengawal rumah batu, sama ada secara batin atau lahiriah. Dalam hal ni, orang yang berhak menahan kami ialah Mia, dia tuan rumah, dan pemilik tanah, bukannya Kak Sun," saya ledakkan kemarahan.
Rasa hormat terhadap Kak Sun mula luntur dan pudar di hati saya. Andi Kamarool menepuk bahu kanan saya dengan lembut. Dia menyuruh saya bersabar dan tenang. Tetapi, apa yang pasti, Kak Sun tidak kejut atau panik dengan sikap yang saya perlihatkan itu.
Dia nampak bersahaja malah melemparkan senyum sinis ke arah saya.
"Kamu marahkan kak, Tamar.”
Saya terus membisu dan cuba menurunkan lahap kemarahan saya ke tahap normal. Kalau tadi bahu kanan ditepuk lembut tetapi, kali ini, Andi Kamarool mengurut belakang saya.
"Jangan hilang pertimbangan Tamar," bisik Andi Kamarool.
MELAMPAU
“Kamu sudah keterlaluan Tamar, kau sudah melampau," pekik Kak Sun sekuat hati, bergema membelah kedinginan dan kesepian dinihari. Saya tergamam dan Andi Kamarool tersintak.
"Kamu biadab, Tamar," kemarahan Kak Sun berulang kembali.
Dan pada ketika itu, saya terasa pangkal leher seperti dipegang oleh sepasang tangan yang kasar dan berbulu tebal. Saya cuba menepis tetapi gagal. Pergelangan tangan disambar dan dipulas dan saya terus ditolak hingga jatuh tersungkur. Begitu juga dengan Andi Kamarool.
"Siapa yang menjatuhkan kita Tamar?"
“Makhluk ghaib Andi,"sahut saya sambil merenung ke arah Kak Sun yang melihat saja kejadian tanpa mahu memberi pertolongan.
"Kak Sun celaka " kutuk saya dalam hati. Belumpun sempat bangun, mulut saya ditampar dengan kuat.
“Tamar, lihat tu."
Saya segera melihat ke arah yang ditunjuk oleh Andi Kamarooi dengan jari telunjuknya. Apa yang kami lihat sungguh mencemaskan.
Tersergam di depan lembaga hitam yang tidak tentu rupa bentuknya, Tingginya bagaikan mencecah awan dan kakinya tidak pula menyentuh bumi. Bahagian kaki yang tidak terbuai-buai menyerupai kaki katak puru. Bila saya berusaha mendongakkan muka untuk melihat wajah lembaga yang muncul seperti bayang-bayang itu, leher saya dipulas dari belakang dan sepasang tangan lebar yang berbulu menutup sepasang mata saya. Pandangan saya jadi gelap gelita.
Tidak memadai dengan itu, tubuh saya di humban ke bucu dapur rumah batu. Dan saya terpaksa merangkak untuk mendapatkan Andi Kamarool yang masih tersungkur tidak berapa jauh dari Kak Sun. Dan lembaga yang menakutkan itu terus ghaib entah ke mana.
'Tak apalah Tamar, tak apalah Andi, aku tak boleh lama di sini. Selamat tinggal, lagi pun orang yang kau cari sudah datang. Selamat tinggal, Mia sudah lama menanti,"
Dalam keadaan terpinga-pinga terdengar suara Kak Sun. Kerana keadaan kami masih dalam pening-pening lalat, kami tidak begitu mengambil berat tentang kata-kata itu. Dengan sisa tenaga yang ada, akhimya saya dan Andi Kamarool berjaya berdiri dengan harapan dapat berdialog dengan Kak Sun tentang peristiwa yang baru berlaku.
Harapan saya dan Andi Kamarool tidak menjadi kenyataan. Kak Sun sudah pun beredar menuju ke arah Mia yang berada di bawah rumpun buluh kuning. Kami ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga dan terkapai-kapai.
"Kak Sun mempermainkan-mainkan kita, Tamar," keluh Andi Kamarool dengan rasa kecewa. Saya mengigit lidah kehampaan, tidak diduga sama sekali yang Kak Sun sanggup berbuat demtkian. Apakah maksud sebenar dari tindak-tanduknya itu? Betulkah dia mempunyai hubungan batin yang kental dengan penunggu rumah batu lama? Persoalan yang timbul secara mendadak itu sukar untuk dijawab.
-TAMAT-
222. DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : DIBURU PENUNGGU RUMAH LAMA
KOD#00275094001222
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan Mia dan Andi Kamarool mahu berhenti berbual. Malah perbualan mereka semakin rancak dan seronok. Seolah-olah saya bagaikan tiada di sisi mereka. Bila remang-remang senja mula menutup kawasan sekitar, hati terus berdebar.
"Dah senja Andi."
Saya terpaksa menggunakan taktik ini untuk menyedarkan mereka, Bagaikan diarah oleh sesuatu, serentak mereka memandang ke arah saya. Sinar mata Andi Kamarool nampak aman tetap, sinar mata Mia bagaikan memancar kemarahan. Mungkinkah tindakan saya itu menganggu keseronokannya berjalan seiringan dengan Andi Kamarool?
Apa yang saya bimbangkan, ketika Andi Kamarool asyik mendengar cerita Mia di remang senja, tiba-tiba Mia bertukar menjadi harimau betina dan Andi Kamarool pula menjadi harimau jantan lalu menyerang saya. Dari segi logiknya tidak mungkin berlaku tetapi, bila mengingati datuk nenek dari keturunan manusia harimau, bukan mustahil perkara begitu terjadi.
"Kita balik Andi, tak lama lagi maghrib tiba," tambah saya.
“Iya, Tamar. Kalau begitu kami minta diri dulu Mia," Andi kamarool tatap muka Mia. Saya memperlihatkan wajah kesian padanya (Mia),
"Silakan, saya tak menghalang, cuma cerita tentang ladang dan harta peninggalan orang tua saya belum habis," kata Mia.
"Kita sambung lain kali Mia," celah saya.
"Ok," sahutnya riang.
Mia pun melangkah menuju ke pintu rumah batu lama. Saya dan Andi Kamarool. Tidak sampai sepuluh langkah, kami melangkah. Mia memanggil Andi Kamarool. Serentak kami menoleh ke arahnya yang berdiri di depan pintu.
"Ada apa Mia," tanya Andi Kamarool dalam remang senja yang kian memberat itu. Saya terus resah dan berdoa agar Mia tidak menahan kami dari pulang ke rumah papan.
"Malam nanti, Kak Sun hantar makanan untuk kamu berdua."
Belumpun sempat Andi Kamarool atau saya memberikan jawapan. Mia terus menyelinap masuk ke rumah batu. Kami saling berpandangan, tanpa memberikan sebarang komentar. Langkah pulang kami teruskan.
Sementara mahu sampai ke kaki tangga rumah papan, macam-macam saya fikirkan. Walaupun begitu, saya rasa aman kerana bau harimau tidak lagi saya hidu. Semoga tidak ada perkara buruk akan berlaku, bila sampai di rumah papan, itu harapan yang berbunga dalam hati saya.
Mia ternyata gadis yang tidak mungkir janji. Sebaik saja kami selesai menyempurnakan sembahyang isyak, terdengar ketukan bertalu-talu di pintu.
"Kamu pergi buka pintu Tamar."
Saya meluru ke pintu dan membukanya. Kak Sun tersenyum, lampu suluh di tangan segera dimatikan. Belum pun sempat saya mengemukakan pertanyaan, Mia muncul di belakang Kak Sun membawa setalam hidangan. Talam itu diserahkan kepada Kak Sun. Tanpa berkata walaupun sepatah, Mia ke rumah batu lama, Sudah tentu perbuatan Mia menimbulkan pelbagai keraguan dalam diri saya.
"Ambil ni."
Saya segera mengambil talam dari tangan Kak Sun. Lalu diletakkan di ruang tengah. Kak Sun masuk ke rumah. Duduk bersila dekat tiang seri. Andi Kamarool yang sudah selesai membaca doa, segera memusingkan badannya membelakangi kiblat.
"Bersusah payah si Mia," Andi Kamarool merungut kecil.
"Dia ambil berat tentang diri kau orang berdua."
"Begini sebenarnya Kak Sun, saya dan Tamar tak sempat nak beritahu Mia supaya jangan hantar makanan. Dia cepat sangat masuk ke rumahnya senja tadi," biji mata Andi Kamarool terpaku ke arah biji mata Kak Sun.
"Kenapa pula? Orang nak beri rezeki engkau orang tolak."
"Malam ni, kami tak mahu makan," tutur Andi Kamarool dengan wajah yang gusar. Dia tahu kata-kata itu akan menyinggung perasaan Kak Sun dan Mia, Tetapi, apakan daya dia terpaksa berterus-terang.
NAMPAK
Buat beberapa saat, kak Sun nampak seperti tergamam. Kelopak matanya tidak berkedip merenung wajah saya dan Andi Kamarool. Ada seribu kesangsian bermain di parasnya.
"Kamu berdua masih ragu-ragu dengan kejujuran Mia dan aku?"
Saya gelengkan kepala.
"Bukan begitu," Andi Kamarool segera memintas cakap Kak Sun, "untuk berjaga malam, saya tak mahu makan makanan yang berat. Tamar pula tidak mahu menelan sebiji nasi. Minum air sejuk bila difikirkan perlu," lanjut Andi Kamarool. Dan saya harap penjelasan dan alasan yang diberikan itu dapat diterima oleh Kak Sun, Bila disampaikan kepada Mia, dia juga menerimanya.
"Semuanya ni sebagai usaha kami berdua untuk membuat hubungan batin dengan pengawal atau penjaga rumah batu, sepanjang malam terpaksa berlapar dahaga, seluruh pancaindera dan hati berpusat kepadanya. Kami mesti menghening cipta, begitulah mengikut istilah sekarang," itu hujah saya untuk menguatkan bagi alasan Andi Kamarool,
"Diharapkan apa yang kami buat ni, dengan izin Allah penunggu rumah batu lama akan muncul didepan mata kami," Andi Kamarool pula menambah. Saya lihat Kak Sun menarik nafas dalam-dalam.
"Tolong beritahu Mia tentang hal ni Kak Sun, kami terpaksa menolak pemberiannya buat malam ni, kerana tujuannya tersebut." ujar saya. Kak Sun masih macam tadi, menarik nafas dengan tenang.
"Sekarang kak dah faham, bila Mia tahu tujuan sebenar kamu berdua tidak mahu makan makanan yang dihantar, dia juga tidak berkecil hati," jawapan yang amat mengembirakan dari Kak Sun untuk kami.
"Biar kak bawa balik hidangan ni."
"Silakan," lemah benar suara Andi Kamarool.
Dan kak Sun pun membawa hidangan dalam talam tembaga ke rumah batu lama.
Sebaik saja Kak Sun berangkat,” Andi Kamarool melakukannya Tamar?"
"lya,"
"Bila?"
"Bila kamu masuk ke bilik tidur masa itulah aku mahu menghening cipta," tutur saya lemah. Dan Andi Kamarool tidak mengemukakan apa-apa pertanyaan. Anehnya, dia masih belum bersedia untuk melangkah ke bilik tidur. Andi Kamarool bagaikan keberatan mahu meninggalkan saya sendirian. Dan saya pula mengharapkan dia segera beredar. Makin cepat dia pergi. Makin cepat pula saya menjalankan tugas-tugas yang sudah dirancang.
"Kamu tidak memerlukan pertolongan aku, Tamar?"
'Tak perlu."
Andi Kamarool menggigit bibir, Dia nampak resah sekali.
"Lagi sepuluh minit pukul 12.30," kata saya dengan harapan Andi Kamarool segera mengerti dan segera pergi. Ah! Kenapa kamu tidak pergi Andi Kamarool? Kenapa? Batin saya terus menjerit.
"Semua barang-barang yang kamu perlukan, sudah aku taruh dalam beg kertas. Aku letak dekat tiang seri, pandai-pandailah kamu menjalankan tugas."
'Terima kasih Andi."
Andi Kamarool segera bangun. Dia melangkah satu, dua, tiga, empat, lima dan tiba-tiba dia berpatah balik mendekati saya. Tindakannya kurang saya senangi, melambatkan urusan yang sudah disusun. Kalau tidak kena caranya, semua akan menemui kegagalan. Saya menahan marah dengan menggosok pangkal dagu berulang-kali.
"Cuma satu saja yang nak aku ingatkan pada kamu, Tamar."
"Apa dia, Andi?" Tanya saya penuh debar.
"Pastikan, tidak ada seorangpun yang nampak kamu ke situ, jangan sampai Mia tersedar atau terjaga dari tidurnya, semasa kamu menghening cipta di depan pintu masuk ke bahagian ruang tamu. Kosongkan fikiran kamu dari dunia nyata. Mata hati dan batin kamu harus menjurus kepada perkara yang dihajati, kalau ada gangguan kamu mesti mempersetankannya."
"Apa lagi yang mahu kamu cakapkan pada aku Andi?"
"Lain tak ada apa-apa Tamar."
Andi Kamarool memulakan kembali langkah yang terhenti. Tetapi, hanya untuk beberapa langkah saja. Dia berhenti kembali lalu menoleh ke arah saya. Lagi sekali hati saya berdebar.
Dibandingkan dengan usia dan pengalaman, ternyata Andi Kamarool lebih dari saya. Kerana itu saya harus akur dengan nasihat dan pandangannya.
"Gerak hatiku seolah-olah memberi tahu kejayaan berada di pihak kamu. Tetapi, kalau kamu alpa atau terlalai sedikit, kamu kecundang Tamar," kata Andi Kamarool dan dia terus menghilang, masuk ke kamar tidur.
KEPALA
Dialog terakhir yang diucapkan oleh Andi Kamarool menimbulkan seribu persoalan dalam kepala. Perasaan jadi tidak lama, resah gelisah tidak ketentuan. Saya lihat jam loceng yang terlekap di dinding rumah papan. Lagi sepuluh minit pukul dua belas setengah, debar dada saya semakin kencang, entah mengapa, tiba-tiba saja dahi saya berpeluh.
Sepatutnya, keresahan semacam itu tidak wajar berlaku dalam diri seseorang yang mahu menghening cipta. Perasaan dan fikirannya harus damai dan tenteram. Tidak berkecamuk seperti apa yang sedang saya alami ini.
Saya cuba menenangkan perasaan dengan melakukan senaman ringan yang banyak tertumpu kepada gerak urat saraf. Sambil bersenam itu, saya berusaha melapangkan fikiran, usaha itu tidak menghampakan. Debar dada beransur kurang dan rasa yakin pada diri, mula mengembang sedikit demi sedikit. Dan akhimya, saya dapat mengawal diri, peluh tidak lagi terasa menguasai dahi dan tubuh. Semuanya terasa nyaman sekali. Badan segar dan bertenaga.
Bila kekuatan fizik dan batin sudah ada, saya segera bangun dan berjalan ke arah tiang seri untuk mengambil beg kertas, Bila saja beg kertas disentuh, saya terus menguap dan terasa amat mengantuk sekali.
Satu-satunya cara untuk menghilangkan rasa mengantuk itu, saya terpaksa melakukan senaman kembali, semakin kuat, berusaha untuk menghilangkan rasa mengantuk. Semakin kuat pula rasa mahu tidur menguasai diri, Badan terasa amat letih sekali, bagaikan sudah mendaki lima enam buah bukit.
Saya tetap berusaha, berjuang habis-habisan, menghalau rasa mengantuk. Apa yang saya perolehi, semua sendi-sendi anggota seperti mahu relai dan saya bagaikan kehabisan tenaga. Tidak terdaya mahu berdiri, badan segera disandarkan ke dinding, perlahan-lahan saya rebahkan badan dan terus duduk di tantai, Kelopak mata tidak terbuka lagi. Apa yang terpamir ialah beranika cahaya dalam pelbagai warna.
Ada cahaya yang membulat dengan warna kemerah-merahan, ada cahaya dalam bentuk panjang berjalur dengan warna biru, kuning dan hijau. Bila warna itu hilang, saya mula melihat kemunculan sinis, saya segera melambaikan tangan minta tolong, orang tua menghulurkan tongkatnya. bila jejari tangan mencecah hujung tongkatnya. Saya terkapai-kapai, macam orang buta kehilangan tongkat. Cukup terseksa rasanya.
Dalam keadaan yang serba kritikal itu, saya segera memanggil Andi Kamarool. Sungguh kecewa, saya kehilangan suara. Dan pada masa itu, ada sesuatu yang menghentak pangkal leher. Saya kira, benda yang menghentak saya itu ialah buntut senapang. Siapa yang menghentaknya? Sukar untuk diteka. Kata orang berpantang maut sebelum ajal, saya berusaha untuk bangun. Semuanya tidak menjadi, saya terus rebah dan tidak tahu apa berlaku selanjutnya.
Bila kelopak mata terbuka, saya sudah berada di depan pintu masuk ke ruang tamu dalam keadaan duduk bersila. Kedua belah tangan berada di atas kedua belah tempurung lutut. Beg kertas berada di hujung lutut sebelah kiri, semua barang di dalamnya berserakkan di anak tangga. Lebih mengejutkan lagi, tempat bara atau dupa sudah tersedia, Baranya merah menyala, menanti taburan serbuk kemenyan.
Dari arah belakang terdengar suara orang bercakap dalam pelbagai bahasa dan loghat. Saya tidak dapat menangkap perkara yang mereka perkatakan. Saya kira jumlahnya, lebih daripada sepuluh orang. Bila ditoleh ke belakang suara itu hilang. Suara itu beralih ke halaman rumah, anak mata saya tertumpu ke arah tersebut.
Saya dapati para pekerja Mia mula sibuk membawa pisau penyabit, cangkul, pencebak, parang. Mereka mahu turun ke ladang untuk memulakan pekerjaan.
"Dah pagi rupanya," kata hati saya.
Melihat suasana sekitar, saya kira sudah pukul enam. Tanpa mahu mengambil kira keadaan sekeliling. Pintu ruang tamu saya ketuk berulang kali. Malangnya, tidak ada siapa yang membukanya.
Saya mengambil keputusan nekad, daun pintu saya tolak. Bila pintu terbuka, ada dua orang gadis mempamirkan senyum seolah-olah menyambut kedatangan saya.
"Datuk."
Gadis bermata bulat berambut panjang, menyuruh saya duduk di sofa. Manakala seorang lagi segera mendekati piano, Jari jemarinya menekan mata piano dan bergenia irama tagu yang tidak pernah saya dengari selama ini.
"Menari," pelawa gadis bermata bulat.
Saya gelengkan kepala. Bunyi piano terus bergema, memekakkan anak telinga.
"Aku belum bersembahyang subuh,' pekik batin saya.
KELUAR
Tanpa mahu membuang masa, saya meluru keluar. Kedua orang gadis jelita menghalang di muka pintu. Apa yang saya fikirkan waktu itu ialah waktu subuh sudah tiba. Kedua gadis itu rempuh dengan kasar. Mereka menjerit. Tidak saya pedulikan, langkah dipercepatkan menuju ke rumah papan lalu mengambil wuduk.
