HIMPUNAN CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
NO. 01 - NO. 30
KODE : 330002750940001 - 330002750940030
01. BERKASIH DENGAN LANGSUIR
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : BERKASIH DENGAN LANGSUIR
KODE : 330002750940001
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Datuk terus duduk di sisi saya di kaki tangga. Kami merenung suasana malam yang kelam itu. Suara lolongan anjing terus sambung menyambung, tingkah meningkah dengan suara cengkerik dan katak. Angin malam yang bertiup melanggar dedaun dan dahan-dahan pokok sekitar kawasan rumah, melahirkan bermacam-macam bunyi. Sekejap terdengar semacam orang berlari, sekejap terdengar semacam suara orang mengerang kerana menahan kesakitan.
"Selalunya perbuatan ni, perbuatan syaitan”, kata Datuk lalu bangun, menuju ke kawasan yang di duga tempat buah pisang muda jatuh.
Seluruh kawasan itu Datuk periksa. Tidak ada buah pisang muda yang ditemui, kecuali pelepah pisang yang panjangnya kira-kira lima inci. Datuk ambil pelepah pisang itu lalu diramasnya hingga hancur.
"Mari kita pergi ke rumah batu tu”, Datuk tarik tangan saya.
Kerana Datuk menarik agak kasar dan kuat, saya hampir tersungkur mencium tanah. Memang, ada ketikanya Datuk kadang-kadang bersikap kasar dengan saya Dan saya tidak pernah tersinggung dengan perbuatannya itu, kerana saya tahu kasih sayangnya terhadap saya tidak pernah surut dari hari nuraninya.
Kami pun berjalan dengan hati-hati. Tidak ada kesukaran yang kami hadapi kerana cahaya bulan malam tiga belas Syaaban yang mengeluarkan cahaya yang samar-samar banyak menolong kami. Setelah berjalan kira-kira sepuluh minit, kami pun sampai di kawasan rumah batu dua tingkat itu. Datuk membuat keputusan untuk masuk ke kawasan rumah batu itu dari bahagian belakang yang dipagari dengan pokok-pokok buluh. Datuk mengalami kesulitan kerana bahagian sebelah dalam pokok-pokok buluh itu dilapisi dengan kawat berduri. Dalam jarak lima atau sepuluh kaki dari pohon-pohon buluh yang di tanam itu terdapat pula pokok besar yang tumbuh merimbun bersama dengan akar-akar yang berjuntaian. Suasana di situ terasa amat menyeranikan.
Ada bermacam-macam bunyi yang saya dengar. Dengan pertolongan cahaya bulan saya dapat melihat beberapa ekor ular, lipan dan kala jengking merayap-rayap atas daun buluh yang kemudian memanjat akar yang berjuntaian dari pokok besar.
"Bagaimana kita nak masuk tok?”, tanya saya dengan jujur.
Datuk terdiam. Matanya mula melihat bulan tiga belas Syaaban yang kian bersinar di dada langit. Ketika itu juga, saya terasa angin malam mula bertiup. Dedaun tua dari pokok besar kelihatan menayang-nayang dan terus jatuh di atas daun buluh. Suara lolongan anjing kian hebat. Dalam saat-saat begitu saya terdengar suara burung hantu bersahut-sahutan di atas pokok besar. Bunyi angin yang menyentuh dedaun dan dahan-dahan kayu amat menakutkan. Bunyinya kadang kala macam orang menangis, macam orang mengeluh.
Semua terpaksa saya hadapi dengan tenang kerana Datuk tetap dengan cita-citanya untuk masuk ke dalam kawasan rumah batu dua tingkat itu. Sayup-sayup saya terdengar bunyi loceng jam dari rumah dua tingkat itu berbunyi sebanyak dua belas kali. Badan saya mula menggigil akibat dijamah angin malam. Suara jeritan anjing liar bersahut-sahutan memanjang bagaikan merayu-rayukan hiba. Datuk mula berdiri kemas-kemas sambil memeluk tubuh. Datuk lalu menyuruh saya berdiri di sisinya dan berpeluk tubuh. Datuk mula membaca sesuatu. Dalam keadaan yang tenang itu tiba-tiba badan saya dan Datuk ditimpa oleh air, macam air hujan sedangkan hari tidak hujan, cuaca cukup baik, langit cerah bersama bulan yang sedang mengambang.
"Air apa tok?" saya menyoal Datuk.
Pertanyaan saya tidak mendapat jawapan. Angin kian kuat bertiup, lolongan anjing dan suara burung hantu berpadu menguasai malam yang sudah berganjak ke subuh. Air dari langit itu datang lagi, menimpa muka saya.
“Air apa tok?"
"Air kencing langsuir”
"Ha, saya takut tok”
"Diamlah”, pekik Datuk.
Saya terdiam terus. Datuk segera mengangkat kedua belah tangannya separas dada, lurus, kemudian kedua belah tangannya itu dibengkokkannya hingga sepuluh jarinya menghala ke dada. Datuk menggerak-gerakkan kepalanya. Sebaik saja Datuk meletakkan tapak tangan kirinya ke atas bahu kanan, pokok besar bergoyang dengan hebatnya. Ranting-ranting kering jatuh ke bumi bertalu-talu.
Bila saja pokok besar itu berhenti bergoyang, terdengar suara orang perempuan menggilai panjang. Selain dari suara itu terdengar juga bunyi orang memukul pangkal paha dengan tapak tangan bertalu-talu, suara ketawa itu sambung menyambung dan bertingkah pula dengan suara anjing liar yang menyalak panjang. Lagi sekali pokok besar itu bergoyang. Datuk masih bertenang. Dia tidak peduli dengan suara perempuan yang ketawa itu. Datuk menarik nafas panjang serentak dengan itu suara perempuan menggilai segera berhenti dan diganti dengan suara perempuan menangis panjang.
"Jangan perdayakan aku”, suara Datuk mula meninggi.
Datuk terus melompat ke arah pokok besar. Perdu pokok besar itu dipeluknya kuat-kuat. Dengan kekuatan yang luar biasa Datuk menggegarkan pokok tersebut hingga daun dan dahan pokok itu jatuh ke tanah. Suara perempuan menggilai dan menangis terus hilang. Suasana di sekeliling luar rumah batu dua tingkat itu terasa sunyi sekali. Datuk masih lagi berada di bawah pokok besar. Dengan tenang Datuk menikam perdu pokok besar dengan jari kelingking, saya lihat jari kelingkling Datuk terbenam dalam perdu pokok tersebut. Bila jarinya dicabut, saya terdengar suara jeritan yang memanjang di atas pokok.
Datuk melompat kembali ke sisi saya. Datuk terus duduk bersila di atas tanah membaca sesuatu. Dalam keadaan yang kelam kabut itu, suara jeritan di atas pokok berhenti. Dari perdu pokok saya lihat seorang wanita berjalan ke arah kami, wanita itu memakai kain serba putih. Bila wanita yang memakai pakaian serba putih itu sampai di tempat saya dan Datuk duduk, perempuan itu terus menggilai sambil mengibas-ngibas pakaian putihnya ke kiri dan ke kanan, ketika itu juga bunyi suara burung hantu bertambah kuat bersama lolongan anjing. Perempuan yang memakai pakaian serba putih itu bagaikan terangkat dari bumi bergerak menuju ke bumbung rumah batu dua tingkat.
"Apa benda tu tuk?"
"Itulah langsuir”
"Dia nak ke mana tok?”
"Entah”, suara Datuk pendek.
Saya terdiam dan tidak mahu mengemukakan pertanyaan padanya. Datuk dan saya terus berlegar-legar di tepi pagar pokok buluh. Saya tidak tahu apakah yang akan Datuk lakukan. Saya selalu saja cemas melihat ular yang menjalar di atas pokok buluh. Datuk terus menepuk bumi tiga kali. Seluruh kawasan tempat saya berdiri jadi berasap tebal. Dua tiga kali saya terbatuk, kepala saya mula terasa pening. Lagi sekali Datuk menampar bumi, kali ini saya lihat pagar-pagar dari pokok buluh terbelah dua terbentang jalan berpasir menuju ke dalam kawasan rumah batu dua tingkat.
"Masuk”, kata Datuk.
"Ya, saya ikut”
Saya pun mengikut langkah Datuk. Datuk melangkah tiga langkah ke depan. Bila langkah yang keempat dimulai, Datuk merendahkan badannya ke kiri dan tumit kakinya diangkat setinggi empat inci. Sementara kaki sebelah kanan di angkat separas lutut. Apa yang Datuk lakukan saya buat dengan teliti. Datuk terus menampar tapak kaki kirinya dengan tangan kanan tiga kali berturut-turut. Bila Datuk meletakkan ibu jari kirinya ke pangkal hidungnya, saya terdengar satu letupan kecil dan diikuti dengan kepulan asap yang tebal.
Bila kepulan asap itu hilang, pokok buluh yang terpisah tadi bercantum kembali. Dan kami sudah pun berada di dalam kawasan rumah batu dua tingkat. Saya dan Datuk duduk di bawah pokok Bunga Tanjung. Tingkap bilik tidur di rumah batu dua tingkat itu terbuka. Lampu masih terpasang.
"Kita tengok apa yang akan berlaku. Kau jangan tegur”, Datuk mengingatkan saya, sambil melilitkan secebis kain hitam di pergelangan tangan kanan saya. Angin malam, terus juga bertiup, embun jantan mula turun. Saya mula terasa kesejukan, bibir saya menggeletar. Tiba-tiba lampu di bilik tidur dipadamkan buat beberapa minit. Bila lampu itu di hidupkan, pemuda yang dikatakan mengalami penyakit ganjil mendepakan kedua belah tangannya sambil menguap panjang. Lepas itu dia menekan jenang tingkap. Kerana dia tidak memakai baju, bulu dadanya jelas kelihatan begitu juga dengan bulu ketiaknya. Walau pun malam terasa amat dingin tetapi pemuda yang tinggal di rumah batu dua tingkat itu tidak terasa dingin.
Pemuda itu merenung ke langit pada bulan yang kelihatan bersinar di dada langit. Dengan mendadak saja pemuda itu menjerit terlolong macam anjing menyalak kucing di atas pokok. Bila pemuda itu selesai menjerit dia terus memadamkan lampu biliknya. Dalam beberapa minit kemudian saya dapat lihat lampu di bahagian bawah menyala. Serentak dengan itu pemuda tersebut terus membuka pintu. Sinar lampu di bahagian depan itu sampai ke kawasan pokok Bunga Tanjung, saya dan Datuk terpaksa berlindung di balik batang pokok tersebut, dengan berbuat demikian kami harap pemuda tersebut tidak akan dapat melihat kami. Apa yang kami harapkan memang menjadi, pemuda itu tidak merenung ke arah kami.
"Wangi”, bisik saya pada Datuk, kerana saya terhidu bau yang wangi Datuk segera menekup mulut saya dan memberitahu saya supaya jangan menegur sesuatu yang dirasakan ganjil. Cakap Datuk itu saya patuhi. Bau wangi itu terus menusuk lubang hidung saya.
Tiba-tiba pemuda yang tinggal di rumah batu dua tingkat itu muncul di muka pintu dengan pakaian yang cukup rapi. Dia berdiri sambil menyandarkan badannya ke tiang pintu. Dia merenung ke depan sambil menarik nafas dengan tenang. Seolah-olah dia cukup senang menyedut udara yang berbau harum itu. Dari kejauhan saya dan Datuk mula terdengar lolongan anjing yang mendayu-dayu. Di tengah suara anjing yang mendayu-dayu itu pemuda ganjil itu menari sambil menyanyi dengan kuatnya dan matanya tetap melihat bulan yang mengambang. Saya mengeluh panjang, dari arah jalan yang menuju ke pintu rumah batu dua tingkat itu, saya melihat seorang perempuan bergaun putih menuju ke arah tempat pemuda ganjil itu berdiri.
Angin malam yang berhembus membuat gaun perempuan berkibar-kibar, seakan-akan menari di jalan menuju ke rumah yang sepi itu. Datuk menyuruh saya membaca beberapa potong ayat Al-Quran dengan tujuan menghalau syaitan. Saya jadi kelam kabut, tidak ada satu ayat pun yang dapat saya ingati. Seluruh badan saya menggeletar.
Datuk segera membaca beberapa mantera peneguhan semangat, kemudian Datuk hembus cuping telinga sebelah kanan saya tiga kali berturut-turut. Rasa cemas dan darah gemuruh saya mula terkawal. Saya dapat menumpukan perhatian saya pada lelaki ganjil dan perempuan yang bergaun putih.
Saya lihat perempuan bergaun putih itu sudah berdiri di hadapan pemuda tersebut sambil menghulurkan tangannya. Pemuda itu menyambut tangan perempuan yang bergaun putih dengan senang hati. Mereka berpeluk-pelukan. Suara anjing terus menyalak mendayu-dayu, angin terus bertiup tenang, bau harum menguasai seluruh kawasan rumah batu dua tingkat itu.
"Perempuan itu syaitan menjadikan dirinya wanita cantik”, bisik Datuk pada saya.
"Mana boleh begitu, dia manusia”, saya membantah.
"Kau baring rapatkan telinga kanan kau ke bumi, dan mata kau renung ke arahnya”, ujar Datuk.
Saya patuh dengan cakapnya. Bila saya sudah meniarap Datuk pun memegang buku lali kaki kiri saya, dia menyuruh saya melihat ke arah perempuan yang memakai gaun putih. Lagi sekali saya menarik nafas panjang, perempuan yang bergaun putih memang berwajah hodoh. Matanya merah, kepalanya tanpa rambut, hidungnya panjang macam sumbu badak dari kedua belah rahangnya terjulur gigi yang panjang macam gading gajah.
"Sudah, jangan tengok lama-lama, nanti kau tak boleh tidur”, Datuk terus menepuk pangkal ketiak saya.
Semua yang saya lihat hilang, perempuan yang bergaun putih yang sebentar tadi saya lihat dalam keadaan yang amat menakutkan, sudah kembali normal pada penglihatan macam manusia biasa. Pemuda dan perempuan bergaun putih itu melangkah ke arah bangku yang terletak di bawah pokok Cempaka, mereka duduk di situ dan bercengkerama.
"Kau cantik macam kawan kau juga Mariatun”, kata pemuda itu sambil memeluk pinggang wanita yang bergaun putih.
Percakapan mereka dapat saya dengar dengan jelas, setelah Datuk dan saya berkisar tempat duduk iaitu ke arah angin datang. Datuk juga mengikat secebis kain hitam pada sebatang kayu yang dipacakkan di hadapan kami. Memang menakjubkan, kain hitam yang sebesar dua jari itu bagaikan ada kuasa menghantarkan buah bicara pemuda ganjil dan perempuan bergaun putih kepada saya dan Datuk.
"Jangan kau tinggalkan aku dan kawan-kawanku”, suara perempuan bergaun putih.
Si pemuda terus ketawa terkekeh mendengar cakap kekasihnya itu. Tiba-tiba pemuda itu terus mendukung perempuan bergaun putih, dibawanya ke rumah iaitu di tingkat atas. Beberapa saat kemudian lampu di bilik tidur menyala, saya lihat perempuan bergaun putih membuka gaunnya lalu merangkul pinggang pemuda. Kedua-duanya rebah di atas ranjang, apa yang saya dengar ialah suara ketawa pemuda dan perempuan bergaun putih penuh mesra.
Datuk terus mengajak saya pulang, saya tidak membantah. Waktu saya dan Datuk keluar dari kawasan rumah batu dua tingkat itu, bau harum masih lagi berleluasa di situ, suara salakan anjing mendayu-dayu, dan lampu di bilik tidur pemuda ganjil itu terus menyala. Sebaik saja saya dan Datuk sampai ke kaki tangga rumah khas, saya terdengar suara jeritan orang perempuan, lalu di ikuti oleh suara orang lelaki, cukup nyaring dan meremangkan bulu tengkuk. Jeritan dari lelaki itu memanjangkan dan bergema di tengah malam yang dingin.
Suara jeritan itu berlanjutan hingga beberapa jam. Bila bulan di langit diliputi awan dan tidak boleh mengeluarkan sinarannya, suara jeritan pemuda itu akan berhenti. Datuk tidak menghiraukan semuanya itu. Datuk sandarkan badan ke dinding. Saya rebahkan badan di atas lantai. Beberapa minit kemudian saya terlena, tidak ada sesuatu yang saya takutkan, bila tidur sudah menguasai diri.
Pagi itu, Datuk sengaja mengajak saya pergi mandi embun berhampiran kawasan rumah batu dua tingkat itu. Kemudian Datuk dan saya terus menceroboh ke kawasan rumah pemuda yang di anggap oleh orang-orang kampung mengalami penyakit ganjil. Saya dan Datuk masuk ikut sebelah kanan bangunan tersebut. Kerana banyak pokok-pokok tumbuhan yang tumbuh di situ, kami tidak begitu sukar untuk memperoleh air embun.
Menurut Datuk, kebanyakan pokok yang tumbuh di situ semuanya dari jenis daun yang ada khasiat. Sedang saya dan Datuk asyik mandi embun, tiba-tiba secara mengejut seekor kucing hitam muncul dari celah-celah rimbunan pokok buluh. Rupa kucing itu amat ganjil sekali. Seluruh bulu di badannya berwarna hitam. Tetapi di bahagian mukanya terdapat buluh putih yang tumbuh melintang.
Kucing itu menerkam ke arah Datuk dan mahu membaham ibu jari kaki kiri Datuk. Cepat-cepat Datuk mengelak, kucing itu segera pula melompat ke arah Datuk dan bersedia untuk menggigit jari tangan kiri Datuk. Datuk menggigit bibir, dia terasa ada sesuatu yang ganjil pada kucing hitam itu. Kucing hitam itu bukan kucing sembarangan. Matahari pagi terus bangkit dan mengeluarkan sinarnya lalu memanah ke setiap dinding rumah batu dua tingkat itu. Saya mula terasa kulit muka pedih, akibat sinaran matahari.
"Bersedia”, kata Datuk.
Serentak dengan itu Datuk menghentakkan tumit kaki kanannya ke bumi sebanyak tujuh kali. Kucing hitam itu mengiau , saya lihat kucing hitam itu sudah tidak mampu untuk bergerak tetapi dia masih mampu memperlihatkan gigi dan taringnya pada kami.
"Berambus kau”, suara Datuk keras, dia lantas memetik ibu jari tangannya.
Kucing hitam itu bagaikan ditolak oleh sesuatu, tercampak ke dalam perdu buluh dan mengiau panjang di situ.
"Mari kita mandi lagi”, Datuk tolak badan saya.
Saya terdorong ke hadapan. Kami sudah berada betul-betul di hadapan pintu rumah batu dua tingkat. Datuk meneliti keadaan pintu rumah tersebut, macam mencari sesuatu. Saya dan Datuk terkejut. Pintu rumah batu dua tingkat itu terbuka. Pemuda ganjil muncul di hadapan kami dengan senyum.
"Mengacau saya?"
"Tidak, kami tersesat”
"Huh, sila masuk”
Datuk dan saya terus menunaikan jemputan pemuda itu. Pagi itu pemuda tersebut nampak kemas, rambutnya disikat rapi lurus ke belakang. Orangnya tinggi kurus. Wajahnya agak pucat dan kurang bermaya bila melangkah. Kelopak matanya seakan-akan mahu tertutup macam orang keletihan dan kurang tidur.
"Nak minum apa?", tanya pemuda itu pada kami.
"Tak payah, kami sudah minum”
"Saya kurang tidur, malam tadi isteri saya datang”
"Isteri?”
"Ya, kenapa?"
Datuk tidak menjawab pertanyaan orang muda itu. Tanpa di minta oleh Datuk, pemuda itu menceritakan orang-orang kampung menyingkirkan dirinya kerana berkahwin sendirian. Datuk hanya anggukkan kepala sahaja.
Ternyata cerita pemuda itu amat berbeza dengan cerita orang tua dan orang kampung sendiri. Kemudian pemuda itu membawa saya dan Datuk ke dapurnya. Dia menunjukkan periuk dan kuali yang selalu di gunakan oleh isterinya. Pemuda itu juga menunjukkan beberapa helai rambut isterinya yang disimpan dalam botol. Tetapi, bila Datuk mahu memasukkan paku ke dalam botol yang ada rambut isterinya, pemuda itu melarangnya.
"Pesan isteri saya, jangan bawa paku bila datang ke sini, rambutnya tak boleh kena paku, nanti rumah terbakar”
"Maafkan saya, berapa bini awak?”
“Tiga orang”
"Bila dia datang melawat awak?"
"Sebelah malam, bila bulan mengambang mereka datang bergilir-gilir”
Dialog yang terjadi antara Datuk dengan pemuda itu amat menarik hati saya. Dari percakapannya itu, tidak nampak pemuda itu seorang yang ganjil. Dia adalah manusia biasa. Soalnya, kenapa dia menjerit bila bulan mengambang dan tinggal sendirian di rumah batu dua tingkat? Pertanyaan itu berlegar-legar dalam kepala saya. Akhirnya, Datuk meminta diri dari pemuda itu untuk pulang. Pemuda ganjil menghantar kami ke pintu pagar. Baru tujuh tapak Datuk melangkah dari pintu pagar rumah batu, dia segera memusingkan badannya menyebabkan langkah saya yang rancak terhenti. Datuk merenung ke pintu pagar dan saya lihat pemuda ganjil melambai-lambaikan tangan ke arahnya.
"Dia bagaikan tahu gerak-geri aku”, keluh Datuk dan memusingkan badannya ke tempat asal, membelakangi pintu pagar dan rumah batu.
Datuk dan saya meneruskan perjalanan tanpa menoleh ke arah pintu pagar rumah batu. Matahari pagi terus kembang, cahayanya jatuh ke daun-daun pokok yang dilekati air embun, sekali pandang air embun yang di panah oleh sinar matahari kelihatan berkilau-kilauan bagaikan batu berlian. Hati saya terasa senang menengar kicauan berburung di hujung dahan.
"Berhenti dulu”, kata Datuk dan langkah saya terus kaku.
Datuk terus menggeliat sambil meramas daun ketapang dengan tangan kanan. Datuk melihat pokok-pokok ketapang yang berdaun lebat tumbuh di situ. Tanpa memberitahu saya, Datuk terus memeriksa setiap batang pokok ketapang .yang terdapat di situ.
"Apa yang tok cari?", tanya saya setelah Datuk berada di samping saya. Datuk mengedutkan dahi sambil menggigit bibirnya.
"Tak ada apa-apa”
"Kalau tak ada apa-apa, kenapa diperiksa?"
"Ah, kau ni banyak cakap sangat, jalanlah”, suara Datuk agak keras.
Dia terus menolak bahu kanan saya. Walaupun saya tidak melahirkan sebarang bantahan atas tindak-tanduk Datuk itu, tetapi hati saya tetap tidak puas. Cara yang paling selamat ialah melihat tindak-tanduk Datuk selanjutnya itu lebih baik dari memaksa dirinya bercerita, fikir saya dalam hati. Saya dan Datuk terus mengatur langkah, meninggalkan pokok-pokok ketapang, pokok buluh dan keduduk di belakang. Badan saya mula berpeluh dan perut sebelah kanan saya mula terasa sakit kerana penat berjalan. Tetapi, Datuk tidak nampak letih. Langkahnya masih rancak, mukanya kelihatan merah dan berseri, macam orang muda yang baru berusia tiga puluhan.
Kami sampai ke rumah yang dikhaskan untuk kami. Datuk terus memasak air panas dan membuat kopi. Ketika kami sedang enak menghirup kopi, saya terdengar suara orang batuk di luar. Datuk segera letakkan cawan kopi ke piring dan mata kanannya dikecilkan hingga kedua belah keningnya hampir bertemu. Dengan perlahan-lahan Datuk meletakkan jari manis sebelah kanan atas tulang pipi. Dia bagaikan melihat sesuatu di luar rumah dengan kuasa matanya.
"Naiklah”, ujar Datuk. Seorang lelaki memakai baju Melayu cekak musang, berkain pelikat petak besar muncul di muka pintu. Sebelum meletakkan punggungnya ke lantai lelaki itu angkat tangan pada Datuk .
"Silakan duduk”
"Terima kasih"
Lelaki itu sandarkan badan ke dinding. Datuk pun segera duduk disisirnya. Wajah lelaki itu kelihatan tenang dengan rambut yang disikat rapi lurus ke belakang.
"Bagaimana dengan anak saya?"
"Sabarlah, saya sedang berusaha”
"Malam tadi dia datang ke rumah saya, dia nak tikam emaknya dengan buluh runcing. Dia marahkan emaknya kerana awak ada di sini”
"Malam tadi? Ah pelik benar keadaannya”
"Tidak pelik. Dia datang betul, nasib baik setelah saya pujuk dia tinggalkan rumah saya dengan aman”
Wajah Datuk saya lihat cemas sedikit setelah mendengar cerita dari ayah pemuda aneh itu. Hati saya jadi serba salah untuk memastikan sama ada cerita itu benar atau tidak. Sepanjang yang saya tahu dan lihat pemuda aneh itu tidak ke mana malam tadi. Saya kira Datuk mengetahui tentang kedudukan hal ini. Datuk renung muka saya sambil menegakkan ibu jari kirinya, saya faham dengan maksud itu. Dia mahu saya jangan campur dalam urusannya atau membuka rahsia apa yang telah dilakukan oleh Datuk dan saya malam tadi.
"Saya tak tahu langsung perkara itu”, Datuk membohongi ayah pemuda ganjil itu.
Secara diplomasi Datuk bagaikan memaksa ayah pemuda ganjil bercerita tentang rumah batu tempat pemuda ganjil itu tinggal. Tujuan Datuk berbuat demikian bukan apa-apa atau ada maksud yang tertentu. Saya kira dengan mengetahui asal usul sesuatu kejadian itu adalah lebih baik dan memudahkan tugasnya. Senang bertindak dan membuat keputusan. Mungkin kerana ayah pemuda ganjil itu memang mengharapkan pertolongan Datuk untuk mengubat anaknya, dia terus bercerita dengan terus terang.
Menurutnya, rumah batu itu milik arwah ayahnya yang berasal dari Muara Enim, Jambi, Sumatera Selatan, Indonesia. Rumah itu didirikan dari hasil rompakan yang dilakukan oleh arwah ayahnya ketika di sana. Dalam rancangannya, wang yang dirompak dari orang-orang Belanda itu akan di kumpul untuk digunakan bagi menentang penjajah Belanda. Kerana arwah ayahnya cekap dalam kira mengira dan dianggap amanah lalu ia dilantik sebagai penyimpan wang rompakan itu. Tiba-tiba arwah ayahnya gelap mata lalu melarikan wang itu ke tanah Semenanjung. Bila sampai di Semenanjung, ayahnya menukar nama dan membeli sebidang tanah lalu mendirikan rumah batu, di samping itu menjalankan perniagaan kayu balak dan lombong.
"Sayangnya, rumah itu tidak dapat didiami oleh arwah ayah saya kerana ada lembaga hitam yang tangannya berbulu tebal mengganggu ayah saya. Malah saya, menurut cakap ibu dilahirkan di rumah lain”, kata ayah pemuda ganjil itu.
Katanya lagi, dalam zaman pemerintahan Jepun rumah itu dijadikan markas tentera Jepun untuk memancung kepala orang-orang yang menentang mereka. Bila Jepun kalah rumah itu dijual pada seorang saudagar Cina, tetapi saudagar itu memulangkan kembali rumah tersebut pada warisnya.
"Bila ayah awak meninggal?" tanya Datuk.
"Sebelum Jepun mendarat di Kota Bharu, Kelantan dalam tahun 1942”
"Apa amanatnya pada awak?"
"Dia mahu anak saya atau cucunya dihantar ke Padang Panjang, Sumatera, untuk belajar agama, dia mahu cucunya jadi seorang ulama yang terkenal”
"Awak tunaikan amanatnya?"
"Saya tunaikan”
"Anak yang mana awak hantar ke sana?"
"Anak saya yang tinggal di rumah batu itu”
Datuk tersentak mendengar cakap ayah pemuda ganjil itu. Saya menarik nafas panjang. Ayah pemuda ganjil itu menggaru kulit rambutnya yang tidak gatal. Matanya merenung sayu ke wajah saya macam orang putus asa. Datuk bangun lalu berdiri di muka tingkap melihat sinar matahari pagi yang garang menikam halaman rumah.
"Berapa lama anak awak di sana?", soal Datuk.
"Baru dua tahun di sana, dia tidak mahu belajar dan pulang ke sini lalu tinggal di rumah itu”, ayah pemuda ganjil memicit dahinya berkali-kali.
Datuk kembali duduk di sisinya.
-TAMAT-
02. PEMUDA MENJERIT MALAM
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : PEMUDA MENJERIT MALAM
KODE : 330002750940002
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Setelah selesai menari kera itu akan membawa tempurung menemui orang yang melihatnya. Orang ramai akan mencampakkan wang ke dalam tempurung. Bila bertemu dengan budak perempuan yang comel kera itu akan menarik baju atau memeluk pinggang gadis comel sebagai tanda persahabatan. Tarian kera ini pada mulanya diperkenalkan oleh orang-orang India yang datang dari Madras. Orang Melayu juga ada menjalankan pertunjukan ini dengan tujuan mencari wang. Kalau kera itu bertuankan orang-orang India tarian yang dipersembahkan tetap berunsurkan tarian India, kalau orang Melayu yang jadi tuannya, kera itu pandai menari joget atau inang.
Kalau kera betina akan dinamakan Minah dan kera jantan dinamakan Mulung atau Meletik. Kata orang tarian kera ini ada unsur-unsur sihir yang dapat menarik perhatian orang ramai serta rasa simpati untuk menghulurkan bantuan, sejauh manakah kebenaran kata-kata itu tidak dapat dipastikan oleh sesiapapun. Akhirnya, lelaki berbaju putih itu pun pulang. Rambutnya kelihatan kusut masai dan matanya merah serta berair. Isterinya terus bertanya:
"Mana keranya bang?"
"Ada di luar"
"Bawa masuk”, tingkah Datuk sambil bangun.
Beberapa saat kemudian kera dan tuannya muncul di muka pintu. Datuk mempersilakan tuan punya kera duduk di sisinya. Setelah bercakap sebentar dengannya, Datuk sudah dapat mengetahui serba sedikit tentang latar belakang tuan punya kera itu.
"Saya nak ambil sehelai bulu tengkuk kera ini”, ujar Datuk.
Saya jadi hairan mendengar cakap Datuk itu. Kalau hanya memerlukan sehelai bulu tengkuk kera, tidak wajar tuan punya kera itu di bawa bersama. Suruh saja lelaki berbaju putih itu mencabut sehelai saja bulu kera tersebut. Ini lebih mudah dan tidak menyusahkan tuan punya kera . Kadang-kadang saya jadi bodoh dengan sikap Datuk. Tuan punya kera tidak membantah dengan hasrat yang disuarakan oleh Datuk. Dia pun menolak kera ke depan Datuk. Dengan tenang Datuk mencabut bulu kera tersebut . Isteri lelaki berbaju putih nampak resah.
"Bulu kera ini saya rendam dalam gelas kira-kira setengah jam, kemudian air diminumkan pada anak awak, dengan izin Allah setelah air diminum anak awak akan sembuh. Saya yakin anak awak ni kena sihir bulu kera dan inilah ubatnya”
Lelaki berbaju putih dan isterinya mendengar cakap Datuk dengan teliti. Tuan punya kera yang berbadan tegap itu terus melurut-lurut badan keranya. Dia macam buat tidak kisah dengan apa yang terjadi di depan matanya. Dia sanggup menanti di situ hingga ke pagi asalkan diberi wang.
Masa terus berlalu, semuanya menanti waktu yang di janjikan dengan dada yang berdebar. Gadis comel itu sudah dua kali menjerit sekuat hati . Datuk masih lagi bertahan, dia tidak akan melakukan sesuatu selagi belum sampai waktu setengah jam. Saya melihat ke gelas, tempat merendam bulu kera.
Sementara itu tuan punya kera terus bercerita tentang pengalaman manis dan pahit sepanjang waktu dia menjaja tarian kera, merantau dari satu tempat ke satu tempat. Dia berasal dari Burma dan menetap bertahun-tahun di India sebelum datang ke Tanah Melayu. Dia tidak menganut sebarang fahaman agama. Namanya juga sering berubah-ubah mengikut keadaan.
"Bila masuk ke pekan yang banyak orang Melayu, saya jadi Melayu, kalau masuk estet saya jadi India, kalau pergi ke tempat Cina saya jadi Cina, nama saya ada tiga, saya tidur tidak kira di mana-mana, kadang-kadang di masjid, kadang-kadang di kuil atau tokong Cina”, demikian tuan punya kera menceritakan perihal dirinya penuh bangga dalam bahasa Melayu pasar yang tunggang-langgang tapi boleh difahami.
"Sekarang sudah sampai masanya”, tekanan suara nada Datuk penuh yakin.
Dia lalu mengambil gelas yang berisi air dan bulu kera. Dengan sedikit paksaan Datuk berjaya memaksa gadis comel itu minum air bulu kera.
"Kita tunggu setengah jam lagi, kalau dia tidak menjerit bererti anak encik sudah sembuh. Tetapi, kalau dia tidak sembuh atau akan maut kerana sakitnya ini, kera ini terpaksa di sembelih, darahnya di beri pada anak encik untuk di minum”, semua yang ada di situ bertambah kecut mendengar penjelasan Datuk.
Lebih-lebih tuan punya kera. Lelaki berbaju putih dan isterinya mula didatangi butir-butir peluh di dahi, mereka sering kali melihat jam di dinding. Gadis comel terbujur di atas lantai pucat lesi. Masa terus berlalu, kedinginan kian kuat terasa menyapa tubuh badan saya.
"Lima minit lagi”, kata Datuk.
Isteri lelaki berbaju putih anggukkan kepala. Empat minit, tiga minit, dua minit dan akhirnya tepat setengah jam. Gadis comel itu tidak menjerit, dia bangun dari tempat baringnya. Datuk menyuruh gadis comel itu membaca Al-Fatihah dan mengucap dua kalimah syahadah. Gadis itu dapat melakukan segala-galanya dengan lancar dan teratur. Datuk gembira. Tetapi, kegembiraan hanya berlaku sebentar saja. Lelaki berbaju putih dan tuan punya kera bertengkar. Tuan punya kera itu tidak patuh dengan janjinya.
"Waktu saya ajak datang tadi dia mengenakan bayaran sepuluh ringgit, sekarang dia mahu dua puluh ringgit”, keluh lelaki berbaju putih.
Isterinya pula mula membuka gelang dan kalung di leher untuk diserahkan pada tuan punya kera. Perbuatan itu segera ditegah oleh Datuk. Cepat-cepat Datuk menepuk bahu tuan punya kera dan terus mengambil wang sepuluh ringgit dari lelaki berbaju putih, lalu diserahkan pada tuan punya kera yang bagaikan terkena pukau, menerima dan mendengar cakap Datuk. Datuk, saya dan tuan punya kera meninggalkan rumah lelaki berbaju putih. Bila sampai di luar kawasan balai polis, Datuk terus memegang bahu tuan punya kera.
Tiba-tiba kera yang didukung oleh tuan punya menyerang Datuk dengan menggigit lengan Datuk. Ternyata gigi kera yang tajam itu tidak mampu menembus kulit lengan Datuk. Dalam malam yang dingin itu, saya lihat muka tuan punya kera berubah, dari wajah seorang yang agak bodoh dan tolol menjadi bengis dan garang. Dia mengarahkan keranya menyerang di mana-mana bahagian tubuh Datuk. Datuk terus bertahan. Tiba-tiba badan saya menggeletar, bukan kerana rasa sejuk yang di bawa oleh angin subuh, tetapi, kerana kera yang saya lihat kecil itu berubah jadi besar. Lebih tinggi dari Datuk, kera itu membuka mulutnya dengan luas , kedua-dua taring yang panjang dan tajam itu menyeringai. Datuk masih bertenang, dia mengelak bila kera itu menyerang. Tuan punya kera terus mengeluarkan arahan.
Tiba-tiba Datuk berjaya menangkap ekor kera itu. Dalam beberapa saat saja kera itu kembali kepada keadaan asalnya. Tuan punya kera pula mula menyerang dari sebelah kanan. Datuk mengelak setapak, kemudian memukul pangkal leher tuan punya kera hingga tersungkur. Ketika itu, beberapa orang anggota polis yang dapat melihat keadaan di luar balai segera keluar. Masa anggota polis itu sampai ke situ, Datuk sudah pun membangunkan tuan punya kera. Dengan nada suara yang merayu-rayu tuan punya kera minta Datuk jangan mengapa-apakan dirinya.
"Awak jahat. Awak sengaja menggunakan ilmu halus awak untuk memperdayakan orang. Saya tahu, awak sengaja kenakan pada budak penempaan itu. Bila dia sakit awak tahu menawarnya dan awak kenakan bayaran yang tinggi, ini kerja awak”, kata Datuk sambil memulas tangan tuan punya kera.
"Saya cari makan tuan”
"Bukan cara ini awak cari makan, lagi sekali awak buat kerja ni, awak mati tahu?”, ugut Datuk sambil memeriksa badan tuan punya kera.
Datuk menemui sekeping kulit kera yang sudah kering yang dibalut dengan beberapa rajah serta tulisan Burma. Datuk bakar kulit keras dan pembalutnya, Datuk tidak peduli dengan rayuan dari tuan punya yang menyembah-nyembah kakinya.
"Awak balik”, kata Datuk.
Tanpa banyak cakap tuan punya kera beredar dari situ dengan wajah yang muram. Pada anggota polis yang berada di tempat tersebut ,Datuk menasihatkan mereka supaya jangan membenarkan anak-anak perempuan mereka melihat tarian kera dalam jarak dekat, apa lagi membiarkan kera memanjat atau memeluk badan anak-anak mereka.
"Tarian tu selalu digunakan oleh tuan punya menyerapkan semangat kera. Tetapi, tidak semua pula tuan punya tarian kera berperangai begitu. Kita harus berjaga-jaga. Tarian itu ada unsur-unsur pemujaan roh ghaib”, Datuk membuka rahsia di sebalik tarian kera.
Kemudian kami terus ke masjid. Tidak lama lepas itu waktu subuh sudah tiba, kami pun bersembahyang subuh dengan orang-orang yang datang ke masjid tersebut. Kerana memikirkan saya dan Datuk orang musafir yang menumpang tidur di masjid, tidak banyak yang mahu bercakap dengan kami, walau pun kami bersikap ramah pada mereka. Mereka datang ke masjid hanya untuk sembahyang saja dan melupakan ajaran agama yang menyuruh pengikutnya menjalin persahabatan dan kemesraan dengan orang yang seagama dengan mereka.
Lebih kurang pukul lapan pagi kami pun keluar dari masjid menuju ke kedai tempat kami makan malam tadi. Sepanjang jalan ke kedai Datuk terus merungut kerana dia tidak melakukan kebiasaannya mandi embun.
Kedatangan kami di sambut oleh tuan punya kedai makan ramah sekali. Malah, dia turut makan semeja dengan kami. Banyak perkara yang ditanyakannya pada Datuk. Saya kira tuan punya kedai itu seorang yang bijak kerana sambil bercakap itu dia sebenarnya mengemukakan pertanyaan yang tidak begitu ketara terhadap diri Datuk.
Secara tidak langsung Datuk sendiri membuka rahsia tujuan sebenarnya mahu mengubati lelaki yang dikatakan mengidap penyakit aneh itu.
"Sebenarnya, lelaki tu ada hubungan keluarga dengan saya. Tetapi, saya tidak begitu yakin berubat cara tradisional ni “, kata tuan punya kedai sambil menghirup air kopi.
Datuk pandang muka saya seolah-olah Datuk memberitahu bahawa, dirinya terperangkap dalam kemanisan budi dan tutur bicara tuan punya kedai.
"Kenapa awak tidak berterus terang dengan saya sejak semalam?”,Datuk melahirkan rasa kurang senangnya.
Tuan punya kedai terdiam. Datuk hirup kopi dengan tenang. Beberapa orang pelanggan terus keluar dan masuk.
"Minta maaf, kalau saya katakan kebanyakan orang-orang kita ni terutama yang mendakwa dirinya bomoh dan pawang, selalunya cari kesempatan, kebolehan tidak setinggi mana cakap saja yang melambung”, tuan punya kedai meluahkan apa yang tersirat dalam hatinya.
Datuk tersenyum sambil menjentik badan cawan dengan jari manisnya. Tuan punya kedai menyepit sebatang rokok cap tembak (Rough Rider) ke bibirnya. Hujung rokok itu di bakarnya dan disedutnya panjang-panjang. Asap rokok yang diluahkannya berlegar-legar dalam ruang kedai sebelum hilang di bawa angin pergi.
"Hubungan keluarga macam mana tu?", Datuk menyoal tuan punya kedai sambil menghabiskan sisa-sisa kopi yang ada di dalam cawan.
"Pangkat dua pupu dengan saya”
"Awak kenal dengan Kiai Muslih?"
"Kenal tu tidak, saya cuma kenal pada namanya saja. Kiai itu juga pernah mengubatnya. Tapi, tidak juga mahu sembuh”
"Apa pendapat awak tentangnya?"
"Dia tu saya rasa jujur orangnya”
"Awak tahu dia dah meninggal?"
"Saya tak tahu, bila dia meninggal?", tuan punya kedai terkejut.
Datuk terus menerangkan pada tuan punya tentang kedudukan yang sebenarnya. Wajah tuan punya kedai kelihatan cemas sedikit, bila Datuk menyatakan kedatangannya ke situ adalah untuk menunaikan amanat Kiai Muslih.
"Kita sekadar mahu menunaikan permintaan kawan, itu pun kalau kaum keluarga si pemuda tu setuju. Kita sekadar mahu menolong dan kita bukannya pawang atau dukun. Kita tidak mencari makan atas nama pawang atau bomoh”, cukup tentang Datuk berkata.
Tuan punya kedai terdiam. Datuk pun bangun untuk membayar harga makanan serta bersedia mahu meninggalkan kedai tersebut.
"Nanti dulu, maafkan saya kalau tersinggung”
"Saya tak tersinggung, itu hak awak”
"Saya tahu itu hak saya tapi, perbuatan itu kurang baik. Lagi sekali saya minta maaf. Sebab zaman sekarang, banyak orang menyamar jadi bomoh”
"Selalunya yang asli tetap asli, jarang mahu menunjuk kebolehan”
"Saya setuju”
Bila Datuk mahu membayar harga minuman dan makanan, tuan kedai itu tidak menerimanya. Malah tuan punya kedai itu membawa saya dan Datuk ke sebuah bilik khas di bahagian belakang kedainya. Tuan punya kedai itu memberitahu pada Datuk yang saudaranya (lelaki berpenyakit ganjil) berusia lebih kurang tiga puluh lapan tahun. Tidak suka menerima tetamu datang ke rumah walaupun ibu bapanya.
“Hati-hatilah awak bila ke sana. Banyak orang yang cuba mengubati dikejar dengan parang panjang, kecuali Kiai Muslih”, tuan punya kedai mengingatkan Datuk.
"Aneh juga perangainya”, balas Datuk.
"Dia bukan sakit tapi kemasukan syaitan”
"Barangkali”, jawab Datuk pendek.
Datuk terus memberitahu tuan punya kedai yang dirinya tidak dapat pergi dengan segera ke rumah lelaki aneh itu. Paling cepat dua hari lagi. Datuk perlu membuat beberapa persiapan tertentu. Dan Datuk tetap memilih masjid sebagai tempat menginap sementara menanti masa yang di tunggu itu tiba.
Sejak menginap di masjid Datuk terus menjalin persahabatan dengan anggota-anggota polis di situ. Dan Datuk sudah pun mendapat kebenaran untuk berjalan pada setiap subuh di kawasan pinggir pekan Tanjung Malim yang terdapat pokok-pokok tumbuhan. Sebelum pergi ke tempat tersebut Datuk dikehendaki melaporkan diri kepada pihak berkuasa di balai polis. Walaupun tujuan Datuk pergi ke kawasan hutan tersebut untuk mandi embun.
Tarikh yang dijanjikan pun tiba. Datuk dijemput oleh tuan punya kedai dengan kereta menuju ke kawasan perkampungan Melayu yang terletak ke selatan bandar Tanjung Malim. Bila sampai ke kawasan tersebut Datuk pun diperkenalkan dengan kaum kerabat pemuda yang malang itu. Saya dengan Datuk sampai di kampung tersebut pada sebelah pagi. Dan pada sebelah petangnya saya dan Datuk sudah pun mengetahui kedudukan rumah batu tempat pemuda aneh itu tinggal. Kawasan sekeliling rumah batu itu ditumbuhi pohon-pohon besar. Halaman rumahnya lapang dengan pokok-pokok bunga raya. Dibelakangi rumah terdapat kolam besar. Petang itu juga Datuk menghampiri rumah batu tersebut. Dari jauh lagi pemuda ganjil melambai-lambaikan tangan pada Datuk. Datuk terus masuk ke kawasan rumah tersebut. Pemuda ganjil mendekatinya.
"Apa hajat ke mari?" tanya pemuda ganjil.
Wajahnya cengkung. Matanya merah, misai dan janggut serta jambang tumbuh liar di wajahnya. Datuk cuba tersenyum kepadanya.
"Saya nak memancing ikan”, Datuk berbohong.
"Pergilah ke tempat lain. Kawasan ni kawasan saya dan tuan puteri”, ujarnya serius.
"Minta maaf, saya tak tahu”, kata Datuk.
Pemuda ganjil itu tersenyum dan terus menghalau Datuk dari kawasan rumahnya dengan maki hamun. Datuk terus menemui ke dua orang tua lelaki ganjil itu. Datuk memberitahu mereka segala usaha akan diikhtiarkan pada waktu malam hari Selasa ketika bulan mengambang. Sebelum usaha itu dilancarkan, Datuk perlu mengetahui gerak-gerinya. Datuk merasa senang hati kerana kedua orang tua lelaki ganjil itu sanggup membantu Datuk. Sementara menanti musim bulan mengambang, saya dan Datuk perlu tinggal di kampung tersebut selama dua hari lagi.
"Malam ni tiga belas Syaaban, malam esok empat belas dan malam lusa baru lima belas”, kata Datuk pada saya sambil menggigit ibu jarinya. Saya anggukkan kepala dengan harapan Datuk akan terus duduk di tebing sungai itu. Saya sudah tidak sanggup lagi untuk berjalan di kawasan yang penuh semak samun itu. Selain dari itu, hati saya sentiasa bimbang dan cemas. Manalah tahu, tiba-tiba pemuda yang tinggal di rumah batu akan keluar membawa parang untuk memotong leher saya dan Datuk. Dan bermacam-macam perkara bermain dalam kepala saya.
"Memang elok, malam Jumaat”, tambah Datuk lagi sambil merenung ke arah rumah batu yang sudah jauh tertinggal di belakang.
Saya terus menggigit bibir sambil merenung ke langit. Saya lihat awan petang itu cukup bersih. Datuk berhenti melangkah. Dengan teliti dia meletakkan punggungnya atas batu besar yang terdampar di bibir Sungai Bernam. Tidak jauh dari batu besar itu terdapat sepohon pokok ara yang akarnya terjuntai ke dalam air sungai. Perdu pokok ara itu cukup besar, kira-kira dua pemeluk. Air Sungai Bernam yang mengalir itu seakan-akan berpusing-pusing di bahagian akar pokok ara itu sebelum mengalir ke selatan. Kerana air Sungai Bernam yang mengalir itu cukup jernih, pasir dan batu-batu yang terdapat di dasarnya boleh dilihat dengan jelas. Datuk saya lihat merenung air sungai yang seakan-akan berpusing berhampiran dengan akar ara yang terjuntai itu. Datuk macam mencari sesuatu. Dahinya saya lihat berkedut bersama titik-titik peluh yang tumbuh di kiri kanan pipinya. Saya merasa hairan dan takjub dengan sikap Datuk yang tiba-tiba berubah itu.
"Kita harus mencari akar-akar kayu, pucuk-pucuk kayu dan batu-batu yang terdapat dalam sungai ni Tamar”, ujar Datuk sambil merenung muka saya.
Macam ada sesuatu yang timbul dalam diri saya untuk menentang apa yang Datuk cakapkan. Apa perlunya batu dan akar kayu itu? Apakah Datuk tidak tahu hari sudah petang? Apakah dia tidak terfikir pemuda yang berada di rumah batu itu akan sampai ke tempat saya dan Datuk duduk sekarang? Saya mengeluh dalam hati.
"Semuanya ada guna untuk kita Tamar. Aku tahu apa yang kau fikirkan dan kau jangan cuba membantah cakap aku”
Mendengar suara Datuk itu, muka saya segera berubah. Saya malu pada diri saya sendiri. Datuk sudah tahu apa yang tersirat dalam hati saya. Datuk renung muka saya sebentar. Kemudian dengan tenang Datuk lipatkan kedua belah kaki seluarnya hingga separas kepala lutut. Datuk terus turun ke dalam sungai. Meranduk air sungai dengan tenang sambil membongkokkan badan mengutip batu-batu yang berada betul-betul di tengah sungai. Kebanyakan batu yang dikutip itu berbentuk leper dan bersegi tiga. Datuk masukkan batu-batu itu ke dalam saku bajunya. Jumlah batu yang dikutip oleh Datuk lebih kurang tiga puluh tiga biji. Datuk memanjat tebing sungai dan terus menghampiri saya.
"Mari kita ke sana”, ujar Datuk sambil menuding jarinya ke arah matahari terbit.
Saya pun segera bangun dan menggeliat dua tiga kali. Datuk terus langkah. Saya tidak ada pilihan lain dan terpaksa mengikutnya saja.
Matahari petang kian condong, bebayang pokok memanjang di tanah. Awan saya lihat tetap berarak tenang. Kami masuk ke kawasan hutan kecil yang bersambung dengan kaki sebuah bukit. Pokok-pokok yang tumbuh di kaki bukit itu agak subur . Dengan menggunakan tangannya Datuk pun mematahkan beberapa dahan kayu yang berdaun lebat. Kami kian jauh mara ke dalam hutan di pinggir bukit itu, matahari kian mengecil membuat suasana di sekitar kawasan tersebut agak muram. Dan Datuk dengan menggunakan kekuatannya berjaya mencabut beberapa akar kayu hutan.
"Balik”, kata Datuk .
Kepalang gembiranya hati saya mendengar cakap Datuk itu. Kami berpatah balik menuju ke tebing sungai, tempat kami mula bergerak tadi. Sebaik saja sampai di bawah pokok ara tempat saya dan Datuk duduk tadi, terdapat kesan-kesan darah pada akar pokok tersebut. Datuk melihat kesan darah itu dengan teliti.
"Darah apa agaknya?", rungut Datuk sambil merenung muka saya.
Cepat-cepat saya gelengkan kepala. Ketika itu saya lihat di kaki langit, cahaya merah dan kekuningan mula bangkit, menandakan tidak lama lagi waktu Maghrib akan tiba. Tanpa banyak cakap, Datuk pun menutup kesan darah di akar kayu ara dengan daun kering.
Tiba-tiba saya lihat wajah Datuk berubah. Ekor matanya menjeling tajam ke kiri dan ke kanan, macam kucing mengamati langkah mangsanya. Saya segera menggigit bibir, bila melihat ada titisan darah jatuh dari dahan pokok ara. Darah itu menitik atas lengan Datuk dan mengalir perlahan-lahan menuju ke hujung jarinya.
"Ambilkan daun keladi dan sapukan darah di lengan ini”, kata Datuk.
Saya pun segera mematuhi perintahnya. Sebaik saja darah di lengan itu saya sapukan dengan daun keladi, Datuk pun mengambil daun keladi dari saya lalu diletakkan atas tanah dengan keadaan yang terlentang.
Macam kilat Datuk melompat lalu membuka silat langkah pertama sambil melepaskan buah silat kiri dan kanan. Pergerakan Datuk cukup cepat dan tangkas. Bila Datuk mematikan langkahnya, saya lihat daun keladi yang diletakkan dalam keadaan terlentang hancur.
Akhirnya Datuk dongakkan kepala dan sepasang matanya merenung tajam ke arah salah satu dahan ara. Urat-urat di mata Datuk kelihatan seakan-akan timbul dan berwarna merah. Dari kedua-dua belah bibir matanya, saya lihat keluar asap yang nipis macam kabus. Dahi Datuk berpeluh begitu juga kulit pipinya, dagu Datuk bergerak gerak. Datuk terus menenung dahan ara itu. Tiba-tiba dahan yang ditenungnya patah dan jatuh ke bumi.
"Selesai”, kata Datuk lalu menarik tangan saya ke arah kesan kena bakar.
Daun yang terdapat di dahan itu semuanya layu dan kecut. Datuk tidak menceritakan apa-apa pun berhubung dengan dahan yang patah dan darah yang menitis pada lengannya. Kami pun meninggalkan kawasan tersebut. Hari sudah beransur gelap. Kerana kami ditempatkan di sebuah rumah khas oleh keluarga pemuda ganjil itu membuat saya dan Datuk terasa agak selesa dan bebas bergerak.
Malam itu, Datuk membuat keputusan yang amat menakjubkan. Dia mahu meninjau keadaan kawasan sekitar rumah batu. Dia mahu melihat apa yang dilakukan oleh pemuda itu ketika bulan mengambang.
"Siapkan keris kecil untuk aku”, Datuk mengeluarkan perintah.
Sebaik saja dia selesai menunaikan sembahyang Isyak, saya segera mengeluarkan keris kecil dari tempatnya dan terus menyerahkan pada Datuk. Datuk gulung keris itu dengan kain hitam dan terus diselitkan ke pinggangnya. Sebelum meninggalkan rumah khas tempat kami menginap, Datuk terlebih dahulu duduk bersila di muka pintu sambil membaca sesuatu. Saya di suruhnya melihat bulan di langit. Saya berdiri di muka tingkap melihat langit dan awan. Datuk terus bertafakur, kepalanya sudah pun dililit dengan kain merah.
"Malam ni baru 13 Syaaban, bulan tidak begitu besar”, ujar Datuk sambil menepuk lantai tiga kali.
Dia terus mundar-mandir di ruang rumah. Saya biarkan Datuk dengan keadaannya. Saya tidak mahu campur dalam urusannya. Saya tersenyum, di langit bulan mula timbul, awan nipis yang melitupinya mula bergerak, terpisah dengan bulan yang sebesar buah kelapa sulung itu. Datuk segera menghampiri dan berdiri dekat muka tingkap. Wajahnya kelihatan berseri-seri.
"Malam ni mulakan dulu”, kata Datuk.
"Terlalu cepat Datuk bertindak?"
"Apa salahnya, menguji dulu sebelum masuk gelanggang”
"Saya takut kerja Datuk jadi kerja yang sia-sia?"
"Kita sekadar mencuba”, jawab Datuk.
Tiba-tiba Datuk dan saya terdengar lolongan anjing sayup-sayup. Bulan di langit kian menyerlah. Awan kian bersih dan bergerak-gerak perlahan-lahan mengikut arah angin. Suara lolongan anjing kian kuat dan menyeramkan. Pokok-pokok sekitar kawasan rumah tempat kami menginap mula bergerak-gerak disentuh angin.
"Aku dengar bunyi suara orang menjerit”, bisik Datuk ke telinga saya.
Dan Datuk menyuruh saya mengamati arah mana suara orang menjerit itu datang. Saya pun pasang telinga dengan teliti. Dada saya mulai berdebar.
"Dari arah rumah batu tuk”
"Aku rasa pun begitu juga”
"Apa yang patut kita buat tuk?"
"Kita pergi ke sana, meninjau”
Saya menarik nafas panjang bila mendengar cakap Datuk itu. Suara lolongan anjing kian kuat, angin juga mula bertiup agak kencang. Saya merasa hairan, kenapa hal itu terjadi dengan mendadak. Bila dilihat keadaan hari, memang tidak wajar angin boleh bertiup begitu kencang. Suara orang menjerit kian galak, bersambung-samb
ung dalam lolongan yang memanjang. Datuk menyuruh saya turun dahulu. Dia mahu menguncikan daun pintu. Saya terus turun. Bila kaki saya memijak bumi, dada saya terasa berdebar-debar.
Dalam keadaan yang resah itu, sebiji pisang muda macam dibaling orang tertentu mengenai dahi saya. Pandangan saya jadi berpinar-pinar. Badan saya terhuyung-hayang. Dalam keadaan yang tidak keruan itu Datuk terus memeluk saya. Datuk dudukkan saya atas anak tangga. Dengan perlahan-lahan Datuk menepuk dahi saya tiga kali berturut-turut. Pandangan saya kembali normal. Dan badan saya tidak lagi terhuyung-hayang.
-TAMAT-
03. LUMPUH DI KAKI
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : LUMPUH DI KAKI
KODE : 330002750940003
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Perlahan-lahan Datuk meraba dahi saya. Dari dahi jejari Datuk merayap ke pangkal tengkuk. Saya rasa jejari Datuk sejuk macam ais.
“Keadaan badan kamu macam biasa, tidak panas dan tidak pula sejuk, berdasarkan denyut darah yang aku rasa dari kepala hingga ke pangkal tengkuk, kau masih ada harapan.”
“Maksud Datuk?”
“Lumpuh di kaki kamu boleh sembuh jika diizinkan oleh Allah, cuma aku mesti berusaha.”
“Bawa saya ke hospital untuk diperiksa, saya tidak mahu berubat dengan dukun dan bomoh.”
“Kalau itu yang kamu mahu, aku turutkan,” balas Datuk dengan senyum.
Pintu yang terdedah terus juga menghantar angin malam ke dalam rumah. Suara jampuk sudah tidak sehebat tadi, begitu juga dengan bunyi burung hantu. Sesekali terdengar bunyi suara burung cenderawasih yang terbang berkawan. Kokok ayam jantan pun meningkah dalam suasana malam yang memburu pagi.
“Mudah-mudahan Allah akan memberkati segala usahaku,” Datuk melahirkan harapan, sambil meraba kedua belah kaki saya yang lumpuh dan saya memang mengharapkan apa yang Datuk katakan itu akan menjadi kenyataan.
“Sabar Tamar, aku akan berusaha.” Sebaik sahaja Datuk mengakhiri kata-katanya, satu pancaran kilat melemparkan sinarnya ke dalam ruang rumah. Datuk dan saya terkejut seketika.
“Barangkali hari nak hujan Tamar?”
“Agak-agaknya begitulah tuk.”
Datuk terus bangun. Ia memulakan langkah menuju ke pintu. Langkah satu, langkah dua, dan tiga berjalan lancar. Langkah keempat segera terbantut. Diganggu oleh bunyi petir yang amat kuat. Datuk segera menoleh ke arah saya. Bunyi angin kencang jelas kedengaran melanggar dedaun dan reranting pokok di luar. Angin itu seolah-olah berlegar-legar di kawasan rumah.
Datuk pun menghidupkan langkah yang mati. Ia berdiri di muka pintu sambil kedua belah tangannya merapatkan daun pintu. Datuk terus memasang selak pintu. Bunyi titik-titik hujan mula kedengaran bersama dengan tiupan angin. Rasa dingin mula menyerbu tubuh badan. Kokok ayam jantan terus kedengaran.
“Hujan tu rahmat Allah, menyegarkan pokok-pokok. Kata orang hujan menjelang Subuh membawa berkat pada orang yang jaga, membawa celaka pada orang yang tidur.”
“Silap tu tuk, sebetulnya membawa nikmat pada orang yang tidur dan tidak membawa apa-apa pada orang yang jaga.”
“Dari mana kau belajar semuanya ini Tamar?”
“Dari kawan-kawan tuk.”
Saya lihat Datuk tersenyum panjang mendengar kata-kata itu. Ia terus duduk di sisi saya. Kedua belah kaki saya yang lumpuh diurutnya perlahan-lahan.
“Celaka pada orang yang tidur maksudnya, orang itu tidak akan bangun menunaikan sembahyang Subuh kerana terlalu seronok tidur waktu hujan dan syaitan akan membekalkan dirinya dengan mimpi-mimpi yang indah. Berkat pada orang yang jaga kerana ia dapat menunaikan sembahyang Subuh dengan sempurna,” Datuk menjelaskan pada saya. Saya terus anggukkan kepala membenarkan kata-katanya itu.
Hujan lebat yang bermaharajalela di luar membuat saya menguap dan rasa mengantuk yang amat sangat. Dua tiga kali saya tersengguk-sengguk macam ayam mabuk tahi. Kalau Datuk tidak ada di sini, sudah lama saya berdengkur.
“Aku nak sembahyang jemaah di masjid Tamar.”
“Hujan, macam mana tuk nak pergi?”
“Walau macam mana susah pun, perintah Allah tidak boleh diketepikan. Aku ni sihat dan diberi akal, lagi pun masjid bukannya jauh dengan rumah, aku pakai payung, kalau tak ada payung cari daun pisang.”
“Uzur macam saya ni tak payahlah sembahyang tuk.”
“Kena, kalau kau tak boleh bangun, boleh sembahyang cara duduk, soal utama perintah Allah mesti ditunaikan.”
“Hum…,” keluh saya dalam hati.
Datuk segera mengejutkan nenek. Kemudian, ia terus keluar ikut pintu dapur. Pesan Datuk, nenek mesti menjaga saya supaya jangan terlelap kecuali matahari sudah memancar, saya dibenarkan tidur.
“Jaga si Tamar tu jangan sampai ia tertidur, kalau tertidur sentap kedua belah kakinya sekuat hati,” saya dapat mendengar pesan terakhir dari Datuk.
Kerana tidak mahu kaki saya ditarik secara mengejut, saya mengambil keputusan tidak akan tidur hingga tengah hari. Salah satu cara bagi mengelakkan saya tertidur, saya minta nenek bercerita sambil memicit kedua belah kaki saya. Permintaan saya itu ditunaikan oleh nenek. Baru sahaja nenek mahu memulakan cerita dan mengurut, terdengar azan Subuh dalam deru hujan. Suara azan itu sungguh merdu dan menusuk perasaan. Saya terpegun sambil mengingati kebesaran Allah yang menjadikan alam semesta.
“Biar aku sembahyang dulu, jangan tidur,” nenek mengingatkan saya dan terus menuju ke ruang dapur untuk mengambil air sembahyang.
Nenek menunaikan fardu Subuh dekat saya. Masa nenek sembahyang itu saya dapat peluang merapatkan kedua belah kelopak mata. Tetapi, saya tidak dapat tidur dengan sempurna, bila mahu terlelap, saya didatangi oleh mimpi-mimpi yang menggerunkan, membuat saya terjaga kembali. Setelah selesai menunaikan sembahyang nenek terus ke dapur. Ia kembali menghampiri saya dengan membawa mangkuk tembikar besar berisi kerak nasi bercampur air dingin.
“Buat apa benda ni nek?”
“Untuk mengubat kaki kau, supaya urat-uratnya jangan kaku.” Nenek terus melumurkan kerak nasi pada sepasang kaki saya.
Aduh, sejuknya sampai ke tulang. Nenek tersenyum melihat wajah saya yang berkerut-kerut. Saya merasa beruntung kerana nenek hanya melumurkan kerak nasi ke kaki sebanyak tiga kali. Kalau lebih dari itu, pasti saya terkencing. Sebelum matahari terbit di kaki langit, Datuk sudah berada di rumah. Ia sudah pun mandi air embun dan melakukan senaman.
Mungkin, nenek mahu menjaga hati saya supaya tidak rasa disisihkan. Nenek membawa hidangan sarapan ke tempat saya duduk. Sikap nenek yang mementingkan perasaan orang lain, membuat hati saya rasa gembira. Walaupun saya sakit tetapi tidak terpisah untuk bersarapan bersama nenek dan Datuk seperti keadaan sebelum sakit dulu. Selesai sarapan, Datuk terus menyatakan pada nenek untuk membawa saya ke hospital. Wajah nenek nampak berubah setelah mendengar kata-kata Datuk itu.
“Kenapa tak berusaha cara kampung?” tanya nenek.
“Kita sekadar memenuhi hajat Tamar.”
“Kalau tak mahu sembuh bagaimana?”
“Kita cuma berusaha, doktor yang mengubat orang sakit tu pun berusaha, dia tidak dapat menentukan penyakit seseorang itu boleh sembuh, tanpa diizinkan Allah.:
“Saya faham, selalunya awak tidak begitu, awak tak suka berubat dengan doktor.”
“Awak silap, saya tak suka tu, kalau sakit itu terjadi pada diri saya, pada orang lain saya galakkan jumpa doktor, bukankah doktor tu belajar dan mempunyai alat-alat yang lengkap, kita cuma ada petua saja.”
“Begitu pula,” keluh nenek.
TEKSI
Datuk terus meninggalkan saya dan nenek. Ia pergi mencari teksi. Setengah jam kemudian, Datuk kembali dengan teksi tua milik Awang Said. Saya pun diusung ke dalam teksi. Duduk di bangku belakang bersama nenek. Datuk duduk di hadapan bersama Awang Said.
Dalam perjalanan menuju ke hospital daerah yang terletak di bandar kecil Lumut, Datuk terus berborak rancak dengan Awang Said. Sampai sahaja di hospital yang terletak di atas bukit kecil yang menghadapi Selat Dinding, saya diusung ke bilik pemeriksaan.
Doktor yang memeriksa saya ialah Doktor M.K. Menon. Orangnya peramah, pandai berbahasa Melayu meskipun ia dari keturunan Ceylon. Setelah diperiksa, doktor terus menyatakan pada Datuk semua gerakan darah dalam kaki saya berjalan lancar dan baik. Doktor itu merasa pelik bagaimana sakit lumpuh itu boleh terjadi. Kaki saya terus di X-ray. Hasil dari X-ray juga menunjukkan urat-urat di kaki berada dalam keadaan baik, tidak ada yang tersimpul atau terputus. Keadaan darah juga macam biasa. Saya jadi lemas dan bosan kerana terlalu banyak pemeriksaan dilakukan sebelum saya diletakkan dalam wad.
Sebulan lebih saya meringkuk dalam hospital. Hari-hari daging paha saya disuntik, kesannya tidak mendatangkan apa-apa, tidak ada tanda-tanda sakit lumpuh yang saya alami akan sembuh. Walaupun demikian, hati saya tetap terhibur. Setiap pagi nenek mengunjungi saya untuk melumurkan kerak nasi di kaki. Nenek tidak peduli dengan teguran beberapa orang jururawat yang bertugas di wad tersebut yang melarangnya membawa kerak nasi serta melumurkan ke kaki saya.
Nenek menerima larangan itu dengan wajah yang manis, penuh simpati melambangkan sifat seorang wanita kampung yang banyak menyerahkan sesuatu pada keadaan. Tidak mudah mahu melawan atau membantah tetapi banyak merayu.
“Saya berikhtiar cara orang kampung cu, bukan mahu melawan doktor, saya tahu cu lebih pandai dari saya, doktor lagi pandai, kalau tak boleh sebelah pagi biar saya buat sebelah malam,” itulah yang diucapkan oleh nenek setiap kali jururawat yang bertugas menegur perbuatannya.
Di Lumut, nenek menginap di rumah anak buahnya yang bekerja sebagai pemandu kereta dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jarak rumahnya dengan hospital tidak jauh. Tidak sampai setengah batu. Tidak menjadi masalah untuk nenek mengunjungi saya sehari dua kali, pada sebelah pagi dan petang atau pada sebelah malam.
Biasanya, pada sebelah petang atau malam, ia ditemani oleh anak buahnya yang dipanggilnya sebagai Din sahaja. Nenek menyuruh saya memanggil lelaki yang kurus tinggi itu sebagai Pak Din. Dalam masa tertentu nenek selalu menceritakan pada saya tentang hubung-kait dirinya dengan Mat Ladin ayah pada Pak Din. Pak Din yang sudah berkeluarga itu juga menasihati saya supaya sabar. Di samping itu, ia juga berjanji akan berikhtiar mencari bomoh atau pawang terkenal dalam usaha menyembuhkan kaki saya yang lumpuh itu.
Secara jujur saya katakan pada Pak Din yang saya tidak begitu tertarik untuk mengubati kaki saya yang lumpuh itu dengan dukun atau bomoh. Sebabnya, terlalu sulit mencari seorang dukun yang jujur dan pandai, kebanyakan dukun atau pawang bila mengubati seseorang selalu menurun dengan memanggil roh Datuk nenek yang saya kira, perbuatan itu bertentangan dengan ajaran Islam.
LAWAT
Pada suatu pagi, setelah nenek pulang. Katil saya dikunjungi oleh seorang lelaki tua. Tinggi lampai orangnya. Dari raut wajahnya, saya dapat meneka bahawa lelaki tua itu berbangsa Cina.
“Saya Hassan.”
“Saya Tamar.”
Saya segera menyambut huluran tangan orang tua itu. Saya mempersilakan ia duduk di katil. Ia memakai seluar warna kelabu tahi anjing. Bajunya berwarna putih yang dibuat dari kain belacu. Bentuknya, seperti bentuk baju yang selalu digunakan oleh pekebun-pekebun sayur bangsa Cina. Bahagian tengkuknya bulat, macam tengkuk baju Melayu yang selalu dipakai oleh orang-orang Melayu Johor. Di tempat saya baju jenis ini disebut sebagai baju Melayu Teluk Belanga. Bahagian depan baju orang tua itu mempunyai lima butang. Songkok putih (ketayap) yang dipakainya cukup bersih. Saya kira ia seorang saudara baru Islam (mualaf) yang mahu mengutip derma. Saya nanti ia menghulurkan kertas derma. Tetapi ia tidak berbuat demikian.
“Dah lama masuk agama Islam?” Orang tua itu merenung muka saya sejenak. Ia tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu saya. Kemudian ia menarik nafas, seolah-olah dirinya berhadapan dengan sesuatu kekecewaan yang amat sangat.
“Setiap orang Melayu yang saya temui, mereka akan bertanya seperti apa yang awak tanyakan, saya tak salah kan mereka kerana mereka tidak tahu.”
“Cuba terangkan hal yang sebenarnya pada saya.”
“Nanti dulu, barangkali petang ini, esok atau lusa awak akan tahu juga,” balas orang tua itu dengan tenang.
Kerana tidak mahu mengganggu fikiran dan perasaannya, perkara itu tidak saya ulangi. Setiap para pekerja hospital Lumut yang bertugas dalam wad tersebut akan memberi salam pada orang itu dengan ramah sekali. Seolah-olah mereka sudah mengenali orang tua itu sejak lama dan orang tua itu tidak dilarang untuk menemui sesiapa sahaja pesakit yang ingin ditemuinya.
“Anak sakit apa?” tanyanya pada saya.
“Kedua belah kaki saya lumpuh.”
“Apa kata doktor tentang sakit tu.”
“Doktor sendiri tidak tahu puncanya, bila di x-ray dan diselidik, semua urat-urat di kaki saya elok, darah berjalan dengan baik.”
“Dia tak suruh awak keluar?”
“Tidak, kata doktor penyakit saya masih dalam kajian, dua minggu lagi doktor pakar dari Kuala Lumpur akan datang memeriksa saya.”
“Bersabarlah, esok saya datang jumpa awak, kalau diizinkan oleh Allah saya akan cuba mengubati kaki awak.”
“Ubat kaki saya?”
“Ya.”
Orang tua itu terus bangun dan meninggalkan saya di katil, tanpa sempat saya mengucapkan terima kasih padanya. Kepala saya terus digayuti dengan berbagai-bagai persoalan tentang diri orang itu, yang saya anggap sebagai orang tua yang ganjil. Bila nenek dan Pak Din menemui saya pada sebelah petang. Semua yang saya alami pada sebelah pagi saya ceritakan pada mereka. Nenek terus menggesa Pak Din supaya mengambil Datuk yang tinggal di kampung. Nenek mahu, Datuk mesti berada bersama saya ketika orang tua itu datang.
“Tak apa sekejap lagi saya ambil dia,” Pak Din memberikan ikrar pada nenek. Tidak sulit bagi Pak Din mengambil Datuk di kampung yang jaraknya kira-kira tiga puluh batu.
“Saya pergi ambil dia,” tiba-tiba Pak Din bersuara dan terus keluar dari wad.
Saya renung wajah nenek yang duduk di sisi saya. Angin petang yang datang dari arah Selat Dinding membekalkan rasa nyaman ke batang tubuh saya dan nenek. Beberapa orang pelawat keluar masuk dari dalam wad. Mereka melawat sahabat handai yang terlantar di situ.
“Kau kenal orangnya Tamar.”
“Tak kenal nek.”
“Habis macam mana dia mahu menolong kau.”
“Dia datang melawat saya, kemudian berjanji untuk menolong saya.”
Nenek menggigit bibir bawah setelah mendengar penjelasan dari saya. Matanya merenung saya keluar wad. Macam ada sesuatu yang nenek fikirkan. Macam selalu, sebelum nenek meninggalkan saya, ia pasti menekankan ibu jarinya ke pangkal paha saya. Kenapa ia berbuat demikian, saya sendiri pun tidak tahu.
Nenek keluar dari wad. Dengan renungan yang sayu saya melihat nenek melangkah di jalan raya menuruni bukit kecil. Saya kira sepanjang perjalanan menuju ke rumah Pak Din. Ia pasti mendoakan supaya sakit lumpuh yang saya deritai akan berakhir. Malam itu, saya tidak dapat tidur dengan lena. Bahagian kaki saya yang lumpuh terasa amat sakit, macam ditikam dengan jarum. Bisanya bukan kepalang.
Selain dari itu, wajah orang tua yang menemui saya pada sebelah pagi tadi, sering-kali datang dalam kepala saya. Bermacam-macam sangkaan buruk terhadap orang tua itu timbul dalam diri saya. Saya ragu-ragu, apakah kedatangannya kelak benar-benar mahu menolong saya atau dia ada menyimpan maksud yang tertentu. Mungkin ia mahu memperdayakan saya. Susah benar saya mahu menyingkirkan semua persoalan itu dari dalam kepala saya.
DATANG
Saya gembira, ketika matahari pagi melebarkan sayapnya ke dalam wad, nenek dan Datuk sudah pun berada di sisi saya. Wajah mereka kelihatan tenang menanti kedatangan orang tua aneh.
“Kalau ia datang dengan tujuan baik untuk mengubat cucuku, aku terima dengan baik, kalau ia datang dengan niat buruk, ia akan menerima padahnya,” kata Datuk pada nenek. Saya lihat nenek tidak menjawab kata-kata itu.
Beberapa orang jururawat yang bertugas pada sebelah pagi, berkeliaran dalam wad. Mereka buat tidak tahu dengan kehadiran nenek dan Datuk ke katil saya, begitu juga dengan para pesakit yang ada dalam wad tersebut. Rupanya, orang tua yang berjanji itu amanah orangnya. Tepat jam sembilan setengah pagi ia sudah berada di tepi katil saya. Berkali-kali ia mengucapkan Alhamdulillah, bila saya perkenalkan dirinya dengan Datuk. Mereka terus bersalam.
“Boleh saya sentuh kaki cucu awak?”
“Silakan.”
“Alhamdulillah.”
Orang tua itu, terus meraba-raba kedua belah kaki saya yang lumpuh. Ia menekan beberapa urat di pergelangan kaki. Semua gerak-gerinya diperhatikan oleh Datuk dan nenek. Hasil dari sentuhan di urat kaki. Badan saya terus berpeluh.
