HZONE BLOG - CHAPTER#1
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : KULTUS SESAT
KARYA : MAT TEPOS
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the HORRORZONE
HZONE BLOG
KOD : 0027509400001
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Terima kasih Mat ucapkan kerna menyiarkan karya Mat yang panjang lebar. Mat memohon maaf andainya karya ini tidak sehorror seperti harapan pembaca. Mat juga memohon maaf andaikata menimbulkan rasa tidak puas hati pembaca yang Mat menciplak, copy paste, plagiat penulisan arwah Tamar Jalis (Al-Fatihah) dan Tok Awang Ngah. Ampun maaf Mat pinta, Mat akan sedaya upaya menyingkirkan gaya bahasa berkenaan. Without Flower-Flower:
“ Dialah Yang menguasai di Hari Pembalasan, Maha Mengetahui tipu daya dan muslihat,” Pak Long tenang berhadapan dengan Hakim. Aku lihat renungan mata Pak Long kosong. Kosong yakni didalam dimensi dia dan Hakim. Bibir Hakim mengukir senyuman. Senyuman yang penuh helah. Pertuturan Hakim jelas dan lancar namun butir-butir percakapan seperti dialek asing. Pak Long aku kira sudah menemui jalan buntu dalam perbualannya bersama Hakim. “Bersabarlah,” ayah merapati Murad iaitu ayah Hakim yang duduk berteleku di jendela balkoni. “Aku betul-betul hilang punca Mat Den, semenjak dia berhenti kerja dan pulang ke rumah, semuanya serba tidak kena, semuanya salah didepan matanya,” Murad binggung dengan keadaan anak bujangnya Hakim yang tiba-tiba mudah meradang seperti dirasuk terutama ketika bulan penuh.
Ketika aku mundar-mandir dilaman rumah, “Abang Mat, duduklah sini, pening aku tengok abang Mat kehulu kehilir dalam luar rumah,” sapa Hakim di meja makan. “Hemm, aku tengah cari tangkal kalau-kalau ada dalam rumah ini, hahaha,” aku merapati Hakim. “Hish, merepek, mana ada benda mengarut tu sekarang ni,” Hakim menyangkal jawapan aku. “Huh, manalah tahu, hang tak marah aku kan?,” aku berseloroh. “Abang Mat sindir aku ya, mari kita ke bilik aku,” Hakim menyambar tanganku. Dari jauh sorotan anak mata ayah mengekoriku dan Hakim menaiki anak tangga. “Duduklah abang Mat, aku nak tunjukkan sesuatu,” sambil Hakim ke almari kayu mendapatkan “sesuatu”. “Hakim, hang ini kerja apa dekat Kuala Lumpur?, banyak betul gambar atas meja dan dinding bilik,” aku berdiri meneliti setiap gambar yang tertampal didinding. “Aku kerja cameraman,” ringkas jawapan yang diberi. “Hah, mari abang Mat,” Hakim tersenyum sambil meletakkan beg kanvas diatas lantai seramik.
Dikeluarkan segala kepingan polaroid dan filem dibiarkan berselerak.
“Aku tahu semua orang tuduh aku gila, tapi aku tak gila abang Mat, cuma aku kadangkala gagal mengawal diri dan emosi aku sahaja,nah! tengoklah, mana ada orang gila buat kerja macam aku ni,” Hakim mengeluh sambil membelek kepingan Polaroid. “Ini gambar apa Hakim?,” aku meneliti gambar Polaroid didalam sampul putih yang tertera lokasi dan tarikh diambil. “Oh, ini gambar perkahwinan orang kaya di Bangsar, cantikkan gambarnya?,” ujar Hakim. Aku tidak mengendahkan Hakim yang berterusan bercerita akan keseronokkan kerjayanya. “Wahhhh…Hakim, gambar hang dengan Mat Salleh pun ada! Hebat betul hang, dimana ni? tempat apa ni?,” aku menunjukkan Hakim beberapa keping gambar Polaroid. Hakim terdiam. Anak matanya berlari-lari. Seolah-olah bekerja keras untuk mengingatinya kembali.
“Aku ingat-ingat lupa abang Mat, dimana ya? Aduh!,” ujar Hakim kebingungan. Tiba-tiba pintu dikuak perlahan,“ Mari makan tengah hari dahulu,” mak Esah mengejutkan kami didalam bilik. Sewaktu di meja makan, Hakim membatu. Aku rasa Hakim masih lagi mencari jawapan pada gambar tadi. Aku pula dihambat perasaan bersalah kerana mengganggu fikirannya. “Hah, kenapa tak makan?,” Murad menegur anak bujangnya yang masih tidak menjamah hidangan. “Hah!! Aku sudah ingat abang Amin, aku sudah ingat! Old Town! Old Town!,” Hakim menepuk meja sambil memandang aku dengan matanya yang bersinar. Ayah memandang aku. Aku hanya tersenyuman kambing.
Seminggu kemudian, Murad menghubungi ayahku berkaitan Hakim. Lewat petang, “Amin, aku dan Pak Long akan ke Kuala Lumpur bersama Murad dan anaknya, kalau hang ada kelapangan kita berjumpa disana,” ayah mematikan perbualan dihujung talian. Mujurlah ketika itu aku pun berniat hendak ke Kinrara atas sedikit urusan kerja, jadi aku tidaklah berkeberatan.
Dicelah hiruk-pikuk kota raya, aku memandu tenang menuju ke destinasi yang ditetapkan ayah. Fikiranku dibawa melayang jauh mengenangkan penyakit Hakim yang semakin melarat. Hampir sahaja keluarganya memutuskan untuk mendapatkan rawatan dan kaunseling di Hospital Bahagia apabila Hakim tiba-tiba sahaja mengamuk di kawasan perumahan dengan menghayun parang. Salah orang juga mengejeknya gila. Aku menemui ayah di perkarangan Masjid Kampung Melayu Dato’ Harun sewaktu azan Zohor berkumandang. Usai berjemaah, aku membawa ayah dan Hakim menaiki keretaku, manakala Murad dan Pak Long mengekori kami dari belakang. Hakim girang berjumpa aku, banyak perkara yang dibualkan didalam kereta, tidak seperti orang yang sakit.
Suasana diam seketika, “Hah, abang Amin masuk sini, selekoh kiri terus ke atas bukit,” Hakim memberi arahan. “Betulkah jalan ini Hakim?, hang jangan main-main, atas bukit ini kawasan elite,” aku sedikit goyah apabila kereta menyusuri deretan rumah agam berkelas mewah. Bukan calang-calang pangkat dan status untuk mendiami kawasan seperti ini fikirku. Tetapi apa yang aku lebih musykil ialah jarak kedudukan rumah-rumah disini terlalu jauh diantara satu dan yang lain. Mereka disini seolah-olah mendambakan kehidupan peribadi atau privasi. Entahlah.
Setibanya kami di perkarangan sebuah rumah agam yang dibina daripada kayu, ayah ku lihat berkumat kamit didalam kereta tidak berhenti-henti. Apabila aku dan Hakim cuba hendak turun, ayah sedaya upaya mengelak. Begitu juga dengan Murad dan Pak Long dibelakang. Aku buntu kenapa ayah dan Pak Long tidak mahu turun daripada kereta. Tidak lama, kami bersama-sama meninggalkan perkarangan rumah agam tersebut. Rumah agam putih biru yang terbiar kosong, ada rajah diatas loteng. Lamannya dihiasi rumput hijau seperti permaidani. Cukup terpelihara dan terjaga dengan dikelilingi pagar besi. Lokasinya pula jauh terperosok di pinggir bukit.
“Huh, tempat apa yang hang dah pergi ni Hakim?,” ulang ayah berkali-kali kepada Hakim di sebuah warung anak Kelantan di Kampung Dato’ Harun. “Seingat saya, saya ada tugasan bagi acara keramaian di rumah tu Pak Ngah,” jujur Hakim tanpa berselindung. “ Huh, jangan sembarang keramaian hang masuk, keramaian apa disitu Hakim?, belum pernah lagi aku lihat sebegini,” ayah menggelengkan kepala. Aku pula menyulam nasi kerabu sambil mendengar perbualan antara Hakim dan ayah. Pak Long? Pak Long berada di masjid tidak jauh daripada warung. “Entahlah Pak Ngah, seingat saya, sewaktu saya bertugas sebagai cameraman, rumah agam itu cukup meriah dengan para jemputan, dewannya luas disimbahi pancaran lampu limpah, di luar laman tersusun kereta mewah,” ujar Hakim dengan jelas. “Apa yang mereka buat?,” ayah cuba untuk mengetahui lebih lanjut. “Saya tak ingat Pak Ngah, saya cuma menangkap gambar sahaja,” wajah Hakim menjadi cemas apabila ayah memaksanya untuk mengingati semula perkara yang terjadi. “Semua yang datang itu bukan sembarang jemputan,” ayah mendengus. “Soalan yang terakhir, apa yang hang dapati disana?,” ayah mengulung daun nipah bersama tembakau basah. Dihembus kepulan asap nipis di wajah Hakim yang gundah-gulana. Bagai tersentak daripada khayalan, “Mereka mengeliling para lilin sambil membaca isim-isim daripada helaian kertas,” tersentak Hakim menyambut soalan ayah. “ Hemm..sudahlah, mari kita pulang sahaja,” sambil ayah menghirup teh o suam nipis.
Usai berjemaah Isyak di rumah sewa Murad di Kerinchi, Pak Long membuka segala cerita dan persoalan mengapa kami ditegah daripada turun daripada kereta. “Rumah agam yang terletak diatas bukit itu bukan sembarang rumah untuk orang luar keluar masuk”, Pak Long tersenyum memandang aku dan Hakim. Kata ayahku pula, rumah itu dipeluk siang dan malam. Cuma satu-satu masa sahaja rumah itu dibuka, khusus kepada penyembahnya yang setia. “Hang silap besar Hakim, tapi tak apalah, benda sudah terjadi,” keluh Pak Long. Diantara percaya atau tidak, wallahualam.
“Keramaian diwaktu bulan penuh, dijurang antara bukit, mereka menyembah sesuatu yang besar dan kuat, dengan mengulang bait-bait sumpah dan memperkuat isim-isim mantera, dan mereka itu golongan yang dibiarkan sesat,” Pak Long menggelengkan kepala. “Aku percaya Hakim tersilap langkah, bukan sekadar menangkap gambar tetapi telah menyertai mereka,”Pak Long menambah sambil menatap wajah Hakim. Hakim menundukkan kepala seolah-olah binggung. “Kebanyakkan mereka bukan penduduk tempatan, mereka orang asing Pak Long, tetapi cukup ramah. Aku pula tidaklah mensyaki sesuatu yang tidak baik, “. Ujar Hakim membela diri. “Ya, dan sebab itulah aku tidak menyalahkan hang, mereka ini orang asing yang datang ke sini membawa dakyah yang kita sendiri tidak pernah tahu, tapi dakyah itu sudah lama wujud,” tokok Pak Long menjawab dengan tenang. “Hemm, hang ada ambil sesuatukah disana Hakim?,” Murad mengajukan soalan kepada anak bujangnya. “Ada, abang simpan dirumah sebagai koleksi,” jawab Hakim pantas. “Esok, usai Subuh kita pulang ke kampung,” Pak Long menyimpulkan perbualan di ruang tamu lalu meminta diri untuk kebilik.
Ketika aku hendak tidur, Hakim perlahan-lahan bersila disebelah tilamku berbaring. “Abang Amin..kalau aku beritahu abang rahsia, abang mesti rahsiakan daripada ayah dan Pak Long ya, tapi Pak Long macam tahu,” rungut Hakim sambil tersengeh. Aku pula menjadi serba tidak kena. Budak ini menakutkan aku malam-malam begini. “Janganlah hang rahsiakan, Pak Long tu niat hendak membantu hang, hish budak ni,” aku menyelar sikap Hakim. “Seingat aku abang Amin, malam itu selepas lampu limpah dipadamkan, suatu bayang yang amat besar berlegar-legar diantara cahaya samar lilin. Kesemua jemputan menggoyangkan kepala sambil memegang tangan diantara satu dan yang lain, sambil mengulang-ulang sesuatu bacaan yang aku tak ingat” ujar Hakim yang seboleh-bolehnya mahukan perhatian daripadaku. “Kemudian?,” ujarku pendek. “Setelah itu, suatu suara keras meminta kami menghentikan bacaan, lalu muncul ketua kumpulan berjalan dihadapan sambil membawa kitab besar, lalu membacanya sambil menjulang tangan. Bayang didinding itu seolah-olah bergerak, seperti bayang kuda tua,” ujar Hakim. “Sudahlah Hakim!, marilah kita tidur, hang ni mengarut,” lalu aku menarik selimut bungkam diam. Hakim hanya ketawa kecil sambil bersiul-siul di sebelahku.
Selang 2 minggu, aku pulang ke kampung pada hujung minggu. Biasalah, hidup bujang. Tibanya dirumah, ayah dan emak pula tiada kerana menolong kendarat di darat, jadi aku mengambil keputusan untuk bermalam dirumah arwah nenek dan meluangkan masa dengan Pak Long. Usai menjamah sedikit hidangan kuih-muih pada petang itu, aku sengaja mengajukan perkara Hakim dihadapan Pak Long. Pak Long tersengeh seolah-olah tahu apa muslihatku. “Selesai,” jawab Pak Long. “Apa yang selesai?,” ujarku terpingga-pingga. Pak Long bangun dan berjalan ke bilik arwah atok. “Nah baca ini,” Pak Long memberikan aku sehelai lembaran kertas. Seketika,“Apa nih Pak Long, aku tak faham tulisannya,” ujarku. “Hahaha, inilah tulisan Aramaik bercampur Hebrew, tu bintang tu, jelas” Pak Long ketawa melihat kebodohanku. “Pak Long tahu ke baca tulisan ni?,” aku memandang Pak Long tepat. “Hang patut ikut aku keluar berdakwah, bukan sahaja menguatkan iman tetapi mengetahui apa yang sedang terjadi,” Pak Long mencuit pinggangku. “Hemm.. bagaimana Hakim boleh baca?,” ujarku.
“Huh, kalau dah khayal, satu buku pun boleh habis baca, habis muntah, penuh 2 besen air haram yang diteguk,” tiba-tiba ayah muncul di ruang tamu. “Huh, hang ni, kalau balik rumah, jendela tu tutup balik lepas buka, ini dibiarkan terkuak, masuk dek jebon macam mana?,” emak membebel dibelakang ayah. Oh, aku terlupa menutup jendela sewaktu aku memanggil emak dirumah tengah hari tadi. Hahaha. “Hakim lalai, dihidangkan air arak, apabila sudah mabuk mudahlah terjebak dengan perkara-perkara sesat, mulalah syaitan mengambil alih” Ayah menambah. “Itu, yang hang pegang tu, cebisan mantera yang dibaca untuk pemujaan, bakarkan,” ayah meminta aku agar cebisan kertas itu dinyahkan. “Hahaha, aku sengaja simpan untuk ditunjukkan kepada Mat Amin, biar dia tahu bahawa ada dakyah luar sana yang sesat, jadikan iktibar dan berwaspada,” sambil Pak Long menghulurkan ayah secangkir kopi pekat.
“Fikiran Hakim terganggu apabila dia sudah mengikat janji dan sumpah setia, walhal dia sendiri tidak tahu apa yang diucapkannya ketika itu,” Pak Long mengeluh. “Kumpulan ini licik dan kejahatan yang tenggelam timbul, bersembunyi diantara masyarakat, mengejar kemewahan duniawi dan sudah lama wujud,” Pak Long melarikan matanya ke luar laman rumah. “Hakim baik-baik sahaja, dan aku bercadang membawanya ke Selatan Thailand bulan hadapan,” ujar Pak Long.
“Eloklah tu Mat Noh, bawalah dia pergi jauh sementara waktu ini, tenangkan fikirannya dahulu, dah betul-betul baik pulanglah” tambah ayah. “Hang tau tak, Murad tu dicekik Hakim ketika tengah tidur? Mujur Mak Esah sedar, cepat-cepat memukul anaknya dengan kerusi, kalau tidak, habislah,” ujar emak disisiku. “Dah kena ikat budak tu dekat tiang rumah, macam orang gila jadinya,” Pak Long mendengus akan sikap orang kampung yang bertindak keterlaluan ke atas Hakim. “Hang pun jangan begitu Amin, selidiki dulu sesuatu perkara itu baik dan buruk, jangan sebab imbuhan hang ikut,” bebel emak. Aku tersenyum sambil menghabiskan baki air kopi o pekat. Fuhhhhh
-TAMAT-
02. GANGGUAN DISEBABKAN BENCI
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : GANGGUAN DISEBABKAN BENCI
KARYA : PARISENJA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the HORRORZONE
HZONE BLOG
KOD : 0027509400002
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Assalamualaikum. Ini karya pertama aku.. Aku Ana aku bukan budak sastera yang pandai menyusun kata dan ayat.. Terima kasih admin jika cerita ini disiarkan.. Kisah suam-suam kuku ini mungkin kisah pendek aku ni tak seram kot tapi agak seram jika merasai. Inspirasi dari #butirstar dan #izul (peminat tegar dua karya ni)
Kisah bermula ketika aku berumur 19tahun dan cuti study week.. Kisah seram aku bermula bila adik lelaki aku kerja di kedai makan berdekatan rumah opah aku. Jarak masa kedai makan ke rumah family aku dalam 20minit kalau naik motor dan adik aku balik kerja paling lewat jam 1pagi. Laluan dari rumah ke tempat kerja adik aku pula agak seram sebab diapit kiri kanan kubur islam. Lepas selekoh kubur ada kuil india faham-faham kalau tempat pemujaan mesti angkernya lain macam sikit.
Kisah seram ni bermula bila aku yang tak berapa berani ni nak kena ambil adik aku balik kerja. Biasanya ayah aku yang ambil adik aku balik kerja tapi masa tu ayah aku demam. Masa tu aku cuma ada lesen motor kereta pon tak reti bawa huhu. Kebetulan hari tu kena hantar assignment dekat kolej ingat malam tu tumpang tidur dekat bilik kawan ayah aku call suruh balik juga. Aku gagah juga senja-senja tu balik rumah kira dari kolej ke rumah aku sejam. Aku dah biasa sebab dari awal semester aku ulang alik sampai habis kolej. So dah biasa lalu tak takut sangat sebab sekali sekala je kelas sampai pukul 6.30petang tapi jaranglah. Kalau hujan je kadang lambat balik tapi aku redah je lantaklah basah lenjun haha.
Sambung balik sampai rumah je aku tanya mak aku kenapa. “Ayah tak sihat ko tolong ambil abang, ayah call along tak dapat tu suruh ko balik juga” mak aku jawab. Along aku nie ada lesen kereta tapi kuat merayap jadi dalam terpaksa aku relakan juga ambil adik aku tengah malam tu.
Jam menunjukkan 12.30tengah malam adik aku sms ayah suruh ambil dia. Jadi aku dah siap bersweter dengan helmet dekat kepala earphone lagi dan satu lagi helmet dalam raga motor, baca bismillah start motor terus ke destinasi. Start lalu depan masjid jantung aku jadi berdebar laju rasa tak sedap hati jadi aku sedapkan dengan hati dengan berzikir.
Entah macam mana tengah elok nak selekoh dekat kubur yang kiri kanan aku terpandang pokok pisang dan surprise aku nampak pocong tepi pokok pisang kelam-kabut aku pulas motor , terkejut punya pasal. Tapi jangan ingat lepas aku pulas motor laju-laju benda tu dah hilang. Sayangnya dia muncul pula didepan lepas selekoh, terkejut hanya Allah je tahu nasib tak tayang muka kalau tak mahu pengsan sambil bawa motor huhu mengigil aku tengok benda tu diri terpacak.
Lepas selekoh boleh pula dia duduk atas kuil india sambil meloncat-loncat nasib tak tumpang motor dalam hati dah terabur ayat kursi sambil baca ayat kursi boleh pula minda nie berbisik bila nak sampai tempat adik aku nie (betul orang tua-tua cakap hati dengan minda jarang bersependapat)
Sampai-sampai tempat adik aku badan aku masih mengigil sebab terkejut, tokey pon tanya apasal mengigil? Aku cuma balas sejuk embun. Lepas je adik aku siap kerja aku suruh adik aku bawa motor sebab badan mengigil.
Masa adik aku bawa motor lalu je dekat kuil sampai lepas kubur kiri kanan tu mata aku degil nak pasti betul atau hanyalan saja. Yes bukan khayalan benda tu betul ada dekat pokok pisang tu, aku terus pejam mata pegang baju adik aku kuat-kuat sehingga sampai ke rumah.
Esoknya aku cerita dekat ayah aku, setelah mendengar cerita mengenai kejadian semalam, ayah terus bawa aku pergi ke rumah ustaz dan ustaz tu cakap aku bukannya hijab terbuka tapi benda tu dihantar untuk aku sebabnya ada orang yang dengki.
Mungkin sebab rumah aku dah dipagar sebelum duduk mungkin benda tu tak dapat ganggu aku dalam rumah, kebetulan juga malam tu malam paling pahit dalam hidup aku dan aku tanya juga ustaz siapa dia. Hanya gambaran macam biasa bila orang berubat dengan ustaz dan ya dari gambarnya orangnya ialah classmate aku sendiri buat aku.
Esok aku mesej dia tanya kenapa buat aku macam ni… Jawapnya “AKU BENCI KAU SEBAB KAU PUNCA AKU KENA BAR FINAL SEM NIE, TIRAH HELMI DAN ETI BAGITAHU AKU YANG KAU BAGI TAHU MISS DAILAH BAHAWA AKU MENIRU DALAM TEST DULU, TAK SANGKA DALAM MASA SEBULAN BARU BENDA TU BOLEH BERTINDAK HAHA” tu balasan dari Ema.
Sebab tu je buat aku gelak dan aku balas “masa test aku duduk tepi miss Dailah kau duduk belakang sekali dengan geng kau, apa kau ingat aku ada bela setan macam kau sampai aku tahu kau meniru dalam test agak-agak berbaloi tak kau tuduh aku, aku ingat aku alone tak ada ganggu orang, rupanya ada yang tabur fitnah dan ya aku dah call miss Dailah siapa yang bagitahu kau meniru tu.. Jawapannya adalah sahabat baik dunia kau tu, tapi tak apalah wahai sahabat dunia aku maafkan kau selebihnya biar Allah tentukan. Jangan lupa solat taubat sebab kau dah duakan Dia, Assalamualaikum,” done and sent.!
Rupanya dalam kita duduk sendirian tanpa sahabat rapat tanpa mengganggu orang lain masih ada yang tak puas hati. Jadi pada aku dalam diam ada manusia yang berhati busuk terhadap kita sedangkan kita tak pernah mengganggu dan menggenali siapa orang tu. Jadi siapkan diri dengan ayat pendinding dari ustaz atau dari al-Quran biar kita selalu dalam jagaan Allah dan dijauhi sihir manusia.
-TAMAAT-
03. GANGGUAN MAKHLUK DI APARTMENT
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : GANGGUAN MAKHLUK DI APARTMENT
KARYA : ASHRAF
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the HORRORZONE
HZONE BLOG
KOD : 0027509400003
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Ini adalah cerita sebenar yang mana wataknya telah diolah bagi menjaga sensiviti masyarakat yang terlibat dalam pebabitan pengalaman mistik mereka dikehidupan nyata.
Tidaklah terlalu seram cerita ini, tetapi kewujudan makhluk lain itu adalah benar.
Tidak membuang masa, aku nak cerita pengalaman sepanjangan aku intern dan habis intern. Ku perbahasakan diriku sebagai Aku. Aku mempunyai 4 kawan intern yang lain. Dimana kami ditempatkan di satu company yang sama. Ku perbahasakan diri mereka sebagai Ali, Abu, Aminah dan Fatimah. Aku dan Ali merupakan kawan baik manakala Abu merupakan kawan tetapi hubungan ku dengan Abu tidaklah serapat dengan Ali.
Perjalanan kami untuk sampai ke destinasi intern mengambil 580km untuk sampai ditempat itu untuk kami menimbah ilmu yang masih mentah. 10 jam perjalanan cukup menjadikan kami penat dan lapar (Aku teruskan dipart sampai hostel jelah. Sebab boring kot dengar perjalanan kami).
Sesampai kami dihostel, kami disambut dengan seorang lelaki yang tidak berapa tinggi, putih, dan muka common sahaja (HAHAHAHAHAH jahat aku ni bab kutuk orang).
HR menyuruhnya untuk mengambil kami lalu menempatkan kami dihostel tersebut. Ku perbahasakan lelaki itu sebagai Ajib. Ajib mengangkat begku yang mana memiliki saiz lebih besar daripada rakan ku yang lain.
Situasi apartment yang bakal aku duduki selama 5 bulan itu amatlah sederhana yang mana mempunyai satu sofa buruk dan ia menarik perhatian ku kerana aku merasakan sesuatu yang ganjil dirumah itu.
Beberapa kemudian itu, bermulalah kisah seram yang hanya aku sebagai penduduk tetap rumah itu alami. Jenis aku, seseorang yang memakai jam ketika tidur supaya senang sikit untuk ku melihat waktu agar tidak terlewat untuk bangun bagi meneruskan sisa hidup. Tetapi pada suatu hari dan ianya berulangkali berlaku selepas hari itu, ketika aku bangun, aku mendapati jam yang aku pakai itu terbuka dan terletak elok diatas sofa (aku tidur disofa selama 5 bulan). Aku berasa pelik. Andai kata kawan-kawan ku yang lain membukanya, sudah tentu tidak kerana aku jenis yang mudah terbangun apabila disentuh atau dikejutkan.
Hari demi hari berlalu dan aku endahkan hal itu. Tapi kali ni, dia mencabar iman dan kejantanan ku sebagai lelaki. Hari tu aku bekerja office hour, dan aku balik pukul 5. Sesampai di hostel, aku mendapati pintu grill hostel terkunci dan kunci itu hanya atas grill lalu aku membukanya dan aku masuk seperti biasa tanpa ragu. Sedang aku membuka kasut, aku terdengar perbualan staff tetap yang berada dibilik utama. Mereka berketawa riang. Dan aku berpikiran positif yang mereka balik awal dan mempunyai kunci tersendiri.
Sedang aku menyalin pakaian, pintu hostel ku diketuk halus menandakan orang ingin masuk. Bertapa terkejutnya aku apabila mendapati orang yang berada dipintu itu adalah penghuni bilik utama. Aku terkesima. Aku kaku seketika. Lalu aku mengkhabari mereka hal tersebut. Salah satu daripada mereka ketakutan dan ingin tidur diruang tamu menyertai kami yang lain.
Hari berlalu dengan tenang tetapi tidak bagiku, disuatu senja yang indah dan hanya aku penghuni yang berada dihostel aku kini dicabar lagi dengan perangai saitan jin itu. Aku terdengar bunyi barang atau lebih tepat lagi baldi yang dileparkan daripada bilik utama. Aku terkaku seketika. Aku berbicara ” jangan kau ganggu aku”. Selepas aku berbicara sedemikian rupa, “penghuni” itu semakin ganas dan aku dengan daya seorang manusia yang lalai berlalu keluar bagi mengelakkan perkara yang tak diingin berlaku. Aku diberanda hostel menunggu kepulangan penghuni yang lain. Aku bediam. Menyimpanya sebagai rahsia terbesar ku.
Masih kalian mengingati Aminah? Yang juga merupakan kawan intern aku? Dia merupakan insan terpilih yang mempunyai deria istimewa. Dia khabari kami yang blok tersebut mempunyai “penjaga”. Dia menyatakan yang “pejaga” tersebut berwarna hitam, tinggi setinggi apartment 4 tingkat yang kami duduki. Dia tidak menganggu sebaliknya menjaga. Allahualam. Aku apabila terdengar cerita itu, kini lebih berhati-hati dengan setiap tuturkata ku.
Sementara hari berganti minggu, minggu bertukar bulan. Kini masuklah tepat 2 bulan intern aku. Hari bertukar ke bulan, gangguan juga bertukar lebih ekstrim. Disuatu malam yang hening, perkhabaran angin menyatakan langit cerah tetapi tidak bagi diriku. Aku terjaga waktu subuh. Aku jenis haus walaupun tidur. Aku bangun bagi mendapatkan seteguk air dari botol ku yang berada tepat atas kepala ku tetapi dilantai. Aku ternampak satu lembaga tanpa badan mengelilingi rumah. (Yang paham, pahamla). Aku mempercepatkan hajat ku. Apa yang aku perasan, lembaga itu berenti tepat dengan tingkap dimana ditepi tingkap itu merupakan tempat tidur Ajib. Aku memerhatikan dalam samar. Ia berlalu dan keesokan harinya, aku mengambil tangkai daun limau purut dan limau purut bagi memagari rumah. ( kedengaran agak syirik tetapi setahu ku tangkai limau purut berkesan untuk menghalau lembaga tersebut. Maafkan saya jika salah. Saya jahil dengan semua ini)
Ajib bertanya “ini untuk apa? ” btw Ajib ni dia keras kepala tapi aku sayang dia sebab dia aku nampak lemah semangat. Aku berkata ” letakkan saja untuk keselamatan mu”. Dia berkeras untuk mengetahui. Segalanya aku ceritakan. Tetapi riak wajahnya memberitahu ku dia was-was dengan apa yang aku khabari. Aku tersenyum. “Terpulangla” kata ku lembut.
Ajib diserang demam dan dia tidak dapat turun kerja. Tetapi aku tetap kerja dan aku kebetulan office hour, so tiada masalah buat ku untuk merawat Ajib. Tiba malam menjelma. Sedang lena penghuni lain tidur, aku dikejutkan dengan satu perasaan gusar dan perasaan itu terhadap Ajib yang lemah terkulai dek demam. Aku merapatinya, dengan tak semena-menanya aku berkata ” JANGAN KAU GANGGU DIA” dengan mukaku mengadap bilik utama. Aku tahu yang ada lembaga telah memasuki rumah dan cuba membuat onar. Aku sedar tetapi aku dalam samar. Aku kembali tidur sedia kala. Aku mendiamkan cerita ini.
Sampai di penghujung bulan, hostel kami didatangi rakan-rakan daripada daerah lain untuk dijadikan “backup” sementara senior kami “outstation” atas urusan kerja. Jika menempatkan 3 orang rakan baru di ruang tamu, alamat sardin campur mayonisla jawabnya. Seorang daripada tetamu baru itu berhajat tidur di bilik utama yang mana bilik itu hanya didiami oleh 2 orang penghuni saja. Keesokan paginya, kecoh hostel dengan berita si tetamu baru ini ditarik kakinya ketika ia sedang tidur. Aku tersenyum, dalam hati ku “dia kembali lagi”.
Berhenti gangguan ghaib, gangguan mental juga aku ğalami. Tak perlu aku ceritakkan disini (kalau ada page yang sesuai sudalah aku luahkan). Kini adalah bulan terakhir aku sebagai intern student disyarikat itu. Aku dikejutkan dengan tangan kanan ku yang tiba-tiba sakit. Sebenarnya sudah lama tetapi aku terperasan pada akhir bulan intern ini. Aku cuba merawat diri ku sendiri dengan ayat suci Al-Quran. Elok tetapi balik lagi. Aku bukanlah tidak percaya dengan pengamal perubatan Islam tetapi sebagai seseorang yang berbangsa Dusun dan hidup dalam keadaan Dusun, macik ku bercadang untuk berjumpa “Bobohizan” yang mana merupakan bomoh kampung bagi kaum Dusun di Sabah. Aku meminta untuk nenek itu bagi melihat pergelangan tangan ku yang sakit sekian lama. Tetapi aku merahsiakan kejadian2 mistik tersebut.
Setelah dia selesai, nenek itu mengkhabariku yang ini adalah perbuatan manusia. Nenek itu kata “orang dengki”. ALLAHU, mengucap panjang aku dalam hati. Tetapi aku senyum. Lalu macik ku mencelah “siapa yang lalukannya?” Nenek itu berkata “kawan- kawan juga” semakin panjang aku mengucap. Tetapi dengan senyuman aku berkata “saya tidak mahu tahu sama ada dia lelaki atau perempuan. Cukup Allah itu ada”. Bukan ingin menunjuk tetapi inilah yang nyata. Diberikan aku sebotol air untuk dihabiskan sebagai penawar. Alhamdulillah sembuh. Tapi ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari.
Macik ku memanggil pengamal perubatan Islam ke rumah untuk iktihar buat kesekian kalinya. Aku diruqyah, tetapi tiada kesan. Teakhir, pengamal itu berkata, aku hanyalah terkena keteguran. Tetapi pada waktu tangan aku sakit, aku medapati yang sebenarnya aku dalam gangguan sihir. Tetapi aku diamkan. Aku buntu samada ingin percaya salah satu daripada mereka.
Apa yang tersisa untuk ku adalah, aku dapat merasa jika ada kehadiran mereka. Sehingga sekarang, pergelangan tanganku masih sakit secara misteri. Insya-Allah dalam bulan ini aku akan berjumpa seorang ustaz bagi mendapatkan penjelasan ini.
Semoga apa yang saya khabarkan menjadi tauladan hendaknya hikmah disebalik semua ini. Allah besama orang-orang yang sabar. Amin..
-TAMAT-
04. SATU HARI SEBELUM HARI PERSANDINGAN
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400004
TAJUK CERITA : SATU HARI SEBELUM HARI PERSANDINGAN
KARYA : BAHULU
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Ceritanya bermula pada malam hari resepsi bersanding belah aku (belah prempuan) jarak hari nikah dgn hari bersanding ialah seminggu sbb family aku memang tak suka kelam kabut kalau ada majlis-majlis macam ni.. Lepas nikah memang aku tak jumpa husband kate orang tua-tua kene habis kan sanding belah perempuan dulu, kalau tak nanti seri tak naik. Katenye laa.
Maka malam sebelum majlis dalam pukul 9mlm, husband aku call dan berbincang dia kata:
Husband: Sayang, tak kelam kabut ke kalau kita gerak asing dari umah? Kene ada pukul 8pg dekat dewan nnti?
Aku: Habis tu na buat camane? Kita mane boleh tidur sekali pon. Nanti nenek bising. Malas nak dengar die bebel nanti time majlis die tarik muka malas laa.
Husband: Bukan la tidur sekali Ya Allah ke situ pulak fikir. Maksud ayang, kita (syg dgn kakak syg) and (ayang dgn adik ayang) tidur la kt apartment yang dewan bagi tu. Kan ada dua apartment.
(Dewan ada sediakan dua apartment, utk pengantin bersiap and satu lg untuk family pengantin kalau datang dari jauh)
Aku: Kejap la syg bincang dgn ibu. (aku pon letak la phone)
Lepas tu aku cari ibu aku, aku pon sampaikan la pesan suami aku tadi. Ibu aku ckp ‘eh korang tidur je la alaa sehari je pon na jadi apa lantak la da kawen dah halal takyah la dengar ckp nenek kau tu’ ‘Kau pergi je nanti pandai la ibu cakap kakak kau teman kau kt sana jgn lupa amik sekali barang2 na bersiap nnti takut ada tertinggal2 pulak nanti, tu haaa checklist ada atas meja makan tu’
Aku pon call la suami aku ckp’ ibu suruh tidur sana sebab taknak kelam kabut nanti amik la syg dlm 30 minit lg la sebab nak settlekana baju-baju pengantin ni’ laki aku pon rep ‘ha okey’.
Da mcm pencuri aku curi2 kua dari uma ya Allah na gelak pon ada, padahal da halal hahah!
Sampai je perkarangan parking ‘Dewan S** H*****’ tibe2 bulu roma aku meremang kebetulan mmg ada function mlm tu walaupon terang berderang aku rasa meremang sgt. Dengan pokok besar2 tapi aku rasa kalau pagi mmg nyaman la tak panas budak2 boleh main kat luar masa majlis nnti kalau bosan duduk dalam dewan.
Aku tanya husband aku, ‘yang mane apartment nye? Tak Nampak pon?’
Lepas tu husband aku muncungkan mulut ‘tu mende depan tu tingkat atas tu”
Aku pon mcm senyum2 kelat dalam hati mak aihh gelapnyee. Lepas tu masa nak keluarkan barang dlm kereta, adik ipar aku pon smpai dgn sepupu2 aku, diorang mmg kamceng. Adik ipar aku pon ckp ‘kak nad kitorang jimba brumah sebelah tau’. Aku pon angguk seronok yeay ramai yang ada malam ni, dalam beberapa minit aku da terlupa pasal seram aku tadi.
Tib-tiba guard datang:
Guard: Maaf ye, ni semua nak ke mane ye encik? Tanya guard kt suami aku.
Husband: Oh kami tempah dewan ni utk esok, (sambil suami aku tunjuk resit) jadi malam ni kami bermalam kat apartment ni la.
Guard: Tinggal kat mane?
Husband: Rumah kami kt Cheras je pakcik.
Guard: laa dekat je kenapa ta tidur rumah kan lg selesa rumah sndri. (masa ni aku da nak marah dah ni, byk tanya lak pakcik ni. Tp suami tetap sabar melayan)
Husband: Mcmni pakcik kami taknak kelam kabut nnt sebab tu kami bermalam kat sini lgpon kami dah bayar termasuk apartment ni dpt free dr pekej kami amik. Rugi kalau tak guna. lg satu rumah kami ada sedara mara dr jauh dtg bermalam. Agak ramai takut ta selesa nnti.
Guard: eh tape pakcik tanya je. Tp muka die mcm seolah2 risau taknak kami bermalam kat situ.
Sambil2 tu aku da agihkan barang2 yg na di bawa naik. Nasib la ta berapa byk jus set eksesori dan baju and kasut pengantin je dlm 7 org sekali angkat tak perlu ulang alik turun naik tangga sbb guard tu kata apartment kami di tingkat 2.
Masa nak naik tu, guard bawak kami naik tangga hujung and tak naik tangga yg paling dekat dgn kami. Aku pon tanya la ‘pakcik kenapa tak naik sini dekat sikit’ guard tu pon jawab ‘kunci tu ada kat kawan saya dia terbawak balik, die kerja shift pagi’ aku jadi pelik bkn guard perlu ada semua kunci ke tak kisah la shift pagi ke malam. Tapi sebab penat and malas na bergaduh aku diam je lah.
Masuk je apartment, sumpahhh aku ckp mcm uma tinggal yang da lamaa takde org duduk. Laki aku pon bg salam and suruh aku masuk, aku mcm ase menyesal dtg sbb mmg berhabuk and mcm dah lama kene tinggal. Satu apartment ada dua bilik. Lepas tu aku tanya adik ipar aku dgn adik sepupu aku. ‘tidur je la satu apartment ada dua bilik ni, bilik pon besar’ diorang pon menyakat aku ‘taknak la kak nad taknak la kacau org na honeymoon sambil gelak mengekek2’ merah padam juga la muka aku. Aku ckp ‘eh tape la bkn ada apa pon akak letih na tdur je’. Diorang still menolak aku tau sgt la semua nak berjimba nak main game la tu.
Aku ckp dgn husband, teman aku sbb aku na mandi jap badan melekit. Dia pon okey sambil main phone. Sebelum pg bilik mandi aku capai phone and aku tgok kawan aku ada 9 missed call aku malas nak layan bkn sbb apa sebb terlmpau penat. Pastu aku bukak wasap kawan aku yg call tu die tanya aku, Alia nama dia. “wei Nad ko book dewan S** H***** ke?? ‘ko da kat sana ke?? Boleh tak call aku jap kalau kau free?” Sumpah aku mmg penat and aku ckp dalam hati takpelah kalau nak tau direction dekat card kawen pon ada google map pon ada masa tu aku ta ingt waze dah ada ke belum. Sebab sejujurnya aku bkn sombong atau apa tapi haritu mmg aku penat tak terdaya sbb malam sebelum tu melayan tetamu dr jauh. Jumpa caterer and rehearsals. Lepas tu baju longgar kene berlari pg fitting. Hanya Allah je tau betapa penat nye aku semlaam dgn arini.
Masa nak masuk bilik air tu suami aku tanya ‘syg na mkn ta ayang lapar laa’ pastu aku kaget jap die na keluar pg bungkus makanan ke? Aku ckp ‘na pg bungkus ke??’ sambil muncung sedepa tanda protes. Dia kata ‘tak la order mcdonalds je la, penat la nak kua balik’ legaa aku dgr aku ckp okey order la aku punye sekali dgn budak2 tu punye. Suami pon start call and order…
Masa aku nak mandi bukak paip masya Allah air karat keluar punye la bau tengik mungkin paip tu da lama ta di gunakan. And nak tunggu air jernih bukan main lama lg. aku pon dok scrub2 la dlu sementara na tunggu air jernih. Lama juga aku tunggu dlm 15 mint baru air jernih ada. Tgah2 syok mandi husband aku jerit ‘ syg na amik mcd kat bawah tau’ aku pon jerit ‘okey!’. Aku siap-siap mandi kua bilik air. Bilik aku gelap gelita! Aku mcm pelik sape tutup lmpu takan suami aku kot. Pg ruang tamu pon gelap gelita. Aku mmg kaget kejap nak kata apartment ni jenis pakai access card ta juga sbb guard mmg bg kunci je td. Ak upon bukak la lampu semua. Bukak tv and masuk balik bilik sbb na pakai baju.
Masa tgah sikat rambut,aku dgr sayup je bunyik brek kreta ‘eeekk eeekkkk eekkkkk’ dlm hati uihhh ‘Tokyo drift’ tau ta bunyik kalau org brek emergency tu mcmtu laa. Tp aku pelik ehh ta abis2 lagi bunyik die. Aku bukak tingkap dan jengahkan kepala sbb nak check bunyi apa tu, nampak pulak laki aku tgah borak dgn guard and budak mekdi yg delivery makanan kami. Aku jerit la ‘syg lama lg ke? Cepat la naik’ pastu aku tiba-tiba jadi malu dan masukkan terus kepala dlm apartment. Dalam hati aku ‘astaga apa la diorang fikir nnti bila aku ckp mcmtu, sambil tepuk dahi’ kot ye pon tunggu je la husband naik. Sejujurnye aku mmg lapar. Sbb mmg ta selera na mkn dr pagi bz die mengalahkan Menteri.
Aku pon baringkan diri atas katil, hujung kaki aku ada almari tp ukiran kayu lama mmg cantik aku letak baju persiapan kawen aku dlm tu dgn segala tengkolok eksesori. Aku wasap husband aku ‘naik la cepat lapar ni’ tibe2 aku rasa gegaran ‘cis die tak bawak phone’. Aku call la adik ipar aku ‘ Mad ada order mekdi sekali ta dgn along td?’ tp suasana bising gila. ‘Mad kat mane ni bising nye’ rupenye diorang da berjimba pg karoke smpai ati ta inform aku.
Lama sgt da husband aku ni turun tak naik lg.
Tiba-tiba lampu terpadam! Aku kaget and terkejut. Eh takde letrik ke. Aku pon pg ke tingkap and keluaran kepala sbb nak panggil husband soh naik, tp hampa dekat gurad tu dah takde org mungkin dlm perjalanan naik. Aku pon membatu kan diri Cuma ada cahaya dari luar je. Aku jd panas hati time2 mcmni pulak takde letrik yg laki aku tak reti2 nak bawak phone sekali. Tgah mengumam dlm hati tiba-tiba aku dgr suara budak. Ye suara budak dlm 5 6 org mcmtu. Nyanyi lagu ‘selamat hari jadi’ aku terdiam dada laju mcm tak le nafas, mane dtg bunyik ni? Sape pulak yg nyanyi. Siap ada ketawa sinis yg menyeramkan, lepastu pintu almari kayu aku terkuak sedikit.
Ya Allah masa tu jantung rasa mcm na berhenti takde angin takde ribut kenapa leh terbukak. Lagu hari jadi tadi makin sayup. Suara budak makin halus. Aku mmg tak tunggu lama aku terus na kua punye gelap gelita dkat ruang tamu ada cahaya emergency light je kt ceiling, berdebuk aku jatuh sbb terlanggar meja, aku ta tunggu lama aku terus na keluar bukak pintu. Pintu terkunci ye gais terkunci aku jerit ayang!! Bukak pintu ayang!! Tp yg aku dgr org ikut balik apa aku jerit ‘ayang hehehe buka pintu ayangggg’ aku masa tu mmg ase nak pitam semua ada. Da la esok na bersanding. Tibe2 aku dgr suara dr depan. Aku lega suara husband die kata ‘bukak pintu ni baca apa2 bukak je!’ aku pon balas ‘ta boleh!! Da cuba tp ta boleh!!’.
Sambil-Sambil tu aku meraba na cari kunci, dan tertoleh kt pintu bilik aku yg terbukak luas tu. Hanya Allah je yg tau. Muka aku pucat lesi. Darah mcm tak naik smpai atas. Aku nampak seorang perempuan duduk mencangkung depan pintu sambil kepala di geleng-geleng kan. Sambil2 tu die gelak sayup je ‘heheh heheh’ . Mcmtu. Aku mengigil kaki terkunci mulut terkunci aku terduduk. Aku nampak slow2 die datang kat aku terbang melayang. Aku jerit ‘Allahuakbar’!!! Allah maha besar!! Sambil menangis2. Mata aku ta berani bukak tapi yg pasti aku dpt rasa sejuk sebelah aku. Sejuk mcm dalam peti ais. Aku dpt rasa ada kain terlanggar2 kat tgn kiri aku. Aku tekup muka, aku nangis. Aku cuma doa kat Allah biar la aku pengsan dr rasa semua ni. Selang beberapa saat pintu apartment aku ada org bukak gedegang!!!.
