HZONE BLOG - CHAPTER#2
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG - CHAPTER#2
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
81. BERSEORANGAN TAPI BERTEMAN
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400081
TAJUK CERITA : BERSEORANGAN TAPI BERTEMAN
KARYA : CIKYU
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Salam. Aku pernah post cerita di HZONE BLOG Februari lepas, bertajuk Gangguan Saka. Kalini aku nak post lagi satu cerita seperti tajuk di atas. Maaf jika ayat berterabur.
Kejadian ni berlaku 5 tahun lepas. Masa tu aku duduk dengan Along di rumah sewa kat Damansara. Rumahnya kondominium 3 bilik, dan rumahnya tak ada lah seram mana pun. Tapi entah kenapa malam tu aku kena kacau pulak. Disebabkan kedegilan aku, aku kena tanggung apa yang bakal terjadi malam tu.
Masa tu aku tengah sibuk study untuk final exam. Aku kalau study memang suka last minute dan jenis suka menghafal. Faham atau tidak, belakang cerita. Haha. Nak dijadikan cerita malam tu, Along ajak aku pergi makan kat luar dengan kawan-kawan dia. Kebetulan pulak malam tu aku gaduh dengan boyfriend aku, jadi kurang nak ada mood. Aku ambik keputusan untuk duduk kat rumah je dan mintak Along tapaukan untuk aku.
Along keluar rumah dalam 9.00 malam macam tu. Aku duduk di bilik nombor dua, di mana kat bilik aku tu ada tingkap menghadap ke balkoni luar dan tempat mesin basuh. Aku kunci pintu bilik, dah jadi satu tabiat untuk aku mengunci bilik bila aku keseorangan kat rumah dan bila waktu nak tidur. Aku pun study lah dan highlight buku tu sampai semua ayat penuh dengan highlighter kuning.
Sedang asyik menghadap buku, aku dengar ada bunyi ketukan kat luar tingkap. Mula-mula perlahan, aku sangkakan angin, jadi aku buat tak tahu je lah. Tapi makin lama makin kuat. Seolah-olah ada benda tengah mengetuk mesin basuh kat luar tu. Kalini tak boleh buat tak tahu. Aku ambik earphone dan pasang lagu kuat-kuat di handphone. Malang jugak nasib aku pada malam tu, aku dengar benda tu bisik sesuatu kat telinga aku. Agak kuat, tapi bahasa yang aku tak faham. Suara perempuan tua, seolah-olah dia marah aku tak pedulikan bunyi kat luar tingkap tu. Aku bukak earphone, Ya Allah bunyi ketukan kat luar tingkap tu makin rancak pulak.
Aku call Along, bila Along angkat, aku cakap lah yang aku kena kacau, suara aku dah bergetar dah. Tapi Along tak dengar, dia cakap hello banyak kali. Line terputus macam tu je. Tak boleh jadi ni, aku ambik keputusan untuk keluar dari rumah, walaupun perasaan takut masa tu hanya Allah je yang tahu. Aku pulas tombol pintu bilik, capai kunci rumah dan kunci kereta di atas meja luar, tapi entah kenapa pintu rumah susah betul nak bukak. Meremang satu badan dah tapi dengan berbekalkan ayat-ayat Al-Quran, aku berjaya keluar dari rumah. Aku tak berani langsung toleh ke belakang, sebab masa tu belakang badan aku terasa panas semacam. Biarlah dia ada kat belakang, janji jangan peluk aku sudah.
Aku berlari anak ke pintu lif. Entah kenapa masa tu rasa sunyi sepi je, tak nampak dan tak terserempak dengan seorang pun jiran yang sama aras dengan rumah Along. Rumah Along di tingkat 8. Bayangkan nak turun ke basement parking berapa lama masanya, walaupun lift tu agak laju. Keluar je dari lift, aku call Along lagi sekali, aku suruh Along balik cepat. Kebetulan Along makan kat kedai mamak yang berdekatan je. Alhamdulillah. Basement parking kat kondo Along ni memang rasa macam di alam lain. Dah la kereta aku parking jauh dari pintu lift, redha jelah masa tu.
Aku rasa lega sikit sebab tak rasa kehadiran benda tu. Masuk je kereta aku kunci pintu. Ingat benda tu tak boleh masuk kot kalau aku kunci haha. Aku ingat mata aku menipu aku, sebab kalih je belakang, Ya Allah benda tu ada di seat belakang! Seluruh badan hitam legam.. Tak ada mata, cuma nampak mulutnya menyeringai ke arah aku. Aku tak menjerit, tergamam je masa tu. Tanpa membuang masa, aku bukak pintu kereta dan lari ke arah pintu keluar. Dah lost control masa tu, menangis-nangis dah macam orang gila. Aku tunggu kat guardhouse sampailah Along datang kat aku. Aku cerita kat pak guard situ, dia cakap dia sampai buat tak tahu je bila buat round kat basement parking dan di setiap level kondo tu. Macam-macam dah dia nampak, mungkin sebab lokasi kondo tu sendiri.
Bila Along sampai je Along tanya aku kat mana masa mula-mula aku call dia. Aku cakap dalam bilik. Dia cakap bunyi bising sangat kat background belakang, macam aku tengah buat party kat rumah. Bila difikirkan balik, kita sebenarnya tak pernah keseorangan. Pasti berteman. Samada kita suka ataupun tidak. Bezanya adalah samada kita nampak ‘peneman’ kita tu ataupun tidak.
-TAMAT-
82. DENDAM BEKAS ISTERI
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400082
TAJUK CERITA : DENDAM BEKAS ISTERI
KARYA : HAMBA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum Warga HZONE BLOG. Thanks a lot untuk Admin sebab sudi post pasal cerita saya ni… Saya minta maaf kalau cerita saya ni tak seram atau sedikit typo semasa menaip.. Cerita saya ni panjang sikit.. Maaf sebab letih plak korang nak baca banyak-banyak.
Cerita nie berdasarkan pengalaman saya dan keluarga.. Nama Aku Lin..
Dulu sebelum aku berpindah ke rumah baru, aku dan keluarga sering diganggu. Rumah aku ni jenis rumah kayu. Rumah lama biasalah kan. Mesti ada lubang-lubang dekat dinding tu. Kalau waktu pagi tu, akan nampaklah banyak lubang kat dinding tu. Aku tahu pun sebab cahaya boleh tembus dekat lubang tue.. hehe..
Aku tinggal dekat rumah dah dekat 14 tahun. Masa aku first duduk rumah tu. Umur aku setahun. Setahun tak tahu apa-apa lagi. Selepas umur aku 11 Tahun, baru aku faham pasal benda horror ni. Aku lupa nak cakap yang dekat kawasan rumah aku nie, ada jugak jiran-jiran. Tapi rumah jiran-jiran aku ni jauh-jauh lah. Kalau nak jerit tu tak dengarlah rasanya. Tapi kalau jiran sebelah rumah aku ni bersin, memang dengarlah sebab dia punya bersin tu kuat lain macam.. haha..
Aku ni ada 6 adik beradik. Aku nombor 4. Malam tu, lepas maghrib, aku, abang aku, adik aku yang laki and perempuan. Kire kami berempat lah. Tengah main kad, ala kad yang orang duk main judi tu. Tapi kitorang main saje-saje jela. Bosankan. Kami main kad dekat dengan pintu utama rumah kitorang. Masa tengah syok main tu, aku and adik beradik aku dengar bunyi macam orang ketuk pintu rumah aku pakai batang kayu. Kitorg diamlah. Sebab nak pastikan betul ke tidak. Lepas tu bila bunyi kali kedua tu kitorang larilah cari mak. Takutlah wehh. Lepas pada kejadian tu kitorang decide untuk tidur.
Kejadian kedua plak. Bilik mak aku, mak aku ni jenis berisi sikit kalau dia berjalan keluar dari bilik dia, mesti papan bilik dia akan berbunyi, tapi malam tu masa aku sorang-sorang tengah buat homework, aku dengarlah bunyi papan tu macam mak aku nak keluar, aku tunggu punya tunggu mak aku tak keluar jugak. Aku syak mungkin perasaan aku je kot. Lepas 5 minit kemudian bunyi balik. Lepas bunyi sekali lagi aku terus simpan homework aku n pergi tidur.
Cerita 3
Dekat dengan rumah aku ni ada rumah besar tapi Takde orang tinggal sebab tuan dia jarang-jarang balik. Aku dengan kawan-kawan aku sukelah bermain kat situ. Zaman budak-budakkan. Main nombor 1 lah. Masa kitorang tengah main tu, kitorang dengar bunyi orang tengah kemas. Dekat rumah besar ni, ada tingkap cermin, so boleh nampak lah apa kat dalam tue. Ada satu malam tu, jiran aku tidur kat situ sebab merajuk dengan mak dia. Malam dia tidur tu, dia dengar orang masak dan menyanyi, Dia pun intailah kot2 ada orang yang curi-curi masuk. Lepas jew dia intai, dia nampak tangan SAHAJA yang bergerak tengah memasak, so dia apa lagi. Lari tak cukup tanah lah..
Cerita 4
Masa mak aku tengah mengandungkan adik aku yang bongsu, ayah aku kahwin lain. Tapi mak aku tak tahu. Masa mak aku nak bersalin pun ayah aku pergi kejap-kejap je. Atuk dan nenek aku yang jaga mak aku masa kat hospital bersalin. Nenek aku sampai tak salin baju sampaj seminggu. Mak aku ada jugak call ayah aku suruh bawak baju untuk mak dan nenek aku, ayah aku just hantar baju tu pun marah-marah sebab menyusahkan dia. And then terus balik rumah. Tak teman pun mak aku masa kat hospital. Mak aku sedih tak payah cakap ahh. Kalau orang lain yang kena pun mesti menangis. Masa tu mak aku tak tahu yang aku dah kahwin lain. Lepas pada mak aku keluar hospital tu baru terbongkar. Mak dan ayah aku gaduh lah time tu. Kitorang ni senyap jew.
Ayah aku siap tampar lagi mak aku tapi mak aku sabar je sebab mak aku fikirkan anak-anak dia yang semuanya masih kecik ( termasuk aku). Mak aku suruh ayah aku pilih mak aku, atau bini kedua dia. Alhamdulillah ayah aku lebih pilih mak aku dan ceraikan bini kedua dia. Disebabkan bini kedua ayah aku tu diceraikan, dia pun mula berdendam dengan keluarga aku dan dia cakap dia takkan benarkan keluarga aku hidup bahagia. Dia ni jenis bermain dengan ilmu hitam, aku rasa dia gunakan ilmu hitam pada ayah aku dulu, sebab tu ayah aku asyik ikut cakap dia jew.
Dia hantar benda tu pada mak aku. Benda tu selalu ganggu mak aku sampai mak aku sakit. Dah puas kami bawak berubat lepastu sembuh kejap dan jadi balik. Ada orang cakap syaitan yang ada dekat rumah aku ni syaitan yang orang dah buang dekat tanah rumah baru aku. Kiranya dia memang dah stay sini lama. Sebab kejadian ni berlaku masa aku kena PLKN. So aku takde kat rumahlah. Mak aku jew yang cerita kat aku. Malam tu abang aku tengah tidur dalam pukul 9. Masa abang aku tidur, abang aku cakap dia kena tindih dan dia nampak adik aku masuk dalam bilik tapi buat tak tahu je kat abang aku.. Lepas abang aku dah bebas dari kena tindih tu, abang aku marahlah kat adik aku sebab buat tak tahu je mase dia panggil.. Guess what?? Adik aku cakap dia tak masuk bilik pun!! So sape yang masuk??
Malam kedua tu adik aku pulak yang kena, benda tu cekik tengkuk dia dan lepas tu adik laki aku nampak benda tu besar dan berbulu. Lepas pada tu lah mak aku panggil tok bomoh untuk buang hantu tu. Tok bomoh tu cakap rumah aku ni ada tiga ekor benda tu cakap dia tak nak tinggalkan rumah tu kecuali bagi adik aku yang bongsu pada dia sebagai tukaran. Mak aku takkan gila nak bagi anak dia pada syaitan Laknatullah tue. So dia minta d***h ayam hutan. Aku rasa, bomoh tu penipu je. Sebab lepas dia berubat tu, benda tu masih ada lagi.
Mak aku setiap hari akan rasa lenguh dekat pinggang dan lutut. Sebab benda tu bergantung pada badan mak aku. Setiap kali mak duduk dalam rumah mesti sakit habis badan-badan dia. Masa mak aku duduk dalam wad, tak rasa apa-apa pun. Walaupun mak aku dah banyak kali berubat, bekas isteri ayah aku akan hantar balik untuk sengsarakan lagi hidup kami sekeluarga. Sampai sekarang mak aku sakit.
Sekarang dia dah boleh jalan sangat sebab lutut dia sakit. Kalau ada mana-mana warga Nie yang tahu ustaz yang betul-betul boleh ubat mak aku, Pm Aku personal yew. Aku nak sangat tengok mak aku sembuh macam biasa. Siapa yang taknak kan tengok mak dia sihat. Mak aku sekarang ni tak boleh keluar mana-mana dah sebab sakit lutut. Mak aku just duduk dalam rumah tak keluar pergi mana-mana.. Harap sangat-sangat admin siarkan cerita saya eak..
-TAMAT-
83. IBUKU SEORANG JELMAAN?
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400083
TAJUK CERITA : IBUKU SEORANG JELMAAN?
KARYA : HAMBA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Aku adalah anak perempuan sulung dan ada keluarga macam orang lain juga.
Cuma bezanya aku dalam keluarga yang sudah bercerai berai.
Masa kejadian berlaku, ibu dan ayah sedang dalam urusan ingin bercerai.
Aku masih kecil dan masih sekolah rendah lagi. Malam tu semua masuk ke bilik masing-masing kecuali aku. Entah kenapa aku malam itu macam rasa nak tidur di sofa ruang tamu sahaja. Mungkin sebab terlalu sedih aku rasa. Aku ingat masa tu memang sudah hampir tengah pagi. Rumah aku memang sunyi.
Baru nak lelap mata, aku dengar pintu bilik ibu dan ayah terbuka.
Aku lihat ibu keluar dengan baju tidur dia macam biasa. Cuma bezanya aku lihat ibu berdiri tegak dan keras tanpa suara apa-apa dan paling aku terkejut mata ibu berwarna merah saga dan biji mata hitam langsung tak kelihatan. Aku pura-pura tidur sedangkan aku masih intai ibu di celah bantal.
Ibu tak bercakap apa-apa cuma dia pandang aku tepat dengan mata merah, renung tajam pada aku.
Aku takut tapi belum sampai nak terkencing la kan. Cuma aku takut sebab hairan aku rasa kenapa ibu macam tu.Aku tau ibu ada saka kerana ibu pernah cerita dahulu masa di rumah nenek. Cuma bezanya sepanjang ni tak pernah ada gangguan.
Aku tengok ibu terus keluar rumah, tapi keluar rumah ibu hanya berkaki ayam jalan kaki tiba-tiba laju sangat sebab aku tergerak hati nak tengok ibu nak pergi mana. Aku ni terus lari dalam bilik ayah kejutkan ayah. Ayah terkejut ibu tiada di sebelah dan terus ayah panggil jiran blok sebelah sebab ada pasangan suami isteri kuat agama boleh bantu.
Aku lihat ayah terus ke sana sebab aku rumah tepi saja dan rumah makcik tu sebaris blok sahaja. Jadi aku nampak pakcik dan makcik tu terus pakai selipar naik kereta dengan ayah dan aku pergi cari ibu. Sekejap sahaja dah nampak ibu. Pakcik tu turun pegang ibu bersama isterinya, baca ayat-ayat aku tak tahu apa sebab masih kecil kan. Sekejap saja ibu jadi lemah terus pengsan dekat riba makcik tu.
Ayah ambil ibu masuk dalam kereta. Sepanjang dalam kereta alhamdulillah tak jadi apa-apa walaupun aku risau jadi lagi sebab aku duduk sebelah ibu. Cuma sampai sahaja kawasan depan rumah ibu tak nak masuk. Ibu merayu pada ayah bawa ibu balik kampung abah cakap atuk aku nak jumpa. Peliknya atuk aku belah ayah dah lama meninggal dunia sejak abang sulung aku umur 1 tahun. Pakcik tadi tu baca-baca lagi ibuku terus pengsan lagi. Ayah angkat masuk dalam bilik biarkan ibuku tidur.
Sampai sekarang tiada lagi perkara macam tu jadi lagi dan aku tak pernah bercerita pada adik – beradikku yang lain. Cuma aku risau kalau ibuku dah tak panjang umur, adakah saka tu akan bertukar tuan? Dan benda tu terjadi sebab saka ke atau ada benda tak tahu dari mana yang ganggu?
-TAMAT-
84. GANGGUAN HIJAB TERTUTUP : ADAB DI TEMPAT ORANG
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400084
TAJUK CERITA : GANGGUAN HIJAB TERTUTUP : ADAB DI TEMPAT ORANG
KARYA : HANI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Hai Assalamualaikum. First of all aku nak ucapkan terima kasih dekat admin sebab publishkan cerita aku terdahulu. Walaupun sambutan tak memberangsangkan huhu. Almaklumlah aku tak reti nak mengarang cerita. So ini kali kedua aku post harap admin publishkan lagi. Lebiu admin! Panjang sikit kali ni so tahanlah. Korangkan tak suka sambungan. Hihi.
Dalam cerita pertama aku ada bagitau since aku ‘sakit’ hijab aku terbuka sekejap then lama lama hilang macam tu aje. Kenapa? Aku pun taktahu. Dah takdir. Bagus jugak takda aku meroyan nampak makhluk bukan bukan dengan iman secebis perca ni. Tapi aku still senang kena gangguan dan rasa benda benda ni. Orang kata kalau sekali terkena memang senang benda ni nak menempel. Aku taktahu sahih ke tak tapi benda ni still terjadi.
Cerita kali ni tentang rumah sewa aku baru aku. Yes aku baru graduated then kerja jauh dari rumah family terpaksa carik rumah sewa baru dekat dengan office. Rumah sewa aku ni besar. Sewanya pun besarrrrr hahahaha. Ada 5 bilik asal dan 3 bilik air. Bawah 1 bilik sebelah dapur. Atas 4 bilik. 1 master bedroom, 3 bilik biasa. Bilik aku special. Bilik laluan namanya. Kenapa? Camni. 2 bilik ni bersebelahan dan kongsi toilet. 1 bilik lagi kalau nak masuk kena lalu bilik aku dulu so bilik aku tak private lah. Sebelum nak masuk bilik lagi 1 ni ada ruang terbuka tapi dah berjeriji lah. Kami buat tempat sidai baju je. Paham tak? Tak paham buat buat paham.
Hall dalam tengah ni besar kami buat tempat iron baju ja. Tingkat 3 tu loteng tapi owner buat bilik jugak. Boleh tahan besar ada 2 katil. So semua sekali muat 15 orang tapi kau rasa macam duduk 3 ke 4 orang je. Mana taknya semua terperap dalam bilik. Eh panjang pulak intro rumah.
Awal awal aku masuk nothing happen sebab tengah ‘bersih’ kut. Mak aku selalu pesan solat jangan tinggal. Ngaji jangan lupa.
Aku ikut ja almaklum duduk tempat orang kena jaga adab sikit. Sikit ja huhu. Then sampailah satu hari ni waktu aku ‘kotor’ so solat memang tidaklah. Aku ni sejenis suka keluar malam. Bukan buat apa pun just lepak ngeteh ngeteh almaklum nak lepas tension kerja.
Nak dijadikan cerita aku balik kerja awal dalam 5.30 petang. Pastu janji ngan boipren nak keluar dating sat. Pakwe otw tu dalam sejam sebab bawak moto terkemut kemut. Aku masuk rumah naik ke bilik which is tingkat 2. Dekat hall tengah ni lampu terbukak. Aku nampak 1 budak loteng tengah iron baju. Dah siap iron baju pun. Dia naik ke atas sambil mulut dia membebel bebel dekat kawan dia kat atas. Aku nampak cahaya dari loteng so lampu atas terbukaklah tu. Aku buat dang je masuk bilik mandi manda then lepak atas katil.
Dalam 6 lebih pakwe aku call kata dah sampai. Aku pun nak turun. Baru kat tangga tetiba pintu rumah terbukak sendiri. 2 budak loteng masuk dengan bergelak ketawa. Aku macam ‘eh takkan keluar tak sampai sejam kut baru tadi nampak tengah iron baju’. Husnuzon je senyum tanya dari mana. Dorang dengan girangnya jawab “baru balik kerja!” Aku terbeku kejap dekat tangga tu. Otak masih blur nak seram ke buat dang nak seram ke buat dang. Dorang dah berlalu naik atas. Yang buat aku tersedar bila aku dengar bunyi petik suis lampu. Baru aku teringat waktu aku keluar bilik tadi ruang tengah ke loteng gelap! Jadi yang tadi tengah iron baju tu siapa?
Aku terus ikut diorang naik atas tanya nakkan kepastian betul ke baru balik kerja. Bersungguh diorang cakap memang baru balik kerja. Cis celaka punya setan kenakan aku! Nasib rupa housemate kalau rupa lain memang esok aku pindah persetankan deposit burn. Bila diorang buat muka cuak aku pun just cakap takda papelah lupakan je. Kesian pulak dalah duduk bilik loteng. Lagi kesian aku duduk bilik sorang. Dengan diorang ja cah cah berani tapi jumpa boipren kena tegur awat muka pucat sangat hahahahaha.
Itu pengenalan ja. Start haritu aku kena gangguan. Pukul 2 pagi mesti aku tersedar dari tidur. Hari hari! Sampai masuk keja lesu mata panda. Lepas tejaga tu bila nak tidur balik takboleh. Mata automatik terbukak sendiri macam disergah yang aku tak tahu nak describe camana. Ruang terbuka yang aku buat tempat sidai baju tu dah ‘direnovate’ budak bilik belakang buat sekali dapur so banyaklah perkakas. Kadang dengar bunyi keletak keletuk, bunyi guli, bunyi cicak eh macam macam bunyilah. Semua ni jadi waktu aku ‘kotor’ so takboleh buat apa sangat.
Sampailah 1 malam hujung hujung waktu aku ‘kotor’. Macam biasa 2 pagi terjaga. Aku wasap boipren grey tick, call masuk voicemaill ja. 2 pagi nak expect apa kan. Boipren aku bukan kaki dota. So aku paksa mata ni pejam. Dalam hati segala zikir aku baca tapi hati tak tenang jugak. Bukak mata lagi tak tenang kang dibuat muncul mau pengsan tak pi kerja. Katil aku ni kaki mengadap almari kain ada corak menara tinggi kat london. (kalau malam tutup lampu terbayang lain). Waktu ni aku bukak lampu so seram ditahap 7/10. Aku pejam mata berzikir dalam hati tetiba kaki aku kena rentap kebawah. Baik baik kepala aku atas bantal terus turun ke bawah. Kaki pun dah lepas katil. Aku terkejut makkohijo! Zikir dah tukar carutan. Main kasar pulak setan ni.
Aku steady lagi betulkan perbaringan walapun dalam hati rasa nak angkat kaki je tapi luar tu kosong jugak. Aku mengiring ke kiri so belakang aku dinding. Pejam mata dengan jantung dup dap dup dap. Sambung zikir dalam hati. Kali ni setan durjana main tolak tolak pulak dari belakang. Masalah siapa tolak aku? Belakang aku dinding weh. Aku keraskan badan tahan. Banyak jugak kena tolak sampai aku nak jatuh katil. Nah kali ni bukan setakat seram, rasa marah bengang pun ada jugak. Main kasar tengah malam! Aku bangun aku sound terus ‘ Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. Aku penat. Esok aku nak kerja pagi.’ Aku baring pejam mata selubung tidur sampai esok pagi. Wah berkesan jugak eh main sound sound. Dengar kata jugak setan ni.
Benda ni aku rahsiakan dari housemate semua sampailah satu hari ni. Maghrib biasa aku dah dekat rumah. Kan toilet kongsi bilik aku dengan bilik sebelah. So nak maghrib dalam 6 petang something ni aku dengar pintu toilet sebelah terbukak pastu bunyi air air. Aku buat dang yelah husnuzon akak sebelah mandi. Lepas aku solat maghrib tu aku turun ke ruang tamu lepak makan makan dengan housemate lain. Tengah syok borak, pintu rumah terbukak dan akak bilik masuk rumah. Terus terdiam aku tenung akak tu. Tapi buat buat berani tanya dari mana. Akak tu dengan ceria jawab “baru balik ni haa keluar kejap petang tadi!” okey terkena buat kesekian kali nya.
Aku macam nak nangis weh dengar jawapan akak aku. Terus housemate lain tanya. Aku cerita gangguan yang terjadi kat aku. Akak bilik sebelah Cuma nasihat rajinkan mengaji. Aku mengakulah solat buat tapi ngaji lompong.
So start haritu boleh kata tiap hari lepas maghrib aku baca yassin dengan mathurat. Malam nak tidur aku pasang radio digital ayat ayat alquran. Kadang lepas isyak pun aku baca. Sebelum tidur aku baca. Nampak tak trauma dekat situ? Hahahahaha. Tapi pengalaman kali ni aku cerita kira first time aku baca yassin dekat bilik tu. Lepas maghrib aku terus capai yassin nak tunggukan isyak. Tengah sedap baca tetiba ada benda sergah aku dari belakang. Naik bulu roma tengkuk. Takpe tabahkan hati teruskan baca.
Tengah khusyuk baca tetiba dengar bunyi guli ting ting ting dekat lantai. Bila pulak aku simpan guli? Husnuzon jiran sebelah punya anak main guli walaupun maghrib. Sambung lagi baca yassin. Eh bunyik cak cak cak cicak pulak. Aku toleh ke siling ke dinding. Takda pulak cicak menempel. Takpe sabar sabar. Habis baca yassin ngam ngam isyak. Terus aku angkat takbir. Masuk rakat ke berapa entah tak ingat rasa badan macam berat. Bahu jadi sakit. Rasa macam diri ni dipeluk dari belakang. Buat kali pertama aku solat sambil nangis takut. Tak khusyuk terus. Lepas solat aku terus turun lepak bawah.
Sejak dari haritu gangguan still ada macam bunyi bunyian kacau waktu aku solat dan baca yassin. Kadang syok baca yassin dekat lantai sejadah kena sergah. Terkezut mak! Terus lompat naik katil sambung baca atas katil. And still until now 2 pagi aku terjaga. Tak selalu macam dulu tapi kalau terjaga kompom susah nak pejam mata dengan jantung dup dap dup dap. Gangguan extereme makin kurang sebab aku jadi rajin mengaji agaknya tapi tu lah waktu mengaji kena kacau jugak. Selain dari dari tu, aku amalkan sebelum tidur tu berpesan pada setan setan supaya jangan kacau aku. Nampak mengarut sebab cakap sorang tapi its work! Hahahahaha.
Pernah sekali waktu tu akak sebelah takda balik rumah family dia. Sebelum tidur tu aku pesan “malam ni kau jangan kacau aku tidur. Pergi main dekat bilik sebelah. Bilik sebelah kosong.” Then malam tu pukul 2 pagi aku terjaga aku dengar bunyi bunyi macam barang kena alih dari bilik sebelah. Aku abaikan je asalkan bukan aku kena kacau. Kadang aku pesan pergi main dekat ruang terbuka so tengah malam dengarlah bunyi macam orang memasak. Bilik loteng pulak dah kosong budak 2orang tu dah pindah. Aku pesan pergi main naik atas pulak bilik atas tu kan kosong. Hahahahaha rasa macam mak mak pesan dekat anak pun ye jugak tapi asalkan dorang tak kacau aku dah cukup Alhamdulillah.
Lagi bersyukur bila aku tak nampak langsung benda benda ni. Rasa hijab aku fully tertutup kut. Aminnnn. Tapi still aku rasa benda ni ada dan tak lari dari kena kacau. Biasalah orang kata badan dah bertanda. Housemate aku pun memahami siap pinjamkan radio digital tu. Aku jadikan barang tok nenek pulak tiap malam pasang sebab nak rasa tidur dengan selamat.
Akhir sekali ni aku pesan duduk tempat orang jaga adab. Solat jangan tinggal sambil rajinkan diri ngaji. Jangan ikut peel aku dah terkena teruk baru nak ngaji tiap hari. Tapi aku rasa hikmah dia kat situ. Bila tak ngaji sehari rasa macam tak complete pulak. Eh terbongkak pulak hahahaha jk jk jk. Paling penting jaga kebersihan. Aku rasa punca dia bukan aku sorang. Salah sorang budak bilik belakang tu pemalas ya rabbi. Pandai masak dekat ruang terbuka tu pemalas nak kemas. Tunggang langgang kuali pinggan kat sinki. Aku tegur baru nak gerak.
Waktu ‘kotor’ cuci biarlah bersih. Dengan lantai sekali bersihkan. Ni tak dekat lantai ada sisa sirap dia. Eyyy geli geliman aku. Dalah nak amik wudhu kat situ jugak. Roti jem strawberi dikumpul dalam plastik tak reti dibuang. Baju kotor seminggu tak berbasuh. Eh pemalas pengotor ya rabbi. Harap muka cantik tapi perangai huduh! Sound sikit tarik muka. Huh ingat puteri raja kena semua benda orang buatkan. Roomate sendiri naik menyampah dengan perangai pemalas tu.
So ingat pesan aku tu ye. Bye Asslamualaikum. Thanks admin lebiu lebiu!
-TAMAT-
85. KAMI TINGGAL DIRUMAH HANTU SELAMA 5 TAHUN
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400085
TAJUK CERITA : KAMI TINGGAL DIRUMAH HANTU SELAMA 5 TAHUN
KARYA : HAMBA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Kami pernah tinggal di rumah yang berhantu selama 5 tahun.
Ketika saya Darjah 2, ayah saya dipindah kan ke Selangor, jadi kami sekeluarga pun berpindah sekali. Ayah saya berjaya mencari sebuah rumah teres dua tingkat yang disewakan murah.
Malam pertama kami di rumah baru, mak saya bermimpi ada seorang perempuan cina sedang menangis di tepi keranda sambil membakar kertas sembahyang. Keesokan harinya, tuan rumah datang melawat kami. Mak saya terkejut sebab dia lah perempuan yang mak saya mimpikan semalam. Rupa-rupanya suaminya telah meninggal di rumah itu, dan menurut kepercayaan orang cina, rumah itu tidak bertuah setelah ada kematian. Suaminya pula mewariskan rumah itu kepada 2 orang anaknya yang masih kecil, jadi dia tidak boleh menjual rumah itu. Jadi disewakan kepada orang lain dan hasil sewa dia membayar rumah sewa yang dia duduki selepas berpindah. Tetapi penyewanya sering berpindah atau lari, tiada penyewa yang mahu tinggal selepas 3 bulan. Kata jiran sebelah, ada benda yang menganggu mereka.
Sejak berpindah ke rumah itu, adik saya sering mengigau seperti menjerit, bercakap, berjalan dlm tidur, berpusing atas katil 360 darjah seperti kayuh basikal. Pernah sekali, dia sedang tidur di bilik dan tiba-tiba bangun dan mula naik tangga. Kemudian cuba memanjat balkoni tangga untuk terjun dari tingkat atas. Nasib baik abang saya perasan dan menarik dia sebelum dia sempat terjun. Kejadian ini berlaku banyak kali.
Rumah ini ada 4 bilik, satu bilik kecil di tingkat bawah, 3 bilik tidur di tingkat atas. Bilik bawah ini dijadikan bilik baju dan bilik solat. Ada tandas di antara bilik ni dan dapur, kami selalu ambil wuduk di situ. Suatu hari, saya ambil wuduk di situ dan ternampak kelibat budak lalu di depan tandas dan masuk ke dalam bilik bawah. Mula2 saya ingatkan adik2, tetapi selepas selesai mandi, adik2 saya lihat semuanya di ruang tamu. Tiada siapa dalam bilik bawah.
Ruang tamu kami pula mengadap dapur. Pernah sekali, saya sedang menonton tv dan terpandang dapur. Ada tangan berwarna hitam sedang melambai saya dari dapur. Masalahnya, tangan itu melambai dari atas peti ais yang terletak betul2 sebelah pintu dapur. Seperti biasa, saya buat tidak tahu saja. Malam seterusnya saya masuk ke dapur untuk minum air. Usai minum, saya berpaling ke arah pintu dapur dan ternampak lembaga budak kecil berwarna hitam sedang bertenggek atas peti ais. Cepat2 saya keluar dan sambung menonton tv. Sebenarnya kami dah biasa nampak kelibat budak kecil berwarna hitam naik turun tangga, masuk bilik, lari depan pintu, menjenguk kami dari balkoni tangga dan sebagainya. Setakat bunyi guli, perabut bergerak dan bende berlari atas bumbung itu adalah perkara yang sangat biasa.
Di ruang tamu ada sebuah lukisan minyak yang sangat besar, bertemakan hutan, air terjun dan 2 ekor rusa. Kami tak dapat tanggalkan sebab telah dilekat kuat pada dinding. Abang saya pernah beritahu yang pada waktu malam, lukisan itu akan hidup. Air terjun dalam lukisan itu akan mengalir dan pokok-pokok bergoyang ditiup angin. Kadang-kadang, dia nampak mata rusa itu bergerak mengekori orang.
Di rumah ini lah saya pernah bermimpi seram sehingga trauma.
Ayah saya menghadiahkan anak patung berbaju dress pada saya. Mula-mula suka lah, tapi malam tu saya mimpi anak patung itu hidup mengejar saya. Dia nak ambil badan saya sebab dia pun nak hidup. Puas saya lari dalam mimpi tu. Pada satu tahap, dia ambil pisau dari dapur dan nak tikam saya. Ya, dalam mimpi tu anak patung itu kejar saya dlm rumah, dari tingkat bawah dia kejar ke atas dan ikut masuk bilik tidur. Esoknya saya buang patung itu dalam stor. Lepas itu saya langsung tak suka semua anak patung berbentuk manusia, termasuk barbie.
Tandas di bilik master bedroom adalah tempat yang paling seram dalam rumah itu. Cuma ayah saja yang berani menggunakan tandas itu. Ini pelik kerana walaupun tandas itu besar dan cerah dengan cahaya matahari, kami selalu rasa ada seseorang memerhati kami dalam tandas itu. Kami semua berpendapat yang suami tuan rumah meninggal di situ.
Kami bertahan selama 5 tahun di rumah itu. Mak selalu minta berpindah tetapi ayah suruh bersabar kerana rumah lain mahal sangat sewanya. Tuan rumah tak pernah naik kan sewa kerana kami sahaja yang mahu tinggal di rumah itu walaupon diganggu. Ayah ikhtiar baca yassin setiap minggu, tapi kami masih nampak bayang-bayang budak hitam.
Setelah 5 tahun ayah dipindahkan ke Kedah. Kami semua rasa lega kerana dapat meninggalkan rumah itu.
-TAMAT-
86. PENJUAL JAMU
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400086
TAJUK CERITA : PENJUAL JAMU
KARYA : JOE
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Nor menghadap cermin. Terlihat pantulan wajah sendiri pada retakan cermin. Cis dia datang lagi!
“Nyah kau dari sini! Aku tak kacau kau, jadi jangan kacau aku!” Hmmmm… Masih di situ.. Lembaga di cermin mencebik pada Nor. Benci pulak tengok si j*****t besar ni duk landing kat hidung ni! Haishh…
Rin: “Ko dah kene sampuk jin j*****t ke? Aku nak tido pon tak senang.”
Nor: “Hahaha sorry la sis.. Drama queen pulak pagi-pagi ni.. hikhik”
Nor, gadis metropolitan yang obses sangat dengan kecantikan . Walaupun dia dah cerah, ‘flawless’, ramping ala2 semut kerengga dan diminati ramai, namun, dia tetap tidak berpuas hati. Tetap rasa dia ni hodoh la gemuk la. Ada ja produk yang dia nak cuba. Boleh kata setiap bulan memang ada ja produk baru yang dia nak tepek kat muka . Bukan setakat tu, produk makanan tambahan,pil-pil, macam-macam la semua dia dah telan.
Nak dijadikan cerita, satu petang yang indah, angin sepoi-sepoi manja, sedang Nor menyiram pokok bunga di laman, dia didatangi seorang wanita berkebaya. Wanita itu berumur sekitar 30-an, berkulit sawo matang, ala-ala pelakon sinetron gitu.
Di tangannya ada sebuah raga berisi botol-botol dan kotak-kotak yang pelbagai berisi produk2 kecantikan ,jamu dan seangkatannya. Nor ni pantang je nampak ada produk kecantikan terus menjemput masuk wanita itu ke rumah tanpa berfikir panjang.
Rin di dalam rumah tengah memasak untuk makan malam . Tengok ja ke ruang tamu ada tetamu asing. Hmmm.. ‘salesgirl’ le tuu.. Geleng kepala ja tengok telatah Nor yang ‘excited’ sangat. Harapnya tak kena tipu la macam sebelum ni. Tak serik agaknya budak ni!
Wanita berkebaya tu namanya Seri. Asalnya dari Jowo. Cantik dan meyakinkan perwatakannya. Petah berbahasa melayu sini tetapi ada juga loghat sana.. Melihatkan wajah glowing awet muda si Seri ni lagilah si Nor teruja untuk membeli produknya.
Seri ni manis mulut orangnya. Suka memuji dan kelakar.. Panjang lebar perbualan antara Seri dan Nor sehinggakan waktu senja menjengah. Sebelum Seri berangkat pulang, katanya sebab Nor pelanggan terpilih ,dia nak beri cenderamata pada Nor. Dia menyerahkan sebuah kantung baldu kecil berwarna merah yang berisi seutas kalung. Walau kelihatan lama tetapi masih cantik dijaga. Gembira hati Nor, dahla dapat petua, siap dapat ‘free gift’ lagi!
Seri: “Nanti kamu pakailah kalung ini ya.. Cocok skali sama kamu.. Cuma pesan saya jangan dilihat cermin untuk tiga hari ni ya. Nanti tak surprise pulaa.. hikhik”
Nor: “Loh kamu kenapa sih .. haha bikin gue seram ajaa hahaaha..”
Seri: “Hihi sebenarnya krim ni perlu masa untuk lihat kesannya. Biar serasi dulu kulit kamu dengan krim ini ya..! Kalung itu buat penambah seri. Pakai aja ya! Terus nanti ramai yang kaget melihat kecantikan kamu . “
Nor: “Baik mbak! Kamu ada-ada aja sih…Hahaha”
Malam itu……
Rin: “Mak kauuuuu!! Terkejut tauu.. ingat cekodok mana tadii!!”
Nor: “Hihihh… Aku tengah cuba krim ni.. Ori from Jowo baq hang! Tunggu je la aku cantik nanti , aku suap ko makan cekodok banyak-banyak! Hahaha..”
Nor menyanyi riang sambil membelek-belek kalung pemberian Seri. Kalung itu kelihatannya teliti pembuatannya, bertatahkan batu delima hijau berbentuk tiga segi diikat rapi pada kalung itu.
Rin: “Suka hati ko la. Eh.. bila masa kau beli rantai tu? Tak pernah tengok pun?”
Nor: “Ni hadiah istimewa untuk pelanggan istimewa macam aku tau! Kau hado?”
Rin: “Ada aku kesahhh.. hmmphh!”
Gigih la si Nor sambung menepek krim dekat muka. Rin malas layan, baca majalah lagi bagus!
Keesokan pagi……
Nor: “Aaaaaaaaaaaaaaahhhhh!! Apa ni!!!??”
Nor dah macam orang tak keruan.. dicubit-cubit mukanya berkali-kali seperti tidak percaya apa yang dilihat di cermin. Rin yang sudah terbiasa dengan jeritan diva Nor buat endah tak endah.. ni mesti kes hantu j*****t takpun kuku dia dah patah. Hahahahhaha…..
Nor meraung macam orang gila berlari menuju ke tingkat bawah membuatkan Rin tak sedap hati.
Cepat-cepat Rin bangun dan turun ke bawah . Bimbang juga kawan dia yang sorang ni kene rasuk ke hapa.. Rin mengikut ke arah bunyi tangisan teresak-esak yang akhirnya membawanya ke dapur.
Hampir tercabut jantung Rin bila dia terlihat seorang nenek tua, berkedut dan rambut serabai mengalahkan iklan syampu tersekat di skala 5.
Rin: “OMG! Makcik ni sapa!!!?? Macam mana makcik ada dalam rumah sayaa??”
Nor: “Aku Nor laaa!! Kawan kauu…… isk iskk..”
Terketar-ketar Nor menjawab.
Rin : “Hoh.. aku tak caya .. Mana Nor Apa kau dah buat dengan dia haa?? Cuba buktikan ko Nor!”
Nor: “Ni akulaa.. Hisshhhh.. Nama gelaran ko masa sekolah dulu beruk Mak Nor kann sebab mak kau dulu bela monyet kan !? Haa caya tak aku skarang.. ?Tau la aku dah hodohhhhh!”
Rin: “Hahahah betulla tu..Confirm ko ni Nor.. Ya Allah, Macam mana boleh jadi macam nii??”
Nor: “Aku tak tahu Rin.. pagi tadi masa aku nak berus gigi. Tengah aku duk syok nak tengok la progress muka aku kat cermin.. Tup-tup camni hasilnyaaa!”
Rin:”Aku rasa ko ni dah kene kencing dengan minah jual jamu semalam ni . Ko ikut aku, kita pi balai sekarang jugak!!”
Nor: “Isk isk.. takkan la aku nak pi sana dengan muka hodoh aku nii. Pengsan pulak abam-abam polis karang.. Huaaaaa.. aku tak nak jadi andartuu.. aku nak kawennnnn!!”
Rin: “Eh eh! Budak ni.. Mengada pulak. Jangan nak macam-macam. 10 minit. Kita gerak!”
Tegas Rin.
20 minit kemudian…..
Nor keluar dengan bertudung litup lengkap berpurdah dengan spek mata hitam ala2 artis baru turun mahkamah. Tah mana dicekupnya kain perca buat niqab . Patut le lama tunggu tak siap-siap.Terhendap-hendap dia masuk kereta . Ingat ada paparazzi ke nak skodeng dia..
Perjalanan ke balai polis terdekat mengambil masa 20 minit. Sedang mereka berhenti di lampu isyarat, Nor menjerit kecil.
Nor: “Rin!! Tengok tu..” sambil menuding ke arah hentian bas di seberang jalan.
“Ke.. ke.. napaa muka dia macam akuu??”
Rin berpaling ke tepi tingkap. Matanya tepat tertancap pada wajah wanita yang sedang duduk di kerusi di hentian bas itu. Wanita itu berpakaian kebaya dan di tangannya ada raga. Penampilannya seperti……
Tapi. Muka dia memang sama! Sah ! Muka memang sebijik macam Nor. Ni memang pelik!
Rin: “Ya Allah.. apa yang berlaku nii..??”
Dari jauh wanita itu sepertinya sedar dia diperhatikan oleh dua pasang mata dari dalam kereta. Dia yang tadinya sedang memandang kosong ke jalanan,melirik tajam ke arah Nor dan Rin. Senyuman sinis terukir di bibirnya yang merah dengan lipstik murahan agaknya. Meremang bulu tengkuk Rin. Nor pula mula rasa seram sejuk bila tengok diri sendiri senyum macam tu. Erkk..
“Honk!! Honk!!” Kereta belakang mula bising bila lampu merah bertukar hijau. Rin apa lagi terkejut dan terus tekan minyak… Fikirannya kosong. Perkara ini terlalu berat untuk dihadam. Apa patut mereka lakukan?
Suasana di dalam kereta sunyi seketika.
Nor terasa sesak. Dadanya mula terasa bahang. Dia rasa semakin lemah dan sakit-sakit badan. Agaknya nilah perasaan orang tua-tua fikir Nor. Makin lama tengkuk Nor mula terasa panas dan lehernya semakin berat seperti lehernya ditarik. Kemudian Nor teringat.. kalung yang dipakainya! Cepat-cepat dia rentap kalung itu dan campak ke luar tingkap. (jangan tiru aksi ni) . Aaaaaaah.. Rasa ringan tengkuk Nor. Lega sangat. Macam satu beban yang baru dilepaskan !
Kereta diberhentikan di hadapan balai polis. Tanpa membuang masa satu saat pun , Rin keluar dari kereta. Melihatkan Nor yang masih kaku dan pucat dalam kereta membuatkan Rin terpaksa menarik Nor keluar menuju ke kaunter utama.
Rin:” Encik polis, kami datang sini nak buat report. Kami dah kena tipu.. kami nakkan keadilan!” tegas Rin gaya seperti peguam yang dahagakan keadilan.
Encik polis: “Sabar dulu cik. Cerita satu-satu ya.. Biar jelas.” ujar encik polis, lembut.
Rin memberi isyarat pada Nor. Nor mengangguk lemah dan perlahan-lahan membuka spek mata hitam RayBan dan kain perca yang menutupi wajahnya. Dia tertunduk malu sebab hodoh.
Encik polis: “Okay. Jadi apa masalahnya cik adik manis?” seloroh encik polis.
Eh eh bergurau pulak abam polis ni , perli la tu.. fikir Nor.
Rin menoleh ke wajah Nor. Terkesima melihatkan wajah Nor dah kembali seperti dulu.
Rin: eh.. Nor… muka kau! Dah muda balik! Tapi…. Macam mana..?
Nor: “Aaapa maksud kau?” Nor mengusap-usap wajahnya. Terasa lembut dan rata, takda pula kawah2 gunung berapi seperti sebelum ni. Sebelum ni kulitnya menggurutu.. erghhh.. tak selera nak tengok.
Rin dan Nor berpandangan antara satu sama lain. Adakah selama ni mereka berhalusinasi?
Encik polis: “Ehemm ehem…” berdehem. “Hmm..Awak berdua ni ada apa-apa yang saya boleh bantu ke?”
Nor: “Ta… ta….. pi.. tadi..”
Rin apa lagi . Lampu isyarat bertukar hijau , Rin membuat u-turn gaya abam Castello, menuju ke hentian bas tersebut. ‘By hook or by crook’ Rin nak jumpa jugak dengan Seri. Dia nakkan penjelasan.
Namun hampa. Seri lesap. Pelik jugak macam mana orang setua tu boleh lari dengan sebegitu pantas dengan kudratnya dah macam satu abad. Walau beberapa kali Rin membuat pusingan di kawasan sekitar, namun batang hidung penyek si Seri tetap tidak kelihatan.
Sesampainya di rumah. Enjin kereta dimatikan . Namun, Nor dan Rin masing-masing terdiam di dalam kereta. Di sudut minda mereka berlegar-legar pertanyaan mengenai gerangan makcik yang menjual jamu tempoh hari. Siapa dia? Dan kenapa dia buat macam ni?? Soalan ni mungkin lagi sukar dari soalan STPM agaknya.
Semenjak dari kejadian itu, Nor tidak lagi obses akan kecantikannya. Dia belajar untuk sentiasa bersyukur dan lebih menyayangi diri sendiri. Kini dia lebih berhati-hati dan mula memperbanyakkan ibadah sebagai pendinding diri. Dia dah serik. Cuma kadangkala, dia ada rasa diperhatikan dari jauh. Tapi dia buat tak endah.
Dari jauh, si hodoh hanya mampu melihat.. muram. “Seri pun nak cantik jugak!” Huuuhuuuuu………
-TAMAT-
87. MATA MERAH, RAMBUT PANJANG
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400087
TAJUK CERITA : MATA MERAH, RAMBUT PANJANG
KARYA : MISS S
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalammualaikum kepada semua pembaca HZONE BLOG. Disini, saya hendak berkongsikan satu pengalaman seram saya. Tapi sebelum saya nak ceritakan pengalaman saya ni, saya nak bagitau la. Harap kali ni, admin publishkan cerita saya ni, sebab sebelum ni, saya ada submit juga, tapi maybe cerita saya terlalu pendek dan sukar untuk difahami. Harap-harap lepas ni, admin approve la ya.
Ok, cerita ni bermula pada hari raya dua tahun lepas. Masa tu, saya dan keluarga saya pergi menziarahi kaum keluarga, sanak saudara. Tempat yang kami pergi ni, sebuah kampung. Kampung tersebut, mempunyai lorong ke lorong. Dan seingat saya, masa tu baru lepas hujan. Dalam kami bergembira hendak menziarah saudara saya, saya merasakan sesuatu yang lain macam tau. Masuk je kampung tu, terus sunyi. Tapi yang peliknya, lampu raya bukak pulak, semua rumah bukak lampu raya, dari masuk lorong sampai ke hujung lorong. Manusia langsung tak kelihatan.
Rumah yang hendak dituju ni, rumah yang paling hujung, so kena melalui jambatan kecik dan berkayu. Satu lagi, kena melalui satu pokok besar, tapi saya tak pasti pulak tu pokok apa. Sesampainya kami ke rumah tersebut, kami pun berhenti berhadapan rumah saudara saya, dan malangnya, saya terpaksa parking dekat n berdepan dengan pokok besar tersebut. Alangkah takutnya saya masa tu. Tapi saya berlagak cool je, yela dah sakan sangat nak beraya kan. Huhu. Turun je dari kereta, perasaan saya tiba2 rasa takut, bulu roma meremang. Keadaan sunyi sepi, yang turun hanya saya dan abang saya. ‘Assalammualaikum..’ Abang saya membagi salam. Tapi, tiada yang menjawabnya. Sampai la, berkali-kali abang membagi salam, tapi still tiada balasan. Akhirnya, kami putus asa dan balik.
Berpusing je kami ke arah kereta, dan pokok tersebut. Tiba-tiba, ada satu lembaga putih d atas pokok tersebut, dan lembaga tu sedang ‘melepak’, bertengek atas pokok tu melihat kami sekeluarga. Lembaga tersebut berbaju putih, rambut panjang dan mempunyai 2 pasang mata kemerahan, seumpama marah terhadap kami sekeluarga. Yang paling malangya, kereta yang saya park betul-betul di bawah pokok tersebut. Saya kuatkan iman, baca segala surah yang ada di dalam kepala. Sesampainya saya d hadapan kereta, lembaga tersebut, memandang tepat ke mata saya. Kaki, badan saya menjadi kaku. Dengan sepantas kilat, saya start enjin kereta, dan terus pergi meninggalkan rumah tersebut. Alhamdullilah, lembaga tu tak mengejar kami.
Sebaik saja, saya memasuki kereta, semua orang hairan kerana saya hanya diam membisu. Dan muka pucat lesi. Kakak saya mendesak saya suruh cerita apa yang saya lihat, saya hanya diam. Setelah didesak berkali-kali, saya pun cerita keadaan yang saya alami. Rupa-rupanya, bukan saya je yang kena dan lihat lembaga tu. Abang dan adik saya pun turut melihatnya. Seminggu lepas kisah ni, saudara saya meninggal dunia. Masa dia meninggal dunia, perut dia mengembung macam orang pregnant. Tapi, dia tu lelaki. Rupanya ada orang iri hati dekat saudara saya, dan ada orang menghantar denganya. Lembaga yang atas pokok tu la yang kami lihat. Benda tu penyebab dia meninggal. Al-fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Dan semoga kita terhindar dari segala iri hati, hasad dengki orang dekat kita. Bye, miss.s ♡
-TAMAT-
88. TEMAN SEPERMAINAN
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400088
TAJUK CERITA : TEMAN SEPERMAINAN
KARYA : KEISHA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin kerana sudi siarkan kisah aku ni. Kisah aku tidak lah seseram kisah-kisah yang lain. Ia lebih kepada pengalaman indah zaman kanan-kanak. Hahaha. Gitulah lebih kurang.
Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana. Ayahku seorang pemandu teksi. Ibuku pula suri rumah sepenuh masa. Aku seorang anak tunggal. Keluargaku menetap di sebuah kampung pedalaman di terengganu. Ok, cukup serba sedikit latar belakang aku.
Dalam rumah aku tu, aku ada sorang kawan. Aku pun tak tau dia datang dari mana. Seingat-ingat aku, dia sudah ada. Masa tu umur aku dalam 4 atau 5 tahun. Aku namakan kawan aku ni Haida. Dia nampak sebaya je dengan aku. Sekali imbas, muka dia ada iras-iras aku. Haida ni selalu pakai baju kurung. Nampak ayu berbanding aku. Hehehe.
Setiap kali aku makan, dia mesti teman aku. Tapi dia tak makan sekali, dia bersimpuh je sambil tunggu aku makan. Mula-mula dulu aku ingatkan dia adik beradik aku, tapi rupanya tak. Ibu dan ayahku tak boleh nampak dia, hanya aku je yang nampak. Mereka macam syak jugaklah sebab selalu nampak aku bercakap sorang-sorang, ketawa, main teng teng sorang tapi mereka macam tak kisah. Mungkin sebab Haida tak menyusahkan kitorang, just datang berkawan. Aku pernah jugak tanya ibu aku, nampak tak Haida kat sebelah aku, ibu senyum je, dia cakap tak nampak. Pastu dia siap pesan, korang main elok-elok tau, jangan gaduh-gaduh pulak. Adoii, ibu, macam merestui persahabatan tak normal aku ni. Hahaha.
Aku bersekolah kat tadika kemas. Masa waktu persekolahan Haida tak dapat join aku, dia duk rumah je tunggu aku balik. Jadi, kat sekolah aku ada kawan lain. Tapi tak best macam kawan dengan Haida. Kat tadika, aku banyak mengelamun, asyik ingatkan Haida kat rumah, apa la dia buat, kesian dia takde kawan. Habis je waktu sekolah, cepat-cepat aku jalan balik rumah, tak sabar nak jumpa Haida. Rumah aku dekat je dengan tadika. Menapak tak lama dah sampai rumah. Dan Haida akan tunggu aku di muka pintu sambil senyum. Begitulah rutin kehidupan aku. Eh, Haida tidur sebilik dengan aku tau, aku tidur kat atas katil, dia tidur kat lantai, Takde alas dan selimut dan dia tidur dengan baju kurung dia tu lah. Huhu.
Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Aku sudah bersekolah rendah. Rutin masih sama, haida tetap setia berkawan dengan aku. Kitorang study sama-sama, baca buku sama-sama. Satu hal yang aku kagum, Haida pandai membaca walaupun dia tak sekolah.
Masa tu aku darjah 6, so banyak kelas tambahan tahun tu, UPSR kan. Aku jarang kat rumah, kalau takde kelas tambahan, aku lebih suka buat study group dengan kawan-kawan sekelas. Kadang-kadang aku ajak kawan-kawan aku study kat rumah aku. Haida akan memerap kat blik kalau kawan-kawan aku datang. Dia pun dah tak mesra macam dulu, jarang senyum kat aku. Aku ajak cakap pun macam acuh tak acuh je dia jawab. Mungkin dia berjauh hati sebab aku selalu abaikan dia. Aku pun malas nak ambik hati, aku fokus untuk UPSR je masa tu.
Ada satu hari tu, aku balik dari study group, waktu tu dah petang. Ibu aku takde kat rumah, mungkin ke kedai. Aku masuk bilik, nampak si Haida ni tengah termenung. Aku tegurlah macam biasa tapi dia tak jawab, dia tunduk je pandang lantai. Aku pun malas nak cakap banyak, aku tanggal tudung dan capai tuala nak pergi mandi. Sampai kat pintu bilik, dia bersuara.
Haida : Awak dah berubah. (Tenang je suara dia)
Aku : Berubah apa, mana ada (sambil pusing badan mengadap Haida)
Haida : Awak sibuk dengan kawan-kawan awak, awak dah tak nak kawan saya (Menangis)
Aku : Bukan, saya nak belajar, saya kan nak UPSR tahun ni.
Haida : Awak lupa diri bila ada kawan-kawan awak, awak lupa yang selama ni saya saja yang sudi temankan awak, awak lupa diri, saya benci awak !!! (Dia jerit pada aku, muka dia merah sebab marah)
Aku terkedu sekejap, tak pernah dia tengking aku macam tu. Aku pulak masa tu tengah stress dengan pelajaran aku, aku tengking dia balik. “Eh Kau jangan nak mengungkit bagai, kau ingat kau siapa??? Aku rimas tau hari-hari hadap muka kau. Aku nak jugak ada kawan lain. Kalau benci, kau berambuslah. Aku tak kisah lahhh” aku terus keluar dan hempas pintu kuat-kuat. Aku sempat dengar dia menangis, mendayu-dayu.
Dalam bilik air, aku fikir semula kata-kata aku tadi, agak kasar dan aku menyesal. Takpe, lepas mandi ni aku minta maaf. Kesian Haida. Aku bersuara dalam hati. Lepas mandi, aku masuk bilik, kosong. Haida dah takde. Aku dah gelabah. Mungkin kejap lagi Haida balik. Aku sedapkan hati sendiri.
Menjelang malam, Haida tetap tidak pulang. Aku suarakan pada ibu, ibu cakap biarlah, Haida tu cuma khayalan aku, biarlah dia pergi. Aku menafikan sekeras-kerasnya, aku cakap Haida tu kawan baik aku, aku sayang Haida. Aku menangis tersedu-sedu. Ibu peluk aku, usap kepala aku. Ibu suruh aku masuk tidur. Malam tu aku tidur sorang. Sangat janggal sebab biasanya Haida ada tidur atas lantai sebelah katil aku.
Malam tu, aku menangis je ingatkan Haida. Menyesal marah dia tadi. Aku pun tak sedar masa mana aku tertidur. Dalam pukul 3 pagi aku terjaga sebab bunyi orang ketuk pintu bilik aku, kemudian aku dengar bunyi macam orang buka pintu bilik aku, kreeeekkk. Aku pandang pintu, memang terbuka sedikit. Aku fikir Haida dah bilik, terus aku menuju ke pintu tapi takde sesiapa pun. Aku sambung tidur balik.
Hari demi hari, hidup aku suram. Aku rindukan Haida. Aku sudah jarang join study group kawan-kawan. Aku banyak habiskan masa dalam bilik. Ibu dan ayah aku risau dengan keadaan aku. Ibu selalu teman aku tapi aku masih tunggu Haida. Aku selalu mimpikan Haida, kadang-kadang dia senyum sinis pandang aku. Kadang-kadang dia menangis sayu. Dan kejadian pintu bilik diketuk pada pukul 3 pagi juga kerap terjadi. Aku biarkan je.
Lagi tiga bulan aku nak UPSR, ayah aku bawak balik kenalan dia untuk ubatkan aku. Seorang Ustaz. Ustaz sentuh kepala aku dengan tapak tangan dia (ustaz pakai sarung tangan) dia pejam mata. Mulut terkumat-kamit membaca sesuatu yang aku pasti ayat al-quran. Kemudian dia hembus tiga kali pada kepalaku.
Ustaz cakap, aku dah macam terikat antara dua hati dengan Haida ni. Kami pernah berjanji yang akan berkawan sampai bila-bila. Jadi bila dah berjanji secara automatik hati kami terikat. Ustaz kata, Haida dampingi aku sejak aku lahir lagi. Dia merupakan jin Islam. Aku dah melopong, aku berkawan dengan jin ke selama ni. Kata ustaz lagi, Haida ada bersama kami tapi dia tak menjelmakan diri dia. Dia mahu tengok aku menderita rindukan dia. Sampai hati Haida.
Ustaz nasihatkan aku supaya tinggalkan Haida dan dia boleh leraikan ikatan dua hati antara aku dan Haida, tapi ustaz memerlukan kerelaan hati aku. Aku tak sanggup, aku sayangkan Haida, walaupun dia jin, dia tak pernah apa-apakan aku, dia layan aku baik. Aku menangis. Ayah dan ibu pujuk aku, dan akhirnya aku setuju jugak. Aku relakan hati aku lepaskan Haida. Ya Allah, sedih gila masa ni.
Proses berubat pun bermula, ustaz bercakap-cakap dengan seseorang di satu sudut kat dalam rumah kami.
Ustaz: Manusia ini tidak perlukan engkau lagi, pergilah pulang ke tempat asalmu. Sesungguhnya persahabatan jin dengan manusia tidak akan abadi. Lupakan perjanjian kamu. Berimanlah kepada Allah, jangan Kau ganggu anak cicit Adam lagi. (Panjang jugak ceramah ustaz, yang lain aku dah tak ingat. He he)
Beberapa saat lepas ustaz habis berkata-kata, Haida jelmakan dirinya. Dia pandang aku sayu kemudian dia melangkah keluar ikut tangga rumah kami tu. Dia tak terbang tau, dia sopan. Huhu. Kemudian dia hilang dalam kegelapan malam.
Hidup aku tenang selepas tu tanpa Haida. Aku pun mampu fokus pada pelajaran. Alhamdulillah, mampu jawab UPSR dengan tenang. Dan lulus walaupun tak cemerlang.
Sekian cerita aku. Maaf kalau beterabur. First time bercerita melalui penulisan. Biasanya face to face. Ok baii.
-TAMAT-
89. PENULIS SERAM DIGANGGU SUNGGUH
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400089
TAJUK CERITA : PENULIS SERAM DIGANGGU SUNGGUH
KARYA : MISS SENSITIF
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca HZONE BLOG. Terima kasih kerana sudi publishkan cerita seram yang tak begitu nak seram ni sebab cerita ni berdasarkan pengalaman sebenar sebagai penulis. Jadi aku cuba untuk tidak menokok tambah sangat dan cuba mengorek memori-memori seriau yang aku cuba lupakan untuk teruskan kehidupan seperti biasa.
Sebagai introduction, aku adalah penulis skrip drama tempatan part time yang job tak begitu nak hado. Idea banyak, bilangan proposal drama adalah jugak dalam 8 ke 10 cerita yang belum diapprove oleh TV station tersimpan dalam hard drive. So selepas few years sibuk sebagai housewife, baru sekarang aku mula rajin mencari idea semula untuk menulis, mungkin ada rezeki dalam menulis novel cerita kahwin-kahwin paksa pulak.
So recently, sambil bukak fail2 lama, aku terjumpa satu fail dokumen yang bertulis ‘Psychological Horror Notes’. Oh, aku teringat ada cerita seram yang aku tulis halfway. Sekarang kat TV bukan trend cerita seram, tapi kalau nak tulis cerita pendek atau novel masih orang layan ni. Click2 aku bukak fail tu. Bila baca, semangat aku nak menulis mula down. Damn. I forgot this part of my life.
Rupanya synopsis cerita seramnya satu perenggan, tapi yang panjang lebar berjela nak dekat 7 muka surat adalah nota-nota seram daripada gangguan sebenar yang aku alami zaman aku anak dara dulu. Ayat berterabur, grammar out, bahasa pun ada yang tak paham, nampak sangat cuak dan unstable. Tapi sedikit demi sedikit aku mula ingat kejadian tahun 2011 di mana aku agak out of function sekejap sebab diganggu hampir setiap malam tanpa aku nampak apa ke benda yang menganggu. Adalah jugak sampai ahli keluarga aku bawak berubat dan aku dapat sedikit penjelasan daripada seorang Ustaz.
Sebelum berubat tu, aku agak lost dalam dunia sendiri, pendam sorang-sorang. Memang aku tak pernah cerita kat sapa-sapa pun sampai sekarang, orang bawak aku berubat pun, sebab nampak aku dah tak betul. Susah nak cerita dekat orang, sebab bukan kena kejar dengan langsuir, dengar jembalang ketawa ke, pocong kat belakang kereta ke, bukan. Gangguan dia tak macam tu. Gangguan dia secara dalaman, slow and steady. Berdebar-debar. Rasa macam kau bukan sorang dalam bilik. Dan ada benda yang tengah perhati je kau dekat-dekat. Bila kau cuba fokus dalam kerja kau ada bunyi barang jatuh sampai kau terkejut beruk. Tapi barang mana yang jatuh? Takde!
Anyway, aku memang jenis suka duduk bersendirian duduk dalam bilik, lepas balik kerja samada tengok TV, download torrent, main game kat PC atau cuba-cuba menulis. Semuanya dalam bilik. Bilik sebelah bilik adik, tapi selalu kosong sebab dia selalu tidur rumah kakak. Bilik belah depan pulak bilik mak. Bilik tu rasa sejuk sikit sebab mak selalu mengaji. Bilik aku? Harommm jadah pemalas. Terus terang aku confess, zaman tu memang zaman jahil aku, mak bebel2 pun aku iyekan aje.
Di sini aku copy paste nota aku, permulaan transition di antara fiksyen dan jurnal:
“Insert the element of flashback from ancient periods. It will explain the origin of the evil power.
I was making small notes until I start having real disturbance in my nights.
Disturbance 1- Date 4th Nov 2011
The first dream was so vivid and it was an hour after I dozed off…”
Basically hanya selepas sejam tidur, aku terjaga daripada mimpi yang menakutkan sampai ketakutan menulis untuk menahan mata daripada tidur semula. Mimpi tu mula macam biasa, aku di rumah lama zaman kanak-kanak aku di Gombak, tetapi duduk dalam Myvi sorang-sorang. Aku menjerit nama maid untuk tolong angkat barang tapi suara tak keluar. Entah macam mana mimpi normal boleh jadi nightmare, bila aku makin rasa takut gila babs tanpa sebab. Takut sangat sampai nak nangis. Aku cuba keluar daripada kereta tapi stuck. Aku tahu ada benda dalam kereta tapi tak nampak, tak boleh buat apa. Entah macam mana tiba-tiba aku ada dalam bilik tidur pulak dengan tingkap terbukak luas. Bila masa pulak tingkap aku sebesar ni? Tapi rasa takut tu masih ada. Aku masih rasa tak selamat.
Dekat tingkap besar yang non existence tu, kebetulan pulak opposite arah kiblat, ada terapung lembaga putih seperti hantu cliché yang lain, sarung kain putih, rambut panjang serabai tapi takda muka, ataupun aku tak ingat muka macamna. Dia warning kaw-kaw dekat aku, terang-terang aku ingat dia nak apa.
“Takut? Kau ingat rasa ni! Inilah yang kau akan selalu rasa kalau kau teruskan!”
Ayat dia aku tak boleh nak ingat sebijik-sebjik, tapi aku paham sangat dia cakap apa. Aku tau dia nak apa. Aku ingat warning dia. Memang aku kena sound, dan aku tak rasa semuanya daripada imaginasi sendiri. Dia tak bagi aku sambung menulis dan research cerita seram. Cerita tu baru rangka je pun. Pasal sekumpulan orang yang terperangkap dalam hostage situation, tapi kena rasuk dengan syaitan seorang demi seorang. Tukar-tukar, kejap perompak, kejap mangsa tahanan. Belum lagi pergi research beriya interview mangsa rasuk ke.
Tapi yang pasti, ada ‘benda’ yang tak nak aku teruskan menulis. Dalam jurnal ni aku tulis aku macam separuh jaga, aware than I’m still sleeping, terasa panas sejuk kat pipi belah kiri, ada benda sebelah pandang aku masa tidur. Tapi aku masih cuba selamatkan diri dan lari tidur ke bilik mak, naik atas katil dia, selimut tutup muka. Aku ingat aku selamatlah. Tapi selimut slow-slow kena tarik. Khinzir! Mak tak sedar ke? Masalahnya aku mimpi je lari ke bilik mak, I’m still inside my freaking room! Bangun! I have to wake up!
Akhirnya entah macam mana, aku terjaga dengan ketakutan yang amat sangat. Seram sejuk all over. Baru pukul 4 pagi, besok nak kena kerja dan aku takut giler nak tidur balik. Sebab aku tau, bukan aku sorang dalam bilik. Aku boleh rasa, tapi tak boleh nampak. Kalau orang labelkan ia hijab, then aku bersyukur giler mata aku berhijab, sebab aku tak boleh nak nampak apa kejadahnya dalam bilik aku tuh. I will never know, and I don’t want to know.
Itu baru gangguan pertama yang aku catit. Duration pengalaman2 seram ni tak lama pun, berdasarkan nota2, dari bulan November sampai Disember je, tapi jadi impak besar dalam hidup aku yang aku rasa patut share dengan orang lain untuk dijadikan pengajaran. Sebab puncanya semua daripada aku sendiri. Masa bulan October tu dekat Astro ada Halloween Fest, jadi sebulan penuh dengan kisah hantu, kisah jijik seram Hollywood dan Asia. Aku rasa wow, menariknya kalau aku boleh tulis cerita horror sepam dua. Aku yang attract benda-benda tu, tengok TV sorang-sorang dalam bilik fefeeling Stephen King writing his craft. Tapi iman aku tak cukup kuat, orang lemah semangat sensitif jangan cari pasal.
Ok, aku berhenti dulu setakat ni, mungkin sambung lagi kalau ada orang lain yang relate. Ye lah, gangguan biasa-biasa tapi tak boleh nak cerita macam mana kat orang yang tak pernah lalui. Kau pernah rasa tak masa tutup mata, baru nak tidur, tapi ada satu rasa. Rasa ada ‘benda’ tengok kau. Hishhh. Dah 2017 ni pun masih terasa seram sejuk bila taip balik kisah ni. Walaupun aku dah matang sekarang, dah tak sepenakut dulu, aku takleh over sangat layan menulis ni, nanti kang kena warning lagi.
-TAMAT-
90. NOMBOR TELEFON BERHANTU (BERDASARKAN KISAH BENAR)
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400090
TAJUK CERITA : NOMBOR TELEFON BERHANTU (BERDASARKAN KISAH BENAR)
KARYA : PENSEL STUDIO
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Sudah jadi kebiasaan, malam minggu adalah waktu wajib untuk aku menghabiskan masa dengan rakan-rakan. Lokasi wajib sudah tentulah restoran mamak 24 jam. Ini ada kaitan dengan tabiat kami yang pukul 3-4 pagi baru nak balik rumah. Jadi pada malam minggu lepas, aku dan seorang rakan baik duduklah menghabiskan masa di sudut dinding kedai mamak, sambil ditemani gelas berasap dan bau tembakau. Pelbagai isu dikupas, dari seberat-berat isu Presiden Trump sampailah ke isu raya tahun ni nak bisnes apa.
Ok, cerita lain. Itu bukan intipati penting. Apa yang penting sekarang ialah SATU isu yang kami ceritakan pada malam tersebut. Kawan aku ni biasalah, agak-agak jam dah menginjak tengah malam, mulalah dia bukak surah seram dan hantunya. Konon-konon nak bagi aku takut nak balik ke rumah nanti. Tapi aku tak adalah tutup telinga tak mahu dengar. Aku alu-alukan dia membuka cerita sebab, bolehlah jadi content untuk page PS ni nanti. Kadang-kadang lambat update =’(Tambahan pula, menurut kawan aku ni cerita yang akan dia ceritakan ni cerita benar dan sahih.
“Fiq, kau tahu tak dalam dunia ni wujud satu nombor telefon misteri..”
Lebih kurang begitulah mukadimahnya. Aku nyalakan sebatang rokok tanda teruja nak mendengar. Terus aku duduk tegak memberi perhatian kepada cerita dia. Si kawan aku ni menambah lagi.
“Aku boleh bagi nombor ni dekat kau, dan kau boleh cuba call. Tapi aku tak bertanggungjawab atas apa yang jadi kat kau lepas tu. Nombor telefon ni memang berhantu!”
Aku jadi inzal nak tahu lebih lanjut. Apa yang misteri sangat pasal nombor telefon tu? Memang seram. Beberapa kali jugaklah bulu roma dan tengkuk aku meremang ketika dia bercerita. Menurut beliau cerita ini benar-benar terjadi kepada dirinya, membuatkan dia sampai sekarang taubat tak nak call lagi nombor telefon misteri tersebut. Dah kenapa dengan nombor tu dan milik siapa? Ok begini ceritanya.
(Kisah seram ini admin dah translatekan daripada bentuk perbualan jadi ke bentuk penulisan. ‘Aku’ dalam cerita ini merupakan kawan admin)
………………………………………
Cerita ni berlaku pada tahun 1992, masa tu aku baru berumur 12 tahun. Aku ni gemar sangat berkawan dengan budak-budak besar. Selalu sangat aku join abang-abang aku dan kawan-kawannya pergi berjalan-jalan. Walaupun jarak umur aku dan abang-abang aku jauh, tapi itu bukan penghalang. Dah memang aku suka berkawan dengan budak-budak besar. Kalau mereka tengah melepak selepas meronda-ronda naik motor, aku akan turut sama join. Kadang-kadang aku tak faham sangat apa yang mereka bualkan. Tapi itu tak jadi hal. Berkawan dengan mereka semua best.
Seperti biasa pada waktu petang aku akan datang port mereka melepak dan duduk menyibuk-nyibuk di situ. Tekun aku mendengar mereka berborak sambil mencangkung menguis-guis tanah dengan ranting kayu. Aku cuba lukis gambar ayam tapi yang jadinya zirafah. Sampai lah aku terdengar mereka semua berbual tentang nombor telefon. Ranting tadi aku terus letak. Cerita ni macam menarik untuk diambil tahu. Muka mereka masing-masing serius. Salah seorang kawan abang aku telah bercerita tentang nombor telefon misteri. Yang ‘menariknya’ nombor telefon misteri ini wujud, berfungsi serta boleh dihubungi. Cumanya, sedia atau tak kita nak mendengar suara ‘si dia’ menjawab panggilan di hujung talian?
Menurut beliau nombor tersebut kepunyaan seorang wanita yang telah m**i d*****h. Dari mana dia dapat info tidak pula kami ketahui. Tambah beliau lagi, jika panggilan kita tidak berjawab atau tidak diangkat, ‘si pemilik’ nombor telefon akan menghubungi kita semula. Waktu itu kena get ready lah untuk dengar suaranya yang memang sangat ‘tidak selesa’ untuk di dengar. Tahun 90’an rata-ratanya masih menggunakan telefon rumah dan telefon awam. Jadi kita tidak dapat ketahui siapa yang membuat panggilan, lainlah jika di telefon bimbit. Boleh nampak nombor si pemanggil tertera di skrin telefon.
Waktu itu aku terdengar dengan jelas nombor telefon misteri yang kawan abang aku sebutkan. Aku tak bawa pen, jadi aku mengingatnya di dalam kepala. Balik sahaja di rumah, aku terus catit di buku nota kecil.
” 03-8888 XXXX ”
Aku tenung semula nombor telefon yang aku tulis. Kenapa aneh sangat nombornya? Di kawasan aku tak ada nombor telefon yang sebegini, bermula dengan pangkal 8. Malas nak fikir lanjut, aku pun simpan buku nota kecil itu dalam simpanan yang selamat. Abang aku pun tak tahu aku catit nombor telefon ini. Pernah juga aku tanya kepada dia sama ada benarkah nombor telefon tersebut berhantu. Abang aku hanya menggeleng, dia pula nampaknya macam tak berminat nak tahu lebih mendalam lagi tentang nombor itu.
“Badri tu bukan betul sangat pun, entah-entah dia saja reka cerita.” Itu jawapan abang aku. Aku terdiam. Dalam hati, aku memang rasa curiga sangat. Perasaan nak tahu tentang misteri nombor telefon tersebut meluap-luap.
So nak dijadikan cerita, beberapa minggu selepas itu aku telah terfikir untuk menelefon nombor tersebut. Aku nekad sebab benda ni dah selalu sangat bermain-main dalam fikiran aku. Aku nak tahu sendiri siapa empunya nombor telefon, dan benarkah seperti dakwaan kawan abang aku nombor itu kepunyaan wanita yang telah m**i d*****h?
Lebih kurang pukul 9 malam, aku membuat panggilan. Buku nota kecil aku keluarkan, dengan menggunakan nombor rumah, aku dial nombor yang tertera. “03-8888 xxxx”. Panggilan bersambung. Tiba-tiba rasa takut datang, aku takut nak mendengar siapa yang akan menjawab panggilan. Untuk beberapa ketika aku terus meletakkan gagang tanpa sempat ‘si dia’ menjawab.
Malam itu aku tak dapat tidur lena. Dalam fikiran tertanya-tanya adakah ‘dia’ akan menghubungi aku semula. Adakah masa dan waktu ‘di sana’ sama dengan di sini? Aku terus terbuai dalam kerungsingan.
“KRING..! KRINGG..!!”
Huh! Aku terus jenguk jam di dinding. Pukul 3 pagi. Siapa pula yang menelefon pagi-pagi buta ni? Aku tiba-tiba teringat sesuatu. Sesuatu yang aku dah lakukan 6 jam yang lepas. Ah sudah! Meluru aku berlari keluar bilik dan pergi mendapatkan telefon. Namun, belum sempat aku menjawab panggilan, emak aku dah tercegat di situ sambil tangannya menggenggam gagang telefon. Panggilan telefon di tengah pagi buta, mungkin ada kecemasan, ujarnya. Wajahnya serius. Seperti mendengar dengan teliti apa yang si pemanggil katakan. Aku menggoncang-goncang badan ibu dengan harapan mahu tahu siapa yang memanggil.
Selepas beberapa minit, emak aku meletakkan gagang. Aku terus tanya emak siapa yang memanggil. Emak diam, dia lantas menyuruh aku masuk tidur. Aku terus jadi tak boleh tidur! Memikirkan siapa yang menelefon pagi-pagi buta, dan kenapa emak tak berkata satu patah kata pun sewaktu dia sedang menjawab panggilan tersebut. Dalam fikiran aku cuma satu. Nombor telefon misteri yang aku hubungi pukul 9 malam tadi.
Keesokan paginya aku terus mendapatkan emak. Emak macam berat nak menceritakan apa yang berlaku malam tadi. Aku desak suruh dia ceritakan.
“ Tak tahu . Suaranya sayu. Rasanya suara perempuan. Dia macam bercakap bahasa melayu kuno yang mak tak faham. Tu sebab mak diam saja. Lagi satu, nada suaranya buat mak ‘tak selesa’ nak dengar.”
Aku tahu apa maksud emak tentang ‘tak selesa’ tu. Nah. Dua jawapan sudah aku dapat di situ yang membuktikan kata kawan abang aku tu benar belaka. Pertama, jika panggilan kita tidak berjawab atau tidak diangkat, ‘si pemilik’ nombor telefon akan menghubungi kita semula. Dalam hal malam semalam, aku telah buat ‘miss call’ kepada dia dan dia menghubungi aku semula. Kedua, pemilik nombor itu ialah perempuan. Sama seperti yang kawan abang aku katakan. Perempuan yang m**i d*****h.
Pagi itu aku termenung panjang. Aku nak beritahu abang aku dan kawan-kawannya pasal hal ni, tapi mereka semua dah balik asrama. Tiba-tiba aku terfikir, boleh jadi hal malam tadi tu satu kebetulan. Benarkah perempuan yang menelefon semula tu ada kaitan dengan nombor telefon misteri tersebut, atau entah-entah orang tersalah nombor? hmm. Boleh jadi.
Aku biarkan benda itu berlarutan selama 3 hari. 3 hari itu jugalah hati dan fikiran semakin menolak-nolak, rasa ingin tahu semakin kuat. Aku mahukan jawapan. Jadi, untuk membuktikan sama ada teori aku ni betul atau salah, aku telah menghubungi lagi nombor misteri tersebut. Kali ni aku biarkan lama sedikit sebelum memutuskan talian.
Aku letak gagang dan menunggu dengan penuh debaran. Saat berganti minit, minit berganti jam. Namun tak juga-juga aku menerima panggilan semula. Mungkin telahan aku tidak tepat tentang nombor misteri tersebut. Jadi aku biarkan sahaja. Aku keluar duduk di beranda depan rumah di bawah pokok untuk mengambil angin.[sta_anchor id=”krin” /]
Angin pagi ni membuai lembut. Tiba-tiba.
“KRING..! KRINGG..!!”
Damn! Sayup-sayup kedengaran bunyi telefon dari dalam rumah! Aku terkejut dari lamunan. Berkejar aku menuju ke rumah, tak lama selepas tu bunyi deringan tak didengari lagi. Mesti ada orang yang dah jawab panggilan tersebut! Aku tercegat di pintu rumah dan dalam keadaan mengah aku lihat emak sedang berdiri menjawab telefon.
“Tak ada. Dorang semua tak ada.”
“NI siapa ni?”
“Tak ada. Dorang semua dekat asrama.”
Aku lihat emak terus meletakkan gagang. Aku terpinga-pinga. “Siapa yang telefon, mak?” aku terus bertanya kepada emak yang masih berdiri terdiam.
“Tak tahu lah tah siapa. Perempuan. Dia tanya abang-abang kau. Suaranya macam suara perempuan yang telefon malam tadi. Dia tahu nama abang-abang kau. Mana tah dia dapat nombor rumah kita. Takut lah mak macam ni”
Nah. Sekali lagi. Aku juga dapat rasakan ketakutan tu, dan aku rasa memang benar lah nombor telefon misteri tu ada kaitan dengan perempuan yang dah dua kali telefon rumah aku ni. Ini semua ada kaitan dengan aku juga. Aku lah punca menyebabkan ‘dia’ menelefon rumah aku. Terbaring aku di dalam bilik merenung kipas siling. Macam mana dia boleh tahu tentang dua orang abang aku tu? Adakah abang-abang aku ada menghubungi ‘dia’? Tapi mereka berdua dekat asrama. Kalau guna telefon di asrama pun, macam mana pulak ‘dia’ boleh hubungi rumah aku, kenapa tak hubungi nombor asrama saja? Ah, kepala aku makin pening.
