HIMPUNAN CERITA SERAM / CHAPTER #1
๐๐จ SERAM
➜ HZONE ๐๐จ BLOG
GC Special - Read Only
https://youtu.be/albwWXd3mow
➜ CERITA² MISTIK, MISTERI ๐ SERAM
๐KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
๐KUMPULAN CERITA HANTU KISAH NYATA
๐HIMPUNAN CERITA SERAM
๐KISAH SERAM MELAYU ๐ BERSIRI
๐CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
๐KOLEKSI VIDEO SERAM
https://chat.whatsapp.com/GkoZrWgBuObKVokhMGF8by
➜ EMAIL thehorrorzone.289@gmail.com
➜ BLOGGER / TheHORRORZONE
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/03/koleksi-cerita-seram-melayu.html
๐๐จ DESCRIPTION
GC ini akan di isikan dengan Koleksi Cerita Seram / Video Seram yg menarik buat bacaan & tontonan anda semua...
001. DIA LOMPAT ATAS AKU
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : DIA LOMPAT ATAS AKU
KARYA : ILWANI
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401001
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum… to admin & pembaca HZONE BLOG. Cerita ni pada aku memang seram sebab aku lalui sendiri, 100% true story.. okay lets begin..
Story ni terjadi dlm bulan lepas November 2019.. aku ni anak sulung dalam 5 beradik.. aku kakak ye bkn abang.. hihihi.. adik aku semua sekolah asrama.. yang tinggal di rumah cuma aku, tok dan adik lelaki aku.. btw my parents separated so aku duduk sendiri.. aku ni obses sangat pasal fiksyen Shasha ni, kadang sampai terbawa dalam mimpi.. hahaha..
Nak dijadikan cerita pada suatu malam tu dalam pukul 11.30 malam macam tu.. aku dengan tok dah pun lena kat ruang tamu..btw, tok aku ni penakut lebih pada aku.. hahaha.. Kisahnya pada malam itu aku masih ingat lagi aku lena kat sebelah pintu balcony yang aku dah kunci rapat.. Kebetulan adik lelaki aku keje shift malam so aku kena teman tok tidoq kat ruang tamu sebab dia x suka tidur atas katil.. sewaktu dalam syok2 lena tu.. aku dikejutkan dengan satu lompatan yg agak kuat atas bahu aku.. of course lah kan sapa pun akan terjaga, automaticly aku terjaga dan bangun duduk lepas dikejutkan dgn lompatan macam tu.. then dalam mamai-mamai tu aku kalih kiri dan kanan.. dalam otak aku ni “menatang apa lompat atas aku ni? Kucing kot” aku dok termenung sorang-sorang.. Aku decide untuk tidur balik.. Tapi gangguan tidak berhenti di situ.. Dlm exactly 1 minit aku terlelap, kali ni dia lompat pula lebih kuat di ats kepala aku, kemudian lompat atas kepala tok aku pula yg sedang lena tidur kat sebelah aku. Atok aku pun bangun dalam keadaan terkejut yang amat sangat (ibarat macam dia lompat ats aku then lonjak ke sebelah mcm game teng-teng dia bt kepala aku dan tok) aku masih tak dapat lupakan tajamnya kuku kaki benda tu atas dahi aku.. Masa dia lompat tu aku dah bangun dan dari ekor mata memang aku nampak satu benda berwarna hitam lari dari hujung kepala tok masuk ke dalam bilik.. Then aku terus bangun and buka semua lampu.. pada masa ni Allah saja lah yg paham riak wajah aku dengan tok.. Ni mmg first time aku hadapi benda macam ni.. at first aku mmg try to think positive yg itu adalah seekor kucing drpd luaq rumah yg sesat.. Tapi, bila aku fikir-fikir balik. Mustahil sebab rumah aku flat tingkat 7 ye.. dari mana dia masuk dan there is no way dia nk lari pi tempat lain.. dia akn terperangkap.. Aku tak de bela kucing dan bnda yg lompat tu tak berat tp ada kuku yg tajam..
Disebabkan adik lelaki aku keje shift malam, aku terpaksa contact abah aku utk mai rumah dan check dalam bilik benda hitam apa yang lari masuk.. dlm masa 5 minit gitu, abah pun sampai dia masuk dalam bilik dan check kalau ada kucing yang sesat dalam rumah, aku pun follow dia drpd belakang, suluh segenap ruang cari “kucing” tu dan abah pun kunci pintu bilik sebab kalau ada kucing dia akan terperangkap dan meow sampai orang bukak pintu.. mmg aku dah rasa kalau ada kucing dia akn terperangkap tpi tak ada sebarang bunyi meow atau jejak tapak kaki.. Kemudian abah pun tepuk-tepuk aku suruh baca ayat kursi dan sambung tidoq.. dalam situasi aku sapa nak boleh sambung tidoq balik lepas kena camni.. so aku dan tok berjaga lepas abah balik..
Aku ingat dia stop sampai situ je sebab memang aku set dalam otak itu adalah kucing.. Tekaan aku meleset bila dalam keadaan aku mamai tu aku dengar bunyi tangisan perempuan yang sayup-sayup drpd jauh.. tapi hati aku mmg merasakan tangisan sayup tu drpd sebelah luaq pintu balcony tempat aku tidu.. terus aku bukak mata dan bunyi tu stop.. Aku pandang tok kat sebelah dia pun separuh lena.. Aku fikir mungkuin sebab aku mengantuk sgt kot sampai terbawa-bawa.. Aku paksa untuk pejam mata.. Bila aku pejam mata ja, bunyi tangisan tu start balik “hmmmm mmm hmmmmm hik hik hik” mcm seorang perempuan yg sedang menangis sebelah balcony ni.. terus aku buka mata and genggam tgn tok kat sebelah.. tok pun genggam tangan aku dan suruh aku istighfar dalam hati.. aku pun berulang kali sebut Astagfirullah.. Astagfirullah dalam keadaan ketakutan yg amat sangat.. sampai aku terlena dalam istighfar aku itu..
Pagi tu aku bangun, dan bukak semua pintu bilik.. macam yg aku sangka tak ada seekor kucing pun yang terperangkap dalam bilik.. sebb tingkap aku slalu tutup setiap malam.. Jadi, apa bnda yg lompat atas aku itu Wallahulalam. Ianya terus menjadi teka-teki dalam hidup aku. Apa yg pasti, semenjak daripada haritu hampir setiap malam tok akan pasang ayat Yassin dan Kursi sampai ke pagi.. kan aku dah cakap tok aku lagi penakut daripada aku.. hahaha.. btw, pagi tu aku tanya tok ada dengar tak bunyi menangis kat luar pintu balcony malam semalam? Dia pun pandang aku hairan.. “Dak pun.. hg dengaq apa?” ato tanya kehairanan. Kat situ aku dah agak apa yg aku dengar smlm bukan imaginasi tp real..
So thanks kalau Min sudi post cerita ni.. Kalau ada posting ni aku akan ceritakan kat hampa story “Moyang aku pandang aku dlm kain telekung dia”.. and semua mimpi-mimpi aku pada malam kematian dia..
Thanks dan Assalamualaikum
-TAMAT-
002. AKIBAT KETIP KUKU
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : AKIBAT KETIP KUKU
KARYA : JANNA NICK
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401002
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca HZONE BLOG. Terima kasih sekali lagi kerana sudi untuk menyiarkan kisah aku. Seperti biasa aku Janna Nick tapi sekadar nama pena untuk menulis di sini. Kembali kepada kisah dan pengalaman yang ingin aku kongsikan kepada korang semua. Kali ni merupakan pengalaman aku sendiri. Kisah ini mungkin tidak terlalu seram tetapi bagi aku yang mengalami situasi ini, peristiwa ini sangat-sangat menakutkan dan memberi impak kepada aku sehingga sekarang.
Korang pernah dengar tak nenek-nenek atau mak-mak kita dulu selalu pesan jangan ketip kuku pada waktu malam? Mereka kata kalau kita ketip kuku pada waktu malam, nanti ‘kakak cantik’ akan datang. Kiranya dengan cara mengetip kuku pada waktu malam seperti memanggil dan menarik minat ‘kakak cantik’ untuk datang. Dan kita selalu anggap perkara itu cuma omong kosong yang hanya nak menakut-nakutkan kita. Yelah, kalau kita fikir secara logik akal, sekiranya kita ketip kuku pada waktu malam takut terketip isi dan bukan kuku kerana gelap. Orang zaman dulu kan cuma gunakan pelita untuk menerangi rumah sebelum adanya elektrik seperti sekarang.
Peristiwa ini berlaku semasa aku masih bersekolah di sekolah rendah. Pada masa tu kita masih muda, d***h remaja membuak-buak. Apa yang dilarang itulah yang disukai. Aku masih ingat lagi, ketika kejadian itu berlaku, aku berada di rumah nenekku kerana pada musim cuti sekolah aku biasanya akan tinggal bersama nenek. Rumah nenek aku merupakan sebuah rumah kampung yang mempunyai halaman yang luas. Rumah nenek dikelilingi dengan pelbagai jenis tanaman dan pokok. Terdapat sebatang pokok ciku betul-betul berada di hadapan tingkap bilik nenek aku. Nenek aku tinggal bersama dengan paksu aku dan kebetulan masa kejadian ini berlaku, paksu aku telah keluar daerah atas urusan kerja.
Untuk pengetahuan semua, aku ada satu tabiat yang mana aku tak boleh lihat kuku aku panjang. Walau panjang sikit pun aku tak boleh, pasti tangan akan gatal untuk ketip kuku. Aku lebih selesa sekiranya kuku pendek. Pada suatu malam tu, aku sedang menonton tv di ruang tamu dan tiba-tiba aku terperasan yang kuku aku panjang. Mulalah aku rasa tak selesa dan gatal tangan nak mengetip kuku aku ni. Nenek aku pula masa tu berada di biliknya sedang melipat baju. Waktu itu jika tak silap aku dalam lingkungan jam 9 lebih malam. Secara senyap-senyap, aku mengambil pengetip kuku dan pergi ke beranda depan rumah nenek supaya nenek tak dengar aku mengetip kuku. Selesai saja mengetip kuku, aku terus masuk ke ruang tamu dan menonton tv seperti biasa. Jam 11 malam aku sudah masuk ke bilik nenek untuk tidur. Aku memang tidur sebilik dengan nenek.
Aku tak pasti sekitar jam berapa, tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti bunyi seseorang sedang mengetip kuku. Bunyinya seperti jauh tapi aku memang dapat dengar dengan jelas. Aku rasa pelik, siapa je yang nak ketip kuku malam-malam macam ni. Tetapi yang lebih menakutkan aku, bunyi itu bukan datang dari dalam rumah nenek, tapi bunyi tu datang dari luar rumah. Bunyi ketip kuku itu masih ada diselangi dengan bunyi seperti suara orang “humming”. Mendayu- dayu suaranya. Jantung aku masa tu berdegup laju. Aku mulai rasa seram dan takut. Aku pusing ke sebelah aku, nampak nenek sedang tidur. Aku memang rasa takut tapi jiwa muda aku masa tu bergelodak untuk mencari siapa yang membuat bunyi tu. Masa aku nak bangun dari katil, nenek aku bersuara tiba-tiba,
“Jangan layan bunyi tu. Buat tak tahu je. Dah, pergi tidur sana. Jangan degil cakap nenek.”
Aku telan liur dan cuba menyambung tidur tanpa mengendahkan bunyi-bunyi yang aku dengar. Pusing kiri, pusing kanan lagaknya aku seperti kelaparan tidak dapat nak tidur. aku paksa juga diriku untuk lelap. Akhirnya aku terlelap semula mungkin kerana terlalu takut.
Keesokan harinya, semasa sedang bersarapan nenek terlebih dahulu membuka mulut mengenai kejadian malam tadi. Nenek bertanya sama ada aku ada mengetip kuku pada waktu malam atau tak. Aku mengaku yang memang aku ada mengetip kuku malam semalam.
“Kan nenek dah pesan, jangan sesekali ketip kuku waktu malam. Sekarang sendiri dah nampak sebabnya kan? Nasib dia tak kacau kau tau. Lain kali orang tua cakap, jangan bantah. Mesti ada sebab dan akibatnya.” Panjang lebar nenek saya mengigatkan saya.
Sejak kejadian tu aku cukup serik untuk ketip kuku pada waktu malam lagi. Seboleh-bolehnya aku akan melakukan perkara itu hanya pada waktu siang saja. Kita jangan sesekali menganggap remeh pesanan orang tua kita. Sebab apa yang dilarang pastinya ada sebab dan akibat.Terima kasih.
-TAMAT-
003. JELMAAN WANITA MENDODOIKAN ANAK
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : JELMAAN WANITA MENDODOIKAN ANAK
KARYA : NAZILAILA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401003
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Angin sepoi sepoi bahasa menyapa rambutku. Aku sedang berdiri di jendela bilik hostel mengadap tasik seluas padang bola. Pemandangannya kelihatan cantik walaupun pada waktu malam keran disinari cahaya bulan.
“Eh sapa pulak yang berdiri di tepi tasik malam-malam ni”. Bisik hatiku sambil memusing badanku melihat jam di dinding yang memperlihatkan waktu sudah menginjak jam 11.15 malam. Kehadiran wanita tersebut menjadi tanda tanya pada diriku. Tidak menyangka masih ada wanita yang berada di tasik pada waktu tengah malam.
Kemudian terdengar sayup-sayup suara nyanyian seperti suara nyanyian seorang ibu yang sedang mendodoikan anaknya. Aku mulai rasa seram tapi aku buat tidak tahu saja. Lantas ku panggil Midah.
” Midah..sini jap..kau dengar tak apa yang aku dengar ni?” Tanyaku pada rakan sebilikku. Midah yang sedang leka mengadap laptop bangun merapati ku. “Mana ada aku dengar apa pun, kau ngigau ke apa Nailah.” kata Midah. “Tu cuba kau tengok sana, kan ada sorang perempuan kat sana tu, buat apa dia tengah-tengah malam duk tepi tasik tu. ” kataku. Midah mengecilkan matanya sambil dahinya dikedutkan melihat jauh ke arah tasik. “Eh takde apapun. ko ni kacau laa, aku tengah nak siapkan assignment ni.” Midah kembali ke katil mengadap semula laptopnya. Sedikitpun tidak nampak riak wajahnya seram atau takut. “Aik..boleh pulak minah ni tak nampak..confirm kes tak pakai cermin mata ni”..haha aku tergelak sendiri. Lalu aku menutup jendela bilik dengan penuh persoalan lalu kembali ke meja studi ku.
Sedang aku nyenyak dibuai mimpi indah, aku terjaga pada pukul 2.30 a.m. Aku tersedar bila mendengar sayup-sayup suara perempuan mendayu-dayu menyanyi ibarat seorang ibu yang sedang mendodoikan anaknya. Sepertinya aku disuruh ke jendela untuk menjenguk. Lantas aku menyelak langsir dan melihat jauh ke depan. Nampak perempuan tadi masih di situ. Baju putihnya mengerbang ditiup angin. Makin lama aku tengok, perempuan itu semakin dekat. Cara jalannya pula seolah-olah berjalan tanpa kaki. memang menyeramkan. Senang kata seolah terbang macam kain ditiup angin. Pada jarak lebih kurang dalam 20 langkah dari bangunan hostelku, perempuan itu berhenti. Dengan jarak dekat itu aku dapat melihat dengan jelas dia sedang mendodoi seorang bayi dalam dukungannya sambil merenung ke arahku. Aku terpaku terdiam dan terkaku di situ seolah kaki dipaku. Mulutku mula kumat kamit membaca surah-surah lazim dan berdoa agar aku tidak diapa-apakan. Bulu-bulu romaku meremang dibuatnya. Rasa seram dan takut menguasai diriku ketika itu. Sekilas kemudian aku nampak lembaga itu terbang naik ke belakang hostel dan hilang dari pandangan ku. Aku cepat-cepat beristifar dan menutup langsir bilik dan terus melompat naik ke katil. Malam tu aku tidur dalam keadaan ketakutan. Agak lama juga aku memaksa diriku untuk lelap.
Pagi keesokan harinya aku demam. Demam mungkin kerana rasa takut dengan apa yang aku nampak semalam. Menurut senior ku, sumber dari cerita pakcik guard, pada masa dahulu berhampiran dengan kawasan tasik tu ada sebuah rumah banglo yang besar. Rumah orang kaya. Dalam rumah tu tinggal la sepasang suami dan isteri bersama seorang anak gadisnya yang cantik. Pada suatu malam sekumpulan perompak telah memecah masuk rumah banglo tersebut dan telah merogol anak gadis mereka. Ibu dan bapanya telah d*****h. Selepas kejadian tersebut, gadis itut telah tinggal seorang diri di rumah tersebut dan oleh kerana tekanan perasaan dia akhirnya menjadi gila. Gadis tersebut juga hamil akibat dirogol secara bergilir-gilir oleh perompak dan akhirnya meninggal dunia semasa melahirkan anak. Khabarnya selepas kejadian tersebut roh gadis tersebut sering kelihatan seolah-olah sedang menidurkan anaknya di sekitar tasik tersebut. Wallahualam.
-TAMAT-
004. TERSESAT KE ALAM BUNIAN
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : TERSESAT KE ALAM BUNIAN
KARYA : ALIN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401004
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Ku mula dengan Langkah Bissmillahirahmanirahim, Asalamualaikum
Buat pembaca HONE BLOG.
Pertama sekali aku nak perkenal kan
Nama aku alin umur aku 23tahun . Aku berasal dari Sabah, ok done sesi perkenalan .
Disini aku nak cerita tentang pengalaman aku waktu Menaiki bukit (Tak perlu rasa nya untuk aku menyebut nama bukit apa)
Bukit yang ingin kami Naiki ini Agak Terkenal jga dikawasan setempat.
Dan mula lah kawan aku ni si Icha dan mawar mengajak aku untuk kami Menaiki bukit itu kerna bila waktu senja pemandangan disana sangat cantik.
Pada mula nya aku malas nak ikut .Tapi disebab kan waktu tu Hujung minggu dan aku bosan di rumah maka aku pun join la sama.
Perjalanan menaiki kenderaan memakan masa hampir setengah jam sahaja. Setibanya di sana.
Mawar : Wah, cantiknya pemandangan dekat sini
Icha : Kan aku dah kata tempat ni cantik, jom lah kita naik atas..aku tak sabar dah ni mau lihat permandangan dari jauh .
Aku : Wehh, sekarang Pukul berapa?
Mawar : Jam 1:22ptg (Sambil mawar melihat pada jam)
Aku : kenapa tempat ni Sunyi semacam jerr..(waktu ni perasaan aku kurang baik)
Sebelum melangkah masuk. Kami bertiga membaca doa. Waktu menaiki bukit ni tempatnya sangat lah cantik. Udaraa segar dan kedengaran bunyi sungai yang ada di seberang sana. Tapi ntah kenapa waktu ini hati ku gelisah. Kadang kadang merasa seperti di perhatikan. Sesampai nya kami di atas pemandangan memang sangat cantik. Kami bertiga Menunggu waktunya Matahari terbenam..
Kami bertiga pun duduklah di bukit tu sambil menunggu masuknya waktu Senja. Sesekali Mata ku Terlihat kelibat makhluk berlalu begitu pantas.
Hati ku mulai tak tenang. Aku mengajak mereka pulang. Tapi semua tak mau pulang kalau belum melihat matahari terbenam. Waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 6:10 petang. Matahari pun perlahan2 Menghilang ditelan awan. Hari semakin gelap. Bunyi cengkerik semakin Kedengaran disetiap sudut hutan. Apa yang aku inginkan ketika itu hanya mau pulang.
Perasaan ku saat ini sangat gelisah dan takut. Hanya Zikir didalam hati yang tak pernah hilang. Masa perjalanan turun Terasa sangat jauh
Padahal masa naik tadi sekejap ja sampai sudah (Hatiku mulai memberontak)
“weh, kamurang tak rasa lain kah” keluar kata- Kata mawar sambil berjalan. “yalah, Aku pun rasa lain juga ni. Kenapa kita belum sampai bawah. Padahal tempat ni tak jauh pun.” Kata icha .
Aku hanya mampu berdoa dalam hati semoga tiada perkara buruk yang akan jadi. Hari semakin gelap. Waktu kami melimpasi satu tempat
Suasana jadi sunyi. Tiada satu pun bunyi binatang. Aku dah mula cuak waktu itu, Mawar pula dah mula nangis kerisauan dan ketakutan.
“Bebb. Apakata kita rehat dulu buat sementara waktu.” kata Icha .
Kami bertiga pun Duduk di dekat pokok yang ada sekitar situ.
Kami duduk berdepan sesama sendiri sambil pegang tangan. Lalu kami meminta pertolongan dari Allah. 2 minit kemudian kami terdengar ada suara azan yang sangat Merdu. Kami bertiga Bertatap mata sesama sendiri
Kehairanan.
“Beb. Kau dengar kah apa yang aku dengar,” kata Mawar.
“ya beb. Aku dengar ” . Kata Icha.
Sedikit lega di dada kerna kami Pkerana menyangka kami pasti dekat dengan perkampungan. Tanpa berfikir panjang. Kami langsung Menuju ke suara azan itu. Bila kami mendekat dengan perkampungan itu. Ada banyak Rumah. Kesemua penduduk tergesa gesa untuk menunaikan sholat.
Tiba tiba kami disapa oleh seorang lelaki. “Asalamualaikum”. Kata Lelaki itu. Kami semua terkejut dengan Keberadaan lelaki itu yang datang secara tiba tiba dibelakang kami. “Waalaikumsalam” kata ku. “Apa yang Kamu semua lakukan disini.” Kata lelaki itu. “Kami bertiga dari Bukit atas sana. Bila kami mahu pulang. Kami tidak menjumpai jalan. Dan kami Tersesat”. Kata Ku ,
“Oh, Kamu sudah masuk di kampung kami.” kata Lelaki itu. “Maksud nya? Kampung?. Kami bertiga Kehairanan. “Beginilah. Sementara Menunggu mereka semua selesai Sholat. Jom masuk kedalam. Lepastu saya cerita ” kata lelaki itu. Kami pun di bawa masuk ke rumah Lelaki tu. Rumah nya sangat cantik. Setiap hiasan yang ada kesemua Ada kalimah suci alquraan dan nama nama Nabi. Lepas itu kami didatangi Penduduk kampung situ dan juga orang tua kepada lelaki tadi.
“Asalamualaikum” Kata seorang lelaki yang agak Tua..
“waalaikumsalam” Kata kami bertiga. “Apa yang anak anak ini buat Di sini? ” Kata orang tua itu. “Begini pacik. Kami Dari atas bukit tu. Untuk melihat matahari tebenam. Tapi bila kami Ingin turun untuk pulang. Kami tak jumpa jalan pulang. Lalu kami Tersesat. Dan lepastu kami terdengar bunyi azan dari masjid tu tadi. Sebab tu kami menuju kesini”. Terang ku panjang lebar agar mereka faham.
“Oh. Cik adik dah termasuk di alam bunian. Kami sini perkampungan bunian Islam.” Kata seorang kakak yang ada di situ. Kami semakin gelisah dan takut bila dapat tahu yang kami sedang berada di alam bunian. Macam-macam bermain dalam fikiran. Mula la teringat keluarga d rumah.
“hmmm macam ni lah. Kamu mesti hantar mereka bertiga pulang. Sebelum matahari Timbul” Kata orang tua tu.
“Baik Tok”
Lepas itu kami disuruh pulang. Kami dihantar oleh Pemuda yang ada orang tua tersebut arahkan. Kami pun beredar dari kampung tu. kami sempat menghulurkan kata maaf kerana masuk alam mereka.
Semasa kami keluar dari kampung itu. Aku melihat pada jam tangan sudah pukul 9:17 malam. “Kita sudah hampir tiba” Kata lelaki itu. “Kamu bertiga Lurus Lurus saja dari Sini. Maka kamu semua akan Jumpa jalan dan jangan pandang kebelakng lagi bila kita sudah berpisah.” Kata lelaki tu lagi. Tanpa berlengah masa. Kami pun Tergesa gesa menuju jalan yang di tunjukkan. Tapi aku sempat pandang belakang dan lelaki yang menghantar telah lenyap. Masa kami sudah sampai di bawah, Kelihatan banyak orang yang teriak memanggil nama kami.
“Alhamdulilahh..Kamu dari manaa alinn. Puas Mummy dan Yang lain mencari kamu semua” Kata mummy sya. Sambil memeluk dan menangis.
“Kamu tau kah. Kamu sudah Hilang hampir 3 hari dihutan ni. Lewat seminggu jak lagi kami mau lapor polis sudah. Tapi syukurlah kamu sudah jumpa.” Kata pacik saya.
Kami bertiga kehairanan. Sebab macam baru berapa jam sja kami Tersesat. Tp kenapa boleh jadi 3 hari kehilangan kami. “Jomlah kita balik dulu ajak ku kepada mummy.n anti dirumah aku Cerita segalanya.”
Kami semua dan penduduk yang ada kawasan itu balik. Setibanya di rumah, aku pun menceritakan segalanya pada mummy. Tapi cukup la hanya kmi bertiga yang tahu pengalaman waktu itu.
Maaf andai cerita ku ini kurang menarik. Sebenarnya cerita ni sangat panjang. Tapi aku ringkas kan sja. Aku taknak cerita keseluruhan tentang kmpung mereka (BUNIAN) cukup ku ringkaskan saja.
Tapi kesemua penduduk situ Alhamdulilah Mereka menutup aurat dengan sempurna. Tiada satu pun yang terlihat auratnya. Si lelaki pula Rata Rata kesemua Tampan. Berbaju putih bersongkok hitam.
Sampai sini saja cerita tentang pengalaman aku. Maaf andai tidak Menarik.Lain hari aku tulis lagi.
-TAMAT-
005. SIAPA BUDAK TUH?
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : SIAPA BUDAK TUH?
KARYA : ALIYAH HADFINA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401005
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum wbt kepada peminat setia HZONE BLOG.Dan aku ingin menguncapkan ribuan terima kasih kepada pihak HZONE BLOG yang telah publishkan cerita pertama aku iaitu Pulut Kuning Untuk Nenek Kalsom.Kali ini aku akan share cerita aku sewaktu berada di perkhemahan sekolah rendah selama 3 hari 2 malam.
Kejadian nih berlaku pada tahun 2016 waktu tuh aku berusia 12 tahun.Maksudnya aku senior dekat sekolah waktu tuh.Aku ada 3 orang kawan baik iaitu misya,ira dan tyrah.Diorang nih kemana jer aku pergi mesti diorang ikut punya.Dalam geng tuh confirm aku lah ketua,aku nih takkan cari masalah kalau orang tak start aku pun tak start lah,tapi kalau orang yang cari pasal memang salah alamat lah.
Tapi tuh bukan cerita yang aku nak share. Okay aku nak start cerita dah, benda nih berlaku waktu aku join perkhemahan dekat sekolah rendah aku dulu. Sajalah buat semak walaupun boleh dikatakan setiap kali ada perkhemahan aku and the gang mesti join punya. Kitaorang join perkhemahan nih bukan sebab apa, nak kacau junior-junior lah. Pernah satu tahap tuh kitaorang berempat dipanggil oleh pengetua hampir-hampir dijatuhkan hukuman gantung sekolah. Namun begitu, kitaorang tak serik kena marah. kitaorang still kacau orang waktu perkhemahan seterusnya.
Hari pertama,sampai-sampai mestilah semua peserta kena berkumpul dekat dewan dulu,yelaa nak bagitau aktiviti-aktiviti yang kitaorang kena buat. Disebabkan geng aku senior pastu ada lah 2 or 3 orang yang senior jugak, cikgu minta tolong kitaorang lah untuk siapkan tempat semua. Geng aku memang seronok lah sekurangnya tak payah nak berebut bilik air then kitaorang ada masalah untuk nak buat kerja jahat. manusia-manusia.Aku dengan senior yang lain termasuklah geng aku kena siapkan tempat solat untuk menunaikan solat maghrib. Haa lupa nak gitau, semua peserta kena sampai dekat sekolah pukul 5:30 petang and tempat tidur kitaorang dalam kelas jer. Meja kerusi semua dah disusun kat tepi-tepi kelas. Murid lelaki duduk di block A bahagian bawah dan murid perempuan duduk di block B bahagian atas.
Okay sambung balik,lepas siapkan apa yang patut aku dengan geng aku dah tau dah nak buat apa malam nih. Misya kawan aku rancang, waktu budak-budak lain tengah solat kitaorang kena masuk bilik tidur then sepahkan apa yang patut macam baju ke apa-apa yang patutlah saja nak bagi nampak dah ada benda yang kacau.
Masa untuk laksanakan plan yang dah dirancang pun tiba, tapi boleh pulak ada cikgu perempuan dekat belakang (period lah tuh). Selesai solat ada sesi tazkirah adoi terpaksa cancel lah plan tadi tuh. Aku dengan geng aku dah mula bengang sebab plan tak jadi.Lepas habis tazkirah sambung solat isyak pulak lepas tu ada makan malam dekat kantin.Tiba-tiba jah ada sorang budak perempuan menjerit macam kena histeria dekat block pompuan tuh. Rupanya bilik tidur perempuan kena selongkar. Tapi yang kitaorang pelik siapa pulak yang buat sebab setahu aku benda-benda macam geng aku jer yang berani nak buat. Cikgu-cikgu apa lagi kerja nak salahkan geng aku. Aishh kitaorang mampu diam jelaa sebab apa yang jadi tu sebijik macam plan yang kitaorang rancang. Yang pelik beg aku dengan geng aku okay jer takde pulak kena selongkar sebab tuh cikgu-cikgu ingat aku ngan geng aku yang buat. Alahaii geram betui kalau dapat orang tuh nahas aku kerjakan. Waktu tuh aku dengan geng aku fikir mesti ada yang nak kenakan kita nih’.
Waktu tidur pun tiba, waktu nih dalam pukul 11:30 malam dah. Jadi memang kena tidurlah sebab esok ada qiamulai pukul 5:00 pagi. Tengah aku syok mimpi dapat strait A dalam UPSR, boleh pulak ada junior suruh teman pergi toilet. eihh geramnya akuu budak nih. Aku nih walaupun nakal tapi junior-junior suka kat aku sebab aku nih peramah la konon-konon. riakk sat and memang cikgu dah pesan dekat peserta kalau nak pergi toilet kejut jer senior pastikan berteman.
Aku pun dengan malasnya bangun pergi teman budak nih pergi toilet. Dah lah toilet nih boleh dikatakan jauh jugak sebab kitaorang kena pusing block. Alahh macam rumah flat tu lah. Then kitaorang kena lintas bilik muzik, kalau kitaorang ikut jalan kanan untuk pusing kitaorang kena hadap 3 kelas dulu. Tapi kalau ikut jalan sebelah kiri kitaorang cuma kena hadap 1 kelas dengan bilik muzik. Senang cerita jalan kiri nih lagi dekat lah. Sampai jah depan toilet aku suruhlah budak tuh masuk boleh dia kata “ala kak jomlah masuk sekali takutlah” aku dengan sabarnya balas “kak tunggu kat sini lebih 5 minit akak tinggai”.
Tunggu punya tunggu tiba-tiba lampu toilet terpadam. Nasib baik aku bawak lampu suluh. Aku nih nak kata berani tuh taklah sangat tapi boleh lah. Dengan selamba badak aku suruh budak tuh cepat. Tiba-tiba ada suara budak perempuan menangis ketakutan sambil cakap “alahai hang nih cepatlah kak ada kat luar”.Pastu budak tuh pegang tangan aku. Aku pun bawalah dia sebab dia pegang tangan aku Tapi kuat gila. Sampai depan bilik muzik ada suara macam orang tengah nyanyi, lagu tuh macam lagu ulik mayang pun ada Aku malas layan takut budak nih lagi takut aku pun jalan buat bodo sampailah bilik tidur. Pastu ada sorang member aku nih tersedar boleh pulak dia tanya “hang pergi tandas ka weh?” Aku iyakan saja. .Pastu dia cakap balik “hang pergi dengan budak mana tuh weh”. waktu tuh aku dah perasan reaksi kawan aku nih lain macam. Aku pun beranikan diri untuk pandang muka budak tuh sekali nohhh muka pucat mata merah. Then kawan aku kejut untuk qiamulai,lah mimpi jah kalau jadi betui naya aku,tapi aku tak cerita pun dekat kawan aku pasal mimpi tuh.
Macam biasalah bersiap semua, pukul 5:30 tepat mesti kena ada dekat surau dah. Sampai dekat surau aku ternampak budak yang dalam mimpi aku tuh. Aku nak pergi dekat dengan dia boeleh pulak kawan aku panggil sekali pusing dia dah takde. Aku dah meremang dah takkanlah dalam surau pun kau nak kacau. Pastu macam biasa tazkirah, solat subuh dan sebagainya selesai semua tuh dalam pukul 6:15 pagi. Kitaorang keluar surau masuk bilik nak tukar-tukar baju sebelum sarapan kantin. Boleh pulak kawan aku Tyrah nak pergi tandas. Haaa of course lah 1 geng kena tunggu. Pastu aku termenung dekat luar toilet, Misya dengan Ira ralik bersembang pasal crush. Tetiba aku ternampak budak yang dalam mimpi aku tuh dekat bilik muzik sambil pandang ke arah aku. Tyrah pegang bahu aku time tuh aku rasa macam baru tersedar dari dipukau. Aku macam pening kejap. Diorang malas cakap banyak and kitaorang terus turun pergi kantin sebelum buat aktiviti yang ditetapkan. Geng aku dah mula perasan sebab aku lain macam jer semenjak qiamulai pagi tadi, then aku nampak budak tuh sekali lagi,
aku baru nak cakap “ehh budak tuh…..”
then misya sambung “budak yang dalam mimpi kau tu kan”.
Aku terus terkejut macam mana dia bole tahu. Rupanya diorang pun nampak budak tuh then diorang pun dapat mimpi yang sama macam mana yang aku mimpi. Kitaorang pun apa lagi terus pergi bagitau cikgu, tapi cikgu tak percaya. Cikgu ingat kitaorang main. Yelaa selalu tipu cikgu, maknanya kita nih jangan hancurkan kepercayaan orang terhadap kita.
Okay sambung balik. Aku dengan geng aku pun cari jalan untuk bercakap dengan budak tuh, tapi budak tuh tak muncul pulak.
Ira pun cakap “maybe tuh halusinasi kita je kot”
Misya jawab “kalau yer pun halusinasi takkan kita berempat boleh nampk budak tuh and dapat mimpi yang sama”.
Aku dengan tyrah mampu diam jer sebab dah tak tau buat apa. Kitaorang tak join pun aktiviti yang cikgu buat Lagi pun cikgu malas amik tahu pasal kitaorang sebab kerja nak menipu jah.
Kemudian, kitaorang rancang nak tunggu budak tuh dekat bilik muzik malam nanti selepas cikgu dengan budak-budak dah tidur. Tengah syok merancang ada junior panggil suruh siap nak solat zohor. Sokay lah lepas solat zohor ada makanan tengah hari yang disediakan dekat kantin then cikgu bagi rehat-rehat jap dalam pukul 2:30 petang berkumpul balik. Kitaorang malas nak pergi makan pastu tetiba si Ira nih ajak ronda sekolah. Sampai belakang sekolah aku ternampak budak tuh. Ira, Misya dan Tyrah pun nampak tapi tempat berlainan. Dia macam saja nak bagi kami berpisah. Tapi kitaorang lawan jugak perasaan tuh. Then budak tuh hilang macam tuh saja. Kitaorang masuk bilik untuk rehat jap. Budak-budak lain ada yang tidur sebab kepenatan bangun awal semua.Waktu petang, macam biasa lah solat asar makan petang aktiviti sikit then mandi-mandi bersiap untuk solat maghrib dan tazkirah then solat isyak sampailah waktu untuk tidur. Malam tu, dekat pukul 12:00 malam kitaorang berempat dengan gediknya keluar konon nak tunggu budak tuh muncul.
Sampai kesudah budak tuh tak muncul-muncul. Boleh-boleh pula si Tyrah nih nak tekencing. Geramnya aku. Aku jugak lah yang kena teman dia pergi tandas. Tinggal lah si Misya dengan Ira dekat bilik muzik tuh. Aku dengan Tyrah terkejut gila bila terdengar ada orang menjerit macam kena rasuk. Cikgu-cikgu kelanm kabut semua pakat naik pergi block perempuan nak tengok apa yang jadi. Aku apa lagi sibuk suruh Tyrah cepat nak tengok apa yang jadi. Rupanya Misya kena rasuk dekat bilik muzik tuh. Dalam keadaan gitu, Ira rupanya takut lantas dia pergi masuk bilik tidur untuk kejut budak-budak yang lain. Mata Misya jadi warna merah then muka dia pucat berurat sama macam budak yang dalam mimpi. Aku dengan Tyrah dan Ira dah agak dah mesti budak tuh punya kerja.
Tetiba dia cakap “akak tunggu adikkan?”
kitaorang terdiam sambil tengok antara satu sama lain serious terkejut. Cikgu-cikgu pun tengok kitaorang bertiga suruh ceritakan hal sebenar.
Misya cakap lagi “jangan marah kakak aku!” budak tuh marah sebab cikgu paksa kitaorang cerita hal sebenar. Ustaz pun terus bawak Misya masuk bilik murid perempuan untuk berubat. Budak-budak lain termasuklah aku dengan yang lain tak tau benda apa yang jadi. kitaorang kena duduk dalam surau pastu ada lah cikgu-cikgu yang jaga.
Malam tu kitaorang semua tertidur dalam surau. Kami tak tahu apa dah jadi dgn Misya. Sedar-sedar jah dah subuh si Misya tengah rehat dan diawasi oleh ustaz dengan cikgu yang lain. Sepatutnya lepas solat subuh kitaorang ada satu lagi aktiviti tapi disebabkan hal semalam aktiviti tuh dibatalkan. Lepas solat subuh siap-siap barang then berkumpul dekat kantin untuk sarapan pastu ada sikit taklimat yang cikgu bagi. Misya terus balik lepas solat subuh. Dalam pukul 9:30 pagi budak-budak lain semua dah balik. Tinggal aku,Ira,Tyrah dan cikgu. kitaorang stay sekejap sebab nak dengar cerita sebenar yang terjadi. kitaorang pun share A to Z. Lepas cikgu-cikgu tau kisah benar diorang pun terkejut dan macam sorokkan sesuatu.
Okay jadi itulah ceritanya,takde lah seram mana tapi untuk aku yang alami nih memang seram lah jugak.Sekian,terima kasih.
-TAMAT-
006. SIAPA YANG GANGGU?
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : SIAPA YANG GANGGU?
KARYA : AMLFRHATQH
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401006
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Salam sejahtera and hai kepada pembaca HZONE BLOG. This is my first time to share kisah seram yang saya pernah alami. First of all, saya minta maaf jika ada salah di dalam cerita saya ini.
Cerita berlaku pada waktu malam 16 November 2019, Sabtu, bertempat di rumah kampong nenek saya. untuk pengetahuan pembaca, rumah nenek saya terletak di dalam hutan. sebenarnya rumah itu adalah rumah kebun arwah atok saya, tetapi diubahsuai menjadi rumah nenek saya. Pada masa itu, saya menonton cerita seram yang disiarkan di televisyen bersama sepupu perempuan saya serta anaknya dan aunty saya serta anaknya.
Cerita pertama yang kami saksikan ialah ‘Ada Mata Memerhati’ . Pada waktu itu, kami menonton televisyen dalam keadaan gelap dan for your information jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam. Kami hanya menonton sambil bercakap di antara satu sama lain, tetapi saya berasa gelisah dan takut without no reason. tiba-tiba saya terdengar seperti bunyi tiang besi yang diheret di lantai. Saya pasang telinga dengan teliti untuk mengesahkan arah bunyi tersebut. Lantas saya menanyakan kepada sepupu dan aunty saya tentang bunyi tersebut. Namun, mereka hanya menjawab “tak ada pun.” so, saya berfikir berkemungkinan saya hanya berhalusinasi namun dah mula merasa seram..
Selesai sahaja cerita ‘Ada Mata Yang Memerhati’, ada lagi cerita seram yang akan disiarkan yang bertajuk ‘Oh Nina Bobo’. Saya pernah diberitahu oleh kawan saya bahawa di Indonesia terdapat sebuah lagu yang bertajuk ‘Nina Bobo’. biasanya lagu ini akan dinyanyikan kepada anak kecil semasa menidurkannya. Namun, ada sebalik kisah seram pada lagu ini iaitu lagu tersebut memanggil ‘hantu’. semasa kami menonton cerita tersebut, saya berasa seram sejuk dan degupan jantung saya semakin kencang apabila perlakon tersebut menyanyikan lagu ‘Nina Bobo’. Hal ini disebabkan saya takut untuk mendengar lagu tersebut dan percaya bahawa lagu tersebut boleh memanggil ‘hantu’.
Di akhir cerita tersebut, mereka menyiarkan lagu ‘Nina Bobo’ dan saya terdengar seperti ada suara wanita yang ikut menyanyi. Selesai sahaja lagu itu disiarkan, saya terdengar suara ketawa seorang perempuan dengan perlahan. tetapi, saya cuba berfikir positif bahawa itu hanyalah halusinasi saya untuk menenangkan diri saya sendiri.
Ketika nyenyak tidur, saya terbangun dari tidur kerana saya bermimpi bahawa saya ternampak seorang perempuan menyanyikan lagu ‘Nina Bobo’ sambil menari dengan lembut. Semasa perempuan itu melihat saya, mukanya terus berubah menjadi hodoh dan buruk yang teramat sehingga saya terasa sakit di dada saya. for your information, saya tidur di ruang tamu. Saya terus melihat jam di telefon saya dan menyedari bahawa waktu menunjukkan angka 2.30 am. Pada jam yang sama, anak aunty saya menangis dengan nyaring sambil berkata ‘yaw’ yang bermaksud ‘hantu’. saya menyedari yang dia selalu menunjuk di pintu rumah dan mengulangi percakapannya iaitu ‘yaw’. saya melihat di pintu rumah dan saya ternampak seperti seorang perempuan yang memakai kain putih yang panjang sehingga ke lantai dan berambut panjang. Saya terkejut dan ketakutan sehingga tidak dapat berkata apa-apa. Tidak berapa lama selepas tu, tiba-tiba ‘perempuan’ itu menghilangkan diri. Ku perhatikan anak aunty saya. Dia dah tertidur semula mungkin kerana tiada lagi gangguan dari wanita misteri yang aku nampak tadi.
Belum reda rasa takut di hati, Tiba-tiba pula saya terdengar bunyi ketukan di pintu rumah. ketukkan pertama adalah hanya ketukkan yang perlahan, namun saya tidak berani untuk membuka pintu. ketukkan kedua semakin ganas dan ketukkan ketiga juga ganas. Hanya tuhan yang tahu betapa takutnya aku ketika itu. Lalu, saya membaca surah al-fatihah, 3 qul dan ayat kursi. namun bunyi ketukkan di pintu rumah masih ada dan semakin kuat. saya membaca ayat kursi banyak kali sehingga bunyi ketukkan hilang. semasa saya hendak melelapkan mata, saya terdengar seperti ada barang yang dihempaskan di pintu rumah. saya cuba mengendahkannya tetapi saya terasa seperti ada tangan yang membelai rambut saya. saya terus cuba untuk hilangkan rasa takut dengan membaca ayat kursi sehingga saya terlelap.
Pada waktu pagi, saya membuka pintu rumah dan alangkah terkejutnya saya apabila saya ternampak kerusi berada di depan pintu rumah. selain itu, saya ternampak beberapa tompokkan d***h dan beberapa helai rambut di depan pintu rumah. Keadaan ini sepertinya perkara biasa pada aunty saya. mungkin kerana dia sudah lali dengan gangguan-gangguan sedemikian.
Mungkin cerita saya ini tidak menyeramkan tetapi saya yang mengalami sudah berasa seram. untuk pengetahuan pembaca, saya seorang yang lemah semangat iaitu saya mudah nampak ‘benda’ dan sering diganggu oleh ‘benda’. terima kasih kerana sudi membaca kisah seram saya dan saya minta maaf jika awda tidak memahami kisah saya.
-TAMAT-
007. MAKHLUK MISTERI
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : MAKHLUK MISTERI
KARYA : YANA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401007
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalammualaikum , hai pembaca HZONE BLOG. Cerita yang nak Yana kongsikan tak seram cuma hanya dari pendengaran dan kelibat saja tiada gangguan oleh makhluk halus . Maaf sebelum tu , jika cerita sebelum ni Yana gunakan bahasa yang agak kasar . Jika silap untuk kali ini harap pembaca sekalian menegur kesilapan Yana , Yana akan terima teguran tu dengan hati yang terbuka dan ikhlas . Actually , Yana dah tak bersekolah . Cuma habiskan pt3 Jee , dan sambung kerja . Minta maaf sekali lagi . Sebelum tu , Yana nak minta izin untuk mulakan cerita Yana dengan menggelar diri Yana “aku” . Bismillah .
Kita start dari cerita ni , masa tu waktu tengah hari tak silap , dalam jam 11 lebih dan aku masih berumur 15 tahun . Tak silap aku , masa tu hari minggu , masa cuti sekolah . Macam biasa rumah atok memang selalu sunyi bila waktu siang hingga ke petang . Lampu semua tertutup , tingkap rumah pun kadang² je bukak . Rumah atok ada 4 bilik , dan ada satu bilik di mana ruangan bilik tu hanya muat untuk atok dan arwah nenek . Tapi sekarang ruangan tu dah dirobohkan sebab tiada siapa yang nak duduk situ semenjak pemergian aruah nenek . Bilik 1 diruang tamu depan makcik yang duduk , bilik nombor 2 di ruang tamu depan pulak kosong , kalau kakak sepupu balik baru dia yang duduk situ . Kadang² kami tertanya tanya juga ada apa² pernampakan ke tak yang dia nampak dalam bilik tu . Bila kami tanya dia cakap ada , tapi selagi benda tu tak kacau dia buat selamba je Lahh . Tidur macam biasa . Kalau ada masa aku cerita tentang kakak sepupu aku .
Berbalik pada cerita tadi , ada 2 lagi bilik di ruang tamu belakang tapi kalau ikut kiraan dari depan hingga belakang ada 4 dan bilik yang aku nak ceritakan ni di bilik nombor 3 dimana kiraan jika dari ruang tamu dapur bilik nombor 1 . Tak silap aku masa tu aku nak berjalan menuju ke depan , aku perasan yang pintu bilik seakan di buka tapi aku nampak kakak sepupu aku masih lagi tidur di katilnya . Sedang aku berjalan meneruskan langkah , aku ternampak ada satu makhluk melintas depan aku . Tapi biasanya benda melintas ni cik Ponti atau makhluk yang bersaiz besar . Tapi apa yang aku nampak ni saiz nye sangat kecil . Mustahillah binatang sebab apa yg aku nampak bentuk badan yang seakan toyol keluar dari bilik tu, berwarna putih tapi saiz yang agak kecil macam saiz penutup botol mineral kecil. Mesti korang terfikir kan macam mana aku boleh perasan bentuk dia dengan jelas dan ceritakan kat sini ? Sebenarnya aku sendiri pun tak tau macam mana aku boleh nampak cuma aku buat reaksi terkejut je lah masa tu. Yee lah benda pelik yang melintas mestilah terkejut kan . Takut juga sebenarnya, tapi dalam takut tu aku nak tahu juga apa yang melintas . Kalau lipas ke cicak ke mesti akan nampak dibawah sofa atau masih berlegar-legar di lantai . Teliti aku cari binatang tu tapi memang tak jumpa. Persoalan sehingga sekarang apa yang aku nampak dan makhluk apa tu ? Tapi masih belum ada jawapan .
Satu lagi kisah , masa tu waktu pagi jam menunjukkan pukul 4 lebih macam tu. Samar² Je ingatan ni sebab peristiwa lama tapi nak dikongsi di sini . Waktu tu kami sedang mencari kakak yang first hilang tak tahu kemana . Kakak aku yang first ni memang jenis yang keras kepala, tak nak dengar cakap ayah . Masa tu kakak keluar rumah pakai seluar pendek yang ditutup dengan tuala. Kebetulan pula ayah tak tidur lagi . Ayah tanya kakak nak keluar pergi mana, lepastu kakak jawab nak pergi berak tapi sebaliknya dia nak keluar jumpa kawan dia di lorong depan. Ayah aku ni memang jenis tidur lambat. Kadang² masih boleh tahan mata sampai siang. Jadi burung hantu pula . Habis cerita pasal kakak aku.
Kita start masa aku dengan kakak aku yang second duduk dekat luar rumah sebab nak cari kakak aku. Sedang kami mencari tu , mula lah penat sebab cari tak jumpa lagipun kami cari di kawasan rumah . Kakak aku yg second ni nak duduk² rehat, sementara tu biar ayah dengan ibu yang cari kakak. Sedang kamirehat-rehat duduk, terdengar bunyi hilaian tawa yang sungguh nyaring dan membuatkan seluruh tubuh aku menggigil. mujurlah tak terkencing. Mula lah masa tu rasa tak sedap hati . Rasa macam nak masuk rumah terus sarungkan badan dalam selimut. Sebab bunyi tu je dah buat aku rasa seram sejuk . Aku cakap lah kat kakak aku , ajak dia masuk dalam tapi dia boleh pulak tanya bermacam macam soalan. Aku dah lah masa tu dah takut, doa² je tak berlaku pernampakan . Bila ditanya , yang aku mampu cakap tak de apa sebab dah ngantuk. Lama juga aku ajak, Tu pun dalam nak setengah jam juga baru lah dia setuju nak masuk rumah sebab dia pun dah ngantuk. Masuk je rumah mula lah aku sarung diri dalam selimut dalam keadaan menggigil. Esoknya aku tak berapa sihat , tambah sedih lagi sebab jumpa beg yang kakak aku sorokkan. Rupanya dia memang berniat nak keluar dari rumah, cuma tunggu masa je. Tapi alhamdulillah tu cerita lama , sekarang kakak dah tak macam dulu lagi . Kehidupan pun makin berubah , Sekian .
Maaf jika cerita aku pada kali ni tak seram . Dan maaf sekali lagi jika terkasar didalam ejaan cerita yang lepas . Jika masih terkasar di cerita kali ini , harap semua dapat perbetulkan . Assalammualaikum .
-TAMAT-
008. MOYANG AKU BUNIAN
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : MOYANG AKU BUNIAN
KARYA : CICIT
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401008
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum semua pembaca HZONE BLOG, aku ingin menceritakan kisah yang betul-betul terjadi kat aku dan aku pun terkejut sampai sekarang. ok tak nak panjang -panjang kan cerita kita mula.
Moyang aku hidup lama dalam umur 150 tahun kot rasanya dia. Semasa dia meninggal dunia, sedang kami nak simpan dia ke Lubang Lahat, tiba-tiba dari jauh bau wangi semerbak baunya menerpa ke arah hidung kami dan muncul la seorang perempuan yang datang berpakain macam orang purba. Paras wajah dia cantik sangat. Dia memperkenalkan dirinya sebagai puteri Kalsom (bukan nama sebenar) seorang puteri bunian. Abah aku seorang yang ada kelebihan dan aku juga seperti abah aku. “apa hajat puteri kemari?” tanya abah aku menggunakan bahasa purbakala “puteri datang untuk mengambil kakak puteri, puteri inawati (bukan nama sebenar) jangan tuan hamba kuburkan dia di sini,” kata puteri kalsom. kami terkejut. Eh, moyang kami ni bunian? muka dia nampak takda kacukan pun. Aku tarik baju abah, aku tanya kat abah, “kenapa moyang takda rupa macam puteri tu pun?” abah aku kata tak tau la.. Kami penuh dengan tanda tanya. Tiba2 keluar pertanyaan dari puteri Kalsom “kenapa muka puteri inawati tiada rupa seperti puteri?” tanya puteri tadi sambil melihat aku dengan senyuman, aku mengangguk “oh”. , Katanya lagi, “emak puteri inawati dan emak puteri kalsom lain-lain, emak Puteri kalsom bunian sepenuhnya tetapi emak puteri inawati ialah seorang manusia seperi kalian.” sambil tersenyum.Jjenazah moyang aku sudah ada di tangan para pengawal puteri bunian yang tiba-tiba muncul dari arah belakang puteri. Seluruh saudara-mara ku masih terkejut. Aku memandang puteri tadi kembali dan masa yang sama juga puteri itu berkalih memandang ku. Dia merenung ku sambil tersenyum. Masa ni aku sedikit terkelu lidah dan sangat terkejut, “tuan hamba,adakah ini anak tuan hamba?” Tiba-tiba tuan puteri bertanya sambil memandang lagi ke arah ku” ya, puteri ini anak kami” Ku perhati, tuan puteri tersenyum melebar dan tak lepas-lepas memandang ke arah ku dari tadi.” nombor 2 ya?, boleh tuan puteri membawa dia pulang bersama puteri? puteri akan mengantikan dia dengan harta tuan puteri di istana sana.” Aku pun lari pergi belakang mak aku. “Maaf tuan puteri, anak ini tidak boleh di gantikan dengan harta. “maaf.” kata abah aku. “D***h puteri inawati ada di dalam badan ibunya dan anak tuan hamba mewarisi d***h itu, jikalau tuan hamba tidak mahu memberikan anak itu kepada puteri, puteri akan mengambilnya kemudian hari. “assalamualaikum”. Kemudian puteri itu hilang dari pandangan kami.
Malam itu kami tidur beramai-ramai di ruang tamu. Perempuan tidur belah kanan ruang tamu, mana kala sepupu lelaki tidur belah kiri ruang tamu. Ibu bapa kami tidur di dalam bilik. Rumah moyang aku tu sangat besar tapi rumah kayu. Rumahnya seperti huruf T. Ruang tamunya boleh memuatkan dalam 30 orang kerana rumah itu sangat la besar. Biliknya saja ada 10 dan 1 bilik boleh muat 3 hingga 6 orang. Moyang membuat rumah terebut besar kerana cucu-cicit dia banyak.
Jam menunjukkan pukul 12.57 tengah malam tetapi aku masih tidak dapat tidur sedangkan sepupu-sepupu ku yang lain sudah hilang entah ke mana di alam mimpi.” syuhada…” (bukan nama sebenar) panggil satu suara yang sangat merdu di telinga aku. Serentak itu pintu utama terbuka “kreeek!!!” sekali lagi suara itu memanggil nama ku. Aku berjalan perlahan-lahan ke arah seorang perempuan yang berpakain seperti puteri di raja purba kala. Sedang aku berjalan ke arah puteri, tangan ku ditarik seseorang. Khairul sepupu lelaki ku,”syu nak ke mana ni?” tanya sepupu ku itu. Suara puteri kalsom masih ada memanggil ku dari jauh mengharapkan aku datang kepadanya. “takda bang, syu nak tutup pintu ni aje,terbukak, angin la kot” Kata aku cuba untuk berbohong. “syu, syu ni muda dari abang setahun je jangan ingat abang tak tahu yang syu ni tipu abang”. Aku hanya diam mendengar bebelan yang aku akui memang betul. Abang khairul ni ada kelebihan jugak. selepas menutup pintu utama kami kembali ke tempat asal. Selang beberapa minit toto yang selesa lagi tebal itu bergerak seperti ada yang duduk di sebelah ku padahal sebelah ku ini hanya kosong tidak ada orang. Aku pejamkan mata rapat-rapat. “syu,dah tido ke?” oh, abang khairul rupanya “tak lagi,kenapa?” ku buka mata duduk bersandar di dinding bersebelahan dengan abang khairul. “tak de ,cuma abang nak tanya hari jadi mira yang ke-15 tahun dah sambut ke?” aik apa tanya soalan pelik pulak ni? “Erm, dah kenapa bang?” aku pandang sekilas ke arah adik lelaki ku yang sedang tidur. sebelahnya ,abang khairul!!! sedang tidur nyenyak. Ku pejam mata ku rapat-rapat kerana takut yang amat sangat bau wangi bunga seperti wangian bunga kasturi, mawar macam tu la dan datang suara tadi memanggil nama aku. Kemudian aku pengsan kerana takut yang amat sangat.
Apabila ku buka mata melihat puteri bunian tadi dan para pengawal mengerumuni aku. “angah? angah?” suara mak aku mengetuk gegendang telinga ku. “mak? mak!!! mak kat mana?” aku buka mata ku perlahan takut kalau itu semua hanya mimpi tapi tak, mak aku berada di tepi ku bersama abah dan adik, kakak, adik beradik mak dan sepupu-sepupu ku. “Ja,bagi angah minum air ni” (panggilan (ja) untuk mak aku). Mak aku ambil air yang telah dibaca abah aku tadi. Terasa perit leher aku bila air yang di baca itu masuk di kerongkong aku.”angah, angah pi mana ?” yang lain hanya berdiam diri. “angah tak pi mana aih, semalam puteri tu mai dia panggil nama angah” kata aku sambil menunduk. “semalam?” kata abang kahirul terkejut. Masa tu abang khairul bukak cerita yang malam aku hilang tu dia dengar aku bercakap dengan seseorang. Lepas tu dia tengok aku berjalan ke arah pintu utama sambil ditemani perempuan cantik berjalan sehingga ke hutan. Dalam masa tu dia berlari ke dalam rumah sambil menjerit-jerit kata aku kena ambil puteri bunian. Mak ngan abah aku bangun cari aku keliling rumah moyang tapi tak jumpa. Abah aku cuba macam-macam untuk dapatkan aku balik. Sampai la jumpa seorang orang tua ni orang panggil dia paklang Mon (bukan nama sebenar) boleh dikatakan pandai berubat dan boleh berkomunikasi dengan benda-benda ghaib. Abah aku mintak tolong dia.
Petang tu pak mon sampai rumah minta segelas air dan mulakan upacara panggil puteri Kalsom. Pak mon datang bawak hajat untuk berunding dapatkan aku, puteri tu datang dengan muka yang bengis dan marah-marah dengan pak mon. Puteri tu cakap pak mon kacau urusan dia nak ambil keturunan dia itu hak dia. Pak mon kata kita berunding la secara elok. Tak lama selepas habis berunding, puteri tu cakap dia akan hantar aku dalam 5 minit. Kemudian aku muncul la depan Pak mon. puteri tu setuju dengan syarat yang mereka berdua tetapkan iaitu setiap bulan dia akan datang sebanyak 3 kali melawat aku. Pak mon pulak tetapkan syarat agar jangan pernah bawak aku ke alam dia lagi. Macam tu la ceritanya kata abah aku.
Korang tahu tak aku hilang berapa lama? 2 minggu kot!!! padahal aku tak jaga-jaga pun kat situ punya la lama aku pengsan langsung tak sedar. Pak mon tu kata hati-hati setiap bulan dan 3 hari tarikh dia datang melawat aku tu 15, 20, 25hari bulan. Setiap tarikh tu mesti aku akan mimpi dia bawak aku pergi 1 taman yang cantik dan ada bunga, rama-rama, buih dan ada air terjun. Paling pelik bila aku sedar je dari mimpi mesti baju aku basah atau kesan lumpur. Aku tak tau sama ada tu betul ke atau hanya mimpi semata-mata.. Jadi nasihat aku untuk pembaca, banyak-banyakkanlah baca al-quran kerana quran tu pendinding diri buat kita..Ok itu aje kisah aku kali ini. HZONE BLOG kerana siarkan cerita aku yang tak seberapa seram ni. Assalamualaikum.
-TAMAT-
009. SEKOLAHKU
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : SEKOLAHKU
KARYA : HAMBA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401009
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca HZONE BLOG. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih dekat HZONE BLOG kalaulah cerita aku ni disiarkan. Sebenarnya tak sesuai dipanggil cerita seram pun ianya lebih kepada fakta. Okay sebelum aku melalut baik aku teruskan. Minta maaf ye aku bahasakan diri “aku” sebab aku nak pembaca rasa yang aku ni cerita macam member member gitu.
Dulu waktu aku sekolah menengah aku bersekolah di satu sekolah yang boleh dikatakan terpencil jugaklah. Sekolah ni jadi tumpuan orang orang asli sebab sekolah ni dekat dengan perkampungan orang asli. Tapi majoriti pelajar sekolah ni pelajar india. Apa yang aku tahu sekolah ni dulu pernah ada kes pelajar b***h diri. Aku tak berapa pasti kesahihan cerita. Cuma apa yang kawan aku kata, pelajar cina b***h diri dekat satu blok yang agak sunyi dan tepi blok tu betul betul hutan. Cerita ni aku dengar waktu tingkatan satu. Sekolah aku ni bentuk dia macam huruf U. So tengah tengah tu dataran. Maksudnya, belah kiri kanan semua blok. Depan blok. Belakang je kantin. Boleh dikatakan semua blok ada kisah seramnya.
Aku mula dengan blok A. Blok A ni special sikit sebab ada tiga tingkat blok lain semua dua tingkat. Tingkat 3 ni kelas tingkatan 3. Hujung sekali ada tandas tapi tandas tu dah lama ditutup. Dan yang membuatkan kitorang pelik, pihak sekolah pakukan banyak papan dekat pintu tandas tu. Cikgu aku kata tandas tu paling angker. Sebabnya bila pelajar nak pergi je tandas tu, tak sah kalau tak kena histeria. Tepi tandas tu hutan. Ni perbualan antara aku dengan cikgu aku.
“Cikgu kenapa tandas hujung kelas kitorang ni banyak papan sedangkan blok form 5 (blok C sebenarnya tapi kitorang panggil blok form 5 sebab sana kelas form 5) punya tandas satu je papan?”
“Oh sebab kalau student nampak je tandas tu terbukak, mesti kena histeria.”
“Tapi kenapa lampu tandas tu kadang kadang terbukak, kadang kadang tertutup?” Perkara itu kadang-kadang mendatangkan rasa seram juga.
Cikgu aku yang dengar, cuma mampu gelak sinis. Korang faham faham lah kan maksudnya? Lepas tu ada satu pokok yang besar dekat tepi blok A tu pun ada kisahnya. Cikgu aku kata pihak sekolah ada upah cina untuk tebang pokok tu. Tapi malangnya, si cina tu tarik diri sebab dia nampak ada benda tengah renung tajam dekat dia. Cikgu aku kata pokok tu memang dah lama wujud sebelum sekolah ni dibuka lagi. So memang kita tak boleh kacau tempat dia. Biasanya org-org tua kata, pokok besar dan berusia lama menjadi tempat tinggal makhluk-makhluk alam ghaib.
Kita beralih pula ke blok B. Blok B ni la tempat pelajar cina dulu b***h diri. Blok B ni blok paling sunyi sebab tingkat dua tak boleh digunakan. Pelik kan sebab ada dua tingkat tapi satu tingkat je guna itupun separuh. Separuh lagi dibiarkan kosong. Blok tu ada dua tangga. Satu tangga dibuka, satu tangga lagi tepi hutan dan dikunci. Suasana kawasan tangga berkunci ni memang agak menyeramkan. Waktu mula mula masuk cikgu dah bagi amaran kitorang sama sekali tak dibenarkan untuk pergi ke tangga sunyi tu dan diberi amaran keras tak dibenarkan naik ke tingkat dua blok B. Pernah sekali aku cuba untuk curi-curi naik ke tingkat dua, tiba tiba aku nampak ada susuk tubuh yang berpakaian macam pelajar lalu tingkat dua. Tapi tiba tiba bila sampai ke hujung dia hilang. Aku pun terkaku seketika, langsung tak boleh gerak, dan alhamdulillah ada kawan aku yang sedarkan aku. Dia kata muka aku biru gila. Tanpa membuang masa kami pun meningggalkan tingkat 2 tersebut dalam keadaan ketakutan.
Okay, akhir sekali blok C iaitu blok tingkatan 5. Macam yang aku kata tadi blok tingkatan lima ada tandas yang juga ditutup. Cikgu aku kata waktu mula mula tandas tu dibuka, cikgu nasihatkan supaya pelajar perempuan pergi tandas baru tu berdua atas sebab-sebab tertentu. Tapi suatu hari, waktu minggu peperiksaan, ada seorang pelajar perempuan tak tahan sangat pergi tandas baru tu sorang-sorang. Lagipun waktu periksa mana boleh pergi berdua. Jadi terpaksalah dia pergi sorang sorang. Jarak antara kelas dia dengan tandas tu agak jauh. Selepas dia pergi tandas dia terus masuk kelas dalam keadaan tergopoh gapah. Dia terus duduk dan ada yang kata dia menangis beria. Tapi semua pelajar tak boleh buat apa sebab tengah jawap ujian. Habis je ujian, ada sorang kawan dia ni agak nakal, terus tegur dia dengan cara cucuk pinggang dia, apa lagi budak tu tolak kawan dia sampai berdarah mulut kawan dia. Ada yang kata suara budak tu berubah. Keadaan dalam kelas menjadi huru-hara dan terpaksa memanggil ustaz. Ustaz pun datang dan mengubati pelajar tersebut. Selepas kejadian tu, tandas tu terus ditutup untuk mengelakkan keadaan yang sama berlaku. Kesian pihak sekolah sebab tandas tu baru lagi tapi last-last kena tutup.
Okay lah sampai situ sahaja perkongsian aku. Maaflah kalau tak menarik. Nama sekolah tu dirahsiakan tapi sekolah tu terletak di Perak. Daerah tu agak popular jugak. Popular sebab hospital. Ha mesti dah dapat teka kan daerah mana. Baiklah aku undur diri dulu.
-TAMAT-
010. MANUSIA KABUS
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : MANUSIA KABUS
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401010
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
SELESAI sembahyang subuh dan berdoa, datuk segera mendekati saya yang berada di saf belakang.
"Ada apa, hal tuk?"
"Aku nak balik dulu, kalau nak ikut balik pun boleh, nak duduk di masjid pun boleh, terpulanglah kepada kamu," ungkapan dari datuk membuat saya tergamam sejenak. Biasanya, jarang datuk mahu meninggalkan masjid secara tergesa-gesa.
"Saya ikut balik tuk," itu keputusan dari saya.
Datuk anggukkan kepala sambil tersenyum.
"Harun macamana tuk?" Susul saya lagi.
"Dia nak dengar kuliah subuh yang disampaikan oleh seorang ulama terkenal dari Kota Tuo (Kota Tua)-Padang Sumatera Barat," jelas datuk.
Memang tidak di duga Harun Fadillah membuat keputusan mengejut. Saya dan datuk keluar dari perut masjid, sampai dekat pintu Harun Fadillah muncul.
"Baliklah dulu, saya tahu ada kerja yang mesti memanda buat di rumah. Lagipun memanda sudah memulakan puasa sunat," bisik Harun Fadillah ke telinga datuk.
"Memang betul apa yang kamu cakapkan," jawab datuk.
"Tamar, apa yang kamu perlukan minta saja pada pembantu rumah," Harun Fadillah renung muka saya. Cepat-cepat saya anggukkan kepala.
Dan langkah pulang pun bermula.
Disaat sedang asyik mengekori datuk dalam dingin pagi. berkawankan kabus nipis terasa datuk memperlambatkan langkahnya. Kemudian terus berhenti.
"Kenapa Tuk?"
Tiada jawapan yang saya terima. Sebagai cucu yang sudah dilatih supaya cepat berfikir dan bertindak bila keadaan terdesak. Saya segera mempertajamkan pancaindera. Ada bebayang manusia dalam kabus yang menghalang langkah perjalanan datuk.
Manusia itu bertubuh besar, memakai songkok putih, berkain pelikat berkotak besar dalam warna hijau putih. Baju melayu telok belangga yang dipakainya koyak di bahagian bawah. Di bahu kanan terselipang kain hitam menutup sebahagian dada kanan. Lelaki yang tercegat di depan datuk itu, kurang jelas wajahnya.
"Balik saja ke tempat asal kamu, jangan cuba menganggu urusan orang. Aku ingatkan kamu, jangan cuba nak jadi jaguh di Tanah Deli. Nanti buruk padahnya pada diri kamu. Kalau tak mati, seksa seumur hidup." Terdengar gema suara sekeliling kami (saya dan datuk).
Sukar untuk dipastikan, apakah gema suara itu datang dari lelaki tinggi, bertubuh besar? Sebabnya, semasa suara menolak gegendang telinga, saya seperti berada dalam keadaan khayalan dan bebayang orang itu bagaikan tenggelam timbul dalam kabus nipis.
Datuk menoleh ke arah saya sambil memberi isyarat tangan, supaya mengikuti apa saja yang bakal dilakukannya. Dalam keadaan termanggu datuk terus melangkah lalu merempuh lembaga yang menghalang peijalanannya.
Tindakan datuk itu mendatangkan padah. Lembaga itu bertindak kasar. Datuk ditendang hingga jatuh terlentang. Saya juga menerima habuan, kain selendang di bahu kanan dilibaskan ke arah saya.