Pakcik guard and husband aku rupenye, aku lemah, longlai aku terjelepuk kat lantai. Guard tu terus azan sempat aku dgr merdu btol suara pakcik tu. Penuh penghayatan. Dan tibe2 lampu semua terpasang. Aku ckp kat suami aku aku taknak tdur sini aku na balik aku ta sanggup. Suami aku peluk aku die minta maaf sebab ta bawak phone. Rupenye diorang pon dah kene dlu masa nak naik ke atas td. Naik2 tangga tp ta smpai apartment kami. Suami aku tgn bercalar2 sebab cuba Tarik pagar yg na naik ke apartment kami. Padahal ta berkunci tp ta boleh bukak. Aku ckp aku na balik. Aku taknak tdo sini. Suami pon call adik dia minta dia dan sepupu2 aku dtg utk amikkan barang2 kami yg kat atas.
Bila kami semua kat bawah, pakcik guard tu kene pergi check dewan sebab function mlam da pon habis die minta izin pergi dlu die suruh kami duduk dalam pondok guard tu dan die bukakan ayat suci al-quran. Kami pon duduk la dlm pondok tu. Mmg aku smpat mengerling ke arah pokok2 besar situ Nampak la satu susuk kain terbang dari satu pokok ke satu pokok, aku terus peluk suami aku. Suami aku ckp ‘sabar kita tunggu mad pastu kita balik’ pastu aku tolak suami aku, aku ckp ‘smpai hati tinggalkan syg kat atas sorang2 dok sebok menyembang dgn guard and budak mekdi!’ dia ckp die minta maaf bukan menyembang die ckp. ‘sumpah ayang bkn borak kosong dgn pakcik guard and budak mekdi tu td syg, pakcik tu cuba warning ayang jgn duduk apartment tu and budak mekdi tu kebetulan mmg pernah terkena kt area sini juga’ ‘jadi pakcik tu minta kita keluar sekarang juga’. Aku tergamam.
Die sambung lagi ‘masa syg kua kan kepala tu, sumpah ayang Nampak ada prempuan rambut pnjang kt belakang syg, ayang pon mmg campak maknan nak naik atas dgn pakcik guard tu tp pagar kami ta le bukak’ kami usaha Tarik pakai kunci semua tak boleh, lepas pakcik baca2 baru ayang dgn pakcik boleh bukak’ bkn takat tu je ‘kami naik2 tangga tp ta jumpa apartment kita syg’ sumpah ayang ta tpu’
Yang aku kenal suami aku die memang tak pandai menipu sbb aku mmg cepat tangkap kalau die tpu, tapi bila tgok lengan die yg clar balar tu aku jd kesian dekat die. Apelah nasib aku dah la esok nak sanding, dgn keadaan yg tersangat letih dpt dugaan mcmni. Aku redha dgn ketetuan Allah mungkin ada hikmah. Selang beberapa minit aku Nampak adik ipar aku masuk perkarangan parking. Die kua je kereta, abg die bg arahan suruh kemas kan brg kalau nak tidur sini terserah.
Dari riak muka adik ipar aku die mcm tau apa kitorang alami. Die pon pergi dgn sepupu aku yg lain naik atas amik baju2 kami. Pada masa yg sama kami pesan suruh die bukak ayat suci al quran supaya takde kesulitan masa na balik bilik dan apartment. Semasa menunggu mereka bawak turun barang, pakcik pon tibe di pondok guard tu. Nama pakcik tu pakcik kasim. Aku salam dan cium tgn die, die terkejut die tanya aku ‘kenapa nak’ aku ckp pakcik saya minta maaf sbb saya termarah pakcik dalam hati masa pakcik byk tanya td. Die gelak je die kata ‘takpe pakcik fhm silap pakcik ta inform awal2, takde la kamu kene teruk mcmni’ . aku pon duduk termenung.
Lepas da settle bawak turun brg, adik ipar aku tunjuk dekat husband pic di dlm handphone dia, ada tulisan pakai gincu dekat cermin bilik aku die tulis ‘JANGAN GANGGU KAMI” aku nangis lagi sbb aku mmg lemah bab2 mcmni. Aku capai phone and terus call ibu aku sambil nangis2. Jam pon da menunjukkan pukul 1.45pg, aku ckp kt ibu ‘org tak larat ase mcm tanak sanding esok boleh tak’. Ibu aku ckp pg hotel paling dekat dgn area situ die tunggu situ nnti. Aku pon ckp kt husband aku apa yg ibu suruh. Husband aku akur dan pg la ke hotel berdekatan. Dalam 25 minit ibu and papa aku pon sampai di hotel yg sama. Bdan aku panas aku demam, ibu aku check in kan utk kami. Dan aku tidur dgn ibu sambil-sambil tu ibu solat dan mengaji utk aku supaya aku pulih semangat. Ya Allah ibu, besarnya perngorbanan ibu, smpai skang aku takan boleh blas. Kasih ibu ke syurga.
Esoknya aku mmg penat hampir je aku pitam tp aku gagah kan juga utk resepsi aku. Dalam keadaan tak sihat dan badan yg lemah alhamdulillah aku mampu senyum utk satu hari tu. Smpai skang anak aku pon dah dua aku mmg takan lupa apa jadi kat aku malam sehari sebelum bersanding. Oh ye kawan aku yang call 9 kali tu rupenye die nak warning aku benda yang sama. Sumpah aku baru teringat die juga kawen kt dewan yang sama. Tu la kalau org call lebih dr sekali tu maknenye ada la benda penting nak di sampaikan, jgn la jadi mcm aku sombong bodoh. Sekian….
-TAMAT-
05. TUAN SHEIKH
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400005
TAJUK CERITA : TUAN SHEIKH
KARYA : AZIM
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Namaku Azim. Sebenarnya agak banyak pengalaman yang aku lalui berkaitan gangguan makhluk halus, walaupun mungkin tidak sebanyak pengalaman sesetengah pembaca, tetapi kesibukan tugas seharian menjadi penghalang untuk aku menulis semua kisah-kisah tersebut, tetapi demi untuk pengajaran kepada kita semua, aku usahakan juga untuk siapkan kisah ini.
Aku adalah seorang jurulatih satu aliran silat. Sejak hampir sepuluh tahun yang lepas, aku diminta untuk mengajar silat di sebuah sekolah Maahad yang semua pelajarnya adalah wanita. Latihan diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu waktu pagi. Pelajar-pelajarnya berusia dalam lingkungan tiga belas hingga dua puluh tahun berjumlah lebih kurang lima puluh orang dan semuanya tinggal di asrama. Latihan diadakan di ruang terbuka di bahagian tepi asrama yang agak lapang, lantainya simen dan berbumbung tanpa dinding. Sejak awal aku mengajar di situ lagi, melalui salah seorang warden lelaki, aku diberitahu tentang wujudnya gangguan makhluk halus di sekolah tersebut, yang mana pada masa itu gangguan adalah dalam bentuk yang paling biasa, seperti bunyi lesung batu, bunyi guli dan bunyi perabut ditarik. Selalunya mereka akan membacakan ayat-ayat ruqyah pada air dan semburkan di sekeliling sekolah dan asrama, dan gangguan akan berhenti. Perkara yang sama juga mereka lakukan bila gangguan berulang semula. Pada masa itu aku belum belajar merawat gangguan makhluk halus, jadi aku cuma boleh dengar mereka bercerita tanpa dapat membantu apa-apa.
Beberapa tahun selepas itu. Ada beberapa insiden yang berlaku dalam hidupku yang membawa kepada takdirku mempelajari ilmu merawat gangguan makhluk halus, walaupun di fikiranku sendiri tak pernah terlintas untuk mempelajarinya. Pada masa akan datang, insyaAllah akan aku ceritakan apa insiden-insiden yang berlaku yang membuatkan hatiku terbuka untuk mempelajari ilmu rawatan ini.
Latihan silat masih berjalan seperti biasa, tetapi tidak seperti pada tahun-tahun awal latihan, warden dan pelajar-pelajar sudah tidak bercerita tentang gangguan makhluk halus lagi. Mungkin gangguan telah tiada, atau mungkin mereka sudah lali dengan gangguan berulang, atau mungkin juga mereka merasakan tidak relevan untuk diceritakan kepadaku lagi perkara yang sama. Setiap minggu aku meneruskan rutin mengajar, sehinggalah pada suatu hari… seorang pelajarku pengsan sewaktu sesi latihan silat sedang berjalan, tetapi nasib baik hanya sekejap. Bila dia tersedar kembali, aku menyuruh pelajar lain membawanya ke bilik untuk berehat. Pada masa itu, gerak hatiku merasakan ada sesuatu yang tak kena berlaku pada pelajar tersebut. Apabila latihan berakhir pada hari itu, ada dua orang pelajar senior, Ika dan Aty, yang aku lantik sebagai pembantuku mengajar silat, datang menemuiku.
“Cikgu, boleh kami bercakap dengan Cikgu sekejap?” Ika meminta izin.
“Boleh Ika.” Jawabku. Aku duduk di kerusi yang memang dikhaskan untuk aku di tepi ruang latihan. Ika dan Aty duduk di kerusi berdepan denganku dengan dipisahkan oleh satu meja.
“Saya ada perkara nak tanya pendapat Cikgu,” Ika memulakan.
“Ya Ika, apa dia?”
“Pada pendapat Cikgu, kalau jin cakap atau suruh kita buat perkara yang baik, bolehkah kita dengar cakap dia?” Soal Ika.
Pelik benar soalan yang aku dapat hari ni. Naik tercengang aku dibuatnya, tapi aku berjaya sembunyikan rasa musykilku itu.
“Mmm… pendapat saya, elok kita jangan dengar atau percaya cakap jin. Walaupun apa yang dicakapkan tu betul, tapi kita risau ada muslihat disebaliknya. Lagikan kawan yang selalu dengan kita pun boleh tipu kita, inikan pulak jin yang kita tak nampak.” Aku menyuarakan pendapatku sambil fikiranku berputar mencari jawapan tentang sebab Ika bertanyakan soalan sedemikian kepadaku.
“Oooo… begitu.” Ika mengangguk, tetapi masih nampak seperti ada sesuatu yang masih bermain di kotak fikirannya.
“Cikgu, boleh saya bercakap secara personal dengan Cikgu?” Aty pula bersuara. Menambahkan lagi rasa ingin tahuku.
Aku cuma mengangguk. Memahami permintaan Aty, Ika segera meminta izin kepadaku untuk beredar dari situ.
“Cikgu, sebenarnya soalan Ika tadi ada kena mengena dengan salah seorang pelajar di sini.” Aty memulakan bicara. “Pelajar tersebut namanya Imah, dialah yang pengsan tadi cikgu.”
“Ya Aty, teruskan.” Aku fokus mendengar. Baru aku tahu nama pelajar yang pengsan itu namanya Imah. Ya lah, aku bukannya ingat semua nama murid-murid silatku itu, apatah lagi mereka semua memakai niqab dan purdah sewaktu latihan, cuma nampak dua biji mata sahaja. Aku cuma ingat nama beberapa orang pelajar senior yang menjadi pembantuku sahaja, itupun sebab mereka selalu berurusan denganku tentang hal-hal berkaitan latihan silat.
“Imah baru je masuk sekolah ni awal tahun ni.”
“Sekarang bulan Mac, bermakna dah tiga bulan Imah masuk dan belajar di sekolah ni kan?” Tanyaku inginkan kepastian, walaupun aku rasa aku dah tahu jawapannya.
“Ya, betul Cikgu. Macam ni sebenarnya Cikgu… Imah ni selalu sahaja pengsan, badannya selalu lemah. Tapi ada perkara yang saya agak kurang senang tentang Imah…” Kata-kata Aty terhenti seketika, mungkin mencari ayat yang sesuai untuk diungkapkan.
“Selalu ke dia pengsan, dan lama ke setiap kali dia pengsan?” Aku cuba memahami dengan lebih lanjut.
“Kadang-kadang selang sehari Cikgu. Pengsannya pula ada yang lama, sampai berjam-jam, kadang-kadang sekejap aje.”
“Jadi… apa perkara yang Aty kurang senang tadi?”
“Kalau Cikgu nak tahu, ada masa-masanya ada sesuatu yang bercakap melalui Imah. Suaranya memang suara Imah, tetapi perkara yang dicakapkan tu dan cara percakapannya memang langsung tak sama dengan perwatakan Imah. Perkara ni dah agak lama terjadi, sejak awal Imah masuk belajar di sini, sehingga semua pelajar di asrama ni, termasuk juga ketua pelajar asrama, dah terima kehadiran benda yang bercakap melalui Imah tu. Dia selalu bercakap mengenai solat, ikhlas, doa dan macam-macam perkara berkaitan agama, jadi kami semua panggil benda tu Tuan Syeikh. Ada masanya saya nampak ketua pelajar berbual dengan Imah, tapi bila saya hampiri mereka, kedua-dua mereka berhenti berbual, jadi tahulah saya yang sedang bercakap dengan ketua murid tu sebenarnya bukan Imah, tapi Tuan Syeikh. Cikgu, Tuan Syeikh tahu ke yang saya tak suka kehadiran dia?” Soal Aty dengan nada risau setelah bercerita agak terperinci.
“Ya, dia memang tahu, sebab dia ada di sini sepanjang masa. Kita je yang tak nampak dia. Tapi Aty jangan risau, insyaAllah kita dalam lindungan Allah, berdoalah kepada-Nya, mohon perlindungan daripada kejahatan jin dan syaitan ini.” Aku cuba meredakan kebimbangan Aty.
Terungkai sudah persoalan yang bermain difikiranku bila Imah pengsan waktu latihan tadi, dan terjawab sudah kenapa Ika bertanya soalan yang pelik tadi. Sekarang, penyelesaiannya pula yang perlu aku fikirkan.
“Aty boleh tolong panggilkan Imah jumpa saya sekarang? Ada beberapa perkara yang saya perlu tanya dia”
“Baik Cikgu.” Aty segera memanggil Imah. Imah datang dan duduk di sebelah Aty.
“Begini Imah… Aty dah ceritakan semuanya kepada saya. Boleh saya tahu dah berapa lama perkara ni berlaku pada Imah… maksud saya yang kerap pengsan, dan juga dah berapa lama wujudnya Tuan Syeikh?”
“Sejak saya darjah enam Cikgu,” ringkas Imah menjawab. Mungkin keadaannya masih lemah selepas pengsan tadi. Dari Aty, aku tahu Imah sekarang berusia tujuh belas tahun, maknanya masalah ini dah berlarutan selama lima tahun.
“Ayah dan mak pernah bawa berubat?” Tanyaku lagi.
“Pernah, dah agak lama, dah dua tempat saya pergi berubat. Tapi setakat ni tiada apa-apa perubahan,” jelas Imah.
Aku berfikir sejenak, kemudian menyambung, “Macam ni lah Imah, saya ada kenal ustaz yang membuat rawatan Islam, ni saya bagi nombor telefon ustaz, nanti Imah bagi kepada ayah, kalau dia nak ikhtiarkan berubat Imah lagi, bolehlah dia hubungi ustaz.” Aku tahu memang terdapat ramai perawat Islam dan pusat rawatan Islampun ada di banyak tempat, tetapi aku cuma memberi pilihan kepada ayah Imah.
“Untuk sementara ni, boleh Imah ambilkan air?” Imah beredar, mengambil sebotol air dan memberikan kepadaku. Aku bacakan beberapa ayat dan hembuskan pada air tersebut. Kemudian aku berikan kembali botol berisi air tersebut kepada Imah. Memandangkan keadaan Imah waktu itu akan menyebabkan pelajarannya terganggu, aku cuba ikhtiarkan dulu apa yang boleh.
“Minumlah air ni bila-bila perlu, tak ada pantang apa-apa. Kalau dah hampir habis boleh tambahkan lagi air dalam botol ni. Waktu nak minum, bacakan Takbir sebanyak tiga kali dan selawat juga tiga kali, itu aje. Sambil tu jangan lupa banyakkan berdoa agar Allah sembuhkan sakit Imah,” aku memberi penerangan. Imah mengangguk dan meminta izinku untuk beredar.
Selepas hari itu, aku tidak dapat hadir mengajar silat selama lebih kurang dua bulan kerana bekerja di luar kawasan. Selama dua bulan, Ika, Aty dan beberapa orang lagi pembantu mengambil alih tugas mengajar. Dan selama dua bulan juga aku tak tahu apa yang terjadi kepada Imah. Hadirnya kembali aku ke kelas latihan silat selepas dua bulan, aku bertanya kepada Aty terlebih dahulu tentang keadaan Imah. Seperti biasa, apa-apa perbincangan akan dibuat selepas sesi latihan berakhir.
“Bagaimana keadaan Imah sekarang?” Tanyaku kepada Aty.
“Imah dah tak pengsan Cikgu. Dua bulan lepas, selepas Cikgu bagi dia air, pada malamnya dia minum air tu, dia pengsan sebanyak dua kali, itulah kali terakhir dia pengsan,” jelas Aty.
“Adakah maksudnya Tuan Sheikh dah tak ada Cikgu?” Aty melontarkan persoalan.
“Dia masih ada Aty. Air yang saya bagi hari tu sekadar untuk tengok reaksi Tuan Sheikh, tapi selagi kita tak buang dia, dia masih tetap akan ada dengan Imah. Cuma sekarang ni Tuan Sheikh mungkin bersikap low profile untuk menipu kita, nak suruh kita percaya yang dia dah tak ganggu Imah.” Agak panjang lebar aku menjelaskan kepada Aty.
Aty menggangguk tanda faham, walaupun reaksi wajahnya menunjukkan sedikit kebingungan, mungkin sebab dia tak pernah alami perkara sedemikian.
Air yang aku buatkan itu sebenarnya menjadi racun kepada Tuan Sheikh, iaitu jin yang berada di dalam badan Imah. Setelah mengetahui ada tindak balas Tuan Sheikh dengan air tersebut, selang beberapa hari selepas itu, aku jalankan operasi membuang dan menghalang Tuan Sheikh daripada mengganggu Imah lagi.
Pada sesi latihan berikutnya, selepas latihan aku panggil Imah bertemu denganku.
“Bagaimana keadaan Imah sekarang?” Tanyaku kepada Imah.
“Alhamdulillah Cikgu, semakin baik,” balas Imah.
“Bagaimana dengan Tuan Sheikh? Masih ada dengan Imah?” Tanyaku lebih lanjut.
Biasanya orang yang telah lama mengalami gangguan jin, atau saka, atau pendamping, akan merasakan kelainan dan tahu bila gangguan yang dialaminya selama ini telah tiada.
“Dah tak ada Cikgu.” Jawab Imah dengan yakin.
“Sejak bila?” Tanyaku menduga.
“Sejak tiga hari lepas,” Balas Imah.
“Alhamdulillah,” aku tersenyum. Aku tak beritahu Imah tentang operasi menggempur Tuan Sheikh yang aku lakukan tiga hari lepas.
Aku amat bersyukur Imah dah tak selalu pengsan macam dulu dan boleh meneruskan pembelajaran tanpa gangguan.
Ini kes pertamaku melibatkan jin yang mengambil alih tubuh manusia untuk bercakap perkara-perkara berkaitan agama dalam menjalankan tipu muslihatnya. Walaupun pelajar-pelajar Maahad tersebut belajar agama, tetapi mungkin sebab mereka masih muda dan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang tipu daya jin, menjadikan mereka mudah terpengaruh bila jin tersebut bercakap tentang agama, tanpa mereka ketahui bahawa itu semua adalah umpan untuk memperdayakan mereka.
Guruku pernah berkata, jin yang mencampuri urusan manusia adalah jin jahat, tak kira jin Islam ataupun kafir.
Segala puji-pujian hanya kepada-Mu Ya Allah, Tuhan sekalian alam. Lepaskan dan lindungilah kami dari segala tipu daya dan pengkhianatan iblis, dan syaitan dari kalangan jin dan manusia. Sesungguhnya hamba-Mu ini tiada sedikitpun daya dan upaya tanpa pertolongan dan keizinan-Mu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.
-TAMAT-
06. MENUMPANG
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400006
TAJUK CERITA : MENUMPANG
KARYA : CUNAA MUSTAFA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Cerita ni terjadi pada 2 bulan lepas. Aku ada ikut satu acara dekat satu mall ni dekat tempat aku. Part-time dengan bos aku untuk 3 hari berturut-turut. Tak perlu kot aku mention mall mana sebab tak penting pun. Aku buka gerai untuk tiga hari sempena festival Ambang Ramadhan. Sepanjang jaga kedai dekat sana dari pagi sampai malam aku akan stay sana. Jadi bila hari terakhir acara tu, lepas acara habis lebih kurang jam 12 tengah malam, lepas siap-siap kemas semua dalam 12.30, aku siap-siap nak balik. Untuk hari terakhir acara tu, aku terpaksa pergi dan balik dengan motor, sebab bos aku ada urusan dekat kampung katanya. Jadinya, aku balik sorang-soranglah malam tu dengan motor. Rumah aku dengan mall tu lebih kurang 30 minit jauhnya. Itu pun lalu highway. Lalu jalan lama, mau hampir sejam baru sampai!
Lepas dah selesai kemas semua, aku pun sudah siap sedia berjalan nak balik ke parking lot dekat aku park motor aku. parking lot mall ni bukan bertingkat ye . mall ni hanya 1 tingkat sahaje, jadi dia punye parking lot semua kat luar dan kawasan dia agak luas. Bila tengah malam macam tu korang tahu la kan peasaan seram dia tuh tahap macam mana.. dan berapa kerat sangat la motor yang tinggal ? Aku sorang je lagi weh time tu . Jadi aku pon percepatkan lah langkah untuk sampai ke parking motor .
Masa siap-siap nak start moto pakai helmet apa semua…. aku terpandang satu susuk badan yang berdekatan dengan satu pokok lebih kurang 100 meter depan aku, kenapa mesti masa ni, tiba-tiba datang perasaan yang bukan-bukan. Memang tak pasti tuh apa benda sebab aku dah mamai campur penat mengantuk semua Jadi tak ambik kesah sangat pon , yang aku tahu benda tu berkain putih berdiri kat sebalik pokok . pejam celik aku duk perhati benda tuh . Jadi aku fikir mainan perasaan je kot . Lepastu aku start laa motor dan terus balik . Masa nak balik aku lalu depan pokok tadi dan aku tengok sekilas pandang macam pakcik security guard tapi tidak pasti pula. Aku terfikir jugak laa dah kenape guard tuh tercegat tak bergerak langsung.. kaku je. nauzubillah .
Dalam perjalanan aku balik dari mall .. jalan time tu memang dah lengang sangat . Jam waktu tu pon dah nak pukul 1 pagi.. Sepanjang dari mall ke jalan rumah, aku lalu ikot highway, jadi jalan agak kosong laa .. 1pagi kot . yang lalu pon kebanyakannye bas dan lori je . Jalan pulak gelap dan lampu jalan tak berapa nak terang .. Ada juga lampu jalan yang tak menyala .. jadi ditemani cahaya bulan jelaa nampaknya.
Dalam 5km nak sampai rumah ..sampai kat satu jalan yang dari awal aku memang tak nak lalu sebab dah agak jalan ni tengah malam memang horror sangat sangat . Tapi apakan daya sebab nak cepat sampai aku terpaksa jugak lalu . Jalan pintas la kiranya .
Sepanjang aku lalu jalan tu memang tiada langsung kereta lalu . lampu jalan pulak tiap satu jarak bukan main jauh, aku dah mula meremang dan rase macam-macam dah . Jalan yang aku lalu tu kawasan yang agak berbukit dan memang sunyi sangat . bunyi angin je weh . 1km lebih jugak baru akan jumpa rumah-rumah dan kedai-kedai area situ. Jadi kiri kanan adalah bukit .
Mase aku lalu jalan tu aku tak pikir apa , terbayang yang indah-indah saja… mase lalu kat jalan tu juga aku betul-betul rase semacam , tak senang duduk aku masa tu . Macam aku ada bawak orang tumpang kat belakang . kenape rasa berat ?? . hah sudah, cuak time tu bukan main lagi . habis hilang semua yang indah-indah tadi . segala macam surah dan doa aku baca . Berterabur dah masa tu
Perasaan takut mula terasa sangat da masa tu.. Tiba-tiba ada sebuah kereta lalu depan aku dari arah depan. Lega tu ada la sikit, dalam hati ada juga masih orang yang lalu. Siap bagi high-beam lagi. Mungkin sebab jalan aku lalu tuh agak gelap sebab tu dia bagi high-beam.
15 minit lepas tu aku pun sampai rumah . Masa aku nak tutup pagar rumah, tiba-tiba ada angin datang menerpa muka aku . sekali lalu je . pokok yang berada disekeliling ruamh tak pula bergoyang. Masa tu aku sudah mula merasa pelik dan bulu roma tegang berdiri. Aku terus masuk dengan secepat ke dalam rumah.
Keesokkannya ..
Aku keluar pegi kedai, terjumpa laa sorang jiran aku nih , aku bagi nama dye Kakcik . Lepastu dia pon bertanya kat aku
“ Dari mne smalam dik tgah mlam bru blikk .. lalu kat bukit sana tu ?”
“ouh laa kakcik ke yang bagi high-beam semalam .. haah balik dari kerja semalam kat mall ada event. tak perasan pulak kereta kakcik sebab bagi high-beam mana nak nampak sangat haha “ aku jawab
“ouh lewatnya balik . nasib baik berdua, ada kawan temankan .. kalau berdua tu takpe laa lalu ikut situ . pasni kalau sorang jangan lalu malam-malam kat situ, dah banyak la kak dengar cerita pelik-pelik mengenai jalan tu, risau jugak tengok kau berdua bawak motor tengah malam lalu situ . . dah laa dua-dua perempuan “ jawab kakcik
Kawan ? Perempuan ? Tertanya-tanya .. kawan mne??
“Jap .. kakcik saya balik sorang-sorang jelaa semalam dari mall . Mana ada kawan teman ke apa. Saya lalu kat situ pun sebab terpaksa , nak cepat sampai rumah . Errr kakcik nampak saya berdua ke semalam ? “ aku tanya kakcik sambil perasaan cuak dan macam-macam time tuh.
kakcik dengan muka pelik “ aih kau ni dik biar betul . haa yelaa kakcik nampak kau berdua la semalam sebab tu kakcik bagi high-beam . Kat situ kan gelap tak nampak sangat jalan. Tapi kawan kau tu akak tak cam sangat, tak nampak muka, mungkin sebab dia dekat belakang kot. Yang akak tahu freehair kan ? “ aihh main-main pulak kakcik ni
“Demi Allah kak .. saya sorang je balik semalam . saya mana ada kawan freehair macam tu . kawan saya semua bertudung lagi pon kawan semua dah belajar jauh semua “ macam dah nak menangis dah aku kat situ . nak terkencing pon ye .
Kakcik pon dah berubah air muka, dia pon dah rasa pelik semacam, nak percaya ke tak .
masing- masing bersuara mengenai kejadian semalam.
Bermula dari hari tu aku demam panas selama seminggu dan ditahan wad untuk 3 hari . Taubat dah memang taknak dah bawa kereta ke naik moto ke, kalau sorang-sorang pada waktu malam lalu dekat jalan tu .
konklusinya siapa yang tumpang aku malam tuh???
Yang pastinya kakcik dengan jelas nampak aku bawa seorang waktu malam tu.
“Sebab tu juga aku rasa berat semacam seakan ada yang menumpang malam tu ”
-TAMAT-
07. KEKASIH KAWAN AKU
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400007
TAJUK CERITA : KEKASIH KAWAN AKU
KARYA : AMEERAH KAMSANI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Hai. Nama aku Mikat (bukan nama sebenar). Aku belajar di politeknik di sebuah negeri. Salah satu politeknik premier yang ada. Aku mengambil jurusan rekabentuk grafik dan kejadian ini berlaku sewaktu aku sedang di semester 5. Aku serumah dengan member aku yang lain. Dalam rumah tu ada 9 orang semua sekali. Dan semua berlainan kos dengan aku. Diorg ni semua junior.
Nak dijadikan cerita , dalam ramai ramai kami tu ada sorang member aku ni dia cantik gila. Cantik nak mamp@s. Dia instafamous. Followers nye beribu ribu. Kecantikkannya bak bidadari jelmaan dunia la katakan. Lemah lembut pertuturannya membuat semua lelaki yang mendengar akan terpikat. Mana tak nya, kacukkan bugis. Orangnya kurus, kulitnya berwarna putih susu, senyumannya menambat hati.
Pada permulaan sem itu aku duduk rumah itu seperti biasa. Tiada apa yg pelik berlaku. Semuanya berjalan normal. Tidak sehingga di pertengahan sem, aku dan semua member aku akan dengar bunyi guli dan orang tolak tarik perabut di syiling rumah setiap kali magrib menjelma. YA SETIAP HARI TANPA GAGAL. Pada mulanya ya kami agak takut, tapi sudah hari2 menghadap bende yang sama sampai kami pon sudah lali dengan bunyi itu.
Tidak cukup dengan itu, kos aku adalah kos design. Semua kos design pastinya memerlukan ‘stay up’ sehingga ke pagi. Paling awal aku tido bila stay up adalah pukul 3 pagi. Kebiasaannya aku akan stay up sehingga pukul 5 atau 6 pagi dan class akan start pukul 8 pagi. Rutin hidup aku sebagai pelajar graphic design memang normal seperti itu. Nak dijadikan cerita, setelah ‘kekasih’ kawan aku tu mengganggu kami dengan bunyi guli, ‘dia’ mengganggu aku pula dengan cara yang lain.
Iaitu dengan cara menangis, berbual, memanggil nama dan mengetuk tingkap. Ya aku merasakan semua itu ya sahabat. Kejadian itu semua berlaku tepat pada pukul 3 pagi. Rumah sewa aku tu rumah taman dua tingkat. Betul betul taman perumahan sebelah poli kami (pada pelajar poli situ pasti akan tahu lah dimana lokasi ini hihi). Kejadian yang aku cakapkan tadi tu akan berlaku bila aku stay up dan dia akn ganggu tepat pada pukul 3 pagi.
Ada suatu hari tu, aku tengah sketch design logo aku. Aku kene sketch 60 logo utk rebrand logo syarikat. So aku pon stay up. Roommate aku dh tido dah sebab kos dia mmg tak payah stay up haha. Jadi aku lah stay up sensorang.
Jam dah menunjukkan pukul 3 pagi. Dengan bertemankan lagu zara larsson hush life, aku sketch logo aku. Tiba tiba, aku dengar sayup orang memanggil nama aku betul betul diluar tingkap. Aku tersentak. Terus aku matikan lagu yang sedang bermain di laptop aku. Aku diam untuk pastikan betul ke ada orang panggil nama aku. Tapi lama aku diam , tiada apa. Senyap sunyi. Lepastu aku sambung je lah keje aku sampai kol 5 pagi. Aku cuak beb. Tapi aku diamkan je. Aku memang tahu rumah tu memang ada benda. Tap iaku malas nak amek port.
Itu baru sikit. Kes hari lain, sama jugak malam tu aku stay up. And sama jugak aku stay up sensorang ditemankan sekujur tubuh roommate aku yang dah lena dibuai mimpi. Aku design, siapkan assignment aku. Jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi. Tiba tiba tingkap aku diketuk dari luar. ????????????? . Aku di tingkat dua weh. Tak logik ada kucing ke burung ke nak ketuk tingkap bilik aku macam tu. Memang kenal sangat orang ketuk dengan binatang. Memang aku tahu itu mmg bende tu. Time tu aku memang tak boleh husnuzon lagi weh. Aku tutup laptop. Kemas barang aku. Aku terus tido. Takot weh. Dalam rumah tu memang aku je yang jaga waktu tu.
Lepas je kejadian tu alhamdulillah dah takde kene ganggu waktu stay up malam. Sampai lah dah akhir sem. Waktu akhir sem tu macam biasa lah aku kemas kemas baju, barang barang yelaa sebab aku sem 6 practical. Dah tak duduk situ. Jadi dikala diorang masih ada class, aku dah habis assessment (presentations depan lecturer dari jabatan/fakulti lain). Jadi aku sorang lah free waktu tu dikala rakan rakan sedang masih bertungkus lumus berkerah tenaga di class haha. Aku pon balik rumah sewa sebab nak kemas baju apa semua.
Dan waktu tu aku sure 3000% yang kat rumah tu memang ada aku sorg je. Aku time tu nak amek baju. Dan gerobok pakaian aku kat luar bilik sebelah tangga. Time aku nak amek baju tu kau bayangkan aku dengar orang perempuan menangis sayu je dekat tangga. Tapi aku tak berani weh nak jenguk ke bawah tengok siapa. Aku terus masuk bilik pakai earphone bukak lagu kuat kuat. Aku sumpah weh sayu gila suara dia. Pastu aku citer kt roommate aku, kau tahu dia cakap apa. “Ohh dia taknak akak kluar lah tu. Dia sedih akak dah habis sem” matilanakkkkk. Haram jadah punya roommate.
Rupanya , baru aku tahu yang bende tu sebenarnya ada kaitan dengan member aku yang cantik tu. Sebenarnya dia lebih kurang macam ‘member’ kawan aku lah. Dulu kisahnya budak cantik tu dia selalu datang awal waktu sekolah rendah. Bila datang awal pagi dia akan duduk dekat satu pokok besar ni. Setiap hari. Sampaikan ada penunggu dekat pokok besar tu macam dah minat dekat dia dan sejak itu bende tu ikut dia. Bila member aku tu balik kampong kan aman weh rumah takde gangguan langsung. Tapi bila dia balik je rumah sewa mula lah macam macam bunyi ada.
Ada satu hari tu, mak kepada salah sorang housemate aku ni dia rajin datang duduk kat rumah sewa kitorg. Kitorg panggil dia mama. Jadi terubat lah sikit perasaan rindu kat mak mak kitorg ni haha. Jadi kitorg cerita lah kat mama pasal bende ni semua dan satu hari tu dia buatkan air yasin dan dia renjis kat semua penjuru rumah dan renjis kat satu bilik ni. Tahu tak ? Esoknya mama muntah muntah dan tangan dia sakit. Kalau x silap tangan dia bengkak waktu tu. Aku rasa bende tu marah mama sebab renjis air yasin tu .. Mungkinlah juga..
Ada jugak lagi satu kes ni jadi kat housemate aku dua orang. Masa tu kat rumah ada dia berdua je. Yang lain semua kluar dating. Dan waktu tu mama dah balik rumah dia. Dan waktu tu dah akhir sem. Waktu tu malam dan aku tengah keluar pergi makan dengan pakwe aku. Balik balik aku tengok diorg berdua duduk kt depan pagar sambil muka cuak gila nak mamp@s. Aku pelik lah. Aku tanya diorg kenapa duduk luar rumah ni. Buang tebiat ke haha. Lepastu diorang tak cakap pape. Diorang senyum je, tapi aku tahu waktu tu ada sesuatu yang berlaku. Tapi aku diam dulu sampai lah pakwe aku dah balik.
Masa dkt luar tu jugak diorg cakap dgn aku. “Kak jangan masuk dulu. Kitorg nak cerita ni. Tadi waktu kita baring kat atas kitorang dengar macam ada orang tutup pintu tandas. Kuat gila. Lepastu kitorg pelik sebab kitorg tahu takde sape kat rumah selain kitorg. Jadi kitorng tengok, pintu tandas tak tutup pon. Terbuka je. Lepastu kitorg tak sedap hati kitorg pon turun bawah”. Jdi diorg diam kejap. Jadi aku ingat dah habis citer. Tapi diorg sambung lagi citer. “Waktu kitorang dah turun bawah tu, Kita dengan Kiki (bukan nama sebenar) main phone, tiba-tiba pintu dapur macam ada orang hentak. Kuat sangat. Kitorg terkejut. Kitorg terus lari keluar. Dan bila kitorg dah keluar, macam ada orang hempas pintu grill pulak akak. Kitorg takut sangat. Ni pon kitorang baru keluar ni. Nasib baik akak dah balik. Kitorg tak tahu nak buat apa. Takut sangat kak”. Lepas aku dah dengar citer tu aku pon jadi takot lah nak masuk. Jadi kitorg pon membuat keputusan tunggu luar sampai lah yang lain balik.
Dan alhamdulillah selang beberapa hari lepas tu kitorg pon balik negeri masing masing dan alhamdulillah aku dah balik kampung aku untuk intern. Tapi diorang masih duduk rumah tu uantuk sem seterusnya. Cuma berita baiknya , budak cantik tu dah tak duduk rumah tu lagi. Dan alhamdulillah diorang cakap dah tak ada gangguan lagi lepas tu.
Jadi kepada korang kat luar sana sentiasa beringat walau kat mana pon kita berada, kita kene sentiasa doa pada Allah supaya kita dijauhkan dengan bende bende seperti ini ya. Aamiin..
-TAMAT-
08. PONTIANAK AJAK KAHWIN
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400008
TAJUK CERITA : PONTIANAK AJAK KAHWIN
KARYA : BOTAK
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Nama aku Botak. Semasa tingkatan 1, Ayah membina rumah di tanah sekangkang kera kepunyaan Atuk dan Nenek di Johor ( sebelum ini arwah masih hidup ). Kami membina hidup baru di
sini. Aku ini ibarat budak bandar baru masuk ke kampung katakan.
Jiwa muda, tiada peraturan terikat, buat sesuatu sesuka hati, tidur lewat dan berani ke mana2 aku suka pergi sebab masih terbawa2 perangai budak bandar.
Suatu hari seusai aku solat Zuhur, aku terus bersihkan halaman rumahku dan termasuklah rumah nenek aku sekali. Rajin aku bila sudah datang sampai tiada masa untuk berhenti rehat, fokus menyakar daun2 kering dari pokok manggis dan semak samun habis ditebas. Pukul 4 setel, aku berehat menyandar di tepi dinding belakang warung milik bapaku. Senyum puas. Aku bakar longgokan sampah dihadapanku.
” Hati-hati ada hantu”
Aku sebenarnya dari tadi perasan ada suara sedang berbisik ditelingaku. Aku tidak ambil peduli terus lakukan rutinku dan hanya tinggal untuk membakar longgokan sampah di bawah 3 pokok pisang yang matang. Aku pandang pokok pisang dah macam scary movie. Meremang satu badan. Aku seperti tergamam seolah2 permandangan ditempat pokok pisang ini seperti ia pernah aku lalui sedangkan aku baru sahaja berpindah.
Biar betol? Bila masa? Dimana pulak ekk!. Aku cuba cari kepastian, aku berjalan mengelilingi pokok pisang. Belakang dia terdapat laluan jalan2 denai, sebelah kawasan adalah kebun terbiar yang sudah menjadi semak samun. Aku menyusuri jalan tersebut lalu aku berhenti melangkah setelah hampir tiba di belakang rumah nenek ku..
Ah! Sudah.. telah aku menduga.. Ia benar2 wujud semua berlaku dalam mimpi ku di malam tadi. Mimpi berulang2 kali aku hadapi mimpi yang seram. Aku berlari pecut terus kembali semula di belakang warung. Tercunggap2 aku. Aku ceritakan kembali mimpiku di waktu malam itu. Jelas sangat tempat aku last berdiri tu lah aku lihat satu biji berbola api…berapi2 terbang mengeliling rumah nenekku. Lalu menjelma menjadi kak ponti yang ingin mengacau nenek dan atukku termasuk lah keluargaku. Aku berasa takut sekiranya mimpiku akan menjadi benar. Mengelatar satu badan bila dikenang semula.
“Oh! Aku cakap ada hantu, kau tunggu lah”
Suara berbisik kembali memberi amaran dan aku cabar lah suara tu balik cakap tak habis.. Aku tengah tunggu lah ni..sambil aku mengejek. Aku berjalan tinggal nak bakar timbunan di bawah pokok pisang. Baru selangkah dua…tiga kaki ku melangkah tiba-tiba..
Aku terpandang satu bebola api tiba2 muncul perlahan terebang terhuyung-hayang dia atas pokok pisang dan terus melalui jalan2 denai yang aku lalui tadi. Dan apabila berbola api ternampak ku sedang memerhatinya, ia berpatah balik lalu berhenti di batang pokok pisang berdekatan ku dan terus hilang lenyap hanya tinggal menjadi kepulan asap.
Aku lega. Tiada apa2 yang terjadi padaku. Aku masih berfikiran positif, cuaca panas, siang2 hari mana ada hantu. Jelasku sambil tangan memegang menyapu dada untuk menyedapkan hatiku berdebar2 kencang. Tiba meremang naik satu badan apabila aku terdengar bunyi sayup2 mengilai.. dia punya gelak..hihhihiiii~~
Sebenarnya, aku sudah lama lihat Kak Ponti muncul berdekatan pokok pisang cuma kurang jelas pernampakkannya. Mungkin cuaca terang ia dilihat seolah2 bayangan dan yang aku pelik segala Kak Ponti cakap semua jelas ditelingaku. Aku selamba selup kocek seluarku keluarkan lighter lalu terus duduk cangkung untuk membakar sampah. Api lighter aku petik menyala, masa aku cucuh api menghala daun2 kering. Api terpadam, ada bunyi orang sedang hembusan..fuhhh! dihadapanku.
Aku tergamam. Terpikir di kepala, nak lari ke tak? Aku petik api lighter semula, masa api hidup di lighter mesti ada angin hembusan sampai api lighter terpadam. Banyak kali aku try petik tetap sama dihembus berdekatanku. Aku jadi marah lah. Aku geram aku cari kertas kecik aku bakar dari jauh dan berjaya jugak bawa api sampai ke longgok sampah. Tapi baru je api kertas naik membakar ke daun2 kering sampah, ada tangan putih muncul dihadapanku menepuk api terus padam.
Aku terperanjat lalu terduduk jatuh. Gelak sakan Kak Ponti mengejek ku. Ini kali pertama, aku berhadapan Kak ponti. Aku memang teruja tapi dia ini jenis cakap banyak dan suka mengilai. Seram..memang seram kalau kau tengok rupa dia pun sudah serabut. Lagi lah pandang lama2 buat semak mata je. Banyak kali dia seru2 panggil nama ku, aku tidak menyahut langsung membalas, buat2 tak nampak.
Ok sambung.. Aku kembali masuk ke belakang warung cari suratkhabar. Aku gumpal banyak2 kertas lalu bakar. Bila api marak aku terus berlari dan campak api ke atas longgokkan sampah. Kak Ponti berdiri atas api dia try tiup kuat2 menyebabkan api lagi marak lalu membakar daun2 kering di sampah dengan sekali Kak Ponti, sapa suruh kau berdiri diatas api..kan sudah kepanasan dan terbakar. Dia menjerit2 terlolong kesakitan lalu hilang.
Api padam dan aku lihat Kak Ponti tadi ketawakan ku. Aku dengar dia cakap, dia dari unsur api takkan boleh bakar dirinya. Aku mengemas cepat2 dan capai cangkul, sabit, penyapu, pencakar yang merata2 tempat disatukan dalam gengaman tanganku.
Masa aku mengemas, ada seketul batu kecil melayang dihadapanku. Aku terkejut lah dan aku lihat Kak Ponti sedang baling batu kearahku. Aku tak layan. Tiba2 batu besar segenggam tangan terebang hampir2 mengenai kepalaku, mujur aku tunduk kepala dan sasaran tidak mengenai tepat. Agak2 lah batu besar kot kau baling. Entah berapa banyak batu yang dibaling ke arahku semua aku buat tak reti je.
Aku sedar jugak kenapa Kak Ponti tak pergi ke arah ku, rupanya halaman depan rumah nenek aku sudah dipagari. Kak Ponti try bergerak ke depan je mesti terhalang seolah2 ada dinding ghaib. Kali ini batu dibaling tepat mengenai pengelangan kaki kiriku. Aku menjerit mengelupur menahan kesakitan sehingga berdenyut2 perit di kaki untuk berdiri. Aku naik angin mengila. Aku sudah tidak dapat mengawal amarahku. Aku capai beberapa ketul batu lalu aku baling tepat mengenai sasaran ke kain putih Kak Ponti.
“Tupp.!” padu. Tapi tak tembus kain Kak Ponti pakai. Dia kesakitan dan marah menyeringa. Eh! Tak tembus.. aku selamber baling kali kedua tapi tetap tidak tembus kain. Biar betol.! Ini bukan cubaan..ini betol2 hantu. Gulp.!!
” Padam muka, kenapa kau ganggu aku ” Aku nada marah tapi mengeletar satu badan.
” Aku panggil Kau, Oh! Rupanya kau dapat melihatku ” Kak Ponti berwajah bengis mata merah.
“Aku tak hinggin melihat kau, muka hodoh, rambut serabut, baju putih kotor..” Aku mengejek .
” Berani kau hina aku wahai manusia jijik, Kau tunggu, bagi aku masa 5 minit..aku buktikan..” Tangan Kak Ponti dirapatkan, mulut terkumit2 membaca mentera dan memuja syaitan dalam bahasa aku tidak fahami.
Aku tutup telinga sambil berzikir kuat dalam hati.
Akhirnya berhenti jugak ‘telepathy’ suara dari mulut Kak Ponti.
“Lari2 cepatt..! ” Ada suara lain pula yang hadir ditelingaku seperti suara yang aku kenal mula2 menegur ku.
” Kau masuk..!! Aku nak cakap dengan kau..” Aku cuba memanggilnya untuk berbicara sedangkan ini pertama kali aku berbuat demikian.
Tiada respond. Masa aku ingin melangkah pergi..
” Kau memanggil ku wahai manusia” ada suara menyahut. Gembira aku tak terkata.
“Kenapa kawan kau ganggu aku ” Aku menunjukkan jari ke arah Kak Ponti.
“Kau jangan sesekali samakan diriku dengan makhluk terkutuk itu, Ya aku bangsa jin bermaruah tapi lebih kepada manusia..unsur2 tanah seperti kau, kami beragama islam. Dia (Kak Ponti) jin unsur2 api yang sangat ganas dan tidak mempunyai hati perut musuh kami.”