Minggu depannya abang-abang aku balik. Emak terus bertanyakan hal tersebut. Tanya emak lagi, adakah mereka berdua ada kenalan-kenalan perempuan di mana-mana. Namun mereka pantas menafikan. Mereka berdua juga kelihatan tertanya-tanya siapakah gerangan yang menghubungi, dan siap tahu nama mereka. Aku tahu abang-abang aku ni tak berminat dengan cerita kawannya Badri, tempoh hari dan sudah tentu mereka tak berminat pun nak mencuba-cuba menelefon nombor misteri tersebut. Aku terdiam membisu. Sebenarnya puncanya adalah daripada aku. Hal ni terus aku rahsiakan daripada mereka berdua. Kejadian ini kekal misteri untuk beberapa minggu. Aku diamkan daripada mereka.
Jangan tenang sangat. Misteri ini tak habis di sini. Selama beberapa minggu aku biarkan. Sikap aku yang degil ditambah dengan rasa ingin tahu yang tinggi membuatkan aku nekad. Aku nekad untuk menelefon semula nombor puaka itu. Kali ni apa nak jadi, jadilah. Demi sebuah jawapan. Kebetulan waktu itu aku di rumah seorang diri. Waktu itu sudah memasuki senja. Emak dan ayah keluar mencari barang di pekan. Nombor telefon didail kemas.
“03-8888xxxx”
Lama aku biarkan ia berdering, moga ‘si pemilik’ telefon menjawab. Tetapi panggilan aku dibiar sepi. Tiada siapa yang menjawab. Aku letak gagang. Kalau betullah telahan aku, mesti dia akan menghubungi aku semula. Jadi aku biarkan sejenak. Demi menghindar rasa takut, aku pasang televisyen.
Lebih kurang 20 minit selepas itu, telah terjadi suatu perkara yang membuatkan aku menoleh ke arah telefon rumah. Peluh jantan mula keluar, jantung mengepam-ngepam d***h dengan laju.
Akhirnya ia berdering. Penantian aku berakhir di situ. Cumanya sekarang aku perlu jawab atau tidak panggilan ini? Jantung aku berdebar mengikut ritma deringan telefon. Kalau aku tak jawab, aku tak kan dapat jawapan atas segala persoalan. Kalau aku jawab pula.. aku dapat dengar dengan telinga aku sendiri suara ‘si pemanggil’. Sudah bersedia kah aku? Ah! aku kena beranikan diri walaupun sebenarnya aku penakut.
“Hel.. hello.. si.. siapa sana?”
Sunyi sepi. Tidak kedengaran satu suara hatta satu bunyi pun. Aku tanya lagi.
“Hel.. hello.. jangan main-main. siapa tu?”
Aku sedikit marah sebab pertanyaan aku tak berjawab.
Namun begitu, marah ku sedikit demi sedikit hilang, ditukar ganti dengan rasa takut, meremang dan seram sejuk. Aku telah dengar sendiri dengan telinga ini ‘si dia’ bersuara. Tak tahu macam mana nak jelaskan, tapi tutur katanya lemah gemalai, lembut, sayu, mendayu-dayu. Ada patah perkataan yang aku tak dapat dengari dengan jelas. Perempuan ini cuba beramah mesra dengan aku, tapi aku tak rasa cair pun. Ketakutan semakin memuncak. Benarlah kata emak, nada suaranya agak aneh dan ‘tak selesa’ untuk didengar. Bukan macam suara manusia biasa.
“Adik.. adik dekat rumah sorang ke tu… Mak Ayah mana….he he..”
Cukup. Ayat itu cukup buat aku rasa nak pengsan!
Oleh kerana ketakutan yang amat sangat, aku terus keluar rumah duduk di padang depan sambil menanti kepulangan orang tua aku. Bila mendengar suara perempuan di telefon tadi, fikiran aku sudah mula terbayang yang bukan-bukan. Kebetulan waktu itu tengah hot filem hantu indonesia seperti Sundel Bolong, Mak Lampir, Malam Satu Suro dan bermacam-macam lagi. Mana lah tahu kan tiba-tiba perempuan tu datang mengintai aku dari bawah katil, balik almari atau dalam bilik air. Mampus.
Waktu sudah agak senja, barulah orang tua aku pulang. Aku terus menerpa mereka yang sememangnya berasa hairan melihat keadaan dan reaksi aku yang gelabah bukan main. Dalam situasi yang kelam kabut dengan perasaan yang bercampur baur, aku bercakap tanpa fikir. Aku menuduh mak cik aku menelefon rumah ketika aku seorang diri dan sengaja main-main kan aku. Sampaikan mak cik aku datang rumah malam tu dan menafikan sekeras-kerasnya hal tersebut. Lucu pun ada. Mungkin kerana aku terlampau takut.
Kejadian seram ini berlalu begitu sahaja. Hilang, lenyap, pudar ditelan waktu. Aku pun sudah tak memandai-mandai lagi menelefon nombor misteri tersebut. Aku ambil ini sebagai pengajaran. Misteri ini akhirnya dilupakan selama beberapa tahun lamanya. Aku tak ingat berapa lama. Namun begitu, nombornya tetap sentiasa aku ingat di dalam kepala. Boleh kata kami semua dah melupakan tentang kejadian ini, dah bukan jadi topik perbualan hangat lagi. Sehinggalah pada satu hari..
Ketika itu usia aku sudah menginjak 20’an. Selepas sahaja tamat pengajian di sebuah universiti utara tanah air, aku terus bekerja di sebuah syarikat pengiklanan yang bertempat di Bangi. Lebih kurang ketika tahun 2005 macam tu. Di sana aku berkawan lah rapat dengan tiga orang rakan sepejabat. Makan, melepak, main snuker semua sama-sama. Nak dipendekkan cerita, pada suatu malam kami duduklah bersantai-santai minum di sebuah kedai makan bawah pokok di area Bangi sana.
Biasalah, bila waktu dah agak lewat sikit, dan bila dah habis isu nak borak, mulalah salah seorang dari kami membuka cerita-cerita hantunya. Memang seronok, benda yang kita takut nak alami tetapi adrenalin ketakutan yang memacu itu sungguh menyeronokkan. Seorang-seorang bergilir bercerita tentang kisah seram masing-masing. Bila sampai giliran aku, aku tak tahu nak cerita apa, jadi aku pun berceritalah tentang cerita hantu yang pernah terjadi dekat aku. Ya, pengalaman seram yang itulah. Cerita nombor telefon berhantu tu.
Aku pun bercerita dari awal sampailah habis. Mereka kelihatan teruja, tapi ada juga seorang ni yang tak percaya dengan cerita aku. Mengarut katanya. Dia tuduh aku yang salah tekan nombor telefon. Berdasarkan apa yang aku cerita, fakta yang aku keluarkan, nampak semuanya sahih dan memang sukar ditelan oleh akal yang waras. Kalau pun di zaman 90’an dahulu dah ada agensi khas yang membuat panggilan hangit berhantu, macam mana ‘perempuan’ tu boleh tahu nama abang-abang aku, dan macam mana pulak dia boleh tahu aku tengah duduk rumah seorang diri ketika itu.
“Mungkin benda tu kebetulan kott…”
Salah sorang kawan aku ni cuba mempertikaikan cerita aku. Aku tak ada lah nak marah, aku siap bagi nombor telefon tu dekat mereka supaya mereka boleh hubungi. Bagi aku hal ni mungkin dah tak relevan lagi kot. Nombor tu pun mungkin dah tak wujud lagi. Iyalah dah berbelas tahun punya cerita. Ada lagi ke hantu tu? Entah. Bisik aku dalam hati.
“Ni nombor dia. 03-8888 xxxx. Kalau kau berani call lah” Aku mencabar mereka walaupun aku tahu benda ni dah berzaman berlaku.
“Mana tahu ada luck, bolehlah bergayut dengan ‘dia’ malam ni.” Tambah aku lagi dengan niat untuk mengusik mereka.
Kawan aku yang berani sikit, Nasri namanya telah mencatat dan menyimpan nombor ini di telefon Nokia 3310 miliknya. Katanya, dia nak cuba hubungi nanti. Aku percaya dia akan buat sebab dia ni jenis yang berani dan rasa ingin tahunya begitu tinggi.
Jadi esok malamnya kami berkumpul di kedai makan biasa. Semua orang ada kecuali kawan aku Nasri. Dia kata dia tak dapat join lepak sebab kena ambil tunangnya dan hantar di Seri Kembangan. Kalau dapat datang pun mungkin lambat sikit. Kami pun melepaklah macam biasa, borak-borak kosong menikmati malam minggu. Malam-malam begini awek-awek UKM ramai betul. Tu yang best. Sambil itu kami bersembanglah pasal Nasri, kami tertanya-tanya sendiri sama ada Nasri sudah hubungi atau belum nombor berhantu semalam tu. Jenaka-jenaka pasal Nasri kami selang selikan dengan cerita. Barangkali sedang duduk menggigil ketakutan di dalam rumah agaknya. Berdekah kami.
Malam sudah mulai lewat. Air sudah bergelas-gelas bersusun di atas meja. Dari jauh aku perasan kehadiran kereta Nasri. Dia membelok simpang dan masuk ke parking kedai makan. “Eh, tu Nasri. Ingatkan tak datang tadi”. Kata aku sedikit kehairanan. Dengan keadaan yang tergesa-gesa Nasri datang ke meja kami. Diambil kerusi kosong di meja sebelah lalu duduk. Mukanya serius, ketat lagi kelat.
“Korang tengok ni!”
Nasri mengeluarkan telefon bimbitnya. Kami semua terjenguk-jenguk apa yang terpapar di skrin kecil telefon tersebut. Tak kan tunang dia SMS ‘i love you’ pun nak tunjuk kat kami. Tapi bukan itu sebenarnya.. Bila kami lihat betul-betul dan ternyata kami semua terkejut, terutama sekali aku. Apa benar yang tertulis di skrin telefon bimbit milik Nasri ini?
‘ Call Received – 03-8888 xxxx, 9.05 pm ‘
Aku tahu ini bukan dibuat-buat. Bagi yang tak faham. Nasri telah menerima panggilan daripada nombor berhantu tersebut. Dan ini bermakna Nasri telah menghubungi nombor ini terlebih dahulu. Memang benar Nasri mengaku dia ada call nombor itu kemudian meletakkannya. Tidak lama selepas itu, sewaktu dia memandu, dia telah dihubungi oleh seseorang. Tanpa melihat dengan teliti ke arah nombor, dia pun mengangkat. Nasri beritahu kami satu benda malam itu. Benda yang bagi aku mengsahihkan lagi semua kejadian-kejadian misteri yang berlaku sebelum-sebelum ni.
“Perempuan. Suaranya halus lagi menakutkan. Kadang-kadang ketawa mengilai. Lepas tu dia tanya aku…”
Kata-kata Nasri bagai terhenti di situ. Kami memaksanya memberitahu.
“Dia tanya aku..hmm..”
Kami menunggu Nasri menyambung ayatnya..
“Dia tanya aku… TENGAH AMBIL TUNANG KE?”
WTF! Berderau terus d***h kami malam tu. Aku termenung lama. Mana mungkin misteri yang sudah terlalu lama berlaku (belasan tahun) masih boleh terjadi lagi selepas itu? Dari tahun 1992 sehinggalah ke 2005. Lama tu! Semangat dan roh ‘perempuan’ ini masih boleh wujud lagi merentasi waktu dan zaman. Perasaan takut bercampur aduk dengan perasaan aneh. Pelbagai persoalan yang kerap menyinggah di benak fikiran. Sejak hari itu aku terus buang segala ingatan aku pada nombor tersebut. Aku tak nak ingat lagi, sebab aku tahu aku yakin ‘ia’ masih wujud lagi sehingga kini.
Biarlah nombor telefon tersebut tertanam bersama misterinya, biarlah ia pupus ditelan waktu dan zaman. Sebenarnya agak menyesal aku berikan pada Nasri, dia jadi paranoid berminggu-minggu. Mengapa ‘perempuan’ tersebut boleh tahu Nasri tengah ambil tunang dia malam tu. Itu persoalan utama.
Salah seorang daripada kami kelihatan terkejut dengan nombor telefon yang aku BERI semalam. Dia tanya aku, betul ke nombor ni. Aku pun jawablah betul. Nombor ini lah yang konon-kononnya dikatakan milik seorang perempuan yang m**i dirogol dan d*****h. Dan nombor ini jugalah yang bila aku call akan ada perempuan misteri yang jawab. Kawan aku tu kelihatan gusar dengan penjelasan aku.
“Kalau ada dua pangkal nombor 8 di hadapan, maknanya ni nombor telefon kawasan Putrajaya. Waktu kau call tu zaman tahun 90 an, waktu tu Putrajaya mana wujud! Putrajaya masa tu masih ladang kelapa sawit lagi!”
……………………………….
Admin juga berasa terkesan dengan cerita ni. Tangan admin dah gatal-gatal nak call nombor tu, tapi takut. Iyalah, mana tau buatnya dia call admin balik, lepas tu dia tanya “hi.. tengah tulis cerita pasal saya ke..?” Ha, mau tak kelam kabut hidup aku. Oh ya buat pengetahuan anda semua, dalam cerita ini, tiga nombor terakhir di nombor telefon tersebut terpaksa admin ubah untuk mengelakkan kemudaratan kepada anda semua. Kalau admin bagi nombor yang sebenar, nanti bimbang admin pula yang dipertanggungjawabkan atas apa-apa musibah yang terjadi. So, biarlah nombor telefon ni tersimpan dalam ingatan admin. Kebetulan atau misteri? Waallahualam, Selamat malam.
-TAMAT-
91. HANTU SEKOLAH
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD : 0027509400091
TAJUK CERITA : HANTU SEKOLAH
KARYA : MAT
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum buat semua pembaca HZONE BLOG. Disini saya ingin menceritakan pengalaman saya beberapa tahun lalu tapi sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih jika menyiarkan kisah saya ini. Dan marilah kita sama² mendoakan semoga virus COVID-19 ini segera berakhir..aminn.
Ini kisah benar saya….
Namaku Mat berumur 29tahun. Aku adalah kelahiran sabah. Lahir di Tawau tapi bekerja dan menetap di Sandakan. Kisah ini berlaku sekitar umur 24-25 tak silap aku. Aku ambil cuti seminggu untuk balik Tawau kerana kakak aku hendak berkahwin. Sampai di rumah aku pun berjumpa dengan ahli² keluarga maklumlah rindu. Hari pernikahan lama lagi jadi aku masih banyak masa. Boleh lepak² dengan kawan² lama..ya la lama tak jumpa. Masing² sibuk. Aku pergilah jumpa seorang kawan ni nama dia Adi. Adi ni sekuriti sekolah.
Ketika aku datang kerumahnya Adi sedang bersiap² untuk pergi kerja. Kebetulan dia syif malam. Aku pun ikutlah dia pergi sekolah. Disana kami bercerita kisah² kami sepanjang berjauhan. Tanpa disedari jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Lama juga kami bercerita..siapa yang sedar kalau asyik bercerita sambil minum pepsi hahaha..oke sambung, ketika kami bercerita tiba² telinga ku menangkap 1 bunyi yang datangnya dari dalam kelas. Lupa bagitahu bangunan sekolah tu baru dibina, ganti bangunan lama jadi belum ada post sekuriti. Oleh sebab bangunan tinggi jadi post sementara dibawah sekolah.
Oke sambung, aku terdengar 1 bunyi dari dalam sebuah kelas. Bunyi meja, kerusi seperti ditolak tarik..lantai kayu jadi bunyi tu agak kuat lah. Aku tanya Adi tu bunyi apa? Adi kata biarkan. Benda tu memang selalu ada waktu² macam ni katanya. Wah Adi ni macam tak takut saja padahal aku sudah mula rasa lain macam. Kata Adi dia sudah biasa, dia hanya on mp3 bacaan surah al-quran yang dia save di hp supaya benda tu tak menggangu.
Malam kedua aku datang lagi kesekolah untuk berjumpa Adi. Sampai disekolah aku pun parking. Bila keluar dari kereta aku nampak ada orang duduk dekat Adi. Aku hairan padahal masa aku sampai di pintu pagar aku tengok Adi sendirian. Kenapa tiba² berdua? Aku biarkan dan terus berjalan. Baru hendak buka langkah tiba² hp aku dalam kereta berbunyi. Aku menoleh dan ambil hp aku. Aku tengok Adi call. Eh kenapa dia call sedangkan aku dah dekat dengan dia?? Aku menoleh kedepan dan nampak Adi masih disitu dengan seseorang. Mungkin dia tidak sedar aku datang jadi dia call fikirku dalam hati.
Aku pun jawab la “Hello Di..aku di sekolah ni baru sampai” Adi menjawab “Eh hari ni aku syif siang la..kau lupa ka? Aku tunggu dirumah ni datang cepat” Ya Allah terkejutnya aku!! Cepat² aku melihat tempat “Adi” yang disekolah. Bila aku tengok bukan Adi tapi dua lembaga berkain putih sedang memandang aku sambil tersenyum. Tanpa ku sedar kakiku terasa ringan. Aku terus berlari meninggalkan sekolah. Kereta pun aku tinggalkan. Takut punya pasal aku terus berlari tanpa fikir apa². Takut dikejar.
Sampai dirumah aku terus demam panas menggigil 1 badan. Terus mak aku panggil seorang ustaz ni. Setelah berubat aku rasa tenang. Kata ustaz tu aku kena kacau benda dekat sekolah. Alhamdulillah lepas kejadian tu aku tak datang sekolah sendiri dah..nak jumpa Adi aku kerumahnya dulu haha..alhamdulillah kakak aku pun selamat menikah.
Mungkin kisah ni tak seseram kisah orang lain tapi bagi aku cukup seram kerana aku yang alami sendiri. Apapun terima kasih kepada yang sudi membaca kisah ini.
-TAMAT
92. TEMPAT KERJA AKU ADALAH RUMAH DIA
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD : 0027509400092
TAJUK CERITA : TEMPAT KERJA AKU ADALAH RUMAH DIA
KARYA : FAIITIN
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua penggemar cerita seram HZONE BLOG. Mungkin cerita aku ini tidaklah seram. Dan aku berterima kasih jika kisah aku ini disiarkan oleh Admin.
Aku nak intro sedikit nama aku ialah Faizal. Berumur 28 tahun, Kisah ini adalah kisah benar yang pernah aku alami sendiri sewaktu aku bekerja di sebuah syarikat swasta di Subang Jaya.
Pada tahun 2016, aku mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat swasta yang terletak di Subang Jaya. Pada awal pekerjaan, tiada perkara yang pelik berlaku disitu Ianya bermula, sewaktu aku bekerja pada waktu shift malam sebab banyak barang nak kena masuk dan disediakan untuk lori masuk esok pagi. Kemudian, semasa aku dan kawan aku Amirul tengah buat kerja untuk packaging barang di Warehouse. Aku terasa seakan-akan ada orang memerhati kami dari salah satu sudut almari di belakang.
Kemudian, aku toleh untuk tengok tapi tiada apa-apa. Pastuh aku sambung buat kerja aku dihadapan. Kalau korang nak tahu, tempat aku kerja ini mempunyai dua blok yang agak besar kerana kami mempunyai blok yang satu blok hanya tempat untuk menyimpan barang-barang Warehouse untuk supplier. Yang blok kedua, untuk pihak pengurusan sahaja. So, pada hari tersebut hanya ada aku, Amirul dan Saad sahaja yang bekerja waktu itu. Saad menyuruh aku untuk check barang-barang yang nak kena masuk dalam lori esok pagi.
Tengah aku khusyuk tengah check barang. Aku terdengar seperti ada orang tengah berborak. Untuk sedapkan hati, aku hanya berkata mungkin Amirul dan Saad kot yang berborak kuat sangat sampai aku pun boleh dengar dekat belakang ni. Makin lama, bunyi orang berborak tuh semakin kuat, yela korang bayangkan kita nak mengira n check barang-barang. Sekali tersalah tak ke naya nak kena kira balik. So, aku pun dalam suara aku yang lantang itu aku cakap macam ini “weyh diamlah sedikit aku nak kira barang ni”. Tak lama lepastuh, suasana orang tengah berborak tadi terdiam. Dan sunyi seketika.
Okey habis je aku kira semua barang-barang tadi. Aku keluar dan terus masuk Warehouse. Aku tanyalah dorang. Apa yang korang cerita sampai kuat aku dengar dekat belakang. Mereka berdua hanya berdiam dan tenung tajam ke arah aku. Sampailah Amirul kata “apa yang kau merepek ni, kita orang tak bercakap apa pun tadi, si saad buat kerja dia dekat sana”. Aku pun terdiam dan tanya balik dekat Saad. Betul ke? Apa yang Amirul cakap tuh Saad. Saad pun menjawab “yup”.
Kami bertiga hanya diam dan sambung buat kerja. Selepas sahaja masing-masing buat kerja.Saad mengajak aku dan Amirul untuk makan di kedai Mamak yang berdekatan dengan tempat kerja kami. Kami pun turutkan sahaja. Yelah, dari tadi tak makan terasa lapar pulakkan. Sampai je dekat kedai Mamak dah habis makan semua. Tiba-tiba Saad memberitahu hal yang sebenar.
Sebenarnya, tadi aku pun dengar apa yang Faizal cakap tuh. Pada mulanya, aku hanya buat diam sahaja. Lama kelamaan benda tuh menunjukkan dirinya di belakang Amirul sedang buat kerja. Benda itu seakan memberitahu kepada aku atas kewujudan dia disitu. Aku pun ingat tak naklah pandang ingat khayalan sahaja, rupa-rupanya sekali pandang ada di sebelah aku. Bau dia tersangatlah hanyir dan mata merah membutang ke arah aku. Cerita Saad kepada kami berdua.
Kata Amirul, patutlah aku panggil kau diam dan kaku je tadi. Bahkan, Amirul jugak memberitahu dia juga sudah terkena gurauan oleh “Benda itu”. Kata Amirul, semasa dia pergi ke tandas untuk ambil air wudhuk untuk solat maghrib. Ada kelibat hitam laju lari ke arah pintu. Dan dia terasa ada something disitu. Cepat-cepat dia keluar ambik air sembahnyang.
Rupanya bukan aku sahaja yang kena. Mereka juga kena teruk pada waktu malam itu. Keesokannya, aku bertanya kepada Manager aku yang kami alami peristiwa malam tadi. Manager aku pun kehairanan dengan apa yang aku cerita dekat dia. Memang tempat ini keras sedikit, sebab ini tempat dia. Tapi yang aku pelik malam tadi Saad dan Amirul mana kerja OT malam tadi. Dorang kan pergi hantar barang dekat Pulau Pinang. Aku pun baru teringat yang dorang pergi hantar barang. Tapi yang aku pelik siapa malam tadi yang sama-sama tolong aku buat kerja. Dan siapa yang malam tadi makan dan juga bercerita tentang kisah seram mereka semua kepada aku. Harituh jugak aku demam panas dan rehat di rumah.
Sekian itu sahaja cerita yang dapat aku ceritakan di atas pengalaman aku sendiri. Apa yang aku nak cakap semua benda ini iaitu alam ghaib. Mereka memang ada dengan kita, Cuma kita sahaja yang tidak nampak mereka. Kalau kita pergi tempat-tempat tiada orang. Hendaklah kita memberi salam terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam tempat tersebut.
Maaf jika kisah ini tidak seram bagi korang, tapi bagi aku sagat menyeramkan.
-TAMAT-
93. SELAMAT TINGGAL SAHABAT
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD : 0027509400093
TAJUK CERITA : SELAMAT TINGGAL SAHABAT
KARYA : ADIRA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Hai Assalamualaikum….. terima kasih jika kisah aku disiarkan . Nama aku Adira sebelum aku mulakan cerita aku mintak korang sedekahkan al-fatihah kepada kawan baik ku Diyana . Okay cerita ni terjadi time bulan Oktober 2019 aku , Yana ( nama singkatan ) dan Syuhada. Kitaorang ni kawan dari sekolah rendah sampai kitaorang habis belajar ..
Terus kepada cerita….
Masa tu kami tengah siapkan bunga semua untuk persiapan wedding Syuhada yang berlangsung pada bulan November. Lepas je siap Yana cakap dekat kitaorang yang dia nak keluar dengan boyfriend dia kejap, sebab ada hal. Jadi kitaorang dua pergi la bilik masing-masing nak kemaskan barang yang berselerak, maklumlah orang bujang hahah.
Sedar tak sedar dah malam dalam pukul 11 macam tu baru Yana balik, kitaorang terkejut la sebab sepanjang 3 tahun duduk dengan dia mana pernah lambat macam ni. Dia dengan selamba masuk bilik tak tegur kitaorang terus tidur dengan tak mandi nya.
Jadi pagi tu nak solat subuh aku dengan Syuhada kejut Yana nak ajak solat subuh. Dia bangun dengan buat muka marah cakap dia ****od, aku tanya la bukan baru seminggu yang lepas ke dah kene. Dia terus sambung tidur, dan aku dengan Syu terus solat,
Masa kitaorang solat aku rasa macam ada yang perhati je dan tiba-tiba pulak yana menjerit dalam bilik cakap panas la. Bila habis solat tu terkejut aku nampak Yana buat muka seram gila hanya Allah je tahu perasaan aku masa tu. Aku marahla dia, terus dia lari keluar rumah tak pakai tudung dengan baju dia yang tak tukar tu haih . Aku nak kejar dia masa tu tapi Syu halang Syu tunjuk kat aku chat Yana dengan bf dia .. Bf dia ajak jumpa dekat rumah bf dia, aku pun macam gelabah lah sebab seingat aku bf dia tinggal bertiga dengan kawan2 dia ..
Aku dapat rasa something wrong yang tak kena dengan yana. Seminggu kemudian aku bagitahu parents Yana pasal benda ni yela takkan nak diam nanti makin terus kang . Sepanjang seminggu tu perangai Yana mula berubah dia tinggal solat dia marah bila aku pasang ayat suci Al-quran dan macam2 pantang larang dia, sampai lah satu masa dia bakar semua tudung dia sebab nak free hair. Ya Allah hancur gila hati aku masa tu “).
Kitaorang panggil sorang ustaz ni dia kenalan bakal suami syu, so dia ubatkan yana. Dia cakap yang yana kena sihir masa dia nak date dengan bf dia. Kitaorang terkejut dan tanya ustaz tu siapa yang hantar, dia cakap Yana tak date pun dengan bf dia, yana sesat kat jalan kecil ni mula2 dia kena rasuk pastu okay sikit terus balik. ( Yang ni kami ceritakan semua mengenai Yana sebelum yana kena sihir tu sampailah dia kena benda tu )
Dalam badan dia ada 3 ekor jin yang kawal dia, ustaz tu cakap bf dia hantar benda ni sebab dia jeles yana keluar dengan sepupu dia jalan2 sebab da 12 tahun tak jumpa rindu kot .. Parents Yana datang nak peluk Yana tapi ustaz tu tak bagi. Kalau tak nanti mesti mereka cedera . Ustaz cakap kalau jin ni keluar Yana akan terus m4ti, time ni aku memang menangis weh dari umur 7 tahun sampai 23 tahun kitaorang kawan.
Mak yana cakap dia memang tak sanggup. Ustaz cakap kalau ustaz tu keluarkan, Yana pergi dengan tenang kalau tak dikeluarkan yana pergi dalam keadaan hidup I mean dia dha pergi tapi jin tu kawal dia supaya dia hidup macam biasa. Ayah Yana cakap pula kalau tu yang terbaik dorang izinkan.
Utaz mulakan bacaan nya dan simbah air yasin kepada Yana, maksudnya renjis terhadap Yaa. Yana masa tu memang menjerit kuat sangat . Lepas ja sesi rawatan terhadap Yana, ustaz akhirnya berjaya. Yana pula okay semula dan dia cakap terima kasih mama ayah jaga Yana , terima kasih “Syu, Adira sudi kawan dengan aku.
Lepas dah semua bersua dengan Yana, Yana kelihatan seperti tidak bermaya saat itu. Tidak lama dari itu, ayah dia ajar dia mengucap, dan dalam 2 minit macam tu terus dia meninggal. Aku terus keluar rumah menangis, sakit ya Allah sakit sangat kehilangan kawan baik .. Kehilangan sekejap pun da sakit inikan pula hilang selamanya. Allah aku rindu Yana sangat2. Syu masa tu pergi kat aku cakap “aku janji takkan pergi dari hidup kau, aku janji kita akan stay sampai bila2” ..
Tidak lama dengan itu, datang pula lagi satu masalah, yang mana wedding Syu dengan bakal suami dia cancel sebab bakal suami dia curang, banyak betul dugaan kami masa tu. Sekarang kitaorang dah pindah tapi barang2 Yana masih ada dengan kitaorng. Kadang2 rindu tu sampai bawa ke mimpi, dan aku harap Yana ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman amiinn..
sekian tu sahaja dari aku Adira. Maaf kalau ade salah silap terkasar bahasa, sekali lagi nak mintak korang doakan untuk Yana .. sekian Assalamualaikum ..
-TAMAT-
94. MATA MERAH SI SAKA
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD : 0027509400094
TAJUK CERITA : MATA MERAH SI SAKA
KARYA : ZATUL
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Kalau cerita aku ni dipublish kan terima sangat ².Nama aku Zatul. Aku sekeluarga pindah ke temerloh dan duduk di area Jalan Bahagia. Rumah kitaorang okey jer smpai kan satu hari mak aku start berniaga. Mak aku ni dia berniaga kat depan rumah, so rumah kitaorang ni mmg bnyk barang lah kat luar. Sampai satu hari tu, aku dengar macam orang punggah barang-barang lpstu letak kat tmpt tinggi. Aku jerit lah “Ma!!! Buat pe tu nk adek tolong ke?” (ank rajin nih hihihih). Tapi mak aku diam je. Aku pon keluar pergi tgk. Takde sape pon kat luar. So aku fikir positif lah, aku ingat kucing. “kucing kot”
Aku pon nak masuk bilik semula, tapi sebelum aku masuk bilik aku kena lintas master bedroom. Rumah aku ni master bedroom nya, depan pintu akan nmpk lorong dan dalam lorong tu ada la lagi dua bilik dan dua bilik air. So masa aku nk lintas master bedroom aku nampk kucing hitam lari keluar dari bilik kedua yang dalam lorong, dan tu terus masuk master bedroom. So aku pon melompat la takut dia langgr aku. Aku pon berani sangat masa tuh bukak pintu master bedroom. Teka lah ape aku nampak??Haaa kauuu sekali aku nampak mata berwarna merah. Aku tak nampak pape just nmpk mata jer. Terus aku lari masuk bilikk dan selubung dalam selimut. Aku ambik fon try nak call mak aku sbb mmg aku tak nampk mak aku time tu. Tapi bila mak aku angkat, aku terus cakap semua benda yang jadi tadi, dan yang paling teruk sekali yg jwb bukan mak aku, tapi hantu keparat tuhh. Ya Allahh. Tuhan jer yang rasa apa yang aku rasa masa tuhh.
Ntah macam mana tetibe aku menangis meraung jerit nama mak aku. Mak aku masuk bilik tenangkan aku and aku tak tau lah macam mana leh terlena. Pagi tu mak & ayah aku tanya lah ape yang jadi. Aku cite lah dari A-Z. Mak & ayah aku ambik keputusan untuk call ustaz. Malam tu ustaz tu datang, ustaz tu tgk-tgk rumah dan dia kata kat mak ayah aku yang kacau tu saka. Tuan dia dah m**i dan takde waris so dia berkenan dengan aku. Ustaz tu pesan kat aku suruh solat jgn tinggal, banyakkan berzikir. Aku pon ikutkan lah ape yg ustaz tu kata. Tapi tiga bulan selepas itu, aku sekeluarga start dikacau balik. Dengar bayi nangis tu dah biasa dah. Bagi kami selagi tak cedera kan kami, tak tunjukkn diri dia, kami redho jerlah.
Tapi ada satu malam tu aku nak gosok baju. Tingkap bilik aku menghadap lorong belakang rumah, nak dijadikan cite mak aku letak papan gosok baju pon kat situ. Jadi aku gosok lah bju kt situ jer. Tengah syok aku nyanyi lagu lotto, ada bunyi nangis tp aku biarkn jer. Tau dah dia tuh nk main main. Aku pulak TERpandang tingkap…tup!! Dia kat depan aku dgn pkai bju putih rambut panjang ke lutut. Muka aku tak nampak, tapi mata dia warna merah macam mata kucing tuhh. Badan aku seakan tak berfungsi dan tak boleh bersuara langsung. Ntah macam mana aku boleh bergerak aku tutup tingkap dan aku tutup suis iron dan terus baring berselubung dengan selimut. Lepas tu ‘dia’ tarik aku punya selimut. Aku tarik blik. Dia main suis lampu, aku buat derk jer dalam selimut. Aku rasa macam nak pengsan dah ttbe mak aku ketuk, aku terus bangun bukak pintu. Aduhhh.. dia main tiru suara pulak. Alang-alang dah bukak pintu tu aku terus lari ke ruang tamu. Sampai jer kat ruangtamu aku nampk mak ayah dan abang aku tgh mengigil dah.Sahh bukan aku sorang jer kena kacau. Rupanya diorang semua kena kacau tpi abang aku lah pling dasyat sbb dia nih kalau ada hantu² mula la nak mencarut. Mungkin ‘dia’ marah kot. So lepas tu kami call ustaz dan ustaz buat la ape yg ptut..smpai skng dh x de gangguan ape ape kt rumah kami. Sekian
-TAMAT-
95. TELEKUNG TERGANTUNG : SANGKAANKU, NAMUN….
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD : 0027509400095
TAJUK CERITA : TELEKUNG TERGANTUNG, SANGKAANKU, NAMUN….
KARYA : CIK BULAN
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Hai pembaca HZONE BLOG. Aku terdetik nak cerita kisah yang berlaku kat diri aku sendiri. Benda ni berlaku dalam lingkungan tahun 2007-2011 iaitu semasa aku sekolah menengah dari Form 1 sampai Form 5.
Okay sedikit info. Aku budak sekolah asrama penuh aliran agama di selatan tanah air. Tak payah la mention details kan, kang takut palk junior2 aku kang. Haha
Since aku dah mention aku budak SBP so maknanya life aku adalah di banyak di asrama berbanding di rumah. Rumah dahlah di utara tanah air so setahun tu 4 kali je balik. Sadiss.
K k sambung cerita aku. Masa mula-mula masuk, ingat lagi time tu minggu orientasi. Sapa sekolah berasrama mesti tau konsep “adik didik kakak didik” (adik angkat kakak angkat) yang mana setiap junior form 1 akan dapat seorang senior form 5 sebagai kakak untuk dijadikan tempat rujukan luahan perasaan bagi setahun yg pertama di alam asrama.
Before tu, asrama aku ada 3 blok. XYZ. Nak dijadikan cerita, Aku pun dapat sorang kakak. Kakak aku ni stay blok Z aras 2. aku blok Y aras 3. okay, nak dijadikan cerita, hari last minggu orientasi, lepas habis bacaan surah pendinding kira-kira jam 11.30p.m, kakak aku ni datang ke dorm aku dan ajak aku pegi dorm dia. Masatu dormmate aku semua dah atas katil ready nak tido termasuk lah aku. Tapi sebab kakak dtg, so aku pun ikut dia ke bilik dia di blok belakang. Masa nak pegi dorm dia ni, dia bawak aku ikut jalan short-cut. Jalan belakang. Gelapppp. Lalu belakang tandas dan pondok yang ada kolah untuk berwuduk (tapi kami jarang guna kat situ sebab ada bilik wuduk yang lain).
Borak punya borak, berkenalan apa semua, jam menunjukkan pukul 1 pagi. Aku minta izin nak balik tido dorm aku. Pada mulanya kakak aku suruh tidur dengan dia je, tapi aku macam malu-malu kucing (yelah baru kenal kan) so aku nak jugak balik dorm aku.
Kakak aku tanya “nak akak hantar balik ke?” aku jawab tak payah sebab aku fikir ni sekolah agama. Takkan ada hantu kot kan. Tp aku tak ckp la kat dia apa yg aku fikir tu. Aku just cakap takpe boleh balik sendiri. Kakak aku pun mengalah lah kan, tapi dia pesan, balik dorm ikut jalan lagi satu. Jangan ikut jalan datang tadi sebab gelap. Kalau ikut laluan koridor, ada lampu. Dan aku pun tak fikir apa-apa, aku balik dari bilik dia ikut laluan koridor.
Dari blok ke dia ke blok aku, sempat aku jeling jam. Woih dah pukul 1.20 pg dah. Semua dorm yang aku lalu di sepanjang aras bawah tu, semua orang tidur. Takde yang stay-up (yelah baru awal tahun kan). Sampailah selang 2 dorm dari tangga,aku menjeling ke pondok wuduk tu. aku ternampak di pondok tempat ambil wuduk tu, ada orang gantung telekung. Aku rabun tapi tak lah teruk. Masatu dalam hati aku “laaaa…sape pulak gantung telekung kat sini” aku pegi dekat, makin dekat dan tak jadi nak naik tangga di sebelah situ. Aku berjalan menghampiri pondok tersebut dan maknanya kau akan naik melalui tangga di sebelah pondok tersebut. Sambil berjalan, aku pandang betul2. Aku kecikkan mata aku sebab aku nak tgk kenapa ada telekung tergantung kat situ. Kang hujan basah cemana kan?
Tanpa aku sedar, aku semakin berjalan menghampiri telekung tu dan jarak aku dengan telekung tergantung tu sekarang hanya 1 depa sahaja. Masatu baru aku perasan, ada muka di telekung tu. Dan mata dia pandang aku. Muka dia muka manusia tapi macam merah-merah sikit. Mata dia terjegil macam tengah marah sambil pandang aku. Untuk beberapa ketika, waktu aku mula sedar yang apa aku tengah berhadapan itu bukanlah telekung tergantung, aku jadi kaku. Dalam 2 3 minit aku rasa aku kelu, kaku. Setelah otak mula boleh memproses semula apa yang aku sedang lihat, baru aku dapat rasa kaki aku. Sekuat hati aku berlari ke tangga dan naik ke aras 3.
Nasib aku baik kerana pengawas dorm tak kunci pintu dorm. Katil double decker, aku di tingkat atas. Aku tatau macam mana aku boleh naik tanpa panjat tangga katil. Pintu dorm pun aku tak tutup. Berselubung. Aku pejam mata sekuat-kuatnya di dalam selimut. Dada aku berombak laju hingga sukar untuk aku baca ayat-ayat suci. Fikiran aku terbayang-bayang susuk yang aku lihat sebebntar tadi. Bagaimana sekiranya aku buka selimut ini dan dia berada di sebelah katilku? Aku membaca kalam allah perlahan-lahan sambil menangis ketakutan. Aku cuba lelapkan mata sehingga aku tidak sedar bila aku tertidur akibat terlalu letih dan terkejut.
Keesokan harinya, aku sedikit tenang. Aku beranikan diri untuk ke tempat semalam, dan apa yang aku lihat di tempat tergantungnya telekung tu hanya sebatang mop yang disangkut!!
Aku beristighfar. Demi allah, memang malam tadi di situ tercegat seekor hantu yang aku sangkakan telekung putih. Bagaimana aku lihat malam tadi tidak seperti siang. Batang mop tu halus. Tapi malam tadi adalah telekung berwarna putih. Mempunyai wajah yang menggerunkan. Bukan aku lihat dari jauh, tapi aku sangat hampir. Mana mungkin aku tersalah lihat!
Setelah pulang dari prep petang, aku menelefon ibuku dan menceritakan semuanya. Ibu mempercayai kata-kataku dan dalam berseloroh ibu berkata “ Tu laa. Baru datang dah merayau malam-malam. Kan dah terserempak. Dia marah tu. Ayong kan junior. Baru lagi kat situ. Mana boleh jalan malam. Lepasni jangan jalan malam dah. Lepas baca surah pendinding, tido terus” nasihat ibuku.
Dan semenjak peristiwa itu, aku tak lagi keluar setelah tamat bacaan al-mulk. Baru aku mengerti mengapa kakak angkatku tak benarkan pulang melalui jalan belakang berseorangan. Itulah kali pertama aku melihat mahkluk dari alam lain dan aku berharap itu yang terakhir. Aku tenang di asrama itu sehingga aku berada di tingkatan 4, terjadi peristiwa kedua. Nak aku sambung ke? Kalau ada yang nak aku sambung, nanti aku tulis lagi… sejuk tangan aku teringat riak wajah dia yang marah aku jalan malam-malam buta. hahah
Apapun kepada awak-awak yang bersekolah asrama, perwatakan dan pergerakan mesti tidak terlalu takut dan tidak terlalu berani. Kang jadi kisah seperti aku kang. Terlebih berani, hambikkkk.. haha
-TAMAT-
96. HIJAB MATAKU
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400096
TAJUK CERITA : HIJAB MATAKU
KARYA : SITI NORHAJAH
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮﺣﯿﻢ
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
ﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪُ
Assalamua’laikum buat editor HZONE BLOG dan para pembaca sekalian.
Aku ingin membawa kalian ke arah satu dimensi lain mungkin ia selalu didengari cuma kisah ini berlaku pada diriku sendiri. Aku mempunyai kelebihan untuk melihat dan merasa kehadiran makhluk halus atau entiti mistik sejak di usia yang masih kecil. Aku sering ketakutan dan menangis apabila kerap melihat entiti mistik yang mana ia tidak dapat dijelaskan oleh fikiran seorang budak kecil pada saat dan ketika itu.
Aku masih ingat satu ketika mungkin usiaku dalam lingkungan antara 4-5 tahun. Aku selesa melelapkan mataku didalam buaian kain batik yang diikat pada kayu di atas atap. Ketika sedang melihat ke atas sudut atap rumah terpandang pada satu bahagian tiga segi dan pada nya jelas kelihatan susuk seorang wanita berambut panjang dan berbaju putih labuh. Aku memanggil emak sambil menangis, apabila memberitahu emak tentang kehadiran si wanita itu emak berkata tiada apa-apa. Sedangkan si rambut panjang baju putih masih berada disitu memerhatikan ku.
Kelibat wanita berbaju putih ini sering juga kulihat walaupun aku telah menginjak ke alam remaja.
Sudah menjadi kebiasaan aku akan tidur dahulu dan bangun awal pukul 4-5 pagi untuk membuat latihan ataupun sekadar membaca buku nota. Kebiasaannya aku akan terjaga andai jam yang berbunyi namun kali ini ku tersedar sendiri dan mata terus melihat pada kerusi di hadapan meja belajar. Di kerusi itu jelas dapat dilihat susuk tubuh wanita berambut hitam dan berbaju putih sedang memerhatikan ku. Hajat untuk mengulangkaji dibatalkan kerana giliran tempat di ambil oleh si dia. Maka aku menyambung tidur semula dan berharap jangan pula dia menumpang tidur di sebelah. Namun si dia tidak membuat apa-apa dan aku bangun keesokan hari seperti biasa.
Setiap kali aku bangun untuk ke bilik air untuk mengambil wuduk pada waktu malam atau sekadar menunaikan hajat. Pasti aku akan berasa seram kerana sering dapat melihat susuk seperti wanita rambut putih panjang dan berbaju putih di satu sudut di ruangan bilik air ku. Dia akan memerhatikan kumengambil wuduk atau pun menunaikan hajat. Di dalam hati ku ketika itu adalah lebih baik tidak memberikan reaksi ketakutan bimbang si nenek tua ini akan datang mendekati. Aku hanya buat seperti tidak pernah nampak dia di situ dan segera keluar dari bilik air. Sekarang apabila pulang ke kampung nenek tua ini telah tiada mungkin telah berpindah ke tempat lain yang lebih baik dan selesa.
Setelah berhijrah ke pantai timur untuk menyambung pengajian, ku menganggapkan si baju putih ini telah tiada. Rupa-rupanya ia masih setia mengikuti hingga ke pantai timur. Di rumah sewa ku itu memang wujud entiti lain selain si baju putih ini. Di bahagian belakang rumah sewa ada satu bilik yang digunakan untuk menyidai pakaian yang telah dicuci. Seringkali aku melihat kelibatnya melintas di hadapan ku saat aku menonton televisyen ataupun sedang menulis tesisku. Bilik belakang itu umpama tempat tinggal mereka. Ada juga kelihatan anak kecil yang berlari dari tangga tingkat atas ke tingkat bawah. Apabila dilihat semula anak kecil itu telah hilang.
Di rumah sewa ku ini aku sering didatangi oleh entiti yang aku tidak tahu daripada mana. Keadaan ini amat menyerabutkan fikiran ku. Malahan budak kecil itu kerap kali muncul dalam mimpiku. Ia berbadan berwarna coklat gelap, berambut pendek, tidak berbaju dan hanya memakai seluar yang dibuat daripada kulit kayu. Ia sering mengikutku setiap kali aku bermimpi tentangnya.
Satu pagi lebih kurang pukul 9.00 pagi aku masih berada di atas katilku. Tubuhku pada ketika ini kerapkali sakit dan tidak selesa.
Aku tiba-tiba mendengar suara seseorang memanggil nama ku berkali-kali. Aku sangkakan rakan serumah ku yang lain tetapi lain benar suara itu. Apabila aku membuka pintu ternyata tiada orang pun di dalam rumah kecuali aku. Aku kembali merebahkan diri ke katil. Kepala ku semakin berdenyut-denyut dan aku pun cuba melelapkan mata.
Kemudian aku terpandang di hadapan pintu bilik ku seorang wanita berbaju putih dengan rambut putih lurus. Dia bergerak perlahan-lahan ke arah ku dan dia duduk di sisi katil ku. Aku sempat melihat dia dan aku tidak melihat wajah nya kerana tetutup oleh rambutnya. Lama dia duduk di sisiku aku membaca surah Qursi dan aku menoleh ke sisiku ia telah tiada. Namun aku dapat mendengar hilaian yang menyeramkan.
Kini peristiwa itu telah bertahun berlalu namun aku masih ingat lagi. Dan kini aku tidak boleh pergi ke tempat- tempat yang ada penunggu. Jika nasib tidak baik mereka akan mengikuti aku. Pernah aku pergi mendaki bukit di suatu negeri. Aku telah diikuti oleh dua orang makhluk yang mendakwa ia adalah jin yang mendiami kawasan perbukitan itu. Mereka berdua banyak mengajar aku tentang seni hiasan wajah dan personaliti. Cuma sekarang kedua mereka telah tidak berada bersama ku. Tubuh aku tidak cukup kuat untuk menahan tenaga daripada entiti mistik.
Kisah ini sekadar perkongsian dan kerana minat ku menulis. Semoga ia menjadi bacaan yang baik dan memberi manfaat ataupun panduan. Yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu dari ku yang hanya lah hamba. Sekian.
-TAMAT-
97. TANGGA KECEMASAN
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400097
TAJUK CERITA : TANGGA KECEMASAN
KARYA : HAMBA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Hello HZONE BLOG. Memandangkan saya memang peminat page ini, saya nak share cerita masa masih stay hostel masa 1st sem dulu. Sekarang aku dah masok sem4 dah stay luar hostel sebab ada sejarah hitam semasa masih life hostel dulu. 1st memang happy sangat dapat tawaran sambung study kat istitut pengajian kat Sarawak . Istitut aku rahsiakan demi menjaga nama baik istitut tu. Lepas daftar 1st sem,aku diiringi oleh Ajk hostel sebab aku budak jauh datang ke Kuching Sarawak demi cita-cita dan masa depan so aku memilih untuk stay di hostel jer memandangkan aku dah terbiasa time kena PLKN dulu. Akhirnya aku ditempatkan di blok Cendrawasih, memandangkan kawan baik aku Sandra ni dah datang awal sehari masuk mendaftar, jadinya kitaorang tak dapat blok hostel yang sama.
Sandra blok kenyalang, aku pulak blok cendrawasih. Aku ditempatkan disebuah bilik dihujung sekali berdekatan dgn pintu tangga kecemasan aras 2, dalam bilik dimuatkan untuk 4 orang pelajar je. 2 senior dan 2 junior. Memandangkan senior time tu cuti semester, so aku terlebih dahulu sampai hostel sebelom budak junior sama batch aku masok sama. 1-2 bulan nak masok last semester 1, keadaan hostel macam biasa jerr. Memang ada je akak2 seniors yang suka sangat sakat2 yang kononnya blok hostel ni sebenarnya “keras” tapi aku buat biasa jer pergi tandas malam2 tanpa perlu berteman. (bukan berlagak berani tapi buat tak tahu jer padahal dlm hati cuak sambil lari keluar dari tandas lepas buang “hajat”)
Ceritanya bermula masa 2 hari je sebelum semester 1 berakhir. Aku ni sebenarnya kaki hisap rokok. Puas sangat dah rokok kena rampas oleh warden sampai bayar kompaun rm50 tapi benda tu masih tak buat aku serik2. Memandangkan akak senior 2 orang yang sama bilik dgn aku tu sporting dan budak sama batch aku tu pun sporting so,aku selalu duduk berdekatan dengan tingkap bilik kita orang untuk hisap rokok. Tapi 1 hari tu salah seorang akak senior sama bilik dgn aku ni kurang sihat, so aku tak sampai hati nak hisap hembus asap rokok dalam bilik ,so aku ambil keputusan untuk isap rokok kat tangga kecemasan bersebelahan dgn bilik kitaorang tu je. Aku pun minta budak yang sama batch dgn aku ni temankan aku kt tangga kecemasan tu atleast ada jugak org teman aku borak.
Dalam 5 minit tu ok jugak kami berdua borak,control ketawa sebab taknak kantoi dgn ajk hostel . Aku duduk menghadap roomate aku yang muka nya menuju ke arah tangga dan aku membelakangkan tangga . Siap aku takutkan dia jugak time tu. Roomate aku sememangnya penakut . Lepastu dia senyap sambil matanya menghala ke arah beberapa anak tangga tmpat aku duduk tu . Aku siap tanya “kenak dgn kitak bahh . Macam nanga hantu .” Sambil gelak . Roomate aku siap bagi signal terdesak suh aku abiskan rokok dan cau . Aku yang perasan roomate aku dah mengeletar semacam terus duduk diam dan terasa bulu roma aku berdiri .
Perlahan-lahan aku memalingkan muka nak jugak tengok apa yang jadi . sah ! Kak ponti tidak berkepala berdiri tegak menghala ke arah kitaorang . Aku dan roomate aku siap langkah seribu meluru ke arah pintu keluar dari tangga kecemasan tu . Semenjak tu jugak aku nekad nak sewa luar kawasan jer daripada aku nak stay sampai gred kt hostel berpuaka tu . Rupanya cerita benar dari akak senior pasal seorang student perempuan dari aras 3 b***h diri terjun dari koridor belakang lalu lehernya terpisah dari badan akibat terjerut teruk kat tempat ampaian dawai tempat sidai baju kat aras bawah sekali sebab tekanan perasaan akibat tak dapat dekan . Sekian tu jer cerita dari saya .
-TAMAT-
98. SIHIR BERDARAH - PART 1
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400098
TAJUK CERITA : SIHIR BERDARAH - PART 1
KARYA : DEFEEN
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum HZONE BLOG. Sejujurnya aku tengah mengarang cerita lain, bukan cerita yang korang baca sekarang ni. Tapi memandangkan kisah yang akan aku ceritakan ini lebih mempunyai nilai emosi, pengajaran dan tauladan, maka aku proceed dengan mengarang kisah ni terlebih dulu. Kisah yang akan aku ceritakan ni bukan berkenaan diri aku, tapi berkenaan sahabat aku.
8 Februari 2017. Ketika aku ke restoran nasi kandar untuk membungkus makanan malam, dari kejauhan di satu sudut meja makan kelihatan seorang pemuda yang sangat familiar. Aku tenung beberapa saat, baru aku cam yang pemuda tu adalah Hisyam. Nama timangan Syam.
Syam ni merupakan kawan baik aku ketika sekolah rendah. Walaupun tak bersekolah rendah yang sama, tapi setiap kali habis sekolah atau hujung minggu ada saja aktiviti kanak-kanak kami. Kemudian kami jarang berhubung sejak dia diterima masuk ke sekolah asrama penuh ketika tingkatan satu. Ketika tingkatan empat, aku pula yang masuk asrama penuh, famili dia pula berpindah ke Selangor, maka kami pon lost contact.
Aku ada add facebook dia beberapa tahun lepas, tapi mungkin disebabkan dah lama tak berhubung, macam segan-segan gitu la. Dia dengan life dia, aku dengan life aku.
“Assalamualaikum. Wei Syam hang buat apa sorang-sorang sini?”
“Waalaikummussalam warahmatullah. La hang Fen kan. Panjang umoq. Aku baru plan nak text hang. Mai-mai duduk minum dengan aku”
“Ecehhh terserempak aku kat sini baru bagi alasan nak text aku konon. Dey pigidaa poodahh! Haha. Ni bila hang sampai sini? Hang mai sini buat apa?
“Aku sampai petang tadi. Aku ambik cuti, lusa pagi aku balik Selangor balik. Ni aku saja mai melawat kawasan..haha. Dah bertahun aku tak mai sini. Aku mai sini pon kebetulan Abang Chik aku baru beli rumah sini. Dia naik pangkat tahun dua tahun lepas, jadi sales manager area northern region. Sebelum ni dia menyewa ja, so bila dia dah beli rumah baru, saja la aku jalan-jalan mai melawat.”
“Weh awat hang kurus ja? Diet apa sampai kurus sangat?”
“Tak diet la. Orang laki mana reti diet. Aku sakit sikit tahun lepas. Ala sakit besa-besa ja.”
“Mana anak bini hang? Aku ada stalk FB hang dulu, tengok anak sorang dah. Bini sorang tu lagi gak ka? Hehe”
Tiba-tiba Syam tertunduk diam. Aku perasan air muka dia berubah. Kelihatan seperti orang menahan tangis. Mata dia sedikit berkaca. Alamak, aku tersalah cakap la ni. Haduh. Awkward la pulak rasa.
“Syam, hang kalau nak cerita apa-apa, mai cerita kat aku. Kita kenai lama dah Syam. Aku ingat lagi, dulu kita kecik-kecik, aku la tempat hang cerita masalah hang kat aku. Yang aku paling ingat, time hang kena buli dengan budak kelas belakang. Aku angkut geng, masuk sekolah hang pi tibai budak tu. Tapi apa-apa pon, kalau hang takmau cerita pon takpa. Aku paham and aku tak tanya apa-apa dah.“
“Haa aku ingat lagi hang tibai budak tu. Teruk budak tu kena sampai terkencing-kencing. Nasib baik budak tu tak report kat cikgu. Kalau tak, confirm terok kita kena dengan cikgu dengan mak pak kita..hehe”
Sedikit senyuman terukir kat bibir Syam, mungkin dia pon terkenang kisah silam time kami kecik-kecik dulu. Wajah yang tadinya redup, sedikit bercahaya.
“Fen, sebenarnya anak dengan bini aku baru meninggal 2 bulan lepas. Accident. Aku yang drive.”
“Inna Lillahi wa inna ilaihi roji’un. Sorry Syam aku tak tau pon pasal accident tu.”
Mata Syam makin bergenang air mata kemudian setitis mengalir di pipi. Lantas Syam menyeka air mata yang dah tak dapat tertahan lagi. Dari suramnya wajah Syam, aku dapat memahami betapa beratnya dugaan yang ditanggung oleh Syam. Aku pon hampir tak dapat menahan sebak melihat keadaan sahabat di depan aku. Allah, berat dugaan Syam. Kehilangan orang tersayang sekelip mata. Kalau aku kat tempat dia pon, mesti tak tertanggung dugaan ni.
Aku mengajak Syam lepak ja kat rumah mak aku. Dok kat sini pon susah nak cerita. Orang ramai, maka banyak la mata yang memerhati. Syam pon bersetuju sebab dia pon lama dah tak melawat kawasan perumahan time dia kecik-kecik dulu.
Sepanjang perjalanan ke rumah aku, kami lebih banyak diam. Sebab aku nampak Syam asyik termenung jauh. Melayan perasaan dia. Sekali-sekala dia menoleh kiri dan kanan, mungkin melihat perubahan pembangunan bandar yang dah lama dia tak lawati.
Sesampainya di rumah, mak aku paling gembira melihat Syam. Ye la, kawan baik anak dia kan kecik-kecik dulu. Dulu setiap hujung minggu, aku breakfast rumah mak Syam. Tengahari lak, Syam lunch rumah mak aku. Macam tu la kami, kawan baik. Sampaikan baju seluar spare aku siap simpan kat rumah Syam. Kadang-kadang main sampai kotor baju, mandi salin baju rumah dia ja. Takyah balik rumah dah.
Kami lepak kat halaman rumah ja. Ambik angin malam. Sesudah dihidangkan air dengan biskut oleh mak aku. Aku pon meminta dia menyambung cerita dia tadi.
“Macam mana eh aku nak mulakan cerita aku. Sebenarnya Fen, aku dah sakit sejak hujung tahun 2015. Sakit on off. Sakit kat sendi. Paling sakit kat tumit. Bila time sakit tu, memang sakit sangat. Nak jalan susah. Aku kena ambik MC. Aku check kat klinik. Doktor taktau sakit apa. Nak kata arthritis, aku muda lagi kott, pastu semua sendi pulak tu yang sakit. Last-last doctor bagi pain killer ja. Dia suggest aku pi cek kat hospital.”
“Aku pon cek kat private hospital. Doktor ni kenalan ayah aku. Mula-mula x-ray. Tak dapat detect apa-apa yang pelik. Doktor buat CT Scan. Pon tak dapat detect apa masalah. Blood test pon semua normal.”
Syam : “Doktor, macamana dengan result test saya?”
Doktor Nazree: “Hisyam, kita dah buat semua test yang sepatutnya. Tapi semua tak dapat menjelaskan apa punca you sakit. Semua test menunjukkan you are normal and healthy.”
Syam: “Hmmm, tak ada lagi ke apa-apa test yang boleh kita buat? Mungkin kita missed out something or somewhere. Mesti ada penjelasan kenapa saya sakit. Saya pon dah tak boleh tahan dah ni.”
Doktor Nazree: “Hisyam, I kenal lama dah your father. I dah cuba yang terbaik untuk bantu you. Tapi honestly, I suggest you pergi ke perubatan alternatif. Jumpa Ustaz atau yang pakar dalam bidang alternatif ni. Apabila tiada jawapan dalam perubatan sains moden, kita berbalik kepada perubatan alternatif. I dah jumpa several cases yang macam you, yang unexplained through perubatan moden, so I suggest them to meet the pakar in perubatan alternatif. And the result was, ya memang benar mereka menghidapi sakit mistik. Di santau, gangguan saka, something like that.”
“Bila doktor sebut ja suruh aku jumpa Ustaz untuk berubat, terus otak aku berfikir sejak kebelakangan ni memang banyak perkara mistik terjadi di sekeliling aku. Dua bulan sebelum tu, kejadian lebih kurang pukul 4.30pagi. Time tu aku dok layan bola sorang-sorang kat ruang tamu bawah. Anak bini aku tidur kat tingkat atas. Tengah aku dok layan bola, aku dengar bunyi-bunyi kat luar rumah. Bunyi cakar-cakar, macam ada benda dok mencakar kat jalan tar kat luar rumah. Aku bingkas bangun nak check, sebelum sempat aku pulas tombol pintu, aku terdengar bunyi mendengus dengan suara garau. Dalam fikiran aku, ni mesti pencuri. Time-time awal pagi macam ni selalu pencuri ja yang buat kerja.”
“Aku bukak pintu cepat-cepat. Apa yang aku nampak, seekor b**i hutan besar sedang berdiri di luar pagar rumah aku. Badan b**i tu sangat besar, dah hampir sama tinggi dengan pagar rumah aku. Mata merah merenung seakan marah memerhatikan aku. Bertaring sangat panjang. Air liur putih berbuih kat mulut menitik-nitik. Time tu aku memang terkejut gila. Tak pernah aku tengok b**i sebesar tu. Tiba-tiba aku terasa bahu aku macam ada orang cuit dari belakang. Aku toleh belakang. Tengok takda sapa. Aku toleh depan balik tengok b**i tu dah hilang. Hampir sekelip mata ja b**i tu hilang.”
“Aku tak berani nak keluar, aku sekadar jengok-jengok dari dalam rumah. Time tu aku pon terfikir, kat tengah bandar besar macam ni, mana datang pulak b**i hutan. Setahu aku, mana ada hutan kat area kawasan perumahan aku ni. Dah tu, besar gila pulak tu.”
“Sejak kejadian tu, aku sering kena ganggu bila aku balik rumah. Bila tidur malam, aku selalu mimpi yang seram-seram, binatang berbisa. Kadang-kadang kena tindih. Bilik tidur pon rasa macam panas berbahang. Air-cond boleh kata sepanjang malam memang On saja. Anak aku time tu baru umur 1 tahun. Dia kerap terjaga pukul 3-4 pagi. Terjaga ja mesti menangis. Tapi lepas pujuk dukung-dukung dalam 10minit, dia diam sambung tidur balik la.”
“Aku kalau malam-malam rasa dahaga nak minum air, aku turun dapur. Aku selalu terperasan macam ada lembaga hitam dok duduk mencangkung kat tong sampah. Tapi bila aku bukak lampu memang takda apa-apa. Aku anggap tu perasaan aku ja. Rasa seram la jugak. Tapi aku jenis tak ambik port sangat benda-benda ni. Aku jenis yang tak terlalu percayakan hal-hal mistik ni.”
“Gangguan ni makin lama makin teruk, ada satu masa tu aku dok layan tengok bola dalam pukul 1 pagi. Aku terdengar memang jelas, bunyi tapak kaki turun naik tangga. Bukan bunyi hentak macam orang pakai kasut tu. Tapi bunyi hentakan yang macam berlari kaki ayam naik turun tangga. Tangga ni membelakangkan TV. Bila aku toleh ke tangga, bunyi tu berhenti. Bila aku tengok TV balik, bunyi tu mula start balik. Aku yang agak bodoh sikit hal-hal mistik ni fikirkan tikus je la dok kacau buat bunyi tu. Last-last aku jerit DIAMLAH, terus tak bunyi dah. Aku pon dengan tenang layan tengok bola balik.”
“Time tu aku dah mula start sakit-sakit sendi. Tapi tak berapa terok lagi. Aku pikir aku kerja teruk sangat sampai sakit-sakit sendi. Kerja aku dalam sebulan, sekali atau dua kali kena pi outstation. Kadang-kadang tu kena masuk kawasan pedalaman dalam 2 3 hari. Aku fikir maybe aku dok travel jauh-jauh, sebab tu sakit badan. Aku sekadar makan panadol atau pain killer je la.”
“Pernah sekali tu, masa aku mandi. Time tu dok tengah gosok gigi menghadap cermin. Tengah menggosok gigi, aku terperasan macam kepala berambut panjang muka hitam semua, menjengok dari belakang aku. Kedudukan kepala makhluk tu antara bahu dan leher aku. Dia umpama berdiri belakang aku dan menjengok kat tepi leher aku. Dia jengok sekali ja. Aku terkejut terus pusing belakang. Tapi memang takda sapa-sapa. Aku apa lagi, mandi bukak pintu la. Wife aku pulak yang menjerit terkejut bila masuk bilik tidur nampak aku mandi dalam tandas dengan badan penuh bersabun.”
“Wife aku pulak time ni dia takda la cerita dia alami kejadian-kejadian pelik. Walaupon dia sepanjang hari dok rumah ja sebab dia fulltime housewife. Mungkin ada, tapi dia tak cerita kat aku, tahla. Cuma yang aku perasan anak aku malam-malam kalau dia dok main sorang-sorang, kadang-kadang dia macam terkejut nampak sesuatu terus dia lari mai kat aku. Ada masa dia menangis. Kalau tengah tidur tengah malam, dia akan terjaga menangis-menangis.”
“Aku pulak jadi hilang selera makan. Kadang-kadang tengok makanan pon nak termuntah. Badan aku susut. Tapi bila time berselera, seperiuk nasi aku boleh bedal sorang. Yang aku perasan, malam jumaat mesti aku rasa lapar gila-gila. Makanan yang wife aku masak kat rumah mesti tak cukup, siap kena tapau kat restoran luar. Time ni wife aku dah syak something pelik pasal aku. Dia ada bersuara pasal nak jumpa Ustaz. Tapi aku macam biasa, tak percaya sangat hal ghaib ni. So jawapan aku kat wife aku; mengarut.”
“Sampailah bila aku dah sakit sangat, aku pon jumpa Doktor Nazree macam aku cerita tadi, and dia suggest aku jumpa ustaz untuk rawatan alternative. Time ni terbukak sikit pintu hati aku untuk berubat dengan ustaz-ustaz. Tapi rasa sangsi tu masih ada. Aku pon cari la contact number Darul Shifa’ dan mana yang dekat dengan rumah aku.”
“Tapi setiap kali aku nak pi kat Darul Shifa ni, mesti ada hal yang macam menghalang aku. Kereta aku battery tiba-tiba kong, kereta wife aku lak tayar pancit. Tangguh next weekend. Bila dah sampai weekend yang baru, rasa malas sangat-sangat. Ataupon sakit sangat-sangat kat tumit sampai takleh jalan. Bila dah hilang niat aku nak pi Darul Shifa’, tiba-tiba sakit tu berkurang, dah tak terok sangat.”
“Then ada sekali tu, dah on the way dah nak pi Darul Shifa’, tiba-tiba rasa lapar gila perut. Siap berpeluh dingin, ketar-ketar tangan takda tenaga. Padahal baru ja breakfast nasi lemak tak sampai 30minit sebelum tu. Aku apalagi, terus cari restoran, bedal nasi lemak berlauk penuh sepinggan, roti canai 2 keping, roti jala 2 set. Milo ais 2 gelas. Terus kenyang sengkak perut, dah malas nak pi Darul Shifa’, balik tidur ja. Wife aku dah makin syak memang ada yang menganggu aku. Dia makin mendesak aku segera pi berubat. Tapi aku tetiba jadi baran, then marah-marah dia. Macam-macam aku maki dia, segala yang takda kena mengena pon semua aku sembur kat dia. Dengan anak aku pon aku marah tak ketahuan punca. Wife aku terkejut aku jadi macam tu. Aku pon agak terkejut sejak bila aku jadi panas baran macam ni. Bila terkenang balik, aku rasa bersalah sangat. Rasa bersalah sangat Fen…. Aku sayang sangat anak and wife aku….”
Syam terus tertunduk dan menekup mukanya. Menangis. Tersengguk-sengguk bahu dia menahan tangis. Air mata dah tak tertahan. Terus mengalir di celahan jari-jemari Syam. Aku hanya mampu berpesan agar dia beristighfar dan terus bersabar atas dugaan ni. Selepas beberapa ketika, Syam dah kembali tenang, dia menyambung cerita dia.
“Setelah sebulan lebih tertangguh nak ke Darul Shifa’, aku terserempak dengan kawan time aku sekolah menengah dulu. Nama dia Hafidz. Ustaz Hafidz. Kisahnya, fikiran aku menerawang masa driving dan aku tergesel kereta dia kat traffic light. Mungkin takdir Allah dan membuka jalan untuk aku berjumpa dengan Hafidz. Aku ingat lagi kata-kata dia masa kami sama-sama turun dari kereta nak check kerosakan.”
Hafidz: “Assalamualaikum encik. Ehh kau Syam kan. Ingat lagi kat aku tak? Aku Hafidz.”
Syam: “Waalaikummussalam. Haa aku ingat lagi. Mana bleh lupa bakal ustat kelas aku dulu. Tukang baca doa, hal-hal agama, semua serah kat hang la..haha. Sorry weh tergesel keta hang.”
“Aku terus berjabat tangan dengan Hafidz. Tapi serta-merta Hafidz menarik tangan dia ketika dia menyentuh tangan aku. Air muka Hafidz terus berubah.”
Hafidz: “Ya Allah Syam. Astagfirullah hal adzim. Masha Allah. Kau ada masalah ni Syam! Kau ada masa tak? Jom kita pi minum kat gerai tepi jalan tu jap. Jap aku suruh anak murid aku tolong parking keta kau”
“Hafidz ke kereta dia dan memberi arahan kepada dua orang pemuda untuk parking kedua-dua kereta kami kat tepi jalan. Aku perasan sejak dari kami berjabat tangan tadi, Hafidz asyik pandang tajam ke arah muka aku sambil berkerut dahi. Tapi bila diperhati betul-betul, sebenarnya mata dia sedang pandang tajam ke arah belakang aku. Mungkin ada sesuatu di belakang aku.”
“Hafidz segera menarik lengan aku ke arah gerai cendol tepi jalan tu. Tangan dia aku rasa panas gila. Rasa macam nak rentap ja lengan aku dari Hafidz, tapi aku tahan ja. Aku mula rasa kepala aku panas, rasa nak marah, rasa nak menjerit semua ada. Aku jadi macam tak keruan. Bila dah duduk ja kat kerusi gerai tu. Hafidz basuh tangan dia, kemudian dia baca sesuatu kat tapak tangan dia. Lepas tu tangan dia yang basah tu dia sapu kat muka aku dan tepuk belakang leher aku. Serta-merta aku rasa baran aku hilang dan aku rasa tenang kembali”
Hafidz: “Syam, maaf aku cakap kat kau, tapi keadaan kau aku nampak terok sangat sekarang. Kau kena berubat. Insha Allah aku boleh bantu sedaya aku.”
Syam: “Tapi Hafidz. Aku sakit apa? Sakit benda-benda ghaib ka?”
Hafidz: “Ya Syam. Aku risau kalau kau tak segera berubat, makin melarat dan makan diri kau sendiri.”
Syam: “Sebelum ni memang aku dah niat nak pi berubat kat Darul Shifa’. Tapi setiap kali nak pi ja, ada ja hal yang menghalang.”
Hafidz: “Macam ni la Syam. Kau bagi alamat rumah kau. Hari Sabtu ni aku pi rumah kau dengan beberapa orang anak murid aku.”
Syam: “Ok Hafidz. Ehh hang keja apa sekarang? Siap ada anak murid lagi. Ustaz?”
Hafidz: “Alhamdulillah. Aku mengajar kat sekolah tahfiz. Sambil tu aku buat gak pusat rawatan alternatif Islam. Aku belajar perubatan Islam ni kat Indonesia. Alhamdulillah boleh la bantu saudara-saudara kita yang memerlukan. Syam jangan lupa, Sabtu ni aku pi rumah kau. Kau jangan pi memana. Kalau ada halangan, cuba lawan. Istighfar dan baca ayatul Qursi”
“Bila hampir tiba hari sabtu, aku rasa gelisah. Hari jumaat malam tu aku dah tak tenang. Aku tak boleh tidur. Rasa rumah ni panas. Badan berpeluh-peluh even air-cond dah bukak maksimum 16 darjah Celsius. Wife aku dah jemput abang dan adik dia datang rumah. Anak aku dah dihantar kat rumah jiran sebelah rumah aku untuk dijaga. Kakak ipar aku pon ada teman anak aku. Takut apa-apa jadi kat anak aku bila time berubat. Mujur jiran sebelah rumah aku ni memahami dan sudi tolong keluarga aku.”
“Semua kunci rumah dan kunci kereta dah diserah kat jiran sebelah rumah aku. Untuk elak aku melarikan diri. Sebab time maghrib hari jumaat tu, aku meracau dan mengamok cuba lari keluar rumah. Mujur ipar aku ada tolong halang. Badan aku pulak sekali sekala terasa sangat sakit, macam ada orang picit dan perah seluruh badan aku.”
“Bila lepas jam 1 pagi, macam-macam kelibat aku nampak dalam rumah. B**i hutan yang aku nampak haritu dok tergantung terbalik kat siling rumah. Sambil air liur meleleh menitik ke bawah. Medengus garang macam nak menerkam aku. “
“Kat tangga aku nampak hanya kaki sampai separuh pinggang saja yang dok berlari turun naik. Kaki dah bernanah dan berulat. Kuku kaki hitam panjang. Tiap kali kaki dia menghentak tangga, boleh nampak air nanah dia memercik dan ulat-ulat jatuh terkodek-kodek.”
“Di depan pintu tandas, nampak wanita berpakaian hitam, rambut hitam mengerbang, muka dan seluruh kulit hitam seperti terbakar. Aku boleh bau macam daging terbakar. Mata dia merenung tajam kat aku. Kat mana saja aku berjalan, dia akan pandang aku tanpa beralih.”
“Selepas lebih seharian aku berjaga, dalam pukul 11pagi hari sabtu tu aku tertidur keletihan. Aku terjaga dalam pukul 4petang bila Hafidz call. Dia kata dalam pukul 530 ke 6petang dia akan sampai dengan 4 orang anak murid dia. Aku kembali rasa panas badan. Aku rasa nak mengamok. Sapa saja yang lalu depan aku, aku maki tanpa rasa bersalah. Aku hilang kawalan atas diri aku. Aku sedar apa yang aku cakap, tapi seolah-olah bukan aku yang mengawal diri aku. Badan aku seperti dikawal jin dan setan.”
“Bila dengar ja kereta Hafidz sampai depan rumah. Aku terus panjat meja kopi dan hempaskan badan ke lantai. Dua kali aku buat macam tu. Nasib baik lantai tu ada karpet yang agak tebal. Kalau tak, mau berdarah kepala atau tergeliat tulang badan aku. Kali ketiga aku nak terjun, adik ipar aku dah sempat tangkap badan aku.”
“Aku terdengar perbualan Hafidz dengan abang ipar dan wife aku dari porch. Hafidz minta maaf terlewat sikit sampai. Dia kata ada halangan yang macam sengaja nak halang dia datang sini. Tapi dia kata hal ni memang kadang-kadang biasa terjadi kalau nak berubat orang. Ni menunjukkan gangguan ni bukan sembarangan.”
“Selepas Hafidz masuk rumah aku, aku dok mencangkung ja tepi kebinet TV sambil merenung tajam setiap pergerakan dia. Hafidz dan anak murid dia terus menunaikan solat sunat dua rakaat. Kemudian dia meminta izin untuk melawat setiap ruang kawasan rumah aku. Lepas selesai melawat, dia kata akan memulakan rawatan lepas maghrib.”
“Sementara menunggu maghrib, dia membuat sedikit rawatan kepada wife aku, abang ipar dan adik ipar aku. Dorang semua clean tiada gangguan. Dorang diberi gak minum air yang dibaca ayat suci. Katanya ikhtiar kita untuk menguatkan semangat dan memohon perlindungan kepada Allah daripada anasir jahat.”
“Hafidz pergi jugak rumah jiran sebelah aku untuk melihat keadaan anak aku. Dia kata anak aku ok cuma budak-budak kecik biasala boleh nampak benda ghaib ni. Hafidz meminta wife aku turut sama pi tunggu di rumah jiran ja. Orang perempuan mudah terkesan dengan gangguan ni. Untuk mengelakkan sebarang risiko dan menganggu proses rawatan, so wife aku menurut saja arahan Hafidz.”
“Selesai saja solat maghrib, Hafidz dan anak-anak murid dia terus memulakan proses rawatan. Mula-mula semua anak murid dia serta ipar aku diminta azan di setiap penjuru rumah. Dimulai kat tingkat bawah. Kemudian kat tingkat atas. Kemudian dalam setiap ruang dan bilik dalam rumah aku.“
“Sepanjang proses azan, aku cuba tutup kedua-dua telinga aku sebab aku rasa macam nak pecah kepala dengar azan ni. Seluruh badan rasa terlalu panas. Aku boleh rasa macam bahang panas keluar dari setiap inci kulit badan aku. Rumah ni aku rasa macam bergegar dilanda gempa bumi, macam nak roboh. Terhuyung-hayang badan aku. Semua ni perasaan aku sorang ja, sebab orang lain rilek ja.”
“Sekali sekala terdengar jeritan nyaring panjang bergema dalam rumah ni. Jeritan tu bunyi seperti rintihan sebab diseksa. Berselang seli dengan bunyi dengusan garau. Bunyinya macam binatang panik dalam ketakutan. Kemudian bunyi pintu kuat macam dilanggar sesuatu yang berat. Bunyi berkali-kali tanpa henti. Sampai selesai azan, baru semua bunyi ni diam terhenti. Terasa sunyi sepi. Hening.”
“Aku kemudian diminta baring di tengah ruang tamu. Mula-mula aku meronta taknak baring. Terpelanting jugak la anak murid Hafidz kena tepis dengan aku. Kemudian Hafidz membaca ayat suci sambil memegang kepala aku. Terus aku rasa lembik kaki, terjelepuk aku jatuh terduduk. Rasa macam menggelegak otak aku tempat Hafidz pegang tadi tu.”
“Anak-anak murid Hafidz duduk mengelilingi aku dan dorang mula berzikir. Sementara Hafidz lak membaca ayat-ayat suci sambil memicit ibu jari kaki aku. Aku meraung setiap kali dipicit. Aku akan pitam dan pengsan selama beberapa ketika. Bila aku terjaga, aku tak nampak apa. Cuma gelap gelita. Tapi aku dapat rasakan, bukan aku yang mengawal tubuh badan aku. Percakapan dan gerak geri tubuh aku memang dikawal sepenuhnya oleh kuasa yang lain. Aku dapat mendengar setiap patah perkataan apa yang keluar dari mulut aku, tapi bukan aku yang mengawal percakapan. Suara yang keluar pon bukan suara aku. Suara garau dan dalam. Dalam fikiran aku hanya cuba jerit tolong tolong tolong ja. Tapi langsung tak terluah.”
“Sepanjang proses rawatan ni berlangsung, memang tak terkira berapa kali aku pitam. Banyak kali. Ketika aku sedar memang aku boleh mendengar semua perbualan antara “aku” dengan Hafidz. Kalau aku pitam memang tak sedar apa langsung. Semua yang berlaku ni pon diceritakan kembali oleh ipar-ipar aku.”
Hafidz: “As salamu‘alaikum”
Syam: “HmmmmMMM!”
Hafidz: “Sapa kau yang menghuni tubuh badan Hisyam?”
Syam: “Aku adalah AKU!”
Hafidz: “Apa tujuan kau menganggu keturunan anak cucu Adam ni?”
Syam: “HAHAHAHAHAHAHAHA!”
Hafidz: “Aku tanya apa tujuan kau menganggu keturunan Adam ini wahai jin kafir?”
Ketika ni, Syam terus bangun dan duduk dengan kaki masih melunjur ke hadapan. Ibu jari masih dipicit oleh Ustaz Hafidz. Perlahan-lahan Syam mengangkat muka. Mata Syam memandang tepat ke mata Ustaz Hafidz. Bermata merah jelas kelihatan urat-urat mata. Langsung tak berkelip. Rupa Syam memang sangat menyeramkan. Rupa orang dirasuk memang sangat seram kalau dipandang, walaupun wajah tetap sama, tapi aura jahat disebalik wajah tu yang menjadikannya seram. Anak murid Ustaz Hafidz cuba untuk membaringkan kembali Syam. Tapi Ustaz Hafidz membuat isyarat agak membiarkan saja Syam duduk macam tu.
Syam: “Itu memang kerja aku. Aku suka mengganggu manusia. Aku suka melihat manusia sakit HAHAHAHA. Bodoh!”
Hafidz: “Aku minta kau keluar dari badan ni dan jangan kembali lagi! Kalau tak, aku seksa kau!”
Syam: “Tak boleh. Aku ada perjanjian!”
Ustaz Hafidz kembali menekan ibu jari Syam. Meraung menggelupur Syam. Suara meraung tu kadangkala garau dan kadangkala nyaring. Berombak dada Syam kelihatan seperti sukar bernafas. Nafas pendek-pendek berbunyi mendengus.
Hafidz: “Perjanjian apa?!”
Syam: “Perjanjian dengan tuan aku”
Hafidz: “Siapa tuan kau? Pergi balik kepada tuan kau!”
Syam: “Tak boleh. Selagi kerja aku belum selesai, aku tak boleh kembali. Kalau aku kembali, tuan aku akan seksa aku!”
Hafidz: “Hidup atau m**i kau, itu bukan hal aku! Kau takda hak nak mengawal tubuh anak Adam. Kau dah melanggar fitrah alam! Aku akan hantar kau balik sekarang jugak!”
Syam: “Tolong jangan hantar aku. Aku takmau kena seksa dengan tuan aku”
Ketika ni, suara Syam bertukar nyaring. Seperti suara perempuan. Merayu-rayu meminta agar jangan dihantar pulang. Sesekali kedengaran rintihan mendayu. Seram.
Hafidz: “Kalau kau taknak keluar cari baik. Aku akan seksa kau dan aku akan pastikan kau keluar secara paksa. Pastinya kau akan sakit cara ni. Lebih sakit daripada apa yang tuan kau akan buat kat kau”
Syam: “Baiklah aku keluar. Janji kau tak seksa aku”
Badan Syam tiba-tiba longlai terus terbaring. Namun secepat itu juga, dia bangun kembali. Mendengus kuat seperti marah. Wajah Syam sangat menggerunkan. Berkerut-kerut seluruh muka. Dengan pergerakan badan yang pelik. Kepala terteleng-teleng sambil mendekatkan mukanya dekat dengan Ustaz Hafidz. Jari jemari Syam meliuk-lintuk menambah keseraman. Suaranya kembali garau.