“Begini, pagi esok dan lusa saya datang lagi,” katanya sambil memberikan saya serangkai buah tasbih. Ia menyuruh saya menyebut perkataan Subhanallah seberapa banyak yang boleh sambil membilang buah tasbih.
Ia juga menyuruh saya meyakinkan diri yang saya tidak mengalami sakit lumpuh. Hari kedua, orang tua itu datang lagi. Ia terus memicit urat-urat di pergelangan kaki saya seperti hari pertama. Sebelum pulang, ia membekalkan saya dengan sepotong ayat al-Quran dari Surah al-Waqiah. Ayat itu mesti saya baca pada setiap saat. Pada sebelah petangnya, saya boleh menggerakkan kaki sebelah kanan dengan perlahan-lahan. Hal itu segera saya beritahu pada Datuk dan nenek. Mereka gembira. Hari ketiga, orang tua itu datang lebih awal dari biasa. Kali ini semua daging di kedua belah kaki saya dipicitnya hingga lebam.
Sakitnya Allah sahaja yang tahu, berair mata saya dibuatnya. Selalunya bila selesai ia mengurut kaki saya, ia terus pulang. Tetapi kali ini ia tidak terus pulang. Ia terus berada di sisi katil saya. Anehnya, bila doktor melawat ke katil saya ia terus bercakap dengan doktor tentang keadaan kaki saya. Doktor hanya tersenyum dan terus mencatat sesuatu di kertas yang tergantung di hujung katil saya.
Kira-kira pukul sebelah pagi, ia menyuruh saya bangun dari katil. Tentu sahaja saya tidak dapat melakukan seperti apa yang dikatakannya. Mujurlah, Datuk dan nenek memapah saya. Saya dapat berdiri dengan dikapit oleh nenek dan Datuk. Kemudian orang tua itu menyuruh Datuk dan nenek tinggalkan saya. Saya dapat berpaut pada Datuk. Orang tua itu menyuruh Datuk memimpin saya berjalan.
“Tolak,” saya terdengar suara orang tua itu. Dan saya dapati Datuk meninggalkan saya sendirian. Kerana Datuk tidak menolak saya, orang tua segera datang dekat saya dan terus menolak bahu saya.
Saya terasa badan saya mahu jatuh ke kanan. Saya cuba mengimbangi badan supaya jangan jatuh. Dalam keadaan cemas begitu, saya dapat mengimbangi badan saya dan terus melangkah beberapa langkah ke depan dan akhirnya berhenti dekat sebuah katil pesakit lain. Saya terus berdiri di situ, sambil memikirkan apakah kaki saya sudah tidak lumpuh lagi. Saya segera teringatkan cakap orang tua yang menyuruh saya meyakinkan diri bahawa saya tidak lumpuh. Berpegangkan pada keyakinan itu, saya terus melangkah mendatangi katil saya. Ternyata saya boleh berjalan. Kaki saya sudah tidak lumpuh lagi.
“Alhamdulillah, kaki cucu awak sudah sembuh,” kata orang tua itu pada Datuk dan nenek.
Apa yang menarik perhatian saya, bila Datuk dan nenek mengucapkan ribuan terima kasih, orang tua tidak mengucapkan perkataan sama-sama seperti yang dilakukan oleh kebanyakan orang bila menerima ucapan terima kasih. Ia hanya menjawab dengan perkataan Alhamdulillah. Seolah-olah orang tua itu bagaikan tidak mengerti dan faham dengan budi bahasa orang Melayu.
Petang itu juga, kaki saya terus diperiksa oleh doktor M.K. Menon. Dan ia mengakui kaki saya sudah pulih seperti sediakala. Bila Datuk menyatakan, orang tua itu yang berusaha memulihkan kaki saya, doktor M.K. Menon hanya tersenyum sahaja. Saya dan nenek terus pulang ke rumah Pak Din. Datuk tidak ikut pulang kerana ia mahu bercerita panjang dengan orang tua yang menolong saya itu.
Sampai di rumah Pak Din, nenek masih mengingatkan saya supaya jangan bergerak terlalu cergas, menurutnya kaki saya belum begitu baik lagi. Pukul lima petang baru Datuk pulang ke rumah Pak Din. Nenek terus mengajak Datuk pulang ke kampung. Cadangan nenek itu dibantahi oleh Datuk, kerana ia sudah berjanji dengan orang tua untuk sembahyang Maghrib dan Isyak bersama di masjid Lumut.
“Saya setuju, tidur lagi semalam di sini, esok baru balik,” ujar Mak Bedah, isteri Pak Din menyokong cadangan Datuk. Nenek akur dengan permintaan Datuk dan Mak Bedah. Saya tersenyum, kesempatan untuk bermesra dengan anak-anak Pak Din terbuka luas.
MASJID
Pada mulanya hasrat saya untuk menemani Datuk ke masjid ditentang oleh nenek. Alasan nenek cukup kuat kenapa ia berbuat demikian. Pertama, keadaan kaki saya belum begitu kuat. Kedua, orang yang baru sembuh dari lumpuh tidak boleh kena angin dan embun malam.
“Tak mengapa biarlah Tamar ikut saya berjemaah di Masjid. Lepas sembahyang Isyak, kami balik. Lagi pun saya ada bersamanya,” kata Datuk.
“Saya tahu tapi, sejauh mana awak boleh mengawalnya. Awak tahu, kalau kakinya kena embun, salah satu kakinya akan mengecil dan tidak ada mempunyai buah betis.”
“Dengan izin Allah saya boleh mengawalnya,” balas Datuk. Nenek terus menarik nafas panjang.
Saya dan Datuk terus melangkah ke masjid Lumut yang letaknya di suatu kawasan yang agak tinggi. Dari pintu masjid saya dapat melihat pangkalan yang jadi tumpuan orang ramai untuk pergi ke Pulau Pangkor, Damar Laut dan Kampung Baru.
Ramai juga yang sembahyang jemaah di masjid tersebut, kebanyakannya terdiri dari kakitangan kerajaan. Lepas sembahyang Maghrib dan Isyak Datuk terus membaca al-Quran yang memakan masa hampir satu jam. Orang tua yang merawat saya di hospital juga ada di situ. Ia membaca surah Yasin dengan penuh khusyuk. Orang itu menamatkan pembacaan surah Yasin. Ia terus mendekati saya sambil tersenyum.
“Saya harap sakit di kaki tidak akan berulang lagi.”
“Saya juga berharap begitu.”
“Bersyukurlah pada Allah,” katanya lalu menepuk-nepuk bahu kanan saya.
Datuk berhenti membaca Quran. Ia terus menghampiri saya dan orang tua yang duduk di tengah masjid. Semua para jemaah sudah pulang. Sesekali terdengar hembusan angin yang datang dari Selat Dinding menguasai ruang masjid yang luas.
“Tak balik?” tanya Datuk pada orang tua itu.
“Tidak, saya tak ada rumah, saya bermalam di masjid ini untuk seminggu dua kemudian saya akan berjalan dan bermalam di masjid lain pula.”
“Macam mana kalau malam ini, bermalam di rumah saudara saya.”
“Alhamdulillah, saya minta maaf.”
Datuk menggigit bibir mendengar jawapan dari orang tua itu. Memang perangai Datuk, dia merasakan dirinya tidak lengkap, kalau ia tidak mengenali latar belakang orang yang dikenalinya.
“Maafkan saya, kalau pertanyaan saya kurang menyenangkan diri awak?”
“Silakan, saya tak marah.”
“Dah lama masuk Islam?”
“Sejak berada dalam perut ibu saya.”
“Awak mempermainkan saya.”
“Tidak saya bercakap benar.”
Datuk terdiam sambil merenung wajah saya berkali-kali. Mungkin orang tua itu tahu, apa yang bergolak dalam dada Datuk. Dan ia merasakan dirinya perlu menyelesaikan rasa sangsi yang bersarang dalam dada Datuk dan saya. Di bawah bumbung masjid yang tenang didakap malam. Orang tua tersebut terus mengungkapkan kisah dirinya pada saya dan Datuk.
Menurutnya, ia berasal dari Yunan satu daerah di Negara China. Semua penduduk di situ beragama Islam sejak abad ke-8 yang dikembangkan oleh pedagang-pedaga
ng Islam dari Tanah Arab.
“Minta maaf, kalau saya katakan bahawa kami lebih awal mengenali agama Islam, jika dibandingkan dengan kedatangan Islam ke Melaka. Saya bukan baru sepuluh atau dua puluh tahun beragama Islam, saya Cina Islam tulen, sejak Datuk nenek lagi,” orang tua itu memperkemaskan silanya.
“Masih ada lagi kaum keluarga di sana,” soal Datuk.
“Itu saya tak tahu, hanya Allah saja yang menyelamatkan diri mereka.”
“Saya tak faham dengan cakap awak.”
“Kalau awak mahu memahaminya, saya terpaksa bercerita panjang, mahukah awak mendengarnya.”
“Mahu,” sahut Datuk.
Orang tua itu tunduk merenung lantai masjid. Kemudian ia membaca doa. Katanya, doa itu untuk para arwah umat Islam di tempatnya. Bila dia selesai membaca doa, wajah Datuk direnungnya dengan pandangan yang sayu. Ia pun memulakan ceritanya.
“Bila komunis berkuasa kebebasan terus disekat, orang-orang Islam di tempat saya ditekan,” katanya memulakan kisah dirinya.
Menurut orang tua itu lagi, ayahnya menjadi Imam Masjid dan dihormati oleh para penduduk setempat. Pihak komunis kurang senang dengan kegiatan ayahnya. Mereka melarang ayahnya menjadi imam dan menggunakan masjid.
Melihat tekanan yang begitu kuat terhadap diri ayahnya membuat ia membentuk satu pasukan yang terdiri dari tiga orang pemuda untuk mempertahankan kesucian agama Islam di samping menghalang anggota komunis dari membunuh dan memukul orang-orang Islam yang sedang bersembahyang.
“Dua orang kawan saya ditangkap dan dihukum tembak selepas menunaikan sembahyang Zuhur, saya sungguh sedih dengan peristiwa tersebut, dua hari kemudian saya terus bertindak menetak dua orang anggota komunis yang berkawal di kampung saya,” orang tua itu berhenti bercerita.
Ia menelan air liur dan meraba pangkal hidungnya berkali-kali. Menahan rasa sedih yang mula menggoncang dada. Akibat dari tindakannya yang terburu-buru itu. Dia terus diburu oleh anggota komunis. Ia berpisah dari kedua orang tua yang dicintai.
Pada suatu malam ia berjaya meloloskan dirinya masuk ke rumah. Ia terus meminta pertolongan dari ayahnya untuk menyelamatkan dirinya. Ia kecewa bila orang tuanya menyatakan tidak dapat berbuat sesuatu terhadapnya. Orang tuanya menyuruh ia melakukan sembahyang Istikharah. Lepas sembahyang tersebut, orang tuanya menyuruh ia berzikir hingga menjelang fardu Subuh.
“Saya masih ingat, ketika saya melakukan sembahyang Subuh, emak saya memasukkan pakaian saya ke dalam beg kecil berserta dengan bekalan nasi serta wang,” orang tua itu berhenti bercerita. Ia termenung panjang.
“Ayah menyuruh saya meninggalkan rumah setelah sembahyang Subuh. Saya keberatan mahu mengikut cakapnya kerana kawasan rumah saya sudah dikepung oleh orang-orang komunis, mereka tahu tentang kepulangan saya,” kata orang tua itu pada Datuk. Ia mematikan ceritanya.
“Akhirnya apa yang kau buat?” soal Datuk.
“Ayah terus mendesak supaya saya meninggalkan rumah. Ia menyuruh saya melangkah dengan kaki kanan dan terus membaca doa qunut sepanjang perjalanan di samping meyakinkan yang diri saya dilindungi Allah.”
“Kau turut cakapnya?”
“Ya, saya turut cakapnya. Saya terus melangkah dan membaca doa qunut sepanjang perjalanan. Dengan izin Allah, semua anggota komunis tidak nampak saya. Akhirnya, saya bertemu dengan seorang lelaki dan membawa saya ke sebuah pelabuhan lalu saya naik tongkang miliknya hingga sampai ke Singapura.”
“Hebat pengalaman awak.”
“Semuanya atas izin Allah.”
Saya renung muka orang tua itu sejenak. Saya kira ceritanya berakhir di situ sahaja. Sangkaan saya itu tidak tepat. Orang tua itu masih mahu bercerita tentang dirinya.
Menurutnya, dari Singapura ia berhijrah ke Semenanjung dan kedatangannya disambut oleh saudara-saudara Islamnya di semenanjung dengan senang hati. Bagi menyara kehidupannya, ia berniaga buku-buku agama dan minyak wangi. Hasil dari berjimat cermat, ia sudah dua kali pergi ke tanah suci.
Orang tua itu juga menceritakan pada Datuk ketika di Yunan dulu, ia sempat belajar dari orang tuanya cara-cara mengubat orang yang kena sakit lumpuh dan bengkak paru-paru.
“Saya tak pakai hantu syaitan, saya memohon pada Allah berdasarkan pada ayat-ayat dari Quran. Tetapi, orang yang mahu diubati itu mesti diyakinkan pada diri sendiri.”
“Awak mengubat orang sepenuh masa?” Datuk cungkil rahsia dirinya.
“Tidak, saya ni berniaga menjual buku-buku agama, minyak wangi, saya merantau dari satu tempat ke satu tempat.”
“Kalau dah berniaga kenapa merayau ke hospital.”
“Ini amal jariah saya, kalau dulu saya pernah ditolong oleh orang, kenapa saya tidak boleh menolong orang terutama orang seagama dengan saya.”
“Saya berdoa awak akan selamat sejahtera.”
“Alhamdulillah, memang sudah jadi kebiasaan saya, bila saya tinggal di masjid yang berhampiran dengan hospital saya mesti pergi ke hospital untuk menolong orang-orang yang memerlukan pertolongan seperti cucu awak.”
Saya mula menguap. Tetapi, Datuk saya lihat masih bertenaga. Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan diri Datuk akan mengantuk atau mahu tidur. Ia masih ghairah lagi mahu mendengar cerita dari orang tua itu. Walaupun apa yang ingin diketahuinya dari orang tua itu sudah habis.
“Cucu awak sakit ganjil, ada syaitan campur tangan.” Saya terkejut mendengar cakap orang tua itu. Bulu bengkok saya mula berdiri.
“Boleh awak menolong saya dalam hal ini.”
“Minta maaf, awak berusahalah sendiri. Yakinlah syaitan akan kalah dengan kuasa Allah,” orang tua itu segera bangun. Ia meminta maaf pada Datuk kerana ia mahu tidur.
“Besok saya akan merantau lagi menjual buku-buku agama ke arah selatan, mungkin dua tiga bulan atau lebih saya akan datang ke sini,” katanya lalu merebahkan badan di tepi dinding.
Saya dan Datuk pun meninggalkan masjid Lumut, kira-kira pukul satu malam. Sepanjang jalan menuju ke rumah Pak Din, suasana terasa amat sepi sekali. Cuma terdengar bunyi deru bunyi angin dari Selat Dinding. Tiba-tiba kaki kiri saya terkena air embun. Sakit datang serta-merta. Tidak terdaya rasanya mahu melangkah. Mujurlah rasa sakit itu tidak lama, cuma lima minit sahaja. Lepas itu kaki saya pulih kembali.
Lepas sarapan pagi di rumah Pak Din, Datuk bergegas menuju ke masjid dengan harapan untuk menemui orang tua tersebut. Ternyata, kedatangan Datuk sudah terlewat. Datuk diberitahu, oleh Tuk Siak masjid, yang orang tua sudah meninggalkan masjid setelah menunaikan sembahyang Subuh. Datuk pulang ke rumah Pak Din dengan rasa hampa.
“Tak apa, bila ia datang lagi saya beritahu Pak Long,” kata Pak Din, ketika saya, nenek dan Datuk masuk ke dalam perut teksi.
Waktu teksi bergerak meninggalkan bandar kecil Lumut saya melambai-lambaikan tangan pada Pak Din. Sejak hari itu, saya tidak pernah lagi berjumpa dengan Pak Din.
Beberapa tahun yang lalu, saya menerima berita Pak Din sudah berhenti dari jadi pemandu di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Khabarnya sejak berhenti, Pak Din membuka kedai makan di Lumut yang dikenali sebagai Warung Pak Din.
Di samping itu Pak Din juga membawa teksi bagi menambahkan pendapatannya. Anak-anaknya sudah besar-besar belaka dan sudah ada yang bekerja.
-TAMAT-
04. DARAH DALAM MULUT GADIS
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : DARAH DALAM MULUT GADIS
KODE : 330002750940004
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Haji Salim menggigit bibir. Matanya merenung wajah saya dan Datuk sebentar. Ia menarik nafas panjang sambil menepuk pangkal lengan Datuk.
“Bagaimana kalau kebolehan yang ada pada awak dan saya disatukan untuk menentang perkara jahat.”
“Saya juga terfikir ke arah itu tapi…,” Datuk tidak meneruskan kata-katanya. Saya lihat Datuk kerutkan kening macam ada sesuatu masalah besar yang bermain dalam kepala.
“Apa masalah yang awak fikirkan?” mendadak Haji Salim mengajukan pertanyaan.
“Dari mana harus kita mulakan kerja ni, inilah yang saya fikirkan.”
“Mudah saja.”
“Mudah macam mana?”…
“Kita tahu, ada orang yang memuja syaitan dan syaitan yang dipuja tu mula bergerak dan kita harus menentangnya.”
“Banyak persediaan yang mesti kita adakan Haji.”
“Kita adakan,” tingkah Haji Salim tenang.
Datuk meraba pangkal leher berkali-kali. Sinar matahari petang yang lembut masuk ke ruang tempat kami duduk melalui jendela yang terbuka. Haji Salim terus memicit ibu jari kanan perlahan-lahan.
Datuk bangun dan berdiri di muka jendela, melihat beberapa ekor burung gagak yang terbang rendah sambil berbunyi. Haji Salim juga bangun mengambil sebilah keris. Mata keris itu dilurutnya dengan limau nipis. Air limau menitis atas kain pelekat yang dipakai.
“Aduh,” jerit saya sekuat hati.
Cara tiba-tiba saya terasa batang leher ditekan oleh sepasang tangan yang kasar dan berbulu tebal. Makin kuat saya bergerak, makin kejap tangan berbulu itu menekan leher membuat saya susah bernafas.
Datuk dan Haji Salim segera menghampiri saya. Aneh, bila mereka berada dekat saya, tangan kasar yang berbulu, melepaskan leher saya. Semua yang berada di ruang itu bergerak dengan sendiri. Lembing yang tersusun di atas tempatnya bergerak lagi, macam dilanggar sesuatu.
“Benda sial tu, masih ada lagi di sini,” nada suara Datuk meninggi. Matanya, merenung ke setiap penjuru ruang. Haji Salim terus menghampiri saya, melihat bahagian tengkuk saya yang disentuh oleh tangan ghaib.
“Leher cucu kamu lebam dan bercalar,” Haji Salim memberitahu Datuk dengan wajah yang sedikit cemas.
“Tak apa, benda tu mencabar kita,” balas Datuk.
“Kalau selalu dicabar, padahnya kita yang menanggung,” rungut Haji Salim penuh kesal.
Haji Salim terus mengurut tengkuk saya. Rasa sakit dan sengal terus berkurangan. Saya dapat menggerakkan leher saya ke kiri dan ke kanan dengan aman. Rasa pedih dari kesan tercalar itu masih dapat saya rasakan. Datuk dan Haji Salim kembali di tempat asal.
Benda-benda yang berada di ruang tersebut terus bergerak. Datuk dan Haji Salim tidak ambil kisah dengan semuanya itu, seolah-olah tidak ada apa yang berlaku di situ. Mereka terus merancang untuk melakukan sesuatu.
“Huuuupppp…,” jerit Haji Salim sambil melompat. Seekor belalang kunyit yang besar hinggap di pangkal lengan Haji Salim. Mata belalang itu kelihatan bersinar-sinar merenung ke arah Datuk dan saya.
Haji Salim cuba menangkap belalang tersebut. Usahanya tidak berjaya, setiap kali ia cuba mengangkat tangan, belalang itu terbang ke tempat lain. Bila Haji Salim diam, belalang itu datang padanya. Hinggap di mana suka. Ada masanya di pangkal hidung, di telinga atau di kening. Tindak tanduk belalang kunyit itu memang tidak menyenangkan Haji Salim. Ia jadi marah.
“Belalang sial,” jerit Haji Salim bila belalang kunyit itu hinggap di cuping telinganya untuk kali yang kelima. Ia bangun dan terus mengambil batang penyapu.
Belalang itu terbang ke arah dinding dan hinggap di situ. Haji Salim angkat penyapu dan hayun ke dinding. Belum pun sempat penyapu menjamah dinding, belalang itu terus terbang dan hinggap di batang hidungnya. Marah Haji Salim kian menjadi-jadi, mukanya kelihatan kemerah-merahan, sinar matanya nampak garang sekali.
“Sudah, jangan dilawan nanti awak penat sendiri,” kata Datuk.
“Sial betul.”
“Ada cara menghalaunya, ambilkan saya sebiji cili kering, sebiji bawang besar dan limau nipis,” kata Datuk dengan tenang.
“Nak buat apa?”
“Saya nak menumis sambal belalang kunyit?”
“Ah…,” Haji Salim terkejut. Wajah Datuk direnungnya tepat. Ia mahu memastikan apakah Datuk bercakap benar atau sekadar untuk bergurau senda.
“Kau bergurau dalam masa orang cemas begini?”
“Tidak,” Datuk bangun menuju ke ruang dapur. Tiba-tiba belalang yang terbang ke sana ke mari dalam ruang, terus menghilang tanpa dapat dikesan.
“Dah hilang,” kata saya. Langkah Datuk terus mati. Haji Salim letakkan penyapu atas pelantar. Kami merenung ke setiap sudut tidak bergerak lagi. Suasana terasa sepi sekali.
“Aku harap dia keluar terus dari sini,” keluh Datuk lalu melangkah dan berdiri di muka jendela. Melihat langit petang yang cerah, beberapa ekor burung gagak kelihatan terbang dengan bebas sambil berbunyi.
“Biar kami balik dulu,” kata Datuk. Saya pun segera bangun mengikut langkah Datuk menuju ke muka pintu.
“Boleh saya gunakan petua awak untuk menghalau belalang tu, kalau-kalau ia datang lagi,” Haji Salim berlari mendapatkan Datuk. Saya lihat Datuk tersenyum.
“Boleh, saya dapat petua tu dari orang tua-tua yang terdahulu. Kata mereka itulah petua menghalau hantu syaitan seperti pelesit dan jembalang,” terang Datuk dengan tenang. Haji Salim anggukkan kepala.
PULANG
Saya dan Datuk meninggalkan rumah Haji Salim. Matahari terus beransur condong. Burung-burung gagak berkeliaran melompat dari dahan ke dahan sambil berbunyi dalam nada suara yang nyaring. Lebih kurang dua puluh langkah kaki melangkah, saya menoleh ke arah rumah Haji Salim. Saya lihat Haji Salim masih tercegat di muka pintu, melambai-lambaikan tangan ke arah saya dan Datuk.
“Ada masanya petua orang tua-tua tu boleh dipakai, kau sendiri tengok. Lepas aku cakap begitu belalang tu terus ghaib entah ke mana,” beritahu Datuk kepada saya. Macam selalu, bila Datuk berkata demikian, saya cuma anggukkan kepala sahaja.
Kira-kira sepuluh minit perjalanan, akhirnya saya dan Datuk sampai ke rumah. Saya terus menuju ke bilik dapur. Saya lihat nenek sedang duduk memilih antah beras. Tanpa membuang masa, saya terus duduk di sisi nenek dan terus membantunya memilih antah beras.
Saya mampu bertahan di sisi nenek cuma kira-kira lima minit sahaja. Memilih antah beras memang membosankan dan tidak layak untuk dikerjakan oleh orang lelaki. Saya terus bangun untuk pergi ke ruang anjung rumah. Baru mahu melangkah nenek terus bersuara.
“Kau dan Datuk singgah di mana? Hingga lambat balik. Air kopi yang disediakan semuanya sudah sejuk.”
“Singgah rumah Haji Salim,” sahut Datuk dari atas.
Saya senyum memandang ke arah nenek. Saya lihat nenek tersenyum. Saya terus masuk ruang anjung. Tukar baju dan seluar. Saya ambil gasing dan tali di bawah meja. Kemudian melompat ke halaman rumah. Hasrat hati saya mahu pergi mencari kawan untuk diajak main gasing.
“Tamar.”
“Ya tuk.”
“Kau mahu main gasing dengan kawan-kawan.”
“Ya tuk.”
“Jangan main lama-lama, dekat Maghrib mesti balik. Aku tak mahu kau merayau ke mana-mana. Keadaan tidak begitu aman.”
“Saya pergi main kejap aje tuk.”
“Pergilah.”
“Baik tuk,” saya terus melompat keriangan. Kemudian terus berlari menuju ke rumah beberapa orang kawan. Menjelang waktu Maghrib baru saya pulang. Tetapi kepulangan saya, tidak segembira waktu saya pergi tadi.
Gasing kesayangan saya terbelah dua dipangkah oleh kawan. Mahu menangis rasanya, melihat gasing yang dibuat dari batang limau terkopak dua dan pakunya tercabut lalu hilang.
“Esok aku buat yang baru,” kata saya menghiburkan hati.
MENETAP
Sudah dua hari Haji Salim tidak datang ke rumah. Sudah dua hari orang-orang kampung terhindar dari gangguan perkara-perkara yang ganjil. Semuanya berada dalam keadaan aman.
Selama dua hari juga, Datuk tidak membincangkan perkara kubur lama di hujung kampung dengan nenek atau saya. Datuk lebih banyak membisu dan membuat amalan pada waktu malam. Pada sebelah siangnya, Datuk banyak menghabiskan dengan membuat lukah atau memburu ayam hutan.
Berdasarkan pada tindak tanduknya itu, saya menganggap Datuk dan Haji Salim telah berjaya membanteras perbuatan terkutuk itu dengan cara kebatinan. Kalaulah anggapan saya itu benar, saya memang gembira.
Dua minggu kemudian, kira-kira pukul sepuluh malam, Haji Salim datang ke rumah Datuk dengan membawa sundang. Datuk yang sedang membaca surah Yasin terkejut dengan kedatangan Haji Salim.
“Bukankah sudah saya pesan, kita tak boleh berpandangan muka, bertegur selama tiga minggu. Apa awak sudah lupa. Kalau macam ini awak, usaha kita akan jadi sia-sia, kita buat perkara bodoh,” suara Datuk keras. Pertama kali saya lihat Datuk bersikap kasar terhadap Haji Salim.
Datuk berdiri di muka pintu tanpa mahu menjemput Haji Salim naik ke anjung. Andang daun kelapa yang di bawah oleh Haji Salim menerangi sebahagian daripada halaman rumah. Cahaya andang itu juga menjalar hingga ke ruang anjung.
“Maafkan saya, saya ada masalah besar,” tambah Haji Salim yang memakai kain pelekat petak besar, berbaju putih tebal yang sudah bertukar warna menjadi agak kekuning-kuningan, bersongkok putih yang tepinya sudah bertahi lalat.
“Apa masalahnya?”
“Cucu saudara saya, hilang.”
“Lelaki ke perempuan.”
“Perempuan, baru anak dara sunti.”
“Haaa…,” Datuk mengeluh. Wajahnya mula resah. Kemarahan yang merajai wajahnya sebentar tadi terus hilang.
“Sudah dicari ke belum?” tanya Datuk.
“Saya sudah puas mencarinya, bila tak terdaya baru saya jumpa awak. Saya ingat pesan yang awak buat pada saya dulu, saya terpaksa melanggarnya. Saya sudah terpaksa.”
“Sudah terpaksa tak apalah,” suara Datuk terus lembut.
Datuk terus menjemput Haji Salim naik ke anjung. Jemputan Datuk itu segera ditunaikan. Andang daun kelapa di padam dan disandarkan pada pangkal tiang. Tanpa dijemput saya datang ke anjung. Duduk bersimpuh dekat Datuk.
“Kita pergi ke kubur lama,” Haji Salim mengemukakan cadangan.
“Jangan terburu-buru, kita cari,” balas Datuk.
“Di mana kita nak cari, sudah puas mencarinya. Saya dah putus asa. Sudahlah cucu saudara saya tu tak ada ayah, ada emak lumpuh pula, entah apalah nasibnya,” Haji Salim tunduk merenung lantai.
Saya jadi hiba. Badan saya terasa sejuk dijamah angin malam yang membawa suara katak dan cengkerik bersahut-sahutan. Bunyi burung hantu di hujung dahan jelas kedengaran.
“Jangan putus asa, mari kita ikhtiar untuk kali terakhir kumpulkan orang-orang kampung,” Datuk renung muka Haji Salim.
“Orang-orang kampung tunggu dekat dewan sementara menanti awak datang. Saya tahu ini semua kerja orang yang memuja kubur, mereka dendam dengan saya,” keluh Haji Salim.
“Sudahlah tu, mari kita ke dewan,” Datuk terus bangun meninggalkan ruang anjung.
Haji Salim juga berbuat demikian. Sampai di halaman, Haji Salim menghidupkan api andang daun kelapa. Datuk terus menyuluh ke kiri dan ke kanan dengan lampu picit. Saya masih lagi berdiri di anjung rumah. Tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Apakah saya harus mengikuti mereka atau tinggal bersama nenek di rumah.
“Kau jangan ikut Tamar,” kata nenek.
“Ha….saya nak ikut,” saya terus melompat, memburu Datuk dan Haji Salim yang berada dalam jarak 30 kaki dari saya.
Datuk dan Haji Salim tidak menoleh ke arah saya, mereka terus melangkah dengan rancak. Walau bagaimanapun, mereka tahu saya mengikuti mereka di belakang.
Cahaya obor daun kelapa Haji Salim terus menerangi permukaan jalan, bunga-bunga api dari obor daun kelapa berterbangan di udara ditolak angin malam. Siulan cengkerik dan bunyi katak tidak pernah putus.
Kami sampai ke dewan, terdapat kira-kira antara enam hingga sepuluh orang kampung yang duduk bertenggek pada bibir simen dan semuanya saya kenal. Beberapa dari mereka menyedut rokok daun bertembakau jawa. Bau asap dari rokok daun bertembakau jawa itu membuat nyamuk tidak berani dekat pada orang-orang kampung yang ada di situ.
“Kau Daud, duduk dekat rumah budak tu, kau tentu tahu waktu bila budak itu hilang,” Datuk mengajukan pertanyaan pada seorang lelaki yang berbadan kurus.
“Budak perempuan tu memang selalu mandi di sungai waktu Maghrib nak tiba, saya sudah tegur tapi dia tak peduli.”
“Bukan itu, aku nak tahu waktu bila ia hilang Daud.”
“Begini, petang tadi saya nampak dia ke sungai. Maghrib dia tak balik, emaknya menangis dan suruh saya mencarinya.”
“Kau pergi cari?”
“Saya cari tapi tak jumpa, saya minta tolong jiran lain. Semuanya sia-sia. Kemudian baru saya beritahu Haji Salim,” Daud berhenti bercakap. Wajahnya sedih.
Dan orang-orang kampung yang ada di situ mengakui keterangan Daud itu. Mereka terlibat dalam usaha mencari gadis sunti yang hilang itu. Mereka juga memberitahu Datuk, mustahil gadis sunti itu dihanyutkan oleh arus sungai kerana air sungai begitu cetek sekali. Mahu dikatakan gadis itu dilarikan oleh orang jahat juga tidak masuk di akal. Belum ada orang jahat yang muncul di kampung.
“Ah, semuanya ni perbuatan orang yang memuja kubur,” tiba-tiba Haji Salim bersuara lantang dan bersedia untuk mengeluarkan beberapa ungkapan lagi.
“Sudah haji, dalam sesuatu hal kalau kita terlalu menurut perasaan akan membawa padah buruk pada diri kita,” tingkah Datuk. Orang-orang kampung yang ada di situ anggukkan kepala, seolah-olah setuju dengan apa yang Datuk katakan itu.
“Begini saja, kita cari malam ni juga,” Datuk mengemukakan cadangan.
Ternyata tidak semua orang-orang kampung yang ada di situ mahu menerima cadangan Datuk.
“Siapa mahu ikut saya,” tanya Datuk lagi. Cuma tiga orang sahaja yang mengangkat tangan tanda setuju, manakala yang lain tidak mengangkat tangan termasuklah Daud, jiran terdekat keluarga gadis sunti yang hilang.
“Kenapa Daud?” soal Haji Salim.
“Kerja sia-sia. Susah mencari orang hilang waktu malam. Kami dah buat tadi,” sahut Daud.
“Habis apa yang patut kita lakukan?” Soal Haji Salim.
“Kita cari siang esok, lagi mudah.”
“Tak apalah, siapa yang tak mahu boleh pulang. Siapa yang mahu ikut, bersedia,” Datuk mengeluarkan arahan. Kumpulan Daud terus meninggalkan kawasan dewan.
Bila saya hitung, ternyata cuma tiga orang sahaja orang kampung yang mahu menyertai kami. Di campur dengan diri saya, Datuk dan Haji Salim, jumlah kami menjadi enam orang sahaja.
“Kita pecahkan enam orang ni, menjadi tiga kumpulan. Tamar ikut Borhan, Salleh ikut Haji Salim, Hassan ikut saya.” Datuk mula mengatur gerakan. Saya segera berdiri di belakang Borhan yang sudah pun menyalakan obor daun kelapa.
“Saya yakin dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, budak perempuan yang hilang tu akan kita jumpa juga,” kata Datuk lalu mengajak kami pergi ke tebing sungai.
Ia menyuruh kami mencari kesan-kesan yang ditinggalkan oleh budak perempuan yang hilang itu.
Seluruh kawasan tempat gadis sunti mandi, habis kami jajahi. Pokok besar, pokok kecil semuanya kena pijak dan diselongkar. Tidak ada sesuatu kesan pun yang dapat kami temui.
Haji Salim cacakkan andang daun kelapa ke tanah. Ia terus duduk di atas sebatang pokok yang tumbang. Langit waktu itu kelihatan cerah. Gumpalan awan putih bergerak perlahan-lahan arah barat daya. Bulan yang sedang mengecil terus di pagar oleh bintang-bintang yang sedang mengerdip. Embun malam terasa menjamah rambut.
“Begini, Tamar dan Borhan cari sebelah sana, terus hingga sampai ke kaki bukit. Haji Salim sama Salleh dari sebelah sini hingga ke hilir sungai. Saya sama Hassan cari dari seberang sungai hingga sampai ke kawasan bendang,” Datuk mengeluarkan atur cara dari pertimbangan akal fikirannya. Tidak ada bantahan. Semuanya berpecah mengikut arahan yang di tetap.
Saya jadi gementar, usia Borhan dengan saya jaraknya antara lima dan enam tahun sahaja. Tidak ada pengalaman. Dan orang-orang yang mengikut Datuk dan Haji Salim lebih beruntung lagi. Datuk dan Haji Salim orang tua yang banyak pengalaman, tidak mudah gementar bila berhadapan dengan kecemasan.
Saya dan Borhan bertengkar kecil, masing-masing tidak mahu jadi kepala. Borhan mahu saya jadi kepala, sedangkan saya keberatan kerana itu merupakan tugas yang berat. Akhirnya Borhan mengalah.
“Tak apa, kalau kau tak mahu apa boleh buat, marilah,” Borhan terus meredah hutan kecil.
Saya tersenyum tetapi, saya ditugaskan untuk membawa obor daun kelapa. Kami terus meredah hutan.
Angin malam yang bertiup membuat badan saya terasa amat dingin. Beberapa batang ranting kering dan daun kering berjatuhan ke bumi akibat dirempuh angin. Bunyi katak dan cengkerik terus rancak kedengaran di samping bunyi tolongan anjing liar yang ditingkah oleh bunyi kelawar yang terbang malam mencari makanan.
Semua lubang, semua perdu pokok dan rimbunan lalang kami jenguk. Beberapa ekor katak dan belalang berlompatan, bagaikan marah kerana tempat mereka diganggu. Sesekali, kaki saya terpijak lopak. Dedaun yang saya langgar merempuh batang leher lalu, menjatuhkan air embun yang lekat di hujungnya pada kulit tengkuk. Terasa cukup sejuk.
Tiba-tiba saya tersepak sesuatu yang lembut dalam rumpun lalang. Bila saya bergerak, terasa benda lembut itu memaut pergelangan kaki saya. Benda lembut sejuk itu merayap hingga ke buah betis saya.
Dada saya berdebar, badan terasa seram sejuk. Lolongan anjung kian jelas kedengaran. Suara cengkerik dan katak kian bertambah rancak. Angin terus menggugurkan ranting-ranting kering yang bunyinya amat menakutkan.
“Kenapa berdiri di situ Tamar.”
“Ada…,” saya tidak dapat meneruskan kata-kata. Badan saya terus menggeletar. Malam yang dingin terasa panas hingga memercikkan peluh-peluh halus di dahi.
“Kenapa muka kamu pucat Tamar?”
“Ahhh..Ahhh ada…,” mulut saya terus terlopong. Benda lembut sejuk itu terus meraba buah betis saya.
Melihat saya dalam keadaan yang cemas itu, Borhan menghampiri saya dan terus merampas obor dari tangan saya. Ia terus menyuluh ke arah rumpun lalang. Biji mata Borhan terbeliak. Tangannya terus menggeletar dan obor terus bergerak tidak tentu arah menurut getaran tangannya.
“Mayat Tamar,” suara Borhan separuh menjerit. Mukanya kelihatan berubah. Mujurlah, rasa cemas itu sekejap saja menguasai dirinya. Beberapa minit kemudian, ia kembali tenang. Ia menarik tangan saya dari rumpun lalang. Saya angkat kaki kanan tetapi tidak berdaya. Kaki saya bagaikan ditarik oleh sesuatu. Jari-jemari manusia saya rasa mula merayap dari buah betis menurun ke buku lali.
“Mayat pegang aku Borhan.”
“Nanti aku lepaskan.”
Borhan pacakkan atas bumi. Dari cahaya obor itu saya melihat mayat seorang gadis terlentang. Biji matanya terbeliak, mulutnya ternganga, penuh dengan darah beku. Rambutnya mengerbang.
Perkara yang benar-benar mencemaskan perasaan saya bila saya melihat jari jemari mayat itu memaut pergelangan kaki saya. Macam diarahkan oleh sesuatu untuk berbuat demikian. Dengan ekor mata saya menjeling ke arah jari-jemari mayat dan kaki kanan saya.
Rupa-rupanya telapak kaki kanan saya memijak pangkal lengan mayat itu. Tidak hairanlah bila saya menggerakkan kaki, tangan dan jari-jemarinya turut sama bergerak. Biji matanya yang terbeliak dengan rambut yang terhurai pada mayat tersebut memang menakutkan.
Saya rasa matanya bagaikan melihat diri saya hingga ke jantung hati. Kakinya terkangkang keras. Kain batik lusuh yang dipakainya terselak hingga ke pangkal paha dan baju kebaya pula terkoyak di bahagian dada. Saya kira ada perlawanan antara orang yang menyerang dengan mangsanya.
Borhan terus menatap mayat itu. Tanpa diduga, Borhan menutup kedua belah matanya dengan telapak tangan.
“Mayat tu bergerak,” katanya.
“Bergerak,” pekik saya lalu membuka langkah seribu.
Habis pokok besar dan kecil saya redah, tidak terasa sakit walau sedikit pun. Melihat saya lari, Borhan juga ikut lari lintang pukang di malam yang gelap melanggar apa sahaja yang menghalang.
Anehnya, kami sampai serentak ke tempat mula datang tadi. Kami tidak dapat berkata apa-apa, cuma tercungap-cungap macam ikan kekurangan air.
Tidak sampai lima minit kami berada di situ Haji Salim, Hassan, Salleh dan Datuk pun tiba. Mereka tercengang melihat kami tercungap-cungap dengan wajah yang pucat.
“Ada orang jumpa?” tanya Datuk.
“Adaa…,” jawab Borhan sambil menyandarkan badannya pada saya. Tiba-tiba ia terus rebah. Haji Salim terus mendekatinya.
“Pengsan,” kata Haji Salim.
Semua yang ada di situ segera memberi pertolongan pada Borhan. Akhirnya, Borhan pulih dari pengsan. Datuk memberikan rawatan dengan secukupnya pada Borhan. Mukanya yang pucat lesi, kembali merah.
“Apa yang kau jumpa Borhan?” Datuk terus menyoal Borhan. Tangan Datuk terus memicit setiap sendi tubuh Borhan. Air embun yang gugur terus menyentuh rambut kami. Dua tiga orang menguap panjang.
“Cucu saudara Haji Salim, si Timah sudah mati,” suara Borhan lemah. Haji Salim terus termenung panjang. Matanya merenung pokok-pokok hutan yang tegak kaki di malam yang dingin.
Lolongan anjing sudah tidak kedengaran lagi. Diganti dengan suara burung hantu dan jampuk. Bunyi katak dan cengkerik tetap hebat macam tadi.
Datuk dan Haji Salim mengadakan rundingan. Kemudian Datuk minta saya dan Borhan menunjukkan rumpun lalang tempat mayat itu dijumpai. Kali ini saya jadi kepala jalan. Saya tidak merasa takut atau gentar kerana ada Datuk dan Haji Salim.
Kami sampai ke rumpun lalang. Haji Salim terus mengangkat tubuh cucu saudaranya yang sudah kaku. Usianya sekitar tiga belas tahun. Datuk merenung mayat gadis malang itu dengan tenang.
“Lidahnya dipotong orang,” beritahu Datuk pada Haji Salim.
“Memang tak salah agakan saya.”
“Kita berusaha mencari orang yang membuat kerja laknat itu.”
“Ya, kematian cucu saudara saya harus dibalas,” nada suara Haji Salim keras.
Saya, Hassan, Salleh dan Borhan hanya mendengar sahaja dengan apa yang dikatakan oleh Datuk dan Haji Salim. Ketika mayat itu berada di pangkuan Haji Salim, saya tidak berani merenungnya.
Mayat gadis sunti yang malang itu dibawa ke rumah ibunya. Diletakkan di ruang depan. Siang esok mayat gadis malang itu akan diuruskan pengebumiannya, begitu mengikut rancangan Haji Salim yang disampaikan pada Datuk.
Lebih kurang pukul empat pagi, saya dan Datuk meninggalkan rumah ibu gadis yang malang itu. Haji Salim terus membaca Quran dekat cucu saudaranya.
“Biar kami balik dulu Haji,” kata Datuk pada Haji Salim. Waktu itu, sudah pukul empat pagi, bintang timur sudah pun muncul di kaki langit. Udara terasa bertambah dingin.
“Tak apalah, esok datang awal. Kalau boleh biarlah sebelum pukul lapan pagi,”jawab Haji Salim pendek. Ia terus membaca Quran dekat jenazah cucu saudaranya. Saya dan Datuk meninggalkan rumah gadis sunti yang malang.
TANAM
Sudah dua minggu , jenazah gadis sunti yang malang itu disemadikan di tanah perkuburan Islam di Jalan Parit. Saya masih ingat, waktu orang-orang kampung meratakan tanah kubur, kira-kira pukul sebelas pagi, cuaca begitu baik, matahari memancar keras.
Tanpa diduga oleh sesiapa pun, dalam cuaca panas yang terik itu, hujan turun dengan selebatnya. Pakaian orang kampung yang ada di situ semuanya basah kuyup. Beberapa orang kampung meramalkan bahawa, hujan panas yang turun waktu orang menanam jenazah membawa alamat yang kurang baik pada orang yang masih hidup.
-TAMAT-
05. KEHIDUPAN KERAJAAN BUNIAN
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : KEHIDUPAN KERAJAAN BUNIAN
KODE : 330002750940005
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
PART 1
Aku pulang terlalu lama, pasti Biyung akan marah padaku. Bersembunyi dibalik rumpun bambu, ya itu aku. Meskipun Biyung selalu tau aku bersembunyi di sini, jika takut dimarahi. Dugaanku selalu benar.
"Tolip ... Tolip ... Sini kau!" Suara Biyung menggema.
"Ampun, Biyung, maaf aku pulang lambat."
Keberanikan diri keluar dari rumpun bambu. Biyung dengan mata memerah serta membawa sebilah kayu, siap memukulku.
"Dari mana kau Tolip! Pasti dari mengintip dunia manusia! Sudah Biyung bilang jangan! Masih saja, mau bernasib sama dengan kakakmu yang telah mati dibakar manusia, yang mereka sebut Ustad itu?" Biyung terus saja melontarkan kata-kata kasar, sambil memukul tubuhku.
"Plakkk ... Plakk ..." suara tepisan kayu mengenai kedua betisku. Sungguh sakit, tak terasa air mata keluar.
Aku tau, aku salah. Biyung hanya takut kehilanganku. Kakak lelakiku, bernama Cendrana, telah mati dibakar manusia. Mungkin, itu sebabnya Biyung trauma dan melarang keluarganya bertandang ke alam manusia. Namun, tidak dengan keluarga Bunian yang lain. Mereka dibolehkan mengintip manusia, asal berhati-hati. Lagian, kita bangsa lelembut bisa menghilang. Ah, Biyung.
Setelah puas memaki dan menyiksaku, Biyung pulang duluan. Ia meninggalkanku sendiri. Sepertinya malam ini, aku menginap di rumah Jejey saja.
Dengan langkah gontai, sampailah didepan rumah jejey. Keluarga Jejey tinggal di rumpun bambu sebelah Selatan.
"Jey ... Aku menginap di rumahmu ya! Biasalah, Biyung marah," ujarku.
Jejey yang sedang duduk di daun bambu, segera turun. Sepertinya ia baru selesai memasang bulu di bambu itu.
"Iya, boleh, masuk!"
"Tidur yuk, besok kita main ke Kerajaan saja. Disana ada acara pernikahan Putri Lengsayu, banyak makanan enak pastinya!" Jejey mulai menghayal.
"Ya, baiklah. Asal tidak ke alam manusia, aku ikut."
Jejey tak menyahut, rupanya ia telah tertidur duluan.
"Tunggu Jey, aku nyusul ke dunia mimpimu hahaha," Aku tertawa sendirian. Lalu tertidur disamping sahabatku.
*********
Hari telah pagi, kami bangun. Kebiasaan kami harus mandi pagi, untuk selalu awet muda.
"Lip, ikut aku! Kita mandi jangan di sungai desa, kita ke sungai perbatasan saja," Jejey menawarkan.
"Ah, itukan wilayah manusia Jey! Aku sering lihat manusia mencari ikan disana,"
"Dasar penakut! Ayolah, masa kita takut dengan manusia. Harusnya mereka yang takut dengan kita, kita bangsa Bunian. Asal jangan saling mengganggu."
Jejey memang benar, Biyung saja yang berlebihan. Buktinya, semua orang Bunian boleh keluar, kecuali aku. Kesal rasanya, padahal aku ingin juga berpetualang kesana. Mencari suasana baru dan menjahili manusia.
"Ayolah, Lip! Nanti aku tunjukkan ikan mainanku, ada disimpan disana. Dijaga ayahku, agar tidak diambil manusia," Jejey memecah lamunanku.
"Ayo," sahutku.
Setelah berjalan jauh, kami sampai perbatasan. Jejey mulai memberi aba-aba, kami harus selalu bersembunyi dibalik dedaunan dan batu. Kami tidak boleh terlihat oleh manusia. Pantangan bagi kami, jika terlihat dalam keadaan asli. Namun boleh, jika kami telah menyamar, setidaknya harus mengubah ukuran tubuh sebesar manusia. Ya, karena kami bertubuh kecil dan pendek. Alis kami menyatu, bibir tanpa garis atas, dan telapak kaki kami menghadap ke belakang.
Tak lama kemudian terlihat seorang manusia laki-laki, ia membawa sabit dan keranjang. Sepertinya ia sedang mencari rumput.
Kami bersembunyi dibalik semak, sambil menunggu ia berlalu. Sebenarnya kami bisa tidak terlihat, namun kami masih anak-anak berusia tujuh puluh tahun. Kami di sekolah belum sampai materi cara menghilang.
Setelah manusia pergi, kami segera menuju sungai. Airnya jernih, bersih sekali. Sangat segar, kami mandi dan berenang disana.
"Lip, itu ikan emasku! Sudah bertelur rupanya," Jejey menunjuk ikan emas besar dua ekor.
"Wah, iya besar sekali. Bahagia hatiku bermain disini jey! Ayo, kita loncat dari rumput ilalang itu! Mandi air terjun," ajakku.
Jejey mengangguk, kami mandi dan bermain sepuasnya. Sesekali kami naik ikan emas Jejey dan mengikuti arus sungai.
"Lip ... Tolip!"
"Apa?"
"Lihat itu! Ada sesuatu yang panjang lewat." Jejey mengarahkan kepalaku melihat sesuatu.
"Ayo, kita kejar dan ambil."
Kami berenang berlomba siapa yang cepat mengambil benda itu. Kakiku tersangkut akar yang tumbuh disungai, akhirnya aku kalah. Jejey yang mendapatkannya. Lalu membawa ke permukaan. Jejey meletakkan benda itu diatas batu.
"Wah, besar sekali ya Lip!"
Aku melepaskan jeratan akar pada kaki, menyusul Jejey yang duduk di batu.
"Oh, aku kira tadi ini kayu. Ternyata ini kotoran manusia," Aku duduk menjauh dari kotoran itu.
"Kata Biyung, ini enak, walaupun agak sedikit pahit. Ayo, kita coba makan Lip!
"Makanlah, aku tidak mau. Masih teringat peristiwa kemarin. Aku dimarahi Biyung, pulang kemalaman gara-gara penasaran dan mengintip manusia. Eh, ternyata dia buang kotoran. Akhirnya aku pulang."
Jejey makan, namun hanya sedikit. Katanya dia tak suka rasanya, lebih enak makan kotoran undur-undur. Makanan kesukaan lelembut.
Kami pulang, diperjalanan pulang kami kembali bertemu manusia yang tadi. Ia membawa sekeranjang rumput.
Setelah di rumah Jejey, kami duduk sebentar. Mengganti pakaian.
"Jey, temani aku pulang ya, aku mau minta izin sama Biyung dulu. Baru kita main ke Kerajaan."
"Iya," sahut Jejey.
"Kita lewat pasar ya, aku mau beli undur-undur buat Biyung."
Kami pergi, di perempatan jalan terlihat Pak Rombeng lewat. Ia naik tikus.
"Eh, kalian mau kemana?" Sapa Pak Rombeng.
"Kami mau ke pasar," Jawabku.
"Ayo, naik. Kebetulan Bapak mau ke pasar juga jual jagung."
Kami segera naik, duduk dibelakang Pak Rombeng. Angin terasa sejuk sekali menerpa wajah kami. Dari sini terlihat warga Bunian memulai aktivitasnya. Bertani dan berdagang.
Kami ngobrol dengan Pak Rombeng, beliau sudah berusia tujuh ratus tahun dan telah memiliki delapan puluh anak. Ia dan istrinya adalah petani dan pedagang sayuran.
Tak lama kemudian, kami sampai di pasar Bunian. Kami turun, dan mengucapkan terima kasih pada Pak Rombeng.
Tiba-tiba terjadi kehebohan di pasar, semua orang meninggalkan jual beli dan berkumpul di pusat pasar. Tempat berkumpul ini disebut Alun-alun Rajo Sumai. Kami yang baru datang juga segera berlari untuk mengetahui apa yang sedang terjadi.
Bersambung....
Gimana, next enggak nih?
-TAMAT-
06. LIDAHNYA KELUAR
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : LIDAHNYA KELUAR
KODE : 330002750940006
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
KATAK aneh terus membesarkan badannya. Sama besarnya dengan raga rotan di sisinya. Suaranya garang dan menakutkan sesekali suaranya kedengaran seperti suara budak yang berumur enam bulan menangis. Melihat keadaan yang tidak pernah saya lihat itu membuat saya ketakutan dan terus meninggalkan guru silat sendirian.
Saya terus memeluk tubuh Datuk yang sedang membaca Quran. Entah apa malangnya diri saya. Datuk terus menolak hingga saya tersungkur di sisinya. Tanpa menghiraukan kesakitan yang saya tanggung, Datuk terus membaca Quran tanpa mempedulikan tempias hujan yang sudah membasahi sebahagian dari bajunya.
“Tolong, tolong katak serang aku.”
Suara guru silat bertempik dalam suasana gemuruh hujan dan angin malam yang amat hebat. Datuk merenung ke wajah saya sambil menutup Quran.
“Mari ikut aku, tengok apa yang jadi,” Datuk terus bangun dan melangkah menuju ke ruang dapur. Tanpa banyak cakap saya menurut saja.
“Ya Allah, apa dah jadi,” kata saya dengan kedua belah kepala lutut menggigil. Biji mata saya terbeliak merenung ke arah guru silat yang terlentang di lantai. Mukanya terdapat kesan-kesan air kental yang berbuih. Selalunya air seperti itu hanya terdapat dari mulut katak. Guru silat menggolek ke kiri dan ke kanan macam orang kesakitan.
“Jangan pegang dia,” Datuk melarang bila saya mahu menjamah bahu kiri guru silat. Saya terlihat bahagian depan baju guru silat terkoyak dan ada kesan kena cakar tapi, anehnya, bahagian yang kena cakar itu tidak mengeluarkan darah. Daging dan tulang dada guru silat jelas kelihatan.
“Kita mesti tolong dia tuk.”
“Biarkan di situ, dia sebenarnya tidak apa-apa, cuma penglihatan kita saja yang nampak dirinya teruk.”
“Tapi, ini bukan main-main tuk.”
“Eh, Tamar kamu faham cakap aku tak?” Datuk terus memekik dan darah saya tersirap. Rupanya tindakan saya memanaskan darah Datuk yang dingin di malam yang gemuruh dengan hujan, petir dan halilintar.
“Mana raga burungnya Tamar?” Tanya Datuk.
“Itu,” jari telunjuk saya tertuju ke arah raga buluh di tepi tiang seri. Datuk terus menuju ke situ sambil menarik lengan kanan saya.
“Kau tengok, apa yang ada di dalam Tamar.”
Saya jenguk ke dalam raga. Apa yang menakjubkan hati dan perasaan saya bila terlihat burung puyuh duduk di tengah raga buluh dalam keadaan kesejukan. Matanya merenung lembut pada saya seolah-olah minta dikasihani.
“Apa yang kamu nampak di dalamnya Tamar?”
“Burung puyuh, tuk”
“Jadi, kau tak nampak katak? Bukan begitu Tamar.”
“Ya, tuk,” saya anggukkan kepala.
Saya mula merenung ke setiap sudut dapur, mencari katak aneh yang tidak di undang. Usaha saya tidak berhasil tetapi, saya masih dapat melihat kesan air liur katak yang melekat di lantai. Apa yang telah saya alami bersama guru silat sebentar tadi, saya ceritakan pada Datuk.
Panas juga hati saya melihat sikap Datuk. Dia seperti tidak kisah dengan apa yang saya katakan. Datuk seolah-olah menganggap apa yang saya sampaikan padanya satu cerita dongeng yang tidak wujud. Datuk lagi sekali mendekati raga rotan yang berisi burung puyuh. Kali ini, dia bertindak di luar apa yang saya fikirkan.
Datuk terus menangkap burung puyuh. Diangkat tinggi-tinggi melepasi kepalanya. Kemudian di susupnya ke celah kangkang sebanyak tiga kali berturut. Akhirnya,kepala burung puyuh di ludah lima kali berturut-turut. Datuk terus mendekati tingkap. Berdiri di situ dalam rimbasan tempias hujan yang menggila, lampu dalam rumah terus padam.
Kilat terus mencabar dengan hebatnya. Dari pancaran cahaya kilat itu, saya dapat melihat wajah Datuk yang serius, rambutnya agak menggerbang disentuh angin malam menggila. Bersama pancaran kilat dan tempias hujan serta hembusan angin, Datuk mencampakkan burung puyuh keluar. Sebaik sahaja burung puyuh itu terlepas dari tangannya terdengar bunyi petir yang amat kuat, dituruti dengan bunyi suara orang ketawa dan menangis memanjang.
“Mana katak sial, biar aku lanyak sampai mampus,” guru silat terus bangun. Calar di wajah dan dadanya terus hilang. Bajunya yang koyak di bahagian dada sudah bercantum kembali. Lampu yang padam menyala semula.
“Bersabar, jangan turutkan perasaan,” Datuk menenangkan perasaan guru silat. Saya menghela nafas panjang. Datuk mengajak guru silat duduk di ruang tengah rumah.
“Duduk di sini, kita ikhtiar untuk menyelesaikan semuanya,” tambah Datuk. Guru silat terus anggukkan kepala. Setuju dengan apa yang dikatakan oleh Datuk.
Hujan lebat, petir dan halilintar mula berkurangan tetapi rasa dingin tetap menguasai diri saya. Datuk memperkemaskan silanya. Datuk menyuruh saya merapatkan semua tingkap yang terbuka. Perintahnya, saya patuhi dengan perasaan cemas dan takut.
Megah juga rasa hati, bila semua daun tingkap berhasil saya rapatkan dengan baiknya. Saya terus mendekati Datuk dan guru silat. Bersila macam mereka.
“Belum pernah saya mengalami perkara macam ini,” ujar guru silat. Matanya liar merenung ke kiri dan ke kanan.
“Ini juga satu pengalaman dalam hidup kamu.”
“Saya faham. Apa yang patut kita buat."
“Tak ada apa yang patut kita buat sekarang kita tidur dan lupakan semua yang terjadi.”
“Haaaaaaaa,” mulut guru silat terlopong dengan rasa cemas. Datuk tersenyum panjang.
Keadaan yang agak tenang itu berkocak kembali, diganggu oleh tendangan yang kuat. Bomoh tua terpacak di ambang pintu. Tidak terdapat kesan air hujan di pakaiannya meskipun hujan turun dengan lebat. Kedatangan bomoh tua yang tidak diduga itu mencemaskan perasaan kami.
“Ada apa hal datang waktu begini?” Soal Datuk.
“Mencari burung puyuh saya yang hilang.” jawabnya.
“Burung puyuh?” Ulang guru silat dan bersedia untuk menyambung kata-katanya kembali tetapi, tidak diteruskan kerana Datuk mengenyitkan mata ke arahnya dua kali berturut-turut.
“Kami tak nampak burung tu di sini,” Datuk memberikan jawapan. Terbayang keraguan dan kesangsian di wajah bomoh tua. Tanpa mengucapkan sesuatu bomoh tua terus meninggalkan kami sambil menjeling ke arah daun pintu yang terkopak. Tugas membaiki pintu yang terkopak dilakukan oleh guru silat.
“Pelik juga saya memikirkan apa yang terjadi,” rungut guru silat. Datuk tidak memberikan sebarang pendapat berhubung dengan rungutan yang diluahkan oleh guru silat. Datuk terus menyandarkan badannya ke dinding sambil mengedutkan dahi. Hujan dan petir terus berhenti sama sekali. Kokok ayam mula terdengar sayup-sayup. Saya terus merebahkan badan dan kelopak mata terasa amat berat.
Bila saja mahu terlelap, saya terdengar suara guru silat dalam keadaan yang cemas. Kelopak mata segera saya buka lebar-lebar. Datuk saya lihat masih tersandar di dinding dengan kedua belah kelopak matanya tertutup rapat. Saya renung ke arah guru silat.
Tanpa mengucapkan sesuatu, guru silat meluruskan telunjuknya pada benda yang tergantung di tulang bumbung rumah. Apa yang saya lihat ialah sekujur tubuh manusia tergantung di situ dengan tali terjerut di lehernya. Saya lihat kaki orang yang tergantung itu bergerak-gerak, macam berjalan di awang-awangan. Bila saya renung ke mukanya, darah saya tersirap badan saya menggeletar.
Saya segera memejamkan mata, tidak sanggup saya melihat lidahnya yang terjelir keluar dengan sepasang biji matanya tersembul, bahagian mata hitamnya bagaikan mahu tercabut dan terbuai-buai sedangkan bahagian mata putihnya seperti melekat pada kedua belah pipinya. Sepasang tangannya bergerak ke kanan dan ke kiri.
Dalam keadaan yang serba tidak kena itu, saya terdengar bunyi benda jatuh, bila saya buka kelopak mata dan melihat ke arah benda yang jatuh itu, saya terlihat orang yang tergantung sudah berada di lantai. Bangun perlahan-lahan seperti menerkam ke arah guru silat. Dan guru silat yang selama ini saya kagumi kehandalannya mengatur langkah dan buah silat ternyata tidak sanggup menentang makhluk yang menuju ke arahnya.
Guru silat terus cabut dan melanggar dinding rumah, dinding rumah terkopak dan guru silat tercampak ke tanah bersama jeritan yang memanjang di malam yang sudah mendekati waktu subuh. Anehnya, bila guru silat jatuh ke tanah, manusia yang terjatuh di lantai terus hilang. Saya sudah tidak terdaya mahu bergerak, saya cuba menjerit tetapi suara saya tidak keluar.
Dalam keadaan yang berhempas-pulas untuk mendekati Datuk itu, saya lihat Datuk terjaga sambil mengucap beberapa kali.
“Aku tertidur dan mimpi yang bukan-bukan,” kata Datuk lalu menggesel-gesel kelopak matanya. Renung kiri, renung kanan mencari guru silat.
“Mana dia guru silat Tamar?”
“Terjun ke tanah ikut dinding.”
“Kenapa ikut dinding, bukankah pintu ada,” Datuk segera merenung ke arah dinding yang terlopong. Saya hampir mahu ketawa melihat telatah Datuk yang agak terkejut dengan peristiwa tersebut.
Terdengar suara guru silat mengeluh di tanah. Datuk dan saya segera mendapatkan guru silat yang menggeliat menahan kesakitan. Waktu saya dan Datuk menghampiri guru silat, terdengar azan subuh. Langit subuh kelihatan cerah dan bersih.
“Kau luka?” Tanya Datuk.
“Tak ada, cuma pangkal paha saya yang sakit.”
“Kenapa kamu pecahkan dinding?”
“Entah,” guru silat menjawab pendek dan terus membongkok dan meluruskan badannya beberapa kali hingga mulutnya mengeluarkan sendawa yang panjang macam orang kekenyangan. Saya ketawa dengan telatahnya.
Dengan terjengket-jengket guru silat melangkah mengikut Datuk menuju ke perigi mengambil air sembahyang. Setelah sembahyang subuh, Datuk terus mandi embun dan guru silat membuka beberapa langkah bunga silat dengan tujuan untuk menguatkan tubuhnya.
WARUNG
Lebih kurang pukul tujuh pagi, kami bertiga menuju ke sebuah warung untuk sarapan. Datuk hanya minum kopi pekat dan sepotong pulut udang. Beberapa orang pelanggan yang datang ke warung menegur guru silat. Salah seorang lelaki menegurnya berbadan tegap. Berjambang tanpa misai.
“Dah banyak malam kau duduk di rumah lama, pusaka orang tua kamu, wah kamu memang berani,” ujar lelaki itu sambil menepuk bahunya. Guru silat ketawa kecil.
“Rumah orang tua sendiri, apa yang ditakutkan,” guru silat membalas cakap kawannya. Datuk dan saya berpandangan saya merasakan macam ada sesuatu rahsia yang tersembunyi di rumah yang kami duduk. Muka kawan guru silat saya renung.
“Kalau sampai tiga orang duduk di situ, tak hairanlah kalau kami tak mengalami apa-apa kejadian buruk,” tambah guru silat dengan nada suara separuh meninggi. Ekor matanya menjeling lembut ke arah saya dan Datuk. Saya meraba pinggir bibir yang mulai dirayapi tunggul misai sulung.
Sambil meraba itu, saya membayangkan bila misai saya tumbuh dengan suburnya, akan saya bentuk menjadi misai yang menarik macam misai seniman P.Ramlee yang berbentuk huruf M. Bila saya tersenyum, misai saya akan mengembang cantik. Pasti, ada orang yang memuji dan mengagumi misai milik saya itu. Saya senyum sendirian melayani angan-angan yang bermain dalam tempurung kepala.
“Kau hati-hatilah, rumah lama memang ada penunggu. Lebih-lebih lagi kalau rumah tu ada orang mati berdarah,” sambung kawan guru silat dan membunuh angan-angan yang berlegar-legar dalam kepala saya. Hati saya bertambah yakin pasti ada sesuatu yang luar biasa berlaku di rumah tersebut tetapi, guru silat sengaja tidak mahu menceritakan pada saya dan Datuk.
Perbuatannya itu membuat saya kurang percaya dan yakin atas kebaikan yang diperlihatkannya pada saya dan Datuk. Siapa tahu, guru silat yang kelihatan baik itu sebenarnya berniat kurang baik terhadap saya dan Datuk. Mungkin ia mengundang saya dan Datuk datang ke kampungnya untuk mengubat adik iparnya hanya sebagai alasan untuk memperdayakan kami.
“Aku nak tengok berapa lama kamu boleh duduk di rumah orang tua kamu,” kawan guru silat ketawa kecil.
“Dengan izin Allah, aku boleh duduk beberapa lama yang aku suka,” balas guru silat sambil merenung muka Datuk.
“Cakap dia betul, kalau diizinkan Allah tidak ada yang ganggu kami,” cara mengejut Datuk meningkah cakap guru silat. Saya lihat wajah kawan guru silat segera berubah.
Mungkin perubahan itu terjadi, kerana ia tidak menduga Datuk yang sejak tadi membatu mahu ikut campur dalam percakapan di warung. Kawan-kawan si guru silat menanti wajah Datuk sejenak, macam mencari sesuatu di wajah Datuk.
“Mungkin, pak cik betul, mungkin tidak, kadang-kadang manusia selalu bercakap macam pak cik untuk menutup kelemahan diri sendiri, cuba berlagak berani dalam takut.” dengan tenang kawan guru silat meluahkan kata-kata yang saya kira agak keterlaluan untuk seorang tua seperti Datuk.
Kagum juga saya melihat telatah Datuk, tidak memperlihatkan rasa marah. Malah dengan sopan bahu kawan guru silat itu ditepuknya berkali-kali. Guru silat terus menghirup kopi dengan tenang tanpa mahu merenung ke arah pelanggan yang masuk ke warung kopi.
Entah mengapa, guru silat bertindak demikian. Kebanyakan pelanggan yang datang menegurnya dengan hormat tetapi tidak dijawabnya. Sesekali guru silat itu melepaskan keluhan kecil dengan wajah yang tidak damai.
“Semua orang di sini kenal saya, maklumlah kampung halaman sendiri,” guru silat seperti mengeluh dan kata-katanya itu sampai ke telinga kawannya.
“Itu kenyataan,” sahut kawannya. Guru silat mengedutkan keningnya. Muka kawannya ditatap lagi dengan sinai mata yang garang. Kawannya terus menghulurkan tangan sambil berkata:
“Maafkan aku kalau apa yang aku katakan tadi menyinggung perasaan kamu, aku tahu kamu tak suka kisah lama diungkit-ungkit kembali.”
“Ya, tapi aku tak terdaya menutup mulut orang.”
“Kau hadapilah semuanya dengan tenang, aku nak balik.”
“Nanti sebelah petang kalau ada masa aku datang ke rumah kamu,” kawannya terus menepuk bahunya dua kali berturut-turut. Dan kawannya meninggalkan warung.
Guru silat melihat dengan tenang ke arah motosikal yang terletak di tepi jalan. Guru silat melambaikan tangan ketika kawannya memandu motosikal ke arah pekan Bukit Mertajam. Bila motor kawannya hilang dari pandangan, guru silat segera merenung ke arah Datuk.
“Macam mana, kalau kita balik,” guru silat mengajukan pertanyaan pada Datuk. Saya segera minum sisa air kopi dalam cawan.
“Ya, kita balik” sahut Datuk.
“Pak Achin, tolong kira berapa semuanya,” teriak guru silat pada pemilik warung. Pemilik warung segera menghampirinya.
“Seringgit lima kupang semuanya,” kata pemilik warung.
Guru silat keluarkan wang dan saku. Dengan senyum pemilik warung menerima wang tersebut. Mereka berjabat tangan sejenak.
“Jangan lupa esok datang lagi minum di sini.”
“lnsya-Allah, kalau panjang umur kami datang,” Datuk menjawab. Pemilik warung tersengih sambil merenung ke muka guru silat.
“Apa rumah lama tu dah tak buat kacau lagi?” Pemilik warung mengajukan pertanyaan. Muka guru silat yang tadi dihiasi dengan senyum segera bertukar menjadi resah dan cemas.
“Tak ada perkara lain yang Pak Achin nak tanya?”
“Bukan apa-apa, cuma nak tahu aje.”
“Entah, saya tak tahu,” suara guru silat keras. Pemilik warung tercengang.
Guru silat segera menarik tangan Datuk keluar dari warung. Saya terpaksa mengikut. Lebih kurang sepuluh rantai meninggalkan warung, Datuk segera menyoal guru silat.
“Apa rahsia yang ada di rumah kamu?”
“Hum,” guru silat berhenti melangkah.
“Tak ada apa-apa,” katanya selamba.
“Mustahil, kalau tak ada apa-apa tentu orang tak menyebutnya, usahlah merahsiakan semuanya dari aku.” tambah Datuk lagi. Guru silat merenung ke arah kiri jalan raya agak sepi dengan sebarang kenderaan.
“Bapa saudara saya...,” guru silat berhenti bercakap, “Kenapa dengan bapa saudara kamu?”
“Gantung diri di rumah tu.” guru silat membuka rahsia.
“Puncanya?” Datuk mendesak.
“Saya sendiri, tak tahu.”
Hati saya terasa lapang. Guru silat sudah menyelesaikan keraguan yang menyelubungi diri saya. Tetapi perasaan seram tetap menguasai hati kecil saya membuat saya enggan melangkah pulang ke rumah arwah orang tua guru silat. Datuk terus menggosok pangkal telinga kanannya sambil mengedutkan dahi.
“Jangan berhenti, terus jalan,” kata Datuk bila melihat guru silat mahu memberhentikan langkahnya. Saya terus meraba pangkal kening yang mula ditumbuhi peluh-peluh halus. Matahari terus bersinar garang. Langit cerah dengan gumpal awan yang putih bersih.
“Saya tak suka mengingati semua yang terjadi tetapi, orang lain yang memaksa saya untuk mengingati semua kisah pahit itu.” sepasang kelopak mata guru silat bergerak lemah. Air mukanya membayangkan rasa kesal yang amat pahit.
“Sudahlah, usah fikirkan semuanya itu,” Datuk terus memujuknya.
“Saya cuba melupakannya tetapi, bila ada peristiwa macam ini, hati saya terasa sakit.”
“Sabarlah,” tingkah Datuk. Setelah itu perjalanan jadi rancak. Tidak ada perkara yang mahu diperkatakan. Masing-masing melayani perasaan yang bersarang di tempurung kepala.
“Kita tak usah balik ke rumah,” satu cadangan yang tidak diduga datang dari guru silat. Mengejutkan hati dan perasaan saya serta Datuk.
“Habis kita nak ke mana?” Soal saya tanpa sabar.
“Ke rumah adik saya,” jawab guru silat secepat kilat.
“Bagus juga, kalau begitu aku setuju,” balas Datuk.
Kami pun berbelok ke kanan menuju ke rumah adik guru silat. Sebaik saja, sampai dekat pokok ara besar. Bomoh tua muncul di depan kami. Wajahnya nampak cemas tetapi dipaksanya tersenyum. Muka kami ditentangnya sejenak. Direnung ke atas, ke bawah berkali-kali, bagaikan meragui diri kami.
“Nak ke mana?” Bomoh tua bertanya sambil melipat lengan baju kanannya separas siku. Hujung seliparnya menekan rerumput hijau di gigi jalan.
“Kamu dipanggil untuk mengubatnya?” Bomoh tua mengajukan pertanyaan. Biji matanya menatap tubuh Datuk dan atas ke bawah, dan bawah ke atas macam mencari sesuatu di tubuh Datuk yang terpaku di depannya.
“Kami tak dipanggil. Sebagai abang saya mesti menengok adik ipar saya,” jelas guru silat.
“Bukankah adik ipar awak dalam jagaan saya.”
“Ya saya tahu,” guru silat angguk kepala.
“Kau tahu pantang-larangnya?”
“Apa pantang-larangnya?” Guru silat seperti terkejut.
“Kamu tak boleh tengok adik ipar waktu matahari belum condong.”
“Hum...,” guru silat seakan-akan mengeluh dan terus merenung muka Datuk dan saya.
Dari kerutan di dahi Datuk, saya dapat menduga rasa hairan dan terkejut bersarang dalam dadanya. Saya kira belum pernah Datuk menemui dukun dan bomoh yang ada pantang-larang untuk melihat orang sakit. Datuk menentang biji mata bomoh tua dengan tepat.
“Tengok saudara sendiri pun tak boleh,” Datuk mengecilkan mata kanan. Guru silat terus termenung, terkejut dengan pantang-larang yang tidak pernah difikirkannya selama ini.
“Berubat dengan saya, ikut syarat saya,” suara bomoh tua bertambah keras. Datuk terus mendekati guru silat. Mereka berbisik sejenak. Bomoh tua kelihatan resah.
“Biarlah, saya langgar syarat, saya nak tengok adik ipar saya,” ternyata kata-kata yang diucapkan oleh guru silat itu menimbulkan semacam kemarahan pada bomoh tua. Mukanya jadi merah dan nafasnya tercungap-cungap, bila melihat Datuk dan guru silat meneruskan perjalanan.
“Eh, nanti dulu,” jerit bomoh tua.
Laungannya tidak diperhiraukan. Kami terus melangkah dalam panas yang kian terik. Angin ketika itu, tidak terasa bertiup. Badan saya terus berpeluh.
“Eh nanti dulu,” pekik bomoh tua lagi.
Laungannya tidak kami pedulikan. Kami terus melangkah.
“Padah buruknya, adik ipar kamu yang terima,” kata-kata itu membuat guru silat berhenti melangkah lalu menoleh belakang merenung bomoh tua yang sedang membuka sepasang tangannya dengan lebar, macam burung membuka sayap.
“Jangan pedulikan, teruskan hajat kita,” bisik Datuk pada guru silat.
“Tapi, saya bimbang.”
“Jangan bimbang, dia manusia biasa macam kita,” Datuk memberikan semangat dan memaksa guru silat meneruskan langkah yang terhenti. Guru silat menurut saja arahan Datuk.
Dua tiga kali saya mengesat peluh yang mercik di dahi begitu juga dengan Datuk yang tidak putus-putus melurut rambut di pangkal telinga kanannya dengan tapak tangan kiri. Suara bomoh tua sudah tidak kedengaran lagi dan kami merasakan perjalanan terasa aman dan damai. Tidak ada gangguan dari sesiapa.
Saya merasa bertuah dalam cuaca yang terik itu, terasa hembusan angin menyentuh kulit muka. Rambut yang terjuntai atas dahi terbuai-buai. Kami memasuki sebuah lorong kecil yang di kiri kanannya ditumbuhi dengan pepohon senduduk yang merimbun. Dari kanan lorong saya terdengar bunyi sesuatu yang bergerak aras dedaun kening. Bila di renung tidak ada sesuatu yang dapat saya lihat.