Ketika itu, suara para pekerja menjadi riuh rendah. Sesekaii terdengar suara anak buahnya. Semuanya tidak saya endahkan. Solat diteruskan.
Selesai soiat subuh saya berdiri di muka pintu rumah papan dengan niat mahu melihat telatah para pekerja Mia. Harapan saya tidak menjadi kenyataan. Apa yang saya alami ialah suasana sepi tetapi hari makin cerah. Tiada seorang pun pekeija yang berjalan di halaman. Barangkali mereka sudah ke ladang, fikir saya.
Kerana tidak mahu Andi Kamarool terlepas solat subuh, saya segera masuk ke biliknya. Kakinya saya tarikdua tiga kali. Andi Kamarool terjaga dari tidur.
"Kenapa tamar?"
"Bangun sembahyang subuh."
"Subuh? Dah pukul berapa sekarang?"
"Dah cerah, dah pukul enam," ulang Andi ragu-ragu. Di terus duduk.
Sungguh mengejutkan bila dia memukul bahu saya berkali-kali sambil ketawa kecil.
"Kamu rnengigau Tamar, cuba tengok jam di dinding, pukul berapa sekarang?" Jari telunjuknya menghala ke arah jam yang tersangkut di papan rumah lama.
"Ha! Baru pukul 2.55 pagi," kata saya.
Andi kamarool terus ketawa.
Ketika itu juga saya teringat dua orang gadis di ruang tamu rumah lama. Tanpa mahu mengucapkan apa-apa pun pada Andi kamarool turun ke halaman rumah papan.
Dengan menahan nafas saya memulakan langkah dengan berlari ke rumah batu lama, saya tidak mengalami rasa bimbang dan takut. Dengan kekuatan seorang lelaki daun pintu ruang tamu saya tolak dan terus meluru ke tengah ruang tamu.
Dua wanita cantik sudah tiada di situ. Lampu ruang tamu masih menyala, penutup piano sudah tiada di situ. Lampu ruang tamu masih menyala, penutup piano masih terbuka. Terkaku saya dengan penuh kebinggungan. Ke mana dua perempuan cantik itu menghilang."
"Apa yang kau cari di sini, Tamar."
Tidak saya duga Andi Kamarool mengekori saya. Pertanyaannya sukar untuk saya jawab. Pada hakikatnya, ingin saya nyatakan kedatangan saya untuk mencari perempuan cantik. Tetapi mulut saya tidak terucap, saya takut diketawakan oleh Andi Kamarool.
"Balik Tamar, kau gagal."
Tidak saya jawab kata-kata itu. Muka Andi Kamarool saya tatap.
"Sekarang baru pukul dua, ada baiknya kita sambung tidur."
Saya buat tidak kisah dengan apa yang diluahkan kawan karib saya itu. Fikiran saya masih berputar tentang perempuan cantik. Apakah mereka yang membawa saya ke pintu rumah batu lama? Mereka juga agaknya yang menyediakan tempat bara dan mengeluarkan barang-barang dari dalam beg kertas saya.
"Mari."
Andi Kamarool menarik tangan mengajak saya keluar dari ruang tamu. tiada bantahan, saya hanya mengikut bagaikan kerbau dicucuk hidung. Bila berada di halaman rumah batu, fikiran saya tidak lagi diselaputi dengan bayang dua orang wanita cantik.
"Tamar renung mataku."
Kerana saya tidak memperlihatkan sebarang reaksi terhadap kata-kata yang diluahkan menyebabkan Andi Kamarool cemas sedikit. Tetapi anak matanya tetap terpanah ke wajah saya. Dia menarik nafas untuk kali kedua, terus dihembuskan ke muka saya.
"Eh, Tamar cuba kamu tengok keadaan sekeliling kamu."
-TAMAT-
223. JUMPA DIKUBUR LAMA
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : JUMPA DIKUBUR LAMA
KOD#00275094001223
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Si gadis jelita termenung sejenak tetapi, sepasang matanya yang lembut terus menatap wajah Andi Kamarool Dan sekilas senyum berlari di kelopak bibir, tentunya untuk Andi Kamarool yang muka di dakap keresahan.
"Begini saja, awak ikut saya berjalan-jalan di sini."
"Untuk apa?" Andi Kamarool gugup.
"Melihat keindahan dan kecantikan kawasan ni. Lagipun awak orang baru di sini, Saya kira, jalan bersama tak salah. Macam mana, awak setuju?"
Andi Kamarool jadi serba salah. Sekejap garu kepala, sekejap garu leher, sekejap lagakan gigi atas dengan bawah sekali. Dia masih ragu untuk membuat keputusan.
"Bagaimana? Kamu ragu-ragu dengan aku?” desak si gadis.
"Ayuh, saya temankan awak," jawab Andi Kamarool penuh semangat.
"Bagus, kita menuju ke sungai," si gadis jelita memulakan langkah. Mereka berjalan beriringan.
Seperti apa yang saya lalui, Andi Kamarool juga turut mengalaminya. Dia melihat air sungai yang melimpah ruah tetapi mengalir tenang mengarah dengan dedaun kering dan kumpulan bunga teratai dari hulu.
"Mari kita mandi," si gadis jelita sambil menanggalkan pakaian. Cuma yang tinggal coli dan seluar dalam. Si gadis jelita teijun ke dalam sungai.
"Mari kita mandi," ajaknya lagi sambil melentangkan badan di permukaan air sungai yang tenang,
"Kenapa menung, jangan tunggu lama-lama. Terjun dan berenang sekarang," desak si gadis jelita, Dan kali ini, Andi Kamarool bersedia memenuhi permintaan itu. Dia segera terfikir, mungkin apa yang sedang dilaluinya ini adalah tipu helah pengawal rumah batu lama untuk memerangkapnya. Andi Kamarool tergesa-gesa berpatah balik,
"Kenapa kamu berpatah balik? Kamu takut dengan air," jerit si gadis dengan rasa kesal yang amat sangat. Andi Kamarool mempersetankan suara si gadis itu. Dia cuma senyum dan berpatah balik ke tebing sungai.
Berdiri kaku di situ, melihat si gadis jelita berenang dan menyelam sesuka hati. Tubuh si gadis yang segar jadi sasaran biji mata Andi Kamarool,
Payu dara yang keras dan tajam menolak coli yang nipis. Rambut yang panjang bagaikan tebaran jala bila si gadis yang memusingkan kepala dengan cepat. Si gadis terus berenang dan menyelam bagaikan puteri duyung. Semua gerak-geri yang dipamerkan seolah-olah berusaha membangkitkan nafsu berahi Andi kamarool. Ternyata Andi Kamarool tidak mudah untuk digoda.
Andi Kamarool terus menanti di pinggir tebing.
"Kenapa kamu tak pergi?" Soal si gadis sebaik saja dia menghampiri tebing. Tangan kiri nya memegang akar yang terjuntai ke dalam sungai, tubuhnya terus digerakkan-gerakkan dalam air sungai yang jernih. Andi kamarool dapat menikmati seluruh kulit tubuhnya yang putih melepak.
Di bahagian tengah belakangnya bertenggek seketul tahi lalat hidup,
"Kamu menanti sesuatu dari aku," tambah si gadis, dia terus berenang ke tengah sungai dengan cara terlentang.
"Lihat sini," jeritnya sambil melambai-lambaikan tangan ke arah Andi Kamarool. Dengan sekelip mata dia terus menyelam ke dasar sungai.
"Ke mana dia?" Hati kecil Andi Kamarool berkata sendirian. Cukup lama si gadis itu menyelam, Hampir kecewa Andi Kamarool dibuatnya.
Tiba-tiba si gadis muncul di permukaan sungai. Berenang dengan tenang ketepian. Dia melompat ke atas tebing. dengan sekelip mata coli dan seluar dalamnya terus kering dengan serta merta.
"Anehnya," bisik batin Andi Kamarool.
Si gadis terus senyum, seolah-olah tahu apa yang bergolak dalam dada anak muda di bibir tebing, Dan mata beningnya terus menatap sekujur tubuh Andi Kamarool.
Si gadis terjun ke dalam sungai kembali. Menyelam untuk beberapa saat dan muncul kembali dengan sebilah keris lama agak pendek tetapi, mempunyai lima luk tanpa hulu dan sarung. Semasa ditayangkan kepada Andi Kamarool mata keris lama mengeluarkan cahaya kekuning kuningan hanya untuk beberapa saat sahaja.
TEBING
Si gadis melompat atas tebing, sepasang kakinya dari paras lutut hingga ke hujung kaki berada dalam air sungai. Andi Kamarool melihat air sungai. Andi Kamarool melihat air dari hujung rambut jatuh meleleh perlahan di permukaan kulit dada dan belakang sebelum jatuh ke bumi.
"Cantik dan antik," si gadis menggerak-gerakkan keris lama berluk lima, dari kanan ke kiri di depan mata Andi Kamarool.
"Berikan saya."
"Buat apa?"
"Untuk kenang-kenangan," jawan Andi Kamarool.
"Mudahnya nak minta harta orang. Permintaan dan ajakan orang tak dilayan."
"Apa permintaannya."
"Buat lupa pula, bukankah tadi aku ajak kamu mandi bersama."
"Oh..!" Mulut Andi Kamarool separuh terlopong.
"Sudahlah."
Secepat kilat si gadis jelita mengangkat kaki dari sungai. Dia terus berdiri. Tubuhnya yang jadi sembilan puluh peratus bogel segera ditutupinya dengan tuala besar. Entah dari mana tuala itu menjelma? Semuanya membuat kepala Andi kamarool pening.
"Kita pulangkan keris ini ke tempatnya, kalau kamu berhajat silalah cari sendiri dalam sungai. Selamat tingggal orang muda "
"Jangan dibuang nanti dulu."
Si gadis buat tidak kisah dengan permintaan Andi Kamarool. Keris lama berluk lima segera dicampakkannya ke dalam sungai. Dia terus berlalu dan Andi Kamarool tersedar.
Kerana sudah ternyata apa yang dilakukan tidak mendatangkan hasil, kami memutuskan untuk pulang saja ke rumah papan. Tetapi, kami mengalami kejutan yang lain pula. Kami tidak dapat tidur, badan terasa panas, gatal dan berpeluh seperti berada dekat dengan unggun api,
Apa yang peliknya, menjelang subuh rasa panas, gatal dan peluh di badan hilang serta merta. Dan kami dapat menunaikan sembahyang subuh dengan sempurna.
Sepuluh minit setelah menunaikan sembahyang subuh. Kami diserang rasa mengantuk yang amat sangat, Bagaimana tidak terdaya membuka kelopak mata dan akhimya kami terlena di hadapan sejadah. Dan terjaga bila terdengar ketukan yang bertalu-talu di pintu.
Saya suruh Andi Kamarool bangun dan membuka pintu, sebaik saja daun pintu terbuka, sinar matahari yang terang benderang terus masuk ke mang rumah papan.
Di muka pintu, tercegat Kak Sun menatang setalam makanan untuk sarapan pagi. Dia senyum penuh rasa ramah.
"Pukul berapa sekarang Kak Sun?" sambil menggosok-gosok mata Andi Kamarool bersuara.
"Dah pukul sembilan."
"Dah tinggi hari baru terjaga," keluh Andi Kamarool.
"Apa macam" Berjaya malam tadi?"
Pertanyaan itu tidak dijawab oleh Andi Kamarool. Dia menyambut talam yang dihulurkan oleh Kak Sun. Saya yang sudah berdiri di sisinya menggigit jari.
"Tamar letakkan di sana."
Setalam makanan untuk sarapan pagi segera bertukar tangan. Dari Andi Kamarool ke tangan saya. Talam segera saya letakkan atas lantai tanpa membuka tudung saji yang menutupnya.
"Usaha kami malam tadi gagal kak!" kata saya memberi jawapan, bukannya Andi Kamarool. Saya lihat Andi Kamarool anggukkan kepala. Tidak merasa tersinggung dengan tindakan saya itu.
"Agaknya kamu berdua tidur di sini, bukannya di anjung rumah batu. Sedapnya tidur hingga terpaksa dikejutkan," dalam senyum Kak Sun cuba menyindir kami.
"Ramalan kak tak tepat, kami balik ke rumah ni pukul tiga pagi. Lepas sembahyang subuh baru kami terlelap," terang saya bersungguh-sungguh. Andi Kamarool terus tersengih.
"Apa yang kau orang berdua rasa?"
"Macam-macam, nanti lain kali kami ceritakan pada kak," Andi Kamarool mencelah. Jawapan itu ternyata tidak menyenangkan hati Kak Sun.
"Ceritalah sekarang, apa salahnya."
"Saya berjanji esok atau lusa saya cerita pada Kak," saya melahirkan sebuah janji. Kak Sun menarik nafas panjang.
"Kak bukan apa-apa. Mia yang suruh tanya."
"Jawapannya tetap sama kak," tingkah Andi Kamarool.
"Mia cuma nak tahu, bila kamu berdua gagal, apakah kamu nak teruskan juga."
"Malam ni, kami cuba lagi hingga hati kami puas. Sampaikan salam kami untuk Mia kerana mengambil berat tentang diri kami. Beritahu dia, sebelum berjaya kami tetap mencuba," tambah saya lagi.
"Baiklah."
Dan Kak Sun pun segera meninggalkan kami.
PERSIAPAN
Kerana tidak mahu mengalami kegagalan, kami segera membuat persiapan rapi, Petua dan ilmu yang ada dalam diri Andi Kamarool segera di satukan dengan petua dan ilmu yang saya miliki. Pelbagai jenis bunga dicari dan pelbagai jenis ramuan pula diburu. Demi mencari bahan-bahan tersebut, bukit kecil di belakang rumah papan jadi sasaran.
Di saat saya menyusun dan memilih barang-barang perlu didakwa boleh memanggil makhluk halus, Andi Kamarool menghilangkan diri entah ke mana. Kira-kira satu jam kemudian baru muncul kembali dengan wajah yang berseri-seri.
"99 jenis bunga kau dah bungkus Tamar?"
"Sudah."
"Serai wangi, kemenyan putih, pucuk pisang hutan di mana kamu letakkan?"
"Dekat bendul."
"Tulang lembu yang kita pesan dengan tukang kebun dah hantar?" Soal Andi kamarool, sambil matanya merenung kiri dan kanan.
"Ada, aku letak di kaki tangga. Kamu ke mana tiba-tiba hilang."
"Maafkan aku Tamar, tiba-tiba tergerak hatiku nak jumpa Mia. Aku terus cari dia."
"Jumpa di mana?"
"Aku jumpa di kubur lama di bawah pokok buluh kuning. Dia terkejut bila aku datang."
"Apa yang kamu berdua buat di situ," tanya saya sambil membayangkan yang Andi Kamarool menjelma menjadi harimau jantan dan Mia harimau betina.
"Dia ajak aku pergi ke sebatang anak sungai," kata-kata yang diluahkan oleh Andi Kamarool membuat saya cemas.
Mukanya saya renung,
"Jauh dari sini, Andi?" Tanya saya lagi-
"Aku tak dapat pasti berapa jauh, Anak sungai tu di kaki gunung, kami bercakap saja Tamar."
"Macam sungai..” saya tidak meneruskan kata-kata.
Andi Kamarool yang dapat menangkap maksud kata-kata saya itu, terus tersenyum.
"Bukan macam sungai yang aku dan kamu tengok tu,” nada suara Andi Kamarool cukup lemah.
"Kalau serupa, kita terus saja ke situ Andi."
"Serupa atau tidak, malam ni kita teruskan usaha kita Tamar."
"Sudah tentu," balas saya penuh keyakinan,
DATANG
MALAM itu, kami datang lagi ke rumah batu lama. Kali ini kami memilih ruang tamu sebagai tempat pertemuan. Mia merestuinya. Caranya sama seperti apa yang kami lakukan pada malam semalam. Cuma masanya saja dipercepatkan setengah jam lebih awal.
"Kita mulakan," kata saya sambil memegang bahu kanan Andi Kamarool.
"lya," balasnya lemah, ada getaran keresahan bermain di dadanya.
"Dengan izin Allah kita berjaya," kata saya memberi semangat. Andi Kamarool mengangguk. Saya segera memberi arahan kepadanya supaya bergerak seiringan menuju ke sudut kanan.
Di situ kami duduk, saling membelakangi menghadapi taburan bunga dan dupa yang mengeluarkan asap kemenyan. Bau kemenyan terus menyumbat lubang hidung. Saya memperkemaskan sila dan menegakkan badan. Begitu juga dengan Andi Kamarool. Suasana terasa amat sepi sekali.
Beberapa orang yang ditemui siang tadi menyatakan, dalam waktu tertentu, (terutama menjelang senja dan subuh) mereka pernah terlihat tongkat bergerak sendiri dan bunyi gelas berlaga sama sendiri yang dituruti dengan suara orang batuk. Mengingati semuanya itu, saya jadi cemas sendirian.
Dengan penuh tenang, kami terus menunggu. Mana tahu mungkin sebentar lagi ada kejadian aneh menjelma. Saya berusaha dengan sedaya upaya agar tidak terleka, mengantuk atau terkhayal.
Andainya perkara sedemekian terjadi, pasti kegagalan yang diraih. Saya kira, Andi Kamarool juga berbuat seperti apa yang saya buat, Masa terus berlalu, tidak ada apa-apa yang menjelma di depan mata. Suara lolongan anjing, suara burung hantu, suara kucing jantan mengiau manja memanggil kucing betina. Semuanya tidak kami endahkan.
Saya menahan nafas dan dada terus berdebar. Seekor kucing hitam, entah dari mana datangnya berdiri betul-betul di hujung kepala lutut. Matanya yang bercahaya merenung tajam ke arah saya. Lidahnya menjilat- jilat lantai simen rumah batu lama. Ketakutan dan kebimbangan segera berakhir, bila kucing hitam itu berlalu.
Ternyata sepanjang malam itu saya tidak mengalami sebarang kejadian aneh atau ganjil. Saya berjaya mengengkang biji mata hingga pagi. Tetapi, apa yang saya alami tidak sama dengan apa yang dirasakan oleh Andi Kamarool.
"Pengalaman yang sungguh hebat," Andi Kamarool membuka mulut di saat sarapan pagi bermula. Saya berhenti menghirup air kopi, sepasang biji mata saya arahkan ke wajahnya.
"Ceritakan, aku nak dengar," saya mendesak.
"Baik," balasnya lalu berhenti mengunyah makanan.
Andi Kamarool pun menceritakan apa yang dialaminya. Setelah menumpukan seluruh kalbu dan pancaindera untuk berdepan dengan pengawal rumah batu lama, dia merasai badannya terhinjut-hinjut seperti berada di atas pelana kuda yang sedang berlari kencang.
Dan dalam masa yang sama macam ada seseorang yang sengaja memulaskan kepalanya hingga mukanya berada di belakang. Sakitnya bukan kepala, tidak dapat diceritakan atau dibayangkan kepada sesiapapun.
Andi Kamarool meronta dan melawan. Mungkin kerana marah, orang yang tidak dikenali mula bertindak kasar. Andi Kamarool terus dihumban ke tanah lapang, seluruh tubuh terasa sakit dan tulang-temulang bagaikan hancur. Andi Kamarool terjaga dan dia mendapati dirinya berada di tempat asal. Tidak berubah ke mana-mana dan sakit yang dialami hilang serta merta.