Kibasan kain itu membuat saya terhoyong-hayang, tidak daya mengimbangi badan. Kaki bergerak tidak teratur, badan pula terlayah ke kiri, terlayah ke kanan. Gerak langkah saya bagaikan orang mabuk. Dalam saat itu juga, saya terus berselawat seberapa yang boleh. Rasa pening mula berkurangan tubuh dapat saya imbangi. Tetapi, tidak mampu berdiri dan terpaksa duduk dipermukaan jalan pulang.
Datuk yang jatuh terlentang segera bangun dan meluru ke arah lembaga yang kelihatan samar-samar. Bila badan datuk bersentuhan dengan tubuh lembaga tersebut, saya terlihat bagaikan ada pancaran kilat dari arah selatan dan secara perlahan-lahan tubuh lembaga terbelah dua. Tubuh bahagian kiri mengeluarkan api manakala sebelah kanan pecah berderai, macam kaca terhempas ke lantai. Seluruh badan datuk dibasahi peluh.
"Tanda-tanda kurang baik, Tamar," komen datuk setelah bebayang lembaga itu hilang entah ke mana dalam kabus nipis.
"Maksud datuk?"
Datuk terus membisu. Langkah pulang yang terhenti diteruskan. Saya terus mengekorinya dengan seribu persoalan.
Cahaya matahari mula bangkit dan mengembang dilangit, suasana sekitar mula cerah. Suara kicau burung mula terdengar, sinar matahari yang lembut mula menikam embun di hujung rumput lalu memantulkan cahaya bening yang menarik.
Perjalanan kian rancak, saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Saya berusaha menghapuskan peristiwa yang dialami dari bersarang dalam otak. Tidak mahu peristiwa aneh itu menjadi ingatan yang mengerikan dalam hidup.
SAMPAI
SEBAIK saja sampai di kakitangga, kami disambut oleh pembantu rumah dengan wajah yang riang. Tetapi, dia tidak berjaya menyembunyikan rasa terkejutnya kerana Harun Fadillah tidak pulang sama.
"Tunku Harun mana?" Pembantu rumah mengajukan pertanyaan.
"Sekejap lagi dia balik," balas datuk.
"Apa halnya?" Tanya pembantu rumah lagi. Ternyata dia tidak puas hati dengan jawapan yang dikemukan oleh datuk.
"Dia dengar kuliah subuh," jelas datuk.
"Hum "angguk pembantu rumah.
Datuk pun melangkah tenang masuk ke biliknya.
Beberapa minit kemudian, datuk keluar dari kamar menuju ke halaman rumah. Tanpa membuang masa datuk melakukan senaman silat untuk memanaskan badan dan menegangkan urat saraf. Kira-kira empat puluh lima minit kemudian Harun Fadillah pulang dari Masjid Raya. Dari jauh dia tersenyum ke arah datuk.
Kerana sarapan sudah tersedia, saya dan datuk dijemput oleh Harun Fadillah ke ruang makan.
"Maaf, kamu dengan Tamar saja makan pagi."
"Kenapa memanda?". Harun Fadillah terkejut.
'Tak apa, kamu berdua makanlah," balas datuk.
Terbukti yang Harun Fadillah tidak dapat menerima alasan itu. Dia terus mendesak, mahukan sebuah jawapan yang konkrit. Setelah didesak bertalu-talu, datuk terus mengalah.
"Run."
Seluruh pandangan Harun Fadillah tertumpu ke arah datuk, "sepatutnya, aku merahsiakan perkara ini tetapi, kerana kamu mendesak juga dan sebagai menghormati tuan rumah aku terpaksa mengalah, walaupun hati kecil aku berat," sambung datuk sambil mengaru pangkal dagu dengan jari kelingking. Sepasang anak matanya tertumpu ke arah saya dan Harun Fadillah, silih berganti.
"Haaa ", Harun Fadillah bersuara lemah patuh dengan tandatanya.
Dia nampak serba salah. Bagaikan tidak mampu untuk menyambung kata.
"Begini Run, hari ini dan esok aku terpaksa berpuasa untuk menyelesaikan masalah kakak kamu, menunaikan wasiat ayah kamu. Aku harap kamu faham. Jangan banyak tanya dan soal. Apa yang aku buat selepas ini adalah untuk tujuan memulihkan kakak kamu," datuk bagaikan memberi ceramah pendek, penuh perasaan bersama raut wajah mempamerkan kesungguhan untuk menyelesaikan masalah yang me I an da keluarga Harun Fadillah.
"Maafkan saya memanda," hiba benar wajah harun Fadillah, Bahu kanan datuk dipaut erat.
"Tak apalah, jangan ulang lagi."
"Saya minta maaf memanda," ulang Harun lagi.
Wajahnya nampak kesal sungguh. Saya menggigit hujung lidah, tanpa mahu memberi sebarang komen, apa lagi mahu turut campur dalam perkara tersebut.
Beberapa minit berikutnya, saya dan Harun Fadillah masuk ke ruang makan lalu memulakan sarapan pagi. Datuk meneruskan senaman atau latihan silat helang putih yang lebih banyak menekankan pada tumpuan gerak batin bersumberkan gerak nadi dan gerak mata.
Memang sekali pandang, gerakan yang datuk lakukan dihalaman rumah nampak lembut dan teratur, nampak mudah, lembut berirama boleh dilakukan oleh sesiapa. Tetapi, pada hakikatnya tidak semudah seperti apa yang dilihat. Datuk berhenti bersilat, apabila matahari tinggi segalah.
BACA
SELAMA dua hari datuk berpuasa sunat, dia kurang bercakap. Waktu siangnya dibabiskan dengan membaca Quran dan membaca kitab agama di Masjid Raya.
Pada sebelah petangnya, jika ada masa terluang. Datuk dengan ditemani Harun Fadillah mengunjungi beberapa buah rumah ulama atau kctua pasenteran sekitar Sumatera Utara.
Tujuan datuk berbuat demikian, sekadar berbincang dan bertukar-tukar pendapat tentang hal-hal yang ada hubungan dengan agama. Tidak dinafikan juga dalam pertemuan itu, ada ulama dan ketua pasentaran mencadangkan supaya persatuan ulama yang ahli-ahlinya terdiri daripada ulama Sumatera Utara dan Ulama Utara Semenanjung.
Matlamatnya, ahli-ahli ulama dua negara itu mesti bekerjasama menangani masalah akidah yang mulai terhakis di kedua-dua negara di samping masalah sosial yang dihadapi oleh anak-anak muda Islam, terpengaruh dengan budaya kuning di Sumatera Utara dan Semenanjung.
Turut juga ditekankan dalam persatuan itu ialah menentang para pemimpin Islam di kedua-dua negara yang bersikap lepas tangan dalam hal agama, contohnya menghalalkan yang haram untuk kepentingan diri dan kuasa serta membanteras penyelewengan. Saya tidak tahu, apakah perkara itu berhasil dilaksanakan atau tidak.
Pada sebelah malamnya, setelah berbuka puasa dan menunaikan suruhan Allah, Datuk menghabiskan separuh daripada waktu malamnya dengan melakukan sembahyang sunat, berzikir serta melakukan sembahyang sunat di samping membaca Quran.
Semasa datuk melakukan perkara yang saya sebutkan itu, tidur saya cukup aman dan tenteram. Tidak terdengar bunyi aneh atau ganjil dari bilik yang bermanggakan tembaga putih.
Saya sungguh beruntung. Dalam waktu datuk berpuasa, selama dua hari itu. Pergerakkan saya bebas, terlepas dari perhatian dan kawalan datuk. Saya boleh ke mana-mana dan kesempatan itu, saya manfaatkan dengan sebaik mungkin. Hampir separuh kotaraya Medan saya jajahi dengan berjalan kaki.
Saya menghabiskan masa dengan duduk di kepala tangga Istana Maimun, melihat pelancong turun naik istana. Kemudian berlegar-legardi depan istana sebelum bergerak ke pondnk kecil yang menempatkan meriam ganjil.
Kerana rajin datang ke situ, saya berhasil mengutip cerita tentang meriam puntung dari penjaganya. Begitu juga dengan beberapa gambar para Sultan Deli terdahulu yang tergantung di dinding istana, bagaikan terpaku dalam kepala.
Saya boleh menunjukkan gambar beberapa orang Sultan yang ada hubungannya dengan kesultanan Johor, Perak, Selangor, Pahang. Malah beberapa nama jalan di kotaraya tersebut terpahat dalam kepala. Beberapa orang penarik beca menjadi teman rapat. Sungai Deli yang mengalir kotor bukanlah sesuatu yang asing bagi saya.
Keseronokkan dan kebebasan yang diperolehi tidak dapat bertahan lama. Kepulangan si Nonong seperti memutuskan rantai kebebasan yang dimiliki. Saya tidak sebebas dulu. Datuk mahu saya berada di sampingnya selalu, terutama bila dia mahu melakukan sesuatu dalam usaha dan ikhtiamya membantu menyelesaikan masalah peribadi si Nonong.
Adakalanya, datuk memerlukan bantuan dari saya. Atas sebab-sebab tersebut hati kecil saya jadi marah atas kepulangan si Nonong. Bila saya berdepan dengannya, akan saya luahkan protes hati ini padanya. Itu azam yang berputik dalam hati.
Tetapi aneh, bila berdepan dengan Nonong azam yang menyala dalam dada terus padam. Terlihat wajahnya, jadi tergamam. Wajahnya tidak menggambarkan yang dirinya sudah berusia dalam empat puluhan. Mukanya bagaikan anak gadis awal dua puluhan. Kulitnya putih merah, senyumannya menawan. Sepasang mata galak yang dimilikinya boleh mendebarkan hati lelaki.
Tinggi lampai, leher jenjang tubuhnya sedap mata memandang dengan sepasang payudara yang tajam menongkat baju di samping daging punggung yang kejap dan padat. Itulah sebabnya, tidak ada siapa yang menduga atau menjangkakan yang si Nonong sudah berusia empat puluh lebih. Kulitnya masih tegang, muka masih berseri. Kalau saya ditawar untuk menjadi suaminya, terpaksa berfikir dua kali sebelum bertolak.
"Kak Nong, ini cucu memanda."
Nonong berhenti melangkah, merenung ke arah adiknya (Harun Fadillah) sejenak, kemudian Nonong merenung ke arah saya. Dalam perasaan yang serba salah ilu, saya anggukkan kepala.
'Tamar, inilah kakak aku yang tua," sambung Harun Fadillah. Macam tadi juga, saya anggukkan kepala tetapi, cuma kali ini di iringi dengan sebaris senyum yang dibalas oleh Nonong.
"Cucu memanda?" Tanya Nonong pada Datuk di sebelah saya.
"lya." terpamer senyum kepuasan di wajah datuk.
"Lawa juga orangnya, kulit putih. Matanya yang hitam menunjukkan dia cucu yang bijak," puji Nonong.
PUJI
SAYA tersenggih khayal, bila dipuji begitu. Sepasang mata nakal terus meratah seluruh wajah dan tubuh Nonong yang menawan. Sebagai orang muda, angan-angan dan khayalan yang memberahikan berkocak dalam kalbu. Mia bagaikan terbang dari ingatan. Seluruh minat dan perhatian tertumpah pada Nonong yang baru tiba dari Tanjung Pura. Masih tercegat di kaki tangga membibit beg.
'Tamar, beri laluan untuk Nonong, jangan tercegat di situ."
Saya tersipu-sipu dengan teguran datuk itu. Rupa-rupanya, saya berdiri di muka pintu menghalang perjalanan orang.
"Maafkan saya Nonong."
"Eh kamu Tamar, berbudi bahasalah pada orang yang lebih tua dari kamu, jangan pakai hentam keromo saja," Datuk menegur. Saya tersenggih. Malu lagi. Nonong tersenyum.
Hebat sungguh perhatian datuk pada Nonong. Tidak sampai satu jam dia tiba di rumah, sudah dua kali saya kena tegur. Tak mengapa, wajah dan senyumannya memberikan sebuah kepuasan yang tersendiri untuk saya. Kalaulah boleh, hari-hari seterusnya, mahu saya nikmati dan tatap kecantikan yang dianugerah oleh Tuhan pada Nonong.
Entah mengapa, semacam ada kelainan dalam diri, sejak akhir-akhir ini, bila melihat perempuan atau gadis cantik. Saya terkhayal dan perasan jadi tidak tentu arah.
Adakah ini membawa petanda yang diri ini sudah beransur dewasa. Sukar untuk mencari sebuah jawapan pasti. Sekiranya apa yang saya alami dapat dikesan oleh Datuk, betapa malunya fikir saya. Oleh sebab itu saya perlu berhati-hati dan teliti dalam setiap gerak-geri dan pertuturan.
Kepulangan Nonong nan manis ke rumah pusaka, bertepatan dengan tarikh dan hari Datuk menamatkan puasa sunatnya selama dua hari. Saya kira, perkara ni sudah di rancang dengan teliti oleh datuk. Dia mempunyai agenda tersendiri. Diatur dan disusun dengan rapi untuk dilakukan bagi mengatasi masalah yang selama ini membelanggu diri dan kehidupan Nonong.
Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan, seiring dengan kepulangan Nonong, Datuk nampak sibuk semacam. Banyak perkara yang disoal dan ditanyakan kepada Harun Fadillah dan kakaknya (Nonong) secara berasingan dan adakalanya secara berdua-duaan. Perkara yang diajukan kepada mereka berdua, ada masanya agak terlalu peribadi dan tidak masuk di akal. Temyata mereka berdua memberikan kerjasama yang baik pada Datuk.
PELIK
PADA petang Rabu, sehari selepas Datuk menamatkan puasa sunat selama dua hari (Datuk berpuasa pada Hari Isnin dan Selasa), sepulangnya berjemaah Asar di Masjid Raya, Datuk terus memanggil Harun Fadillah dan Nonong ke ruang makan. Perkara begini memang tidak pernah dilakukan oleh Datuk. Saya merasa pelik dan curiga dengan tindakannya.
"Begini Harun," ujar datuk sebaik sahaja Harun Fadillah dan kakaknya duduk dibangku," aku fikir sudah sampai masanya masalah yang ditanggung oleh Nonong diusahakan," sambung Datuk sambil menatap wajah Harun dan Nonong. Dua bersaudara itu tidak bersuara, hanya biji mata saja yang bergerak ke arah datuk.
"Saya bersedia," terlompat kata dari mulut Nonong lalu disambut oleh Harun Fadillah dengan anggukkan kepala. Setuju dengan kata kakaknya.
"Minta dua gelas air dingin," pinta datuk.
Harun Fadillah mengarahkan pembantu rumah menyediakan barang yang diminta. Tidak lama berselang. Dua gelas air sudah berada di depan datuk.
"Kamu berdua minum air seteguk senafas, sebelum minum selawalkan nabi tiga kali dalam senafas. Bukan air penunduk, mengikut kata. Juga bukan untuk memukau, sekadar memberikan keyakinan dalam diri kamu berdua. Bercakaplah dengan jujur kerana aku juga berniat jujur dan ikhlas pada kamu. Setelah berusaha, selebihnya itu, kita serahkan kepada Allah pencipta alam semesta. Dia saja yang mengetahui segala-galanya," pendek Datuk memberi penjelasan.
Harun Fadillah dan Nonong anggukkan kepala, macam terkukur diagah tuannya. Persetujuan itu melancarkan aturcara yang sudah datuk rancang dalam kepala.
Saya yang duduk agak terpisah jauh dari Datuk, Harun Fadillah dan Nonong merenung ke luar. Melihat sinar mata petang yang kian redup jatuh di halaman rumah. Kicau burung sesekali kedengaran bersama deru kereta dan bunyi loceng beca yang lalu dijalan raya hadapan rumah Harun Fadillah.
"Nonong."
Nonong yang tunduk segera angkat kepala. Renung muka datuk.
"Cakap dengan jujur, jangan malu-malu. Berterus terang dengan memanda. Ingat, apa yang dilakukan ini sebagai memenuhi permintaan arwah orang tua kamu. Barangkali, Harun sudah terangkan kepada kamu," Datuk menyambung dengan penuh sopan.
"Sudah saya terangkan, kakak sudah faham," sambut Harun Fadillah.
"Iya, apa yang dikatakan adik saya tu memang benar," tingkah Nonong.
Datuk menegakkan dada sambil menarik nafas dalam-dalam. Duduknya dibetulkan, bersila bertindih paha dengan dengan kedua-dua telapak tangan berada di atas tempurung kepala kaki kiri dan kanan. Sekali pandang, datuk bagaikan pahlawan Melaka menyambut kedatangan pahlawan Majapahit.
"Harun."
"Iya memanda."
"Kamu tahu apa yang berada dalam bilik berkunci tembaga?" Harun Fadillah nampak terkejut dengan pertanyaan yang tidak diduganya. Begitu juga dengan Nonong.
-TAMAT-
011. SUSUK, GADAI ANAK
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : SUSUK, GADAI ANAK
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401011
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
LAGI sekali saya direndam rasa kecewa. Melihat pada situasi, tidak ada tanda-tanda datuk mahu menyambung ungkapan yang terputus.
Dia bagaikan tidak berselera mahu mencungkil kisah silam datuk dan nenek Nonong. Mungkin datuk terfikir begini: membuka kisah cela dan keburukan orang yang sudah mati, bukanlah kerja terpuji.
Kenapa dalam saat begini, perkara seperti itu harus muncul dalam benak datuk? Timbul pertanyaan dalam diri saya. Nonong nampak resah semacam. Barangkali apa yang berlegar dalam kepala saya, itu jugalah yang bermain dalam otak Nonong.
Soalnya, siapakah diantara kami yang berani bersuara menyuruh datuk menyambung kembali cerita yang tergantung.? Tentulah saya bukan orangnya. Nonong memang berhak kerana apa yang diperkatakan adalah masalah keluarganya yang berpaut erat dengan masalah dirinya.
"'Memanda," lembut sekali suara Nonong.
"Aku tahu, kamu mahu tahu ceritanya," ekor mata datuk menjeling ke arah Nonong. Saya telan air liur, diharap kelembutan suara Nonong akan menjentik keghairahan datuk menyambung cerita.
"Memang itulah yang saya harapkan."
"Baiklah," datuk memperkemaskan silanya.
"Adakah rahsia yang lebih sulit dari apa yang memanda sebutkan Nonong mendesak.?"
"Ada tapi ," datuk menarik dan melepaskan nafas. "Kenapa memanda.?"
"Beri masa untuk aku berfikir, dan mengingati nama nenek dan (datuk kamu yang sebenar. Mereka lebih terkenal dengan nama gelaran Pawang Istana' atau Pawang raja' bagi datuk kamu. Nenek kamu pula disebut "Andam diraja" atau tukang andam istana." Tutur datuk dengan tenang.
"Saya ingat memanda," Nonong separuh menjerit.
Datuk tersenyum sambil merenung ke arah saya.
"Siapa namanya?"
"Datuk saya namanya Alang Basitah," penuh yakin Nonong menjawab.
"Nenek kamu pula?"
"Raja Anum Dang sari."
"Bagus, kamu masih ingat akar umbi kamu Nonong," Aduh, manisnya senyum gadis lanjut usia yang berat jodoh. Komen saya, dalam hati bila melihat sepasang kelopak bibir Nonong mengukir senyum.
Setelah Nonong berhasil memujuk datuk, saya merasakan ada perubahan yang terjadi secara sepontan dalam dirinya. Datuk bagaikan memperolehi kekuatan untuk meneruskan cerita, tidak merasa cemas atau diganggu sesuatu yang tidak dapat dilihat secara mata kasar.
Kata datuk selanjutnya, Pawang raja dan andam istana terus memberikan perhatian kepada anak gadis mereka. Jika ada majlis bertindik, berkhatan atau pernikahan. Gadis comel diminta memperagakan tarian kepada tetamu undangan. Nama ibu Nonong terus menjadi sebutan di mana-mana.
"Sebagai penari istana yang sedang naik, nama emak kamu jadi sebutan tutur datuk.
"Selain dari istana ke mana pula dia pergi, memanda?" "Menyeberang selat Melaka."
"Ke mana?" Nonong minta kepastian.
"Di mana ada perayaan raja, ada masanya ke Istana Deli, Riau, Serdang atau Batu Bara. Bila pawang Raja meninggal dunia, kegiatan andam istana mula berkurangan."
"Kenapa macam tu, memanda?"
"Sebabnya, tugas pawang dan andam mesti sama iring. Kematian suaminya menyebabkan andam istana mengambil keputusan untuk tinggal di luar kawasan istana. Datang ke istana bila diperlukan."
Sedikit demi sedikit, datuk membuka sejarah lalu pawang raja dan pawang andam istana. Nonong mendengar penuh khusyuk kerana kedua-dua insan yang disebutkan oleh datuk adalah asal usul keturunan Nonong.
Walaupun begitu, Nonong tidak menampakkan rasa bangga atau megah dengan tugas datuk dan neneknya di dalam istana.
"Nenek kamu datang ke istana bila diperlukan. Kerana kebolehannya yang luar biasa sebagai tukang andam, kaya dengan pantang larang, kaya dengan petua, dada penuh dengan jampi serapah serta mentera nenek kamu dicari orang istana bila ada anak raja mahu bersanding atau bertindik. Dia di bawa ke istana di Langkat, Indrapura, Batu Bara di Sumatera."
"Saya minta maaf."
Biji mata datuk dan Nonong terpaku ke wajah saya. Mereka kehairanan, mengapa saya yang tidak ada sangkut paut dengan perkara yang diceritakan mesti masuk campur.
"Kenapa Tamar!" sergah datuk
"Saya musykil tuk."
"Apa yang kamu musykilkan?"
"Begini, setelah Indonesia mencapai kemerdekaan dan mengistiharkan Negara Republik, semua sistem raja dihapuskan, Sultan tidak wujud lagi. Kenapa mesti ada sultan itu, Sultan ini di Sumatera?"
Nonong anggukkan kepala, setuju dengan pertanyaan yang saya ajukan. Datuk tersenyum senang. Perlahan-lahan dia membetulkan kedudukan kaki kirinya sambil merenung ke dada langit, melawan awan putih yang berarak lembut. Datuk menggaru pangkal tumit kaki kirinya.
"Apa yang kamu katakan itu memang betul, Sultan yang ada selepas kemerdekaan, hanya pada nama saja. Mereka tidak mempunyai kuasa.Sekadar menjadi ketua adat, budaya masyarakat. Mereka boleh meneruskan adat-adat istana di kawasan yang ditentukan, seperti mengadakan upacara berkhatan, bertindik, nikah kahwin dan sebagainya," serius benar datuk memberikan penjelasan. Kelopak matanya tidak berkedip merenung muka saya.
Kerana sering berulang alik ke Tanah Deli, Raja Anum mengambil keputusan untuk menetap di Deli. Secara kebetulan pula dia masih mempunyai pertalian darah dengan keluarga kesultanan Deli.
Dia pun membeli sekeping tanah tidak jauh dari kawasan istana.
Kerana usianya semakin tua, Kegiatan Raja Anum tidak serancak dulu.Tetapi, kalau ada yang memerlukan pertolongannya Raja Anum tidak keberatan membantu. Tidak dinafikan, dalam usia senja dia masih dicari orang terutama orang-orang Melayu yang masih berkampung di sekitar Medan yang mahu mengekalkan adat tradisi nenek moyang. Raja Anum dicari bukan kerana tuanya tetapi kerana pengalamannya.
"Hebat juga nenek saya memanda."
"Begitulah kira-kiranya," balas datuk sambil ketawa kecil. Saya juga tersenyum.
"Dalam waktu yang sama, emak kamu terus mengembangkan bakatnya dalam tarian. Kalau dulu nenek selalu dijemput ke Istana Deli tetapi awal dua puluhan sebelum dijemput oleh kaum kerabat diraja dibeberapa buah negeri di Malaysia," sungguh bersemangat datuk bercakap.
"Saya tahu memanda."
"Emak dipanggil untuk memperlihatkan tarian tradisional pada hari jadi sultan, bertindik, berkhatan atau pesta perkahwinan.
"Betul, itulah kelebihan yang Allah berikan kepada ibu kamu. Nenek kamu berbangga dengan kebolehan yang dimiliki oleh anak perempuan tunggalnya, nenek kamu yang memang tidak suka duduk diam membuka kedai kain," datuk berhenti bercakap kerana tersedak.
KEMBALI
SEBELUM menyambung ceritanya kembali, datuk kerutkan
kening sambil merapatkan sepasang kelopak mata. Barangkali,
cuba mengingati di kawasan mana arwah nenek Nonong membuka kedai kain.
Saya lihat dua tiga kali datuk menggeleng-gelengkan kepala. Barangkali, datuk tidak dapat mengingatinya. Itulah andaian saya bila melihat gerak-geri datuk di depan mata.
"Aku tak dapat menunjukkan kawasan kedai nenek kamu dulu Nonong. Apa yang aku tahu, nenek kamu juga membawa kain tenunan orang Batu Bara, Songket Palembang, batik Medan barang-barang kerja tangan ke Semenanjung. Kemudian barang-barang. Semenanjung pula di bawa ke sini. Begitulah yang dibuat oleh nenek, setiap kali dia berpeluang berulang-alik dari Deli ke Semenanjung. Kadangkadang emak kamu juga turut berbuat macam itu."
"Sambil menyelam, sambil minum air," saya mencelah.
"Kamu dengar saja, usah masuk campur," datuk melarang dan saya terdiam.
Khabarnya, kedai kain Raja Anum jadi tumpuan ramai terutama orang lelaki. Bukan kerana mahu membeli barang-barang yang dijual tetapi, mahu melihat wajah anak gadis disebut-sebut sebagai penari dan penyanyi tradisional golongan bangsawan Melayu sama ada di Tanah Semenanjung atau Tanah Sumatera.
Raja Anum pun, sedikit demi sedikit menurunkan segala ilmu dan petua menjaga badan dan kecantikan yang ada dalam dada kepada anaknya. Begitu juga dengan petua menjaga suara.
Raja Anum berpendapat kebolehan arwah suami dan dirinya harus diwarisi oleh anak gadisnya. Tradisi mendampingi golongan istana dan bangsawan harus dikuasai oleh keturunannya.
Dan perkara itu sering dibisikkan ke cuping telinga anaknya. Biar perkara itu menjadi simbol perjuangan yang mesti dilaksanakan. Demi tujuan tersebut, apa juga rintangan, apa juga cabaran harus ditempuhi, asalkan matlamat perjuangan menjadi sebuah kenyataan.
Hinggalah pada suatu hari, kedai kain milik Raja Anum dikunjungi oleh sepasang suami isteri. Mereka membeli beberapa pasang kain songket dan selendang. Setelah membayar semua barang yang dibeli, pasangan suami isteri mohon mahu mengadakan pertemuan khas dengan Raja Anum.
Pada mulanya, Raja Anum agak keberatan mahu memenuhi permintaan pasangan suami isteri tersebut. Dia bimbang kalau pertemuan itu mempunyai tujuan yang kurang baik. Setelah didesak berkali-kali dengan alasan yang menyakinkan oleh pasangan suami isteri tersebut, Raja Anum, akhirnya mengalah. Dia pun menetapkan pertemuan pada sebelah malam selepas waktu Isyak.
"Tidak boleh awal lagi," tanya si isteri yang berbadan langsing dan cantik dengan kain batik jawa, baju kebaya Bandung.
"Kalau dapat awal lagi baik," Celah si suami.
"Minta maaflah, kalau setuju itulah masa yang sesuai," Raja Anum memberi keputusan muktamad. Pasangan suami isteri itu tiada pilihan dan terpaksa akur.
Waktu yang ditetapkan oleh Raja Anum itu sesuai dengan petua orang tua-tua yang dipelajarinya. Kalau orang mengatakan hasrat mahu bertandang ke rumah pada hari Rabu, selepas waktu zuhur. Suruh orang itu datang selepas Isyak. Kalau pada hari yang sama, orang mengatakan mahu berkunjung ke rumah pada sebelah pagi, suruh datang ke rumah selepas Asar.
Kalau tidak disesuaikan dengan keadaan dan masa yang ditetapkan oleh petua, tuan rumah akan menerima kecelakaan. Lagi pun bila diberi masa yang panjang, tuan rumah boleh membuat persediaan. kalau orang yang datang mempunyai niat buruk boleh menyebabkan orang yang berniat jahat membatalkan niatnya keran bosan nantikan masa yang ditetap oleh orang yang mahu menunggu.
Ini sekadar petua, entah betul entahkan tidak. Tetapi, Raja Anum tetap percaya. Baginya, setiap yang berlaku dan bakal dilakukan harus bersandar pada petua dan pantang larang nenek moyang.
Sebagai tukang andam istana, pantang larang dan petua tidak boleh ditolak begitu saja harus dipelihara serta dipraktikkan, kalau tidak ilmu yang dimiliki menjadi tawar.
"Anak daranya mana?"
Tanya wanita yang wajahnya mirip wanita timur tengah, sebaik saha.ja meletakkan punggungnya ke bangku rotan di ruang tamu rumah Raja Anum.
"Di bilik berlangsir, merawat muka, menjaga badan. Awak berdua ni siapa sebenarnya? Emak di depan mata tidak ditanya. Anak dara orang yang disoal," dalam manis Raja Anum menyindir tetamu. "Begini, saya berdua ni tuan punya bangsawan Indera Pura," Lelaki tinggi lampai berkulit putih merenung ke arah isterinya yang bernama Sharifah Marnis.
"Anak awak berbakat dan kami berminat untuk menjadikan dia Seri panggung terkenal. Suami saya, Syed Ali AI-Idrus memang sudah lama mencari seri panggung. Seri panggung kami yang lama sudah berpindah ke bangsawan lain" Kata Sharifah Marnis sambil merenung ke arah Syed Ali Al-Idrus yang secara sepontan menganggukkan kepala.
"Di mana awak berdua tahu tentang kebolehan anak saya,"
"Sudah lama, bermula dari majlis bertindik kerabat Raja Selangor, terus ke Johor, Perak dan Pahang. Sudah lebih dari setahun kami mengikutinya," jelas Syed Ali Al-Idrus dengan senyum berbunga.
GANTUNG
RAJA Anum termenung sejenak, dalam keadaan sekarang bergantung dengan kerjaya sebagai penari istana, bukanlah masa dan ketika yang baik. Tidak boleh menjamin masa depan yang baik. Lebih-lebih lagi dengan berakhirnya kuasa pemerintah bersultan di Sumatera.
Menyandarkan harapan pada raja-raja di Tanah Semenanjung, bagaikan menahan jerat di tanah lapang, kalau nasib baik mengena, kalau tidak hampa selalu.
Lagi pun sejak akhir-akhir ini setiap negeri di Semenanjung sudah mempunyai badan kebudayaan sendiri. Jika ada perayaan atau temasya di istana kumpulan budaya tersebut diundang untuk mempersembahkan sebarang bentuk kebudayaan pada para tetamu. Kebanyakan ahli-ahli kumpulan itu adalah bekas anak muridnya.
Setelah diperhitungkan buruk baik, untung rugi yang mendalam, pada dasarnya tawaran itu tidak wajar ditolak.
Meskipun begitu ada beberapa hal yang harus diambil berat. Memang, sekali lalu perkara yang harus dititik beratkan itu nampak agak remeh. Tetapi, kalau terus diketepikan akan membawa padah yang kurang baik pada anaknya, juga kaum keluarganya.
"Kenapa menung panjang? Cakap saja boleh," Sharifah Marnis menguntum senyum. Raja Anum tersentak dari lamunan. Semuanya yang bergerak dan bergolak dalam tempurung kepala lenyap dengan serta merta.
"Boleh."
"Alhamdulillah, Syukur," Syed Ali AI-Idrus segera bangun. "Dengan syarat?."
"Haaaaa ada syarat, apa syaratnya?" Perlahan-lahan Syed Ali Al-idrus duduk di kerusi rotan. Wajahnya nampak kurang ceria. Pasangan itu saling berpandangan dengan seribu kenyataan muncul di dada.
"Jamin keselamatan anak saya, jangan dipersia-siakan kebolehannya, jangan jadikan dia batu loncatan untuk kekayaan awak berdua."
"Kami tak berniat begitu, kami mahu jadikan dia anak angkat kami, Secara kebetulan kami memang tidak ada anak," Sharifah. Marnis meluahkan apa yang dirancang di dalam hati.
"Terima kasih, ada syarat lain lagi."
"Apa dia Raja Anum," tanya Syed Ali Al-Idrus tanpa sabar.
"Bila bermain di Semenanjung, hubungi pihak istana beritahu mereka anak saya ikut rombongan awak, bila pihak istana minta khidmatnya, awak mesti melepaskannya. Saya berikan nama-nama orang istana yang mesti awak berdua hubungan. Tidak semua orang semenanjung mesti awak hubungi hanya beberapa negeri tertentu saja. Kalau awak berdua setuju dengan syarat itu, baru boleh saya tunaikan permintaan awak berdua."
"Setuju," jawab pasangan suami isteri itu serentak.
Seminggu kemudian anak gadis Raja Anum menjadi keluarga `Bangsawan Indera Pura'. Pada peringkat awal disuruh menjadi penari kemudian, sebagai penyanyi di samping menjadi pelakon pembantu. Dan akhirnya menjadi seri panggung dengan panggilan "Rani Cantik" kependekan dari nama sebenarnya Dang Intan Mahani.
UNTUNG
TERNYATA kehadiran `Rani Cantik' membawa keuntungan yang besar kepada pemilik `Bangsawan Indera pura' di mana saja rombongan itu mengadakan pertunjukan, sama ada di Sumatera, Kepulauan Borneo Jawa, dan Tanah Melayu tetap mendapat sambutan yang sungguh hebat.
Nama Seri panggung `Rani Cantik' yang kemudiannya bertukar menjadi Ani Cantik jadi sebutan di mana-mana. Jadi buah mulut orang muda. Ramai anak muda yang tidak dapat tidur lena, mengigau malam, mimpi siang mengingatkan `Rani Cantik'.
Sebagai Seri panggung, sudah tentu Ani Cantik tidak bergantung semata-mata pada bentuk tubuh, kecantikan wajah dan kemerduan suara. Atas nasihat ibunya, (Raja Anum) Ani Cantik berusaha sendiri mencari ilmu yang boleh menguntungkan dirinya.
-TAMAT-
012. MANGSA SUSUK IBU
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : MANGSA SUSUK IBU
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401012
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
KEMATIAN yang ganjil dan mengejutkan," Datuk mengeluh dalam nada suara yang lembut.
Dua tiga kali, hujung dagu saya raba. Entah mengapa, secara mengejut hati terasa tidak aman, resah semacam.
Angin yang masuk menerusi jendela, merempuh sebahagian tubuh. Rambut terjuntai di dahi turut bergerak lemah. Tidak dinafikan, saya agak selesa dengan sentuhan angin yang sepoi-sepoi bahasa itu.
"Iya memanda, kematian yang ganjil dan mengejutkan," Nonong mengulangi kata-kata yang diucapkan oleh datuk. Renungannya, segera dialihkan dari halaman rumah ke wajah datuk.
Saya segera panggungkan kepala, menanti ungkapan selanjutnya dari Nonong. Penuh debar.
"Sedih mengenangkan kematian," emak." Nonong seperti merunggut. Jejari kanannya yang lentik meraba-raba hujung dagunya.
"Bersabarlah, Nonong." Saya beranikan diri memujuk Nonong, agar kesedihannya tidak membawa kepada tangisan.
"Mengapa sebelum kematiannya, emak mengalami perkara-perkara yang tidak boleh diterima oleh akal. Hal-hal yang ganjil dan pelik, sampai sekazang saya masih memikirkan perkara tersebut, memanda."
Saya lihat Nonong mengkedutkan dahi, berlapis-lapis. Anak rambutnya terbuai-buai dimain angin. Rasa simpati kian membengkak dalam jantung hati. Ekor mata terus menjeling ke arah Nonong.
"Jangan mengeluh dan bersedih Nonong, terimalah semuanya dengan pasrah. Boleh jadi Allah mahu memperlihatkan sesuatu kepada kita yang hidup. Dari situ kita boleh mengambil iktibar, boleh dijadikan renungan," Datuk memujuk.
Nonong terus membisu, renungannya di arahkan ke halaman rumah kembali. Otaknya berputar ke zaman manis bersama arwah ibu dan ayah. Dia menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan kembali dengan lemah.
Pandangannya masih terpaku di halaman yang disiram sinaran matahari yang kian meredup. Sepasang kelopak bibirnya bergerak lemah, macam ada sesuatu yang diucapkan tetapi, tidak berapa jelas untuk ditangkap oleh gegendang telinga saya.
"Setiap kali lepas sembahyang kau mohon doa pada Allah, minta dosa kedua orang tua kamu diampuni, terutama dosa ibu kamu. Mohon supaya ibu kamu aman di alam barzakh," tambah datuk.
Nonong mengangguk.
"Memang tidak diduga, emak yang teliti dan berhati-hati. Tekun dan sabar dalam melakukan sebarang pekerjaan, kadangkala kelakuannya itu menimbulkan tandatanya pada diri kami sekeluarga, jadi begitu akhirnya."
Kata-kata yang diluahkan oleh Nonong itu membuat datuk menggigit jari kanan. Terpegun merenung dinding ruang tamu, macam ada sesuatu yang muncul dalam tempurung kepalanya. Saya juga berminat dengan ungkapan tersebut.
"Sebagai wanita generasi lama, emak cukup percaya dan taksub pada perkara-perkara tahyul dan kuasa ghaib," sambung Nonong. "Contohnya?" ulang Nonong kehairanan.
"lya, itu sebagai bukti yang kamu melihat perbuatan emak kamu, Nonong!" sahut datuk.
SEJENAK
BUAT beberapa ketika Nonong termenung sejenak. Dari riak air mukanya membayangkan keraguan, apakah wajar permintaan datuk itu dipenuhi atau ditolak terus?
Perasaan saya terus berdebar menanti reaksi dari Nonong.
"Contohnya, tidak perlu memanda," sanggah Nonong.
"Perlu untuk menolong mengatasi masalah yang kamu hadapi Nonong. Ingat aku sekadar menunaikan permintaan arwah ayah kamu. Kalau kamu menolak bukan salah aku tetapi, salah kamu."
"Ertinya, contoh itu amat diperlukan?"
"Iya, sudah semestinya," datuk terus bertegas.
Nonong dada pilihan dan terpaksa akur dengan permintaan datuk, demi masa depan diri dan wasiat arwah ayahnya.
"Semasa nenek meninggal dunia," Nonong memulakan ceritanya," emak tidak membenarkan ayah dan Harun mengiringi jenazah nenek ke tanah kubur. Malah melarang menziarahi kubur nenek dalam masa tiga bulan. Pakaian, pinggan mangkuk peninggalan nenek tidak boleh digunakan, kecuali barang kemas."
"Pakaian, pinggan mangkuk itu di bawa ke mana Nonong?" Dihumbankan di kuala sungai tempat bertemunya air masin dengan air tawar."
"Perbuatan yang ganjil, bertentangan dengan hukum hidup manusia dan ajaran agama," itulah komen yang datuk berikan, setelah mendengar penjelasan dari Nonong.
"Memang ganjil dan sukar diterima oleh akal, memanda," susul Nonong. Perlahan-lahan saya anggukkan kepala. Setuju dengan pendapat datuk dan Nonong.
Angin dari luar terus menyerbu ke ruang tamu. Cuaca masih seperti tadi, masih redup. Deru kenderaan di jalanan terus memukul gegendang telinga saya. Langit nampak cerah dan awan gemawan bergerak lembut.
Ada seperkara yang mahu memanda tanya kepada kamu, Nonong."
"Silakan!"
"Badan kamu bersih, Nonong?"
Nonong nampak terkejut dan tersipu malu. Saya kira pertanyaan itu tidak wajar diajukan kepada Nonong di depan saya. Boleh memalukan dirinya. Aneh! kenapa pertanyaan sedemikian mesh datuk halakan pada Nonong? Mungkin ada maksud tertentu, fikir saya dalam hati.
"Dulu, masa kamu kecil-kecil, ayah dan emak kau "pulangkan" kamu pada aku. Sebabnya, kamu selalu menangis malam sampai berbulan¬bulan. Bila dipulangkan kepada aku atau dijadikan anak angkat, (pada namanya saja) tangan kanan kamu diikat dengan benang hitam, kamu tidak menangis lagi. Ertinya, kamu serasi berayahkan aku, Nonong," Datuk membuka kisah lampau.
Pelik, apa perlunya kisah lama itu dikenang. Mungkin datuk mempunyai strategi tertentu.
KEPERCAYAAN
SEBENARNYA, apa yangg datuk sebutkan itu cuma sebuah kepercayaan dalam adat tradisi orang Melayu. Kalau kanak-kanak sering sakit lalu dipulangkan pada orang lain. Dicarikan ibu atau ayah ganti (ibu atau ayah angkat) pada namanya saja. Kanak-kanak terbabit tetap terus dipelihara oleh kedua-dua orang tua sebenarnya. lni sekadar petua yang menurut kebanyakan orang tidak bercanggah dengan ajaran agama.
"Dalam erti kata lain, kau anak pulang aku Nonong. Tidak salah yang selama ini, aku menganggap kau sebagai anak sendiri. Jadi aku rasa tidak salah, bila aku bertanya tentang diri kamu, sama ada bersih atau tidak. Tujuannya baik," penjelasan kilat dari datuk dapat menghilangkan rasa malu pada diri Nonong.
"Bersih memanda."
"Kalau begitu pergi ambil air sembahyang, kemudian datang ke sini. Duduk di tempat yang sama," arahan yang datuk keluar itu membuat Nonong merenung ke arah saya. Dia seperti keberatan mahu memenuhi permintaan datuk.
"Pergilah Nonong, demi menunaikan permintaan arwah ayah kamu, sebenarnya secara diam-diam kamu resah dengan masalah yang kamu hadapi. Kamu pernah berjumpa orang tertentu untuk mengubati masalah diri kamu."
Untuk kesekian kalinya Nonong tergamam. Kata-kata datuk sering mengejutkan dirinya.
Anehnya, apa yang datuk katakan hampir tepat. Dengan lain perkataan, banyak rahsia dirinya dapat dibaca oleh datuk.
"Mana memanda tahu semuanya ini?"
"Aku cuma main agak-agak saja Nonong."
"Memang betul tapi, semuanya gagal," keluh Nonong, sinar matanya nampak redup sekali. Saya melagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali. Seronok juga melihat telatah datuk mencungkil rahsia dari Nonong.
"Sekarang biar pula aku berusaha menolongnya, kamu setuju?."
"Bagi diri saya tidak ada halangan," sinar mata Nonong nampak cerah sekali.
"Semoga usaha murni aku diperkenankan oleh Allah. Sedikit sebanyak cerita yang kamu sebutkan tadi dapat usaha aku ke arah tersebut. Begitu juga dengan cerita yang aku dapat dari Harun."
"Sekarang apa yang mesti saya buat memanda?"
Pertanyaan yang terpancut keluar dari kelopak bibir Nonong membuat datuk senyum panjang.
"Jangan berdalih, jangan berlengah-lengah, buat apa yang aku suruh," sepasang anak mata hitam datuk tertumbuk ke arah anak mata hitam Nonong.
"Ambil air sembahyang?" Soal Nonong.
"Iya seperti yang aku suruh sebentar tadi!," suara datuk penuh keyakinan.
Tanpa basi-basi, Nonong pun bangun dan terus melangkah ke bilik air. Sementara menanti kedatangan Nonong, datuk nampak resah semacam. Wajah yang tadi ceria bertukar menjadi sedih.
Sepasang tangannya diluruskan ke atas sambil memusingkan pinggangnya ke kiri dan ke kanan beberapa kali. Beberapa detik kemudian terus bangun. Bergerak dari sudut ke sudut ruang tamu. Berhenti di tepi jendela.
AWAN
DATUK dongakkan wajah ke langit, merenung gumpalan awan¬gemawan. Melihat pepucuk pohon sekitar rumah. Dan ada ketikanya datuk termenung panjang di muka jendela macam orang putus asa atau sedang masalah besar. Semua gerak-gerinya, saya lihat agak luar biasa.
Bila sudah begitu keadaannya, saya tidak berani mahu menegurnya. Saya kira lebih daripada sepuluh minit, datuk termenung di jendela. Mungkin perasaannya sudah tenang, fikir saya, setelah melihat datuk melangkah ke arah tempat duduknya lalu bersila di situ, bertindih kaki macam pahlawan zaman silam.
"Tamar."
Saya arahkan wajah dan perhatian kepada datuk. Dada mula berdebar. Apakah arahan yang bakal datuk keluarkan. Apakah dia mahu mengusir saya dari ruang tamu ini? Semua persoalan itu bergolak dalam dada tanpa nokhtah.
"Tamar," ulang datuk.
"Ada apa tuk?"
"Antara aku dengan ayah Nonong, sudah berjanji dan mengaku saudara dunia akhirat. Susah senang tetap senang dalam semua hal. Tidak tergamak aku melihat anaknya susah, kalau arwah tu tidak meninggalkan pesan aku tetap menolongnya," datuk berhenti seketika, memanjangkan lehernya merenung ke arah bilik air.
Nonong masih tidak kelihatan.
"Tetapi, kawan aku dunia akhirat itu tidak dapat melepaskan dirinya dari kekuasaan..... " lagi sekali datuk berhenti, dia seperti keberatan mahu menyambung kata.
Macam ada sesuatu yang mahu dirahsiakannya, sudah pasti tindak tanduknya menimbulkan bermacam-macam andaian dalam hati kecil saya.
"Kekuasaan siapa tuk?" Tunduk pada kekuasan iblis syaitan?" Saya sudah tidak sabar mahu mengetahuinya. Macam selalu, semakin saya berminat untuk mengetahui sesuatu, semakin lambat datuk mahu menjelaskannya Dia seperti memaksa saya berperang dengan perasaan.
SELENDANG
TUNGGU sekejap lagi aku beritahu...... ha, Nonong dah datang."
sepasang bola mata datuk tertumpu ke wajah Nonong yang masih ada kesan air sembahyang.
Semasa mahu mengambil air sembahyang Nonong tidak berselendang tetapi, kini di bahu kanannya tersangkut selendang sutera biru. Di tangan kanannya, ada senaskah Quran manakala di tangan kiri ada rehal. Sebelum dduduk bersila, rehal dibuka dan senaskah Quran diletakkan. Selendang sutera pun dibelitkan ke kepala.
Datuk terpaku melihat perbuatan Nonong di depan matanya. Wajah datuk membayangkan perasaan gembira dan hiba berbaur dalam kalbu. Tanpa disedari, kelopak matanya digenangi air jernih, mengalir lemah dikulit pipi datuk yang sudah tua.
Menyedari dirinya jadi perhatian kami berdua (Nonong dan saya) dengan pantas datuk memusingkan mukanya ke dinding membelakangi kami. Pada saat itu juga datuk mengesat air mata dicerun pipi. Bila dia dapat mengawal perasaan dengan baik, barulah datuk menghadapkan wajahnya kepada kami semula.
"Kamu bagaikan tahu apa yang aku inginkan, Nonong," suara datuk tersekat-sekat. Saya terus sahaja memerhatikan gerak-geri kedua-dua insan tersebut.
Bila memanda menyuruh saya mengambil air sembahyang, saya teringat zaman lalu," tutur Nonong tenang sambil membetulkan kedudukan selendangnya.
"Dulu, setiap kali memanda datang ke sini, ayah suruh ambil sembahyang dan membaca Quran depan memanda. Kemudian dengan lembut membetulkan bacaan taj'wid saya," sambung Nonong.
"Iya aku ingat," datuk anggukkan kepala perlahan-lahan.
Nonong membuka al-Quran, juz sepuluh surah At-Taubat dan terus membacanya hingga satu "ain" baru berhenti. Saya terpesona dengan alunan suaranya tajwid yang betul.
"Mengapa surah ini kau pilih Nonong?".
"Dapat mengingatkan saya kepada perbuatan-perbuatan yang saya kira berdosa pada masa lalu. Memanda juga pernah mengingatkan saya surah ini banyak mengandungi pengajaran dan nasihat serta tunjuk ajar kepada kehidupan yang diredhai Allah, sudah bertahun saya tidak mengingati surah ain tetapi bila terlihat muka memanda saya terus teringat pada surah At-Taubat."
KELOPAK
MENDENGAR penjelasan Nonong, saya terasa sayu dan hiba. Tanpa terasa air mata tergenang di kelopak. Nonong juga saya lihat terharu, tunduk merenung kulit Quran yang sudah ditutup. Perlahan-lahan dia menggosok kelopak mata dengan hujung selendang. Datuk membiarkan Nonong tenggelam dalam kenangan pahit hidup sendirian di Pulau Pinang. Tanpa diduga dan disangka Nonong menangis tersedu.
"Berat sungguh cubaan hidup kamu di rantau orang, semuanya ini berpunca dari perbuatan arwah emak kamu yang terlalu mengejar keduniaan, mengikut nafsu.
Mudah-mudahan roh emak kamu ditempatkan oleh Allah di tempat yang sesuai," Cetus datuk. Saya menarik nafas.
Nonong angkat kepala dengan pandangan yang berkaca di tatapnya muka datuk. Memang Nonong mengalami kejutan, bila datuk memengkaitkan kematian ibunya dengan nasib yang dilaluinya kini.
Dari cara datuk bercakap yang diikuti dengan gerak-gerinya, saya yakin, datuk cukup mengerti dan memahami perasaan yang ditanggung oleh Nonong. Berkali-kali saya melihat datuk mengucap panjang. ''Tangisan Nonong beransur reda.
"Begini Nonong," datuk membetulkan silanya."
Dan Nonong terus menghapuskan kesan air mata di pipi dengan hujung Selendang seperti tadi.
"Begini Nonong," datuk mengulangi kata-kata yang terputus, "semasa kamu berumur 55 hari, aku sudah mengetahui perbuatan emak kamu yang kurang baik. Aku cuba menegur dan melarangnya, emak kamu tak ambil peduli, malah dia marah-marah. Peliknya, ayah kamu juga tidak setuju dengan cara aku itu."
"Apa dia perkara buruk yang emak buat?"
TERTARIK
'EMAK kamu pengamal ilmu susuk, supaya dipandang cantik, Nentiasa muda dan manis, badan nampak menarik, setiap lelaki yang melihatnya jadi tertarik, tergila-gila. Sekali dua pandang tidak puas, sedia ikut pulang ke rumah, bersedia mendengar kata emak kamu. Kerana ilmu itu kamu jadi taruhan dan korban'
"Ohhh..Nonong tidak terdaya meneruskan percakapan. Dia terkejut besar, seluruh anggota badannya terasa sejuk.
"Benarkah semuanya ini, memanda," suara Nonong tersekat-sekat. Resah tidak menentu. Dan secara mendadak seluruh badan Nonong menggeletar, macam orang diserang demam. Mulutnya bercakap tidak tentu arah.
Sebelum kejadian buruk berlaku, datuk segera bertindak. Tujuh kali datuk membaca ayat Al-Kursi penuh khusyuk dan tawaduk. Muka Nonong dihembusnya. Dengan serta merta Nonong terkulai lemah.
Beberapa saat kemudian, Nonong pulih seperti sediakala. Sebelum menyambung penerangan tentang Nonong. Datuk mengambil segelas air putih (air sejuk) lalu diberikan kepada gadis lanjut usia untuk diminum.
"Bagaimana perasaan kamu sekarang Nonong?" Tanya datuk.
"Saya selesa, terangkan pada saya apakah kesalahan emak saya yang menyebabkan saya menderita, tidak diminati lelaki"
"Datuk kamu dulu pawang di raja, nenek kamu pula tukang andam istana. Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang comel iaita emak kamu. Kerana rupa paras emak kamu cantik dan berbakat dalam bidang tarian lalu dilatih untuk dijadikan penari istana" cukup berhati¬hati dan teratur datuk menyusun kata-kata.
Seluruh tumpuan dan perhatian Nonong di halakan kepada datuk. Begitu juga dengan diri saya.
-TAMAT-
013. DENDAM DARI BILIK RAHSIA
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : DENDAM DARI BILIK RAHSIA
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401013
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Nasihat yang diluahkan oleh ibunya, disambut dengan perasaan separuh hati. Nonong tahu, jawapan dari ibu sekadar melepaskan batuk di tangga. Lebih-lebih lagi bila ibu menekankan tentang 'berdoa', terasa lucu sekali. Ibunya sendiri menyaksikan dia berdoa siang malam. Jadi kenapa perkara itu ditekankan, bila dia bercakap tentang jodoh. Sebuah pertanyaan yang sukar dicari jawapan pasti. Tetapi, menimbulkan tanda tanya dan misteri yang tidak berjawap.
Kalau dikutkan hati memang Nonong tidak mahu berdoa lagi. Dia sudah bosan dan perbuatan itu kerja sia sia. Tuhan bagaikan menolak permohonannya melalui doa.
Nonong juga sudah jemu berusaha, benci melihat muka dukun, pawang dan bomoh yang bukan sedikit mengaut wangnya. Jodoh yang diharapkan tidak juga menjelma. Dalam suasana kehidupan yang serba tertekan zahir batin, Nonong berazam mahu meluluskan dirinya dari kepompongan keluarga, dan masyarakat sekitar yang selalu beranggapan gadis berusia lanjut, tidak menikah merupakan tanda tidak baik untuk keluarga, hidup tidak beruntng.
Kerana Nonong bertugas dengan kerajaan di bawah Kementerian Luar dia berpeluang untuk bertugas di seberang laut. Kesempatan itu di manfaatnya dengan sebaik mungkin untuk keluar dari suasana yang tidak menyenangkan itu. Nonong mengemukakan permohonan untuk bertugas di luar tanah air. Harapannya terlaksana. Nonong gembira bukan kepalang.
Dia dihantar berkhidmat di Konsul Republik Indonesia, di Pulau Pinang sebagai kerani. Di Pulau Mutiara, Nonong bagaikan mengalami kejutan budaya yang amat berbeza dengan di Medan. Dia turut melibatkan dirinya dengan dunia yang serba baru dan asing itu. Nonong yang selama ini merasakan pergerakannya agak terbatas, kini mula mengubah cara hidupnya sesuai dengan situasi yang dihadapinya.
Di Medan pulang sahaja dari pejabat, dia tidak kemana-mana. Banyak menghabiskan masa bersama ibu. Menemani ibunya mengajar tarian dan anak-anak gadis yang berminat dalam bidang tarian tradisional dikelas menari. Bila ibu dan kumpulannya diundang menghiburkan orang ternama dalam sebuah upacara penting seperti pembukaan gedung perniagaan, ulangtahun kemerdekaan dan sebagainya. Nonong akan turut serta.
Kerana kecantikan semulajadi yang dimiliki oleh Nonong, dia menjadi perhatian para tetamu undangan. Dan orang tertentu segera menyiasat latar belakang diri dan keluarga. Tetapi, ibunya bagaikan enggan memberi kerjasama. Dan perkara itu tidak berlanjutan, mati begitu saja.
Keadaan di Pulau Mutiara yang serba membangun dan sibuk menyebabkan Nonong menyususun agenda hidup tersendiri yang berbeza dengan di Medan.
Bagaikan bumi dengan langit. Dari seorang gadis yang agak pemalu dan sering merasa rendah diri bertukar menjadi gadis yang periang. Dia melibatkan diri dengan badan-badan sukarela. Menjalinkan persahabatan dengan siapa saja.
Mula berusaha untuk menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
"DORONGAN"
Kerana desakan dan dorongan kawan-kawan, Nonong mula mengunjungi kelab-kelab malam. Secara beransur ansur dia mula menghisap rokok dan berjinak-jinak dengan alkohol. Dia makin jarang menghalakan wajahnya ke arah kiblat. Begitulah Nonong, amat cepat berubah. Apa yang sedang dilaluinya membuat dia lupa dengan masalah yang menggayuti kehidupan dan dirinya.
Tidak timbul masaalah belum bertemu jodoh, tidak kisah dengan usianya yang kian bertambah. Semuanya sudah dilemparkan jauh-jauh dari dalam kotak hati dan fikirannya. Seiring dengan itu , Nonong tidak suka melihat wajahnya di cermin, tidak suka menghias diri untuk menarik perhatian lawan jenis. Tidak ambil peduli dengan jiran kiri kanan rumah sewanya.
Sesuatu yang sungguh drastik bila Nonong tidak menulis surat atau menghubungi keluarganya di Medan. Dia bagaikan mahu menjauhkan diri dari mereka. Ternyata usaha itu tidak sepenuhnya berhasil. Kedua-dua orang tuanya sering mengunjunginya, terutama ibunya yang boleh dikatakan setiap bulan datang ke rumah sewanya. Dan secara sembunyi-sembunyi (ketika Nonong tidur) mengusap tubuh anaknya dengan asap kemenyan. Kisah yang diungkap Nonong memang mengharukan. Saya bersimpati dengan nasib yang di alaminya. Mengapa gadis yang lambat kahwin menjadi buah mulut masyarakat. Dan apakah perkara seperti ini, hanya berlaku dikalangan masyarakat melayu sahaja. Fikir saya dalam hati.
"Ada lagi yang mahu ceritakan, Nonong?" Itu yang terluah dari kelopak bibir datuk, sebaik sahaja Nonong berhenti bercakap dan tidak mau menyambung lagi.
Saya resah sendirian melihat Nonong menundukkan muka. Kedua-dua belah sayap bahunya bergerak lemah. Mengertilah saya, bahawa gadis cantik tidak bahagia itu sedang tersedu hiba. Kalau sudah begini kesudahannya, tidak mungkin Nonong mahu melanjutkan cerita. Saya membuat andaian sendiri.
"Tak apalah memanda, cukup setakat ini saja". Hiba benar rasanya hati. Saya arahkan sepasang mata ke arah Nonong. Andaian saya hampir menjadi kenyataan.
"Maafkan saya," lemah benar nada suara datuk. Tiada jawapan dari Nonong. Cuma yang kedengaran sedu dan sedannya sahaja. Mungkin kerana hiba atau tidak mahu terpengaruh dengan kesedihan yang melanda hati Nonong, datuk segera bangun menuju ke jendela. Berdiri di situ, merenung keluar. Nonong masih juga tersedu. Dan saya tidak bergerak ke mana-mana. Sedu-sedan Nonong beransur lemah dan akhirnya mati begitu sahaja. Suasana di ruang makan terasa amat sepi sekali.
Perlahan-lahan datuk melangkah kembali ke tempat asalnya. Sejak datuk berdiri di tepi jendela, saya tidak menumpukan perhatian ke arah Nonong, saya lebih banyak merenung dinding rumah tamu sambil mengelamun sendirian. Tiba-tiba datuk menyebut perkataan Allah hu Akbar yang diikuti dengan batuk kecil. Pada hemat saya batuk itu sengaja dibuat-buat. Barangkali untuk menarik perhatian saya atau Nonong.
Entah macam mana ketika saya menoleh ke arah datuk secara tidak sengaja terpandang wajah Nonong. Pandangan kami bertembung. Tidak percaya rasanya, Nonong menghadiahkan senyum. Nampak cukup menarik dan manis sekali. Tidak berkedip kelopak mata saya memandang ke aranya. Alam khayalan yang tidak bertepi itu, datuk batuk lagi. Saya tahu itu batuk nakal. Memang, ekor mata datuk tetap menyorot setiap inci pergerakan diri saya.
"Kenapa Tamar?" Soal datuk, sepasang biji matanya merenung tepat ke arah saya,
"Kamu nampak resah semacam saja," tambahnya bersama senyum sinis. "Ahhh.." terkeluar dari kelopak bibir saya.
"Kenapa Tamar?" Memang tidak saya duga pertanyaan itu datang dari Nonong. Nadanya tidak lagi membayangkan keresahan. Saya jawap pertanyaan itu dengan mengelengkan kepala. Senyuman pun berlari di kelopak bibir Nonong.* *Aduh! Manis sekali senyuman gadis anak Deli ini , bisik batin saya.
"KESAN"
Sebagai orang tua yang banyak pengalaman, datuk dapat mengesan yang sesuana di ruang makan agak aman. Perasaan Nonong tidak bercelaru lagi. Ketika yang baik untuk mencungkil kisah lampau gadis Deli yang tertonggok di sisinya.
"Perasaan kamu dah tenang Nonong?"Nonong anggukan kepala.
"Bolehlah kamu bercerita lagi."
"Ahhhh memanda," Nonong seperti tersentak.
Anak mata hitamnya dihalakan ke arah saya untuk beberapa saat. Perlahan-lahan saya anggukkan kepala sebagai tanda supaya Nonong memberikan kerjasama pada datuk.
"Boleh Nonong, ulang datuk lemah.
"Boleh," sahut Nonong." Datuk membetulkan duduknya supaya selesa.
Bila merasai cara duduknya serasi dengan kemahuan hatinya, datuk mengeliat lemah. Saya menanti penuh debar. Apakah kisah silam yang bakal diungkapkan oleh Nonong itu akan membuka jalan bagi menjejaki, kenapa dia tidak mahu didampingi lelaki?. Sepuluh minit masa berlalu, Nonong masih belum membuka mulut, asyik merenung keluar saja. Resah mula terpamer di wajah datuk. Dua tiga kali orang tua itu menarik dan melepaskan nafas. Nonong kelihatan masih bersahaja, buat tidak kisah semacam.
"Keadaan kamu bertambah kelam kabut bila mendapat tahu yang emak kamu meninggal dunia?" Datuk 'cuba'memancing agar Nonong memulakan kisah.
"Memang benar memanda," sahut Nonong pantas. Dari gerak geri dan gambaran di wajahnya membayangkan kesungguhan Nonong untuk bercerita.
Saya gembira dengan keputusan yang dibuat oleh Nonong. Datuk juga barangkali sependapat dengan saya. "Kematian emak membuat saya seperti orang gila, berhari hari saya menangis. Emak tidak sakit apa-apa, mati cara mengejut. Lemah seluruh sendi badan bila menerima berita kematiannya, saya balik ke Medan dengan kapalterbang."
"Kamu ikut menghantar jenazah emak kamu ke tanah kubur?"
"Iya, memanda atas permintaan ayah, emak di tanam betul-betul atas sempadan antara kawasan tanah kubur dengan tanah milik orang perseorangan."
"Orang perseorangan itu tak marah?" datuk ajukan pertanyaan.
Nonong termenung sebentar, macam ada sesuatu yang bermain dalam tempurung kepalanya.
"Ayah minta izin dari orang tu,"jawap Nonong.
"Kenapa ayah kamu buat macam tu, kenapa tidak dikuburkan dalam kawasan tanah kubur."
"Itu permintaan emak saya, memanda."
"Pelik," keluh datuk lemah.
Perkataan yang diucapkan oleh datuk dapat didengar oleh Nonong. Tetapi, dia tidak menunjukkan sebarang reaksi. Wajahnya nampak selamba sahaja. Seterusnya, Nonong pula meluahkan apa yang ada di dalam kalbunya pada saya dan datuk . Kata Nonong kematian ibunya cara mendadak tanpa sebab sungguh mengejutkan.
"Kematian emak cara mendadak tanpa sebab sungguh mengejutkan kaum keluarga. Masing-masing tertanya-tanya puncanya dan setiap keluarga membuat andaian yang tersendiri, tidak terlepas dari anggapan yang emak jadi korban perbuatan orang yang sakit hati terhadapnya melalui ilmu hitam," kata Nonong.
"Kamu pula berpendapat macam mana dalam hal ini, Nonong," celah datuk sebaik sahaja Nonong berhenti bercerita. Nonong renung kearah dinding sambil mengosok-gosok hujung hidungnya dengan jari telunjuk.
"Saya memanda?" Nonong bertanya minta kepastian.
"Iya," angguk datuk tenang.
"Saya tak ada apa-apa. Ajal emak sudah tiba," jawap Nonong penuh yakin.
"Apa kata adik beradik kamu yang lain." Tidak pulak saya bertanya pada mereka tentang hal itu. Harun nampak macam biasa.
Tapi Khatijah Nonong tidak meneruskan, air mukanya berubah. "TERBUKU" Perubahan wajah Nonong bagaikan memberi gambaran ada sesuatu yang terbuku dalam batinnya. Dan datuk mahu memanfaatkan peluang itu dengan sebaik mungkin. Datuk tahu, kalau dia terlalai atau terlambat, Nanong akan mengalihan persoalan yang dibincangkan kepada persoalan lain.
"Maksud kamu Khatijah, adik kamu yang di Tanjung Pura."
"Iyalah memanda, Khatijah mana lagi," Nonong ketawa kecil.
Datuk senyum penuh yakin Nonong berada dalam keriangan. Agar suasana menjadi lebih rancak, datuk turut berjenaka. Saya dan Nonong ketawa kecil, tidak terasa berada dalam keadaan tertekan untuk menyelesaikan sesuatu masaalah yang dikira agak serius juga.
"Apa yang Khatijah katakan kepada kamu Nonong?"
"Haรข" Nonong seperti tersentak.
Mungkin dia tidak menduga datuk mahu menimbulkan tentang apa yang dikatakan oleh Khatijah kepadanya. Nonong seperti tidak tentu arah. Sekejap garu pangkal leher, sekejap garu cuping telinga.
"Apa katanya Nonong?" Dalam keadaan yang agak tertekan, datuk terus bertanya dan mendesak. Terbukti, Nonong sudah terjerat dan dia tidak boleh berdalih lagi.
"Cakaplah Nonong," kata datuk terus memujuk.
"Kata Khatijah yang kebetulan berada dekat emak pada malam kematian itu, ada sesuatu yang ganjil terjadi sebelum emak meninggal dunia," cukup hati-hati Nonong mengatur kata-kata.
Teruskan. Desak datuk lagi, dia tidak mahu kisah itu terhenti begitu saja. Bila kerap berhenti, mungkin keghairahan Nonong untuk bercerita menjadi tawar.
"Malam itu, sebelum nyawa terpisah dari badan, matanya terbeliak merenung kemana saja. Emak mengoyak-ngoyakkan baju dan kain yang dipakai, dia bertelanjang bulat lari ke setiap sudut ruang rumah," Nonong behenti bercerita, tunduk merenung lantai.
Perlahan-lahan dia menarik dan melepaskan nafas. Barangkali dia terfikir, menceritakan keburukan ibu pada saya dan datuk sama seperti menceritakan keburukan dirinya. "Khatijah tidak beritahu kamu, ketika itu ayah kamu berada di mana Nonong?" Nonong angkat kepala merenung wajah datuk yang menghamburkan pertanyaan.
Saya resah sendirian, mengaru pangkal leher yang tidak gatal. Di luar cuaca masih macam tadi. Kicau burung di halaman bagaikan bercampur baur dengan deru kenderaan.
"Masa kejadian itu, ayah ke masjid. Suami Khatijah dan Harun segera mendapatkan ayah. Sebaik sampai di rumah ayah dengan dibantu oleh suami Khatijah, Harun segera bertindak. Ayah menyelimutkan emak dengan kain gebar tiga warna yang diambil dari bawah katil." Lagi sekali Nonong berhenti bercerita. Dia memicit-micit kepalanya.
"Kenapa Nonong?" Tanya saya.
"Aku pening Tamar, aku terasa macam ada orang memukul pangkal leher aku dengan dahan jambu batu kering bercabang tiga.
"Bertenang Nonong." Datuk mengambil secawan kopi yang tersedia di situ.
Sebelum diserahkan pada Nonong , saya melihat datuk menyapu punggung cawan tiga kali dengan telapak tangan kiri. Bermula dari pangkal telapak tangan membawa ke hujung jari. Mulutnya bergerak. "Ada" sesuatu yang datuk tawarkan pada air kopi tersebut.
"TEGUK"
Seteguk air kopi dihirup, Nonong nampak aman. Tidak lagi memicit-micit kepalanya.
"Ada lagi yang mengganggu kamu Nonong?"
"Tak ada memanda." Nonong menyerahkan cawan kopi itu kembali kepada datuk.
Sebaik sahaja tangkai cawan terkena ibu jari datuk, punggung cawan terus bocor. Tembikar berselerakkan di lantai, air kopi tumpah hilang meresap dalam papan lantai.
"Biarkan di situ, nanti aku sendiri yang bersihkan." Datuk memberi amaran.
Saya tidak jadi memegang badan cawan yang tidak pecah dan mengumpulkan tembikar punggung cawan yang berserakan di lantai.
"Bila emak dibalut dengan selimut khas tiga warna, dia tidak menjerit tetapi nampak lemah. Ayah membawa emak masuk ke bilik khas, tempat dia selalu beramal. Emak tidak membantah malah dia membayangkan memang itulah yang dihajatinya."
"Dikunci?" Datuk renung batang hidung Nonong."
"Iya," angguk Nonong.
"Lepas tu, tak ada kejadian lain?" Tekan datuk."Menurut kata adik (Khatijah) setelah dikurung, emak memanggil-manggil nama saya serta nama orang lain yang dikenali oleh adik saya," ungkap Nonong sambil merenung lesu ke arah datuk dan saya.