“Aduh,” jerit guru silat serentak dengan itu saya lihat guru silat terjatuh atas tanah. Saya jadi cemas tetapi, Datuk bertindak cepat membangunkan guru silat serta memberi rawatan mengejut padanya.
Saya menjeling ke kanan sepasang kaki yang dibalut dengan seluar kelabu tegak kaku di depan saya. Dan bahagian atas lutut terdapat kain pelekat dua warna, putih dan biru dalam bentuk kotak kecil. Warna putih dalam kotak dikelilingi oleh garis-garis biru halus. Keadaan kain itu, seperti orang mengikat kain samping.
“Aku terpaksa bertindak untuk menjaga nama baik dan pantang-larang aku,” cepat-cepat saya dongakkan kepala. Mata saya dengan mata bomoh tua bertembung. Dengan tenang bomoh tua mengapit rokok daun ke bibir. Perlahan-lahan ia mengalih pandangan matanya pada guru silat.
“Kau jangan tunjuk pandai di sini,” bomoh tua seperti mengherdik Datuk yang dalam keadaan terpinga-pinga.
“Apa salah dia tuk bomoh?” Tanya guru silat. Malang sungguh nasib guru silat, pertanyaan ikhlas dijawab dengan buah silat dari kanan tetapi, guru silat yang sudah bersedia terus membuang dan menepis buah silat dari bomoh tua. Tindakan itu memanaskan lagi hati bomoh tua yang memang sudah panas.
Mungkin, ia merasai dirinya tercabar. Bomoh tua terus membalas dengan pukulan buah silat yang kencang. Satu pergaduhan di bawah pancaran matahari pagi terjadi di depan mata saya dan Datuk. Dua manusia yang memang handal dalam bidang mempertahankan diri bertarung dengan hebat seolah-olah pertarungan itu tidak akan berhenti selagi salah seorang daripada yang bertarung itu rebah atau tewas.
“Ah,” jerit bomoh tua, serentak dengan itu rumput di kiri kanan lorong terus layu, macam terkena bahang api yang amat kuat. Guru silat masih dalam bentuk kekuda pertahanan silat yang cukup kejap. Siku kanannya rapat ke dada dengan genggaman penumbuk harimau jantan, manakala tangan kanannya ke depan dengan telapak tangan terkembang, macam ekor ikan menolak arus air.
-TAMAT-
07. MAYAT BERDIRI
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : MAYAT BERDIRI
KODE : 330002750940007
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Kerana kau waris terdekat pada si sakit, kau berhak mengambilnya dan berhak membuat keputusan,” Datuk jeling ke arah guru silat. Muka guru silat terus jadi pucat. Dia seperti mahu mengelak dari menyentuh bungkusan tersebut.
“Tak payah,” katanya.
“Mana boleh cakap macam tu, awak ada hak, ambillah.”
“Eh, saya tak mahu, nanti bala datang pada saya.”
“Ambillah, tak mengapa.”
“Saya tak mahu,” guru silat undur tiga tapak ke belakang. Datuk jadi serba-salah.
“Kalau kau mahu aku berikhtiar menyembuhkan orang yang sakit, kau harus mendengar cakap aku,” nada suara Datuk mula keras. Guru silat melangkah tiga tapak ke depan. Berdiri di sisi Datuk.
“Macam mana? Kau setuju nak ambil bungkusan ni, kalau kau tak mahu biar aku tanam semula,” Datuk minta satu kepastian yang muktamad. Kelopak mata guru silat terkebil-kebil. Dia masih buntu untuk membuat satu keputusan yang tegas. Dalam keadaan yang tidak menentu itu, Datuk terus bersuara:
“Bagaimana? Mahu atau tidak.”
“Mahu,” jawab guru silat.
“Bagus,” Datuk tersenyum.
“Boleh saya ambil sekarang?”
“Nanti dulu.”
“Hum, ah...,” guru silat bagaikan mengeluh.
Datuk terus mengambil sehelai daun rambai kering. Daun rambai itu diramasnya hingga hancur. Guru silat terpegun melihat gerak-geri Datuk. Saya dongakkan kepala melihat putik rambai yang berjuntaian di dahan dan nampak terbuai-buai dirempuh angin.
“Ke mari,” Datuk panggil guru silat.
“Kenapa?”
“Marilah, jangan banyak cakap.”
Guru silat segera menghampiri Datuk. Saya agak terkejut, bila Datuk terus menyambar tangan kiri guru silat lalu dipulas ke belakang, anehnya guru silat tidak bertindak. Menyerahkan diri pada keadaan seperti kena pukau.
Dalam keadaan diri guru silat berada antara sedar dengan tidak itu, Datuk segera mengepal tanah lalu digaulkan dengan daun rambai yang sudah diramasnya itu. Kedua belah telapak tangan guru silat segera dilumurkannya dengan tanah dan daun rambai.
“Sekarang, kau ambillah bungkusan itu.”
Guru silat segera mendekati pangkal pokok rambai. Direnungnya bungkusan yang kelihatan seketul itu. Guru silat masih ragu-ragu untuk bertindak selanjutnya.
“Ambillah, jangan tangguh lagi,” perintah Datuk.
“Saya takut.”
“Jangan takut, ambillah.”
“Tak ada bala yang dalang.”
“Tak ada, jangan buang masa lagi,” Datuk mula marah. Direnungnya muka guru silat dengan renungan yang tajam.
Tanpa membuang masa lagi, guru silat terus ambil bungkusan tersebut. Datuk suruh guru silat letakkan bungkusan sebesar penumbuk itu atas daun rambai kering. Semuanya dipatuhi oleh guru silat dengan tenang dan teratur sekali.
“Sekarang kamu langkah bungkusan itu dua kali,” itu arahan Datuk yang dipatuhi oleh guru silat. Datuk tersenyum dan terus menghampiri guru silat. Datuk membisikkan sesuatu ke telinga guru silat. Saya lihat guru silat tersenyum dan anggukkan kepala beberapa kali. Guru silat terus duduk mencangkung menghadapi bungkusan sebesar penumbuk.
Saya segera mendekati. Kain pembalut bungkusan itu ternyata berwarna hitam pekat dan diikat dengan tali guni yang juga dilumur dengan warna hitam. Tanah yang melekat pada bungkusan itu nampak lembap dan berair.
“Buka,” kata Datuk.
Guru silat terus membukanya, saya terlihat kain berwarna kuning.
“Buka lagi, biasanya ada tiga lapis kain dan tiga warna,” lanjut Datuk dengan penuh keyakinan.
Guru silat terus membukanya. Kain kuning terbentang atas daun kering. Saya renung kain putih yang membalut bungkusan itu. Saya kira kain putih itu adalah kain lapisan yang terakhir. Guru silat buka kain putih, saya terlihat kain warna biru dan bau hapak mula menusuk lubang hidung dan saya renung muka Datuk. Dia kelihatan tersengih dan menyuruh guru silat membuka kain warna biru.
Bila kain warna biru dibuka dari ikatannya, darah gemuruh mula menguasai urat saraf saya. Dua tiga kali saya pejam celikkan kelopak mata. Saya terlihat bulu burung tersusun. Kepala burung dibalut dengan kain merah. Badan burung yang sudah dicabut bulunya kelihatan kering. Di bahagian paha burung yang sudah dicabut bulunya kelihatan kering. Di bahagian paha burung yang sudah kering itu terdapat beberapa bilah jarum di samping kulit limau nipis yang sudah kering.
“Ke tepi,” kata Datuk.
Guru silat dan saya ke tepi memberi ruang untuk Datuk bertinggung sambil melihat badan burung. Datuk ambil sebatang ranting. Badan burung ditolaknya hingga badan burung tersebut terlentang dengan kedua belah kakinya menghala ke dada langit. Saya terlihat pada bahagian burung itu, terdapat kesan jahitan.
“Perut burung ni dibelah kemudian dijahit semula,” kata Datuk sambil menekan perut burung itu. Bau hapak kian terasa. Setiap kali Datuk tekan hujung ranting, kelihatan air keluar dari celah jahitan. Datuk menyuruh saya mencari pucuk keladi rimba. Saya tidak dapat memenuhi permintaan Datuk itu, mana mungkin mencari daun keladi rimba di tengah kampung.
“Tak apa, kau pergi ambil mengkuang di bawah rumah,” ujar Datuk sambil menunjuk ke arah sesikat mengkuang di bawah rumah Si sakit. Saya segera ke situ. Datang kembali pada Datuk dengan sehelai mengkuang berduri. Datuk ambil daun mengkuang. Tanpa minta pertolongan dari saya dan guru silat Datuk terus ambil bangkai burung terus diletakkan atas daun mengkuang.
Bila daun mengkuang itu dilipatkan untuk dijadikan pembalut pada badan burung tersebut, saya lihat daun mengkuang menikam kulit burung ketika itu juga kami terdengar jeritan si sakit dari arah rumahnya. Suaranya lantang bagaikan menahan kesakitan yang amat sangat. Datuk tidak menghiraukan jeritan itu.
Datuk terus membalut badan burung dengan daun mengkuang, dilipat jadi tiga segi macam kuih koci. Setelah itu Datuk tindih dengan besi yang dibawanya. Suara jeritan si sakit terus sambung-menyambung. Datuk terus menutup bungkusan itu dengan daun-daun kering. Kemudian Datuk bakar. Suara jeritan si sakit terus berkurangan. Tidak sampai sepuluh minit bulu dan badan burung terus menjadi abu.
Apa yang menghairankan saya, kain yang jadi pembalut badan burung tidak dibakar oleh Datuk. Dilipat tiga segi dan dibalut dengan daun rambai muda. Datuk isi dalam saku seluarnya. Lubang yang dikorek oleh Datuk segera ditimbus kembali, tanpa meninggalkan sebarang kesan, memang sukar untuk dijejaki oleh orang lain.
Datuk terus mengajak kami pulang. Tindakan Datuk itu menimbulkan keraguan dalam diri guru silat. Pada sangkaan guru silat, tentulah Datuk pergi ke rumah si sakit, bertanya khabar kenapa si sakit menjerit.
“Tak pergi ke rumah si sakit?” Guru silat memberanikan diri bertanya.
“Tak payah.”
“Kenapa?”
“Usah banyak tanya, mari kita balik,” kata-kata terakhir itu mematikan semangat guru silat untuk bertanya selanjutnya.
Waktu kami melintasi halaman rumah, isteri Si sakit sudah pun berdiri di muka pintu sambil melaung-laung nama guru silat dan Datuk berkali-kali.
“Singgahlah dulu, tengok perangai suami saya yang lain macam ni” suara isteri si sakit lantang.
“Minta maaf, kami dah lambat,” sahut guru silat.
“Singgah sekejap aje, tengok muka suami saya yang hitam sebelah dan suka menjilat-jilat lantai.”
“Sabar, lepas senja, hitam di mukanya hilang dan dia berhenti menjilat lantai.” balas Datuk tanpa memperlihatkan langkahnya.
Jawapan dari Datuk itu amat menghampakan hati isteri si sakit. Dia tidak terdaya untuk melanjutkan kata-kata, hanya kelihatan kecil saja yang terungkap dari kedua belah kelopak bibirnya. Saya hanya tunduk merenung rerumput di tepi jalanan dalam warna hari yang beransur samar-samar itu. Di hujung langit sudah kelihatan warna kemerah-merahan.
Beburung kelihatan terbang sekawan demi sekawan pulang ke sarang. Bunyi gemeresik angin yang menyentuh dedaun di hujung ranting jelas kedengaran. Sesekali terdengar pekik gagak yang pulang senjakala. Saya terus melangkah tanpa mahu merenung ke kiri dan ke kanan. Saya tahu pemandangan sekitar saya memang tidak menarik, penuh dengan pepohon yang tidak dapat memberikan sebarang keindahan.
Saya dapat mengesan yang perangai Datuk berkeadaan lain macam. Kelihatan seperti keresahan yang tidak menentu. Macam ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Wajahnya, membayangkan rasa tidak aman yang memanjang. Bila Datuk berada dalam keadaan demikian, saya rasa jalan paling selamat yang wajar saya pilih ialah membisu seribu bahasa dan patuhi dengan apa yang diperintahnya.
Kami terus melangkah dalam cuaca yang beransur gelap. Agas dan nyamuk terasa menyerang pipi dan batang hidung. Langkah kaki sering saja terhenti akibat tersepak akar dan tunggul kayu di tepi jalan. Kicau burung tidak kedengaran lagi.
“Ah sial, tak ada tempat lain kamu nak cari makan,” saya merungut lalu menampar pipi sebelah kiri. Aduh! Kepala sakitnya, nyamuk tak mati, pipi sendiri yang terasa pedih. Hati saya terus membara dan marah tidak tentu arah. Bagi melepaskan geram, saya sepak sepotong kayu di tepi jalan dengan sekuat hati. Guru silat segera menoleh ke arah saya.
“Kenapa?” Tanyanya perlahan.
“Jemu,” sahut saya perlahan.
“Kejap lagi kita sampai,” guru silat cuba menenangkan perasaan saya. Ketika itu juga, Datuk berhenti me1angkah. Sepasang matanya merenung tajam ke arah saya, memancarkan rasa marah.
“Ada apa Tamar?”
“Tak ada apa-apa tuk.”
“Aku dengar kamu macam merungut, cakap apa yang kamu tak puas hati.”
“Tak ada apa-apa tuk.”
“Hum,” suara Datuk parau dan terus berhenti merenung wajah saya. Apa yang dialami sebentar tadi, bagaikan mengingati diri saya supaya hati-hati. Jangan mengeluh tidak tentu fasal. Perbuatan begitu boleh mengganggu diri Datuk.
“Oh uuuuuuuuppppppppppp.”
Guru silat segera melompat. Langkah saya dan Datuk terus kaku. Mata kami tertumpu ke dada jalan, seekor katak puru merayap dengan tenang ke gigi jalan, kemudian menghilangkan diri dalam rimbunan rerumput di situ. Saya melihat Datuk tersenyum. Hatinya terusik dengan telatah guru silat yang mudah terperanjat. Datuk segera menghampiri guru silat.
“Orang macam awak ni, sebaik-baiknya jangan mudah terkejut dan melatah. Cubalah kawal perasaan,” Datuk memberikan nasihat. Guru silat terus menarik nafas dalam-dalam. Ekor matanya masih menjeling ke arah saya.
“Saya cuba mengatasinya.”
“Cubalah, pendekar kalau mudah melompat dan terkejut tak baik nanti pihak lawan tahu sejauh mana kekuatan kita.”
“Saya faham,” suara guru silat lemah.
Datuk terus melagakan gigi atas dengan gigi bawah dua tiga kali. Saya berhenti melangkah dan terus menggeliat dua tiga kali. Pangkal belikat dan pangkal paha mula terasa sakit. Guru silat segera menghampiri saya.
“Tak jauh lagi, tak usah berhenti, jalan saja,” bisiknya ke telinga saya.
“Paha saya sakit.”
“Tak apa, kejap lagi sampailah,” guru silat terus menarik tangan saya. Datuk menjeling tajam ke arah saya. Tidak ada pilihan lain untuk saya, melainkan meneruskan perjalanan.
Saya merenung tajam ke depan. Nampak berbalam bentuk rumah peninggalan arwah orang tua guru silat. Hati saya riang, pada hemat saya, lebih kurang lima minit lagi sampailah ke rumah tersebut dengan syarat tidak berhenti di mana-mana.
“Ha, langkah panjang-panjang biar cepat sampai,” usik guru silat.
“Langkah pendek pun sampai, dah dekat,” balas saya sambil tersenyum. Guru silat ketawa kecil sampai menepuk bahu kanan Datuk dua tiga kali. Datuk segera merenung ke arahnya.
“Kenapa?” Tanya Datuk.
“Tak ada apa-apa.”
“Kalau tak ada apa-apa, buat apa ditepuk?” Datuk seperti kesal tetapi, guru silat terus tersenyum lebar.
“Aku rasa malam ni, semuanya selesai,” cetus Datuk ketika memasuki halaman rumah pusaka. Saya menelan air liur dan tertanya-tanya dalam hati maksud dari kata-kala yang diluahkan oleh Datuk.
“Apa yang awak cakapkan tadi,” guru silat menyoal lalu merempuh saya yang berdiri tidak jauh dari Datuk. Saya terdorong ke sebelah kiri. Marah juga rasa hati melihat sikap guru silat yang main langgar tanpa memikirkan tentang orang lain.
“Maafkan aku Tamar, aku tak sengaja terlanggar kamu.”
“Tak apa,” balas saya dengan sedikit rasa kesal dalam hati. Guru silat terus mendekati Datuk yang sudah hampir dengan kaki tangga. Muka Datuk direnungnya.
“Apa yang awak katakan tadi? Saya tak dapat dengar jelas,” nada suara guru silat merendah. Datuk menarik nafas panjang. Matanya masih tertumpu ke wajah guru silat.
“Malam ni, semuanya selesai,” Datuk senyum.
“Maksud awak.”
“Dengan izin Allah yang kuasa, orang yang sakit beransur sihat dan orang yang berbuat jahat akan menerima padahnya,” cukup tenang Datuk melafazkan kata-kala itu.
“Awak bergurau?” Guru silat minta kepastian.
“Saya tak bergurau, dengan izin Allah semuanya berjaya.”
“Ha...” mulut guru silat terlopong.
“Dengan izin Allah,” ulang Datuk. Guru silat segera mengatupkan mulutnya kembali, Wajahnya seperti orang dungu.
Geli rasa hati melihat telatahnya. Saya mengharapkan guru silat mengeluarkan berbagai-bagai pertanyaan. Apa yang saya harapkan tak menjadi kenyataan. Guru silat terus termenung. Bila guru silat tidak mahu bertanya, ertinya saya tidak ada peluang untuk menerima cerita dari Datuk.
Guru silat terus duduk di anak tangga bongsu. Merenung ke arah pepohon di kiri kanan halaman yang kaku dalam suasana kelam yang kian mencengkam.
“Biar kita ke telaga dulu, mandi dan ambil air sembahyang,” Datuk terus melangkah. Lagi sekali guru silat tergamam dan terkejut dengan apa yang Datuk lakukan. Kenapa Datuk tidak mahu menggunakan air paip seperti selalu? Kenapa mesti menggunakan air perigi? Timbul pertanyaan dalam diri saya. Cepat-cepat saya renung muka guru silat.
“Kenapa Datuk kamu Tamar? Lain macam saja hari ini.”
“Entah, saya tak tahu sebabnya.”
“Pelik juga air paip ada, kenapa air telaga yang dicari.”
“Biarkan, Datuk saya dengan caranya.”
“Ah, pelik, banyak perkara pelik yang dibuatnya,” keluh guru silat sambil merenung wajah saya sejenak. Kami berbalas senyum.
“Biar saya pergi ke bilik air dulu,” kata saya pada guru silat yang masih termenung panjang. Agaknya, ia masih memikirkan tentang tindak-tanduk Datuk yang dianggapnya agak luar biasa.
“Pergilah Tamar.”
“Baiklah.”
PULAS
Saya pun terus menuju ke bilik air yang terletak di bahagian belakang rumah. Saya pulas kepala paip dan terus basuh muka. Dari basuh muka ada baik mandi terus, fikir saya dan terus membuka baju dan seluar. Beberapa saat kemudian seluruh badan saya dibasahi dengan air paip. Badan terasa segar dan bertenaga.
Sebaik sahaja saya keluar dari bilik air, guru silat pula masuk. Datuk masih lagi berada di perigi. Saya terus duduk di anak tangga bongsu, merenung hari yang kain gelap. Tidak lama lagi saya kira, suara azan pasti berkumandang menguasai seluruh kampung.
Saya terus mengelamun dan menyusun rancangan dalam kepala, saya bercadang petang esok, saya mahu minta izin dan Datuk untuk ikut kawan-kawan ke Kuala Juru, melihat perahu nelayan.
Lamunan saya terganggu oleh suara guru silat di kamar mandi. Saya tidak tahu kenapa nada suara guru silat meninggi. Mungkin ada sesuatu yang kurang menyenangkan hatinya, fikir saya sendirian sambil memanjangkan leher meninjau ke arah bilik air. Tiba-tiba secara mendadak guru silat keluar dari bilik air. Berlari ke arah saya dengan wajah yang cemas.
“Kenapa?”
“Aku macam ternampak mayat orang berdiri dekat pintu bilik air, bila aku pandang lagi sekali, mayat itu hilang.”
“Ah, pandangan mata saja tu, maklumlah kita letih,” saya menenteramkan perasaan guru silat.
Ternyata perasaan guru silat tidak tenteram dengan kata-kata yang saya luahkan. Rasa takut masih dapat dikesan di wajahnya. Saya terus mengajak guru silat naik ke rumah. Sebaik saja, saya duduk di bangku usang, Datuk pun sampai dengan wajah yang amat tenang.
“Kita jemaah di surau?” Datuk ajukan pertanyaan pada guru silat. Saya lihat guru silat mengerutkan dahi, buah halkumnya nampak bergerak bila ia menelan air liur.
“Saya nak sembahyang di rumah,” jawab guru silat.
“Kalau begitu, biar aku dengan Tamar ke surau, kau sembahyang seorang di rumah.”
“Eh, begini saja, biar saya dan Tamar sembahyang di rumah, awak seorang saja pergi ke surau.”
“Tak apa, saya ikut cakap awak,” jawapan Datuk itu ternyata amat menggembirakan hati guru silat.
Datuk tukar pakaian. Tanpa mengucapkan sesuatu ia terus meninggalkan saya dan guru silat. Sebaik saja Datuk sampai dekat pohon jati, suara Azan terus berkumandang. Datuk mempercepatkan langkahnya.
Saya dan guru silat sembahyang di rumah. Setelah selesai sembahyang, saya disuruh oleh guru silat ke dapur untuk memasak air panas. Hasrat guru silat itu tidak saya bantah, setelah menyalakan api dan meletakkan cerek atas tungku. Saya kembali duduk di sisi guru silat.
“Malam ni, kita makan di rumah, aku masak lauk dan nasi,” kata-kata yang amat menyenangkan dari guru silat. Saya segera terfikir, lauk apa yang mahu dimasaknya? Ikan bilis, ikan goreng? Semuanya bahan-bahan ini tidak ada dalam simpanan guru silat.
“Ikan tak ada, sayur tak ada, nak masak apa?” Tanya saya, guru silat menggigit bibir sambil memperkemaskan silanya.
“Ada Tamar.”
“Ada di mana?”
“Ada saya beli semalam, saya simpan dalam almari, saya beli ikan kurau kering, kita buat masak lemak, biar pecah perut kita malam ni. Dah kenyang makan baru kita pergi ke rumah si sakit. Kau setuju Tamar.”
“Setuju,” jawab saya cepat dan tegas.
“Bagus,” guru silat tegakkan ibu jari kanannya.
“Sekarang, kamu pergi basuh beras dan letakkan periuk nasi atas tungku,” satu arahan terkeluar secara spontan dari kedua belah kelopak bibir guru silat. Kali ini, saya agak keberatan untuk mematuhi perintahnya itu. Masak nasi kerja leceh. Guru silat bagaikan tahu apa yang ada dalam hati saya.
“Kau tak suka masak nasi, Tamar?”
“Ya, kerja leceh.”
“Tak apa, kau buat kopi sudahlah, masak nasi dan lauk biar saya buat. Kau setuju bukan?”
“Setuju,” suara saya riang dan terus bangun menuju ke ruang dapur untuk membuang kopi.
Baru lima langkah, saya melangkah guru silat segera mendekati saya. Cepat-cepat Ia menarik tangan saya. Perbuatannya itu amat mencemaskan hati saya.
“Kenapa?”
“Kau tengok tu,” guru silat meluruskan jari telunjuknya ke arah dinding. Saya kerutkan dahi. Dua tiga kali kelopak mata saya pejam celikkan. Saya yakin, apa yang saya lihat di depan mata bukannya hanya sekadar tersilap pandang, saya yakin, saya sedang melihat sesuatu yang benar. Dada saya jadi berdebar.
“Kau nampak Tamar?”
“Nampak.”
“Kau sendiri tengok aku membuangnya ke dalam sungai, siang tadi.”
“Ya, pelik macam mana tongkat yang dah dibuang ada dalam rumah semula. Siapa yang membawanya?”
“Itulah yang memeningkan kepala aku sekarang,” guru silat seperti mengeluh. Ia terus menarik tangan saya mendekati tongkat yang tersandar di dinding. Saya hanya menurut saja tetapi, saya rasa gementar dan cemas tetap berada dalam hati.
“Cuba kan tengok Tamar.”
Saya terus membongkok dan menatap tongkat tersebut. Memang itulah tongkat yang dicampakkannya ke dalam sungai. Anehnya, macam mana boleh berada di rumah kembali.
“Cuba kau pegang Tamar.”
“Tak mahu, pak gurulah pegang.”
“Cubalah Tamar.”
“Minta maaf, pak guru,” ujar saya dengan nada suara yang lembut bersama wajah yang minta dikasihi. Guru silat terus mengambil kain pelekat yang berada tidak jauh darinya.
Kain pelekat dicampakkan oleh guru silat ke arah tongkat tersebut. Kain pelekat terus melekat di kepala tongkat dan terus memberat ke kanan. Tongkat itu terus jatuh berdentum. Bunyinya cukup kuat tidak padan dengan bentuk dan berat tongkat.
“Kau berani pegang Tamar?”
“Minta maaf pak guru.”
“Kalau kau tak berani biar aku pegang tapi, kau mesti tunggu di situ.”'
“Baik pak guru.”
Guru silat terus mendekati tongkat yang berbalut dengan kain pelekat. Dalam jangkaan saya, sudah pasti guru silat terus memegang tongkat yang berada dalam kain itu. Jangkaan saya salah. Guru silat terus menyentap kain pelekat dengan sekuat hati hingga kain pelekat terpisah dengan tongkat.
Tongkat pun tergolek di tepi dinding kepalanya yang berbentuk dua kepala ular itu mengarah pada saya dan guru silat. Saya tiba-tiba merasa seram.
“Saya rasa tak ada apa-apa pak guru, cuba pegang,” saya terus mengajukan cadangan. Guru silat menggigit bibir. Ia masih bimbang dan ragu untuk melakukan dengan apa yang saya katakan. Guru silat menggenggam penumbuk. Matanya tertumpu ke wajah saya. Perlahan-lahan guru silat mendekati tongkat tersebut.
“Cubalah pak guru.”
“Ya, aku cuba, kalau syaitan kita binasa.”
“Nanti dulu.”
“Kenapa Tamar.”
“Cuba pak guru baca beberapa ayat dan Quran...,” kata saya mengingatkan guru silat. Saya jadi hampa dan agak kecewa kerana saranan saya tidak diterima oleh guru silat.
“Tak payah,” katanya pendek.
Saya tidak dapat berbuat apa-apa. Apa yang mampu saya buat ialah melihat dengan sepasang mata tindak-tanduk guru silat yang kian ghairah untuk memegang tongkat.
Guru silat terus menyambar tongkat tersebut. Dalam sekelip mata saja tongkat aneh itu sudah berada dalam tangan guru silat. Saya lihat wajahnya cukup riang.
“Memang benar, tongkat ini tongkat pusaka,” suara guru silat penuh keriangan. Ia terus menarik tangan saya untuk menjamah badan tongkat. Saya menolak, cepat-cepat saya menarik tangan saya yang dipegangnya.
-TAMAT-
08. ORANG BERJUBAH HITAM
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : ORANG BERJUBAH HITAM
KODE : 330002750940008
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Suara di sekitar kubur lama kembali sepi. Tidak ada terdengar suara orang perempuan dan suara kanak-kanak menangis. Lelaki yang menatang kanak-kanak itu meletakkan kanak-kanak itu atas kubur. Kanak-kanak itu kembali menangis dan terus diam bila lelaki itu menyumbat susu ke dalam mulutnya.
“Aku yakin kanak-kanak itu, bukan kanak-kanak betul,” beritahu Datuk pada Haji Salim.
“Tapi, macam mana ia boleh menangis tuk,” tanya saya.
“Itu bukan suara kanak-kanak tu Tamar.”
“Habis suara siapa tuk?”
“Suara itu datang dari dalam kubur.”
Saya terus diam. Dengan serta merta bulu tengkuk saya mula meremang. Tetapi mata saya terus tertumpu ke arah kubur lama. Saya lihat lelaki itu mengeluarkan pisau lalu menikam kanak-kanak tersebut. Suara jeritan kanak-kanak itu melalak. Saya lihat darah dari perut kanak-kanak itu mercik. Membasahi pergelangan tangan lelaki yang menikamnya.
Suara ketawa dari orang yang mengelilingi kubur lama itu mula terdengar. Bila suara ketawa itu berakhir, terdengar suara orang perempuan menggilai bersahut-sahutan dari angkasa. Orang-orang yang mengelilingi kubur lama bertepuk tangan menyambut hilai ketawa dari udara.
Lebih kurang lima minit suara ketawa dan menggilai itu berbalas-balas. Lepas itu suasana di situ terasa sepi. Orang lelaki yang menikam kanak-kanak itu terus berdiri. Ia mendepangkan kedua belah tangannya. Kain hitam yang dipakainya mengembang lebar macam sayap kelawar.
“Hai ratu, raja dahulu. Aku tahu kuburmu kubur Seri Banian, waris terdekat dari Selendang Delima. Khabarkan pada kami di mana harta keturunan kamu disimpan,” suara lelaki itu meninggi.
Tidak ada jawapan yang terdengar. Lelaki itu mengulangi perkataan itu untuk kali yang kedua. Tiada jawapan yang diterima. Lelaki berjubah hitam itu berjalan atas kubur. Suara lolongan anjing terdengar sayup-sayup. Burung hantu terus menyanyi dengan semahu-mahunya. Angin bertiup dengan kencang. Pokok-pokok di belakang kami bergegar macam ada orang yang menggoyangkannya. Ada lembaga besar dan tinggi melintas di depan kami.
“Jangan tegur apa yang kamu lihat,” Datuk memberi pesan.
Saya dan Haji Salim anggukkan kepala. Lelaki yang berdiri di atas kubur berhenti berjalan. Berdiri di depan seorang lelaki yang berpakaian macamnya. Lelaki itu melompat dan melutut di depannya.
“Semua harta itu ada di dalam kubur kami. Kamu tidak boleh mengambilnya kalau tidak memenuhi syarat,” orang berlutut bersuara.
“Apa syaratnya?”
“Kami mahu lidah dara sunti, bukannya kanak-kanak, syarat kedua kami mahu mengacau penduduk di sini dan syarat ketiga kamu semua harus datang ke sini pada setiap tengah malam Jumaat,” selesai sahaja orang itu berkata-kata ia terus rebah. Tidak ada orang yang mahu menolong membangunkannya.
Orang yang mengelilingi kubur lama terus ketawa. Mereka bertepuk bila melihat orang yang rebah bangun dan terus duduk bersimpuh di depan lelaki yang berdiri.
“Syarat dari siapa?” tanya lelaki yang berdiri.
“Syarat dari aku, raja terawal yang memerintah negeri ini. Berasal dari utara,” suara perempuan yang halus dan lunak. Ia membuka kain hitam yang menutup kepalanya.
Dengan pertolongan cahaya api, wajahnya mudah dilihat. Orangnya berkulit putih berambut panjang separas bahu. Orang lain yang mengelilingi kubur terus bertepuk tangan, macam orang tidak sedarkan diri.
Datuk terus mengarah saya dan Haji Salim supaya rapat ke kubur. Kami terus merangkak dengan perlahan-lahan. Berhenti merangkak bila berada di belakang orang-orang yang mengelilingi kubur lama itu.
Malam yang kian jauh memburu pagi itu, terasa amat dingin sekali. Pokok kecil yang tumbuh sekitar kawasan itu nampak bergoyang disentuh angin. Cengkerik dan katak puru terus melompat tetapi, nyamuk tidak ada yang datang menyerang kami. Mungkin nyamuk takut dengan sinaran api yang marak itu.
“Bukan orang sini,” bisik Datuk pada Haji Salim.
“Aku rasa pun begitu,” jawab Haji Salim sambil merapatkan dadanya ke tanah.
Saya menggaru cuping telinga. Saya terasa terlalu sukar untuk bernafas dalam keadaan meniarap. Bau tanah menyucuk lubang hidung. Kalau ada semut yang merayap di pipi, tak boleh ditampar. Semut itu harus ditangkap dan diletakkan atas daun-daun kering.
“Apa yang mereka buat tuk?” tanya saya pada Datuk.
“Memuja kubur.”
“Tujuannya untuk apa tuk.”
“Ada bermacam-macam, mungkin mereka mahu mencari harta karun mungkin mereka mahu mengamalkan ilmu salah.”
“Apa yang harus kita buat tuk?”
“Menghalau mereka dari sini, mereka tak boleh dibiarkan begitu, nanti kita yang susah. Syaitan yang dipuja tu akan ganggu kita semua.”
Saya terdiam. Tidak ada pertanyaan yang mahu saya kemukakan pada Datuk. Biji mata saya arahkan pada dua orang yang berada di tengah kubur. Saya lihat orang yang duduk berlutut sudah berdiri. Ia mengeluarkan botol besar dari dalam kain hitamnya. Botol itu diserahkan pada orang di depannya.
Bila lelaki itu mendapat botol, tanpa membuang masa botol itu diketuknya pada batu nisan. Serpihan botol itu diambilnya dan diserahkan pada orang yang baru bangun dari melutut itu.
“Untuk raja,” katanya.
“Terima kasih, kau pula harus melutut,” orang yang berdiri segera melutut.
Dan orang yang dipanggil sebagai raja itu menutup kembali kepalanya dengan kain hitam.
“Apa yang aku mahu adalah darah kamu semua,” orang yang dipanggil raja itu terus bersuara.
Ia menyerahkan kembali serpihan kaca pada orang yang berdiri. Salah seorang daripada orang yang mengelilingi kubur lama itu bangun. Ia meletakkan baldi kecil di depan orang yang melutut. Dengan tenang orang yang melutut itu melukakan lengan tangan kirinya. Ia membiarkan darahnya menitis dalam baldi. Perbuatan yang sama juga dilakukan oleh orang-orang yang mengelilingi kubur lama.
Bila semuanya sudah menitiskan darah dalam baldi. Orang dipanggil raja itu terus minum darah. Bila selesai berbuat demikian, baldi itu diserahkan pada orang lain untuk menikmati rasa darah dalam baldi. Bila upacara ganjil itu selesai. Darah yang masih ada dalam baldi dicurahkan pada batu nisan. Orang-orang yang mengelilingi kubur lama terus bertepuk tangan.
“Makan,” kata orang yang dipanggil raja.
Semua orang yang mengelilingi kubur lama mengeluarkan daun keladi dari celah ketiak lalu diletakkan di depan. Orang yang dipanggil raja itu mengeluarkan sesuatu dari dalam kain hitam dan meletakkan atas daun keladi yang tersusun di depan orang-orang yang mengelilingi kubur lama.
“Makan,” katanya.
Orang-orang yang mengelilingi kubur lama terus membongkok dan menyuapkan sesuatu dari daun keladi ke mulut. Upacara itu berlangsung kira-kira lima minit sahaja.
“Apa lagi yang kamu mahu?” tanya orang yang dipanggil raja dan terus duduk.
Belakangnya disandarkan kepada batu nisan. Matanya menatap wajah-wajah orang yang mengelilingi kubur lama.
“Ilmu yang bertentangan dengan hukum agama hukum akal, tidak mengenal belas sesama manusia,” jawab orang-orang yang mengelilingi kubur lama itu serentak.
“Baik, setiap kamu yang ada di sini harus membawa lidah anak dara sunti, kemudian bila lidah itu sudah ada di sini, aku tawarkan untuk memperdaya semua manusia,” cukup tenang orang dipanggul raja itu memberikan jawapan.
Datuk dan Haji Salim terus diserang rasa gelisah. Mereka tahu kalau semua orang yang mengelilingi kubur lama itu mematuhi permintaan manusia yang dipanggil raja itu, padahnya akan menimpa gadis-gadis sunti yang tidak berdosa.
“Ini sudah merbahaya,” rungut Datuk.
“Memang merbahaya,” jawab Haji Salim.
Saya hanya menggigit bibir. Pelik juga saya memikirkan, kenapa Datuk dan Haji Salim tidak mahu bertindak dengan segera.
Selain daripada itu, bila mereka merompak waktu malam, tubuh mereka sukar dilihat dengan mata kasar. Penjelasan Datuk itu diakui oleh Haji Salim.
Bila semuanya sudah mengenakan kesah darah di batu nisan ke tubuh, mereka duduk di tempat asal kembali dan terus bertepuk tangan. Orang yang pengsan di batu nisan tidak ada siapa yang mahu ambil tahu. Akhirnya orang itu sedar sendiri. Ia membuka kain hitam yang menutup kepalanya. Dan wajahnya saya lihat berbeza sekali.
Kalau tadi kulitnya putih lembut dengan rambut panjang, kali ini kulit wajahnya menjadi sawo matang dan keras, rambutnya digunting pendek macam tentera yang baru selesai menjalani latihan, di pusat latihan tentera di Port Dickson. Ia melangkah longlai ke tepi kubur lama lalu duduk di situ. Saya menguap panjang sebanyak dua kali. Rasa mengantuk kian terasa. Rasa dingin kian hebat menggigit kulit tubuh.
Tanpa diduga, Haji Salim terbatuk dengan kuat. Semua orang yang mengelilingi kubur segera bangun. Mereka terus membakar andang daun kelapa. Seluruh kawasan kubur terang benderang. Kain hitam yang membungkus kepala mereka jatuhkan. Semuanya berambut pendek dengan wajah yang bengis.
Dalam keadaan yang cemas begitu, Datuk terus melompat dan berdiri tidak jauh dari mereka.
“Maksiat,” pekik Datuk. Haji Salim dan saya terus berdiri di kiri dan kanan Datuk.
Pada mulanya kumpulan berjubah hitam itu mahu menentang kedatangan kami. Tetapi, bila mereka melihat Haji Salim melambaikan tangan ke arah hutan tebal, seolah-olah memanggil orang lain keluar dari hutan tebal, membuat kumpulan itu berpandangan sama sendiri.
“Apa yang kamu buat di sini,” tanya Datuk. Tiada ada jawapan yang diterima. Semua anggota kumpulan itu melangkah setapak ke belakang.
“Tinggalkan,” saya terdengar suara dari sebelah kanan.
Serentak dengan itu anggota kumpulan tersebut terus menghilangkan diri. Meredah pokok-pokok yang terdapat di sekitar kawasan tersebut.
Haji Salim terus mengejar mereka dengan harapan salah seorang daripada mereka dapat ditangkap. Usaha Haji Salim itu gagal. Kumpulan berjubah hitam itu cukup cekap berlari dalam gelap. Apa yang mereka bawa seperti tempat perasap, daun kelai, baldi dan botol semuanya sempat disambat untuk dibawa lari bersama.
Haji Salim kembali mendapatkan saya dan Datuk yang berdiri di atas kubur. Haji Salim tercungap-cungap. Dengan pertolongan cahaya api, saya dapat melihat peluh menitik dari muka ke atas bajunya.
“Penat,” Haji Salim merungut.
“Sepatutnya, jangan dikejar tadi,” balas Datuk.
“Itulah silap saya, sekarang apa yang harus kita buat. Kalau kumpulan itu mengamuk, susah kita dibuatnya.”
“Bertenang, masih ada masa untuk kita berusaha.”
“Caranya?”
“Nanti kita fikirkan.”
Datuk terus menepuk bahu Haji Salim. Tanpa banyak cakap kami pun meninggalkan kawasan tanah kubur lama itu. Seperti yang diduga, ketika kami menyeberang sungai mahu pulang ke rumah, hujan turun dengan lebatnya. Titik-titik hujan yang kasar itu disertai dengan kilat dan bunyi guruh.
Seluruh pakaian kami habis basah kuyup. Saya menggeletar dan dua kali buang air kecil. Berjalan dalam hujan waktu malam memang menyeksakan. Sama ada suka atau tidak saya mesti menjalaninya dengan perasaan yang sabar.
“Singgah dulu, kita sembahyang Subuh bersama,” kata Haji Salim bila sampai ke kawasan rumahnya.
“Tak payahlah, rumah kita pun tak jauh lagi,” Datuk menolak permintaan Haji Salim dengan tenang.
Haji Salim menuju ke rumahnya. Saya dan Datuk meneruskan perjalanan.
Hari masih gelap, hujan terus gugur bersama kilat dan bunyi guruh sambung-menyambung. Memang dalam suasana demikian memang seronok tidur, fikir saya. Entah apa yang Datuk fikirkan ketika berjalan dalam hujan itu, saya sendiri pun tidak tahu. Saya dan Datuk pun sampai di rumah.
“Pergi mandi tukar baju basah tu,” perintah Datuk.
“Baik tuk,” saya pun masuk ke bilik air. Datuk terus menuju ke perigi. Baru dua gayung air menjirus badan, saya terdengar pintu bilik air diketuk orang bertalu-talu.
“Siapa tu?”
“Aku.”
“Aku tu siapa?”
“Nenek kaulah, kenapa kau mandi di rumah Tamar. Kenapa tak mandi di telaga.”
“Tuk yang suruh nek.”
“Cucu dengan Datuk sama saja. Adakah patut suruh cucu mandi di rumah,” rungut nenek. Saya tersenyum sendirian dalam bilik air.
Lepas mandi saya terus ganti pakaian. Tidak lama lagi waktu Subuh akan tiba. Nenek melarang saya masuk ke bilik tidur. Ia tahu, kalau saya masuk bilik tidur, sembahyang Subuh pasti tidak saya lakukan.
“Apa yang kau orang dapat di kubur lama Tamar?”
“Itu kena tanya tuk,” saya renung muka nenek. Dalam waktu yang sama Datuk masuk ke rumah. Ia berdiri di depan nenek sebentar.
“Awak nak tahu apa kami dapat di kubur lama?”
“Apa dia?”
“Jumpa orang buat kerja maksiat.”
“Kerja maksiat.”
“Ya.”
Datuk pun masuk ke ruang tengah. Tiba-tiba terdengar suara Datuk menjerit. Saya dan nenek menerpa ke ruang tengah. Saya lihat Datuk membongkok mengambil sesuatu dan mencampakkan ke luar ikut tingkap.
“Apa dia tuk?”
“Daging orang dalam daun keladi, aku campakkan ke tanah.”
“Kenapa tuk tak tanam.”
“Ah, tak usah banyak tanya,” suara Datuk keras.
Kerana azan Subuh sudah kedengaran, saya dan Datuk meneruskan sembahyang Subuh. Lepas sembahyang saya ikut Datuk bersenam. Hujan masih lagi turun, tetapi tidak selebat tadi. Pagi itu, Datuk tidak mandi embun.
Lebih kurang pukul sembilan pagi, hujan berhenti terus. Matahari kembali bersinar. Datuk dan saya berehat di anjung rumah. Dari jauh kelihatan bayang seorang lelaki berbaju putih berseluar hitam datang ke arah kami. Langkahnya cukup laju. Sampai di halaman ia terus memberi salam. Datuk membalasnya dengan penuh hormat.
“Silakan naik,” pelawa Datuk. Orang itu tidak menjawab. Ia terus mengurut-urut janggut sejemput di bawah dagu.
Satu hal yang pasti, orang itu tidak berani menentang mata Datuk. Setiap kali Datuk merenung matanya ia segera mengalihkan pandangannya ke arah lain.
“Rasanya kita pernah berjumpa tapi, di mana saya tak ingat,” Datuk bersuara dengan nada riang.
Belum pun selesai Datuk berkata-kata. Orang itu memalingkan mukanya ke kiri dan terus melangkah tanpa mahu menoleh lagi ke rumah Datuk. Akhirnya, hilang dalam sinar matahari yang kian garang. Datuk termenung sejenak. Dahinya kelihatan berkerut macam mengingati sesuatu. Datuk menumbuk lantai sambil berkata:
“Aku ingat.”
“Apa yang tuk ingat.”
“Orang itu pernah datang jumpa aku di rumah ni waktu malam, masa itu ia memakai jubah sambil membilang tasbih,”
“Siapa orangnya tuk?”
“Namanya aku tak tahu, tapi ia pernah memberi amaran pada aku kerana menolong perempuan yang aku jadikan anak angkat.”
Saya anggukkan kepala. Wajah Sariyah dan ibunya terbayang di ruang mata saya. Sudah lama mereka tidak datang menemui Datuk. Rasa kesal terus juga bermain di hati saya. Kenapa Datuk mesti menerima akibatnya setelah melakukan sesuatu yang bertujuan untuk kebaikan.
Saya segera menggigit bibir bawah. Rasa geram terus meluap-luap di dalam dada. Kalau diturutkan kata hati, mahu rasanya saya membawa kayu dan memukul batang leher lelaki jahanam itu.
Dalam saya berperang dengan perasaan itu cara mendadak Haji Salim datang. Ia membawa sebilah keris. Datuk mengajak ia naik. Haji Salim menolak.
“Ada apa hajat?” tanya Datuk.
“Nak mengajak pergi ke kubur lama.”
“Apa pula sebabnya?”
“Hati saya berkata-kata tak puas rasanya kalau tak melihat apa yang ditinggalkan oleh orang-orang maksiat itu.”
“Kalau begitu, eloklah kita pergi.”
Datuk pun turun. Saya juga ikut turun. Tanpa memberitahu nenek Datuk terus menuju ke kawasan kubur lama. Kerana hujan lebat pada sebelah malam, kesan air hujan masih terasa di daun kayu dan bumi pun agak lembap sepanjang perjalanan menuju ke tempat tersebut.
Biasanya, air sungai tidak naik. Tetapi, pagi itu air sungai naik kira-kira dua kaki. Airnya pula mengalir keruh. Kami terpaksa meranduk air yang keruh itu. Tidak banyak perkara yang Datuk bualkan sepanjang perjalanan itu. Ia asyik membaca sesuatu. Sebabnya saya berani berkata begitu, sepanjang perjalanan itu mulut Datuk sentiasa bergerak-gerak sahaja.
Setelah melawan arus sungai, kami pun sampai ke seberang dan terus memanjat tebing. Dari situ bergerak menuju ke kubur lama. Apa yang saya lihat di situ ialah puntung-puntung kayu dan abu yang lembap. Kesan darah di batu nisan sudah tidak kelihatan lagi. Semuanya hilang kena air hujan.
Datuk dan Haji Salim terus memeriksa seluruh kawasan kubur lama. Mereka terjumpa dengan serpihan tembikar tempat perasap serta beberapa ketul kemenyan yang bertaburan. Haji Salim mengambil ketul kemenyan itu. Ditelitinya sebentar, kemudian dicampakkan dalam semak.
“Kita balik saja,” saya terdengar suara Datuk.
“Ya, tak ada guna membuang masa di sini,” sahut Haji Salim.
Kami pun melangkah meninggalkan kawasan kubur lama. Bila sampai dekat sungai kami terdengar suara orang perempuan memanggil nama Haji Salim dan Datuk bertalu-talu. Datuk dan Haji Salim buat tidak kisah dengan panggilan itu.
“Jangan dijawab,” Datuk mengingatkan saya.
“Kenapa tuk.”
“Itu suara syaitan.”
“Suara syaitan,” ulang saya sambil meraba pangkal tengkuk.
GANGGU PENDUDUK
Sudah seminggu lebih penduduk kampung Mandi Upih didakap keresahan. Setiap senja dan Subuh rumah mereka didatangi orang-orang berjubah hitam yang tidak dikenali.
Orang-orang yang berjubah hitam itu mengetuk pintu, terutama waktu sembahyang Maghrib. Kalau pintu tidak dibuka ketukannya terus berlanjutan. Kalau dibiarkan papan pintu akan pecah. Bila dibuka, orang yang membuka hanya melihat belakang manusia berjubah hitam dalam tempoh beberapa saat sahaja. Kemudian orang berjubah hitam itu terus hilang.
Kalau yang membuka pintu itu orang lelaki. Ia tidak melihat manusia berjubah hitam tetapi, ia akan melihat wanita cantik memakai pakaian serba kuning dengan wajah yang menawan. Kalau direnung lama-lama, wajah yang menawan itu akan bertukar menjadi hodoh. Gigi yang putih menjadi merah , macam darah. Kiri kanan gigi akan tumbuh siung. Hidung yang mancung jadi berlubang dengan beberapa ekor ulat, begitu juga dengan biji mata. Sebelum menghilangkan diri perempuan itu akan ketawa. Dari mulutnya akan keluar bau yang amat busuk. Tidak ubah macam bau bangkai.
Malang bagi orang luar atau saudara mara yang datang ke rumah saudara mara di kampung itu waktu Maghrib. Mereka terpaksa membaca ayat fatihah dan ayat ‘Qulhuallah’ serta dua kalimah syahadat dengan lantang. Bila pembacaan itu betul dan lancar, baru saudara atau adik-adik membuka pintu dan mempersilakan masuk. Kalau tidak boleh membaca anak sendiri pun tidak akan dibuka pintu. Mereka berbuat demikian, kerana mematuhi nasihat dari Haji Salim.
Akibat dari undang-undang yang tidak bertulis, kanak-kanak yang belum ke sekolah sudah lancar membaca ayat-ayat tersebut. Kesannya memang baik. Sejak undang-undang itu dilancarkan, orang-orang jubah hitam mula berkurangan mengacau para penduduk di situ waktu Maghrib.
Meskipun kegiatan kumpulan jubah hitam itu berkurangan. Tetapi, Datuk tidak puas hati. Ia mahu menghancurkan dan melenyapkan kumpulan itu dari mengacau para penduduk. Jadi, tidaklah menghairankan kalau ada setiap masa Datuk berusaha dengan pelbagai cara untuk menghancurkan kumpulan itu.
Hari itu, seorang lelaki mengunjungi rumah Datuk. Tetamu yang jadi kenalan baik Haji Salim itu dipersilakan masuk ke rumah. Ia ditemani oleh Haji Salim.
“Apa hajatnya,” soal Datuk.
Teman Haji Salim yang berasal dari Kampung Matang Aceh itu tunduk merenung lantai. Kemudian ia mengangkat mukanya perlahan-lahan merenung muka Datuk dan Haji Salim.
“Silakan,” gesa Haji Salim.
“Saya disuruh oleh Ketua Kampung Matang Aceh menemui awak.”
“Sebabnya.”
“Ada anak dara sunti di kampung mati dicekik orang waktu senja dan lidahnya dipotong,” kata teman Haji Salim.
“Dah repot pada polis.”
“Sudah.”
“Bila perkara itu terjadi.”
“Dua hari yang lalu.”
“Jumpa saya nak buat apa?”
“Minta ikhtiar supaya perkara macam itu jangan berulang lagi.”
Datuk menarik nafas panjang. Datuk renung muka Haji Salim. Mereka berbalas senyum, macam ada sesuatu rahsia besar yang tersembunyi dalam pancaran senyuman mereka.
“Baliklah, jaga kampung,” nasihat Datuk.
Teman Haji Salim minta diri dan pulang. Haji Salim cuma menghantarnya hingga ke kaki tangga sahaja. Kemudian ia naik ke rumah Datuk kembali. Datuk di anjung.
“Saya yakin, perbuatan itu dilakukan oleh orang yang kita lihat di kubur lama,” Haji Salim meluahkan perasaannya. Datuk anggukkan kepala. Lama juga Datuk dan Haji Salim bertukar-tukar fikiran dan pendapat.
Akhirnya, mereka meninggalkan rumah untuk pergi ke surau untuk menunaikan sembahyang Asar. Lepas sembahyang Asar, Datuk tidak pulang ke rumah. Ia singgah di rumah Haji Salim. Haji Salim membawa Datuk melawat ke bahagian tempat ia menempah keris.
Datuk terkejut besar, bila ia melihat beberapa bilah lembing yang di bahagian hujung matanya terlekat buah limau nipis manakala ulu lembing dilumur dengan tanah liat yang berwarna kuning.
“Buat apa ni Haji?”
“Ini caranya membunuh orang yang tidak makan besi tajam.”
“Kenapa kita mesti membunuh, kalau kumpulan jubah hitam itu berniat jahat, jawabnya mata lembinglah.”
Datuk ketawa mendengar cakap Haji Salim. Sebenarnya, ia juga ada petua tersendiri bagi mengalahkan orang yang tidak mampan oleh peluru dan senjata tajam. Petua yang diamalkan itu mesti diiringi dengan pembacaan ayat-ayat suci. Hal itu tidak pula dinyatakan oleh Datuk pada Haji Salim.
“Aku yakin, orang-orang itu tak payah dicari, mereka akan datang mencari kita. Aku rasa orang itu ada dekat kita.,” ujar Datuk lagi. Haji Salim renung kiri kanan, macam mencari sesuatu. Ia tidak nampak ada manusia di situ, selain diri saya, Datuk dan dirinya.
“Awak bergurau.”
“Tidak, saya yakin orang itu ada di sini,” selesai sahaja Datuk bercakap, ulu lembing yang tersusun itu terangkat sendiri macam ada orang yang mengangkatnya.
Ulu lembing itu tersusun kembali seperti asal, ketika itu juga Haji Salim terlihat bayang-bayang manusia melintas di depannya.
“Awak menggunakan pancaindera yang keenam,” kata Haji Salim.
“Tidak, saya menggunakan gerak rasa dan hati. Sejak masuk tadi saya terasa ada orang bersembunyi di sini, tapi sukat untuk dilihat,” jelas Datuk.
Haji Salim tersenyum lalu menepuk pangkal lengan kanan Datuk.
“Kebolehan yang ada pada awak dan pada saya kita satukan untuk menentang perkara jahat.”
-TAMAT-
09. TERKENCING DALAM SELUAR
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : TERKENCING DALAM SELUAR
KODE : 330002750940009
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Bulan di langit mula dilitupi awan. Angin kian keras bertiup. Bunyi dedaun yang bergeseran sama sendiri amat menakutkan. Dan Datuk terus melangkah dengan tenang. Api yang memakan daun kelapa, sekerap marak, sekejap suram.
“Kenapa kita ikut sini tok ?” tanya saya. Tidak ada jawapan yang diberikan oleh Datuk, bunga-bunga api dari andang daun kelapa jatuh atas bumi. Saya tidak tahu kenapa Datuk ikut jalan ini. Kenapa dia tidak mahu ikut jalan biasa yang mudah dan senang. Tidak perlu melintas tanah sawah yang luas terbentang.
Saya yang memakai baju Melayu cekak musang terpaksa menggulung lengan baju hingga ke siku, kasut getah dan hujung seluar hitam saya mula basah diresapi oleh air embun. Langkah Datuk terus lancar. Andang kelapa diangkatnya tinggi-tinggi.
“Kita patah balik ikut jalan lain tok,” saya mengemukakan cadangan. Datuk berhenti. Dia cacakkan andang daun kelapa tepi batas. Datuk membuang pacat yang singgah di kaki seluarnya.
“Kenapa mesti patah balik, ikut sini dekat,” Datuk cabut andang daun kelapa. Saya diam.
Cakapnya tidak boleh di bantah. Saya melangkah dengan hati-hati. Silap langkah nanti jatuh ke dalam sawah. Cahaya dari andang daun kelapa menerangi rumpun-rumpun padi yang baru pecah anak, sesekali terdengar bunyi haruan melompat dalam air sawah menangkap anak. Suara burung hantu dan jampuk saling tingkah meningkah. Bulan sudah tidak mengeluarkan sinarnya. Awan telah melindungi permukaan bulan. Suara lolongan anjing kian bertambah keras. Daun-daun dari pokok besar yang memagari batas sebelah kanan tetap bergerak hebat. Angin malam cukup keras bertiup. Badan saya rasa cukup dingin.
“Lagi cepat kita sampai, lagi baik,” suara Datuk parau. Dia menoleh ke arah saya.
“Saya sejuk tok, jauh lagi ke ?”
“Ah, kejap lagi sampailah, sekarang kau jalan dulu, biar aku ikut kau dari belakang.” Itu perintah Datuk. Badan saya jadi menggeletar, macam-macam perkara buruk datang dalam hati saya.
“Tok jalan dulu, saya tak tahu jalan,” saya berdalih.
“Kau tak tahu, atau pun kau takut ?” Datuk ketawa. Dia memaksa saya jalan dulu. Saya tidak ada pilihan lain. Saya menurut perintahnya. Saya dan Datuk sampai di sebuah tali air. Datuk menyuruh saya ke belakang. Lama juga dia berhenti di tepi tali air itu sambil merenung pada air yang mengalir.
“Jalan ke depan lagi, di sana ada titi tak payah kita melompat,” ucap Datuk dengan tenang. Kami mara ke depan. Berhenti di bawah pokok mempelam telur yang berdaun lebat. Cakap Datuk memang tepat, di pangkal pokok mempelam telur terdapat titi batang pinang. Kami menyeberang dengan selamat, dari situ kami mendaki bukit kecil yang penuh dengan pokok pisang hutan, selesai mendaki bukit itu , kami berhadapan dengan sebatang jalan tanah merah yang lebarnya kira-kira dua kaki.
“Ikut jalan ini ke utara,” ujar Datuk sambil meraba Ulu golok peraknya. Saya anggukkan kepala dua tiga kali. Berjalanlah saya dengan Datuk, suara burung hantu terus juga menyumbat lubang telinga. Kami melintasi sebuah tanah perkuburan. Dari sinar api andang daun kelapa itu, saya melihat batu-batu nisan terpacak dengan gagahnya. Suara burung hantu kian kuat. Suara salakan anjing kian dekat terdengar. Pokok-pokok puding dan pokok-pokok kecil lain yang berhampiran dengan tanah kubur saya lihat bergerak-gerak, bagaikan ada benda yang menggoncangnya.
Awan tebal yang melindungi bulan mula beredar, dan sinar bulan mula menerangi sebahagian dari jalan yang kami lalui, tiba-tiba awan tebal datang kembali menutup bulan dan andang kelapa yang saya bawa pun padam. Datuk berhenti, dia membakar andang kelapa yang baru, memang Datuk membawa dua tiga andang daun kelapa untuk digunakan dalam satu-satu keadaan yang tertentu.
“Jalan cepat sikit, aku rasa tak berapa sedap hati di sini,” Datuk menyuarakan suara hatinya. Saya diam.
“Langkah panjang sikit,” tambah Datuk lagi. Saya hanya boleh anggukkan kepala sahaja. Tidak lebih dari itu. Angin malam yang bertiup menjatuhkan dedaun tua dan ranting-ranting, berderup-derup bunyinya, bagaikan orang mematah kayu kering. Saya mula terasa cemas, tapi saya tidak menyatakan hal pada Datuk.
Saya dan Datuk jalan dan terus berjalan, matlamat kami mahu sampai ke rumah Anjang Dollah dengan secepat mungkin. Barangkali Anjang Dollah sudah bersila di muka pintu menanti kedatangan kami, agaknya Anjang Dollah sudah menyediakan semua barang yang digunakannya untuk kami, fikir saya dalam hati.
Tanah perkuburan tua agak jauh kami tinggalkan. Dada saya terasa lapang, tapi batin saya terus menyumpah seranah suara burung hantu yang seakan-akan mengikuti langkah kami. Datuk berhenti berjalan.
“Siapa tu,” suarnya perlahan. Saya merenung ke depan. Saya terpandangkan benda putih berjalan terhincut-hincut di depan Datuk dan saya, kerana bulan dilitupi awan tebal dan cahaya dari andang Datuk tidak menyala dengan baiknya, saya tidak dapat melihat dengan jelas benda tersebut.
“Barangkali ada orang nak lalu,” Datuk bersuara tenang. Saya juga sependapat dengan Datuk. Suara burung hantu dan jampuk bertambah galak. Salakan anjing bertalu-talu, sayup-sayup dan memanjang pula, bagaikan orang menangis di malam sepi. Benda putih terus menghampiri kami, bila Datuk mahu menegurnya, benda putih tersebut itu pun hilang. Entah ke mana. Saya tidak dapat memastikan apakah dia masuk ke dalam hutan pokok pisang di kanan, atau masuk ke dalam belukar di kiri jalan. Benda putih itu menjelma di depan kami lagi.
“Bukannya manusia,” Datuk bisik ke telinga saya. Serentak dengan itu dia memadam api andang daun kelapa.
“Kita ke tepi, biarkan dia lalu,” perintah Datuk. Saya patuh pada arahan Datuk. Kami berdiri di balik pokok getah besar. Benda putih itu melintas di depan kami. Saya tidak dapat melihat bentuk mukanya. Apa yang saya lihat pada benda putih itu berjalan tanpa kaki, tidak mempunyai kepala. Berjalan menuju ke kawasan tanah perkuburan, saya dan Datuk melihat Anjang Dollah datang membawa cangkul.
“Apa ni tok,” tanya saya pada Datuk.
“Kau diam, kau ikut saya apa yang aku buat,”
“Baik tok,” saya menoleh ke kiri dan ke kanan. Datuk melangkah ke jalan tanah merah. Dia menarik tangan saya mengikuti langkah Anjang Dollah menuju ke kawasan perkuburan. Saya menurut sahaja. Dua tiga kali saya tersungkur kerana tersepak batu-batu nisan. Datuk berhenti. Saya mendongak ke langit, awan tebal sudah berlalu dari sisi bulan. Dengan pertolongan sinar bulan enam belas, kami dapat apa yang dilakukan oleh Anjang Dollah. Dia sedang mencangkul tanah perkuburan. Benda putih duduk dekat batu nisan.
Anjang Dollah dapat menyelesaikan semua tugas-tugas dalam masa kurang lebih empat puluh lima minit. Seluruh badannya dibasahi peluh, nampak berminyak-minya
k ditampar sinar rembulan enam belas. Dia duduk di pangkal pokok cempedak. Kemudian dia berkata pada kawannya yang nampak putih itu. Benda putih tanpa kepala dan kaki itu, bagaikan berawang-awangan, bergerak dan berhenti di depan Anjang Dollah.
“Hai sahabatku, tunggu di sini, biarkan aku ambil kain kapan dan rambut perempuan, kemudian kau bawa barang-barang itu pulang ke rumah kita kau tunggu aku di sana, aku tak boleh balik bersama, kerana banyak kerja yang mahu aku selesaikan,” itulah yang dicakapkan oleh Anjang Dollah pada sahabatnya.
Anjang Dollah terjun ke dalam kubur. Dia mengambil kain kapan orang mati beranak dan rambut. Lama juga Anjang Dollah berada di dalam lubang kubur. Benda putih tanpa kepala dan kaki berlegar-legar di tepi kubur. Kadang-kadang dia nampak bagaikan duduk di akar pokok cempedak. Suara burung hantu kian gamat. Suara jampuk bersahut-sahutan. Lolong anjing tingkah meningkah. Suara dahan kayu berlaga sama sendiri jelas kedengaran di rempuh angin malam. Ranting tua dan daun tua gugur ke bumi.
Saya bagaikan terdengar bunyi orang berjalan di belakang. Bila di toleh , tidak ada apa-apa. Saya bagaikan terdengar bunyi burung terbang di atas kepala. Bila diperhatikan tidak ada apa-apa. Bulu bengkok saya berdiri tegak. Macam-macam perkara aneh saya rasakan. Saya rapat pada Datuk yang duduk tenang. Mulunya membaca sesuatu, saya sendiri tidak tahu apa yang dibaca olehnya.
“Kau ingat, tidak ada benda yang berkuasa di dunia ini, selain daripada Allah yang maha besar, dan tiada manusia yang boleh melawan kekuasaannya. Ingatkan Allah yang maha besar,” Datuk memberitahu saya, bila dilihatnya saya menggeletar sendirian.
“Kau lihat di depan,” Datuk menajamkan mulutnya ke arah kubur yang digali oleh Anjang Dollah. Saya merenung ke depan. Saya lihat benda putih tanpa kepala dan kaki itu terjun ke dalam kubur. Saya terdengar bunyi suara Anjang Dollah terpekik dalam kubur, tanah kubur berterbangan ke udara, serentak dengan itu juga saya dengar suara mengaum macam suara harimau dari dalam kubur.
Suara jeritan Anjang Dollah beransur lemah. Tanpa dapat ditahan Datuk meluru ke tanah kubur. Datuk mahu menolong Anjang Dollah, dia mengambil sepotong kayu, lalu memukul benda putih yang keluar dari lubang kubur. Setiap kali Datuk memukulnya, benda itu tidak melawan, malah dia mengelak, akhirnya ghaib dari kawasan perkuburan. Datuk memanggil saya, waktu saya mahu sampai dekat Datuk, saya rasa pangkal seluar saya basah. Sesungguhnya, saya tidak sedar waktu bila saya terkencing dalam seluar. Datuk suruh saya membakar andang daun kelapa. Saya patuh dengan cakapnya. Bila andang daun kelapa sudah terbakar. Kawasan sekitar tanah kubur yang digali oleh Anjang Dollah terang.
“Kau lihat ,” Datuk menuding jari kelingkingnya ke dalam lubang kubur. Lubang kubur saya jenguk. Anjang Dollah terbaring di dalamnya. Seluruh mukanya berdarah. Di sebelahnya terdapat mayat seorang perempuan, kepalanya sudah terpisah dengan badan. Kain kapannya sudah koyak dan berdarah.
“Perbuatan yang dikutuk oleh Allah, perbuatan sesat yang terpisah dari ajaran agama, cuma orang yang tidak beriman dan tidak percayakan Allah saja yang berani membuat kerja sial ini,” Datuk merungut panjang. Saya renung muka Datuk. Wajahnya penuh kesal. Memang, di luar dugaan Datuk, bahawa pawang Anjang Dollah boleh membuat kerja yang tidak direlakan oleh agama Islam.
“Apa yang patut kita buat Datuk,” saya menyoal Datuk. Lama juga Datuk termenung di situ. Saya tidak tahu apa yang difikirkannya.
“Sebagai orang Islam, Anjang Dollah tidak boleh dibiarkan begini, dia harus dimandikan, di kapan dan ditanam serta dibacakan talkin,” terang Datuk.
“Siapa yang mahu menguruskan semuanya ini.”
“Siapa lagi, kita yang mesti menyelesaikannya,” Datuk bersuara tegas.
“Dia membuat kerja yang silap, biarkan dia di situ,” bantah saya. Datuk senyum. Suara burung hantu dan jampuk terus bersahut-sahutan, tapi suara salakan anjing sudah tidak ada lagi. Bunyi dahan jatuh masih kedengaran.
“Kau silap, kita tahu dia memang beragama Islam, soal dia membuat kerja yang tidak baik tu, soal dia dengan Tuhan,” Datuk memberitahu saya. Datuk membuat keputusan yang tepat. Dia mahu memberitahu pada seluruh penduduk tentang peristiwa yang menimpa diri Anjang Dollah. Dia mahu menghebahkan hal itu ke seluruh kampung. Datuk juga mengharap pada sesiapa yang mengambil ilmu salah atau yang berguru dengan Anjang Dollah supaya bertaubat dan membuangkan semua ilmu itu untuk kembali ke jalan Allah.
Saya merenung ke dalam kubur kembali. Saya lihat mayat perempuan mati beranak itu masih berdarah, saya kira perempuan itu tentu sahaja baru ditanam. Hal itu saya tanyakan pada Datuk.
“Agaknya dia mati semalam,” kata Datuk.
Dia menarik tangan saya keluar dari kawasan perkuburan. Kami berpatah balik menuju ke kampung. Bila sampai di kampung nanti, Datuk mahu melapurkan perkara itu kepada penghulu. Kami kembali meredah tanah sawah yang luas terbentang. Kali ini saya tidak mahu berjauhan dengan Datuk. Datuk tahu perasaan hati saya. Dia menyuruh saya memegang pinggang seluarnya.
Sebaik sahaja kami sampai di gigi kampung, saya dan Datuk terserempak dengan Imam Hamid. Dia agak terkejut bila kami nyatakan yang kami baru sahaja kembali dari tanah kubur.
“Apa halnya,” tanya Imam Hamid.
“Panjang ceritanya dan Pak Imam ni dari mana,” soal Datuk.
Imam Hamid terdiam. Kemudian dia memberitahu kami, bahawa dia juga mahu pergi ke kubur.
“Apa sebabnya,” Datuk mengemukakan soalan. Imam Hamid diam sejenak.
“Anak aku Sepinah mati beranak, dah ditanam pun pagi semalam.”
“Kami tak tahu,” jawab Datuk.
“Silap aku, aku mahu menanamnya cepat, tiba-tiba malam ini hati aku teringatkan dia, aku bimbang kuburnya dikorek orang, kau sendiri tahulah sekarang, kubur perempuan mati beranak suka sangat digali orang,” terang Imam Hamid.
Mendengar cakap Imam Hamid itu, wajah Datuk segera berubah. Dia mula ragu dengan apa yang dituturkan oleh Imam Hamid. Jauh dalam hati Datuk, timbul satu pertanyaan apakah Imam Hamid bersubahat dengan Anjang Dollah dalam perkara ini ? Datuk terus menepuk bahu Imam Hamid dalam mengajak dia pulang. Imam Hamid keberatan. Datuk terus memujuk. Ada sesuatu yang mahu disoal oleh Datuk pada Imam Hamid. Kalaulah Imam Hamid membuat kerja terlarang, dia mahu memujuknya supaya kembali ke jalan Allah.
“Ke rumah saya saja malam ini, ada hal yang mahu saya tanya pada Pak Imam,” kata Datuk. Mendengar cakap Datuk itu muka Imam Hamid berubah menjadi pucat.
-TAMAT-
10. RUMAH MISTERI
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : RUMAH MISTERI
KODE : 330002750940010
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Datuk pun melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Angin petang yang bertiup kencang menggugurkan dedaun getah tua yang memagari pinggir kampung. Mata saya masih tertumpu ke arah rumah papan yang beratap rumbia. Pintu dan tingkap rumah bertutup rapat. Di kaki tangga ada tempayan besar. Sebelah kanan rumah terdapat pokok mempelam telur yang sedang berbunga lebat.
"Apa yang kau nampak?", tanya Datuk pada saya.
"Tak ada apa-apa tuk"
"Baguslah”, balas Datuk dan terus duduk di atas tunggul getah. Anak muda yang sejak tadi berdiri di sebelahnya juga turut duduk. Anak muda itu nampak cemas.
"Nama kamu siapa?"
Saya tersenyum, kenapa begitu lambat Datuk mahu mengetahui nama anak muda itu. Agaknya Datuk terlupa atau sengaja dia berbuat demikian dengan tujuan tertentu, fikir saya dalam hati.
"Nama saya?", ulang anak muda itu.
"Ya nama kau"
"Orang kampung panggil saya Man Beliung, nama sebenar ikut kad pengenalan dan surat beranak Osman"
"Fasal apa orang kampung panggil kamu Man Beliung?", Datuk mencungkil rahsia.
Osman segera bangun dan kerutkan dahi sempitnya. Sinar matahari petang kian redup. Beberapa ekor burung gagak liar mula hinggap ke atas tulang bumbung rumah papan beratap rumbia. Gagak-gagak itu berbaris menghala ke arah matahari sambil berbunyi. Suara gagak itu parau dan kalau di teliti bunyinya macam orang mencarik kain kapan.
"Sebabnya, fasal saya lahir dulu, bidan yang menyambut saya bersama sebilah beliung kecil”, Osman membuka kisah dirinya.
"Mana kau tahu?", tanya Datuk lagi.
"Ayah saya yang cakap dan ibu saya sendiri mengakuinya. Menurut kata ayah, kalau saya tidak disambut dengan beliung kecil itu saya tidak akan lahir dan ibu akan mengandung sampai mati. Beliung itu ayah yang berikan pada bidan"
Datuk terdiam mendengar cerita dari Osman. Suara gagak di atas tulang bumbung rumah papan beratap rumbia terus berbunyi. Saya menumpukan perhatian ke arah rumah tersebut, sebahagian daripada rumah itu tidak kena cahaya matahari kerana terlindung oleh pokok besar. Tiba-tiba sahaja badan saya terasa saya terasa seram. Bulu roma saya mula tegak, anehnya bila saya tidak melihat ke arah rumah itu rasa seram tidak saya rasai.
"Beliung itu ada pada kau?", saya terdengar Datuk menyoal Osman.
"Ada saya simpan. Berbalut dengan kain kuning dan diikat dengan benang tujuh warna"
"Apa warnanya?"
"Saya tak berapa ingat. Tapi warna hitam lebih banyak dari warna lain"
Datuk saya lihat resah tidak menentu. Sekejap dia kerutkan dahi, sekejap menggaru pangkal kening. Sekejap memicit pangkal hidung. Semua yang Datuk lakukan serba tak kena. Dalam keadaan Datuk yang tidak menentu itu, saya renung ke arah rumah beratap rumbia. Saya lihat bahagian tingkap yang tidak kena sinar matahari terbuka dengan sendiri. Ada kelibat manusia berdiri di situ. Saya memberanikan diri untuk melihatinya, tiba-tiba telinga terasa kosong. Tidak ada satu pun yang dapat saya dengar dan kepala saya terasa pening. Saya segera merenung ke arah lain. Pendengaran saya kembali macam biasa, rasa mahu pening terus hilang. Saya tidak berani mengulangi perbuatan itu lagi.
"Kau simpan beliung tu di mana?"
Saya mula bosan dengan sikap Datuk. Tidak habis-habis menyoal Osman dan tidak merasa bosan macam saya. Dia menjawab dengan jelas apa yang disoal oleh Datuk. Osman terus memberi tahu Datuk bahawa beliung itu disimpan di rumahnya yang terletak berhampiran jalan raya. Osman juga memberitahu tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya berjumlah lima ekar lebih. Tiga ekar lagi dijadikan dusun.
"Rumah ini ayah saya dirikan di dalam tanah dusun”, kata Osman tanpa memandang ke arah rumah peninggalan ayahnya, dia bagaikan takut memandang rumah pusaka itu. Matahari kian condong ke barat.
Burung gagak kian bertambah duduk atas tulang bumbung rumah papan beratap rumbia. Bila Datuk menyoal Osman kenapa dia mendirikan rumah di tepi jalan raya atas tanah kerajaan, secara terus terang Osman menerangkan bahawa dia pernah mendirikan rumah di atas tanah pusaka peninggalan ayahnya. Malah, dia sendiri sudah pun mencari seorang gadis sebagai calon isterinya. Dia mahu menjadikan tanah pusaka itu sebagai sumber rezekinya. Tetapi hasratnya tidak terlaksana bila rumah sudah di dirikan dan dia tinggal di situ. Osman merasakan tanah peninggalan ayahnya bukanlah satu tempat yang aman. Setiap malam dia diganggu oleh makhluk ganjil yang dapat dilihatnya.
"Setiap malam badan saya dan pakaian saya dilumuri dengan najis manusia dan binatang. Tiang rumah saya digoncang setiap malam, kerana itu saya pindah”, beritahu Osman pada Datuk.
Osman juga memberitahu, tidak ada orang yang mahu menoreh di kebun getahnya kerana setiap orang yang cuba menoreh akan di serang oleh beribu kelawar dan gagak. Akibatnya orang yang kena serang kelawar badannya agak gatal dan bengkak. Manakala orang yang diserang burung gagak badannya kemerah-merahan akibat dicakar oleh burung tersebut.