"Dahsyat juga," kata saya.
Andi Kamarool mengangguk perlahan sambil meneguh air kopi.
Saya menggigit bibir dan membuat kesimpulan, walaupun belakang kami bertemu tetapi, peristiwa yang kami alami tidak sama.
Apakah semuanya itu sebagai petanda yang kami akan berhadapan dengan masalah yang lebih rumit lagi? Atau itu hanya sebagai ujian untuk menduga sejauh mana kesungguhan kami berdua dalam pencarian untuk bertemu dengan pengawal atau penunggu rumah lama? Macam-macam persoalan yang muncul di benak saya.
Sesungguhnya, sarapan pagi itu terlalu banyak menimbulkan persoalan yang buat kami terpaksa berfikir panjang.
"Lupakan apa yang kamu alami," nasihat Andi Kamarool, bila melihat saya kurang ghairah menjamah hidangan yang tersedia.
"Entah," saya mengeiuh.
Andi Kamarool tersenyum panjang. Entah apa yang difikirkannya. Saya sendiri tidak tahu
KEJUT
Petang itu, di saat saya dan Andi Kamarool berehat di halaman rumah papan. Dia muncul, kedatangannya memang di luar dugaan kami berdua.
"Main catur?" Matanya menjunam kepada papan catur yang kami buat sendiri.
"Nak menghilangkan rasa jemu," saya menjawab. Sebenarnya di samping main catur kami juga berbincang sama ada mahu meneruskan usaha mencari pengawal rumah batu lama atau membatalkan saja, Dengan kehadiran Mia, perbincangan terpaksa dihentikan.
"Bagaimana? Dah dua malam mencuba, apa hasilnya?"
Mia renung muka saya dan secara tidak langsung pertanyaan itu memang ditujukan untuk saya. Tidak kuasa saya menjawabnya. Tetapi, Andi Kamarool tidak mahu menghampakan hati orang yang disenanginya.
'Tidak berhasil," kata Andi kamarool.
Segaris senyum berlari di kelopak bibir Mia. Anehnya, pandangannya tidak bembah masih merauti saya, tidak kepada Andi Kamarool.
"Mahu diteruskan?"
Mia ajukan pertanyaan, dia tidak puas hati, kerana pertanyaan tadi tidak saya jawab,
“Iya, tetap diteruskan," balas saya.
"Di tempat yang sama Tamar?"
'Tidak."
"Habis di mana pula Tamar," Mia menjengilkan biji mata,
Saya dan Andi Kamarool berpandangan. Mia menanti penuh debar, wajahnya membayangkan keresahan. Saya masih buntu, tidak tahu apakah jawapan yang harus saya tuturkan kepada Mia. Dan wajah Andi Kamarool membayangkan rasa serba salah. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan tindak-tanduk saya ketika itu.
Sebenamya, apa yang saya buat memang di luar pengetahuan Andi Kamarool. Tidak ada perbincangan atau permuafakatan sebelumnya. Semuanya berlaku secara spontan. Apa yang saya ucapkan kepada Mia, adalah kemahuan hati saya sendiri. Tidak hairanlah, kalau Andi Kamarool nampak serba salah.
"Mahu ke mana kita Tamar?"
Kata-kata yang terpancut dari kelopak bibir Andi Kamarool meletakkan saya dalam keadaan serba tidak kena. Bagi mengatasinya saya hanya bersandiwara dan diharapkan Andi Kamarool dapat memahaminya,
"Kau dah lupa dengan keputusan yang kita buat Andi?"
"Aku dah lupa Tamar."
Temyata Andi kamarool dapat memahami situasi yang terjadi. Dia segera mengikuti irama yang saya mainkan. Kami pun berbalas senyum.
"Bukankah sudah aku cakapkan yang aku mahu bersendirian, aku mahu bermalam di depan pintu masuk ruang tamu. Kau tidur seorang diri di rumah papan, kamu cepat sangat lupa pada janji Andi."
Andi Kamarool makin cemas dan gawat. Dia menggigit bibir, mungkin dia berfikir, kenapa saya bertindak demikian.
"Satu cara yang baik, bila kau orang berdua, penunggu rumah takut nak jumpa," Mia terus ketawa, dia bagaikan meyindir kami. Tetapi, saya tetap memperlihatkan wajah yang serius.
"Tamar bersungguh-sungguh Mia, dia bukan berjenaka," bisik Andi Kamarool telinga Mia. Dan ketawa Mia berhenti dengan serta-merta. Wajahnya mula menampakkan kesungguhan.
Dengan niat mencipta suasana aman, Andi Kamarool menceritakan pengalaman yang dilaluinya, Mia mendengar penuh khusyuk, sesekali kelihatan dia menggigit bibir dan menelan air liur. Barangkali, dia juga turut merasa kecewa dengan kegagalan demi kegagalan yang kami raih.
"Memang aku mengharapkan sangat-sangat yang kau orang berdua dapat berjumpa dengan apa yang aku cari, Selama ini hanya mendengar ceritanya saja, ada dua tiga kali aku melihat bebayang manusia yang tidak tentu rupanya. Macam-macam cerita ganjil terjadi di sini aku dengar," Mia meluahkan apa yang tersembunyi dalam hatinya selama ini.
"Jadi, kami sudah buat keputusan nak tangguh depan tangga Tamar."
"Iya, Mia."
'Teruskan Tamar," Mia memberi semangat. Dan dia mengubah topik perbualan ke arah lain. Mia banyak bercerita tentang tumbuh-tumbuhan yang ada di kawasan tanah ladangnya.
Dan petang itu juga, dia membawa saya dan Andi Kamarool meninjau ke kawasan ladang getah, kebun pala, cengkih. Seperti hari-hari sebelumnya, bila berjalan bersama Mia, saya pasti merasakan ada sepasang mata yang mengawasi gerak langkah saya dengan Andi Kamarool.
Bau hamis harimau mula terhidu, seiring dengan itu, terdengar seperti dedaun gerah kering dipijak sesuatu. Malah ada dedaun itu yang pecah. Makhluk yang memijaknya tidak dapat di lihat. Bila hati kecil saya memaki hamun benda yang tidak kelihatan, saya menerima padah yang tidak diduga. Belakang saya terasa seperti dicakar-cakar. Tetapi, baju saya tidak pula koyak.
"Maafkan saya," cetus batin saya.
Dengan serta merta, badan saya tidak dicakar lagi. Namun begitu bunyi telapak kaki makhluk ghaib terus mengiringi langkah saya.
Melihat dari gaya langkah, ayunan tangan Mia dan Andi Kamarool yang rancak itu, teryata mereka tidak diganggu makhluk ganjil. Sudah hampir separuh kawasan ladang yang luas itu dikelilingi, mereka berdua (Mia dan Andi Kamarool) tidak memperlihatkan rasa cemas atau bimbang. Masih rancak berbual dan ada ketikanya ketawa mesra.
Di saat matahari berubah warna menjadi kekuning-kuningan serta bergerak perlahan ke arah balik bukit nan menjulang. Kawasan ladang yang luas itu segera ditinggalkan, kami berjalan perlahan menuju ke halaman rumah batu lama. Di situ, Mia bagaikan tidak mahu berpisah, dia masih bercerita tentang rumah papan, tentang tanah ladang peninggalan orang tuanya.
-TAMAT-
224. TETAMU CACAT
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : TETAMU CACAT
KOD#00275094001224
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Datuk buka baju teluk belanga lalu disangkutkan pada paku dinding. Seperti selalu, Datuk terus duduk bersandar sambil mendirikan lutut sebelah kanan. Beberapa saat kemudian nenek pun meletakkan secawan kopi pahit di depannya. Datuk tidak segera meminumnya. Dia hanya melihat asap nipis di permukaan cawan.
"Ramai orang di masjid?"
"Tak seberapa," Datuk terus menghirup kopi pahit, "Begitulah selalunya, tak ramai orang yang mahu belajar di masjid, orang lebih suka tengok Fun Fair," sambung Datuk dengan nada kesal.
Cara kebetulan pula di pekan kecil sudah seminggu diadakan Fun Fair. Macam-macam pertunjukan diadakan yang dapat memikat hati orang-orang di tempat saya.
"Memang begitu adat hidup. Dunia dilebihkan, akhirat buat endah tak endah. Maklumlah, dunia nampak, alam akhirat tak nampak," ujar nenek lalu memicit buah betisnya.
Datuk tidak memberikan sebarang komentar terhadap kata-kata yang nenek tuturkan. Dengan tenang Datuk mengangkat cawan lalu menghirup kopi pahit. Saya sudah pun merebahkan badan di lantai, sejak Datuk meneguk kopi pahit pertama. Sengaja saya rapatkan kedua belah kelopak mata. Biar nenek dan Datuk menyangka yang saya sedang tidur.
"Rasa-rasanya, aku nak ke Jambi. Rindu nak tengok kaum keluarga, saudara mara di sana. Aku rindukan tanah Jambi," hasrat yang Datuk luahkan itu membuatkan saya membuka kedua belah kelopak mata dengan luas.
"Kita faham niat awak, kita tak menghalangnya, hubungan kaum keluarga, kata orang macam air sungai, di cincang tak putus, Tapi, ada...," nenek tidak meneruskan kata.
"Ada apa?" Datuk pun menegakkan badannya. Biji matanya tepat merenung wajah nenek. Seolah-olah memaksa nenek supaya menyambung segera kata-kata yang terputus itu.
"Awak tu, tak sekuat dulu lagi. Awak bukannya muda, cuma itu saja yang saya nak ingatkan," nenek pun angkat muka lalu bola matanya terpaku ke wajah Datuk.
"Awak takut saya mati?"
"Tak pula, kerana saya tahu, mati tu adalah hak Allah."
"Habis apa yang awak bimbang dan takutkan."
"Awak nak ke Jambi tu nak naik apa, kapal terbang atau kapal laut?" soal nenek lagi. Tidak ada jawapan dari Datuk. Dia hanya tunduk merenung lantai sambil menghela nafas perlahan-lahan.
Ternyata seperti ada sesuatu yang bermain dalam kepala Datuk, ekoran dari pertanyaan yang nenek kemukakan.
"Nak ikut apa?" ulang nenek lagi.
Tidak ada jawapan dari Datuk dan baki air kopi pahit dalam cawan segera dihirupnya. Kemudian Datuk lunjurkan kaki kanannya. Datuk seperti keberatan untuk menjawab pertanyaan dari nenek, macam ada sesuatu yang ingin Datuk sembunyikan dari perempuan yang tertonggok di depannya.
Saya yang sedang baring terus pasang telinga. Saya juga ingin mendengar jawapan dari Datuk. Bunyi cengkerik berdendang di luar cukup rancak. Angin yang bertiup terus menjatuhkan reranting yang kering ke bumi. Suara kucing jantan cukup nyaring memanggil kucing betina.
"Aku nak ke Jambi dengan kapal laut," secara mengejut Datuk bersuara. Kaki yang di lunjur dirapatkannya kembali. Silanya diperkemas.
"Sungguh-sungguh awak nak ke Jambi."
"Tentu," Datuk anggukkan kepala.
"Bila agaknya awak nak pergi?"
"Bila semua urusan selesai baru sedap berjalan."
"Pergi seorang saja?"
"Berdua."
Nenek terus membeliakkan biji matanya.
"Awak nak bawa saya?"
Tanya nenek, cepat-cepat Datuk gelengkan kepala.
Nenek ambil sirih, pinang, kapur dan gambir. Semuanya disatukan lalu disumbat dalam gobek. Dengan tenang nenek menggobek sirih.
Saya kira sambil menggobek sirih, nenek memerah otak memikirkan siapakah kawan karib Datuk yang bakal menemaninya ke tanah Jambi.
"Siapa kawan awak tu," nenek berhenti menggobek sirih.
"Siapa lagi...," Datuk terus diam. Dia menggeliat untuk menghilangkan rasa lenguh di pangkal belikatnya.
"Agaknya awak nak bawa cucu kita, si Tamar," nenek terus menyerkap jarang.
"Memang begitulah hajat di hati, mahu aku perkenalkan si Tamar dengan kaum keluarga di seberang. Aku tak mahu dia kehilangan akar umbi keturunannya. Biar dia kenal siapa dirinya dan dari mana asal-usulnya," Datuk bersuara penuh semangat.
Bila Datuk mengakui yang dia memang berhasrat mahu membawa saya ke tanah seberang. Saya semacam tidak sedar terus bangun dan duduk bersila merenung muka Datuk dan nenek. Saya masih mengharapkan kata-kata selanjutnya yang bakal keluar dari kedua kelopak bibir Datuk dan nenek.
"Wah! tengok si Tamar ni, sebut pasal nak berjalan dari tidur terus bangun," nenek menghalakan matanya ke arah saya.
"Maknanya dia pura-pura tidur, bukan apa tu, dia nak mengelakkan dari disuruh membaca Quran. Perbuatan macam tu tak ada untungnya Tamar, apa faedahnya menipu diri sendiri," sampuk Datuk tanpa merenung ke arah saya.
Tebal rasa kulit muka bila kena sindir macam tu. Apa mahu dikata, salah sendiri terpaksa ditanggung malu.
"Pergi tidur dalam bilik," herdik Datuk.
"Baik tuk," saya segera akur dengan cakap Datuk.
REBAH
Nenek hanya melihat telatah saya yang tergesa-gesa masuk ke bilik tidur. Saya tidak merebahkan diri di atas katil. Saya lekapkan telinga kanan ke dinding untuk mengikuti perbualan selanjutnya antara Datuk dan nenek.
"Budak tu cukup nakal, makin besar makin menjadi nakal," itulah komen nenek terhadap saya.
"Budak lelaki memang begitu, suka membantah cakap. Kalau kena cara cakap dan minta mahu mendengar kata. Suruh apa saja, sanggup dibuatnya. Tamar tu boleh dibentuk lagi untuk menjadi manusia," Datuk membela saya.
Saya senyum sendirian, megah kerana ada orang yang bersedia mempertahankan diri saya. Bukan kepalang gembiranya rasa di hati, bila Datuk memuji saya di depan nenek.
Dan saya mula faham, begitu tinggi sekali harapan Datuk pada saya. Keseronokan yang melonjak-lonjak terus terbantut, bila teringatkan ungkapan dari Datuk berbunyi: Tamar tu boleh dibentuk lagi untuk jadi manusia.
Wah! ini sudah keterlaluan. Apakah batang tubuh saya yang wujud ini, bukannya manusia? apakah saya ini binatang yang bertubuhkan manusia? Datuk sudah melampau, secara mendadak saya jadi marah. Kalau ikutkan hati, mahu rasanya papan dinding saya tumbuk, biar tercabut.
Dalam mengawal perasaan itu, saya cuba membaca surah Al-Fatihah tiga kali. Ketenangan datang dalam diri saya dan saya mula memikirkan ada maksud tertentu dari ungkapan yang Datuk luahkan itu.
Telinga terus saya lekapkan ke dinding. Saya mengalami kekecewaan yang amat sangat. Datuk dan nenek tidak lagi memperkatakan tentang hal yang ada hubungannya dengan niat Datuk mahu pulang ke Jambi. Mereka membawa persoalan lain, mereka memperkatakan tentang tanah sawah, kebun getah, amal ibadah dan hal-hal yang bersangkut-paut dengan kematian. Saya cukup hampa dengan tindakan Datuk dan nenek itu.
Saya pun rebahkan sekujur tubuh atas katil, saya mula memikirkan tentang perjalanan ke Jambi dengan kapal laut membelah Selat Melaka.
Kalaulah benar, Datuk bersedia membawa saya ke tanah Jambi, saya akan memujuk Datuk agar membawa saya ke Palembang untuk melihat puncak Bukit Seguntang tempat Wan Empuk dan Wan Malini berhuma padi. Saya juga teringin sekali mahu melihat Sungai Mati yang membelah Palembang. Semoga cita-cita dan impian terlaksana.
"Bolehkah dipercayai cakap Datuk tu?"
Timbul pertanyaan dalam hati saya di malam yang dingin. Saya terdengar bunyi jam gantung berdenting sepuluh kali. Perbualan Datuk dengan nenek tidak serancak tadi. Saya menguap, sekejap saya melentang, sekejap saya meniarap dan sekejap mengiring. Entah mengapa saya resah tak menentu.
"Agaknya, saya terpengaruh dengan cerita Datuk mahu membawa saya ke Jambi, inilah sebabnya saya resah tak menentu dan tak mahu tidur," begitulah saya membuat ramalan dalam hati. Saya terus bangun duduk atas katil sambil memeluk sepasang lutut. Macam-macam yang saya fikirkan tentang kampung halaman Datuk di Jambi.
Suburkah bumi Jambi dengan tumbuhan. Sombongkah anak buah Datuk. Kasarkah gerak-geri mereka dan celuparkah mulut anak buah Datuk di sana. Dapatkah saya menerima mereka sebagai kaum keluarga yang masih mempunyai pertalian darah dengan Datuk, sedangkan saya tidak pernah mengenali mereka secara dekat, tidak mesra.
Mungkin cara mereka berfikir dengan saya tidak sealiran. Jangan-jangan bahasa yang diucapkan tidak saya fahami. Dapatkah saya menerima mereka saya yang telah dipisahkan oleh Selat Melaka. Semuanya bergolak dalam dada saya.
"Di sana ada sungai, ada jambatan, nanti kau dah besar tuk bawa ke sana," teringatkan dialog yang terjadi antara saya dengan Datuk ketika saya mula bersekolah dulu.
"Sungai itu apa namanya tuk?"
"Sungai Batanghari."
"Jambatannya nama apa tuk?"
"Aur Duri, dibuat dari besi, nantilah kamu besar Datuk bawa kamu ke sana."
"Lembu di sana, serupa dengan lembu di sini tuk."
"Tentulah sama," Datuk terus ketawa panjang. Barangkali dia merasa amat lucu dengan pertanyaan saya itu.
Saya tersenyum mengingati ketololan diri sendiri. Saya menguap panjang. Dan mata saya terasa amat berat sekali. Saya hilang keinginan untuk mengikuti perbualan antara Datuk dengan nenek, saya terus menarik gebar untuk menghilangkan rasa dingin yang menguasai sekujur tubuh. Dan sesungguhnya, setelah itu saya tidak tahu apa yang berlaku.
RUANG
Bila saya bangun untuk menunaikan solat Subuh, saya dapati ada seorang lelaki duduk di ruang tengah.
Lelaki itu memakai songkok hitam, berbaju cekak musang dengan kain selendang membalut sebahagian dari dadanya. Memakai pelekat berpetak empat, macam petak papan catur.
Waktu saya lalu di sisinya, lelaki itu tidak angkat muka. Tunduk merenung lantai macam orang bertafakur. Datuk berdiri di kirinya dengan pakaian yang lengkap untuk berjemaah Subuh di masjid.
