HASAD #COMPLETE - 22 EPISODES


KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : HASAD
HASIL KARYA : ANDY SULAIMAN
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hasad.html


➜ The 👁‍🗨 HOROZONE
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
KISAH SERAM MELAYU BERSIRI
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI


KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : HASAD
HASIL KARYA : ANDY SULAIMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hasad.html

PART 1
"Nak kebumi malam ni juga ke jenazah Mak kamu ni, Amri?" tanya Haji Baharom, Tok Ketua Kampung Baiduri.
Soalan Tok Ketua dijawab dengan anggukan sahaja. Dia menunduk murung, meratapi pemergian bonda tercinta yang dikenali sebagai Mak Idah di kampung tersebut.
Setahun 6 bulan Mak Idah terlantar, tidak bergerak. Tiba tiba sahaja kelumpuhan. Umurnya 59 tahun. Selama terbaring di tilam lusuh itu, hanya Amri yang menjaga Mak Idah siang dan malam.
"Kita tunggu Abang Saari sampai dulu Tok. Dia dah dalam perjalanan balik," jawab Yati, adik bongsu Amri dan Saari.
Saari adalah abang sulong manakala Amri abang kedua. Saari menetap di Kuala Lumpur, bekerja di sana dan belum mendirikan rumahtangga selepas bercerai dengan isterinya 2 tahun yang lalu.
Amri pula masih bujang dan usianya sehingga 28 tahun sekarang dihabiskan bersama ibunya. Manakala Yati pula telah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata dan tinggal di kampung Muafakat, bersebelahan Kampung Baiduri ini.
"Si Saari tu dah kat mana sekarang?" tiba-tiba terbit pertanyaan dari Haji Kahar, imam Kampung Baiduri.
"Dah tak jauh, setengah jam lagi sampai lah tu," jawab Sufian, suami Yati.
Haji Kahar memerhati jam di dinding. 11.45 malam. Maknanya lebih kurang jam 12.15, Saari akan tiba. Haji Kahar seterusnya memandang ke arah Zabidin, belia harapan di kampung itu.
"Liang dah gali siap, Din?" tanya Haji Kahar.
Zabidin yang ketika itu sedang menumpukan perhatian ke arah telefon bimbitnya sedikit tersentak dengan soalan Haji Kahar. Segera dia memasukkan telefon ke dalam poket baju Melayu bewarna jingga yang dipakainya.
"Dah, Haji. Murad dan lain-lain dah standby kat sana. Sekejap lagi Pak Jusoh datang bawa keranda. Guna van dia malam ni. Van jenazah kampung sebelah masih kat bengkel," jawab Zabidin.
Haji Kahar cuma mengangguk. Diperhatikan jasad Mak Idah yang terbaring sambil diiringi bacaan ayat suci Quran oleh qariah surau di kampung itu.
Mak Idah ini kawannya sejak kecil lagi, di kampung ini. Kenal benar dia dengan arwah. Bukan sahaja arwah, seluruh keluarga Haji Kahar kenal. Dari generasi ke generasi.
Keluarga mereka antara orang terawal yang meneroka kampung ini. Sudah pasti banyak kenangan antara mereka yang tercipta.
'Bammmmmmm!!!!'
Terkejut kesemua yang ada di situ dek hempasan pintu jendela yang menghempas di bingkainya. Angin di luar kencang, memberi petanda ribut bakal membadai. Hujan, mungkin tiba dan mungkin tiada. Bergantung pada aturan Yang Esa.
Yati bangun lalu menutup beberapa jendela yang berhampiran dengannya. Kemudian seorang penduduk kampung, setelah melihat apa yang telah Yati lakukan, turut bangun menutup jendela yang berada di belakangnya.
"Ini kalau hujan kejap lagi macam mana, Ji?" tanya Tok Ketua pada Haji Kahar.
Haji Kahar diam seketika. Direnungnya Amri yang ketika itu tekun membaca Yassin dan kadangkala terlihat menyapu air mata yang mengalir membasahi pipi.
"Kita ikut apa kemahuan anak-anak arwah Idah ni. Kalau kata mereka nak segerakan malam ini juga, kita kena buat malam ini juga," jawab Haji Kahar secara perlahan.
Tok Ketua mengangguk.
Yati bangun sambil memegang telefon bimbit di tangan selepas melihat jam di dinding. Sudah pukul 12.10 tengah malam, kereta Saari masih belum kelihatan memasuki perkarangan rumah.
Dia berjalan lalu masuk ke dalam bilik.
******************************
**************
"Assalamualaikum! Mak...ooohh Mak!"
Lantun salam diberikan Aishah, anak tunggal Tok Ketua dan isterinya, Hajah Mariam.
Pintu utama dibuka.
"Waalaikumussalam. Laaaa...kamu Aishah? Kenapa balik tak bagitahu ni? Bertuah punya anak. Dah tengah malam pulak tu baru sampai! Ishhh!" jawab Hajah Mariam sambil menyambut huluran salam oleh anak gadisnya itu.
"Aishah kan dah start cuti semester mak. Ingat nak gerak esok, sekali suruh kawan check tiket bas. Ada kosong hari ni. Chah balik terus lah. Rindu dah kat Mak dan Abah!" kata Aishah sambil merangkul bahu ibunya.
"Ishhh mak ingatkan siapa lah tadi. Habis dari stesen kamu naik apa sampai ke rumah?" tanya Hajah Mariam.
"Teksi lah mak. Nak suruh Abah ambil, dia bukan boleh memandu pun waktu malam. Abah kan rabun malam, mak. Eh, Abah mana? Dah tidur ke Mak?" tanya Aishah sambil berjalan beriringan dengan ibunya masuk ke dalam rumah.
"Abah? Allah. Mak lupa nak bagitahu kamu. Mak Idah, dah meninggal Chah," kata Hajah Mariam.
Aishah yang ketika itu baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi ruang tamu agak terkejut mendengar berita itu.
"Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un. Bila Mak?" tanya Aishah.
"Petang tadi. Amri kejut nak mandikan, tahu-tahu dah tak ada," kata Hajah Mariam.
"Mak tak pergi ziarah?" tanya Aishah.
"Dah, petang tadi. Dengarnya nak kebumi malam ni juga. Tunggu si Saari tu sampai," jawab Hajah Mariam.
"Owhhh. Pergi juga akhirnya Mak Idah ya Mak? Dekat 2 tahun juga dia sakit kan Mak? Dia sakit apa sebenarnya?" tanya Aishah.
"Entah lah. Mak pun tak tahu. Banyak kali turun naik hospital pun, tak tahu sakit apa. Hmmm ajal dia dah sampai. Ni, kamu ni. Dah makan ke belum?" soal Hajah Mariam.
"Errrr Chah sekarang dah tak makan malam Mak. Diet! Heheh!" jawab Aishah tersipu malu.
"Alaaaaahai. Badan dah sekeping, diet apanya?" balas Hajah Mariam sambil memandang atas bawah anaknya itu.
"Gemuk lah Mak. Mak tengok ni. Banyak lemak dah," jawab Aishah sambil mencubit perutnya sendiri.
******************************
********************
Setibanya Saari di rumah arwah ibunya, dia terus mencuci muka dan mengambil wuduk. Kain putih yang menutupi wajah ibu dibuka perlahan. Ditatap wajah ibunya itu.
"Mak, maafkan Along Mak. Along lambat balik. Along tak ada masa Mak pergi," keluh Saari lantas mencium dahi arwah ibunya.
Amri yang berada berdekatan ketika itu menggosok-gosok belakang abangnya. Yati pula tidak dapat menahan sebak, mengalihkan pandangan ke arah lain sambil mengesat air mata.
Haji Kahar menghampiri Saari.
Dia membongkok seperti ingin berbisik pada Saari.
"Macam mana Saari? Nak kebumi malam ni juga ke? Kat luar hujan ni," bisik Haji Kahar.
Saari memandang Amri dan Yati. Menanti juga jawapan dari kedua adiknya itu.
"Pagi esok jelah, Long. Along pun baru sampai ni kan?" kata Amri. Yati hanya mengangguk.
"Esok boleh tak Haji? Bagi saya masa terakhir dengan ibu saya ni," jawab Saari.
Haji Kahar mengangguk. Lalu dia memanggil Zabidin dan menyuruh Zabidin maklumkan kepada rakan-rakan yang sudah sedia menanti di tanah perkuburan.
"Buat lah apa yang patut. Hujan ni. Karang bertakung air dalam liang lahad tu esok. Payah kita nanti," pesan Haji Kahar pada Zabidin.
Seorang demi seorang penduduk kampung mula meninggalkan kawasan rumah Mak Idah setelah mengetahui jenazah Mak Idah akan dikebumikan esok pagi.Termasuk Pak Jusoh, pemandu van yang diminta tolong oleh Amri untuk membawa jenazah ibunya ke tanah perkuburan malam ini.
Esok pagi dia akan kembali lagi.
"Yati, nak tumpang tandas sekejap," kata Salina, antara penduduk kampung yang hadir menziarahi jenazah Arwah Mak Idah.
Yati mengangguk lalu Salina berjalan ke tandas yang terletak di penjuru dapur.
Bau kemenyan semerbak di seluruh rumah. Haji Kahar dan Haji Baharom juga telah pulang. Tinggal lah Saari, Amri, Yati dan suami serta beberapa orang penduduk kampung yang juga akan pulang ke rumah masing-masing sebentar lagi.
"Aaaaaahhhhhhhh Allaahhhhhhhh!"
Terdengar jeritan Salina di tandas.
Mereka yang berada berhampiran jenazah Arwah Mak Idah terkejut dan saling berpandangan sesama sendiri. Yati bingkas bangun dan menuju ke dapur.
Entah apa kena dengan Salina hingga begitu kuat jeritannya.
BERSAMBUNG.


KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : HASAD
HASIL KARYA : ANDY SULAIMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hasad.html

PART 2
"Eh kenapa Sal? Ada apa?" soal Yati setelah melihat Salina duduk tercangkung dan menekup mukanya.
"Katak! Lompat atas kaki aku. Eeeeiiii rasa sejuk je!" jawab Salina yang masih kegelian.
Yati menggelengkan kepala. Ingatkan kenapa lah tadi sampai begitu sekali menjeritnya. Lantas Yati naik semula ke ruang tamu dan Salina masuk ke tandas.
Selesai urusan di tandas, Salina meminta diri pulang ke rumah dan beberapa penduduk kampung yang lain mengekori Salina.
Kini tinggallah Saari dan adik-adiknya. Mereka membahagi surah antara mereka bertiga. Kalau boleh biar alunan ayat suci berkumandang sampai ke pagi, sampai ke saat jenazah arwah ibu mereka keluar dar rumah.
Yati menjadi pemula manakala selepas itu Amri akan menyambung dan Saari pula akan habiskan. Biar khatam satu Quran malam ini demi ibu tersayang yang akan pulang mengadap Tuhan.
******************************
*******************
"Esok lepas Subuh kat surau, kita terus pergi ke rumah arwahnya Idah lah," kata Haji Kahar saat dia berjalan bersama Tok Ketua untuk pulang ke rumah.
Kebetulan rumah arwah Mak Idah dan rumah mereka berdua tidak terlalu jauh. Mereka hanya berjalan kaki sahaja.
"Hah elok lah tu. Kita kena segerakan," jawab Tok Ketua.
"Eh, itu bukan teksi si Mael tu?" tanya Haji Kahar pada Tok Ketua selepas dia melihat sebuah teksi di tepi jalan. Rumah Mael agak jauh dari sini.
Setelah menghampiri, Tok Ketua menjenguk ke dalam kereta. Didekatkan mukanya ke arah cermin tingkap di bahagian pemandu.
"Eh, Mael ada kat dalam. Tidur. Kenapa si Mael ni tidur kat sini pulak? Tak balik rumah?" tanya Tok Ketua pada Haji Kahar. Haji Kahar cuma mampu diam kerana dia tidak punya jawapan pada soalan Tok Ketua.
'Tuk! Tuk! Tuk!'
Cermin diketuk Tok Ketua.
"Mael! Mael!" panggil Tok Ketua.
Mael tersentak dari tidur lalu dia membuka pintu keretanya.
"Dah kenapa kau tidur tepi jalan ni Mael? Kenapa tak balik tidur kat rumah?" tanya Haji Kahar.
"Tok! Imam! Tolong saya! Tolong saya!"
Tiba-tiba Mael merayu meminta tolong sambil memegang tangan Haji Kahar.
Haji Kahar dan Tok Ketua berpandangan sesama sendiri. Entah apa kena dengan Mael ni tiba-tiba saja merintih meminta tolong.
"Bertenang. Bertenang. Cuba kau cerita kat kami. Kenapa? Nak kami tolong apa?" tanya Tok Ketua.
"Hah! Tu Tok! Tuuuuu! Dia datang Tok!! Dia datang!!!"
Jerit Mael sambil matanya terbeliak memandang sesuatu dari arah belakang Tok Ketua dan Haji Kahar. Lantas dia segera menutup pintu kereta dan menghidupkan enjin teksinya.
Haji Kahar dan Tok Ketua berpusing ke belakang untuk melihat apa yang datang di belakang mereka hingga begitu takut si Mael ini.
Tiada apa-apa.
Teksi Mael meluncur laju meninggalkan Tok Ketua dan Haji Kahar. Terpaku mereka berdua melihat gelagat Mael.
"Apa kena si Mael ni? Astaghfirullah Hal 'Azim," keluh Haji Kahar.
"Menghisap balik agaknya Mael ni tak? Itu yang nampak bukan-bukan agaknya," jawab Tok Ketua dengan pantas.
"Ishhh kamu ni. Tak baik lah. Memang lah si Mael tu dulu ada ambil benda-benda tu semua. Tapi kan lepas dia kahwin, dia dah berhenti? Dah ada anak dah pun," pintas Haji Kahar atas tohmahan Tok Ketua.
Tok Ketua hanya diam dan teruskan perjalanan hingga lah mereka berdua sampai ke rumah masing-masing.
"Kenapa tak bagitau ayah Chah balik hari ni? Boleh ayah jemput Chah kat stesen," kata Tok Ketua saat dia menyambut salam yang dihulur Aishah.
"Alah tak apa la ayah. Chah dah besar. Lagipun kan ada kematian kat kampung ni. Tak kena kalau ayah tak ada. Habis macam mana tu, yah? Kebumi pagi esok ke?" tanya Aishah.
Tok Ketua hanya mengangguk.Tak lama kemudian, Hajah Mariam keluar dengan secawan kopi di tangan.
"Dah nak pukul 2 pagi dah ni Yam. Kopi awak hulurkan ya? Kang tak tidur saya sekejap lagi macam mana? Esok pagi-pagi lepas Subuh dah nak ke kubur," kata Tok Ketua.
Hajah Mariam hanya tersenyum. Dia sudah terbiasa dengan amalan menghulur kopi pada suaminya itu apabila suaminya itu tiba di rumah.
Dan dia tahu walau jam berapa sekalipun, kopi itu tetap diminum Tok Ketua. Aishah meminta izin untuk masuk bilik. Sudah mengantuk.
Tok Ketua menghirup kopi yang dibuat isterinya. Tiba-tiba teringat dia akan Mael yang dia dan Haji Kahar terserempak tadi. Lalu diceritakan pada isterinya.
"Mael tu tak berapa betul tau bang. Ada hari dia okay. Datang hari tak betul, bini dia pun dia belasah. Bini dia yang dulu entah lari ke mana lepas mintak cerai dengan dia. Dengar kata, dia ada menuntut ilmu tak betul juga," kata Hajah Mariam.
"Haaa mula la tu nak fitnah. Tak baik Yam oiii. Dah, awak masuk lah tidur. Sekejap lagi habis kopi ni saya masuk lah," kata Tok Ketua.
Hajah Mariam tidak membantah. Dia bangun lalu berjalan masuk ke bilik tidur, tinggalkan Tok Ketua seorang diri di ruang tamu.
Habis sahaja kopi, Tok Ketua bangun untuk masuk tidur. Namun masih lagi sempat dia melihat ke arah pintu utama.
"Laaaa..Tak kunci pintu rupanya," kata Tok Ketua sendirian.
Lalu dia berjalan ke arah pintu utama. Selain pintu utama, dia juga ingin memerhati di luar rumah dalam keadaan baik atau tidak sebelum dia masuk tidur.
Saat dia membuka pintu,
"Tokkkk..."
"Allaaahh!"
'Bammmm!'
Pintu utama ditutup dengan pantas dan dihempas sekuatnya. Naik turun nafas Tok Ketua. Dia masih tidak percaya dengan kelibat seseorang yang tercegat di depan rumahnya itu.
"Idd...Idd...dah? Bukan ke dia dah.....tadi, aku ziarah dia. Ishhh!!"
Dia melihat Mak Idah tercegat di depan rumahnya. Mana mungkin itu arwah Mak Idah sedangkan tadi dia sendiri menyaksikan jenazah Mak Idah terbujur kaku.
Meremang Tok Ketua ketika itu. Laju dia berjalan ke bilik tidur..Terus dia baring dan tidak menceritakan apa-apa pada isterinya.
******************************
**************
"Sayang....buka pintu sayang...."
Perlahan suara Mael memanggil isterinya.
"Sayang.....abang dah balik ni. Buka pintu...."
Sekali lagi Mael memanggil. Tiada jawapan. Dia melihat jam di tangannya. Sudah 3.27 pagi.
'Tok! Tok! Tok!'
Pintu papan diketuk. Dia terlupa membawa kunci rumah. Maka dia terpaksa mengejutkan isterinya. Hendak menelefon isteri, kebetulan telefon bimbitnya kehabisan bateri.
'Bam! Bam! Bam!'
Kali ini kesabaran Mael hilang. Dia mula menghentak pintu utama rumah sekuatnya.
"Hoi perempuan sial! Kau tak dengar aku panggil ke hah?? Kau nak aku terajang pintu ni ke??" jerit Mael sambil menumbuk pintu rumahnya sendiri.
Salina yang ketika itu sedang tidur berpelukan dengan anaknya ketika itu tersentak dengan suara terpekik suaminya, Mael.
Kelam kabut Salina membuka pintu.
"Kau mampus ke apa tak dengar aku panggil hah?? Jerit Mael sambil menolak Salina hingga dia terjatuh.
"Maaf abang. Saya tak dengar. Saya penat tadi baru balik dari rumah arwah Mak Idah. Maaf bang," kata Salina sambil menangis.
Seperti dirasuk syaitan, Mael telah siap menanggalkan tali pinggang dari seluarnya.
Dan Salina sudah dapat mengagak apa habuan yang bakal dia terima. Hampir setiap hari sekarang, dia mendapat libasan tali pinggang dari Mael. Kalau dahulunya rotan tapi selepas rotan itu hancur, tali pinggang menjadi ganti.
Terpekik terlolong lah Salina ketika itu sakit akibat dipukul suaminya. Walau berkali dia merayu meminta maaf, Mael seperti puas mendengar jeritan Salina.
Sehingga lah Mael terduduk kepenatan. Dia tersenyum melihat Salina yang mengesot dalam kesakitan, mencapai bajunya yang awalnya direntap Mael sebelum belakangnya dilibas dengan tali pinggang.
Belakang Salina penuh dengan parut. Parut akibat dibelasah suami yang gila.
"Buatkan aku kopi. Cepat!!!" jerit Mael sambil melibas tali pinggang ke lantai.
Dalam terhoyong hayang, Salina ke dapur.
******************************
********************
Usai solat Subuh, penduduk kampung mula memenuhi perkarangan rumah arwah Mak Idah.
Terlihat van Pak Jusoh sudah sedia di tangga utama rumah itu. Jenazah Mak Idah sudah siap dikapankan dan diletakkan di dalam keranda.
Saari dan adik-adiknya seperti sudah bersedia melepaskan arwah ibu mereka pergi dari rumah pusaka ini selama-lamanya.
"Sekejap!" kata Saari tiba-tiba. Semua mata orang kampung tertumpu ke arahnya sekarang.
BERSAMBUNG.


KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : HASAD
HASIL KARYA : ANDY SULAIMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hasad.html

PART 3
"Sekejap!" kata Saari tiba-tiba. Semua mata orang kampung tertumpu ke arahnya sekarang.
"Mak kami, Faridah binti Ibrahim sudah tiada. Jadi kami adik beradik berharap, jika arwah mak ada berhutang, maklumkan kepada kami. Jika arwah mak semasa hayatnya pernah menyakitkan hati sesiapa ada atau berbuat salah, kami mewakili arwah ingin memohon maaf," ujar Saari.
Yati menunduk dan mengesat air mata manakala Amri pula kelihatan turut tunduk diam. Kemudian keranda arwah Mak Idah diusung keluar dari rumah terus memasuki van Pak Jusoh.
Sampai sahaja di tanah perkuburan, Zabidin dan rakan-rakannya telah sedia menanti. Amri dan abangnya masuk ke liang lahad untuk menyambut jenazah ibunya.
Dan akhirnya, sebelum terik mentari jenazah Mak Idah selamat dikebumikan.
"Along cuti berapa hari?" soal Yati sebaik sahaja mereka tiba di rumah.
"Lagi 3 hari, Along kena balik kerja dah. Am, nanti kau tengok apa-apa pasal mak yang kita nak kena selesaikan, bagitau aku ya," arah Saari pada adiknya.
Amri mengangguk sahaja.
******************************
*****************
"Nak ke mana pulak tu Chah?" tanya Hajah Mariam pada anaknya, Aishah.
"Nak jalan-jalan kawasan kampung, Mak. Ambil angin petang. Dah lama tak pusing kampung. Alah dekat sini-sini je," jawab Aishah.
"Balik sebelum Maghrib ya. Kamu tu anak dara. Lagi satu kejap lagi ayah balik, macam-macam dia tanya nanti," pesan Hajah Mariam.
"Iya Mak," kata Aishah lalu berjalan meninggalkan kawasan rumahnya.
Setiap kali pulang ke kampung, Aishah suka berjalan sekeliling kampung di kala petang, menikmati suasana indah dan menghirup udara segar kampung.
Namun, tanpa disedari pergerakan Aishah diperhati.
"Ehhh...Aishah. Nak ke mana ni?"
Aishah berhenti melangkah.
"Oh, Abang Mael. Saja je jalan-jalan pusing kampung bang," jawab Aishah.
Teksi Mael menghampiri Aishah.
"Nak jalan pusing kampung? Jom lah Abang Mael bawak. Abang pun free ni," pelawa Mael.
"Eh, tak apa lah bang," tolak Aishah tenang.
"Alah jom lah, abang bawa pusing-pusing. Jom!"
******************************
**************
"Mana anak dara awak ni Yam? Dah nak Maghrib ni. Tak balik-balik lagi!" kata Tok Ketua sambil tercegat di beranda rumahnya.
"Sekejap lagi balik lah tu. Awak ni. Tak ke mana lah dia. Kalau tak jalan sekitar sini, dia pergi rumah kawan dia, si Effa tu," jawab Hajah Mariam dari dalam rumah.
"Hah iyalah. Harap begitu lah. Sudah lah, saya nak mandi, nak bersiap ke surau," balas Tok Ketua lalu masuk ke dalam rumah.
Selesai mandi dan bersiap, azan Maghrib berkumandang. Tok Ketua keluar dari bilik dan menjengah sekeliling kawasan di dalam rumah.
"Dah balik Chah, Yam?" tanya Tok Ketua.
Hajah Mariam ketika itu keluar dari dapur sambil mengesat tangan di tepi baju yang dipakainya.
"Itulah bang, Chah belum balik ni! Risau lah saya bang," kata Hajah Mariam.
Tok Ketua berubah wajahnya. Mahu saja dia marahkan isterinya itu kerana membiarkan Aishah keluar. Tapi, ini bukan kali pertama Aishah keluar berjalan. Tapi ini kali pertama dia tak pulang menjelang Maghrib jika dia keluar bersiar-siar keliling kampung.
Lagipun azan sedang berkumandang. Tak elok pula kalau dia nak leterkan isterinya di saat ini.
"Tak apa, saya ke surau dulu. Nanti dia dah balik, atau lagi 40 minit dia tak balik, awak call saya. Saya dah habis solat dah masa tu. Saya bawa telefon saya ni," kata Tok Ketua.
'Krrrrrriiiiuukkkkkkk'
Pintu bilik Aishah terbuka. Aishah, dengan tuala di bahu, melangkah keluar dari bilik lalu berjalan ke bilik air yang terletak bersebelahan dapur.
"Hah! Tu Chah tu? Apa awak kata dia belum balik tadi? Eh, awak niii.." kata Tok Ketua sambil memandang tepat ke mata isterinya.
"Aik? Bila masa Chah balik? Saya tak perasan pun? Chah! Chah! Bila masa kamu balik?" tanya Hajah Mariam.
Namun soalan Hajah Mariam tidak dijawab.
Tok Ketua meninggalkan Hajah Mariam yang masih dalam keadaan terpinga-pinga itu dan terus bergerak ke surau.
Selesai solat Maghrib, Hajah Mariam keluar dari bilik dan terus ke dapur untuk menyediakan makan malam.
"Chah! Ohh Chah! Sini tolong Mak," panggil Hajah Mariam.
Panggilan itu tidak dijawab.
"Eh apa kena anak aku ni? Dari tadi diam je? Biasa tak macam ni?" kata Hajah Mariam lalu dia berjalan ke bilik Aishah.
"Chah...! Chah!" panggil Hajah Mariam sambil mengetuk pintu bilik Aishah. Diam. Tiada sahutan.
Hajah Mariam mula merasa pelik. Lantas pintu bilik Aishah ditolak.
Ternampak Aishah sedang duduk di hadapan meja solek sambil menyisir rambutnya. Hajah Mariam tersenyum sambil menggeleng kepala. Lalu dia melangkah masuk ke bilik Aishah.
"Chah, mak panggil Chah kenapa...... ...."
Hanya sekerat soalan Hajah Mariam. Nafasnya tersekat! Tak mampu dia bercakap lagi. Kakinya kaku. Dia terkejut, terpaku.
Tersentak setelah melihat Aishah dari belakang, dengan rambut panjang mengurai hingga ke lantai. Sempat Hajah Mariam melihat ke cermin. Aishah ada di atas kerusi di hadapan meja solek namun di dalam cermin itu kosong, tiada sesiapa!
"Allah! Allah! Allah!"
3 kali Hajah Mariam menyebut Tuhan dan dia merasakan ada kekuatan pada kakinya untuk melangkah lalu dia berlari keluar dari bilik Aishah.
Sempat mencapai lampu suluh yang sedia tergantung di tiang seri rumah, Hajah Mariam laju turun dari tangga rumahnya, menyarung selipar dan berlari anak menuju ke surau.
"Bukan anak aku tu! Bukan Aishah tu! Chah, mana kau nak? Kau kat mana sekarang ni? Ya Allahhhh..." rintih Hajah Mariam sepanjang perjalanan dia ke surau.
Sampai sahaja dia ke kawasan surau, terlihat Tok Ketua bersama beberapa penduduk kampung sedang duduk di hadapan surau sambil menantikan azan Isyak.
"Abang! Abang! Chah bang!" kata Hajah Mariam dalam keadaan nafasnya yang tercungap-cungap.
"Eh kenapa ni Yam? Kenapa dengan Chah? Hah?" tanya Tok Ketua, cemas.
"Jom balik. Abang balik, tengok sendiri!" jawab Hajah Mariam.
"Kenapa ni? Kenapa dengan Chah?" soal Tok Ketua lagi.
"Jom lah balikkkkkk...!!" bentak Hajah Mariam.
Beberapa penduduk kampung yang melihat situasi itu tercengang. Tok Ketua meminta diri untuk balik ke rumah dan menyuruh beberapa penduduk itu solat sahaja di surau setelah mereka ingin ikut Tok Ketua balik ke rumah, risau jika terjadi apa-apa.
"Abang cuba tengok dalam bilik Aishah, bang" pinta Hajah Mariam.
Perlahan Tok Ketua menolak pintu bilik Aishah. Dia memerhati ke dalam bilik dan kemudiannya,
"Yam, sini. Sini lah," panggil Tok Ketua akan isterinya.
Hajah Mariam menurut perintah. Dia menghampiri suaminya.
"Tu, awak tengok. Anak awak elok je tidur. Apa yang awak gelabah sangat tadi?" tanya Tok Ketua.
Tersentak Hajah Mariam. Berubah mukanya tatkala melihat anak tunggalnya itu sedang lena tidur.
Lalu Hajah Mariam menarik lengan Tok Ketua dan diajak duduk di kerusi di ruang tamu lalu dia menceritakan apa yang dilihat di dalam bilik Aishah semasa ketiadaan Tok Ketua tadi.
******************************
**************
"Kau cari apa Long?" tanya Amri saat melihat abangnya seperti tercari sesuatu.
"Rokok aku. Kau ada nampak?" tanya Saari.
"Tak ada. Kau tadi kan keluar pergi kedai. Entah-entah dalam kereta kau tak?" teka Amri.
"Boleh jadi juga," jawab Saari lalu dia berjalan keluar dan pergi ke keretanya.
Pintu kereta dibuka dan ternyata rokok tertinggal di dalam kereta. Saari mengeluarkan sebatang rokok dan terus meletakkan ke mulutnya.
"Long......"
Dia terdengar namanya dipanggil. Dia berpaling ke arah suara itu.
Tiada sesiapa.
Dia andaikan itu hanya perasaannya sahaja.
"Longg......"
Sekali lagi kedengaran suara itu. Dia amat kenal dengan suara itu. Mirip sekali dengan suara arwah ibunya.
Dia melilau mencari dari mana datangnya suara itu. Dia mendongak dan melihat ke arah pohon kekabu yang tegak tinggi merimbun, melebihi ketinggian bumbung rumahnya dan..
"Astaghfirullah Hal 'Azim!"
Terkejut Saari dengan apa yang sedang dilihatnya!
BERSAMBUNG


KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : HASAD
HASIL KARYA : ANDY SULAIMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hasad.html

PART 4
"Astaghfirullah Hal 'Azim!"
Terkejut Saari dengan apa yang sedang dilihatnya!
Satu susuk lembaga menyeramkan.
Dalam samar malam dirembes cahaya bulan masih mampu dia lihat satu badan yang besar, berbulu lebat hingga hampir seluruh bulu itu terjuntai ke bawah dari dahan pohon kekabu itu dan,
tidak berkepala.
Segera Saari tinggalkan kawasan itu dan berlari masuk ke dalam rumahnya. Sekuatnya pintu ditutup dan selak pintu itu ditolak.
"Kenapa kau Long?" soal Amri saat dia juga terkejut dengan gelagat Saari cemas ketika itu.
"Ha ah! Kenapa kau Long?" soalan sama diajukan Yati yang menjengah di sebalik pintu bilik tidurnya.
Kedengaran tangisan anak Yati yang berusia 2 tahun. Mungkin sedang tidur dan terkejut dengan hempasan pintu yang kuat oleh Saari sebentar tadi.
"Err...er...tak ada apa-apa lah," jawab Saari sambil berjalan menuju ke biliknya.
******************************
****************
"Habis awak nak kata yang dalam bilik tu bukan Chah? Macam tu? Habis mana Chah?" tanya Tok Ketua setelah dia mendengar cerita Hajah Mariam.
Segalanya telah diceritakan.
"Entah lah abang. Tapi saya pasti dengan apa yang saya lihat tadi," jawab Hajah Mariam.
"Perasaan awak je ni. Dah lah, makan dah siap?" tanya Tok Ketua.
"Dah siap dah. Nak makan sekarang? Saya nak kejut Chah," kata Hajah Mariam.
"Ehh tak payah. Biar lah dia tidur dulu. Nanti dah lapar, dia bangun makan lah tu. Biar dia tidur. Mungkin dia sakit kepala ke apa. Atau mana tahu datang uzur ke," kata Tok Ketua.
"Hmmmm iyalah," balas Hajah Mariam.
******************************
******************
"Abang, nak apa-apa sebelum Sal masuk tidur" tanya Salina. Lemah dan agak ketakutan bunyi suaranya.
"Kopi!"
Keras jawapan Mael. Dia tercegat di di beranda sambil merenung tajam ke laman rumah. Beberapa ketika kemudian, sedikit demi sedikit senyuman terpamer di wajahnya.
"Haha! Rasakan! Hahahahaaha!"
Tiba-tiba saja Mael ketawa berdekah-dekah.
Salina yang ketika itu baru tiba di beranda sambil membawa secawan kopi, menjadi gerun dengan tingkah lakunya.
"Ini kopinya abang. Sal masuk tidur dulu ya," ujar Salina dan segera dia ingin meninggalkan Mael ketika itu.
"Tunggu" sergah Mael tiba-tiba.
Salina hanya tercegat dan tidak berani berbuat apa-apa. Jika dia ingkar dan terus berlalu, alamatnya mendapat sakit lagi lah buat kesekian kalinya malam ini.
"Kau ke rumah Mak Idah kan?" tanya Mael.
"Iya bang. Kan dia meninggal? Kenapa?" soal Salina.
"Atas kebenaran aku ke kau ke sana?" tanya Mael sambil meniup kopi panas yang masih lagi berasap.
"Errrr...saya nak minta izin tapi abang tak ada kat rumah masa tu. Banyak kali saya call abang tapi abang tak jawab," ujar Salina.
"Habis kau pergi juga?" tanya Mael sambil perlahan-lahan menghirup kopi kepanasan itu.
"Saya minta maaf kalau buat abang marah. Tapi abang, sampai bila abang nak berdendam bang? Mak Idah pun dah meninggal bang," kata Salina.
Suasana sepi seketika.
Mael, dengan kopi panas masih di tangan, merenung Salina.
Salina pula, seperti hilang arah ketika ini apabila direnung oleh suaminya. Entah apa akan jadi selepas ini.
"Huhuh! Hmmmm dah pandai ceramah kat aku sekarang kau ya? Dah pandai cakap soal dendam ya? Apa kau tahu pasal dendam hah? Apa? Haaaahhh???!!!!" bentak Mael berserta simbahan kopi panas yang masih berasap itu ke muka Salina.
"Ya Allah abangggggggg! Panas banggggg! Allahhhhh!"
Meraung melolong Salina sambil menekup mukanya yang baru sahaja disimbah air panas itu sambil berlari masuk ke dalam rumah.
"Hahahahahahahaha!!!"
Tawa Mael. Seperti puas hatinya dapat memperlakukan hal sedemikian pada isterinya itu.
Salina menangis sekuat hatinya di dapur. Dia baru sahaja selesai mencuci muka di sinki dapur. Habis bajunya disimbah air kopi.
Ikutkan hati, mahu saja dia lari dari rumah ini. Mahu saja dia hilangkan diri dari hidup Mael namun apakan daya, dia seperti sudah diikat hingga ke mati bersama Mael.
Ada sebab kenapa dia tidak boleh tinggalkan Mael.
Mael masih lagi bergelak ketawa di luar. Tapi, secara tiba-tiba ketawanya terhenti.
'Tuk! Tuk! Tuk! Tuk!'
Lantai beranda rumahnya itu diketuk. Seperti ada seseorang di bawah beranda rumah itu. Mael memandang ke lantai.
"Iya! Aku tahu lah!"
Jerit Mael lalu dia turun ke tanah dan berjalan menuju ke satu tempayan lama yang diletakkan di bawah sebatang pokok.
Tempayan itu dibuka. Dia keluarkan bangkai seekor ayam yang entah bila disembelihnya, lalu dia berjalan semula menuju ke beranda rumahnya.
"Nah! Makan," kata Mael lalu mencampak bangkai ayam itu ke bawah beranda.
Dengan laju bangkai itu ditarik sesuatu yang ada di bawah beranda. Dan kedengaran bunyi mendengus, bunyi tulang-tulang ayam seperti dipatahkan.
Mael seterusnya mencapai lampu suluh dan berjalan ke belakang rumahnya. Di situ terdapat sebuah pondok kecil yang sekelilingnya berdinding, tiada tingkap. Pintunya dirantai dan dikunci dengan sebuah mangga yang agak besar.
Mael menyeluk poket seluarnya. Kunci dikeluarkan dan pintu itu dibuka. Dengan lampu suluh tadi, Mael menyuluh ke dalam pondok itu.
Kelihatan sepasang kaki seseorang yang berantai. Tersenyum Mael ketika itu, lalu pintu pondok itu ditutup dan dikunci semula.
Dia sekadar membuka pintu pondok itu untuk memastikan pondok itu masih 'berpenghuni'. Kemudian Mael berjalan balik semula ke rumah.
******************************
*******************
"Mak, tolong Chah Mak.Tolong Chah. Suruh Ayah datang ambil Chah Mak!"
"Makkkk...Tolong Chah Mak!"
"Chahhh! Chahh! Chah kat mana nak? Chahh!" jerit Hajah Mariam.
"Eh, Yam! Yam! Bangun! Apa mengigau menjerit-jerit ni? Yam!" kejut Tok Ketua akan isterinya itu.
Hajah Mariam tersentak.
"Chah bang! Aishah! Saya mimpi dia. Dia merayu mintak tolong bang!" kelam kabut Hajah Mariam menceritakan mimpinya tadi pada Tok Ketua.
"Heh! Apa awak ni? Chah minta tolong apanya? Kan dia ada dalam bilik dia tadi? Awak tengok sendiri kan dia tidur dalam bilik dia tadi?" soal Tok Ketua pula.
"Tak bang. Saya mimpi dia kat tempat lain tadi. Tempat tu gelap sangat. Saya tak sedap hati lah bang. Abang pergi tengok kat bilik dia. Chah ada atau tak ada, bang. Pergi lah!" rayu Hajah Mariam sambil mula menangis.
"Ish awak ni. Macam-macam lah. Hah iya lah, saya pergi tengok. Awak tunggu sini sekejap," kata Tok Ketua lalu turun dari katil dan berjalan keluar dari biliknya.
Lampu di ruang tamu dihidupkan. Sempat Tok Ketua menjengah jam yang melekat di dinding rumahnya.
Jam 3.25 pagi.
Sesampainya di bilik Aishah, pintu bilik Aishah dibuka. Suis lampu di tepi pintu bilik itu dipetik.
Kali ini, Tok Ketua pula yang tergamam.
Aishah tiada di biliknya!
Tok Ketua memandang sekeliling bilik anaknya itu.
"Chah!"
Dia memanggil Aishah.
"Chah!"
Sekali lagi dia memanggil. Tiada jawapan.
Lantas Tok Ketua keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Gelap. Lampu dapur dihidupkan.Tiad
a sesiapa.
Seterusnya Tok Ketua ke tandas. Pintu tandas tidak berkunci dari dalam. Tok Ketua membuka pintu tandas tersebut.
Juga gelap dan tiada sesiapa!
"Aishah!"
"Chahhh!"
Kali ini agak kuat suara Tok Ketua.
"Bang, Chah tak ada ke bang? Hah abang? Abang! Chah anak kita tak ada dalam bilik dia ke bang?" soal Hajah Mariam yang tergesa-gesa keluar dari bilik tidurnya setelah mendengar Tok Ketua berteriak nama Aishah.
"Saya dah cakap dengan abang. Abang degil, tak nak percaya cakap saya! Mana anak kita abanggg...." tangis Hajah Mariam.
Tok Ketua terpaku seperti tidak percaya dengan situasi yang dia hadapi sekarang.
"Chah, mana kau nakkk..." rintih Tok Ketua.
BERSAMBUNG


KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : HASAD
HASIL KARYA : ANDY SULAIMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hasad.html

PART 5
Menangis Hajah Mariam mengenangkan Aishah. Mana hilangnya anak kesayangannya itu. Tok Ketua duduk bersandar di dinding, buntu dengan apa yang terjadi.
Tidak lama kemudian, dia bangun. Mencapai kunci kereta lalu berjalan keluar.
"Abang, nak ke mana tu?" tanya Hajah Mariam.
"Cari Aishah!" jawab Tok Ketua
"Nak cari kat mana pagi-pagi buta ni bang? Saya rasa baik awak laporkan pada polis saja bang," kata Hajah Mariam.
"Nanti lah dulu," kata Tok Ketua lalu turun dari rumahnya meninggalkan Hajah Mariam.
Enjin kereta dihidupkan. Tidak sempat panas enjin kereta, Tok Ketua meluncur laju keluar dari perkarangan rumahnya.
"Ya Allah ya Tuhanku. Kau selamatkan anakku Ya Allah. Jaga lah Aishah, walau di mana dia berada. Bantu aku Ya Allah," doa Hajah Mariam bersendirian.
Tok Ketua menyusuri jalan-jalan kampung. Suasana begitu sepi, jam 4 pagi. Dengan keadaan gelap gelita, ditambah pula dengan masalah rabun malamnya, Tok Ketua mempertaruhkan nasib agar anaknya kembali ditemui. Selain dari mengharap bantuan Yang Esa.
Hampa.
Aishah masih gagal ditemui. Dia berhentikan kereta berhampiran kawasan surau. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 5.20 pagi. Sebentar lagi surau ini akan dikunjungi penduduk kampung yang ingin menunaikan solat Subuh berjemaah.
Tiada yang lain di kepalanya di saat ini. Hanya Aishah. Tidak pernah lagi Aishah ke mana-mana tanpa pengetahuan dia dan isteri.
Selesai solat Subuh, penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing untuk menukar pakaian dan berkumpul di balai raya untuk sama-sama bersepakat mencari Aishah.
Lalu bertebaran lah penduduk kampung masuk setiap pelusuk, ceruk dan lorong di kampung itu. Jeritan memanggil nama Aishah kedengaran di sini sana.
"Tok, ada apa ni? Cari apa ni ramai-ramai?" tanya Mael sewaktu dia memandu teksi dan menghampiri Tok Ketua di tepi jalan.
"Cari anak aku. Aishah. Dari semalam tak balik. Kamu ada nampak anak aku, Mael?" tanya Tok Ketua.
"Hah? Aishah hilang? Ish! Ke mana pergi si Aishah ni ya? Saya tak ada nampak pulak. Bila dia balik ke kampung ni Tok? Dah habis belajar ke dia?" bertalu soalan diberi Mael.
"2 hari lepas dah balik. Cuti semester," jawab Tok Ketua.
"Owhh cuti semester. Dah lama tak jumpa dia. Saya tak ada nampak pulak Aishah semalam. Tak apa, saya nak ke stesen teksi ni Tok. Kalau saya ternampak dia sepanjang jalan saya nak keluar ni atau ternampak dia kat pekan ke, saya bagitau Tok ya. Saya jalan dulu ya," kata Mael.
"Hah iyalah. Terima kasih Mael ya," ujar Tok Ketua.
Lalu Mael teruskan perjalanan. Dari cermin pandang belakang keretanya, dia melihat Tok Ketua dan beberapa penduduk kampung sedang berdiri seperti menyambung kembali perbincangan yang terputus seketika sesampainya dia di kawasan itu tadi.
Mael tersenyum dan menggelengkan kepala.
******************************
******************
"Kau rasa arwah mak ada sorokkan apa-apa ke dari kita adik beradik?" tanya Saari sewaktu sedang menikmati sarapan bersama Yati dan suaminya Sufian.
"Maksud kau?" tanya Sufian.
"Aku alami benda pelik malam tadi," jawab Saari.
Sufian berkerut mukanya. Dia memandang Yati dan Yati turut menatap matanya dengan pandangan yang kosong, tidak faham dengan apa yang dimaksudkan Saari.
"Weh, korang!" tiba-tiba Amri muncul dengan satu bungkusan plastik di tangan.
Bungkusan plastik diletakkan di atas meja. Di dalamnya terdapat beberapa jenis kuih yang dibeli dari warung di hujung kampung.
"Aishah. Anak Tok Ketua, hilang!" cerita Amri.
Agak terkejut semua yang ada di meja makan ketika itu. Belum pernah terjadi lagi kes kehilangan penduduk kampung itu
Amri menceritakan apa yang berlaku sewaktu dia keluar membeli kuih tadi.
"Kan, aku dah kata. Banyak benda pelik terjadi sekarang kat kampung ni," kata Saari.
"Apa lagi benda lain yang pelik terjadi?" soal Amri.
Terlanjur semua adik beradiknya ada, Saari menceritakan apa yang dilihatnya di pohon kekabu malam tadi.
Yati kelihatan beberapa kali menggosok lengannya yang terasa meremang setelah mendengar cerita Saari.
******************************
*************************
Salina berjalan kaki untuk ke kedai runcit.
Sewaktu melintasi rumah Tok Ketua, dia terpandang Hajah Mariam sedang duduk di tangga sambil menyeka air mata.
"Eh, mak cik. Kenapa menangis ni? Tok mana?" tanya Salina. Dia merasa pelik dengan Hajah Mariam.
"Tok pergi cari Chah. Anak aku hilang, Sal. Aishah hilanggg..." makin kuat teriakan Hajah Mariam lalu dia memeluk Salina.
Salina terpinga-pinga. Dia baru sahaja mengetahui akan hal ini.
Mak cik sabar ya. Banyakkan berdoa. Insya Allah, sekejap lagi jumpa lah Aishah tu mak cik ya," kata Salina untuk menenangkan hati Hajah Mariam.
Kemudian, dia meminta diri untuk ke kedai runcit.
"Aku harap sangat ini bukan kerja Abang Mael. Aku harap sangat-sangat," kata Salina sendirian sewaktu berjalan menuju ke kedai runcit.
******************************
***************
"Saya rasa ada baiknya kamu lapor saja pada pihak polis," kata Haji Kahar pada Tok Ketua.
Tok Ketua bersetuju lalu dia terus menghidupkan enjin keretanya dan menuju ke balai polis di pekan yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
Satu laporan polis telah dibuat atas kehilangan Aishah. Kemudiannya Tok Ketua pulang ke rumah.
Bertalu-talu soalan diajukan Hajah Mariam setibanya Tok Ketua di rumah. Gelengan kepala Tok Ketua sebaik soalan adakah Aishah telah ditemui meremukkan hati Hajah Mariam.
******************************
**************
"Ucu balik dulu ya, Mak" kata Yati di tepi kubur arwah ibunya.
Telah dia berjanji pada dirinya, selama 40 hari dia akan datang ke kubur arwah ibunya untuk membaca Quran.
Yati berjalan pulang sendirian. Kedatangannya tadi dihantar suaminya sebelum Sufian terus ke tempat kerja. Sufian seorang operator di sebuah kilang yang tidak jauh dari kampung.
Sebuah kereta menghampiri Yati.
"Nak ke mana ni?"
Yati menoleh. Dia mempercepatkan langkahnya.
Kereta tadi berhenti di hadapan Yati sekaligus menghalang Yati yang sedang berjalan.
"Jom abang hantar"
"Tak payah lah abang. Yati boleh balik sendiri. Bukan jauh pun," jawab Yati kepada Mael.
"Ehh sekejap lahhhh..." kata Mael sambil menarik tangan Yati.
Yati terus menarik tangannya.
"Eh apa abang ni??" bentak Yati. Dia memandang sekeliling, risau perlakuan Mael tadi diperhatikan sesiapa.
"Abang masih sayang kat Yati," kata Mael.
"Abang merepek apa ni? Saya dah kahwin lah. Abang pun dah kahwin kan?" kata Yati.
"Yati minta cerai lah dengan Sufian tu. Dia tak guna. Kereta pun tak ada. Tengok, Yati kena jalan kaki. Abang tak ada masalah, Salina takkan halang kalau Yati jadi madu dia," kata Mael. Penuh pengharapan.
Yati merenung muka Mael dengan penuh amarah. Ikutkan hati ingin ditampar muka Mael di situ juga.
"Sah! Abang dah gila!" kata Yati lalu berjalan pantas meninggalkan Mael.
"Iya. Abang gila. Abang gilakan Yati!" kata Mael.
Yati kembali semula ke arah Mael. Mael tersenyum. Dengan harapan ada sesuatu yang indah akan keluar dari mulut Yati.
"Abang. Dengar sini. Iya, dulu Yati tunang abang. Kita pernah bertunang. Tapi itu dulu. Dulu! Sebab sikap panas baran abang, Yati tak sanggup. Sekarang, kita dah sama-sama ada kehidupan masing-masing. Jangan main gila lah abang. Cukup lah," kata Yati lantas teruskan perjalanan.
Mael hanya terdiam dan tersenyum.
"Kau betul nak cabar aku ni Yati. Betul-betul nak bermain dengan aku," kata Mael sendirian.
Dia masuk ke dalam keretanya dan mengeluarkan satu botol kecil yang berisi cecair seperti minyak. Penutup botol itu dibuka. Beberapa titis minyak dititikkan ke hujung jarinya.
Dia memandu keretanya dan menghampiri Yati...
BERSAMBUNG


KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : HASAD
HASIL KARYA : ANDY SULAIMAN
PART 6
Dia memandu keretanya dan menghampiri Yati.
Belum sempat dia mendekati Yati, sebuah motosikal terlebih dahulu menghampiri Yati.
"Kak, naik!" kata Amri.
Tanpa banyak bicara, Yati terus naik membonceng dengan Amri. Amri menoleh ke belakang, melihat Mael sepertinya sedang kecewa kerana gagal melakukan sesuatu.
"Abang Mael nak apa lagi kak?" soal Amri pada Yati sebaik sahaja mereka sampai di rumah.
"Entah. Tak payah layan lah. Gila!" jawab Yati sambil meletakkan beg yang terisi Quran di dalamnya ke atas meja.
"Bagitahu Abang Sufian lah," kata Amri lagi.
"Eh, jangan. Jadi kecoh nanti," larang Yati.
"Kau hati-hati kak. Abang Mael tu jenis kalau dia nak, dia pastikan dia dapat apa yang dia nak. Aku takut dia buat bukan-bukan kat kau," pesan Amri.
******************************
************
Salina sedang melipat kain baju yang baru diangkat dari ampaian. Sedang leka melipat, kedengaran enjin kereta memasuki kawasan rumah.
'Bukk!'
Sebuah bag kecil dihempaskan ke lantai.
"Sial!"
Jerit Mael sambil menampar dinding sambil memandang ke arah halaman rumahnya. Marah betul dia, turun naik nafasnya.
Salina hanya mampu melihat. Tidak berani dia bertanya. Jika dia bersuara, sudah pasti padah menanti. Lebih baik dia berdiam diri.
"Aku nak makan!" kata Mael.
Salina berhenti dari melipat baju, bangun dan pergi ke dapur. Semuanya sudah siap dimasak. Mael pula duduk di ruang tamu sambil menghisap rokok.
Salina mencedok nasi untuk suaminya. Di dapur, tiba-tiba dia kedengaran sesuatu dari arah belakang rumahnya. Pinggan yang telah diisi nasi diletakkan seterusnya dia ke jendela dapur.
Bunyi itu datang dari pondok kecil yang terletak di belakang rumahnya. Bunyi seperti dinding pondok itu ditendang-tendang dari dalam.
'Siapa kat dalam pondok itu?'
Itu persoalan yang kuat bersarang di kepala Salina ketika ini. Dia berpusing ke belakang, memandang ke arah suaminya. Sedang duduk dan leka menatap paparan di skrin telefon pintar.
'Nak tanya Mael atau tidak ni?'
Soalan kedua, juga turut meronta bukan sahaja di kepala, malah juga di hati. Tapi, jika diajukan soalan kedua ini, apakah yang bakal terjadi?
'Kau tak payah sibuk kerja aku lah!'
Teriakan ayat sebegini, ini sudah pasti. Namun bagaimana pula jika selepas jawapan itu, dia mendapat 'bonus' berserta hayunan tangan atau diterajang bertubi-tubi oleh sang suami?
"Lama lagi ke nasi aku?"
Jerkah dari Mael itu menghilangkan segala persoalan yang bermain di minda Salina buat seketika dan rasa ingin bertanya pada Mael juga terus hilang serta merta.
"Ya, ya bang. Dah siap ni. Mari lah makan," jawab Salina perlahan.
Mael bangun dan berjalan menuju ke dapur.
"Hidangkan 2 jenis lauk dengan nasi sepinggan pun lambat. Lembap betul!"
Sedas lagi Mael berikan pada isterinya itu sebelum dia mencelup tangannya ke dalam mangkuk yang terisi air untuk mencuci tangan seterusnya menyuap nasi ke mulut.
******************************
****************
"Sabar Yam. Banyakkan berdoa. Saya yakin anak kita tu selamat," kata Tok Ketua cuba menenangkan hati Hajah Mariam.
"Saya nak tahu kat mana dia sekarang, bang. Macam mana keadaan dia sekarang. Makan minum dia macam mana?" jawab Hajah Mariam sambil teresak-esak menangis.
Tok Ketua hanya diam. Tiada jawapan untuk apa yang dilontarkan Hajah Mariam sebentar tadi. Dia faham, naluri seorang ibu. Kehilangan seorang anak, sudah pasti tidak tentu arah jadinya.
"Apa salah Chah bang? Setahu saya, dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa. Chaahh...mana kau nak? Mana anak aku Ya Allahhhh...." rintih Hajah Mariam. Makin kuat tangisannya.
Tok Ketua hanya menunduk sambil tangan kanannya menggosok belakang Hajah Mariam. Tidak tahu dia, apa yang harus dilakukannya lagi. Sudah merata dia dan penduduk kampung mencari namun gagal ditemui.
Kini dia bergantung sepenuhnya pada Yang Esa dan juga berharap dengan bantuan pihak berkuasa, agar anak tunggalnya itu ditemui semula.
******************************
**********************
"Kau jadi balik esok bang?" tanya Yati pada abangnya Saari sewaktu mereka berdua sedang duduk bersantai di beranda rumah.
Saari hanya mengangguk. Pandangannya nun jauh ke depan rumah, entah apa yang ada di dalam fikirannya ketika itu.
"Kau fikir apa bang?" soal Yati lagi.
Saari menghela nafas panjang, kemudian dia berkata,
"Kau perasan tak, selepas arwah Mak tak ada, ada kejadian pelik berlaku kat kampung kita ni?" tanya Saari.
"Kejadian pelik? Contohnya?"
soalan Saari dibalas soalan oleh Yati.
"Contohnya, apa yang aku nampak malam tu kat pokok kekabu tepi rumah ni. Lepas tu sekarang ni, Aishah anak Tok Ketua pula hilang," ujar Saari.
Yati diam seketika.
"Jadi maksud kau, kejadian-kejadian ni ada hubungkait dengan Mak ke bang?" soal Yati pula.
"Itu yang aku duk fikir ni. Kau ada tahu apa-apa tak yang aku tak tahu pasal Mak?" balas Saari.
"Tak ada. Tapi nak kata ada hubung kait dengan Mak pun, atas dasar apa? Dendam? Siapa yang bermusuh dengan Mak kat kampung ni? Ish, aku tak rasa ada kena mengena dengan Mak lah bang," kata Yati.
"Hmmm mungkin juga. Tapi...mana lah tahu ada orang berdendam dengan Mak sebab kita semua," ujar Saari.
"Dendam kat Mak sebab kita?" tercengang Yati di saat ini. Dia makin tak faham apa maksud Saari.
"Mana lah tahu kan? Si Mael tu dulu putus tunang dengan kau sebab arwah Mak suruh putuskan. Lepas tu dia berdendam. Dah lah, dah senja ni. Panggil anak kau tu naik mandi. Kau pun masuk lah," kata Saari lalu bingkas bangun dan masuk ke dalam rumah.
Yati masih lagi tercengang. Cuma kali ini bercampur dengan tersentak setelah Saari menyebut nama Mael. Teringat dia kejadian tengahari tadi, dia diganggu Mael. Mujur Amri muncul tepat pada waktunya. Jika tidak, entah apa yang akan terjadi.
******************************
*******************
Selesai solat Maghrib, Isyak dan solat sunat hajat untuk Aishah, Saari menuruni anak tangga surau kampungnya itu.
"Esok kamu dah balik ke bandar lah ya?" soal Imam pada Saari. Tok Ketua turut ada di situ ketika itu. Sugul wajahnya.
"Nampaknya macam tu lah, Imam. Hal di kampung ni, saya serahkan pada Amri dan Yati. Tapi jika ada apa-apa yang mustahak, saya segera balik sini," jawab Saari.
"Elok lah macam tu. Kamu kena ingat. Kamu tiga beradik, ayah ibu dah tak ada. Jadi kamu sebagai abang, sulung pulak tu, kamu lah yang pikul tugas sebagai ayah dan ibu pada adik-adik kamu. Elakkan bertelagah, selalu kena bersatu hati," panjang lebar nasihat Imam.
"Insya Allah Imam, saya ingat pesanan ini. Saya minta diri dulu ya Imam," kata Saari sambil menghulur tangan pada Imam. Imam mengangguk dan menyambut salam Saari.
Kemudian Saari menghulur tangannya pada Tok Ketua.
"Tok, banyak-banyak bersabar ya. Banyakkan berdoa dan jangan fikir yang bukan-bukan. Insya Allah jumpa Aishah dengan selamat nanti Tok. Saya minta diri dulu," kata Saari.
Lalu Saari pun berjalan kaki, pulang ke rumah.
Di pertengahan jalan, terasa ada pintasan angin di belakangnya. Seolah ada sesuatu yang melintas di belakangnya, dari seberang jalan sebelah sini ke sebelah sana.
Saari hentikan langkahnya.
Kali ini lehernya meremang. Seperti diperhatikan sesuatu. Dia menggerakkan anak matanya ke kiri.
Tiada apa-apa yang mencurigakan.
Anak mata dijeling ke kanan.
Juga tiada apa-apa.
Belakang?
Haruskah dia menoleh ke belakang?
Hatinya meronta untuk berpusing ke belakang. Walau dilanda rasa ketakutan dan debaran memuncak di dada, semuanya tidak dapat atasi rasa ingin tahunya dengan apa yang ada di belakang.
Saari nekad. Dia akan berpusing juga ke belakang. Apa nak jadi, jadi. Biar seburuk atau sengeri mana pun apa yang bakal dilihat sebentar lagi.
Perlahan-lahan dia berpusing ke belakang. Songkok lipat di kepala ditanggalkan, dilipat dan dipegang seeratnya.
Tiada apa-apa di belakang.
Dia menghela nafas dan menggelengkan kepala. Dia andaikan itu hanya perasaanya sahaja.
Belum sempat dia melangkah untuk pulang, terasa satu titis air singgah di kepala lalu air itu mengalir ke dahi. Dia menyentuh air itu. Lalu dihidu.
Hanyir baunya.
Di sebelah kanannya ketika ini terdapat sepohon pokok yang besar, rendang merimbun hingga bahagian atasnya seperti payung besar memayungi jalan kampung.
Sah air itu datangnya dari pokok besar ini, teka Saari.
Tapi air apakah ini? Hanyir baunya. Najis burung kah?
Dia mendongak ke atas.
Kali ini,
lututnya terasa longgar. Dia terasa ingin duduk melutut ke bumi. Tidak terasa dan tidak dapat berfikir apa-apa Saari ketika ini.
Satu lembaga yang rambutnya amat mengerbang dan panjang hingga melilit beberapa dahan pokok besar itu. Wajahnya tidak ada sedikit ruang pun yang nampak kulit, kelihatan hitam seperti menggelupas terbakar dan lidahnya amat panjang menjelir dan air liurnya menitis, air itulah yang jatuh ke kepala Saari tadi.
Lidah Saari kelu. Namun di hatinya masih mampu menyebut Allah. Hanya di hati sahaja Saari membaca beberapa surah dan mengumpul kekuatan.
Selangkah demi selangkah Saari menapak. Sehingga dia rasa dia seperti baru tersedar dari dipukau, Saari terus berlari pulang ke rumah.
******************************
*****************
"Abang tak keluar ke malam ini?" soal Salina.
"Apa hal kau sibuk sangat? Benci tengok muka aku kat rumah ni? Atau kau nak buat apa masa aku tak ada kat rumah?" bentak Mael.
Salina hanya diam.
Ya memang benar dia ingin lakukan sesuatu jika Mael tiada di rumah malam ini. Dia ingin ke pondok di belakang rumah dan melihat sendiri siapa yang ada di dalamnya.
Seperti dimakbulkan hajatnya, Mael bangun dan keluar dengan teksinya selepas itu. Semangat Salina untuk ke pondok belakang semakin berkobar-kobar.
Dia turun ke tanah, menyarung selipar dan bergegas ke pondok di belakang rumahnya. Pondok itu berkunci. Dia harus pulang semula ke rumah untuk mengambil kunci.
Belum sempat dia sampai ke rumah, terlihat cahaya lampu kereta memasuki kawasan rumahnya.
Mael balik.
Berlari Salina ke bahagian dapur rumahnya. Nasibnya baik, pintu dapur belum berkunci. Salina terus masuk dan menuju ke sinki, berpura-pura sedang mencuci pinggan mangkuk di sinki.
Mael naik ke rumah dan terus masuk ke bilik.
Salina mengusap dada, tanda lega kerana tidak kantoi dengan suaminya. Jika tidak, tentu nahas dia malam ini.
.
.
Jam 3.25 pagi.
Salina tersedar dari lena. Perlahan dia bangun sambil menjeling ke arah Mael. Mael meniarap dan ketika itu mukanya menghala ke arah dinding.
Salina bangun dan keluar dari bilik, menuju ke tiang seri rumah di mana tempat biasa Mael menggantung kunci teksinya.
Salina yakin bersama kunci teksi itu, terdapat kunci pondok belakang. Dengan penuh teliti dia mengambil kunci itu tanpa meninggalkan sebarang bunyi.
Kunci sudah berada di tangan.
Cabaran seterusnya adalah untuk berjalan menuju ke pintu, membuka pintu dan keluar ke pondok belakang.
Salina nekad. Jika ada sesiapa di dalam pondok itu, dia mahu lepaskan malam ini.
Pintu depan berjaya dibuka tanpa sebarang bunyi. Dia menoleh ke belakang, Mael tiada di pintu bilik. Tandanya Mael tidak sedar dan masih lena.
Laju Salina berjalan, melintasi sebelah luar bilik tidurnya tanpa menoleh ke kiri, kanan dan belakang. Dia hanya memandang ke depan, untuk segera sampai ke pondok tersebut.
Cuma, Salina terlupa pandang ke satu sudut.
Dia lupa mendongak ke atas sewaktu melintasi sebelah luar kamar tidurnya.
Ketika itu, Mael sedang berdiri di jendela bilik, memerhati gerak laku Salina yang tergesa-gesa pada saat itu.
Mael tersenyum.


KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : HASAD
HASIL KARYA : ANDY SULAIMAN
PART 7
Cuma, Salina terlupa pandang ke satu sudut.
Dia lupa mendongak ke atas sewaktu melintasi sebelah luar kamar tidurnya.
Ketika itu, Mael sedang berdiri di jendela bilik, memerhati gerak laku Salina yang tergesa-gesa pada saat itu.
Mael tersenyum.
Salina pula tak sedar pergerakannya diperhatikan. Kelam kabut dia di dalam gelap malam, meredah belukar untuk ke pondok di belakang rumah.
Mael memandang ke satu sudut di dalam biliknya. Kemudian dia menggangguk. Gayanya seperti sedang mengarah sesuatu.
Kemudian dia kembali ke katil. Berbaring dan dia tersenyum sendirian.
Salina pula dalam keadaan tergopoh gapah, dia tetap memastikan langkahnya tidak berbunyi. Sesekali dia menoleh ke belakang, risau dikejar Mael.
'Wooorrff! Wooorffff!"
Tiba-tiba terdengar salakan anjing.
Salina hentikan langkah. Dia mula panik. Mana datangnya anjing ini dan di mana dia sekarang?
Tidak pernah seumur hidupnya dan dari lahir dia menetap di sini, dia tidak pernah melihat anjing di dalam kampungnya ini.
Salina memerhati kawasan sekeliling. Tidak nampak apa-apa pergerakan. Tidak nampak apa-apa yang mencurigakan.
Dia melangkah perlahan-lahan.
"Huuurrffff woorffffff!!!!"
Kali ini, Salina sudah hilang arah.
Seekor anjing yang sangat besar, yang mana tidak pernah dilihatnya sebesar itu selama ini, sedang berada di hadapannya.
Salina tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi.
Anjing itu bermata kemerahan. Nafasnya turun naik seperti sedang bersedia untuk menerkam Salina bila-bila masa.
Salina mengundur setapak ke belakang.
Anjing itu melangkah ke depan, seolah tidak mahu jauh dari Salina. Setapak dia mengundur, anjing itu makin mendekat.
Dan pondok itu semakin jauh dari Salina.
Akhirnya, Salina nekad untuk larikan diri. Tanpa membuang masa, dia berpusing ke belakang dan larikan diri.
Anjing itu mengejar!
Lintang pukang Salina berlari. Hinggalah sampai di depan rumah, anjing itu berhenti mengejar dan berpatah balik masuk ke kawasan semak di belakang rumahnya.
Salina membuka pintu dan masuk. Dia duduk di belakang pintu sambil mengatur kembali pernafasannya yang tercungap-cungap itu.
'Tap!'
Bunyi suis lampu dipetik dan ruang tamu rumah itu cerah. Salina terperanjat.
Dan lebih memeranjatkan lagi, Mael yang tidak berbaju ketika itu, sedang berdiri di tepi tiang seri rumahnya di mana suis lampu itu berada.
Tali pinggang digenggam erat di tangan.
"Kau ke mana?" garau suara Mael menyoal Salina.
Salina panik buat kali kedua, selepas dikejar anjing tadi. Kali ini sudah pasti dia tidak dapat lari lagi.
"Aku tanya. Kau ke mana tadi?" sekali lagi Mael menyoal. Kali ini Mael makin merapat.
"Abang. Saya...saya...err..."
'Zraaaaaasss!'
Belum sempat Salina habis berkata-kata, satu libasan tali pinggang hinggap di lengan kanannya. Hujung tali pinggang itu tepat mengena di leher Salina.
Rebah Salina sambil berguling-guling dan meraung kesakitan.
Mael pula ketika itu tanpa belas kasihan melibas dan terus melibas isterinya itu. Makin kuat jeritan Salina, makin rakus dia memukul isterinya.
"Abang saya minta maaf abang. Sakit abang! Sakitttt!!!" jerit rayu Salina meminta simpati.
Mael tidak hiraukan itu semua. Dia semakin dirasuk. Tidak puas dengan tali pinggang, dia menendang dan memijak perut Salina.
Melolong Salina menahan sakit sambil meminta ampun.
"Celaka kau! Kau cuba nak kacau kerja aku ya? Hah!" jerit Mael sambil menarik rambut Salina.
'Dumm!'
Kepala Salina dihempas ke lantai. Darah mengalir tanpa henti dari hidung Salina. Keningnya juga terkoyak dan berdarah. Air liurnya juga merembes keluar saat Mael menampar pipi kiri dan kanannya berulang kali.
Salina meniarap. Dia tidak berdaya lagi.
Mael memerhatinya. Turun naik nafasnya setelah 'naik gila' memukul Salina tadi.
Dia memandang Salina yang sedang meniarap ketika itu dari atas ke bawah. Dia memegang leher baju yang dipakai Salina ketika itu.
'Sraaaaapppp!'
Baju Salina dikoyakkan. Seluar yang dipakai Salina juga dilucutkan. Meronta Salina ketika itu minta dilepaskan dan jangan dilakukan apa-apa pada dirinya.
Mael terus memijak belakang Salina berkali-kali dengan kuatnya hingga Salina berhenti meronta dan mendiamkan diri.
Seterusnya Mael menanggalkan seluar yang dipakainya lalu menyetubuhi Salina di ruang tamu itu, dalam keadaan badan Salina berdarah akibat dibedal dengan tali pinggang.
******************************
*********************
"Oihh! Jangannnn...jangannnnn!" jerit Saari berulang kali.
Pintu bilik tidurnya dibuka dengan laju.
"Bang! Bang! Woih bangun bang! Kau mengigau ni!" jerit Amri sambil menggoncang badan abangnya.
Saari tersedar.
"Astaghfirullah..." keluh Saari.
"Apahal kau ni?" tanya Amri.
"Aku mimpi tadi. Ada benda besar kejar aku. Jelas nampak. Allahh..." kata Saari yang masih dalam keadaan terkejut.
"Hmmmm...kau ada apa-apa ke nak cerita kat aku?" tanya Amri.
"Tak ada. Kau pergi lah tidur," balas Saari.
Amri dalam keadaan mengantuk itu terus bangun dan balik ke bilik tidurnya.
Saari terasa haus. Dia bangun dari katilnya. Sempat dia menoleh ke jam di dinding. Sudah pukul 3.45 pagi. Dia melangkah ke dapur.
Dapur ketika itu cerah. Dia menjengah. Yati sedang duduk di meja makan dan memegang gelas.
"Kau pun bangun minum air juga? Sama lah. Panas lah malam ni kan?" sapa Saari.
Yati hanya mengangguk. Saari mencapai satu gelas dan mengambil jag air di depan Yati lalu menuang air ke dalam gelasnya.
Usai meminum segelas air, dia kembali ke bilik tidurnya dan meninggalkan Yati sendirian di dapur.
Melintasi bilik Yati, dia terdengar..
"Uhuk! Uhuk!"
Bunyi Yati batuk. Di dalam bilik!
Bukankah tadi Yati di dapur?
Macam mana dia ada di dalam bilik? Bila dia masuk.ke bilik?
Kali ini Saari tergamam. Dia perlahan-lahan melangkah semula ke dapur. Dia menjengah.
Yati sudah tiada di kerusi yang dia duduk tadi. Ke mana perginya Yati?
Tak mungkin dia masuk ke bilik terlebih dahulu sebelum Saari. Jika dia masuk dulu, sudah pasti Saari akan nampak.
Yang pasti sekarang, Yati sudah tiada di situ. Mana dia?
Di belakang rumah kedengaran sesuatu. Seperti dengusan seseorang. Bunyi plastik seperti diramas-ramas.
Saari pergi ke jendela dapur. Dia cuba dekatkan telinganya ke pintu jendela itu. Benar, dari belakang dapurnya ini. Dekat sangat.
Jika dibuka, sudah pasti dia akan nampak apa yang berada di belakang dapurnya ini.
Saari mula memegang pintu jendela. Cuma dia masih teragak-agak sama ada mahu membuka atau tidak. Jika tidak dibuka, perasaan ingin tahunya menebal. Tidak dapat tidur dia nanti asyik memikirkan bunyi apakah ini?
Jika dibuka, andai apa yang ada sebentar lagi mengerikan, bagaimana?
Tapi sekurangnya dia tahu. Dari terus berteka teki bunyi apakah ini.
'Buka!'
Itu kata hatinya. Apa nak jadi, jadi lah. Dia tak peduli lagi. Satu persatu kejadian aneh terjadi sejak kematian arwah ibunya ini. Dia ingin tahu punca dan kalau boleh dia ingin selesaikan sebelum dia balik ke bandar.
'Krrrrreuuuuuukkkkk'
Pintu jendela dapur ditolak. Kemudian satu lagi pintu ditolak. Dia mula mencari di manakah bunyi itu. Sudah tidak kedengaran.
Dia cuba melihat sekeliling walau di belakang rumah itu amat gelap ketika itu. Tidak nampak apa-apa. Mungkin bunyi binatang di belakang rumahnya, namun tidak pasti binatang apakah itu.
Dia mula menarik satu persatu daun jendela dapur. Saat dia menarik daun jendela kedua,
'Hhuurrffffffff'
Sekali lagi bunyi itu kedengaran. Namun kali ini seperti dia tahu dari mana arahnya. Kaku dan terpaku Saari waktu itu.
Bunyi itu hanya di bawahnya. Di tong sampah yang berada di belakang dapurnya ini.
Saari perlahan-lahan menundukkan wajanya. Anak matanya turut perlahan-lahan memandang ke bawah.
"Allah Hu Akbar!"
Jerit Saari sambil cepat-cepat menarik jendela dapur dan dia terus berlari ke biliknya.
Dia memandang satu lembaga besar berbulu sedang mencangkung sambil menggeledah tong sampah di belakang dapurnya.
Makhluk apakah itu?
******************************
*******
Salina perlahan-lahan bangun dari lantai ruang tamu rumahnya. Boleh dikatakan seluruh badannya sakit. Dia mencapai seluar dan memakainya.
Seterusnya dia masuk ke dalam salah satu bilik kosong yang ada di rumahnya itu. Dia duduk menghadap cermin. Memandang wajahnya sendiri yang masih berdarah, bengkak akibat kegilaan Mael, suaminya sendiri.
Dia menangis sepuas hatinya. Menunduk ke lantai merenung nasib diri.
'Salinaaaaaa....'
Terdengar satu bisikan halus memanggil namanya.
Dia mendongak, melihat cermin. Kali ini dia sekali lagi terkejut.
Melihat satu lagi dirinya ada di dalam cermin. Ada 2 Salina di dalam cermin itu.
"Sampai bila kau akan jadi macam ni Salina? Sampai bila? Hapuskan Mael! Bunuh dia!" kata 'Salina' di dalam cermin itu dengan pandangan yang amat bengis sekali.
BERSAMBUNG.

KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : HASAD
HASIL KARYA : ANDY SULAIMAN
PART 8
'Sampai bila kau akan jadi macam ni Salina? Sampai bila? Hapuskan Mael! Bunuh dia!" kata 'Salina' di dalam cermin itu dengan pandangan yang amat bengis sekali.
Salina amati wajah yang ada di dalam cermin itu. Memang wajahnya. Kenapa dirinya ada dua?
Dia tunduk dan memejamkan mata serapatnya. Dalam beberapa saat, dia mendongak dan membuka mata. Perlahan-lahan dia memandang cermin.
Hanya dia seorang sahaja di cermin itu. Tiada lagi Salina kedua.
"Bunuh diaaaaa.....!"
Sekali lagi suara itu berbisik di telinganya. Salina tersentak dan menoleh ke arah datangnya suara itu. Tiada sesiapa di sebelahnya.
Salina segera ingin keluar dari bilik itu. Dengan jalan terhoyong hayang selepas dibantai Mael, selaju mana sangatlah dia dapat berjalan. Namun dia gagahkan diri juga untuk keluar dari bilik itu sebelum berbagai hasutan lagi berbisik ke telinganya.
******************************
********
Kokokkan ayam bersahutan-sahutan seluruh kampung. Tanda hari sudah siang. Beginilah desa bila menjelang pagi. Tidak lama lagi jalan di kampung ini akan bertukar sibuk dengan penduduk kampung mula keluar mencari rezeki.
Namun lain halnya dengan Hajah Mariam. Sudah hari ke berapa dia lemah, duduk bersengkang air mata. Anak kesayangannya Aishah masih belum ditemui.
Tok Ketua pula jika diikutkan hati, dia turut lemah. Namun, jika dia sendiri lemah, bagaimana dengan Hajah Mariam? Siapa yang mahu kuatkan semangat Hajah Mariam jika dia lemah?
Tok Ketua bersiap untuk keluar. Dia mesti berusaha untuk mencari anaknya itu. Jika hanya meratap sedih di rumah, Aishah takkan ditemui.
Tiada lagi air kopi di atas meja. Tiada lagi kuih atau sepinggan nasi goreng untuk sarapan. Tok Ketua tidak mengeluh. Dia faham dengan apa yang dirasai isterinya sekarang.
Dia akan ke warung di hujung kampung untuk bersarapan dan membeli sarapan untuk Hajah Mariam sekali.
Selepas memberitahu pada Hajah Mariam yang dia mahu keluar, Tok Ketua menghidupkan enjin motosikalnya dan bergerak ke warung.
******************************
***********
"Pukul berapakau gerak bang?" tanya Yati pada Saari sewaktu Yati keluar dari bilik dan tersermpak dengan Saari yang kebetulannya juga baru keluar dari bilik.
"Aku rasa aku tak jadi balik dulu," jawab Saari.
"Hah? Kenapa pulak?" soal Yati.
"Ada benda yang belum selesai kat sini," jawab Saari lalu berjalan menuju ke beranda rumahnya, menikmati suasana permai pagi di kampung.
Yati hanya berdiri melihat abangnya itu tanpa menyoal apa-apa lagi.
"Kau tak payah buat sarapan lah kak, aku pergi beli," tiba-tiba muncul Amri dari dapur.
Terkejut Yati dengan kehadiran tiba-tiba Amri itu. Dia menjengah ke meja makan yang ada di dapur. Satu jag teh o telah tersedia. Masih berasap.
Rajin pula si Amri pagi ini. Jarang berlaku kejadian seperti ini.
"Kau tak kerja ke hari ni?" tanya Yati.
"Tak" sepatah saja jawab Amri lalu dia turun dari rumah dan terus bergerak ke warung.
******************************
*************
"Hah Tok, macam mana dengan Aishah? Ada apa-apa berita?" tanya Mael pada Tok Ketua ketika dia baru sahaja sampai di warung itu.
Kerusi ditarik dan dia duduk berdekatan dengan Tok Ketua.
"Belum lagi Mael. Entah lah, puas dah aku pusing satu kampung ni. Tak juga jumpa," jawab Tok Ketua. Sugul raut wajahnya.
"Haishhh ke mana si Aishah ni ya Tok? Saya ada juga cari cari dia, tapi tak jumpa la Tok. Hairan saya," kata Mael sambil membuka bungkusan nasi lemak yang tersedia di meja.
"Itu lah, aku tak tahu dia kat mana. Tapi aku pasti dia selamat, di tempat yang selamat," jawab Tok Ketua pula.
Mael hanya anggukkan kepala sambil mulutnya laju mengunyah dan adakala dia mencicip kopi panas yang dihantar oleh Zabedah, tuan punya warung itu.
"Tapi Tok, maaf cakap lah. Saya ada terfikir juga. Entah-entah dia dah tak ada di kampung kita, dah lari ke bandar tak? Tok tahu lah kan, budak-budak sekarang. Banyak kes lari dari rumah. Ikut kawan, ikut teman lelaki," kata Mael.
Kali ini Tok Ketua memandang wajahnya beberapa saat.
"Anak aku tak macam tu, Mael!" kata Tok Ketua lalu bangun dan meletakkan sekeping wang kertas RM10 di atas meja.
"Bedah, ni duit," kata Tok Ketua lalu berjalan keluar sambil menjinjit satu plastik berisi sebungkus nasi lemak dan beberapa biji kuih.
Mael melihat sahaja Tok Ketua keluar dari warung itu. Kemudian dia tersengih sambil menggelengkan kepala dan menyambung makan.
Tanpa dia sedari perbualannya tadi didengari Amri yang ketika itu juga berada di warung tersebut. Selesai membayar, Amri pulang ke rumah.
Sampai di rumah, semuanya sudah bersedia untuk bersarapan. Termasuk Sufian yang sudah siap memakai uniform kerja.
******************************
**************
Matahari sedang meninggi. Salina, perlahan-lahan membuka matanya. Lambat dia bangun hari ini. Badannya terasa sakit seluruhnya. Akibat kegilaan sang suami.
Dia bangun, menyanggul rambutnya lalu pergi mencuci muka. Seterusnya dia ke dapur. Nasi perlu dimasak dulu, barulah dia boleh mandi.
Risau jika belum siap hidangkan makan tengahari dan Mael pulang ke rumah, sudah pasti dia akan dibelasah lagi.
Dia mengangkat tong yang berisi beras, terasa ringan. Dia letakkan kembali dan membuka penutup tong beras tersebut. Beras yang tinggal, tidak sampai satu cawan.
Termenung dia seketika. Macam mana mahu tanak nasi kalau macam ni?
Mael bukan boleh terima alasan beras habis.
Yang dia tahu, balik rumah dan makan sudah tersedia. Bukan tidak pernah dia ditampar, belakangnya diterajang hanya kerana dia lambat hidangkan makanan. Pernah.
"Aku kena pergi kedai juga ni. Kena pergi kedai," bisik Salina sendirian.
Dia lantas menukar pakaian, mengenakan tudung lalu segera ke kedai runcit yang berada tidak jauh dari rumahnya.
******************************
*********
"Berapa semua ni Pak Hamid?" tanya Saari pada Pak Hamid, tuan punya kedai runcit.
"Errr...semua sekali...RM18.70," kata Pak Hamid.
Saari membayar dan kemudian mengambil barang yang dibeli di atas meja kaunter Pak Hamid. Sewaktu dia melangkah keluar, dia ternampak Salina yang baru sahaja sampai di kedai runcit Pak Hamid.
"Eh, Sal. Beli apa?" tanya Saari, sekadar menyapa rakan sekampung.
Salina tidak menjawab. Dia hanya mendongak kepala dan tersenyum kepada Saari beberapa saat kemudian dia tunduk semula.
Namun dalam beberapa saat itu, Saari sempat melihat wajah Salina yang lebam, kening Salina yang membengkak.
"Sal! Kenapa muka kau?" tanya Saari.
Salina menggelengkan kepala sebagai tanda tiada apa-apa lalu makin laju berjalan masuk ke dalam kedai. Saari masuk ke dalam keretanya namun belum bergerak meninggalkan kedai runcit itu.
Dia sedang memikirkan apa yang terjadi pada Salina. Kenapa sampai begitu teruk lebam di mukanya? Mael ini jantan yang suka memukul bini ke? Fikir Saari.
Tidak sampai beberapa minit, Salina kelihatan keluar dari kedai sambil memeluk sekampit beras yang beratnya 5 kilogram. .
Dia tidak menoleh ke arah Saari. Sebaliknya dia berjalan laju pulang ke rumah. Dia tidak mahu dibelasah Mael lagi hari ini. Dia kena cepat memasak.
Saari memandu keretanya dan mendekati Salina.
"Sal! Masuk. Aku hantar," kata Saari.
Salina tidak endahkan pelawaan Saari. Dia menunduk memandang jalan. Tudung yang dipakai itu menutup sisi wajahnya.
"Sal. Jom lah aku hantar. Aku nak tolong kau ni!" kata Saari.
Salina dan Saari berkawan sejak kecil lagi. Mereka membesar bersama, bersekolah di sekolah yang sama di kampung itu.
Salina hentikan langkahnya bila mendengar perkataan tolong dari Saari.
Saari juga menekan brek keretanya.
"Kau betul nak tolong aku?" tanya Salina dengan suara yang agak lemah.
Saari mengangguk. Wajahnya sedikit berubah tatkala memandang wajah Salina yang lebam itu. Tidak sanggup dia melihat wajah kawannya seperti itu. Meronta jiwanya ingin tahu kenapa.
Dia berharap sangat Salina akan ceritakan sebaik sahaja dia masuk ke dalam keretanya sebentar lagi. .
"Kau tolong pecahkan pondok di belakang rumah aku," kata Salina lalu berjalan meninggalkan Saari.
Saari tergamam.
Pecahkan pondok belakang rumah?
Kenapa nak kena pecahkan?
Ada apa di dalam pondok itu?
Lebam di wajah Salina ada kena mengena dengan pondok itu ke?
Bertalu soalan muncul di benak Saari. Sehingga dia tidak sedar Salina sudah tidak lagi kelihatan di depan. Sudah sampai di rumahnya barangkali.
Saari terus bergerak pulang ke rumah. Tidak sabar dia hendak ceritakan pada Amri dan Yati akan hal ini.
***********************************
"Aku dah kata, Mael tu gila!" ayat pertama keluar dari mulut Amri sebaik mendengar cerita Saari.
Yati hanya diam, seperti memikirkan sesuatu.
"Tapi, susah juga. Itu dah jadi hal rumahtangga dia. Kita tak boleh campur. Cuma aku syukur lah, Yati tak jadi isteri dia dulu. Kalau tidak...." balas Saari.
Ketika itu, semua mata tertumpu ke arah Yati.
"Eh, habis pondok tu? Amacam? Kau berani?" soal Amri.
Saari mengangguk.
"Okay, malam ni. Sebelum tu kita lalu dulu depan rumah Mael, tengok teksi dia. Kalau tak ada, cantik. Kita boleh jalan kerja," kata Amri.
*********************************
Jam di dinding menunjukkan sudah jam 8 malam. Amri sudah siap sedia di atas motosikalnya sambil menghembus asap rokoknya ke udara.
"Mana abang aku ni?" tanya Amri sambil sesekali dia menjengah ke dalam rumah melalui pintu utama yang terbuka luas.
"Bang! Cepat lah!" jerit Amri.
Saari tergopoh gapah keluar dari biliknya.
"Iya, aku datang lah ni," kata Saari lalu turun ke tangga dan menyarung seliparnya.
"Kau pakai selipar je?" tanya Amri.
"Kenapanya?" balas Saari pula.
"Pakai kasut lah. Kita nak masuk semak. Lepas tu nak lari. Payah kalau pakai selipar," kata Amri.
Saari diam. Ada betulnya juga kata adiknya itu. Lalu dia menyarung kasut yang ada berhampiran dengan seliparnya tadi dan membonceng di belakang Amri.
Belum sempat mereka berdua bergerak meninggalkan halaman rumah,
"Woi! Sekejap! Sekejap!"
Jerit Yati.
Amri memijak brek motosikalnya secara mengejut dan mereka berdua berpaling ke belakang. Besar mata Amri melihat Yati.
BERSAMBUNG


KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : HASAD
HASIL KARYA : ANDY SULAIMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hasad.html

