HIMPUNAN CERITA SERAM / CHAPTER #2
๐๐จ SERAM
➜ HZONE ๐๐จ BLOG
GC Special - Read Only
https://youtu.be/albwWXd3mow
➜ CERITA² MISTIK, MISTERI ๐ SERAM
๐KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
๐KUMPULAN CERITA HANTU KISAH NYATA
๐HIMPUNAN CERITA SERAM
๐KISAH SERAM MELAYU ๐ BERSIRI
๐CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
๐KOLEKSI VIDEO SERAM
https://chat.whatsapp.com/GkoZrWgBuObKVokhMGF8by
➜ EMAIL thehorrorzone.289@gmail.com
➜ BLOGGER / TheHORRORZONE
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/03/koleksi-cerita-seram-melayu.html
๐๐จ DESCRIPTION
GC ini akan di isikan dengan Koleksi Cerita Seram / Video Seram yg menarik buat bacaan & tontonan anda semua...
100. MISTERI SENJATA LAMA
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : MISTERI SENJATA LAMA
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401100
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Suasana bising dan jeritan dari dalam rumah menarik perhatian Tuk Siak. Tanpa membuang masa Tuk Siak masuk ke ruang rumah. Dia terpegun melihat si baju hitam menyerang Datuk bertalu-talu. Mata liar merenung ke kiri dan ke kanan. Dia mencari saya yang bersembunyi di balik pintu.
Saya memberanikan diri lalu keluar dari tempat persembunyian. Bagi menarik perhatian Tuk Siak, saya ketuk daun pintu dengan buku lima beberapa kali. Usaha saya itu berhasil. Tuk Siak segera memberikan isyarat dengan mengangkat tangan kanannya separas hidung, menyuruh saya menyembunyikan diri kembali. Saya patuh dengan permintaan nya itu.
Dari balik pintu saya lihat Tuk Siak bergegas meninggalkan ruang rumah. Datuk terus mempertahankan diri dari menjadi korban lembing. Si baju hitam tidak memberikan kesempatan untuk Datuk berhenti bagi menghilangkan penat. Ternyata si baju hitam cukup handal. Tumbukan Datuk tidak memberikan apa-apa kesan pada dirinya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memberhentikan pertarungan tersebut.
Saya menarik nafas, bila melihat Tuk Siak muncul kembali di ruang rumah. Kali ini dia ditemani oleh Haji Bagus.
“Kenapa jadi begini?” Suara Haji Bagus meninggi tetapi, tidak dipedulikan oleh Datuk dan si baju hitam. Mereka terus berjuang. Melihat keadaan Datuk yang kepenatan itu, Haji Bagus dan Tuk Siak segera mengatur langkah untuk membantu Datuk. Mereka rapat ke arah si baju hitam dan cuba memberkasnya. Sayangnya hasrat mereka tidak direstui oleh Datuk.
“Jangan Abang Aji, jangan Tuk Siak. Biar saya selesaikan sendiri.”
“Tapi, budak yang kamu lawan tu, lain macam aje nampaknya. Perkara macam ni tak boleh main-main. Ini merbahaya, dia macam kena rasuk hantu,” jawab Haji Bagus yang sudah dua tiga kali cuba merampas lembing dari tangan si baju hitam.
“Tak apa, biar saya selesaikan,” balas Datuk tenang. Tuk Siak hanya menggigit jari. Dia jadi bingung bila berdepan dengan perkara seperti ini. Mahu ditolong, tak boleh. Mahu dibiarkan takut ada nyawa melayang.
Si baju hitam terus menyerang tanpa mengenal rasa penat. Kekuatannya bagaikan tenaga seekor singa. Setelah puas mengelak dan bertahan, Datuk segera menukar taktik. Kali ini Datuk menyerang si baju hitam bertalu-talu. Mereka terus bertarung bagaikan Hang Tuah dengan Hang Jebat. Si baju hitam cukup tangkas, setelah hampir satu jam bertarung, Datuk mula keletihan. Tetapi, si baju hitam masih bertenaga.
“Andi Kamarool,” pekik Datuk sekuat hati sambil menghentakkan tumit kaki kiri atas lantai. Si baju itam menoleh ke kanan, pada masa itu Datuk datang menerkam dari arah kiri. Bahu kanan si baju hitam ditumbuk dengan sekuat hati. Lembing di tangan terlucut dan si baju hitam tersungkur di lantai. Datuk segera menanti dan bersedia melepaskan buah silat, jika si baju hitam bangun untuk melakukan serangan kepadanya.
KILAT
Saya kira pertarungan berakhir, bila si baju hitam tersungkur, pada kenyataannya tidak demikian, lembing yang terjatuh atas lantai terus tegak berdiri, melompat-lompat. Kemudian berpusing-pusing dan terus berada di awang-awangan.
Ulunya seperti ada tangan ghaib yang memegangnya. Mata lembing terus bergerak mencari sasaran. Dan kaki Haji Bagus menjadi pilihan. Bagaikan kilat mata lembing itu menghala ke arah Haji Bagus. Cepat-cepat Haji Bagus merebahkan badannya ke atas lantai. Mata lembing terpacak di tiang seri dan tercabut dengan sendiri.
Mata lembing yang berada di awang-awangan itu terus mencari sasaran. Tuk Siak jadi pilihan. Orang tua itu berjaya mengelak dengan berselindung di belakang daun pintu. Daun pintu tembus, nasib baik Tuk Siak merendahkan badan, kalau dia berlindung sambil berdiri sudah pasti tempurung kepalanya ditembusi lembing. Otaknya akan bersemburan dan melekat pada papan pintu.
Keadaan benar-benar gawat. Penduduk kampung tidak tahu apa yang berlaku di dalam rumah pusaka. Haji Bagus terus meniarap, tidak berani bangun. Tuk Siak diam di tempat persembunyian. Hanya Datuk sahaja yang berdiri di tengah ruang rumah lama itu.
Lembing yang berada di awang-awangan itu terus menggila. Sasarannya kali ini, tidak lain tidak bukan adalah Datuk. Bahagian tubuh Datuk yang dipilihnya, ialah bahagian dada. Setelah dua tiga kali mengelak dari serangan lembing berhantu itu, Datuk mula penat. Saya lihat Datuk, mula bergerak ke arah ibu tingkap.
Datuk berdiri di situ dengan mendada, seolah-olah merelakan rongga dadanya dirobek oleh mata lembing lama. Tetapi, tangan kanannya bergerak lembut membuka ikatan kain cindai hitam yang membelit pinggangnya. Mata lembing lama yang berkarat tetap menyala ke dada Datuk, mencari sasaran yang baik di dada. Saya lihat Datuk tenang, kain cindai sudah pun berada di tangannya.
Haji Bagus dan Tuk Siak resah sekali. Datuk saya lihat membaca sesuatu sambil membetulkan kedudukan tubuhnya. Kedudukan sepasang kakinya juga dibetulkan. Kalau dilihat dengan teliti ternyata Datuk tidak berdiri dengan betul, bahagian tubuh sebelah kanan direndahkan atau disengetkan ke kiri . Telapak kaki kirinya tidak memijak lantai, kecuali bahagian pangkal tumit.
“Ahhhhh…,” terdengar suara parau, entah dari mana dan serentak dengan itu lembing bermata karat terbang ke arah dada Datuk. Dan secepat kilat Datuk mengelak, mata lembing terbenam di papan ibu tingkap.
Dengan tangkas Datuk membelitkan kain cindai ke mata lembing yang berkarat. Aneh sungguh, mata lembing tercabut sendiri lalu jatuh atas lantai. Tanpa membuang masa Datuk membalut dan mengikat mata lembing berkarat dengan kain cindai. Sepanjang usaha membalut itu dengan sedaya upaya saya lihat Datuk cuba mengelakkan mana-mana bahagian tubuhnya dari menyentuh atau terkena ulu lembing.
“Kamu tak apa-apa,” tanya Tuk Siak sebaik saja dia melihat Datuk bersila di lantai.
“Tak apa-apa,’ jawab Datuk tenang sambil menarik dan melepaskan nafas dengan perlahan-lahan. Baji Datuk basah diresapi peluh.
“Kenapa dibiarkan di sini,” Haji Bagus membongkok di depan lembing karat dan cuba memegang ulunya. Bagaikan kilat datu menerpa ke arah Haji Bagus dan terus menolaknya ke belakang. Haji Bagus terlentang.
“Kenapa kamu tolak aku?”
“Maafkan saya Abang Aji, sekejap lagi saya terangkan,” Datuk segera mengangkat Haji Bagus. Tuk Siak tercengang-cengang. Saya kira dia kurang senang dengan sikap Datuk yang agak kasar itu. Tetapi, dia tidak berani bersuara.
Carikan saya kain buruk Tu Siak,” pinta Datuk.
“Oh, tunggu sekejap aku cari.”
Tuk Siak segera turun di bahagian dapur. Beberapa minit kemudian Tuk Siak muncul di sisi Datuk dengan segumpal kain buruk di tangan.
“Nah,” hulurnya kepada Datuk.
“Terima kasih Tuk Siak,” Datuk segera mengambil kain tersebut. Dan dengan kain itu Datuk memegang ulu lembing yang dibuat dari teras cengal. Datuk menatang lembing lama lalu diletakkan ke tempat asalnya. Tuk Siak dan Haji Bagus hanya memandang saja gelagat Datuk itu. Datuk keluar dari bilik menyimpan senjata lama.
“Sekarang aku faham, kenapa kamu tak bagi aku pegang ulu lembing,” bisik Haji Bagus sebaik saja Datuk berdiri di depannya.
“Senang hati saya, bila Abang Aji dah tahu perkara ini. Tak perlu saya menerangkannya lagi,” sahut Datuk sambil senyum. Datuk melangkah ke arah si baju hitam yang tergolek di atas lantai. Haji Bagus dan Tuk Siak ikut sama. Kami segera mengelilingi si baju hitam yang terlentang.
Saya merenung ke arah cahaya matahari yang sudah menguasai hampir separuh ruang rumah. Angin yang masuk ikut tingkap si sebelah kanan memberikan sedikit keselesaan. Ternyata keselesaan itu tidak disenangi oleh Datuk. Dia menyuruh saya menaikkan ibu tingkap dan perintahnya itu segera saya patuhi.
Selesai menjalankan perintah Datuk saya kembali bergabung dengan Haji Bagus, Tuk Siak dan Datuk merenung si baju hitam. Saya lihat kaki dan tangan si baju hitam mula bergerak, tersentak-sentak macam kaki kucing yang ditikam dengan jarum peniti.
“Sudah sedar,” kata Tuk Siak.
“Serentak Datuk dan Haji Bagus anggukkan kepala. Perlahan-lahan si baju hitam tersedar dari tidur. Dia gosok kedua belah kelopak matanya.
Renung kiri, renung kanan sambil mengedutkan dahinya. Wajah saya ditatapnya agak lama. Kemudian berubah ke wajah Tuk Siak, Datuk dan Haji Bagus. Lebih dari lima kali dia menatap wajah kami silih berganti, macam ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.
Si baju hitam lunjurkan sepasang kaki, dia meraba rambut dan telinganya. Dia menumbuk kosong ke kiri dan ke kanan beberapa kali. Tarik nafas sambil mengeliat. Saya lihat wajahnya agak tenang dan damai.
“Saya ni di mana ?” Pertanyaan itu di ajukan kepada Haji Bagus.
“Sekarang kamu mengucap, kemudian baca Fatihah dan cuba ingat di mana kau berada sekarang,” Datuk yang memberikan jawapan, bukannya Haji Bagus.
“Cuba kau ingat baik-baik, kau di mana sekarang Andi,” sambung Datuk. Buat beberapa ketika si baju hitam merenung sambil menggigit bibir bawah. Hujung mata sebelah kanannya saya lihat kian mengecil.
“Saya… di mana saya berada ? “ si baju hitam menyoal dirinya sendiri.
“Di mana?” Tingkah Tuk Siak.
“Kita datang nak bersihkan rumah tapi, macam mana saya boleh terbaring di sini.”
“Hum….” Saya bersuara.
Datuk segera menepuk belakang si baju hitam lima kali berturut-turut. Si baju hitam bersin dan batuk.
“Mata lembing tertanggal tu sudah aku letakkan ke tempat asalnya. Sekarang kamu ceritakan pada aku apa yang kamu rasakan semasa lembing itu berada di tangan kau,” desak Datuk. Si baju hitam meraba kelopak mata kanannya dua tiga kali.
“Tak payahlah,” katanya.
“Tak boleh begitu,” sanggah Haji Bagus.
“Ada baiknya kamu bercerita barangkali ada faedahnya untuk kami di sini,” sahut Tuk Siak.
“Ceritakanlah Andi demi kebaikan orang lain,” Datuk terus mendesak.
Si baji hitam terus melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Dia tersenyum panjang, macam ada sesuatu mencuit perasaannya. Sikapnya itu menimbulkan pelbagai tanggapan dalam hati Datuk.
“Kamu tak mahu menceritakannya ?” Datuk tenung sepasang anak mata hitamnya.
“Tidak tapi…”
Si baju hitam tidak meneruskan kata-katanya. Datuk segera memegang pergelangan tangan kanannya.
“Kenapa Andi,” Datuk mendekatkan bibir ke cuping telinga kanannya.
“Seram dan menakutkan,” kata si baju hitam.
“Tak mengapa, teruskan. Aku ada dekat kamu,” bisik Datuk lagi.
Mendengar kata-kata Datuk itu, si baju hitam segera meletakkan telapak tangan kirinya atas bahu kanan Datuk. Dengan tenang Datuk menggosok lengan kanan si baju hitam dua tiga kali sebelum telapak tangan kiri si baju hitam diletakkan ke atas lantai.
"Ceritakan Andi,” desak Datuk dan kali desakan Datuk berhasil. Tanpa tangguh-tangguh, si baju hitam pun memulakan cerita.
Katanya di saat ulu lembing berada di genggamannya, tiba-tiba saja perasaan jadi marah. Badan terasa panas. Apa yang dilihat semuanya membosankan dan dia bersedia mahu memusnahkan apa saja yang berada di depan mata. Dan ruang rumah secara mendadak menjadi pandangan yang cukup luas.
PADANG
Dari setiap sudut padang bermunculan tentera kulit putih (Belanda) lengkap dengan peralatan perang. Tentera kulit putih memuntahkan peluru meriam ke arah kawasan perkampungan. Dan sebahagian daripada mereka meluru ke arahnya sambil melepaskan tembakan bertalu-talu. Ternyata dia tidak mampan oleh peluru tentera kulit putih.
Tentera kulit putih mengubah taktik. Mereka mengenakan benet di hujung senapang lalu menikam tubuhnya. Ternyata kulitnya tidak ditembusi oleh besi. Kalau tadi dia hanya bertahan saja tetapi, kali ini dia mula bertindak. Dia menyerang, menikam apa saja. Dalam saat-saat tertentu lembing bagaikan terbang di udara. Dia yang memegang ulu lembing turut berada di udara. Bergerak ke sana ke sini mencari sasaran. Akibatnya, beratus-ratus tentera kulit putih bergelimpangan atas padang.
“Masa saya asyik membunuh orang kulit putih dengan lembing, entah macam mana datang seorang lelaki Melayu. Saya tak tahu dari mana arah dia datang. Dia datang ke arah saya sambil membaca ayatul kursi.
Belum sempat saya bertanya, apa tujuan dia datang ke tempat saya, lelaki tua itu melepaskan penumbuk ke bahu kanan saya. Tangan saya yang memegang lembing terus menjadi lemah. Saya jatuh tersungkur atas padang,” si baju hitam berhenti bercakap. Dia menelan air liur. Semua yang berada di sisinya mendengar penuh khusyuk. Saya jadi seronok mendengar ceritanya dan berharap dia akan terus bercerita.
“Telinga saya terus diasak dengan suara orang membaca surah Al-Falaq dan Al-Ikhlas. Bila saya buka mata, saya tak lagi berada di padang. Tetap, berada di sini. Inilah membuat saya jadi bingung,” sambung si baju hitam dengan wajah jujur.
NAFAS
Dia menarik nafas sambil merenung ke arah Tuk Siak dan Haji Bagus. Si baju hitam senyum ke arah saya dan senyumannya itu saya balas.
Bila saya menoleh ke arah Tuk Siak dan Haji Bagus, saya lihat mereka kerutkan kening dan serentak mereka merenung ke arah bilik yang menyimpan senjata lama. Datuk pula terus sandarkan badan ke dinding. Sepasang kakinya dilunjurkannya. Datuk cuba menenangkan perasaannya dengan menarik dan melepaskan nafas secara teratur dan perlahan.
Kerana bosan dengan suasana yang agak beku itu, saya bangun dan meninggalkan Datuk dan kawan-kawannya yang sedang berdepan dengan si baju hitam.
Saya berdiri di depan tingkap melihat beberapa ekor burung merbah jambul melompat di dahan jambu air dalam sinaran matahari pagi yang kian meninggi. Sengaja saya hulurkan muka keluar, agar angin pagi menyentuh kulit muka. Sayup-sayup saya terdengar kuang melalak di kaki bukit.
“Saya nak tanya sikit Tuk Siak….,” kerana Datuk tidak meneruskan kat-katanya mendorong saya mengalih pandangan ke arahnya. Kerana memikirkan ada perkara yang menarik bakal diturutkan oleh Datuk, Haji Bagus dan Tuk Siak, memaksa saya bergabung dengan mereka semula.
“Tanya apa?” Tuk Siak tatap wajah Datuk. Saya memperkemaskan sila. Si baju hitam masih seperti tadi, masih memikir-mikirkan perkara yang sudah dilaluinya.
“Tuk Siak tahu, siapa yang punya lembing puaka tadi,” susul Datuk.
Saya lihat kelopak mata Haji Bagus dan Tuk Siak pejam celik. Tetapi apa yang jelas di wajah Tuk Siak terpamer kesungguhannya menyorot masa silam.
“Aku tak ingat, Kamu bagaimana? Agaknya kamu tentu ingat tuan punya lembing tu,” Tuk Siak tatap muka Haji Bagus yang masih berkerut itu.
“Sekarang pergi ambil lembing itu semula, nama tuannya ada tertulis di situ,” Haji Bagus pun merenung semula ke arah bilik yang menyimpan senjata lama.
Mendengar kata-kata Haji Bagus itu, Datuk segera menerpa ke arah bilik tersebut. Dan keluar dengan lembing puaka di tangan. Haji Bagus dan Tuk Siak nampak cemas sekali. Dengan hati-hati Datuk meletakkan lembing puaka di atas lantai. Si baju hitam segera menjauhkan diri.
“Tak merbahaya?” Kata Tuk Siak.
“Dengan izin Allah, tak bahaya,” balas Datuk.
“Namanya tertulis di situ, nanti aku baca,” Haji Bagus bergerak ke arah lembing puaka lalu tertinggung di situ. Dia membaca tulisan jawi yang terpahat kepada buluh kering.
“Tuan punya lembing tu, namanya Usman Ali Akhbar.”
“Agaknya pahlawan,”kata Datuk.
“Iya,” angguk Haji Bagus
“Habib Usman Ali Akhbar inilah yang memimpin orang-orang kampung menentang Belanda di Muara Jambi. Dengan lembing inilah dia membunuh beratus-ratus askar Belanda, dia tak lut peluru,” Tuk Siak mula meriwayatkan tentang manusia bernama Habib Usman Ali Akhbar.
“Malangnya, Habib Usman dikhianati oleh anak Jambi sendiri. Dia ditikam dengan ranting jambu batu yang ditajamkan bahagian hujungnya. Habib ditikam dari belakang semasa dia mengambil wuduk untuk sembahyang zuhur di tepi sungai,” Tuk Siak menamatkan cerita dengan wajah yang sedih. Haji Bagus meraba hujung dagunya sambil menganggukkan kepala beberapa kali.
Apa yang diungkapkan Tuk Siak terbayang dalam kepala Haji Bagus. Walaupun dia tidak pernah bertempur melawan Belanda bersama Habib Usman Ali Akhbar tetapi, dia turut mengusung jenazah pahlawan itu ke tanah perkuburan.
“Kamu masa tu dah merantau,” Haji Bagus tepuk bahu Datuk.
“Macam mana dengan nasib pembunuhnya?” Si baju hitam mula bersuara.
“Orang yang membunuhnya sempat melarikan diri dan dia mendapat perlindungan dari pemerintah Belanda di daerah ini. Si pengkhianat bangsa itu di bawa ke Jakarta dan dijadikan pengawal rumah Gabenor Belanda tapi, akhirnya dia mati juga dibunuh Belanda, “ sambung Tuk Siak, matanya tidak berkedip merenung muka Datuk dan saya.
Selanjutnya Tuk Siak menyatakan semua senjata pahlawan yang gugur itu dikumpulkan di tanah lapang untuk ditanam. Tujuan berbuat demikian bagi mengelakkan senjata itu dirampas oleh pemerintah Belanda.
Sebuah lubang digali sedalam paras dada orang dewasa. Semua senjata itu dihumban ke dalam lubang. Semasa lubang itu mahu ditimbus, seorang tua (ayah kepada Tuk Siak) menghalang kerja-kerja itu diteruskan. Dia mengarahkan supaya senjata dalam lubang dikeluarkan kembali.
Sudah tentu arahan orang tua itu ditentang. Pihak yang mahu menanam senjata merasakan kerja mereka itu sia-sia belaka. Mereka menyalahkan orang tua itu kerana tidak memberitahu perkara tersebut lebih awal.
Akhirnya berlaku pertengkaran hebat. Malah ada yang menuduh orang tua itu tali barut Belanda. Sebagai orang tua yang sudah masak dengan asam garam kehidupan, suasana tegang itu dapat dikendurkannya. Senjata yang berada dalam lubang segera dikeluarkan.
Dengan nada suara yang lembut orang tua itu memberitahu, jika senjata itu ditanam akan membawa padah kepada tanaman kampung. Daun-daun pokok berguguran, dahan menjadi rapuh. Putik buah-buahan gugur. Buah pinang dan kelapa busuk di pokok. Padi di sawah tidak akan menjadi, tanah tempat senjata ditanam menjadi hitam. Begitulah bisa dan panasnya senjata pahlawan yang gugur.
BINCANG
Setelah mengadakan perbincangan, keputusan yang diambil semua senjata pahlawan ang gugur ditempatkan di sebuah bilik khas dan dikunci. Dua orang dilantik untuk menerus kerja-kerja tersebut. Dan mereka tidak akan memberitahu sesiapa pun tempat mereka menyimpan senjata lama. Perkara itu menjadi rahsia mereka berdua saja.
“Siapa orang berdua tu, ?” tanya Datuk tanpa sabar, sebaik Tuk Siak menamatkan ceritanya. Haji Bagus dan Tuk Siak segera berpandangan.
“Siapa orangnya?” Si baju hitam terus berdiri untuk beberapa minit kemudian duduk kembali sambil menyandarkan badannya ke dinding.
“Orang berdua itu, aku dan Tuk Siak. Orang di kampung ini sampai sekarang tak tahu kerja itu kami yang buat. Mereka percaya senjata lama itu bergerak sendiri. Orang yang menjadi ‘kepala’ dalam hal ini , ayah Tuk Siak sendiri,” Haji Bagus membuka rahsia.
“Sudahlah tu kawan, usah panjangkan kisah ayah kita. Dia mati syahid kerana menentang Belanda,” sambil ketawa Tuk Siak menghalang hasrat Haji Bagus untuk menceritakan kehebatan dan kebolehan ayahnya kepada Datuk.
“Saya setuju dengan Tuk Siak,” kata Datuk.
Dan cerita tentang ayah Tuk Siak, mati di situ. Tetapi, hati kecil saya tetap berazam. Bila ada waktu terluang, saya akan memujuk Tuk Siak agar sudah menceritakan kisah diri ayanya kepada saya.
“Kamu tahu, susahnya menjaga senjata lama ni,” keluh Tuk Siak.
“Kenapa?” Biji mata Datuk terbeliak.
“Setiap malam Selasa, terutama bila nak sampai waktu subuh, senjata lama yang ada dalam bilik tu berlaga sama sendiri, macam bunyi orang berperang. Kadang-kadang terdengar orang menjerit, meraung kesakitan,” Tuk Siak batuk kecil. Secara mendadak saja saya terasa seram. Si baju hitam nampak macam biasa saja, yang nampak resah sedikit ialah Haji Bagus.
“Sekarang ni, perkara macam tu ada lagi,’ saya dan Datuk tersentak. Di luar dugaan si baju hitam berani mengemukakan pertanyaan yang sedemikian. Kerana ada yang minat dengan ceritanya, Tuk Siak memperkemaskan silanya.
“Masa Belanda mula berambus dari Tanah Jambi, bunyi suara orang menjerit dan meraung menjadi-jadi. Begitulah juga dengan bunyi senjata berlaga. Bagi mengelakkan perkara-perkara yang tak baik terjadi, orang-orang kampung mengadakan pembacaan surah Yasin, setiap malam selama setahun, akhirnya kejadian aneh itu hilang begitu saja. Cuma hari ini aku melihat kejadian pelik di depan mata aku, agaknya penunggu senjata lama marah kerana kita kacau dia,” Tuk Siak menamatkan ceritanya. Semua yang mendengar termangu-mangu.
RENUNG
Berita yang dipaparkan oleh Tuk Siak itu membuat Datuk termenung panjang. Datuk renung ke kiri dan kanan dan akhirnya menuju ke bilik senjata lama. Bilik yang penuh misteri itu direnungnya sambil telapak tangan kanannya memukul jenang pintu bilik berkali-kali.
Bila Datuk menghentakkan kaki kirinya ke lantai, tiga kali berturut-turut, terdengar sesuatu yang aneh dari dalam bilik. Bila diamati, ternyata bunyi itu adalah bunyi keris yang dicabut lebih dari lima puluh bilah.
“Sekarang.”
Datuk bersuara dalam nada yang agak tingi. Semua biji mata tertumpu ke arahnya. Masing-masing berdebar menanti, apakah kata-kata selanjut yang bakal Datuk katakan.
“Tuk Siak dan Abang Aji dah dengar bunyi ganjil tu,” sambung Datuk. Serentak Tuk Siak dan Haji Bagus anggukkan kepala. Datuk pun segera merapatkan daun pintu bilik dan terus di kunci. Dengan tenang Datuk meninggalkan bilik rahsia. Dia datang kepada kami.
Si baju hitam yang tadi hanya duduk saja, kini sudah bangun. Sudah berani melangkah ke mana saja ang diingininya di ruang rumah.
Haji Bagus menuju ke tingkap, berdiri di situ merenung ke arah bukit. Dia melihat helang terbang rendah, berlegar-legar di puncak bukit mencari tikus atau katak. Tuk Siak tak berubah dari tempat asal. Sedangkan Datuk ke hulu ke hilir di depannya, gerak geri Datuk itu membayangkan dia sedang berusaha menyelesaikan persoalan yang sedang dihadapinya. Datuk menuju ke tiang seri, berdiri di situ dengan menyandarkan bahu kanannya kepada tiang tersebut.
“Memang dah jadi perangai orang Melayu…” cetus Datuk tiba-tiba, tetapi aneh sungguh perangainya. Dia tidak meneruskan kata-kata sebaliknya menoleh ke kiri dan ke kanan. Dahinya dikerutkan dan kening kanannya terangkat beberapa kali.
Dengan mengejut Datuk bergegas ke pintu menghulurkan separuh badannya keluar manakala sepasang matanya merenung ke dada langit. Dia melihat kepulan awan yang bergerak. Tentu saja perbuatannya itu menimbulkan seribu tanda-tanya dalam diri Haji bagus dan Tuk Siak.
“Apa yang kamu cari,” soal Haji Bagus. Datuk menjawab tetapi, melangkah kembali ke tiang seri dan bersandar seperti tadi. Kali ini kakinya disilangkan. Kaki kiri menindih kaki kanan.
“Apa yang membimbangkan kamu,” susul Haji bagus lagi.
“Tak ada apa-apa, sekadar beringat-ingat.”
“Tadi kamu bercakap sesuatu, kenapa cakap tu, tak kamu teruskan. Aku nak dengar buah butirnya.” Tuk Siak pula bersuara. Kali ini Datuk tidak boleh berdalih lagi. Dia harus melenyapkan rasa sangsi di hati Tuk Siak dan Haji Bagus. Seperti biasa Datuk menghadapi situasi dengan tenang dan sabar.
-TAMAT-
101. LEMBING PUAKA
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : LEMBING PUAKA
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401101
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Saya benar-benar resah dan cemas. Tidak ada seorang pun yang berani melangkah bendul bilik. Datuk bagaikan terpukau, tidak dapat berbuat apa-apa. Kelopak matanya pejam celik merenung ke arah binatang ganjil di sudut bilik. Saya terus berdoa, supaya Datuk tidak akan menyuruh saya melangkah bendul untuk mendekati binatang ganjil itu. Datuk angkat tangan kanan separas pinggang, beri isyarat supaya kami undur dua tapak ke belakang.
Isyarat yang di beri segera dipatuhi. Haji Bagus, si baju hitam dan saya undur dua tapak ke belakang. Datuk juga turut berbuat demikian. Suasana malam yang sepi membuat hembusan dan tarikan nafas kami jelas kedengaran.
“Tamar.”
“Ya tuk.”
“Ubah kedudukan lampu gasolin, sangkutkan sebelah kiri palang, biar cahayanya tertumpu ke arah cicak hitam, aku nak tengok gerak-gerinya.”
Arahan Datuk segera saya patuhi.
Apa lagi yang kau nak suruh kami buat, Mat Diah, cakaplah,” cukup tenang Haji Bagus bersuara tetapi, nada suaranya membayangkan kecemasan,
“Bertenang Abang Aji,”
“Iya,” angguk Haji Bagus. Saya lihat wajah si baju hitam pucat lesi. Dia nampak cemas dan resah. Sekejap renung ke kanan, sekejap renung ke kiri. Apa yang pasti setiap gerak-geri Datuk tetap menjadi perhatiannya.
“Maju.”
Datuk angkat tangan. Kami maju dua tapak ke depan dan berhenti sebaik saja sampai ke paras bendul.
“Nampak dengan jelas,” tanya Datuk.
“Nampak,” jawab kami serentak.
Saya lihat, badan cicak ganjil itu sama ukurannya dengan badan kucing siam yang cukup dewasa. Berwarna hitam. Matanya tertonjol keluar macam mata udang. Memancarkan cahaya merah kemerahan. Lidahnya dianggarkan dua kaki. Ekornya keras macam akar kayu dan mempunyai dua warna, separuh hitam separuh putih. Bau hanyir macam bau darah.
Sekadar untuk menguji sama ada cicak ganjil itu ganas atau tidak, Datuk mencampakkan segumpal kain buruk ke arahnya, bagaikan kilat ekornya menyambar kain buruk itu lalu disumbatkan ke dalam mulut.
Dan lidahnya yang panjang mula merewang-rewang ke kiri dan ke kanan menyambar apa saja yang sempat ditelan. Datuk mencampakkan lampu suluh milik Haji Bagus ke arahnya. Lampu suluh disambut dengan pantas oleh ekornya lalu disumbat ke mulut.
Cicak ganjil yang duduk diam mula mengerakkan badannya, Mula merangkak ke arah kami, pada mulanya dia menuju ke arah Datuk tetapi, akhirnya mengubah haluan ke arah si baju hitam. Si cicak melibaskan ekornya ke arah si baju hitam, mujurlah si baju hitam sempat mengelak, ekor cicak yang terkena dinding mengakibatkan papan dinding terbelah dua.
Si cicak bertambah berang. Kali ini si cicak menggunakan lidahnya yang panjang. Setiap kali lidahnya mahu menjamah pakaian si baju hitam, cicak ganjil segera menarik lidahnya masuk ke mulut dan cicak itu berguling-guling atas lantai macam ada sesuatu yang mencucuk kulitnya.
Saya segera renung ke arah Datuk. Rupa-rupanya secara diam-diam Datuk sedang melawan cicak itu dengan cara tersendiri. Datuk membaca beberapa potong ayat Quran dan menghembuskan ke arah cicak, setiap kali dihembus cicak itu seperti kepanasan.
Tanpa diduga, cicak yang besar bertukar menjadi macam cicak biasa. Pada saat itu, terdengar bunyi suara perempuan menangis dan meratap yang tidak diketahui biji butirnya.
“Jangan ke mana-mana, kita tunggu sebentar sebelum keluar,” beritahu Datuk. Kami pun mematuhi cakapnya. Setelah sepuluh minit menanti, tidak ada apa yang terjadi. Tempat cicak ganjil segera diperiksa.
Di situ, Haji Bagus menemui tulang jari telunjuk manusia dan beberapa helai rambut. Di samping dua ekor belalang, seekor berwarna kuning dan seekor berwarna merah. Datuk tidak pula mengusik barang-barang tersebut.
“Untuk keselamatan si Andi, eloklah dia sama Tamar dan saya tidur sebilik,” Datuk renung muka Haji Bagus.
“Eloklah begitu, untuk keselamatan,” sahut Haji Bagus lalu merapatkan daun pintu bilik.
“Esok kita selesaikan kerja yang belum selesai,” Datuk memberikan janji pada Haji Bagus.
MELANGKAH
Dengan tenang Haji Bagus menuju ke bilik tidurnya. Tanpa membuang masa, saya dan si baju hitam segera masuk ke bilik Datuk. Sebaik saja mahu meletakkan kepala atas bantal, terdengar suara Datuk bercakap dengan Haji Bagus.
“Kenapa Abang Aji berpatah balik?”
“Hati tak berapa sedap, kenapa kita tak ambil barang-barang dalam bilik tu ?”
“Tak payah ambil malam ni Abang Aji, siang esok saja kita ambil.”
“Tak merbahayakah biarkan barang-barang tu di situ?”
“Dengan izin Allah. Kita selamat.”
“Kalau dah begitu kata kamu, senanglah hati aku.”
“Usah bimbang Bang Aji, pergilah tidur.”
“Baiklah.”
Terdengar bunyi telapak kaki Haji Bagus memijak papan lantai menuju ke bilik tidur. Tak lama kemudian berkumandang suara Datuk membaca al-Quran. Si baju hitam yang terbaring di sisi saya, keadaannya tetap seperti tadi, resah semacam. Apa yang dibuat semua tidak kena. Sekejap dia duduk, sekejap dia baring. Sekejap meniarap, sekejap menelentang.
“Kenapa?” Tanya saya yang merasa terganggu dengan tindak tanduknya itu.
“Badan aku Tamar.”
“Kenapa dengan badan kamu?”
“Sekejap terasa panas, sekejap terasa sejuk, hati aku rasa tak tentu arah.”
“Mahu aku cakap dengan Datuk.”
“Tak payah, tak payah aku boleh mengatasinya.“
“Terpulanglah pada kamu,” kata saya dengan putus asa. Mungkin kerana terlalu mengantuk, saya tidak dapat mengikut tindak-tanduk si baju hitam selanjutnya. Saya terus tertidur.
Saya terjaga, bila ibu jari kaki kiri direntap oleh Datuk dengan kuat sekali. Saya toleh ke kiri dan saya lihat si baju hitam tersenyum panjang. Dia sudah mandi dan mengenakan pakaian lengkap untuk ke masjid.
“Bangun, pergi mandi,. Boleh kita sama-sama jemaah di masjid,” si baju hitam bersuara. Hati saya meradang dengan sikapnya itu. Cuba mahu mengajar saya. Sial! Kutuk saya dalam hati sambil menunjuk buku lima ke arahnya.
Cepat bangun. Apa yang dimenungkan, pergi mandi kita jemaah di masjid,” sampuk Datuk yang kurang senang dengan cara saya melayani karenah si baju hitam.
Saya tidak ada pilihan, terpaksa bangun menuju ke perigi dalam dingin subuh yang menyengat. Kerana tidak tahan dengan cuaca sejuk, saya basahi tubuh dengan dua gayung air saja.
Si baju hitam senyum lagi, bila dia lihat saya dalam keadaan menggeletar menyarungkan kain dan baju ke tubuh. Sakit benar rasa hati saya dengan sikapnya itu. Kalau tidak ada Datuk di sini, sudah pasti saya lepaskan penumbuk sulung ke dahinya.
“Sudah siap?” tanya Datuk.
“Sudah,” jawab saya serentak dengan si baju hitam.
“Kalau begitu tunggu apa lagi. Jum kita ke masjid.”
“Jum,” balas si baju hitam. Dan kami pun keluar dari rumah menuju ke masjid.
Sudah rama para jemaah menanti dan saya disuruh oleh Tuk Siak melaungkan azan subuh. Sudah pasti permintaan itu tidak saya hampakan. Atas permintaan para jemaah Datuk pun menjadi imam. Selesai sembahyang para jemaah di hadapkan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh seorang ulama terkenal dari Kedah. Sebelum ulama yang di undang khas itu pulang, Datuk sempat berkenalan dengannya.
Ulama dari Kedah itu memberitahu Datuk, dia menetap di Mekah dan pulang ke kampung halaman (Pokok Sena) dua tahun sekali. Setiap kali pulang ke tanah air, dia akan menjelajah ke setiap negeri di Semenanjung. Kemudian ke Pattani (Selatan Siam) ke Sabah, Sarawak, Brunei, Selatan Filipina, ke Pulau Jawa dan ke Sumatera.
Dia memberi ceramah agama secara percuma di setiap masjid yang dikunjunginya. Dia berbuat demikian semata-mata untuk mengembangkan dan menanam asa cinta umat Islam pada agama yang dianuti.
Menurutnya, berdakwah demi mengukuhkan ajaran Islam adalah tanggungjawab setiap orang Islam yang berilmu. Orang Islam yang tidak mahu berdakwah sesama Islam dan bukan Islam, bukanlah orang Islam yang benar-benar memikul tanggungjawab sebagai orang Islam.
Ulama itu juga berpesan kepada Datuk supaya melakukan kebaikan kepada makhluk Allah yang terdiri dari manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain lagi di samping berusaha memperkembangkan syiar Islam walau dengan cara apa sekalipun, ketika masih hidup.
Kerana perbuatan itu dihitung di alam akhirat kelak. Terlalu banyak yang dicakapkan oleh ulama dari Kedah kepada Datuk dalam waktu yang terhad itu. Dan Datuk begitu khusyuk mendengarnya.
Setelah menikmati sebungkus nasi lemak, secawan kopi serta sebiji pisang emas badan terasa segar. Tidak dapat saya pastikan sama ada si baju hitam mengambil sarapan atau tidak. Tetapi, Datuk tetap macam biasa, tidak akan mengisi tali perutnya dengan makanan yang berat-berat pada sebelah pagi. Dengan segelas air suam sudah mencukupi baginya.
Para jemaah yang sudah kenyang, seorang demi seorang meninggalkan masjid. Saya masih lagi tersandar di dinding masjid. Malas benar rasanya mahu bangun. Perut rasa kurang enak, menggelodak semacam. Kerana tidak mahu ditegur oleh Datuk, saya segera beredar dari ruang makan masjid menuju ke ruang serambi. Berdiri di situ dalam keadaan serba tidak kena.
“Kenapa kamu, muka berkerut semacam aje!.”
Datuk renung muka saya.
“Sakit perut tuk.”
“Hum, itulah akibatnya. Kalau dapat makan semua nak disumbat dalam perut,” rungut Datuk bersama kerlingan yang cukup tajam. Apa yang terdaya saya lakukan hanyalah tersengih, macam kerang busuk.
“Saya nak ke jamban tuk.”
“Hum, pergi cepat,” balas Datuk lalu disambut dengan senyuman oleh si baju hitam. Haji Bagus dengan beberapa jemaah yang berada di serambi masjid turut senyum panjang. Dalam keadaan tersipu-sipu kerana malu, saya pun melangkah ke bilik air yang terletak di sudut masjid.
RANCANGAN
Seperti yang dirancang sebelumnya, acara pertama pagi ialah melihat sekitar kawasan rumah lama. Acara kedua yang disusun ialah membersihkan luar dalam. Saya dan si baju hitam sudah bersedia untuk melakukannya.
“Tunggu dulu,” kata Datuk.
Saya dan si baju hitam tidak jadi melangkah. Kami berpandangan sesama sendiri dan merenung serentak ke arah Datuk yang berdiri dekat rimbunan pepokok kecil.
“Kamu tahu apa yang dia nak buat Andi?”
“Aku tahu Tamar.”
Begitulah perangai Datuk, walau di mana berada. Dia tetap melakukan kebiasaannya mandi embun yang kemudiannya dituruti dengan latihan gerak badan (iaitu silat ringan) hingga badan berpeluh.
Bila amalan itu selesai dilaksanakan, barulah dia makan pagi ala kadar (yang di sediakan oleh isteri Haji Bagus, saya kira semuanya diatur oleh Haji Bagus, bila dia melihat Datuk tidak makan di masjid tadi) . Walaupun di pelawa oleh Haji Bagus, saya tetap menolak dengan senyuman. Meskipun hati kecil ingin menjamahnya.
Bila pelawaan itu diajukan kepada si baju hitam, ternyata dia tidak menolak. Saya lihat begitu bersemangat sekali dia makan kuih tepung bungkus dan minum kopi.
“Bagaimana Abang Aji? Boleh saya mulakan sekarang.”
Dari anjung rumah Haji Bagus dongakkan muka ke langit menatap matahari pagi yang kian meninggi.
“Bolehlah tapi, hati-hati maklumlah rumah lama.”
“Saya faham maksud cakap Bang Aji tu, “ Datuk mula bangun dan melangkah ke pintu lalu berhenti di situ.
“Abang Aji tak ikut sama?”
“Kamu pergilah dulu, sekejap lagi aku datang.”
“Baiklah, jum kita pergi sekarang, Tamar.”
Datuk merenung ke arah saya dan si baju hitam. Kami pun segera bangun.
Sampai saja di depan di rumah pusaka, kami tidak terus masuk. Terpaksa berlegar-legar di depan pintu yang tidak berkunci. Datuk terus menemui Tuk Siak yang berada di perkarangan masjid .
“Boleh saya masuk ke rumah ni,” kata Datuk kepada Tuk Siak. Saya lihat Tuk Siak yang sedang membersihkan halaman masjid gelengkan kepala sambil menatap wajah Datuk.
“Ah kamu, kenapa begitu sekali. Bukankah rumah ini peninggalan orang tua kamu.”
“Betul rumah peninggalan orang tua saya tapi, sudah diwakafkan dan ada penjaganya. Saya mesti minta kebenaran dulu,” balas Datuk tenang. Dan Tuk Siak yang berusia lebih dari setengah abad itu lagakan gigi bawah dengan gigi atas berkali-kali.
“Iya, kamu bercakap perkara yang benar. Aku izinkan kamu masuk. Nah! Ambil ini,” Tuk Siak segera menyerahkan sejambak kunci kepada Datuk.
“Buat apa? Bukankah pintunya tidak berkunci,” ujar Datuk sambil mengerutkan kening dan dahi. Tuk Siak segera menepuk bahu kanan Datuk berkali-kali, ekor matanya merenung ke arah saya dan si baju hitam. Datuk saya lihat seperti kebingungan. Sejambak kunci dari Tuk Siak sudah berada di telapak tangannya.
“Memang pintunya tak berkunci tetapi, ada biliknya yang berkunci. Bilik yang berkunci tu pula ada rahsianya. Inilah kelebihan diri kamu. Tahu adat dan budu bahasa. Pergilah masuk, kalau ada apa-apa masalah panggil aku, aku nak jemur sejadah,” tutur Tuk Siak lalu meninggalkan Datuk yang sudah memulakan langkah menuju ke muka pintu rumah papan besar ang bertiang banyak.
Bahagian dapur rumah lama tidak menggunakan tiang. Terletak di atas tanah yang bersimen. Sekeliling kawasan dapur disimen setinggi lebih kurang satu kaki. Keadaannya nampak kemas dan kejap sekali. Tidak terdapat lumut menempel pada simen. Nampak bersih dan cantik.
Setelah memberi salam dan membaca beberapa potong ayat al-Quran dengan hati-hati Datuk menolak pintu.
“Masuk,” perintah Datuk.
Saya dan si baju hitam meluru ke dalam rumah. Tanpa menunggu arahan selanjutnya dari Datuk, saya terus membuka tingkap. Cahaya matahari pun menerpa ke lantai dan setiap liku ruang dapur. Semuanya nampak bersih dan teratur.
Pinggan mangkuk, kuali dan periuk belanga diselimuti dengan kain kuning bagi menggelakkan dari terkena debu dan habuk.
GANJAK
Dari ruang dapur kami berganjak ke tangga menuju ke ruang bahagian atas. Berada di bahagian atas yang luas hati terasa lapang. Saya segera membuka tingkap di sebelah kiri ruang. Cahaya matahari menyimbah masuk.
Ruang yang luas itu, jika diadakan jamuan boleh memuatkan lebih dua ratus orang. Di sebelah kiri ruang yang luas itu, terdapat dua bilik yang berkunci, begitu juga di sebelah kanan tetapi, sebuah saja bilik yang berkunci. Bilik yang tidak berkunci, sebelah pintunya terbuka separuh.
Rumah besar. Tapi sayang, tak ada orang yang duduk,” kata saya kepada si baju hitam. Dia anggukkan kepala. Dan Datuk yang mendengar kata-kata saya itu cuma tersenyum saja.
“Berkuap panas,” saya merungut.
“Kalau nak angin, pergi buka ibu tingkap,” Datuk renung muka si baju hitam, “barulah terasa sejuk,” tambahnya lagi. Kali ini anak matanya memandang ke muka saya.
“Di mana ibu tingkapnya tuk,”soal saya.
“Di sana.”
Datuk pun menudingkan jari telunjuknya ke dinding ruang di depan saya. Dengan tenang saya melangkah ke situ. Saya jadi bingung, tidak ada tanda-tanda di situ ada tingkap, kecuali jerjak besi sebesar ibu jari kanak-kanak tingginya hampir sepuluh kaki. Saya menghitung jerjak besi itu dari kanak ke kiri. Jumlahnya lebih dari dua puluh bilah semuanya.
Saya terus meraba papan berlidah yang menjadi dinding ruang. Ternyata saya masih gagal mencari ibu tingkap yang Datuk katakan itu. Hati kecil saya terus bertanya, bagaimana rupa bentuk ibu tingkap itu? Adakah dia berbentuk bulat, bujur atau leper.?
“Kenapa teraba-raba, buka sajalah,” suara Datuk keras.
“Saya tak jumpa tuk.”
“Yang kamu jamah tu, itulah ibu tingkap. Kamu tengok bahagian tengah papan berlidah. Di situ ada tanda bulat sebesar ibu jari, kau tekan benda itu sehingga berlubang. Kemudian kamu tengok bahagian tepi sebelah kanan, ada buluh kecil sebesar ibu jari kaki orang tua, panjangnya kira-kira sejengkal. Dalam buluh tu ada tali, bawa buluh tu keluar dari kawasan jerjak besar,” begitu Datuk memberikan panduan. Semuanya saya ikut.
“Tunggu aku datang,” kata Datuk bila dia melihat saya berjaya mengeluarkan buluh tersebut. Datuk pun mendekati saya lalu mengambil buluh dari tangan saya. Dia mengeluarkan dua utas tali dari dalam buluh.
“Ini kamu pegang dan ini untuk aku, bila aku kata ‘lepas’ kamu lepaskan tali serentak dengan tali yang aku pegang,” Datuk memberikan penerangan dan saya mendengarnya dengan teliti sekali.
“Tamar.”
“Iya, tuk.”
“Bersedia sekarang.”
“Iya, tuk,” saya pun memperkemaskan diri.
“Lepaskan.”
Tali di tangan saya lepaskan. Dinding dari papan berlidah terangkat ke atas setinggi lebih dari tujuh kaki. Bahagian bawah yang terjulur, penuh dengan ukiran awan larat yang sungguh menarik. Begitu juga dengan bahagian papan dinding sebelah tepi yang tidak terangkat. Penuh dengan ukiran. Angin pun berebut-rebut masuk ke ruang yang luas. Badan kami terasa dingin sekali. Sejuk rasa mata memandang dedaun yang menghijau dari ruang rumah.
“Ini kebolehan dan kesenian orang kita, bila papan dinding yang terangkat itu di jatuhkan, tidak seorang pun tahu itulah ibu pintu, ukiran-ukiran yang kita tengok terus hilang. Hanya tukang rumah yang betul-betul saja yang boleh membuatnya. Biasanya tukang rumah jenis itu, mahirnya semula jadi atau di pelajari dari keturunan mereka yang sebelumnya memang pandai membuat rumah orang-orang besar atau istana raja sejak zaman dulu,” Datuk memberi penerangan. Saya dan si baju hitam anggukkan kepala.
“Dulu, diruang ini aku belajar berzanji, berqasidah dan belajar Quran,” sambung Datuk lagi sambil merenung ke kiri dan ke kanan ruang. Datuk menarik dan melepaskan nafas. Buat beberapa saat dia termenung panjang. Barangkali dia mengingati zaman lalu yang indah yang tidak mungkin dapat di kecapinya lagi. Tiba-tiba Datuk menggigit bibir.
“Dulu, kalau ada pembesar datang melawat kampung, semua orang kampung duduk di sini. Mereka menyampaikan masalah kepada pembesar dan selalunya bila sudah berbincang, mereka makan beramai-ramai di sini,” ujar Datuk lagi. Dia masih bernostalgia dengan zaman yang hilang.
“Sudahlah, kenapa mesti dikenang,” Datuk mengeluh sendirian. Dia bagaikan menyesali diri sendiri dan marah-marah dengan zaman lampaunya. Saya dan si baju hitam hanya melihat saja telatah Datuk yang agak melucukan itu.
“Mari kita periksa, barang-barang yang ada dalam bilik berkunci. Sebelum tu kita tengok dulu apa yang ada dalam bilik tak berkunci, mari.”
Saya dan si baju hitam terus mengekori Datuk menuju ke arah pintu bilik yang terbuka separuh itu. Dengan perlahan-lahan Datuk menolak daun pintu, setelah memastikan tidak ada apa-apa merbahaya menanti, Datuk pun melangkah ke dalam bilik. Saya dan si baju hitam turut sama.
Harapan untuk melihat sesuatu yang baru dalam bilik itu tidak berhasil, kecuali longgokkan akhbar dan majalah lama yang tersusun rapi. Kami segera keluar dari bilik tersebut.
“Sekarang bilik mana yang nak kita buka,” ujar Datuk dalam nada suara yang ragu.
“Bagaimana kalau kita buka bilik di depan kita ni,” si baju hitam mengesyorkan kepada Datuk.
“Boleh, aku setuju, mari,” Datuk menarik tangan si baju hitam menuju ke bilik yang di maksudkan itu. Saya terus mengekori dari belakang hingga sampai ke tempat yang dihajati.
KUNCI
Tanpa berkata-kata apa-apa, Datuk terus membuka kunci pintu bilik. Daun pintu ditolak dengan tenang. Datuk jengukkan kepala ke dalam bilik seketika. Bila sudah dipastikan keadaan selamat, barulah Datuk menyuruh saya dan si baju hitam pula menjenguk ke dalam kamar.
“Kamu tengok sendiri apa yang di dalamnya,” kata Datuk.
Saya dan si baju hitam menggigit bibir . Di depan mata kami tersusun pedang, lembing, sundang, perisai yang jumlahnya beratus-ratus bilah . makin lama senjata-senjata lama itu direnung, saya terasa seram. Mendadak saja bulu roma dan bulu tengkuk saya berdiri. Macam ada sesuatu yang tidak kena di dalam bilik tersebut.
“Siapa yang punya semua ini tuk? Saya menyoal.
“Semua ini, senjata orang-orang kampung yang pernah digunakan semasa menentang Belanda dulu.”
“Kenapa mereka tak simpan sendiri tuk?”
“Nak simpan macam mana, tuan punya senjata ni, semuanya dah jadi arwah. Senjata mereka sengaja di kumpul dan di simpan di sini. Kalau nak tahu berapa ramai orang kampung yang mati, kira saja senjata yang ada di sini,” terang Datuk.
“Begitu, boleh saya kira jumlahnya tuk.”
“Jangan,” Datuk melarang.
Datuk pun membongkokkan badannya lalu mengambil sebilah sundang yang matanya sudah berkarat.
“Kamu berdua tengok, darah musuh yang sudah sebati dengan mata sundang,” lanjut Datuk sambil menayangkan mata sundang yang berkarat di depan mata saya dan si baju hitam.
Datuk terus membelek-belek tulisan jawi yang terukir atas kepingan buluh kuning. Buluh kuning selebar dua jari dan sepanjang kira-kira empat inci itu diikat kepada ulu sundang.
“Kalau kamu nak tengok senjata lama silakan. Tetapi, hati-hati bila memegangnya,” kata-kata itu Datuk tujukan kepada si baju hitam yang begitu minat sekali dengan senjata lama itu.