Aku ringkaskan. Dia ini bunian lelaki dan tinggal di kawasan sini, dia dari awal2 lagi dapat hidu aura yang negetif sangat kuat muncul di kawasannya dan cuba membantu aku untuk lari dari berhadapan Kak Ponti sebab dia pun jin islam tapi Kak Ponti ini aura jahat dia terlalu kuat, dia tak boleh tolong disebabkan alam bunian kehidupan terikat, ada ketua kampung dan raja. Lepas itu bunian memang tidak boleh menjelma rupa di hadapanku sebab dia takut melanggar peraturan2 yang telah ditetapkan oleh ketua kampung disini dan boleh kena hukuman. Lagipun, dia ada anak isteri, dia takut sebab Kak Ponti ini kuat berdendam nanti segala keturunannya akan dibunuh.
“Aku tidak mempuyai masa yang tinggal sekiranya ia telah berubah wajah menjadi manusia, kau di dalam bahaya wahai anak muda. Ingat pesananku, terus lah berjalan pulang, jangan sesekali berpaling kau menoleh belakang..bila dia memaanggil2 nama mu” Pesanan bunian tersebut.
Aku sempat usya Kak Ponti yang telah tiba2 berubah dalam bentuk wajah seperti perempuan cantik. Dia masih lagi di situ yang sedang meraba2 wajah, pakaian tanpa mempedulikan orang sekelilinginya.
Aku melangkah pergi, tiba2 namaku diseru.
” Sayang mari lahh..!!” Aku tidak menghiraukan.
“Abangg! ” ( tiru sebijik macam suara kakakku ).
“Abangg!” (tiru sebijik macam suara emakku ).
Dalam hatiku kata, Kakakku dan emakku sejak bila dibelakangiku dan berani dok bermain di semak, diorangkan penakut, hahaha next.
“Abangg! Hoii! Abangg! Hish! Bertuah punya cucub aku panggil tidak dijawabnya! ( tiru sebijik macam suara nenekku ). Kalau Nenek aku logik lah sebab aku ada terserempak nenek aku dibelakang rumah awal2 tadi. “Ye!! Nekk…” Aku berpaling ke belakang.
Ah! Sudah..mana nenekku..aku pandang disekeliling mencari kelibat nenekku. Tapi malang tiada, aku telah masuk jerat tipu muslihat Kak Ponti. Takk guna kau..setan!
Dia gelak ketawa menari2 lagi jauh..tiba2 segala barang2 yang ada ditanganku, semua aku campak. Aku dengan sendiri melangkah terus ke hadapan Kak Ponti.
“Kenapa dengan aku seolah2 aku tidak dapat mengawal diriku sendiri..kau buat apa denganku hah? ” Aku kehairanan kaki dan badanku seolah2 dikunci dan terus berjalan melangkah sendiri.
“Kau telah aku pukau dengan salah satu kemahiran ku. Kau akan jadi milik ku. Sekarang aku suda cantik.. Mahu kah kau berkahwin denganku? ” Suara penuh menggoda dengan lenggang lengguk badan dalam tarian lembut gemalai.
Aku berdiri dalam dua langkah jarak kami dan Kak Ponti yang masih berdiri tegak di pokok pisang. Kali ini ia dilihat tiada langsung menyeramkan dari asalnya, berubah penuh menjadi perempuan yang cantik2, memakai pakaian tarian tradisional berwarna hijau dan kain selendang kuning. Cuma bila tengok muka putih adalah umur dalam lingkungan 20an.
Tipu lah kalau aku yang lelaki tidak mengoda, memang cantik, boleh goyang iman kalau lah ia manusia sebenar..tapi dia bukan test2 aku.hahaha..
Tapi aku lagi muda 13 tahun, aderr gila nak kahwin Kak Ponti, naik hantu mak aku.. Antara hantu dengan mak aku..aku lagi takut mak aku punya penangan..kata2 bebelan boleh menyebabkan benanah telinga dengar dengan sumpahan anak derhaka…coiii..!!
” Cerita lah kau asal dari mana, Bila kau mati.. dan kenapa kau tiba2 di sini? ” Aku ingin tahu.
Cerita dari Kak Ponti, tuan dia asalnya dayang2 istana yang bekerja di istana raja dahulu dan telah mati kena bunuh dek raja pasal tuan dia kena fitnah lalu dijatuhi hukuman bunuh. Selepas tuan dia mati, dia tinggal dekat pohon kemboja di kawasan sini tapi dekat 100 tahun dia kena tangkap si bomoh lalu tuan yang membelanya, menyuruh dia untuk menyakiti orang tua dirumah itu ( nenek dan atukku) tapi apabila dia melintas untuk pergi, ternampak ku lalu berasa tergoda sebab sudah lama kesunyian.
“Kau balik lah ke tempat asalmu, jangan berani kacau aku. Kau jin, aku manusia hubungan kita tidak akan ke mana2” Aku nada tegas. Aku memang tidak suka berbicara dengan Kak Ponti. Aku cakap A dia balas B. Ibarat lidah bercabang, mudah marah2.. Dia ingat aku termakan pujuk rayuannya.. Kau tetap setan.
Aku cuba azan tapi suaraku tersekat2 di leherku telah dicekik kuat..rupa2 nya kelakuan ku tadi telah berjaya dihidunya. Dia berwajah begis, mata berubah berwarna merah. Aku tetap terus mencuba azan..
‘Allahuakbar’.. Laungan Azan bergema menandakan telah masuk waktu solat Asar dari corong2 speaker surau berdekatan. Terlolong2 Kak Ponti suara yang menahan jeritan teramat sakit bagi nya lalu hilang dari pandanganku. Aku mengemas dan berlalu pulang. Bila aku tiba dihalaman rumah, mak aku mendapatiku dahulu lalu meneguriku.
“Abang, cakap dengan siapa? Mak tengok kau lama berdiri sana, bercakap sorang2 dekat pokok pisang tu..bagitau emak kau jumpa siapa? ” Emak aku dari tadi mengintai dari hadapan rumah rupanya.
“Oh! Dengan nenek, ada dekat tepi belakang rumah tu” Aku seboleh2 cuba rahsia dari pengetahuan emak.
“Tu nenek tengah ambik kelapa, jangan tipu emakk” elok pulak nenek aku memandang kami berdua dan senyum kearah kami sedang memegang buah kelapa.
“Alamak..kantoii, Nanti abang cerita mak..” Aku tersengih2 dan tergelak sakan sambil aku memandang sekelilingku terus aku simpan barang2 seperti penyapu, penyakar, sabit, cangkul di stor lalu aku terus masuk rumah untuk mandi.
-TAMAT-
09. MULUT JANGAN CABUL
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400009
TAJUK CERITA : MULUT JANGAN CABUL
KARYA : MELATI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Nama aku Arish (perempuan) bukan nama sebenar. Aku nak ceritakan kisah aku alami sendiri masa zaman bujang aku dgn adik beradik aku seramai 7 org termasuk aku.
Cerita nya terjadi pada tahun 2012 lagi setahun aku nak kahwin, tahun last raya sebagai single la katenye. Masa tu hari raya pertama (malam). Memang dari aku kecik sampai la aku besar mmg tiap tahun raya parents aku akn bergilir2 sebab nya bukan jauh pon kampung kami. KL dan N9. Jadi utk tahun tu kami balik ke N9 (rembau most wanted yall).Di sebabkan masa tu abg2 masing2 dah ada kereta jadi terkejal la semua nak balik naik kete, tapi ibu aku bising die kata ‘jgn nak mengada naik satu kete je?!!’ (terngiang lg jeritan merdu dia tu) aku ada 4 org abg, seorang kakak, dan seorang adik (yang atas semua abg2, 3 ke bawah semua perempuan).Tp malangnya abg sulong aku tak dpt balik at that time, die baru kahwin maka dia balik belah bini nye di Kelantan.Papa dan ibu serta adik bongsu kami dah pulang awal dari kami sebab ibu nak tlg wan(nenek) masak2 utk tetamu nanti.
Kami?? Ohh hero dgn heroin memang selalu sampai lambat. Jadi kami lepas dok menggatal pg uma tunang masing2, malam tu baru la kami gerak naik satu kereta dengan angah, angah aku die ada Alza so kami berlima sumbat satu Alza. Jadi malam tu dalam pukul 11.30 malam kami bertolak sebab dok terkenangkan perjalanan Cuma 1jam 45 mnit,lgpon kami dah deal dgn sepupu2 kami jgn tidur lg sebab nak main mercun das. Macam budak2 kan? padahal umor masig2 da besar gajah, tp time ni je laa berkumpul sepupu sepapat bila lagi nak throwback main mercun macam zaman kecik2 dlu ye tak?
Bermulanya kami bertolak pukul 11.30 malam, ibu call Angah selaku driver kami pada malam tu:
Ibu: Angah, jgn bawak kereta laju2. Kalau mengantuk berhenti dulu tak pon tukar dgn adik2. Lepas tu jgn lupa rendang dalam peti ais. Kucing jgn lupa bg mkn. Gas kt dapur tu cek dlu cabut kepala gas tu. Ckp kt arish (aku la tu) jgn tak bawak tudung satgi org mengata dah besar Panjang tak reti nak pakai tudung. Korang jgn nak beli rokok murah rokok murah membahayakan kesihatan bla bla blaaaa…
Angah aku hanya mengangguk dan ckp ‘baik bu’ selepas aku tgok cair jugak telinga dia sebab ibu cakap tak berhenti ada lah dlm 15 minit sebelum kami gerak. Lepas letak telephone abg aku yg no 4 selaku ustaz moden dlm keluarga kami baca doa naik kenderaan dan kami pon bertolak….
Selama satu jam perjalanan kami mmg takde masalah, seronok nyaman mmg takde jem and kami hanya berhenti sekali je utk beli kudapan dgn buang air kecil, tapi tu la org tua kata hari ta selalunye indah apabila kami masuk ke simpang pedas/linggi..
Di sebabkan kami singgah agak lama utk buang air dan menunggu abg2 aku merokok hilang kan mengantuk tadi, jadi kami smpai kat smpang pedas/linggi dalam pukul 1 pagi.. Masa tu senyap sunyi kereta mmg takde, ada pon sebijik dua. Aku memang sejenis manusia yang akn duduk tengah2 dan kene ada org apit aku kiri dan kanan. Aku pon ckp kat abg aku yg tgah drive ‘Ngah macam tak raya je orang sini, raya2 gini tidur awal’. Lepas tu abg aku no 3 pon balas die kata ‘eh ko ni diorang tu penat layan tetamu bukan mcm kau, makan tidur makan tidur’ aku pon memblas dgn geram ‘sama la mcm kau sbb tu badan kau mcm tong’ sambil menjeling ke arah signboard di luar kereta.
Tibe2 mata aku tertangkap sesuatu dekat bawah signboard, seperti ada org dekat sebelah signboard tu. Terapung2 aku mengecil kan mata utk confirmkan apa yang aku tgah perhatikan. SAH!!! Mmg SAHH!! POCONG!! Masa tu aku terus ckp ‘Allahuakbar… Allahuakbar….’ Aku terus bersandar ke belakang dr menjenguk.Lantas kakak aku ckp ‘len kali jgn gatal nak tgok, rase tak pasti duduk je diam2’ rupenye kakak aku dah nampak dlu. Kakak aku ni mmg terkenal dgn berani and sgt tenang ye orgnye, solat pon tak pernah tinggal. Jadi aku ase lega bila die agak tenang. Die minta aku baca apa2 yang patut dan niat semoga kami smpai ke destinasi dgn selamat.
Abg2 aku diam mulut terkunci and lepas beberapa minit macam biasa la kan aku cakap kami ni mmg terkejal, kami semua gelak dan berlawak pasal kejadian tadi kecuali kakak aku mulutnye terkumat kami mengaji perlahan. Yela ramai2 berani la kan gelak sakan la kelakar la kononnye sekali kami dgr bunyi ‘BEDEBUB!!” semua terdiam. Kakak aku berdehem die kata ‘korang ni kan dah tua2 pon bodoh aku da ckp mulut jgn celupar, ni sape na jawab benda atas kete ni?’ aku pon pelik pandang dia, dia tau ke ape benda kat atas bumbung kete ni. Kakak aku pon amik kepala aku pastu die tunjuk kt sisi kereta depan. SUBHANALLAH aku Nampak kain mernggerbang2 kat atas bumbung kereta kami. Tapi ape makhluknya kami tak tau. Aku cepat2 sandar balik. Muka berpeluh. Aku genggam tgn kakak aku. Aku jadi kecut perut. Abg2 aku pula senyap mungkin menyesal sbb buat lawak td.
Dan selepas tu Angah aku tibe2 brek mengejut! SKREETTT!!!!! Kami semua panic!. Kakak aku suruh aku bersabar. Kakak aku tanya ‘ngah kenapa?’ angah aku diam die Cuma muncungkan mulut and tunjuk di depan kereta. Dalam cahaya samar2 yang ada cahaya kereta abg aku je, kami Nampak susuk prempuan berbaju lusuh penuh tanah, rambut nya panjang tgnnye memegang sesuatu seperti tgah kendong bayi, wajahnya mmg kami tak nampak sebab rambut menutupi muka. Perlahan2 die pg ke arah belah kiri, terapung2 smbil tgnnye seolah2 mendodoikan seseorang. Abg aku yg no 3 duduk di sebelah pemandu dah tak senang duduk. Die mengangkat kakinye nak duduk dekat tmpat driver lalu angah aku tepis kaki dia plus dapat pekej tunjal kepala lg dan ckp ‘ko nak duduk sini abis aku nak duduk mane?!!!’ abg aku kembali ke tmpat duduk dia pastu dia tunduk je. Ta berani sbb makhluk tu semakin hampir dekat sebelah dia. Kami semua minta angah jalan sahaja memandang ‘si polan’ tu dah beralih ke tepi jln. Berdesup angah aku tekan minyak kereta.
Kali ini kami diam tak berani nak berlawak sbb bulu roma masing masih berdiri, masih trauma. Dan kakak aku suruh Angah bukak CD surah al Baqarah. Lalu angah aku jawab ‘CD surah2 takde’ kakak aku bertarbiah dan membebel ‘tu kat dlm tu punye byk CD, CD al quran takde ko biar btol??’ yang buat kakak aku berangin lagu2 jiwang boleh download and transfer dekat CD ayat al quran takde bila jadi mcmni nak kata ada isi dlm diri masing2 masih longgar. ceramah kakak aku. Kami semua terdiam sbb apa yg di ckp oleh kakak aku tu semuanya btul. Lalu kakak aku bukak youtube dan pasang ayat2 al – quran. Abg aku selaku ustaz moden, walaupon kami gelar die ustaz tp masa gangguan tadi dia la org paling kuat menggeletar dari aku. Dia bersuara ‘ bukan jalan ni dah jalan ke tadi??’ sememang nya malam tu terasa panjang sgt perjalanan kami.
Aku pon turut hairan, jam menunjukkan pukul 2.40 pg eh lama btol kami di jalan raya benakku. Kemudian tepon abg aku yg no 3 berdering, di skrin telefon terpampang no ibu aku. Abg aku pon angkat, baru bg nak bg salam ‘assala…. KORANG KAT MANE?!! DAH PUKUL BERAPA NI TAKAN BEREJAM TAK SAMPAI2 LAGI KORANG PG MANE NAK IBU TUNGGU SMPAI PUKUL BAPE? SEPUPU KAMU SEMUA DAH NAIK TIDUR TUNGGU TAK SAMPAI2 MELENCONG KE MANE CUBE CKP!!’. Hamek berdas2 kene tak sempat dah bg salam. Kene sembur dlu dgn ibu. Apa yg mampu abg aku bohong kpd ibu ialah kami terlepas simpang ke Johor. Lalu ibu pon reda sikit marahnye dan mintak kami berhati2 sebab kata dia selagi kami tak sampai hati dia tak sedap. Instinct seorang ibu mmg selalu tepat. Ye anak2 nye dalam ketakutan tp demi taknak risau kan ibu kami berlakon biasa.
Sampai setengah jam kami berpusing, angah aku dah give up sbb jalan yang sama juga. Die kata macamane ni dah penat drive minyak pon tinggal dua bar. Kang terkandas kat sini naya kita kata angah. Tibe2 kami Nampak ada lampu motor kua dari perkarangan rumah dekat tepi jalan. Aku dah siap2 peluk kakak aku, hantu ape pulak nak keluar ni… Tapi rupenye ada seorang pakcik die menghampiri kereta kami dan mengetuk cermin kereta bahagian driver.
Pakcik: Assalamualaikum, apo di buek pusing2 ni dari tadi? Baru belajar bawak keto?.
Angah: waalaikumslam pakcik, maaf pakcik kami nak balik kg, kami dah slalu dah guna jalan ni tapi tak tau la kenapa harini pusing2 kua jalan yg sama je. Ngeluh angah yg dah penat memandu dr td.
Pakcik: ado yang ngikut ni, torondap2 tapo meh pakcik tolong, pakcik nak solat taubat td. Lopeh tu donga bunyi keto pakcik tengok dr tingkap pakcik (sambil muncungkan ke tingkap umah yang hanya beberapa kaki dr kereta kami) keto ko ni berpusing yo tak gorak2 dari bulatan. Tu pakcik dtg.
Kami semua terdiam seribu bahasa. Muka kami keletihan sebab terlalu lama duduk dlm kete.
Pakcik td pon pg tengah jalan dia laungkan azan MasyaAllah merdu btol. Lepas tu tgn die hempas ke tanah. Kemudian die pusing balik ke kereta kami. Lepas tu pakcik tu die kata ‘ Dah pg jalan ingt niat poei dan balik krn Allah, jgn la suko2 sgt ari ghayo ni nak oii boringat sikit. ‘ InshaAllah takdo papo, nnti da smpai umah kem slaam mak ayah’.
Kami pon mengucap kan terima kasih dn minta izin nak balik, aku pon sempat mengerling ke belakang pakcik tu masuk balik ke perkarangan rumah dia. Aku Cuma mampu berdoa Allah dpt balas jasa pakcik tu terhadap apa yang die dah bantu kami.
Selepas 10 minit perjalanan kami semua bersyukur kerana simpang ke kg wan(nenek) kami dah nampak, masa tu aku rasa mcm nak menangis sgt2. Sebab aku nampak pintu depan kampung halaman kami terang berderang menandakan parents aku tak tidur lagi. Kami pon hon dan abg aku si ustaz moden turun kereta bukak kan gate (ceh kat sini berani eh). Ibu aku pon nampak senyum lapang hati dia Nampak anak2 dia dah smpai. Sepupu aku semua dah bantai tidur, yang tinggal pakcik2 aku dok main daun terup (main suka2 takde istilah judi).
Jadi itu lah pengalaman kami adik beradik yang paling tak dpt kami lupakan sampai sekarang. Sekarang semua dah kawen. Tinggal adik aku yg bongsu je belum tu pon dah menggeletis nak ber boifren. Pengalaman hari raya yang paling tak dpt kami adik beradik lupakan memberi pengajaran kepada kami supaya mantapkan ilmu agama di dada. Dan jaga adab di dunia milik Allah dan hormati makhluk yg lainnye. Paling penting mulut jgn cabuiii (bak kata ora utara)
-TAMAT-
10. POKOK ARA BERPENGHUNI
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400010
TAJUK CERITA : POKOK ARA BERPENGHUNI
KARYA : NURUL ZARINA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Cerita ini sering ku dengar Dari umur 8 tahun lagi. Arwah nenek ku suka bercerita kisah lama dan cerita seram. Dulunya kampung kami rumah terlalu jauh jaraknya. Dibelakang rumah kami ada sepohon pokok ara. Tengok pun memang nampak seram.
Cerita bermula, masa bapa ku pulang dari kerja larut malam, basikalnya terasa berat bila di kayuh, bagai adan sesuatu yang menumpang. Pada masa tu ibu sedang sarat hamil 8 bulan. Bapa pulang bermandikan peluh, sebaik sampai depan rumah, basikal terasa ringan. Bapa berasa amat pelik sebab tayar basikal tidak pancit tetapi bila mengayuh terlalu berat.
Angin sejuk berlalu, seram sejuk bapa rasakan. Bertalu-talu bapa ketukkan pintu, kebetulan arwah nenek pula bangun sebab nak ke tandas, maka neneklah yang membuka pintu. Bapa terus masuk dan segera menyimpan barang peralatan kerjanya di atas meja dan mengambil tuala untuk mandi.
Ketika itu suara anjing mendayu- dayu. Rumah bagaikan di goncang, dinding rumah bagai dicakar. Atap rumah pula bagai ditikam batu. Sesudah mandi bapa terus masuk ke dalam bilik.
Ibu menegur dari dalam kelambu “sayang, siapa sebelah sayang…lirik mata ibu melihat dengan cahaya api pelita.”
Bapa kerunsingan dan meremang bulu. Dengan tiba- tiba api pelita terpadam dan rumah pula sekali lagi bergoyang, terdengar hilaian ketawa mengilai- gilai terbang mengelilingi rumah dan mujurlah masa tu kami tidur dengan nyenyak.
Bapa dan ibu tidak dapat melelapkan mata sebab bunyi hilaian itu semakin kuat, khuatir kami akan terbangun. Nenek bangun dengan lantas menabur garam disekeliling rumah, entah apa yang arwah bacakan sehingga hilaian ketawa itu perlahan- lahan menjauh.
Keesokkan harinya bapa tidak turun kerja kerna ibu mengalami pendarahan. Ketika itu kampung kami hanya mengharapkan bidan kampung untuk menyambut kelahiran. Kerana ketika itu juga orang kampung masih lagi mempercayai kepercayaan adat lama.
Bapa membawa bidan kampung untuk melihat ibu dan kandungan nya. Nasib tidak terlambat, bidan mengatakan penghuni pokok ara “meminta” penggeras untuk tidak menggangu bayi yang dalam kandungan ibu. Bapa segerakan pemujaan bersama-sama orang tua dikampung. Arwah nenek pula membantu menjaga ibu yang lemah ketika itu.
Hari menjelang hari dan masa untuk ibu melahirkan semakin dekat. Syukurlah ibu selamat melahirkan adik perempuan kami yang kelima.
Tiba-tiba kampung kami dikejutkan dengan kedatangan sepasang suami isteri dari kampung seberang. Kedatangan mereka adalah untuk memohon dengan ketua kampung bagi mendirikan sebuah pondok untuk menginap sementara kerana katanya mereka jenis menggembara. Kebetulan masa tu sebelah rumah kami ada tanah kosong.
Ketua kampung bersetuju dengan permintaan mereka tinggal di kampung kami. Seandainya mereka tidak takut untuk tinggal di situ kerana pokok ara sememangnya kami sekampung ketahui tidak menyukai orang luar bertapak di kawasan nya. Suami isteri tersebut tersenyum dan menggangguk tanda setuju.
Pondok didirikan dengan begitu lancar bapa bertambah kehairanan kerana ketika bapa mendirikan rumah kami banyak perkara yang berlaku. Tapi tidak pula berlaku apa-apa kejadian atau gangguan terhadap sepasang suami isteri itu.
Menjelang malam, kedengaran sepasang suami isteri itu mengaji al Quran. Teriakan disambut teriakan, hilaian yang menggerunkan kedengaran dari pokok ara. Bagaikan sengit pertarungan, atap rumah kami berterbangan disebabkan gangguan tersebut. Tiba-tiba tidak lama kemudian tiada lagi kedengaran bunyi-bunyi tersebut.
Arwah nenek melatah kerna terkejut pintu rumah diketuk. Bapa beranikan diri untuk membuka pintu. Rupa-rupanya suami isteri itu yang datang ke rumah. Mereka menyampaikan pesanan agar seeloknya pokok ara itu ditebang dan suami isteri itu akan turut membantu sepanjang proses itu nanti.
Orang kampung bersepakat untuk menumbangkan pokok ara tersebut kerana rata-rata penduduk kampung juga turut berasa ketakutan kerana diganggu ketenteraman. Hari dinantikan telah tiba…orang- orang kampung telah berkumpul. Tiba-tiba, perkara pelik juga terjadi. Belum sempat pokok ara itu ditebang, Tanah runtuh mengelungsur menarik pokok ara itu dan terus ditelan sungai .
Suami isteri itu memaklumkan bahawa penghuni pokok ara itu telah ” membawa” balik rumah nya ke alam mereka.
Semenjak itu, kami sekampung mahupun kami yang duduk berhampiran bekas pokok ara itu tenang tidak diganggu lagi, manakala sepasang suami isteri itu berlalu pergi tanpa kami sedari.
Sekian cerita ringkas daripada aku..
-TAMAT-
11. SENGKAK
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400011
TAJUK CERITA : SENGKAK
KARYA : CIK ZAF
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Kisah ni berlaku 2 tahun lepas, masa aku nak balik kampung. Pada hari tu, aku dan mak aku bercadang untuk balik ke kampung pada pagi esoknya. Tapi tidak jadi sebab, ye la sebelum balik tu, kemas rumah dulu sambil-sambil tu masak untuk ayah aku. Nak jadi kan cerita sampai lah tengah hari.. Lepas solat zohor kami gerak.
Masa dalam perjalanan tu, memang aku dan mak aku diam je. Aku adalah rasa pelik sikit. Dan, jenis mak aku kalau jalan jauh dia akan standby zikir sambil tasbih kat tangan. So aku takda la rasa janggal sangat bila tengok mak aku macam tu.
Mak aku bahasakan aku ‘anak´. Lepas beberapa minit tu mak aku buka mulut ” anak apa kata kita singgah rumah mak tam? kot-kot dia nak balik sekali”. Mak tam ni adik mak aku. Aku pun setuju je la, sebab rumahnya pun sekali jalan nak menghala ke kampung.
Dah sampai rumah mak tam aku, kami borak-borak, rehat jab. mak aku bagi tau yang mak tam pun nak balik kampung sekali. Mak tam ni ada 3 orang anak, semua lelaki, dua kembar. Kami cadang nak gerak sebelum maghrib, tapi disebabkan suami mak tam lambat balik, so kitaorg tunggu lah.
Ok. Sebelum gerak tu, anak mak tam yang first dgn sorang kembar ni naik kereta aku. Disebabkan barang penuh kat seat belakang, si abang je la yang boleh duduk. Si adiknya duduk atas riba mak aku. Sebelum gerak, mak tam pesan kat aku hati-hati bawak. Kereta mak tam jalan dulu, sebab aku tak tau jalan keluar rumah dia nak hala kampung.
Tinggal lagi berapa minit je nak sampai kampung. Tak jauh pun dah. Tiba-tiba, tengah khusyuk aku memandu ni, kereta aku terlanggar sesuatu. Dia punya henjutan kereta tu umpama terlanggar bonggol tinggi. Yang peliknya aku focus kot kat jalan sambil tengok kereta mak tam aku kat depan tu. Tengok kereta mak tam biasa je. Takda pulak terhenjut ke. Sempat lagi aku fikir tu.
Lepas tu baru aku tersedar. Aku fikir balik, aku toleh mak aku kat sebelah, ” umi, apa benda tu?” eee.. aku yang taip ni pun rasa seram lagi. Mak aku kat sebelah dah mengucap dah, aku dengan jantung bagai nak gugur. Ok, kami cool down dulu. Dah lepas deretan kedai tu, kami berhenti tepi jalan, sebab mak aku suruh tunggu mak tam singgah kedai.
Mak aku punya tak sedap hati tu, sampai dah nak sampai tu pon masih lagi rasa was-was.
Sementara menunggu tu, aku cakap la dengan mak aku “umi nampak sesuatu tadi?”aku tanya. “entah, nampak macam kayu putih” mak aku jawap. “akak nampak rupa dia, akak nampak seluruh tubuh dia sampai hujung jalan”. “apa dia?” tanya mak aku. “POCONG” jawab aku. Mak aku istifar banyak-banyak, sambil tengok-tengok anak mak tam. “Ni macam sengkak ni anak, mesti ada yang tak kena kat kampung tu”. Lagi la aku tak keruan dengar macam tu. Dengan suasana malam gelap tu.. Sampai sekarang aku masih ingat lagi, bentuk, rupa, ikatan dia. Allahu.
Atok lelaki aku (ayah mak) ada bela saka. Semenjak berapa bulan ni dia asyik sakit, nyanyuk semua. Pada malam tu kisahnya, adik-adik mak aku yang lainnya bercadang untuk berubat dengan darul syifa’.
Kebetulan ustaz tu buat di masjid terdekat. kiranya, atok aku ni tak tau lah yang anak-anak dia nak bawak dia buang saka tu. So dia ikut lah. Sebahagian adik beradik mak aku ikut pergi berubat, sebahagian tinggal di rumah.
Selepas diorang balik, masing dok bercerita dengan nangisnya. Aku ni tercengang la dengar diorang cerita. Yang aku faham, ustaz yang diorang bawa tu yang power punya, means yang boleh buang saka kebal-kebal ni.
Alhamdulillah, rezeki atok aku meninggal bulan puasa. Kita tak tau walaupn dia melakukan syirik, tapi mungkin ada amalan dia yang Allah angkat. Yang aku puji Atok aku ni, hingga akhir hayat ayat hafazan al-quran dia tak lupa, walaupun masa tu dia dah nyanyuk.
itu je la, daripada aku. Ada banyak lagi pengalaman aku dengan dunia mistik ni. Kalau cerita aku yang ni ok, aku akan cerita lagi yang lain..
-TAMAT-
12. PETUNJUK
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400012
TAJUK CERITA : PETUNJUK
KARYA : CIK SRI PAGI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Aku menarik nafas. Mengenang diri yang tiba-tiba sahaja diburu. ‘Untuk apa?’ Aku tertanya sendiri. Dari tempat persembunyian kami, kuintai cemas ke luar sana. Kelihatan pemburu-pemburu kami berkeliaran di sana-sini. Nafas kuhela. Wajah kuraup. Semuanya tiba-tiba. Tiba-tiba aku bagaikan binatang buruan. Seolah diriku teramat penting buat kelompok mereka. Kelompok pemburu itu.
Siapakah mereka? Bertopeng besi menutupi wajah. Dengan tombak di tangan. Ke sana-sini mencari aku. Aku dan temanku. Kami berdua entah mengapa, tiba-tiba perlu melarikan diri dari mereka.
Aku memandang temanku. Dia juga tanpa suara, hanya menganggukkan kepalanya kepadaku. Tanda kami perlu beredar dari tempat persembunyian itu. Agar kami tidak terperangkap di ruangan itu. Jika mereka menyedari keberadaan kami di situ.
Sebaik sahaja pemburu-pemburu itu sudah agak jauh dari situ, perlahan ku atur langkah satu-persatu. Dituruti oleh temanku. Sebaik sahaja kami keluar dari tempat persembunyian itu, dengan pantasnya kami berlari meninggalkan perkampungan itu.
Perkampungan yang kelihatan mendamaikan dengan flora dan faunanya, tidak lagi mendamaikan buat kami berdua. Benarlah, apa yang terzahir di pandangan mata. Belum tentu ia sama dengan hakikat nyata. Rupanya ada yang terlindung di sana dari alam semesta.
Tanpa henti kami berlari dan berlari menuju entah kemana. Tidak kami peduli lagi arah dan tujuan asalkan kami dapat melepaskan diri dari mereka. Mereka juga terus mengejar dan mengejar tanpa mempeduli ke mana kami pergi asalkan mereka dapat menangkap dan membawa kami pulang ke perkampungan mereka.
Penat berlari, kami terhenti. Melepaskan penat dan lelah sementara mereka tidak kelihatan di depan mata. Namun tidak lama, apabila temanku mula memberi isyarat agar kami beredar dari situ. Memandangkan mereka tidak kelihatan di mana-mana membuatkan kami tidak lagi berlari. Tetapi yang pasti, kami perlu segera beredar jauh dari situ.
Perbualan, memang tidak dapat kami lakukan. Memandangkan kami perlu berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan. Pergerakan, kami juga perlu berhati-hati. Untuk mengelak diri dari diperhati.
Di dalam kegelapan malam kami bergerak pantas. Berhenti di balik pohon sebentar, memerhati dan bergerak semula. Ada masanya kami harungi semak yang tebal. Meninggi lalang-lalangnya. Semuanya kerana terpaksa. Siapa yang mahu menyerahkan nyawa. Buat dijadikan korban pemujaan syaitan.
Oh! Itulah yang aku fahami. Dari reaksi pemburu-pemburu itu. Kini baru aku tahu, kenapa aku terlalu diinginkan mereka. Tetapi temanku, siapakah pula dia? Langsung tidak kukenalinya. Sedangkan dia setia disampingku. Dari mana datangnya? Entahlah. Aku juga tidak tahu. Tiba-tiba sahaja dia telah ada disampingku.
Malam berganti siang. Setelah beberapa lama akhirnya kami tiba di pasar. Pasar yang bagaikan pasar-pasar lama dahulu. Kami berlagak biasa. Berjalan seperti pengunjung pasar yang lain. Sempat juga aku memerhati barang-barang jualan di pasar itu. Antik dan menarik perhatianku. Namun tidak sempat aku puas menatap barang-barang jualan di situ, tubuhku direntap oleh temanku untuk bersembunyi. Setelah berlindung di sebalik sebuah gerai di situ, barulah aku sedari bahawa pemburu-pemburu kami sudah tiba di pasar itu.
Dari tempat persembunyianku, kulihat pemburu-pemburu itu mundar-mandir di sana-sini. Topeng besi juga berbaju besi, seperti laskar di zaman silam, begitu menarik perhatianku. Ah! Aku memang sukakan pahlawan perang di zaman silam. Mereka begitu berani berjuang berhadapan, bertarung bermati-matian demi mempertahankan tanahair yang tercinta. Tidak seperti ‘pahlawan’ di zaman ini. Yang bertarung dari jarak yang jauh sahaja.
Aku hampir hanyut di dalam keasyikan apabila melihat mereka, bila tubuhku direntap lagi oleh temanku itu. Tanpa berlengah dia menolak aku ke dalam satu lubang di dinding yang letaknya di belakang gerai itu. Dinding yang sempat aku amati bagaikan tembok yang memanjang. Memanjang di sepanjang pasar itu. Dan di antara beberapa jarak di dinding, ada terlekat beberapa piring besar yang bagaikan payung kertas cina. Dan salah satu di antaranya adalah merupakan sebuah pintu rahsia.
Pintu rahsia itulah yang temanku telah menolak aku ke dalamnya. Bagaimana dia tahu mengenai pintu rahsia itu, aku pun tidak tahu. Dan tidak aku peduli lagi. Kerana yang penting sekarang ini, adalah keselamatan kami yang lebih utama.
Dikejar oleh segerombolan askar. Bagaikan askar Rom pula tu. Lari dari perkampungan melayu di pendalaman hingga tiba di pasar lama. Dan pasar yang entah bagaimana akhirnya bertukar menjadi pasar di China. Masuk ke dalam tembok besar dan berjalanlah pula di dalam gelap gelita. Apa kejadahnya?
Namun tiada terduga apabila langkah seterusnya membawa kami ke dalam istana. Sebaik sahaja keluar dari tembok itu terpampang jelas di hadapan mata sebuah istana yang teramat indahnya. Entah bagaimana kami termasuk pula ke dalam sekelompok manusia yang sedang berjalan menuju ke dalam istana.
Rupanya sekelompok manusia itu adalah segelintir rakyat marhaen yang telah diundang ke istana oleh Sultan. Kami di bawa menaiki lif ke sebuah tingkat teratas di dalam istana. Apabila kami melangkah keluar dari lif terpampanglah di hadapan mata seorang ustaz yang popular di kaca tv dan negara kita. Mengejutkan!! Nampaknya kami telah kembali ke negara sendiri.
Dengan ramahnya ustaz itu mempersilakan kami ke dalam. Dan setelah ku amati rupanya ruang di dalam itu adalah merupakan sebuah ruang di dalam masjid. Memang indahnya tempat itu tidak dapat diperkatakan. Kerana ia adalah masjid yang dibina khas di dalam istana. Kata ustaz itu, dia merupakan utusan sultan untuk membantu kami. Tetapi siapakah gerangannya Sultan itu yang sebenarnya tidak kami ketahui.
Tiba-tiba ustaz itu melakukan perkara yang tidak terduga. Entah kenapa dia mula menyapu permaidani di dalam masjid. Betul-betul di hadapan kami semua yang sedang duduk beramai-ramai di atas hamparan permaidani tebal itu. Sambil berkata-kata dia terus menyapu. Apakah yang disapunya?
Terlantun betul-betul di hadapanku akibat sapuannya itu beberapa objek yang bersinar dan berkilauan. Setelah ku amati dengan teliti ia adalah serpihan kaca dan juga berlian.
Berlian? Aku terkesima. Segera kukutip berlian dihadapanku itu. Lantas aku berikan kepada seseorang disampingku. Aku tidak kenali dia siapa, tetapi aku berikan berlian itu kepadanya kerana aku tahu dia orangnya susah.
Dan sewaktu aku mengutip sebutir berlian lagi selepas itu untuk kuberikan kepada yang lain pula, tiba-tiba kami diburu semula. Dan spontan adengan permulaan kami diburu sebelum itu berulang semula. Tiada lagi ustaz, masjid, berlian, istana dan juga sultan.
Di sebuah teratak… aku dan beberapa teman tergesa-gesa menuruni tangga buluh. Aku sarungkan selipar dan terus melarikan diri dari situ. Bersama teman-temanku yang tidak kukenali siapakah sebenarnya mereka. Dan yang kekal disampingku hanyalah pemuda tampan itu. Yang seringkali melindungiku di setiap masa.
Teratak usang beratapkan daun rumbia berlantaikan buluh itu segera kami tinggalkan. Dengan lelaki tua di dalamnya. Tidak berbaju. Malah berambut melepasi bahu dan terikat sesuatu di kepala. Jika tidak salah, kurasa ada lebih dari seorang.
Dari situ kami terus berlari dan berlari. Melarikan diri dari sekelompok manusia yang berhud hitam dan berjubah labuh. Yang berada tidak jauh dari teratak buluh itu. Tidak pula diperlihatkan wajah mereka kerana mereka sedang menunduk bagaikan sedang bertafakur. Namun aura kegelapan terpancar jelas dari mereka.
Dan jelas rasa hatiku, bahawa aku yang di mahu. Untuk mereka jadikan korban penyembahan mereka. Buat syaitan laknatullah.
Dan di saat itu. Mataku terbuka. Terjagaku dari lena. Dadaku berdegup kencang. Nafasku hampir terputus. Berjeda aku seketika. Kerana aku sendiri tidak pasti. Adakah ini mimpi atau realiti?
Setelah beberapa lama, aku istighfar sendiri. ‘Oh! Cuma mimpi’. Bisik hatiku kelmarin. Dan aku pun tersenyum. Bila terkenangkan pakwe hensem yang sering menjadi penyelamatku itu.
Tetapi bila aku terjaga dari tidur pagi semalam, aku mula dilanda resah. Nak tahu kenapa? Kerana aku bermimpi kisah yang sama, namun siri yang kedua pula.
Adakah mimpi bersiri ini hanya mainan cuma? Atau ia adalah sebuah petunjuk?
Petunjuk terhadap derita sihirku ini. Kerana hampir semua yang telah kulalui di dalam mimpi itu, sememangnya ada kena mengena dengan penderitaan sihir yang sedang aku tanggungi ini.
Kepada-MU Tuhan, sesungguhnya aku berserah diri.
Mimpi itu, aku tahu ia bukan sekadar mainan mimpi. Walaupun aku tidak dapat mengingatinya satu persatu, tetapi aku masih jelas dengan inti ceritanya. Cemas. Resah. Sama dan serupa sahaja.
Petunjuk? Kenapa aku katakan ia adalah petunjuk? Kerana sememangnya sudah beberapa kali sewaktu aku kesurupan, puaka di tubuhku sering melaung-laungkan mengenai sebuah perjanjian. Mengenai namaku yang telah diberikan oleh seseorang kepada dunia kegelapan untuk dijadikan korban. Korban perjanjian syirik.
Kata puaka-puaka itu kepada keluargaku, berikan sahaja rohku kepada mereka dan mereka akan berikan mayatku kepada keluargaku kemudiannya. Untuk urusan pengebumian. ‘Mudah bukan?’ kata mereka bersahaja tanpa perikemanusiaan. Bagaikan aku cuma haiwan. Bukan lagi manusia yang punya perasaan.
Malah aku sebenarnya sudah ‘diperlihatkan’. Di dalam jaga dan bukannya di dalam mimpi. Apakah yang akan mereka lakukan kepadaku setelah mereka dapat memilikiku.
Tubuhku dibaringkan di atas sebuah dupa. Dupa emas. Dupa yang memanjang itu bagaikan dibuat khas untuk meletakkan tubuhnya manusia. Terletak tinggi di atas. Di tepian dinding. Dan tubuh itu adalah tubuhku. Yang sudah longlai dan tidak sedarkan diri.
Dan di bawah sana jika aku tidak tersalah, telah berhimpun beramai-ramai sekelompok manusia yang berjubah labuh dan berhud menutup kepala. Sememangnya tidak dapat kulihat siapakah gerangannya mereka. Tetapi dapat aku fahami mereka bagaikan sebuah kumpulan. Kumpulan ajaran salah. Itu sahaja yang terlintas di hatiku di kala itu.
Tidak lama kemudian dengan bilahan pisau yang tajam, beberapa orang dari mereka mula mengerat kedua pangkal pahaku. Diikuti kedua pangkal lenganku. Kemudian dibelah pula perutku secara melintang. Dan akhirnya leherku pun dikelar sehingga putus. Darah memancut-mancut dari setiap keratan di tubuhku. Dan mereka..
Mereka mula menadahkan darahku yang sedang meleleh turun dari setiap sudut dupa. Sebelum setiap tadahan itu mereka campurkan di dalam satu cup emas yang besar. Kemudiannya entah bagaimana cup itu mula dihulurkan perlahan-lahan tinggi ‘ke atas’. Buat seseorang yang seakannya sedang bersemayam di atas takhta. Dan firasatku mengatakan ia adalah sang iblisi. Atau mungkin jua raja syaitan mereka.
Hanya sekadar itu aku diperlihatkan. Tidak aku ditunjukkan akan siapakah yang akan menyambut huluran cup emas yang penuh dengan darahku itu. Tetapi puaka-puaka telah mengatakan kepadaku, ‘dia’ adalah ‘yang di atas’.
Berkali puaka-puaka di tubuhku menegaskan kepada keluargaku, bahawa aku sudah diberikan kepada mereka oleh seseorang. Seseorang yang telah meletakkan namaku sebagai korban perjanjian syaitan. Sebagai sebuah pertukaran. Dia kan mendapat apa yang dihajatinya. Dan aku sebagai korbannya. Untuk terlaksana perkara syirik itu. Benarkah? Hanya Tuhan yang lebih tahu.
Ada seseorang yang telah terbuka hijabnya, pernah memberitahuku dengan penuh syahdu bagaimana dia telah melihat dalamanku bagaikan dimamah atau dikikis. Terima kasih tidak terhingga wahai sahabat.
Dan dia yang juga mampu merega sukma memberitahuku, bahawa dia telah ‘melihat’ aku dikurung di dalam sebuah gua yang tidak jauh dari laut. Gua yang gelap dan di dalamnya penuh dengan puaka. Di dinding gua itu pula tertampal penuh kertas-kertas mantera berwarna kuning dan merah. Dan aku..
Aku terikat di dalam sana dengan penuh lemah dan tiada berdaya. Hanya setelah beberapa lama kemudian, sebaik sahaja aku dimandikan oleh ibuku dengan memakai kain basahan bapaku, barulah dia melihat aku sudah tiada lagi di sana. Di sana di dalam gua puaka itu. Yang tinggal cuma sisa-sisa kertas merah kuning itu yang telah terbakar.
Aku mengucapkan syukur. Syukur kepada Tuhan. Dan berterima kasih kepada salah seorang sahabat fb yang rupanya adalah seorang perawat tanpa pengetahuanku. Dia juga memberitahuku, aku hanyalah mangsa kepada sebuah perjanjian. Bagaikan membenarkan kata-katanya puaka-puaka yang telah dipuja masuk ke dalam tubuhku sebelum itu.
Dia meminta ibuku memandikan aku selama tiga hari berturut. Syaratnya cuma perlu memakai kain basahan bapaku, dan ibuku hendaklah berniat agar mengambilku kembali daripada sesiapa yang telah menyatakan aku adalah miliknya.
Dan tahukah kamu? Bahawa sewaktu aku dijirus, kata ibuku telah keluar satu bau yang tersangat busuk dari tubuhku. Hingga hampir ibuku tidak tertahan membaunya. Tetapi terpaksa juga ibuku menghadapinya memandangkan dia perlu menghabiskan jirusannya.
Namun aku yang sedang mencangkung di hadapan ibu bagaikan anak kecil tidak pula terbau apa-apa. Cuma tubuhku sakit, lidahku meracau bahasa aneh dan diriku hampir tumbang.
Kisah ini, cuma beberapa bulan yang lalu. Sebelum episod denyut nadiku bagaikan terhenti. Setelah berkali dadaku terangkat dan terhempas semula. Dengan dada dan jantung yang teramat pedih kurasakan. Hingga berlinangan airmataku tiada henti.
Dan hari ini aku tidaklah seteruk dahulu. Tetapi masih dalamanku ini rasanya bagaikan dilapah. Tubuhku masih lagi rengsa. Dan lidahku masih lagi sesekali berkata di dalam bahasa aneh itu.
Ada masanya kakiku masih juga meliuk seperti ekor ular. Dengusan kemarahan juga masih ada. Kepala yang meliuk-lentuk. Semuanya masih belum hilang sepenuhnya. Namun alhamdulillah ia cuma muncul sesekali sahaja.
Lidah yang menjelir seperti binatang itu? Rasanya sudah lama ia tidak berlaku. Tetapi tidak mustahil untuk ia berulang.