"Kebun getah tu, sudah jadi hutan”, keluh Osman.
Hati saya cukup hiba, bila Osman menyatakan dia berhasrat untuk meninggalkan kampung buat selama-lamanya.
"Tidak ada gunanya saya tinggal di sini. Orang-orang kampung mula mencurigai saya. Tidak ada gadis yang mahu bersuamikan saya dan tidak ada orang yang sudi menjadikan saya menantu. Bila pakcik sudah berjaya, semua tanah ini akan saya jual jika ada orang mahu membelinya. Kalau tak ada biarkan jadi hutan”, wajah Osman muram sungguh.
Datuk segera menepuk bahu Osman. Datuk menyanjung cita-cita Osman di samping memberi satu pengharapan baru pada dirinya.
"Jangan putus asa. Allah tidak suka pada orang yang cepat putus asa, hidup mesti berusaha”, bisik Datuk ke telinga Osman.
Dia senyum. Datuk menggaru pangkal telinga sebelah kanan dua kali berturut-turut. Osman pun melihat jam tangan.
"Dah pukul enam pakcik”, ujarnya.
Saya renung wajah Datuk. Dan Osman menoleh ke kiri dan ke kanan, macam mencari sesuatu.
"Mari kita masuk ke rumah tu”, suara Datuk separuh keras.
Osman dan saya berpandangan. Dada saya berdebar dan saya tidak dapat menduga apa yang bergolak dalam hati kecil Osman.
"Mari”, ulang Datuk lagi sambil menarik tangan Osman.
Osman patuh dengan perintah Datuk. Baru lima tapak Osman melangkah, mukanya kelihatan pucat. Tidak berdaya untuk mengatur tapak ke hadapan. Wajah Datuk ditatapnya sejenak.
"Kita menempah bahaya pakcik”, katanya.
"Macam mana kau katakan bahaya, kita belum pun sampai"
"Saya terasa seram sejuk pakcik"
"Usah takut, aku ada dekat kau"
Datuk terus mengajak Osman. Ternyata Osman tidak dapat berdalih lagi. Saya dan Osman terus mengekori Datuk, macam anak ayam mengikut ibunya mencari makanan. Bunyi suara gagak kian gamat seolah-olah tidak merestui atas kedatangan kami bertiga. Beberapa ekor burung gagak terbang rendah ke arah kami. Berlegar-legar atas kepala kami sebelum hinggap di dahan pokok kiri kanan kami. Saya tidak dapat mengawal mata saya menyorot tajam ke arah burung-burung gagak itu. Memang bentuk burung gagak itu agak besar sedikit dari gagak yang selalu saya lihat. Bahagian kepalanya botak hingga ke leher. Di bawah muncungnya tumbuh bulu yang agak jarang tetapi panjang macam janggut manusia.
"Jangan tengok burung tu”, kata Datuk pada saya sambil memusingkan leher saya hingga tertumpu ke hadapan. Memang, terasa sakit leher bila Datuk berbuat demikian pada saya.
"Jangan belajar jahat. Kawal mata dan hati kamu. Sini bukan tempat suka-suka tau”, tambah Datuk.
Nada suaranya cukup keras. Saya terus membisu. Ketika itu langit kelihatan cerah bersama kepulan awan nipis yang berarak ke utara, meskipun hari sudah pukul enam lebih. Kami terus melangkah mengikut langkah Datuk yang teratur. Dada saya terus juga terus berdebar. Lebih kurang dalam jarak dua puluh kaki mahu sampai ke kaki tangga rumah papan beratap rumbia, secara mendadak sahaja Datuk berhenti melangkah.
Dia menyuruh saya berdiri di kanan dan Osman di sebelah kirinya. Dia meminta kami melangkah serentak mengikut langkahnya. Dan langkah pertama dimulakan dengan kaki kiri. Setiap kali melangkah tumit tidak boleh menyentuh bumi. Ketika itu, kami tidak dibenarkan oleh Datuk memakai sepatu. Semua sepatu diletakkan di satu tempat khas. Datuk juga mengingatkan kami supaya jangan menegur kalau terlihat sesuatu yang ganjil. Semua perintah Datuk kami patuhi. Akhirnya kami sampai di kaki tangga rumah tersebut. Datuk meletakan tapak tangan kanannya atas kepala tiang tangga yang terbuat dari kayu Medang Sawa. Kepala tiang itu terukir indah dalam bentuk awan larat yang cukup seni. Lama juga Datuk meletakan tapak tangannya di situ. Saya lihat lengannya bagaikan bergoyang-goyang hingga urat-uratnya kelihatan timbul, macam ada sesuatu yang menekan tangan Datuk. Mukanya mula berpeluh. Urat di kiri kanan dahi Datuk nampak cukup tegang.
"Allahu Akbar..”, pekik Datuk sekuat hati.
Serentak dengan itu dia menarik tangannya dari memegang kepala tangga. Datuk undur dua tapak ke belakang. Datuk pun membaca beberapa potong ayat al-Quran.
"Begini, kita naik ke rumah dengan cara membelakang”, kata Datuk sambil merenung wajah saya dan Osman. Burung gagak terus berbunyi. Tiba-tiba Datuk bersuara lagi, "Biar aku naik dulu”
Saya dan Osman berpandangan lagi, Datuk menukar rancangan dengan mendadak. Datuk pun melangkah anak tangga pertama. Matanya merenung kami, tetapi kakinya terus melangkah. Memang, satu kerja yang sukar memijak anak tanah dengan cara yang ganjil. Bila sampai ke tangga akhir barulah Datuk memusingkan badannya. Kemudian dia menolak daun pintu yang tidak berkunci.
"Naik macam biasa, jangan ikut macam aku tadi”, katanya dengan lantang.
Kami pun segera naik ke rumah. Dalam beberapa saat sahaja kami sudah berada di dalam perut rumah papan beratap rumbia. Rumah itu mempunyai tiga bilik. Salah satu dari pada bilik itu berkunci. Menurut Osman bilik itu semasa ayahnya masih hidup tidak dibenarkan sesiapa masuk di dalamnya. Kerana itu Osman sendiri tidak tahu apa yang terdapat dalam bilik itu. Datuk melihat keadaan rumah yang penuh dengan sawang dan sarang labah-labah dari anjung hingga ke dapur. Ketika berada di ruang tengah Datuk menguis beberapa helai bulu burung gagak serta beberapa ekor bangkai kelawar yang sudah kering. Tulang dan kepala kelawar yang kering dan keras itu bertaburan di situ.
Waktu Datuk mahu menjamah tulang-tulang kelawar itu, kami terdengar bunyi deru angin yang cukup kuat. Serentak dengan itu seluruh ruang di penuhi dengan beribu-ribu ekor kelawar yang bersedia untuk menyerang kami. Datuk pun membuka baju hitamnya dan menutup kepalanya hingga menjadi bulat. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Saya dan Osman terus resah. Tidak tahu apa yang mahu dilakukan ketika itu. Datuk melemparkan bajunya ke arah dinding. Dengan serta-merta kelawar yang beribu-ribu itu hilang dari dalam rumah. Datuk ambil baju dan terus menyarungkan kembali ke badannya.
Datuk melangkah ke pintu bilik yang berkunci. Dengan tangan kiri Datuk memegang ibu kunci erat-erat. Mukanya merah padam. Saya lihat Datuk meramas-ramas ibu kunci hingga hancur. Besi dari ibu kunci bertaburan atas lantai. Datuk menolak pintu bilik dan menyuruh Osman masuk. Pada mulanya Osman enggan, namun setelah didesak barulah Osman melangkah dengan diikuti oleh Datuk dan saya. Dalam bilik itu Datuk menjumpai satu rangka manusia terletak atas tilam yang berlapik kain kuning. Tengkorak dari rangka itu terletak dari atas sebatang kayu Pulai kering.
"Kita balik”, kata Datuk.
Tanpa banyak bicara kami ikut perintah Datuk. Ketika itu hari sudah beransur gelap. Dengan langkah yang cepat kami menuju rumah Osman di tepi jalan raya. Bila sahaja kami masuk ke dalam rumah, Osman jatuh pengsan. Datuk terpaksa merawat Osman hingga pulih. Tidak jauh dari tempat Osman jatuh tadi, Datuk menemui seketul batu sebesar ibu jari. Batu yang berwarna merah itu Datuk masukkan ke dalam uncangnya.
Malam itu selepas menunaikan sembahyang Isyak, Datuk minta Osman mengeluarkan beliung kecil yang disimpannya. Tanpa berlengah-lengah lagi Osman mengeluarkan beliung kecil itu dari dalam kotak kecil yang diletakkan di bawah katil. Lama juga Datuk menilik beliung kecil itu. Datuk terus memberitahu Osman bahawa beliung yang disimpannya itu bukanlah beliung yang dibuat dari pada besi, tetapi dibuat dari tulang manusia. Selagi beliung itu di simpannya ada satu kuasa yang mendampingi dirinya.
Beliung kecil itu merupakan amanat ayahnya untuk Osman mewarisi ilmunya di samping memelihara hantu kelawar peninggal ayahnya.
"Kau harus membuangnya. Kalau tidak dirimu selama-lamanya didampingi oleh syaitan. Bila sampai masanya, kau akan memberikan dia makan dengan darahmu sendiri, kalau tidak dia akan menjahanamkan orang lain”, kata Datuk pada Osman.
"Saya tak tahu pakcik”, balas Osman jujur.
Datuk termenung sebentar. Datuk yakin apa yang dikatakan oleh Osman itu memang benar. Bagi menghilangkan keresahan di hati Osman, Datuk terus berjanji padanya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Osman.
"Minta pakcik al-Quran”, ujar Datuk pada Osman lagi.
"Saya tak ada menyimpannya pakcik"
"Surah Yasin?"
"Pun tak ada"
"Sebagai seorang Islam kau harus menyimpan al-Quran di rumah atau Surah Yasin. Bukan tujuan untuk jadi perhiasan almari, kau harus menyimpan dan membacanya. Paling kurang setahun sekali kau harus membaca Al-Quran selama satu bulan pada setiap bulan Ramadhan. Surah Yasin pula dibaca pada setiap malam Jumaat. Kau boleh membaca Quran?"
"Boleh pakcik"
"Bagus. Paling akhir kau membaca al-Quran bila?"
"Paling akhir sekali kira-kira lima tahun yang lalu waktu saya tamat belajar dengan Haji Mat Zain"
"Lepas itu?"
"Tak pernah"
Datuk mengeluh kecil. Datuk menyatakan rasa kesalnya atas sikap Osman itu. Menurut Datuk, orang muda sekarang kian jauh dari al-Quran walaupun mereka tahu dan boleh membaca al-Quran. Perbuatan membaca al-Quran itu diamalkan masa kecil, bila sudah dewasa perangai membaca al-Quran akan terpisah dari diri mereka.
"Ada yang memikirkan membaca al-Quran sebagai satu sikap menunjukkan diri sebagai orang kampung dan ketinggalan zaman. Jadi mereka lebih senang membaca buku komik atau kartun yang tidak mendatangkan faedah”, Datuk mula berkhutbah. Untungnya dia tidak berkhutbah panjang.
Malam itu Osman terpaksa pergi ke rumah Haji Mat Zain (guru al-Quran kampung tersebut) meminjam kitab suci al-Quran. Bila al-Quran berada di hadapan Datuk, dia terus membacanya hingga ke subuh.
Sepanjang malam itu tidak ada perkara aneh yang kami alami di pondok Osman. Tetapi, bila saya mengikuti Datuk mengambil air sembahyang subuh, di seberang anak sungai yang letaknya tidak berapa jauh dari rumah Osman, Datuk telah dilemparkan dengan najis dari arah kiri. Kerana hari gelap, Datuk tidak dapat melihat siapa yang melemparkan najis padanya. Najis itu mengenai perut Datuk.
"Jangan kacau aku!", pekik Datuk.
Bila suara Datuk hilang, beberapa pokok besar bergoyang dan daun dari pokok-pokok berguguran. Datuk tidak peduli dan terus mandi membersihkan badan. Bila sudah selesai mandi, Datuk terus menyarungkan seluar hitam dan bersedia mahu mengambil air sembahyang. Dalam samar-samar subuh itu, saya dan Datuk terpandangkan kaki manusia yang cukup besar. Datuk terpegun sejenak. Manakala suasana di tebing sungai mula gamat dengan bunyi suara burung hantu dan gagak. Datuk tidak berkata sepatah pun. Dia melangkah tenang menuju ke rumah Osman. Sampai di rumah ternyata Osman masih tidur lagi. Datuk jadi marah dengan tiba-tiba.
"Bangun. Jangan tidur bersama syaitan, mari kita sembahyang!”, pekik Datuk sambil menyepak punggung Osman.
Tergesa-gesa Osman bangun lalu mengambil air sembahyang. Bila Datuk membaca doa qunut, saya rasa rumah itu bergegar. Datuk terus menyelesaikan sembahyang subuhnya. Masa Datuk memberi salam akhir, satu tendangan hinggap di belakang Datuk kemudian pipi saya bagaikan ditamparkan oleh orang. Kibasan tangan itu saya lihat berbulu panjang dan besar pula. Datuk tidak ambil kisah dengan kejadian itu. Dia tetap meneruskan kerjanya membaca doa. Rumah terasa bergoncang lagi. Satu lembaga hitam berdiri di hadapan Datuk. Makin lama lembaga itu berdiri di satu, warnanya segera bertukar dari hitam menjadi seakan-akan kuning, kemudian menjadi putih. Saya amati lembaga itu cukup besar. Bentuk kakinya macam kaki gajah. Dari paras pusat penuh dengan bulu tebal.
Datuk selesai membaca doa. Dia terus mendongakkan kepalanya pada lembaga itu. Di luar rumah, bunyi burung gagak kian hebat bersama dengan suara burung hantu. Sesekali terdengar suara orang menangis dan meratap dalam bahasa yang tidak saya fahami. Subuh itu, bagi saya merupakan subuh yang amat menakutkan. Suasana subuh yang hening dan damai itu tidak saya nikmati seperti subuh yang lain. Osman tidak terkata walau sepatah apa pun. Mukanya pucat lesi.
"Memang kau syaitan. Kau tidak menghampiri orang yang sedang sembahyang. Apa yang kau mahu”, Datuk pun bangun sambil mengambil kain merah lalu mengikat ke kepalanya.
Datuk berdiri dengan kaki kanannya ke hadapan dalam jarak satu kaki dengan kaki kiri. Datuk terus memeluk tubuh. Dia membaca sesuatu. Bila mulut Datuk tidak bergerak, lembaga di hadapannya hilang dan terpacak tubuh badan manusia yang berbalut dengan kain kapan. Bahagian atas kain kapan itu terikat kemas. Begitu juga dengan bahagian kaki. Lembaga itu bergerak dengan meloncat-loncat. Datuk menjatuhkan kedua belah tangannya. Kaki kanan rapat dengan kaki kiri. Kemudian Datuk menepuk tangan. Saya lihat kain kapan yang membungkus lembaga itu terbuka.
"Ayah”, jerit Osman.
Datuk segera berpaling dan menendang bahu kanan Osman. Dan Osman terus pengsan.
"Biarkan dia di situ kau jaga dia. Kalau dia rapat dengan syaitan ni, roh jahat akan meresap ke tubuhnya”, demikian Datuk memberitahu saya. Sekarang lembaga itu membukakan ke dua belah tangannya dan bersedia mahu menyerang. Datuk dengan melompat sambil membuka kain ikat kepalanya lalu memukul ke arah lembaga itu. Lembaga itu hilang dan tempatnya diganti oleh batang pisang. Batang pisang itu terus membesar hingga sampai ke bahagian palang dan akhirnya menjadi satu bentuk yang lain pula iaitu manusia berkepala burung.
"Lalu kamu dari sini. Sebentar lagi matahari akan terbit dan kau tidak boleh terkena cahaya matahari. Aku tahu itu sumpah kamu. Sebaik sahaja Datuk mengakhiri cakapnya, burung itu terus hilang. Di kaki langit, matahari mula menampakkan diri. Datuk memulihkan Osman dari pengsannya. Datuk mengambil beliung yang dibuat dari tulang. Datuk basuh beliung kecil itu dengan tujuh jenis air bunga serta tujuh jenis air dari daun yang hujungnya menghala ke arah matahari terbit. Kemudian Datuk merendamkannya pula ke dalam air yang berlumpur. Bila matahari sudah cukup keras bersinar, Datuk letakkan beliung tulang yang direndam itu di tengah halaman.
Bila beliung tulang itu terkena panahan matahari, muka Osman yang duduk di sisi Datuk menjadi merah macam udang kena bakar. Tiba-tiba beliung itu terbakar dalam bekasnya. Wajah Osman kembali macam sedia kala. Bekas merendam beliung tulang itu Datuk tanam di pangkal pokok rambutan di tepi jalan raya. (Seminggu selepas itu pokok rambutan itu mati akibat di panah petir).
Pagi itu juga saya dan Osman serta Datuk pergi ke rumah papan teratap rumbia. Lagi sekali bila terlihat rumah itu kami gelisah. Keadaannya cukup berbeza dengan keadaan yang sebenarnya. Di ruang tengah rumah bertimbun-timbun bulu gagak dan bangkai kelawar. Bila kami masuk ke bilik tempat rangka manusia, kami dapati rangka itu sudah tidak ada lagi. Tempat meletakkan rangka semuanya menjadi abu. Sebelum Datuk meninggalkan kawasan rumah itu, Datuk menanamkan empat batang buluh sepanjang enam inci di empat penjuru kawasan rumah tersebut. Di kaki tangga Datuk tanam pula paku karat yang berbalut kain kuning.
"Dengan izin Allah, dia tidak akan dapat masuk ke rumah ini lagi”, bisik Datuk pada Osman dan saya.
Kami anggukkan kepala mengiakan cakap Datuk itu. Lebih kurang sembilan pagi, dengan ditemani oleh Osman, Datuk terus menemui ketua kampung.
"Memang kami tunggu kedatangan awak”, kata ketua kampung yang berkulit hitam manis, memakai songkok hitam. Usianya dalam lingkungan enam puluhan. Dia mempersilakan kami duduk.
"Memang arwah ayah Osman ni saya kenal benar. Tetapi, saya tidak menduga yang dia tu ada memakai ilmu salah. Saya kesian pada Osman ni. Dia tidak tahu apa-apa dan jadi mangsa orang kampung”, beliau menyatakan pada Datuk.
Secara diam-diam ketua kampung menyatakan bila keadaan sudah baik, dia berhasrat mahu menjodohkan Osman dengan anak bongsunya. Menurut ketua kampung, hanya dengan cara itu sahaja boleh mengembalikan kepercayaan orang kampung terhadap Osman. Kalau boleh biar semua anak buahnya berada dalam keadaan selamat. Dia tidak rela anak buahnya hidup menderita.
"Sikap Tuk Ketua ini memang dituntut oleh ajaran Islam, kita orang-orang Islam wajib membantu sesama saudara Islam walau dalam apa bentuk pun yang tujuannya untuk kebaikan. Ini merupakan satu ibadah”
Saya lihat ketua kampung tersenyum lebar.
"Bagaimana, ada harapan perkara ni akan berakhir?”, tanya ketua kampung.
"Dengan izin Allah akan berjaya"
"Kami dah berusaha membaca Surah Yasin selama empat puluh empat hari, nampaknya tidak berkesan”, tambah ketua kampung lagi.
"Satu perkara yang harus kita ingat bahawa membaca Surah Yasin tidak semestinya permintaan kita dikabulkan oleh Allah. Kita harus memenuhi syarat-syarat tertentu umpamanya kita mesti terlebih dahulu mendekatkan diri kita pada Allah. Menjalankan segala perintah dan larangannya. Cara kita meminta itu harus dengan ikhlas. Dan tidak memaksa, jangan bila sudah terdesak baru ingatkan Allah, di samping itu kita harus berikhtiar”, lagi sekali Datuk memberikan kuliahnya di hadapan ketua kampung. Setelah mengadakan perundingan dari hati ke hati, ketua kampung sanggup menemani Datuk berjaga di hadapan rumah papan beratap rumbia pada sebelah malamnya.
Malam itu, selepas selesai sembahyang Isyak, kami membentang tikar mengkuang di halaman rumah papan beratap rumbia. Seperti selalu, bila mahu menjalankan tugas-tugas yang berat Datuk akan memakai seluar hitam, baju hitam, di samping kain ikat kepala berwarna merah. Lebih kurang pukul dua belas malam, kawasan tempat kami duduk diganggu oleh bunyi yang amat mengerikan,macam suara gajah.
Bila suara itu hilang, keadaan tempat kami terang berderang. Saya terkejut, lembaga manusia yang berkepala burung berdiri di hadapan kami. Bila melihat keadaan yang ganjil itu, ketua kampung terus pengsan. Osman jadi lemah dan dia juga pengsan. Datuk segera mematahkan pokok keladi di sekitar kawasan itu dan menutup badan ketua kampung dan Osman. Saya mula terdengar suara anjing menyalak dari arah belakang rumah papan beratap rumbia. Saya tidak tahu macam mana anjing-anjing liar berada di situ. Suara burung jampuk dan burung hantu bertalu-talu dan kedengaran suara orang bergendang dan ada kalanya macam suara orang menangis dan merayu.
Lembaga manusia berkepala burung itu masih berdiri di hadapan Datuk matanya bersinar-sinar bagaikan mengeluarkan cahaya api. Dalam saat yang sama saya melihat berpuluh-puluh mayat yang sudah di kapan dengan kain putih terbujur di hadapan Datuk. Mayat itu bagaikan bergerak dalam kain putih.
Datuk terus menepuk bumi. Dia mengambil sebahagian dari tanah di hadapannya. Tanah itu dibulatkannya sebesar guli. Kemudian Datuk menggenggam tanah itu kejap-kejap. Dari celah-celah jari Datuk keluar asap. Bila tangannya di buka, tanah itu menjadi merah menyala. Datuk membaling tanah itu ke arah lembaga berbadan manusia berkepala burung.
Bila tanah itu terkena pada lembaga itu, serta-merta lembaga itu ghaib. Datuk melompat ke hadapan. Datuk mengeluarkan buluh yang sudah ditajamkan hujungnya kira-kira lapan inci panjang dari rusuk kirinya.
“Inilah sumpah kau. Aku tahu buluh saja yang boleh menghilangkan kuasamu”, jerit Datuk lalu menikam ke kiri dan ke kanan.
Pelik juga saya melihat telatah Datuk menikam sesuatu yang tiada. Sudah tujuh kali Datuk menikam, tidak ada apa-apa yang aneh terjadi di hadapan saya. Bila Datuk menikam ke kiri untuk kali yang ke sembilan, saya terdengar suara jeritan yang cukup kuat.
-TAMAT-
11. KISAH DARI TASIK
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : KISAH DARI TASIK
KARYA : HAFIZ
KODE : 330002750940011
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Aku merupakan seorang pemancing tegar. Boleh katakan setiap daerah di negeriku hampir 70% telah kujelajah utk mencari tempat yg sesuai utk memancing. Hasilnya? Kadang-kala bagus, kadang-kala menghampakan. Namun, itu merupakan lumrah dalam kitaran aktiviti seorang pemancing.
Semasa cuti sekolah, aku mengambil kesempatan utk ke salah sebuah tasik di pantai timur Malaysia. Setibanya di sana, aku menyewa sebuah kayak. Sambil membawa joran, aku mendayung sambil mencari sebuah tempat. Hari itu, aku keluar selepas Asar.
Sememangnya tasik ini mmg cantik dan mendamaikan mindaku.
Setelah lebih sejam, aku tiba di satu tempat yg agak asing dari kawasan yg biasa dilalui orang ramai. Aku menghentikan dayungan aku dan kemudian, aku mencari joran. Lalu ku lemparkan umpan seperti biasa sambil melayan-layan keadaan permukaan tasik yg kelihatan tenang.
Ah! Aku tersedar. Rupa-rupanya jam sudah menunjukkan hampir jam 6.30 ptg. Sedang aku ingin menarik joranku, tiba-tiba, kudapati umpanku mengena!
Kelihatan ikan lampam sebesar pehaku menyambar umpanku. Aku gembira tak terkata. Maka, aku pun 'melayan' rentapan si lampam yg semakin lama semakin lemah.
Tiba-tiba, aku menyedari bahawa kelihatan ada objek kemerahan mengejar ikan lampam yg sedang merentap umpanku. Makin lama, objek merah kekuningan itu makin dekat ke permukaan dan aku dpt anggar saiz objek tersebut adalah sebesar kelapa puyuh.
Apabila ikan lampam kutarik dgn joranku ke permukaan tasik maka dpt kulihat dgn jelas objek kuning kemerahan itu.
Ada dua! Dan ia kelihatan seperti mata! Kemudian, 2 objek kuning kemerahan itu berpatah balik ke dasar dgn laju sehingga, aku dpt rasa gelombang tasik itu.
Ini merupakan pengalaman pertama aku berhadapan ikan yg sgt besar! Saiz dua biji mata itu sebesar kelapa puyuh & itu sudah cukup menggambarkan saiz ikan tersebut!
Joran kucampak! Pendayung kuambil!
Lalu aku berkayuh secara berterusan sehingga sampai ke jeti.
Abg kedai itu memarahi aku kerena waktu sudah lewat, namun, aku memberikan sahaja duit sewa & beredar.
Akibat perisitiwa itu, aku mengalami demam seminggu.
Peristiwa itu telah berlaku hampir 20 tahun yg lampau. Soalan aku, ikan apakah yg begitu besar di dalam tasik tersebut?
Hanya Tuhan sahaja yg Maha Mengetahui.
-TAMAT-
12. WANITA MISTERI DI BILIK ASRAMA
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : WANITA MISTERI DI BILIK ASRAMA
KARYA : NUR ASYIKIN
KODE : 330002750940012
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Kisah ini berlaku sewaktu aku menuntut di sebuah IPT swasta di sebuah negeri di pantai timur. Aku tidak ingin memanjangkan celotehku melainkan terus bercerita tentang apa yg terjadi padaku hampir 20 tahun yg lalu.
Hari itu, aku mengalami demam. Entah kenapa, badan aku tidak sihat. Seram sejuk. Lesu dan sakit kepala. Seperti biasa, aku akan berjumpa pembantu perubatan (M.A) utk mendapatkan ubat bagi meredakan demamku.
Sesudah mendapatkan ubat-ubatan dari M.A, aku terus ke katil 'double decker'ku. Katil aku berada di sebelah atas manakala katil bawah pula adalah milik kawanku yg berasal dari Miri, Sarawak.
Pada sebelah malamnya, demam aku agak berkurangan sedikit. Namun pening dan panas demam itu masih ada. Rutin aku dlm tempoh demam itu hanyalah makan, berehat & tidur. Ini disebabkan badanku yg tidak sihat.
Waktu sudah menunjukkan jam 10.30 malam. Aku melihat, ada beberapa orang rakan-rakanku sedang bersiap-siap utk 'berlayar ke alam mimpi' manakala yang lain, sudah tidur nyenyak. Rakanku yg berada di bawah, sudah lena diulit mimpi. Suasana bilik asrama sudah semakin malap memandangkan cahaya yang tinggal hanyalah lampu meja utk para penuntut membuat tugasan sekiranya ada.
Aku pun melelapkan mata bagi merehatkan keadaan diriku yg kurang sihat. ............ suasana menjadi gelap.
Tiba-tiba aku tersedar dan membuka mata. Entah kenapa aku lun tidak mengerti. Mungkin badan aku yg kurang sihat. Aku menjeling keadaan sekeliling. Sedang aku ingin memejam mata kembali, ekor mata aku menangkap pintu bilik asramaku. Kelihatan terdapat rambut panjang yg hitam lagi gelap bergerak mendatar (seperti terbang) menuju ke arah tingkap bilik asramaku.
Aku cuba menajamkan pandangan mata dan memerhati sahaja. Jelas! Ia adalah rambut milik seorang wanita berpakaian baju kelawar putih. Bergerak dari pintu secara perlahan-lahan menuju ke arah tingkap.
Sampai sahaja di tingkap, pergerakan wanita tadi berhenti. Kemudian dia mula memusingkan tubuhnya & aku dapat mengagak bahawa wanita misteri itu ingin memalingkan mukanya terhadap aku. Aku yg sudah sedia maklum sedang lemah disebabkan oleh demam, bertambah lemah.
Dalam keadaan gementar ketakutan, aku cuba utk memejamkan mata sehingga aku merasakan gelap pandanganku. Kemudian aku merasakan suasana menjadi sepi dan gelap.
Tiba-tiba aku merasakan pipi aku ditampar orang & aku tersedar. Rupanya, aku di bilik M.A bersama lebih kurang 11 orang rakan-rakanku bersama seorang Ustaz Yusof (bukan nama sebenar) & Ustazah Rahimah (bukan nama sebenar) dan pembantu perubatan.
Menurut rakan-rakanku, aku mengilai dan ketawa dgn kuat sekitar jam 2.30 pagi. Mereka membuat keputusan utk memanggil Ustazah Rahimah & Ustaz Yusof utk memulihkan aku yg seolah-olah dirasuk.
Rupa-rupanya aku dlm keadaan begitu selama hampir 18 jam kerana apabila aku memandang jam digital yamg terpampang di dinding bilik, jam sudah menunjukkan pukul 8.30 mlm.
Menurut Ustaz, apabila badan dlm keadaan lemah, ditambah pula kita tidak mampu menunaikan solat, maka, akan ada 'makhluk' yg bakal mengganggu kita.
Malam itu, aku ditemani rakan-rakanku di bilik asrama termasuk Ustazah Rahimah. Alhamdulillah, sehingga hari ini aku tiada masalah. Walaupun kisah itu telah berlaku hamlir 20 tahun yg lalu, namun aku tetap menganggap ia kenangan misteri yg kekal di ingatanku sampai bila-bila.
-TAMAT-
13. MAGHRIB DI SUNGAI
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : MAGHRIB DI SUNGAI
KARYA : MOHAMMAD
KODE : 330002750940013
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Hujung minggu. Sudah menjadi lumrah aku bersama rakan-rakanku utk bermandi-manda di sebuah kawasan perkelahan di negeri Perak.
Aku mmg teruja kerana memandangkan aku duduk di pesisiran pantai di negeri Terengganu, maka, sudah pastilah aku ingin menikmati keindahan alam semulajadi di negeri tempat daku menuntut ilmu utk meneroka tempat baru.
Petang itu, aku bersama belasan rakan-rakan lain menuju ke tempat perkelahan tersebut. (Dalam ingatan sekitar 11 hingga 12 orang)
Memandangkan kami tiba agak lewat dlm jam 6.00 petang, maka kami mandi sepuas-puasnya dan akan pulang sesudah matahari terbenam. Itulah rancangan kami. Ada beberapa kelompok keluarga sudah bergerak pulang dgn kenderaan masing-masing.
Setelah beberapa ketika, hari semakin gelap. Kami semua mula menyedari bahawa hanya suara kami sahaja yg bergema di sekitar kawasan perkelahan. Suasana sudah sedikit suram dek sinaran matahari sudah semakin sedikit.
Sedang bermandi-manda, aku menyedari rakan aku, Majid (bukan nama sebenar) sedang berdiri tegak dlm 3 meter dari kawasan kami bermandi-manda.
Aku memerhati gerak-geri Majid. Kelihatannya, mata Majid merenung ke suatu arah di mana terdapat sebiji batu bersaiz kereta Volkswagen. Aku lihat, tiada apa di sana tetapi Majid tetap berdiri tegak.
Aku menoleh ke tebing sungai dan mata aku menangkap gelagat Zul bukan nama sebenar) yang sedang berehat tiba-tiba berdiri & memerhati ke arah batu besar tersebut.
Kini, Majid & Zul sudah memerhati ke arah batu. Aku sudah mula rasa tak sedap hati. Aku naik ke tebing dan mencari jam tangan di dlm beg. Jam sudah menunjukkan jam 7.30 mlm! Aku mula merasakan satu kesilapan besar apabila berada di sungai pada waktu Maghrib sebegini.
Tiba-tiba seorang rakan aku Mus, (bukan nama sebenar) , yg berada di tebing tidak jauh dari tempat Zul berada menjerit dan menyatakan kami harus pulang segera tanpa berlengah.
Mus meruapakn seorang rakan kami yang 'cool' dan jarang melihat beliau marah namun Maghrib itu, jelas Mus sdg dlm keadaan yg amat marah. Maka, apabila semua menaiki tebing termasuk Majid.
Zul tadi juga bagaikan tersedar terus berkemas. Kami bergegas pulang dgn menaiki 3 buah kereta sewa.
Setibanya di dorm, Majid menceritakan bahawa beliau ternampak susuk lembaga hitam yg besar berdiri di atas batu itu memandang beliau. Majid bagaikan kaku & terkunci dan hanya mampu setelah lembaga hitam itu menoleh ke arah Zul.
Menurut Zul pula, sedang dia berehat di tebing sungai, Zul merasakan kawasan dia berbaring semakin gelap. Apabila dia menoleh, mata Zul terpandang ke arah batu besar dan jelas kelihatan susuk tubuh lembaga hitam yg besar memandang beliau.
Zul juga terpaku namun dia tersedar setelah Mus menepuk belakangnya. Rupanya Mus pun terlihat sama. Menurut cerita Mus, lembaga hitam itu merupakan syaitan dan suka berkeliaran & mengganggu mereka yg berada di luar rumah terutama pada waktu Maghrib.
Pengalaman ini merupakan sejarah baru dlm hidup aku.
Cuma, sehingga ke hari ini, terdapat persoalan yg bermain di mindaku. Mengapa Majid, Zul dan Mus sahaja yang boleh melibat lembaga hitam tersebut?
-TAMAT-
14. OBJEK PUTIH DI PADANG
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : OBJEK PUTIH DI PADANG
KARYA : MOHD NAZRI
KODE : 330002750940014
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Kisah yg ingin aku ceritakan ini berlaku di salah sebuah IPT di pantai timur kira-kira 20 tahun yang lalu.
Waktu malam merupakan waktu istirehat bagi para pelajar selepas letih seharian di dewan kuliah.
Aku dan Saiful (bukan nama sebenar) kerap mencari tempat utk berehat di serambi asrama pada waktu malam. Lebih-lebih lagi serambi asrama kami berdekatan dgn padang bolasepak. Sudah tentu tiupan angin sepoi bahasa tenang & mendamaikan.
Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 mlm. Sudah lebih 30 minit aku & Saiful berehat di serambi itu sambil melihat kegelapan padang bolasepak di dlm kepekatan malam.
Kebiasaannya, sebelum tengah malam, kami berdua akan berganjak utk masuk ke bilik utk tidur. Kemudian, seorang rakan kami, Shah (bukan nama sebenar) sedang asyik bertelefon dgn teman wanita beliau.
Sambil berjalan dari kaki lima asrama kami, Shah dengan dilamun cinta berbual dgn asyik terus menuju ke padang yg gelap gelita dan destinasi akhir beliau adalah salah satu dari tiang gol padang tersebut.
Malam itu, agak gelap, namun kami berdua masih boleh melihat Shah yg sedang bersandar pada tiang pintu gol. Sedang aku & Saiful sdg memerhati gelagat Shah yang asyik 'bergayut', tiba-tiba Saiful yg rancak berborak dgnku terdiam. Aku menggerakkan bahu beliau. Kemudian, aku tenung wajahnya. Muka Saiful kelihatan terkejut dan sedikit pucat memerhati sesuatu ke arah padang.
Aku pun memandang ke arah padang. Mata aku menangkap sesuatu yg menarik perhatian aku.
Kelihatan seolah-olah ada objek putih di penjuru padang (tempat pemain melakukan tendangan sudut). Objek putih itu kelihatan 'bergerak mendatar' secara perlahan menuju ke arah pintu gol di mana Shah berada.
Semakin lama objek putih itu jelas kelihatan. Ia adalah seperti mayat yg sudah dikapankan! Kami berdua tergamam kerana ini merupakan kali pertama kami melihat objek putih seperti mayat.
Objek putih seperti mayat yg sudah dikapankan itu sudah menghampiri tiang gol sebelah dan kini aku & Saiful tersedar bahawa Shah dalam bahaya. Kami menjerit dgn sekuat hati memanggil Shah yg sedang bersandar di tiang pintu gol. Akhirnya, Shah menyedari jeritan kami memanggil beliau.
Shah bergegas ke arah kami dan kemudian setibanya beliau di hadapan kami, kami menjelaskan apa yg berlaku sehingga menyebabkan kami menjerit memanggil beliau.
Objek putih tadi sudah tidak kelihatan. Kami bertiga melangkah dan pulang ke bilik dan malam itu. Shah tidur di bilik kami kerana merasa seram dgn apa yg berlaku.
-TAMAT-
15. TANGKAL HITAM
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : TANGKAL HITAM
KODE : 330002750940015
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Cerita bapak, ada seorang tua. Tinggalnya di kawasan terpencil di Sungai Rengit, Johor. Umurnya dikhabarkan lebih 90 tahun atau mungkin juga melebihi 100 tahun dek kerana ilmu dan amalannya. Namun kuatnya mengalahkan orang muda. Isterinya cantik lagi muda. Lelaki tersebut berasal dari negara jiran. Datang ke sini membuat khidmat mengubat orang. Orang memanggilnya 'Wak'.
.
Hebat orang tua tu. Dia boleh terbang dari pokok ke pokok.
Huih, biar betul, pak. Dah macam cerita Indonesia!
Ya, betul. Begitulah hebatnya orang tua tu. Kalau tidak, tak kan lah bila digelek saja telur di atas perut abang kau, terus hilang appendiksnya. Kalau tidak abang kau tu meronta-ronta menangis, muntah-muntah. Hampir pecah, bernanah appendiksnya.
Oh begitu ke? Hebat ya.
.
Namun bapak terus disogokkan cerita ilmu kekuatan dan kekebalan oleh Wak tersebut. Bapak terpikat minat, lalu diambilnya sebuah tangkal hitam yang dihulurkan Wak tersebut. Lalu dikisahkan amalan-amalan untuk menjaga tangkal itu.
.
Bapak balik perasapkan tangkal itu 3 malam berturut-turut. Bau kemenyan memenuhi ruang rumah. Tiada siapa yang berani bertanya perihal urusan bapak.
.
Beberapa minggu aku lihat bapak memakai tangkal itu di lengannya ke mana-mana. Namun beberapa perkara pelik berlaku.
.
Sedang emak solat Asar, dia nampak satu lembaga hitam berupa kanak-kanak lelaki yang berbogel sedang menyakat-nyakat emak sedang solat waktu itu. Emak menjerit sekuat hati. Bila bapak datang, emak dilihat sedang terketar-ketar dengan telekung sembahyang sambil tangannya menunjukkan tempat lembaga itu berlegar tadi. Tetapi lembaga tersebut telah lenyap menghilang.
.
Suasana dalam rumah juga jadi panas dari biasa. Semua orang terasa bahangnya. Namun bapak berdiam membisu.
.
Ada satu malam, bapak bangun dengan nafas tercungap-cungap. Wajahnya panik dan bajunya lencun dibasahi peluh.
.
Kenapa bang?
Aku mimpi. Aku mimpi aku bersilat dan bertempur dengan dua lembaga. Satu bermuka cantik dan berbau wangi. Satu lagi mukanya pelik dan menakutkan.
Lembaga apa tu bang?
Lembaga muka segitiga!
Muka segitiga?
Ya, mukanya segitiga. Dalam mimpi tu lembaga tu kata, segera pulangkan tangkal itu atau tidak, malam Jumaat akan datang, dia akan datang lagi ke alam nyata dan merosakkan keluarga kita!
Habis, apa kita nak buang ni bang?
Nanti aku jumpa Wak tu semula.
.
Tangkal tersebut dipulangkan kepada Wak tersebut. Wak berpesan bahawa lembaga tersebut berasa tidak serasi menjadi 'khadam' bapak. Bapak diminta untuk menaburkan garam kasar membentuk satu bulatan besar mengelilingi rumah sambil membacakan ayat untuk membuat pagar rumah. Tidak dibenarkan mana-mana ahli keluarga untuk berada di luar rumah selepas itu. Sambil itu bapak diminta untuk berjaga-jaga sepanjang malam tersebut.
.
Aku perhatikan bapak mengerjakan pendinding rumah tersebut. Lembayung senja merah berlabuh menjemput malam. Aku tidak pasti apa yang berlaku malam itu. Tetapi cerita bapak, ada berlaku lembaga yang menjerit dan marah-marah di sekeliling pagar yang dibuat bapak. Tak terbayang di akal aku bagaimana rupa lembaga tersebut. Namun yang pasti hanya Allah sahajalah Yang Maha Berkuasa bagi segala makhluk, tiada dua dan tiganya
-TAMAT-
16. MAKCIK DEWAN MAKAN
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : MAKCIK DEWAN MAKAN
KARYA : PENATARIHITAM
KODE : 330002750940016
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Jari jemari aku menari-nari di halaman seram CERITA² MISTIK, MISTERI SERAM ini. Memang halaman ini banyak kisah-kisah yang seram dapat dibaca. Satu persatu aku memilih tajuk untuk dibaca. Tapi tidak tahu kenapa, tengah mencari tajuk cerita untuk dibaca. Tiba-tiba aku teringat satu kisah yang pernah diceritakan oleh adik aku. Memang dapat rasa meremangnya bulu roma.
Kisah ini sebenarnya diceritakan oleh adik aku. Berlaku pada seorang kawannya. Waktu itu adik aku masih belajar di sebuah Universiti yang terletak jauh nun hujung di sebelah utara. Universiti ini memang terkenal dengan gangguan makhluk halus dan penampakan yang menyeramkan. Tentang gangguan di dalam bilik, di dalam asrama, di dalam bilik bacaan juga didalam bilik menonton televisyen.
Ada juga yang terkena gangguan di dalam bilik air hingga demam berminggu-minggu. Ada sesetengah pelajar suka mereka-reka cerita untuk mengusik dan menyakat kawan-kawan yang penakut. Buat patung pocong letak di atas tangga. Letak di dalam tandas. Sudah berkali-kali pihak Universiti memberi amaran, namun degilnya pelajar-pelajar ini tidak dapat dibendung lagi. Makin melampau kenakalan mereka. Salah seorang pelajar nakal itu ialah Badrul. Ini kisah Badrul yang adik aku ceritakan.
Badrul memang nakal sangat-sangat. Menyakat kawan-kawan memang sudah menjadi hobi. Sudah berkali-kali dinasihati tapi perangainya semakin melampau. Badrul macam tidak kisah dengan nasihat kawan-kawan rapat. Badrul memang suka bersarapan di dewan makan. Tiap-tiap pagi waktu sarapan pasti Badrul lah pelajar yang pertama sampai bersarapan di dewan makan. Tiap-tiap malam memang di bilik Badrul menjadi tempat kawan-kawan rapat duduk bersembang sampai ke pagi. Ada yang sampai terlena sampai pagi. Kadang-kadang masak mi segera sama-sama. Makan riuh rendah.
Tapi di malam kejadian. Di bilik Badrul seperti biasa ramai bersembang-sembang. Makan mi segera. Tapi yang peliknya Badrul tidur awal. Pukul 9 malam Badrul sudah berdengkur. Selalunya Badrul akan mengajak 2 atau 3 orang lagi untuk menemaninya menjalankan projek menyakat. Tidak tahu kenapa malam itu seorang kawan dari bilik lain datang mengajak kawan-kawan Badrul pergi ke biliknya untuk makan sate. Dia beli banyak. 2, 3 orang terus goyang-goyang Badrul yang sedang berdengkur untuk mengajak sekali pergi makan sate. Tapi Badrul tidak terjaga. Badrul terus nyenyak tidur.
Tidur Badrul berdengkur seorang di dalam biliknya. Kawan-kawan lain sedap menjamu selera, maklum lah sate. Makan-makan, sembang-sembang, ada juga yang menonton filem aksi di komputer riba. Pada waktu itu tidak seorang pun ambil tahu pasal Badrul. Semua seronok melayan perasaan masing-masing. Tiba-tiba salah seorang menegur. “Dah pukul 5.30 pagi ni. Jom bangunkan Bad”. Seorang lagi bersuara, “tak pe. Bad selalu bangun awal. Dia kan King Of Dewan Makan”. Satu bilik riuh dengan ketawa.
Tepat pukul 7 pagi masing-masing turun ke dewan makan. Tapi yang peliknya Badrul tidak ada. Semua kawan mencari Badrul. Masing-masing membuat andaian yang Badrul merajuk sebab tinggalkan dia seorang diri di bilik. Puas mencari Badrul tapi tidak jumpa. Tanya pada makcik-makcik dewan makan pun mereka bagitahu memang pagi ini tidak nampak Badrul datang ke dewan makan. Semua kawan bersepakat naik ke bilik.
Memang benar, Badrul masih terbaring di atas katil sambil berselimut. Semua kawan menjadi pelik dengan perangai Badrul pagi itu. Macam-macam soalan ditanya pada Badrul. Tapi Badrul terus membisu. Badrul nampak sedikit pucat masa itu, macam orang demam. Kemudian kata putus dibuat. Kepada pihak Universiti diberitahu. Badrul seminggu ditahan di wad. Seminggu kemudian baharulah kisah sebenar yang menimpa Badrul dapat diketahui. Puas juga memujuk Badrul untuk menceritakannya.
Di malam kejadian Badrul tidak tahu pukul berapa. Dia terjaga sebab bunyi bising sangat-sangat di dewan makan. Bila bangun tengok seorang pun tidak ada. Badrul fikir semua sudah turun ke dewan makan. Badrul rasa marah sebab kena tinggal. Badrul fikir semua kawan sengaja hendak tinggal dia seorang diri. Badrul dengan rasa tidak puas hati bangun terus ke tingkap. Memang tingkap bilik Badrul menghadap betul-betul depan dewan makan. Bila dia keluar kepala dari tingkap memang dewan makan sudah terang benderang. Badrul yakin semua kawan sudah berada di dewan makan. Bunyi bising makcik dewan makan memasak pagi itu memang lain macam.
Badrul dengan pantas berpusing kedalam ambil baju. Tetapi, mata Badrul terpandang jam dinding. Pukul 3.15 pagi. Dia berlari ke tingkap. Tengok dewan makan dah gelap. Tapi bunyi bising periuk belanga dan orang menggoreng masih kedengaran. Suara memang sama macam suara makcik dewan makan. Dari cahaya lampu tiang yang terletak di hujung dewan makan, Badrul dapat lihat benda bergerak dan bising di atas bumbung dewan makan. Badrul nampak makcik dewan makan 4,5,6 orang bising memasak atas bumbung. Badrul tengok jam dinding sekali lagi. Pukul 3.25 pagi. Badrul menenyeh matanya berkali-kali. Bila buka semula dan melihat ke atas bumbung, bunyi bising terdiam. Tapi keenam enam serupa makcik dewan makan itu, serentak memandang kepada Badrul.
-TAMAT-
17. JELMAAN DI RUMAH ASRAMA GURU
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : JELMAAN DI RUMAH ASRAMA GURU
KARYA : ZA
KODE : 330002750940017
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Pengalaman di rumah misteri sekolah. Cerita ni merupakan kisah benar yang dialami oleh aku sendiri. Aku merupakan guru kontrak di sebuah sekolah rendah swasta di negeri yang dirahsiakan. Kiranya aku ni perantau lah. Tahun pertama, aku tinggal di asrama bersama pelajar2 sekolah menengah. Sekolah ni bersebelahan dengan sekolah rendah. Jadinya pengetua benarkan aku untuk tinggal di asrama sekolah. Tinggal di bilik warden. Rumah ni macam rumah banglo. Tapi aku duduk sampai hujung tahun lepas saja.
Awal tahun, aku minta untuk tinggal berasingan dengan pelajar sebab tak selesa. Jadinya pengetua benarkan aku dan sorang lagi kawan aku daripada Terengganu tinggal di rumah yang dibuat khas untuk kaunselor sekolah dalam kawasan sekolah jugaklah. Jadinya masa sehari sebelum bukak sekolah, aku pun naik ets untuk pulang ke sekolah. Kakak aku ambil di stesen keretapi. Selepas tu, kami pun pergi ke pasaraya untuk beli barang2 keperluan rumah (tikar/baldi/dan lain-lain). Sampai je rumah tu, aku pun buat biasa. Kemas2 rumah tu. Cuci toilet semua. Pasang tikar. Lepas tu kakak aku pun balik.
Sementara nak tunggu kawan aku sampai daripada Terengganu, aku pun mandi, kemas2 sikit lagi. Rumah tu ada 3 bilik. 1 bilik kaunselor dan 2 lagi bilik kosong. Aku ambik bilik yang tengah. Bilik tu ada 1 tingkap tapi ada cermin yang tak lengkap. Rumah tu aku boleh kata, tak lengkap sebab masih renovate lagi bahagian belakang dapur dan tepi. Masa aku nak masuk bilik air tu, ada 2 ekor katak. Aku pun halau katak tu. Ok. Maghrib, kawan aku pun sampai. Kami sambung mengemas dan baca yaasin serta “pagarkan” rumah tu malam tu. Ok dipendekkan cerita, aku nak cerita apa yang jadi je kejadian pelik-pelik.
Setiap hari aku mandi pukul 5.45 pagi tu, aku akan dengar bunyi riuh orang bercakap. Aku fikir positif je orang kantin datang. Belakang rumah ni adalah kantin sekolah rendah. Bila malam2 memang wajib baca al-mulk (kerajaan) dan surah al-hasyr (pengusiran). Dan kami pun tidur dengan bacaan ayat al-quran. Tapi malam2, aku selalu dengar bunyi meja dan kerusi ditolak. Aku fikir positif, budak2 asrama pegi koperasi sebelah rumah kami ni. Ada 1 malam tu pakguard datang ronda, dia tanya berapa orang dalam rumah, berdua ke bertiga. Kawan aku tu muka dah cuak, aku jawab je berdua pakcik. Dan lagi peliknya, katak dalam bilik toilet tu asyik ada je walaupun dibuang banyak kali dah. Celah mana dia datang kan?
Nak dijadikan hal, selepas seminggu tinggal di situ, aku terpaksa pulang ke kampung untuk menghadiri temuduga di kampung. Aku pun balik. Tinggallah kawan aku tu sorang. Cadangnya malam tu dia nak tidur rumah tu sorang2. Dia habis sekolah pukul 5 camtu. Balik tu dia nak mandi solat, tiba2 je lampu bilik air ditutup kemudian dibuka semula. Dia takda pulak nak tegur ke apa. Sebab sebelum ni aku dah pesan, jangan tegur apa2. Lepas mandi, dia solat pastu terus start enjin kereta pergi tumpang tidur rumah kawan kami.
Malam esoknya, dia call aku dan cerita. Dia cakap dia dah tak nak tinggal situ lagi. Dia ajak aku pindah. Kebetulan pulak, aku diterima untuk mengajar di negeri kelahiranku sendiri. Jadi, aku buat keputusan untuk berhenti je terus sebab ada masalah dengan rumah pulak kan. Aku start kerja baru bulan 3. Tapi takpelah, duduk jelah rumah sendiri dengan keluarga dulu. Berehat. Nak dijadikan cerita, hari terakhir aku kat sekolah tu, aku kena la jugak pergi dulu kan untuk berhenti dengan baik. Oh lupa, sementara 3 hari sebelum aku berhenti kerja, kami berdua menumpang di rumah rakan sekerja.
Sambil2 tu, aku pun bertanya atau korek cerita daripada guru2 lama tentang rumah tu. Menurut guru (kak Dar), rumah tu dulu rumah yang ada ustaz dan keluarganya tinggal. Bila malam2, isteri dia selalu terbau wangi sangat time senja. Dan anak dia pulak sampai berkawan dengan “benda” tu. Meremang bulu roma aku. Memang la kaalu diikutkan, guru2 ada yang bertanya okay ke kami tinggal situ. Yang aku ni tak faham maksud okay tu. Aku ingat pasal fasiliti ke. Aku jawab jelah, okay je. Rupa2nya okay ke tak tu, kena gangguan ke tak. Kemudian aku cerita la pengalaman aku dengar bunyi riuh tu.
Kak Dae cakap, orang kantin datang pukul 6.30 pagi. Ok, jeng jeng jeng. Dia cerita lagi, kawasan sekolah ni memang keras, terutama dekat stor (belakang rumah tu), belakang kantin, (belakang rumah tu), belakang bilik guru dan bilik air guru perempuan. Maksudnya kawasan rumah kami tu memang tempat “dia” dan mungkin “mereka”! Menurut kak Dar lagi, dekat pokok belakang rumah tu ada tinggal nenek kebayan. Pak guard juga selalu dengar bunyi orang basuh kain dalam tandas bilik guru. Dan kadang kala, bunyi mesin printer dalam bilik guru malam2. Huhuhu. Lemah semangat mak dengar. Habis cerita kak Dar.
Petang tu, aku pegi jumpa pengetua untuk maklumkan yang aku berhenti notis 24jam. Bila aku cerita tentang rumah tu, dia cakap, dia pun tak sampai hati nak tanya okay ke tak tinggal situ. Sebabnya masa tempoh renovate, tukang cat rumah tu kena penampar dengan benda tu sampai demam seminggu. Haa amik kau! Bila aku cerita dekat kawan serumah aku tu, dia pun dengar bunyi yang sama macam aku. Dan kebanyakan orang cakap, katak tu adalah jelmaan. Wallahualam. Sekarang aku tengah tinggal di rumah dan berhenti kerja sementara memulakan tugas di tempat baru.
Segala pengalaman yang aku rasai ni, akan aku ingat. Sebabnya, aku ni kategori penakut tapi tak tahulah macam mana aku boleh duduk 10 hari kat situ. Agaknya benda tu marah kami dok situ pastu pasang ayat2 al-quran pulak. Rumah tu dah lama ditinggalkan. Dengar cerita nanti nak dipindahkan jadi tadika pulak rumah tu. Hoi, seronoklah benda tu dok main dengan budak2! Lupa pulak, kawan serumah aku tu pun sekarang masih lagi menumpang rumah orang. Kesian dia.
-TAMAT-
18. RUMAH LAMA
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : RUMAH LAMA
KARYA : HAMBA
KODE : 330002750940018
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Assalamualaikum warga pembaca CERITA² MISTIK, MISTERI SERAM. Harap semua sihat sahaja. Aku dah masuk kali kedua dah tulis kat sini. Sebelum ni tajuk yang aku tulis tu adalah Pengalaman Masa Tidur. Alahh yang kisah kena p****g kuku tu. Okay ni cerita lain pulak yang nak dikongsi.
Depan rumah aku nih dulu rumah tok sedara aku. Tapi bila dia dah meninggal, tak ada siapa pun yang duduk rumah tu. Anak-anak lain dah ada rumah sendiri. Dia meninggal tu masa umur aku lima tahun kot. Sekarang dah 23 dah. Hee. Okay, jadinya rumah tu dah kosong berbelas tahun jugak lah. Dalam tempoh tu, ramai orang nampak yang ada benda tu duduk berdiri kat tiang elektrik depan rumah kosong tuh. Sambil tangan dia terangkat sebelah. Kadang-kadang duduk dekat tingkap.. AKu tak tahu laa sebab aku tak pernah nampak. Orang yang cerita. Rumah ni betul-betul selekoh jalan. Tapi dalam kampung.
Kadang tu aku lalu nak ke kedai runcit, rasa laa aura seram dia tu. Sebab lalu betul-betul depan rumah tu. Kisahnyaa, masa tok saudara aku masih ada, dia suka ambik barang-barang yang orang dah tak guna. Contohnya lembing, sabit, tombak, dan sebagainya. Kebanyakannya dia akan simpan di bawah katilnya (Sekarang ni pak ngah aku pulak suka buat perangai macam ni, Mak aku yang angkut letak kat luar).
Tahu-tahu saja la kan, dah nama pun rumah kosong, yang telah ditinggalkan berbelas tahun, mesti la ada penghuni yang tak diundang ni. Ada ustaz cakap, dalam rumah tu dah beranak pinak dah pun. Macam-macam jenis yang ada. Masa umur aku lebih kurang 13 tahun macam tu, pak ngah aku and the geng ada buat bisnes. Kayu ukir apa entah. Diorang buat kat rumah tu. Ada stor yang bersambung dengan rumah tu.
So, malam-malam, Pak ngah aku laa yang jaga segala kayu tu. Pak ngah aku cerita, sepanjang dia duduk situ, mesti akan ada benda tu yang datang tengok dia. Tapi dia buat tak tahu ja. Yang paling kerap dengar bunyi di bahagian bilik atas, bilik bawah (macam pejabat) dan dekat dapur. Dalam tu jugak ada yang macam -macam jenis. Tapi yang aku tahu, Hantu raya dengan saka harimau (datang dari tombak). Ada jugak pak ngah aku tercakap besar siang tu, tapi aku tak ingat dia cakap apa. Bila malam jaa, (masa ni dia tidur kat rumah, tingkat atas) masa maghrib, dia turun tangga sampai terjatuh terguling, Dia cakap sakit dalam perut, nangis-nangis.
Mak aku suruh aku panggil makndak, (rumah makndak selang tiga biji rumah). Lepas makndak datang, dia berubat. Dia pegang perut pakngah, makndak kata, Abg chik(pak ngah) ada terlepas cakap ni, sebab tu benda tu marah. Benda tu cakar, sebab marah kat pak ngah aku. Dan lepas tu, Pak ngah and the geng dah tak buat bisnes kayu ukir tu lagi kat situ.
Okay, dua tahun lepas, 2015. Rumah tu dah dirobohkan. Aku ada kat rumah masa tu, tengah cuti semester. Jadi, dapatlah tengok macam mana rumah tu kena roboh. Ustaz ada dalam dua orang. Ustaz tu dah pesan, rumah yang berhampiran, sila tutup semua pintu dan tingkap. Okay, semua tutup la. Tapi aku ni degil, nak jugak tengok macam mana diorang roboh. Jadi, aku bukak laa tingkap sikit, dalam sepuluh minit aku dok menghendap tu, masa tu diorang dah roboh kawasan dapur.
Tiba-tiba, aku rasa meremang segala yang ada. Haha. Habis kepala aku pun rasa sebesar bola senaman tulang belakang tu. Aku cepat-cepat tutup tingkap tu balik. Aku lari masuk bilik. Dalam lima minit lepas tu. Ustaz dengan abang tuan kedai tu datang. Diorang cakap nampak dua ekor terbang masuk dalam rumah ikut tingkap nako rumah aku ni. Aku dah meremang dah. Diorang jugak cakap nampak orang berdiri kat tingkap. Siapa lagi? Aku punya keja la tu. Kah! Apalagi, kena marah la dengan mak. Dalam orang pesan, dok bukak jugak.
Ustaz minta izin nak check rumah, nak tengok benda tu duduk dekat mana. Lepas mak aku izin, diorang check, dalam bilik aku, bilik mak, dapur, okay takda apa. Naik pulak tingkat atas, bilik pak ngah aku. Elok ja dua ekor duduk sebelah pak ngah aku. Wei, meremang taip cerita nih. Adoi.
Yang bestnya, Pak ngah aku tak rasa pelik ka. Hahaha. Pak ngah aku terkejut la tiba-tiba ada ustaz naik bilik dia. Lepas dah bagitau kata ada dua ekor duduk sebelah dia, baru nampak muka dia lain. Haha. Bila dah buang benda tu, ustaz pagarkan rumah dengan ayat al-Quran. Agar tak masuk dah benda-benda yang tak diinginkan. Lagi satu, seekor lagi terlepas, dan dia duduk atas bumbung rumah jiran aku.
Masa haritu ustaz tak buang lagi, sebab banyak sangat yang dia kena buang benda tu. Tak tahu laa sekarang dah buang ke belum.
Okaylah., Jari jemari aku pun dah kebas ni. Sorry naa kalau tak seram atau suram kisah aku ni. Hee.. Bye.
-TAMAT-
19. PULANGKAN
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : PULANGKAN
KARYA : HAMBA
KODE : 330002750940019
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Salam admin dan pembaca CERITA² MISTIK, MISTERI & SERAM. Thank you so much admin andainya kisah aku disiarkan. Hai…nama aku Biey, umur dah 20. Kisah yang bakal aku rungkaikan ini adalah pengalaman yang aku alami sendiri sejak aku berusia 7 tahun. Yess, umur 7 tahun aku dah alami benda2 mistik ni. 23 November 2003, jam 2 pagi ayah aku menghembuskan nafas yang terakhir depan mata aku. Masa tu aku masih kecik lagi perasaan nak menangis memang takde. Tapi aku cepat faham dengan situasi yang berlaku sebab selalu mak dan ayah bawak aku menziarah orang yang meninggal dunia.
Waktu ayah aku meninggal, cuma tinggal aku dengan mak dan jiran tetangga sahaja sebab waktu masih awal pagi. Kakak2 aku semua berada di luar negeri, dan aku anak bongsu yang jarak usia jauh sangat dengan kakak2 aku. Lepastu ada yang sempat balik dan ada yang tak sempat. Selepas siap semua urusan pengebumian, majlis tahlil 7 hari dan kakak2 semua balik untuk bekerja dan belajar, maka tinggallah aku berdua dengan mak aku. Di sinilah bermula segala benda baru dalam hidup aku.
Tinggal berdua dengan mak memang sunyi, tambah pula rumah kayu yang sederhana besar. Takut memang takut, apatah lagi mak aku siap bawak air dalam baldi letak dalam bilik supaya senang nak ‘cici’. Setiap malam tu. Setiap malam tu jugak lah hidup kami berdua ni tak tenang. Macam2 yang aku dengar tengah2 malam sampai nak tidur pun tak senang. Bunyi orang ketuk pintu pukul 2-3 pagi, bumbung zink tu macam orang pijak, barang jatuh kat dapur, dan sebagainya. Itu baru sikit hakak abam….. Benda ni berlarutan sampailah aku sendiri yang kena.
Kena macam mana? Perlahan-lahan hijab aku mula terbuka dengan nampak bayang2 hitam, dengar orang berlari dalam rumah, mimpi2 yang menakutkan sampai aku jadi terganggu walaupun waktu baru berusia 7 tahun. Aku mula bercakap sorang2 bila aku boleh nampak makhluk ni. Sejak tu, aktiviti harian aku terganggu. Malam2 aku akan rilek tengok tv macam biasa, bila masuk jam 12 tengah malam aku memang tak boleh tidur. Langsung tak boleh tidur. ‘Dia’ datang ajak aku main2 dengan dia. Boleh dikatakan aku ‘berkawan’ dengan ‘dia’. Yelah waktu tu aku kecik lagi, tak tahu apa2. Bila ingat balik sedih rasanya sebab tak normal macam orang lain.
Ibarat zaman kanak2 aku dirampas macam tu je (ya Allah sebak ni) dengan kesakitan yang aku alami. Bukan sikit, bukan sekejap benda ni ganggu hidup aku, bertahun lamanya sampai aku terpaksa berhenti sekolah. YE, BERHENTI SEKOLAH. Okay sambung, memang setiap malam itulah rutin aku, bermain macam2 , mak2, cikgu siap bawak beg pakai selipar atas rumah. Bukan waktu malam je, siang hari pun sama. Hatta masa aku duk ralik main dengan kawan2 sebenar pun ‘dia’ ada. Cuma ‘dia’ tak masuk dekat. Rupa dia? Kepala botak, muka pucat, baju lusuh tu je aku ingat. Di rumah pulak, setiap kali aku nak turun tangga ke dapur mesti ada bayang2 hitam melintas, kadang2 tu aku panggil mak suruh naik amik aku ke dapur.
Tak berhenti setakat tu je. Makin hari aku semakin teruk dan ketara. Bercakap dah la sorang2 , siap ketawa lagi. Satu malam aku mimpi arwah ayah aku ada dalam rumah, tapi pakai kain pelikat je, dia jalan je nak masuk bilik tapi aku lari, sebab aku takut. Lepastu, aku mimpi lagi masuk ke sebuah rumah kecik yang usang tapi kat dalam penuh dengan ular. Sikit pun ular tak kacau aku dan aku jalan terus nak keluar sebab aku takut sangat dah masa tu. Benda lain pulak timbul lepas aku alami mimpi2 tu. Setiap malam lepas main aku nak tidur, mesti ada satu makhluk ni muka hodoh, baju putih, rambut panjang, kuku panjang (meremang aku) datang nak cekik aku. Aku yang sememangnya tidur tak suka bungkus badan jadi terpaksa bungkus.
Kadang2 aku duk tengah main sesorang, tiba2 aku menjerit, “Aaaaaaaaaaaaaa”, terkejut mak aku yang tengah tidur, dia tanya kenapa, aku jawab saje je. Marah dia, haha. Tapi bukan saja2 tau, aku memang rasa nak menjerit aku jerit jelah. Bila aku dah makin teruk, mak aku pun berubat lah rata2 pergi berubat. Boleh katakan adalah dalam 30 orang lebih tok bomoh dan ustaz yang mengubatkan aku. Nak tau apa? Rata2 ustaz dan tok bomoh cakap benda ni jadi hasil daripada saka peninggalan arwah ayah, dan sihir yang orang hantar dekat mak aku. Saka arwah ni digunakan untuk meniaga je cuma bila tuan dah tak ada dia cari pengganti la kan. Itu memang biasa sampai merana hidup aku.
Sihir tu pula yang aku mimpi ular tu. Nak tuju kat mak aku, tempiasnya aku sekali kena. Orang dengki kat mak aku sebab mak aku baik sangat. Dia hantar sihir suruh orang benci mak aku, pulau keluarga aku. Sihir satu lagi, untuk mak sedara aku. Yang ni memang betul2 jiran aku yang buat sebab dia gaduh dengan mak sedara aku, dengan aku sekali kena jugak. Jadi, aku sakit sebab perbuatan khianat orang kat keluarga aku. Masa aku sakit tu, takdelah sampai kena rasuk, menangis je sebab sakit dan takut. Ada sekali tu ustaz datang rumah nak berubat , aku mengamuk sampai pecah barang dan setiap kali berubat aku sedar apa yang dicakapkan makhluk tu dengan ustaz dan tok bomoh.
Memang, memang aku kesal sangat2 dengan apa yang jadi. Ia seolah-olah meragut hidup aku. Aku berhenti sekolah sebab tak boleh tidur malam, siang hari sah2 la aku tidur. Alhamdulillah, masuk darjah 6 aku dapat sekolah normal balik, tapi bayangkan hidup aku sebelum tu, kena hina orang kata aku bodoh, pemalas. Sungguh kalau waktu tu boleh diputar kembali aku ingin “pulangkan” masa kanak2 aku. Aku nak sekolah rendah balik, nak kawan ramai. Namun sayang, hidup aku penuh “sejarah hitam” waktu kecik.
Pesanan aku di sini, biarpun kisah aku ni 13 tahun yang lalu, sampai sekarang benda ni masih menular dalam masyarakat Melayu Islam. Nak marah sikit santau, sakit hati sihir, salah cakap buat sampai m**i. Islam agama yang suci, Allah ajarkan sifat sabar dan reda dalam setiap hal agar kita dapat elak dari benda sebegini berlaku, kesannya? Mungkin anak cucu yang masih kecik jadi macam aku. Terkena tempias tanpa dipinta. Minta maaf kalau tak best ke, melalut ke, setiap orang pengalaman berbeza. Sekian….
-TAMAT-
20. SI PENIDUR
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : SI PENIDUR
KARYA : HAMBA
KODE : 330002750940020
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Assalamualaikum pembaca CERITA² MISTIK, MISTERI & SERAM sekalian. Pernah menulis di sini dan penerimaan agak meyakinkan. So, kita try pula kali kedua kalau momentum tu masih sama ke tak. Selalu baca cerita pasal ditindih oleh benda berat atau sleep paralyze buatkan aku gigih cari punca benda ni berlaku adakah terlalu penat ke apa sebab benda ni jadi terlalu kerap kepada aku. Dulu , aku tinggal bersama aunty aku rumah tu memang ada “sesuatu” . Orang biasa yang tak ada sixth sense pun akan dapat rasa kalau rumah tu berhantu ke tidak, aura negative tu kita boleh rasa melainkan kau hantunya atau kau jenis semua benda kau nak takut.
Bermula dari tidur di rumah ni, aku selalu kena tindih. Kena kacau dalam rumah jangan cakaplah, arwah nenek aku kena tolak dari tangga, masa aku bercermin reflection aku statik padahal aku sedang bergerak. Hantu ni memang jahanam, mencederakan dan merimaskan sebab selalu kacau orang. Aunty aku, Deny yang ada benda dalam rumah dia, hudznuzon tak bertempat. Ye lah aunty aku tinggal berseorangan dengan nenek aku. Lepas tu mak aku ada berubat dengan seorang ustaz sekali lah tengokkan rumah aunty aku dan ustaz tu cakap rumah tu ada yang “menghuni”, dia ada double sided face nasib baik masa Ustaz tu masuk rumah dia jadi perempuan cantik. Alhamdulillah rumah tu dah okay dah tak suram dan lebih ceria berbanding 10 tahun lepas .
Seperti yang aku cakap, aku selalu ditindih. Lebih2 lagi kalau aku tidur berseorangan, kejadian ni tak selalu berlaku kalau aku tidur di rumah aku. Tapi berlaku di Universiti. Roommate aku selalu keluar dan balik awal pagi, jadinya aku akan berseoranganlah di dalam bilik sambil layan smule dan tido around 2 am (rutin tidur mahasiswa). Dalam seminggu tu, mungkin aku akan ditindih 3 kali dan setiap kali ditindih dia akan tinggalkan tanda BIRU di lengan aku. Pada awalnya, aku ni jenis yang tak kisah pun pasal lebam biru2 kat tangan sebab aku jenis yang clumsy semua benda aku langgar so takde la suspicious sangat tangan lebam. TETAPIIIII…
Satu malam ni, tengah aku nak tido tak sampai 15 minit, aku rasa ada benda sedang merayap dari kaki dan terus ke dada aku. Sesak nafas kali ni lain macam, aku rasa nyawa aku dah sampai tengkuk dah sikit lagi nak keluar yang aku dapat ucap “Allahuakhbar” je. Tengah buat attempt untuk jerit lagi kuat, aku dengar something berbisik kat telinga aku, “Aku harap kau m**i!”. Sampai sekarang nafas dan suara tu masih aku dapat rasa kat telinga aku. Seraya itu jugaklah, aku dapat gerakkan badan aku dan buka lampu sambil maki hamun sebab marah sangat asyik di tindih je. Hahahahaha. Aku marah sebab aku tak nampak benda tu, mata aku pun ikut lumpuh tak boleh nak buka. Geram dia lain macam, nak tumbuk tapi tak tau siapa dan bagaimana. Seminggu aku murung lepas kejadian tu, marah + kecewa semua berkumpul dalam badan ni. Siapa tak marah benda s**l tu kacau ko tido kan?
Lagi satu, masa cuti semester aku nak balik Sabah. Flight aku petang pukul 6, so aku tidur la sebentar sementara nak tunggu solat asar. Benda lahnat ni tindih lagi lepas tu dia tinggalkan 2 bekas lebam biru kemerah-merahan seolah-olah d***h aku baru je disedut. Macam ada internal bleeding pon ada, sampai je aku kat rumah pembantu rumah aku nampak tanda tu dan letak limau di sekitar kawasan lebam tu dan tau tak apa yang aku nampak??? Aku nampak kesan gigi kat kulit aku dan pembantu rumah aku kata yang sedut d***h aku ni penanggal atau balan-balan.
Sebenarnya nampak benda2 halus tu kerap jugak, tapi aku geram dan marah bila aku ditindih aku tak tahu apa yang tindih aku dan macam mana rupa bentuknya. Satu je sebabnya, dia kacau aku tidur. Bah, terima kasih kamurang ?
-TAMAT-
21. ADA BENDA IKUT BALIK RUMAH
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : ADA BENDA IKUT BALIK RUMAH
KARYA : HAMBA
KODE : 330002750940021
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Assalamualaikum. Terima kasih admin CERITA² MISTIK, MISTERI & SERAM kerana sudi menerima cerita aku ni. Harap para pembaca jangan marah ya kalau cerita aku ni tak seram ke bosan ke. Cerita ni bermula pada zaman aku belajar dulu di sebuah kolej perubatan swasta di Kuala Lumpur. Kolej aku ni ada sewa kondominium untuk pelajar. Aku dapat rumah tingkat 15. Housemate aku ada 6 orang tak termasuk aku. Kebetulan kondo tempat aku ni dekat dengan flat sepupu aku stay. Nama dia Yaya. Memang selalu la aku lepak minum dengan si Yaya ni.
So nak dijadikan cerita, kondo tempat aku stay ni sebenarnya tak ‘keras’ pun. Tak ada la cerita seram yang aku dengar dari kawan-kawan kolej aku yang lain. Satu malam tu masa aku tangah lepak dengan Yaya, dia minta izin nak tidur dekat kondo aku. Nak merasa tidur kondo aku katanya. Haha. Pada malam tu Hani, housemate aku ni keluar dengan BF dia. Yang lain semua dah balik dari keluar makan malam. Aku pun sampai rumah terus ambil bantal dengan tilam dalam bilik aku. Aku dengan Yaya nak tidur dekat ruang tamu sambal berborak, takut la ganggu roommate aku nak tidur.
Sambil kami berborak, mata aku pun tengok jam dah pukul 12.30 tengah malam. Hani belum balik lagi. Aku pun mula rasa gelisah. Tak lama lepas tu Hani pun balik, aku rasa lega dengar bunyi grill. Hani pun masuk rumah sambal merengek. Aku pun tanya, “kenapa?”. Rupanya dia dia accident motor dengan BF dia. So lutut dia tersagat dekat jalan. Aku dengan Yaya pun tolong la cucikan luka kat lutut Hani. Teruk juga lukanya. Lepas tu aku suruh dia pergi mandi, dia tak nak. “Aku tak larat”, katanya. “Takpe lah, kau tidur ya”, kata aku. Aku pun sambung borak dengan Yaya. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.
Sedang rancak aku berborak, tiba-tiba aku dengar pintu masuk diketuk dengan perlahan. Aku pun tanya Yaya, “eh, bukan semua housemate aku dah balik ke?”. “Yelah, semua dah balik aku confirm” kata Yaya. Aku pelik sebab grill dengan pintu jauh jaraknya, tak mungkin boleh sampai tangan nak ketuk pintu. Aku pun beranikan diri pergi dekat pintu yang masih diketuk tanpa henti tu. Ahhhh !! Tak ada nampak bayang sesiapa dari bawah pintu. Sebab lantai rumah aku tu boleh reflect macam cermin. Kalau ada orang mesti boleh nampak kaki dia.
Aku pandang Yaya, Yaya pandang aku. Aku pun ape lagi, bacalah ayat kursi. Makin aku baca makin kuat pintu diketuk. Bunyi macam dihentam pulak. Sampaikan Hani terjaga. “Apa bising ni weii?”, Hani tanya macam nak marah aku. Aku pun cerita apa yang tengah terjadi. Hani pula yang takut peluk aku. Aku berbisik dekat Hani dan Yaya, “jom lari masuk bilik Hani”. Tanpa berlengah aku pun capai la semua bantal, Yaya dengan Hani angkat tilam. Takut bercampur dengan gelabah sampaikan kaki aku tersadung dekat meja belajar kami. Sakit wehh tuhan je tahu.