Dari sinar matanya, dia memang mengharapkan sesuatu dari datuk. Penceritaan selanjutnya makin lancar dan rancak. Tidak tersangkut-sangkut seperti tadi. Nonong semakin yakin dengan keikhlasan hati datuk. Dia semakin berani dan bersemangat.
"Kematian emak sungguh pelik dan tidak wajar. Setelah dikurung semalaman, pagi-pagi esoknya, adik (Khatijah) membuka pintu bilik untuk melihat keadaan emak. Sebaik sahaja pintu dibuka, adik saya terkejut besar, emak terlentang kaku di lantai, sudah menjadi mayat. Tangannya terkedang macam mahu menjamah sesuatu." Nonong berhenti bercakap, sambil mengerut dahi.
Dia cuba mengingati sesuatu. Bila diingat muncul dalam benaknya, Nonong tersenyum dan terus menyambung kisah yang tersangkut.
"Mata emak terbeliak macam takutkan sesuatu atau terpandangkan benda yang mengerikan. Uban yang hampir, memenuhi kepalanya bertaburan atas lantai. Adik saya yakin, uban itu dicabut sendiri oleh emak," Nonong menelan air liur. Renungan matanya redup kearah halaman rumah yang berumput hijau.
-TAMAT-
014. SANTAU GERAK GERI
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : SANTAU GERAK GERI.
KARYA : ADAM KJ
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401014
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
"Jangan lupa ke sekolah, hari ini keputusan Kertas Julai."
Aku buat tak tahu. Melangkah malas aku menuruni tangga.
"Dengar tak?"
"Ya, Ibu. Dengarrrr...Pergi sekolah ambil keputusan Kertas Julaiiiii... "
"Bagus. Ibu nak ke penjara tengahari nanti. Kamu nak ikut tak?"
"Tidak, Ibu. Kirim sahaja salam padanya."
"Kau masih marah pada Ayah?"
Aku menolak perlahan pintu dapur biar tertutup sedikit. Malas aku hendak menjawab soalan Ibu. Risau-risau jawapanku nanti akan menyinggung hatinya. Ataupun mungkin aku akan tertinggi suara tanpa sedar padanya.
Bukannya aku tidak tahu kenapa dia bersungguh memujuk aku agar mengambil Kertas Julai. Ulangan subjek Bahasa Melayu pula tu. Entah apa yang pentingnya dalam kehidupan pun aku tidak tahu.
Adakah kerna Ibu dan Ayah ingin aku menyertai perkhidmatan awam sebagaimana mereka?
Yang memerlukan 'Lulus' Bahasa Kebangsaan sebagai syarat utama?
***
Hampir setahun kami dua beranak hidup tanpa Ayah. Bukan kerna ajal yang memisahkan kami. Ataupun kerna Ayah yang pergi membawa diri.
Tetapi Ayah kini sudah terasing dari kami di sebalik tirai besi. Kesalahannya amat berat dan hukumannya pula mandatori. Dituduh sengaja mendatangkan kecederaan hingga boleh menyebabkan mati. Yang mana puncanya adalah gara-gara dirinya yang gagal mengawal emosi.
Ibu dan aku masak benar akan sikap Ayah yang panas baran. Pantang dilawan pasti akan keruh keadaan. Pendapatnya sahaja yang benar yang lain semua akan ditolak ke tepian.
Menganguk bererti selamat menggeleng mengundang kiamat. Kalau hitam katanya, janganlah kau berusaha untuk memutihkannya. Yang petak akan bulat, yang manis akan kelat.
Terkadang kasihan juga aku akan nasib Ibu, terpaksa mengiyakan biarpun dalam hati siapa yang tahu. Itulah pengorbanan besar seorang isteri, setianya utuh biarpun memakan diri.
Cuma aku yang kadang kala agak tertekan. Tetapi apa boleh buat, aku hanya seorang anak yang perlu patuh arahan. Cukuplah parut sebagai bukti, bengkak dan lebam menjadi saksi.
Namun aku perasan... sikap Ayah di kebun amat berlainan.
***
"Jai, kamu ke pondok ambilkan anak pokok rambutan."
"Baik, Ayah."
Ayah amat meminati berkebun. Kebun buah-buahan, bukannya bunga-bungaan. Dan sebagai anak lelaki dan juga anak tunggal dalam keluarga, Ayah akan sering mengajakku menemaninya berkebun di setiap hujung minggu.
Mana mungkin aku berani membantah. Lagipun Ayah tak bawa barannya bersama, panasnya ditinggalkan di rumah.
"Jai, itu bukan anak pokok rambutan. Itu anak pokok mangga."
Lembut Ayah menegur kesilapanku. Kalau di rumah pasti berbakul seranah menjadi habuanku. Kadang terfikir juga kenapa, adakah hobi itu adalah salah satu terapi jiwa?
Hinggalah suatu hari... puncanya hanyalah batu.
Batu sempadan kawasan.
Batu sempadan ini lah punca segala-galanya. Bukan tamak bukan haloba tapi ini hak nak pertahankan harta. Ayah syak jiran kebun sebelah alihkan satu batu sempadan, buktinya anak pokok durian yang baru ditanam minggu lepas sudah berada di kawasan jiran.
Ayah memang jenis kuat ingatan, Atuk cakap masa kecil dulu Ayah tak suka mandi hujan.
Ayah panggil aku petang itu, berpeluh kami alihkan semula batu tu ke tempat asalnya. Tiba-tiba ayah buat isyarat seperti mahu berbisik. Satu persatu arahan diberinya, menggeletar lutut kakiku dibuatnya.
Terbeliak mataku minta kepastian, nak membantah memang tak punya keberanian. Ayah merenung dalam mataku tanpa kerdipan, seolah hanya pada akulah dia menaruh seluruh harapan.
Garau Ayah berbisik lagi, "Jangan risau, Jai. Kau badan kecil, memang dia tidak akan perasan."
Tak logik alasan yang diberi, namun sebagai anak memang terpaksa menuruti. Ayah memang pantang dijawab biarpun kita mempunyai sebab. Dari air mukanya yang kian kemerahan, aku tahu dirinya sudah dikuasai baran.
***
Petang itu juga aku berbasikal mengayuh seorang diri ke hujung kampung. Mencari sahabat lama dari suku masyarakat asli. Dia pun turut menunjukkan reaksi tidak percaya, berulang kali bertanya minta kepastian.
Dia tahu kami sekeluarga ni Muslim, solat tak pernah tinggal. Kalau fardu memang saf paling hadapan, kalau sunat memang kami yang paling belakang. Zakat tangan kanan, sedekah tangan kiri. Tipu curi memang jauh sekali.
Menggeleng kepala bapa kawanku mendengar permintaanku. Tersengih dia kesumbingan sambil menghembuskan asap rokok gulungnya ke awangan.
"Tak pernah lagi kudengar nama begitu. Kalau angin atau tuju, itu memang sudah selalu."
Kupujuk lagi bapak kawanku seraya menghulur sekotak rokok ke tangannya. Pantas huluranku bersambut, sengihnya kian melebar. Menampakkan karat di sebalik bibir.
"Bawakan aku pakaian si malang itu. Dan aku mahukan yang basah sedikit." Arah Bomoh Ibai dengan serius.
"Basah?"
"Iya...basah. Kesan dari peluhnya pun sudah memadai."
Tersengih aku mendengar. Giliran aku pula melebarkan senyuman. Manakan tidak, separuh daripada arahan Ayah sudah aku tunaikan.
"Juga... bawakan aku sesudu air liur puru bukit. Bisanya memang ampuh biarpun hanya sedikit. Si malang pasti dijamin mati sebelum sempat dirinya merasa sakit."
Ahhh... sudah. Kenapa aku pula yang harus mengambilnya? Bingung aku seketika memikirkannya.
"Kerna permintaan kau dan Ayah kau memang agak luar biasa. Inilah pertama kali aku dengar Santau Gerak Geri."
***
Suara tangisan Mak Timah yang nyaring kian tenggelam dengan bunyi siren ambulans yang semakin kuat menghampiri. Orang kampung yang sejak tadi berkerumun di pondok kebun Pak Mael mula memberikan laluan.
Jasad Pak Mael masih lagi terbuntang kaku di anak tangga pondok. Matanya terbeliak tangannya terkuak. Seluruh kulit tubuhnya menggelembung dan perutnya besar mengembung. Mulutnya berbuih lidahnya terjuih.
Saling tak ubah seperti seekor puru.
Menggeleng kepala Pegawai Perubatan yang memeriksa jasad Pak Mael. Semakin kuat tangisan Mak Timah tatkala diberitahu suaminya mungkin mati akibat keracunan. Mana mungkin Mak Timah terima alasan itu, sedangkan mereka laki bini tidak pernah menggunakan sebarang racun sewaktu berkebun.
"Jai, pergi simpan cangkul tu. Mari kita jenguk Pak Mael sekejap."
"Apa yang hendak dijengukkan, Ayah? Bukankah Ayah tak suka Pak Mael?"
"Ayah hanya tak suka sikapnya, bukan orangnya. Lagipun tiada bukti dia yang alihkan batu itu. Ayah suruh kau pantau Pak Mael petang semalam tapi kau pula hilang entah ke mana."
"Eh...mana ada Jai hilang. Jai buat apa yang Ayah suruh. Ayah tak perasan ke malam tadi Jai lewat pulang ke rumah?"
"Kau buat apa sampai lewat pulang?"
Air muka Ayah tiba-tiba berubah serius. Matanya tepat memandang ku. Dari riak wajahnya seolah dia benar-benar tidak tahu ke mana aku pergi petang dan malam tadi.
"Jai pergi menyuluh puru bukit, Ayah. Sebab petang semalam Bomoh Ibai pesan nak jampi air liur puru bukit dengan peluh dari baju Pak Mael. Katanya itulah syarat Santau Gerak Geri."
Panjang lebar aku terangkan pada Ayah. Biarpun sukar, terasa lega juga pada akhirnya apabila dapat memenuhi misi yang diberikan . Calar balar tanganku sewaktu cuba menangkap puru bukit malam tadi kurasakan berbaloi.
Tersenyum puas aku memandang Ayah.
Tapi Ayah langsung tak membalas senyumku. Perlahan dia bangun dan menghampiriku. Air mukanya yang tadi serius kini bertambah dua rius. Aku mula rasa tak selesa.
"Jai, apa maksud kau Santau Gerak Geri?"
Perlahan dan tegas suara Ayah bertanya. Kelihatan urat hijau mula timbul di dahinya. Aku semakin resah. Itulah petanda barannya seolah mula merasukinya.
"Bukankah Ayah yang suruh aku santau Pak Mael semalam?"
"Aku yang suruh?"
"Ya, Ayah yang suruh. Sebab Ayah cakap aku badan kecil, memang dia tidak akan perasan."
Terketar-ketar aku menjawab soalan Ayah. Dari jauh kelihatan sinar siren kereta polis yang mulai datang menghampiri pagar kebun sebelah.
"Cuba kau ulang apa yang Ayah cakap pada kau semalam."
Menelan air liur aku cuba mengingati arahan Ayah semalam. Mukanya semakin bengis merenung aku. Ingatanku mula beralih ke peristiwa semalam.
"Jai, mulai petang ini kau akan memantau gerak geri Pak Mael. Kau badan kecil, memang dia tidak akan perasan."
Bunyi siren kereta polis mulai senyap. Aku jeling dan perasan dua anggota polis mula keluar dari keretanya dan menuju ke pondok Pak Mael.
Ayah merapatiku dan berbisik perlahan, "Jai, memantau itu apa?"
"Memantau itu kata terbitan dari perkataan santau. Sama seperti memandu daripada pandu. Menyapu daripada sapu. Dan memandai daripada pandai."
Tenang aku menjawab soalan Ayah. Tambahan pula, aku memang aliran sastera di sekolah. Setakat penggunaan kosa kata ini memang sering aku mendapat pujian di dalam kelas.
Buuuk...
Tiba-tiba sahaja Ayah menumbuk mukaku. Belum sempat aku jatuh, perutku pula ditendang. Kepalaku berpinar, perutku sakit dan senak. Terjelepuk aku tersungkur mencium tanah.
Kulihat wajah Ayah benar-benar berubah. Urat hijau di dahinya semakin kelihatan. Matanya menyala kemerahan. Giginya berketap menahan kemarahan.
Pokok ubi yang setinggi 7 kaki di tepinya dicabut begitu sahaja dengan sebelah tangan. Isinya dibuang pucuknya dipatahkan. Mengeliat aku ke kiri kanan mengelak libasan. Saling tak ubah gayaku bagaikan cacing yang kepanasan.
Merayu mendayu aku meminta pertolongan. Entah kenapa tiba-tiba Ayah mula dirasuki setan. Bersungguh-sungguh dia melibasku tanpa kasihan. Apakah ini adalah kerna kesan sampingan?
Gara-gara Ayah dan aku mengamalkan ilmu setan?
Aku semakin bingung.
Badanku semakin lemah.
Telingaku rasa berdengung.
Keluar pekat merahnya darah.
Dalam kucuba menahan libasan, mataku menangkap akan dua kelibat tubuh badan berhampiran. Rupanya dua anggota polis di pondok Pak Mael tadi kini sudah pun berada berhampiran. Memujuk mereka pada Ayah dalam usaha menahan. Merengus Ayah menolak cuba melawan.
Sebelum mataku terpejam pengsan, kulihat Ayah telah pun bergari di tangan.
-TAMAT-
015. DARA DIMAKAN SUMPAH
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : DARA DIMAKAN SUMPAH
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401015
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
“SAYA……,” CETUS Nonong mendadak. Dan kata-kata tidak diteruskan.
“Saya tak tahu apa isinya,” Harun Fadillah bagaikan menyambung ungkapan Nonong yang terhenti.
Datuk menekan hujung dagu sebelah kiri dengan ibu jari tanngan kanan. Matanya, silih berganti menatap wajah Harun Fadillah. Datuk bagaikan tahu, dua beradik akan membongkar apa sahaja rahsia dalam rumah secara terperinci. Cuma apa yang diperlukan ialah sedikit kesabaran.
“Arwah emak, marah kalau ada diantara kami bertanya tentang bilik yang berkunci,” nada suara Harun Fadillah lemah, ekor matanya menjeling ke arah Nonong. Tiada sebarang riaksi yang diperlihatkan oleh si Nonong.
“Melintas di depan bilik yang berkunci juga dilarang,” tambah Harun Fadillah.
“Kamu bagaimana Nonong?”
Dauk menghalakan pertanyaan ke arah Nonong yang tunduk merenung lantai. Perlahan-lahan Nonong angkat kepala, Sinar matahari nampak berkaca merenung ke arah datuk.
“Emak ada membawa saya masuk ke bilik itu, secara rahsia.”
“Haaa…… ,” Harun Fadillah bagaikan terkejut mendengar pengakuan Nonong. Buat beberapa ketika, datuk menarik nafas dalam-dalam. Suasana terasa sepi. Semuanya membatu melayani perasaan masing-masing.
“Ada apa di dalamnya, Nonong?” Tanya datuk. Matanya tidak berkedip merenung muka Nonong.
“ Ada lilin besar,”
“Besar mana Nonong?”
“Sebesar peha budak empat belas tahun,”
“Tingginga?” Datang lagi pertanyaan dari datuk.
“Kira-kira dua kaki,” jawap Nonong tegas.
“Selain dari itu apa yang kamu lihat?”
Nonong termenung, macam ada sesuatu yang cuba diingatinya. Harun Fadillah merenung ke arah saya. Dengan senang hati saya menghadiahkan senyuman buatnya. Dibalasnya dengan senyum tawar.
“Ada tungkul kayu berbentuk monyet dan bertangan manusia. Di tepi bilik, ada talam tembaga besar, yang ditengah-tengahnya ada benda, berbalut kain tiga warna. Emak mesti membaca serapi-jampi sebelum menyentuh kain pembalutnya.”
“Apa warnanya Nonong?” Datuk terus mendesak.
“Hitam, putih dan kuning.”
“Macam warna bendera Negeri Perak,” celah datuk. Nonong diam. Tidak memberi sebarang komentar.
BOSAN
Suasana di ruang makan kembali membeku. Saya memang berazam mahu mengikuti kisah selanjutnya hingga akhir. Kecuali datuk menyuruh saya keluar. Semoga perkara itu tidak akan dilakukan oleh datuk. Itu doa dan harapan dari hati kecil saya.
Bila bosan dengan suasana sekitar, saya halakan pandangan ke halaman rumah dan permukaan jalanraya. Rasa jemu dan bosan segera terusir.
“Masa bila emak kamu bawa kamu ke dalm bilik rahsia tu, Nonong?’. Pertanyaan datuk itu membuat saya berpaling ke arahnya. Macam tadi juag, wajah datuk agak serius.
“Biasanya waktu tengah malam.”
“Tengah malam tu, agaknya pukul berapa, Nonong?” Tekanan suara datuk bagaikan memujuk . Muka Nonong nampak serius sedikit. Hanya Fadillah menarik nafas lega. Senang hati melihat kerjasama yang diberikan oleh Nonong kepada datuk.
“Kira-kira pukul dua belas tengah malam, emak berada dalam bilik ada masanya sampai pukul dua pagi. Kalau musim bulan naik, makin kerap emak masuk, terutama masa bulan mengambang, “ Nonong mula membuka cerita, pasti menarik dan mendebarkan. Seluruh perhatian dan pendengaran ditumpukan kearah Nonong.
“Apa yang dibuatnya kepada kamu, semasa berada di dalam bilik?” Susul datuk lagi.
“Emak bakar kemenyan, asapnya diusap ke tubuh saya. Barang yang berbungkus dengan kain tiga warna juga di usap dengan kemenyan . Lepas itu emak suruh saya keluar. Dan juga mengingatkan supaya jangan menceritakan pada sesiapa pun apa yang saya alami semasa di dalam bilik.”
“Semasa kamu keluar, emak kamu ikut keluar sama Nonong?”
Tiada jawapan dari Nonong, dia gelengkan kepala perlahan-lahan. Datuk tanpa putus asa, mengulangi pertanyaan yang sama kepada Nonong.
SUBUH
“Emak memang tak ikut keluar, dia berada di situ hingga masuk waktu subuh. Apa yang dibuatnya, saya sendiri tidak tahu. Ayah tahu semua tentang perkara ini, peliknya ayah tidak pula melarangnya. Entah mengapa, ayah patuh dan percaya dengan cakap emak,” Nonong mengakhiri cakapnya dengan wajah yang merah padam.
Mungkin dia merasa malu. Buktinya, Nonong tidak mahu merenung ke arah saya. Harun fadilla tetap tenang. Barangkali pada hematnya, penjelasan terus terang dari Nonong akan dapat mengatasi masaalah yang membelengu diri Nonong.
Datuk segera bangun, berjalan dari sudut ke sudut ruang makan. Harun Fadilla dan Nonong masih berada di tempat tadi. Mereka nampak seperti mengalamun. Entah apa yang berputar dalam kotak otak mereka, tiada siapa yang tahu. Mereka tidak bercakap, malah renungan mata juga berbeza, tidak satu arah. Datuk duduk kembali di tempatnya.
“Terima kasih Nonong,” suara datuk merendah, “ keterangan kamu memudahkan saya memilih cara atau jalan menyelesaikan masaalah diri kamu. Berusaha dan berfikir memang tidak salah dari siri agama. Allah yang menentukan sama ada berjaya atau sebaliknya,” sambung datuk dengan tenang.
“Lagi apa yang patut kami bantu, memanda,” tanya Harun Fadillah sambil berdiri wajahnya membayangkan sebuah keyakinan, bahawa usaha datuk akan berakhir dengan sebuah kejayaan yang besar ertinya dalam kehidupan keluarganya.
Begitulah tanggapan Harun Fadillah tetapi, tidak demikian dengan datuk. Pertanyaan yang diajukan memaksa datuk mengkerutkan kening sambil menarik dan melepaskan nafas berkali kali. Seolah-olah membayangkan dia terpaksa menghadapi masaalah yang sukar diselesaikan.
“Begini Harun,” telapak kanan tangan datuk terkandas disayap bahu kiri Harun Fadillah.
“Apa dia memanda?” Pintas Harun Fadilla secepat kilat.
Datuk tersentak, memang tidak diduganya secepat itu Harun Fadillah, memintas cakapnya. Datuk lahirkan rasa kurang senang dengan melagakan gigi atas dan bawah berkali-kali. Sepatutnya, Harun Fadillah memberi laluan kepada datuk untuk menyelesaikan cakapnya dulu.
“Maafkan saya memanda,” kata Harun Fadilla setelah menyedari kesilapannya.
“Tak apa Harun.” Balas datuk, “ perkara yang mahu aku tanyakan kepada kakak kamu ini agak peribadi, boleh memalukan dirinya. Jadi aku minta kamu tinggalkan dia bersama aku dan Tamar di sini,” sambung datuk.
“Tak jadi masalah, silakan memanda,” Harun Fadilla segera bangun dan kemudian melangkah tenang, meninggalkan ruang makan. Sepasang anak mata Nonong menyorot langkah adiknya.
SUDUT
Datuk berdiri kembali. Macam tadi juga, dia bergerak dari sudut ke sudut. Akhirnya melabuhkan punggung di tempatnya kembali. Nonong nampak tenang untuk menghadapi situasi selanjutnya diruang makan.
“Tamar,”
Anak mata saya terpaku ke wajah datuk. Ada rasa gementar dalam hati.
“Ada apa tuk?”
“Apa yang kamu dengar ini jangan dihebahkan pada sesiapa pun. Kamu mesti ingat, membuka aib sesaorang kepada orang lain, dilarang oleh agama. Kalau kamu buat kamu dapat dosa.”
“Saya faham, tidak saya hebahkan hal kak Nonong, samada yang baik atau yang buruk kepada sesiapapun. Walau pun pada adik beradiiknya,” dengan tenang saya lafazkan sebuah ikrar di depan datuk.
Ternyata, datuk senang dan gembira dengan ikrar tersebut. Saya toleh ke arah Nonong yang tunduk merenung lantai. Wajahnya nampak cerah. Tadi, semasa datuk menyuruh adiknya keluar dan mengizinkan saya berada di ruang makan, wajahnya nampak tidak ceria. Tetapi setelah datuk mengingatkan saya agar “jangan banyak mulut” dan saya pula berjanji tidak akan melakukan perbuatan demikian, Nonong nampak gembira.
“Nonong.”
Nonong pun angkat kepala. Sepasang anak mata hitam datuk bagaikan berada dalam kolam mata Nonong.
“Ada apa memanda?” terungkap pertanyaan dari Nonong.
“Berikan kerjasama sebaik mungkin pada aku Nonong.”
Nonong anggukkan kepala.
Dengan tenang datuk memeluk tubuknya sambil menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat. Sebelum nafas dilepaskan , datuk luruskan kaki kirinnya. Bila kaki kiri berada kembali kepada kedudkan asal, barulah datuk memindahkan sorotan matanya ke dinding.
“Nonong,” datuk memulakan kata, “ pernahkah sesaorang berkata kepada kamu begini, kau cantik, sayangnya ada sesuatu pada diri kamu yang menyebabkan orang lelaki menjauhkan diri dari kamu, mereka macam benci.”
“Hummmmmmmm……”
Nonong tidak meneruskan ungkapan. Dia termenung sebentar, macam ada sesuatu yang diingatinya, “ada memanda,” sambungnya lemah.
“Siapa yang bercakap tu Nonong?”
“Seorang perempuan tua. Dia tu bidan kampung yang sekali gus jadi bomoh. Saya tak tahu sekarang ni , dia masih ada atau sudah mati. Kenapa memanda?.”
“Tak ada apa-apa, cuma apa yang dikatakan oleh orang itu hampir sama dengan apa yang terlintas dalam kepala aku,” ucap datuk bersahaja. Nonong nampak tergamam, saya pula terkejut.
Sesungguhnya, beruntung dan bertuah wanita yang dianugerahkan oleh Allah dengan kecantikan. Tetapi malangnya manusia adalah makhluk lemah, selalu mensia-siakan pemberian tersebut,” gegendang telinga saya masih dapat menangkap suara keluhan datuk dalam nada yang amat perlahan. Dia masih juga merenung ke arah Nonong, tanpa berkedip.
RESAH
Entah mengapa secara tiba-tiba saya rasa resah tidak menentu. Badan terasa panas semacam, padahal cuaca di luar tidaklah panas sangat. Tanpa mahu memberitahu datuk, saya bangun dan lantas melangkah kemuka pintu lalu berdiri di situ.
Membiarka sekawan angin merempuh sekujur tubuh. Mendongak langit kota Medan yang terang di bawah matahari petang dan sinar matahari yang redup itu jatuh di atas setiap bumbung bangunan, tidak terkecuali bumbung Istana Maimun dan Masjid Raya. Sesungguhnya sebuah kepuasan yang tiada taranya menyelinap ke dalam kalbu.
Kepuasan itu, tidak dapat dipertahankan dalam jangka waktu yang agak panjang. Musnah diganggu batuk keras yang disengajakan oleh datuk.
Saya faham, batuk itu adalah batuk protes dari datuk untuk saya. Lebih tepat, batuk kemarahan atas kebiadapan saya yang tidak memnita izinnya, ketika bangun tadi.
Tanpa banyak ragam dan karenah saya kembali masuk ke ruang makan dan duduk di tempat asal. Kemarahan datuk masih belum reda, ekor matanya merenung tajam ke arah saya. Tidak berani, saya menyanggah renungannya, melainkan tunduk macam orang bodoh.
“Nonong, cerita dengan jujur, jangan sembunyi-sembunyi, jangan tipu dan ditokok tambah, walaupun perkara yang dicakapkan ini membuka pekung sendiri dan keluarga, mendatangkan aib. Cuma dengan cara ini saja memanda boleh berusaha menolong kamu, boleh menunaikan permintaan arwah ayah kamu. Kamu bersedia atau tidak. Cakap dengan jujur dan ikhlas,” suara datuk bergetar. Badanya ditegakkan sambil mendada.
“Bersedia memanda,” sahut Nonong tangkas.
“Kalau begitu, kamu ceritakan pengalaman danperasaan yang kamu alami, semasa umur hampir tiga puluh tahun, jangan segan,” pujuk datuk penuh diplomasi.
Buat beberapa detik, Nonong nampak resah. Mukanya membayangkan rasa kurang senang. Sebentar menoleh ke kiri, sebentar menoleh ke kanan. Dalam saat-saat tertentu dia mengigit bibir dan mengaru-garu leher jenjangnya. Semua yang dibuat , serba tidak kena.
Pelik sekali, dalam keadaan Nonong resah begitu, saya jadi ghairah terhadapnya. Timbul rasa berahi terutama bila mengaru-garu lehernya. Cepat-cepat saya mengucap dan beristighfar berkali-kali.
Kerasahan, kebimbangan yang dialami oleh Nonong berakhir juga. Dia tersenyum kerana berjaya mengatasi gelodak hatinya. Dengan rasa penuh tanggung jawap untuk membebaskan diri dari bayangan belengu ghaib, Nonong pun mengungkapkannya dengan rasa rendah hati kepada datuk.
Nonong mengakui, semasa berusia awal tiga puluhan dia mengalami tekanan perasaan yang cukup hebat,. Sering timbul pertanyaan dalam diri , kenapa tidak ada seorang pemuda yang ingin mendekati dirinya.
Kawan-kawan persekolahan dan sepermainan, hampir semuanya sudah menikah. Malah ada yang sudah mempunyai anak.
Dalam usia begitu, Nonong ingin menikmati suasana bercinta, bermesra serta berdampingan dengan lelaki idaman yang berakhir dengan ikatan suami-isteri. Bila di depan cermin, dia segera mencari kekurangan dan kelebihan dirinya.
Jauh di sudut hatinya, dia tetap mengatakan yang dirinya terjumlah dalam kategori gadis cantik dan menarik. Berkulit putih kemerah-merahan . Berhidung mancung dengan sepasang anak mata hitam yang bulat bersinar. Enungannya mampu menundukkan hati setiap lelaki.
Dengan raut muka bujur sirih bersama sepasang bibir nipis dengan tingginya hampir lima kaki, mpat inci, Nonong memang menarik dan mempersonakan. Siti Hidayah yang tingginya lima kaki sahaja sudah bersuami dan mempunyai dua orang anak. Nonong tahu, dimana dia berada, orang tetap memuji dirinya, cantik dan anggun.
Semasa berkunjung di rumah Siti Hidayah yang baru seminggu melahirkan anak kedua, secara kebetulan dia menemui dengan yang mengurut Siti Hidayah. Kali pertama melihat wajahnya, bidan kampung itu tersenyum serta mengkagumi kecantikan yang dimiliki Nonong. Sebagai seorang gadis tentu dia merasa megah, bila terpuji begitu.
BIDAN
Kemegahan dan kegembiraan itu tidak dapat bertahan lama dihatinya bila bila bidan kampung itu mengatakan ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.
Pada mulanya, Nonong tidak dapat menerima apa yang dikatakan oleh bidan kampung tersebut. Tetapi, setelah Siti Hidayah campur tangan, sedikit kepercayaan mula berputik dalam hatinya.
Secara jujur dan ikhlas, Siti Hidayah memberitahu Nonong, dia mendapat suami adalah berkat jasa dan usaha bidan kampung tersebut.
Siti Hidayah menyarankan supaya Nonong mengikuti jejak langkahnya . Mandi bunga tujuh warna setiap malam. Bedak tubuh dengan bermacam jenis ramuan. Mandi tujuh kolah masjid, satu tugas berat untuk dilaksanakan oleh Nonong.
Memang, sejak zaman sekolah lagi, Nonong tidak berminat dalam perkara-perkara yang ada unsur tahyul.
Setelah didesak berkali-kali hati Nonong jadi lembut dan bersedia mematuhi saranan dianjurkan oleh Siti Hidayah. Dia pun buat temu janji mengunjungi rumah bidan yang letaknya agak jauh di hujung kampung, terasing dari rumah para penduduk lain.
Dalam pertemuan awal, bidankan kampung mengenakan beberapa syarat yang cukup ketat serta pengeras yang cukup tinggi. Jika syarat-syarat itu dipatuhi, bidan kampung yang kaya dengan pengalaman, memberi jaminan dalam waktu terdekat Nonong akan menemui jodoh.
Terpaku dengan harapan dan jaminan yang dikatakan itu. Pantang larang tidak dilanggar, segala syarat akan dipatuhi.
Setahun Nonong menanti penuh sabar, harapannya tidak menjadi kenyataan. Tidak ada lelaki mendekati atau masuk meminang. Usia Nonong terus bertambah. Bagi menghilangkan kerunsingan yang membelengu fikiran dan batinnya, Nonong cuba bergerak dalam badan-badan sosial dengan harapan akan bertemu jodoh.
Bila usianya masuk angka tiga puluh dua tahun, Nonong mengalami goncangan batin yang amay hebat. Dia melihat adiknya mendirikan rumah tangga dengan pemuda kacak ang satu ketika dulu pernah cuba mendekatinya.
Goncangan batin itu menimbulkan bermacam-macam reaksi dalam kalbu Nonong. Ada ketikanya dia merasa benci dan marah dengan keadaan sekitarnya. Di waktu yang lain, dia merasa hampa dan putus asa yang amat sangat. Nonong menangis dan mengurung diri dalam bilik.
Sebagai anak sulung perempuan, dia lebih dekat dengan ibunya. Tidak hairanlah bila semua masalah yang bersarang dalam dadanya ditumpahkan kepada ibunya. Dan ibunya mendamaikan gelora batinnya dengan ungkapan,
“Belum ada jodoh lagi. Rajin-rajinlah berdoa pada Tuhan. Semuga kamu dipertemukan oleh Tuhan dengan lelaki yang baik dan berhati mulia.”
-TAMAT-
016. BAPA AKU SUDAH DATANG
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : BAPA AKU SUDAH DATANG
KARYA : MILAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401016
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum. Aku dah masuk 4 series, perempuan, anak campuran malay/indian, berkawin dan tinggal di Klang Valley. Pengenalan di atas berkenan keturunan aku ada kaitan dengan kisah yang bakal aku cerita, itu pun jika pihak HZONE BLOG sudi paparkan, terima kasih.
Aku mulakan kisah berkenaan ibuku, masa tu dia berpantang sebab melahirkan aku (sulung) di sebuah kawasan di Selangor yang dipenuhi dengan lombong tetapi sekarang maju membangun. Ketika itu bapa aku bekerja sebagai pemandu lori kayu balak, sering out-station dan ibuku terpaksa berpantang dirumah abang bapaku yang sudah berkeluarga yang berlainan bangsa dan agama tetapi atas semangat persaudaraan, ibuku tidak kisah untuk menumpang dirumah abang ipar (jangan tanya mengapa ibuku tidak balik kampong sebab sampai sekarang aku sendiri tak pernah tanya soalan tu). Buat pengetahuan pembaca, kawasan perumahan di sana belum ada bakalan elektrik cuma ada generator itu pun ikut masa, tepat jam 10 malam generator akan berhenti dan semua penduduk akan guna lampu gasoline atau lilin begitu juga dengan bekalan air, itu pun tunggu giliran dan tidak mengira masa.
Nak dijadikan cerita, suatu malam abang ipar dan isterinya bergaduh besar sehingga banyak kata makian dilemparkan oleh kedua pihak dan kebetulan bapaku out-station ke Pahang. Mereka bertekak berjam-jam sehingga tengah malam. Anak-anak mereka semua sudah terlena kecuali ibuku yang terpaksa tahan telinga dan juga memujuk kakak iparnya supaya bersabar. Keadaan menjadi sepi seketika tetapi mereka bertekak semula sehingga abang ipar mengeluarkan kata-kata hina pada bapa mertuanya yang meninggal akibat menggantung diri suatu ketika dahulu. Bila sahaja isterinya terdengar kata hinaan tersebut, dia bertambah berang dan mula minum beer (tak silap aku).
Ibuku yang berada disana mula terdiam bila kakak iparnya mula bercakap merepek seperti orang menurun, meminta ayahnya datang untuk melawat mereka. Keadaan senyap semula, hanya terdengar kakak ipar bercakap-cakap dengan perlahan sambal menangis dan ketawa. Tiba-tiba ibuku terdengar seperti orang mencakar dinding bilik yang menempatkan dia, kakak ipar dan aku yang masih bayi. Cakaran itu sangat kuat dan panjang seperti dari depan rumah ke belakang rumah dan berulang kali. Selepas itu, tidak lagi kedengaran bunyi cakaran tetapi tiba-tiba terdengar seperti orang menabur pasir di atas bumbung zink berkali-kali. Ada ketika ibuku terdengar bunyi suara seperti lelaki tercekik di luar rumah, menurut ibuku suara tersebut sangat kuat, panjang dan menakutkan “aaaaarrrrrgggggghhhhhhhhhhhh”, seperti menahan kesakitan yang amat sangat.
Ibuku merasa seram dan menyuruh kakak iparnya untuk dengar, dia cuma kata, “itu bapa aku sudah datang kan tadi aku panggil dia, ada orang hina dia, sekarang dia sudah datang, biar dia jumpa orang yang hina dia tadi hahahaha” lalu ibuku seram dan tekup selimut. Abang ipar ibuku berada di ruang tamu cuma mendengar bunyi pasir yang dibaling berkali-kali dan kadang-kala seperti terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan atas bumbung, mungkin dia juga menyesal sebab menghina orang yang sudah tiada.
Hendak dijadikan cerita, lepas berjam-jam gangguan tersebut kira-kira pukul 4 pagi semua berada dalam keadaan selamat dan senyap. Ibuku dan kakak ipar telah dibuai mimpi selepas menunggu gangguan tadi reda tetapi abang ipar masih belum tidur. Dia terpaksa menunggu giliran rumah kami untuk mendapatkan bekalan air, di mana dia terpaksa keluar ke belakang rumah untuk menarik paip air dari paip utama untuk masuk ke dalam rumah. Aku rasa jiran tetangga sana sudah membuat jadual menarik paip air walaupun waktu larut malam. Dia terdengar suara jiran berada di belakang rumah untuk mencabut paip untuk memberi laluan orang lain pula, abang ipar ibuku terus keluar dengan cepat kononnya ada orang di luar jadi dia tak takut sangat.
Sebaik berapa langkah sahaja keluar rumah, jiran tersebut sudah tiada mungkin dia juga seram sebab keadaan sana sangat gelap hanya diterangi bulan dan keadaan sekeliling dipenuhi lalang. Semasa abang ipar ibuku mahu menarik paip masuk ke dalam rumah, dia terdengar semula suara orang mengerang kesakitan tercekik dan mata beliau semasa tu berada di atas bumbung zink. Dia ternampak sebujur tubuh hitam sedang memerhati dengan mata merah menyala dan kedengaran seperti mendengus marah. Abang ipar ibuku terpaku tetapi masih dapat berlari masuk ke rumah dengan meninggalkan paip air yang mengalir dengan deras begitu sahaja. Sampai terkejut ibuku dalam rumah bila terdengar bunyi lintang pukang orang berlari dan pintu ditutup dengan kuat, lalu ibuku bertanya apa yang terjadi.
Selepas kejadian itu, mereka tidak pernah bergaduh dan menghina sesame sendiri lagi. Buat pengetahuan semua, bapa saudaraku sudah meninggal dunia 15 tahun dahulu, beliau sangat baik pada kami adik-beradik. Dia adalah bapa saudara aku yang paling aku rapat dan sanjungi sebab sifat kebapaan kepada anak-anak buah.
Aku harap cerita nie tidak mendatangkan sebarang kemusykilan berkenaan agama keluarga aku kerana kami memang Islam dan tidak terpesong akidah walaupun duduk sekali. Jika cerita ini mendapat sambutan, aku akan ceritakan lagi kisah seram di kalangan keluarga dan juga pernah aku alami, insha Allah. Terima kasih.
-TAMAT-
017. HISTERIA
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : HISTERIA
KARYA : IZZITOT
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401017
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum wbt kepada pembaca HZONE BLOG. Aku harap hampa semua dalam keadaan sihat walafiat. Terima kasih kepada admin jika sudi post cerita aku yang penulisannya ke laut dan cerita sebelum sebelum ni hehe. Oh ya, hampa pernah dengar tak orang yang kena Histeria ? Mestilah pernah kan. Kali ni aku nak cerita kan pasal pengalaman aku. Cerita ni fresh lagi sebab tak sampai seminggu benda ni terjadi.
Nak dijadikan cerita, aku dapat tawaran untuk satu kem ni yang dinamakan sebagai Inap Ilmu. Kem Inap ilmu ni untuk form 3 yang 80 orang yang dapat no 1-80 orang dalam tingkatan serta budak asrama form 3 bagi fasa pertama dan juga budak form 5 yang terdiri dari budak yang tidak berapa pandai untuk fasa kedua (maknanya budak kelas belakang la) kalau dan nama pun budak kelas belakang, tau tau saja perangai mereka. Kalau yang baik budi pekerti pun sesetengah je yang ada. Yang paling best sekali adalah kena duduk asrama sekolah. Ya bagi aku memang best sebab first time aku akan bermalam di situ selama 3 hari 2 malam even selama 3 hari itu aku akan belajar, belajar dan belajar.Dan bermulalah kisah aku di sini…
15 Julai 2017 (hari kedua, 4:30 petang)
*vibrate phone. Aku yang sedang belajar tidak berasa selesa. ‘Siapa pula yang call-call aku ni’. Hampir banyak kali juga telefon milik aku bergetar di dalam poket. Aku berfikir positif mungkin alarm aku (walaupun aku tak kunci jam pada pukul 4:30 pm). *vibrate again. Aku tak sedap hati, mungkin ayah atau mak aku yang call. Kesian pulak tak angkat sebab duit mak atau ayah aku nanti yang jalan.
“ina jom teman aku pergi tandas jap” ujar aku
“asal Izz?”
“telefon aku duk bunyi dari tadi, takut pulak mak atau ayah aku yang call”
Oh ya mesti hampa tertanya tanya, kenapa tak angkat call je masa tu? Jawapan aku adalah sebab aku bawak benda terlarang la. Ya henfon dilarang bawa sama sekali. Tapi kami pandai cover time ada spotcheck dekat beg.hehe. Lagipun aku bawak telefon yang ada button tu ja sebab aku nak kunci jam. Back to story…
Masa perjalanan ke tandas, aku mengeluarkan henpon aku dari poket. Aku terkejut kerana
henfon aku off. Sekali lagi .henfon aku Off…di situ aku sudah meremang bulu roma.
“ina, henfon aku off weyh. Siapa yang call?” ujar aku. Aku lihat ina sudah pun berubah wajah.
Apabila henfon aku on sepenuhnya, aku mencari di missed call. Tiada siapa. Kosong..
Aku tidak mengalah sebaiknya aku berfikir positif. Mungkin alarm aku. Apabila aku check di alarm, semuanya off. Aku start meremang dan aku off kembali henpon aku.(dalam hati, nak je buang henfon ni tapi takkan sebab ni pun nak buang kan)
Sepanjang perjalanan ke tandas, aku dan Ina asyik bercerita pasal tadi. Tiba di tandas, sedang aku dan Ina bersembang tiba tiba Ina terdengar bunyi dari tandas seperti orang tersebut tengah membuang hajat besar dan kemudiannya dia mencorok air. Ina mengisyaratkan aku supaya senyap.aku juga turut mendengar. Kemudiannya aku lihat Ina sudah keluar mendahului aku aku juga turut mengikutinya.
“hampeh, keluar tak bagitahu aku.” ujar aku
“weyh takkan hang tak dengar tadi.”
“shhh. Jangan tegur. Kita cita kat atas nanti” ujar aku. Ina hanya mengangguk sahaja. Sampai sahaja di atas kami tidak buka cerita kepada sesiapa,hanya kami sahaja tahu.
“weyh kalau orang tu dah lama keluar ikut. Ni tak lepas corok air duk dalam tu lagi. Apakah ?”ujar aku
“tah la Izz, aku rasa macam tak sedap hati je hari ni”ujar Ina
“Asal Ina?”
“ntah, macam ada sesuatu nak jadi”
“dah la, jangan fikir bukan bukan. Ingat Allah. Insya-Allah tak dak apa apa”ujar aku. Kami kembali menyambung kerja yang tertangguh sebentar tadi. Hati aku juga mengatakan ada sesuatu yang tidak kena.
Ya Allah, apa yang akan terjadi ?
15 Julai 2017 (10:30 Malam )
“Aspuri turun! Turun ke bawah sekarang juga! ”
Pada waktu itu, Aku sedang bersiap siap di dalam bilik dorm untuk ke bawah bersama seorang kawan aku. Tiba tiba seorang kawan aku masuk ke dalam bilik tersebut. Aku menanyakan kepada kawan aku.
“Asal weyh?” Tanya aku.
“depa suruh turun bawah. ” ujar Ayna
“kenapa ?” Tanya aku tak puas hati
“entah, yang aku dengar depa suruh turun..”Ujar Ayna
“weyh cepatlah turun !” Ujar Ayna,kelam kabut..
“ya la sabaq la sat”ujar Isya
Ketika itu semua kelihatan gelabah, mana taknya cari tudung, sorok henpon.
“aku rasa budak budak form 5 nak buat spotcheck la” ujar Ina semasa menuruni anak tangga.
“aku pun rasa macamtu.Barang depa hilang. Salah kan form 3 pulak. Entah entah batch depa sendiri yang ambil”ujar aku.
Sampai sahaja di bawah ,aku melihat semuanya kelihatan seperti cemas. Di bawah mereka mula besembang sesama kawan mereka untuk mengetahui apa yang berlaku. Aku menghampiri salah satu kumpulan yang tekun bercerita.
“kenapa ni ?”Tanya aku kepada salah seorang batch form 3.
“Tiha kena histeria “ ujarnya
Aku beristighfar seketika. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika ini. Lemah segala sendi aku ketika ini.
“macamana dia boleh kena?”Tanya seseorang.
“aku tak tahu. Aku baru je balik dari dewan makan tiba tiba nampak dia tengah menjerit dekat dekat situ. Terkejut juga aku”ujar nya
Aku pergi beredar dari kumpulan tersebut menuju ke geng aku. Aku melihat muka mereka sudah mula ketakutan termasuk aku . Yang aku ingin buat adalah membaca segala ayat yang aku ingat buat pendinding aku.
“Semua tenang dan jangan takut.baca apa yang patut. Duduk dalam kumpulan dorm masing masing. Kira ahli dorm sama ada cukup atau tak.” Ujar seorang budak asrama bernama Suha. Dia dan geng geng asrama yang lain meng’handle’kan kami yang budak budak luar. Mungkin mereka sudah biasa dengan perkara begini.
Masing masing mula mengikut arahan. Tiba tiba aku terdengar seorang kakak form 5 menangis.
“Weyh Ana jangan la menangis.” Ujar kawannya cuba memujuk. Namun perbuatan kawannya itu sia sia sahaja kerana Ana tidak mahu mendengar. Malah semakin kuat tangisannya. Semua kawannya di situ sudah buntu. Tiba tiba Ana rebah. Semua disitu mula menjauhi kemudiannya mereka kembali mendekati. Kawan kawan Ana memegang tangan dan juga kaki Ana yang ketika itu sedang meracau-racau. Beberapa orang mula menangis..
“budak asrama, pergi naik atas ambil yasin “ ujar Sya.
“weyh Far, aku ikut hang eh , aku ada bawa al-quran tapi ada kat atas”ujar aku, memohon supaya dia membenarkan aku naik sekali. Dia kelihatan teragak agak untuk membenarkan aku sebelum mengangguk. Aku sebilik dengan dia, jadi senanglah kerja aku.
Sampai sahaja di atas, aku segera mengambil alquran. Manakala Far sedang sibuk mengambil yasin.
“Eh jap jap aku ada bawak manzil. Jap Far aku nak ambil”ujar aku. Dia hanya mengangguk sambil menunggu di luar. Semasa menuruni tangga, Far membuka mulut.
“maafla menyusahkan hampa ja .”Ujar Far
“tak pa, benda kita tak jangka nak jadi” ujar aku. Sampai di bawah aku lihat mereka keadaan sama seperti tadi.
“ yang tak boleh baca dan rasa macam lemah semangat duduk tengah tengah. Yang boleh baca dan ada yasin tu buat bulatan lepastu baca yasin “ujar Wiyah.
Kami mula mengikut arahan Wiyah. Selesai kami membuat bulatan. Kami memulakan membaca yasin berramai ramai.
“arghhhhh !” Jerit Ana dengan suara yang dalam. Beberapa orang yang berada di dalam bulatan mula menangis. Kami meneruskan bacaan yasin walaupun ketika itu masing masing sedang melawan rasa takut.aku juga terasa seperti ingin menangis tetapi aku tetap menguatkan diri aku dengan mengatakan.
‘ingat Allah Izz, Dia akan selalu ada untuk kita….’
“Ustaz takdak weyh !” Ujar sya, dia juga kelihatan seperti ingin menangis.
“pergi panggil budak budak aspura.”Ujar Mar
Ana meronta ronta minta dilepaskan. Tiba tiba cikgu dan beberapa cikgu yang lain sudah memasuki ke dalam asrama aspuri diikuti budak budak aspura. Mereka memulakan bacaan yasin. Ketika sedang mengazankan melalui mikrofon, mikrofon tersebut bagaikan tersekat sekat. Ketika aku sedang membaca yasin mata aku teracap kepada bilik prep. Sku lihat sesorang yang berwarna hitam sedang memerhati sebelum pergi dari situ.
‘astaghfirullahalazim..’ aku beristighfar. Aku menghirup udara sebelum menghembus semula untuk menenangkan diri aku.
“weyh uda…Izz pergi dekat Uda cepat.”Ujar Ayna
“asal dengan dia ?” Tanya aku.aku melihat Uda yang berada dalam bulatan sudah pucat.
“aku takut jadi apa apa dekat dia”ujar Ina
“Aku pergi eh “ujar aku
“kalau hang kuat hang pergi la”ujar Ayna
Dengan lafaz bismillah, aku bangun dengan kekuatan yang ada dari tempat duduk aku menuju ke arah Uda. Aku segera memegang Uda.sejuk dan masih mengigil. Aku mula merapatkan mulut ke cuping telinganya dengan membaca ayat ayat kursi serta ayat –ayat manzil yang aku bawa sebentar tadi.
“Haip!”Cikgu Zai menjerkahkan kepada Ana yang tidak sedarkan diri untuk menguji sama ada dia berbohong atau tidak. Ana masih dalam keadaan meracau. Maknanya, dia tidak berbohong.
Aku melihat kelompok bendera merah ditemani oleh orang yang sedang membaca ayat ayat al-quran. Ada antara mereka menangis tapi dikuat oleh kawan kawan mereka. Mata aku melilau di setiap sudut. Tiba tiba mata aku teracap di dalam satu bilik. Hampir luruh jantung aku apabila ‘dia’ sedang memerhatikan kami di sini. Aku melarikan pandangan mata. Di dalam hati, aku sudah membaca segala ayat al quran yang terlintas di dalam fikiran aku .
“arghhh!”Kali ini suara Ana lebih menyeramkan ketika menjerit. Aku melihat Uda di sebelah aku sudah mengeluarkan air mata. Aa sudah…
“Uda jangan menangis. Hang kena kuat semangat. Lawan benda tu. Kalau tak boleh baca, zikir .”Ujar aku, cuba menenangkannya walaupun diri sendiri ketika itu sama seperti dia.Dia mengelap air matanya.
“aku kesian dekat Isya”Ujar Uda. Aku melihat ke arah Isya. Isya dibaca surah oleh Wiyah. Ayna yang berada di situ hanya tersenyum. Aku tahu dia juga ingin menghilangkan rasa takutnya itu. Aku melihat kawan aku yang lain, kesian Ida dia menangis teresak esak.(*Ida ni ada sixth sense, sama juga dengan Isya )
Aku meneruskan bacaan ayat suci al-quran di telinga Uda. Ana diangkat oleh 10 orang termasuk cikgu untuk ke surau. Hampir separuh budak aspura pergi dari sini untuk menolong mereka di surau asrama.
Hanya tinggal beberapa orang sahaja di asrama puteri. Kami beramai-ramai membacakan yasin sehingga keadaan kembali tenang. Apabila keadaan kembali tenang kami diminta oleh cikgu untuk kembali ke dorm masing masing tetapi Suha dan kawan kawan asramanya tidak setuju kerana bimbang akan lebih parah.
“kamu tidur dalam keadaan wuduk. Insya Allah tak dak apa.” Ujar cikgu tersebut. Puas kami memujuk cikgu untuk tidur di bawah (dorm form 5). Cikgu tersebut hanya teragak agak untuk memberi keizinan.
Selepas cikgu beredar, kami mula menunjuk tidak puas hati. Ye la baru kejadian histeria berlaku, takkan nak tidur dekat atas. Cikgu tak faham. Kami mengendahkan cikgu tersebut kerana kami lebih pentingkan keselamatan kami. Apabila kami tiba di dorm form 5. Kami membersihkan dulu dorm tersebut. Kumpulan 1 Budak Form 3 mendapat dorm form 5 yang tidak tahu erti kebersihan. Memang salah satu faktor terjadinya benda macamni. Terpaksa dibersihkan dahulu sebelum tidur. Selesai kami mengambil wuduk, kami bersama sama mulakan bacaan doa tidur dan surah surah tertentu untuk pendinding kepada kami.Kami tidur pada pukul 1:30 Am dengan lampu separuh terbuka.
Bersambung……….
Inilah kisah aku yang aku lihat real life di depan mata aku sendiri. Maaf kalau terpaksa bersambung kerana banyak cerita yang aku akan tulis dan kurang seram bagi korang.ini adalah pengalaman pertama aku. Dan hampa nak tahu sepanjang seminggu ni bermacam macam gangguan terjadi kepada kami. Kalau aku rajin, aku akan sambung cerita Histeria (punca) , Terbukanya Hijab dan Histeria II .
Histeria (punca- ) aku akan cerita macamana terjadinya dan keadaan orang histeria tersebut serta cerita cerita seram dari kawan-kawan aku.
Terbukanya Hijab– aku akan cerita macamana boleh terbuka dan kisah aku menghandlekan Isya yang diganggu makhluk halus (sampai demam aku dibuatnya)
Histeria II- Benda ni masih marah lagi, jadi ‘dia’ serang pula satu sekolah. Aku akan cerita keadaan sekolah masa tu.
Aku menganggap ini adalah sebagai satu dugaan kepada aku ketika menuntut ilmu lebih lebih lagi selepas hijab aku sudah mula terbuka. Maaf jika penulisan aku banyak kekurangan dan tidak menarik kerana aku hanya berkongsi cerita sahaja. Apa apa pun semoga Allah s.w.t melindungi kita dari kejahatan Jin dan Iblis dan dekatlah diri kepada Allah .insya-Allah, Allah akan jaga dan lindungi kita.wallahu’alam..
-TAMAT-
018. PENGALAMAN MENGINAP DI HOTEL
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : PENGALAMAN MENGINAP DI HOTEL
KARYA : KOPICEROI
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401018
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum warga HZONE BLOG. Pertama sekali, terima kasih pada admin sebab sudi publish cerita aku yang lepas
#KopiCeroi-”Roomate” Baru. Terima kasih tak terhingga pada korang semua yang sudi baca cerita aku selama ni.
Sebenarnya aku nak cerita pasal family aku disihir. Tapi aku kena minta izin ibu abah dan tahu cerita lebih details supaya tak ada unsur tokok tambah yang mungkin boleh menimbulkan fitnah.
Cerita kali ni aku nak bagitahu pasal pengalaman aku tinggal kat beberapa hotel kat Malaysia ni. Tapi aku nak minta maaf dulu la sebab mungkin cerita ni akan diselitkan dengan pengalaman aku interview kerja sebabnya aku pergi ke hotel-hotel ni untuk interview kerja. Maaf juga dari aku sekiranya cerita yang akan aku sampaikan ni tak mencapai tahap keseraman yang korang impikan. So, let’s begin..
HOTEL DI SHAH ALAM
Bulan 7/15 aku baru habis study. Aku pun sibukkan diri mencari kerja. Jobstreet tu mesti dah jemu tengok aku hari-hari. Sampai aku graduate bulan 10/15, pun tak ada yang panggil aku interview. Sampai satu tahap aku rasa give up sebabnya kawan-kawan aku ada yang mula kerja. Aku masih menanam anggur di rumah. Bulan 11/15, ada satu company tepung yang agak terkenal kat Malaysia, panggil aku interview as engineer. Seronok tak terkira sebabnya impian aku nak kerja dalam industri tepung akan tercapai.
Aku siap-siap apa yang patut. Buka google map cari hotel berhampiran, minta nombor telefon driver teksi, beli tiket bas bagai. Within two days, memang semuanya settle tunggu nak pergi saja. Aku ni kira bertuah la sebab ibu selalu temankan aku pergi interview ke mana-mana. Paling jauh sampai Johor. Tapi tu la, last sekali, rezeki aku kat Penang ni juga. Dekat pula dengan rumah tok. Memang jimat banyak la.
Aku pilih hotel kat Kota Kamuning, Shah Alam. Agak best la sebab surrounding dia okey, dekat dengan kedai makan, ada pasaraya, ada macam-macam la. Duit ja yang jadi penghalang untuk aku berfoya-foya dengan ibu.
Malam pertama kat hotel tu, aku kena ganggu dah. Malam tu dalam pukul 11 lebih, ibu dah masuk tidur. Aku sibuk kaji soalan yang bakal ditanya oleh interviewer. Maklum la first interview aku. Berdebar kot. Tak tahu situasi macam mana, soalan-soalan dia, plus pesaing-pesaing aku mostly yang ada experience bertahun-tahun berbanding dengan aku yang tak punya apa-apa.
Tengah aku sibuk study, aku tengok jam dah pukul 1 lebih. Tiba-tiba aku dengar bunyi selimut hotel yang berat giler tu diribas-ribas. Bunyi dari atas dan yang pastinya bilik aku tu kat tingkat atas sekali. Buk bak buk bak bunyinya. Aku pelik la sebabnya takkan makcik cleaner tak habis mengemas lagi. Takkan dia ribas atas bumbung kot. Bunyi macam something yang ada sayap besar pun ada.
Disebabkan interview ni lagi penting, aku hiraukan jek la. As long as tak kacau aku sudah. Anggap saja gurauan selamat datang dari “dia”. Esok tu, dalam tengahari aku pergi ke tempat interview. Besar betul HQ dia. Ibu aku pun ikut sekali waktu tu. Setelah nama aku dipanggil, aku pun masuk dalam bilik. Macam biasalah bagi salam semua, soalan pertama yang aku terima, “awak dah makan??”. Memang tak la. Aku ni jenis cepat gemuruh, memang tak terasa nak makan. Dah selesai, baru la aku makan dengan lahapnya ibarat macam ada bela hantu raya.
Waktu interview ni aku dapat dua interviewer. Bertambah-tambah rasa berdebar. Soalan-soalan yang ditanya ada yang sama macam aku baca tapi mostly unexpected questions. Bila jawab macam ni, dia tanya kenapa, kenapa dan kenapa. Puas jugak la aku menipu. Tapi tak ada tipu tu jawapannya jauh beza dengan soalan. Just apa yang terlintas kat fikiran aku tu, itulah yang aku jawab. Bila dorang tanya, “Do you have any question?”. Waktu ni aku guna peluang yang diberi dengan sebaiknya. Macam-macam aku tanya, dari produk tu sendiri sampai part packaging. Sejam lebih aku kat dalam sampaikan Encik tu nak ajak ibu naik atas sebab kesian ibu tunggu lama-lama. Ni adalah interview aku yang paling lama pernah aku datang dan the best experience untuk aku sepanjang hadir ke interview.
Sebab utama kenapa dorang pilih aku untuk hadir interview ni walaupun aku fresh graduate – sebab aku jujur dalam menjawab soalan-soalan yang dorang bagi masa isi jawatan dorang dalam jobstreet. Kebanyakan ramain yang copy and paste dari internet. So, be honest dalam setiap benda yang korang lakukan. Tak rugi pun. Aku diberi tempoh untuk pihak syarikat tapis candidate. If berjaya, dorang akan panggil untuk second stage interview di kilang pemprosesan.
Malam tu aku tidur awal sebab tak cukup tidur. Dalam pukul 2 lebih, aku terjaga sebab terdengar bunyi ribasan selimut berat tu kat atas. Aku tengok ibu dah lena diulit mimpi, yang aku membatukan diri sebab nak dengar bunyi tu. Kejap bunyi kejap tak. Sebabkan aku malas nak layan benda-benda macam ni, aku pun tengok la segala FB, Whatsapp sampai aku tertidur. Esok tu,
Aku: Maa.. Dengar tak macam ada benda ribas-ribas kat atas.
Ibu: Ada la. Semalam aku terkejut jaga nak pergi tandas, aku dengar macam orang ribas kain macam tu.
Aku: Orang pun dengar ma.. Macam bunyi benda berat.
Ibu: Alaaa.. Benda ni kat mana-mana jek.. Buat tak tahu sudah.
HOTEL DI KLANG
Akhirnya, aku lepas juga untuk ke second stage interview tu. Rasa bangga kejap dengan diri sendiri. Hohohoo. Kali ni aku kena pergi interview kat kilang di Klang, Selangor. Aku ajak abah ikut sekali sebab mudah untuk aku pergi balik, plus aku tahu situasi kawasan tu dipenuhi lori-lori yang laju dan lampu isyarat merah pun menjadi hijau dimata segelintir pemandu lori di situ.
Macam biasa la, aku mulakan sesi google map aku untuk tengok hotel terdekat dengan harga yang mampu duduk. Google punya google, jumpa la satu hotel ni. Harga untuk 4orang (aku, ibu, abah dan ayi) cuma RM 70/semalam. Murah sangat kot. Aku bagitahu abah untuk booking bilik tu. Nama hotel tu pun sedap dah macam luar negara punya nama.
Setelah sehari suntuk dalam kereta, jumpa la hotel ni. Dari luar, pandang pun tak nak. Aku macam tak syok dah. Takkan ni hotel dia. Tak macam hotel pun. Patut la murah giler. Abah pergi la nak tanya betul ke hotel tu. Beberapa minit tu, abah keluar. Rupanya hotel tu macam “mak pak anak ayam” yang selalu ada.
Aku dah susah hati dah nak cari hotel kat mana. Takut mahal jek. Pusing punya pusing, jumpa la satu chalet ni. Ada certain bahagian still dalam renovation. So tak apalah. Tanya harga semua, akhirnya abah pilih untuk stay situ. Best kot sebab besar, katil queen ada dua, peti ais, TV, ruang melepak semua ada la.
Malam tu macam biasa la, aku mulakan sesi ulangkaji aku. Yang lain semua dah masuk tidur. Masa tu ada la dalam pukul 11.45. Aku duduk kat ruang melepak. Ruang tu ada dinding sikit terus nampak katil. Dekat pukul 1 pagi, aku rehat kejap. Tiba-tiba ada benda bulat hitam melintas kat atas bahagian langsir yang betul-betul tepi aku. Aku tergamam kejap. Betul ke apa aku nampak?? Tiba-tiba bunyi macam orang tabur pasir atas bumbung. Aku pun kemas-kemas barang aku, terus pergi kat katil. Anjing menyalak panjang. Then, aku teringat la pasal aku pergi ceramah dulu. Ustaz tu kata, kalau bunyi pasir atas bumbung, benda tu la. Aku pun terus tidur.
Pagi tu aku bangun awal sebab nak buat preparation. Macam biasa la, aku tak lalu nak makan sebab nervous punya pasal. Waktu aku interview ni, aku rasa tak seronok sebab aku tengok situasi jalan yang sibuk, teruk dan lori-lori yang laju. Soalan kali ni juga jauh beza dengan soalan yang masa first stage dulu. Banyak soalan tentang production sebabnya dorang tukar position aku dari engineer to production executive. Sebabkan semangat aku pun dah tak okey, aku sambil lewa jek interview kali ni. Dan akhirnya aku tak dapat pun kerja kat syarikat ni.
Malam tu aku,
Aku: Maaaa.. Semalam masa orang dok study tu kan, ada benda hitam bulat lintas kat langsir tu.
Ibu: Pukul berapa?
Aku: 1 lebih macam tu. Orang pun terus kemas pergi katil. Dengan bunyi pasir atas bumbung. Anjing kat gudang besi tu menyalak panjang.
Ibu: Bunyi pasir tu aku dengar. Macam orang dok tabur pasir atas bumbung. Aku dok tengok ustaz kat TV, kalau ada macam tu, gangguan dari dia la tu. Mungkin ni tempat baru, kita dok kacau ka apa ka. Baca la apa yang patut. Biasalah benda ni kat mana-mana pun ada.
Dan malam tu juga, bunyi pasir dengan anjing menyalak panjang tu memecah kesunyian malam terakhir aku menginap kat situ. Aku pun malas nak layan. Jangan dia dok ketuk-ketuk pintu ke, tingkap ke, dok menangis mendayu-dayu ke sudah. Esok tu kami sekeluarga berangkat ke Kelantan, dan aku mulakan kehidupan aku sebagai penganggur sampai bulan 7/16.
HOTEL DI CAMERON HIGHLANDS
Okey, kali ni aku pergi tempat ni untuk bercuti. Baru jek berlaku. Aku dan angah memang plan nak bawa Ayi pergi jalan-jalan. Biasalah dia sibuk belajar. Abah pun kurang sihat, so memang dia tu tak berjalan ke mana. Sebabkan Ayi ada kakak-kakak yang baik, jadi percutian Ayi kali ni ditaja oleh aku dan angah.
8/7/17 aku gerak ke Cameron Highlands. Aku uruskan hotel manakala angah uruskan urusan kereta. Sebabkan aku dengan angah masih tak ada kereta, so kami terpaksa sewa kereta. Doakan supaya tahun depan aku dapat beli kereta. Hehehe. Kami menginap kat hotel yang betul-betul kat pekan Brinchang. RM198 untuk 2hari dan kami dapat bilik yang ada 2 katil queen. Mulanya aku pilih bilik yang ada 1 katil queen, yelah nak jimat punya pasal. Sampai sana, dorang tanya, nak bilik katil queen ada 2 tak. Aku tolak la sebab tak nak kena tambah duit. Tapi bila dia kata tak payah tambah duit, aku apa lagi, angguk kepala tanpa rasa malu.
Malam pertama tu, aku angah Ayi merayau sekitar pekan tu untuk cari makan. Nasib baik ada lori-lori kecil yang jual nasi lemak panas-panas dengan ayam gunting. Kami bungkus makan kat hotel. Dah kenyang tu, baring la atas katil. Aku kongsi katil dengan ayi, angah dok sorang. Katil aku ni betul-betul tepi tingkap. Tengah baring tengok phone, hati aku ni terlintas la
“Selalunya kalau hotel jenis macam ni, mesti ada dengar bunyi guli ke, seret perabot ke.”
Tiba-tiba bunyi macam bunyi benda bergolek dari tingkat atas. Bunyi macam guli ada. Duit syiling ada. Ada la beberapa kali. Aku diam jek la.
Ayi: Kuatnya dia main (sambil senyum)
Aku: Tegur la. Datang kat hang malam ni baru tau.
Ayi: Tak.. (sambil baring sebelah aku) Dia datang kat sini… (sambil geletek aku)
Aku: Ayiii @%#%# (sorry kat sini ada kata-kata kasar untuk adik aku. hahaha)
Ayi ni memang jenis macam ni. Dia suka geletek orang, duduk rapat-rapat dengan orang sampai orang rimas dan marah-marah dia. Kalau dia tak kacau aku, dia pergi kacau angah. Kalau ibu ada, mesti ibu jadi mangsa. Sejak ayi tegur ni, tak ada dah masalah bunyi benda bergolek ni sampai la aku tinggalkan hotel ni. Satu jek masalah aku, air sejuk giler wehh. Air panas pula berfungsi masa hari pertama jek. Nak masak air panas, wayar water heater tu tak ada. Terpaksa la aku mandi sejuk-sejuk tu. Jangan dok kata aku tak mandi.
So sini jek la cerita aku. Maaf sebab tak seram. Ni pengalaman aku, moga hampa pun “dapat” pengalaman macam ni. Hahaha.
-TAMAT-
019. SAKA 'JADI TUAN AKU!'
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : SAKA 'JADI TUAN AKU!'
KARYA : ZAI
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401019
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalammualaikum semua warga fs. Hari ini aku nak menceritakan pengalaman aku diganggu saka arwah atuk aku sendiri untuk mendapatkan tuan baru.
Sebelum tu aku nak berterima kasih pada admin sebab siarkan cerita aku ni. Tapi kalau admin tak siarkan, maksudnya korang tak akan dapat baca cerita aku ni kan? Okey, sambung (banyak pula membebel aku ni).
First of all, aku perkenalkan nama aku dulu iaitu zai dan aku perempuan (bukan nama sebenar). Kejadian-kejadian pelik ni mula terjadi dekat aku masa arwah atuk sakit. Arwah atuk aku ni duduk sorang dekat rumah dia tapi rumah kitorang memang tak jauh dari rumah arwah atuk aku ni. So, ayah akulah yang selalu datang jenguk arwah atuk aku masa dia sakit. Suatu hari tu, tiba-tiba arwah atuk aku menjerit panggil kitorang. Mujur juga masa tu ayah aku ada dekat luar rumah. Ayah aku pun dengan lajunya berlari pergi rumah arwah atuk aku. Masa tu ayah aku memang terkejut gila sebab dapur rumah arwah atuk aku tu penuh dengan d***h. Atuk aku pula dah terduduk sambil mengaduh (mungkin teramat sakit tu).
Arwah atuk aku dibawa ke hospital dan ditahan di wad dalam seminggu lebih. Kos perubatan arwah atuk aku dalam seribu lebih jugaklah. Dua orang pak cik aku ni bagi separuh duit mereka untuk kos rawatan arwah atuk dan itupun sebab didesak oleh ayah aku sendiri memandangkan keluarga aku ni bukanlah orang yang senang berbanding dua orang pak cik aku yang mana gaji diorang pun dah berpuluh ribu. Korang boleh bayangkan tak yang diorang boleh mintak balik duit diorang dekat ayah aku lepas sahaja arwah atuk keluar dari hospital. Masa tu memang rasa nak mengamuk je pastu ketuk kepala sekoq2. Nasib ayah aku berkeras tak nak bayar dengan alasan mereka juga ada tanggungjawab ke atas arwah atuk aku.
Keluar sahaja dari hospital, ayah aku terus tak bagi dah arwah atuk aku duduk sorang2 tapi tinggal dengan kitorang. Mak aku ni tak suka sangat arwah atuk aku sebab mak bukanlah menantu kesayangan arwah atuk dan nenek aku. Dengan kitorang sekali diorang tak suka. Tapi aku memang tabik dengan mak aku sebab dia still sanggup jaga arwah atuk aku walaupun kadang-kadang mengamuk jugalah satu rumah sebab arwah atuk aku ni suka sangat pergi bilik air. Tapi yang peliknya, arwah atuk aku akan terjatuh kalau nak pergi bilik air sedangkan dia nampak kuat bila malam. Seolah-olah macam ada orang pimpin. Mak bagitahu apa yang nampak dekat ayah aku tapi dia tak percaya.