Syam: “Hoi manusia bodoh! Kau takut dengan aku? HAHAHAHAHA”
Hafidz: “Aku hanya takut kepada Allah subhanahu wa ta’ala.”
Syam: “HAHAHAHAHA. Di mulut lain. Di hati lain. HAHAHAHA. Aku tau kau takut dengan aku. Bodoh!”
Ustaz Hafidz terus menekan ibu jari kaki Syam sambil membacakan ayat-ayat suci. Dia turut meminta anak-anak muridnya memperkuatkan suara bacaan zikir. Syam menjerit-jerit meraung. Badannya mengeliat-ngeliat seperti menahan kesakitan.
Hafidz: “Sekarang aku nak tau. Apa tujuan kau merasuk badan hamba Allah ini?”
Syam: “Aku dihantar tuan aku. Tuan aku diupah oleh manusia untuk merosakkan hidup dia (Syam) dan keluarga.”
Hafidz: “Siapa yang mengupah tuan kau untuk melakukan kerja terlaknat ni?!”
Syam: “Aku tak boleh bagitau. Aku ada perjanjian dengan tuan aku.”
Hafidz: “Perjanjian syaitan! Perjanjian yang dilaknat! Cepat bagitau sapa yang mengupah! Atau aku biarkan kau terbakar dengan kalamullah!”
Syam: “TAKMAU!! AggghHHHHHHH”
Meraung Syam apabila dibacakan ayat-ayat suci oleh Ustaz Hafidz. Ketika Ustaz Hafidz berhenti seketika membaca ayat suci untuk menarik nafas, Syam tiba-tiba menepis tangan Ustaz Hafidz. Lantas Syam terus berdiri. Dia mendepakan tangan sambil jari-jemarinya seperti kekejangan. Bola mata hitam telah naik ke atas seluruhnya. Yang kelihatan hanya mata putih.
Ustaz Hafidz serta merta meminta salah seorang anak muridnya untuk membantu di sampingnya. Dia diminta untuk membaca ayatul Qursi tanpa henti dan sentiasa berada di belakang Ustaz. Anak-anak muridnya yang lain diminta untuk terus menguatkan bacaan zikrullah. Ustaz Hafidz sedar yang jin di hadapannya ini merupakan jin yang kuat dan degil.
Syam: “Kau takut dengan aku wahai manusia? Dengan kekuatan aku, aku mampu b***h kamu semua HAHAHAHA. Manusia bodoh!”
Hafidz: “Tiada ketakutan dalam diri aku melainkan kepada Allah Taala. Kau mahu bermain kasar. Maka kasar jugalah permainan aku!”
Syam: “HAHAHAHA bodoh sombong! Aku dapat lihat ketakutan di muka kau!
Ustaz Hafidz menyinting lengan jubahnya. Kekuda dibuka. Kaki dihentak umpama memasak kaki ke bumi sambil mulutnya terkumat kamit membaca ayat suci. Lagak seperti seorang pendekar yang bersedia untuk bertarung. Syam hanya memerhatikan Ustaz Hafidz sambil ketawa yang makin besar.
Jin yang mengawal tubuh Syam cuba menerkam Ustaz Hafidz, tapi setiap kali dia hampir ja, terus dia terhenti, ada sesuatu seperti menjadi pendinding untuk Ustaz Hafidz. Setelah beberapa kali cuba menerkam dan gagal. Syam beralih kepada abang iparnya yang sedang duduk sama berzikir bersama anak murid Ustaz Hafidz. Sebelum sempat Syam sampai menerkam abang iparnya, sepantas kilat pergerakan Ustaz Hafidz berjaya menolak badan Syam. Terperosok Syam kat antara celah dua buah sofa.
Syam bingkas bangun. Merenung tajam ke arah Ustaz Hafidz. Kaki kanannya mencakar-cakar karpet. Seperti seekor binatang yang bersedia untuk menyondol mangsanya. Ustaz Hafidz membuka lilitan serbannya dan sudah sedia dengan kekudanya. Syam melompat menerkam Ustaz Hafidz. Lompatan dia agak luar biasa tinggi. Kepala hampir ja kena bilah kipas. Ustaz Hafidz mengelak dan melibas serbannya ke badan Syam. Lantas Syam terus jatuh terjelepok ke karpet.
Sambil tapak tangan kanan Ustaz Hafidz dihalakan ke arah Syam, mulutnya pula terus menuturkan ayat-ayat suci. Bagaikan ada aura yang ghaib tak kelihatan daripada tapak tangan Ustaz Hafidz, di mana ia dihalakan ke batang tubuh Syam, di situ dia akan berasa sakit dan menggelupur.
Tubuh Syam mengeliat-ngeliat menahan kesakitan. Sekejap terduduk, sekejap merangkak kepala mendongak ke atas, sekejap tertonggeng. Akhirnya Syam terbaring di lantai dengan badannya meliang-liuk. Syam mendengus-dengus dengan suara yang garau. Kemudian mulut Syam ternganga, bunyi seperti ada sesuatu yang tercekik di kerongkongnya.
Hafidz: “Cepat ambik baldi untuk dia muntah. Dia nak keluar dah tu!”
Ustaz Hafidz mengangkat badan Syam ke kedudukan duduk. Baldi diletakkan di hadapan Syam. Dengan kalimah Allahu akbar, Ustaz Hafidz menepuk belakang Syam di antara kedua-dua bahu dengan sekali tepukan yang kuat. Lantas Syam muntah lendir pekat. Di dalam lendir terdapat serbuk kaca dan banyak jarum peniti. Menurut Ustaz Hafidz, jarum peniti tu yang menusuk setiap sendi membuatkan Syam sentiasa berasa sakit. Manakala di tumit pula, tempat jin tu berkampung kat situ.
“Masa ni aku dah sedar balik dah. Badan aku memang rasa penat gila. Even rasa penat, tapi aku rasa badan ringan dan sakit sendi tu dah kurang gila. Rasa macam sengal-sengal ja. Pastu Hafidz minta aku baring lagi sekali. Dia nak scan katanya kot-kot ada lagi yang menumpang. Lepas dah confirm yang memang badan aku dah clear, terduduk Hafidz kat sofa. Penat katanya. Kesian dia. Aku tengok jam dah pukul 1130malam. Lama betul proses rawatan, patut la penat.”
“Lepas solat isyak berjemaah, Hafidz nak scan seluruh rumah. Kot ada lagi yang menumpang. Hanya ada satu tempat ja yang ada gangguan, laluan tangga. Sekejap ja Hafidz berunding dengan jin tu. Terus jin tu blah. Mungkin jin tu pon gerun tengok Hafidz kot.
“Menurut Hafidz, sejak start dia mula belajar membuat rawatan, ini la jin yang paling kuat dia pernah lawan sendiri. Tapi jin paling kuat dia pernah tengok, masa tu dia still menuntut di Indonesia. Time tu Tok Guru dia yang lawan, dia sebagai anak murid jadi pembantu ja la. Katanya hampir 6jam melawan, baru jin tu mengalah. Segala jenis pencak silat Tok Guru dia bukak. Semua pakat nak pengsan lepas tu. Mulut pon kebas kering, zikir tak berenti. ”
“Masa wife aku tanya sapa yang buat sihir kat family aku, Hafidz kata taktau sebab jin tu sampai dia keluar dia tak bagitau. Sebenarnya bagus jugak kalau kita tau sapa yang sihir kita. Bukan niat nak balas dendam menyihir dia balik. At least kalau kita tau sapa yang buat, kita boleh berhati-hati dengan orang tu. Contohnya kalau tukang sihir tu kat tempat kerja kita, kot dia dengki dengan jawatan kita dalam office, mungkin jalan terbaik kita berhenti dan cari kerja tempat lain ja. Biar kita mengalah. Janji kita tak terjerumus dalam lembah syirik sama dengan dia.”
“Lepas selesai semua, Hafidz bekalkan aku dengan family minuman yang dah dibaca ayat suci al Quran untuk memulihkan semangat. Hafidz pesan berhati-hati sebab mungkin orang tu akan hantar semula sihir kat famili aku. Disebabkan taktau sapa yang hantar sihir tu, so susah sikit la. Kita taktau nak elak pi mana, nak elak jumpa sapa, semua kita taktau. Kalau ada apa-apa yang pelik jadi lagi, Hafidz minta terus call dia.”
“Lepas daripada rawatan dengan Hafidz, hampir 9 bulan la aku hidup normal bahagia dengan famili aku. Takda apa-apa gangguan. Tapi start bulan Oktober 2016, gangguan tu mula datang balik. Gangguan sangat-sangat terok sampaikan anak bini aku………”
Syam terdiam tak menghabiskan kata-katanya tadi. Dia termenung jauh. Aku pon turut mendiamkan diri. Rasa janggal lak nak bersuara. Maka kami pon sama-sama berhuhuhuhuhu.
“Weh Fen dah dekat kul 12 dah ni. Lewat dah wei patut la mengantok terok. Lagipon Hafidz pesan kalau boleh jangan ada luar rumah lepas kul 12 tengah malam. Badan aku dalaman lemah lagi. Senang kena ganggu.”
“Alaaaa wei, cerita tak habeh lagi. Tak syok la camni. Tapi aku minta izin weh nak taip cerita hang. Share dalam fesbuk ka blog ka. Aku peminat cerita-cerita mistik.”
“Sukati hang la Fen. Janji cover identiti aku. Jom hantar aku balik. Esok kita lepak lagi, aku sambung cerita aku.”
———————————————————————————————————————————————————————-
Disebabkan cerita ni dah jadi macam agak panjang. Maka aku jadikan 2 bahagian. Korang mesti marah kan cerita sambung-sambung camni. OK 3 2 1 sila kecam aku secara berjemaah! huhuhu.
Harap maaf ye semua. Tukang cerita si Syam ni pon ambik masa dua malam nak kongsi semua cerita dia.
Sekian cerita bertajuk Sihir Berdarah: Part 1 daripada aku #DeeFen. Wassalam.
99. SIHIR BERDARAH - PART 2
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400099
TAJUK CERITA : SIHIR BERDARAH - PART 2
KARYA : DEFEEN
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Cerita aku kali ni merupakan sambungan kepada Sihir Berdarah. Korang kena baca Sihir Berdarah: Part 1 dulu baru boleh faham untuk yang Part 2 ni. Bagi yang sabar menunggu Part 2 ni, ketabahan anda sangat mengkagumkan..hehe.
Apa-apa pon sila add friend kat facebook aku ‘Dee Fen’ agar hidup anda lebih misterius dan ada juga teaser untuk coming soon punya cerita. Ok jom start Sihir Berdarah: Part 2.
9 Februari 2017. Lepas ja solat isyak awal waktu, aku terus pederas keta nak pi ambik Syam kat rumah Abang Chik dia. Aku pon selama semalaman bertabah gak nak tunggu sambungan cerita dia semalam. Syam suruh aku pi ambik dia ja sebab dia rasa tak secure nak drive keta sorang-sorang kalau dah lewat atas daripada kul 10 malam. Ye la, kot kami melepak sampai lewat malam, kang tak berani balik lak si Syam tu.
Syam: “Fen, mai aku drive keta hang. Aku rindu nak bawak keta camni. Dulu aku pakai model camni gak, pastu jual. Tapi sampai sekarang dok terkenang-kenang lagi. Cam menyesal lak jual..haha”
Aku: “Amboi hang..La ni dah pakai keta hebat lagi daripada yang ni pon dok boleh terkenang lagi.”
Syam: “Biasala Fen..Benda time dok ada kat sebelah, buat derkkk je. Bila dah takdak baru nak rindu.”
Aku cadangkan kami singgah 7eleven beli kudap-kudap jajan-jajan buat habuan melepak malam ni. Syam pon tapau siap-siap bekalan dia untuk dia drive balik ke Selangor esok pagi. Berbekalkan Slurpee saiz Large sorang satu, kami menuju ke rumah mak aku.
Aku: “Weh Syam tadi aku lalu awal tadi kat depan tu ada roadblock JPJ. Ni hang ok tak? Lesen hidup?”
Syam: “Laaaa awat hang tak bagitau awai-awai tadi. Lesen aku mampos dohhh bulan lepas. Sat kita berenti hang drive pulak”
Aku: “Eh takyah la..malas la aku nak turun keta tukar-tukar driver plak..hang drive ja. Tapi depan tu hang u-turn, masuk ikut jalan kecik yang lalu jirat hindu tu. Jalan tu boleh elak roadblock tu.”
Syam pon u-turn keta untuk masuk melalui jalan kecik yang lalu sebelah perkuburan hindu. Jalan ni umpama jalan shortcut untuk ke rumah aku. Tapi untuk kereta kurang sesuai nak lalu sebab jalan ni satu lorong kecik ja. Kalau ada dua buah kereta nak berselisih, memang sorang kena mengalah turun kat bahu jalan yang berlubang-lubang bekas lopak. Tapi bila malam, jalan ni jarang orang lalu. Sebab gelap takda lampu jalan. Dah la lalu sebelah kubur. Dan jalan ni dulu-dulu agak femes dengan keangkerannya.
Ketika betul-betul melalui kawasan perkuburan hindu tu, Syam tiba-tiba tekan brek mengejut. Takdakla sampai berhenti terus keta ni, tapi brek agak kuat sampai terjolok gak straw Slurpee tu ke dalam lubang hidung aku. Tersedak-sedak aku sebab tersedut sikit Slurpee melalui hidung. Dahla ada gas berkarbonat. Aku menenyeh-nenyeh hidung aku akibat pedih. Air mata setetes berguguran jatuh akibat tindak balas biologi badan ke atas bendasing yang masuk ke dalam rongga yang tak sepatutnya.
Aku: “Oiii Syam. Awat weh brek mengejut? Ada anjing kucing melintas ka?”.
Syam hanya mendiamkan diri sambil buat isyarat jari ke mulut supaya jangan bercakap. Aku perhati ja gelagat dia. Aku perasan yang mata dia berkali-kali dok ulang tengok ke cermin pandang belakang. Kemudian perlahan-lahan Syam turunkan cermin tu ke bawah. Aku yang seakan mengerti perlakuan Syam tu, terus mengeraskan diri sambil mengecilkan kelopak mata. Takut terpandang benda yang tak sepatutnya aku pandang.
Aku dan Syam masing-masing terdiam ja sampai kat depan rumah mak aku. Kami sama-sama berpandangan, kemudian perlahan-lahan toleh ke seat belakang. Tapi belum sempat aku tengok belakang, aku dah bukak pintu keta lari dulu masuk rumah. Tertinggal Syam terkontang –kanting kat situ. Tapi Syam dengan selamba derkk ja berjalan ke halaman rumah aku macam takdak apa-apa. Cool giler.
Aku: “Syam, ada apa tadi kat seat belakang? Meremang habeh bulu roma aku tadi.”
Syam: “Ala biasa je la. Saja ja jin tu, dia nak mengusik kita.
Aku: “Hang tak rasa errrrr scary-merry ka? huhuhu”
Syam: “Takut la jugak kadang-kadang. Tapi aku dah terbiasa dah tengok benda-benda ni sejak aku sakit.”
Aku: “Huh hang biaq betoi. Maksud hang camna tu? Cer explain”
Syam: “Aku lepas baik daripada sakit yang baru-baru ni. Aku macam mudah ternampak benda-benda ghaib ni. Tak selalu nampak, kadang-kadang ja. Ustaz Hafidz pon dah bagitau kat aku, kalau sekali kita kena rasuk, walaupon dah sihat, mata kita akan mudah nampak benda mistik ni. Sebab di tubuh aku dah macam ada berparut atau tanda, maka jin-jin jahat yang nampak aku, dorang lebih tertarik nak memunculkan diri dorang kat sekeliling aku. Badan aku gak macam dah ada lubang atau laluan yang dah terbuka untuk jin. So badan aku lebih mudah untuk jin menumpang.”
Aku: “ Owwwwhhh gitewww. Patutla hang cool ja tadi. Rupanya dah kerap dah la hang nampak alam misterius ni sampai dah lali dah.”
Syam: “Maybe la. Tapi seram tu tetap ada. Contohnya…hmmmm macam kat sebelah hang sekarang ni adaaa…….”
Aku: “Wehhh hang jangan main-main Syam. Dah meremang bulu roma aku woi! Kembang semacam dah muka aku.”
Syam: “Hahaha takdak apa la. Aku melawak ja la. Sorry-sorry. Manada apa-apa pon.”
Aku: “Apa sorry-sorry! Sorry naik lorry. Bongok hang ni. Aku tempeleng jugak kepala hang kottt. Aku dah la penakut oi. Satgi hang balik sendiri. Aku takmau hantar..hahaha.”
Tiba-tiba muka Syam menjadi berkerut-kerut. Mata terjegil memandang aku. Mulut herot. Lidah sekali sekala terjelir. Jari-jemari seperti kekejangan. Kemudian mata hitam naik ke atas. Kedengaran suara argkkk aggkkkk argkkk keluar dari kerongkong Syam.
Aku yang terkejut dengan perubahan Syam. Terkaget sebentar aku kat situ. Dengan tidak semena-mena aku terus menempeleng pipi Syam sekuat hati. PanggggGG!!! Aku pon terkejut dengan diri aku sendiri. Berani pulak aku menampar Syam yang telah di-possessed oleh jin.
Syam: “ADOIII! Sakit oi! Aku melawak ja la. Saja nak mengusik hang.”
Aku: “Hangggggggg….. Agak-agak la oi nak mengusik pon. Aku dah la tak berapa nak konfiden dengan tahap kesihatan mental hang sekarang ni. Boleh pulak dok buat cenggitu. Nasib baik aku tak flying kick ja muka hang tadi. Confirm terus OKU herot kekal abadi mulut hang tu…huhuhu.”
Syam: “Sorry-sorry. Dah berkurun lamanya aku tak menyakat hang. Tapi memang kuat hang tampar aku. Kepalaterung betoi la hang ni.”
Aku: “Kahkahkah padan muka hang. Haaa dah-dah jangan dok memain mengusik. Buatnya ada yang tetiba muncul betul-betul lak. Tak balik Selangoq lak kot hang esok. Sambung la cerita semalam, cerita bagi habeh malam ni gak. Esok hang dah nak balik Selangoq dah.”
Syam: “Hmm kat manatah aku stop semalam. Haaa ok ingat dah.”
“Lepas daripada aku berubat dengan Hafidz tu. Esoknya dia datang lagi rumah aku. Dia nak pagarkan rumah aku pulak. Aku tak tengok pon apa yang dia buat kat luar rumah sebab aku berehat ja seharian. Penat semalam tu still dok ada lagi. Hafidz pesan jugak yang pagar ni bukan bermaksud selama-lamanya akan bertahan. Pagar ni jugak akan roboh kalau penghuninya membuat maksiat dan meninggalkan suruhan-Nya.”
“Namun kita sebagai hamba Allah, pasti akan diuji. Waktunya kita taktau bila. Ujian ni jika dihadapi dengan sabar dan redha, pasti akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Jika kita gagal dalam ujian, maka terjerumuslah kita ke lembah hitam yang penuh kehinaan.”
“Hafidz turut mengulang lagi peringatannya supaya aku sentiasa berhati-hati. Sebab orang yang menghantar sihir dan santau kepada aku mungkin akan mengulangi perbuatan dia. Hati yang hitam dan telah mensyirikkan Allah, susah untuk kembali ke jalan yang benar selagi mana dia tak meninggalkan amalan khurafat dia tu. Sekali kau dah mensyirikkan Allah, semakin kuat syaitan akan menghasut supaya kau semakin jauh daripada agama.”
Hafidz: “Syam dengan isteri kena sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. Ingat pesan aku ni. Jangan meninggalkan amalan wajib. Sempurnakan dengan amalan sunat. Hubungan hamba yang kuat dengan Tuhannya, akan menjadi benteng yang ampuh untuk menahan segala godaan dan gangguan anasir jahat. Meskipun beribu dugaan ujian yang datang, pasti ada terbuka jalan untuk orang-orang yang sabar.”
Syam: “Insha Allah. Aku tak lupa pesan hang ni. Hang tolong sentiasa doakan keselamatan family aku.”
Hafidz: “Insha Allah. Kalau ada apa-apa terus contact aku. Atau kalau aku takda, cari la orang-orang alim yang boleh tolong kau. Jangan ditangguh-tangguh Syam. Kita taktau apa pulak jenis makhluk yang akan dihantar kat kau nanti.”
Syam: “Ok Hafidz. Ada apa-apa hal aku terus cari hang.”
Hafidz: “Mengikut pengalaman aku selama ni, selagi orang tu tak tercapai tujuan dia, selagi tu dia akan terus menyekutukan Allah. Dendam kesumat yang berlagukan bisikan syaitan pasti tak akan pernah merasa puas.”
“Lepas aku berubat dengan Hafidz, hidup aku dah kembali normal. Aku menjalani hidup yang bahagia dan happy dengan family aku. Tengok anak membesar merupakan hal yang paling aku rasa bahagia. Bahagia dan beruntung menjadi seorang ayah. Di samping ada wife yang sangat memahami dan pandai menjaga serba-serbi.”
“Aku rasa hidup aku semakin dipermudahkan. Rezeki sentiasa cukup dan berlebihan. Mungkin jugak hasil kami sekeluarga sentiasa menjaga hubungan dengan Allah. Sampaikan aku mampu beli rumah lagi satu untuk buat sewa. Tukar kereta baru untuk aku dengan wife aku. Pendek kata, rasa rezeki tu sentiasa belimpahan untuk aku. Belanja banyak mana pon, sentiasa ada lebihan untuk simpanan.”
“Kerja aku di pejabat jugak dipermudahkan. Semua orang senang bergaul dengan aku. Sampai aku dapat dinaikkan pangkat. Aku pon tak sangka dapat naik pangkat ke level ni secepat macam ni. Aku dikira sebagai orang termuda pernah memegang jawatan ni.”
“Lepas dinaikkan pangkat ni, tanggungjawab aku makin besar. Maka makin banyak hal-hal orang bawahan aku yang kena aku fikirkan. Aku jadi makin lalai dalam tanggungjawab aku sebagai hamba Allah. Sedikit demi sedikit aku mula meninggalkan amalan-amalan sunat yang selama beberapa bulan ni sentiasa aku amalkan tanpa lupa.”
“Solat dhuha, puasa sunat, zikir harian, bangun tahajjud seminggu 2 3 kali, semua semakin aku tinggalkan. Lama-kelamaan bila tiada istiqomah dalam amalan sunat yang aku lakukan, aku jadi lupa dan malas nak buat. Akhirnya aku tinggalkan terus semua amalan sunat tersebut.”
“Bulan Ogos 2016. Company tempat aku kerja makin berkembang. Dan bukak satu branch baru kat selatan Malaysia. Tanggungjawab aku makin besar sebab makin ramai staf di bawah aku. Saat ni, amalan wajib solat 5 waktu pon kadang-kadang tak cukup.”
“Kadang-kadang ada hari yang sampai satu waktu solat pon aku tak buat. Rushing pi sini sana. Lepas satu meeting, ada lagi meeting. Lepas meeting ada discussion. Lepas discussion jumpa contractor pulak. Lepas tu jumpa supplier pulak. Balik rumah penat terus tido tanpa rasa bersalah.”
“Wife aku dah mula tegur aku pasal kelalaian dalam ibadat aku. Aku selalu buat taktau ja apa bini aku cakap. Masuk telinga kiri, keluar pon ikot telinga kiri jugak. Langsung tak sempat nak proses apa yang dia nasihatkan kat aku. Aku ambik mudah sebab aku dah rasa senang, aku dah tak sakit, kerja hebat, pangkat tinggi, gaji dahsyat. Aku pon dah lupa apa pesan Hafidz dulu.”
“Apabila masa aku dah tak diperuntukkan untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Berkuasa, maka saat tu aku rasa hidup aku seperti makin kelam-kabut. Dah hilang ketenangan yang macam aku rasa beberapa bulan sebelum ni. Masa rasa sentiasa tak cukup..Sedar-sedar dah petang, sedar-sedar dah malam. Tapi kerja tak setel-setel jugak. Aku selalu rasa resah dengan hal kerja, hal duniawi. Sedikit demi sedikit aku jadi pemarah. Aku sedar aku dah berubah jadi pemarah, tapi aku tak dapat kawal.”
“Awal bulan Oktober. Aku baru balik dari melawat branch kat selatan tanah air. Naik flight dan macam biasa flight low cost memang delay memanjang. Aku touchdown kat airport pon dah hampir tengah malam. Masa aku dok drive keta nak balik rumah daripada airport tu, aku memang rasa betul-betul tak sedap hati. Rasa macam ada mata yang sentiasa memerhati.”
“Jalanraya malam tu agak sunyi sikit. Mungkin sebab esok still hari bekerja. Time aku lalu satu jalan ni, aku berenti kat trafik light. Kat trafik light tu aku sorang-sorang sebijik ja keta. So aku ambik keputusan nak jalan je la langgar lampu merah sebab jalan memang clear. Baru aku nak tekan minyak, tiba-tiba dengar bunyi ketukan 3kali kat tingkap. Aku toleh, tengok takda apa pon. Tengok side mirror pon takda apa.”
“Bila aku toleh balik ke depan, aku nampak b**i hutan besar. Jarak dalam 20meter mungkin. B**i tu just merenung aku dengan mata merah menyala. Sama sebijik macam apa yang pernah aku nampak masa aku kena rasuk dulu. Aku terus pejam mata takmau tengok. Badan dah berpeluh dingin, even aircond dok bukak ja. Tangan kaki semua dah menggeletar.”
“Aku tak sedar berapa lama aku tutup mata. Maybe seminit dua kot. Aku bukak mata balik pon sebab ada kereta hon belakang aku. Bila aku bukak mata tengok b**i tu dah takdak, aku pon sambung la perjalanan balik. Otak aku dok berpikir betul ke apa yang aku nampak tadi. Atau just imaginasi aku ja.”
“Aku terpikir nak call Hafidz nak mengadu kat dia. Pusat rawatan dia pon ada kat jalan yang sama aku lalui ni. Kot-kot dia ada kat situ, boleh aku singgah kejap. Tapi bila tengok jam dah pukul 12 lebih, aku cancel je la hajat nak call Hafidz. Aku sedapkan hati dengan kata yang b**i tu hanya halusinasi aku ja. Maybe sebab penat dan mengantok lepas seharian kerja dan travel.”
“Bila aku dah sampai rumah, lepas dah siap parking keta kat porch dengan kunci pagar. Aku pon masuk la dalam rumah. Wife and anak aku dah tido kat atas. Bila aku nak tutup ja pintu rumah, dah hampir tertutup tapi tersangkut. Aku tolak kuat sikit tapi taknak jugak tutup. Aku bukak balik nak cek kot ada penyendal pintu tu kan atau ada apa-apa yang sangkut. Bila aku dah bukak ja balik pintu, zuppppp aku rasa macam ada bayang datang dari depan aku dan lalu sebelah kiri aku. Sangat laju pergerakan bayang tu, sekelip mata ja. Serentak dengan tu, ada angin kuat menerpa ke badan aku. Angin tu sekali lalu ja, tapi kuat. Bergegar sikit grill pintu rumah tu. Umpama hang dok tepi highway, ada bas lalu laju. Macam tu la angin tu. Aku terkaku kat situ sebentar. Bulu roma meremang, muka rasa kembang. Time ni aku dah mula rasa ni mesti ada something wrong. Jantung aku dah dupdapdupdap kencang.”
“Serta-merta dengar anak aku menangis kuat kat tingkat atas. Aku lari naik ke bilik. Tengok wife aku dok pujuk anak aku. Aku pon ambik anak aku then dukung-dukung sambil pujuk dia. Anak aku dok mamai lagi, mata pon antara terbuka tertutup. Tapi dia dok tunjuk-tunjuk kat sudut bilik. Aku ingatkan dia dok tunjuk kat mainan dia sebab kat sudut tu memang ada longgok mainan dia semua. Aku pon pujuk kata esok la main. Dalam 5minit camtu dia tertido balik. Aku pon letak dia tido balik atas katil.”
“Bila aku duduk kat katil dan tengok kat sudut bilik tempat anak aku tunjuk tadi tu, aku terperasan kawasan tu macam lebih gelap sikit. Macam ada something yang menghalang cahaya lampu tidur nak sampai ke situ. Bilik kami kalau tido, kami bukak ja sepanjang malam lampu tido warna kuning oren tu. Cahaya lampu tu kalau ada benda yang block, memang mudah nampak berbayang kan. Macam tu la jugak kat sudut bilik aku tu. Bayang tu daripada lantai terus ke siling, tak bergerak langsung. Tapi dalam samar-samar bayangan tu, boleh nampak bentuk bahu dengan bentuk kepala. Bila aku tenung lama-lama dan bayang tu langsung tak bergerak-gerak jugak, aku pikir tu maybe ada sesuatu melekat kat lampu tu yang buat jadi berbayang.”
“Aku pon ambik tuala nak mandi. Masa aku dok mandi air shower tu, tengah dok bilas syampu kat rambut aku rasa macam ada jari sentuh belakang aku. Jari tu macam dileretkan daripada pangkal leher belakang aku turun ke pangkal tulang belakang. Mula-mula aku buat bodo ja sebab pikir mungkin air yang mengalir. Kali kedua jari tu buat lagi benda yang sama, tapi laju sekali ja dan kuat dia tekan macam mencakar. Aku terus terkejut pandang belakang. Takdak apa-apa. Seram dah aku rasa. Mata aku pedih pulak masuk syampu. Aku pon bilas cepat-cepat nak sudahkan mandi sebab aku dah takmau dok lama-lama dalam bilik air tu.”
“Elok ja aku sudah bilas badan, aku nampak paip air yang tepi mangkuk tandas tu terbukak. Air kuat memancut ke siling. Aku pon pelik sebab paip tu mana ada aku guna pon tadi. Aku cepat-cepat tutup paip. Terus blah keluar bilik air dengan basah-basah tak sempat lap badan. Aku pakai baju tido terus lena.”
“Time tido tu, aku ingat lagi yang aku mimpi macam-macam. Semua yang menakutkan. Kena kejar dengan lembaga besar. Ular hitam besar nganga mulut nak makan aku. Aku lari then terjatuh dari gaung yang sangat tinggi. Mimpi yang menakutkan tu aku rasa sangat panjang dan macam sepanjang malam aku mimpi tu ja. Bangun pagi esok aku rasa penat sangat. Penat kena kejar dalam mimpi.”
“Bila aku nak bangun ja, tulang belakang aku rasa sakit. Tapi takdak la sakit sampai takleh bangun. Aku minta wife aku urut sikit. Dia tengok belakang aku ada bekas cakar 3 garisan merah daripada leher sampai pangkal bawah tulang belakang. Time tu aku pikir memang sah bekas cakar tu hasil daripada kejadian dalam bilik air semalam. Muka wife aku nampak risau time tu. Tapi aku sedapkan hati dia dengan kata semalam tergaru kuat sangat guna kayu penggaru belakang tu. Sebab tu sampai berbekas merah camtu.”
“Hari-hari lepas tu, aku selalu mimpi buruk. Bangun pagi rasa letih. Tulang belakang aku rasa sakit sengal-sengal. Paling sakit bila time maghrib. Dah macam orang tua aku jalan kalau time sakit teruk. Jalan membongkok ja. Aku cek doktor, doktor suruh rehat ja. Mungkin sakit urat atau angin. Aku pon makan ubat sakit urat, ubat angin dengan ubat tahan sakit yang doktor bagi.”
“Aku cuba call Hafidz, tapi semua masuk voicemail ja. Tiga kali aku pi pusat rawatan dia pon tutup. Kali keempat aku pi pusat rawatan dia pon tutup tapi aku terserempak dengan anak murid dia yang pernah rawat aku dulu.”
Syam: “Dik dik! Assalamualaikum!”
Anak murid Usztaz Hafidz: “Waalaikummussalam warahmatullah. Eh abang ni kawan Ustaz Hafidz kan? Abang Syam kan? Saya pernah pi rumah abang dulu buat rawatan kat abang.”
Syam: “Ha betulla tu. Saya la orang yang lawan bersilat dengan Hafidz dulu tu.”
Anak murid Ustaz Hafidz: “Abang sihat ke? Nampak macam pucat sikit.”
Syam: “Kurang sihat sikit ja. Hafidz ada ka? Dah kali keempat ni saya datang sini nak jumpa dia tapi tutup ja pusat rawatan dia.”
Anak murid Ustaz Hafidz: “Ooo Ustaz dia pi Indonesia. Sambung belajar lagi kaedah rawatan Islam ni kat sana.”
Syam: “Bila dia nak balik tu?”
Anak murid Ustaz Hafidz: “Dia ke sana baru minggu lepas. Awal bulan 12 baru dia habis belajar. Tapi Ustaz kata lepas habis menuntut kat Indonesia, dia nak terus sambung buat umrah. Dalam pertengahan bulan 12 baru dia balik Malaysia.”
Syam: “Ow okay. Takpa nanti kalau dia dah balik. Pesan kat dia yang Syam nak jumpa dia. Ada hal penting nak jumpa segera.”
Anak murid Ustaz Hafidz: “Insha Allah. Saya sampaikan pesanan abang. Abang betul ke ok ni? Kalau abang nak dapatkan rawatan, saya boleh bawak abang jumpa lagi satu ustaz yang lain. Tapi kalau abang taknak pergi sekarang, saya bagi nombor telefon ustaz tu.”
Syam: “Takpala. Saya ok je lagi. Saya tunggu Hafidz balik Malaysia je la nanti.”
“Lepas bersalam aku terus blah. Sedikit hampa sebab Hafidz lambat lagi nak balik Malaysia. Lebih kurang lagi dua bulan. Bila nak masuk kereta ja, aku perasan anak murid Hafidz tu pandang aku ja. Muka macam risau. Last-last dia panggil aku gak dan dia tulis nombor telefon ustaz yang lain. Dia pesan kalau rasa tak sihat sangat boleh jumpa ustaz tu. Nombor telefon tu aku simpan ja dalam laci kecik tempat simpan syiling kat dashboard keta aku ”
“Hari-hari mendatang lepas tu, macam biasa sakit belakang aku kadang teruk kadang kurang. Tapi bila dah hujung-hujung bulan November, aku mula batuk-batuk. Batuk tak berhenti. Selera makan aku makin berkurang. Badan pon lenguh-lenguh satu badan. Berat badan aku susut mendadak.”
“Kerja aku pon makin terjejas. Ye la tido malam tak pernah nyenyak. Mimpi macam-macam sampaikan hari-hari mimpi buruk. Bangun pagi sentiasa lesu badan. Aku pon kerap ambik MC. Wife aku makin risau tengok keadaan aku.”
Wife: “Abang, jomla kita jumpa ustaz. Ayang dah risau tengok Abang ni. Abang macam dah jadi sakit macam dulu balik dah.”
Syam: “Ala ok lagi ni. Abang boleh tahan lagi ni.”
Wife: “Ok apanya… Badan dah susut. Mata lebam. Batuk tak lega-lega. Kerap sakit badan. Jomla Abang jumpa ustaz.”
Syam: “Hmmm tunggu la. Nanti tengah bulan 12 Hafidz balik Malaysia. Tak lama dah lebih kurang seminggu ja lagi. Sekarang dia tengah buat umrah. Abang jumpa dia ja la nanti tengok camna nak buat.”
Wife: “Ala kita jumpa ustaz yang lain dulu sementara tunggu Ustaz Hafidz balik.”
Syam: “HOIII !! Aku kata nanti-nanti la! Tak paham bahasa ka?! Kalau nak sangat jumpa ustaz, kau ja yang pi!!”
Anak Syam: “Papa papa paaaaaaa…nanak kung nanak kung.”
Syam: “Hah ni sekor lagi nak dukung-dukung apa?!! Apa ni dok pegang-pegang kaki aku!! Apa kau ingat aku ni kuli kau ka nak dukung-dukung?!! Pi blah kat mak kau tu! Menyusahkan orang! Semua nak menyusahkan hidup aku!!! BODOH!!!”
“Anak aku menangis sebab lepas aku marah tu aku tolak dia dengan kaki aku sampai terjatuh anak aku tu. Fen..aku rasa itu lah kali terakhir aku cakap dengan anak aku…. Sebab lepas tu aku sakit teruk. Aku sedih sangat Fen sebab aku tak sangka aku marah anak dengan wife aku sampai macam tu sekali. Baran aku makin teruk. Aku rasa terkilan sangat. Aku rasa aku nak sangat mintak maaf kat anak dengan wife aku. Aku rasa bersalah sangat. Kalau lah aku dapat ulang balik masa…Maafkan Abang.. Maafkan papa Kakak…maafkan papa……”
Saat ni Syam dah menangis semahu-mahunya. Teresak-esak dia menangis. Aku pon dah tak mampu nak menahan air mata. Aku dapat rasai penderitaan Syam. Ya Allah…Beratnya dugaan Syam. Kalau aku kat tempat Syam, mungkin aku lagi teruk daripada Syam. Syam terus berulang kali menyebut maafkan papa, maafkan papa…..
Setelah beberapa minit, bila Syam kembali tenang dan dapat mengawal perasaan. Dia pon kembali menyambung cerita walaupun kadang-kadang dia termenung seketika mungkin sebab terkenang arwah wife dan arwah anak dia.
“Lepas daripada peristiwa tu, sakit aku makin teruk. Aku ambik cuti sakit. Batuk-batuk tak berhenti. Sekali-sekala batuk berdarah. Bila lepas maghrib, aku rasa sakit sangat-sangat kat sepanjang tulang belakang aku. Badan sengal-sengal. Aku jadi sesak nafas kalau dengar azan. Kuku kaki aku pon semakin hari menjadi semakin pucat, kemudian makin hitam.”
“Aku makin kerap nampak kelibat atau lembaga dalam rumah aku. Macam-macam jenis yang ada. Berlainan rupa. Terlalu banyak aku rasa yang dok berlegar-legar dalam rumah aku. Tapi ada satu lembaga besar yang paling kerap aku nampak. Siang-siang pon kadang-kadang nampak. Dia yang paling besar antara yang lain-lain. Dia selalu berdiri pandang aku. Umpama mengawal segala pergerakan aku. Badan sangat tegap, tinggi cecah siling rumah. Telanjang tapi badan penuh bulu panjang. Mata merah menyala bersinar-sinar macam ada api dalam mata dia. Telinga capang, tirus tajam kat atas. Jari runcing dan panjang, kuku hitam panjang dan tajam.”
“Aku lebih banyak menghabiskan masa dengan baring. Kalau tak baring, aku dok duduk termenung ja. Segala apa yang disekeliling aku semua aku dah tak layan. Anak aku datang kat aku pon aku tak layan. Kadang-kadang aku halau ja dia. Wife aku kalau dok ajak aku pergi berubat, aku jawab tunggu Ustaz Hafidz, aku takmau orang lain. Tu ja jawapan aku…Tunggu Ustaz Hafidz!”
“Tiba-tiba ada satu hari tu aku rasa semua sakit aku hilang. Aku rasa lapar. Aku rasa berselera nak makan. Macam-macam aku mintak makanan. Segala jenis nasi lauk roti biskut semua aku bedal. Aku rasa sangat cergas, bertenaga. Yang pastinya aku tersenyum sepanjang hari macam ada sesuatu yang menggembirakan aku.”
“Tepat jam 9 malam. Telefon aku berbunyi. Ada satu perasaan gembira yang teramat. Aku tak tau kenapa tapi aku rasa happy dengar bunyi fon tu. Aku bangun tengok fon yang terletak atas meja. Nama yang terpapar. ‘Ust Hafidz’. Makin lebar aku tersenyum.”
Syam: “Hello Hafidz. Baru sampai Malaysia?”
Hafidz: “Assalamualaikum Syam.”
Syam: “Hmmm. Bila sampai?”
Hafidz: “Petang tadi. Anak murid saya ada sampaikan pesanan Syam hari tu. Esok petang saya datang dengan anak murid saya.”
Syam: “Ok. Bawak lagi ramai bodyguard pon takpa. Hihihi. Jumpa esok OSSSSTATT. Bye!”
“Aku terus matikan panggilan dengan Hafidz. Aku sedar aku tersenyum gembira. Makin kuat jin syaitan yang mengawal badan aku. Sejak minggu lepas aku dah hilang kawalan kat jasad aku. Aku sedar apa yang berlaku, tapi aku tak berdaya buat apa-apa. Aku umpama terperangkap dalam jasad aku sendiri. Macam menonton wayang yang dilakonkan aku sendiri.”
“Sepanjang hari yang Hafidz janji nak datang tu, aku menyanyi bersiul-siul. Aku mundar-mandir ja dalam rumah sambil bersiul. Makan berselera. Melantak nasi pon sambil berjalan sini sana. Aku minta wife aku belikan ayam golek Tesco tu 2 ekor. Aku bedal semua. Tu pon rasa macam tak cukup lagi. Tengahari tu abang aku yang sulung datang. Abang ipar dengan adik ipar aku dah sampai awal pagi lagi. Aku ramah bersembang dengan dorang semua. Tapi semua pandang aku dengan muka cuak. Sebab dorang tau, yang dorang sembang tu bukan diri aku yang sebenar.”
“Tepat jam 6 petang, Hafidz sampai rumah aku dengan 4 orang murid dia. Aku perhati ja dorang dari celah tingkap sambil tersenyum sinis. Hafidz berhenti kat depan pagar, dia dan murid dia membacakan sesuatu. Hafidz dari luar merenung tepat ke mata aku yang berada kat dalam rumah di sebalik langsir. Aku mula rasa rumah ni makin berbahang. Hafidz berjalan sekeliling rumah aku sambil mulut terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci. Mata Hafidz meliar seperti mencari sesuatu. Setiap perlakuan dorang aku perhati dengan tajam daripada celahan tingkap rumah. Aku terdengar perbualan Hafidz dengan abang dan ipar aku. Hafidz kata dia tak dapat jumpa sebarang barang santau yang ditanam dikeliling rumah. Ini bermakna jenis santau yang digunakan adalah santau tuju. Kemudian Hafidz terus masuk ke dalam rumah, meminta menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum bersedia untuk memulakan sesi rawatan seterusnya.”
Syam: “Hai ostat. Dah lama aku tunggu kau..hehehe. Salam sikit.”
Hafidz: “Hmmm…..”
Syam: “Amboi sombong, salam pon taknak. Ewah ewah ewah.. Mentang-mentang baru upgrade ilmu. Terus berlagak ye. Dah macam bos-bos ye. Aku taknak panggil kau ostat lah. Aku panggil kau bostat..hahahaha.
Ustaz Hafidz langsung tak menghiraukan Syam. Dia tau yang tu adalah jin syaitan yang cuba memprovokasi dirinya.
Hafidz: “Insha Allah anak murid atau pembantu saya akan azan kat semua penjuru rumah dan dalam setiap bilik. Saya mohon jasa baik abang kita yang dua orang ni dengan adik kita sorang ni membantu jugak tolong azan.”
“Ustaz Hafidz memberi arahan kepada anak murid/pembantunya dan turut memohon bantuan abang Syam, abang dan adik ipar Syam. Maka dorang pon beramai-ramai mengazankan setiap ruang rumah Syam.”
“Sepanjang dorang dok azan. Aku rasa rumah ni makin panas. Aku dapat melihat banyak bayang-bayang hitam yang melintas laju disekeliling ruang rumah aku. Aku pulak rasa gelisah. Berpeluh-peluh. Mundar-mandir aku berjalan dalam bulatan di ruang tamu rumah. Setelah hampir selesai dorang azan. Aku rasa rumah bergegar seperti nak roboh.”
“Seterusnya Hafidz membuat scan kepada semua ahli keluarga aku. Dorang semua clean tiada gangguan yang merasuk. Kemudian Hafidz ke rumah jiran sebelah aku sebab isteri dan anak aku ada kat situ. Cuma anak aku diberi sedikit rawatan sebab katanya ada yang mengikut anak aku. Tapi yang mengikut anak aku tu cuma anak jin. Jin tu nak berkawan. Proses rawatan pon sekejap saja, hanya dengan cara rundingan anak jin tu dah tak mengikut lagi anak aku.”
“Bila tepat masuk waktu maghrib, pembantu Hafidz mengalunkan azan di tengah ruang tamu rumah. Aku rasa sangat panas sampaikan aku dah bukak baju dan seluar. Tinggal boxer saja. Aku menekup kedua-dua telinga aku. Bayang-bayang hitam berselerak laju lari meninggalkan ruang tamu rumah. Aku rasa gempa bumi yang sangat kuat, bergoyang-goyang badan aku. Jenuh aku mengimbangkan badan.”
“Kemudian dorang solat maghrib berjemaah. Tapi dibahagikan kepada dua kumpulan, sebab bergilir nak tengokkan aku. Takut aku melarikan diri. Sepanjang dorang solat, aku duduk mencangkung sambil perhatikan dorang. Sekali-sekala aku membuat aksi-aksi jelik seperti mempermainkan perbuatan dalam solat dorang.”
Hafidz: “Saya baru lepas bercakap telefon dengan anak murid saya yang lain. Saya minta dorang datang sini untuk bantu kita. Nanti sebelum masuk isyak dorang sampai.”
Abang Syam: “Ok bagusla. Lagi ramai lagi bagus. Saya pon kadang-kadang rasa macam ternampak banyak kelibat dan bayang-bayang di sekeliling rumah ni. Rumah ni pon rasa sesak, udara rasa macam padat, nak bernafas pon tak selesa.”
Hafidz: “Betul tu. Ada sangat banyak jin dalam rumah ni. Apabila dalam sesuatu ruang yang terlalu banyak anasir jahat atau tenaga negatif, maka ruang udara terasa padat. Dada terasa sesak dan tak selesa bernafas. Sekarang kita tunggu dorang sampai dulu kemudian kita mulakan proses rawatan.”
Syam: “Haiiii bostat, takut dengan aku ke? Sampai nak panggil ramai-ramai lagi….hahahaha.”
“Sepanjang menunggu pembantu Hafidz yang baru untuk sampai, semua duduk berzikir ja. Hafidz pulak bersolat sunat. Apabila hampir masuk waktu isyak baru pembantu Hafidz yang lain tiba. Rakan Hafidz iaitu Ustaz Kamil pon datang untuk turut serta dalam proses rawatan. Ini bermakna bukan calang-calang makhluk yang akan Hafidz hadapi sampai meminta bantuan Ustaz Kamil sekali.”
“Ustaz Kamil ni merupakan rakan seperguruan Hafidz. Mereka sama-sama belajar perubatan islam ni kat Indonesia. Ustaz Kamil tinggal di Kelantan tapi kebetulan dia datang Selangor melawat sanak-saudara dia. Hafidz meminta Ustaz Kamil datang sekali untuk membantu kerana dia perlu melakukan dua rawatan sekaligus iaitu rawatan sihir dan rawatan santau. Lepas semua selesai solat isyak. Proses rawatan pon bermula.”
“Hafidz memulakan rawatan dengan membacakan doa dan ayat-ayat suci. Aku dibaringkan di tengah ruang tamu. Sedikit mengejutkan makhluk yang menghuni badan aku hanya menurut saja dibaringkan tanpa melawan. Ustaz Kamil pula duduk berzikir bersama dengan pembantu-pembantu Hafidz. Mungkin Ustaz Kamil hanya akan membantu jika diperlukan oleh Hafidz.”
“Ketika Hafidz membaca ayat-ayat suci, aku rasa badan aku panas. Suara aku sudah bertukar garau. Aku mendengus marah. Seperti mayat bangun, aku terus bangun daripada pembaringan. Kemudian aku terus menatap tajam muka Hafidz sambil berdengus berkali-kali tanda marah. Hafidz memberi isyarat kepada pembantunya agar menguatkan lagi zikir.”
“Ketika ni, kedengaran seperti bunyi hujan lebat yang terkena bumbung zink porch kereta di luar rumah. Semua berpandangan ke luar rumah, tapi takda tanda langsung air hujan yang mencurah. Ketika semua seperti kebingungan, Hafidz bagitau yang tu bunyi pasir yang dibaling ke bumbung rumah. Semua tu permainan jin semata-mata.”
“Hafidz terus menguatkan bacaannya. Kesemua lampu dalam rumah ni berkelip-kelip. Sesekali boleh ternampak bayang bergerak laju. Berkali-kali bayang ni melintas ke sini-sana. Kemudian kedengaran suara mengilai daripada tingkat atas rumah. Apabila suara mengilai berhenti, kedengaran pulak suara seperti orang ramai sedang bersembang di dalam market. Bising. Bergema di dalam sekeliling rumah ni. Tapi langsung tak jelas apa butir patah perkataan.”
“Perkara paling ketara yang aku nampak dalam kaedah rawatan Hafidz kali ni ialah dia tak lagi memicit jari kaki aku dengan objek atau lada untuk memanggil makhluk yang berada didalam tubuh untuk berbicara dengan dia. Dia sekadar duduk di sebelah aku dan membaca ayat-ayat suci.”
Hafidz: “Assalamualaikum. Jawab salam kalau engkau islam.”
Syam: “AhhhhhHHH!!”
Hafidz: “Kafir! Siapa kau?”
Syam: “Akulah raja segala kemungkaran!! Aku dapat merasa apa yang ada di dalam fikiran kau! Aku mampu mengalir di setiap urat di dalam tubuh kau! Aku mampu membisik kejahatan di telinga kau! Aku mampu menanam keraguan di hati kau! Aku datang dari depan belakang kiri dan kanan kau!”
Hafidz: “Syaitan Nirrojim! Musuh terang lagi nyata bagi bani Adam!
Ketawa Syam makin besar menunjukkan lagak keangkuhannya. Kosombongan jelas terpancar pada wajah dan daripada gaya Syam mendepakan tangannya.
Syam: “Hafidz.. Hafidz..Dah lama aku tunggu kau.”
Hafidz: “Buat apa kau tunggu aku?”
Syam: “Ada perhitungan yang ingin aku selesaikan dengan kau. Dengan kekuatan aku dan tentera aku, pasti mudah nak menewaskan kau Hafidz dengan pembantu bodoh kau semua ni!”
Hafidz: “Tiada daya dan kekuatan dalam diriku melainkan daripada Allah. Apa tujuan kau dan tentera kau datang sini?”
Syam: “Bodoh. Sudah terang lagi bersuluh! Aku dihantar untuk menyihir rakan kau yang bodoh ni. Mudah sekali aku merasuk dia. Apabila manusia mula lupa Tuhannya, segala suruhan-Nya ditinggalkan. Maka disitulah peluang aku untuk merasuk.”
Hafidz: “Berapa ramai tentera kau?!
Syam: “TIGA PULUH RIBU!! HAHAHAHAHA”
“Beberapa orang pembantu Hafidz terkejut mendengar jawapan jumlah tentera yang datang. Kemudian dorang berpandangan semasa sendiri. Ada yang nampak sedikit gelisah untuk menghadapi anasir jahat seramai itu.”
Hafidz: “Jangan takut saudara-saudara ku. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama orang yang tetap hatinya pada jalan Allah. Tetapkanlah hati hamba-hamba Mu ini agar sentiasa berada di jalan yang redhai. Pandulah kami, tunjukkanlah kami jalannya ya Allah, ya Rabbul Jalil.”
“Hafidz kemudian berdiri berhadapan dengan aku. Mulutnya bergerak-gerak membaca sesuatu. Agak lama dia berkeadaan macam tu. Kemudian perlahan-lahan dia meniup ke sekeliling. Suara yang hingar-bingar tadi terus senyap. Suasana hening. Hanya kedengaran zikir daripada pembantu Hafidz. Lampu di ruang tamu sekali-sekala berkelip-kelip.”
Hafidz: “Siapa yang menghantar kau?”
Syam: “Siapa yang menghantar aku tak penting! Yang penting aku mahu semua m**i!”
Hafidz: “Ajal dan maut di tangan Allah. Tiada makhluk yang berkuasa melawan kuasa takdir!”
Syam: “Bodoh dan bodoh! Aku mampu mencipta takdir aku sendiri!
Hafidz: “Lupakah kau apa yang terjadi pada ketua kau iaitu Iblis? Sujud kepada Allah selama beribu tahun, namun kerana sombong dan bongkak, dia tak sanggup menerima takdir Allah bahawa Adam lebih mulia daripadanya. ”
Syam: “HAHAHAHA! Manusia memang tak layak disujud. Lemah!”
“Hafidz kembali membaca sesuatu ayat. Kemudian dihembuskan ke Syam. Menggeliat badan Syam. Dengusan bersuara garau keluar dari kerongkong Syam seperti menahan sakit. Riak muka Syam bertukar marah. Urat mata jelas kelihatan. Hampir merah keseluruhan mata Syam akibat urat-urat yang timbul. Muka Syam kelihatan sangat menyeramkan.
Syam: “AAAAgggghHHHHhH!! Aku b***h kau!
Hafidz: “Nyawa ku milik Allah. Hidup dan matiku adalah ketentuan-Nya. Tiada sezarah ketakutan dalam diriku terhadap kau makhluk terlaknat! Aku berserah segalanya kepada-Mu ya Allah.
Syam: “Bohong! Aku dapat rasakan kau gentar memandang aku! HAHAHAHAHAHA!
“Aku mengelilingi tubuh Hafidz. Sekali-sekala mengacah mukanya ke arah muka Hafidz sambil tersenyum lebar dan menjelirkan lidah seperti biawak. Hafidz membaca sesuatu pada genggaman tangan kanannya. Kemudian dia membuat gaya seperti melemparkan sesuatu pada aku. Serta-merta aku terjatuh berguling ke belakang.”
“Aku bingkas bangun dengan posisi tubuh seperti mahu menyondol Hafidz. Hafidz segera membuka kekuda sambil menghentak kaki memasak bumi. Serbannya dibuka dan disangkut di leher ja. Wajah Hafidz kelihatan tenang dan bersahaja. Senyum. Tak kelihatan sedikit pon gentar di wajah dia.”
“Dengan dengusan seperti seekor kerbau, aku terus pantas menyondol ke arah Hafidz. Lagak seperti seorang pahlawan, Hafidz mengelak dan menepuk belakang aku. Aku terus tersungkur ke arah pembantu Hafidz. Aku mengeliat-ngeliat sakit di belakang akibat tepukan Hafidz sebentar tadi.”
“Aku bingkas bangun dan duduk mencangkung. Dengan lagak seperti seekor monyet pula, aku mengelilingi Hafidz beberapa kali. Tengah berpusing-pusing tu, tiba-tiba aku melompat menyerang ke arah Ustaz Kamil. Ustaz Kamil terus mengangkat kaki dan menendang tepat ke perut aku. Sakitnya perut, rasa macam dah terburai isi perut. Rasa panas menggelegak dalam perut aku. Menggelupur aku kat situ.”
“Melihatkan aku dah menggelupur sakit, Hafidz terus menerpa ke arah aku sambil tapak tangan kanannya menghala ke arah aku. Mulut Hafidz terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci. Seluruh badan aku terkaku. Terasa makin panas di setiap inci kulit aku. Aku terus menjerit dengan kuat. Suara garau. Jeritan kalau dengar memang bunyi sangat menyeramkan.”
“Tiba-tiba suasana ruang tamu kelihatan makin kelam dan suram. Lampu, langsir, bingkai gambar atau apa saja yang tergantung, semuanya kelihatan bergoyang-goyang. Aku dapat melihat beratus-ratus, mungkin beribu bayang hitam bergerak laju dalam rumah aku ni. Keadaan jadi kelam-kabut bila seorang demi seorang pembantu Hafidz dan ahli keluarga aku rebah dan pengsan. Yang tinggal hanya Hafidz, Ustaz Kamil, dua orang pembantu dan abang ipar aku. Hafidz serta-merta cuba memulihkan kembali abang dan adik ipar aku.”
Syam: “HAHAHAHAHAHA! Sekarang bagitau aku sapa yang lebih berkuasa sekarang?!! Aku atau kau?!!”
“Ustaz Kamil terus berdiri lantas memasang kekuda sama seperti apa yang Hafidz lakukan awal tu. Lengan baju disinting ke parah siku. Kain pelikat yang disangkut di bahu kini berada di tangannya seumpama memegang senjata. “
Ustaz Kamil: “Hafidz! Tinggalkan dorang dulu! Nanti kita rawat! Kita kena kalahkan syaitan ni dulu! Yang mana tinggal, kuatkan zikir. Jangan biarkan ketakutan menguasai diri. Ingat! Kita hanya takutkan Allah!
Syam: “APA?!! Kalahkan aku? Manusia lemah! Sedarkah dengan siapa kau ingin berlawan sekarang? HAHAHAHAHA!!”
“Ustaz Kamil dan Hafidz masing-masing telah berdiri berhadapan dengan aku. Muka keduanya serius memandang aku. Bunga-bunga silat dibuka. Gerak-geri kelihatan sama dan serentak. Mempesonakan. Sambil sama-sama membaca doa dan ayat-ayat suci yang serupa.”
“Aku terus menerkam ke arah Hafidz. Namun mengelak dan menepis. Kemudian aku melompat tinggi dan menerkam ke arah Ustaz Kamil pula. Dia melibas aku dengan kain pelikatnya. Terus aku terpelanting ke arah kiri. Jatuh tersembam.”
“Aku mendengus marah. Hafidz dan Ustaz Kamil menguatkan lagi bacaan. Aku cuba menerkam lagi ke arah Ustaz Kamil. Namun belum hampir ke badannya, aku seperti terlanggar dinding lantas terjelepok jatuh. Ada semacam aura mengelilingi dorang. Aku menjerit kuat tanda kemarahan semakin membara.”
“Kami berlawan hampir sepanjang malam. Akhirnya aku merasakan pergerakan badan aku yang dikawal oleh syaitan ini semakin tidak bermaya. Mungkin dah tiada tenaga. Mungkin juga dah hampir berputus asa akibat semua serangan tidak mengena Hafidz dan Ustaz Kamil.”
Hafidz: “Ya Allah, ya Jabbar, yang Maha Perkasa. Bantulah kami yang lemah ini untuk mengatasi segala muslihat mereka yang memusuhi kami. Kurniakanlah kekuatan-Mu kepada kami.”
“Hafidz dan Ustaz Kamil sama-sama menyerang aku. Aku ditolak secara tenaga batin kat dada aku melalui tapak tapak dorang. Akibat daripada tu, aku terundur beberapa langkah ke belakang dan terlanggar dinding ruang tamu. Hafidz segera melibas serbannya ke arah kepala aku, terus aku jatuh terduduk. Dada aku kuat berombak dan nafas berdengus kuat. Ustaz Kamil meletak tapak tangannya ke kepala aku dan membaca doa. Panas.”
Syam: “Aku nak keluar!”
Hafidz: “Sekarang baru kau nak keluar. Kau langsung tak dijemput masuk ke tubuh hamba Allah ni. Kau akan lebih sakit kalau kau nak masuk kembali ke tubuh dia nanti. Aku nak kau janji kau takkan masuk lagi nanti.”
Syam: “Huughhhhh!”
Hafidz: “Siapa yang menghantar kau kemari?!!”
Syam: “Aku takkan bagitau kau!”
“Kemudian Aku rasa seperti nak muntah. Kerongkong aku terasa perit. Bunyi yang keluar dari kerongkong aku seperti kerbau yang sedang disembelih. Kuat dan menyeramkan.”
Hafidz: “Kau nak keluar ikut mana?”
Syam: “Mulut!”
Hafidz: “Aku tak izinkan. Aku nak kau keluar ikut tapak kaki. Aku akan bukakan jalan!”
“Dengan membaca beberapa p****g ayat suci, Hafidz mencalit minyak atar ke tapak kaki aku. Kat situ syaitan itu akan keluar.”
Hafidz: “Keluar kau sekarang ikut jalan yang aku buka. Dan jangan kau kembali!”
“Hafidz membuat gaya seperti merentap sesuatu melalui tapak kaki aku. Aku dapat merasa haba panas yang menjalar dari kerongkong aku, turun ke dada, perut, kaki dan akhirnya ke tapak kaki aku. Tapak kaki aku terasa terlalu sakit sampai aku menggelupur ketika syaitan tu nak keluar. Lepas syaitan tu keluar, aku rasa seperti beban yang berat menghempap badan aku selama ni dah hilang. Aku rasa ringan. Aku terbaring tak bermaya. Letih.”
“Ruang tamu rumah aku kembali normal dan cerah seperti biasa. Tiada lagi bayang-bayang hitam yang berlegar-legar macam awal tadi. Hafidz kemudian terus memulihkan semangat aku dan diberi minum air yang dibacakan doa. Ustaz Kamil pula memulihkan pembantu, abang dan dan ipar aku. Masing-masing dah terjaga dan dipulihkan kembali semangat dorang.”
“Hafidz dan Ustaz Kamil seterusnya memulakan proses membuang santau dari dalam badan aku. Proses membuang santau ni straightforward macam proses rawatan yang selalu kita tengok. Selepas hampir 20minit, aku pon muntah serbuk kaca, tali guni dan kuku. Memang sangat menyeksakan time muntah ni. Rasa macam nak terkeluar sekali dengan usus perut. Peritnya Allah ja yang tau.”
“Hafidz dan Ustaz Kamil kemudian melawat ke sekeliling rumah untuk memastikan tiada lagi anasir jahat yang tetinggal. Dorang semua kemudian menunaikan solat sunat tanda syukur semua dah kembali normal. Aku pulak just terbaring keletihan. Sengal-sengal seluruh badan aku.”
“Selesai saja proses rawatan. Semua terduduk keletihan. Jam dah pukul 130 pagi. Punyalah lama proses rawatan kali ni. Hafidz mencadangkan semua tunggu sampai lepas subuh baru semua balik. Semua berjaga malam tu, menceritakan pengalaman masing-masing tadi. Hafidz dan Ustaz Kamil turut memberi tazkirah kepada semua akan bahaya perbuatan syirik ni. Aku pulak dah tertidur tak sedar apa dah sampai ke subuh.”
“Hidup aku dan family dah kembali normal lepas tu. Takdak gangguan dah. Aku rehat sampai 3hari ja kat bilik. Bangun pon untuk makan ja. Lain-lain aku just baring atau tidur ja. Aku banyak mendiamkan diri. Dengan anak dan wife aku pon tak bersembang. Kalau cakap pon time mintak air atau makan kat wife aku. Macam-macam yang aku pikirkan. Aku dok terpikir sapa la yang sampai hati buat jahat kat aku.”
Aku: “Dahsyat gila rawatan hang wei. First time aku dengaq dahsyat macam tu. Macam filem dah.”
Syam: “Tu la pasal. Tapi memang ada yang rawatan macam ni. Selalu kita tengok video contoh macam kat youtube, jin yang merasuk ni jenis yang biasa-biasa ja. Yang rasuk aku ni bapak segala jin, jin yang dah masuk level syaitan dah kot. Silat-silat yang Hafidz dengan Ustaz Kamil guna masa lawan tu pon maybe masuk level silat ghaib kot. Tah aku pon tak tau sangat pasal ni. Dah berkaitan pasal ilmu haq atau ilmu karomah dah. Bukan level kita nak bincang pasal ni. Tinggi ilmu depa dua orang tu.”
Aku: “So..lepastu apa jadi?”
Syam: “Empat hari lepas tu, tarikh 15 Disember 2016 hari Khamis, lepas aku solat maghrib dan baca yassin. Aku……..”
Syam tiba-tiba terdiam. Dia termenung jauh. Lama dia termenung. Aku biarkan dia termenung dan melayan perasaan dia. Air mata bergenang di kelopak mata Syam. Kelihatan Syam mengetap gigi umpama menahan diri dari menangis. Tertunduk. Air mata bertitis-titis menitik ke paha dia. Sesekali dia mengusap pipi dia yang basah.
Aku: “Syam..kalau hang takmau sambung cerita pon takpa. Aku mungkin dah dapat faham apa yang jadi lepas tu.”
Syam: “Takpa Fen. Aku sambung cerita. Nanti hang kongsi cerita ni, moga boleh jadi tauladan dan pengajaran kat orang lain.”
“Lepas solat dan baca yassin, hati aku rasa berdebar. Tak sedap hati. Kemudian aku check handphone tengok ada missed call 6 kali daripada Ustaz Hafidz. Aku tak perasan sebab aku silent phone time solat. Aku makin rasa tak sedap hati. Mesti ada something urgent sampai banyak kali Ustaz Hafidz call aku. Aku segera call semula Ustaz Hafidz.”
Syam: “Assalamualaikum Hafidz.”
Pembantu: “Waalaikummussalam. Ni bukan Ustaz Hafidz. Saya anak murid dia. Dia tengah sibuk. Ni Abang Syam kan? Saya Azmi yang hari tu ada sekali buat rawatan kat rumah abang. Saya rasa abang patut cakap terus dengan Ustaz sebab sekarang memang tengah gawat. Saya nak explain kat abang pon tak reti.”
“Suara pembantu Syam tu kedengaran agak resah dan kelam-kabut. Aku boleh dengar macam suasana agak kecoh kat belakang. Bunyi suara zikir dengan baca ayat-ayat suci.”
Hafidz: “Assalamualaikum Syam. kau ok? Kau kat mana?”
Syam: “Waalaikummussalam. Aku ok. Kat rumah.”
Hafidz: “Kau jangan keluar mana-mana! Duduk dalam rumah! Sebenarnya aku tengah menahan serangan. Ada orang cuba hantar sihir lagi kat kau. Pembantu Tok Guru aku call dari Indonesia tadi. Dia yang bagitau ada orang cuba hantar sihir kat kau. Setakat yang tau dari tiga penjuru. Satu dihantar dari Indonesia, Tok Guru aku tengah lawan. Satu dihantar dari Siam, Ustaz Kamil tengah lawan kat Kelantan. Satu lagi dihantar dari selatan negara kita, aku dengan pembantu aku tengah menahan. Aku pon tengah tunggu call dari pembantu Tok Guru aku dari Indonesia. Takut ada tambahan lagi serangan yang dihantar dari arah lain. Kali ini mungkin dengan niat betul-betul nak ambik nyawa kau. Kita doa dan berserah saja pada Allah. Insha Allah, Allah bersama kita. Syam.. Jaga diri, jaga keluarga kau!”
“Line telefon terputus. Aku cuba call balik dua tiga kali tapi tak dapat. Tiba-tiba aku dengar benda berdebuk jatuh atas bumbung rumah aku. Kemudian tingkap kaca kat bilik aku bergegar macam kena langgar. Serentak dengan tu aku dengar suara wife aku menjerit dari tingkat bawah. Aku terus bergegas nak turun bawah. Tapi pintu bilik aku tak boleh buka. Tombol boleh pusing. Tapi bila nak tarik daun pintu, macam tersekat. Macam kena gam. Aku dah tarik sekuat hati, tapi tetap tak terbuka.”
“Kemudian aku dengar suara anak aku menangis. Aku dah makin kelam-kabut. Digoncang-goncang, disepak-sepak pintu tu. Kemudian aku rasa bilik tidur aku ni panas. Makin lama makin panas. Macam duduk dalam oven. Aku terus jerit ‘BUKAK LAH PINTU NI BODOH!’. Terus pintu tu terbuka sikit dengan sendiri.”
“Dengan cepat aku terus turun bawah sambil dok panggil wife dengan anak aku. Sepanjang turun tangga rumah aku, aku rasa macam berkali-kali aku langgar bayang-bayang. Setiap kali langgar, rasa macam lalu haba panas. Ada bayang hitam, ada bayang putih. Aku dah tak hirau apa dah, janji aku dapat cari wife dengan anak aku. Aku rasa satu rumah ni panas. Berbahang.”
“Bila dah sampai bawah. Aku nampak wife dengan anak aku kat pintu rumah. Dok berpelukan sambil menangis. Bunyi hempasan pintu sangat kuat. Mungkin dari pintu dapur atau pintu tandas. Berulang-ulang kali. Telinga aku berdesing, kadang-kadang jadi macam pekak tak dengar apa, kadang-kadang boleh dengar. Baju aku dah basah, sekejap ja basah semua sebab rasa terlalu panas dalam ni”
Syam: “Ayang! Ok ka?”
Wife: “Abang..Ayang dah tak tahan. Panas. Takut.”
Syam: “Istighfar banyak-banyak. Abang call Hafidz sekarang, panggil dia datang.”
Wife: “Cepat bang. Panas sangat-sangat ni. Kesian kat anak.”
“Aku cuba call lagi Hafidz. Tapi line takdak. Zero. Bila aku pandang keliling ruang tamu rumah aku. Nampak sangat suram dan malap. Sekali-sekala macam ada bayang-bayang laju melintas. Aku dah makin tak tahan dengan suasana panas ni. Nak bernafas rasa sesak. Anak aku makin kuat menangis. Aku nak keluar ja dari dalam rumah ni. Aku dukung anak aku. Bila nak bukak pintu rumah tak boleh. Sama situasi macam kat pintu bilik tidur tadi. Melekat.”
“Aku baca ayatul Qursi. Sambil zikir aku tekan tombol pintu. Terbukak. Aku cuba panggil jiran sebelah aku. Tapi aku rasa suara aku bergema. Kami macam di dalam satu ruang tertutup yang ghaib. Aku jerit sekuat hati panggil jiran sebelah aku. Tetap aku rasa suara aku bergema dalam ruang ni. Ni mesti kerja syaitan, pisahkan kami dari dunia luar.”
“Aku ambik keputusan nak pi sendiri kat Hafidz. Aku berlari masuk rumah ambik kunci kereta. Masukkan wife dengan anak aku dalam kereta. Start kereta, terus gerak nak pi kat Hafidz. Auto-gate rumah aku tak sempat buka habis pon aku undur langgar ja. Rasa terhegeh-hegeh sangat gate tu nak terbukak.”
“Aku tak ingat aku drive berapa laju tapi sepanjang hidup aku, aku tak pernah drive selaju tu. Yang peliknya, sepanjang jalan, takdak sebijik kenderaan langsung. Kami macam di alam lain. Sekali-sekala, kat sisi tingkap aku, dari ekor mata aku, aku nampak bayang-bayang hitam mengejar. Bumbung kereta bunyi dihempuk-hempuk berkali-kali. Bunyi terlalu kuat macam nak roboh bumbung kereta aku ni. Wife dengan anak aku makin kuat menangis. Kemudian ada satu bayang ataupun benda putih berada betul-betul laluan aku. Aku mengelak ke kiri.”
Syam kemudian terdiam. Terbata. Dia menggenggam kesemua jari-jemari. Pandangan dia dialihkan ke arah langit. Dia pejamkan mata, menarik nafas panjang dan menghela dengan bunyi keluhan.
“Aku mengelak ke kiri. Setakat tu ja aku ingat. Sedar-sedar aku dah terbaring atas rumput. Orang ramai berkerumun di sekeliling. Aku bangun dipapah oleh orang ramai. Yang pelik aku just luka-luka kecil mungkin daripada terkena kaca cermin kereta. Kereta aku remuk teruk di bahagian depan kiri. Langgar tiang signboard. Kemudian aku nampak tubuh wife dengan anak aku terbaring atas rumput. Ya Allah, runtun jiwa aku. Wajah-wajah kesayangan aku, kini dah kaku tak bergerak. Terbayang-bayang kelincahan anak aku bermain melompat sini sana, kini lembik dah tak bernyawa. Terkulai layu. Aku peluk kedua-duanya. Aku cium, aku usap seluruh badan.Basah wajah anak aku kena air mata aku. Aku tak sangka, aku kehilangan orang yang aku sayang dengan sekelip mata.”
Syam tertunduk. Menekup mukanya. Maafkan abang…maafkan papa… hanya tu kata-kata yang keluar dari mulut Syam. Lama kami terdiam. Masing-masing melayan perasaan masing-masing.
Syam: “Aku rasa kesal kerana tak ikut pesan Hafidz supaya jangan keluar rumah malam tu. Tapi semua yang terjadi sudah ketentuan Allah. Aku redha atas takdir-Nya. Aku teringat kata-kata Hafidz lepas pengebumian wife dengan anak aku. Lepas aku luahkan segalanya kat Hafidz. Dia kata, aku diuji dengan kemewahan, dengan harta dan pangkat. Aku tak sedar sebab aku dalam kesenangan, dalam keindahan dunia. Aku lalai. Aku lupa tanggungjawab pada Yang Esa. Maka syaitan mampu kembali bertapak dalam tubuh aku setelah sebelumnya terhalang oleh amal ibadat yang dibuat. Sekarang Ustaz Hafidz pon dah sambung belajar di Mesir, aku rasa syukur sangat ada kawan yang sudi bantu aku time aku susah. Sekarang ni aku hari-hari ingat pesan dia, dia pesan jangan sesekali tinggalkan ibadat pada Allah.”
-TAMAT-
100. PENUNGGU RUMAH
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400100
TAJUK CERITA : PENUNGGU RUMAH
KARYA : DEE
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum admin n pembaca HZONE BLOG ..
Saya Dee n saya terpanggil untuk berkongsi kisah seram yang saya alami sendiri apabila terbaca kisah2 seram di sini. Maaf saya tak pandai nak mengarang cerita. Maaf sekali lagi kalau tak seram.
eritanya bermula masa saya dan suami berpindah ke rumah kakak ipar saya di taman dimensi lendu melaka.rumah teres dua tingkat.bawah ada 1 bilik dan 1 bilik air. Manakala atas ada 3 bilik dan 2 bilik air di dalam bilik masing2. Waktu tu saya hamil 7bulan. Permulaan duduk dirumah tu saya dan suami tidak mengalami apa2 jenis gangguan pun hinggalah satu petang arwah mak uda dan sepupu saya datang dari jasin untuk minta bantuan suami bagi mencari ustaz untuk memulihkan rumah beliau yang sering “diganggu” oleh makhluk halus ni. Selesai berbincang n berborak saya dan suami membawa mereka pergi ke Darul Syifaq dan berbincang. Selesai segala urusan saya pulang ke rumah saya dan beliau pun pulang ke rumah beliau.
Malam tu dalam pukul 11.45pm saya memberitahu suami bahawa saya lapar n suami kata nanti dia masakkan. Tengah2 p****g bahan rencah untuk buat mee goreng mamak (saya tengah bantu suami dalam memotong rencah2 masakan) tiba2 tingkap dapur rumah seolah2 diketuk dari luar. Bunyi sayup2 tapi banyak kali ketukkan tu.kami berpandangan sesama sendiri dan bila kami tidak pedulikkan bunyi tu senyap.
Selesai masak saya dan suami lepak di ruang tamu sambil menjamu selera. Masa ni rumah kami tiada tv. Tengah sedap makan2 sambil berborak tiba2 saya dan suami dengar macam ada orang naik tangga ke tingkat atas. Bunyi tapak kaki tu berjalan seolah2 macam laju.(dekat tangga atas tu ada tanglong yang bila kena angin dia bunyi chring) diikuti bunyi tanglong tu. Serta-merta saya pandang suami tanpa mengeluarkan kata2. Suami mulanya buat endah tak endah je. Tapi bila dia melihat muka saya berubah dia pun cuba naik ke atas lihat apa sebenarnya yang berlaku. Suami saya turun balik dan bagitahu tiada apa2. Malam tu saya ajak suami tidur ruang tamu sebab malas nak naik sebab perut pun dah kedepan dan takut pun ya juga.
Keesokkannya suami bekerja seperti biasa dan saya duduk di rumah ditemankan oleh kucing2 kesayangan (saya suri rumah) tengah2 lepak main game. Tiba2 dalam tngah hari mcam tu tanglong tu berbunyi selama 5 minit sehingga la saya buka surah al jin. Baru la berhenti bunyi tanglong tu.serta merta saya call suami suruh pulang.
Malam tu kami pergi berjumpa kawan suami yang pandai tengok2 kan “benda” apa yang kacau kami ni.rupanya2 ada 3 benda dalam rumah tu. Bapa kawan suami ni pandai sikit bab tengok2kan sebab dia ni kira guru silat juga la mcam tu. Dia ambil botol kicap kaca yang kosong isinya dan baca ayat quran surah apa xpasti lepas tu dia ambik gambar pakai hp. Guess what apa yang ada dalam gambar tu. 3 ekor makhluk Allah ni ada dalam gambar tu.1 tu panjangm, muka tangan dan jari2 dia semua pnjang2. 1 tu budak kecik dan 1 lg tu mcam siamang atau beruk berbulu lebat. Pakcik tu cakap beruk tu suka anak saya n tengah tunggu kelahirannya. Lepas pada kejadian tu ada 1 hari tu suami kemaskan bilik kosong dekat atas.(ada 2 bilik kosong sebab kami guna bilik master bedroom). Waktu tu tgah hari. Lepas kucing2 kami semua keluar dari bilik mereka (bilik kosong tu tempat kami kurungkan kucing2 kami) bersih n basuhkan taik2 mereka siapkan tempat tidur mereka kami pun lepak bawah dengan kucing2 sambil bergurau n main2 dengan kucing2 ni semua. Tengah2 lepak tiba2 bunyi macam barang berat kena hempas kat tingkat atas. Saya dan suami berpandangan. Suami terus naik ke atas dan lihat tiada apa yang berlaku. Suami siap marah dan sound lagi “sekali lagi kau kacau anak bini aku, kau jaga baik! kau nak menumpang kat sini lantak kau la yang kau nak mengamuk2 pehal? Untung baik aku bagi kau menumpang siap aku kemaskan lagi bilik tu”. Beraninya suami saya marah benda tu.lepas tu senyap sunyi rumah macam tak ada pape.
Lepas pada kejadian tu suami pagar rumah n alhamdullillah tiada pape berlaku lagi.
Pikiran saya meleset. Ingatkan dah tak ada gangguan lagi.rupa2nya suami terlanggar pantang masa saya dalam pantang.(masa ni saya baru beranak dan saya alami sakit teruk hingga saya tidak boleh berjalan selama 4 bulan). Suami balik dalam waktu manghrib dan terus masuk rumah tanpa baca apa2.
Lepas tu rumah saya kembali diganggu oleh makhluk2 yang lain atau sama saya tak pasti. Setiap kali saya bangun nak pergi tandas suami akan papah saya hingga ke depan pintu tandas dalam masa yang sama anak mesti akan terjaga dan menangis (masa tu dia tidur lena). Suami pun angkat dan dodoikan tapi setiap kali lalu depan tangga or berdekatan tangga mesti lagi kuat dia menangis. Sampai la mak saya suruh suami ambik daun apa lupa namanya letak setiap penjuru rumah. Mak saya pun bekalkan taik besi,duri durian belanda,paku,garam,lada hitam,bawang putih n lupa lagi 1 nama ni bungkus selawat baca ayatul kursi 4 kul n amanarasul. Letak tepi bayi.alhamdulillah bayi xnangis malam lagi hingga kini.
Lepas bayi 5 bulan kami sekeluarga berhijrah ke kuala lumpur. Alhamdulillah semuanya selamat cuma hingga kini masih teringat lagi kejadian tu. Maaf tak seram mana. Nanti saya cerita lagi kisah seram yang saya alami bila saya pindah rumah di kl iaitu rumah yang saya duduki kini.
-TAMAT-
101. GANGGUAN SAKA
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400101
TAJUK CERITA : GANGGUAN SAKA
KARYA : AZREEN
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Ini kali pertama aku berkongsi cerita kat sini. Pengalaman ni takkan aku lupakan sampai bila-bila. Kisah ni agak panjang, harap bersabar untuk membacanya. Hehe. Kejadian ni terjadi 4 tahun yang lepas. Masa tu kami sekeluarga tengah bercuti di luar negara, dan dapat panggilan dari keluarga sebelah ayah yang nenek tengah sakit teruk, dan kini ada kat hospital. Sekembalinya ke Malaysia, iaitu dua hari selepas dapat panggilan tu, mama dan ayah aku pun pergilah melawat nenek kat hospital.
Time tu aku dah balik ke Shah Alam, sebab masih study lagi. Dapat cerita dari adik beradik ayah yang lain bahawa keadaan nenek agak teruk. Senang kata, bed-ridden lah. Lepas tu Mak Ndak cerita yang nurse dan doktor kat wad yang nenek duduk tu sampai tak boleh buat apa, bila tengok keadaan nenek yang tak duduk diam, resah gelisah. Bila waktu malam je, mula lah memekik melolong sebab katanya panas. Bahang.
Sedangkan katil nenek betul-betul bawah kipas. Dan doktor nasihatkan suruh ayah bawak nenek pulang sahaja, memandangkan nenek tak ada penyakit yang serius, cuma keadaannya nampak teruk. Sebenarnya kami sekeluarga dah faham kenapa nenek macam tu tapi masing-masing memilih untuk berdiam diri. Ayah cerita yang nenek memang ada bela saka dari zaman nenek muda-muda lagi, sebagai pertahanan diri. Biasalah, orang dulu-dulu.
Memandangkan ayah adalah anak lelaki yang sulung, ayah membuat keputusan untuk jaga nenek kat rumah. Rumah kami tu betul-betul kat sebelah hutan. Jadi bila waktu malam je, memang seram lah. Nenek duduk di bilik aku, kat bilik tengah. Sebab bilik aku je yang ada katil single, jadi senang dan sesuai lah untuk nenek. Dan bermulalah kisah seram di sini. Beberapa hari abang aku yang jaga nenek, sebab mama dan ayah ada hal apa ntah, aku dah lupa. Abang cerita yang time malam je nenek akan meracau, mulut terkumat kamit baca sesuatu, dan kedua-dua belah tangan dia ke kiri ke kanan seolah-olah macam menghalau sesuatu. Yang lawaknya abang aku ni, konon nak dijadikan bukti, dia letak video cam tepi katil nenek, dan rekod keadaan nenek bila waktu malam. Aku dan ahli keluarga yang lain masih ingat lagi video tu macam mana. Ternampak ada asap-asap hitam berkeliaran atas badan nenek, sebab tu nenek ‘menghalau’ benda tu jangan datang dekat.