Sampai je dalam bilik aku terus kunci pintu. Hani terus baring atas katil dia, aku dengan Yaya tidur bawah. Tak lama lepas tu, aku dengar bunyi kerusi belajar kami ditarik. Macam budak-budak main tarik kerusi. Suasana yang sangat sunyi membuatkan bunyi tu sangat jelas kedengaran. Aku pun tanya Yaya, “kau ade dengar bunyi tak?”. Yaya terus marah aku, “jangan tegurlah! Aku dengar”. Aku pun buat-buat pejam mata, tapi tak boleh lena. Tiba-tiba bunyi kerusi tu senyap. Aku pun lega, mungkin ‘benda’ tu dah pergi.
Selang 5 minit, bunyi TV pulak terbuka. Aku terus bangun. Yaya menoleh dekat aku dan tanya, “kau kenapa?”. Aku hanya geleng kepala je tak mampu nak bercakap dah. Bunyi TV sesekali bercampur dengan suara orang bercakap. Yaya pandang aku dengan muka cuak. Aku pun tarik selimut berkelubung dengan Yaya. “Rancak betul kat luar tu”, kata aku. Yaya mengangguk je. Lama juga bunyi bising tu, sampai la azan subuh baru berhenti. Aku still tak dapat tidur lena. Tidur je terjaga sebab aku mimpi ada lembaga hitam datang dekat aku. Housemate aku semua bangun solat subuh. Lepas tu kami tidur semula.
Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Aku kejutkan Yaya dulu pagi tu. Aku dengan Yaya pun berjalan ke ruang tamu. Tak ada apa-apa yang bersepah, tersusun cantik macam semalam. Aku lega sangat ‘benda’ tu tak buat pesta dalam rumah aku ni. Selepas Yaya balik, aku kejutkan housemate aku semua sebab kami ada kelas chemistry pukul 9. Sampai kelas aku pun cerita apa yang jadi semalam. Housemate aku terkejut sampai terbeliak biji mata. Hani hanya diam je pagi tu.
Lepas dari kejadian tu baru aku ingat si Hani masuk tak bagi salam dan masuk rumah tak basuh kaki. Tambah lagi dengan luka berdarah dekat lutut dia. Memang syaitan akan ikut la masuk rumah, lagi balik dah lewat malam. Memang timing dia berlegar-legar kan. So beringat la, firstly bagi salam then masuk rumah terus basuh kaki. Semoga cerita aku ni menjadi iktibar untuk semua pembaca. Sekian cerita aku. Terima kasih.
-TAMAT-
22. PONTIANAK APARTMENT TINGKAT 2
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : PONTIANAK APARTMENT TINGKAT 2
KARYA : FIRDA
KODE : 330002750940022
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Assalamualaikum & salam perkenalan buat readers semua. Terima kasih admin sebab sudi share story saya ni kat CERITA² MISTIK, MISTERI & SERAM. Ini first time saya berkongsi cerita. So, masih banyak lagi cacat cela, guys.. bare with me ok!
Bismillahirohmanirrahim. Kisah ni terjadi pada tahun 2013. Masa ni saya baru lebih kurang 3 bulan bekerja di sebuah bank tempatan di Penang. Sebelum ni saya bekerja di Seri Kembangan, so bila dapat offer job kat belah2 utara ni memang happy tak ingat la( sebab saya asal Kedah & dah boring dok KL, hehhe).
Di Penang tu saya menyewa bilik di sebuah pangsapuri kat area Tanjung Tokong. Rumah tu saya sewa bertiga sebab rumah tu ada 3 bilik. Kiranya, sorang satu bilik la, privasi sikit. Ok, saya cerita sikit pasal rumah sewa saya ni. Honestly, saya suka tinggal situ. Clean & friendly neighborhood. Dekat dengan town, so Tesco, 7E & Mekdi pun berdesup je dah sampai. Paling best, dekat dengan laut jugak! Ok, cukup setakat tu.
Dalam dok happy2 macam tu, tanpa saya sedari cerita seram saya dah pun bermula. Saya je yg tak amik port. Ok, saya ni jenis yg jarang sangat dapat mimpi. Tambah2 lagi mimpi hantu ni. Tapi, sejak saya duduk di Penang ni saya kerap mimpi hantu. Nak spesifik lagi, Cik Ponti. Selalu dpt mimpi Cik Ponti berdiri dalam bilik tidur saya & dia renung je saya. Sehinggalah satu malam tu, saya mengigau Cik Ponti tu terbang terus depan muka saya. Saya nampak dengan jelas rupa dia. Mata merah, muka mcm mayat kering, mulut takde bibir, taring je semua. Saya dah mula rasa tak sedap hati.
Selepas gangguan mimpi, dia mula kacau hidup seharian saya. Ada sekali tu, saya balik kerja agak lewat, lepas maghrib baru sampai rumah. Masa naik lif dah rasa semacam, sorang2 pulak. Rumah saya tingkat 2, tapi rasa macam lama pulak dlm lif tu. Bila pintu lif bukak, saya buat bodoh je keluar tak tengok kiri kanan dah terus jalan sampai depan rumah. Lagak macam berani padahal dah meremag segala bulu kat badan ni. Sampai jer depan rumah, cepat2 bukak grill dan masuk. Tapi mata ni jahat nak tengok kat lif jugak (rumah saya kedua dari lif, so boleh nampak dengan jelas). Nah, memang dia ada berdiri kat situ. Rambut panjang sampai kaki beb! Kaedahnya malam tu tidoq bukak lampu sampai pagi lah hahhahha.
Selepas penampakan tu, saya selalu lah kena gangguan2 kecil. Biasanya terjadi bila saya sorang di rumah. Dia bukak pili shower, main bukak tutup lampu, ketuk2 tingkap. Saya hadap je, bacalah apa doa yang diingat dan tawakal kat Allah. Saya ni pulak jenis yang suka menyendiri, bukan sombong yer. Cuma lebih selesa buat hal sendiri. So, saya tak pernah cerita atau tanya pasal gangguan2 ni dengan housemate saya.
Bila hampir sebulan hidup saya tak diganggu dengan makhluk halus ni dan mimpi2 ngeri pun dah takde, saya rasa syukur sangat. Maybe Cik Ponti tu dah boring kut sakat saya. Pffftt! Akan tetapi bermula pula episode saya sakit. Mula2 demam panas. Dah baik demam batuk pulak. Sampai dah tak larat pegi klinik. Satu hari tu, saya kena senggugut yang sangat teruk. Period pun banyak. Sampai boyfriend saya (sekarang dia husband saya) terpaksa bawak saya ke ER sbb dah lemah sangat. So terpaksa la stay kat wad ER sampai sihat sikit baru doctor bagi balik.
Sebenarnya saya sendiri dah mula rasa pelik dengan keadaan diri saya. Dah hampir sebulan period taknak stop bleeding. Sampai boyfriend saya tegur muka saya pucat. Dia cadangkan saya balik kampung je, rehat kat rumah ayah. Sebelum ni saya ada balik kampung, tapi saya malas nak cerita kat mama saya takut dia risau. Saya lebih rapat dengan mama sebab ayah saya garang orangnya. So, saya nekad nak settle semua keje dan ambil cuti balik kampung.
Malangnya, belum sempat nak balik cuti di kampung sakit saya menyerang lagi. Masa tu dah pukul 11 malam. Saya dah siap2 baring nak tidur. Tiba2 saya turun d***h banyak sangat, dah macam org gugur pulak. Habis katil lencun kena d***h. Saya cuak dah. Cepat2 capai phone dan call boyfriend saya. Nasib baik rumah sewa boyfriend saya dekat je, dia terus datang ambil saya. Terus bawak saya balik rumah ayah saya di Kulim.
Sampai je rumah ayah, terus diorang bawak saya pegi ER sebab tengok saya dah pucat sangat. Saya rasa mengantuk sangat masa tu, mungkin d***h dah keluar banyak. Saya sempat tengok mama nangis. Sedih la pulak. Bila sampai ER, kena la admit wad. Lepas 3 hari duduk wad, doktor bagi balik. Period pun dah stop. Dapat MC 5 hari.
So, saya rehat kat rumah ayah je. Boyfriend saya dah balik Penang dah. Lepas rindu kat phone jer lah. Ecehh! Ok, selama saya kat rumah ayah ni mimpi Cik Ponti tu datang balik. Kali ni sama jugak dia renung je saya dalam bilik tidur saya. Sampaikan saya confuse antara mimpi atau realiti. Boleh dikatakan tiap2 malam saya mimpi benda yang sama. Akhirnya, saya cerita jugak kat mama saya pasal gangguan2.
Peliknya, mama rilek je( mama saya ni kuat risau). Mama kata, takpa. Kita ikhtiar. Sehari selepas tu, mama kata nak bawak saya berubat dengan sorang ustaz ni. Kawan kelas mengaji mama yang bagitahu pasal ustaz tu.Dah kata nak berubat, saya ok je la. Pada hari nak pegi jumpa ustaz tu, saya rasa malas yang teramat sangat. Mama dah siap2 barang2 yang kena bawak. Bila mama suruh saya bersiap, saya kata takyah pegi lah. Merepek jer semua ni. Mama tetap pujuk saya baik2, tak berleter macam biasa ok! Akhirnya, dengan muka masam saya ikutkan je.
Rumah ustaz tu dekat je dalam 20min perjalanan naik kereta. Saya rasa macam lama sangat nak sampai, dengan panas dalam kereta walhal aircond sejuk je. Saya boleh pulak tengking mama, bawak kereta slow sangat. Mama diam je. Kami sampai rumah ustaz tu dalam keadaan saya bengang. Rasa menyampah semua ada. Rasa nak blah je( mungkin Cik Ponti tu tanak saya berubat kut). Pendekkan cerita, ustaz tu pun mula la berubat saya. Dia bagi salam & dia suruh saya jawab salam. Saya ikut je. Dia mula dari ubun2 kepala turun sampai kaki. Saya tak ingat ayat apa ustaz baca. Tapi bila dah selesai semua, ustaz suruh kami balik. Dia cakap jangan risau, dah takde.
Keesokan hari, baru mama cerita semua. Saya tak ingat pun saya tengking2 mama. Mama cakap, ustaz bagitahu ada makhluk aka Cik Ponti berkenan nak duduk dengan saya. Mula2 dia kacau dalam mimpi. Ustaz cakap kalau batin saya tak kuat, dia dah boleh masuk. Tapi batin saya kuat (tak tau macam mana boleh kuat), sebab tu dia buat bagi saya sakit dan takut. So, bila badan dah lemah senang la dia nak masuk. Ustaz pun ada pesan kat mama, saya akan buat perangai hodoh tak mau pegi berubat. Sebab tu la mama rilek jer. Baru saya tau, kesian mama kena tengking, sorry mama!
Itulah kisah saya yang tak seseram mana. Saya sekadar berkongsi cerita. Sekian terima kasih.
-TAMAT-
23. BOMOH MENYAMAR JADI USTAZ
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : BOMOH MENYAMAR JADI USTAZ
KARYA : CIK ND
KODE : 330002750940023
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca CERITA² MISTIK, MISTERI & SERAM. Terima kasih untuk admin sebab sudi siarkan cerita saya ni. Cerita saya ni adalah 100% benar berlaku dalam kehidupan saya dan keluarga. Kisah ni agak panjang sikit, harap pembaca sudi baca sampai habis huhu. Kisah ni bermula bila ibu saya sakit tangan sebelah kanan. Tangan ibu tak boleh angkat dan terasa seolah2 macam ada benda dekat tangan dia. Pelbagai ustaz dan darul shifa kami pergi tapi tangan ibu tetap macam tu. Baiknya sekejap tapi sakitnya datang balik.
Suatu hari ibu bagitahu ada seorang ustaz dengan kawan dia nak datang. Ustaz tu ibu kenal melalui kawan sekolah dia. Kami agak pelik, selalu ibu akan tanya pendapat kami dulu kalau ada ustaz nak datang rumah tapi kali ni tak. Hari ustaz tu nak datang, baru ibu bagitahu kami. Tapi kami cuba fikir positif. Ustaz tu janji nak datang pukul 9pm. Kami tunggu dia, bila dah lebih pukul 9 kami call tanya dia dah sampai mana. Katanya dia dah nak sampai.
Ustaz ni dari Nilai. Okay kami pun terus tunggu. Bila jam dah mula tunjuk pukul 10.30pm, ayah try call ustaz lagi sekali. Dia kata tunggu sekejap dia tengah makan durian. Aik, masa tu saya dah tak sedap hati. Tapi macam biasa, saya cuba positifkan diri. Pukul 11pm baru ustaz sampai rumah saya. Bila dah sampai dia tak terus masuk tapi dia lepak isap rokok dengan kawan dia dulu dekat luar. Bila ayah dan abang saya ajak masuk dia kata nanti dulu. Dia seolah2 cuba nak melengahkan masa.
Bila jam dah hampir 11.30pm, baru ustaz tu masuk rumah. Saya ingat lagi dia pakai baju melayu biru berseluar jeans dan berkopiah. Dia pandang sekeliling rumah dan dia kata “panas rumah ni”. Lepas tu dia duduk dia buka barang2 yang dia bawa. Dia bawa 7 jenis bunga dan limau. Sambil dia p****g bunga2 dia tu dia berborak dengan kami. Saya dah mula hilang sabar sebab jam dah nak pukul 12pm ni. Selalunya pukul 12 orang akan stop berubat sebab waktu tu waktu benda2 halus aktif. Tapi ustaz ni lain. Jam pukul 12pm dia start berubat.
Mula2 dia minta air mineral dua botol. Saya dengar ada ayat Al Quran dia baca tapi akhir bacaan mulut dia cuma terkumat kamit. Dalam masa yang sama dia minta nama saya dan ibu saya. Sebab sebelum tu ibu ada cerita dia mimpi something yang ada kaitan dengan saya jugalah. Ok selesai dia baca2 dekat air tu, dia kata, “satu botol untuk awak dan satu botol lagi untuk mak awak. Minum sampai abis nanti. Jangan tertukar botol”. Saya pun ambil. Dia suruh minum sikit waktu tu. Saya minum sikit je sebab tak boleh telan. Rasa macam tersekat kat tekak. Tapi ibu saya minum satu cawan relax je.
Kemudia dia suruh ibu duduk melunjur kaki. Dan tanpa minta izin dari ayah, dia dengan selambanya pegang badan ibu tanpa pakai sarung tangan. Masa tu hati masing2 terdetik tapi tak tahu kenapa tak ada siapa yang bersuara. Kami macam kena pukau. Sebelum ni bila ibu berubat saya selalu nampak mereka pegang hujung jari kaki dan untuk tangan pula mereka akan minta izin untuk pegang dan kadang2 mereka minta kita yang perempuan tolong pegang. Dan yang saya bertambah pelik, ibu sakitnya di tangan tapi dia tepuk2 di bahagian pinggang, bawah lengan, kepala dan kaki. Dia macam tengah “kunci” sesuatu dibadan ibu.
Bila dah selesai dia minta ibu mandi bunga . Katanya untuk membuang benda2 tu. Dia minta ibu mandi dulu kemudian baru mandi bunga. Masa saya teman ibu mandi, saya tanya ibu, “Ibu, sakit tak masa dia tepuk tadi?’. Ibu kata sakit dan ibu macam tengah tahan nak menangis. Bila dah selesai kami panggil dia. Saya fikir saya lah yang akan mandikan ibu tapi rupanya dia yang siramkan air bunga tu dekat ibu. Saya agak terkejut sebab saya tak pernah nampak situasi macam ni. Tapi itulah mulut seakan terkunci untuk bersuara. Oh lupa nak cakap. Masa ustaz tu mandikan kami ada sekali dalam bilik tu ye .
Selepas selesai yang tu kami semua turun ke ruang tamu, ustaz dah siap2 buat tiga bungkusan yang dalam setiap bungkusan tu ada bunga dan limau. Bungkusan tu dibalut dengan kain putih. Satu ustaz tu campak di bumbung rumah. Satu lagi di dalam bilik stor dan yang akhir di luar rumah. Kemudian ustaz tu tanya ada cincin yang berbatu tak? Kebetulan ibu saya ada cincin tu. Ustaz kata ni untuk buat pendinding diri. Lepas ustaz tu baca2 dekat cincin tu, dia pesan dekat ibu cincin ni jangan tanggal. Masa tengah hidangkan minuman untuk ustaz tu , dia tanya dekat rumah ni ada simpan pedang atau keris tak? Ayah kata ada, dia ada keris dan pedang peninggalan harta pusaka.
Ustaz minta izin nak tengok. Saya perhati masa ustaz tu tengok pedang tu dia ada usap kain putih dekat pedang tu. Kami bercakap dengan dia pun dia macam layan nak tak nak. Dia lebih focus pada pedang. Dan kawan yang dia bawa tu seolah2 cuba nak alihkan perhatian kami. Lepas tu dia serahkan balik pedang dekat ayah. Dan selepas ustaz tu balik keadaan rumah jadi suram. Kami semua tak dapat tidur. Tapi waktu ni saya tak rasa takut lagi sebab saya jenis malas nak layan.
Dah masuk part seram. Teruskan baca
Esoknya ibu cerita yang malam tadi dia dengar suara saya dan kakak saya bercakap depan pintu bilik dia. Kami nafikan. Kami kata lepas selesai semalam semua masuk bilik masing2. Ibu diam, lepas tu ibu pesan dekat saya suruh minum air yang ustaz tu bagi semalam. Air yang ibu punya dah habis satu botol ibu minum. Saya cuba untuk minum tapi tak boleh sebab rasa tersekat dekat tekak. Saya rasa nak termuntah. Tapi saya tak bagitahu ibu yang saya tak minum. Kemudian ibu kata nak pergi rumah nenek kami. Kami pun setuju sebab masing2 rasa tak selesa duduk dekat rumah. Rasa macam ada yang tak kena.
Sebelum pergi, ibu masak dulu. Sementara ibu masak, saya dan kakak naik bilik untuk bersiap. Saya pun lepak2 sekejap dalam bilik main phone. Masa tengah main phone saya dengar ada orang tengah mandi dalam bilik air. Saya fikir ibu saya yang tengah mandi. Saya pun relax lah main phone. Oh ye, bilik saya dan ibu jenis yang bilik air bersambung antara bilik. Lepas tu saya dengar akak saya panggil anak dia yang umur 3 tahun. Masa ni pintu bilik saya buka.
Saya tanya kenapa. Akak saya kata, “ni haa akak panggil Hud. Dia duduk sorang2 dalam bilik ibu. Akak tanya dia. Kenapa duduk bilik nenek. Dia kata ada nenek. Nenek tengah tido. Tapi akak tengok mana ada sapa. Dah lah jum siap cepat. Akak tak sedap hati ni”. Pastu saya kata, “eh memang ibu ada dalam bilik la. Tadi adik dengar ibu mandi”. Akak saya cakap, ” kau biar betul. Ibu ada kat bawah tu tengah makan dengan Hafif ( abang yang no 2 )”.
Masa ni jangan tanya hati saya rasa apa. Sumpah meremang bulu roma. Tapi saya tak nak fikir sangat. Saya masuk bilik semula dah tak dengar bunyi air. Saya pun masuk bilik air dan mandi. Masa saya masuk tu saya rasa macam ada yang memerhati. Dan bilik air masa tu bau busuk, lantai pun berlendir. Aish tak boleh jadi ni. Saya terus keluar pergi mandi dekat bilik akak. Apa yang berlaku kami tak cerita dekat ibu. Bila semua dah masuk dalam kereta dan nak bergerak tiba2 abang ipar cakap, “ibu bukan tadi pakai baju warna hijau ke? Ni kenapa pakai baju biru pula. Baju tadi dah okay. Cepatnya ibu tukar”.
Ibu jawab, “bila masa ibu pakai baju hijau. Ibu mana tukar baju. Ni lah baju yang ibu pakai dari tadi. Masa tu saya pandang kakak saya dari cermin sisi kereta. Abang ipar jawab, “lah, tadi kan saya ada tegur ibu masa ibu kat tangga nak naik atas. Tapi ibu tak jawab. Ibu terus naik” dan benda ni terus jadi tanda tanya. Keesokan harinya pula ibu cerita yang pagi tadi dia ada nampak Hafif dalam bilik dia. Dia tegur Hafif tapi Hafif tak cakap dengan dia. Dia kata Hafif pakai baju macam nak pergi kerja. Selalunya sebelum pergi kerja Hafif akan salam ibu dulu. Tapi yang peliknya Hafif ada dekat rumah. Bila tanya Hafif, dia ada masuk bilik ibu ke pagi tadi. Dia kata mana ada, dia tengah sedap tidur dalam bilik dia.
Saya dah mula syak ada hantu raya dekat rumah ni. Yang jenis menyerupai yang tak suka ni. Benda ni tak habis setakat ni, kebetulan esoknya ada majlis kesyukuran dekat rumah nenek saya. Dia ada jemput anak angkat dia yang juga seorang ustaz ( kali ni betul2 ustaz ). Saya panggil ustaz Shah. Masa majlis dah habis, kami sembang2 dekat luar rumah dengan ustaz ni. Kami cerita apa yang berlaku dalam tempoh 3 hari ni dan tentang ustaz Nilai tu. Ustaz ni minta cincin yang ibu saya tengah pakai sekarang. Saya pun minta cincin tu kat ibu.
Mula2 ibu tak nak bagi. Kami cakap elok2 baru ibu bagi. Tapi keadaan ibu masa tu lain sangat. Dia macam tak tentu arah. Saya bagi cincin tu dekat ustaz, ustaz masukkan benang dalam cincin tu dan ustaz pegang hujung benang ( orang bayangkan cara macam kita nak pukau orang tu). Ustaz tak goyangkan langsung cincin tu. Ustaz suruh cincin tu pusing. Cincin tu pusing sendiri. Kemudian ustaz Shah tanya, “kau ada khadam ke?”. Lagi laju cincing tu pusing sampai nak kena muka ustaz Shah. Dari situ dah nampak, dekat cincin tu ada sesuatu. Ustaz ambil cuka dan siram cincin tu. Masa ni ibu kejap keluar kejap masuk rumah. Dia kata ada orang panggil dia. Dia macam orang tak betul pun ada. Dan masa ni tiba2 dia ajak balik. Dia paksa kami hantar dia balik. Takpelah. Kami pun ikutkan apa ibu nak.
Masa nak balik, ustaz bagi saya satu minyak. Minyak tu kalau sapu dekat sapa2 yang badan dia ada benda. Memang dia akan terus menjerit. Saya pula tiba2 datang idea nak sapu dekat ibu. Saya cakap “ibu, adik sapu sikit eh. Kita nak balik ni”. Ibu pun okay dan izinkan. Bila saya sapu tiba2 ibu tepuk peha dia dan kata, “kenapaaaa jaddiii macammmm niiiiii”. Saya yang ada depan ibu masa tu meloncat ke belakang. Suara ibu macam nak menangis. Dalam masa yang sama juga makcik saya yang agak lemah semangat menjerit dan pengsan. Kami bawa makcik saya masuk bilik.
Masa ni ibu saya dah kena rasuk. Lepas makcik saya sedar kami tanya dia kenapa. Dia kata dia nampak ada benda dekat atas bahu kiri dan kanan ibu saya. Benda tu kecik je tapi lelaki dan perempuan. Yang ibu saya pula kena rasuk agak teruk. Dia macam hantu yang kelaparan. Dia cari ibu jari kaki. Dia nak hisap d***h. Kami tanya dia, dia datang dari mana dia diam. Kami tanya dia lagi nak apa, dia jawab, “tu budak kecik kacau aku tido. Bodoh betul”. “Aku lapar, aku nak makan”. “Tuan aku hantar aku untuk kuatkan ilmu dia”, “korang tak bagi aku makan, korang buat aku marah”. Tiba2 ibu saya seakan teringat sesuatu , dia menjerit sambil kata, “mana cincin aku! Mana cincin aku!” start dari tu dia mula meracau kuat. Lama juga nak pulihkan ibu saya. Hampir 3 jam sebab dalam tubuh dia terlalu banyak sangat ustaz a.k.a bomoh gila tu letak barang dia. Bomoh tu kunci barang di setiap sendi ibu saya.
Lepas ibu dah mula sedar, ustaz Shah dan family lelaki yang lain bergerak pergi rumah saya. Buat masa ni ustaz Shah pesan kami tinggal dulu di rumah nenek sebab kalau kami ikut balik, benda tu akan masuk semula dalam badan ibu. Seolah2 macam dah ada connection. Di rumah saya, ada ayah dah menunggu. Lepas mereka sampai di sana, ibu yang ada di rumah nenek saya macam tak tenteram. Dia baring tapi dia gelisah. Dia ada kata, “dorang dah sampai ke?”. Dan mereka yang di rumah saya pun diduga juga. Mereka cari satu demi satu bungkusan yang ustaz a.k.a bomoh gila tu campak.
Bungkusan di bumbung jumpa, yang di bilik stor juga jumpa tapi yang di luar tak jumpa. Macam dah diambil seseorang terlebih dahulu. Ustaz Shah minta dekat ayah nak tengok pedang. Bila ayah ambil, tengok2 pedang tu dah terbuka sedikit dari sarungnya. Ayah pernah kata, jika ada orang yang datang rumah dengan niat tak baik, sarung pedang ni akan terbuka. Dan masa tu memang terbukti pedang tu terbuka. Kain balutan pedang tu juga ada beberapa kesan titisan d***h. Ustaz Shah kata ni tempat jin2 tu makan. Lepas ustaz tu lap dan tukarkan kain, ustaz tu balut semula dan simpan. Kemudian mereka bergerak balik ke rumah nenek saya. Masa perjalanan balik untuk buang bungkusan2 tu, mereka naik dua kereta .
Abang saya iaitu Hafif , ustaz dan pakcik saya naik satu kereta dan yang selebihnya naik kereta yang satu lagi. Masa Hafif bawa kereta tu, dia rasa kereta dia berat sangat dan dia hampir2 nak langgar lelaki tua. Dia berhenti tepi jalan. Dia kata dengan ustaz tadi dia ada langgar orang. Bila check tengok takda sapa pun. Hafif tak mampu nak teruskan perjalanan sebab dia rasa ada benda kacau fikiran dia. Dan ustaz Shah pun baca2 doa untuk pulihkan semangat Hafif dan kebetulan tepi jalan tu ada sungai besar. Ustaz campakkan bungkusan tu di sungai tu. Bungkusan tu dah diletakkan dalam tin biskut. Selepas tu mereka teruskan perjalanan macam biasa .
Alhamdulilah keadaan ibu semakin baik. Cincin tu walau ustaz kata dah boleh guna balik tapi ibu tetap pilih untuk buang. Dan ibu keluar dari group whatsapp sekolah yang ada kawan dia tu. Hampir sebulan kami tak pulang ke rumah dan tinggal sementara di rumah nenek. Kami dapat tahu dari jiran yang bomoh gila tu ada datang 2 kali cari kami di rumah. Kami juga dapat tahu rupanya dia bukanlah seorang ustaz. Tapi dia bomoh. Dia gunakan identiti seorang ustaz dan mengambil kesempatan ke atas orang2 yang perlukan bantuan. Dia datang bukan untuk membantu tapi untuk test power dia punya ilmu. Dia pilih orang2 yang lemah supaya senang jin2 dia nak dekat. Syukur Alhamdulilah , Allah bantu kami sebelum keadaan jadi semakin teruk.
Nasihat saya, jangan mudah percaya orang luar lagi2 yang bawa perwatakan baik. Kita tak tahu niat dia apa. Di dunia ni, banyak manusia yang suka mengambil kesempatan. Lagi2 pada insan yang lemah. Curiga tu ada masanya perlu supaya kita lebih berhati2. Oh sebelum saya lupa, saya juga dapat tahu rakan sekolah ibu saya tu isteri dia setiap kali mengandung mesti anak dia akan hilang dalam kandungan. Dan katanya ada kaitan dengan bomoh gila ni. Entahlah, Wallahualam…
Tambahan: ibu saya dah pergi hospital tapi doc sahkan tak ada sakit apa2, itu yang pergi cari ustaz. Sekarang Alhamdulilah, tangan dia semakin baik bila berubat dengan seorang pengamal perubatan.
-TAMAT-
24. KELIBAT NENEK
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : KELIBAT NENEK
KARYA : CUCU NENEK
KODE : 330002750940024
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Assalamualaikum admin dan semua pembaca theHORRORZONE BRUNEI sekalian. Aku baru je beberapa hari tau wujudnya page ni dari seorang kawan. Thanks to her and thanks theHORRORZONE BRUNEI sebab berjaya memupuk keberanian member aku tu dari seorang yang penakut, hari ni dia dah berani baca cerita-cerita seram ni. Haha.
Cerita aku maybe tak seram sangat tapi disebabkan tak pernah alami dan tu satu-satunya perkara menakutkan yang aku pernah rasa, aku decide nak share sikit la. Aku tak tau entry ni panjang ke pendek, niat nak bercerita je.
Aku tak ingat tahun bila benda ni jadi. Masa tu mak aku still jaga nenek aku sakit (sekarang dah meninggal dunia). Nenek aku terbaring je, tak boleh bangun sebab dia patah kaki. Masa tu nenek dapat bantuan katil macam katil hospital tu, boleh turun naik dekat bahagian kepala dengan kaki kan sebab kalau nak bagi makan pun, nenek tak boleh duduk sendiri, so kena naikkan bahagian kepala. Boleh bayang kan?
Ada satu malam, aku tidur sorang dekat bilik belakang sekali. Bilik nenek bersebelahan dengan bilik aku. Kira keluar dari bilik aku, terus jumpa dapur. Kalau keluar dari bilik nenek pun jumpa dapur jugak, depan sikit jumpa bilik air. So kalau aku nak pergi bilik air, lalu depan bilik nenek la. Malam tu aku dah masuk bilik, dah tidur dah. Aku tak tau kenapa aku tiba-tiba terjaga dan aku nampak kelibat mak aku depan pintu bilik aku. Aku tidur tutup pintu tau.
Kira aku nampak kelibat mak aku tu dalam bilik la, depan pintu yang tertutup tu tapi dia tercegat je. Aku dalam mamai-mamai mata pun nampak tak nampak sebab mengantuk lagi, ingatkan dah pagi, aku cakap la, “Eh, mak…”. Untuk pengetahuan korang, bila subuh, sebelum kejut untuk solat, mak aku akan datang, baca doa dekat ubun-ubun kitorang adik beradik sebab mak tengok Tanyalah Ustaz dia cakap untuk anak-anak yang degil. Mungkin aku degil kot time tu. Haha.
Ok, back to story. Aku ingat mak aku nak kejut bangun subuh, so dia datang tu nak baca doa kat aku macam biasa la kan. Dalam pada mamai mata kelat tu, aku pelik jugak pehal mak tutup balik pintu tu pastu tercegat je berdiri. Masa tu kelibat yang aku nampak tu mak pakai baju kelawar warna merah yang memang mak pakai malam tu. Korang tau kan baju kelawar tu macam mana? Taktau nanti google eh. Haha. Lepas tu makin aku pandang ‘mak’ masa tu makin figure dia berubah jadi besar, tinggi lepas tu baju kelawar tu berubah jadi macam kain kapan tapi bertompok-tompok merah macam d***h bercampur tanah.
Masa tu aku berdebar tak tentu arah. Aku pejam mata kuat-kuat baca ayat kursi berulang-ulang kali sampai aku tertidur and tak sedar berapa banyak kali aku baca ayat kursi tu. Esoknya aku cerita kat mak masa sarapan. Waktu makan memang waktu aku nak cerita macam-macam pada mak termasuk pasal kejadian tu.. Lepas tu mak aku pun bukak cerita, dia kata malam kejadian tu, mak terlelap depan tv dengan adik-adik lelaki aku (aku ada 3 orang adik lelaki). Bila terjaga, mak aku tengok jam dah tengah malam dalam 2-3 pagi macam tu. Boleh pulak terfikir pagar depan tu berkunci ke tak.
Mak pun bangun, bukak sliding door dengan grill, pergi check pagar. Masa tu mak cakap mak rasa seram sejuk mungkin sebab dah tengah malam kot.. Dah check, mak masuk rumah balik. Ruang tamu bersebelahan dengan bilik utama, bilik mak aku. Kalau keluar dari pintu bilik mak, depan sikit jumpa bilik air sebelah kiri, jalan depan sikit sebelah kanan jumpa bilik nenek. Dari ruang tamu tu mak jalan nak masuk bilik, mak boleh nampak pintu bilik air. Masa tu mak ternampak nenek aku berkemban jalan nak masuk bilik air. Mak aku terkejut, mak aku tegur la, “Mak dah boleh jalan?”.
‘Nenek’ aku senyum je masuk bilik air, tak jawab pape. Mak masuk bilik, dia mengelamun. Macam mana nenek boleh jalan padahal nak duduk atas katil pun tak boleh. Mak abaikan, buat-buat lupa apa yang dia nampak, mak tidur je. So, mak simpulkan maybe apa yang mak nampak dengan apa yang aku nampak malam tu sebab dah tengah malam mak bukak pintu kot. So benda-benda tu ikut masuk sekali.
Aku taktau apa yang aku nampak tu sebab mamai ke apa, tapi memang menakutkan aku sebab selama ni tengok dalam tv je, ni depan mata. Nasib baik dia tak datang dekat. Sekarang ni, nenek dah meninggal, aku pulak duduk bilik nenek. Alhamdulillah takde apa yang menakutkan. Sesekali je rindu nenek. Al-fatihah..
-TAMAT-
25. BILA HATI TELAH HITAM
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : BILA HATI TELAH HITAM
KARYA : N
KODE : 330002750940025
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Assalamualaikum peminat2 theHORRORZONE BRUNEI. Thanks admin kalau sudi publish cerita aku yang tak seberapa ni. Nama aku N. Bila baca kisah hasad dengki manusia yang fs publishkan baru-baru ni, aku terbuka hati nak ceritakan kisah yang berlaku pada arwah mak aku. Al-fatihah untuk mak. Awal-awal aku bagitau ni bukan cerita seram ye, cuma perkongsian pengalaman hidup..
Aku cerita serba sedikit tentang arwah ye. Mak aku seorang wanita yang pada aku sangat kuat. Bukan saja dari segi mental, tapi juga dari segi fizikal. Kerja kuat dan jenis yang tak reti duduk diam. Pagi bangun pukul 3 pagi nak bungkus nasi lemak, bungkus kuih-kuih untuk hantar ke kedai. Dalam pukul 8.30 siap-siap nak g keja dah. Balik kul 5.00 petang. Malam prepare buat kuih untuk jualan esok pulak. Masa tu kalau tak silap aku mak aku kerja kat kedai makan kawan dia. Jadi tukang masak, kadang2 duk kaunter bayaran.
Sampai satu masa, mak aku berhenti atau pun diberhentikan, aku tak pasti sebab mak aku tak pernah cerita susah senang dia dan die buat keputusan nak kerja as cleaner kat uitm dekat rumah aku. Ramai kawan-kawan ajak kerja kat situ die kata. As long as mak happy, kami anak-anak ok jer. Ayah aku pun tak kesah. Sebelum g kerja, mak aku dah siapkan makan lauk pauk semua. Bagusnya mak. Ayah aku pun kerja tukang rumah je, naluri seorang isteri kan. Nak tolong suami. Ayah aku izinkan.
Nak dijadikan cerita, (aku tak berapa ingat, aku cerita yg aku ingat je k..sorry) dalam 3 bulan mak aku kerja jadi cleaner, tiba-tiba mak aku demam. Mula-mula demam biasa, mak aku still g kerja, sebab dia memang tak boleh duduk diam. Lagak macam orang tak sakit. Kami dha larang, rehat je kat rumah die kate demam sikit je. 2 3 hri lepas tu kaki die sakit. Mak kata ade tersepak tunggul masa kutip sampah bawah pokok. Ok la, kami terima je la jawapan tu. Family aku memang culas bab klinik or hospital, sakit la camne pun. Kalau da terpaksa sangat baru la g pijak lantai klinik.
Kami risau, demam mak tak kebah2. Mak da start tak boleh tidur malam. Setiap kali tidur setiap kali tu dia akan terjaga, mak cite ade benda hitam berat duduk atas dada die sampai tak boleh nak bernafas. Kalau tak kena tindih, mak tidur n akan mimpi ade budak kecik datang dalam mimpi dia ajak mak pergi satu tempat, tapi mak tak nak ikut, dia paksa2 mak ikut, mak tolak ajakan die sampai mak terjaga.
Mak dah hilang selera makan, badan dah kurus, muka dah cengkung. Mak dah tak larat sangat dan kakak bawak g hospital, doktor kate mak takde ape2. Demam dan angin je. Aku masa tu tak dapat tolong banyak, sebab mak aku ni selagi die boleh buat sendiri die buat sendiri.
Mak dah tak boleh duk dalam rumah, mak kate panas, bila dah panas, membebel dah jadi macam orang lain, bukan mak. Ayah layankan saje. Tabik kat arwah ayah, sabar dengan isteri die yang tengah sakit. Siang mak ok. Start lepas asar die da start jadi lain. Dipendekkan cerita, kami decide nak bawak mak jumpa kawan mak yang pandai jugaklah berubat, sampai je kat rumah kawan mak tu, kawan mak tengok mak dan dia terus suruh mak balik, dia kate dia tak mampu. Dia suruh cari orang lain.
Ayah aku tak putus asa, dia cari orang lain untuk ubatkan mak. Orang tu datang rumah, dan dia mulakan sesi perubatan. Pakcik tu mintak mak duduk dan lunjurkan kaki, dia baca2 apa tah, aku tak berape dengar sebab aku tengok dari jauh. Kesian mak aku, dia libas2 belakang mak aku dengan daun yang die bawak. Selesai dia ubatkan mak, pakcik tu pun cerita, ade benda yang menumpang. Dia tanya mak ade sakit kaki ke sebelum ni, mak cakap la ade.
Pakcik tu kate, mak ade tersepak ‘rumah’ benda tu. Tapi pakcik tu dah buang la, Alhamdulillah. Lega la kami dengar. Aku tak tau pakcik ni betul ke tidak, dia kate bawah rumah kitorang pun ade benda tertanam. Bila da 1 gangguan masuk dalam badan mak, yang lain2 pun nak join jugak. Maknanya bukan cuma 1 tapi banyak. So pakcik tu mintak ayah aku sediakan cuka nipah, banyak botol jugak la. Dan dia suruh gali 1 bahagian bawah rumah, konon tempat benda tu tertanam la. Dan dia siram dalam lubang tu dengan cuka nipah.
Lepas berubat dengan pakcik tu, mak aku sihat sekejap, tapi sakit datang balik. Tak boleh tidur tak boleh makan, duduk dalam rumah tak boleh, panas panas mak kata, so kami pun bawak mak tidur rumah paksu, sebelah je rumahnye mengadap je pintu dapur rumah aku dengan rumah paksu.
Dipendekkan cerita lagi, kawan baik mak kat kampung sebelah dapat tau mak sakit, anak kawan mak tu kawan kakak aku. Bila kakak aku cerita semua pasal mak, kawan mak tu pun cadangkan sorang hamba Allah ni, nak kate bomoh pun tak nak kate ustaz pun tak tapi die pandai mengubat orang. Anak kawan mak pun pernah kena buatan orang dan dia yang ubatkan. Alhamdulillah sembuh dengan izin Allah. Kawan mak aku tu senang letak nama cik Melah la. Cik Melah suruh kakak aku hantar gambar mak aku kat dia, sebab dia nak tunjuk kat ustaz tu, panggil ustaz la senang.
Lepas hari kakak aku bagi gambar mak kat cik Melah, dan cik Melah dah tunjuk kat ustaz tu. Cik Melah pun datang jenguk mak aku, dia bagitau la ape yang ustaz tu cakap. Dia kate, sakit mak ni dah berat. Tengok dari muka mak yang dah gelap macam hangus tu, dengan cengkung tu ustaz tu kate orang nak buat mak sampai mak meningg*l. Memang kami perasan, muka mak gelap macam jeragat pun ade, tapi mak tak kena panas pun. Ustaz kate boleh nak ubatkan, tapi die mintak bayaran mahal. Kami macam what? Dia ni berubat pakai ape smpai nak mintak bayaran macam tu? Kami berkira-kira la nak percaya ke tak, ustaz tu pun tak paksa. Paksu aku memang tak setuju la kan. Hmmm…
*Masa ni aku terpikir, pakcik yang ubat mak dengan cuka nipah segala bagai dapat detect ke x yang mak aku kena santau time tu? Or dia xtau tapi buat2 ckap ade menumpang la ape semua. Husnudzon je, mungkin ilmu pakcik tu xberapa kuat nak detect santau yang kuat amat tu.*
Sambung balik. Ambik masa jugak nak buat keputusan tu, mak aku dah tak boleh nak tahan, pejam mata je kena tindih, mimpi bukan2. Sampai tahap pukul 3 pagi mak ajak ayah tidur kat beranda luar rumah paksu sebab dalam rumah takleh tidur, panas. Ayah aku temankan lah sampai ke pagi. Ni maksu aku citer, sebab aku tidur kat rumah aku, rumah sebelah.
Akhirnya kata putus pun dibuat, mak aku nak jugak berubat dengan ustaz tu. Kami yang lain pun setuju la jugak, sebab kesian dekat mak, mak yang tanggung sakit bukan kita. Buat pertama kali ustaz tu datang rumah, nak tengok depan2 macam mana keadaan mak. Dia dah geleng kepala, kesian mak dia kate. Kalau tak silap aku, ustaz cakap santau tu dari siam. Kalau lame lagi ni lagi seksa mak. Cik Melah yang bawak ustaz tu datang rumah, dan dia ade sekali la maknanya.
Cik Melah kata, “tolong la ubatkan, kesian saya tengok keadaan kawan saya ni”. Ustaz kata “insyaAllah”. Frst ustaz datang dia tak ubat lagi, dia cuma tengok, agaknya nak selidik dulu kot dan nak kaji cara ubat pulak lepas ni. Tu dalam fikiran aku la. Sebab dia datang dia tanya itu ini. Dah, pastu dia kate, “nanti saya bagitau kat cik Melah barang apa yang kami kena sedia untuk mengubat mak nanti”.
Satu petang tu, benda yang memang aku tak boleh lupa, mak tengah tidur. Aku pun ambik angin kat luar duduk kat tangga. Aku ade bela kucing, warna hitam dan nama pun Hitam la, dia baik sangat dengan mak. Manja dengan mak. Dia datang dari belakang rumah, dekat mulut dia ade something, dia lalu depan aku. Aku pun panggil la dia, dia macam nak tunjuk kat aku apa yang ada kat mulut dia tu. Aku pergi la dekat dengan dia dan ambik benda kat mulut dia, rupanya cebisan daun keladi. Aku tanya dia, nak buat apa ni? Dia tengok je aku, aku pun macam nak main2kan dia la, aku campak dalam lopak air bawah rumah, dia usaha jugak nak ambik daun tu, rela masuk air g kutip balik daun tu. Aku tak fikir apa la lepas tu, buat tak tau je. Kucing kan. Apa yang nak difikir sangat.
Lepas maghrib, cik Melah kol. Dia kate ustaz nak datang ubatkan mak malam ni. Kena sediakan mug, mangkuk air, lagi ape aku lupa dan last sekali daun keladi. Aku terkejut la sikit, mungkin kebetulan si Hitam tu bawak balik daun keladi petang tadi, atau dia nqk bagitau daun keladi tu guna untuk ubat mak. Hmm. So bermulalha sesi berubat. Ustaz ambik daun keladi, buat macam kelongsong dan letak dalam mug, masukkan air dalam tu, dan balut mug tu dengan kain. Dia buat 3 kelongsong, means 3 mug la. Dia selimutkan mak dari hujung kepala hingga kaki, mug pertama ustaz letak kat atas dahi.
Mug kedua dekat perut dan mug ketiga dekat lutut. Pastu ustaz baca2 apa kami tak brape clear, dalam 20 min camtu. Ustaz ambik mug2 tadi dan mintak mangkuk kat maksu. Ustaz bukak balutan kain n tuang air2 dalam kelongsong tu dalam mangkuk. Mula-mula ustaz suruh ayah tengok, pastu yang lain-lain tengok, ustaz kate, nilah yang ada dalam badan mak selama dia sakit ni. Orang panggil santau angin. Aku pun tengok dalam air tu, ade serbuk kaca berkilat2 ade serpihan halus2 tajam. Ustaz panggil ayah, ustaz suruh ayah ludah dalam mangkuk tu 3kali dan g buang air tu jauh2.
Nampak perubahan pada mak. Muka mak dah tak gelap lagi, cerah macam kulit asal dah. Ustaz tanya, “macam mana rasa?”. Mak kata, “da ringan sikit rasa badan”. Ustaz kata lagi,” kamu ni ada angin dalam hempedu, ustaz dah ubatkan sekali la so buat masa ni pantang makan yang sejuk-sejuk dulu”. Kami pun iyakan je la. Ustaz pun nak beransur balik, cik Melah dah tunggu kat luar. Dia tanya ustaz tau ke sapa yang buat mak ni, ustaz kata dia tak boleh bagitau direct, dia just bagi gambaran. Dan dari gambaran tu kami tau sape yang buat, ustaz siap cakap lagi, orang tu ade kedai makan, dia tak puas hati dengan mak sebab duit. Ustaz kata kalau dah tau sapa yang buat, seeloknya jangan berdendam, biarkan dia dengan hidup dia, nanti Allah akan balas. Kedai dia sekarang pun da tak ramai orang. Doakan semoga dia mendapat hidayah.
**Ada yang bukak mulut lepas tu, mak berhenti sebab orang yang buat mak tu tuduh mak ambik duit dia kat kaunter sebab mak duduk kat kaunter masa tu. Kira ada selisih faham la..
Sampai macam tu sekali dia buat mak aku. Walhal mak aku banyak tolong dia. Jaga kedai dia. Aku kenal mak aku, dia takkan ambik hak orang, orang ambik hak dia pun dia redha je. Alhamdulillah, hari ke 3 lepas berubat, mak aku sihat sangat, boleh bangun boleh makan boleh minum macam biasa, ni maksu aku cerita, aku takde masa tu. Maksu cakap, mak ajak kakak g ambik angin kat pantai.Kakak pun bawak la, dekat maghrib baru balik, mak macam tak nak turun dari kereta, dia kata seronok duk dalam kereta.
Kami happy la mak dah sihat, dan maalm tu mak sesak nafas, panggil la ustaz tu balik, dia datang. Dia tanya hari ni mak makan apa, maksu pun cerita i tu ini n kat pantai makan pisang goreng. Ustaz pun kata, pisang tu sejuk. Kan da cakap takleh makan, maksu kata makan tak banyak pun, dia tengah ada selera bagi la rasa sikit. Ustaz kate takpelah benda dah jadi, dia pun ubatkan mak. Dah selesai ubat tu dia tanya mak camne, mak angguk cakap dah lega, cuma penat sikit, nak tidur. Ustaz pun kata, “tidur la, saay balik dulu”.
Dalam 15-20 min lepas mak tidur masing-masing g la wat hal yang tergendala, maksu tengah makan, menghadap ke tempat mak tidur, die tengok mak macam pelik, tarik nafas dalam-dalam. Maksu panggil adik beradik aku semua duk keliling mak, ayah kejut kejut mak, mata mak tetap pejam. Ayah ajar mak mengucap, mulut mak je bergerak, kami adik beradik da menggigil dah. Takut nak hadapi keadaan tu. Akhirnya mak menghembuskan nafas yang terakhir depan anak2 dan suami pada tarikh 17.3.2009..
Pergilah mak, tunggu kami di pintu syurga ya.
Semoga mak tenang di sana. Al-fatihah..
3bulan mak aku menderita. Bergembiralah orang yang buat mak aku sakit tu. Bertaubatlah.
Tapi aku tak salahkan orang tu, kami tak berdendam pun dengan dia. Tu dah bahagian mak aku, orang buat dia sakit tu asbab je, memang da Allah tetapkan ajal mak sampai lepas baik dari berubat. Kami redha..
Ingat kucing Hitam tu? Dia gigih nak tengok jenazah mak, dia panjat ikot bumbung. Nak masuk kat bilik tak boleh, orang halau. Dia duduk la kat ruang antara dinding dengan bumbung tu tengok mak. Sedih pulak tengok keadaannya. Hmmm. Selesai semuanya, Alhamdulillah, cuaca hari pengkebumian mak redup, sejuk je. Ramai yang cakap wajah mak cerah, senyum je sambut orang yang datang ziarah dia. Alhamdulillah.
Setahun lepas tu, 17.4.2010. Ayah aku meninggal dunia. Akibat jangkitan kuman dalam d***h. Masa dia sakit ada jugak dia cakap nampak pelik-pelik, based on abang aku punya cerita la. Tapi kami anggap tu normal sebab orang sakit kan. Badan lemah, macam2 kita nampak. Oleh sebab dia sakit tak lama, seminggu je ayah demam, Allah s.w.t jemput ayah.
Kebetulan ataupun takdir, cinta hingga hujung nyawa. Tarikh yang sama, bulan je lain, kubur arwah ayah dengan mak aku pun sebelah2 je. Al-fatihah untuk keduanya.
So setakat ni je la cerita aku. Maaf kalau takda kena mengena dengan tema page ni huhu. Terpulang pada admin nak publish ke tak. Aku tak kesah. Sekadar perkongsian pengalaman, terpanjang pulak. So aku nak pesan kat sini, dunia sekarang ni nampak je macam maju, tapi orang tetap dengan pemikiran lama, tak puas hati je nak santau la hantar itu hantar ini. Rambut pun sekarang da tak sama hitam, hati lagi la kita tak tahu. So waspada la dengan apa yang ada di sekeliling kita..
-TAMAT-
26. SIAPA MEREKA SEBENARNYA
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : SIAPA MEREKA SEBENARNYA
KARYA : HOBBY
KODE : 330002750940026
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Hii semua. Aku Hobby (bukan nama sebenar). Cerita ini aku pendekkan saja sebab aku tak pandai sangat nak mengarang. Kisah aku ni terjadi beberapa tahun yang lepas. Masa tu Cuti Hari Raya Haji. Aku gatal tak balik kampung sebab cuti tak cukup.
Jadi, sehari selepas raya, aku dah masuk kerja. Hari pertama kerja selepas raya, aku kerja berdua je dengan akak tamil kat office, yang lain masih bercuti agaknya. Pagi tu kami nak pergi sarapan. Waktu nak masuk liff, aku ada terbau sesuatu seakan bau kapur barus.
Aku cakap kat akak tamil tu, ” rasa ada bau macam mayat lah kak”
Akak tamil jawab ” akak tak bau apa-apa pun ”
Aku pun tengok dahi akak tamil, aku tanya ” Akak sembahyang ke pagi tadi? sebab ada bau kapur barus ”
dia jawab ” ha’ah, kapur tu akak bakar waktu sembahyang ”
Jadi aku pun positif la yang bau tu bau kapur barus hasil dari akak tamil sembahyang pagi tadi. Selesai sarapan, aku dan akak tamil balik ke office semula dan start buat kerja. Dalam Jam 12 tengah hari, aku hantar mesej kat akak tamil (punya la malas nak berjalan pergi kat tempat akak tu padahal 1 office je. haha)
aku ” kak, jom nanti makan kat kopitiam nak? ”
akak tamil reply, ” Sorry Hobby, akak tak kerja hari ni tau. Akak tak balik ke **** lagi. You kerja ke? ”
Aku dah macam pelik. Aku fikir dia saja nak game aku sebab kat office memang tak ada orang. Aku suh dia cakap betul-betul dia sekarang ada kat mana. Memang betul dia kat kampung. Siap hantar gambar. Habis, siapa yang ada dengan aku dari pagi tadi ? sah aku kena game dengan hantu office.
Aku pun bangun dari tempat duduk, aku jalan slow-slow pergi kat tempat akak tamil. Yaa..dia ada di situ.
Aku pun tanya ” akak, tengah buat apa tu? ”
hantu ” tengah kuping kulit ni haaa.. ”
Aku intai, memang dia tengah kuping kulit dooo…kulit kat lengan dia !!! berderau d***h aku. Rasa nak lari terus, tapi tak mampu. Macam kena gam je kaki ni.
Aku cakap kat dia ” akak, aku nak keluar jap. beli barang ”
Hantu jawab ” kau dah tau rahsia aku, kau nak lari mana? ”
Dia bangun jengah depan aku dengan mata terjegil, kulit pucat, kat lengan ada kesan kulit terkuping. Dia start cakar slow-slow muka dia. Aku macam tergamam. Kaki masih lagi melekat kat depan meja dia. Segala surah semua berterabur aku baca. Dia gelak kuat. Terus aku pengsan tak sedar.
Tiba-tiba ada orang kejut aku. Aku bangun terkejut. Pak guard rupanya.
pakguard ” kamu buat apa kat sini malam-malam ni nak ? ”
Aku bangun dan tengok sekeliling. Pelik, macam mana aku boleh ada kat sini ? Aku ada kat atas jalan tar depan pintu office aku. Aku tengok jam 12.00am. Aku cerita kat pakguard ape yang jadi. Dia gelak. Dia cakap hantu tu memang selalu ada. Kadang kat dalam office aku. Kadang kat office sebelah. Seminggu aku tak kerja. Demam teruk.
Next week tu, sampai je office, terus aku cari pakguard tu, nak ucap terima kasih pasal hal haritu. Dia tak ada kat pondok. Ada guard lain kat situ.
Aku tanya ” Bang, pakcik Mansor mana? ”
Guard ” Pakcik Mansor ? Ayah saya tu ke? ”
Aku ” entah, tinggi, ada janggut putih, rambut pendek, putih suci je orang nya ”
Guard ” Yang ni ke (tunjuk gambar dlm frame kat atas meja pondok).. Ini ayah saya. Kenapa cari dia? ”
aku ” Tak de, aritu pakcik Mansor bla bla bla”
Aku cerita panjang lebar kat guard tu. Dia buat muka pelik kat aku.
Guard ” Dik, pakcik Mansor dah lama meninggal. 6 tahun lepas dan lagi satu tak ada satu orang pun bekerja waktu raya haji haritu ”
Aku be like, ppfftttttt! Siapa dengan aku haritu…Siapa yang kejut aku kat atas jalan aritu….siapa sembang dengan aku……dah kenapa semua orang cuti tak bagitau aku……..
Aku tergamam tanpa berkata sepatah pun dengan guard dan aku terus berjalan, fikiran ku terus memikirkan apa yang sebenarnya telah terjadi. Sehingga kini aku masih lagi teringat akan kejadian seram itu, dan tak mungkin dapat aku lupakan.
Sekian …
-TAMAT-
27.
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : GANGGUAN DISEBABKAN BENCI
KARYA : PARISENJA
KODE : 330002750940027
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Assalamualaikum buat peminat theHORRORZONE BRUNEI ini karya pertama aku.. Aku Ana aku bukan budak sastera yang pandai menyusun kata dan ayat.. Terima kasih admin jika cerita ini disiarkan.. Kisah suam-suam kuku ini mungkin kisah pendek aku ni tak seram kot tapi agak seram jika merasai. Inspirasi dari #butirstar dan #izul (peminat tegar dua karya ni)
Kisah bermula ketika aku berumur 19tahun dan cuti study week.. Kisah seram aku bermula bila adik lelaki aku kerja di kedai makan berdekatan rumah opah aku. Jarak masa kedai makan ke rumah family aku dalam 20minit kalau naik motor dan adik aku balik kerja paling lewat jam 1pagi. Laluan dari rumah ke tempat kerja adik aku pula agak seram sebab diapit kiri kanan kubur islam. Lepas selekoh kubur ada kuil india faham-faham kalau tempat pemujaan mesti angkernya lain macam sikit.
Kisah seram ni bermula bila aku yang tak berapa berani ni nak kena ambil adik aku balik kerja. Biasanya ayah aku yang ambil adik aku balik kerja tapi masa tu ayah aku demam. Masa tu aku cuma ada lesen motor kereta pon tak reti bawa huhu. Kebetulan hari tu kena hantar assignment dekat kolej ingat malam tu tumpang tidur dekat bilik kawan ayah aku call suruh balik juga. Aku gagah juga senja-senja tu balik rumah kira dari kolej ke rumah aku sejam. Aku dah biasa sebab dari awal semester aku ulang alik sampai habis kolej. So dah biasa lalu tak takut sangat sebab sekali sekala je kelas sampai pukul 6.30petang tapi jaranglah. Kalau hujan je kadang lambat balik tapi aku redah je lantaklah basah lenjun haha.
Sambung balik sampai rumah je aku tanya mak aku kenapa. “Ayah tak sihat ko tolong ambil abang, ayah call along tak dapat tu suruh ko balik juga” mak aku jawab. Along aku nie ada lesen kereta tapi kuat merayap jadi dalam terpaksa aku relakan juga ambil adik aku tengah malam tu.
Jam menunjukkan 12.30tengah malam adik aku sms ayah suruh ambil dia. Jadi aku dah siap bersweter dengan helmet dekat kepala earphone lagi dan satu lagi helmet dalam raga motor, baca bismillah start motor terus ke destinasi. Start lalu depan masjid jantung aku jadi berdebar laju rasa tak sedap hati jadi aku sedapkan dengan hati dengan berzikir.
Entah macam mana tengah elok nak selekoh dekat kubur yang kiri kanan aku terpandang pokok pisang dan surprise aku nampak pocong tepi pokok pisang kelam-kabut aku pulas motor , terkejut punya pasal. Tapi jangan ingat lepas aku pulas motor laju-laju benda tu dah hilang. Sayangnya dia muncul pula didepan lepas selekoh, terkejut hanya Allah je tahu nasib tak tayang muka kalau tak mahu pengsan sambil bawa motor huhu mengigil aku tengok benda tu diri terpacak.
Lepas selekoh boleh pula dia duduk atas kuil india sambil meloncat-loncat nasib tak tumpang motor dalam hati dah terabur ayat kursi sambil baca ayat kursi boleh pula minda nie berbisik bila nak sampai tempat adik aku nie (betul orang tua-tua cakap hati dengan minda jarang bersependapat)
Sampai-sampai tempat adik aku badan aku masih mengigil sebab terkejut, tokey pon tanya apasal mengigil? Aku cuma balas sejuk embun. Lepas je adik aku siap kerja aku suruh adik aku bawa motor sebab badan mengigil.
Masa adik aku bawa motor lalu je dekat kuil sampai lepas kubur kiri kanan tu mata aku degil nak pasti betul atau hanyalan saja. Yes bukan khayalan benda tu betul ada dekat pokok pisang tu, aku terus pejam mata pegang baju adik aku kuat-kuat sehingga sampai ke rumah.
Esoknya aku cerita dekat ayah aku, setelah mendengar cerita mengenai kejadian semalam, ayah terus bawa aku pergi ke rumah ustaz dan ustaz tu cakap aku bukannya hijab terbuka tapi benda tu dihantar untuk aku sebabnya ada orang yang dengki.
Mungkin sebab rumah aku dah dipagar sebelum duduk mungkin benda tu tak dapat ganggu aku dalam rumah, kebetulan juga malam tu malam paling pahit dalam hidup aku dan aku tanya juga ustaz siapa dia. Hanya gambaran macam biasa bila orang berubat dengan ustaz dan ya dari gambarnya orangnya ialah classmate aku sendiri buat aku.
Esok aku mesej dia tanya kenapa buat aku macam ni… Jawapnya “AKU BENCI KAU SEBAB KAU PUNCA AKU KENA BAR FINAL SEM NIE, TIRAH HELMI DAN ETI BAGITAHU AKU YANG KAU BAGI TAHU MISS DAILAH BAHAWA AKU MENIRU DALAM TEST DULU, TAK SANGKA DALAM MASA SEBULAN BARU BENDA TU BOLEH BERTINDAK HAHA” tu balasan dari Ema.
Sebab tu je buat aku gelak dan aku balas “masa test aku duduk tepi miss Dailah kau duduk belakang sekali dengan geng kau, apa kau ingat aku ada bela setan macam kau sampai aku tahu kau meniru dalam test agak-agak berbaloi tak kau tuduh aku, aku ingat aku alone tak ada ganggu orang, rupanya ada yang tabur fitnah dan ya aku dah call miss Dailah siapa yang bagitahu kau meniru tu.. Jawapannya adalah sahabat baik dunia kau tu, tapi tak apalah wahai sahabat dunia aku maafkan kau selebihnya biar Allah tentukan. Jangan lupa solat taubat sebab kau dah duakan Dia, Assalamualaikum,” done and sent.!
Rupanya dalam kita duduk sendirian tanpa sahabat rapat tanpa mengganggu orang lain masih ada yang tak puas hati. Jadi pada aku dalam diam ada manusia yang berhati busuk terhadap kita sedangkan kita tak pernah mengganggu dan menggenali siapa orang tu. Jadi siapkan diri dengan ayat pendinding dari ustaz atau dari al-Quran biar kita selalu dalam jagaan Allah dan dijauhi sihir manusia.
-TAMAT-
TAJUK CERITA : IA WUJUD
KARYA : NEEZ
KODE : 330002750940028
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Assalamualaikum, salam perkenalan kepada semua bakal pembaca cerita aku. Sebelum korang semua baca cerita yang telah aku tulis ini, aku cuma nak pesan kepada korang semua. Apa yang aku tulis berdasarkan apa yang aku tahu dan aku tahu MAKHLUK ITU WUJUD .
Aku mulakan kisah aku dengan pengalaman ibu aku . Ibu aku berusia 49 tahun dan dia mempunyai banyak pengalaman dengan entiti yang kita gelar makhluk halus ini. Kerana apa? Kerana hijab ibu aku terbuka.
Baiklah, alkisahnya bermula ketika ibu aku bekerja di sebuah hospital swasta dekat Sabah. Ibu aku merupakan ketua dalam bidang pemakanan pesakit. Itu apa yang aku faham. Aku tak tahu apa nama dia yang lebih saintifik. Di hospital itu ibu aku selalu nampak kelibat. Tetapi ibu aku sudah biasa dan buat tak tahu sebab benda tu takkan kacau kalau diorang tak tahu kita boleh tengok diorang.
Suatu hari ibu aku habis kerja lewat kerana memeriksa senarai makanan seimbang untuk para pesakit. Ketika itu waktu menunjukkan pukul 11.56 malam. Ibu aku belum solat Isyak , jadi nak dijadikan cerita ibu aku pergi ke tingkat 5. Tingkat lima ada sebuah bilik besar yang dijadikan surau. Selesai ambil wudhuk di dalam kamar mandi yang ada dalam bilik tu, ibu aku pun mendirikan solat.
Korang boleh bayangkan sebuah bilik yang besar dan lapang hanya ada dihamparkan sejadah dan beberapa almari untuk letak telekung dan AL quran. Ibu aku sengaja tidak menghidupkan lampu bahagian belakang, hanya bahagian depan iaitu kawasan dia solat.Kenapa?, Aku tak pasti. Mungkin bingung suis banyak sangat. Main teka saja tekan last last itu yang hidup. Kemungkinanlah.
Ibu aku cerita ketika dia solat dia rasa diperhati. Tapi ibu aku tak layan sangat. Dalam surau tu ibu aku sorang sahaja. Ketika ibu aku sampai rakaat terakhir, ibu aku membacaTahiyatul akhir .kemudian memberi salam dan memalingkan sedikit muka ke sebelah kanan sambil menyapu lembut muka dengan tangan kanan.
Tiba tiba ibu aku berhenti. Ibu aku kaku dalam kedudukan tersebut. Terdengar dengusan seperti kerbau berhampiran ibu aku. Aura dingin mencengkam tubuh ibu aku . Perlahan Lahan ibu palingkan kepala ke arah depan dan di situ ibu aku melihat satu lembaga hitam yang besar duduk lutut bertemu lutut dengan ibu aku (simbolik yang kedudukan benda tu dekat) matanya merah dan badannya berbulu. Ibu aku nampak dengan sangat jelas.
Ibu tak dapat bergerak. Dia terpaku melihat mata makhluk tersebut. Ibu aku kuatkan semangat untuk membaca ayat Qursi , setelah rasa badan ibu sudah boleh gerak ibu segera keluar dari surau itu tanpa memakai kasutnya dan belum menanggalkan telekung yang berwarna putih yang masih elok dipakainya. Ibu berlari ke arah lif dan menekan butang turun.
Terbuka sahaja pintu lif, doktor, doktor dan nurse, nurse di dalam bilik itu semua buat muka cuak. Kenapa?
Siapa tak terkejut buka buka saja pintu lif terus benda warna putih depan mata. Ibu aku masuk dengan tergesa gesa ke dalam perut lif . Amoi, kenapa pakai ini telekung pigi luar , terkejut saya woo… Tegur seorang doktor . Ibu aku hanya senyum dan menundukkan kepalanya.
Sampai sahaja di tingkat satu ibu aku segera masuk ke bahagian dapur. sekali lagi semua orang di dapur itu pun terkejut. Ibu aku segera ke bahagian pejabatnya dan menanggalkan telekung lalu mengambil beg tangan dan sepasang selipar Jepun yang memang tersedia di pejabat ibu aku untuk dia ke tandas. Dulu ibu tak pakai tudung lagi. Ibu segera pulang ke asrama hospital sediakan untuk para pekerja. Tanpa sedar ada mata yang masih memerhati ibu aku.
Ini baru yang ringan ringan sahaja. Sebagai pembukaan aku bercerita. Bak kata orang tua tua , diorang lagi banyak makan garam. Jadi ada kisah seterusnya yang ingin aku sampaikan. Apa yang pasti IA WUJUD…
One_neez
-TAMAT-
29. RUMAH SEWA DI PASIR GUDANG
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : RUMAH SEWA DI PASIR GUDANG
KARYA : CHE'NA
KODE : 330002750940029
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Hai semua pembaca. Terima kasih theHORRORZONE BRUNEI sebab menyiarkan cerita-cerita aku. Terima kasih yang memberi comment yang membina. Jadi, untuk kisah yang ini aku akan kongsikan kisah aku ketika di rumah sewa aku di Pasir Gudang.
Untuk pengetahuan kalian, aku berkongsi rumah dengan 5 orang pelajar politiknik di kawasan ini. Rumah kami rumah teres 2 tingkat. Bahagian bawah ada set sofa kayu yang memang tuan rumah sediakan. Ada sebuah tandas yang memang dari ruang tamu terus nampak tandas. Bahagian dapur kecil sahaja. Ada kabenit “L” singki menghadap tingkap dan pintu belakang. Sebelah pintu kami letak mesin basuh yang juga di hadapan tingkap. Ruang tamu memang sepah dengan ampaian beroda dan penuh dengan baju – baju dan beg-beg baju housemate aku ni. Awal-awal aku masuk, memang aku akan kemas lah, tapi lama-lama aku pon putus asa dah nak mengemas. Agaknya memang life student macam tu.
Okey berbalik cerita yang aku nak kongsikan. Di sebabkan dalam rumah ni aku seorang sahaja yang bekerja, jadi aku memang tak rapat dengan mereka, dan ada masa seminggu memang tak jumpa mereka sebab aku pergi kerja pagi, pukul 6.30 dah keluar rumah, ketika tu mereka semua masih lagi tidur, aku pulang kerja jam 5.00 petang semua belum ada di rumah. Jadi suatu malam ni aku cuci lah baju kat ruang bawah, dah masukkan semua kain kotoran kat mesin basuh, aku masak lah Maggie untuk makan. Masa tengah kacau air Maggie ni aku mengadaplah arah tinggkap belakang umah sewa ni.
Untuk pengetahuan kalian, belakang rumah aku ni tengah jalankan pembangunan rumah kedai. Jadi structure memang tak siap lagi lah, tapi malam tu aku tengok kedai belakang ni dah terang benderang. Terdetik dalam hati, dah siap dah kedai ni, pergi kerja balik kerja sampai tak perasan life sekeliling. Aku pergi lah ke ruang depan duduk makan Maggie sambil tunggu mesin basuh siap.
Jadi masa aku makan tu, aku memang duduk mengadap mesin basuh dan tingkap kat situ. Masa tengah tengok tingkap tu tetiba terperasan ada perempuan tengok aku juga dari tingkap tu, bayangkan beb, dah lah sorang kat rumah, macam nak gugur jantung tapi aku masih tenung je perempuan disebalik tingkap tu. Tak tahu lah kenapa tak rasa macam nak lari, lama-lama perempuan tu hilang dibawa anggin lalu.. dan tetiba mesin basuh aku keluar bunyi lagu yang menandakan cucian dah siap, waktu tu memang aku terkejut sampai tercarut, yelah tadi dah lah dalam keadaan beku, tetiba kau boleh menyanyi nyaring, free – free kena maki mesin basuh tu.
Aku terus keluarkan pakaian aku, terus sidai lepastu terabur lari naik atas. Sampai kat bilik aku layan movie kat laptop. Sedar-sedar jam dah tunjuk pukul 12.30 pagi, tapi roommate aku tak balik lagi, mungkin ada kelas kot. Sebab kalau tak balik, dieorang akan inform kat aku sebab aku kunci pintu lock dari dalam. Dalam 20 minit macam tu, aku dengar pintu bawah terbuka, lega lah rasa sebab housemate dah balik, aku dengar orang naik tangga sebab tangga berbunyi macam orang pijak. So aku assume budak bilik depan ni balik lah. Then bunyi tu senyap je. Aku jerit lah dari dalam bilik, sebab aku tak tutup pintu, Cuma tutup langsir saja. Aku jerit, “wey,, lambat kau balik!” senyap…. “aku bosan wey korang semua balik lambat” senyap lagi.. lepastu aku bangun lah sebab aku macam pelik kenapa member aku tak balas aku cakap kan. So aku bangun terus selak langgir, guest what, takde siapa pon wey kat situ. Aku Cuma rasa anggin je padahal bukannya ada tingkap atau kipas pon kat ruang atas ni.
Aku berani kan diri turun separuh tangga, lepastu aku tengok eh pintu aku lock atas bawah tau. Bila dah nampak macam tu aku terus lari masuk bilik kunci pintu. Masuk dalam selimut check handphone, tengok kat group whatsapp budak-budak ni bagi tahu tak balik. Terus biru muka aku! Jupakek punya hantu.. then masa tu lah aku dengar bunyi air kat tandas lah, orang tolak ampai bawah lah, argh,, g mampos lah,, aku dah kering d***h dah ni. Dalam seram aku hafazan surah – surah tu, aku tak sedar bila aku tertidur. Cuma bangun pagi tu aku rasa sunyi sepi sangat sesunyi jiwa aku sebab hantu tu ambil semangat aku! Hahaha… aku sampai cuti AL sebab tak sedar pagi tu. Kahkah.. lepas bangun mandi siap-siap kemas baju semua terus naik cabut balik pontian.
Seminggu aku tak balik rumah tu, aku lagi sanggup ulang alik Pontian Pasir Gudang hari-hari. Lepas aku dah rasa okey badan aku semua baru aku balik rumah sewa aku semula. Housemate aku? Depa mungkin tak rasa sebab selalu tak balik rumah. Dan satu lagi bangunan kedai belakang rumah aku tu tak siap pon lagi, tah dunia mana agaknya aku nampak malam tu.
Okey guys, cukup dulu di sini, aku pon dah kembali duduk di Pontian semula dan dah berkerja di pontian. Aku balik sini pon bukan sebab tak tahan gangguan ke apa, cuma ex aku kawen dengan orang lain. Aku tak move on tu yang mak aku suh balik sini. Hahaha.. okey lah,, nanti ada masa aku menulis kembali.
Maaf andai karangan ini tidak seperti yang kalian impikan. Terima kasih kerana terus membaca dan menyokong karya aku.
Sekian,
-TAMAT-
30. LEMBAGA MENGUNGKIS MAYAT
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : LEMBAGA MENGUNGKIS MAYAT
KARYA : CYRIL
KODE : 330002750940030
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada admin dan semua pembaca setia theHORRORZONE BRUNEI. Terima kasih jika cerita ini disiarkan.. Cerita yang ingin dikongsikan cuma fiksyen dan tiada kena mengena kepada yang hidup mahupun yang sudah tiada… Kepada mereka yang hanya suka pada cerita benar, bolehlah beralih ke cerita yang seterusnya…
Hujan rintik-rintik di luar sana pada malam itu. Kemudian kedengaran besi karat pintu pagar berbunyi, ditolak Pak Din yang baru pulang dari kilang. Di hembus nafas, termengah-mengah Pak Din.
Di dalam rumah, Pak Din ke dapur menuju peti ais. Menghilangkan dahaga. Dicubit sedikit coklat Cadbury. Tak disangkanya hari itu akan menjadi antara hari yang akan diingatinya seumur hidup. Begini kisahnya;-
Pada sebelah siangnya, Pak Din menyambung ‘shift’ di kilang. Seperti hari-hari biasa suasananya pagi itu. Tenang dan redup. Hinggalah waktu petang itu, seorang pekerja kilang terjerit-jerit memanggil-manggil ‘guard’ berulang-ulang kali dan berlari-lari ke arahnya. Pak Din terkejut bila diberitahu satu kemalangan telah terjadi. Pekerja tersebut kemudian ditenangkan sambil Pak Din menghubungi pengurus kilang.
Pak Din kemudian memeberhentikan aliran elektrik di suis utama setelah mendapat kebenaran pengurus bertugas hari itu. Suasana kilang yang biasanya bising dengan bunyi mesin jentera beroperasi bertukar menjadi senyap sunyi. Segala aktiviti diberhentikan.Pekerja-pekerja diarahkan pulang segera. Kemudian ditemani 2 ‘supervisor’ Pak Din bergegas ke tempat kemalangan. Pengurus kilang dan beberapa pentadbir menunggu di pejabat kerana tak berani turun ke kawasan mesin.
Mesin yang menjadi punca kemalangan itu adalah mesin jenis ‘roller’ yang akan menghancur debu kan sisa-sisa bahan mentah dari bahagian pemprosesan lain. Mesin ini turut dilengkapi 20 set ‘bladers’ yang akan memotong-motong sisa bahan yang telah dimampatkan. Sisa terakhir mesin itu seperti hampas tebu, tapi lebih halus. Disitulah kemalangan terjadi pabila seorang pekerja berbangsa India hancur lunyai dimamah mesin.
Lopak d***h dan percikan merah d***h memenuhi sekitaran lantai mesin dan dinding kilang. Isi perut bertaburan bercampur d***h segar merah pekat. Dapat dilihat butir nasi dalam usus. Tulang mangsa bersepahan, pecah-pecah seperti tulang ayam. Organ-organ dalaman seperti hati, jantung, peparu nampak seperti daging lembu yang disiat-siat. Lalat mula memenuhi kawasan kemalangan.
Pak Din terasa mahu pitam melihat keadaan kemalangan tersebut. Seorang supervisor termuntah disitu. Seorang lagi tergeleng-geleng kepala sebelum menghubungi pengurus.
Pak Din tahu dalam keadaan itu, tugas mengutip cebisan mayat pekerja itu terletak dibahunya. Pak Din juga terasa sebak sedikit kerana mengenali mangsa. Terbayang-bayang wajah mangsa yang selalu tersenyum bila berjumpa.