Sejak arwah atuk aku tinggal dengan kitorang, aku dah mula alami mimpi-mimpi pelik tak kira siang atau malam. Kadang tu sampai aku rasa takut nak tidur sebab setiap kali aku tidur, mesti aku akan bermimpikan benda-benda seram macam ular, gambar perempuan yang tengah senyum dekat aku.
Mimpi pertama yang aku alami adalah aku berada dekat depan rumah arwah atuk aku. Dalam mimpi tu aku sorang je dan tak ada sesiapa pun. Aku pun berjalan sampai ke pintu dapur rumah tersebut dan laluan nak ke pintu dapur tu, ada bangku sederhana besar yang menjadi tempat arwah atuk aku duduk. Dalam mimpi tu, memang sebijik arwah atuk aku tengah duduk dekat bangku tu sambil hisap rokok. Tapi benda yang mengejutkan aku, mata arwah atuk aku masa tu warna hitam dan dekat muka dia penuh dengan urat-urat.
Dalam mimpi tu arwah atuk aku ada cakap yang dia nak aku jadi tuan dia dan ambil dia. Mujurlah dalam mimpi tu aku ada baca surah2 untuk aku protect diri aku. Keesokannya aku cerita dekat mak ayah aku, diorang adalah juga percaya sikit2 tapi diorang cakap buat tak tahu je.
Hari2 seterusnya, aku alami mimpi yang lain tetapi dengan niat yang sama iaitu nak jadikan aku tuan dia. Sampailah satu tahap ni, paling teruklah yang jadi dekat diri aku iaitu jalan tanpa sedar. Masa ni aku tengah tidur, tiba-tiba aku dengar macam ada orang duk panggil aku. Aku sedar apa yang jadi tapi kaki aku seolah-olah bergerak tanpa kerelaan aku sendiri. Aku pun bangun dan berjalan keluar dari bilik menuju ke pintu utama rumah aku.
Masa aku nak bukak pintu, abang aku panggil aku dan tanya aku nak pergi mana. Aku tak jawab pertanyaan abang aku dan aku pun buat pusingan ‘u’ tapi aku tak menuju ke bilik. Kaki aku ni laju je melangkah menuju ke pintu yang menghubungkan rumah aku dengan tandas. Masa ni memang aku dah jerit panggil aku sebab risau aku macam tak sedar apa yang jadi. Bila aku dengar abang aku panggil, terus aku masuk bilik dan sambung tidur. Yang paling ngerinya, aku sempat kerling arwah atuk aku dan masa tu memang dia tengah senyum pandang aku.
Keesokannya abang aku cerita apa yang jadi dekat aku. Abang aku ni jenis yang boleh nampak makhluk2 ghaib ni. Abang aku cakap, masa aku nak buka pintu belakang, benda tu memang dah tunggu dekat luar dan hanya tunggu nak masuk je. Mak ayah aku pun punyalah risau sampai terus cari ustaz untuk rawat aku. Ustaz pertama yang aku jumpa ni cakap, arwah atuk aku ada saka dan dia memang nak aku jadi tuan dia. Masa ni memang mak aku yang paling bengang sebab aku bukanlah cucu yang arwah atuk aku sayang tetapi kenapa aku yang jadi mangsa.Proses rawatan aku yang mula2 ni tak lama sangat sebab ayah aku terus bawa aku jumpa ustaz lain sebab aku masih tak ada perubahan.Tak silap aku, dalam 2 3 orang ustaz yang cuba nak ubatkan aku termasuklah kawan ayah aku sendiri.
Pernah satu petang ni, aku tertidur. Memang masa ni aku mimpi aku nampak ada sorang budak kecik ni duduk dicelah2 famili aku. Yang anehnya, aku tak boleh dekat dengan family aku sebab budak kecik tu ada duk perhatikan aku. Dalam mimpi tu aku menangis suruh dia pergi sambil pegang al-Quran. Budak kecik tu boleh pula senyum dekat aku. Sedar je dari mimpi, aku terus bagitahu ayah aku pasal mimpi tu dan terus je ayah telefon kawan dia.
Malam tu juga, kawan ayah aku datang nak ubatkan aku.Dia ada baca surah2 sebelum tiup pada badan aku. Kemudian kawan ayah aku ni keluar dari rumah aku sambil ajak anak dan kawan anak dia untuk tolong tangkap benda tu. Lama jugalah nak menangkapnya sebab abang aku cakap benda tu liar sangat. Boleh pula benda tu lompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Dalam pukul 12 lebih malam macam tu, barulah selesai. Masa ni memang ayah aku lega gila sebab benda tu dah ditangkap.
Aku pun dah tak alami mimpi2 pelik kecuali yang satu ni.
Lepas je aku berubat, aku mimpi benda tu datang dalam rupa yang hodoh dan tinggi. Benda tu marah aku sebab tak ambil dia dan aku pula masa ni dah baca surah2 untuk hilangkan rasa takut. Aku rasa lepas mimpi yang ni, hari2 seterusnya memang dah tak ada mimpi pelik2. Ayah aku pula bawak arwah atuk aku berubat dan selang beberapa hari arwah atuk aku mula tunjukkan diri dia dah semakin lemah.
2 minggu lepas tu, ayah aku hantar arwah atuk aku ke rumah pak cik aku. Sebelum pergi tu ayah aku suruh kitorang adik beradik salam arwah atuk dengan alasan ayah aku takut yang kitorang mungkin tak dapat jumpa arwah atuk aku lagi. Betullah cakap ayah aku, seminggu lebih arwah atuk aku duduk dengan pak cik aku, kitorang dapat berita yang arwah atuk aku meninggal dunia.
Masa ni memang terasa dunia gelap sangat sebab aku rapat jugalah dengan arwah atuk aku masa saat2 akhir hidup dia. Apa yang buatkan aku gembira, masa aku tengok jenazah arwah, muka dia putih bersih je. Pertama kali aku dapat cium dahi arwah atuk aku sebab dulu aku bukanlah cucu kesayangan dia. Tapi setiap kesalahan dia pada aku, sedikit pun aku tak pernah ambil hati dan aku dah pun maafkan.
Setakat ni je cerita aku. Aku minta maaf kalau ada salah silap atau cerita aku terlalu panjang ke. Maaf juga kalau cerita aku ni tak best dan tak seseram yang korang inginkan. Banyak sebenarnya kisah aku yang ingin aku ceritakan tapi kisah aku ni still belum berpenghujung sebab dengki orang tu pada family aku. In shaa Allah aku akan kongsikan nanti.
Al Fatihah untuk arwah atuk aku.Salam sayang,Zai.
-TAMAT-
020. DIGANGGU SAKA NENEK!
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : DIGANGGU SAKA NENEK!
KARYA : NUR
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401020
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum pembaca dan admin, terima kasih siarkan cerita aku ni. Aku harap admin HZONE BLOG siarkan la cite aku ni, kesian kat aku min, banyak kali aku bercerita kat page I**M tak pernah pun admin sana siarkan cerita aku, beberapa hari lepas aku baru tahu kewujudan HZONE BLOG ni, kalau admin tak siarkan jugak, terpaksa la aku buat page aku sendiri min.. jangan marah ha min a.k.a admin.. hehehe
Maaf kepada pembaca jika ada ayat didalam ni yang tunggang langgang, tapi aku rasa dah ok dah ni, banyak kali aku praktis menulis ke page yg lg satu tu.. hahah. Ok aku nak ceritakan pengalaman aku masa belajar di kolej matrikulasi dulu, masa tu tahun 2009. Kolej matrikulasi mana aku malas la nak beritahu nanti ada pulak yang reject offer dari kolej tu. Kolej tu boleh tahan ‘keras’ jugak. Banyak cerita2 seram aku dengar dan alami masa belajar di kolej tu dulu. Cuba korang teka kolej matrikulasi mana? Hehe..
Masa belajar di kolej matrikulasi lah, pertama kali aku berjauhan dengan famili, sebelum ni memang tak pernah duduk asrama. Sedih tu sedih jugak lah sebab tak biasa berjauhan dengan famili, anak bongsu lah katakan, hehe. Ok aku nak pendekkan cerita lagi, aku ni nak kata berani tu tak delah berani sangat, cumanya perasaan ingin tahu tu kuat. Di kolej ni setiap kali malam jumaat, wajib pergi ke surau untuk solat berjemaah dan baca yassin. Jarak surau dengan blok asrama aku tu agak jauh jugak. So pada satu hari ni, tiba malam jumaat semua budak2 bilik aku (3 orang melayu termasuk aku dan 1 cina) dah siap2 nak keluar dari bilik sebab yang islam memang wajib ke surau dan yang bukan islam free activity tapi kena keluar dari kawasan asrama sebab nanti felo blok akan check setiap bilik untuk pastikan tiada orang dalam bilik. Malam tu aku sakit perut yang teramat sangat, sebab salah makan petang tu kot (burger oblong memang favourite aku masa kat kolej ni) tambah pulak aku period memang tak de mood betul nak jalan jauh2 ke surau. Aku beritahu Lisa dan Naqi (rakan sebilik aku) yang aku tak nak ikut ke surau sebab tak larat dengan sakit perut ni.
“Kau hati2 tau, nanti fello datang check habes lah kau”, Lisa.
“Senang kau tutup je lampu bilik, tido je, kalau fello tanya cakap la kau tak sihat”, Naqi.
“Lah kena tutup lampu ke? Takut lah aku sorang2 dalam bilik tutup lampu”, Aku.
“Eh, Mah (jiran sebelah bilik aku) ada la kat bilik, dia kan kaki ponteng setiap kali kena gi surau..” seloroh Naqi.
Lega aku dengar Naqi cakap Mah ada kat bilik sebelah. So lepas Lisa, Naqi dan budak2 aras aku gerak ke surau, memang terasa sunyi betul aras blok aku tu. Aku buka je lampu bilik sambil aku nak buat assignment yang tak siap, sakit perut tu datang sekali sekala, bila fikir nak ke tandas takut pulak. Jadi aku tahan jugak lah daripada keluar ke tandas. Lepas hampir sejam budak2 ni ke surau, aku dah mula rasa bosan, aku pun sms la Mah (masa tu takda whatsapp), “Mah, kau kat bilik ke? Nak datang lepak ngan kau lah, bosan ni..” Lama aku tunggu, sms aku tak dijawab. Aku pun baring la kat katil aku sambil baca buku “Kisah-kisah Nabi”. Tiba2 aku dengar derapan kaki orang kat luar bilik aku, aku yakin tu Mah sebab Mah je yang suka jalan seret selipar. Kebetulan katil aku memang dekat dengan pintu bilik so aku pun diamkan diri sebab risau jugak mana tau Fello datang spotcheck.
Tapi yang aku pelik derapan kaki tu betul2 berhenti depan bilik aku. Lama juga aku tunggu dia ketuk pintu bilik ke bukak pintu bilik ke tapi takde pun. “Eh Mah ni, dahlah tak balas sms aku, main2 pulak dia”. Aku pun buka la pintu bilik aku tapi hampa. Takde orang pun kat luar dan aku sempat jenguk bilik Mah, memang gelap. Dalam hati aku sempat jugak berkata, “ai, kau nak main2 dengan aku ya. Dah masuk bilik aku ke benda alah ni? Seram woii”. Tak lama lepas tu semua budak2 ni baru balik dari surau, rupanya Mah pun pergi surau malam tu patutlah tak balas sms aku. Lisa, Naqi, dan Yu Len (rakan sebilik aku yang cina tu) pun masing2 dah balik ke bilik dan buat kerja masing2. Aku tak beritahu pun kat diorang hal tadi tu sebab aku rasa mungkin perasaan aku aja.
Malam tu tengah lena dibuai mimpi tiba2 aku tersedar macam ada orang urut kepala aku sampai kelopak mata aku ni tertarik ke belakang dan mata aku terbukak sikit. Mula2 aku ingat aku bermimpi tapi bila rasa urutan tu makin kuat aku mula panic, cepat2 aku bangun duduk atas katil dan tiba2 aku rasa blur macam tak percaya apa yang jadi. Sambil aku terpinga2 tu tiba2 aku dengar buku2 aku, atas meja seperti diselak2. Makin lama makin laju dia selak buku2 nota aku, cepat2 aku baring dan selubung dengan selimut. Dalam selimut tu aku sempat fikir yang kipas memang x pasang waktu malam (kawasan kampung, memang sejuk bila malam) macam mana buku2 aku boleh terselak2 macam tu.
Tengah aku berfikir tu tiba2 bunyi selakan buku tu dah takde, terus aku baca ayat Qursi berulang2 kali sampai tertidur. Rupanya dalam mimpi aku, aku nampak seorang wanita tua urut kepala aku, aku x nampak muka dia, tapi aku pegang tangan dia, memang berurat2 dan berkedut2. Esoknya aku ceritakan hal ni pada Lisa, sebab Naqi penakut jadi aku malas nak cerita pada dia. Rupanya malam tu, Lisa nampak aku tiba2 bangun dan duduk atas katil aku, dia ingat aku mengigau, dia pun biar aja lah. Tapi dia perasan aku tiba2 selubung macam ketakutan dan yang peliknya dia langsung tak dengar bunyi buku aku diselak2. Dia beritahu aku yang dia ‘ditindih’ pada malam yang sama, dia tak boleh bergerak dan bangun masa dia nampak aku berselubung tu. Masa tu dia nak pergi tolong aku tapi tak boleh bergerak dan dia assume yang dia ‘ditindih’ pada malam tu. Lepas kejadian tu, memang aku insaf, sakit perut ke sakit kaki ke aku memang gagahkan jugak pergi surau bila malam jumaat.
Beberapa hari lepas kejadian tu, aku tak ingat pukul berapa yang pasti tengah malam la sebab roommate aku semua dah lena dibuai mimpi, aku tak tahan nak buang air, jadi aku pun pergi la ke bilik air sorang2. Bilik aku paling hujung sekali dan bilik air pulak hujung arah bertentangan dengan bilik aku. Mujurlah depan bilik air aku ni, tangga dan tangga ni pulak memang open ke jalan raya untuk ke blok sebelah sana. Memandangkan minggu ‘study week’ maka ramai la yang stay up untuk study malam2 macam tu. Aku tak la rasa takut sangat sebab memang nampak blok depan tu masih ramai yang belum tidur lagi (banyak bilik yang masih terang benderang walaupun dah lewat malam). Malam tu aku buang air seperti biasa memang tak ada apa2 yang aneh berlaku pun.
Keesokannya, lepas baca surah Al-Mulk ramai2 dibilik Mah (memang amalan kami baca Al-Mulk setiap malam pada setiap bilik aras kami, bergilir2), Mah buka cerita yang ada sorang budak dari aras bawah bilik aku datang jumpa Mah siang tadi (mungkin kenalan Mah) dia cerita pada Mah yang kawan dia dari blok sebelah menjerit2 malam tadi sebab nampak perempuan tua berlegar2 dekat depan toilet aras bilik aku (bilik aku aras 4, paling atas). Yang buat aku rasa tersentak ialah bila Mah beritahu, “korang tau tak, dia cakap budak yang kena histeria tu nampak perempuan tua tu ikut seseorang yang baru keluar toilet malam tadi. Siapa yang ada pergi toilet malam tadi?”.
Bila Mah tanya macam tu aku diam sahaja sebab aku rasa bukan aku sorang yang duduk aras tu, mungkin orang lain kot. Aku jadi tak sedap hati, aku mula bermimpi benda yang bukan2, tapi yang aku pasti aku selalu mimpikan perempuan tua. Ada kalanya aku mimpi dia panggil2 aku, ada kalanya aku mimpi dia serahkan sesuatu pada aku. Tapi yang pasti dalam mimpi tu aku memang pegang barang yang dia serahkan tu. Aku pun tak jelas barang apa. Aku ceritakan semua ni pada mak aku, mak aku mula risau, sibuk dia suruh aku berjumpa ustaz untuk minta air penawar. Aku ni jenis yang malas nak berubat2 macam tu, sebab konon2 aku yakin dengan diri aku sendiri. Aku baca Quran setiap hari, inshaAllah solat pun aku lakukan setiap hari, jadi aku jadikan semua tu pendinding untuk diri aku sendiri. Makin lama makin kerap aku bermimpikan perempuan tua tu, tambah pula aku sering juga bermimpi mengendong bayi kecil, menyusukan bayi kecil. Dan badan aku sering lebam2 tak tentu pasal. Aku ada jugak ‘google’ symptom2 aku ni, kebanyakannya mengatakan ianya saka. Aku memang tahu nenek (belah mak) aku memang ada saka, tapi rasanya dah buang lama dah.
Habes je belajar di kolej matrikulasi (program aku setahun sahaja), aku duduk di rumah sementara menunggu tawaran belajar universiti. Masa ni paling extreme la aku rasa, aku mimpi bukan2. Contohnya mimpi aku yang paling aku ingat ialah, aku pergi Kamdar dengan boyfriend aku (sekarang dah ex, dia pun dah kahwin, lama tau aku jagakan jodoh orang tu hehe) lepas tu dia cakap dia nak ke toilet dan bagi aku sorong trolley shopping tu. Aku nampak ada baby dalam trolley tu, tapi aku tetap sorong jugak. Tiba satu lorong dalam Kamdar tu kat bahagian yang banyak kain2 ela gulung tu, aku nampak ramai perempuan pakai telekung warna hitam sedang memandang aku dengan muka yang marah sangat.
Aku pun panic, aku terus lari tapi tetap bawak trolley yang ada baby tu bersama aku, masa tu perempuan2 bertelekung tu semuanya kejar aku. Semakin lama makin kerap aku bermimpikan pasal baby atau budak2 kecik ni. Yang aku perasan, semua baby dan budak2 kecil yang aku mimpi tu semuanya berjantina lelaki. Aku tak tahan dan beritahu mak aku pasal tu. Mak aku pun panggil la Abg Shah (dia anak didikan kepada ustaz yang pernah buangkan saka nenek aku dulu. Dia ni berilmu juga, yang penting bukan berilmu ke arah yang syirik tu ye) datang rumah untuk pagarkan rumah, mak aku tak cerita kan pun pasal aku mimpi2 tu semua. Cuma mak aku minta Abg Shah tolong ‘scan’ kan badan aku.
Masa ‘scan’, dia tanya aku, “awak ni dah pernah berjumpa dengan dia kan?”. Berderau d***h aku, bila masa pulak aku jumpa? Dalam mimpi tu pernah la, tapi tak pernah nampak muka. Abg Shah ‘offer’ aku untuk tengok ‘dia’ dan minta izin untuk buka hijab aku sekejap. Kebetulan masa tu aku period, badan aku tengah ‘kotor’ so dia minta izin gunakan mak aku untuk tengok ‘benda’ yang mengganggu aku tu. Mak aku pun ok, lepas hijab mak aku dibuka, Abg Shah tanya mak aku sambil tersengih2, “kenal tak tu? Bukan orang jauh tu”. Abg Shah sempat bisik pada abang aku “keturunan bapak korang ni”. Maksudnya bukanlah saka dari nenek aku (nenek belah mak). Mak aku yang dari tadi cuba merenung2 ‘benda’ tu dari jauh (sebab Abg Shah dah pagar rumah, ‘benda’ tu tak boleh masuk rumah dah) asyik kata, “siapa ni? X pernah kenal la.. memang tak pernah tengok orang ni..”
“Macam mana rupa dia, cuba beritahu kat anak2..”, seloroh Abg Shah.
“Lelaki.. hitam sangat kulitnya, rambut kerinting, kurus je, pakai kopiah putih, jubah putih. Mata dia, astaghfirullahalazim..” terus mak aku tutup2 mata dia tak sanggup nak merenung lagi. Abg Shah pun tutup semula hijab mak aku. “Jangan risau lah, dia tak mengganggu, dia cuba nak berdamping aja, mungkin nak cari penjaga baru”, kata Abg Shah. Sebelum balik, Abg Shah sempat berpesan pada aku, “jangan tinggalkan solat, sentiasa berzikir dan berdoa semoga dijauhkan dengan benda2 halus macam ni”. Lepas pada tu, dah jarang2 kali aku bermimpi yang bukan2 lagi. Aku pernah bersembang dengan mak aku, “Mak, kalau yang mak nampak tu lelaki, kenapa saya selalu mimpi kan perempuan tua?”.
“Hmm, mak rasa lelaki yang mak nampak tu saka nenek kau (nenek belah bapak aku) yang kau mimpikan tu mungkin bayangan nenek kau, sebab dulu pernah ma nampak orang lelaki solat dekat ruang tamu rumah nenek kau, padahal masa tu atuk kau dah lama meninggal dunia, siapa lelaki yang solat tu? Dah lah, tak payah fikir lagi, doa je banyak2 moga kita semua dilindungi-Nya”, jawab mak.
Sampai sekarang aku masih tak tahu sama ada nenek aku (nenek belah bapak aku) dah buang ke tak sakanya tu. Pelik juga nenek aku yang berumur 97 tahun tu masih mampu makan macam orang2 muda. Aiskrim, spaghetti, pizza, semua yang kami pelawa dia akan makan tanpa menolak cuma sekarang ni kesihatan dia semakin merosot. Kesian aku tengok dia. Semoga Allah SWT panjangkan umur nenek aku, sayang betul aku kat dia.
Sekian sahaja cerita aku, kalau admin siarkan cerita aku ni, inshaAllah aku akan cerita pulak saka nenek belah mak aku.. hehe..
TAMAT-
021. DENDAM
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : DENDAM
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401021
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
DALAM keadaan yang tidak menentu itu, saya cuba memeriksa diri. Apakah kesalahan yang telah dilakukan. Apa pula pantang larang yang dilanggar. Rasa-rasanya, tidak ada kesalahan yang dibuat.
Bila menjeling ke arah pemandu. dia juga termenung panjang. Barangkali, dia juga memeriksa diri sendiri, macam saya.
"Eh, kamu berdua"
Berderau darah dalam tubuh. Lelaki berdarah dahi ini sudah melampau. Apakah dia tidak boleh menggunakan bahasa yang sopan untuk memanggil saya dan pemandu. Sungguh biadab lelaki laknat kutuk saya dalam hati.
Tetapi rasa marah yang membuak-buak terus menurun melihat si pemandu di sebelah, bersikap tenang dan bersahaja.
"Maafkan aku."
Permintaan maaf dari lelaki berdarah dahi, membuat saya terasa lemah. Kemarahan terus lupus dari kalbu. Senyum persahabatan ditujukan kepadanya.
"Begini, aku nak tegur parangai, kamu berdua...........”
Kerana kata-kata selanjutnya, tidak diteruskan. Dada mula digoncang debar yang hebat.
“Silakankan, kami tak marah." si pemandu berbahasa lembut.
Saya lihat lelaki berdarah dahi menarik nafas panjangj. Tangan kanannya meraba-raba pangkal paha kanan berkali-kali, macam ada sesuatu yang dirasakannya disitu. Kemudian dia mengeliat. Fahamlah saya bahawa lelaki berdarah dahi itu mengalami lenguh-lenguh pinggang.
“Begini, mengikut petua guru aku. semasa dalam perjalanan mengesan atau memburu musuh, tak boleh bercakap, bersiul, menegur benda melintas. Tak boleh bertekak dan cepat marah. Kalau kamu berdua tak boleh ikut petua, biar aku mita diri. Kamu berdua uruskanlah hal ini,” nada suaranya lembut.
Tetapi ada perkataan-perkataan tertentu yang sebutannya sengaja dikeraskan oleh lelaki berdarah dahi.
Saya dan pemandu faham, kenapa dia berbuat demikian? Terutama tentang ungkapan yang berbunyi:
"Biar aku minta diri kamu berdua uruskan."
lni menunjukkan dia marah dan kecewa di samping itu cuba mengugut kami berdua.
Memang menyampah dan meluat mendengar ugutan seperti itu. Lebih-lebih lagi dari orang asing yang baru dikenali, tidak sampai seminggu.Tetapi,kalau ugutan itu dikotakan oleh lelaki berdarah dahi. Saya dan pemandu akan berdepan dengan masalah yang sukar
Jadi sebelum keadaan menjadi bertambah sulit. Perkara ini harus ditangani dengan baik. Biar segala-galanya berjalan dengan lancar dan teratur. Fikir saya sendirian.
PENCARIAN
DALAM usaha mencari jalan terbaik itu, otak terus berfikir dan berfikir. Kepala terus didongakkan ke langit. Awan nampak bertompok tompok. Bergerak lemah mengikut arah angin. Juga kelihatan sekawan keluang terbang rendah menuju ke arah puncak bukit yang nampak berbalam¬balam. Nyamuk dan agas mula menyerang.
"Maafkan kami."
Sungguh di luar dugaan si pemandu berkata begitu. Nampaknya, dia hertindak lebih awal dari saya, dalam usaha mencari kejernihan.
"Juga maafkan saya,” dengan pantas saya mencelah.
"Kami berjanji tak buat lagi perkara semacam itu,” si pemandu memberikan sebuah ikrar dan janji. Saya anggukkan kepala.
Lelaki berdarah dahi terus membisu. Sepasang matanya memanah ke arah langlt luas.Sesekali dia meraba-raba hujung taping telinga kanannya. Ditekan tekan dan dipusingnya sekali dua.
Dari dada langit, renungnya beralih ke arah pepohon yang tinggi menjulang. Agak lama iuga dia menatap dedaun pokok yang tertegun kaku. Macam ada sesuatu yang dicarinya disitu. Fikirannya. berkelana jauh tidak menentu. Sesungguhnya Iceatuan le!aki berdarah dahi membuat saya dan pemandu jadi resah semacam.
TENANG
KELUHAN yang terhambur dari mulut lelaki berdarah dahi, rnembuat mata kami tertancap kewajahnya. Entah mengapa hati terasa tenang. Wajahnya yang tadi keruh nampak beransur cerah dan ceria.
Mata yang tad merah dan bersinar garang, bertukar menjadi lembut. Hidungnya tidak lagi kembang kempis. Segala-galanya kembali pada keadaan normal, macam tadi.
“Jangan sekadar berjanji saja ." bentaknya keras.
"Demi Allah. kami berjanji. Kalau salah seorang daripada kami ingkar, celakalah diri," kami berdua terus berikrar sambil mengangkat tangan separas bahu
'Bagus!" sambut lelaki berdarah dahi.
Perjalanan yang terhenti diteruskan. Entah mengapa , setelah disergah oleh lelaki berdarah dahi, saya seperti mendapat semangat baru. Jadi berani semacam , tidak takuT dengan hantu syaitan. Tidak takut dengan binantang buas.
Kerana merasakan ada kekuatan semangat serta keberanian tersendiri. Saya pun berusaha menjarakkan diri dengan s pemandu sejauh mungkin. Semangat wira mengelegak bagaikan air panas. Sentiasa mengharapkan sesuatu yang boleh diajak bertarung muncul di depan mata.
Apa yang diharapkan, tidak menjadi kenyataan. Perjalanan seterusnya cukup aman dan selesa sekali. Hari yang semakin gelap, terasa seperti berada diwaktu petang saja
"OooPPPPPPP."
Lelaki berdarah dahi yang jadi kepala jalan. angkat tangan kanan. Memberitahu ada rintangan dalam perjalanan.
“Ada parit, terpaksa melompat." tutur lelaki berdarah dahi.
Keberanian yang membuak-buak dalam dada terus surut, bila berdiri di tebing parit yang lebar dan dalam tanpa air.
Lelaki berdorah dahi dan si pemandu sudah pun memperlihatkan kehebatan din masing-masing. Dengan sekali lornpat, mereka lepas ke seberang.
''Lompat Tamar." si pemandu memberi arahan.
“Baik.”
Saya pun mencari ruang u n t u k memulakan lompatan. Langkah pertama teragak-agak, saya batalkan lompatan. Kali kedua, disaat mahu melompat, teringat permukaan parit yang luas dan dalam. Lompatan segera saya tangguhkan. Lelaki berdarah dahi dan si pemandu yang berada di seberang sana mula resah.
BUNTU
Dalam keadaan yang buntu itu saya terus berusaha dan berfikir. Entah macam mana saya berusaha mencari tempat lapang. Dari situ melakukan larian kencang. Bila sampai tepi parit. Pejamkan mata dan terus melompat. Samaada mahu atau tidak, perkara taersebut mesti dilaksanakan. Dengan keyakinan yang padu saya pun memulakannya.
Al-hamdulillah percubaan yang ketiga berhasil. Selamat sampaiu keseberang. Lelaki berdarah dahi dan pemandu segera membangunkan saya yang jatuh terduduk. Punggung terasa sakit, maklumlah terduduk atas akar kayu yang keras. Urat-urat dipangka peha teras tegang seketika.
SUARA
Setelah melepasi parit kecil, kami terpaksa mendaki kawasan tanah yang agak tinggi. Dan situ ternampak cahaya api. Sayup- sayup terdengar suara orang seperti membaca sesuatu. Dalam keadaan yang gelap itu, pemandu mencuit bahu saya.
"Ada suara," bisiknya.
Saya anggukkan kepala.
Bila diamat-amati, suara tersebut adalah suara orang membaca Quran. Sukar untuk menentukan surah apa yang dibaca. Mendengar suara orang membaca Quran di tengah hutan, waktu maghrib membuat bulu tengkuk meremang. Rasa takut dan cemas memang tidak dapat dihindarkan.
Dalam cuaca gelap yang semakin berat itu, lelaki berdarah dahi. angkat tarngan rendah separas bahu. Semasa menyuruh saya dan pemandu berhenti berjaIan, dia angkat tangan melepasi kepala.Tetapi kali ini paras bahu.
“Tanda isyarat apa tu?" Secara berbisik saya bertanya pada si pemandu
"Berjalan rendahkan badan, melangkah perlahan-lahan. Jangan pija benda yang boleh menimbulkan bunyi," balas si pemandu.
lalan membongkok dengan langkah yang berhati-hati dalam keadaan gelap memang menyusahkan. Makin lama kami melangkah makin rapat kami dengan cahaya api. Suara orang membaca Ouran semakin jelas. Saya pasti suara itu, bukan suara datuk. Saya juga yakin orang itu sedang mem baca surah yassin
POHON
DALAM suasana yang penuh dengan persoalan dan pertanyaan itu, kami terus rnelangkah, membongkok dicelah-celah pepohon renik yang hidup subur. Dua tiga kali ranting mencucuk rusuk dan lengan, semuanya terpaksa ditanggung. Pokoknya, kedatangan kami menghampiri cahaya tidak boleh dikesan oleh sesiapa pun.
Walaupun sudah hampir dengan api yang membara, tubuh dan wajah orang membaca Quran masih belum kelihatan. Bahang dari api yang marak itu membuat muka terasa panas dan badan berpeluh. Dengan pertolongan cahaya api yang agak luas itu, kami terus mencari batang tubuh orang membaca surah yassin. Usaha kami gagal.
Lelaki berdarah dahi mencadangkan supaya karni meniarap situ sehingga orang yang rnembaca Quran itu keluar dart tempat persernbunyiam. Cadangan itu diterima. Dalam masa rneniarap itu saya terhidu bau minyak yang cukup kuat. Kerana takut diherdik ofeh lelaki berdarah dahi. perkara itu tidak saya sampaikan padanya dan pemandu.
"Kamu ada tercium bau minyak petrol, tak?" tanya lelaki berdarah dahi pada pemandu dan saya.
“Ada,” jawab kami serentak.
Motorsikal, kawan aku yang jahat terbakar.'
Lelaki berdarah dahi terus berdiri. Renung sekitar kawasan yang diterangi cahaya api. Dia meniarap kembali.
"Kita dah sampai pada matlamatnya, bau minyak petrol itu datang dari arah sana," dia menajamkan mulutnya lalu menghalakan ke kanan.
Bi!a kami merenung ke arah yang ditunjuknya. memang ada cahaya api yang sedang marak. Kepulan asap hitam naik ke langit.
'Tadi mereka duduk di sini, ` bila menyedari ada orang mengintip mereka lari dan tak sempat nak memadamkan api lelaki berdarah dahi membuat sebuah andaian. Suara orang membaca Quran terus menyumbat lubang telinga.
Lelaki berdarah dahi rnenyuruh kami duduk dekatnya. Kami akur dengan permintaannya. Dia terus menerangkan tentang rancangan yang bakal dilakukannya. Kerana dia percaya, dua orang kawannya bertelagah sesama sendiri. Dia memutuskan untuk menyusuri kawannya yang pada pendapatnya tidak berpegang pada janji. Dia mahu membuat perhitungan peribadi dengan kedua-dua kawannya itu.
Saya dan pemandu disuruhnya bergerak perlahan-lahan ke arah perdu pokok besar yang berbanir. Tingginya melangit, sukar diduga.
"Kita bergerak sekarang."
"Baiklah," sahut saya dan pemandu.
CAHAYA
LELAKI berdarah dah segera melangkah menuju ke arah cahaya yang diduga tempat motorsikaI kawannya terbakar. Saya dan pemandu segera bergerak ke arah pokok besar.
“Suara orang membaca Ouran itu datang dari celah-celah banir pokok yang besar itu,” itu yang saya beritahu pada pemandu.
"Aku juga fikir macam tu ," jawabnya.
"Barangkali datuk dan tuan syed bersembunyi di situ.”
"Tak tahu nak cakap," suara sipemandu lemah sekali.
Setelah berada di kawasan perdu pokok besar, dengan cahaya api saya dan pemandu dapat meninjau keadaan sekitar. Tidak jauh dari perdu pokok besar itu, di sebelah kanan terdapat sebatang anak sungai. yang airnya mengalir deras.
"Hati hati melangkah Tamar."
“Iya, aku tahu. Terima kasih atas ingatan tu," dengan ditemani cahaya api yang samar-samar, muka si pemandu saya renung. Dia nampakt enang dan bersahaja.
Bila air sungai yang mengalir deras melanggar bebatu dan bebatang yang menghalang perjalanannya, akan menghasilkan satu macam jenis bunyi. Sekejap kuat, sekejap perlahan. Nada bunyi itu menyenangkan perasaan. .
Sebahagian dari pada banir atau akar besar dari perdu tersebut berada di dalam sungai. Jika ada manusia yang bersembunyi di celah-celah banir tersebut, boleh turun naik ke sungai tanpa dapat dikesan oleh orang lain atau binatang buas. Saya dan pemandu terus melangkah. Penuh hati- hati dan teliti.
JELAS
SUARA orang membaca Quran semakin jelas. Dalam masa yang sama kami terdengar bunyi beberapa letupan kecil secara berturut-turut.
"Bukan dari tempat kita meniarap tadi," si pemandu menudingkan jarinya kearah cahaya api yang lagi satu, iaitu tempat yang ditujui oleh lelaki berdarah dahi.
"Biarkan orang itu uruskan.“
Mendengar kata¬kata saya itu, si pemandu senyum panjang.
Sebaik saja mendekati perdu pokok besar, terdengar suara orang - berdehem.Cukup hampir dengan saya. Si pemandu terus memberi isyarat, menyuruh meniarap dan mengawasi keadaan sekeliling. Malangnya suara orang berdehem itu tidak muncul. Puas saya mengawasinya tetapi, kelibatnya pun tak ada.Kami berdua terus mematikan diri.
Sepuluh minit kemudian, terdengar lagi suara orang berdehem. Kali ini betul¬betul di belakang kami. Saya tidak pula merasacemas. Saya yakin, suara itu adalah suara datuk. Sudah jelas kini, suara yang mengalunkan surah Yassin itu adalah suara Syed Hamid Al-Hadad.
"Macamana kamu berdua boleh berada di sini."
Belum pun sempat kami menoleh ke belakang dan menjawab pertanyaan. Tubuh saya dan pemandu diheret ke celah banir besar, terus ditolak didepan Syed Harnid Al-Hadad yang terpaksa berhenti membaca Quran.
Saya kagum dengan lelaki keturunan Arab itu. Dia seorang hafiz Quran.
“Kamu berdua belum solat maghrib lagi?” soal datuk
Saya dan pemandu pemandu mengangguk serentak.
Syed Hamid Al-Hadad yang tidak terkejut dengan apa yang berlaku. Dia merenung ke arah kami dengan waiah yang lembut sambil berkata:
"Pergi ambil wuduk terus solat. Waktu maghrib belum habis. Lepas itu kita keluar dari sini. Agaknya orang membuat aniarya pada kami dah Iari."
"Ikut cakap Pak Habib tu," datuk menyokong.
Tanpa berlengah-lengah lagi kami pun menuruni tebing yang curam sambil berpaut pada akar pokok besar.
Selesai solat dan berdoa. Datuk dan Syed Hamid Al-Hadad minta kami bercerita tentang pengalaman yang dilalui, setelah berpisah dengan mereka. Kerana merasa kikuk bercakap depan datuk, saya suruh pemandu kepada Pak Habib (Syed Humid Al-Hadad) bercerita.
PERASAAN
Denga penuh perasaan Si pemandu mengungkapkan detik-detik cemas yang kami lalui. Beberapa kali datuk dan Pak Habib menarik nafas sambil mengeleng-gelen
gkan kepala.
“Tak mengapa ini ujian untuk kita semua," tenang benar datuk bersuara. Pak Habib tidak memberikan sebarang komentar. Bunyi air sungai yang melanggar bebatu di tengah sungai, cukup menyenangkan. Macam ada irama tersendiri. Gelap malam terus menguasai maya. Badan pun mula terasa dingin.
"Kata kamu, seorang musuh dah jadi kawan kamu berdua. Mana dia?" Pak Hamid mengajukan pertanyaan pada pemandunya yang setia.
Buat beberapa saat si pemandu melemparkan pemandangan kearah saya. Cepat-cepat soya genyitkan mata, beri laluan pada padannya supaya menjawab dengan pantas berhubung dengan pertanyaan yang diajukan oleh Pak Habib.
"Dia tengok motor-sikal terbakar.”
Datuk dan Pak Habib kerutkan kening. Mereka berpandangan sama sendiri. Dan semua yang berada di celah banir terkejut mendengar bunyi ledakan yang kuat. Seluruh kawasan diterangi dengan cahaya api seketika. Suasana kembali normal.
“Berapa buah yang terbakar?” Soal datuk.
Si pemandu kerutkan kening, macam mengingati sesuatu. Kemudian perlahan- lahan gelengkan kepala ke kiri dan kanan.
"Saya tak tahu, sebab tak nampak," jawab si pemandu spontan. Saya anggukkan kepala menyokong penjelasan si pemandu.
“Mari kita tolong mereka."
DIHALANG
PAK HABIB segera bangun dan bersedia untuk melangkah keluar dari celah banir. Perbuatan itu segera dihalang oleh pemandunya yang setia.
"Kenapa halang saya?"
“Dia musuh Tuan Habib."
Syed Hamid Al-Hadad tersenyum. Muka pemandu direnung sebentar. Kemudian bahu si pemandu ditepuknya berkali-kali.
"Mereka dalam kesusahan, kite harus menolong, lagi pun mereka satu agama dengan aku, begitu juga dengan kamu. Orang Islam yang baik tidak menaruh dendam kesumat. Soal dia mahu membunuh aku, itu soal lain. Begitu iuga kalau dia berdendam dengan aku. Itu urusannyanya dengan Allah. Aku tak memusuhinya, aku maafkan kesalahanya."
Satu penjelasan yang saya kira cukup sulit untuk diterima oleh si pemandu dan kebanyakan orang Islam termasuk diri saya.
Pada hemat saya, musuh tetap musuh. Mesti dimusnahkan. Tidak kira dia orang Islam atau sebaliknya, kalau musuh diberi kesempatan rnelepaskan diri. Lambat laun musuh akan datang semula kepada kita. Mungkin bertindak lebih kejam lagi.
"Jangan simpan sifat dendam dalam diri kita. Orang opendendam tidak disukai Allah,” kata Pak Habib (Syed Hamid Al-Hadad) pada pernandunya. Anehnya. saya rasakan kata-kata itu seperti ditujukan pada diri saya-
“Mari.'
Dia pun memulakan langkahnya.Datuk segera mengekori Pak Habib, begitu juga dengan saya dan pemandu.
Perjalanan menuju ke tempat motorsikal terbakar tidak begitu sukar. Selain dari keadaan permukaan tanah yang dilalui agak rata, tidak ada pepokok besor yang tumbuh di situ bagi menghalang perjalanan.
Cahaya api tidak jauh dari perdu pokok besar memberi pertolongan yang amat besar pada kami. Begitu iuga dengan cahaya dari tempat motorsikal terbakar di depan, memudahkan perjalanan ke tempat yang dimaksudkan.
Sebaik sampai dekat kawasan motorsikal terbakar, api yang marak menjulang mula perlahan. Kepulan asap juga tidak sebanyak dan sehebat tadi.
"Subhanallah.....
Pak Habib dan datuk serentak menepuk dahi. Saya dan pemandu tergamam, sedangkan lelaki berdarah dahi yang muncul secara tiba-tiba di sisi kami, tersenyum melihat dua orang kawannya bertarung sama sendiri menggunakan keris.
-TAMAT-
022. RAHSIA 3 MANUSIA JAHANAM TERBONGKAR
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : RAHSIA 3 MANUSIA JAHANAM TERBONGKAR
KARYA : XANDER MATTR
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401022
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
LAMA juga Datuk dan Pak Habib membiarkan kedua-dua lelaki itu dalam keadaan yang tidak menentu. Terhoyong-hayang macam orang mabuk, tidak dapat mengimbangi tubuh untuk berdiri dengan betul.
Salah seorang daripada mereka kerap jatuh dan kerap pula bangun. Dalam saat-saat tertentu mereka bercakap dalam bahasa yang ganjil dan sukar dimengertikan. Bukan dalam bahasa Indonesia, bukan juga dalam Bahasa Melayu.
“Allah huakbar…..”
Secara tidak sengaja Pak Habib menyebut ungkapan itu, bila seekor kelawar sedar melintas di depannya. Serentak pula kedua-dua lelaki yang terhoyong-hayang tersungkur di bumi. Datuk yang berada di sisi Pak Habib menggigit ibu jari kiri.
Muka kedua-dua lelaki yang terkapar di bumi terus jadi bahan renungan Pak Habib. Ada keresahan bermain dalam hatinya. Renungan segera dialihkan ke muka datuk buat seketika. Kemudian kembali semula ke muka kedua-dua lelaki yang terlentang, merenung bulan dan bintang di langit.
Tindak-tanduk Pak Habib mengundang rasa cemas dalam diri saya. Sebenarnya, saya tidak mampu bertahan lebih lama lagi, di kawasan hutan dalam suasana malam yang kian mendekati waktu Isyak.
Mungkin si pemandu dan datuk juga berfikir seperti apa yang saya fikir. Dalam melayani perasaan hati, badan terasa dingin akibat hembusan angin malam yang lemah. Nyamuk terus berpesta menyedut darah. Lelaki berdarah dahi terus berdengkur. Tidak tahu apa yang berlaku di sekitarnya.
“Bangun, berdiri.”
Suara Pak Habib lantang, bergema menguasai kawasan hutan kelcil. Datuk tersintak, pemandu dan saya terkejut besar. Lebih mengejutkan kedua-dua lelaki yang terbaring terus bangun dan berdiri dalam keadaan yang tiada bernaya.
Tindakan selanjut yang dilakukan oleh Pak Habib di luar jangkaan. Dari garang bertukar lembut, penuh sopan. Kembali pada jati diri sebenar. Tangannya menepuk-nepuk bahu kedua-dua lelaki berkenaan penuh mesra sambil mengucapkan sesuatu.
BAIK
WALAUPUN dilayani dengan baik, kedua-dua lelaki tersebut tidak berani menentang muka Pak Habib. Badan mereka kelihatan seperti menggigil.
“Pandang muka saya,” lembut Pak Habib merayu. Rayuan itu tidak diendahkan.
“Kamu berdua, kalau tak salah, pernah bekerja dengan aku?”
Seperti tadi, tidak ada tindak balas dari kedua-dua lelaki tersebut. Mereka buat bodoh, tunduk renung tanah. Pak Habib terus merlegar-legar di depan mereka sambil mengosok-gosok kedua-dua belah telapak tangannya.
“Sebaiknya, kamu berdua berterus terang saja dengan aku, kalau kamu berdua tak mahu susah,” kata Pak Habib dalam nada menggugut. Datuk senyum, kerana dia tahu itu satu taktik dari Pak Habib.
“Pernah tuan Habib,” balas mereka serentak.
Pak Habib segera kenyitkan ekor mata pada datuk yang di sambut dengan senyum pendek.
“Di mana?”
Kedua-dua lelaki itu kembali membisu.
“Di mana?” Ulang Pak Habib keras.
Kedua-dua lelaki terbabit saling berpandangan. Ada kesulitan yang terjadi antara mereka. Siapa yang harus dahulu menerangkan kepada Pak Habib.
Sementara menanti jawapan dari mereka, Pak Habib merenung ke dada langit.
“Di Tanjung Balai, Tuan. Jadi penjaga gedung. Kadang-kadang menemani keluarga Tuan ke Penang,” jawab yang bermuka separuh bulat.
“Kamu pula?”
Pak Habib ajukan pertanyaan pada lelaki yang berkulit agak gelap.
“Sama macam dia tapi, saya bahagian gedung yang menyimpan barang dari luar,” jawab lelaki berkulit gelap.
Penjelasan dari kedua-dua lelaki tersebut membuat Pak Habib termenung seketika. Terus duduk atas seketul kayu. Dahinya, berkerut macam memikirkan sesuatu yang tidak pernah diduga. Dia segera memanggil datuk ke sisinya.
Mereka berbincang sesuatu dengan serius sekali. Tidak lama berikutnya, datuk meninggalkan Pak Habib yang mula bangun mendekati kedua-dua lelaki yang masih berdiri.
“Sekarang baru aku ingat, kamu berdua di tangkap pihak berkuasa Malaysia masa bekerja dengan syarikat aku,” tutur Pak Habib.
“Benar Tuan.” Sahut kedua-kedua lelaki tersebut.
“Aku kurang jelas, macamana kamu boleh ditahan?”
“Eeeeee……lelaki berkulit gelap tidak meneruskan percakapan. Dengan ekor mata dia menjeling kearah kawan di sebelah.
“Berterus terang dengan saya.”
“Begini tuan besar,” lelaki bermuka separuh bulat mengambil alih tugas dari kawannya yang berkulit agak gelap untuk meneruskan penerangan, “Kami kadangkala mengambil kesempatan menyeludupkan rokok kretek dari gedung Tuan Habib ke Batu Uban dengan bantuan orang tengah.”
“Menarik cerita kamu,” potong Pak Habib.
Tiada sebarang komen yang diucapkan oleh kedua-dua lelaki yang berdiri di depan Pak Habib.
TENANG
BARANGKALI mereka mahu mendengar kata selanjut yang bakal diucapkan oleh Pak Habib. Sepuluh saat sudah berlalu, kelopak bibir Pak Habib tidak terkuak untuk melontarkan kata.
Keresahan tidak saja di hati kedua-dua lelaki tersebut. Malah, turut terasa di hati datuk, saya dan si pemandu, kecuali lelaki berdarah dahi yang masih berdengkur. Dalam suasana yang agak tenang itu, datuk menoleh ke arah saya dan pemandu.
“Nasib kami tidak baik, semasa bot mahu rapat ke pantai Batu Uban untuk menyerahkan kretek pada kaki di Penang, kami diserbu polis laut Malaysia, dua orang kawan kami yang jadi ketua penyeludupan lepas lari, kami berdua masuk perangkap pihak berkuasa Malaysia,” lelaki yang berkulit agak gelap mengambil inisiatif menyambung cerita, bila menyedari yang Pak Habib tidak mahu membuka mulut.
“Lepas keluar penjara kamu ke mana?”
Dari jauh datuk campur tangan. Anak mata kedua-dua lelaki itu segera beralih pada datuk. Pak Habib tersenyum.
“Jawablah.”
Pak Habib keluarkan arahan untuk bekas pekerjanya. Mungkin merasa kurang enak dengan campur tangan datuk. Tetapi, tidak berani meluahkan rasa kurang senang itu pada Pak Habib atau datuk. Mereka saling berpandangan dalam usaha mencari keputusan.
“Jawab soalan sahabat saya,” keras semacam suara Pak Habib.
“Lepas keluar penjara kami di hantar balik ke Medan, macam-macam kerja kami buat, termasuk ambil upah pukul orang. Suatu hari kami berdua dibelasah dengan teruk dan dicampak ke dalam sungai Deli,” lelaki berwajah separuh bulat menyingkap kisah lalu.
“Kemudian…” datuk tidak meneruskan kata.
“Umur kami panjang, kami tak mati, bila pulih dari sakit kena belasah, kami pergi menuntut ilmu kebatinan hitam di kawasan perkampungan orang-orang KUBU,” sambung lelaki berwajah separuh bulat dalam keadaan terketar-ketar.
NAFAS
DATUK menarik nafas panjang mendengar penjelasan dari kedua-dua lelaki tersebut. Dalam hati datuk membuat kesimpulan, apa yang berlaku memang sudah dirancang sekian lama. Bukan sehari dua gerak geri Pak Habib diekori oleh mereka.
“Boleh saya cakap sikit.”
Datuk minta izin dari Pak Habib.
“Silakan sahabat.”
“Setelah kamu merasakan ilmu yang di tuntut cukup kuat, kamu berdua mahu melakukan apa saja kejahatan, asalkan kamu berdua senang. Betul tak?
Satu pertanyaan dalam bentuk soalan datuk kemukakan kedua-dua lelaki berkenaan. Ternyata, Pak Habib merestui apa yang datuk lakukan. Malangnya, kedua-dua lelaki itu tidak memberikan tindak balas yang sewajarnya terhadap pertanyaan datuk.
“Kamu berdua sudah lama mahu mengkhianati bekas majikan kamu. Aku yakin kamu mahu menculiknya dan kemudian menuntut wang tebusan dari keluarganya. Jawab pertanyaan saya betul atau tidak?” Datuk terus berhujah.
Kedua-dua lelaki itu tetap macam tadi, tunduk membisu. Tidak berani menentang muka Pak Habib dan datuk.
“Katakan apakah cakap sahabat saya itu betul atau salah. Berterus-terang adalah satu perbuatan yang baik dan mengaku bersalah atas perkara buruk yang kita lakukan adalah amalan yang terpuji,” Pak Habib memujuk penuh diplomasi.
Keadaan tetap tidak berubah, kedua-dua lelaki jahanam itu terus membisu, terus tunduk merenung permukaan tanah. Suasana malam terus bergerak, membekalkan rasa dingin bersama nyayian cengkerik. Nyamuk-nyamuk terus berpesta. Lelaki berdarah dahi tetap berdengkur.
Suara musang liar, suara anjing liar yaqng berselang seli dengan nyayian pungguk terus menyumbat lubang telinga. Sesekali terasa seram, bila melihat pohon-pohon besar bergerak sendiri, sedangkan angin kuat tidak berlegar di sekitar saya.
Sungguh membosankan bila si pemandu yang berada di sebelah sering merungut, dia bagaikan nampak tengkorak manusia bergolek kearahnya. Bila direnung atau mahu dipegang tengkorak manusia bertukar menjadi katak besar dan terus melompat kepangkal pokok dan hilang di celah-celah akar pokok tersebut.
CEMAS
HAL-HAL begini memang mencemaskan tetapi, apakan daya saya dan pemandu tidak mempunyai kuasa untuk memaksa datuk dan Pak Habib, supaya segera keluar dari suasana yang serba mencengkam, serba menggerunkan.
“Bagaimana? Berikan jawapan segera atau menerima habuan dari aku,” lantang sekali suara datuk. Sepasang jari-jemarinya diramas-ramas dan dikepal berkali-kali.
Pak Habib segera membisikkan sesuatu ke telinga datuk. Perubahan segera terjadi, datuk yang tadi kelihatan agak keras dan kasar mula nampak berlembut. Datuk segera menjauhkan diri dari kedua-dua lelaki yang berdiri kaku.
“Jangan sampai sahabat saya marah, kalau dia sudah marah saya tidak boleh membantu kamu. Cakap saja hal yang benar, habis cerita,” Pak Habib memujuk.
Kedua-dua lelaki itu memberikan tindak balas yang positif. Mula berani angkat muka, renung wajah Pak Habib. Mula berani mengerakkan sepasang tangan.
“Memang benar apa yang dikatakan oleh sahabat Tuan, kami memang mahu menculik tuan untuk di jadikan tebusan, malah kami bersedia membunuh tuan, kalau hajat kami tak ditunaikan oleh keluarga tuan.”
“Hummmm………..” Pak Habib menarik nafas dalam-dalam, sepasang anak matanya ditujukan ke muka lelaki yang berkulit agak gelap.
“Benarkah cakap kawan kamu ini?” Tanya Pak Habib.
“Benar,” jawab lelaki berkulit agak gelap itu.
“Kamu berdua minta bantuan dia,” sampuk lelaki berwajah separuh bulat. Jari telunjuknya menunding kearah lelaki berdarah dahi yang berdengkur.
“Kenapa dengan dia?” Tanya Pak Habib.
“Dialah yang memberitahu kami yang tuan melalui jalan ini balik ke Medan. Dia ikut rombongan yang menghantar jenazah,” sambung lelaki berwajah separuh bulat dengan tenang.
PENJELASAN
MENDENGAR penjelasan lelaki berkenaan, Pak Habib terdiam. Memang dia tidak menyangka dalam rombongan menghantar jenazah ke Pengkalan Berandar siang tadi, ada orang rela dirinya dijadikan seperti kata pepatah, musang berbulu ayam.
Datuk yang mendengar dialog antara Pak Habib dengan kedua-dua lelaki jahanam itu hanya mampu menepuk dahi dan menggeleng-gelengkan kepala saja. Pak Habib terpaksa membayar dengan harga yang mahal terhadap kebajikan yang dilakukannya.
“Maafkan kami Tuan.”
Kedua-dua lelaki itu bersuara serentak. Tanpa membuang waktu terussujud di kaki Pak Habib.
“Ampun dan maafkan kami Tuan,” mereka terus merayu. Pak Habib termenung sejenak. Setelah menarik nafas panjang-panjang, dia merenung ke langit.
“Aku maafkan kamu berdua.”
Kedua-dua lelaki itu mengalami rasa terkejut yang luar biasa. Mereka berpandangan sama sendiri. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang mereka dengar.
“Maafkan kami Tuan Besar.”
“Usah ragu, memang aku maafkan kamu berdua. Kalau kamu memerlukan wang ringgit atau apa saja pertolongan datang jumpa aku. Lagipun kamu dah tahu di mana aku duduk.”
“Hahahaa……..” mulut lelaki berwajah separuh bulat terlopong. Begitu juga dengan kawannya. Mereka termanggu-manggu. Mereka bagaikan antara percaya dengan tidak kata-kata itu lahir dari mulut orang yang mereka aniayai atau khianati.
Serentak kedua-dua lelaki yang di lambung kegembiraan itu merenung anak mata hitam Pak Habib. Pada saat itu mereka merasakan anak mata Pak Habib memancarkan cahaya berkilauan membuat pandangan mereka gelap. Urat-urat di kepala terasa tegang. Kedua-dua jatuh lembik atas tanah.
Pak Habib menjatuhkan hujung serbannya ke atas dahi kedua-dua lelaki itu buat beberapa saat. Kedua-dua lelaki itu tersedar dan mengulangi perkataan: Maafkan kami untuk beberapa kali. Dalam masa yang sama lelaki berdarah dahi berhenti berdengkur.
Lelaki berdarah dahi tergesa-gesa bangun, terburu-buru pula manggabungkan diri dengan dua orang lelaki jahanam lalu mengucapkan:
“Maafkan kami, tuan besar,” Tiga manusia bergabung mengucapkan serangkai kata yang nada suaranya, sekejap meninggi sekejap menurun.
Tiga suara berpadu menguasai keadaan sekitar. Menenggelamkan bunyi suara unggas dan haiwan. Tiga suara seirama itu ternyata memberikan sedikit hiburan kepada saya, mengusir rasa takut dan cemas.
“Bagaimana Tamar?”
Suara cemas di pemandu menolak gegendang telinga saya di saat dingin malam kian mencengkam.
Awan di langit yang melindungi bulan, mula menyingkir ke tepi memberikan laluan untuk bulan menebarkan cahayanya ke permukaan bumi. Sinaran bulan itu jatuh ke wajah datuk, ke wajah Pak Habib dan apa saja yang ada di sekitar kami.
“Bagaimana Tamar?” Ulang si pemandu.
“Bagaimana apa?”
“Wajarkah mereka bertiga dibiarkan begitu, bercakap tak henti-henti.”
“Kau dan aku hanya tengok saja,” balas saya.
Si pemandu menarik nafas panjang. Bulan di langit kian ghairah mengembangkan sinarnya, keadaan sekitar terang seperti siang. Maklumlah, bulan mengambang penuh.
AWAL
PADA peringkat awal, Pak Habib tidak kisah dengan perangai ketiga-tiga lelaki itu. Pada sangkaannya perbuatan itu adalah perbuatan biasa. Orang yang merasakan dirinya bersalah, tidak segan-segan melakukan apa saja asalkan perbuatannya diampunkan, demikian fikir Pak Habib.
Bila ketiga-tiga lelaki itu tidak memperlihatkan tanda-tanda mahu berhenti. Malah. Makin lama, makin kuat dan rancak mereka menyebut perkataan “Maafkan kami tuan besar,” seperti kerasukan. Semua yang berlaku di depan mata, membuat datuk dan Pak Habib tidak senang hati. Kalau tadi mereka mengucapkan kata-kata tersebut dalam keadaan berdiri dan memeluk tubuh. Tidak bergerak ke mana-mana. Tetapi, keadaan segera berubah mereka yang tadi tidak bermaya sekarang sudah bertenaga. Malah, datuk dapat mengesan yang ketiga-tiga manusia itu mula mahu bertindak agresif.
Sebelum keadaan menjadi lebih parah. Datuk terus mendekati Pak Habib.
“Ada sesuatu yang tak kena, mesti diatasi sebelum keadaan menjadi lebih parah.”
“Aku juga berfikir macam itu,” Pak Habib menganguk dan mencadangkan supaya datuk melakukan sesuatu.
Datuk menolak saranan itu dan sebaliknya menyuruh Pak Habib yang melakukannya. Alasan datuk amat mudah sekali, ketia-tiga orang yang terbabit ialah orang tempatan. Dua daripadanya bekas pekerjanya sendiri. Andainya, usaha Pak Habib gagal barulah datuk masuk gelanggang.
“Satu alasan yang baik dan masuk di akal.”
MENDAKAP
DENGAN tenang Pak Habib meletakkan telapak tangan kirinya ke atas bahu datuk. Dengan penuh keyakinan datuk mendakap telapak tangan tersebut dan menjatuhkannya ke bawah. Mereka saling bertukar pandangan saling menyimpulkan sebuah keyakinan.
“Saya mulakan,” suara Pak Habib bergetar.
Datuk anggukkan kepala. Setuju.
Setelah membaca beberapa potongan ayat yang dipetik dari Al-Quran. Pak Habib melagakan kedua-dua belah telapak tangannya berkali-kali. Kemudian dihembusnya tiga kali berturut-turut yang disertai dengan membaca Al-fatihah.
Kemuncak dari usaha itu, Pak Habib menepuk tangan hingga melahirkan bunyi yang kuat, macam bunyi senapang kampung berlaras satu. Sebaik saja bunyi itu hilang, Pak Habib terus menjerit dengan kuat sambil berkata: AKU MAAFKAN KAMU SEMUA.
Suara ketiga-tiga lelaki jahanam itu terhenti. Pergerakan anggota mereka yang tadi rancak terus kaku. Ketiga-tiganya berdiri tegak merenung ke satu arah, macam patung di tugu kebangsaan.
“Sekarang kamu bertiga boleh keluar dari sini. Kalau susah, datang jumpa aku,” suara Pak Habib dalam nada yang sederhana tinggi. Anehnya, ketiga-tiga lelaki itu masih ragu-ragu untuk melangkah.
“Silakan, keluar.”
Ketiga-tiganya mengangguk kearah Pak Habib yang memberikan laluan. Disaat ketiga-tiga manusia jahanam mahu melangkah menuju ke arah lorong kecil yang menuju ke jalanraya datuk segera menghalang.
-TAMAT-
023. DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : DARAH LENGAN SEBAGAI IMBALAN
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401023
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Suasana yang samar-samar, bertukar menjadi bertambah gelap. Tiada suara unggas kedengaran, kecuali nyanyian cengkerik hutan.
Teringat cakap nenek. Waktu-waktu begini, makhluk halus berkeliaran. Singgah ditubuh manusia lalu menyerap ke dalam darah. Mangsa utamanya orang yang lemah semangat. Kurang rasa takwa kepada Allah. Bila darah sudah diresapi makhluk halus orang terbabit terus hysteria, meracau tidak tentu arah.
Entah mengapa, macam tidak semena-mena anak tekak terasa gatal semacam. Air liur segera ditelan. Akibatnya saya tersedak lalu diikuti dengan batuk kecil. Lelaki berdarah dahi tersenyum sumbing.
“Barangkali nama kamu disebut nenek?” katanya.
Dan hati terasa panas. Apa hak dia membabitkan nenek saya dalam hal ini. Ini sudah keterlaluan.
Satu renungan yang penuh dengan api kemarahan dilepaskan ke wajah lelaki berdarah dahi. Menyedari renungan itu membawa satu mesej tertentu, cepat-cepat dia mengalihkan pandangan ke arah lain.
“Sial,” cetus hati.
Dan saya yakin dia dapat membaca apa yang tersirat dalam kalbu. Buktinya, walaupun pandangannya tidak kepada saya, senyum sinis masih berlarutan di kelopak bibirnya.
“Kamu berdua meragukan keikhlasan aku?” terlontar kata dari mulut lelaki berdarah dahi. Sesuatu yang diluar jangkaan saya dan pemandu.
“Tidak,” satu jawapan pasti dari pemandu.
“Kami berdua tidak berfikir begitu,” saya menyokong kata pemandu dalam nada suara yang agak meninggi.
Secara jujur saya mengakui, jauh di sudut hati, masih ada lurah kesangsian dan kecurigaan terhadap nya.
Perlukah kami menunjukkan bukti sebagai tanda keikhlasan kami berdua,” si pemandu mengemukakan pertanyaan. Dan lelaki berdarah dahi termenung sejenak. Menarik nafas dalam-dalam.
Jari jemarinya kembali meramas-ramas pasir hitam. Dari tindak tanduk dan gerak gerinya itu, membayangkan dia puas hati dengan pengakuan yang kami luahkan.
Masa terus berlalu. Nyanyian cengkerek hutan yang tadi agak lemah bertukar menjadi rancak dan gamat sekali. Tidak tahu, siapakah di antara kami akan memulakan buah percakapan yang terhenti.
Wajarkah saya memulakannya? Tidak mungkin saya. Barangkali si pemandu kepada Syed Hamid Al-Hadad boleh memulakannya? Sukar untuk dipastikan. Mudah-mudahan lelaki berdarah dahi boleh jadi penghulu pembuka kata. Semua persoalan itu bergolak dalam rongga dada, tidak terucap oleh mulut.
“Begini saja,” si pemandu membuka gelanggang kata.
Sepasang anak mata lelaki berdarah dahi dan saya tertumpu ke wajah pemandu yang mempamirkan senyuman singkat.
“Kalau harapkan kami bertanya, sampai besok pun kami tak akan bertanya,” sambung pemandu dengan tenang dan bersahaja. Lelaki berdarah dahi renung saya,” seulas senyum didermakan.
Dan saya sambut dengan rasa hambar. Menyedari yang saya member reaksi dingin, senyumnya segera dialihkan kepada sipemandu.
MESRA
Balasan senyum dari pemandu disambut oleh lelaki berdarah dahi dengan bunga kemesraan yang penuh makna, sebagai pembuka jambatan hati yang mengurangkan percikan kemarahan di dada. Dalam suasana yang dihembus angin kedamaian, masing-masing melepaskan nafas kelegaan. Nanyian cengkerik hutan tidak juga berhenti.
“Kenapa kamu cakap macam tu”
Kelopak mata sudut kiri lelaki berdarah dahi nampak mengecil. Kemudian dahi yang masih terdapat kesan darah kering dikerutkannya. Si pemandu tetap seperti tadi, Masih tenang dan bersahaja.
“Macam mana kami nak bertanya ? Benda yang ditunjukkan itu tak pernah kami tengok selama ini. Baru hari ini kami menengoknya. Apa lagi tentang kegunaannya,” jawap pemandu.
Perasaan saya mula berdebar, menanti tindakan dan reaksi selanjutnya dari lelaki berdarah dahi.
“Hissssss…… kamu,” desis lelaki berdarah dahi.
Saya mengigit bibir. Tetapi, iras kemarahan sudah pun hilang dari permukaan wajah lelaki berdarah dahi.
“Kenapa pulak hiisssss…. Kami memang tak tahu,” dalam rasa takut dan cemas itu, saya beranikan diri menyampuk. Buat beberapa detik berikut, lelaki berdarah dahi termenung sambil menelan air liur. Buah halkumnya yang melekat di batang leher nampak bergerak-gerak lemah.
“Kamu berdua memang jujur.”
Satu pengiktirafan yang tidak pernah diduga dari lelaki berdarah dahi. Kami ternganga seketika kerana terkejut.
Sungguh melucukan bila dia ketawa terkikih. Tidak memadai dengan ketawa, bahu pemandu ditumbuknya berkali-kali. Matanya, tidak berhenti-henti menyorot ke wajah saya. Seolah-olah ada sesuatu yang mahu dicari dari sinar anak mata saya.
“Ok, biar aku terangkan khasiat dan kegunaan barang-barang yang sudah aku tunjukkan kepada kamu berdua tadi,” itu yang terlontar dari mulutnya, sebaik sahaja ketawa luar biasanya berhenti. Serentak kami anggukkan kepala. Seluruh perhatian segera ditumpukan kepada barang-barang yang dikatakan berkhasiat itu.
Tanpa membuang masa dia menceritakan tentang kekuatan ghaib serta khasiat dari dua barang yang menjadi persoalan utama. Lagaknya tidak ubah meacam penjual dikaki lima.
MEMANGGIL
Katanya tahi bijih atau pasir hitam boleh dimanfaatkan untuk memanggil makhluk halus dengan tujuan untuk menganiaya sesaorang. Boleh membutakan atau mengaburkan penglihatan sesaorang untuk seketika.
“Aku buktikan pada kamu berdua, kamu nak tengok?.” Nada suaranya agak sombong sedikit.
“Boleh juga,” jawab kami serentak.
“Jangan lari dan takut, hadapilah dengan tenang walau apa yang datang,” satu amaran yang membuat saya terrasa seram.
Dengan menggunakan dahan kayu yang panjangnya sekitar satu kaki, dia mengorek lubang sedalam setengah kaki. Kemudian lengan kirinya digigit sehingga berdarah. Bibir dengan giginya penuh dengan darah. Seram juga melihat mukanya. Darah yang keluar segera dijatuhkan kedalam lubang yang dikoreknya.
“Cuma 13 titik, jangan lebih dan jangan kurang, campurkan dengan segenggam tahi bijih timah dan timbus lubang yang dikorek tadi,” jelas lelaki itu sambil membaca mantera yang bercampur aduk dengan ayat-ayat Quraan.
Dia seorang yang memang pantas melakukan sesuatu. Mulut bercakap, tangan dan kaki terus bekerja. Dengan tumit kaki kiri dia meratakan tanah di permukaan lubang. Semua yang dilakukannya, kami perhatikan dengan penuh teliti.
“Sebentar lagi dia tiba,” suara yang bersulam keyakinan.
Saya dan pemandu menganggok. Hati terus digaru kecemasan.
GELAP
Suasana sekitar menghadiahkan cuaca gelap yang agak berat. Pepohon sekitar mula bergoyang diremouh angin yang bertiup agak keras.
Nyanyian cengkerik tetap seperi tadi. Cuma ditambah dengan bunyi jeritan ungka bersahut-sahutan. Sesekali terdengar juga bunyi kuang liar dan kokok ayam hutan. Semuanya bersahut-sahutan dalam irama yang tidak menentu.
“Jangan cemas, aku Cuma membuktikan kepada kamu berdua dengan tahi bijih, orang halus boleh dipanggil,” lelaki berdarah dahi menghiburkan hati kami yang mula tudak tentu arah. Segala-galanya terasa seram dan mencemaskan.
Dalam saat cemas begitu, terdengar suara perempuan menjerit panjang, menangis tersedu dan mengilai.
“Bertenang, masanya sudah hamper.” lelaki berdarah dahi terus bersuara.