Disebabkan kesian tengok keadaan nenek hampir setiap malam macam tu, kami pegi mintak air penawar dari ustaz, dan ustaz cakap bila nampak nenek meracau, spray air tu kat seluruh badan nenek. Kebetulan waktu tu aku dah cuti sem, jadi aku ada sekali lah. Malam tu mula lah sesi meracau nenek. Kami bukak lampu kuning kat bilik tengah tu. Time tu aku, abang aku dan ayah masuk nak menjenguk nenek. Aku bawak lah bekas spray air penawar tu. Nenek cakap seluruh badan dia sengal, berbisa.. Aku pun picit-picit lah badan nenek. Lepas tu dia mengadu panas pulak, kepala dia ke kiri ke kanan macam orang tak betul. Ayah dan abang kat sebelah tengah baca Yassin. Sambil mulut aku terkumat-kamit baca ayat Qursi, aku spray la air penawar kat badan nenek. Dalam kesamaran lampu bilik, nenek pandang tepat ke arah wajah aku. Tapi aku tau tu bukan wajah nenek yang aku kenal.
Pandangan mata ‘dia’ terus masuk ke dalam mata aku dan aku dapat rasa sesuatu dalam badan aku. Aku baling air penawar tu, dan aku lari pegi bilik hadapan sambil meraung macam orang gila. Aku histeria. Menangis, melolong tak ingat dunia. Kecoh jugak rumah malam tu. Mama dah mula menangis. Ayah pula peluk aku erat dan baca apa yang patut dan dengan harapan untuk cuba menenangkan aku. Hampir 15 minit lepas tu, baru aku reda. Tapi seluruh badan aku menggeletar. Ada beberapa adik beradik belah ayah datang tidur rumah kami malam tu, termasuklah boyfriend aku (dah suami aku dah sekarang) untuk meramaikan kat rumah. Nenek dah kembali ke asal dan aku dapat dengar dia merayu mintak maaf kat aku dari jauh. Kesian pula aku dengar.
Keadaan ni tak berhenti takat ni je. Kakak aku dua orang, sorang duduk kat Shah Alam, lagi sorang kat Damansara. Kak Ngah yang duduk di Shah Alam call dan cakap dia dan keluarga dia kena kacau dengan ‘benda’ kat rumah. Dari gambaran yang dia cerita, sama macam aku nampak kat dalam bilik nenek tadi. Dan selang beberapa minit kemudian, kawan serumah Along call dan cakap Along kena rasuk. Ahh sudah. Nasib baik ayah mertua kak Ngah jenis yang warak, dia lah yang bantu bawak Along balik ke rumah mama dan ayah. Kak Ngah ikut dari belakang. Sepanjang perjalanan, Along meronta-ronta nak keluar dari kereta, dan suara yang keluar darinya adalah suara ‘benda’ tu. Nasib ada mak mertua Kak Ngah tolong pegang Along.
Kak Ngah dan Along sampai subuh keesokan harinya. Mama suruh Along tidur di sebelah aku, lagipun Along time tu nampak dah okay tapi muka dia pucat. Selepas 5 minit dia baring, badan dia tiba-tiba menggeletar, habis gegar satu katil. Dan dia meraung kesakitan. Aku peluk Along, dengan aku sekali menggeletar sampai rasa nak terjatuh dari katil. Aku baca Qursi, 3Qul semua tak jalan. Aku jerit panggil ayah. Abang, ayah semua pegang Along, Along kelihatan macam nak bangun dari katil dan pegi ke bilik nenek. Along jerit cakap, “Lepaskan aku! Aku nak jumpa dia!”. Time tu jugak ustaz sampai dan cuba untuk berubat Along. Tapi Along boleh gelak je tanda perlekehkan ustaz. Lepas sesi soal jawab dengan benda tu, barulah kami tau bahawa saka nenek nak cari pengganti badan yang lain memandangkan nenek dalam keadaan tenat dan nenek tak mahu saka tu lagi. Dan benda tu nak Along. Allahu, macam nak gugur jantung aku dengar.
Sejak dari kejadian ni, kami sekeluarga memang tak tenteram. Aku jenis boleh nampak benda-benda halus. Sekali sekala aku nampak kelibat hitam keluar masuk bilik nenek, dan yang paling aku tak boleh lupa, aku dengar orang berjalan kat atas bumbung, tapak kaki tu macam gergasi tengah jalan. Aku tanya yang lain, tapi tak dengar pulak apa yang aku dengar. Keadaan Along tak sentiasa kena rasuk, ada masa dia okay, ada masa dia tak okay. Masa dia okay, dia cerita la macam mana dia nampak benda tu masuk dalam badan dia.
Along cerita yang benda tu serang jantung dia dulu. Jantung dia jadi berdegup kencang, dan dia cakap bila kami dengar dia meronta dan meraung tu sebenarnya dia tengah ‘lawan’ dengan benda tu untuk berebut jasad Along. Habis je dia cerita tu kat kami, dia menggelupur jatuh ke lantai. Along kena rasuk lagi sekali. Kali ni lebih teruk, di mana dari dada sampai ke lutut dia terangkat, seolah-olah mahu terapung. ‘Nenek’ kat dalam bilik tengah gelak-gelak. Ustaz suruh tutup pintu bilik nenek, sebab khuatiri perkara buruk akan terjadi. Lepas ustaz berubat Along, dia kembali okay. Dia tidur je selepas tu. Mungkin keletihan.
Ustaz bagitau ayah yang dia harus bawak nenek pegi ke pantai untuk buang benda dalam badan nenek, iaitu pada malam yang sama. Sebab dalam badan nenek dah sampai beranak pinak dah benda tu. Nenek dipapah duduk di atas kerusi roda, dan aku sempat tengok nenek yang di mana mukanya lain sangat. Aku hampir tak kenal nenek. Ayah pegi pantai tu dengan abang, sepupu lelaki aku dua orang dan boyfriend aku. 30 minit kemudian, ayah telefon mama dari pantai, cakap yang Ustaz tengah buangkan benda tu dari badan nenek, Ustaz mintak tolong tengokkan keadaan Along. Dalam tengah bercakap tu, badan Along menggeletar lagi sekali.
Jenuh kami adik beradik cuba menenteramkan Along. Rupa-rupanya benda tu transfer dari badan nenek ke badan Along. Ustaz terpaksa bermalam di rumah kami untuk memantau keadaan Along. Keesokannya Along masih kelihatan teruk, dan ustaz panggil tok gurunya untuk datang membantu. Ustaz dan tok guru merawat Along di bilik hadapan, dan menyuruh ayah dan abang untuk membuka tingkap di hadapan katil. Dan tok guru mintak abang, ayah, boyfriend aku, dan dua orang sepupu lelaki aku untuk standby pegang Along. Bila tok guru mula membaca ayat-ayat suci Al-Quran, along dah start meraung dan gelak dalam masa yang sama.
Badan dia terangkat, dan lelaki-lelaki yang ada kat dalam bilik tu pegang Along. Tapi tok guru cakap, “Kalau ‘dia’ nak terapung, biar lah ‘dia’ terapung.” Semua yang ada dalam bilik tu lihat dengan mata mereka sendiri Along terapung di atas katil. Ayah tanya kenapa jadi macam ni? Tok guru cakap bumi dan langit tak nak terima benda dalam badan Along, sebab tu dia terapung. Aku, mama dan ahli keluarga perempuan yang lain semua tunggu di luar bilik. Aku cuba menenangkan mama yang tengah teresak-esak menangis. Dan Pak Su tengah pantau keadaan nenek di bilik tengah. Katanya nenek kelihatan lemah.
Lama jugak ustaz dan tok guru merawat Along. Selesai je merawat Along, benda tu pun dah berjaya dibuang keluar tingkap, Pak Su beritahu yang nenek tengah nazak. Pak Su ajar nenek untuk mengucap, dan selepas tu, nenek pun menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pada hari Jumaat. Perasaan kami sekeluarga pada ketika tu bercampur baur. Lega sebab keadaan Along dah okay. Sedih sebab nenek dah pergi meninggalkan kami. Urusan mengebumikan nenek berjalan dengan lancar, Alhamdulillah.
Walaupun dah 4 tahun berlalu, saka tu masih berkeliaran di luar rumah. Sekali sekala ada juga aku nampak, kejap atas pokok di luar rumah, kejap terapung atas pagar rumah, tapi ustaz cakap jangan risau, dia tak boleh kacau kami sekeluarga lagi dah. Dan sampai sekarang Along takkan jejak kaki ke dalam bilik tengah, sebab dia cakap masih dapat rasa ‘bau’ benda tu dalam bilik tu. Wallahuallam..
-TAMAT-
102. PATUNG KAYU ORANG ASLI
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400102
TAJUK CERITA : PATUNG KAYU ORANG ASLI
KARYA : HAMBA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Seronok membaca HZONE 👁🗨 BLOG menyebabkan aku rasa nak berkongsi sebuah kisah. Untuk memulakan cerita yang ada pelbagai watak, aku letakkan dulu nama aku sebagai Ali. Ketika dalam tahun 2011-2013 masa bujang dulu aku aktif dalam sebuah NGO. Salah satu fokus NGO ini adalah berkaitan hutan dan masyarakat orang Asli. Banyak penerbitan dan mini dokumentari yang telah kami buat berdasarkan trip2 masuk hutan dan tinggal di perkampungan orang asli.
Tahun 2012 kami ditugaskan membuat kajian dan tinjauan di sebuah kampung orang asli. Lokasi kampung, nama kampung, daerah, DUN, parlimen dan negeri dirahsiakan bagi menjaga dan menghormati privasi masyarakat orang asli tersebut. Kalau ada dikalangan pembaca boleh meneka atau mengagak kat mana lokasi tu, korang diam2 jer la. Dalam tugasan itu, badan NGO itu telah menghantar ramai delegasi dan dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Kumpulan aku mempunyai 5 orang. Aku (Ali), seorang ahli jawatankuasa NGO tu (Diana), seorang penyelidik (Hairul), seorang photographer (Roy) dan seorang intern (Shima). Kami berlima akan menetap dalam kampung tu selama 5 hari bagi melengkapkan tugasan.
Kami bertolak dari ibu kota melalui beberapa ladang kelapa sawit, hutan dan sungai dan akhirnya sampai ke kampung tu. Ceh, macam adventures sangat perjalanan. Kami sampai dalam pukul 5.30 petang dan disambut oleh Tok Batin kampung. Kami diberi dua buah rumah untuk tinggal sementara melengkapkan tugasan di situ. Kampung itu agak jauh dari penempatan. Bekalan elektrik daripada generator manakala bekalan air terus dari sungai.
Malam pertama kami di situ dijamu makan malam oleh orang kampung. Penduduk kat situ majoritinya mengamalkan kepercayaan animisme dan yang selebihnya beragama Kristian, Islam dan ada juga yang atheis. Untuk memudahkan tugasan kami, Tok Batin telah mengarahkan 2 orang anak buahnya menjadi penunjuk arah sepanjang kami berada di sini.
Ok, fast forward ke hari ketiga. Pagi tu kami dah bersiap nak buat pemerhatian melalui jalan air plak. Setelah semua kelengkapan siap dipunggah ke dalam bot, semua ahli kumpulan berkumpul kat jeti bersama 2 orang pemandu arah kami. Semua dah ada kecuali Diana. Nak telefon, line pun tak dak. Selepas setengah jam tunggu, baru la muncul kelibat Diana. Rupanya dia pergi meronda dulu kampung orang asli sambil sound orang asli kat situ sebab buang sampah merata sampai masuk sungai. Memang gaya macam cikgu disiplin betui la mokcik ni.
Setelah habis pusibg sungai, kami balik semula ke kampung dalam pukul 6 petang. Petang tu suasana kampung tu sangat suram. Orang kampung hanya perhatikan kami dari jauh. Tiada lagi teguran atau sapaan mesra. Budak2 kecik pun mengelak daripada bertemu kami. Ni mesti punca kena sound sebab sampah ni.
Malam tu dalam pukul 8 sorang wakil Tok Batin panggil kami ke rumah Tok Batin. Kami semua pergi rumah Tok Batin. Memang betul sangkaan aku. Beberapa orang kampung kat situ dah tersinggung sebab kena sound dengan Diana. Tok Batin menasihati kami selesaikan semua urusan esok dan balik segera. Malam tu kami terpaksa buat brainstorm kat dalam rumah tumpangan bagi perancangan untuk menghabiskan kerja kami.
Hari keempat. Kami siapkan kerja kami sehingga tengahari saja sebab dah kena “halau” oleh orang kampung. Terpaksa la kami cepatkan kerja kami walaupun perancangan asalnya nak duduk sini 5 hari. Sebelum balik, salah seorang penduduk kampung ni bagi Diana satu cenderamata berupa patung kayu bewarna hitam. Ukurannya dalam 15 cm tinggi. Ukiran patung tu sangat kemas dan teliti. Hairul siap bagitau untung la Diana dapat souvenir. Tepat pukul 2 petang kami bergerak keluar dari kampung tu.
Maka, bermula la kisah angker pada Diana. Kisah ni diceritakan oleh Diana kepada aku dan Roy.
Sebaik sampai rumah pada jam 9 malam, Diana terus bawa masuk beg dan segala perkakasan dalam rumah. Patung tu dia letak dekat rak buku di ruang tamu. Malam tu dia tidur awal sebab suaminya outstation. Malam selepas balik dari kampung orang asli, Diana bermimpi berjalan di sekitar sungai dan hutan dekat kampung orang asli. Sedang dia berjalan2 tiba2 dia disergah oleh makhluk yang badan macam mawas, tapi berkepala macam serigala. Terus dia terkejut dan terbangun dari tidur. Selepas tu dia tidur balik dan kali ni dia mimpi ular hitam yang besar membelit badan dia dan bawa dia masuk sungai. Sekali lagi dia terjaga dari tidur. Diana sampai takut nak tidur sebab diganggu dengan mimpi yang pelik2. Hampir seminggu dia dapat mimpi ngeri dengan pelbagai makhluk nak b***h dia dalam mimpi.
Rupanya hantu tu baru dalam proses perkenalan. Selepas seminggu, hantu tu memulakan sesi perkenalan dengan gangguan yang cliché yang biasa hantu Melayu buat. Bunyi guli atas lantai, bunyi benda bergolek atas bumbung, bunyi tapak orang lari atas tangga, main suis lampu, main paip air, bunyi orang tabur pasir dan bunyi orang ketuk pintu malam2. Habis satu keluarga Diana kena kacau. Husband dan 2 anak perempuan dia pun tak terkecuali. Pernah dia panggil anak dia kat bilik atas, siap ada yang menyahut. Bila naik tengok bilik, takde orang. Bila dia call telefon, rupanya anak dia pergi tuisyen. Dalam dua bulan gangguan tu berlaku, Diana panggil ustaz buat pagar rumah dan buang hantu tu. Seminggu jugak la hantu tu cuti selepas ustaz buat pagar.
Selepas seminggu, gangguan kembali. Dan kali ni makin brutal. Diana dan anak2 selalu dicakar dan adakalanya ada kesan lebam bekas digigit di tangan atau kaki. Setiap malam mesti ada bunyi ketuk2 di tingkap dan pintu sampai atu rumah boleh dengar. Setiap malam diorang baca yasin tapi gangguan tak juga kurang. Mimpi ngeri Diana pun dah berjangkit ke anak2 dia sampai terganggu persekolahan. Paling tak tahan masa nak solat pun benda tu boleh main cuit2 dan tarik kain telekung. Anak2 pun selalu nampak macam kelibat budak kecik main lari2 dalam rumah. Masakan kat rumah selalu cepat basi siap berulat2 walaupun baru lepas masak.
Diana makin tak tahan. Dia panggil sorang lagi ustaz dan ustaz ni pun mengubat dia dan anak2. Rumahnya pun dipagar berkali2. Hantu tu cuti seminggu. Selepas seminggu, dia selalu jumpa bangkai binatang kat laman rumah dia. Mula2 dia sangka kucing dia punya angkara sebab dia ada bela 3 ekor kucing. Tapi dia pelik sebab binatang yang m**i tu makin lama makin banyak dan saiz makin besar. Mula2 tikus, burung, tupai, lepas tu ada bangkai biawak, monyet, dan last kali paling ngeri bangkai kucingnya sendiri. Diana punya la sedih campur geram. Dia cerita bangkai kucing dia macam kena gigit dan d***h kucing tu macam kena sedut sampai kering.
Malam tu suami dia balik outstation lari lintang pukang masuk rumah sebab kena sergah dengan satu lembaga dekat pokok mangga depan rumah. Makhluk tu punya la tinggi berwarna hitam dengan mata warna merah. Disebabkan lampu jalan ada dekat situ, memang suami dia nampak jelas makhluk tu.
Masuk bulan keempat gangguan, Diana mula demam dan sakit badan terutama lepas waktu maghrib. Dah macam orang kena santau plak. Selera makan pun hilang tambah pulak makanan selalu cepat basi. Gangguan dah semakin buruk sehingga menggangu jiran. Jiran2 mengadu terdengar bunyi orang bercakap dan bunyi perabot dialih macam nak pindah rumah di tengah2 malam ketika keluarganya tiada di rumah. Ada jiran ternampak lembaga putih bertenggek atas bumbung rumahnya. Ada pulak jiran yang nampak lembaga hitam memanjat dinding rumah macam spiderman. Jiran depan rumah pun pernah kena kacau dengan lembaga hitam kat pokok mangga menyergah sambil goyang2 pokok.
Diana telefon aku dan Hairul bagitau masalah dia. Gangguan tu dah semakin teruk sampai dia dan ahli keluarga dah sakit. Hairul teringat pasal patung kayu tu. Dia minta dia buang. Diana pun ikut nasihat Hairul dan buang patung tu dalam tong sampah depan rumahnya. Malam tu Diana sekeluarga diganggu dengan bunyi tangisan mendayu2 kat luar rumah. Esok pagi, dia mesej aku dengan Hairul. Dia cakap patung kayu yang dia buang tu ada depan pintu. Elok jer diletak berdiri mengadap pintu. Dia dah tak keruan tak tau nak buat apa. Dah ramai ustaz dipanggil sepanjang 4 bulan ni tapi gangguan tak juga reda.
Malam tu Diana panggil ustaz yang lain. Aku dan Hairul pun dipanggil sekali. Cuma Roy dan Shima tak dapat datang sebab ada tugasan di luar. Kat rumah Diana aku tengok dah macam stokis jual air mineral. Berbotol2 air mineral yang dah dirukyah ada kat rumah dia. Aku kesian tengok dia. Dah cekung, tak lalu makan, dan selalu terbatuk2. Ustaz tu cuba mengubatinya dan minta patung kayu tu. Selepas dibacakan beberapa ayat ustaz tu diam dan membelek2 patung kayu tu. Kemudian dia menggeleng kepala. Dia bagitau kami tak pernah lagi dia mengubat gangguan macam ni. Memang power rangers punya gangguan. Setelah kami cerita apa yang berlaku, ustaz tu minta kami pergi minta maaf kepada pengirim dan pulangkan patung tu. Ustaz tu cakap gangguan dihantar ni banyak sampai berlapis2. Patung tu sebagai medium. Ada satu family jin, hantu raya, polong, pelesit dan santau angin. Aku dengar pun melopong. Biar betik ustaz ni. Ustaz tu bagitau ilmu dia tak cukup nak halau hantaran dari orang asli ni.
Aku dan Hairul ni dah malas nak gi kampung orang asli tu. Ye la. Dah kena halau. Kang mampus aku kena sumpit. Lagi pun kalau kami pegi pun bukannya kami kenal siapa yang bagi patung tu. Jadi kami cari alternatif lain.
Esoknya aku telefon member aku J seorang orang Asli berketurunan Mahmeri. Aku kenal dia masa buat kerja dalam NGO ni la. Dia cadangkan aku jumpa kawan dia Tajul seorang orang asli kat Kampung S****. Tajul ni kenal sorang bomoh orang asli yang agak super duper power kat kampung S**** tu. Pendek cerita aku, J dan Tajul berjaya membuat temujanji dengan bomoh ni. Dia bersetuju untuk datang ke rumah Diana pada malam minggu depan.
Tiba la malam yang dijanjikan. Gangguan dah masuk bulan kelima. Aku, J dan Tajul datang bawa bomoh tu ke rumah Diana. Bomoh tu mengasap patung tu dengan kemenyan dengan membaca mentera jampi yang aku pun tak paham. Kemudian dia menurun. Tiba2 dia mendongak dan memandang Diana dengan muka bengis. Dia membebel dalam bahasa orang asli suku Temiar, Semai, Senoi dan Bateq campur bahasa dialek tempatan kampung orang asli yang kitorang pegi tu. Mujur ada Tajul boleh jadi translator.
(Lebih kurang begini la dialog dia.)
“kau, aku benci sama kau” sambil bomoh tu tunding jari kat Diana.
“kau orang luar buat huru hara kat kampung kami”
“aku nak kau m**i” bla bla bla
Sebenarnya panjang lagi bebelan bomoh tu. Aku dah lupa. Selepas selesai upacara, aku telefon Hairul. “Kita takde pilihan la Hairul. Kita kena gak pulangkan patung tu dan minta maaf kat si penghantar tu.” Hairul pun setuju. Bomoh ni pun bahaya gak. Menurut Tajul, jin pendamping bomoh ni BFF dengan jin dalam patung kayu tu. Karang bala lain pulak yang datang kat Diana.
Esoknya hari Ahad, aku, Hairul dengan Roy bawa patung tu pergi masuk kampung orang asli tu. Kami sampai dalam pukul 2 petang dan terus ke rumah Tok Batin. Kami pun cerita la kisahnya kat Tok Batin dan dia cadangkan kami pergi jumpa bomoh orang asli situ yang duduk tak jauh dari situ. Kami pergi rumah dia tapi takde orang. Menurut orang kat situ, dia ni selalu masuk hutan. Kami jadi buntu. Terpaksa tunggu juga la. Taknak balik tanpa hasil.
Tunggu punya tunggu, pukul 6 bomoh tu balik baru keluar hutan. Kami pun terus jumpa dia minta maaf dan nak pulangkan patung tu. Dia pulak mati2 tak mengaku dia punya patung. Adoiii… bala ni. Macam2 cara kami pujuk bomoh ni tapi tak berhasil. Takde pilihan kami balik dengan hampa. Balik malam tu macam2 kami kena. Keluar kampung tu kami sesat dalam ladang sawit. Dah pukul 8.00 malam tak jumpa jalan keluar. Akhirnya kami 3 orang orang keluar kereta dan azan kuat2 di tengah ladang sawit tu. Pukul 8.30 malam baru jumpa jalan keluar masuk ke jalan kampung. Sepanjang perjalanan tu jangan cakap la gangguannya. Aku pasang cd al quran kuat2 dalam kereta nak tenangkan perasaan. Kami buat keputusan nak tido kat RnR malam tu. Adalah sangat tak bijak balik rumah tengah2 malam ni bawa tetamu tak diundang. Jadi kami pilih RnR yang terdekat dan lepak kat situ sampai siang. Pagi tu semua orang call opis masing2 untuk cuti emergency.
Kami semua terus ke rumah Diana membawa berita buruk. Nampak muka Diana hampa. Tapi kami tak habis lagi ikhtiar. Hairul telefon keluarganya di utara dan diberi nombor telefon sorang ustaz pondok yang mahir dalam skill ghost buster.
Tiba hari temujanji dengan ustaz tu. Ustaz tu telah melihat terlebih dahulu kat rumah Diana dan menetapkan dia perlukan beberapa hari untuk mengubatinya. Suami Diana mencarikan sebuah homestay yang dekat dengan rumahnya untuk ustaz tu bersama beberapa orang muridnya.
Ustaz tu memulakan dengan mengubatinya. Setelah dibacakan doa dan dibacakan beberapa p****g ayat suci al quran, dia tiba2 muntah mengeluarkan d***h kehitaman beserta dengan miang buluh, tanah dan macam2. Menurut Diana baunya sampai beberapa anak murid ustaz tu lari keluar termuntah2. Selepas itu ustaz tu akan “mengubati” patung kayu tu untuk menghalau makhluk yang menetap dalam tu. Selepas beberapa hari baru la bersih rumahnya dari gangguan dan dia semakin pulih. Ustaz tu menyerahkan patung kayu tu kepada aku dan Hairul untuk dibuang. Kami buang patung tu kat dalam Sg Klang.
Selepas ustaz tu pulang, ternyata gangguan telah berakhir. Tetapi Diana masih perlu meneruskan rawatan disebabkan kesan buatan orang tu masih berbaki dalam badan. Hampir 6 bulan juga la Diana berubat sehingga benar2 sembuh.Selepas kejadian tu, kami lebih berhati2 supaya tak mengguris hati orang asli di setiap trip kami. Kali terakhir aku Diana dan Hairul menyertai program NGO tu pada pertengahan 2013. Selepas tu kami semua bawa haluan masing2. Tapi masih lagi berhubung sampai sekarang dengan program NGO lain yang suka tanam pokok pulak.
Oh, pasal patung kayu tu. Menurut sumber yang sahih (orang asli situ gak) kayu tu diambil dari teras pokok cengal di dalam hutan dan dipuja dengan korban d***h haiwan. Kalau korang jumpa patung kayu pelik kat Sg Klang tu jangan la kutip yer.Sekian.
-TAMAT-
103. ROOMATE SIXTHSENSE
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400103
TAJUK CERITA : ROOMATE SIXTHSENSE
KARYA : JANE
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Hai semua. Terima kasih kerana sudi memaparkan cerita aku. Cerita yang ingin aku kongsikan adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Kejadian ini berlaku ketika aku berumur 13 tahun. Aku menuntut di sebuah sekolah berasrama yg terletak di satu tempat di kuantan (dahulunya terkenal dengan jolokan nama ‘sekolah lalat’ sbb byk sgt lalat hahaha). Okay ceritanya begini :
Kami ahli bilik 3 dah sedia maklum ada seorang senior ni mmg sixthsense. Pernah dia ceritakan sebab ayah kak nono (bkn nama sebenar) adalah seorang guru silat dan satu keluarga dia semua penuntut silat tegar camtu lah. Setiap bilik kat hostel ni average nya dlm 16-20 org. Bilik aku 15 org mungkin.
Then ada lah satu hari kak nono bagitahu seorang ahli bilik kami pasal mende halus tu. Katanya benda tu marah kat dia sbb dia cerita pada kami pasal kena kacau semua tu. One day yg betul2 kemuncak, kak nono tengah mandi kat shower paling hujung. Out of sudden “akak” tu muncul dlm shower then tampar muka kak nono dgn rambut yg panjang tu. Kak nono bgtahu “akak” tu dtg dgn riak muka yg marah. Lepas je kena tampar tu, kak nono cepat2 keluar dari shower dan masuk bilik.
Sejurus masuk bilik, kak nono bgtau kami pasal kejadian tu. Katanya “akak” tu marah sbb kak nono cerita kat kami pasal dia sbb tu dia dtg serang kak nono. Kami yang dengar ni speechless. Kak nono dah nangis2 takut. Tapi sebab dah biasa so kejap lepas tu dia tenang semula. Biasa budak hostel rutin mlm2 mesti kena attend prep (preparation class/ kelas persediaan). So prep kat sekolah aku habis pukul 11 malam.i
Malam tu lah kejadian yg memang aku takkan lupa. Pengalaman berharga as freshie tuu hahaha. Baru masuk tak sampai seminggu kot. Dah habis prep aku dengan kawan aku lepak2 atas katil. Katil aku tingkat atas (since katil hostel ni double decker) katil kak nono tu plak bawah je katil aku.
Tengah2 lepak borak2 tiba2 aku nampak akak katil atas depan katil aku dok tunjuk2 ke arah katil kak nono. Ada antara dia org yg dah nangis2. Aku pun dgn muka blur tanya elahh “kenapa?
Lepas tu dia orang dok tunjuk2 bag sign suruh tengok katil bawah aku which is katil kak nono lah. Aku pun dengan lurus bendulnya intai laa. Siap kwn aku boleh intai katil bawah sambil ckp “haii kak nono. Lepas dia ckp hai tu kak nono pusing kepala ke atas pandang muka kawan aku dengan muka seram. Sekali tengok betul2 apa dah jadi niii??!! Kak nono tutup seluruh badannya dgn selimut putih asrama sambil duduk berteleku dalam posisi menunduk kepala (korang bayangkan lah cam mana eh hahaha)
Aku pun tanpa berlengah terjun lah dari katil aku. Yang paling best aku pergi turun betul dpn muka kak nono. Tapi aku rasa bersyukur gila sbb time aku terjun katil depan dia, dia tak tarik kaki aku haha. Sebab aku dah panik gila, fikir nak turun je cepat2 tak perasan plak aku turun depan muka dia.
Then satu bilik dah diarahkan oleh kak bobo (bkn nama sebenar) untuk pergi mengambil wudhuk. Waktu tu keadaan kak nono dah tak terkawal. Dah mula menangis sedih dan ketawa sinis. Settle ambil wudhuk kami diarahkan untuk berkumpul dan baca yassin ramai2. Waktu tu keadaan memang dah kecoh gila sampai bilik aku jadian tumpuan satu aspuri (asrama puteri which is panggilan utk asrama perempuan).
Yang mana lemah semangat diarahkan keluar dari bilik sebab takut nanti lagi cepat berjangkit pulak. Ramai jugak ahli bilik lain datang untuk sama2 baca yassin. Family kak nono dah dihubungi, ketua warden pun dah dimaklum kan mengenai kejadian tu. Aku yang sememangnya penakut awal2 dah surrender keluar bilik. Dari luar bilik aku dengar suara tangisan kak nono kadang2 dia menjerit. Yang aku tahu ada seorang kwn dia sentuh ibu jari kaki kak nono dgn hujung jarum. Sentuh je bukan cucuk ye. Dia punya menjerit “SAKITTT!!!! macam kena toreh dgn pisau. Tapi suara dia sumpah seram.
Tak lama lepas tu family kak nono sampai. Kak nono dah lemah sgt. Kat sini la berlaku kejadian pelik. Dari bilik aku sampai ke pagar asrama, kak nono ni didukung oleh kakak dia. Which is sangat kurus keding gila, kak nono pun kurus gila la. So make sense kalau kakak dia boleh angkat kan. Sejurus melangkah keluar dari pagar asrama yg mana waktu tu abang kak nono dgn ayah kak nono tengah tunggu, tiba2 kakak kak nono yg tengah dukung dia tu terjelepot sama.
Tiba2 pulak dah jadi 2 pesakit. Ayah kak nono dan abg dia cuba dukung kak nono tapi tak lepas. Berat yg teramat sangat walhal tadi kakak dia relaks je dukung sorang2 kan. Cuba angkat laki dgn kudrat 4 org lelaki masih tak boleh. At last ayah kak nono baringkan mereka atas tanah tepi pagar asrama dan ada la baca ayat2 sikit. Ohh ya, pd malam tu 3 orang budak hostel yang histeria sebenarnya. Kesemua dari bilik nombor ganjil. 2 org dari bilik 1 & kak nono dari bilik 3. Selesai je ayah kak nono ikhtiar, then settle lah. Dah boleh angkat kak nono balik. Dah selesai kat situ, kami semua diminta kosongkan bilik dan berkumpul kat dataran asrama. Ketua warden nak buat perjumpaan. Waktu tu dah hampir jam 2 pagi. Waktu semua kat dataran, ustaz masuk ke semua bilik air dan shower setiap aras dari aras 1 hingga ke aras 3. Lepas tu kalau tak silap aku “akak” tu ustaz nampak dlm toilet hujung aras 3. Mlm tu ustaz adalah bagi talk sikit nasihat2 semua then kami habis perjumpaan nak dekat pukul 4 pagi. Semua muka penat. Tapi sebelum habis ustaz ada pesan, dalam masa seminggu tu jangan masuk toilet atau shower hujung kat semua aras. Alasannya ustaz tak cakap pulak secara straight , tapi kami tak dibenarkan la guna toilet hujung2. Lepas tu kami balik bilik dlm keadaan penat and bilik yang dah macam tongkang pecah. Malam tu kami decided untuk rapatkan katil jadi saf panjang gitu sebab semua masih takut. 2 minggu lepas tu kak nono balik semula ke hostel. Lepas je dia balik tu ada lg kejadian lain yg terjadi.
Tapi aku sambung lain kali lahh ye. Rasa macam panjang sangat dah ni haha. Sorry kalau tak seram mana. Aku cuma cerita based on cerita benar yg pernah aku alamai. Thanks admin sudi siarkan cerita aku. Kalau ada feedback positive and request daru korang aku akn sambung part 2 pulak okay
104. GANGGUAN ANJING HITAM
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400104
TAJUK CERITA : GANGGUAN ANJING HITAM
KARYA : CENCOROT
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum peminat HZONE BLOG . Ini cerita keduaku selepas Rasukan Dari Sulawesi yang based on true story yang berlaku pada family ku. Ia bukan copypaste dari mana-mana novel dan aku mengolahnya dalam bentuk cerpen. Selamat membaca.
********************
Bunyi lolongan anjing yang panjang mendayu-dayu membuatkan aku terjaga dari lenaku. Kawasan perumahanku yang majoriti penduduknya berbangsa cina memang kebanyakannya membela anjing di rumah mereka. “Baru pukul 4 pagi ni”, bisikku sambil membelek-belek handphone androidku. Bunyi lolongan anjing itu semakin lama seolah-olah semakin hampir dengan rumahku. Rumahku jenis ‘corner lot’ memang selalu menjadi laluan anjing-anjing berkumpul melewati lorong tepi rumahku. Bilikku juga bersebelahan dengan lorong.
“Aaauuuuuuuuu…..Aaaauuuuuuuu….”
Lolongan anjing itu benar-benar menaikkan bulu romaku. Bunyinya yang panjang dan nyaring begitu menusuk ke telingaku. Bunyinya kali ini agak pelik membuatkan aku mula tidak tenteram. Gambaran-gambaran yang menyeramkan mula menerjah ke benakku. Tambahan pula aku baru saja menonton cerita seram Thailand dengan kawan-kawanku di panggung wayang berdekatan lepas isyak tadi. Terbayang-bayang babak pelakon utamanya di kejar pontianak sehingga cedera dilanggar kereta.
Aku menarik selimut selubung menutup mukaku. Ketakutan telah menguasai diriku. Lolongan anjing masih kedengaran begitu hampir dengan bilikku. Agak lama juga bunyinya. Ku kira lebih kurang 15 minit sehinggalah keadaan kembali sunyi. Katilku telah basah dengan peluh jantanku. Setelah keadaan sunyi aku cuba beranikan diri untuk bangun membuka suis lampu. Aku menyelak perlahan-lahan selimutku. Sesekali aku menoleh ke arah tingkap yang samar-samar dilimpahi cahaya lampu jalan. Tiada apa-apa di tingkap. “Line clear” pujuk hatiku.
Aku bangun melangkah perlahan-lahan ke arah suis lampu yang terletak bersebelahan dengan pintu bilik. Keadaan bilik yang agak gelap dari biasa itu membuatkan aku berhati-hati melangkah. Tiba-tiba aku terpijak sesuatu yang lembut dan berbulu. “Bila pulak mak letak carpet dalam bilik ni. Sebelum tidur tadi tak ada pun”, fikirku. Aku meneruskan langkah sehingga ke pintu dan membuka suis lampu.
Alangkah terkejutnya aku apabila sesosok anjing hitam yang besar berada berhampiran katilku. Rupanya sangat menakutkan dengan mata yang merah menyala dan gigi yang tajam dan panjang. Ia mendengus dan cuba menerkam aku. Belum sempat ia menerkam aku, tiba-tiba suasana menjadi gelap. Aku pengsan.
********
Aku tersedar selepas waktu syuruk. Kepalaku terasa berat. Aku duduk menyandar di dinding sambil melihat sekeliling bilikku. Tiada carpet di lantai. “Agaknya malam tadi aku terpijak ekor jelmaan anjing tu”, fikirku. Walaupun seumur hidupku sudah pernah melihat hantu beberapa kali sebelum ini, tapi gangguan kali ini benar-benar mengejutkan. Aku seolah-olah tidak percaya dengan apa yang telah aku alami malam tadi.
“Lan…ooo Lan… Kamu tak kerja ke hari ni? Dah dekat pukul 8 pagi ni”, jerit mak dari luar bilikku memecah lamunan. “Tak mak. Hari ni Lan nak mc je. Badan tak sedap la”, balasku lemah. Aku hanya duduk berdua dengan ibuku. Ayahku sudah 13 tahun meninggal dunia. Abang-abangku yang lain berpindah keluar dari rumah selepas mendirikan rumah tangga. Aku segera mandi dan bersiap-siap untuk ke klinik mengambil ubat dan mc.
“Kamu tak sihat ke? Nampak macam pucat je muka tu?”, tanya mak spontan sambil menuangkan air teh ‘o’ panas ke dalam cawanku. Aku tidak segera menjawab. Aku hirup sedikit air teh ‘o’ yang masih berasap itu. Berkerut muka ku menahan panas. “Badan tak berapa sedap mak. Rasa macam nak demam je ni”, balasku lambat. “Semalam mak ada dengar bunyi apa-apa tak?”, tanyaku spontan. “Tak ada pulak. Bunyi apa?”, balas mak. “Bunyi anjing menyalak ke, melolong ke, ada tak?”, tanyaku lagi. “Semalam mak tidur awal. Lena je tidur. Siap mimpi pergi shopping lagi. Hehehee…”, balas mak berseloroh. Aku ikut tersengih. Jawapan mak tidak banyak membantu.
Aku habiskan air teh ‘o’ yang telah suam itu dengan sekali hirup. Aku tinggalkan ibuku dan segera menghala ke klinik. Sebelum ke klinik aku menyinggah di car wash berhampiran klinik. Kereta ku agak kotor kerana semalam terbabas masuk ke tepi semak selepas pulang dari menonton wayang bersama kawan-kawanku. Keadaan tanah yang berlumpur di kawasan semak itu menambahkan lagi kehodohan keretaku. “Cuci luar dalam ye”, arahku pada pekerja car wash itu yang berbangsa Bangladesh. “Ok bos”, jawabnya ringkas.
Aku masih teringat-ingat insiden malam tadi selepas pulang dari menonton wayang. Kami bertiga rancak berbual-bual tentang filem seram Thailand yang baru saja kami tonton malam itu. Aku memandu kereta. Asri duduk di kerusi sebelah dan Amirul duduk berseorangan di kerusi belakang. Waktu itu lebih kurang hampir pukul 1 pagi. Kami dalam perjalanan pulang. Kami duduk satu taman dan juga satu lorong. Rumahku yang paling hujung di corner lot. Jalan masuk ke kawasan rumahku memang agak gelap. Taman perumahan kami sedikit jauh dari kawasan bandar. Apabila masuk ke simpang terakhir sebelum memasuki lorong pertama taman perumahan kami, tiba-tiba ada seekor anjing melintas. Aku tak sempat mengelak dan terlanggar anjing itu lalu terbabas ke semak di tepi jalan.
Kami turun dari kereta untuk meninjau keadaan anjing itu. Tetapi kelibat anjing itu tidak kelihatan. Hanya ada sedikit kesan calar pada bahagian bumper depan di sebelah kiri. “Bos, sudah siap”. Lamunanku terhenti dengan panggilan pekerja car wash itu. “Berapa?”, tanyaku. “Sepuluh ringgit bos”, jawabnya ringkas. Aku menghulurkan not sepuluh ringgit dan meneruskan perjalanan menghala ke klinik.
********
“Lan, bangun dah nak maghrib ni”, panggil ibuku sambil menepuk-nepuk bahuku. Aku tertidur selepas makan ubat tengah hari tadi. Lama juga aku tidur. Mungkin sebab aku tidak cukup tidur kerana gangguan malam tadi. Aku segera mandi dan menunaikan solat maghrib. Selepas makan malam, aku menonton tv berseorangan. Ibuku keluar menghadiri jemputan kenduri doa selamat di taman sebelah.
Sedang aku asyik ketawa terbahak-bahak melayan Sepahtu Reunion Live, tiba-tiba aku terbau sesuatu yang busuk. Baunya seperti bau bangkai haiwan. Aku terus melangkah ke arah bau tersebut yang datangnya dari tempat parking keretaku. Aku memberanikan diri membuka pintu. Aku terkejut beruk kerana terdapat bangkai seekor anjing hitam di sebelah keretaku. Keadaan anjing itu mengerikan dengan tulang kakinya patah dan perutnya terburai. “Macam mana anjing ni boleh ada kat sini?”, aku tertanya-tanya. Aku berlari ke dapur mengambil beberapa plastik sampah dan juga sarung tangan untuk mengalihkan anjing itu dan membuang bangkainya.
Sekembalinya aku dari dapur, aku dapati bangkai anjing itu telah lesap. Baunya juga telah hilang. Aku menjadi bingung memikirkan apa sebenarnya yang terjadi. Aku segera menutup pintu. Insiden aku melanggar anjing malam semalam kembali mengganggu fikiranku. “Kenapa aku kena kacau dengan jelmaan anjing ni? Tak kan lah sebab malam tadi?”, getus hatiku.
Aku segera menghubungi Asri dan Amirul. Tetapi hanya Amirul yang menjawab panggilanku. Aku mengajak Amirul datang ke rumahku. Ada sesuatu yang ingin aku dapatkan kepastian. Selang beberapa minit Amirul sampai di depan rumahku. “Apa halnya mat? Macam ada hal besar je ni?”, jerit Amirul dari laman rumahku. “Kau masuk dulu. Ada benda nak bincang ni”, sahut aku dari muka pintu.
“Kau ingat tak semalam? Lepas kita balik dari tengok wayang?”, aku memulakan bicara. “Ingat. Aku pinjam kau seratus malam tadi. Tak kan lah malam ni kau dah nak balik hutang kau tu. Aku belum ada duit lagi ni”, balas Amirul bersahaja. “Apa kau merepek ni setan. Hutang tu kan hujung bulan aku suruh kau bayar. Ni pasal kita terlanggar anjing malam tadi. Kau ingat tak?”, balasku serius. “Owhh…pasal tu. Ingat lah. Kenapa?”, tanya Amirul. “Aku rasa anjing tu bukan anjing biasa-biasa la. Aku dari malam tadi kena kacau dengan jelmaan anjing!”, terangku serius. “Ye ke? Habis tu kau nak buat apa ni?”, Amirul meneruskan pertanyaan. “Kau temankan aku pergi tengok tempat kejadian semalam, boleh tak?”, aku mengajak. “Amboi kau, tempat kejadian. Kau ingat ni kes b***h? Nak kejadian-kejadian bagai..”, balas Amirul berseloroh. “Ok, kau nak pergi bila ni?”, sambung Amirul. “Malam ni lah”, tegasku.
Tanpa berlengah kami berdua terus menghala ke tempat yang di tuju. Sampai sahaja di situ, aku terus parking kereta di bawah pokok yang agak rendang. Kami meninjau tempat keretaku terbabas. Bekas tayar keretaku masih ada. Semak di situ agak tebal. Rumputnya tinggi mencecah pinggangku. Banyak pokok-pokok renek liar tumbuh di sekitarnya. Aku menyalakan lampu suluh dan menyuluh kawasan sekitar. “Kat sini lah kita terlanggar anjing tu. Cuba kau tengok dalam longkang tu ada apa-apa tak? Aku nak tengok kat tepi pokok-pokok ni”, arahku pada Amirul. Amirul hanya mengangguk faham.
“Lan…cepat sini. Aku dah jumpa ni..!”, Amirul menjerit kecil. Aku berlari mendapatkan Amirul. “Haaa..ini la diaa..sama macam jelmaan yang kacau aku”, terangku serius. Kami telah menjumpai bangkai seekor anjing hitam yang m**i di dalam longkang itu. Keadaannya mengerikan. Mungkin inilah punca sebenar mengapa ia menganggu hidupku. Aku segera mengeluarkan cangkul dari dalam bonet kereta. Kami mengorek lubang berhampiran tempat ia dilanggar. Setelah lubang agak dalam, aku dan Amirul mengangkatnya lalu menanam bangkainya di dalam lubang itu. Sejak malam itu, tiada lagi gangguan jelmaan anjing yang mengerikan. Yang ada hanyalah salakan anjing yang seperti biasa menemani malam-malamku seperti sebelumnya.
-TAMAT-
105. JELMAAN TIDAK BERKEPALA
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400105
TAJUK CERITA : JELMAAN TIDAK BERKEPALA
KARYA : HAMBA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum kepada pembaca HZONE BLOG. Aku juga adalah salah seorang yang kerap membaca kisah kisah seram lain dari HZONE BLOG. Cerita aku tidaklah seram seperti cerita yang lain tetapi ianya seram bagi aku hahaha.
Kisah yang ingin aku sampaikan berlaku semasa aku menjadi pelajar tahun pertama Diploma Uitm Sarawak Kampus Satu Samarahan. Aku adalah Z (bukan nama sebenar) Aku gemar dengan debat yang dianjurkan pihak pensyarah di kampus itu. Aku dan kawan kawan ku yang lain turut serta menjadi sebahagian keluarga debat itu.
Setiap Selasa dan Khamis kami di arah untuk mengadakan latihan debat bagi mengukuhkan lagi cara percakapan kami sebelum pertandingan diadakan iaitu pertandingan debat antara semua universiti di Malaysia termasuklah Brunei (Aram KDO, nama pertandingan debat). Tipulah kalau aku tak bangga dapat menyertai pertandingan tersebut hahaha.
Kisahnya bermula disini. Pertandingan yang aku dan kawan kawan ku sertai sudah bermula selama seminggu. Ianya diadakan pada cuti semester. Disebabkan minat aku pun gadai cuti semester hahaha. Kami tinggal di asrama G (singkatan bagi nama asrama)
Keadaan amatlah sunyi sepi waktu itu kerana pelajar semuanya cuti semester. Aku dan FD (bukan nama sebenar) tinggal di bilik yang sama. Manakala EJ dan yang lain di asrama M lelaki. Semua pelajar dari universiti lain termasuklah Brunei belum datang pada waktu itu. Setiap hari sehingga malam kami semua bertungkus lumus menyiapkan tugas yang diberi dan berlatih debat bagi menyempurnakan pertandingan tersebut.
Pada malam kedua, kami semua berkumpul di bilik perbincangan HEP. HEP agak jauh dari asrama G perempuan. Aku dan FD balik ke asrama G untuk mengambil barang yang terlupa. Pada mulanya kami berdua malas nak ambil tetapi nekad untuk pergi juga. Pelajar perempuan yang lain sibuk dengan aktiviti mereka.
Semasa dalam perjalanan, aku ditemani FD untuk balik di asrama G. Kami berdua berbual bagi mengelakkan rasa seram walaupun hakikatnya rasa di perhati dan bunyi air paip mengalir tanpa ada orang. Sampainya di depan asrama G, percakapan terputus apabila kami berdua terlihat kelibat baju putih tanpa kepala berpusing pusing di pondok asrama G berdekatan dengan bilik aras satu. Pada mulanya aku fikir hanyalah baju putih yang dijemur. Lama kelamaan benda itu berpusing seperti sedang mencari kepalanya.
FD mengajak aku untuk lari tapi aku kaku macam ada yang menahan. Mata aku hanya memandang tempat itu. Aku pun balik dalam keadaan yang lemah. Tibanya di bilik perbincangan, EJ dan yang lain hairan melihat muka aku dan FD pucat dan berpeluh.
Sejak dari kejadian malam itu, aku tak berani nak lepak di pondok. Dengar dengar dari senior, padang badminton yang berdekatan dengan pondok ada kisah dan sejarah seram. Memang setiap tempat ada kisahnya dan ini adalah kisah yang aku alami sendiri. Jaga jaga kitak orang yang tengah tinggal di asrama G hehehe.
-TAMAT-
106. GURAUAN
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400106
TAJUK CERITA : GURAUAN
KARYA : PUAN SRI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Asssalam . terpanggil untuk aku kongsikan kisah yang aku alami selama 27 tahun aku hidup. Perkara ini sedikit sebanyak telah menjadi kesan dalam hidup aku dan sedikit pengajaran jugak sebab mengabaikan nasihat orang.
Ceritanya bermula kalau tak silap masa umur 20 tahun, rumah family kat JB. Dulu depan rumah aku ada pokok mangga besar dan subur tapi x pernah berbuah. Ayah (dah arwah) aku masa tu sakit , lumpuh separuh badan dan bila berubat orang ckp kene buatan . Kesian tengok keadaan ayah aku masa tu aku try juga usaha cari orang yang boleh ubat ayah aku.
Dapatlah seorang hamba Allah ni (dah arwah) sanggup tolong ayah aku. Dia ckp dalam perut ayah aku ada macam-macam benda sebab tu walaupun ayah aku x makan sangat tapi perut dia besar dan buncit. Tiba masa untuk orang tu datang rumah sebab nak tengok keadaan rumah dan masa kat rumah tu macam-macam dia maki , tapi bukan maki kami. Dia maki benda yang ada kat rumah aku dan dinasihatkan untuk tebang pokok mangga sebab pokok tu sarang benda tu. Plan untuk tebang pokok tu aku la yang kene buat , cari orang tebang semua la dan bermula la kisah seram aku.
Beberapa hari sebelum pokok tu aku kena ganggu dari pelbagai segi gangguan. Malam pertama aku mimpi aku kene rogol dan bila aku bangun keadaan aku mmg mcm kene rogol pun , baju t’tarik keatas , kaki terkangkang , penat dan lencun (b’peluh) tapi aku tak hiraukan pun sebab bagi aku mungkin mimpi je. Malam kedua, panas, panas sangat-sangat sampai aku bangun bukak pintu bilik cikit dan tidur kepala menghadap ke pintu , masa nak lelap aku terdengar pintu mcm kena tiup angin. So aku abaikan juga sampai la tiba-tiba pintu tu tertutup macam ada org hempas..Aku pun apa lagi lari x cukup tanah la selit tidur kat mak aku..hahaha
Next malamnya, sedang elok aku masukkan duit hantaran abang aku dalam album, tiba2 aku dengar sebijik suara anak sedara aku tengah ketawa kat luar. Aku pun terus jengah la sbb ingat nak marah la kan tapi xde orang pun. So aku sambung la susun duit balik..tiba-tiba mak aku pula ketawa kat pintu bilik. Pintu tu aku bukak kecik dan kat depan masa tu memang gelap tapi aku boleh nampak bayang mak aku kat pintu sambil ketawa2.
Aku pun dengan lancangnya sound la mak aku masa tu ” napa mak ketawa2 mcm hantu ingat org takut ke” lepas aku cakap mcm tu then aku tengok mak aku dah takda kat pintu..pagi esoknya aku marah la mak aku sebab cuba nak takutkan aku tapi mak aku ckp dia xda bangun dan dia pun tak tahu aku buat apa malam tu..jeng jeng jeng…
Macam-macam juga aku kena kacau lepas tu..tengah tidur bunyi orang jalan-jalan dalam bilik..masa tu rumah tak pasang mozek lagi so pkai tikar getah. Kan dengar la bunyi tapak kaki. Lain lagi cerita kena tindih lain, rasa kena perhati.
Bila aku cerita kat adik beradik yang lain dorang suruh aku pergi berubat tapi lagi skali aku abaikan jgk..smpai la pokok ditebang ambil masa dari pagi smpai petang punya la sussh pokok tu nak tebang..Baru la rumah aku nmpk ceria cikit kalau x malam je rumah aku nampak suram tapi ayah aku smpai meninggal dia still lumpuh separuh bdn..Dari aku umur 13 tahun smpai aku umur 25
tahun ayah aku sakit. doa kan arwah ayah aku tenang disana, amin.
Nasihat aku , kalau korang ada mimpi kene rogol ke nak kene rogol ke dengan jin, so cpt2 la berubat. Jgn abaikan sebab akan ada efect smpai korang kawin..Mcm aku kena..Ok la , nanti ada masa aku sambung lagi pasal gangguan2 yang aku alami smpai sekarang. Tq admin sbb publish cerita nie..Tq so much..As salam.
-TAMAT-
107. TERSEPAK ‘BATU’ MILIK ‘ORANG’
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400107
TAJUK CERITA : TERSEPAK ‘BATU’ MILIK ‘ORANG’
KARYA : MRS. B
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum WBT. Hai. Aku kenalkan diri aku sebagai B. Dah nikah. Apa yang aku nak cerita ni kisah yang tak seram yang pernah jadi kat aku dulu. Aku tak pasti tahun bila. Kisahnya bermula masa aku mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti sekolah hujung tahun di Bandar S untuk carik duit poket. Aku kerja kilang papan. Duduk dengan sepupu-sepupu aku dekat rumah yang disediakan oleh boss kilang tu. Kilang tu terima budak under age keje masa tu.
Aku lupa kejadian tu hari apa. Tapi aku ingat lagi masa kejadian tu petang. Sekitar pukul 4. Aku balik awal dari kilang sebab ada hal. Aku pun balik rumah, siap-siap mandi dan pakai baju. Aku nak pergi bandar beli inhaler kat farmasi. Dari rumah nak pergi bus stop jalan kaki ambil masa 10 minit. Aku jalan seorang diri sambil makan keropok durian yang dulu harganya 20sen je sebungkus. Mesti korang tahu keropok durian tu. Cuaca cantik masa tu. Cerah tapi berangin.
Aku pun jalan, jalan dan jalan. Sampai dekat satu selekoh, tepi dia ada bukit. Aku tak tahu apa atas bukit tu. Aku ternampak batu dalam besar penumbuk. Tapi berbentik segitiga tak berapa nak jadi. Aku pun gatal kaki, pergi sepak batu tu sampai simpang jalan keluar ke jalan utama. Aku biarkan batu tu kat situ dan terus pergi bus stop tunggu bas. Mesti korang tertanya, aku berani jalan seorang diri. Yes. Aku ni diajar berdikari oleh mak ayah aku sejak usia aku 6 tahun lagi. Aku selalu ditinggalkan di rumah nenek sebab mak ikut ayah pergi kem di hutan. Aku dah melalut pulak. Aku sambung ye.
Aku duduk je kat kerusi bus stop tu, tiba-tiba hujan panas turun. Aku pun merungutlah. “Cis! Time ni pulak nak hujan panas. Kacau betul!”, rungut aku. Aku tak fikir apa-apa pun. Yelah. Siang hari kan. Bas sampai aku naik bas. Aku tengok kat simpang tak jauh dari bas stop, ada seorang apek cina pakai baju tradisional kaum cina warna hitam. Dia pandang aku dengan muka tak puas hati. Aku fikir mungkin pak cik tu duduk dekat perumahan sebelah kot. So, aku fikir. Abaikan.
Aku kat bandar tak lama. Tolak tambah bahagi darab naik bas, lebih kurang pukul 6.45 petang aku balik rumah. Maksudnya, dah nak maghrib. Bas turunkan aku kat seberang jalan. Aku pun menyeberang dan terus jalan kaki balik rumah. Sampai dekat selekoh yang ada bukit tadi, aku nampak batu tu lagi kat situ. Dalam hati aku, “banyak pulak batu bentuk segi tiga tu”. Dan lagi sekali, aku sepak batu tu. Hahahaha. Kaki memang gatal.
Sampai kat rumah, seperti amalan mak ayah aku ajar, cuci kaki sebelum baik rumah. Aku pun cuci kaki dekat tempayan yang ada di tepi tangga. Aku masuk rumah, kakak-kakak sepupu aku dah siap masak. Aku tinggal nak goreng jeruk kobis yang aku beli. Aku tak ingat apa yang jadi lepas tu. Sebab masa aku makan tu, aku tiba-tiba muntah dan meracau. Apa yang kakak sepupu aku cerita, aku meracau dalam bahasa Cina. Mujur jiran kitaorang, aunty Lim ada masa tu. Dia kerja kilang sekali. Masa aku dah sedar tu, ni yang kakak sepupu aku cerita.
*Kau dalam cerita tu adalah AKU tau.
—————-
Cerita kakak sepupu aku:
Masa tu lepas kau siap masak. Kau mandi. Kau jadi pendiam tiba-tiba. Bila suruh solat dulu, kau merengus. So, kitaorang ingat kau tak sihat. Kitaorang ajak makan. Kau datang makan. Tapi kau makan nasi pakai chopstik. Kitaorang pelik. Makan nasi pakai chopstik?? Bukannya kau reti pun. Yang buat kitaorang terkejut, kau makan pakai chopstik like a pro. Kau tak kekok. Macam dah biasa. Pastu kau makan gelojoh. Macam berhari-hari tak jumpa nasi.
Tengah makan, kau merengus. Dah aku ada suapkan daging masak kicap dekat kau. Kau geleng kepala. Kau cuma makan sayur jeruk kobis dengan ikan goreng je. Masa tu aku dah tak sedap hati. Mata kau melilau-lilau sambil makan. Tiba-tiba, kau bangun pergi bilik air dan muntah. Lepas tu kau meracau-racau dah. Masa aku bawak kau pergi ruang tamu, kau marah-marah dalam bahasa Cina. Aku tak faham apa kau cakap. Aku pun panggil Aunty Lim. Aunty Lim yang borak dengan kau.
Aunty Lim kata benda tu marah kau sepak serpihan batu nisan dia. Kau tak hormat roh dia. Lepas tu aku nampak Aunty Lim balik rumah dia. Ambil colok dan pergi ke selekoh yang ada bukit tu. Tak lama lepas tu dia suruh aku panggilkan orang mengubat.
Aku panggillah pak cik yang duduk dekat perumahan sebelah. Dia yang ubat kau. Masa berubat tu, kau cuba melawan. Tapi kau dah lemah sangat, benda tu kalah. Benda tu suruh kau pergi kubur dia, dan minta maaf. Dia suruh kau ambil batu yang kau sepak tu, dan letak kat kubur dia.
———
Itulah cerita dari kakak sepupu aku bersaksikan Aunty Lim. Dia kata, sebenarnya kat atas bukit kat selekoh tu ada jirat cina. Sebab tu malam-malam tak ada orang berani keluar. Nak masuk jirat cina tu, ada laluan dia. Esok tu, Aunty Lim bawak aku pergi ambil batu yang aku sepak tu dan pergi jirat cina dan cari satu persatu kubur yang ada. Yang mana batu nisannya ada tersopek sama macam bentu batu yang aku sepak tu. 15 minit carik, last-last jumpa. Aku pun minta maaf dan letak serpihan batu tu atas kubur tu. Aunty Lim pulak bakar colok dan cakap, “Datuk maafkan ini budak. Dia tak tahu”.
Aku dengan Aunty Lim pun balik. Entah macam mana aku tergerak hati nak toleh balik ke kubur tu, aku nampak pak cik cina yang dekat simpang aku nampak petang semalam. Kali ni, muka dia ada sinyummm! Aku pun senyum sekali. Rupanya, batu yang aku sepak kali kedua tu adalah batu yang sama. Cuma aku pelik, kenapa dan bagaimana batu tu ada kat situ semula? Aku tak ada jawapan. Sampai sekarang ni, kaki aku dah tak gatal sepak batu atas jalan. Serik dah.
Untuk pengetahuan korang, sebelum aku makan tu. Aku rasa ada angin masuk langgar badan aku. Aku ada cium bau colok dibakar. Tapi sebab sebelah ada Aunty Lim, aku bayangkan dia yang bakar colok. Masa tu aku dan mula rasa panas dah. Rasa tak selesa. Rasa gelisah. Rasa nak marah. Dan aku ada nampak bayang-bayang hitam sekali imbas.
Apa-apa pun, kejadian tu masih lagi tak mampu menggugat prinsip hidup aku yang tak percayakan perkara-perkara mistik atau hantu. Bagi aku, kejadian tu hanya kerana aku penat. Tak sihat. Jadi aku berhalusinasi. Tapi sekarang ni, aku dah percayakan perkara mistik-mistik ni. Kenapa? Adalah punca dia. So, aku ucapkan thanks pada admin kalau dia siarkan cerita aku yang tak seram ni. Thanks jugak pada korang yang sudi membacanya. Tataaaaaa!!!!!
-TAMAT-
108. BAHANA HAFAL MANTERA
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400108
TAJUK CERITA : BAHANA HAFAL MANTERA
KARYA : SHAM
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi memberi peluang saya untuk berkongsi sedikit pengalaman saya semasa bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di negeri Perak pada awal tahun 90-an.Sekolah Menengah Sains Teluk Intan
Kisah ini bermula pada malam minggu iaitu hari sabtu dalam pukul 10, masa itu aku adalah senior tingkatan 5. Malam itu macam tiada aktiviti yang hendak dibuat. Jadi aku mengambil keputusan untuk turun ke bilik TV untuk menonton movie. Bila masuk ke dalam bilik TV, nampaknya tidak ramai budak yang lepak tengok TV. Maklumlah malam ini semua diberi peluang untuk melakukan acara bebas, sama ada hendak belajar atau hendak lepak-lepak.
Setelah lepak hampir 30 minit menonton filem “Roxenne”, tiba – tiba berlari masuk adik senior dalam keadaan pucat.
“Abang! Abang!”, jerit adik senior tu pada aku.
Marah juga aku bila saat santai aku itu terganggu. Lantas aku bangun dan hampir menyinga. Aku tenung muka adik itu.
“Apa hal? Kau tak nampak ke aku tengah layan TV?”, sergah aku pada adik senior.
Terkedu sebentar adik tu. Hilang sekejap kata-kata yang hendak dia sampaikan kepada aku. Setelah seketika barulah adik itu berani bersuara.
“Abang Kamal! Abang Kamal pengsan”, adik itu melontarkan kata-kata dengan cemas.
Ah sudah! Kamal tu tingkatan 4 dalam dorm saya. Tanpa berlengah, saya terus berlari naik ke bilik. Ramai sungguh budak-budak dalam dorm saya. Macam pesta. Saya terus masuk ke dalam bilik dan menyelinap dan akhirnya sampai ke tengah dorm. Kamal sedang dalam keadaan terlentang dan beberapa orang sedang pegang tangan dan kaki dia. Kamal kelihatan meronta ronta cuba untuk melepaskan diri.
Saya pun memberanikan diri untuk bertanya. “Kenapa pula dengan Kamal ni?”.
Lantas seorang budak pun menceritakan yang mereka terjumpa Kamal terjerit-jerit tidak sedarkan diri di bangunan sekolah. Jadi mereka tangkap dia dan bawa balik ke dorm. Disebabkan katil saya adalah katil single, jadi kami gunakan ianya sebagai tempat untuk menenangkan kamal.
“Arrgghhhhhhh!!!! Aku nak balik!! Aku nak balik!!”, itu sahaja yang dijeritkan oleh Kamal. Matanya dah jadi merah menyala, mukanya dah jadi bengis. Kaca matanya entah di mana hilang.
“Kau nak balik mana?”, aku beranikan diri bertanya.
“Aku nak balik ke rumah aku! Aku nak balik!”, jerkah Kamal pada aku. Tiba – tiba aku jadi meremang. Lain macam pula dengan Kamal. Tidak pasal – pasal hendak balik rumah.
“Mana rumah kau?”, aku cuba mencari kepastian.
“Rumah aku belakang masjid! Aku nak balik! Bapa aku tunggu aku!”, jerit Kamal sambil meronta-ronta.
Alamak! Seberang jalan sekolah saya ada sebuah masjid yang kami akan pergi setiap minggu untuk solat Jumaat. Belakang masjid itu kami tahu ada kubur dan kalau jalan depan sikit ada paya nipah. Lepas pokok nipah itu terbentang sungai Perak yang berarus deras.
“Siapa nama kau?”, tanya sahabat aku yang pegang tangan Kamal. Dengan mata yang merah, Kamal merenung sahabat saya dan mendengus.
“Zaid! Nama aku Zaid!”, Kamal yang kami kenali dah bertukar nama jadi Zaid!
“Kena panggil ustaz ni”, bisik kawan-kawan aku. Kami rasa Kamal dan kena kerasukan jin yang tinggal di kuburan belakang masjid. Alhamdulillah tidak sampai lima minit, cikgu Daud sampai. Selepas dibelek-belek cikgu Daud berdiri di sebelah Kamal.
“Lepaskan dia”, perintah cikgu Daud. Haaaa. Kami terkejut. Biar betul cikgu? Hati kami berbelah bagi.
“Lepaskan dia. Kita tengok dia hendak ke mana”, kata-kata cikgu Daud semakin keras. Seperti tahu yang kami tidak akur kepada arahan dia.
Dengan berat hati kamipun lepaskan tangan dan kaki Kamal. Tanpa membuang masa, Kamal bingkas bangun dan melompat dari katil saya. Tanpa membuang masa, dia terus berlari turun dari tingkat satu asrama terus berlari ke arah bangunan sekolah dalam kepekatan malam. Kami terpaksa lupakan rasa takut dan gerun dan mengejar Kamal. Waktu itu hampir jam 12 malam.
Sahabat saya bernama Wan merupakan pelari pecut dan pemain ragbi sekolah berlari mendahului yang lain. Akhirnya Wan dapat tackle Kamal di kawasan padang di belakang makmal sains. Kawasan ini gelap dan berhampiran dengan hutan kelapa sawit.
Sunyi sepi. Yang kedengaran adalah nafas yang turun naik. Kamal yang tadi berlari umpama lipas kudung sedang duduk terjelepok di atas rumput. Kami sungguh hairan, spek mata Kamal power dia dalam 500. Tapi malam itu dia dapat berlari dengan laju. Setelah tunggu hampir lima minit, cikgu Daud pun sampai.
“Kau cari sapa dekat sini?” soal cikgu Daud.
“Aku cari bapa aku,” balas Kamal. Kali ini suaranya sudah semakin perlahan dan lemah.
“Mana bapa kau? Ada ke di sini?” cikgu Daud cuba bertanya.
Kamal melihat ke kiri ke kanan dalam kepekatan malam.
“Tiada. Dia tiada di sini,” jawab Kamal perlahan. Cikgu Daud tersenyum.
“Bapa kau benci pada kau. Bapa kau marah sebab kau kacau anak orang,” cakap cikgu Daud dengan tenang sambil tangan memegang bahu Kamal.
“Baik kau balik dan minta maaf pada bapa kau. Kau nak balik?”, pujuk cikgu Daud. Kamal yang tadi agresif mengangguk lemah.
“Kalau macam tu baliklah,” perintah cikgu Daud.
Tiba-tiba Kamal jatuh dan tidak sedarkan diri. Kami mengusung Kamal balik ke dorm sambil diiringi oleh cikgu Daud. Apabila sampai di dorm, sekali lagi kamal dibaringkan di katil saya. Kami pasangkan kelambu dan kelihatan Kamal seperti tidur tidak sedarkan diri. Bila melihat keadaan sudah terkawal, cikgu Daud menyatakan hasrat untuk pulang ke kuaters guru. Kami mengambil keputusan untuk membawa turun tilam dan tidur beramai-ramai di lantai beralaskan tilam bujang.
Sedang kami bersiap untuk tidur, tiba-tiba Kamal mendengus. Kamal yang terbaring tadi tiba-tiba duduk dan menjerit – jerit. Dia menyatakan ada suara yang berbisik – bisik kepada dia untuk ikut ke belakang masjid. Melihat kepada gangguan yang datang balik, kami berlari turun ke bawah dan kami berasa lega bila cikgu Daud masih ada di bawah bersama-sama dengan warden asrama. Kami menceritakan apa yang berlaku kepada Kamal, tanpa membuang masa cikgu Daud meluru terus ke dorm kami. Cikgu Daud masuk dan duduk di sebelah Kamal dan mengajar Kamal membaca ayatul kursi sambil mengunci diri. Setelah usai membaca sebanyak 7 kali, Kamal kelihatan tenang. kami berharap ketenangan ini sampai ke pagi esok.
Setelah yakin tiada lagi gangguan yang datang. Kami beramai-ramai tidur di bawah. Akhirnya semua tertidur akibat keletihan. Malam itu agak sunyi sepi dari kebiasaan. Tiada bunyi cengkerik. Sedang saya nyenyak tidur, dalam jam 3 pagi saya terdengar bunyi bising di luar dorm. Bunyi suara orang menjerit-jerit, menengking-nengking dan berjalan mundar mandir depan dorm. Saya mengangkat kepala perlahan lahan cuba melihat di luar. Tapi tiada nampak kelibat atau bayangan. Hanya suara sahaja yang terdengar. Kamal kelihatan tidur dengan nyenyak. Begitu juga kawan-kawan saya yang lain. Suara itu masih lagi kedenganran di luar. Perlahan – lahan saya menarik selimut menutup kepala. Ada rasa hendak kencing tapi saya terpaksa tahan. Akhirnya saya pun tertidur. Bila azan subuh berkumandang, kami semua bangun untuk bersiap untuk solat subuh di surau asrama. Kamal masih lagi tidur.
Petang itu apabila melihat Kamal sudah kembali segar, saya cuba untuk mengetahui apa yang berlaku malam tadi. Kamal pun bercerita yang dia pergi ke kelas dia pada jam 9.30 malam unuk mengambil barang dia yang tertinggal. Sampai sahaja di kelas dia di tingkat 3 di blok A, dia nampak satu bayang putih di hujung blok C berhampiran dengan perpustakaan sekolah. Apabila Kamal pusing belakang, bayang putih tersebut sudah ada di belakang dia. Bayang putih itu memperkenalkan diri sebagai bapa Kamal. Tiba-tiba Kamal berasa sangat mesra dengan bayang putih tersebut.
‘Bapa’ Kamal mengajak dia berjumpa dengan ‘abang’ dia. Setahu kami, Kamal ini anak sulung dalam keluarganya. Semasa berjalan, bayang tersebut setiasa berada di sebelah kiri Kamal. Apa yang menghairankan Kamal, apabila menuruni tangga, bayang itu terus berada di bawah tanpa melangkah anak-anak tangga tersebut. Akhirnya apabila sampai di tingkat bawah, Kamal lihat ada satu susuk tubuh yang besar berdiri di tepi telefon awam. Lantas ‘bapa’ Kamal memperkenalkan ‘abang’ dia. Apabila bersalaman, masa itu Kamal terus tidak sedarkan diri.
Saya cuba korek lagi bagaimana mahkluk itu tertarik kepada Kamal. Setelah disoal bertalu-talu, akhirnya Kamal mengaku yang dia terjumpa satu buku dalam bahasa Inggeris di perpustakaan. Buku itu bertajuk ‘The Malay Magic’. Kamal mengakui yang dia menyalin beberapa mentera dalam buku tersebut dan mengamalkan. Setelah dia mengamalkan mentera itu dia diganggu oleh makhluk itu. Kami mengandaikan yang mentera yang dibaca oleh Kamal itu adalah mentera yang memuja atau ‘memanggil’ makhluk tersebut.
Pada hari Isnin keesokan harinya, kami berjumpa dengan cikgu Daud tentang buku tersebut. Buku itu telah dibawa keluar dari rak buku di perpustakaan dan disimpan hingga hari ini. Itu sahaja perkongsian dari saya. Banyak lagi gangguan di asrama yang akan saya kongsikan bila ada masa. Harap anda terhibur dan mengambil manafaat dari cerita di atas. Selamat malam.
-TAMAT-
109. PEMAIN TIDAK BERWAJAH
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400109
TAJUK CERITA : PEMAIN TIDAK BERWAJAH
KARYA : LUQMAN
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum dan salam muhibah semua.Namaku Luqman. Terima kasih kepada admin kerana jika anda sedang membaca tulisan kerdil ini, ia bermakna admin sudi menyiarkan cerita aku yang tidak seberapa. Secara jujur, ini merupakan pertama kali aku menulis sebuah penceritaan dan pengalaman. Sebelum ini, aku lebih tertarik untuk melakar kata-kata yang lebih kepada fakta dan idea. Namun, HZONE BLOG seolah “memukau” aku untuk berkongsi serba sedikit pengalaman yang mengubah landskap kehidupan aku 100%.
Sebelum aku mengeheret semua yang membaca dalam ruang memori aku, terpulanglah kepada semua untuk menilai sejauh mana tahap kebenaran cerita aku. Sebab, mak dengan abah pun sukar nak percaya lagikan semua yang tak pernah kenal diri aku siapa. Ceritanya bermula sekitar tahun 2003 atau 2004. Ketika itu aku berumur 9-10 tahun. Aku dilahirkan dan dibesarkan di Teluk Intan, Perak. Jika sesiapa tahu Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, di sekitar itulah aku menetap ketika itu. Aku mempunyai jiran dan mereka berasal daripada Kelantan. Jiran aku sangat baik orangnya. Alim dan berlatar belakangkan agama. Pakcik Salim (bukan nama sebenar) merupakan guru agama dan isterinya juga merupakan guru agama di sekolah agama yang sama. Mereka mempunyai 5 orang anak dan sudah semestinya mereka merupakan rakan akrab aku walaupun mereka tidak bersekolah sama dengan aku.
Aku dan anak-anak jiran aku selalu melakukan aktiviti petang bersama. Konda-kondi, tuju selipar, tepuk daun terup, tangkap biawak, perangkap berudu dan macam-macam lagi. Jika anda sedang ternganga mahupun menggaru kepala kebingungan, nyata anda merupakan generasi hipster dan raver. Okay, gurau semua Pada suatu petang, aku, Amir (adik kedua aku) dan Syakir (anak kedua jiran aku) berpakat untuk mencabut ubi di halaman rumah mereka. Ubi dah masak. Apa lagi, cabutlah dan bakar. Buat minum petang. Selesai semua aktiviti mencabut ubi, minum petang yang terbaik disulami teh o panas, kelapa parut dan gula untuk dicolek, merupakan minum petang terbaik ketika zaman kanak-kanak dahulu.
Namun, kami ni buas. Walaupun kekenyangan, naluri untuk bermain itu masih membuak-buak. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 7.10 petang. Dan Maghrib ketika waktu itu pukul 7.20 rasanya. Jadi kami fikir masih sempat “seround” main aci nyorok. Dan akibat tewas dalam “pilihan raya” siapa yang akan mencari, maka aku lah ditugaskan untuk mencari. Akibat masa yang suntuk dan bilangan pemain yang sedikit (3 orang: aku, adik aku yang kedua, dan Syakir), aku bilang sampai sepuluh pun cukup. Selesai mengira, aku pun berjalan lah dengan muka berlagak kononnya mampu lah mencari mereka dengan mudah.
Namun, ia lebih sukar kerana hadirnya “pemain yang ke-4”. Aku membuat keputusan untuk mencari terus di bahagian belakang halaman rumah. Yelah. Jika mereka menyorok di dalam rumah, dah tentu berbirat badan dirotan kerana masih belum bersiap untuk Maghrib (nota: dulu-dulu, jiran pun dapat lesen tau untuk rotan kalau kita buat salah). Ketika aku melangkah ke belakang halaman rumah, aku seperti terlihat ada sosok badan sedang menjenguk aku disebalik bahagian rumah di belakang sekali. Dalam hati aku, “yes!! Diorang ingat senang-senang nak bagi aku kalah” kerana aku menyangka kan itu salah seorang dari mereka. Antara adik aku atau Syakir. Aku teruslah melangkah dengan perlahan ke arah sosok yang sedang menjenguk tersebut.
Namun aku hairan, sosok tersebut tidak lah pulak lari atau terus bersembunyi. Sebaliknya terus menjenguk. Dan dengan berambut paras bahu, kelihatan seperti perempuan. “Mungkin Anis kut”, fikir aku (Anis: kakak kepada Syakir). Aku pun teruskan langkah aku. Namun, apabila jarak aku dan dia hanya lebih kurang 2-4 meter, kaki aku lemah. Jantung aku berdetak laju dan nafas aku tersekat. Kerana sosok itu tidak mempunyai wajah. Mempunyai bentuk muka manusia namun, hidung, mulut dan mata tiada! Aku kaget. Terkesima. Dan sudah semestinya, perasaan seram itu lebih dari yang pernah aku rasai sebelum ini. Aku mahu larikan diri.
Namun, sosok tidak berwajah itu seakan memandang tajam ke arah aku. Tidak bermata namun aku boleh rasa, dia seperti bersiap sedia untuk ke arah aku. “Allahuakbar, allahuakbar”, azan magrib berkumandang. Sosok tersebut, sedikit demi sedikit menyembunyikan diri di sebalik batu rumah tersebut. Namun aku masih kaget sehinggalah sosok itu hilang sepenuhnya dari pandangan aku. Apabila sosok tersebut menghilangkan diri, aku apa lagi. Menyusun jurus langkah seribu lah pulang ke rumah. Namun, aku ni abang penyayang. Sempat aku berhenti di pagar dan jerit untuk memanggil adik aku pulang. Dan tau di mana adik dan Syakir menyorok? Dekat porch je kut. Dekat belakang kereta pakcik Salim. Aku bertambah serabut memikirkan “siapa” dan “apa” sosok tersebut.
Sepanjang malam aku hanya membatu mendiamkan diri. Tidak seaktif sebelumnya. Apabila mak bertanya, aku bagi alasan mengantuk dan malas. Keesokannya, aku menceritakan hal ini kepada Syakir dan ibunya. Dan tau apa ibunya cakap? “Haaa padan muka. Maghrib suruh mengaji. Bukan main aci nyorok!”. Aku pulak kena marah. Haih. Nasiiiib nasib. Itu merupakan pengalaman menyeramkan aku yang pertama. Namun, selepas kejadian itu, semakin kerap aku terlibat dalam situasi aneh lagi menyeramkan. Di sampuk ketika maghrib dan tengah malam, di panggil panggil nama, perabot bergerak sendiri dan bermacam lagi. Mungkin, penulisan selepas ini aku akan kongsikan pengalaman aku yang lain.
Penulisan aku ini 100% tulen dan benar. Dan aku kreditkan penulisan pengalaman pertama aku ni kepada bilal masjid an-naim teluk intan kerana melaungkan azan “tepat pada waktunya”.
-TAMAT-
110. KERANA CANTIK
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001010
TAJUK CERITA : KERANA CANTIK
KARYA : JIRAN SEBELAH
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamulaikum kepada semua pembaca HZONE BLOG. Maaf terlebih dahulu jika penulisan aku ni banyak
kesalahan dan tak seram macam cerita lain. Cuma untuk dijadikan pengajaran kepada kita. Lain sikit intro, biasalah first time. Haha. Aku tinggal di kawasan perumahan persisiran pantai. Bila tiba musim tengkujuh, boleh tahan bunyi deruan ombak menghempas pasiran pantai, sampai tido pun lena di ulik
deruan ombak. Hahaha kemain ayat aku. Kisah ni terjadi pada tahun 2013, dalam bulan 10 atau 11 tak silap aku.
Kawan kat tempat kerja aku ni tinggal satu taman je dengan aku. Aku namakan dia Piya. Piya tinggal di rumah corner lot. Jadi rumahnya hujung sekali la. Time tu waktu tengah kerja takde, sedap menyembang sebab kerja dah siap, si Piya ni boleh pulak cerita pasal adik dia nampak lembaga kat tepi rumah dia. Dah la masa ni parents aku takde kat rumah, pergi makan angin. Tinggal aku sorang jela kat rumah. Abang & adik aku study lagi. Sebelum tu memang awal-awal mama dah bagitahu yang dia nak pergi jalan makan angin dalam seminggu jugak lah diorang pergi jalan. Aku tak kisah sebab memang parents aku ni tahu yang kami 3 beradik ni jenis yang pandai bawak diri.
Terjadinya kisah pada malam parents aku takda kat rumah. Aku balik kerja pukul 6.30 pm, yela sampai rumah pun dah nak senja. Siap-siap mandi, solat, makan, macam biasalah, perempuan, melepak depan tv layan korea. Habis cerita, aku sambung buat kerja yang customer nak esok. Rajinkan aku. Haaa. Perangai aku pulak, kalau takda orang kat rumah, aku tak suka pakai earfon bila dengar lagu.
Jadi, aku buat kerja sambil dengar lagu, volume tu rasanya dah kuat, tetiba aku dengar bunyi macam tapak kaki orang berjalan depan bilik aku. Aku intai tengok takda pape, yelah mana tahu kot-kot cicak jatuh atas lantai ke bunyi pap kannnn. Aku sambung balik kerja aku. Tengah rajin siapkan kerja, tak sedar jam dah pukul 12 malam, masa tu dengar lagi bunyi macam tapak kaki orang. Aku ignore je,
sebab aku memang letih plus mengantuk.
Esoknya macam biasalah sampai tempat kerja, Piya cite kat aku pasal lembaga yang adik dia nampak tu. Tak silap aku adik dia demam, lepas tu pergi berubat dengan ustaz. Ustaz tu cakap hantu raya. Piya ni boleh usik aku kata, “haaa mak kau takde kat rumah kan…”. Aku sengeh je sampai nampak gigi taring ni. Pada malam tu sampai lah parents aku balik dari makan angin, takda apa yang
pelik sangat, cuma bunyi tapak kaki orang dengan bunyi geseran atas siling jela.