Kata-kata Datuk itu amat menggembirakan hati si baju hitam. Tanpa mahu membuang masa, dia terus mengambil sebilah lembing. Mata dan hulu lembing digosoknya berkali-kali. Kemudian lembing itu di timang- timang dan dikucup berkali-kali. Kelakuan si baju hitam agak aneh ketika itu.
Entah macam mana, saya terpandangkan sepasang mata si baju hitam bertukar menjadi merah. Mukanya berpeluh. Wajahnya nampak bengis sekali. Urat-urat di belakang tangan dan di lengan mula timbul. Datuk yang asyik membelek-belek sundang, tidak menyedari perubahan yang terjadi pada diri si baju hitam.
Belum pun sempat saya memberitahu Datuk entang keanehan diri si baju hitam, dia (si baju hitam) terus melompat lalu menikam dinding rumah dengan lembing bertalu-talu. Tidak memadai dengan itu, dia terus melompat keluar dari bilik. Saya dan Datuk dirempuh dengan keras. Kami jatuh terlentang, nasib baik tidak jatuh atas senjata lama. Bila berada di ruang rumah yang luas itu, si baju hitam terus membuka silat. Ia bagaikan orang gila. Lembing di tangan terus saja ditikam sesuka hati.
Datuk tercengang dengan kejadian yang tidak diduga sama sekali itu. Datuk menyuruh saya menurunkan ibu tingkap. Dalam keadaan terketar-ketar suruhan Datuk saya lakukan. Si baju hitam terus bersilat. Gerak-gerinya Datuk awasi. Sekiranya si baju hitam menyerang saja, pasti Datuk bertindak. Saya bersyukur pada Allah, perintah Datuk dapat saya lakukan dengan sempurna.
“Sekarang kamu sembunyikan diri di balik pintu. Dia tak boleh ke mana-mana, ibu tingkap sudah kita tutup. Kalau dia mengamuk hanya dalam rumah ni saja, tidak sampai keluar mencederakan orang,” beritahu Datuk kepada saya.
“Tapi tuk.”
“Jangan banyak kerenah, pergi sembunyikan diri si balik pintu. Ingat jangan usik senjata lama,” pesan Datuk.
Tanpa membuang masa, Datuk terus melompat ke ruang tengah rumah. Sebaik saja Datuk di situ, mata lembing melayang ke arah dada Datuk. Nasib baik Datuk dapat mengelak dan mata lembing melekat di dinding. Hulunya bergoyang. Belum sempat Datuk mengambil lembing, si baju hitam terlebih dahulu berjaya mencabutnya dari dinding.
“Andi Kamarool, serahkan lembing itu pada aku,” tutur Datuk. Si baju hitam yang sudah naik minyak, tidak menghiraukan permintaan Datuk, malah dia bertindak lebih ganas lagi. Dengan lembing di tangan dia menyerang Datuk dari arah rusuk. Ditikamnya bertubi-tubi. Datuk terpaksa mengelak ke kiri dan ke kanan.
Ada seketika Datuk melompat, setiap kali melepaskan tikaman, si baju hitam terus menjerit. Anehnya, setiap kali si baju hitam menjerit, senjata lama yang berada dalam bilik khas bagaikan melompat. Keris bagaikan mahu keluar dari sarungnya. Semuanya yang berlaku di depan mata membuat saya menggeletar sendiri. Tidak tahu bagaimana mahu saya gambarkan perasaan ketika itu.
-TAMAT-
104. CICAK HITAM DALAM BILIK
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : CICAK HITAM DALAM BILIK
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401104
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Beduk di masjid pun dipalu orang, tidak lama kemudian suara azan maghrib bergema ke seluruh kampung. Kami segera bangun. Haji Bagus bergegas ke ruang dapur. Tidak lama kemudian dia kembali menemui kami.
"Saya dah suruh orang rumah masak lebih, saya suruh sediakan makanan yang sedap untuk kamu semua," Haji Bagus renung muka saya dan si baju hitam.
"Niat nak bermalam di rumah lama," celah Datuk sambil ketawa.
"Begitu, walau macam mana pun makan malam di rumah saya dulu," terdengar nada suara Haji Bagus bersahaja. Datuk tersenyum sambil menggosok hujung hidungnya berkali-kali. Kami pun menuju ke muka pintu, si baju hitam turun dulu, diikuti oleh saya, Datuk dan diakhiri oleh Haji Bagus. Azan terus bergema.
"Di mana kamu jumpa budak baju hitam tu, kalau tak silap aku kenal dia. Budak tu dah lama ghaib dari sini, katanya menuntut ilmu batin dengan Minah Supandi, bermacam ikhtiar dibuat oleh emak bapanya, dia tak juga mahu balik. Tiba-tiba dia mengikut kamu pula Mat Diah," suara bisikan Haji Bagus ke telinga Datuk dapat saya dengar agak jelas.
"Nanti lepas sembahyang Isyak, lepas kita makan boleh saya cerita. Panjang ceritanya," itu jawapan yang Datuk berikan. Ternyata jawapan itu amat menyenangkan Haji Bagus. Buktinya, dia tidak mengemukakan pertanyaan selanjutnya.
KERUMUN
Malam itu, selesai sembahyang maghrib dan isyak, Datuk dikerumuni oleh para jemaah yang kebanyakan usianya lebih tua ari Datuk, dan yang seusia dengan Datuk ada kira-kira lima enam orang saja.
Para remaja yang muda buat tidak kisah dengan apa yang berlaku di masjid. Mereka tercengang dan berbisik sesama sendiri sambil melemparkan renungan yang sinis ke arah Datuk. Tindak tanduk para jemaah muda itu dapat dikesan oleh Haji Bagus.
"Orang ni, anak jati kampung ni. Berpuluh-puluh tahun duduk di Tanah Melayu. Arwah orang tuanya mewakafkan tanahnya untuk mendirikan masjid tempat kita berjemaah, orang tuanya juga mewakafkan tanahnya untuk dijadikan kubur," kata-kata Haji Bagus itu membuat para jemaah muda buka mata. Mereka merenung ke arah Datuk dengan penuh rasa kagum.
"Rumah besar sebelah masjid yang selalu kita gunakan untuk majlis nikah kahwin, berkhatan dan macam-macam lagi majlis....," secara mendadak saja seorang tua turut bersuara dari arah kanan saya. Semua biji mata tertumpu ke arah lelaki tua itu.
"Dia beranak di situ, rumah dan pinggan mangkuk yang kita gunakan bila kenduri kendara milik orang tuanya yang diwakafkan untuk kita semua. Dia balik ke kampung macam berdagang di rantau orang, ada tanah, ada rumah tapi bukan haknya," sambung orang itu penuh semangat. Datuk hanya gelengkan kepala.
"Saya balik ke sini kerana saya rindukan pada kampung laman, rindu pada saudara-mara, terutama golongan tua yang ada pertalian darah dengan saya," secara mengejut Datuk bersuara. Semua yang ada dalam masjid anggukkan kepala.
"Budak yang pakai baju hitam, seluar hitam, ada hubungan apa dengan awak," tanya seorang anak muda dalam lingkungan usia tiga puluhan.
"EH, berbudi bahasa sedikit, hormatilah orang tua," sergah haji kepada anak muda itu, "dia cucu saya, tak suka saya tengok dia biadab begitu dengan orang tua," tambah Haji Bagus, bila dia melihat Datuk terpampan dengan tindak tanduknya.
Penjelasan yang diluahkan oleh Haji Bagus membuat Datuk menarik nafas panjang. Membayangkan kelegaan yang amat sangat.
"Maafkan saya," kata cucu Haji Bagus dengan wajah sedih. Datuk segera mendekatinya, dua tiga kali Datuk gosok belakang cucu Haji Bagus.
"Aku maafkan kamu," bisik Datuk ke telinganya, " orang muda jangan cepat naik darah. Kalau cepat naik darah, nanti ramai musuh dari sahabat," tambah Datuk, anak muda mulut celopar terus anggukan kepala.
"Terima kasih kerana nasihat yang berguna," kata anak muda itu sambil merenung lantai masjid.
Para jemaah mula bercakap sesama sendiri. Mereka memuji anak muda mulut celopar yang mahu mengakui kesilapan sendiri.
"Untuk pengetahuan jemaah semua, budak ini...," Datuk menuding jari telunjuk ke arah si baju hitam, " ... dia tiada pertalian darah dengan saya tapi, dia adalah sahabat seagama dengan saya. Cerita bagaimana saya berkenalan dengannya, rasanya tidak elok saya ceritakan di sini. Walau apa pun, dia adalah saudara Islam tuan-tuan semua," sambung Datuk dengan wajah yang tenang dan di akhiri dengan senyum. Semua wajah para jemaah berada dalam bola mata Datuk.
"Tak apalah, kalau begitu kita lupakan saja," terdengar suara seorang jemaah.
"Saya bersetuju, eloklah kita bersurai," sahut yang lain.
"Saya tak puas hati, kalau tidak di terangkan dengan sebenar," tingkah yang lain pula.
Saya lihat Datuk resah semacam. Sudah ada dua kumpulan yang berbeza pendapat di dalam masjid yang berpunca dari rasa tidak puas hati.
Jika perkara ini di biarkan tergantung (tanpa penyelesaian) pastikan akan menimbulkan hal yang tiada diingini. Mungkin ada yang menaruh prasangka yang buruk terhadap saya dan Datuk. Saya kira Datuk tidak akan membiarkan bengkak menjadi bisul.
RAMALAN
Ternyata ramalan saya tidak meleset. Datuk berbisik sesuatu pada si baju hitam. Selesai saja Datuk berbisik, si baju hitam melangkah ke depan. Berdiri di tengah-tengah jemaah. Saya lihat ada jemaah yang tercengang-cengang, malah ada yang merenung pintu masjid.
Barangkali sebagai persiapan untuk lari, sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini. Si baju hitam bagaikan mengetahui apa yang berada dalam hati para jemaah. Dia pun menghiasi wajah seriusnya dengan senyum. Haji Bagus tetap berhati-hati dan melihat gerak-geri su baju hitam dengan penuh teliti sekali.
"Apa yang dikatakan oleh orang tu memang benar. Kami tidak ada pertalian darah keluarga. Tetapi, kami mempunyai ikatan saudara se Islam yang cukup kuat" dengan tenang si baju hitam memulakan percakapan, " saya tahu apa yang ada dalam hati perut tuan-tuan semua. Tuan-tuan yang ada di sini kenal saya, kalau tak kenal saya tapi kenal ibu bapa saya, saudara-mara yang lain," sambung si baju hitam. Di bawah sinar lampu gasolin, dia menatap wajah para jemaah. Bagaikan minta simpati.
"Malah ada kawan-kawan yang sama-sama main gasing dengan saya di dalam masjid ni, buat tak kenal dengan saya. Sebabnya saya jahat, Menuntut ilmu dengan bomoh wanita. Kerana malu emak bapak saya tinggalkan kampung ni....." si baju hitam tidak meneruskan ucapannya. Wajahnya nampak sedih sekali.
Dia tundukkan muka renung lantai masjid. Dia menarik nafas dalam-dalam. Kemudian menelan air liur. Semua yang ada dalam masjid terdiam dan berpandangan sesama sendiri.
"Tahukah tuan-tuan, saya disuruh oleh tuk bomoh membunuh orang ini," jari telunjuk si baju hitam menghala ke arah batang tubuh Datuk. Ada yang gelengkan kepala sambil mengucap panjang. Datuk tersenyum sambil anggukkan kepala membenarkan apa yang dikatakan oleh si baju hitam.
"Tetapi, ilmu yang ada pada diri saya belum cukup, dikalahkan dengan cara zahir dan batin. Saya terpaksa ikut dia dan berjanji untuk jadi orang baik-baik. Saya nak bertaubat. Kalau tuan-tuan semua sangsi dan masih renung serong dengan saya, susahlah saya. Dengan perkataan lain, tuan-tuan mahu selama-lamanya saya berkawan dengan iblis. Di manakah letak dan rasa tanggungjawab seorang Islam, jika tidak sanggup memberi maaf dan bimbingan kepada orang Islam yang sesat untuk kembali ke jalan Allah," nada suara si baju hitam agak tinggi. Dia merenung ke arah Datuk.
"Orang ini memberitahu saya," lagi sekali jari telunjuk si baju hitam menuding ke arah Datuk, " katanya, Allah amat sayang kepada orang yang sedar dan mahu mengaku kesilapan sendiri. Ajaran Islam tidak menolak pengikutnya yang mahu memilih jalan yang baik," sambung si baju hitam. Saya lihat dia tersedu. Datuk menepuk bahu kirinya meminta dia bertenang.
"Sabar, kalau mereka tidak mahu menerima kamu, ada kampung lain yang mahu menerima kamu. Bukankah Islam itu berada di mana-mana, anggaplah ini cubaan pertama kamu," anak telinga saya masih dapat mendengar suara Datuk berbisik dengan si baju hitam. Dengan segera si baju hitam panggungkan kepala. Dia senyum ke arah para jemaah. Dia bagaikan mendapat kekuatan baru.
"Sekarang semua sudah jelas, terimalah dia kembali. Kita tunjukkan kepadanya jalan yang harus di laluinya, sesuai sebagai seorang Islam," secara mengejut Datuk bersuara. Saya perhatikan orang yang berada dalam masjid diam terpaku.
SALAM
Paling mengejutkan saya, tanpa diminta atau disuruh para jemaah mengerumuni si baju hitam. Bersalaman sebagai tanda persaudaraan seagama. Malah ada yang secara terang-terangan bersedia melupakan perbuatan si baju hitam terhadap diri mereka. Masing-masing mengharapkan si baju hitam segera bertaubat.
"Syukurlah, kamu sudah sedar," seorang tua dalam lingkungan tujuh puluhan memeluk si baju hitam.
"Dulu aku nasihatkan kamu, kamu marahkan aku. Kamu ajak aku berlawan. Sekarang kamu sendiri dapat buat kesimpulan sama ada nasihat aku dulu betul atau silap," sambung lelaki tua itu lalu melepaskan sepasang tangan yang memeluk si baju hitam. Akhirnya, semua para jemaah meninggalkan masjid.
Tanpa diduga, beberapa orang jemaah yang ada pertalian darah keluarga dengan Haji Bagus dan Datuk, turut mengiringi kami pulang ke rumah Haji Bagus. Saya tidak tahu kenapa mereka berbuat demikian, mungkin di luar pengetahuan saya, Haji Bagus memang ada menjemput mereka.
Walau apa pun, kedatangan sebilangan kecil para jemaah itu memaksa isteri Haji Bagus menyediakan makan malam lebih daripada yang di hadkan. Sesungguhnya, malam itu keadaan rumah Haji Bagus bagaikan kenduri kesyukuran.
Haji Bagus terpaksa bertungkus lumus membantu isterinya membawa dan menyusun hidangan. Melihat kepada keadaan hidangan yang disusun, saya kira isteri Haji Bagus bagaikan tahu yang suaminya akan mengundang tetamu. Bila hidang sudah lengkap tersedia, Haji Bagus meminta Datuk membaca doa selamat. Permintaan itu segera di patuhi oleh Datuk.
"Silakan, kita makan apa yang ada sikit sama sikit," kata Haji Bagus sebaik saja Datuk selesai membaca doa.
"Langkah kanan kita malam ni, hajat hati nak bertanya keadaan saudara mara kita di Perak, tiba-tiba dapat nasi pula," salah seorang tetamu bersuara, matanya melirik tajam ke arah hidangan yang tersedia.
"Tuah orang, rezeki kita," sahut yang bersongkok baldu merah, memakai baju Melayu potongan teluk belanga, berkain pelekat dengan corak kotak besar.
"Musuh jangan dicari, rezeki jangan di tolak, makanlah apa yang ada," ulang Haji Bagus lagi. Jemaah yang hadir segera menjamah nasi.
Selesai makan, badan terasa segar, mata bertambah terang. Borak pun makin panjang. hampir jam sebelas lebih para tetamu yang tidak di undang itu angkat punggung dari rumah Haji Bagus. Pulang ke rumah masing-masing.
Bila malam kian larut membuat badan terasa dingin. Tetapi, Haji Bagus masih bercerita lagi dengan Datuk. Peliknya, Datuk tetap melayaninya, walau pun dia tahu saya dan si baju hitam mula resah semacam.
"Bagaimana kalau kami tidur di rumah lama," Datuk bersuara. Ternyata pertanyaan itu kurang menyenangkan Haji Bagus. Dia segera mengedutkan dahi. Dua tiga kali Haji Bagus menggaru hujung dagunya dengan jari kelingking. Dari gerak-gerinya, saya yakin Haji Bagus agak keberatan mahu memenuhi permintaan Datuk.
"Aku fikir, tidur sahaja di rumah aku. Malam esok baru tidur di rumah lama," penuh diplomasi Haji Bagus bercakap.
"Lagi pun tempat tidur telah disiapkan," campur Hajah Mimah, isteri Haji Bagus yang terjengul di pintu dapur yang memisahkan ruang dapur dengan ruang tengah. Saya dan Datuk bertukar pandangan. Si baju hitam hanya tunduk merenung lantai. Entah apa yang di fikirkannya, sukar untuk saya ramalkan.
"Usah banyak cerita, tidur saja di sini. Lepas sembahyang subuh kita pergi ke situ, tengok keadaan dalam rumah, kita bersihkan dulu, sebelum tidur. maklumlah rumah lama tidak diduduki macam-macam benda boleh menumpang. Entahkan ada ular bertelur, kala menumpang. Entahkan ada lipan singgah. Bila dah dibersihkan dan dah selamat bolehlah kamu tidur di situ," Haji Bagus bersuara lagi.
Ketika itu saya sudah tidak mampu untuk menegakkan kelopak kulit mata. Tanpa rasa segan dan silu saya pun merebahkan badan ke atas lantai. Saya tidak peduli apa kata Datuk atau Haji Bagus. Saya sudah mengantuk sangat.
Dalam hal ini, ternyata saya tidak keseorangan. Si baju hitam sudah dua tiga kali tersengguk-sengguk, Tetapi, dia tetap duduk dan berusaha menjegilkan sepasang biji matanya. Datuk masih belum memberi kata putus sama ada mahu terus bermalam di rumah Haji Bagus atau bermalam di rumah lama? Haji Bagus terus menanti kata muktamad dari Datuk.
"Bagaimana mahu tidur di rumah pusaka?"
"Bila dua orang membuat permintaan, ertinya saya terpaksa mengalah. Jadi malam ini saya tidur di sini, itu kata pemutus dari Datuk dan Haji Bagus tersenyum manakala isterinya tersengih. Penuh rasa bangga kerana tetamu tidak menghampakan harapan mereka.
TIDUR
Maka Datuk pun dianjurkan di bilik depan, dekat anjung. Si baju hitam di bilik tengah. Sedangkan saya disuruh tidur di bilik tepi, dekat pintu dapur.
Sudah tentu saya kurang gembira bila di tempatkan di situ. Sebabnya saya berjauhan dengan Datuk. Bermacam-macam sangkaan yang buruk-buruk tumbuh dalam kepala saya. Wajarkah, saya minta bilik lain. Kalau itu saya lakukan, ertinya saya sudah keterlaluan. Jadi, dengan hati separuh rela, saya mesti bermalam di bilik tepi.
"Semuanya sudah sedia, bila rasa mengantuk masuklah," dengan senyum Haji Bagus bersuara, "saya tak boleh tahan lagi, mata dah rasa berat. Biar saya masuk dulu,"
"Silakan," sahut Datuk.
"Saya harap semuanya dapat tidur dengan nyenyak, subuh esok kita berjemaah bersama sama."
"Saya pun berharap macam tu, " riang benar nada suara Datuk. Haji Bagus pun melangkah, lalu masuk ke ruang dapur. Memang bilik tidurnya terletak di situ. Tingkapnya menghadap sebuah danau kecil.
Macam selalu, tidak kira berada di mana, Datuk yang suka tidur lewat, memulakan tugasnya membaca Quran sebelum tidur untuk sejam dua. Kemudian dia bangun untuk melakukan sembahyang Tahajud. Tidur kembali dan bangun menjelang subuh untuk membaca Quran dan sembahyang subuh.
Bagaimana caranya untuk menyatakan kepada Datuk yang saya tidak mahu tidur dalam bilik tepi. Sementara itu, saya lihat si baju hitam keluar masuk bilik. Dia nampak resah dan cemas semacam. Macam ada sesuatu yang dibimbangkannya.
Kelakuan si baju hitam disedari oleh Datuk. Tindak-tanduknya membuat hati saya bertambah berat untuk tidur sendirian di bilik tepi.
"Ada apa Andy?"
Si baju hitam tersengih, berdiri kaku di depan Datuk. Kedua belah tangannya di luruskan ke bawah dengan sepasang matanya tertumpu ke wajah Datuk.
"Cakap, apa dia masalah kamu," desak Datuk lalu menutup Quran kecil lalu disimpan dalam beg khas.
"Cakap apa dia masalah kamu," ulang Datuk. Si baju hitam terus membisu merenung lantai. Cara yang di perlihatkan oleh si baju hitam itu sudah pasti tidak disenangi oleh Datuk. Saya terus didakap keresahan.
"Kenapa diam? Cakap terus-terang dengan aku sebelum darah aku naik," Datuk mula menggertak. Matanya mula nampak merah. Wajah Datuk juga nampak serius.
"Ada cicak hitam besar dalam bilik saya," suara si baju hitam bagaikan berbisik. Saya segera menggigit bibir. Secara mendadak saja bulu tengkuk saya mula meremang.
"Pelik, mana ada cicak hitam," Datuk bagaikan merungut.
"Besar mana?" Tanya saya
"Sebesar kucing hitam."
"Apa kamu buat dengannya," soal Datuk.
"Saya tak buat apa-apa, dia duduk dekat pelita minyak tanah. Bila saya cuba dekat, cicak itu menjulurkan lidahnya ke arah saya," lanjut si baju hitam. Wajahnya nampak cemas sekali. saya pun melihat jam dinding yang tergantung. Sudah pukul satu pagi.
"Syaitan," keluh Datuk sambil menggenggam penumbuk.
Serentak dengan itu, terdengar lolongan anjing sayup-sayup. Suasana malam yang sepi memudahkan anak telinga saya menangkap bunyi desiran angin malam yang menyentuh dedaun pokok di luar rumah. Saya juga mendengar bunyi telapak kaki orang berlari di bawah rumah. Mahu rasanya saya beritahu Datuk tetapi, bukan masanya. Dan saya kira Datuk juga mengetahui keadaan di luar rumah.
"Tak apa biar aku tengok."
Datuk pun segera bangun. Cara Datuk agak luar biasa. Mula-mula dia luruskan sepasang kakinya. kemudian kaki kanannya didirikan. dia meletakkan telapak tangan kiri ke atas tempurung kepala lutut kanan. Datuk pejamkan mata seperti orang bertafakur selama beberapa minit. Bila matanya dibuka semula, Datuk terus 'berselawat' sebanyak tiga kali berturut-turut.
Selesai selawat Datuk tarik nafas dalam-dalam, tiga kali berturut-turut. Matanya merenung ke arah dinding tanpa berkedip. Dengan sekelip mata, Datuk terus bangun berdiri bagaikan pendekar.
"Mari kita tengok," suara Datuk meninggi, lalu dia menyuruh si baju hitam berjalan dulu.
Baru lima langkah berjalan, Haji Bagus muncul dengan lampu suluh di tangan.
"Apa halnya abang haji," Datuk bertanya.
"Saya terdengar bunyi orang perempuan menangis," Haji Bagus renung muka Datuk sejenak. Sudah tentu, apa yang Haji Bagus ungkapkan itu membuat kami bertiga terkejut dan tercengang.
"Pelik, tak ada orang perempuan bersama kami, macam mana pula abang haji boleh dengar suara orang perempuan," kata Datuk.
"Saya juga fikir macam tu, pelik dari mana datangnya suara orang perempuan tu," Haji Bagus mula resah. Dengan lampu suluh dia menyuluh ke setiap ruang rumah.
"Andi Kamarool jumpa cicak hitam besar dalam biliknya, agaknya suara cicak tu macam suara orang perempuan," beritahu Datuk.
"Pelik," Haji Bagus gelengkan kepala.
"Ini yang membuat saya pening kepala abang haji. "
"Usah bimbang, kalau begitu mari kita tengok."
"Jum." balas Datuk.
SELIT
Kami pun melangkah menuju ke bilik Andi Kamarool. Kerana tidak mahu menjadi orang terakhir, saya segera menyelit antara Datuk dengan Haji Bagus. Si baju hitam terpaksa berada di belakang. Dengan terketar-ketar Haji Bagus menolak daun pintu yang tertutup. Sebaik saja bilik terbuka, tidak ada apa yang dapat dilihat.
"Tadi pelita elok menyala, kenapa sekarang dah padam," tutur si baju hitam.
"Agaknya cicak hitam yang padamkan," sahut saya.
"Eh kamu banyak cakap pula, tak boleh diam," Datuk memarahi saya. Haji Bagus berdehem dua tiga kali. Tanpa banyak cakap cahaya dari lampu picit bergerak dari sudut ke sudut bilik.
"Aduh,"jerit Haji Bagus.
Serentak dengan itu lampu suluh di tangannya terlucut, macam ada kuasa yang memukul pergelangan tangan Hai Bagus, bila dia menyuluh ke arah tiang di sebelah kiri bilik. Haji Bagus mengerang menahan rasa sakit.
"Ada benda yang memukul tangan saya, keras macam kayu," itu yang dinyatakan Haji Bagus kepada Datuk. Dengan segera Datuk memegang tangan Haji Bagus lalu diurutnya dua tiga kali.
"Bagaimana rasanya tuan haji."
"Dah tak terasa sakit lagi."
"Hati-hati kita dalam bahaya," Datuk mengingatkan. Haji Bagus segera mengambil lampu suluh di atas lantai. Lagi sekali Haji Bagus menyuluh ke arah tiang, di sudut kiri bilik.
"Lihat," kata Haji Bagus.
Semua biji mata tertumpu ke arah cahaya merah saga yang melawan sinar lampu suluh Haji Bagus. Mungkin kerana terkejut atau tergamam dengan apa yang dilihatnya menyebabkan lampu suluh di tangan Haji Bagus terjatuh untuk kali keduanya.
Datuk segera mengambil lampu suluh yang tersadai di lantai. Tetapi malangnya lampu suluh itu tidak berfungsi dengan serta merta.
"Ambil lampu gasolin dan gantungkan di sini."
Saya segera menurut kata Haji Bagus itu mengambil lampu gasolin di ruang tengah.
"Sangkutkan pada palang pintu."
Arahan Haji Bagus saya patuhi. Bila cahaya dari lampu gasolin menyimbah ke seluruh sudut bilik, semuanya tergamam tidak berkata sepatah pun. Semuanya terkejut bila melihat seekor cicak ganjil, berwarna hitam duduk terperap di sudut bilik.
"Ini binatang yang kamu katakan Andy," Datuk ajukan pertanyaan kepada si baju hitam.
"Iya."
"Bala apa yang datang ke rumah aku," Haji Bagus merungut.
"Sabar tuan haji, dengan izin Allah yang jahat tetap hancur yang baik tidak binasa," balas Datuk.
-TAMAT-
105. DENDAM BOMOH WANITA
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : DENDAM BOMOH WANITA
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401105
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Di tengah sinar matahari yang kian runduk itu saya terus menggosok pangkal hidung dua tiga kali. Suasana yang dihadapi membuat saya rasa marah dan geram. Kenapa Datuk harus mengadakan undang-undang sendiri untuk saya. Itu tak boleh, ini tak boleh. Kenapa saya tidak boleh bertanya atau menyoal si baju hitam?
Di saat saya berjuang dengan perasaan, tiba-tiba Datuk batuk kecil. Hati saya berdebar cemas. Anehnya si baju hitam tetap macam tadi. Melangkah tenang sambil merenung bumi. Sesekali dia angkat kepala merenung ke arah pepokok yang terdapat di kiri kanan jalan tanah merah. Dia tidak dapat menyembunyikan rasa bimbangnya dari saya.
Matahari kian mengecil, angin bertiup lemah mengerakkan dedaun di hujung ranting. Tupai liar melompat dari dahan ke dahan. Beburung mula terbang rendah sambil berbunyi memanggil kawan-kawan supaya pulang ke sarang kerana sebentar lagi senjakala akan tiba.
"Tuk," jerit saya.
Seekor monyet botak (dari kepala hingga ke paras pinggang tidak berbulu, Dari paras pinggang ke paras punggung bulunya berwarna merah dan ekor berwarna hitam) bergayut di dahan sambil menyeringaikan giginya. Bersedia mahu melompat ke arah saya. Datuk dan si baju hitam berhenti melangkah. Merenung ke arah saya sebelum beralih merenung ke arah monyet botak.
"Kita dalam bahaya," keluh si baju hitam.
"Jangan bimbang, pedulikan semuanya, kita jalan terus," ujar Datuk lalu mengajak saya dan si baju hitam meneruskan perjalanan.
"Tetapi," terucap kata keraguan dari si baju hitam.
"Tak ada tapinya, kalau dilayan kita yang binasa, mari," Datuk segera menarik tangan si baju hitam.
Anehnya, monyet botak melompat dari dahan ke dahan mengikut arah ke mana kami melangkah. Si monyet botak bagaikan mengawasi apa yang kami lakukan. Suara jeritannya cukup keras menguasai seluruh kawasan sekitar. Bila saya menoleh ke arahnya, si monyet menunjukkan kemarahan yang amat sangat. Dengan gigi yang menyeringai bersedia untuk menggigit di mana-mana bahagian tubuh badan saya.
Bagi menenangkan perasaan dan menenteramkan hati, saya membuat keputusan tidak mahu merenung ke arah monyet botak. Saya tidak mahu ambil kisah tentang monyet botak. Mahu menjerit sekuat mana pun, jeritlah. Kalau mahu melompat setinggi mana pun, lompatlah. Tetapi, kalau dia menyerang, bagaimana? Pertanyaan yang muncul dalam hati secara spontan itu membuat kepala lutut saya terasa lemah.
Kalau tadi saya hanya mengetahui ang monyet botak itu bergerak dari dahan ke dahan, di sebelah kiri jalan. Kini saya mula terdengar bunyi monyet melompat dari dahan ke dahan di sebelah kanan jalan. Kalau tadi suara jeritan hanya dari seekor tetapi, kini bunyi suara jeritan itu kian bertambah. Saya tidak boleh mengawal perasaan dan terus menoleh ke kiri dan ke kanan.
"Tuk, semua pokok kiri kanan jalan penuh dengan monyet, macam mengikut langkah kita tuk," nada suara yang meninggi. Datuk dan si baju hitam renung ke kanan jalan manakala Datuk renung ke sebelah kiri.
"Kita tak boleh mengalah, mahu di ujinya kebolehan aku," Datuk berkata sambil merenung ke arah saya dan si baju hitam dengan renungan yang tajam membayangkan rasa marah yang amat sangat.
"Kamu berdiri di situ renung ke kanan, Tamar renung ke kiri. Belakang kamu berdua mesti bertemu, renung ke arah masing-masing, jangan ubah, jangan toleh kiri, jangan toleh kanan. Jangan tegur apa yang aku buat , bila aku kata 'selesai', kita semua melangkah macam tadi," Datuk keluarkan arahan.
Saya dan si baju hitam anggukkan kepala dan segera mematuhi dengan apa yang Datuk suruh Datuk segera mengelilingi kami tiga kali berturut-turut. Suara monyet tetap kedengaran bagaikan suara orang bersorak.
Selesai saja Datuk mengelilingi kami, dia segera membongkok mengambil sehelai daun tua di hujung kakinya. Daun itu diramas-ramasnya hingga hancur menjadi serbuk. Dan serbuk daun itu dicampakkan ke kiri dan ke kanan jalan. Aneh, suara jeritan monyet segera berhenti. Datuk pun membuka langkah silat ang disebut SILAT MONYET BETINA yang banyak menggunakan gerak kaki kiri dan tangan kanan. Gerak dua anggota itu cukup pantas.
RATUS
Kerana gerakan itu terlalu pantas, Datuk dilihat seolah-olah berdiri sebelah kaki. Tangan kanannya seolah-olah menjadi beratus-ratus tangan. Tubuhnya menjadi lembut boleh di lentur, boleh di lipat untuk mengabui mata musuh yang mahu menyerangnya.
Pada hemat saya,SILAT MONYET BETINA jarang di temui kini, malah dikatakan sudah pupus, tidak ada pendekar yang dapat mewarisi atau mempertahankannya untuk di warisi oleh generasi sekarang. SILAT MONYET BETINA itu dikatakan berasal dari daerah YUNAN (sebuah daerah di Republik Rakyat China) yang penduduknya agama Islam.
Silat tersebut dibawa oleh para pengembang agama Islam ke daerah tersebut sekitar tahun 680 Masihi. Melurut ceritanya, para pengembang agama Islam itu memanfaatkan silat tersebut, bila mereka di serang oleh pihak musuh yang ingin merampas harta benda mereka. Pada mulanya silat tersebut tidak dipanggil SILAT MONYET BETINA. ada nama lain. Begitu juga dengan geraknya.
Bagi menyesuaikan dengan keadaan setempat, ilmu mempertahankan diri itu dipinda atau diubah suai dengan suasana setempat. Berdasarkan pada cerita tersebut , tidak keterlaluan kalau kita membuat kesimpulan bahawa ilmu mempertahan diri pada awalnya dimiliki oleh mubaligh Islam yang akhirnya diubah dengan pelbagai nama hingga menghilangkan identiti asal dari mana ilmu mempertahankan diri itu bermula.
"Tamar."
Suara Datuk yang meninggi itu membunuh apa yang berlegar-legar dalam kepala. Ubah renungan mata kamu ke arah aku. Tetapi, belakang kamu mesti bertemu dengan belakang kamu, mulakan langkah dari kiri," lanjut Datuk lagi. Sambil bercakap itu Datuk tetap mengatur langkah silat. Apa yang Datuk sebut, segera dipatuhi.
Suasana sebenarnya bertambah gawat dan cemas. Semua monyet yang bergayut di pokok kiri kanan jalan ghaib dengan serta merta kecuali monyet botak. Dari dan terus melompat ke atas jalan berdepan dengan Datuk. Tubuhnya yang tadi kelihatan kecil terus bertukar menjadi besar, sebesar kambing jantan (runduk)
Dalam sekelip mata saja, monyet botak itu menyerang Datuk. Mujur Datuk dapat mengelak. belum pun sempat Datuk mencari kedudukan yang selesa, bagi mengemaskan kedudukannya , monyet botak menyerang lagi. Monyet botak juga saya lihat memperagakan silat. Pertarungan antara manusia dengan binatang ini ternyata kemenangan berada di pihak Datuk .
Binatang menggunakan kekuatan sedangkan manusia menggunakan kekuatan dan akal. Tanpa menerima sebarang sepakkan Datuk, penumbuk dari Datuk, monyet botak keletihan. Datuk lebih banyak mengelak dan mengajak monyet botak menyerang dengan cara itu tenaga dan kekuatan monyet botak beransur lemah dan akhirnya keletihan, tergolek atas jalan.
"Selesai," jerit Datuk
Saya dan si baju hitam segera kembali dalam keadaan asal (seperti sebelum didatangi monyet botak) untuk memulakan perjalanan menuju ke tempat yang di hajati.
"Terlalu banyak halangannya," kata datu seperti merungut , masa itu saya dan si baju hitam sudah pun berjalan lebih dari dua puluh langkah mengekori Datuk. Saya menoleh ke arah monyet botak yang terkapar di belakang. Saya dapati monyet itu sudah tiada di situ.
"Kamu menoleh ke arahnya dia sudah hilang," saya terkejut mendengar cakap Datuk itu. Rupa-rupanya dia boleh mengesan apa yang saya lakukan. Walaupun dia tidak menoleh ke arah saya. Inilah kebolehan Datuk yang saya kagumi.
"Sebenarnya, sebelum kita mulakan langkah tadi si monyet tu dah ghaib. kamu tahu, itu monyet jadian. Mana ada monyet tak berbulu sekerat badan," lanjut Datuk lagi. Saya dan baju hitam hanya anggukkan kepala. Demi keselamatan dan menghindarkan kebimbangan, jarak saya dengan si baju hitam sengaja saya dekatkan. Begitu juga dengan si baju hitam, dia sengaja mendekatkan dirinya dengan Datuk sehingga mengganggu langkah Datuk.
SAMAR
Hari sudah beransur samar-samar. Saya tidak tahu berapa banyak lagi saya harus melangkah. Saya renung ke langit melihat awan serta sekawan keluang yang terbang tinggi. Badan yang berpeluh membuat saya tidak selesa berjalan.
"Saya tahu, bila saya ikut awak, banyak rintangan yang awak terima," mendadak saja si baju hitam bersuara.
"Kita hadapi bersama, kau mahu kamu jadi orang baik-baik," sahut Datuk.
"Mudah-mudahan hajat awak dikabulkan oleh Allah."
"Begitulah hendaknya."
Datuk dan si baju hitam berhenti bercakap tetapi, kaki terus melangkah. Bunyi kicau burung mula berkurangan. Hati kecil saya masih mengharapkan, Datuk mendesak si baju hitam supaya menjelaskan kenapa dia tidak meneruskan percakapan tentang dirinya dang kawan-kawannya yang suka mencuri buah jambu. Kerana tidak ada percakapan yang berlaku antara kami bertiga membuat suasana agak sunyi.
"Siapa nama kamu?" soal Datuk.
"Andi Kamarool, maafkan saya kerana tidak menerangkan nama saya kepada awak."
"Tak mengapa. orang yang bermusuh tidak akan memberitahu namanya kepada lawannya, sekarang kita dah bersahabat, wajarlah aku bertanya begitu, kamu ni, aku anggap macam cucu aku," begitu tenang Datuk bersuara. Si baju hitam segera menoleh ke arah saya sambil menghadiahkan senyuman persahabatan.
"Sekarang cuba kamu ingat, sebelum kejadian monyet botak menyerang kita ada pertanyaan aku yang tak kamu jawab." saya jadi terkejut dengan pertanyaan yang Datuk ajukan kepada si baju hitam. Pertanyaan di luar dugaan itu sebenarnya jawapan terhadap keraguan yang bersarang dalam hati saya.
Si baju hitam mengerutkan kening, dia cuba mengingati sesuatu. Dua tiga kali dia meraba dan menggaru batang leher. Kemudian dia tersengih. Barangkali dia sudah dapat mengingati, apa yang Datuk maksudkan.
"Saya ingat."
"Bagus, sekarang kamu jelaskan, aku nak dengar,"
Si baju hitam renung kiri kanan jalan. Tarik nafas dalam-dalam. Langkah kaki nya tetap macam tadi, debar di dada saya kian kencang, ingin mengetahui apa yang akan diucapkan oleh si baju hitam.
"Saya cuma nak tanya, kerana saya rasa pelik. Macam mana awak berdua boleh lalu ikut jalan ini?" jawapan dari si baju hitam membuat saya dan Datuk tersentak. Kami saling pandang memandang. bermacam-macam persoalan dan tanggapan muncul dalam kepala saya, akibat jawapan dari si baju hitam. Agaknya, Datuk juga terfikir seperti yang saya fikirkan. hati saya mula tidak aman.
"Kenapa kamu tanya hal macam itu, Andi?"
Si baju hitam tersenyum.
"Kenapa kamu tersenyum!" sergah Datuk.
"Jalan ni sudah berbelas-belas tahun tidak di gunakan oleh orang-orang di sini. Ada jalan baru yang elok, tidak merbahaya, kenapa tak ikut jalan tu," suara si baju hitam lembut penuh sopan.
Datuk berhenti melangkah dan merenung ke arah saya. kerana Datuk berhenti secara mengejut, si baju hitam jadi tercengang-cengang.
"Kenapa?" Tanyanya cemas.
"Tak ada apa-apa, cuma aku nak beritahu kamu. Sengaja kami pilih jalan ini, kami tak suka jalan baru, bagi kami jalan lama banyak kenangan dan seronok untuk kami lalui," Datuk memberi alasan (sebenarnya Datuk berbohong) sambil tersenyum ke arah saya dan si baju hitam.
"Begitu, tapi jalan lama merbahaya," tingkah si baju hitam.
"Merbahaya? Maksud kamu," saya lihat Datuk gigit bibir. Si baju hitam renung ke langit, renung kiri dan kanan jalan. Macam ada sesuatu yang dicari dan di curigai.
TANGKAP
Datuk dapat menangkap keresahan dalam diri si baju hitam. Dia pun menepuk bahu kanan si baju hitam sambil memberikan isyarat supaya meneruskan langkah yang berhenti. Saya tetap macam tadi, sentiasa cemas dan tidak mengizinkan saya berada dalam jarak agak jauh dengan si baju hitam. kalau boleh mahu rasanya jalan beriringan.
"Andi," suara Datuk merendah.
"Iya, ada apa?"
"Kalau kamu rasa tak sedap hati, terus terang dengan aku, jangan simpan dalam hati," lanjut Datuk kerana dia mula menyedari yang si baju hitam mula rasa gelisah. Sering sahaja merenung ke udara dan menoleh ke kiri dan ke kanan jalan. Kami terus melangkah, saya kira tidak berapa lama lagi sampailah ke tempat yang dituju.
"Saya nak beritahu satu hal...," si baju hitam bersuara.
"Apa dia?" Sanggah Datuk .
"Sejak jalan ini tak digunakan oleh penduduk kampung, macam-macam cerita timbul. Jalan ni dijadikan laluan manusia yang mengamalkan ilmu batin. Pada mulanya dikuasai oleh Pawang Ali, bila Pawang Ali mati bertukar kepada Dukun Sumbing, orang Batak. Dukun sumbing muntah darah dan berak darah kerana kalah berlawanan ilmu kebatinan dengan Bomoh Minah Supandi," si baju hitam berhenti bercerita. Dia menarik nafas dalam-dalam dan berusaha mendekatkan tubuhnya dengan tubuh Datuk. Langkah mereka hampir mahu berlaga.
"Itu saja ceritanya Andi."
"Ada lagi."
"Kalau ada teruskan."
"Selepas Dukun Sumbing mati, Bomoh Minah Supandi terpaksa berdepan dengan tiga orang bomoh lain. Semua bomoh tu dapat dikalahkannya. Bomoh yang kalah tu, dipotong lehernya. darahnya diambil untuk diminum oleh anak muridnya. Badan bomoh yang kalah tu dikerat dua belas dan di tanam di bawah busut jantan."
"Busut jantan tempat kamu melompat tadi," potong Datuk.
"Iya."
"Kamu minum darah manusia?" Risik Datuk lagi.
"Tidak, belum sampai giliran saya. Giliran saya ialah minum darah awak," turut si baju hitam dengan tenang.
Saya terkejut mendengar cerita itu. darah saya tersirap dan badan saya mula menggigil. Hal-hal yang buruk mula terbayang dalam kepala saya. Patutlah, dia berusaha mendekatkan dirinya dengan Datuk. Rupa-rupanya dia ada maksud untuk membunuh Datuk.
Anehnya, Datuk tidak merasa tergugat atau cemas dengan apa yang dituturkan oleh si baju hitam. Walaupun si baju hitam secara terang-terang menyatakan dia mahu minum darah Datuk.
"Jadi, kamu sekarang mengidam darah aku," kata Datuk sambil ketawa kecil. Saya cuma senyum tetapi, si baju hitam gelengkan kepala."
Tidak, saya tak berniat macam tu. Saya nak buang semua yang jahat."
"Bagus, kalau itu cita-cita kamu, sekarang jangan cerita atau sebut tentang hal bomoh tu. Kalau ada niat simpan saja dalam hati," cukup tenang Datuk bersuara.
"Kenapa?" Si baju hitam ingin tahu.
"Sampai ke rumah nanti, kau cerita," jawab Datuk.
NYAMUK
Saya mula terasa nyamuk menyerang telinga kanan saya. Semuanya itu tidak saya hiraukan, langkah kami semakin cepat. Masing-masing mahu sampai ke tempat yang di tuju. Hari bertambah samar, sayup-sayup terdengar suara ungka di kaki bukut memanggil kawan-kawan pulang.
"Kalau tak silap agak saya, kira lima rantai lagi sampailah kita ke kawasan kampung, cuba lihat tu ada asap orang kampung membakar sampah," si baju hitam bersuara. Jari telunjuknya menuding ke arah kepulan asap yang nampak berbalam dalam suasana samar menjelang senjakala.
"Aku pun fikir macam tu juga," sahut Datuk.
Dialog yang diucapkan oleh Datuk dan si baju hitam amat menggembirakan hati saya. Tanda-tanda pengembaraan yang amat menyeksakan ini akan berakhir. Saya sudah tidak mampu mahu melangkah lebih jauh lagi.
Sayup-sayup kedengaran bunyi terkukur dan merbuk peliharaan tingkah meningkah. "Kita dah dekat nak sampai Tamar," Datuk menoleh ke arah saya. Kata-kata itu saya sambut dengan kegembiraan.
Setelah melepasi dua kawasan yang berbukit kecil , kami berdepan dengan kawasan lapang yang agak tinggi, seluruh kawasan itu di tanam dengan pokok tebu, betik pisang, ubi kayu, ubi keledek dan berbagai-bagai lagi jenis tanaman yang biasa di tanam dalam kawasan berhampiran perkampungan.
Setelah melalui kawasan tanaman tersebut, kami berdiri di hujung tanah tinggi merenung ke bawah, ke arah kawasan perkampungan yang agak luas. Kami dapat melihat masjid yang di kelilingi berbelas-belas rumah.
"Tamar."
"Iya tuk."
"Mari dekat aku, begitu juga aku Andi."
Saya segera mendekati Datuk. Berdiri di sebelah kirinya dan si baju hitam berdiri di sebelah kanannya. Di wajah Datuk terbayang kepuasan dan kebanggaan yang amat sangat.
"Kau lihat Tamar," Datuk menuding jari telunjuknya ke arah kawasan perkampungan, " itulah kampung nenek moyang aku, di rumah besar sebelah kanan masjid itulah, aku dilahirkan," sambut Datuk.
Aku renung ke arah masjid yang Datuk maksudkan. Rumah besar di kanan masjid kelihatan masih kukuh. Ada kumpulan kanak-kanak lelaki dalam lingkungan usia belasan tahun bermain gasing.
"Ini juga kampung halaman saya tapi, sudah lama saya tinggalkan, saya tak tahu apa khabar emak dan bapa saya, adik beradik saya. Kaum keluarga saya," sampuk si baju hitam. Mulut Datuk terlopong, barangkali terkejut dengan pengakuan si baju hitam.
"Sejak bila kamu tak balik ke sana?" tanya Datuk.
"Sejak saya jadi pengikut Minah Supandi."
"Hummm..." suara Datuk terkulum, " agaknya aku kenal kedua orang tua kamu. Orang tua kamu memang anak jadi kampung ni," sambung Datuk lagi.
"Orang tua saya asal dari Sulawesi, di Ujung Padang, jelas si baju hitam.
"Tapi sudah lama menetap di situ."
"Agaknya begitulah," si baju hitam tersenyum.
"Tak kira di mana berasal sama ada dari Jawa, Sumatera, Tanah Melayu, Kalimantan kita semua adalah serumpun. Agama sama, ada budaya sama, bahasa pun hampir sama," ujar Datuk sambil menatap sepasang biji mata si baju hitam. Datuk menepuk bahunya dua tiga kali.
Saya tersenyum, Datuk sudah dapat menerima si baju hitam menjadi sebahagian dari kerabatnya. Semoga selepas ini, si baju hitam tidak akan memperlakukan atau memperlihatkan tindak-tanduk yang boleh membuat Datuk dan saya merasa curiga terhadap dirinya.
"Mari kita ke sana,"
Datuk menarik tangan saya dan si baju hitam. Kami pun mula melangkah menurun cerun bukit dengan hati-hati. Di antara kami bertiga, ternyata langkah Datuk sungguh bersemangat dan ancak sekali.
Sebaik saja kami masuk ke kawasan kampung tercium bau sampah yang dibakar. Suara kanak-kanak jelas kedengaran begitu juga dengan suara burung terkukur dan merbuk peliharaan sahut-menyahut. Suara kerbau menguak dan suara lembu mengebooo. Kami terus masuk ke tengah kampung bagaikan pahlawan pulang dari medan juang.
"Assalamualaikum, mahu ke mana," seorang lelaki muncul dari rumpun pisang dengan parang panjang di tangan. matanya merenung wajah Datuk.
"Mualaikum musaallam saya...," jawab Datuk.
"Kamu Mat Diah," jerit lelaki itu memotong cakap Datuk. Parang panjang dicampaknya ke tanah. Dia menerpa lalu memeluk Datuk dengan erat sekali, "kamu balik, patut dua hari lalu mata kanan aku sebelah atas berkedip pagi, berkedip petang rupanya nak tengok orang jauh," riang benar suara lelaki yang saya kira usianya jauh lebih tua dari Datuk. Kening dan rambutnya sudah putih. Begitu juga dengan janggut dan jambang tetapi, dia kelihatan gagah. Air mukanya bersih. Penglihatannya cukup terang, nada suaranya keras bertenaga.
LANGKAH
Dari apa yang saya lihat ternyata orang tua itu, bukan tua sembarangan. Tua berisi ilmu dunia dan akhirat. Atur langkah dan gerak tangannya membayangkan yang dirinya memiliki ilmu mempertahankan diri yang tinggi.
"Kamu tak kenal aku? Belum pun sampai lapan puluh tahun dah lupa," sambung orang tua itu bila melihat Datuk terkebil-kebil macam mengingati sesuatu,
"Saya ingat-ingat lupa, kalau tak silap saya Haji Bagus," kata Datuk ragu-ragu. Orang tua itu tersenyum.
"Betullah tu, kita ni saudara dua pupu dari sebelah ayah kamu," orang tua itu terus menepuk-nepuk bahu Datuk, " mari ke rumah aku dulu, hari dah senja tak usah pergi ke rumah lama," sambung orang tua itu. Dan Datuk patuh dengan permintaannya.
"Rumah pusaka tu, terbiar begitu saja ke abang aji, " Datuk bertanya sebaik saja memijak anak tangga pertama rumah haji Bagus. Haji Bagus tidak menjawab. Dia hanya tersenyum saja dan menyuruh orang rumah membuat kopi. Dia juga memerintahkan telaga (tempat mandi) di kosongkan untuk memberi laluan kami bertiga mandi dulu. Maklumlah waktu maghrib hampir tiba.
Kerana kedudukan masjid dengan rumah Haji Bagus tidak jauh, kami masih ada kesempatan untuk menikmati air kopi panas yang disediakan oleh orang rumah Haji Bagus.
"Saya bagi air suam," kata Datuk sebaik Haji Bagus meletakkan cawan kopi di depannya. Haji Bagus renung sepasang biji mata Datuk dengan renungan yang luar biasa. Renungannya cukup tajam sampai ke jantung hati dan ruang fikir Datuk. Lebih tepat dengan renungan makrifat.
"Saya ikhlas, saya tak berapa suka kopi, beri saya air suam," nada suara merendah. Haji Bagus segera meletakkan cawan kopi ke dada talam kembali. Haji Bagus memegang pergelangan tangan Datuk sebentar.
"Aku percaya dengan cakap kamu," kata Haji Bagus sambil tersenyum. Dia segera menyuruh orang rumahnya membawa segelas air suam. Arahan Haji Bagus segera ditunaikan.
-TAMAT-
106. MISTERI KAIN HITAM
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : MISTERI KAIN HITAM
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401106
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Beberapa orang yang lalu di depan kedai runcit segera menegur Fuad Hassan. Walaupun saya dan Datuk tidak ditegur sapa, kami tetap mempamerkan senyum. Saya merasa kurang enak bila orang yang menegur Fuad Hassan menjeling ke arah saya dan Datuk.
"Begini, kita minum dulu," kata Fuad Hassan bila menyedari saya dan Datuk kurang senang berada di depan kedai runcit.
"Di mana?" Tanya Datuk.
"Di hujung sana, tu," jawab Fuad Hassan, sambil menuding jari telunjuk ke arah yang dimaksudkannya. Jarak antara kedai runcit dan kedai kopi cuma selang tiga buah kedai saja. Terletak di hujung deretan kedai.
"Mari," ajak Fuad Hassan.
Kami segera melangkah ke arah kedai tersebut. Sebagai orang yang sudah arif dengan perangai Datuk yang tidak suka minum di kedai, merasai pelik dan aneh bila Datuk memenuhi permintaan Fuad Hassan. Mungkin Datuk berbuat demikian kerana mahu menghormati hati seorang kawan. Kami segera ke kedai kopi. Meja paling hujung jadi pilihan Fuad Hassan. Di situlah kami berlabuh.
"Baru datang," tegur pemilik kedai. Fuad Hassan anggukkan kepala. Mereka berbalas senyum dan saya tumpang jeling ke arah Nurul Hayat yang tunduk merenung dada.