Pak Din mendapatkan beberapa baldi dan sarung tangan. 2 supervisor yang ada kemudian membuat keputusan membuat laporan polis dan menghubungi ambulans. Yang jahatnya, Pak Din ditinggalkan seorang diri dikawasan mesin tersebut. Apakan daya, Pak Din tak boleh membantah.
3 baldi hampir penuh berisi cebisan mayat mangsa telah dikumpul Pak Din. Sejak kedua-dua supervisor pergi dari situ, telah hampir 1 jam lebih Pak Din keseorangan disitu. Dilihat jam tangannya, 6.59 petang.
Secara tiba-tiba meremang bulu tengkuknya. Diperhatikan kawasan sekeliling. Tiada sesiapa. Pak Din tak sedap hati. Lalu menuju pintu keluar disebelah belakang. Lama juga Pak Din cuba menenangkan hatinya. Keadaan bertambah gelap, ditambah pula Pak Din sendiri yang mematikan suis utama, maka suasana didalam kawasan mesin menjadi suram. Bau hanyir d***h semakin kuat. Lalat yang pada mulanya begitu banyak hilang semuanya.
Dalam keadaan itu, Pak Din terdengar bunyi sesuatu. Dalam kawasan mesin. Pak Din tak rasa ada sesiapa yang berani datang ke kawasan itu dalam keadaan yang suram dan berbau hanyir itu, jika berseorangan. Hatinya berdegup kencang.
Bunyi yang didengari seperti bunyi tapak kaki berjalan diatas air. Plukkk, plukkk begitulah lebih kurang ritmanya.
‘Siapa tu?’ jerit Pak Din memberanikan diri.
Pastinya tidak ada sesiapa yang menjawab. Pak Din masuk semula ke dalam. Tiada sesiapa pun. Tapi peliknya bunyi yang tadi kedengaran semula. Semakin kuat. PLUKKK PLUKKKK PLUKKK PLUKKK. Kemudian KRIKKKK KRIKKKK KRIKKK KRIIKKKK
Pak Din mengeluarkan telefon bimbitnya. Dengan menggunakan sedikit cahaya daripada hansetnya itu, Pak Din menyuluh-nyuluh. Kemudian Pak Din menyusur tepi mesin roller tersebut sambil terus menyuluh-nyuluh sekelilingnya.
Bunyi seperti datang dalam kotak mesin roller. Muat untuk 2 orang berdiri panjang dan kelebaran kotak roller tersebut. Pak Din tergerak untuk menyelak langsir getah kotak tersebut. Lalu disuluh kedalam.
Dilihat seorang perempuan hodoh bermata merah dan berambut panjang bertinggung dalam kotak roller tersebut. Sedang mengungkis sesuatu berwarna putih, iaitu tulang si mangsa kemalangan,lagak seperti menghisap sumsum ayam. Bila disuluh, perempuan hodoh tersebut merengus-rengus.
Pak Din bertakbir. Sepantas kilat perempuan hodoh terbang keluar dari kotak mesin, menembusi dinding kilang.
Allahuakbar Allahuakbar
Kedengaran azan dari surau berhampiran. Pak Din hampir kehilangan semangatnya. Kaku disitu dalam kegelapan. Beberapa minit kemudian seorang supervisor datang dengan beberapa anggota polis.
p/s-Satu baldi daripada 3 baldi berisi cebisan sisa daging dan tulang mangsa hilang bila diperiksa. Mengungkis adalah meratah isi dalam tulang dengan cara menghisap. Sekian..
-TAMAT-
31. BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : BUDAK GANJIL TANPA PAKAIAN
KODE : 330002750940031
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Dentuman petir membuat telinga saya seperti pekak. Tanah yang dipijak seperti bergegar. Saya pun rebah ke dada bumi. Antara sedar dan tidak, terasa tubuh diangkat serta diusung oleh Datuk dan Haji Taslim Singasari ke perdu macang (bacang). Saya disandarkan di situ, Datuk segera memulihkan semangat saya yang hilang.
Bila terasa diri semakin pulih, saya celikkan mata. Apa yang saya lihat sungguh mengejutkan. Lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba terbakar hangus dipanah petir. Hancur menjadi debu lalu diterbangkan oleh angin ke mana-mana.
Penduduk kampung berdekatan menjadi gempar. Mereka merasa sungguh takjub kerana dalam cuaca petang yang terang, boleh terjadi ledakan petir yang sungguh hebat.
“Kita sudah melihat kekuasaan Allah, sesungguhnya Allah berhak melakukan sesuatu yang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita,” Pak imam yang tadi membisu mula bersuara. Matanya menatap wajah Datuk dan Haji Taslim Singasari.
“Itu pilihan sahabat saya, Pak Imam.” Nada suara Haji Taslim Singasari mengundang kehampaan.
“Itu takdir dirinya,” celah Datuk.
“Apa boleh buat Haji, saya harap perkara yang terjadi di depan mata kita ni, jangan dihebohkan dengan sesiapa. Nanti boleh timbul macam-macam cerita pula,” Pak Imam menatap permukaan bumi sambil menarik nafas panjang.
Pak Imam angkat kepala lalu memandang ke arah kami dengan senyuman penuh keyakinan. Dia percaya yang kami akan mematuhi permintaannya. Pak Imam melangkah ke kaki tangga untuk naik ke rumah. Perbuatannya itu segera dituruti oleh saya, Haji Taslim Singasari dan Datuk.
Bila berada dalam rumah, bilik si mati segera kami serbu. Saya jadi bingung. Semua barang miliknya menjadi abu, bersepah-sepah seluruh bilik. Malah ada yang melekat pada dinding akibat ditolak angin.
“Jangan disentuh,” Haji Taslim Singasari mengingatkan kami. Kami terus membuka tingkap. Dua keping papan dinding yang menghala ke arah sawah dikopaknya dengan jari telunjuk.
“Kenapa rosakkan dinding rumah?” Tanya Datuk.
“Biar angin masuk dan terbangkan debu-debu yang ada dalam rumah ni. Debu-debu ini tak boleh disentuh, kalau kena tubuh kita, kulit boleh terbakar dan daging badan jadi busuk,” jelas Haji Taslim Singasari.
Saya segera meninggalkan bilik si mati. Beberapa minit kemudian Pak Imam, Haji Taslim Singasari dan Datuk turut keluar dari bilik si mati. Kerana waktu Asar hampir tiba, kami terus ke masjid untuk menunaikan solat. Atas persetujuan para jemaah yang ada, maka Haji Taslim Singasari pun disuruh menjadi imam.
Selesai sembahyang dan berdoa, para jemaah mula bercerita tentang bunyi petir yang mereka dengar. Ada bermacam-macam andaiannya dan ramalan yang mereka buat. Kebanyakannya, dihubungkaitkan dengan kematian Suhaimi Keraba.
Ada yang mendakwa, sebelum petir meledak mereka melihat Suhaimi Keraba menari-nari di jalan raya. Ada pula yang melihat Suhaimi Keraba minum kopi dan makan laksa di warung Simpang Empat.
Cerita-cerita yang sampai ke telinga membuat saya tersenyum panjang. Betapa mudahnya, orang mengadakan cerita yang bukan-bukan, mereka pandai menggunakan kesempatan dari kematian Suhaimi Keraba yang semasa hidupnya tidak melakukan kebaikan.
Beberapa orang jemaah yang berani terus mendekati Haji Taslim Singasari dan Pak Imam. Mereka terus mengajukan pelbagai pertanyaan tanpa mempedulikan kehadiran kami. Mungkin kerana kami orang luar.
“Minta maaf, kami tak tahu pula bunyi petir itu ada hubungan dengan si mati,” itu jawapan Pak Imam pada pertanyaan mereka. Ternyata jawapan itu tidak memuaskan hal orang yang bertanya.
“Mustahil awak tak tahu?” Tanya lelaki berkulit hitam manis dengan misai lebatnya menutupi bibir atas.
Pertanyaan ditujukan khas untuk Haji Taslim Singasari mencari jawapannya di samping berusaha menjauhkan diri dari lelaki berkulit hitam yang usianya sekitar lima puluhan.
“Petir berbunyi waktu cuaca terang benderang, perkara biasa,” sahut Pak Imam. Ternyata lelaki berkulit hitam tidak puas hati kerana jawapan itu bukannya datang dari Haji Taslim Singasari.
Matahari petang yang memancar membuat dahi saya dan Datuk berpeluh. Pak Imam merenung ke arah kolah masjid.
“Bagi saya, itu bukan perkara biasa,” lelaki berkulit hitam manis bersuara. Dia menatap wajah Pak Imam dan Haji Taslim Singasari.
“Kenapa awak kata macam tu?” Datuk ajukan pertanyaan pada lelaki berkulit hitam manis.
Dia tidak berminat mahu bercakap dengan Datuk. Mungkin kerana Datuk orang luar. Datuk dan Pak Imam berpandangan. Akhirnya mereka tersenyum .
“Bagi saya,” ulang lelaki berkulit hitam, “perkara itu ada kaitannya dengan sahabat Pak Haji yang mati. Dia tu manusia jahat, isi neraka,” begitu senang lelaki berkulit hitam manis bercakap.
“Mulut awak celopar. Tak baik menuduh begitu. Saya tak suka cara awak, kita tak boleh menentukan seseorang itu isi neraka atau syurga kerana ia adalah kuasa Allah,” nada suara Haji Taslim Singasari mula meninggi. Mukanya nampak merah.
“Maafkan saya, Pak Haji.”
“Awak tahu, Allah boleh melakukan sesuatu apa yang diingini-Nya, apa lagi petir waktu hari bercuaca panas,” Haji Taslim Singasari berhenti bercakap. Dia menarik nafas dengan perlahan-lahan. Matanya menoleh ke arah saya dan Datuk.
“Kenapa dalam setiap kejadian kita tidak mahu memikirkan tentang kebesaran Allah? Kenapa mesti dikaitkan dengan manusia yang kita cap atau kita kira sebagai manusia jahat. Ini ertinya kita bercakap dan berfikir menurut perasaan bukannya menggunakan otak,” lanjut Haji Taslim. Dia tentang biji mata lelaki berkulit hitam manis. Bahu lelaki itu ditepuk dengan mesra.
“Ini kesilapan saya, suka mendengar cakap-cakap orang,” terpamer kekesalan di wajah si hitam manis.
“Lain kali, jangan cepat sangat percaya dengan cakap-cakap orang, selidik dulu sebelum membuat tuduhan, barulah hidup selamat,” Pak Imam mengurut si hitam manis.
“Maafkan saya.”
“Sudahlah, lain kali berhati-hati. Kami tak ada apa-apa dengan awak,” tutur Pak Imam mengakhiri kata dengan senyum. Si hitam manis tergesa-gesa meninggalkan kami.
Sebenarnya kami bertiga (Pak Imam, Datuk dan saya) tidak perlu pergi ke rumah Haji Taslim Singasari. Pak Imam boleh pulang terus ke rumahnya. Sementara saya dan Datuk boleh balik ke rumah Mat Prai. Oleh kerana basikal kami masih berada di rumah Haji Taslim Singasari perkara tersebut tidak dapat dilakukan. Terpaksa pergi ke rumahnya dulu.
Bila sampai di rumah, Haji Taslim Singasari menahan kami agar minum petang. Dia sendiri yang membuat air kopi dan menggoreng pisang nangka. Minum petang sambil berborak memang menyeronokkan, ketika sedang berborak tanpa disengajakan Haji Taslim Singasari telah menceritakan serba sedikit kebolehan yang ada pada dirinya. Rupanya, perkara yang tidak disengajakan itu telah berbekas dalam diri Datuk. Timbul minat dalam hatinya untuk mengetahui beberapa perkara tertentu dari Haji Taslim Singasari.
Bagaimanakah Datuk mahu menyatakan hasrat hatinya itu? Dan amat mengejutkan saya, bila Datuk mahu menerima pelawaan dari Haji Taslim Singasari agar bermalam di rumahnya untuk sama-sama membaca Yasin.
“Macam mana dengan basikal yang saya pinjam, saya tak boleh bawa dua basikal sekali,” Pak Imam menyatakan keresahannya sambil meletakkan cawan di tangan ke dada piring.
“Ya juga!” Datuk terkejut dan menyedari yang perbuatannya itu menyusahkan orang lain.
“Itu mudah saja, suruh cucu awak bawa basikal saya, awak naik basikal yang dipinjam. Bila datang ke sini semula, awak naiklah basikal saya bersama cucu awak,” Haji Taslim Singasari menyelesaikan masalah yang dihadapi.
“Bijak juga awak cari jalan selesai,” Pak Imam terus menatap wajah Haji Taslim Singasari .
“Kalau tak ada apa-apa hal, lepas sembahyang Isyak saya datang ke sini. Saya juga nak baca Yasin,” sambung Pak Imam bersama senyum.
“Kalau awak datang saya gembira, kalau tak datang saya tak marah,” tingkah Haji Taslim Singasari lalu disambut dengan ketawa. Haji Taslim Singasari mengumpulkan cawan dan piring kosong lalu dibawa ke ruang dapur.
Kami turun dari rumah. Haji Taslim Singasari keluarkan basikal tua dari bawah rumah. Diserahkan pada saya. Basikal tua itu masih berhabuk tetapi, brek dan tayar masih elok.
“Saya jarang menggunakannya,” tutur Haji Taslim Singasari sambil menepuk tempat duduk basikal dua tiga kali.
“Jangan bawa laju-laju,” Datuk mengingatkan saya.
“Kalau bawa laju nanti tercabut tayar,” Pak Imam berjenaka. Saya tersenyum panjang.
Kami keluar dari kawasan rumah Haji Taslim Singasari. Pak Imam berada di depan, Datuk di tengah dan saya berada di tempat terakhir, semuanya membongkok kayuh basikal.
Matahari petang yang kian condong mencipta bebayang diri kami memanjang di dada jalan. Angin yang bertiup memberikan keseronokan dan kesegaran pada diri saya. Sambil kayuh basikal saya bersiul-siul kecil membawakan lagu Terkenang Semasa Dulu.
Lagu tersebut cukup popular ketika itu. Kecil besar tua muda kenal dengan suara penyanyi R. Azmi yang setiap hari berkumandang di radio Malaysia (ketika itu disebut Radio Malaya). Akhirnya kami sampai di rumah Pak Imam. Tidak dapat saya gambarkan kegembiraan yang melonjak dalam dada, bila Pak Imam menyuruh saya menghantar basikal yang dipinjam ke rumah adiknya.
Inilah peluang terbaik bagi saya untuk melihat wajah Masitah, si putih kuning penggoda jiwa. Doa saya, semoga emak dan ayah Masitah tak ada di rumah. Kali ini, saya mahu bercakap panjang dengannya. Mahu Tanya kegemarannya. Lagu apa yang diminatinya, pandai dia membaca Quran dan berqasidah? Bolehkah dia masak gulai tempoyak, yang jadi kegemaran saya dengan nenek. Kalau boleh dialah bakal isteri saya. Engkau cantik, engkau menawan Masitah.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikum salam,” terdengar suara halus nyaring. Engkaukah itu Masitah? Saya tersengih sendirian dengan sepasang biji mata tertumpu ke arah pintu yang terdedah.
“Siapa tu?” Orang di dalam bersuara lunak.
“Saya Tamar, nak pulangkan basikal yang saya pin..," saya tidak dapat meneruskan kata-kata. Jantung saya berdebar.
Oh! Tuhan apakah saya bermimpi? Dua tiga kali saya mengucap panjang. Benarkah yang berdiri di muka pintu itu Masitah? Bisik batin saya. Sudah jelas yang berkemban di muka pintu adalah Masitah.
Mata jantan saya tertumpu ke arah bahagian dada yang tidak bertutup. Kulitnya putih melepak dan lembut. Basikal yang dipegang terlepas dari tangan. Jatuh terdampar atas bumi. Masitah yang berdiri di muka pintu menghilangkan diri. Basikal yang rebah saya tegakkan lalu disandarkan pada tiang seri di bawah rumah.
“Basikal bawah rumah, saya nak balik,” kata saya sambil keluar dari bawah rumah.
Hati kecil saya tetap kesal kerana Masitah cukup cepat menghilangkan diri. Waktu saya mahu melintas di depan tangga, saya lihat Masitah berdiri di situ. Dia tidak berkemban lagi. Pakaiannya cukup kemas dengan baju kurung berkain batik. Dia tidak memakai kain kelubung. Rambutnya disikat rapi.
“Nama awak, Masitah!” Saya memberanikan diri sambil berjenaka. Tiada jawapan yang saya terima dari Masitah kecuali sebuah jelingan tajam penuh makna dan mendebarkan.
“Basikal yang dipinjam tadi, ada di bawah rumah,” saya menambah.
Masitah tiada juga bersuara, tetapi ada senyum di kelopak bibirnya. Saya tidak mahu senyumnya. Saya mahu mendengar suaranya.
“Sampaikan salam saya pada emak dan ayah awak,” kata saya tanpa melihat ke arahnya. Saya terus melangkah dengan wajah yang serius.
MENGENA
Ternyata, taktik yang saya lakukan itu mengena. Saya kira, kalau saya jual murah, Masitah jual mahal. Bila saya jual mahal, Masitah jadi serba salah lalu menegur saya. Ini sebuah pengalaman yang amat berharga.
“Macam merajuk aje nampaknya, pagi tadi bukan main berani,” Masitah mengusik dan menyindir.
Bagaikan ada kuasa tertentu, langkah saya terhenti dan wajah saya bagaikan diarahkan kuasa ghaib memandang ke arah wajah Masitah. Kami tersenyum.
“Pergi ke mana bawa basikal ayah saya?”
“Ke Kampung Terang.”
“Ada apa di sana?”
Saya rasa agak sukar mahu menjawab pertanyaan dari Masitah. Kalau saya katakan yang benar, mungkin dia tidak percaya dan menuduh saya berbohong.
“Saya tak boleh cakap, kalau nak tahu tanyalah ayah saudara awak,” kata saya.
“Kenapa tak boleh cakap?”
“Itu rahsia.”
“Alahaiii menyampah,” Masitah juihkan bibir bawah ke depan bersama kerdipan dan jelingan.
Tidak memadai dengan itu, dia tunjukkan penumbuk ke arah saya. Sungguh melucukan tetapi amat menghiburkan diri saya.
“Tamarrr.”
Suara Datuk meninggi dan memanjang dalam nada marah. Kegembiraan yang melonjak dalam dada terus hilang. Saya terus berlari dengan sekuat hati menuju ke rumah Pak Imam. Sebelum sampai ke rumah Pak Imam dua kali saya terjatuh tersepak akar. Rasa sakit sudah tak terasa lagi, akibat dikuasai rasa takut pada Datuk.
“Heiii, kamu ni.” Datuk beliakkan mata, saya tidak angkat muka.
Cuma renung permukaan bumi saja. Rasa gementar terus bersarang di dada. Saya berdoa agar kemarahan Datuk berakhir di situ saja.
“Apa yang kamu buat di situ? Hantar basikal sampai berjam-jam. Apa yang kamu cari di rumah orang, ha?” Sambung Datuk. Suaranya makin meninggi.
“Sudahlah tu,” Pak Imam memujuk.
“Kalau tak ditegur inilah jadinya,” ada perubahan pada tekanan suara Datuk. Nadanya merendah. Dada saya terasa lapang bila dia berbalas senyum dengan Pak Imam.
“Saya pergi dulu,” Datuk hulur tangan pada Pak Imam. Mereka bersalaman.
“Dengar cakap Datuk kamu, jadilah cucu yang baik,” kata Pak Imam bila saya bersalaman dengannya.
“Terima kasih,” saya tatap wajah Pak Imam yang tersenyum.
Segera saya sorong basikal tua ke arah jalan besar. Datuk mengekori dari belakang. Bila sampai dekat pokok kelapa condong Datuk berpatah balik menemui Pak Imam.
“Awak datang malam ni ke rumah Haji?”
“Insya-Allah lepas isyak saya sampai,” itu janji Pak Imam pada Datuk. Dan Datuk meneruskan perjalanan tanpa mahu menoleh ke belakang lagi.
Sampai di tepi jalan raya, Datuk ambil basikal dari saya. Tanpa berkata apa-apa dia terus kayuh basikal. Saya terpinga-pinga kerana Datuk terus meluru ke depan tanpa menyuruh saya naik basikal.
“Tuk,” jerit saya.
Datuk tidak peduli dia terus kayuh basikal. Saya jadi cemas dia semakin jauh dari saya.
“Tuk,” jerit saya.
Datuk tidak juga menoleh ke belakang. Terus membongkok kayuh basikal. Ini tidak boleh jadi, Datuk dah buat perangai gila-gilanya. Saya buka langkah dan terus memburunya. Bila langkah saya bersaing dengan basikal yang Datuk kayuh, tanpa membuang masa saya terus melompat ke atas pelantar basikal. Saya tercungap-cungap, tetapi Datuk buat endah tak endah dengan kehadiran saya tu.
“Tuk,”
“Hum, ada kamu. Aku ingatkan tadi kamu tak tahu berusaha, nak hidup,” kata-kata itu amat menyakitkan hati saya.
“Agaknya Datuk terlupa nak ajak saya naik basikal.”
“Aku tak terlupa, aku sengaja tinggalkan kamu. Nak tengok kamu tu cerdik ke bodoh?”
“Hum,” saya mengeluh dalam hati. Sikap Datuk itu amat mengecewakan. Saya ambil keputusan tidak mahu bercakap dengannya.
Basikal yang dikayuh oleh Datuk agak laju, habis rambut saya menggerbang. Angin terasa begitu kuat memukul kulit pipi dan mata mula berair. Tenaga Datuk bagaikan tenaga orang muda.
“Duduk diam-diam,” Datuk mengingatkan saya, bila Datuk mendapati saya bergerak ke kiri dan ke kanan atas pelantar basikal. Saya berbuat demikian kerana saya terasa cukup lenguh.
“Baik tuk,” kata saya.
Dari jalan raya Datuk belok basikal ke kanan, masuk ke lorong kecil menuju ke rumah Haji Taslim Singasari. Cuaca tidak secerah tadi, matahari sudah mengisut ke kaki langit. Sebentar lagi cuaca samar akan menguasai seluruh kampung yang menandakan malam mula mengusir siang.
Cukup cekap Datuk mengendalikan basikal yang dikayuhnya. Dia bijak mengelakkan tayar basikal dari melanggar tunggul dan akar kayu yang berselirat di dada lorong.
Bila tayar basikal terlanggar lopak kecil atau akar kayu secara tidak sengaja, tubuh Datuk bergerak ke kiri dan ke kanan untuk mengimbangi badan dan basikal dari masuk parit. Secara tidak langsung, saya juga turut bergerak. Akibat terlalu kerap bergerak, badan saya berpeluh.
“Cepat datang.”
Sambut Haji Taslim Singasari di kaki tangga Saya terus melompat turun dari pelantar basikal. Kerana saya melompat tanpa memberitahunya, Datuk tidak dapat mengawal basikal dengan baik hingga dia terbabas ke arah perdu pisang. Basikal dan Datuk jatuh di situ. Haji Taslim Singasari segera menerkam ke arah Datuk.
“Kamu tak mahu fikir tentang orang lain, bila mahu berbuat sesuatu. Tengok apa dah jadi,” biji mata Datuk tertumpu ke wajah saya. Kali ini saya tidak merasa takut, kerana nada suara Datuk tidak meninggi.
“Lain kali jangan buat macam tu lagi,” sambung Datuk bersama senyum.
Entah mengapa Datuk tidak naik darah kali ini. Mungkin dia segan dengan Haji Taslim Singasari. Datuk tolak basikal ke bawah rumah. Disandarkan pada tiang kayu bulat. Kemudian Haji Taslim Singasari terus memeriksa tangan kanan Datuk. Pada hematnya, tangan kanan itu mesti bengkak atau luka. Semasa Datuk jatuh tadi tangan kanan itu terkandas atas kayu bulat.
“Tak ada apa-apa, saya sempat mengelak. Dari jauh memang nampak yang tangan saya ni kena kayu bulat,” jelas Datuk.
“Cekap juga awak.”
“Semuanya dengan izin Allah,” balas Datuk.
“Mari naik,” pelawa Haji Taslim Singasari.
BEKU
Sementara menanti masuk waktu maghrib, saya duduk di anak tangga bongsu melihat ke kawasan hujung sawah. Damai melihat pepucuk pisang yang meliuk-liuk di terpa angin, begitu juga dedaun pinang dan kelapa.
Datuk dan Haji Taslim Singasari terus berborak panjang di anjung. Mereka bertukar pendapat, berbincang tentang hal-hal agama.
“Islam itu tak beku, sesuai pada setiap zaman. Tetapi, para penganutnya sendiri yang membuat Islam tu jadi beku,” tutur Haji Taslim Singasari.
“Maksud awak?” Sanggah Datuk.
“Mudah saja, apa yang dicari orang hari ini, sudah ada dalam Islam sejak beratus tahun dulu. Sama ada tentang kehidupan di langit, di bumi dan di laut. Malah kejadian budak dalam perut ibunya sudah dinyatakan dalam Quran. Sayangnya orang Islam sendiri tak mahu mencarinya.” Jelas Haji Taslim Singasari.
“Kalau hidup berpegangkan ajaran agama, selamat kita dunia akhirat,” tingkah Datuk.
“Ya,” Haji Taslim Singasari anggukkan kepala. Setuju dengan pendapat Datuk.
Hari beransur gelap. Pepohon di hujung sawah sudah tidak jelas lagi. Beburung tidak lagi terbang untuk pulang ke sarang. Cahaya merah dan biru di kaki langit sudah pun menghilang . Beduk di sudut masjid pun dipalu orang lalu disusuli dengan suara azan mendayu hiba. Menyeru penduduk kampung supaya menunaikan kewajipan.
Kami pun menunaikan solat Maghrib, imamnya Haji Taslim Singasari . Kami membaca surah Yasin hingga masuk waktu Isyak. Bila
solat Isyak mahu dimulakan, saya terasa lain macam saja. Macam ada sesuatu yang tidak dapat dilihat bergerak bebas dalam rumah.Bulu tengkuk saya sentiasa saja berdiri.
“Itu perasaan kamu saja, Tamar,” kata Datuk bila rasa gelisah itu saya sampaikan padanya.
“Bukan perasaan, perkara tu memang ada,” Haji Taslim Singasari renung muka Datuk, “pedulikan, kita sembahyang dulu,” sambung Haji Taslim lagi sambil mengarahkan saya dan Datuk mengambil tempat masing-masing. Dia pun memulakan tugasnya sebagai imam.
Bila saya memberi salam yang kedua, bahu saya seperti dipegang oleh seseorang. Dalam keadaan yang tergamam itu, saya terasa seperti ada orang yang menjabat tangan saya. Digenggam erat sambil digoncang beberapa kali.
“Manusia ke syaitan?” Bentak batin saya.
Serentak dengan itu, genggaman yang mencangkum telapak tangan saya terlepas. Ada hembusan nafas yang keras menyentuh kulit pipi. Bahu saya disinggung dengan kuat hingga saya terdorong ke kanan, berlaga dengan badan Datuk.
“Kau mengantuk, Tamar?”
Saya segera gelengkan kepala sambil tumpukan seluruh perhatian ke arah pembacaan doa yang dilakukan oleh Haji Taslim Singasari. Sesekali saya lihat Datuk berada dalam keadaan yang resah. Dia mengisut ke arah saya seperti ada orang yang menghimpitnya. Pembacaan doa pun berakhir. Saya terus bersalam dengan Haji Taslim Singasari.
“Kamu kurang senang kerana diganggu,” Haji Taslim Singasari tenung muka saya. Belum pun sempat saya menjawab, dia ubah pandangan pada Datuk. Mereka bersalaman.
“Assalamualaikum.”
Biji mata kami tertumpu ke arah pintu yang tertutup rapat. Lama kami menunggu pintu yang tidak berkunci itu ditolak orang dari luar. Apa yang kami harap tidak juga terjadi.
“Pedulikan.” Kata Haji Taslim Singasari dengan tenang. “Mari kita baca surah Al-Kahfi,” sambungnya lagi.
Saya dan Datuk anggukkan kepala. Haji Taslim Singasari terus bangun, ambil Quran atas rak lalu diserahkan pada saya dan Datuk.
“Assalamualaikum,”
Kami bertiga terhenti untuk memulakan pembacaan. Semua biji mata tertumpu ke arah pintu. Seorang budak lelaki dalam usia lapan tahun, tanpa pakaian kecuali kain cawat yang menutupi kemaluannya. Rambutnya dicukur bersih, bahagian belakang kepalanya terdapat setompok rambut dalam bentuk jambul. Panjang rambut tersebut hingga bertemu dengan bahagian punggungnya.
Sekilas pandang memang wajahnya menyerupai kanak-kanak. Bila ditenung lama-lama ternyata wajah itu cukup dewasa dalam usia empat puluhan. Urat-urat di dahi dan di pipi kelihatan menonjol bagaikan akar rotan di permukaan bumi. Bentuk telinganya macam telinga arnab dan mengeluarkan asap nipis.
Saya gerun melihat bentuk matanya yang dalam, tidak ada kelopak, tidak ada bulu mata dan kening. Ada cahaya memancar lembut macam mata kucing waktu malam bila terkena sinaran lampu picit. Apa yang pelik dan menakjubkan dari mana dia datang? Mustahil dia masuk ikut pintu, kerana daun pintu tidak bergerak, masih tertutup rapat.
“Pedulikan,” Suara Haji Taslim Singasari meninggi.
Budak kecil di depan pintu terus ketawa dan menggilai panjang. Cukup seram dan menakutkan, bulu roma saya tegak berdiri. Dia jelirkan lidahnya yang panjang lalu menjilat-jilat tubuhnya macam kucing menjilat bulunya.
“Mari kita baca,” sambung Haji Taslim Singasari.
Kami terus mematuhi cakapnya. Dalam beberapa saat rumah di pinggir kampung itu terus bergema dengan pembacaan dari surah Al-Kahfi. Makin lantang suara kami membaca, makin kuat hilai ketawa sungguh ganjil. Dia menari-nari dan melompat di depan kami. Sesekali dia menukarkan taktik dari ketawa kepada menjerit dan akhir menangis tersedu-sedu macam budak kecil lapar susu.
-TAMAT-
32. PULANG DARI KUBUR
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : PULANG DARI KUBUR
KODE : 330002750940032
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Semua yang terjadi di depan mata mengundang kecemasan dan ketakutan. Saya tidak berani bergerak dan berkata-kata.
Aneh sungguh, Haji Taslim Singasari tidak gentar dan cemas atas kehadiran kucing hitam dan harimau kumbang. Baginya, seolah-olah perkara itu tidak wujud di depan matanya.
Haji Taslim Singasari mengambil beberapa naskhah Yasin dari atas rak di luar bilik. Masa Haji Taslim berada di luar bilik, saya seakan-akan terpandangkan Suhaimi Keraba mengangkat kepalanya perlahan-lahan.
Dan kini, saya dapat memastikan yang lapik kepalanya bukanlah bantal. Tetapi, batang pisang yang dibentuk seperti sebiji bantal.
"Eh, kepala..."
Belum pun sempat saya menamatkan kata, telapak tangan Datuk terus menekup mulut saya. Kerana dicengkam begitu kuat, kedua belah rahang saya terasa sakit.
"Jangan tegur, baca saja Surah An-Nas seberapa banyak yang boleh," Pak Imam membisikkan ke telinga saya.
Bila saya anggukkan kepala barulah Datuk berhenti mencekup mulut saya. Saya patuh dengan nasihat Pak Imam. Sambil membaca Surah An-Nas, mata saya terus tertumpu ke bahagian kepala Suhaimi Keraba yang bertukar bentuk menjadi macam kepala monyet.
Proses pertukaran itu berlaku secara sedikit demi sedikit yang dimulai dari dagu, telinga dan akhir sekali di bahagian kening.
"Huuaaahhhh."
Terdengar suara dari Suhaimi Keraba, macam mawas (kingkong) jantan. Menderam panjang. Dalam sekelip mata, kepala monyet bertukar menjadi kepala harimau belang. Terus mengaum, menggegarkan rumah. Datuk dan Pak Imam bagaikan tidak peduli dengan apa yang terjadi di depan mereka.
"Mari kita baca bersama, setakat mana yang dapat," Haji Taslim Singasari berdiri di kiri saya.
Dia hulurkan Surah Yasin pada saya, pada Datuk dan Pak Imam. Haji Taslim Singasari terus duduk di sebelah saya. Pada saat itu juga saya terdengar jeritan binatang liar dalam bilik kecil. Saya yakin, suara jeritan itu hanya saya seorang saja yang mendengarnya.
"Pak Imam kita jadi ketua, kita mengikutnya," Haji Taslim Singasari memberikan pendapat.
Datuk anggukkan kepala. Saya tidak memberikan sebarang komen. Bersedia mengikut langkah dan rentak yang bakal mereka lakukan.
"Boleh kita mulakan sekarang," Pak Imam menyatakan kesediaannya beberapa saat kemudian, kamar kecil itu mula dikuasai oleh suara orang membaca Surah Yasin.
Dalam masa saya hendak membaca Surah Yasin, saya tidak dapat melihat perkembangan atas perubahan selanjutnya terhadap diri Suhaimi Keraba. Saya tidak tahu apakah kepalanya masih dalam bentuk kepala harimau.
Pembacaan Surah Yasin sering terganggu oleh beberapa ekor ular sebesar batang kelapa. Warnanya hitam, bergerak depan kami, lidahnya yang bercabang bagaikan mahu menyentuh tubuh Suhaimi Keraba.
Kerana Datuk, Pak Imam dan Haji Taslim Singasari buat tidak kisah, saya jadi berani dan terus bersikap macam mereka. Selain dari ular besar, binatang berbisa yang lain juga turut menjelma seperti kala jengking, lipan, lebah dan tebuan.
Pembacaan Yasin yang pertama selesai. Waktu mahu melakukan pembacaan yang kedua, Suhaimi Keraba terus menjerit, menendang ke kiri dan ke kanan. Semuanya itu tidak menghalang pembacaan kami. Bila pembacaan Surah Yasin untuk kali yang ketujuh berakhir. Semua binatang buas yang berkeliaran hilang. Suhaimi Keraba tercungap-cungap.
Buah halkumnya nampak bergerak lemah dan dadanya yang hitam kelihatan berombak-ombak.
"Ajarlah dia mengucap, Taslim," Pak Imam menganjurkan pada Haji Taslim Singasari. Dan orang tua yang berbadan tegap itu segera merapati Suhaimi Keraba.
Dia mendekatkan bibirnya ke cuping telinga Suhaimi Keraba yang hitam. Datuk gelengkan kepala, bila Suhaimi Keraba berusaha dengan sedaya upaya memalingkan mukanya yang hitam (tidak tentu bentuknya) itu ke arah lain. Dia seolah-olah tidak mahu mendengar dengan apa yang dibisikkan oleh Haji Taslim Singasari kepadanya.
"Cubalah," kata Datuk menguatkan semangat Haji Taslim Singasari yang mula kecewa.
"Ya cubalah, kita usaha," tokok Pak Imam pula dan Haji Taslim Singasari anggukkan kepala.
"Haaaaa..."
Bagaikan ada kekuatan luar biasa hadir dalam diri Suhaimi Keraba. Dia terus duduk dan tangan kanannya menolak tubuh Haji Taslim Singasari, orang tua berbadan tegap itu jatuh tertinggung. Seluruh muka Suhaimi Keraba terarah ke wajah Datuk.
Secara mendadak, Suhaimi Keraba rebahkan badannya dengan kasar. Dia luruskan tangan dua kali sambil menghela nafas tersekat-sekat, urat di leher nampak tegang.
"Huaaaahhh..." sepasang kaki Suhaimi Keraba bergerak-gerak. Semua biji mata tertumpu ke arahnya. Dadanya sudah tidak berombak, nafasnya terhenti. Suhaimi Keraba terkulai atas bantal bantang pisang. Dia sudah tidak bernyawa lagi.
"Semuanya dah habis," Haji Taslim Singasari bangun sambil menutup mayat Suhaimi Keraba dengan kain hitam.
HAMPIR
Haji Taslim Singasari menghampiri kami. Dan kami serahkan naskhah Yasin kepadanya untuk disimpan. Saya pandang wajah Datuk, ada sesuatu yang saya agak aneh dan ganjil.
Belum pernah saya mendengar salakan anjing mendayu-dayu seolah-olah menangis di waktu tengah hari rembang.
Suara gagak rancak berbunyi. Kokok ayam jantan bertalu-talu dan ketuk ayam betina bagaikan gendang perang. Saya jadi seram dan berdebar.
Sumpah saya tidak tahu, apakah Pak Imam dan Datuk mengalami perkara ganjil seperti apa yang saya alami? Pada mata kasarnya, saya lihat Haji Taslim Singasari seperti orang keresahan.
"Ganjil!"
Terkeluar ungkapan dari bibir Pak Imam.
"Apa yang ganjil tu?" pintas Datuk.
"Cuba dengar baik-baik, kawan," mata Pak Imam merauti seluruh wajah Haji Taslim Singasari. Akhirnya sepasang biji mata Pak Imam tumpah ke paras saya dan Datuk.
"Saya dah dapat dengar dengan jelas. Bunyi reriang rimba bukan main galaknya," sahut Datuk.
"Saya juga mendengarnya, binatang-binatang tu menegur syaitan yang keluar dari rumah ni menuju ke arah hutan di Gunung Jerai, di Kedah," Haji Taslim Singasari bersuara.
Saya menelan air liur, rasa takut masih menguasai tangkai dan jantung hati saya. Datuk memberanikan diri lalu membuka kain penutup mayat Suhaimi Keraba. Datuk tatap wajahnya yang hitam sambil membaca sesuatu.
Kerana Pak Imam dan Haji Taslim Singasari bergerak ke ruang tengah, saya segera mengekori jejak mereka. Tinggallah Datuk seorang diri di bilik kecil.
Kami (saya, Pak Imam dan Haji Taslim Singasari) duduk bersimpuh di anjung. Lolongan anjing, jeritan gagak, kokok dan ketuk ayam beransur kurang. Ada ketenangan tergambar di wajah Haji Taslim Singasari. Saya merasa selesa disentuh angin dari bibir sawah. Datuk masih berada dalam bilik, entah apa yang dibuatnya, saya tidak tahu.
"Apa yang Pak Imam tengok tu..." Haji Taslim Singasari tidak meneruskan kata-katanya. Dia tunduk merenung lantai sambil memperkemaskan silanya.
"Perkara semacam itu, sudah jadi perkara biasa pada saya, masa dia mula-mula terbaring dulu, macam-macam binatang ganggu saya," sambung Haji Taslim Singasari. Cukup tenang dia mengungkap pengalaman yang dilaluinya.
Dari jendela yang terdedah, saya melihat ke arah langit. Di mana-mana kelihatan awan putih bersih bergerak lemah mengikut hembusan angin. Cuaca amat baik sekali. Tidak ada tanda-tanda mahu hujan atau ribut petir akan berlaku.
"Awak kasihankan dia, Haji?" tanya Pak Imam.
"Ya." Haji Taslim anggukkan kepala.
"Itulah sebabnya, awak kena bahananya," Pak Imam telan air liur.
"Dia sahabat saya, kami berkawan bukan setahun dua, saya simpati dan kasihankan dirinya, saya nak bawa dia ke jalan yang benar. Tapi, sudah terlambat," Haji Taslim Singasari mempamerkan kedukaan dan kehampaan di wajahnya. Dia menarik nafas dalam-dalam yang diakhiri dengan sebuah keluhan.
Kata Haji Taslim Singasari, dia bertemu dengan Suhaimi Keraba di Pulau Kampoi. Kemudian mereka pergi ke Pulau Niar yang terletak di hujung Pulau Sumatera. Mereka menuntut ilmu dunia. Kerana merasakan ilmu yang diperolehi masih kurang, mereka terus mengembara ke pelosok Pulau Jawa. Berguru dan mencari ilmu dunia. Masa di Pulau Jawa mereka sering berulang alik ke Bali.
Dengan takdir Allah, mereka bertemu dengan seorang tua yang mereka panggil sebagai 'Kiai Sabdo' di tempat yang bernama Singasari. (Haji Taslim yang tertarik dengan nama tempat tersebut mengabadikan pada hujung namanya) Kiai Sabdo menasihati mereka supaya jangan meneruskan kegiatan yang tidak bermanfaat itu. Nasihat Kiai Sabdo segera dipatuhi oleh Haji Taslim (yang ketika itu belum bergelar Haji). Tetapi, Suhaimi Keraba tidak memperendahkan nasihat tersebut.
Haji Taslim Singasari terus menuntut ilmu akhirat dari Kiai Sabdo dan Suhaimi Keraba dengan kegiatan ilmu kebatinannya. Dia memperoleh sebuah kitab dari seorang gurunya yang namanya tidak pernah diceritakan pada Haji Taslim Singasari.
USIR
Kerana kitab itu jugalah Kiai Sabdo mengusir Suhaimi Keraba keluar dari rumahnya. Suhaimi Keraba terus pergi ke Wilayah Balidono, Putworejo, Jawa Timur bersemadi di sebuah gunung.
Dan Suhaimi Keraba telah memelihara persahabatannya dengan Haji Taslim Singasari. Tanpa pengetahuan Kiai Sabdo. Dia mengunjungi tempat pertapaan Suhaimi Keraba.
Atas nasihat Kiai Sabdo, Haji Taslim Singasari meninggalkan Tanah Jawa pulang ke Semenanjung Tanah Melayu. Buat beberapa lama dia menetap di kampung halamannya di Tanah Kebun, Parit Buntar. Kemudian dia pergi ke Perlis dan akhirnya bermastautin di Pattani, Selatan Siam mendalami ilmu akhirat.
Setelah mendapat berita yang Suhaimi Keraba berada di Balik Pulau, Haji Taslim Singasari pun berhijrah ke tempat tersebut lalu membeli sekeping tanah sawah.
Persahabatan yang terputus disambung kembali. Suhaimi Keraba sering mengunjunginya.
"Cita-cita saya mahu memberi kesedaran. Biar dia balik ke pangkal jalan. Tapi, dia cukup liat. Kadang-kadang saya diduganya dengan pelbagai cara. Ilmu hitamnya cukup tinggi," cetus Haji Taslim Singasari.
"Sudahlah, dia sudah memilih cara tu, Haji. Apalah yang boleh kita buat," Pak Imam meraba pangkal lehernya.
"Sebagai sahabat, saya tetap berdoa setiap kali solat, minta Allah ampunkan dosanya dan rohnya ditempatkan di tempat yang baik-baik," demikian erti setia kawan buat Haji Taslim Singasari.
"Seram saya."
Kami segera menoleh ke arah Datuk yang keluar dari bilik secara mengejut. Mukanya dibasahi peluh bersama bayangan kecemasan.
"Kenapa?" soal Haji Taslim Singasari.
"Mayatnya bangun mahu menerkam ke arah saya, binatang-binatang bisa berkeliaran atas mayatnya," jelas Datuk lalu duduk di sisi pak Imam.
"Dengan nama Allah dapat saya atasi dengan sebaik-baiknya," sambung Datuk lagi. Dia mengesat peluh di dahi dengan belakang tangan.
"Tunjangnya cukup hebat," celah Pak Imam. Saya lihat Haji Taslim anggukkan kepala. Kesedihan atas kematian sahabat rapat yang tidak sejalan itu meninggalkan kesan hiba yang amat sangat terhadap dirinya.
Pak Imam, Datuk dan Haji Taslim Singasari mengadakan perbincangan kecil dan singkat. Hasilnya, Pak Imam diserahkan tugas pergi ke masjid memberitahu orang ramai tentang kematian Suhaimi Keraba. Urusan mandi mayat dan kafan terletak atas bahu Datuk dan Haji Taslim Singasari. Saya cuma jadi pembantu mereka saja.
Sebaik saja selesai sembahyang Zohor, sembahyang jenazah dilakukan di masjid kampung tersebut. Mungkin kerana nama Suhaimi Keraba dianggap nama yang tidak membawa keuntungan pada penduduk setempat, menyebabkan orang yang datang menziarahi dan menyembahyangkan jenazahnya tidak seberapa.
Apa yang membanggakan saya ialah sikap Haji Taslim Singasari, selepas pengebumian sahabat karibnya, Suhaimi Keraba. Dia seperti menyembunyikan keburukan dan kejahatan sahabatnya dari orang ramai.
Dia mengelakkan diri, bila ada orang kampung bertanyakan kegiatan buruk Suhaimi Keraba semasa hayatnya. Tetapi, dia tidak pula keberatan untuk menceritakan tentang kebaikan sahabatnya walaupun kebaikan yang ada amat kecil jika dibandingkan dengan kejahatan yang dilakukan.
"Kenapa ditanyakan tentang kejahatan orang yang sudah tiada, bukankah perbuatan itu dilarang oleh agama kita," tutur Haji Taslim Singasari pada seorang anak muda yang menahannya, sebaik saja keluar dari tanah perkuburan.
"Sebabnya mudah saja, dia selalu mengganggu orang kampung dengan ilmu jahatnya," jawab pemuda itu.
"Hai orang muda. Dia sudah tak ada dan tak ada gunanya awak marah atau menaruh dendam, memaki hamunnya. Perbuatan macam tu, tambahkan dosa kita, sedangkan dia sudah pun menghadap Allah," Haji Taslim Singasari menetap wajah pemuda yang berambut panjang. Ternyata pemuda yang masih menaruh dendam itu, tidak dapat menerima nasihat Haji Taslim Singasari.
"Awak jadi pelindungnya, awak jadi taukenya," satu tuduhan yang pedih dilemparkan oleh pemuda kepada Haji Taslim Singasari.
"Apa salahnya awak melupakan perbuatan kawan saya itu, sedekahkan Fatihah dan Qulwallah pada rohnya dan minta ampunkan dosanya. Awak dapat pahala dan secara tak langsung awak dapat melatih diri awak untuk menjadi seorang Islam yang baik dan berniat ikhlas," Haji Taslim Singasari terus mengajak saya dan Datuk beredar dari situ.
PANAS
Rupanya, pemuda yang panas baran itu tidak puas hati dengan sikap Haji Taslim Singasari. Dia menghalang kami meneruskan perjalanan dengan merentangkan sebatang kayu di depan kami.
"Hei! Ketua ilmu sesat, ketua ajaran salah, jangan cuba pertahankan orang kamu," pemuda panas baran terus menuding jari telunjuknya ke muka Haji Taslim Singasari.
Datuk nampaknya kurang senang dengan sikap pemuda yang biadab itu. Tetapi dia tidak mahu bertindak. Maklumlah tempat orang, tidak ada gunanya jadi ayam sabung.
"Bangsat, datang ke hujung kampung orang nak jadi kepala iblis," sambung pemuda itu lagi.
Haji Taslim Singasari tunduk senyum sambil memberi isyarat pada Datuk dan saya supaya meneruskan perjalanan tanpa melangkah kayu penghalang di depan.
"Heiii...," sergah pemuda itu ke arah saya dan Datuk.
Dan dalam masa yang sama, Pak Imam keluar dari kawasan tanah perkuburan lalu melulur ke arah pemuda panas baran.
"Kamu balik, jangan nak sedap-sedap saja tuduh orang amal ilmu sesat, ilmu salah. Selidiki dulu sebelum bercakap," Pak Imam paut bahu kanan pemuda panas baran dengan tangan kirinya.
"Kenapa Pak Imam masuk campur, Pak Imam dah ikut dia?"
"Itu soal aku, kamu mesti tahu, aku imam, aku tahu apa yang aku buat. Jadilah pemuda Islam yang berhemah tinggi, menyiasat dan mengkaji sebelum buat tuduhan. Pergi balik, dengar cakap aku," herdik Pak Imam, tanpa berkata sepatah apa pun, pemuda panas baran terus meninggalkan kami.
Kami pulang ke rumah Haji Taslim Singasari. Di rumah itu juga Pak Imam membuka rahsia diri dia yang sudah lama mengenali Haji Taslim Singasari. Bila waktu terluang mereka saling bertukar-tukar fikiran dan pendapat. Tetapi Pak Imam mengakui yang dia tidak tahu hubungan Haji Taslim Singasari dengan Suhaimi Keraba begitu akrab.
Haji Taslim Singasari mengakui yang dia merahsiakan hubungannya itu daripada pengetahuan Pak Imam. Sebabnya, dia mahu berusaha dahulu untuk membawa Suhaimi Keraba ke jalan yang benar. Bila gagal, barulah dia memerlukan pertolongan dari Pak Imam dan orang lain.
"Sayangnya, cita-cita saya tak sampai. Dia pergi dulu tinggalkan saya. Kalau ikut umur, dia lebih muda dari saya. Pada hukum adatnya, saya yang mati dulu. Tetapi kuasa Allah siapalah tahu," antara jelas dengan tidak, Haji Taslim Singasari menuturkan kata. Kehibaan masih terpancar di wajahnya.
"Allah sayangkan dia," meletup suara dari Datuk. Apa alasan Datuk, orang jahat disayangi oleh Allah? timbul pertanyaan dalam rongga dada saya.
"Bila dia dipanggil Allah, ertinya segala kegiatan jahatnya terhenti di situ saja. Itu tanda Allah sayangkan dia. Kalau umurnya panjang penuh dengan kejahatan, tentulah hidupnya tidak bermakna," sambung Datuk lagi. Saya dapat menerima alasan itu.
Saya lihat jam tua yang tersangkut di dinding sudah pukul empat lebih. Sinar matahari kian redup tetapi, angin dari sawah menghantarkan kesegaran ke tubuh kami.
"Saya juga bercadang mahu mengajak si mati kembali ke pangkal jalan, saya pernah bertentang mata dengannya, pernah berdebat. Kita perlu sabar dan tabah untuk menyedarkannya. Ah! semuanya sudah berlalu," secara mengejut Pak Imam bersuara. Datuk anggukkan kepala, begitu juga dengan Haji Taslim Singasari.
Kerana jemu melihat lantai, dinding rumah serta jam tua, saya alihkan pandangan ke luar. Dedaun kelapa di pinggir kampung melentuk liuk disentuh bayu petang. Beburung liar terbang rendah lalu hinggap di reranting pokok yang memagari bibir Kampung Tenang. Awan juga berarak lembut ke arah pekan Balik Pulau.
"Si mati jadi marah dan meradang dengan kedatangan seseorang ke kawasan Balik Pulau. Menurut si mati orang itu menghalang kegiatannya dengan kasar, tidak mahu berunding," Haji Taslim Singasari bersuara.
Pak Imam renung ke arah Datuk. Saya segera membuat ramalan. Orang yang dimaksudkan oleh si mati itu tidak lain dan tidak bukan adalah Datuk saya.
"Apa kata si mati terhadap orang itu?" saya bertanya, Datuk segera mencubit paha saya. Aduh! sakitnya bukan kepalang. Tetapi saya tetap bersikap tenang, seolah-olah tidak ada apa yang terjadi.
BATUK
Melihat sikap saya yang bersahaja itu, Datuk tidak puas hati. Dia berpura-pura batuk, sebagai tanda ingatan agar saya jangan mengemukakan sebarang pertanyaan lagi.
"Orang yang datang ni, bukan calang-calang orang. Ada ilmu dunia dan akhirat. Sebelum dia tunduk pada orang yang datang itu, dia mahu mengujinya terlebih dahulu. Tapi...," Haji Taslim Singasari terbatuk. Setelah selesai batuk, dia tidak mahu meneruskan kata-kata.
Sikapnya itu, membuat kami bertiga resah. Saya terus menganggap Haji Taslim Singasari mahu menyembunyikan sesuatu dari kami. Dalam erti kata lain, masih meragui kejujuran kami.
"Kenapa tak teruskan cerita," desak Pak Imam.
"Dia kesalkan awak," biji mata Haji Taslim Singasari menampar wajah Pak Imam yang nampak terkejut.
"Kesalkan saya? Kenapa?"
"Sebabnya, awak menolong orang yang datang tu. Dia menghormati awak," lanjut Haji Taslim Singasari.
Datuk nampak resah. Dia sedar dirinya turut dikaitkan dalam masalah ini. Sesungguhnya kedatangan Datuk ke Balik Pulau bukan untuk mencari musuh. Dia sekadar mahu menunaikan permintaan Mat Prai. Hidup bagi Datuk ialah mencari sahabat sebanyak yang boleh. Musuh jangan dicari, walaupun seorang.
"Agaknya, sayalah orang yang dimaksudkan oleh si mati," Datuk tegakkan leher.
Pak Imam renung ke arah saya dan Haji Taslim Singasari pula renung Pak Imam. Keadaan bertambah gawat, semoga tidak ada tercetus sebarang pergaduhan di sini. Doa saya dalam hati.
"Memang awaklah," sahut Pak Imam.
"Awak dendam dengannya lagi," Haji Taslim Singasari renung muka Datuk. Perlahan-lahan Datuk gelengkan kepala.
"Saya tahu niat awak macam saya juga, nak membetulkan kesilapannya, bukan begitu?" tokok Haji Taslim Singasari lagi. Macam tadi Datuk anggukkan kepala.
Tiba-tiba kami diganggu oleh suara batuk dan bunyi orang berjalan di bilik si mati. Kami berpandangan sama sendiri. Bunyi telapak kaki orang yang melangkah itu semakin lama semakin dekat. Tanpa disangka-sangka pintu bilik yang bercantum itu ditolak dengan kasar. Semua biji mata tertumpu ke arah pintu bilik.
"Ahhh..."
Serentak kami bersuara dengan rasa terkejut yang amat sangat. Punggung saya terasa tidak bertemu lantai. Empat wajah manusia dipeluk kecemasan melihat Suhaimi Keraba yang sudah dikuburkan berdiri di ambang pintu bilik.
Bentuk tubuhnya kelihatan cukup elok dan sempurna. Mukanya tidak pula hitam, tetapi sepasang anak matanya tidak bercahaya, tersembul macam batu cincin. Walaupun demikian, pandangannya tetap menyorot ke arah Datuk.
"Huuuuhhhh."
Lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba telah bersuara. Tangan kanannya menghentak sebelah pintu bilik hingga tercabut. Kami bertambah cemas. Lembaga itu terus melangkah ke arah Datuk.
"Kembarnya," pekik Haji Taslim Singasari.
"Kami menyebutnya Tunjing, benda ni mesti dimusnahkan. Benda ni jadi jahat dan mula mengganas bila tuannya dah tak ada," sahut Pak Imam sambil bangun dan melangkah ke arah tangga.
"Semuanya ni syaitan, iblis," Datuk terus meluru ke arah Pak Imam yang berada di kepala tangga.
Dua kaki saya bagaikan ditarik oleh kuasa ghaib bergerak menuju ke arah Datuk. Ketika itu juga terdengar raungan gajah, ngauman harimau dan jerit monyet. Semuanya datang dari arah bilik si mati.
Lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba terus melangkah dalam keadaan yang keras. Seluruh daging tubuhnya nampak berulas. Urat-urat hijau bagaikan mahu menolak kulit tubuhnya. Apa yang menghalangnya habis dirempuh atau ditendang. Haji Taslim Singasari tidak bergerak dari tempat asal. Dia bangun dan berdiri di situ. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Pada saat itu juga, saya lihat lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba bertukar rupa. Tubuhnya berbulu hitam dan bahagian kepalanya bertukar menjadi kepala beruang.
"Suhaimi."
Pekik Haji Taslim Singasari. Lembaga itu berhenti melangkah dan bertukar kembali menyerupai diri Suhaimi Keraba yang sebenar. Pak Imam dan Datuk terus berbisik sesuatu. Apakah perkara yang mereka bisikkan saya sendiri pun tidak tahu.
"Jaga dan hati-hati, Haji," Pak Imam bersuara.
"Dengan izin Allah saya boleh mengatasinya," sahut Haji Taslim Singasari sambil membetulkan kedudukan kaki kanannya. Lembaga itu terus merewang tangannya ke kiri dan ke kanan.
"Aduh!"
Serentak dengan itu Haji Taslim Singasari tersungkur ditolak oleh lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba. Lembaga itu menerkam ke arah Datuk. Haji Taslim Singasari berjaya bangun dan menerkam ke arah Datuk.
"Suhaimi Keraba."
Mendengar namanya disebut lembaga itu terhenti dari menyerang Datuk. Dia memusingkan kepalanya perlahan-lahan ke arah orang yang memanggilnya.
"Kita harus ke tanah, saya tahu pantang larangnya," perintah Haji Taslim Singasari.
Kami segera terjun ke halaman rumah. Dan lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba terus ghaib entah ke mana. Haji Taslim Singasari memerintahkan kami bertiga mendekatinya. Perintahnya segera kami patuhi.
"Biar saya hadapi cara ilmu dunia, kalau saya gagal saya minta tolong pada awak berdua," kata Haji Taslim Singasari pada Datuk dan Pak Imam. Nampaknya Datuk akur dengan permintaan Haji Taslim Singasari.
Bila saja Haji Taslim Singasari memusingkan badannya ke kiri, lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba muncul di depannya dengan kedua belah tangannya menghala ke batang leher Haji Taslim Singasari.
"Kau marah aku," tutur Haji Taslim Singasari ke arah lembaga tersebut.
Dengan serta merta lembaga itu anggukkan kepala dan haji Taslim Singasari tumbang atas tanah. Lembaga itu bersedia untuk memijaknya. Haji Taslim Singasari mengepal tanah. Tetapi, tidak berjaya. Tanah di telapak tangannya bertaburan.
"Bantu saya," rayu Haji Taslim Singasari.
Pak Imam menerpa ke arah lembaga itu. Mereka berdepan. Saya lihat Pak Imam membaca sesuatu, pasti dia membaca ayat-ayat pilihan dari Al-Quran untuk menentang iblis.
Ternyata lembaga itu tidak mudah ditundukkan tetapi, Pak Imam terus berjuang dengan sedaya upaya. Akhirnya lembaga itu menjerit sekuat hati bersama dentuman petir yang amat kuat.
-TAMAT-
33. HITAM SEPARUH BADAN
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : HITAM SEPARUH BADAN
KODE : 330002750940033
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Mat Prai hilang dari pandangan mata dicelah-celah liku jalan. Saya jadi resah dan terus menyalahkan diri sendiri, kerana terburu-buru mematuhi cakap Pak Imam. Kalau ikut Mat Prai bukankah bagus. Boleh duduk rehat di rumahnya, boleh dengar radio.
"Eh, apa yang kau menungkan lagi."
Datuk tepuk bahu kanan saya. Cepat-cepat saya bangun dari duduk bertenggek di anak tangga pondok durian. Pak Imam sudah pun menyarungkan capal ke kaki dan melangkah beberapa tapak ke depan lalu berhenti di pohon langsat yang condong.
"Saya malas nak pergi tuk."
"Kenapa pula."
"Belum mandi, belum gosok gigi dah nak merayau ke rumah orang," saya melahirkan protes dalam keadaan yang cemas.
Datuk menatap wajah saya sejenak. Dia pamerkan air muka kurang senang terhadap saya. Datuk jegilkan biji mata, cepat-cepat saya buat muka kesian.
"Kalau macam tu, kenapa kamu tak ikut Mat tadi? Budak macam ragam! Usah nak banyak karenah, ikut saja ke mana aku pergi," aduh! nada suara Datuk cukup keras. Telinga Pak Imam dapat menangkap dengan apa yang diluahkannya.
Ketika itu juga saya terasa dahi diraupi oleh peluh-peluh halus.
"Mandi di rumah saya," Pak Imam menyelesaikan masalah.
"Budak ni, kadang-kadang mengada-ngada sikit, kita nak berikan dia pengalaman," Datuk terus merungut. Pak Imam anggukkan kepala. Saya tidak dapat berkata apa-apa.
"Mari," kata Pak Imam.
Saya dan Datuk pun mengekori langkah Pak Imam. Matahari pagi yang memancar memanah ke arah air embun di hujung dedaun. Nampak berkilau-kilau. Nyanyian unggas di hujung ranting amat rancak sekali. Dan rindu saya pada kampung laman terus membara. Saya terkenangkan nenek yang kasih sayangnya melimpah ruah. Saya jadi hiba dan hampir mahu menangis kerana rindu.
Saya menarik nafas dalam-dalam sambil menyingkirkan rasa hiba di hati. Saya teringat cakap nenek. Katanya, saya harus menjadi lelaki remaja yang keras hati, tabah dan sanggup menghadapi apa saja rintangan. Keras semangat dan kedekut dengan air mata.
"Ya, aku mahu jadi orang gagah."
Saya menjerit sambil menendang rumput lalang dan pokok-pokok renik di kiri kanan denai. Datuk dan Pak Imam berhenti melangkah. Mereka terkejut dengan tindak tanduk saya.
"Aduhhhhhhhhhh!"
Saya menjerit dan terus duduk atas bumi sambil mengangkat kaki kanan. Pandangan saya jadi berpinar-pinar. Datuk dan Pak Imam terus mengelilingi saya.
"Kenapa Tamar," soal Datuk.
"Saya tersepak tunggul buruk, tuk."
Datuk menghela nafas panjang-panjang sambil gelengkan kepala. Sepatu getah saya, jenis Fong Keong terus dibukanya. Dua tiga kali Datuk urut bahagian hujung jari kaki yang nampak kemerah-merahan.
Rasa sengal dan sakit terasa kurang dan akhirnya tidak terasa apa-apa. Saya sarungkan kembali sepatu getah warna kuning di kaki. Saya dongakkan kepala ke langit, melihat awan yang menipis dalam sinaran matahari pagi yang garang.
Bila saya berdiri, Datuk dan Pak Imam ketawakan saya. Mereka melihat tunggul tembusu yang saya sepak. Bahagian yang reput jatuh atas rerumput selaput alam.
"Kenapa kamu ni Tamar? Dah gilakah?" Datuk rening muka saya, "Menjerit macam oranghilang akal, kemudian sepak tunggul," tambah Datuk lagi.
"Kenapa Tamar, kau tak suka ikut kami?" tanya Pak Imam dengan nada suara yang lembut. Terlalu berat rasanya mahu menjawab pertanyaan tersebut.
Saya kira, tidak ada manusia yang mahu mengakui ketololannya secara terbuka. Jadi, memang wajar saya merahsiakan apa yang ada dalam hati. Tetapi, bersikap terus terang dan mengakui kebodohan sendiri, adalah sifat orang yang berjiwa mulia. Saya menggigit bibir dan membuat keputusan untuk jadi manusia yang berhemat tinggi, berjiwa mulia dan besar.
"Saya teringatkan cakap nenek yang mahukan saya jadi lelaki gagah dan berani," kata saya membuka rahsia hati.
"Jadi kamu pun menjerit dan tendang tunggul," pintas Pak Imam.
"Saya tak tendang tunggul, saya tendang lalang dan pokok-pokok kecil, entah macam mana saya tersepak tunggul," saya pertahankan pendirian.
"Kamu ni betullah, budak bangang," kata Datuk yang diakhiri dengan ketawa.
Dan ketawa yang berhenti itu dilanjutkan oleh Pak Imam untuk beberapa saat. Saya malu sendiri. Kulit muka terasa tebal.
"Nak jadi orang gagah dan berani, dada dan otak mesti diisi dengan ilmu dan pengalaman. Sudahlah, jalanlah cepat-cepat," Datuk mengeluarkan perintah.
Perjalanan yang terbantut disambung kembali. Celah ketiak dan celah kangkang saya terasa bergetah. Melangkah pun terasa tidak selesa. Beberapa orang kampung yang berselisih dengan Pak Imam di lorong sempit itu terus anggukkan kepala sambil mengucapkan salam.
RANTING
Akhirnya, kami sampai ke rumah Pak Imam. Datuk terus menuju ke arah rimbunan pepokok di bahagian belakang rumah. Datuk patahkan salah satu ranting dari rimbunan pokok itu.
"Untuk kamu Tamar."
Datuk campakkan ranting yang sudah dipatahkan kepada saya. Dengan tenang saya menyambarnya. Panjangnya lebih kurang enam inci.
"Sugikan gigi kamu," tutur Datuk lagi.
Tanpa membuang masa, hujung ranting yang keras itu saya gosokkan ke gigi. Apa yang saya lakukan itu, dilakukan juga oleh Pak Imam dan Datuk.
"Saya menyebutnya pokok sugi," Pak Imam memulakan cerita tentang pokok yang merimbun itu, "Seorang kawan yang pulang dari tanah suci memberi saya akar pokok itu, saya campakkan di situ. Entah macam mana terus tumbuh dan hidup subur," lanjut Pak Imam dengan rasa bangga.
"Boleh saya ambil akarnya sikit nak buat benih, saya nak tanam di belakang rumah," Datuk buat wajah selamba.
"Boleh, apa salahnya."
"Khasiatnya cukup banyak, gigi tahan lama dan nampak putih. Tak mudah diserang sakit dan bengkak gusi," bagaikan penjual ubat di kaki lima Datuk memberikan penerangan pada Pak Imam.
"Tak tahu pula saya pokok tu ada khasiatnya. Nampaknya mulai hari ini, saya terpaksa gosok gigi dengan dahan pokok tu," Pak Imam tersenyum ke arah Datuk.
Pak Imam mempersilakan saya dan Datuk duduk di anjung rumahnya. Kata Datuk, bentuk rumah orang Melayu di sekitar Balik Pulau, mirip dengan bentuk rumah orang Melayu di Jambi Sumatera. Pak Imam tidak merasa terkejut dengan pendapat Datuk itu. Alasannya, sebahagian dari penduduk Balik Pulau ada yang berasal dari Acheh, Tanjung Balai, Asahan dan daerah Deli-Medan. Pak Imam mendakwa yang dirinya berasal dari Priaman-Sumatera Barat.
"Kita makan dulu, lepas tu baru pergi ke rumah sahabat Suhaimi Keraba," Pak Imam renung muka saya.
"Kalau begitu, biarlah cucu saya mandi dulu."
"Silakan, kain basahan ada di perigi."
Saya terus menuju ke perigi yang dindingnya dibuat dari atap rumbia. Airnya terasa cukup sejuk sekali. Kerana perigi itu dibuat tidak jauh dari pokok manggis, saya berkesempatan melihat beberapa ekor tupai berlari di dahan manggis.
Waktu keluar dari perigi, saya terlihat kelibat gadis berselubung kain batik. Dalam kesempatan yang terhad itu, tumit kakinya yang putih kemerahan menjadi sasaran biji mata jalang saya. Penuh yakin saya mengatakan gadis itu berkulit putih merah. Bentuk tubuhnya yang tinggi lampai membuat saya kepingin melihat wajahnya.
Otak jahat saya mengarahkan sepasang kaki supaya pergi ke arah belakang perigi. Kemudian melangkah secepat yang boleh menuju ke arah pokok amra (kedondong) dari situ memintas ke depan gadis yang berselubung kain batik itu.
Apa yang terpeta dalam otak saya laksanakan. Mata juga mesti cekap mengawasi kalau-kalau ada orang lain mengintip pergerakan. Saya bergerak macam kucing memburu burung. Saya pintas depan gadis berselubung kain batik.
"Ohhh ooppp..."
Si gadis terkejut, kain selubung atas kepala segera jatuh atas bahu. Saya tatap gadis yang wajahnya mirip seniwati Sarimah. Bibirnya merah, macam sirap. Tetapi, jelingannya cukup tajam. Aduh! sungguh mempesonakan.
"Kamu siapa?" tanyanya garang dan kelihatan seperti bersedia membuka buah silat.
Saya tergamam.
"Dari rumah Pak Imam," tutur saya tidak tentu arah tetapi, masih menjual senyum tak malu. Si gadis berkulit putih tatap batang tubuh saya, dari atas ke bawah dari bawah ke atas. Memang dasar tak malu, saya terus tersengih.
"Agaknya, kita ni adik-beradik," saya mula jual ubat temberang, macam lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan Saadiah dalam filem Musang Berjanggut.
"Dari mana?" risiknya lagi.
"Dari Perak."
"Kami tak ada saudara-mara di Perak, saudara-mara kami banyak di Johor, Melaka dan Kuala Pilah," si gadis juihkan bibirnya. Saya jadi serba salah, temberang saya salah letak.
CANTIK
Buat beberapa saat kami tidak bercakap. Saling berpandangan dan sesungguhnya saya terpukau dengan sepasang anak mata si gadis yang lembut dan bening bercahaya. Engkau terlalu cantik, timbul komentar di sudut hati saya.
"Siapa nama?" tanya saya.
"Cakap dulu, siapa nama awak."
"Awaklah cakap dulu," desaknya lagi.
"Tak boleh, awak cakap dulu," balas saya.
Si gadis geleng kepala dan bersedia mahu melangkah meninggalkan saya. Tidak ada jalan lain untuk saya melainkan mengaku kalah secara terhormat di depan gadis yang berjaya menguasai hati dan perasaan saya.
"Nama saya Tamar," kata saya bangga, penuh yakin.
"Macam nama buah dari negeri Arab yang selalu dimakan di bulan puasa," hati saya jadi panas menerima sindiran nakal. Malu rasanya, saya tarik batang hidung yang mancung kemerahan itu.
"Pranggggggg."
Terdengar bunyi piring jatuh dari arah dapur rumah Pak Imam. Bagaikan kilat saya melompat dan lari menuju ke arah perigi. Dari situ, saya terus menuju ke anjung rumah. Saya jadi terlupa tentang gadis di depan saya.
Apa yang saya fikirkan ialah menyorokkan diri agar rahsia peribadi saya tidak diketahui oleh orang lain. Kalau rahsia terbongkar, Datuk turut sama merasa malu.
"Lama benar kau mandi, aku naik jemu menanti," Datuk menyambut kedatangan saya di kepala tangga. Wajahnya masam sekali.
Saya tidak bersuara hanya melihat ke arah Pak Imam yang berdiri di pintu anjung. Tanpa mengucapkan sesuatu, Datuk melangkah menuju ke perigi. Saya terus naik ke anjung rumah. Duduk berdepan dengan Pak Imam.
Setiap kali mata saya bertembung dengan wajah Pak Imam hati saya berdebar. Saya merasakan yang Pak Imam mengetahui apa yang telah saya lakukan. Bagi menghilangkan rasa serba salah dan tidak selesa itu, saya mengambil keputusan merenung ke halaman rumah. Melihat pepohon pisang memagari sempadan halaman.
Secara diam-diam saya menyesali ketelanjuran yang telah saya lakukan. Perasaan yang resah itu akhirnya bertukar dengan keriangan, dari jauh saya lihat Mat Prai terbongkok-bongkok mengayuh basikal.
"Assalamualaikum..." jerit Mat Prai sambil terjun dari basikal. Salamnya segera dijawab oleh Pak Imam. Mat Prai sandarkan basikal dekat pangkal pokok pinang dara. Dengan membimbit beg rotan, dia menuju ke kaki tangga.
"Naiklah Mat, beg siapa yang kamu bawa tu?" tanya Pak Imam.
"Beg Ayah Alang, saya fikir tentu dia nak tukar baju," Mat Prai letakkan beg rotan empat segi atas lantai, "Tuk kamu ke mana Tamar?" sambung Mat Prai, matanya menatap wajah saya.
"Mandi di perigi."
"Tak apa aku tunggu dia," Mat Prai sandarkan belakang pada jenang pintu. Pak Imam masuk ke ruang tengah dan terus menuju ke dapur. Pada hemat saya, dia melihat air kopi dan kuih-muih yang bakal dihidangkan pada saya dan Datuk.
Saya amat gembira atas kedatangan Mat Prai. Saya boleh tukar baju dan seluar. Tetapi, saya meluat mahu merenung wajahnya, Saya tidak ghairah mahu melayani percakapannya. Telinga dan otak saya tumpukan pada bunyi di dapur Pak Imam. Saya masih mengharapkan, dapat mendengar suara gadis yang wajahnya mirip Sarimah.
"Ha, dah lama kamu datang? Apa halnya?"
Itu yang diajukan oleh Datuk dari kaki tangga, sebaik saja terlihat batang hidung Mat Prai. Saya tersentak dari khayalan yang tidak bertepi. Saya menerpa ke muka pintu dan pada saat yang sama Pak Imam menatang air kopi dan kuih.
"Saya bawakan beg pakaian Ayah Alang, saya fikir tentu nak tukar pakaian."
"Ha, itu dah cukup baik," Datuk terus panjat tangga. Membuka beg rotan. Baju dan seluar saya dikeluarkan. Saya menghadapi masalah baru, di mana saya mahu menukarkan pakaian.
"Kamu masuk ke bilik sembahyang, tukar pakaian," Pak Imam mengarahkan jari telunjuknya ke arah bilik yang terletak di rusuk kiri rumah, berdepan dengan pintu menghala ke dapur. Ini peluang baik, gunakan kesempatan masa masuk ke bilik, jeling ke arah dapur. Fikir saya dalam hati.
Saya meluru ke bilik, saya jeling ke dapur. Apa yang saya lihat ialah isteri Pak Imam mendermakan senyuman lesu untuk saya. Senyuman itu tidak saya balas. Dengan rasa kesal yang amat sangat saya pun menukarkan pakaian. Lepas saya, Datuk pula masuk tukar pakaian. Bila semuanya selesai, kami pun menghadapi makanan, saya lihat jam di dinding sudah hampir pukul sepuluh pagi.
"Saya bawa balik beg pakaian Ayah Alang ke rumah saya," Mat Prai terus memasukkan pakaian saya dan Datuk yang sudah digunakan ke dalam beg rotan. Datuk anggukkan kepala, setuju dengan cadangan Mat Prai itu.
"Kamu tak mahu pergi ke Kampung Terang," Pak Imam tatap batang hidung Mat Prai yang sudah pun mengheret beg pakaian Datuk ke bendul. Kemudian terus turun dan meletakkan beg pakaian atas lantai pelantar basikal tua.
"Minta maaflah, saya tak dapat serta. Saya nak pulangkan basikal jiran yang saya pinjam," tutur Mat Prai. Dia mula tolak basikal tua ke arah jalan besar. Datuk dan Pak Imam tidak berkata apa-apa. Mereka seolah-olah merestui dengan apa yang diluahkan oleh Mat Prai. Selamat jalan Mat Prai, bisik batin saya.
RUMAH
Ketika Datuk dan saya menanti Pak Imam turun dari rumah hati saya tertanya-tanya, bagaimana mahu pergi ke rumah sahabat Suhaimi Keraba? Kalau berjalan kaki, saya sudah tidak sanggup. Barangkali dengan bas, saya mendamaikan perasaan saya sendiri. Dalam saat-saat saya berfikir itu, tanpa disedari, Pak Imam sudah pun berada di halaman rumah.
"Kita pergi dengan basikal," katanya.
Saya lihat hanya ada sebuah basikal saja di bawah rumah. Mana mungkin sebuah basikal dinaiki oleh tiga orang. Saya terasa lucu dan mahu ketawa sendirian. Tetapi, saya tidak berani mahu ketawa, takut ditengking oleh Datuk.
"Satu basikal nak naik tiga orang," secara tidak sengaja terpancut kata-kata dari mulut saya.
"Ada basikal lain, kau ikut aku ke rumah adik aku, kita pinjam basikalnya," Pak Imam menyelesaikan masalah yang menghuni otak saya.