“Kami berdua masih tenang,” saya menjawab dan pura-pura lagak berani.
“Sekarang lihatlah, aku bukan bercakap kosong.” Hujung siku kiri dihenaknya tujuh kali berturut-turut berhampiran lubang yang ditimbus bersama darah dan tahi bijih.
Sambil melakukan kerja-kerja tersebut, mulutnya terus mengucapkan mantera memanggil makhluk halus. Memang tidak saya fahami dengan apa yang dicakapkan, kecuali kata-kata: kalimah Adam, berkat kalimah Muhammad. Datanglah.
Dari mencangkung terus duduk bersila, memeluk tubuh. Kata-kata itu terus diucapkan hingga dia kesurupan (dirasuk syaitan). Jatuh terbaring dibumi dengan kaki dan tangan mengeletar. Mulut pula tidak kenal penat mengucapkan mentera. Bila mulut terkunci dari berkata, terdengar bunyi suara orang menggeruh.
Serentak dengan itu, semua pokok di kawasan sekitar bergoyang dengan hebat, samada besar mahu pun kecil.
Reranting reput dan dedaun matang jatuh berguguran. Bumi yang dipijak seperti bergerak. Seekor kerbau jantan hitam sebesar gajah hadir di depan mata kami, hanya untuk beberapa detik cuma.
Bla kerbau jantan sebesar gajah itu menghilang tempatnya segera diambil alih oleh busut jantan yang besar dan tinggi. Rupanya mengerutu semacam. Dan secara perlahan-lahan busut jantan berputar dan bertukar rupa dan bentuk menjadi makhluk yang berukuran luar biasa dengan rupa yang menakutkan. Tinggi dan hitam legam.
“Bagaimana ini?” bisik saya pada pemandu.
“Kita tunggu dan lihat,” jawabnya dengan wajah yang gusar.
Seiring dengan kemunculan makhluk ganjil itu, bergemuruh kedengaran bunyi air terjun. Saya lihat matanya sebiji berada betul-betul ditengah-tengah dahi, memancarkan cahaya hijau kemerah-merahan. Hidungnya macam hidung orang hutan, Bila menarik dan melepaskan nafas, kami terhidu bau busuk, macam bau bangkai kering.
Makhluk ganjil itu terus membongkok. Lelaki berdarah dahi yang terlentang di bumi diangkatnya lalu diletakkan di sebelah kanan pokok asam jawa yang tumbuh liar di situ. Sebaik saja diletakkan di situ, lelaki berdarh dahi terus bangun.
RAKSASA
“UUUHHHHHHHHH..................”
Lembaga raksasa itu menggeruh sambil sepasang tangannya yang menyerupai kaki monyet dihayunkan kekiri dan kekanan.
“Bukan apa-apa mereka mahu tengok rupa dan kehebatan kamu sebagai penunggu kawasan ini,” lelaki berdarah dahi dongakkan mukanya ke arah lembaga yang menakutkan.itu.
Dan makhluk raksasa itu bagaikan faham apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut. Buktinya, kelopak mata yang tebal dan berlapis digerakkan ke atas ke bawah.
“Terima kasih penunggu hutan,” suara lelaki berdarah dahi meninggi.
“Hiiisssss..............”
Makhluk raksasa menarik dan melepaskan nafas. Bau busuk dan hapak tersebar. Saya dan pemandu terpaksa menekup lubang hidung dan mulut. Sakit rasa hati, bila lelaki berdarah dahi menjeling ke arah kami bersama senyum sinis.
“Busuk, saya tak bau apa-apa.”
Saya dan pemandu membisu. Tidak ada guna menjawab pertanyaan yang tidak bernilai itu. Biarkan dia begitu, bisik batin saya.
Lelaki berdarah dahi terus mendekati kaki kiri raksasa yang berbulu-bulu hitam lebat itu . Digosok dan dibelainya bulu yang keras tebal macam bulu kabung.
Baliklah, istirehat di tempat kamu. Mereka dah lihat rupa kamu,” sambil bercakap, lelaki berdarah dahi terus menepuk-nepuk kaki makhluk raksasa.
Tiba-tiba secara mengejut terpancut suara yang menakutkan serta memekakkan anak telinga dari mulut makhluk raksasa. Tidak ubah bunyi “sirin” kereta bomba.
Beburung yang bertenggek di ranting dan monyet yang bergayut di dahan bertempiaran. Cengkerik hutan berhenti menyanyi, keadaan terasa sunyi sepi. Agaknya unggas dan haiwan terkejut dengan bunyi tempikan yang luar biasa itu.
Dan dalam sekelip mata, makhluk raksasa ghaib dari penglihatan kami, lelaki berdarah dahi duduk bersila di bekas tapak kaki makhluk raksasa berdiri.
Dari mulutnya terkeluar ungkapan-ungkapan mentera yang sukar difahami. Tidak jauh dari tempat dia duduk bersila, terdapat kepulan asap yang berwarna hitam keputih-putihan. Ternyata kepulan asap itu tidak menganggu lelaki berdarah dahi yang sedang membaca mentera.
“Lubang.”
Saya segera merenung ke arah lubang yang dimaksudkan oleh pemandu. Lubang tersebut berukuran sebesar muncung cawan teh, keliling lubang nampak bersih.
“Pelik, macammana lubang itu boleh berada disitu , Tamar?”
“Kalau tak silap aku, di situlah tadi lelaki berdarah dahi, korek lubang tanam tahi bijih dan darah. Satu penjelasan yang memuaskan hati si pemandu. Dalilnya, dia mengagguk kepala berkali-kali.
LUBANG
Dari bentuk bibir yang bersih dan rata diyakini, lubang itu digali dentan tangan atau dengan benda keras. Jadi, siapa yang menggalinya? Untuk apa lubang itu digali? Mungkinkah makhluk raksasa yang menggali untuk mencari darah lengan lelaki berdarah dahi? Semuanya bermain-main dalam tempurung kepala.
“Tamar.”
Sata menoleh ke arah pemandu. Suara lelaki berdarah dahi membaca mentera yang tidak tentu buah butirnya terus bergema. Hari bertambah gelap. Dan saya merasakan ada sesuatu yang terlepas dari kotak fikiran.
“Kita macam terlupa dengan diri datuk kamu dan Tuan Syed Hamid Al-Hadad, pelik ya Tamar.”
“Iya,” sahut saya.
Sesuatu yang terlepas dari kotak fikiran sudah ditemui jawapannya dari sipemandu. Si pemandu masih lagi merenung ke arah mulut lubang yang ternganga.
Macam ada satu misteri tersembunyi dipermukaan lubang tersebut. Si pemandu mahu mencari jawapan dari misteri tersebut.
“Darah dan tahi bijih yang ditanam sudah disedut lembaga hitam menerusi ibu kakinya. Lubang kita tengok ini bukan dikorek tetapi disedut . Masa lelaki berdarah dahi mengosok-gosok bulu di kaki lembaga hitam itu tadi, secara tidak langsung dia memberikan darahnya untuk dihisap makhluk itu menerusi bulunya yang melekap ditangan lelaki berdarah dahi.”
IMBALAN
“Kamu bergurau dengan aku?”
“Tidak Tamar, setahu aku setiap makhluk halus yang dipanggil mesti mahu imbalan atau upah darah.Kalau tidajk diupah dia tidak datang. Hal-hal begini, aku tahu juga serba sedikit Tamar.”
“Jadi apa yang mesati kita buat?”
Kita ikut dulu, bila dah teruk baru kita bertindak.”
“Kalau itu yang kamu mahu, aku ikut saja, Asalkan kita jangan rugi,” sebuah jaminan saya berikan pada pemandu. Dia senyum sambil menegakkan ibu jari kanannya.
Lelaki berdarah dahi berhenti membaca mentera. Dia bangun dan mengeliat sambil mendongakkan kepala ke langit. Nafas ditarik dan dilepaskan secara bertahap-tahap dan teratur. Perlahan ;ahan kepalanya dijatuhkan lalu sepasanga anak matanya memanah kea wajah saya dan pemandu.
“Aku sudah buktikan yang aku tidak menipu kamu berdua. Aku bercakap benar dan jujur,’ muka lelaki berdarah dahi kelihatan merah dan berpeluh. Dia tersenyum dengan penuh kepuasan, “ kalau mahu membutakan mata dan mengabur pandangan seseorang ada caranya..................” kata kata itu tidak diteruskan oleh lelaki tersebut.
Dia melihat kesan gigitan di lengan kirinya. Darah kering yang melekat di lengan dijilat-jilatnya berkali-kali. Kemudian telapak tangan kirinya mengosok pergelangan tangan kanan berkali-kali. Kemudian telapak tangan kirinya mengosok pergelang tangan kanan berkali-kali .
“Bulu kaki lembaga hitam mencucuk lubang bulu roma lengan kanannya untuk menyedut darah, macam nyamuk menyedut darah kita. Kesan gatal dan pedih masa terasa, itulah sebabnya dia gosok tangan,” bisik pemandu ke telinga
Berhati-hati saya anggukkan kepala supaya perkara yang dibisikkan oleh pemandu tidak dikesannya.
KELUARGA
“Caranya mudah saja,” lelaki berdarah dahi menyambung kembali percakapannya yang terputus,, “ taburkan pasir hitam garam dijalan yang menjadi laluan orang yang kita maksudkan sambil sebut namanya dan nama emaknya. Ada jampi dan mentera yang mesti dibaca. Semuanya kena belajar.”
Sambil bercakap, sepasang kakinya tidak berhenti bergerak ke kiri dan ke kanan. Ke depan dan ke belakang, macam ada sesuatu yang dilakukannya. Rahsia dari gerak kakinya dapat dipecahkan. Gerak kakinya, ada maksud dan tujuan, mengumpulkan reranting, dedaun dan rerumput kering untuk menutup lubang sebesar mulut secawan teh yang ternganga.
Pada sangkaannya, apa yang dilakukannya tidak dapat kami lihat.
“Tahi bijih itu banyak gunanya, bagi orang yang tahu. Pada orang yang tak tahu macam kamu berdua, tak ada makna dan ertinya,” lelaki berdarah dahi menyelitkan sebuah sindiran yang bisa untuk saya dan pemandu.
-TAMAT-
024. JASAD JADI BATANG PISANG
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : JASAD JADI BATANG PISANG
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401024
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Perkelahian dua insan yang berlaku di depan mata sungguh mendebarkan. Tetapi tidak pula bagi lelaki berdarah dahi.
Perkelahian itu buatnya sungguh menyeronokkan. Setiap kali orang bertarung di tanah lapang melepaskan tikaman pada lawannya, lelaki berdarah dahi ketawa kepuasan.
“Hebat, “ dengusnya.
Bila pihak lawan membalas dengan tikaman bertubi-tubi, lelaki berdarah dahi bertepuk tangan. Ketawanya semakin keras dan dia melompat-lompat sambil menjerit. Tidak ubah macam orang kena histeria.
“Pelik,” saya merungut dalam hati.
Si pemandu hanya mengigit bibir melihat telatah lelaki berdarah dahi. Datuk memalingkan wajahnya ke arah lain. Dia tidak mahu melihat pertarungan maut yang tidak menguntungkan sesiapa.
“Leraikan mereka!,” seru datuk keras tanpa menoleh ke arah orang yang bertarung.
Si pemandu tahu. saya juga tahu, begitu juga dengan Syed Hamid AI-Hadad. Kata-kata itu datuk tujukan kepada lelaki berdarah dahi. Ternyata seruan itu tidak diendahkannya.
"Berhentikan."
Syed Hamid Al-Hadad atau Pak Habib, secara mendadak menyokong datuk. Saya dan si pemandu jadi serba salah. Apakah kami juga disuruh bertindak meleraikan perkelahian tersebut? Ertinya, ungkapan yang diluahkan Pak Habib sebentar tadi, tidak terhad pada lelaki berdarah dahi saja.
"Kamu berani meleraikannya?," Secara berbisik saya bertanya pada pemandu.
"Aku tak sanggup. bagaimana dengan kamu?," si pemandu menyoal saya kembali. Dengan pantas saya gelengkan kepala. Kemudian kami segera berpandangan.
"Cubalah leraikan mereka," ulang Pak Habib.
"Biarkan mereka mampus," lelaki berdarah dahi membantah.
"Haaaa.........."sahut datuk.
Dengan pantas datuk memusingkan tubuhnya. Wajah lelaki berdarah dahi ditatapnya dengan seribu tandatanya. Penuh rasa hairan dan pelik.
Situasi yang berlaku, membuat Pak Habib tidak tentu arah. Dia bimbang benar, kalau lerjadi pertengkaran antara datuk dengan lelaki berdarah dahi. Akhirnya, Pak Habib menarik nalas lega. Datuk tidak pula memperlihatkan sikap yang agresif, begitu juga dengan lelaki berdarah dahi.
Dua insan yang bertarung di tanah lapang terus memperjudikan nasib. Sukar diduga, antara mereka berdua siapa yang lebih dulu gugurkebumi. Satu hal yang pasti. mereka saling berbalas tikaman. Saling melepaskan buku lima dan tendangan tajam.
Ada ketikanya, kedua-dua insan tersebut saling bergulingan, berlompatan. Dengan mata terbuka, saya melihat beberapa tikaman yang dilakukan tepat mengenai sasaran di tubuh. Tetapl. tidak meninggalkan sebarang kesan. Tidak luka, tidak pula berdarah,
Tubuh kedua-duanya tidak mampan atau lut dengan senjata tajam. Si pemandu mengikuti setiap gerak langkah yang diatur oleh kedua-dua insan itu. Lelaki berdarah dahi. tidak berubah tetap seperti tadi. Ada masanya melompat tinggi, di ketika yang lain menjerit dan ketawa terbahak-bahak sarnbil ber-tepuk tangan.
"Ahhhhhhh.........”
Salah seorang daripada mereka yang bertarung menjerit panjang. Dia lergelincir lalu jatuh ketika menepis tikaman iawannya. Dalam keadaan yang terkial-kial mahu bangun dia menggunakan kaki untuk mengelak dan menyelamatkan nyawanya. Segala-galanya berlaku dengan pantas sekall.
TIKAM
DI SAAT lawan menerkam dengan senjata terhunus ditangan lelaki yang terbaring segera mengangkat kaki kanannya. Dia melepaskan tendangan yang padu dibahagian punggung lelaki yang menerkam. Tendangan itu menye-babkan lelaki yang menyerang terdorong ke belakang lalu jatuh terlentang.
Tetapi dengan tangkas bangun dan menerpa bagaikan singa tapar. Satu tikaman lepat dilepaskan ke bahagian depan rusuk orang yang terbaring. Hujung senjata tajam (macam bentuk golok) bagaikan tergelincir ke arah lain dan terus lerbenam ke bumi.
Sepatutnya, senjata tajam lerbenam dirusuk lelaki itu. tetapi, seperti ada tenaga ghaib yang menolak pergelangan langan orang yang melepaskan tikaman.
"Kedua-duanya memang handal. semua jenisbesi tak boleh tembus kulitnya. Peluru senapang. peluru pistol, malah peluru meriam sekalipun tak lut. Guru mereka, boleh telan bara api," lelaki berdarah dahi memberitahu si pemandu penuh semangat
"Kalau macam itu caranya, sampai pagi esok pun pergaduhan tak berhenti, susah jadinya," balas si pemandu dengan wajah yang cemas. Saya yang dapat menangkap per cakapan mereka berdua turut jadi resah semacam. Bayangkan kalau pertarungan itu berlanjutan sampai ke pagi. Siapakah yang sanggup menunggu?
"Bila salah seorang dari mereka mati dengan sendirinya perkelahian ini berhenti. Biarkan lembu-lembu tu berlawan," itu jawapan dari lelaki berdarah dahi untuk sipemandu.
"Kamu manusia pelik." songsong si pemandu.
"Mereka lagi pelik." tingkah si lelaki berdarah dahi. Dia terus ketawa berdekah-dekah. Mengoyang-goyang-kan tubuhnya macam orang menari joget.
TIDAK DISENANGI
PERBUATAN lelaki berdarah dahi itu ternyata tidak disenangi oleh datuk dan Pak Habib.
"Mereka mesti di-berhentikan dari pergaduhan yang lidak menguntungkan ini." Pak Habib merenung muka lelaki berdarah dahi, Seolah-olah minta lelaki itu melakukan sesuatu yang bermanfaat.
Tetapi, lelakiberdarah dahi buat tidak kisah, wajahnya dipalingkan kearah lain. Dia tak mahu merenung muka dan biji mata Pak Habib.
"Kita mesti bertindak, jangan biarkan pergaduhan sampai ada yang rnati." sambung Pak Habib sambil meninggikan suara-nya. Taktik yang dilakukan itu berhasil menarik perhatian lelaki berdarah dahi. Dia terus merenung batang hidung Pak Habib semula.
"Kamu pergi leraikan. Bukankah mereka berdua kawan kamu?" Datuk yang tadi lebih banyak mendengar mula mengorak langkah, Bahu kanan lelaki berdarah dahi digoyangnya berka!i-ka!i. Sepasang anak mata lelaki berdarah dahi berada dalam sepasang anak matanya.
Dan lelaki berdarah dahi terkejut besar dengan tindakan datuk yang tidak disangka-sangkaitu. Dia terus mengangguk seraya berkata: "Saya lebih suka mereka berlawan terus sampai mereka keletihan."
"Itu penyeksaan namanya, tak baik menyeksa manusia macam itu. Mereka bukan binatang."
"Saya tahu, sebenarnya "
"Tahu apa?" Sebe-narnya apa?." Datuk menyergah.
Suaranya keras sekali. Buat beberapa saat lelaki itu kelihatan seperti kehilangan kata-kata untuk dituturkan. Terpaksa mengkerutkan kening dan mengecilkan kelopak mata.
"Sebenamya begini, perangai mereka berdua pun lebih kurang macam binatang," tutur lelaki berdarah dahi dengan penuh yakin. Dia menarik nafas dalam-dalam. Bagaikan mencari kekuatan dalam diri untuk berdepan dengan datuk.
"Kurang bijak menuduh orang macam binatang."
"Saya berkawan dengan mereka, saya tahulah. Awak mana tahu."
Datuk meraba hujung hidung berkali-kali. Menenangkan perasaan. Cara lelaki berdarah dahi menuturkan kata agak kasar dan keras.
SEDAR
DATUK sedar, lelaki berdarah dahi kurang senang dengan tindakannya yang menyuruh dia (lelaki berdarah dahi) meleraikan kawannya yang sedang berga-duh. Dia merasakan perbuatan datuk itu sudah keterlaluan.
"Pantang datuk nenek saya diperintah, disuruh sarah orang tak ada sangkut paut dengan darah daging saya," lelaki berdarah dahi melahirkan protes secara terang-terangan. Dia sengaja bercakap kuat-kuat agar dapat didengar oleh datuk. Dan datuk yang sudah dapat mengawal perasaan tetap tenang. Malah senyum pula.
Pak Habib renung muka pemandunya. Renung muka saya dan akhirnya renung muka datuk. Tetapi, wajah lelaki berdarah dahi tidak meniadi sasaran anak matanya. Dua lelaki yang bertarung di tanah lapang, tidak serancak tadi. Sudah ada tanda-tanda keletihan pada diri masing-masing. Lelaki berdarah dahi telap menumpukan seluruh perhatian ke lanah lapang.
"Ehemmmmm.
Lelaki berdarah dahi memalingkan mukanya ke arah datuk yang berdehem lalu menghadiahkan renungan sinis.
"Apa lagi?"
"Begini, mereka berdua kawan kamu. sama-sama mahu menjahanamkan aku," lembut benar nada suara Pak Habib. Kali ini batang hidung lelaki berdarah dahi jadi habuan sepasang anak mata milik Syed Hamid Al--Hadad (PakHabib). Direnungnya anak mata lelaki berdarah dahi itu dalam-dalam.
CEMAS
TIDAK ada sebarang perubahan di wajah lelaki itu. Tidak gementar. Tidak cemas, tidak takut. Nampak bersahaja dan memang dia mengharapkan salah seorang daripada rakannya yang bertarung akan tewas. Kalau boleh kedua-duanya sekali rnati.
"Saya minta kamu berhentikan perkelahian ini. Kamu memang layak jadi pen-damai, mereka kawan kamu," Pak Habib seperti merayu. Lelaki berdarah dahi tersenyum.
"Biarkan mereka mati.”
Ungkapan dari lelaki berdarah dahi itu menyebabkan datuk mengenggam buku lima. Entah mengapa dia jadi marah semacam. Dua insan yang bertarung di kawasan tanah lapang mula bergerak dalam keadaan terhad. Tercungap-cungap keletihan.
Beberapa detik berikutnya, buku lima yang lergenggam di-buka oleh datuk secara perlahan-lahan. Dan lima jari Jemari tangan kiri dan kanan terkembang. Semuanya menunjuk ke bumi. Kemarahan sudah gugur di hati datuk. Sebuah ketenangan segera terukir di wajahnya.
"Jangan biarkan kawan kamu mati sia-sia," nada suara yang seakan-akan merayu dari Datuk membuat lelaki berdarah dahi tunduk merenung permukaan tanah. Kalau tadi dia melihat kawannya yang bertarung di kawasan tanah lapang penuh dengan rasa marah dan dendam kini bertukar simpati.
"Tolong selamatkan, jangan biarkan kawan kamu mati sia-sia. Mati katak.Tolonglah mereka." datang lagi rayuan dari datuk. Pak Habib berdebar menanti jawapan dari lelaki berdarah dahi.
"Dulu dan beberapa jam yang lalu, mereka berdua kawan saya, Sekarang mereka musuh saya."
"Heiiii.............." datuk separuh terkejut. Lelaki berdarah dahi terus ketawa. Saya dan pemandu yang tahu kedudukan sebenar, tidak merasakan apa-apa. Berbeza dengan Datuk dan Pak Habib yang kelihatan cemas dan bimbang.
LETUPAN
DARI kawasan lapang. tempat kedua-dua lelaki beradu kekuatan terdengar bunyi letupan-letupan kecil, beriringan dengan sinaran cahaya seperti sinaran kilat.
Pancaran cahaya itu kelihatan seperti keluar dari telapak tangan kanan, kedua-dua lelaki Itu.
"Keadaan semakin teruk," bisik pemandu pada saya.
"Kita tenang, jangan takut."
"Aku setuju,"jawab si pemandu.
Pak Habib dan datuk nampak lebih bersedia untuk,menghadapi sebarang ke-mungkinan. Lelaki berdarah dahi terpegun. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku di depan matanya. Akibat dari pancaran cahaya tersebut sebahagian daripada kawasan tempat kami berdiri, cerah sekelika.
"Mereka cuba memperlibatkan ilmu kebatinan yang ada pada diri mereka. Makin lama mereka berlawan, makin banyak ilmu batin yang ada dalam diri mereka gunakan. Dengancara itu kita dapat mengetahui kehebatan dan kekurangan diri mereka."
"Tujuannya?" pintas datuk meningkah cakap lelaki berdarah dahi.
"Tujuannya mudah saja."
"Apa yang mudah?," Tekan datuk lagi.
Dengan berani lelaki berdarah dahi itu jegilkan sepasang biji matanya kearah datuk. Bibir tebalnya dijuihkan ke depan.
"Bila mereka letih dan menunjukkan semua ilmu yang ada, mudahlah saya me-ngalahkan mereka. Kedua-duanya pengkhianat. Cakap mereka tak boleh dipakai. Mereka manusia munafik."
Tergamam Pak Habib dan datuk mendengar kata-kata yang diluahkan oleh lelaki berdarah dahi itu.
"Mereka munafik," jerit lelaki berdarah dahi.
Dia segera mengambil sepotong kayu di hujung kaki untuk dilemparkan pada dua orang yang bertarung. Mujurlah perbuatannya dapat dihalang oleh datuk dengan ungkapan pujukan. Mungkin kerana kecewa lelaki berdarah dahi terus duduk di tanah sambil memegang kepala.
Pak Habib segera mendekati datuk memberitahu sesuatu secara berbisik-bisik. Saya dan pemandu hanya berpandangan antara satu dengan lain. Bersedia menerima dan mematuhi sebarang perintah dari datuk dan PakHabib.
Pertarungan dua manusia di kawasan lapang terus berjalan dalam keupayaan tenaga yang kian lemah. Banyak menggunakan ilmu batin yang dimanfaatkan melalui gerak udara dan pancaindera yang lima. Masing-masing mahu menewaskan antara satu sama lain. Dari letupan dan kiiauan cahaya, mereka bertukar menggunakan kepulan asap bersama percikan bara api yang kadangkala muncul dari beberapa sudut di kawasan lapang.
Di peringkat awal pergaduhan kebanyakan tikaman maut ditumpukan pada bahagian rusuk. Kini, tempat sasaran berubah, serangan dan tikaman banyak ditumpukan pada bahagian batang leher di bawah telinga terutama di sebelah kanan. Barangkali. di situ kunci kelemahan diri masing-masing.
"Bagus, hentak kepalanya."
Lelaki berdarah dahi melompat kegembiraan. Salah seorang daripada mereka mencapai sepotong kayu lalu menghayunkan kearah kepala lawan. Orang yang diserang mengelak lalu terbabas ke kanan. Badannya terdampar pada batang pokok, Kayu yang digunakan si penyerang terlepas dari tangan.
SENJATA
Sipenyerang menerkam guna kan senjata tajam dan orang yang diserang sudah bersedia dengan kedudukan yang agak baik. Sebaik sahaja orang yang menyerang mendekatinya, maka orang yang diserang melepaskan satu tendangan padu. Si penyerang jatuh tergolek di tanah. Dengan senjata di tangan orang yang di-serang bertindak balas. Dia menerkam.
Rupa-rupanya orang yang terlentang sudah bersedia. Pergeiangan tangan orang bersenjata dapat dipegangnya. Dalam saat mengelakkan senjata tajam menembusi dadanya, ternyata tenaga orang yang terlentang makin berkurangan. Dia tidak mampu melawan dan pasrah pada keadaan.
Dalam jarak tidak sampai dua inci hujung senjata tajam mahu mencecah kulil dada orang yang terlentang. Orang yang rnemegang senjata tajam tergamam. Senjata dalam genggaman bertukar menjadi seketul kayu. Jasad orang yang terlentang bertukar menjadi batang pisang. Kami melihat ada bebayang lembaga hitam berdiri di belakang orang yang mahu menikam mangsanya.
Bebayang lembaga hltam yang tinggi itu segera membongkok lalu menarik tengkuk orang yang mahu menikam mangsanya ke belakang dan dihumban-kan ke sudut tanah lapang. Bila bebayang lembaga hitam itu hilang, kelihatan tengkorak manusia bergerak di udara dan terus hilang.
Serentak dengan kehilangan lembaga hitam dan tengkorak, jasad yang menjadi batang pisang kembali kepada asalnya. Lelaki berdarah dahi dengan tidak semena-mena terus terkulai pengsan. Saya dan pemandu ditugaskan untuk memulihkan manusia yang berperangai bodoh sombong itu. Bila pulih, dia terus terrnenung tanpa banyak cakap.
DUGA
SAYA menduga, setelah kejadian luar biasa yang tidak masuk diakal berlaku, pertarungan dua manusia itu akan turut berakhir. Andaian saya (mungkin juga Pak Habib, datuk dan pemandu) tidak menjadi kenyataan. Dua manusia itu kembali bertarung.
"Leraikan mereka,"bisik Datuk pada lelaki berdarah dahi yang sedang keletihan tu. Dia gelengkan kepala.
"Kamu tak mahu leraikan," datuk minta kepastian.
"Sudah tentu," jawabnya penuh bertenaga. Dan dia mula bangun unluk melihat kedua-dua kawannya yang sudah pun memulakan pertarungan.
"Kalau begitu, kamu jangan marah bila aku bertindak," satu amaran awal dari Syed Hamid Al-Hadad yang nyata sudah bosan dan meluat melihal pertarungan dua lelaki yang tidak diketahui bila akan berakhir.
" Apa yang kita lihat, mereka menunjukkan ilmu iblis, penuh sihir," runggut Pak Habib dengan wajah yang penuh kesal.
"Biarkan mereka tuan Habib."
Lemah sahaja nada suara lelaki berdarah dahi. Dia tidak mahu menentang mata Syed Hamid Al-Hadad yang merenung tajam ke arahnya. Datuk saya lihat resah sekali, Si pemandu tidak berkata sepatah apa pun.
Pertarungan dua lelaki di babak kedua bertambah hangat. Mereka seperti mendapat semangat baru. Kalau mengikut lojiknya, mereka sudah amat penat. Sudah hancur tulang-temulang kena penumbuk dan penendang. Sudah bertaburan daging tubuh akibat tikaman senjata tajam.
Semuanya itu tidak berlaku, tidak ada setitik darah pun yang tumpah ke tanah. Macam ada tenaga luar yang melindungi dua insan itu.
''Pada hemat saya bukan manusia yang berlawan. Syaitan yang berkelahi menyerupai manusia," saya terdengar datu kberbisik dengan Pak Habib. Tidak lama berselang Pak Habib berbisik sesuatu pada pemandunya.
Setelah faham dengan apa yang disampaikan oleh majikannya, si pemandu segera beredar secara perlahan-Iahan memisahkan diri dengan Pak Habib dan datuk lalu mendekati saya.
"Pesan dari datuk kamu dan Pak Habib, jauhkan diri dengan lelaki itu. Ikut aku. mari kita cari tempat selamat."
"Di mana?"
"Ikut saja jangan banyak soal."
Saya segera mengekori si pemandu menuju ke satu kawasan yang agak terpisah dari kawasan tadi. Menyedari kami beredar, lelaki berdarah dahi mahu turut serta.
"Jangan ikut, biarkan mereka pergi." Datuk segera menghalangnya. Tindakan datuk itu segera mendapat protes darinya. Tetapi. setelah dipujuk lelaki berdarah dahi pun akur.
-TAMAT-
025. PAWANG 99 ISTERI
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : PAWANG 99 ISTERI
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401025
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Sayup-sayup terdengar suara menyebut nama saya dan Ali Usman. Bila saya mengerakkan kepala dan menoleh ke kiri dan ke kanan, ternyata kami berada di pangkal pokok angsana, berdahan besar dan berdaun lebat.
Ayah Ali Usman, Syed Hamid Al-Hadad dan orang-orang kampung mengelilingi kami. Malah beberapa orang daripada mereka cuba mengangkat tubuh kami ke tempat yang lebih selamat dan selesa.
“Hampir satu jam kami menunggu. Kamu bertiga tidak juga balik-balik. Aku ajak orang-orang kampung mencari ke rumah tua ni. Sebaik saja kami sampai di halaman rumah terdengar letupan, kami nampak kamu berdua tercampak keluar dari rumah,” Ayah Ali Usman memberi penjelasan dan diakui oleh orang kampung yang berada di situ.
“Datuk kamu di mana?” Tanya Syed Hamid Al-Hadad.
“Entah, tadi kami bertiga berada di dalam rumah,” jelas saya.
“Api”
Jerit lelaki yang berdiri di sebelah kanan pokok angsana. Semua bji mata tertumpu ke arah rumah lama milik raja rasuk. Api terus menjilat bahagian depan rumah dengan rakus sekali. Asap hitam tebal, kelihatan menuju ke dada langit.
Beberapa letupan kecil turut kedengaran. Pokok besar yang selama ini gagah melindungi rumah raja susuk turut dijamah api. Binatang-binatang liar yang selama ini berkeliaran di dahan pokok besar, di bumbung rumah dan kaki tangga hilang entah ke mana.
“Datuk kamu di mana?” Tanya Syed Hamid Al-Hadad lagi.
“Dalam rumah”
“Subhanallah,” sahut Syed Hamid Al-Hadad sambil menepuk dahi.
Semua wajah di situ nampak cemas. Malah ada yang cuba mahu masuk ke dalam rumah yang terbakar. Tetapi, segera dihalang oleh Syed Hamid Al-Hadad.
“Kita berdoa, semoga dia selamat,” cadangan dari Ali Usman diterima dengan sebulat suara. Semua yang berada di situ segera berdoa.
Saya tidak dapat menggambarkan perasaan saya ketika itu. Rasa sedih, hampa dan putus asa berbaur dalam hati. Mahu rasanya, saya rempuh api yang menyala. Mahu rasanya saya menjerit. Syukur, apa yang difikirkan tidak pula terjadi. Saya masih dapat mengawal perasaan. Surrah ALAM NASRAH tidak lekang dibibir, tidak terpisah dari hati saya.
Allah yang maha penyayang dan pengasih menerima doa orang kampung. Dalam api yang menyala ganas bersama kepulan asap tebal, kelihatan datuk melangkah tenang mendatangi ke arah Ayah Ali Usman dan Syed Hamid Al-Hadad. Mereka berdakapan. Pakaian datuk tidak dijamah api.
“Kamu hebat.”
Ayah Ali Usman menatap tubuh datuk dari kepala hingga ke kaki. Syed Hamid Al-Hadad tidak memberikan sebarang komentar. Berkali-kali dia mengucap syukur pada Allah kerana datuk selamat.
“Apa ilmu kamu,” Ayah Ali Usman seperti mendesak.
“Semuanya atas kemahuan Allah. Sebagai hambanya, aku berusaha dan berdoa. Alhamdulillah doa aku diperkenankan oleh Allah dan aku selamat. Sebagai orang Islam tempat paling baik meminta pertolongan ialah Allah yang Maha Besar. Dalam meminta pertolongan itu kita mesti berusaha dan berdoa, melakukan apa yang disuruh dan membuang apa yang ditegah,” secara tidak langsung datuk memberikan ceramah.
Semua yang berada di situ anggukkan kepala. Mereka sependapat dengan saranan datuk itu.
KERAS
Dalam tempoh tidak sampai satu jam. Rumah besar milik raja susuk punah ranah menjadi abu. Kecuali tiang, tegak tiga yang dibuat dari kayu keras. Tetapi, bahagian bucunya nampak hitam dan mengeluarkan asap nipis. Beberapa patung dari tembaga bergelimpangan. Tidak ada sesiapa pun yang berminat untuk mengambilnya.
Berdasarkan pada keterangan dari ayah Ali Usman. Memang tidak lama kami berada di dalam rumah raja susuk yang sudah menjadi debu itu. Namun dugaan demi dugaan yang dialami menyebabkan kami terasa seperti berada lebih dari lima jam dalam rumah tersebut.
Ketika kami dan orang-orang kampung meninggalkan kawasan rumah raja susuk yang terbakar. Api sudah padam sama sekali. Hanya bara saja yang masih menyala. Sekejap garang, sekejap malap, mengikut irama tiupan angin yang berlegar di situ.
TAUBAT
“Tamar, rasanya kehebatan dan kemasyhuran bapa saudara aku sudah habis. Aku bersyukur kerana dapat menyedarkannya, membimbingnya. Dia sempat bertaubat sebelum mati,” kata Ali Usman kepada saya, di saat mahu berangkat ke Kota Medan.
“Sebenarnya, masih belum selesai lagi Ali,” secara mendadak datuk campur.
“Maksudnya?.” Soal Ali Usman.
“Fikirkan sendiri,” datuk menjawab.
Ali Usman termenung sejenak. Anak matanya merenung ke wajah datuk. Dua tiga kali Ali Usman menggosok-gosok pangkal hidungnya. Ternyata dia masih belum dapat menyelami maksud ungkapan kata dari datuk.
“Saya tak faham.” Ali Usman mengaku kalah.
“Maksud aku begini Ali, anak-anak murid bapa saudara kamu masih ramai, berselerak di tanah semenanjung, di Sumatera dan tanah Jawa. Barangkali ada di antara anak-anak muridnya itu lebih handal, lebih hebat darinya. Boleh jadi mereka menambahkan lagi amalan ilmu susuk dari ilmu dari Siam, Tibet dan macam-macam lagi. Kemudian mereka campur adukkan dengan ayat-ayat Quraan.”
“Betul juga. Ini masalah besar, bukan mudah mengatasinya,” keluh Ali Usman. Syed Hamid Al-Hadad yang dapat menangkap perbualan antara datuk dengan Ali Usman hanya anggukkan kepala.
Ayah Ali Usman bersama sekumpulan orang kampung berborak kosong dekat tangga rumah. Mereka seolah-olah tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku antara datuk, Syed Hamid Al-Hadad dan Ali Usman. Barangkali, mereka masih memperkatakan tentang diri datuk yang dapat menyelamatkan diri dalam kebakaran.
“Perkara begini bukan mudah diatasi. Banyak cubaan dan rintangannya,” Ali Usman mengulangi keluhannya. Datuk meraba pangkal hidungnya. Syed Hamid Al-Hadad segera mendekati Ali Usman.
“Berikhtiar dulu, jangan banyak mengeluh sebelum berjuang. Kita yang tahu harus menunjukkan jalan yang betul pada orang Islam yang sudah tersalah langkah. Kalau kita biarkan, kita berdosa,” Syed Hamid Al-Hadad menepuk lembut bahu kiri Ali Usman.
“Saya setuju dengan pendapat tuan Syed,” datuk mencelah. Mereka bertukar senyum. Ali Usman menarik nafas.
TUBUH
Angin yang bertiup mengerakkan hujung rambut Ali Usman. Beberapa orang kampung yang berkumpul di kaki tangga mula berpecah. Masing-masing dengan tujuan tersendiri. Hembusan angin membuat tubuh terasa sejuk.
“Membenteras perbuatan begini memang susah. Tapi kalau ada keyakinan boleh berhasil,” Syed Hamid Al-Hadad memulakan percakapan yang sudah terhenti.
“Pada hemat aku, semakin maju cara manusia berfikir, semakin kuat perkara tahyul, syirik berlaku. Sebabnya dalam kemajuan dunia moden, manusia selalunya lupa pada asas agama.” Dengan teratur Syed Hamid Al-Hadad menyusun kata.
“Mereka mengutamakan kebendaan dan kemajuan dunia. Mereka lupa pada hal-hal kerohanian. Kemajuan pembangunan dan fikiran yang tidak berlandaskan hukum agama akan membawa manusia kembali kepada perkara-perkara yang karut, tahyul hingga terkeluar dari akidah agama,” sambung Syed Hamid Al-Hadad lagi. Datuk setuju dengan pendapat itu. Tetapi, Ali Usman tidak memberikan sebarang komen.
Dua tiga kali Ali Usman berlegar-legar di depan datuk, Syed Hamid Al-Hadad dan saya, macam ada sesuatu yang difikirkannya. Tiba-tiba Ali Usman berhenti menjawab. Dia mendonggakkan kepala merenung ke langit, melihat awan yang berarak lembut seketika. Ali Usman cuba mencari ketenangan mengikut caranya sendiri.
“Ali, apa masalah kamu?”. Tanya datuk.
Dengan langkah yang pantas dia menuju ke sisi datuk. Telapak tangan datuk disambarnya dan digenggam dengan erat.
“Dengan ilmu yang sedikit ini, perkara itu tidak akan berulang lagi di sini. Kalau panjang umur dan ada rezeki, saya cari anak-anak murid bapa saudara saya di semenanjung atau mana saja,” satu ikrar dari Ali Usman, bekas pelajar salah sebuah pusat pengajian tinggi di Arab Saudi.
“Mudah-mudahan Allah memberkati cita-cita kamu,” serentak Syed Hamid Al-Hadad dan datuk berkata. Ali Usman melepaskan telapak tangan datuk yang digenggamnya. Dia beralih kearah Syed Hamid Al-Hadad lalu memeluknya.
Perbuatan mereka bertiga menarik perhatian ayah Ali Usman dan orang-orang kampung. Mereka segera mendekatinya.
“Berpeluk kerana mahu berpisah, kami nak berangkat ke Medan,” saya sekadar berjenaka. Dan tanpa diduga kata jenaka menjadi kenyataan. Bila Syed Hamid Al-Hadad menyuruh pemandunya menghidupkan enjin kereta.
Orang-orang kampung pun segera menghulurkan tangan untuk bersalaman sambil mendoakan perjalanan yang bakal kami lalui terhindar daripada kejadian yang tidak diingini.
Sebahagian daripada mereka memeluk datuk dan Syed Hamid Al-hadad. Air mata ayah Ali Usman mengalir dipipi. Suasana perpisahan pada petang itu terasa hiba dan pilu sekali. Ali Usman saya lihat dua tiga kali mengesat kelopak mata dengan telapak tangannya.
SEMENANJUNG
Beberapa tahun berikutnya, atas undangan pihak tertentu Ali Usman datang ke bahagian utara semenanjung. Dia diminta memberikan ceramah agama oleh pihak yang mengundangnya. Malah, dia sempat tinggal di tempat tersebut (negeri) selama enam bulan untuk berkhidmat secara sukarela mengajar tafsir Al-Quran dari surau ke surau.
Sebenarnya, di samping mengajar Ali Usman ada tujuan lain. Dia mahu mengesan dan mencari bekas anak murid bapa saudaranya. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Dengan izin Allah semasa dia mengajar di salah sebuah surau di Daerah Kuala Muda, dia sempat bertemu dengan salah seorang bekas murid arwah pamannya.
“Ustaz orang Medan?.”
“Iya,” lembut suara Ali Usman.
“Saya pernah belajar di sana Ustaz.”
“Belajar apa?”
“Ilmu dunia ustaz. Guru saya tu memang handal dalam hal-hal dunia. Dia duduk di kawasan Pengkalan Berandan.”
“Haaaa……………,” kata Ali Usman. Dia tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya.
“Kenapa Ustaz?.”
“Tak ada apa-apa, mari kita ke warung kopi.”
Dialog itu terjadi di halaman sebuah masjid, sebaik sahaja Ali Usman selesai menyampaikan kuliah subuh. Dan mereka pun segera menuju ke sebuah warung.
Terlalu banyak yang ditanyakan oleh Ali Usman sebelum dia memperkenalkan dirinya pada bekas anak murid bapa saudaranya itu. Setelah diyakininya orang itu tidak berbohong, barulah Ali Usman menerangkan kedudukan yang sebenar.
Dalam pertemuan yang tidak disengajakan itu. Bekas anak murid pamannya dengan bangga memberitahu yang dia sudah berhasil memperisterikan sembilah puluh sembilan (99) wanita.
Dua puluh orang terdiri dari anak dara yang berusia bawah dua puluhan. Lima puluh lima (55) anak dara tua. Berusia dari tiga puluh lima (35) hingga lima puluh (50) tahun. Selebihnya, dua puluh empat (24) terdiri daripada janda beranak satu hingga lima. Kahwin cerai, sudah menjadi perkara biasa dalam hidupnya.
Pernah terjadi, dalam tempoh waktu sebulan, si anak murid menikah empat kali. Dan dalam waktu yang lain, dia menceraikan empat isteri sekaligus untuk menikah lagi. Kebanyakan isteri yang dicerai tidak mahu kahwin lagi. Kalau kahwin pun tidak lama usianya, paling tinggi enam bulan.
KEBATINAN
Alasan yang diberikan oleh para janda bekas anak murid pamannya ialah tidak puas. Suami baru tidak sehebat dengan suami yang dulu, sama ada dari segi kebatinan, kerukunan rumahtangga dan kemesraan. Kalau yang baru tidak menyamai dengan yang lama, lebih baik menjanda sampai akhir hayat.
Terlalu banyak perkara yang diceritakan oleh si murid tentang kehebatan bekas gurunya. Hebat dalam dunia persilatan. Handal memikat kaum hawa, dengan sekali jeling kaum hawa boleh diajak jadi teman tidur. Boleh menghilangkan diri, tubuh tidak lut senjata tajam. Boleh mengekalkan kejelitaan wajah, kaum Adam tidak kelihatan tua.
Bila diberitahu, bekas gurunya sudah meninggal dunia. Si murid terkejut, termenung panjang dan menggelengkan kepala. Lebih-lebih lagi bila mengetahui bekas gurunya mati dalam masjid dan sempat bertaubat.
“Kenapa mati begitu, Ustaz?”
“Kenapa tanya macam tu, bukankah setiap yang bernyawa lawannya mati.”
“Bukan begitu, tuk guru beritahu saya, dia mati dalam air. Kerana itu sumpahnya, nyawanya tidak berpisah dengan badan selagi kakinya memijak bumi.”
“Siapalah yang boleh melawan kuasa Allah. Guru awak sudah silap dan takbur. Mahu melawan kudrat Allah.”
“Hummmmm……………” si anak murid mengeluh.
“Esok kita jumpa di sini lagi. Nanti saya ceritakan, apa yang kamu tidak tahu tentang guru kamu,” kata Ali Usman.
“Saya setuju.”
Serentak mereka bangun dan bersalam. Si anak murid menjelaskan bayaran minuman. Kemudian mereka melangkah menuju haluan masing-masing.
SURAT
Bekas anak murid paman saya cukup megah dan bangga. Hasil dari kahwin cerai, dia mempunyai 80 orang anak, tidak termasuk yang meninggal semasa lahir. Malah, ada di antara anak-anaknya itu tidak dikenalinya langsung. Tidak hairanlah bila anak tak kenal ayah, sebabnya ayah tidak kenal anak,” tulis Ali Usman dalam sepucuk suratnya kepada saya.
Surat itu diposkan di Medan, setelah dia kembali ke kampung halamannya. Apa yang menghampakan saya, kenapa semasa berada di negeri jelapang padi, dia tidak menghubungi saya? Tetapi, kehampaan itu berakhir begitu saja, bila memikirkan yang dia kesuntukan waktu.
Dalam suratnya itu, Ali Usman menyatakn bekas anak murid pamannya dikenali dengan nama DIN PAWANG MANIS. Terkenal di kalangan para penyanyi, pelakon filem dan bangsawan. Din Pawang Manis diburu oleh golongan tersebut untuk pasang susuk. Agar tidak kelihatan tua. Beberapa isteri orang besar, tokoh politik dan perniagaan juga memburunya minta minyak pelaris, pengasih, agar disayangi suami.
Ada juga para isteri tokoh perniagaan yang separuh umur datang menemuinya untuk mengunci nafsu suami. Alat kelamin tidak berfungsi, lembik macam batang keladi patah pangkal, bila berhadapan dengan wanita terutama yang cantik dan muda. Tetapi, bila berhadapan dengan isteri sendiri alat kelaminnya berfungsi kembali. Lebih garang dan hebat.
Din Pawang Manis juga boleh mengurut orang terseliuh, patah dan sengal-sengal tulang. Tetapi, urut yang selalu dilakukannya, ialah urut tenaga batin.
Pelanggan urut tenaga batinnya terdiri dari lelaki yang sudah berusia enam puluhan ke atas terutama yang beristeri dua. Muda dan cantik pula. Berapa bayaran yang dikenakan tidak kisah. Pokoknya pengayuh tua mampu mengawal perahu di laut bergelora.
“Apa yang lucu…….” tulis Ali Usman lagi, “pada suatu hari Din Pawang Manis dikunjungi oleh seorang anak muda. Pada hemat Din Pawang Manis, anak muda itu mahu memasang susuk. Dia pun menyediakan kelengkapan yang sepatutnya.
Sungguh mengejutkan, kedatangan anak muda itu bukan mahu memasang susuk pemanis, bukan mahu minta minyak pengasih atau ubat-ubat guna-guna. Tetapi, mempunyai maksud yang lain, terlalu peribadi. Semuanya ini membuat Din Pawang Manis agak cemas. Sepanjang kerjanya sebagai pawang, belum pernah dia berhadapan dengan kejadian seperti ini.
Si pemuda terus menceritakan rentetan peristiwa diri dan ibunya secara terperinci. Berdasarkan cerita dari pemuda itu. Tidak dapat disangkal lagi. Tidak daya dinafikan dan Din Pawang Manis mengaku, budak lelaki yang tertonggok didepannya adalah anaknya dari isterinya yang ketujuh.
Sebaik saja Din Pawang Manis memberikan pengakuan. Si pemuda didepannya terus bangun lalu melepaskan penampar sulung ke muka Din Pawang Manis. Dalam keadaan yang terpingga-pingga itu, si pemuda yang baran terus meluahkan geram dan dendam kesumatnya.
Din Pawang Manis dituduh ayah tidak bertanggungjawab. Bijak mengatur nikah ceri diri sendiri. Tetapi, tidak pandai memikul tanggungjawab sebagai suami dan ayah. Belum pun sempat Din Pawang Manis menjelaskan kedudukan yang sebenar, anak muda yang berdarah panas meninggalkan rumah.
Dalam beberapa pertemuan berikutnya, saya pernah menasihati Din Pawang Manis supaya jangan mengamalkan ilmu salah. Di samping itu saya beritahu, dia sudah tua. Hidup sendirian, di sebuah pondok di kaki bukit. Terasing daripada orang ramai. Malangnya, nasihat saya tidak diendahkannya.
“Usah mengajar aku,” kata Din Pawang Manis.
“Bukan mengajar tetapi, nasihat. Pintu taubat masih terbuka. Allah sayang kepada hambanya yang menyedari kesilapan lalu.”
“Kalau kamu ini bukan anak saudara guru aku, di sini aku cekik sampai mampus. Ehhh…Kamu tahu, aku datang dari masjid kerana mendapat tahu yang memberi kuliah subuh orang dari Medan. Aku datang bukan nak kuliah subuh, aku merisik bekas guru aku,” jawab Din Pawang Manis.
-TAMAT-
026. PERMAINAN MANUSIA
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : PERMAINAN MANUSIA
KARYA : SYA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401026
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum warga HZONE BLOG sekalian. Nama saya Sya dan saya ingin berkongsi kisah yang saya alami. Pada tahun 2011 saya berumur 13 tahun dan saya belajar di sebuah sekolah agama di negeri Perlis. Pada pertengahan bulan Februari, sekolah tersebut telah mengadakan perkhemahan untuk para pelajar tingkatan 1. Pada malam kedua perkhemahan tersebut telah berlaku histeria yang pada hemat saya agak dahsyat kerana melibatkan ramai pelajar perempuan termasuk saya. Sejak daripada itu saya merasakan ada sesuatu yang lain dengan diri saya tapi saya abaikan.
Pada hujung bulan April, segalanya bermula. Saya mengalami histeria di rumah saya pada waktu maghrib sehingga jam hampir 12 malam. Keadaan pada ketika itu sangat tidak terkawal dengan keadaan saya yang sangat diluar kawalan. Selepas dibantu oleh seorang yang agak mahir dalam bab ini saya pulih untuk malam itu. Selepas kejadian di rumah, saya juga mengalami histeria di sekolah beberapa kali (x terkira sebab banyak sangat). Sesiapa yang menolong saya ketika histeria memang tahu macam mana ganasnya saya ketika itu.
Kemudian, ibu dan abah saya membawa saya kepada beberapa orang yang mahir. Tempat pertama yang saya tuju adalah darussyifa di Perlis. Selepas mereka (ahli darussyifa) melihat saya, mereka menyuruh abah saya membawa saya pulang kerana mereka x cukup kemampuan utk mengubat saya. Ahli keluarga saya pelik, jika histeria biasa kenapa sampai mereka menolak saya. Kemudian abah membawa saya berubat tapi kebanyakan mereka menolak dan ada yang hanya sekali sahaja berubat kemudian mereka memberitahu jangan hubungi mereka lagi. Ada seorang kenalan abah yang membawa abah untuk berubat kepada seorang ustaz di Kuala Perlis dan bermula dari situ kami tahu yang rupanya saya disihir.
Sepanjang tempoh berubat tu, saya umpama mayat bernyawa. Saya tidak sedar dalam tempoh hampir satu tahun. Ada masanya saya tidak mengenali ibu bapa saya. Saya pernah hampir m******h diri dan m******h sesiapa yang menolong saya. Senior saya disekolah yang selalu menolong saya juga diugut b***h oleh ‘benda’ itu. Keadaan di rumah saya ketika itu sangat teruk. Umpama rumah tinggal sedangkan kami semua berada dalam rumah. Ada jiran yang bertanya kepada pakcik saya kenapa rumah kosong. Saya sendiri nampak betapa buruknya rumah saya ketika itu tapi saya x mampu untuk bercakap.
Saya selalu melihat orang yang dah lama meninggal tapi hidup kembali berjalan jalan dihadapan saya. Saya hanya mampu melihat tanpa mampu bercakap. Abah saya pernah ditendang oleh benda itu sehingga terjatuh dari siling rumah sehingga ke bawah ketika naik ke atas siling untuk menabur garam. Saya berubat dengan bermacam-macam orang. Semua ahli keluarga saya bersama-sama berusaha dan membantu saya untuk sihat kembali seperti dulu.
Rupa-rupanya, saya disihir oleh orang kampung saya sendiri. Hanya kerana mereka tidak puas hati ditegur oleh abah saya kerana melepak dihadapan rumah pada jam 2 3 pagi. Saya diberi borang cuti oleh pihak jabatan kerana keadaan saya yang teruk. Kalau saya berjauhan dengan kedua org tua saya walaupun ke sekolah, saya akan diserang oleh benda tersebut. Diri saya pada ketika itu juga sangat tidak terurus. Kulit saya bernanah pusat saya mengeluarkan air yang sangat busuk. Saya pernah bangun bersilat pada jam 2 3 pagi dan diajar oleh seseorang pada ketika itu.
Kerana keadaan tersebut saya pernah hendak dimasukkan ke bahagian psikiatri. Bermacam-macam perkara saya tempuh ketika sahabat-sahabat saya yang lain hidup sebagai manusia normal. Terlalu banyak cerita dan kisah yang saya alami ketika itu. Alhamdulillah dengan izin Allah sekarang saya sihat kembali walau pun x sepenuhnya. Terima kasih kepada yang banyak membantu saya sehingga sembuh. Kepada mereka yang membuat saya jadi begini, insya’allah saya akan memaafkan kalian. Terima kasih kerana membaca kisah saya yang panjang ini. ?
-TAMAT-
027. PERJALANAN YANG TERGANGGU
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : PERJALANAN YANG TERGANGGU
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401027
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum & selamat sejahtera bagi pembaca non-muslim. Baru2 ni aku ada post kisah ‘ayah’. Ada yang tanya kenapa minta tolong ayah, kenapa minta tolong bomoh. Pertama, aku tak kenal siapa ‘ayah’ pada mulanya. Tapi disebabkan Shah tu member baik aku, & ayah tu pakcik dia, jadi aku turutkan ajer. Lagipun dia dah tua, aku fikir dia tu dah pangkat ayah, perangai pun elok lah. Tapi aku tak sangka dia menggatal macam tu sekali.
Shah sendiri pun terkejut dengan perubahan pakcik dia. Katanya pakcik dia tu seorang yang pendiam. Memang tak pernah melayan mana2 perempuan. Bila kenal dengan aku, tiba2 pakcik dia berubah. Aku tak berubat banyak pun dengan ayah. Cuma dia tengok dari jauh je apa yang ada dalam rumah aku. Kan aku ada cakap itu belaan janda ayah tiri aku. So, ayah tiri aku just deal aje dengan janda dia untuk tarik balik benda tu dari rumah kami.
Keduanya, kenapa bomoh juga? Member aku jugak yang rekemen. Memang aku tak berubat banyak pun. Dengan bomoh ni aku just tanya dia apa yang ‘ayah’ tu nak sebenarnya sampai aku bergaduh dengan tunang aku. Bila dia cakap ‘ayah’ memang nak putuskan hubungan aku dengan tunang, aku just, Ok. Aku buat cara aku. Lepas dari tu aku buang simkad, tukar no. baru, aku resign balik kampung duduk dengan mak aku.
Aku jauhkan diri dari ‘ayah’ sebab aku tahu ‘ayah’ tak akan apa-apakan aku. So, cerita aku dengan ayah habis macam tu je walaupun aku tahu ayah masih boleh hantar khadam dia skodeng aku, ayah boleh tahu aku berada kat mana. Aku lantakkan ajer dia. Aku tahu ‘ayah’ masih mengharapkan aku tinggalkan tunang aku. Tapi harapan tinggal harapan bila aku tetap berkahwin dengan tunang aku.
Oklah, cukup sampai situ cerita aku & ayah. Harini aku nak cerita tentang perjalanan aku yang terganggu. Terima kasih lagi sekali pada admin kerana sudi siarkan cerita aku. Aku dengan suami aku masih lagi pjj. Bukan pendidikan jarak jauh, tapi perkahwinan jarak jauh. Suami aku di Kuala Lumpur, aku di Kuantan. InsyaAllah, tahun depan aku akan pindah ke Kuala Lumpur. Aku & suami berjumpa sebulan sekali. Biasalah, bila berjumpa mulalah nak pergi bercuti, jalan2. Dua bulan lepas kami ke Cameron Highland.
Kejadian berlaku semasa kami dalam perjalanan pulang ke Kuantan. Tak tahulah kenapa suami aku ni gatal sangat nak ikut jalan kampung. Adventure katanya. Memang adventure sesangat. Kami bertolak dari Cameron ke Gua Musang lebih kurang pukul 2 selepas solat zohor. Perjalanan kami menempuh Gua Musang – Kuala Lipis – Raub – Jerantut – Maran – Kuantan. Jadi, kami sampai Maran dah maghrib. Dalam perjalanan kiri kanan hanya ada hutan. Sekali-sekala kelihatan orang asli di bahu jalan.
Disebabkan kami tak jumpa masjid dan surau di sepanjang jalan, kami mengambil keputusan untuk solat jamak setibanya di bandar Maran nanti. Masa ni lah kejadian tu berlaku. Pada mulanya aku tak perasan lagi. Punyalah syok berborak, sampai leka. Kemudian aku baru perasan. Eh, apesal x sampai2 lagi ni? Dah pukul berapa? Sampai mana hutan ni? Tak ada penghujung ke? Apesal tak nampak kereta lain? Soalan bertubi2 menghentam benakku. Aku pandang jam di dashboard, menunjukkan 9 malam.
3 jam berlalu masih tak sedar. Tiba2 aku terpandang orang asli yang berjalan di bahu jalan. “Eh, abang. Tu bukan ke orang asli petang tadi ke?”, tanya aku. “Hish, takkanlah. Cuba tengok betul2. Orang lain kot. Takkanlah dia sorang je orang asli kat sini?”, jawab suamiku. “Ok, macam ni. Kita jalan dulu, nanti kita tengok, jumpa lagi tak orang asli ni”, aku memberi cadangan. Suami aku angguk tanda setuju.
Setengah jam berlalu, kami terjumpa semula orang asli yang sama. Hahahaaa. Kami dah cuak. Sape tak cuak wehhh kalau dok pusing jalan tu je? Sampai esok pun tak jumpa jalan keluar!! Orang dulu2 kata, kena sorok cik lang. Wallahualam. Aku pun cuba nak call mak aku. Sekali line hand phone pun tarak. So, aku recall balik apa petua orang dulu2 untuk keluar dari situasi macam ni. Tapi yang paling cepat singgah kat benak fikiran aku, “kalau kena sorok, kau buka semua baju kau, jalan bogel. Nanti cik lang tu takut lah”. Hurmmmm. Tak logik & tak mungkin aku akan buat macam tu hahahaaa. Korang nak ke buat macam tu??
Jadi, aku decide untuk kembali ke jalan Allah. Aku suruh suami aku berhenti kat tepi jalan & pastikan orang asli tu jauh dari pandangan. He he, penakut ropenyee. Dengan berbekalkan air mineral yang ada dalam kereta, aku ambil air sembahyang, kemudian aku buat solat hajat kat tepi jalan tu jugak! Suami aku tolong cover aku sepanjang aku solat hajat. Selesai solat hajat, aku berdoa minta petunjuk & perlindungan dari Allah, sebelum masuk dalam kereta kami baca surah kursi & 4 qul. Kami buka je pintu kereta, tiba2 terdengar hilaian yang agak ‘merdu’. Kami tercari2 dari mana datangnya hilaian tu. Hah, amik kau. Dia main terbang2 lak atas kepala. Berjubah putih, berambut panjang mengurai. Salam perkenalan katanya hahaha.
Penakut tu memang la penakut. Tapi disebabkan nak marah cik lang tu punya pasal, ye lah, 3 jam kot dari maghrib lagi, aku tersound lak dia, “weh! Kot ye pun jangan kacau aku! Pergi kacau orang lain laa!! Begok betul laaaaa. Dah, berambus aku nak balik Kuantan! Jangan kau ikut aku, nescaya nahas kau aku kerjakan”. Sebenarnya aku pun tak tau nak kerjakan cik lang tu macam mana. Tapi apa pun, cik lang tu lari bila aku cakap macam tu. Terdengar jugak seakan2 dia menangis. Agaknya kecik hati kot aku cakap macam tu. Naahhhhh.
Kami pun memulakan perjalanan kami dengan bismillah. Tiba2 kami ternampak orang asli yang sama di bahu jalan. Bila kami melintas sebelah orang asli tu, aku memberanikan diri memandang. Korang tau, orang asli tu tak bermuka pun. “Haishhhhh. Tak der muka rupanya dia nih”. Ngomel aku dalam hati. Tapi yang peliknya, dia boleh lambai tangan kat aku?! Seolah2 dia tahu aku tengah perhatikan dia. Tiba je di satu selekoh, barulah kami nampak rumah kiri kanan, ada sekolah cina, ada kuil, ada kereta lalu lalang. Masa tu aku tahu kami dah lepas daripada usikan cik lang. Alhamdulillah. Setibanya kami di bandar Maran, terus kami singgah di masjid dan meneruskan perjalanan hingga Kuantan.
P/s: Sahabat saya dari Pattani ada ajarkan, kalau nak keluar dari rumah @ ingin memulakan perjalanan jauh @ inginkan keselamatan, selain dari surah2 yang kita ketahui dalam al-quran, boleh juga kita baca (salamu’ala nuhhin fil’ala min..assalamualaikum) dikatakan malaikat yang menjawab Salam kita itu akan menjaga kita sepanjang perjalanan. Wallahualam. Tapi terbukti keberkesanannya bila pejuang Islam di Pattani mengamalkan ayat ini. Apa pun, bertawakkallah kepada Allah..
-TAMAT-
028. ALONG DAN MISTIK
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : ALONG DAN MISTIK
KARYA : IZ
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401028
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum dan selamat malam para peminat HZONE BLOG termasuklah aku. Hai aku Iz. Aku ingin ceritakan kisah mengenai abang sulungku, Along. Along boleh kata agak lemah dalam pelajaran. Semasa Along di alam remaja, dia suka pergi ke surau terutama pada waktu subuh, maghrib dan isyak. Surau tu terletak kat sebelah rumah ja. Waktu subuh selalunya tak dak orang hanya Along seorang je selalu di surau tu.
Along pernah beritahu pada mak bila dia selesai azan dan nak mulakan solat subuh, dia rasa seperti ada orang berjalan naik ke surau tu tapi tak nampak pun orangnya. Macam tu la juga setiap hari bila Along solat subuh di surau tu. Lama-kelamaan, entah macam mana Along tiba-tiba rapat dengan seorang anak jiran umur dalam 19 tahun. Along masa tu baru 17 tahun. Nama anak jiran tu Ali (bukan nama sebenar). Ali ni keturunan bomoh dari moyangnya lagi. Along selalu ikut Ali ni pergi mengubat orang. Tak kira ke mana-mana sahaja, Along setia mengikuti Ali. Ali mengubat orang secara turun-menurun, selalunya akan bercakap seperti orang tua dalam bahasa indonesia. Rupa-rupanya dalam diam selama Along mengikuti Ali, dia mula belajar ilmu dengan Ali.
Dalam 1t ahun selepas Along rapat dengan Ali, tiba-tiba Along berubah perangainya menjadi lain, tak seperti yang dulu. Dulu Along rajin solat, bulan puasa pun selalu puasa penuh. Sekarang Along dah jarang solat. Puasa pun tak dalam bulan Ramadhan. Along pun tak mau dengar cakap mak dan ayah. Along lebih percayakan cakap Ali. Semakin hari, Along makin berubah menjadi panas baran. Along hanya akan solat maghrib dan hanya memakai pakaian warna hijau dari ketayap, tasbih, baju melayu, kain pelekat dan sejadah semuanya hijau. Dan Along akan tidur di tempat dia solat selepas mahgrib. Kekadang tu Along tak tidur pun pada waktu malam. Kebiasaannya dia akan berjalan keliling rumah sampai pagi menjelma.
Perkara yang paling tak boleh aku lupa, tiba-tiba satu hari tu Along tak balik rumah sampai pagi. Mulalah kami sekeluarga risau. Tiba-tiba kawan ayah telefon bagi tau Along duk dalam parit tak pakai apa sambil pegang quran. Ayah pun pergi dengan bawa kain pelekat untuk Along. Lama juga adegan ayah dengan Along. Akhirnya, ayah dapat juga pujuk Along ajak balik rumah. Sampai rumah, ayah pakat dengan ketua kampung minta telefon polis.
Polis sampai dalam setengah jam, masa tu Along tidur. Along dengan mamai hanya ikut dan tangannya digari. Along dihantar ke wad gila di hospital berdekatan. Tiap-tiap hari mak dan ayah akan melawat Along di hospital. Dalam sebulan lebih kurang pastu, Along dah boleh keluar dari hospital. Bila Along dah keluar, mak dan ayah bawa dia pergi berubat. Rupa-rupanya Along menuntut ilmu tak habis. Jadi dalam badan dia penuh dengan bermacam-macam jin. Along pandai panggil jin tapi tak pandai nak suruh balik.
Banyak juga tempat Along pergi berubat tapi kebanyakannya x mampu nak buang semua makhluk tu. Satu hari tu, Along beritahu mak dia nak belajar agama dekat sekolah di satu tempat ni. Mak dan ayah setuju lalu diorang pun hantar Along ke sekolah pondok tu. Tak sampai seminggu pihak sekolah pondok tu telefon yang Along mengamuk dengan membakar barang-barangnya. Mak dan ayah pergi ke sekolah pondok tu esok pagi. Dengan persetujuan mak dan ayah, Along telah dimasukkan di hospital Tanjung Rambutan. Kejadian ni berlaku pada tahun 2004.
Selepas hampir 2 bulan Along di hospital Tanjung Rambutan, dia dah dibenarkan keluar. Selepas dia keluar dari hospital tu, mak dan ayah telah bawa Along untuk pergi berjumpa dengan tok guru sekolah pondok yang dia pernah belajar dulu untuk berubat. Alhamdulillah, proses berubat dipermudahkan. Tok guru tu telah buang semua jin dalam badan Along. Dan tok guru tu tanya dekat mak sapa yang sambut Along masa dia dilahirkan. Mak diam je tak cakap apa-apa. Lepas tu tok guru tu cakap orang yang sambut Along tu berpakaian hijau dari atas sampai bawah kan. Mak hanya mengangguk. Kata tok guru, itu adalah penjaga Along. Mak memang pernah cerita dekat kami adik-beradik masa mak nak bersalin Along. Bidan tak mau datang rumah sebab ayah hanya menaiki basikal. Mak bersalin hanya seseorang sahaja tanpa sesiapa. Along lahir tahun 1978 di kampung ayah di Klang.
Alhamdullilah sekarang Along dah sihat tapi ubat hospital tetap kena makan. Pernah aku tanya Along kenapa dia masuk parit dan pegang quran pada masa tu. Ini jawapan Along, sebab dia tak tau nak jalan kat mana. Dia nampak atas langit ada orang ramai, dalam air pun ada orang ramai juga, atas darat pun lagi ramai orang.
-TAMAT-
029. PENJAGA DUA MINGGU
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : PENJAGA DUA MINGGU
KARYA : MOHAMMAD
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401029
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum HZONE BLOG readers. Aku nak cerita tentang pengalaman aku berkawan dengan bunian. So harap semua terhibur. Dan terima kasih HZONE BLOG sebab siarkan. Aku ada juga kene kacau dengan segala jenis makhluk Allah. Tapi dalam banyak-banyak jenis ni, aku paling ingat bila aku berkawan dengan jin Islam atau lebih dikenali dengan bunian. Ketika usia berumur kira-kira 14 tahun. Aku mengikuti satu kem anjuran pengakap peringkat sekolah di dalam hutan. Jadi aku sungguh berminat. Dan disitulah bermulanya kisah aku diganggu oleh makhluk itu.
Kami masuk ke dalam hutan itu selama 2 minggu. Hari first kami kat dalam tu tak de ape benda yang jadi pun. Masuk hari kedua, malam seingat aku lebih kurang pukul 10 macam tu. Kawan aku ajak aku ke sungai sebab nak pergi kencing. So aku kata malas la baik aku duduk dalam khemah ni je lagi best. Dia pun beria-ia memujuk aku ajak teman. Aku pun ikutkan saja la. Tapi aku cakap aku, “Joe, aku tunggu kau kat sini je lah. Kau pergi la sungai (dekat pohon besar berhampiran sungai)”. So dia cakap okay ja.
Pastu dah siap katanya, aku pun pergi la masuk dalam khemah. Tak lama lepas tu, si Joe masuk dalam khemah. Dia marah-marah aku sebab aku tinggalkan dia katanya. Tapi yang jalan dengan aku tu siapa? Aku try tanya Joe, dia cakap dia cari aku tak jumpa-jumpa. Jadi dia pun balik lah khemah. Ok done kena kacau dengan dia sehari. Aku nak kene tunggu lagi 2 minggu. Matilanakkkkk, hahaha.