"Ini kawan saya," Fuad segera memperkenalkan Datuk dengan pemilik kedai. Mereka bersalaman. Saya lihat pemilik kedai berusia sekitar empat puluhan, berkulit hitam dan rambut keriting cukup peramah. Senyum sentiasa bermain di bibir dan saya merasa cemburu yang amat sangat, bila Nurul Hayat membalas senyumnya.
"Nak minum apa?" Tanyanya.
"Saya teh susu," tentang Fuad Hassan memberi jawapan.
"Encik minum apa?" Pemilik kedai renung muka Datuk.
"Beri saya air panas saja."
"Air panas," ulang pemilik kedai dang merasa agak aneh dengan permintaan Datuk itu. Fuad Hassan juga terkejut dengan karenah Datuk itu.
"Saya memang begini, suka minum air biasa bila di kedai," Datuk membunuh keraguan dan rasa hairan yang tumbuh di hati Fuad Hassan dan pemilik kedai.
"Ada pantang larang agaknya," pemilik kedai cungkil rahsia. Datuk tersengih sambil gelengkan kepala.
"Memang tak ada pantang larang, Datuk saya ni memang sejak dulu macam tu. Suka minum air biasa bila singgah di kedai kopi," kata saya, secara tiba-tiba. Fuad Hassan anggukkan kepala tetapi, pemilik kedai pamerkan senyum yang saya kira tersembunyi seribu persoalan.
"Kamu juga nak minum air biasa?" Pemilik kedai ajukan pertanyaan kepada saya.
"Saya mahu kopi susu."
"Awak pula nak air apa?" Pertanyaan untuk Nurul Hayat.
"Saya tak minum apa-apa."
"Hai! Agaknya nak jaga kecantikan," usik si pemilik kedai. Hati saya makin membara.
Pemilik kedai meninggalkan kami dan datang kembali bersama dengan barang-barang yang dipesan. Mungkin kerana kenal mesra dengan Fuad Hassan atau mahu menarik perhatian Nurul Hayat, pemilik kedai yang saya anggap separuh gatal terus duduk dekat Fuad Hassan.
"Baru kali pertama datang ke sini?" Pemilik kedai renung muka Datuk. Fuad Hassan yang sedang menatang cawan teh segera meletakkan cawan atas meja kembali.
"Dia orang jati di sini, tetapi sudah lama merantau dan balik sekali sekala saja, awak tak kenal asal keturunannya kerana awak bukan anak jati di sini, awak orang luar, awak orang Acheh yang mencari rezeki di sini," sampuk Fuad Hassan.
"Oh, maafkan saya kalau tersinggung," tutur pemilik kedai.
"Tak mengapa, ini perkara biasa. Usahkan awak, anak jati di sini terutama yang baru tak berapa kenal dengan saya," kata Datuk merendahkan diri.
Fuad Hassan terus menghirup air teh. Begitu juga dengan saya. Ekor mata Nurul Hayat menyorot setiap gerak-geri saya. Hati saya amat gembira sekali, bila pemilik kedai meninggalkan meja kami untuk melayani pelanggan lain yang baru masuk ke kedainya.
Bila Fuad Hassan mahu membayar harga minuman, pemilik kedai tidak mahu menerimanya. Alasannya, kerana dia mahu meraikan kehadiran orang luar (maksudnya Datuk) yang sudah singgah di kedai. Berkali-kali Datuk mengucapkan ribuan terima kasih kepadanya. Kami pun keluar dari kedai.
"Hati-hati sikit, orang di sini suka menguji ilmu dan kepandaian orang, terutama orang yang berdagang di sini," Fuad Hassan mengingatkan Datuk sebaik saja berada di depan kedai minum.
"Ini kisah baru, sebelum ni hal macam ni tak pernah terjadi di sini," balas Datuk.
"Begitulah adat hidup, sentiasa berubah. Dulu lain, sekarang lain, kita cuma terjaga jaga sudahlah, jangan sampai kita terjebak," lanjut Fuad Hassan lagi. Dan Datuk akur dengan nasihat itu.
RENUNGAN
Dalam renungan beberapa orang yang lalu lalang di depan kedai sederet itu, Datuk dan Fuad Hassan terus bersalam untuk sekian kalinya. Mereka berpisah mengikut kemahuan hati masing-masing. Nurul Hayat dan ayahnya menghala ke utara. manakala saya dan Datuk menuju ke selatan.
Kira-kira dalam jarak dua ratus kaki dari kedai minuman, saya dan Datuk membelok ke kanan memasuki jalan enam kaki. Suasana terasa agak sunyi. Bayu petang yang bertiup menyentuh kulit muka membuat badan terasa segar. Kami terus melangkah. Sambil melangkah, saya merenung ke kiri dan kanan jalan enam kaki yang ditanam dengan ubi kayu. Dedaun ubi kayu yang hijau kelihatan bergerak lembut mengikut arah angin bertiup.
Kebanyakan rumah didirikan di sebelah kanan jalan, letak atau jarak antara satu sama lain agak berjauhan. Rata-rata atap rumah di situ dari daun rumbia. Dindingnya dari papan dan ada juga dari tepas.
"Jauh ke lagi tuk?" Tanya saya tercungap-cungap. Rasa sudah terlalu jauh saya menghayun sepasang kaki hingga terasa penat dan kaki pula lenguh.
"Lepas selekoh di depan sampailah kita," kata Datuk sambil menuding telunjuknya ke arah selekoh tajam. Di sebelah selekoh tersebut terdapat pokok jati berdaun lebat.
Saya meneruskan perjalanan dalam sinar matahari petang yang kian runduk. Lebih kurang dalam jarak 50 meter mahu sampai ke selekoh tajam, saya seperti terlihat sesuatu yang melintas jalan.
Bentuk benda yang saya lihat keadaannya menyerupai kanak-kanak yang berusia sekitar tujuh tahun. Kulitnya hitam legam dan agak kurus. Kepala nya gondol. Tiba-tiba saja bulu bengkok saya meremang. Cepat-cepat saya menarik hujung baju Datuk hingga langkahnya terhenti.
"Kenapa Tamar?"
"Saya nampak macam ada budak kecil melintas jalan dekat selekoh."
"Ah! Kamu jangan merepek," Datuk segera menepis tangan saya bersama dengan kerlingan yang tajam. Dia meneruskan perjalanan dan saya pun meneruskan langkah yang terhenti. Sambil berjalan saya toleh kiri dan kanan. Sesekali saya merenung ke belakang. Entah mengapa, perasaan saya jadi cemas dan takut semacam.
Sebaik saja sampai ke selekoh tajam, lebih tepatnya dekat pokok jati besar yang berdaun lebat, badan saya terus menggigil dengan serta merta tanpa sebab. Saya tidak boleh melangkah macam ada sesuatu yang memegang kedua belah kaki saya. Tulang-tulang sendi terasa lembik dan saya terus rebah ke bumi.
"Tamar, kenapa kamu?"
Datuk segera memeluk saya.
"Kenapa kamu Tamar?" Ulangnya lagi. Saya cuba menjawab pertanyaan Datuk tetapi, suara tidak keluar. Mulut mula berbuih. Kerongkong terasa kering dan pedih. Seluruh kulit badan terasa amat panas bagaikan terkena bara api.
Sinar matahari petang yang kian meredup (saya kira pada masa itu lebih kurang pukul lima setengah petang) terus menyimbah wajah. Kelopak mata amat sakit dan air mata terus mengalir.
Datuk terus menggosok kedua belah tempurung lutut saya dengan ibu jari kirinya berkali-kali. Datuk berhenti menggosok tempurung lutut. Dia termenung, macam ada sesuatu yang difikirkannya.
"Kalau tak silap aku, dari sini tak jauh lagi nak sampai ke rumah kaum kerabat aku. Memang tak salah lagi, aku sekarang berada di sempadan tanah kaum kerabat. Ada baiknya aku rawat di rumah saudara mara, ini lebih baik lagi," saya terdengar Datuk berkata sendirian. Tanpa membuang masa lagi, Datuk terus mendukung saya.
"Sekarang kita pergi Tamar."
Datuk pun memulakan langkah dengan berlari anak. Kenapa Datuk berbuat demikian? Timbul pertanyaan dalam hati. Mungkin Datuk dapat mengesan sesuatu yang kurang baik.
DUKUNG.
Semasa berada dalam dukungan Datuk, telinga saya dapat menangkap bermacam-macam bunyi aneh. Pada mulanya saya dapat menangkap bunyi desiran angin yang lembut. Kemudian bertukar bunyi ribut bersama dengan dentuman petir.
Saya juga mendengar bunyi pokok tumbang, jeritan gajah dan ngauman harimau. Malangnya, apa yang saya dengar tidak dapat saya sampaikan kepada Datuk kerana saya tidak boleh bercakap. Suara saya hilang.
Datuk berhenti berlari anak. Tubuh saya diletakkannya atas rumput di sebelah jalan enam kaki. Datuk tinggalkan saya di situ dan dia terus berlari ke tengah jalan enam kaki. Berdiri di situ sambil berpeluk tubuh. Dan sepasang matanya tertumpu ke arah pokok besar tanpa berkedip. Saya hanya melihat saja apa yang Datuk lakukan.
Sepasang kaki segera di kangkang. Jarak kaki kiri dengan kaki kanan kira-kira dua belas inci. Kedudukan kaki kanan ke depan sedikit dari kaki kiri. Berulang kali Datuk mengerakkan lehernya dari kanan ke kiri sambil ekor matanya melirik tajam ke arah pepohon renek sebelah kiri jalan enam kaki yang kelihatan bergoyang seperti dilanda ribut.
Dedaun kering, reranting kering dan dahan-dahan yang ada di situ terus terangkat lalu berterbangan. Pelik sungguh, semua yang berterbangan itu menuju ke arah Datuk.
Setiap kali dahan atau ranting kayu menyentuh tubuh Datuk saya seperti terdengar suara orang berteriak keriangan. Ternyata Datuk tidak ambil kisah dengan semuanya itu. Dia tidak mengelak dan juga tidak menepis. Dia merelakan dedaun, reranting dan dahan kayu menghujani tubuh badannya.
Datuk menggerakkan tubuhnya dengan mengangkat kedua belah tangannya. Begitu juga dengan kakinya. Keadaan Datuk seperti mahu memulakan langkah silat yang teratur. Perlahan-lahan dia memusingkan tubuhnya lalu membelakangi pokok besar.
Aneh! Semua benda-benda yang berterbangan tadi berpatah balik ke tempat asalnya. Keadaan kembali aman dan tenang. Dan saya secara tak sengaja merenung ke langit, saya terlihat dua ekor burung helang terbang rendah sambil matanya merenung ke arah saya yang terlentang di bumi. Burung helang bagaikan bersedia mahu membenamkan paruhnya ke tubuh saya. Mahu mengoyakkan kulit badan saya. Tentu saja saya menjadi cemas.
Datuk segera mengarahkan kembali sepasang biji matanya ke arah pokok besar. Di saat Datuk menumpukan seluruh perhatiannya ke batang pokok besar, kelihatan sehelai kain hitam entah dari mana datangnya melayang-layang di udara.
Tiba-tiba kain itu mengibas ke arah susuk kiri Datuk. Saya mencari siapakah yang mengibas kain hitam ke arah Datuk itu. Usaha saya gagal. Tidak ada apa yang saya lihat. Apa yang pasti libasan kain hitam yang nampak lembut itu memberikan kesan yang hebat kepada Datuk. Saya lihat Datuk tersungkur ke bumi. Bahagian belakang bajunya terbelah dua.
Datuk mengeliat seperti menahan rasa sakit yang amat sangat. Datuk berjaya bangun dalam keadaan membongkok. Dia memeluk lutut sambil menekan kepalanya ke celah paha. Barangkali itu petua atau taktik Datuk bagi menyelamatkan kepalanya dari terkena libasan kain hitam aneh.
Di saat Datuk bergelut melindungi kepalanya, libasan kedua pula menyusul. Ternyata libasan kali kedua lebih berbisa, menghasilkan api lalu membakar bahagian tepi baju Datuk.
Sebelum api itu marak dan melarat ke bahagian lain, Datuk berhasil memadamnya. Belum pun hilang penat, libasan ketiga dari kain hitam datang lagi. Datuk menggolekkan tubuhnya di atas jalan enam kaki, macam kucing mandi pasir. Usaha yang Datuk lakukan berhasil. Libasan kain hitam tidak mengenai sasarannya.
BANGUN
Datuk terus bangun. Berdiri dengan gagah sambil mendepangkan sepasang tangannya. Bersedia menanti apa saja, bak kata orang, membujur lalu melintang patah dan serangan ke empat terjadi serta merta. Kerana Datuk sudah bersedia dengan tangkas dia menyambar hujung kain hitam.
Dengan sepenuh tenaga Datuk berusaha menarik kain hitam ke arahnya. Usaha Datuk tidak berhasil, sebaliknya Datuk seperti ke arah hujung yang bertentangan dengan arah Datuk.
Saya amati hujung kain (yang bertentangan dengan arah Datuk) muncul dari rimbunan pokok senduduk. Hujung kain itu diikat pada ranting sebesar jari kelingking. Kalau difikirkan dengan fikiran yang waras, mustahil ranting sebesar itu tidak patah bila ditarik oleh Datuk dengan sepenuh tenaga. Mesti ada tenaga ghaib yang menarik atau menahan kain hitam itu dari dikuasai oleh Datuk. Kain hitam yang terentang itu cukup tegang.
Datuk berhempas pulas mempertahankan dirinya dari ditarik oleh kain hitam itu ke arah rimbunan pokok senduduk. Muka Datuk nampak merah padam. Peluh bagaikan mandi menguasai tubuhnya. Datuk tercungap-cungap tetapi, dia masih lagi dapat bertahan dari tempat dia mula berdiri.
Mungkin kerana terlalu kuat menarik kain hitam menyebabkan sepasang telapak tangannya luka. Darah merah segera bercucuran de bumi dan sebahagiannya meresap ke kain hitam yang dipaut. Saya terharu melihat keadaan Datuk. Apakah daya, saya tidak boleh membantunya. Mahu menjerit suara saya tiada. Mahu membantunya, saya tidak boleh bangun kerana tulang temulang sendi saya tidak berfungsi sama sekali. Datuk terus bertarung.
Tiba-tiba Datuk terus melaungkan azan. Suaranya nyaring dan lantang. Bergema keseluruhan. Dengan serta merta kain hitam yang teregang (tegang) menjadi kendur. Ranting tempat kain hitam melekat segera patah dan kain hitam yang terentang terus ghaib entah ke mana.
Tetapi sebahagian dari kain hitam yang berada di tangan Datuk tidak pula hilang sebaliknya bertukar warna menjadi seperti tepung gandum bertaburan atas tanah merah.
Datuk pun mengesat kesan darah di telapak tangannya dengan cebisan bajunya. Bila kerja itu selesai dia terus menatap sepasang telapak tangannya dengan teliti. Tiap garis dan lekuk di telapak tangan ditenung dengan tepat. Datuk membaca sesuatu, setiap jari dihembus.
"Ahhhh....," Datuk menjerit. Serentak itu dia terus membongkok. Sepasang telapak tangannya ditepuk di permukaan jalan tanah merah sebanyak tiga kali berturut-turut. Datuk duduk bersila atas jalan sambil menghalakan muka dan dadanya ke arah pokok senduduk.
Apa yang dilakukan oleh Datuk selanjutnya amat mengejutkan saya. Dia mengoyakkan bajunya yang dipakai. Dadanya terserlah lalu terkena pancaran matahari petang yang redup. Datuk menumbuk bahagian dada sebelah kiri dengan tangan kanan sebanyak enam kali.
Kemudian Datuk menumbuk bahagian dada sebelah kanan dengan tangan kiri sebanyak lima kali. Datuk menarik nafas dalam-dalam.
"Sekarang aku bersedia, kalau syaitan tunjuk rupa kamu. Kalau kamu manusia datanglah kita bersalam," jerit Datuk sekuat hati. Dia mengulangi kata-kata itu sebanyak tiga kali berturut-turut.
Datuk terus berada di dada jalan. Dia tidak mengubah posisi kedudukannya. Lebih dari sepuluh minit Datuk berada di situ. Bila Datuk yakin cabaran yang dibuat, tidak menerima tindak balas, dia segera bangun lalu memetik beberapa lembar daun dari pokok renek. Datuk mendekati saya.
Daun yang dipetik segera diramas dan digosok di setiap sendi tubuh saya. Kemudian Datuk suruh saya bersenam ala kucing baru bangun tidur.
Setelah selesa melakukan apa yang disuruh, seluruh tubuh saya berpeluh. Dan gegendang telinga tidak lagi didatangi bunyi-bunyi yang aneh. Malah saya boleh bangun dan melangkah. Keadaan diri saya kembali normal.
"Sekarang apa rasa badan kamu, Tamar?"
"Saya rasa sihat tuk."
"Boleh kita teruskan perjalanan?"
"Boleh," jawab saya dengan penuh semangat dan keyakinan. Datuk pun memulakan langkah dan saya mengekorinya. Baru lima enam tapak melangkah, Datuk berhenti berjalan.
"Kenapa tuk?"
"Tak ada apa-apa, kamu jalan dulu, aku ikut dari belakang."
"Saya jalan dulu tuk?" Tanya saya penuh keraguan. Hati dan perasaan mula berdebar. Wajah Datuk saya tatap.
"Jalan, apa tunggu lagi," desak Datuk.
'Saaaayyy...," kata saya gementar.
Semasa saya mengekorinya tadi, saya terlihat benda-benda aneh yang menakutkan. Bila disuruh menjadi kepala jalan, tentu perkara yang lebih aneh dan dahsyat dari itu akan saya alami.
"Kenapa saya, tidak Datuk?" Saya memberanikan diri memberi protes secara sopan.
"Ikut saja cakap aku, jangan banyak soal jawab," Datuk jegilkan biji mata.
"Oh, kalau gitu saya jalan dulu tuk," kata saya tersengih. Datuk anggukkan kepala bersama segaris senyum yang terukir di bibir. Hatinya senang kerana saya patuh dengan cakapnya.
TOLEH
Tiga empat langkah berjalan, saya toleh ke belakang. Tentu saja, cara yang saya lakukan itu kurang disenangi oleh Datuk.
"Jalan terus, jangan toleh-toleh ke belakang," suara Datuk meninggi. Cuping telinga saya terasa pedih dijentik oleh Datuk. Kalaulah yang melakukan perbuatan itu bukan Datuk, pasti saya maki atau kena penumbuk saya.
"Ular."
Saya menjerit dan terus melompat.
Seekor ular hitam melintang jalan. Menghalang perjalanan saya dengan Datuk. Dengan pantas Datuk menolak saya. Dia ke depan mengambil tempat saya. Datuk menghadapi ular hitam secara perlahan-lahan panggungkan kepala. Datuk tumpukan perhatian kepada gerakan kepala ular itu.
Di saat ular itu mahu melepaskan patukan, bagaikan kilat Datuk menangkap kepala ular. Badan ular dihempas ke dada jalan. Kemudian ular hitam dihumbankan ke dalam semak samun di seberang jalan.
"Susah sungguh hidup ni kerana manusia tidak pernah jujur. Balik ke kampung halaman sendiri pun masih ada yang mahu menguji," rungut Datuk. Rasa kesal tergambar di wajahnya. Datuk menggigit bibir, macam ada sesuatu yang difikirkannya.
"Tamar."
"Iya tuk, ada apa?"
"Buka beg pakaian yang kamu bawa."
Perintahnya segera saya akur. Datuk tukar baju koyak dengan baju baru, masih memakai seluar lama.
"Nampaknya, aku tak boleh mengalah Tamar. Aku terpaksa berkeras," ujar Datuk sambil menyingsing kedua belah lengan bajunya. Dia bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Datuk pun memberi isyarat tangan agar saya beredar dari sisinya. Saya pun beredar dan mencari tempat perlindungan yang agak selamat. Dari gerak-gerinya ternyata Datuk akan menerima tetamu yang tidak di undang.
Datuk juga bagaikan tahu dari arah mana tetamu itu akan muncul. Dia pun berdiri betul-betul di hadapan sebuah busut jantan. Semua gerak geri Datuk saya ikuti dengan teliti dari tempat persembunyian di balik sebatang pokok jejawi besar yang berjuntai dengan akar sebesar lengan budak berusia tujuh tahun.
"Prraaaappp."
Bunyi ranting kering di pijak. Saya jadi resah dan serba salah. Apakah saya mesti terus bersembunyi atau keluar dari tempat persembunyian untuk mendekati Datuk. Saya tergamam, dari balik busut jantan muncul sesusuk tubuh dalam pakaian serba hitam. Kaki kanan orang yang memakai serba hitam memijak busut jantan. Dia berpeluk tubuh. Kepalanya juga dibalut dengan kain hitam. manakala bahagian pinggang diikat dengan kain kuning.
-TAMAT-
107. GENDERUWO
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : GENDERUWO
KARYA : R
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401107
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Assalamualaikum guys. Sebelum itu aku nak berterima kasih kepada admin kerana publishkan cerita aku. Ini first time aku publishkan cerita aku dekat HZONE BLOG ni. Nama aku korang anggap jela R dan aku ada abang yang bernama AMIR (bukan nama sebenar). Abang aku entah dari mana dia boleh nampak bende bende ghaib nih korang tahu lah kan anak muda nih ingin tahu sampai buat macam macam untuk nak puaskan hati depa nih.
Sebelum tuh nak cakap yang aku duduk di kawasan KL tapi dimana tu biarlah rahsia haha. Kawasan rumah aku ni kebanyakan jawa so orang Indonesia nih tahu tentang Genderuwo. Aku bagitahu ciri ciri dia sikit eh yang dia nih berbadan besar dan berbulu, mata bulat merah dan mempunyai taring tajam. Korang boleh google ciri ciri genderuwo nih.
So abang aku ni baru balik lepak dengan kawan kawan sampai pukul 4 pagi. Kawasan rumah aku ni kawasan kampung, rumah pon sebelah sebelah. Nak masuk rumah aku nih ada satu lorong yang perlu kiteorang lalu.
Time abang aku lalu lorong tuh dia dah nampak satu susuk badan yang besar warna hitam duduk dikawasan depan rumah aku, *depan rumah aku selalu ada orang lepak lepak minum kopi*
then abang aku berhentikan motor untuk tengok balik bende tuh tapi bende tuh hilang. Abang aku ingat orang yg selalu lepak minum kat situ tapi bila dah sampai depan rumah takde sape.
Bila dah parking motor kat tepi rumah abang aku pon ambik kunci nak bukak pintu rumah, tiba tiba entah kenapa abang aku terpandang belah kiri dia and nampak susuk badan genderuwo yang besar gedabak hitam mata merah tuh intai dia dari lorong kecik kawasan rumah aku. Mata dia weh merah menyala sampaikan abang aku nih macam terpaku nak bukak kunci.
Alhamdulillah selepas dia baca baca ayat Al-Quran dia ada tenaga nak bukak kunci tapi pintu tuh dia tinggalkan terbuka then dia naik atas. Rumah aku nih jenis rumah kedai so masetuh semua orang dalam rumah dah tido and dia masuk bilik. Dalam 5 minit dia dalam bilik then dia teringat dia belum tutup pintu lagi. Dengan rasa takut dia beranikan diri jugak untuk tutup pintu dibawah.
Pintu aku nih jenis dua pintu, tengah tengah tuh ada lubang yang boleh nampak luar. Time nak kunci pintu tu dia gatal sangat nak tengok luar then bila dia tengok je luar betul betul mata merah tuh depan mata dia, and genderuwo tuh mendengus dengan kuat sampai abang aku terpelanting ke belakang sebab terkejut and dia dah terduduk ketakutan. Dengan kudrat yang tinggal ciput tuh dia bangun terus lari ke bilik dia.
Time dalam bilik dia tak tidur sebab takut and tunggu waktu subuh, 5 minit sebelum subuh dia nak bangun mandi and amek air sembahyang. Dia dalam keadaan duduk and bila nak bangun tuh rasa berat sangat macam ada bende yang duduk atas bahu dia and memang berat tak boleh nak bangun. Bende tuh jadi sampai azan subuh berkumandang bila azan dah habis terus hilang semua bende tuh. Badan abang aku dah lemah nak bangun sebab tenaga dia betul betul habis sampai subuh tuh aku gy bilik dia aku kene bangunkan dia.
Lepastu abang aku cerita kat ayah aku then ayah aku ada cakap memang genderuwo tuh ada kat sini tapi kadang kadang je ada aku pon tak tahu kenapa kadang kadang je dia ada sebab sebelum ni ada jiran aku masa tidur bukak je mata nampak genderuwo ni tengah tengok dia dari atas genting bumbung dia.
Kalau korang cek google tanda tanda diganggu genderuwo nih memang banyak kawasan rumah aku kene. Ada bende jalan atas bumbung, atap kene baling dengan batu, ternampak bende besar kat pokok kelapa lah memang selalu kene sebab pokok kelapa and pokok lain memang banyak.
Sampai sini jelah cerita aku. Minta maaf kalau tak seram, ada terkasar bahasa or tak faham dengan cerita aku sebab nih first time so bagi chance lah eh hehe. Thankyou Admin
-TAMAT-
108. NENEK DAH LAMA MENINGGAL
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : NENEK DAH LAMA MENINGGAL
KARYA : AFIQ
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401108
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Nama aku Afiq. Ni kisah benar. Pengalaman aku sendiri masa umur aku 17 tahun dulu. Aku duduk di KL tapi habis je SPM, mak aku hantar duduk kampung kat utara, teman nenek aku sebab nenek aku jatuh sakit. Lepas atuk meninggal, nenek aku duduk sorang je. Jiran-jiran nenek aku la yang selalu jenguk nenek dan update keadaan nenek kat mak ayah aku. Mak ayah aku ada pelawa nenek duduk rumah kami tapi nenek tak nak sebab tak nak tinggalkan rumah katanya. Nasib baik jiran nenek ada. Mak ayah aku bagi duit kat jiran aku untuk beli makanan dengan barang keperluan nenek. Rasa macam menyusahkan jiran pun ada jugak, tapi nak buat macam mana? Dah nenek tak nak duduk kat KL. Alhamdulillah, nenek dikurniakan jiran-jiran yang baik dan selalu ambil berat keadaan nenek.
Masa kitorang sampai rumah nenek, terkejut sungguh tengok keadaan nenek. Kurus kering sampai nampak tulang. Memang teruk sakit dia sampai terlantar je. Mak ayah aku ambil cuti seminggu untuk jaga nenek aku. Habis seminggu, mak ayah aku pun balik semula ke KL. Tinggallah aku berdua je dengan nenek. Malam tu nenek muntah-muntah. Kesian, sampai tak lalu nak makan. Lepas aku bagi minum air suam, nenek pun tidur. Tinggal aku sorang duduk kat ruang tamu tengok TV. Aku memang selesa tidur kat ruang tamu sebab dalam bilik satu lagi tu agak berbahang. Hampir pukul 3 pagi, aku tengok nenek keluar dari bilik menuju ke dapur.
Aku pun tanpa syak apa-apa, terus tanya, “Nenek nak minum lagi ke? Afiq ambilkan air”. Nenek aku cuma menoleh sekejap senyum kat aku pastu terus berlalu ke dapur. Tiba-tiba je bulu roma aku meremang. Baru aku ingat, nenek kan tak boleh berjalan. Apasal elok je dia berjalan ke dapur malam ni? Senyum pun semacam je. Aku ni bukan jenis berani macam orang lain, tengok benda yang mencurigakan macam tu terus pergi check. NO NO NO! Lelaki tak lelaki, ada aku kisah. Aku memang penakut. Tak pasal-pasal aku sakit jantung kang! Entah-entah ada benda yang sengaja nak mengusik aku. Dengan dahi berpeluh, aku terus tarik selimut. Puas jugak aku paksa mata untuk tidur. Ayat Kursi tak payah cakaplah, berapa puluh kali agaknya aku baca malam tu. Akhirnya aku terlelap.
Esoknya aku pergi kenduri kahwin jiran aku, selang 6 buah rumah dari rumah nenek. Aku dapat doorgift pulut kuning. Sampai je rumah, aku tinggalkan pulut kuning tu atas meja dan aku pun terus pergi ke tandas. Tak sampai 3 minit aku di tandas, keluar semula tengok tinggal kotak doorgift je atas meja. Mana pergi pulut kuning aku tadi? Aku lalu depan bilik nenek tengok nenek elok je tengah tidur. Aku dah tak sedap hati ni. Dahlah aku ni penakut ya amatttt. Aku syak ada something kat rumah nenek tu. Habis mandi, aku terus call ayah minta ayat untuk pagarkan ruang tamu rumah nenek. Biol jugak aku ni time tu. Ada ke patut ruang tamu je aku pagarkan. Mentang-mentanglah aku tidur kat ruang tamu.
Malam esoknya, lagi teruk aku kena. Elok je aku nak tidur, aku dengar bunyi air mencurah-curah kat sinki dapur. Aku ingat ada burung hinggap kat paip sinki dapur. Aku pun bangun dan terus ke dapur nak tutup balik paip tu. Tapi alangkah terkejutnya aku tengok nenek dalam keadaan mencangkung tengah meratah ayam mentah. Allahu Akbar! Menggigil tangan aku. Terdetik jugak dalam hati aku, entah entah ni hantu? Tapi bila aku jenguk bilik nenek, nenek tak ada. So betullah ni nenek. Aku pegang bahu nenek. Nenek pandang aku macam marah sebab aku ganggu dia makan. Aku tarik nenek, cuci tangan dan mulut dia. Risau jugak aku sebenarnya. Takut nenek gigit tangan aku! Yelah mana tahu kannnn……..
Aku baringkan nenek kat ruang tamu tempat aku tidur. Senang aku nak tengok-tengokkan nenek kalau jadi apa-apa tengah malam. Masa aku dukung nenek ke ruang tamu, tiba-tiba je nenek pengsan. Aku punya la gelabah, terus ke dapur ambilkan air renjis-renjis ke muka nenek. Tetap tak jalan. Aku dah tak tahu nak buat apa. Terus call mak ayah aku suruh balik malam tu jugak. Risaunya aku time tu, Tuhan je yang tahu. Tengah malam pulak tu dia pengsan. Time tu dah pukul 11 malam. Aku bacakan ayat Kursi di telinga nenek. Ayat Ruqyah dari laptop pun aku pasangkan.
Tiba-tiba blackout. Blackout je takpe weh. Ni tak. Blackout, pastu terdengar bunyi orang berlari atas bumbung rumah. Aku dengan paniknya terus tinggalkan nenek dan berlari ke rumah jiran sebelah nak mintak tolong. Risau kalau tak mintak tolong orang, kang dengan aku-aku pengsan situ. Mujurlah rumah jiran dekat je. Tak lama lepas tu jiran-jiran aku pun datang dalam 7-8 orang macam tu termasuklah seorang ustaz. Baru je dia nak menapak dalam rumah nenek aku, dia terus mengucap. Mula-mula tu aku tak pelik sangat. Lepas tu dia berundur ke belakang dan mendongak tengok atap rumah nenek aku. Aku terus tanya, “Ustaz, ada apa-apa ke?”. Ustaz cuma suruh aku masuk dalam rumah dan tengok nenek. Aku akur.
Nenek aku memang dah nazak betul. Lemah sungguh badannya. Matanya tertutup je macam orang tidur. Digerak-gerakkan pun tak buka mata. Tapi nadinya masih ada cuma terlalu lemah. Mak ayah aku pun dah on the way nak balik rumah nenek. Tepat pukul 12 malam, terdengar sayup-sayup ustaz tadi melaungkan azan dari luar rumah nenek. Beberapa orang lelaki ditugaskan untuk buka atap tengah rumah. Sejurus atap tengah dibuka, mata nenek terjegil pandang ke atas. Habis je azan dilaungkan, nenek terus duduk tapi matanya masih pandang ke satu arah je iaitu di depan je. Sikat di bawah katil diambil lalu disikat dan disanggul rambutnya yang mengurai. Aik aku dah mula berdebar, sejak bila ada sikat di situ? Nenek tersenyum sinis. Haishhh meremang bulu roma kitorang kat situ katekoooo!
Tak lama kemudian, ustaz masuk ke dalam rumah. Dipicitnya ibu jari kaki nenek yang terlunjur sambil membacakan beberapa ayat Quran. Nenek menjerit dan meronta. Rupanya ada sesuatu dalam badan nenek. Selepas agak lama berdialog dengan ‘nenek’ dan membuat tawar-menawar supaya sesuatu yang berada dalam badan nenek tu keluar, ustaz pun menunjukkan gaya seolah-olah ingin menyembelih nenek tapi menggunakan jari sahaja di leher nenek. Habis je proses ‘menyembelih’, nenek terus pengsan lagi sekali. Ustaz memeriksa nadi nenek, rupanya nenek bukan sekadar pengsan. Nenek dah meninggal. Ya Allah. Tak percaya rasanya. Tak lama lepas tu baru mak ayah aku datang. Proses pengkebumian nenek dilakukan keesokan harinya. Aku masih tertanya-tanya lagi masa tu. Kenapa dengan nenek sebenarnya?
Dalam perjalanan balik ke KL, mak aku tanya macam-macam pasal nenek. Ada tak benda pelik yang berlaku kat nenek. Aku pun cerita la pasal pulut kuning hilang tu dengan kejadian malam blackout dengan malam nenek ke dapur tu. Akhirnya mak aku buka cerita. Rupanya nenek aku dah meninggal lama, tu pun ustaz yang beritahu semalam. Tapi jasad dia seolah-olah masih bernyawa sebab ada saka yang duduk dalam badan dia. Aku tak tahu dari mana datangnya saka tu. Saka tu macam dah kawal jasad nenek aku. Malam yang aku dukung nenek keluar dari bilik dia tu, rupanya nenek pengsan sebab kitorang lalu kat tempat yang aku dah pagarkan dengan ayat suci Al-Quran. Ustaz kata saka nenek tak dapat lalu kawasan tu. Terkeluar air mata aku. Rupanya aku duduk dengan mayat nenek hampir 3 minggu. Lepas je aku tahu semua kebenaran ni, aku terus demam panas. Apa-apa je dosa nenek aku di masa lampau dia, moga Allah ampunkan nenek aku. Dan semoga nenek aku tenang di alam sana. Aamiin yarabbal alamin.
-TAMAT-
109. PENYAKIT MISTERI
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : PENYAKIT MISTERI
KARYA : WAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401109
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Salam, ni pertama kali aku karang cerita kat HZONE BLOG. Ni mengenai arwah makcik aku. Kejadian ni pon masa aku lingkungan umor 10-16 tahun. Tapi masih segar dalam ingatan aku sebab aku seorang yang penakut bab-bab orang sakit (masa kecik jelah).
Mak aku mempunyai 9orang adik beradik dan berasal dari keluarga yang susah. Kampung felda. Masa kejadian ni mak aku yang ceritakan balik macam mana makcik aku boleh ade penyakit pelik tu. Kisahnya bermula masa makcik kanak-kanak dalam umor 9 tahun. Masa tu mak aku pon baru 8 tahun. Kejadian berlaku kat sekolah. Makcik aku dan 2 orang kawan dia duduk kat padang sekolah, masa duduk tu tetiba ada seorang nenek tua berjubah serba putih datang kat makcik dan dia hulur sekuntum bunga cempaka. Masa nenek tu hulur bunga tu, makcik terus cium dan rasa pening. Bermula laa tanda tanda pelik terjadi kat makcik. Masa rehat kat kantin sekolah dengan mak, makcik tak nampak ikan dalam pinggan dia. Dia terkais kais cari ikan dalam pingan dia sampai jatuh ikan tu dia buat. Tapi dia masih tak nampak ikan tu.
Balik dari sekolah dia cerita balik kat mak dan 2 orang kawan dia mengenai kejadian kat padang. Tapi semua tak endahkan sebab masa kejadian tu kawan dia yang 2 orang tu tak nampak apa apa pun. Sampai je kat rumah pas 1,1 penyakit pelik dia dapat. Pelik, ye memang pelik. Masa tengah solat pon dia boleh ‘kene’ kene bukan macam kene rasuk tu. Tapi dia ‘kene’ macam kene strok, sampai kamcing gigi, keras kejung, mata terbeliak bagai tapi tak lama. Dalam 10-15 minit je dia terbaring macam tu, nanti dia tersedar dan perwatakan dia berubah, berubah jadi orang lain. Atok ade juga bawa pergi hospital, doktor kata takde penyakit apa pon. Semua pon clear. Atuk fikir itu semua hanya lakonan semata-mata dari makcik.
Tapi jangkaan atok meleset apabila penyakitnya makin dibiarkan makin melarat. Dalam sehari boleh ‘kene’ sampai 3, 4 kali. Sampai la 1 hari tu atuk bawa berubat kampung. Orang tu cakap yang makcik ni kene jaga dengan orang bunian. Allahu’alam. Makcik ade juga cerita berjumpa dengan nenek berpakaian serba putih tu kat sekolah. Dan diberi sekuntum bunga cempaka. Orang tu kata ‘bunian tu nak jaga arwah makcik’ tapi tak kesampaian menyebabkan arwah makcik menghidap penyakit pelik ni sampai laa dia jadi arwah.
Tiap kali dia ‘kene’ dan tersedar dari macam kene stroke tu. Peragai dia juga akan berubah. Setiap perkerjaan yang dia buat tu dia tak sedar. Aku ulang. TAK SEDAR. Dia automatik jadi rajin. Rajin dia pon bukan rajin macam biasa-biasa. Antaranya dia rajin menghias halaman rumah arwah atuk. Dia tanam pokok-pokok bunga kat laman arwah atuk. Pelik semua bunga dia tanam tu hidup subur tanpa kene siram. Dengan Tanah keras kejung (batu glewer/batu kecik2 warne merah) pokok-pokok bunga tu boleh hidup segar siap berbunga-bunga lagi. Lagi 1 dia tanam bunga tu bukan buat lubang tapi just cucuk atas batu yang dah ditinggi-tinggikan. Tak ke pelik tu. 3,4 hari pon bunga tu semua tak layu. Tak m**i kering. Boleh kata laman atuk tu jadi cantik lain macam.
Setiap bunga yang dia tanam tu dia hias keliling dengan batu putih. Kami anak-anak buah ni pernah juga mengusik. Memang makcik bila dah kene tu terus jadi pendiam dan jadi malu. Kalau kelakuan masa dia sedar memang kene hambat laa kami semua sebab makcik jenis tak boleh dibawa bergurau. Tak kurang juga bertekak. Tapi dari situ kami semua tahu dia belum sedar dari dunia dia. Dia berjalan penuh lembut, sangat- sangat lembut. Nak kata macam menggedik tidak. Tapi gayanya sungguh memukau. Senang cite jadi perempuan melayu terakhir lah. Masa dia ‘kene’ ni memang takkan dengar sepatah pon suara yang keluar dari mulut dia.
Macam aku cakap bila dia ‘kene’ tetiba tumbang tu dalam 10-15 minit. Tapi bila dia sedar dan jadi orang lain tu agak lama. Memang agak lama. Sampai dah tak ade kerja yang dia nak buat daun kering kat pohon pon dia boleh petik x kasi gugur ke tanah. Bila dia sedar, (xtau cara dia sedar macam mana, tetahu je peragai lama dia datang balik) dia sendiri akan tanya pada kami anak buah ni. Siapa yang susun, siapa yang tanam, siapa yang buat itu, siapa buat ini. Kami akan berkata jujur yang semua tu dia sendiri yang buat (zaman ni xde nset kemere nak rakam) tapi dia sungguh-sungguh kata bukan dia. Mana kan tidak, bila kami tanya dia pergi mana sepanjang masa dia boleh kata “nde pergi gunung, jumpa puteri gunung ledang.” Kami anak buah ni gelak terbahak-bahak (mana nak caya lagi).
Start dia cerita jumpa puteri tu, adik beradik yang lain gelarkan dia puteri embun (menyakat) tapi dia melenting wo. Memang akan bertekak laa dia orang. Kami laa tempat dia bercerita kisah-kisah pelik yang jadi kat dia sepanjang dia tak sedar (bukan koma ye) ibarat tubuh/jasad dia di pinjam orang. Dan roh dia di tempat lain. Kami pernah juga bertanya rupa puteri tu serta tempat² yang dia pernah melawat sepanjang dia tak sedar. Dia kata dia jumpa manusia yang badan manusia kepala ular, kepala b**i, n macam² haiwan pelik cuma badan sahaja badan manusia, gunung ganang yang berlantaikan kayu batu serta ade air terjun 7tingkat tingginya. Kami sepupu sepapat hanya iyakan saja. Bila ditanya rupa puteri dia x pernah jawab. Memang kesian kat makcik sebab dia selalu kata penat, penat macam baru lepas telajah 1 benua kata nya. Tak tahu rohnya ke mana dibawa pergi, dan jasadnya ni tumpang ‘bende’ lain.
Pernah 1 senja tu, mak nampak makcik berlari² dekat perkarangan halaman rumah. Seolah² kejar sesuatu serta cuba untuk mencapai. Masuk je azan magrib terus makcik jatuh dan pengsan. Bila makcik dah sedar, arwah tok dan atok bertanya pada makcik apa yang dia buat kat laman rumah. Makcik cerita dia nampak berbola api berwarne, dia cuba capai. Belom sempat ambil bebola api tu dia nampak lembaga merah depan dia dengan bertongkat. Itu yang menyebabkan dia terkejut dan pengsan. Oh ya belakang rumah atok aku hutan tau. Hutan tebal. Arwah tok juga ade cerita ade kaum kerabat bunian kt belakang tu, dan hubungan mereka (orang kampung) dengan kaum kerabat bunian tu baik. Kenduri pon boleh jempot mereka datang. Berbalik cerita tadi. Arwah tok kata mungkin kaum bunian tu menyakat kerana sudah maghrib tapi masih bermain di luar..
Dan makcik masih dengan penyakit pelik dia. Tiada siapa mampu merawat masalah yang dialami oleh makcik, sampai laa 1 detik tu, ade orang Pattani yang datang berjual jalan kaki datang menyinggah kat rumah tok. Takde siapa bagitahu masalah penyakit makcik. Tapi dia sendiri bangkitkan topik tu. Ayat pertama dia, “kalau jadi bomoh, sekuat² bomoh dia boleh jadi. Tapi syaratnya jangan pernah berkawin dan miliki zuriat. Jika berkahwin jodohnya tidak berpanjangan”. Tok jadi terpingga² dan tanya apa maksud yang cuba dia sampaikan. Tapi dia berlalu pergi tanpa tahu apa maksud yang dia nak cuba katakan sampai sekarang. Ye, makcik aku kawin, miliki 6orang anak. 5lelaki dan seorang perempuan. Tapi hubungan dia bersama suaminya tidak lama. Mereka bercerai dan makcik duduk ngan tok di kampong, memandangkan anak² mereka taknak jaga mak dorang kerana sakit.
Arwah Tok dan atok memang tak kasi makcik keluar rumah. Sebab risau bila dia ‘kene’ dia tak sedar, kalau orang buat apa² yang tak elok pon dia tak tahu. Prenah sekali dia berkeras nak pergi ke kedai sendirian berjalan kaki, di persimpangan dia ‘kene’ tergolek dalam longkang habis luka² kepala badan semua. Tapi bila sedar(bukan dia) dia buat seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku. Habis sampah sarap di jalan dia kemas dan bunga² rumah orang dia kutip. Start dari tu dia tak dibenarkan ke mana² tanpa peneman. Dia juga di berhentikan sekolah oleh atok masa umo 10tahun kerana penyakit yang dia alami.
Sehingga sekarang misteri penyakit makcik tiada kesudahan. Tiada ubat yang mampu mengubati penyakit makcik, dia ujung usia dia. Dia pernah beritahu kami anak² buah. Yang dia sentiasa doa anak² dia ambil dia dan bela sebelom dia pergi. Alhamdulillah Allah tunaikan permintaan dia. Anak² dia terbuka pintu hati untuk ambil mak dia, tapi sayang seribu kali sayang. 2hari 1 malam sahaja sempat dia bersama anak2. Malam tu makcik meninggal masa tido, di sisi anak perempuannya yang bongsu. Jenazahnya pon berseri²..
Sekian, Itu sajalah kisah pelik penyakit makcik yang dialaminya bertahun² tanpa tahu punca sebenar penyakit dan terus menjadi misteri pada kami kaum keluarga, sahabat andai, serta jiran tetangga yang lain. Misterinya terkubur bersama² dengan jenazahnya..
-TAMAT-
110. FIRST TIME TERBUKA HIJAB
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : FIRST TIME TERBUKA HIJAB
KARYA : ENCIK MEOW
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401110
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Hi semua. Aku Sonny. Cukuplah korang suma tau nama pendek aku je. Di sini aku nak berkongsi sedikit kisah pengalaman aku yang baru je terjadi kira2 dua minggu selepas raya baru baru ini. Bagaimana hijab aku boleh terbuka dan tanda2 sebelum hijab aku terbuka itu akan aku ceritakan disini.
Kira2 seminggu sebelum aku boleh nampak ‘benda’ tu, aku kerap bermimpi yang bukan bukan. Mimpi ni pulak bukan sekali je datang, ia datang berulang2. Dalam mimpi ni aku kerap bermimpi berada di suatu tempat yang macam kene langgar ngan zombi. Aku tengok ade kilat sabung menyabung dan menyambar semua orang yang bertempiaran lari. Aku pon dengan takutnye trus lari jugak. Sampai la sampai kat bngunan tinggi2. Semua orang dah berpusu2 naik bangunan tu. Time ni aku dh dapat agak ni mungkin mimpi, tapi aku ikut je la orang ramai tu lari naik bangunan tu. Sampai kat atas bangunan tu, aku pun try la cubit2 pipi, lempang2 tangan n u know what? AKU RASA SAKIT. So aku jadi speechless time ni, then datang la seorang lelaki tua kat aku. Dia tgk aku pastu dia tanye, “adik takut m**i x?”. Aku jawab “takut la, kenapa pakcik?”. Then pakcik tu tanpa segan silunye gitau “mu tu dah koma, m**i nge koma xdok beza pon, serupe tule gok” (oh, lupe nak cakap, aku orang pata timorrr).
Lepas tu aku start dah mai perasaan takut ni. Xtau nak wat ape dah. Part ni aku dah lupe apa yang berlaku seterusnya. Yang aku ingt last skali datang seorang nenek tua datang kat aku pastu jerit kat aku, “Fatin (bukan nama sebenar) dah lama sorang sorang dalam tu!! (Fatin ni adalah arwah bakal tunang aku dulu). Pastu seingat aku la, aku ditolak jatuh bangunan tinggi tu. Then aku tersedar, yang peliknye muka aku rase sakit2 bekas cubit dan tangan aku ade kesan birat2 yang aku lempang sendiri dalam mimpi aku tu. Aku jadi blur time tu. Dan aku anggap yang mimpi ni adalah mainan tidur je kot, so aku buat xtau je la.
Nak dijadikan cerita, 2 3 hari lepas tu aku dapat job ke KL. Trip aku kali ni kene hantar 5 orang foreigner ke Bangi. So aku decide nak pass job ni dekat mak angkat aku. Mak angkat aku setuju nak hantar dorang. Lepas aku deal dah ngan foreigner ni, petang tu aku pon bertolak ke KL. Perjalanan tu ambik masa dalam 6 jam jugak la, sebab hujan lebat dekat2 area Karak ngan Bentong. So kitorang sampai kat area Bangi tu dalam pukul 12 lebih jugak. 12 a.m ye. Lepas dah hantar foreigner tu semua, kitorang decide nak balik malam tu jugak. Jadi selepas round2 bandar KL pagi tu, kitorang terus masuk highway LPT kira nak balik rumah dh la ni. Betol2 sebelom nak masuk tol Bentong tu, entah macam mane kereta yg mak angkat aku ni bawak hilang kawalan. Tp nasib x terbabas. Aku dah cuak tahap super saiya dah time ni sebab aku dah terbayangkan mimpi aku sebelum ni tu. Tp aku act cool je la.
Aku tnye mak angkat aku ok ke tak, sebab kalo x ok aku nak drive (tp dia memang x bagi sbb aku noob kete manual). Tak lame lepas tu kitorang bertembung dengan kereta eksiden kat Karak, orang cakap tengah fresh lagi eksiden tu. Kitorang hentikan kereta tepi jalan tu dan aku sorang je turun (kira nak tolong la mana2 yang patut) tp aku batalkan hasrat tu sbb mak angkat aku memang xleh tengok mende2 camni. Aku sempat bertanya hal kereta paling depan je kat brader yang turun jugak situ. Dia cakap ade perempuan tengah tersepit dalam dalam kete. Aku tanye berapa orang dia jawab sorang je. Aku pun iyakan je la. Nak tolong x mampu, mak aku pun trus je start kete berlalu nak pergi dah ni, tp aku pelik sbb brader tu cakap perempuan ni tengah tersepit, elok je aku tengok dia duk depan kete dia. Aku tengok sekilas camtu je before teruskan perjalanan balik.
Smpai la dekat rnr Temerloh, kitorang decide nak tido sana jap before sambung balik journey to the home. Ok, sampai sini aku masuk la dalam surau lelaki. Aku masuk solat trus tido. Tengah2 tido ni, aku mimpi aku ade kat dalam satu lubang tau. Ia seakan2 kubur tapi x dalam macam kubur tu. Depan aku ada satu jalan. Jalan yang sangat2 usang. Kiri kanan jalan tu ade banyak pokok2 m**i yang ranting dia seakan2 melambai kat aku. Untuk pengetahuan, aku start mimpi pasal pokok2 ni dari aku form 4 lagi. Sekarang aku dah 24 tahun 10 bulan. Korang kira la sendri lama mana aku dah dpt hint mende2 gini.
Setiap kali aku mimpi menda ni, setiap kali akan ade kematian yang melibatkan orang yang aku sayang. Tengah mimpi tu aku terjaga sebab phone aku berdering. Mak angkat aku call, mybe dia nak balik dh kot so aku jawab la call tu. Dalam phone tu, aku x dengar sepatah ape pon apa yang mak angkat aku cakap. Yang aku dengar macam bunyi berdehem pastu mendengus. Aku x syak pape lagi time ni. Aku matikan fon aku tu pastu aku call balik mak angkat aku. Kali ni dia jawab, dia tanye aku, “nak balik dah ke?. Jap eh nak basuh muke jap”. Aku pun iyakan je la.
Lepas tu mak angkat aku pun kuar. Aku trus tanye dia asal call td. Dia pon terkejut, “bile pulak mak call Sonny td? Xde call pon, sebab fon mak memang xde bateri time tu”. Dia bukak2 fon pastu masuk call aku. Dia ingat aku nak ajak dia balik. Pandangan aku jadi kelam time tu. Dah tu sape yang call aku td? Tapi aku x bagitau la kat mak aku tu. Aku lebih memilih untuk diam je. Sepanjang perjalanan balik ganu tu aku memang kurang bercakap. Sampaikan bila time makan pun memang aku x rasa nak makan padahal aku memang lapar gile mase tu. Aku jadi x berselera nak makan tambah2 pulak asma aku tetiba je datang. So mak angkat aku ni kira rush jugak la balik sebab nak hantar aku kat rumah.
Lepas setel suma keje, aku pun balik rumah. Aku ingatkan semua ni dah habis, rupenye tidak. Aku kerap ternampak suasana macam dalam mimpi aku tu. Ia semacam halusinasi camtu. Aku nak explain pun x reti jugak ni hahaha. Faham2 je la, kira kalo aku tengah drive ni, lepas tu aku ade lalu dekat jalan straight, kat situ aku akan nampak jalan2 situ berubah jadi jalan usang yang ade banyak pokok pokok m**i tu. Start situ aku dah fikir bukan bukan dah ni. Aku yakin pasti akan ade seseorang yang akan jadi target pasni. Malam tu aku bermimpi lagi, kali ni datang susuk lembaga hitam berbadan sasa kat aku, dia cakap kat aku dia akan buru sesiapa saje yang aku take care selain dari famili aku. Dalam kepala aku ni terus terbayang, menatang ni saka ke ape? Famili xnak kacau, orang yg baik ngan aku je dia kacau.
Esoknye pulak aku dapat tau yang mak angkat aku ni dapat pulak trip ke Sekayu, macam tempat air terjun la gitu. Elok je aku tau pasal ni, aku terdengar bunyi orang mengekek seakan2 menahan gelak btul2 tepi telinga aku. Aku dah memang dah cuak time ni, aku cuma terbayang mak angkat aku je mase ni. Kalau jadi pape kat dia memang aku xkan maafkan diri aku smpai bila bila. Sebab ape? Sebab mende tu memang dah bagi warning + aku ade dapat hint dalam mimpi aku tu. Lepas tu aku ade jumpe ngan mak angkat aku, kirenye lepas balik dari trip dia la. Yang aku x taunye, nampak je kete dia aku jadi marah ya amat. Aku jadi seperti bukan diri aku, yang aku dengar hanyalah suara bisik2 yang menyerabutkan telinga aku. So lepas aku nampak mak angkat aku tu aku terus blah lari dari situ dengan max speed kereta aku. Korang bayangkan la cmne dia terkejut ngan sikap aku. Ok aku xnak cerita part ni, sebab sampai sekarang mak angkat aku tu still x maafkan aku, aku rase la. Tp jauh dalam hati aku rase lega. Nak tau sebab ape? Sebab ‘benda’ tu xkan kacau dah mak angkat aku. Sebab lepas kejadian tu aku selalu jauhkan diri daripada mak angkat aku. Sampai la sekarang.