Hausnya darah? Ya, masih sesekali ia terlintas.
Tubuh menggeleding dan dada yang tersentak-sentak ke atas seolah nyawa direnggut-renggut , adalah perkara yang masih perlu aku lalui hampir setiap hari.
Sukar bernafas. Pedih jantung. Sesak dada. Perut mengembung pedih. Rengsanya tubuh. Segar di tengah malam. Layu menjelang siang. Semua ini entah bila akan berakhir.
Petunjuk itu… bagaikan ingin memberitahu, bahawa aku..
Masih lagi di dalam perburuan mereka. Kenapa bagaikan aku diburu oleh beberapa puak? Kerana puaka-puaka itu juga pernah memberitahu kepadaku,
Bahawa siapa yang ‘mendapat’ aku. Maka dialah yang kan bergelar juara. Akan dihormati dan disanjungi.
Kerana aku adalah ‘piala’ di dalam sebuah liga, yang tiba-tiba diwujudkan setelah aku masih lagi bernyawa hingga ke hari ini. Pertarungan ini bukan lagi satu penjuru, tetapi sudah menjadi berpenjuru. Di antara aku dan tukang-tukang sihir. Yang hanya akan terhenti apabila aku tewas. Atau mereka yang menghentikannya. Jika mereka telah bertaubat. Atau mungkin jua jika mereka tidak ingin lagi melanjutkannya.
Angah! In The Darkness!
Aku angah. Ini kisahku. Ini deritaku. Terpulanglah jika ingin mempercaya. Tidak kisah juga jika ingin menidakkannya. Kerana semuanya berlaku dengan izinnya Tuhan. Dan biarlah Tuhan sahaja yang akan menentukan.
Benarkah? Ataupun tidak? Biar apa pun kisah yang sebenarnya. Aku tetap seorang mangsa sihir yang sedang diburu nyawanya.
Dan kepada Tuhan Yang Esa, tidak sekali aku berputus asa…
-TAMAT-
13. KEHILANGAN
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400013
TAJUK CERITA : KEHILANGAN
KARYA : FA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Aku kenalkan diri aku sebagai Fa. Aku tinggal di selatan tanah air. Bahasakan diri ‘aku’ jelah sebab lagi selesa kot.
Ini adalah kali pertama aku share cerita dekat sini. Selama ni aku cuma baca cerita orang lain je. Cerita yang bakal aku share ini adalah cerita yang betul-betul aku alami. Terima Kasih Admin kalau publish-kan cerita ni!
Kisah ini terjadi masa aku kecil lagi. Tahun 2001/2002. Masa tu, kami dalam perjalanan balik ke kampung untuk menyambut hari jadi aku. Di dalam kereta ada Ayah, Ibu, Pak Long, Mak Tok, & sepupu-sepupu – Kak Da, Kak In & Zam (bukan nama sebenar). Kak Da, Kak In & Zam ni adik-beradik & aku paling rapat dengan Kak In. Di kampung, saudara-mara dah sibuk memasak dan ‘set up’ barang untuk meraikan hari jadi aku. Aku ni boleh dikatakan cucu kesayangan Atok & Nenek sebab Ayah aku anak bongsu jadi aku cucu last dalam keluarga. Anak-anak buah panggil Ayah aku Poksu dan Ibu aku Moksu.
Perjalanan lancar pada hari itu. Tak banyak kenderaan yang lalu jalan tu. Aku mulanya duduk di hadapan dengan ibu. Tapi, dalam pertengahan jalan tu aku duduk dekat belakang dengan Kak Da, Kak In & Zam sebab seronok sikit, boleh main dengan mereka. Sedang kami bermain, tiba-tiba Yul menjerit dekat Ayah, “Poksu, ada budak dekat tengah jalan!”. Serta merta, ayah aku brek emergency sebab terkejut Zam jerit macam tu. Nasib baik tiada kereta di belakang kalau tidak, tak tahulah apa jadi.
Tapi yang peliknya, dekat tengah jalan tu tak ada apa-apa pun.
Ayah mulakan perjalanan balik & kami semua diam sebab terkejut. Tiba-tiba Ayah bersuara, “Zam nampak apa tadi? Poksu tak perasan pun ada apa-apa atas jalan?” Dengan yakinnya, Yul cakap dia nampak dua orang budak tengah main atas jalan. Sorang lelaki dan sorang perempuan, keduanya pakai baju putih. Yang lagi seram, Zam cakap budak tu pandang ke arah kereta kami sambil main lintas jalan kiri kanan jalan. Masalahnya dia je yang nampak ‘2 orang budak tu’. Ayah suruh abaikan dan jangan fikirkan lagi sebab tak nak kami fikir yang bukan-bukan. Kalau tak silap aku, kami berada di satu kawasan yang orang panggil Batu 18.
Okay, aku describe jalan tu sikit eh. Seingat akulah, jalan tu lurus je, cuma ada berombak sikit jalannya. Yelah, jalan kampung kan. Kiri kanan kosong, cuma ada satu Balai Raya di tepi jalan dan kawasan berpaya sikit. Sorry aku tak pasti ada rumah ke apa ke, sebab masa tu kan aku kecik lagi. And aku tak tahu sekarang ada lagi ke tidak Balai Raya tu.
Secara tiba-tiba, pandangan aku jadi gelap. Aku tak tahu apa yang jadi dan aku tak pasti apa yang berlaku. Bila tersedar, aku dah ada dekat ward di bahagian emergency. Satu badan terasa sakit bila aku cuba gerakkan. Aku hanya mampu buka mata. Itu pun cuma separuh je sebab kepala terasa berat. Aku cuba panggil Ibu dan Ayah, tapi aku tak mampu nak buka mulut pun. Aku cuba pandang ke sebelah kanan dan aku ternampak ayah berlumuran darah. Ye, aku pasti tu Ayah sebab aku kenal susuk tubuh itu. Aku tak mampu nak buat apa-apa. Aku menangis dan terus pengsan. Aku tak tahu macam mana keadaan aku selepas itu. Yang aku ingat, aku dah ada dekat rumah.
CERITA DARI FAMILY AKU.
Sebenarnya, kami terlibat dalam kemalangan. Kereta kami berlanggar dengan lori simen yang berhenti di tepi jalan. Keadaan kereta masa tu digambarkan seperti tin yang kemik. Hampir terbelah dua keretanya. Semua yang ada dalam kereta dapat dikeluarkan (of course dengan bantuan bomba). So, mereka expect semua mangsa dah dikeluarkan. Tapi, tiba-tiba mereka dengar ada budak menangis keluar dari kereta tu, which is me. Jangan tanya macam mana aku keluar sebab aku tak ingat pun. Kan aku cakap, aku sedar-sedar je aku kat hospital dah.
So akibat dari kemalangan tu, Ayah aku meninggal dunia. Ibu aku koma, patah kaki, patah rahang, patah bahu, hilang ingatan dan hilang dua orang anak kembarnya. Yes guys, masa kemalangan tu ibu aku tengah pregnant, anak kembar. Pak Long aku cedera dekat kepala, kalau tak silap dan terus jadi pendiam lepas kemalangan, sebab trauma. Mak Tok koma, patah kaki dan cedera dekat mata kanan. Kak Da koma, cedera dekat kepala, patah kaki. Kak In meninggal dunia sebab terhentak ke depan. Zam patah kaki, cedera dekat kepala juga. Aku cuma luka sikit je dekat kepala. Pelik kan? Padahal aku yang terperosok bawah seat tapi aku hampir okay, takda cedera teruk. Aku sendiri tak percaya tapi itulah hakikatnya. Orang tua-tua kata budak kecil ni dilindungi malaikat. Wallahu’alam.
So, conclusion memang kemalangan teruk. Terlalu teruk sehingga mengorbankan Ayah dan Kak In. Alhamdulillah yang lain terselamat walaupun cedera parah. Mungkin Allah selamatkan Ibu sebab nak Ibu jaga aku & Allah selamatkan aku mungkin untuk tinggalkan waris dekat Ibu sebab Ayah terkorban. So, nak dijadikan cerita, majlis yang sepatutnya majlis hari jadi aku bertukar jadi majlis tahlil untuk Arwah Ayah & Arwah Kak In.
Lepas dari tu, Ibu aku hilang ingatan lama juga. Tak kenal langsung family, kawan-kawan semua. Aku yang anak dia sendiri pun dia tak ingat. Yang dia ingat, Ayah aku je. Dia cuma nak Ayah aku je. Hari-hari tanya pasal Ayah aku. Pakcik makcik aku terpaksa berbohong dengan Ibu yang Ayah ada, cumanya tak boleh jumpa lagi. Mereka tak nak Ibu bertambah stress dengan berita pemergian Ayah aku.
CERITA DARI IBU.
Lama juga Ibu dan Mak Tok dekat hospital. Bila Ibu dan Mak Tok dibenarkan balik rumah, adik-beradik Ibu yang jaga aku, Ibu dan Mak Tok. Masa tu memang Ibu tak hiraukan aku langsung. Dalam masa Ibu hilang ingatan tu, Ibu cakap Ayah ada balik rumah. Pakai baju putih dan kain pelikat kegemaran dia. Ibu nampak Ayah balik tengok Ibu. Suruh ibu rehat, jangan sedih-sedih. Ibu pulak layan Ayah macam biasa sebab bagi Ibu masa tu, Ayah hidup lagi.
Hari-hari guys Ibu aku macam tu. Sampai tahap pakcik makcik aku pun dah tak tahu nak buat apa dah. Aku tak tahulah imaginasi Ibu ke apa, sebab masa tu Ibu tak tahu pun Ayah dah meninggal. Bila orang cakap Ayah dah tak ada, Ibu marah sebab Ibu cakap Ayah aku hari-hari balik rumah tengok dia. Ibu aku tak percaya semua cakap orang. Yang dia tahu, Ayah aku masih hidup! Family aku pun tak nak cakap lebih-lebih sebab Ibu aku bukan dalam keadaan waras masa tu. Benda ni berlarutan lebih kurang empat ke lima bulan. Dan dalam masa yang sama, Ibu aku pun ada mimpi arwah adik-adik aku juga.
Bila keadaan Ibu aku dah sihat sikit baru family aku cerita betul-betul apa yang terjadi masa kemalangan tu. Family aku bawak Ibu pergi kubur Ayah. Cakap itu kubur Ayah aku. Pada mulanya Ibu aku masih tak boleh terima sebab dia terlalu sedih dengan pemergian Ayah, ditambah lagi dengan kehilangan anak-anak dalam kandungan. In fact, masa family aku cerita benda ni dekat aku pun aku tak boleh terima hakikat. Masa kecil memanglah aku biasa je, sebab tak faham lagi. Tapi bila dah besar, baru aku fikir balik.
Aku rasa semua yang terjadi semuanya salah aku. Aku tak boleh terima langsung yang Ayah meninggal dunia masa dalam perjalanan nak sambut hari jadi aku. Aku jadi pendiam dan suka duduk sorang-sorang. Semacam trauma jugalah kan. Bagi aku cuma tinggal Ibu dan aku je dalam dunia ni. Aku cuma ada Ibu je. Hidup aku membesar tanpa kasih sayang seorang Ayah. Aku salahkan diri aku 100% atas apa yang terjadi dekat family aku masa kejadian tu. Ayah, kakak rindu Ayah sangat-sangat! Kalaulah masa tu tak pergi balik kampung sambut hari jadi kakak, mesti Ayah ada lagi sekarang.
Yang masih jadi tanda tanya, macam mana kami boleh berlanggar dengan lori simen yang parking tepi jalan tu? Aku yakin Ayah aku tak mengantuk masa tu. Ayah aku pun tak bawa kereta laju, sebab kawasan kampung kan. Actually, mengikut cerita penduduk sekitar situ, jalan yang kami lalu tu memang keras. Dan sebenarnya lepas je kami kemalangan, ada tiga lagi kemalangan yang berlaku dekat kawasan yang sama kami kemalangan dan pada hari yang sama. Berita kemalangan ni masuk dalam surat khabar dan ibu masih simpan lagi keratan akhbar tu. Siap frame-kan lagi.
Dah 16 tahun berlalu, aku makin redha dengan semua yang terjadi. Aku faham kemalangan tu cuma sebagai asbab. Aku tahu Allah lebih sayangkan Ayah. Aku tahu apa yang terjadi ni ada hikmah. Sorry-lah kalau tak berapa seram, sebab aku bukan reti sangat nak bercerita ni. Sebenarnya banyak lagi benda yang aku nak cerita. Kalau admin publish cerita ni baru aku sambung okay? Assalamualaikum, bye.
-TAMAT-
14. HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400014
TAJUK CERITA : TANGAN HANTU DI TENGAH HUTAN
KARYA : BOYUNTA
Berbalik pada cerita, aku menggunakan masa cuti aku untuk tinggal di kampung aku bersama sepupu minggu lepas kerana sepupu-sepapat semua turut pulang bersama. Kitaorang balik selama 2 hari je. Suasana di rumah kampung aku meriah sungguh. Macam yang aku ceritakan, adik beradik ayah aku ada 11 orang jadi ada 11 family yang balik kampung untuk berjumpa sekali setelah sekian lama tak balik. Rindu habis. Hari pertama masing-masing tidur di rumah sewa sebab ramai sangat.
Hari kedua, family aku iaitu ayah, ibu dan adik beradik aku semua bermalam di kampung. Dan ada juga 3 family yang turut join kami bermalam sekali. Ada yang tidur di ruang tamu, ada yang tidur di bilik, ada yang tidur di ruang solat dan ruang bawah rumah. Kampung aku ni memang ada rumah dalam rumah. Maksudnya, dulu-dulu, rumah nenek aku ni rumah tinggi yang ada tangga tu. Lepastu adik beradik ayah aku renovate sendiri rumah nenek aku (dulu dulu punya renovate so rumah nenek aku memang still nampak mcm rumah kampung ‘. Ok skip. Kampung aku ni ada dusun durian dan rambutan.
Masuk dalam lagi akan jumpa hutan lipur. Bagi yang taktahu hutan lipur tu apa, hutan lipur ni ada tempat mandi dan trek-trek untuk masuk kedalam hutan. Kejadian ni terjadi waktu malam, ketika itu paksu aku ajak aku teman dia ambik buah rambutan. Kitorang pergi dengan motor berbekalkan lampu suluh, dan raga kecil sebagai tempat mengisi buah rambutan. Dusun rambutan dekat je, cuma kalau nak masuk dusun tu, kitaorang kena lalu rumah nenek piah dan dusun durian tu dulu. Dulu, pernah sekali ayah aku cerita yang kalau nak pergi rumah nenek piah jangan pergi waktu malam.
Dia cakap sebab nenek piah ni ada belaan. Sewaktu lintas rumah nenek piah tak jadi apa- apa pon. Cuba aku memang acah berani tengok rumah dia. Aku terkejut sangat sangat. Tiba tiba ada pocong terbang. Takdela, takde apa pun. Cuma rumah tu nampak suram. Rumah nenek piah terletak di kawasan yang sangat dalam. Dari jalan yang kitorang lalu dengan motor, rumah nenek piah terletak 100 meter jauhnya dari jalan tu. Memang jauh la kan sebab dalam kampung. Pokok-pokok getah memang penuh, semak samun jangan cakap la.
Atas bumbung, di pintu dan tingkap pon ada tumbuhan. Kitaorang lalu jalan tu tak jadi apa-apa pon. Cuma kitaorang lupa bawa glove hutan tu je. Yelakan, takut penuh kerengga takpun semut. Tak pasal-pasal tangan kitaorang jadi makanan. Oh ya. Jalan yg kitorang lalu ni ada simpang. Nak ke dusun durian straight je, manakala hutan lipur, kena amik jalan kiri dan dusun rambutan kena jalan straight lah kan. Jalan kanan ada rumah-rumah pondok berehat penoreh getah. So kitaorang ikut jalan straight, tengah jalan tu, tiba tiba kitaorang rasa jalan kitaorang tu lama, aku rasa lain macam sebab dari tadi kiri kanan pokok durian. Lepastu tiba-tiba ada roadblock. Takdela gurau je. Setibanya di dusun rambutan setelah beberapa minit mengharungi dusun durian. Jadi bermulalah sesi kutip-mengutip rambutan. Aku kutip yang jatuh jatuh je. Yang atas pokok semua paksu yang patahkan dahan. Dahan yang rendah je sebab guna tangan.
Tengah sedap kutip buah, tiba tiba ada tangan yang kutip sama sama dengan aku jugak. Nampak macam tangan manusia. Yelah lampu suluh pon malap-malap je. Aku ingatkan paksu la awal2 so aku abaikan jela. Then aku tanya la paksu. Paksu dah habis ke patahkan dahan-dahan rambutan. Yela nak senangkan aku ambik buah, dia patahkan la dahan so aku boleh ambil macam biasa je buah yang jatuh. Aku tanya-tanya paksu aku. Dia tak jawab pon. Lepas seminit baru dia datang kat aku. Dia cakap dia dah habis patahkan semua dahan yang ada.
Aku rasa macam bengang pon ada. Paksu ni macam nak bagi aku takut waktu-waktu macamni kat tengah-tengah hutan ni. Tiba-tiba ada tangan orang macam tengah merangkak. Terkejut tu takyah cakap la. Aku rasa macam hilang semangat waktu tu. Gila hang, dalam hutan tebal jugak benda merangkak ni kacau. Kitorang pon lepas paksu start motor aku angkat raga bonceng paksu sambil sambil pegang raga penuh. Raga yang penuh diisi rambutan terasa ringan sungguh. Rupanya yang dipetik bukan buah rambutan tetapi buah limau cina. Ha takdela, limau cina takde kena mengena pon. Raga tu memang rasa ringan lah masani sebab dah takut habis. Tak kisah ada serangga yang gigit. Yang aku tahu nak keluar cepat je.
Aku tengok la belakang make sure benda tu dah takde. Rupanya benda tu merangkak laju. Dia merangkak macam harimau bintang dalam kartun tu sopan je tapi laju. Aku bagitahu la paksu. Aku memang dah takut sangat so sebab nak paksu pecut aku bagitahu dia. Tiba tiba ada roadblock pulak kat depan. Roadblock yang aku maksudkan tu ialah, benda tu menjelma menjadi 3 ekor. Nampak macam harimau pon ada. Aku menggigil. Benda tu halang laluan kitaorang untuk balik. Saat itu kami di simpang. Jadi benda tu depan sikit la dari simpang.
Kitaorang memang dah nak sampai rumah dah tapi memang luar jangkaan benda ni halang laluan kami. Waktu tu memang aku terkejut habis la. Paksu aku stop motor. Aku marah paksu sambil menggigil. Yela stop depan benda tu memang cari nahas la. Luar jangkaan aku, paksu aku berbicara dengan benda tu. Aku taktahu dia cakap apa tapi tiga benda tu macam angguk-angguk serentak. Tiba-tiba benda tu hilang slow-slow. Aku macam terkejut gila lah. Tak sangka paksu aku ni ada kebolehan macamni. Sebab masa benda tu datang awal-awal dia yang kalut laju-laju start motor. So lepas benda tu hilang, dia start motor balik, aku naik bawak raga then kitaorang balik cepat-cepat. Sampai rumah semua jamah rambutan fresh tu. Basuh pon tak, terus kupas, makan. Kecuali aku. Aku balik tu terus ambil selimut tutup semua badan, tidur. Sejuk. Esok tu aku demam. Kitaorang balik awal pagi sebab nak cepat sampai rumah sebab aku demam so boleh aku guna banyak masa untuk berehat. Masa perjalanan pulang, aku cerita kat ayah aku apa yang berlaku semalam. Dia cakap tu memang belaan nenek piah.
Ayah cakap kadang-kadang dia ternampak bentuk macam harimau berjalan-jalan kat rumah nenek piah waktu kitaorang balik kampung. Ayah cakap lagi, dia tak pasti tangan yang mengutip buah rambutan dari mana sebab sebelum ini tiada lagi dia terserempak dengan tangan misteri di dusun rambutan. Menurut paksu pula, dia cakap dia memang tidak mengutip buah-buah rambutan yang terjatuh kerana katanya aku dah kutip semua buah yang dia jatuhkan melalui dahan yang patah.
Sampai hari ni aku tak boleh lupa rupa tangan tu macamana. Kekal misteri sampai hari ni.
Terima kasih kerana sudi baca. Jika cerita ini dipublish, aku akan rajinkan diri menulis cerita yang ‘menarik’ pada aku.
-TAMAT-
15. MAKHLUK BERUPA BANTAL 3 BERANAK
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400015
TAJUK CERITA : MAKHLUK BERUPA BANTAL 3 BERANAK
KARYA : AKAK KEK
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Assalamualaikum, Akak Kek datang lagi. Akak kat airport ni. Flight delayed sebab ade drone activity kat airport yg akak flying to. Hati akak sakit, mereput maka akak tulis cerita. Cerita ni berlaku masa kami di rumah lama kami dalam kisah “Ayah Balik Ceramah”. Masa ni aku kecik lagi, dalam darjah satu atau dua. Masa ni kami cuma 3 beradik, 2 adik aku tak lahir lagi. Aku tak pasti samada korang pernah ade pengalaman makcik datang rumah jual minyak urut, ubat-ubatan melayu atau keropok-keropok/kuih hasil kampung. Rumah aku ni rumah teres, maka petang-petang akan ada orang datang beri salam and ketuk pintu rumah untuk berniaga pintu ke pintu.
Knowing aku yang memang dilahirkan kepoci dan seorang ‘kakak’, aku akan sama sibuk masa orang datang berjual tu. Dengan harapan boleh dengar mak aku borak and mak aku beli kuih yang aku suka. Aku suka kuih cakar ayam. Ala yang keledek rangup sira gula merah dan bentuk bulat tu. Seperti biasa aku akan mengendeng waktu mak borak-borak dengan penjual. Tapi hari tu lain, makcik tu jual minyak. Yang ni aku tak suka la. Tapi mak aku layankan je even tak beli. Kadang-kadang pelawa air sebab penat and panas diorang jalan rumah ke rumah ni. Mak aku tak beli even makcik tu dah promote baik punya alasan kat rumah dah banyak minyak. Nampak gayanya makcik ni masih tak berputus asa dan tetap mendesak. Mak aku tolak juga sebab takda keperluan masa tu.
Akhirnya makcik tu akur, sebab mak aku sungguh-sungguh tak nak beli. Sebelum makcik tu balik (biasanya mereka duduk bertinggung depan pintu je), dia pandang sekeliling ruang tamu rumah kami. Pandangan macam marah. Tak puas hati mak tak beli minyak urut dia kot. Lepas dia salam mak aku dia balik. Masa tu aku ingat lagi dia tengok-tengok sekeliling rumah sambil mata dia tajam pandang aku. Aku masa tu tak faham, so buat biasa la sambil sambung tengok katun.
Kisah pelik bermula malam kejadian. Aku tidur tapi terjaga lepas 2,3 jam. Masa aku terjaga tu, aku nampak 3 makhluk, yang aku andaikan si ayah, si emak dan si anak. Aku buat andaian macam tu sebab makhluk tu ada 3 saiz. Satu besar, satu sederhana besar satu lagu kecil. Macam satu family. Makhluk tu berupa bantal yang tidak tentu bentuknya tapi macam fluffy and dia besar sampai yg si ayah tu hampir mencecah siling bilik tidur aku. Setiap bantal tu besar tau, macam saiz dua pemeluk, terapung-apung dalam bilik aku. Aku cakap terapung sebab dia tak tegak berdiri tapi bergoyang-goyang macam bendera ditiup angin. Benda ni seolah pandang je aku, tapi takde muka cuma ada mata je.
Masa ni aku kecik, so aku tak reti nak describe sangat macam mana kat parents aku. Aku cuma cakap benda tu macam bantal. Masa tu aku nangis sebab aku takut. And bila aku nangis, aku suruh benda tu pergi. Benda tu tak pergi, tapi dia ulang setiap perkataan yg aku cakap. Setiap butir dan perkataan-perkataan tu bergema-gema. Berbalam-balam bunyik nya. Benda ni susah aku nak describe but since now aku type kt phone and aku dlm flight (ok finally after 3 hours delayed) boleh aku gambarkan macam dengung masa ko dalam flight. Boleh imagine tak? Aku tak pasti samada ni suara dalam kepala aku atau memang benda tu ulang cakap aku.
Aku tidur sebilik dengan adik, aku dah berpeluh masa tu sebab takut. Tengok adik kat katil sebelah tapi dia lena je. Maksudnya dia tak nampak la apa yang aku nampak and dia tak dengar pun apa yang aku dengar. Lama juga episode makhluk ni terapung-apung depan mata and ikut cakap aku. Bila dah tak boleh handle, aku nangis. Panggil ayah. Sebab ayah aku tugas dia memang bangun malam if anak-anak panggil nak pergi toilet ke, haus nak air ke waima takut hantu sekalipun memang tugas ayah aku. Mak aku tak amik port sebab mereka bergilir, mak duty siang ayah duty malam. So aku panggil ayah aku berulang kali sebab bilik bukan sebelah menyebelah so takes time untuk ayah dengar dan datang ‘rescue’ aku.
Ayah aku bawak aku masuk bilik mereka(bilik mak ayah) dan mak aku pon terjaga masa ni sebab aku nangis and aku cakap aku nampak tiga benda and diorang ikut cakap aku! Ayah ambil air kat dapur letak dalam cawan putih bunga merah (aku ingat lagi). Ayah baca-baca sikit nak kasi aku semangat, and aku benti nangis and aku sambung tidur kat bilik mak ayah. Esok nye mak bawak aku balik kampung jumpa nenek sebab katanya semangat aku hilang. Nenek baca-baca kat dahi aku kasi pulih semangat, Wallahualam. Mak aku cakap sebab makcik jual ubat tu buat something sebab marah mak tak beli brg dia. Aku pon tak pasti sahih benda ni.
Macam mana aku boleh describe part benda tu ulang cakap aku yg berdengung and bergema? Because ever since that moment, aku kerap alami gema ni. Aku nampak 3 makhluk tu sampai aku sekolah menengah kot. Tapi lepas tu hanya suara dan gema sahaja. Aku akan alami benda ni kalau aku sedih, tertekan atau terlalu penat. Sampai saat ni aku masih mengalami nya. Cuma sekarang aku macam pandai control. Aku tak nak leka dan layan benda tu sebab nanti bila gema tu datang aku stress dan aku akan nangis.
So semenjak aku makin matang ni. Chewah. Aku suka ambil tahu pasal orang yang ada mental health problem macam depression, halucination dan sebagainya. Sebab benda ni real guys. I am not saying yang aku ade masalah ni cuma aku macam boleh rasa and boleh relate. Especially pasal boleh dengar suara bercakap dalam kepala. Jangan ambil mudah. So nasihat aku sebelum judge, cuba fahami, korang buat la research at least korang akan lebih clear pasal ni.
Aku tak pasti samada bantal 3 beranak tu ke punca aku boleh dengar suara dalam kepala yang bergema-gema tu atau tidak. Tapi seingat aku sejak dari episode makcik datang jual ubat tu la aku nampak 3 beranak tu and aku akan dengar suara bergema ikut cakap aku. Dia ikut cakap even suara hati tau guys. Bukan suara yang keluar dari mulut je. So bila perkara tu jadi, aku tak boleh elak sebab apa je yang aku terfikir atau bisikkan dalam hati akan diikut atau ‘echo’.
Sorry if cerita aku tak seram tapi macam pesanan khidmat masyarakat plak. Hihi. Akhir kata “And conceal your speech or publicize it; indeed, He is Knowing of that within the breasts. (Quran, 67:13)“. Aku share kat sini supaya orang lain tahu and aku sekarang dalam episode dengar ‘suara’ tu. By the way, doakan aku tak stress ok? Sebab letih nak melayan suara dalam kepala aku ni, especially bila nak tidur or bila aku sorang. Wassalam.
-TAMAT-
16. FIZA SI PRAMUGARI
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400016
TAJUK CERITA : FIZA SI PRAMUGARI
KARYA : EL
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Fiza gadis manis berasal dari utara tanahair.Wajah kacukan melayu siam itu anggun dan pendiam.. berbicara hanya perlu.Fiza tidak pernah mengimpikan malah bercita2 untuk menjadi seorang pramugari.Sebetulnya,usai SPM cita-citanya untuk melanjutkan pengajian ke menara gading terbantut atas kekakangan kewangan keluarga yang kian meruncing.Ayahnya tidak lagi bekerja setelah sakit buah pinggang dan harus menjalankan dialisis buah pinggang.Kos rawatan ayahnya bukan calang2 sedikit.Fiza berkorban demi Masa depannya.Walaupun teman2 dibangku persekolahannya,mengatakan dilayak untuk memohon menyambung pelajaran ke mana2 institusi pengajian tinggi tanahair..Suratkhabar helaian satu2 di selak.
Temuduga terbuka Pramugari/Pramugara terpampang dihelaian itu menarik minatnya.Fiza berketinggian 168cm dengan kelulusan cemerlang di semua subjek.Fiza memohon pada sang ibu dan ayah untuk menghadiri temuduga yang akan diadakan di pulau mutiara.Kebetulan abangnya yang sudah menikah menetap di Kota di pulau itu.Fiza berjaya.Anak mana sanggup melihat ibunya keras membanting tulang membuka gerai bagi meneruskan kelestarian keluarganya buat sesuap nasi..
Dinggg..#salam sejahtera para penumpang2 sila kenakan Tali pinggang keselamatan anda.Sebentar lagi kita akan mendarat di Lapangan Terbang *******Anak2 kapal sila periksa kabin pesawat sebelum penerbangan ini mendarat.terima kasih.”suara Kapten pesawat memecah hening…Lamunan Fiza terganggu..kisah 2tahun lepas sewaktu mula2 dia memohon pekerjaan ini bermain di fikirannya terhenti.”Ah,macam manalah aku boleh ingat balik kisah dulu2″getus hatinya.Bukan kerana suka2,tetapi message yang diterimanya pagi tadi lewat Nokia daunnya.membuatkan dia kurang fokus bila mengingat kembali.”Dah mendarat nantilah call mak.Harap2 pok Tak dak apa2.”.Fiza lantas bangun Dan memeriksa kabin untuk memastikan semua penumpang menegakkan tempat duduk dan siap mengenakan Tali pinggang keselamatan masing2.
Sesampai di daratan…Fiza tidak banyak bicara.Risau akan kesihatan ayahnya yang semakin tenat di kampung.Airmatanya sedikit bergenang.Ya Allah,inilah pekerjaan yang aku pilih.Engkau berkatilah hidup keluargaku Dan diriku agar mampu untuk aku terus memberi kesenangan pada keluargaku.Van yang membawa para krew meluncur ke kota besar di selatan tanah air.Para krew akan berhenti semalam(nite stop) di Kota itu..Setelah selesai urusan di kaunter hotel Fiza enggan melenggah waktu kerana dia ingin cepat2 sampai ke kamar hotel untuk menelefon ibunya.Handphone dihidupkan dan segera menelefon ibunya.Kurang lebih 15minit kemudian Fiza memohon untuk mematikan talian kerana dia ingin berehat..Fiza bukanlah seorang gadis yang peramah pada crew yang lain.Apatah lagi sosial…Dia ingin menjaga baik keluarga dan imej penerbangan kerana di mata sesetengah masyarakat Ada suara sumbang mengenai pekerjaannya..ding dong.loceng kamar berbunyi.Mengintai melalui lubang kanta kecil lewat pintu kamar.Dilla…
Dilla juga gadis Dari utara tanah air.Senior 2 tahun darinya.Dilla mengajak Fiza keluar bagi mencari tempat makan yang bagus di Kota itu.Fiza menolak.katanya ingin berehat kerana badan kurang sedap atas sebab sengugut datang Kotor yang dialaminya.Dilla mengangguk faham.Fiza.”nak habaq mai.kalau Ada apa2.Fiza Mai bilik Dilla Tau.Malam nanti Fiza boleh teman Dilla tidoq sama na”pesan Dilla.Dilla pun memohon mengundur diri.”Ingat tau,bilik Dilla Kat depan tu ja…”ok Dilla balas Fiza..
Fiza menutup pintu kamar…..membersihkan diri..”Aduh macam Mana boleh kena ni.”kelihatan darah Kotor memeta di seluar dalam nya.”Tak pa lah balik kl nanti cuci.Fiza pun menukar pad Dan membasuh bersih.membalut kemas Dan membuang kedalam tong sampah.Fiza berhasrat untuk berehat sahaja.Lagian tadi dia sempat,membawa balik makanan buat crew KE dalam bagnya.Sebelum terbang tadi,Fiza sempat singgah di kedai serbaneka airport membeli roti Dan air…
Maghrib pun menjelma.Fiza khusyuk menonton melayan siaran di kaca TV..Kamarnya ada balkoni dan sliding door kaca…langsir putih Kiri kanan jarang Dan tebal sekawan.Bosan…Jam di handphone menunjukkan 130 pagi.Ya Allah dah lewat rupanya.Nape tak sedar Masa berlalu….Matanya masih segar.walhal sakit sengugut yang dialaminya mungkin menganggu tubuhnya untuk berehat.Fiza bingkas bangun menuju balkoni..Pemandangan malam begitu asyik…angin sepoi2 Bahasa mencium lembut pipinya….terbentang luas di depannya padang golf.di tingkat 2 balkoni kamar hotel ini begitu membuai perasaannya..
Padang golf itu cuma disimbahi lampu bulat kaca putih di sekeliling.Matanya melilau di balik Samar malam tertuju KE padang golf.Matanya seakan tertarik pada sesuatu….Di situ
Ada satu susuk tubuh membelakanginya..seperti menunduk…dalam Samar malam yg ditemani Samar lampu sekeliling Fiza merenung lagi.Apa benda tu..Fiza mengosok matanya perlahan.Tiba2 susuk itu menoleh memandang tepat ke arah Fiza.Fiza kebelakang beberapa langkah..matanya seakan bercahaya merah.tubuh itu berkepala lonjong bulat dengan telinga nya Naik menajam KE atas
Dia seakan akan meratah sesuatu…Dia semakin merapat.Fiza pun masuk ke dalam kamar dan menutup sliding door kaca itu menguncinya serapat2.Lampu balkoni masih menyala.Langsir ditariknya kemas.Fiza naik keatas katil Dan menyelubungi tubuhnya.Fiza Mula membaca ayat2 suci alquran memohon perlindungan Dari yang KUASA.
Dammmmm damn dammmmm.Sliding door bagai dihentam kuat..seperti Ada sesuatu diluar berusaha untuk masuk kedalam…kihh kihh kihh kihhhh kihhh….seperti dekah kecil mentertawakannya…..senyappp.Fiza perlahan membuka selimut.Lampu balkoni masih terpasang..
Fiza lantas bangun dan menarik langsir tebal….arghhhhh sergah lembaga itu melompat melekap di cermin kaca sliding door.Sekarang jelas di depannya.Wajah hodoh Dan berbulu.taringnya dipenuhi darah.Fiza tersungkur rebah kebelakang.Lembaga itu semakin kuat membentak2 pintu kaca itu seakan2 berusaha keras untuk masuk…..
Tanpa melengahkan masa,dengan kekuatan yang Ada Fiza lantas bangun mencapai handphonenya.Fiza meninggalkan kamar itu dengan berkaki ayam.Dia berlari laju ke kamar Dilla.Dia menghentak pintu kamar Dilla berkali2.”Dilla tolong aku Dilla…Bukakkkk….”Dilla membuka perlahan.”Fiza.,lekaih masuk.”.Dilla mencapai tuala kecil Dan membasahkannya.Dia menyapu lembut wajah Fiza..Fiza menceritakan segalanya…Kamar Dilla menghadap jalan utama dan parking hotel yang pastinya ramai serta tidak selengang kamar Fiza yang menghadap padang golf…
Dilla menyuruh Fiza beristighfar….Malam itu mereka berdua tidur dengan lampu kamar yang terpasang terang..Keesokkan harinya Dilla menemani Fiza ke kamar hotel Fiza untuk memeriksa apa yang berlaku semalam.Fiza Dan Dilla meminta kad akses baru pada staff receptionist kerana kad akses Fiza dibiarkan sahaja di dalam kamar hotelnya..Dilla membuka pintu kamar perlahan.Fiza berdiri di belakangnya.Dilla mngucap panjang dan mengetus Allahuakbar ….suasana di dalam bilik Fiza umpama selepas berlaku pecah rumah.lantai kamar ada kesan tapak kaki melekap dengan kesan tanah dan pasir…bajunya berselerakkan.Pintu kaca sliding door terbuka luas….Fiza memeriksa tiada barang hilang…Fiza teringat kembali.Dia langsung masuk KE kamar mandi Dan membuka tong sampah.Dillaaaaa…,.keringggg!!!!!Fiza menunjukkan pad haidnya.”Semalam Fiza dah basuh dan basah.Fiza balut kemas..”Dilla dan Fiza berpandangan.Fiza memeriksa pakaian dalamnya juga yang dibungkusnya kemas dengan Niat ingin membasuhnya sebersihnya bila sampai di rumah nanti.Allahukabar.Setitis darah Kotor tiada melekat pada pakaian dalamnya.
Semalam Fiza perasan ada beberapa titis darah mengotori pakaian dalamnya.”Fiza.sekarang macam ni..”Begini Fiza pakai barang Dilla dan pakaian seragam Dilla.Sampai umah KL nanti Kita rujuk dengan org tua yang berpengalaman dalam Hal ini.Bawa balik semua benda yang dah disentuh makhluk ini Dan Kita hapuskan di sana”…Fiza mengangguk lemah..”Dah… la Ni Kita pi kemas semua barang Fiza.”buat macam normal macam Tak dak apa berlaku..”Hari Ni keja buat cam biasa ja…”
Setibanya di KL,Dilla langsung mengajak Fiza ke Banting untuk berjumpa dengan Wak yang pakar dalam Hal mistik ini.Wak keturunan jawa yang tinggi ilmunya berpesan pada Fiza supaya menanam semua barang kotor seperti pad dan pakaian dalam yang sudah di sentuh oleh makhluk itu.Jika baju hanya cukup dicuci bersih pesan wak.Mulut Wak terkumat kamit membaca sesuatu.
Yang Cuma difahami mereka cuma petikan beberapa ayat suci alquran.Lagipun Wak adalah siak masjid di kampung di Banting.masakan Wak mengamal ilmu yang bukan2.Sandaran Fiza cuma pada Allah SWT.Biarlah ia menjadi Hal mistik pertama dalam hidupnya.Setelah kejadian itu.Dilla Dan Fiza Mula bersahabat baik…tetapi kenangan di kamar #2** itu tersemat kemas di fikirannya sampai bila2…..
diceritakan semula kepada saya El.terima kasih pembaca.assalamualaikum
-TAMAT-
17. PERUBATAN ANEH
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400017
TAJUK CERITA : PERUBATAN ANEH
KARYA : NUNA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Aku gelarkan namaku Nuna (bukan nama sebenar) .Cerita yang bakal aku sampaikan ini bukan berniat untuk mengaibkan sesiapa sekadar pengajaran buat kita semua untuk lebih percaya pada Yang Maha Pencipta. Cerita ini berlaku sekitar 2 tahun lepas sewaktu aku praktikal .
Pada ketika ini, datuk aku masih lagi sakit terlantar. Sakitnya bukanlah sakit biasa, lebih spesifikasikan kepada penyakit misteri. Datuk ku dulu seorang yang aktif, kuat bekerja, fasih berkata-kata dan suka membuat lawak. Dia seorang yang ceria tapi garang pada waktu yang sama. Suatu hari, datuk ku telah jatuh sakit. Secara tiba-tiba dia tidak menjadi seorang yang waras. Dia tidak mahu makan minum mahupun bangun. Hanya tidur sepanjang hari tanpa memperdulikan kedatangan orang-orang di rumahnya serta kelakuannya aneh dan ingin marah sahaja.
Kemudian, ibu ku berjumpa dengan seorang kawannya. Aku gelarkan Kak Ira (bukan nama sebenar). Kak Ira bercerita kepada ibu ku bahawa dia telah pergi berubat dengan seorang pakcik dan dia memberitahu ibu ku, sewaktu dia berubat pakcik itu telah mengeluarkan benda yang ditanam oleh orang untuk menyihir dia. Dalam waktu dan keadaan yang terdesak, ibu ku mengambil keputusan untuk berubat dengan pakcik itu dengan niat ingin menyembuhkan penyakit misteri datuk aku. Yelah anak mana yang sanggup melihat ayahnya sakit begitu, selagi hayat dikandung badan, selagi itu kita berbakti kepada orang tua kita.
Selang beberapa minggu, kami pun bergerak ke rumah pakcik itu di Pontian, Johor. Rumahnya betul-betul berhadapan dengan masjid. Tepat jam 9 malam, pakcik itu pun mulakan sesi perubatannya. Pada mulanya atuk enggan pergi berubat, setelah dipujuk berkali-kali barulah dia nak pergi. Sesi dimulakan dengan mandian garam. Atuk kena mandi dulu di rumahnya barulah boleh berubat. Kemudian nenek ku disuru baca yassin menghadap kiblat semasa sesi merawat ini dijalankan.
Lupa nak bagitahu, sebelum kami ke sana kami diminta menyediakan barang-barang untuk dibawa ke sana. Antara yang aku ingat, bunga mawar 7 warna (sebab aku yang kena cari dan beli) Garam , air, kain kosong pun 7 warna (kain semeter macam tu) ada lagi tapi aku lupa dan paling mengejutkan pengeras. Pengeras pula dikenakan dengan jumlah RM777 tak silap akulah. Aku mula hairan bila dia kata harus ada pengeras. Siapa sebenarnya pakcik ni ? Ustaz ke ? Pawang ke? Wallahualam.
Sesi bermula. Pakcik tu menyediakan besen kecil dan kain berwarna putih. Dia memasukkan tangan sebelah kiri kedalam besen tu dan tangan sebelah kanan untuk mengambil barang yang ditanam oleh orang di rumah nenekku. Dia baca ayat Alquran dan selebihnya terkumat kamit membaca ayat tanpa kami tahu ayat apa. Setelah 5 ke 10 minit barang yang dihantar oleh orang di rumah nenek ku terpelanting keluar dari besen tu. Alangkah terkejutnya kami sehingga calar dan luka tangan pakcik itu sebab ternampak cebisan batu konkrit bersama barang-barang itu. Menurut pakcik tu, barang-barang ini dah lama ditanam dan dikonkrit tanpa nenek dan atuk aku sedar ada orang menanamnya.
Kemudian, kami melihat isi bungkusan yang diikat. Warna kain putihnya dah kotor seperti warna tanah. Lagi mengejutkan semua, barang didalam bungkusan itu ada tali kain kafan, rambut , paku karat yang panjang dan ada beberapa lagi yang aku tak ingat sangat. Mengucap panjang semua yang berada di situ. Setelah itu, pakcik itu mengambil bungkusan itu dan dibacakan sesuatu kemudian menyuruh kami membuangnya di laut.
Persoalannya disini, dari mana datangnya bungkusan berserta cebisan batu konkrit dalam besen itu sedangkan mulanya hanya air kosong sahaja. Aku dan ibuku sudah berfikir lain. Kemungkinan pakcik itu dibantu oleh khadamnya atau lebih dispesifikasikan sebagai bantuan jin. Wallahualam dan itulah kali pertama dan terakhir kami berubat disitu sebab timbulnya syirik apabila pakcik itu menyuruh kami menggantung ayat yang serupa dengan ayat Alquran tapi isi kandungnya lebih kepada mensyirikkan.
Pesan ku kepada anda semua, janganlah mudah terpedaya dengan mainan syaitan yang ingin menyesatkan kita semua. Moga Allah mengampunkan dosa kami . Mungkin kita tidak perasan bahawa perkara ini boleh menyesatkan kita dan menyekutukan Allah. Allahuakbar. Kini datuk ku semakin pulih sejak berubat dengan seorang ustaz. Alhamdulilah moga datuk ku kembali pulih seperti sedia kala amin.
-TAMAT-
18. TERSEREMPAK ‘BENDA’ MASA EXPLORACE
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400018
TAJUK CERITA : TERSEREMPAK ‘BENDA’ MASA EXPLORACE
KARYA : CHEEKY
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Tahun 2015. Masa ni aku masih di alam persekolahan. Sekolah menengah swasta lah katakan. Setiap tahun akan ada kem kepimpinan 3 hari 2 malam bagi mereka yang berjawatan. Nak pulak aku ni pengawas masa tu. Memang sah lah aku kena pergi kan?
Bila teringat balik, aku main ikut je kawan aku pergi interview jadi pengawas dengan cikgu disiplin masa dulu. Tiber aku yang dapat kawan aku ni tak dapat sebab tangan dia terketar- ketar depan cikgu tu. facepalm.
Okay sambung. Kitorang sampai kat tempat tu waktu tengah hari. Kem ni kat hulu langat serius tak ingat kat mana yang aku tahu, aku turun dekat tepi jalan then masuk dalam sikit baru jumpa tapak kem. Hutan beb. Ada pondok dua tiga je. Sampai- sampai tu macam biasalah komander amik alih then setup khemah lepastu berkumpul untuk buat kumpulan. Tekejotnya aku kem kepimpinan kali ni satu kumpulan kene gabung dengan lelaki. Maklumlah sekolah agama acah sensitif part ceni.
Malam tu kitorang semua lepas solat maghrib baca yassin. Dah macam dalam setting movie aku rasa masa tu sebab angin kuat. Like sampai daun kering kau boleh nampak terbang- terbang. Aku rasa pelik so aku dok rapat- rapat dengan membe sebelah. Takut. Lepas habis baca yassin ada akak dalam kumpulan aku pergi cerita masa diorang termasuk cikgu yang cuti ni duduk kat saf paling belakang dia dengar ada ‘benda’ mengilai. Aku rasa nak tampor je mulut akak tu sebab cerita kat aku. Malam tu jugak ada explorace.