Esoknya, Semua orang diarahkan bangun seawal 5 pagi untuk mandi dan Sembahyang subuh berjemaah. Yang aku pelik kami sembahyang dalam 20 orang sahaja, tapi kenapa bunyi “Amiiiinnnn” tu seolah-olah 1 masjid seperti sembahyang jumaat yang ramai tu. Aku pun terkejut. Oh, aku duduk saf yang paling akhir ye. So aku dapat dengar dengan jelas orang yang mengaminkan surah Alfatihah tu kat belakang aku. Aku pun seriau dah. Just aku buat tak tahu je. Aku pun malas nak ambil port sangat benda-benda macam ni. Selesai makan pagi, kami semua diarahkan untuk berkumpul di tengah-tengah perkemahan bagi menjalankan aktiviti yang sudah dirancang sebelum ini bersama kami.
Tapi malam kedua tu, lain pulak cerita nya. Ustaz suruh kami masuk duduk di dalam khemah seawal 9 malam. Aku pun apa lagi macam biasa la. Suka melawan hahaha. So aku bukak sedikit zip pada khemah tu. Astagfirullah, korang tahu ape yang aku nampak? Aku nampak ustaz tengah berlawan dengan satu makhluk yang rupanya seperti pohon tua mereput tu. Tapi kami tak dengar ape-apa pun dalam khemah tu. Yang paling aku terkejut, seorang perempuan menutup aurat berjubah putih yang aku sendiri tak pernah lihat “design” baju tu. Memang mengagumkan. So aku tengok Puteri tu (wanita berjubah putih tu aku panggil puteri ye) tengah bergabung tenanga melawan jin hutan (ustaz cakap) tu.
Yang paling aku terkejut bila ada keluar butir-butir putih dari bunga yang Puteri tu bawa. Dan butir-butir tu la yang dapat menghalau jin hutan tu. Bila jin hutan itu pergi, aku terperasan yang Puteri tu toloh kat aku. Mungkin sebab aku intai diorang kot. So aku cepat-cepat tutup zip khemah. Malam tu aku tak dapat tidur. Langsung tak dapat lelapkan mata. Bila aku pejam mata, aku terbayangkan Puteri tu tadi. So aku berjaga. Aku intai la kat luar kot ada sape-sape yang belum tidur. Rupanya semua dah tidur. Satu kelibat di belakang khemah aku lalu. Aku kejut kawan aku tapi dia dah tidur m**i. So aku keseorangan.
Aku kuatkan semangat aku untuk keluar dari khemah. Mungkin ustaz ke sape kan. So aku nak make sure je. Tapi lain pulak bila aku keluar. Satu ekor manusia pun tak ada kat kawasan perkemahan tu. Cuma yang hidup unggun api yang menghangatkan setiap malam kami. Bila aku nak masuk ke dalam khemah ada suara menegur aku “kenapa tak tidur lagi Mohd?”. Bila aku toleh, aku nampak Puteri yang tolong ustaz aku berlawan tu. So aku dah kecut perut dah. Kaki aku pulak rase nak cramp lagi tak boleh jalan. Aku pun cakap je la, “sape kau? Macam mane boleh kenal aku”. Pastu dia gelak kat aku. Aku pun pelik. Dia ajak aku duduk kat tunggul kayu dekat dengan unggun api tu. Aku tolak sebab aku masih lagi takut. Dia cakap dia just menjaga kami semua daripada jin-jin yang ada kat kawasan hutan ni. So aku pun terus masuk khemah buat-buat tidur.
Keesokan harinya, aku jumpa ustaz. Aku bagitahu semua sekali kat dia. Dia cakap aku lah paling bertuah, sebab aku boleh nampak puteri tu. Orang lain tak boleh. Sebab ape aku tak boleh tidur pun sebab puteri tu nak jumpa aku. Katanya sebab aku nampak masa diorang tengah lawan dengan jin hutan. So ustaz tu cakap, jangan bagitahu kat orang lain sewaktu perkhemahan berlangsung. Kalau nak bagitahu jugak, bila dah balik sekolah. Setiap malam aku akan bercakap dengan puteri tu. Kalau orang nampak aku kat luar, diorang takkan dengar apa yang aku cakap tapi diorang akan dengar aku yang menyanyi kat luar (Puteri tu kata).
Dua minggu dah berlalu, sebelum naik bas, puteri tu sempat jumpa aku, dia cakap ni hadiah (bunga) daripada dia sebab sudi kawan dengan dia selama 2 minggu. Tapi bunga tu mesti duduk di dalam air bukan tanah. Barulah bunga itu akan segar. So aku sangat gembira dan aku mengucapkan terima kasih kat dia. Sebelum balik aku sempat “selfie” dengan puteri tu dekat tepi hutan. Sampai separuh jalan, aku buka “phone” aku. Aku buka gambar aku masa dengan puteri tu, tapi bila aku buka gambar tu, gambar puteri di belakang automatik hilang sedikit demi sedikit. Dan bunga tu pun masih mekar di rumah opah aku. So sekian saja pengalaman aku dijaga oleh bunian selama 2 minggu. Lain kali aku sambung lagi cerita yer. Assalamualaikum.
-TAMAT-
30. SIAPA YANG SERET BALDI KOSONG TENGAH MALAM?
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : SIAPA YANG SERET BALDI KOSONG TENGAH MALAM?
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401030
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum W.B.T warga HZONE BLOG. Terima kasih kepada admin HZONE BLOG kerana sudi siarkan kisah saya. Di sini saya ingin kongsikan pengalaman yang berlaku 11 tahun lalu. Kisah saya yang masih berada di bangku sekolah dan tinggal berjauhan dari keluarga iaitu asrama.
Saya merupakan anak sulung daripada 4 adik-beradik. Saya juga merupakan tonggak utama untuk menjadi contoh kepada adik-adik yang masih kecil. Selepas tamat alam sekolah rendah, saya diterima masuk ke salah sebuah sekolah agama berasrama di Kedah. Sekolah ini merupakan antara sekolah yang menjadi sebutan dan impian setiap ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke sini. Harapan ibu bapa hanyalah dapat melihat anak-anak mereka dibentuk dari segi sahsiah, jasmani dan rohani dengan nilai-nilai agama yang dipupuk dalam diri pelajar-pelajar oleh guru-guru.
2 tahun sudah berlalu dengan begitu pantas. Segala suka duka semasa beada di sekolah berasrama telah saya tempuhi. Tiada apa-apa yang hendak dibanggakan. Hanya azam untuk mengharumkan nama keluarga masih digenggam erat. Pelajar yang berjaya mengharumkan nama sekolah silih berganti termasukalah johan tilawah al-quran, kawad kaki, dikir barat, bola sepak dan sebagainya.
Kisah mistik pula hanya didengar dan dimomokkan oleh pelajar-pelajar senior hanya untuk memberi pengajaran kepada kami supaya tidak terlalu berani dan tidak terlalu takut dengan makhluk halus. Saya hanya mendengar dan tidak ambil pusing dengan momokan mereka. Bagi saya, ia hanya untuk menakutkan dan melemahkan Iman setiap orang yang mendengar. Dalam Surah Al-An’Aam menyebut “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu”.
Rutin harian bagi pelajar berasrama selepas habis kelas sesi pagi, kami akan bergerak ke surau untuk menunaikan solat Zohor secara berjemaah. Usai solat, berpusu-pusu pelajar ke Dewan Makan untuk menikmati menu tengah hari dan bersiap-siap untuk ke kelas prep (kelas petang). Kelas ini hanyalah untuk sesi ulang kaji pelajaran dan menghabiskan semua kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Kebiasaannya pelajar hanya tidur dan berborak. Hanya segelintir pelajar yang tekun mengulangkaji pelajaran. Kelas berakhir jam 4.30 petang. Ketika ini, semua pelajar perlu bergerak ke surau untuk solat Asar berjemaah. Selepas itu, boleh lah bergerak ke dewan makan untuk hidangan menu petang dan aktiviti bebas. Ada yang bersukan dan ada yang lepak di dalam dorm.
Asrama di sekolah ini mempunyai 3 aras berbentuk segi 4 sama. Aras bawah hanya ada bilik warden, bilik ulangkaji, bilik rawatan dan tandas. Aras 1 dan 2 mempunyai 12 bilik, 2 bilik untuk seterika pakaian dan 2 bilik untuk tandas dan bilik air di setiap aras. 1 bilik menempatkan 20 orang pelajar dan 10 katil 2 tingkat. Kisah bermula pada suatu malam selepas pulang dari kelas prep. Saya bersama-sama 2-3 orang rakan berjalan pulang dari kelas ke dewan makan.
Usai makan malam, saya bersendirian naik ke dorm yang berada di aras 1 meninggalkan rakan-rakan lain. Langkah kaki diatur menaiki tangga dengan berhati-hati. Setibanya di hadapan dorm, saya meletakkan semua barang dalam almari. Hari makin larut malam. Saya pergi ke tandas untuk membuang air kecil dan gosok gigi kerana ia rutin harian yang biasa saya lakukan sebelum tidur.
Selesai semuanya, saya bergerak balik ke dorm yang dipisahkan oleh 1 bilik seterika pakaian dan 2 dorm lain. Dorm saya bersebelahan dengan tangga. Katil saya tingkat atas dan berada tepi tingkap sebelah kiri pintu masuk. Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Rakan-rakan lain sudah dibuai mimpi. Setelah hampir 2 jam, tidur saya diganggu dengan bunyi bising. Bunyi seolah-olah ada seseorang mengheret baldi kosong di koridor. Tapi saya tidak mengendahkan bunyi tersebut.
Setelah beberapa ketika, ia berbunyi untuk kali kedua. Bunyi yang sama tetapi sangat bingit dan mengganggu ketenteraman pelajar lain untuk tidur. Perasaan marah mula terbit dalam hati tapi dalam masa yang sama seolah-olah rakan-rakan lain tidak mendengar atau tidak peduli dengan bunyi seretan baldi itu.
Hati nekad untuk melihat siapa yang sengaja membuat bising tengah-tengah malam macam ni. Semakin lama semakin dekat. Bunyi tersebut bergerak dari arah tandas menghala ke dorm saya. Hati yang sakit bercampur geram dan lidah bersiap sedia ingin melontarkan kata-kata masih menunggu gerangan orang yang membuat bising.
D***h seperti tidak mengalir dalam tubuh, badan mula mengeluarkan peluh sejuk. Lidah yang sudah bersedia melontarkan kata-kata cacian jadi kelu. Hanya mata yang mampu melihat tanpa mampu berbuat apa-apa. Sangkaan saya ternyata meleset. Yang terhidang didepan mata saya ialah orang tua berambut panjang dan kusut masai serta pakaiannya tidak terurus. Manakala badannya terputus 2 bahagian. Yang tinggal hanya bahagian kepala hingga ke pinggang sahaja.
Orang tua itu mengengsot hingga depan pintu dorm saya. Bersuluhkan lampu koridor, saya perasan ada usus dan isi perutnya sekali diseret. Saya mula berasa mual tekak dengan apa yang saya lihat. Pada mulanya dia hanya menunduk dan saya sangkakan dia tidak perasan yang saya memerhatikan dia, rupanya tidak sama sekali. Dia mendongak memandang saya yang berada di atas katil tingkat atas dari depan pintu dorm sambal melemparkan senyuman yang amat mengerikan. Keadaan itu berlaku hampir 10 minit. Segala ayat suci Al-Quran dan doa langsung tidak terlintas di fikiran walaupun hanya sebaris ayat.
Dia teruskan kesotannya ke arah tangga bersebelahan dorm saya. Saya hanya memandang segala gerak gerinya sehingga hilang dari pandangan mata saya. Saya tidur dalam keadaan ketakutan dengan apa yang saya nampak. Keesokan harinya, saya mengalami demam panas yang teruk sehingga terpaksa dibawa pulang oleh ayah.
Kisah ini tidak pernah saya ceritakan kepada sesiapa walaupun mak ayah saya sendiri. Bagi saya Allah nak tunjukkan antara rupa ciptaanNya yang lain. Dan saya antara salah seorang hambaNya yang diberi peluang untuk melihat makhluk yang tidak sempurna seperti manusia.
Terima kasih semua kerana sudi membaca kisah saya yang tak seram sangat ni. Assalamualaikum W.B.T
-TAMAT-
31. CIK PONTI MENANGIS
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : CIK PONTI MENANGIS
KARYA : DIRA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401031
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia HZONE BLOG. Sebelum ni aku pernah kongsi cite pasal Siapa Punya Angkara. Ingat lagi tak?? Kali ni aku nak cite pasal yang lain pulak.
Cite ni terjadi pada tahun 2015 dan masa ni aku tengah pregnant anak kedua. Anak sulung aku umur 2 tahun kot time ni. Ade 1 hari tu abah aku plan nak pegi tengok bola kat stadium. Masa ni Felda lawan Kedah. Memang excited sangat time ni sebab 1st time Felda main kat padang sendiri kat Bandar Jengka. So abah aku siap call adik perempuan aku yang keje kat Bandar Jengka ni. Dia dok menyewa kat sana dengan akak aku tapi dorang ni keje tempat lain2. Abah aku call adik aku cakap nak booking tiket untuk lima dewasa dan dua kanak2. Adik aku cakap ok dia pun belikan tiket.
Dalam pukul 6 lebih kami gerak dari rumah nak ke Bandar Jengka ni. Lebih kurang 20 minit lepas tu kami sampai sana, kena tunggu adik aku pulak sebab dia nak mandi. Sampai sana jumpa tunang adik aku. Siap dia mandi kami plan nak g makan dulu. Kami pun pekena nasi lemak dulu sementara nak tunggu boleh masuk dalam stadium tu. Siap makan husband aku bayar kena la rm49. Bayangkan makan nasi lemak je kena sampai rm49. Padahal lauk sikit2 je tapi de macam2 jenis. Lepas tu tobat kami x makan dah kat situ sebab bapak punya cekik d***h.
Siap makan kami beratur nak masuk dalam. Biasa la kalau time beratur mesti macam ikan sardin punya. Nasib aku boleh bernafas lagi. Almaklumlah tengah sarat mengandung lagi time ni. Sampai turn kami, aku x tunggu lama2 terus cari tempat duduk. Dapat la tempat kat tengah2 antara line padang. Time ni x de pape pun jadi. Kami syok tengok bola, mak aku siap melompat lagi bila Felda jaringkan gol. Felda menang malam tu 2-0, kira berbaloi la mak aku melompat malam tu.
Sebelum balik aku sempat temgok jam kat fon, Time ni dah hampir pukul 11 malam. Kami sampai rumah 20 minit lepas tu. Aku letak anak aku yang sulung dalam bilik atas katil, dan aku pegi basuh kaki dengan muka. Masuk ja bilik tukar baju segala lepas tu tidur. Suami aku dia makan nasi lagi time ni sebab lapar sangat lepas dari tengok bola tu. Aku dengan anak aku x sedar dah lepas tu tido lena sampai pagi.
Esoknya kebetulan mak aku pegi umah jiran sebelah hantar kuih kot (lupa dah time ni). Time tu kira lama juga mak aku lepak kat sana. Rupa-rupanya ada cite disebalik tu. Jiran aku tanya malam tadi kami ada dengar apa2 x? Mak aku pun cakap la xde pulak dengar ape pun. So jiran aku pun cite la yang dorang anak-beranak dengar ada cik pon menangis mendayu-dayu je bunyinya. Dorang pun x dapat tido sampai pagi.
Malam tu aku tanya suami aku ada dengar apa2 x malam tadi. Sekali dia cakap ada bunyi cik pon menangis. Lama sangat dari pukul 1 lebih sampai dekat azan subuh. Lepas tu bunyi tu pun hilang. Suami aku cite bunyi tu dari jalan depan rumah aku. Dia naik sampai kat hujung simpang 3 selang 3 buah rumah dari rumah aku je. Pastu dia turun pergi kat belakang kolam rumah aku sampai kat sekolah rendah lepas tu terus stay kat sekolah menengah pulak (kat sekolah menengah ni lagi banyak cite seram dia sebab suami aku keje kat situ).
Malam tu suami aku tido macam biasa buat-buat x dengar je. Dia ni dah biasa kena usik macam2 kat sekolah tu sebab tu lah dia buat x tahu je. Mak aku cakap sebab yang kami x dengar bunyi tu mungkin sebab Allah nak lindungi kami daripada dengar benda-benda macam ni sebab kami ni jenis lemah semangat. Tambah-tambah pulak time ni aku tengah pregnant lagi la. Pape pun Alhamdulillah sebab kami x dengar semua tu, kalau x mau tido sampai siang agaknya.
Cite kat sekolah menengah tu nanti ada masa aku cite lain. Sampai sini dulu cite yang x bape seram aku ni. Maaf kalau cite ni x menarik pada korang. Terima kasih sebab baca. Jumpa lagi bye..
-TAMAT-
032. AKU DAN AQIL
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : AKU DAN AQIL
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401032
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum warga HZONE BLOG. Apa yang aku nak cerita ni adalah perkara benar dan terpulanglah sama ada nak percaya atau tidak. Its up to you. Aku merupakan bekas seorang pelajar perempuan di sekolah menengah agama di Johor. Kawasan mana? Maaf tak boleh sebut. Perkara yang aku lalui ni dah lama berlaku sewaktu aku menjadi salah seorang pelajar di sekolah tersebut dan sekarang aku dah nak habis study dah pun and akan mula praktikal tak lama lagi.
Kisah ni berlaku waktu aku berumur 14 tahun. Aku ni di sekolah orangnya agak independent dan agak suka menyendiri sebab aku rasa lebih selesa bersendiri berbanding orang lain yang suka berteman ke sana sini. Oleh kerana aku bersekolah di smka, aku ada diajar serba sedikit bagaimana ingin mengesan kehadiran makhluk halus dan menangani gangguan iblis laknatullah ini dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Aku ada seorang kawan yang hijabnya terbuka dari kecil dan boleh melihat benda-benda halus. namanya Airin. Airin ni pun dia lebih kurang macam aku jugak agak independent dan selesa bersendirian.
Tapi bila masuk form 2 kami berkawan baik. Aku nak berkawan dengan dia ni mungkin sebab dia tak begitu sensitive dan mudah merajuk macam kawan-kawan perempuan aku yang lain atau aku kategorikan sebagai ‘gedik’. Dia agak ‘chill’ dan bersahaja. Cuma dia ni selalu dikategorikan pelik oleh budak-budak lain sebab dia suka bercakap sendirian dan ketawa tiba-tiba. Cuma aku je yang tahu dia boleh melihat dan berkomunikasi dengan benda tu. Bila masuk sahaja ke tingkatan 2, kami ditempatkan di kelas yang agak terpencil di blok lelaki kerana ada masalah teknikal yang dielakkan.
Lelaki dengan perempuan kelasnya diasingkan. Ada sebab kenapa blok ini hanya ditempatkan pelajar lelaki sahaja dan bukan pelajar perempuan. Semuanya normal hinggalah tiba pada suatu hari ni. Aku masuk kelas pada waktu pagi. Oleh kerana waktu tu pagi dan masih gelap, aku ada rasa something yang agak menyeramkan tapi aku buat tak tahu saja. ‘Nanti hilanglah tu’ aku fikir. Tiba-tiba aku terhidu bau busuk sangat-sangat macam bau taik kucing bercampur d***h hanyir. Bila tiba waktu perhimpunan pagi, aku tanya dekat kawan-kawan kelas aku. Tang mana yang bau bacin lahanat sangat tu. Aku ni seorang yang agak panas baran dan tak tahan dengan bau busuk. Aku bertanya dengan agak kasar.
bila masuk ke kelas kawan-kawan semua tanya mana taik kucing tu. Tapi aku diam. Sebab memang tak jumpa apa-apa benda kotor dalam kelas tu. Then semua marah aku balik sebab aku marah diorang pagi tadi kecuali Airin. Sebab dia tahu apa sebenarnya yang terjadi. Bila tiba waktu makan pukul 2 petang, semua keluar kecuali aku dan Airin. Dia senyum dan cakap ‘kau tau apa yang kau bau pagi tadi?’. Aku tanya dia. Dia ceritakan segalanya. Rupa-rupanya di bawah kelas kami ni tertanam satu mayat yang semua orang tak tahu kewujudannya kecuali Airin dan seorang ustaz di sekolah aku iaitu ustaz Malik. Sebab diorang berdua ni ada sixth sense. Airin sendiri pernah bercakap dengan benda tu dan Airin kata benda tu sengaja nak kacau aku sebab aku terlalu berani masuk kelas pukul 6 pagi tadi. Then aku tak percaya.
Tiba lah malam tu, aku tengah belajar sorang-sorang. Dalam dorm aku ni ada 14 orang pelajar. Dorm aku di tingkat paling atas sekali dan paling hujung bersebelahan stor. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku selalu dapat kelas dan dorm yang macam terpencil sikit, entahlah, adalah tu hikmahnya. Aku belajar di depan pintu dorm sebab kami diwajibkan tutup lampu tepat pukul 11.30 malam. Belajar punya belajar sampai tak sedar jam dah pukul 2 pagi. Aku dah mula seriau sebab banyak kisah-kisah seram yang jadi dekat hostel perempuan ni. Tapi aku sambung je lah sebab subjek Quran Sunnah ni kena hantar esok dan cikgu yang ajar aku tu garang orangnya. Aku taknak lah kena berdiri atas kerusi macam minggu lepas.
Nasib baik dalam kelas aku semua perempuan. Tengah buat tu tiba-tiba aku macam rasa kehadiran something sebab badan aku tiba-tiba seram sejuk dan bulu roma menaik. Bila aku angkat kepala, aku menangkap satu susuk tubuh kanak-kanak lelaki lingkungan umur 12 tahun tengah berdiri di hujung koridor depan stor sebelah dorm aku. Kanak-kanak tu menunduk, yang aku tahu dia pakai baju warna merah dan berdarah. Disebabkan aku dah biasa dengan penampakan yang sebegitu aku buat tak tahu saja tapi rasa seram tetap ada.
Baru nak mula menulis balik, nama aku dipanggil berkali-kali oleh suara budak lelaki. Aku pandang budak yang aku nampak tadi. Dia mengangkat kepala dan tersenyum. Subhanallah! Mukanya hancur. Aku hanya nampak matanya yang memandang aku macam meminta simpati. Dia senyum. Ini kali pertama aku mengalami kejadian macam ni dalam hidup. Aku bangun perlahan dan berjalan melintasi gerobok loker dan baring di katil. Aku tarik gebar dan selubungkan badan aku. Aku ni bukan pemberani sangat. Semua orang dah tidur kecuali aku. Tidur m**i pulak tu. Terketar-ketar aku baca ayat kursi dan 4 qul sampailah aku tertidur.
Esoknya aku bangun lambat dan demam. Aku tak pergi sekolah dan hanya duduk di dorm sampailah pukul 2 petang. Airin datang bawa makanan untuk aku. Tak dinafikan Airin ni agak mengambil berat orangnya. Tengah aku makan dengan lahapnya tu sebab terlalu lapar tak makan dari pagi, Airin buka cerita. Dia kata dia tahu apa yang aku nampak malam tadi. Terus hilang selera aku mengenangkan apa yang jadi malam tadi. Aku tanya dia macam mana dia tahu. Dia kata budak lelaki tu ada di sebelah dia. Terus kecut perut aku dibuatnya. Makanan aku letak tepi dan aku tangkas menarik gebar dan tutup muka. Airin kata “jangan takutlah. Dia bukanya nak gigit kau pun. Dia pun tak selera tengok kau”. Eh dia ni geram pulak aku tengok. Aku mencampakkan gebar yang aku pegang tadi ke muka Airin dan sambung makan seolah-olah aku tak dengar apa yang dia cakapkan.
Airin kata, “aku tahu kau takut tapi Aqil ni datang tunjuk diri dia dekat kau malam tadi sebab kau tak percaya kewujudan dia. Dia tak terniat nak takutkan kau”. Aku terkejut. Benda ni ada nama??? Tiba-tiba Airin bersuara, “mestilah dia ada nama. Dia pernah hidup dulu”. Aku terkejut. Rupanya dia dah lama berkawan dengan ‘Aqil’ ni dan Aqil ni tahu apa yang aku cakapkan dalam hati. Aku ni yang sememangnya mempunyai sikap ingin tahu yang kuat, aku tanya pada Airin. Apa sebenarnya jadi pada Aqil ni.
Ceritanya macam ni. Dulu sebelum sekolah aku ni dibina ada sebuah rumah anak yatim di sekitar ni tapi dah dirobohkan dan dipindahkan di tempat lain untuk memberi laluan untuk pembinaan sekolah ni. Di sebelah sekolah aku ni dulu ada padang yang besar. Padang tu sekarang dah diambil untuk dijadikan padang sekolah aku. Waktu Aqil ni tengah tengok kawan-kawan dari sekolah anak yatim dia yang tengah main bola waktu tu, bola yang diorang main ni dah tercampak di bawah tayar salah sebuah kren yang tengah beroperasi waktu tu. oleh sebab Aqil ni tengah duduk di tepi padang tu, kawan-kawan dia suruh Aqil pergi ambil. Kren tersebut tengah punggah pasir untuk diratakan waktu tu.
Aqil pun memasukkan kaki untuk menendang bola yang tersepit. Tetapi malang tak berbau, kaki Aqil tersepit di bawah kren. Aqil cuba menjerit tapi ngauman bunyi enjin kren lebih kuat berbanding suaranya yang masih kanak-kanak ketika itu. Kren melenyek sedikit demi sedikit tubuh Aqil dan tubuh Aqil digembur bersama tanah. Tubuh Aqil diratakan bersama tanah yang berwarna merah dan diratakan simen pula di atasnya. kawan-kawan Aqil yang menunggu dia di padang menjadi tak keruan. Mereka bersama mencari Aqil tapi yang dijumpai hanya bola yang sudah leper dilanggar kren. Banyak usaha mencari Aqil tetapi masih tak ditemui. Akhirnya Aqil dilupakan begitu saja memandangkan dia tiada ibubapa dan anak yatim piatu. Jenazahnya kini betul-betul di bawah simen kelas kami yang kami selalu pijak selama ini. Rohnya menjadi tidak aman selagi tiada siapa yang menjumpai jenazahnya.
Aku hampir menangis. Kisah ini diketahui oleh ustaz Malik selepas Airin memberitahu ustaz tersebut. Ustaz malik rupanya sudah lama tahu. Akhirnya Airin desak ustaz Malik untuk mengadakan bacaan tahlil untuk arwah Aqil. kami mengadakannya beramai-ramai di surau sekolah bersama pelajar lain tetapi rahsia mengenai Aqil hanya diketahui kami bertiga. Ustaz hanya memberi tahu nama Aqil kepada pelajar lain dan mengatakan bahawa Aqil ialah anak saudara ustaz. Percaya atau tidak? Terpulang kepada pembaca.
Maaf jika tidak terlalu seram. Maaf jika dalam cerita ini ada kekurangan. Airin kini sudah selamat mendirikan rumah tangga. Aku pula tidak lama lagi akan bergelar seorang engineer. Kisah ini memberi pengajaran kepada kami bahawa ada orang yang lebih sedih kisah hidupnya berbanding kami. Wallahualam
-TAMAT-
033. SAKA AMALAN SENDIRI
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : SAKA AMALAN SENDIRI
KARYA : PIZA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401033
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Hai semua, terima kasih kepada admin HZONE BLOG yang sudi menyiarkan kisah2 aku sebelum ini. Walaupun ada yang suka, ada yang kutuk cerita2 Piza, terpulanglah. Aku bercerita berdasarkan pengalaman yang aku lalui. Tapi bukan setiap hari aku lalui perkara seram. Kepada yang tak suka cerita2 Piza. Tolong jangan baca cerita aku yang ini. Aku mohon yang tak suka aku, skip cerita aku awal2.
Kepada ahli keluarga atau sahabat handai yang membaca kisah aku, tolong jangan mentioned nama aku di fb. Biarlah identiti aku dirahsiakan. Cukuplah sekadar aku bercerita, berkongsi pengalaman aku dengan para pembaca setia FiKSYEN SHASHA. Kisah aku kali ni agak emosional sikit buat aku. Aku harap korang pandai2lah jaga tangan dari type yang bukan2. Aku nampak siapa yang komen cerita aku. Cerita ni agak panjang. Maaf kalau ia agak membosankan korang, tapi seboleh2nya aku cuba habiskan cerita ni tanpa ada sambungan.
5 tahun yang lepas, aku mendapat panggilan telefon dari keluarga. Masa tu dah nak raya puasa. Ayah aku tanya aku, “raya ni balik ke tak? Ayah nak balik ke kampung tengok tokwan sakit, masuk hospital”. Aku cakap dengan ayah aku, aku akan balik. Hari yang ditunggu sampai. Aku dan keluarga balik ke kampung ayah di utara. Sampai sana hari dah lewat malam. Esok baru kami dapat tengok tokwan di hospital.
Besoknya kami semua ke hospital tengok tokwan. Alangkah sedih aku tengok tokwan aku terlantar di katil, dalam keadaan lemah, dengan tangan yang penuh wayar, kurus sangat keadaan tokwan aku. Tokwan tak boleh bercakap boleh angguk saja. Aku difahamkan dah 2 minggu tokwan aku duduk di hospital. Tapi tetap macam tu keadaannya. Sambil2 tu aku berbisik kat telinga ayah aku.
“Ayah. Tokwan ni bukan sakit biasa, kita kena ikhtiar cara lain, bawa jumpa ustaz”. Ayah aku suruh aku diam sebab dia tak percaya kalau aku cakap macam tu. Aku ni, memang ada sedikit sixth sense. Aku boleh tengok seseorang tu. Sakit biasa atau sakit luar biasa. Tengok saja keadaan tokwan aku, aku dah tau dia bukan sakit biasa2. Yang dia alami sekarang, adalah penyakit mistik. Masalah aku ni, tiada siapa pun yang akan percaya kata2 aku termasuk ayah dengan mama aku.
Hari kedua aku melawat tokwan, doktor suruh bawa tokwan aku balik rumah, sebab tokwan aku tiada penyakit. Tapi pakcik aku berdegil, nak tokwan terus dirawat ke hospital. Aku sarankan kepada pakcik aku, kita cari ustaz rawat Tokwan. Pakcik aku ni, walaupun dia kuat sembahyang, tapi dia tak percaya dengan perubatan lain kecuali hospital. Aku bertekak dengan pakcik aku di luar hospital, suruh carikan ustaz, atau orang bijak pandai yang boleh ubatkan sakit tokwan. Ayah aku, biasalah. Mana nak dengar cakap aku, dia mana percaya kata2 aku, malah dia suruh aku mengalah, jangan berdebat dengan pakcik. Sebab pakcik memang tak nak percaya perubatan tradisional.
Aku ingat lagi, hari tu hari jumaat. Aku bercakap dengan ayah, paklong dan pakcik aku, termasuk sedara mara yang ada di hospital masa tu,
“Tak kira. Lepas sembahyang jumaat ni, kita sendiri yang akan cari ustaz untuk rawat tokwan yang tengah sakit, walaupun kita bukan orang sini, tapi kita akan cari sampai dapat” itulah yang aku nekad dalam hati waktu itu.
Waktu nak dekat2 habis solat jumaat, aku suruh adik aku teman ikut aku, cari orang yang boleh ubatkan tokwan. Aku menuju ke sebuah masjid. Di sana aku nampak ada beberapa orang tua yang menurut firasat aku, itu mesti orang kampung tu yang boleh membantu aku. Aku jumpa orang tu, memberikan salam dan bertanya tentang ustaz atau orang yang pandai merawat orang yang sakit mistik. Dan orang tu menunjukan aku jalan untuk ke rumah seseorang yang padai mengubat.
Sesampai di rumah perawat tersebut, dia tanya aku dari mana dan tujuan datang ke rumahnya, aku pun cakap aku dari Johor, tetapi bekerja di KL. Aku datang untuk mencari seseorang yang boleh merawat tokwan yang tengah sakit, tetapi pihak hospital cakap tokwan tiada sebarang penyakit. Perawat tu minta nama Tokwan aku. Aku pun berilah nama Tokwan aku. Lepas tu, dia cakap kat aku “Oooohhh awak ni cucu dia ya? Aku pun jawap, “ya, saya”. Dia sambung cakap semula, “Hurmmm. Ada sebelum ni lelaki datang, suruh tengokkan Tokwan awak ni. Tapi saya lupa nama dia. Saya dah tengok dah. Tapi berat. Saya minta maaf, ilmu saya tak cukup lagi untuk merawat Tokwan awak. Cari perawat lain yang lebih berkebolehan”. Dalam hati aku, bila orang tu cakap macam tu, aku dah agak siapa yang datang jumpa dia sebelum ni. Tak lain tak bukan paklong aku. Sebab paklong aku percaya sikit benda2 mistik ni.
Disebabkan orang tu tak dapat nak menolong, aku pun mencari lagi surau dan masjid yang lain. Tapi tak jumpa apa yang aku nak cari. Dengan hati hampa aku pun balik ke rumah Tokwan. Nampak sedara mara adik-beradik ayah aku tengah berborak pasal tokwan aku. Aku pun duduk pasang telinga, sebab ayah tak bagi aku masuk campur perbualan adik-beradik dia. Aku pun dengar je lah perbulan mereka, doktor suruh bawa tokwan balik. Tapi pakcik aku pulak, nak tokwan aku duduk di hospital dapatkan rawatan di sana. Sebab dari rumah tokwan, nak pergi ke hospital jauh. Bila ada di hospital, cepat sikit doktor boleh tengok penyakit tokwan. Tu pendapat pakcik akulah.
Paklong aku tak setuju tokwan duduk hospital, sebab Doktor cakap tokwan tiada masalah apa2. Dokter check dia tiada penyakit. Tapi kalau tengok keadaan dia. Tak boleh buat apa2. Hanya mampu baring di katil sahaja. Makan pun tak lalu sampai badan dah jadi kurus. Tinggal kulit dengan tulang je. Akhirnya pakcik aku tepaksa mengalah. Dia setuju besok bawa Tokwan balik rumah naik ambulans. Sebab Tokwan tak boleh duduk. Hanya boleh baring atas katil sahaja.
Hati aku lega bila dengar besok tokwan balik rumah. Malam tu, tengah berbual dengan adik2 aku dalam pukul 12 lebih malam. Macam biasalah. Sebelum tidur kami berbual2 dulu. Tengah syok berbual, kat atas bumbung bunyi benda tergolek2. Dahlah atap zink, bunyi memang jelas kedengaran, gedeguk..gedeguk..gedeguk… Benda apa entah tergolek2 atas bumbung, aku sendiri pun tak tau apa. Tapi yang aku perasan, setiap kali balik kampung tidur malam, benda ni selalu berbunyi. Tapi tak sekerap dan sekuat macam tu. Kali ni kami balik, lagi kerap benda ni berbunyi atas bumbung.
Adik aku pun bertanya kat busu aku, “bunyi apa tu busu?”. Busu aku jawab, “Takda apa. Tikus panjat”.
Kita orang pun cakap sesama kita orang, “kau percaya ke tikus tu?”, adik aku yang uda cakap. Bunyinya menyeramkan. Aku terus cakap dengan adik aku,” Aku tak rasa tikus, tapi aku rasa macam ada kepala tergolek2 atas bumbung tu”. Lepas aku cakap, lagi kuat bunyi benda tu bergolek kat atas. Terus kita orang tak jadi nak sambung borak. Masing2 tarik selimut selubung terus tidur.
Besoknya, Tokwan aku dah sampai ke rumah naik ambulans. Sampai di rumah, terus anak2 dia baringkan tokwan aku di katil, di ruang tamu depan. Aku tengok je muka Tokwan aku. Sedihnya tengok dia sakit macam tu. Aku duduk sebelah dia. Aku ambil yassin aku baca. Dari pandangan mata hati, aku tengok. Tokwan aku ni, sebenarnya dah nazak. Perlukan bantuan untuk dia balik. Tapi semua orang takkan percaya cakap aku.
Hari yang seterusnya. Masa ni hari raya. Kami tak raya pun. Sebab Tokwan tengah sakit. So masing2 duduk rumah je gilir2 jaga tokwan. Setiap hari, aku selalu duduk sebelah Tokwan bacakan yassin, ayat qursi dengan ayat2 yang lain. Aku mengaji bagi dia dengar. Keadaan tokwan aku, memang dah tak larat sangat. Tak boleh makan. Minum pun dah tak boleh. Minum pakai sudu kecil, 2-3 kali macam tu je. Mandi pun busu aku lap2kan je.
Di luar aku dengar adik-beradik ayah aku bercerita. Rupanya, sebelum tokwan aku sakit, dia ada bagitau anak sulung dia, anak bongsu dia dengan cucu sulung dia yang dia ada menjaga sesuatu yang dibela. Dia panggil benda ni “KAWAN”. Tokwan aku minta salah sorang dari mereka ni, jagakan kawan tu untuk dia. Tapi semua tak sanggup nak jaga.
Busu aku cerita, dulu masa tokwan sihat, dia selalu perasan. Beberapa bulan sekali, kalau busu masak nasi. Nasi yang masih baru masak, orang lain tak boleh sentuh dulu. Tokwan akan ambill nasi tu sikit, letak kat pinggan. Lepas tu, ambil ikan goreng, tapi ekor dan kepala ikan tu dibuang. Dan dia akan menjamu kawan dia makan di bawah pokok nangka di belakang rumah. Aku dengar cerita tu je, aku terus cakap dengan adik beradik ayah aku, “jomlah kita cari ustaz. Tokwan ni, hanya ustaz saja yang boleh tolong kita”. Pakcik aku bersuara ” hangpa buatlah apa hangpa nak buat, ceq ikut saja”. Maklumlah pakcik aku mana nak percaya benda2 ni semua.
Disebebakan hari tu hari raya pertama, Aku tau perawat2 mesti cuti raya. Adik-beradik ayah aku yang lain semua tak tau nak cari ustaz di mana. Ustaz yang pandai berubat diorang tak tau nak cari kat mana dekat kampung diaorang tu. Tiada katanya. Bomoh banyak lah. Kawasan rumah tokwan aku ni, bersebelahan dengan perkampungan siam. Memang banyak bomoh siam jelah. Aku cakap dengan adik beradik ayah aku semua. Takpe kita cuba cari di fb pulak. Segala fb pusat rawatan islam semua aku cari tengok. Aku call. Ramai yang cuti raya. Ada tu, bila aku call dia cakap jauh sangat. Senang kata memang banyak halangan nak cari perawat. Tak jumpa2.
Hari raya kedua, macam tu juga keadaan tokwan. Tiada perubahan tak boleh cakap. tak makan. Adik beradik aku yang lain, sepupu2 aku yang perempuan, semua takut nak dekat dengan tokwan aku. Kecuali aku. Sebab aku akan duduk sebelah dia. Mengaji kat sebelah dia. Tengah khusyuk mengaji, tetiba tokwan aku, pegang bahu aku, dia bersuara kat aku. “Baca doa”, kata dia. Dengar suara dia macam cemas. Mata dia ngadap ke atas je. Aku yang terkejut tadi terus jadi blur. Aku tanya tokwan aku, nak suruh baca doa apa. Dia jawap balik. “Baca apa2 saja doa”, kata dia. Aku pun baca jelah apa2 doa yang aku tau. Mata dia masih lagi mengadap ke atas. Macam dia nampak sesuatu. Lepas aku baca doa baru aku nampak dia tidur lena.
Lepas tokwan dah tidur, aku keluar ke depan bagitau adik-beradik ayah aku, tadi tokwan suruh aku baca doa. Aku ceritalah kejadian tu kat diaorang. Diaorang pun pelik dia boleh bersuara. Sedangkan nak bercakap pun dia dah tak boleh. Inikan pulak nak angkat tangan dia pegang aku. Habis bercakap ayah aku pun balik. Ayah aku cakap, masa dia pergi singgah solat kat kampung lain, ada orang bagi nombor telefon ustaz yang boleh ubatkan orang. Tu pun sebab ayah aku tanya kat orang kampung situ, nak cari ustaz yang pandai mengubat. Jadi orang kampung situ, bagilah nombor ustaz tu.
Petang tu ayah aku call ustaz tu. Ustaz tu beraya di Kelantan. Dia cakap besok dia balik. Kalau dia sempat, dia akan singgah rumah tokwan.
Raya ketiga, Ustaz call ayah pagi tu. Dia cakap tak sempat nak datang kerana dia ada ada hal lain. Dalam hati aku dah tak sedap, sebab rasa ada je halangan. Memang aku frust bila dengar ustaz tu cakap tak dapat datang. Tapi tengahari tu, ustaz tu call semula ayah. Dia cakap akan datang malam nanti. Alhamdulillah. Tapi ustaz tu suruh ayah sediakan, air 7 kolah masjid, kena guna air kolah. Dengan daun mayat (daun bidara). Ayah dengan anak sedara dia, pergi cari air kolah kat 7 buah masjid. Busu aku pergi cari daun mayat (daun bidara) kat rumah jiran.
Malam tu, Ustaz yang ditunggu pun datang. Ustaz tu bagitau. Kalau tak, dia tak dapat datang, ada urusan tempat lain. Tapi sebab dah janji nak datang, sedaya upaya ustaz tu tunaikan sebab orang meminta pertolongan. Ustaz tu minta izin nak memulakan rawatan. Dia pergi ke kepala tokwan aku. Dia baca rukiyah. Tokwan aku dah mula gelisah. Panas katanya. Lepas tu cakap dia haus. Ustaz tu tetap teruskan rawatan dia dan buat tak tau pada tokwan aku, yang tengah kepanasan.
Ustaz bagitau kami yang melihat proses berubat tu. Ini gangguan jin jenis saka. Ustaz tu baca macam2 ayat dan pergi ke kaki tokwan aku. Dia angkat selimut tokwan nampaklah jari kaki tokwan aku. Aku tak tau nak gambarkan ke korang macam mana. Tapi ustaz ni punya ayat macam ni,
“wahai Jin, aku tahu asal susul kau. Aku tahu kewujudan kau ada di dalam tubuh lelaki ini. Gerakkan jari kaki ini apabila aku bertanya menunjukkan kewujudan kau di sini”.
Dalam keadaan ni, ustaz tak pegang jari kaki satu persatu. Tapi ustaz menunjuk ke arah jari kaki sambil berkata dengan tegas & garang. Ustaz tunjuk ke arah ibu jari kaki, ” wahai jin, sekiranya kau jin ifrit, gerakkan kaki ini”. Tiada apa2 berlaku. Tiada sebarang jari yang begerak. Seterusnya, “wahai jin, sekiranya kau jin dari tanah, gerakkan kaki ini”. Sama juga diam sahaja. Maaf korang, jari ketiga dan keempat, aku tak ingat ustaz tu sebut jin apa. Jari terakhir, ustaz sebut ” Wahai jin, sekiranya kau jin dari amalan sendiri gerakkan kaki ini”. Tetiba jari kaki kelingking tokwan aku bergerak. 3 kali ustaz ulang soalan yang sama. Jari tu saja yang bergerak.
Ustaz tu bagitau kami, jin yang menganggu ni, jin dari amalan sendiri. Maksudnya pakai untuk diri sendiri. Orang dulu2 kan selalu buat kerja masuk hutan, tak terkecuali tokwan aku, kerja dalam hutan, jadi dia amalkan membaca sesuatu. Contoh macam ayat2 supaya tak diganggu binatang buas ke, nak kuat, untuk kebal ke. Mengamalkan sesuatu ayat yang bukan ayat Al-Quran, ayat tu akan bertukar menjadi seru. Bila dah jadi seru. Jin yang mendamping. Jin itu datang dari amalan sendiri. Dipakai untuk diri sendiri dan menjaga ahli keluarganya sahaja. Bukan bertujuan untuk aniaya orang.
Apa yang ustaz tu terangkan, bila kita amalkan sesuatu pekara yang macam tu. Jin akan mendampingi kita. Dan sekiranya kita terus amalkan perbuatan tu, ia akan bertukar menjadi saka. Dan saka pulak, akan pergi ke keturunan. Ustaz tu bagitau kami, biasanya saka akan pergi ke anak sulung, anak bongsu, cucu sulung, ahli keluarga yang paling lemah semangat atau orang yang paling dia rapat.
Ustaz meminta, air 7 kolah masjid dengan daun mayat(daun bidara) untuk diruqyahkan. Ayah aku menyediakan 7 botol air kolah berlainan masjid. Setelah selesai barang2 tersebut diruqyah. Ustaz suruh kami memandikan tokwan dengan menggunakan air kolah 7 masjid tersebut setiap hari. Manakala daun mayat (daun bidara) ustaz suruh kami dapatkan patinya untuk disapu di tubuh badan tokwan pada malam itu. Macam mana nak dapatkan patinya?? Ustaz tak bagi kami blender sebab nak dapatkan yang betul2 pati daun tersebut. Kena tumbuk ataupun giling. Nasib baik rumah tokwan aku ada alat nak giling.
Tanpa buang masa, aku suruh mama ajar cara nak giling, yang adik aku pulak tumbuk daun tu pakai lesung batu. Aku giling semua daun tersebut, dapatkan patinya yang piau hijau pekat tu. Agak2 dah banyak 1 mangkuk, terus bagi ke ustaz tu. Ustaz suruh adik-beradik ayah yang lelaki sapukan pati daun tu ke seuluruh tubuh badan tokwan. Kemudian Ustaz tersebut bacakan beberapa p****g ayat kat segelas air putih suruh tokwan aku minum. Disebabkan tokwan aku tak boleh minum, air tu ustaz suruh titiskan saja di dalam mulut tokwan aku.
Lepas dah buat tu semua, ustaz cakap dengan kami semua. Dengan izin Allah dalam masa tak lebih dari 7 hari, tokwan boleh balik. Dalam masa tersebut anak2 kena pantau keadaannya. Lepas tu ustaz tu tanya kami, ada tak pesakit simpan benda2 lama, simpan tangkal ke, keris ke, lembing ke, ayat2 ke, dia suruh kami cari dalam rumah waktu tu. Sebab dia nak hapuskan benda tu semua, kerana benda tu semua ada saka. Yang aku dengan sepupu aku pun pergi carilah 1 rumah. Tiada jumpa apa pun. Puas bongkar 1 rumah, ustaz tu cakap takpe, tapi kalau ada jumpa, bagitau dia, kerana benda2 macam tu kena dihapuskan. Apa2 masalah boleh rujuk dengan ustaz tu semula. Setelah selesai semua malam tu, ustaz tu balik.
Malam tu, nak tidur tak boleh. Adik2 aku semua penakut. Mau tak takut, benda yang bergolek kat atas bumbung bunyi dengan kuat, mengamuk agaknya. Gedeguk..gedeguk..gedeguk. Setiap 1 jam berbunyi. Makin kuat bunyi atas bumbung tu. Memang rasa seram lain macam malam tu. Macam nak roboh atap zink tu pun ada. Tapi bila kami bertanya, adik-beradik ayah aku semua cakap tiada apa, kucing kejar tikus katanya. Padahal aku rasa, diorang pun seram dengar bunyi tu. Baru je nak tertidur, pakcik aku pulak cakap tokwan aku buang air besar. Tapi najis warna hitam. Malam tu lepas berubat banyak kali tokwan aku buang air besar. Berulang kali juga diorang bersihkan tokwan aku.
Raya Keempat, aku tengok pagi tu pakcik mandikan tokwan dengan air 7 kolah tu dibantu dengan paklong aku. Lepas tokwan dah siap mandi semua, Busu aku bagi makan. Tapi tokwan tak nak makan. Bagi minum pun titiskan saja pakai sudu 2-3 kali. Aku sentiasa duduk sebelah tokwan tak lekang tangan aku dengan Yassin. Hari2 aku dengan sedara aku yang lain baca Yassin sebelah tokwan. Keadaan tokwan asyik buang air besar je. Terpaksalah pakcik aku alas tilam dengan plastik dan kain batik. Bila malam, adik-beradik ayah aku semua tidur bergilir2. Sebab nak pantau keadaan tokwan aku.
Bila malam raya keempat tu. Benda yang bergolek kat atas bumbung tu, semakin menjadi2 bunyinyer. Kuat sangat bunyi. Nasib tak roboh je atap zink tu. Macam tu la rutin kami sampai raya kelima. Tokwan pun hari2 entah berapa kali membuang air besar, dah tak terkira dah. Macam orang kena cirit-birit kejap2 buang air besar. Malam kelima tu, masa paklong aku berjaga malam, paklong aku nampak encik gula2 dalam rumah kat pintu waktu kami semua tengah tidur. Bila paklong pandang lagi sekali, gula2 tu dah tiada. Dengar paklong cerita kami dah seram.
Raya keenam, aku dengan family aku balik. Ayah aku kena naik kerja, kami dah seminggu lebih di kampung. Aku pun kena balik kl, kerja aku pun dah berlambak tertangguh. Tak sampai sehari naik kerja. Baru setengah hari tu. Aku dapat pangilan telefon dari ayah. Ayah aku bagitau tokwan baru meninggal. Alhamdulillah. Akhirnya tokwan aku dapat balik ke penciptaNya pada usia 84 tahun.
Selepas tokwan meninggal, tiap kali balik ke kampung, dah tiada lagi dengar bunyi benda bergolek kat atas bumbung. Aku pun tak tau, apa benda yang selalu berbunyi dulu atas bumbung tu. Tapi aku membayangkan benda tu macam kepala orang yang tergolek2. Oklah kalau aku rajin, aku cerita pasal kisah yang lain pulak. Terima kasih sudi baca kisah aku sampai habis. Al-Fatihah Tokwan. Sentiasa ada dalam kenangan. Satu2nya atuk aku yang terlibat dalam perang dunia. Satu2nya atuk aku yang menjadi pekerja landasan keretapi tentera jepun.
-TAMAT-
034. KAU CABAR, AKU DATANG
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : KAU CABAR, AKU DATANG
KARYA : FIXIE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401034
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Bismillah.
Salam perkenalan. Ini nukilan pertama dari ku. Semoga menjadi iktibar dan pengajaran dari pengalaman yang aku lalui. Merupakan kisah yang berlaku sekitar tahun 2011, ketika aku baru setahun jagung menjalankan tugas sebagai seorang pramugara di sebuah syarikat penerbangan tanah air.
Tak dapat digambarkan dengan kata kata, bila aku menerima jadual penerbangan aku untuk bulan berikut nya. Salah satu penerbangan dalam bulan berikutnya memerlukan aku untuk night stop(bermalam) di sebuah hotel di Kota Bharu. Bukan destinasi yang menjadi masalah, tapi tempat penginapan anak anak kapal.
Kecoh ketika aku baru mula melebarkan sayap sebagai anak kapal, konon nya ada insiden berlaku di mana seorang pramugari dijumpai pengsan di lantai tandas hotel tersebut. Selepas sedar, dia menceritakan selepas wake up call dari pihak hotel, dia sedang menyikat rambutnya . Tidak sengaja, sikat nya terjatuh, lalu ditunduk untuk mencapai sikat nya, alangkah terkejut apabila ada seekor makluk dengan rambut yang panjang dan muka yang mengerikan melihatnya dari cermin.
Kesahihan cerita ini tidak dapat aku pastikan, yang aku yakin pasti ianya cukup untuk menakutkan anak anak kapal yang masih baru lagi mentah seperti aku. Aku cuba untuk menukarkan penerbangan tersebut dengan beberapa kenalan aku, tapi hampa . Rata rata sudah mengetahui kisah tersebut. Dielak selagi boleh.
Hari penerbangan pun tiba. Sebelum ke Kota Bharu, kami perlu melakukan dua penerbangan , Kuala lumpur ke Saigon, dan Saigon berpatah balik ke Kuala lumpur. Kesibukan di dalam kabin kapal sedikit sebanyak membantu aku melupakan kisah yang terngiang ngiang di fikiran aku. Usai kesemua tiga penerbangan, kami sampai di lapangan terbang Kota Bharu. Disambut oleh van dari pihak hotel menuju ke hotel.
Menjadi lumrah, sebagai seorang yang paling junior dan juga menjaga adab sesama anak kapal, aku membiarkan mereka memilih bilik yang mereka kehendaki, dan akhir nya tiba giliran aku. Ya, bilik aku nun jauh di hujung.
Oleh kerana kami sampai pada waktu petang,semua bersetuju untuk turun ke bawah malam nanti untuk makan malam. Di dalam lif,seorang demi seorang meninggalkan aku ,tinggal lah aku berseorangan menuju ke tingkat berikutnya. Dengan suasana malap dan suram, aku perlahan berjalan kearah bilik sambil menarik trolley bag. Aku sampai di depan bilik, dengan kalimat Nya, aku membuka pintu ,sambil mata berkeliaran melihat sekeliling bilik. Perlahan aku menutup pintu. Dan disini lah, aku telah melakukan kesilapan besar dalam kamus hidup aku.
“AH PERGI MAMPUS KAU SANA,AKU DATANG BEKERJA,BERANI KACAU LA. AKU TAK KACAU KAU! JANGAN KACAU AKU!” Ya! aku melemparkan ayat-ayat tersebut , dengan hanya satu niat , supaya jikalau ada makluk lain,aku tidak diusik. Jauh disudut hati, aku sebenarnya hanya melemparkan ayat tersebut untuk memberanikan diri aku. Tapi aku silap, kata-kata aku telah mengundang nya ‘melawat’ aku.
Kebiasaan nya, gym di hotel-hotel menjadi tempat pertama yang wajib aku singgah, memandangkan kemudahan disediakan di rata-rata hotel adalah baik.
Dengan pantas aku turun supaya lepas gym session,aku boleh ikut serta anak-anak kapal yang lain untuk makan malam. Sampai sahaja aku di depan gym,keadaan di dalam sunyi sepi .Seperti lama tidak digunakan. Ditambah pula dengan tiada seorang pun di kaunter hadapan gym. Aku menulis nama ku dan nombor bilik di kaunter dan terus melakukan rutin ku. Tidak seperti gym session yang lain, kali ni aku rasa diperhatikan sepanjang masa. Sehingga kerap kali aku menoleh kebelakang.
Sampai la tiba-tiba, kesemua lampu terpadam. Gelap gelita . Tidak ada satu bunyi pun.Aku masih boleh mengawal perasaan walaupun hati dah mula membisik untuk membuka langkah seribu. Cepat-cepat aku mengambil telefon dan cerahkan skrin berjalan keluar. Aku mengelak dari memandang kiri atau kanan , terus naik ke bilik.
Sesudah selesai urusan aku di bilik,aku turun mengikut yang lain untuk makan malam. Berborak sambil gelak ketawa, terlupa yang kami adalah first flight out dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Jadi waktu bangun adalah awal, seingat ku 3 atau 4 pagi. Semua naik kebilik masing-masing. Sampai di bilik, aku pastikan baju dan seluar kemas diseterika dan digantung. Bersiap siap, terus masuk tidur. Dua katil single, yang hampir dengan tandas menjadi pilihan ku beradu, dan katil satu lagi aku biarkan bag aku di atas nya. Untuk tidur yang sempurna, aku pastikan bilik benar-benar gelap segelap nya tanpa sekumat cahaya pun.
Maka bermula lah gangguan pertama. Sedang perlahan aku melelapkan mata, “”squiiiiiiiikkkkkk, squicccckkk squiiikkkkk”…kedengaran katil sebelah aku, seolah-olah seseorang sedang berdiri dan berlompat manja.Perasan mengantuk hilang serta merta. Mujur aku tidur mengadap dinding. Semakin lama semakin pantas katil berbunyi ‘orang’ melompat lompat. Aku cuba membaca ayat-ayat lazim yang aku ingat, dengan perasaan takut yang amat, aku berlari ke arah pintu dan membuka semua lampu yang boleh dari panel suis di tepi pintu. Posisi aku berdiri di ruang hadapan pintu, terlindung, jadi apa yang berlaku di atas katil tersebut dihalang oleh dinding .
Akal fikiran aku dah mula memikirkan segala jenis kemungkinan yang boleh berlaku jikalau aku lari terus keluar dari bilik,bagaimana kalau ‘dia’ berada di sepanjang koridor mahupun dalam lif. Nak atau tidak, aku kena beranikan diri. Sambil membaca ayat-ayat lazim dengan kuat,perlahan aku berjalan sambil mengintai di ruang katil. Keadaan katil tersebut sama,tidak ada kesan pijakan langsung. Tv di buka dengan volume yang tinggi dan bilik diterangi dengan lampu bagi mengurangkan rasa takut .
Aku cuba berbaring, memang tidur bukan keutamaan aku lagi. Sedang aku cuba memikirkan solusi yang bernas( lari turun bawah atau tukar bilik), dua mug kaca yang awalnya terletak kemas bersama uncang teh dan kopi jatuh ke lantai. “PRANGG”! Terkejut dan tergamam, air mata jantan aku mau sahaja menitik keluar.Dari atas katil,ku lihat tidak pula pecah mug mug ni.Bacaan aku kembali kuat,aku membuat keputusan untuk terus bersiap dan tunggu di lobby .
Mandi? Lupakan saja. Aku capai uniform ku dan masuk ke tandas. Sedang aku kelam kabut nak bersiap,”tokkkk…tokkk..tokkkk” ,pintu tandas aku diketuk tanpa henti, dan makin lama makin kuat. Dan aku terdengar suatu suara kecil sedang ketawa dari arah luar pintu tandas. Ketawa dia, ketawa yang akan aku ingati selalu,cukup jahat dan sinis. Mujur telefon ada di dalam tandas hotel,kebiasaan nya untuk sebarang kecemasan andai terjatuh di dalam tandas. Aku membuat panggilan dan aku minta receptionist naik sekarang ke bilik aku dan buka kan pintu untuk aku.Tanpa cakap banyak, dia datang bersama seorang lagi receptionist.
Pintu bilik aku dibuka,untuk mendapat kepastian aku bertanya dari dalam tandas, “siapa?” Dua receptionist tadi menjawab “ Encik ada buat panggilan tadi kan?” Lantas aku membuka pintu. Nafas lega ditarik panjang. Mereka berdua meyangka yang pintu tandas terkunci dan aku memerlukan pertolongan untuk dibuka kan pintu. Tapi apabila aku menceritakan apa yang berlaku , dua receptionist tersebut melihat antara satu sama lain.
“Macam ni la Encik, Encik tukar bilik boleh?” Aku jawab ringkas,” Cukup. Saya bersiap dan saya tunggu di bawah.”
Aku meminta mereka menemani aku bersiap.Mereka menunggu aku di luar bilik. Selesai aku bersiap, ketika aku mengangkat beg trolley yang terletak di atas katil sebelah, ada setompok kesan kotoran ,seperti lumpur/d***h di atas katil disulami dengan bau hanyir yang menusuk secara tiba-tiba. Tak tahan lagi,gegas aku turun bersama dua receptionist tadi. Aku tunggu di sofa lobby sampai waktu tiba semua anak kapal turun untuk briefing dan diberi working position. Di dalam van, crew-in-charge bertanya padaku, yang aku kelihatan letih. Aku menceritakan padanya,dan menunjuk gambar tompokan seakan lumpur/d***h yang diambil dengan samsung note 1 aku yang dah lama meninggalkan aku. Kisah aku diambil alih dan menggantikan kisah pertama yang berlaku di hotel tersebut. Untuk beberapa lama aku bersyukur aku tidak mendapat jadual ke sana lagi.
Aku belajar untuk tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama. Ini antara salah satu dari beberapa pengalaman aku,dari sekolah menengah,kolej hingga lah ke alam pekerjaan. Andai kata cerita ini disiarkan, aku ucapkan terima kasih kepada pihak admin, dan kalau cerita ini diterima baik, inshaAllah aku ceritakan pengalaman aku di hotel lain atau waktu aku di kolej dulu. Salam.
-TAMAT-
035. ANGKARA SAUDARA SENDIRI
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : ANGKARA SAUDARA SENDIRI
KARYA : FIQ
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401035
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum admin harap cerita saya di post oleh admin untuk pembaca sekalian… hai semua saya perkenalkan diri saya sebagai Fiq saya dari negara jiran… maaf andai penulisan kurang bagus, kurang jelas,dan kurang di fahamkan kerana ini penulisan yang pertama. sebenarnya yang menghadapi barang ni adalah mak saya.. pada awalnya mak saya mengadu sakit kaki lama kelamaan makin teruk.
Mak saya mengalami sakit dari tahun 2008 hingga sekarang tetapi sekarang sudah bekurangan. pada pertengahan bulan tahun 2008 waktu tu waktu pagi, pada hari minggu mak memang selalu meluangkan masanya untuk menyiram bunga di taman, kemudian kaki mak terkena duri, alaa luka nya macam kena cakar kucing tu.. Jadi pada awalnya kami hanya memberi minyak gamat tetapi lama kelamaan bukan makin sembuh, tapi makin teruk sampai kaki mak keluar air dan bau yang sangat busuk. Ayah saya terus bawa mak ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Doktor cuma mengesahkan kencing manis , ye memang mak ada penyakit kencing manis sebab itu kami cuma harapkan perubatan doktor.
Ada satu hari tu waktu minum pagi mak ada beritahu pada ayah yang semalam dia ada bermimpi buruk, ada ular hitam datang kerumah dan masuk di dalam rumah kami, bukan seekor tapi 3 ekor kami cuma fikir mungkin mainan tidur. kaki mak makin teruk semasa awal bulan 2 tahun 2009. Cabaran lebih teruk melanda kami sekeluarga semasa hampir tarikh perkahwinan kakak saya, mak di tahan di wad kemudian bakal bapak mertua kakak saya (yang pada ketika itu lah masa ni dah jadi bapak mertua dia) seorang yang pandai bab mistik dengan ajaran islam yeee bukan ajaran sesat.
Dia bekata pada mak saya yang kaki mak saya ni bukannya kencing manis tetapi tekena perbuatan orang. Kami sebenarnya susah hendak percaya kerana kami tidak pernah ganggu orang (bukan tunjuk diri baik tetapi itu memang kenyataan kami lebih suka buat hidup sendiri). selepas mak saya di keluarkan dari wad bakal bapak mertua ( saya gelarkan bapa lah yee supaya senang) kakak saya terus datang kerumah untuk merawat mak saya. Dia meminta izin pada ayah saya untuk membuat rawatan, ayah izinkan. Selepas dia membuat bacaan pada air, dia memberi air itu kepada mak saya dan menyuruh mak saya mandi dengan air itu.
Sementara menunggu mak abis mandi bapa bercakap dengan ayah saya yang ada barang kena tanam di kawasan rumah kami. Ada dua barang tetapi yang satu dah hancur dan yang lagi satu ni masih baru, Dia meminta sebilah pisau dan menyuruh kami semua keluar di taman rumah kami untuk mencari di mana barang itu berada.
Setelah itu bapa ada baca beberapa potongan ayat suci sebelum di lemparnya pisau itu. semasa pisau itu di lemparnya tempat di sebelah kaki mak saya barang itu keluar, saya memang tak dapat lupa rupa barang itu sampai sekarang. O
Okay sedikit info lah yee, barang itu kain putih kemudian di ikat mengikut bentuk patung yang ada kaki tangan tu, ada jarum yang di cucuk di kepala, kaki, tangan dan perut. selepas itu bapa mengambil barang itu dan dia membakara barang itu depan kami dengan kalimah Bismillahirahmanirahim.
Semasa barang itu di bakar kami sekeluarga terhidu bau busuk yang amat hampir temuntah kami mencium saat itu. Kemudian kami di beritahu bahawa saudara terdekat yang menghantar dan ada jugak yang mak saya kena dari pejabat orang terlalu iri hati dengan mak saya. Alhamdulillah mak saya di beri kesembuhan dan Allah jugak menunjukkan kepada kami siapa pelakunya, dia adalah bapak dan mak saudara saya belah ayah, dia iri hati dengan mak saya dan kebahagian keluarga kami.
Satu hari itu bapak saudara saya ada mengaku sendiri yang meraka ada berjumpa seorang bomoh untuk merawat mak saudara saya ketika itu yang sedang sakit dan bomoh itu berkata yang membuat kaki mak saudara saya ni sakit dan mereka menuduh mak saya yang melakukan. sampai sekarang ini saya memang tidak mahu meliat dia dan keluarganya.
Selepas betahun-tahun mak saya sihat pada tahun 2018 sekali lagi mak saya tekena perbuatan orang yang mana pada tahun itu abang saya pulak yang kahwin, dari kefahaman mak saya setiap anak-anak kahwin mesti dia sakit. Mak saya mengalami sakit kaki tapi tidak sama macam tahun 2009, mak saya sampai menangis setiap lepas maghrib sampai sebelum subuh kerana dari p******g hingga ke kaki nya sakit. Sampaikan mak saya harus jalan bongkok. Tapi alhamdulillah Allah jumpakan kami dengan seorang hamba Allah untuk merawat mak, pak cik ni orang indonesia tapi dia merawat ajaran islam dengan ayat suci al-quran. pak cik memberi tahu kepda kami yang orang menghantar ni seramai 3 orang dan mereka orang terdekat kami Allahuakbar.
Semasa mendengar mak hampir terduduk kerana kami memang tidak pernah menganggu hidup orang lain mahupun saudara kami sendiri. Tetapi kali ni diaorang bijak, mereka dah tak main tanam mereka menghantar melalui angin dan ada penjaga di pagar rumah kami. Di saat itu pak cik tu becakap dia mesti rawat satu keluarga kerana satu keluarga dah terkena, ayah saya jadi sakit kulit sampai sekarang, dan kami tiga beradik memang selalu berselisih faham. Alhamdulillah setelah berubat pakcik tu mempagar seluruh rumah kami untuk pelindung.
Tapi mak saya masih sakit sampai sekarang dan selalu bermimpi buruk baik, mak sihat hanya untuk 1 ke 2 minggu kemudian sakit balik. Kami dah abis ikhtiar dan masih mencari-cari di mana yang dapat membuat rawatan. Sekarang ni bukan mak je yang kena kakak saya pun kena jugak…
Maaf ye kalau cerita saya panjang sangat dan ada yang tidak faham, saya cuma meluahkan rasa dan ingin berpesan jangan iri hati kebahagiaan keluarga orang dengan membuat pekara tidak baik. Tapi jaga lah keluarga sendiri dan luangkan masa untuk keluarga sendiri lebih insya allah kebahagian akan datang dengan sendirinya. Ingat Allah selalu kerana Allah sentiasa ada di sisi kita.
Saya cuma ingin mencari perawat untuk mak saya dan kami sekeluarga . Ohhh yee cerita ni takde tokok tambah yee semuanya kenyataan..
Tulus Iklas dari Negara Jiran B
-TAMAT-
036. TANGISAN MALAM
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : TANGISAN MALAM
KARYA : SYAAMIL
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401036
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia HZONE BLOG. Saya doakan semuanya dalam keadaan yg baik. Terima kasih kepada admin kerana menerima cerita saya untuk tatapan di HZONE BLOG.
Pertama sekali, saya Syaamil yang akn berkongsi cerita seram Tangisan Malam dan cerita ini datangnya dari pengalaman saya sendiri dan cukup ringkas untuk saya ketengahkan . Jangan mudah percaya atau terikut-ikut anggap cerita atau pengalaman saya sebagai satu hiburan untuk semua.
Alkisah, aku seorang pelajar kolej di Bangi dimana aku dan pelajar lain akan menetap di hostel yg disediakan sehingga lah semester 2. Selepas itu kami dikehendaki untuk mencari rumah sewa kerana penginapan di hostel tak dapat dimuatkan dengan ramai pelajar. Jadi, aku akan ceritakan pengalaman seram Tangisan Malam sepanjang aku tinggal di hostel kolej aku.
Di hostel, bilik aku di tingkat satu. Jadi dalam satu bilik boleh duduk dalam tiga orang sahaja. Bilik aku ni boleh link dengan bilik sebelah. Yang memisahkan kami hanya la sebuah tandas. Boleh tak bayangkan? Kira tandas ni duduk antara bilik aku dan bilik sebelah.
Jadi pengalam seram aku berlaku pada semester 1 sebelum peperiksaan akhir bulan 11. Aku tak ingat bila benda ni terjadi. So aku dan kawan kawan aku pada satu malam kami tidur ramai ramai dlm bilik aku. Tak silap aku 7 org. Haha
Kami adalah satu “group” kat hostel ni. Kami suka pi cari hantu pada hujung minggu. Yela lagi-lagi ada kawan yang istimewa 6sense lebih senang faham.
Nak jadikan cerita, pada malam kejadian, kami 7 orang lepas isyak dah mula gelapkan bilik sebab aktiviti malam tu kami nak tonton cd seram Ia Wujud. Dimana cerita ini bila kita dah tengok dari awal kita kena tengok sampai habis. Kalau tak x senang tidur malam. Jadi malam tu kami tak tengok sampai habis dan sambung pulak dengar MJ12 di youtube. Jam menunjukkan pukul 1 lebih so masing masing dah baring kat katil dan ada kat lantai. Himpit himpit la kami tidur malam tu.