Aku ingtkan memang xde dah pape yang berlaku lepas tu. Tiba2 crush aku wasap aku pulak.
Dia cakap dia ade terkene penyakit misteri. Dalam hati aku trus terbayang makhluk hitam itu punye angkara. Tak lama lepas tu, besfren aku ade call aku, dia cakap dia selalu mimpi ade mende hitam nak terkam dia. Aku jadi down gile mase ni. Ape yg aku nak buat weh? Fikir punye fikir aku dapat idea. Disebabkan makhluk tu cakap dia nak ganggu orang yang aku take care tu. Aku korbankan sendiri perasaan aku demi diorang.
Nak tahu ape yang aku buat? Aku buat exactly sama macam aku buat kat mak angkat aku. Peritnye hilang 3 orang tersayang dalam seminggu tak usah cerita la. Semangat aku jadi lemah time ni, tp mujur Alhamdulillah selepas aku tinggalkan crush ngan bff aku ni dorang tak lagi dah kene sakit2 dah mimpi pelik2. 2 hari lepas tu aku dapat berita yang adik angkat aku meninggal (time ni berkait ngan mimpi aku tu). Adakah ianya kebetulan? Aku rasa nope, sebab ape? Nanti aku ceritakan hal mimpi misteri aku ni dalam entry lain. Aku jadi down gile dah masa ni, dan lepas tu aku dah start dapat tengok benda yang bukan2. Sampai sekarang ni baru 3 minggu benda ni terjadi. Aku tulis ni sebab aku xtau nak kongsi dengan sesiapa dah kisah aku ni. Sambungan perjalanan aku ni aku tulis hari lain ye. Dah maghrib dah sini. See ya in next entry. Assalamualaikum.
-TAMAT-
111. SIHIR PEMISAH
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : SIHIR PEMISAH
KARYA : JANE ROE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401111
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Bissmillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.. Semoga cerita ini jadi asbab kebaikan dan pengajaran buat semua..
Mawar seorang hamba Allah yang dikurniakan kelebihan utk melihat makhluk yg manusia lain tidak lihat. Namun kelebihan itu kadangkala merimaskan Mawar. Mawar telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak.. Ketika kandungan Mawar yang ke 5 berusia 5 bulan, Mawar mengalami perubahan yang amat ketara. Dirinya berubah dari seorang ibu dan isteri yang lemah lembut dan penyayang menjadi seorang yang pemarah dan perengus. Ada saja perkara yang membuatkan terbit rasa benci dan menyampah terhadap anak dan suaminya.
Mawar sering mengeluh dan bersedih atas perubahannya itu. Sering Mawar adukan perkara itu kepada kakak iparnya Zurin. Zurin amat rapat dengan Mawar seolah Azrul (suami Mawar) adalah ipar kepada Zurin. Setiap kali Mawar meluahkan rasa pasti Zurin akan mengingatkan keadaan bahawa perubahan itu mungkin kerana “pembawakan budak”. Sesekali pujukan Zurin terkesan dihati Mawar. Namun Mawar tetap mahu menafikan. Mimpi-mimpi yang sering hadir dalam tidurnya seolah ingin memberitahunya sesuatu.
“Kak, perempuan tu datang lagi dalam mimpi aku. Kali ni dia tarik tangan Azrul dan berlalu pergi. Azrul toleh ke arah aku tapi aku hanya menundukkan pandangan aku seolah-olah aku redha”, luah Mawar kepada Zurin pagi itu. “Mimpi saja Mawar, usahlah kau memikir sangat tak elok untuk kandungan tu”, Zurin menasihati.
Semakin besar kandungannya semakin kuat ujian yang terpaksa Mawar lalui. Hampir setiap malam juga tidur Mawar ditemani satu entiti yang tak siapa pun ingin berdamping. Azrul juga kerap kali mengelak untuk tidur sekatil dan sebilik dengan Mawar. Namun Mawar cuba untuk tidak berkecik hati memandangkan dirinya juga masih berperang dengan alahan yang tidak pernah dia hadapi sewaktu kandungannya sebelum ini. Sering saja Mawar adukan kepada Azrul perihal entiti yang sering mengganggunya. Tetapi Azrul hanya mendengar, tanpa berkata apa-apa.
Ketika Azrul berkerja syif malam, Mawar telah mengalami pendarahan. Mawar ditahan selama 1 hari bagi pemantauan. Alhamdulillah kandungannya selamat. Tetapi hikmahnya tetap ada. Perbuatan Azrul hampir terbongkar. Malam ketika Mawar ditahan di hospital anak-anak Mawar sepatutnya Azrul jemput dari rumah Ijat (adik Mawar) seperti yang Azrul janjikan kepada Mawar tetapi sebaliknya. Syak yang sememangnya telah bersarang dalam hati Mawar tidak dapat disorok lagi. Pertengkaran berlaku, akhirnya Mawar menerima berita yang Azrul telah berlaku curang kepadanya.
Betapa hancurnya hati Mawar. Separuh jiwanya hilang, barannya semakin menjadi.
Azrul cuba memulihkan keadaan. Dia meminta Ain (kekasih haramnya) agar tidak sering menghubunginya. Apabila ada masa yang sesuai Azrul akan menemuinya. Ain dalam pasrah bersetuju. Sesekali apabila Azrul dan Mawar bersama tetap saja Ain mengganggu. Ada saja mesej untuk menarik perhatian Azrul. Sehinggalah suatu malam, entiti yang sering menemani Mawar tidur cuba menyentuh kaki Mawar. Mawar cemas, terasa seolah-olah entiti itu semakin berani. Dalam keadaan takut Mawar lari mendapatkan Azrul di ruang tamu. Melihat keadaan Mawar, terbit marah dihati Azrul. Dicapainya keris pusaka arwah ayahnya yg tersimpan di dalam almari di ruang tamu. Kaki melangkah laju menuju ke arah bilik mereka. Dilibas-libasnya keris itu tanpa sasaran.
Tiba-tiba Mawar yang ketakutan di ruang tamu menjerit seperti kerasukan. Bergegas Azrul mendapatkan Mawar. Dibacanya ayat-ayat pendinding bagi menenangkan Mawar. Mawar meracau sehingga ke subuh.
Keesokan paginya setelah Mawar sedar, terasa sakit keseluruhan badannya. Azrul pula keletihan tidak tidur semalaman menjaga Mawar.
Tanpa Azrul duga Ain menelefonnya. ” Ada hal apa call b ni?”, Soal Azrul. ” Sayang rindu”, luah Ain. “Sayang, tolonglah faham keadaan kita sekarang. Mawar sedang mengandung dan tak sihat. B tak mau kerana hal kita ni anak dalam kandungannya terjejas.” Terang Azrul “Ye la, sayang tak beri ruang pada B. Bila kali akhir kita jumpa B?”, Soal Ain pula. “B tak dapat nak jumpa sayang buat masa sekarang, Mawar baru saja kerasukan. B kena bawa dia berubat. Harap sayang boleh bersabar. Sikit masa saja lagi. B pasti akan jadi milik sayang.” Pujuk Azrul. Ain termakan dengan kata-katanya.
Lepaslah Azrul dari satu masalah. Kepalanya ligat memikirkan Mawar. Apa yang harus dia lakukan? Zurin!! Ya. Kenapa tidak diadukan saja perkara itu kepadanya. Setelah memaklumkan kepada Zurin. Azrul dan Mawar dibawa berubat dengan seorang pengamal perubatan islam. Lebai Ahmad sudah berusia orangnya. Pertama kali dia melihat Mawar matanya sudah menangkap sesuatu. Ada kelibat perempuan disisi Mawar. Memegang dan menggosok-gosok perut Mawar. Dibacanya ruqyah, perlahan-lahan Mawar mula lelap. Semakin hampir habis bacaan ruqyah Lebai Ahmad tiba-tiba Mawar bercakap.
Suaranya bertukar, bukan lagi suara Mawar. Dimarahnya Lebai Ahmad kerana mencampuri urusannya. Ditanya makhluk itu oleh Lebai Ahmad, tujuannya menghuni tubuh Mawar yang lemah. “Aku mahu pisahkan dia dan suaminya! Tuan aku sayangkan dia”, bentak Mawar. “Siapa dia?! Diakah??”, Soal Lebai Ahmad sambil menunding ke arah Azrul. Mawar menganggukkan kepala. “Usah diganggu milik orang, kalau benar sayang jangan sakiti orang yang tak bersalah”, ujar Lebai Ahmad. “Siapa suruh dia permainkan Tuan aku? Biarlah tubuh ini aku sakiti, agar janin yang dia sayang ini jadi milik kami”, tegas makhluk dalam jasad Mawar.
Lebai Ahmad menjadi berang mendengar ucapan itu. Tiada apa lagi yang harus dibincangkan. Diruqyah lagi jasad Mawar tanpa menghiraukan racauan dari mulut Mawar. Sehinggalah makhluk itu tidak betah lagi bertahan dalam jasad Mawar. Diberikan air yang telah diruqyahkan kepada Mawar agar menjadi asbab kepada penyembuhan dirinya. Lebai Ahmad menasihati Mawar agar jangan lalai, selalulah mendengar atau membaca ayat-ayat ruqyah dirumah.
Beransurnya mereka dari rumah Lebai Ahmad, Azrul dapati puluhan panggilan tak berjawab daripada Ain. Dua tiga mesej juga dia terima daripada Ain. ” Apa salah aku haa? Kau buat aku mcm sampah! Kau tunggu je la aku akan jumpa isteri kau. Aku akan ceritakan semuanya”.
“Arghh, apa pulak ni”, bisik hati Azrul. Namun Ain tidak diendahkannya. “Patutlah kau mimpi pasal perempuan tu yer Mawar.” Ujar Zurin memecah kesunyian di dalam kereta pacuan 4 roda milik Azrul. “Kau pun satu kan, entah apa lagi yg kau nak ni?”, Bentak Zurin pada adiknya. Azrul menyepi, Mawar merenung ke luar jendela. Pandangan matanya kosong. Sekosong hatinya. “Usah kosongkan hati tu Mawar, Allah lebih layak berada di situ”. Zurin seolah memahami. Perlahan-lahan air jernih membasahi pipi Mawar.
Selang beberapa hari Ain mengotakan katanya. Lantaran sikap Azrul yang membisu. Kedatangannya disambut mesra oleh Mawar. Diceritanya semua perbuatan keji mereka berdua. Dengan harapan hati Mawar semakin robek. Namun sangkaannya meleset. “Tak perlu Ain pinta kemaafan dari Mawar. Dosa dan perbuatan Ain dan Azrul bukan Mawar yang akan bawa hadap tuhan”, Ujar Mawar tenang namun amat menyentap hati dan telinga Ain. “Patutlah Azrul sayangkan Mawar, Ain tak sama macam Mawar.” Ucap Ain sebelum pergi meninggalkan rumah kekasihnya.
Sebaik saja Azrul pulang, Mawar memaklumkan tentang kedatangan Ain. Mawar memohon maaf kerana menerima tetamu tanpa izin Azrul. Terjelepuk Azrul mendengar ayat itu dari mulut Mawar. Terbit rasa bersalah dalam hatinya. Isteri yang selama ini sekali pun tidak pernah ingkar terhadapnya meminta maaf kerana perkara itu. Dan tetamu tak diundang itu pula kekasih haramnya! “Allah, kuatnya hati Mawar”, bisik Azrul. Dipeluknya Mawar. Azrul menangis sepuas-puasnya. Diakui setiap kesilapannya melayan Ain walaupun dia tahu Ain masih isteri orang. Mawar mendengar namun hatinya jauh, jauh entah ke mana.
Buat lelaki yang bergelar suami hati-hatilah jangan mudah berpindah hati. Buat isteri tabahlah tiada pengantungan selain Allah. Semoga semuanya yang terlibat diampunkan Allah
*Nama dalam cerita ini terpaksa diubah bagi menjaga aib.
-TAMAT-
112. SEWA RUMAH PUSAKA
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : SEWA RUMAH PUSAKA
KARYA : FATIN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401112
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca HZONE BLOG. Ini adalah penulisan pena aku yang pertama dan ini adalah cerita pengalaman aku dan keluarga di ganggu makhluk halus. Maaf andai kata cerita aku nie tak seram. Aku tak pandai guna bahasa novelis kerna aku hanya insan biasa.
Sebelum tu aku perkenalkan diri aku, nama aku Fatin dan aku berasal dari Kedah. Cerita dia bermula pada tahun 2011 di mana arwah Pakngah adik kedua Mak meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Maktok pula ibu tunggal. Maktok mengalami tekanan jiwa dan perlu di bawa keluar dari rumah Maktok di kampung kubur panjang,Kedah. Ini kerana maktok selalu terbayang2 arwah di dalam rumah.
Kami sekeluarga terpaksa menyewa rumah di Alor setar untuk memudahkan Maktok di bawa jumpa dengan kauseling setiap minggu. Kami menyewa sebuah rumah yang di syorkan oleh kawan Abah. Kawasan rumah itu terletak dalam sebuah kawasan perkampungan tapi masih dalam area pekan. Rumah tu jarak jauh sikit dari rumah jiran yg lainnya. Semasa kami datang mengemas rumah tu, ada jiran yg lalu di situ menyapa dan bertanya ” kamu penyewa baru ka? Berani sungguh tinggal di rumah nie? Org lain tinggal disini seminggu saja lepas tu akan pindah keluar”. Itu kata2 dari jiran kami seolah2 ingin memberitahu sesuatu.
Kami tak berapa peduli dan faham. Yang penting kami sewa rumah nie murah dan keadaan rumah pon cantik serta besar. Oo ya lupa bgtau rumah kami sewa nie rumah kampung 1 tingkat ja. Bilik ada 4. Berhadapan dengan tingkap di sinki dapor ada perkuburan islam lama dan baru, jarak dari rumah dan kubur hanya dalam 60 meter saja. Jadi bila buka saja tingkap memang jelas kelihatan perkuburan tersebut. Mula2 ajak meremang jugak hihihi. 2 minggu berlalu tiada apa yg terjadi.
Hingga satu malam Maktok meracau seperti kena rasuk. Semua ahli keluarga panik. Maktok meracau2 muka Maktok berubah. Seperti itu bukan lagi maktok. Abah meminta bantuan ustaz yang juga kenalan abah untuk datang membantu. Selepas ustaz selesai memulihkan Maktok, Maktok tertidor letih bertarung dengan makhluk tu mungkin. Ustaz pesan pada kami semua jangan tinggalkan Maktok bersendirian kerana saat jiwa kosong ini la syaitan akan cuba memperdaya kita. Kami semua menganguk faham. Setelah ustaz dan orang kampung beransur pulang, kami pon beransur masuk bilik untuk rehatkan diri. Maktok tidur sebilik dengan Makcik adik Mak yang bongsu. Oo ya adik2 Mak belum kawin jadi kami tinggal satu rumah masa tu.
Pagi tu dalam pukul 2 pagi macam tu masa semua orang dah nyenyak tidur,Makcik terdengar seperti ada orang memasak di dapur. Kebetulan bilik dia dekat dgn dapur jadi dia dapat dengar dengan jelas seperti kuali dan sudip berlaga2 seolah orang sedang mengoreng sesuatu. Dia abaikan sebab dia pon keletihan dan terus tidur, fikirnya mungkin ahli keluarga yang lain lapar dan bangun untuk masak. Bila semua ahli keluarga lain dah bangun,Makcik bertanya pada kami semua ada tak sapa2 memasak semalam? tapi jawapan kami sama, tak ada siapa yg memasak pon kerna semuanya letih dan tidur. Makcik cerita apa yang dia dengar semalam. Makcik hairan tapi dia hanya diam.
Selang dua hari selepas kejadian abang sepupu aku, Abang Amet datang bersama isteri dia Kak Sa melawat maktok. Mereka dari Sik. Di sebabkan hari dah gelap Mak dan Abah meminta Abang Amet bermalam di situ, dia setuju saja sebab jalan nak balik ke Sik bukannya terang macam sekarang, lagi pon dia hanya naik motorsikal. Mereka bermalam di rumah.
Besok pagi aku pergi sekolah macam biasa. Aku balik dari sekolah agak lewat petang sebab ada kelas tambahan. Aku balik terus masuk bilik tukar baju dan terlena seketika, bila maghrib Mak kejutkan aku suruh mandi dan solat. Aku pon bangun mandi. Masa dalam tandas tengah mandi tu aku dengar jelas bunyi gelang kaki Kak Sa,mungkin dia masuk tandas sebelah kot, fikir aku. Selesai mandi aku siap2 solat. Lepas solat aku dan ahli keluarga lain duduk semeja makan malam. Aku tnya pada semua ” mana Abang Amet dengan Kak Sa?Depa xmakan sekali ka?”. Pantas saja Mak bagitau ” Depa dah balik pagi tadi lepas hang p sekolah,Abang Amet hang masuk kerja pukoi 9pagi”.
Aku terdiam nasi di dalam mulut terasa kesat nak ditelan. Perasaan aku tak sedap. Aku tnya lagi ” Habis tu tadi bunyi gelang kaki sapa lalu kat dapur? Kak Sa sorang ja pakai gelang kaki kan?, cheq(saya bahasa kedah) dengaq jelas bunyi gelang kaki Kak Sa tadi masa dok mandi”. Selepas dengar penjelasan aku, semua di meja makan diam dan berpandangan satu sama lain. Tak ada sapa dalam rumah kami yang pakai gelang kaki. Masing2 dah start cuak. Masing2 tak mau mengulas panjang mungkin masing2 dah mula rasa pelik dengan rumah nie.
Malam tu kami tidur macam biasa. Sewaktu Mak nak lelepkan mata, tiba2 Mak terdengar bunyi geseran tapak kaki sebelah tingkap bilik. Dua tiga kali kedengan bunyi tu dan tiba2 hilang. Lepas pada tu bunyi seperti guli jatuh dari tempat tinggi lama dan kemudian hilang. Mak dah mula takut dan Mak cuba baca apa yang ingat. Abah dan aku dah pon tidur nyenyak masa tu.
Besoknya selepas Mak cerita dia kena kacau, Mak dengan Abah bagitau pulak diorang nak kena pergi langkawi segera dalam tiga hari,ada kerja kat sana. Aku dan Makcik memang tak mau tinggal di rumah nie sebab cuma kami dan Maktok saja. Paklang aku adik mak aku yang ketiga,dia pulak kerja shiff malam minggu nie. Memang tak la kami nak kena tinggal bertiga saja dengan keadaan maktok yg tak berapa sihat lagi. Bincang punya bincang kami setuju bawa maktok tinggal di rumah Tokmenakan aku di Lubuk Merbau Kedah.
Makcik dan Maktok tinggal kat situ sementara tunggu Mak dengan Abah balik dari langkawi. Aku pula kena tinggal dengan Maksu adik Abah sebab aku sekolah dan rumah Maksu dekat ja area mergong nie, mudah aku nak pergi sekolah. Besok tengah hari Mak dan Abah bertolak ke langkawi. Petang selepas aku balik sekolah, Paklang terus hantar aku ke rumah Maksu. Lepas hantar aku Paklang hantar Makcik dan Maktok pulak.
Selesai semua tu Paklang balik kerumah kami nak bersiap pergi kerja. Jam masa tu dalam pukul lapan malam. Selesai mandi dan siap Paklang keluar dari bilik nak pergi kerja. Dia tengok lampu dapur terbuka dia pergi nak tutup, tapi langkah dia terhenti bila dia nampak Maktok tengah basuh pinggan. Dia panggil Maktok tapi Maktok diam xjawap. Dia cuba panggil lagi dan kali nie Maktok pusing melihat Paklang.
Tapi cuma kepala saja yang pusing badan masih menghadap sinki dan tangan masih membasuh pinggan. Bayangkan kepala berpusing 360darjah wey, muka dan badan sebijik macam Maktok. Paklang buka langkah seribu hidupkan enjin kerja terus pergi ke rumah Tok Menakan. Paklang terlupa yang dia dah hantar Maktok sebab tu dia tegur. Laju Paklang drive nak cepat sampai. Masa berhenti kat simpang tiga Kubur Panjang, Paklang terbau bau wangi yg teramat sangat. Paklang macam terpaku sekejap dengan bau wangi tu sampai la bau wangi tadi bertukar ke bau busuk yang teramat sangat, hanyir dan bau bangkai. Seraya bau itu muncul kedengaran suara hilaian tawa wanita. Paklang xtunggu lama dia terus pecut kereta sampai lah ke rumah Tok menakan. Hari tu dia minta cuti kerja dan besoknya dia demam.
Selepas kejadian itu kami tak balik ke rumah kami sampai la Mak dan Abah balik. Kami ceritakan semua pada Mak dan Abah. Kami semua balik ke rumah tu kecuali Maktok, kami balik nak kemas semua barang untuk pindah. Kami bermalam di rumah tu sebab kami balik pon agak lewat petang. Kami setuju semua sekali tidur di ruang tamu beramai2. Masing2 dah ketakutan kena kacau dah tak berani tidur dalam bilik masing2.
Malam tu macam biasa lepas kami makan kami tidur. Bila semua sedar dah pagi kami perasan kedudukan kami tidur berubah. Semalam semua tidur di sebelah kanan ruang tamu, tapi bila dah sedar semua berada di kiri ruang tamu. Sapa yang pindahkan kami semua?? Kami saling berpandangan satu sama lain. Tak tunggu lama kami terus kemas2 barang yang boleh,bila maghrib kami keluar dari rumah tu tinggal dan tidur di rumah Maksu. Kami semua tak berani lagi tidur di rumah tu. Belum sampai sebulan menyewa kami pindah.
Selepas pindah kami dapat tahu rumah tu rumah pusaka, banyak barang2 antik dan purba disimpan dalam bilik pertama iaitu bilik tuan rumah yang meninggal di Mekkah. Bilik tu pulak di kunci tak di benarkan sapa pon masuk oleh anak tuan rumah. Wallahualam. Yang baik dariNya yang buruk dari kita. Itu saja aku mampu kongsikan pengalaman seram dalam hidup aku. Terima kasih HZONE BLOG jika cerita aku disiarkan
-TAMAT-
113. MISTERI JIRAN SEBELAH
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : MISTERI JIRAN SEBELAH
KARYA : HAMBA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401113
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Liza lagi tergamam dan terus berpinar pinar matanya melihat aku.
“Weh sebelah umah ko ni mana ada orang la,ko je yang duduk atas ni. Aku naik ni pon sebab lepas ko duduk sni asyik berbunyi orang mengemas barang saja.!” Tegas liza.
Kali ni aku seorang yang bersahaja menjadi kaku dan terdiam.
“Betul ke aras ni aku je yang duduk liza?”
“Ye la ko je la duduk tak kan aku plak!”
Aku terus berbisik pada liza yang mengatakan bahawa aku dengar semua yang didengari liza dari arah pintu hadapan rumah aku iaitu jiran yang aku anggap selama ni. Bukan dari rumah aku.
Usai aku berbisik pada liza 2 ekor kucing hitam terjun dari arah bumbung dan berlari menuruni tangga.
“Hang buat tak tahu ja,bukan kita duk kacau dia pon” kata kata ibuku yang menelefon aku pukul 7 pagi memberi semangat untuk aku ke tempat kerja dan meneruskan hidup di situ. Usai memakai stokin dan kasut semerbak bau masakan yang enak menusuk di dalam lubang hidungku yang kembang. Aku tersenyum dan mengekalkan semangat yang ku terima dari ibuku sebentar tadi.
Selepas mengunci pintu aku bersahaja dan berseloroh sebelum menuruni tangga. “Masak tu jangan lupa bg sikit, tolong kemas sikit rumah aku ya?” Aku beseloroh dan terus menuruni tangga untuk ke tempat kerja. Berbekalkan motosikal petronas berkuasa 110cc aku memecut ke tempat kerja dan berjanji tidak ingin menanyakan kepada siapa siapa akan kejadian itu takut takut ada yang takut dan ada yang mengatakan aku tipu.
Pukul 2 aku pulang ke rumah aku mahu menghajati niatku semasa diatas moto iaitu tidur.
Selesai membuka pintu yang berkunci aku terkejut segala benda yang ada di dalam rumah aku kemas dan tersusun rapi. Aku mula meremang namun aku menyedapkan hati “ah memang rumah aku kemas macamni pon,apa nak hairan kan?”
“PRAKKKKKK PRINGGGPRING”
Bunyi kaca berderai di rumah sebelah seolah olah ayat penyedap hatiku itu diamarahi seseorang.aku tidak mempedulikannnya lalu memasang radio di astro dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai menguruskan diri aku baring kepenatan dan tertidur. Hari itu betul betul penat sehingga aku tersedar pada pukul 9.30 malam dalam keadaan suasana yang gelap dan didengari radio samar samar.
“Xda pulak bunyi orang mengemas ke guli ke memasak ke membasuh baju?” Bisik hatiku yang dalam keadaan agak seram dalam kegelapan. Seeloknya aku habis bercakap di dalam hati kedengaran meja kayu diheret heret mula kedengaran. Aku bangun dan lantas memasang lampu di ruang tamu dan menguatkan radio. “Pantang bertegur,bunyi selalu!!” Keluh hatiku.
Tanpa membuang masa terus aku ke bilik air untuk membuat satu mandian kerbau. “Kali ni aku nak cuba la berborak dengan Aliff tentang hal ini alang alang terus boleh makan di luar” tekad hatiku.
Sesampai sahaja di pondok Aliff aku memulakan bicara dengan menanyakan tentang spot rim kereta. Aliff memang pakar bab bab melawakan kereta ni.
Keadaan tenang aku memulakan bicara “Aliff siapa ya dulu duduk di rumah berhadapan rumah aku tu?” Tanya aku tenang lagi bersahaja.
“Eh ada orang la duduk depan rumah tu.!” Jawab Aliff sambil ketawa kecil.
Tak da la. Mana ada orang duduk la situ. Da kosong lama dah. Last 3 tahub lepas seorang doktor tinggal disitu tu pun sebulan sahaja.
Jelas Aliff kepada ku.
“Kenapa sebulan je duduk,Kena ganggu ke?” Tanya aku kegerunan.
Takdalah dia pindah sebab ditukarkan ke Sarawak.
Ceh buat suspen sahaja Aliff ni. Rungut aku sambil membelai belai ekor kucing yang comel lagi manja yang bermain di situ.
“Rumah depan aku tu kuat jugak bergurau kan Aliff?” Tanya aku bersahaja.
Kucing yang kubelai menggigit jari ku seolah olah memarahi aku kerana bertanyakan soalan itu kepada Aliff.
Dalam hatiku semakin gemuruh sebab seolah olah kucing itu memahami keadaan sebenar. Biarlah janji aku tak kacau sesiapa kan. Pujuk hatiku lalu beredar dari pondok Aliff untuk ke kedai makan malam ditemani motosikal petronas kuasa 110cc itu.
“Duduk blok mana bang?” Tanya pelayan kedai yang cantik lagi mulus kepadaku.
Duduk blok B dik jawab aku bersahaja.
“Kalau dah kawin takpela bang,lau belum kahwin elok elok lah bang.”
Senyum pelayan itu kepada aku.
“Eh kenapa pula ckp macamtu?ye la sy masih bujang ni”. Tanya aku kerisauan.
“Takda apa saja je bergurau,kalau bujang elok elok la naik turun tangga nanti jatuh!” Jawab pelayan itu bersahaja. “Saya pon baru je datang sini bang tolong pakcik sy.” Jelas gadis itu.
“Cis! Buat suspen je budak ni nak ngorat aku ke apa ni dah la orang dalam keseraman!” Marah aku sambil mengunyah daging masak kicap bersulamkan teh o ais.
Hati gusar dan makin seram namun hanya perilaku seperti biasa kulakukan untuk meneruskan tidur pada malam itu.
Awal pagi tersedar pada jam 5.30 pagi akibat gatal gatal yang tak pernah aku alami. “Selalu tak da nyamuk aras 5 ni macamana bnyak nyamuk pula ni!” Keluh aku kegeraman.
Setelah dibelek seluruh kaki ku berbintik merah memenuhi ruang.
Ini macam pijat. Mustahil pula!!
Mengambil keputusan untuk ke klinik di luluskan pentadbir membuatkan aku tidak sabar untuk bertanyakan kepada doktor.
“Ini bukan nyamuk dan ini bukan hasil gigitan pijat” terang doktor Arsyad kepadaku. Habis kenapa tiba tiba gatal sebegini rupa doktor.
Doktor mengatakan ini mungkin alahan. Aku berdiam dan menerima sahaja ubat gatal yang diberi.
3 hari kaki ku dipenuhi gatal gatal membuatkan aku semangat untuk berjumpa seorang ustaz untuk menanyakan sesuatu. Ustaz menanyakan serba sedikit latar belakangku sebelum membuat air jampi.
“Rumah kau duduk tu dulu tanahnya tempat orang bunian duduk” jelas ustaz kepadaku. Mereka dialihkan ke hutan sebelah untuk dijadikan tempat baru. Aku hanya berdiam tanpa memberitahu kisah kisah yang aku alami. Menurut ustaz kegatalan yang melanda itu akibat daripada serangga hutan yang datang mengigit pada waktu malam.
Selepas mendapat air jampian oleh ustaz Alhamdulillah kakiku menjadi pulih seperti biasa. Tiada lagi gatal gatal dan kepedihan melanda.
Sejak pada itu aku beranggapan bahawa mungkin aku tidak diganggu lagi oleh bunyi bunyi yang kurang menyenangkan dari rumah sebelah. Namun ianya hampa,aku tetap mendengar dan menahan jiwa untuk gangguan seperti itu.
Liza sekali lagi mengetuk pintu rumahku untuk menghantar lauk yang dibeli lebih olehnya. “Dah 2 minggu aku tak dengar apa apa selepas jumpa ko tu” jelas liza kepadaku. Aku mengambil lauk diberinya dan tergamam dan mengucapkan terima kasih.
“Kenapa aku masih dengar benda benda ni?” Keluh aku kegeraman kerana aku seorang masih mendengar dan menelannya seorang!
“Krik krik krik” bunyi seolah olah kuku dicakar cakar ke tingkap.
“Ah bunyi apa pulak kali ni!!”
Berbekalkan keberanian aku membuka pintu bilik tergamam aku bila melihat seekor burung hantu terbang mencari jalan keluar dari dalam rumah. Bulu roma menegak serta merta melihat wajah burung hantu itu. Rileks,dan melihat keadaan sekeliling.burung itu keluar dari syiling yang pecah di ruang tamu.
Setiap kali berbunyi perabot diseret seret di rumah sebelah burung hantu itu seolah olah tidak tenang dan terbang ke sana ke mari mencari jalan keluar. Aku membuka sliding door seluas yang mungkin.
“AH DEGIL PULAK BURUNG NI ORANG DAH BAGI JALAN!”
Aku ke dapur mengambil penyapu dan menghalau burung hantu itu ke luar. Puas juga aku menyapu rumah oleh serpihan syiling dan bulu bulu yang beterabur kerana terkena kipas.
Angin di luar bertiup sepoi sepoi menghembus muka ku sewaktu memanjat untuk memasang syiling.
“Macamna la keadaan dalam bumbung ni ya? Macam macam sangat bunyinya. Aku meberanikan diri.
“Gedegang!”bunyi pintu dihempas.
Bunyi tapak kaki menuruni tangga.
Aku segera membuka pintu untuk melihat tetapi satu kelibat pon aku tak nampak.
“Keluar minum la tu” aku beseloroh.
Selepas menutup pintu serta merta rumah aku blackout.
Aku menerpa ke tingkap untuk melihat samada rumah aku sahaja atau semua. Lega hatiku kerana semua ketiadaan elektrik.
Lebih menakutkan bunyi perabot di rumah sebelah semakin kuat diheret kesana kesini. Aku segera menelefon liza.
“Ya weh aku pun duk dalam ketakutan ni ngn budak rumah aku,kuat giler bunyi atas ni.!”
Kata liza dalam ketakutan.
“Tak pa kita buat tak tahu ja. Kejap lagi ada la tu elektriknya!” Aku menenangkan liza.
“Kenapa kali ni liza pun dengar jugak?” Bisik hatiku kekeliruan.
Aku mengambil keputusan untuk mengintai pintu hadapan ni sampai bertemu jawapnnya.
Untuk mencari rumah lain amat sukar disini kerana rata rata dipenuhi orang luar yang mencari rezeki disini.
“Cuba la sikit ambil tanah blok hang tu n makan sikit bagi rasi dengan tempat hang” pesan mak aku pada satu petang sewaktu aku menelefonnya.
Aku turun dan ambil sedikit tanah untuk menghajati petua orang tua.
“Layan je la petua orang tua ni,mungkin ada betul nya” keluh aku sendiri.
Malam itu aku seperti biasa membuka lampu dan segala benda yang sudah menjadi kebiasaan.
Sunyi dan nyaman pada malam itu. Tiada lagi bunyian yang aku alami.
3 hari berselang aku bersyukur kerana tidak lagi mendengar bunyian itu. Pada hari keempat selepas aku menelan sedikit tanah itu, bunyi itu kembali berbunyi namun ditambah dengan bunyi yang baru iaitu bunyi kereta kawalan jauh dilanggar langgar ke dinding dan bunyi kanak kanak berlari menaiki tangga.
Aku seperti sudah menjadi lali akan bunyi bunyi walaupun kadang kadang perasaan meremang dan seram tetap ada. “Aku nak try masuk la rumah sebelah ni nanti..nak tgk apa ada dalamnya!”
“Tak payah la masuk bukan ada apa pon dalamnya,ada perabot sama macam rumah hang,cuma rumah tu kosong je takda orang nak duduk” tegas Aliff kepada ku.
Aku diam dan mengiyakan saja.
“Kerek pulak mamat ni,aku nak masuk saja je, kot kot ada barang yang orang tinggal boleh la aku guna,ishhhhhh”
Elektrik kembali pulih. Lega hatiku. Aku mula mengintai di hujung celahan pintu untuk melihat pintu jiran hadapan. Tepat jam 1 pagi aku tidak menemui sebarang jawapan dan aku beralah untuk tidur.
Membuka lampu membuka radio dan memasang mp3 agak meriuhkan keadaan dalam rumah aku untuk mengelak ketakutan.
“Janji aku tak nak dengar benda bukan bukan” bisik aku yang meletakkan bantal menutupi muka.
Azan subuh kedengaran di masjid berdekatan. Seusai azan satu pengumuman tentang kematian dibacakan. “Aku kena ke rumah orang meninggal la jap lagi memandangkan hari ini hari sabtu”
Aku menyiapkan diri dan menuju ke rumah orang meninggal.
“Awak la duduk di blok tu ya?” Soal seorang pakcik tua dalam lingkungan 50an.
“Ya pakcik,kenapa?” Soal aku.
“Makhluk Tuhan ni ada dimana mana” jawab pakcik itu bersahaja dan terus masuk menziarahi arwah.
Pulang sahaja dari tanah perkuburan aku sempat berborak dengan seorang otai lama yang duduk di kawasan rumah aku. Kali ini aku memberanikan diri untuk bercerita hal sebenar yang aku alami.
“Kau rajin mengaji tak?kau rajin solat tak?kau rajin memperdengarkan ayat ayat zikir tak?” Tanya otai itu.
“InsyaAllah cikgu ada semua tu” jawab aku bersahaja.
“Kalau ada semua tu kau tak payah risau la. Semuanya baik baik sahaja. Apa apa pon ko diletakkan di situ pun sebab penghulu tahu kau ok”. Jawab otai itu.
Aku kebingungan apa yang cuba disampaikan oleh otai tu.
“Kau akan dapat jawapannya nanti,aku taknak cerita apa apa. Sebab kau orang yang ke lima dah kalau aku cerita,yang 4 lagi tu dulu aku cerita semua tak percaya dan sampai sekarang diorang tak dapat jawapannya” kata otai itu memberi ku semangat.
“Baik la cikgu” jawab aku akur. Dalam hatiku berkata layan je la sampai jumpa jawapan. Kalau ok aku stay kalau tak okey aku blah.
Seperti biasa setiap ahad aku membasuh baju untuk seminggu. Keadaan di belakang rumah tempat mesin basuh agak menakutkan dengan dinding yang berlumut akibat kebocoran atap. Hanya menyental sikit untuk nampak lebih baik. Dengan tahi burung yang dari mula aku tak dapat halang terpaksa untuk aku membalut mesin basuh setiap kali selepas digunakan. Namun pada haritu selepas membuka pintu belakang untuk membasuh baju alangkah terkejut keadaan bersih dan tiada tompokan tahi burung kelihatan.
“Tolong cuci ke orang sebalah” aku beseloroh lagi.
“Gangggg!” Bunyi pintu dihempas di rumah sebelah.
Aku ketawa kecil seolah olah sudah biasa walaupun dalam hati berdegup ketakutan. Semangat dari otai membuatkan aku yakin yang ianya baik baik sahaja.
Selesai membasuh aku menyidai di beranda rumah yang berhadapan dengan rumah hadapan. Kedengaran seolah olah orang memasang tv namun samar kedengarannya. Aku hanya bersahaja dan terus menyidai untuk kali terakhir iaitu seluar comel ku. Aku teringat akan pesan ibu ku.,pakaian dalam tak payah la jemur di luar nanti orang tak suka.
“Jika betul ini juga makhluk Allah aku nak tgk dia marah atau tak” bisik hatiku sambil meneruskan menjemur pakaian kecil ku.
Selesai kerja jam 2 pm aku pulang untuk mengangkat kain jemuran yang disidai semalam. Kelihatan seluar kecilku bertaburan di atas lantai dan pakaian lain elok seperti sediakala.
“Betul la ni ada orang tak suka” rintih aku sambil mengangkat pakaian.
“Cisssss!” Air kencing kucing. Patut la tak suka. Siap kencing lagi atas kain kecil aku! Eksperimen aku terganggu nampaknya. Lantak lah.
Aku tiba tiba teringat akan kejadian sms tiada tuan dan kehilangannya. Aku menjadi bingung sambil mebelek belek telefon ku sambil membalas whatsaap.
Leka bermain telefon aku terlelap di hujung katil yang empuk lagi enak. Kali ini aku ditindih sesuatu di atas badan aku. Aku seolah olah sudah menjerit namun sakit dan senak di dada ku. Aku cuba membanca ayat Al Quran dan akhirnya hempakan itu terlepas. Kain langsir beterbangan seolah ada angin meniupnya. Aku membongkokkan badan menarik nafas lega akan kesakitan di dada ku.
“Siang siang pon kena hempap,bahaya betul dah ni” keluh aku sambil memasang alunan zikir.
Pesan otai membuatkan aku teringat yang semuanya baik baik sahaja. Aku dah nampak sedikit gambaran. Mungkin ini nak disampaikan. Cabaran aku untuk melihat reaksi kemarahan sudah dibalas. Aku berdiam dan terus ke dapur untuk memasak air kerana takungan air masak sudah berkurangan.
Badan aku kepenatan lalu terbaring di bucu katil. Mata terbuka dan kejap kejap terlelap semula. “Takpalah layan la sikit lagi”. Lampu sudah terpasang di ruang tamu membuat aku lebih berani tanpa tinggal dalam gelap.
Dalam keadaan mimpi tak mimpi aku seolah menampakkan sebaris berjubah putih sedang bersolat jemaah di ruang tamu. Dalam keadaan separuh sedar aku sempat bercakap di dalam hati “mimpi apa ni” namun tidak kubangunkan diri kerana melayan kepenatan. Seorang berbaju putih samar samar menghampiri dan menampar pipiku. Aku tersedar dan mendapati telefon terhempap ke muka ku.
“Adoi sakit jgak” aku mengaduh. Bangun aku dari terbaring jam sudah menunjukkan waktu isyak dan aku dapati tingkap bilik ku seolah ditiup angin.
Bila diingatkan seolah olah aku ditampar kerana membuat kesalahan.
“Aku mimpi ke apa td ya?” Aku kebingungan yang melampau.
Aku segera bangkit dan menyucikan diri lantas melakukan apa yang patut.
Terang bulan malam tu.. aku menyelak langsir menikmati bulan penuh tepat menerjah ke bilikku.
Mata yang segar bugar membuatku tidak lena dan melayan whatsapp.
“Hik hik hik,pap pap pap pap” kedengaran budak berlari lari di tapak parking.
“Amboi seronok benar anak anak cikgu ni,ingat raya ke apa? Bulan terang je pon!” Aku ketawa kecil.
Belek belek telefon aku menghantar whatsapp kawan setempat kerja mengenai kerja. Yang membuatkan aku terkejut jam sudah menunjukkan jam 2.30 pagi.
Lebih membingungkan anak siapa yang berlari keseronokan di bawah sana jam 2 pagi mcmni? Aku kebingungan lalu terus menutup lampu bilik dan membiarkan pintu terbuka sikit untuk cahaya ruang tamu memasuki bilik.
Berdiri tegak sambil melambai tangan memanggilku ketika ingin keluar bekerja. “Awal g kerja harini bang?” Tegur Aliff yang segak berkopiah di pondok jaga.
“Harini kena awal ada urusan sikit.” Aku mebalas sambil memulas throttle motosikal lagenda petronas buatan jepun yang satu satunya warna yang unik di kawasan itu. Terpancar sinar di wajah Aliff dengan mengayakan kopiah putih pagi itu.
“Lena tak tidur semalam?” Soal Aliff
“Emm lena je Aliff,penat punya pasal,ok la aku pegi sekolah dulu ya?”
Aku membalas selamba malas melayan Aliff yang kupikir ingin menyakat aku.
“Aku dulu duduk sebulan je situ, tak tahan anak aku asyik menangis aje” jelas rakan di tempat kerja yang merupakan otai lama yang pernah duduk di kawasan kediaman ku sejak ianya dibina.
“La ye ke..kenapa tak tahan naik turun tangga ke mcmna tu?” Soal aku.
“Tak da lah memang tempat tu tak sesuai tu anak aku menangis” terang otai itu dan berlalu menuju ke kantin.
Pulang kerja sekali lagi aku terserempak dengan pakcik yang menegur ku tempoh hari.
“Beli cendol ke abc? Tak pa buat pilihan yang terbaik ya. Jangan risau semuanya baik baik sahaja.” Ungkap pakcik itu sambil berlalu menaiki moto c70 buatan jepun original.
Aku kebingungan tentang itu dan terus membeli cendol dan pulang ke rumah.
Menghirup cendol sambil menonton rancangan tv sesungguhnya perkara yang nikmat untuk melayan perasaan dan kepenatan.
“Kata syiling rumah pecah?, kejap lagi aku naik tolong pasang yang baru ya.!” Aliff memeberitahu aku dalam telefon.
5 minit kemudian Aliff naik bersama dua keping syiling yang baru.
“Apa je ada atas ni Aliff?” Soal aku ingin tahu.
“Ada tangki air je la untuk semua rumah blok ni” jawab Aliff bersahaja sambil memaku syilling yang baru.
Aliff segera ingin turun kerana ingin menjalankan tugas dan aku hanya membiarkan Aliff keluar. Aku sempat untuk menelek gerak geri Aliff menuruni tangga. Sehilangnya penglihatanku terhadap Aliff,
“Gedegang!!” Bunyi seolah pintu juga ditutup oleh jiran hadapan seolah olah juga melihat Aliff menuruni tangga.
“Nak menyebok juga jiran ni” dengus hatiku sambil tersenyum kecil. Perkara sebegitu seolah menjadi kebal bagi ku namun kadang kadang perasaan seram tetap diselubungi.
Melayan you tube lagu lagu jiwang membuatkan ku leka sambil membaca sebuah buku peperangan yang baru dibeli.
“Srettt srett srettttt” bunyi seolah olah orang mengesot di atas tepat syiling dalam bilik ku. “Kucing la ni nak beranak!” Aku menyedapkan hati sambil mengambil batang mop mengetuk ngetuk syiling untuk menghalau. Sejak syiling dibaiki Aliff aku sering mendengar seretan mengesok di syiling bilik ku sehingga aku terpaksa pindah untuk tidur di ruang tamu.
“Aliff ada rumah kosong lagi tak area sini?aku rasa nak pindah la dekat seminggu dah aku tidur tak lena lepas kau baiki syiling ni” aku mengadu kepada Aliff yang leka bermain mainan alam maya di telefonnya.
“Macamni la kau bukak la satu syiling yang aku tampal tu. Renggangkan sikit tanpa memakunya,mungkin ada yang marah sebab tak da jalan keluar.” Jawab Aliff bersahaja.
“Kau ni bila orang serius kau buat main main pulak!” Tegas ku agak memarahi sikap Aliff.
“Aku cakap biarkan kau suruh tampal bila dah tampal kau merungut itu ini,bukan aku nak layan kau sorang je!” Aliff meninggikan suara. Aku hanya berdiam dan Aliff memohon maaf kerana melayan aku seperti itu.
Aku naik ke atas dan menonton tv. Sekali sekala aku memasuki bilik dan mendengar bunyi seretan itu di syiling bilik. “Ah aku cuba la buat apa Aliff suruh,dia otai jugak mesti la ada apa apa tu.” Aku bisik menuruti dan mula mengenal apa itu menghormati otai lama. Aku menanggalkan paku dan membiarkan syiling renggang seolah olah membuka ruang.
Sudah 3 hari bunyi itu tidak kedengaran dan pada hari keempat,
“Prangggggg” bunyi syiling jatuh di ruang tamu ku itu. Bunyi yang kuat seolah kaca berderai membuatkan aku terjaga dari tidur petang pada jam 4 petang.
“Betul la kata Aliff ada yang nak keluar sebabtu marah dengan mengeluarkan bunyi tidak menyenangkan” bisik hatiku sambil menggeliat.
Betul!! Sangkaan aku selama ini menepati dan tepat sekali! Aku bersemangat kerana tekaanku tepat dalam keadaan yang agak meremangkan bulu roma apabila melihat seekor kucing hitam menggigit seekor anak kucing di depan pintu rumah ku. Kelihatan memang baru diberanakkan . Kucing itu dengan mata terpinar membuatkan ku lebih seram seolah olah memarahi aku kerana tidak membuka pintu untuk ianya keluar.
Aku segera membuka pintu untuk membiarkan kucing itu keluar.
Aku membersihkan syiling yang pecah dan kali ini aku hanya membiarkan dan tidak lagi mahu menampalnya.
“Kan aku da ckp kau nak tampal jugak” Aliff menelefon dan memberitahu ku.
Aku tercenggang dan agak pelik,macamna Aliff ni boleh tahu pula syiling aku da pecah semula?
Aku segera meletak telefon kerana berasa yang amat pelik dan mula memikirkan sesuatu yang tidak kena mengenai Aliff.
“Tuk tuk tuk” bunyi ketukan pintu membuatkan aku lebih seram dan aku hanya membiarkan dan terus memasuki bilik tanpa sempat membuang pecahan syiling ke dalam tong sampah.
Aku masuk ke bilik air dan mandi dengan air yang dipasang kuat kuat untuk menghilangkan tekanan badan yang agak terkejut. Semakin lama aku berasa tenang dan aku termenung di kamar sepi rumah ku itu.
“KAU KENAPA SEMALAM AKU KETUK PINTU TAK BUKA?AKU KOL KAU LETAK!”
Aliff menahanku ketika hendak ke sekolah dan menanyakan seperti tidak berpuas hati.
“Balik nanti aku lepak dengan kau jap” Aku balas sambil memulas minyak motosikalku untuk segera ke sekolah.
Sesampainya di tempat kerja,hujan mula menuruni dan membasahi kawasan itu sehingga jam 3 petang. Aku terperangkap di bawah pondok dimana aku meletakkan motosikalku berteduh.
“Tu la ada kereta kau simpan taknak bawak,bila hujan da tersangkut! Aku nak balik kampung petang ni,nanti la kita borak ya?” Aliff menelefonku kerana sudah sejam menunggu aku di pondoknya.
“Ok!” Ringkas balasanku kerana masih musykil dengan sikap Aliff.
“Makin lama makin misteri la pulak saya rasakan duduk disini” rintih aku kepada otai lama di kediaman ku.
“Ha ha ha.. takpa tak da sampai m**i pon kan?jangan risau lah ok je,aku da belas tahun duduk sini” balas otai lama disitu.
“Boleh tak cikgu terus terang je apa ceritanya?” Soal aku ingin tahu.
“Sabar lah,kau akan tahu juga nanti. Sabar aje lah bukannnya benda ni memudaratkan kau pun. Rileks je ok. Kau beruntung tahu tak?” Balas otai lama sambil berjogging keluar dari pagar.
Aku kebingungan dengan perkataanya “beruntung”. Aku punya lah seram sejuk dibuatnya dia boleh cakap aku beruntung. Rintih aku kegeraman sambil berlari menaiki tingkat 5.
Petang itu keharuman menusuk kalbu berbau di hidungku disulami bau bau seperti kari dan masakan lain.
“Perghh, lapar perut lau gini gaya” aku menggeliat sambil memejam mata.
“Kalau buat kenduri jangan lupa jemput jiran sebelah!” Aku berseloroh sambil bangun memasang lampu dan beredar ke bilik air untuk membersihkan diri.
“Malam ni lampu koridor semua tak da ya sebab fius terbakar” mesej dihantar oleh Aliff kepadaku.
“Okey no problem” aku membalas mesej Aliff.
Aku mula pelik dengan Aliff macamana dia boleh tahu fius terbakar sedangkan dia balik ke kampung.
“Ada la tu ahli bagitahu dia,dia kan otai lama” aku menyedapkan hati.
Malam itu umpama ada satu bunyi tarian dan gendangan alat muzik yang dengar samar samar di telinga ku. Aku terus menghantar sms ke liza dan otai lama situ.
“Ada dengar tak apa apa?”
“Aku tak dengar apa apa!” Balas liza
“Kau sangat beruntung wahai anak muda” otai lama membalas.
Jam tepat jam 9 malam. Aku cuba mengintai di pintu rumah ku. Apa yang membuatkan aku terkejut, keadaan rumah sebelah seperti terang menderang seolah olah sedang meraikan satu majlis gilang gemilang.
Keadaan berbunyi riuh membuatkan aku seram dan terus mengambil keputusan untuk keluar ke kedai pada malam itu. Aku mengajak liza keluar atas dasar ingin membelanja nya.
“Liza kau ada dengar apa apa tak?ke kau nak berahsia dengan aku? Tak pa malam ni kau oder je nak makan apa aku belanja” tanya pujuk akunkepada liza.
“Kau dah kenapa ni?cuak giler aku tengok” jawab liza sambil senyum.
Setelah selesai makan sambil berborak memang ternyata liza sudah sifar dari mendengar benda benda pelik lagi.
Oleh kerana liza tidak mendengar apa apa,aku mengambil keputusan untuk tidak memberitahu apa apa mengenai apa yang aku lalui. Demi menjaga kerisauan liza dan ketakutannya.
“Kau kalau dengar kereta kawalan jauh tu kau join la sekali brader”
Liza bergurau kepadaku sambil memberi salam dan terima kasih.
“Aeleh minah ni aku cerita satu persatu kang ada yang pindah rumah kang” keluh hati aku seolah olah seorang yang sangat berani.
Aku menelek ke rumah sebelah,cahaya seperti kenduri itu sudah tiada. Aku membuka pintu dan amat terkejut apabila aku lihat semut penuh menghurungi kawasan depan pintu aku. Aku menunduk dan melihat apa yang dihurung semut.
Aku semakin seram kerana semut penuh tanpa menghurungi apa apa. Aku mula berfikir adakah ada makanan atau apa apa benda manis aku tumpahkan,tapi aku yakin tiada.
Aku mula memikir dan pikiranku melayang sehingga menaikkan bulu roma ku. Apa yang aku fikirkan ialah semut itu menghurung makanan yang diberi jiran sebelah.
Aku mula berpeluh dan menyesal kerana berseloroh untuk jiran sebelah memberi makanan!
“Aduh lenguh nya belakang ni.”aku merintih kesakitan seolah olah sedang memikul guni beras seberat 50kg. Aku mula meraba raba dalam laci untuk mencari minyak angin untuk disapu.
“Sini ada tak tukang urut yang boleh datang ke rumah bang?”aku menelefon seorang kawan yang merupakan penduduk asal.
“Ada,wak santor namanya kalau nak aku tolong sampaikan kat dia dan minta dia datang rumah kau!” Balas bang Berahim.
“Boleh jugak bang,suruh dia datang jam 5 petang ni ya?” Balas aku sambil mengusap ngusap belakang menggunakan bucu katil.