Kejadian yang teruk aku kena, selepas parents aku balik dari makan angin. Malam kejadian tu, aku mengantuk sangat, rasanya masa tu, awal lagi kot, dalam pukul 10 atau 11 malam. Tengah nak lena di ulik mimpi, aku dengar macam orang kene seret atas siling. Aku malas nak ambil tahu sebab aku kalau dah ngantuk, hmmm memang letak kepala terus tido. Tapi malam tu, tak tau kenapa, mata mengantuk tapi susahnya nak lelap. Aduhaiii. Lepas bunyi seret, senyap kejap. Tak lama lepas tu bunyi macam orang berjalan, aku fikir kucing la kot. Sebab aku dah biasa dengar kucing bergusti kat atas siling.
Makin lama makin kuat dengar bunyi tapak kaki orang berjalan. Aku pikir orang nak pecah masuk rumah, tangan aku dah siap nak dail balai polis hahaha. Tetiba je senyap. Ke pencuri tu tau aku nak
call balai polis haha. Dah senyap, aku pun lega la. Lepas tu bunyi macam orang kene seret, makin lama makin kuat. Aku berzikir, baca apa yang patut. Diam la kejap. Tak sampai 5 minit, bunyi lagi. Kali ni main kasar, bunyi macam orang hempap batu atas siling. Tetiba je aku rasa seram sejuk. Aku berzikir tak berhenti, aku cuba jugak untuk tido, tapi makin lama makin kuat, yang last paling kuat bunyi macam batu besar hempap atas siling.
Ahh masa tu aku tak cakap banyak, terus hangkut semua bantal selimut nak masuk bilik mama.
Kebetulan mama keluar dari bilik, mama tanya, “kenapa? Bunyi apa yang kuat sangat?”. Aku angkat bahu je, sebab muka aku dah lain. Means, memang mama tahu aku tengah takut. Mama tengok atas siling, mama ajak masuk bilik. Masuk je bilik mama, tak bunyi dah bising-bising tadi. Aku cite la kat papa apa yang jadi.
Esoknya aku pergi macam biasa, aku cerita kat Piya pasal aku kena kacau malam semalam, dia kata mungkin lembaga yang adik dia nampak tu kacau aku. Balik kerja petang tu, aku masuk bilik tengok atas siling, kot-kot ada kesan pape ke haaaa. Mana tau kan. Malam tu, mama tanya aku, “nak tidur mana, bilik kakak ke bilik mama?”. Aku decide nak tidur bilik aku jelah, nak tengok malam ni
“benda” tu kacau lagi ke tak. Aku ingat dah tak kacau, yelah, senyap je. Tak sampai 10 minit andaian aku, “makhluk” tu kacau lagi dengan cara yang sama. Tapi bunyi hempakan batu tu lagi kuat. Haaa ni dah melebih. Kecut jugak oiiii.! Sekali lagi hangkut segala bantal selimut lari masuk bilik mama. Letih weh 2 hari kene kacau. Nak tido pun tak lena.
Masuk bilik mama, mama cakap esok dia suruh orang tolong tengokkan dalam bilik tu. Aku iya kan aje. Seperti yang diberitahu mama, lepas aku balik dari kerja, ada orang datang rumah. Aku duduk di ruang tamu je, mama papa tengok je orang tu masuk bilik aku. Selepas semuanya selesai, mama pun cerita lah, yang orang tu kata masa masuk dalam rumah tu, dia rasa lain macam sikit. Dia ada bagi beras, lada hitam suruh tabur dalam rumah tapi jangan sapu dalam masa 3 hari. Aku pun malas nak tanya, kenapa menda tu kacau, nak apa and macam-macam lagi. Aku diam je.
Lepas pada kejadian tu, ada la sedara datang rumah, mama pun cerita lah yang aku kena kacau. Rupanya sebelum hari aku kena kacau, mama dah kena dah. 2,3 hari sebelum aku kena tu, mama cite, tengah sedap tengok tv, tetibe keluar kepala orang dekat lampu dinding
yang dekat tv tu. Seriauuuuuu! Mama pejam mata, mama baca al fatihah, ayat kursi, zikir, macam la. Celik mata ada lagi. Hah! Time tu jugak mama celik mata, mama tengok “benda”tu and mama rasa mama penah tengok bayangan perempuan yang muncul tu. Lama mama pikir masa tu.
Baru teringat yang muka tu sama macam menantu jiran sebelah rumah. Tapi mama diam jela, yelah takut jugak salah main tuduh nanti, berdosa. Sedara aku muka dah lain dah hahahah. Ingat dia senyap, eh tak! Siap tanya, “orang tu cakap apa lepas berubat?”. Mama kata, “menda ni orang punya, dia guna menda ni sebab nak cantik, jadi sekarang mungkin dia tengah pregnant, jadi dia kena lepas menda ni”. Aku senyap diam tak tau nak cakap apa.
Memang 2,3 hari ni aku selalu nampak perempuan tu, memang dia pregnant!. Dalam diam aku pikir jugak, kenapa mesti aku kena kacau. Bukan aku kacau laki kau pun. Nak kata laki kau hensem tu,tak. Kebetulan, kakak ipar dia tu, kerja satu tempat dengan isteri yang datang tengok rumah aku tu. Kakak ipar dia cerita semua lah pasal adik ipar dia ni suka gaduh dengan mil dia lah apa la, amal ayat apa entah. Mungkin ayat nak cantik.
Bersyukur dengan apa yang ada dengan diri kita. Kau cantik ke tak cantik ke, dia terima kau seadanya kan. Jangan sakit diri sendiri nak pakai pendinding semata-mata untuk cantik. Pada semua pembaca HZONE BLOG, ingatlah, nak cantik tak salah, tapi biarlah ada caranya. Nasib la mama aku kuat. Kalau aku, dah lama percah lampu tu hihih.
Sekian sahaja cerita seram yang seberapa ni. Daripada Jiran Sebelah.
-TAMAT-
111. BLACKOUT HOME ALONE
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001011
TAJUK CERITA : BLACKOUT HOME ALONE
KARYA : COKELAT-SAN
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalammualaikum dan hai semua readers HZONE BLOG. First, aku nak minta maaf kalau dalam story aku ni aku ada TERcarut, typo, kesalahan tatabahasa, ayat tunggang langgang dan sebagainya. Mungkin story ni agak panjang. Jadi mohon tabah. Sorry kalau cerita ni boring dan tak capai expectation korang. Jangan expect tinggi-tinggi naaa nanti jiwa sendiri yang merana haha. Okay dah la mukadimmah ni, kang panjang sangat aku dikecam pula oleh pengomen tegar HZONE BLOG serta keyboard warrior bertauliah.
Kisah ni terjadi setahun lepas waktu tu aku cuti semester sebulan. Malangnya waktu aku balik tu aku tak dijemput pun oleh keluarga aku sebab dorang pergi bercuti ke Negara muka plastic selama 2 minggu. Mereka jalan seminggu sebelum aku balik tak tunggu aku pun, tak belikan aku tiket pun haha. Jadi aku di rumah seorang sahaja selama seminggu sementara tunggu dorang balik. Okay skip pada hari kejadian setelah dua hari aku kat rumah sensorang. Tengahari tu aku ajak kawan aku, Akong untuk jenjalan memecah bosan aku kat rumah. Dapat guna kereta abang aku muahaha.
So dipendekkan cerita, kami pulang lepas maghrib. Tapi yang peliknya jalan highway tu lengang tak seperti selalu. Sebelum masuk taman perumahan aku dan Akong (kami satu taman lain blok) mesti lalu satu tanah perkuburan. Hmm cliché kan. Waktu masuk simpang taman, aku bernasib malang lagi bila tiba-tiba pintu kereta belakang sebelah kiri (belakang Akong, aku drive) terbuka seperti direntap dengan dengan keras dari luar. “Apakah b**i hijau!”, si Akong melatah sebab terkejut dengan angin kuat yang menderu masuk sebaik saja pintu tu terbuka. Muka dia paling seram dan huduh tu buat aku lagi takut.
“Bakekang betul la!”. Aku rasa nak stapler je mulut si Akong ni, memaki tak habis-habis. Kami dah gelabah, dah lah tempat tu gelap tapi sebab kami dah takut sangat aku drive je sampai masuk taman dengan pintu tu terbuka haha. Terlambai-lambai pintu tu lol. Aku syak kereta abang aku ni dah nazak kot. Dah sampai perkarangan rumah Akong, baru la aku tutup pintu tu. “Hati-hati kau balik nanti even sebelah blok je. Kalau kau jumpa hantu yang kacau kita tu kau jangan minta tolong sama aku. Anggap kita tak pernah kawan”, gurau Akong.
”Cilaka kau. Musibat punya kawan”, jawabku. Lepas Akong masuk rumah dia sambil tersengih aku pun ciao la. Sampai rumah dah pukul 9 malam lebih. Rumah gelap sebab aku lupa on lampu sebelum jalan. Malam tu belum ada gangguan lagi, enjin belum panas kot haha. Keesokan harinya hari ketiga aku sensorang kat rumah, malam tu hujan lebat, kilat sambung menyambung beserta guruh yang kuat. Dengan berbekalkan makanan ringan aku gigih on tv tapi yang seramnya aku lupa kuali astro ni tak berfungsi kalau hujan. Haram jadah tul.
Aku ambil keputusan nak tidur kat ruang tamu je. Aku ambik port atas sofa depan tv. Lebih kurang 5 minit tu aku berselubung dalam selimut sambil tutup mata tiba-tiba ‘’pang!’’. Blackout la jib. Aku capai phone aku tengok jam 11 malam. Aku capai powerbank aku untuk guna lampu, waktu tu aku menghadap dinding jadi aku toleh belakang sambil suluh keadaan sekeliling yang gelap bak kicap cap ayam. Dan di sini la detik hujung nyawa si malang, aku tersuluh ada satu makhluk yang sah-sah bukan manusia, aku tak tau kak pon atau kak lang, yang penting satu spesis, berdiri tegak sebelah tv dekat satu sudut dinding.
Sorry tak tau nak explain layout ruang tamu kami ni sebab aku pun tak faham dengan ruang tamu kami ni. Dan part paling best syial aku suluh tepat muka dia. Bulls eye! Muka dia memang aku ingat sebab jelas sangat. Mata dia koyak tapi takda mata putih, semua hitam, mulut dia takda bibir, gigi je nampak. Gigi dia macam lidi tau. Tajam, banyak dan panjang. Hidung dia aku tak ingat sangat, rambut dia tak pernah sikat. Pastu botak sikit. Baju(?) dia lusuh warna lumpur. Dia transparent youuu.. aku suluh tu aku still boleh nampak dinding kat belakang dia. Jarak kami tak lah jauh sangat, lebih kurang 6 langkah dari tempat aku ke tempat dia.
Kaki dia memang takda la, hilang ditelan kegelapan. Boleh tahan lama aku bertentang mata dengan dia dengan mukanya yang tak logik tu. Bila dia senyum sambil buat bunyi ‘’heh’’ banyak kali aku terus toleh balik dan selubung dalam selimut. Segala peluh jantan betina aku keluar tanpa malu, tulang-tulang badanku menari-nari ketakutan. Phone aku tak tau kat mana entah. Jadi sepanjang aku selubung tu dia boleh pula menangis, mengilai, buat unexplain bunyi dan sebagainya. Dalam aku baca ayat-ayat yang aku tau, aku tak sedar yang aku tertidur. Bila aku terbangun sebab panas, aku dah rasa lega sikit . aku syak benda tu dah takda. Tapi bila aku toleh ke belakang dengan muka yang berpeluh dan berbekalkan bantuan cahaya lampu powerbank yang aku tercampakkan di atas lantai tadi aku dah dapat agak benda ni seekor yang sangat setia merecik hawauu, terharu siak. Dia still kat posisi yang sama, tenung aku dan tersengih sambil buat bunyi ‘’heh’’ tu ulang kali. Meluat pula aku.
Aku dah tak sempat nangis, ak toleh balik sambil cakap, ‘’janganlah tenung lama sangat, u blah la’’ dengan suara terketar-ketar, badan menggigil aku cakap macam tu. Takut juga la aku nanti dia jawab ‘’okay shayang..’’.. kalau dia jawab macam tu, pada waktu kejadian juga aku cirit sambil baring tanpa segan silu. Lepas aku cakap macam tu dia mengilai nangis. Lepas 15 minit aku ignore dia, aku toleh belakang, Alhamdulillah dia masih ada di sana cibai. Tapi kali ni dia membelakangi aku. Dia merajuk kot. Aku dah takut sangat aku ignore sampai la aku tertidur dan terbangun dengar azan subuh dan seraya itu rumah aku dah ada api balik. Dan benda tu pun dah takda. Perghh basah kot sofa. Basah sebab peluh ye bukan air kencing.
Aku tak tau sama ada kejadian pintu kereta terbuka tu ada connection atau tak dengan benda tu. Pastu aku kol Akong dia cakap dia tak kena kacau apa pun, bahagia je dia kat rumah. Aku bawa lepak dia tak nak takut benda tu kacau dia pula. Ewahhh mangkok jamban punya kawan. Kenapa la aku tak ajak dia tidur rumah aku malam tu. Nyesal tak ke sudah. Lepas tu dah takda gangguan lagi. Selamat la aku mereput dengan jayanya sampai family aku pulang. Tapi malang aku berganda-ganda bila aku dapat ole-ole sebungkus Maggie ramen yang ada jual kat kedai tu je. Sekian.
-TAMAT-
112. “DIA ADE DEKAT BELAKANG NI”
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001012
TAJUK CERITA : “DIA ADE DEKAT BELAKANG NI”
KARYA : NONI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalammualaikum, terima kasih admin kalau sudi approve story aku. Hai semua, first and foremost ampun maaf kalau cerita ini tak se ekstreme cerita2 yang lain, kalau ada yang sudi baca terima kasih ye. Kisah ini agak panjang kerana tempoh kejadian berlaku hampir setahun setengah jadi adelah beberapa peristiwa selepas tragedi tu. Mohon readers bertabah dan tarik nafas dalam2. Okey, lets start!
Alkisah pada penghujung tahun 2010, aku di sem 2 tahun 1 di ipta pantai timur. Sem 2 kami diwajibkan untuk terlibat dengan KOKU 2 iaitu briged siswa, perkhemahan dalam hutan. Dipendekkan cerita, kami tiba lebih kurang 11.00 pagi dan aktiviti pertama selepas makan tengahari dan solat adalah panjat gunung, tak ingat apa nama gunung yang penting gununglah hehe. Gunung ni memang mencabar sifat dia, tak ada track jadi kena memanjat pada batu-batuan keras dan celahan gunung yang curam dan di tepi sebelah kiri jurang yang dalam tak terselam. Tapi dekat sini alhamdulillah tak ada perkara2 yang seram, cuma yang seramnya dekat atas tak ada R&R, dekat mana aku nak membuang ni wei hawau sungguh, time macam ni lah nak terkucil.
Aktiviti kedua pulak malam tu, aktiviti ni aku percaya kebanyakan camping mesti ade kalau tak ada tu ibarat tak lengkap acara perkhemahan iaitu Burung Hantu, di mana kau akan dilepaskan jalan sorang-sorang dalam hutan sambil tutup mata. Tapi kali ini kami tak jalan sorang-sorang, kami dilepaskan dalam kumpulan selang setengah jam kalau tak silap. Aktiviti bermula selepas tengah malam tak ingat dah pukul berapa. Setiap kumpulan dalam 7 ke 10 orang dibekalkan 1 lampu picit dan satu peta, di mana kami perlu ikut peta untuk menuju ke satu checkpoint. Di checkpoint itu kami perlu mencari barang rahsia yang disorokkan, kumpulan yang gagal akan didenda.
Nak dijadikan cerita, dalam ramai-ramai kumpulan aku yang terdiri dari berbagai kaum (semua perempuan), seorang pun tak nak duduk di depan pegang lampu suluh. Ketua kumpulan awal-awal lagi dah surrender! Dah semua tak nak, aku pun acah-acah mak enon volunteer untuk duduk depan pegang lampu suluh, ketua kumpulan di belakang aku pegang peta. Korang rasa, dari duduk belakang sekali dalam keadaan gelap lagi naya kan? Baik duduk depan sekali at least lampu picit pada kau, tak gitu? Huhu. Jadi kumpulan kami dilepaskan selepas beberapa kumpulan berlepas. Anggaran waktu dalam jam 2 pagi lebih.
Kami pun bergerak ikut peta dan perjalanan kami terang disuluhi cahaya lampu jalan dan jalan pun okey masih laluan jalar tar. Kemudian, kami berhenti di bawah lampu untuk lihat pada peta. Okey di sini sudah mula mencabar, kami perlu melalui jalan berbukit masuk ke dalam hutan. Jadi perjalanan kami bermula, sedikit demi sedikit cahaya jalan mula hilang hanya diterangi oleh lampu picit di tangan aku saja. Kami berbaris seperti keretapi dan pegang bahu antara satu sama lain.
Sesekali kedengaran suara rakan-rakan aku suruh stop kejap sebab tak nampak langsung track. Kiri kanan bunyi unggas hutan bunyi cengkerik memang gelap gelita. Aku tak pasti berapa jauh kumpulan di hadapan aku berada yang pasti di tempat itu hanya ada kami. Aku berhenti beberapa kali untuk beri laluan pada kawan-kawan di belakang. Kesian depa tak ada cahaya. Aku menggunakan kelebihan aku didepan untuk sampaikan info kepada penumpang-penumpang di belakang apabila melalui jalan berlopak, laluan beranting dan macam-macam lagi. Seronok pula bila sama-sama bekerjasama dengan baik.
Sampailah di satu tempat tu aku menjerit, “stop,stop! Ade pokok besar tumbang, kita tak boleh lalu atas kena tunduk lalu bawah!”. Seriously memang besar pokok tumbang depan aku ni, siap ade tali polis warna kuning tu terikat pada pokok. Pokoknya tumbang menghadang laluan, memang tak boleh dipanjat melalui atas perlu tunduk lalu di bawah pokok itu sebab pokok itu tumbang dalam keadaan senget. Jadi aku pas kan lampu picit kepada ketua kumpulan di belakang aku, supaya dia menyuluh aku untuk aku lalu dahulu di bawah pokok itu. Kemudian aku akan suluhkan setiap orang melepasi pokok itu. Okey sekarang, giliran aku dah lepas. Aku pun capai lampu suluh tadi. Aku pun ambil lampu suluh dan aku pun berpusing menghadap mereka semua, sedang aku nak berpusing tu sambil tangan aku menyuluh, guess what ?
Lampu suluh aku tersuluh sesuatu yang mata aku tak ingin nak nampak , ada kakak pakai baju putih rambut panjang tengah berdiri dekat sebelah kanan kami! Seriously ! Rambut panjang tutup muka baju, dan aku sikit pun tak pandang benda tu, dan hanya aku je menghadap dia sebab yang lain masih belum melepasi pokok tu. Meremang bulu roma aku jantung aku time tu rasa berdegup 3 kali ganda laju dari biasa, tapi aku tahankan diri dari menjerit, nanti semua terkejut ah sudah parah nanti bila semua lari bertempiaran dalam hutan gelap gelita ni. Aku sikit pun tak nak pandang aku buat-buat tak nampak sambil suluh kawan-kawan aku. Fuhhhh. Kakak tu masih ade lagi dekat situ sampailah kawan aku yang terakhir.
Setel je semua, kami terus bergerak ke checkpoint dituju. Aku masih teringat-ingat lagi peristiwa tadi sampai aku tak boleh focus cari barang rahsia tu. Alhamdulillah, kumpulan kami tak berjaya jumpa barang rahsia tu sebab masa dah suntuk huhuhu. Kemudian hari-hari berikutnya berjalan seperti biasa sehinggalah selepas itu beberapa peristiwa berlaku dalam hidup aku. Kalau nak diceritakan peristiwa-peristiwa aneh yang berlaku itu banyak tapi aku tak tahu pulak ada kaitan dengan perkara yang berlaku semasa camping itu. Aku ringkaskan la ye sebab da panjang sangat dah ni.
Antaranya nama aku selalu dipanggil tapi tak ada siapa yang panggil, ada makhluk lain muncul masa aku tengah webcam, ada suara kakak ketawa mengilai masa aku tengah bergayut dalam telefon, aku mimpi menakutkan, dan yang paling tak boleh blah ade tangan sejuk pegang kaki aku masa tidur sampai aku terjaga terus tak boleh tidur! Sedangkan aku tidur time tu peluk al-quran sebab aku mengalami masalah tak boleh tidur, nak tidur je terjaga ada suara panggil. Even aku pernah scan gangguan dengan ustaz Sharhan untuk kesan gangguan dalam badan, tapi tak ada! Sedangkan semua tanda-tanda gangguan yang ustaz tu beritahu sewaktu ceramah ada pada aku.
Lastly, mak aku bawak aku pergi berubat dekat kampung, dengan jiran atuk aku, aku gelar dia makcik F. Makcik F ni katanya diberi kelebihan oleh Allah untuk mengubat orang, macam guna kuasa telepath gitu dapat explore perkara yang kite tak bagitahu tapi dia dah tahu. Berbekalkan tasbih dan ayat2 suci quran dan tanpa pegang anggota badan aku, hanya tengok muka aku dan dia dapat tahu apa yang berlaku. Makcik F tanya pada aku, “kamu ada masuk hutan tak ?“. Aku menjawab ada, baru-baru ini pergi mandi air terjun. Makcik F menyambung, “bukan mandi, ni kamu ade pergi berkhemah kan, ada yang mengikut kamu ni. Dia tak dapat masuk dia kacau je lah. Dia ada dekat belakang ni, haishh naik bulu roma”.
Gulppp. Aku tergamam sekejap. Antara percaya atau tak. Kemudian mungkin untuk meyakinkan aku, makcik F bercerita mengenai susur galur keluarga aku sebelah mak dan ayah. Dan segala penceritaan makcik F itu betul, dan disimpulkan aku punyai laluan untuk makhluk-makhluk begini untuk datang dekat kerana aku cucu sulung dan salasilah keluarga aku yang ada saka. Kemudian, aku diminta untuk mandi air 7 masjid dan diberi air minum. Selepas peristiwa itu, Alhamdulillah aku sudah tidak diganggu lagi tetapi aku masih mempunyai masalah sukar tidur malam dari kecil lagi, dan baru-baru ini seakan gangguan sama kembali semula bila aku diganggu waktu tidur.
Aku masih dalam proses berubat kerana kata seorang ustaz lain yang merawat aku, aku bukan diganggu tetapi sedari dahulu lagi aku sudah diduduki dan diganggu kerana salasilah keluarga aku yang pernah membela saka/penjaga. Entahlah, bukanlah aku 100% tidak percaya, walau bagaimanapun perkara ini wujud dan kita sebagai hamba perlu dekatkan diri dengan tuhan. Okeyla terima kasih sudi baca guys. Lastly, korang tak takut ke tidur dalam gelap? Hahaha, adios!
113. SI ABANG POCONG
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001013
TAJUK CERITA : SI ABANG POCONG
KARYA : SI CARLITO ROCKER
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum WBT buat pembaca-pembaca tegar di HZONE BLOG ini. Kita bertemu kembali dalam edisi ini. Sebelum itu aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada HZONE BLOG kerana telah menyiarkan kisah
PONTIANAK DI DEPANKU itu. Oh ya, aku nak tanya ni, macam mana dengan kisah tersebut? Korang suka tak? Aku harap korang terhiburlah. Itu hanyalah secebis daripada pengalaman yang telah aku tempuhi sepanjang bergelumang dengan alam ghaib ini. Tanpa dilengahkan masa lagi, dengan lafaz agung Bismilahhirahmanirahim, aku coretkan edisi ini yang berkaitan dengan pengalaman bertemu Pocong.
Ok, korang semua mesti dah tahu dan hadam sangat dengan rupa dan tabiat pocong kan? Berbungkus dalam kain kafan yang reput dan buruk gitu. Pengalaman yang pertama aku berdepan dengan abang Pocong adalah sewaktu aku masih bersekolah di dalam tingkatan 5 (2004). Waktu itu, hijab pandanganku di antara alam nyata dan ghaib sudah terbuka dengan jayanya. Sebelum itu aku hanya kenal abang Pocong ni melalui tontonan filem dan drama seram. Kalau dari segi pembacaan pulak aku kreditkan kepada majalah Mastika sebab dari situ aku mula mengenali apa itu Pocong.
Detik pertemuan pertamaku dengan abang Pocong adalah ketika melepak menghabiskan masa dengan kawan-kawan. Seperti biasa aktiviti di malam minggu aku akan melepak dengan kawan-kawan yang agak jahanam dari segi disiplin dan komitmen dalam pelajaran sambil bermain gitar dan daun terup. Port rasmi lepak kami adalah di luar rumah kayu buruk yang dihuni oleh seorang warga emas yang agak daif dan uzur ketika itu (arwah Yaakob Hamidon – Al-Fatihah). Ok straight to the point, tengah kami semua syok melalak sambil main gitar, aku nampak sebiji objek seakan-akan bantal golek berwarna putih dalam posisi tegak berada di sebelah aku, aku diam dan cuba untuk bertenang tapi objek itu seakan-akan bergerak dan perasan yang aku sedang memerhatikan dia.
Dia bergolek dan kemudiannya berdiri betul-betul depan muka aku. Allahuakbar, korang bayangkanlah dahlah aku masih hijau lagi dalam dunia ghaib ini kemudian diuji pulak secara drastik berdepan dengan abang Pocong. Ketika itu kawan-kawanku yang lain masih sibuk melalak dan diorang semua tak perasan langsung kenapa aku tiba-tiba berubah mendiamkan diri. Aku duduk dalam posisi bersila masa itu dan aku cuba menjerit nak mintak tolong dengan diorang tetapi mulut aku terkunci rapat, badanku kaku seperti disimen, aku tak boleh bergerak langsung dan lidah aku seolah-olah terbelit dengan sendirinya. Aku cuba untuk menjerit nama Allah tapi tak kesampaian.
Abang Pocong pulak berdiri sambil merenung rapat ke dalam mata aku. Bau dia fulamak super hapak dan hanyir. Dia mula menggila dengan melompat-lompat setempat di depanku. Aku makin nak pitam bila tengok wajah dia. Hitam, berjeragat, ada ulat maggot di mulutnya beserta lelehan d***h hitam. Pada saat itu seluruh bulu romaku meremang, d***h dah naik ke otak, kepala dah rasa besar semacam. Tiba-tiba aku nampak seperti cahaya kilat dan dalam masa yang sama badanku boleh bergerak semula. Tanpa buang masa aku berdiri dan terus melaungkan Azan betul-betul depan abang Pocong itu. Seingat aku, masa aku laungkan kalimah Ashaduallailahailallah, abang Pocong hilang terus dan lesap entah ke mana.
Kawan-kawanku yang pada awalnya syok melalak dan goreng gitar semuanya terkejut dan bertanya kenapa aku tiba-tiba laungkan Azan? Aku beritahulah yang si abang Pocong tercongok kat situ, berdiri depan aku dan dia pun sama-sama menghayati setiap lagu yang diorang persembahkan tadi. Masa itu diorang macam tak percaya dan diorang ingat aku reka cerita. Macam mana diorang nak percaya sebab diorang tak nampak dan tak dikacau. Yang jadi mangsanya adalah aku sebab aku sorang sahaja yang boleh nampak benda-benda ghaib ini. Diorang di antara percaya dan tidak.
Sebenarnya dalam tak percaya diorang pun takut jugak, siap ajak balik berteman lagi. Hahaha. Seminggu aku demam disebabkan kejadian itu. Apa yang aku lalui dan aku nampak aku ceritakan semuanya pada Tok Wan. Dia bekalkan air yang dibacakan surah Yaasin dan aku dimandikan dengan air bunga untuk memulihkan kembali semangatku. Memang aku tak kuat masa itu, aku lemah semangat pada peringkat awal dianugerahkan kebolehan ini. Aku tak pernah dan jauh sekali gembira dengan kebolehan ini. Aku trauma dan takut sepanjang masa. Kini takut dalam selamba.
Aku pernah ketika tengah tidur kemudian terjaga dan tiba-tiba abang Pocong berbaring di sebelah aku. Ya Allah terkejutnya macam nak meletup jantung. Yang tak boleh blahnya muka dia yang seram angker itu tenung tepat ke mata aku. Allahuakbar. Aku terus sebut Allahuakbar banyak kali dan abang Pocong lesap. Masa nak laungkan Allahuakbar itu, aku tenung rapat jugak ke mata dia, takut dan seram tak payah ceritalah. Jantung dan otak rasa macam nak meletup, rasa nak terkencing pun ada tapi Itu semasa di peringkat awal sesi berkenalan dengan abang Pocong dan alam ghaib. Semalam aku perasan ada seekor abang Pocong menumpang motor rider Domino’s Pizza. Rider itu tak perasan dan tak tahu, kejadian jam 9 lebih semalam (Khamis – 2/2/2017). Lokasi dirahsiakan.
Abang Pocong suka menumpang kereta, motor, dan lori. Waktu kejadian biasanya selepas Isyak dan sebelum Subuh. Kalau korang tengah dengar lagu atau dengar radio di dalam kenderaan korang, kemudian ada bunyi seperti sound delay/loss signal untuk tempoh 1-2 saat, maka abang Pocong dah menumpang secara percuma untuk sampai ke destinasi yang dia nak tuju ataupun mengikut sama destinasi yang korang tuju itu. Itu daripada pemerhatian aku sendiri. Mungkin lain orang lain pengalaman. Gelombang elektrik dan frekuensi radio berkait rapat jugak dengan alam ghaib dan pattern delay/loss signal untuk 1-2 saat itu spesifik untuk abang Pocong. Lain hantu lain frekuensi interval.
Untuk pengetahuan korang, setiap Pocong adalah berlainan dan berbeza. Macam mana aku tahu? Jenis tali ikatan di atas kepalanya adalah berbeza. Semakin berusia si abang Pocong tersebut semakin keras dan tebal ikatan tersebut. Kekuatan mereka bolehlah dianggarkan dari segi lilitan tersebut. Maksud kekuatan di sini adalah daya penjelmaan, tempoh masa penjelmaan, dan kapasiti tenaga mereka. Kalau korang boleh nampak abang Pocong tersebut di depan mata itu bermakna dia memang kuat dan dah berusia lanjut. Kelemahannya jugak terletak di tali pengikat itu. Sebab itu ramai orang yang jenis khurafat dan syirik berkehendakkan tali pengikat tersebut. Kononnya boleh menjadikan pemiliknya kebal dan kaya raya.
Dari segi pengalaman aku pulak adalah mustahil untuk bukak lilitan tersebut dengan selambanya. Ianya ibarat seperti dijahit m**i dengan kain kafan itu dan ianya keras macam batu. Hanya yang berilmu sahaja yang boleh bukak ikatan tersebut. Orang biasa macam kita semua takkan dapat bukak ikatan tersebut. Dia mampu buat lompatan setinggi bangunan 5 tingkat, boleh bergolek dengan laju, dan boleh menyamar jadi sebatang pokok (kebanyakan kes pokok pisang). Lokasi tempat lepaknya adalah di di kawasan yang ada pokok berbuah (pisang, manga, rambutan, duku, durian, etc), di kawasan kubur, di dalam semak, di rumah/bangunan kosong, di atas bumbung rumah, di lebuhraya dan di atas jalan yang sunyi.
Dia gemar melihat kita tidur dan suka tumpang tidur di sebelah kita. Andaikata korang tengah tidur dan tiba-tiba rasa seperti kaki ditarik/dihenjut secara mengejut, badan rasa panas secara tiba-tiba itu berkemungkinan besar abang Pocong berada di sebelah korang. Seperti biasa cuba bertenang, berzikir Allah Hu di dalam hati. Sekiranya rasa seperti diikat dan seolah-olah ditindih, cuba gerakkan ibu jari kaki dan pergelangan kaki, jikalau terlepas terus bangun dari tempat asal korang tidur itu dan beranikan diri untuk halau dia dari situ. Bercakap biar dalam tona suara yang kuat dan selitkan nama Allah sekali. Abang Pocong adalah salah seekor dari jenis hantu yang mendengar kata dan penakut.
Rupa dia sahaja yang agak menyeramkan tahap nak pengsan tapi dalam hati ada unsur-unsur pondan. Cuma kapasiti tenaga dia yang kuat boleh menyebabkan kita jadi lemah. Oh ya terlupa nak cakap, abang Pocong boleh tiru apa yang korang cakap dan apa yang korang buat. Dia ibarat perakam audio yang bergerak. Korang pernah tak bila duduk bersendirian kemudian terdengar seperti suara yang korang kenal? Suara ayah, mak, adik beradik, atau kawan-kawan? Nasihat aku kalau kau di dalam situasi tersebut sila abaikan dan berzikir adalah lebih baik daripada mencari nahas secara percuma. Diusiknya sampai demam kalau kau terlayan mencari punca suara tersebut.
Korang mesti tertanya-tanya kenapa aku panggil dia abang Pocong? Ini jawapan dari aku. Dia ibarat cerminan diri kita ketika jasad kita berada di dalam kubur nanti. Abang Pocong adalah signifikasi kepada rupa jasad kita apabila dikafankan nanti. Adakah kita semua bakal menjadi POCONG ataupun bersemadi dengan aman apabila berada di SANA nanti? Hanya amalan yang jadi bekalan, pangkat dan harta hanyalah sampah yang tak berguna ketika itu. Soalan dari aku kali ini. Korang agak Mereka merenung tak korang sekarang ini? Siapa di sebelah korang itu? Dalam tandas tu ada siapa? Hahaha. Tepuk dada tanya selera. Sehingga bertemu lagi pada edisi yang lain. Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia. Jazzakallah Kr Kt.
-TAMAT-
114. PONTIANAK DI DEPANKU
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001014
TAJUK CERITA : PONTIANAK DI DEPANKU
KARYA : SI CARLITO ROCKER
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum WBT buat pembaca-pembaca tegar di HZONE BLOG ini. Aku adalah salah seorang daripada pengikut setia page seram ini. Sebelum aku memulakan cerita ini, aku nak jelaskan di sini bahawa aku dikurniakan dengan satu kelebihan iaitu dapat melihat ke alam ghaib dengan nyata. Pendek kata hijab aku terbuka sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Sekarang usia aku dah genap 30 tahun (2017) dan dah banyak jenis jin dan iblis yang menyerupai Pontianak, Langsuir, Polong, Hantu Raya, Toyol, Penanggal, & macam-macam jenis lagi aku dah jumpa.
Yang jenis cun-melecun pun aku pernah terserempak dan lepak sekali. Yang jenis cun-melecun ni bunian. Kalau kawasan kampung yang ada banyak pokok sawit, getah, durian & hutan yang masih terpelihara lagi, maka yakinlah bahawa di situ memang terdapat penempatan besar geng-geng diorang. Dah terlanjur bab bunian pulak aku ni. Untuk sesi ini, aku tak nak bercerita lagi berkenaan dengan bunian, aku mulakan dengan lafaz Bismillahirahmanirahim dahulu.
Ok, untuk edisi pengenalan ini aku nak bercerita tentang perihal jin dan iblis yang menyerupai perempuan yang selalu dimomokkan sebagai Pontianak. Pontianak yang korang semua bayangkan itu agaknya macam si Maya Karin dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam kan? Tak pun macam si Suzana Sundel Bolong gitu? Hahaha. Daripada pengalaman aku, pontianak ni sebenarnya ada 3 jenis rupa. Yang pertama adalah jenis yang tak berwajah. Dia ni bersifat pasif dan sangat jarang mengacau orang. Paling teruk pun dia datang mengadap muka korang dengan aura seram dan bau jasad dia sahaja.
Dia takkan tunjuk rupa dia depan muka kau, dia takkan lepak depan kau, dan kebanyakannya dia tumpang lalu sahaja. Pakaiannya serba hitam dan gelap, muka blur (senang cerita macam tak ada muka langsung), selalu bertenggek dalam tong sampah, celah pokok tembakau, atas pokok getah, dalam parit, dalam longkang, dan di tempat yang kotor lagi busuk. Kalau korang tengah lepak dan tiba-tiba muncul bau seakan-akan bangkai @ sampah @ lori sampah maka berkemungkinan besar dia sedang melintasi kawasan tersebut. Jangan panik dan takut. Teruskan sahaja aktiviti yang korang lakukan sebelum itu. Dia takkan kacau korang melainkan korang bercakap besar dan berniat betul-betul untuk jumpa dia.
Pontianak jenis kedua adalah pontianak betina dan berwajah garang, mata bulat terjojol keluar dan warna merah saga, gigi menyeringai, muka penuh keladak j*****t batu, dan berambut panjang. Baju seragam rasmi adalah berjubah putih @ baju kelawar perempuan putih. Dia boleh terbang, melompat, dan berlari laju. Kadang-kadang dia pegang kayu reput dan dia bergerak ke hulu ke hilir dengan kayu tu. Dia jenis alert dengan percakapan dan perbuatan kita. Korang jangan sesekali memandai cakap besar sebab kelajuan dia sama dengan kelajuan bunyi. Jangan berniat untuk nak tengok rupa dia. Kalau dia betul-betul menjelma depan korang memang naya. Boleh demam dan trauma bai. Pontianak ni jenis cerdik, kalau korang dalam kumpulan yang ramai (lebih dari 2 orang), takde maknanya dia nak tunjuk rupa dia.
Tapi ingat, dia akan pilih dan ikut salah sorang dari mangsanya di situ. Selagi dia tak usik selagi tu dia akan ikut orang tu sampai ke dalam bilik tidur. Dia sangat aktif dan suka menjelmakan diri terutamanya selepas Maghrib. Apabila bilal mengalunkan azan, dia akan memekikkan suaranya dalam frekuensi yang sangat halus dan tajam. Aku pernah nampak pontianak jenis ni berlari masuk ke dalam rumah aku masa azan Isyak. Dia berlari dan terus meluru ke dalam tandas dan berconggok betul-betul di tepi mangkuk tandas sambil memekik dengan suara yang kuat. Kalau korang rasa tandas tu tiba-tiba suam bermakna dia ada di situ. Aku kalau tengok rupa dia memang nampak macam bodoh yang amat dan rupa macam geng-geng Black Metal yang bercorpse paint.
Dia suka terbang dan lepak di tempat-tempat gelap dan sunyi. Kadang-kadang dia suka bertenggek atas pokok mangga dan rambutan. Bau jasad dia seakan-akan bunga kemboja. Andaikata korang tercium bau bunga kemboja bila malam hari, korang buat selamba je dan zikir Allah Hu dalam hati, walaupun korang dah takut tahap nak pengsan tapi cuba bertenang. Dia ni jenis ikut sebelah kita dan suka tenung muka kita. Kalaulah korang dapat nampak macam yang aku nampak, nescaya korang akan trauma dan pengsan. Untuk kes yang lebih berat, kalau dia menjelma betul-betul depan muka, maka jeritlah kalimah Allahuakbar dengan sekuat hati berulang-ulang kali sampai dia hilang. Kalau kau mampu baca Ayat Qursi, 3 Qul, atau 1,000 Dinar sila baca dengan tertib dan dalam emosi yang bertenang sampai dia hilang dari radar mata. Kalau tak mampu sila jerit kalimah Allahuakbar dengan kuat & berulang kali.
Untuk pontianak yang ketiga pulak, aku panggil dia pontianak melayu sebab dia memang berwajah dan berpakaian ala-ala melayu lama. Dia pun betina jugak, muka macam orang-orang lama, mata bulat jenis terjojol keluar, kulit sawo matang, rambut kembang, badan macam Rozita Che Wan, berbaju kebaya kadang-kadang baju kurung dan dia menggenggam batu panjang di tangan kiri dia. Aktif di malam hari. Lokasi tempat tinggal di celah-celah pokok pisang, kadang-kadang bertenggek atas pokok ara, mangga, mempelam, & rambutan, suka lepak dalam semak, di tempat gelap, luar rumah, dan di kawasan yang ada orang bela anjing. Kalau tengah-tengah malam korang dengar anjing menyalak panjang maka benarlah dia berada di situ dan cuba untuk masuk ke dalam rumah yang berdekatan kawasan tersebut.
Sekiranya korang ada membela kucing dan tiba-tiba kucing tersebut pandang lama ke satu sudut rumah @ bilik, maka benarlah bahawa dia berada bersetentang dengan kucing tersebut. Kalau ekor kucing tersebut kembang itu bermakna ada lebih dari seekor pontianak di depan kucing tu. Kalau pontianak jenis ni masuk ke dalam rumah, besar kemungkinan ada benda yang akan hilang ataupun rosak dan salah seorang dari penghuni dalam rumah itu akan demam ataupun berlaku kemalangan kecil. Itu daripada pengalaman aku sendiri.
Kalau korang dalam situasi di mana dia dah menunjukkan jasad dan wajah dia, sila baca kalimah Laillahaila Anta Subhanaka Inni Kuntu Minnal Dzalimin dengan nada agresif dan kuat sehingga dia lari. Kalau tak mampu jeritlah dengan kalimah Allahuakbar banyak kali. Pontianak jenis ni hatinya kering dan kebal. Korang kena tenung mata dia masa lontar kalimah-kalimah tersebut. Ada kawan aku yang jenis hati kental pernah maki hamun dan angkat jari tengah depan pontianak ni, berdesup hilang. Moralnya apabila kita berani, pontianak waima segala makhluk halus akan takut berkali ganda pada kita.
Korang nak tahu tak apa benda kesukaan pontianak ni? Diorang suka bau yang wangi dan tajam macam perfume, bau longkang, perempuan yang uzur, sampah sarap, tulang-tulang, & d***h dari luka. Diorang jilat d***h tu tapi korang takkan rasa dan perasan. Kalau boleh elakkan dari bercakap besar dan membayangkan benda-benda seram sebelum korang tidur sebab diorang melilau di sekeliling tempat kita tidur waktu tu. Masa aku tulis cerita ni, ada benda yang duduk kat sebelah aku, korang tahu apa dia? Kucing akulah. Hehe. Nantikan edisi lain pada waktu dan hari yang berlainan. Assalamualaikum WBT.
-TAMAT-
115. TELUR HABIS
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001015
TAJUK CERITA : TELUR HABIS
KARYA : HAMBA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Fikiran aku entah mengapa teringin sangat hendak menjengah ke halaman seram ini. Sebelum ini aku hanya mendengar tentang HZONE BLOG. Bila aku sudah berada di halaman seram ini, banyak cerita yang memberi bulu roma sedikit meremang. Tiba-tiba teringat kisah seram yang pernah dialami oleh dua orang adik lelaki aku.
Kisah ini terjadi pada beberapa tahun yang lepas. Masa itu kami sekeluarga menetap di Ladang Cluny, Slim River. Suatu malam yang menyeramkan kedua orang adik aku ini berlaku hanya kerana, “angah, buat kek ngah malam ni”. Entah dari mana datangnya selera adik aku (acik) ini tiba-tiba teringin hendak makan kek. Angah adik perempuan aku memang suka buat kek. Tanpa berlengah angah ke dapur, “Acik. Kena pergi pekan la. Telur habis”. Angah memandang ke arah jam dinding. “Cepat acik dah pukul 9 malam ni”. Acik pun cepat-cepat bersiap dan terus mengajak seorang lagi adik aku (adang) untuk menemaninya ke pekan Slim River.
Setelah acik dengan adang memecut motor membelah kegelapan malam, angah terus ke dapur untuk menyiapkan dahulu apa yang patut. Emak aku memang tidak berapa suka malam-malam kalau kami hendak keluar ke pekan. Sebab macam-macam kisah menyeramkan yang didengar tentang jalan ke pekan Slim River. Ramai orang sekitar kawasan itu pernah diganggu dengan bermacam-macam penampakan.
Hati emak semakin risau. Pukul 10.30 malam adang dengan acik tidak sampai ke rumah lagi.
Pukul 11malam, masih tidak muncul-muncul. Memang jalan hendak ke pekan Slim River amat menyeramkan. Kiri kanan penuh pokok-pokok kelapa sawit. Yang paling menyeramkan ada dua tanah perkuburan di sebelah kanan jalan kalau arah kita hendak ke pekan Slim River. Arah dari pekan dua tanah perkuburan itu disebelah kiri. Satu tanah perkuburan orang cina dan satu lagi tanah perkuburan islam.
Hati emak makin risau. Pukul 11.30 malam acik dengan adang tidak sampai-sampai lagi ke rumah. Aku dengan angah pun mula risau. Ikutkan pukul 9 lebih keluar, dalam pukul 10.30 atau pukul 11 sudah boleh sampai ke rumah. Jam di dinding hampir pukul 12 baru dengar bunyi injin motor tanda acik dengan adang baru sampai kerumah.
Pada mulanya memang aku, angah dan emak tidak terfikir apa-apa yang menyeramkan telah dialami oleh dua orang adik lelaki aku ini. Ayah aku waktu itu sudah tidur. Adang mula-mula melangkah kaki masuk ke rumah. Emak tiba-tiba bertanya, “pasal apa lambat balik? Pergi mana?!” dengan suara sedikit marah. “Tak ada apa-apa lah, pergi beli telur la”, jawap adang sambil berlalu terus ke bilik air. Suara emak terus membebel. Lepas itu perlahan-lahan nampak acik masuk ke rumah dengan muka sedikit pucat. Bibir mulut acik aku nampak terketar-ketar macam nampak sesuatu. “Pasal apa ni acik?”, aku bertanya perlahan.
Tiba-tiba adang keluar dari bilik air dan bercerita apa yang mereka alami di tengah perjalanan balik dari pekan tadi. Acik terus terdiam waktu itu. Masih dalam ketakutan.
Pukul 9.10 malam.
Masa keluar dari rumah.
=======
“Adang, rasa lain macam ni”, acik bersuara. “Dok diam-diam dah la”, adang bersuara sambil terus memecut motor. Kenderaan lain langsung tidak kelihatan masa itu. Gelap sangat-sangat. Tidak tahu kenapa lampu jalan tidak menyala pada malam itu. Acik berbisik ke telinga adang, “kita nak pergi beli telur ni. Balik nanti macam mana?”. Adang diam dan terus memecut motor. Waktu itu memang betul-betul berada di selekoh kawasan tanah perkuburan islam. Motor terus membelah kegelapan malam dan selamat sampai ke pekan Slim River.
Pukul 10.15malam.
Hendak balik lepas membeli telur.
=======
Telur diletak di dalam raga motor. Acik bersuara lagi, “elok-elok adang telur tu”. Motor terus dipecut meninggalkan pekan Slim River dan mula masuk kawasan jalan gelap tadi. Kali ini motor dipecut untuk cepat sampai ke rumah. Sampai sahaja betul-betul di kawasan tanah perkuburan islam. Acik bersuara sambil tepuk-tepuk bahu adang, “adang, cepat sikit adang”. Adang terus memecut motor. Tiba-tiba adang terus perlahan kan motor. “Pasal apa ni adang motor tiba-tiba perlahan?”, acik ketakutan. “Lampu motor ni tiba-tiba terpadam. Gelap ni”, adang bersuara sambil menekan butang lampu isyarat ke kanan dan lampu isyarat ke kiri.
Motor terus dipandu perlahan sebab takut terlanggar anjing liar yang selalu melintas. Tiba-tiba adang bersuara, “acik. Lampu jalan kat situ menyala pulak. Tadi tak menyala. Pasal pa satu tu je menyala?”. Tengah berborak pasal lampu jalan itu, tiba-tiba sampai dibawah tiang lampu tersebut, ada lembaga hitam berbulu. Tinggi. Berdiri di sebelah kanan jalan. Lembaga itu mengangkat tangannya lurus melintang jalan. Masa itu adang dan acik lalu dibawah tangan lembaga itu.
Adang bercerita kejadian itu sambil menggosok-gosok tengkuknya. Acik terus diam. Adang bersuara, “pasal pa mu suruh aku bawa motor laju masa kat selekoh kubur tadi acik??”. Dengan suara terketar-ketar acik bersuara, “aku nampak ada sebuah rumah besar di atas bukit dalam kawasan kubur tu. Rumah tu terang benderang. Cantik rumah tu”. Kami semua terdiam. Sebenarnya mana ada rumah besar di situ.
TAMAT.
116. JAM 2-3 PAGI
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001116
TAJUK CERITA : JAM 2-3 PAGI
KARYA : F
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Salam semua. Dari kecil sampai besar, aku pernah beberapa kali mengalami kes-kes gangguan mistik.
Aku bersyukur aku bukanlah seperti mereka yang hijabnya terbuka dan boleh nampak pada bila-bila masa. Kadang-kadang sahaja aku akan nampak, dan selalunya aku diganggu dengan bunyi-bunyian ataupun merasa tidak sedap hati sebelum ada orang di sekelilingku yang kena gangguan.
Nak kata seram, tidaklah seram mana jika nak dibandingkan dengan cerita-cerita yang sudah pernah dikongsi di Fiksyen Shasha. Tapi the more the merrier kan? Hehe. Harap korang enjoy baca kisah-kisah yang aku nak kongsi.
Malam Hujan Lebat Angin Kencang
Malam tu aku tidur awal di bilikku. Aku tidur sorang di atas queen bed dan aku suka tidur di bahagian tepi katil sebab senang nak naik dan turun katil. Plannya tentulah nak tidur terus sampai pagi, namun aku terjaga tiba-tiba 2,3 jam sebelum subuh.
Mula-mula aku ingat aku terbangun sebab masa tu hujan lebat dengan angin kencang, tapi rupanya sebab aku dapat rasa ada kuku tajam kat kulit kepala aku yang macam menggaru-garu perlahan. Disebabkan aku masih mamai, aku lambat sedar yang ada sosok tubuh di tepiku di sebelah katil, seakan-akan mencangkung dengan rambut yang panjang kusut-masai dan baju putih lusuh tengah pegang tanganku guna dua-dua tangan dia. Dia juga guna kuku tajamnya untuk membelai tanganku.
Aku terus rasa panik, sambil berharap aku mimpi. Aku macam stuck antara bangun dan tidur sebab aku tidak dapat bergerak. Kuku kat kulit kepala pun makin lama makin mencengkam.
Eh kat tangan and kulit kepala?? Oh sudah! Ada dua ekor rupanya?? Aku makin tak keruan bila aku sedar benda ni. Aku terasa dipeluk makin kuat dari bawah badan, dan kat sebelah aku pun ada lagi seekor T_T Nak baca apa-apa surah pun fail, memang tak jalan. Aku langsung tak boleh gerak kecuali kelopak mataku dan aku lupa terus hafalan ayat-ayat al-Quran. Aku hanya berharap aku dapat bergerak dan tolong la jangan tunjuk muka kau kat aku sebab aku cuma boleh nampak rambut dari tepi.
Aku tak sure berapa lama aku struggle, tapi secara tiba-tiba diorang hilang. Dan aku terus dapat bangun ke posisi duduk. Lepas tu apalagi.. aku terus cabut tidur di bilik kakak aku yang hanya sebelah bilik aku. Kakak aku terbangun sebab aku lompat atas katil dia untuk tidur. Dia marah-marah buat dia terbangun dan tanya kenapa sibuk tidur situ. Aku senyap je terus baring dengan lega.
Esok pagi aku check tingkap bilik aku sebab pelik mana la datang diorang ni. Aku suspect tiba-tiba je singgah sebab tak pernah aku kena kacau macam tu. Rupa-rupanya tingkap aku terbuka malam semalam, Cuma aku tak perasan sebab langsir dilabuhkan so aku tak nampak tingkap tu.
(Kenapa aku cakap camtu? Sebab kawan baik aku kat universiti 4,5 tahun selepas tu cerita dia baru kena kacau dengan ponti yang terbang masuk melalui tingkap terbuka masa angin kencang. Aku rasa sama situasi dengan aku, Cuma dalam kes aku ponti tu ada dua haha..)
Tandas jam 2 pagi
Aku masa diploma di UiTM dulu pernah duduk kolej asrama. Blok aku jenis 4 orang sebilik. Tandas asrama jenis memanjang, dan bila pusing dari koridor, ada walkway tengah-tengah dan ada 1 tandas di bahagian kiri, dan 1 tandas di bahagian kanan. Setiap 1 tandas ni ada 4 jamban, 4 shower rooms, dan bahagian tengah tandas ada sinki dan tempat basuh baju. Memang besar. Boleh imagine tak? Kira kalau pegi tandas kiri ramai orang, senang je la jalan ke tandas kanan pulak nak tengok ada kosong ke tak.
Ada satu semester ni aku kerap insomnia, so aku hanya akan pegi tandas bahagian kiri sebelum aku tidur pada jam 2 pagi. Mula-mula aku cuak jugak, tapi sebab kadang-kadang aku nampak budak-budak perempuan bergayut tepi balkoni yang dekat dengan toilet, aku rasa kurang sikit seram. Lepas tu selalunya aku akan dengar orang menyanyi-nyanyi masa aku sorang-sorang kat tandas, mungkin dari bilik yang berhampiran atau koridor.
Tapi satu malam ni, sebelum aku keluar ke tandas lagi aku rasa takut sangat. Aku nak cancel tapi habitku adalah membuang air kecil sebelum tidur sebab risau terbangun nak cari tandas. Nak tak nak, aku terpaksa jugak ke tandas pukul 2 pagi macam biasa.
Dari dalam bilik lagi aku dah start ulang-ulang baca ayat kursi sampai ke tandas. Secara kebetulan, minggu tu tandas belah kiri yang aku slalu pegi tu blackout, so aku pegi tandas belah kanan je. Memang rasa meremang seperti diperhati, tak macam biasa. Aku terus gosok gigi, basuh muka dan ke jamban laju-laju. Bila luar tandas je, terus sambung baca ayat qursi sampai masuk bilik sehinggalah aku tertidur. Esok pagi bila aku buka pintu, kawanku yang tinggal di bilik berhampiran tandas terus lari peluk aku dengan gaya dramatik. Aku yang terpinga-pinga pun tanyalah, “Awak kenapa?”.
Dia cerita kat aku yang malam semalam ada ponti yang datang kacau dia di bilik dia. Mula-mula di katil yang tak bertuan (kawan aku selalu tinggal sorang-sorang, sebab kawan sebilik dia selalu balik rumah abang, dan lagi 2 katil memang takde orang). Dan makin lama makin dekat dengan dia, sampai ke katil dia.. dia selalu gak kena hantar benda sebab mak dia orang bisnes, so kalau orang dengki akan hantar ke family dia.
Aku tanya pukul berapa tu? Kawan aku cakap pukul 2 pagi.. Aku terus cakap, “Lah, patutlah kite pun rasa lain macam semalam. Kite kena lalu bilik awak nak pegi tandas, and tandas tu pun sebelah bilik awak je”.
Kawan-kawan aku pun marah aku kenapa aku pegi tandas pukul 2 pagi.
Aku pun cuba defend diri aku dan terangkan kepada mereka yang kadang-kadang ada orang gayut, pastu selalunya ada orang tak tidur lagi sebab aku dengar orang nyanyi-nyanyi.
Mereka semua terdiam. Lepas tu sorang kawan aku tanya, “Awak tak pernah dengar pasal hantu menyanyi tu ke?”.
Erk.
Tapi honestly, walaupun hantu menyanyi tu kacau, seram dia lain dengan ponti yang dihantar ke kawan aku.
Pengebumian Arwah Atuk
Waktu aku sedang semester break, kami mendapat berita sedih yang datukku meninggal di kampung. Kami beramai-ramai pulang ke kampung untuk menguruskan pengebumian.
Memandangkan anak-anak dan cucu-cucu sangat ramai dan rumah tinggalan arwah datuk sangat penuh, aku dan kakakku menumpang tidur di rumah datuk kepada saudara kami Alia (yang tidak mempunyai pertalian d***h dengan aku dan kakakku). Rumah ini jenis rumah banglo batu yang moden, di dalam kawasan perumahan moden, tidak seperti rumah kayu bercampur batu arwah datuk. Datuk kepada saudaraku baru sahaja berkahwin dengan nenek tiri kepada saudaraku. Nenek ini kelihatan baik dan motherly, dan dia juga pandai berbisnes; jadi mereka kelihatan agak berada untuk orang yang tinggal di kawasan kampung.
Namun pelik sekali, walaupun rumah itu moden, cerah dan toilet selesa dan besar; setiap kali aku ke tandas yang tersorok itu aku rasa tidak sedap hati dan akan cepat-cepat menyelesaikan urusanku. Aku fikir yang aku tidak sedap hati disebabkan pemergian datukku. Ketika itu, aku seperti blur dan the reality of the death hasn’t hit yet kerana kami masih sibuk menguruskan makanan dan sebelum itu sibuk bergilir-gilir membaca al-Qur’an menemani jasad datukku.
Malam itu seperti biasa aku lambat boleh tidur disebabkan insomniaku. Alia menemaniku tengok tv dengan keadaan ruang tamu sudah ditutup lampu, namun telah tertidur. Sambil tengok tv, aku asyik teringat-ingat kenangan bersama arwah datuk. Dan ketika itu baru betul-betul rasa realiti kehilangan yang datuk sudah pergi. Aku mula menangis sambil berfikir tentang rasa sedih dan bersalah tidak menghabiskan masa yang cukup dengan datuk, dan tidak sempat memberi datuk rasa hasil gajiku di masa hadapan.
Sedang aku nangis, tingkap naco di sebelah ruang tamu ni tiba-tiba kedengaran seperti ada benda memanjat dan diketuk. Aku yang terkejut terus berhenti nangis. Kemudian, bunyi itu makin lama makin rancak, dan aku yang pada mulanya beranggapan itu haiwan makin takut. Kemudian, turut kedengaran bunyi bising di atap rumah.
Aku makin meremang kerana takut ini benda mistik. Aku cepat-cepat kejut Alia untuk tidur di dalam bilik. Seperti biasa, aku baca ayat kursi berulang-ulang sampai tidur apabila aku ketakutan. Esok pagi, aku tanya kepada nenek tiri sama ada ada haiwan di sekitar kawasan itu kerana aku terdengar bunyi bising mlam semalam. Nenek itu terus menjawab, “Mana ada! Tak bising pun! Perasaan awak je tu” dan dia berulang kali mengulangnya dengan begitu defensive.
Memandangkan nenek ini kelihatan baik dan motherly, aku pun tidak bertanya lagi dan aku dan Alia sambung makan. Aku cuma tidur semalam jadi aku terus lupa tentang kejadian ini. Fast forward to many years later, aku yang baru balik dari luar negara kerana cuti belajar pergi ke rumah Alia untuk makan-makan bersama sedara-sedara. Sedang syok makan-makan, tiba-tiba Alia yang sedang rancak berbual menyebut namaku, “Angah pernah dengar bunyi hantu tu, siap tegur lagi nenek!”.
Aku pun tanya lah apa citer ni actually. Tetiba je nama aku naik. Rupa-rupanya nenek tiri itu membela, dan sebab itu bisnes dia maju. Dia banyak kali berkahwin dan semua suaminya meninggal dalam lebih kurang 3 tahun termasuk datuk Alia. Perkara ini diketahui kerana ada keluarga kepada salah satu mangsa nenek ini menghubungi mereka dan menasihatkan mereka untuk membuang apa-apa barang yang pernah diberi oleh nenek.
Adik Alia, Anis, juga kerap demam dan asma tapi cuma disangka badan lemah. Selepas mendapat warning tersebut, mereka cuba berubat dan membuang barang nenek. Alhamdulillah selepas itu, Anis tidak sakit-sakit seperti dulu lagi. Malangnya, datuk Alia sudah meninggal angkara nenek.. apa-apa pun ajal memang sudah ditetapkan, cuma asbab kematian itu sahajalah yang agak menyedihkan.
Dan aku bersyukur aku tak kena apa-apa. Bak kata Alia, “Berani betul Angah tanya dia pasal hantu dia depan-depan!”.
Syukur alhamdulillah haha.
Bangun pukul 3 pagi
Aku dulu pernah tinggal di sebuah apartmen bersama pelajar-pelajar tajaan untuk ke luar negara. Aku duduk di master bedroom bersama seorang roommate. Tingkap kami besar dan menghadap tanah lapang yang besar.
Aku banyak kali kena gangguan kecil di situ. Antaranya, tingkap bilik diketuk walaupun dah pukul 3,4 pagi. Tapi ada satu kejadian ni yang buat aku trauma nak tidur dalam gelap untuk berbulan-bulan. Ketika itu aku dan housemates baru sahaja memulakan semester baru. Rumah itu kosong buat 2,3 minggu kerana kami bercuti.
Yang peliknya, bila aku baru masuk rumah tu kembali, aku terbangun tepat pukul 3 pagi. Kemudian, apa bila aku sudah bangun, aku terdengar bunyi ketawa yang kuat dari banyak makhluk dari arah almari dan tandas master bedroom yang turut dalam bilikku. Kawanku langsung tak terbangun. Aku pula sudah menggeletar dan terpaksa bangun memasang lampu yang betul-betul di sebelah almari dan tandas.
Bila lampu dibuka, bunyi ketawa berhenti. Aku baca ayat kursi berulang-ulang hingga aku tidur.
Namun, malangnya ini hanyalah permulaan. Sejak hari itu, setiap hari aku bangun pada tepat pukul 3 pagi. Aku siap bermimpi dikejar hantu-hantu, bermimpi aku terbaring di kawasan kubur, dan macam-macam lagi. Aku akan terbangun dengan jantung berdegup kencang seperti baru lepas berlari, dan malang sekali apabila sudah bangun pun aku akan dengar bunyi-bunyi terkekek ketawa seperti gelakkan ku.
Aku sampai sanggup tahan mata untuk tak idur awal sebab aku risau terbangun pukul 3 pagi. Aku siap pernah tahan mata sampai tertidur pukul 2.30 pagi, namun akan terbangun tepat pukul 3 pagi dan dikacau seperti biasa. Oleh sebab aku tidak cukup tidur, aku kerap ngantuk dalam kelas dan tidur siang selepas habis kelas. Housemates ku perasan, dan bersetuju untuk beri aku tidur di bilik paling kecil bersama housemate yang lain kerana bilik itu mempunyai tingkap paling kecil.
Mereka juga menasihatiku supaya membaca surah 3 kul sebanyak 21 kali setiap satu, bersama ayat kursi sebagai pendinding. Alhamdulillah, malam itu malam pertama aku tidur nyenyak. Keesokan harinya, aku balik rumah makku yang dekat sahaja kerana sudah hujung minggu. Housemates ku yang tidak pulang turut membuat bacaan Yassin dan alhamdulillah, aku sudah tidak mendapat gangguan lagi.
Selingan
Banyak lagi kisah-kisah aku dikacau. Aku perasan yang aku mudah dikacau terutamanya bila aku uzur, ataupun aku kurang menjaga ibadahku (tapi situasi ini sudah tertentu tidak semestinya sama untuk semua orang. Ada yang makin dikacau bila kuat agama, ataupun dugaan mereka adalah dihantar benda-benda jahat, etc).
Apabila aku mahu ke luar negara (aku belajar di UK dahulu), aku kerap berdoa supaya aku tidak berubah, culture shock, dan semoga agamaku dipelihara dan makin kuat. Syukur apabila sampai sahaja, aku diajak untuk turut serta dalam usrah bersama kawan-kawan universiti. Dan jujur aku katakan, aku lebih berjaya mengenali agama di luar negara alhamdulillah.
Di situ aku selidik semula ibadahku, aku ulang kembali hafazanku dengan menghafal maksud sekali supaya aku senang menjiwai dan memahami makna-makna bacaan. Sambil itu, kawan-kawan usrahku juga jenis yang balance dunia akhirat, dan kami semua majority graduate dengan first class alhamdulillah.
Yang kelakarnya, disebabkan aku hafal dengan maksud sekali.. apabila aku balik Malaysia dan mendapat gangguan, aku bukan sahaja lebih yakin membaca ayat al-Qur’an ketika diganggu; apabila aku mimpi hantu pun, aku yang dulunya dikejar hantu, kini aku pula yang mengejar hantu dalam mimpi sambil membaca ayat-ayat al-Qur’an. Dan aku akan terbangun sambil mulut tengah kuat membaca ayat-ayat al-Qur’an alhamdulillah.
Sebagai conclusion, aku percaya yang makhluk-makhluk ini ada dan turut berkongsi dunia kita. Namun, kita tak patut takut sangat2 kepada mereka melebihi daripada takut kepada Tuhan. Kerana in the end, mereka juga makhluk Allah dan akan gentar apabila kita meletakkan perlindungan kepada yang Maha Besar, Maha Esa. The one and only God, Allah.
Semoga Allah sentiasa memelihara kita, and may He always bring us back to him if we become farther away from him.. aamiin..
-TAMAT-
117. ”AWAK, TOLONG MATA SAYA TERKELUAR”
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001117
TAJUK CERITA : ”AWAK, TOLONG MATA SAYA TERKELUAR”
KARYA : MISS T
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Salam, thanks kalau admin sudi publish cerita ni. So cerita ni based on apa yang aku alami. Ini erita pengalaman aku kat sebuah hospital.
So baru-baru ni aku kena admit kat sebuah hospital kat KL. Hospital ni swasta and memang mahal juga kena tapi sebab ayah aku boleh claim balik kat company, so dia decide hantar aku kat sini. At first aku ingat hospital mahal takde sangat hantu tapi yelah, hospital kan. So aku admitted due to high fever. Okay aku skip which satu malam ni nurse tukarkan aku ke wad yang letak dua orang dalam satu bilik. Family aku takde teman aku sebab risau demam aku agak tinggi. Aku duduk sorang sebab katil sebelah tu memang takde orang pun. Wad ni jugak ada toilet. So malam tu nurse dah transfer, dia cakap dia akan datang balik untuk last check and bagi minum malam. Aku request minum malam tu sebab aku rasa lesu nak makan macam tu.
So datang lah nurse laki ni hantar makanan. Mula aku pelik jugak sebab dia ni diam je tak cakap pape. Aku just biar, dia letak tray makanan lepas tu dia pergi. Masa tu aku noticed takde air. Risau tercekik ke apa so aku cuba bangun dari katil, aku keluar nak kejar dia. Aku buka pintu, toleh kanan tengok dia tengah slow slow tolak trolley makanan. Aku pun panggil dia banyak kali tapi dia jalan je. Oh ya, level aku tu memang SUNYI gila. Macam takde orang. Aku panggil banyak kali, dia stop.
Masa tu dia cakap slow dari jauh, “awak panggil saya ke?”. Lepas tu aku cakap takda air. Time tu lah dia pusing kepala dia 360 darjah pandang aku. Memang ketar lutut lah masa tu sebab badan dia stay pandang sana, kepala je pusing ke belakang pandang aku. Muka dia scary and dia boleh senyum je takde cakap apa. Aku pun undur slow slow masuk balik wad, duduk berselimut atas katil. Aku dah banyak kali nampak tapi, bila aku jumpa yang betul scary and terkejutkan aku, aku boleh demam dibuatnya. Kadang aku penat, aku susah sebab benda tu pun tahu aku boleh nampak dorang, memang aku akan selalu kena kacau.
So sambung, pagi tu aku tanya nurse memang takde sapa ke akan stay dengan aku. Lepas tu dia cakap takde and wad yang sorang tu dah full so dia kena letak aku wad ni jugak. And selagi suhu tak turun, aku memang takleh discharge. Then time tu nak dekat maghrib, aku terjaga sebab aku terlena (timing tak elok), sebab tak tahan letih sangat. Masa aku bangun, aku dengar macam ada orang mandi dalam toilet. Cuba dengar balik memang ada, suara orang mandi, menyanyi sayu macam tu. Aku diam je lepas tu keluar sorang perempuan ni, fully hospital punya baju. Then dia cakap masa aku tidur, doctor transfer kan dia kat wad ni. Aku pun okay jela and agak lega sebab malam ni aku tidur berteman, ada juga orang dalam ni. Cuma dia ni tak banyak cakap. Aku pun expect mungkin dia sakit, so takpelah.
Malam tu nak tidur, aku dah cuci muka apa semua, aku keluar toilet, aku tengok dia terbaring je atas katil tapi menghadap belah sana. So aku biarkan, aku pun baring, main phone check whatsapp kejap. Sekali aku pusing ke kanan (belah pesakit tu), pesakit tu betul-betul muka dia depan aku. With her bloody face, kulit terbakar and rambut mengurai panjang. I was so freaking out and terus pengsan.
Esok nurse kejut aku, dia pelik suhu aku makin naik. Lepas tu muka dia dah nampak rasa bersalah. Dia pun tanya aku, aku ada kena kacau ke semalam? Aku pun diam. Then aku cakap semalam ada perempuan admit kat bilik ni. Tak habis cakap, nurse tu cakap, “rambut panjang? Muka terkoyak terbakar kan?”. Aku terkedu juga, then dia cakap dia tu penghuni wad ni, dulu rumah dia terbakar apa semua blablabla nurse cerita. Masa tu aku cakap, aku macam tak sanggup sangat nak stay wad ni sebab takut. Selalu aku berani tapi mungkin sebab aku sakit, aku macam lemah nak hadap.
Nurse request minta transfer bilik, so aku dapat bilik yang paling dekat dengan kaunter pertanyaan nurse tu. Wad ni still, aku duduk berdua but so far bilik tu takde apa. Yang problem, level tu.
Ada sekali nurse lari masuk bilik aku dengan muka pucat and takut sangat. Bila aku tanya dia, dia cakap dia duduk buat kerja. Pandang paper dia buat tu and lepas tu ada orang datang kat kaunter tu, dia tak perasan and tak pandang lagi. Sekali suara tu cakap, “awak, tolong saya. Mata saya terkeluar, saya tak reti nak pasang balik” sambil tangan dia tu hulur bebola mata and bergolek jatuh atas meja nurse tu! Nurse tu terus jerit lari masuk wad paling dekat (bilik aku). Aku nak tergelak pun ada jugak, tapi kesian pun ada juga.
So ni jelah kot aku boleh cerita. Maaflah kalau tak seram, aku banyak lagi cerita tapi insyaAllah aku akan comeback share cerita kat sini. Just aku boleh nampak ni, kadang aku takut, at the same time aku rasa macam bersyukur sebab kadang aku boleh tahu kenapa dorang ni jadi hantu. Aku tahu cerita dorang. Cuma bila aku kena sergah dengan dorang with cara jahat, aku memang totally out. Kalau setakat ponti semua tu, dah terlalu jadi kebiasaan. Kadang dorang ni ada lawaknya, ada seramnya, ada baiknya (do not ever buat jadi kawan), ada jahatnya. So sekian cerita dari aku.
-TAMAT-
118. MEMANCING
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001118
TAJUK CERITA : MEMANCING
KARYA : NA GHAZALI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Kisah yang bakal aku paparkan ini bukanlah berkenaan dengan pengalamanku sendiri tapi ianya pengalaman ayahku sewaktu kami adik-beradik masih lagi kecil dan masih lagi bersekolah rendah. Walaupun aku ada juga pengalaman tersendiri sewaktu kecil (menurut ayah kemungkinan sewaktu kecil ‘hijab’ku terbuka. Dah tua-tua begini semuanya tiada lagi). Sewaktu aku kecil aku boleh melihat ‘makhlus halus’ yang melintas di depan mata.
Dipendekkan cerita (takut melalut hingga ke sudah), lebih baik aku teruskan dengan cerita seram seperti yang dilalui oleh ayah dan arwah adiknya yang ku panggil Pak Cik Din. Sebelum itu aku ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi ceritaku ini dengan pembaca-pembaca di luar sana. Walaupun mungkin tidaklah seseram mana kerana definisi seram itu sendiri berlainan mengikut pandangan masing-masing seseorang individu itu.
Memang aktiviti orang kampung sudah semestinya memancing, tahan pukat, menjala ikan dan sebagainya aktiviti yang bersangkutan dengan sungai. Almaklumlah peristiwa inipun berlaku lebih kurang 32 tahun yang lepas. Ketika itu aku pun masih bersekolah di dalam Darjah 2. Takkanlah pula ayah dan Pak Cik nak melayan Facebook pula kan? Tinggal di kampung, aktivitinya sudah pasti bertemankan alam semulajadi.
Sudah menjadi kegilaan ayah dan Pak Cik Din memancing di kala petang menuju ke waktu malam. Seingat aku mereka pernah bergerak ke destinasi memancing selepas maghrib. Senang cakap, mereka pergi memancing sesuka hati tanpa ada waktu-waktu khas atau tertentu. Aku tidak pasti ketika kejadian, mereka memang sudah lewat pergi memancing ataupun mereka pergi seawal petang tetapi terus sambung hingga ke malam (wallahua’lam bissawab).
Mereka sememang duo yang paling akrab sementelah pula mereka adik-beradik kandung. Berkongsi citarasa dan minat yang sama. Kedua-duanya juga boleh mengubati orang (sesiapa yang ada mengalami sakit barah (semua jenis barah), batu karang dan pelbagai sakit kronik yang lain boleh PM tepi). Siap promo pula. Ok, mari kita teruskan perjalanan cerita mereka.
Setelah masing-masing menunjukkan kehebatan masing-masing dalam arena pemancingan ikan, tanpa mereka sedar, selain tangkapan ikan yang agak memuaskan, hari juga telah larut malam (di sini anda boleh bayangkan betapa ekstremnya hobi memancing mereka hinggakan tidak sedar waktu telah bertukar dari siang ke malam). Ayah saya kemudiannya bersuara, “Din, dah lewat ni. Aku rasa baik kita baliklah”. Pak Cik Din membalas, “ Mu tunggu sat. Aku nak gi sebelah sana. Ikan aku tak banyak lagi ni.” Untuk pengetahuan pembaca, aku berasal dari kampung di Kedah yang rata-ratanya menggunakan loghat Pattani di dalam perbualan harian. Tidak terkecuali ayah dan Pak Cik aku.
Seketika kemudian, Pak Cik Din ghaib dari penglihatan ayahku. Maknanya mereka berpisah tempat memancing. Agak lama mereka berpisah, ayahku tidak sedap hati dan cuba memanggil adiknya, “Din! Din!”. “Yaaaaaa!”, sepatah sahutan Pak Cik Din dari jauh. “Jomlah balik! Hari dah nak hujan ni!”, kata ayahku. “Haaaaaa! Tunggu sat!”, Pak Cik Din menyahut. Anehnya semakin lama semakin jauh bunyi suara Pak Cik Din. Ayahku semakin tak keruan dan jauh di sudut hatinya ada sesuatu yang cuba menguji tahap keberanian dan kesabaran mereka.
Ayahku masih bertahan selama beberapa ketika hinggakan dia rasa meremang di segenap ceruk badannya. Mungkin merinding dan sebagainya. Kita sendiri boleh tahu jika suasana seram muncul berhampiran kedudukan kita. Semua orang ada deria itu. Ayahku cuba panggil lagi dan cuba menjejaki kedudukan Pak Cik Din tapi malangnya semakin dia memanggil, sahutan balasan semakin lama semakin jauh.
Ayah makin merinding dan dia dapat rasakan ada sesuatu yang cuba membawanya jauh dari lokasi asalnya. Tanpa sedar dia sudah bergerak agak jauh dari tempat asalnya memancing tadi. Nasib menyebelahi ayahku kerana dia masih boleh berfirikiran waras dan tidak terlalu mengikut suara-suara yang bersahutan tadi. Ayahku mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah. “Lagi aku panggil, lagi jauh mu jawab Din”, gerutu ayahku di dalam hati.
Dalam perjalanan pulang pun ayah terpaksa melalui jalan tanah perkuburan (rumah kami memang berdekatan dengan kawasan perkuburan). Bayangkan betapa lajunya ayahku berlari untuk sampai ke rumah arwah nenekku. Aku tak pasti berapa kilometer dan berapa lama masa perjalanan dari lokasi memancing ke rumah arwah nenek, tapi yang pastinya ayahku memang lelaki sejati dan berani. Kalau aku mahunya pengsan terus di tempat kejadian. Pembaca boleh agak apa yang berlaku sebaliknya? Tiada apa-apa yang berlaku dalam perjalanan ayah tetapi… jeng jeng jeng!
Setibanya di rumah, ayah ternampak Pak Cik Din sedang lahap menghirup kopi panas sambal mencicah biskut mayat (biskut kering) dan memandang ayahku dengan wajah tercengang. Selamba dia menegur ayahku, “laaaaa….aku ingat mu dah balik rumah. Aku panggil2 mu tak sahut! Aku balik dah lama aihhh. Hujan lebat sangat!”. “Molek sangatlah tu Din. Yang aku dok bersembang tadi bukan denganmu lah kiranya”, ayahku terus beristighfar sakan. Rupa-rupanya Pak Cik Din sudah lama balik. Rupa-rupanya juga yang bersama dia tadi cumalah jelmaan Pak Cik Din semata-mata. Cuba pembaca semua bayangkan, kalaulah ayahku terus mengikut jejak sahutan suara tadi, sampai ke manakah ‘mereka’ bawa ayahku waktu itu agaknya. Astaghfirullah hal adzhim. Nau’zubillahi min zalik. Wallahua’lam bissawab.
Kini Pak Cik Din pun sudah tiada lagi. Meninggal beberapa tahun yang lepas kerana menderita penyakit bengkak hati. Al-Fatihah buat arwah pak cik kesayanganku. Apa-apa pun, apa yang perlu kita lakukan jika menghadapi waktu-waktu berhadapan dengan makhluk halus hanyalah terus membaca ayat-ayat suci al-quran. Dan istighfar banyak-banyak. Mereka ada di mana-mana. Bagaimana cara kita menghadapi merekalah yang paling penting. Kalau mudah lemah semangat maka mudahlah mereka menakluki kita. Semoga kita semua dipelihara Allah Taala dari segala malapetaka. Aamiin. Allahumma aamiin.
-TAMAT-
119. ADA HANTU DI HOSPITAL
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001119
TAJUK CERITA : ADA HANTU DI HOSPITAL
KARYA : HAMBA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Salam Admin! Thanks in advance jika admin sudi approve aku punya kisah ni. Kisah seram sepanjang aku berkhidmat di salah sebuah hospital swasta di Kuching, Sarawak.
Tanpa melengahkan masa sampai buat mata pembaca mula rasa nak layu baca aku punya mukadimah ni, aku terus share apa yang aku si junior , senior-senior hospital tu, dan juga pesakit alami kisah-kisah misteri dan seram yang ada seram terlebih, ada seram terkurang di hospital tu. (Semua nama-nama dalam kisah aku ni, aku tak nak letak nama sebenar. Sebab? Sebab aku malas. Hehehe..)
Ini apa yang aku dan tiga kawan aku alami. Masa tu aku, Leya, Kat, dan Eda in charge di B1 (nama tingkat bilik2 wad). Kitorang syif malam masa tu. Malam tu, ward b1 memang sunyiii gilerrrr! (sunyi sebab Chinese New Year, biasalah orang cuti, sakit pun tettiba nak cuti hehehe). Patients hanya ada 10 orang, relatives patients pun rasanya waktu tu tak ramai yang melawat dan tak ada yang bergurau senda pada waktu tu. ((bagi yang tak tau, patients tu pesakit hehehe)
So, dijadikan kisahnya, kitorang duduklah sembang2 kat kaunter (jangan kata kitorang curi tulang pulak eh! Masa tu free, so lepaklah kejap hehehe). Leya pun masuk ke dalam medication room (bilik tempat letak ubat-ubatan), tinggal aku, Kat dan Eda duduk kat kaunter. Oh ya, medication room memang belakang kaunter je. Tak jauh pun..
Tetiba… “Kekekeke….” bunyi orang gelak menjengah telinga kitorang. ‘Dia’ gelak tak sampai tiga saat, tapi yang pasti suara dia tu sangat menyeramkan. Leya pun marahlah dari dalam medication room tu, “Oi! Korang takyahlah gelak macam tu. Seram do!”.
Eda pun menjawab, “Eh! Manade kitorang gelak. Kitorang diam je dari tadi”. Haah, masa tu memang kitorang diam sebab tak tau topik apa nak dibualkan hehehe. Apa lagi! Leya pun terus berlari dekat dengan kitorang. Dia sembunyi belakang aku (sebab aku lelaki padahal aku pun seriau jugak masa tu hehehe). Kat dan Eda pun tak ketinggalan bulu roma diorang nak meremang. Leya dengar suara tu gelak dekat dalam medication room, aku pulak dengar suara tu gelak jauh dari arah belakang, Kat dan Eda dengar gelak tu dekat kat kaunter. Korang rasa berapa ekor hantu tu semua masa tu?
Kisah kedua pulak, ni senior aku yang cerita. Dekat tingkat A3 (nama tingkat bilik2 wad), syif malam jugak. Ada 4 orang nurse yang in charge masa tu.. Sedang diorang duduk termenung atau curi-curi lelap kat kaunter masa tu, tetiba lif (berdekatan dengan kaunter, belah tepi) terbukak dengan tiba-tiba.
Buka..tutup….buka…tutup…
Kejap lif tu bukak kat tingkat 3, kejap turun ke tingkat 2, lepas tu tingkat 1, lepas tu naik semula tingkat 3. Buka tutup. Buka tutup. Dan pagi lepas tu, mesti akan ada patients yang meninggal. Tak kiralah patients dari wad ataupun ICU. Kitorang tak tau apa kaitan lif dengan patients-patients yang kebetulan meninggal jugak pada malam tu.