Nak jadikan cerita, lepas dah habis dengar MJ 12 tu, nak senang tidur punya pasal kawan aku yg tidur ats katil sebelah aku mengumandangkan surah Rukyah. Yang lain dah tertidur. Tinggal aku seorang. Badan aku terasa panas dan berpeluh tak boleh lelapkan mata. Aku berasa terlalu takut sampai buka lampu bilik. Dalam pukul 3 pagi, tiba tiba aku terdengar satu tangisan yg sungguh sayu. Setiap bilik di hostel ni ada satu koridor kecil untuk ampai baju. Aku yakin tangisan itu memang dari ampaian baju. Aku cuba endahkan dan sebab terlalu takut aku hampir menangis, bangun duduk dari katil.
Aku ingat itu perasaan aku semata-mata tetapi kawan aku yang tidur atas lantai terbangun dan pandang aku dengan mata yang merah then dia cakap “kau dengar tak ada orang nangis? “. Aku anggukan kepala menandakan yang aku pun dengar tangisan itu. Dalam hati nak juga tengok benda tu, tapi hati memang tidak mengizinkan time tu. Perasaan takut semakin naik selepas aku mendengar sekali lagi tangisan yang kali ini betul-betul terasa dekat dengan benda tu. Tanpa ambil masa panjang, aku terus tarik selimut dan sambung tidur, walaupun time tu aku susah nak lelapkan mata.
Alhamdulillah, pada malam itu juga tiada gangguan yang lebih selain tangisan itu. Mungkin bagi korang kisah yang aku alami ini kurang menyeramkan, tapi bagi aku ia cukup menyeramkan dalam hidup aku.
Jadi, aku sedar pengalaman aku pada malam tu bukan mainan perasaan ia memang benar berlaku. Aku anggap ini satu pengalaman seram sepanjang aku berada di hostel selama 2 semester. Selamat malam semua pembaca HZONE BLOG.
-TAMAT-
037. GANGGUAN JIN MARAH
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : GANGGUAN JIN MARAH
KARYA : SYAKUR
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401037
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Nama aku Syakur atau korang boleh panggil Syak. Aku nak kongsikan pengalaman aku ketika menjadi fasilitator dan memegang jawatan sebagai ketua aktiviti di kompleks belia rakan muda klang.
Aku sebenarnya bukan nak sangat join benda ni, tapi sebabkan nak tolong “kawan” dan juga teringin nak cuba benda baru, aku pun buat keputusan ambil langkah kanan. “Kawan” aku ni Khairul Khusaini sebagai ketua program, dia ni nak cuba benda baru , tapi kedekut modal , ahli pun tak ada , jadi aku pun tolonglah sikit-sikit. Aku ajak kawan-kawan yang lain pernah satu sekolah sekali untuk tolong Khairul ni.
Suatu hari, aku dan rakan-rakan yang lain diarahkan berjumpa, selepas semua hasil usaha dan kerah tenaga selama ni, kami pun “meeting”. Macam biasa, jumpanya di rumah dia je, “save budget” la sangat . Dalam perjumpaan tu, tempat diberitahu dan kerja dibahagikan. Dengar je nama tempat tu Kompleks rakan muda, aku dah boleh bayangkan apa aktiviti yang aku nak buat. Aku digandingkan dengan “partner” perempuan, kawan sekolah jugak la, Aina.
Bermulalah hari pertama program, semua berjalan lancar. Peserta program datangnya dari pelbagai sekolah menengah sekitar daerah klang. Penginapan disediakan dan program akan berjalan selama 3hari 2 malam. Bilik yang disediakan agak luas, kawasan program pun besar .
Aku pun memulakan aktiviti pagi, macam kira senaman pagi la, buat gaya-gaya, lompat-lompat, jerit-jerit macam tu. Sepanjang siang tu, semua seronok dan macam-macam aktivit tampak baik.
Tiba-tiba, malam tu salah seorang dari peserta perempuan kena rasuk didalam bilik dia. Salah seorang rakan bilik dia panggil kami. Jadi, Khairul ni la yang turun padang lebih dulu dari kami. Setibanya di bilik peserta tadi, Khairul cuba menenangkan peserta tu, tapi dia meraung dan meronta macam haiwan yang kelaparan. terkumat kamit mulut khairul membaca ayat-ayat. Entah apa yang dibacakannya, semuanya di tangkis peserta yang kerasukan tu. Aku bisik pada khairul, “kalau tak tahu, buat cara tak tahu. Benda ni bukan main-main”. Namun, diendahkan sahaja. Akhirnya, budak tu tertidur dengan sendirinya mungkin kerana keletihan dan mungkin juga jin tu “pergi” untuk seketika.
Keesokkan pagi, aktiviti berjalan seperti biasa. Peserta yang dirasuk tu tampak normal namun agak lemau. Mana tidaknya, mungkin dia tidak dapat tidur dengan lena. Seperti yang dijangkakan, tatkala malam menjelma, peserta yang sama “tumbang” dalam seksaan jin yang menghuni kawasan tu. Rasukannya kali ini lebih parah. Ketika itu pula, kami sedang menjalankan aktiviti malam kebudayaan di bilik aktiviti tingkat 2. Malam tu, para peserta masing-masing menampilkan aksi dan bakat terpendam mereka. Kami hairan sebab peserta yang kena rasuk semalam belum naik ke atas sedangkan rakannya yang lain telah selesai menyiapkan diri. Oleh kerana tak sedap hati, Khairul ajak kami turun cari hingga kebiliknya.
Sampai dibiliknya, terkejut aku saat melihat peserta tu tengah mencangkung diatas katilnya sambil menjengket serta tangannya seakan mencakar katilnya, Khairul terus ke laci kecil sambil menggapai senaskah yassin, dibacakan ayat-ayat suci dan dihembus kepada peserta itu. Bukan mudah ia berakhir, jin didalam tubuh peserta itu melawan kembali sambil menyeringai dan tersenyum sinis. “itu saja yang kau boleh buat? HAHAHA ” meremang bulu tengkuk kami lepas dengar suaranya yang garau tu. Sejurus selepas tu, kami terus membantu Khairul dengan memegang tangan, kaki dan badan peserta tadi supaya tidak bergerak. Tanpa diduga, Khairul menghembus satu ayat dan dikilas bersama yassin tadi dari atas kepala hingga hujung kaki menyebabkan peserta tadi seperti kaku tak bergerak. Jin didalam tubuhnya seakan terkunci, tak berkata malah tidak merasakan sakit. Keadaan menjadi tenang semula. Lalu, Khairul mengarahkan beberapa orang untuk menjaganya didalam bilik dan mengarahkan yang lain naik keatas untuk meneruskan aktiviti.
Setibanya di bilik aktiviti, program pun berlangsung semula. Namun, tak sampai 5 minit, salah seorang peserta perempuan lain tiba-tiba duduk di penjuru dinding. Aku perasan dan aku berbisik pada kawan aku “aku rasa dia tu dah kena tu, cuba tengok”. Tekaan aku tepat, ketika aku laungkan azan secara perlahan dekat peserta tu, tiba-tiba dia menangis dan teriak. Terkejut beruk aku dibuatnya. Aku memberanikan diri untuk berbicara dengan jin didalam tubuhnya, aku bacakan ayat quran dan hembus ke jari telunjuk aku, lalu dicucukkan kearah perut peserta tu beralaskan kain. Aku tak lah pandai sangat, tapi cuba-cuba je .
Sejurus itu, jin itu pun merintih kesakitan. “Inilah peluang aku untuk bertanya tujuannya”. Kecil dihatiku berkata. Diceritakan pada aku satu persatu. “kenapa kau masuk kedalam tubuh budak ni ?” tanya aku. Jin tu pun memberitahu dalam nada yang marah, “sebab korang bising sangat! anak-anak kami tak boleh tidur! sepanjang hari nak main, tak nak duduk rumah, malam-malam korang bising jerit-jerit dan sebut nama kami, merosakkan kediaman kami! sekarang anak kami tak nak duduk rumah.” Selepas mendengar sebab dan alasan jin tersebut, aku memujuk dia untuk keluar dan meminta maaf atas kesilapan yang tak disengajakan.
Belum sempat selesai, 4 orang lagi tumbang serentak. Oleh kerana ketakutan, ramai yang menangis. Aku dan fasi yang lain cuba menenangkan mereka dengan menyuruh membaca ayat kursi sebagai perlindungan secara beramai- ramai dan berulangan. Peserta yang sedang kerasukan itu menjerit dan bergelak ketawa secara menyeringai sambil mata mereka merayau memandang ke atas syiling bilik. Disebabkan kekurangan ahli yang pandai bab-bab alam ghaib ni, kami buntu dan memutuskan memanggil darul syifa’ datang untuk “berunding” dengan jin-jin itu. Seraya, kami pun turun kebawah dan mengangkat peserta yang dirasuk jin awal malam tadi. Meskipun budak tu kurus dan kecil, tapi berat dia macam angkat orang 100 kilogram keatas. Kami memerlukan 7 orang lelaki untuk mengangkatnya keatas. Tercungap – cungap masing- masing kerana keletihan.
Setibanya darul syifa’, semua peserta yang menangis dalam ketakutan diarahkan dan tunggu di entrance bawah. Aku dan 2 orang rakan aku diamanahkan untuk menjaga mereka. Dalam 3 jam kesemuanya selesai. Setelah itu, aku dan 2 orang rakan aku diamarankan oleh ustaz yang mengubati peserta-peserta itu tadi ” lain kali, masuk tempat “orang”, jangan pagar sesuka hati tanpa ilmu! Ini kawasan dia ! Kenapa nak kena pagar ?!” Aku dan kawan yang lain kebingungan tapi hanya diam dan setuju dengan kata-kata ustaz. Selesai malam itu, ketika didalam bilik, kami tertanya -tanya siapa yang pagar kawasan ni? Persoalan itu sekadar terbang diawangan tanpa jawapan.
3 hari selepas itu, kami dipanggil khairul untuk berjumpa semula. Kali ni berjumpa dekat taman di klang. Khairul menceritakan pengakuannya. Rupa-rupanya, dia lah puncanya dan mengaku salah. Sejak hari pertama dia disana, dia dah tabur garam dan lada hitam diserata kawasan atas alasan tak mahu jin masuk dan membuat gangguan sekaligus telah “mencerobohi” kawasan jin itu selain buat bising. Kami semua menyesal kerana telah membantunya tanpa “BAYARAN”.
Sekian terima kasih. Maaf andai ada yang kurang. Harap korang baca dan dapat jadikan teladan.
-TAMAT-
038. MENANTU BUKAN PILIHAN
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : MENANTU BUKAN PILIHAN
KARYA : SHAZREEN ADRIANA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401038
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
HANTU KIRIMAN MENTUA.
Salam kak nak share pengalaman kak bermertuakan bomoh.Kak menikah penghujung tahun 2011. Seminggu lepas menikah baru lah kak tau yg bapa mertua kak tu bomoh.
Malam Chrismas 2011 menjelang asar d rumah mertua kak rasa panas..panas yg tak blh bawak bincang aircond pun tak dak rasa masa tu. Kak masuk bilik air duk bawah shower lebih kurang 2jam panas makin menjadi2. Masuk saja azan magrib muka kak jadi merah macam udang bakar sebab semakin panas,perut sakit memulas macam nk terkeluar urat perut.
26/12/2011 kak balik rumah sendiri, d rumah sendiri kak takut seperti ada yg memerhatikan gerak geri kak. Lauk yg dah di masak \ ada mahluk lain makan dan sepahkan sisa makanan padahal kak & suami berkerja tak ada org d rumah kami selain kami berdua.
27/12/2011 benda sepahkan dapur kak.. Habis pinggan mangkuk pecah, beras d penuhi kutu beras walhal baru ja beli tak sampai 5hari. Kak semakin takut , kami buat keputusan tinggal d rumah mertua buat sementara waktu (family kak bercuti d luar negara waktu ini)
28/12/2011 kami sampai d rumah mertua lebih kurang sebelum zohor (perjalanan rumah kak dgn mertua hanya 1/2 jam saja) selangkah kak masuk rumah mereka kak rasa ada sesuatu seperti masuk dalam diri kak terus rasa panas, perut memulas2. Hal ini berterusan hingga kak terpaksa cuti daripada berkerja selama 2 minggu. Kak tak dak daya nak bangun mkn apatah lagi nak drive p keje.
Selepas family kak balik drpd bercuti terus mereka datang rumah mertua kak. Mami daddy sampai d seberang jaya (rumah mertua) lebih kurang pukul 8mlm. Pada masa tu daddy kak nmpk sorg lelaki sama seperti suami kak berada dlm kereta kak.. Daddy tanya dia nak p mana tapi tiada jawapan.
Daddy mami masuk dlm rumah tnya pada mertua kak, suami kak nak mana. suami kak masa tu sedang solat magrib d bilik atas persoalanya sapa yang dalam kete tu.
Rupanya mahluk jelmaan suami kak & benda yg duk ganggu kak tu adalah benda suruhan mertua kak.. Hingga hari ini hampir 8thn benda tu masih mengganggu kak & suami kerna kak bukanlah menantu pilihan mereka. Suami kak ni anak tunggal. Hampir 7thn juga kak dah tak pergi mahupun jumpa keluarga mertua kak.
Daripada rumah d Seberang Perai Selatan kak pindah sewa d Seberang Perai Tengah thn 2013 dgn harapan dkt dgn maksedara apa2 berlaku dkt senang dorg nak dtg.
Sebulan pertama alhamdulillah tak ada apa yg berlaku. Masuk bln ke2 ptg rabu kak blk kerja keliling rumah(rumah kak teres coner lot) d penuhi garam kasar & lada hitam tanpa fikir byk cuci dgn air paip..mlm tu bermula lah gangguan semula, dalam rumah busuk bangkai lagi lama kak baca ayat kursi lagi busuk baunya. Pagi hari ke2 badan kaki kak penuh lebam & kesan cakaran muka kak jadi gelap hingga anak sdara pun tak berani nk dekat katanya dkt acu ada hantu tinggi besar.
Mak sedara kak bwk berubat d utara pulau pinang..menurut ustaz tu yg buat ni keluarga juga sbb xmau kak hidup bahagia & senang (fmly kak org yg berada jauh beza drp mertua) husband kak tak percaya ustaz tu tak mengapa kita cuma iktiar sja.
Jumaat petang skali lagi kak balik keje keliling rumah d penuhi beras kunyit & lada hitam.. Nak jdi cerita jiran sebelah rumah kak bagitau tdi tenghari mertua kak mai rumah tabur beras kunyit & lada tu ktanya buat pagar agar xde benda yg kacau nanti. Allahu macam nk luruh jantung dengar, suami kak tetap tidak percaya. Katanya kak sengaja memburukan mereka sbb mereka org susah.
Perkara ni berlaku hingga pertengahan april 2013 hingga mami daddy kak msuk campur hal ini.daddy kak beri amaran kpd mertua supaya hentikan perkara2 syirik.. Sepanjang tempoh 2013 hingga 2015 kak tidak bersama dgn suami krn masing2 tak ada nafsu. Sekali lagi makngah kak bwk berubat di Merlimau Melaka ya nafsu kami d tutup supaya kami sama-sama bercerai suka sama suka.. Jodoh itu kuasa Allah walaupun tidak bersama kami tetap suami isteri.
2015 setelah daddy kak meninggal dunia, mertua kak mula balik keje jahat mereka kali ini mami kakak pula d ganggu.(kami pindah rumah baru yg mami daddy hadiahkan tuk kak)mami tinggal bersama untuk jaga kak.
Lps mami solat subuh dia selalu mengaji hari tu nak jadi cerita dia mengaji surah al jin, benda tu mengamuk buka tutup air shower baling pinggan mmangkok & cekek mami yg sedang mengaji. Alhamdulillah mami kuat xdak apa2 yg berlaku dkt mami cuma ke esokkan hari mami demam biasa.
Sekali lagi makngah bwk kami berubat d kaki gunung jerai sama juga seperti ustaz d utara mengatakan ini hantaran keluarga yg nak pisahkan kami suami isteri.
Mulai hari itu kami sekeluarga setiap mlm akan baca yasin minta Allah lindungi keluarga kami. Benda tu tak henti2 ganggu merupa seperti suami kak..merayu pukul 3pgi minta kami bukakan pintu sedangkan suami kak ada dlm rumah dgn kak..kak hampir keliru yg mana satu suami kak yg sebenarnya. Gangguan itu berterusan setiap hari waktu yg sama ada satu ketika benda tu ketuk tingkap bilik mami sambil nangis minta buka pintu nak msuk..suaranya tak ubah seperti suara abg kak yg berada d shah alam. Waktu tu juga mami call abg risau kalau dia d ganggu juga ya sangkaan kami tepat dlm masa yg sama benda tu ganggu kakak d kelantan serta abg d shah alam.
2016 kesabaran kak ada batasnya.. Kak failkan permohonan cerai kena dah tak tahan dgn segala gangguan.. Makahmah tolak permohonan kak & husband pun xmau ceraikan kak.. Bila mertua dapat tahu husband tak mau ceraikan kak mulalah mereka tukar taktik lain mereka sering buat agar kami sekeluarga bergaduh walaupun hal tak tutup suis lampu akan jadi punca kami gaduh.. Hingga husbandkan naik tangan. Dan mami di arahkan oleh husband kak supaya tidak tinggal bersama tapi mami tau itu bukan husband kan benda yg ganggu kami penyebabnya.
2017 kak terjumpa seorang perempuan muda lebih kurang umur 28thn bersama anak (4thn) & suaminya d restaurant de’pauh garden. Kami duduk bersebelahan meja, tiba-tiba anak dia ckp (mami kakak tu ada hantu la) cepat2 perempuan itu minta maaf dkt kak dan mengatakan anak dia terbuka hijab. Dia bertnya pada kak, kak ni tak sihat kaa.. Kak cuma menidakannya. Lepas seminggu kak terjumpa lagi perempuan(yana) tu dkt maybank bandar perda. Masa tu kami berbual lama la juga tunggu no giliran tak sampai- lagi. sampai mengantuk weii..
Dia pelawa kak pergi ke rumah dia d daerah bukit Mertajam. Kak cuba pergi dah org pelawakan, takut kata sombong pula. Oh yana tinggal dgn family dia mak ayah pun tinggal bersama. Kak cuba bagi salam namun salam kak tidak berbalas ayah yana duk atas ndoi dkt dpn rumah. Ayah yana tanya kak hg mai dgn sapa, kak jawab la sy mai sorg pakcik. Ayah yana kata hg p tgk dlm kereta hg ada tetamu yg aku tak undang. Kak toleh tgk kete tapi tak dak org pun merepek la pakcik ni dlm hati duk ingat macam tu.
Sebelum d benarkan masuk dlm rumah yana, ayah dia sruh kak basuh kaki dulu & baca ayat kursi dpn pintu weii seram juga pakcik ni apa hal suruh aku baca ayat kursi dpn pintu rumah dia.sebaik langkah masuk rumah dengaq anak yana kta tok abah kt kakak tu ada hantu la duk kat bahu sambil tunjuk bahu kak..nak pengsan kak dengar. Bermulalah episod ayah yana berubat kak…
Alhamdulillah 70% kak dah sembuh & rumah pun xdak gangguan dgn izin Allah kadang2 tu ada juga mertua nak test power dia hantar balik. Hingga hari ini ayah yana duk berubat kak sampai la kak jadi anak angkat depa lani. Haaa lupa nak habaq masa kak sakit teruk sampai kena duk d rumah yana dkt 3bln Dec thn 2018 (mami p duk klantan sbb tak blh dkt dhn vukak)masa tu ayah Yana pun dah geram agaknya sampai dia nak hantar balik2 benda syirik yg org duk buat kt kak. Mlm tu husband kak buat pengakuan apa yg berlaku selama hampir 8thn pernikahan kami ini semua angkara keluarga dia sbb mereka tidak pernah suka kak & mereka d hasud oleh anak angkat yg dengkikan kak.
Alhamdulillah kak semakin pulih cumanya kak tak masih belum bersedia untuk menerima mereka sbg mertua semula setelah apa yg berlaku.
Untuk fans fiksyen shasa d luar sana pesan kak biarlah apa org buat dkt kita, kita sebolehnya berdoa yg baik2 untuk mereka. Allah maha adil, balasan Allah itu ada cuma cepat & lambat ja
-TAMAT-
039. SANTAU ANGIN DIHANTAR GARA-GARA HASAD DENGKI
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : SANTAU ANGIN DIHANTAR GARA-GARA HASAD DENGKI
KARYA : AIN AMIN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401039
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin menceritakan pengalaman saya kena santau. Saya rasa platform ini paling sesuai untuk cerita. Saya gelar diri saya sebagai B. Perkara ini berlaku pada diri saya pada tahun 2019. Selagi tidak kena pada batang hidung sendiri, aku rasa karut saja semua tu. Alam ghaib tu wujud ya kawan-kawan.
Aku ni pelajar tahun akhir di sebuah universiti awam. Bayangkanlah tinggal satu semester lagi,aku disantau orang. Aku sebenarnya tidak tahu pun aku disantau orang. Yang aku perasan,badan terasa berat setiap kali nak pergi kelas. Malam pula susah nak tidur.Jadi,aku pun balik kampung awal untuk berubat. Pergi berubat dengan seorang perempuan.Dia mengubatkan aku dengan menggunakan telur ayam kampung.Apabila dipecahkan telur tersebut,banyak gila sampah. Perempuan tu cakap aku kuat.
Orang lain kalau kena macam ini,dah tumbang katanya. Dia cakap ada orang dengki dekat aku sebab aku bijak. Hampir setiap semester alhamdullilah dekan. Selepas balik daripada berubat dengan dia,malam itu badan aku panas menggelupur. Nak solat pun rasa macam dicucuk-cucuk. Mak aku temankan aku solat. Sementara mak aku ambil wuduk,aku zikir dulu sebab nak solat sama-sama. Sambil aku zikir,entah kenapa aku terdetik nak pandang cermin. Dia tunjuk diri dia dekat cermin. Dia menjelma dalam rupa aku.
Muka aku jadi semakin gelap. Mata aku jadi semakin hitam. Dia senyum sampai ke telinga. Serius seram. Siap ada janggut putih. Berubat kali kedua dan ketiga,telur ayam kampung dah bersih. Cuma perempuan tadi pesan supaya aku sentiasa berjaga-jaga memandangkan benda tersebut dah ada lorong untuk masuk ke dalam badan aku.
Adik aku kata sepanjang aku balik ke rumah,ada bau yang sangat busuk pada waktu malam. Dia kata bau itu datang daripada aku. Sepanjang bulan puasa,aku rasa macam aku dah semakin pulih tapi aku silap. Malam raya aku kena kacau balik.
Dia cucuk-cucuk badan aku. Satu malam aku tidak boleh tidur. Maka berayalah esoknya dengan eyebag seguni. Adik aku picitkan kaki aku pada malam raya itu. Tiba-tiba,aku nampak adik aku menjelirkan lidah sambil mata naik ke atas sampai tidak nampak anak mata hitam. Bila aku tanya adik aku,dia kata dia tidak buat apa-apa pun.
Memang berzikir saja malam itu. Seminggu lepas raya,ibu dengan ayah bawa aku pergi berubat dengan seorang atuk ni. Jadi,dia scan aku. Dia kata ada jin kafir yang menumpang dalam badan aku. Sebab tu aku jadi malas sepanjang semester akhir ini. Dia bagi daun bidara untuk dimandikan. Sumpah sakit gila masa mandi dengan daun itu. Kemudian,aku kena kembali ke universiti semula untuk habiskan 3 paper exam. Sepanjang di universiti,hari terakhir exam aku kena kacau lagi. Jadi,aku minta kawan panggilkan aku ustaz. Ustaz datang terus seriau jantung aku walhal aku yang suruh panggil dia.
Dia kata aku kena teruskan berubat nanti bila balik rumah. Dia suruh amalkan mathurat sebagai perlindungan diri. Habis saja exam,aku balik ke kampung halaman. Pergi berubat dengan atuk yang sama. Dia baca ayat-ayat suci Al-Quran untuk tarik jin kafir keluar dari badan aku. Dua kali dia tarik jin tu. Tengok gaya dia pegang nak buang jin tu,berat jin tersebut. Selepas berubat dengan atuk itu,aku rasa diri aku selalu diperhatikan semasa tengah mandi. Tekak pun perit semasa berzikir dan baca ayat suci Al-Quran.
Bayangkanlah makan nasi tinggi menggunung dua pinggan tapi tidak kenyang. Jadi,pergi berjumpa semula dengan atuk dan ceritakan semuanya pada dia. Masa ini pun tidak tahu aku disantau orang. Dia cuma cakap aku disihir. Dia ubatkan aku keluarlah rambut dan jerami padi. Aku beritahu dekat kawan yang aku boleh percaya cakap aku disihir. Aku gelar dia si A. A ni pun whatsapp aku dan suruh aku amalkan solat sunat empat rakaat mudahan diberikan petunjuk.
Haih sumpah gatal satu badan semasa buat solat itu tapi aku teruskan juga. Oleh itu,aku jumpa dengan atuk itu semula. Dia beri satu daun untuk aku berubat. Alhamdullilah hilang gatalnya. Seminggu kemudian,aku rasa tekak aku perit. Jumpa atuk itu,dia keluarkan rambut dari tekak aku dah bergumpal-gumpal. Selang seminggu dari perjumpaan dengan atuk,aku rasa sakit di bahagian dada dan collar bone aku masa buat solat sunat empat rakaat itu. Aku jumpa dia semula and keluarlah rambut bergumpal-gumpal,kaca yang dah hancur dan kaki belalang. Masa ni terang-terang dia cakap aku disantau orang. Bukan santau biasa-biasa tetapi santau angin.
Dia kata orang yang santau aku menggunakan nama aku. Atuk itu cakap sekiranya orang itu tidak tahu nama penuh aku,santau itu akan berbalik semula pada dia. Dia bagilah ayat pendinding untuk aku. Sebelum aku berubat dengan perempuan di kampung,atuk dan ustaz,ayah aku ada jumpa orang untuk tengokkan aku.
Ustaz itu kata aku ada gangguan dan orang yang menghantar gangguan itu dekat saja dengan aku. Maksudnya,orang yang kenal akulah yang santau aku. Sebelum aku berjumpa dengan atuk yang aku ceritakan di atas,aku minum air kelapa muda yang dibacakan Al-Fatihah dan surah At-Taubah.
Setengah jam selepas minum,aku muntah d***h dan muntah hijau. Air kelapa muda boleh digunakan untuk mengesan gangguan jin dan sihir. Aku cerita ini bukan sebagai pengajaran buat semua orang. Percayalah kepada rezeki Allah. Kalau rasa iri hati dengan kejayaan orang lain,jadikan itu sebagai pembakar semangat untuk berjaya. Jangan dengki dengan cara sebegini. Syirik dan berdosa.
-TAMAT-
040. CAMPING PUAKA
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : CAMPING PUAKA
KARYA : FAZE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401040
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum dan Hai tuk semua pembaca tegar HZONE BLOG.. Seperti korang semua aku juga seperti korang yang menjadi pembaca setia di HZONE BLOG ni.. Sebelum aku memulai cerita disini aku ingin introduce dulu sedikit sebanyak tentang diri aku. Nama aku Farish, berumur 29 tahun dan berasal dari Sarawak.. Kisah yang ingin aku kongsikan merupakan antara yang pertama kali aku bertemu muka dengan makhluk Allah yang rare ni.
Tahun 2007
Selesai je last paper tuk SPM, aku dan beberapa geng sekepala yang lain bercadang nak bermalam kat salah 1 tempat riadah tidak jauh dari kampung (30 minit kot lau naik kereta). Selepas berbincang dengan semua dan capai kata sepakat, kiteorang decide nak bertolak pada sabtu dan balik pada Ahad. (aku nak bagi gambaran lah ya, tempat ni mesti nak kena lalu jalan sawit yang berbatu & boleh dikatakan kat tengah hutan)
Hari yang dijanji telah tiba, Aku, Lan, Udin, Fadil, Ayie dan Edi pun sediakan dan periksa setiap barang bekalan dan kelengkapan untuk kami di sana. Ada yang bawak joran dan kelengkapan memancing dan ada yang bawak daun terup. Kami bertolak sekitar jam 10 pagi dan setibanya kami di lokasi, keterujaan tergambar di setiap wajah sahabatku kerana akan pelbagai aktiviti yang kami lakukan, lebih-lebih lagi dihapadan kami merupakan kawasan air batu yang cukup jernih.
Kami membahagikan setiap tugasan, ada yang pasang khemah, ada yang cari kayu dan ada yang memasak. Yelah, lau tak buat camtu sah-sah takkan jalan laa program, mesti semua nak terjun sungai jadi sebelum benda tu jadi baik siapkan semua dulu baru mandi.
Aku dan Lan cari kayu sambil aku teman Lan cari tempat yang sesuai untuk dia casting.. “Riz, jom gi depan sikit, aku rasa macam ok je tempat tu tuk aku try mancing” pinta Lan pada ku. Aku pun mengangguk dan ikut je mana dia nak gi.. “Lan, tempat ni ok tapi bagi aku macam jauh laa dari khemah” Lan hanya senyum sebab aku tahu yang kaki pancing ni tak kisah jauh ke dekat asal dapat kepuasan..
Kami pun balik ke khemah dan bbq sambil ada yang mandi. Jam menunjukkan pukul 3 petang dan Lan pun ajaklah aku dan member lain teman dia gi mancing kat tempat yang aku ceritakan tadi. Aku dan Fadil pun temankanlah si Lan ni sambil bawak pancing lebih, manakala Ayie, Edi dan Udin nak mandi puas puas katanya. Aku pun pesan dekat dorang jangan lupa nak buat unggun lau dah nak gelap. Masa tu si Udin pun bagitau jangan lupa bawak ikan pari nanti. (bapak dia pari kat sungai air batu)
Dalam perjalanan kitorang ke tempat mancing ni. Fadil tanya kat Lan ikan apa yang ada kat situ. Boleh pulak dengan selamber vavi Lan bagitau Ikan Duyong bra merah. Aku dah terdiam dengar Lan cakap lepas je camtu, yelahkan kat hutan kot dan sungai lagi tu. “lau aku dapat duyung tu Lan, malam ni aku tidur sorang lah dalam khemah” kata Fadil dan Lan pun ” Duyong tak nak orang Nepal macam kau lah Dil”. Aku yang dengar ni geram pun ada tapi nak gelakpu. Ada sebab muka Fadil berubah teruss ..Hahaha…
Tiba kat tempat tu, kami pun cari target tempat nak baling umpan. Lan pergi lah kat tempat yang jauh sikit dari aku dan Fadil, mungkin baginya kat situ ada ikan. Dalam tengah kusyuk main casting tu tiba-tiba aku rasa tak sedap hati rasa macam kena perhati je. Aku biarkan je sebab ada Fadil dengan Lan.. Tak lama lepas tu aku dengan Fadil tersentak dengan bunyi seakan ada yang terjun kat dalam sungai berdekatan dengan kami..
Kami berdua berpandangan sesama sendiri sebab nak kata dahan pokok mesti dah timbul tapi langsung takda tanda pun yang dahan pokok penyebab bunyi yang kami dengar tadi. Untuk sedapkan hati, aku cakaplah kat Fadil mungkin monyet. Fadil hanya mengangguk tanda faham apa yang tersirat.
Dalam 30minit selepas bunyian tadi, sekali lagi aku dan Fadil terdengar satu bunyi tapi kali ni bunyi pokok bergoncang dengan kuat dari satu ke pokok yang lain, bagai ada yang membelah laluan diantara pokok di situ. Kali ni aku memang dah tak boleh nak fikir positive lagi. Lan yang dah ada kat situ pun kali ni dah rasa lain macam sangat, sebab angin tak da langsung!! Lan dah buka mulut ajak aku dengan Fadil blah je dari tempat tu dan rehat kat khemah je. Aku dengan fadil cepat je simpan semua peralatan tadi.
Belum sempat kitorang nak gerak, satu pokok berhadapan kitorang bergoyang! Masa ni aku dah rasa nak teberak dah sebenarnya.Hehe.. (First bro kena main camni) masa tu lah ketiga-tiga kitorang nampak jelas benda yang berkain merah merangkak turun dari pokok. Punyalah slow dia merangkak turun tu sambil mata jeling kat kitorang. Senyum dia bhai aduhhh, elok lagi tak payah senyum kot.
Masa tu bukan kitorang taknak lari tapi memang rasa terpaku sangat dan mungkin sebab takut kot. (benda tu berkain merah pekat cam d***h,then muka pucat mengerutu, mata sepet then bukaan mulut dia besar) syukur masa tu Fadil terus laungkan azan dan aku dengan si Lan pun baru sedar terus baca surah lazim. Lepas tu apa lagi terus lari balik ke khemah..
Sampai dekat khemah kami bertiga bincang nak diamkan je benda ni. Taknak bagitau yang lain. Jadi pada malam tu. Kitorang bbq dan borak sambil gelak sakan sampai lupa apa yang baru jadi petang tadi. Malam tu kitorang target taknak tido sebab nak lepak sampai pagi. Banyak gak lah topik yang kitorang sembangkan, sampailah si Udin ni boleh pulak keluarkan topik pasal hantu.
Mengikut dari kata si Udin ni, dia pernah jumpa hantu tapi dia buat tak layan je. Masa tu, aku, Lan dan Fadil dah berpandangan.Yelah kan, baru petang tadi kena jackpot. Tengah rancak Udin bercerita tu, tiba-tiba kitorang dengar suara mendayu – dayu menangis, gelak,dan mendengus (maksud aku bukan 1 suara je masa tu, maksudnya ada beberapa ekor). Udin yang tadi rancak bercerita kini diam terus. Masa ni aku dengar dengan jelas “takut aku ke?”, “nak temankan?” lepas tu gelak jahat kedengarn, serius tak pernah aku dengar gelak camtu.
Aku ajaklah member lain temankan aku gi sungai sebab nak ambik wuduk dan baca apa yang patut. Dorang pun ikut je. Bunyi tu masih ada lagi. Lepas je Wuduk kitorang berzikir, baca surah lazim dan dekatkan khemah kitorang.( 2 khemah) malam tu kitorang tak tidur sampai pagi sebab dengar bunyi orang kat luar khemah gelak sakan. Sampai khemah kitorang kena goncang sambil menyanyi lahanat tu kat luar tapi lagu macam lagu lama yang entah ada atu memang irama dorang kot.
Pagi tu awal-awal kitorang terus packing barang dan terus balik. Masing2 muka ngantuk. Aku demam 3 hari balik dari situ. Lepas je peristiwa tu, kitorang makin suka gi camping, bukan sebab beranitapi sebab dah menjadi satu hobi. Hehe. Banyak la pengalaman seram masa camping, tracking dan sebagainya. Nanti ada masa aku kongsi lagi k. inta maaf jika penceritaan aku kurang memuaskan. Maafkan daku ya reader sekalian. Sekadar berkongsi pengalaman melalui coretan yang tidak seberapa. Nantikan next story yaaaa… Assalamualaikummm
-TAMAT-
041. SIAPA YANG MENGINTAI?
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : SIAPA YANG MENGINTAI?
KARYA : ARIL
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401041
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum admin HZONE BLOG. Sebenarnya lama dah nak menulis kat page ni, tapi tulah sentiasa terbantut dengan hal-hal dunia ni. Kalau cerita aku ni terpilih, terima kasihlah ye.
Cerita ni time aku baru masuk tingkatan 1 tahun 2008. Sekolah yang aku masuk ni sekolah berasrama dekat Hutan Melintang, Perak. Sapa yang duduk kawasan tu atau kawasan Sabak Bernam taulah sekolah mana yang dimaksudkan tu.
Ianya terjadi macam biasalah, lewat malam di malam jumaat. Macam tak ada waktu lain diorang nak munculkan diri. Waktu tu aku memang nak terkencing sangat sebab sebelum tidur aku pergi bantai minum banyak-banyak dekat dewan makan. Time nak tidur tu lupa pulak aku nak pergi buang air, memang patutlah pun terjaga tetengah malam nak kencing. Padan muka aku.
Aku gerak lah sesorang gi bilik air. Nak ajak kawan tak berani. Sebab sebelum ni pernah ajak teman jugak tetengah malam, abis aku kena sound pasal kacau dia tidur. Sudahnya sampai seminggu kami tak bertegur sapa. Kehkeh.
Ok ok sambung. Aku pergilah seorang diri ke bilik air. Asrama aku bilik air ada dua. Dua-dua terletak di hujung kiri dan kanan. Memandang kan bilik aku paling tengah, aku menapaklah ke tandas belah kiri sebab belah kanan dekat dengan hutan. Takut aku nak gi sana.
Sedang menapak tu, dorm sebelah bilik air tu kosong. Khas untuk tetamu sekolah lain yang datang main bola tidur dekat dorm tu. Dorm tu memang sentiasa dikunci. Tapi malam tu, aku tengok bilik tu macam meriah. Walaupun lampu tak dibukak, bergelap je tapi kedengaran lah meriahnya tu. Dengar kerusi/meja diseret sana sini. Orang berbual sesama sendiri. Bunyi katil berkeriuk-keriuk (bunyi katil time orang nak duduk). Memang macam ada oranglah dalam bilik tu.
Aku ingatkan adalah pelajar sekolah lain duduk situ. Mungkin datang nak main bola ke apa esoknya kan. Aku cubalah nak mengintai. Mana tau boleh buat kawan ke. Dekat dorm tu tingkap hujung sekali bersebelahan tandas tu, ada satu cermin dah tertanggal. Aku memang nak intailah dari situ. Time nak intai tu, rupa-rupanya ada orang belah dalam dah intai aku dulu dah. Fuhh bukan main terkejut aku!
Sebab suasana pun gelap tak kira belah dalam dan luar, aku hanya nampak mata dia jelah. Badan kepala dia macam samar-samar ditelan gelap gitu. Mata dia je bergerak-gerak pandang sana sini pastu pandang aku balik. Aku tersengih jelah cakap sori pastu terus lari masuk dalam bilik air.
Dalam bilik air tu, masih dengar lagi bunyi orang seret-seret kerusi meja bagai. Kuat sangat. Macam diorang tengah berpesta je. Time kencing tu, bulu roma aku meremang gila. Macam ada benda je perhatikan aku dari atas. Terbayang-bayang mata tadi tu mengintai aku. Tapi buat bodoh jelah.
Selesai habis buang hajat tu, tak dengar dah bilik sebelah bising-bising. Mungkin dah tidur kot. Aku pun keluar. Masa nak keluar tulah aku nampak sesusuk tubuh lelaki berdiri atas tembok asrama depan bilik kosong tadi. Aku tergamam. Dengan keadaan yang gelap. Hanya dilimpahi cahaya lampu dari padang sekolah dan cahaya samar bilik air sahaja. Memang suramlah waktu tu. Aku diam je. Sebab time tu aku yakin, tu bukan manusia! Bukan macam dalam drama, dah tau tu hantu lagi nak tegur. Bangang betul!
Aku pandang dekat tingkap bilik kosong tu, dan masih ada lagi sepasang mata sedang mengintai memandang aku dari belah dalam. Lagi bertambah seram, kepala lelaki yang berdiri atas tembok tu jugak tengah pandang aku!
Sambil tersengih!
Aku dah takut gila b**i dah waktu tu. Nak lari tapi otak macam dah berhenti berfungsi. Air mata dah meleleh dah. Bunyi sengihan dia tu yang buat jantung aku nak gugur. Seram ya amat! Dapat je kekuatan, terus aku pecut lari ke dorm aku. Masa nak bukak pintu bilik tu, kepala aku degil nak pandang makhluk tu. Dan makhluk tu masih memandang aku sambil tersengih lalu terus terjun ke bawah!
Aku lari dan terus baring atas katil kawan aku. Abis dia mengamuk marah aku ganggu dia tidur. Sebab dah takut sangat, ada aku kisah dia nak marah ke tak. Biarlah tak tegur seminggu pun, janji aku ada teman tidur di sebelah. Menggeletar weii sampai pagi. Terbayang lagi muka tersengih ‘dia’ tu waktu terjun ke bawah.
Esoknya seperti yang dijangka, memang takde orang langsung dalam dorm tu. Siap berkunci mangga dari luar lagi. Aku cerita dekat kawan-kawan aku, mulalah spekulasi merepek diorang. Makhluk tak aman lah, bekas pelajar sekolah b***h dirilah. Aku iyekan je.
Itulah first and the last aku pergi tandas seorang diri tetengah malam tanpa teman. Masih terbayang lagi sepasang mata yang mengintai dari dalam bilik tu dan makhluk tersengih atas tembok. Yang jadi persoalannya, aku macam cam wajah makhluk tu, tapi sampai sekarang tak dapat agak siapalah gerangan empunya wajah tu sebenarnya. Nak kata kawan aku, bukan. Tertanya-tanya sampailah sekarang!
Ini betul kisah benar.
Sekian, terima kasih admin A.D
-TAMAT-
042. LOT 37
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : LOT 37
KARYA : PENGHUNI LOT 37
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401042
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Hye. Harini 22 nov 16, 9 pm aku start tulis ni. Baca tajuk seram tak? . act this happens dah lama since we were kids kot tapi semalam punya game ‘dia’ main kasar beb. Begini…
Sejak aku balik dari kl aku tido dengan akak ketiga aku.Memang bilik tu aku dengan dia slalu nmpak makcik tua rambut putih kusut2. Peliknya,tuan punya bilik tu tak pernah nampak.sebab tuan bilik tu garang macam rimau kot,benda tu pun tak berani.semalam kami balik rumah dah dekat maghrib.so,pukul 11 tu kami masuk tido bilik angah sebab ada aircond. Akak aku cakap dia ngantuk sangat2 so I bet dia terus lenalah.
Dia skang mengandung 8 bulan. Aku tak ngantuk so aku main game. 5 mins after that atas bumbung bunyi macam benda terjun then mengensot. Aku dah syak dah, dia mai dah. Memang slalu bunyi tu. Aku ignore je,kunun berani. Then bunyi derap kaki pula atas lantai dekat kaki katil. Ok, bila masa pulak dia terjun kelantai ni?
Ehh, boleh pulak dia tarik selimut aku slow2. Dia tarik,aku tarik,dia tarik, aku tarik. Last,dia nk marah kot. Dia rentap selimut aku kuat tapi sempat aku pegang so aku menanglah. 1-0. sebab aku dah rasa jantung aku melompat sampai anak tekak, aku off hp letak bawah bantal. Atas bumbung tayah cakap ahh. Bunyi kuku mencakar macam2lah. Akak aku tak bunyi tak gerak pun. Aku ingat dia tido m**i.
Aku pusing badan menghadap akak aku,makin kuat bunyi atas bumbung. Then dia senyap. Sekali aku bergerak,sekali dia bunyi. Tarik selimut tayah cakap la dia duk tarik tapi aku pegang kemain kuat. Lepastu, lampu powerbank pulak aku tertekan so ia menyala tepat2 menghala ke almari depan aku. Hah tudia,muka makcik tu terjengah kat situ. Cepat2 aku off lampu and pejam mata. Dalam hati duk baca amanarrasul dan ayat kursi serta ayat seribu dinar. Aku tak tahu bila aku lena.
Bangun pagini, aku cakap kat akak aku yg semalam aku rasa nak kejut je dia and ajak dia tido bilik atas. Aku ceritalah semua. Dia cakap dia tak tido pun semalam.pukul 4 pagi baru dia bleh tido.lepas masuk bilik semalam dia lenalah 5 minit then dia terjaga sebab sakit perut. Dia takut terberanak.
Sebab masa dia lena tu dia mimpi something pasal baby (bukan kali pertama mimpi baby). Dia takut sebab ustaz cakap kalau mimpi riba atau main baby tu petanda saka dah memdekat dgn kita.kalau mimpi kita menyusukan tu maknanya saka tu dah menghuni badan kita.dia jugak takut baby dia hilang.
Sebelum ni dia dah mengandung dan baby hilang macam tu je. Biasanya ‘benda’ tu akan ambil baby pada awal dan akhir kandungan.yang dulu dia hilang masa awal kandungan. Dia takut jugaklah. Dia cakap setiap kali bunyi atas bumbung tu menggila mesti perut dia sakit. Semalam pun masa dia tengah sakit perut tu ada benda yg berlari ulang alik dari pintu bilik ketandas, means berlari tepi akak aku. Bila bunyi azan subuh baru benda tu stop.masa kitorang duk bercerita tu my mum cakap dah banyak hari dia nampak benda lalu lalang kat dapur .sengaja mak aku buat tatau.
Act banyak kali dah aku kena kat bilik angah. Ada sekali tu aku tido dengan mak aku. Biasala aku bongsu pompuan. Abah aku tido dengan adik laki aku. Masa tu aku form4 rasanya. Masa tengah tido tu makcik tu datang usap rambut aku.aku takleh bernyawa.even nak panggil mak aku pun tak boleh. Badan aku keras takleh gerak. I tried so hard to call her name and finally i did. Mak aku peluk aku sebab aku mmg takleh cakap.ketar wei. Esok tu aku cerita kat mak. Mak aku cakap dia tahu ada something tak kena dengan rumah ni.
Hah ni masa aku menaip ni akak aku masuk bilik nak solat isyak. Dia rasa tak sedap hati. Maghrib tadi ok jer. Dia siap cakap malam ni kami tido bilik atas. Bilik atas ni ada je aircond tp kureng sejuk sebab tu kami tido bilik angah. Hah lupa haritu masa abah aku nak bina pagar keliling rumahnpun aku penah kena. abah aku upah pakcik aku untuk buat pagar.
Pakcik aku terpaksa tebang pokok katak puru. Tak tahu orang luar panggil apa tapi kat sini panggil macamtu. so,malam tu aku macam tak ngantuk.aku orang last masuk tido. 10 mins lepas mak aku masuk bilik tu aku pun masuk sebab aku ada nampak kelibat. 5 mins lepastu aku antara sedar tak sedar ada benda besar hitam berbulu hempap aku. Lepas tu aku rasa macam aku berada di kawasan pokok katak puru tu.ada makcik dalam pakaian macam org nak kesawah tu tenung aku demgan tajam.
Lepas tu dia cakap “keturunan kau ni dari dulu nyusahkan aku.kau dah tebang rumah aku lepastu kau gali lubang pula kat situ” aku jawablah “bukan aku yg gali,pakcik aku yg buat” pastu dia marah aku “menjawab kau menjawab”. Then aku rasa aku takleh nafas. Aku nak gapai tangan mak aku pun susah. Nak cakap suara tersekat.badan kaku dan takleh nafas. Akhirnya aku berjaya sebuah “ma” je. Mak aku terus peluk. Esok tu mata aku bengkak wei tak cukup tido. Aku cerita kat mak aku. Mak aku bagitau ayah aku.
Ayah aku susah nak percaya benda gini. Lepas mak aku cakap dah banyak kali jadi baru dia bawak aku jumpa ustaz.masa proses berubat tu pun ustaz tu pegang jari kaki je. dia tak picit pun tapi sakit tu tuhan je tahu. 3 jari yg sakit. Dia cakap jari anak tu yg rumah dulu. Jari sebelah jari anak tu yg asrama punya dan yg jari tengah tu yg paling sakit ialah rumah sekarang.lepas tu ustaz tu tanya abah aku kenapa jalan macam tu. Abah aku cakap gout.
Dia minta izin nak pegang kaki abah aku. Dia cakap tu bukan gout. Gout abah aku tak kuat sangat tp ada benda yg menumpang. Lepas dia ubat dengan kayu koka, abah aku terus boleh bangun tanpa perlu berpegang pada apa2. Biasa dia kena bergantung dengan benda2 kuat macam kerusi atau tiang untuk bangun. Dalam kereta dia termenung jauh. Dia cakap betul la kot ustaz tu cakap sebab dia rasa sakit sangat walaupun ustaz tu pegang je kaki dia dan dia terus boleh bangun. Kaki dia rasa ringan. Aku faham kenapa abah tak pernah percaya tiap kali kami cerita hal2 mistik gini. Sebab benda tu tak kacau abah aku. Dia kacau kami adik beradik je. Yang peliknya, hanya along,akak ketiga aku dan aku anak kelima yg selalu sakit kepala teruk sampai muntah hijau. Macam selang2. I,3,5. Kau rasa?
Oh lupa, kami pindah rumah ni julai 2010. Dan mak aku ada cerita, ada sedara belah abah aku pernah cerita kat mak aku pasal nenek belah abah aku. Dulu ada sorang makcik tua ajar nenek aku satu ayat ni. Nenek aku ikut jela. Lepas tu nenek aku tanya ayat apa tu? Makcik tu cakap tu ayat penyeri wajah. Nenek aku tak amalkan ayat tu. Sekali tu je dia baca. Mungkin dia tahu benda tu salah kot. Sedara abah aku cakap kat mak aku, sebab nenek aku tak amalkan benda tu lah benda tu duk kacau anak cucu nenek. Sebab tu kami kalau time sakit kepala mesti sakit yg gila vavi punya. Benda tu duk ‘makan’ anak cucu. Betul ke tak wallahualam. Tapi kami memang check kat hospital takde apa doc cakap. Entahlah.
-TAMAT-
043. KEKASIHNYA ABANG BOMOH DURJANA
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : KEKASIHNYA ABANG BOMOH DURJANA
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401043
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum terima kasih HZONE BLOG kerana sudi pamerkan dua kisah tulisanku yang lepas Atek Joker dan Kekasihnya Abang Bomoh Durjana ini.Maaf pembaca,aku memang tiada memohon mana-mana surat khabar publish kisah Hani,kerana aku tiada kepentingan untuk mempopularkan kisah Hani ketika itu.Demi maruah keluargaku,keluarga Puan Nani.Terpulang pada kalian,samada mahu percaya atau tidak.
Atek sekarang sudah berusia 8 tahun.Dan disahkan mengalami penyakit mental jenis ‘Multiple Personality Disoder’ dan bertindak ganas pada waktu-waktu tertentu.Mengikut kajian pakar ia disebabkan tekanan perasaan dan kecelaruan minda yang teruk akibat peristiwa buruk seperti penderaan sejak alam bayi dan ada setengah pendapat ia tidak lari dari gangguan entiti paranormal(Rujuk bahan bacaan ilmiah mengenai MPD ini samada bahan bacaan hasil kajian dalam negara atau luar negara)Tiada rasa belas kasihan,sekiranya orang ramai tahu kisahnya dahulu.
Mentaliti negatif manusia akan mengata buruk padanya sekira orang sekeliling tahu cerita silamnya,sedangkan dia hanya mangsa.Adakah kejam sekali hati korang ingin melihat insan malang sepertinya dilabel ‘gila'(kerana penyakit MPD) ‘pembunuh’ ? Aku ibu kepada Hani pun tidak sanggup Atek menerima tekanan umum.Dan aku tidak sanggup dia tertekan dan melakukan perkara luar jangka.Umum sedia tau,bahawa sesiapa yang mempunyai penyakit MPD atau mental lain,hanya dikira ‘manslaugther’ di mahkamah jika dia m******h.Fikir-fikirkanlah.Biarlah sejarah menjadi sejarahku sahaja.
Tidak pada insan lain.Aku berkongsi kisah hanyalah untuk memperingatkan pada umum tentang bahaya kufur,syirik dan jenayah di sekitar kanak-kanak.Tiada kepentingan untuk dapatkan duit dan populariti.Penulis-penulis di HZONE BLOG hanya mengisi ruang untuk berkongsi kisah.Dan rata-rata penulis merahsiakan profile.Aku juga pembaca HZONE BLOG selain membaca kita kena tambahkan ilmu bacaan ilmiah contohnya berlakunya rasukan,carilah info ilmiah mengapa kejadian itu berlaku dan bagaimana ia berlaku.
Cari info dari segi saintifik dan kaitkan dengan dalil aqli dan naqli dalam agama pula.Barulah kita celik ilmu,bukan hanya logik akal sendiri semata-mata.Seperti kisah Atek,apabila Atek menggigit leher Hani dengan kuat,urat nadinya di leher cedera parah.Manakala gigitan dibahagian lain mencederakan kulit-kulit bayi ku itu.Pembaca kalau rajin,tambahkan pembacaan mengenai bahayanya gigitan manusia daripada gigitan haiwan.Ini bukan mitos,ada penerangan sains.Selain itu nama dan tempat dalam setiap kisah yang ku tulis hanya samaran demi menjaga maruah mereka.
Banyak sahaja peristiwa terjadi tidak didedahkan pada pengetahuan orang awam.Kematian tidak sengaja bayi di taska adakalanya menimbulkan tanda tanya.Hanya mereka yang terlibat lebih memahaminya.Memang ada disebabkan kecuaian dan segelintir itu misteri.Allahyarham Hani dan Atek adalah segelintir kanak-kanak yang menjadi mangsa kerakusan manusia.Mesti jadi tandatanya,kenapa makcik bayi tersebut seolah-olah tidak memperdulikan lagi kematian Hani.Untuk pengetahuan pembaca,aku ada mencari ibu saudara Hani di Indonesia selepas kejadian itu.
Aku menceritakan ketiadaannya, walaupun dia seperti tidak ambil berat sangat ada penyesalan diwajahnya.Bayi itu sebenarnya telah dirogol oleh suaminya sendiri.Suaminya mempunyai penyakit Fidofelia,kerana itu dia tekad memberikan Hani selain tidak mampu.Kerana berasa malu dan bersalah,dia bersikap sedemikian.Aku sekali lagi lemah kaki lutut.Ingin aku mencincang lumat lelaki durjana itu.
Bila ku bertanya kemana suaminya,dia khabarkan selepas pergaduhannya tentang Hani,lelaki itu menghilangkan diri.Tiada insan yang berperasaan keibuan tidak sakit hati melihat kanak-kanak diperlakukan kejam,sedangkan melihat anak kucing sakit sudah tersentuh.Meneliti beberapa siri kejadian aneh berlaku sebelum peristiwa besar itu membuatkan jawapan kepada kematian Hani terungkai.Aku coretkan ianya satu persatu dan aku mohon maaf sekiranya entri ini begitu panjang.
Beberapa tahun sebelum 13 Mei 2011..
“Kak Azzzz!kak Azzz!” diikuti ketukan pintu, “dang dang dang dang!” “dang dang dang dang!”. Aku terjaga dari mimpi,perlahan-lahan ku melangkah ke muka pintu.Aku sempat mengerling ke luar tingkap,hari mula cerah.Aku memulas tombol lalu membuka pintu.Aku lihat Mairah tercegat dimuka pintu.Belum sempat aku bertanya apa-apa,dia bersuara cemas “kak,mak si Atek minta tolong,dia ada kat bawah menangis-nangis”. Otak ku ligat, “dah kenapa mak si Atekni” hatiku berbisik. ” Kenapa dia Mai?ada dia bagitahu?” soal ku kepada Mairah. ” Dia cerita, adik dia kerasukan tadi dirumah.Dia minta tolong kakak ikut dia balik rumah tengok adiknya.
Dia tak tau nak buat apa katanya” jawab Mairah dengan slang Sabahnya. Bila ku dengar perkataan kerasukan tu, aku terus terfikir Rania. “Ok,akak siap sekejap dan maklumkan pada kak Rania hal ni beritahu akak nak bawa dia sekali ke rumah Atek”. Mairah mengangguk lalu lantas turun ke tingkat bawah. Aku bergegas menukar baju.Subuh tadi aku sudah mandi dan menunaikan solat namun terlelap kerana masih rasa keletihan mengemas kawasan sekitar luar rumah petang semalam.
“Cikgu, adik saya berperangai pelik.Jam 7.30 pagi tadi,saya,Atek,Akil dan adik saya Shira turun bawah nak ke parking kereta.Shira dukung Atek dan saya pegang Akil serta beg budak berdua tu.Bila saya dah masukkan Akil dan beg, saya pandang Shira berdiri tegak dengan matanya terbuntang memandang ke arah pokok-pokok Rhu tepi apartment blok kami.Saya dah rasa cuak, dengan Atek pula masih dalam dukungannya” Puan Nani menghentikan ceritanya sambil mengelap air matanya.
Gaya suaranya dari tadi menggeletar diikuti esakan tangisan.Aku faham benar perasaan beliau yang masih panik dan buntu dengan tindakannya. Stering kereta dipulasnya perlahan membelok ke kiri jalan keluar dari taman perumahan kami.Aku duduk di hadapan,Puan Nani pemandu sementara Rania di belakang.Mataku sekali sekala melihat cermin depan atas. Dari tadi ku lihat Rania berdiam diri dan memandang luar tingkap kereta. Rania mempunyai sedikit kebolehan berinteraksi dengan makhluk halus serta mengubati mereka yang terkena gangguan.”Kemudian apa tindakan puan selanjutnya tadi?” aku menyoal Puan Nani setelah ku lihat dia mula tenang sedikit. “Saya ambil Atek dari Shira.
Pada mulanya dia taknak lepaskan Atek, saya cuba lagi,dia mendengus-dengus marah.Saya dah panik ketika itu,dalam hati dah mula risau keselamatan anak.Takut dia akan berbuat sesuatu pada Atek.Saya tekad rampas Atek,Shira menjerit,sambil mengeluarkan kata-kata ‘aku b***h kau Shira!,aku b***h kau!’suara dia parau.Saya berjaya dapatkan Atek serta merta masukkan dia di tempat duduk bayi di hadapan dan kunci anak-anak dari luar.Saya panik cikgu.” tangisannya kembali kedengaran.Menurut Puan Nani lagi dia menarik adiknya naik keatas rumahnya ditingkat tiga,dalam keadaan adiknya meronta-ronta dan mengulang-ulang perkataan ‘aku b***h kau shira!” lalu mengunci adiknya dari luar rumah.
Sempat beliau meminta bantuan jiran sebelah untuk memantau adiknya,memberi kunci rumah dan meminta pendapat apakah yang harus dia lakukan.Jirannya Puan Laili menelefon Ustaz Kamil iaitu imam masjid berdekatan apartment mereka.Puan Nani bergegas ke parking kereta semula.Atek dan Akil menangis di dalam.Dia memandu terus ke taska.Itu sahaja tindakan yang Puan Nani rasa boleh dilakukan disaat genting itu.
“Az, benda kat badan ‘dia’ ada kat bawah ni,benda tu dah tahu awai lagi ustaz dan kita nak mai” Rania bersuara.Kami baru sahaja sampai di parking kereta blok D Apartment Melor.Aku memandang Rania lalu menarik nafas dan “okay” jawab ku ringkas.Kami bertiga menaiki tangga ke tingkat tiga. Tiada lift apartment ini.Aku mula memikirkan,gigihnya Puan Nani setiap hari turun dan naik membawa Akil dan Atek. Akil berumur 2 tahun dan Atek berumur 5 bulan ketika itu.
Sampai sahaja di depan muka pintu rumah Puan Nani,jirannya Puan Laili dan suami sedang bersembang.Kedua mereka ku kira berusia awal 50an. “Shira macamana kak?” tanya Puan Nani. “Ada di dalam, depan televisyen” jawab Puan Laili.Aku dan Rania memohon izin masuk ke dalam rumah.Kami melangkah masuk , hidungku terhidu bau hancing dan hanyir. Rania berdehem.Dia berjalan terus mencari Shira di ruang menempatkan televisyen.Rumah apartment ruangnya mudah diketahui.Aku melihat sekitar,tersusun rapi dan kemas.Pembersih ahli rumah ini.Cumanya bau hancing dan hanyir entah dari mana.Aku mengekori Rania .
Kulihat Rania memerhati sekujur tubuh sedang berbaring di sofa bertentangan televisyen dan sekali sekala matanya terpejam sambil bibirnya terkumat kamit.Wanita berbadan kurus,rambut lurus panjang ke pinggul,berkulit agak sawo matang,mata tertutup,itulah Shira.Lima minit juga Rania berdiri dihadapannya.”Nani!! Kau kenapa bawak diorang ni datang?!” Shira bersuara tinggi sambil bangkit dari sofa.Puan Nani kaget.”Shira kan sakit..Akak nak bantu kau” terdengar suara kerisauan Puan Nani.”Aku sihatlah celaka!” Shira mula menengking.Perasaanku mula bergolak antara marah dan sedih.Rania tidak berganjak.Masih terkumat kamit bibirnya.”Kau berambus dari rumah ni sekarang!Aku panas lah s**l!!” Shira menuding jarinya kearah Rania dan aku.Ketika itu juga telinga ku berdesing,”ngingggggggggg”.
Aku pejam mata.Bauan hancing dan hanyir semakin kuat.Ada sesuatu yang ku rasakan.Angin sejuk diikuti bisikan suara perlahan lelaki seperti membaca mentera lalu ditepi telinga kiriku.Keringat mengalir diwajahku.Jantungku berdebar.Lebih kurang 2 minit keadaan itu.Aku buka mata.Shira mengerling kearahku sambil tersenyum sinis.Wajahnya kelihatan pucat sekali,rambut mengerbang ditiup angin dari luar tingkap yang entah bila terbuka.”Hahahahaha,hahahaha,hahahaha!!” Shira ketawa. “Tubuh ini aku punya!Kau,kau dan kau,jangan masuk campur.Kalau tidak Shira aku b***h!!” ugut Shira. “Kau jin,syaitan,keluar dari tubuh itu!Kau tidak layak mengambil nyawa dia melainkan izin Allah!!” terdengar suara lelaki menyahut kata-kata Shira.Ku menoleh kebelakang,rupanya Ustaz Kamil sudah sampai.
Rania dan aku melangkah ketepi memberi laluan kepada ustaz Kamil.Ustaz Kamil mula membaca ayat-ayat Ruqyah.Shira masih gelak dan sekali sekala mengeluarkan kata-kata sumpah seranah.Angin diluar makin kuat diikuti dengan deruan pepohon rhu yang kulihat semasa menuju masuk ke kawasan apartment ini ditanam agak banyak di sepanjang jalannya. “Aku mohon kau keluar dari tubuh ini wahai makhluk Allah” ustaz Kamil cuba berbicara tenang. “Aku tak mau!Jangan campur urusanku!” jawab Shira dengan suara yang kian parau dan wajah pucat bengis.”Kau taknak keluar secara baik,aku bakar kau dengan ayat-ayat suci dari Tuhanku dan Tuhanmu!” ustaz Kamil mengeraskan sedikit suaranya. “aaaaaaaaaa,aaaaaarghhhh,hahahahaha!!!!” suara nyaring jeritan dan gelak Shira yang membuatkan kami cering bulu roma.
Tiupan angin bertambah kuat dan satu persatu perhiasan kaca dan plastik sekitar ruang menonton terhempas ke lantai.Ada yang pecah.Rania melangkah menuju ke tingkap.Ku lihat dia cuba menutup tingkap namun tidak berjaya menarik tingkap jenis ‘casement window’ tu.Aku berjalan menujunya dengan niat membantu. Aku mencapai besi pengunci tingkap dan menariknya. “Memang susah nak tarik” getus hatiku.
Aku berusaha lagi.Tiba-tiba aku merasakan bahuku ditarik kuat,menyekik ku dari belakang disertai hilaian tawa antara marah dan ejekan. Aku rasa tercekik. “Hoiiii!!!Bodoh biarkan tingkap itu terbuka…” tak sempat dia menghabiskan ayat, aku sekuat hati menarik tingkap,dan menjerit menyebut Allah!! lantas tingkap itu tertutup, separuh tenaga ku pusing ke arah Shira yang masih mencekikku, aku melawan.Leherku tercekik,aku cuba menarik tangan Shira dari leherku,semakin kuat jari-jarinya.Kakinya juga menendang-nendang perutku.Kulihat Ustaz Kamil,Rania dan Puan Nani berusah menolong ku.Tenaga Shira umpama dua orang lelaki perkasa. “Biar aku b***h kau saja!” Shira bersuara.
Wajah Shira sangat bengis dan matanya tidak berkelip sambil mengerjakanku. Sekejap kami berdua kekiri,sekejap ke kanan.Pada mulanya aku tidak melawan sepakan kakinya yang masih bertalu-talu,tapi bila aku mula kesakitan,seperti ada sesuatu mendorongku melawan kembali.Mereka yang membantuku cuba menarik tidak keruan hala.Sampai satu saat tubuhku jatuh terhempas kelantai,sakitnya hanya Allah yang tahu. “Aku dah kata,jangan masuk campur hal aku dan dia! dia milikku selamanya ” Shira berkata-kata sambil menyeringai. Aku tabahkan hati lalu mengangkat kaki menendang sekuat hati kepinggang kiri Shira.Maafkan aku,tapi ini sahaja dayaku Shira.Kalini tendanganku mungkin benar-benar kuat.
Cengkaman Shira mengendur dia mula terhuyung hayang,kemudian terduduk lalu di pegang oleh Puan Nani,Rania dan suami Puan Laili. “Aaahhhh,erghhhhh,haaaaaa!,s**l!!” jerit Shira. “Wahai jin,aku sudah memberi amaran padamu,sekarang kau rasakan ini!” Ustaz Kamil membacakan ayat suci Al-Quran. Shira tidak keruan. “Panas,panas!.Sakit,sakit!Li, bantu aku Li!” Shira seakan merayu-rayu. Rania juga ku lihat berusaha membantu Ustaz Kamil.Rania duduk bertimpuh di belakang Shira sambil tangannya lembut seolah-olah menarik sesuatu.Beberapa saat,hijabku terbuka,ku lihat seperti jarum-jarum halus keluar terapung dari sekitar pinggang belakang Shira.
Rania menariknya lalu dicampak kearah tingkap. “Tau kau kepanasan ya!Siapa kau,siapa tuan kau dan apa maksudmu ketubuh ini?!” tanya Ustaz Kamil. “Hahahaha,hahaha!aku Ifrit,belaan Rosli!Juga makhluk suruhannya untuk menjaga Shira,tapi kamu semua telah mengganggu hubungan tuanku dengan perempuan ini!” kata makhluk yang menguasai tubuh Shira ketika itu. ” Suruh Rosli cari orang lain,lepaskan adik aku!” Puan Nani bersuara dalam nada merayu.”Kau diam!”makhluk tu mengherdiknya. Puan Nani mula menangis. Rania mencekak leher Shira,dia meronta-ronta.
“Lepas,lepas,lepaaaaaassssss!” . Ustaz Kamil sambung tugasannya. Shira kesakitan,badannya tiada daya.Kulihat dia mula lemah.Ustaz Kamil membuka tingkap lalu,Shira menjerit sekuat-kuatnya.Sebelum tingkap ditutup kembali Shira sempat mengerling kearah aku dan Puan Nani “Nanti kauuuuu!!” katanya.Kemudian tingkap itu ditutup rapat.Shira jatuh terlentang.Serta merta sunyi sepi rumah itu. “Ambil baldi dan segelas air masak,Puan” arah Ustaz Kamil.Puan Nani menghulurkan baldi yang diambilnya dari dapur dan segelas air zamzam menurut kata Puan Nani.Ustaz membacakan ayat suci lalu diberikan pada Shira.Seteguk dua,Shira mula memuntahkan sesuatu yang mengeluarkan bauan yang tak dapat ku jelaskan busuknya,aku hampir termuntah Astaghfirullah! d***h dan sisa kotoran dimuntahkan ku lihat didalam baldi.
D***h ketul dan cair memancut keluar dari mulutnya.Shira mula keletihan kemudian menghempas dirinya ke lantai.Sunyi.Yang kedengaran hanya helahan nafas.
Menurut Ustaz Kamil,itu adalah sihir pendamping.Shira sentiasa diberi makanan kotor oleh Rosli iaitu kekasihnya.Puan Nani membenarkan kata-kata Ustaz Kamil. “kami sekeluarga memang tahu,Shira berkawan dengan Rosli.Roslini asalnya mempelajari perubatan Islam tetapi telah terjebak dengan dukun bomoh yang membela jin dan iblis.Awal tahunni dia meminang adik saya,kami menolak kerana ada masa dia memukul Shira.Shira dari tubuh saiz XL jadi kurus kering saiz XS tu.Pergi jumpa pakar kesihatan,kata Shira tak sakit apa-apa.
Sihat.Kemudian Shira memang ada usaha melupakan dia,tapi setiap malam dia menangis rindukan Rosli katanya.Kami taknaklah syak wasangka pada Rosli.Tapi inilah,sebenarnya sejak semalam masa saya baca taklim dan Al-Quran,Shira asyik mengadu panas dan kadang-kadang mengamuk.Tapi tak teruk macam harini” Puan Nani bercerita.Ustaz diam. “Nanti bila dia bangun telefon saya.Shira dah tenang tu.Saya nak uruskan sisa dalam baldi tu dan balik rumah sebentar” kata Ustaz Kamil.