Aku menunggu dengan sabar kehadiran wak santor sambil membuka pintu rumah yang ditahan dengan pengalas kaki.
Aku terlena seketika. “Gedegang” pintu rumah tertutup dengan sendiri membuatkan aku terkejut. Tiupan angin seolah olah ingin menyambut kehadiran wan santor ke rumah ku.
“Assalamualaikuk pak,katanya mau diurut?” Wak santor tercegang di rumah aku.
“Masuk wak,lama benar menunggu lama da sakit ni macam ada yang menumpang!” Aku berseloroh.
Wak santor memasuki rumah aku dan bersalaman dengan aku. Tapak tangannya yang kasar memutik kegatalan di tapak tangan ku. Matanya terpinar pinar seolah melihat sekeliling.
“Duduk berdua ya pak?” Soal wak santor kepadaku.
“Sorang je la wak,apa berduanya!” Jawabku keseraman,seolah wajah wak santor dapat melihat benda lain.
“Waduh lebam lebam ni belakangnya!” Wak santor memberitahuku sambil menggosok gosok belakangku. “Tidak ada yang menggosok lagi kan?” Tanya wak santor kepadaku.
Tidak ada lagi wak jawabku bersahaja sedangkan aku tahu lebam itu kerana aku menekan nekan tempat sakit di bucu katil.
Urutannya tidak menggelikan aku kerana kasar tapak tanggannya.
Sekali sekala angin keluar tetapi wak santor rileks kerana sudah biasa akan perkara tersebut.
“Pernah buat kenduri rumah ini?” Tanya wak santor sambil menuang sedikit minyak untuk menambahkan licin.
“Tak pernah lagi wak” jawab aku.
“Sekali sekala buat la sini kan ramai jiran jiran boleh tambah pahala.” Jawab wak santor sambil menenyeh2 belakangku.
Selesai mengurut aku mengajak wak santor minum air kopi yang aku bancuh sambil dia menghisap rokok dari seberang.
“Kalau raya balik kampung gak?” Soal wak santor.
“Tak balik wak,raya sorang sorang je sini kadang kadang family ramai datang sini” jawab aku menipu risau rumahku diselidik oleh warga asing.
Mata wak santor terpinar pinar melihat keadaan sekeliling sambil mengehmbus asap rokok cengkihnya itu. Selesai semuanya wak santor ingin beredar dan bersalaman kepada aku.
“Tinggi sangat rumah kamu ni,patut sakit badan,nanti kalau perlukan telefon saja bang berahim ya?” Wak santor berkata sambil mengikat tali kasut nya. Sewaktu menuruni tangga wak santor sempat berkata “patut la tak bosan duduk tinggi tinggi ramai anak beranak jiran rupanya”. Aku tergamam dan segera menutup pintu.
“Kau berjampi apa dengan wak santor semalam?” Soal otai lama kepadaku.
“Takda apa saja suruh mengurut belakang ni ha,lenguh sangat la cikgu.” Jawabku sambil mengusap belakang dengan sebatang pen.
“Tinggi ilmu orang tua tu kalau kau nak tahu” terang otai kepadaku.
Aku mula mengingati kata kata akhir wak santor bahawa ada anak beranak jiranku. Aku mengesyaki yang wak santor boleh nampak selain dari alam nyata. Tapi aku musykil samada wak santor memberitahu samada jiran blok aku atau jiran depan rumah aku.
“Bang Berahim minta wak datang lagi boleh tak?” Aku menelefon bang Berahim.
“Bukan ke kau da okey mngurut?ni mesti nak cungkil ilmu orang tua tu kan? Dia ada ilmu orang lelaki bagi kuat tau! Orang tua tu dah balik seberang la lawat anak anak dia. Tak tahu la sampai bila.” Jawab bang Berahim panjang lebar.
Aku mencapai kunci motosikal kerana ingin ke kedai untuk mengeteh. Kali ini aku berasa kurang selesa kerana motosikalku seolah2 berat ditumpangi sesuatu. Aku terus memulas minyak. Hatiku berdebar sehinggakan peluh jantan mula mengalir di dahi.
“Cis tayar pancit rupanya,kusangkakan ada yang menumpang” aku mengelap peluh dan terus menolak motosikal ke kedai yang berhampiran untuk dibaiki.
Aku minum di kedai yang berhampiran dengan kedai moto itu.
“Minum apa bang?makan?” Soal perempuan pemilik warung kedai itu.
“Bagi bakso dan neslo ya!” Jawabku ringkas sambil membelek telefon dan membaca segala perihal di group whatsapp tempat kerja.
Aku sempat perhatikan pemilik kedai itu. “Dia ni bini orang ke anak dara ek? Muka boleh tahan tapi kenapa asyik pandang aku je.” Aku mula perasan gerak geri perempuan itu.
Siap aku menghirup kuah bakso aku akhirnya disapa pemilik kedai itu.
“Abang tinggal kat mana? Asal mana?”soalnya.
“Tinggal kat kondo tu la,asal dari kampung je dik” aku menjawab sambil mengangkat keningku yang jarang.
“Kenapa dari tadi tengok saya macam saya ni penjenayah?” Aku menyoal nya dengan nada sopan.
“Tak da apa la bang,saya pelik la tgk abang ni,tak pernah nampak sebelum ni,tiba tiba abang datang kedai sy dan sy tengok abang rasa pelik sgt” dia membebel sambil membungkus keropok.
Aku mula terdiam dan aku seram bila diperkatakan sebegitu seolah olah dia nampak sesuatu yang pelik kepada wajahku. Aku mula membuka camera telefonku untuk melihat wajahku di kanta selfie. Aku amat terkejut bila melihat kesan lebam hitam di leherku. Aku menelan air liur perlahan lahan terkedu kerana melihat kesan hitam itu.
Aku bangkit dan terus membayar untuk segera pulang. “Berapa smua ni?”soal aku.
“Tak payah bayar la bang,lagipun abang kali pertama cuba kedai sy ni. Tadi sy bukan pelik apa tengok abang,wajah abang ni mirip dengan seorang kawan saya masa di shah alam dulu,namanya Asrul.” Perempuan itu tersenyum.
“Lah yang kau pelik tengok aku tadi sebab wajah aku sama dengan kawan hang?bukan sebab lebam bawah leher aku ni?” Aku meninggikan suara.
“Eh bukan bang,aah sebab muka abang sama dengan kawan saya di shah alam bukan sebab lebam tu. Tapikan bang rasanya tu bukan lebam,tu macam minyak rantai motosikal je?” Perempuan itu menjawab dan menyoal ku.
Aku segera mengambil tisu dan cuba mengelap dan ternyata ianya minyak hitam mungkin terkena semasa di kedai moto semasa membaiki tayar. Aku senyum malu dan kembali ke motosikal.
“Tapi ramai orang cakap kondo tu seram kan bang?” Soal perempuan tu lagi.
“Aah seram sangat tapi adik pandang abang tadi lagi seram dibuatnya”aku berseloroh.
“Jangan nak berlawak sangat la bang,ramai da orang becerita kondo tu berhantu dan ramai tak sanggup duduk situ tau” jawab perempuan itu.
Aku yang lali oleh kata kata sedemikian tidak mengendahkan dan terus berlalu dengan mengayakan tayar motosikalku yang baru.
“SEBENARNYA AKU DAH LAMA NAK BAGITAHU KAU,TAPI AKU TENGOK KAU NI JENIS RILEKS DAN TENANG JADI AKU MALAS LA TERBURU BURU,LAGI SATU AKU TENGOK KAU NI JENIS YANG BERANI. SEBENARNYA JIRAN DEPAN RUMAH KAU NI ADALAH ROH ROH ORANG YANG DAH M**I. DULU ADA SATU KELUARGA DARI TERENGGANU DUDUK DISITU. SI AYAHNYA NI SEORANG YANG MENTAL TELAH MENETAK KEPALA ISTERI DAN ANAK ANAKNYA DAN AKHIRNYA MEMB UNUH DI RISENDIRI ATAS SEBAB TIDAK DAPAT MENGAWAL AKALNYA DENGAN BAIK. DIORANG NI ASALNYA KELUARGA YANG SANGAT BAHAGIA SEHINGGAKAN AYAHNYA KEHABISAN UBAT DAN BERTINDAK DI LUAR JANGKAAN.”
Sesorang telah memberitahu ku.
“Gedengangggggggggggg” bunyi tabung duit syiling ku berterabur.
Aku tersedar dari tidur siang.
“Cis mengarut sungguh la mimpi siang siang ni. Patut la mak aku tak nak dengar kalau aku becerita pasal mimpi siang. Semuanya mengarut. Akibat kepenatan yang teramat aku tertidur dan mimpi yang bukan bukan pada hari itu.
Aku segera ke bilik air dan mandi bagi menyucikan tubuhku serta kesan minyak hitam di leherku.
Seusai mandi aku sekali lagi dikejutkan oleh bunyi perabot di sebelah rumah.
“Ei tak habis habis lagi ke jiran aku ni.”
Aku merungut sambil mengelap badan dan terus memasang lampu di ruang tamu.
“Ada penah tak orang meninggal kat sini cikgu?”aku menanyakan otai lama yang sibuk mengikat tali leher di kereta nya.
“Kadang kadang aku pulak rasa kau ni mistik punya orang tanya soalan macamni pagi pagi. Takda lah tak pernah ada orang meninggal lagi kat sini. Kucing ayam cicak ada la yang m**i kat sini.” Jawab otai sambil berlalu.
Aku terus menaiki moto ke tempat kerja.
“Rasa nak gelak jugak mimpi mengarut ngarut ni ye” aku bercakap dalam hati sambil menunggang motosikal dengan penuh gaya.
“Kau taknak cari partner ke duduk sekali? Tak bosan ke duduk sorang sorang?” Soal makcik kantin sambil menjual makanan.
“Bukan taknak cari partner la kak,esok kalau saya nak pakai boxer susah la dalam rumah!”aku jawab sambil gelak.
“Suka sangat kau ye? Semalam akak nampak kau makan kat kedai bakso tu kan? Taknak ngorat ke tokey dia tu.?comel kan orangnya. Anak dara lagi tu. Cuma umur dia lebih sikit” rekemen akak kantin sambil mengangkat kening.
“La anak dara lagi,ingatkan isteri orang sebab gaya dia tu matang dan nampak……..”
“Ha nampak apa? Kau jangan macam macam ayah dia tu orang berilmu. Pandai macam macam tau.” Akak kantin memotong kataku.
“Macam kawan sy la kak,ish” aku jawab bersahaja untuk elak panjang cerita.
Aku mendapat satu akal untuk memberanikan diri.
“Aku nak try la masuk rumah depan rumah aku tu,aku kena cari kunci kat pondok pengawal.” Aku meyakin dan memberanikan diri sambil mengetuk pen ke meja.
Selesai tugas aku pulang dan terus ke pondok pengawal untuk mendapatkan kunci yang disimpan.
“Aliff tak balik lagi ke dari cuti?” Aku menyoal pengawal yang menggantikan Aliff yang datang dari sekolah sebelah.
“Belum lagi dia tak bagitahu pulak bila dia balik” jawab dia dengan tenang.
Aku terus ke mejanya sambil mengetuk sebatang rokok buatan murah. Aku terus membuka laci sambil membelek belek untuk mencari kunci.
“Nak cari apa bang? Buku mastika ke?” Soal pengawal itu yang bernama Aman.
“Takdalah zaman bila baca mastika,nak mistik aje ceritanya,kunci rumah rumah kosong letak kat mana ya?aku nak cari kemistikan ni” jawab aku seolah olah seorang yang berani.
“Kunci takda bang kat sini,memang saya datang sini hanya meronda keselamatan je dan takda pula ditinggalkan kunci” jawab Aman sambil membaca buku mastika.
Aku hampa dan terus pergi dari situ.
Sesampainya di tingkat atas aku merenung ke pintu hadapan rumahku yang dikunci rapat. Aku tekad untuk mengetuk pintu itu sekuat hati. Aku terus mengetuk selama 5 kali dan terus memasuki rumahku.
“Aku nak tengok apa reaksi orang depan ni”aku merintih sambil tersenyum.
“Saya minta cuti ya harini,badan sy demam dan menggeletar” aku menghantar mesej ke pihak pentadbir untuk diambil tindakan.
Aku demam seolah olah dalam kesejukan yang amat. Hanya selimut toto dan memakai baju sejuk untuk memanaskan badan.
“Susahnya duduk tingkat 5 ni sorang sorang,nak turun tangga pon da malas,orang pon tak tahu kalau aku m**i ni” rintih aku sambil menyapu ubat panas di badan ku.
Kedengaran geselan meja ke lantai nyaring di sebelah seolah olah menghormati aku yang sedang sakit.
Bau bauan makanan tidak aku endahkan kerana melayan demam yang melanda diriku.
“Pelik sungguh la,nak kata kena hujan tidak,salah makan pon tidak,kenapa la tiba tiba demam ni?” Aku merintih seolah olah aku tidak disayangi lagi.
“Kalau lah aku dah kawin ada jugak orang boleh sapukan minyak,malas la kol mak aki takut pulak dia risau,harap harap tak da apa la ni” aku merintih dan terus merintih.
Aman menghantar aku ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
“Kenapa ni encik sampai bawak selimut datang ke hospital ni?” Soal doktor lelaki yang gagah berdiri.
“Saja je doktor,bosan dah tidur kat rumah,rasa nak tidur kat sini la pulak. Boleh doktor?” Jawab aku kegeraman.
“Saya cek suhu awk ni ok je dan bukan kategori demam ni,awk macam seolah olah terkejut sesuatu!” Terang doktor sambil membuat muka pelik.
“Aman kau tolong ambilkan ubat aku tak larat la,nanti dalam kereta jangan pasang aircond ek,aku sejuk bakhang” aku memesan kepada Aman budak yang suka baca buku mastika itu.
“Ok setel bos,tapikan sy rasa abang ni macam kena sampuk dengan hantu la,lain macam jugak sy tengok abang ni. Jum la saya bawakkan jumpa seorang imam di kampung saya boleh tak? Ujar Aman sambil menurunkan handbrake dan meluncur laju.
“Hantar aku balik dulu lah,lagi 3 hari macam tak sihat kau bawak la aku kesana ok?” Aku memberitahu Aman seolah tidak mempercayai katanya yang sukakan mistik.
“Gedegang” bunyi pintu dihempas.
“Eh sapa pulak duduk atas tu bang?”soal Aman memapahku di tangga. Aku hanya berdiam dan melayan sejuk melanda.
Aman menghantarku sampai ke ruang bilik dan ke dapur untuk mengambil bekalan air masak untuk diletakkan berhampiran katilku.
“Apa apa hal abang kol la sy ya? Risau jugak tengok keadaan abang ni duduk sorang sorang,kahwin kahwin la cepat bang” kata Aman sambil meninggalkanku.
9 minit kemudian.. “abang,ada mesej untuk abang’ bunyi satu sms di telefon ku. Bunyi yang terbaik aku muat naik di aplikasi ‘zedge’.
“Bang masa saya turun dari rumah abang tadi bulu roma saya menegak je bang,sampai la ke tingkat bawah,lepastu satu hembusan ke muka saya bang” bunyi mesej Aman kepadaku.
Aku mula ketakutan dan hanya membalas untuk menyedapkan hati.
“Kau tak payah nak mistik mistik sangat la wahai Aman pencinta Buku mastika” aku membalas dengan tangan terketar ketar.
“Cuba kau ingat kau buat apa benda yang menjengkelkan?” Tanya otai lama yang datang melawatku bersama anak lelakinya.
“Saya mana ada buat apa apa pon cikgu!” Aku menegaskan sambil meneguk air masak.
Otai lama bangun dan berjalan di ruang tamu aku sambil membelek belek tingkap. Aku hanya memerhati dari hujung mata kerana tidak larat untuk bangun.
“Kau berapa lama tak buang benda ni?” Kedengaran suara tegas dari ruang tamu.
Aku segera bangkit disulami keseraman risau akan sesuatu.
“Benda apa cikgu?” Tanya aku dengan nada lemah.
Otai merenung wajahku sambil menjeling padan dengan mukanya yang bengis dan menjadi ketakutan pelajar sekolahnya.
“Ni la habuk rokok kau ni! Kau nak letak dalam muzium ke banyak banyak ni?” Dia menunjukkan barang yang menjadi keseramanku tadi.
“Alah ingatkan apa tadi,ala bekas tu kan besar nanti saya buang la bila da penuh.”jawab aku yang semakin lama malas melayan otai itu.
“Da dekat 4 hari kau demam ni,aman cakap nak bawak kau pergi jumpa imam kampung dia kau taknak,kenapa?otai menyoal ku seperti seorang polis.
“Bukan taknak pergi la cikgu,dia larat ke papah saya ni?dia tu keding je,haritu papah saya kejap pon dah mula nak mistik mistik,nyampah tau”
Jawab aku merenget.
“Kau tu lah,berani tu bagus dah,cekal tu bagus dah,tapi kau kena ingat makhluk Allah ni bukan kita je,ada baik ada jahat ada baik ada nakal! Kau kena ingat tu. Pergi dulu jumpa imam tu sebab kau kata takda buat benda benda tak baik!” Otai itu mengarahku sambil beredar.
Aman memapahku dengan mendadakan badannya seolah olah seorang yang kuat mengheretku.
“Aku terima kasih banyak banyak kat kau Aman,walaupun kau keding tapi hatikau tabah memapahku” aku berterima kasih pada Aman.
“Tanggungjawab saya bang bertugas disini menolong apa yang patut” Aman membalas sambil memegang erat pinggangku.
Setibanya di rumah imam yang dikatakan aku seolah olah disuntik satu tenaga yang baik. Aku larat untuk masuk ke rumah imam tanpa di papah Aman akan tetapi kesejukan masih sama.
Imam keluar dengan muka yang bengis membuatkan aku seram untuk berkata kata.
“Apa hal kamu ni dengan berselimut datang rumah aku ni?” Soal imam dengan nada lembut.
“Tak tahu la imam,da 4 hari badan saya kesejukan dan lenguh lenguh tapi doktor kata saya tak demam”jawab aku sambil memeluk tubuh.
Setelah menyoal beberapa perkara mengenai aku akhirnya imam mengambil secawan air untuk dibacakan doanya.
“Nah minum air ni bagi bertenaga sikit” imam menyuruhku.
Sewaktu aku minum imam memulakan bicara dan menerangkan sesuatu mengenai sejarah akan tempat kediaman ku itu.
Menurut imam,dahulu dia bersama sama penduduk kampung antara orang yang penting untuk memindahkan perkampungan bunian di tapak rumahku itu.
“Dulu diorang takboleh nak tebang hutan kat situ sebab situ perkampungan bunian kau tau tak” imam menerangkan kepadaku.
“Ada kena mengena ke dengan demam saya ni imam?” Aku menyoalnya.
“Bagi la aku habiskan cerita dulu!” Imam memarahi ku.
“Dia orang dah berkampung kat situ sekian lama tiba tiba ada orang nak buat pembinaan,kau marah tak kalau orang nak langgar kampung kau?soal imam kepadaku yang sambil menunduk.
“Aku dengan beberapa kawan aku terpaksa berunding dengan penghulu bunian tu demi menjayakan projek pembinaan kediaman tu. Kau rasa berapa lama tempoh aku berunding?”soal imam kepadaku.
“Dua hari?” Jawab aku yang ingin jawapan.
“Kalau dua hari hebat lah,dekat 3 bulan kau tau tak aku berunding!” Tegas imam menerangkan jawapan sebenar.
“Akhir sekali penghulunya bersetuju dengan syarat untuk tinggal di sebelah tapak pembinaan tanpa diganggu lagi.”terang imam.
“Owh patut la ada hutan siap berpagar dan takda orang masuk” kata aku dalam hati.
“Tapi dalam banyak banyak rumah yang akan dibina,penghulu bunian itu meminta untuk menumpang sebiji rumah dalam satu satu masa jika ianya kosong disebabkan keluarga penghulu itu terlalu ramai dan anak anak gadisnya ramai.”
Aku terkaku mendengar cerita imam dan mempercayainya kerana sedetik tidak memusykilkan percakapan imam.
“Kita ni boleh nampak atau dengar tak alam dia imam?”soal aku ingin kepastian.
“Boleh kalau kau bertuah,silap silap kahwin dengan bunian untung lah kau” imam menerangkan sambil berseloroh.
Setelah mendengar cerita aku minta diri untuk pulang,namun aku masih lemau seolah olah orang demam.
“Aku hanya boleh mampu setakat ni sahaja,dan aku tak boleh buat apa dah sebab demam kau ni aku rasakan kau ni dimarahi keluarga bunian itu. Aku minta maaf dah 20tahun lebih aku tak tahu lagi pasal bunian tu,andai benar kau jadi macmni kau kena jumpa sendiri penghulunya atau melalui orang tengah” terang imam kepadaku.
“Macamana ni imam?saya tak berani. Macamna saya nak tahu siapa orang tengah selain imam?” Soal aku ketakutan dan makin kesejukan.
“Kau berserah je la dan buat la cara terbaik.” Terang imam.
Sesampainya di rumah aku berehat dan terpaksa mengambil cuti tambahan. Orang di sekeliling tidak tahu sangat tentang aku kerana kehidupan masing masing dengan perihal sendiri.
“Kalau macamtu kata imam,kau bersabar lah,nanti ada la jalan penyelesainnya”otai lama melawat dan memesan kepadaku.
Hati aku terdetik seketika kerana hampir 4 hari tiada bunyi apa apa meragukan dan yang sedih keadaan aku masih sama.
“Kalau betul la orang depan ni bunian,dan kalau betul la dia ada marah apa apa padaku,macamna aku nak hadapi. Bunyi apa pon takda dah sekarang,merajuk ke apa ni?aku mempersoalkan hati.
“Assalamualaikum,dengar cerita demam badan sejuk sejuk?” Aliff menelefonku.
“Amboi kau senyap balik kampung ada urusan apa?lama sungguh balik?” Aku membalas.
“Nanti petang sikit aku datang rumah kau” jawab Aliff dan terus meletak telefon.
Selesai bercakap bunyi geseran meja kerusi berbunyi di rumah sebelah seolah olah menyambut kepulangan Aliff. Aku semakin bingung dan mula memikirkan yang bukan bukan.
“Ah makin pening aku kalau melayan fikiran ni” dengus hatiku sambil berselimut.
3 jam menunggu, Aliff mengetuk pintu rumahku dan memberi salam.
Aku segera bangun dan membuka pintu. Satu hembusan wangi menerpa ke muka ku menjadikan aku segar seketika.
“Amboi kau Aliff baru beli minyak wangi dari utara ka?” Soal aku sambil bersalaman.
“Aku masam masam macamni kau kata wangi,dah kau pergi la duduk aku nak ambil segelas air jap kat dapur,boleh?” Aku mengangguk setuju.
Rumah ku menjadi lain seperti hari biasa kerana bau wangian sesekali menerpa ke hidungku yang agak tersumbat.
“Kita ni kalau bersikap kurang ajar dengan binatang pon diorang taksuka,dengan manusia lagi la tak suka. Senang cerita setiap makhluk tak suka kalau orang bersikap kurang ajar. Betul tak?” Aliff menyoal ku sambil meneguk air masak bergelas besar.
“Apa maksud kau ni Aliff,aku puji kau wangi pon kau cakap aku kurang ajar ke?aku bukan perli tapi memang bau wangi la” aku merungut.
“Siapa bagitahu kau aku demam? Aman ke?” Aku menyoal Aliff.
“Tok penghulu bagitahu aku” Aliff membalas sambil memejam mata seolah sedang membaca sesuatu.
Aku mula meremang dengan kata kata Aliff kerana teringatkan akan kata kata imam yang menyuruh aku memohon maaf kepada tok penghulu bunian jika benar aku dimarahinya.
Aku pura pura untuk senyap dan tidak menahu akan sesuatu.
“Tok penghulu sini siapa Aliff? Bukan ke tok penghulu sini otai lama tu?” Aku menyoal.
Aliff hanya berdiam dan matanya tenang seolah olah sedang menenangkan diri untuk terjun ke suatu lembah yang curam.
“Kau antara yang beruntung kerana dapat merasakan semua ini.” Jawab Aliff dengan nada yang tenang dan terus memejamkan matanya.
“Macamni la,kau sebenarnya antara golongan orang yang bertuah untuk mendengar kehidupan alam bunian,cuma kau tak dapat lihat saja. Aku pasti kalau kau nampak silap silap kau nak hidup sekali di sana. Disana jauh lebih indah dan jauh lebih canggih dari kehidupan kita.”
Aliff menerangkan kepadaku.
“Jadinya,kau ni siapa Aliff?” Aku menyoal tanpa ragu ragu.
“Aku manusia biasa,cuma aku istimewa untuk pergi ke alam bunian dan aku salah sorang anak angkat penghulunya. Aku baru ni pergi ke alam sana untuk menghadiri majlis kenduri cukur jambul cucunya,aku pergi 3 hari je ke sana” jawab Aliff bersahaja.
“Aku cakap kau kurang ajar tu bukan apa,baru ni kau ketuk pintu sebelah ni kan kuat kuat? Kau tahu tak masatu kenduri cukur jambul cucu dia dan bila kau ketuk sekuat kuat hati kau telah membuatkan cucu dia menangis dan penghulunya itu marah dan memberi kau akibatnya”
Aliff menerangkan dengan nada yang juga seakan marah.
“Aku minta maaf Aliff aku buat tu bukan apa aku cuma saja untuk tengok reaksi keadaan yang aku alami semua ni,aku tak tahu apa apa pon Aliff. Memang aku seorang yang okey dan tak kisah tapi aku tak tahu apa apa” aku membalas sayu.
“Ye aku tahu,dan penghulu pun dah maafkan kau,cuma dia taknak kau berjumpa dengannya dan hanya mewakilkan aku untuk menghembus air ke muka kau,boleh aku mulakan?” Aku mengangguk setuju.
Aliff mengambil air dan menghembus ke muka aku dengan mulutnya.
Aku menguap seolah olah bangun dari tidur dan keadaan menjadi segar.
“Aku bukan taknak bagitahu apa apa kat kau,sebab aku dah tahu kau jugak beruntung sebab dapat mendengar sesuatu dari alam sana,dan aku yakin kau okey dan tidak mungkin membuat sesuatu tanpa sebab jadi aku percayakan kau. Cuma aku harap kau kena paham aku bukanlah sesiapa cuma aku juga bertuah seperti kau dan aku cuma boleh ke alam sana” Aliff menerangkan sambil menepuk bahu ku.
Aku berdiam dan agak terketar. “Cuma aku harap kau tidaklah menyebarkan cerita ini kepada sesiapa sebab aku yakin tiada siapa yang percaya hanya orang tertentu sahaja.” Terang Aliff.
“Takpelah Aliff aku mohon maaf la sekali lagi,aku minta aku taknak la dengar benda benda ni lagi sebab aku keseraman sebab tak nampak apa berlaku” aku membalas.
“InsyaAllah lepas ni tak de apa apa lah,cuma kalau ada bunyi pon sikit sikit saja,aku dah bincang semuanya” jawab Aliff menenangkanku.
“Aliff kau tahu tak aku pernah dapat satu sms misteri?” Aku menanyakan Aliff.
“Kan aku da cakap alam diorang lagi canghih dari kita,kereta diorang semua dah terbang kau tahu?” Aliff menerangkan dan aku akur.
Hatiku ingin untuk melihat alam mereka namun aku takut ,jadi aku tekad untuk kekal seperti biasa.
“Jadinya kat sini aku cg,otai(nama dirahsiakan) dan liza la yang beruntung untuk tahu semua ni?” Aku menanyakan dengan lantang kerana badanku segar kembali.
“Liza? Cg otai tu?” Aliff menyoalku dengan muka yang pelik.
“Ye la diorang la” aku membalas.
“Kau pergi ambil air wuduk dulu boleh tak? Kita baca Yassin dulu.Nanti kita sembang” Aliff menyuruhku dengan kadar segera.
Selesai kesemuanya Aliff suruh aku berselawat dan dia membacakan sedikit doa.
“Aku harap kau tenang dan kuat,kau memang beruntung. Minta maaf kalau apa apa terjadi lepasni kat kau ya.”? Aliff menenangkan ku.
“Liza dan otai lama yang kau maksudkan tu semuanya tidak wujud disini. Diorang dah lama pindah,otai lama tu dah lama meninggal setahu aku selepas dia pindah dan pulang ke kampungnya. Minta maaf aku taknak bagitahu dia berasal dari mana” jawab Aliff sambil memegang bahuku.
“Liza pula?” Aku menyoal.
“Liza yang kau maksudkan tu pun sama,dah dua tahun dia dah tak da disini,dia hanya menumpang tinggal di sini,dia kerja swasta. 2 tahun lepas dia tinggalkan tempat ni dan rumah di bawah ni pon kosong.” Aliff menerangkan sambil memegang bahuku.
Aku tergamam dan menguatkan hati untuk terus bertahan.
Aku mula memikirkan tentang apa yang aku lalui selama ini dan yang membuatkan aku ketakutan aku pernah keluar makan bersama liza. Aku cuba menyemak di ‘call log’ dimana liza pernah menelefonku ternyata hilang sama sekali!
“Kau sangat beruntung,sabar lah dan aku harap kau lalui seperti biasa. Kalau kau nak pindah dari sini pon aku faham. Aku harap kau tidak lagi mencari jawapan di mana mana kerana aku risau ianya menghantui kau.” Nasihat Aliff kepadaku.
“Aku nak minta satu je dari kau,boleh tak aliff?” Aku menanyakan seolah merayu.
Boleh, jawab Aliff.
“Boleh tak aku nak tgk suasana rumah depan ni,rumah liza dan rumah otai lama tu tak?” Aku menyoalnya dengan agak seram.
Setelah menunjukkan ketiga rumah rumah itu,semuanya kosong dan hanya rumah dihadapanku kemas rapi seperti didiami.
Namun yang membuatkan aku demam selama 3 hari,rumah liza dan otai yang ditunjukkan Aliff sangat usang dan memang telah ditutup untuk dimasuki penghuni.
Sejak pada hari itu aku mengambil keputusan positif untuk aku jadikan kenangan dan pengalaman hidup ku.
Keputusan yang diambil demi kehidupan aku yang seterusnya.
Aku menenangkan diri dan berdoa agar memperolehi kehidupan yang sempurna.
Aku rela untuk tidak terpilih sebagai yang bertuah lagi. Biar lah aku dengan kehidupan nyata ku.
Aku berterima kasih kepada Aliff kerana banyak memberi nasihat kepadaku untuk aku dapat menjalani hidup sepert biasa tanpa mengingati benda yang berlaku untuk mengelakkan dihantui.
P/s: mungkin apa yang dilalui tidak masuk akal tetapi jangan terkejut jika anda juga akan mengalaminya..
-TAMAT-
114. APARTMENT BERPENGHUNI
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : APARTMENT BERPENGHUNI
KARYA : SHARIS
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401114
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Assalammualaikum dan hi kepada semua pembaca HZONE BLOG.Nama aku Shasha, ye nama aku Shasha haha.Aku nak ceritakan pengalaman aku 2 tahun lepas.Maaf kalau tak seram. Shasha cuba.
” ibu,ada tak eh rumah sewa area sini? Yang dekat-dekat dengan tempat kerja sha? .”
Itu soalan aku kepada ibu yang akhirnya aku sesali sehingga sekarang…
Dua buah bagasi aku tarik menuju ke arah apartment yang aku sewa dari seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an.
” korang kalau ada apa-apa masalah dengan rumah ni, ada yang tak puas hati ke kasi tahu je abang,tak pun call je akak intan kau. ”
Pesan abang Khairil semasa aku membayar deposit tempoh hari,aku tak sempat nak melawat,sempat bank in duit je, yang dah melawat apartment ni ialah 5 orang sahabat aku yang juga akan tinggal serumah dengan aku.
Aku,Wawa,Dyna,Faye,Putri dan Leeya,6 orang sahabat yang dah berkawan baik sejak dibangku sekolah sehingga ke hari ini, dan sekarang kami buat keputusan untuk tinggal bersama pula.
Aku mulakan dengan membaca ayat kursi dan 3 kul.Itu adalah ajaran ibu yang ibu dah terapkan dari zaman sekolah rendah.Tak kira untuk masuk rumah ke, masuk hotel tu wajib lagilah.Aku diajar untuk sentiasa amalkan benda ni.
Pintu aku ketuk tiga kali kemudian barulah aku buka pagar dan pintunya pula.
Tak semena-mena angin yang boleh tahan kuatnya(macam kipas nombor 3 kena muka je) menerpa kulit muka aku.Aku diam di muka pintu buat seketika.
” weyh cepatlah Sha!.” Faye menggesa aku untuk terus masuk ke dalam rumah.
” ish tak sabar betul kau ni, bukannya tak pernah tengok pun.” aku mengomel sambil kaki aku menapak masuk ke dalam rumah.Bagasi aku semua aku biarkan di ruang tamu sebelum aku check satu persatu perabot yang ada di ruang tamu.Rumah tu cantik,berkonsepkan open kitchen memang buat aku tertarik sangat-sangat,kenalah dengan aku yang memang suka masuk dapur ni.
Aku terus pergi ke bahagian dapur,dapur masih kosong disebabkan kami masih belum beli apa-apa kelengkapan dapur lagi kecuali blender,pisau dan barang-barang wajib yang lain.
Riuh di ruang tamu suara kawan-kawan aku yang kegembiraan dapat rasa duduk serumah tu.Aku di kitchen bar hanya memperhatikan mereka dengan senyuman di bibir.Bermulalah hari baru!
Selesai berkemas dan membersihkan badan,kami masuk ke dalam bilik masing-masing.
oh ye lupa nak cerita,rumah tu ada 3 bilik,2 bilik air dan satu bilik stor yang kitaorang ambil keputusan untuk jadikan wardrobe kami.
Hasil lat ta li lat tu aku dan Faye sah sebagai roomates sekaligus berjaya merebut master bedroom yang dah siap satu bilik air di dalamnya tu.
Wawa berkongsi bilik dengan Putri,dan Leeya pula dengan Dyna.
Aku dan Faye terus masuk ke dalam bilik sambil mukut Faye berceloteh entah apa yang aku pun dah tak ingat.Faye memang banyak cakap,pelawak dalam kumpulan kitaorang ni dia lah.
tengah-tengah aku sibuk lipat baju untuk disusun ke dalam almari,si Faye buka mulut laser dia tu.
” Eh hanie,kau tahu mak aku kata kawasan apartment ni kena hati-hati…aku fikir mak aku sengaja nak takutkan aku lah,tapi kau tahulah aku kan…aku mana ada perasaan takut semua tu haha…kau jangan risau kalau ada orang ke natang apa ke nak kacau kau aku kejar dia dengan selipar.” omel Faye.
aku tersenyum kecil je mendengar celoteh si Faye.
” apa yang mak kau suruh hati-hatikan tu?.” aku menyoal sekadar meneruskan perbualan supaya tak hambar.
” dia kata dekat apartment ni orang buat hal dia sendiri je,tak kesah pasal orang lain..pernah ada sorang perempuan bujang ni meninggal 2 minggu baru tahu dia dah meninggal kau tahu tak?tu pun sebab jiran dia bau benda busuk menyengat hidung dari rumah perempuan tu.”
Entah kenapa pula seram sejuk terus aku bila dengar cerita Faye.
” dah lah,jomlah tidur..esok kerja.” aku buka mulut sebelum baju yang aku dah lipat aku letakkan semula cantik-cantik atas beg aku.Esok jelah susun hahaha.
Esoknya…
Aku pandang kiri kanan menunggu bas yang lambat pula tiba hari ni.Sama ada bas yang lambat atau aku yang lambat keluar office.
aduh janganlah tak ada bas pulak dah lah Wawa dengan Leeya dah sampai rumah,takkan nak susahkan diaorang suruh ambil pula.Faye dengan yang lain pula Shift malam.
Tulah,ibu suruh ambil lesen kereta tak nak…
Tiba-tiba sebuah kereta honda CR-V berhenti dihadapan hentian bas.Aku dah tahu gerangan orangnya.
” shasha,naik lah sini aku hantarkan kau balik,dah nak masuk pukul 11 ni…bahaya anak dara duduk luar macam ni sorang-sorang.” Itulah perkataan yang keluar dari bibir Haris.Haris ni boleh dikira bos aku lah walaupun dia bukan bos besar haha,aku bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat.
” Tak apalah Encik,Kawan saya tengah otw ambil ni.” aku auta.Tak nak menyusahkan Haris.Lelaki tu baik sangat.Tak sampai hati aku dibuatnya.
” Tak apalah Sha,naik sini…kalau ada peragut ke penculik ke tengah ushar-ushar awak sekarang macam mana?.” Haris menakut-nakutkan aku.
Risau punya pasal,terus aku bangun dan masuk ke dalam keretanya.
” dengar cerita Sha dah pindah rumah eh?tak duduk dengan ibu..eh makcik lagi?.” soal Haris sambil keretanya laju membelah jalan.
tersasul ke sengaja nak tersasulkan tu.
” A’ah…” ringkas aku membalas.
” duduk mana?.” soal Haris.
” Apartment depan petronas tu je..tak jauh dari rumah ibu pun.” beritahu ku.
skip lagi…
Aku dan Haris berjalan ke arah apartment aku.Dia yang nak sangat temankan walau dah puas aku halang.Lantak dia lah.
aku membaca ayat kursi dan 3 kul lalu membuka pintu rumah tanpa apa-apa masalah.
sebaik sahaja aku kalih muka pandang Haris bagi mengucapkan terima kasih kepada dia,aku lihat Haris meraup wajah sambil mengucap perlahan yang masih dapat aku dengari.
” kenapa Encik?.” aku menyoal.
Haris memandang aku lama lalu tersenyum serta menggelengkan kepala.
” tak ada apa-apa…jangan lupa basuh kaki,kalau tak solat lagi…mandi terus solat…sambil buat kerja apa-apa,tengah jalan atau ada masa terluang baca je apa-apa yang awak ingat…jangan terleka…jaga diri.” Pesan Haris.
aku hanya mengangguk sebelum mengucapkan terima kasih.
Haris membuka langkah untuk menuju ke lif.Entah kenapa aku lihat seperti dia berat je nak melangkah meninggalkan rumah aku.Beberapa kali dia pusingkan kepala kembali.
Mendengar suara Wawa memanggil aku.Aku terus menuju ke arah bilik Wawa.Aku lihat Wawa tengah duduk di atas katil membelakangi aku sambil memandang tingkap.
” kenapa wa?.” aku menyoal.
” tolong ambilkan air untuk aku boleh?hauslah…” pinta wawa.
aku tanpa menyoal terus mengambil air di dapur.Sekembalinya aku ke bilik Wawa,aku lihat Wawa susah tiada.
eh?mana minah ni pergi?
aku berjalan sekeliling rumah mencari Wawa sebelum langkah ku terhenti bila telefon aku yang masih berada di poket seluar jeans aku berbunyi.
Tertera nama Haris di skrin telefon bimbit aku.Terus aku selek ikon hijau lalu merapatkan telefon ke telinga.
” Sha,saya dekat luar…boleh keluar kejap tak?awak tertinggal barang awak ni.” kata Haris.
Aku meletakkan cawan di atas kitchen bar sebelum berjalan ke arah pintu.
tiba-tiba pinti bilik Wawa tertutup.
dum!
aku fikirkan Wawa yang tutup pintu tu…
” Wa..air kau ada dekat atas meja,aku nak keluar sekejap.” aku menjerit perlahan.
aku meneruskan langkah sebelum tiba-tiba pintu itu terbuka semula.
” wa…janganlah main-main pintu tu,rosak nanti kang.” aku berkata.
Pintu itu tertutup semula lalu terbuka semula.
” wa..okeylah aku bawakkan air tu untuk kau eh.” aku melangkah ke arah meja yang menempatkan cawan tadi.Belum sempat aku memegang cawan tu.Tiba-tiba pintu tu makin laju ditutup dan dibuka.Dari meja tu barulah aku nampak terus ke dalam bilik tu.
ya Allah!mengucap panjang aku bila aku tengok dalam tak ada siapa yang ada dekat dengan pintu tu.
terus aku berlari menuju ke arah pintu rumah.Tangan aku dah mula menggigil ketakutan.
tiba-tiba kerusi berhampiran aku jatuh menghalang laluan,terus aku terjatuh.
“Aduhh.” aku menyeringai kesakitan.
” Sha,awak okey tak sha?.” aku mendengar suara Haris menjerit memanggil aku dari luar sambil mengetuk-ngetuk pintu rumah.
aku dah mula panik bila bunyi dentuman pintu tu semakin laju.
aku cuba untuk bangun tapi berakhir dengan terjatuh semula dengan rasa sakit yang mencengkam bahagian kaki aku.
” Encik tolong Encik saya tak boleh bangun!!.” aku menjerit.
dan lepastu aku dengar bunyi tombol pintu rumah dipusingkan secara paksa supaya terbuka disertai dengan hentakan pada pintu.
aku menjerit bila lampu rumah tiba-tiba terpadam sepenuhnya.
srttt…srttt..
bunyi derapan tapak kaki kendengaran menuju ke arah aku.
waktu tu hanya allah je yang tahu bertapa takutnya aku.Air mata mencurah turun tanda ketakutan yang amat sangat.
lepas tu aku tak sedarkan diri…
Aku mendengar suara ibu.Terus aku membuka mata.Aku mengucap dengan mimpi ngeri yang aku hadapi.
aku mimpi sesuatu…tak bukan pasal pintu dan segalanya tu…itu bukan mimpi..itu nyata…
mimpi tu seakan nyata…
aku pendekkan mimpi tu…
seorang perempuan meninggal dalam bilik yang persis bilik Wawa,yang aku tahu perempuan tu bukan orang melayu melalui rupanya.Sebelum tu…perempuan tu ada kasi tahu sorang lelaki berkulit gelap yang dia mengandung,dan lelaki tu tak nak bertanggungjawab…
” Shasha?.” ibu memanggil aku.
aku pandang sekeliling,aku nampak Haris dengan baju yang sama macam semalam,ada seorang lelaki lebih kurang usia 60-an ala-ala ustaz tengah pandang aku.
rupanya Haris bawa aku ke rumah ibu dan dia yang panggilkan ustaz dan ceritakan apa yang dia tahu.
rupanya rumah tu lah rumah yang mak faye katakan…mak faye tak sangka yang rumah kitaorang lah rumah dia tu…sebelum aku kena kacau…Wawa ada cerita yang dia nampak bayangan perempuan lalu depan bilik dia…ada bunyi cakaran dari tingkap.Tapi kami endahkan je dan kata ilusi dia je.Lepastu Dyna pula yang kena,kerusi bergerak lah,suis tv m**i sendiri dan channel tertukar berkali-kali sendiri.Faye pula waktu dia tengah mandi ada orang ketuk berkali-kali pintu bilik air tapi bila buka tak ada siapapun
akhir sekali aku pula yang kena….dan akulah yang paling teruk.Rupanya pada malam tu,Wawa dan Leeya turun pergi mcd yang tak jauh dari sini.Jadi yang aku nampak tu bukan Wawalah.
lebih 1 minggu aku berubat untuk pulihkan semangat.Lepas je kejadian tu aku mudah terkejut dan mula sensitif dengan persekitaran.
Alhamdulillah sekarang kami masing-masing dah ada hidup sendiri,cuma Putri dengan Dyna je yang belum kahwin.Aku pula sekarang tengah mengandung 3 bulan.Suami aku pun salah satu dari semua orang yang ada dalam ni…dapat teka kan?yep Haris lah orangnya.Cakap pasal Haris…rupanya waktu dia usap muka semua tu,dia nampak seorang perempuan tengah berdiri depan pintu bilik wawa dan rumah tu bau busuk macam bangkai.Padahal aku bau semua okey je.Tapi apapun alhamdulillah aku dah tak kena kacau lepastu.Hidup aku bahagia sampai sekarang.Terima kasih.
-TAMAT-
115. SAHABAT SIHIR
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : SAHABAT SIHIR
KARYA : MENCARI SYURGA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401115
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Assalamualaikum admin.
Harap cerita daya disiarkan sebagai pengajaran.
Kami berkawan sejak dibangku sekolah lagi. Persahabatan kami selama lebih dari 15 tahun. Selama berkawan tiada istilah berkira antara saya dan dia.
Segala jenis Pertolongan yang dia minta akan cuba saya usaha dan bantu. Baik dari segi kewangan mahu pun makanan. Pendek kata tidur pun sebantal.
Suatu hari Allah beri saya rezeki tanpa di duga, Alhamdulillah. Produk yang saya jual viral sehinggakan tidak menang tangan. Telefon Bimbit tidak henti masuk pesanan msg. Syukur sujud pada Allah. Kemudian terjadi lah kisah antara kami. Saya minta bantuan sahabat saya untuk bantu saya Selama seminggu. kebetulan syarikat tempat dia berkerja punyai masalah. Saya juga meminta dia bekerja dengan saya walaupun sebelum ini kakak dia sendiri pernah menipu saya tapi saya abaikan dan melupakan perkara tersebut.
Selepas beberapa hari dia bantu saya, Allah gerakkan hati saya untuk tidak dia bekerja sepanjang masa dengan saya tetapi hanya separuh masa, Sebab saya fikir berniaga ada pasang surutnya. Memandangkan dia masih belum berhenti kerja saya minta untuk dia tidak berhenti kerana lebih menjamin masa depan dia. Tetapi dia bernekad untuk berhenti kerja kerana dia yakinkan saya yang dia mampu usahakan perniagaan yang saya jalankan.
Saya berkeras untuk dia bekerja separuh masa. Tetapi dia tidak setuju dan berlaku perselisihan faham antara kami. Sejak itu kami tidak berhubung lagi sehingga sekarang. Beberapa bulan selepas kami membuat haluan masing-masing, barangan yang saya jual kerap rosak. Tetapi kami sekeluarga berfikir mungkin cara penyimpanan barangan tersebut salah. Seminggu kemudian badan saya kerap sakit, tangan saya sukar diangkat & terasa berat.
Emak saya minta saya pulang ke kampung untuk berubat. Saya pulang ke kampung dan berjumpa dengan bilal masjid yang pandai berubat. Apabila berjumpa dengan bilal masjid tersebut kami hanya bertanyakan kenapa badan saya kerap sakit dan barangan perniagaan saya kerap rosak. Terus bilal beritahu kami ” Kawan baik yang buat, dia jual barangan yang sama tetapi orang tidak mahu membeli dengan dia. Orang tetap cari kamu” . Saya beritahu bilal, saya hanya nak sihat kembali dan pulihkan barangan perniagaan saya. Memang dia jual barangan yang sama selepas kami tidak berhubung. Saya tahu selepas diberitahu oleh bilal.
sebulan lepas berjumpa bilal, saya sakit semula. Kali ini lebih teruk. Saya dirasuk , bercakap siam & ada bisikan yang sangat jelas di telinga. Setiap kali merasuk & berubat saya akan menyebut nama bekas sahabat tersebut. Pernah juga kami berubat sehingga 10 orang ustaz pegang saya tetapi saya masih kuat, saya hanya mahu tinggal dimasjid kerana tidak mahu pulang ke rumah sebab kami sekeluarga tidak boleh tinggal dirumah saya kerana saya rasa seperti diperhatikan. Rumah yang saya tinggal hanya orang berkenaan sahaja yang tahu termasuklah bekas sahabat tersebut.
Merata kami pergi berubat ke melaka ,perak, johor termasuk panggil ustaz datang ke rumah. Sebut sahaja ke mana kami pergi dan setiap kali berubat juga saya merasuk dan menyebut orang yang sama “jin tersebut menyebut, kalau nak sehat berhenti berniaga”. Ada 1 tempat kami pergi dan perawat tersebut beritahu kami ” saya nampak kat mana dia buat, berapa dia bayar & apa dia hantar. Dia pergi keramat buat kamu”.
Bak dijadikan cerita selepas beberapa bulan saya berubat. Kawan bekas sahabat itu sendiri berjumpa kawan saya dia terlepas cakap dan beritahu pada kawan saya ” kakak dia selalu je pergi ke keramat berubat laki dia ” . Allah nak tunjuk pelaku dalam pelbagai cara.
Pernah kami sekeluarga solat hajat dan saya dengan tiba-tiba merasuk. Saya merasuk dan masih sebut orang yang sama dan minta ampun kerana panas. Saya anggap ini teguran dari Allah. Ujian Yang Allah bagi kepada saya melalui orang seperti dia dan dia juga di uji. Ada sekali saya kemaskini facebook saya dan membuat satu gambaran tentang penyihir tersebut tanpa menyebut nama sesiapa tetapi dia terasa seperti saya tujukan status tersebut kepada dia. Untuk pengetahuan umum saya memang sudah lama menapis dia dari Facebook saya tapi dia tahu apa yang saya update. Kalau tak buat tak perlu rasa apa-apa.
Saya perbanyakkan amalan , solat awal waktu dan dekatkan diri dengan Allah. Sehingga sekarang saya dapat rasa seperti ada aura yang masih mencuba masuk ke dalam badan saya tapi tidak berjaya. Dalam persahabatan kita tidak akan tahu hati kawan kita walaupun kita kenal bertahun- tahu. Kita akan kenal bila dia bermasalah dengan kita. Hati- hati bila berkawan mungkin apa yang kita lihat tak sama dengan apa yang anggap.
Sahabat SIHIR
Bertahun aku bazirkan masa untuk kawan yang jahat itu biasa, aku boleh terima.
๐ฅ Tapi kawan yang main ilmu hitam ni aku tak boleh digest.
๐ Yang ditutup lama-lama pasti ketahuan.
Org seperti mu akn kenal Tuhan bila segalanya dah makan diri.
Cepat taubat kawan, ilmu mu nanti akn makan diri. Tak ada siapa yang boleh selamatkan nanti.
Aku redha dengan ujian ini, segalanya dengan izin Allah. Terima kasih sebab terjadinya ujian ini aku lebih dekat dengan Allah.
Doa kan saya.
-TAMAT-
116. JAMBATAN BER’HANTU’
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : JAMBATAN BER’HANTU’
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401116
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Hye para pembaca HZONE BLOG sekalian, terima kasih admin sebab siarkan kisah aku aritu. Ingat lagi tak cerita “Diganggu lembaga hitam”? Kali ini aku nak share pulak cerita seram yang lain. Cerita ini pengalaman dari mak aku ketika dulu. Mak aku memang minat sangat baca page fiksyen shasha ni hahaha setiap kali ada cerita mesti mak aku tanya ada cerita best seram ke tak hehehe.
Okey banyak sangat dah melalut, mesti pembaca geram pulak nanti banyak sangat intro kihkihkih. Cerita mak aku ini berlaku pada zaman tahun 70an kalau tak silap, mak aku dengan jiran satu kem di Batu Niah ( tempat nama kem dirahsiakan), di mana tempat bapak aku berkerja. Kawasan kem ini meliputi rumah kuartes untuk para pekerja. Terdapat juga rumah di atas bukit bagi yang berpangkat,o rang putih yang jadi ketua dekat situ. Yang bestnya duduk situ bil air, bil elektrik memang takda bayaran langsung free jer hahahaha. Okey2 melalut lagi sudah maaff ? hehe.
Untuk pengetahuan semua, kem tempat ayah aku keja memang jauh bila nak ke bandar ambik masa 2 jam perjalanan, paling dekat pun hanya lah pekan di sekitar Batu Niah. Mak aku cerita dekat aku, dia dengan jiran keluar untuk mencari siput bulat untuk dimakan, yang warna hitam tu, korang tahu ke tak macam mana siput tu? Hahaha. Mereka mencari siput itu di sekitar bawah jambatan di mana bawah jambatan ada sungai kecil yang cetek. Untuk pengetahuan semua jambatan tersebut ada kisah seram nya tersendiri, dimana dibawah jambatan tersebut ada sebuah pendam iban (perkuburan orang iban zaman dulu2).
Berbalik pada cerita tadi, mak aku dan jiran dia pergi untuk mengutip siput tersebut di bawah jambatan “angker” tu. Mak dan jiran dia berjalan di tepi2 sungai cetek sambil mengutip siput2 yang ada dekat situ. Semakin jauh mak dan jiran tadi mengutip siput, semakin banyak pulak siput. Tiba-tiba ada bunyi “Syuuupppppp syupppp” bunyi batu yang dibaling ke dalam sungai.
Lalu mak aku tanya jiran dia, “kau ke baling batu tadi?”.
Jiran: tak lah, bukan aku yang baling batu tu, tu haa yang baling batu kat dalam sungai (sambil menunjuk ke atas pokok) muka dia macam anjing berbadan manusia dan berbulu, tu haa tengah duduk tengok kita(sambil menjeling sinis melihat mak aku).
Mak : kau jangan macam2 aku takut nie,dah jom balik. Nanti masuk waktu senja pulak.