Kerana dia tidak menghiraukan saya, saya pun tidak menegurnya. Saya teruskan perjalanan ke bilik air. Setelah mandi dan ambil air sembahyang, lagi sekali saya lalu diruang tengah. Saya dapati lelaki dan Datuk sudah tiada lagi di situ. Pada hemat saya, pasti kedua-duanya menuju ke masjid.
Setelah menunaikan solat Subuh, saya terus mendapatkan nenek yang sedang menjerang air di dapur.
"Ada orang baru datang ke rumah kita nek? siapa orang tu?" saya kemukakan soalan pada nenek. Sakit juga hati bila nenek buat tidak kisah dengan pertanyaan yang saya ajukan padanya. Saya ulangi pertanyaan itu beberapa kali, barulah nenek bersuara.
"Entah, aku tak kenal siapa dia, Tamar."
"Masa bila dia datang nek?"
"Kalau tak silap dekat pukul sebelas malam tadi. Pada mulanya Datuk kamu terdengar bunyi orang berjalan di luar, tidak lama kemudian, pintu rumah kita diketuk berkali-kali," nenek memperjelaskan cerita sebenar dengan harapan keraguan yang berada dalam hati saya akan berakhir.
"Kemudian tuk suruh dia masuk. Bukan begitu nek?" tingkah saya, nenek pun segera anggukkan kepala.
"Itu silap besar, membenarkan orang yang kita tak kenal bermalam di rumah kita," saya luahkan protes.
"Tuk kamu bukannya bodoh, dia fikir buruk baiknya dulu sebelum menerima orang tu bermalam di sini. Kau tahu Tamar, orang tu cacat."
"Cacat," saya terkejut besar lalu membeliakkan biji mata.
"Ya," angguk nenek.
"Tadi saya nampak elok sempurna."
"Kamu tengok sekali lalu, macam mana kamu boleh kata begitu," dari nada suaranya itu, ternyata nenek kesal dengan sikap saya.
Buat beberapa saat saya tidak bersuara. Biarkan perasaan nenek kembali tenang. Kalau banyak soal nanti dia naik darah. Kalau nenek sudah naik darah nanti puntung kayu api naik ke muka saya. Nenek buka tingkap bahagian dapur. Cuaca di luar nampak samar-samar. Kokok ayam masih kedengaran sekali-sekala. Di kaki langit ada kilau cahaya yang mula bangkit.
"Apa cacatnya nek?"
Nenek menarik nafas lambat-lambat. Di wajahnya terpancar rasa simpati yang amat dalam terhadap tetamu yang kurang saya restui itu.
"Dia jalan merangkak, ampun maaf cakap, berjalan macam biawak."
"Pelik, kenapa macam tu. Apa kata tuk tentang cara dia berjalan tu nek," saya berminat sekali untuk mengetahui keganjilan yang terjadi pada diri lelaki tersebut.
"Tak ada apa-apa katanya, cuma dia kesian saja."
"Hairan juga saya, macam mana dia terus datang ke rumah kita nek?"
"Itu kau kena tanya tuk kamu, dia melayan orang tu bercakap berjam-jam malam tadi. Lepas aku menghidangkan air kopi dan kuih, aku terus masuk bilik, aku mengantuk," tutur nenek dengan tenang.
Nenek terus taruh kopi dan gula ke dalam teko lalu disusuli dengan air panas. Nenek kacau air panas dengan sudu hingga kopi dan gula bersatu. Bau air kopi yang menyegarkan itu terus menusuk lubang hidung, saya kian terangsang untuk minum kopi.
"Kamu minum dulu."
Nenek tuang kopi panas ke dalam cawan. Tanpa membuang masa lagi saya terus menghirupnya.
"Kalau nak makan goreng pisang tunggu sekejap lagi," ujar nenek lagi sambil mengangkat goreng pisang dari kuali dan diletakkan atas para dengan tujuan untuk menyejukkannya.
"Tak apa nek, dapat air kopi ni pun dah cukup baik," kata saya.
"Baiknya kamu pagi ni Tamar," nenek menyindir.
"Saya cakap ikhlas nek, nenek buat goreng pisang ni untuk orang cacat tu?"
"Ya," angguk nenek.
Tanpa diminta, sambil bercerita bagaimana tetamu cacat itu datang. Pada mulanya, Datuk keberatan mahu mengizinkan tetamu cacat itu bermalam di rumah. Tetapi, setelah dirayu dan diterangkan tujuan sebenarnya, barulah Datuk membenarkan tetamu cacat itu masuk ke rumah.
"Apa alasannya nenek?" saya memotong cakap nenek.
"Katanya, sudah berbulan-bulan dia mencari rumah Datuk kamu, dia mendapat tahu dari orang tertentu yang Datuk kamu berkebolehan, kerana itu dia mencarinya."
"Waktu malam datang ke rumah," cemuh saya.
"Begitulah, kalau dah berhajat."
"Orang mana nek?"
"Entah, nenek tak tahu."
"Hum..." keluh saya.
Saya terus minum baki kopi panas yang masih ada dalam cawan. Saya kira, selesai saya minum nanti nenek akan menyambung kembali cerita tentang tetamu cacat tersebut.
SALAH
Perkiraan saya tidak salah lagi. Sebaik saja saya meletakkan cawan atas meja. Nenek duduk bersila di depan saya.
"Khabarnya orang jauh," nenek memulakan cerita.
Ternyata cerita yang mahu bermula itu, mati setakat itu saja. Disekat oleh kepulangan Datuk dan tetamu cacat.
"Bukakan pintu Tamar, mereka dah balik dari masjid," suruh nenek.
Tanpa tangguh-tangguh lagi saya menerpa ke pintu dengan harapan mahu melihat tentang kecacatan yang dialami oleh tetamu baru itu. Pintu saya buka, saya lihat Datuk tercegat di halaman, sedangkan tetamunya merayap memanjat tangga.
Tetamu itu menggunakan kekuatan sepasang tangannya untuk mengheret tubuhnya naik tangga rumah. Apa yang saya lihat membuat saya tergamam dan terkejut.
"Kenapa tercegat di situ!" pekik Datuk.
Saya terkejut dan terus menuju ke ruang dapur mendapatkan nenek yang sudah mengaturkan piring untuk goreng pisang dan cawan atas talam.
"Apa yang bising tu, Tamar?" nenek renung muka saya.
"Tuk marah saya berdiri di depan pintu."
"Tak manis melihat orang cacat macam tu, sepatutnya lepas kamu buka pintu, kamu berubah ke tempat lain."
"Kesian dia, nek."
"Sekarang kamu dah tahu kenapa tuk kamu membenarkan dia bermalam di rumah kita," tutur nenek dengan renungan yang sayu ke arah dinding dapur. Mungkin ada sesuatu yang bermain dalam tempurung kepala nenek.
Bila nenek sudah yakin yang Datuk dan tetamu cacat sudah sampai dan duduk di ruang tengah. Nenek pun mengarahkan saya supaya membawa makanan pagi ke ruang tengah. Cakapnya segera saya patuhi. Setelah hidangan itu diletakkan, saya segera angkat kaki untuk ke dapur kembali.
"Tamar."
Langkah saya terhenti. Wajah Datuk saya renung.
"Kamu duduk di sini, minum sama kami," sambung Datuk lagi.
"Tapi cawannya ada dua saja tuk," saya mencari helah.
"Nanti aku suruh nenek kamu bawa lagi dua cawan," Datuk segera bangun menuju ke ruang dapur. Dan datang kembali ke ruang tengah bersama dengan nenek membawa dua cawan kosong.
Saya gagal menjauhkan diri dari Datuk. Saya tidak ada pilihan lain lagi. Sama ada suka atau tidak saya terpaksa akur dengan cakapnya. Saya duduk dekatnya, tetamu cacat tunduk merenung lantai, dia kelihatan seperti takut mahu melihat batang hidung saya. Bila saja nenek selesai menuangkan air kopi ke dalam cawan, dia segera beredar ke dapur.
Saya sandarkan badan ke dinding sambil mengarahkan sepasang anak mata ke tingkap yang terdedah. Saya lihat suasana di luar cukup cerah. Matahari yang kian meninggi terus memancarkan cahaya, kicau burung bersahut-sahutan.
"Silakan minum, Khoja Lisut."
"Ya, terima kasih."
Tetamu cacat segera angkat cawan lalu menghirup kopi. Saya mengalami kejutan yang kedua. Bibir tetamu cacat kelihatan terbelah dua dan lidahnya berwarna putih. Dia tidak menghirup kopi tapi menjilat. Mungkin kerana menyedari yang perbuatannya jadi tumpuan saya, tetamu cacat segera berhenti minum kopi. Dia angkat muka lalu renung ke arah saya.
"Jangan terkejut nak, memang begini cara pak cik minum," katanya tersekat-sekat.
"Kerana ini jugalah pakcik dibuang keluarga, ditinggalkan oleh anak bini pak cik," sambungnya dalam nada suara yang penuh kehampaan.
"Khoja Lisut, tak usahlah bercerita apa-apa pada cucu saya tu, minum dan makan dulu," Datuk bertindak kerana dia menyedari kalau dibiarkan Khoja Lisut meneruskan percakapan, mungkin Khoja Lisut akan menangis.
Bagi Datuk memang pantang tujuh keturunan, kalau orang bertandang menangis pagi di rumahnya. Perbuatan itu seolah-olah menyuruh rezeki lari jauh dari tuan rumah di samping menggambarkan yang tuan rumah tidak bersyukur pada Tuhan yang menjadikan waktu pagi yang indah.
Selain dari itu, perbuatan tetamu menangis pagi di rumah orang yang didatangi seolah-olah mendoakan tuan rumah dan keluarganya supaya hidup dalam bahaya dan pendek umur.
Entah dari mana pantang larang dan petua itu dikutip oleh Datuk. Kata nenek, petua dan pantang larang itu telah diwarisi oleh Datuk dari nenek moyangnya. Entah berapa keturunan. Apakah pantang larang, petua dan petunjuk sedemikian mesti dilanjutkan di abad-abad yang akan datang? ingin saya bertanya demikian pada Datuk. Tetapi, tidak pernah saya ajukan, saya takut dimarahinya.
Sarapan pun berakhir, cawan dan piring kosong saya bawa ke dapur. Saya segera memberitahu Datuk yang saya mahu menemani nenek ke kebun pisang.
"Tak payah, nenek kamu boleh uruskan," sanggah Datuk.
"Saya nak tolong dia petik mentimun, cabai dan sayur."
"Tak payah, nenek kamu boleh buat."
"Saya nak tengok jerat di tepi hutan."
"Biar aku beri tahu nenek kamu untuk menengoknya."
"Eh, saya nak tengok bubu di sungai."
"Semuanya sudah aku cakapkan pada nenek kamu, dia boleh selesaikan kerja tu, kita cuma tunggu waktu makan saja," Datuk begitu serius. Apalagi mahu saya katakan. Semua helah dan dalih ditolak mentah-mentah oleh Datuk.
"Tamar, hari ini kamu kena tolong Datuk dari pagi hingga petang, boleh jadi sampai ke malam," cukup tenang Datuk bertutur. Matanya terpaku ke wajah saya.
"Pertolongan apa tu tuk."
"Bukan masanya, sekarang bukan masanya kamu nak bertanyakan hal itu, tunggu saja perintah aku," saya dapat merasakan ada riak kemarahan dalam hati Datuk berdasarkan pada tekanan suaranya.
RANCAK
Bila melihat Datuk dalam keadaan demikian, saya segera mengambil sikap membisu, tunggu serta lihat. Apa juga perintahnya pasti saya turut.
Saya perhatikan, sejak tadi Datuk tidak begitu rancak berbual dengan tetamu cacat. Datuk lebih banyak termenung sambil melihat ke dada langit, macam ada sesuatu yang difikirkannya. Sesekali wajah Datuk berkerut dan cemas.
"Kita ke kebun pisang, duduk berborak di pondok," Datuk luahkan arahan.
"Pak cik Khoja macam mana, tuk?"
"Ha, ikut sama."
Saya menarik nafas panjang. Terbayang di kepala bagaimana susahnya si tetamu cacat merangkak ke sana. Apa Datuk mahu menyeksanya? tidakkah Datuk tahu jarak antara kebun pisang dengan rumah hampir satu batu. Ini kerja gila.
"Kita pimpin dia," Datuk memecahkan kebuntuan dalam kepala saya. Tapi, cara itu juga tidak praktikal. Memimpin orang cacat sejauh itu memang menyulitkan.
"Siap," Datuk renung saya.
"Baik," kepala segera saya angguk.
Datuk masuk ke kamarnya dan keluar dengan memakai seluar hitam. Kain pelekat besar dijadikannya samping. Bila sudah berpakaian demikian, ertinya ada tugas tertentu yang bakal dilaksanakan oleh Datuk. Saya lihat Datuk memasukkan kain lilit kepalanya ke dalam saku baju. Dan dia mengenakan kopiah putih di kepala.
"Ayuh, tunggu apa lagi, Tamar."
Saya segera turun, begitu juga dengan tetamu cacat terpaksa menyusur tangga dengan hati-hati. Bila kami sampai ke bawah baru Datuk turun. Saya bersedia mahu memimpin tetamu cacat.
"Tak payah," Datuk menolak saya ke tepi sebelah kanan.
Datuk terus membongkok lalu mengangkat tetamu cacat, diletakkan atas kedua belah bahunya.
"Aku bawa dia," katanya pada saya.
Saya anggukkan kepala. Mungkin kerana tidak mahu perbuatannya diketahui oleh orang-orang kampung, Datuk mengambil keputusan ikut jalan pintas yang agak sukar menuju ke kebun pisang. Terpaksa melalui denai di pinggir belukar. Saya sering saja tersepak akar-akar pokok dan ada kalanya saya terjatuh.
Datuk tidak kisah dengan apa yang terjadi pada saya. Dia jalan terus seakan-akan berlari, saya tercungap-cungap memburunya dari belakang. Sampai saja di pondok pisang sesikat Datuk terus letak Khoja Lisut atas lantai pondok yang dibuat dari buluh. Khoja Lisut segera mengisut ke tengah pondok. Datuk terus menuju ke perigi membasuh muka. Saya naik ke pondok.
"Kenapa tuk bawa pak cik Khoja ke sini."
"Memenuhi syarat."
"Syarat apa?" saya bertambah hairan.
"Syaratnya, pak cik boleh menceritakan dari mana pak cik datang dan sebab-sebab pak cik jadi begini di pondok yang berlantaikan buluh, atap rumbia dan berdinding separuh."
"Begitu," saya menarik nafas dalam-dalam. Syarat-syarat yang dikehendaki itu ada di pondok pisang sesikat yang didirikan oleh Datuk.
"Di rumah tak boleh ke, pak cik?" saya mula mencungkil rahsia darinya sebelum Datuk naik ke pondok.
"Tak boleh, kalau buka rahsia di rumah yang elok, alamatnya pak cik bertambah susah," jelas Khoja Lisut.
Selesai saja Khoja Lisut bercakap, Datuk pun sampai dari perigi lalu naik ke pondok. Beberapa minit kemudian nenek muncul membawa beberapa helai pucuk pisang yang masih hijau serta kendi berisi air. Semua barang-barang itu diserahkan pada Datuk. Saya kira perkara ini bukannya kebetulan tetapi, telah dirancang lebih awal antara Datuk dengan nenek. Mereka merahsiakan perkara ini dari saya.
Semasa penyerahan barang-barang itu dilakukan, Datuk dan nenek tidak bertentang wajah. Masing-masing renung ke arah yang berlainan. Tidak bercakap walaupun sepatah.
Nenek meninggalkan kami, dia meneruskan tugasnya memetik putik jagung, mentimun, daun salang, cekur manis. Bila tugas itu selesai nenek turun ke sungai melihat lukah. Semuanya itu diadunkan menjadi bahan makanan tengah hari yang amat menyelerakan.
"Kamu macam mana sekarang Khoja? sudah bersedia untuk menceritakan segala-galanya seperti yang kamu janjikan, semua syarat yang kamu minta sudah aku sediakan," Datuk pun mengemaskan silanya.
"Saya sudah bersedia."
"Tamar, kamu duduk di sini, barangkali ada perkara yang dapat kamu bantu aku," begitu tajam biji mata Datuk menyorot wajah saya. Cepat-cepat saya mengangguk.
-TAMAT-
225. BAYANG HITAM DATANG LAGI
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : BAYANG HITAM DATANG LAGI
KOD#00275094001225
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Haji Taslim Singasari terus bangun. Tetapi, Datuk masih bertahan di bangku. Keberatan untuk bangun dan bermenung panjang, macam ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Dua tiga kali Datuk dongakkan kepala ke langit sambil mengedutkan dahinya.
"Pelik, macam tak masuk di akal Haji," itu yang terpancut dari kelopak bibir Datuk. Haji Taslim Singasari jegilkan biji mata ke arah Datuk.
"Apa dia yang pelik tu?"
"Mengapa si arwah tu, mahu menceritakan kelemahan dirinya pada awak. Saya kira arwah tu tersilap."
"Hmm..." Haji Taslim Singasari mengeluh kecil. Dia melangkah ke arah tangga dan duduk di anak tangga kedua.
Sinar matahari menjamah wajahnya, sebahagian dari sinar matahari itu menghala ke tanah di bawah tingkap yang terdapat serakan tulang. Datuk terus mengawasi gerak-geri Haji Taslim Singasari. Demikian juga dengan saya.
Haji Taslim Singasari bangun. Dia melangkah ke arah Datuk dan lalu berdiri di depan Datuk sambil memeluk tubuh.
"Bukan apa-apa," Haji Taslim Singasari memulakan bicara dengan wajah yang serius, "kalau dia tak beritahu, akhirnya saya tahu juga," tambahnya lagi.
"Siapa yang beritahu awak?" potong Datuk.
"Guru saya boleh beritahu."
"Patutlah arwah buka rahsia, kerana dia tahu ada orang lebih handal darinya."
"Bukan pasal tu," sanggah Haji Taslim Singasari sambil merenung tanah di kaki. Sinar matahari kian terik.
"Kalau bukan pasal tu, pasal apa." desak Datuk dengan nada suara yang agak keras. Saya segera mendekati mereka. Duduk di sebelah Datuk. Saya ingin mengikuti cerita selanjutnya dengan terperinci.
"Arwah mahu menunjukkan yang dirinya jujur dalam bersahabat. Dia beritahu dulu, sebelum orang lain beritahu," jelas Haji Taslim Singasari. Datuk menggigit bibir.
"Apa pendapat Haji tentang sikapnya tu?" soal Datuk lagi. Saya terus memasang telinga dalam sinar matahari yang kian keras itu.
"Dia memang jahat, tetapi kejujurannya dalam persahabatan tak ada orang yang boleh menandinginya. Setianya pada sahabat sampai mati, terpamer rasa bangga di wajah Haji Taslim Singasari. Kedua belah tangannya yang memeluk tubuh segera dijatuhkan.
"Saya tetap mohon pada Allah setiap kali lepas sembahyang, minta dosa arwah diampunkan dan rohnya tidak diseksa," ungkap Haji Taslim Singasari lagi. Wajahnya nampak sedih sekali.