Setelah Shira sedar dan tenang, Ustaz kamil mengarahkan dia mengumpul kesemua barang-barang pemberian Rosli.Pada awalnya Shira menangis meraung juga,tapi dipujuk dengan baik oleh keluarganya.Barang-barang itu dibakar oleh abangnya.Sejak dari itu Puan Nani menghantar Shira ke kampung mereka di Melaka.Sekali-sekala Puan Nani akan menjenguknya dan membawa Shira berubat di Pusat Rawatan Islam.Gangguan itu kelihatan berkurangan,Rosli tidak menghubungi Shira.
Selepas beberapa bulan kejadian rasukan Shira..
“Atek nakk airrr, atekk nak airrr!” Atek menangis tersedu-sedu.Ketika itu Atek baru berusia 5 bulan. Rania mendengarnya,lalu terperanjat.Dia mendekati Atek.Atek menangis lagi.Mengulang perkataan sama.Otak Rania seperti dikawal sesuatu.Dia hanya mengisikan air kedalam botol susu Atek.Selain Rania pengasuh lain juga mengalami perkara yang sama.Pada awalnya kami semua beranggapan ini hanya kebetulan sahaja.Bila kami memberitahu “kelebihan” Atek pada Puan Nani,dia hanya berfikir kami bergurau.
“Cikgu,teman saya harini” Jelas suara Puan Nani di telefon. “Saya geram ni,Rosli kacau adik saya lagi,dia siap hantar mesej ugut b***h adik saya,saya nak jumpa dia dan berbincang” jelas Puan Nani padaku.Aku risau kalau-kalau jadi sesuatu,tapi kerana kasihankan Puan Nani dan mengingati persahabatan kami,aku setuju sahaja permintaan Puan Nani.Pada hari tersebut,aku,Puan Nani dan Rania bertemu Rosli di kawasan taman rekreasi berhampiran apartment Puan Nani.Disana Rosli merayu-rayu agar dia dikahwinkan dengan Shira.
Katanya iti cinta matinya.Rosli lelaki yang berusia awal 40an.Dari wajahnya kelihatan seorang yang nampak baik tetapi matanya sekali sekala agak meliar. “kau boleh tak jangan ganggu adik aku? Sanggup kau buat adik aku begitu,dan kau perlakukan kelakuan syirik padanya?!” marah Puan Nani pada Rosli. ” Aku minta maaf,aku janji akan tarik semua apa yang telah ku lakukan” Rosli merayu lagi dan berkelakuan seperti orang menangis.Lakonan ku lihat. Aku datang pada Puan Nani. “Tak perlu layan orang macamni,ini ke yang sikap orang yang nak berumahtangga?” aku bersuara. “Eh,kau diamlah!Sibuk hal orang lain!” dia mengherdik ku. Puan Nani bertengkar mulut dengan Rosli haritu.
“Shira kalau aku tak dapat,siapapun takkan dapat,kau tengok aku buat apa pada korang semua,puihh!” itulah kata-kata terakhirnya sebelum dia berlalu pergi.Rania hanya memerhati jauh gelagat Rosli.Ada masanya aku tengok Rosli bergelak ketawa semasa dia berjalan masuk kekereta. “marah dan kontrol baran” getus hatiku.
Sejak dari haritu,Puan Nani sekeluarga sering diganggu.Gangguan yang amat hebat,sehinggakan dia tidak boleh fokus kepada kerjanya.Mereka suami isteri bergaduh,anak-anak terbiar.Akil dan Atek selalu jadi mangsa marah jerkah.Rania seperti hilang kuasa,dia sering jatuh sakit. Dia juga sering bermimpi kejadian aneh dan menakutkan serta kejadian Shira yang lepas menjadi bayangan.Aku seperti ceritaku yang lepas,seperti melihat kelibat Atek dimana-mana kala sunyi dan insomnia.Aku ada bertemu pakar psikitrik,mereka kata aku stress dan perlu berehat. Tekanan darahku juga tidak menentu. Demam dan meremang-remang itulah keadaan yang dapat ku ungkap sepanjang-panjang hari,minggu sehinggalah berlaku peristiwa hitam itu.Ada juga aku usahakan berubat,namun belum rezeki untuk pulih.
Awal usia Atek berumur 2 tahun,
“Cikgu,mak dan ayah selalu pukul Atek kat rumah” cerita Akil. “Kenapa?” tanya ku. “Atek selalu buat bising dan sepahkan bilik mak” Akil sambung cerita sambil ada titis air mata dipipinya. Aku mengeluh panjang. Ku lihat keletah Atek. Adakala Atek ceria sangat bergelak ketawa tanpa berhenti,adakala dia diam memencil diri. Pernah aku buka pakaiannya di ketika waktu mandi,kulihat badannya berbirat-birat kesan rotan yang kuat.Aku menangis.Aku memeluk Atek. “Hilang akal si Nani ni!” marahku. Haritu juga aku menelefon Puan Nani betanyakan hal itu.
Dia seolah panik bila aku memberitahu hal tersebut.Dia menjelaskan padaku yang dia tiada memukul anaknya.Dalam masa yang sama dia memandu ke taska dari tempat kerjanya.Dalam pemanduannya dia hampir kemalangan maut.Terlanggar kereta orang lain dan terbabas ketepi.Waktu itu aku keliru segala kejadian,kerana sikap ahli keluarga mereka berubah.Atek makin agresif dan menakutkan kanak-kanak lain.Aku menasihatkan Puan Nani berubat dan ia hanya mengiakan sahaja.Entah pergi atau tidak.
(Imbas kembali kisah Atek Joker )
Beberapa bulan setelah kematian Hani..
Setelah mohon petunjuk dari Allah, Rosli ada datang bertemu Ustaz Kamil,meluahkan perlakuannya. Dia menceritakan dia menyekutukan Allah,dengan cara menghantar sihir kepada keluarga Puan Nani,Shira, aku dan seluruh warga taskaku sejak awal-awal lagi.Atek antara perantaraan jinnya.Dia amat berdendam dengan kami.Dia ingin kami gila dan hancurkan kehidupan serta taska ku.Wallahua’lam.Selepas pertemuan itu,Rosli jatuh sakit dan mengalami tekanan mental teruk.Itu kifarahnya.Puan Nani berpindah ke suatu perkampungan yang aman,agar Atek serta keluarganya kembali pulih.
Para pembaca yang bergelar ayah ibu,berhati-hatilah dengan persekitaran anak-anak anda.Ramai Fidofelia dan pengamal ilmu iblis ini bergerak sekitar kita.Mereka ini tidak lain tidak bukan Iblis bertopengkan manusia.Antara puntianak,dan hantu pocong,makhluk seperti ini lagi menyeramkan.Astaghfirullah.?
Terima kasih kepada pembaca yang sudi memberiku kata semangat dan doa.Semoga Allah membalas jasa kalian.In shaa Allah
-TAMAT-
044. NAK KAWAN DENGAN ABANG IPAR AWAK JE…
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : NAK KAWAN DENGAN ABANG IPAR AWAK JE…
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401044
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Hi, jumpa lagi dalam kisah yang baru. Aku pernah submit cerita dekat HZONE BLOG, pasal benda tu jadi roommate aku kat UUM sebab aku tidur petang, kot. Hiks. Ni aku dah balik bercuti kat rumah, benda tu pun ikut sekali. Tapi dia dah tak kacau aku sorang, dia kacau abang ipaq aku sekali. Style menumpang tak habaq, bukan nak share duit tol dengan minyak.
Satu hari tu, petang nak dekat Maghrib gitu, aku tengah baring dalam bilik dengar lagu Aiman Jate. Bilik aku paling dekat dengan pintu rumah. And memang strategik sebab dekat dengan ruang tamu jugak. Tengah syok dengaq lagu, aku dengaq bunyi enjin kereta abang ipaq aku kat porch rumah. Time tu aku duduk sorang, mak ayah aku pi Shah Alam, kakak aku hat last tak balik kerja lagi. So bila dengaq yang abang ipaq aku dah balik, bolehlah aku rasa lega sikit sebab tak payah duduk sorang untuk malam.
Abang ipaq aku tak bawak kunci pulak haritu. So aku pun keluaq laa pi bagi kunci. Guess what? Benda tu dah pi bagi kunci dulu dekat abang ipaq aku. Bila aku sampai depan gate, nak bagi kunci, abang ipaq aku tunjuk kunci kat tangan dia, siap kata, “eh tadi kan dah bagi ni? Nak bagi berapa banyak kunci lagi?”. Aku diam. Kaku sat kat situ tapi tak lama sebab lupa aku tak pakai tudung masa keluaq tu. So aku blah masuk rumah. Terfikir jauh, apahal benda tu sibuk nak jadi aku tiba-tiba ni? Special sangat ka aku sampai dia takboleh nak jadi diri dia? Hmmmmmm. Oh berharganya diriku ini! Yihhhhh!
Tak lama lepas tu, kakak aku balik. Hat tu aku biaq abang ipaq aku yang sambut bini dia. Sebelum abang ipaq aku nak pi bukak kunci pagaq, dia ketuk pintu bilik aku, habaq kata depa nak keluaq makan satgi. Aku pun cakap okay. Lepas ja depa blah keluaq makan, aku dengaq orang bercakap-cakap dekat ruang tamu. Kuat, siap tengah dok gelak gelak kalah pontianak. Pontianak kalau dengaq pun, confirm dia mintak nak join geng. Ambui ambui ambui. Aku slow slow bukak pintu bilik, aku nampak ABANG IPAQ AKU DENGAN KAKAK AKU TENGAH SEMBANG. HABIS TU YANG BLAH NAIK KERETA TADI TU SAPA HABAQ MAI SAT? Aku diam lagi. Slow slow aku masuk gear reverse, patah balik masuk bilik. Sebab dah banyak kali sangat jadi kat aku, aku sampai dah tak boleh nak kata apa. Lain macam game dia.
Aku try cara cliche. Aku mesej kakak dengan abang ipaq aku. Aku menghendap dari lubang kunci pintu bilik aku. Yessss, depa dok baca! Okay tu memang depa. Tapi aku lupa, aku lupa nak check kereta ada ka dak time tu. Sebab aku eksaited depa dah baca mesej aku eventho depa kasi bluetick. Lagi hantu nampaknya perangai depa ni. Aku pun lepas tu sambung baring, sampai tertidoq. Sejam lepas tu aku terbangun sebab pakwe dah mesej. Lepas tu aku terbaca sekali mesej dari kakak aku, “kami balik lambat, ada di hospital, tengok member abang”. BILA MASA PULAK DEPA KELUAQ?!
Aku teruih bangun check kereta. Sah, kereta takdak! Aku slow slow bukak pintu bilik, depa dok ada kat ruang tamu tengah baring tengok tv. Addhhsakxjkskznsjdja. APENI BAWAK GENG KACAU AKU?! Aku dah tak boleh nak diam macam selalu, aku terus capai sweater dengan kunci kereta, aku blah pi tempat lain. Depa sepatah pun tak kata apa cuma time aku nak tutup pintu rumah, depa dua dua pandang aku sekilas, serentak. Cangak lagi, aku teruih blah tak tutup pintu, cuma sempat kunci gate.
Malam tu aku tertidoq dalam kereta. Esok tu aku bangun, ada beribu misscalls dari mak, ayah, kakak 1, kakak 2, kakak 3 and abang ipaq. Semua pakat cari aku, dok ingat aku hilang. Aku balik aku cerita apa jadi. Lepas tu aku ingat aku sorang ja kena kacau, rupa-rupanya depa pun kena. Depa nampak aku duduk dekat seat belakang, padahal aku tak kata pun aku nak ikut. Depa bawak “aku” pi kedai makan apa semua. And mesej dari kakak aku tu, kakak aku tak pernah sent pun. Depa dua tinggai handphone kat rumah masa keluaq semalam. Hantu lani pun pandai dah main mesej. Kemain! Mana cekau handphone pun tak tau laa depa ni.
Sejak dari hari tu, aku dah tak berani duduk dalam bilik time Maghrib/senja. Abang ipaq aku pun tak berani dah nak percaya bulat bulat semua benda yang dia nampak. Kuat betui usaha benda ni nak berkawan. Dekat alam sana dia takda member lain ka cemana cerita?
-TAMAT-
045. PRAKTIKAL DI HOTEL BERHANTU
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : PRAKTIKAL DI HOTEL BERHANTU
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401045
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum, hai semua aku kembali lagi untuk menceritakan kisah seram selanjutnya. Ditakdirkan aku dan kawan aku dapat tempat praktikal di sebuah hotel di kawasan Sungai Petani. So, kami kena la cari rumah sewa yang berhampiran dengan hotel tersebut. Kami dapat menyewa sebuah bilik yang lengkap dengan perabot yang mana usianya sudah melebihi 40 tahun.
Yang istimewanya bilik yang kami duduk ni bilik master room. Kami tinggal bersama-sama dengan tuan rumah, kami panggil mak tok dan seorang cucunya. Ini baru introduction belum masuk jalan cerita lagi. Kisah seram ini berdasarkan pengalaman sendiri dan orang lain yang diceritakan semula kepada aku. Baca sampai habis yer.
KISAH SATU : CERITA MAKTOK
Maktok rajin dan suka memasak biarpun usianya sudah melebihi 70an. Boleh dikatakan semua yang dia masak sedap-sedap terutamanya sambal, nasi goreng dan lontong. Dia suka ajak aku, kawan aku dengan penyewa-penyewa lain makan sekali dengan dia. Sambil makan dia suka bercerita dan kami pun layan jer la dengar apa yang dia sampaikan. Ada satu hari ni maktok buka cerita seram di hotel yang mana tempat kami nak buat praktikal tu.
Dia menyatakan ada seorang pengawal keselamatan shif malam sedang membuat rondaan di kawasan hotel tersebut pada jam lebih kurang hampir pukul 12.00 tengah malam. Sambil membuat rondaan tu secara tak sengaja mata dia mendongak ke atas. Apa yang dia nampak amat mengejutkan sekali. Dia nampak lidah terjelir panjang dari tingkat empat sampai ke tingkat bawah. Mesti korang tengah imagine sekarang kan. Masa maktok cerita tu naik tegak bulu roma aku. D***h menyirap sampai ke otak. Aku agak pengawal keselamatan tu mesti banyak pengalaman seram-seram ni. Kalau aku jumpa la dia akan aku korek lagi apa yang jadi dekat dia selepas dia nampak lidah panjang tu.
KISAH DUA : STEWARD DIGANGGU
Kisah kedua ni merupakan pengalaman daripada staf hotel tersebut yang bekerja sebagai steward iaitu bahagian penyediaan dan penyucian pinggan mangkuk. Kebiasaannya staf bahagian ini akan datang kerja seawal 6.30 pagi sekiranya ramai orang yang menginap di hotel tambah pulak bila adanya sesuatu ‘event’.
Seperti biasa staf steward si Ahmad (bukan nama sebenar) ni datang awal untuk memastikan semua penyediaan pinggan mangkuk tersusun kemas sebelum digunakan. Tugas mereka jugak untuk clear makanan staff di kafetaria. Pada pagi tu, si Ahmad ni pun naik la ke kafetaria staff untuk ‘clear’ dan mencuci pinggan staff shif malam semalam.
Depan sinki tempat dia membasuh pinggan tu ada cermin gelap tapi kita boleh nampak bayang-bayang belakang kita melalui cermin tu. Sambil si Ahmad membasuh pinggan dia terpandang cermin depan dia, then apa yang dia nampak tu amat menggerunkan. Ada seorang wanita berambut panjang tapi tidak kelihatan wajahnya sedang menuju ke arahnya. Si Ahmad pun cepat-cepat berlari keluar dari tempat basuh pinggan tersebut. Kawan Ahmad bagi tahu yang Ahmad tidak sihat selepas kejadian itu dan dia diberi kebenaran untuk pulang ke rumah.
KISAH TIGA : SIXTH SENSE SAHABATKU
Aku dan Nadd (bukan nama sebenar) berkenalan di rumah sewa yang mana kami tinggal satu bilik. Nadd merupakan pelajar praktikal jugak di hotel tersebut tapi di bahagian ‘kitchen’. Bahagian ‘kitchen’ lah yang paling ‘busy’ sekiranya terdapat ramai pengunjung atau banyak ‘event’ di hotel tersebut. Nadd pergi kerja awal iaitu pukul 5.00 pagi sekiranya hotel ‘busy’. Tugas dia ialah menyediakan bahan-bahan untuk membuat ‘breakfast’. Ada satu pagi tu, Nadd keluar awal macam biasa pukul 5.00 pagi. Rumah sewa kami ambil masa lebih kurang 5 minit nak ke hotel.
Semua staff perlu ikut bahagian laluan belakang hotel untuk masuk. ‘On the way’ Nadd masuk ke dalam ‘kitchen’, dia perlu melalui bilik chef terlebih dahulu. Cer bayangkan seawal 5.00 pagi memang gelap gelita dan tiada seorang pun staff kat situ. Masa Nadd buka lampu di bahagian dapur tu, dia nampak ada makhluk lain sedang duduk mencangkung di atas meja dalam bilik chef. Muka tidak kelihatan yang terlihat hanyalah rambutnya yang mengurai. Nadd memang boleh nampak benda-benda halus means dia ada deria keenam. Dia ada cerita yang hijab dia sudah terbuka sejak zaman sekolah lagi. So, dia dah biasa nampak benda-benda macam tu.
Ada satu hari tu pulak, ada ‘event’ di dewan besar dekat hotel tu, ‘event’ tu mula lepas magrib, so Nadd kena stayback la untuk ‘event’ tu. Semasa ‘event’ tu sedang berlangsung dia nak pergi ke tandas. Selepas dia buka pintu tandas apa yang dia nampak memang menyeramkan. Dia nampak ada makhluk lain jugak sedang mencangkung atas toilet dengan d***h yang banyak. Rambut panjang jugak yang ni pun.
Apa lagi dia pun terus keluar lah dari toilet tu tak jadi nak buang hajat. Amat menakutkan lagi makhluk tu ikut dia balik ke rumah sewa. Semasa dalam perjalanan moto dia menjadi berat dan dia merasakan ada yang follow dia balik. Sampai depan rumah sewa Nadd tak masuk terus ke dalam rumah, dia tunggu sebentar kat luar sambil baca doa yang dia belajar dulu dan selepas basuh kaki barulah dia masuk dalam rumah. Nadd perasan ada ‘benda’ terbang depan pintu pagar rumah semasa dia mahu mengunci pintu.
Dalam rumah sewa pun Nadd ada juga nampak ‘benda’ tu. Ada satu malam Nadd nampak penyewa bilik sebelah yang kami panggil kak b sedang berdiri di hadapan pintu bilik kami. Aku syak tu bukan kak b. Keesokannya kami tanya kak b ada tak masuk bilik untuk pergi bilik air sebab bilik air tu ada dalam bilik kami. Master ‘bedroom’ katakan. Kak b cakap dia tak bangun pun semalam apatah lagi nak ke bilik air kan. Aku dah cering bulu roma masa dia habaq tu. huhu
KISAH EMPAT : PENGALAMAN SENDIRI
Kali ni pengalaman aku dengan kawan aku sendiri yang mana kami diganggu masa nak balik kerja. Kebetulan hari tu hari last kawan aku praktikal kat hotel tu sebab aku habis dua hari awal dari dia. Aku ingat lagi hari Ahad ‘office’ aku tutup memang ‘off day’. Aku duduk sorang-sorang dalam ‘office’ dari pukul 9.00 pagi sampai 6.00 petang. Apalagi aku main internet la kan dah tiada keja. Masa tu jam nak pukul 6.00 petang dah aku pun siap-siap nak balik kerja. Dekat luar gelap sebab hujan lebat masa tu.
Aku minta kawan aku teman sebab nak tutup suis lampu, aircond semua. Tetibe tak sempat aku nak tekan suis lagi baru dok kemas barang, lampu tetiba padam, gelap gelita. Aku dengan kawan aku dua-dua penakut apalagi lari keluar la. Lepas tu kami minta tolong pak cik ‘security’ teman masuk ‘office’. Lepas ambil barang terus belah tak toleh dah kat belakang.
Tapi memang pun ‘office’ aku tu tempat laluan ‘benda’ tu sebab akak ‘officemate’ aku ada ‘story’ yang dia pernah ternampak kelibat kanak-kanak berlari dalam ‘office’ tu dan ‘benda’ tu jugak selalu ketuk cermin dari luar ‘office’. Masa tu akak ‘officemate’ aku tu kena siapkan ‘monthly report’ yang mana ‘dateline’ kena hantar keesokannya. ‘Stayback’ lah dia sampai pukul 4.00 pagi. Untuk pengetahuan korang aku pernah balik kerja selepas pukul 12.00 tengah malam tau sebab nak settlekan ‘report’. Tapi berteman la kan, kalau sesorang bagi gaji 1 juta pun aku tak mau lerr rela berhenti kerja cari kerja lain. hahaha
Ada lagi ni kisah seram nak ‘story’ tapi takut korang muntah hijau pulak baca….
Akhir kata, jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri…. jumpa lagi next time yerr….
-TAMAT-
046. DIPANCUNG BANGUN KEMBALI
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : DIPANCUNG BANGUN KEMBALI
KARYA : POKCIK SEMON
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401046
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Pokcik nak kongsikan kisah DIPANCUNG bangun kembali pula kali ini. Kali ini pokcik usahakan berdepan. Seorang lelaki menelefon pokcik. Katanya dapat nombor daripada anak kepada jiran emak mertua pokcik. Dia tinggal di Gambang katanya. Kerja sekali dengan anak jiran kepada emak mertua pokcik.
Menurutnya boleh kata si isterinya selalu kerasukan. Hampir setiap hari katanya sampaikan dia dah tahu apabila si isteri nak kerasukan. Nampak nak kerasukan, si suami akan memakai kupiah. Jadi Tok Gomol katanya.. Cerita bab Tok Gomol, dia pernah berubat di Indera Mahkota katanya. Pelik sangat permintaan si Bomoh. Nak dua bungkus rokok Dunhill, duit dan kuih kapit kalau tak salah pokcik.
Dah tu, habis dia pegang merata isterinya. Mentang-mentang muda, suka hati saja dia pegang merata. Tok Gomol sungguh kalau macam tu. Macam-macam perangai yang dia jumpa ketika membawa isterinya berubat sama ada perawat persendirian atau Pusat Perubatan Islam di Kuantan. Jadinya nak dipendekkan cerita, pokcik nak berjumpanya di rumah emak sahabatnya itu.. Dia setuju.
Sesampainya di sana, dia dan isterinya solat terlebih dahulu di masjid. Setelah itu barulah kami menuju ke rumah itu. Setelah dia menceritakan serba sedikit pengalamannya berubat barulah pokcik mulakan usaha. Pokcik dapat mengesan unsur saka. Selepas mohon dengan Allah untuk pagarkan saka itu, terus pokcik membaca ayat-ayat suci AlQuran. Dia pada mulanya tenang. Lama-kelamaan dia mula gelisah. Jarinya mula menguis lantai. Matanya mula menjeling pokcik seperti sedang marah. Dia akhirnya ketawa dan apabila ketawa berhenti, dia mula bercakap siam…
Terkejut juga pokcik. Bukan terkejut sebab dia merasuk tetapi sebab dia mula bercakap siam dan seperti sembah. Tambahan si perempuan ni berniqob. Takkan sihir pulak? Pokcik terus bacakan dan dia makin agresif. Jelingan dia menjadi-jadi. Kononnya kuat laa tu. Tengah dia dok bercakap siam dengan lancar kononnya power tu terus pokcik doakan kat Allah dan terus pancung. Kelepap dia jatuh dan pengsan. Tuan rumah mengambil bantal untuk alas dia tidur. Alhamdulillah. Dia mula sedar seminit dua kemudian.
Ketika dia pengsan tu sempat pokcik berbual dengan suaminya. Katanya si isterinya tu memang orang Siam. Patutlah. Ingatkan tok sami siam mana pulak. Rupa-rupanya dia dah tahu isterinya ada saka. Tapinya pergi ke pusat perubatan Islam dan tok bomoh, diorang minta semua adik-beradik berkumpul dahulu. Sebab itulah, dia usahakan sihir dahulu. Pokcik diam saja. Setelah bangun, si isteri duduk. Dia kelihatan tenang. Keadaanya sekejap sahaja sihat, berselang dua tiga minit dia mula sakit di beberapa bahagian. Belakang, kepala, hampir dengan bontot, belakang bahu tiba-tiba rasa seperti dicucuk dengan jarum.
Keadaannya lain pula kali ini. Tidak seperti seperti tadi, kali ini dia mengadu sakit. Pokcik cuba ikhtiarkan buang bisa seperti dicucuk dengan jarum di seluruh badannya itu. Sekali lagi dia mula merasuk. Kali ini dia mula menunjukkam keadaan seperti seseorang yang sedang memuja anak patung dan mencucuk di beberapa bahagian anak patung itu. Kali ini pokcik berdepan dengan sihir pula. Tengok dia mula cucukkan jari ke lengan dan sebagainya pokcik terus niat dan pancung. Sekali dia dia jatuh dan pengsan..
Alhamdulillah. Ketika dia pengsan itu pokcik sempat berbual dengan suaminya. Katanya dah banyak kali dia dia berubat. Puas dah katanya. Tok Bomoh bagitau, ini perbuatan kakak si isterinya sendiri. Pokcik diam sebab tak mahu timbulkan fitnah. Disebabkan dah banyak kali berubat dan si pelaku masih tidak insaf, pokcik meminta kebenaran untuk doakan dan pulangkan sihir kepada si pelaku. Si suami mengizinkan dan katanya kalau boleh pulangkan sahaja tanpa mencederakannya. Pokcik tak dapat bagi jaminan sebab itu haq Allah. Kali ini pokcik doakan dikembalikan saki-baki sihir pada si pelaku.
Serentak dengan itu, si isteri bangun dan duduk. Kakinya digedikkan seperti menyerupai orang yang dikenali oleh mereka. Kakaknya kata si suami. Dia mula ketawa, mengilai, menjerit dan menangis. Matanya ditujukan pada pokcik. Hahaha. Dia cuba bangun tetapi kakinya terpaku. Dia mula bersilat. Cantik juga bunga silatnya. Sekali lagi dia nak tunjukkan kekuatannya. Kononnya dia kuat laa tu. Pokcik terus cakap, aku nak tengok, Tuhan yang kau sembah atau Allah yang yang berkuasa. Tengah dia susun bunga dan macam nak tumbuk pokcik, terus pokcik pancung. Kelepap jatuh. Pengsan lagi..
Berselang tiga minit lebih kurang, dihantar lagi. Kali ini digunakan cara godaan pula. Si suami yang berada di sebelahnya digodanya. Gamaknya dia nak goda pokcik sebab macam-macam cara kasar dia hantar untuk menyerang tetapi tak berkesan. Habis si suami diraba olehnya. Hahhaha. Suaminya menepis dengan tangan. Gamaknya perbuatan itu menimbulkan kemarahan si penyihir. Kali ini tapak tangannya mula dikembangkan. Dia mencakar lantai sambil mukanya bergerak ke kiri kanan seperti harimau. Malas pokcik nak layan. Dalam hati pokcik cakap lebih kurang, tak ada kehebatan jin dan syaitan. Yang hebat hanya Allah. Serentak dengan itu pokcik makrifatkan butakan matanya. Sekali lagi dia pengsan.
Berselang tiga empat minit, dia mula sedar. Kasihan juga pokcik tengok sebab seperti mana diberitahu oleh si suami, memang si penyihir akan terus top up sihirnya apabila mana-mana jin yang dihantar olehnya dihapuskan atau dihalau oleh mana-mana perawat. Sebab itulah boleh kata si isterinya kerasukan hampir tiap-tiap hari. Cuma sebelum ini si saka tidak pernah bercakap dan memunculkan diri. Serangan kali ini lebih ganas gamaknya kerana tiada lagi campur tangan saka. Wallahuaklam.
Gamaknya tiap-tiap kali dihantar maka seizin Allah serangan dipatahkan maka akhir sekali si bomoh menunjukkan diri. Berselang tiga minit si sakit kemudiannya bangun bersila. Kali ini pokcik seolah-olah berhadapan terus dengan si bomoh. Mulutnya terkumat kamit membaca mantera. Tangan kanannya seolah-olah sedang memegang satu mangkuk. Dia memasukkan sesuatu seperti patung ke dalam mangkuk itu. Patung itu kemudiannya diikat dan dicucuk dengan jarum. Masing-masing yang berada di situ seolah-olah terpaku kali ini kerana kini pokcik berhadapan sendiri dengan bomoh itu..
Lega hati pokcik, akhirnya si bomoh munculkan diri. Kini dia memasukkan berbagai benda ke ke dalam mangkuk itu. Entah apa yang dimasukkan pokcik tak tahu. Mulutnya kumat kamit membaca mantera. Pokcik sengaja melihat dahulu perlakuannya. Semua memerhatikan pokcik sebab pokcik tidak berbuat apa-apa. Biarkan, pokcik kata pada semua yang melihat pokcik. Semua kembali memandang si sakit. Tangannya tak berhenti-henti mengambil sesuatu di lantai seolah-olah ingin dijadikan ramuan dan dicampurkan ke dalam mangkuk itu.Dia akhirnya ketawa sambil menjeling pokcik. Aku tak takut dengan kau, kata pokcik. Suaminya tutut menyampuk. Tak ada siapa takut dengan kaum..
Si bomoh menjadi marah. Dia menepuk-nempuk dadanya dengan kuat. Aku gagah . Gamaknya itulah yang ingin disampaikan. Cepat-cepat si suami memegang tangan isterinya yang menumbuk-numbuk dadanya. Pokcik mula bersuara. Entah nak apa dengan budak ni? Dia berhentikan tepukan ke dada. Matanya bulat memandang pokcik. Dia menggengam tangan dan menaikkan ibu jari tangannya. Dia kemudian membawa jarinya itu ke tengkuk perempuan itu seolah-olah ingin memberitahu, aku ingin membunuhnya. Dua kali dia buat isyarat begitu. Dalam hati pokcik berbicara, nak nyawanya pergi minta dengan Allah..
Melihat angkuhnya ahli sihir itu, pokcik terus memohon dengan Allah. Kali ini serangan terus pokcik niatkan pada ahli sihir itu. Dia terus tumbang seizin Allah. Kali ini pokcik pergi ke kepala perempuan itu yang masih terbaring dan niatkan untuk menutup semua ruang ghoib dan laluan di tubuhnya. Setelah itu pokcik niatkan untuk memagarnya. Alhamdulillah, apabila dia sedar, tiada lagi serangan yang dihantar kembali oleh ahli sihir itu. Si sakit kembali sedar dan kepalanya disandarkan kepada sang suami sebaik sahaja dia bangun duduk. Kelihatan keletihan yang amat sangat. Tambahan pula, si sakit sedang berpuasa.
Pokcik berpesan agar dia menghubungi pokcik lagi pada malam itu sekiranya masih ada lagi gangguan.Alhamdulillah tiada apa-apa lagi yang berlaku sehinggalah ke hari ini. Mudah-mudahan ahli sihir itu kembali insaf dan kembali ke jalan yang lurus. Sekian secebis pengalaman pada petang semalam. Semoga memperoleh manfaat daripada perkongsian pada kali ini. Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Kuat. Tiada daya upaya dan kudrat makhluk tanpa seizin Allah. Moga berjumpa lagi. Wallahuaklam. Salam hormat..
-TAMAT-
047. BIDAN BERPAKAIAN HITAM
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : BIDAN BERPAKAIAN HITAM
KARYA : POKCEK SEMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401047
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Pokcik nak ceritakan perihal kisah pada suatu malam. Lebih kurang pukul 9.00 malam pokcik keluar pergi mengeteh. Tiba-tiba pokcik menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki. Lelaki ini pernah pokcik usahakan dahulu. Kalau tak salah pokcik kes jembalang hutan sehingga kurus kering badannya. Alhamdulillah sekarang ini badannya sudah berisi semula…
Dia memberitahu bahawa anak perempuan sulungnya tiba-tiba sakit. Badannya menggeletar dan lembik. Pokcik tanya dah berapa hari keadaan itu berlaku. Katanya sudah dua tiga hari. Dia juga memberitahu bahawa dia telah membawa anaknya ke rumah pokcik tanpa menelefon terlebih dahulu tetapi pokcik tiada di rumah. Sebab itulah dia tahu pokcik berada di luar. Pokcik memberitahunya bahawa pokcik akan menelefonnya semula sekiranya balik awal..
Setelah itu pokcik teruskan minum.. Dekat dengan pukul 10.30 gamaknya pokcik berasa tak sedap hati pulak. Maklumlah orang berharap. Kita pulak dok mengeteh macam tak ada apa-apa yang berlaku. Pokcik menelefonnya kembali dan memberitahu bahawa pokcik dalam perjalanan ke rumahnya. Kali ini orang rumahnya yang menjawab panggilan telefon pokcik. Sebaik sahaja sampai, lampu rumahnya terpasang terang-benderang. Kelihatan dari luar rumah anak cucunya sedang berkumpul. Pokcik disambut oleh menantu lelakinya yang tengah. . Setelah pekena sebatang, pokcik dan Angah (menantu tengah) melangkah masuk ke dalam rumah..
Sebaik sahaja masuk, pokcik tengok anak sulungnya duduk di lantai. Adik-beradiknya yang lain berada berhampiran dengannya. Pokcik tengok mukanya seperti orang yang sedang keliru. Pokcik tanya, apa yang dia rasakan sekarang ini. Dia memberitahu bahawa dia berasa hanyut seperti tidak tahu apa-apa. Kebiasaannya orang yang berkeadaan sebegitu kerana gangguan sudah keluar atau baru sahaja sedar daripada kerasukan…
Pokcik bersuara. Pokcik tanya, dah berapa hari jadi macam tu. Dia memberitahu bahawa sudah tiga hari. Hari ini paling teruk sehingga dia dikejarkan ke hospital. Asal ceritanya, lebih kurang pukul 2 petang, dia menyidai baju di rumahnya. Tiba-tiba, dia terasa seperti kakinya dibentes. Dia terjatuh. Pelik jugalah kan. Lainlah kalau sedang berjalan. Barulah kita boleh kata dia tidak senonoh. Kejadian berlaku ketika dia sedang menyidai pakaian. Tak logik pula kalau tiba-tiba terjatuh dan terus lembik. Setelah terjatuh, dia sempat mengagahkan diri untuk masuk ke dalam rumahnya dan menelefon ibunya memberitahu keadaannya itu.
Setelah ibunya sampai, mereka berusaha untuk mengangkatnya untuk dibawa ke hospital. Ketika ini dia berasa seperti tidak mempunyai tulang.. Badannya menjadi lembik dan keadaannya seperti kain buruk. Dia tak boleh berdiri ataupun duduk.. Puas jugalah si emak dan adiknya mengangkat dia untuk dibawa ke hospital. Sesampainya di hospital keadaannya tidak berubah.. Doktor hanya memberitahu mereka bahawa dia ada masalah angin dan gastrik. Pelik jugalah sebabnya dia memang tidak pernah ada masalah gastrik. Doktor agak-agak je kot.. Boleh gitu? Hahahhahhahhaha…
Dia akhirnya dibawa pulang dan terus ke rumah ibunya. Oleh sebab keadaannya tidak berubah sehinggakan tidak boleh duduk maka si ayahnya telah menghubungi pokcik.. Pokcik tidak menjawab panggilan jadi mereka membuat keputusan untuk terus pergi ke rumah pokcik. Hihihihi… Tak lama kemudian barulah pokcik menelefonnya semula.. Sebaik sahaja pokcik menelefonnya terus dia boleh bangun duduk. Alhamdulillah dia sudah pulih. Terkejut ahli keluarga yang berada di situ. Ketika dia bangun duduk itu dia dan ibunya melihat sepasang mata merah merenung mereka dengan tajam seperti sedang marah.
Kelihatan satu lembaga hitam yang sangat besar di luar rumahnya. Lembaga hitam itu berdiri betul-betul di hadapan pintu pagar rumahnya dan terus berlalu dari situ. Tak lama kemudian pokcik pun sampai. Patutlah sebaik sahaja pokcik sampai, si ibu bertanya kepada pokcik. Hantu apa berbadan besar dan hitam. Pokcik katakan, kemungkinan besar hantu raya. Baiklah, berbalik kepada keadaan pesakit. Dia masih bingung. Nak kata sakit kepala, bukan. Nak kata pening, bukan. Hanyut je kepala, katanya lagi…. Pokcik hanya mendengar sahaja ceritanya..
Oleh sebab dah lewat, pokcik terus beritahunya bahawa sudah tiada gangguan padanya. Lembaga itu sudah lari sebaik sahaja pokcik menghubungi ayahnya itu. Namun begitu, pokcik akan cuba melihat juga kesan peninggalan lembaga itu. Tanpa membuang masa pokcik terus ikhtiar keluarkan saki baki atau kesan peninggalan lembaga itu. Alhamdulillah tiada apa yang ketara kecualilah pada beberapa anggota tubuhnya seperti pada bahagian belakang, dadanya, kepalanya dan mukanya.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seizinNya…
Setelah itu si ibu menghantar air kopi tongkat Ali gamaknya kepada pokcik. Nak berbual lagi laa tu.. Kan.. Dia juga membawa satu jag air kosong. Haih ada hajat gayanya. Hihihihihi.. Dia pun bercerita tentang anaknya si angah (perempuan). Katanya alhamdulillah masa berlaku tadi si angah tiada di rumah kerana mengikut bapa mertuanya urut di Neram. Pokcik tanya pulak padanya kenapa pula si ibu berkata begitu. Katanya si angah dapat melihat makhluk ghoib. Waaaa menarik ni.. Hihihihihi.. Katanya si angah dapat menyerap rasa sakit orang yang berada berhampiran dengannya.. Maksudnya kalau orang tu sakit kepala, dia turut rasakan sakit kepala yang dialami oleh si sakit.. Begitulah kalau sakit lain pun…
Masalahnya kalau orang merasuk dia pun sama naik dengan orang yang dirasuk. Terang si ibu kepada pokcik. Dia juga tidak berani untuk berbasikal di kawasan tepi hutan di tepi perumahan itu pada waktu hampir senja.. Pernah dia terserempak dengan sekumpulan orang yang sedang bercucuk tanam. Pelik jugalah. Nak tanam apanya waktu hampir maghrib. Pernah juga seorang pemuda sedang lepak berhampiran kawasan itu sambil bermain guitar. Gamaknya lebih kurang pukul satu pagi. Tiba-tiba keluar dua orang budak dari arah hutan itu sambil bermain basikal. Mula-mula dia tak perasan dan anggap Ia perkara biasa. Namun apabila melihat jam sudah pukul satu pagi maka tiba-tiba dia terfikir. Barulah pemuda itu lari masuk ke rumah. Entah berapa hari dia demam..
Oleh sebab nampak tuan rumah masih tidak mengantuk dan mahu meneruskan cerita, pokcik pun bertanya. Sejak bila dia mula nampak semua kejadian aneh ini. Menurut ibunya, dia mula melihat alam jin sejak dia mengandung dan ketika itu anak dalam kandungannya berusia tujuh bulan. Percaya tak kalau saya kata dia dah nampak anaknya dari segi rupa dan sebagainya sebelum dia bersalin lagi, tambah si ibu. Pokcik hanya mendengar. Ketika usia anak dalam kandungan 7 bulan telah datang satu rombongan untuk meminta izin bagi mendapatkan anaknya itu. Ketika kejadian itu si ibu dan beberapa orang anaknya ada bersama. Hanya si angah yang nampak rombongan itu.
Si angah tidak mahu memberikan anaknya itu. Menurut si ibu, bukan main si angah mengangkat sembah memohon agar anaknya tidak diambil. Si angah memanggil seorang perempuan yang hadir itu sebagai bonda dan suaminya ayahanda. Kemungkinan dia datang untuk mengambil anak dalam kandungannya itu bagi pihak anaknya. Turut serta ialah seorang perempuan yang sangat cantik dan berbaju putih. Di sebelahnya ialah perempuan yang sudah berusia dan memakai baju berwarna hitam. Mukanya agak bengis. Perempuan berbaju hitam itu merupakan bidan. Tak tahu laa kan bidan kampung atau bidan keluarga mereka.. Akhirnya rombongan mereka balik begitu sahaja kerana keengganan si angah menyerahkan anak dalam kandungannya.
Nak dijadikan cerita ketika dia sedang mandi di bilik air, dia rasakan dia berada di sebuah tempat yang asing baginya. Padahal ketika itu dia sedang berada di dalam bilik air. Dia dapat melihat sebuah kolam yang cantik. Tiba-tiba dia melihat bidan berbaju hitam ada di situ. Entah macam mana tiba-tiba dia berasa ingin bersalin. Bidan itu sudah sedia untuk menyambut anak yang akan dilahirkan itu. Akhirnya dia pun bersalin. Bidan itu yang menjadi bidannya. Dia melihat wajah anaknya. Anaknya itu dipegang oleh bidan itu. Tiba-tiba dia tersedar. Ia seperti berlaku dalam kejadian sebenar. Dia meraba perutnya. Ternyata dia belum lagi bersalin..
Akhirnya tibalah masanya apabila cukup bulan. Si angah melahirkan seorang anak lelaki. Wajah anaknya saling tak tumpah wajah anak yang dia lahirkan dahulu ketika di dalam bilik air. Gamaknya anak itu yang masuk ke bawah meja semasa pokcik ke rumah ayahnya dahulu untuk ikhtiar kes jembalang hutan. Hahahhaha. Apa pun setelah si angah meminta pokcik ikhtiar, dia tidak lagi menyendiri, bermain seorang diri dan melarikan diri apabila ada orang lain selain wajah yang dikenalinya. Ketika si ibu rancak bercerita sempat lagi pokcik mencelah. Itu ke anak si angah yang lari ke bawah meja masa pokcik sampai dulu. Yaa kata si ibu. Alhamdulillah dah lepas pokcik siup-siup dulu (tiup-tiup).
Sejak peristiwa itu si angah dapat melihat alam ghoib dan makhluknya. Dia juga dapat merasai kesakitan orang yang berada berhampirannya. Tiba-tiba pokcik menoleh melihat jag berisi air di atas meja. Pokcik tanya untuk apa. Kata si ibu untuk si along. Kelihatan Along dah terbaring lesu. Letih gamaknya. Maklumlah berkejar ke hospital. Tidak selera makan dah dua tiga hari dan badannya yang lembik seperti tiada tulang. Menurut along, semasa dia sakit orang tak boleh sentuh dia. Dia akan bertambah sakit apabila disentuh. Kemuncaknya ialah dia sesak nafas dan sukar untuk bernafas. Badannya yang lembik dan tidak boleh diangkat walaupun untuk duduk ditambah lagi dengan tidak boleh bernafas menyebabkan ayahnya menelefon pokcik.
Alhamdulillah sebaik sahaja pokcik menghubunginya along pulih seperti sedia kala. Dada yang dirasakan ada seketul daging yang keras di dalamnya turut hilang seizinNya. Menurut si ibu, along kini takut untuk balik ke rumahnya terutamanya selepas maghrib. Sebaik sahaja selepas Asar, dia akan ke rumah emaknya. Dia takut untuk tinggal seorang terutamanya sekiranya suaminya tiada di rumah. Suaminya kaki pancing. Jadinya kalau pergi memancing alamatnya pagi esok barulah balik ke rumah. Kan..
Masanya pada sebelah malam lebih banyak dihabiskan di rumah emaknya. Dia berasa di perhatikan sekiranya berada berseorangan di rumahnya. Si angah pernah melihat seorang perempuan tua berhampiran langsir di sebuah bilik di rumah along. Jadinya si ibu meminta pokcik ikhtiarkan dan doakan air untuk direnjis di rumah along. Kalau masih berlaku dan along takut untuk balik ke rumahnya lagi selepas itu, nampak gayanya pokcik pula akan pergi sendiri ke rumahnya. Apa pula agaknya yang akan pokcik jumpa sekiranya ke rumahnya? Wallahuaklam. Hanya Allah Yang Maha Tahu. Sekian. Moga berjumpa lagi. Salam hormat.
-TAMAT-
048. KAK INA PENGAWAL KESELAMATAN
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : KAK INA PENGAWAL KESELAMATAN
KARYA : KAK AL
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401048
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Assalamualaikum semua. Kali ini saya kongsikan satu kisah yang biasa sangat terjadi di sekolah-sekolah. Cuma ini sekolah biasa, bukan sekolah berasrama.
Salam Perkenalan…
Kak Ina menjadi pengawal keselamatan di sebuah sekolah kawasan pinggir pantai. Murid pun bukan ramai. Sekolah satu sessi je. Hari kedua Kak Ina bertugas, sekitar jam 5.30 petang, kawasan sekolah dah lengang. Hanya Kak Ina je yang ada. Guru-guru dah lama balik semua.
Tiba-tiba Kak Ina terdengar suara budak-budak bergelak ketawa. Kak Ina intai ke bangunan C, bangunan tiga tingkat. Nampaklah kelibat kepala budak berlari-larian dengan gembira sambil berkejaran. Ahhh…sudah, bebudak ni nak kena agaknya, Kak Ina mengomel. Kak Ina memang suka mengomel, ada je benda dia nak cakap. Dengan kucing pun boleh bersembang.
Kak Ina segera ke bangunan C. Kalau dibiar, buatnya jatuh tangga ke, terlompat dari koridor ke, jenuh nak berjawab. Suara budak-budak dua tiga orang tu semakin riuh.
Bukan main lagi kamu semua ya, bebel Kak Ina. Mungkin murid Tahun Satu atau Dua, fikir Kak Ina kerana hanya nampak sedikit je kepala mereka dari koridor tu. Budak-budak tu kan kecil je.
Kak Ina panjat tangga. Juga sambil mengomel. Lenguh tau kaki nak panjat tiga tingkat tu. Suara dan bunyi tapak kaki tetap riuh. Main polis sentri agaknya. Bila tiba di antara tingkat dua dan tiga, Kak Ina dah jerkah. Suara Kak Ina ni, kalau jerkah, sampai ke hujung padang pun boleh dengar.
“Kamu ni tak tau nak balik rumah ke?” Jerkah Kak Ina sambil menjenguk ke koridor, Ehhhh…. Mana pulak budak-budak ni. Tadi baru je suara mereka kat sini. Tak kan masuk ke tandas. Laju betul depa ni lari. Kedengaran suara ketawa dalam tandas pula, dan suara percikan air. Main air pulak budak-budak ni. Ni memang betul nak kena ni, bebel Kak Ina. Kak Ina laju je jalan ke tandas.
“Kamu semu……!!!’ Tak habis pun jerkahan dari mulut Kak Ina waktu masuk ke tandas.. ehh…kosong je. Semua tandas Kak Ina terjah, memang kosong. Tapi… percikan air di dinding, becak air di lantai??
Suasana sunyi sepi. Owhhhh… kamu nak berkenalan dengan aku ye, kata Kak Ina. Ok…”hai,,” Selamba je Kak Ina cakap begitu sambil turun, padahal dalam hati punya la kecut.
Kak Ina turun tangga sambil baca Ayat Qursi. Hingga tiba ke post pengawal, Kak Ina jalan dengan laju. Tak berani nak toleh. Bila tiba di post, Kak Ina intai ke bangunan C, dah tak nampak dah kepala bebudak tu, tak ada lagi suara gelak ketawa. Rupanya itu salam perkenalan kepada Kak Ina, pengawal keselamatan sekolah itu. Baru salam perkenalan tau….
Salam Mesra…
Seminggu selepas peristiwa salam perkenalan, Kak Ina seperti biasa akan pergi kunci jam ikut waktu yang ditetapkan. Jam dah menunjukkan pukul 6.15 petang. Sambil berbual dengan kucingnya, Kak Ina melaksanakan tugasnya.
Ada tiga tempat untuk dikunci jam. Waktu tiba di bahagian jam di kawasan pejabat, Kak Ina dengar riuh rendah bunyi kerusi meja di Tarik di tolak. Ehh… ada murid lagi ke kat tingkat tiga? Kak Ina segera naik. Niat hati nak suruh balik le. Mungkin Kak Ina tak perasan ada murid yang masih berada di kelas sebab sehingga jam 4.30 tadi ada aktiviti sukan.
Kak Ina ni sangat rajin, kalau murid-murid tu masih belum siap susun kelas, kononnya nak bantu le agar cepat siap. Bila tiba di tingkat 3, Kak Ina mengomel lagi. Bukan main bebudak ni ye, nak ngemas kelas pun, buka lah pintu. Tak le rasa terkedup sangat.
Kak Ina buka pintu kelas yang masih terdengar bunyi kerusi meja di sorong-sorong. Tappp…. Terbuka je pintu, terus sepi. Kelas kosong tanpa seorang murid pun. Kak Ina masuk ke kelas dan periksa bawah meja guru, dalam almari. Sah… memang tak ada sesiapa.
Jam hampir 6.30… terdengar pula bunyi tiupan rekorder dari bilik muzik. Ada murid buat latihan ke? Kak Ina segera tutup pintu kelas, dan bergerak ke bilik muzik, di tingkat yang sama juga. Depan bilik muzik, tiupan rekorder agak sayup-sayup. Pintu berkunci. Kali ini Kak Ina tak tunggu dah, nampak pula langsir dalam bilik muzik terselak perlahan-lahan.
Baik aku turun, kata hati Kak Ina. Kang diajaknya aku nyanyi dangdut kang, mau menanah telinga orang kampung.
Kak Ina segera turun. Selalunya kak Ina suka menyanyi-nyanyi kecil, kali ni lupa dah semua lagu. Nasib baik Ayatul Qursi tetap terhafal di lidah… itu salam mesra penghuni alam ghaib sekolah….
-TAMAT-
049. RUMAHKU RUMAHMU
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA : RUMAHKU RUMAHMU
KARYA : MRS M
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401049
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1
.html
Assalamualaikum semua pembaca , pertama kali menulis di HZONE BLOG tapi selalu baca kisah – kisah misteri dekat sini . Tergerak hati nak menulis di halaman ni tentang pengalaman sendiri yang baru berpindah ke Selangor .
Cukuplah sekadar mengenali aku sebagai ‘Mrs M’ . Aku seorang ibu dan memiliki 2 orang anak perempuan , seorang berada di kampung dan seorang lagi dengan aku .
Cerita nya bermula ketika aku mula berpindah ke rumah suami ku yang terletak di Selangor , melangkah kaki ke dalam rumah tersebut ibarat merasakan satu bahang api yang sedang membara , waktu tu aku masih lagi positif , dalam hati berkata ” mungkin sebab rumah bertingkat-tingkat macam ni , jadi memang rasa panas kot ” . Agaknya la.
Dipendekkan cerita , masa aku mengandung , memang selalu kena kacau . Kalau aku sorang-sorang dekat dapur selalu ada orang melintas , laju dia berlari melintas aku . Kalau nasib tak baik dia tunggu belakang aku . Dengar hembusan nafas je . Bab bertukang , tarik kerusi dari tingkat atas tak payah cerita la . Bunyi dia tahap maksima sampai nak pecah kepala otak .
Aku ada patung bear besar , yang aku letak atas almari , pernah satu hari tu aku buka pintu bilik , aku ternampak patung bear besar aku tu ada dua . Masa tu aku memang tak perasan tapi otak aku ligat fikir , kenapa bear tu ada dua , satu warna coklat(memang bear aku warna coklat) dan lagi satu warna hitam . Jadi aku buat keputusan nak tengok balik . Aku pulas tombol bilik , sah !! Memang bear aku beranakkan bear satu lagi . Waktu tu , aku tutup pintu bilik terus aku duduk je dekat ruang tamu . Mengeletar satu badan weh .
Waktu bersalin memang selalu benda tu kacau , jenis lalu-lalang , panggil-pangil nama aku , kekadang perhatikan aku dari jauh . Memang aju dapat rasa. Ada org lain selain aku dalam rumah tu ( Time semua org pergi kerja )
. Sebab waktu mengandung , aku tak bekerja . Dek kerana dia selalu sangat usik-usik aku macam tu , jadi aku dah terbiasa . Malam-malam aku tak tidur , suami aku pergi kerja pukul 6.30 pagi baru aku akan tidur dengan nyenyak . Siang-siang pun dia sibuk usik aku . Pernah sekali aku tidur , tetiba mak aku kejut , “bangun , pergi makan , mak dah siapkan makanan dekat dapur” . Aku terjaga daripada tidur dan bangun basuh muka . Lepas tu , aku termenung kejap , aku pandang dapur , mana datang nasi , satu makanan pun tak nampak .
Dalam hati aku berkata sambil bengang “Bila masa entah mak aku datang , mak aku dekat kampung , ni mesti kerja nak kenakan aku” bentak aku dalam hati . Tak habis-habis nak pedajal orang .
Lepas beranak pun sama , pantang aku tinggal dengan anak aku , ada je dia punya idea nak takut kan anak aku . Kadang-kadang lepak atas katil , anak aku cakap “mama tok-tok(mama,atuk) sambil tunjuk dekat pintu bilik . Aku macam biasa la , jenguk kat pintu bilik tak ada apa pun . Ada sekali tu , anak aku menangis yang tak boleh nak dipujuk , macam kena pukul . Aku tak tahu kenapa , sambil menangis dia tunjuk-tunjuk atas almari , mulut dia cakap “mama , tu kakak” . Makin menjadi-jadi penyamaran si syaitan ni .
Haishh . Ada masa , anak aku suka , terkekek-kekek gelak ketawa . Mungkin waktu tu dia tunjukkan rupa yang elok kot , sebab tu anak aku tak menangis . Pernah sekali tu , kami semua dah nak tidur , sebelum semua aku tutup lampu semua , anak aku lambai dekat atas almari sambil ‘flying kiss’ . Tergamam jugak aku .
Dalam bilik , suami aku ada bela ikan puyu , selalu la 10 malam ke atas , kalau aku tinggal dengan anak , ikan tu berdentum-dentam langgar akuarium . Aku mula-mula tak tahu kenapa , lepas tu aku tanya suami aku , patut la kemungkinan ikan tu nampak ‘sesuatu’ .
Bukan tak pernah panggil orang datang tengokkan rumah tu , tapi itu la , ustaz-ustaz ada maklumkan rumah tu kemungkinan dah jadi jalan utama dia disebabkan belakang rumah aku tu ada kawasan lapang , so memang jadi tempat kesukaan dia .
Dulu , sanggup aku tunggu suami aku balik kerja , jadi aku dengan anak aku lepak dekat kedai makan sampai la suami aku balik , kalau pukul 12 malam , terpaksa la aku tunggu . Sampai tertidur budak tu dekat atas meja . Takut punya pasal .
Masa tu , tak terbiasa lagi tengok ‘dia” , badan besar . hitam dan berbulu . Sekarang , Alhamdulilah lepas suami aku dah panggil orang pagar kan rumah tu , kurang sikit gangguan tu . Kalau ada pun , dia try buat gangguan luar rumah .
Nanti kalau ada masa aku update lagi , maaf ya kawan-kawan kalau cerita ni tak seram . Cuma nak berkongsi kisah yang dah 3 tahun aku alami sampai sekarang . Anak aku pun mungkin dah kenal ‘mereka-meraka’ ni .
Assalamualaikum .
-TAMAT-
050. PERASAAN AKAN MENEMUI AJAL
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA :PERASAAN AKAN MENEMUI AJAL
KARYA : POKCEK SEMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401050
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Kali ini pokcik nak kongsikan satu lagi kisah.. Kisah ini baru sahaja dikongsikan kepada pokcik sebenar tadi oleh hamba Allah yang mengalaminya..Seorang wanita.
Katanya dia baru sahaja melancong ke Indonesia selama lima hari.. Ketika di sana dia melawat tapak perkuburan suku kaum Pua.. Ketika di dalam tempat awet mayat, dia hanya ditemani oleh pemandu pelancong. Dia melihat satu keranda yang cantik. Dia menyentuh keranda itu sambil bertanya keranda itu kepunyaan siapa..
Menurut pemandu pelancong, di dalam keranda itu ada mayat keturunan bangsawan Pua yang sudah berusia 40 tahun.. Seterusnya dia melihat banyak mayat yang digulung dengan tikar mengkuang. Dia bertanya lagi, mayat siapa tu.. Menurut pemandu pelancong semua mayat itu berusia 3 hari dan sedang disiapkan untuk diawet.. Berderau darahnya dan dia terus keluar dari tempat itu…. Tiada apa keanehan yang berlaku….
Dia akhirnya sampai di Kuala Lumpur pada pukul 2 pagi kerana penerbangan tertangguh 2 jam ketika dia nak balik ke Malaysia. Adiknya mengambil dia di lapangan terbang.. Sesampai di rumah adiknya dia dijamu makan. Ketika makan dia menceritakan apa yang dia alami di tapak perkuburan kaum Pua. Tiba-tiba adiknya mendengus seraya memandang tajam kepadanya namun selepas itu tiada apa yang berlaku….
Oleh sebab sudah pagi dia tidak mahu menukar pakaiannya. Tambahan pula dia sangat letih.. Adiknya bising dan suruh mandi tetapi dia tidak mahu.. Bagilah kain batik, katanya.. Adiknya memberikan kain batik lepas. Kain batik berjahit tak ada ke? Ini untuk orang m**i, katanya lagi. Namun dia pakai juga…
Dia dikejutkan oleh adiknya pagi waktu Subuh. Bangun. Kata flight nak balik Kelantan pukul 3. Nak simpan barang-barang lagi, tambah adiknya.. Disebabkan keletihan dia meminta adiknya menyimpan barangnya dan diletakkan ke dalam beg. Tak lama kemudian dia pun bangun. Dia ke bilik mandi untuk mencuci muka..
Ketika melihat cermin dia terkejut. Mata hitamnya lebih besar daripada mata putihnya.. Besarnya itu hampir menutup terus mata putih.. Dia kemudiannya memegang hidungnya Hidungnya sudah senget.Dia membetul-betulkan hidungnya. Dia meraba-raba mukanya lagi.. Keningnya mula jatuh. Ketika itu dia yang belajar serba sedikit tentang kematian mula merasa di atas dahinya. Terasa ada nadi berdenyut di situ.. Tangannya dipicit. Kulit tangannya juga tenggelam seperti tanda orang yang akan m**i. Dia dapat rasakan ada seseorang di sebelahnya. Aku nak m**i dah, katanya di dalam hati…
Setelah itu dia mencuci diri kerana bersedia menanti maut. Setelah keluar bilik air dia pergi ke bilik kalau tak salah pokcik. Ketika ini dia sudah merasa sejuk bermula dari kaki. Aura sejuk terus bergerak dari kaki hingga ke pusat. Setelah itu kakinya jatuh ke bawah seperti jenazah. Bahagian bawah sudah sejuk. Tak lama kemudian terasa sejuk naik hingga ke ulu hati. Tak lama sampailah ke bahagian halkum. Dia sudah mula merasakan dirinya akan m**i.. Saya hanya menunggu malaikat maut datang menjemput, katanya kepada pokcik…
Dia kemudiannya keluar dan dilihat oleh adiknya. Kenapa mu, ni? Tanya adiknya. Aku dah dapat rasa, aku nak m**i, katanya. Adiknya memarahinya kerana dikatakan dia merepek. Setelah itu dia menelefon ustazahnya. Mungkin ustazah ni gurunya. Dia menceritakan perihal dirinya sekarang. Ustazahnya mula bertanya tentang wasiatnya. Dia bertanya di mana hendak dikebumikan dan sebagainya…
Setelah itu adiknya cuba memujuknya. Pakailah pakaian berwarna kuning, kita kan keturunan raja. Dia tak mahu. Aku lebih rela pakai pakaian warna putih. Senang korang nak urusankan aku. Aku pun sudah cuci telinga, hidung dan sebagainya. Aku dah bersih jadi senanglah nanti, tambahnya lagi.. Setelah itu adiknya memujuk untuk menjamah sedikit makanan tetapi dia tetap menolak. Katanya nanti susah kalau ada najis dan terpaksa dicuci..
Melihat keadaanya yang seperti sudah tidak tahu apa-apa, adiknya menelefon sepupunya. Dia risau membiarkan kakaknya naik kapal terbang seorang diri. Apa yang dia mohon kepada Allah, kalau boleh dia nak m**i di rumahnya sendiri.. Perasaan berdebar dan jantungnya seperti nak gugur menunggu m**i.. Dia tetap teruskan untuk menaiki kapal terbang untuk balik ke Kelantan. Dia duduk di kerusi sambil menunggu. Ketika itu dia melihat dirinya sendiri mundar-mandir di hadapannya.. Akhirnya dia melihat dirinya itu duduk di sebelah kerusinya sambil merenung dia.. Dah matikah aku, bisik dia sendirian…
Ketika sedang termanggu dia melihat sepupunya mundar-mandir tidak jauh darinya. Dia hanya memerhatikan sahaja. Tiba-tiba seorang lelaki tua menepuk bahunya. Kenapa pandang Pak cik macam tu? Soal Pak cik itu. Dia seperti tersedar daripada lamunan. Tak lama kemudian sepupunya nampak dia di situ. Sepupunya itu terus menghampirinya. Ketika sepupunya sampai, dia terus menyerahkan sejumlah wang yang berada dalam dompetnya. Katanya, gunakanlah untuk perbelanjaan mengurus jenazahnya nanti. Setelah itu dia memberikan kad bank. Kad bank ini aku dah tak ingat nombor pin dah. Minta nombor pin pada M** , katanya lagi. Keluarkan duit untuk urusan tersebut.
Sepupunya cuba menenangkannya. Penerbangannya tertunda lagi. Ketika menunggu, ada sebuah pesawat yang sampai. Nak dijadikan cerita, ada satu jenazah yang diturunkan. Dia makin berdebar. Degup jantungnya semakin kencang. Dia tertanya-tanya keadaannya sekiranya dia meninggal dunia di dalam kapal terbang. Akhirnya kapal terbang yang ditunggu sudah tiba. Dia menaiki pesawat bersama dengan sepupunya itu. Sepanjang perjalanan dia beristighfar dan berzikir. Akhirnya dia redha sekiranya Allah mengutuskan malaikat untuk mengambil nyawanya. Dia memujuk hati, semua orang akan m**i. Kini giliran aku.
Dia tidak sabar untuk tiba di Kota Bahru. Perasaan rindu pada keluarga membuak-buak. Katanya kalau boleh dia ingin terbang ke sana pada waktu itu. Alhamdulillah sungguh pun keadaannya masih seperti terpinga-pinga dia sampai juga dan menemui keluarganya di Kelantan. Sesampainya dia di sana, anak sulung lelakinya terus memeluknya. Rindunya kat mama, kata anaknya. Anaknya meluahkan bahawa rasakan seolah-olah dia dan ibunya sudah lama berjauhan. Dia menceritakan apa yang dirasai kepada suaminya.
Mereka akhirnya tiba di rumah. Dia berpesan kepada suaminya agar berada berdekatan dengannya. Dia menjadi takut apabila tinggal keseorangan. Si suami menurut. Oleh sebab si suami berasa tidak sedap hati, maka suaminya itu menelefon sahabatnya Ustaz Ahmad Dasuki. Kebetulan ustaz balik ke Kelantan. Apabila diceritakan perihal isterinya, Ustaz Ahmad Dasuki terus meminta mereka datang untuk menemui beliau.
Mereka terus pergi menemui Ustaz Ahmad Dasuki. Sesampainya di sana, si sakit menceritakan segala apa yang dirasai olehnya. Menurut Ustaz Ahmad Dasuki si sakit terkena sihir yang boleh menyebabkan seseorang menjadi gila. Alhamdulillah si sakit kuat semangat dan ada pegangan agama yang menjadi benteng baginya menepis sedikit sebanyak sihir yang dikenakan ke atasnya. Setelah itu beliau membacakan beberapa p****g ayat-ayat suci AlQuran pada segelas air. Setelah itu si sakit meminum air yang telah diruqyah oleh beliau. Si sakit juga dibekalkan dengan beberapa biji limau. Mungkin untuk mandi dan memulihkan semangatnya…
Alhamdulillah setelah meminum air dan limau itu digunakan oleh si sakit untuk mencuci mukanya bukannya mandi, perasaan itu hilang perlahan demi perlahan. Setelah dia agak tenang suaminya mengajak dia sekeluarga berjalan ke Kuantan untuk bercuti di samping menemui adiknya iaitu sahabat pokcik.. Dua hari lepas pokcik ada mengajak dia datang ke rumah.
Kebetulan sahabat kita Miu Miu juga baru tiba dari Terengganu dan ingin ke Pameran Artifak Rasulullah dan para sahabat. Jadinya pokcik terus mengambil Miu Miu di hotel dan membawanya ke Dewan MPK Kuantan dan pokcik terus balik ke rumah kerana sudah berjanji dengan hamba Allah ini pada pukul 8.30 malam.Walaupun sudah berjanji pada pukul 8.30 malam namun bayang dia dan keluarganya langsung tidak muncul-muncul.
Walaupun sudah berjanji pada pukul 8.30 malam namun bayang dia dan keluarganya langsung tidak muncul-muncul. Akhirnya dia tiba di rumah pokcik pada pukul 9.45 malam. Dia dikejarkan ke klinik kerana darahnya rendah, sakit kepala yang teramat kuat, mukanya pucat, kebingungan dan yang paling parah lagi dia ketakutan tinggal seorang kerana perasaan itu datang kembali. Dia meminta maaf kepada pokcik dan isteri kerana tiba lewat. Kelihatan dia masih kebingungan. Pokcik ingat ia merupakan kesan ubat jadi pokcik abaikan….
Lebih kurang pukul 11 malam sahabat pokcik dan si sakit sekeluarga pulang. Namun begitu pokcik lihat mukanya masih pucat. Disebabkan dia tidak membuka mulut maka pokcik pun tidaklah mahu bertanya dengan lebih lanjut. Malam tadi barulah dia berjumpa dengan pokcik dan menceritakan segala yang telah pokcik kongsikan ini. Barulah pokcik tahu duduk perkara. Disebabkan dia ingin keluar mencari telekung hantaran yang dikirim oleh sahabatnya selepas itu maka pokcik berjanji akan ikhtiarkannya sejurus selesai solat Maghrib..
Untuk pengetahuan semua sahabat, kawan si sakit memintanya membeli telekung bagi hantaran kahwin sebanyak tiga pasang. Menurutnya telekung di Indonesia lebih murah berbanding di Malaysia. Si sakit telah membeli telekung yang dikirim oleh sahabatnya namun tertinggal di Lapangan Terbang Kuala Lumpur kerana keadaanya yang kebingungan ketika itu. Kesemua barangnya tertinggal di lapangan terbang. Jadinya dia terpaksa menggunakan duitnya sendiri untuk menggantikan barangan berkenaan walaupun harganya lebih mahal berbanding telekung yang telah dibeli olehnya di Indonesia.
Setelah bersedia untuk ikhtiarkannya, pokcik sudah mula terasa ada getaran yang amat kuat seolah-olah ketika itu kami sedang diperhatikan. Pokcik abaikan apa yang pokcik rasakan. Setelah memagarnya pokcik terus memohon kepada Allah agar dihapuskan gangguan berkenaan. Terasa amat kuat getaran pada bahagian belikat kanannya. Tangan pokcik sendiri kelihatan timbul urat kebiruan dan pokcik terasa kebas pada salah satu jari kanan pokcik. Apa pun alhamdulillah Allah permudahkan semuanya…
Pada asalnya pokcik nak sediakan air untuk dimandi olehnya. Namun begitu, oleh sebab kekangan masa maka pokcik terus ikhtiar dengan menggabungkan bacaan tersebut dalam satu jenis ikhtiar sahaja. Alhamdulillah dia mula pulih seizinNya. Setelah itu dia mengajak orang rumah pokcik ke bandar untuk mencari telekung yang dikehendaki. Mula-mula orang rumah pokcik yang memandu keretanya kerana bimbang sekiranya keadaanya masih pening dan kebingungan namun apabila ditanya keadaanya, alhamdulillah dia stabil dan boleh memandu. Maklumlah kereta si sakit. Orang rumah pokcik bukannya biasa memandu kereta orang lain…
Alhamdulillah sehingga balik dari bandar, keadaannya sudah baik seizin Allah. Pokcik asalnya risau juga sekiranya dia yang memandu. Kan. Namun setelah orang rumah pokcik menceritakan keadaanya barulah lega hati pokcik. Pagi ini dia, suami, dan anak-anaknya sudah bertolak balik ke Kelantan. Alhamdulillah tiada lagi perasaan pelik yang mengganggu. Moga mereka sekeluarga selamat sampai ke destinasi. Sekian perkongsian pada kali ini. Moga berjumpa lagi. Wallahuaklam. Salam hormat…
-TAMAT-
051.
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
HIMPUNAN ๐๐จ CERITA SERAM
TAJUK CERITA :
KARYA :
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
KOD : 3300027509401051
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/himpunan-cerita-seram-chapter-1.html
Comments
Post a Comment