Jiran: alaa jangan lah balik dulu, masih banyak siput tu. Biar je 2ekor tu baling2 batu.
Masa tu hujan renyai2 hujan panas kata orang tua2 memang tak elok keluar kalau hujan panas. Mak aku dan jiran tadi pun naik ditebing sungai lalu naik ke atas. Tiba-tiba kedengaran suara wanita menangis mendayu-dayu tidak lama selepas bunyi tadi. Mak aku apa lagi memang meremang terus bulu roma, dia membaca ayat2 suci sambil berjalan pulang.
Tiba2 jiran tadi cakap, “eh tunggu aku, tengok tu 2 ekor tadi kejar kita, kau jangan toleh belakang tau, kalau aku tengok takpe diaorang tu kawan aku (sambil ketawa mengekek2 dan menunjuk2).
Tengah Mak aku berjalan2 sambil ketakutan tiba-tiba saja kaki mak aku tersekat seolah2 ada yang menahan kaki mak aku supaya tidak keluar dari tadi kawasan tersebut (di kawasan jambatan itu). Mak aku terus membaca surah2 suci dan teruskan perjalanan tanpa menoleh kebelakang. Jiran mak aku cakap, 2ekor makhluk tu kelihatan sangat marah masa kejar mereka (bercakap sambil ketawa2).
Mak aku masa tu langsung takda menoleh ke belakang sebab takut sangat, sedangkan jiran mak aku seperti seronok melihat 2 ekor yang mengejar mereka tadi. Mesti korang nak tahu macam mana jiran mak aku dapat lihat “2 ekor” yang kejar mereka tu kan? Hahahahah. Sebenarnya jiran mak aku tu memang ada sakit. Kadang2 dia okey, kadang dia tak okey ,dalam kata lain sakit mental. Ada orang cakap orang yang sakit mental ni dapat melihat benda2 camtu hurmm seram tetiba bulu roma aku hahaha.
Setelah 20 minit perjalanan dan sampai depan pagar kem barulah mak aku merasa lega dan ringan je kaki berjalan, tak seperti tadi nak melangkah pun susah sebab terlalu berat. Barulah lega rasanya kata mak aku. Sampai di rumah mak aku menceritakan hal tadi dekat ayah aku, ayah aku marah lah kenapa nak ikut jiran aku pergi mengutip siput tadi. Ayah aku cakap, “kita berdua saja di rumah, siapa nak makan banyak2 siput ni nanti, awak pun kalau dia ajak, jangan ikut lagi. Awak tahu kan macam mana keadaan dia kan?”. Ayah aku ambil siput tadi dan buang semua siput2 tadi ke dalam tong sampah.
Pernah satu hari tu, mak aku nampak jiran aku tengah mengasah parang hahaha mak aku tadi tanya la, “buat apa dengan parang tu”. Jiran aku cakap, “nak p*****l kepala suami aku”, sambil ketawa mengekek2. Dan jiran mak aku jugak pernah patahkan kayu sebesa paha bayangkan? Macam mana kekuatan dia mampu untuk patahkan kayu setebal tu? Orang lelaki pun belum mampu untuk patahkan kayu sebesar tu kan? Hurmm dekat jambatan tadi jugak ada satu lagi kejadian misteri di mana rakan sekerja ayah aku balik kerja pada waktu tengah malam ,rakan ayah aku melintasi jambatan tersebut.
Rakan ayah aku tiba2 terdengar bunyi kocakan air sungai di bawah jambatan, lalu rakan ayah aku tadi, melihat di bawah jambatan ada susuk tubuh wanita sedang menunduk mengocak2 air sungai seolah-olah tengah minum air. Susuk tubuh wanita itu berambut panjang mengerbang berbaju putih. Ishh takkan orang pulak kan kalau waktu tengah malam macam tu? Hehe tapi benda tu berlalu terbang tinggi meninggalkan kawasan tersebut dan masuk kedalam hutan berdekatan.
Okeylah sampai sini aja dulu cerita aku nanti kalau ada cerita lagi aku akan share untuk korang hihi. Maaf lah yer ayat agak tunggang langgang sikit hahahaha. Okbai muahmuah ?
-TAMAT-
117. HANTU BONEKA
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : HANTU BONEKA
KARYA : WANI
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401117
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Assalamualaikum HZONE BLOG. Thanks kalau share cerita saya yang tak seberapa ni huhu. Baru jugak mengikuti HZONE BLOG ni, sedih tak? Hahahah. Cian. Antara cerita yang saya sangat suka adalah cerita pasal Rin kisah dengan Maya, sesat di Mid Valley and beberapa lagi. First of all, saya kenalkan nama sebenar saya Wani. Bukan nama panjang tapi ni lah ‘pet name’ saya. Hehehe. Macam tak sedap lah guna saya. Tukar aku je lah eh, biar lagi feel sikit heheh. Aku ada banyak kisah seram, and akan aku gabungkan kisah ni menjadi satu cerita or karangan.
KISAH 1: HANTU BONEKA PART 1
Ok kisah hantu boneka ni bermula waktu tu tahun berapa tah aku pun tak ingat. Tapi yang penting time tu aku baru darjah 4 ke 5, kecik lagi. Jiwa muda lagi hehe. Time sekolah rendah dulu kan ada subjek kemahiran hidup kan. So aku punya team kena buat patung. So aku dengan geng group aku datang ke rumah kawan aku (kawan aku ni kira kawan set2 kaya dalam kelas). Nama dia Aisyah, rumah beso dia kat Taman Soga. Amboii pekat loghat beso aku. Almaklum orang Johor huhu. Ok sambung sambung.
Aku dengan kawan aku ni jahitlah patung tu sampai jadi bebetul patung, kebetulan member aku si Aisyah ni pandai lah jugak menjahit. Kecik kecik dah pandai jahit, sampai kat aku? Pegang jarum pun terkial-kial hahaha. Agak seram lah kawan aku buat patung tu. Ala ala macam Chucky. Siapa ingat cerita seram patung chucky yang berparut tu korang memang daebak! Haha. Ok lepastu, kita orang turun ke tingkat bawah kiranya nak main main sebab sebelah rumah dia ada kawasan tempat permainan.
Dolu dolu mana lah popular sangat teknologi2 ni. Telefon pintar dulu tak macam sekarang ha. Telefon pintar aku dulu cuma telefon dalam rumah pondok je. Acah acah hello padahal takda orang jawab pun. Hahah. Sebelum aku teruskan, aku nak cakap sikit yang aku ni ada kembar. Nama dia Wana. Gabungkan lah, Wana Wani huhu. Kitorang reramai main kat luar tu. Lepas tu dah start pukul 6 macam tu, kitorang decide nak masuk rumah. Nak malam dah kan. So kitorang pun masuk ramai2. Bila dah masuk dalam rumah member aku sorang ni tanya lah aku;
“Weh Wani, kembo kau Wana mana?”.
“Tuu ada belakang kau….” (Sambil toleh kebelakang) “ehh tadi Wana ada, mana dia pergi”.
Dengan agak panik tapi kitorang still tenang. Tetiba, aku nampak ada kelibat kembo aku lari dari arah hujung rumah ke arah pintu. Kiranya tingkap rumah Aisyah ni jenis yang jernih and panjang, bawah lantai sampai ke syiling tingkap nya and ada pada setiap penjuru. Almaklum rumah orang kaya kan. Then, sampai je kembo aku kat depan pintu. Dia tak masuk masuk. Aku teriak lah, “Wanaaaa, masuk lah, asal ko tak masuk”.
Aku dah syak lain dah sebab member aku pernah cerita pasal hantu boneka ni. Hantu boneka ni kalau korang nak tau, hantu yang menyerupai orang lain. Aku pandang kawan aku, kawan aku pandang aku. Si Aisyah ni ajak kitorang semua pergi ke bilik orang gaji dia. Wuishh orang gajii khauuuu. Ko hade? So kitorang pun ikut jelah. Kisahnya, bilik maid Aisyah ni sebelah je dengan taman permainan luar tu. So aku pun jenguk lah taman luar tu dekat tingkap. Terkejutnya aku bila aku nampak kembo aku dok hello hello dgn ‘telefon’ pintar dalam rumah pondok tu. Aku tegur dia, “woi Wana asal ko ada kat sini lagi?”. Dia terkejut tengok aku dah kat dalam rumah, dia takut. Aku suruh dia lari masuk rumah tapi dia takut. And kitorang pun balik malam tu, bapak si Aisyah hantar kitorg. Tamat part 1. Tak seram kan heheheh.
PART 2: HANTU BONEKA PART 2
Ok part 2 pulak waktu aku praktikal di PNB Ilham Resort Nogori Somilan. Waktu menunjukkan jam 5.00 petang. Aku perlu menjaga Gazebo di dewan belakang. Gazebo tu cantik pemandangan waktu malam. Gazebo kiranya macam kau bukak gerai kat situ, and orang datang beli makanan lah kat situ. Aku ambil troli, aku susun pinggan mangkuk semua untuk dibawa ke gazebo. Aku sorong troli yang berat tu lalu jalan belakang. Jalan belakang je yg boleh lalu guna troli ni. Aku menyusuri jalan kosong tu sendirian. Sebelum sampai ke gazebo.
Sebelah gazebo tu ada hall. Belakang gazebo and hall tu ada pantai yang cantik dan indah pemandangannya. Aku tenang, sebelum sampai ke gazebo, aku akan lalu sebelah hall tu dulu. Belum sempat sampai, aku nampak kelibat pekerja permanent namanya Farhan. Aku panggil Paan je. Aku nampak dia sorong troli menuju ke gazebo. Aku agak pelik, sbb setahu aku haritu adalah hari cuti beliau. Tapi aku still nak tegur, aku pun panggil lah, ” Paannnnnn woi Paannn” tapi dia tak toleh malah terus pergi ke gazebo sampai bayangnya hilang. Aku pelik kenapa dia tak toleh sedangkan aku panggil punyalah sekuat hati aku kan. Aku pun macam k fine ko tak nak tegur balik. Lantak ko lah kan. Hahaha.
Sampai je kat gazebo aku pelik sebab dia takda. Aku usha lah hujung hall yang panjang tu, gelap je cam takda orang. Aku pun watlek watpeace. Sampai dah malam, aku rest jap. Member aku lain sambung. Aku duduk lorong tepi sambil borak dengan pekerja kitchen sebab hall tu tengah ada event. Tetiba si Paan ni datang dari celah mana duduk sebelah aku. Aku pun tegur lah;
“Woi Paan, ko tadi petang aku tegur kat situ ko wat dek je eh, sampai hati”.
“Kau dah kenapa, aku kan off harini. Aku baru je sampai. Aku saja datang awal sebab nak tengok event ni” (Paan ni kerja midnight pulak).
“Ehh tapi, tadi petang aku nampak kau lah sorong troli kat situuuuu” (sambil menunjuk arah).
“Haaaa? Kau biar betik, aku baru sampailah gilaaa. Kau dah tebiat eh. Kan aku off. Jadahnya nak datang sorong troli pepetang. Tak kuasa aku. Eh jappp, kau nampak sape sebenarnya”.
“Ya Allah sumpah wey, aku tak tipu, aku nampak kau”.
Dalam keadaan aku berusaha nak bagi dia percaya, datang lah sorang kakak ni nama dia aku panggil Kak Umi. Dia ni cleaner. Tetiba dia cakap
“Ehh paan, tuko baju pulak? Tadi ekau pakai baju hijo tu, ni ekau pakai t-shirt, takkan kau dah kerja petang tadi nak midnight lak?”.
“Haaa?? Jappp apabenda ni. Kakkk, saya baru je sampai. Kenapa akak dengan Wani cakap saya datang kerja tadi?”.
“Lahhh ekau dah kenapa, den nampak ekau tadi tengah sorong troli kat sini. Akak tengah sapu sampah tadi. Akak panggil ekau, ekau tak nyaut”.
Aku pun mencelah, ” haaaa see? Kak Umi pun nampak”.
Paan terus cakap yang mungkin tu hantu menyerupai dia. And aku pun macam cetan betei hantu tu, nasib dia tak toleh. Buat dia toleh dengan muka huduh dia? Tak ke jatuh pengsan aku kat situ hahaha. Part 2 habis.
KISAH PRAKTIKAL: PNB ILHAM RESORT
Kisah masih di pnb ilham jugak. Waktu tu aku daripada bahagian services aku tuko ke bahagian kitchen. Time tu masuk kerja untuk shift petang sampai malam. So kisahnya, aku ni kena p****g sayur yang banyak nokharom. Memang berhantu resort ni. Time tu malam dalam pukul 8.30 gitu. Ada lah abang ni paling rapat dgn aku. Aku just bagi nama dia AA jelah eh. Huhu. Ok so aku pun p****g lah sayur. Nasib bek ada AA ni teman aku. Dia lak kena p****g buah. Kiranya kitorang buat kerja ni dalam keadaan membelakangi antara satu sama lain.
Dalam keadaan senyap khusyuk buat kerja ni. Tetiba aku rasa seolah olah ada yang menyentuh tubuh belakang aku. Tak rasa macam jari orang. Dia rasa macam air lalu sekejap dekat badan. Aku taktau nak cakap camna. Rasanya sejuk. Lepas benda tu sentuh aku. Aku terus terkejut, aku ingat AA ni yang cuba nak cabul aku. Aku terus tegur dia,
“Abang, (dia toleh aku dengan muka pelik) abang tadi ada sentuh saya eh?” (Dengan muka penasaran ada, geram ada sbb berani dia sentuh aku).
“Aik, bila masa pulak. Abang tengah p****g buah ni, kalau pegang kau kang kotor baju kitchen kau. Kau kenapa? Kenapa muka kau pucat? Kau ok tak ni?”.
Dia seakan mengesyaki sesuatu, dia terus datang kat aku. Tenangkan aku yg dah takde d***h kat muka sebab takut. Then dia tolong aku habiskan p****g sayur tu. Tu antara pengalaman aku. Bukan apa guys, sebelum ni pun pernah jadi kat kawan aku. Abang kitchen lain kena kacau dengan budak perempuan kecik main cak cak dengan dorang. Ada jugak kes, dengar bunyi troli bergerak sedangkan kat kitchen pastry bawah tu takda orang. Semua pergi ke gazebo and ada yang kat atas jaga serambi (lobi, tempat makan). Aku jaga belah atas. Jaga buffet dinner.
Kakak kitchen cakap, dia dengar bunyi troli bergerak. Dia rasa tak sedap hati tapi buat dunno and teruskan kerja. Tetiba dia nampak troli bergerak sendiri untuk turun ke bukit bawah tapi tetiba berhenti di tengah-tengah bukit. Kiranya kitchen aku ni bertingkat tingkat lah kan. Ada gak yang nampak lembaga terbang. Punyalah pucat muka member aku ni. Ada gak kes pelancong yang datang and tidur kat resort tu dengar bunyi budak menjerit lah apa lah. So tulah kisah aku masa praktikal.
KISAH SEWAKTU BELAJAR DI KOLEJ
Ok aku belajar di Food Institute of Malaysia di Kelana Jaya. Depan Paradigm Mall. Huhu. Aku amek kos Dip in Pastry Bakery. Kisah ni time tu aku tido kat Pacific Place. Tingkat 19. Kiranya hostel ni memang berhantu. Kitorang tinggal seramai 12 orang. So kisahnya camni, aku tido dekat bilik tengah. Yang dua orang balik kampung, tinggal aku dengan kawan baik aku Nawa (kawan zaman sekolah form 3 sampai sekarang). Waktu kawan aku Nawa ni keluo dengan kawan lain, dia balik lewat so aku tido lah sorang2. Aku tutup lampu tutup pintu. So gelap gila lah kan. Nampak samar je sebab tingkap aku open sikit. So angin sepui menerpa aku and aku pun ngantuk and aku pun tido lah.
Dalam pukul 1 lebih macam tu aku terjaga sebab sejuk beb. So aku bukak selimut aku, aku selimut badan aku. And aku ngiring kan badan menghadap katil sebelah. Dalam samar samar, aku nampak ada orang tengah tido kat katil sebelah, tapi gelappp sangat. Aku cuba gosok mata, aku nampak Nawa tengah tido. Tapi dalam keadaan samar, aku pelik sebab bila dia balik. Biasanya aku jenis cepat terjaga, bila bukak lampu ke apa ke aku akan mudah terjaga. Tapi aku pelik bila masa si Nawa ni balik. Aku tutup mata dan dalam keadaan pelik sambil peluk bantal, aku terfikir kenapa muka Nawa nampak pelik sangat, nampak macam tua sangat. Then aku terlena. Tetiba aku dengar bunyi pintu bukak and lampu pun terbukak. Aku bukak mata, aku terkejut sebab aku nampak Nawa baru balik. Aku terus “eh Nawa! Kau baru balik?”.
“Ha lah, kau asal, macam terperanjat sgt”.
“Sekarang pukul bape”.
“Pukul 4 pagi, kenapa beb”.
“Esok aku citer, kau mandi then tidolah”.
Keesokannya aku cerita lah pengalaman aku kat dia. Ada banyak lagi kes tapi ada masa aku cerita k. Tak seram pun kisah aku cuma aku nak share pengalaman je. Hehehe.
-TAMAT-
118. TETAMU MALAM
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : TETAMU MALAM
KARYA : JJ
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401118
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Assalamualaikum pembaca HZONE BLOG. First of all, aku nak ucap terima kasih kalau admin A.D approve cerita aku. Aku suka sangat baca cerita-cerita dan pengalaman seram yang dikongsi dalam page ni. Kali ni aku pulak rasa nak share pengalaman aku duduk asrama dulu. Actually, bukan aku yang kena tapi aku terlibat secara tak langsung jugak.
Beberapa tahun lepas, aku merupakan pelajar Tingkatan 3 dan bersekolah di sebuah sekolah perempuan yang agak famous dalam Malaysia ni (maafkan aku kerana cuba menjadi poyo). Tahun tu, semua budak Form 3 ditempatkan dalam satu blok yang sama. Kiranya, takde senior mahupun junior dalam blok kami. Berjimba sakan la kami masa tu.
Nak dijadikan cerita, suatu malam tu, nak dekat dengan PMR kalau tak silap aku lah, sorang budak dorm aku, Cheqmie (bukan nama sebenar) stay up sampai pukul 1 pagi. Yelah, nak exam besar kan, kenalah rajin study. Aku bukan tak study weh, cuma aku ni ada mentaliti, dorm bukan untuk study, tapi untuk tido. So semua buku aku letak kat kelas. Tipikal budak bijak. Ok sambung balik. Untuk pengetahuan korang, dekat asrama ni wajib tutup lampu dorm tepat jam 11.30 malam. Jadi, sesiapa yang nak study lebih, kena pegi study room lah. Takkan la kau nak study dalam gelap yedok?
Si Cheqmie ni malas lah nak study kat bilik study tu. Buatnya semua orang balik dorm awal, tak ke karang ada yang datang meneman? (Itu ada kisah lain okeh). So, si Cheqmie and beberapa kawan aku ni study lah depan pintu dorm a.k.a koridor aras, sebab lampu koridor depan dorm kitorang ni terang sikit. By the way, dorm aku ni terletak dekat hujung aras and berdekatan dengan pokok besar sekolah. Pokok besar tu banyak jugak history. Selepas beberapa jam group study dengan penuh ketekunannya, diorang pun dismiss lepas tengok jam menginjak pukul 1 pagi.
Cheqmie pun terus kemas meja belajar, buku-buku pelajaran dia dan terus tutup pintu dorm. Cheqmie ni alim sikit daripada aku, jadi sambil dia tutup pintu tu dia baca ayat kursi dan beberapa surah pendek untuk buat pendinding dorm lah kiranya. Sebabnya, sekolah kitorang baru lepas terjadinya kejadian histeria yang teruk masa tu. Lepas Cheqmie tutup pintu, dia naik ke katil dia dan ready nak tidur (katil double decker, Cheqmie katil bawah). Baru beberapa minit dia baring, tiba-tiba dia dengar ada orang ketuk pintu dorm bertalu-talu, kuat gila!
“Siapa?”.
Cheqmie dengan beraninya bertanya. Tapi takda sahutan. Cuma ketukan demi ketukan je kedengaran. Dia dah rasa lain macam. Ah, sudah. Cheqmie duk diam je atas katil, tak berganjak. Yelah, kalau member dorm, boleh je bukak pintu dorm tu sebab dorm tu bukannya berkunci. Lagipun, kenapa takde sorang pun yang bangun bila pintu dah diketuk sebegitu rupa? Kenapa Cheqmie je yang dengar?
Cheqmie dah menggigil dan terus ambik selimut untuk berselubung sambil baring mengiring ke kanan. Dalam 10 minit dia berselubung selimut tu, dia dengar pintu tu macam terbuka luas. Tiba-tiba, dia rasa macam ada something berdiri kat belakang dia.
“Kenapa kau tak buka pintu?”, ada satu suara garau menjerkah.
Cheqmie dah menggeletar tak habis-habis dalam selimut dia wey! Semua ayat dibacanya, tu pun ada yang tersasul-sasul. Gila kau tak sasul? Kalau aku mahu dah terkencing pengsan kat situ! Tapi Cheqmie kuat doh, dia teruskan bacaan sampai lancar. Duk khusyuk baca tu, tiba-tiba dia rasa macam ‘benda’ tu duduk atas katil dia. Kan kalau kita baring, kita akan rasa katil tu terhenyak sikit macam ada orang duduk. Haa gitulah Cheqmie tu rasa.
Si Cheqmie pun apa lagi, melompat terus turun dari katil dengan selimut bantal semua, and baring tengah-tengah dorm. Kebetulan ada dua orang budak dorm aku jugak tengah tidur kat situ sebab panas. Taktau pulak aku kalau dia terjeling ke tertenung ‘benda’ alah tu. Dia pejam mata serapat-rapatnya tapi dia still dengan ‘benda’ tu ketawa nyaring kat telinga dia. Korang tau apa part yang paling konghajonya? Ketawa dia sebiji macam aku! Tapi dia upgrade sikit lah sebab dia ada pakej mengilai sekali.
Cheqmie cuba lelapkan mata dan akhirnya dia pun tidur (sambil peluk member sebelah hahaha). Esoknya tu Cheqmie pun cerita kat kitorang apa jadi. Gila lah meremang semua bulu roma weh. Aku tobat taknak gelak kuat-kuat dah lepas kes tu. Memang jadi perempuan Melayu terakhir giteww.
Kitorang terfikir jugak, kenapa dia tak masuk terus je, kan senang? Mungkin sebab Cheqmie baca ayat pendinding sebelum tutup pintu, tu yang ‘dia’ tak dapat masuk. Apa-apa pun, ‘dia’ pun makhluk Allah juga. Cuma mungkin kejadiannya berbeza dengan kita.
-TAMAT-
119. KISAH JIRAN MEMBELA
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : KISAH JIRAN MEMBELA
KARYA : NINA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401119
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Hai semua. Nama aku Nina. Aku berasal dari Johor dan sekarang menetap di Selangor. Aku berkahwin pada tahun 2012. Pada awal perkahwinan keluarga mentua ajak tinggal bersama mereka memandangkan suami aku merupakan anak tunggal. Mula-mula berkahwin aku tak kisah pun nak tinggal bersama mentua, tapi selepas dah ada anak, aku rasa aku lebih perlukan privacy. Aku berbincang dengan suami dan keluarga mentua secara baik dan mereka bersetuju untuk kami berpindah keluar.
Bapa mentua aku dengan baik hati carikan kami rumah sewa yang alahai dekat sangat dengan rumah dia. Dengan alasan, senang kot nanti nak tengok cucu. Siap bayarkan deposit rumah. Kami pun ikutkan jelah. Kami tinggal di rumah teres setingkat yang mempunyai 4 bilik. Agak besar untuk kami tapi aku bersyukur juga dapat menyewa rumah ni sebab senang kalau family aku datang. Tak payah mereka nak menyewa hotel lagi.
Kisah bermula bila kami mula masuk ke rumah baru. Jiran aku ni orang Indonesia tapi dah lama duduk Malaysia. Cara dia bercakap pun dah tak bunyi Indonesia. Dia ada dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Anak perempuan (aku namakan dia Ina lah ye) dah berkahwin dan tinggal sekali.
Ada satu malam tu, aku baru balik dari Johor. Aku tengok rumah jiran aku ramai orang. Tapi memandangkan dah tengah malam aku buat tak tahu jelah. Belum pun aku turun kereta, aku nampak Ina ni mencangkung depan grill rumah aku. Dia duk mencakar-cakar simen dengan tangan dia. Dah kenapa pulak. Lepas tu mak dia datang jumpa aku bagitau yang anak dia sakit buatan orang. Sebabnya si Ina ni pernah tolak pinangan lelaki lain untuk kahwin dengan laki dia sekarang.
Tak jadi kami nak masuk rumah. Terus balik rumah mentua tidur di sana. Esok paginya aku balik rumah sorang sebab aku nak pergi kerja. Yelah, baju kerja aku semua kat rumah. Masa aku buka nak buka pintu, Ina bagi salam. Masa dia bagi salam tu, muka dia sinis je pandang aku. Takut lak aku.
Ina : Assaalamualaikum kak. Baru balik?
Aku : waalaikumsalam. Haah. Tapi kejap je ni.
Ina : Ni, saya ada masak mee sup. Akak ambillah
Aku : terima kasih
Aku ambil, terus aku masuk rumah. Aku tak buka makanan yang dia bagi tu sebab aku rushing nak pergi kerja. Aku just letak je atas meja makan.
Masa aku dah sampai office, jap lagi aku tengok bekas makanan yang Ina bagi tadi ada atas meja office aku. Aku pelik. Macam mana boleh ada dekat sini sedangkan aku rasa aku tak bawa pun tadi. Aku pun duduk sambil tenung bekas makanan tu. Tak lama lepas tu ada cleaner datang nak ambil sampah. Cleaner tu cakap kat aku, “mesti akak lupa bawa. Ni Ina dah bawakan makan” Aku punya terkejut sampai aku tolak bekas makanan tu sampai jatuh. Terburailah isi dalam bekas tu. Ini bukan mee sup, ini sup rambut campur paku. Aku terus keluar dari bilik aku breakfast kat luar sambil tenangkan fikiran.
Macam-macam jadi bila aku balik rumah sewa tu. Semuanya melibatkan Ina lah. Ada sekali tu anak aku nangis. Aku kat dapur tengah masak. Tetiba anak aku senyap. Aku pun pergilah depan nak tengok anak aku. Tengok si Ina ni tengah main dengan anak aku. Macam mana dia masuk sedangkan aku dah kunci gate dan pintu? Aku terus ambil anak aku, suruh Ina ni balik rumah dia. Yang buat aku terkejut, dia dengan selamba keluar kot dinding. Serentak dengan tu, anak aku nangis tak berenti. Aku pun start kereta terus balik rumah mentua.
Barang-barang rumah aku pun sentiasa berubah tempat. Termasuk sofa, almari, sampaikan tong gas aku pun berubah tempat. Ina tau je time aku nak balik rumah, mesti dia ada depan gate. Setiap kali tu kan mesti Ina ni cakap, “cantik tak saya susun rumah akak” sambil buat muka seram. Nak tak nak aku kena gak masuk rumah dah rumah aku kan. Aku tak cerita kat mentua aku sebab takut kena marah yelah, dulu nak sangat duduk sendiri. Privacy sangat. Hah, rasakan.
Kemuncaknya, suami aku ni kerja sendiri. So, kerja dia tak tentu masa. Ada satu hari tu, dah dekat pukul 3 pagi suami aku masih belum balik. Aku tersedar sebab anak menangis. Dah lepas susukan anak aku, aku bangunlah cari suami aku. Tengok dekat luar, kereta tak ada pun. Sah, suami aku belum balik. Aku call tapi tak berangkat. Hati aku tak sedap. Aku call bapa mentua aku bagitau suami aku belum balik lagi. Kotlah suami aku balik rumah orang tua dia. Tapi tak ada pun. Tak lama lepas tu mentua aku datang rumah. Mak mentua aku jaga anak aku, aku dengan bapa mentua aku keluar pergi cari suami. Hati aku kuat cakap yang suami aku ni ada dekat office dia. Masa aku sampai, kereta suami aku ada kat parking. Aku pun naiklah office cari suami aku.
Masa aku sampai je office, aku nampak suami aku terbaring dekat workstation dia. Pengsan. Aku dah menjerit panggil nama suami aku. Nasib baik ada bapa mentua duk tenangkan aku. Kalau tak aku pun tak tahu nak buat macam mana. Aku ambil handphone nak call ambulans tapi line tepon tak ada. Tetiba suami aku berdiri tegak macam nak nyanyi lagu negaraku. Dah kenapa ni? Bapa mentua aku suruh aku bangun, jangan diri kat suami aku. Tetiba suami aku menjerit. “Kau ambil hak aku! Hak aku! Kau faham tak?!”, sambil tangan tunjuk kat aku. Masa ni mulut aku terkunci habis sebab suara suami aku macam suara Ina. Tak tahulah nak gelak ke nak nangis. Huhuhu. Bapa mentua aku tanya balik,
“Hak apa?”.
Lepas tu suami aku pengsan balik. Bapa mentua aku cakap ni memang ada benda yang kacau. Nak call orang pun line tak de. Gigihlah kami berdua angkat suami aku masuk dalam kereta bawa balik rumah. Terus sakit pinggang aku. Masa on the way balik rumah tu, bapa mentua aku call ustaz kenalan dia minta datang rumah tengokkan anak kesayangan dia ni.
Kami tak balik rumah sewa, kami balik rumah mentua aku. Yelah, kat rumah sewa tu ada anak aku yang baby lagi. Tak naklah kena gangguan lagi. Cukuplah suami aku sorang. Masa dah sampai rumah, suami aku dah sedar tapi dia senyap je. Aku nak cakap dengan dia pun takut. Bapa mentua aku yang banyak uruskan. Aku ni pun bukan jenis kuat semangat. Lagi melibatkan benda-benda ghaib ni, lagilah aku takut.
Masa sesi dialog ustaz dengan benda ni, aku tak dengar sangat sebab bapa mentua aku tak bagi dengar. Takut aku yang hysteria nanti. Sampai dekat nak subuh jugaklah baru benda ni settle. Suami aku pun dah sedar, tapi masih lemah. Lepas je ustaz tu solat subuh, dia panggil bapa mentua dan aku. Ustaz tu tanya aku,
Ustaz: awak ada simpan apa-apa tangkal ke?
Aku: tangkal? Tak ada pulak. Eh, tapi adalah arwah atok saya bagi ayat pendinding suruh saya bawa pergi mana-mana.
Ustaz: Boleh saya tengok?
Aku pun pergilah ambil dalam handbag aku. Aku yakin yang arwah atok aku bagi ni ayat Al-Quran. Cuma dia tulis dan balut dalam kain warna merah. Bila-bila masa aku rasa tak tenang, selalu aku bukak kain tu dan baca. Dah jadi habit dari zaman bujang. Lepas tu ustaz tu sambung,
Ustaz: Patutlah benda tu marah sangat dengan awak. Dia tak dapat ganggu awak dia ganggu orang yang terdekat dengan awak.
Aku: Pebenda ni ustaz. Saya tak pahamlah. Saya rasa saya tak pernah pun buat orang marah.
Ustaz: Takpelah. Benda ni pun dah lepas. Dah tak ada. Cuma saya nasihatkan keluarlah dari rumah sewa tu. Cari rumah sewa lain.
Lepas dari kejadian tu, dan ambil kira nasihat ustaz, kami pun berpindah semula ke rumah mentua aku. Tak kisahlah tak ada privacy pun, janji benda ni tak jadi lagi.
Oh, berbalik pada Ina tadi, sebenarnya Ina ni sakit hati. Bukan dia kena buatan orang pun. Dia yang pergi seru benda tu berdamping dengan dia. Puncanya, sebab dia dah bayar deposit nak duduk rumah yang aku sewa. Tapi sebab bapa mentua aku bayar deposit lagi mahal dari Ina (sebab nak anak menantu dia duduk dekat dengan dia), tuan rumah pulangkan balik deposit kat Ina. Ni pun sebab bapa mentua aku yang cerita. Dia minta maaf sebab rahsiakan benda ni dari kami. Dia pun tak sangka benda ni boleh jadi sampai teruk macam ni.
Benda dah jadi. Takkan tak nak maafkan. Berhuhuhu jelah aku dengan suami. Lagipun best hoi duduk rumah mentua. Balik kerja mak mentua aku dah siap masak, tinggal makan je. Anak pun tak payah tinggal dekat pengasuh. Hahahaa.. sudahnya, menantu dia yang hantu. Cuma kesianlah dekat suami, sampai sekarang masih lagi sakit badan, tetiba kaki lebam macam ada orang pegang, selalu kena tindih masa tidur. Masih lagi berubat dengan ustaz. Doakan yang baik-baik saja untuk kami ye.
-TAMAT-
120. BAHANA MAIN SOROK-SOROK
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : BAHANA MAIN SOROK-SOROK
KARYA : MAPLE MERAH
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401120
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Hai, aku Lydia dan berumur 18 tahun. Aku selalu jugak baca HZONE BLOG ni, tapi kali ni terdetik hati ni nak ceritakan pengalaman yang aku sendiri alami ketika aku di tingkatan empat. Seram atau tak kisah ni, aku tak pasti, tapi bagi aku, ini merupakan salah satu pengalaman ngeri buat aku.
Aku merupakan anak bongsu daripada 11 orang adik beradik. Sebab aku ni adik bongsu dan kawan sebaya aku pulak kebanyakannya lelaki, perangai aku jadi agak kelakian + kebudak-budakkan. Aku tak suka terperap dalam rumah dan akan bermain dengan diorang sampai lewat petang. Yer aku tau, aku dah cukup dewasa untuk jadi seorang perempuan yang terperap dekat dapur, tapi aku cuma tak boleh move on dengan childhood aku. Aku sayang nak lepaskan semua keseronokkan zaman kanak-kanak ni walaupun semua kawan perempuan aku dah busy dengan life diorang bersama android dan boyfriend masing-masing. Ok enough pasal diri aku.
Cerita ni bermula bila aku main sorok-sorok dengan kawan-kawan aku di rumah Azam. Macam biasa, bila aku jadi tukang cari, aku akan pergi ke tempat-tempat yang aku rasa sangat strategik yang aku rasa sangat sesuai untuk dijadikan tempat persembunyian diorang. Masa tu, tinggal Akmal sorang jer yang aku tak jumpa lagi. Aku buntu. Aku tak tau nak cari dia dekat mana lagi. Habis aku geladah semua tempat daripada reban ayam sampailah belakang jamban aku cari dia, tapi tak jumpa jugak. Kawan-kawan aku yang lain mula mengejek aku supaya aku mengaku kalah, tapi aku langsung tak peduli. Aku terus cari dan cari sampailah mata aku terpandang sebuah tangki air usang yang tingginya mencecah tingkat dua rumah azam. Aku terus bergerak ke arah tangki besar tu. Aku dapat dengar seperti ada benda sedang bergerak di dalam tangki tu. Terus aku menunduk dan mengintai disebalik lubang yang terdapat pada dinding tangki tu. Kosong. Takda apa-apa kecuali daun-daun kering dan bumbung zink yang dah berkarat. Aku jadi tak puas hati. Aku yakin ada seseorang dalam tangki tu.
” Azam!! Kau panjat!! Aku tau Akmal ada dekat dalam ni!! ” arah aku.
” Dia takda dalam ni la, Lydia!! Aku tau la! ” ujar Hisyam tak puas hati.
Tapi aku masih tak puas hati dan memaksa Azam memanjat tangki yang tinggi itu. Paksa punya paksa, akhirnya Azam mengalah. Dia memanjat dan apabila sampai di bibir tangki, dia menggeleng kepala menandakan memang takda sesiapa yang menyorok dalam tangki tu.
” Tu la Lydia, aku dah kata takda orang, kau degil! Ngaku kalah jer la. Lagipun, dah senja dah ni. ” marah Azam.
Aku merengus kasar, “yer la, yer la.. Aku mengaku kalah.”
Pengumuman aku itu buatkan rakan-rakan aku yang lain tersenyum.
” Weh, Akmal, keluar!! Lydia dah ngaku kalah!! ” jerit Hisyam dalam nada gembira.
Serta-merta, satu susuk tubuh budak lelaki keluar daripada bawah kereta kancil putih milik ayah Azam. Dia tersenyum kemenangan.
” Tak guna kau, Akmal! Menyorok bawah kereta memanglah aku tak jumpa!!! ” marahku kasar.
Akmal tak menjawab malah dia mendabik dada sambil tersenyum bongkak. Aku dah malas nak peduli, jadi aku ambil keputusan untuk tidak bermain lagi dan meminta diri untuk pulang memandangkan hari pun dah mula gelap. Suara Azan mula bergema daripada surau berdekatan menandakan masuknya waktu maghrib.
Seperti biasa, bila aku balik rumah, memang mak aku berleter gila-gila punya, tapi aku dah biasa. Jadi aku tak ambil pusing sangat.
Selesai saja mandi dan solat maghrib, aku mula rasa tak sedap badan. Rasa malam tu sejuk gila hingga aku pun menggigil walaupun malam tu takda la mendung atau menunjukkan tanda-tanda nak hujan. Kaki kanan aku pula mula terasa sakit dan lenguh. Aku ingat takda apa-apa la, tapi bila aku biarkan, makin lama, makin sakit. Akhirnya aku tak boleh berdiri dan hanya mampu mengesot. Aku dah mula rasa lain macam. Nak kata aku ada jatuh, takda pun.
Aku bagitau abang aku tentang kaki kanan aku ni, tapi kata-kata dia memang buat aku rasa nak bagi rasengan kat dia. Dia cakap, ” Alasan kau ni.. Malas nak basuh pinggan cakaplah. Biar aku cabut terus kaki kau tu, biar tak boleh jalan selamanya. Hahahaha.. ”
Dengan rasa sedih bercampur sakit hati, aku mengesot pergi dekat kakak aku pulak untuk minta simpati. aku beritahu dia tentang kaki aku, dan dia tanya aku sama ada aku ada jatuh ker tak. Aku jawablah takda. Pastu dia suruh aku beritahu abah aku, memandangkan abah aku memang pandai mengubat dan mengurut orang. Yer la, mana nak tau kaki aku ni terseliuh ker apa ker.
Dipendekkan cerita, bila bagitau abah aku tentang keadaan kaki aku tu, abah angkat aku dan letak atas sofa. Abah belek-belek kaki aku dengan dahi yang berkerut.
Aku makin jadi tak keruan bila abah start baca bacaan ayat Al-quran sambil pegang kuat kaki aku. Aku tak dapat kawal diri aku dan akhirnya aku jatuh terjelupuk atas lantai. Aku menjerit sekuat hati sambil pandang ke arah pintu. Aku rasa nak keluar daripada rumah tu. Aku tak tau kenapa aku jadi macam tu. Aku rasa badan aku panas dan kaki aku rasa sakit gila bila abah aku pegang kaki kanan aku tu.
Dua orang abang aku, Ali dan Abu dan seorang kakak aku, Lisa, mula pegang kaki dan tangan aku sekuat hati. Mak aku pun tolong sekali. Terkumat-kamit diorang baca ayat kursi. Hampir 20 minit macam tu, barulah aku tenang balik. Abah suruh aku minum air yang ayah aku dah bacakan ayat Al-quran tapi belum sempat aku nak minum, Ali yang memang bijak pandai tu, dia pergi ketuk kaki aku yang masih sakit tu, buatkan aku kembali menjerit hingga tertepis cawan yang abah pegang tu hingga pecah dan lepastu memang aku dah tak sedar apa-apa dah.
Sedar-sedar jer, aku tengah terbaring atas lantai sambil dikelilingi oleh ahli keluarga aku. Diorang pegang Surah Yaasin sambil pandang aku, risau. Abah suruh aku mengucap dan bila aku mengucap, semua orang menarik nafas lega dan abah ucapkan Alhamdulillah. Bila aku dah boleh cakap sikit, abah tanya aku, ada main dekat tangki tepi rumah Azam ker. Aku angguk jer la. Lepastu, abah cakap, jin dekat situ marah sebab masa kitorang main dekat situ, dia tengah tido. Sebab tu dia ganggu aku memandangkan akulah yang paling lemah semangat antara kawan-kawan aku yang lain. Jadi, abah dah larang aku main dekat situ lagi. Aku ok jer la.
Tapi benda ni tak berakhir sampai sini jer. Memandangkan esoknya aku ada pementasan sejarah dan semua kertas pementasan tu pada aku, nak tak nak, aku gagahkan juga diri aku menapak ke sekolah. Penat tu takpayah cakaplah, aku nak berjalan pun macam orang mabuk jer.
” Weh, Lydia, kau kenapa pucat jer aku tengok? Kau tak tido ker malam tadi? ” soal Syaza. Syaza ni macam leader kelas aku la kan. Apa-apa hal, semua ngadu dekat dia. Tapi dia ni bukan ketua kelas tau.
” aku kena sampuk la malam tadi. Tu yang penat tu. ”
Syaza buat muka terkejut seraya menepuk belakang aku kuat, “masyaallah, Lyd.. Kalau kau penat, takyah la datang sekolah!! Yang kau nak rajin sangat ni apsal?! Kalau pengsan macam mana?? ”
” kalau boleh memang aku taknak datang, tapi kertas sejarah ada dekat aku. Nanti cikgu Azmil marah pulak kan kalau group aku tak bawak kertas ni. ”
Syaza hanya mampu geleng kepala memandang aku.
Nak diceritakan, masa waktu pertama, waktu mata pelajaran agama, aku rasa lain macam balik. Dia rasa seram sejuk tau. Aku dapat rasa benda tu ada dekat dengan aku. Aku hanya mampu tunduk pandang meja, tak berani nak angkat muka. Hati aku pulak, dah mula baca ayat kursi tapi kau tau la kan, bila rasa takut, bacaan pun jadi tunggang langgang.
Tiba-tiba, aku terperasan sesuatu. Ada satu tangan ni cuba nak capai tangan aku. Kulit tangan dia pucat dan berkedut macam hanya kulit yang balut tulang. Kuku dia hitam dan panjang. Aku jadi kaku, tak tau nak buat apa. Aku tak mampu nak lari. Air mata mula mengalir laju dekat pipi aku bila benda tu start tunjuk rupa dia. Ianya seorang tua dengan rambutnya yang beruban dan serabai. Wajahnya tersenyum pandang aku dengan pandangan yang menakutkan. Tangisan aku jadi makin kuat dan kuat buatkan semua rakan-rakan aku jadi tak tentu arah. Aku dibawa ke bilik ERT untuk proses mengubati aku dan sepanjang tu jugak aku nampak nenek tua tu. Ya Allah.. Takut tu hanya tuhan yang tahu.
Aku menjerit-jerit meminta benda tu supaya pergi dari situ, tapi makin aku jerit, makin dia kelihatan seronok. Uztaz pun jadi buntu nak ubatkan aku sehinggalah abah datang setelah dimaklumkan pihak sekolah tentang keadaan aku. Proses berubat ni biarlah aku skip. Nak cerita pepanjang pun, aku sedar tak sedar jer.
Tapi memang sejak kejadian tu, aku jadi sedikit pendiam dan kerap kena histeria dekat sekolah dan jugak dekat rumah sampai pengetua pun pernah suruh aku supaya pindah sekolah sebab dah tak mampu nak hadap aku.
Dah berbotol-botol air dekat rumah aku minum untuk kembalikan semangat aku. Aku cuba lawan benda tu, bukan aku tak cuba, tapi bila setiap kali nak baca Al-quran dan surah yaasin, benda tu jadi agresif dan tekan badan aku sampai aku rebah. kata-kata pengetua yang seakan menghalau aku daripada bersekolah dekat situ, buatkan aku rasa lemah dan sedih. Aku rasa putus semangat nak teruskan hidup. Aku rasa macam diri aku ni susahkan semua orang. Aku minta maaf dekat pengetua sebab aku susahkan dia, tapi nampaknya dia tetap dengan pendirian dia.
Alhamdulillah, setelah beberapa bulan berubat dengan orang yang pakar, semangat aku semakin lama semakin pulih. Aku juga dah amalkan surah At-taubah ayat 128-129 dalam kehidupan seharian. Memang membantu. Solat pun aku dah tak tinggal sekarang. Sekarang ni, aku dah tak selalu keluar rumah dah. Hahaha.. Alhamdulillah.. Nampaknya semua yang berlaku ada hikmahnya.
Aku minta maaf kalau penulisan aku agak teruk atau cerita yang aku sampaikan ini tak seseram macam yang pembaca nak. Aku masih muda dalam bidang penulisan ni. Oh ya!! Doakan aku semoga cemerlang masa dapat result spm ini ya!! Sekian terima kasih
-TAMAT-
121. TIANG KEMATIAN
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : TIANG KEMATIAN
KARYA : ELLE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401121
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Cerita saya kali ini..”Tiang Kematian@jerunai”..Seorang hamba atau “dipen” akan dipilih lantas dirinya diikat di puncak jerunai,dia meronta-ronta minta dilepaskan.
“Jerunai’ ialah tiang kayu tinggi di mana sebelum tiang itu berdiri,satu lubang dalam setinggi lelaki dewasa akan dikorek. Sementelah itu,tiang berketinggian kira-kira 15meter itu akan dipasak ke dalam lubang tersebut.
Amalan kuno adat ratusan tahun itu,mempersembahkan korban hamba(dipen@golongan kasta terendah)iaitu wanita dara lengkap dihiasi dengan baju tradisional kaum melanau.
Wanita itu yang dikorbankan akan diduduk dengan diikat tubuhnya kedalam lubang bersama harta benda milik si m**i.Upacara yang paling tragis,kayu tinggi seberat puluhan tan itu akan dipikul beramai-ramai,dipasak lalu dijatuhkan ke dalam lubang menimpa tepat ke atas tubuh wanita itu sebagai tanda korban.
Di dalam tarian tradisional masyarakat melanau sendiri ada mengambarkan upacara tersebut.Ada dua orang hamba yang akan menemani si m**i ke alam abadi menurut kepercayaan adat melanau kuno iaitu wanita dan lelaki.
Lelaki akan diikat di atas batang kayu tersebut yang kiranya sebesar sepemeluk orang dewasa.Kerana tidak mahu m**i sebelum waktu maka hamba tersebut akan menghamburkan sumpah seranah setiapkali melihat ada kelibat manusia berada dekat dengannya.Di puncak kayu itulah si hamba akan m**i secara perlahan sambil berkata:
“Datanglah dekat padaku,
Takkan kamu tak kasihani aku,
Aku amat haus dahaga,
Aku bukan hamba abdi kamu,
Angkatlah pengayuh perahumu tinggi-tinggi,
Agar percikan air dari pengayuh itu,
Dapat menghilang sedikit dahagaku,
Ku sumpahkan agar sesiapa daripada kamu yang menyiksa aku…
Atas dosa yang tidak pernah aku lakukan,
Aku sumpahkan tak seorangpun daripada kamu,
Anak-anak dan cucu cicit kamu selamat”
Inilah antara episod menyayat hati lagi menyeramkan apabila berbicara satu tradisi kuno yang pernah berlaku di kalangan masyarakat Melanau ratusan tahun dahulu.Tradisi pengkebumian masa lampau yang dikhaskan untuk golongan bangsawan atau aristokrat masyarakat Melanau pagan(tidak beragama) atau animisma ini.
Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa golongan aristokrat di kalangan kaum Melanau yang meninggal dunia dahulu tidak dikuburkan di dalam tanah.Sebaliknya mayatnya akan disimpan di dalam tempayan besar terlebih dahulu kemudian dibiarkan mereput secara semulajadi sehingga meninggalkan rangka-rangka sahaja.
Selepas itu barulah tempayan itu nanti akan dipindahkan ke dalam satu lubang yang terletak di bahagian tengah tiang kayu bulat yang dikenali sebagai “Jerunai” atau “Kelideng”.
Disitulah sebenarnya tempat persemadian kekal si m**i dengan ditemani roh si hamba sahayanya yang dikorbankan menuju ke “likow matai” atau alam akhirat menurut kepercayaan masyarakat Melanau dahulukala.Di Mukah dan Dalat Sarawak sehingga kini masih ada tiang-tiang ini kukuh tegak berdiri.Mungkin anda boleh google di internet mengenai jerunai.Taip “Jerunai” kaum Melanau.Di google image,akan terpapar rupa bentuk “Jerunai”).
Baiklah ikutilah kisah saya kali ini.Pekan Dalat ketika tahun 1995 masih lagi tidak begitu maju seperti sekarang.Bancian penduduk pada masa itu tidak menjangkau ke 10ribu orang bermastautin di pekan Dalat.Pekerjaan utama kaum melanau di Dalat ialah mengusahakan tanaman pokok sagu dimana isinya berserat putih diparut untuk dijadikan tepung sagu.Selain itu,kebanyakkan pemudanya meninggalkan pekan untuk bekerja di kem pembalakan sememangnya menjanjikan gaji yang cukup lumayan.
Ketika itu cuma ada satu dispensari( klinik kesihatan)dimana biasanya tempat pemvaksinan bayi,rujukan untuk kes tidak serius.Disitulah juga,tempat pengambilan ubat-ubatan.Ketika itu,pekan kecil ini dilengkapi kemudahan asas seperti stadium mini,pejabat pos,Bank Utama(bank tidak ada lagi di Malaysia),sekolah menengah berasrama,deretan kedai-kedai runcit dan balai polis.
Pertama sekali tujuan saya mengaitkan lagenda fiksyen mengenai Sarawak adalah untuk memperkenalkan tanah kelahiran saya,buminya luas menyamai keluasan Semenanjung Malaysia.Dengan mengaitkan lagenda Sarawak,para pembaca akan berminat untuk menjadikan Sarawak salah satu destinasi eko-pelancongan mereka.Siapa tahu bukan?Baiklah.cerita saya bawa kali ini,”Jerunai” iaitu Tiang Kematian…..
Malam itu tahun baru 1995.Bunyi mercun berdentam dentum memecah hiruk-pikuk Pekan Dalat.Beberapa orang pemuda likaw(pagan@tidak beragama)sedang asyik meneguk minuman keras,melayani borak-borak kosong,menikmati beberapa bungkusan kudapan seperti kuaci dan kekacang.Nama salah seorang pemuda itu cukup saya kenali.Saya bahasakan namanya sebagai Dee(bukan nama sebenar)bagi menghormati isu sensitiviti keluarga namanya saya rahsiakan.
Baiklah ketika mereka sedang begitu asyik melayani perasaan mabuk mereka.Dee bangkit dan hendak melepaskan hajatnya.
Anda rasa apa yang boleh difikirkan kalau akal waras sudah dikuasai mabuk?Di hadapan bangunan pejabat daerah tiga tingkat itu ada kawasan lapang berturap yang biasanya dijadikan tapak jualan pasar tani setiap hari ahad.Di situ lah Dee dan rakan-rakannya bersenda gurau mabuk pada malam itu.Tapak itu betul-betul berada di tebing sungai.Dee menuju melangkah di pinggir pagar berhadapan dengan pejabat daerah Dalat,di mana letaknya tiang kematian “Jerunai”itu tegak berdiri.
Dee menarik turun zip celananya jeansnya lalu melepaskan hajat”(tersiksa untuk dicintanya,mencinta untuk disiksanya)terpaksa atau rela”,dihala ke arah pangkal bawah tiang keramat kematian.Menurut kepercayaan orang melanau pagan,mereka sendiri sangat percaya tiang itu sangat keramat dan menghormatinya kerana ada nyawa dikorbankan bersama tiang “Jerunai”.
Tetapi apakan daya,Dee memang sangat kurang ajar kerana tidak menghormati tiang kematian “Jerunai”.Sanggup Dee menodai keramat itu dengan melepaskan hajatnya di situ.
Baiklah,berbalik pada Dee.Di dalam kelam malam yang masih berantakan bunyi percikan mercun bunga api di udara,Dee merasa seakan diludah sesuatu dari atas tiang.Dee menoleh perlahan ke atas.Tepat ludahan itu seolah air yang menitik di atas kepalanya.Seakan-akan makhluk lelaki duduk di atas tiang jerunai.Cengkung wajahnya kehitaman..tubuhnya kurus, kelihatan isi dan kulit luluh melekap pada rangka tubuh makhluk itu.
Wajahnya kelam dan menyeringa.Dee tergelak-gelak enggan percaya dan mengosokkan matanya berkali-kali.Mungkin lagi khayalan mabuk tekanya.Dee menatap dan mereka saling menatap.Makhluk itu membuntang mata seakan akan biji matanya mahu tersembul keluar,ia mulai merangkak turun perlahan-lahan dengan kepala mendahului ke bawah.Kebodohan Dee sebentar tadi,mengundang petaka…
Makhluk itu menuruni tiang “Jerunai”,ia merapati Dee lantas memegang muka Dee,terasa kukunya menguris perlahan-lahan pipi Dee.Tangan makhluk itu mulai memberi satu amaran iaitu jari telunjuknya di goyang turun naik perlahan-lahan tepat ke mata Dee.Makhluk itu menolak tubuh Dee,lalu Dee tersungkur.Longlai lemah.Kali ini,Dee didatangi pula satu lagi makhluk iaitu wanita.Ngeri rupanya.Kelihatan sebelah mukanya hancur dan sebelah lagi kelihatan masih elok.Berbekas di sebelah wajah itu percikan d***h,tulang temulang tengkorak retak umpama dihentak sesuatu yang berat.Makhluk wanita itu seolah-olah sangat marah,merenung tepat ke mata Dee.