Tanpa banyak cakap, saya ikut langkahnya menuju ke rumah papan berbumbung lima yang letaknya tidak berapa jauh dari rumahnya.
Sampai di rumah tersebut, Pak Imam terus memanggil adiknya.
"Ayah dah pergi ke Tanjung," terdengar suara perempuan. Hati saya menggelabah.
"Ada apa Tuk Ngah," datang lagi suara dari dalam rumah. Kali ini lebih mersik dan manja. Serentak dengan itu terdengar bunyi telapak kaki memijak papan lantai.
"Aku nak pinjam basikal ayah kamu kejap."
"Ambillah Tuk Ngah."
Suara itu datang dari tingkap sebelah kanan. Biji mata saya tertumpu ke situ. Oh! Tuhan, inilah gadis yang saya temui tadi. Wajahnya lebih mempesonakan tanpa kain kelubung. Saya terpaku tanpa berkata apa-apa.
Pak Imam masuk ke bawah rumah tarik basikal Raliegh keluar. Semuanya itu tidak menarik perhatian saya. Seluruh hati dan pancaindera yang satu ini, tidak berkedip merenung gadis yang berdiri di bibir tingkap. Sudah tidak memakai kain kelubung lagi. Rambutnya disikat rapi, dibelah tengah dan bahagian hujung diikat ala ekor kuda. Senyuman bertali-tali di bibir.
"Eh, kenapa tercegat di situ?"
Suara Pak Imam meninggi, saya tersentak dalam malu. Dia sudah berdiri di kanan saya. Dalam keadaan yang serba tidak kena itu saya bersuara:
"Ukiran di kerawang tingkap rumah ni cantik."
Pak Imam renung ke arah tingkap, si gadis berkulit putih merah sudah pun menghilangkan diri. Saya urut dada syukur kerana apa yang saya lakukan tidak dapat dikesan oleh Pak Imam.
"Tukang rumah Melayu yang buatnya, tentulah ada seninya," Pak Imam menjawab jujur. Dia menyerahkan basikal kepada saya.
"Kamu naik dengan Datuk kamu."
Saya memeriksa brek basikal, tayar dan pemegang (handle) semuanya berada dalam keadaan yang baik. Tanpa banyak cakap saya sorong basikal ke arah rumah Pak Imam.
"Bagi tahu ayah kamu Masitah, Tuk Ngah pinjam basikalnya, petang Tuk Ngah hantar."
Saya terhenti dari menyorong basikal. Nama Masitah saya sebut beribu-ribu kali, saya sematkan dalam kalbu. Sudah tentu nama itu akan saya kenang sampai mati.
"Baiklah Tuk Ngah."
Sungguh mempesonakan suara dari Masitah. Tunggulah, petang nanti saya hantarkan basikal ayahmu, Masitah. Batin saya terus menyanyi.
PERJALANAN
Perjalanan ke rumah sahabat Suhaimi Keraba di Kampung Terang pun dimulakan. Pak Imam naik basikal tuanya. Saya dan Datuk naik basikal ayah Masitah. Berbasikal di jalan raya yang di kiri kanannya terdapat pohon-pohon kelapa dan buah-buahan memang tidak terasa panas. Sambil kayuh basikal Datuk dan Pak Imam terus berborak. Saya yang bertenggek di belakang hanya pasang telinga saja.
Bila ada kenderaan lalu, tidak kira sama ada besar atau kecil, Datuk dan Pak Imam terpaksa ke tepi, kadang-kadang terbabas dan melanggar lopak dan batu. Punggung saya terasa sengal dan sakit, tetapi tidak berani protes. Saya akui yang Pak Imam amat popular di Balik Pulau. Buktinya, sepanjang perjalanan dia sering saja menerima salam dari orang yang berbasikal atau bermotosikal.
Setelah meninggalkan kawasan Pekan Genting (juga disebut Simpang Empat) badan saya mula berpeluh. Sebaik saja melintasi sebuah masjid, dalam jarak lima enam rantai kami berbelok ke kiri melalui jalan berpasir dalam kampung.
Kebanyakan rumah di situ, pintu dan tingkapnya tertutup rapat. Barangkali para penghuninya mencari rezeki. Selesai saja menempuh jalan kampung, kami terpaksa berbasikal di atas batas sawah.
Dan kami pun sampai di sebuah rumah papan yang tiangnya dibuat dari kayu bulat. Dindingnya dari papan tidak berketam. Pintunya sebelah papan dan sebelah lagi anyaman buluh. Rumah itu terletak di pinggir sawah. Di sebelah kanan rumah ada pokok macang (bacang) besar di bahagian belakang rumah ada pokok jejawi yang besarnya lebih dari sepemeluk. Akar-akar berjuntaian dari dahannya.
Sebaik saja basikal disandarkan pada pokok kelapa gading, saya tercium bau kemenyan. Langsir tingkap yang dibuat dari kain hitam nipis, nampak bergerak-gerak ditiup angin. Tidak jauh dari pangkal pokok kelapa gading terdapat seekor kucing hitam dengan sepasang mata yang agak kemerah-merahan merenung tajam ke arah kami. Kucing hitam itu menguap, memperlihatkan lidahnya yang merah bersama susunan giginya yang tajam.
Tiba-tiba saya terasa seram bila melihat beberapa ekor gagak berlompatan di dahan mempelam sambil berbunyi. Keadaan di bawah rumah tidak tersusun, penuh dengan sawang dan sarang labah. Suasana sekitar rumah mengundang rasa takut. Walaupun matahari bersinar tetapi saya merasakan keadaan di pinggir sawah itu terasa lembap dan muram.
Datuk dan Pak Imam menuju ke kaki tangga, saya mengekori dari belakang. Dengan suara yang lantang Pak Imam memberi salam.
"Waalaikumussalam."
Terdengar jawapan dari dalam rumah. serentak dengan itu sebelah pintu yang dibuat dari anyaman buluh terbuka. Manakala sebelah lagi yang dibuat dari papan tetap tidak bergerak.
"Naiklah."
Saya segera dongak ke pintu. Seorang lelaki bertubuh tegap, berkain sarung dengan baju Melayu teluk belanga berdiri di situ. Lelaki yang berkulit cerah itu menyimpan janggut dan jambang. Tetapi, misainya sudah putih benar. Dalam sekelip mata lelaki itu menghilangkan diri.
Pak Imam orang pertama naik ke rumah diikuti oleh Datuk. Saya orang yang terakhir. Waktu saya mahu melangkah bendul, saya toleh ke pangkal tangga. Di situ saya lihat ada lingkaran ular hitam dengan kepalanya terhulur keluar. Anehnya, masa saya berdiri di situ sebentar tadi, ular hitam itu tidak kelihatan. Pemilik rumah mendekati Pak Imam.
"Nak tengok kawan saya yang salah langkah?" tanyanya.
"Ya," angguk Pak Imam bersama senyum.
"Yang berdua ni siapa? Kawan atau keluarga?" tambah pemilik rumah sambil merenung ke arah Datuk dan saya.
"Kawan saya," balas Pak Imam.
Pemilik rumah memusingkan badannya ke kanan. Wajahnya dengan wajah Datuk berdepan. Dia hulur tangan dan Datuk terus sambut.
"Saya Haji Taslim Singasari," katanya sambil mendekatkan mulutnya ke telinga Datuk.
Saya yakin ada sesuatu yang dibisikkannya ke telinga Datuk. Pasti dia membawa khabar gembira, kerana Datuk tersenyum dan menganggukkan kepala. Apakah rahsia mereka berdua? Timbul pertanyaan dalam hati saya.
"Mari masuk ke bilik, kawan yang malang tu ada di sini."
Kami pun mengekori langkah Haji Taslim Singasari masuk ke bilik yang keadaannya saya kira agak ganjil kerana dalam rumah papan terdapat bilik yang dibuat dari buluh. Malah lantai bilik juga dilapisi dengan buluh.
"Duduk," ujar Haji Taslim Singasari. Tanpa banyak cerita kami pun duduk, "Sudah puas saya nasihat tapi dia tak mahu dengar, inilah akibatnya," sambung Haji Taslim Singasari. Kami hanya anggukkan kepala saja.
Di depan kami ada peti yang dibuat dari papan, panjangnya kira-kira enam kaki dan tingginya hampir dua kaki. Setiap penyambung atau sendi peti itu ditaruh engsel. Di bahagian atasnya dibuat selak yang boleh dikunci, dan peti itu ditutup dengan kain dua warna iaitu kuning hitam.
Dari dalam peti saya terdengar seperti suara orang mengerang dan sesekali macam bunyi suara kucing dan anjing menyalak.
Tiap sudut bilik ada dupa yang mengeluarkan asap kemenyan. Saya juga terlihat senaskhah Quran di atas bantal di samping senaskhah surah Yasin.
"Sepanjang malam saya membaca Quran dan pagi tadi saya mula baca Yasin, semoga dirinya biarlah selamat. Tetapi, saya selalu diganggu oleh pelbagai jenis binatang seperti harimau, ular dan macam-macam lagi," jelas Haji Taslim Singasari. "Kalau tidak memikirkan yang dirinya sahabat karib, semuanya ni tidak saya buat," sambung Haji Taslim Singasari seperti menyesali diri sendiri.
"Cuba buka saya nak tengok keadaannya," pinta Datuk. Haji Taslim Singasari tidak membantah. Dia rapat ke peti yang sudah dicat warna putih.
Kain penutup dua warna pun dibuka. Saya mula terhidu bau masam dan lapuk tetapi, mata saya tetap tertumpu ke arah peti. Begitu juga dengan mata Datuk dan Pak Imam. Haji Taslim Singasari membuka selak peti. Dinding peti di sebelah kiri dan kanan jatuh atas lantai.
Sekujur tubuh manusia yang ditutup dengan kain kuning terlentang di depan kami. Pak Imam menerpa ke depan dan bersedia mahu menyingkap kain yang menutup tubuh tersebut. Haji Taslim Singasari segera memegang tangan Pak Imam.
"Jangan, nanti awak terkejut. Duduklah, biar saya buat."
Pak Imam patuh dengan permintaan Haji Taslim Singasari. Kemudian dengan hati-hati Haji Taslim Singasari membuka kain penutup tubuh di depan kami hingga ke hujung kaki.
"Ya Allah," kata saya.
"Subhanallah," sambut Datuk.
"Allah huakhbar," tingkah Pak Imam, buat seketika mulut kami ternganga.
Di depan kami, terlentang tubuh Suhaimi Keraba tercungap-cungap macam ikan kekurangan air. Separuh tubuhnya dari pusat hingga ke muka hitam legam macam arang, sukar untuk menentukan di mana letak mata, hidung dan telinganya.
Dari pusat ke kaki keadaannya elok sempurna. Saya juga melihat beberapa ekor belalang hitam terbang bebas dan hinggap di bahagian tubuh yang hitam.
"Kita mohon pada Allah supaya rohnya segera dikeluarkan dari tubuhnya, dia terlalu seksa," Pak Imam bersuara.
"Saya setuju," balas Datuk.
"Kita baca Yasin," ujar Haji Taslim Singasari.
Sebaik saja selesai bercakap, seekor harimau kumbang muncul dari arah bahagian kepala Suhaimi Keraba. Di bahagian kakinya pula muncul kucing hitam.
-TAMAT-
34. KITAB KEJAHATAN
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : KITAB KEJAHATAN
KODE : 330002750940034
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Saya tergamam. Memang tidak saya duga Datuk akan mengemukakan pertanyaan-pertanyaan sedemikian. Rasa cemas masih menguasai rongga dada saya.
"Kamu jumpa benda-benda pelik?"
Datuk terus sergah, bila melihat saya dalam keadaan tidak tentu arah. Saya segera menoleh ke kiri dan ke kanan.
"Cakap Tamar!" Gertak Datuk.
"Ya tuk, ya saya lihat," bertalu-talu saya anggukkan kepala macam burung belatuk tebuk lubang.
"Tak mengapa," nada suara Datuk merendah. Hati saya terasa damai, "perkara semacam tu memang tidak boleh dielakkan," sambung Datuk. Saya merenung ke arah Pak Imam yang sudah pun menutup Al-Quran.
Pak Imam segera alihkan pandangan ke arah Datuk. Bunyi buah durian luruh terus mengasak lubang telinga saya. Angin yang bertiup terasa cukup dingin sekali bila menyentuh kulit muka.
"Sudah, lupakan semua tu," Datuk tatap wajah saya.
"Ya, lupakan," sahut Pak Imam sambil menghulurkan Al-Quran kepada saya.
"Kau ambil dan kau baca," Datuk keluarkan arahan setelah melihat saya agak ragu-ragu mahu mengambil Quran yang dihulurkan oleh Pak Imam. Saya tidak boleh mengelak lagi. Sila pun saya kemaskan. Naskhah Al-Quran sudah pun berada di tangan. Dan papan rehal segera Datuk letakkan di hujung lutut saya.
"Kau bacalah Tamar, saya nak tidur sekejap," ujar Pak Imam. Segera saya renung ke arah Datuk. Dia anggukkan kepala.
“Orang yang membaca Al-Quran dijauhi syaitan,” tutur Datuk lembut bersama senyuman. Bila Datuk berkata demikian, ertinya dia menyuruh saya mematuhi permintaan Pak Imam.
“Mulakan, tunggu apa lagi,” terdengar suara Mat Prai dari halaman. Entah berapa kali dia berlegar-legar di halaman pondok macam kucing jantan ketagih kucing betina. Serentak Datuk dan Pak Imam merenung ke arah Mat Prai.
“Cuba kau duduk diam,” Datuk luahkan kata-kata untuk Mat Prai.
“Kalau duduk diam, badan terasa sejuk. Bila berjalan macam ni terasa panas,” dalih Mat Prai. Pak Imam menarik nafas panjang dan Datuk senyum sinis.
Bila saya memulakan bacaan Al-Quran (sebenarnya menyambung pembacaan Pak Imam), saya lihat Pak Imam segera rebahkan badan ke lantai. Datuk terus berdiri untuk memulakan sembahyang sunat malam.
Selesai saja Datuk menyempurnakan sembahyang sunat malam, dia terus sandarkan belakang ke tiang pondok. Saya sudah faham, bila Datuk berbuat demikian menandakan yang dirinya amat mengantuk. Beberapa saat kemudian, Datuk terus berdengkur. Saya terus membaca Quran dengan tenang. Buah durian yang cukup masak terus jatuh ke bumi.
Mat Prai tidak mahu naik ke pondok. Masih berlegar-legar di halaman pondok. Setiap kali dia terdengar bunyi buah durian gugur, keadaannya menjadi tidak tenang dan tenteram.
“Hummmmm…”
Saya terkejut hingga Quran di depan tertepis ke kiri. Mat Prai melompat empat anak tangga dan terus duduk bersila di depan saya. Dengan rasa cemas dan hairan saya ambil Quran yang tertangkup di atas lantai.
“Kenapa?” Tanya saya.
Mat Prai tidak menjawab, malah bergerak menuju ke arah Datuk. Bahu kanan Datuk digoyangkan beberapa kali. Datuk membuka kelopak mata.
“Kamu minta kebenaran dari aku supaya Tamar menemani kamu mengutip buah durian,” itu yang Datuk luahkan dari mulutnya. Pak Imam yang tidurnya terganggu terus menggosok-gosok mata. Renung kiri, renung kanan. Akhirnya menatap muka Mat Prai.
“Ya, memang itulah niat hati saya Ayah Alang”.
“Tak boleh kutip durian yang gugur,” tiba-tiba Pak Imam bersuara. Saya terkejut. Apa hak Pak Imam melarang Mat Prai mengutip buah durian kepunyaannya. Barangkali Pak Imam juga tidak jujur. Mungkin dia ada maksud tertentu.
“Kenapa tak boleh Pak Imam?” Soal saya.
“Yang jatuh tu bukan buah durian tapi …” Pak Imam tidak meneruskan kata-katanya. Dia merenung ke arah Datuk. Saya lihat Datuk anggukkan kepala. Bagaikan faham dengan renungan Pak Imam.
Mat Prai terdiam. Saya pula menanti komentar yang bakal diluahkan oleh Datuk. Bila sudah demikian, suasana dalam pondok terasa sepi tetapi deru angin malam tetap kedengaran menyentuh dedaun dari pepokok yang tumbuh subur sekeliling pondok. Bunyi buah durian yang gugur kian galak, bertalu-talu bagaikan pohonnya digoncang orang.
“Betul kata Pak Imam tu,” Datuk bersuara, “ dia ada pengalaman dalam hal ini,” Datuk menguatkan hujahnya sambil merenung ke arah Mat Prai yang di dakap kehampaan. Pak Imam alihkan pandangan ke luar, melihat kegelapan malam yang pekat. Dia segera menarik nafas panjang.
“Pak Imam ni, dari kecil hingga tua berkubang dalam dusun durian. Dia dah masak dengan pokok durian. Begitu juga dengan buah dan kulitnya, dari bau durian dia dah dapat meneka sama ada buah durian itu baik atau sebaliknya,” sambung Datuk lagi.
“Jangan begitu memuji kita kawan,” Pak Imam menangkis dan Datuk terus ketawa kecil.
“Tapi, makin dekat waktu subuh, makin kerap buah durian yang gugur, bukan begitu Pak Imam,” setelah ketawa berakhir, Datuk segera menghujani Pak Imam dengan pertanyaan. Pak Imam tidak menjawab, seiring senyum dia anggukkan kepala.
RESAH
Saya lihat Mat Prai terus resah. Mungkin dalam kepalanya dia menghitung betapa ruginya kalau buah-buah durian yang gugur itu tidak dikumpulkan. Mungkin juga dia bimbang buah duriannya dicuri orang.
“Hisss…,” Mat Prai terus bangun. Semua biji mata tertumpu ke arahnya.
“Kalau kita dengar tu bukan durian, agaknya buah hantu yang jatuh,” tokok Mat Prai meluahkan gelodak hatinya. Datuk senyum dan Pak Imam urut pangkal dagunya dua tiga kali. Mat Prai duduk kembali.
Bunyi buah durian gugur tetap berterusan. Muka Mat Prai terus berkerut.
“Dalam hidup ini, kalau tamak selalu rugi dan mudah dipermainkan oleh nafsu sendiri. Jadi kamu tak usahlah tamak, Pak Imam tatap wajah Mat Prai setelah meluahkan sebuah sindiran.
“Saya Cuma nak tahu buah apa yang jatuh tu, Pak Imam,” Mat Prai berdalih menutup kelemahan diri sendiri. Pak Imam tunduk merenung lantai pondok.
Deru angin malam terus mengasak lubang telinga. Kedinginan bagai tidak puas-puas menggigit kulit tubuh. Penuh debar saya menantikan kata-kata yang bakal diucapkan oleh Pak Imam untuk Mat Prai. Saat yang saya nantikan itu pun tiba.
“Kalau kamu nak tahu, buah durian tidak jatuh berturut-turut,” Pak Imam terus tatap batang hidung Mat Prai. “Ada jarak atau perbezaan masanya terutama buah yang sederhana. Nak tahu masa jaraknya tu, kau kena belajar dari orang yang berpengalaman dalam hal ini,” sambung Pak Imam lagi.
“Betul ke begitu Pak Imam?” Tanya Datuk lagi.
“Ya,” Pak Imam mengangguk.
“Dari mana Pak Imam belajar?” Soal Datuk lagi.
Saya lihat Pak Imam termenung sejenak. Matanya merenung ke luar. Macam ada sesuatu yang dicarinya di kedinginan malam yang mengejar siang.
“Belajar dari pengalaman sendiri. Kita dengar bunyi buah durian gugur lebih dari seratus biji. Padahal buah durian yang betul-betul jatuh tak sebanyak itu. Kalau tak percaya pergi tengok sendiri,” tutur Pak Imam bagaikan mencabar Mat Prai.
“Betul ke ni, Pak Imam?” Datuk memohon kepastian.
“Dari pengalaman lalu saya, begitulah,” penuh keyakinan Pak Imam memberikan kata putus.
Mat Prai yang sejak tadi membisu, segera meluruskan kaki kanannya. Saya telan air liur sambil menarik nafas dalam-dalam.
“Kalau macam tu..” Mat Prai tidak meneruskan kata-katanya. Matanya menjadi liar, renung ke kiri dan ke kanan. Macam orang ketakutan. Dia benar-benar berada dalam rasa cemas.
“Yang kita dengar tu, tak ada apa-apa. Semuanya mainan makhluk halus untuk memperdaya kita, bukan begitu Pak Imam?” Secara mendadak Datuk bersuara. Ternyata kata-kata itu dipersetujui oleh Pak Imam. Buktinya, Imam tua itu terus anggukkan kepala.
“Ahhh..seram”.
Suara Mat Prai meninggi, dan semua yang berada di dalam pondok terkejut besar. Mat Prai meluru ke arah Datuk macam dikejar sesuatu.
“Saya mahu duduk dekat Ayah Alang,” Mat Prai mendekatkan tubuhnya dengan tubuh Datuk.
“Kenapa kamu ni, Mat?”
“Saya terasa seram sejuk, bulu roma saya tegak macam ada sesuatu yang duduk dekat saya”.
“Hissss itu perasaan kamu aje, Mat”.
“Ya, saya tak bohong Ayah Alang.”
“Duduk diam-dian di sini, jangan fikirkan buah durian,” kata Datuk lalu disambut dengan senyum memanjang oleh Pak Imam. Saya tidak memberikan sebarang komentar. Sesungguhnya, saya amat simpati dengan Mat Prai.
AYAM
Malam kian ke hujung, kokokan ayam mula mengendur. Dan pintu sudah pun terkuak. Di dada langit sebelah timur ada biasan cahaya cerah kemerahan. Sayup-sayup terdengar azan subuh dilaungkan, terpegun mengikuti irama dan alunan azan yang penuh syahdu.
Saya terasa diri ini amat kecil dan kagum dengan kebesaran Allah yang menciptakan langit dan bumi, menjadikan siang dan malam serta mencipta penghuni alam ini. Saya tersedu dalam kebesaran Allah itu.
“Kau menangis Tamar?”
Pak Imam terus menepuk bahu kanan saya. Dada terasa sebak mahu menjawab pertanyaannya itu. Saya berusaha dengan sedaya upaya mengawal emosi hingga perasaan saya jadi tenang.
“Saya terasa diri ini terlalu kecil, terlalu banyak nikmat yang Allah berikan pada saya tetapi, ada kalanya saya terlupa dengan nikmat itu,” tutur saya dengan nada suara tertahan-tahan.
“Syukurlah kamu sudah menyedarinya, sesungguhnya apa yang ada pada kita ini Tamar adalah hak Allah. Bila sampai masanya nanti hak itu akan diambil-NYa. Jika hak yang diberikan tidak digunakan untuk kebaikan bagi mencari bekal untuk hari akhirat, alangkah ruginya hidup ini, Tamar,” saya telan kata-kata yang dituturkan oleh Pak Imam dengan penuh kesedaran.
“Bangun, bangun, tadi takut semacam, bila dah tidur semuanya hilang. Kamu ni mengarut betul Mat,” saya segera toleh ke arah Datuk yang menggoncang-goncang tubuh Mat Prai.
“Kita nak ke mana, Ayah Alang?” Mat Prai segera gosok kelopak mata dan menguap.
“Tak ke mana-mana. Pergi ambil air sembahyang, kita nak sembahyang jemaah di sini,” lanjut Datuk dengan tenang. Mat Prai renung ke arah saya.
“Kau tak ambil air sembahyang Tamar?” Itu yang diucapkan oleh Mat Prai bila biji matanya bertemu dengan biji mata saya.
“Air sembahyang aku tak batal lagi,” balas saya.
“Saya takut nak pergi ke telaga seorang diri.”
“Ikut saya,” Pak Imam tawarkan diri.
“Saya juga nak ke telaga,” celah Datuk lalu bangun.
“Jadi, saya tinggal seorang di pondok ni,” saya luahkan rasa bimbang, bagaikan ada kuasa tertentu memaksa saya berdiri.
“Tak usah banyak cerita, kau tunggu aja di sini. Tak ada apa yang nak ganggu kamu,” Datuk memberikan isyarat tangan menyuruh saya duduk. Tanpa banyak cakap, saya terus duduk.
Mat Prai, Pak Imam dan Datuk melangkah selari menuju ke perigi. Saya hanya memandang saja. Tidak berani membuat bantahan atau rayuan. Oleh kerana Mat Prai menjadi kepala jalan, lampu minyak tanah berada padanya. Cahaya lampu minyak tanah itu dapat saya lihat. Sekejap cahayanya terang, sekejap malap. Quran sudah lama saya letakkan di dalam beg Datuk. Sementara menantikan kepulangan mereka dari perigi, saya terus membaca beberapa ayat-ayat pilihan Quran.
“Kamu seorang sahaja?”
Suhaimi Keraba muncul dari sebelah kanan saya. Dia membawa buku tebal. Kali ini pakaian yang menutup tubuhnya amat berbeza sekali. Dia memakai baju labuh macam pakaian orang Arab. Ada serban terletak atas kepala dan ada kain selendang membalut sebahagian dari dadanya. Saya kira dia berbuat demikian untuk menghindari rasa sejuk di dadanya.
“Kamu seorang aje?”
Suhaimi Keraba ulangi pertanyaan yang tidak saya jawab. Kelopak mata kirinya nampak bergerak sekali dua. Saya kira dia tahu yang saya terkejut atas kedatangannya di subuh yang dingin. Dia merasa hujung serbannya jatuh atas bahu.
“Ya, saya seorang saja,” balas saya tenang.
“Dah sembahyang Subuh?”
“Belum lagi.”
“Katakan beriman dan taat pada agama, kenapa dah masuk waktu sembahyang tak sembahyang lagi,” dalam wajah yang manis, Suhaimi Keraba menyindir saya.
KOKOK
Sesekali terdengar kokok ayam. Kabus subuh mula bangkit dan menguasai ruang udara dusun durian. Saya terus menggeletar bila sepasang mata Suhaimi Keraba bertemu dengan mata saya. Pondok terasa bergegar dan saya seperti terdengar dentuman yang kuat, membawa seluruh fikiran dan ingatan saya berada di dunia lain. Dalam samar-samar itu saya terpandangkan Suhaimi Keraba menghulurkan kitab yang dibawanya kepada saya. Saya tidak mahu menjamah kitab yang dihulurkannya. Saya bagaikan terlihat api di permukaan kulit kitab tersebut.
“Ambillah, kitab ini akan membawa kamu kepada kesejahteraan dan kesempurnaan hidup,” tuturnya.
“Tidak, tidak.”
“Jangan begitu, ambillah,” Suhaimi Keraba mendesak.
Dia sengaja mendekatkan kulit kitab itu ke telapak tangan saya. Dengan sedaya upaya, saya terus berusaha agar tidak tersentuh. Dalam saat-saat cemas itu, saya terus membaca beberapa potong ayat Al-Quran. Di samping itu saya berusaha membuka bunga silat dengan harapan salah satu dari buah silat yang saya lepaskan akan terkena pergelangan tangan Suhaimi Keraba.
“Aduh,” jerit Suhaimi Keraba.
Usaha saya tidak menjadi sia-sia. Buah kelima dari silat harimau tepat pada sasarannya. Kitab di tangan Suhaimi Keraba terdampar atas lantai. Anehnya Suhaimi Keraba tidak memperlihatkan kemarahan. Dia masih mahu menghulurkan persahabatan. Suhaimi Keraba merenung ke arah perigi.
“Mereka dah datang, biarlah aku balik dulu,” dalam senyum Suhaimi Keraba meluahkan kata-kata. Hati remaja saya terus di gelodak kemarahan. Suhaimi Keraba mempermainkan saya.
“Kamu tahu, aku tak sendirian di sini?”
“Ya.”
“Kalau begitu, kenapa kau bertanya?”
“Bukankah kepuraan itu memang amalan hidup aku,” lanjut Suhaimi Keraba. Dia anggukkan kepala lalu melangkah meninggalkan saya sendirian.
Atas permintaan Pak Imam, Datuk diminta menjadi imam solat Subuh. Tidak menjadi keberatan untuk Datuk melaksanakannya. Setelah selesai bersolat dan berwirid, Datuk terus mandi embun serta melakukan silat untuk menegangkan urat sendi. Pak Imam hanya melakukan senaman tradisional. Mat Prai terus memikul raga besar untuk mengutip buah durian.
“Ke mari kejap kawan.”
Pak Imam bersuara lantang dari atas pondok. Datuk tidak meneruskan silatnya. Dan saya berhenti dari melihat buah-buahan di hujung dahan.
“Ikut aku Tamar.”
“Baik, tuk.”
Tidak sampai beberapa detik, saya dan Datuk sudah pun berada di dalam pondok. Berdiri dekat Pak Imam. Mata kami tertumpu ke arah buku tebal atas lantai. Saya tahu itulah buku atau kitab yang Suhaimi Keraba mahu berikan kepada saya. Anehnya buku atau kitab itu tidak kelihatan tadi. Kenapa baru sekarang kitab itu menjelma?
“Siapa punya? Agaknya kawan yang punya,” Pak Imam renung ke arah Datuk. Cepat-cepat Datuk gelengkan kepala.
“Agaknya cucu kawan saya punya.”
“Saya tahu, cucu saya tak baca buku macam tu. Tulisannya bercampur-campur, sekali pandang macam tulisan Siam dan Urdu. Jika tengok lama-lama tak ubah macam tulisan sastera Hindu kuno, bahasa Sanskrit,” jelas Datuk. Biji matanya tidak berkedip merenung kulit buku tersebut.
Saya menarik nafas dalam-dalam. Saya berperang dengan perasaan saya sendiri. Wajarkah saya ceritakan apa yang terjadi kepada Datuk dan Pak Imam? Apa baik dan buruknya kalau perkara itu saya rahsiakan daripada mereka. Dalam saat saya tidak tahu membuat keputusan itu, bagaikan pancaran kilat sekujur tubuh Suhaimi Keraba dalam ruang mata saya.
“Kau anak yang baik, kalau kau dengar cakap aku, kau bahagia dan senang di dunia,” tutur Suhaimi Keraba.
“Aku tidak percaya dengan kamu,” suara batin saya menolak tetapi Suhaimi Keraba memberikan jawapan.
“Dengarlah sayang, kitab itu untuk kamu. Jika kamu ceritakan pada orang lain, apa yang kamu alami padahnya kamu tanggung sendiri,” dalam senyum Suhaimi Keraba memujuk di samping menyelitkan sebuah ugutan.
“Tidak,” terkeluar suara dari rongga dada saya. Pak Imam dan Datuk berpandangan. Mereka hairan, bagaimana saya termenung boleh berkata begitu. Pak Imam terus tepuk belakang saya. Saya tersentak, bagaikan terkejut dari tidur.
Dari telinga sebelah kanan, saya terdengar Datuk membaca surah Al-Fatihah sebanyak dua puluh kali, kemudian Datuk selawat nabi sebanyak tiga kali berturut-turut. Datuk hembuskan muka saya dengan nafasnya melalui lubang hidung. Buat beberapa saat, saya terasa fikiran saya melayang-layang tidak menentu. Dalam keadaan yang samar-samar itu saya lihat kitab di atas lantai. Kulitnya mula terbakar dan menjadi bara.
“Buku tu terbakar,” kata saya.
“Bertenang, cuba baca Qulya sampai habis, Tamar.” Bisik Datuk. Nada suaranya cukup lembut sekali. Kepala saya digosoknya penuh mesra. Saya pun membaca Qulya sampai lima kali berturut-turut.
“Cuba kau renung buku tu, Tamar.”
Saya segera dengar cakap Datuk. Saya tumpukan perhatian pada buku atas lantai.
“Cuba kau lihat betul-betul, Tamar, buku tu terbakar lagi?”
“Tak terbakar tapi berasap.”
“Cuba tengok dengan teliti, masa tengok tu ingatkan Allah, sebut nama-Nya sebanyak mana yang kau mampu,” bagaikan seorang guru, Datuk memberikan penerangan untuk saya. Lagi sekali, seluruh perhatian ditumpukan pada buku ganjil di atas lantai. Terdengar suara Pak Imam membaca sesuatu. Suara keluhan dari Datuk terus menyumbat telinga saya.
“Masih berasap lagi, Tamar?”
“Tidak,” tutur saya gugup.
“Dah pulih nampaknya. Kuat sungguh iblis di sini,” Pak Imam merungut. Datuk memperkemaskan silanya. Sinar matahari pagi mula melemparkan cahayanya ke dalam pondok. Kicau burung kedengaran di mana-mana. Mat Prai masih belum pulang dari memungut buah durian.
Datuk mempertemukan kedua belah telapak tangannya. Digodokkan berkali-kali sambil menahan nafas. Muka Datuk nampak merah semacam. Bila nafasnya dilepaskan, kedua belah telapak tangannya menampar lantai pondok. Datuk menerpa ke arah buku ganjil itu untuk disentuh.
“Jangan, kawan.”
Pak Imam menepis tangan kanan Datuk. Tentu saja perbuatan itu tidak disenangi oleh Datuk. Sebelum bersarang sebarang keraguan dalam kepala Datuk, Pak Imam segera menjelaskan.
“Maafkan kawan kerana bersikap kasar. Kitab tua tu tak boleh disentuh begitu saja, ada syarat tertentu.”
“Datuk terus sandarkan badan ke dinding. Dia hulurkan tangan pada Pak Imam. Mereka bersalaman sambil berpelukan. Tindak-tanduk mereka itu menggambarkan yang mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Menghormati ilmu yang ada dalam dada masing-masing.
“Kita tu, kitab Jawa kuno yang menyelitkan ilmu kebatinan dan keduniaan. Sepatutnya kitab tu mesti ada dua. Satu mengajarkan kebaikan dan menghancurkan kejahatan. Tapi yang di depan kita ni kitab yang mengajar kejahatan,” Pak Imam sedikit demi sedikit membuka rahsia dirinya yang kaya dengan keilmuan, mungkin dia lebih pandai dari Datuk. Apa yang pasti, orang tua yang kelihatan bersahaja itu bukan sebarang orang.
“Kitab siapa ni?” Datuk ajukan pada Pak Imam.
Perlahan-lahan Pak Imam angkat kepala merenung ke arah saya dengan senyum yang amat menyenangkan.
“Tanyalah si Tamar tu.”
Datuk segera renung ke arah saya. Belum pun sempat Datuk membuka “Suhaimi Keraba.”
“Memang tak salah dugaan saya. selama ini dia mengamalkan ilmu dari kitab salah ini, saat celakanya dah tiba,” Pak Imam gelengkan kepalanya.
UCAP
Tanpa mengucapkan sesuatu, Pak Imam menerpa ke halaman pondok. Dia jemur muka dan tubuh untuk beberapa saat. Dia bergerak di halaman pondok macam orang menari Kuda Kepang. Tanpa tangguh-tangguh lagi, dia tepuk bumi dengan tangan kiri dan terus bertinggung macam gerakan monyet dalam taridra Sang Hanuman dan Sita Dewi. Lebih dari lima minit Pak Imam membuat gerakan demikian, hingga badannya berpeluh. Pak Imam terus naik ke pondok. Datuk duduk di depan buku. Pak Imam bercakap dalam bahasa yang tidak saya mengerti.
“Tadi saya membaca mantera dalam bahasa Jawa kuno, menolak perkara yang tidak baik supaya tidak terkena badi syaitan,” terang Pak Imam.
Saya dan Datuk anggukkan kepala. Pak Imam terus jamah buku. Lembaran buku lama dibukanya sehelai demi sehelai. Sampai pada lembaran yang bertanda dakwat merah, Pak Imam terpegun. Dia terus membacanya dalam bahasa Sanskrit.
“Antara amalan yang telah dibuatnya ialah memperkosa anak sendiri, bertapa dalam gua dan memelihara Si Tunjing,” Pak Imam memberi penerangan.
“Si Tunjing, tu apa?” Tanya saya.
“Makhluk halus yang jadi suruhannya, apa yang kita dengar malam tadi, itu adalah perbuatan Si Tunjing,” Pak Imam berikan penjelasan.
“Saya tahu membaca tulisan ini kerana saya belajar dari arwah nenek saya yang berasal dari Bali,” lanjut Pak Imam lagi.
Mat Prai muncul di halaman pondok. Dia kelihatan hampa sekali. Tidak sebanyak mana buah durian yang dapat dikutipnya. “Sebahagian dari buah durian saya hancur, jadi macam kapur,” rungut Mat Prai. Dia seperti mahu menangis.
“Sabarlah, Mat,” pujuk Datuk.
“Mungkin esok perkara macam ni tak akan terjadi lagi. Engkau lain kali, kalau dapat rezeki lebih buatlah kenduri, sedekah fakir miskin dan berzakat. Kalau tanah ni kepunyaan bersama, jangan bolot sendiri,” Pak Imam memberitahu Mat Prai. Saya lihat Mat Prai anggukkan kepala.
Dalam sinaran matahari pagi yang beransur terik itu, Pak Imam sentuh kitab lama. Dicampakkan ke halaman pondok. Dalam beberapa saat saja kitab lama itu terbakar menjadi debu. Pak Imam tenung ke arah Datuk.
“Bila dia sudah tinggalkan kitab ini, ertinya dia tidak selamat lagi. Kalau mengikut petua, dia sudah berada di saat kematian. Mari ikut saya ke kampung Terang, ke rumah sahabat karibnya,” beritahu Pak Imam pada Datuk. “Buat apa ke sana? Nak tolong selamatkan dia?” soal Datuk lagi.
“Untuk memastikan benarkah dia dimakan sumpah ilmu salahnya,” jawab Pak Imam.
Akhirnya, Datuk dan saya bersetuju mematuhi cakap Pak imam kecuali Mat Prai yang mahu pulang ke rumahnya.
-TAMAT-
35. CAHAYA DI LANTAI
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : CAHAYA DI LANTAI
KODE : 330002750940035
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Saya tergamam mendengar arahan yang bertalu-talu dari Datuk dalam keadaan cemas itu.
“Saya panas, badan saya berbahang,” sahut guru silat sambil mengangkat tikar mengkuang separas kepalanya.
“Teruskan, baca surah Al-Ikhlas sebanyak yang boleh,” Datuk memberi arahan.
“Baiklah.”
Bunyi dengung tidak juga berkurangan, seluruh ruang rumah mula terang-benderan
g dengan cahaya merah dan hijau. Percikan cahaya itu terkena badan terasa pedih dan sakit.
Kepala saya mula terasa pening tetapi, mata saya masih dapat melihat kecekapan guru silat membungkus badan si sakit dengan tikar lalu digolekkan ke tepi dinding. Benda bulat yang bercahaya itu terus mengecil dan akhirnya hilang. Telinga saya terasa macam pekak.
Bila Datuk yakin keadaan beransur aman dan tenang, ia mula melangkah menuju ke arah guru silat yang sedang membuka tikar mengkuang untuk mengeluarkan si sakit yang berada di dalamnya.
Sayang, baru tiga tapak Datuk melangkah kelihatan satu sinaran cahaya muncul cara tiba-tiba di tengah bumbung rumah. Cahaya itu jatuh berdentum atas lantai. Rumah terasa bergegar dan akibat dari gegaran itu, saya terdorong ke kanan. Mulut saya berlaga dengan papan dinding. Bibir saya pecah dan berdarah.
“Kepala manusia,” jerit saya macam kena histeria bila melihat kepala tanpa badan terlekap atas lantai, betul-betul di tempat cahaya dari bumbung jatuh. Bahagian lehernya terlekap atas papan dengan darah merah melimpah di permukaan lantai. Badan saya terus menggeletar.
Saya renung ke arah isteri si sakit yang terkulai di tepi dinding. Wajahnya pucat. Dadanya nampak berombak membuang dan menarik nafas cemas. Ia kelihatan bagaikan tidak bermaya. Guru silat terdiam, begitu juga dengan si sakit terus diam dalam gulungan tikar mengkuang.
Dalam keadaan yang takut dan cemas itu, saya terus merenung ke arah kepala tanpa badan di atas lantai. Wajahnya amat menakutkan. Kulitnya kelihatan kasar dan penuh parut bekas jerawat. Rambutnya panjang dan lebat menutup sebahagian dari permukaan mukanya. Dahinya dililit dengan kulit ular sawa.
Paling menakutkan bila melihat hidung yang besar dan dempak itu bergerak setiap kali menarik dan melepaskan nafas, tidak ubah macam perut katak yang bernafas. Mata kirinya terpelohong seolah-olah macam ada kepala ular tedung terjenguk di situ. Biji mata sebelah kanannya tersebut sebesar telur ayam. Ia bagaikan tersengih ke arah saya mempamerkan giginya yang bersiung di sebelah kiri.
Kepala itu bergerak ke arah saya dengan menyemburkan air liur kental berwarna kekuningan macam nanah. Saya bagaikan kena pukau tidak terdaya menggerakkan badan.
“Tuk, tolong saya,” saya menjerit.
“Kamu jangan bergerak Tamar,” sahut Datuk.
“Saya ikut cakap Datuk, saya takut tuk.”
“Duduk diam-diam di situ.”
Saya pun mengeraskan badan. Kepala itu terus bergerak dengan darah yang berlimpah-limpah. Sesekali saya terpandang kepala ular tersembul dari mata kirinya. Tanpa disedari seluar yang saya pakai terus basah. Bau busuk dari kepala tanpa badan mendekati saya membuat saya mahu muntah.
“Hupppp,” jerut Datuk lalu menerkam ke arah kepala tersebut sambil melepaskan satu sepakan kencang. Kepala atas lantai melayang ke udara macam bola. Berlegar-legar di udara serentak dengan Itu terdengar bunyi suara orang bersorak dan menangis.
Angin dan ribut kedengaran menggila di luar rumah. Terdengar bunyi dahan dan pokok tumbang dirempuh angin yang amat kuat. Bunyi suara harimau, gajah dan kerbau serta lembu kedengaran menguasai ruang rumah. Saya tidak tahu dari mana suara tersebut datang.
Kepala yang berlegar-legar di awang-awangan itu, terus bergerak dari sudut ke sudut ruang. Darah bercucuran menitik atas lantai dari bahagian bawah kepala iaitu di bahagian leher yang terpotong. Darah segar itu terus mengembang di lantai. Guru silat terpaksa menutup kepala dan badan isteri si sakit dengan kain untuk mengelakkan dari terkena titik-titik darah dari kepala tanpa badan yang terbang.
Datuk terus meniarap dan menggerakkan badannya seperti ular menuju ke arah guru silat. Gerakan badan Datuk tidak dapat berjalan lancar seperti yang diharapkan. Kepala tanpa badan yang terapung-apung di awang-awangan itu terus berlegar-legar mengikut gerakan badan Datuk. Apa yang menakjubkan darah yang menitik tidak menimpa tubuh Datuk. Darah itu bagaikan ditolak kuasa ghaib menuju ke dinding.
“Kita lawan, biar saya pukul kepala tu dengan kayu,” guru silat mengemukakan pertanyaan. Tiada jawapan dari Datuk. Suara orang bersorak dan menangis bertambah hebat dan kuat.
“Jangan bertindak,” jawab Datuk. Serentak dengan itu saya lihat Datuk terus bangun.
Kepala terbang menuju ke arah Datuk. Berhenti betul-betul di depan muka Datuk atau dengan kata lain mereka bertentang wajah. Saya mengerutkan dahi, bila terlihat ular keluar dari mata sebelah kiri kepala tanpa badan. Lidah ular yang bercabang itu hampir saja mahu menjamah muka Datuk tetapi, Datuk segera bertindak dengan menjatuhkan badannya ke lantai.
Paling menakjubkan bila saya melihat kepala tersebut ikut sama jatuh atas lantai. Dari mulutnya bersemburan air liur.
Bagi mengelakkan air liur itu mengenai mata dan muka, cepat-cepat Datuk menekupkan mukanya ke lantai sambil memusingkan badannya secepat yang boleh. Serentak dengan itu, kaki Datuk memberi satu pukulan libas yang amat kencang pada kepala tersebut.
Tendangan yang cepat dan kuat dari kaki Datuk menyebabkan kepala itu melayang ke kanan lalu melanggar dinding. Dua keping papan dinding terlucut dari pakunya. Serentak dengan itu, saya terdengar suara orang menjerit kesakitan. Datuk segera bangun dan menerkam ke arah dinding yang terkopak.
Isteri si sakit terus diangkat oleh guru silat, dibawa ke bilik di bahagian bawah rumah. Manakala si sakit masih berada dalam bungkusan tikar mengkuang. Suasana malam terasa gamat dengan berbagai0bagai bunyi yang tidak pernah saya dengar. Lantai terasa terumbang-ambing dan bumbung bagaikan bergoyang.
“Ke mana kepala sial tu Tamar? Hilang begitu saja,” pekik Datuk sambil mencari kepala ganjil yang tidak di undang itu. saya gelengkan kepala dan merasa hairan dengan kepala ganjil yang ghaib dengan tiba-tiba. Datuk merenung melalui lubang dinding yang terkopak. Apa yang Datuk lihat hanya kegelapan malam yang sedang bermaharajalela.
“Ke mari Tamar.”
Saya terus mendekati Datuk dan sama-sama merenung keluar. Saya terlihat seperti ada seketul bara api yang sedang marak di permukaan tanah. Bara api itu kelihatan sekejap mengecil dan sekejap mengembang macam ada manusia yang meniupnya.
“Kau tahu apa benda tu Tamar?”
“Itulah mata syaitan.”
“Mata syaitan,” saya terkejut.
“Ya,” jawab Datuk lalu mengambil papan dinding yang jatuh di lantai untuk dipasang ke tempatnya kembali.
Sebaik saja Datuk mengangkat papan dinding separas lutut, seketul cahaya meluru masuk ikut lubang lalu terkena papan dinding yang dipegang oleh Datuk. Papan itu terlepas dari tangan Datuk dan Datuk terjatuh tetapi, Datuk berusaha untuk bangun. Usaha Datuk berhasil. Benda bulat yang bercahaya sebesar buah mempelam itu berpusing ligat atas lantai.
Benda bulat berhenti berpusing dan terus hilang diganti dengan kepala aneh. Bentuk dan keadaannya tetap macam tadi. Datuk renung kepala itu dengan renungan tajam. Semua pancaindera Datuk tertumpu ke situ dan saya kira renungan itu adalah renungan makrifat penuh kebatinan. Datuk menggunakan apa yang ada pada dirinya untuk menegakkan kebenaran.
“Mahu menguji aku?” Datuk bersuara keras.
Wajahnya nampak berkerut. Renungan Datuk yang tajam itu ditentang oleh sepasang mata dari kepala aneh. Mata kanan kepala yang tersembul terus mengecil menjadi macam mata manusia biasa. Begitu juga dengan mata sebelah kiri yang tadi sering mengeluarkan kepala ular tedung, juga bertukar menjadi mata manusia biasa.
Datuk terus duduk bersila di lantai. Sepasang tangannya diletakkan atas kedua belah kepala lutut. Matanya tidak berkedip menentang sepasang mata dari kepala aneh. Semua urat-urat di lengan dan tangan Datuk kelihatan timbul dan tegang begitu juga dengan urat di leher dan muka. Peluh-peluh halus mula meruap di dahi dan pipi.
Tiba-tiba Datuk terlentang, macam kena tendangan yang kuat. Kedua belah tangannya terkapar dengan jejarinya terbuka dan bengkok. Seluruh badan Datuk menggeletar dan tersentak-sentak seperti terkena kejutan elektrik. Kepala aneh terus terlompat-lompat. Mulutnya mula tersengih mempamerkan gigi besarnya. Suara angin dari luar begitu keras dan kuat masuk ke dalam perut rumah. Saya menggeletar dan rasa takut mula menguasai diri.
Datuk cuba bangun tapi tidak berdaya, dalam keadaan yang samar-samar saya melihat sepasang kaki yang berbulu tebal memijak bahagian dada Datuk membuat Datuk sukar bernafas. Datuk terus berjuang cuba menggerakkan badannya ke kanan dan ke kiri. Saya cuba menjerit tetapi, suara saya tidak keluar. Saya terdengar jeritan si sakit memanjang dan meninggi.
Dengan sepenuh tenaga Datuk menghentakkan siku kanannya ke lantai sambil memusingkan badannya ke kanan. Tangan kirinya melepaskan penumbuk ke kaki berbulu. Sebaik saja tumbukan itu terkena pada sasarannya, kaki yang berbulu itu terus ghaib. Jeritan si sakit terus bergema. Datuk tumbuk lantai lagi sekali. Kali ini jeritan si sakit terus mati.
Datuk terus bangun. Berdiri gagah dengan kedua belah kakinya terkangkang. Kedua belah tangannya diluruskan ke depan. Datuk tarik nafas panjang sambil membengkokkan kaki kanannya. Badannya terus direndahkan. Datuk hulurkan kaki kanan ke arah dinding.
“Hupppppppp,” suara Datuk keras dan saya lihat Datuk melompat hingga kepalanya tersentuh tulang bumbung. Datuk bagaikan berada di awangan beberapa saat.
Ketika berada di awang-awangan itu, Datuk kembangkan sepuluh jari tangan dan jari kakinya. Bila semua jari tangan dan kaki terkembang Datuk segera membengkokkan badannya. Tubuh Datuk yang seketul itu kelihatan berpusing beberapa kali sebelum menyentuh lantai.
Semua gerakan yang Datuk lakukan, saya perhatikan dengan teliti. Datuk duduk bersila di lantai kembali. Kepala aneh terus bergolek dari sudut ke sudut ruang rumah. Lidahnya yang terjelir mengeluarkan darah kental bukannya air liur. Darah kental itu melekat di lantai. Saya mula terhidu bau hanyir.
Sedang saya mengesan dari arah mana bau hanyir itu datang, saya dikejutkan oleh bunyi kaki Orang berlari dalam rumah. Saya segera angkat kepala dan saya terlihat isteri si sakit berdiri di depan saya, seluruh badannya dibaluti dengan kekabu. Susah untuk saya melihat biji mata dan wajahnya.
Saya menelan air liur bila melihat isteri si sakit, mengoyakkan bantal panjang yang dibawanya. Semua kekabu itu berterbangan lalu mengenai muka dan badan Datuk. Saya lihat, Datuk tidak berusaha menepis kekabu yang melekat di hidungnya. Dibiarkannya kekabu itu berada di situ.
Isteri si sakit terus merapati Datuk sambil melepaskan beberapa tendangan yang kencang. Datuk mengelak ke kiri dan ke kanan. Kerana tendangannya tidak mengenai tubuh Datuk, isteri si sakit jadi marah. Dia berusaha melepaskan tendangan yang bertalu-talu. Datuk bertindak, kaki kanan isteri si sakit Datuk tangkap dan pusing ke kiri dengan sekuat hati.
Tubuh isteri si sakit jatuh atas lantai. Serentak dengan itu, terdengar suara jeritan dari isteri si sakit. Guru silat segera mendekatinya untuk memberi bantuan.
“Duduk, jangan dekat dia,” suara Datuk keras tanpa merenung ke arah guru silat.
“Dia sakit,” sahut guru silat.
“Jangan bantah cakap aku,” sergah Datuk. Guru silat patuh dengan cakap Datuk.
Datuk terus memulas kaki isteri si sakit dengan sekuat hati hingga perempuan malang itu terkencing dan terus diam. Terkulai di lantai, tidak sedarkan diri. Kepala aneh segera mendekati isteri si sakit untuk menjilat dahi wanita yang terkapar.
Belum pun sempat lidah yang panjang dan berwarna merah garang menyentuh dahi isteri si sakit, Datuk segera menepuk lantai dengan tangan kanan. Dia terus melompat dan menerkam ke arah kepala aneh. Bagaikan kilat Datuk menarik telinga kiri kepala aneh itu.
“Tuk, mulutnya gigit lengan tuk,” jerit saya bila melihat mulut dari kepala aneh itu menggigit lengan Datuk. Guru silat segera bangun dan mendekati Datuk untuk menolong. Baru tiga langkah guru silat melangkah, satu tamparan kencang mengenai pangkal lehernya.
Guru silat tersembam dan tidak berdaya bangun. Saya mencapai sepotong kayu untuk membantu, saya juga menerima satu tendangan di rusuk kiri. Pandangan saya berpinar. Lantai rumah terasa bergoyang dan saya terhuyung-hayang lalu jatuh.
Saya cuma dapat melihat lelehan darah di lengan kanan Datuk. Gigi tajam dari mulut kepala aneh terus terbenam dalam lengan daging Datuk. Muka Datuk berkerut menahan rasa sakit. Datuk hentak kepala aneh ke dinding dengan harapan gigitan di lengan akan dilepaskan. Usaha Datuk itu tidak berhasil, malah lidah dari mulut kepala aneh itu mula membelit leher Datuk. Saya lihat Datuk sukar bernafas. Datuk terus terhuyung-hayang dan akhirnya Datuk jatuh atas lantai.
Datuk terus bergolek atas lantai. Datuk berusaha menghentak kepala aneh pada tiang seri beberapa kali. Gigitan di lengan tidak juga terlepas, begitu juga dengan belitan lidah di leher Datuk. Muka Datuk berpeluh dan pucat. Batang lehernya terus dilumur darah dari kepala aneh itu. dengan sekuat tenaga Datuk hayunkan kepala aneh itu ke tiang seri hingga gigitan di lengan Datuk terlepas. Belitan lidah di leher juga terbuka.
Datuk segera mengambil bantal panjang yang koyak dan terus menyerkup kepala aneh. Kepala aneh itu terus menggelupur dalam bantal panjang. Kekabu berhamburan dan berterbangan. Datuk memegang hujung bantal itu dengan sekuat hati.
“Tamar, mari tolong aku.”
Saya segera menghampiri Datuk, saya diarahkan Datuk untuk memotong lengan baju kirinya separa siku. Perintahnya saya patuhi lengan baju yang sudah dipotong itu segera saya apitkan ke celah ketiak. Kemudian saya serahkan pada Datuk.
“Sudah kamu ikut petua yang aku berikan.”
“Sudah tuk.”
“Sekarang kamu pergi dekat guru silat, bisikkan surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, kemudian bacakan surah Al-Kursi sekali.”
“Baik tuk.”
Saya segera mendekati guru silat. Apa yang dipesan oleh Datuk segera saya tunaikan. Saya berhasil, guru silat boleh bangun. Tanpa menerima perintah dari Datuk, saya ajak guru silat mendekati isteri si sakit. Apa yang saya lakukan pada guru silat, itu jugalah yang saya lakukan pada isteri si sakit. Saya tidak tahu, kenapa semuanya itu saya lakukan. Saya seperti didesak oleh suara hati saya untuk berbuat demikian.
Kepala aneh yang sudah Datuk sumbatkan dalam bantal panjang itu terus bergerak-gerak, berusaha mahu keluar dari dalam bantal tersebut. Datuk terus mengikat hujung bantal panjang dengan kain lengan baju kiri. Datuk gantungkan kepala aneh yang berada dalam bantal panjang ke paku di tiang seri. Bantal itu terus bergerak ke kiri dan ke kanan diiringi dengan bunyi deru angin yang amat kuat. Datuk segera mendekati kami.
“Bawa perempuan ni ke dapur dan mandikan dengan air. Bila dah selesai dimandikan, kunci dalam biliknya,” Datuk keluarkan arahan. Deru angin yang kuat terus ditingkah dengan bunyi petir dan hujan lebat. Dalam keadaan yang haru-biru itu, semua perintah Datuk dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kami mendekati Datuk lagi untuk mendengar arahan selanjutnya.
TERKEJUT
Saya dan guru silat terkejut, bila melihat Datuk mengoyakkan gulung tikar yang membalut tubuh si sakit. Saya mengucap panjang, tubuh si sakit dah dipenuhi dengan bulu macam bulu di badan orang utan. Wajah si sakit juga berubah seperti muka beruk jantan mempamerkan sepasang taring yang cukup tajam. Si sakit cuba bangun untuk menyerang Datuk.
“Jangan apa-apakan dia, dia tak boleh melakukan apa-apa pada kita,” kata Datuk pada guru silat yang cuba mahu menutup si sakit dengan tikar mengkuang. Tujuan guru silat berbuat demikian untuk menghalang si sakit yang berubah rupa itu dari menyerang Datuk. Cakap Datuk memang betul, si sakit cuma terdaya duduk saja. Setelah itu ia jatuh terlentang kembali.
Cara mendadak saja kami alihkan pandangan pada bantal panjang yang tersangkut di tiang seri. Bentuk dan keadaan bantal sudah berubah, jadi lebih panjang. Bahagian atas dan bawah terikat, macam mayat yang sudah dikapankan terbuai-buai di terpa angin yang berputar dalam ruang rumah.
“Haaaaaa,” saya terkejut sambil membeliakkan biji mata.
Ada tangan terjulur bersama kuku yang panjang dari dalam bantal tersebut. Saya juga melihat sebahagian dari kain tersebut diresapi dengan darah. Terdengar suara orang menangis dan menggilai dalam deru hujan dan angin yang amat keras.
“Macam mana boleh jadi begitu, bantal panjang bertukar jadi kain kafan dan ada mayat pula di dalamnya? Mayat siapa pula!”
“Tak usah banyak cakap, kita tengok saja,” jawab Datuk pada rungutan guru silat. Saya renung muka guru silat yang kehampaan.
Datuk terus termenung panjang. Mulutnya nampak bergerak-gerak macam membaca sesuatu. Apa yang dibacanya, saya sendiri pun tidak tahu.
“Bantal itu tetap bantal, cuma pandangan mata kita saja ditipu oleh iblis,” Datuk bersuara lembut. Dia terus bergerak tiga langkah ke belakang. Berhenti.
Bergerak ke kanan tiga langkah. Berhenti. Bergerak ke kiri tiga langkah. Berhenti. Datuk tarik nafas dalam dan matanya tidak berkedip merenung ke arah bantal panjang yang nampak seperti kain kafan.
Tiba-tiba yang ditenung oleh Datuk terlucut dari tempatnya. Jatuh berdentum atas lantai. Rumah terasa bergoyang. Benda ganjil itu terus bergolek, keadaannya juga sungguh luar biasa. Ada waktunya kelihatan menipis, ada masanya membulat, ada ketikanya memanjang. Sepasang mata Datuk terus menyorok ke arah benda ganjil itu, tidak kira ke mana benda itu bergolek.
Saya lihat bantal panjang yang tadi bersarungkan kain warna merah muda sudah bertukar dengan kain biru muda. Tangan dan kuku yang terjulur tetap seperti tadi, malah kukunya yang tadi nampak berwarna putih pucat sudah bertukar menjadi kemerah-merahan. Urat-urat di belakang tangannya mula timbul seperti akar yang timbul di permukaan bumi.
Datuk masih berdiri. Sepasang kakinya bagaikan terpaku di lantai. Perlahan-lahan Datuk angkat kaki kanannya agak tinggi dari biasa kemudian menghentakkan ke lantai. Benda yang bergolek terus terangkat seperti ditarik sesuatu hingga ke paras palang pintu.
Sebelum benda ganjil itu jatuh, Datuk segera mengambil tikar lalu digulungnya dengan cepat sekali. Tikar mengkuang yang sudah digulung itu segera ditegakkan, di tempat yang diduga benda ganjil itu akan jatuh.
Bila tikar sudah ditegakkan di tempat yang Datuk fikirkan sesuai, Datuk segera berlari mendekati kami. Wajahnya kemerah-merahan dan penuh dengan peluh. Saya lihat peluh tersebut menuju ke hujung dagu lalu jatuh atas dada Datuk.
“Sekarang bersedia,” kata Datuk lalu merenung muka saya dan guru silat. Saya menggigit bibir, saya mencari tujuan sebenar kata-kata yang Datuk ucapkan itu. Dan saya kira guru silat juga tidak dapat menangkap maksud dari kata-kata yang Datuk hamburkan itu.
“Sedia apa?” tanya guru silat.
“Bukankah sudah aku cakapkan tadi,” jawab Datuk.
“Awak tak beri apa-apa arahan pun.”
“Betulkah saya tak beri arahan?”
“Betul tuk,” balas saya dan guru silat anggukkan kepala. Datuk terus gosok pangkal hidungnya beberapa kali. Sinar matanya lembut tertumpu ke wajah saya.
Datuk senyum dan saya sudah ‘arif benar dengan perangai Datuk. Bila dia senyum begitu, ertinya secara tidak langsung Datuk mengakui kesilapan yang dilakukannya secara tidak sengaja.
“Kita mesti cepat bertindak, mari kita baca ayat Al-Kursi sebelum benda itu jatuh atas tikar yang saya tegakkan tadi,” ujar Datuk. Saya dan guru silat segera anggukkan kepala. Dan kami segera berdiri di sisi Datuk.
Kami pun membaca ayat suci yang dikatakan oleh Datuk dalam hati dengan teliti dan sebutan yang betul. Sebaik saja pembacaan kami berakhir, benda ganjil tadi terus jatuh atas tikar mengkuang yang ditegakkan, kami terdengar bunyi petir yang amat kuat di luar rumah.
Tikar mengkuang yang ditegakkan terus rebah dengan sendirinya. Terdapat api kecil di sekeliling tikar yang rebah itu. api itu terus marak, macam disiram petrol.
Ternyata, api itu marak hanya untuk beberapa minit saja. Kemudian api itu terus padam. Tidak jauh dari tikar tersebut terdapat bantal panjang dalam keadaan yang elok, tidak ada yang koyak. Keadaannya tetap seperti asal.
Bunyi angin yang menguasai ruang rumah terus hilang. Dekat tiang seri dapat tempurung kelapa jantan yang dibaluti sabut nipis. Tempurung kelapa jantan itu tergolek di situ. Tiba-tiba anak telinga saya menangkap suara azan memecah subuh yang bening. Keadaan dalam rumah jadi tenteram.
“Kau pergi buka bilik orang yang kau kunci tadi,” Datuk keluarkan arahan pada guru silat. Saya lihat guru silat keberatan untuk memenuhi permintaan Datuk.
“Kenapa diam, pergilah buka,” sergah Datuk.
“Tapi.”
“Tak ada tapi, dia tak akan menjerit atau mencekik kamu, syaitan yang menguasainya sudah lari,” kata Datuk. Guru silat segera pergi ke tempat yang diarahkan. Datuk dan saya segera mendekati si sakit. Datuk tepuk dahi si sakit tiga kali. Tanpa diduga, si sakit terus bangun.
“Apa macam,” itu yang diucapkan oleh si sakit pada Datuk.
“Kau bagaimana pula?”
“Saya rasa badan saya segar, macam tak ada sesuatu yang saya tanggung,” jawab si sakit dengan senyum. Dia terus bangun. Berjalan dalam ruang rumah. Bila dia mahu keluar Datuk segera memegang bahunya.
“Kenapa?”
“Kau belum boleh pijak bumi selagi matahari belum terbit. Kalau badan kau dah sihat, pergilah mandi. Kita sembahyang subuh kemudian kau buatlah sembahyang syukur pada Allah yang menghilangkan penyakit yang kamu tanggung selama ini.”
“Baik,” jawab si sakit dan terus menuju ke bilik mandi.
Saya menggigit bibir, lelaki yang setiap kali malam saya lihat terlantar dengan perut buncit dan bila mahu bangun terpaksa menggunakan bantuan tali, kini sudah boleh bergerak ke mana saja. Melihat gerak-gerinya, lelaki itu bagaikan tidak pernah mengalami sebarang sakit.
-TAMAT-
36. ILMU PUKAU KUCING
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : ILMU PUKAU KUCING
KODE : 330002750940036
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Atas perintah Datuk, tingkap yang terdedah saya rapatkan. Guru silat, saya lihat terus menggeliat. Dedaun dan pepasir yang bertaburan atas lantai segera disapunya. Datuk nampak tenang tetapi, dahinya berkerut.
Bila rumah sudah bersih, Datuk segera ambil tiga biji bantal. Saya hanya melihat Datuk menyusun tiga bantal itu selari di ruang rumah dan letakkan bersetentangan dengan tulang bumbung. Saya tidak tahu kenapa Datuk berbuat demikian? Kerja Datuk itu, macam kerja orang bodoh.
Kebuntuan dalam kepala saya segera berakhir, bila guru silat mengajukan pertanyaan pada Datuk:
“Kenapa bantal diletakkan macam tu?”
“Petua orang tua-tua.”
“Petua apa?”
“Petua menghalang syaitan dari menumpang tidur.”
“Banyak sangat guna petua. Kenapa tak gunakan ayat-ayat Quran untuk halau syaitan.”
“Kita berusaha mencari sesuatu yang baik. Kalau apa yang kita buat tidak bercanggah dengan hukum agama, apa salahnya kita gunakan. Kita gunakan kedua-duanya untuk kebaikan, ini lebih baik dan berkesan.”
“Betul juga cakap awak tu, kita mencari sesuatu yang baik,” suara guru silat lembut. Datuk anggukkan kepala beberapa kali. Saya segera menggaru pipi kanan.
“Sekarang, awak dah tahu rahsianya,” Datuk terus menepuk belakang guru silat beberapa kali sambil ketawa.
Saya cuma tersenyum melihat keramahan dan kemesraan yang terjalin.
“Saya dah Faham, saya mahu belajar dari awak lagi,” sahut guru silat bila ketawa Datuk berhenti.
“Boleh, asalkan awak sabar.”
“Lebih dari sabar mahu saya buat, apa yang awak cakap semuanya nak saya patuhi.”
“Ini sudah cukup baik,” senyum Datuk kian melebar.
“Saya tetap baik untuk selama-lamanya,” tingkah guru silat.
Lagi sekali Datuk dan guru silat berbalas tampar-menampar bahu. Mereka ketawa dan melangkah serentak menuju ke ambang pintu. Wajah keduanya, kelihatan tenang dan penuh keyakinan. Saya mengikuti dari belakang. Tugas merapatkan daun pintu dan menghunikannya adalah tanggungjawab saya. Senang rasa hati saya bila tugas itu dapat saya laksanakan dengan sempurna.
“Berhati-hati sebelum memulakan langkah,” ujar Datuk sebaik saja sampai di anak tangga terakhir.
Sepasang matanya menatap wajah saya dan guru silat, penuh kelembutan. Saya anggukkan kepala tetapi, guru silat mempamerkan gigi dan gusi pada Datuk.
“Tamar.”
“Ya, tuk.”
“Mulakan melangkah dengan kaki kanan sambil membaca Bismillah, serahkan semuanya pada Allah.”
“Saya faham tuk.”
“Kamu ni, bila aku ingatkan, jawabnya faham. Bila disuruh buat kamu selalu terlupa.”
Saya segera menundukkan muka. Sindiran Datuk cukup tajam tetapi saya tidak terdaya untuk menafikan kebenaran dari kata-katanya itu. Guru silat merenung ke arah saya sambil melemparkan senyum. Saya bertambah malu. Kulit muka terasa tebal.
“Orang muda memang selalu lupa,” secara mendadak guru silat bersuara. Mungkin guru silat mahu memberikan kekuatan semangat pada saya.
“Perangai buruk macam tu, mesti dibuang,” balas Datuk.
“Betul juga cakap awak,” sahut guru silat, lalu menghulurkan kaki kanannya memijak tanah. Kami pun meninggalkan kawasan rumah pusaka peninggalan orang tua guru silat.
Perjalanan menuju ke rumah si sakit di malam yang kian larut itu, membekalkan rasa bimbang dan cemas dalam hati saya. Dengan pertolongan Allah yang Maha Besar dan Maha Kuasa, kami tidak menghadapi sebarang masalah. Tidak ada perkara yang tak diingini terjadi. Cuma sesekali, kami diganggu oleh bunyi suara harimau di kaki langit.
Suara ngauman harimau itu tidak mendatangkan rasa takut atau cemas. Datuk sudah pun memberikan kata-kata semangat. Kata Datuk, harimau yang mengaum tidak akan menangkap manusia. Harimau juga tidak akan menyerang manusia, bila manusia berjalan tiga sederet waktu malam.
Sebagai manusia, saya tidak dapat menerima bulat-bulat cerita yang Datuk tuturkan. Hati kecil saya terus berdetik cemas, bila terdengar bunyi dahan yang bergeselan sama sendiri. Suara dari geselan itu, ada kalanya memanjang dan ada kalanya pula pendek macam orang mengeluh. Bunyi geselan dahan itu terus ditingkah oleh suara monyet malam yang dikejutkan oleh sesuatu.
Suasana malam terasa amat menyeramkan. Kalau berjalan seorang diri, sudah pasti saya tidak sanggup melakukannya. Saya tidak tahu, kenapa Datuk kali ini tidak mahu bercakap banyak. Kalau guru silat bertanya sesuatu, Datuk seperti keberatan untuk menjawabnya. Datuk lebih kerap beristighfar, bila kaki atau tubuhnya terlanggar sesuatu. Perjalanan di larut malam itu berakhir di rumah si sakit.
PATUH
Beberapa kaki mahu sampai ke kaki tangga rumah si sakit, Datuk menyuruh kami membaca surah Al-Ikhlas tiga kali berturut-turut. Perintah itu kami patuhi.
“Biar aku yang ketuk pintu,” Datuk renung muka guru silat.
“Silakan,” sahut guru silat.
Datuk terus ketuk pintu rumah si sakit, tiga kali berturut-turut. Isteri si sakit buka pintu dan mempersilakan kami masuk. Sebaik saja kami duduk berdepan dengan si sakit yang kelihatan tenang dan aman itu, secara tidak diduga bomoh tua pun sampai. Tanpa memberi salam, ia terus berdiri di ambang pintu. Wajahnya kelihatan masam dan bengis.
Saya menarik nafas sambil menjeling ke arahnya. Tidak ada kata-kata yang terungkap dari mulut bomoh tua. Hati saya menjadi cemas dan bimbang. Saya berdoa semoga tidak akan tercetus sebarang pertengkaran atau perkelahian.
“Apa khabar, sila duduk,” suara Datuk lembut.
“Tak payah,” jawab bomoh tua lalu memusingkan badan ke kanan. Isteri si sakit merenung muka guru silat.
“Maafkan kami, kalau kami tersilap,” guru silat bersuara.
“Saya juga macam tu,” sahut isteri si sakit.
“Tak payah,” cukup keras suara bomoh tua.
Datuk segera memusingkan tubuhnya, memberikan belakang pada kami yang berada dalam rumah. Datuk tunduk merenung lantai, terkejut dengan sikap bomoh tua.
Perlahan-lahan bomoh tua melangkah, menuju ke muka pintu. Daun pintu sebelah kanannya ditumbuk dengan sekuat hati. Perbuatannya itu menimbulkan rasa marah pada guru silat.
“Biadab, kurang ajar,” kutuk guru silat dan bersedia untuk menerkam ke arah bomoh tua yang sedang menekan kiri kanan belikatnya dengan sepasang tangan.
“Biar saya ajar dia,” guru silat minta izin dari Datuk.
“Jangan, musuh jangan dicari.”
“Saya tahu tapi, si tua kutuk ni dah melampau.”
“Sabar dulu.”
“Hati saya tak boleh sabar lagi.”
“Kau mengucap dan kemudian bacalah Surah Al-Ikhlas, semoga Allah akan memberi kesabaran pada kamu.”
Guru silat menarik nafas panjang. Saya lihat mulutnya berkumat-kamit dan saya yakin, guru silat tersebut mematuhi apa yang diperintah oleh Datuk. Semua biji mata yang berada dalam rumah tertumpu ke arah bomoh tua yang sedang memijak anak tangga. Dalam beberapa saat saja bomoh tua hilang ditelan kegelapan malam.
Semua yang ada dalam rumah berpandangan sama sendiri. Masing-masing mahu mendengar apa yang mahu dikatakan oleh Datuk. Dalam keadaan yang agak kurang tenteram itu, saya melihat satu bungkusan melayang dari luar masuk ke rumah. Bungkusan itu tersadai atas lantai.
“Siapa pula yang baling kita dengan daun keladi,” isteri si sakit bersuara. Wajahnya nampak cemas dan bersedia untuk mengambil bungkusan dari daun keladi untuk dicampak kembali keluar rumah.
“Jangan sentuh,” pekik Datuk.
“Kenapa?” Sanggah guru silat.
“Tunggu dulu,” jawab Datuk tenang.
Tiba-tiba kami terhidu bau najis manusia. Saya yakin bau itu datangnya dari bungkusan daun keladi yang ada di depan kami.
“Awak ada tercium bau busuk?” soal Datuk.
“Ya,” sahut isteri si sakit.
“Bau najis tu datang dari bungkusan daun keladi, kalau ada sesiapa yang sentuh daun keladi itu, mungkin seluruh badannya berbau busuk sampai mati,” Datuk memberi penjelasan.
Saya kedutkan dahi, tidak sanggup rasanya menghadapi dugaan seperti ini. Kenapa Datuk harus melalui pekerjaan yang sukat dan menyulitkan ini? Timbul pertanyaan dalam kepala saya. Semuanya ini berpunca dari bomoh tua sial, kutuk batin saya sambil menggigit bibir.
“Ambilkan saya segenggam beras dan segelas air,” Datuk renung muka isteri si sakit.
Tanpa bersuara, isteri si sakit terus bangun ambil segenggam beras dan secawan air lalu menyerahkan pada Datuk. Datuk rendamkan beras dalam cawan beberapa minit sambil telapak tangannya menutup permukaan cawan.
Semua orang yang berada dalam rumah menyaksikan asap nipis keluar dari celah jejari Datuk yang menutup permukaan cawan. Wajah Datuk nampak berpeluh. Sepasang biji matanya tertumpu ke arah bungkusan daun keladi.
“Curahkan air ini ke daun keladi,” kata Datuk.
“Sekarang? Tanya saya ragu-ragu. Datuk anggukkan kepala. Saya renung ke arah guru silat.
“Cepat, Tamar.”
“Biar saya yang buat,” guru silat mohon kebenaran/
“Siapa pun boleh tapi, mesti cepat jangan sampai asap yang kamu nampak hilang,” suara Datuk keras.
Guru silat segera menyentuh badan cawan. Air dan beras yang ada dalam cawan segera dicurahkan ke arah bungkusan daun keladi. Sebaik saja air dan beras terkena daun keladi, bau busuk segera berakhir. Semua wajah dalam rumah tidak berkerut lagi. Malah si sakit yang tadi menutup hidungnya dengan bantal, segera melemparkan bantal ke tepi dinding.
“Saya buang daun tu boleh tak?” tanya isteri si sakit.
“Biar saya yang buang,” Datuk segera bangun dan menjamah daun keladi. Sebenarnya daun keladi ni tak isi apa-apa,” kata Datuk lagi sambil membuka bungkusan daun keladi di depan kami.
“Jadi bau busuk datang dari mana?” soal si sakit.
“Daun keladi ini dijadikan syarat untuk mengirim bau najis. Biasanya hanya secalit najis saja yang dikenakan pada tulang daun keladi. Kemudian daun keladi tu dikirimkan melalui angin. Tujuannya untuk memalukan orang tertentu.”
“Siapa agaknya yang membuat kerja ni?” tanya isteri si sakit. Datuk gelengkan kepala. Saya tarik nafas dalam-dalam.
“Apa ilmu yang digunakan orang tu?” Guru silat pula mengajukan pertanyaan pada Datuk. Saya lihat Datuk termenung sejenak, macam ada sesuatu yang difikirkannya.
“Saya kurang arif tentang hal ini,” balas Datuk.
“Sikit pun awak tak tahu?” guru silat minta kepastian.