Tanpa tangguh-tangguh lagi, Datuk terus berdiri. Tubuh Haji Taslim Singasari terus dipeluknya dengan erat sekali. Perbuatan Datuk itu amat mengejutkan Haji Taslim Singasari.
"Saya bersama Haji, sebagai orang Islam kita harus mendoakan kesejahteraan orang yang seagama dengan kita, tidak kira yang hidup atau yang mati," ucap Datuk dalam nada suara yang tersekat-sekat. Mereka terus berdakapan dalam jangka waktu yang agak panjang. Bila mereka berhenti bercakap barulah hati saya terasa lapang.
"Aduhhh!!!"
Seketul batu sebesar penumbuk mengenai rusuk sebelah kiri saya. Tidak tahu dari arah mana batu itu dibaling kepada saya. Apa yang pasti, sakitnya bukan kepalang. Haji Taslim Singasari dan Datuk segera menghampiri saya. Baju saya segera dibukakan.
"Lebam sebesar penumbuk," kata Datuk.
"Mana batunya?" tanya Haji Taslim Singasari. Saya segera menuju ke arah batu di tanah.
Haji Taslim Singasari segera menyentuh batu itu, tetapi segera dilepaskannya ke bumi. Wajahnya nampak berkerut menahan kesakitan.
"Kenapa Haji?" tanya Datuk.
"Batunya panas, macam bara api," jawab Haji Taslim Singasari. Dia terus membongkok mengambil dan menggenggam tanah. Setelah membaca sesuatu, genggaman tanah itu segera dilemparkan ke arah batu. Saya lihat batu itu berasap dan terus mengecil sebesar telur ayam jantan.
Datuk terus mengambil sehelai daun paku rawan. Datuk ramas hingga hancur dan mengeluarkan air. Datuk membaca beberapa ayat dari Al-Quran, kemudian air atau lendir dari daun itu disapukan ke bahagian tubuh saya yang lebam. Terasa sejuk macam ketul ais yang ditekankan di situ.
Bila Datuk lekapkan telapak tangannya, bahagian kulit yang lebam itu terasa amat panas sekali. Saya tidak menahan air mata dari mengalir di pipi.
"Hei, tak malu orang jantan menangis," sindir Datuk dan dia berhenti menekapkan telapak tangannya ke bahagian tubuh yang lebam itu.
"Apa rasanya sekarang," tanya Datuk lagi.
"Tak ada apa-apa," sahut saya lalu merenung ke arah tubuh yang kena batu itu. Daging yang lebam membiru sudah tiada lagi. Sudah pulih seperti sediakala.
Baju segera saya sarungkan ke tubuh. Tetapi, Haji Taslim Singasari masih membelek-belek batu hitam sebesar telur ayam jantan itu dari beberapa sudut. Haji Taslim Singasari masih tidak berani menyentuhnya.
"Apa yang ditengok, buang saja Haji."
"Ini bukan sebarang batu."
"Habis, batu dari langit?" Datuk berjenaka bersama ketawa tetapi Haji Taslim Singasari tidak memperlihatkan reaksi geli hati dengan telatah Datuk. Dia kelihatan serius sekali. Matanya tidak berkedip melihat batu kecil yang dipanah matahari.
"Cuba renung batu tu lama-lama," kata Haji Taslim Singasari dalam nada suara yang keras. Mata saya dan Datuk segera tertumpu ke arah batu kecil. Bila direnung agak lama ternyata batu itu bukan berwarna hitam, tetapi berwarna kemerah-merahan macam bara api dan mengeluarkan percikan cahaya yang berwarna kebiru-biruan.
"Batu apa ni, Haji?"
"Inilah batu petir yang sudah dijadikan batu tuju-tuju untuk menjahanamkan manusia, batu ini sudah dipuja," jelas Haji Taslim Singasari.
"Apa yang mesti kita buat Haji."
"Terpaksa dihancurkan menjadi pasir," suara Haji Taslim Singasari merendah. Dia menarik nafas panjang dua tiga kali.
BUMBUNG
Haji Taslim Singasari dongakkan kepala melihat matahari dan awan gemawan di langit. Beberapa ekor burung gagak yang entah dari mana datangnya berlegar-legar di bumbung rumah Haji Taslim Singasari sambil berbunyi dengan nyaringnya. Haji Taslim Singasari ubah pandangan, merenung di kakinya sejenak. Saya dan Datuk berpandangan.
"Ahemmmmm..."
Haji Taslim Singasari berdehem lalu merenung tajam ke arah saya dan Datuk. Dia angkat tangan kanannya separas bahu, memberi isyarat supaya kami beredar dari sisi batu hitam yang aneh itu. Kami diarahkan supaya duduk di atas batang buruk di hujung halaman rumahnya.
Apa yang diarahkan oleh Haji Taslim Singasari segera saya patuhi tanpa ada rasa takut atau curiga. Sebabnya bukan apa-apa, semuanya berlaku di waktu siang dan cuaca pula terang benderang. Kalau waktu malam, memang wajarlah saya merasa takut atau curiga. Waktu siang syaitan dan hantu tidak wujud. Semuanya sedang tidur nyenyak. Demikianlah pada anggapan saya.
Saya dan Datuk terkejut, bila melihat Haji Taslim Singasari berlari dengan kencangnya ke arah saya dan Datuk. Bagaikan kilat kami bangun.
"Ikut saya," tutur Haji Taslim Singasari.
"Ke mana?" soal Datuk.
"Ikut apa yang saya buat."
"Baiklah Haji."
Haji Taslim Singasari segera berlari sambil membongkokkan tubuh. Saya dan Datuk juga ikut berlari seperti itu menuju ke arah batu hitam kecil. Kami kelilingi batu hitam dalam keadaan membongkok.
"Cukup, berhenti di situ," suara Haji Taslim Singasari nyaring sekali. Saya dan Datuk akur dengan perintahnya itu. Berdiri dalam keadaan membongkok memang menyeksakan. Sinar matahari yang kian menyengat membuat dahi dan badan saya berpeluh. Tetapi saya lihat Datuk masih dalam keadaan yang tenang dan stabil.
"Tegakkan badan, lepas itu melangkah tujuh tapak ke belakang dan berdiri di situ," datang lagi arahan dari Haji Taslim Singasari. Apa yang diperintahnya segera dipatuhi. Saya dan Datuk menanti perintah selanjutnya dari Haji Taslim Singasari.
Lima minit masa berlalu, tidak ada sebarang arahan dikeluarkan. Haji Taslim mendekati Datuk membisikkan sesuatu ke telinga Datuk. Kemudian dia mendekati saya pula.
"Sekarang kami sudah berdiri membelakangi batu hitam, tumpukan perhatian zahir batin pada Allah yang Maha Besar. Kita semua minta tolong pada-Nya," itu yang dibisikkan oleh Haji Taslim Singasari pada saya. Dan saya yakin, kata-kata yang sama juga diungkapkannya pada Datuk.
Haji Taslim Singasari kembali berdiri di tempat asalnya. Kerana saya membelakanginya, saya tidak tahu apa yang dilakukannya. Saya terdengar bunyi telapak tangan menampar pipi seseorang. Saya segera menoleh ke arah Haji Taslim Singasari, dia sedang berdepan dengan sesuatu yang aneh. Sukar untuk saya mentakrifkan benda tersebut, sama ada manusia atau binatang. Rupa dan bentuknya sukar sekali untuk ditentukan.
Apa yang pasti, bentuknya hitam dan besar. Tingginya melebihi paras kelapa dara. Besar tubuhnya lebih kurang tiga empat pemeluk pangkal balak. Kakinya, sebesar batang kelapa. Semuanya muncul dalam bentuk yang samar-samar menghala ke arah Haji Taslim Singasari.
Apa yang menakjubkan saya, Haji Taslim Singasari bersilat sendirian di tengah panas. Menepis kiri, menepis kanan. Sesekali Haji Taslim Singasari melompat tinggi dan kalanya berguling di bumi.
Setelah melihat gerak-geri Haji Taslim Singasari yang serba pantas dan cekap itu, ternyata dia mencampuradukkan Silat Bangau Putih dengan Silat Harimau Betina Mati Anak. Setiap buah silat yang dilepaskan oleh Haji Taslim Singasari terkena sasaran yang dituruti dengan suara orang mengeluh dan mengaduh.
Saya menggigit bibir, saya cuma mendengar suara orang tetapi batang tubuhnya tidak kelihatan langsung. Dan bebayang hitam terus wujud di depan Haji Taslim Singasari dalam keadaan yang tidak jelas. Dalam keadaan saya terpegun kehairanan itu, Haji Taslim Singasari terus menggulingkan tubuhnya di tanah menuju ke arah saya. Sebaik saja sampai di kaki saya, dia terus bangun.
"Jangan renung saya, tumpukan perhatian ke depan. Jangan tengok saya. Mohon perlindungan dari Allah," itu yang dituturkan oleh Haji Taslim Singasari. Saya segera memalingkan wajah ke depan. Pada saat itu juga muncul di depan saya seorang lelaki tua yang sudah bongkok. Rambutnya yang putih terdampar atas dua sayap bahu. Janggut putihnya yang panjang menyentuh bumi.
Bila saya menggerakkan kedua belah bibir untuk mengucapkan salam, orang tua di depan saya terus menghayunkan tongkatnya ke arah kaki saya. Cepat-cepat saya melompat lalu melepaskan satu tumbukan ke bahunya. Tetapi tidak kena sasaran kerana orang tua itu mengelak dengan cepatnya lalu hilang dari pandangan saya.
"Bantu saya."
Saya dan Datuk memalingkan muka ke arah suara tersebut. Haji Taslim Singasari sedang bekerja keras menghalang orang tua bongkok dari mencapai batu hitam.
"Bantu saya."
Ulang Haji Taslim Singasari. Bebayang hitam yang menakutkan itu sudah tidak kelihatan lagi. Saya segera meluru ke arah Haji Taslim Singasari, tiba-tiba Datuk menerpa ke arah saya lalu menghalang perjalanan saya dengan menjatuhkan saya ke bumi.
Tuhan saja yang mengetahui sakitnya jatuh ke tanah. Saya cuba bangun tetapi tidak terdaya. Datuk menekan bahu kanan saya dengan jari kelingkingnya.
"Kenapa tuk?"
"Kamu tak layak campur tangan dalam urusan ini, kamu mesti belajar lagi."
"Pak Haji tu mesti ditolong tuk."
"Biar aku yang menguruskannya," kata Datuk lalu memisahkan hujung jari dari kulit bahu kanan saya. Barulah tubuh saya bertenaga dan boleh digerakkan. Masa hujung jarinya menjamah bahu, seluruh badan terasa kebas dan seakan-akan lumpuh. Tidak berfungsi langsung.
HUJUNG
Mana ada logiknya sentuhan hujung jari kelingking boleh memberhentikan pergerakan tubuh. Jadi, sudah pasti sentuhan yang dilakukan oleh Datuk bukan sentuhan sembarangan. Bukan sekadar sentuh tetapi tenaga lain yang mengiringi sentuhan itu.
"Kamu duduk diam-diam di sini, Tamar," Datuk mengingatkan saya dalam panas terik. Seluruh badan saya sudah dibasahi peluh. Saya tidak ada pilihan lain, melainkan anggukkan kepala tanda patuh pada perintahnya.
Dengan tenang Datuk melangkah menuju ke arah Haji Taslim Singasari lalu berdiri dalam jarak dua tiga kaki dari arah belakang Haji Taslim Singasari.
"Apa boleh saya tolong Haji?"
"Awak bacalah surah yang boleh menjahanamkan syaitan."
"Saya cuba setakat yang saya boleh," jawab Datuk lalu memeluk tubuh dengan sepasang mata merenung tajam ke arah orang tua bongkok bersama janggut yang menyentuh bumi. Orang tua itu menujah-nujahkan tongkatnya ke arah Haji Taslim Singasari dengan sekali-sekala merebahkan badannya untuk mencapai batu hitam kecil tersebut.
Setiap kali orang tua bongkok itu berusaha mengambil batu hitam, Haji Taslim Singasari pasti melangkah setapak ke depan dengan mulut yang berkumat-kamit. Entah apa yang dibacanya saya sendiri tidak tahu. Rupanya, setiap kali Haji Taslim Singasari melangkah, Datuk juga melangkah dalam arah yang berlawanan.
Dan akhirnya orang tua bongkok yang tidak berubah tempat berada di tengah-tengah antara Datuk dan Haji Taslim Singasari. Bila menyedari dirinya berada dalam keadaan terdesak, orang tua itu terus menghilangkan diri.
Datuk dan Haji Taslim Singasari saling berpandangan. Apa yang jelas, di wajah Haji Taslim Singasari tergambar kepuasan yang amat sangat. Datuk renung ke arah batu hitam yang kecil itu sejenak. Dia menggigit bibir.
"Pernah awak jumpa dengan orang tua itu sebelum ini, Haji," sambil menyapu peluh di dahi, Datuk ajukan pertanyaan.
"Pernah. Ada dua kali, masa arwah hidup. Orang tua tu datang jumpa arwah waktu Maghrib. Saya beri salam, dia tak jawab, bila terdengar suara azan Maghrib orang tua tu hilangkan diri," itu penjelasan Haji Taslim Singasari. Datuk anggukkan kepala.
Haji Taslim Singasari mengedutkan dahi luasnya sambil menggosok hujung jari beberapa kali. Saya segera berlari ke bawah pohon mempelam telur. Saya tidak sanggup berjemur lama-lama di tengah panas yang terik.
"Dia datang ke rumah awak buat apa, Haji?" terdengar suara Datuk agak keras.
"Jumpa tuannya."
"Maksud Haji, si mati tu."
"Yalah, siapa lagi."
"Pernah dia berlawan dengan awak, Haji."
"Tak pernah, cuma hari ni dia buat perangai. Saya tahu benda tu nak cari perlindungan dan mahu menjadikan saya tuan barunya," cukup tenang Haji Taslim Singasari menuturkan kata-kata tersebut. Kemudian dia menyuruh Datuk duduk mencangkung menghadapi batu kecil. Haji Taslim Singasari mengamati saya.
"Kamu juga duduk mencangkung menghadap batu tu," kata Haji Taslim Singasari sebaik sahaja saya mendekatinya. Cakapnya itu segera dipatuhi. Dan Haji Taslim Singasari sendiri turut duduk mencangkung menghadap batu hitam kecil.
"Batu ni, kalau tak dimusnahkan, banyak orang yang binasa. Terutama awak," Haji Taslim Singasari menghalakan jari telunjuknya ke arah Datuk. Serta merta saya lihat wajah Datuk berubah.
"Kenapa pula, Haji?"
"Arwah pernah mahu menggunakan batu ini untuk ditujukan pada awak, kalau kena kulit awak seluruh badan jadi hitam."
"Kenapa dia nak buat perkara tu pada saya," Datuk minta kepastian. Haji Taslim Singasari tidak memberikan penjelasan yang konkrit.
"Saya sendiri pun tak tahu, kenapa perkara itu tak jadi dibuatnya pada awak. Ada juga dia beritahu saya, yang dia mahu menyuruh orang suruhannya yang taat pada perintah ketua, walaupun ketuanya sudah mati," Haji Taslim Singasari memberikan penjelasan untuk kali kedua. Satu keterangan yang dapat meyakinkan hati saya dan Datuk.
Perlahan-lahan Haji Taslim Singasari mengangkat tangan kanannya. Dengan jari-jemari yang terkembang, telapak tangannya terus jatuh atas bahu Datuk. Dan jari-jemari itu mencengkam erat kulit bahu Datuk.
"Sekarang," Haji Taslim Singasari segera memisahkan telapak tangannya dengan bahu Datuk, "sekarang kita mulakan tugas, batu hitam ini mesti dihancurkan," sambung Haji Taslim Singasari lagi dengan wajah yang serius.
"Bagaimana caranya?" mendadak Datuk menyoal.
"Sabar dulu sahabat, apa yang kita lihat tadi, semuanya bayang-bayang. Kita bertiga saja yang nampak. Orang lain tak nampak."
"Kenapa orang lain tak nampak?" secara spontan saya mengajukan pertanyaan. Buat beberapa detik Haji Taslim Singasari buat tidak kisah dengan apa yang saya tuturkan. Dia terus menepuk dada bumi sebanyak tujuh kali berturut-turut.
"Ha! Begini," cukup lantang suara Haji Taslim Singasari. Matanya merenung bumi, "sebabnya cukup mudah, aku ni sahabat karib arwah, kamu dan Datuk kamu, musuh ketatnya. Dia datang kerana mahu menjadikan aku tuan barunya. Dia juga mahu membinasakan kamu dan Datuk kamu," lanjut Haji Taslim Singasari. Dia juga menyuruh saya dan Datuk mengepal tanah. Semua yang disuruhnya kami patuhi.
"Bangun."
Saya dan Datuk segera bangun.
"Ikut saya, bila saya campakkan tanah ke batu hitam, awak berdua ikut sama. Kena campak sampai tujuh kali berturut-turut. Ingat, kita mesti ambil tanah serentak dan membalingnya serentak, sebelum dibaling ke batu baca Qul' aa'uzubirobbinnas..." selesai saja haji Taslim Singasari memberi penerangan Datuk kenyitkan mata ke arah saya.
TAKUT
Kenyitan mata itu bermaksud supaya saya jangan merasa takut atau gentar. Hadapi saja apa yang datang, kecuali bila sudah terdesak barulah meminta pertolongan darinya.
"Bersedia."
Haji Taslim Singasari menjeling tajam ke arah Datuk dan saya.
"Lontarkan."
Haji Taslim Singasari terus memulakan, lalu diikuti oleh saya dan Datuk. Baru enam kali dilontarkan tanah ke batu hitam yang kecil itu, terdengar satu letupan yang tidak berapa kuat tetapi mengganggu kerja-kerja yang kami lakukan.
"Teruskan."
Datang ingatan dari Haji Taslim Singasari. Lontaran tanah berjalan terus. Genap tujuh kali dilontar terdengar lagi letupan yang tidak menyenangkan. Batu hitam kecil bertukar warna menjadi kekuning-kuningan. Dikelilingi api yang entah dari mana datangnya. Saya juga melihat asap nipis berada di permukaan batu itu.
Tanpa memberitahu apa-apa pada kami, Haji Taslim Singasari terus membongkok mengambil segenggam tanah (untuk kali yang kelapan). Saya dan Datuk berpandangan kerana menyedari yang Haji Taslim Singasari sudah melanggar syarat.
"Kamu berdua ragu dengan aku," Haji Taslim Singasari renung muka Datuk dan saya. Cepat-cepat saya dan Datuk gelengkan kepala. Mata Haji Taslim Singasari terpaku ke wajah kami sejenak, seolah-olah membaca apa yang tersirat dalam kalbu saya dan Datuk. Haji Taslim Singasari segera berdiri dan anggukkan kepalanya perlahan-lahan.
"Yang kelapan ini, biar aku uruskan. Dalam keadaan sekarang tidak semuanya boleh aku beritahu, bila dah selesai baru aku cakap," keterangan itu memang melegakan hati saya dan Datuk. Haji Taslim Singasari terus mengepal-ngepal tanah dalam telapak tangannya. Dia terus membuka silat, kira-kira dua tiga minit lamanya. Haji Taslim Singasari berhenti dari bersilat. Berdiri lurus sambil memeluk tubuhnya erat-erat.