Explorace bermula bila kitorang kene turun lalu ikut anak sungai. Seperti biasa, torchlight kena turn off then bila jalan kene pegang tali yang jadi guide kuat2. Susunan dalam group masatu perempuan kene duduk tengah- tengah antara lelaki. Mula- mula okay je sampai la kat masa tengah- tengah dalam perjalanan kitorang tu, aku nampak benda terbongkok- bongkok nak dekat dengan kitorang. Aku masatu nak cakap tu cikgu in action tak boleh gak sebab serius bongkok nak mampos and keadaan masatu sunyi sepi gila. Ketua tu pon perasan so dia pon remind la kat kitorang suruh pandang depan. Jangan layan. Pegang tali. Alhamdulillah semua selamat sampai kat checkpoint 1. Kahkah tension je lebih.
Tapi. Kat checkpoint 1 tu cikgu terus arahkan kitorang ikut jalan darat. naik atas. Akak belakang aku mention kat ketua ‘weyh ash ape bende atas batu kat sana tu?’ Ah sudah. ‘Tak ada pape lah. Diam je.’ Aku punya level takot masatu sampai tarik baju ketua sebab dia hampir nak tinggalkan kitorang kat belakang ni. Padahal tak sampai 1 meter pon jauh dia.Then explorace continue macam biasa dekat tapak kem kecuali aku yang semput terpaksa duduk tepi.
Explorace tu sambung lagi pada keesokan harinya. Kene lalu lagi dekat anak sungai tu. Adela cabaran lain macam lalu bawah tunnel kecik binaan cikgu dekat sungai. Oh ya, sungai tu kejap dalam, kejap cetek. Basah kuyup semua. Then sampai kat tempat semalam. Ya. Checkpoint 1, malam semalam. Ustaz (cikgu bahasa arab kitorang ni) tu suruh senyap, amik nafas. Baru sambung jalan lalu kat sungai tu tapi kena jalan perlahan- lahan. Jangan bagi dengar bunyi kasut berkecak dalam air. Aku masa ni tiba- tiba rasa lain macam. Jantung aku berdebar laju. Mata aku melilau sana sini walaupun tak pakai cermin mata masatu sampaila mata aku terpaku dekat batu semalam. Aku taktau apa bnda tu sebab tak jelas tapi rambut dia panjang lepas jugakla lutut tu. Baju dia putih. Muka dia tak nampak. Dia duduk atas batu. Aku ingat dia je rupanya ada lagi sekor kat belakang batu tu tengah diri. Menghadap sungai. Fuh, baju putih lusuh berdarah. Kaku.
Aku tak boleh nak teruskan. Dalam hati “apa benda pagi- pagi ni. PAGI KOT” yang buat aku convince benda yang aku nampak tu bukan manusia bila ahli kumpulan yang lain sume rilek je lalu siap “weyh asal tercegat lagi kat situ. Cepatla” aku terus pandang ustaz cakap tak nak lepastu acah semput. Aku dapat rasa muka aku macam dah tak ada darah masatu. TAK SANGGOP AKU NAK LALU DEPAN BENDA TU. Ustaz terus suruh aku berdiri belakang dia. Jangan pandang mana- mana. Lepas je semua ahli kumpulan aku, cepat- cepat ustaz bawak aku balik tapak kem.
Sebelum sampai tapak kem. Bertembung dengan orang kampung yang jaga tempat tu. So actually benda tu memang real. Tempat tu kawasan dia. Nasibla tak jadi apa-apa. Kumpulan lain semua tak dibenarkan lalu lagi lepas checkpoint 1 tu, semua kena naik atas.
Cerita aku sekadar pengalaman sebab aku memang tak pernah nampak tapi adela sekali dua je kena kacau kat rumah tu pun takat main pintu.
-TAMAT-
19. AKIBAT CERITA HANTU
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400019
TAJUK CERITA : AKIBAT CERITA HANTU
KARYA : ILLA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Assalamualaikum. Nama aku illa. Aku nak cerita sikit kisah 12tahun lepas. Masa tu aku baru form 1. Aku duduk asrama harian dekat satu sekolah di johor.
Biasalah bila form 1 kau akan disajikan dgn pelbagai cerita hantu. Kau nak ke tak nak, kau kena tadah telinga. Sebab? Kakak-kakak senior bercerita punyalah kuat. Satu dorm boleh dengar. Mula-mula aku tak nak dengar, aku duk atas tilam. Baru 5minit start cerita, aku dah Tak senang. Aku cepat turun katil duduk depan senior. Lagi seram duduk atas katil sambil dengar cerita hantu woi. Seram.
Dorm aku ni selalu jadi port cerita hantu. Tak kira hari apa lepas solat isyak je mesti dah ada tukang cerita dan tukang dengar. Cerita berbeza okay. Kalau hujung minggu, penuh dorm. Kak Mila (bukan nama sebenar) adalah si tukang cerita. Dorm dia searas dengan dorm aku. So, lepas isyak je dia akan stay kat dorm aku untuk bercerita.
Dari satu cerita ke satu cerita. Dari satu hantu ke satu hantu. Seronok? Sikit pun tak seronok. Aku akan jadi susah nak tidur. Yela weh. Terbayang-bayang. Terngiang-ngiang. Dahlah antara tilam aku dengan member sebelah ni ada rak buku. Kalau baring tak nampak member sebelah.
Orang cakap kalau kita selalu cerita hantu, Kita macam menyeru dia. Kalau dah hari-hari? Hmmm. So, mula benda-benda pelik jadi. Aku ingat lagi, masa tu hari sabtu. Budak asrama, Sabtu malam tu adalah masa bergayut di public phone. So aku antaranyalah. Lepas call tu aku balik bilik. Pintu dorm aku ni betul-betul depan tangga. Masa aku naik tangga, aku tengok diorang semua tengah berkumpul. Diorang semua menghadap pintu, kak Mila ni depan diorang semua. Dalam hati, “Cerita hantu lagi”.
Tapi, yang pelik kak Mila diam. Tak bercerita. Diorang semua pandang aku. Aku potong mood diorang ke? So, aku buka tudung then duduk dengan diorang semua. Tiba-tiba, kak Mila bersuara sambil tunduk. “Illa, tolong tutupkan langsir Kat belakang tu”. Aku pun toleh. Langsir tu memang tengah berikat kemas pun. Dekat dengan langsir aku ni, dia ada besi penyangkut tuala separas pinggang. So, masa kak Mila suruh diorang semua tengok aku. Senyap. Aku pun bangun jela tutup langsir. Lepas tutup, kak Mila terus lari balik bilik dia. Aku pelik. Diorang pun diam terus naik katil masing-masing. Aku tanya member aku. Dia cakap tak ada apa-apa. Keesokkan paginya, member aku cakap malam tadi masa kak Mila tu cerita-cerita tiba-tiba dia cakap ada perempuan rambut panjang tengah bertenggek atas besi penyangkut tuala tu tengok dia. Dia suruh diorang orang tutup tapi semua takut. Aku pula balik time tu. Tu dia suruh aku. Lahanat betul.
Start malam tu dia tak datang bilik aku lagi bercerita. Kenapa? Sebab kak mila dah lain. Dia jadi pendiam, takut-takut, pelik. Dengar cerita senior aku dia jadi macam tu sebab ada satu masa time magrib. Dia amik wudhu tiba-tiba dia dengar Ada orang panggil nama dia “Mila”. Tapi bila toleh tak ada orang.
Keanehan dia menjadi-jadi, dia datang bilik prep lukis sesuatu yang tak tahu apa. Dia menangis. Pelik sangat. Dia datang kat student lain cakap sesuatu menakutkan. Tunjuk sesuatu yang tak boleh nampak. Budak asrama Masa tu mula takut. Ramai kena kacau. So, setiap malam sebelum tidur. Setiap dorm diwajibkan buat pendinding dan baca Yasin.
Satu malam tu aku pula kena kacau. Masa tu baru selesai buat pendinding. Aku naik katil. Katil aku ni double decker dan katil aku atas sekali. Bawah aku kakak senior aku. So,aku pn bersiap sedia nak tidur. Aku betulkan bantal. Tiba-tiba, aku terpandang luar dekat jaring-jaring tingkap. Aku nampak “gula-gula” weh. Aku terus tunduk. Aku diam sekejap. Perasaan aku ni takkanlah tu “gula-gula”. Aku pandang lagi sekali. Yes. Tudiaaa. Tadi aku nampak macam asap je. Ni aku nampak jelas. Sebabkan terkejut aku terjatuh dari katil atas. Kakak bawah katil aku terkejut tanya kenapa. Aku tak boleh nak cakap dah. Aku menggigil je. Diorang tanya kenapa aku cuma geleng dan cakap nak tidur dengan member aku yang katil dia jauh dari tingkap tempat aku nampak “gula-gula” tu. Naik je katil dia aku terus selubung tidur. Esok pagi, baru aku cerita dekat diorang.
“Huru-hara” asrama makin teruk. Akhirnya, warden minta kami semua berkumpul di surau. Malam tu warden minta pelajar lelaki buat pendinding besar-besaran di asrama. Keadaan kembali tenang. Mungkin.
Kak mila tu pun dikeluarkan asrama sebab dia menakut-nakutkan pelajar lain. Kadang-kadang nampak dia dekat sekolah tapi dia selalu macam nak larikan diri dari orang.
-TAMAT-
20. RUMAH BARU MAKHLUK PEMISAH
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400020
TAJUK CERITA : RUMAH BARU MAKHLUK PEMISAH
KARYA : AMIY
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Hi assalammualaikum, terima kasih pada siapa yang membaca kisah ni. First saya nak minta ampun maaf jikalau ada tekasar bahasa atau tersilap. Kisah ni bukan terjadi dekat saya tetapi terjadi dekat rakan sekerja saya.
Nama staff saya tu Kak maria, kami berkerja di cafe yang dibuka baru sahaja 2 tahun. Cafe tempat saya bekerja dibuka didalam hospital swasta di tingkat 2. Disebabkan cafe kami terletak dia tingkat 2 jadi kami jarang sangat menerima pelanggan. Sampaikan ada sahaja staff yang lain boleh layan movie didalam phone dan ada yang boleh tidur. Kisah ni bukan terjadi di dalam hospital kami tetapi terjadi di rumah Kak maria. So dalam bosan bosan menunggu pelanggan Kak maria pun buka cerita pasal kisah yang terjadi dekat dia. Mula mula dengar memang macam dalam wayang. Tapi tak sangka benda ni jadi realiti.
Kak maria baru sahaja berkahwin dan alhamdulilah, rezeki dia kahwin dia dapat sewa sebuah rumah dimana rumah yang disewa adalah rumah baru lepas siap. Nak dikatakan semasa Kak maria berpindah masuk ke rumah baru mereka Kak maria sedar hanya dia sahaja orang pertama yang baru masuk ke 1 blok yang kosong.
Pada minggu pertama Kak maria dan suami berpindah masuk tiada sebarang gangguan. Masuk sahaja minggu kedua kak maria mula perasan tapi jenis Kak maria ni dia akan fikir positif so dia bukan jenis yang cepat gelabah. Gangguan yang sering dia kena bila masa mereka berdua, macam makan sama sama, duduk tengok tv sama sama haa. Gangguan kecil ja macam bunyi ada orang tarik kerusi lah main guli lah, alaaa yang selalu kita dengar tu. Yang duduk rumah apartment,flat dan condo ja pernah dengar benda macam ni. Tapi bunyi bunyi ni dorang akan dengar bila malam sahaja kalau siang dorang tak pernah dengar.
Pada mulanya Kak maria fikir positif dia ingat ada orang baru masuk kot dekat atas rumah dia, tapi bila difikirkan balik takkan lah orang pindah barang malam sahaja?? tapi kak maria cakap mugkin lepas dorang balik kerja then dorang ada masa untuk pindah barang. Start tu saya mula rasa logik juga apa kak maria cakap ni, yelah hari weekday kan mesti orang berkerja. Tiap kali malam bila nak tidur mesti ada dengar dari tingkat atas orang hempas pintu lah sampai ada satu hari tu suami kak maria nak tegur nak minta suruh diam tapi kak maria halang sebab yelah takut yang ditegurnya benda bukan bukan.
Pada malam esoknya masa nak tidur ja bunyi hentakkan pintu yang kuat sampai suami kak maria ni dah tak tahan dan dia tegur dia jerit “WOIII DIAM LAH, TAKTAHU KE AKU NAK TIDUR” start ja suami dia tengking macam tu lagi bising dorang dengar. Bunyi hentakkan meja kerusi macam dibaling, bunyi orang hempas pintu berkali kali dan yang paling menyeramkan bunyi orang ketawa sambil mengilai.
Masa ni Kak maria tak sedap hati dah terus dia ambil phone dan buka surah surah yang dia dah save didalam phone. lepas dah buka surah surah tu benda tu seakan mengejek dan ketawa sambil ikut ikut ayat tu. Lepas tu dah dengar macam benda ni tak takutkan kak maria terus tutup surah tu then call mak dia nak minta tumpang tidur. Kak maria dan suami terus capai apa yang patut dan terus keluar dari rumah tu tapi kak maria sempat pandang atas rumah dia, dan tergerak hati kak maria cakap dekat suami dia “Eh bang ada orang lah dekat atas rumah kita ni” tapi suami kak maria pedulikan kak maria dan terus tarik kak maria turun.
Semasa dalam perjalanan mereka menuju ke rumah mak Kak maria, mereka dapat tengok dengan jelas hanya pokok pokok yang mereka lalui sahaja bagai digoncang dengan angin yang kuat. Bila mereka lihat jalan yang disebelah jalan macam biasa pokok pokok pun macam biasa sahaja. Sampai sahaja di rumah mak kak maria, kak maria menceritakan apa yang terjadi dekat atok nya. Atok kak maria nak dikatakan tahu pasal benda benda ghaib ni dan dia pandai ubatkan orang.
Esoknya atok kak maria ni pergi kerumah kak maria, dan buat pagar dikawasan rumah kak maria lah. Setelah habis ja dia balik dan berjumpa dengan kak maria, yang dia telah pasang pagar bagi mengelakkan gangguan dan dia telah menangkap 1 makhluk ghaib ni lah. Atok dia memberitahu kak maria yang sebenarnya benda tu adalah pemisah dan dia ada 2 yang atok dia tangkap hanya 1 sahaja.
Kononya benda ni sepasang suami isteri dia cuba nak pisahkan kak maria dengan suami sebab tu mereka kena ganggu bila masa mereka duduk berdua. So kak maria macam tak puas hati yang atok dia dapat tangkap 1 ja, dia suruh atok dia tangkap lagi 1 sebab takut kena ganggu lagi. Tapi atok dia cakap tak boleh masa atok dia tangkap tu yang 1 lagi dah lari keluar, atok dia hanya boleh tangkap benda yang didalam rumah dia sahaja, sebab kawasan rumah kak maria ni kan baru lagi so bila dia dah keluar ada banyak lagi makhluk II ni yang kita tak nampak. So setelah kes ni dah selesai mereka pindah masuk balik ke dalam rumah mereka, tetapi mereka masih lagi diganggu.
Gangguan kecil kecil ja macam guli, tarik kerusi meja tu ja lah. Atok dia cakap yang tu atok tak boleh buat apa, dan bunyi macam ni korang mesti ingat datang dari rumah atas kan? korang silap bunyi tu sebenarnya datang dari rumah kita sendiri tahu.
Lagi satu atok dia pesan kalau terjadi macam ni lagi terus tarik suami keluar dari rumah. sebab masa kak maria call mak dia tu benda tu boleh dengar dan dia ikut kak maria sampai rumah mak kak maria. Masa kak maria nak keluar rumah tu dan dia sempat pandang atas tu then dia nampak rumah atas berlampu.
sebenarnya makhluk tu nak pancing kita supaya tak keluar rumah tu.kak maria tu kan jenis positif ha nasib dia keluar juga, atok dia cakap kalau dorang patah balik masuk dalam tu kemungkinan lagi teruk dia terkena.
okayy sampai sini ja nak share kan kisah Kak maria ni boleh jadikan tauladan ye haaa mana yang nak berpindah kerumah baru tu buat lah dulu doa selamat ke apa bagi mengelakkan benda benda macam ni.
Terima kasih kerana membaca kisah ni maaf kalau ada salah silap ye.
-TAMAT-
21. BERTEMU BUKU DENGAN RUAS
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400021
TAJUK CERITA : BERTEMU BUKU DENGAN RUAS
KARYA : NANA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Assalamualaikum kepada pembaca tegar HZONE BLOG dan tidak lupa juga buat admin CGC, terima kasih sebab keluarkan cerita aku yang lepas,yang bertajuk DIEKORI PONTIANAK hari tu.Kalau kisah yang ni keluar juga,terima kasih lagi sakali ku ucapkan buat admin. Lagi sekali juga kuperkenalkan diri, namaku Nana, salam perkenalan buat semua.
Pada kisah yang lepas ada aku ceritakan serba sedikit kisah perjalanan bapaku, dia pernah belajar pondok dan juga ilmu persilatan. Mungkin sebab ada kena-mengena dengan perjalanan ceritaku kali ini. Bukan tak nak bercerita tentang diri sendiri tetapi kali ini aku teringin hendak berkongsi kisah bapaku. Kisah zaman kanak-kanaknya tentang perjumpaan tidak sengaja dia dengan hantu lilin sebab rasanya belum ada lagi yang kongsi tentang kisah hantu jenis ni. Kisah pertemuan dia dengan seorang tua yang suka menyantau orang dan kisah yang sukar hendak dijelaskan, misteri atau lawak.
Nanti kalau pembaca semua sudah baca, boleh buat keputusan samaada kisah ketiga tu lawak atau misteri ya. Sebelum itu, aku nak tukar kata ganti nama dahulu, dari bapaku kepada “ABAH”. Lebih senang dan mudah hendak faham,ok….
KISAH SATU…..
Mari kita imbas kisah silam……,
Dalam pertengahan tahun 60an, ketika itu abah kanak-kanak lagi. Dia memang terkenal dengan sifat nakalnya,s ebut sahaja Jai, kiranya satu kampung mengenalinya. Orang kata anak nombor dua ni nakal,betulkah? Ya, abah anak nombor 2 dan dia mempunyai abang, Ajim(pak long). Pada satu malam, ketika pulang dari kenduri keluarga terdekat tetapi hanya berjalan kaki sahaja, melalui lorong-lorong denai dan dikiri kanan ditumbuhi semak samun meninggi keparas peha orang dewasa. Arwah atuk, Pak Long dan abah berjalan pulang dikepekatan malam itu. Hanya bertemankan cahaya bulan. Opahku tidak ikut, hanya setia menanti anak-anak dan suami dirumah sahaja.
Cubalah pembaca bayangkan era 60an dulu,mana ada lampu jalan,hanya disimbahi cahaya bulan sahaja,itupun kalau hari tidak hujan.Ketika ketiga-tiga beranak itu berjalan meredah kepekatan malam, tiba-tiba mata abah tertacap satu cahaya berhampiran parit disebelah kiri,lalu sempat dia bertanya kepada arwah atuk yang sudah berjalan kedepan”Pak,cahaya apa tu?” Atuk menoleh kearah yang ditunjuk,”Oh..itu cina cari katak tu.” Abah terpinga-pinga menggaru kepala yang tidak gatal. Diintainya disebalik celahan lalang yang merimbun. Mana ada cina cari katak getus hatinya. Hatinya mula bermonolog. Bapak ni saje nak tipu.
Kemudian bahunya dicuit Pak Long “Jai…kau ambik batang pelepah kat tepi tu, biar kita sesah benda tu, itukan hantu LILIN..!” Abah pun terus meluru mencari batang pelepah sambil ditemani pak long.”. Korang buat apa tu! “Atuk menyergah anak-anaknya dari belakang. “Bapak balik dulu, kitorang nak sesah hantu tu!” balas abah. Ketika atuk berjalan pulang dengan bahagianya, si anak-anak mula berlari riang mengejar hantu lilin itu sambil melibas-libas hantu lilin. Jelas abah hantu lilin ni seperti api lilin yang dipasang cuma dia tidak ada batang lilin sahaja.
Kalau ditiup angin, ia tetap statik menegak tanpa ada liuk lentuk sekalipun. Abah dan Pak Long cuba mengejar si hantu lilin, ke kiri kekanan sililin itu terapung-apung kemudian hilang dikegelapan malam. Termengah-mengahlah kedua beradik itu kerana tidak dapat menangkap sililin. Kemudian si hantu lilin terapung betul-betul dibelakang Pak Long nampak sahaja mangsa (hantu lilin), laju abah berlari menuju si hantu lilin sambil tangannya melibas-libas batang pelepah. Sempat juga Pak Long mengelak, libasan halilintar pelepah dari abah, kalau tidak, memang merahlah muka Pak Long terkena libasan tu. Alamatnya bukan hantu yang dikejar tapi dua beradik itu yang yang jadi hantu pada malam itu sebab memukul sesama sendiri.
Belum lagi kena libasan tahap dewa dari atuk sekiranya dia dapat tahu dua anaknya sudah tidak serupa orang pada malam itu, almaklumlah…Atuk aku garang orangnya dan sungguh baik hati orangnya. Sebenarnya arwah atuk tahu akan hantu tersebut tapi disebabkan tidak mahu menakutkan anak-anaknya kerana itulah dia berbohong mengatakan ada cina tangkap katak tapi lain pula yang jadi. Tapi pada malam itu memang abah dan pak long kehampaan sebab hantu lilin tu hilang terus sebab mungkin terperanjat tengok abah dan Pak Long lebih hantu dari dia. Budak zaman dulu nakalnya tak sama dengan budak zaman sekarang ikut arus kemodenan kata abah. Jadi aku rasa mungkin si lilin sudah terpadam terus kerana…sililin sudah BERTEMU BUKU DENGAN RUAS nya.
KISAH DUA…
Dalam era70an pula, abah pun meningkat remaja menjadi rebutan ramai gadis-gadis kampung (pandai-pandai aku je) tapi abah tetap buat macam biasa merendah diri. Sudah tentulah menjadi idaman setiap gadis, keluar dari sekolah pondok terus belajar ilmu persilatan. Bukan seorang dua guru silat tapi tujuh guru abah belajar silat. Mandi minyak sudah tentu sekali dengan bertapa diperigi buta dengan syarat setiap helai rambut tidak boleh tegak keatas. Jadi bermakna abah terpaksa turun keperigi buta sehingga kedasarnya hanya sendirian. Walau apapun bunyi dan halangan jangan buka mata dan jangan gentar,itu syarat guru silatnyalah. Pernah tengok cerita P.Ramlee, PENDEKAR BUJANG LAPUK, si Ajis duduk dalam perigi lebih kurang begitulah.
Pernah juga dia bertapa dikubur orang m**i kena b***h,dekat kawasan kubur tu memang dia kena gangguan yang dahsyat jugalah.Ada langsuir duduk dipokok bunga cempaka,sambil menyanyi lagu dondang sayang,tapi hanya bunyi hmmmm saja,siap mengibas-ngibas kain seakan menggoyang-goyangkan kakinya. Sambil menyanyi tu sempatlah dia menyisir rambutnya,masyaAllah…kata abah bila dengar bunyi dia menyisir rambut tu… Kasar sungguh. Bunyinya seakan orang memberus karpet. Tapi disebabkan dia ingin mencukupkan syarat dan meninggikan tahap level ilmu persilatannya,maka….Segalanya harus diharunginya dengan penuh kejantanan walaupun gangguan itu membolehkan dia terkucil secara tidak sengaja dan yang paling bagus secara percuma,kehkeh.
Anak muda zaman dulu apalah yang boleh dilakukan mana ada internet, facebook dan seangkatan dengannya. Itupun mengikut kawan-kawan. Pembaca mungkin terfikir orang sekolah pondok tapi belajar silat,boleh pergi bertapa pula. Mungkin boleh lari akidah,tapi itulah…,zaman muda remaja,fikiran jadi tidak menentu,apa yang dilihat semua ingin dicuba.Sekarang abah dah berubah,sudah tidak macam dulu lagi.Lagi satu,dulu abah aku ada ilmu kebal,diparangkan ke atau dipisaukan ke,insyaAllah tidak ada luka,mahupun d***h yang keluar.
Sebab itulah abah aku pernah jadi”mata gelap”polis dulu.Tetapi ilmu kebal tu,sudah lama ditinggalkan,apa yang dipantangkan,semuanya dilanggar sebab niat nak buang ilmu tu. Itupun atas nasihat arwah atuk,sampai bila nak berdamping dengan jin. Tetapi bukan kisah kebal atau mata gelap polis yang ingin aku ceritakan tapi kisah pertemuan dia dengan seorang tua di sebuah daerah dinegeri Perak.
Ceritanya begini…,sudah dua bulan abah tamat ilmu persilatannya kemudian abah dijemput mengikut sepupunya Kasim untuk mengambil upah menebas rumput disatu kebun seorang makcik disebuah daerah dinegeri Perak. Upahnya bolehlah dibahagi dua. Maka bertolaklah abah dengan sepupunya dari Sabak Bernam ke daerah Ni(rahsialah yee). Bukan jauh pun kalau naik motosikal antara Sabak Bernam dengan daerah Ni. Bertolak pukul 7pagi sampai pukul 8.30 pagi, difikiran mereka sempat lagi nak bersarapan. Apa-apa pun tuntutan tekak dan perut perlu dipenuhi terlebih dahulu, barulah tuntutan kerja,betul tak.
Singgahlah keduanya disatu kedai kopi ni dihujung kampung terbabit. Abah dan sepupunya duduk disatu sudut tepi dinding sebab ramai juga pelanggan dikedai kopi tu walaupun ruangan didalamnya nampak sempit. Abah mula memandang sekeliling perasaan pelik mula terbit dihatinya kenapa semua yang minum kat sini minum air botol bodoh(air oren,sarsi tu lah),
Kenapa tidak ada seorang pun yang minum kopi. Satu cawan kopi pun tidak ada. Iyalahkan sudah namanya kedai kopi mestilah ada kopi. Kenapa tak letak nama kedainya kedai air botol oren ke,sarsi ke.Sepupu abah pun sudah mula perasan tapi cuma diam sahaja. Kemudian datang seorang pakcik untuk ambil pesanan, sepupu abah tak berani nak minta kopi hanya minta sarsi sahaja,cuma abah sahaja yang minta kopi. “Pakcik bagi saya KOPI O KOWW…”Terbeliak pakcik order tu,termasuklah orang-orang tua yang minum disitu.
Masing-masing menoleh ke abah. Sampai sahaja air kopi yang dipesan,p egang sahaja cawan tu tiba-tiba pecah bahagian bawah cawan tersebut maka tumpahlah air kopi itu kebawah memenuhi meja makan. Abah sudah mengesyaki sesuatu,ada seseorang berhampiran sedang menghantar santau kepadanya. Abah mula pejamkan mata dan diam seketika,kemudian dia menyuruh pakcik order buat lagi satu cawan kopi untuknya.Pakcik order mula hairan dan bertanya kepada abah,”Nak…kamu minum air oren jelah,takut pulak apa-apa jadi pada kamu kang.”Abah senyum,”Takpe pakcik,buat sahaja…jangan takut.”Kemudian berlalulah pakcik order itu pergi membuat kopi seperti yang dipesan oleh abah.
Sampai sahaja kopi yang dipesan,abah pun bangun dan dalam keadaan bertenang dia pergi kearah seorang lelaki tua yang duduk berseorangan disatu meja dibawah pokok berhampiran kedai kopi tersebut. Maka dihulurkan secangkir cawan kepada lelaki tua itu.”Nah ini pakcik punya kopi,minumlah…saya belanja.”Orang tua itu memandang tepat kewajah abah,seperti menahan perasaan marah.”Takpelah,aku punya air pun ada…” Abah balas kembali. “Minum sajalah,saya belanja,kenapa?Takut ke!?”Hati abah sudah membahang,cuba untuk bersabar. Iyalah cuba pembaca bayangkan,dia datang nak bersarapan sebab ada kerja yang menanti,tiba-tiba dapat habuan yang tidak disangka. Bukannya dia kenal pun orang tua tu,dengan tiba-tiba boleh hendak menyantau orang yang tidak bersalah.
Silap hari bulan,boleh tumbang bila terkena. Hanya yang pernah kena sahaja tahu azab menanggung santau tu macam mana,minta dijauhkanlah. Tiba-tiba nampak ada kekenduran diwajahnya, jelas ada kegusaran dihatinya, lantas dia segera bangun bersalaman dengan abah dan meminta maaf, kemungkinan terasa diri kalah berseteru untuk hari itu.”Saya minta maaflah,mungkin salah orang…” Hanya itu jawapan yang diberi dan orang tua itu berlalu pergi. Abah terdiam dan menggelengkan kepala, bukan tidak berpuas hati tetapi lebih kepada tidak sangka atau lebih tepat rasa seperti tidak percaya. Bagaimana orang tua yang tinggi ilmunya,berasa dirinya”salah orang,” tapi siapa sasarannya?
Sebelum keluar dari kedai kopi tersebut memandangkan mood bersarapan pun sudah kelaut, sempat abah selidiki dan menemuramah beberapa orang kampung yang minum dikedai kopi itu.Menurut mereka, orang tua tu memang pantang nampak orang luar.Nampak sahaja ada orang luar singgah minum, mulalah dia nak uji kepoweran dia dalam ilmu santau menyantau ni dan sasarannya sudah tentulah orang luar.Kebetulan hari sebelumnya ada sepasang suami isteri datang minum dikedai itu,nasib mereka tidak baik,sisuami terkena santauan orang tua tu.Sedang minum kopi,tersembur d***h pekat dari mulut sisuami, kasihan sungguh…orang yang tidak bersalah menjadi sasaran.Dan kebetulan abah dan sepupunya minum dikedai tersebut pada pagi itu, memang BERTEMU BUKU DENGAN RUAS lah…
KISAH TIGA….
Kisah ni baru lagi,dalam hujung tahun 2012. Dalam kisah ni aku pun ada sama,juga sebagai saksi.Harap pembaca semua ingat lagi,siAzmi sepupu aku yang pontianak terpaut dibahunya bukan dihatinya..hahaha. Masa dihari persandingan Azmi dengan gadis pilihannya,Raudhah. Ia berlaku di majlis persandingan mereka iaitu dirumah pengantin perempuan. Ketika kami(pihak pengantin lelaki) hampir sampai,dalam pukul 12 tengah hari ,kami cari tempat parkir dahulu. Adalah dalam 7 buah kereta mengikut rombongan pengantin lelaki, kalau lebih ramai lagi meriah sikitkan.
Selesai sahaja kami parkir kereta elok-elok,hendak melangkah saja kejalan,terperanjat kami semua.Pembaca semua tahu tak apa yang membuatkan kami terperanjat?Seluar dalam perempuan dan baju dalam bertaburan atas jalan,kiranya sepanjang jalan sampai ke khemah pengantin.Lagipun rumah siRaudhah jenis taman perumahan.Bertaburan atas jalan satu hal,sekali…boleh pula seluar dalam dengan pelbagai pilihan dan warna serta saiz tersangkut elok dan cantik je diatas pokok,lebih kurang 10 helailah juga, mengalahkkan lampu raya.
Aku dan keluarga tak tahu nak buat riaksi yang bagaimana,nak gelak ke atau nak terkejut ke.Tapi dalam hati aku, saat itu dua-dua perasaan ada,aku cuba gelak kuat-kuat dalam hati,cuba bayangkan,hahaha. Walau bagaimana pun kami sekeluarga tetap disambut meriah oleh keluarga pengantin perempuan,walaupun nampak dari riak wajah mereka menahan malu.Atas bumbung khemah pun ada,abah menggeleng kepala. Seperti tahu ada angkara orang cuba hendak sabotaj atau ingin memalukan pihak pengantin perempuan.
Tiba-tiba sewaktu kami ingin lihat pasangan mempelai bersanding,boleh pula hari yang cerah…,bertukar mendung, menandakan hari nak hujan.Tetapi ibubapa Raudhah pasrah dan berserah sahaja,hujan pun-hujanlah.Lagipun macam-macam dugaan yang mereka hadapi,pakaian dalam perempuan bertaburanlah,nasi yang orang catering hantar mentahlah.Tapi kata mereka,mereka sudah kutip pakaian dalam yang bersepah diatas jalan tu.Bagaimana boleh ada semula,cuma yang tersangkut dipokok dan khemah tu,mereka tidak dapat nak ambil sebab tinggi,mana yang termampu sahaja mereka lakukan disebabkan menguruskan kenduri tersebut.
Berbalik kepada hari mendung dan ingin hujan secara tiba-tiba,abah terpaksa menolong keluarga Raudhah secara drastik.Terpaksalah mengeluarkan ilmu menahan hujan, jadi sepanjang tempuh bersanding, makan nasi minyak,makan beradap.., abah terpaksa menahan diri dari makan(itu syaratnya kata abah) dan adalah bacaan tertentu yang dibaca,walaupun keinginan untuk makan nasi minyak tu membuak-buak.Tetapi jangan risau sewaktu pulang,tuan rumah sudah bekalkan nasi minyak dan segala lauk pauk pengantin kepada kami,bolehlah aku melantak versi kedua secara berjemaah dirumah bersama keluarga.
Itupun disebabkan makan ditempat orang,mestilah buat gaya makan ala-ala perempuan melayu terakhir abad ke20,haha.Dalam kegelapan langit yang tidak sabar nak curahkan deraian air matanya(hujan),tiba-tiba dengan izin Allah sedikit demi sedikit langit menjadi cerah. Alhamdullillah….Allah sudah izinkan cerah,yang baik datang dariNya,yang tidak baik datang dari kita,kata abah.Jelas abah lagi,yang membuat dan memperdajalkan mereka bukan orang lain,jiran sebelah rumah mereka juga.Itupun disebabkan orang yang membuat itu sendiri yang beritahu pada abah secara rahsia,sebelum kami berangkat pulang.
Abah sendiri pun tidak tahu,macam mana si jiran ini boleh tahu abahlah orang yang cuba patahkan serangan deraian hujan air mata langitnya yang dituju khas buat keluarga Raudhah.Katanya…,dia sudah lama sakit hati dengan ibubapa Raudhah,dendam sudah lama bercambah,cuma belum mengeluarkan hasil sahaja.Jadi sasarannya dihari perkahwinan Raudhahlah,dan dia juga mengupah beberapa orang budak untuk mencampakkan seberapa banyak pakaian dalam perempuan,tujuannya untuk mengaibkan keluarga Raudhah.
Nasi minyak mentah pun,hasil kerja tangan dia juga. Hai…terlalu berterus terang betul, semua nak dikhabarkan,macam abah aku ni tempat mengadu dia.Abah cuma mampu berkata, “Bersabarlah,susah kita nak puaskan hati setiap orang,awak buat dekat keluarga Raudhah,keluarga saya pun terkena tempias sekali,lagipun saya tak berniat nak berseteru dengan awak,saya cuma nak meringankan sedikit beban keluarga pengantin,itu sahaja.Urusan awak dengan mereka saya taknak masuk campur.”Lebih kurang begitulah ayat abah,lembut dan tenang berbicara.Ujar jiran itu lagi,dia terpaksa mengalah,malas nak teruskan lagi,dia sudah penat.Tapi bila terfikirkan balik..,’malas nak teruskan lagi ke’ atau sudah BERTEMU BUKU DENGAN RUAS..
Itulah sebahagian kisah…Kalau nak diikutkan banyak pengalaman abah bertemu dengan hantu dari kecik,remaja,dewasa sampailah sudah berumahtangga.Pelbagai ujian Allah,abah sudah tempuh.Paling sedih kehilangan dua anak tersayang, keduanya meninggal dalam perut ketika kandungan emak menjangkau lapan bulan,cuma lain tahun sahaja, kedua-duanya lelaki.Terpaksalah emak melahirkan anak lelakinya yang sudah tidak bernyawa selang dua tahun berturut-turut,kalau tidak sudah tentu aku mempunyai dua orang abang sekarang.Tidak berapa lama kemudian,emak mengandung lagi.Risau dihati emak tak dapat nak diungkap dengan kata-kata,takut pisang berbuah dua kali.Kandungan kali ini emak jaga sebaik-baiknya,sehingga abah bernazar nak puasa sebanyak tiga hari berturut-turut dan berniat nak membuang ilmu kebal yang sudah sebati dalam dirinya.Dan…dengan izin Allah, maka…,lahirlah seorang puteri comel(jangan muntah hijau tau),iaitu AKU….
Setakat ini sahaja penceritaan aku untuk tatapan kalian membaca,maaf kalau ada penulisan ku yang kalian tidak faham atau tidak lawak.Sampai seru aku akan sambung lagi(ececehceh,macam hantar karangan bm kat cikgu kelas pulak).
-TAMAT-
22. MISTERI DI JALAN LURUS
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400022
TAJUK CERITA : MISTERI DI JALAN LURUS
KARYA : FIZZIE
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Assalamualaikum pada para pembaca sekelian. Hari nie sy ingin menceritakan sebuah kisah benar yg pernah sy lalui satu ketika dulu. Mungkin kisah ini agak biasa kita dengar, namun apa yg sy akan ceritakan ini bagi sy terlalu misteri hinggakan sy masih rasa trauma dan teringat2 tentang cerita ini saat melalui jalan lurus tersebut.
Kisah ini berlaku kira-kira 10 tahun lalu dimana sy masih bersekolah tingkatan 4 waktu tu. Masa tu masih belum ada gadget canggih lagi dan zaman remaja sy banyak habis kan dengan berkunjung ke pusat cyber cafe utk berhibur dengan kawan2 sambil main game online dan melayari laman sosial seperti myspace dan friendster. Masa tu boleh dikatakan setiap kali cuti sekolah hujung minggu malam sabtu dan ahad, sy dan dua orang sepupu sy akan ke cyber cafe yg terletak kira-kira 5km dari rumah. Bukan tiada cyber cafe yg dekat cuma kami lebih suka yg jauh2 sikit boleh jalan2 sambil2 menikmati angin malam.
Biasa nya kami akan bermotosikal utk ke cyber cafe yg agak jauh itu. Ala2 konvoi gitu. Dan mcm biasa la, umur-umur belasan tahun nie terlalu banyak benda yg selalu kami bualkan sampai tak pernah habis. Tak kira waktu kami bertiga akan selalu berbual pasal macam2 perkara. Dari game oline, sampai lah ke perancangan masa depan. Tak habis2 sembang nya tu kadang-kadang sambil mandi pon masih nak bercerita sorang kat luar sorang kat dalam bilik mandi pun masih nak berbual. Sembang je kerja kitorang bertiga ni.
Masa hari kejadian, kalau tak salah jumaat malam sabtu. Jam telah menunjukkan hampir 12 malam. Kebetulan kawan pada sepupu sy nie nak ikut sekali kitorang pergi cyber cafe malam tu. So kami ber empat masa tu. Jadi mcm biase la kami akan bermotosikal sorang sebijik. Tapi masa tu kebetulan motor sepupu sy yg sorang tu bocor, jadi dia tumpang la motor sy. Jadi 3 bijik motor yg pergi ke cyber cafe malam tu. Macam biase la kitorang naik je motor bawak mcm org makan angin sambil mulut pot pet pot pet sembang benda yg tah hapa-hapa entah sambil gelak-gelak.
Tak tau kenapa malam tu kami betul-betul happy sampaikan gelak tak berhenti-henti dari mula naik motor sepanjang jalan tu kami gelak walaupun bende yg remeh temeh macam side mirror senget la lampu malap, tu pun boleh jadi bahan lawak kami sepanjang perjalanan ke cyber cafe malam tu. Semua gelak tak ingat dunia. Sampai lah kat satu jalan ni. Jalan yg memang kami gunakan utk ke cyber cafe memang satu tu je. Kami tak takut lalu jalan tu malam-malam sebab dah biasa dan sepanjang jalan tu memang terang ada lampu jalan. Tapi tah kenapa susasana kat jalan tu agak berlainan sikit dari kebiasaan nya. Mana tak nya biasa nya lampu jalan situ memang jarang sekali rosak dan kalau tak menyala pun mungkin sebab black out dan sepanjang jalan tu akan gelap gelita. Tapi malam tu pelik sikit sebab lampu jalan hanya menyala di permulaan jalan tapi bahagian tengah gelap dan terang semula kat bahgian hujung jalan.
Jalan tu memang sangat lurus, tak begitu panjang hanya lebih kurang 1km lebih sikit je mcm tu, so kalau kita kat hujung sini memang boleh nampak penghujung jalan tu ada 1 traffic light yg memang boleh lihat dengan jelas warna lampu merah tu dari hujung jalan sebab jalan tu lurus je. Jadi kami pun jalan perlahan-lahan sambil berbual bual atas motor dengan kelajuan tak smpai 30km/h pun. Bila masuk je simpang jalan lurus tu, sy yg membawa motor terperasan, ada satu lembaga di hujung jalan sana seakan-akan mirip perempuan tua yg terbongkok-bongkok sambil memegang tongkat berada di lorong paling kanan sekali. Rambut nya putih dan baju putih lusuh sedang berjalan perlahan-lahan menuju ke arah kami. Namun wajah nya tidak begitu jelas kerana jarak yg masih jauh antara kami dan ‘lembaga’ tersebut.Jalan tersebut memang ada dua lane utk pergi dua lane untuk balik. Tapi jalan tu hanya sibuk waktu siang dan akan sunyi sepi pada waktu malam.Jadi bila dah sunyi mcm tu memang kami buat jalan tu mcm bapak kami yg punya.
Kawan pada sepupu sy nie berada di lorong paling kiri. Sepupu sy yg naik motor single jalan kat tengah2 garisan dan sy yg naik berdua dengan sepupu sorang lagi ikut lane paling kanan sekali. Bila sy dah terperasan mcm ada kelibat orang di hujung jalan sana, sebab memang nampak jelas dari lampu merah yg menyuluh ke arah ‘beliau’ saya pon secara tak lansung tanya lah sepupu sy yg bonceng motor sy nie. Sy pun tanya lah dia “eh, apa orang tua tu buat kat tengah-jalan pada waktu macam ni”? Lalu dia pun mengintai kedepan, ” ha’ah laa, pastu da la jalan kaki sorang2 tengah2 jalan pulak tu. Mana anak2 dia”? Tanya sepupu sy yg dibelakang. Sy pun hanya geleng kepala dan katakan “entahlah”. Hanya itu saja jawapan yg mampu sy beri. Mungkin dia juga nampak apa yg sy lihat tadi tapi kami tak mengendahkan “lembaga” tersebut kerana jarak nya masih jauh lagi, jadi kami teruskan berbual sesama sendiri sambil ketawa-ketawa.
Bila dah sampai kat tengah-tengah jalan iaitu di kawasan gelap yg lampu jalan nya tidak menyala tu, sy pandang lagi kehadapan lalu sy rasa sangat terkejut apabila mendapati, dihadapan kami lengang selengang nya. Antara kami dan lampu isyarat sudah tak begitu jauh lebih kurang 200 meter saja lagi. Namun tiada tanda2 manusia atau kelibat orang yg lalu kawasan tersebut pada masa itu. D***h mula berderau, dan seram sejuk mula terasa. Suasana yg tadi nya happy, tiba-tiba bertukar sunyi saat mata sy masih liar mencari sesuatu dihadapan dan di kiri dan kanan jalan. Lantas dgan cepat sy bertanya pada sepupu di belakang, “ehh, mana pergi orang tua kat tengah jalan ni tadi? Cepat nya dia jalan? Tapi tak nampak pula kita ada p****g dia tadi?? Engko ade nampak tak kita p****g dia tadi? Takde rasa nya kan”?? Sempat sy tengok muka sepupu sy kat belakang muka memang dah lain lepas tu pucat giler da, dia pun cakap benda yang sama ” betul la, takkan tiba2 je makcik tu hilang rasanya kita belum sampai lagi kat dia tiba2 da takde. Pelik ni” sambil menoleh kebelakang dan kedepan untuk meninjau kalau2 ternampak kelibat orang di kawasan situ. Tapi memang keadaan sangat lengang tanpa ada manusia kecuali kami berempat.
Sampai di simpang lampu isyarat kami berdua terdiam. Memandangkan lampu masih merah, kami tetap berhenti walaupun jalan lengang pada waktu tu untuk melengahkan masa. Sambil menunggu lampu hijau,tiba2 sepupu sy yang di sebelah kiri yang menaiki motor seorang diri bersuara “korang dua nie dah kenapa? Tiba2 je senyap, tadi bukan main happy lagi.” sy pon tanya dia balik, “ehh, kau ada nampak tak masa mula2 kita nak masuk jalan ni tadi ade orang tua pakai tongkat kat tengah2 jalan kat area traffic light ni? Dia jalan menghala ke arah kita, korang ada perasan tak?” sepupu sy pandang kawan di sebelah kiri, dengan muka pelik. “Entah, kitorang dua tak nampak apa pon, clear je jalan nie dari mula sampai hujung nie. Ehh korang dua nie biar betul, tak payah reka cerita boleh tak, dah pukul 12 nie.” ahh sudah, diorang boleh kata tak nampak pula. Sy dan sepupu di belakang berpandangan satu sama lain, dengan muka yg dah lain sangat2. Lalu sy pun cakap “takde apa2 lah” dan teruskan perjalanan bila lampu bertukar hijau.