“Saya tak tahu. Biasanya orang yang menggunakan najis manusia untuk sesuatu tujuan diamalkan oleh orang yang menuntut ilmu pukau kucing.”
“Pukau kucing tu macam mana,” guru silat terus mendesak.
“Begini, orang yang gagal memukau penghuni rumah atau gagal mencuri sesuatu dari rumah yang dihajati akan meninggalkan najis sendiri di mana-mana bahagian rumah,” Datuk memberikan penjelasan.
Guru silat anggukkan kepala dua tiga kali. Dan Datuk melanjutkan kisahnya. Menurut Datuk, kawasan rumah yang jadi sasaran ialah di bahagian bucu rumah yang menghala ke arah matahari jatuh. Tujuan berbuat demikian untuk memalukan penghuni rumah yang terlibat.
Sebab disebut pukau kucing kerana ilmu itu tidak akan menjadi pada penghuni rumah yang membela kucing terutama kucing jantan yang berjaga sepanjang hari. Tetapi, bila kucing itu tidur di luar rumah ilmu itu akan menjadi.
“Sekarang kita dah faham, agaknya orang yang membaling daun keladi tadi ada ilmu yang awak katakan itu,” isteri si sakit bersuara tenang. Datuk tersenyum. Dua tiga kali ia menelan air liur. Badan saya mula terasa sejuk. Kokok ayam mula terdengar sayup-sayup. Embun jantan mula berjatuhan dari langit.
“Saya tak berani nak cakap. Mungkin cakap awak tu benar, mungkin tidak. Maklumlah ilmu jahat ni ada bermacam-macam,” suara Datuk merendah sambil memeluk tubuh menahan rasa dingin dari menguasai tubuhnya. Guru silat terus bangun merapatkan daun pintu yang terdedah.
MENGUAP
Suara cengkerik kian hebat di luar, ditingkah dengan desiran angin malam yang bertiup lembut. Kokok ayam terus bersahut-sahutan. Guru silat sudah dua tiga kali menguap. Kelopak mata saya terasa pedih dan berair. Rasa mengantuk bertambah berat.
Tetapi, setiap kali saya cuba merapatkan kelopak mata untuk tidur sambil duduk, saya terdengar suara si sakit seperti orang melepaskan nafas kepenatan yang amat sangat.
Rupanya suara si sakit itu dapat juga didengar oleh Datuk dan guru silat. Serentak mereka memandang ke arah si sakit. Guru silat segera menggerakkan sepasang bulu keningnya. Ternyata ada sesuatu yang bermain dalam tempurung kepalanya.
“Ada apa-apa masalah, agaknya kamu susah nak bernafas?” tanpa bertangguh-tang
guh guru silat mengajukan pertanyaan. Si sakit tersenyum sambil bersuara lembut.
“Tak ada apa-apa.”
“Hum,” guru silat seperti mengeluh sambil merenung ke arah saya dan Datuk.
Isteri si sakit segera bangun menuju ke dapur. Gegendang telinga saya menangkap bunyi sudu berlaga dengan cawan. Saya senyum sendirian. Isteri si sakit sedang membancuh kopi. Sebentar lagi tekak kami pasti basah dan rasa mengantuk pasti tidak terasa lagi. Ramalan saya memang tepat, isteri si sakit meletakkan kopi dan kuih di depan kami.
“Minumlah buat hilang mengantuk,” katanya penuh sopan.
“Terima kasih,” ucap saya setelah isteri si sakit meletakkan cawan kopi di depan saya.
“Agaknya, ada rancangan malam ni?” Guru silat renung muka Datuk.
“Tengok keadaan,” pendek saja jawapan dari Datuk.
“Dah jauh malam ni,” si sakit seperti merungut.
“Ya, dah dekat pukul satu,” sahut saya.
“Patutlah terasa sejuk,” tingkah guru silat.
Di luar desiran angin malam yang melanggar dedaun melahirkan suara dalam nada yang gemeresik. Suara burung hantu dan kokok ayam bersama bunyi cengkerik berpadu menghiasi suasana malam yang kian tua. Bagi mengurangkan rasa sejuk, saya terus menghirup air kopi dan menjamah goreng keledek yang masih panas.
“Kadang-kadang saya jadi bingung dengan perangai bomoh tua tu,” si sakit membuka rahsia.
Badannya kelihatan berpeluh. Buncit di perutnya kelihatan menurun dan urat-urat hijau yang timbul di permukaan perutnya turut berkurangan.
“Apa benda yang kau bingungkan?” celah Datuk.
“Bomoh tua tu suka marah-marah tak tentu fasal. Baik pagi, petang dan malam, bila datang terus marah-marah,” si sakit membuka rahsia.
“Pelik juga memikirkan perangainya,” guru silat bagaikan mengeluh.
“Siang tadi, ada dia datang?” Datuk mencungkil rahsia.
“Ada, petang tadi dia datang dan marahkan kami, ikut sedap mulutnya. Pedih hati kami yang mendengarnya,” rahsia yang dicari sudah pun terbongkar.
Isteri si sakit terus anggukkan kepala, mengiakan apa yang diucapkan oleh suaminya. Air kopi terus saya hirup. Guru silat perlahan-lahan meraba pangkal hidungnya. Datuk masih merenung ke arah si sakit yang tidak dapat bergerak dengan bebas. Bunyi dedaun yang berlaga sama sendiri, akibat dirempuh angin malam jelas kedengaran.
“Selain dari memaki hamun kamu berdua, apa lagi yang dikatanya pada kamu?” Datuk memecahkan suasana yang agak sepi menguasai ruang rumah. Di wajah isteri si sakit kelihatan keresahan bagaikan mahu merahsiakan sesuatu dari Datuk.
“Apa katanya pada kamu?” Ulang Datuk.
“Dia dah memutuskan, tidak mahu mengubati saya. Kalau ada apa-apa yang terjadi pada saya, dia tidak mahu bertanggungjawab,” kelopak mata si sakit terkebil-kebil.
“Semua alat-alat dan ramuan ubatnya habis dibawanya balik,” lanjut isteri si sakit dengan wajah hampa yang amat sangat.
“Segala mangkuk putih, gelas dan cawan digunakan habis dihempaskannya di tangga,” si sakit pula memberi penjelasan. Datuk menarik nafas panjang.
“Bila bomoh dah buat begitu, saya memang tidak yakin yang saya boleh baik dan hidup. Saya hanya menanti saat saja untuk mati,” si sakit melahirkan perasaan kecewa dan putus asa.
Sinar matanya yang tadi kelihatan bercahaya, kini menjadi pudar, begitu juga dengan isterinya. Kedukaan dan kehampaan yang merajai sepasang hati suami isteri tergambar juga di wajah guru silat.
“Apa si sakit tak ada harapan nak hidup?” Guru silat menentang wajah Datuk. Saya lihat Datuk menggigit ibu jari kanan. Macam ada sesuatu yang difikirkannya.
“Aneh dan pelik perangainya,” Datuk seperti mengeluh.
“Apa yang pelik dan apa yang aneh?” Soal guru silat. Datuk gelengkan kepala beberapa kali kemudian terus termenung panjang.
Macam-macam perkara yang buruk datang dalam tempurung kepala saya. Saya bayangkan kepayahan dan kesukaran yang bakal kami alami. Di samping itu, bukanlah satu perkara yang mudah untuk mengembalikan keyakinan diri sendiri pada si sakit yang sudah putus asa.
“Bila bomoh tu dah lepas tangan, tak mahu ubat suami saya, apa suami saya boleh hidup?” Pertanyaan yang tulus ikhlas dari isteri si sakit. Datuk jegilkan biji mata lalu menatap wajah perempuan yang dalam keresahan itu.
“Kamu tahu nyawa manusia milik siapa?” Tanya Datuk pada perempuan tersebut.
“Saya tahu, itu saya tahu.”
“Apa yang kamu tahu, cakap sekarang.”
“Nyawa atau roh manusia milik Allah.”
“Kalau dah tahu begitu, kenapa kamu risau.”
“Tapi dia mengubati suami saya.”
“Hiss kamu,” datu terus genggam penumbuk. Wajahnya jadi merah.
Saya dan guru silat berpandangan. Datuk terus bangun lalu membuka jendela. Badan saya terasa sejuk. Dari jendela yang terdedah, saya melihat langit yang digantungi awan nipis yang lembut. Bintang kelihatan bertaburan di mana-mana. Suara pungguk kian jelas kedengaran. Datuk merapatkan daun tingkap rapat-rapat. Ia duduk di tempat asalnya.
Datuk memperkemaskan silanya. Dengan tenang ia menghirup air kopi. Tiba-tiba tanpa diduga seekor cicak jatuh di depannya. Dan cicak itu tidak berusaha untuk melarikan diri. Ekornya terjungkit-jungkit beberapa kali ke arah Datuk. Datuk tidak menghiraukannya tetapi, jari telunjuk Datuk memetik lantai tiga kali berturut-turut. Anehnya, cicak itu terus berbunyi dan akhirnya hilang.
“Kita minta sesuatu pada Allah, kita tidak mintak bantuan dari bomoh dan dukun atau patung, kita tidak minta sesuatu dari manusia. Allah berkuasa atas segala-galanya, kerana digerakkan oleh Allah saya datang ke sini,” Datuk bagaikan memulakan satu ceramah pendek.
Saya mula resah, sesungguhnya saya tidak suka Datuk berbuat demikian. Saya sedar bila dia mula bercakap sesuatu yang ada hubungan dengan hukum agama pasti memakan masa yang agak panjang dan membosankan.
“Awak faham dengan apa yang saya cakapkan tadi?” Cara mengejut Datuk menyoal isteri si sakit. Isteri si sakit anggukkan kepala.
“Kalau dah faham apa yang awak risaukan.”
“Bukan risau cuma saya bimbang.”
“Jangan risau dan bimbang, yakinlah pada kuasa Allah dan diri sendiri. Insya-Allah kita selamat,” Datuk memberikan secebis nasihat. Isteri si sakit tunduk merenung lantai sambil mengerutkan dahi luasnya.
Semuanya tertunduk diam mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Datuk. Mungkin pada pendapat dan fikiran mereka kata-kata Datuk itu memang benar dan tidak diragui. Datuk bangun kembali lalu menuju ke arah tingkap yang terdedah dan terus berdiri di situ.
“Pedulikan bomoh tu,” kata Datuk.
“Tapi, bagaimana dengan saya, tak ada sesiapa yang mahu mengubati,” si sakit seperti merayu.
“Bukankah sudah saya minta pertolongan pada Allah,” Datuk terus sergah si sakit.
Lagi sekali mata si sakit terbeliak. Dan si sakit terus menarik nafas dalam-dalam dan akhirnya termenung panjang.
TINGKAP
Datuk yang berdiri dekat tingkap merenung ke arah kami. Angin malam yang menyerbu masuk ikut jendela menolak rambutnya. Isteri si sakit sudah tidak mahu berkata apa-apa. Semuanya diserahkan pada keadaan. Kalau sudah ditakdirkan oleh Allah yang suaminya akan meninggal dunia cara begitu, ia tetap menerimanya dengan tabah.
“Kita disuruh berusaha dan berikhtiar dan sekarang kita harus berusaha,” ujar Datuk lembut.
Wajah si sakit dan isterinya segera berubah menjadi riang. Begitu juga dengan wajah guru silat kelihatan berseri-seri. Segaris senyum terpamer di kelopak bibirnya. Datuk pun melangkah ke arah kami. Tiba-tiba langkahnya mati diganggu oleh bunyi dengungan yang amat kuat macam dengung kumbang.
“Jaga-jaga, ada benda masuk ikut tingkap,” jerit guru silat pada Datuk. Bagaikan kilat, Datuk palingkan muka ke arah tingkap. Datuk merendahkan kepalanya dari dilanggar benda yang masuk ikut tingkap.
Bentuknya bulat sebesar kelapa gading dan mengeluarkan percikan cahaya. Benda bulat itu terus meluru ke arah si sakit. Bunyi dengungan cukup kuat memekakkan anak telinga. Guru silat menutup kedua belah lubang telinganya dengan telapak tangan.
“Jaga, lindung suami kamu dengan tikar,” jerit Datuk dengan sekuat hati, bila ia melihat benda bulat itu berlegar di depan muka si sakit. Kali ini bentuknya terus mengecil, bulat seperti ikan buntal. Isteri si sakit tergamam. Tidak tahu apa yang harus dilakukannya.
Melihat keadaan yang agak kelam-kabut itu, guru silat segera menerkam ke arah isteri si sakit. Perempuan yang terkejut dan terkaku dengan keadaan yang dihadapinya terus ditolak oleh guru silat hingga jatuh tersungkur. Guru silat terus menarik tikar mengkuang yang di duduk oleh isteri si sakit.
Akibat ditarik secara mengejut dan kuar, isteri si sakit bergolek atas lantai macam buah mempelam yang terlepas dari tangkai lalu bergolek atas permukaan jalan raya. Dalam keadaan yang cemas itu saya masih sempat tersenyum melihat telatah isteri si sakit yang melucukan itu.
“Serkup badan yang sakit,” Datuk mengeluarkan perintah.
-TAMAT-
37. ILMU TELAPAK PASIR MERAH
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : ILMU TELAPAK PASIR MERAH
KODE : 330002750940037
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Saya kira setelah selesai membaca surah Al-Kahfi, tetamu ganjil yang tidak di undang itu akan pergi. Ternyata perkiraan saya tidak tepat. Tetamu ganjil masih berada di depan pintu, cuma dia tidak ketawa menggilai atau menangis.
Kali ini dia duduk dengan membongkokkan badannya. Menyembunyikan wajahnya di celah kangkang agar tidak dapat kami lihat. Bunyi nafasnya cukup kuat.
"Biarkan dia di situ," bisik Haji Taslim Singasari pada saya dan Datuk, "Masa arwah hidup, dia selalu datang tidak tentu masa," penjelasan Haji Taslim Singasari yang membuat saya dan Datuk terkejut besar.
"Begitu," kata Datuk.
"Biar saya uruskan semuanya," itu jaminan Haji Taslim Singasari.
Saya makin lemas dengan keadaan yang saya hadapi. Menyesal rasanya, saya ikut Datuk. Kalau saya tahu begini jadinya, lebih baik saya tidur di rumah Mat Prai.
"Kita makan," Haji Taslim Singasari letakkan hidangan malam di depan saya dan Datuk. Hebat juga masakkannya, ikan keli masak rempah, ada ikan gelama kering yang digoreng bersama cabai kering dan bawang besar. Ada sambal kelapa dengan ulam pegaga.
Melihat hidangan itu, saya jadi kagum. Masa bila Haji Taslim Singasari menyediakan semuanya ini? Sungguh cekap dia bekerja. Fikir saya dalam hati.
"Ya," angguk Haji Taslim Singasari sambil menaruh nasi ke dalam pinggan saya dan Datuk, "Masa menanti awak datang, saya siapkan semuanya ini. Masak sendiri dah jadi perkara biasa bagi saya," Haji Taslim Singasari menyelesaikan persoalan yang berlegar-legar dalam tempurung kepala saya.
Ketika kami menjamu selera, tetamu ganjil tidak mengganggu. Tidak bergerak dari tempat duduknya. Bunyi hembusan nafasnya beransur lemah. Meskipun dia tidak mengacau tetapi, rasa cemas tetap berada di hati saya.
"Sin..."
Secepat kilat saya menoleh ke arah tetamu ganjil. Saya yakin, suara yang menyeramkan itu datangnya dari tetamu ganjil. Bunyinya macam bunyi belalang pelesit. Kerana Datuk dan Haji Taslim Singasari ada di sisi saya, rasa takut terus hilang.
Selesai makan, kami terus berehat di ruang tengah rumah. Saya sandarkan badan ke dinding. Ternyata Datuk tidak senang, kalau masa yang terluang dibiarkan berlalu begitu saja. Setiap saat yang hadir harus diisi dengan mengingati Allah.
"Macam mana kalau kita membaca Quran, Datuk meluahkan usul. Rupanya, usul itu disambut oleh Haji Taslim Singasari dengan aman.
"Memang elok tu, saya juga berfikir macam tu. Tapi, mesti sekejap lagi kita mulakan, biar nasi dalam perut hancur," Haji Taslim Singasari renung ke arah jam tua yang tersangkut di dinding.
"Baru pukul sebelas," tambah Haji Taslim Singasari sambil melunjurkan sepasang kakinya. Senyum Datuk berlari di kelopak bibir.
Suasana jam sebelas malam di pinggir kampung memang terasa amat sepi. Desiran angin yang menolak cucur atap rumah jelas kedengaran. Suara pungguk merayu bulan terus mendayu-dayu begitu juga dengan bunyi cengkerik dan katak.
Mungkin kerana saya makan terlalu kenyang menyebabkan saya terasa amat mengantuk sekali. Dua tiga kali saya tersengguk-sengguk. Pada saat itu, saya sudah terlupa dengan makhluk ganjil.
"Makan tak jemput orang pun."
Saya segera jegilkan mata. Saya pasti, itu suara dari tetamu ganjil. Saya segera merenung ke wajah Datuk. Dari kedutan keningnya, saya dapat membayangkan yang Datuk berada dalam keresahan.
"Usah bimbang," Haji Taslim Singasari bersuara. Matanya tertampar ke wajah saya dan Datuk.
"Dia tu kembar si mati, inilah kali kedua dia datang. Kali pertama waktu arwah sakit. Dia datang merawatnya. Ini semuanya iblis," sambung Haji Taslim Singasari sambil melunjurkan sepasang kakinya.
"Hal begini, tak boleh dibiarkan," cetus Datuk seraya menjeling tajam ke arah tetamu ganjil. Gegendang telinga saya terdengar bunyi suara orang mengeluh dengan sayu sekali.
"Sahabat apa namanya, kalau tak boleh menolong sahabat sendiri," datang lagi kata-kata dari tetamu ganjil. Saya jadi resah tidak menentu.
Tiba-tiba pelita yang menyala terpadam seperti dihembus sesuatu. Bagaikan kilat saya terus meluru ke arah Datuk. Terus duduk di hujung lututnya. Haji Taslim Singasari terus meraba-raba mencari mancis api.
"Rumah ni bergegar, macam di goncang orang," kata Datuk sambil memegang pergelangan tangan kanan saya erat-erat. Dia berbuat demikian agar saya tidak terpisah dengannya. Apa yang Datuk kata memang benar. Saya sendiri mengalaminya, terasa punggung saya seperti bergerak sendiri atas papan lantai.
"Jangan disentuh barang yang jatuh, walaupun ada di hujung tangan kamu," Haji Taslim Singasari mengingatkan. Dia menyalakan mancis lalu membakar sumbu pelita.
"Alhamdulillah," Datuk bersuara setelah cahaya pelita menerangi ruang. Haji Taslim Singasari membuka baju Melayu potongan teluk belanga lalu disangkut ke dinding.
Baju singlet yang masih lekat di tubuhnya kelihatan berwarna agak kekuningan. Beberapa bahagian ada yang koyak sebesar telapak tangan orang dewasa. Tanpa berkata apa-apa Haji Taslim Singasari terus menuju ke dapur.
KEMBALI
Dia kembali mendekati saya dan Datuk, muka dan kedua belah tangannya terdapat kesan air. Dia membiarkan air di hujung jarinya menitik atas lantai.
"Ambil air sembahyang?" Datuk bertanya.
Haji Taslim Singasari anggukkan kepala. Dengan hati-hati dia mengangkat barang-barang yang berserakan di lantai lalu diletakkan ke tempatnya.
"Jangan, biar saya uruskan sendiri," tegah Haji Taslim Singasari. Saya tidak jadi membantunya mengangkat kitab tua bertulis jawi ke atas rak.
Datuk masih lagi bersandar di dinding. Matanya merenung sayu ke arah Haji Taslim Singasari. Semua gerak-geri Haji Taslim Singasari ada dalam bola mata Datuk. Datuk bagaikan mentafsir segala gerak langkah Haji Taslim Singasari yang mempunyai makna dan maksud tertentu. Semua barang-barang yang bertaburan dikembalikan ke tempat asalnya. Haji Taslim Singasari kembali duduk di sisi Datuk.
Tiba-tiba daun tingkap yang dikunci terbuka dengan sendiri. Angin malam menembus masuk, mengusap wajah dan tubuh kami bertiga. Saya melihat ke arah tingkap yang terdedah. Cuaca di luar amat gelap.
"Kamu pergi rapatkan tingkap."
Perintah Datuk segera saya patuhi dengan rasa hati yang amat berat sekali. Ketakutan menguasai diri saya.
Bila saya hadapkan muka keluar, apa yang dilihat ialah kegelapan malam yang memanjang. Saya terasa seram dan bulu roma saya terus berdiri.
Bila daun tingkap saya tarik untuk rapatkan, secara tidak sengaja mata saya terpandang kain putih melayang-layang di udara diterbangkan oleh angin ke atas ke bawah. Saya tidak dapat berkata apa-apa. Saya terus terpaku di situ.
Kain putih yang dimainkan angin bergerak ke arah saya. Hati kecil berdetik mengatakan kain putih yang saya nampak itu adalah kain kafan Suhaimi Keraba, saya tercium bau kapur barus, sintuk dan bau-bauan lain yang sering digunakan untuk memandikan mayat.
"Tamar, kenapa lama sangat kamu di situ?"
Suara Haji Taslim Singasari cukup lantang. Saya mempersetankan teguran itu. Haji Taslim Singasari berbuat demikian kerana melihat saya berdiri di situ agak lama. Daun tingkap tidak juga dirapatkan, masih terdedah.
"Tamar, apa yang kamu tengok dalam gelap tu?" suara Datuk menyusul. Saya terus membisu dengan sepasang mata tertumpu ke arah kain putih yang melayang-layang di udara.
Angin kian bertiup, dedahan yang berlaga sama sendiri mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Sesekali terdengar macam bunyi orang mengeluh, orang menangis dan bernyanyi yang tidak berapa jelas senikatanya.
Gegendang telinga terus disumbat dengan suara lolongan anjing yang sayup-sayup dari arah kaki bukit. Suara burung hantu terus tingkah meningkah dengan suara burung jampuk.
Makin gamat suara lolongan anjing dan suara burung hantu, kian rancak kain putih melayang-layang di udara macam orang menari. Kalau pada awalnya saya dapat mengagak panjang kain putih itu kira-kira enam kaki tapi kali ini panjangnya kian bertambah hampir mencecah awan.
"Tamar."
Bahu kanan saya di tepuk dengan kuat. Saya menoleh ke kiri. Saya lihat Datuk berdiri di sisi saya dengan wajah yang cemas. Saya toleh ke kanan, saya lihat Haji Taslim Singasari berdiri si situ. Saya cuba mahu menuturkan sesuatu tetapi, suara saya tidak keluar.
"Budak ni kena pukau iblis," tutur Haji Taslim Singasari.
Dia menentang wajah saya sambil mulutnya berkumat-kamit. Saya tidak tahu apa yang dibacanya. Seluruh kulit muka saya terasa panas seperti terkena api.
Haji Taslim Singasari meletakkan telapak tangan kanannya atas dahi saya. Dari dahi, telapak tangan itu bergerak perlahan-lahan menyapu wajah saya hingga ke hujung dagu. Haji Taslim Singasari mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali berturut-turut.
"Aiicccuuuummmmmmmmmmmmmmmmmmmm..."
Saya bersin hingga terasa hingus keluar dari hidung. Seluruh badan terasa seram sejuk. Saya rebah di lantai.
Ketika itulah saya terpandangkan tetamu ganjil seolah-olah berdiri di depan saya. Kali ini wajahnya amat menakutkan. Dia menjelirkan lidah hingga ke perut. Telinganya yang sebesar telinga gajah jatuh atas bahunya. Kelopak matanya merah seperti bara dan dari lubang telinganya keluar asap yang nipis. Dia bagaikan ketawa melihat saya terkapar di lantai. Haji Taslim Singasari terus merawat saya.
Bila Haji Taslim Singasari berada di bahagian kepala saya, tetamu ganjil itu segera berubah ke hujung kaki. Kehadiran tetamu ganjil itu memang tidak dapat dilihat oleh Haji Taslim Singasari. Dia bergerak bagaikan bayang-bayang. Saya menelan air liur dan cuba menuturkan beberapa patah perkataan. Ternyata saya sudah boleh bersuara.
"Di hujung kaki saya," tutur saya meninggi.
"Apa dia Tamar?" soal Haji Taslim Singasari kehairanan. Dia renung ke kiri dan ke kanan. Dia gelengkan kepala sambil berkata: "Tak ada apa-apa pun yang aku nampak."
Mendengar ungkapan dari Haji Taslim Singasari itu, tetamu ganjil menyeringaikan giginya tanda suka.
"Saya nampak apa yang cucu saya katakan," Datuk bersuara dengan sepasang matanya tertumpu ke arah hujung kaki saya. Gerak-geri si tetamu ganjil dalam biji mata Datuk.
"Saya," sahut tetamu ganjil lalu mempamerkan tubuhnya ke alam nyata. Datuk dan Haji Taslim Singasari berpandangan.
"Kita mesti bertindak," kata Datuk.
"Caranya?" soal Haji Taslim Singasari.
"Begini, kau ambil surah Yasin dan baca di situ," Datuk segera menuding jari telunjuknya ke arah sudut ruang.
"Kalau itu, memang ada rancangan dalam kepala saya," sahut Haji Taslim Singasari mematuhi cakap Datuk.
Datuk terus berdepan dengan tetamu ganjil itu. Kedua-dua kelopak bibir Datuk bergerak. Pasti Datuk membaca ayat-ayat suci penghalau iblis. Datuk seperti menghadapi kesulitan kerana bibir tetamu ganjil itu ikut bergerak mengikut gerakan bibir Datuk, dia dapat menyebutnya dengan fasih, malah membetulkan pembacaan Datuk yang tersilap.
SUARA
Datuk buat tidak kisah dengan telatah tetamu ganjil itu. Dia terus membaca ayat-ayat suci penghalau iblis dengan tenang. Haji Taslim Singasari yang mendengar suara tetamu ganjil mengajuk cakap Datuk, terus membaca surah Yasin dengan lantang.
"Sampai di sini saja kita berkawan Haji, kamu memang selama-lamanya bermusuh dengan sahabat kami," tiba-tiba saja tetamu ganjil meloncat ke arah Haji Taslim Singasari. Dia jadi marah kerana Haji Taslim Singasari tidak menjawab kata-katanya. Dia menjerit dengan sekuatnya.
Dan bersama gema jeritan yang memekakkan anak telinga itu, seluruh tubuh tetamu ganjil bercahaya macam manik-manik kaca disinari matahari. Pada mulanya membesar, kemudian mengecil dan hilang macam debu-debu dibawa angin. Tidak ada apa yang dapat kami lihat.
Suasana terasa amat sepi tetapi, bau kemenyan dan kapur barus bagaikan memenuhi ruang rumah. Saya rasa seluruh badan berpeluh dan bertenaga. Saya segera bangun duduk.
"Saya fikir semuanya dah selesai," kata Datuk.
"Saya harap pun begitulah, tapi iblis ni pandai menipu kita," sahut Haji Taslim Singasari agak ragu-ragu. Dia renung kiri kanan.
Dia bangun dan memeriksa seluruh ruang. Akhirnya daun tingkap yang terdedah dirapatkannya. Lolongan anjing masih sayup-sayup terdengar. Haji Taslim Singasari dan Datuk tidak memberi sebarang komen tentang lolongan anjing itu.
"Bagaimana? awak yakin dia tak dapat datang lagi?" tanya Datuk sambil menatap wajah Haji Taslim Singasari.
Saya lihat Haji Taslim Singasari seperti tergamam. Dia segera mengedutkan dahi dan keningnya.
"Saya rasa semuanya dah selesai."
"Awak yakin, dia tak datang lagi?" Datuk minta kepastian.
Haji Taslim Singasari anggukkan kepala.
"Jadi sekarang, apa yang patut kita buat, Haji."
Pertanyaan Datuk tidak mendapat jawapan. Haji Taslim Singasari menelan air liur.
"Apa yang patut kita buat, Haji?" ulang Datuk lagi. Haji Taslim Singasari senyum sinis. Dia terus meluru ke ruang dapur.
Buat beberapa saat, saya dan Datuk saling berpandangan. Malam yang kian tua membuat suasana terasa hening. Kedinginan terasa menggigit seluruh tubuh. Sesekali terdengar kokok ayam dari hujung kampung. Datuk ambil senaskhah Quran dari atas rak. Badannya disandarkan ke dinding. Dengan wajah yang tenang, Datuk membuka Quran dan bersedia untuk memulakan pembacaan.
"Nanti dulu, ini yang patut kita buat," biji mata saya dan Datuk tertumbuk ke arah Haji Taslim Singasari yang berdiri di ambang pintu. Dia menatang talam bulat yang berisikan teko dan cawan kosong, "Tadi awak tanya saya apa yang patut kita buat. Jawapannya inilah dia," sambung Haji Taslim Singasari lalu duduk. Talam yang berisikan teko dan cawan diletakkannya atas lantai.
"Apa benda ni," tanya Datuk sambil menutup Quran. Datuk bangun dan terus meletakkan Quran atas rak.
"Kita minum dulu, lepas tu baru kita buat yang lain," Haji Taslim Singasari pun menuangkan air kopi ke dalam cawan.
Saya terus memerhatikan asap nipis yang bangkit di permukaan cawan. Haji Taslim Singasari menjeling ke arah saya tetapi, tangannya terus meletakkan cawan yang berisi kopi di depan saya dan Datuk.
"Minum, biar panas badan, bila kena kopi O keras macam ni, barulah seronok. Sampai ke siang kita boleh berjaga," tutur Haji Taslim Singasari. Dia ketawa kecil, mempamerkan giginya yang kelihatan putih dan tersusun rapi. Tidak ada satu pun giginya yang patah atau rosak.
Nanti, bila ada masa lapang, saya nak himpit orang tua ni. Saya nak minta petua dan amalan yang dipakainya untuk gigi tahan lama, bisik batin saya.
Wajahnya saya tatap dan Haji Taslim Singasari bagaikan tahu apa yang tersirat dalam dada saya. Dia senyum sambil anggukkan kepala lalu meneguk air kopi O panas. Dia bangun dan terus menuju ke ruang dapur untuk kali kedua.
Saya dan Datuk merasa agak ganjil dengan sikap yang ditunjukkan oleh Haji Taslim Singasari. Jangan-jangan dia lebih hebat dari Suhaimi Keraba dalam bersubahat dengan iblis, timbul semacam perasaan dalam diri saya.
Datuk terus memeluk tubuh erat-erat. Kemudian dia meluruskan tangan dan jari-jemarinya. Kedua belah cuping telinganya diraba tiga kali berturut-turut. Datuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Datuk tarik nafas dalam-dalam. Dilepaskannya perlahan-lahan. Tangan yang diluruskan segera dijatuhkannya. Jari-jemarinya digenggam kemas-kemas. Wajah Datuk nampak aman sekali.
"Tak ada apa-apa Tamar, dia jujur," tutur Datuk.
"Saya tahu, tetamu saya ni meragui kejujuran saya," kata Haji Taslim Singasari, kami segera menoleh ke kanan. Memang saya dan Datuk tidak sedar bila Haji Taslim Singasari berada di situ. Datuk merasa malu kerana rahsianya dapat dikesan oleh orang lain. Haji Taslim Singasari terus duduk di sisi saya.
"Bukankah beringat-ingat dan berhati-hati tu, memang disuruh oleh agama kita," itu dalih Datuk.
"Ya, perkara semacam tu memang harus ada pada setiap manusia, kita tidak disuruh menyerah pada takdir. Bukankah agama kita mengajar kita supaya berfikir," begitu bersahaja Haji Taslim Singasari bersuara. Dia terus meneguk air kopi O panas.
"Kalau kita ikhlas dan jujur sesama manusia, apa yang menjadi kesangsian pada orang lain mudah dikesan, buktinya, awak dapat mengesan kejujuran saya. Antara kita berdua saling ingat mengingati," Datuk melanjutkan kata-kata.
MELAWAN
Haji Taslim Singasari bangun lagi terus menuju ke ruang dapur untuk kali ketiga. Beberapa detik berikutnya, Haji Taslim Singasari datang kembali menatang pinggan. Dia duduk meletakkan pinggan atas lantai.
"Saya ke dapur tadi memasakkan ini," jelasnya.
"Kalau tak silap saya, ini pulut kuning," mata Datuk merenung ke arah pulut kuning yang ada dalam pinggan.
"Ya, memang betul cakap awak tu."
"Bila Haji memasaknya?"
"Tadi, biasanya bila saya berjaya melawan hantu syaitan, saya mesti makan pulut kuning. Memang sejak kematian sahabat saya, saya yakin kembarnya mesti datang, jadi saya bersedia terlebih dahulu.
"Ini ajaran guru awakkah Haji?" Datuk menyoal lagi. Haji Taslim Singasari tidak menjawab. Dia terus mengepalkan pulut kuning dan diberikan kepada kami.
"Ini bukan ajaran atau amalan, ini petua guru saya. Tidak ada kena mengena dengan agama, sudah penat berlawan kita mesti berehat dan makan barang yang boleh beri kita tenaga, itu saja maksudnya," dengan wajah yang tenang Haji Taslim Singasari menjelaskan. Dia menghirup kopi O panas dan mengunyah pulut kuning.
"Makan, lepas ni kita membaca Quran atau melakukan sembahyang tahajud, kalau kamu tidak mahu kamu boleh tidur," Haji Taslim Singasari renung wajah saya. Datuk ketawa.
"Budak ni, kalau disuruh tidur memang jadi, dia ni kaki tidur," kata Datuk. Hati saya jadi panas dengan usikan Datuk itu. Kalaulah Datuk itu kawan sepermainan, sudah tentu saya maki. Menjatuhkan nama baik saya di depan orang.
"Tak apa, kalau kamu nak tidur, tidurlah, tapi orang yang pandai selalu memilih berjaga dari tidur. Berjaga banyak mendatangkan manfaat, kalau digunakan untuk menambah ilmu," Haji Taslim Singasari terus menepuk belakang saya dengan mesra sekali.
"Kalau waktu berjaga digunakan berborak kosong, membaca buku yang tidak berfaedah, berangan-angan, tentulah merugikan diri sendiri," sambung Haji Taslim Singasari, bagaikan berfalsafah di depan saya.
"Cakap awak tu, Haji memang betul," sampuk Datuk dengan senyum yang memanjang.
Entah macam mana di malam yang dingin itu, Datuk berjaya memujuk Haji Taslim Singasari supaya menceritakan pengalaman petualangnya di Tanah jawa mengisi ilmu akhirat dan dunia di dalam dadanya.
"Saya tak banyak mengambil ilmu dunia. Awak tahu, ilmu dunia kadang-kadang bercanggah dengan agama Islam. Tetapi..." Haji Taslim Singasari tidak meneruskan kata-katanya. Dia renung kiri, renung kanan. Macam ada sesuatu yang dibimbangkannya.
"Tetapi saya ada juga belajar untuk tahu saja," sambung Haji Taslim Singasari yang secara tidak langsung membuka rahsia dirinya.
"Saya pernah ikut arwah ke tempat perguruan di hutan. Saya melihat arwah sahabat saya bersemadi di bawah batu besar. Makan sebiji beras sehari dan minum dua hari sekali. Air minuman dari embun di hujung daun," Haji Taslim Singasari memperkemaskan silanya.
"Itu untuk ilmu apa, Haji?" soal Datuk.
"Untuk melihat muka orang halus, bertutur dan berkampung sama-sama mereka," jelas Haji Taslim Singasari. Haji Taslim Singasari juga menyatakan arwah (Suhaimi Keraba) diiktiraf murid yang terbaik oleh gurunya. Arwah dikurniakan kain ikat kepala warna merah.
Arwah Suhaimi Keraba (ASK) juga menuntut ilmu 'Telapak Pasir Merah'. Khasiat dari ilmu ini, bila ASK menghentam atau menumbuk seseorang pasti orang yang kena hentam itu akan muntah darah segar.
Ketika mangsanya menggeletek kesakitan ASK menghilangkan diri dan berada di tempat lain. ASK juga menuntut ilmu 'Cakra Dewa', khasiatnya boleh membunuh orang dari jauh, juga boleh digunakan sebagai ilmu guna-guna.
Selain dari ilmu-ilmu yang disebutkan itu, ASK juga menuntut ilmu 'Cakar Dewa'. Orang yang mengamalkan ilmu ini, bila dia mengerakkan jemarinya ke wajah seseorang, maka rosaklah wajah orang yang tersebut ketika itu juga.
"Ini ilmu dunia yang tidak pernah saya amalkan. Tetapi saya tahu kehebatannya. Saya juga merasa pelik macam mana arwah boleh kalah dengan awak?" sepasang biji mata Haji Taslim Singasari meraut wajah Datuk yang sudah mula berkedut itu.
"Entahlah, setiap kali saya berdepan dengannya, saya mohon pada Allah supaya usaha-usaha saya diberkati. Tujuan saya ialah mahu mengajak sahabat awak ke jalan yang benar." Datuk memberikan pengakuan.
JAKARTA
Dalam bulan Februari 1980, saya berkunjung ke Jakarta kerana urusan peribadi. Sebaik saja sampai di sana, semua akhbar dan majalah memuatkan berita tentang seorang penjenayah yang handal bernama Kunsi Kandut. Kunsi Kandut dihukum mati kerana kesalahan merompak, membunuh dan sebagainya.
Kunsi Kandut terkenal sakti dan berilmu, sehingga ramai yang mengatakan tubuhnya tidak boleh ditembusi peluru. Kematiannya disangsikan. Maka dalam penjara dia diberikan beberapa keistimewaan, disediakan peti tv dan sebagainya. Tetapi Kunsi Kandut berjaya menghilangkan diri dari tembok batu. Setiap kali dia bolos, pihak berkuasa berjaya memberkasnya.
Hasil dari penyelidikan sendiri, ternyata ilmu yang dimanfaatkan oleh Kunsi Kandut, sama dengan ilmu yang diamalkan oleh ASK. Saya terfikir, mungkinkah dua insan ini seperguruan, sayangnya mereka sudah tiada lagi. Kalau salah seorang daripada mereka masih ada mungkin saya boleh bertanya.
"Saya tahu, arwah pernah menyatakan pada saya yang dia mahu mengajar ilmunya pada orang-orang yang berminat, caranya dia mahu mendirikan gelanggang silat dulu," Haji Taslim Singasari terus bangun. Berjalan dari sudut ke sudut di ruang tengah.
"Ada anak muridnya?" tanya Datuk.
Haji Taslim Singasari telan air liur. Dia tidak dapat memberikan jawapan dengan segera. Haji Taslim Singasari duduk kembali.
"Ada." Jawab Haji Taslim Singasari selamba.
"Di mana, Haji?"
"Saya tidak tahu dengan tepat, boleh jadi ada di Perak, Kedah, Selangor. Maklumlah dia tu boleh pergi ke mana-mana dengan sekelip mata.
"Hum..." Datuk mengeluh kehampaan.
Buat beberapa saat, suasana dalam rumah dicengkam kesepian. Tiga kepala cuba berusaha memecahkan persoalan yang ditinggalkan oleh Suhaimi Keraba.
Saya segera terfikir, banyak kejadian ganjil di dunia yang dapat diterima oleh akal. Ada pula yang tidak logik! Ah semuanya ini menjadi misteri yang membingungkan orang. Apa yang jelas kematian Suhaimi Keraba mendatangkan masalah pada Datuk dan Haji Taslim Singasari.
"Kalaulah benar, dia ada anak muridnya, kita harus berusaha mencegahnya supaya ajaran ini tidak merebak ke mana-mana," Datuk memberikan cadangan.
"Ya, kita mesti menyedarkan mereka yang perbuatan itu memang bertentangan dengan agama," sahut Haji Taslim Singasari.
"Kita berjanji," kata Datuk.
"Ya, saya berjanji," sahut Haji Taslim Singasari ambil berjabat tangan dengan Datuk. Mereka bergoncang tangan, memperkuatkan tekad.
"Awak mesti ikut saya ke kampung laman saya minggu depan, saya memerlukan bantuan awak, sebelum ke tempat saya kita ke tempat lain dulu," tiba-tiba Haji Taslim Singasari bersuara sambil menarik telapak tangannya yang bercantum dengan telapak tangan Datuk.
-TAMAT-
38. TULANG JARI DI DAUN KELADI
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA : TULANG JARI DI DAUN KELADI
KODE : 330002750940038
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
Sejak pulang dari Hospital Lumut, sudah tiga minggu saya berkurung dalam rumah. Setiap malam, nenek akan membalut kaki saya dengan Naga Buana. Perut pula, dibalut dengan pucuk pisang emas.
“Kenapa nek buat begini, pada kaki dan perut saya?”
“Untuk mengelakkan kaki kau dari kisit urat dalam perut mesti dikecutkan, kalau tak dibalut dengan daun pisang, perut kau boroi bila
“Huh, saya dah jemu kena balut nek.”
“Jangan begitu, perut mesti dijaga. Kau tahu sakit angin, sakit urat saraf dan sakit-sakit badan semuanya berpunca dari perut. Kalau perut sihat, badan juga sihat.”
Saya terdiam mendengar cakap nenek itu. Saya hubungkan cakap nenek itu, dengan kata-kata yang telah diucapkan oleh seorang Imam dalam khutbah Jumaatnya. Imam itu memetik sabda nabi Muhammad SAW yang menyuruh umatnya supaya makan tidak berlebih-lebihan. Ia mahu umatnya makan sederhana saja.
“Kalau engkau melihat orang lelaki perut boroi dan badannya gemuk, tandanya orang itu tidak sihat. Aku tak mahu kau jadi macam itu, bila sudah berumur empat puluh lebih, jagalah perut kerana perut kunci kesihatan,” tambah nenek. Saya terus anggukkan kepala.
Demi kebaikan, saya relakan nenek membalut perut saya dengan pucuk pisang emas, bercampur minyak kelapa. Tetapi, rasa bosan duduk di rumah memang tidak dapat saya hindarkan. Datuk amat mematuhi cakap nenek dan tidak mahu mengajak saya ke mana-mana. Datuk suruh saya duduk di rumah membaca kitab agama dan Quran. Katanya, kalau nenek mengizinkan atau pantang larangnya sudah tamat. Ia pasti membawa saya ke mana sahaja. Satu janji yang amat menyenangkan.
Sebagai orang tua yang banyak pengalaman, Datuk tahu saya akan merasa jemu dan bosan membaca Quran dan kitab. Bila ia turun ke pekan ia belikan akhbar tulisan jawi – Utusan Melayu. Kalau Datuk pergi ke Balai Penghulu, pasti ia pulang dengan membawa risalah-risalah dari Jabatan Penerangan dan Jabatan Pertanian. Semuanya dalam tulisan jawi. Kalau anginnya baik, ia akan membeli akhbar dan majalah kanak-kanak, seperti Utusan Kanak-kanak, Tunas dan lain-lain lagi.
Jangan harap Datuk mahu membeli akhbar dan majalah hiburan seperti Utusan Filem dan Sports, Fesyen, Gelanggang Filem dan Arena Filem. Pantang tujuh keturunan bagi Datuk, kalau saya menatap majalah-majalah tersebut. Saya hanya mendapat tahu tentang perkembangan filem-filem Melayu dan bintang-bintang filemnya seperti P. Ramlee, Kasma Booty, Nordin Ahmad dan Roomai Noor, menerusi mulut-mulut kawan-kawan. Begitu juga dengan kisah penyanyi masa itu seperti R. Azmi, Jasni serta Momok dan Nona Asiah.
“Buat apa tahu tentang orang wayang dan penyanyi, jangan baca kisah mereka, semuanya tak berfaedah. Semuanya itu kisah dunia yang tak boleh dibuat bekal ke akhirat. Lebih baik kau baca kitab,” kata Datuk bila saya menyatakan ingin membaca dan memiliki majalah-majalah tersebut.
Kata Datuk, kata muktamad. Tidak ada ulang-rayu. Kalau dilawan biji matanya akan tersembul, macam telur burung merpati. Suaranya jadi keras dan parau macam guruh. Mahu tak mahu terpaksa baca kisah menanam pokok getah, menanam padi dan menanam kelapa.
Sesekali hati kecil saya memberontak juga. Mana boleh tahan cuma berlegar-legar dalam kawasan rumah sahaja. Paling jauh saya dibenarkan oleh nenek pergi ke rumah Haji Salim, kira-kira dua rantai jaraknya dengan rumah Datuk. Bukan ada apa-apa di rumah Haji Salim menitik dan membakar besi untuk membuat keris dan parang.
Saya kagum melihat Haji Salim memegang besi panas dan membentuknya hingga menjadi sebilah keris yang berlok tujuh atau sembilan. Bila saya tanya pada Haji Salim, apa ilmu yang dipakai hingga tapak tangannya tidak terbakar. Haji Salim tidak mahu memberitahu, ia cuma berkata:
“Keyakinan pada diri sendiri dan Allah mengizinkan semuanya itu.”
Jawapan yang membosankan. Sambil memerhatikan ia bekerja, ia menyuruh saya membaca al-Quran. Kalau pembacaan tajwid saya tidak betul ia segera menegurnya. Bila saya tidak mahu membaca Quran, ia akan bercerita pada saya tentang kisah-kisah 25 orang nabi pilihan atau memberi penerangan tentang fardu Ain, fardu Kifayah dan fikah.
INDAH
Pagi Selasa yang indah. Di dada langit, matahari memancar cemerlang. Dedaun di ranting bergerak lembut mengikut irama angin. Saya masih lagi membalut badan dengan gebar. Perbuatan yang jarang-jarang saya lakukan. Jam sudah pukul sembilan. Jalur sinar matahari masuk ikut tingkap yang dibuka separuh itu, terdampar atas lantai. Sebenarnya, saya memprotes sikap nenek. Ia tidak membenarkan saya mengikut Datuk pergi ke hutan untuk melihat jerat napuh dan pelanduk. Meskipun Datuk sudah meminta izin darinya.
Nenek lebih senang, kalau saya menghabiskan masa berjam-jam dengan Haji Salim. Sepanjang ingatan saya selama tiga minggu berkurung di rumah. Sudah dua kali Datuk berjalan jauh. Kali pertama Datuk ikut kenalannya pergi ke Dungun, Terengganu. Kali kedua, Datuk pergi ke Kroh di Ulu Perak mencari gading gajah.
“Nenek sudah melampau, mahu ke hutan tengok jerat pun tidak boleh,” rungut saya.
Gebar saya campakkan ke tepi. Saya segera bangun. Saya terus bersilat dengan tujuan untuk menyegarkan tubuh badan. Boleh juga diistilahkan bersilat untuk bersenam.
“Tamar kau buat apa di dalam, macam nak patah lantai rumah,” pekik nenek bertalu-talu sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik.
Tanpa melabuhkan kain yang berada di paras lutut, saya terus membuka pintu. Saya ketawa melihat nenek yang terkejut.
“Kenapa muka nenek pucat? Apa nenek merasa hairan melihat gulung kain berat ke kanan dan kain pula atas lutut? Saya bersilat untuk menegangkan urat,” ucap saya. Nenek tidak menjawab. Wajahnya mula pucat.
“Nenek marah?”
“Tidak Tamar.”
“Nenek sakit?”
“Tidak Tamar.”
“Habis, apa yang nenek fikirkan?”
“Kaki kau Tamar.”
“Kaki saya? Kenapa dengan kaki saya nek.”
Tidak ada jawapan dari nenek. Sepasang mata hitamnya tertumbuk pada sepasang kaki saya. Nenek menarik tangan saya ke ruang tengah. Saya disuruh duduk di lantai sambil menjulurkan kaki. Wajah nenek terus didakap rasa cemas yang sukar untuk dibaca.
“Itulah kau langgar petua aku Tamar. Kaki kau tak boleh kena air embun dan angin masa berubat, sekarang apa dah jadi kau lihat sendiri,” suara nenek tersekat-sekat.
Wajah cemasnya segera bertukar dibayangi rasa kecewa. Saya terus merenung kaki. Memang benar kata nenek! Kaki saya terus mengecil, kisit. Tidak berbuah betis lagi. Tetapi aneh sekali kesannya hampir tidak terasa. Hati saya mula terasa hiba dan mahu menangis. Saya rasa hidup ini sudah tidak bermakna lagi. Apalah ertinya hidup bagi saya, kalau anggota tubuh sudah cacat. Apalah nilainya sepasang kaki, kalau tidak boleh digunakan.
Sesungguhnya, saya tidak sanggup menghadapi penderitaan seperti ini. Saya terus menangis. Nenek terus membelek-belek urat-urat di kaki. Kerana Datuk sudah pergi ke hutan, nenek segera menemui Haji Salim. Saya cemas bila Haji Salim datang dengan membawa sebilah keris tanpa ulu dan sarung. Saya lihat keris itu masih berasap kerana baru dikeluarkan dari api. Haji Salim terus menjamah buku lali kaki. Ia kelihatan tenang. Senyum tidak putus-putus menari di bibirnya.
“Usah bimbang, berusahalah dengan sabar. Carilah daun serunai laut, daun gelanggang dan pucuk paku hutan. Sapukan pada kaki setiap pagi. Kisitnya masih baru, ada harapan baik,” wajah Haji Salim kelihatan tenang. Senyum terus bermain di wajahnya.
Haji Salim segera meminta diri. Bila sampai di anak tangga penghabisan ia berhenti. Renung muka nenek dengan muka saya silih berganti.
“Tamar sikit lagi datang ke tempat aku, biar aku ajar kau membuat keris,” Haji Salim meraba pangkal leher kiri.
“Kaki saya Aji.”
“Tak apa, sakitnya masih baru.”
“Saya bimbang Aji.”
“Tak usah bimbang.”
Haji Salim terus melangkah menuju ke rumahnya. Nenek kerutkan dahi. Sesekali menggaru tempurung rambut yang tidak gatal. Dua tiga helai ubat melekat di jari. Nenek berada dalam keadaan yang serba salah. Saya terus duduk berjuntai kaki di muka pintu. Nenek ke dapur. Saya tidak tahu apa yang nenek buat di dapur. Saya bayangkan dalam hati, kalau kedua belah kaki saya dipotong. Tentu susah jadinya. Saya terpaksa berjalan memakai tongkat.
Lamunan yang tidak bertepi itu, mati dengan mendadak. Diganggu oleh lintasan bayangan yang kurang jelas. Dan bayangan itu terjadi hanya dalam beberapa detik sahaja. Kesannya amat mendebarkan hati. Bulu roma saya tegak dalam sinaran matahari pagi yang kian garang. Kepala saya terasa pening. Pandangan saya mula berpinar-pinar. Pokok-pokok yang saya lihat nampak bergoyang. Perut terasa pedih dan tekak juga mula loya. Rasa muntah-muntah mula terasa.
“Nenek…,” jerit saya.
Nenek segera datang. Bahu saya dipegangnya. Kemudian nenek meletakkan telapak tangan kanannya ke dada saya. Ia menarik nafas dengan tenang.
“Dada kau berdebar?”
“Ye nek.”
“Apa puncanya?”
“Saya macam terpandang lintasan bayangan hitam melintas di depan saya nek.”
“Itu cuma perasaan kau saja Tamar.”
“Betul nek.”
“Sudahlah Tamar, pergi mandi. Lepas itu pergi makan. Kopi dan rebus keledek aku sediakan untuk kamu.”
Nenek meninggalkan saya. Arahannya saya patuhi. Ada sesuatu yang saya rasa tidak kena pada kedua belah kaki. Waktu melangkah dari pintu depan menuju ke ruang dapur tadi, terasa sengal-sengal di pelipat. Saya juga terasa amat sukar untuk mengimbangi badan. Semuanya tidak saya nyatakan pada nenek. Semangat saya untuk pergi ke rumah Haji Salim meluap-luap. Saya mahu menghilangkan sakit di pelipat dan rasa sengal itu dengan berjalan.
Setelah mengenakan seluar panjang kuning, baju kemeja lengan pendek saya ke rumah Haji Salim. Nenek hanya memerhatikan sahaja gelagat saya di muka pintu. Sampai di rumah Haji Salim saya terus duduk di bangsal kerjanya. Pada mulanya, saya duduk dekat tempat membakar besi. Saya tidak tahan dengan bahang bara api yang garang.
“Kau tak tahan dengan bahang api Tamar?”
“Ya Pak Aji, kulit muka macam mahu terbakar rasanya.”
“Inilah orang muda sekarang. Bahang api pun tak tahan, tak pernah mahu merasakan susah.”
“Sebenarnya saya tak berapa biasa dengan keadaan macam ini.”
“Kau harus biasakan, sebagai orang Melayu, kau tidak akan melepaskan diri dari berhadapan dengan tanah, air, api dan angin.”
“Ya, saya faham.”
Haji Salim tersenyum. Ia sudah arif dengan perangai saya. Bila saya menyebut perkataan terakhir itu. Ia sudah dapat membaca hati saya yang tidak berminat untuk mendengar dengan perkara yang dikatakannya itu. Saya menoleh ke kanan. Atas pelantar bangsalnya tersusun beberapa bilah parang, ada yang panjang, beberapa bilah tajak dan pisau penyabit. Semuanya barang-barang itu tidak mempunyai ulu. Haji Salim mengangkat besi merah dari dalam bara dengan menggunakan penyepit besi. Besi yang merah menyala itu diletakkan atas pelantar.
“Sebelum besi ini dibakar, sudah aku campurkan dengan tujuh jenis besi,” kata Haji Salim sambil mengambil besi yang masih merah itu. Besi itu terus di tempa hingga menjadi sebilah keris dengan tangan.
“Pak Aji nak jual keris ni?” tanya saya.
“Tidak, nak pakai sendiri.”
“Boleh buatkan saya sebilah.”
“Belum masanya.”
Haji Salim menghampiri saya. Ia rasa kaki saya. Dengan hati-hati Haji Salim menuangkan air dari dalam labu tanah ke dalam gelas. Air dalam gelas itu dirapatkan ke bibirnya yang sedang bergerak-gerak membaca sesuatu.
“Nah sapukan ke kaki kamu, dengan izin Allah sakit sengal yang kamu rasa itu, akan hilang,” Haji Salim sambil menyerahkan air dalam gelas pada saya. Air itu saya sapukan ke kaki. Sepuluh minit kemudian rasa sengal-sengal di kaki terus hilang.
“Kau usah bimbang, kaki kau yang kisit, tak berdaging tu, akan sembuh nenek kau boleh mengusahakannya.”
“Dengan apa nenek nak menyembuhkannya Pak Aji.”
“Dengan senaman, kalau nenek kau tak tahu Datuk kau tahu, Datuk kau tu apa kurangnya.”
REBAH
Saya terus diam. Badan saya rebahkan atas pelantar. Dua hari dulu, waktu saya baring di pelantar, cucunya datang membawakan dua cawan kopi. Kali ini saya berharap kisah yang berlaku itu akan berulang lagi. Saya mahu melihat cucu perempuannya yang berwajah manis, berkulit cerah. Ada lesung pipit di pipi. Tidak mudah mengeluarkan kata-kata. Tetapi senyumnya amat murah sekali. Sesungguhnya, saya terpikat dengan sinar matanya yang lembut. Dengan rambutnya yang ikal mayang. Dengan senyumnya yang menawan.
“Hari ni nampaknya, tak ada kopi Tamar.”
“Tak apa Pak Aji.”
“Bukan tak apa Tamar, aku terpaksa masak sendiri.”
“Mak Aji ke mana?”
“Dia menghantar Saadiah, ke rumah emak bapanya di Beranang, dah sebulan dia berada di sini, emak bapanya suruh balik. Dengar cerita ada orang nak masuk meminangnya.”
“Hum, begitu,” kata saya dengan tenang.
Satu kehampaan berkocak dalam dada saya. Tujuan utama saya menemui Haji Salim, bukanlah mahu menunaikan pesannya. Ada tujuan lain. Saya mahu melihat wajah Saadiah cucunya. Saya mahu kenyit mata padanya. Apakan daya, harapan yang dicari tidak terlaksana.
“Tamar.”
“Ya Pak Aji.”
“Kau mahu tahu tanda-tanda orang yang celaka dalam dunia.”
“Mahu.”
Haji Salim berhenti menempa mata keris dengan tangan sebentar. Ia renung muka saya. Aneh, renungan itu, saya rasakan bukan renungan Haji Salim tetapi renungan Saadiah cucunya. Saya tersenyum.
“Kenapa kau senyum?”
“Tak ada apa-apa Pak Aji.”
“Tanda-tanda orang-orang celaka tu ada empat. Pertama, lupakan dosa-dosa yang lepas dan tidak mahu bertaubat. Kedua, ia mengingati amal ibadah yang dibuatnya, menghitung berapa banyak sedekah jariahnya, berapa banyak sembahyang yang dibuat,” Haji Salim berhenti bercakap.
Ia merenung bentuk keris yang ada di atas pelantar. Keris itu sudah siap separuh. Cuma bahagian pangkalnya sahaja yang belum menjadi.
“Tanda yang ketiga, kau nak tahu apa dia Tamar?”
“Saya tak tahu Pak Aji.”
“Tanda yang ketiga, orang yang berkenaan sentiasa memandang orang yang berdarjat, tidak pandang orang yang miskin dengan sebelah mata pun.”
“Tanda yang keempat pula Pak Aji? Apa dia.”
“Yang keempat pula, dalam hal akhirat orang itu merasakan dirinya saja yang sudah sempurna, memandang hingga orang yang tidak sembahyang, tidak puasa serta mengamalkan hukum Islam, seolah-olah dirinya seorang saja orang Islam yang tulen, itulah tanda-tanda orang yang celaka di dunia.”
Haji Salim berhenti berkata-kata. Ia meneruskan kerjanya kembali. Menempa sebilah keris dengan tangannya sendiri. Setiap kali ia menekan besi, besi itu kelihatan lembut dan mengikut bentuk yang dihajatinya.
Saya segera menoleh ke kiri, ke arah jalan yang menghubungkan rumah Datuk dengan rumah Haji Salim. Saya berbuat demikian kerana terdengar nama saya dipanggil berkali-kali. Kerana panggilan itu kurang jelas, saya tidak dapat meneka, suara siapa yang saya dengar. Nenek suaranya nyaring dan halus tetapi, suara yang saya dengar kasar. Kalau mahu dikatakan suara Datuk memang mustahil, Datuk masih belum pulang dan suara Datuk tidak macam itu.
Suara Datuk agak serak-serak basah dan parau. Paling menakjubkan tidak nampak bayang Datuk atau nenek di muka jalan. Jadi suara siapa pula yang saya dengar? Keresahan yang melanda diri saya, dapat dibaca oleh Haji Salim.
“Kau terdengar suara orang memanggil nama kamu Tamar?”
“Ya Pak Aji, agaknya suara hantu Pak Aji.”
“Bukan, mana ada hantu waktu siang begini, aku agak suara makhluk Allah yang berkenankan kamu.”
“Macam mana Pak Aji tahu, saya terdengar suara orang.”
“Dari gerak-geri kamu Tamar.”
Saya mula resah. Hati mula berdebar. Badan terasa lain macam. Bulu roma saya mula tegak tanpa sebab. Saya mula dibayangi dengan bermacam-macam perasaan. Ada lintasan bayangan seperti yang terjadi di muka pintu tadi, melintas di depan saya. Bentuknya sukar mahu digambarkan dengan tepat.
Sepintas lalu, bentuknya macam papan keranda yang melayang-layang. Ada sehelai kain hitam melekat di papan itu. Dari kain hitam itu berjuntai jari-jari tangan tanpa daging. Tulang-tulang jari yang keras dan putih itu bagaikan mahu mencakar wajah saya. Inilah yang menimbulkan rasa takut dalam hati.
“Biarlah, saya balik dulu Pak Aji.”
“Silakan Tamar.”
Saya pun meninggalkan Haji Salim di bangsal. Dalam debar dada yang cemas saya terus melangkah tanpa menoleh ke arah Haji Salim. Dahi saya mula berpeluh. Sebaik sahaja saya sampai dekat pokok mempelam pauh yang besar dan tinggi, dahan mempelam itu patah lalu jatuh. Kalau tidak cepat saya mengelak, pasti saya ditimpa dahan tersebut. Dalam masa yang sama, lintasan bayangan yang tidak menyenangkan itu terjadi lagi di hadapan saya.
Langkah saya terus kaku sebentar. Bila saya mahu melangkah kembali terdengar suara menyebut nama saya. Cepat-cepat saya merenung ke arah pangkal pokok mempelam. Rasa cemas segera hilang. Seorang tua yang tidak saya kenali muncul di situ dan menuju pada saya.
“Berikan ini pada Datuk kamu,” kata orang tua itu. Ia menyerahkan satu bungkusan kecil yang berbalut dengan daun keladi, bila bungkusan itu mahu saya buka, orang tua segera memegang tangan saya.
“Belajarlah jadi manusia yang amanah,” katanya.
“Maafkan saya.”
“Aku maafkan, jangan menoleh arah mana kamu datang, kerana aku mahu ke sana.”
“Ya, saya faham.”
Orang tua itu segera bergerak ke arah belakang saya. Bunyi tapak kakinya cukup jelas menuju ke arah rumah Haji Salim. Saya terpegun sejenak, bau yang amat wangi segera menyumbat lubang hidung. Saya pasti bau wangi itu datang dari tubuh badan orang tua tersebut.
Ada dua persoalan timbul dalam hati saya. Pertama, kenapa orang tua itu tidak memberi salam. Kedua, orang tua itu memang bukan orang kampung. Ia orang asing. Dua persoalan yang menggugat hati, membuat saya melanggar larangannya.
Saya segera menoleh ke belakang. Orang tua itu tidak kelihatan lagi. Tetapi, bau wangi masih dapat dicium. Dedaun senduduk dan lalang di sebelah kanan jalan, kelihatan bergerak-gerak, macam baru sahaja dirempuh oleh manusia. Saya tahu, kawasan sebelah kanan jalan yang dikuasai oleh pokok senduduk dan lalang itu, luasnya hampir suku batu. Hujung kawasannya bertemu dengan sebuah anak sungai. Seberang sungai itu terdapat kawasan perkuburan yang tidak digunakan lagi.
Nenek pernah memberitahu saya, kawasan perkuburan itu tidak luas. Cuma menempatkan tujuh buah kubur. Batu nisannya diambil dari batu gunung. Tidak seorang pun yang tahu, mayat siapa yang ditanam di situ. Kata Datuk ada waktu yang terluang, ia sering kali mengajak saya ke situ untuk membersihkannya. Bagi Datuk membersihkan kubur merupakan satu amalan yang baik.
Bila saya mengingatkan orang yang baru saya temui itu menuju ke kubur lama, saya jadi takut. Saya terus lari menuju ke rumah. Waktu itu saya tidak ingat langsung yang kaki saya tidak begitu baik.
JATUH
Waktu saya sampai di kaki tangga. Saya sudah kehabisan tenaga. Tidak mampu memijak mata tangga yang setia menanti sesiapa sahaja untuk memijaknya. Saya terjatuh. Bungkusan barang dalam daun keladi terbuka dan tercampak dekat saya.
“Tolong,” jerit saya, bila melihat tulang jari terdampar atas tanah, (tidak jauh dari daun keladi yang jadi pembungkusnya) nenek segera menerpa pada saya. Nenek segera memapah saya. Ia suruh saya duduk atas tangga.
Tanpa diduga, Datuk pulang awal dari hutan. Tidak ada pelanduk atau napuh yang dibawanya. Datuk terkejut dengan apa yang terjadi pada saya.
“Kenapa Tamar?” Tanya Datuk.
“Ada orang beri barang pada tuk.”
“Mana dia barangnya?”
“Itu dia tuk.”
Mata Datuk melihat ke arah yang ditunjuk oleh jari telunjuk saya. Dia menggigit ibu jari kanannya. Macam memikirkan sesuatu. Datuk suruh nenek beredar dari situ. Nenek segera masuk ke rumah.
“Pelik, masa dalam hutan tadi ada orang yang tak aku kenal, kirim salam pada kau. Bila aku tanya siapa dia, orang itu terus meninggalkan aku, tetapi ia meninggalkan bungkusan daun keladi dekat pokok meranti,” Datuk memulakan cerita.
“Apa isinya tuk.”
“Sama dengan apa yang aku lihat sekarang, tulang jari manusia.”
“Orang yang tok jumpa tu, lelaki ke perempuan.”
“Perempuan tua.”
“Serupa juga dengan saya, saya juga jumpa perempuan tua, mukanya ditutup.”
Datuk tidak berkata apa-apa lagi. Ia suruh saya masuk ke rumah. Daun keladi dan tulang jari manusia itu diambilnya dan terus ditanam kira-kira serantai dari halaman rumah.
JUMPA
Pukul empat setengah petang. Datuk duduk di anjung rumah sambil membaca kitab. Datuk tidak memakai baju. Kepalanya dilekati oleh ketayap putih. Datuk seolah-olah, tidak menganggap sesuatu yang luar biasa dengan peristiwa yang terjadi. Mungkin peristiwa itu tidak menarik minatnya. Kalau Datuk tertarik, pasti ia bercerita. Bila melihat sikap Datuk begitu, saya sendiri tidak ambil kisah dengan apa yang terjadi.
Nenek terus berusaha memulihkan kaki saya yang kian mengecil itu. Ia menyentuh dan mengurut urat-urat tertentu di kaki. Di samping itu, nenek juga sudah menyediakan berbagai-bagai jenis daun untuk dibalut ke kaki saya.
“Kaki Tamar tu, kalau diizinkan Allah, akan sembuh juga,” cara mendadak Datuk bersuara.
“Kalau tak diusahakan, tentu tak menjadi,” balas nenek. Suaranya agak meninggi. Datuk tutup kitab yang dibacanya. Ia renung muka nenek.
“Kalau kakinya mengecil atau kisit tak ada isi disebabkan kena air embun dan angin, kenapa kita tak cuba ubat dengan embun dan angin juga,” kata Datuk. Ia bangun lalu rapat ke arah nenek yang mengurut kaki saya.
“Caranya bagaimana?”
“Kita lumurkan kakinya dengan embun, dua puluh pagi Jumaat, kita juga kenakan angin malam Jumaat, di samping membaca doa tertentu,” kata Datuk tenang.
“Awak buatkan.”
“Ya, saya buatkan mulai malam dan pagi Jumaat depan.”
Nenek tersenyum mendengar pengakuan Datuk. Ia merasakan Datuk tidak melepaskan tanggungjawab itu pada dirinya seorang sahaja.
Tiba-tiba saya terhidu bau wangi yang amat kuat. Saya segera bergerak menuju ke muka pintu. Tanpa saya sedari Datuk mengekor dari belakang. Saya terkejut, di halaman rumah, ada perempuan tua yang saya tengok pada sebelah pagi berdiri di situ. Kali ini, mukanya ditutup dengan kain selendang.
“Ada apa hajat,” tanya Datuk.
“Tak ada apa-apa hajat buat apa datang ke mari.”
“Nak berziarah pun tak boleh.”
Datuk terdiam. Mulutnya bagaikan terkunci untuk menjawab kata-kata dari perempuan tua itu. Datuk segera merenung ke arah saya. Melihat perempuan tua itu masih tercegat di halaman, saya terus bersuara:
“Beradatlah sikit, berilah salam.”
“Sudahlah, saya nak cari rumah orang yang pandai membuat keris, keris suami saya hilang,” suara perempuan tua itu tenang.
“Awak pergi arah ke darat sana, cari orang nama Haji Salim, dia pandai buat keris, kalau pedang laki awak hilang pun dia boleh buat.”
“Awak menyindir.”
“Sudahlah perempuan….” Datuk segera menutup mulut saya dengan tangan.
Biji mata Datuk bagaikan mahu tersembul merenung muka saya. Bila sudah begitu keadaannya, tentulah Datuk sudah marah. Saya tunduk.
“Maafkan cucu saya,” kata Datuk. Perempuan tua itu pusingkan badannya. Ia terus menuju ke rumah Haji Salim.
“Jangan biadab sangat, kita belum kenal siapa dia,” kata Datuk. Dengan tenang Datuk menarik tangan saya untuk masuk ke ruang tengah. Dari gerak-gerinya, saya tahu perasaan Datuk tidak tenteram.
Rasa tidak tenteram dalam diri Datuk itu berlanjutan hingga masuk waktu asar. Lepas sembahyang asar, ia masih lagi memikirkan tentang perempuan tua yang ditemuinya dalam hutan, tentang perempuan tua yang memberikan barang saya, tentang perempuan tua yang baru meninggalkan halaman rumah sebentar tadi.
“Boleh jadi apa yang kita lalui ini, ada hubungannya dengan Sariyah yang aku tolong dan aku jadikan anak angkat,” keluh Datuk.
“Apa yang mesti kita buat tuk?”
“Kita hadapi semuanya, kita sudah terlalu jauh dicabarnya, kaki kau hampir lumpuh tetapi, mereka masih belum puas, percayalah kalai kita berusaha dan berserah pada Allah kita akan menang.”
“Masanya terlalu panjang tuk.”
“Sabarlah, kemenangan tidak akan terjadi dengan sekelip mata.”
Saya menggigit bibir mendengar cakap Datuk. Wajah perempuan tua masih terbayang di kepala saya. Wajahnya yang ditutup dengan kain selendang, saya bayangkan amat hodoh sekali. Matanya terperosok ke dalam. Tidak ada hidung. Dahinya bersopak dan kulit pipi mengerutu.
“Jangan fikirkan yang bukan-bukan tentang dirinya,” saya terkejut mendengar cakap Datuk itu. Rupa-rupanya Datuk dapat membaca dengan apa yang tersirat dalam hati saya.
“Membayangkan wajah orang dalam keadaan buruk, memang tidak baik. Itu perbuatan syaitan,” sambung Datuk. Saya tersengih. Saya terus menuju ke muka pintu.
Saya lihat matahari petang sudah condong benar. Burung gagak itu hinggap di pelepah pisang mencari ulat dalam daun pisang yang bergulung. Angin petang tidak bertiup langsung, membuat badan saya terasa panas dan berpeluh.
Tiba-tiba saya terpandang tulang jejari manusia bertaburan atas tanah di halaman. Tulang-tulang itu bagaikan muncul dari perut bumi dan bumi kelihatan macam merekah. Dari rekahan bumi itu saya bagaikan terlihat tengkorak manusia bergerak-gerak, bagaikan mahu tersembul. Saya jadi cemas. Saya renung ke arah halaman rumah lama-lama. Ternyata apa yang saya lihat tadi, memang tidak ada. Tetapi, saya merasa hairan kenapa hal yang tidak ada itu boleh wujud di hadapan mata saya.
Barangkali, semuanya ini perasaan semata-mata, saya terlalu banyak memikirkan tentang wajah perempuan tua itu, membuatkan saya terpandang-pandangkan perkara yang menakutkan, kata hati saya. Saya renung bayang pokok kelapa yang memanjang di bumi. Matahari petang kian condong. Sesekali terdengar kokok ayam jantan, menunjukkan lagak di depan ayam betina sambil mengembangkan kepak di badan. Burung gagak terbang bersimpang siur, mencari ulat daun pisang.
Dalam keramahan dan keganjilan suasana petang itu, saya dikejutkan oleh suara yang tidak asing lagi buat saya. Cepat-cepat saya merenung ke arah suara itu datang. Haji Salim tercegat di sempadan halaman rumah.
“Ada apa Pak Aji?”
“Datuk kau, ada di rumah Tamar.”
“Ada.”
Haji Salim rapat ke kaki tangga Datuk pula segera mempamerkan diri di muka pintu. Saya ditolak ke belakang.
“Apa hajat sahabat?” tanya Datuk.
“Nak mengajak pergi berziarah ke kubur lama.”
“Kenapa dah sayup benar, matahari dah nak jatuh, susah jadinya kalau kita tidak berhati-hati.”
“Tak apa, tadi ada orang perempuan tua jumpa saya, minta tolong tengokkan anak perempuannya yang sesat di kubur lama.”
“Sahabat kenal orang perempuan tua itu.”
“Tak kenal pula.”
Datuk melangkah turun. Matahari kian bertambah condong. Burung gagak terus berbunyi. Haji Salim menghampiri Datuk. Masing-masing mengedutkan dahi luas, macam memikirkan sesuatu masalah yang besar.
“Kalau tak kenal macam mana kita tolong,” Datuk meluahkan suara hatinya. Haji Salim termenung sejenak. Mungkin ia sependapat dengan pendapat yang Datuk bentangkan.
“Tak apalah, kita tolong,” jawab Haji Salim.
“Sahabat yakin yang perempuan tua tu manusia?”
“Tentulah manusia, bukan syaitan.”
“Kalau begitu, biar saya tukar pakaian dulu.”
Datuk segera naik ke rumah. Pakai seluar dan baju Melayu. Selitkan parang panjang di pinggang. Tujuannya bukan apa-apa. Parang itu akan digunakan untuk menebas semak-samun di tanah perkuburan. Bila semuanya sudah selesai mereka pun berangkat. Saya pun ikut sama.
Meredah hutan senduduk dan lalang, bukanlah sesuatu yang mudah. Mujurlah Datuk membawa parang panjang. Haji Salim bawa golok. Dapatlah dahan-dahan dan ranting senduduk dirintis. Dengan berbuat demikian, banyak masa terbuang.
Sebenarnya, memang ada jalan pintas yang boleh cepat sampai ke kawasan tanah perkuburan lama itu. Pelik juga, kenapa Datuk dan Haji Salim tidak mahu ikut jalan tersebut. Agaknya, dengan cara meredah hutan senduduk dan lalang, mereka berharap akan dapat bertemu dengan anak pada perempuan tua yang hilang.
Ramalan saya itu mungkin tepat dan mungkin tidak tepat. Perkara yang pasti, saya tidak menghadapi sebarang kesukaran. Setelah hutan senduduk dirintis, barulah saya dibenarkan berjalan. Seronok berjalan dengan orang tua yang tahu menghargai kekurangan diri orang seperti saya.
Setelah badan dibasahi peluh. Kami sampai ke tebing sungai. Menyeberang sungai yang cetek airnya, tidak banyak menghadapi masalah. Air sungai yang sejuk itu memberikan rasa kesegaran pada tubuh.
Saya merenung ke kaki langit, matahari yang kian condong mula dihampiri awan putih yang tebal. Kerana kawasan kubur lama itu dikelilingi oleh pokok-pokok jati dan jejawi yang besar, digayuti oleh akar-akar hutan yang berselirat, menjadikan suasana di situ agak samar-samar dan sunyi.
Bunyi dengung nyamuk cukup jelas. Begitu juga dengan suara burung merbah dan burung puyuh. Tidak jauh dari kawasan kubur itu terdapat sebuah busut jantan yang tingginya sama paras dengan orang dewasa. Anai-anai kelihatan merayap di puncak busut itu. Tanah busut nampak berlubang-lubang dan seakan-akan merekah.
-TAMAT-
39.
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA :
KARYA :
KODE : 330002750940039
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
-TAMAT-
40.
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA :
KARYA :
KODE : 330002750940040
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
-TAMAT-
41.
HIMPUNAN 👁🗨 CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
TAJUK CERITA :
KARYA :
KODE : 330002750940041
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-melayu.html
-TAMAT-
Comments
Post a Comment