"Jangan tegur apa yang aku buat."
Datang lagi ingatan dari Haji Taslim Singasari. Dia buka ketayap putih di kepala dan mengeluarkan blangkon (songkok orang Jawa yang dibuat dari kain batik yang bahagian belakangnya terdapat benjol) dari saku baju butang lima. Blangkon diletakkan atas kepala dan baju yang dipakai terus dibuka, dihamparkan atas tanah. Haji Taslim Singasari terus bersila di situ.
Dalam panahan matahari yang keras itu, saya lihat badan Haji Taslim Singasari berpeluh. Perutnya yang agak buncit kelihatan seperti terlekap pada pahanya.
"Bantu saya, kalau saya rebah."
Kata Haji Taslim Singasari itu terus terpahat dalam sanubari saya. Datuk saya lihat terus anggukkan kepala. Tetapi, kerdipan matanya dapat dilihat oleh Haji Taslim Singasari.
"Caranya mudah untuk menolong saya. Bila saya rebah, ambil apa juga ranting yang berdaun, pukulkan ke tubuh saya tujuh kali berturut-turut bersama dengan selawat," Haji Taslim Singasari bersuara lagi. Macam tadi juga, Datuk tetap anggukkan kepala.
"Dengan izin Allah, kamu terus labur."
Tanpa membuang masa, Haji Taslim Singasari terus melontarkan tanah yang dalam genggamannya ke batu hitam yang berasap. Sebaik saja tanah dari lontaran ke lapan itu terkena batu hitam, warna kekuningan di batu bertukar menjadi putih. Api yang mengelilinginya terus hilang dan asap nipis juga turut hilang.
"Ah..."
Saya terkejut. Dalam keadaan cuaca yang panas terik itu, saya terlihat samar-samar sesusuk tubuh lelaki yang tingginya lebih dari tujuh kaki, berbadan besar.
Berdiri membelakangi saya tetapi menghadapi Haji Taslim Singasari. Batu hitam yang penuh misteri itu berada betul-betul di hujung kaki kanan lelaki berbadan besar itu.
"Allah juga yang Berkuasa, syaitan, jin dan manusia adalah ciptaannya. Tertakluk pada-Nya. Pada Allah juga aku memohon perlindungan," sambil bercakap Haji Taslim Singasari bangun perlahan-lahan. Dalam keadaan separuh berdiri, dia terus menepuk tangannya. Kemudian dia duduk bersila kembali.
"Prappp..."
Tujuh kali Haji Taslim Singasari menepuk tangannya. Selesai bertepuk tangan terdengar bunyi letupan yang beruntun. Batu hitam di hujung kaki kanan lelaki berbadan besar mula bergerak, berpusing sambil mengeluarkan cahaya api. Dan letupan yang beruntun itu datangnya dari batu kecil itu, bunyinya macam mercun. Perkara itu terjadi lebih kurang lima minit.
Kawasan tempat kami berdiri dipenuhi dengan asap tebal berwarna hitam. Bau kemenyan terus menusuk lubang hidung, saya terbatuk dua tiga kali. Asap tebal yang hitam itu berubah warna menjadi kelabu dan kian menipis. Dan akhirnya terus hilang. Bayang lelaki berbadan besar tidak kelihatan lagi. Begitu juga dengan batu hitam, tempatnya sudah digantikan dengan timbunan debu-debu halus yang menyerupai tepung gandum.
"Hal ini sudah selesai," tutur Haji Taslim Singasari pada Datuk. Dua tiga kali bahu Datuk ditepuknya. Debu di tempat batu hitam itu segera ditutup oleh Haji Taslim Singasari, dia menyarungkan baju butang lima ke tubuh. Menyimpan blangkon ke dalam saku dan mengenakan ketayap putih ke kepalanya.
"Kalau begitu biarlah kami beransur dulu," beritahu Datuk pada Haji Taslim Singasari. Waktu Datuk mahu memulakan langkah ada bayangan hitam legam seakan-akan melintasi depan Datuk. Langkah Datuk terhenti.
"Haji nampak apa yang saya nampak."
"Nampak, laknat tu mahu menghancurkan saya, bila dia gagal menjadikan saya tuannya."
"Perlukan bantuan saya Haji...?"
"Tak..." Haji Taslim Singasari tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia diganggu oleh kemunculan seekor monyet besar berwarna hitam. Tidak ada siapa yang tahu dari arah mana monyet itu muncul.
-TAMAT-
226. KENA SERBUK TULANG
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : KENA SERBUK TULANG
KOD#00275094001226
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Saya tergamam, bila melihat Datuk agak terkejut. Datuk terus mengerutkan dahinya, saya kira Datuk seperti keberatan untuk memenuhi permintaan Haji Taslim Singasari.
“Bila haji nak pergi?”
“Tiga empat hari lagi.”
Datuk menyentuh ujung kening kirinya dengan jari telunjuk kanan. Haji Taslim Singasari menggaru-garu pangkal telinganya yang tidak gatal. Ekor matanya masih tertumpu ke arah saya.
“Begini haji.”
Haji Taslim Singasari segera memalingkan wajahnya ke arah Datuk. Mereka bertukar senyuman untuk seketika.
“Apa dia?” Soal Haji Taslim Singasari .
“Kalau begitu, biar saya balik ke kampung dulu. Dah lama sangat saya tinggalkan orang rumah”
“Dah tua-tua begini rindu lagi ke?” Usik Haji Taslim Singasari seiring dengan ketawa sinis.
“Bukan apa-apa, adat bersuami bertanggungjawab pada makan minum isteri, kesihatannya juga perlu diperhatikan. Hidup jangan mementingkan diri sendiri, tak mahu memikirkan kebajikan isteri, itu bukan suami yang baik,” tutur Datuk. Saya lihat Haji Taslim Singasari menganggukkan kepala.
“Cakap awak tu betul, kita harus menjadi suami yang baik mengikut hukum hakam Islam,” Haji Taslim Singasari memberikan semangat.
“Hajat tu memang begitu” celah Datuk.
“Saya tak menghalang, terpulanglah kepada awak. Saya sedia menanti awak” itulah kata-kata yang Datuk nantikan dari Haji Taslim Singasari.
“Awak ikhlas ke Haji?”
“Saya ikhlas”
“Ke mana kita nak pergi sebenarnya Haji, boleh tak awak beritahu tujuan sebenarnya Haji nak mengajak saya ke situ, bila orang kampung bertanya, senang saya nak menjawabnya,” tutur Datuk dengan tenang.
Lagi sekali saya lihat Haji Taslim Singasari tersenyum sinis.
“Awak ni selalu menggunakan nama orang rumah, katakan saja awak yang nak tahu,” dalam senyum Haji Taslim Singasari menyindir Datuk.
“Dua-dua boleh pakai” sahut Datuk.
“Begini,” Haji Taslim mengemaskan silanya, “ saya ajak ke kampung saya supaya awak boleh berkenalan dengan orang tempat saya”
“Itu saja,” wajah Datuk Nampak kesal. Haji Taslim dapat membaca apa yang tersirat dalam hati Datuk dan dia terus bersuara lagi.
“Kita pergi sebuah kampung yang aneh, saya nak ajak awak tangkap hantu hidup-hidup”
“Awak ni cakap betul atau nak bergurau dengan saya” Datuk minta kepastian. Saya juga terkejut mendengar cakap Haji Taslim itu.
“Saya tak bergurau, saya tak berbohong,” Haji Taslim memperlihatkan kesungguhannya. Saya dan Datuk saling berpandangan.
“Hantu apa yang nak ditangkap?” Datuk tatap wajah Haji Taslim. Begitu juga dengan saya.
“Nak tangkap hantu susu”
Saya jegilkan mata bila mendengar Haji Taslim. Entah mengapa secara mendadak saja bulu roma saya terus berdiri.
“Hei, macam cerita budak-budak je” kali ini giliran Datuk tersenyum sinis ke arah Haji Taslim. Ternyata Haji Taslim kurang senang dengan kata-kata yang diluahkan Datuk.
“Benar kawan, sudah dua tiga orang dah menyampaikan cerita tu pada saya. Khabarnya cerita tu dah tersebar luas seluruh pulau ini. Saya sendiri belum dapat menentukan sejauh mana benarnya cerita tersebut,” Haji Taslim merenung muka Datuk. Saya lihat Datuk masih lagi tersenyum sinis, mungkin Datuk berfikir, mana ada hantu susu dalam dunia yang serba moden ini.
Beberapa saat yang panjang, tiada ungkapan kata yang lahir dari kelopak bibir kami. Suasana terasa amat sepi sekali. Bunyi deru angin di luar tidak seganas tadi.
Suara lolongan anjing kadang-kadang tenggelam. Begitu juga dengan suara burung hantu. Tubuh, saya peluk erat-erat dan dagu saya menggeletar menahan kedinginan malam yang kian tua.
“Agaknya perkara yang sebutkan ini ada kaitan dengan sahabat awak yang mati tu?” Datuk ajukan pertanyaan kepada Haji Taslim.
Saya lihat Haji Taslim menegakkan badannya. Dia terus menggelengkan kepala. Tidak mahu menjawab pertanyaan Datuk.
“Kalau bukan dirinya, boleh jadi anak muridnya” Datuk terus memancing jawapan dari Haji Taslim.
Dia menarik nafas dalam-dalam. Melihat dari gerak geri air mukanya, Haji Taslim seperti bersetuju dengan apa yang Datuk tuturkan. Jerat Datuk mengena, fikir saya dalam hati.
“Setahu saya, semasa dia menuntut dulu, tak pernah dia bercerita yang dia menuntut ilmu yang semacam itu.” Tanpa saya duga Haji Taslim mahu membuka mulut.
Dia bangun lalu melangkah ke jendela. Daun jendela dibukanya luas-luas. Saya menjadi cemas, takut perkara buruk berulang lagi. Haji Taslim menatap kegelapan malam seketika.
Daun jendela dirapatkan kembali. Dengan tenang Haji Taslim melangkah ke arah saya dan duduk bersila di atas lantai.
“Agaknya dia memang menuntut, tapi tak beritahu awak. Kalau diberitahu awak, nanti awak melarang dia,” kata Datuk.
“Boleh jadi cakap awak betul.” Balas Haji Taslim dengan tenang, “Boleh jadi ada orang lain yang mengamalkan ilmu itu” tambahnya.
Kata-kata yang diluahkan oleh Haji Taslim membuat keraguan bersarang dalam dada saya. Dia masih melindungi dan mempertahankan arwah sahabatnya. Saya menelan air liur dan membuat rumusan yang Haji Taslim perlu diawasi dengan cermat. Mana tahu, dalam diam-diam dia akan menjadi pemusnah pada diri saya dan Datuk.
“Orang yang sudah tiada, usah dikaitkan dengan kejahatan di kulit dunia,” tutur Haji Taslim lagi, memperkuatkan keraguan dalam hati saya.
“Saya tidak berniat buruk terhadap arwah, saya cuma meluahkan pendapat dan pandangan aje,” Datuk bertindak membersihkan dirinya dengan sopan. Semoga tidak ada tanggapan buruk haji Taslim terhadap dirinya.
“Saya faham, awak bercakap sekadar ingat-mengingati,” Haji Taslim terus menepuk bahu kanan Datuk.
“Cakap awak tu memang ada manfaatnya. Kena fikir bersama, barangkali ada kebenarannya.” Haji Taslim menggeliat dan akhirnya memicit ibu jari kaki kanannya.
“Pada hemat saya, setiap perkara buruk mesti ditentang, terutama yang menyesatkan iman,” cetus Datuk dengan cara mendadak saja.
“Betul, memang betul,” Haji Taslim menjegilkan matanya ke ara h Datuk.
“Tapi kerja macam tu tak mudah, banyak cabarannya, Haji,” tingkah Datuk sambil meraba hujung dagunya. Saya terdengar sesuatu di tingkap. Mata pun saya arahkan ke situ.
Tak ada apa-apa, Cuma angin saja, kamu cepat sangat takut”, Haji Taslim menujukan kata-kata kepada saya, rupa-rupanya dia dapat membaca apa yang tersirat dalam dada saya.
“Apa yang awak katakan tadi, cuba ulang sekali lagi,” Haji Taslim mengarahkan jari telunjuknya ke arah Datuk.
“Banyak cabarannya, bukan kerja mudah”, ulang Datuk lagi.
“Ya, sebab itulah kita memerlukan kawan yang berilmu. Dua ilmu dari dua kawan, kita satukan untuk menentang kejahatan, saya memang memerlukan awak dalam hal ni,” wajah Haji Taslim Nampak riang sekali.
“Saya tak sehebat mana, Haji. Kalau Allah mengizinkan, jadilah ia. Kalau tidak, hampa melayang,” Datuk tetap macam selalu, suka merendah diri.
“Sudah lah tu, hidup kalau terlalu merendah diri, tidak juga baik. Sekarang saya dah terangkan tujuan sebenar. Senanglah awak bercakap dengan orang rumah.”
“Nampaknya begitulah Haji,” sanggah Datuk. Mereka berbalas ketawa, dan ketawa mereka berhenti secara mengejut.
Biji mata mereka tertumpu ke arah tingkap yang terbuka sendiri.
BESAR
Ada lengan sebesar batang kelapa terjulur di tingkap. Jumlah jari cuma empat sahaja. Ibu jarinya bengkok macam ibu kunyit. Semua jejari itu berbulu dan dilekati tanah warna kekuningan.
Di lengan itu penuh dengan bulu berwarna hitam, tidak ubah seperti lengan mawas (king kong), terdengar bunyi orang menarik dan melepaskan nafas dalam keadaan yang amat penat. Rumah yang kami duduki terasa bergegar. Seluruh tubuh saya menggeletar.
“Syaitan apa tu Haji?”
“Sudah lama dia tak datang, kenapa malam ni dia datang” Haji Taslim seperti merungut.
Datuk merenung ke arah anak mata saya, dari renungannya, bagai ada sesuatu yang mahu disampaikan kepada saya.
“Makhluk peliharaan awak, Haji?”
“Rasanya iman saya belum tergugat lagi.”
“Jadi, dia datang ni untuk siapa?” tingkah Datuk
Haji Taslim mempamerkan kemarahan di wajah. Hatinya kurang senang dengan pertanyaan yang bertalu-talu.
“Saya tak mahu menjawab pertanyaan awak, cari sendiri jawapannya” nada suara Haji Taslim mula meninggi.
Dia genggam penumbuk. Matanya tertumpu ke arah lengan yang sedang bergerak ke sana ke mari atas bendul tingkap. Jejarinya sekejap terbuka sekejap tertutup.
“Peliharaan arwah, Haji?”
Haji Taslim menganggukkan kepala.
“Masa arwah ada, kerap dia datang”
Haji Taslim menganggukkan kepala.
“Minta makanan,” soal Datuk lagi.
Tiada jawapan dari Haji Taslim kecuali anggukan kepala.
Mungkin bosan dengan Haji Taslim yang main angguk-angguk kepala saja, Datuk terus berhenti bertanya. Matanya ditumpukan kepada lengan di bendul tingkap. Saya ikut apa yang Datuk lakukan. Dari hujung jari jemari itu, darah keluar lalu menitik ke atas lantai.
Anehnya apabila saya merenung ke tempat darah itu menitik, tidak ada kesan darah. Entah ke mana darah itu menghilang. Mustahil meresap ke dalam papan lantai. Kelopak mata Haji taslim tidak berkelip merenung ke arah tangan berbulu yang bergerak bebas di atas bendul tingkap. Bunyi hembusan nafas bertambah kuat dan hebat.
Saya menjadi resah. Tetapi rasa takut agak berkurangan kerana Datuk ada di sisi saya. Lolongan anjing yang tadi jarang kedengaran, kini sudah bertalu-talu, begitu juga dengan suara burung hantu yang bersorak, deruan angin mula kedengaran.
“Masa arwah hidup dulu, dia beri makan darah binatang?” soal Datuk pada Haji Taslim. Jawapan yang diperoleh ialah anggukan.
“Darah ayam”
Haji Taslim mengangguk.
“Darah manusia,”
Angguk juga yang diperolehi.
“Pernah beri darahnya sendiri yang dikeluarkan dari salah satu urat di bawah ketiak,” sambung Datuk. Macam tadi juga, tidak sepatah kata keluar dari mulut Haji Taslim. Dia terus main angguk kepala, macam belatuk patuk batang buruk.
Rumah bergegar lagi seperti digoncang sesuatu. Suara orang ketawa dan menggilai mulai kedengaran. Haji Taslim ubah tumpuan ke arah Datuk.
“Ambilkan bilah buluh yang saya selitkan di dinding belakang awak,” itu arahan yang dikeluarkan pada Datuk. Tanpa membuang masa Datuk bangun dan mencabut salah satu bilah buluh yang terselit di dinding. Datuk segera serahkan pada Haji Taslim.
“Rasanya, waktu subuh dah dekat,” nada suara Haji Taslim kini bagai mengandungi harapan yang besar.
“Saya rasa pun begitu, dah dekat benar waktunya,” balas Datuk penuh keyakinan.
Haji Taslim terus melurut bilah buluh kering dua tiga kali. Kedua bilah buluh itu memang sudah ditajamkan. Saya lihat Haji Taslim mengukur seluruh bilah dengan kuku jari kirinya.
“Nak buat apa?” mendadak Datuk menyoal. Tiada jawapan dari Haji Taslim. Sesekali, saya bagaikan terlihat kemunculan wajah yang mengerikan di tingkap.
Wajah itu mengeluarkan cahaya kekuningan, kulitnya berkedut dengan rambut berwarna kemerah-merahan menutup wajahnya. Dari celah-celah rambut itu terdapat sepasang mata yang memancar cahaya hijau. Bulat sebesar telur burung puyuh. Sorotan cahayanya cukup jauh, macam sorotan cahaya lampu picit.
BERSILA
Haji Taslim kali ini mengubah kedudukannya. Kali ini dia duduk bersila. Bilah buluh diletakkan di antara kedua tempurung lututnya. Sepasang tangannya terus memeluk tubuh. Kelopak bibirnya mula bergerak.
“Kita mulakan sekarang,” perlahan-lahan Haji Taslim memusingkan lehernya ke kanan, iaitu ke arah Datuk. Mata mereka bertembung.
“Maksud Haji?”
“Menghancurkan apa jua peninggalan arwah. Menjahanamkan semua sahabat-sahabatnya,” nada suara yang mengutus kemarahan dari dalam sanubari Haji Taslim.
“Mahu bantuan dari saya, Haji,”
“Niat memang begitu, tapi ikhlaskah awak menolong saya. Jangan disalahkan saya kalau ada hal-hal yang buruk datang kemudian.” Haji Taslim bersuara tanpa melihat wajah Datuk.
Matanya terus tertumpu pada lengan di atas bendul. Saya mula terdengar bermacam-macam bunyi. Ada suara beruang, kucing dan tempikan gajah. Dan saya yakin suara-suara aneh itu hanya datang kepada saya. Kalau Haji Taslim mendengarnya, pasti dia memberi komen. Begitu juga Datuk.