Lalu kami pun terus online macam biasa seperti tiada apa yg berlaku waktu tu. Kebiasaannya kami main pc tak lama lebih kurang 2 atau 3 jam mcm tu. Lepas tu kami akan ke kedai mamak berhampiran dan melepak sampai subuh baru kami balik kerumah masing2. Masa kami lepak kat mamak tu masa tu lah yg sepupu sy yg bonceng belakang sy ni buka cerita. Yang kami berdua memang nampak “lembaga” tua di hujung jalan semasa perjalanan ke cyber cafe tadi. Bersungguh2 kami berdua cerita pada mereka berdua tu sampai muka pon da berubah. Tapi mereka tetap tak nak percaya kata kami berdua reka2 cerita. Tak mungkin reka sebab yg nampak bukan sorang tapi berdua yg nampak bende tu ade kat hujung jalan sana. Yg menjadi persoalan nya kenapa kami berdua saja yg nampak? Sedangkan kami ber empat masa tu? Kenapa tak empat-empat sekali nampak? Pelik kan.
Sejak tu kami sepakat nak tukar tempat main cyber yg lebih dekat dgan rumah jalan kaki pun boleh sampai. Alasan jimat minyak motor esok boleh pakai bawak pegi sekolah. Hehehehe3
Itu lah cerita nya dan samapi sekarang sy masih trauma bila lalu jalan lurus tersebut walaupun kawasan tu dah di majukan terdapat banyak bangunan baru dan kawasan perumahan kiri dan kanan jalan, namun sy masih lagi tetap teringat akan peristiwa tersebut dari dulu, kini, dan selamanya…
-TAMAT-
23. BIRTHDAY PUAKA
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400023
TAJUK CERITA : BIRTHDAY PUAKA
KARYA : ZOM
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Assalamualaikum dan terima kasih kepada admin kerana menyiarkan cerita ‘Ban Berhantu’ tempoh hari. Terima kasih juga kepada pembaca HZONE BLOG yang memberikan komen serta sambutan yang hangat. Maaflah kalau loghat utagha aku pekat sikit, akan cuba dikurangkan. Terima kasih juga kepada mereka yang sudi translate certain words yang sukar difahami.
So, untuk kali ini, aku nak menceritakan kisah di malam hari lahir aku. Umur aku rasa tak perlu mention. Cukuplah hampa tau yang masa ni aku sudah boleh tengok filem-filem rated-R (tanpa rasa bersalah) hahaha. Tiap-tiap tahun sambut dekat KFC. Malam itu, dalam pukul 9 aku keluar dengan ayah. Dalam pukul 10 macam tu, sampailah dekat satu KFC dalam mall. Disebabkan dah lewat, ayah aku pun suruh bungkus ja.
Aku pun masuk dalam mall. Keadaan agak sunyi lah, kedai semua dah tutup. Ada la beberapa pak guard dan pengunjung yang berunsur pulang. Masa ni okay lagi, sampai KFC orang masih ramai. Sampai kena beratur. Lama jugalah nak sampai turn aku. Cashier cun mungkin rezeki birthday, nervous punya pasal aku tersasul cakap nak ayam ‘Ori’. Dia pun macam ‘hah!’ Berpeluh jangan cakap lah. Orang belakang ada lagi. 20 minit tunggu dan siap! (Runner pun cantik, heheh).
Masa nak otw ke kereta tu, macam biasa kepala aku tak boleh duduk diam. Aku tertoleh ke arah sebuah kereta Civic putih. Cantik, yang tak cantiknya aku tak tahulah owner tu ada pasang aksesori lebih ka apa, atas bumbung dia ada lembaga hitam tengah duduk bersila. Rambut panjang, muka dia aku tak nampak sebab kena tutup dengan rambut. Baru aku tersedar, kereta tu beberapa petak ja dari kereta ayah. Aku kena lalu Civic tu dulu. Aduhh, kena redah. Nak lari takut benda tu sedar (bodohnya aku masa ni). Aku pun jalan macam biasa. Masa aku berada betul-betul dibelakang Civic tu, aku dengar benda tu berdehem. Ah, sial! Langkah dipercepat.
Ayah agak terkejut tengok aku berpeluh sakan. Nafas kencang, macam baru lepas lari pecut. Tapi ayah aku diam saja, sepanjang perjalanan balik, kami berdua senyap. Hanya ditemani siaran radio IKIM FM. Mujur tiada apa-apa berlaku. Dalam pukul 11 malam tu, kami sampai. Mak sudah menyiapkan pinggan mangkuk. Aku ludah dulu sebelum masuk, takut dia ikut masuk bilik.
Masa tengah makan tu, aku terbau sesuatu yang busuk. Aku pandang mak, mak pandang ayah, ayah pandang aku. Cinta tiga segi, haha. Adik-adik tengah fokus makan. Bukan selalu dapat makan KFC. Selepas beberapa minit, bau tu hilang. Loya jugalah. Aku pun masuk bilik. Sambil baring-baring nak tidur, check FB dulu. Jilake 2-3 orang ja wish. Hahaha.
Tabiat aku sebelum tidur kena cas telefon. Plug ada ditepi pintu. Dah cas, aku pusing nak kembali ke katil. Bulu roma aku masa tu meremang sampai rasa nak tercabut ja bulu-bulu ni. Tengkuk terasa kebas. Degupan jantung laju lain macam. Lembaga hitam tadi tengah sedap landing atas katil aku. Aku nak bercakap tak boleh. Masa ni, hati aku tengah berzikir ‘Celaka, sial’. Lepas beberapa saat aku terasa betapa bodohnya aku. Bukannya benda tu nak hilang pun kalau maki dia. Aku mulanya nak baca ayat kursi. Tapi macam mana boleh lupa, aku takbir ja kuat-kuat dalam hati. Bila dah rasa boleh gerak sikit, aku terus lari keluar bilik. Benda tu masih ada.
Mak & ayah dok tengok TV lagi, adik-adik dah tidoq. Ayah tengok muka aku lain terus bangun. Dia suruh mak aku ambik ayaq segelas. Dia pun berjalan menuju bilik aku. Macam tau-tau saja. Aku pun cakaplah, jangan masuk (padahal nak sangat dia masuk). Dia senyum ja. Aku ikut belakang. Aku dengar dia mula menuturkan ayat kursi. Mak aku sampai, dia suruh aku berzikir dan ajak aku tengok tv. Biar ayah handle kata mak. Ayah aku ni dulu pernah sekolah pondok, dia juga pernah berguru silat. So, mungkin dia tahu sedikit sebanyak lah. Beberapa minit selepas tu, ayah kembali duduk depan tv. Aku tengok baju dia basah sikit. Peluh barangkali. Bilik clear kata dia. Aku masih ragu-ragu. Ah! Tidur luar la malam ni.
Selang beberapa hari, ayah bagitau aku yang benda tu ada tuannya. Owner Civic tu. Malam tu, saja dia nak kacau aku. Birthday prank katanya. Up-to-date juga pak aku ni. Nak sambut sekali kot. Mungkin dia tahu yang aku ni loner, hahahaha. A birthday to remember lah.
Sekian dari saya, Zom
-TAMAT-
24. SUARA SIAPAKAH?
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400024
TAJUK CERITA : SUARA SIAPAKAH?
KARYA : CENCOROT
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Sudah menjadi rutin setiap malam, pondok di depan rumahku menjadi ‘port’ rasmi kami melepak. Setiap kali lepas isyak, jemaah melepak mula ramai. Seperti biasa, apabila ramai berkumpul, suasana jadi riuh dengan gelak tawa kami. Dari gurauan biasa sehingga ke gurauan kasar. ‘Sporting’. Kami memang sekepala walaupun kadang-kadang ada yang terasa hati tetapi kami cepat berbaik. Begitulah keadaannya setiap malam.
Malam ini suasana agak suram kerana sebelah petangnya hujan sehingga senja. Tambahan pula, gerai burger jiran sebelah rumah juga tutup menambahkan lagi suasana yang suram di sekitar pondokku. Pondok yang di bina abangku itu memang tiada lampu. Besarnya boleh muat dalam 7 orang. Sudah hampir 8 bulan di bina tetapi masih utuh walaupun kawan-kawanku perangainya seakan-akan beruk dewasa. Kah! Kah!
“Ambik la air sejuk satu jug. Lepak tak kan la tak ada minum-minum? Tak kan itu pun aku nak ajar?” Spontan kawanku Muk menyuruhku masuk mengambil minuman sambil membelek handphone Nokia 3310 miliknya. “Leceh! Tiap-tiap malam nak kena suruh.” Wan mencelah sambil bermain game ular dalam handphonenya yang juga Nokia 3310. Aku hanya tersengih kelat lalu bangun masuk ke dalam rumah.
“Lann..”
Belum sempat langkahku sampai ke depan pintu rumah, aku mendengar seseorang memanggilku dari arah pondok. Suaranya lembut sayup-sayup kedengaran. “Nak apa lagi?” Teriakku dari depan pintu rumah. Muka kawan-kawanku sedikit berkerut. “Bila pulak aku panggil kau?” Yang lain juga berkata begitu. “Suara siapa pulak yang panggil aku tadi? Emm..salah dengar kot.” Getus hatiku sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
Sambil menuang air sejuk ke dalam jug, aku menoleh ke arah jam dinding. Sudah hampir pukul 11 malam. Aku tinggal di rumah itu bersama-sama dengan abang dan kakak iparku. Anaknya pula seramai 3 orang. Mereka sekeluarga keluar ke bandar untuk membeli barang keperluan harian. Mungkin sebentar lagi mereka akan pulang.
“Lan…”
“Lannn…”
Suara tadi kedengaran lagi. Sayup bunyinya. Aku tidak dapat mengecam bunyi suara siapa kerana suaranya pertama kali ku dengar. Bunyinya seakan-akan dari luar pintu dapur. “Siapa pulak nak kenakan aku ni? Kau tunggu jap. Jap lagi aku balun kau dengan raket badminton ni!” Aku fikir mungkin kawan-kawanku cuba menakut-nakutkan aku. Aku mencapai raket badminton yang di sangkut di dinding dapur lalu perlahan-lahan melangkah ke pintu.
Raket ku angkat dalam posisi sedia untuk melibas lalu ku buka pintu dapur selaju mungkin. Tetapi hampa! Tiada siapa-siapa di luar. Hanya angin dingin menerjah masuk. Bayunya lembut dan sejuk sehingga menaikkan bulu romaku. Aku sudah berkira-kira mungkin Muk ataupun Wan yang akan merasa ‘smash’ raketku di kepala mereka, tetapi tekaanku tidak mengena. Suasana yang gelap di belakang dapur membuatkan aku segera menutup pintu.
“Korang ada pergi belakang dapur aku tadi ke?” Sambil meletakkan dulang berisi air sejuk dan cawan kosong, aku meninjau sekeliling pondok kalau-kalau ada kawanku yang lain menyorok. “Tak ada pun. Dari tadi lepak sini je.” Balas Wan. “Betul ke ni? Korang jangan main-main!” Sukar untuk mempercayai kejujuran Wan yang kuat kelentong itu. “Cakap banyak pun tak guna. Kita minum duluu…” Muk menuang air sejuk ke dalam cawannya lalu di hirup dengan sekali hirupan. Nampak benar hausnya itu. Muk tidak mengendahkan soalan ku. Aku jadi bingung.
Ah! Malas aku nak fikirkan sangat tentang suara tadi. Aku pasti suara tadi adalah plan busuk kawan-kawanku yang memang suka bergurau kasar. Mulut puaka mereka itu memang ku masak benar. Malam ini kami hanya bertiga. Yang lain-lain masih belum nampak batang hidung.
Tidak lama selepas itu Botak tiba dengan motor kapcainya. “Bertiga je ke? Mana lagi yang lain?” Kami tidak segera menjawab. Kami sudah berpakat tadi untuk tidak melayan Botak supaya dia naik angin. Kami buat tak tahu saja. “Woi! Pekak ke? Aku pukul jugak sekor-sekor ni karang!” Botak sudah mula naik angin. Dia mengambil seekor katak yang kebetulan lalu di bawah pondok lalu mencampakkannya ke dalam pondok. Berterabur kami melompat keluar dari pondok. “Kahkahkah! Padan muka. Nak kenakan aku konon!” Botak ketawa puas. “Gurau sikit pun tak boleh ke? Leceh la botak!” Wan menyapu seluarnya yang di penuhi pasir. “Malam ni apa projek? Tadi aku lalu depan kebun Wak Tamin tengok jagung dia dah cukup masak. Jom la ambik setongkol 3 4 tongkol.” Cadangan Botak itu memang kami sangat setuju. Di antara kami berempat, Botaklah yang paling nakal. Ada sahaja idea jahatnya.
Alang-alang tengah lapar ni, kami pun berangkat ke kebun Wak Tamin yang tidak jauh dari rumahku. Hanya 10 minit jika berjalan kaki. Waktu itu hampir pukul 11.30 malam. Keadaan jalan yang lengang menambahkan lagi kesunyian malam. Bunyi cengkerik dan katak jelas kedengaran di kiri dan kanan jalan. Kami rancak berborak sambil berjalan menuju ke kebun Wak Tamin. “Jalan depan rumah Pak Bakar tu dulu pernah ada orang nampak pontianak bertenggek. Betul-betul depan tiang lampu tu. Atas pokok.” Botak menuding jarinya ke arah pokok di depan rumah Pak Bakar yang sudah tidak jauh dari kami. “Kau ni Botak. Boleh pulak cerita pasal pontianak. Kita dah la nak buat projek ni. Nanti tak pasal-pasal dia join sekali.” Muk badannya sahaja besar tetapi penakut. “Kalau dia muncul, kita ajak la sekali panggang jagung. Ramai-ramai baru best. Hahahaa!” Wan cukup lancang ayatnya. Pontianak di buat-buat main.
“Wargghhhh…” Botak sengaja menyergah membabi buta. Terkejut kami dibuatnya. “Nanti orang dengar la gila. Kita ni nak pergi tibai jagung. Sebab mulut kau yang macam ‘speaker’ ni tak pasal-pasal kita pulak yang kena tibai!” Aku menyekeh kepalanya yang botak licin itu. Terasa sedikit kasar kulit kepalanya kerana rambut telah mula tumbuh. “Hahahaha..” Wan dan Muk mentertawakan Botak. “Hehehe!” Dalam masa yang sama, aku terdengar suara lain ikut ketawa. Halus bunyinya. Aku terus melihat sekeliling. Kot-kot ternampak ‘uniform putih’. “Kau tengok apa?” Botak menegurku. “Shhhh! Kejap. Semua diam.” Kataku berbisik. Kami berhenti sebentar di hadapan rumah Pak Hassan. Rumahnya sudah gelap. Barangkali semuanya sudah tidur.
“Kenapa kau ni? Macam nampak hantu je?” Wan bersuara. “Aku dengar suara orang gelak tadi. Macam suara lelaki tapi halus.” Aku yakin kali ini bukan suara kawan-kawanku yang ketawa. Ini suara suatu entiti lain. Aku pasti! “Aku tak dengar apa-apa pun? Kau salah dengar kot.” Muk menafikan kata-kataku. “Aku pun tak dengar apa-apa.” Botak juga sama. “Betul la. Aku dengar tadi. Jelas bunyinya. Bunyi tu macam ada dekat je!” Aku tetap yakin dengan deria pendengaranku. Aku masih belum pekak. “Ah! Tak ada apa-apa lah tu. Nak takut apa. Kita ramai ni kan. Kebun Wak Tamin tak jauh dah tu. Depan tu je lagi.” Botak memang seorang yang berani. Dia tetap dengan niat jahatnya.
“Ok. Aku jalan dulu. Korang ikut belakang.” Botak mengarah. Kami akur sahaja dengan arahan Botak. Kami meneruskan langkah ke tempat di tuju. Aku masih berfikir mengenai suara tadi. Tidak tenang di buatnya. Jantungku tiba-tiba berdegup laju seolah-olah satu signal akan kehadiran entiti lain. Apabila kami melewati sebuah rumah sebelum rumah Pak Bakar, lampu jalan di hadapan rumah Pak Bakar tiba-tiba terpadam. Keadaan jalan menjadi lebih gelap. Kami mematikan langkah seketika.
“Lann..”
“Lannnnn…”
“Lannn..”
Bunyi suara memanggil namaku bermain-main di telingaku. Bunyinya sayup-sayup kedengaran datang dari segenap arah. Suaranya seolah-olah bermain di sekelilingku. Bulu romaku mulai tegak. “Kau dengar tak?” Aku mencuit bahu Botak. “Dengar apa?” Botak kehairanan. “Bunyi suara orang.” Aku sudah mula berpeluh. Suara inilah yang mengganggu aku dari rumah tadi. Rupanya suara entiti lain! Bukan suara kawanku! “Bunyi cengkerik ada la”, balas Botak. Pelik! Hanya aku yang mendengar suara ini.
“Aku nak balik la. Aku dah kecut ni!” Dalam usia remajaku ini, tahap keberanian aku sudah sampai hadnya. Gangguan suara ini membuatku tidak tentu arah. Suasana gelap di sekelilingku seolah-olah makin menghimpit pernafasanku. Aku rasa sesak, takut, panas, sejuk, semua bercampur baur!
“Kita tak jauh dah pun. Seberang rumah Pak Bakar tu je kebunnya. Kau nak takut apa? Kita kan ramai ni.” Botak cuba memujukku. “Aku tak berani la. Lagi pun dah nak tengah malam ni. Kejap lagi abang aku pun nak balik dah.” Aku cuba mencari alasan.
Triiittt…triittt…
Triitt..triittt…
Handphone Nokia 3310 ku berdering. Ada panggilan masuk. Kulihat di screen nama “Abang Long” tertera. Baru saja di sebut namanya sudah muncul. “Kau kat mana? Kenapa tak lepak kat pondok? Kau pergi merempit ke? Jangan cari pasal!” Abangku membebel kerana aku tiada di rumah. “Pusing-pusing kampung je ni. Dah nak balik ni.” Jawabku lemah. “Ok. Cepat sikit. Aku tunggu ni!” Panggilan di putuskan sebelum sempat aku membalas ok. Aku lihat jam di handphone sudah pukul 11.45 malam.
“Kan! Baru je sebut. Abang aku dah suruh balik.” Aku sedikit lega kerana tidak perlu mengikut mereka. “Ye lah. Kau nak balik pergi lah. Nanti abang kau marah pulak. Kita orang nak terus pergi kebun.” Botak bertegas. “Kau berani ke balik seorang? Nanti dengar suara orang panggil lah, orang gelak lah.” Pertanyaan Wan mengembalikan rasa seram di tubuhku. “Wan, kau temankan aku balik. Boleh tak?” Wan tidak segera membalas. Angin sejuk mula membelai kawasan itu. “Ok lah. Jom.” Balas Wan bersahaja. Botak dan Muk terus berjalan tanpa menghiraukan kami. Mungkin mereka sakit hati dengan ku kerana merosakkan mood aktiviti jahat mereka.
Tetapi ada sesuatu yang pelik di antara Botak dan Muk. Walaupun mereka sudah jauh berjalan meninggalkan aku dan Wan, aku nampak samar-samar mereka bertiga, bukan berdua seperti sepatutnya. “Jom balik.” Suara Wan mengejutkanku. “Wan, kau nampak tak tadi? Macam ada orang lain ikut dia orang sekali!” Aku memegang lengan Wan sambil berjalan. Badannya sejuk seperti tiada d***h. “Sejuknya badan kau. Kau tak sihat ke?” Wan hanya diam membisu. “Woi! Dengar tak?” Aku teriak sedikit. “Tak ada apa lah.” Itu sahaja balas Wan. Aku pun malas nak bertanya lagi. Aku sibuk memikirkan siapa yang mengikut Muk dan Botak. Dari jauh tadi ku lihat bentuk badannya persis manusia. Takkan mereka tidak perasan. Macam-macam persoalan bermain di benakku.
Dalam perjalanan balik, Wan sepatah pun tidak bercakap. Dia agak pelik. Hanya jalan menunduk bagai seorang yang pemalu. Ah! Malas aku nak fikir pasal Wan. Yang pasti aku harus dapatkan kepastian siapa yang mengikut Botak dan Muk tadi. Aku keluarkan handphone dari poket lalu menaip mesej.
‘Wei, ko dah masuk kebun tak’. Send..
Bipp..bipp..
Mesej masuk. Laju saja si Botak ni balas.
‘Dah la. Dah setel masuk dalam beg plastik. Aku tunggu dia orang kencing. Lambat pulak’.
‘DIA ORANG? Siapa pulak lagi seorang?’ Send..
Bipp..bipp..
Mesej masuk. ‘Wan dengan Muk la. Takkan dengan Wak Tamin pulak. Kau dah sampai rumahke? Berani betul kau jalan balik seorang.’
Bulu romaku tiba-tiba meremang. Aku tidak mampu untuk mengangkat mukaku berpaling ke arah ‘Wan’ di sebelahku. Aku khuatir nanti Wan akan berubah menjadi sesuatu yang aku takutkan.
“Hehehehe…Lannn…Lannnn…” Suara itu kali ini sangat jelas dari sebelahku. Aku pasti di sebelahku bukan lagi Wan kawanku tetapi entiti yang menyerupai Wan. Aku cuba untuk membuka langkah seribu, tetapi kakiku terasa berat. Aku hanya mampu untuk berjalan. “HAHAHAHAHA….” Kali ini ‘Wan’ mengilai nyaring. Serentak dengan itu badanku terasa sangat lemah. Otakku mula kekurangan oksigen. Aku sempat menoleh ke arah entiti itu yang tinggi lampai hitam legam. Wajahnya berkedut-kedut dengan matanya yang besar dan merah. Beberapa saat saja dunia menjadi gelap. Aku pitam.
Aku tersedar ke esokkan paginya. Menurut cerita abangku, kawan-kawanku terserempak denganku terbaring di atas jalan. Aku menceritakan peristiwa yang berlaku padaku tetapi hanya di balas ketawa berdekah-dekah oleh kawan-kawanku. Mereka tidak menyangka aku benar-benar di ganggu. Mulai malam itu, aku tidak lagi berani melalui jalan depan rumah Pak Bakar pada waktu malam.
-TAMAT-
25. BANGUNAN B*****S
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400025
TAJUK CERITA : BANGUNAN B*****S
KARYA : AISYA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga HZONE BLOG. Terima kasih kat admin sudi share story saya. nama samaran saya #aisya Kisah yang bakal saya kongsi ni saya takdelah seram sangat pun tapi cukup untuk buat bulu roma meremang. Sekadar berkongsi pengalaman dan minat dengan cerita-cerita mistik walaupun penakut (sik pande jerak = tak pernah serik)
Salam Perkenalan
Kisah ni berlaku di bangunan B*****S, Kuching. Ramai yang tak tahu bangunan ni sebab lebih dikenali sebagai.. Tak payah tulislah ye. Lokasi pun tak penting sangat pun. Yang penting ada kisah yang terjadi di sana. 2009 saya ditawarkan mengikuti program CGB. Orang Sarawak mesti tahu program apa benda ni hehe (ada geng-geng CBG tak kat sini sila angkat kaki)
Saya bagi gambaran sikit ye. Bangunan ni berbentuk memanjang. Kedudukan lift di hujung sebelah kanan bangunan. Keluar dari lift tu belok kiri pintu masuk utama terus jumpa kaunter. Ada lima kaunter dan dari pintu masuk tadi toleh kanan pula ada pintu cermin untuk ke ruang pejabat. Tapi pintu cermin tu ada kod keselamatan. Dari pintu cermin tu lurus jauh ke dalam nampak pintu pembahagi antara ruang pejabat dan ruang rehat di mana ruang rehat tu ada pantry (kanan), tandas (kiri) dan bilik solat(tengah). Pintu pembahagi ruang tu pulak kiri dan kanan adalah bilik stor. Makanya laluan nak ke ruang rehat tu agak sempit sedikit.
Ok pada tahun tu takde pape yang aneh pun jadi. Rasa-rasanya dah nak masuk bulan yang ke lima kot (maaf ye dah lupa bila hehe). Pagi tu macam biasa saya sampai pejabat dalam jam 7.30 gitu (semangatkan saya datang awal ). Sunyi nya pagi tu, agaknya semua staf terlajak tidur haha. Di kaunter kosong takde orang, saya pulak takde kad untuk access kod pintu keselamatan yang saya dah mention tadi tu. Saya pun tiliklah kot-kot ada yang datang tolong bukakan pintu untuk saya. masa tu jugalah saya terpandang Mdm Moi pakai baju putih seluar hitam, rambut lepasa paras baru. Saya panggillah.. ‘Mdm!’ malangnya 2,3 kali saya panggil dia tak toleh2 pun terus je jalan dari sebelah kiri ruang pejabat belok ke kiri lurus menuju ke ruang rehat dan ke kiri lagi menuju ke tandas. Saya pun duduklah berdepan kaunter sementara menunggu staf lain datang. Dekat nak 10 minit jugala jd penunggu akhirnya ada juga yang masok pejabat. En. Ham pun buat-buat terkejut la tengok saya dok menunggu di luar
En.Ham : eh buat apa duduk kat luar? apasal tak masuk?
Dalam hati nak je saya ketok kepala dia masa tu. Kalau tanya satu soalan je, paham la dia saje je nak beramah mesra la konon tapi 2 soalan diajukan buat saya menyampah. Yelah saya nak masuk camane lah kan. Tak kan nak nyorok antara meja kaunter dengan cermin penghadang kaunter tu. Agak-agakla kan. Saya tahulah saiz saya kecik. Saya pun cakaplah:-
Aisya : takde orang yang tolong bukakan pintu. Tadi tengok mdm dalam sana nak ke tandas, panggil tapi tak dengar lah pulak.
En.Ham : Tedahnya bah…piluk ati kamek dengar. Iboh nangis, juh kamek bukak pintu k kitak (kesian.. tersentuh hati saya dengar. Janganlah nangis, jum saya bukakan pintu) BUK! Saya bagi sebiji penumbuk kat dia tapi tak sampai pun hehe Kembang kuncup, kembang kuncup juga hidung nak marah. Malas nak layan nanti sampai ke petang dia usik.
Tengok jam maseh ada dalam 5 minit lagi jam 8pagi. Saya pun lepak lah dulu dekat ruang tamu baca surat khabar. Masa tu kawan sama CGB (saya bagi nama Pah) pun dah sampai sama lepak kat situ. Di ruang tamu ni boleh nampak meja di mana ada buku kehadiran. Agak ketinggalan zaman sikit kan maseh lagi mengamalkan kaedah manual untuk kehadiran (senanglah nak ngular hehe tapi saya budak baik tak buat pun kerja ular mengular ni ). Tengah borak-borak tadi saya pun cakap dekat Pah:-
Aisya : eh lewat juga Mdm Moi masuk hari ni, selalu dialah tukang bukakan pintu setiap pagi. Merahnya makngah..
Pah : kan! Nasib baik masa sampai tadi seiring dengan Kak Sal (sambil toleh ke arah ‘meja kehadiran’
MERAH!!! Saya tak tahulah masa tu muka dah pucat ke merah sebab kaki tangan seluruh badan dah rasa seram sejuk panas. Tengok ke arah Mdm Moi sekali lagi sebab tak puas hati. Mdm Moi tengah tunduk-tunduk tulis nama, pakai baju merah, seluar hitam rambut ikat ekor kuda kontot.
Aisya : tapi tadi masa sampai Mdm dulu sampai pakai baju putih rambut lepas.
KakJan : ha.. jaga-jaga sya. Ada yang ngusik tu
Glup. Nak telan liur pn rasa sendat semacam dah tekak. Bila masa kakJan join pun tak perasan dan berhuhu lah kami sebelum bersurai..
Dah dekat nak setengah tahun juga dah kat situ baru nak mula berkenalan. Ambik masa juga dia nak ‘mesra’. Pemalu kot. Mungkin jenis yang low profile… hehe jangan marah
Bisikan Manja
Masih lagi di bangunan yang sama. Mintak maaf ye kalau cerita saya panjang sangat. Saya nak habiskan kisah di Bangunan B*****S ni dalam satu entry ni je ok. Seperti kebiasaan saya sampai awal tapi kali ni saya dah dapat kad access ok so terus je masuk. Masa tu saya juga dah bertukar tempat duduk. Kita imbas balik masa saya ceritakan kisah saya ternampak klon Mdm Moi dari arah kiri ruang pejabat belok ke kiri sebelum terus ke pintu ruang rehat. Ha.. kedudukan meja saya dekat corner tu la.
Pagi tu tergerak hati nak dengar bacaan Yassin. Buka guna laptop. Maklumlah saya ni pelatih je bukan staf so komputer memang tidak disediakan so bawa sendiri punya la senang kalau nak buat kerja tak payah nak pinjam orang punya. Baru je dengar ayat yang pertama tiba-tiba kak Mai panggil dari arah kaunter :-
Kak Mai : Sya boleh tolong sekejap tak? Sini jap..
Aisya : dah kenapa?
Kak Mai : hehe tolong akak binding paper ni jap. Akak nak sakit perut nak pegi tandas jap. Tolong ye dah tak tahan ni hehe
Aisya : orait
Saya pun tolong la kakMai buat binding dan biarkan laptop yang tengah mainkan surah yasin tadi terbuka. Kedudukan mesin binding ni pula di kaunter yang paling hujung sekali. Dari pintu masuk utama, kaunter no.1 paling kiri. Di situlah mereka ni letak mesin binding, laminate tu semua. So tengah khusyuk buat binding ni tiba-tiba
‘Huaarrrgghh….’ Terdengar bisikan halus tapi jelas di sebelah telinga kiri saya. dari hujung rambut sampai hujung kaki sebelah kiri saya berasa panas dan meremang. bagaikan ada garisan grid yang membahagi antara kiri dan kanan.
Rasa geli pun ye, automatic tangan saya menepis dan mengibas-ngibas telinga kiri dan automatic juga saya tertoleh ke kanan iaitu dinding cermin yang terpantul bayang saya sendiri. cepat-cepat saya menutup mata. Dalam hati ‘ nasib baik tak terpantul juga bayang si dia kat cermin’.
Aisya : janganlah kacau orang nak buat kerja..syuuhh.. ‘ sambil buka balik mata dan tengok di luar kaunter. Pakcik guard dah sedia berdiri di pintu utama. Bersahaja seperti biasa. Tidak ada apa-apa yang pelik. Dengan pantas saya siap kan kerja, keluar dari bilik kaunter tu dan jenguk kaunter ke2 disebelah.
Aisya : KakNa, ada simpan ayat Kursi ke surah Yassin ke buka ye jangan biar sunyi ye (berbisik sebab tak nak yang lain kecoh)
KakNa : kenapa? Apa jadi?
Aisya : takde pape, saja je hehe
Terus ke tempat duduk dan surah Yassin yang saya buka tadi dah terhenti. Rasanya masa tu baru jam 8.15am macam tu. Kaunter 2-5 pun dah start beroperasi. Dalam hati tertanya-tanya ‘kau marah ke aku buka Yassin tadi?’
Degup degap juga jantung hati berkerja seharian hari tu. Rasanya dah 2-3 hari selepas kejadian. Kita pergi makan tengah hari kakNa pun ada join. Dia pun tanya apa sebenarnya jadi hari tu. Saya pun ceritalah. Mulanya malas jugak nak share sebab kakNa ni dahlah bersebelahan je dengan tempat kejadian. Tapi kena paksa saya pun cerita juga dengan diorang. Diorang pun bukala cerita dulu ada juga staf tengok perembuan pakai baju kurung putih dan tudung putih tunduk-tunduk buat kerja dikaunter kejadian. Mirip seorang staf juga. Panggil-panggil takde respond so buat tak tahu jelah.
Ada versi lain pula diorang cakap dulu tingkat pejabat tu kolej swasta. Ada pula student yang b***h diri sebab tu takde pulak diorang bagitahu. Penunggu tu pula memang dah kawasan dia laluan nak ke ruang rehat tu dan dari pantry nak ke tandas, terutama depan bilik solat.
Kawan saya Jaja, dia kena minyak pengasih kot dengan bf dia. Ayah Jaja ni hantarla Jaja pergi berubat tapi jarak jaoh je nun di Bintulu. Lupa pula nak tanya yang mengubat Jaja tu bomoh ke ustaz. Saya anggap ustaz je lah ye. Jaja pun ceritalah yang ustaz tu cakap yang di bangunan tu ada 3 ‘penunggu’. 2 penunggu tu ada di tingkat pejabat kitorang. Nak percaya tu susah juga tapi tak nak percaya pun tak juga sebab dah terkena bisikan manja katakana haha
Saya ni nak kata berani tu takdela, dalam hati ni kalau tak kuat imam memang dah huru hara juga masa kene bisik tu. Dan tak pernah serik-serik kitorang jadikan bilik tu terutama belakang kaunter tu markas kitorang lepak sebab tersembunyi daripada pandangan bos dan supervisor haha
Tahun ni dah masuk 4 tahun saya tinggalkan bangunan tu sebab dah dapat kerja tetap ‘alhambulillah’ . Rindu pulak dengan geng lepak hehe. Itu je kisahnya di bangunan B*****S.
Ok bye
-TAMAT-
26. HOME SWEET HOME
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400026
TAJUK CERITA : HOME SWEET HOME
KARYA : F1RM1NO
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Salam kepada semua pembaca HZONE BLOG. Nama aku f1rm1no. Cite nie based on pengalaman sendiri tapi aku terpaksa ubah beberapa fakta demi menjaga perasaan beberapa pihak yang terlibat tapi masih tak lari dari kisah sebenar yang berlaku.
Aku nie bukan jenis yang ada sixth sense selalu nampak hantu, malah aku nie lemah sikit nak percaya mende tahyul nie. Bukan nak cakap besar, dari zaman asrama sampai lah ke universiti haram aku tak penah kena kacau langsung. Jadi aku takde berkesempatan berorientasi dengan hantu2 yang famous zaman asrama macam pocong, pontianak dan langsuir tapi Langsuyr band tu aku penah ler gie tengok gigs diorang. Nak kate aku penuh iman di dada, semayang pon selalu kelaut. Nak kata sejenis, aku baik sikit kot dari bangsa diorang.
Aku describe sikit psl work life aku. Aku kerja shift rotation contact center. Shift paling awal masuk 6.30 pagi dan shift paling lewat balik 3 pagi. Watak kedua member serumah, Akim namanya. Budak nie dulu satu company tapi dah berenti. Keje baru Akim pulak banyak outstation. So dalam sebulan die akan ada dalam 2 minggu je, so meaning lagi 2 minggu tu aku akan duduk sorang2 kt umah.
Rumah yang kami sewa nie asalnya takde misteri pon melainkan kipas ruang tamu yang mane kalau pilih nombor 5 akan berputar sangat lah perlahan tapi kalo pilih nombor 1 pulak die akan berputar dengan jayanya. Rumah nie 3 bilik, Akim master bedroom dan bilik no 3 kami buat bilik stor barang.
Masalah bermula bile masuk lewat tahun kedua menyewa. Aku dah mula rasa something wrong somewhere, macam dah bertambah pulak penghuni tapi jenis tak bayar sewa. Mula aku diamkan aje tapi bile tahap menggangu urusan harian aku decide nak bincang dengan Akim sebab die kan jarang ade dekat rumah, goyang jugak lah aku kalo die keluar outstation. Malam tu di kedai mamak terbongkar lah segala misteri.
Sebelum tu beberapa watak aku perlu perkenalkan….
Akim ada sorang awek, Iqa. Minah nie jenis free hair, pakaian agak sexy jenis pakai ketat2 tapi still senonoh la bagi aku. Jenis ramah, senang buat kawan. First time jumpe pon dah boleh rasa chemistry, jenis satu kepala masuk air. Masalah Akim pulak parent die tak merestui hubungan diorang. Parent die aku boleh describe jenis alim tapi ortodoks punye minded. Sorry i had to sebab dieorang suka judge orang dari luaran. First jumpe aku pon kalau boleh die mintak Akim cari housemate lain. Huhuhu T__T
Flashback pertama masa nie Akim still satu office dangan aku. Isu bermula bile mak Akim SMS nasihatkan Akim tinggalkan Iqa dan diorang boleh cari pilihan yang lebih sekufu untuk anaknye. Dan seriously aku x penah jumpe mangkuk sesengal Akim bile die bagitau aku yang die ada tunjuk SMS tu dekat Iqa. So bermula dari situ berlakulah konfrantasi antara hampir bakal mertua dan bakal menantu. Benda tu berlanjutan sehingga melibatkan adik beradik Iqa attack mak Akim. OK sebabkan aku tak add mak Akim dan FB pon zaman tu pon tak canggih lagi wall feed macam sekarang, dari ape yang Akim cite adik beradik Iqa dah start menyindir dan maki hamun mak Akim. Camne perang siber tu berlaku Wallahualam saya tak dapat nak gambarkan disini.
Flashback kedua malam tu aku dapat call dari Akim yang Iqa eksiden so die mintak aku datang tengokkan dulu di hospital sebab die OTW balik dari Johor. Iqa masa tu takde internal bleeding ke ape, cume doktor bagitaw sebab hentakan di kepala die jadi memory loss dan makan masa nak ingat balik. Dalam tempoh masa Iqa sakit nie, Akim memang kerap balik ke rumah family Iqa dan bantu proses rehab die. So dari sini family belah sana memang dah rapat dengan die dan kalau boleh memang nak jadikan Akim nie menantu diorang lah.
Flashback terakhir kebetulan pulak family Akim ada pegi melawat sedara diorang yang mana satu daerah dengan family Iqa. Dan mamat nie rupanya ada side plan untuk bawak family die jumpe family Iqa untuk berkenalan, mana tahu boleh terbukak pintu hati. Lepas berjaya sesi memujuk dan mengampu so die pon inform la family Iqa yang diorang satu keluarga akan ke sana lepas nie, maka diorang nie beranggapan yang family Akim nie nak datang merisik la kononnye. Ape yang berlaku di luar kawalan Akim di mana sesi menyindir pulak berlaku secara face to face dan diorang mungkin terasa hati bile mak Akim cakap memang tak ingin nk bermenantukan anak diorang.
Atas desakan family, Akim terpaksa berpisah dengan Iqa dan bawak haluan masing2. Since that moment maka bermulalah RumahKu Syurga’Mu’! Beberapa bulan lepas kejadian di rumah Iqa, Akim dah start rasa sesak dada sukar bernafas, susah tido malam dan hati selalu tak tenteram. Kadang2 dapat pakej extra tido kena tindih. Kalau die keluar outstation x pernah pulak die kena. Dan die jugak x boleh hadap muke parent langsung. Rasa nak mengamuk je. Dan lately die selalu nampak kelibat bayang dalam rumah. Kadang melintas kadang macam memerhati dari satu jarak.
Sebab tak taha,n Akim decide balik ke kampung untuk buat rawatan alternatif. Ustaz yang die jumpe bagitau bomoh yang hantar barang bukan calang2 sebab macam bomoh orang asli. Nampak berdendam sungguh orang yang mengupah tu. Lama jugak lah Akim nie berubat dan family dia pon kena jugak barang2 yang dihantar. So kat sini aku nasihat sikit korang dan diri aku sendiri : Berdosa dengan manusia lagi teruk akibatnya dari berdosa dengan Allah. Sesungguhnya Allah maha pengampun!
Ok ape kene mengena dengan rumah dan aku dalam ini wayang gambar?
Hmmm. Akim mengaku sebelum nie die ada bagi spare kunci rumah untuk Iqa yang mana kalau die keluar outstation Iqa akan datang kutip baju untuk hantar ke dobi, kemas bilik dan buat ape yang patut. Cube korang bayangkan kalau masa Iqa ada dalam rumah, aku baru bangun tido dengan hanya ada boxer je di badan dan JAIS datang ketuk pintu. So dari sini Iqa memang dah lama free access ke dalam rumah kami sebelum nie. Akim suspek myabe Iqa ada letakkan something dalam rumah masa kami berdua keluar. So paham lah aku kenapa mamat nie menggelabah ayam tukar kunci mangga secara tiba2.
Sekarang turn aku pulak cite kisah pengenalan aku dan penyewa baru nie. Sesi perkenalan kami pon ada beberapa fasa. Macam biasa balik keje aku lepak ruang tamu main DOTA, pasang headphone bukak youtube. Tengah sedap memaki hamun team mate yang beban, aku dengar Akim panggil aku dari dalam bilik die. Walaupun aku tahu die jenis tak kunci pintu, aku still akan ketuk dulu sebab takut masa tu die tengah buat benda2 tak senonoh. Sunyi xde jawapan. Aku sambung balik main game, baru nak pakai headphone aku dengar Akim panggil lagi tapi kali nie suara agak keras macam marah.
Aku yang tengah bengang terus bukak pintu. TUPPP tetibe aku rasa gelap je dunia aku. Ohhh sebab aku tak bukak lampu. Mamat nie jenis pasang langsir tebal, motif aku tak tanye pulak, bilik die suke hati die lah. Damn aku baru teringat yang Akim ada SMS aku tengah hari tadi ada emergency case terpaksa keluar outstation. Yes aku leave game tu, tak kisah orang gelar aku leaver ke ape. Aku sarung baju, seluar keluar rumah terus hello member2. Haram sume tak angkat, jadi aku overnight di kedai mamak bertemankan pekerja die malam tu.
Kisah kedua berlaku selang beberapa bulan. Kiranya makhluk nie takde lah hari2 keluar kacau hidup aku, mungkin sebab die bosan tunggu Akim tak balik rumah so die jadikan aku sebagai subjek uji kaji die! Masa tu aku tengah duduk dekat ruang tamu main handphone, tengah asyik layan FB aku terbatuk Uhukkk!! Pastu aku dengar balik bunyi batuk Uhukkk!! jugak. Aku ignore je then aku sengaja batuk tiga kali Uhukk Uhukk Uhukk. Selang seminit aku dengar die pon batuk dua kali Uhukk Uhukk tapi kali nie rasa macam sebelah telinga je then batuk ketiga Uhukkk kuat dari arah bilik air. Meremang jugak bulu roma bile teringat balik. Malam tu aku terus cabut keluar lepak rumah member, kali nie tak de call trus ketuk pintu, hahaha bergelandangan lah aku malam tu di rumah orang.
Kisah yang paling seram die penah menyakat aku bile malam tu aku kena tido awal sebab besok aku masuk shift 6.30 pagi. So dari petang lagi aku telah menyibukkan diri dengan melakukan benda2 yang boleh memenatkan badan jadi aku boleh tido seawal pkul 10 malam. Dah jadi habit aku bile tido awal, bermacam aksi aku lakukan dari pusing kiri kanan, tido terlentang sehingga la main terbalikkan bantal. Otak aku masih sibuk berpikir besok tengah hari nak makan ape sehingga lah dah kahwin nak anak berapa. Sedang aku bergelut dengan otak sendiri berhenti memikirkan masalah dunia, tetibe aku dengar macam orang mandi dalam bilik air.
Masa tu perut dah start menyanyi, aku plan nak ajak Akim lepak makan. Sebab tak sedap hati, aku SMS dulu Akim, tunggu die reply baru aku decide nak keluar bilik. Lama aku tunggu, aku terus call. Mamat tu angkat cakap die tengah drive nak balik rumah. Masa tu aku dengar bunyi macam orang gelak dari luar bilik. Sedang aku berzikir, “lambatnya ko nak sampai setan” tombol pintu bilik aku dipulas beberapa kali macam orang nak masuk. Walaupon tempoh 10 minit, azab yang aku rasakan macam berjam sampai lah Akim call suruh aku turun. Aku bukak tingkap jerit panggil die naik dulu, aku x peduli kalau jiran marah sebab aku bising. Gangguan aku terima kali nie dah di tahap kritikal. Bile aku dengar Akim masuk rumah dan bukak lampu, aku terus meluru keluar bilik dan ajak die keluar.. Paaaaaang!!! Sedas aku kena tumbuk sebab buang masa die naik atas.
Baca balik perenggan kelima, ye malam tu jugak aku luahkan segalanye dekat Akim. Mulanye die gelakkan aku sebab penakut, dulu aku jenis tak percaya kewujudan makhluk nie. So kami decide untuk jumpe ustaz untuk sesi “bersih” kan rumah sebab gangguan tu masih fresh. Kalo ada masa lapang aku akan sambung lagi kisah seterusnya rumah sewa tu.
Nota Kaki :
1) Banyak kali aku kena gangguan kecil, tapi aku anggap kes terpencil mungkin sebab tikus kot. Husnudzon gile aku
2) Aku start mendalami agama dari pengalaman nie. Itupon lepas kena usrah dengan ustaz sebab hanya cari Allah bile dah susah
3) Masa nak tulis cite nie pon macam2 dugaan datang balik, so aku banyak karang, stop then sambung karang. Aku tak baca balik perenggan atas jadi kalau cite macam berbelit, mohon kecam secara berjemaah!!
“Kalau mahu dinisbahkan tentang banyaknya makhluk Allah di dunia ini, lebih kurang begini. Para malaikat 90 peratus, para jin 9 peratus dan manusia cuma satu peratus saja. Kalau kita boleh melihat para Malaikat dan para Jin, kita jadi takut dan tidak boleh bergerak,” – Tamar Jalis
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan? – Surah Ar Rahman
-TAMAT-
27. JAM 3 PAGI
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400027
TAJUK CERITA : JAM 3 PAGI
KARYA : MISS ELLY
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Assalamualaikum readers HZONE BLOG, salam sejahtera untuk non-muslim. Nama aku Elly. Aku dah banyak baca cerita dalam HZONE BLOG maka aku rasa nak share dengan peminat HZONE BLOG berkaitan dengan cerita seram kuku aku nih. Ni kali keempat aku submit, hopefully admin CGC publish cerita tak seberapa aku nih. Thanks admin CGC. Hehehe.