Dee masih lagi rebah di atas batuan jalan konkrit merah pejalan kaki.Kali ini,makhluk wanita itu menyeringai memandang Dee, menatap tajam umpama dendam kesumat yang sangat mendalam.Mata Dee ketika itu mulai melayu,makhluk itu memusingkan kepalanya ke kiri ke kanan perlahan berulang kali,matanya menatap Dee tanpa berkelip.Bayangan makhluk itu mula membuka bibirnya perlahan,seakan d***h mengalir dari bibirnya.Ia tersenyum sinis umpama melemparkan satu signal”Aku akan bagi satu pengajaran padamu”Zuppp…makhluk itu menghilang umpama hembusan asap.Hilang tiba-tiba…
Dee menjerit umpama hilang akal di pangkal ‘Jerunai” Kawan-kawanya yang lagi khayal melayan kepala mabuk tersedar dan berlari terhuyung-hayang menerpa Dee.Kelihatan buih-buih halus air liur keluar dari mulutnya.Mata Dee terbeliak ke atas umpama diserang sawan terketar-ketar dengan tubuhnya kejung.
Esoknya,..bomoh dipanggil untuk memulihkan kembali semangat Dee.Satu upacara khas dinamakan “bayoh” iaitu memuja dewa Ipuk sembahan kaum Melanau pagan,Upacara “bersiluk”(menilik)juga diadakan menggunakan sebatang lilin,dilayangkan ke kiri kanan beberapa kali ke atas baju dipakai oleh Dee semalam.Bau bakaran kemenyan menusuk ke rongga hidung.Bomoh kelihatan marah,mengerut dahi kerana firasatnya mengatakan Dee telah bebuat onar di tiang “Jerunai”.Satu patung ukiran dari isi lembut pokok sagu diukir.Patung ini dipanggil “belum” atau “dakan”.Ketika ritual mengukir patung “belum” bomoh telah menyeru semangat dewa Ipuk untuk meramal apakah bentuk patung yang bakal diukir.Satu bongkahan kecil isi lembut pokok sagu diambil.Jari jemari bomoh meraut patung itu bagai ada kuasa lain yang membantu jari jemarinya bergerak di atas serat lembut pokok sagu.Siap….ukiran berbentuk patung wanita.Ternyata amarah semangat korban yang membuat Dee sawan,Tubuh Dee dihadapan bomoh masih lagi terketar-ketar,sawan dengan tangannya tergeliat seolah-olah menahan kesakitan yang amat.Bomoh memulakan upacara “bayuh” dan membaca beberapa p****g mentera.
Bomoh menghayun-hayun ukiran patung dari arah kepala ke arah kaki Dee.Ternyata semangat Dee belum lagi pulih.
“kurang ajar!!!.anak ini tidak menghormati tempatku!!!”jerit Dee lantang dengan suara garau.Yang pasti itu bukan suaranya..Bomoh membaca mentera lagi memohon kemaafaan bagi pihak Dee yang terlalu lancang perbuatannya.Upacara berlaku begitu lama..Akhirnya Dee pulih setelah bomoh berhempas pulas memohon perhitungan dengan semangat wanita korban ‘Jerunai”.Bomoh bingkas bangun membawa patung “belum” menuruni tangga menuju ke pinggir sungai.Bomoh membaca lagi beberapa mentera bagi mengadakan satu lagi ritual iaitu menghanyutkan patung itu ke dalam sungai.
Kemaafan telah dipinta,namun itulah pengajaran bagi Dee dan penduduk-penduduk lainnya di sekitar “Jerunai” yang masih utuh teguh berdiri sehingga kini.Bayangkan,apa sahaja sejarah mengenainya ia benar-benar ada.
Wujud dan tiang itu sendiri masih berdiri megah di Dalat serta di Mukah Sarawak.Apa pun kepercayaan sesuatu kaum.Hendaklah kita hormati kerana jika anda mahu dihormati.Jagalah tutur kata dan tingkah perbuatan kita.Rasa hormat itu akan datang sendiri jika kita tahu cara untuk menghormati orang lain.Hormati juga agama dan sensitiviti kaum lain.
Itulah resepi utama dalam rencah kehidupan seharian kita.Begitulah sedikit cerita yang saya bingkiskan kali ini.Saya tidak malu untuk mengatakan asal usul saya dari Sarawak kerana adat budaya tidak dijual beli.Ia satu hal perlu dikenang.Jika ada masa,saya akan bingkiskan lagi kisah seram dari bumi kenyalang kepada anda.Salam semanis kek lapis sarawak kepada anda,dan harmonikan kehidupan kita seceria warna pada kek lapis sarawak.
Terima kasih kerana sudi membaca.Jagalah bahasa kerana adab itu mencerminkan siapa yang melahirkan anda dan yang membesarkan anda.Maaf tidak terlalu seram ya…dan maaf bahasa sastera lama adalah “signature”kepada penulisan saya.Mungkin penulisan saya tidak sesuai dibaca oleh sesetengah lapisan umur kerana penggunaan bahasanya tidak lazim seperti penggunaan bahasa melayu moden sekarang.Jika cerita ini terbit ke laman HZONE BLOG,saya berterima kasih kepada admin dan anda semua terima kasih kerana sudi membaca.Elle.
122. BUKAN GELANG BIASA
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : BUKAN GELANG BIASA
KARYA : FEHERRA GHAZALI
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401122
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Assalamualaikum pembaca semua. Selama ni, saya hanyalah pembaca juga tp harini tergerak hati pulak saya nk share sedikit sebanyak kisah yg pernah terjadi sepanjang hidup saya.
Saya kini adalah graduated student dari sebuah universiti yg terletak di Parit Raja, Batu Pahat. Kisah ini terjadi sekitar 2016-2017. Nk dipendekkan cerita, setiap tahun sebelum majlis konvokesyen, mesti akan ada feskon atau Festa Konvokesyen di mana, akan terdapat pelbagai aneka jualan. Baju, tudung, kedai makan, persembahan artis dan mcm mcm lagi. Dan mestilah hati seorang gadis mcm saya tkkan lepaskan peluang untuk membeli belah. Kebetulan pula, duit ptptn baru masuk, mmg heaven la rasanya.
Bersama dua lagi rakan karib saya, Lina dan Mia (mestilah bukan nama sebenar) kami bertiga berjalan jalan di sekitar feskon itu. Saya tertarik dgn sebuah gerai gelang yg bnyk pilihan. Saya beritahu Lina dan Mia “weh korang, jom tengok gelang kt gerai tu. Boleh beli buat mcm gelang friendship” girls, biasalah kan. Lina bagi idea “weh apa kata kita pusing pusing dulu, survey tengok tempat lain. Mana tahu lg lawa ke lg murah ke” . Mia pun setuju dgn cadangan Lina. And yes, saya okay je. Pusing punya pusing, hati saya tetap tertarik dgn kedai gelang td, walaupun kedai tu biasa, tp nk juga! Saya bersuara utk ke situ dan mereka iyakan saja.
Smpai di gerai gelang tu. Kami membelek belek smbil bertukar pendapat gelang yang mana satu sesuai nk dijadikan “gelang friendship” . Saya ke sisi kedai, lantas penjual gelang itu memandang dan menghadiahkan sebuah senyuman. Pada mulanya, saya hanya membalas kosong senyuman itu, dan lama kelamaan, penjual gelang itu terus memerhatikan saya dgn senyuman yg agak menakutkan pada saya. Saya kembali pada Lina dan Mia. “Korang dah pilih belum? Aku taktahu la nk yg mana satu” Lina dan Mia tunjuk gelak yg mereka berkenan dan dalam pada kami memilih, aku dipanggil penjual gelang berkenaan.
“Dik, sini jap”
“Ye bang, kenapa?”
“Harini hari jadi awakkan? Nah, abang ada hadiah utk awak, gelang ni abang buat sendiri tau. Tp jangan bagitahu orang lain tau. Bak sini tangan awak, abang pakaikan”
Dan saya bagaikan si bodoh tanpa akal, hanya menurut kemahuan si penjual gelang itu. Smpai satu ketika, Lina dan Mia bayar gelang mereka. Dan Mia tanya “kau tk beli ke weh?” Aku diam, tengok gelang, mcm terfikir ni nk bgthu ke tk ek. Ah tunjuk jelah. “Weh, aku dapat gelang free ni heheheh abang tu bagi” . Mereka berdua kaget tp lepastu masing masing macam tk ambil peduli dengan gelang tu.
Hari demi hari, bulan demi bulan, tiada apa yg pelik. Hinggalah terjadinya mcm mcm perkara aneh yang terjadi pada saya. Perkara paling ketara, apabila saya sering berasa sakit seperti orang sakit jantung. Symptomnya semua sama. Sama, sebijik. Saya risau, sbb arwah ayah mmg ada sakit jantung. Tp tkkanlah muda muda dh kena sakit jantung kan, eh tp manalah tahu kalau dh takdirnya mcmtu. Ya, hari hari perasaan yg sama berulang mcmtu. Ah ni tk boleh jadi, kena jumpa doctor. So buat appointment, pergi PKU (Pusat Kesihatan Univerisiti) buat check up. “Awak tkde masalah apa apa, jantung semua okay, buah pinggang okay, d***h okay. Tkde masalah” . Baiklah doctor, terima kasih.
Mcm mcm terjadi, histeria ketika test. Ye ni lah paling malu. Paling malu dalam hidup. Siapa nk terjerit jerit depan orang ramai, depan lelaki, bukak tudung. Tell me, siapa yang nk mcmni. Dengan pandangan negatif orang lagi. Ye saya tahu, semua orang berkata kata. Tkpe, Allah tahu. Allah tahu semua.
Ada salah sorang kawan saya berhati mulia, menolong. Panggil ustaz, ustaz datang. Tak kberapa nak ingat apa yang terjadi. Entahlah tak ingat langsung sebenarnya apa yg terjadi. Ada lagi dua orang rakan yang menolong saya. Biarlah saya rahsiakan. Housemate saya, bukan setakat housemate, sahabat dunia akhirat. Adila saya namakan, ye Adila yg bnyak sngat membantu. Adila setkan semunya, utk berubat dgn Ustaz.
Setelah pulih, mereka hantar saya ke rumah. Ibu juga ikhtiar. Di bawa berubat. Selama berbulan bulan, saya memakai gelang tersebut, timbul rasa sayang. Smpai tahap adik saya nk pegang ke nk tengok pun boleh jadi marah. Padahal gelang biasa je. Ibu pelik. Ketika di bawa berubat, ibu bgthu pengamal perubatan tersebut tentang gelang itu. Oh ye, pengamal perubatan tersebut adalah anak saudara arwah ayah saya yang sememangnya bukan bomoh. No bomoh bomoh ok hehe.
Dan ketika itu, sememangnya saya tk ingt apa yg terjadi, ibu memberitahu berlaku adegan tarik menarik gelang diantara saya dengan sepupu saya itu. Pada pandangan saya, saya tak boleh hidup tanpa gelang itu dan saya akan sentiasa kelihatan cantik dan muda apabila mengenakan gelang itu.
Gelang itu berjaya dihapuskan. Saya tidak tahu apa yg telah dilakukan terhadap gelang tersebut. Namun, apa yang telah diberitahu, gelang itu bukan gelang biasa. Gelang itu mempunyai khadam yang inginkan tuan. Allahuakhbar.
Moral of the story, kepada semua pembaca, especially perempuan. Sebelum nk ke mana mana, sentiasa lindungi diri anda dngan ayat Qursi. Percayalah mereka wujud. Sehingga ke hari ini, saya tidaklah pulih sepenuhnya tp alhamdulillah semakin pulih. Cumanya, bnyk implikasi terhadap perkara ini, terutamanya keputusan saya, setiap sem makin menurun. Tkpelah, mungkin bukan rezeki saya untuk berjaya sehebat orang lain.
Tapi, yang menjadi kemusykilan saya hingga ke hari ini, mcm mana dia boleh tahu hari itu hari jadi saya?
-TAMAT-
123. PUAKA BURUNG TEKUKUR
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : PUAKA BURUNG TEKUKUR
KARYA : KERO
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401123
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Assalamualaikum warga HZONE BLOG, terima kasih kerana telah memberi sokongan dan komen positif pada tiga siri “Si Man pemburu rusa”. Kali ini saya akan berkongsi kisah pengalaman ngeri si pemikat burung tekukur. Ini terjadi pada abang saudara ku sendiri dan dia menceritakannya kepada aku. Ok sudah menjadi kebiasaan aku akan beri “tagline” aku pada permulaan cerita hahaha. Bagi yang tidak mengenali aku, Aku Kero, orang yg tidak pernah nampak atau terlihat makhluk-makhluk halus, hantu dan jembalang secara langsung tetapi aku dikelilingi orang-orang yang mempunyai kisah-kisah mistik, aneh, dan menyeramkan.
Abang saudara aku akan namakan sebagai “Razmi” dalam kisah ini. Seorang pemuda tinggi lampai, berkulit hitam manis dan dalam lingkungan umur 30an. Sudah menjadi hobinya sejak dia bujang lagi dalam “permainan”burung tekukur ini. Burung tekukur diberi nama begitu mungkin kerana ianya berbunyi seperti namanya” tekuku… Kur”. Burung tekukur yang tidak asing di kawasan kampung-kampung dan bunyinya yang memecah suasana petang kampung saling bersahut-sahutan sungguh menenangkan. Bagi pemikat burung tekukur, amat mendatangkan gian sekiranya mendengar bunyi burung tekukur ini. Lenggok suara, degup bunyinya yang lunak pasti mencabar kepakaran si pemikat burung tekukur membawa “burung pikat(burung tekukur yang sudah terlatih) ” beraksi dan menewaskan burung yang mahu dipikatnya. Pasti pernah kita dengar spesis burung yang dikategorikan sebagai “keras” dan “berpenunggu” seperti burung wak-wak, ayam hutan dan lain-lain, tetapi jarang sekali kita mendengar burung tekukur juga dikategorikan sebagai berpenunggu.
Di halaman rumah sebuah kampung yang terletak di kampung teluk, pasir panjang, port dickson terlihat seorang pemuda sedang membelek-belek burung tekukurnya yang dijadikan burung pikat. Jari-jarinya dijentikkan menghasilkan bunyi, burung tekukur yang berada di dalam sangkar layang itu memberi respon dengan galaknya menghasilkan bunyi “te ku ku Kurrrr”. Razmi mengambil sangkar burung tekukurnya itu lalu meletakkanya di atas meja. Dibukanya ikatan pada kaki burung itu, lalu dimasukkan ke dalam cetok atau sangkar burung pikat yang lebih kecil Supaya mudah dibawa ke tempat memikat nanti. Racik yang tersimpan di dalam laci tidak lupa dibawanya sekali. Bagi yang tidak tahu apa itu racik, racik ialah salah satu peralatan yang digunakan untuk menangkap burung tekukur. Racik adalah jerat kaki yang dipasang berdekatan dengan burung pikat. Kaki burung tekukur liar akan tersangkut pada gelung racik ketika hendak berlaga dengan burung pikat. Tanpa berlengah lagi, Razmi menghidupkan motor honda Ex5 nya lalu memecut ke satu lokasi yang telah dia lihat pagi tadi bagi memikat burung tekukur. Lokasi yang ditujunya adalah ladang kelapa sawit yang luas dan menjadi tempat “bermain” burung-burung tekukur ini.
Agak jauh kedalam ladang sawit juga Razmi membawa burung pikatnya kali ini. Perjalanan mengambil masa hampir setengah jam daripada pintu masuk ladang sawit itu. Sesudah sampainya dia di situ, Razmi memilih satu kawasan lapang dan tanpa berlengah lagi racik dipasang dan burung pikatnya itu dikeluarkan daripada cetok dan diletakkan di atas tanah. Razmi berlalu pergi dari situ dan duduk di bawah pohon tidak jauh daripada lokasi burung pikatnya tadi. Lastik yang dibuatnya sendiri tergenggam pada tangan kanannya dan beberapa biji batu dibuat peluru diletakkan di sisinya. Ini untuk menjaga keselamatan burung pikat kesayangannya itu daripada binatang pemangsa yang mungkin akan memakan burung itu seperti burung lang sikap, ular, biawak, anjing liar dan lain-lain.
Jika ada binatang-binatang ini menghampiri burung pikatnya, pasti akan dilastiknya bagi menakutkan binatang-binatang itu. Razmi duduk tenang di bawah pohon itu sambil telinganya meliar mendengar bunyi yang datang daripada burung pikatnya, ia galak berbunyi memecah kesunyian petang di ladang sawit itu. Tidak lama bunyi “cabaran” daripada burung pikatnya itu disahut bunyi burung-burung tekukur liar tidak jauh daripada tempatnya itu. Bersahut sahutan bunyi cabaran tekukur-tekukur di situ namun tidak ada seekor pon tekukur liar yang berani turun dan menghadap burung pikatnya itu. “te ku kuuu kurrr” “teku kuuu kurrrr” “te ku kuuuu kurrrr”, masih tiada seekor tekukur liar yang menghampiri.
Bunyi yang tadi Bersahut-sahutan daripada jauh sudah tidak berbunyi lagi. Mungkin tekukur tekukur liar tidak berani mencabar kehebatan burung pikatnya itu. Suasa petang kembali sunyi sepi di ladang sawit itu. Angin sepoi sepoi meniup dedaunan sawit dan daun-daun pokok itu seakan akan melambai lambai ditiup angin. Suasa petang yang damai itu mengasyikkan dan menenangkan fikiran Razmi. Sedang leka dia menghayati keindahan suasana petang di ladang sawit itu tanpa dia sedari hari sudah pun lewat petang. Langit yang kemerah-merahan menunjukkan senja bakal tiba dan langit akan diselubungi kegelaoan malam. Ladang sawit itu terlihat gelap dan sunyi.
Razmi bingkas bangun daripada tempat duduknya lalu dikemas racik dan dimasukkan semula burung pikatnya ke dalam cetok. “tiada rezeki aku hari ini” ujar Razmi dalam diri. Sedang dia memasukkan memasukkan cetok dan racik ke dalam raga motornya itu, telinganya tertangkap bunyi burung tekukur liar. “Te ku kuurrrr, te ku kurrrr” bunyi itu yang memecah suasana sunyi senja di situ. Sungguh lunak bunyi burung tekukur itu, lebih hebat daripada burung pikatnya itu. Jika berhasil dia menangkapnya, pasti dia akan menjadi “jaguh” dan burung itu akan jadi pikat yang terbaik. Hatinya dipenuhi rasa ingin memiliki burung itu, rasa ingin tahunya memuncak lalu motornya dihidupkan lalu mencari punca bunyi itu.
Razmi membawa motornya mencari dimanakah burung tekukur itu berada. Sehinggalah dia tiba di satu kawasan lapang dan terdapat sebatang pohon m**i yang tidak berdaun dan sangat tinggi melebihi pokok-pokok sawit disitu. “Teku kurrr, te ku kurrrr”, sememangnya bunyi itu datang daripada pohon itu. Berkemungkinan burung tekukur liar itu bertenggek di atas salah satu dahan pohon m**i itu.
Razmi lalu mendongakkan kepalanya ke atas dan meninjau ninjau setiap dahan pohon itu mencari sosok burung tekukur liar itu. Sehinggalah dia terlihat di satu dahan pohon itu terdapat satu sosok yang agak besar daripada saiz seekor burung. Diamatinya betul-betul kerana keadaan suasana yang sudah agak gelap, barulah Razmi dengan jelas melihat sosok itu. Ianya adalah sosok tubuh sebesar seorang kanak-kanak lelaki, berwarna hitam gelap sehingga tidak terlihat wajahnya, bersayap seperti seekor burung dan bertenggek di hujung dahan pohon itu sambil berbunyi “te ku kurrrrr, tekukurrrrr”. Razmi yang terkejut, dengan pantas menaiki motornya dan memecut laju keluar daripada ladang sawit itu.Entah apa penunggu atau puaka yang dilihatnya di atas po on m**i itu.
Syukurlah tiada apa-apa yang terjadi padanya ketika terserempak dengan puaka burung tekukur itu. Ternyata burung tekukur juga berpuaka seperti burung wak wak dan lain-lainnya. Haruslah kita beringat ketika kita memikat burung tekukur tidak elok sehingga waktu senja dan maghrib. Kerana waktu dan ketika itu, jin-jin galak dan banyak yang keluar.
Sekian terima kasih.
-TAMAT-
124. ‘BERANI MENYERU, TANGGUNGLAH SENDIRI!”
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : ‘BERANI MENYERU, TANGGUNGLAH SENDIRI!”
KARYA : MEYYA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401124
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Hai, assalamualaikum. Nama aku mia, cerita dalam HZONE BLOG memang gempak. Yang pasal kes mak mentua dengan anak mentua itu, memamg takde hati perut. So cerita yg aku nk share ni masa dekat kolej dalam 4 ke 3 tahun lepas.
Dulu masa dekat kolej biasalah, kita ada geng geng, aku dulu dduk hostel first sem dengan second sem then aku jadi outsider.
Dalam geng geng aku ni ada sorang kwan aku nama nadia (bukan nama sebenar), dia mcm nakal sikit lah, mulut banyak, suka cakap lepas, kadang kadang suka gaduh dengan senior. Aku dulu, dalam geng aku ada 8 org kalau tak silap aku. Aku adalah antara yg mcm nakal jugak, tapi kurang brcakap layan layan mcm tu je lah.
Cerita dia bermula, masa aku dekat surau lepas solat isyak. Lepas je aku mengaminkan doa, terus aku di sapa oleh nadia. Tiba tiba dia tanya “hoi miaa, kau pernah kan seru makhluk halus?”. Aku pun terus tepuk peha dia “heshhh kau ni mulut apaaa lah! Asal kau tanya mcm ni?”. Aku pun pelik asal dia tanya aku,puas aku fikir. Ohhh rupanyaa aku lupa aku pernah cerita dekat dia yg aku pernah main spirit of the coin, masa sekolah menengah dulu, pernah la ada alami gangguan tapi nanti lah aku cerita nanti pening pulak baca.
Okay then, aku cerita la dekat dia aku main tak extreme punya, ada sesetengah orang kata nak extreme kena titik d***h dan macam macam lagilah. Aku ingat aku cerita tu cuma sekadar untuk pengetahuan dia je, rupanyaaaaa dia cakap dia nak cuba seru makhluk halus dan berdamping dan nak kena kan senior dia. Malam tu aku nasihat dia macam macam tapi dia nekad nak juga buat. Nadia ni memang gila!
Malam tu lepas prep, dalam pukul 1 pagi aku baru boleh lelapkan mata. Tengah aku baru nak lelap, aku terus terdengar ada orang buka pintu bilik dorm, aku cuba telek sikit nak tengok siapa, dengan bantuan cahaya biasan lampu koridor. Aku nampak nadia tengah pegang pisau kecil je, kertas putih, kain kuning dan lilin dan dia tengah nak sarung selipar. Aku malas nak tegur, sebab kalau tegur aku memang dah tahu dari awal, memang dia tak akan dengar cakap, dan akan membuatkan aku dan dia bertekak pukul 1 pagi tu.
So aku diam kan je lah, dalam hati aku, aku berbisik buat sendiri tanggung sendiri lah!! Keesokkan malam nya, selepas isyak dari surau…
Nadia mengadu dekat aku, badan dia sakit sakit. Aku ingatkan dia demam, aku pegang badan dia panas sangat sangat. Nadia sampai tak larat nak berjalan ke dorm, aku dengan 2 orang kawan aku yang lain tolong nadia papah dia naik tangga sampai ke dorm.
Kami semua baringkan dia, dia kata dia panas sangat sangat, kawan aku kuatkan kipas sampai maximum, tambah lagi dengan kipas tangan. Aku ni pulak, tengah makan cokelat dekat atas kepala dia, sebab aku duduk bersimpuh dekat dengan kepala dia lah sambil makan.
Kebetulan, aku ada sorang kawan satu dorm tapi lain kursus, nama dia puteri dia ni pandai juga la sikit sikit bab jampi serapah (dalam islam), dia kata dekat aku dia nampak Nadia ni macam lain, so dia ambil keputusan untuk baca ayat kursi, dia tiup dekat tapak tangan dia dan sapu dekat muka nadia. Tiba tiba nadia, terus bangun terpacak!!kawan aku terus tanya, “siapa kau!?”. Nadia hanya membalas dengan ketawa yang besar dan suara yang agak garau.
Bulat terbuntang mata dia, dalam pada masa yang sama ada angin kencang sekali datang, terus hempas pintu dorm dan masa tu juga lah aku nampak ada makhluk besar, tinggi , hitam muka dengan badan dia, muka penuh nanah buruk!! Dia duduk membongkok depan pintu dorm, masa tu terus aku menjerit sekuat hati, sampai terjatuh dari katil dan terus tak sedar apa yang jadi.
Berdasarkan cerita kawan aku yg lain, malam tu dorm aku jadi kecoh suasana hingar bingar, satu persatu pelajar perempuan menjerit tak tentu hala!! Aku pulak menjerit, menangis, dan ketawa dan ramai yang pimpin aku ke surau. Semasa di surau, aku ingat ingat lupa kejadian semasa di sana. Tetapi, apa yang aku ingat semasa student lain mengangkat aku ke surau, melangkah sahaja aku ke surau badanku terasa panas dan aku nampak sosok tubuh seorang wanita sedang duduk mengerekot di sebuah pondok di hadapan surau. Lalunya sahaja aku di sebelah, dia mengangkat mukanya yang buruk dan bau busuk nanah itu, sambil mengerling ke arahku.Aku terus pejamkan mata, perasaan aku nampak makhluk itu, hanya Maha penciptaNya sahaja lah yang Maha mengetahui.
Aku duduk di dalam surau, dan dikelilingi oleh pelajar yang lain. Aku duduk melutut sambil menangis. Tiba tiba aku terdengar suara orang sedang menjerit kesakitan, lalu aku toleh ke belakang dan melihat nadia sedang dikelilingi oleh ustazah dan ustaz. “Kenapa kau ganggu perempuan ini?” kata ustaz. “Dia menyeruuukuuuu!!” jerit Nadia diiringi dengan tawanya. “Apa kau mahu dari perempuan ini?”. Kata ustaz. “Aku mencari inaa!! Budak ini ingin berdamping denganku, menyeruku dengan darahnya! Dan berjanji untuk abdikan diri bersamaku!!!”. Selepas mereka berkomunikasi begitu, aku terus tidak sedarkan diri. Aku terus sedar yang aku berada di katil rumahku.
Kata kawan kawan aku yang lain, ustaz telahpun mengeluarkan ‘benda’ itu dari badan nadia. Nadia muntah, dah mutahnya berwarna hitam dan busuk! Hubungan aku dengan nadia agak renggang selama 1 bulan, kami tidak bertegur sapa. Aku sakit hati dengan perangai dia yang tak makan saman tu! ‘Berani Menyeru, Tanggunglah Sendiri” Selepas 1 bulan, kami bersahabat seperti sedia kala.
Kami baru dapat tahu, roh yang masuk di dalam badan nadia adalah makhluk yang telah dibuang oleh tuannya dan ingin mencari tuan baharu. Entah ya entah tidak, Itu adalah berdasarkan apa yang orang kampung cerita, sebab kolej aku ni dekat dengan perkampungan orang. Yang Maha Besar Yang Maha Mengetahui.
-TAMAT-
125. DAPAT ‘KAWAN’ MASA HIKING
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : DAPAT ‘KAWAN’ MASA HIKING
KARYA : AISYABELLA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401125
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Assalamualaikum dan salam sejahtera readers .Terima kasih admin kalau up cerita saya .Pertama saya nak minta maaf kalau cerita ni tak seram mana dan penulisan tak menarik sebab saya masih newbie dalam penulisan ni.
Kisah yang saya nak kongsi ini adalah pengalaman saya sendiri yang terjadi pada tahun lepas dimana saya dan rakan pergi hiking di gunung P .
Biar saya bahasakan diri saya sebagai AKU dan watak2 nya Anim,Kira dan Hira, Sampai di gunung kami mulakan pendakian pada jam 8 am dan anggaran akan sampai puncak pada jam 1230pm sebabkan kami jenis slow hiker jadi mungkin agak lewat kami naik ,pada awal pendakian semua ceria2 belaka tapi bila sampai di pertengahan gunung kami mula terpisah sebab aku dan kira lambat sangat manakala anim dan hira bertubuh kecil jadi amat mudah bagi mereka untuk memecut .
Okey dah masuk part seram ,masa aku lalu satu kawasan ni laluan dia gelap sebab ditutupi pokok kanopi yang agak tebal dan jalan disitu sangat curam dari yang sebelum ni tapi yang pelik jalan kat sini tar dia masih elok dan hitam macam baru di tar (lupa nak bagitau kami lalu jalan tar ) tapi aku tak fikir apa2 lah masatu ,fikir nak sampai puncak je pastu balik nak tengok iflix .Tiba2 terdetik jugak dalam fikiran ni kenapa dari tadi tak jumpa sorang manusia pon sedangkan masa awal2 tadi ramai je bertembung dengan manusia ,masa aku fikir tu tiba2 aku dengar ada suara kat belakang aku ,aku toleh belakang aku nampak ada 3 orang jejaka tampan yang baru keluar dari semak samun tepi2 jalan tar ni .
Dalam hati ni rasa nak usha je tapi kalau dia tengok rupa aku yang tengah barai and hidung kembang kuncup amik nafas ni rasanya dapat friendzone je .Mereka bertiga lalu sebelah aku dan salah seorang dari mereka bagi salam kat aku ‘Assalamualaikum’ sambil menoleh kearah aku dan senyum ,dia pakai spek mata hitam dan cap hitam yang aku ingat .
Pelik juga sebab mereka bertiga daki bukit curam tu tanpa lelah dan peluh walau setitis pon sedangkan aku dan kira sampai minta nyawa kat tuhan.Sekali lagi aku dan kira ditinggalkan bila mereka berlalu dengan pantas.
Akhiranya kami sampai di puncak tapi masih tak jumpa anim dan hira lagi ,ada satu lorong di puncak yang di situ ada pencawang ,aku dan kira decide nak teruskan naik sebab yelah buat apa nak masuk kat lorong pencawang tu .Di depan sedikit dari lorong tu kami jumpa dengan 3 orang jejaka tadi ,mereka seolah buntu lalu menanyakan kira ‘Kak ,Gate kat atas tutup ye?’ Kira menjawab ‘Entah ek tapi saya ada lagi 2 orang kawan dah sampai atas tapi dia tak cakap apa pon’ .
Jejaka2 bertiga itu seolah terkejut bila tahu yang kami ada kawan lagi di atas so bukan berdua lah .Tiba2 dari atas kedengaran suara anim teriak mengatakan ‘Kak aisyaa n kiraa !!Jangan naik!! Gate atas tutup !’ Sambil berlari turun dan menghala kearah aku (kak aisya tu aku) ,Anim melintasi 3 jejaka tadi tanpa memandang mereka dan terus menuju ke aku ,tercungap2 anim mengatakan yang gate kat atas tutup jadi tak boleh tengok view ,anim dan hira mengatakan mereka hanya duduk depan gate sambil tunggu kami .
Aku masih tercungap2 ambil nafas dan hanya berdiam diri seketika ,Anim mengajak turun dan kami memulakan langkah untuk turun pula. Masa aku dan kira tercungap2 ambil nafas jejaka berspek mata hitam itu menanyakan umur aku dan Kira tapi aku yang jawab dan dia menanyakan tempat tinggal aku. Aku hanya beritahu nama tempat tapi tak berani pula beritahu alamat. Mereka hanya ‘ouhhh’ sesama sendiri dan terima jelingan maut aku sebab ajak borak time hidung aku kembang kuncup .
Bila nafas aku kembali elok aku terus balas cakap anim ‘Wei abis susah payah je hike sampai puncak tapi tak dapat tengok view ‘ dan salah seorang dari jejaka tadi cakap ‘Sini ada view cantik’ sambil tunjuk kearah lorong pencawang tadi.
kami berempat setuju untuk ikut mereka dan biar mereka meredah masuk ke lorong itu dulu , kami ikut di belakang bila kami sampai di depan ada gate dan di dalam gate ada pencawang dan aku nampak 3 jejaka tadi dah ada di seberang gate. Aku pelik macam mana mereka lepasi gate jadi aku jerit ‘Weii macam mana korang masuk ?’ Rupanya mereka tunjuk ada laluan tikus di tepi2 gate tu jadi kami pon ikut jelah sampai di seberang gate kami nampak ada view cantik sangat jadi mulalah sesi ambil gambar .
Mereka bertiga pon tak lepas peluang nak ambil gambar siap ada monopod weh..untung lah haha .Salah seorang dari mereka yang memakai spek mata hitam dan cap itu pergi ke aku dan meminta ambilkan gambar tapi aku menolak sebab tangan aku menggigil akibat pegang hiking stick lama sangat (alasan) hahaha betul lah tak tipu . Kira yang ambil kan gambar mereka ,bila mereka minta izin nak beredar dari situ aku serba salah sebab tak ambil kan gambar jadi aku ramah2 kan mulut aku nak borak2 sikit .Aku tanya ‘Korang selalu ke lalu jalan trek (hutan)?’ Salah sorang menjawab ..
”Haa selalu juga lah”
‘best ke lalu jalan trek?’
‘Best ..Jalan trek boleh rilek2 ,tak penat sangat ,Cepat sampai, Redup pon redup ,Matahari pon tak ada ,Nak ikut ?’ (Nada suara nya macam ada lenggok orang dulu2) Soal mereka pada aku dan mereka bertiga hanya pandang aku seolah tunggu jawapan dari aku .
Aku hampir setuju tapi bila terkenang balik kem yang pernah aku lalui dulu tak lah se-rilek yang di katakan ,hampir patah juga kaki aku masa itu jadi dengan sedikit trauma aku menolak ajakan mereka ‘Tak apalah..jalan tar pon dah nak patah kaki saya ni ‘ sambil gurau aku menjawab ,mereka hanya senyum dan mengangguk kan kepala dan berlalu pergi .
Kami mengambil satu keping gambar lagi dan berkemas untuk turun ,peliknya rasa macam tak ada lah lama sangat kami ikut beredar tapi tak terserempak pula dengan mereka .6 bulan selepas kejadian ini aku mula dapat ‘kunjungan’ dari satu makhluk hitam dan rantai aku juga hilang bila aku ceritakan pada atok angkat aku (atok ni pandai mengubat) dia kata mereka bertiga sebenarnya manusia ghaib dan datang sebab nak berbual2 ,mungkin rantai aku di ambil buat kenangan (gittuwww) dan kawan aku ada cakap kalau mereka menanyakan tempat tinggal tu maksudnya ‘dia’ nak datang bertandang sebab itu lah rumah aku yang jadi mangsa ,jadi itu saja cerita aku ,sebenarnya aku ada dapat sakit2 juga tapi tak penting pon dalam story ni ,aku ada pergi gunung tu lagi sekali tapi aku tengok jalan tar tu tak adalah curam sangat dan tar nya lusuh dan banyak lubang2 tak seperti sebelum ni ,aku dapati jalan yang aku lalu semua lain dan anim cakap dia tak jumpa pon 3 jejaka tu dekat gate puncak padahal kalau ada orang lalu memang boleh nampak , anim tak jumpa mereka tapi 3 jejaka tu boleh tau gate tutup ! Terima kasih sudi baca cerita aku ni ‘Assalamualaikum’ (senyum) .
-TAMAT-
126. CARA MEMBUAT MINYAK DAGU
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : CARA MEMBUAT MINYAK DAGU
KARYA : ILZANO
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401126
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Aku masih teringat lagi kisah yang diceritakan oleh arwah ayah aku sewaktu aku masih kecil, tentang kisah pengalaman hidupnya semasa tinggal bersama sekumpulan orang asli di sebuah perkampungan di Endau-Rompin. Banyak perkara yang dia pelajari, antaranya cara membuat jerat sembat, jerat ayam hutan, perangkap musang dan beberapa ilmu mistik.
Ilmu mistik itu tidaklah dipunyai oleh ayahku, sebaliknya dia menceritakan pengalaman melihat proses pembuatannya dari awal hingga akhir. Banyak kisah yang diceritakan kepadaku. Aku tidak berapa ingat kisah mengenai cara mendapatkan toyol, namun kisah yang masih aku ingat sampai sekarang adalah cara membuat minyak dagu.
Aku tidaklah dapat ingat secara terperinci seratus peratus mengenai kes ini, namun aku boleh mengingati fakta-fakta utama yang diceritakan. Harap kalian dapat pengetahuan baru mengenai proses pembuatan minyak dagu ini. Cerita ini aku jadikan dari perspektif ayah aku sendiri terhadap pengalamannya ini;
Apabila suku orang asli ini dapat tahu ada seorang perempuan muda yang m**i dengan anak sulung mereka masih di dalam kandungan, mereka jadi teruja. Teruja bukan kerana apa, kerana mayat sebegini amat sesuai untuk didapatkan minyak dagu kerana jarang kematian sebegini rupa, di mana mayat ditanam bersama kandungannya sekali.
Aku sendiri pun tidak pasti bagaimana suku orang asli tersebut mendapat berita perkhabaran tentang kematian sedemikian kerana zaman itu, mana wujud telefon bimbit atau alat-alat komunikasi yang lain. Tambahan pula, mereka orang asli yang agak terpisah daripada pembangunan negara yang pesat.
Namun apa yang aku ingat, apabila adanya mayat sebegini, Tok Awang sudah awal-awal lagi bersedia untuk melakukan satu tugasan. Tugasan itu selalunya dilakukan bersama seorang anak didiknya, dan disebabkan aku berada di situ sebagai tetamu, aku diajak untuk menyaksikan sendiri proses penghasilan minyak dagu ini.
Man, pembantu tok awang sudah bersiap sedia membawa cangkul yang diikat dibelakangnya serta lampu minyak tanah. Mereka berdua bukanlah orang Islam, sebaliknya mereka mempertuhankan alam semulajadi, yang mana mengikut pada mereka, setiap pokok, kawasan hutan serta sungai mempunyai penunggu dan tuannya sendiri. Mereka memuja penunggu-penunggu ini bagi mendapatkan lebih hasil dan rezeki di dalam hidup mereka.
Penggalian kubur ini perlu dilakukan secara senyap-senyap. Maklumlah, kali ini, mayatnya berasal dari kampung sebelah, dan mana mungkin orang membenarkan sesiapa untuk menggali kubur, dan membuat macam-macam perkara terhadap jenazah yang baru ditanam.
Aku, Man dan Tok Awang berjalan merentasi satu anak sungai yang agak cetek. Perjalanan dimulakan selepas waktu maghrib, kira-kira jam 7.45 malam. Perjalanan ini bukanlah mudah, segala semak samun dan hutan rimba perlu kami harungi.
Akhirnya kami tiba di tanah perkuburan yang dimaksudkan itu setelah sejam setengah berjalan. Nyamuk, pacat dan lintah, semuanya aku rasa sepanjang perjalanan tadi. Maklumlah aku duduk di bandar, mana pernah merasai perkara sebegini.
Kami duduk sebentar di balik semak samun yang tinggi. Daripada situ, nampak jelas kawasan perkuburan itu, yang suram diterangi cahaya bulan. Tok Awang segera memberi arahan kepada Man untuk memadam lampu minyah tanah mereka, takut-takut ada orang di sekeliling yang terperasan.
Memang di salah satu kubur itu, terdapat 3 orang manusia yang masih berada di situ, barangkali keluarga si m**i itu. Tok Awang memberitahu supaya aku mendiamkan diri, dan jangan bergerak secara tiba-tiba kerana takut akan orang yang berada di kubur itu nampak kami. Kalau kami tertangkap, maka habislah terbongkar kegiatan ini.
Sejam selepas itu, mereka beredar. Jam sudahpun menunjukkan pukul 10.00 malam. Perlahan-lahan kami keluar, terus menuju ke arah kubur itu. Setelah memastikan kawasan tersebut sudah tiada orang, Man menyalakan semula lampu minyak tanahnya menggunakan mancis yang dia bawa.
Dihalanya lampu tersebut kepada kubur tadi. Tanah merah yang masih lembab itu memberi kepastian bahawa itulah jenazahnya, dan itulah mayat yang mereka cari yang sampai ke telinga Tok Awang. Man segera meletakkan lampu minyak tanahnya, kemudian diambilnya cangkul yang tadinya terikat di belakangya.
Tanpa disuruh, Man terus memulakan penggalian semula kubur yang aku rasa baru digali pagi tadi. Dengan mudah mata cangkul menembusi tanah yang masih lembut itu. Pergerakkan Man yang pantas dan senyap dalam menggali kubur itu sedikit sebanyak memberitahu aku bahawa ini bukan kali pertama mereka buat kerja ini.
Aku menawarkan diri untuk sambung menggali apabila aku kelihatan Man sedikit termengah-mengah, tetapi dihalang oleh Tok Awang. Aku orang luar, tidak boleh melakukan perkara-perkara sedemikian, takut tak jadi katanya.
Setelah setengah jam menggali, mata cangkul terkena sesuatu yang keras. Itulah saat yang ditunggu oleh Tok Awang, kerana penggalian sudahpun sampai ke keranda. Memang aku perasan, tanah perkuburan itu bukanlah tanah perkuburan Islam, sebaliknya tanah perkuburan masyarakat orang asli.
Setelah digali semua yang menutupi atas keranda itu, terus Tok Awang melompat ke dalam kubur tersebut. Perlahan-lahan keranda dibuka. Aku tiba-tiba rasa cuak, ibarat baru tersedar bahawa ada mayat yang baru sahaja ditanam di dalam keranda tersebut.
Saat dibuka penutup keranda itu, semerbak bau kapur barus dan daun pandan yang memenuhi ruang. Terdapat sekujur tubuh yang dibalut dengan kain putih di dalamnya. Tok Awang selamba sahaja membuka kain yang menutupi wajah mayat itu.
Agak kuat bau cendana setelah kain yang membaluti mayat pesakit dibuka, menampakkan wajah mayat. Wajahnya pucat serta kebiru-biruan. Matanya tertutup dan mulutnya terbuka sedikit. Apabila aku menghampiri kubur tersebut, aku hampir nak muntah apabila tiba-tiba bau busuk pula yang keluar, mungkin bau proses pereputan yang sudah mula berlaku.
Dibalik kain putih yang menutup mayat ini, aku dapat lihat bahagian perutya agak membusung. Aku rasa mungkin kerana mayat ini, semasa hidupnya, sedang mengandung. Apabila dia m**i, mayat dia dan anaknya yang berada dalam kandungan ditanam sekaligus.
Tok Awang kemudiannya memanjat keluar dari lubang kubur sedalam 6 kaki itu. Dia teraba-raba isi begnya dan kemudiannya mengeluarkan satu kitab kecil. Kitab tersebut nampak seperti kitab lama, berdasarkan ada beberapa halaman yang aku perasan berlubang-lubang, mungkin akibat dimakan anai-anai.
Dia kemudiannya mengeluarkan sebongkah kemenyan. Segera Man mendekatkan lampu minyak tanah dan membakar kemenyan tersebut. Aku mula bertanya kepada Tok Awang.
“Tok, kenapa kita nak kena bakar kemenyan?”
“Sebab nak menutupi bau mayat yang sudah nak reput ini, lagi satu aku nak jamu ‘benda-benda’ tu dengan asap kemenyan ni. Memang kegemaran mereka”, jawabnya sambil menyelak halaman demi halaman dalam kitab lamanya itu.
Setelah bau kemenyan yang kuat memenuhi ruang atmosfera di situ, Tok Awang mula membacakan mantera. Aku cuba mendengar dengan teliti kerana suara Tok Awang sungguh perlahan, namun aku langsung tak faham kerana mantera tersebut bukan dibaca dalam bahasa Melayu, sebaliknya bahasa lain yang aku tidak pasti.
Setelah 5 minit, Tok Awang meminta Man satu bekas kaca yang kecil, serta sebatang lilin bewarna merah. Man menggores sebatang lagi mancis untuk menyalakan lilin tersebut.
Dengan memegang lilin, Tok Awang melompat semula ke dalam lubang kubur itu, dan Man menurutinya. Tok Awang memegang dagu mayat itu, dan kali ini terpampang jelas muka mayat ini tadi. Menggunakan ibu jarinya, Tok Awang menolak dagu mayat tersebut ke atas, seakan-akan mahu menutupi mulut mayat tersebut.
Namun, disebabkan mayat tersebut telah kaku, tolakannya ke atas menyebabkan seluruh kepalanya terdongak. Kemudian dia dekatkan lilin tadi, sambil menyuruh Man memegang bekas kaca itu, untuk menadah minyak yang bakal keluar.
Setelah dibakar dagu mayat itu menggunakan lilin, aku terperasan ada titisan minyak mula terbentuk, sedikit demi sedikit memenuhi bekas kaca yang ditadah itu. Sambil itu, Tok Awang menyambung bacaan mantera itu.
Aku terkejut dan hampir nak pitam apabila aku dapat lihat sendiri mata mayat itu terbuka, dan berkelip-kelip. Seolah-olah ingin meronta, tetapi terhalang dek tolakan Tok Awang yang kuat. Upacara itu diteruskan tanpa memperdulikan gerak-geri mayat tersebut, dan setelah bekas kecil itu terisi satu per empat dengan minyak itu, Tok Awang meniup lilin untuk memadamkan api, seraya sebelah tangannya menutup kelopak mata mayat tadi yang terbuka.
Mayat tersebut dibaluti semula, keranda ditutup, dan kali ini aku bersama Man mengambus semula lubang yang digali tadi. Perjalanan terasa sungguh jauh kerana kami perlu merentasi semula hutang belukar dan sungai untuk kembali ke kampung asal tadi.
Setibanya di rumah, sinaran lampu kalimantang bewarna putih di rumah Tok Awang itu menampakkan dengan lebih jelas akan kandungan botol kaca itu. Saiznya kecil sahaja, ibarat sebesar tabung uji, tetapi lebih pendek. Terisi satu cecair bewarna keemasan, ibarat warna minyak masak.
“Kira dah selesai la kan upacara ni Tok”, aku bertanya.
“Ish, ini baru permulaan, sekarang aku perlu membuat minyak ini tunduk pada aku, supaya aku boleh kawalnya”, jawab Tok Awang.
Aku sedikit tidak faham, namun belum sempat aku habis bertanya, Tok Awang membaca mantera lagi. Kali ini ada sedikit-sedikit bahasa Melayu yang aku fahami.
“Mari sini datang kemari
Mari bersahabat bersama aku
Mari datang menjadi diriku
Datang taat turut perintahku
Jangan berani kau ingkar
Jangan berani langar perintahku
Jika engkau ingkar juga
Akanku buang engkau ke tengah laut”
Sehabis membaca mantera itu, aku lihat Tok Awang mencucuk jari telunjuknya menggunakan jarum yang agak besar. Bentuknya ibarat jarum jahitan. Kemudianya, Tok Awang memicit jarinya itu, memaksa d***h keluar daripada bekas yang dicucuknya itu.
D***h itu dititiskan di dalam bekas kaca itu. Saat minyak itu terkena sahaja d***h Tok Awang, tiba-tiba sahaja aku terdengar bunyi bayi yang menangis dengan begitu kuat sekali. Setitik demi setitik di masukkan, dan suara bayi menangis itu semakin lama semakin perlahan dan akhirnya berhenti.
“Kali ini, dia tahu siapa tuannya. Dengan cara inilah aku boleh kawal dan memberi arahan kepadanya untuk melakukan sesuatu. Sebab makanan dia cuma satu, d***h. D***h siapa yang hinggap terlebih dahulu, itulah orang yang bakal menjadi tuannya”, kata Tok Awang menjelaskan perkara itu kepadaku.
Aku masih lagi gementar apabila benda-benda ini terjadi di hadapan mataku. Ibarat sesuatu yang tak dapat difikirkan dan tak terjangkau dek akal fikiran. Kalau nak dikatakan mengenai logik atau tidak perkara itu, sememangnya tak logik.
Tok Awang memberitahu aku mengenai fungsi minyak dagu ini, yang mana apabila dicalit oleh tuannya kepada seseorang, orang terbabit akan tunduk dan mengikut kata apa yang kita hendaki. Sama ada nak membuatkan orang itu jatuh cinta, atau tunduk patuh mengawal suami atau isteri yang degil, serta kebolehan untuk mengawal kehidupan seseorang itu.
Betapa bahayanya kesan apabila terkena minyak dagu ini, yang sering dicalit tanpa pengetahuan orang, dan lebih teruk, apabila mereka mencalit minyak ini di tombol pintu, menyebabkan mangsa yang terpegang minyak tersebut tak semena-mena tunduk dan patuh kepada tuan minyak itu.
Memang tak dinafikan, seseorang yang terkena sihir ini, akan adi suka menyendiri, serta hilang kewarasan. Kata Tok Awang, jika seseorang itu terkena sihir ini, akan terbayang-bayang muka tukang sihir ini, membenci dan tidak mengenali ahli keluarga mereka sendiri serta mempunyai nafsu yang tidak dapat dikawal terhadap tukang sihir.
Memang aku sendiri pernah mendengar, mereka yang terkena sihir ini akan mula bermimpi mengenai ular hitam, anjing hitam serta termimpikan wajah penyihir itu sendiri. Memang rawatannya ada kerana sihir minyak dagu ini amat sensitif dengan ayat-ayat Al-Quran. Mereka yang sentiasa berwudhu’ akan sedikit susah dikawal dan tidak berkesan.
Pengalaman ini membuatkan aku sedikit berwaspada terhadap keadaan di sekeliling aku. Bukan itu sahaja, mulai daripada saat itu, aku merajinkan diriku sendiri membaca Al-Quran setiap hari, sebagai pendinding terhadap sihir-sihir sebegini.
-TAMAT-
127. MAKHLUK BERBULU, BERMATA MATA
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : MAKHLUK BERBULU, BERMATA MATA
KARYA : NUR IMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401127
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Salam semua readers HZONE BLOG. Thanks to admin kerana sudi post kesemua cerita-cerita Nur Iman sebelum ni. Kali ini Nur Iman nak ceritakan berkenaan tajuk di atas kerana Nur Iman perasan ramai jugak readers yang pernah mengalami satu insiden bersemuka dengan makhluk tersebut tak kisahlah samada secara berdepan ataupun dalam mimpi. Tapi cerita Iman ni nak dikatakan macam mimpi pon ya macam real pon ya. Entahlah. Sorry jugak kalau cerita ni tak seseram mana bagi korang. Kalau nak rasa seram dia, kena dulu baru tau hehehe…
Ceritanya berlaku 7 tahun yang lepas. Lepas jer Iman habis pantang, Alhamdulillah berkat rezeki anak kot, loan rumah yang kami apply tu dah diluluskan oleh pihak bank. Syukur tak terkata saat tu Allah jer yang tahu. Dapat jer kunci rumah kami pon terusla buat checking keliling rumah. Atas bawah depan blakang kami check. Alhamdulillah takde major defect. Tak lama lepas tu kami pon angkutla barang sikit-sikit dari rumah sewa ke rumah baru kami.
Mungkin khilaf kami suami isteri dimana kami terlupa untuk buat ape-ape yang patut sebelum masuk rumah baru ni. Yelah kami duduk jauh dari keluarga. Berlainan negeri. Nak panggil semua ahli keluarga agak susah. Nak panggil orang surau, surau pon belum siap lagi sebab kawasan perumahan tu baru and masih ada beberapa fasa yang dalam pembinaan lagi. Blok depan rumah kami ni pon belum siap lagi. Since dah dapat kunci rumah awal, kami pun berkobar-kobarlah nak masuk rumah baru kan. Tapi kami adalah buat bacaan yaasin bersama memandangkan masa tu Iman pon baru lepas pantang. Takut jugak dengan ada baby lagi ni kan. Tu jela yang kami mampu buat masa awal-awal masuk rumah tu. Tapi rupanya perkara itu tidak cukup untuk menghalau segala ‘makhluk’ yang sedia ada di kawasan perumahan itu.