Pernah senior aku guna lif tu (ni waktu siang), dia dari tingkat 1 nak ke tingkat 2. Bila pintu lif tutup, tetiba buka balik and you know what? Dia masih di tingkat 1. Senior aku pun tekanlah balik tingkat 2 dan tutup. Tapi, erbuka semula pintu lif dan masih di tingkat 1. Senior aku apa lagi, teruslah dia guna lif lain hehehe.
Ini kisah apa yang patients dan relative patienst kitorang alami, diorang cerita baliklah dengan apa yang jadi. Ada satu bilik ni, 299B. Bilik ni memang tempat ‘dia’ bermain. Nak dipendekkan cerita (eh pendek ke? Hehe), sedang relatives tu tido di lazychair, tetiba ada satu lembaga masuk ke dalam bilik tu dan terus masuk ke dalam jamban. Paip pun terbuka. Nak kata staff hospital, kitorang tak mungkin main pecah masuk dalam bilik pesakit. Plus, lembaga tu memang serba putih, berseluar hitam. Cuma muka aje yang tak nampak! Ada jugak kejadian di mana masa patients tidur, selimut dia kena tarik.
Kisah seterusnya, nurse ni nama dia Nia, syif malam. Ward A3. Masa dia lepas buat observation kat pesakit, bila dia lalu aje bilik 312, 311, dia dengar bunyi orang bersiul. Apa lagi pecut teruslah dia masa tu. Actually, bukan dia sorang je yang kena, ramai lagilah yang dengar bunyi tu. Untuk pengetahuan korang, 311/312 pernah dijadikan tempat letak mayat satu masa dahulu. No wonderlah, bila kitorang lalu je bilik tu, bulu roma terasa meremang tiba-tiba.
Aku pernah kena. Syif malam jugak. Bila aku nak menuju ke ward B2, aku dengar orang panggil nama aku, “Brad Pitt…. Brad Pitt..” (Bukan nama aku yang sebenar, dia panggil nama aku yang betul eh.. cuma aku je yang malas nak bubuh nama aku yang betul so aku pinjam nama abam Brad Pitt kejap hehe). So aku tolehlah kiri kanan depan belakang. Kosong. Takde orang kat situ.
Nurse Emma pernah kena, masa tu dia buat observation kat patients dalam bilik 280, lepas dia keluar dari bilik tu, dia tertengok 281 ada pesakit baring kat situ. So, dia buat biasa jelah (waktu tu dia tak tau pesakit tu siapa sebenarnya jeng jeng jeng). Bila sampai ke kaunter, dia tanya, “Patients 281 apa case dia eh? Kanser ke?”. Nurse yang ada kat situ terus berubah riak wajah. “Eh, 281 takde patients yang admit kat situ. Siapa yang ko tengok tu?”. Emma pun, apa orang putih kata, speechlessssss! Dan, ni aku dengar dari senior2 yang memang berpuluh-puluh tahun dia punya senior, diorang cerita, ada seorang doktor bedah ni m**i mengejut. Esoknya, staff-staff ada tertengok seseorang macam doktor ni, sarungkan glove ke tangan dia. Lepas tu dia tengoklah staff kat situ sambil senyum. Harus mereka seriau!
Jangan ingat ward-ward, semuanya selamat belaka. Kalau hospital tu dah berpuluh-puluh tahun beroperasi, tak mustahil dalam setiap bilik patients mesti ada patients-patients yang meninggal. So, korang kalau tetiba admit kat ward ataupun sebagai pelawat, jangan celupar sangat mulut eh. Lagi-lagi dalam jamban. Tu memang tempat ‘benda’ tu. Jamban hospital jangan ingat bersih dan wangi, tak ada benda tu menapak. Tapi most of hospital, memang jambannya sangat angkerrr khenn? Haa tak baik tipu! Ngaku cepat hehehe.
Alamak! Panjang sangat ke aku tulis ni? Ampunnn! Hehehe.
So, ni last. Kira macam bonus sikitla. Masa aku tak tahu selok belok hospital dan bilik2 dalam hospital ni. Aku jalan-jalanlah sebab tinjau bilik2 mana yang boleh dimasuki. So aku masuklah dalam sebuah bilik ni (masa masuk aku dah rasa meremang bulu roma tapi aku masih tak tau tu bilik apa). Aku toleh kanan kiri depan belakang dengan keadaan yang selamba badak. Mula-mula aku ingatkan bilik tempat letak besi-besi buruk. Tapi..
“Dik, kau buat apa kat dalam bilik ni?”, tanya kakak nurse kat situ.
-TAMAT-
120. PENGALAMAN DI KUARTERS BARU
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001120
TAJUK CERITA : PENGALAMAN DI KUARTERS BARU
KARYA : HAMBA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers
HZONE BLOG. Tq admin approve cerita saya. Kisah saya mungkin agak panjang sedikit. Maaflah kalau tak best. Saya cuma berkongsi pengalaman. Aku orang KL. Bertemu jodoh nun seberang lautan sana di Kuching, Sarawak. Husband aku Bomba. Yang tengah glamour sekarang ‘Abang Bomba I Love You! ‘. Ok cukup2 lah nak perasan. Aku ni kahwin muda. So umur 19 dah kahwin terus ikut husband posting ke salah sebuah daerah di pedalaman Sarawak. Permulaan tinggal di pedalaman tak pernah lah jumpa atau mengalami kejadian aneh. Walaupun kuarters bomba yang aku duduk tu berdepan dengan rumah mayat hospital daerah tersebut. Hanya jalanraya yang jadi pemisah.
Pada tahun 2008, husband aku dapat surat pertukaran ke daerah S. Bukan bandar Kuching. Memakan masa sejam jugaklah dari daerah S nak ke Kuching dari kuarters baru tu. Kuarters yang baru aku duduk ni baru siap dibina pada tahun tu jugak. Balai bomba dan kuarters ni terletak di atas bukit yang dulunya hutan tebal. Jadi kami lah penghuni pertama. Memang agak baru rekaan kuarters yang berkonsepkan moden ni. Kuarters ni ada flat 3 blok, teres 1 lot, dan banglo untuk OC Balai. Kami dpt teres. Masa mula2 diberi pilihan, husband aku pilih rumah no.3. Aku pon excited lah. Maklum lah dapat rumah teres. Tak adalah penat aku naik tangga. Hehe.
Mula2 duduk di kuarters tu tak ada lah aku alami apa2 gangguan. Teres aku tu ada 4 je penghuni. Dari rumah no.1, no2, dan paling hujung no.7. Flat yang 3 blok tu pun tak ramai orang. Sebab kebanyakan yang dapat pindah sini orang tempatan. Masing2 duduk rumah sendiri. Ada lah dalam 7-8 orang yang duduk flat berdepan dengan rumah aku ni.
Cerita aku bermula bila setiap kali husband aku kerja malam mesti aku akan dengar suara2 kat luar rumah. Macam orang bercakap dan menangis. Tapi aku abaikan. Mungkin aku berimaginasi. Aku fikir positif. Tapi bila aku keluar petang2 pergi taman permainan bawak anak2 aku, jumpa akak yang duduk flat depan aku ni mesti dia akan cakap, “Dira, meriah rumah kau semalam ye. Akak dengar anak kau main2 sampai pukul 3 pagi ketawa2, menjerit-jerit. Lewat jugak anak2 kau tidur”. Aku macam haa? “Eh, tak ada lah kak, semalam kitorang memang tidur lewat pukul 2 macam tu tapi budak2 dah lena pukul 11 malam lagi”. So akak tu buat muka terkejut macam kena renjatan elektrik. Hehe.
Cerita tak habis kat situ je. Bila husband aku pulak mengalami gangguan kat balai pulak. Husband suka main gym malam2. Sebab kawasan yang aku tinggal ni kurang kes2 kebakaran dan kemalangan. Jadi husband main gym malam2 utk tingkatkan stamina. Masa husband aku tengah leka dengan treadmill, dia nampak satu lembaga putih rambut panjang berdiri sebelah cermin dia. Tapi dia abaikan sebab dia pon fikir dia berimaginasi. Kitorang selalu keluar petang2 dan balik malam2. Yelah jarak masa dengan rumah mertua hanya sejam. Jadi petang2 kalau husband off duty aku ajak husband ronda2 Kuching. Singgah rumah mak mertua pastu pukul 1-2am aku gerak balik kuarters.
Satu hari tu, junior husband aku cerita kat husband aku. Nama dia Ina. Dia cakap kat husband aku “Cikgu, saya selalu dengar bunyi pelik2. Bunyi orang ketawa, bercakap. Bunyi lain macam sangat”. Husband aku dan kawan dia pon menyakat lah. “Alah tak ada apa lah Ina. Bunyi angin je tu. Kan Zan?”. Husband aku and kawan dia dok pakat gelakkan si Ina ni. Ina sambung lagi, “bukan lah cikgu, bukan bunyi angin saya tau lah angin lain. Ini lain macam sangat”. Ina memang takut nak cakap. Tiba-tiba mulut celupar husband aku dengan kawan dia ni makin berani pergi cakap kat Ina ni. “Kalau bukan bunyi angin, hantu lah tu”. Hahahhaa terhambur gelak dua orang sahabat yang tak sedar keceluparan mulut diorang tu. Ina malas nak layan terus balik rumah.
So, hari tu husband off duty. So kitorang plan nak pergi Kuching jalan2 and bermalam rumah mertua. Barang2 semua dah bawak. Sampai rumah mertua dah relax2 nak tido tiba2 aku rasa lain macam. Aku teringat kat rumah. Aku nak balik je. Aku ajak husband aku. Dia tak nak. Aku paksa jugak. Masa tu anak2 dah tidur lena. Aku kemas barang2 terus masuk bonet kereta. Masa tu nak tak nak husband terpaksa akur. Mak mertua aku sporting. Tak kisah nak bermalam pon dia ok nak balik pon tak kisah.
Masa tu pukul 1 pagi. So kitorang pun gerak balik kuarters. Dalam perjalanan balik masa lalu kat jalan yang sunyi aku ada perasan seorang perempuan rambut panjang dan berkain putih berdiri tepi pembahagi jalan. Muka dia aku tak nampak. So bila sampai je kat balai, sejuk dia lain macam sangat. Aku jadi seram tiba2. Bila husband masuk je kawasan kuarters tiba2 lagu Nubhan ‘Ada Untukmu’ yang masa tu tengah hangat di Akademi Fantasia dimainkan oleh DJ radio. Aku memang suka lagu tu. Sampai parking depan rumah aku tak bagi husband aku off radio. Aku nak dengar and nak hafal lirik lagu tu.
Husband aku malas nak layan dia tutup radio and matikan enjin. Bukak je pintu kereta, ‘ehehehehhehehehhe’ ade suara mengilai. Aku pun dengan celuparnya tanya husband aku, “suara apa tu bang?”. Husband aku jawab, “takde apa lah tu suara burung”. Aku makin tak faham. “Takkkan burung mengilai kot” husband aku dah bengang masa tu. “Binatang dalam hutan tu lah. Cepat turun, macam2 lah awak ni”. Aku pon macam merajuk lah jugak sebab tak dapat dengar lagu peberet tu.
Aku keluar kereta bawak anak yang berusia 5 bulan. Husband bawak yang sulung. Baru je nak masuk rumah tiba2 suara menangis, ‘huhuhuhu sob sob’ sedu sedan dia menangis. Aku and husband apa lagi bukak pintu melompat masuk dalam rumah. Nasib anak2 lena. Lepas tu husband nak keluar nak ambil barang dalam seat belakang. Dia ajak aku temankan. Takut lah tu. Baru depan pintu ‘dia’ mengilai terkekek-kekek ketawakan kitorang ‘eheheheeeh ahahahahah’.
Apalagi. Kitorang tutup pintu terus duduk depan ruang tamu. Takut nak naik tingkat atas. Jarak ruang tamu dengan pintu 1 meter. Tiba2 ‘dia’ ketuk pintu 3 kali. Lepas tu bunyi cakaran kat pintu. Lampu luar terbukak bila aku intai bawah pintu tak ada bayang apa pun. Aku dah menangis ketakutan. Husband bukak surah yasin dalam handphone. Benda tu tak lari pon dia makin galak sakat kitorang. Then husband aku call balai and minta kawan dia datang rumah tengok2 kan. Kawan husband ni berani sikit sebab dari kecik dah terbiasa dengan kejadian aneh ni. Dia pon tinggal kat sebelah kawasan perkuburan kat kampung. Memang kental lah kot. Lepas 10 minit Ijal datang ketuk pintu bagi salam. Rasa lega sikit. Lepas Ijal buat tinjauan memang tak ada apalah. Kitorang pun tidur dalam ketakutan malam tu.
Keesokan hari husband pergi balai nak tengok CCTV kat kawasan kitorang. Heboh satu balai nampak bola berapi kat atas salah satu flat. And kawan husband yang sama mulut celupar pun kena kacau. Dia lagi dahsyat. Waktu yang sama aku balik dia nampak anjing dua ekor warna hitam berkeliaran dalam kawasan balai. Sedangkan memang tak ada anjing kawasan kuarters sebab tidak dibenarkan pelihara dalam kawasan kuarters. Masa si Zan nak tidur dia rasa semacam. Bila terlentang dia terkejut ‘benda’ tu muncul depan mata dia. Rambut panjang, kain putih and paling seram muka dia buruk sangat. Zan ni bacalah ayat2 al-quran lepas tu dia pun tak sedar sampai pagi.
Sepanjang hari tu kecoh sorang2 bukak cerita. Bila pukul 2 pagi je macam2 lah dengar suara budak menangis, anak-akak yang duduk flat nampak orang berkeliaran dekat depan kawasan rumah aku. And yang paling seram masa Kemas adakan program tabika, diorang pakai dewan yang ada dekat balai bomba ni. Nak dijadikan cerita, ada satu blok kuarters ni memang kosong tak ada penghuni. Tiba2 akak Iama yang duduk flat ni nampak budak tadika ni naik tangga blok kosong tu. Sampai tingkat 5 budak tu panjat tebing nak terjun. Akak tu menjerit semua terkejut. Semua yang ada terkaku sebab pelik dia sorang umur 5 tahun boleh panjat tebing yang tinggi tu.
Keadaan dia masa tu tengah peluk tebing tu sambil meniarap. Ada pegawai2 bomba bergegas naik atas nak selamatkan budak di balai sendiri. Bila bawak turun tanya budak tu dia cakap ada perempuan ajak dia naik. Dia dukung letak atas tebing and suruh terjun kat bawah. Wah, aku memang meremang. Dah lah kes aritu tak abis lagi datang pulak yang baru. Lepas pada kes aku, Zan and budak nak terjun tu, husband panggil ayah mertua aku datang. Ayah mertua ni ada pandai lah bab2 ni. Dia pagarkan setiap penjuru dengan ayat kursi dan cara perubatan islam. Aku masa tu memang lemah semangat terus. 5 bulan je aku duduk kuarters tu, rezeki husband dapat transfer ke KL. Memang berita gembira buat aku sekeluarga.
Lepas aku dah pindah KL, setahun sekali kitorang balik Sarawak jenguk mertua aku. Mesti singgah kuarters ni. Rindu kenangan masa duduk sini. Husband nak jumpa kawan lama. Bila round2 sekitar lot teres tengok rumah no.3 aku dah ada pegawai duduk. Yang hairan semua pokok hiasan yang diorang tanam masa mula2 rumah ni dibina dah tak ada. Semua dah ditebang. Bila husband tanya kawan2 diorang cakap benda tu datang balik. And tempat benda tu menginap selama ni depan pintu rumah aku. Kat pokok hiasan tu. Aku punya lah meremang. Mungkin sebelum kuarters ni dibina, hutan tebal ni memang kawasan ‘dia’. Nasib dah pindah KL baru tau. Kalau tak memang aku paksa husband aku duduk rumah mak dia. Hehehehe.
Ok tu jelah cerita aku. Maaf lah kalau tak best and rasa bosan. Wassalam.
-TAMAT-
121. BUNYI APA DAN SIAPA?
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001121
TAJUK CERITA : BUNYI APA DAN SIAPA?
KARYA : REENO
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Hii..First of all biar aku kenalkan diri aku Reeno. Aku menjadi pembaca tegar HZONE BLOG bila mana secara tak sengaja aku terklik link dari rakan FB yg share page ni. Since tu aku akan selak HZONE BLOG acap kali online FB kot2 ada cerita baru yang belum aku baca. Dan hari ini aku teruja nak share pengalaman aku sendiri. Ye la asyik baca pengalaman orang lain terdetik juga kat share nak coretkan pengalaman sendiri kat sini. Ikutkan banyak cerita aku nak kongsi tapi biarlah aku share sikit-sikit dari pengalaman aku kenal dunia ni erk (itu yg nyata aku ingat la maksudnya dan dari zaman sekolah k). Ehehe sorry klu mukadimah terlalu panjang. Cuma baru masuk “rumah” orang kan? So kene lah intro takkan nak aci redah. Silap aribulan type pepanjang beriye admin tak post pun cerita aku. Sob sob sob **sedih**
Ok, berbalik cerita seram pertama aku (memang ingat tersemat lekat) masa aku duk asrama pusat di satu daerah ni. Tahun 1997. Kebetulan aku pelajar form 1 yang lambat masuk sebab aku dari pedalaman. Tahu je lah tahun 90-an surat tawaran nak masuk kampung kene meredah onak dan duri. telefon bimbit waktu orang kaya je ada. Family aku tak kaya jadi aku sedar diri. Erhh sorry melalut jauh.. Ehehe.
Ok, nak jadikan cerita aku masuk seminggu lewat dari yang lain. So paham je la kalau student lewat tentulah takde kawan kan sebab sesi orientasi aku da terlepas, bilik or katil pun mana yang ada. Dipendekkan cerita aku dapat Dorm 1 katil yang paling hujung. Siapa yg dok asrama mesti tau rupa dorm yang panjang dengan katil double decker yang disusun 4-4 and total satu dorm 20-24org camtu. Pintu masuk dorm pun satu je la nun kat depan. Kira aku katil paling belakang la ye..
Dalam seminggu pertama dok asrama aku tiap malam menangis sebelum tido **gembeng. Biasalah tak pernah berpisah dengan parent kan. So nanges la esak2 sambil tekup muka ngan bantal busuk sampai tertido. Kunun rindu la kan. ekeke. Oh ye, kat katil hujung tu aku duk katil bawah sebab masa hari pertama aku tido atas aku jatuh katil. Ganas kan aku? Hahaha mujur takde patah riuk or terseliuh apa2.
Jadi budaya yang aku ikut kat asrama untuk seminggu tu ialah sebelum tidur, dah sesiap pasang kelambu, dah siap berwudhu, azan setiap penjuru katil sebagai pendinding dan baca AlFatihah, 4 Qul, dengan ayatul kursi tiup kat tapak tangan usap dari muka, kepala dan seluruh badan. Korang bayangkan la sendiri erh. AlQuran letak kat tepi bantal. Baru la start nangis. (ala bebudak lagi kot..jgn kutuk erh..)
Malam tu, tetibe tatau sebab apa aku terjaga. Suasana sunyi sangat. Sampai nyamuk terbang luar kelambu pun aku leh dengar. Da sunyi tetibe bunyi meriah macam pesta. Bunyi tu jelas macam ada satu parti yang meriah dengan bunyi muzik, orang bersembang, bunyi pinggan mangkuk sudu berlaga bagai. Time tu aku mcm tak berapa nak seram sangat sebab aku cuba nak tangkap perbualan tu tapi sepatah haram aku tatau bahasa apa yang diorang gunakan. Perbualan perempuan dan lelaki berselang seli dengan kemeriahan majlis tu aku dengar jelas tetapi sukar difahami. Sedar-sedar ayam berkokok dan aku tak sedar bila aku tertido sehingga dikejutkan untuk mandi dan solat subuh berjemaah.
Keesokannya, aku “pagar” katil dan pastikan masih berwudhu supaya aku tidur lena tak berjaga lagi malamnya. Tapi sayang….. Malam kedua aku terjaga. Kali ini betul-betul menguji dan menakutkan. Manakan tidak, seelok mata aku celik terdengar bunyi orang berjalan di luar dorm. Dari remang2 cahaya lampu koridor seolah ada bayang2 orang diluar. Serentak itu jantung aku mcm terhenti. Serious waktu tu aku kaku. Mataku pejam erat. Tak berani langsung cuba untuk melihat. Nak gerakkan tangan niat nak kejutkan member sebelah rasa payah beno. Tak bergerak langsung. Macam kene hempap ngan batu beso. Aku cuba baca ayat kursi, segala apa yg aku ingat sambil mata terpejam rapat.
Tapi kali ni dia bergurau dengan mencakar tingkap nako di belakang katil aku. Betu-betul di atas kepala. Nafas aku semakin sesak. kalau aku semput confirm esoknya masuk paper ada pelajar asrama m**i keras masa tidur. Hahaha. Usikan tu tak berakhir di situ, kali lebih hardcore aku rasa sebab dari tingkap dia beralih ke kelambu aku. Kali ni kelambu aku dicakar-cakar seolah dengan kuku panjang mencakar net kelambu aku. “Kreekkkk krek krek krekkkk” dari atas ke bawah ditarik panjang.
Dari hanya sepasang tangan (perasaan aku sebab elok dari cako setempat) dia cako keliling kelambu plak.
“Aikhh ko panggil geng ke setan jemaah cako beramai-ramai?”. Bunyi dia? Kalau boleh terjun ke menjerit dah lama aku buat masalahnya aku da keras tak mampu buat apa. Harapkan bibir je untuk baca ayat2 suci. Itu pun kalau la bibir bergerak hakikatnya cuma dalam hati je kot. Usikan tu berakhir bila ayam berkokok juga dan aku pun tak sedar bila aku tertido semula. Itu pun mujur katil da berpagar aku rasa. Kalau pagar da roboh mesti dia masuk dan usik aku directly kan? Isshh.. minta jauh lahaiii…
Esoknya? Alhamdulillah takde gangguan dan usikan manja lagi. Maybe itu salam perkenalan untuk si penakut macam aku supaya hidup berdikari dengan lebih berani seperti tika ini. Echewahh. Ok. sebelum tu sorry kalau tak seram dan bosan dengan cerita aku. And thanks to Admin cz sudi up cite seram aku. Next, insyaAllah cerita seram koleksi asrama dari form 1 sampai form 5. Memang banyak, lagi pulak aku antara pelajar nakal kat asrama. Ekeke
-TAMAT-
122. HANTU RAYA BELAAN JIRAN
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001122
TAJUK CERITA : HANTU RAYA BELAAN JIRAN
KARYA : MERAH
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
‘Aku bukan tuanmu, pergi kau dari sini, jangan kau ganggu aku!’……Tersentap dengan mimpi itu aku terbangun dari mimpi, mimpi yang penuh dengan misteri. Mengucap panjang aku apabila mengingati mimpi itu, muncul satu lembaga besar berbulu hitam pekat matanya merah memandang tajam ke arahku.
Nampaknya macam marah sebab aku menghalau ia pergi dari mimpi ku, makin lama ia makin mendekat kepadaku, aku terlopong melihat lembaga itu. Yaaa!! ia sudah berada di hadapanku. Terasa tubuhku berat tidak dapat bergerak. Ia berjaya mengawal tubuhku, aku ingin memintak tolong tetapi terasa seperti suaraku tidak keluar. Lagi sekali aku di tindih oleh lembaga itu acapkali apabila aku tidur pasti aku akan di tindih oleh lembaga ini. Aku berusaha untuk melepaskan diri dari lembaga itu, aku membaca ayat suci Al-Quran yang aku tahu.
Lama juga aku bertarung dan akhirnya lembaga itu akur dan apabila aku sedar terasa lenguh habis satu badanku.
Itu baru sikit gangguan dalam mimpi, tapi kali ni ‘dia’ menghantui aku dengan munculkan diri di depanku. Pada pukul 10 malam hari apa aku tak ingat, aku lepak di luar rumah, aku duduk di atas bonet kereta sambil tu aku petik gitar menyanyi lagu ‘berakhirlah sudah by Atmosfera’ menghadap rumah hadapanku. Ku lihat malam itu tidak serancak hari lain terasa sunyi sepi tapi aku tidak endahkan mungkin hanya perasaanku sahaja
Entah kenapa aku merasakan ada sesuatu yang sedang memerhati dari jauh. Aku sambung main gitar tiba-tiba aku terdengar seperti helaian saja, ku lihat kiri ku lihat kanan rumah jiranku semua sudah gelap cuma ada sedikit lampu dari rumah masing-masing . Aku stop bermain gitar dan aku mergerling ke rumah jiran hadapan macam ada sesuatu di atas bumbung. Aku cuba amati baik-baik mungkin kucing kot tapi tidak mungkin macam besar sangat ja. Nama pun malam agak samar-samar jugak la, masih tidak puas hati aku tenung lagi. Sahh!!.. lembaga hitam di dalam mimpiku berada di hadapanku tapi bertenggek di atas bumbung jiran hadapan rumahku. Astaga!! merinding bulu romaku apabila ia tiba-tiba mengilai. ”Sudah apa lagi yang dia mahu dari ku”… getus hatiku.
Aku sudah biasa melihat lembaga muncul di hadapanku asalkan ia tidak menganggu kehidupanku aku tidak kisah. Tetapi yang ini seakan ingin berkawan denganku, memang aku tidak sudi berkawan denganmu inikan pula menjadi tuanmu memang aku tidak hingin wahai
hantu raya. Tanpa membuang masa, aku terkumat kamit membaca ayat kursi dan 3 Qul. Nampaknya ia marah, lalu mengilai hingga bingit telingaku lalu terbang hilang terus dari pandanganku.
Menurut cerita ibuku, hantu raya itu adalah belaan jiranku tetapi dia sudah
pergi mengadap illahi dan menurut ibuku rumah itu sudah di jual kepada orang lain oleh anaknya. Jarak rumahku dengan rumah itu tak jauh mana pun cuma selang beberapa buah rumah sahaja. Rumah itu masih kosong tanpa berpenghuni walaupun sudah di jual kepada orang lain. Hantu raya itu masih menjaga rumah itu walaupun tuannya sudah tiada.
Mula-mula aku tidak percaya, masa kan orang yang tinggal di taman pun ada bela hantu raya untuk menjaga rumah mereka. Anak jiran sebelah rumahku pernah nampak masa senja macam ada lembaga hitam bertenggek di atas bumbung jiran terus lari tutup pintu, pastu ada pakcik naik motor nak pergi Masjid nampak benda yang sama. Waallahualam.
Terima kasih HZONE BLOG dan pembaca. Cerita ini tak la seseram mana pun just nak share dengan pembaca. Adakah ia masih berkeliaran mencari tuan baru??
-TAMAT-
123. AKIBAT SUAMI BALIK LEWAT MALAM
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001123
TAJUK CERITA : AKIBAT SUAMI BALIK LEWAT MALAM
KARYA : BAHULU
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera. Nama aku Nad bukan nama sebenar sebelum ni aku silent reader je. Kali ni aku nak share cerita dan pengalaman aku sendiri. Kalau tak seram aku minta maaf ye..
Bermula kisah nye pada tahun 2015…
Masa tu aku kt rumah sorang2 suami pergi main futsal pada masa tu takde rezeki anak lagi jadi kami memang jiwa muda. Kebetulan aku masa tu baru balik outstation jadi suami tersalah faham die ingat aku balik pukul 3 pg tapi aku tulis aku smpai lagi 3 jam which is pukul 12mlm. Tapi tape la di sebabkan suami da pg main futsal tak kan aku nak suruh patah balik. Sememang nye aku memang seorang penakut yang sgt2 penakut…
Masa aku sampai2 je mmg tepat pukul 12 malam sebab terdengar bunyi jam retro aku tu berdetik 12 kali. Lepas aku bagi salam (bagi salam pon main2 sekadar semekommmmm) aku memang terus bukak tv agak kuat dan bukak semua lampu semua ye bukan hall saje semuaaa lampu bilik kecuali bilik belakang sebab aku terlupa pasal bilik tu. Bilik tu memang aku jarang guna sebab tempat letak barang je, dan dulu sepupu aku tumpang bilik tu lepas tu die da dapat kerja agak jauh, maka bilik tu kosong la berbulan…
Rumah aku ada tiga bilik, bilik master bilik kami, bilik wardrobe bilik depan and belakang tu kami letak hadiah2 kawen kami yang tak pakai lg… Bermulaa apa bila aku nak pg mandi bersih kan bdan..
Walaupun aku penakut tapi aku rasa badan melekit sangat baru balik dari tempat jauh jadi badan pon belengas and tak selesa la kan, aku pon capai towel dan pergi mandi. Masa tu aku ta takut sangat sebab tv terbukak dan rancangan pulak best (cerita komedi) aku bukak kuat2 la.. sambil2 mandi aku dengar macam pintu depan kene pulas mcm ada org masuk. Aku happy je rasa ‘yes husband dah balik’. Aku selesai mandi tgok bilik kosong… tgok hall depan kosong… tgok bilik wardrobe kosong and toilet luar kosong.. bilik belakang mmg tak la aku tgok.. aku macam eh pelik… sape pulas pintu.. tapi masih okey lg sbb aku terdengar jiran depan bergaduh. Oh ye jiran aku ni mmg suka bergaduh sambil menangis2 teriak2 baling pinggan and tak kira masa bergaduh nye, tapi bila jumpa kitorang die macam takde rasa apa mcm biasa je. Dia akn ckp ‘ dik baru balik kerja’ atau ‘dik baru balik market’ sambil senyum2 gitu.
Jadi aku pon terdengar la jiran aku ni gaduh aku lega sbb at least bising la kan. Tgah2 tgok cerita komedi perut berbunyik.. paling pantas of coz la meggi kan. Meggi kari pecah telur letak sawi sikit perghhh.. tgah masak2 aku dengar ada org lalu kt sebelah tingkap rumah aku (tingkap btol2 sebelah aku) .. mcm terseret2 bunyik nyee.. sreetttt sreeetttt sretttt… mcm org malas jalan tu. Pastu aku ni jenis cepat curious aku na tgok juga sape lalu aku intai sikit Nampak sorang perempuan mcm putus cinta jalan dia serious mcm org malas tu. Aku macam fuh ada org lg time2 mcmni macam tau2 je aku takut dok umah sorang2 hihi. okey la dlm 2 minit settle masak meggi letak dalam mangkuk na mengadap tv.. pastu husband aku wasap
“syg leh tak lai lepak dgn kawan, lepak minum kejap je futsal da abis awal sebab semua pancit (penat) jap gi lai balik’ aku pon mcm merengus hati tak rela tapi aku jenis tak mengongkong maka aku balas ‘pergi la yang mi okey je tgah mkn meggi layan movie kat astro’ dia rep ‘ok syg take care, kalau ngantuk tidur la dlu’
Tengah syok layan tv sambil makan,, member aku yang hantar aku balik tadi call aku ‘mute’ kan tv jap and die tanya aku.
‘Nad charger aku dlm bag kau ke?’ dalam bag aku takde ni?’
Pastu aku jawab: ‘jap aku cek’ (kebetulan bag galas kami mmg sama) dan ye mmg btol dalam bag aku.
‘Mi ada dlm bag aku apsal ta check sebelum letak?’’ die pon mebebel cakap da smpai rumah terpaksa patah balik sebab mmg ada hal penting kene call orang untuk meeting esok. Aku ckp dtg la amik nak tlg hantar mmg tak boleh la aku takde transport. Die pon letak tepon.
Baru je aku nak ‘unmute’ tibe2 aku dgr bunyik mcm org tidur atas katil beralih tempat, kuat sgt bunyi dia mcm org berbadan besar yg tidur.. Kriukk kriukkk berbunyi lagi.Aku dah ta sedap hati. Aku jenis takut tapi kene jugak pergi check apa bunyik tu. Aku syak memang bunyi bilik belakang. Aku pon berani kan diri dgn kalimah bismillah aku pon tolak pintu dan terus nyalakan lampu. Terang berderang tp ta berusik masih kemas. Aku jadi pelik aku keluar dan tutup pintu.dalam hati terdetik bunyi apa tu. Aku pon pergi la depan balik na sambung tgok tv, cari2 remote sbb nak ‘unmute’…
Pastu lg sekali aku dgr ada org na bukak tombol pintu punye la kuat dan kelam kabut mcm na tercabut tombol aku!, takan laki aku aihh kejap nye lepak kata aku dalam hati. Tak bawak kunci ke tp kaki aku ni seolah2 tekunci, taknak buka pintu tu walaupun orang pulas bagai nak roboh. Pastu aku jerit sape tu?!!! Tombol tibe2 berhenti.. aku pegi dekat pintu dan tekap telinga sebab na pastikan ada tak orang depan pintu. Senyap sunyi. Pastu aku dengar pulak bunyi seret tu lg sekali.. sreetttt…. Sreettt… dalam hati aku ‘eh budak prempuan ni tak reti na balik umah ke dah pukul bape dah ni? Kot ye pon putus cinta jgn la beria sgt tak reti nak balik ke??’ tangan memang nak sgt bukak pintu tapi hati kata jangan buka. Aku batalkan niat na bukak.. Lama juga aku tekap telinga dalam 10 minit. Lepas tu senyap sunyi balik.
Tibe2 dekat bilik belakang tu mcm ada orang merengus kuat sgt2 mcm lembu naik minyak. Bayang kan aku kat pintu depan tu, boleh dgr dgn tv aku yg ‘mute’ tu lg jelas bunyi dia.Aku istigfar dalam hati kenapa la kene kat aku time2 mcmni. Lepas tu aku jalan perlahan2 walaupun kene lintas bilik belakang tu aku kuatkan juga semangat aku jalan. Mmg aku ada nampak mcm seolah2 ada pergerakan dalam bilik tu, org mundar mandir mcmtu. Air mata aku mengalir, sebab terlmpau letih plus tak tau apa yang jadi kat aku sebenarnye.
Tiba-tiba pintu kene ketuk kuat, TOK TOK TOK!!! Tak berhenti henti. Aku geram, even aku takut masa tu aku jd terlalu marah, aku bukak pintu aku jerit NAK APA!!! Sekali kawan aku kt depan pintu muka dia pucat bibir biruu muka mcm takde d***h. Mulut die seolah2 nak cakap tapi tak terkeluar ayat, tapi telunjuk dia menandakan dia nak masuk dalam. Aku ckp kt dia bg salam dulu. Dia terkunci seribu bahasa Cuma air mata je aku Nampak mengalir. Aku tetap berdegil bagi salam dulu!!!!. Die sebut juga terketar2 ‘Asssaallaaammualaikum” tapi sumpah guys mmg tak jelas, lepas tu aku ckp kejap nak amik kunci. Aku masuk bilik amik kunci, pg depan balik tgok kawan aku da takde. Mane dia pergi?? Aku capai phone and call. Tutt… tutt… call declined. Aku call lg smpai 3 kali pon benda yang sama jadi.
Lepastu aku whatsapp ‘ko kat mane tadi aku amik kunci la, soh tunggu kejap je pon tak boleh ke???’ sekali dia typing dia ckp ‘aku otw’.Aku bingung bkn tadi dia da smpai ke? Aku tulis ‘skang ko kt mane?’ die kata ‘kat belakang kau’ pastu die tulis lg ‘HAHAHAHA’ aku ta tau kenapa aku jadi marah. Aku tutup pintu kuat2 aku ckp “Aku tuan rumah ni! Aku takan izinkan sape2 selain aku dgn suami aku ada dalam rumah ni!!! Kalau kau bukan termasuk dalam tu kau keluar!!!!!
Kemudian pintu bilik belakang perlahan2 terbukak… berbunyik eekkk..eeeekkk… (slow jee) takde angin takde ribut boleh terbukak slow pulak tu.
Aku terduduk2 aku takut sbb aku yakin aku dah tutup kemas bilik tu masa aku bukak td. Perlahan lagi terbukak… aku tekup mata aku menggigil takut. Sbb aku ta tau apa yang akan keluar dari bilik tu.. Tibe2 aku dgr pintu tombol mcm na terbukak, Allah dugaan apa lg ni….aku nangis sebab aku dah penat and tak larat di ganggu. Pintu terbuka..
Alhamdulillah suami aku balik.. Die pon terkejut tgok aku die ckp ‘syg buat apa duduk kt sini??’ kenapa ni nangis ni?? Aku cakap aku kene ganggu. Dia pon amik wudhu pastu dia tanya ‘dekat mane kene kacau??’ aku ckp ‘bilik belakang’ dia pon pergi bilik belakang. Die bukak pintu tu dan die pasang surah al – Baqarah dan ayat suci al-quran. Lepas tu mmg aku nampak asap putih kepul keluar dr bilik smpai ke pintu depan umah yg mmg sengaja laki aku buka. Aku dapat rasa rumah aku sedikit ‘ringan’ lepas tu. Macam ada satu batu besar dekat kepala dgn bahu aku pon turut hilang.
Laki aku pon tutup pintu lepas tu belakang pintu tu die letak tgn dan baca something and hembus kat pintu tu. Lepas tu aku dgr suara org bg salam. Aku letih dan dalam hati akau bercakap ‘ta abis lg ke’ pastu aku dgr suara kawan ku mimi. Aku tanak bukak pintu sbb aku dah terkena tadi. Suami aku yg bukakkan pintu mmg btol tu mimi. Laki aku ckp kenapa dtg mlm2 ni dia pon cakap die nak charger die tertinggal.Aku pon bgn ckp kt mimi ‘kenapa kau buat mcmtu kat aku td?’ ‘npe mesti da wasap aku mcmtu?’ ‘kenapa dah dtg pastu balik??’. Si mimi ni da bingung die ckp apa yg aku kacau? Aku tak puas hati aku amik phone and nak tunjuk whatsapp die tadi. Alangkah terkejut nye aku, hanya aku je yg whatsapp dia die hanya rep “otw’ sahaja. Rasa na gugur jantung aku sape yg rp tadi??? Sungguh aku mmg baca ada org rep wasap kawan aku td.
Selepas tu aku tertdur dekat sofa di ruang tamu sbb terlmpau penat, esoknye mmg aku demam menggigil2. Suami aku bawak aku pergi rumah nenek aku utk pulihkan semangat aku yg hilang.
Betul la org kata, kalau dari jauh nak masuk rumah ludah kiri kanan baca la apa yg sepatutnye. Jgn tinggalkan uma terlalu lama, kalau terpaksa pon masa balik tu bukak la ayat suci al quran… Paling penting solat la jgn tinggal… Sekian.
-TAMAT-
124. LARI TENGAH MALAM
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001124
TAJUK CERITA : LARI TENGAH MALAM
KARYA : SYA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamu’alaikum warga HZONE BLOG dan selamat sejahtera, terima kasih pada admin publishkan cerita aku sebelum ni kisah Bidan & Lipan. Dan ini adalah cerita kedua aku yang bertajuk “Lari tengah Malam”
Perkara ini terjadi pada aku dan keluarga pada bulan November 2016 ketika kami sekeluarga pulang ke kampung halaman untuk meyelesaikan urusan perkahwinan aku pada bulan Disember. Kami membuat keputusan untuk mengadakan majlis di kampung untuk memudahkan atok, nenek dan saudara mara hadir ke majlis itu nanti, untuk pegehtahuan pembaca aku dan keluarga menetap di kuala lumpur dan kampung halaman di utara.
Sehari sebelum pulang aku minta tolong pada sepupu aku untuk mencari homestay yang berdekatan memandangkan rumah atok aku sudah penuh dengan saudara mara yang pulang untuk menghabiskan masa cuti sekolah di kampung.Sepupu aku ada mempelawa kami sekeluarga untuk tinggal di rumah mereka tetapi kami tolak dengan baik kerana tidak mahu menyusahkan.Keesokkan harinya kami sampai di homestay agak lewat, sekitar pukul 10 malam diiringi sepupu dan ank sepupu aku yang masih kecil. Niat di hati sepupu aku tu ingin singgah sebentar untuk berbual dengan kami disebabkan dah lama tidak berjumpa tetapi terpaksa membatal kan niat tersebut bila anak dia menagis tidak mahu masuk dalam homestay, takut katanya. Kami tidak megambil pusing sebab anak sepupu aku ni memang jenis yang tidak mahu dengan orang lain.
Jeng…jeng..jeng…
Bermula la kisah seram kami bermalam di homestay tersebut. Mak dan ayah aku sudah lama masuk tidur sebab letih memandu 5 jam dan mak aku yang menjadi co pilot, aku dah adik aku hanya tidur sepanjang perjalanan haha. Mata aku dan adik aku masih segar jadi kami menonton tv kebetulan malam tu ada siarkan cerita hantu..dah tak ingat tajuk apa tapi cerita dia yang gadis ne asal kawin je esoknya suami dia meninggal tanpa tahu punca sampai la last sekali dia kawin dengan seorang ustaz ne baru la sumpahan dia hilang, mungkin korang pernah tonton cerita ne.
Habis je cerita tu pukul 12 lebih aku dan adik masuk tidur sebab dah mengantuk. Tengah aku sedap tidur tiba-tiba telinga aku dapat dengar bunyi orang bersembang di ruang tamu, aku amati suara tu macam mak dan ayah aku tapi aku tak paham apa yang dieorang cakap. Aku ambil kesempatan itu untuk ke tandas sebab aku ne boleh dikatakan penakut jugak la jadi alang-alang mak gan ayah aku ada di luar baik aku cepat, aku terus bangun dan buka pintu. Hahaha….korang tahu apa? Tak ada seorang manusia pon di ruang tamu, senyap sunyi je. Aku tak nak pikir nagetif aku hanya anggap yang aku salah dengar tentang suara tadi, aku tutup balik pintu dan baring.Tiba-tiba, dengar bunyi cakaran di atas bumbung. Aku mula takut,pandang sebelah tengok adik aku sedap je tidur tak begerak..dia tak dngar ke bunyi tu sikit punya kuat. Aku pikir nak kejutkan dia tapi tangan ne rasa beku pula nak begerak. Bunyi cakaran tu semakin menjadi-jadi bila aku membaca ayat suci, terus aku tarik adik aku disebelah. Dia tejaga dan ajak aku keluar,aik…heran pula aku, bukan dia tidur ke tadi? Rupa-rupanya dia hanya buat-buat tidur sebab takut, elok la masing-masing takut nak begerak.
Aku dan adik membuka pintu, dalam masa yang sama ayah aku di bilik sebelah turut buka pintu, tanpa banyak soal ayah aku terus arahkan aku dan adik memakai tudung untuk ke rumah sepupu aku. Adakah ayah aku turut dengar,banyak persoalan yang belum dijawab tapi aku biarkan sebab apa yang paling penting sekarang ialah keluar dari rumah itu dengan segera.
Sampai saja di simpang keluar homestay tadi ayah aku terus membuka mulut.”Teruk betul dia goyang katil tadi,ayah ingat mak hang yang tidur buas..ayah kalih tengok elok ja mak hang tido tak gerak-gerak. Pejam mata dia goyang balik,ai..x boleh jadi dok main goyang-goyang pulak.” Rupa-rupanya mak aku pun rasa benda yang sama, dia ingat ayah aku yang goyang. Terpikir pulak aku macam mana boleh begoyang sebab katil tu bukan katil besi kosong di bahagian bawah, tapi ni jenis katil kayu padat sampai bawah. Ayah aku cakap juga yang dia dengar suara orang besembang di ruang tamu, jadi apa yang aku dengar betul la.
Pelik sepupu aku bila kami sekeluarga sampai depan pintu rumah, masuk je dalam rumah kami cerita la apa yang terjadi. Dia terus gelak, itu la ajak tidur di rumah tak nak..kan dah lari tengah malam. Kesimpulanya ialah, bukan kita saja makhluk Allah S.W.T di muka bumi ne..ada juga makhluk lain yang tidak mampu kita lihat dengan mata kasar, jadi sebelum masuk mana-mana rumah yang telah lama tiada orang seharusnya membaca dulu surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali
Wallahu a’lam.
-TAMAT-
125. MISTERI DIBERIKAN KERIS
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001125
TAJUK CERITA : MISTERI DIBERIKAN KERIS
KARYA : HANNA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua. Terima kasih kepada admin jika kisah ini disiarkan. Kisah ini merupakan pengalaman sendiri. Mungkin tidak terlalu seram tetapi sekadar tatapan para pembaca. Aku Hanna, 22 tahun tinggal di Gombak bersama parents aku. Kisah ini bermula sewaktu aku berada di Tingkatan 4.
Masuk Tingkatan 1, semua muka ‘innocent’. Muka budak hingusan hahaha. Mula berkenalan dengan kawan baru, sesuaikan diri dengan budaya baru. Senang cerita semuanya bergerak seperti biasa. Sehinggalah aku berada di Tingkatan 4. Time kelas bermula, kawan aku dan aku excited untuk memilih unit uniform, kelab dan persatuan. Penat fikir mana satu nak pilih. Tetiba kawan aku ajak aku masuk Kelab Persatuan Seni Silat Gayong. Tak silap aku kelab ini baru dibuka semula setahun yang lalu. Aku ini memang jenis yang lasak dan kasar, juga memang mempunyai minat dalam seni mempertahankan diri sehingga berangan nak belajar kungfu dengan Jet Li hehehe. Alang-alang kawan aku dah ajak, aku pun dengan penuh excitednya bawa kawan aku untuk register menjadi ahli silat. Dalam fikiran aku satu je, if aku masuk silat ini, boleh belasah orang jahat and untuk lindungi diri aku. Sambil itu aku dah berangan belasah orang jahat menggunakan teknik yang akan aku belajar nanti. Hahahah nampak sangat fikiran budak-budaknya walaupun dah Tingkatan 4.
Masuk untuk menjadi ahli perlu membuat pembayaran sebanyak RM 35. Jenuh aku nak memujuk permata hati yakni ibuku untuk membuat pembayaran tersebut. Pada awalnya ibuku tidak bersetuju aku menjadi ahli silat. Bukan apa, ibuku takut jika aku tetiba diganggu oleh ‘makhluk Allah’ yang tak dapat dilihat oleh mata kasar. Setelah 30 minit memujuk hati ibuku dan menyatakan bahawa silat ini hanya daripada fizikal sahaja, akhirnya ibuku bersetuju walaupun dengan hati yang berat. Well said yang firasat hati ibu itu kuat. Disinilah bermula segalanya.
Setiap hari Sabtu pagi, kelab PSSGM akan melakukan latihan untuk ahli yang baru masuk. Kami belajar teknik asas tumbukan, seni pancung dayung, teknik kekuda dan sebagainya. Kebiasaannya untuk ahli yang baru masuk akan diberikan bengkung hitam. Mula-mula latihan kami akan melakukan adat buka gelanggang. Adat ini disertai dengan bacaan ayat Kursi, 3 qul serta doa supaya dijauhkan daripada gangguan yang nampak dan tidak nampak. Juga apabila selepas latihan, adat itu dilakukan dengan bacaan yang sama. Selepas beberapa kali latihan, cikgu silat kami memberitahu akan ada pertandingan Pencak Silat di Gombak setia. Time itu semangat ingin bersilat berkobar-kobar, maka aku pun menyertai pertandingan itu. Aku dan kawanku tiga orang perempuan memasuki pertandingan Masal Puteri. Bagi yang tidak tahu, boleh search En. Google hehe.
Kebiasaannya kami akan melakukan latihan selepas habis waktu sekolah dan juga waktu malam bertempat di dewan terbuka sekolah. Tiap kali latihan, aku selalu merasakan satu aura yang kuat. Lagi-lagi bila latihan itu diringi dengan muzik gamelan. Muncul semangat ingin bersilat yang terlalu kuat sehingga kawan aku kata wajah aku nampak lain tiap kali latihan. Tapi aku taknak terlalu ambil kisah tentang itu dan menganggapnya perkara biasa (sedapkan hati sendiri). Tinggal dua minggu berbaki sebelum pertandingan, cikgu silatku melakukan latihan intensif bertempat di sekolah (dirahsiakan bagi tujuan keselamatan) selama tiga hari dua malam. Selepas habis waktu sekolah, cikgu silatku ambil kami semua dekat surau sekolah selepas waktu maghrib. Sebelum bertolak, aku berasa tidak sedap badan, kepala pening dan mual. Badan rasa lemah sangat sampai aku jalan terbongkok. Kawan aku Lina (nama samaran) yang risau akan kesihatan aku lalu membelikan panadol sepapan apabila sampai stesen minyak. Time itu tak tahu kenapa aku terasa sangat tersentuh dan moody sangat-sangat sampai menangis. Semasa dalam perjalanan tetiba aku terasa ditampar atau macam satu tempikan di depan muka aku yang terus membuat aku menggigil satu badan. Tahap menggigilnya itu memang tak boleh bawa bincang seolah-olah aku berada dalam keadaan suhu negatif lapan belas celcius sampai bibir dan badanku terketar-ketar. Sejuk terasa badan sehingga ke tulang-belulang yang ada. Di dalam kelam kabut badanku ketika itu aku dapat merasakan kehadiran ‘dia’ yang mencuba untuk masuk ke dalam tubuh badanku. Terpacul ayat kursi dan lafaz tahmid Lailahaillah untuk mengurangkan rasa sejuk dan menghalang ‘benda’ itu daripada masuk. Kawanku Lina cuba menenangkan aku dan menyelimutkan aku dengan jaket.
Setibanya tempat yang dituju, aku tidak dapat berjalan. Badanku terasa lemah dan kakiku tidak mempunyai kudrat untuk mengangkat apatah lagi untuk berjalan. Kawan aku dua orang memapah aku untuk dibawa ke surau, sedang diriku dipapah mataku melihat kearah dewan sekolah itu. Terdapat beberapa ahli daripada sekolah lain yang turut serta latihan ini. Kedengaran muzik dan alunan gamelan bergema sehingga ke luar dewan. Aku disapa dengan perasaan aneh dan rasa seperti dipanggil-panggil untuk menari sedangkan aku tak pandai menari haha. Semasa itu mindaku kosong, aku tidak dapat berfikir apa yang berlaku sebenarnya dalam kereta tadi. Kenapa aku menggigil? Kenapa benda tu nak masuk badan aku? Jiwa dan hati aku kosong. Cikgu silat aku meminta aku berehat sebelum memulakan latihan. Tetapi aku teringin bersilat dan mendengar muzik itu. Selepas beberapa minit aku ambil keputusan untuk melakukan latihan malam itu juga. Aku meyakinkan cikgu dan kawanku bahawa aku okay dan boleh bersilat. Semasa latihan, aku terasa dikawal oleh sesuatu. Mindaku separuh sedar. Aku terasa yang diri ini bukan aku. Aku berlatih dengan agresif. Ulang banyak kali langkah demi langkah. Muzik gamelan aku hayati dengan tekun sambil bersilat.
Esoknya aku bangun tidur seperti biasa. Seolah tidak ada apa-apa yang berlaku. Tetapi tiap kali latihan aku terasa seperti hilang kawalan. Pening dan rasa ingin pengsan. Aku tidak dapat teruskan latihan. Cikgu aku rasa kemungkinan aku tidak dapat menyertai pertandingan ini disebabkan keadaan aku. Hal ini telah menjatuhkan semangat kawan aku yang lain untuk bertanding dalam Masal Puteri. Aku cuba untuk teruskan latihan tetapi perasaan itu masih ada. Jika mahu mencari pengganti agak terlambat memandangkan pertandingan hanya berbaki seminggu lebih. Aku kuatkan diri aku dan teruskan latihan walaupun perasaan itu datang.
Tiada perkara pelik yang berlaku sepanjang aku berada di situ melainkan diri aku yang asyik terasa ingin pengsan apabila latihan. Alhamdulillah aku dapat teruskan pertandingan tetapi gagal mendapat pingat. Aku menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan ibu ayahku kerana bimbang mereka risau. Sejak daripada kejadian itu aku kerap bermimpi ular hitam yang membelit, anjing hitam yang mengejar dan menerkam, ditikam objek yang tajam, jatuh dari tempat tinggi dan kerap kena tindih semasa tidur, juga mimpi berada di kawasan perkuburan. Tapi aku bersyukur kerana hijabku tidak terbuka. Cuma aku dapat merasakan kehadiran ‘dia’. Semasa di sekolah juga aku turut diganggu, menggigil sama macam aku mula-mula kena. Kekadang aku terasa ingin menjerit sekuat hati, membayangkan perkara-perkara ngeri yang tak masuk dek akal. Aku tahan sendiri hanya melindungi diri dengan ayat al Quran. Pelajaran aku terganggu dan mata bengkak sebab tidak cukup tidur. Selalu nampak kelibat hitam semasa ditindih dan dalam keadaan jaga. Kesakitan ini aku tahan sehinggalah aku berjaya menduduki SPM. Kawan aku kata ayahnya ada seorang kawan yang memang ada ilmu dalam alam mistik ini. Lalu dia meminta pakcik itu untuk scan badan aku dari jauh. Katanya ada en lompat yang ingin mendampingiku. Mendengar itu saja berjaya membuat aku lemah lutut dan meremang satu badan. Tetapi syukur Alhamdulillah gangguan itu berkurangan.
Aku fikir sampai situ sahaja gangguan itu memandangkan gangguan itu berkurang mungkin disebabkan aku mengamalkan bacaan al Quran dan ayat pendinding diri. Jadi aku tak terfikir untuk berubat. Oh ya aku tidak lagi aktif bersilat selepas pertandingan itu disebabkan keadaan aku yang hampir hilang kawalan tiap kali nak bersilat. Selepas habis SPM, aku melanjutkan pelajaran aku dengan mengambil STPM memandangkan aku tak mahu terbeban dengan hutan ptptn. At least kalau masuk Tingkatan 6 kos pembelajaran tidak memakan jumlah yang besar. Diri aku masih lagi dihimpit dengan mimpi ngeri dan gangguan ketika tidur. Kena tindih ketika tidur itu menjadi perkara lali bagi aku tapi masih mampu membuat aku lemah. Aku memulakan persekolahan Tingkatan 6 dengan tanpa masalah. Menjalani kehidupan seperti biasa.
Sampai satu tahap aku mendapat satu mimpi. Dalam mimpi itu aku memakai baju yang sama aku pakai masa tidur malam itu. Aku melihat seorang perempuan bertudung, muda orangnya. Kulit putih dan bersih. Aku menemuinya dalam satu bangunan. Dalam bangunan itu hanya ada aku dan dia. Dia berjalan menuju kearah aku sambil tersenyum. Dia lihat aku dan memberikan aku sesuatu, nak tahu barang apa yang dia bagi? Keris warna putih yang sederhana kecil. Aku terkejut lalu aku menanyakan kepada dia. “Untuk apa ini?” Dia pun menjawab “Suatu hari nanti kau akan tahu juga..” Part yang buatkan aku rasa nak hantuk kepala dekat dinding bila aku terima pemberian itu lalu menyimpannya dalam kocek dalam mimpi itu. Lalu dia pun hilang seperti kabus selepas memberikan aku keris. Aku terjaga daripada tidur. Bila mengingat mimpi tersebut, laju tangan aku memeriksa dalam kocek untuk melihat betul ke keris itu ada, nasib baik keris itu tak ada. Kalau ada, tak ke haru dan kelamnya hidup aku. Tetapi aku pernah mendengar ceramah Ustaz Sharhan Shafiee bahawa jika kita bermimpi seseorang memberikan sesuatu barang atau bungkusan dan kita menerimanya, kemungkinan sihir telah masuk dalam badan. Aku takut dan risau. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Ibu dan ayah aku masih belum mengetahui kejadian yang menimpa aku dalam masa setahun lalu. Aku hanya mampu berdoa agar sentiasa dalam lindunganNya dan dijauhkan daripada kejahatan makhluk ciptaannya.
InshaAllah aku akan menyambung coretanku yang tidak seberapa ini di lain hari. Coretan seterusnya aku akan menceritakan tentang macam mana kehidupan aku selepas mendapat mimpi tersebut, penerimaan keluarga aku bahawa aku diganggu dan pengalaman dirawat dengan para perawat darussyifa’. Ujian ini membuatkan aku lebih mendekati Pencipta. Tiada daya dan kuasa melainkan dengan pertolongan Allah. Aku mohon maaf jika cerita ini kurang menarik dan membosankan.
-TAMAT-
126. SUSUK SIAM
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001126
TAJUK CERITA : SUSUK SIAM
KARYA : LADILASAM
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Aku listkan nama duluu supaya korang tahu wataknya dan tak pening nanti. Hehe
Pelacur – Nur (sebab terjebak dengan drama)
Suami pelacur – Kamal
Pengubatan islam – Ustazah/Ustaz
Okay. Nur ni seorang pelacur di kuala lumpur. Cantik, tinggi dan nampak sopan. Tapi dia bukan pelacur biasa biasa. Class atasan tauu. Dia layan vvip je. Bukan jenis lorong. Disebabkan dia pelacur vvip. Jadi dia kena lah jaga saham. Bermula lah kisah gila duit. Dia nak buat orang gilakan dia. Jadi dia boleh dapat apa yang dia nak. Dia pun pergi siam dan ambil susuk di sana. Bukan susuk cantik saja wehh. Segala jenis susuk. Yang mana tak tahu. Susuk banyak jenis. Dia amik :
1) Cantik
2) Nafsu
3) Pengasih
4) Dan lain lain
Selepas tu kehidupan dia berubah. Dia makin ramai pelanggan. Semua vvip nak. Dia boleh layan lebih 5 orang dalam satu harii tanpa rehat dan rasa penat. Dia dapat semua yang dia nak. Dia puas , dia enjoy. Semua bila tengok dia akan cair bak lilin gais. Apa je yang dia cakap dan minta semua dapat. Mmang boss jaga elok. Sampai ada yg tergila gila. Ajak kawin. Tunggu depan bilik Nur sebab takleh lupakan Nur.Tapi Nur tak perduli. Dia suka jadi macam tuu. Sampai satu masa, Nur jumpa Kamal. Kamal pernah jadi pelanggan Nur, dan kamal pun tergila gila kan Nur.
Tapi .. Kalini Nur pun ada perasaan pada Kamal. Jadi dia lebihkan Kamal daripada vvip yang lain. Sampai kamal ajak Nur kawin dan tinggalkan kerja tuu. Mula mula nur taknak.. Tapi sebab dah jatuh cinta dengan kamal Nur setuju untuk berhenti dan kawin dengan kamal. Dorang kawin gais. Takde siapa boleh halang Nur berhenti padahal dia antara yang ramai customer. Tapi boss setuju je dia nak blah.. Dia tak pernah cerita dekat Kamal yang dia pakai susuk tu semua. Sebab Nur takut Kamal tak boleh terima dia. Tapi benda ni terbongkar sebab setiap kali dorang “bersama”… Nur punya tenaga lain macam. Sampai kamal tak terlayan. Yelah, Nur selalunya sehari lebih 5orang. Ni kamal sorang. Jadi Nur kesiankan Kamal.
Dia ceritakan semua. Kamal terkejut tapi dia tak marah wehh. Dia ajak nur pergi buang susuk tu. So dorang pun jumpa dengan sepasang suami isteri yg buat perubatan islam. Start lahh babak kedua.. Proses dorang nak buang semua susuk tuu. Susuk tu nur pakai di seluruh badan diaa. Ustazah tu tanya. ‘kamu pakai dibahagian mana je?’ kau tahu nur jawab apa ? .’saya pakai seluruh badan ustazah. Cuma yg bezanya berapa banyak disetiap bahagian dan isi susuk tuu.’
Ustazah tu terdiam wehh. Kau gilaa ke nak buang 1 pun susah. Ni seluruh badan. Ustazah tanya lagii ‘ antara yg paling banyak dimana dan apa isinya?’ Nur jawab ‘ dimuka seluruh muka untuk cantik dan buat org tergoda bila tengok saya.’ ‘Di kemaluan untuk buat saya jadi kuat dan bertenaga dari biasa,’ dan ‘disetiap nafsu saya.’ hmm. So bila ustazah scan. Tak silap aku lebih 100 susuk. Bukan jarum je, ada dari berlian, emas ,tembaga dan banyak lagii. Tapi tu tak semua boleh nampak. Ada beberapa org ke nampak masa ustazah tu keluarkan. Kau bayangkan. Nur dan Kamal tidur rumah ustazah tu sebulan gais. Dari sebelum puasa sampai seminggu sebelum raya. Baru dia balik. Betapa lamanya proses tuu. Jadi setiap kali berubat. Nur tak akan sedar sebab dah dirasuk. Bila keluarkan susuk cantik, nur berubah jadi orang lain. Dia jadi perempuan siam. Dan banyak watak. Banyak sangattt. Ustazah tanya ‘apa kau buat dalam badan dia?’
Watak 1 : ‘ aku buat dia nampak cantik dan buat semua lelaki tergoda dengan aku. Hahaha.’
(sambil berdiri depan cermin)
Watak 2 : dia bisu, cuma diri depan cermin dan sikat rambut.
Watak 3 : ‘aku akan goda semuanya’.
Yang ke-3 tu power wehh. Dia siap nak bukak baju tapi pembantu ustazah tahan. Dia goda ustaz ustaz yg ada kat situu. Mmang seram kalau korang boleh tengok sendiri. Hmm settle yang cantik.
Bab nafsu ni aku takleh blah. Susuk nafsu ni bukan biasa biasa. Nur kata dia amik yang paling kuat dan paling mahal sekali. Tapi semua susuk tuu susuk dari d***h binatang wehh. Tu namanya nafsu binatang. Setiap satu susuk. Setiap tu Nur akan dirasuk dan menyerupai binatang tuu. Nur bertukar jadi ular. B**i. Monyet. Harimau dan banyak lagiii. Time jadi b**i tu lawak weh, sebab ustaz semua lari sebab takut kena samak. Haha. Nur muntah d***h. Dia lembik tak bermaya. Tapi Nur ni dia ada waktu nafsu dia ON. Kau bayang, orang tngah rehat rehat. Nak tunggu sahur. Nur bangun lompat kat Kamal ajak “bersama” time time tu jugak. Dia mcm takleh control tauu. Kesian pun ada. Hmm. Tapi kita tahu tu bukan dia.
Jadi sambung lah berubat. Banyak dia bertukar jadi binatang.Jadi tak banyak cakap , yelah binatang nak cakap apa. Tapi bila Nur sedar, dia akan menangis sb menyesal. Dia akan mintak maaf kat Kamal sebab dia kata dia teruk. Hmm. Kamal kata. Kamal pun teruk, ni dugaan seabb kita lalai duluu. Aku sayang kau Nur. Kita buang semua ni. Lepas tu kita mula hidup baru. Hmm nasib Kamal baik wehh. Dan yang paling last sekali. Dia pakai susuk ratu ular wehh. Susuk paling mahal dalam banyak banyak tuu. Dan paling susah nak keluarkan. Sebab ada nenek kebayan yang jaga ular tuu. Kau bayang, aku nampak Nur duduk bersimpul macam ular. Muka buruk macam nenek kebayan tuu dan rambut putih panjang sampai kaki. Dia gelak ‘Hahaha. Kalau nak aku keluar. B***h akuuu!!’. Tapi kesian lah tengok nur masa ni. Dia baru sedar, baru nak minum air mesti kena balikk. Nenek tu macam main main kan ustazah tu semua.
Tapi alhamdulillah dorang berjaya b***h nenek tuu. Masa nenek tu kena tikam.. Nur menangis wehh. Dia kata dia sedih sebab berpisah dengan nenek tuu. Bertahun tahun dia buat macam macam untuk benda tuu. Kalau nak susuk tu segar. Nur memang kena bersama tiap hari. Kalau dia period dia still kena buat apa apa untuk naikan nafsu dia.. Hmm. Lepas susuk dah dikeluarkan. Baru lah nampak Nur yang sebenar. Dia cantik tapi taklahh cantik sampai orang terus tarik ajak kawin. Tapi lepas dia balik rumah. Still kena gangu jugak cuma tak teruk. Dia kena sebab dia tak boleh control nafsu dia sendiri. Sorry kalau korang tak faham sangat. Tapi ni apa yang aku nampak depan mata. Jadi jangan lah main susuk susuk ni. Semuanya akan buat hidup kau huru hara jee.
Lepas tu, alhamdulillah dia bahagia dengan Kamal. Sampai sekarang , dah beranak pinak dahh. But still. Dia kena kuatkan iman. Mengaji, pergi class agama. Busy kan diri dengan benda baik. Sebab kadang kadang benda tu datang. Kamal kata dia boleh bogel dalam rumah sebab tak tahan sangat. Sampai macam tu sekali weh.
Sekian sampai disini saja cerita yang aku kongsikan….InsyaAllah ada masa aku akan kongsikan cerita lagi..
-TAMAT-
127. BADI EKOR BUAYA
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001127
TAJUK CERITA : BADI EKOR BUAYA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Dari bawah pohon jati, Datuk mengawasi segala kerja yang saya lakukan. Dua tiga kali, Khoja Lisut merayu supaya saya memberhentikan menyiram air ke kepalanya.
Saya tidak dapat menunaikan permintaannya itu, selagi belum menerima perintah dari Datuk. Saya memang simpati dengan Khoja Lisut yang selalu kelemasan dan bersin itu.
"Cukup Tamar."
Saya toleh ke arah pohon jati. Datuk sedang melangkah ke arah saya. Di tangan kanannya ada batang tepus yang berdaun lebar.
"Aku nak balik sembahyang Zuhur, kamu tunggu di sini sampai aku datang," sepasang biji mata Datuk tertumpu ke batang hidung saya. Datuk berpaling ke arah Khoja Lisut.
"Kenapa saya dibuat begini?"
"Bukan ini yang kamu mahu Khoja."
"Saya minta, sakit saya diubati, bukan ditanam dalam pasir."
"Inilah caranya Khoja."
Selesai saja Datuk bercakap, batang tepus terus dipalu ke muka Khoja Lisut bertalu-talu. Suara jeritan Khoja Lisut menguasai kawasan sekitar.
Datuk tidak peduli dengan rayuan dan rintihan Khoja Lisut, akhirnya manusia yang terbenam dalam pasir itu terkulai lemah lalu pengsan, batang tepus terus patah dan hancur, muka Khoja Lisut jadi hitam birat. Baju Datuk basah di mandi peluh.
"Bila dia sedar, dia minta air dari kamu. Jangan beri air. Kamu suruh dia gigit upih yang aku letakkan di tepi sungai," jari telunjuk Datuk menghala ke bibir sungai," suruh dia gigit bahagian pangkal yang terkena air," sambung Datuk lagi.
"Jadi saya tak payah jirus air lagi tuk."
"Tunggu sampai aku suruh, lagi satu aku nak beritahu kamu, apa juga jenis binatang yang melata di bumi menuju ke arah kepala Khoja, jangan dihalau, faham,"
"Ya, saya faham tuk."
"Sekarang kamu pergi duduk bawah pokok jati." Arahan Datuk saya patuhi. Dan Datuk pun meninggalkan saya dan Khoja Lisut di situ.
Sebaik saja batang tubuh hilang di balik rimbunan pepokok di situ, Khoja Lisut tersedar dari pengsan. Dia terus menjerit meminta air.
Saya berlari ke gigi sungai mengambil upih. Saya hulurkan bahagian hujung upih yang basah ke mulut Khoja Lisut. Saya suruh dia gigit hujung upih.
Dalam panas terik itu, saya rasa kulit muka seperti terbakar. Kepala Khoja Lisut bergerak ke kiri ke kanan, lidahnya terjelir, dia enggan menggigit hujung upih yang saya hulurkan kepadanya.
"Gigit" kata saya.
"Aku nak air, bukan itu," sahut Khoja Lisut.
Saya terus menolak hujung upih ke mulutnya. Khoja Lisut tidak ada pilihan, dia terpaksa gigit hujung upih yang sudah diresapi air sungai.
Tiga kali gigit, Khoja Lisut tersedar dan terus muntah. Saya lihat benda putih yang lekat pada lidahnya tertanggal sendiri. Jatuh atas permukaan pasir berkeping-kepin
g. Kulit muka Khoja Lisut seperti udang kena bakar. Khoja Lisut pengsan kembali.
Saya lari semula ke bawah pokok jati. Sebaik saja saya duduk di akar jati, terdengar bunyi air sungai berkocak kuat. Macam ada sesuatu yang mahu timbul dari dasar sungai ke permukaan air.
Saya bangun lalu merenung ke arah lubuk dan gigi sungai. Dua tiga kali saya gosok kelopak mata, saya seakan-akan tidak percaya dengan apa yang saya lihat.
Seekor buaya menimbulkan dirinya di permukaan lubuk dan berenang ke tepian. Buaya itu merangkak atas pasir landai, renung kiri kanan mengawasi diri dari musuh.
Saya yakin, kemunculan buaya dari lubuk tersebut adalah untuk menjemur diri di pantai, mungkin juga untuk bertelur.
Memang, sejak saya melihat bentuk kawasan berpasir di selekoh sungai itu, hati saya sudah berkata yang kawasan itu memang menjadi kegemaran buaya berjemur atau bertelur.
Hal ini dikuatkan lagi dengan adanya sebuah lubuk di depan kawasan berpasir atau boleh juga disebut sebagai kawasan pantai sungai.
Saya menggigit jari, buaya yang merangkak itu tidak mengubah haluan. Tetap menghala ke arah Khoja Lisut yang terkulai pengsan. Buaya itu pasti mengamuk, bila mendapati kawasannya di ceroboh oleh manusia.
Hati kecil saya terus berdoa; Oh, Tuhan kau selamatkan manusia yang bernama Khoja Lisut dari korban buaya. Si malang itu, berada di situ kerana berubat, Allah yang maha besar, selamatkanlah Khoja Lisut. Dia sudah insaf dan menyesali perbuatannya yang lalu.
Doa saya bagai tidak diperkenankan oleh tuhan. Buaya itu terus merangkak mengheret tubuh ke arah kepala Khoja Lisut yang tersembul di permukaan pasir. Dalam debar bersama cemas itu, saya pejamkan mata. Dan saya bayangkan dalam tempurung kepala saya begini:
GUGUR
Suara yang marah itu mengelilingi kepala Khoja Lisut beberapa kali. Buaya itu mengangkat dan menggerakkan ekornya. Dan sekali libas kepala Khoja Lisut terpisah dari badan, bergolek macam buah kelapa gugur. Darah membuak-buak keluar dari sebahagian batang leher yang masih berada dalam pasir.
Buaya itu terus menggoncang kepala Khoja Lisut ke gigi sungai. Titisan darah memanjang di pasir. Perlahan-lahan buaya itu menenggelamkan tubuhnya di permukaan air sungai lalu membawa kepala Khoja Lisut ke dasar lubuk yang airnya bergerak tenang. Beberapa saat kemudian buaya itu muncul lagi lalu menjulang tinggi kepala Khoja Lisut di permukaan lubuk.
"Tamarrrrrr.."
Saya segera membuka mata. Khoja Lisut menggerakkan kepalanya ke kiri ke kanan. Buaya yang hanya berada dalam jarak beberapa kaki saja dari kepalanya terus membukakan mulut dengan luas. Giginya yang besar jelas kelihatan.
"Tolong aku Tamar."Jeritan Khoja Lisut kian lantang.
Saya jadi serba salah. Terfikir juga oleh saya untuk menjerit. Tetapi, mana mungkin Datuk dapat mendengar jeritan saya. Lagipun, kalau buaya itu terkejut, kemungkinan besar bertindak balas lebih pantas untuk mematahkan kepala Khoja Lisut.
"Tolong aku Tamar, aku tak mahu mati dalam mulut buaya ni," pekik Khoja Lisut. Sepasang biji matanya terbeliak menyorot ke arah mulut buaya yang ternganga. Saya lihat buaya itu berhenti merangkak. Agaknya, terkejut dengan kelantangan suara Khoja Lisut.
Rasa kasihan dan belas terhadap Khoja Lisut mula berbunga dalam hati. Timbul hasrat untuk mengusir buaya tersebut. Tanpa sedar, sepotong kayu sudah berada dalam tangan saya. Di saat saya mahu melontarkan kayu ke arah buaya, wajah Datuk terbayang dalam ingatan. Serentak dengan itu terngiang-ngiang suara Datuk menyentuh gegendang telinga saya.
Saya segera membatalkan hasrat hati untuk menghalau buaya di dada pasir. Kayu di tangan segera saya lepaskan. Peluh terus mengalir di pipi dan di dahi. Apakah yang perlu saya lakukan sekarang? Ternyata saya tidak dapat berbuat apa-apa. Saya hanya pasrah kepada Allah saja.
Khoja Lisut berusaha berhempas pulas mahu mengeluarkan tubuhnya yang tertanam dalam pasir. Saya mengedutkan dahi, melihat daya usaha seorang kenalan di saat-saat menghadapi bahaya. Saya segera terfikir mana mungkin Khoja Lisut dapat mengeluarkan tubuh yang terbenam separas leher di perut pasir.
Pasir sekeliling lehernya nampak bermanik dan bercahaya akibat sinaran matahari yang kian terik. Saya yakin sesiapa yang memijak pasir ketika itu tanpa sepatu akan menjerit kepanasan.
"Tolong aku."
Suara Khoja Lisut amat lemah dan untuk kesekian kalinya dia terkulai pengsan. Saya tetap macam tadi, masih terpaku di bawah pokok jati. Panas terik membuat tekak terasa amat kering sekali.
"Maafkan saya, Pak Cik Khoja,"
Itu yang berkocak dalam diri. Sepasang anak mata, saya arahkan ke lubuk tempat buaya berendam. Air di permukaan lubuk kelihatan tenang. Kicau burung di hujung dahan rancak berbunyi. Saya alihkan pandangan ke arah Khoja Lisut. Kasihan, dia masih terkulai pengsan.
Peluh terus memercik di muka dan seluruh badan. Angin yang bertiup tidak dapat memberikan kedinginan ke seluruh tubuh. Dan buaya yang di dada pasir terus merangkak. Sebaik saja muncungnya mahu mencecah rambut Khoja Lisut, buaya itu berhenti merangkak. Saya tergamam sejenak, buaya itu membuka mulutnya dengan luas sekali. Batang giginya jelas kelihatan dan pada saat itu juga, saya terlihat lalat langau menghurungi mulut buaya di tengah panas yang terik.
Andainya, buaya itu bergerak ke depan sedikit dan merapatkan muncungnya, sudah pasti seluruh kepala Khoja Lisut berada dalam rahangnya. Saya segera mencapai sepotong kayu yang berada di sebelah kaki kiri saya. Sekiranya buaya itu mematahkan kepala Khoja Lisut, saya akan meluru ke arahnya lalu menikam matanya dengan kayu yang ada di tangan saya.
"Syukur."
Itulah yang terluah dari mulut saya. Buaya mengubah haluan kedudukannya. Muncungnya yang terbuka dihalakan ke arah saya. Kemudian, mulutnya yang ternganga segera dirapatkannya perlahan-lahan. Buaya itu mendekatkan badannya yang bersisik ke lubang hidung Khoja Lisut.
"Kalau dibiarkan lama-lama begitu, matilah Khoja Lisut kelemasan," fikir saya sambil mencari helah bagaimana mahu menghalau buaya tersebut.
Dalam saat saya berfikir, saya lihat buaya itu bergerak lagi. Kali ini, muncungnya yang diarahkan kepada saya berubah haluan, dihalakan ke tepi sungai. Dengan tiba-tiba saja buaya itu meluru ke lubuk macam ada sesuatu yang mengejarnya.
Air sungai yang mengalir tenang terus berkocak dan bergelombang, sebaik saja badan buaya menghempapnya. Buat beberapa saat buaya tersebut terkapar di permukaan sungai. Akhirnya perlahan-lahan menenggelamkan dirinya ke dasar lubuk. Air sungai yang bergelombang mula beransur tenang.
Saya menarik nafas kelegaan, buaya yang mengancam nyawa Khoja Lisut sudah pulang ke sarangnya. Semoga, buaya itu tidak akan datang lagi. Begitulah harapan saya.
"Huhhhh....,"
Segera saya toleh ke arah Khoja Lisut, ternyata dia baru sedar dari pengsan. Dua tiga kali, Khoja Lisut menggerakkan kepalanya.
"Weeeeeeeekkkkkkkkk,"
Saya lihat Khoja Lisut muntah. Dan muntah itu meresap ke dalam pasir. Dari jauh saya dapat melihat muntahnya berwarna putih bercampur kemerah-merahan. Macam nanah bercampur darah. Muntah itu berlanjutan hampir setengah jam.
TELINGA
Setiap kali Khoja Lisut muntah, rambutnya seakan-akan menjadi tegak. Mukanya nampak kembang. Telinganya nampak merah.
"Aduh!!! rasanya semua isi perut aku nak keluar. Tolong aku Tamar, aku dahaga, janganlah aku diseksa begini," Khoja Lisut merayu.
Saya segera mengambil daun keladi besar. Saya berlari ke sungai. Daun keladi yang sudah dibuat macam kelongsong segera saya isikan dengan air untuk Khoja Lisut. Saya bersedia mahu melangkah ke arahnya.
"Buuuummmm
Terdengar sesuatu dari lubuk. Kelongsong daun keladi besar di tangan terlepas. Saya menoleh ke arah lubuk. Sang buaya menimbulkan muncungnya dengan sepasang mata yang tertonjol, merenung tajam ke arah saya.
"Tuuukkkk..."
Saya menjerit dengan sekuat hati. Tanpa disedari saya sudah berada di bawah pohon jati. Badan menggigil dan terasa seakan-akan ada sang buaya mengekori saya. Sepasang kaki menjadi lemah dan saya terus jatuh.
Antara sedar dengan tidak, saya terasa seperti ada orang berdiri di depan. Walaupun sepasang kelopak mata tidak terkatup tetapi, saya tidak dapat melihat dengan jelas dalam keadaan panas yang amat terik itu.
Penglihatan saya agak kabur dan berpinar-pinar. Pada saat itu juga saya terfikir, tidak mungkin yang terpacak di depan saya itu Khoja Lisut. Dia tidak berkeupayaan mengeluarkan dirinya dari pasir.
"Kamu pitam, agaknya perut kamu kosong."
Saya cuba mengamati suara itu. Sudah pasti itu suara Datuk. Saya cuba menjawab, ternyata saya kehilangan suara. Saya cuba menggerakkan tubuh, saya gagal. Malah untuk menggerakkan kaki kanan saya tidak mampu.
"Kamu lapar."
Tubuh saya digoncang berkali-kali, kemudian ditegakkan lalu disandarkan dipangkal jati. Kalau tadi, kelopak mata saya tidak terkatup, kini macam ada kuasa tertentu yang memaksa kelopak mata saya terkatup rapat.
"Bangun Tamar, bangun."
Badan saya terus digoncang. Saya tidak terdaya melakukan sesuatu. Anehnya, kicau burung dan suara Khoja Lisut yang berada di tengah panas dapat saya dengar dengan jelas. Untuk menjawab pertanyaan Datuk, saya tidak mampu.
"Kau lemah semangat, kamu lemah semangat, kamu terkejut kerana terserempak dengan sesuatu yang tidak pernah kamu tengok sebelumnya," cukup jelas suara Datuk.
Apa yang dituturkannya itu memang benar. Saya tidak tahu bagaimana mahu menyatakan ya padanya. Mahu bersuara, suara tidak keluar. Mahu anggukkan kepala, batang leher jadi keras macam besi.
"Ha ini habuan kamu."
Sebaik saja kata-kata itu berakhir, muka saya di rimbas dengan daun kayu dan dituruti dengan pukulan ranting kayu bertubi-tubi di belakang saya. Sakitnya terasa bukan kepalang.
"Aduhhhh.."
Saya menjerit sekuat hati. Gemanya menguasai kawasan sekitar dan saya seperti terkejut. Tidak yakin, apa yang saya dengar itu adalah suara saya sendiri. Bagi memastikannya, saya terus menjerit lagi.
"Aduhhhhhh.."
Sudah sah, itu adalah suara saya. Di saat saya berusaha mahu bangun, Datuk membuka penutup botol besar air (yang dibawa dari rumah) dan kepala saya dijirusnya dengan air. Serta-merta saya melompat. Bagaikan kilat Datuk menyambar tangan saya lalu dikilaskannya ke belakang. Saya ditolak ke kanannya hingga terjatuh.
"Apa yang kamu nampak, Tamar?"
"Buaya timbul dari lubuk."
"Hum, bangun. Bawa botol air ke tempat Khoja Lisut. Jirus kepalanya dengan air ni, kalau dia dahaga beri dia minum," Datuk mengeluarkan perintah.
Tanpa banyak soal jawab saya ambil botol yang dihulurkan oleh Datuk. Saya mengatur langkah ke arah Khoja Lisut.
MATAHARI
Di bawah sinar matahari yang terik, saya berdiri di depan Khoja Lisut. Rasanya, tidak sopan berdiri di depan orang yang badannya hampir keseluruhan berada dalam pasir.
Bagi menghormati Khoja Lisut, saya duduk berdiri lutut sambil membuka penutup botol besar dan bersedia untuk menjirus air ke kepalanya.
"Tamar,"
Saya tidak jadi menjirus air ke kepala Khoja Lisut. Saya segera memandang ke arah Datuk yang berada di bawak pondok jati.
"Bismillah dan selawatkan nabi."
Saya segera anggukkan kepala.
"Mulakan sekarang, Tamar."
Saya membaca bismillah dan terus selawat nabi. Dan air dari perut botol pun jatuh atas kepala Khoja Lisut. Lelehan air di bibir terus masuk ke mulut lalu diteguk penuh nafsu.