“Bersedia”
Cukup lantang suara Haji Taslim. Pergerakan tubuhnya sungguh pantas. Tahu-tahu dia sudah berdiri dengan bilah buluh di tangan. Bersedia untuk melunturkan buluh yang tajam kerah lengan berbulu yang tersidai di atas bendul tingkap.
“Apa mesti saya buat, Haji?”
“Melafazkan kalimah Allah Huakbar, bila bilah buluh itu melekat pada daging syaitan itu. Tetapi kalau terdengar suara azan Subuh masa buluh ini menikam lengan ganjil tu, tak payah ucap Allah Huakbar.”
“Baiklah, Haji”
Haji Taslim menarik dan menahan nafas. Bila nafasnya dilepaskan bilah buluh pun dilunturkan ke arah lengan berbulu. Lunturan tepat pada sasarannya. Bilah buluh lekat di situ, jejari empat saya lihat relai dari tangan. Semua melayang dan meluru ke arah Haji Taslim. Saya terdengar suara orang mengerang kesakitan yang amat sangat. Rumah kembali bergegar.
Datuk saya lihat seperti orang kena pukau. Dia tidak dapat berkata sepatah pun. Matanya, tidak bergerak melihat jari-jari bagaikan terbang menerkam Haji Taslim bersama cahaya kemilau macam cahaya kelip-kelip.
Haji Taslim terpaksa menggerakkan bilah buluh ke kiri dan ke kanan. Hanya itu sahaja yang dapat dilakukan mengelakkan diri dari diserang oleh jejari yang empat.
Dalam suasana yang kacau bilau itu, terdengar suara azan berkumandang di udara. Rumah yang bergegar terus berhenti. Datuk yang terpukau terus tersedak. Suara binatang yang memekakkan telinga saya terus hilang.
Empat jejari yang mahu menujah muka Haji Taslim terus lesap entah ke mana. Keadaan kembali normal.
“Masih ada bahaya yang lebih besar lagi,” ucap Haji Taslim. Dia terus mendekati. Gema azan sudah pun berakhir. Haji Taslim menarik tangan Datuk ke arah jendela.
“Tanah, darah dan kain putih,” kata saya dengan rasa terkejut yang amat sangat bila melihat kesan tanah kubur, darah dan kain putih yang terlekat pada bendul jendela. Saya merenung wajah Haji Taslim. Saya mohon penjelasan daripadanya.
“Kain putih yang melekat pada bendul tu, kain kafan,” jelas Haji Taslim darah saya tersirap
“Tanah tu, agaknya tanah dari kubur,” celah Datuk
“Memang tanah kubur,” jawab Haji Taslim.
“Darah tu, darah apa, Pak Haji,” tanya saya.
“Itu saya tak tahu. Boleh jadi darah ayam atau darah binatang lain,” Haji Taslim terus menggosok pangkal hidungnya beberapa kali.
“Sudahlah, bila hari cerah, kita periksa,” tiba-tiba sahaja Datuk memberikan pendapat, ternyata pendapatnya diterima oleh Haji Taslim. Kami segera ke perigi dan mandi. Setelah itu kami menunaikan sembahyang Subuh dan imamnya ialah Haji Taslim. Selesai sembahyang Subuh, kami terus berwirid panjang hingga matahari muncul di kaki langit.
SARAPAN
Dan pagi itu, setelah menemani Datuk bermandi embun, saya terus pulang ke rumah Haji Taslim.
“Datuk kamu ke mana, Tamar?”
Itu yang Haji Taslim ajukan, bila melihat wajah saya terjengul di pintu.
“Di belakang,” jawab saya.
“Sarapan dah siap,” sambung Haji Taslim lagi. Saya anggukkan kepala. Lalu ke ruang dapur mencuci tangan. Kemudian saya duduk bersila menghadapi hidangan pagi.
Hati kecil saya mengagumi kecekapan Haji Taslim. Walaupun sudah tua. Tetapi masih mampu menyediakan sarapan dengan segera.
Dia buat air kopi panas, pisang goreng malah ada tiga pinggan nasi lemak. Semuanya dibuat sendiri tanpa bantuan saya dan Datuk.
“Berat sangat untuk makan pagi,” tegur Datuk yang muncul secara mendadak. Haji Taslim tersenyum.
“Awak nak berjalan jauh, perut mesti diisi dengan kejap, baru seronok berjalan,” sahut Haji Taslim.
“Memang sudah menjadi kebiasaan, berjalan atau tidak, makan pagi sekadar mengalas perut.”
“Kalau begitu, banyak sangat saya masak ni,” Haji Taslim tuang kopi di dalam cawan.
“Kira-kira begitulah, Haji.”
“Tak apa, boleh buat bekal awak berdua,” Haji Taslim sudah menemui jalan bagi mengatasi masalah tersebut. Datuk terus anggukkan kepala.
Ternyata sarapan pagi itu amat menyelerakan, satu pinggan nasi lemak habis masuk perut saya. Bila saya mahu menyentuh pisang goreng, telapak tangan Datuk segera jatuh ke atas pergelangan tangan saya. Cepat-cepat saya toleh ke wajah Datuk.
“Kamu sudah cukup kenyang, jangan ikutkan nafsu. Makan sekadar untuk kenyang, jangan berlebih-lebihan.”
“Biarlah si Tamar tu merasa goreng pisang saya,” Haji Taslim minta laluan. Hati saya riang kerana ada manusia yang mahu mempertahankan saya.
“Tak apa, dia boleh rasa goreng pisang yang awak bekalkan tu, dalam perjalanan nanti,” ternyata Datuk tetap mahu mempertahankan konsep makan sekadar untuk kenyang yang sudah menjadi darah daging dalam dirinya. Dan konsep itu mahu diserapkan ke dalam diri saya pula.
“Mahu mengajar supaya cucu awak patuh kepada awak?”
“Ya, kalau tak dibentuk dari sekarang, bila lagi?” jawab Datuk dan terus menghirup air kopi terakhir. Dia basuh tangan dan minta bantuan Haji Taslim membungkus nasi lemak dengan daun pisang yang dibalut dengan upih.
Alasan Datuk, kenapa dia meminta Haji Taslim berbuat demikian ialah, supaya nasi lemak itu terus panas dan bau wanginya tidak mudah hilang. Rupanya, dalam hal ini, pendapat Datuk dan Haji Taslim tidak bercanggah.
Selain dari perkara yang disebutkan tadi, ada khasiat lain yang tersembunyi. Menurut Haji Taslim nasi yang dibalut dengan daun pisang atau upih, bila dimakan dapat mengurangkan lemak dalam perut serta mengeluarkan angin dan dapat menghilangkan lenguh-lenguh badan. Sejauh mana kebenaran kata-kata Haji Taslim tidak dapat saya pasti. Dan Datuk pula tidak menafikan.
“Selamat jalan.”
Suara Haji Taslim parau. Dia terus berpeluk-pelukan dengan Datuk di kaki tangga. Saya yang nakal terus menuju ke arah jendela tempat lengan aneh tersadai malam tadi.
Saya periksa tanah di kawasan tingkap. Apa yang saya temui ialah kesan darah dan tulang temulang. Saya segera berlari ke kaki tangga mendapatkan Haji Taslim dan Datuk. Kedua-duanya saya ajak datang ke kawasan bawah tingkap. Saya tunjukkan apa yang saya temui di situ.
“Memang begitu, setiap kali benda ganjil ni datang, dia mesti membawa tulang. Tulang-tulang mesti hancur jadi macam kapur bila terkena matahari,” Haji Taslim terus mencangkung. Matanya menatap tulang-tulang berserakan.
“Kalau tak silap saya, tulang-tulang ni, tulang binatang besar,” Datuk memberikan pendapat.
“Memang benar apa yang awak cakap tu,” pintas Haji Taslim, “dulu saya pernah terjumpa tulang kaki manusia,” tambah Haji Taslim. Mata saya dan Datuk terbeliak mendengar penjelasan Haji Taslim. Saya jadi seram.
“Serbuk tulang ni, kalau terkena kaki atau mana-mana bahagian tubuh, boleh bawa penyakit,” Haji Taslim buka rahsia, “kulit boleh jadi gatal, bila digaru lama-lama akan keluar air dan seluruh badan luka-luka,” lanjut Haji Taslim.
“Macam mana awak tahu Haji?” tanya Datuk.
“Arwah yang beritahu, dia pernah mengenakan serbuk tulang itu pada kucing, bulu kucing terbakar dan kulitnya mengelupas. Tak sampai dua jam kucing tu mati. Ini sebenarnya racun, digunakan oleh mahaguru ilmu hitam untuk menewaskan musuhnya.” Haji Taslim berhenti bercakap. Dia terus bangun dan menatap wajah Datuk.
“Arwah mahu menggunakan serbuk tulang ni untuk menjahanamkan awak, tetapi, belum sempat saya menahannya, dia sendiri keberatan menggunakannya. Itulah kehebatan awak,” Haji Taslim menepuk bahu kanan Datuk dua tiga kali.
Kemudian dia mengajak Datuk menuju ke kaki tangga. Kerana bimbang saya akan menyentuh tulang-tulang yang ada di situ, saya disuruh Datuk berjalan dahulu. Cakap Datuk segera saya patuhi.
“Macam mana awak nak menghilangkan tulang yang jadi serbuk bila kena matahari,” Datuk terus merisik rahsia dari Haji Taslim.
“Arwah ada memberi saya cara dan petuanya,”
“Macam mana?”
“Kenapa, awak nak tahu ke? Saya ingat awak tak usahlah tau.”
“Begini Haji, tahu tu lebih baik daripada tak tahu,” tutur Datuk dengan tenang.
Haji Taslim berhenti melangkah dan mendongakkan muka ke langit melihat matahari pagi yang mula melepasi pucuk pokok kelapa dara.
“Bila sinar matahari ini sampai ke tanah di bawah tingkap. Semua tulang-tulang yang kita tengok tadi hancur jadi serbuk,” Haji Taslim kedutkan dahi dan dia berhenti menatap matahari yang kian keras melemparkan cahayanya di setiap sudut kampung. Langkah yang terhenti diteruskan sehingga sampai ke kaki tangga.
“Petua tadi macam mana?” Datuk mendesak.
“Petua apa?” Haji Taslim terkejut, sepasang matanya merenung ke arah tepi sawah sambilkan kedutkan kening dan dahi. Dia seperti mengingati sesuatu.
“Oh! Ya,” Haji Taslim seperti bertempik, “saya terlupa, saya terlupa, saya terlupa,” ucapnya berkali-kali seperti menyesali dirinya.
Datuk turut tersenyum. Memang Datuk tidak menduga secepat itu, Haji Taslim terlupakan perkara yang diperkatakan. Barangkali Pak Haji yang satu ini terlalu menumpukan selurah daya fikirnya pada perkara tulang di bawah rumahnya, barangkali, dia mencari jalan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal terjadi, bila dia berada di rumah itu seorang diri. Fikir saya di dalam hati.
“Petua dia, begini,” Haji Taslim merapati Datuk. Ditariknya tangan Datuk agar duduk di bangku yang berada tidak jauh di kaki tangga.
Sinar matahari mula menyentuh tulang bumbung rumah. Suara beburung pagi berkicau garang.
“Petuanya, mudah je, curahkan minyak kelapa masak ke atas serbuk tulang,” kata Haji taslim.
“Itu saja, saya fikir ada perkara lain,” ujar Datuk sambil senyum. Dan kali ini Haji Taslim arahkan sepasang matanya ke arah muka Datuk. Tiba-tiba dia anggukan kepala seraya berkata.
“Memang betul, bukan itu saja,”
Datuk menarik nafas panjang. Dari wajahnya tergambar kepuasan dan keinginan amat sangat untuk mengetahui rahsia selanjutnya. Datuk tumpukan perhatian pada kelopak bibir Haji Taslim.
“Minyak kelapa tu, mestilah dari kelapa gading yang kita buat sendiri. Minyak kelapa itu diisikan dalam botol sesudah dibacakan Yasin selama tujuh malam Jumaat,” Haji Taslim terus membuka rahsia. Datuk anggukkan kepala.
-TAMAT-
227. DIGANGGU MONYET BESAR
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : DIGANGGU MONYET BESAR
KOD#00275094001227
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Monyet itu merenung ke arah Haji Taslim Singasari, menunjukkan rasa benci dan marah sambil memperlihatkan gigi tajamnya yang putih. Monyet besar itu menderam dan bersedia mahu menerkam ke arah Haji Taslim Singasari.
"Hei beruk."
Mendadak saja Datuk bertempik dengan lantang sekali. Saya terperanjat, begitu juga dengan Haji Taslim Singasari. Mungkin marah kerana diganggu, beruk besar itu segera mengalihkan perhatian ke arah Datuk. Bersedia untuk menerkam dan merebahkan Datuk.
"Kamu rapat kamu jahanam beruk."
"Gggrr..." beruk besar bersuara sambil kedua belah tangannya menepuk dadanya yang berbulu hitam lebat, buat beberapa kali.
"Haa..."
Datuk menyergah sambil menghalakan buku lima ke arahnya. Dan Datuk mengacah untuk menerkam ke arahnya. Ternyata beruk itu tidak mudah digertak atau ditakut-takuti.
Haji Taslim Singasari mengangkat tangan kirinya separas puting tetek sebelah kiri. Menjatuhkan perlahan-lahan dalam tiga tahap. Datuk memahami isyarat itu. Apa yang Datuk lakukan seterusnya ialah, melangkah setapak ke depan sambil bersuara:
"Kamu rapat kamu jahanam."
"Rapat sahabat, rapat," Haji Taslim Singasari memberikan semangat.
"Serang dia Datuk, serang," saya pula mencelah. Gabungan suara saya dengan Haji Taslim Singasari menjadikan suasana sekitar gamat sekali.
Dengan serta merta beruk besar itu membelakangi Datuk. Kemudian dengan tidak semena-mena beruk besar itu lari ke arah sebelah kanan, masuk ke hutan kecil di situ. Semua pepohon di situ jadi perhatian saya. Dedahan dari pepohon tersebut nampak bergoyang. Beberapa helai daun muda berguguran, akibat digayuti oleh beruk besar. Anehnya! Beruk besar itu tidak kelihatan langsung. Entah ke mana ghaibnya.
Beburung yang tadi bernyanyi sambil berehat di reranting pokok segera berterbangan ke arah lain. Dedaun muda makin banyak yang berguguran. Bunyi dahan yang berlaga sama sendiri akibat di pijak oleh sesuatu jelas kedengaran. Suara beruk jantan juga dapat saya dengar tetapi, beruknya tidak kelihatan langsung.
"Pedulikan semuanya itu."
Itu yang dituturkan oleh Datuk pada saya. Dengan rasa kesal saya alihkan pandangan ke arah Datuk dan Haji Taslim Singasari.
"Ya, pedulikan semuanya itu," Haji Taslim Singasari menyokong pendapat Datuk. Kami beredar ke arah kaki tangga. Kulit muka saya mula terasa pedih akibat dipanggang oleh sinar matahari yang kian terik. Datuk segera hulurkan tangan pada Haji Taslim Singasari.
"Terima kasih atas kerjasama awak," suara Haji Taslim Singasari agak tersangkut-sangkut. Datuk tunduk merenung tanah. Mungkin menahan kesedihan.
"Apa, haji boleh menghadapi semua masalah seorang diri."
"Saya cuba. Percayalah Allah lebih berkuasa atas segala-galanya. Cukuplah pertolongan yang awak beri," Haji Taslim Singasari memeluk tubuh Datuk. Mereka berpeluk-pelukan sebentar. Kemudian tanpa disangka-sangka, Haji Taslim Singasari terus memeluk tubuh saya. Kepala saya digosoknya berkali-kali.
"Belajar dari Datuk kamu," itu pesanannya untuk saya. Dan apa yang mampu saya lakukan ialah menganggukkan kepala beberapa kali. Datuk tersenyum dan Haji Taslim Singasari ketawa kecil. Penuh bangga dan simpati.
"Kalau begitu, biarlah kami berangkat dulu."
"Ya, silakan sahabat. Selamat jalan Tamar. Dengar cakap Datuk kamu. Bila Datuk kamu datang lagi ke sini, kamu mesti ke mari," saya kira tekanan nada suara begitu bersahaja sekali, orang tua yang banyak pengalaman itu menyembunyikan rasa hiba. Dan beberapa minit kemudian, saya dan Datuk terus meninggalkan halaman rumah Haji Taslim Singasari.
Terima kasih Haji Taslim Singasari, terlalu banyak pengalaman yang saya rangkum ketika berlabuh di rumahmu. Semuanya ini akan saya jadikan teladan dan pedoman untuk masa akan datang. Sesungguhnya, engkau telah memberikan sesuatu yang tidak saya terfikir, sejak menjejakkan kaki di bumi Balik Pulau ini, bisik batin saya bersama langkah yang teratur.
Sesekali, saya toleh ke arah rumah Haji Taslim Singasari yang kian jauh saya tinggalkan.
"Cepat melangkah tu, buat apa toleh-toleh ke belakang, kamu bukan tak tahu, hari tengah panas terik," Datuk seperti merungut. Saya tidak memberikan sebarang komen, selain dari mempercepatkan langkah.
Datuk membuat kejutan lagi, saya kira perjalanan terus kepada matlamatnya. Apa yang saya duga ternyata tidak tepat sama sekali. Datuk masih dengan perangai lamanya. Singgah di mana saja yang diingininya, terutama di rumah kenalan yang dianggapnya sebagai sahabat.
Begitulah Datuk, dalam perjalanan menuju ke bandar dia singgah sebentar di rumah Pak Imam. Kedatangan Datuk dan saya disambut dengan penuh hormat. Kami dihidangkan dengan air kopi dan kuih buah melaka.
"Makan tengah hari di sini," pelawa Pak Imam.
"Tak payahlah. kami nak cepat sampai ke Tanjung," Datuk memberikan alasan, Pak Imam renung ke arah jam yang tergantung di dinding rumahnya.
"Baru pukul sebelas," kata Pak Imam, "Makan tengah hari, lepas Zuhur bertolaklah, orang rumah saya nak masak gulai ikan puyu, sambal buah macang, cicah dengan pucuk sanglang," begitu bersemangat Pak Imam bersuara.
"Lain kali saja, Pak Imam," Datuk terus menolak.
"Ini permintaan saya, lain kali tu belum tentu dapat. Entah ada umur kita entah tidak," rayu Pak Imam.
"Kalau itu hajat Pak Imam, saya terimalah."
Senyuman yang panjang pun terukir di kelopak bibir Pak Imam. Di wajahnya terbayang kepuasan yang amat sangat. Tetamunya tidak menghampakan harapannya.
HARAPAN
Saat Datuk menceritakan pengalaman aneh yang dialaminya ketika berada di rumah Haji Taslim Singasari, saya minta kebenaran darinya untuk berjalan di tanah dengan alasan untuk menghilangkan jemu.