Awal bulan pertama Alhamdulillah tiada ape pelik yang berlaku. Masuk bulan kedua Iman dah ada something not right dengan kawasan perumahan ni or in detail maybe rumah yang kami duduki ni. Sebab setiap malam ada jer dengar bunyi orang alih-alih perabot. Bunyi orang berlari-lari dekat tingkat atas. Tapi masa tu husnuzon lagi sebab jiran kiri kanan rumah Iman baru pindah. Diaorang pon ada anak kecik lingkungan usia bawah 12 tahun. So Iman pon bolayan jelah dengan bunyi-bunyi tu. Tapi yang peliknya dekat seminggu bunyi tu tak hilang-hilang. So the next day tu tak silap hari Ahad, Iman jumpalah dengan jiran sebelah kanan Iman. “Akak buat ape malam tadi? Ada masuk perabut ke? Macam riuh semacam jer rumah akak malam tadi”. Akak tu pun balas “Eh malam tadi mana akak ada kat rumah. Akak pergi rumah emak akak tidur kat sana sebab ada kenduri kesyukuran…pagi ni baru balik ni ha”. Allah! Habis tu yang Iman dengar malam tadi tu ape? Jiran sebelah kiri memang belum fully masuk lagi. Diaorg datang petang jer untuk letak barang. Rumah pon gelap jer malam tadi. Haih! Masa tu hati rasa dah tak sedap dah. Iman pon ceritala dengan suami. Dia kata takde apela tu. Perasaan jer katanya.
Sejak aritu Iman selalu sangat rasa diperhatikan dan nampak kelibat hitam melintas dekat belakang. Masa basuh pinggan, masa sidai kain, masa tengah masak. Tak kira siang atau malam. Bila toleh belakang jer zupppppp hilang! Baby Iman pulak masa tu kerap sangat menangis malam-malam. Menangis bukan yang biasa-biasa tau. Menangis jenis melalak sambil tutup mata tu. Kalau orang dengar macam kena dera bunyinya. Ibu mana yang tak risau. Bagi susu taknak, dodoikan dalam buaian taknak semua serba tak kena. Lepas tu Iman pon pasangkan surah al-Baqarah barulah baby Iman dapat tido lena. Kebetulan masa tu suami Iman tengah banyak projek. So balik pon dah tengah malam. Kira kebanyakan malam memang tinggal kami berdua jela. Takut tak takut kena hadapla kan dah rumah sendiri.
Ada satu malam tu baby Iman tengah tido dalam buaian dekat ruang tamu. Iman kat dapur cuci pinggan. Tiba-tiba dengar baby Iman menangis melalak. Berlarila ke depan tengok ape dah jadi. Tengok-tengok baby Iman dah kat lantai jatuh dari buaian dia. Yang peliknya macam mana dia jatuh? Baby 4 bulan takdela lasak mana bila tido. Macam mana dia jatuh tu lagi pelik sebab buaian tu tegap. Dia takkan boleh keluar melainkan ada orang yang dukung dia keluar. Time tu rasa nak menangis dah. Maksudnya dalam rumah tu konfem-konfem ada yang ‘menumpang’. Iman pon amik toto dan baringkan baby iman dekat ruang tamu tu. Lampu semua Iman biarkan terpasang. Iman pon mesej suami Iman supaya cepat balik.
Bila dia sampai Iman ceritala ape yang terjadi. Tengok muka suami pon dah lain macam. Rupanya tengah malam tu lagi extreme dia kacau. Masa tido tu dalam keadaan separa sedar atau tak. Tak tau nak cakap macam mana. Rasanya macam tengah tido tapi suasana macam dalam keadaan sedar. Iman dengar suara bunyi mendengus-dengus. Tak jauh, macam sebelah telinga jer. Nak buka mata tak boleh. Masa tu entah macam mana Iman rasa macam tiba-tiba sesak nafas. Badan automatik tak boleh bergerak. Bila dapat bukak mata je rupanya ada benda besar sedang himpap Iman. Kiranya benda tu tindih Iman. Ya benda tu sangat besar, berbulu dan bermata merah! Muka dia lebih kurang seinci jer dari muka Iman. Iman cuba melawan tapi tak dapat. Entah dari mana datang kekuatan Iman pon menjerit ‘Allahuakhbar!’ terus benda tu melompat ke tepi Iman sambil mendengus kasar. Sempat dia berpaling ke arah Iman and then zappppp terus hilang! Masa Iman tercungap-cungap bernafas tu suami Iman terus terjaga. Iman pon tersedu-sedu cerita dekat suami yang Iman ditindih.
Esoknya barula suami cerita. Rupanya sebelum ni dia pon pernah ternampak makhluk tu tapi waktu tu waktu senja. Masa tu dia hendak ke dapur minum air. Tiba-tiba masa nak masuk dapur tu dia terdengar bunyi macam benda diseret. Macam kuku diseret ke lantai. Ngilu bunyinya. Suami pon perlahan-lahan masuk ke dapur. Alangkah terkejutnya dia bila dia ternampak makhluk berbulu tersebut sedang duduk mencangkung mengadap dia. Suami Iman pon ape lagi terus tutup mata dan baca ayat Qursi dalam hati. Serentak dengan itu dia terasa macam angin kuat yang lalu ke arah muka dia. Adala dalam 5 minit dia tutup mata. Lepas dia buka mata tu benda tu dah hilang. Dia tak sangka benda tu akan ganggu Iman pulak (tepuk dahi jap). Beberapa hari sebelum tu jugak suami pernah ternampak benda yang sama tengah mencangkung menghadap rumah kami dekat balkoni rumah jiran depan yang sedang dalam pembinaan tu. Lama jugak benda tu tenung rumah kami. Tup-tup terus hilang. Terus suami tersedar sendiri.
Kami takde citer pada sesiapa pon pasal kejadian tu apetah lagi dekat socmed. Yang peliknya 2 hari selepas kejadian tu (ok yang ni serious pelik) Iman dapat satu mesej dekat FB Messenger dari kawan lama Iman, Khadeeja nama dia. Kira kawan Iman ni agak warak la sikit since zaman sekolah lagi and maybe dia tahu benda-benda mistik ni cumanya Iman dah lama tak jumpa dia dekat 10 tahun lebih dah. So agak pelik tetiba dapat mesej dari dia.
Bunyi dia lebih kurang macam ni “Salam Iman. Sihat? Sorryla kalau mengganggu. Cuma nak tanya Iman & famili macam mana sekarang? Bukan ape. Sebab malam tadi anak Khadeeja (umur dalam 6 tahun) mimpi. Dia kata dia mimpi anak Iman menangis-nangis ketakutan jumpa dia. Anak Iman bagitau anak Khadeeja yang dalam rumah Iman tu ada ‘something’. Tapi anak Iman tak dapat nak bagitau Iman directly sebab dia kata Iman takkan faham (sebab dia baby lagi kan..mana Iman faham bahasa baby ni). Sebab tu dia jumpa anak Khadeeja. Dia minta anak Khadeeja sampaikan dekat Iman”. Terkejut gila masa dapat mesej tu. Iman pon terus screenshot mesej tu and forward dekat suami Iman. Malam tu jugak kami pergi jumpa ustaz. Mengikut kata ustaz memang dekat rumah kami ada benda tu. And benda tu marah sebab rumah dia dah diganggu. Dulunya kawasan tu adalah kawasan hutan. Bila dah ditarah untuk buat perumahan so benda tu dah hilang tempat tinggal. Dan kebetulan kawasan rumah Iman itulah rumah dia dulu. Sebab tu dia marah bila Iman sekeluarga duduk dalam rumah tu.
Esoknya ustaz tu pon datang ke rumah kami untuk halau dan pagarkan rumah kami. Ustaz tu pun ada kata benda tu memang banyak berkeliaran di sekitar taman perumahan kami tu. Tapi dia cuma pagarkan rumah kami jer. Insha allah yang lain tak boleh masuk dah. Alhamdulillah selepas rumah kami dipagar segala gangguan tu semua beransur hilang. Baby Iman pon dapat tido dengan lena since then. Iman pon berterima kasih sangat kat kawan Iman sebab inform Iman pasal mimpi anak dia tu. Itu sajalah dari Nur Iman kali ni. Terima kasih kerana sudi baca. Assalamualaikum…
-TAMAT-
128. TOKONG DI SIMPANG TIGA
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : TOKONG DI SIMPANG TIGA
KARYA : NAMI
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401128
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Assalamualaikum dan salam sejahtera admin dan para pembaca HZONE BLOG. Terima kasih ku ucapkan kepada yang memberi feedback yang membina di kisah-kisahku yang terdahulu. Tak banyak sudah pengalaman yang akan ku kongsikan dengan semua.
Kali ini ku akan kongsikan satu kisah yang terjadi kepada aku dan kawan-kawanku.Waktu di antara aku di zaman matriks ke zaman degree, waktu sebelum Kak Siti menghantui hidupku. Waktu sedang mencari keseronokan dalam hidup.
Suatu ketika dahulu, kawan-kawan di zaman inilah yang aku anggap kawan yang salah ku pilih, tetapi sekarang ini aku lebih senang meletakkan mereka sebagai suatu pengajaran kehidupan yang aku akan simpan sampai bila-bila.
Kisah yang bakal aku kongsikan kali ini tidaklah seseram manapun, tapi Insyaallah dapat dijadikan pengajaran bagi mereka yang sedang mencari keseronokkan hidup dengan pelbagai cara.
Aku ada mendengar cerita orang yang mengatakan, sekiranya kita perah limau di kawasan yang baru terjadinya kemalangan, kita akan dapat dengar suara tangisan atau rintihan mangsa kemalangan tersebut. Tapi perbuatan itu perlu dibuat selepas jam 12 tengah malam . Perkara ini aku ceritakan kepada Uda, tak tahu pula dia berminat untuk mencubanya.
“Nak cuba perah limau?” itulah SMS yang dihantar oleh Uda kepadaku ketika aku hampir terlena pada malam kejadian.
“Kalau berdua taknak, kalau ramai ok,” balasku yang sudah cerah mana mendengar tawaran Uda.
Tak lama kemudian SMS seterusnya menyuruh ku tunggu di cafรฉ kolej ku. Jam ketika itu sudahpun pukul 1130 malam. Lega sedikit hati ini bila melihatkan kereta kancil Wiz penuh dengan kawan-kawanku; Ida, Uda, Wiz dan Sly.
Perjalanan ke tempat yang dituju agak jauh juga, hingga aku terlelap sepanjang perjalanan. Aku tersedar apabila dikejut Ida.Wiz sudahpun menghentikan keretanya di simpang tiga.
Gelap dan sunyi.
Lampu jalan ada, tapi seolah-olah hidup segan m**i tak mahu. Kelam sahaja cahayanya. Di tepi simpang jalan itu ada sebuah tokong cina kecil. Coloknya seperti baru sahaja dibakar dan buah-buahan di situ juga seperti baru diganti. Hati sudah mula rasa tak sedap.
“Mana ni?” soalku pada Sly yang sedang berdiri disampingku.
Dia cuma menjungkit bahu.
“Mana ni Uda?” soalku.
“Aku pun tak tahu. Tapi kalau tak silap ni area Balakong. Petang tadi ada sorang kakak tu bawa aku ke sini. Dia tanya nak tengok orang accident tak? Aku cakap ok. Rupanya kat sini. Kitorang sampai agak lewat juga. Dah takde siapa-siapa kat sini, cuma motor tu ada lagi kat situ,” Uda menjuihkan bibirnya ke motor yang hampir terbelah dua yang disandarkan di sebatang pokok.
“Habis tu, mana mayat tu terbaring? Takkan nak perah limau kat seluruh kawasan ni kot?Subuh baru settle kalau gitu,” Wiz berjalan keliling kawasan simpang tiga itu.
“Kau boleh nampak kan Nami? Scan ah sini!” entah kenapa Wiz agak beremosi malam itu.
Aku gelengkan kepala. Aku tak sehebat itu.
“Kalau korang bawak aku ke sini semata-mata nak gunakan aku, memang aku takkan buat. Dah janji datang sini nak explore sama-sama kan?” balasku.
“Kita ada lima orang kan? Pilih lah mana tempat yang korang rasa ok nak perah limau tu, untung nasib timbullah..” Uda akhirnya memberi kata putus.
Dia kemudiannya membawa keluar seplastik limau nipis dari kereta.
“Bersyukur sikit aku dah tolong p****g semua limau ni,” katanya semasa kami bergilir mengambil limau dari dalam plastik yang dibawanya.
Aku memilih untuk memerah limau nipis itu di motor mangsa kemalangan. Benda yang paling rapat dengan mangsa.
Semasa memerah limau itu terdetik juga hati ini, tiada satu kenderaan pun yang lalu lalang di kawasan ini. Terpencil sangatkah kawasannya? Timbul penyesalan kerana tertidur semasa dalam perjalanan ke sini tadi.
Tiba-tiba pada perahan limau yang terakhir langkah ku undur beberapa tapak ke belakang apabila terasa seperti ada hembusan angin agak kuat ke muka ku.
“Sly!!” entah kenapa mulut ini tersebut namanya.
Aku toleh ke arah Sly yang berada di sebelah kananku.
“Jangan.. letak balik,” arahku.
Ketika ini semua mata memandang pada Sly.
“Aku ambil satu je, lapar ni..” di tangannya ada sebiji buah epal. Pastinya dia ambil dari tokong cina di tepi simpang ini.
“Lapar tak lapar letak semula Sly. Aku taknak jadi benda-benda yang tak sepatutnya. Kita ni semua dahlah memandai-mandai buat benda macam ni,” jawabku sambil memerhatikan sekeliling kawasan.
Hati semakin tak sedap selepas terkena hembusan angin tadi. Telahan ku betul, tak jauh dari tokong cina itu ada seorang budak sedang berdiri tegak memerhatikan kami. Ku tundukkan pandangan, tak mahu mata kami bertemu.
“Tak kan ada apa-apa ah.. kau ni nak percaya benda-benda mistik ni.
Tengok ni,” katanya kemudian epal itu digigitnya.
Berderau darahku melihat tingkah Sly.
Terdiam kami semua untuk beberapa ketika.
“Tengok, takde apa kan? Kau tu obsess sangat dengan benda-benda mistik ni, ni namanya rezeki,” sambungnya sambil terus makan epal tersebut.
“Ha’ah kan.. rezeki,” kali ini Wiz pula ke tokong itu dan ambil sebiji buah pear.
“Janji dia tak letak daging b**i sudahlah ye..” balas Wiz.
“Kalau daging tu, aku boleh je makan, kau yang tak boleh,” kata-kata Sly mengundang gelak mereka berdua.
Ku toleh ke arah tempat budak itu berdiri. Tiada.
Dalam hati aku panjatkan syukur.
“Nak buat apa sekarang ni?’ soal Ida.
“Tunggu,” balas Uda.
Kami berlima duduk di tepi kereta. Menantikan suara tangisan mangsa. Hampir sejam tunggu tiada apa-apa.
“Aku rasa kita semua silap tempat perah limau ni. Takde pun bunyi orang menangis. Tak pun, orangnya tak m**i,” Uda bangun dan berjalan di sekitar kawasan.
Sly kemudian tiba-tiba bangun juga. Dia berjalan tergesa-gesa ke tengah simpang tiga itu. Tercungap-cungap kelihatannya. Sesekali dia tertunduk seperti hendak muntah, kemudiannya kepala didongakkan ke atas seperti sukar untuk bernafas.
Kami masing-masing tergamam.
Beberapa kali pergerakkan itu diulangnya sambil jalan tanpa hala tuju di sekitar simpang tiga itu hinggalah dia berhenti di tepi tokong cina itu.
Sebelah tangannya memegang bumbung kecil tokong itu dan tak lama
selepas itu dia muntah. Dia kemudiannya menepuk-nepuk dadanya.
“Tolong weh, aku susah nak nafas ni,” habis sahaja ayat itu, dia kembali muntah.
Ida menarikku untuk pergi melihat keadaan Sly.
Bau muntahnya tersangat busuk. Tak tahu apa yang dia makan malam tadi. Pucat mukanya.
Langkahku terhenti apabila aku ternampak budak tadi duduk mencangkung di tepi tokong cina itu sambil tersenyum memandang Sly.
Wiz kemudian datang meluru ke kami. Tak sempat aku nak mengelaknya. Ditolaknya aku ke tepi.
“Eiiii.. kau buat apa ni Wiz??” terdengar jeritan Ida.
Aku toleh ke arah mereka.
Nak termuntah aku melihatnya. Wiz sedang duduk melutut sambil menyuap sisa muntah Sly ke dalam mulutnya.
Sly juga turut tercengang melihat gelagat Wiz.
Aku dan Ida hanya mampu melihat situasi itu. Tak lama kemudian Sly turut melutut dan meyuap muntahnya kembali ke dalam mulutnya. Ketika ini Uda sudahpun berada di samping kami turut sama menyaksikan keadaan Sly dan Wiz.
Kami bertiga terpaku, beberapa ketika kemudian mereka berdua jatuh terbaring tidak sedarkan diri.
“Nak buat apa ni weh?” Ida panik. Dia berjalan mundar mandir di hadapan kami.
“Nami!! Uda!! Cepat ah nak buat apa ni? Angkat diorang masuk kereta ke?” soal Ida. Dia mula menangis.
Ketika ini aku sebenarnya sedang bertentang mata dengan budak yang duduk di belakang tokong itu. Dia menyeringai memandangku. Dalam hati tak henti-henti ku berzikir dan meminta pertolongan dari Yang Esa.
Apa yang boleh aku buat? Aku bukannya ada ilmu dalam mengubati orang, aku juga bukannya orang yang hebat berkomunikasi dengan makhluk sebegini.
Suasana jadi kalut. Yang aku perasan, Ida berlari ke kereta dan ambil sekotak tisu. Dia kemudiannya membersihkan mulut kedua-dua rakan kami yang terbaring tak sedarkan diri itu. Uda sibuk dengan telefon bimbitnya, aku tak tahu siapa yang dia hubungi.
Dalam keadaan begitu, muncul sebuah van. Pemandunya memberhentikan kenderaannya di tepi tokong.
“Kenapa ni?” soalnya. Dia dan seorang lagi penumpang di dalam van turun dan datang ke kami.
“Kawan kami ni, tak tahu kenapa..” jawab Ida dalam esak tangisnya.
“Korang buat pemujaan ke apa kat sini?” soal pakcik yang agak tua dari pemandu van tersebut.
“Tak.. kami perah limau je..”
“Astagfirullah..” kata-kata Uda d******g oleh pemandu van.
“Diorang ni jadi macam ni lepas makan buah dari sini,” ku tepuk bumbung tokong cina perlahan.
“Allah.. cepat, tolong pakcik angkat diorang masuk van,” pemandu van memberi arahan.
Nasiblah van itu tiada tempat duduk di bahagian belakang. Dari keadaan vannya, seperti van yang digunakan untuk mengangkat hasil kebun.
“Ikut pakcik,” arah pemandu van itu.
Aku berlari ke Kancil Wiz dan kemudiannya ikut van itu bergerak. Ida dan Uda ada dibelakang van, menjaga Sly dan Wiz.
Van kemudian berhenti di hadapan sebuah rumah. Di pintu hadapan rumah sudah ada sedia yang menunggu. Mereka kemudiannya membantu kami untuk mengangkat Wiz dan Sly masuk ke dalam rumah.
Aku dan Ida tidak tunggu lama di situ. Setelah berbincang dengan Uda, dia bersetuju untuk menemani Wiz dan Sly. Aku dan Ida ada presentation pagi nanti. Nak tak nak kira-kira dalam pukul 2 pagi itu kami redah juga cari jalan balik ke UKM. Nasiblah Ida tidak tidur semasa perjalanan ke simpang tiga tadi, jadi dia ingat jalan keluar dari situ.
Semasa melalui kawasan simpang tiga itu, budak yang tadi ada ku lihat berdiri di tepi tokong cina tersebut memerhatikan kami. Aku mengeluh panjang.
“Apa yang kau nampak, tolong jangan describe ke aku,” pesan Ida yang mungkin perasan keadaan aku ketika itu. Ida kemudiannya mula membaca Ayat Qursi.
Petang itu aku, Ida, dan Uda berkumpul di Pusanika. Dari perkongsian cerita Uda, kami dapat tahu Wiz dan Sly demam panas. Masing-masing sedang berehat di bilik masing-masing. Mereka dibekalkan dengan air penawar dari orang yang mengubati mereka.
“Kau tau tak Nami, semalam mana ada accident kat situ. Pakcik driver tu cakap masa kitorang dalam van dia, motor tu dah dua hari dah kat situ. Accidentnya kelmarin,” terang Ida.
“Hah? Habis tu info yang kau dapat ni salah eh Uda?” soalku.
Uda hanya menggelengkan kepala.
“Kan aku kata, ada kakak kenalan aku yang ajak..” jawabnya.
“Tapi kan Nami.. macam mana kau tahu Sly ambil buah epal tu? Kau tak tengok dia pun time tu,” soal Uda.
“Gerak hati,”jawabku.
“Ke ada yang kasi tau kau? Ada apa-apa ke kat area situ?” soal Uda lagi.
Kali ini aku yang menggelengkan kepalaku. Dalam otak memikirkan keadaan dua rakanku itu, nak ziarah tak boleh kerana mereka berdua lelaki.
Kejadian ini, antara sisipan kecil dari bermacam kejadian yang aku dan kawan-kawanku alami. Lain yang kami harapkan, lain pula yang jadi. Tapi itulah, tetap tak serik-serik, nak juga buat aktiviti yang tak bermafaat ini, yang penting rasa keterujaan ketika membuatnya.
Oh ya, hampir seminggu juga kami tak berjumpa dengan Sly dan Wiz, aku SMS juga tak berbalas. Risau, tapi dari dari rakan-rakan yang berdekatan dengan bilik mereka kami dapat tahu yang mereka baik-baik sahaja.
Ayat pertama yang Sly ucapkan ketika kami berjumpa semula seminggu kemudian adalah,
“Sumpah aku tak nak makan epal merah lagi!”
-TAMAT-
129. MR BRIAN
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : MR BRIAN
KARYA : HUD
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401129
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
As salam HZONE BLOG readers dan admin. Jika cerita ini tersiar so this is my 3rd. Thank u admin for publishing it.
Pada tahun 2012, ketika aku bekerja dengan syarikat perumahan terbesar di negara. Banyak kisah suka, duka, pahit dan seram.
Yang seram…ini antara salah satu dari pengalaman pengalaman semasa bekerja disana.
Petang,selepas asar aku bergegas berjumpa mr Brian, seorang jurutera mat salleh yg akan masuk kerumah barunya.Mr Brian berasal dari britain. Isteri katanya orang asian.Selesai beramah mesra ala kadarnya, aku pun melakukan pemeriksaan inventory ke setiap sudut rumah.Mr Brian nampak suka dan selesa.Aku lihat isterinya hanya duduk di dalam kereta yang di parkingkan betul betul di depan rumah. Kereta mr Brian parking berhadapanan dengan kereta company.
Isteri mr Brian hanya tersenyum melihat kami. Mungkin dia malas hendak turut serta. Matahari masih terik walau dah lewat petang. Foreigner memang ‘fragile’ dengan cuaca panas. Aku faham.
Mungkin juga kerana ingin membiarkan kami menyelesaikan apa yg sepatutnya.Lagipun mr Brian cuma akan ‘fully’ menetap lusa.
Aku memulai dengan memeriksa dapur,bilik tingkat atas dan ruang makan.Paling akhir adalah bilik org gaji yg terletak di belakang sekali di tingkat bawah.
Memandangkan pada petang itu kami tutup pukul 4:30,aku bergegas ingin menyelesaikan segalanya secepat mungkin. Badanku berlegas. Sedari awal pagi, aku sudah sibuk menguruskan kemasukkan pekerja pekerja asing ke rumah mereka.
Aku menuju bahagian belakang rumah. Pintu bilik orang gajiku buka.
Ya rabbi.
Kotornya.
pasti team cleaner kami terlupa. Bau hapak menyengat hidung. Aduh macamana boleh miss ni. Aku meneruskan kerja aku dulu sambil memikir apa ayat sesuai untuk ku sampaikan pada mr Brian nanti.
Aku memeriksa tandas,memeriksa lampu dan alat pemanas dalam bilik tu. Semua masih berfungsi dengan baik.
Allah.
Aku terkejut. Berderau darahku. Terasa bahang panas naik ke muka.
Isteri mr Brian tiba tiba bediri di belakang sambil turut menjenguk ke dalam tandas.Wajahnya serius. Mungkin tak puas hati. Tadi kata dah bersih semua.
Aku meminta maaf atas keadaan bilik tersebut dan memberitahu bilik itu kami bersihkan lagi nanti.Dia cuma menangguk lalu berlalu pergi tanpa berkata sepatah pun padaku.
Aku mengeluh kecil. Kena set date secepatnya untuk cleaning. Bukan aku tak tau ‘peel’ orang luar ni. Dia cakap ok tapi komplen juga. Tapi aku masih ingat mr Brian kata mereka tak ada orang gaji. Tapi janji tetap janji.
Selesai saja aku terus mengunci pintu bilik org gaji dan menemui mr Brian yg sedang duduk di ruang tamu.Aku mula menerangkan dan meminta maaf atas kecuaian pihak kami. Mr Brian buat muka selamba. Setelah menandatangani beberapa dokumen penting,aku menyerahkan kunci kunci rumah. Aku juga berjanji untuk menghantar cleaning team isnin depan. Mr Brian cuma mengangguk kecil. Raut wajahnya serius dan tak ‘friendly’. Fine. Aku pun dah penat.
‘’Brian,bolehkah saya pinta copy id isteri anda .Saya perlu untuk memasukkan detailnya ke dalam komputer”
“untuk apa?”
‘’Untuk pas kereta, gym, access to our facilities, insuran dan lain lain”
“saya rasa tidak perlu..kerana saya seorang saja yg akan tinggal dirumah ini”
“Ok, jadi isteri anda tidak menetap?” aku menunjuk ke dapur dimana ku lihat isteri Brian bediri sedang memerhatikan kami.
Mr Brian memandangku.
“Saya tidak membawa isteri saya..isteri saya di Indonesia”
“Maaf Jadi itu cuma kawan anda?’ Aku menunjuk lagi ke arah ‘wanita’ yang bukan isteri lelaki itu. Eh! mana dia?!
Tiba tiba hilang sekelip mata.
Aku memanjangkn leher mencari kelibat wanita tersebut.Mr Brian mengerutkan keningnya yang lebat. Dia memberi reaksi hairan dan ‘irritated’.
“Saya tidak bawa siapa siapa, cuma saya seorang saja sedari tadi….are u ok?”
Mr Brian terperasaan wajahku yg berubah. Aku mula men’cerna’ apa yang terjadi.
“Is this unit, haunted?’ Ada hantu?”Brian cuma tersengih. Nada nya tedengar sinis.
“Kamu orang asia percaya hantu?” Aku terkedu juga dengan kata-kata lelaki itu. Not today mr Brian. Selesai hal rumah kau ni, aku nak balik, mandi, makan, solat, tidur!
‘“No,not at all, if you would excuse me, saya pergi dulu mr Brian, kalau ada apa apa lagi hubungi saya, our office number is right there’”Aku menghulur name card. Setelah semua selesai aku lekas lekas mengemas barangku dan siap sedia untuk pergi.
Setelah berbasa basi aku terus keluar dan menapak laju menuju ke kereta. Tiba tiba hatiku di garu garu untuk menoleh.
Jantungku seolah berhenti berdegup.
Bayangan seorang perempuan berbaju putih, rambut separas bahu memandangku dari jendela bilik tengah.
Aku terpaku. Itulah perempuan yang ku sangka kan isteri lelaki mat saleh tu. Itu juga perempuan yang ku nampak dalam kereta mr Brian, di bilik orang gaji, di dapur.
Kami berbalas pandang dalam beberapa saat. Tiada yang menakutkan tentang perempuan itu kecuali wajahnya yang terlihat pucat.
Tiba-tiba tubuh perempuan tersebut direntap kasar. Tirai yang terbuka di tutup serentak. Aku sempat menangkap wajah sayu perempuan tersebut seolah minta belas kasihan.
Siapa yang merentap perempuan itu?
Mr. Brian kah?
Tapi tadi dia kata, hanya dia saja dirumah itu. Kalau pun dia ada membawa orang lain.
Kami tak kisah sebenarnya. Kami faham.
Lekas-lekas aku menyuruh, pemandu syarikat kami, Pak Yus, untuk pergi dari situ.
Bercelaru juga otakku memproses apa yang terjadi hari itu. Serabut otak aku! Aku menyandarkan tubuhku. Macam macam hal.
“Kau ok tak Hud?”
Spontan aku memandang Pak Yus yang sedari tadi hanya menunggu diluar.
“Ok pak Yus, letih je rasa hari ni” Pak Yus hanya tersenyum.
“Rehatlah..banyak bezikir” aku pandang pak Yus. Orang tua ni tau ke apa?
Oleh kerana aku tersangat letih. Aku malas nak panjangkan tentang hal tu. Takkan habis. Jin dan syaitan ada dimana. Lagipun estet perumahan kami ni besar. Banyak rumah kosong. Biasalah.
Tapi siapa yg rentap perempuan tu?
Perempuan tu orang betul betul atau hantu? Atau aku yg over-thinking?
Tu lah soalan yg sampai hari ni aku tak dapat jawab.
Lain kali aku akan cerita lagi jika ada kelapangan.
Thank you for reading.Salam dari Borneo.
-TAMAT-
130. DENDAM PEMUDA
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : DENDAM PEMUDA
KARYA : SIS MASIN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401130
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Bismillah.
Assalamualaikum semua.
Sorry. Ambik masa lebih sikit untuk sambung menulis. Busy siapkan tugasan sekolah yang menimbun sebelum start cuti. Dengan fail panitia yang kena hantar. Fail anak-anak yang kena update. Semuanya memakan masa. So, terpaksa holdkan dulu cerita di HZONE BLOG.
Sebelum aku mulakan cerita aku, beri aku peluang untuk buat sedikit pencerahan.
Ada anonymous yang kata aku reka cerita tentang #ayahbawabalikkawan tu.
Mungkin sebab dia rasa, ayat aku yang pasal kencing tengah malam tu, satu hal. And pasal “bapak aku tak nampak SETAN dalam rumah sendiri”.
Sian kau ni.
Fyi, tak semua orang yang boleh mengubat orang, boleh nampak semua benda ghaib. Macam ayah aku, kadang dia nampak, kadang dia tak nampak. Dia ada kebolehan mengubat orang, tapi dia bukan sepenuhnya ada sixth sense. Kau kena faham tu.
Untuk kencing malam tu.
Seorang ayah, dia tahu rutin anak dia macam mana. Aku bukan seorang yang kencing malam. Even aku minum air banyak sekalipun, aku akan kencing siap -siap sebelum aku tidur. Dan! Sewaktu kejadian, selama seminggu tu, aku bangun kencing setiap malam dalam keadaan gopoh. Macam ada yang menekan pada pundi kencing. Macam dah dihujung-hujung. Maaflah kalau kotor sikit, kawan-kawan. Aku just cuba bagi pencerahan.
Untuk statement kau yang dalam hidup ni, takleh terima bulat-bulat pasal cacian orang, makian orang sebab nanti orang macam aku nilah yang senang kena kencing dengan scammer.
Oh. Alhamdulillah. Setakat hari ni, Allah masih bantu aku utk tak tertipu dengan scammer things tu.
Aku bukanlah bodoh sangat. Cuma, aku malas nak bertekak dekat komen dengan orang yang gunakan user name anonymous ni. Dah diajar sejak dulu lagi. Inni soim.
Oke. Kita sambung cerita.
|Dendam Pemuda|
Ini kisah benar. Yang terjadi pada kakak sepupu aku, Kak Za (bukan nama sebenar). Cantik. Sangat cantik. Kecil molek. Kulit putih kuning. Even anak dah empat pun, masih macam dulu jugak.
Ditakdirkan Allah suatu waktu dulu, selepas habis diploma, Kakza Dapat kerja sebagai seorang guru. Kakza seorang yang aktif. Aku pun rapat dengan dia. Mungkin sebab dia pun “masuk air” macam aku jugak. Setiap malam minggu, aku akan ke rumah dia untuk belajar bahasa arab sekaligus tidur di rumah dia.
Pada satu malam minggu tu, kakza call aku, ajak keluar pergi makan KFC, aku on kan aje. Tengah makan kat KFC tu, kakza bagitahu, ada orang datang rumah mak ayah dia petang tadi. Datang nak merisik kakza. Tapi kakza tolak terus. Tak nak. Sebab lelaki tu belum kerja tetap.
Aku dengar dan diam. Aku tak jawab apa-apa. Walaupun ada rasa tak setuju, tapi aku tak suarakan. Sebab aku anggap, aku tak tahu apa. Baru form 3 kot, masa tu.
Lepas seminggu, kakza bagitahu aku, dia x sihat. Tak dapat mengajar aku malam hari minggu tu. Aku fikir, takpelah. Dah kakza tak sihat, hold jelah dulu kelas tu. Tapi, kakza mintak aku datang jugak ke rumah mak ayah dia, tidur dengan dia. Dia nak ada teman masa dia tidur. So, bila aku cakap kat mak, mak suruh aku pergi. Boleh tengok-tengokkan kakza. Tambah pulak, mak ayah dia pun tak sihat.
Malam tu, aku tak mengantuk. Betul-betul tak mengantuk. So, aku mintak pada kakza untuk main game di PC dia. Dia izinkan. Dia pulak, dah tidur lena sejak jam 10 lagi. Aku? Pukul 12 pun mata segar bugar lagi. Aku teruskan dengan game di PC.
Tengah aku syok main, tetiba aku dengar orang sebut nama aku. Fyi, PC kakza betul-betul tepi tingkap. Aku dah diam dah. Tapi tangan still menekan mouse untuk teruskan game tu. Aku diam. Otak laju memikir. Tapi, lepas 5 minit aku tak dengar apa-apa dah, aku anggap benda tu mainan perasaan aku.
Tapi. Ceritanya tak habis kat situ.
Lepas aku anggapkan itu adalah mainan perasaan, rupanya agenda makhluk tersebut diteruskan. Kali ni, nama aku lebih kerap disebut. Bunyi yang pada mulanya sayup-sayup, makin lama makin dekat. Tapi aku biar. Mulut aku kumat-kamit mengaji surah hafazan. Surah apa yang aku hafal, surah tulah yang aku baca.
Aku diam di kerusi menghadap PC. Tak berganjak
Lepas panggil nama aku berulang kali, aku tetap kat situ, dia ambil langkah lebih ekstrem. Kali ni dia ketuk cermin tingkap. Aku biar. Aku tengok tingkap, aku renung. Entah. Aku blur. Lama Lepastu, dia main langgar dinding pulak. Macam binatang sebesar lembu yang langgar. Boleh tahan bergegar jugak bilik tu, bila dia main langgar macam tu.
Aku tutup PC. Aku tengok kakza masih nyenyak tidur. Macam takde gangguan. Aku pergi ke penjuru bilik, yang aku rasa mungkin agak dekat dengan “lembu” yang langgar dinding tu. Aku tarik nafas dalam-dalam dan aku bacakan ayat Kursiy lalu aku hembus nafas pada dinding tu.
Lepas tu, dah takde bunyi. Dekat 5 minit aku berdiri dekat penjuru bilik tu. Risau kalau ada gangguan lagi. Kalau gangguan tu makin ekstrem, aku terpaksalah call ayah.
Alhamdulillah. Rupanya, gangguan tu sampai situ aje malam tu.
Esoknya, aku tak ceritakan perkara tu pada kakza. Risau. Dia masih tak sihat. So, aku balik bercerita pada ayah. Ayah serius cakap; sebenarnya ada orang hantar sesuatu pada kakza. Sebab tu dia tak sihat. Aku masa tu dah terfikir pasal tolak risikan lelaki haritu.
Tiba-tiba, petang haritu, kakza datang nak berubat. Dia kata pada ayah, dah pergi klinik, tapi keadaan still sama. Ayah cuba ubatkan. Then, Alhamdulillah, kakza sembuh lepas 3 hari.
Cuma, selepas mengubat kakza, ayah pesan pada semua kami yang masih belum kahwin ni. Kalau nak tolak risikan orang ke, pinangan orang ke, tolal cara yang Baik. Jangan ikut sedap rasa, suka hati kita. Sebab kita tak tahu hati orang. Bukan semua orang boleh terima kenyataan dengan cara yang baik.
Lepas kakza balik, aku tanya ayah, betul ke pasal risikan haritu?
Ayah cakap, betullah.
Lelaki yang kakza tolak tu, tak boleh terima kakza tolak risikan dia. Tambah pulak kakza seolah mencerca. Dia hantar sedikit “kawan” untuk kacau malam kakza. Kacau kesihatan kakza. Malam yang dia kacau teruk tu, “kawan” dia dah cedera sikit dah. Sebab bacaan ayat hafazan aku malam tu, betul-betul nak dia pergi. Ayat kursiy tu pulak, paling teruk mencederakan “kawan” dia tu.
Rupanya, ayat kursiy yang aku amalkan selama ni, ayat kursiy 9 waqaf. Aku pun baru tahu kelebihan dia
Selama ni, aku baca je. Haha.
Dan Alhamdulillah, lepas peristiwa tu, kakza dah pulih. Cuma ada gangguan lain pulak. Yang ni, aku akan cerita semula.
P/s: kalau nak tahu cara baca ayat kursiy 9 waqaf, boleh search ceramah ustaz Abdullah Khairi. Aku pun takdelah pandai. Masih belajar. So, ada ilmu sikit yang aku baru dapat, aku share lah.
Setakat tu dulu untuk kalini. Nanti aku cerita lagi.Salam sayang,
-TAMAT-
131. BUNGKUSAN KUNING DALAM HUTAN
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : BUNGKUSAN KUNING DALAM HUTAN
KARYA : WAHID
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401131
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Assalamualaikum semua pembaca sekalian. Ini aku Wahid Si Pemungut Hasil Hutan. Ada sikit kelapangan ni untuk menulis. Terima kasih di atas semua komen positif pada kisah yang sebelum ini.
Di saat aku menulis ni, aku masih lagi belum mendapat jawapan kepada persoalanku pada kisah yang lepas. Maka, pada entri kali ini aku ingin berkongsi pengalaman aku ketika berkerja mencari hasil hutan.
Seperti biasa rutinku masuk ke hutan untuk mencari rezeki, dalam hutan ni ada sebatang pokok ara yang tinggi. Pokok ara ni selalunya aku jadikan sebagai tanda yang mana bila aku terjumpa pokok ini maknanya adalah dalam 10 minit lagi aku akan keluar dari hutan.
Pada hari itu, banyak juga yang aku perolehi buah-buahan, ulam dan sayuran. Rasa gembira di hati dah berkira-kira berapa yang bakal diperolehi.
Oleh kerana terlebih penat menggalas ‘rezeki’. Aku berehat sebentar di pokok ara yang aku nyatakan tadi.
Fuh, rasa tenang dan sejuk je berada di bawah pokok.
Dalam aku cuba menikmati rehat, mataku tertangkap satu cebisan kain kuning tertimbun betul-betul di bawah pokok tu.
Melihat kain kuning tu, memang boleh diagak ianya seperti ditanam, tetapi tidak sempurna dimana cebisan sebesar kelingking terkeluar dari dalam tanah.
Mengenangkan kisah 3 tandan pisang yang ku alami, membuatkan aku tidak berani untuk menarik kain berkenaan.
Ahh! Otak dan hatiku seakan berperang di dalam. Otakku kata “tak payah cari penyakit tarik benda tu”. Manakala hatiku pula dipanahi rasa kegelisahan ingin tahu apa benda la yang ada dalam tu.
Ikut hati binasa. Aku faham benar peribahasa tu, akhirnya aku pun..
Berlalu pergi begitu sahaja?
Tidak, rasa ingin tahuku lebih kuat. Aku menarik keluar kain kuning tadi.
Dalam jugak orang ni tanam benda ni.
Dan di tangangku kini ada sebungkus kain kuning sebesar tapak tangan yang diikat simpul. Aku cuba membuka satu persatu simpulan kain kuning tersebut.
Tersergam satu persatu ‘item’ yang ada di dalamnya. Biar aku senaraikan.
1. 3 gulungan kecil kertas.
2. 2 batang paku sepanjang 3 inci yang berkarat
3. Beberapa bulu halus binatang (mungkin ayam ataupun burung)
4. Satu lipatan kertas seakan surat wish birthday.
Aku buka satu persatu gulungan kertas kecil tadi. Rupanya ia adalah kertas gambar. Aku lihat satu persatu wajah yang terdapat di dalam gambar berkenaan. Gambar pertama seorang wanita selfie bertudung. Cantik manis orangnya. Mungkin umur dalam lingkungan 21-25 tahun.
Gambar kedua pula adalah seorang lelaki lengkap berpakaian kemeja dan berseluar slack, mungkin berumur dalam 30. Manakala yang ketiga adalah gambar seorang lelaki juga, pertengahan umur , badan sedikit tegap dan sasa.
Aku dah rasa sangat cuak waktu itu, kepala aku ligat memikirkan. Mungkinkah itu adalah sihir? Santau atau apa?
Aku cuba membuka lipatan kertas seakan surat tadi, dan kulihat ada beberapa tulisan yang aku langsung tidak fahami. Tulisan Thailand pun bukan, india punya tulisan pun bukan. Tulisan berlingkar dan ada symbol-simbol bulat bulat kecil . Aku pun tak pasti. Macam pertama kali jumpa tulisan macam tu.
Selesai buka satu persatu kandungan dalam kain tu, aku bungkus kembali dan membawa kain itu pulang.
Mataku melilau sepanjang balik ke rumah, risau juga ada benda yang mengekori. Seram woo. Dahla seorang dalam hutan.
Aku tak jadi balik ke rumah, aku terus pergi ke rumah Paksu dan ceritakan semuanya padanya.
Ayat tetap Paksu padaku.
“Engko ni, dah berapa kali Paksu cakap, jangan ambik atau sentuh apa-apa benda pelik kat dalam tu”
Aku sengeh je dengar Paksu aku bercakap.
“Dah, pergi balik. Lepas tu mandi. Jangan lupa baca ayat kursi sebelum naik rumah, benda ni biar Paksu yang urus.”Paksu ku sedikit membebel.
Dalam hatiku.
“Sayang juga Paksu ni kat aku”
Balik rumah , aku ikut apa yang Paksu kata dan Alhamdulillah. Tak da apa-apa berlaku sehinggalah pada saat aku menulis cerita ni. Entahlah, manatahu pembaca yang membaca cerita ni pula yang akan terkena tempias akibat perbuataku. Yelah, benda tu kan halus.. takdelah. Gurau je.
Sebenarnya aku membawa balik bungkusan tu disebabkan rasa kesian pada orang dalam gambar tu. Aku tak kenal pun wajah-wajah dalam gambar tu.
Okeylah. Sampai di sini sahaja kisah dariku Wahid Si Pemungut Hasil Hutan. Terima kasih kerana sudi membaca. Kalau ada masa dan data internet, aku tulis lagi.
-TAMAT-
132. JAM 3 PAGI
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : JAM 3 PAGI
KARYA : KU ANIT
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401132
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Salam perkenalan warga HZONE BLOG. Hai semua. ku _anit di sini. Ini kisah benar yang berlaku dlm hidup aku dulu. Cerita ini berlatar belakangkan rumah mak aku di Perak. Ini merupakan rumah ketiga kami, rumah lama yang pada aku cukup meninggalkan seribu satu kenangan indah, misteri, sedih dan sebagainya.
Jam 3 pagi
Masa aku form 5, aku selalu bangun jam 3 pagi untuk study. Maklum, aku risau kalau result aku tak capai target yang aku nak. Oleh kerana sudah menjadi rutin, aku akan terjaga pada jam 3 pagi tanpa perlu bantuan jam loceng. Zaman aku masa ni, takde lagi handset. Jadi budak-budak zaman aku, kalau nak bangun tidur, mesti ada bantuan jam loceng. Aku budak 80an..
Malam pertama, aku terjaga dari tidur. Aku tengok jam loceng aku tepat jam 3 pagi. Tapi aku tak pasang alarm loceng tu sebab jam loceng ni bunyinya bising sampai bingit telinga. Seperti malam2 sebelumnya, bila aku terjaga dari tidur, aku tak terus bangun. Aku baring2 dulu atas katil, ambil mood nak bangun. Adik aku kat sebelah kanan tengah nyenyak tidur. Katil aku ni saiz queen. Aku suka tidur terlentang sambil mata aku melilau melihat ke atas siling. Sambil tu fikiran aku merewang memikirkan apa aku nak masak sebelum pergi sekolah pagi nanti.
Sedang aku melayan perasaan, tiba2 aku terdengar suatu bunyi yang agak kuat. Bunyi dari atas bumbung bilik aku, di mana mata aku melilau tadi. Bunyi tu sama seperti bunyi pelepah daun kelapa yang selalunya dimainkan oleh budak-budak kampung, diseret di atas jalan. Bunyi tersebut berterusan, dari arah kiri bumbung hingga ke sudut kanan bumbung. Serta-merta berdiri bulu roma aku. Meremang bulu tengkuk aku. Aku terus tutup mata rapat. Tak berani langsung nak buka. Aku cuba sedaya upaya untuk tidur semula, mengharapkan seolah-olah tiada apa yang berlaku malam ini. Sedar-sedar hari dah pun subuh. So aku bangun, sediakan sarapan dan kejutkan adik aku utk bersiap ke sekolah.
Balik dari sekolah, aku ceritakan apa yang aku lalui malam tadi pada mak aku. Mak kata, itu bunyi rambut pontianak yang terseret ketika dia terbang. Fuh, mujurlah rambut dia saja yang berbunyi. Nasib baik dia kacau ringan2 saja. Aku ni dah lah penakut. Aku ingatkan kejadian malam semalam berakhir begitu saja. Rupanya itu cuma salam perkenalan.
Malam kedua, seperti biasa aku terjaga lagi jam 3 pagi untuk study. Dan sudah jadi tabiat aku, aku takkan terus bangun dari tido. Ambil mood itu penting untuk mencari semangat untuk aku belajar awal pagi. Maklumlah, tidur itu kan nikmat juga. Tapi malam ni aku rasa pelik sikit. Sunyi je tanpa bunyi cengkerik atau apa2 bunyi unggas yang lain. Selalu tu ada juga aku dengar bunyi irama mereka dari semak samun belakang rumah. Bilik aku ni terletak di belakang, attach dengan dapur. Kalau buka tingkap bilik, boleh nampak semak samun termasuk kebun getah orang yang sekangkang kera nun jauh di belakang.
Baru je rasa ada mood nak bangun, aku terdengar lolongan 2 ekor anjing dari belakang rumah. Kawasan perumahan aku ni, hanya jiran aku yang paling tepi ada bela 2 ekor anjing. Lolongan ni panjang, sayu dan sangat menakutkan, seolah2 anjing2 ni sedang nampak sesuatu. Sedang anjing2 ni melolong, tiba2 aku dikejutkan dengan suara lelaki. Garau, merintih seolah2 menahan kesakitan yang amat sangat dari luar tingkap bilik aku.
“Yong, tolong….”
“Yong, tolong….”
“Arrrgghhhhh…”
Aduh… kecut perut aku dengar suara makhluk ni. Senak, berpeluh, sampai aku rasa tak selesa. Apahal pulak dia merintih ni. Siap boleh panggil nama aku lagi…
Aku memang tak berganjak dari tempat tidur. Mata aku dah pejam serapat2nya. Ya Allah, apa pulak nak jadi malam ni. Dah 2 kali diganggu ni.
Bunyi rintihan dan lolongan anjing berhenti. Sepi seketika. Sedang aku cuba untuk melupakan kejadian yg baru sesaat terjadi ni, tiba2 aku terasa angin sejuk berlalu dari bahu kanan aku ke kaki kiri aku. Masa ni aku tidur dgn posisi yg sama, terlentang dengan tangan aku didepangkan ke kepala sebab aku selesa tidur macam ni.
Ah, sudah! Dia angkat2 tangan kanan aku pulak. Macam orang main timang2 tu. “Adik aku agaknya. Mungkin dia mengigau” bisik hati kecilku. Sedaya upaya aku pujukkan hati. Aku cuba berfikiran positif walaupun tinggal besar kuman je masa ni.
Aku masih tak berganjak. Masih buat2 tidur. Tiba2, dia angkat2 tangan kiri aku pulak. Ya Allah… hati aku tak kuat ya Allah. Aku dah tak boleh think positive lagi sebab sebelah kiri aku cuma rak buku saja. Entah berapa kali dia timang, aku mambatu je. Punyalah aku takut sampaikan aku tak buka mata walau sedikit pun. Mujur pulak dia tak main cak cak dengan aku. Masa ni Allah je tau betapa takutnya aku. Berpeluh2 menahan takut. Nak baca ayat kursi? Bukan aku tak ingat. Tapi entah kenapa aku boleh terfikir, kalaulah aku baca ayat kursi, dibuatnya dia sergah aku atau dia buka mata aku? Simpang malaikat 44. Tak dapat aku bayangkan kalau aku ternampak rupa dia yang ‘indah’ tu. Nauzubillah..
Lama kelamaan dia stop timang tangan aku. Boring agaknya aku buat tak tahu je. Suasana kembali senyap. Sunyi seketika.
Sekali lagi aku dengar rintihan dia dari luar tingkap bilik. Ok, dia dah keluar dari bilik aku. Lolongan anjing kembali bersahut sahutan. Suara garau milik si dia semakin lama semakin jauh dari tingkap bilik aku. Aku masih menutup mata hingga aku tertidur sendiri. Kesudahannya, malam itu berlalu pergi. Aku lebih rela tidur dari diganggu makhluk2 yang menakutkan ini.
Keesokannya, aku ceritakan kepada mak aku tentang apa yang terjadi malam tadi. Terkejut mak aku. Petang tu mak aku bercerita dengan jiran sebelah rumah. Menurut jiran aku, dia sendiri pernah diganggu oleh suara yang sama meminta tolong.
Apa maksud gangguan ini?
Kenapa dia mahukan pertolongan?
Adakah dia roh yang tidak aman?
Setahu aku, roh orang m**i akan kekal di alam barzakh dan takkan pulang ke dunia lagi. Aku cukup pasti ini adalah mainan syaitan yang ingin menyesatkan manusia. So, aku harap readers jangan keliru tentang cerita2 roh m**i yang tidak aman akan mengganggu orang yang masih hidup. Persoalan ini sampai sekarang masih tak terjawab.
Selepas dari 2 malam berturut2 diganggu, aku nekad akan bangun lagi pada malam ketiga. Sudah 2 hari aku tertangguh untuk study sebab pada aku, jam 3 pagi adalah masa yang terbaik untuk aku study disebabkan suasana yang sunyi, sejuk dan segar.
Malam yang ketiga aku terjaga lagi. Tapi kali ni bukan aku terjaga sendiri, sebaliknya terasa seolah2 ada orang yang sengaja menggerakkan aku untuk bangun. Sebaik sahaja aku bukakan mata, aku terdengar suatu bunyi angin yang kuat, sama seperti seperti ahli silap mata membuat magik.
Hoshhh…
Terkejut aku. Di hujung kaki aku ada si dia yang sedang memandang dari sisi kirinya.
“Haaaa..…”.
Dia keluarkan suara angin. Panjang bunyinya. Perlahan2 kepalanya ditoleh ke arah aku serentak dengan suara tadi. Tergamam aku. Tak berkelip mata aku memandang makhluk tersebut. Pendek saja dia seperti budak darjah 1. Kulitnya membaluti tengkorak kepala seolah2 tiada daging muka. Hanya kulit yg berkedut semata2. Matanya bulat, besar dan merah sedang menyeringai ke arah aku. Korang pernah tengok cerita Lord Of The Ring kan? Watak Smeagel? Ha… macam tu lah rupa dia.
Aku tersentak. Terus aku pejamkan mata sehingga meleleh peluh di dahi. Seminit pun pada aku seperti 1 jam. Agak lama aku memejamkan mata. Aku diamkan seketika sehingga datang sedikit kekuatan, barulah aku bukakan mata.
Mujurlah makhluk itu sudah pergi. Aku tak tahulah apa akan jadi kalau dia masih mengganggu aku malam tu. Tapi sejak dari kejadian itu, aku dah tak berjaga malam lagi dah. Tiada lagi istilah study jam 3 pagi. Waktu study aku pun dah berubah selepas isyak sampai jam 11 je. Malam seterusnya tiada lagi gangguan.
Terima kasih admin dan warga FS yang sudi membaca kisah aku. Sebenarnya banyak lagi kisah misteri dalam rumah lama mak aku ni. Dari kecil hingga umur aku 26, hidup aku sentiasa diselubungi misteri. Sampaikan aku m**i-matian ingatkan life begini adalah normal. So, lain kali aku cerita lagi hinggalah aku tahu dari mana punca semua kisah yang membelenggu hidup aku ini. Nantikan kisah seterusnya pula.
-TAMAT-
133.
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA :
KARYA :
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401133
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
134.
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA :
KARYA :
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401134
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
135.
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA :
KARYA :
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401135
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
136.
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA :
KARYA :
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401136
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-2.html
Comments
Post a Comment