Kejadian ini berlaku dalam tahun 2002, sewaktu masih menuntut di salah sebuah universiti swasta di jalan Kajang-Puchong. Masa kejadian aku dah masuk semester ke 3 rasanya, duduk di student apartment dalam universiti. Sesiapa yang biasa guna laluan untuk ke Putrajaya dari Kajang, student apartment di tepi jalan je, langsir kaler merah atau belang merah-krim. Semester tu aku duduk di apartment aras 3, satu unit rumah ada 4 bilik, tapi kami berlima. Aku namakan housemate tu si A, B, C dan D. Semuanya kawan-kawan dari sem pertama lagi. Setiap bilik seorang, tetapi si D, duduk di ruang tamu (masa ni isu lambakan student tak dapat bilik, so ruang belajar di ruang tamu dijadikan tempat tidur). Aku penghuni bilik pertama, dalam bilik ada satu tingkap mengadap highway Putrajaya-Kajang. Masa tu, Putrajaya masih belum membangun sangat, Alamanda pun takde lagi. Maka waktu malam, laluan tu tak sesibuk sekarang.
Pada suatu malam, sewaktu aku tengah tidur, tetiba terasa titik-titik hujan. Aku dapat rasa sebab aku suka tidur buka tingkap bilik, langsir aku selak ke tepi. Katil pula aku rapatkan ke tingkap. Jam dah jam 3 pagi rupanya. Aku pun pisat-pisat bangun tutup tingkap. Masa aku nak tutup tingkap, ternampak kain telekung kawan aku si B yang dia basuh malam tu, melayang-layang di tiup angin. Oleh kerana semangat kekawanan tu tinggi, aku pun keluar untuk mengangkat kain tersebut di balkoni jemuran, nak hujan la katakan. Sewaktu pintu dibuka, ternampak di seberang highway, ada kuil yang meriah sangat, penuh lampu-lampu. Dalam hati terdetik, “wahhh, dah pukul berapa ni, meriah lagi ke?”. Tapi aku buat tak tau je dan teruskan niat untuk mengangkat telekung di jemuran. Sebaik aku pusing untuk masuk kembali ke rumah, baru terfikir yang kuil seberang jalan tu tak siap lagi, malah kuilnya tak la sebesar segah yang aku nampak. Terus terasa lain macam. Cepat-cepat aku melangkah masuk ke bilik. Aku memang tak pandang belakang la kann.
Sangkaan aku, sampai situ je lah perasaan seram-seram, rupanya tak. Ibu selalu berpesan, tidur mengiring. Macam biasa aku akan tidur mengiring, membelakangkan tingkap. Langsir masih terbuka, hanya tingkap di tutup. Dalam mamai-mamai nak lena, terasa tilam tempat tidur aku di bahagian hujung kaki, seperti dipijak seseorang. Aku masih bersangka itu perasaan sahaja, tetapi benda tu seolah-olah berjalan perlahan dan mula mundar mandir di belakang aku. Korang boleh bayangkan tak bila ada orang berjalan-jalan di atas tilam yang kite baring, mesti terasa kan. Tilam pula jenis yang spring, adakala terdengar bunyi besi spring berlaga macam seseorang tengah pijak. Aku membatukan diri. Dalam hati macam-macam surah dah di baca.
Setelah beberapa ketika, benda tu berhenti setara di belakang kepalaku. Mungkin dia tak puas hati kot aku membatukan diri. Terasa meremang sangat, terutama di bahagian leher. Bagi mengurangkan kadar meremang dileher, aku buat-buat mengeliat, dan terus letak tangan kanan di leher. Ingatkan aktiviti benda tu dah berhenti, rupanya lagi dahsyat pulak dia kacau aku. Sangat jelas didengari dengusan di belakang kepala.
Benda tu bertindak lebih berani! Jarinya cuba mengangkat jari hantu tangan kanan yang aku letakkan di leher tu. Memang sangat terasa ade jari yang besar cuba mengangkat jari ku. Aku cuba untuk tarik jari, tapi dia seolah-olah melawan tarikan tersebut. Setelah cubaan menarik jari berkali-kali tidak berjaya, dia mungkin merapatkan mukanya dengan sisi muka aku sebab aku dapat rasa dengusan nafas dia yang suam-suam panas di leher melalui celah jari yang dia angkat tadi. Perasaan masa tu? Hanya Allah swt je yang tahu. Dalam dua tiga minit jugak lah dia bermain di situ.
Tetiba aku terdengar kriuk katil besi diluar bilik. Dia terus melepaskan jari aku dan senyap. Aku cuba buka sedikit mata, ternampak bayang-bayang dari celah bawah pintu seseorang melintas di depan bilik. Beberapa saat selepas itu, terdengar bunyi pintu toilet di tutup. Aku yakin, itu kawan aku si D yang tidur di ruang tamu. Sebaik pintu toilet ditutup, terasa benda tu berlari dan melompat turun dari katil. Sebaik benda tu aku yakini telah pergi, terus aku bingkas bangun dan berlari untuk switch on lampu bilik. Aku buka pintu bilik dan pandang ke arah toilet, kebetulan si D baru keluar dari toilet, sempat lagi aku sapa dia. Setelah rasa sedikit tenang, aku sambung tido dengan lampu bilik terpasang sampai subuh. Hehehe.
Masa kami bersarapan, aku pun bercerita pasal kejadian tu dengan housemate, dan mereka marahkan aku sebab baik sangat nak tolong angkat kain telekung dari ampaian pepagi buta tu. Huhuhuhu. Ingat lagi kata kawan aku si B, kalau hujan lebat pun, biarkan je, tak payah angkat. Malam tu kami buat bacaan Yassin selepas Maghrib untuk elakkan keadaan yang sama berulang. Alhamdulillah, sepanjang tinggal di student apartment tu, tiada lagi perkara extreme macam tu berlaku, just gangguan dari luar je sesekali. Sekarang ni pun aku masih suka tidur buka tingkap, tapi semenjak terjebak dengan cerita kat HZONE BLOG, baru sedar diri untuk tutup tingkap sebelum Maghrib. Hahahaha.
Cerita aku tak la seram macam kebanyakkan cerita kat HZONE BLOG. Next time aku cerita pengalaman waktu kecil. Diceritakan oleh mami dan arwah opah aku berkaitan kehilangan aku sewaktu kecil. Nanti ye aku cerita.
-TAMAT-
28. KETENANGAN?
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400028
TAJUK CERITA : KETENANGAN?
KARYA : HAMBA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Okay first and foremost, benda yang penting sekali korang kena tahu bahasa aku tak berapa nak best, BM ke BI ke semua hancur. So just bare with me. Cerita aku ni tak berapa nak seram la pun, but still aku just rasa nak share, if admin CGC nak share, trimas if not takpelah. Okay dah, start cerita.
Cerita ni berlaku time aku still in sekolah menengah, aku stay dekat hostel tapi hostel ni jenis harian so sekolah tempat lain, hostel tempat lain tapi still dalam area berdekatan. Nak dijadikan cerita pada hari kejadian tu, sekolah aku ada Canteen Day and ada kelas yang buat rumah hantu. Serious talk, aku tak pernah masuk rumah hantu cause aku pengecut. Yupp, pengecut. Tapi, hari tu aku masuk jugak rumah tu setelah dipaksa oleh rakan-2 yang dikasihi dengan harapan dapat men-challenge diri sendiri, plus, rumah hantu versi sekolah je apa la sangat. Haha. Siang tu boleh control lagi, berjimba la dekat sana. Namun, *masukkan pepatah yang ada hujan di tengahari tu*.
Malam pun menjelma, waktu tu hari Sabtu dan ramai yang balik kampung so, budak dorm aku ambil keputusan tidur area depan bilik je sebab tak ramai. Dorm aku ni jenis 16 orang satu bilik, 8 katil double decker, empat belah kanan and vice versa. Lepas tu 2 katil dirapatkan diselangi 2 loker (boleh bayangkan tak? Hopefully dapatlah). Kitorang tidur area katil yang dekat depan pintu, yang tidur bawah tu tidur depan loker and selari dengan katil sebab tidur dekat tengah dorm tu macam lagi bahaya la takut ada “benda” yang lalu lalang dekat situ katanya. Oleh kerana tempat tu agak sempit, jadi half atas katil, half bawah tapi takde yang tidur katil yang atas sebab panas and ngeri. Aku tidur atas katil dekat hujung sekali paling dekat dengan pintu. Shoot, aku memang seram gila, tapi terpaksa semua degil and dah cop tempat, redha je la.
Dulu aku takut tidur tutup lampu, disebabkan duduk dalam komuniti and majoriti semua tak boleh tidur lampu terbuka (Fact: tidur bukak lampu sebenarnya tak elok untuk kesihatan), aku pun terpaksa redha sekali lagi. Try punya try tidur, tak mahu jugak mata ni pejam, makin segar ada la. Teringat-2 kaki kena cekau dalam rumah hantu tadi, so tarik selimut tutup kaki, kot-2 hantu tak nampak kaki aku kalau tutup selimut. (Sampai sekarang aku amalkan benda ni Hahah) Paksa punya paksa, finally mata nak tertutup.
Dalam dia dah separa tertutup tu tetiba nampak macam ada satu tangan tua ni macam belai tangan aku, masa tu instead rasa takut aku rasa macam tenang gila, macam dia tengah sooth anxiety aku pergi rumah hantu siang tadi. Setelah sekian lama di lullaby and di usap tangan tu, baru aku sedar, who the heck la pulak usap-2 aku tu, aku bangun tengok kawan aku semua dah lena, shooooot, sapa pulak ni? Aku try gerak kawan aku kat sebelah, punya kayu dia tidur kalau gempa pun tak sedar aku rasa. Nak tidur bawah pulak dah penuh.
Last-2 aku susun buku bebanyak belah aku yang kosong tu and menyendeng dekat kawan aku, panas tak panas belakang cite. Sampai sekarang aku kalau tidur mesti genggam tangan or pegang something takut nenek tu melawat aku balik. Tapi, terima kasihla jugak dekat nenek sebab dah tenangkan aku masa tu.
Okayla, tu je cerita aku. Aku tak banyak pun encounter dengan benda ni semua dengar cerita or kes orang kena rasuk je aku pernah lalui, while, nampak benda tu dengan mata aku sendiri 2 kali je seumur hidup aku, tu pun tak ngeri mana. Alhamdulillah. K la kalau boring tu harap redha, aku bukan budak yang terror berbahasa dan bernukilan pun. Kbye.
-TAMAT-
29. AKAK HILANG 3 HARI
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400029
TAJUK CERITA : AKAK HILANG 3 HARI
KARYA : NORA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Hi. nama aku Nora (bukan nama sebenar) & aku memang minat sangat2 dengan HZONE BLOG. So aku memang akan teruja gila kalau admin publish apa yg aku nak cerita ni. Actually aku ada story pasal kakak aku. Aku gelarkan dia sebagai Nana. Cerita ni takdelah seram sangat cuma pengalaman aku je dgn kakak aku.
Waktu ni nana baru masuk form1 and aku baru masuk darjah 6. (ye kami adik beradik rapat). Nana ni aku nak cerita dia memang kakak yang sangat2 penyayang, baik hati, ada rupa dan memang bertanggungjwb. Kalau ada budak buli aku, tapi aku memang tak cerita dekat sesiapa, tup2 malam tu dia dah tahu and pergi slow talk dgn budak yang buli aku supaya jangan kacau aku. Aku rasa mcm adik yg paling beruntung gila lah!
Tapi kisahnya waktu pertengahan sekolah. Aku nampak kakak aku macam beza sangat2. Dia dah kurang senyum, kurang bercakap, asyik duduk dalam bilik, kalau keluar pun memang tak perasan bila dia keluar. Tahu2 dia call mak cakap ada dekat luar. Kakak aku tak macam ni.
Aku pun pelik lah kenapa. Jadi suatu hari tu, waktu kakak aku tengah buat kerja sekolah aku ajak dia main masak2 (maklumlah budak) tapi kakak aku cakap “JANGAN KAU KACAU AKU” aku punya lah terkejut sampai nangis2 tapi aku ingat kakak aku gurau je sebab dia memang kaki nyakat. Aku pun cakap lah “ala akak akak, jom lah teman adik, jom la jommmm” dengan tak semena mena, kakak aku tepis tangan aku, tarik tangan aku pergi masuk bilik, dia letak aku kat penjuru sambil cakap “Kau gerak kau siap” lepastu dia pergi dapur ambil sebilah pisau terus dia letak dekat leher aku. Yes! leher. dia cakap “apahal kau tak faham2 bahasa aku *****! kau nak mampus harini ke? nak mampus aku boleh tolong cepatkan!”
“Tak kak, tak, jangan kak” aku hanya mampu sebut perkataan tu sambil menangis tahan takut. Alhamdulillah betul2 tepat waktu tu mak and ayah aku baru je balik kerja, diaorang pelik kenapa aku menangis, terus dorang masuk bilik. “YA Allah kak, nape mcm ni. kak bawak mengucap” kata mak aku. Ayah aku apalagi terus terkam akak aku, rampas pisau dan paapppp! dia tampar akak aku. Lepas kena tampar, aku sendiri tengok mata akak aku merah sambil pandang sinis dekat kami semua. Dia terus lari ke bawah sambil gelak2. (rumah kami flat) Ayah aku nak kejar tapi mak suruh biarkan, bagi kakak ruang.
Lepas mak tenangkan aku, aku terus tertidur kepenatan.
Pagi tu, aku tengok rumah aku penuh dengan saudara2 aku. Pelik, mmg pelik. Cuba cari kakak aku, tapi dia tak ada. Aku tanya ayah, asal ramai sangat ni? Ayah aku cakap “kakak tak balik dari semalam, ni kami nak pi cari dia, adik duduk rumah ye dengan mak” Aku pun iyekan. Aku dengan mak aku pun menunggu lah dari pagi sampai malam, Bila mereka dah balik, ayah aku geleng kepala sambil cakap “tak jumpa lagi” Mak aku terus menangis kenangkan akak aku sbb aku kenal akak aku, dia bukan mcm ni, dia jenis bukan keluar malam.
Hari berganti hari, dah 3 malam akak aku tak balik. Report polis sudah dibuat, tapi hampa. Pihak polis kata mungkin dia duduk rumah kawan dia. Aku fikir, tak mungkin, kakak aku jenis tak suka duduk di mana2 tanpa kami. Kami anak beranak dah sepakat, jumpa ustaz. Cari jalan lain selain polis. Alhamdulillah kami dipertemukan oleh ustaz fahmi.
Bila dia masuk je rumah, dia kata “pakcik, makcik, saya tahu anak pakcik di mana dan Ustaz terus tulis satu alamat dkt atas kertas sambil jerit “PERGI SEKARANG, JANGAN TANGGUH! SEKARANG” terkejut aku sebab pelik ustaz ni apahal do nak marah2? haha ayah dgn pakcik2 aku terus bergegas pergi ke alamat tu. Tak sampai 2jam, ayah pulang dgn bawa akak aku. Ya allah alhamdulillah tapi akak aku macam pengsan, tak sedar2 dari tadi. Jadi mak suruh ayah cerita apa yg terjadi. Ceritanya begini.
Waktu dalam perjalanan (ayah jalan kaki je sebab alamat tu berhampiran rumah kami), ayah aku kena lalui satu pokok besar dekat area2 rumah kami. Pokok tu memang besar and dah berbagai cara pihak atasan robohkan tapi still tetap utuh tak berganjak. Waktu sampai betul2 dekat bawah pokok tu, ayah aku jenguk atas sebab pelik awat daun2 banyak gugur mcm ada orang goncang dari atas.
Bila ayah aku jenguk je, nah, ada satu lembaga macam budak kecil, satu badan warna putih mcm kena cat, mata warna merah, muka penuh dengan kesan d***h, duduk mencangkung sambil senyum dekat ayah aku. Yang paling terkejut nya, di sebelah lembaga tu mcm ada makhluk menyerupai kakak aku. ya! Kakak aku. Dia pun duduk bertenggek tapi macam dalam keadaan tidur. Ayah aku angkat tangan sambil berdoa “yaAllah tunjukkan lah kebenarannya yaAllah, Kuatkan hambamu ini yaAllah” bila ayah aku jenguk balik atas, kelibat tu hilang. Alhamdulillah ayah tahu, ni semua permainan syaitan. Makhluk tu macam nak tangguh2kan perjalanan ayah aku supaya berpatah balik. Nasib baik ayah aku imannya kuat.
Bila sampai je rumah ni, ayah aku mcm kenal je rumah ni, ya ini adalah rumah kawan baik akak aku. Tapi kenapa ustaz bagi alamat ni? Pelik dan diluar rumah ada sebiji kereta mercedes dengan nombor plat thailand, cermin kereta memang tinted habis. Langsung tak boleh nampak belah dalam. Ayah aku tak sedap hati.
Ayah aku terus rempuh rumah tu, and astagfirullahalazim! ayah aku nampak kakak aku tengah tidur sedap je di pelukan orang asing. Ya. orang Thailand. Kawan akak aku dgn ayah nya berniat nak jual akak aku untuk dijadikan PELACUR. sebabtu dia guna2 kan akak aku supaya ikut telunjuk dorang, supaya berkurang ajar dgn parents, rupanya sebab ini, akak aku hampir dijual di thailand oleh kawan baiknya sendiri! mengucap panjang ayah aku. patutlah ustaz suruh pergi segera, kalau lambat beberapa minit, dah dekat negara org agaknya akak aku.
Apalagi pakcik2 aku terus belasah orang2 yg ada di situ sambil tunggu polis. Kakak aku ayah aku bawa balik. Akak aku ok, cuma ayah kawan baik akak aku dia taruk ubat tidur.
Ustaz fahmi kata, akak aku ni dorang dah kenan, tapi akak aku ni jenis memang tak termakan pujuk rayu, dorang nak dapatkan duit cepat sebab rumah diaorang hampir kena jual. Tu kena buat sesuatu. sungguh aku tak sangka dorang mcm ni, sebab kawan baik akak tu dari luarannya sangat baik, bertudung labuh, pemalu. tapi nauzubillah. teruk. Lepas ustaz baca2 sikit di ubun2 akak aku, alhamdulillah akak aku okay. cuma dia tekejut je, ustaz bagi dia air penawar untuk kuatkan semangat dia…
Aku tahu cerita ni tak seram, cuma aku nak sampaikan pesanan supaya jangan terlalu sangat percayakan orang even kawan sebilik sebantal kita.
Ada sambungannya, kalini mengenai akak aku yg dalam dia dicintai oleh jin & kisah dia di perkampungan bunian. Ni menarik sikit, nanti ada masa aku cerita. TQ guys.
-TAMAT-
30. KEMBAR 2 ALAM
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400030
TAJUK CERITA : KEMBAR 2 ALAM
KARYA : RYUUNA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Assalamualaikum admin. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih jika admin publishkan cerita ini. Apa yang aku nak cerita ni adalah kisah yang betul- betul pernah berlaku pada diri aku. Jika tak seram, maaf la ya mungkin aku tak pandai nak bercerita haha. Btw, nama aku Maria (bukan nama sebenar). Kisah ni terjadi dalam 9 tahun yang lalu. Masa tu aku bersekolah di sekolah berasrama penuh di selatan tanah air kita ni. Sekolah menengah kebangsaan ….. Ada 2 kisah yang yang aku nak cerita berkaitan dengan Qarin ni.
Oh ya, sebelum terlupa, aku nak explain sikit pasal Qarin ni incase ada sesiapa yang tak tahu.
Qarin ni sebenarnya adalah ‘kembar’ bagi setiap manusia. Semua manusia ada Qarin masing-masing di mana Qarin tu bukanlah manusia. Mereka adalah sejenis jin. Even nabi Muhammad S.A.W pun ada Qarin juga tetapi Qarin baginda adalah islam. Disebabkan Qarin ni la, kadang-kadang bila ada sesiapa yang meninggal dunia, akan ada kawan2 ataupun family yang cakap ternampak Roh si m**i. Tapi sebenarnya yang mereka nampak tu bukanlah roh si m**i tersebut tetapi adalah Qarin ataupun ‘kembar’ si m**i. oh ya, Qarin ni tujuan dia memang untuk sesatkan manusia (sila betulkan jika tersalah).
Berbalik pada cerita aku, kat asrama aku ni, setiap kali waktu maghrib dan Isyak, setiap Aspuri (pelajar puteri a.k.a pelajar perempuan) diwajibkan untuk turun ke surau didalam asrama tu juga walaupun dalam kedaan ‘bercuti’ (datang uzur a.k.a period) sebab setiap hari akan ada tazkirah antara maghrib dan Isyak dan sebab tu semua Aspuri kena berada di dalam surau (ketika solat, Aspuri yang ‘bercuti’ akan duduk di bahagian belakang sof Aspuri lain yang menunaikan solat).
Kisah yang pertama ni bermula pada suatu maghrib tu. Masa tu aku tengah ‘bercuti’. Macam biasa, sepatutnya semasa azan maghrib tu aku dah kena standby berada di dalam surau tapi masa tu aku pergi langgar peraturan. Ya, aku memang selalu langgar peraturan duhh. Jadi semasa maghrib tu, instead of berada di dalam surau, aku ke ampaian jemuran kain untuk sidai kain di tepi blok asrama. Memang gelap kawasan tu kecuali ada sedikit cahaya dari lampu koridor yang berdekatan.
Tengah-tengah aku syok sidai baju, tiba-tiba aku ternampak kawan aku kat ampaian belah belakang. Dia ni kira ‘budak surau’ juga la jadi aku pelik kenapa dia ada kat situ. Lagi aku pelik sebab dia pakai kain kemban je, tapi tutup sampai kaki la, dan dia pakai tudung masa tu. Then aku pun pegi tempat dia, aku tengok muka dia pucat semacam. Then aku tanya, “buat apa kat situ, sidai kain ke?”. Walaupun aku tak nampak dia bawak apa-apa baldi ataupun kain. Tapi masa tu aku tak rasa apa-apa lagi. Lepas tu dia pun balas balik, dia saja berdiri kat situ, temankan aku. Lagipun dia tak boleh solat katanya. Aku pun senyum jelah sambil ajak dia pegi dari kawasan ampaian tu sebab nak ajak dia pegi surau kan.
Then aku cakap la, pegi la pakai baju dulu (sebab tadi kan dia pakai kain kemban saja), dia cakap ok, tapi dia suruh aku pergi surau dulu, nanti dia pergi sendiri. So disebabkan Tazkirah antara maghrib isyak tu dah nak mula, aku pun setuju jelah sebab kalau lambat nanti kena denda pula oleh pengawas asrama. Jadi aku pun terus la pergi ke surau tanpa tunggu kawan aku tu. Sampai je kat surau, aku terus duduk belakang. Tengah2 nak duduk tu, tiba-tiba aku ternampak someone kat sof depan. Jeng3, cuba teka siapa yang aku nampak? Yes. Kawan aku yang aku baru jumpa tak sampai 5 minit tadi kt ampaian tu.
Then sebab curious, aku pun pergilah tempat dia dan tanya, “boleh solat ke? Kata tadi tengah ‘bercuti’?”. Then dia pun pandang aku pelik. Dia cakap boleh. Dan aku tanya lagi kawan dia yang kat sebelah, lepas tu diorang pun cakap, ha betul lah dia boleh solat. Siap berjemaah lagi dan dah duduk situ sejak sebelum maghrib lagi. Aku pun dah berdebar sangat2 masa tu, kalau dia duk sini dari tadi dan boleh solat, so siapa yang aku jumpa tadi?? Mungkin sebab nampak aku jadi pelik, dia dan kawan2 lain pun tanya la aku dah kenapa? Tapi aku just senyum je sambil geleng kepala dan kembali duduk ke bahagian sof belakang surau.
Sampai sekarang aku tak bagitahu kawan aku tu yang aku pernah jumpa ‘kembar’ dia. Huhu…
Cerita kedua ni berkaitan dengan Qarin juga. Aku ni asyik2 jumpa Qarin je kan. Haha. Tapi sebenarnya aku rasa ramai je yang pernah jumpa, tapi masa jumpa tu, selalunya tak tahu pun yang tu adalah Qarin sampailah dah jumpa orang yang sebenarnya. Ok, back to the story, kisah kedua ni berlaku kat asrama tu juga. Masa tu aku form 5, dekat-dekat nak spm. Masa tu aku bawa laptop ke asrama, sebab nak tengok movie ramai-ramai time cuti. Walaupun sebenarnya kami tak dibenarkan untuk bawa barang elektronik dalam asrama, tapi aku seludup juga, duhh..
So cerita dia bermula pada malam tu, aku jalan dari bilik aku ke bilik kawan aku Niza (bukan nama sebenar) di blok yang berlainan. Macam biasa, kami nak dah janji nak tengok movie sama, jadi aku pun jalan la ke bilik dia sambil bawa beg laptop tu. Masa tengah jalan tu, suasana asrama memang dah gelap dan suram sebab lampu koridor je yang bukak, lampu bilik semua dah m**i. Masa tu tengah malam, kebanyakan student2 lain dah tidur. Memang bila kami nak tengok movie akan tunggu tengah malam la sebab warden pun dah tak check kan.
Then bila sampai je bilik Niza, aku tak nampak pun roommates dia. Dalam bilik tu sepatutnya ada 5 katil double decker jadi ada 10 orang la. Tapi sorang pun aku tak nampak. Pelik la juga kan sebab dah tengah malam, diorang semua dah pegi mana? Then masa nak keluar dari bilik tu, aku nampak ada seseorang baring kat katil bawah yang dekat dengan pintu. Itu katil Niza. dia pakai baju jubah kaler maroon dan baring sambil dua2 tangan bersilang dia letak kat perut. Nampak macam tengah tidur tapi pelik pulak cara tidur dia hmmm…
Then aku pergilah dekat lagi nak tgk dia dan eh, tu kan kawan aku ,Niza. Janji nak tengok movie sama2, tapi boleh pulak dia tidur dulu. Penat aku bawak laptop dari blok sebelah tau. Then lepas tu aku pun duduk tepi dia dengan tujuan nak kejutkan lah kan. Apa punya kawan tidur tak ajak. Haha. Then mata dia dah start macam gerak2 dah, macam nak terjaga. Tapi tiba2 aku dengar macam bising-bising kat luar. Then sebab curious kan, aku pun pergilah keluar bilik tu jap.
And guess what? Niza yang aku nampak tengah tidur tu relax je baru datang dari arah tangga dengan member kitorang sorang lagi yang kitorang panggil Yati. Masa tu aku nampak Niza pakai baju t-shirt hijau, bukan jubah maroon macam aku nampak yang baring kat atas katil dia tadi. Dan masa tu dia siap gelak- gelak lagi dengan Yati. Bila dia nampak aku, kawan aku pun panggil la, dia cakap dia pegi bilik Yati, ajak dia join kitorang layan movie malam tu. Then dia tanya lagi kenapa aku berdiri statik je kat situ? Masuklah p dalam bilik dulu. Aku tak dapat jawab soalan tu.
Aku pun apa lagi dah terketar dah masa tu. Siapa yang kat dalam tu? Lepas tu bila aku toleh dalam bilik dia, aku nampak roommates dia yang lain tengah tidur kat atas katil masing-masing padahal tadi aku tak nampak sesiapa kecuali ‘Niza’ yg tidur berbaju jubah maroon tu. Dan bila tengok kat katil Niza, kosong. Xde sesiapa pun baring kat sana. Lepas tu aku pun lari balik bilik sebab aku tak tahu dah mana satu kawan aku. Yang baru datang tu betul ke Niza? Entah bukan dia juga, sampai bilik je aku terus cuba tidur. Esok tu aku demam 3 hari.
Moral value kat sini, jangan langgar peraturan asrama. Jadilah pelajar yang berdisiplin haha.
KARYA : RYUUNA
-TAMAT-
31. AKU YANG TERKENA
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400031
TAJUK CERITA : AKU YANG TERKENA
KARYA : AAN
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Assalammualaikum pembaca tegar HZONE BLOG. Aku A’an. Dan untuk admin terima kasih kalau cerita ni approve tuk dipublishkan. First time nak hantar cerita kat sini. Ini adalah pengalaman aku sendiri. Peristiwa ni jadi masa aku masih belajar di salah satu Institusi Kemahiran di Selatan tanah air. Di mana biarlah aku simpan sendiri. Tak nak student di sana takut. Alhamdulillah hijab aku tertutup ye kawan2. Seumur hidup aku sampai sekarang ni tak lah banyak gangguan yang aku kena, aku beranggapan aku berada di tempat yang salah dalam waktu yang salah.
Aku ni duduk asrama sebab diwajibkan. Asrama tu asrama lama, tau kan struktur bangunan asrama sekolah yang terbuka tapi dihubungkan ruang pejalan kaki yang terbuka antara blok. Macam tu la asrama aku duduk ni. Asrama perempuan blok C & D. Aku duduk blok C tingkat 1 bersebelahan toilet. Kejadian ni berlaku semasa aku semester 3. Oh ya aku belajar sampai tahap 3 je. Waktu kejadian tu aku stay up malam sorang2 buat assigment yg direject lecturer last minit sbb ade kawan yg dok tiru assigment aku bulat2 haha yang seronoknye assigment dia dapat A. Aku kene buat baru, dialah Hantu yang sebenarnye ngeeee. Aku xde coursemate perempuan, semua lelaki. Tu sebab always lone ranger.
Malam tu sebelum semua roommate aku tido, memang dorang temankan aku dok pot pet pot pet, sampailah tinggal sorang je Maya. Maya ni orang utara, selalu malam2 dialah burung hantu dalam dorm tu. Aku plak pas isyak je tido, sebab course aku ni keje berat. Maya ajak temankan dia ke toilet aku cakap ok sambil tunggu sambil cek nota. Start dari tu kene ganggu, aku ingatkan Maya yang bercakap, aku pon selambe je menjawab.
Maya (H) : Akak ade kat luar lagi ke?
Aku : Ade ni ha tengah bace nota.
Maya : Akak cakap dengan sape tu?
Aku : TERKEDU sambil jawab xde pape akak bace nota lah.
Maya : Oh ingatkan akak cakap dengan ceq.
Aku : Dak aih cakap soghang ja. Hang tu lambat buang air kicik juga lagi mau dok lame dalam tu.
Haha sempat aku membebel lagi, walaupun kat tepi telinga dia dok bisik2 tapi xjelas butir bicara ewah. Pas Maya keluar ktorg terus balik bilik. Dia naik atas katil, aku sambung buat keje tepi katil. Lepas kol 12 malam aku dok kat kaki lima bilik sebab kene padamkan lampu, yang ni wajib. Lampu koridor je ade nak tak nak memang kene dok kat situ je lah, tak nak aku jadi rabun sebelum waktu. Lagipun kat koridor line wifi laju amat, lagi2 dorg sume da tido. Aku leka buat assigment sambil cari maklumat. Bukak lagu lagi kat laptop tu huhu.
Tetibe datang kucing hitam ke arah aku dari titi gajah, aku panggung kepala aku tengok je kucing tu kat mata n kucing tu pon pandang aku tepat kat mata. Dah dekat aku bersuara, “kalau kau rase nak kacau aku, aku rase baik ko pegi tempat lain, aku tak kacau ko, aku tengah struggle siapkan assigment aku”. And guess what? Kucing tu patah balik ke blok sebelah aku tunduk tengok jam pukul 3.30 pagi. Aku angkat balik kepala ok kucing tu dah takde padahal tadi elok dia jalan catwalk mase nak blah. Hati aku da xsedap tapi keje ade sikit lagi nak kene siapkan. Sambil buat keje sambil fikir nak masuk ke tak, masuk ke tak.
Lastly aku angkut laptop beserta baldi sebagai alas laptop bukak pintu masuk dalam. Aku buat keje kat koridor dengan pintu bertutup? Yesza haha. Mase ni aku rase nk terkucil, cuba kejut roommate semua, huh 8-8 tdo m**i, adeh. Aku beranikan diri capai tuala terus pegi toilet. Kat dalam toilet takde ape yang jadi kecuali bisikan2 kecil je lah. Aku husnudzon je yang boleh pon. Aku bukan berani ye, korang salah klo ko anggap aku berani, juz aku pon xboleh nak takot pade gangguan Jin, Iblis dan Syaitan ni. Tu pesan uztaz aku dulu, dan aku berpegang teguh pada ape yang ustaz aku katakan mase tu.
Tu belum kemuncak lagi tau, masuk bilik aku sambung sikit keje aku dan sekali lagi terganggu dengan bunyi angin, seriously aku tak tau pon yang bunyi angin ni petanda dia ade, aku tau start aku bace dalam FS ni lah. Aku panggung kepala, toleh kiri kanan. Ok lah dia nak buat keje dia aku rase, aku save keje aku tutup laptop. Tadi mase kat toilet da cuci muka, kaki semua terus aku panjat katil. Katil aku double decker besi padu, typical katil asrama sekolah kerajaan hihi. Aku duduk je atas katil bunyi pintu kene ketuk sampai bergegar. Kali ni aku terkejut dan terkedu untuk beberapa saat. Aku terus tarik selimut aku, aku baca doa tido.
Elok aku letak kepala ke bantal, aku dengar macam bunyi pintu kene langgar kuat sangat2 dan bunyi ade benda berlari di tengah2 laluan katil kami sampai melepasi tingkap, aku nampak langsir terangkat2. Aku juz cakap, “ko ni da main kasar ni, aku tak kacau kau pon jadi kau jangan nak kacau aku ea setan”. Aku mengiring ke kanan tarik selimut tutup muka terus tido. Pukul 5 pagi aku bangun sambung balik keje aku, da siap edit aku save dalam pendrive. Aku mandi dan solat subuh sebelum bersiap pergi print kat bilik bawah dan pergi kelas hantar assigment tu. Setel semua aku naik bilik sambung tido. Kepala pon da tingtong. Aku bangun bila perut nyanyi lagu dangdut raggae.
Aku capai tuala, pergi toilet nak cuci muka dan buang air. Masuk toilet macam biasa, mase tengah membuang aku nampak pantulan dari air dalam baldi makhluk rambut mengerbang tengah mencangkung kat atas dinding antara toilet . Toilet bangunan lama ni tandas cangkung yang mangkuk dan tempat berpijak tinggi tau, bila kita berdiri sama level dengan tempat makhluk tu mencangkung. Aku da kecut perut menggeletar pon iye jugak. Lama aku fikir camne nk bangun ni. ‘ Tak boleh jadi ni’ aku terus bangun berdiri aku tengok benda tu dah takde. Aku terus berlari keluar toilet. Bersiap dan lari ke dewan makan.
Aku menggeletar sampai kan penjaga DM tu tanya aku kenapa. Aku geleng je. Aku tunggu roommate aku naik makan kat DM pastu baru aku balik dorm aku bersama mereka. Petang tu aku gi balik toilet tu cek tengok air dalam baldi, sah bayang tadi tu memang benda tu sebab bayang shower dan besi paip tu kecik je, terus aku keluar sengih2 ke arah roommate aku. Diaorang tanya aku kak kenapa, aku pon bukak cerita ape yang jadi dari malam tadi. Komen diorang kental betul ko kan kak. Aku tak kental sis aku terpaksa. Uhukuhuk.
Untuk pengetahuan pembaca semua, masa kejadian tu kami baru naik cuti mid sem, aku biasanya akan naik seminggu lambat dan seminggu lewat bercuti disebabkan course aku akan pergi belajar mesin di tempat lain semasa semua orang bercuti. Yang lain naik baru kami cuti. Semasa kami bercuti tu asrama dilanda histeria. Baru lah aku tau punca aku diganggu. Selama ni elok je aku angkat kain baju dan masuk toilet waktu malam pergi kelas dan duduk dorm sorang2 tak pernah sekalipun aku kene kacau macam tu.
Roommate aku cerita ade antara student yang histeria tu mulut celupar yang amat. Student lelaki tau yang celupar tu. Belakang asrama kami hutan bukit yang agak tebal. Tak la seram tapi tu kan memang tempat tinggal mereka. Jangan la ditegur atau dikacau. Dan yang paling bez masa ni baru aku teringat mata kucing yang aku dok bertentang mata malam tu, mata kucing tu bukan mata normal kucing tau tapi mata menyerupai mata kita dengan bebola mata yang hitam pekat. Aku mampu istighfar je dalam hati, minta dijauhkan dari perkara yang tidak2 hendakNya. Aku minta maaf kalau susah korang nak paham huhu. I’m amateur.
P/s kita harus ingat yang tinggal atas muka bumi Allah ni bukan kita sahaja tapi ade makhluk lain juga. Kata- kata kena jaga. Kalau pembaca fs berminat aku ada 1 lagi cerita berkaitan mulut celupar waktu camping dulu hihi. Lagi satu nak pesan pada yang wanita kebersihan tolong lah jaga, bukan pada diri kita je, pada persekitaran sekali benda tu suka, suka yang amat2 lagi2 kalau tengah ABC.
-TAMAT-
31. KEMBAR DUA ALAM
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400030
TAJUK CERITA : KEMBAR DUA ALAM
KARYA : RYUUNA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Assalamualaikum admin. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih jika admin publishkan cerita ini. Apa yang aku nak cerita ni adalah kisah yang betul- betul pernah berlaku pada diri aku. Jika tak seram, maaf la ya mungkin aku tak pandai nak bercerita haha. Btw, nama aku Maria (bukan nama sebenar). Kisah ni terjadi dalam 9 tahun yang lalu. Masa tu aku bersekolah di sekolah berasrama penuh di selatan tanah air kita ni. Sekolah menengah kebangsaan ….. Ada 2 kisah yang yang aku nak cerita berkaitan dengan Qarin ni.
Oh ya, sebelum terlupa, aku nak explain sikit pasal Qarin ni incase ada sesiapa yang tak tahu.
Qarin ni sebenarnya adalah ‘kembar’ bagi setiap manusia. Semua manusia ada Qarin masing-masing di mana Qarin tu bukanlah manusia. Mereka adalah sejenis jin. Even nabi Muhammad S.A.W pun ada Qarin juga tetapi Qarin baginda adalah islam. Disebabkan Qarin ni la, kadang-kadang bila ada sesiapa yang meninggal dunia, akan ada kawan2 ataupun family yang cakap ternampak Roh si m**i. Tapi sebenarnya yang mereka nampak tu bukanlah roh si m**i tersebut tetapi adalah Qarin ataupun ‘kembar’ si m**i. oh ya, Qarin ni tujuan dia memang untuk sesatkan manusia (sila betulkan jika tersalah).
Berbalik pada cerita aku, kat asrama aku ni, setiap kali waktu maghrib dan Isyak, setiap Aspuri (pelajar puteri a.k.a pelajar perempuan) diwajibkan untuk turun ke surau didalam asrama tu juga walaupun dalam kedaan ‘bercuti’ (datang uzur a.k.a period) sebab setiap hari akan ada tazkirah antara maghrib dan Isyak dan sebab tu semua Aspuri kena berada di dalam surau (ketika solat, Aspuri yang ‘bercuti’ akan duduk di bahagian belakang sof Aspuri lain yang menunaikan solat).
Kisah yang pertama ni bermula pada suatu maghrib tu. Masa tu aku tengah ‘bercuti’. Macam biasa, sepatutnya semasa azan maghrib tu aku dah kena standby berada di dalam surau tapi masa tu aku pergi langgar peraturan. Ya, aku memang selalu langgar peraturan duhh. Jadi semasa maghrib tu, instead of berada di dalam surau, aku ke ampaian jemuran kain untuk sidai kain di tepi blok asrama. Memang gelap kawasan tu kecuali ada sedikit cahaya dari lampu koridor yang berdekatan.
Tengah-tengah aku syok sidai baju, tiba-tiba aku ternampak kawan aku kat ampaian belah belakang. Dia ni kira ‘budak surau’ juga la jadi aku pelik kenapa dia ada kat situ. Lagi aku pelik sebab dia pakai kain kemban je, tapi tutup sampai kaki la, dan dia pakai tudung masa tu. Then aku pun pegi tempat dia, aku tengok muka dia pucat semacam. Then aku tanya, “buat apa kat situ, sidai kain ke?”. Walaupun aku tak nampak dia bawak apa-apa baldi ataupun kain. Tapi masa tu aku tak rasa apa-apa lagi. Lepas tu dia pun balas balik, dia saja berdiri kat situ, temankan aku. Lagipun dia tak boleh solat katanya. Aku pun senyum jelah sambil ajak dia pegi dari kawasan ampaian tu sebab nak ajak dia pegi surau kan.
Then aku cakap la, pegi la pakai baju dulu (sebab tadi kan dia pakai kain kemban saja), dia cakap ok, tapi dia suruh aku pergi surau dulu, nanti dia pergi sendiri. So disebabkan Tazkirah antara maghrib isyak tu dah nak mula, aku pun setuju jelah sebab kalau lambat nanti kena denda pula oleh pengawas asrama. Jadi aku pun terus la pergi ke surau tanpa tunggu kawan aku tu. Sampai je kat surau, aku terus duduk belakang. Tengah2 nak duduk tu, tiba-tiba aku ternampak someone kat sof depan. Jeng3, cuba teka siapa yang aku nampak? Yes. Kawan aku yang aku baru jumpa tak sampai 5 minit tadi kt ampaian tu.
Then sebab curious, aku pun pergilah tempat dia dan tanya, “boleh solat ke? Kata tadi tengah ‘bercuti’?”. Then dia pun pandang aku pelik. Dia cakap boleh. Dan aku tanya lagi kawan dia yang kat sebelah, lepas tu diorang pun cakap, ha betul lah dia boleh solat. Siap berjemaah lagi dan dah duduk situ sejak sebelum maghrib lagi. Aku pun dah berdebar sangat2 masa tu, kalau dia duk sini dari tadi dan boleh solat, so siapa yang aku jumpa tadi?? Mungkin sebab nampak aku jadi pelik, dia dan kawan2 lain pun tanya la aku dah kenapa? Tapi aku just senyum je sambil geleng kepala dan kembali duduk ke bahagian sof belakang surau.
Sampai sekarang aku tak bagitahu kawan aku tu yang aku pernah jumpa ‘kembar’ dia. Huhu…
Cerita kedua ni berkaitan dengan Qarin juga. Aku ni asyik2 jumpa Qarin je kan. Haha. Tapi sebenarnya aku rasa ramai je yang pernah jumpa, tapi masa jumpa tu, selalunya tak tahu pun yang tu adalah Qarin sampailah dah jumpa orang yang sebenarnya. Ok, back to the story, kisah kedua ni berlaku kat asrama tu juga. Masa tu aku form 5, dekat-dekat nak spm. Masa tu aku bawa laptop ke asrama, sebab nak tengok movie ramai-ramai time cuti. Walaupun sebenarnya kami tak dibenarkan untuk bawa barang elektronik dalam asrama, tapi aku seludup juga, duhh..
So cerita dia bermula pada malam tu, aku jalan dari bilik aku ke bilik kawan aku Niza (bukan nama sebenar) di blok yang berlainan. Macam biasa, kami nak dah janji nak tengok movie sama, jadi aku pun jalan la ke bilik dia sambil bawa beg laptop tu. Masa tengah jalan tu, suasana asrama memang dah gelap dan suram sebab lampu koridor je yang bukak, lampu bilik semua dah m**i. Masa tu tengah malam, kebanyakan student2 lain dah tidur. Memang bila kami nak tengok movie akan tunggu tengah malam la sebab warden pun dah tak check kan.
Then bila sampai je bilik Niza, aku tak nampak pun roommates dia. Dalam bilik tu sepatutnya ada 5 katil double decker jadi ada 10 orang la. Tapi sorang pun aku tak nampak. Pelik la juga kan sebab dah tengah malam, diorang semua dah pegi mana? Then masa nak keluar dari bilik tu, aku nampak ada seseorang baring kat katil bawah yang dekat dengan pintu. Itu katil Niza. dia pakai baju jubah kaler maroon dan baring sambil dua2 tangan bersilang dia letak kat perut. Nampak macam tengah tidur tapi pelik pulak cara tidur dia hmmm…
Then aku pergilah dekat lagi nak tgk dia dan eh, tu kan kawan aku ,Niza. Janji nak tengok movie sama2, tapi boleh pulak dia tidur dulu. Penat aku bawak laptop dari blok sebelah tau. Then lepas tu aku pun duduk tepi dia dengan tujuan nak kejutkan lah kan. Apa punya kawan tidur tak ajak. Haha. Then mata dia dah start macam gerak2 dah, macam nak terjaga. Tapi tiba2 aku dengar macam bising-bising kat luar. Then sebab curious kan, aku pun pergilah keluar bilik tu jap.
And guess what? Niza yang aku nampak tengah tidur tu relax je baru datang dari arah tangga dengan member kitorang sorang lagi yang kitorang panggil Yati. Masa tu aku nampak Niza pakai baju t-shirt hijau, bukan jubah maroon macam aku nampak yang baring kat atas katil dia tadi. Dan masa tu dia siap gelak- gelak lagi dengan Yati. Bila dia nampak aku, kawan aku pun panggil la, dia cakap dia pegi bilik Yati, ajak dia join kitorang layan movie malam tu. Then dia tanya lagi kenapa aku berdiri statik je kat situ? Masuklah p dalam bilik dulu. Aku tak dapat jawab soalan tu.
Aku pun apa lagi dah terketar dah masa tu. Siapa yang kat dalam tu? Lepas tu bila aku toleh dalam bilik dia, aku nampak roommates dia yang lain tengah tidur kat atas katil masing-masing padahal tadi aku tak nampak sesiapa kecuali ‘Niza’ yg tidur berbaju jubah maroon tu. Dan bila tengok kat katil Niza, kosong. Xde sesiapa pun baring kat sana. Lepas tu aku pun lari balik bilik sebab aku tak tahu dah mana satu kawan aku. Yang baru datang tu betul ke Niza? Entah bukan dia juga, sampai bilik je aku terus cuba tidur. Esok tu aku demam 3 hari.
Moral value kat sini, jangan langgar peraturan asrama. Jadilah pelajar yang berdisiplin haha.