"Terima kasih, Tamar."
Khoja Lisut dongakkan kepalanya, sepasang anak matanya yang kuyu merauti paras saya. Bibirnya yang pucat nampak kering, begitu juga dengan kulit mukanya.
"Aku dahaga," ucapnya lagi. Ucapannya itu saya jawab dengan anggukkan kepala.
"Haus, saya haus." suara Khoja Lisut tidak berapa jelas. Muncung botol saya dekatkan ke bibirnya. Perlahan-lahan punggung botol saya tinggikan. Dengan berbuat demikian memudahkan Khoja Lisut meneguk air.
"Cukup Tamar, mari ke mari."
Saya toleh ke arah Datuk. Dia menggamit saya supaya segera mendekatinya. Cepat-cepat muncung botol saya tutup. Khoja Lisut mengeluh, dia bagaikan tidak merestui saya meninggalkannya. Saya segera menghampiri Datuk dan berdiri di depannya.
"Banyak kamu beri dia minum,"
"Sikit saja, tuk."
"Hum..." biji mata Datuk menjeling ke arah botol kosong yang saya pegang. Botol kosong itu saya serahkan padanya. Datuk letakkan botol kosong di atas akar pohon jati.
"Kamu pergi balik, makan nasi dan sembahyang Zuhur," Datuk keluarkan perintah.
Matanya tidak berkedip merenung batang tubuh saya, dari atas ke bawah dari bawah ke atas. Tidak selesa rasanya saya dipandang begitu. Saya jadi serba salah.
"Apa kata kamu Tamar," biji mata terbeliak, macam mahu keluar dan saya serentak. Saya sudah terlanjut. Ungkapan saya keluar secara spontan dari mulut itu, benar-benar menyinggung perasaan Datuk.
"Saya balik dulu, tuk."
Itulah helah saya, melarikan diri menghadapi kemarahan Datuk. Saya mempercepatkan langkah. Kalau boleh saya mahu menghilangkan diri dengan sekelip mata di hadapan Datuk.
"Tamar nanti dulu, aku tak suruh kamu pergi, kenapa kamu pergi? Kamu ni makin biadab. Mari ke sini."
Saya sudah melangkah beberapa ela darinya terpaksa sorot kembali dan terus berdiri di depannya. Suara Khoja Lisut minta air, tidak dipedulikan oleh Datuk. Wajahnya masih masam. Saya bersedia menerima apa saja kutukan dan sumpah seranah darinya.
Saya menarik nafas kelegaan. Datuk menggigit dan terus mencari akar kayu untuk duduk. Dia senyum ke arah saya perlahan-lahan dia gelengkan kepala, agaknya dia terasa lucu dengan pertanyaan yang tidak wajar saya kemukakan kepadanya.
"Kamu tolong nenek kamu, apa yang patut."
"Ya, tuk."
"Kamu datang ke sini, bila kamu dah selesai sembahyang asar."
"Ah.." terkeluar keluhan kecil dari mulut.
Kenapa mesti lepas sembahyang Asar. Kenapa tidak selepas sembahyang Zuhur, kenapa mesti menolong nenek. Apa yang Datuk katakan itu memang praktikal. Sepatutnya, lepas sembahyang Zuhur, saya mesti ke sini, melihat detik peristiwa yang dialami oleh Khoja Lisut. Apa yang bergolak dalam dada tidak berani saya luahkan . Terpaksa dipendamkan dalam kalbu.
"Masa kamu nak datang ke mari, bawakan aku putik manggis tujuh biji, putik rambutan tujuh biji serta air masak dari putik pinang," Datuk memberikan pesan.
"Jadi saya kena rebus putik pinang, tuk?
"Tak payah, semua barang-barang tu dah disediakan oleh nenek kamu. Kamu cuma bawa saja ke sini,"
"Jalan terus ke rumah, jangan merayau-rayau ke mana-mana," itu pesanan terakhir dari Datuk untuk saya, sebelum melangkah pulang.
Lebih kurang setengah rantai jarak antara saya dengan Datuk, dan saya yakin Datuk tidak dapat melihat pergerakan saya kerana dilindungi oleh pepokok kecil, saya terus berlari. Pada saat itu juga saya menganggap diri saya terlepas dari cengkaman Datuk. Saya berlari dengan semahu-mahunya.
PINTU
Nenek yang secara kebetulan berdiri di depan pintu dapur tercengang melihat saya berlari tercungap-cungap ke arahnya. Tanpa menegurnya saya terus memanjat anak tangga dan duduk di muka pintu.
"Apa yang mengejar kamu, Tamar?"
"Tak ada apa-apa?"
"Habis kenapa kamu lari."
"Seronok lepas dari kawalan Datuk, saya lapar nek."
"Hum....," nenek gelengkan kepala, "dah sembahyang?" Susulnya lagi. Saya cuma mampu tersengih.
"Sekarang pergi bersihkan badan kamu, lepas tu sembahyang Zuhur, sementara kamu sembahyang biar aku siapkan makanan," turut nenek sambil menggaru pipi sebelah kanannya.
"Macam mana kalau saya makan dulu, nek."
"Tak baik begitu, bersihkan badan dan sembahyang dulu, barulah seronok makan. Tuhan suka orang yang bersih, makan dalam keadaan penat dan badan kotor, kata orang makan bersama syaitan. Kamu mahu makan sama syaitan, Tamar?"
"Heee.. tak mahu, saya tak mahu kawan dengan syaitan."
" Kalau tak mahu, kamu pergi mandi. Buat apa yang aku cakap," sambung nenek. Dan saya segera menuju ke perigi.
Cakap nenek memang tepat, selesai menunaikan solat Zuhur, saya dapat menikmati hidangan makanan tengah hari dengan selesa dan bernafsu sekali. Selesai makan saya tersandar di dinding merehatkan tubuh badan tetapi, kenikmatan itu hanya dapat saya rasai dalam waktu yang pendek. Lepas makan duduk bersandar, memang pantang besar bagi nenek.
"Kalau nak duduk tu, biarlah nasi jatuh ke perut dulu. Pergi jalan-jalan atau buat kerja ringan. Kamu tahu Tamar, orang yang makan kenyang kemudian duduk tersandar, minta celaka diri."
"Apa ertinya cakap nek ni, saya tak tahu," tanya saya.
"Minta papa kedana, pemalas. Kalau diamalkan selalu, perut boroi, sakit urat-urat perut mudah datang. Boleh jadi barah tahu, nanti perut kamu boleh meletup.
"Saya tak mahu perut saya meletup," saya terus menjerit dan melompat. Sekali gus melakukan senaman.
-TAMAT-
128. LUMPUH DI KAKI
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001128
TAJUK CERITA : LUMPUH DI KAKI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Perlahan-lahan Datuk meraba dahi saya. Dari dahi jejari Datuk merayap ke pangkal tengkuk. Saya rasa jejari Datuk sejuk macam ais.
“Keadaan badan kamu macam biasa, tidak panas dan tidak pula sejuk, berdasarkan denyut darah yang aku rasa dari kepala hingga ke pangkal tengkuk, kau masih ada harapan.”
“Maksud Datuk?”
“Lumpuh di kaki kamu boleh sembuh jika diizinkan oleh Allah, cuma aku mesti berusaha.”
“Bawa saya ke hospital untuk diperiksa, saya tidak mahu berubat dengan dukun dan bomoh.”
“Kalau itu yang kamu mahu, aku turutkan,” balas Datuk dengan senyum.
Pintu yang terdedah terus juga menghantar angin malam ke dalam rumah. Suara jampuk sudah tidak sehebat tadi, begitu juga dengan bunyi burung hantu. Sesekali terdengar bunyi suara burung cenderawasih yang terbang berkawan. Kokok ayam jantan pun meningkah dalam suasana malam yang memburu pagi.
“Mudah-mudahan Allah akan memberkati segala usahaku,” Datuk melahirkan harapan, sambil meraba kedua belah kaki saya yang lumpuh dan saya memang mengharapkan apa yang Datuk katakan itu akan menjadi kenyataan.
“Sabar Tamar, aku akan berusaha.” Sebaik sahaja Datuk mengakhiri kata-katanya, satu pancaran kilat melemparkan sinarnya ke dalam ruang rumah. Datuk dan saya terkejut seketika.
“Barangkali hari nak hujan Tamar?”
“Agak-agaknya begitulah tuk.”
Datuk terus bangun. Ia memulakan langkah menuju ke pintu. Langkah satu, langkah dua, dan tiga berjalan lancar. Langkah keempat segera terbantut. Diganggu oleh bunyi petir yang amat kuat. Datuk segera menoleh ke arah saya. Bunyi angin kencang jelas kedengaran melanggar dedaun dan reranting pokok di luar. Angin itu seolah-olah berlegar-legar di kawasan rumah.
Datuk pun menghidupkan langkah yang mati. Ia berdiri di muka pintu sambil kedua belah tangannya merapatkan daun pintu. Datuk terus memasang selak pintu. Bunyi titik-titik hujan mula kedengaran bersama dengan tiupan angin. Rasa dingin mula menyerbu tubuh badan. Kokok ayam jantan terus kedengaran.
“Hujan tu rahmat Allah, menyegarkan pokok-pokok. Kata orang hujan menjelang Subuh membawa berkat pada orang yang jaga, membawa celaka pada orang yang tidur.”
“Silap tu tuk, sebetulnya membawa nikmat pada orang yang tidur dan tidak membawa apa-apa pada orang yang jaga.”
“Dari mana kau belajar semuanya ini Tamar?”
“Dari kawan-kawan tuk.”
Saya lihat Datuk tersenyum panjang mendengar kata-kata itu. Ia terus duduk di sisi saya. Kedua belah kaki saya yang lumpuh diurutnya perlahan-lahan.
“Celaka pada orang yang tidur maksudnya, orang itu tidak akan bangun menunaikan sembahyang Subuh kerana terlalu seronok tidur waktu hujan dan syaitan akan membekalkan dirinya dengan mimpi-mimpi yang indah. Berkat pada orang yang jaga kerana ia dapat menunaikan sembahyang Subuh dengan sempurna,” Datuk menjelaskan pada saya. Saya terus anggukkan kepala membenarkan kata-katanya itu.
Hujan lebat yang bermaharajalela di luar membuat saya menguap dan rasa mengantuk yang amat sangat. Dua tiga kali saya tersengguk-sengguk macam ayam mabuk tahi. Kalau Datuk tidak ada di sini, sudah lama saya berdengkur.
“Aku nak sembahyang jemaah di masjid Tamar.”
“Hujan, macam mana tuk nak pergi?”
“Walau macam mana susah pun, perintah Allah tidak boleh diketepikan. Aku ni sihat dan diberi akal, lagi pun masjid bukannya jauh dengan rumah, aku pakai payung, kalau tak ada payung cari daun pisang.”
“Uzur macam saya ni tak payahlah sembahyang tuk.”
“Kena, kalau kau tak boleh bangun, boleh sembahyang cara duduk, soal utama perintah Allah mesti ditunaikan.”
“Hum…,” keluh saya dalam hati.
Datuk segera mengejutkan nenek. Kemudian, ia terus keluar ikut pintu dapur. Pesan Datuk, nenek mesti menjaga saya supaya jangan terlelap kecuali matahari sudah memancar, saya dibenarkan tidur.
“Jaga si Tamar tu jangan sampai ia tertidur, kalau tertidur sentap kedua belah kakinya sekuat hati,” saya dapat mendengar pesan terakhir dari Datuk.
Kerana tidak mahu kaki saya ditarik secara mengejut, saya mengambil keputusan tidak akan tidur hingga tengah hari. Salah satu cara bagi mengelakkan saya tertidur, saya minta nenek bercerita sambil memicit kedua belah kaki saya. Permintaan saya itu ditunaikan oleh nenek. Baru sahaja nenek mahu memulakan cerita dan mengurut, terdengar azan Subuh dalam deru hujan. Suara azan itu sungguh merdu dan menusuk perasaan. Saya terpegun sambil mengingati kebesaran Allah yang menjadikan alam semesta.
“Biar aku sembahyang dulu, jangan tidur,” nenek mengingatkan saya dan terus menuju ke ruang dapur untuk mengambil air sembahyang.
Nenek menunaikan fardu Subuh dekat saya. Masa nenek sembahyang itu saya dapat peluang merapatkan kedua belah kelopak mata. Tetapi, saya tidak dapat tidur dengan sempurna, bila mahu terlelap, saya didatangi oleh mimpi-mimpi yang menggerunkan, membuat saya terjaga kembali. Setelah selesai menunaikan sembahyang nenek terus ke dapur. Ia kembali menghampiri saya dengan membawa mangkuk tembikar besar berisi kerak nasi bercampur air dingin.
“Buat apa benda ni nek?”
“Untuk mengubat kaki kau, supaya urat-uratnya jangan kaku.” Nenek terus melumurkan kerak nasi pada sepasang kaki saya.
Aduh, sejuknya sampai ke tulang. Nenek tersenyum melihat wajah saya yang berkerut-kerut. Saya merasa beruntung kerana nenek hanya melumurkan kerak nasi ke kaki sebanyak tiga kali. Kalau lebih dari itu, pasti saya terkencing. Sebelum matahari terbit di kaki langit, Datuk sudah berada di rumah. Ia sudah pun mandi air embun dan melakukan senaman.
Mungkin, nenek mahu menjaga hati saya supaya tidak rasa disisihkan. Nenek membawa hidangan sarapan ke tempat saya duduk. Sikap nenek yang mementingkan perasaan orang lain, membuat hati saya rasa gembira. Walaupun saya sakit tetapi tidak terpisah untuk bersarapan bersama nenek dan Datuk seperti keadaan sebelum sakit dulu. Selesai sarapan, Datuk terus menyatakan pada nenek untuk membawa saya ke hospital. Wajah nenek nampak berubah setelah mendengar kata-kata Datuk itu.
“Kenapa tak berusaha cara kampung?” tanya nenek.
“Kita sekadar memenuhi hajat Tamar.”
“Kalau tak mahu sembuh bagaimana?”
“Kita cuma berusaha, doktor yang mengubat orang sakit tu pun berusaha, dia tidak dapat menentukan penyakit seseorang itu boleh sembuh, tanpa diizinkan Allah.:
“Saya faham, selalunya awak tidak begitu, awak tak suka berubat dengan doktor.”
“Awak silap, saya tak suka tu, kalau sakit itu terjadi pada diri saya, pada orang lain saya galakkan jumpa doktor, bukankah doktor tu belajar dan mempunyai alat-alat yang lengkap, kita cuma ada petua saja.”
“Begitu pula,” keluh nenek.
TEKSI
Datuk terus meninggalkan saya dan nenek. Ia pergi mencari teksi. Setengah jam kemudian, Datuk kembali dengan teksi tua milik Awang Said. Saya pun diusung ke dalam teksi. Duduk di bangku belakang bersama nenek. Datuk duduk di hadapan bersama Awang Said.
Dalam perjalanan menuju ke hospital daerah yang terletak di bandar kecil Lumut, Datuk terus berborak rancak dengan Awang Said. Sampai sahaja di hospital yang terletak di atas bukit kecil yang menghadapi Selat Dinding, saya diusung ke bilik pemeriksaan.
Doktor yang memeriksa saya ialah Doktor M.K. Menon. Orangnya peramah, pandai berbahasa Melayu meskipun ia dari keturunan Ceylon. Setelah diperiksa, doktor terus menyatakan pada Datuk semua gerakan darah dalam kaki saya berjalan lancar dan baik. Doktor itu merasa pelik bagaimana sakit lumpuh itu boleh terjadi. Kaki saya terus di X-ray. Hasil dari X-ray juga menunjukkan urat-urat di kaki berada dalam keadaan baik, tidak ada yang tersimpul atau terputus. Keadaan darah juga macam biasa. Saya jadi lemas dan bosan kerana terlalu banyak pemeriksaan dilakukan sebelum saya diletakkan dalam wad.
Sebulan lebih saya meringkuk dalam hospital. Hari-hari daging paha saya disuntik, kesannya tidak mendatangkan apa-apa, tidak ada tanda-tanda sakit lumpuh yang saya alami akan sembuh. Walaupun demikian, hati saya tetap terhibur. Setiap pagi nenek mengunjungi saya untuk melumurkan kerak nasi di kaki. Nenek tidak peduli dengan teguran beberapa orang jururawat yang bertugas di wad tersebut yang melarangnya membawa kerak nasi serta melumurkan ke kaki saya.
Nenek menerima larangan itu dengan wajah yang manis, penuh simpati melambangkan sifat seorang wanita kampung yang banyak menyerahkan sesuatu pada keadaan. Tidak mudah mahu melawan atau membantah tetapi banyak merayu.
“Saya berikhtiar cara orang kampung cu, bukan mahu melawan doktor, saya tahu cu lebih pandai dari saya, doktor lagi pandai, kalau tak boleh sebelah pagi biar saya buat sebelah malam,” itulah yang diucapkan oleh nenek setiap kali jururawat yang bertugas menegur perbuatannya.
Di Lumut, nenek menginap di rumah anak buahnya yang bekerja sebagai pemandu kereta dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jarak rumahnya dengan hospital tidak jauh. Tidak sampai setengah batu. Tidak menjadi masalah untuk nenek mengunjungi saya sehari dua kali, pada sebelah pagi dan petang atau pada sebelah malam.
Biasanya, pada sebelah petang atau malam, ia ditemani oleh anak buahnya yang dipanggilnya sebagai Din sahaja. Nenek menyuruh saya memanggil lelaki yang kurus tinggi itu sebagai Pak Din. Dalam masa tertentu nenek selalu menceritakan pada saya tentang hubung-kait dirinya dengan Mat Ladin ayah pada Pak Din. Pak Din yang sudah berkeluarga itu juga menasihati saya supaya sabar. Di samping itu, ia juga berjanji akan berikhtiar mencari bomoh atau pawang terkenal dalam usaha menyembuhkan kaki saya yang lumpuh itu.
Secara jujur saya katakan pada Pak Din yang saya tidak begitu tertarik untuk mengubati kaki saya yang lumpuh itu dengan dukun atau bomoh. Sebabnya, terlalu sulit mencari seorang dukun yang jujur dan pandai, kebanyakan dukun atau pawang bila mengubati seseorang selalu menurun dengan memanggil roh Datuk nenek yang saya kira, perbuatan itu bertentangan dengan ajaran Islam.
LAWAT
Pada suatu pagi, setelah nenek pulang. Katil saya dikunjungi oleh seorang lelaki tua. Tinggi lampai orangnya. Dari raut wajahnya, saya dapat meneka bahawa lelaki tua itu berbangsa Cina.
“Saya Hassan.”
“Saya Tamar.”
Saya segera menyambut huluran tangan orang tua itu. Saya mempersilakan ia duduk di katil. Ia memakai seluar warna kelabu tahi anjing. Bajunya berwarna putih yang dibuat dari kain belacu. Bentuknya, seperti bentuk baju yang selalu digunakan oleh pekebun-pekebun sayur bangsa Cina. Bahagian tengkuknya bulat, macam tengkuk baju Melayu yang selalu dipakai oleh orang-orang Melayu Johor. Di tempat saya baju jenis ini disebut sebagai baju Melayu Teluk Belanga. Bahagian depan baju orang tua itu mempunyai lima butang. Songkok putih (ketayap) yang dipakainya cukup bersih. Saya kira ia seorang saudara baru Islam (mualaf) yang mahu mengutip derma. Saya nanti ia menghulurkan kertas derma. Tetapi ia tidak berbuat demikian.
“Dah lama masuk agama Islam?” Orang tua itu merenung muka saya sejenak. Ia tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu saya. Kemudian ia menarik nafas, seolah-olah dirinya berhadapan dengan sesuatu kekecewaan yang amat sangat.
“Setiap orang Melayu yang saya temui, mereka akan bertanya seperti apa yang awak tanyakan, saya tak salah kan mereka kerana mereka tidak tahu.”
“Cuba terangkan hal yang sebenarnya pada saya.”
“Nanti dulu, barangkali petang ini, esok atau lusa awak akan tahu juga,” balas orang tua itu dengan tenang.
Kerana tidak mahu mengganggu fikiran dan perasaannya, perkara itu tidak saya ulangi. Setiap para pekerja hospital Lumut yang bertugas dalam wad tersebut akan memberi salam pada orang itu dengan ramah sekali. Seolah-olah mereka sudah mengenali orang tua itu sejak lama dan orang tua itu tidak dilarang untuk menemui sesiapa sahaja pesakit yang ingin ditemuinya.
“Anak sakit apa?” tanyanya pada saya.
“Kedua belah kaki saya lumpuh.”
“Apa kata doktor tentang sakit tu.”
“Doktor sendiri tidak tahu puncanya, bila di x-ray dan diselidik, semua urat-urat di kaki saya elok, darah berjalan dengan baik.”
“Dia tak suruh awak keluar?”
“Tidak, kata doktor penyakit saya masih dalam kajian, dua minggu lagi doktor pakar dari Kuala Lumpur akan datang memeriksa saya.”
“Bersabarlah, esok saya datang jumpa awak, kalau diizinkan oleh Allah saya akan cuba mengubati kaki awak.”
“Ubat kaki saya?”
“Ya.”
Orang tua itu terus bangun dan meninggalkan saya di katil, tanpa sempat saya mengucapkan terima kasih padanya. Kepala saya terus digayuti dengan berbagai-bagai persoalan tentang diri orang itu, yang saya anggap sebagai orang tua yang ganjil. Bila nenek dan Pak Din menemui saya pada sebelah petang. Semua yang saya alami pada sebelah pagi saya ceritakan pada mereka. Nenek terus menggesa Pak Din supaya mengambil Datuk yang tinggal di kampung. Nenek mahu, Datuk mesti berada bersama saya ketika orang tua itu datang.
“Tak apa sekejap lagi saya ambil dia,” Pak Din memberikan ikrar pada nenek. Tidak sulit bagi Pak Din mengambil Datuk di kampung yang jaraknya kira-kira tiga puluh batu.
“Saya pergi ambil dia,” tiba-tiba Pak Din bersuara dan terus keluar dari wad.
Saya renung wajah nenek yang duduk di sisi saya. Angin petang yang datang dari arah Selat Dinding membekalkan rasa nyaman ke batang tubuh saya dan nenek. Beberapa orang pelawat keluar masuk dari dalam wad. Mereka melawat sahabat handai yang terlantar di situ.
“Kau kenal orangnya Tamar.”
“Tak kenal nek.”
“Habis macam mana dia mahu menolong kau.”
“Dia datang melawat saya, kemudian berjanji untuk menolong saya.”
Nenek menggigit bibir bawah setelah mendengar penjelasan dari saya. Matanya merenung saya keluar wad. Macam ada sesuatu yang nenek fikirkan. Macam selalu, sebelum nenek meninggalkan saya, ia pasti menekankan ibu jarinya ke pangkal paha saya. Kenapa ia berbuat demikian, saya sendiri pun tidak tahu.
Nenek keluar dari wad. Dengan renungan yang sayu saya melihat nenek melangkah di jalan raya menuruni bukit kecil. Saya kira sepanjang perjalanan menuju ke rumah Pak Din. Ia pasti mendoakan supaya sakit lumpuh yang saya deritai akan berakhir. Malam itu, saya tidak dapat tidur dengan lena. Bahagian kaki saya yang lumpuh terasa amat sakit, macam ditikam dengan jarum. Bisanya bukan kepalang.
Selain dari itu, wajah orang tua yang menemui saya pada sebelah pagi tadi, sering-kali datang dalam kepala saya. Bermacam-macam sangkaan buruk terhadap orang tua itu timbul dalam diri saya. Saya ragu-ragu, apakah kedatangannya kelak benar-benar mahu menolong saya atau dia ada menyimpan maksud yang tertentu. Mungkin ia mahu memperdayakan saya. Susah benar saya mahu menyingkirkan semua persoalan itu dari dalam kepala saya.
DATANG
Saya gembira, ketika matahari pagi melebarkan sayapnya ke dalam wad, nenek dan Datuk sudah pun berada di sisi saya. Wajah mereka kelihatan tenang menanti kedatangan orang tua aneh.
“Kalau ia datang dengan tujuan baik untuk mengubat cucuku, aku terima dengan baik, kalau ia datang dengan niat buruk, ia akan menerima padahnya,” kata Datuk pada nenek. Saya lihat nenek tidak menjawab kata-kata itu.
Beberapa orang jururawat yang bertugas pada sebelah pagi, berkeliaran dalam wad. Mereka buat tidak tahu dengan kehadiran nenek dan Datuk ke katil saya, begitu juga dengan para pesakit yang ada dalam wad tersebut. Rupanya, orang tua yang berjanji itu amanah orangnya. Tepat jam sembilan setengah pagi ia sudah berada di tepi katil saya. Berkali-kali ia mengucapkan Alhamdulillah, bila saya perkenalkan dirinya dengan Datuk. Mereka terus bersalam.
“Boleh saya sentuh kaki cucu awak?”
“Silakan.”
“Alhamdulillah.”
Orang tua itu, terus meraba-raba kedua belah kaki saya yang lumpuh. Ia menekan beberapa urat di pergelangan kaki. Semua gerak-gerinya diperhatikan oleh Datuk dan nenek. Hasil dari sentuhan di urat kaki. Badan saya terus berpeluh.
“Begini, pagi esok dan lusa saya datang lagi,” katanya sambil memberikan saya serangkai buah tasbih. Ia menyuruh saya menyebut perkataan Subhanallah seberapa banyak yang boleh sambil membilang buah tasbih.
Ia juga menyuruh saya meyakinkan diri yang saya tidak mengalami sakit lumpuh. Hari kedua, orang tua itu datang lagi. Ia terus memicit urat-urat di pergelangan kaki saya seperti hari pertama. Sebelum pulang, ia membekalkan saya dengan sepotong ayat al-Quran dari Surah al-Waqiah. Ayat itu mesti saya baca pada setiap saat. Pada sebelah petangnya, saya boleh menggerakkan kaki sebelah kanan dengan perlahan-lahan. Hal itu segera saya beritahu pada Datuk dan nenek. Mereka gembira. Hari ketiga, orang tua itu datang lebih awal dari biasa. Kali ini semua daging di kedua belah kaki saya dipicitnya hingga lebam.
Sakitnya Allah sahaja yang tahu, berair mata saya dibuatnya. Selalunya bila selesai ia mengurut kaki saya, ia terus pulang. Tetapi kali ini ia tidak terus pulang. Ia terus berada di sisi katil saya. Anehnya, bila doktor melawat ke katil saya ia terus bercakap dengan doktor tentang keadaan kaki saya. Doktor hanya tersenyum dan terus mencatat sesuatu di kertas yang tergantung di hujung katil saya.
Kira-kira pukul sebelah pagi, ia menyuruh saya bangun dari katil. Tentu sahaja saya tidak dapat melakukan seperti apa yang dikatakannya. Mujurlah, Datuk dan nenek memapah saya. Saya dapat berdiri dengan dikapit oleh nenek dan Datuk. Kemudian orang tua itu menyuruh Datuk dan nenek tinggalkan saya. Saya dapat berpaut pada Datuk. Orang tua itu menyuruh Datuk memimpin saya berjalan.
“Tolak,” saya terdengar suara orang tua itu. Dan saya dapati Datuk meninggalkan saya sendirian. Kerana Datuk tidak menolak saya, orang tua segera datang dekat saya dan terus menolak bahu saya.
Saya terasa badan saya mahu jatuh ke kanan. Saya cuba mengimbangi badan supaya jangan jatuh. Dalam keadaan cemas begitu, saya dapat mengimbangi badan saya dan terus melangkah beberapa langkah ke depan dan akhirnya berhenti dekat sebuah katil pesakit lain. Saya terus berdiri di situ, sambil memikirkan apakah kaki saya sudah tidak lumpuh lagi. Saya segera teringatkan cakap orang tua yang menyuruh saya meyakinkan diri bahawa saya tidak lumpuh. Berpegangkan pada keyakinan itu, saya terus melangkah mendatangi katil saya. Ternyata saya boleh berjalan. Kaki saya sudah tidak lumpuh lagi.
“Alhamdulillah, kaki cucu awak sudah sembuh,” kata orang tua itu pada Datuk dan nenek.
Apa yang menarik perhatian saya, bila Datuk dan nenek mengucapkan ribuan terima kasih, orang tua tidak mengucapkan perkataan sama-sama seperti yang dilakukan oleh kebanyakan orang bila menerima ucapan terima kasih. Ia hanya menjawab dengan perkataan Alhamdulillah. Seolah-olah orang tua itu bagaikan tidak mengerti dan faham dengan budi bahasa orang Melayu.
Petang itu juga, kaki saya terus diperiksa oleh doktor M.K. Menon. Dan ia mengakui kaki saya sudah pulih seperti sediakala. Bila Datuk menyatakan, orang tua itu yang berusaha memulihkan kaki saya, doktor M.K. Menon hanya tersenyum sahaja. Saya dan nenek terus pulang ke rumah Pak Din. Datuk tidak ikut pulang kerana ia mahu bercerita panjang dengan orang tua yang menolong saya itu.
Sampai di rumah Pak Din, nenek masih mengingatkan saya supaya jangan bergerak terlalu cergas, menurutnya kaki saya belum begitu baik lagi. Pukul lima petang baru Datuk pulang ke rumah Pak Din. Nenek terus mengajak Datuk pulang ke kampung. Cadangan nenek itu dibantahi oleh Datuk, kerana ia sudah berjanji dengan orang tua untuk sembahyang Maghrib dan Isyak bersama di masjid Lumut.
“Saya setuju, tidur lagi semalam di sini, esok baru balik,” ujar Mak Bedah, isteri Pak Din menyokong cadangan Datuk. Nenek akur dengan permintaan Datuk dan Mak Bedah. Saya tersenyum, kesempatan untuk bermesra dengan anak-anak Pak Din terbuka luas.
MASJID
Pada mulanya hasrat saya untuk menemani Datuk ke masjid ditentang oleh nenek. Alasan nenek cukup kuat kenapa ia berbuat demikian. Pertama, keadaan kaki saya belum begitu kuat. Kedua, orang yang baru sembuh dari lumpuh tidak boleh kena angin dan embun malam.
“Tak mengapa biarlah Tamar ikut saya berjemaah di Masjid. Lepas sembahyang Isyak, kami balik. Lagi pun saya ada bersamanya,” kata Datuk.
“Saya tahu tapi, sejauh mana awak boleh mengawalnya. Awak tahu, kalau kakinya kena embun, salah satu kakinya akan mengecil dan tidak ada mempunyai buah betis.”
“Dengan izin Allah saya boleh mengawalnya,” balas Datuk. Nenek terus menarik nafas panjang.
Saya dan Datuk terus melangkah ke masjid Lumut yang letaknya di suatu kawasan yang agak tinggi. Dari pintu masjid saya dapat melihat pangkalan yang jadi tumpuan orang ramai untuk pergi ke Pulau Pangkor, Damar Laut dan Kampung Baru.
Ramai juga yang sembahyang jemaah di masjid tersebut, kebanyakannya terdiri dari kakitangan kerajaan. Lepas sembahyang Maghrib dan Isyak Datuk terus membaca al-Quran yang memakan masa hampir satu jam. Orang tua yang merawat saya di hospital juga ada di situ. Ia membaca surah Yasin dengan penuh khusyuk. Orang itu menamatkan pembacaan surah Yasin. Ia terus mendekati saya sambil tersenyum.
“Saya harap sakit di kaki tidak akan berulang lagi.”
“Saya juga berharap begitu.”
“Bersyukurlah pada Allah,” katanya lalu menepuk-nepuk bahu kanan saya.
Datuk berhenti membaca Quran. Ia terus menghampiri saya dan orang tua yang duduk di tengah masjid. Semua para jemaah sudah pulang. Sesekali terdengar hembusan angin yang datang dari Selat Dinding menguasai ruang masjid yang luas.
“Tak balik?” tanya Datuk pada orang tua itu.
“Tidak, saya tak ada rumah, saya bermalam di masjid ini untuk seminggu dua kemudian saya akan berjalan dan bermalam di masjid lain pula.”
“Macam mana kalau malam ini, bermalam di rumah saudara saya.”
“Alhamdulillah, saya minta maaf.”
Datuk menggigit bibir mendengar jawapan dari orang tua itu. Memang perangai Datuk, dia merasakan dirinya tidak lengkap, kalau ia tidak mengenali latar belakang orang yang dikenalinya.
“Maafkan saya, kalau pertanyaan saya kurang menyenangkan diri awak?”
“Silakan, saya tak marah.”
“Dah lama masuk Islam?”
“Sejak berada dalam perut ibu saya.”
“Awak mempermainkan saya.”
“Tidak saya bercakap benar.”
Datuk terdiam sambil merenung wajah saya berkali-kali. Mungkin orang tua itu tahu, apa yang bergolak dalam dada Datuk. Dan ia merasakan dirinya perlu menyelesaikan rasa sangsi yang bersarang dalam dada Datuk dan saya. Di bawah bumbung masjid yang tenang didakap malam. Orang tua tersebut terus mengungkapkan kisah dirinya pada saya dan Datuk.
Menurutnya, ia berasal dari Yunan satu daerah di Negara China. Semua penduduk di situ beragama Islam sejak abad ke-8 yang dikembangkan oleh pedagang-pedaga
ng Islam dari Tanah Arab.
“Minta maaf, kalau saya katakan bahawa kami lebih awal mengenali agama Islam, jika dibandingkan dengan kedatangan Islam ke Melaka. Saya bukan baru sepuluh atau dua puluh tahun beragama Islam, saya Cina Islam tulen, sejak Datuk nenek lagi,” orang tua itu memperkemaskan silanya.
“Masih ada lagi kaum keluarga di sana,” soal Datuk.
“Itu saya tak tahu, hanya Allah saja yang menyelamatkan diri mereka.”
“Saya tak faham dengan cakap awak.”
“Kalau awak mahu memahaminya, saya terpaksa bercerita panjang, mahukah awak mendengarnya.”
“Mahu,” sahut Datuk.
Orang tua itu tunduk merenung lantai masjid. Kemudian ia membaca doa. Katanya, doa itu untuk para arwah umat Islam di tempatnya. Bila dia selesai membaca doa, wajah Datuk direnungnya dengan pandangan yang sayu. Ia pun memulakan ceritanya.
“Bila komunis berkuasa kebebasan terus disekat, orang-orang Islam di tempat saya ditekan,” katanya memulakan kisah dirinya.
Menurut orang tua itu lagi, ayahnya menjadi Imam Masjid dan dihormati oleh para penduduk setempat. Pihak komunis kurang senang dengan kegiatan ayahnya. Mereka melarang ayahnya menjadi imam dan menggunakan masjid.
Melihat tekanan yang begitu kuat terhadap diri ayahnya membuat ia membentuk satu pasukan yang terdiri dari tiga orang pemuda untuk mempertahankan kesucian agama Islam di samping menghalang anggota komunis dari membunuh dan memukul orang-orang Islam yang sedang bersembahyang.
“Dua orang kawan saya ditangkap dan dihukum tembak selepas menunaikan sembahyang Zuhur, saya sungguh sedih dengan peristiwa tersebut, dua hari kemudian saya terus bertindak menetak dua orang anggota komunis yang berkawal di kampung saya,” orang tua itu berhenti bercerita.
Ia menelan air liur dan meraba pangkal hidungnya berkali-kali. Menahan rasa sedih yang mula menggoncang dada. Akibat dari tindakannya yang terburu-buru itu. Dia terus diburu oleh anggota komunis. Ia berpisah dari kedua orang tua yang dicintai.
Pada suatu malam ia berjaya meloloskan dirinya masuk ke rumah. Ia terus meminta pertolongan dari ayahnya untuk menyelamatkan dirinya. Ia kecewa bila orang tuanya menyatakan tidak dapat berbuat sesuatu terhadapnya. Orang tuanya menyuruh ia melakukan sembahyang Istikharah. Lepas sembahyang tersebut, orang tuanya menyuruh ia berzikir hingga menjelang fardu Subuh.
“Saya masih ingat, ketika saya melakukan sembahyang Subuh, emak saya memasukkan pakaian saya ke dalam beg kecil berserta dengan bekalan nasi serta wang,” orang tua itu berhenti bercerita. Ia termenung panjang.
“Ayah menyuruh saya meninggalkan rumah setelah sembahyang Subuh. Saya keberatan mahu mengikut cakapnya kerana kawasan rumah saya sudah dikepung oleh orang-orang komunis, mereka tahu tentang kepulangan saya,” kata orang tua itu pada Datuk. Ia mematikan ceritanya.
“Akhirnya apa yang kau buat?” soal Datuk.
“Ayah terus mendesak supaya saya meninggalkan rumah. Ia menyuruh saya melangkah dengan kaki kanan dan terus membaca doa qunut sepanjang perjalanan di samping meyakinkan yang diri saya dilindungi Allah.”
“Kau turut cakapnya?”
“Ya, saya turut cakapnya. Saya terus melangkah dan membaca doa qunut sepanjang perjalanan. Dengan izin Allah, semua anggota komunis tidak nampak saya. Akhirnya, saya bertemu dengan seorang lelaki dan membawa saya ke sebuah pelabuhan lalu saya naik tongkang miliknya hingga sampai ke Singapura.”
“Hebat pengalaman awak.”
“Semuanya atas izin Allah.”
Saya renung muka orang tua itu sejenak. Saya kira ceritanya berakhir di situ sahaja. Sangkaan saya itu tidak tepat. Orang tua itu masih mahu bercerita tentang dirinya.
Menurutnya, dari Singapura ia berhijrah ke Semenanjung dan kedatangannya disambut oleh saudara-saudara Islamnya di semenanjung dengan senang hati. Bagi menyara kehidupannya, ia berniaga buku-buku agama dan minyak wangi. Hasil dari berjimat cermat, ia sudah dua kali pergi ke tanah suci.
Orang tua itu juga menceritakan pada Datuk ketika di Yunan dulu, ia sempat belajar dari orang tuanya cara-cara mengubat orang yang kena sakit lumpuh dan bengkak paru-paru.
“Saya tak pakai hantu syaitan, saya memohon pada Allah berdasarkan pada ayat-ayat dari Quran. Tetapi, orang yang mahu diubati itu mesti diyakinkan pada diri sendiri.”
“Awak mengubat orang sepenuh masa?” Datuk cungkil rahsia dirinya.
“Tidak, saya ni berniaga menjual buku-buku agama, minyak wangi, saya merantau dari satu tempat ke satu tempat.”
“Kalau dah berniaga kenapa merayau ke hospital.”
“Ini amal jariah saya, kalau dulu saya pernah ditolong oleh orang, kenapa saya tidak boleh menolong orang terutama orang seagama dengan saya.”
“Saya berdoa awak akan selamat sejahtera.”
“Alhamdulillah, memang sudah jadi kebiasaan saya, bila saya tinggal di masjid yang berhampiran dengan hospital saya mesti pergi ke hospital untuk menolong orang-orang yang memerlukan pertolongan seperti cucu awak.”
Saya mula menguap. Tetapi, Datuk saya lihat masih bertenaga. Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan diri Datuk akan mengantuk atau mahu tidur. Ia masih ghairah lagi mahu mendengar cerita dari orang tua itu. Walaupun apa yang ingin diketahuinya dari orang tua itu sudah habis.
“Cucu awak sakit ganjil, ada syaitan campur tangan.” Saya terkejut mendengar cakap orang tua itu. Bulu bengkok saya mula berdiri.
“Boleh awak menolong saya dalam hal ini.”
“Minta maaf, awak berusahalah sendiri. Yakinlah syaitan akan kalah dengan kuasa Allah,” orang tua itu segera bangun. Ia meminta maaf pada Datuk kerana ia mahu tidur.
“Besok saya akan merantau lagi menjual buku-buku agama ke arah selatan, mungkin dua tiga bulan atau lebih saya akan datang ke sini,” katanya lalu merebahkan badan di tepi dinding.
Saya dan Datuk pun meninggalkan masjid Lumut, kira-kira pukul satu malam. Sepanjang jalan menuju ke rumah Pak Din, suasana terasa amat sepi sekali. Cuma terdengar bunyi deru bunyi angin dari Selat Dinding. Tiba-tiba kaki kiri saya terkena air embun. Sakit datang serta-merta. Tidak terdaya rasanya mahu melangkah. Mujurlah rasa sakit itu tidak lama, cuma lima minit sahaja. Lepas itu kaki saya pulih kembali.
Lepas sarapan pagi di rumah Pak Din, Datuk bergegas menuju ke masjid dengan harapan untuk menemui orang tua tersebut. Ternyata, kedatangan Datuk sudah terlewat. Datuk diberitahu, oleh Tuk Siak masjid, yang orang tua sudah meninggalkan masjid setelah menunaikan sembahyang Subuh. Datuk pulang ke rumah Pak Din dengan rasa hampa.
“Tak apa, bila ia datang lagi saya beritahu Pak Long,” kata Pak Din, ketika saya, nenek dan Datuk masuk ke dalam perut teksi.
Waktu teksi bergerak meninggalkan bandar kecil Lumut saya melambai-lambaikan tangan pada Pak Din. Sejak hari itu, saya tidak pernah lagi berjumpa dengan Pak Din.
Beberapa tahun yang lalu, saya menerima berita Pak Din sudah berhenti dari jadi pemandu di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Khabarnya sejak berhenti, Pak Din membuka kedai makan di Lumut yang dikenali sebagai Warung Pak Din.
Di samping itu Pak Din juga membawa teksi bagi menambahkan pendapatannya. Anak-anaknya sudah besar-besar belaka dan sudah ada yang bekerja.
-TAMAT-
129. KELAWAR HISAP DARAH
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001129
TAJUK CERITA : KELAWAR HISAP DARAH
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Kalau diturutkan rasa hati, mahu saja saya menyepak kura-kura yang tertonggok macam besi buruk itu. Akhirnya saya sedar, bahawa saya tidak boleh bertindak atau melakukan sesuatu dengan sewenang-wenangnya di malam yang kian dingin.
“Macam mana kalau aku campakkan kura-kura ini keluar,” Mat Prai mempamerkan kemarahan. Sepasang matanya segera diarahkan ke arah belakang kura-kura. Mat Prai terus membongkokkan badannya sambil berusaha mahu memegang badan kura-kura.
“Jangan.”
Saya segera menyergah. Mat Prai terus menegakkan badannya semula.
“Kenapa Tamar?”
“Biar dia pergi sendiri. Saya bimbang ini bukan kura-kura betul, agaknya ini kura-kura jelmaan,” tutur saya lagi.
Dedaun hutan yang dijadikan atap pondok mula bergerak-gerak, malah ada yang jatuh ke tanah akibat disentuh angin.
Aneh! Angin yang bertiup lembut secara mendadak bertukar menjadi keras. Saya terdengar reranting tua jatuh bertalu-talu ke tanah. Saya dan Mat Prai terdengar bunyi suara tupai.
Semuanya mengundang kecemasan dalam diri. Ganjil sekali, bila tupai berbunyi malam. Dalam rasa serba salah dan takut itu, terdengar suara harimau mengaum. Beberapa ekor kelawar berterbangan dalam pondok.
Salah seekor dari kelawar itu jatuh di depan saya dan Mat Prai. Jarak kelawar itu dengan badan kura-kura kira-kira tiga hasta saja. Bentuk kelawar yang jatuh itu agak berbeza dengan kelawar-kelawar yang biasa saya lihat.
Bentuk badannya agak besar, sayapnya juga agak lebar. Bulunya berwarna kekuningan dan biji matanya tersembul seperti memancar-mancarkan cahaya api.
“Kamu tengok giginya.”
Saya segera mengarahkan mata ke arah yang disebutkan oleh Mat Prai. Darah saya tersirap melihat muncung kelawar yang bentuknya macam muncung babi hutan. Giginya yang putih dan besar menyeringai ke arah saya.
“Ini kelawar puntianak jenis penghisap darah, “ kata saya pada Mat Prai.
“Berbahaya,” jawab Mat Prai cemas, “biar aku bunuh Tamar.”
Sebaik Mat Prai selesai bersuara, kelawar di depan kami terus berbunyi dengan nyaring. Kedua belah kepaknya dikembangkan dan terus terbang, berpusing-pusing dalam pondok kecil. Dan kura-kura terus hulurkan kepalanya, seolah-olah turut menyaksikan apa yang dilakukan oleh kelawar itu..
KELAM
Dalam keadaan yang kelam kabut itu, saya lemparkan pandangan ke arah luar pondok. Malam yang gelap pekat itu membuat saya tidak dapat melihat apa-apa pun. Deru angin terus mengasak lubang telinga di samping bunyi telapak kaki manusia memijak reranting dan dedaun kering di setiap sudut pondok.
“Panggil Datuk kamu, Tamar”
Mat Prai keluarkan cadangan. Saranan itu tidak dapat saya terima. Terlalu awal rasanya untuk menyampaikan perkara ini pada Datuk. Biarlah Datuk dan Pak Imam menyelesaikan urusan mereka. Bila melihat saya tidak memberikan sebarang reaksi, Mat Prai mengulangi pertanyaannya lagi.
“Tak payah.” kata saya tegas.
Terbayang kehampaan di wajah Mat Prai. Tetapi, kehampaan itu segera digantikan oleh rasa cemas dan terkejut yang amat sangat. Kura-kura ganjil bergerak dan hilang dengan sekelip mata.
“Dia datang.”
Mat Prai arahkan telunjuk kepada kelawar secara mendadak muncul kembali dalam pondok. Kelawar itu terus berlegar-legar dalam pondok..
Kelawar itu terus menerkam ke arah pelita minyak tanah ambil mengembangkan sayapnya lebar-lebar. Bila berada betul-betul di atas muncung api pelita minyak tanah, kelawar itu terus memukulkan kepaknya ke arah sumbu pelita. Api pelita padam dengan serta-merta. Saya bertambah menggelabah, badan terus menggeletar.
“Aduh..tolong..”
Suara Mat Prai meninggi. Saya terus berusaha mencari mancis api. Raba sana, raba sini, Mancis tak juga ditemui. Mat Prai terus mengerang kesakitan.
“Muka aku berdarah, Tamar.”
"Kenapa?”
“Dicakar kelawar, eh kelawar itu cuba gigit batang leher aku. Tolong aku.. ah..” suara Mat Prai terus berhenti, saya terdengar tubuhnya jatuh ke tanah lalu dituruti dengan bunyi pergelutan yang hebat di malam yang gelap.
Saya terus menyeru nama Mat Prai berkali-kali. Sayangnya saya tidak menerima sebarang jawapan. Apa yang saya dengar ialah tarikan nafas Mat Prai tercungap-cungap. Saya tidak boleh berdiam diri, mesti bertindak untuk menyelamatkan Mat Prai. Saya mula meraba-raba ke arah badan Mat Prai. Lain yang saya raba dan saya cari, lain yang saya dapat. Mancis api sudah berada dalam tangan saya.
Anak mancis saya lagakan di badannya. Api pun memancar dan sumbu pelita segera saya bakar. Kawasan sekitar terang benderang. Anak mata saya melilau mencari tubuh Mat Prai.
“Ya Allah.” jerit saya.
Mat Prai terlentang mukanya berdarah bersama dengan calar-calar. Bajunya habis koyak-rabak, saya lihat di batang tengkuknya ada benda hitam sebesar telapak tangan. Saya segera mendekatinya. Tanpa membuang masa saya terus membaca petikan ayat-ayat Al-Quran untuk menghalau syaitan. Selesai membacanya, saya seperti memperoleh sebuah kekuatan yang agak luar biasa. Saya tidak takut dan cemas. Bunyi-bunyi yang menakutkan sekitar pondok terus hilang. Begitu juga dengan kelawar aneh, tidak kelihatan lagi.
PANGKAL
Perlahan-lahan saya pangku kepala Mat Prai. Kemudian saya heret tubuh Mat Prai keluar dari pondok. Saya sandarkan ke pangkal pokok yang tidak saya ketahui jenisnya. Dedaun kering dan reranting yang bersepah sekitar pangkal pokok saya kumpulkan.
“Kuku kelawar cukup bisa, semua kulit muka terasa pedih.” Ratap Mat Prai, saya segera anggukkan kepada. Darah di mukanya saya kesat dengan kain yang saya koyak dari hujung baju. Dengan diterangi oleh sinar lampu minyak tanah, saya dapat melihat betapa dalamnya cakaran dari kuku kelawar aneh di muka Mat Prai.
“Tunggu” Itu yang saya ucapkan padanya.
“Kau nak ke mana, Tamar? Kau nak panggil Datuk kamu?
“Ya” saya anggukkan kepala. Tanpa membuang masa saya terus membakar longgokan dedaun kering dan reranting. Dengan sekelip mata, api terus marak.
Seluruh kawasan di bawah pokok terang benderang, macam siang. Cengkerik dan katak puru yang berlompatan jelas kelihatan. Mat Prai agak terkejut dengan apa yang saya buat. Dia terus berdiri sambil memeluk pangkal pokok.
“Kenapa kau buat semuanya ini, Tamar? Kau nak bunuh aku atau kamu kerasukan syaitan?”
“Bukankah kita memerlukan Datuk? Inilah cara memanggilnya”
“Hiss, kamu, kenapa tidak kau laungkan saja dari sini?”
“Ada pesan Datuk untuk saya”
“Pesan?” Mat Prai bertambah terkejut. Dia merasakan yang saya mahu mempermainkan dirinya.
“Apa pesan Datuk kamu, budak syaitan?” jerit Mat Prai. Kemarahannya sudah tidak dapat di kawal lagi. Dari gerak-gerinya meyakinkan hati saya yang Mat Prai mahu melakukan sesuatu terhadap saya. Dia yakin saya sudah kemasukan syaitan.
“Eh, budak syaitan apa pesan Datuk kamu?” dalam keadaan terhuyung-hayang kerana menahan kesakitan. Mat Prai segera mendekati saya.
“Kata Datuk, jangan laungkan namanya waktu dinihari, lebih-lebih lagi dalam masa kecemasan, nanti syaitan tumpang menyahut” jelas saya dengan tenang. Mat Prai tidak jadi melangkah untuk mendekati saya.
Perlahan-lahan Mat Prai undur lalu bersandar di perdu pokok dengan sepasang matanya tertumpu ke arah dedaun dan reranting kering yang dimamah api.
Nampaknya Mat Prai mula yakin yang diri saya tidak dirasuk syaitan. Dengan keadaan terhuyung-hayang Mat Prai terus mengutip dedaun kering dan reranting lalu dicampakkannya ke dalam api yang sedang marak.
“Eh! Kenapa Tamar?”
Darah saya tersirap. Bahu kanan saya dipaut dari arah belakang. Reranting kayu dalam genggaman saya segera terlepas. Jatuh berserakan di hujung kaki.
Angin malam terus bertiup, bersama bunyi cengkerik dan jeritan burung hantu yang memanjang. Lolongan anjing yang sayu dan memanjang menegakkan bulu tengkuk.
“Eh, kenapa Tamar?”
Ulang Datuk untuk kedua kalinya sambil menatap wajah saya yang berada dalam keadaan terkejut. Tidak dapat saya pastikan dari arah mana Datuk muncul.
Walau bagaimanapun, kedatangannya amat menggembirakan hati saya dan Mat Prai. Segera saya mendekati Datuk untuk menerangkan keadaan sebenar. Belum pun sempat saya melakukan sesuatu, Mat Prai terus memeluk Datuk.
“Kenapa dengan muka kamu?” tanya Datuk lalu memimpin Mat Prai ke kawasan yang agak samar-samar. Datuk terus dudukkan Mat Prai di situ. Datuk kesat kesan darah di muka Mat Prai dengan sehelai daun lebar yang dipetik dari sebatang pokok di sebelah kanan tempat Datuk duduk bertinggung.
“Muka saya dicakar kelawar besar, Ayah Alang” nada suara Mat Prai yang keras dan meninggi itu membayangkan dirinya memiliki semangat baru, akibat kehadiran Datuk di sisinya. Datuk terus menatap dengan teliti cakar-cakar di muka Mat Prai.
“Kukunya tak berapa dalam terbenam dalam daging muka kamu. Bisanya juga tak seberapa” tutur Datuk lagi sambil menekankan hujung jari kelengkeng ke pipi Mat Prai.
Setiap kali hujung jari Datuk ditekan, kedua belah kelopak mata Mat Prai kelihatan mengecil menahan rasa sakit. Anehnya! Mat Prai tidak memperlihatkan sebarang tindak balas terhadap perbuatan Datuk itu, meskipun, perbuatan Datuk itu mendatangkan rasa sakit pada dirinya.
Agaknya, kelawar yang menyerang saya itu, kelawar jadian yang sudah dipuja” sambil menarah rasa sakit, Mat Prai bersuara tersangkut-sangkut. Datuk tidak memberikan sebarang jawapan. Jari telunjuk Datuk terus berlari atas permukaan kulit muka Mat Prai.
“Kita hanya berusaha dan berdoa, untuk menyembuhkannya adalah milik Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang” kata Datuk tenang. Dia berhenti menyentuh kulit pipi Mat Prai dengan hujung jari telunjuknya.
TIUP
Angin malam terus bertiup, lolongan anjing liar di kali bukit bersama nyanyian burung hantu, bertalu-talu memukul gegendang telinga. Di celah-celah suara anjing dan burung hantu itu masih saya dapat dengar suara Pak Imam membaca surah Yasin.
"Taruhkan lagi daun dan ranting kering dalam api tu” Datuk mengeluarkan arahan. Cakapnya segera dipatuhi. Api terus marak, kawasan sekitar terus terang benderang.
Dengan pertolongan cahaya api, Datuk terus memilih pepucuk daun yang hijau. Jumlahnya lebih kurang dua puluh helai. Pepucuk itu dijadikan empat longgok dan setiap longgok mengandungi lima helai. Longgokan itu diletakkan sederet di depannya sambil duduk bertinggung Datuk terus menepuk kedua belah tapak tangannya tiga kali berturut-turut. Mulutnya kelihatan bergerak-gerak semacam membaca sesuatu. Mat Prai seperti menerima arahan tertentu terus duduk berdepan dengan Datuk.
“Di depan kamu ada lima longgok pucuk daun yang baru aku petik. Sekarang, kamu pejamkan kedua belah mata. Kemudian kamu pegang salah satu longgok daun tu dan serahkan kepada aku, faham tak apa yang aku cakapkan?” tutur Datuk kepada Mat Prai.
“Faham” sahut Mat Prai sambil merenung ke arah saya yang telah mencampakkan dedaun dan reranting kering ke dalam api yang kian membesar.
Muka saya mula terasa panas akibat terkena bahang dari api yang saya nyalakan. Di malam yang dingin itu badan saya mula diruapi peluh-peluh halus, tetapi, tangan tidak berhenti melontarkan ranting kering ke dalam api. Bara api yang terkena ranting terus mengeluarkan percikan bunga api, naik ke udara.
“Mulakan sekarang” kata Datuk.
“Sekarang?” Mat Prai seperti terkejut. Dia memang tidak menduga secepat itu Datuk menyuruh dia melakukan tugas tersebut.
Bila melihat Mat Prai agak keberatan dan ragu-ragu untuk mematuhi perintahnya, Datuk terus bersuara dengan lantang dan garang.
“Pejamkan mata, buat apa yang aku suruh!”
“Baiklah Ayah Alang. Tapi saya takut ada sesuatu yang buruk terjadi”
“Tak apa, buatlah apa yang aku suruh,” nada suara Datuk cukup lembut. Matanya penuh simpati merenung ke arah muka Mat Prai. Mungkin untuk memberikan semangat (pemulih) Datuk terus meraba cuping telinga Mat Prai tiga kali berturut-turut. Hasilnya, Mat Prai kelihatan lebih agresif dan berani. Mukanya nampak merah.
“Saya mulakan sekarang Ayah Alang”
“Silakan Mat Prai”
Mat Prai terus duduk bersila. Kedua belah kelopak matanya dicantumkannya. Sepasang bibir bergerak mengucapkan Bismillah.. Tangan kanannya bergerak dan akhirnya menyentuh longgokkan pepucuk daun yang terletak dilonggokkan ketiga di sebelah kiri.
Diserahkannya pada Datuk. Datuk hanya mengambil sehelai sahaja untuk diletakkan atas kepala lutut kanan. Selebihnya Datuk letak di bawah paha kiri.
“Saya boleh buka mata sekarang Ayah Alang?”
“Tak boleh kecuali bila aku suruh”
“Saya tak sanggup Ayah Alang,” kata Mat Prai tersekat-sekat.
“Macam-macam yang saya lihat dalam mat ni, semuanya menakutkan,” sambung Mat Prai. Kedua belah tangannya merewang ke kiri dan ke kanan. Dahinya terus berkedut, kedua belah bulu keningnya hampir bertemu, membayangkan rasa takut dan cemas melihat sesuatu yang amat menakutkan.
“Sekarang di depan kamu ada empat longgok lagi. Aku mahu kamu ambil satu persatu dan serahkan pada aku, macam kamu buat tadi,” Datuk mengingatkan Mat Prai.
“Baik Ayah Alang.”
Mat Prai terus mencakup longgokan itu satu persatu. Diserahkan kepada Datuk. Macam tadi juga, Datuk hanya mengambil sehelai saja. Manakala bakinya Datuk letakkan di bawah paha.
Bila sudah cukup lima helai pucuk daun hutan berada di atas kepala lutut Datuk, dia segera membongkokkan badannya untuk mengambil pucuk dedaun hutan itu dengan mulut.
SABAR
Dengan sabar Mat Prai menanti arahan dari Datuk untuk membuka kelopak matanya,dan saya lihat tidak ambil kisah dengan Mat Prai yang tertonggok di depannya.
Dia seolah-olah menganggap Mat Prai bagaikan tidak wujud di depannya. Pucuk daun berubah tempat, dari atas kepala lutut ke telapak tangan Datuk. Pucuk-pucuk daun itu Datuk ramas hingga mengeluarkan air kental yang berwarna kehijau-hijauan dan berlendir. Air disapukan oleh Datuk ke muka Mat Prai.
Hampas dari pepucuk yang diramas itu ditampalkan ke kulit muka Mat Prai. Tidak memadai dengan itu, Datuk terus melekapkan daun yang disimpan di bawah paha kiri ke muka Mat Prai.
“Sekarang buka mata kamu.”
Mat Prai membuka matanya. Saya ketawa kecil melihat wajah Mat Prai yang melucukan dibalut oleh dedaun hutan. Cuma biji matanya saja yang bergerak. Tidak keterlaluan kalau saya katakan yang muka Mat Prai tidak ubah macam muka orang pada zaman primitif.
“Kamu jangan gerakkan kulit muka, duduk diam di situ selama sepuluh minit. Mata kamu renung ke langit,” kata Datuk sambil bangun. Mat Prai resah sendirian dan saya tidak pernah lupa dengan tugas mencampakkan reranting kering ke dalam api. Datuk mundar-mandir, di depan api dengan kedua belah tangannya memeluk tubuh.
“Macam mana kalau kelawar tu datang menyerang saya. Ayah Alang tak benarkan saya bergerak,” Mat Prai memprotes.
Datuk segera memalingkan muka ke arah Mat Prai. Dia seperti terkejut dengan pertanyaan yang dikemukakan oleh Mat Prai itu. Kata-kata itu seolah-olah membayangkan keraguan Mat Prai terhadap keupayaan Datuk mengatasi masalah yang dihadapi.
“Tak apa Mat Prai, aku ada di sini,” balas Datuk.
“Saya yakin kalu kelawar tu datang Ayah Alang tak boleh buat apa-apa, kelawar tu kelawar jadi-jadian,” sanggah Mat Prai. Datuk menarik nafas panjang. Bersama sebuah senyuman dia menjatuhkan sepasang tangannya lurus ke bawah.
“Oooppp...”
Datuk melompat sambil membuka buah silat dengan kedua belah tulang sikunya menghala ke arah sepasang biji mata sebesar buah pinang dara. Pokok-pokok renek di depannya bergerak seperti dirempuh sesuatu.
“Harimau,” kata saya cemas.
Seekor harimau sebesar lembu jantan yang cukup dewasa berada di depan Datuk. Harimau itu tidak mengaum tetapi, membuka mulutnya perlahan memperlihatkan dua batang siung yang putih dan besar. Bahagian dagu harimau bergerak-gerak.
Harimau yang tidak di undang itu merendahkan badannya dengan sepasang kakinya dilunjurkan ke depan sementara kedudukan kaki belakangnya tidak berubah. Saya kira harimau itu mahu melakukan satu lompatan yang kencang untuk menerkam ke arah batang tengkuk Datuk. Andainya Datuk tidak dapat mengelakkan terkaman pertama sudah pasti leher Datuk patah. Di saat itu saya memikirkan hal itu, harimau besar terus melakukan satu lompatan.
Datuk mengelak ke kiri, harimau terus menerkam. Elak ke kanan harimau menerpa tanpa tangguh-tangguh. Datuk dan harimau terus bersilat. Tamparan harimau dapat Datuk elakkan dengan berguling di tanah. Datuk menggolekkan tubuhnya ke arah api yang marak. Bagaikan kilat Datuk menyambar ranting yang dimakan api. Datuk segera bangun, harimau terus melompat melepasi kepala Datuk.
Ketika harimau berada di udara dan bahagian perutnya betul-betul berada di atas kepala Datuk, tanpa membuang masa Datuk terus melakukan tindakan mengejut. Dia terus bertinggung sambil meletakkan ranting kayu terbakar atas bumi.
“Uhhh...”
Pekik Datuk lalu mencapai ranting kayu. Secepat kilat ranting terbakar itu dijolokkan ke bahagian perut harimau. Harimau terus mengaum dengan nyaring dan jatuh ke rimbunan pokok-pokok renek dan akhirnya terus hilang. Ghaib entah ke mana.
Datuk terus bangun sambil menepis dedaun kering yang melekat pada bajunya. Dia renung saya dengan senyuman kepuasan.
“Harimau sesat nak cari durian,” katanya dengan tenang melangkah mendekati Mat Prai yang kelihatan kaku. Pada hemat saya, mungkin Mat Prai terkejut melihat kemampuan Datuk bersilat dengan harimau yang tidak di undang. Datuk terus menepuk bahu kanan Mat Prai dua tiga kali. Mat Prai gerakkan tubuhnya lambat-lambat.
“Bangun.”
Dia segera bangun, patuh dengan perintah Datuk. Mat Prai toleh kiri dan kanan. Kebimbangan berkocak dalam dadanya.
“Kau bongkokkan badan macam orang rukuk sembahyang,” datang lagi arahan dari Datuk. Macam tadi, Mat Prai tetap mematuhi apa saja cakap Datuk.
-TAMAT-
130. JAMUNG TENGAH MALAM
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001130
TAJUK CERITA : JAMUNG TENGAH MALAM
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Entah mengapa, Uda Lamat yang pendiam dengan usianya yang muda beberapa tahun dari Datuk, masih mahu bercakap dengan Datuk. Paling membosankan perkara yang dikaitkan ialah tentang diri saya. Datuk ternyata terpengaruh dengan pendapat Uda Lamat.
“Bukan lari sebarang lari, perkara macam ni pernah saya alami masa saya muda-muda dulu,” Uda Lamat memperkemaskan silanya. Paha kanan diletakkan di atas paha kiri. Jejari kakinya bergerak- gerak.
“Di mana?”
“Di kampung saya, anak buah saya sendiri yang mengalaminya. Menurut bomoh masa itu, anak buah saya diresapi roh jahat. Fasal tu dia buat perkara tak senonoh,” lanjut Uda Lamat.
“Kesudahannya macam mana?” Tanya Datuk lagi.
“Mati.”
Datuk terkejut, biji matanya terbeliak.
“Dia masuk ke hutan cari harimau, bawa parang mahu tetak tengkuk harimau, kesudahannya leher anak buah saya itu dipatahkan oleh harimau, saya berharap perkara macam itu tidak akan jadi pada cucu awak.”
“Saya juga harap perkara buruk tak akan terjadi,” Datuk garu pangkal dagu. Mereka berhenti bercakap. Tiba-tiba rasa cemas dan takut menguasai diri saya. Ada bermacam-macam suara datang ke lubang telinga saya.
“Apa yang saya suruh awak buat tadi, semuanya itu, petua yang dibuat oleh orang tua lelaki saya pada anak buah saya yang mengalami perkara yang saya sebutkan tadi,” cukup teratur Uda Lamat mengungkapkan kata-kata. Dan saya mula faham, apa yang dilakukan oleh nenek pada saya di bilik mandi tadi, adalah petua dari Uda Lamat.
“Ya, petua ni kadang-kadang menjadi kadang-kadang tidak,” Datuk menyanggah. Saya lihat Uda Lamat anggukkan kepala.
“Memang betul cakap awak. Satu perkara yang pasti, setiap kerja mesti kita mulakan dengan Bismillah. Kerja petua juga dimulakan dengan Bismillah sambil hati mengharapkan Allah yang maha besar menghilangkan penyakit.”
“Betul, betul,” Datuk angguk kepala.
Uda Lamat hirup kopi yang disediakan oleh nenek. Malam kian larut, suasana terasa sunyi. Sesekali terdengar bunyi suara burung jampuk dan jeritan tikus liar di bawah rumah. Kesunyian malam yang kian tua itu membekalkan rasa dingin yang keterlaluan. Tetapi, saya masih mahu bertahan untuk berada di anjung dalam keadaan berbaring. Hati kecil saya bagaikan dipaksa-paksa untuk mengikuti perbualan selanjutnya antara Uda Lamat dan Datuk.
Saya rasakan kemesraan yang diperlihatkan oleh Uda Lamat itu, adalah sesuatu yang baru. Lelaki tua berkulit hitam, berbadan tegap, berambut putih yang mengelilingi botak di tengah kepalanya itu, tidak pernah merelakan dirinya menghabiskan masa malamnya di rumah orang. Biasanya, dia merasa bahagia menghabiskan waktu malamnya dengan salah seorang isteri mudanya. Semua orang tahu Uda Lamat ada empat isteri. Isteri pertamanya sudah berusia lebih dari lima puluh tahun.
Tetapi, tiga orang lagi isterinya, berusia sekitar tiga puluhan hingga empat puluhan. Ketiga-tiganya memiliki wajah yang menarik. Kekayaannya memiliki berekar-ekar tanah sawah dan kebun getah memberi peluang padanya mempunyai isteri muda. Satu keistimewaan Uda Lamat, tiga orang isteri mudanya cacat anggota, ada yang berjalan tempang, tangan kudung dan bisu. Satu hal yang pasti mereka memiliki raut wajah yang ayu.
Kata orang, Uda Lamat kahwin bukan kerana nafsu tetapi lebih banyak didorong oleh rasa simpati mahu menolong sesama insan yang cacat. Inilah yang membuatkan orang kampung mengagumi dan menghormati Uda Lamat. Dan Uda Lamat pula tidak pernah merasakan dirinya besar kerana penghormatan itu. Malah, dia sendiri merasakan penghormatan itu tidak pernah wujud pada dirinya.
Jam di dinding rumah berbunyi dua belas kali. Satu teko kopi tanpa susu yang disediakan oleh nenek sudah habis diminum, sedangkan saya sudah dua kali terlelap. Bualan Datuk dengan Uda Lamat kian mengendur. Tidak serancak tadi. Uda Lamat sudah beberapa kali menguap panjang.
“Dah pukul dua belas malam,” Uda Lamat menggosok belakang tangan kanannya. Datuk mendirikan lutut kanannya. Dia senyum ke arah Uda Lamat.
“Ngape, dah mengantuk ke?”
“Tidak, tapi sejuk,”
“Kalau begitu kena baliklah, kena cari kawan yang boleh menghilangkan sejuk,” Datuk berjenaka lalu disambut oleh Uda Lamat dengan ketawa panjang. Matanya berair. Dua tiga kali telapak tangan kanannya memukul lantai anjung. Usikan Datuk itu amat mencuit hatinya.
“Kalau begitu nasihat awak, biarlah saya balik,” kata Uda Lamat setelah ketawanya berakhir.
Saya yang baring segera angkat kepala. Saya kira Uda Lamat pasti angkat punggung sebaik sahaja kata-katanya berakhir. Sangkaan saya meleset. Uda Lamat kian memperkemaskan silanya.
“Tunggulah sampai subuh, lepas tu bolehlah balik, kalau ada perkara yang tak baik jadi pada cucu saya, bolehlah awak beri petua,” Datuk menjentik kepala lutut Uda Lamat.
“Saya rasa cucu awak tak apa-apa.”
“Tapi saya mahu awak menemani saya.”
“Tak apa, dia dah pulih, saya yakin perasaannya sudah aman dan tenteram, cucu awak dah pulih. Biarlah saya balik dulu,” Uda Lamat segera bangun. Datuk garu hujung dagunya beberapa kali. Datuk turut bangun dan berdiri di sisi Uda Lamat.
“Saya tak berapa seronok, bila awak balik cepat. Rasanya, saya perlukan pertolongan awak, banyak perkara yang boleh awak tolong saya,” Datuk luahkan perasaannya.
Tangan kanannya diletakkan atas bahu kiri Uda Lamat. Buat beberapa saat Uda Lamat genggam tangan Datuk erat-erat. Perlahan-lahan tangan Datuk yang tersadai atas bahu dijatuhkannya.
“Tak apa, dengan izin Allah. Cucu awak tak apa-apa. Awak bacalah Quran sampai subuh,” Uda Lamat tepuk bahu Datuk berkali-kali. Senyum Datuk terukir di bibir. Saya tahu, senyum itu sekadar untuk melindungi keresahan dalam dirinya. Dia tidak berhasil menahan Uda Lamat bertahan di rumah hingga menjelang subuh.
“Biar saya pergi dulu.”
Uda Lamat menghulurkan tangan. Datuk sambut dengan perasaan yang berbelah bagi. Datuk mengiringi langkah Uda Lamat hingga ke muka pintu. Jamung di kaki tangga pun dinyalakan. Angin malam yang bertiup terus merempuh di jamung yang mula marak. Kokok ayam terdengar sayup-sayup.
“Saya balik dulu.”
“Ya, selamat jalan. Terima kasih kerana awak sanggup bersusah payah menolong saya,” suara Datuk merendah.
“Itu hanya adat, hidup sekampung kenalah tolong-menolong.”
“Hanya Allah saja dapat membalas jasa awak.”
“Apa yang kita lakukan adalah atas kemahuan-Nya juga,” Uda Lamat merendahkan diri. Dia pun memulakan langkah pertamanya.
JAMUNG
Bertemankan cahaya jamung, Uda Lamat terus membelah malan yang kian tua. Api jamung melintuk-liuk dirempuh angin. Langkah Uda Lamat tetap teratur. Makin lama, makin jauh dan mengecil api jamung yang dijulang oleh Uda Lamat dari penglihatan mata Datuk. Kokok ayam kian bertalu-talu. Dan angin pun kian rancak berhembus menyentuh dedaun dan reranting pokok hingga melahirkan bunyi yang tidak menentu.
Datuk masuk ke rumah. Daun pintu dirapatkan, terus dikunci. Datuk menyuruh saya masuk ke bilik. Saya mohon padanya supaya saya dibenarkan tidur di ruang anjung.
“Masuk ke dalam bilik,” suara Datuk keras.
“Saya rasa di sini selesa, tuk.”
“Jangan bantah cakap aku, masuk ke dalam. Kalau ada apa-apa hal senang nak bertindak. Kalau tidur di luar nanti kamu melompat tingkap susah pula nanti.”
“Hmm..” Saya lepaskan keluhan kecil. Panas rasa hati, bila Datuk menyindir saya begitu. Rasa benci terhadap Datuk datang meluap-luap.
Saya mula terdengar suara Amjal Kamal mengeluarkan perintah yang berbunyi: “Ini perintah, dari hati dari perasaan, dari semangat rohani dan jasmani. Kau ikut apa yang aku perintah. Orang itu adalah musuh.” Saya termangu-mangu, suara itu datang dari segenap sudut, bagaikan mahu pecah gegendang telinga saya dibuatnya.
Saya tidak ada jalan lain, terpaksa menekup kedua belah telinga dengan telapak tangan. Suara itu masih bergema juga. Saya terpaksa melekapkan telinga ke celah paha. Usaha saya tidak juga berhasil. Batang tubuh Amjal Kamal terpamer di depan mata. Dia mengangkat tangan menyuruh saya melakukan sesuatu.
“Ya, dia musuh,” kata saya.
“Mesti dibunuh, kau lihat kerlipan di bahagian dada kirinya.”
“Ya, saya nampak saya harus membunuhnya. Saya mesti menikamnya dengan pisau belati,” sehabis sahaja saya memberikan pengakuan sebilah pisau belati jatuh di depan saya. Segera saya ambil.
Saya merasai diri saya bukan berada di dalam rumah. Tetapi, berada di satu ruang bangunan yang luas macam istana. Seorang lelaki yang kurang jelas wajahnya berdiri di depan saya. Dada sebelah kirinya mengeluarkan cahaya yang berkelip-kelip. Rasa marah datang meluap-luap dalam rongga dada.
Saya mendekati lelaki itu dengan pisau di tangan. Aneh lelaki itu tetap menanti saya. Inilah yang membuatkan saya bertambah marah. Saya renung benda yang berkelip-kelip di dada sebelah kiri lelaki itu. Saya terus membuat perhitungan untuk membenamkan pisau ke dada lelaki itu. Saya sudah menemui sasarannya. Dengan sekali tikam sahaja, saya yakin lelaki itu akan tergolek di lantai.
Saya juga yakin, bila semuanya terlaksana dengan baik. Suara ghaib, yang memerintah saya melakukan perbuatan itu akan memuji saya. Tentu saya diberikan hadiah.
“Kau sudah sampai saatnya,” terdengar lagi perintah ghaib.
“Tapi,” perasaan saya bersuara.
“Tidak ada tapi, inilah saatnya untuk kamu membunuh musuh, tikam dengan cepat,” datang lagi suara ghaib. Saya masih berdepan dengan lelaki yang wajahnya tidak jelas.
Saya sudah nekad untuk menyelesaikan tugas yang diberikan. Secepat kilat, saya meluru ke arah lelaki yang wajahnya tidak berapa jelas itu. Tanpa membuang masa, saya melepaskan tikaman dengan sekuat hati ke dada kiri lelaki yang berkelip-kelip itu.
“Tamar, kamu melawan,” satu tempikan yang kuat menyumbat ke lubang telinga saya.
Badan saya terasa bergoyang. Muka saya menerima tamparan yang kuat. Kulit muka terasa pecah kepedihannya tidak dapat saya gambarkan. Kerana tidak terdaya menahan sakit, saya rebahkan badan di lantai. Saya terdengar bunyi suara yang amat kuat macam suara deru kereta api. Saya pejamkan mata kerana dalam perhitungan saya, saat kematian sudah sampai.
WAJAH
Bila suara menderu macam kereta api itu hilang. Terasa suasana jadi fana dan sepi sekali. Saya buka mata, orang pertama yang saya lihat ialah wajah Datuk.
“Kenapa tuk?” Tanya saya.
“Tak ada apa-apa,” jawabnya.
Sungguhnya jawapan itu tidak dapat saya terima. Datuk menyembunyikan sesuatu dari saya. Saya kumpulkan segala fikiran untuk menyorot apa yang terjadi. Semuanya tidak berhasil. Saya tidak dapat mengingati apa-apa pun.
“Kenapa tuk?” Ulang saya lagi.
“Kau menumbuk dada aku tamar,” suara Datuk kesal.
Saya terdiam, hampir mahu menangis saya mendengar kata-kata dari Datuk. Dialah satu-satunya lelaki di dunia ini yang saya hormati dan saya sayangi.
“Maafkan saya tuk, saya tak sedar dengan apa yang saya lakukan,” saya berlutut di depan Datuk.
“Sudahlah, aku secara tak sengaja menampar kamu,” Datuk terus memeluk saya.
Pipi saya diusapnya berkali-kali. Wajah Datuk nampak sungguh sedih. Dalam keadaan yang agak gawat itu dia mencium dahi saya. Tanpa disedari saya menangis.
“Sudahlah Tamar, masuk ke bilik. Pergi tidur.”
“Maafkan saya tuk, saya tak tahu dan tak ingat apa yang saya buat.”
“Sudahlah, ada sesuatu yang tak kena pada kamu, pergilah tidur,” begitu lembut nada suara Datuk.
Permintaannya segera saya akur. Perasaan saya sungguh terharu, Datuk sendiri mengemaskan ranjang tidur untuk saya. Datuk selimut tubuh saya.
MIMPI
Seperti selalu, Datuk tetap mengingatkan saya untuk membaca ayat-ayat suci sebelum mengajak mata tidur. Itu pun saya lakukan. Saya baca fatihah dua puluh satu kali, baca ayat kursi tujuh kali, mengucap dan beberapa ayat lain lagi saya baca. Saya bersyukur setelah mematuhi cakap Datuk itu, saya dapat tidur dengan lena. Tidak ada mimpi yang kurang menyenangkan saya alami.
“Bangun Tamar.”
Badan saya digoncang berkali-kali. Antara mahu dengan tidak, saya terpaksa membuka kelopak mata. Buang gebar tebal yang membaluti tubuh.
“Bangun sembahyang,” Sambung Datuk.
“Ya,” saya terus bangun. Duduk mencangkung di bibir ranjang.
“Sebelum ambil air sembahyang, buat senaman dulu Tamar.”
“Ya,” jawab saya pendek.
Senaman yang biasa saya amalkan terus saya lakukan. Datuk melakukan sembahyang sunat subuh. Selesai senaman, saya pun mahu bergegas ke bilik mandi. Tetapi, saya tidak meneruskan langkah tersebut.
“Tamar.”
“Ya tuk.”
“Kita Sembahyang sendirian.”
“Baiklah tuk,” saya pun meneruskan langkah yang terhenti.
Rancangan yang sudah disusun mengalami gangguan sebentar. Pintu bilik air tertutup rapat. Nenek sedang mandi, saya terpaksa menunggu. Sementara menanti nenek keluar, saya duduk di bangku tidak jauh dari bilik air. Pada mulanya saya berjuntai kaki, kerana tidak tahan disebabkan kedinginan, kaki segera saya letakkan di atas bangku. Saya berpeluk tubuh. Sepatutnya, saya tidak mengalami rasa kedinginan, saya sudah bersenam dan peluh pun sudah pecah. Barangkali angin pagi bertiup kencang di luar, fikir saya dalam hati sambil menguap panjang. Rasa mengantuk masih terasa.
“Tamar.”
Saya merenung wajah nenek. “Datuk kamu di mana?” Sambung nenek.
“Di atas.”
“Dia biarkan kamu seorang diri di sini?” Nenek tidak berpuas hati dengan tindakan Datuk.
Saya tersenyum dan saya harus bertindak dengan bijak agar tidak berlaku sebarang ketegangan antara Datuk dengan nenek yang berpunca dari saya.
“Saya yang minta Datuk, jangan ikut saya.”
“Kamu ni, dah sihat benarkah?”
“Sihat, saya memang tidak apa-apa nenek.”
“Hum tak ada apa-apa, bila kau memekik dan nak lari tu bukan apa-apa namanya,” nenek jegilkan biji mata ke arah saya.
Tidak ada jawapan yang dapat saya berikan untuk menafikan kata-kata yang nenek ungkapkan itu.
“Pergi, biar aku tunggu kamu di sini.”
“Tak payah tunggu saya nek, saya tak apa-apa. Kalau nenek tunggu, saya tak mahu masuk ke bilik air,” saya menggunakan senjata ugutan. Malu rasanya sudah besar begini, masih ditunggu nenek.
“Kamu memang keras kepala, tak apalah aku tak tunggu tapi, ada apa-apa cepat-cepat beritahu aku,” kata nenek.
“Saya tahu, nenek.”
“Hisss.....” nenek menjuihkan bibir ke bawah. Kemudian melangkah ke biliknya. Saya tersenyum lalu bersiul kecil sambil melangkah ke bilik air.
Pada mulanya, saya bercadang mahu mengambil air sembahyang sahaja. Tetapi, bila sudah berada dalam bilik air, seluruh tubuh terasa panas. Saya membuat keputusan mengejut. Ambil gayung lalu jirus air ke tubuh. Sebaik sahaja air satu gayung menyentuh badan, terdengar bunyi tapak kaki orang berlari. Saya tergamam dan gayung di tangan tidak jadi menyenduk air dalam kolah.
“Tamar, kau buat apa tu,” terdengar suara nenek.
“Saya mandi.”
“Selalunya kau tak mandi pagi, kenapa kau mandi pagi kali ni, Tamar.”
“Nek, saya sedar apa yang saya buat,” kata saya lalu membuka pintu bilik air.
HULUR
Saya hulurkan kepala untuk nenek melihat keadaan saya yang sebenar. Ternyata perbuatan saya itu dapat meyakinkan nenek yang saya masih waras. Masih berada di alam nyata. Tanpa diduga, tindak-tanduk saya itu membuatkan nenek ketawa terkekeh. Agaknya, dia terasa lucu. Nenek kembali ke tempatnya. Pintu bilik mandi saya rapatkan. Mandi yang terganggu, saya teruskan kembali.
Baru lima gayung air membasahi tubuh, saya terasa sejuk dan terus menggigil. Gigi atas dengan gigi bawah terus berlaga hingga mengeluarkan bunyi. Saya berhenti mandi dan mengambil air sembahyang, kesejukan yang menguasai tubuh membuat saya merasa kurang selesa untuk berjalan atau bergerak ke mana-mana.