Permintaan saya diperkenankan oleh Datuk. Kepalang gembiranya hati saya dan kesempatan itu saya gunakan dengan sebaik-baiknya. Secara curi-curi saya meninjau ke arah rumah Masitah, anak saudara Pak Imam.
Lagi sekali hati saya dibungai kegembiraan, ada tanda-tanda yang menunjukkan hajat saya akan terkabul. Memang menjadi harapan saya, sebelum meninggalkan bumi Balik Pulau, saya mahu menatap wajah dan senyuman Masitah.
Didorong oleh keinginan mahu menatap wajah Masitah, saya pun mula terhendap-hendap dan menyusup di bawah pokok manggis yang berdaun lebat.
Saya sandarkan badan di situ sambil menarik nafas kelegaan. Secara tidak disangka-sangka saya terpandangkan Masitah yang sedang menjemur kain di ampaian. Sinaran matahari yang memancar keras, membuatkan kulit muka Masitah jadi kemerah-merahan.
Saya mula langkah ke arah pokok langsat pula. Jarak saya dengan Masitah tidaklah begitu jauh. Tetapi, saya masih enggan memperlihatkan diri, masih bersembunyi di balik pokok langsat.
"Syyyyhhhhh..."
Saya segera membunyikan isyarat, cepat-cepat Masitah angkat kepala, renung kiri, renung kanan dengan pandangan yang liar. Dia berhenti menjemur kain dan wajahnya nampak cemas sedikit. Masitah renung ke arah pokok langsat dan saya segera menunjukkan diri.
Masitah buat tidak peduli dengan saya. Dia terus jemur kain. Saya melangkah lagi, jarak saya dengan Masitah bertambah dekat dan saya pun jual senyum padanya. Hati saya bertambah sakit. Masitah buat tak kisah.
"Saya nak balik."
"Baliklah, kenapa bagi tahu saya. Datang dulu tak bagi tahu saya pun," hati saya bertambah sakit mendengar kata-kata yang diluahkan oleh Masitah.
"Sombong sangat ni," kata saya lagi.
Masitah menjeling tajam ke arah saya bersama sebuah senyum yang sukar ditafsirkan maknanya. Apakah itu senyuman suka atau benci?
Badan saya berpeluh, bukan kerana panas, tetapi kerana rasa takut. Takut kalau gadis Balik Pulau yang kaya dengan adat ketimuran itu memecahkan rahsia. Memberitahu kaum keluarganya tentang perangai saya yang buruk. Kalaulah hal ini terjadi, lambat laun perkara itu akan sampai juga ke pengetahuan Datuk dan saya terpaksa menanggung malu yang bukan kepalang.
Dalam keadaan yang resah gelisah itu, saya dapat satu akal. Saya keluarkan pensel dan selembar kertas dari dalam saku seluar saya. Tujuan saya bawa kertas itu untuk mencatatkan alamat Masitah. Bila melihat pada sikap Masitah yang lain itu, ternyata apa yang saya inginkan, tidak akan terlaksana. Saya harus bertindak segera sebelum kehampaan menjelma.
"Heiii..."
Saya segera mengangkat tangan ke arah Masitah yang merenung tajam ke arah saya. Masitah yang sedang mengembangkan kain jemuran terakhir segera menggelengkan kepala. Tidak bersedia mahu mematuhi permintaan saya. Masitah segera sidai kain terakhir. Kemudian dia melangkah ke arah rumahnya. Hati saya berdebar tidak tentu arah.
"Hiss nantilah dulu."
Sengaja saya tinggikan suara. Masitah tak jadi melangkah. Segera menoleh ke arah saya sambil mengangkatkan kepalanya dua tiga kali. Dia seolah-olah mengajukan pertanyaan: Ada apa?
Reaksi yang saya berikan ialah dengan menunjukkan kertas dan pensel ke arahnya. Masitah senyum. Dengan tergesa-gesa saya menuliskan nama dan alamat pada kertas. Saya selitkan kertas itu pada ranting keduduk bercabang tiga.
"Jangan lupa ambil tau," kata saya.
Tidak ada jawapan dari Masitah. Tetapi apa yang jelas dia mengangguk. Ertinya, dia bersedia mematuhi arahan dari saya.
TUGAS
Saya kira tugas besar dan berat telah saya laksanakan. Cepat-cepat saya tinggalkan pokok langsat, melangkah tenang menuju ke rumah Pak Imam. Entah macam mana, saya tersepak seketul kayu. Saya tidak dapat mengimbangi tubuh. Saya terjatuh, bunyi tubuh menghempap bumi dan reranting kering dapat didengar oleh Pak Imam dan Datuk. Mereka segera menuju ke muka pintu dan merenung ke arah saya yang tergesa-gesa bangun.
"Apa yang kamu cari dalam semak samun tu, Tamar," Datuk yang berdiri di ambang pintu mengemukakan pertanyaan. Dia bersedia mahu melangkah turun.
"Tak payah turun, dia tak apa-apa," Pak Imam menahan.
Datuk duduk kembali.
"Apa yang kamu cari di situ?" datang lagi pertanyaan dari Datuk. Ternyata Datuk tidak puas hati. Pertanyaannya saya tidak jawab.
"Tadi saya nampak biawak di situ, saya terus kejar," jawapan untuk melepaskan batuk di tangga, saya berikan pada Datuk. Pak Imam terasa sangsi dengan jawapan yang saya berikan. Ini dapat saya baca melalui memek mukanya.
"Di sini jarang ada biawak, entahlah pula hari ni ada biawak," suara isteri Pak Imam lantang dari arah dapur. Kata-kata itu saya rasakan seperti menyindir saya. Dengan muka yang tebal saya berdiri di kaki tangga.
"Sudahlah Tamar, naik saja ke rumah," Pak Imam cuba menghilangkan rasa serba salah dalam diri saya. Dengan tenang saya naik ke rumah. Duduk di sudut, menghala ke dapur. Apa yang saya buat, semuanya tidak kena, saya rasa Pak Imam bagaikan tahu dengan apa yang telah saya lakukan.
Begitu cepat masa berlalu. Tepat jam dua belas lebih, hidangan makan tengah hari pun tersedia. Semuanya amat menyelerakan. Lepas makan dihidangkan pula pengat pisang.
"Sempat awak buat semuanya ini," kata Pak Imam bila melihat isterinya mengatur piring pengat pisang di depannya.
"Bukan saya yang buat," kata isteri Pak Imam.
"Kalau bukan awak, siapa yang buat?"
"Masitah, dia ada di dapur tolong membasuh."
"Hum..." kata Pak Imam dan terus menikmati pengat pisang abu, "Sedap, makanlah Tamar, apa malu-malu. Si Masitah buat pengat memang handal," sambung Pak Imam sambil merenung ke arah saya. Lagi sekali, saya tersipu dengan sikap Pak Imam itu. Saya rasakan dia menyindir saya lagi.
"Ah, banyak sangat ni," kata saya dalam usaha menghilangkan rasa serba salah.
"Rasa dulu, lepas tu mesti kamu makan sampai habis," tanpa diduga Datuk bersuara. Datuk terus menikmati pengat pisang.
Datuk dan Pak Imam sudah pun menikmati pengat pisang dari hasil kerja Masitah. Saya masih belum memulakannya.
"Silakan," tutur Pak Imam.
"Cepat Tamar, kita nak balik jauh," Datuk pula seperti mendesak. Dan saya pun memulakannya. Memang sedap. Dalam saya asyik menikmati pengat pisang, saya terdengar suara Masitah. Cepat-cepat saya panggungkan kepala lalu merenung ke dapur.
Masitah, bentak batin saya setelah melihat kelibatnya di ruang dapur. Bila saya mahu merenung untuk kedua kalinya, Datuk mula berdehem.
"Kau nak balik Masitah," terdengar suara isteri Pak Imam.
"Ya," pasti itu suara Masitah.
"Malam ni datang lepas Isyak, Pak Imam nak ajar kita tentang rukun sembahyang," terdengar lagi suara isteri Pak Imam.
"Saya datang, emak juga datang," sahut Masitah.
Hati saya bagaikan digaru-garu mahu segera bangun dan berdiri di muka tingkap mahu melihat Masitah yang ayu melangkah pulang ke rumahnya. Sebagai anak muda yang ada maruah dan harga diri, sudah tentu perkara semacam itu tidak dapat saya lakukan.
"Kita sembahyang di masjid," Pak Imam memberikan cadangan, setelah berehat lebih dari setengah jam (selepas makan tengah hari). Masa berehat yang setengah jam itu dipenuhi dengan perbincangan dan perdebatan berhubung dengan perkara agama dari Datuk dan Pak Imam. Secara tidak langsung pengetahuan saya turut bertambah. Setidak-tidaknya saya mengerti beberapa patah perkataan Arab.
"Saya setuju," Datuk memberikan kata putus. Memang sudah direncanakan setelah menunaikan fardu Zuhur, saya dan Datuk akan meneruskan perjalanan ke Tanjung. Segala beg dan barang Datuk terpaksa dibawa bersama. Masa saya menyarungkan sepatu, saya terus mencuri pandangan ke arah rumah Masitah. Perkara itu saya lakukan dengan hati-hati dan teliti sekali. Jangan sampai dapat dikesan oleh Pak Imam atau Datuk.
Saya masih beruntung, mata saya masih dapat menangkap bentuk tubuh Masitah berdiri di balik perdu durian yang berada di sempadan antara tanah milik ayahnya dengan tanah milik Pak Imam. Masitah memakai baju kurung merah dengan kain warna coklat. Dia merenung ke arah saya.
TUNDUK
Dengan keadaan tertunduk kerana mengikat tali kasut, saya terus menjeling ke arah Masitah dengan ekor mata. Entah mengapa gadis yang berkulit putih itu benar-benar mempengaruhi hati saya.
Meskipun loghat Pulau Pinang yang diucapkannya sering membuat saya tersenyum panjang. Mungkin kerana tidak mahu menunggu saya yang mengambil masa agak lama mengikat tali kasut, Datuk dan Pak Imam beredar menuju ke kepala jalan.
Ini peluang yang cukup baik. Saya segera tegakkan tubuh dan merenung dengan tepatnya ke arah Masitah. Paling menggembirakan hati, Masitah tidak lagi berdiri di balik pokok durian. Dia berdiri di tengah lapang. Saya lambaikan tangan ke arahnya. Lambaian saya dibalasnya.
"Balik dulu," kata saya.
Masitah tidak menjawab. Dia cuma senyum sambil mengerak-gerakkan tangan yang membawa makna yang dia akan menulis surat kepada saya berpandukan pada alamat yang saya berikan padanya.
"Bagus."
Tutur saya sambil menegakkan ibu jari.
"Aheeemmm."
Saya segera angkat kepala. Renung ke arah tingkap sebelah kanan. Isteri Pak Imam berdiri di situ. Tanpa berkata apa-apa, saya terus berlari ke arah Datuk dan Pak Imam yang berdiri di kepala jalan.
Sampai di kepala jalan, saya toleh ke arah pokok durian. Masitah sudah ghaib. Agaknya, dia melarikan diri kerana tidak mahu perbuatannya dikesan oleh isteri Pak Imam. Sepanjang perjalanan menuju ke masjid, hati saya menyanyi riang.
Setelah menunaikan sembahyang Zuhur, Pak Imam menghantar saya dan Datuk ke perhentian bas Balik Pulau. Datuk meninggalkan pesan pada Pak Imam supaya mempengaruhi Mat Prai, agar dia sering pergi ke masjid, selalu membuat sedekah dan amal jariah. Nampaknya, pesanan itu disambut oleh Pak Imam dengan baik sekali.
"Dengan izin Allah, saya cuba tunaikan. Itu pun kalau dia datang ke sini."
"Saya faham, saya mahu bila dia balik bercuti atau datang ke sini di musim durian, dia mesti buat amal ibadah, jangan mengejar duit saja. Kalau Pak Imam tak menegurnya, siapa lagi yang nak diharapkan," kata Datuk.
Bas pun bergerak meninggalkan perhentian. Dalam perjalanan yang membosankan itu, saya terus berangan-angan, menikmati zaman kegemilangan bersama Masitah.
Saya bayangkan yang kami berlari di gigi pantai. Membiarkan buih-buih ombak menyentuh kaki. Kemudian, kami terjun ke laut lalu berenang melawan ombak. Angan-angan yang tidak bertepi itu terus membungsung tinggi dalam kepala saya.
Akhirnya saya terlena. Tidak tahu apa yang terjadi, sama ada di dalam perut bas atau di luar. Saya terjaga bila bahu saya digoncang oleh Datuk berkali-kali. Bila saya buka mata, perut bas sudah kosong. Pemandu dan penjual tiket sudah berada di sebuah warung.
"Bangun, kamu tidur macam orang mati."
Saya diam. Tidak memberikan sebarang komentar atas kata-kata yang Datuk luahkan. Dalam keadaan yang lesu saya terus bangun sambil menggosok-gosok kelopak mata.
"Kalau dah makan tak sedarkan dunia, inilah akibatnya kena angin bas terus tertidur, macam anjing mampus," Datuk terus merungut.
Macam tadi juga, saya tidak berani bersuara. Terus melangkah menuju ke pintu bas. Bila berada di luar baru terasa panas. Saya dan Datuk terus menuju ke pengkalan. Dari situ kami menaiki feri menuju ke tanah besar.
Datuk membatalkan hasratnya untuk mengunjungi rumah Mat Prai kerana kesuntukan masa. Kerana kesuntukan masa juga, Datuk naik teksi menuju ke Taiping. Dari Taiping menuju ke kampung baru naik bas. Menjelang Maghrib kami sampai di rumah.
Nenek menyambut kepulangan kami dengan wajah yang riang. Dia menyambut buah tangan dari Datuk yang dibeli di bandar Taiping. Datuk juga sembahyang Asar di Taiping. Saya ingat sebelum menaiki bas, Datuk pergi membeli belah di kedai yang menjual buah-buahan. Datuk juga membeli beberapa helai kain pelekat dan dua helai kain batik untuk nenek. Hadiah-hadiah itu membuat nenek gembira.
MALAM
Seperti selalu, setiap kali pulang dari perjalanan yang jauh, pasti saya menceritakan pada nenek hal-hal yang dialami. Dan malam itu, secara kebetulan saya tidak ikut Datuk berjemaah Maghrib dan Isyak di masjid. Datuk memang ada mengajak saya kerana ada guru agama mengajar Tauhid tetapi saya menolak dengan alasan penat. Alasan itu dapat diterima oleh Datuk.
Selepas menunaikan fardu Isyak, saya terus mendekati nenek yang duduk bersila di tengah ruang. Cukup tenang nenek mengunyah sirih. Bibir kecutnya nampak merah. Saya pun bercerita padanya tentang apa yang dialami ketika berada di Pulau Pinang. Bila sampai bahagian cerita yang menakutkan, wajah nenek nampak cemas. Bila ada kisah lucu nenek ketawa.
"Tapi Tamar."
Nenek berhenti mengunyah sirih. Tepak sirih yang berada di hujung lutut segera ditolaknya ke tepi. Matanya merenung tajam ke arah saya. Debaran cemas bersama perasaan ingin tahu mula menyelubungi hati saya.
"Kenapa nek?"
Nenek tersenyum. Masih keberatan untuk menceritakan sesuatu pada saya. Dia terus mengunyah sirih dengan seenak-enaknya.
"Kenapa nek?"
"Masa kamu sama Datuk tak ada di rumah ni, nenek tak pernah merasa aman. Belum pernah nenek berdepan dengan masalah yang sepelik ni, pada hal dulu Datuk kamu keluar sampai berbulan-bulan, tak ada yang mengacau. Tapi kali ini, lain macam pula," nenek memulakan ceritanya. Bila saya mendekatinya, nenek tidak meneruskan ceritanya. Ini membuat saya resah.
"Apa yang nek nak ceritakan ni," saya mula mendesak. Nenek lunjurkan kedua belah kakinya.
"Setiap malam, macam ada orang datang, orang berjalan dan bercakap di luar rumah. Kadang-kadang terdengar bunyi orang makan," lanjut nenek. Tiba-tiba saja bulu tengkuk saya tegak berdiri.
"Selalunya, pukul berapa nek dengar?"
"Pukul dua belas malam ke atas," terang nenek bersahaja, "Bila nenek buka pintu dan keluar, keliling rumah bawa suluh tak ada apa yang nenek nampak," sambung nenek lagi. Di wajahnya tidak terbayang keresahan.
Saya terdiam sejenak. Apakah perkara yang dialami oleh nenek itu ada hubungannya dengan kejadian di rumah Haji Taslim Singasari? Apakah syaitan-syaitan peliharaan Suhaimi Keraba boleh sampai ke sini? Tahu pula yang nenek ni isteri Datuk. Mungkin ada makhluk-makhluk lain yang sengaja mahu mengacau nenek? Semuanya itu timbul dalam tempurung kepala saya.
"Nenek tak minta tolong, tak beritahu hal ini pada orang lain," saya mengajukan pertanyaan. Mata saya liar merenung ke kiri dan ke kanan. Rasa takut terus bersarang di sudut hati.
"Buat apa beritahu orang."
"Apa pasal nek cakap macam tu."
"Kadang-kadang perkara macam ni, susah orang nak percaya."
"Tak percaya tak apa, asalkan diberitahu, setidak-tidaknya ada juga perhatian orang pada rumah ni."
"Buat apa menyusahkan orang kerana kita."
"Hum..." saya melepaskan sebuah keluhan. Bosan dengan perangai nenek yang tidak jauh bezanya dengan perangai Datuk.
"Sekarang benda-benda tu tak datang lagi nek?" saya minta kepastian. Sesungguhnya, saya memang tidak mahu perkara-perkara ganjil seperti itu datang mengacau nenek yang sudah tua.
"Entah, hilang begitu saja," balas nenek.
"Nenek tentang?"
Nenek gelengkan kepala dan terus mengunyah sirih. Saya lihat nenek seperti mahu menghabiskan cerita itu hingga ke tahap itu saja. Dia seperti mahu melupakan saja, sudah pasti saya kurang senang dengan tindak-tanduk nenek itu.
"Apa yang nenek buat, cakaplah," saya cuba merayu.
"Eh, kamu ni, aku tak buat apa-apa. Dia mengamuk di luar, aku baca Yasin di rumah, aku sembahyang Tahajud. Aku buat seperti apa yang selalu aku buat. Biarlah dia nak bertendang, berterajang atau bersilat di luar rumah."
"Haa..." mulut saya terlopong.
"Apa lagi Tamar."
"Tak ada apa-apa nek," sahut saya. Entah mengapa perkara sebodoh itu saya tanyakan pada nenek. Kenapa saya terlupakan yang nenek itu isteri Datuk. Sebanyak sedikit sudah tentu Datuk mencurahkan ilmu pada isterinya. Setidak-tidaknya untuk perlindungan dirinya. Saya segera menarik nafas dalam-dalam. Tidak lama kemudian Datuk pulang dari masjid.
-TAMAT-
228.
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA :
KARYA :
KOD#00275094001228
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
229.
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA :
KARYA :
KOD#00275094001229
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
230.
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA :
KARYA :
KOD#00275094001230
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter3.html
Comments
Post a Comment