-TAMAT-
31. BELOK KIRI
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400031
TAJUK CERITA : BELOK KIRI
KARYA : MJ
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku nak kongsikan cerita dan pengalaman seram aku yang pertama. Aku tak pernah mengalami sepanjang hidup aku. Bagi aku, seram la sebab pertama kali kan. Huhu. Tapi bagi orang lain, tak seram la kot. Kejadian ini berlaku dalam bulan syawal tahun lepas (2016), tak ingat raya ke berapa. Nak dijadikan cerita, kawan aku ni duduk Shah Alam. Nama dia Sally (nama samaran). Dia ajak aku pergi beraya rumah kawan-kawan. Aku pun mesej la kawan-kawan lain, nak ajak sekali. Tapi semua sibuk nak beraya rumah saudara mara, jadinya kitorang berdua je la beraya. Aku decide nak pergi beraya rumah kawan-kawan satu geng. Tapi ramai pulak yang takde.
Last sekali dapat la sebuah rumah nak pergi. Itupun kalau nak ikutkan dia ada hal. Tapi aku paksa dia tangguhkan urusan dia. Then, aku bagitau Sally, nak beraya ke rumah Win (nama samaran). Dia cakap dia tak tahu rumah Win. Takpe, aku pernah pergi rumah dia. Tapi rumah dia memang hujung kampung la. Hahah. Kawasan tu pulak, tak banyak rumah. Kalau ada pun, jarak bukan main jauh. Lampu jalan pulak takde. Sebenarnya aku ingat-ingat lupa nk pergi rumah dia. 6 tahun kot tak pergi rumah dia. Lama tu. Jadi, sebelum pergi, aku tanya siap-siap kat Win direction rumah dia. So, takde la aku salah jalan nanti.
Lebih kurang pukul 9, Sally sampai rumah aku, terus kitorang gerak ke rumah Win. Sampai depan PLKN, aku buka direction yang Win bagi kat aku. Aku baca kuat dan jelas, biar Sally dengar sekali. Aku baca satu persatu apa yang Win bagi kat aku. Sampai satu simpang, Win suruh aku terus je. Nampak simpang lagi, terus lagi. Sally cakap dengan aku, kenapa rumah Win macam jauh je. Aku cakap la, rumah Win memang jauh pun, hujung jalan beb. Okay, layankan je la direction yang Win bagi. Tapi, aku rasa macam dah jauh sangat la pulak rumah Win ni.
Sally pun buat u-turn, sebab memang dah jauh sangat, takut pulak nak teruskan lagi. Sebab kawasan takde rumah, takde lampu jalan, dan kelapa sawit. Aku call Win. Tapi, time tu la pulak, battery aku takde. Haishh. Geram pulak rasa. Nak guna handphone Sally, dia takde kredit pulak. Nasib Sally bawak powerbank. Lepas dah on handphone balik, aku call Win. Aku cakap, kitorang sesat. Pastu dia bagi direction masa tengah call tu. Separuh jalan je. Pastu, Win suruh adik dia ambik kitorang kat simpang. Tak sampai 5 minit, adik dia sampai naik motor. Dalam hati, eh sekejapnya budak ni bawak motor. Tadi punya rasa macam jauh.
Masa dah sampai kat rumah Win, aku cakap dengan Win, kenapa bagi direction salah ni. Pastu dia kata aku salah baca la apa la. Aku pun diam je la. Dah nak datang rumah orang, tak kan nak gaduh pulak. Tapi aku ada la sikit tak puas hati sebab dia bagi salah direction kat aku. Lepas akan dengan borak-borak, tengok jam dah pukul 11 lebih. Ish, jom la balik Sally, walaupun sebenarnya tak habis lagi gossip. Haha. Masa waktu makan tu pun, aku ada cakap lagi pasal direction yang dia bagi kat aku.
“Kenapa ko tak cakap suruh masuk kiri lepas jumpa simpang 4 tu”. Dia pun dengan pendirian dia, dia kata dia dah tulis bagi kat aku. Ah lantak la pasal tu. Masa kitorang nak balik, Win ni punya cakap suruh hati2 bagai, jangan sampai sesat lagi. Sampai dia nak suruh adik dia hantarkan kitorang balik. Hahah. Aku cakap la, aku dah ingat jalan dah. So, balik je la macam biasa. Sally pun hantar aku sampai depan rumah. Masa tu dah pukul 12.
Aku masuk bilik, baring jap. Sambil tu aku tengok balik conversation aku dengan Win. Aku ni jenis kalau boring, aku suka baca apa yang aku taip balik. Hahaha. Dan tiba-tiba, aku ada spot sesuatu. Aku screenshot balik direction yang Win bagi aku. Aku sent kat whatsapp dia. Aku cakap, “ko tengok ni, ko suruh aku terus je weh. Sedangkan, rumah ko akan masuk kiri lepas simpang 4”. Aku macam biasa la, sebab aku yakin aku ikut apa dia bagi kat aku.
Bukan salah aku. Tapi salah dia. Lepas tu, Win bagi kat aku satu screenshot dari hadphone dia. “Eh aku taip la yang aku suruh ko masuk kiri”. Okay, aku baca satu persatu. Eh, ada la. Aku compare kan dengan yang screenshot aku tu, tetiba aku pelik. Macam mana ada dua word yang dari handphone aku takde, tapi dari handohone Win ada. Korang compare kan la sendiri version aku dengan version Win.
Version dari handphone aku. (Apa yang Win bagi kat aku) *aku letak star, tak nak bagitau nama jalan. hehe
Win: Nanti dari PLKN terus je sikit pandang kiri.. Ada signboard jalan *****, hah masuk situ
Win: Pastu terus je nampak signboard jalan ***** belah kanan masuk situ
Win: Terus je sampai nampak simpang 4
Win: Pastu terus je sampai nampak simpang 4 lagi
Win: Dari simpang 4 tu, terus lagi
Win: Rumah aku hujung. Belah kanan
Version dari handphone Win (apa yang Win taip, bagi kat aku)
Win: Nanti dari PLKN terus je sikit pandang kiri.. Ada signboard jalan *****, hah masuk situ
Win: Pastu terus je nampak signboard jalan ***** belah kanan masuk situ
Win: Terus je sampai nampak simpang 4 belok kiri
Win: Pastu terus je sampai nampak simpang 4 lagi
Win: Dari simpang 4 tu, terus lagi
Win: Rumah aku hujung. Belah kanan
Aku nak je letak gambar tu. Tapi tak boleh letak la pulak. So aku taip je la. Harap korang paham la kan. Huhuh. Win suruh aku belok kiri, tapi mesej yang dia bagi kat aku, takde pun dia suruh belok kiri. Aku terus whatsapp Win bagitau pasal bende tu. Dia pun terkejut la. Berhuhuhu je la kitorang. Nasib la kitorang dah sampai rumah. Terus aku whatsapp Sally, tanya dia dah sampai ke belum. Dan terus bagitahu dia pasal cite ni. Hahahaha masing-masing terkejut. Diam kan je la. Aku pun bergurau dengan Win, aku tak nak dah datang rumah dia malam-malam. Hahaha.
Esok pagi aku cerita dengan mak ayah aku. Mak aku pun, ha tu la. Dah la rumah dia jauh, berani sangat nak pergi sana. Mak aku cakap, sebelum ni ada jugak orang tua naik motor sorang-sorang, malam pulak tu, balik dari kenduri kahwin kot, sesat jugak. Orang tua pulak tu kan. Masa dia tengah sesat, dia ada tanya orang, macam mana nak balik ke ***, orang yang dia tanya tu cakap terus je lagi. Orang tua tu pun sesat. Jauh sangat-sangat. Sampai la ada india tu pelik, kenapa orang tua tu boleh ada kat tempat yang takde orang tu. India tu pun bawak orang tu pergi masjid, mintak tolong imam. Rupa-rupanya, dia dah sampai kampung lain dah. Adehhh. Selamat la malam tu aku tak terus je. Kalau tidak, tak tau la sampai ke mana. Huhu. Sorry, panjang sangat pulak cerita ni. Hahaha. Korang rasa, handphone aku rosak ke sampai boleh hilang perkataan belok kiri tu? Sebenarnya ‘dia’ nak bawak aku ke mana? Huhuh.
-TAMAT-
32. OFIS DIKUASAI MAKHLUK ASING
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400032
TAJUK CERITA : OFIS DIKUASAI MAKHLUK ASING
KARYA : STUDENT PRAKTIKAL
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Hai semua. Aku student dan baru lepas habis praktikal dekat Bangi. INTERN aku adalah selama 16 minggu. Pada mulanya, aku hampir give up cari tempat untuk praktikal sebab tak ada satu yang boleh bagi maklumbalas. Sampai lah aku pusing satu kawasan Bangi dan ternampak satu iklan tentang kerja kosong. Tanpa fikir panjang aku terus call nombor telefon tersebut dan maklumkan yang aku student dan perlukan tempat untuk jalani praktikal. Yang jawab panggilan telefon aku tu perempuan dan halus suara dia.
Dia pun kasi aku alamat dan minta aku datang ke alamat tersebut haritu tu juga. Aku pun tanpa melengahkan masa bawa aku punya resume dan segala macam terus bawa motor ke alamat tersebut. Aku tak boleh kasi tahu alamat tersebut secara detail. Yang aku mampu bagitahu tempat tersebut terletak di Kawasan Bangi. Office yang aku pergi lawa dan baru lagi. Bila borak dengan akak kerani tu katanya baru lagi tak sampai setahun. Dalam 20 minit sembang akak kerani tu terus suruh aku masuk dalam meeting room jumpa dengan bos.
Aku pun ketuk pintu, Dia cakap masuk. Suara garau nak mampus, dalam office dia tu gelap gila, langsir warna gelap dan tak bukak. Cat office dia pula warna biru gelap dengan hitam. Aku bagi salam tapi bos aku ni dia tak jawab. Terus suruh aku duduk. Mulanya aku ingat non muslim. Tapi tengok name card dekat desk dia nampak ada Muhammad. Dia pun tanya aku sebelum ni pernah kerja dekat mana je. “Sebelum ni saya pernah kerja jadi cashier dekat 7Eleven, tukang masak sekejap, dan kedai kek”, jawabku. Dia pun jawab, “oh okay”.
Aku kasi resume aku. Dia selak selak then tiba tiba cakap aku boleh start nextweek. Ikutkan tarikh
mula intern aku patutnya lagi 2 minggu. Tapi aku pun jawab okay. Next week lepas bersiap sedia semua pakai kemas. Tie ikat dengan kemas, kasut aku kiwi kasi lawa. Sampai office ni macam biasa office ni memang akan nampak suram je. Kadang-kadang rasa seram juga. Office aku ni dia cuma ada 5 staff je. Bos aku, kerani tu dan lagi 2 orang dalam office memasing dan aku. Aku tanya kerani tu nama dia Rachel. Lagi satu rule dekat sini semua staff kena fully communicate dalam bahasa inggeris.
Jadi aku pun tanya Rachel, “hello goodmorning”. Rachel pun balas balik morning. Aku tanya apa kerja aku. Dia tunjuk aku satu bilik kosong tu. Dan cakap ini office aku. Teruja juga aku waktu tu dapat satu bilik office tu siap komputer semua dengan memacam snack. Dia siap cerita itu dulu pekerja lama punya office dia dah berhenti. First day dia suruh susun semua file. Aku pun dengan semangat buat. Maklumlah first day. Tengah seronok kemas ni tetiba aku dengar ada orang ketuk pintu bilik aku ni
kuat gila. Terperanjat aku. Aku ingat bos aku panggil then aku tak dengar. Padahal dalam bilik tu ada Phone kot. Jadi aku pun dengan nervous keluar. Nak cakap sorry.
Sekali office ni kosong tak ada orang. Btw setiap bilik dekat office ni nak masuk kena pakai dia punya specific code. Jadi aku terperanjat lah dan tinjau tinjau kawasan office. Tengok Rachel tak ada. Bilik bos aku memang tak ada orang. Lagi 2 orang tu aku ketuk pintu diorang tak menyahut. Jadi aku assume semua keluar. Tengok jam baru pukul 11 kot takkan dah pergi lunch. Aku abaikan. Sampailah tiba tiba pintu bilik aku terkunci sendiri. Aku pun apa lagi laju pergi sana dan masukkan kod. “Eh apasal tak boleh pula ni”, terkejut aku. Aku cuba lagi.
Tiba tiba ada orang tepuk bahu aku. Terperanjat juga lah aku. Rupanya salah sorang staff dekat situ. DIa tegur aku lupa kod ke. Aku cakap tak. Aku siap tunjuk kertas yang Rachel tulis. Lepas tu dia suruh cuba lagi sekali. Aku pun cuba. Eh boleh pulak. Aku nak pusing je cakap ‘Thanks’ tengok2 yang staff tadi dah tak ada. Cuak balik lah aku. Aku bersangka baik dia ada dalam office. Tapi pintu ni kalau masuk kod betul dia ada bunyi ‘beep’.
Aku lupakan benda tu dan masuk balik dalam bilik aku. Lagi sekali aku meremang bulu roma. Fle yang aku dah siap susun tadi jadi berterabut. Ada atas meja, kerusi, atas lantai lagi lah banyak. Padahal tadi aku dah susun elok dekat rak dia kot. Aku tak nak fikir apa apa. Jadi aku susun balik. Tepat 5.40 petang aku pun balik. Balik rumah tu aku tak nak fikir apa sangat. Malam tu tengah tidur, aku mimpi. Aku mimpi office tempat aku kerja. Dalam mimpi tu ramai gila orang. Semua sibuk bawa
fail, masuk bilik sini lah situ lah. Masuk bilik bos dekat kaunter kerani semua. Mula-mula mimpi biasa. Tiba tiba semua berkumpul dekat tengah office tu tikam sesama sendiri. Terjaga terus aku. Tepat pula waktu tu, Azan subuh. Aku bangun mandi semua dah solat.
Pagi tu aku masuk office macam biasa pukul 9.00-5.30. Waktu nak keluar rumah tu, aku dapat wasap dari Rachel. Dia share location dia kata boss ajak semua breakfast, aku pun pergilah berdesup cilok sana cilok sini. Sampai sana aku tegur. Tapi semua diam. Rachel pun sama. Boss aku suruh order. Aku pun order betul paling mahal punya menu. Lepas settle makan semua gerak ikut haluan masing-masing. Tak bercakap langsung ni. Boss aku pun bayar dan terus beredar. Aku pun gerak sama lah.
Aku sampai office dulu. Maklumlah bawa motor. Cilok cilok terus sampai. Sampai dekat office tak silap aku dalam pukul 9.40 pagi. Mengucap panjang aku bila tengok semua dah ada dekat office. Padahal Rachel tadi belakang aku dia tak lepas traffic light. Tapi dia sampai dulu. Aku tegur lah Rachel cakap laju betul dia bawa.
Rachel pula pandang aku dengan muka bengis kening terangkat sambil senyum sinis dengan gelak perlahan. Aku waktu tu memang dah cuak. Laju terus masuk dalam bilik aku. Masuk je dalam bilik tu aku rasa seram sejuk. Padahal air con aku tak on lagi. Aku pandang kiri dengan kanan. Makin seram. Sampai lah aku rasa ada orang genggam bahu aku kuat gila. Sekali aku check siap ada bekas tangan orang. Waktu tu aku dah tak sedap hati then Rachel call aku katanya dia kena keluar. Dekat office takde orang dan suruh aku tolong jagakan kejap. Aku waktu tu dah lah cuak fikir nak balik. Office tak ada orang pulak. Makin berpeluh lah dahi aku. Aku duduk dalam office tu memang tak tenang.
Aku ingat nak keluar lunch. Tapi Rachel cakap dia akan belikan aku punya lunch. Geram pula aku dengan Rachel waktu tu. Dah lah waktu dia nak offkan call dia tanya aku, “u scare mah?” sambil gelak. Aku jawab lah tak ada takut apa biasa je. Nak tunjuk gagah punya pasal. Aku duduk dalam bilik tu tak tenang. Nak scroll fon pun tak berani. Dalam hati aku memang cepat lah balik Rachel. Sampai lah lampu dengan aircond office semua m**i. Aku dah lah sorang je. Lepas tu cat office tu gelap. Memang gelap gelita dalam office. Aku apa lagi suluh suluh dalam office tu. Tengah suluh tiba2 aku nampak ada orang duduk bersila dekat lantai. Ramai baris panjang. Terlepas telefon aku terus Takbir. Waktu tu aku dah takut. Terus fikir apa masalah dengan office ni. Tiba-tiba lampu air cond semua nyala. Rachel pun balik. Dia kasi aku lunch yang dia beli. Dia kata tak payah bayar dia belanja. Aku takut nak makan dekat dalam bilik sorang sorang jadi aku pun makan depan Rachel.
Rachel ni tak habis gelakkan aku. Dia tanya aku nampak something ke. Aku jawablah ada. Dia cakap biasalah tu baru lagi. Nanti dah biasa tak takut lah. Aku tanya dia apa yang dah biasa tu. Dia gelak sekali lagi, “dulu i waktu mula mula kerja pun selalu nampak oh itu benda, i nak kerja pun tak boleh takut. Lepas dah sebulan kerja baru i rasa okay dan boleh fokus kerja”. Aku tanya dia staff yang satu tu berhenti sebab kena kacau juga ke. Dia jawab ye. Katanya teruk jugalah sampai menjerit jerit. Aku tanya straight dekat Rachel. Apasal office ni boleh sampai berhantu. Dia kata malam ini kasi jumpa baru dia boleh cerita. Dekat office dia berani cerita.
Malam tu tepat pukul 9 aku jumpa Rachel dekat MCD dekat Bangi Sentral tu. Lawa juga Rachel ni. Dekat office aku tak perasan sangat. Dah dekat luar dia pakai casual clothes ni nampak lawa pula, waktu tu aku bermonolog sensorang. Dia pun lambai aku. Aku pun puji lah dia. Macam biasa dia gelak. Sebelum dia sampai tu aku dah orderkan satu set untuk dia. Jadi dia rasa “wow” gitulah. Berbalik kepada cerita, Rachel hulur dekat aku satu sampul surat. Katanya ini surat yang staff sebelum ni tulis. Dia punya resignation letter.
“Dear Mr X im unavailable to continue my work because of few circumstances”. Itu sentence atas dia, bawah dia pula dia letak sebab sebab kenapa dia berhenti. Aku translate dalam melayu lah senang.
1) Ofis ni terlalu menyeramkan, setiap sudut ofis ini akan kedengaran suara rintihan, jeritan yang menakutkan.
2) Bilik yang saya duduki berhantu dan menyeramkan. Barang saya sentiasa dialihkan sendiri dari kedudukan asal.
3) Saya sentiasa nampak kelibat orang di berlegar legar di dalam ofis. Sedangkan waktu itu tiada orang.
4) Setiap hari saya bermimpi benda yang pelik tentang ofis ini, seakan satu hal yang menyeramkan.
5) Tuan terlalu pelik. Saya sentiasa nampak tuan menjerit dan berlari dalam bilik tuan sendiri, seakan tuan memiliki masalah mental.
6) Saya tidak pernah tenang berkerja di sini sejak hari pertama. Semua staff di sini terlalu pelik dan menyeramkan.
7) Saya terpaksa menemui seorang doktor pakar, untuk mengenalpasti sama ada ini semua ilusi atau memang realiti.
8) Hari demi hari semakin menakutkan, setiap saat di sini sangat menyeramkan, hidup saya penuh ketakutan. Ini bukan suasana kerja yang saya idamkan.
Aku pun bacalah surat tu. Rachel pun tanya aku, apa yang aku fikir pasal surat tu. Aku cakap seram jugalah. Rachel ni pula dia cerita dekat aku ada sekali dia terpaksa datang office waktu malam sebab dia terlupa satu file penting. Dia datang waktu malam tu. Dia tengah nampak bos pakai pakaian macam pendekar dan masuk office. Terus dia tak jadi masuk bangunan ofis tu. Tapi Rachel kerja sini dah lama 4 bulan katanya. Katanya nak kasi cukup 2 bulan then baru berhenti. Hari pertama dia kerja sini, setiap saat akan dengar orang ketuk pintu bilik dekat office ni dari dalam. Padahal kadang kadang tak ada orang. Dia kata setiap malam juga dia ada mimpi pelik. Tapi dia tanya family dia dan guna pelindung ikut chinese punya tradisi.
Yang orang rawat dia tu kasitahu, yang boss aku tu ada bela benda dan kasi benda tu berlegar dalam office. Sebab tu benda tu banyak. Yang mimpi tu mungkin sebab ada makhluk tu yang ikut. Lama juga aku borak dengan Rachel sampai 12 malam juga. Waktu balik tu aku teman lah Rachel. Dia naik kereta aku bawa motor perlahan follow belakang. Takut katanya hahaha. Selepas 16 minggu aku pun habis praktikal dan terus serta merta stop. Banyak benda juga kacau. Nasiblah Rachel ni baik hati tak berhenti awal. Punya lah aku pujuk dia tunggu habis praktikal then baru berhenti. Nasiblah dia okay. Aku habis praktikal dia pun berhenti. Tapi kerja dekat situ gaji lumayan, aku yang intern ni pun dapat RM850 sebulan. Rachel RM 1900. Selama aku dekat situ Rachel lah jaga aku. Ada sekali tu aku kena teruk sampai nak tidur tak boleh 2 hari. Rachel ajak aku pergi jumpa family dia. Aku ingat nak buat apa. Dia saja sembang rupanya.
Waktu aku dengan Rachel dah berhenti, office tu ada 2 orang baru masuk. Dua2 perempuan, seorang melayu dengan india. Aku dengan Rachel sempat pesan dekat diorang hati hati kerja sini. Diorang cakap asalkan gaji lumayan diorang tak kisah. Jadi praktikal aku dan aku sekarang berkerja dekat syarikat lain selepas tamat praktikal. Rachel pula sekarang kerja dekat RHB. Aku pula dekat audit firm. Kadang-kadang aku ada lah ushar office dekat situ. Masih berdiri teguh. Oh sebelum tu aku lupa, btw syarikat yang aku kerja tu ialah bahagian accounting. Dekat Bangi tu banyak accounting firm. Jadi pandai pandai korang lah teka mana satu. Office tu lawa sekitar kawasan dia ada bank dan butik. Korang carilah, tehee. Bye bye~
-TAMAT-
33. DIEKORI PONTIANAK
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400033
TAJUK CERITA : DIEKORI PONTIANAK
KARYA : NANA
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Assalamualaikum kepada pembaca setia HZONE BLOG , aku perkenalkan diri sebagai Nana. Selalu sangat baca kisah seram dekat HZONE BLOG ni, teringin pula hati ini nak berkongsi kisah seram aku di sni. Sebenarnya ini bukan sahaja kisah aku tapi termasuklah bapa dan emak aku juga. Sebenarnya sebelum bapaku kemalangan motosikal sewaktu hendak ke tempat kerja di area Shah Alam pada tahun 2010, dia kiranya pandailah juga dalam mengubat orang ,seperti terkena buatan orang, histeria ke dan ada benda nak mendamping ke, lebih kurang macam tu.
Sebab semasa remaja, dia pernah belajar di pondok, mendalami ilmu agama. Kemudian dah belajar di pondok, dia belajar ilmu persilatan. Itu adalah serba sedikit tentang diri dia, sebelum terlibat secara tidak langsung dalam ilmu perubatan ni. Sebab selepas kemalangan tu dia tak boleh buat kerja berat-berat, kalau ubatkan orang pun, yang jenis gangguan ringan sahajalah. Dipendekkan cerita, sebab pembaca tak suka mukadimah yang panjangkan. Dalam dua tahun lepas, sepupu aku ada mengurut kawannya (dia pandai juga urut sikit-sikit, tapi tak boleh scan), aku gelarkannya Azmi lah ya. Kawan Azmi minta urutkan, tengkuk dan bahunya sakit-sakit, seperti kena hempap. Berat rasanya hendak bawa badan katanyalah.
Si Azmi ni urutlah macam biasa. Hari berganti hari dan seminggu pun berlalu. Lepas tu muncullah Azmi ke rumah ku untuk berjumpa bapaku. Dia minta bapaku tolong urutkan badannya sebab terasa sakit. Keadaannya sakitnya tu sama saja seperti kawan yang dia urut minggu sudah. Bapaku cubalah urut bahu Azmi dan adalah bacaan yang dibaca, tapi perlahan sahaja. Selesai urut-urut sikit, bapaku cuma tepuk sekali sahaja tengkuknya, sudah selesai. Azmi terkejut, cepatnya urut. Bapaku berpesan, kalau nak urut tengok-tengoklah dulu, ini tidak main urut je. Terkebil-kebil Azmi cuba untuk memahami.
Jelas bapaku lagi, sebenarnya ada pontianak memaut bahu kawannya, sebab tu dia terasa sakit dan berat, kemudian semasa mengurut kawannya itulah kak pontianak ni sudah terbekenan pulak kat si Azmi ni, maka berpindahlah dia ke bahu Azmi. Patutlah masa Azmi melangkah masuk ke rumahku, lalu saja Azmi dihadapan ku terus mencanak naik bulu roma ditengkuk dan dilengan, terasa kembang saja tengkuk dan lenganku macam kucing nak bergaduh lagaknya. Terfikir pula dihati, manalah agaknya si kawan Azmi ni pergi sehingga kak pontianak dah “terpaut” padanya sehingga terpindah pula dibahu Azmi, boleh tahan mata keranjang juga kak ponti ni, pantang nampak lelaki berkumis dan berkening tebal, hahaha.
Tapi pada malam tersebut ketika bapaku tengah tidur, dia bermimpi didatangi pontianak tersebut, sebab marahkan bapaku pisahkan dia dengan Azmi. Bapaku marahlah, suruh cari rumah lain, sebab diakan syaitan, pontianak pula tu, macam lah lawa sangat. Dalam bertegang urat dan berlawan cara batin dalam mimpi tu, akhirnya kak ponti tu mengalah. Esoknya Azmi call, dia beritahu pada bapaku, dia terdengar bunyi perempuan menangis luar biliknya, sayu je. Tidak lama kemudian hendak dekat azan subuh baru suara tangisan tu hilang. Sedih pulak rasanya cinta antara dua alam, huhu. Tapi pergi jahanamlah kat pontianak tu kan.
Ada satu malam tu, aku, emak dan bapaku bercadang nak makan malam di luar. Bertolak hampir pukul 9 malam macam tu, sebab emak dan bapaku memang bercadang hendak pergi selesai solat Isyak. Dalam perjalanan tu, boleh tahan juga jauh tempat makan tu (tempat adalah rahsia), atas cadangan emak aku juga, hendak cuba tempat baru. Kereta tentulah bapa ku yang drive, lepas tu masuk dalam satu jalan kecil tu, tapi aku pelik kenapa tiada satu kereta pun yang kelihatan kecuali kereta kami sahaja, tapi aku abaikan sahaja perasaan tu. Dalam leka kami bersembang tiba-tiba saja kereta berhenti. Aku dan emak sudah panik, tentulah kan, sebab tempat tu gelap lain macam,sunyi pula tu.
Inipun kami ikut laluan yang disuruh gps. Dah tentulah si gps ni kena sumpah seranah aku, kenapa dia bagi laluan yang salah, fikirkulah ketika tu. Kemudian bapaku buat isyarat diam padaku. Mulut boleh diam! Tepat dan padu, aku cuma kata…. sorrryyyy….terlepas cakap. Kemudian bapaku keluar sendirian, tengok apa masalah yang ada, kemudian masuk kereta semula. Mak pun bertanya, “OK ke?”. Bapaku kata ok, takde masalah. Tapi kenapa kereta boleh berhenti macam tu saja. Memang pelik, tapi aku simpan dan tahan saja persoalan dihati, takut nanti kalau banyak tanya, memang kena super leteran tahap dewa by mama, haha. Kemudian bapaku pun start kembali enjin kereta, vroommm, maka mengaumlah deruman enjin kereta proton waja, mengalahkan F1, di kepekatan malam itu.
Dan tiba-tiba bapaku pun, “TERIMA KASIH YA, SEBAB TOLONG…!”. Ha! Aku dan mak berpandangan sesama sendiri, kami mula bermonolog dalaman, tapi aku masih boleh faham monolog dalaman mak ‘abah bercakap dengan siapa?’ lebih kurang je ngan aku, haha. Siap melambai lagi, seolah-olah melambai kawan lama. Aku tengok gelap je kat luar tu, semak meninggi paras dada adalah, takkan terima kasih kat semak tu pulakkan. Bergerak saja kereta ke kawasan terang sikit, barulah lega sedikit dihati, kereta sudah banyak di depan mata, tapi perut mula menyanyikan irama syahdu, adui laparnya.
Mak pun bertanyalah pada bapaku, apa yang terjadi tadi, dengan siapa dia ucapkan terima kasih, sebab dia tidak nampak kelibat umat pun. Bapaku pun menjawab, “Adalah..hamba Allah jugak”. Aku pun iyakan ajelah, sebab tak nampak. Akhirnya sampai juga destinasi yang dituju. Ada lagi satu kisah, masa satu malam ketika bapaku pulang dari kerja dalam jam 11 malam (ini diceritakan oleh bapaku), sedang dia tengah bawa motosikal dari Shah Alam ke Meru, dekat tepi jalan tu ada satu pokok besar dan rumah banglo lama yang macam menakutkan disebalik semak samun bak hutan belantara ketika itu, sebelum rumah itu dirobohkan ,tapi pokok besar tu masih berdiri gagah kat tepi jalan tu, sebab tidak boleh hendak tumbangkan, kalau nak tumbangkan pasti ada kecelakaan yang berlaku, kata orang.
Kemudian, sedang leka bawa moto, melepasi kawasan yang disebutkan tadi terus motor jadi berat. Bapaku tak pelik, tapi dia geram, sebab penat balik kerja ada pulak syaitan yang nak menumpang. Rasa-rasanya apa, haa..tak lain dan tak bukan kak pontilah…(nampak clichekan) tengah duduk ayu je kat belakang bapaku. Tapi bapaku tak terus balik rumah, dia bawa jalan-jalan, pusing-pusing keliling Meru, dari jalan Haji Saleh sampai depan jalan Hamzah Alang, pastu dia taknak turun jugak, bapaku dah try pujuk, siap dengan bunga-bunga surah dan ayat ruqyah lagi, masih lagi mendakap erat bapaku. Dan jalan terakhir bapaku singgah station minyaklah, bapaku masuk bilik air dia pergi buang air kecik dan air besar sekali, betul-betul dia bagi dekat kak ponti tu pakej, baru puasss.
Itupun keluar saja dari tandas tu, bapaku terus baca ayat apa yang patut, baru boleh gerak balik, takkan nak baca dalam tandaskan. Sesudah tu barulah terasa ringan sikit nak bawa motor pada malam tersebut. Tapi bapaku kata kak ponti ni tak kasar, sebab tu bapaku cuba berlembut sikit, tapi itulah dia tetap taknak lepaskan bapaku, terpaksalah bapaku pindahkan dia di istana menunggu tu, haha,bukan istana menanti tau. Kiranya kes dia lebih kurang si Azmilah. Tapi “awek” Azmi tu garang sangat.
Okeylah, itu sahaja yang mampu aku tuliskan buat tatapan kalian membaca, sampai seru lagi, aku tulis cerita seram yang lebih rare lagi (cewah macam tulis surat cinta pulak), sekian
-TAMAT-
34. DEMI SESUAP NASI
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400034
TAJUK CERITA : DEMI SESUAP NASI
KARYA : ARIFF BUDIMAN
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Aku masih ingat ketika ditugaskan ke tempat kerja yang baru. “Saya nak Ariff pergi sana. Belajar dekat Hyundai”, kata bos dan aku akur saja. Ini bermakna setiap hari aku akan menggunakan jambatan Pulau Pinang. Arwah Siti Aishah menyarankan agar aku guna kereta saja tapi aku lebih selesa dengan motosikal saja. Senang untuk aku bergerak untuk mencari sesuatu barang.
Bila sampai aku melihat kontraktor Hyundai dari Korea sudah datang. Aku perkenalkan diri aku.
“You are Mr Alip. My name Mr Park”. Aku tersenyum
“You operator here. This station vely, vely haunted “. Itulah ayat pertama yang aku dengar dari kontraktor Hyundai. Datang rakan aku dari KL. Katanya kelmarin kontraktor Korea lari lintang pukang keluar dari bilik. Kata mereka ada makhluk amat tinggi. Aku terdiam memikirkan bagaimana nanti aku nak bertugas seorang diri di sini.
Bila aku naik di tingkat 3 aku dapat rasa ada sepasang mata sedang memerhati aku. Tiba2 di aku terkejut bila di depan aku seorang budak lelaki berlari masuk ke bilik kosong. Terus aku masuk ke bilik dan buka lampu. Tiada orang di situ. Aku dah mula seram. Tiba2 talipon bimbitku berbunyi. Tertera nama bos, “Ok Ariff. Esok saya nak Ariff standby dari jam 8 pagi sehingga pukul 12 tengah malam”. Aku terima dengan hati yang resah. Aku dapat rasa apa yang bakal berlaku esok.
“Siti risau la abang nak kerja esok. Siti doa moga Allah pelihara abang”. Itulah ayat dari seorang isteri yang setia membantu menenangkan aku. Keesokan harinya seperti biasa aku masuk bertugas. Sunyi sepi. Tiada kelibat kontraktor Hyundai. Rupanya mereka pulang ke Korea. Sebab itu aku ditugaskan standby di situ. Terus aku naik tangga ke tingkat 3. Aku masuk ke bilik yang luas. Kedengaran bunyi. Huhuhuhu, dari arah tingkap. Aku dah seram. Akhirnya aku menjadi lega bila aku dapat tahu bunyi tu dari arah angin yang memukul cermin tingkap yang terbuka.
Datang kontraktor cina membawa pekerjanya seramai 10 orang. 3 wanita dan yang lain lelaki.
“Encik. Saya datang bawa pekerja untuk buat kerja di atas bumbung”. Selepas daftar aku izinkan mereka naik di atas bumbung untuk membaiki bumbung yang bocor. Sekali sekala aku naik di atas bumbung untuk melihat mereka. Jam sudah pukul 7 petang. Matahari hampir terbenam. Pekerja kontrak masih berada di atas bumbung. Jam 7.30 datang bos mereka. “Encik. Saya nak naik atas nak check sama ada pekerja saya dah turun atau belum”. Aku izinkan dan biarkan dia naik atas. Tiba2 aku terdengar suara jeritan.
Pintu dibuka dengan kasarnya. Masuk lelaki cina tercungap2. Aku suruh dia duduk atas kerusi dan berikan air kosong padanya. “Cuba cerita dekat saya apa yang terjadi”. Tanya aku yang excited nak tau kenapa. “Tadi bila saya naik atas, saya nampak sorang pekerja sedang buat kerja. Saya kata dekat dia. Orang lain semua sudah turun kenapa dia belum turun lagi dan masih buat kerja lagi. Dia buat tak tau dekat saya. Saya panggil dia lagi. Dia masih buat tak dengar”. Aku mendengar dengan penuh minat sambil menanti cina kontrak minum air. Aihhh. Tak sabarnya aku.
“Terus saya pergi dekat dia. Saya cuit bahunya suruh berhenti. Keadaan sudah hampir gelap. Tiba2 dia pusing kepala dia. Ayoo, tak ada muka oo. Kosong muka dia. Dia ketawa sama saya bila saya menjerit”. Allahu Akbar. Aku yang dengar pun dah seram. Jam baru pukul 7.45 petang. Akhirnya dia meminta diri untuk pulang. Tinggal aku keseorangan. Terus aku call isteriku dan cerita padanya. Sekurang2nya aku ada sedikit ketenangan untuk bertugas sehingga tengah malam. “Ya Allah bang Siti risau la abang kerja sampai pukul 12 tengah malam”, kata isteriku. Aku minta diri untuk solat. Ketika berjalan aku terdengar bunyi suara kanak2. Dari mana datang pulak kanak2 ni dan aku dah mula syak kanak2 yang melintas di depanku kelmarin.
Aku masuk ke dalam tandas dan mengambil wuduk. Kemudian aku masuk ke dalam bilik yang budak lelaki masuk dan menghilang kelmarin. Ketika rakaat pertama kedengaran dari belakang suara tertawa seolah gelihati melihat aku solat. Kali ini bukan suara budak saja, suara wanita juga kedengaran. Aku pejamkan mata untuk mencari khusyuk tapi gagal bila suara tersebut makin galak tertawa. Bila aku memberi salam ke kanan terkejut aku bila melihat seorang kanak2 dan ibunya berada di senbelah sambil memerhati aku. Si ibu memakai baju kebaya manakala anaknya memakai seluar pendek tanpa baju.
Entah kenapa aku jadi berani pulak. Hilang perasaan takutku bila melihat keadaan mereka yang tidak gerun cuma kedua2 mereka begitu pucat macam mayat. “Kalau nak solat duduk belakang dan ikut. Jangan kacau orang sedang solat”. Aku memandang tepat muka ibunya yang terkejut dan mungkin sebab aku nampak mereka. Terus hilang dari pandangan aku. Aku membuka quran kecil yang aku bawa dan simpan di dalam locker dan baca. Aku rasa cukup tenang sekali.
Selesai aku baca quran terus aku call isteriku dan cerita padanya. Beristighfar dia.
“Pasai apa abang tegur depa. Tentu depa tau abang nampak depa”. Kata isteriku
“Nak buat macam mana. Abang geram sangat time solat depa dok gelak. Bila abang tegoq terus hilang sampai lani “. Cerita aku pada isteri
“Siti risau la abang. Abang minta la dekat boss balik awai “. Rayu isteriku.
“Mana boleh Siti. Dah tugas abang. Redah saja la”. Kataku pada isteri.
Akhirnya dalam berborak jam dah pukul 11.30 malam. Bila jam pukul 12 tengah malam terus aku angkat kaki menuruni anak tangga sebanyak 120 anak tangga. Esok apa pula yang bakal aku hadapi nanti. Bila tiba di rumah aku menjadi lega bila melihat isteriku sedang menanti aku dengan penuh debaran.
-TAMAT-
35. DI EKORI
HZᎧNE 👁🗨 BLᎧG
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
KOD#0027509400035
TAJUK CERITA : DI EKORI
KARYA : ELLIOT
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hzone-blog-chapter1.html
Salam semua pembaca HZONE BLOG! First of all, aku nak ucapkan terima kasih banyak kat HZONE BLOG sebab siarkan cerita aku yang pasal hantu lif kat hospital tu. Aku memang dapat banyak komen2 yang membina dan tak kurang juga kritikan yang tak memberansangkan, aku amik benda tu as positive things, to improve. Memang aku bukan writer, cuma seseorang yang nak berkongsi je. Tapi tak pe, bagi menghormati mereka yang tak gemar baca bahasa mix, aku akan cuba kurangkan. Huhu, maaflah memang banyak typo entry tu.
Ok lah, kali ni, aku nak cerita pengalaman aku dengan sorang kawan aku. Kali ni aku dan kawan aku ni diekori oleh ‘dia’ sampai kat area rumah sewa kitaorang. Waktu ni aku baru lepas grad, kerja part time kat Taman Kencana, Cheras. Masa cuti hari ahad, petang, kami berdua rancang nak makan kfc kat area metro point Kajang tu, sebab masa tu memang baru lepas window shopping kat mall tu. Aku order snack plate, member aku tu order dinner plate. Kitaorang duduk kat area hujung corner kfc tu.
Kitaorang sama2 makan ayam dulu, letak tepi dulu ban dan side dish lain. Tengah makan tu, tiba2 ban member aku tu macam melompat 15 cm ke udara. Aku terkebil2 la, sebab tak perasan macam mane benda tu tiba2 boleh terbang. Member aku berhenti makan, dia pun macam terkejut la masa tu. Masa tu macam tak terasa seram pun sebab siang lagi kot, dengan keliling ramai orang lain makan. Pastu kitaorang sambung je makan, buat tak tahu, tapi ban tu member aku tak makan la, tak usik pun. Lepas makan kitaorang siap tangkap2 gambar kat situ, terlupa terus kes ban melambung tu.
Habis makan kitaorang masuk dalam mydin, cuci mata lagi. Dalam kul 9 malam kitaorang pun naik motor nak balik rumah sewa kat area taman tun perak, Cheras. Member aku bawak motor. Motor member aku ni, pasang box kat belakang untuk isi barang. Kitaorang simpan beg je dalam tu, hp masing2 masuk kat dalam poket seluar je. Lepas dari kes kat kfc tu, memang tak de pape yang pelik jadi, sampailah kitaorang dah masuk area taman tun perak, nak dekat dengan kawasan rumah sewa tu. Area tu gelap, lampu jalan tak disediakan kat situ. Sepatutnya perjalanan kami dari Kajang tu nak balik rumah sewa ambil masa setengah jam je, tapi masa tu lama sangat nak sampai rumah.
Member aku macam tiba2 blur, dia tak ingat jalan nak balik, aku memang pelik masa tu. Dah bertahun dia tinggal situ takkan tak ingat pulak, aku memang baru je kat area tu. Dia pusing2 area taman perumahan kat situ. Makin lama makin pelik jalan yang dia lalu. Aku suruh dia berhenti motor, dan suruh dia relax kejap, tapi dia tak nak. Dia asyik kata, aku dah ingat dah lorong mana. Masa tu memang aku dah start rasa lain macam, seram yang tak tentu hala, tapi aku cuba buat cool je. Sebab kalau aku tunjuk aku takut, sah2 memang aku yang tengah blur ni lagi takut. Sebab dia memang dah nampak macam tak tenang bila dia rasa dia dah sesat.
Pusing2 area tu lagi atas motor, aku tengok jam dah pukul 12.30 tengah malam!!! Ya Allah, padahal kitaorang keluar dari highway dan masuk kawasan perumahan taman tun tu tadi pukul 9 lebih macam tu. Entah macam mana, member aku tiba2 berhenti motor kat satu simpang, dia tarik nafas dalam2 dan tiba2 cakap kuat, “AKU NAK BALIK NI, JANGAN SESAT2KAN AKU!”. Aku memang takut gile masa tu bila dengar dia cakap macam tu. Bulu roma aku dah berdiri tegak kat tengkuk. Lepas tu dia jalan, dan akhirnya kitaorang jumpa jalan yang agak familiar la, memang nak dekat betul dah dengan rumah sewa.
Nak menuju ke rumah sewa ni, kena lalu satu loji, dan satu kawasan semak terbiar. Memang gelap betul la kat situ, ada lampu motor kitaorang je la ( Tapi sekarang tempat ni da terang ada lampu jalan). Masa tengah duk pecut tu, aku dengar member aku jerit kuat2, “Ya Allah!!!!”. Banyak kali. Aku tertengok cermin sisi member aku, lepas tu aku tutup mata dan peluk dia kuat2. Nak baca apa pun aku dah tak boleh baca, aku memang takut tahap gagap dah ni. Lepas tu aku dengar bunyi hp kat box belakang aku. Dua tiga kali ringing la. Tapi kisah apa aku, aku takut. Lagipun masa ni aku pun dah lupa ring tone aku macam mana sebab aku takut.
Akhirnya, kitaorang sampai kat rumah sewa (apartment low cost) lega sangat bila nampak ada beberapa mat niger duduk melepak kat bawah apartment tu. Walaupun bukan melayu, tapi still rasa lega sebab nampak ada orang. Kitaorang masing2 tak bercakap apa pun, terus amik bag, kunci motor dan naik tangga tingkat 4. Sampai depan pintu masing2 ludah kiri kanan baca2 doa sebelum masuk dan harap tak de la pape yang follow. Kat dalam rumah ni pun sebenarnya dah sedia angker dah… nak tambah angker dari luar, lagi rasa tak sanggup.
Malam tu masing2 tak bercakap apa and alhamdulillah memang sampai pagi tak de apa la. Tapi pagi tu, memang baru kitaorang masing2 share apa yang kitaorang nampak. Member aku start dulu,
“Kau tahu kenapa aku tiba2 benti motor dan cakap jangan sesatkan aku? Sebab kat setiap lorong yang aku masuk semalam aku akan nampak ada benda hitam duk mencangkung kat tepi simpang tu…” aku yang tengah taip citer ni mengimbau kembali kenangan tu pun still rasa seram sangat. Lepas tu dia sambung lagi,
“Aku nampak ada benda bertenggek kat atas signboard jalan, nak dekat dengan rumah, sebab tu aku jerit Ya Allah banyak kali..” dari description member aku ni, benda tu macam ala2 kak ponti… mengesahkan lah apa yang aku tengok kat cermin sisi dia malam tu. Aku nampak dia punya kain berkibar2 kat dalam cermin tu. Aku tak tengok lama, x sempat tengok muka pun.
Memang sampai harini tak boleh nak lupa benda tu, aku masih tinggal kat Cheras lagi tapi kat taman lain. Tiap kali lalu kat situ memang aku asyik teringat je kisah ni. Dan bab hp berbunyi tu, kitaorang masing2 check hp, xde sorang pun yang hp dia ada panggilan masuk. Mesej pun tak de. Alarm hp pun bukan. Lagipun masa tu, masing2 simpan hp dalam poket sendiri.
Gambar yang yang aku tangkap kat kfc, bila aku tengok balik, ada benda pelik la kat belakang aku. Mungkin benda tu kebetulan ada kat situ. Jadi kitaorang anggap, benda tu yang ikut sampai nak balik rumah. Janganlah pulak ada yang tak nak gi makan kfc kat situ pulak lepas baca citer ni. Macam yang kite tahu, benda2 macam ni kat merata2 tempat ada. Nasib aku dengan member aku nak kena haritu.
Aku masih lagi makan kat kfc tu lepas kejadian tu. Banyak kali… haha. Malam sehari sebelum aku bersalin anak sulung aku dulu, last aku makan kat situ (tahun 2013). Nanti next time aku share lagi citer lain kalau berkesempatan. Tq sudi baca!
-TAMAT-
Comments
Post a Comment