Ini merupakan gangguan yang kurang menyenangkan. Tetapi saya terus melawan rasa sejuk itu dengan melakukan senaman dan berlari hingga sampai ke dalam bilik tidur. Saya sarung kain, pakai baju dan songkok.
Saya melangkah dari bilik tidur untuk melakukan sembahyang subuh. Datuk masih duduk tertonggok membaca al-Quran. Suaranya cukup jelas dan nyaring. Sebaik sahaja saya melangkah bendul pintu bilik, kaki kiri saya terasa berat untuk meneruskan langkah ke arah sejadah yang terbentang di sisi Datuk. Telapak kaki saya bagaikan melekat di papan. Rasa cemas dan menggelabah mula datang ke dalam diri, darah gemuruh mula terasa. Saya jadi marah dengan keadaan yang saya lalui. Saya kumpulkan tenaga, fikiran dan perhatian untuk melawan keadaan yang melingkari diri saya ketika itu.
Dalam saat yang genting itu, saya merasai seluruh tubuh badan terumbang-ambing, perasaan dan fikiran saya seperti berada dalam satu tempat atau suasana yang berlainan, seolah-olah saya berada dalam dunia yang serba asing.
Diri saya berada dalam satu ruang dewan yang cukup luas. Penuh dengan bangku-bangku yang tersusun rapi tidak diduduki oleh manusia. Ada irama muzik yang lembut. Di pentas, seorang lelaki dengan wajah yang tidak berapa jelas berdiri di situ.
Sekali imbas, wajah lelaki itu menyerupai wajah Datuk tetapi bila direnung lama-lama wajah itu bertukar menjadi samar-samar serta tidak begitu jelas.
Saya jadi terpaku dengan apa yang saya hadapi. Saya jadi bodoh, tidak tahu apa yang mesti saya lakukan. Dalam keadaan terpinga-pinga itu, saya terdengar bunyi deru kereta api malam yang memekakkan anak telinga, kepala terasa sakit, ruang dewan nampak bergegar. Bangku-bangku kosong berlaga sesama sendiri. Saya tutup telinga dengan telapak tangan. Saya pejamkan sepasang kelopak mata dengan serapat-rapatnya.
Saya berusaha berhempas pulas untuk melepaskan diri dari keadaan yang tidak menyenangkan itu. Dalam pergelutan itu, tanpa diduga wajah Amjal Kamal muncul beberapa detik di ruang mata. Bila wajahnya hilang, bunyi yang tidak menyenangkan itu juga turut hilang. Suasana teramat amat sepi. Kalau sebatang jarum jatuh pun pasti dapat didengar.
Dalam suasana yang hening itu terdengar suara Amjal Kamal bergema dari sudut ruang, mengeluarkan perintah:
“Ini perintah, dari hati dan perasaan, dari semangat rohani dan jasmani, kau ikut apa yang aku perintah. Orang itu adalah musuh.”
-TAMAT-
131. KURUNGAN
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001131
TAJUK CERITA : KURUNGAN
KARYA : NEWWAR BADGER
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Sekiranya ada yang memberitahu aku yang dia sedang sedih, menderita kerana seolah olah sedang terkurung di dalam dunia yang menyedihkan ini, mungkin aku akan ketawa awalnya. Selebihnya aku akan mendiamkan diri, kerana situasi kami hari ini, benar benar sedang terkurung.
Ya, Kami sedang tinggal di dalam ‘kandang’, ‘kurungan’, atau apa sahaja yang manusia boleh gelarkan suatu kawasan yang tertutup dan terkurung selain dari rumah.
Tetapi, walaupun aku sifatkan kami sebagai terkurung, kami dibenarkan untuk keluar dari tempat tinggal kami ini setiap hari. Dari matahari naik mengintai alam sehinggalah hari melabuhkan tirai, kami dibenarkan untuk keluar untuk memburu makanan. Di sini semuanya berpuak, ada yang berkeluarga,malah hanya cuma aku yang pergi memburu tidak secara berkumpulan...
Kenapa kami tidak melarikan diri? Sia sia sahaja. Kerana kami tahu, dunia di luar sana lebih sangat menakutkan. Datuk aku yang menceritakan hal ini kepada aku dahulu, sebelum dia diambil dan disembelih dengan kejam. Bagi tuan kami, gergasi yang 10 kali ganda lebih besar itu, kami cuma stok makanan apabila terdesak.
Aku pernah melihat di hadapan mata aku kelahiran kembar empat oleh salah seorang penghuni kurungan ini. Dua daripada anaknya yang baru lahir tidak sampai sehari, diambil untuk dijadikan makanan oleh tuan kami. Begitu kejam kami diperlakukan, seolah olah kami tidak punya perasaan. Bekalan makanan yang diberikan kepada kami cumalah stok jagung mentah yang sudah keras dan nasi basi, itu pun cuma dua kali sehari.
Pernah satu malam, ketika kami sedang tidur beramai-ramai, seekor ular sawa bersaiz gergasi menyelinap masuk dan membaham salah satu dari kami. Kami yang ketakutan hanya mampu melalak dan melolong sebelum tuan kami membawa sepucuk senapang dan menamatkan riwayat makhluk pemangsa yang tidak lebih baik daripada tuan kami itu.
Pada suatu hari, aku melihat dua gergasi yang baru hadir. Mereka kelihatan mesra dengan tuan kami dengan senyuman kerakusan yang tidak pernah puas apabila melihat kami. Ketamakan mereka itu memualkan aku. Aku harap suatu hari nanti sekiranya aku masih hidup untuk melihat kiamat, merekalah spesis pertama yang patut dibinasakan.
Makhluk perosak! Mencemar bumi Tuhan dengan nafas mereka yang berbau.
Aku menyampaikan berita ini kepada Tok Aji, ketua di kalangan kami. Tok Aji ini kami gelarkannya pencen, sudah tidak sehebat waktu mudanya dahulu ketika berburu.
Tok Aji tidak pernah dijadikan makanan kerana kehandalan bertarungnya. Tok Aji pernah dibawa tuan kami untuk berlawan di kalangan hamba untuk menentukan hamba siapa yang paling handal. Tiada rekod kekalahan, paling digeruni di serantau ini.
Luka di mata kirinya itu Tok Aji anggap sebagai simbol kegagahannya dahulu.
“Jaga jagalah, biasanya apabila mereka berkumpul begitu, adalah di antara kita yang akan menjadi korban. Daging kita ini dianggap yang terbaik di dunia oleh mereka.”
Kata kata Tok Aji itu menjadi amaran ngeri buat kami semua..
Selepas hari itu, aku menjadi lebih peka. Pernah aku dan Tam sengaja menyorok sedikit jauh daripada tempat tinggal kami tatkala senja menjelma kerana takut dijadikan makan malam oleh tuan kami. Tetapi akal panjang kami tidak berhasil, tuan kami menjumpai kami dan memaksa kami untuk masuk semula ke dalam kurungan kami.
Kami hidup dengan ketakutan untuk hari hari berikutnya. Sehinggalah peristiwa kejam itu berlaku di hadapan mata kami. Peristiwa yang kami tidak akan lupakan sehingga nafas kami terhenti, peristiwa yang akan kami sampaikan kepada anak cucu kami sebagai peringatan akan kecelakaan spesis gergasi ini.
Di hadapan mata kami, Tok Aji telah dikejar oleh salah satu gergasi yang baru tiba itu. Dia dan tuan kami berlari dan mengejar Tok Aji yang sudah kepenatan itu dengan gelak tawa yang sungguh menjijikkan. Kami hanya mampu melihat dari jauh, tiada satu nyawa pun yang berani membantu Tok Aji. Kerana kami tahu, kami tidak berdaya dan ia hanya akan menjadi satu tindakan yang sia sia.
Tok Aji berjaya ditangkap oleh gergasi baru itu. Kaki Tok Aji diikat dan Tok Aji diangkat terbalik ke udara. Tok Aji menjerit, terpekik pekik meminta belas ehsan untuk terus hidup. Ada di antara kami yang sudah melelehkan air mata, tidak sanggup melihat kekejaman yang sedang berlaku ke atas kami.
Ini satu penindasan yang memalukan.
Tuan kami membawa sebilah pisau yang tajam, yang sudah diasah sehari sebelumnya. Sementara gergasi baru itu menekan kepala Tok Aji ke tanah, sudah siap sedia menghalakan kepala Tok Aji ke satu arah. Mata Tok Aji tidak terpejam walau sekali, dia merenung ke arah kami di dalam saki baki nyawa terakhirnya.
“Balaslah kematian aku ini. Semoga suatu hari nanti kamu semua akan bebas…”
Dengan gumaman ayat ayat tertentu, Tok Aji disembelih dengan sekali lalu menggunakan pisau yang tajam itu. Tok Aji terlihat diam sebelum menggelupur dan mati di tangan makhluk makhluk kejam itu. Kami menelan air mata kemarahan kami, kesedihan kami, setelah menyaksikan sendiri satu pembunuhan yang tidak berperi kemanusiaan yang berlaku di hadapan mata kami.
Gergasi baru itu bangun, menggengam kaki Tok Aji yang sudah tidak bernyawa itu dan dengan kuat melaungkan sesuatu yang sehingga ke hari ini, tidak akan aku lupa.
“Haaa, sayang! Oooo sayang! Ni dia daging ayam pencen masak gulai malam ni!
Tu dia! Hari tu duk kata mengidam nak makan ayam pencen, nak ayam pencen sampai kena balik Perlis! Sukalah baby dalam perut tu nanti.”
-TAMAT-
132. GADIS RAMBUT PANJANG DI AIR TERJUN
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001132
TAJUK CERITA : GADIS RAMBUT PANJANG DI AIR TERJUN
KARYA : PAPA ARJUNA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum pembaca HZONE BLOG. Aku sebenarnya baru je tau kewujudan web ni jadi apa salahnya kalau aku nak kongsi cerita dan pengalaman seram aku kat sini. Untuk cerita pertama kali ni aku nak cerita berkenaan pengalaman seram aku ketika camping di Lata Kijang, Perak.
Cerita ni agak lama jugak la, 2006 macam tu la. Kalau mana yang tak tau kat mana Lata Kijang, tempat tu terletak kat Tapah Perak dan air terjunnya korang boleh nampak dari Highway sebelah kanan kalau mengarah ke Utara. Memang tinggi air terjun ni.
Kisah bermula ketika tu aku di ajak oleh kawan aku untuk tolong dia handle 1 program student daripada Kelab Kembara Politeknik. Kira aku ni jurulatih untuk program tu la. Ada dalam 40 orang student, 3 orang pensyarah pengiring dan kebanyakkannya adalah perempuan. Kami geng jurulatih ada dalam 10 orang. Program tu berjalan selama 3 hari 2 malam. Kami semua tidur di khemah yang terletak tak jauh dari sungai. Untuk aktiviti hari pertama lebih kepada games dan ice breaking je. Masa malam pun just banyak buat talk dan games yang simple.
Hari yang kedua maka bermulah program yang agak fizikal. Bermula dengan aktiviti jungle trekking menuju ke puncak air terjun. Sampai je di puncak semua peserta perlu memasak makanan dorg sendiri dengan bekalan yang dah di sediakan. Lepas makan, mandi sungai dan Solat Zohor kitaorang pun bergerak turun ke campsite. Laluan naik dan turun ikut jalan yang berbeza di mana jalan naik lagi jauh dari jalan turun tetapi jalan turun lagi lambat kerana perlu melalui kawasan yang curam betul-betul di tepi batuan air terjun tu.
Kebetulan masa turun tu hujan renyai, maka lagi best la kami gasak peserta tu ikut laluan yang licin. Ade yang menggelongsor, ade yang berguling dan macam2 lagi la style dorang. Memang berselut abis la pserta tu dari atas kepala sampai la ke kasut.
Kami sampai di campsite dalam pukul 5 macam tu. So semua peserta di arahkan membersihkan diri, solat dan siap2 untuk aktiviti malam persembahan dan BBQ. Masa semua tengah mandi sungai aku terperasan sorag budak pompuan ni dok mandi berasingan daripada kawan2 lain kat tepi sungai sambil membilas rambut dia yang agak panjang. Memang aku slalu ushar budak ni start dari hari pertama lagi. Anis namanya. Lawa beb, muka ala-ala Fasha Sanda masa bujang dulu la. Tahun 2006 kan masa tu.. Aku dok tengok je dari jauh sambal menikmati keindahan ciptaan tuhan kata orang. Hahahha…
Bila time nak solat Maghrib semua peserta berkumpul untuk berjemaah termasukla geng pompuan yang uzur. Tapi bila “tok penghulu” program kira jumlah student jadi tak cukup sorang. Aku dan kawan2 jurulatih yang lain jadi gelabah cipan la kejap pasal risau hilang di hanyut sungai ke. Jadi kami putuskan suruh student semua teruskan solat maghrib dan geng2 jurulatih yang lain pergi mencari ke mana hilangnya sorang lagi peserta tu. Nama budak yang hilang tu ANIS, budak yang sama yang aku dok ushar tu. So berkumandang la panggilan ANIS..!!! di tepian sungai sambil kami menyuluh2 mencari kelibatnya.
Aku ngan member aku (zul) mencari ke arah jalan menaik ke arah laluan atas menuju air terjun. Lepas je kami lintas satu jambatan kecil, aku nampak macam kelibat orang tengah duduk kat tepi pokok buluh di gigi air betul2 di kawasan gelongsor kolam. Terus aku mintak Zul suluh ke arah tu. Haaaa…memang betul itu ANIS. Elok je dia tengah sikat rambut sambil menyanyi lagu yang aku sendiri tak tau tajuk dia. Mungkin lagu klasik sangat kot. Tapi bila aku perhati betul2-betul dari jauh, muka dia pucat gila dan yang paling seram mata hitam dia takde.. Memang sah si Anis ni dah kena sampuk.
Terus aku roger kawan2 yang lain menggunakan walkie talkie cakap aku dah jumpa ANIS. Kami semua adala dalam 7 orang masa tu. Terus kami menghampiri Anis dan pujuk dia balik ke campsite. Anis cuma gelak-gelak manja je. Tapi bagi kami semua benda ni dah tak manja tapi seram sebenarnya. Ketua jurulatih bagi arahan suruh angkut je si Anis ni macamana cara pun. Kami pun berenam paksa dan pikul dia bawak ke campsite. Memang berat yaamat mengalahkan angkat moto. Berkali-kali jugakla kami berhenti sementara nak sampai ke campsite yang jaraknya lebih kurang dalam 700 meter je. Yang si Anis tu kejap meronta, kejap gelak dan kejap menangis sepanjang kami mengusung dia ke campsite.
Sampai je kat campsite semua student yang lain dah sedia maklum pasal keadaan Anis. Ramai geng pompuan yang memilih untuk stay jauh dari kami semua. Nasib baik dalam group pensyarah pengiring tu ade sorang ustaz. So dia la yang tolong pulihkan Anis. Macam-macam jugakla ayat yang ustaz ni baca. Dekat 30 minit ustaz tu merawat Anis. Ustaz tu memanggil kawan-kawan sekumpulan dengan Anis. Dia tanya ada tak masa pegi jungle trekking pagi tadi dorang ade terambil apa-apa barang yang pelik. Sorang kawan dia kata yang Anis ada ambil seketul batu hitam kecik masa mula-mula nak jungle trekking tu pasal dia kata batu tu cantik. Ustaz tu suruh kawan di pergi geledah khemah Anis untuk cari batu tu. Jenuh jugakla kawan2 dia menyelongkar khemah dan bag Anis dan selepas lebih 10 minit baru jumpa batu tu kat dalam bag dia.
Ustaz tu cakap yang Anis dah terambil barang benda ghaib. Benda tu marah dan nak Anis sebagai gantinya. Setelah kawtim, ustaz cakap benda tu setuju tak kacau Anis jika batu tu di pulangkan. So aku dan Zul di pilih untuk hantar batu tu ke tempat yang aku jumpa Anis kat pokok buluh awal-awal tadi. Alasan dorang kerana aku dan Zul yang jumpa dia dulu…binawe betui…
So aku dan Zul pun terpaksa jugakla melangkah pergi kat tempat yang seram tadi tu. Sampai je kat kawasan pokok buluh tu aku suluh dengan lampu dan kami sesusuk lembaga menyerupai ANIS ada kat situ dengan keadaan yang lagi seram. Rambut dia kusut, muka pucat, mata putih dan baju putih lusuh. Aku berbisik pada Zul “ini la kot yang orang panggil puntianak tu kan..” Zul hanya mengangguk dan mencadangkan untuk segera menyelesaikan misi seram kami ni. Untuk meletak batu tu dekat sebelah makhluk tu memang tak brani la aku. Gila apa nak mengadap benda tu depan-depan muka. Aku ambil keputusan untuk jalan mengudur sehabis rapat ke arah pokok buluh tu. Aku mengundur sambil Zul guide aku untuk pastikan aku sampai ke pokok buluh tu dengan sehampir mungkin. Bila Zul kata “haaa..dah boleh letak batu tu..” aku pun main campak je ke tepi dan lepas tu apa lagi….caaaabbbooottttt la. Dalam aksi ala-ala acara larian pecut sukan Olympik tu, 3-4 kali la aku n Zul tu tersungkur tersadung batu. Aku tak peduli sakit dah pasal seram gila dengar benda tu mengilai kuat dari jauh.
Sampai je kat campsite kami di sambut dengan tepukan daripada peserta dan pujian di atas keberanian kitorang. Dorang tak tau yang kami sendiri pun macam nak hilang nyawa dan tungging langgang sementara nak sampai ke campsite. Dan yang peliknya dorg tak dengar apa-apa pun suara mengilai walaupun tempat tu xdela jauh mana. Anis pula aku tengok dah sedar dan sedang ditenangkan oleh kawan-kawan dia.
Malam tu semua tak berani nak lepak luar khemah. Semua program di batalkan dan semuanya diarahkan tidur awal. Cuma kami geng2 jurulatih bergilir-gilir berjaga di kawasan pondok utama. Aku dan Zul tu dapat pengecualian pasal kami dah “kerja teruk” awal tadi. Memang tak sabra nak tunggu hari siang masa tu. Kami semua masa tu berharap agar tak ada lagi benda-benda yang mengganggu. sekian …
-TAMAT-
133. JANGAN TARIK AKU
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001133
TAJUK CERITA : JANGAN TARIK AKU
KARYA : FAZID ZAC
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca HZONE BLOG. Nama diberi Fadily. Kali ini aku nak berkongsi pengalaman aku sendiri berkenaan roh keluar dari badan (bukan meninggal dunia ye) atau lebih dikenali sebagai Astral Projection (AP). Pasti kebanyakan antara kita pernah lalui situasi macam ini.
Sebelum itu, sebagai muqadimah atau pengenalan serba sedikit tentang AP ini. Dia sebenarnya ada dua peringkat. Peringkat pertama dipanggil Lucid Dreaming (LD) di mana sewaktu kita sedang tidur, kita boleh kawal mimpi kita atau dalam erti kata lain, kita dalam keadaan separa sedar sewaktu kita sedang tidur. Peringkat kedua pula ialah Astral Projection (AP) iaitu sewaktu kita tidur, roh kita keluar dari jasad dan kita sendiri dapat melihat tubuh badan kita yang tengah terbaring. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tanya dengan Encik Google.
Kembali kepada pengalaman aku, kita imbas kembali ke zaman sekolah menengah dahulu di mana permulaannya berlaku. Mula-mula aku lalui peringkat LD dulu. Pada satu malam aku tengah tidur m**i di dalam bilik asrama aku. Kemudian, ada satu masa itu aku dapat rasakan yang aku boleh kawal mimpi aku. Masa itu aku tengah mimpi aku tengah terbang. Dan aku sedar yang aku nak terbang ke mana-mana yang aku nak. Terasa diri aku seperti adiwira (superhero). Tapi, tak lama lepas itu, aku terus sedar dari mimpi. Banyak kali juga LD ini terjadi kepada diri aku cuma dia tak kerap sangat.
Aku naik peringkat ke AP tatkala aku melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam di Seri Iskandar. Jujur aku katakan, peringkat AP agak menyeramkan sebab bila roh kita keluar dari badan, secara tidak langsung kita memasuki dunia roh atau alam ghaib dan kita boleh tengok benda yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Kalau pernah tengok cerita Insidious, macam itu la situasi dia.
Ada satu petang, badan aku rasa sangat penat sebab ada aktiviti kokurikulum petang itu. Aku mandi seperti biasa dan lepas solat Isyak, aku layan telefon bimbit pintar aku sebelum nak tidur. Masa nak lelapkan mata, aku baring menghadap siling. Ada satu masa itu, aku rasa nak tidur mengiring tapi aku lawan perasaan itu. Bermula dari situ, peringkat AP terjadi. Aku rasakan ada gegaran pada seluruh tubuh aku persis seperti ada sesuatu yang nak keluar dari jasad aku. Kemudian, aku cuba untuk buka mata. Alangkah terperanjatnya aku bila aku tengok badan aku sendiri terbaring atas katil.
“Aku dah meninggal dunia ke?”
Aku mula rasa takut dan gemuruh. Pada masa yang sama, aku cuba untuk masuk balik dalam jasad aku. Tak berhasil. Selang beberapa minit, aku terdengar satu suara yang sangat garau dan kuat sampai membuatkan bulu roma aku meremang tegak. Aku ingat lagi suara itu cakap;
“Dia dah keluar dari badan dia. Tarik dia.”
Seperti dia bercakap dengan entiti lain. Dan tanggapan aku benar. Sejurus suara itu bercakap, ada lagi satu suara garau lain yang membalas;
“TARIKK DIAAA~ HAAAA~”
Aku sudah m**i akal. “Nak tarik aku ke mana?” Aku cuba baca surah Al-Kursi, minta agar aku kembali sedar balik dalam dunia realiti. Tiba-tiba, aku rasakan yang aku ditarik sesuatu. Seperti ditarik balik ke dalam tubuh badan aku, aku rasa lega dan aku terus buka mata dan bangun dari katil aku. Terduduk sebentar. Badan aku masih gemuruh macam baru lepas terjaga dari mimpi ngeri. Mata aku melilau tengok di dalam bilik aku, kalau-kalau ada entiti dalam bilik aku itu. Oh ya! Sebelum aku ditarik balik ke dalam jasad aku, aku dapat tengok sekilas pandang kat satu sudut dalam bilik aku itu. Ada dua jelmaan hitam yang sangat besar memandang aku dengan senyuman sinis.
Beberapa kali juga la AP ini terjadi pada aku. Cuma dua suara garau itu yang paling aku tak dapat lupakan. Alhamdulillah, sekarang aku sudah jejak dunia pekerjaan, kejadian AP sudah tidak berlaku lagi. Sekian, coretan pengalaman Astral Projection aku.
-TAMAT-
134. SUMPAH MIMPI
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001134
TAJUK CERITA : SUMPAH MIMPI
KARYA : AHMENG
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Hi readers and admins HZONE BLOG. Terima kasih atas sambutan kalian pada cerita aku sebelum ni bertajuk mata batin. Aku perasan ramai yang tanya siapa yg aku jumpa kat dorm tu. Yes, itu arwah kakak sepupu aku. Pada waktu aku mimpi arwah tu, kemalangan baru berlaku. Okay kali ni aku nak cerita pasal mimpi aneh yang aku dapat. Mimpi yang aku sendiri tak tau nak jelaskan sama ada ni mimpi baik atau buruk. So let me tell you the story then you make your own conclusion. Be seated and ready for take off.
Kejadian berlaku awal tahun 2017. Ni mimpi yang pertama berkaitan seumpamanya yang mana telah memakan masa yang agak lama dan memerlukan aku untuk berbuat sesuatu dalam mendapatkan kepastian tentang apa yang aku sedang alami. Ianya bermula pada hari tu aku demam. Biasanya kalau aku demam aku akan mimpi pelik-pelik. Contohnya kena langgar kereta api, bergaduh dengan bigfoot, kena kejar dengan ikan todak, terjatuh bangunan dan beberapa perkara yang tak masuk akal malah terlalu hiperbola untuk direalisasikan. Hari tu aku mc dan hanya berehat di rumah sorang-sorang memandangkan kawan yang lain semuanya bekerja. Lepas zohor aku makan ubat dan tidur. Dalam tidur tu aku bermimpi aku main basikal. Jalan-jalan pusing kampung mana aku tak tau. Kampung tu kuno sangat dari aspek seni bina. Rumah-rumahnya serupa pondok buruk. Jalan raya takde, aku jalan ikut denai dan hutan. Sesekali aku melintas sungai melalui jambatan gantung yang diperbuat daripada papan dan tali. Nampak macam tali lah. Kot dia guna cable aluminium alloy tu aku tak pasti.
Then aku stop kat satu kedai ni nak beli air. Aku pusing habis satu kedai nak cari fridge air tapi tak jumpa. Last sekali dapat lah jumpa air tapi dalam botol kaca macam botol kicap. Kedai tu sunyi je. Aku rembat sebotol then proceed untuk bayar. Masa bayar, abang cashier tu pandang aku dengan senyuman seolah-olah dia dah lama kenal aku. Dia sambut aku mesra macam dah lama tunggu aku. Lepas sesi suai kenal, abang tu bagi aku satu direction. Dia suruh pergi sana. Aku pon berkayuh sehingga ke destinasi. Tempatnya di tepi sungai, ada batu-batu besar. Di antara batu tu ada ruang dan di situlah aku berjumpa dengan seorang lelaki yang kelihatan sebaya aku. Mukanya bengkak berdarah macam baru lepas gaduh. Tangannya terkulai patah dan dia kelihatan tak bermaya. Aku pon bertegur sapa dengan lelaki tu. Kami berkomunikasi. Dia ada bagi aku gambaran sebuah rumah melalui lisan dengan suara yang sangat lemah secara terperinci. Then dia tunjuk aku satu kotak kayu warna kelabu. Dia berulang kali menyebut nama seorang lelaki sambil tunjuk ke satu arah. Aku rasa tu kawasan orang tu berada. Aku terjaga masa dia sebut “Tolong!”..
Bangun dari tidur tu aku blurr kejap tapi aku anggap ni mimpi aneh yang normal aku selalu kena. Selang beberapa bulan aku mimpi lagi benda yang sama. Orang yg sama, mesej yang sama cuma tempat pertemuan yang berbeza. Kali ni di tepi pantai. Dan sekali lagi aku mimpi berjumpa dia ni, dia dah tak sampaikan mesej panjang. Kali ni abang tu just sebut tolong, tolong dan tolong berulang kali. Aku perasan tangannya dah makin bengkak dan dia kelihatan tak serupa orang dah. Mata terkeluar, mulut macam kena koyak. Tapi aku masih kenal itu adalah dia. Dari situ aku dah mula triggered ini mimpi apa pulak dahh. Scary. Lastly aku fed up. Malas nak peduli pasal mimpi ni lagi.
Sehingga suatu hari aku pergi kenduri di satu kawasan pedalaman. Dalam perjalanan pulang, aku perasan selekoh-selekoh ni macam familiar. Environment pon memberikan gambaran macam pernah datang sini. Disebabkan fikiran aku serabut, aku berhenti kejap kat tepi jalan. Kat sini aku nampak ada satu kedai di seberang jalan. Aku curious, aku turun kereta dan masuk kedai tu untuk dapatkan lagi gambaran yang lebih jelas macam mana aku boleh terfikir pasal kedai ni. Tak beli apa-apa pon. Aku mundar-mandir. Then aku disapa penjaga kedai “cari apa dik?” Yeahh kali ni aku dah ingat. Muka abang ni aku cam dari senyuman menyeramkan dia.
Aku borak-borak dengan abang tu konon cari barang then drag the conversation sampai aku dapat peluang bertanya “bang kat kampung ni ada orang nama iskandar murad?”. Abang tu jawab ada dan nyatakan alamat orang ni kepada aku. Aku teruskan perjalanan aku ke destinasi seterusnya, rumah murad. Tiba di rumah murad ada seorang makcik sedang berehat di laman depan rumah. Aku jumpa dengan makcik tu, tanya khabar dan berpura-pura tanya alamat untuk kelihatan macam orang sesat supaya tak nampak curiga.
Lepas macam-macam soalan aku kena interview dengan makcik ni, tiba masa aku pulak lantunkan soalan. Sekali lagi aku bertanya soalan yg sama “makcik, kat kampung ni ada orang bernama iskandar murad?” Makcik ni tersentak. Air muka dia berubah kepada muram dan kembali senyum kelat seraya menjemput aku masuk ke rumahnya yang dibina daripada separuh kayu dan separuh batu. Cantik rumah dia. The game has just begun. “Dari mana kamu kenal murad? Dia ada apa-apa urusan dengan kamu?”. Belum sempat aku nak duduk dah kena tanya. Terus aku jadi takut dan gementar. Dah la main gamble je datang rumah ni. In fact aku cuma nak uji sejauh mana kebenaran mimpi aku tu. Acah-acah confident jelah. “murad pernah bilang saya yang dia ada simpan satu kotak berwarna kelabu kat atas siling. Kotak tu masih ada lagi?” Makcik ni buat muka pelik. Then suruh cucu dia pergi dapatkan kotak tu. Cari punya cari masih tak jumpa. Cucu dia dah start membebel cakap aku scammer nak cuba rompak rumah dia. Dengan tenangnya aku berikan idea cuba cari kotak tu kat siling area sekian dan sekian (lokasi kotak ada dinyatakan oleh murad ketika di tepi sungai).
Alangkah terkejutnya aku bila dapati kotak tu memang ada. Makcik tu dengan cucu dia pon terkejut. “Mana awak tau pasal ni dik?” Aku terkelu diam seribu bahasa. Cucu dia nampak marah bila aku tau pasal kotak tu padahal aku stranger. Aku dengan takutnya jelaskan pada mereka pasal mimpi yang aku alami. Aku beritahu kotak ni harus dikembalikan kepada pemiliknya yang bernama sekian di lokasi sekian. Makcik tu menangis. Aku dah rasa derhaka level tanggang pulak buat orang tua menangis. Dengan nada tersekat-sekat makcik tu jelaskan siapa Murad. Dah lama arwah dah. Nasib baik aku tak mengaku aku member murad hahahaa.
Anyway, kotak tersebut dah dipulangkan selepas pertemuan. Pemilik asal kotak adalah suami makcik tu je rupanya. Segala detail berkaitan dengan pemilik kotak sama seperti yang diterangkan dalam mimpi tu. Lelaki yang tunggu aku tu adalah murad. Isi dalam kotak adalah barang-barang kemas dan kertas kerja serta sejumlah duit yang agak tebal yang diambil secara tidak sah oleh murad daripada makcik tu dan beberapa individu lain. Korang tau tak patung yang dicucuk-cucuk untuk tujuan sihir tu. Benda tu pon ada dalam kotak. Makcik tu meraung menangis masa memunggah isi kotak sebesar kereta sorong tu. Tak berhenti dia ucap terima kasih. Aku teman makcik tu dan cucunya pulangkan semula setiap isi kotak tu. The best part masa nak pulangkan patung tu. Kitorang kena lalui jalan denai dan jambatan gantung sama macam dalam mimpi tu sampailah ke rumah owner patung. Kat situ aku tak tau apa terjadi kat dalam. Sebab kat luar tu ada ‘manusia’ lain nasihat aku jangan masuk.
After that aku dah takde mimpi pasal murad. Tapi aku kerap dapat mimpi-mimpi macam ni. Setakat ni dah lima kes aku selesaikan. Biasanya berkaitan hutang, pulangkan barang atau sampaikan wasiat. Pada mulanya aku tak tau mimpi tu adalah satu ‘mesej’. Aku hanya tau bila aku melalui sesuatu yang seakan sama macam dalam mimpi tu secara kebetulan. Macam jumpa kedai tadi. Tak semestinya mimpi mintak tolong. Kadang-kadang aku mimpi tentang peristiwa yang akan jadi reality. Tapi mimpi peristiwa ni aku lambat tangkap. Benda dah jadi or sedang terjadi baru aku tersedar. Aku tak sure korang suka ke tak dapat mimpi macam ni tapi aku tak suka. Ini bukan kelebihan tapi sumpahan. Ada waktu yang kau tau benda tu akan berlaku tapi kau tak sempat berbuat apa-apa untuk perbetulkan keadaan. Then aku akan rasa kecewa sangat sebab aku sepatutnya boleh cegah benda tu dari terjadi.
Recently in october 2019 aku baru tau kenapa aku boleh nampak dan mimpi macam ni. Semuanya berpunca dari seorang ‘manusia’ tapi bukan dari alam kita. Kalau aku ada masa nanti aku cerita pasal dia ni pulak. Sorry kisah aku tak seram. Aku cuma nak kongsi pengalaman. Akhir kata, kalau korang ada kelebihan macam ni, bersiap sedialah untuk kecewa. Cuba tenangkan diri bila dapat tau suatu kebenaran yang pahit. Dan jangan cerita macam mana keadaan si m**i masa perjumpaan tu. Cukuplah sekadar family dia tau apa mesej yang cuba disampaikan. Sekian.
-TAMAT-
135. PENUNGGU JALAN ATAU NASIB TIDAK BAIK
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001135
TAJUK CERITA : PENUNGGU JALAN ATAU NASIB TIDAK BAIK
KARYA : RAIDEN
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat peminat HZONE BLOG. Aku merupakan follower HZONE BLOG ni dari hujung tahun 2019 rasanya. Terdetik pula hati ingin bercerita mengenai pengalaman sendiri dalam blog HZONE. Untuk pengenalan diri, aku berasal dari Sabah, semasa sekolah sehingga harini banyak pengalaman tentang kerasukan, sebab aku sering ikut ustaz semasa kawan sendiri ataupun orang lain yang kerasukan, diri sendiri tak pernah lagi, Alhamdulillah. hehe. Sekarang ni aku berumur lingkungan 20an. Kali ni aku akan bercerita mengenai pengalaman memandu malam seorang diri. Insha Allah tiada tokok tambah. Alkisahnya begini,
Pada tahun 2013, pertengahan tahun rasanya tu, aku balik bersama kawan aku daripada Centre Point menonton wayang, tajuk wayang tu pun lupa dah, kami start menonton wayang dalam jam 12 dan balik dalam jam 2 pagi. Lepas daripada menghantar sorang kawan ni, aku pun teruskan berjalan menuju ke Putatan. Dalam perjalanan tu, aku terserempak dengan sebuah kereta Viva putih di tepi jalan Petagas yang memerlukan pertolongan. Dari jauh lagi aku nampak seorang lelaki lingkungan umur 30 hingga 40 tahun cuba menolak kereta seorang diri dari pintu pemandu. Aku pun berhenti kejap dan berjumpa dengan orang tu. Beliau memberitahu namanya J ( Maaf xsebut nama beliau d sini, aku panggil J ja ya ). Aku pun lalu bertanya kepada beliau.
Aku: Bang, kenapa kereta ? weak bateri?
J : Aku pun ndak (tak) pasti ni bro. Rasanya bukan batteri ni.
Aku; Aku try hidupkan kereta, dan cakap ” memang macam weak bateri ni bang”
J : Macam tu la bro, tapi bateri ni kira baru lagi ni. Rasanya bukan bateri ni tapi alternator rosak mungkin kan.
Aku: Mungkin juga, sebab bateri kereta baru lagi. Abang dari mana bang? (tengok kerusi belakang banyak sayur)
J : Oh dari membeli sayur aku tadi di Pasar KK.
Aku: Balik ke mana bang?
J : Aku balik pergi Kimanis ni.
Lepas tu aku tidak berapa ingat, antara aku tolak kereta beliau atau aku jumper. tapi yang pasti kereta tu dapat jalan sekejap dan m**i balik. Aku yang follow kereta tu dari belakang berhenti balik, dan berjumpa dengan J ni, macam tidak dapat ni bang kalau alternator. Selepas tu, beliau mencadangkan jika aku boleh pindahkan bateri kereta aku ke kereta beliau, jika habis, tukar balik bateri tu. Kiranya kereta aku untuk charge bateri kereta ja la (sebab alternator viva tu tidak dapat charge bateri sudah). jadi aku hidupkan kereta, buka bateri kereta aku, dan pasang di kereta Viva tu, bateri tempat dia masukkan tempat aku.
Okay, habis cerita part tu, maaf semua, haha. Kami berhenti di kawasan kem lok kawi untuk bertukar bateri, semasa dalam perjalanan menuju ke Kimanis tu. kami mengikuti jalan baharu ( lalu Beringgis, Pengalat Kecil ). Sampailah di bukit MRSM, hanya kereta kami berdua sahaja masa tu, tengah naik bukit tu, sampai ke puncak jalan MRSM tu, aku ternampak macam “benda” berkilau terkena cahaya lampu kereta di dekat pokok & tiang lampu, benda tu samar2 tetapi kelihatan macam bercahaya pun ada, berkilau la, susah untuk terangkan, mungkin terkena lampu kereta, tapi yang betulnya, jika kita nampak benda atau hantu ni, otak lambat proses, hahaha. mungkin benda yang tidak selalu nampak.
Semakin hampir, Ya Allah. terkejut aku, kain putih dan paling aku nampak dengan jelas masa tu, RAMBUT PANJANG SANGAT!!. Pontianak atau langsuir aku pun tidak dapat beza. Tuhan ja yang tahu masa tu, rasa sejuk, seram, tangan bergetar, cepat-cepat aku capai handphone pasang surah-surah. Perhentian ke-2 kami di bahagian pengalat kecil, semasa menukar bateri, aku ada bertanya dengan J ni, kalau dia ada nampak apa2, dia cakap oh kenapa? biasa la tu, kalau malam2 kan. Hahahaha. Makin aku seram masa tu, dalam fikiran aku, Aduh macam mana la aku balik nanti ni, sepanjang perjalanan kami, aku tdk habis2 fikirkan macam mana jalan balik. Sampaikan aku boleh imagine, mudah2an nanti abg ni suruh aku singgah rumah dia, esok pagi baru balik. Hahaha.
Sampailah ke Kimanis, masuk dalam kampung tu, abang tu berhenti dan cakap, Bro. Okay sudah ni, dekat rumah aku sudah. Sambil senyum2. Dalam hati cakap ” Ah, sudah, memang tiada harapan stay ni, memang kena balik juga”, dan beliau cakap aku boleh balik sudah, ada juga beliau menghulurkan RM50 atau seratus tapi tidak ambil lah, mungkin dia lebih memerlukan. Tiba la saat aku balik seorang diri, dari Kimanis sampai ke Papar, hanya sebuah dua buah kereta belakang aku, lepas tu masuk simpang ke mana entah. Di Sabah ni, mesti ramai yang tahu bukit Melinsung kan, aku cuma banyak dengar banyak peristiwa di sana.
Sampailah masa aku lalu di kawasan tu, aku terdengar lagi bunyi berseret bawah kereta, tapi sepanjang perjalanan, memang aku confident yang aku tidak langgar apa-apa, makin lama makin kuat bunyi tu, macam terseret “benda”, aku yang memandu dalam 50-60Km/J ada juga terniat untuk berhenti di tengah-tengah bukit tu, tapi, aku ingat pesanan seorang kawan, ” Kalau dengar bunyi berseret bawah kereta, jangan berhenti, teruskan perjalan” Ya, tanpa befikir panjang aku tekan minyak, aku naikkan ke atas cermin tengah, masa tu aku memang rasa ada something belakang aku, bulu roma meremang, sejuk, kepala rasa kembang. Dalam hati janganlah kau keluar masa ni, tempat yang aku nampak di bukit MRSM tu pun aku belum lalu lagi.
Sampailah turun dari bukit tersebut, ada sebiji Triton di belakang aku, aku perasan dia bagi lampu highlight, tapi macam main mata tu. aku boleh nampak dari side mirror sahaja. balik2 dia bagi isyarat highlight. walaupun jauh, dan aku ingat, dia p****g kenderaan aku, buka tingkap separuh dan buat isyarat macam suruh aku ikut dia atau entahlah, mungkin ada sesuatu, haha.. Apa lagi, aku memang follow dia masa itu, sampailah ke Sabindo. Dia pun hon dan pecut.
Masa tu baru la hati senang sikit, tapi tangan dan kaki masih bergetar lah. hahah. sampai rumah, sebelum masuk baca doa, baca apa yang patut. Buat para pembaca, amalkan doa ni sebelum masuk ke rumah, Baca ayat Qursi dan ” Assalamua’alaina Wa’ala ‘ibadillahis Soolihin”, dan sebelum jalan baca ” Bismillahi tawakkaltu ‘Alallah Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil ‘Aliyyil Adzim & Baca doa penggerak – Bismillahil Lazi Layadhurru Ma’asmihi Shai-un fil Ardi Wala Fissama-i wahual ‘aliyyil Adzim”.
Semoga di hari lain saya akan cerita lagi tentang pengalaman-pengalaman dahulu. Terima Kasih HZONE BLOG. Yang baik datangnya daripada Allah, Yang tidak baik datangnya dari kelemahan diri sendiri. Minta Maaf jika tidak seram atau tunggang langgang. Assalamualaikum…
-TAMAT-
136. KISAH SEBUAH STESEN
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001136
TAJUK CERITA : KISAH SEBUAH STESEN
KARYA : NAT YAHYA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak ceritakan cerita seram pendek yang dialami oleh rakan sekerja aku beberapa tahun yang lalu.
Kejadian berlaku semasa penghujung 2016, sewaktu aku bekerja kat stesen minyak area rumah aku. Aku masa tu jaga shift malam, kiranya aku dipertanggungjawabkan untuk buat closing setiap hari. Stesen aku akan tutup pukul 12 malam, dalam pukul 11 malam tu dah terasa sunyi sepi, kereta pun tak banyak yang lalu lalang. Hari2 aku tidaklah begitu hambar kerana aku dibantu rakan sekerja merangkap assistant setia, Amir. Beliau amat setia dengan aku, semua mak nenek yang buat huru-hara kat stesen tu selalunya berpunca dari kami berdua sebab perangai masing-masing loqlaq, boss pun kadang-kadang join jugak kaki menyakat. Kau bayangkan dia pernah sebat aku guna payung tiba-tiba sebab nak menyakat aku, betapa malapetakanya stesen tu dengan kami berdua.
Amir ni kira member kamcing aku kat situ. Ramai customer geram dengan kebulatan seluruh tubuh badan dia especially kat perut tu. Kalau kau nak bayangkan dia, kau bayangkan Happy Polla takpun Sherry al Hadad tu versi jantan tapi putih melepak. Mamat ni pantang kena sergah, melatah bukan main.
Sampai lah satu hari, hari Isnin malam Selasa. Malam tu kami cuma bertiga iaitu aku, Amir dan seorang cashier. Waktu makan, si Amir ni sibuk duk nengok Nabila Huda yg muka dia menyeramkan mata hitam dalam cerita Munafik tu kat youtube. Dia duk kata seram-seram, tapi menghadap jugak. Bila pukul 10 je, aku dah lock pintu kedai sebab nak buat cleaning. Lampu semua aku tutup dan tinggalkan satu lampu bukak kat depan pintu kedai menjadikan suasana romantik-romantik sendu.
Aku: “Weh Mir, kalau kau tak nak cleaning nanti kau jaga cashier la. Biar budak tu pulak rasa mop lantai ni. Gilir-gilir buat keje, semalam kau dah cleaning jugak.”
Mir: “Takpelah… aku nak mop lantai ni, bagi berseri-seri.”
“kau…” sambil dia nengok cashier tu.
“duduk kat kaunter tu elok2. Biar aku jadi maid hari ni.”
Maka bermulalah Cinderella versi Happy Polla kena buat kerja dalam kedai stesen tu. Lebih kurang pukul 11, kami dah ready nak buat closing dan Amir pun dah siap buat cleaning tiptop dalam kedai, dalam office dia sental Clorox. Stor pun dah settle, tinggal buat closing lalu balik.
Aku tengah duduk dalam office, terasa sunyi je. Cuma terdengar nyanyian lagu dari playlist English 70an boss aku pasang kat corong speaker stesen sayup-sayup sebab office kat belah dalam. Tiba-tiba aku dengar bunyi air berkocak dalam baldi. Aku jengah kepala, nengok hallway gelap je, stor pun dah gelap tapi bunyi tu datang dari dalam toilet walaupun toilet gelap lampu tak terpasang.
Cerita Amir…
Dia: “Weh Mir, kalau kau tak nak cleaning nanti kau jaga cashier la. Biar budak tu pulak rasa mop lantai ni. Gilir-gilir buat keje, semalam kau dah cleaning jugak.”
Aku: “Takpelah… aku nak mop lantai ni, bagi berseri-seri.”
“kau…” sambil aku nengok budak cashier tu.
“duduk kat kaunter tu elok2. Biar aku jadi maid hari ni.”
Seperti waktu-waktu lain yang aku kena buat, aku akan mop dulu seluruh kedai dan area dalam ni, baru aku sapu. Ilmu ni first time aku dapat bila aku jejakkan kaki kat stesen ni. Waktu sekarang ni customer dah tak ramai, aircond pun banyak membantu dalam proses penyejatan air mop.
Lagu-lagu yang tersiar sangat membingitkan telinga dan menyakitkan hati sebab lagu tu semua bukan taste aku. Jadi aku buat radio sendiri menggunakan mulut dan nafas perut yang sedia ada lalu melaghakan diri sambil membuat pembersihan. Semua gerak kerja siap dan memuaskan hati aku dalam satu jam sahaja. Aku buat benda ni hari2 pun tak pernah nak turun berat badan.
Aku masuk ke dalam toilet yang jaraknya sepelaung dari office kerana dipisahkan oleh hallway yang sempit untuk saiz aku. Cahaya lampu dari office dah memadai untuk aku basuh balik mop dengan baldi beroda ni menyebabkan aku tak bukak suis lampu.
Sewaktu aku sedang memijak-mijak mop yang kotor ni, aku bilas, pijak balik, amik sabun kocakkan dalam baldi, pijak, basuh balik, tiba-tiba aku terdengar bunyi orang menapak. Bila aku berhenti untuk fokus dengan bunyi derapan kaki tu, bunyi orang berjalan tu pun senyap. Aku pun sambung balik buat kerja.
Aku rasa macam tak senang tapi aku abaikan perasaan aku ketika tu sebab ada kerja lain lagi yang aku kena buat. Tak kuasa aku nak melayan benda-benda yang sepatutnya. Lepas aku siap basuh baldi mop dan membuat bilasan terakhir ke atas mop lejen tunggu masa nak jahanam ni, hati aku melonjak-lonjak suruh aku palingkan kepala kebelakang sebab aku dapat merasakan kehadiran sesuatu di belakang aku.
Air paip masih mengalir… mop lejen masih di tangan aku untuk bilasan terakhir… masih dalam posisi membongkok, perlahan-lahan aku mengiringkan badan aku lalu memusingkan kepala untuk menghadap ke muka pintu. Dengan bias-bias cahaya lampu yang malap, aku nampak Nabila Huda beserta telekung hitam berdiri statik tengah nengok aku kat pintu bilik air.
Segala urat saraf yang sentiasa mewaraskan otak aku tiba-tiba tak berfungsi. Jantung aku dah gugur mngkin termasuk dalam mop baldi tu. peluh tak mampu nak menitik lagi. Aku punya terkedu sambil terkejut sampai tak terluah. Aku nak lari kemana, pintu bilik air ada satu je tapi ada makhluk tu. Tak kan aku nak rempuh dinding jamban ni pulak. Terus aku menjerit sekuat hati sampai keluar suara jantan aku. Itu je yang aku mampu usahakan untuk saat ini. Bergegar bilik air tu sampai satu stesen dengar. AAAARRRRRRRRRRRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Dia: woi! Hoi! Hoi! Aku ni.
Aku terdiam, aku nengok dia atas bawah untuk memastikan semula itu adalah supervisor aku. Memang betul dia. Jahanam betul perempuan ni, nasib baik aku tak keras kat sini.
Dia: Yang kau ni buat kerja dalam gelap dah kenapa?
Aku masih tak mampu nak menjawab persoalan tersebut lalu dia berlalu pergi untuk menyambung kerjanya. Dia ingat aku tak dengar ke dia mengekek macam mak lampir geli hati nengok aku terkejut. Dah lah malam tu dia pakai tudung hitam sekolah yang budak sekolah selalu pakai. Memang besar sikit tudungnya. Bila dia berdiri kat pintu tu, dia senyap je perhatikan aku.
Disebabkan perkara yang berlaku, sah jantung aku betul-betul gugur, semangat aku hilang melayang. Esoknya aku demam dan ambil MC sampai 4 hari sebab tak larat nak bangun. Padan muka perempuan tu kena kerja sorang-sorang. Biar dia jumpa setan tu betul-betul baru dia tahu..
-TAMAT-
137. KISAH NENEK SALMAH
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001137
TAJUK CERITA : KISAH NENEK SALMAH
KARYA : MAIRA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalammualaikum admin HZONE BLOG dan pembaca. Pertama sekali aku nak ucap terima kasih jika cerita aku disiarkan. Selama ini aku hanya membaca kisah korang dalam diam. Jadi sekarang izinkan aku bercerita tentang kisah yang seram yang pernah aku lalui di rumah nenek aku. Maaf ya pakcik makcik abang adik yang tidak senang membaca kisah aku ini. Aku masih budak sekolah.
.
KISAH PERTAMA :
First, aku nak bagi korang bayangkan rumah nenek aku macam mana. Rumah batu besar dan di belakang pokok tebal tebal ( durian, manggis dll ) . Dan di sebelah rumah yang baru hendak dibina untuk aku dan sekeluarga.
Aku teruskan, aku ingat lagi masa tu bulan 12 dan cuti sekolah berlangsung riang ria. Aku dan seorang abang dihantar ke rumah nenek untuk menyambut cuti sekolah di sana. Mulanya aku sangat gembira, tetapi sejak perkara ini berlaku, aku dari seorang yang ceria bertukar kepada pendiam kerana sesuatu dipendam.
Kisah ini berlaku apabila aku tidur bersama nenek di dalam bilik utama di rumah itu. Setiap pukul tiga pagi, nenek mempunyai aktiviti pelik iaitu memakai telekung dan memegang lilin sambil badan menghadap ke tingkap. Bayangkan. Pada mulanya aku ingatkan yang nenekku mahu menunaikan solat tahajud. Tetapi sangkaan aku salah kerana nenek berdiri statik sehingga subuh. Apabila subuh menjelma, nenek akan bersuara seperti ini ” aku pergi dulu, kau tunggu aku ” dan nenek tunduk lalu keluar dari bilik pergi entah kemana. Aku jadi takut, tetapi tidak berani untuk memberi tahu sesiapa.
KISAH KEDUA :
Dahulu nenek aku mempunyai jiran merangkap sahabat karibnya. Aku namakan dia ( cik mer) . Pada suatu hari, abang aku keluar untuk membeli air batu campur di hujung kampung. Jadi aku berduaan dengan nenek di rumah. Apabila aku sedang makan di dapur, aku dengar nenek aku berbual dan aku menyahut kerana aku ingatkan yang dia berkata kepada aku. Rupanya tidak, aku kedepan dan memerhati nenek menggangguk tangan dan kepala berulang kali sambil memanggil nama cik mer. Sedangkan cik mer sudah meninggal. Alfatihah. Aku pun keluar melalui pintu dapur dan tidak berani masuk rumah sehingga abang aku pulang. Hehehe jahatkan aku tinggalkan nenek aku macam tu Allahu. Yang peliknya, bila abang aku balik nenek aku terus okay. Siap tanya keropok losong yang dikirim ada ke tidak. Takpe, aku diam. Lama lama aku yang gila.
KISAH KETIGA :
Waktu itu musim buah, rambutan pulasan memang lebat kat depan rumah. Aku memang rambang mata melihat buah buah yang tidak dipetik. Aku memanggil nenek supaya menolong aku mengait ( ke menjolok? What ever ) . Lalu nenek pun menyuruhku mengambil pengait di belakang rumah. Aku terus ke belakang dan apabila aku sampai, rambutan dah banyak kat bawah. Aku pun serius tercengang gila waktu tu. Aku memberanikan diri untuk bertanya. Nenekku hanya menjawab ” kesian cucu tok (nenek) nak makan, tok suruh kawan tok ambikkan tadi ” . Aku diam lagi kalini. Aku pun makan buah sambil kepala memikirkan apa yang dah jadi kat nenek aku.
KISAH KEEMPAT :
Kisah ni berlaku seminggu sebelum aku dan abang mahu pulang ke rumah kami. Waktu itu pukul 12:52 minit pagi. Aku rasa hendak terkencing. Biasanya abang dan nenek aku belum tidur dan masih berbual di kedai makan maklong yang terletak di hadapan rumah nenek. Rumah nenek dalam keadaan gelap dan aku mula berlari anak ke dapur. Sampai di ruang tamu, aku lihat di dapur seperti bayangan nenek aku tengah duduk di meja makan sambil memerhatikan aku yang hendak ke tandas di dapur. Entah kenapa hati aku mengatakan yang itu bukan nenek. Aku terus masuk ke bilik, mengambil telefon dan call abang aku. Ya nenek ada kat depan, tapi siapa kat dapur? Ya Allah aku dah tak tahan.
KISAH KELIMA :
Kisah ini hari terakhir aku dirumah nenek. Hari itu adalah hari Ahad, jadi seperti biasa nenek akan ke pasar untuk membeli barang dapur ditemani abang aku dan pakcik chot ( abang kpd nenek aku ) . Waktu tu siang hari dalam pukul 11-12 macam tu. Aku kat ruang tamu menonton tv, tiba-tiba aku terdengar orang bagi salam, suaranya macam nenek aku. Aku pun jawablah. Tapi aku pelik kenapa nenek aku tak bukak pun pintu, bayang abang kesayangan aku pun tak nampak. Aku waktu tu dah tak sedap hati. Aku diam aku baca apa yang patut, dan
TIK TIK TIK.
Bunyi kaca tingkap diketuk perlahan. Aku selak sedikit langsir, korang nak tau apa aku nampak?
YA ALLAH YA RABBI APAAAAA NI????
Seorang wanita tua bermuka buruk berbaju dan berselendang putih memandang aku dengan marah. Aku waktu tu memang tak tau nak buat apa, aku masuk bilik tengah ( bilik ni lagi brhantu, nanti ada masa aku ceritakan lagi) , aku bukak kipas kuat kuat dan baca ayat qursi kuat kuat. Aku pelik kenapa aku jadi berani waktu ni. Aku jenguk, yah wanita tua tu masih berdiri lagi. Aku cuba lelapkan mata dan aku berjaya. Selepas itu, aku dikejut nenek untuk makan tengah hari.
Hari itu aku nekad nak ceritakan tentang apa yang aku alami kat nenek, nenek hanya ketawa dan cakap tu lah kawan dia masa korang semua tinggalkan tok.
Maaf ya jika tak seram, aku tak pandai nak bermain dengan ayat, apatah lagi mereka cerita. Kalau ada waktu terluang, aku ceritakan lagi pengalaman aku. Alhamdullilah
-TAMAT-
138. PONTIANAK PAKU LIMA
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001138
TAJUK CERITA : PONTIANAK PAKU LIMA
KARYA : CHEMAS
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada admin dan warga HZONE BLOG. Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kepada admin HZONE kerana telah publish cerita aku tentang Prep Malam dan juga warga HZONE BLOG yang sudi baca cerita tu.
Aku Chemas. Untuk cubaan kali kedua, izinkan aku menceritakan suatu kisah tentang kejadian di sebatang pokok yang agak mistik di taman perumahan aku. Okey cukuplah bermuqaddimah. Mari mulakan cerita.
×××××××
Sebelum tu biar aku terangkan plan taman aku ni dulu. Bila masuk taman, dekat depan tu ada church. Jalan masuk sikit lagi ada pokok paku lima dan sebuah klinik dekat dalam taman aku. Jalaannnn lagi, then belok kiri baru la jumpa rumah-rumah. Haa kiranya sebelum nak jumpa rumah-rumah tu, kena lalu dekat pokok paku lima dan klinik tu dulu.
Kejadian ni berlaku pada tahun 2007 semasa aku masih menetap di Kulim. Aku ada seorang jiran yang boleh dikira agak rapat dengan keluarga kami. Aku gelarkan dia Abang Man sajalah ya. Abang Man ni dia selalu keluar lepak malam dengan member-member dia dan pulang ke rumah sekitar pukul 2:00 atau 3:00 pagi. Biasalah budak muda lagi waktu tu.
Pada suatu malam kira-kira pukul 12:15 a.m, Abang Man baru pulang seorang diri dari melepak dengan kawan-kawannya di kedai mamak. Entah mengapa suasana pada malam itu agak suram dan lain dari kebiasaannya. Abang Man menunggang motosikalnya sambil bernyanyi kecil. Sebaik sahaja dia memasuki taman perumahan, dari jauh kelihatan sebatang pokok paku lima yang besar dan rendang yang telah berada di situ buat sekian lamanya.
Kalau orang lain,semestinya mereka akan memecut sebaik sahaja tiba di pokok tersebut. Tetapi, lain pula Abang Man yang beriak selamba bagai tiada apa yang perlu ditakutkan kerana baginya, jikalau dia tidak mengganggu mereka, mengapa mereka hendak mengganggunya? Dia terus bernyanyi dengan riang meskipun kedudukannya dari pokok tersebut hanyalah sekangkang kera.
“Sejarah mengajar kita menjadi lebih–”
Nyanyiannya terhenti tatkala mendengar tawa yang sangat halus dan perlahan datang entah dari mana. Dia melihat sekeliling kalau-kalau masih ada kanak yang bermain di sekitar tempat itu.
Kosong.
Mana mungkin ada kanak-kanak yang masih bermain pada jam begini. ‘Mungkin salah dengar kot,’ bisik hati kecilnya. Dia menyambung kembali nyanyiannya yang tergendala akibat ‘iklan’ tidak berbayar tadi.
“Heeeeee… He Heee…”
Ya! Memang tidak salah lagi. Itu memang bunyi gelak tawa! Abang Man memperlahankan motornya sambil lihat ke kiri dan ke kanan. Tetapi sama sahaja. Masih tiada walau seorang manusia pun berhampirannya.
“Dah lain macam ni…”
Peluh di dahinya semakin banyak. Badannya juga menjadi sejuk dan menggeletar. Tiba-tiba, Abang Man mengambil keputusan untuk toleh ke belakang sebagaimana yang terlintas di fikirannya.
“Ya Allahhhh..!!!!!”
Alangkah terkejutnya Abang Man apabila mendapati ada seekor puntianak yang terbang mengekorinya dari belakang! Tiada apa yang mampu dia lakukan selain memecut laju berharap agar puntianak itu penat mengejarnya. Tubuhnya berasa seram sejuk tatkala mendengar hilaian sang pontianak.
Abang Man cuba membuka mulut untuk membaca ayat kursi. Namun hampa kerana bacaannya menjadi tunggang langgang kerana perasaan takut yang menyelubungi diri.
“Hee heee heee heeee…”
Puntianak itu ketawa seolah-olah mengejek manusia yang menjadi mangsanya ketika itu. Abang Man semakin memecut laju motosikalnya apabila mendapati jarak antara dia dan rumahnya semakin dekat. Faktor keselamatan sudah tidak penting baginya. Puntianak itu masih tidak berputus asa.
Sesampainya Abang Man di depan rumahnya, dia turun dengan tergesa-gesa menyebabkannya motornya jatuh manakala dirinya mengalami luka kecil. Tidak jauh darinya, kelihatan puntianak tersebut sedang terbang ke arahnya. Abang Man terus berlari ke rumahnya lalu mengetuk pintu dengan sekuat hati, mengharapkan ahli keluarganya yang masih belum terlelap untuk membuka pintu.
Bayangkan! Jarak puntianak yang semakin dekat dengan dirinya,namun pintu masih belum terbuka! Tak percaya bukan? Tapi kena jugak percayaaaa!!!!
“Ibuuu!!! Abbaahhh!!!”Jeritnya dengan air mata jantan mengalir di pipi.
BAM!
Abang Man yang bersandar di pintu jatuh terjelepuk apabila pintu dibuka secara mengejut oleh adiknya.
“Tepi!! Bagi aku masuk cepatt!!”
Dia masuk ke rumah lalu mengunci pintu. Dengan perlahan-lahan, dia bergerak ke arah tingkap dan menyelak langsir. Sedikit demi sedikit. Di hadapan rumahnya, kelihatan puntianak tersebut sedang bertenggek di atas pokok cempedak sambil merenung ke arahnya. Dia cepat-cepat menutup langsir tingkap itu semula…
“Abang, kenapa abang—”
“Sshhh… diamlah. Pi masok tidoq. Esok sekolah.”
***
Lepas kejadian yang menyeramkan itu, Abang Man diserang demam terkejut selama beberapa minggu. Setelah dia sembuh, alhamdulillah, dia masih keluar melepak dengan kawan-kawannya. Tapi dia akan pulang ke rumah sebelum pukul 10:30 malam.
Tamat.
P/s: Hai, terima kasih sebab sudi baca. Cerita ni dicerita 100% oleh pemiliknya sendiri. Namun, nama sebenar dirahsiakan atas permintaannya sendiri. Actually banyak lagi kisah mistik terjadi kat pokok ni. Tapi lain kalilah. Haha. Kata pemilik cerita, terpulanglah nak percaya atau tak. Ini cuma secebis dari pengalaman hidupnya.
Extra: Setelah selesai sesi bercerita, kami pulang ke rumah masing-masing. Sewaktu aku berbual bersama-sama keluargaku, aku baru tersedar satu perkara. Rumah Abang Man bernombor 20. Bermakna, dia hendaklah melepasi rumahku terlebih dahulu sebelum tiba di rumahnya. Aduh, dahlah aku selalu duduk kat luar rumah. Huhu..
-TAMAT-
139. DENDAM TANPA PENGHUJUNG
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001139
TAJUK CERITA : DENDAM TANPA PENGHUJUNG
KARYA : JIA EDORA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum semua pembaca HZONE BLOG, kisah yang aku nak kongsikan ini adalah kisah benar yang telah terjadi pada keluarga aku sendiri. Kisah ni bermula pada 5 tahun lepas dan berlarutan hingga kini. Aku nak ceritakan bagaimana ia bermula dari sebuah dendam hingga hampir ke maut mendatang.
Ayah aku bernama pak mat sememang nya seorang yang rajin bekerja. Sentiasa berusaha memajukan diri sendiri dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga tersayang. Kami sekeluarga berasal dari felda di N.Sembilan. Ayah seorang peneroka felda, di mana ayah memiliki ladang kelapa sawit dan sebiji lori, semua nya di uruskan sendiri oleh ayah. Dari membaja, memetik buah dan menjual buah dengan menggunakan lori sendiri. Pada masa lapang ayah akan mengambil upah dengan bekerja sampingan iaitu mengambil upah memotong rumput atau meracun rumput di kebun atau dirumah orang kampong. Hasil kerja ayah memang tip top, mesin rumput semua bersih, kalau orang suruh racun rumput pun memang rumput semua m**i. Takde tipu tipu orang. Racun pun jenis berkualiti iaitu rondap. upah pun memang murah2 jer. Ayah masih mengekalkan harga lama Di kala orang ramai naikkan harga mesin rumput dan meracun mengikut harga semasa dan kenaikkan harga barang. Niat ayah untuk bersedekah di samping buat kerja mencari rezeki, tapi siapa sangka tu semua disalah ertikan dan ada mata yang memandang dengan penuh dendam.
Lima tahun yang lepas adalah merupakan tahun di mana abang aku bakal berkahwin. Sememang nya setiap ayah mengimpikan majlis perkahwinan anak mereka berjalan dengan lancar. Semakin dekat pada hari perkahwinan abang, semakin banyak kerja sampingan yang diterima oleh ayah. Setiap hari ayah akan mengambil upah meracun rumput atau memesin rumput. Semakin banyak kerja diperolehi semakin penuh dendam kesumat si dia. Satu hari itu, selepas subuh, ayah nak turun bekerja seperti biasa, tapi satu kejadian telah berlaku di mana pam racun ayah telah dicuri. Tergambar wajah kesedihan ayah kala itu. Memikirkan perkahwinan abang yang akan berlangsung tidak lama lagi dan dengan satu2 nya sumber peralatan bekerja bagi menambah pendapatan ayah yang telah hilang.
Pagi tu pam racun hilang dan tengah hari tu juga ada tetamu yang tidak diundang datang ke rumah. Pada Sekitar tengah hari tiba2 ada yang memberi salam.
Assalamualaikum mat, dengan cerita pam racun kau hilang. Tegur pak abu iaitu jiran tetangga kami. Ayah aku kehairanan kerana kami sekeluarga belum bercerita pada sesiapa lagi tapi macam mana dia boleh tahu. Pak abu datang menghampiri ayah dan bersembang serta terus menasihati ayah aku agar berhati hati menyimpan barang beharga. Jangan letak ditempat yang orang boleh Nampak dan mudah dicuri. Dan mungkin juga pencuri dah lama memerhatikan pam racun ayah itu. Itu lah kata2 nasihat pak abu. Ayah mengambil kata2 itu sebagai pengajaran dan peringatan untuk diri sendiri agar lebih berhati hati selepas ini.
Selepas kepulangan pak abu, mak aku terus ke rumah tukang ubat tradisional. Makcik tu ada satu kelebihan di mana dia boleh melihat apa yang terjadi sebenarnya. Makcik tu telah bagi gambaran yang orang mengambil pam racun tu adalah jiran yang tidak jauh dari rumah aku sendiri, waktu kecurian sekitar jam 3 pagi dan orang tersebut memakai topi yang hampir menutup mata. Mak aku terus bertanya kenapa orang tu mencuri. Kerana mak aku hampir mengesyaki siapa yang telah mengambil pam racun ayah. Ini kerana orang yang mak aku syak memiliki pekerjaan yang hampir sama dengan ayah aku iaitu meracun rumput dan die sendiri memiliki pam racun. So knapa nak mencuri. Betul tak?? Tapi makcik tu kata niat dia bukan untuk mencuri dengan menggunakan pam racun tersebut tapi dia mengambil dengan niat agar ayah tidak dapat bekerja lagi apabila tiada alatan untuk meracun rumput. Sesungguh nya dia dengki hanya sebab ramai orang suke mengupah ayah untuk melakukan kerja meracun dan memesin rumput. Niat dia agar rezeki ayah terhenti. Macam tu la manusia yang busuk hati. Dan untuk pengetahuan korang, rumah pak abu dekat la sangat dengan rumah aku. Hanya selang sebuah sahaja. Mak dan ayah betul2 kecewa kerana tu lah orang yang paling dipercayai dan dia hanya berpura pura mengambil berat sahaja selama ini bagi sesama jiran. Yang buat mak aku marah sebab dah la die yang curi. Pastu bodoh2kan ayah aku dengan bagi nasihat bagai.
Cerita kehilangan pam racun ayah semakin tersebar meluas. Ramai yang bersimpati, dan secara kebetulan pada satu hari jiran sebelah aku Nampak pam racun ayah aku ada dekat rumah pak abu ni. Jiran aku memang pasti itu adalah pam racun ayah aku kerana dah bertahun ayah aku gunakan pam racun tu sebagai sumber pendapatan sampingan kami sekeluarga. Memang sekali tengok, orang dah tahu tu ayah aku punya. So selepas dari tu, tersebar lagi cerita pak abu yang telah mencuri pam racun ayah aku. Dan ramai juga yang muncul mengatakan sebelum ni rumah mereka pun pernah kehilangan barang dan orang yang sama mencuri. Senang kata dari kes ni, memang pak abu betul betul malu sekerluarga. Dia berkata yang die tidak mencuri tapi kan kalau betul, kenapa tidak datang ke rumah kami dan bertanya. Kenapa diam membisu. Hari demi hari pak abu menyimpan dendam yang kuat. Sebenarnya bukan rumah kami je pernah di curi tapi banyak lagi rumah dah. Pak abu memang tiada sumber pendapatan yang tetap. Tong gas orang pun boleh di curi. Dah sah2 tong gas tu ada tanda pemilik. Pergi kenduri rumah orang pun die boleh selamba ambil minyak, susu dan gula yang orang sedekah kan untuk pihak rumah pengantin. Aishhh macam2 hal pakcik ni. Ini cerita 5 tahun lepas. Dan selepas 5 tahun bermula nya dendam yang dilaksanakan yang hampir membawa maut ayah dan mak aku. Iaitu tahun 2018. Merupakan titik permulaan bagi cerita ini. Aku submit cerita ni dulu dan esok aku submit lagi macam mana ayah aku dituju, dan macam mana banyak nya muncul pocong, hantu raya dan pelbagai lagi disekitar rumah aku..
-TAMAT-
140. PENGALAMAN MUDA
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001140
TAJUK CERITA : PENGALAMAN MUDA
KARYA : SHA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum para pembaca HZONE BLOG. Sebelum bercerita ni awallah bagitahu, maaf ya, takut tersalah ejaan atau cerita tak berapa nak seram. Yalah, ini pun berdasarkan pengalaman yang memang betul-betul pernah terjadi dekat diri saya sendiri sepanjang zaman muda saya. Sekarang pun masih ya, masih sekolah menengah. Selalu leka dengan HZONE BLOG, terdetik di hati nak berkongsi cerita.
Sebelum itu, sekiranya cerita ini dikongsi oleh admin HZONE BLOG, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih.
Baiklah, keluarga saya memang ada kelebihan dalam bab begini. Yalah, mak dan ayah dua-dua boleh tengok benda-benda masa muda. Tapi dibuang sebab tak sanggup. Al-kisah, power tu diturun ke anak anak. Mak dapat kebolehan dari atuk, manakala ayah pulak tak tahu dari mana, tapi memang boleh tengok jugak. Kebolehan ni masa kecik-kecik tak ekstreme sangat, setakat nampak benda yang tak berapa seram tu bolehlah. Tapi masuk alam remaja dalam 17 tahun macam tu dah start ekstreme. Kadang-kadang malam-malam kalau keluar dengan member ke mesti nampak. Mata tu kalau tertengok ke arah satu tempat tu secara tiba-tiba, memang adalah benda dekat situ. Tapi bukan terus nampak, kena tengok lama-lama dekat situ, hah… muncullah dia. Dah cukup.
Pengalaman 1 –
Ni masa tinggal dekat Cheras dulu. Bapak kerja pindah randah jadi kitorang yang family ni ikut. Dekat Cheras ni masa tu saya baru je lima tahun macam tu. Masuk je rumah sewa, jumpa sorang kawan dalam tu. Ya, dia tinggal serumah. Kawan. Saya seorang jelah boleh nampak, yang lain tak boleh. Jadi family member lain first-first cuak jugaklah tiba-tiba kita yang kecik ni pergi kenalkan dekat family. Tapi lama-lama diorang buat cool je. Dialah yang jadi teman main apa semua. Ingat lagi rupa dia sampai sekarang. Budak kecil jugak, sebaya rasanya. Rambut selalu ikat ponytail. Semua tempat main dengan dia. Sampai satu hari tu gaduh dengan dia kejap, tak ingat sebab apa, tapi memang gaduh. Gaduh punya gaduh, sampai berhempas pintu. Marahlah kononnya. Tiba-tiba time dalam bilik tu merajuk, family semua dekat bawah, bunyi benda bergegar. Macam satu rumah bergegar. Paniklah jadinya. Gila tak panik, umur baru lima tahun waktu tu. Menangis-nangis turun bawah. Sampai dekat bawah, lantai dekat bawah semua terangkat! Tanya jiran, diorang kata takde pulak lantai terangkat dekat rumah diorang. So rumah kitorang je yang jadi macam tu.
Pengalaman 2 –
Time ni sekolah rendah, darjah enam. Nak pergi toilet time sekolah rendah berdualah kan. Entah apa hal, tapi memang berdua. Everyone ada toilet yang dia suka pakai kan? Ha, saya suka yang paling hujung sebab bersih. Tapi selalu rosak… entah kenapa. Jadi masa sampaikan toilet, time tu pintu toilet yang hujung tutup, means ada orang, Tunggu dalam minit tak keluar-keluar. Time tu punya tak pandai sabar baru tunggu kejap, terus dah ketuk pintu. Time tu member ada sekali, tapi dekat sink. Time ketuk tu, cakaplah, “cepatlah sikit!”
Yalah, senior kan, darjah enam. Itu yang berani tu, hahaha! Orang dalam tu selamba cakap, “em!”
Kira okaylah. Lepas tu tunggu punya tunggu, tak jugak keluar. Muka dah pandang member suruh marah budak tu sama-sama. Member pun faham. Kami ketuk, lepas tu jerkah, “woi,cepatlah! Fikir kau sorang ke nak pakai toilet?”
Tapi tak ada orang respond. Kitorang dah annoyed, last-last kitorang terjah jer pintu toilet tu. Pap, terus termasuk dalam toilet tu! Tak ada orang guys! Jadi siapa punya suara yang menyahut tadi tu?
Pengalaman 3-
Time ni nak ambik result UPSR. Hoho! Result berapa janganlah tanya. Nak ambik tu punyalah lama cikgu-cikgu buat persiapan. Jadi ajaklah seorang member pergi toilet dulu. Last-last adalah juga dalam empat orang yang nak ikut. Jadi before kitorang nak pegi toilet, kitorang kena lalu depan kelas dulu sebab kelas kitorang bawah sekali, sebelah dewan. Patutnya tu bilik buku teks dan patutnya kelas kitorang dekat tingkat satu, tapi ada benda berlaku, jadi kitorang terpaksa tukar dengan bilik buku teks. Masa lalu tu, tak ada orang dalam kelas, tapi kipas buka, pintu buka. Dah tu member sorang ni pengawas yang berwibawa startlah dia berleter marah-marah sambil dia tutup semua, sekali dengan pintu.
So kitorang pergi toilet. Balik tu, dari jauh, nampak kipas meja dekat belakang kelas tadi tu terbuka. Dari jauh tau. Tak masuk kelas lagi. Saya orang first nampak. Ada sorang perempuan taktau siapa, classmate kot, tengah duduk dekat belakang minum air. Marahlah jugak, majlis dah nak start, lepas tu dia pergi buka kipas semua balik. So saya bagitau dengan yang lain. Kitorang semua nampak, tapi tekaan lain-lain. Kitorang try jugaklah teka siapa tu. Sampai dekat kelas, sayalah orang pertama pergi buka pintu. Buka je, terus terpaku depan pintu. Lepas tu toleh member dekat belakang. Member apa lagi, tengoklah jugak. Tengok-tengok tak ada orang! Tapi kipas belakang memang terbuka. Kepala time tu tak betul, tiba-tiba pergi dekat belakang tempat nampak benda tu duduk, lepas tu kibas-kibas tangan nak tengok ada benda tak dekat situ. Member yang sama pengawas tadi tu adalah alim sikit, terus dia bawak kitorang keluar.
Ni free story, kawan punya cerita, tapi share jelah sebab seram.
Sorang kawan ni rumah dia memang keras sikit. Semua benda ada dekat rumah dia; Kak Pon, Dik Toyol, Bang Bungkus.
So adalah one day tu, dia tengah chat dengan saya. Tengah best-best chat, tiba-tiba dia mesej, “woi, tolong aku. Aku dah bergegar dah ni!”
Siapa tak panik kan, lepas tu spam-lah dia tanya kenapa. Dia simply reply, “diam.”
Bengang wey. Esoknya baru tahu kenapa. Semalam family dia ajak keluar, tapi dia tak nak ikut sebab malas. Nak tak nak even dia tahu rumah dia keras, dia tinggallah sorang. Yalah, kepala dia time tu pening jugak. Lepas tu tak tahu nak buat apa, dia tengoklah TV. Best-best tengok, tiba-tiba dia dengar barang jatuh dekat dapur. Mula-mula fikir kucinglah kan, sebab kucing dia memang ada minta kaki sikit kadang-kadang. Jadi dia buat tak tahu.
Lepas tu tiba-tiba dia dengar bunyi benda lompat slow-slow dekat tangga. Memang step by step. Ah, dia dah cuak. Dia masuk dalam almari yang dekat bilik TV tu. Almari tu memang besar, sebab untuk letak bantal, tapi bental semua dia dah keluarkan. Jadi almari tu kosong. Almari jenis nampak luar, tapi dari luar tak nampak dalam. Cuak dia sampai menggigil-gigil. Nangis dalam tu. Sekali benda tu sampai bawah, tengok-tengok siapa lagi? Bang Poconglah! Nak tak nak dia duduk dalam almari tu sampai family dia balik. Kesian pun ada. Hahaha.
Ha, itu jelah cerita dia. Rasanya tak seram sangat, tapi adalah kan? Nanti cerita pasal rumah pusaka pulak kalau cerita ni di publish kan la hehehe. Salam. Bye!
-TAMAT-
141. RUMAH BESAR
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#00275094001141
TAJUK CERITA : RUMAH BESAR
KARYA : NAJWA NORMAN
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter2.html
Assalamualaikum dan salam sejahtera. terima kasih sekiranya terseiarnya kisah saya ini.
Kisah ini berlaku dalam tahun 2015 semasa saya berumur 15 tahun (cuti sekolah). Masa ini mak dengan ayah tiri saya berkerja sebagai tukang kebun dan pembantu rumah separuh masa di rumah seorang Datuk ini.
Rumah dia terletak di Jalan Gasing, Petaling Jaya. Rumah yang agak besar, mempunyai dua setengah tingkat. Datuk telah menyediakan kami rumah kecil di tingkat satu, sama level dengan pintu utama rumah beliau, yang juga bersebelahan dengan swimming pool.
Mereka hanya tinggal berdua di rumah tersebut, kerana anak-anak beliau masih belajar di luar negara.
saya tidak pasti sama ada saya diberi anugerah “sixth sense” atau apa, tapi saya boleh nampak makhluk halus.
Cuma pada usia sekarang, saya tidak lagi nampak “dia” dengan jelas seperti dulu. Saya nampak bayangan atau rasa kehadiran beliau.
Baiklah, ceritanya bermula begini…
Semasa kami menetap di rumah tersebut, Datuk dan isterinya sering tiada di rumah, atas urusan kerja di luar kawasan. Tinggallah kami empat beranak (mak, ayah tiri, saya dan adik berumur lima tahun).
Minggu pertama menetap di situ, saya dah rasa tidak sedap hati sebab rumah Datuk ini adalah yang paling hujung sebelah bukit. Saya sering rasa macam ada sesuatu sedang memandang setiap kali saya sedang menonton TV berseorangan. Selang beberapa hari selepas duduk di rumah tu, saya demam panas.
Saya adalah manusia yang akan demam lepas nampak benda tu atau merasakan kewujudan dia.
Selepas tiga hari demam, baru saya pergi ke klinik untuk berjumpa dengan doktor. Selesai berjumpa doktor kami terus pulang ke rumah itu pada waktu senja (rumah beliau mempunyai pokok pisang yang ditanam di bukit tersebut). Sesampai di rumah, ayah pun parking di bahagian bukit tersebut (bahagian bontot kereta menghadap bukit). Saya turun dari kereta dan memusing ke belakang (memang tabiat saya keluar kereta pusing kebelakang).
Selepas saya pusing, terus saya menutup pintu kereta dan berlari ke arah mak dan bertanya, “belakang tu pokok pisang ke?”
Terus mak membalas, “ish, jangan tegur!” Mungkin kerana pokok pisang dengan hantu sangat sinonim dalam budaya kita.
Apa yang saya nampak semasa menoleh ke belakang itu adalah seorang budak sedang duduk di atas tembok tersebut. Jarak antara bontot kereta dengan tembok hanyalah sejengkal. Dia duduk seperti sedang merajuk.
***
Keesokan harinya, saya dan adik menemani mak untuk membersihkan tingkat atas sekali rumah Datuk
manakala ayah membersihkan bahagian kolam renang seorang diri .
sedang mak mengelap tingkap diruang rehat di atas (tingkap besar kiri kanan), tiba-tiba ada cakaran yang sangat panjang muncul ditingkap tersebut. Mak memberhentikan kerjanya dan mengajak saya turun ke rumah kami.
Sesampai di bawah, kami terus mencari ayah yang berada di tepi kolam, sedang menyapu daun-daun kering. Kami terus mengajak ayah pulang ke rumah kami sendiri kerana mula berasa tidak selesa dengan rumah tersebut. Selesai kami mengemas pakaian, kami terus pulang ke rumah dan meninggalkan kunci rumah Datuk itu dalam peti surat.
Dalam perjalanan pulang, mak dan saya menceritakan apa yang kami lalui. Tiba-tiba ayah juga membuka cerita yang beliau turut mengalami perkara yang sama semasa mencuci kolam itu pada suatu malam sebelum itu. Dia terlihat susuk seseorang tanpa kepala berlegar di kawasan kolam tersebut. Tapi ayah keraskan hati, buat-buat tak nampak saja benda tu.
Selang bebarapa hari, Datuk itu menghubungi ayah untuk memanggil mereka berkerja di rumahnya. Tapi ayah menolak dengan lembut kerana tidak tahan dengan kerasnya rumah tersebut.
Sekian dari saya. Jika ada kesempatan, saya akan menceritakan lagi kisah lain yang terjadi di sekolah sewaktu kem bomba..
-TAMAT-
Comments
Post a Comment