PART 9
"Woi! Sekejap! Sekejap!"
Jerit Yati.
Amri menekan brek motosikalnya secara mengejut dan mereka berdua berpaling ke belakang. Besar mata Amri melihat Yati.
"Kenapa kau?" tanya Amri.
"Sekejap, Sufian pun nak ikut," kata Yati
Amri dan Saari saling berpandangan.
"Kita naik kereta aku jelah kalau macam tu," kata Saari.
Amri hanya mengangguk. Saari turun dari motosikal adiknya dan pergi menghidupkan enjin keretanya. Amri pula mematikan enjin motosikal dan juga menuju ke kereta abangnya.
Dalam beberapa minit, Sufian turun dari rumah dan terus ke kereta Saari.
"Kita lalu dulu depan rumah Mael, tengok kereta dia ada atau tak," kata Saari sewaktu dalam perjalanan. Amri dan Sufian hanya diam.
*********************************
"Polis pun tak bagitahu apa-apa ke bang?" tanya Hajah Mariam.
"Belum ada Yam. Mereka pun sedang usaha tu. Sabar lah," kata Tok Ketua.
"Sabar? Eh, abang! Yang hilang tu siapa abang? Anak kita abang. Anak kita! Awak boleh suruh saya bersabar?" kali ini Hajah Mariam meninggi suara dengaj Tok Ketua.
Jawapan 'bersabar' sudah tiada daya untuk tenangkan hatinya lagi. Sudah puas dia bersabar dan berdoa namu belum ada 1 berita pun pasal Aishah.
"Saya faham. Saya pun nak sangat anak kita tu balik. Saya pun nak anak kita tu selamat. Saya dan orang-orang kampung, pihak berkuasa sedang usaha mencari ni Yam. Banyakkan berdoa," kata Tok Ketua.
Hajah Mariam diam. Dia hanya merenung kawasan luar rumah yang kegelapan. Sesekali dia mengesat air mata yang mengalir di pipi.
"Yang penting awak kena makan. Sudah berapa hari awak tak makan. Kalau awak jatuh sakit macam mana? Awak tak kesian kat saya ke Yam? Anak hilang, awak sakit, macam mana saya nak hadap semua ni sorang-sorang?" luah Tok Ketua.
***********************************
"Eh! Tu, tu! Bukan teksi Mael ke tu?" tanya Sufian yang tiba-tiba menjengah dari tempat duduk belakang. Dia menunjuk ke arah sebuah kereta yang diparking di hadapan sebuah kedai runcit.
Amri dan Saari menoleh ke arah kedai runcit tersebut.
"Haaa iyalah tu. Siapa lagi ada teksi dalam kampung kita ni? Dia seorang je," kata Saari.
"Aku rasa dia baru nak keluar ni. Teksi dia menghala ke jalan nak keluar tu. Kalau dia baru balik dari mana-mana, mesti teksi dia menghadap ke sini," Amri pula membuat tekaan.
"Elok lah kalau macam tu. Bang, cepat sikit lah. Laju lah sikit," gesa Sufian pada Saari.
Mael keluar dari kedai runcit sambil mengetuk-ngetuk kotak rokok yang baru dibelinya. Kotak rokok itu kemudian dibuka lalu sebatang rokok ditarik dan terus diletakkan ke mulut.
Dia meraba poket seluarnya dan kemudian menyeluk poket bajunya pula.
"Aduh. Tertinggal kat rumah ke ni? Atau dalam kereta?" bebel Mael sendirian.
Pintu kereta dibuka dan Mael mencari pemetik apinya. Tiada pemetik api di dalam kereta. Akhirnya Mael masuk semula ke dalam kedai runcit dan membeli pemetik api yang baru.
Berkepul asap keluar dari mulut dan hidungnya sewaktu dia melabuhkan punggungnya ke tempat duduk pemandu teksinya itu.
"Kenapa aku rasa tak sedap hati je ni ya?" kata Mael.
Dia termenung sambil menghabiskan rokok di tangannya.
**************************************
"Kau parking kat surau bang. Lepas tu kita berjalan lah ke rumah Mael. Kalau letak kereta tepi jalan, orang syak apa pulak nanti," Amri memberi cadangan.
Saari mengangguk bersetuju dengan cadangan Amri itu. Sufian pula leka menatap skrin handphone di belakang.
Enjin kereta dimatikan sebaik sahaja mereka sampai di luar pagar surau. Dengan pantas mereka bertiga keluar dan terus berjalan menghala ke arah rumah Mael.
Amri melilau matanya ke kiri dan ke kanan, melihat kalau-kalau ada sesiapa yang memerhatikan mereka bertiga. Saari pula hanya diam memandang ke depan. Begitu juga Sufian.
Mael pula, selepas menjentikkan puntung rokoknya keluar dari kereta, dia menghidupkan enjin.
"Nak keluar ke nak balik ni?" tanya Mael sendirian.
Perasaan tidak sedap hatinya itu membuatkan Mael berbelah bagi sama ada ingin keluar bekerja atau ingin pulang saja ke rumah.
"Kerja lah. Dapat 50 atau 60 ringgit, pergi urut. Ah Kong kata ada 'ayam' baru masuk. Urut duluuuuuu lepas tu baru balikkkk. Hahahaha!" ketawa Mael sendirian di dalam keretanya.
Saat dia melintasi rumah peninggalan orang tua Saari, dia menoleh ke rumah itu.
"Eh! Hmmmm...."
Kata Mael sambil memperlahankan keretanya.
Yati yang ketika itu berbaju T dan memakai kain batik sedang mengangkat beberapa helai pakaian yang disidai pada ampaian di beranda rumah.
"Aduhhhh Yati. Geramnya abang tengok kau Yati. Badan kau Yati....." getus Mael.
Dia sudah mula tidak dapat berfikir dengan waras. Lalu dia ke depankan sedikit keretanya dan mematikan enjin di tepi jalan.
Kemudian dia keluar dari kereta dan memasuki semak yang membolehkan dia menuju ke arah rumah Yati. Dia tidak mahu ada sesiapa nampak perbuatannya, kerana itu dia sanggup meredah semak biarpun ketika itu keadaan di situ amat gelap.
****************************************
"Mana pondok tu? Yang tu ke?" bisik Sufian pada Amri.
"Iya lah, mana ada pondok lain lagi. Itu lah," balas Amri sambil mereka bertiga masuk ke dalam semak di belakang rumah Mael.
Saari mengepalai operasi mereka bertiga malam ini. Dia sudah jauh berada di hadapan.
Amri sesekali memandang ke belakang, risau tiba-tiba Mael pulang. Sufian pula fokus dengan jalan semak samun yang dilaluinya.
Manakala di lokasi semak yang lain pula, Mael perlahan-lahan meredah belukar. Dia semakin dekat dengan rumah orang tua Saari.
Lokasi disasarkan adalah bilik tidur Yati, atau bilik mandi di bahagian dapur.
"Sebelum pergi urut, kita cuci mata dulu. Hehehe.." bisik Mael sendirian.
Setapak demi setapak, akhirnya Mael sampai. Dia terus menuju ke sebuah bilik yang lampunya menyala. Dia pasti itu bilik Yati.
Dia memerhati sekeliling terlebih dahulu, risau ada orang nampak apa yang dilakukan.
Seterusnya dia merapat ke dinding bilik itu. Mencari di mana terdapat lubang atau dinding yang renggang, supaya senang dia mengintai Yati.
Akhirnya dia menjumpai satu lubang pada dinding itu. Dia tersenyum kemudian terus menerpa ke lubang itu. Matanya terus membulat besar di lubang itu.
Hanya beberapa saat, dia menjarakkan mukanya dari lubang dinding itu. Apa yang ingin disaksikan, lain pula yang dia dapat.
Dia nampak Yati, tetapi pada ketika itu Yati sedang bersolat. Dan Mael pula pada ketika itu sudah tidak tahan merelakan badannya digigit nyamuk. Ikut hati mahu dia tampar nyamuk-nyamuk yang hinggap di badannya namun nanti akan berbunyi. Sudah pasti didengari Yati.
"Sial betul. Sia-sia redah semak, derma darah pada nyamuk, tiada hasil," bisik Mael. Lantas dia bergerak meninggalkan rumah itu.
Dia turut risau jika ada orang ternampak teksinya di tepi jalan itu. Sekarang baru dia merasa risau. Sebelumnya, diamuk nafsu serakahnya, langsung dia tidak merasa apa-apa.
Sedang dia berjalan menuju ke keretanya, dia berhentikan langkahnya. Dia merasa sesuatu. Dia kemudian memejamkan matanya.
Perlahan-lahan, Mael mengukir senyum.
"Berani korang ya," kata Mael secara tiba-tiba.
**************************************
"Bang! Bang!" panggil Amri pada abangnya secara berbisik.
Saari berpaling ke belakang.
"Apa?" tanya Saari.
"Tu. Apa yang gerak gerak tu?" tanya Amri sambil tangannya menunjuk ke arah satu rimbunan pokok renek yang ada berhampiran.
Pokok pokok renek itu bergerak-gerak seolah-olah ada sesuatu di sebalik semak.
Amri, Sufian dan Saari terpaku. Mereka memerhati saja pergerakan pokok itu.
"Ahhh...tak ada apa lah. Musang kot," kata Sufian.
Saari mengangguk mengiyakan apa yang diteka Sufian.
Kali ini mereka sudah sampai di pondok tersebut. Saari mengintai ke dalam pondok itu. Gelap. Tidak nampak apa-apa. Kemudian dia menarik rantai yang ada di pintu pondok tersebut.
Amri menghulur alat pemotong untuk memotong rantai tersebut.
Namun, belum sempat Saari mencapainya,
'Hwaaaaaarrffffffffff!!!!!'
Terdengar satu jeritan yang kuat dari atas atap pondok tersebut.
Ketiga-tiga mereka terkejut dan memandang ke arah atap pondok tersebut.
Ada satu lembaga amat besar, bertaring, berbulu lebat dan mata yang merah sedang memerhatikan mereka dan gayanya seperti sudah sedia untuk terjun dan menerkam mereka.
"Amri....lari! Sufian...lari!" kata Saari.
Amri dan Sufian tidak berganjak.
"Lari Amri! Lari!" jerit Saari.
"Tak bang! Aku ikut kau!" jawab Amri.
Kali ini lembaga tersebut betul-betul terjun dari atap pondok itu!
"Lari!" jerit Saari lalu menolak Amri dan Sufian.
Mereka bertiga melarikan diri dan lembaga tersebut mengejar mereka. Dengusan lembaga yang menyerupai seekor binatang mengerikan bersaiz besar itu jelas kedengaran.
Bunyinya seperti sudah tidak tahan untuk meratah mereka bertiga.
'Bukkkk!'
Saari terjatuh.
Amri menoleh ke belakang dan berhentikan lariannya. Dia ingin berpatah balik ke belakang untuk membantu abangnya.
"Lari Amri! Lariiiiii!!!" jerit Sufian.
"Jangan datang Amri! Sufian! Lariiii!!!!" jerit Saari lagi.
Kemudian seperti ditarik sesuatu, Saari laju ditarik masuk ke dalam belukar dan tidak kedengaran lagi suara Saari.
"Banggggg!!!!!!!!" jerit Amri dan dia cuba mendapatkan abangnya itu namun ditarik Sufian.
"Jom keluar Amri! Keluarrr!" kata Sufian sambil menarik lengan Amri.
"Abangggggg!" jerit Amri lagi.
"Amri! Woi, Amri. Tu! Tu! Tengok tu! Apa tu?" tiba-tiba Sufian memalingkan muka Amri ke satu kawasan di dalam semak itu.
Amri memandang sambil bersilih ganti memandang ke arah kawasan di mana abangnya ditarik tadi.
Ada 3 lembaga berbungkus putih, berbunjut di kepala, bahagian wajahnya terdedah, sedang merenung tajam ke arah mereka berdua.
"Po! Po...Pocong Amri! Pocong! Lariii!!!!"
Jerit Sufian. Kali ini barulah Amri dan Sufian melarikan diri keluar dari kawasan semak itu dan menuju ke arah kereta Saari.
Sampai sahaja di kereta,
"Weh. Kunci kereta mana? Pada abang ke?" tanya Sufian dalam keadaan tercungap-cungap.
Amri keluarkan kunci kereta dari poket seluarnya lalu menekan butang unlock. Mereka berdua masuk ke dalam kereta dan mengambil nafas.
"Abang macam ni hah? Takkan kita nak biar???" jerit Amri.
Sufian diam dan seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Patut aku ikut abang tadi. Takkan kita tak nak cari dia??! Arghhhhh!!!" sekali lagi Amri menjerit sambil menghentak tangannya ke stereng kereta.
***************************************
Tok Ketua mengunci pintu papan rumahnya. Kemudian dia berjalan ke bilik tidurnya, pintu bilik ditolak perlahan, dia menjengah melihat Hajah Mariam.
Hajah Mariam sudah lena. Dia memerhati sahaja untuk beberapa ketika. Kesian dia pada isterinya itu. Terlalu risaukan Aishah hingga tidak terurus keadaanya.
Kemudian Tok Ketua berjalan menuju ke bilik air lalu mengambil wuduk. Dia ingin menunaikan solat Hajat, semoga Tuhan mempermudahkan penemuan Aishah.
Selesai mengambil wuduk, dia membentang sejadah di tengah ruang tamu rumahnya.
Belum sempat dia mengangkat takbir,
"Assalamualaikum! Tok! Tok!"
Terdengar seseorang memberi salam di luar rumah.
"Siapa pulak datang ni? Hah, orang dah jumpa Aishah ke ni? Ya Allah. Harap-harap Aishah dah jumpa lah," kata Tok Ketua.
Laju dia berjalan menuju ke pintu rumahnya dengan sebuah pengharapan yang Aishah sudah ditemui.
Pintu papan dibuka.
"Waalaikumussalam. Hah, kau Bidin. Kenapa ni?" tanya Tok Ketua.
"Tok! Azman Tok. Azman. Dia pergi memancing tadi. Dia jumpa satu mayat kat tepi sungai Tok. Muka dah hancur, tak tahu makan dek binatang atau apa. Tapi, mayat perempuan Tok!" kata Bidin.
Tok Ketua tergamam.
"Hah?? Mayat perempuan?? Bang! Chah bang! Chahhh!! Allahhhhhh!!!!"
Kata Hajah Mariam yang tiba-tiba menjelma di muka pintu. Kemudian dia terduduk kaku di tepi pintu sambil meraung.
BERSAMBUNG


KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : HASAD
HASIL KARYA : ANDY SULAIMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hasad.html

PART 10
"Hah?? Mayat perempuan?? Bang! Chah bang! Chahhh!!"
Kata Hajah Mariam yang tiba-tiba menjelma di muka pintu. Kemudian dia terduduk kaku di tepi pintu sambil meraung.
"Yam...sabar Yam. Sabar. Belum tentu lagi itu anak kita Yam..." kata Tok Ketua cuba menenangkan hati isterinya.
"Hah, Bidin. Jom kita ke sana!" kata Tok Ketua lalu laju menuruni tangga rumahnya.
"Abang saya nak ikut bang! Nak ikut," kata Hajah Mariam sambil bergegas bangun.
"Ish! Tak payah lah Yam. Awak tak kuat tu, biar saya pergi tengok. Awak tunggu di rumah. Apa-apa saya bagitahu," kata Tok Ketua.
Hajah Mariam sambil menangis sambil menggelengkan kepala. Dia tidak bersetuju dengan arahan Tok Ketua. Dia tetap mahu ikut Tok Ketua dan Bidin ke sungai. Bidin hanya tercegat memerhati.
"Eh kenapa orang ramai kat sungai tu?" tanya Sufian pada Amri sewaktu mereka dalam perjalanan balik.
"Entah. Nampak kereta polis pun ada tu," jawab Amri.
Mereka berdua bersepakat untuk balik dulu ke rumah. Berbincang macam mana dengan kehilangan Saari ini. Esok siang mereka akan teruskan pencarian. Jika tidak ditemui, barulah mereka akan lakukan tindakan selanjutnya.
"Berhenti, berhenti. Jom kita turun, tengok" arah Sufian pada Amri. Amri hanya menuruti lalu memberhentikan kereta di bahu jalan.
"Kenapa ni?" tanya Amri pada seorang penduduk kampung yang ada di situ.
"Ada terjumpa mayat kat tebing," jawab penduduk kampung tersebut.
"Mayat? Siapa?" Sufian pula mencelah.
"Mayat perempuan. Tapi tak dapat cam. Muka dah hancur," jawab penduduk kampung itu.
"Chahhhh! Chahhhh!!!"
Tiba-tiba suasana bertukar hingar bingar.
Hajah Mariam yang baru sahaja tiba di lokasi terus meluru ingin melepasi garisan kuning yang telah diletakkan oleh pihak polis.
Amri dan Sufian berjalan lebih dekat ke arah lokasi mayat tersebut ditemui.
"Mak cik, tak boleh masuk mak cik, tak boleh masuk," terdengar pegawai polis yang berada di situ menghalang Hajah Mariam dari merempuh garisan kuning.
Tok Ketua kelihatan menarik lengan Hajah Mariam sambil meminta isterinya itu bersabar.
"Anak saya, Tuan. Anak saya tu," kata Hajah Mariam sambil menangis.
"Okay, okay. Mari dulu ikut saya. Kita ke sana," arah pihak polis tadi.
Lalu Tok Ketua mengikut arahan pegawai polis tersebut. Dirangkulnya lengan Hajah Mariam yang kelihatan semakin lemah.
"Baik. Saya nak tanya. Itu menantu mak cik ke?" tanya pegawai polis sambil tangannya menuding ke arah seorang lelaki yang sedang sugul, duduk di tepi tebing sungai tidak jauh dari mayat tersebut.
Tok Ketua dan Hajah Mariam saling berpandangan.
"Menantu? Tuan, anak saya seorang saja. Bujang, belum berkahwin. Umur baru 20 tahun," jawab Tok Ketua.
Pegawai polis itu diam seketika. Dia memandang ke arah pemuda tadi kemudian dia menoleh semula ke arah Tok Ketua dan Hajah Mariam.
"Hmmm. Kalau macam tu, si mati tersebut bukan anak mak cik dan pak cik. Pemuda tadi adalah suami kepada si mati," kata pegawai polis itu lagi.
Kali ini Tok Ketua dan isterinya kebingungan. Dia makin tidak faham dan semakin kusut dengan situasi sekarang ini. Riak wajah kedua mereka juga turut berubah.
"Baik lah. Saya bagitahu. Pemuda itu, dari kampung sebelah. Dia ada buat laporan isterinya sudah 2 hari tidak pulang ke rumah. Dia datang ke sini untuk mengecam wajah isteri dia. Muka isterinya dah hancur namun dari rantai leher yang dipakai si mati, pemuda itu sudah sahkan itu mayat isterinya," panjang lebar pegawai polis itu bercerita.
Sedikit kelegaan buat Tok Ketua dan Hajah Mariam mendengar penerangan dari pegawai polis tersebut. Itu bukan mayat anak kesanyangan mereka.
Namun kelegaan itu tidak lama. Anak mereka masih belum ditemui.
"Habis, mana anak saya Tuan?" tanya Hajah Mariam pada pegawai polis itu.
"Iya, saya ada dapat laporan juga bahawa dalam kampung ini pun ada satu kes orang hilang. Pencarian masih dijalankan. Harap pak cik dan mak cik bersabar ya. Saya minta diri dulu," kata pegawai polis itu lalu meninggalkan Tok Ketua dan Hajah Mariam.
Amri dan Sufian pun turut berjalan meninggalkan lokasi kejadian dan bergerak pulang ke rumah.
******************************
***********
"Sepatutnya kita cerita pada pihak polis tadi pasal pondok belakang rumah Mael tu," kata Amri.
Mereka berdua sedang duduk di beranda rumah. Belum masuk ke dalam lagi.
"Jangan dulu. Kita pun tak tahu apa yang ada dalam pondok itu. Abang Saari pun tak bagitahu kita ada apa kat dalam kan? Dia cuma ajak kita pecahkan saja," kata Sufian.
Tiba-tiba pintu utama rumah terbuka. Yati tercegat di muka pintu. Kemudian dia mendekati mereka berdua dan duduk bersimpuh di sebelah suaminya.
"Hah macam mana? Ada apa kat dalam pondok tu. Mana abang?" tanya Yati sambil dia menjengah ke kereta Saari.
Sufian dan Amri berpandangan sesama sendiri. Tidak tahu macam mana untuk mulakan cerita pada Yati.
"Amri. Abang mana? Bang, mana Abang Saari?" tanya Yati sekali lagi pada adik dan suaminya.
Sufian pun mulakan cerita. Berkerut muka Yati mendengar cerita suaminya itu. Seperti tidak percaya dia yang abangnya hilang sekarang ini.
"Hmmm Mael ni tak berubah!" kata Yati melepaskan geram.
"Habis sekarang macam mana? Takkan nak biar abang macam tu je?" tanya Yati.
"Kita tunggu. Esok siang kita cari lagi. Awak sabar. Kena yakin, kuasa Allah lagi hebat dari segala-gala. Abang yakin Abang Saari masih selamat di sana. Yang tarik abang tu adalah iblis atau belaan si Mael. Bukannya binatang buas," kata Sufian sambil cuba menenangkan hati isterinya yang kelihatan sudah mula menangis.
******************************
*********
"Sayangggg...."
"Sayangggg......"
Salina tersedar dari tidurnya. Dadanya mula berdegup kencang. Mula berdebar secara tiba-tiba tatkala mendengar suara Mael memanggilnya dengan panggilan 'sayang'.
"Hoi kau tak dengar aku panggil ke hahhh???!"
Kali ini Salina terus bangun dan keluar dari bilik.
Dia melihat Mael sedang duduk di kerusi di ruang tamu.
"Sini...sini..." Mael memanggil Salina supaya Salina datang dekat padanya. Dalam ketakutan Salina setapak demi setapak mendekati Mael.
Semakin dekat, semakin kuat bau arak menusuk hidung Salina. Kembang kempis hidungnya cuba menahan bau busuk tersebut.
"Ok sudah. Berdiri kat situ," kata Mael.
Salina hanya menurut. Dia tidak tahu apa yang ingin dilakukan Mael. Yang pasti ada sesuatu bakal terjadi.
Mael hanya tersenyum melihat Salina yang dalam ketakutan dan tidak tahu apa yang akan dia lakukan.
"Tanggalkan baju," kata Mael.
Salina menggelengkan kepala.
"Tanggal baju!" sekali lagi Mael bersuara.
Sekali lagi Salina menggelengkan kepala.
"Hahaha. Lawan ya!" kata Mael sambil dia cuba membuka tali pinggang yang dipakainya.
"Abang..jangan lah bang. Sakit bang," Salina mula merintih sewaktu dia melihat Mael membuka tali pinggangnya.
Mael tidak mengendahkan rayuan Salina. Dia hanya mengulangi arahan supaya Salina menanggalkan baju yang dipakainya sekarang.
Salina tiada pilihan lain lagi. Luka di badan akibat dibelasah semalam masih berbekas. Ada yang masih merah lagi lukanya, belum kering.
Sambil menangis, dia menanggalkan pakaiannya. Maka tanpa seurat benang Salina berdiri di ruang tamu rumahnya
"Abang..jangan buat apa-apa bang, saya uzur. Semalam pun masa abang buat kat saya, saya uzur bang. Tolong bang," rayu Salina lagi.
"Ahhhhh aku peduli apa!" bentak Mael.
Dia berdiri, melucutkan seluarnya di situ juga. Sempat dia mencapai botol arak di tepi kerusi lalu meneguk kesemuanya baki arak yang tersisa.
Salina makin kuat tangisannya sambil merayu Mael supaya tidak diapa-apakan.
Mael berjalan mendekati Salina sambil ketawa. Dari atas ke bawah dia meneliti badan Salina dengan penuh geram.
Belum sempat dia sampai pada Salina,
"Huarghhhhhhhhhh!!!!!!"
Tiba-tiba Mael seperti ditarik sesuatu dari belakang lalu terpelanting ke dinding.
Salina terkejut melihat kejadian itu. Dia terus mengambil kembali baju lalu memakainya.
Mael cuba bangun. Dia memerhati sekeliling rumahnya, mencari 'siapa' lagi yang ada di dalam rumah ini selain dia dan Salina.
Dia berdiri, berjalan ke arah Salina.
Hanya berbaki beberapa tapak sahaja lagi, dia kini seperti ditarik dari atas pula.
Mael terapung di udara dan kemudian dengan lajunya dihempas ke dinding lalu jatuh tersungkur ke lantai!
Salina terpaku di situ.
Mael menggeliat badannya menahan kesakitan akibat terpelanting dengan sangat kuat.
"Siapa hah???" jerit Mael dalam keadaan meniarap dan kepalanya ligat melihat ke kiri dan ke kanan.
Secara tiba-tiba sekali lagi dia ditarik dan dihempas pula tepat ke tiang seri rumahnya.
"Tolong Abang! Sal tolong abang!" jerit Mael.
Salina cuba menolong Mael. Dia memegang Mael namun dengan pantas dia menarik kembali tangannya. Badan Mael terasa sangat panas ketika itu.
"Aaaauuummmmmm!!!"
Di depan pintu, menjelma seekor harimau yang amat besar! Salina terkejut dan terus melarikan dirinya ke dalam bilik.
Mael pula melolong meraung memanggil Salina.
Salina panik dan tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi.
Dan akhirnya dia terlena....
************************************
"Singgah kedai runcit kejap, aku nak beli rokok. Lepas tu kita gerak pergi rumah Mael," kata Amri pada Sufian.
Seawal pagi, selepas sarapan mereka turun meneruskan pencarian Saari.
"Terima kasih," kata Amri pada Pak Wahid, tuan punya kedai runcit selepas Pak Wahid menyerahkan duit baki ke tangannya.
"Kau pergi ke sungai juga ke malam tadi?" tanya Pak Wahid.
Amri mengangguk.
"Kesian aku kat si mati tu," kata Pak Wahid.
"Kenapa Pak Wahid? Hah, macam mana boleh lemas dan hanyut ke kampung kita pulak? Pegawai polis cakap, dah 2 hari hilang tak balik rumah," kata Amri.
"Itu lah.Tapi mengikut yang aku dengar, lepas bedah siasat, perempuan tu ada kesan macam dirogol. Dekat leher dia pun ada kesan kelar. Muka dia bukan kena makan dek binatang, tapi kena hentak dengan benda keras," cerita Pak Wahid.
"Eh, iya ke Pak Wahid? Ish kejam betul tu..." jawab Amri.
"Memang kejam. Lagi satu, ini yang aku dengar. Tak tahu betul atau tak, ada orang nampak kali terakhir perempuan tu di hentian teksi kat pekan tu," kata Pak Wahid.
"Hoi Amri! Cepat lah!" Sufian menjerit di luar kedai runcit Pak Wahid.
BERSAMBUNG


KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : HASAD
HASIL KARYA : ANDY SULAIMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hasad.html

PART 11
"Memang kejam. Lagi satu, ini yang aku dengar. Tak tahu betul atau tak, ada orang nampak kali terakhir perempuan tu di hentian teksi kat pekan tu," kata Pak Wahid.
"Hoi Amri! Cepat lah!" Sufian menjerit di luar kedai runcit Pak Wahid.
"Ok, ok Pak Hamid. Nanti kita sembang lagi," kata Amri lalu bergegas keluar dari kedai runcit itu.
"Lamanya. Bersembang apa?" tanya Sufian.
"Hal mayat tepi sungai malam tadi lah," kata Amri.
"Hah, kenapa mayat tu?" tanya Sufian lagi.
"Nanti lah aku cerita. Eh, jom lah," kata Amri.
Mereka berdua pun bergerak menuju ke arah rumah Mael.
Mereka melintas di hadapan rumah Mael terlebih dahulu. Memastikan kereta Mael masih ada di rumah atau sudah keluar.
Kereta Mael masih ada di hadapan rumah. Masih awal, Mael pun mungkin masih belum bangun.
"Kau letak motosikal jauh sikit, kita jalan. Letak tempat malam tadi," arah Amri pada Sufian.
Tanpa banyak soal Sufian terus pergi ke kawasan surau dan mematikan enjin motosikalnya. Amri turun dan menarik sebatang lagi rokok.
"Hisap rokok lagiiiii..." kata Sufian.
"Sekejap lah. Kita kena fikir dulu macam mana nak ke sana. Takkan nak main terjah macam tu saja. Nampak tu, kereta Mael ada lagi tu?" tanya Amri.
Sufian hanya diam.
Selesai menjentik puntung rokok di tangan, Amri dan Sufian melusuri semak yang ada di tepi jalan untuk tembus ke belakang rumah Mael.
Itu sahaja jalan yang paling selamat agar tidak disedari atau dilihat Mael.
"Kau pasti ke kat sini abang kena tarik malam tadi?" tanya Amri pada Sufian saat mereka berdua tiba di kawasan mereka 'diganggu' malam tadi.
"Iya, aku pasti. Kat sini lah," kata Sufian.
Amri memerhati sekeliling kawasan belukar itu. Nun jauh di sana sudah hutan. Dia berharap sangat agar abangnya tidak 'dilarikan' ke dalam hutan tebal itu. Makin payah jadinya nanti jika abangnya ke sana.
"Weh meniarap! Meniarap!" kata Amri pada Sufian.
Amri terus meniarap dan Sufian yang ketika itu terpinga-pinga tanpa mengetahui apa tujuan dia kena meniarap seperti diarahkan Amri, turut meniarap.
"Kenapa?" tanya Sufian.
"Mael. Tuu... Mael!" jawab Amri sambil mulutnya memuncung ke arah rumah Mael.
Sufian memerhati dari celahan pokok renek di belukar itu. Kelihatan Mael yang baru turun dari rumahnya sedang berjalan menuju ke arah teksinya.
Amri dan Sufian menanti dengan penuh sabar.
Tidak berapa lama, teksi Mael keluar dari perkarangan rumah. Amri bingkas bangun kemudian diikuti Sufian.
"Line clear! Jom lah cepat cari abang!" kata Amri lalu berjalan di sekitar belukar itu.
******************************
********
"Kak Bedah, air!" jerit Mael sebaik sahaja dia menarik kerusi lalu duduk di meja warung Kak Bedah.
Kak Bedah sudah tahu apa air Mael. Kopi O. Tidak perlu dijerit pun Kak Bedah sudah tahu.
"Mael, boleh saya duduk sini?"
Mael yang ketika itu sedang berselera menyuap nasi lemak, mendongak kepalanya.
"Hah, Imam. Duduk lah. Bukan warung aku pun ni," jawab Mael.
Imam hanya tersenyum. Kemudian dia seperti meneliti wajah Mael.
"Kenapa dengan muka kamu tu Mael? Nampak lebam," tanya Imam.
"Jatuh," jawab Mael.
"Ohh," kata Imam sambil mengangguk.
"Hoi Kak Bedah! Air aku mana??" sekali lagi Mael menjerit.
Beberapa penduduk kampung yang berada di situ memerhati gelagat Mael. Ada antara mereka yang agak terperanjat mendengar jeritan Mael.
Kak Bedah menghantar secawan kopi lalu diletakkan berhampiran Mael.
"Lambat betul lah! Nak aku mampus tercekik ke apa?" bentak Mael sambil menghempas beberapa keping wang kertas di atas meja.
Sedikit tertumpah kopi panasnya akibat hentakan itu. Kak Bedah mengambil wang yang diberi Mael dan berjalan kembali ke dapurnya sambil menggelengkan kepala.
Mael agak tergesa-gesa menghabiskan nasi lemak dan kopinya. Selesai saja meminum kopi dia terus bingkas bangun dari tempat duduknya.
'Pappp!'
Lengannya dipegang dan digenggam Imam. Mael berhenti melangkah dan memandang Imam.
"Mael, sudah-sudah lah. Bertaubat," kata Imam, perlahan.
"Taubat apa kau ni, Imam? Apa aku buat? Dosa apa yang aku dah lakukan?" tanya Mael.
Imam hanya merenung Mael. Mael pula cuba untuk melepaskan genggaman tangan Imam dari lengannya.
"Sudah-sudah Mael. Takutlah kepada Allah," sekali lagi Imam bersuara.
"Eaargghhh apa hal kau ni??!" jerit Mael sambil menolak Imam hingga jatuh dari kerusinya. Dan di saat itu juga genggaman tangan Imam di lengannya terlepas.
Dia terus berjalan keluar dan masuk ke dalam kereta. Sempat lagi dia melihat Imam yang bangun sambil dibantu beberapa penduduk kampung yang sedang bersarapan di situ.
"Kau nak campur urusan aku ya, Imam? Jadi malam tadi kat rumah aku tu kerja kau ya? Kau tunggu. Tunggu!" kata Mael sendirian lalu kemudiannya dia menghidupkan enjin teksinya dan meninggalkan kawasan warung itu.
******************************
************
"Tak ada lah. Mana abang pergi ni?" tanya Amri.
Dia sudah kepenatan. Begitu juga dengan Sufian. Sudah banyak kawasan dia redah, sudah banyak kali dia berpusing di kawasan belukar itu, namun Saari masih gagal ditemui.
"Tapi, dalam pondok tu kita belum tengok lagi," kata Sufian.
Amri memandang wajah Sufian.
Ada betulnya juga kata Sufian. Kenapa dia tidak memikirkan hal pondok itu dari tadi? Mana lah tahu malam tadi abangnya dimasukkan ke dalam pondok itu.
Amri terus berjalan ke arah pondok itu. Dia memandang ke kiri dan ke kanan.
"Pecahkan saja"
Tiba-tiba kedengaran satu suara wanita di belakang mereka berdua. Amri dan Sufian tersentak lalu berpaling ke belakang.
Salina. Tercegat di belakang mereka. Kemudian Salina mengangguk sebagai tanda dia bersetuju agar Amri dan Sufian memecahkan pondok itu.
Pemotong rantai besi sudah hilang. Malam tadi mereka diganggu makhluk belaan Mael, pemotong itu entah tercampak ke mana.
Tiada jalan lain lagi. Amri dan Sufian bersilih ganti menerajang pintu pondok itu sekuat hati. Salina pula menjaga kawasan itu risau kalau-kalau Mael pulang secara tiba-tiba.
'Praaakkkkkkk!'
Akhirnya pintu pondok itu roboh juga.
Sebaik sahaja pintu pondok itu roboh, serentak itu juga bau busuk dan amat meloyakan menusuk hidung mereka bertiga.
Amri terus masuk ke dalam pondok itu sambil menutup hidungnya. Kemudian Sufian mengekori.
"Tuuu!" kata Sufian pada Amri sambil menunjukkan sesuatu.
Ada sepasang rantai seperti rantai yang dipasang pada kaki namun sudah terbuka. Tiada sesiapa di dalam pondok itu.
"Aku dapat rasa Aishah hilang ni kerja Mael," kata Sufian.
Amri hanya terdiam. Dia lebih ingin tahu di mana abangnya sekarang. Mungkin penemuan Saari akan membawa ke mana perginya Aishah.
"Jom, keluar. Aku rasa tak sedap hatilah," kata Amri lalu meluru keluar.
Mereka berdua keluar dari kawasan belukar itu manakala Salina pula pulang ke rumah dengan perasaan hampa dan menyesal.
Hampa kerana dia menyangka ada sesuatu disembunyikan Mael di dalam pondok itu. Menyesal kerana disebabkan pondok itu, Saari hilang.
"Sekejap!" kata Sufian sambil memegang bahu Amri.
Amri berhenti melangkah lalu memandang Sufian. Kemudian mereka saling berpandangan sesama sendiri.
Terkejut. Mereka melihat teksi Mael berada berhampiran dengan motosikal Amri.
Perlahan-lahan mereka berdua berjalan mendekati teksi Mael itu. Mael tiada di dalam teksinya.
Ke mana Mael pergi?
Adakah Mael tahu apa yang mereka berdua lakukan di pondok tadi?
**********************************
Salina naik ke rumah dan membuka pintu. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam dia terus menutup kembali pintu rumahnya itu.
Sebaik sahaja dia menarik daun pintu,
"Celaka kau!!!"
Rambut Salina direntap dari belakang lalu dia dihempas ke lantai. Tersungkur Salina sambil menjerit.
Mael sudah berada di dalam rumah ketika itu. Hanya menanti kepulangan Salina. Dan telah dia saksikan segala apa yang berlaku di pondok itu.
"Kau nak apa dalam pondok itu? Kau cari apa hahhh???!!" jerit Mael sambil menendang perut Salina berkali-kali.
Salina meraung dan berkali-kali merayu agar tidak terus dipukul oleh Mael.
"Kau siap minta bantuan orang lain ya? Tak serik kau ni. Kenapa kau sibuk sangat nak campur kerja aku???" jerit Mael sambil menarik rambut Salina kemudian menghempas muka Salina ke lantai.
Darah mengalir keluar dari hidung dan mulut Salina. Kemudian Mael berkali-kali memijak belakang Salina dengan kuat kemudian dia keluar dari rumahnya.
Sampai sahaja di pondok itu, Mael menjerit sekuat hatinya! Dia begitu marah setelah melihat rantai yang digunakan untuk merantai 'mangsa'nya itu kosong, tiada pemakainya.
"Celaka kau Amriiii! Sufiaaaannnnn!!!!" jerit Mael.
Sangka Mael, Amri dan Sufian yang melepaskan mangsa kurungannya setelah pondok miliknya itu dipecahkan oleh mereka berdua.
******************************
********
"Kau rasa Mael tahu ke apa yang kita buat kat pondok dia tadi?" tanya Amri pada Sufian.
Mereka baru sahaja tiba ke rumah. Belum naik ke rumah dan hanya duduk di pangkin di bawah pokok di hadapan rumahnya.
"Entah. Tapi kalau dia nampak, kita kena hati-hati. Aku rasa Mael akan serang kita," kata Sufian.
"Aku pun rasa macam tu. Tapi kau pasti ke Mael yang kurung Aishah? Abang pula, kerja siapa? Mael juga? Tapi kenapa?" tanya Amri.
Soalan itu tidak berjawab. Masing-masing hanya diam merenung tanah sambil mencari punca kenapa Mael bertindak sedemikian.
"Iya, ini semua kerja Mael. Semuanya kerana dendam"
Tiba-tiba kedengaran satu suara dari arah belakang. Suara yang amat dikenali oleh mereka. Serentak mereka berdua menoleh ke belakang.
"Abanggg!!!!" jerit Amri lantas terus memeluk abangnya.
Sufian juga dengan pantas menerpa ke arah Saari.
"Kau ke mana bang? Apa yang terjadi? Mana kau tidur malam tadi?" tanya Amri.
"Iya bang. Mana kau pergi? Apa benda yang tarik kau malam tadi? Macam mana kau balik rumah??" Sufian juga tidak ketinggalan. Bertubi-tubi dia ajukan soalan.
"Sabar, nanti aku ceritakan. Aishah pun aku dah jumpa. Tapi belum masanya lagi untuk aku hantar pulang. Aku akan selesaikan semuanya dulu. Aishah selamat," kata Saari.
Amri dan Sufian tergamam.
******************************
*************
"Eh, dah kenapa awak ni Mak Haji, dah senja macam ni pun masih menyapu daun kering ni?" tanya Imam sebaik sahaja dia turun dari rumahnya untuk ke surau menunaikan solat Maghrib.
"Allah. Mana pulak kunci motor ni," bebel Imam sendirian sambil meraba poket jubah yang dipakainya.
Sah. Dia tertinggal kunci motorsikal di dalam bilik tidurnya. Dia naik kembali ke atas rumah sambil memandang ke arah isterinya,
"Naik lah Mak Aji oi, dah nak Maghrib ni," pesan Imam lalu melangkah masuk ke dalam rumah.
"Berbual dengan siapa kat tangga tadi, Bang Aji?"
Tiba-tiba muncul isteri Imam dari bilik air, baru sahaja mengambil wuduk untuk menantikan azan Maghrib.
BERSAMBUNG

KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : HASAD
HASIL KARYA : ANDY SULAIMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hasad.html

PART 12
"Berbual dengan siapa kat tangga tadi, Bang Aji?"
Tiba-tiba muncul isteri Imam dari bilik air, baru sahaja mengambil wuduk untuk menantikan azan Maghrib.
"Astaghfirullahhh..." istighfar Imam.
Isterinya baru sahaja keluar dari dapur, sedangkan dia sendiri nampak dengan mata kepalanya sendiri, kelibat isterinya di bawah pokok di hadapan rumah.
"Errrr tak ada apa lah. Saya cari kunci motor saya," kata Imam.
"Ada tu, saya sangkut kat tiang tu," jawab Mak Aji sambil melangkah menuju ke bilik solat.
Imam mengambil kunci motosikalnya lalu bergegas keluar. Masih sempat dia menjeling ke arah kawasan bawah pokok tadi.
Tiada sesiapa.
***********************************
Hajah Mariam masih tidak bermaya. Begitulah dia sepanjang kehilangan Aishah.
Berwajah sugul dan nampak lemah. Waktu makan entah ke mana, waktu tidur juga sudah tidak terjaga.
"Awak jangan keluar ke mana-mana pulak Yam. Saya nak ke surau ni," pesan Tok Ketua pada isterinya itu.
Hajah Mariam hanya mendiamkan diri. Apa yang berlaku di sekelilingnya dia sudah tak nak ambil tahu. Apa yang diingini sekarang, anaknya Aishah selamat pulang ke sisi.
Air mata bagai sudah dapat tidak dikawal lagi. Ada masanya ia mengalir dengan sendirinya. Begitulah seorang ibu yang kehilangan anak.
'Grruuuukk!'
Tiba-tiba kedengaran bunyi seperti kerusi ditarik.
Hajah Mariam menoleh ke arah datangnya bunyi tersebut. Dari arah dapur.
Kemudian Hajah Mariam bangun dan terus ke dapur. Dia mahu melihat siapa yang ada di dapur ketika ini. Tidak mungkin Tok Ketua. Dia sudah ke surau tadi.
Sampai sahaja di muka pintu dapur, terbeliak biji mata Hajah Mariam.
"Chah!! Ya Allah Chah ke mana nakkk?!!"
Jerit Hajah Mariam saat dia melihat anaknya Aishah sedang makan dengan lahapnya di meja makan.
"Lapar mak! Laparrrr!"
Kata Aishah sambil menyuap makan.
Hajah Mariam ketika itu memegang kepala dan mengucupnya berkali-kali. Rasa bersyukur tidak terkata Hajah Mariam ketika itu, anaknya sudah pulang.
"Makan lah nak. Makan. Aisahah makan. Tambah lauk tu nak..Ya Allah, anak aku dah balik ya Allah!" kata Hajah Mariam sambil mengucup kepala Aishah berkali-kali.
Ikutkan hati, mahu sahaja dia pergi ke surau untuk panggil Tok Ketua balik. Mesti suaminya itu juga akan gembira dengan berita ini.
"Nak tambah lagi Chah?" tanya Hajah Mariam bila melihat nasi di pinggan Aishah makin berkurang.
"Hurmm! Hurm!"
Jawab Aishah sambil menggangguk laju.
Dek kerana terlampau gembira dengan kepulangan Aishah, tidak tersedar Hajah Mariam yang Aishah makan dengan begitu banyak sekali.
Hampir habis satu periuk nasi dimakan Aishah dan Haiah Mariam hanya membiarkan Aishah makan dengan begitu berselera.
"Chah makan ya, kejap lagi Abah balik dari surau. Tentu dia gembira. Chah makan ya, mak nak solat Maghrib sekejap," kata Hajah Mariam.
Selesai solat dia terus menuju ke dapur. Aishah tak ada. Yang ada hanya meja makan bersepah dengan sisa makanan. Namun Hajah Mariam tidak merasakan apa-apa.
Fikirnya, Aishah sudah hilang berhari-hari. Tentu dia lapar. Sebab itu dia makan dengan gelojoh hingga bersepah meja makan di dapur ini.
"Chah"
Panggil Hajah Mariam lalu ke bilik tidur Aishah.
Aishah sedang terbaring di katil, kekenyangan. Hajah Mariam hanya tersenyum melihat anaknya itu.
"Chah tak nak mandi dulu?" tanya Hajah Mariam.
"Nak tidur," ringkas jawapan Aishah.
"Mandilah dulu nak, biar segar sikit badan tu," kata Hajah Mariam lagi.
"Nak tidur!" kali ini Aishah menengking.
"Oh okay okay. Chah tidur lah ya. Chah rehat," kata Hajah Mariam lalu meninggalkan bilik tidur Aishah itu.
Dia biarkan Aishah tidur di dalam bilik. Dia mahu tanya apa yang terjadi pada Aishah, namun dipendamkannya terlebih dahulu. Biar lah Aishah rehat.
******************************
************
Sedang kebanyakan penduduk kampung sudah berada di dalam rumah masing-masing, ada yang berada di surau menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah, ada seorang penduduk yang sedang bersandar di kerusi pemandu di dalam keretanya.
Mael.
Dia seperti sedang menyimpan satu dendam kepada semua yang mencari pasal dengannya. Saari, Sufian, Amri dan juga Imam.
"Main-main dengan aku ya! Semua nak main-main dengan aku. Kali ini korang kena! Tunggu!" kata Mael sendirian di dalam teksinya itu.
Dia menghidupkan enjin kereta dan bergerak balik ke rumahnya.
Mendengar bunyi kereta masuk ke kawasan rumah, hati Salina mula berdebar-debar. Sakit di muka dan badan akibat dipukul Mael siang tadi masih lagi terasa.
Dia berdoa agar Mael pulang dan tidak marah-marah lagi. Dia berharap tiada lagi aksi pukul memukul malam ini.
Dia memerhati ke atas meja makan. Semua makan malam sudah siap terhidang. Air cuci tangan, air untuk diminum, semuanya sudah dihidang.
Enjin kereta dimatikan. Pintu kereta ditutup. Salina sudah bersedia menanti di pintu utama. Namun apa yang berlaku, sebaliknya.
Mael tidak naik ke rumah. Dia memandang Salina dengan pandangan yang amat marah, kemudian dia meludah ke tanah.
'Ptuiihhh!'
Mael berjalan ke belakang rumah. Salina tidak tahu apa yang ingin dibuat Mael di belakang rumah, waktu gelap macam ni.
Salina pergi ke dapur. Dia membuka sedikit jendela dapurnya. Ingin melihat apa yang ingin dilakukan Mael di kawasan belukar di belakang rumah, berhampiran dengan pondok kecil itu.
Mael tiba di pondok yang dibinanya beberapa tahun yang lalu. Dia mencapai sebatang cangkul dan berjalan ke sebatang pokok besar yang ada di situ, batang pokok itu dililit dengan kain merah.
Mael diam dan tersenyum melihat kawasan itu.
"Hahaha. Nak uji aku ya? Hah? Baik. Malam ini, satu kampung huru hara! Hahahaha!!" gelak Mael dengan kuat.
Ketawanya itu dapat didengari oleh Salina yang masih berada di dapur ketika itu. Namun Salina tidak tahu kenapa Mael ketawa dan apa yang Mael buat di dalam belukar itu.
Mael menggali tanah berhampiran pohon besar itu. Salina hanya memerhati dari kejauhan. Tidak pernah dia tahu ada sesuatu yang ditanam di bawah pokok itu.
Sehingga lah, mata cangkul Mael terketuk sesuatu. Cangkul dicampak ke tepi. Dia melutut, mengorek tanah dengan tangannya.
Kini tangannya merasa sesuatu. Dia gali lagi hingga sesuatu yang diinginkannya itu jelas disentuhnya.
Sebuah tembikar lama bersaiz sedang. Ditutup dengan sehelai kain yang dililt kemas di mulut tembikar itu.
Mael tersenyum sendirian. Tali yang mengikat tembikar itu dibuka ikatannya perlahan-lahan. Kini hanya kainnya sahaja yang masih menutup mulut tembikar itu.
"Hehehe..hehe.."
Ketawa Mael.
"Nak tahu hebat atau tak hebat aku ya?" kata Mael.
Kain itu ditarik.
Dan keluar satu kepulan asap naik ke udara.
"Hahahahahaha pergi lah kau semua! Pergi ke mana saja semahumu! Pergi! Hahahaha!" ketawa Mael.
Selepas itu dia bangun dan berjalan balik ke rumah.
**********************************
"Assalamualaikummm...."
Tok Ketua yang baru balik dari surau memberi salam dan membuka pintu rumahnya. Sebaik sahaja pintu dibuka,
"Bang! Abang! Chah dah balik bang! Chah dah balik!"
Jerit Hajah Mariam kegembiraan menerpa ke arah Tok Ketua.
"Hah? Betul ke ni Yam? Awak jangan main-main! Mana? Mana Aishah Yam?"
Tok Ketua juga turut terkejut dan tidak sabar untuk berjumpa dengan anak kesayangannya itu.
"Sini bang! Sini! Kat bilik dia!"
Kata Hajah Mariam sambil menarik tangan Tok Ketua. Tok Ketua yang amat gembira ketika itu dengan lajunya berjalan menuju ke bilik tidur Aishah.
"Syhhhhh! Abang jangan bising, jangan kacau dia. Biar dia tidur dulu. Kesian dia, dia penat bang," bisik Hajah Mariam pada Tok Ketua sebelum dia menolak pintu bilik Aishah.
Tok Ketua mengangguk. Wajahnya jelas menunjukkan dia sudah tidak sabar untuk melihat Aishah.
Pintu bilik Aishah ditolak. Hajah Mariam tersenyum lalu memandang Tok Ketua.
Tok Ketua turut tersenyum. Namun, senyumannya tidak lama.
Dia memandang ke katil. Kosong.
Memandang ke meja solek. Kosong.
Ke meja bacaan. Turut kosong.
Dia memandang Hajah Mariam. Hajah Mariam juga ketika itu, wajahnya juga berubah. Liar matanya melihat sekeliling bilik, kosong tiada sesiapa.
"Chah!" panggil Hajah Mariam.
"Betul ke Chah dah balik ni Yam?" tanya Tok Ketua.
"Betul bang. Tadi bukan main berselera dia makan kat dapur tadi. Abang tak percaya jom ikut saya ke dapur. Lauk malam ni pun dah tinggal sikit je saya simpan untuk abang. Jom!" kata Hajah Mariam lalu dengan pantas dia berjalan ke dapur.
Tok Ketua mengekori di belakang.
Sampai di dapur, Hajah Mariam tergamam.
Tok Ketua pula tercegat berdiri, diam tidak berkata apa-apa.
Nasi, lauk pauk dan air minum elok terhidang di atas meja. Tidak terusik dan tidak dimakan sesiapa sebelumnya.
"Perasaan awak ni Yam," kata Tok Ketua.
"Tak bang! Betul Chah dah balikkkk! Saya nampak tadi!" kata Hajah Mariam.
"Kalau ada, mana dia? Mana Chah?" tanya Tok Ketua.
Ketika ini Hajah Mariam tidak duduk diam lagi. Dari satu bilik ke satu bilik dia masuk. Ke bilik air, tandas, ke beranda dan ke dapur. Namun Aishah tiada.
"Sudah lah Yam. Aishah belum balik," kata Tok Ketua.
Hajah Mariam duduk diam terpaku seketika, kemudian terdengar tangisannya.
"Tok! Tok! Assalamualaikum! Tok!"
Tiba-tiba kedengaran suara seseorang memberi salam di luar rumah.
Tok Ketua bergegas ke pintu,
"Hah, Farok. Ada apa?" soal Tok Ketua.
"Syikin, Tok. Syikin, bininya Zamri. Kena sampuk Tok. Ikut kata Zamri, bini dia tengah masak tadi. Lepas tu pusing ke belakang, ada benda duduk mencangkung atas meja makan. Besar, berbulu lepas tu memang ngeri Tok. Tak lama, meracau bini dia Tok!" kata Farok yang termengah-mengah ketika itu.
"Astaghfirullah.. Habis kau dah panggil Imam?" tanya Tok Ketua.
"Ini masalahnya. Imam pulak dia pergi rumah Pak Mat. Anak dara dia pun meracau sekarang ni. Yang tu pulak, cakap bahasa Siam, Tok. Imam suruh saya datang panggil Tok ni," kata Farok lagi.
"Apa kena ni? Kenapa boleh jadi macam ni?" tanya Tok Ketua.
Dia masuk ke dalam rumah dan mendapatkan Hajah Mariam.
"Yam, saya keluar sekejap ya. Ada hal kat rumah Zamri. Sekejap saja, awak jangan ke mana-mana pulak ya!" kata Tok Ketua.
Hajah Mariam hanya menunduk, diam membisu.
Tok Ketua bergegas ke pintu dan ingin ke rumah Zamri.
"Hoi! Kau nak pergi mana?? Kat sini siapa nak tengokkk? Hahahahahaha!!!"
Kedengaran suara Hajah Mariam, garau.
Tok Ketua terperanjat dan menoleh ke belakang, ke arah Hajah Mariam.
"Allah!!!!"
BERSAMBUNG...

KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : HASAD
HASIL KARYA : ANDY SULAIMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hasad.html

PART 13
"Hoi! Kau nak pergi mana?? Kat sini siapa nak tengokkk? Hahahahahaha!!!"
Kedengaran suara Hajah Mariam, garau.
Tok Ketua terperanjat dan menoleh ke belakang, ke arah Hajah Mariam.
"Allah!!!!" jerit Tok Ketua dan menerpa ke arah Hajah Mariam.
Farok yang masih berada di situ tergamam, tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.
Tok Ketua memegang kepala Hajah Mariam lalu membacakan ayat suci. Beberapa minit kemudian Hajah Mariam seperti sedar dan normal seperti sediakala.
"Kenapa ni bang?" tanya Hajah Mariam.
"Errr...tak ada apa-apa. Yam, awak pergi ambil wuduk lepas tu mengaji boleh? Jangan berhenti selagi saya belum balik. Saya nak ke rumah Zamri. Sekejap saja. Boleh?" tanya Tok Ketua.
Seperti seorang anak yang diberi arahan oleh ayahnya, Hajah Mariam terus bangun dan mengikut arahan Tok Ketua.
"Hah jom Farok. Lekas!" kata Tok Ketua saat dia menuruni anak tangga rumahnya.
"Mak Yam tu? Boleh ke tinggal seorang Tok?" tanya Farok dengan riak wajah yang agak risau.
"Tak ada apalah. Tak payah risau. Cepat!" kata Tok Ketua. Laju dia berjalan sehinggakan Farok berlari-lari anak untuk mengejarnya.
Sampai sahaja di depan rumah Zamri, terlihat beberapa penduduk kampung sedang berdiri di muka pintu, ada yang berdiri di tangga dan di kiri kanan rumah juga ada beberapa orang penduduk.
Sepertinya sedang berjaga-jaga akan terjadinya sesuatu. Terdengar juga jeritan si Syikin.
"Hah, apa kena semua ni? Tercegat kat tangga, kat muka pintu ni?" tanya Tok Ketua sambil nafasnya tercungap-cungap.
"Syikin nak lari Tok! Tadi dia dah cuba melompat ikut tingkap. Nasib baik sempat tangkap," kata seorang penduduk.
"Iya Tok! Lima orang pegang pun boleh terlepas Tok!" sampuk lagi seorang penduduk kampung.
"Amboi! Kuat betul si Syikin ni! Okay ke tepi sikit. Aku nak naik ni,"arah Tok Ketua pada penduduk kampung dan dia terus naik ke atas.
Terkejut juga Tok Ketua sebaik sahaja dia sampai ke muka pintu, dia melihat Syikin sedang duduk mencangkung manakala tangan kanan dan kirinya dipegang oleh beberapa orang penduduk kampung.
Rambutnya kusut masai, sesekali dia menjerit dan sesekali dia ketawa.
"Zamri! Apa kena ni?" soal Tok Ketua.
"Tak tahu Tok. Dia tengah memasak tadi, lepas tu dengar dia menjerit 'Beruk! Beruk!'. Dia kata ada beruk besar sedang mencangkung duduk atas meja makan sedang perhatikan dia. Tak lama lepas tu, jadi macam ni," Zamri bercerita sambil badannya terhoyong hayang dek melawan kekuatan tangan Syikin yang dipegangnya.
"Syikinnnn! Syikin! Tok ni. Kenal tak?" tanya Tok Ketua pada Syikin.
Syikin diam, dia merenung Tok Ketua dengan pandangan yang amat tajam. Kemudian perlahan-lahan dia senyum dan mengilai.
"Hahahahaha padan muka! Anak hilang! Hahahaha!"
Ketawa Syikin menggamatkan suasana pada malam itu. Selain ketawa, Syikin tanpa penat meronta-ronta untuk melepaskan diri.
Tok Ketua terkumat kamit mulutnya membaca ayat suci yang tidak dapat didengari oleh sesiapa sahaja yang ada di dalam rumah itu.
Syikin pula turun naik nafasnya memandang Tok Ketua dan sepertinya dia amat marah pada Tok Ketua ketika itu.
Tok Ketua melangkah setapak lagi kemudiannya berhenti. Mulutnya terkumat kamit lagi membacakan ayat suci.
Habis sahaja bacaannya, dia melangkah setapak lagi. Dan setiap kali dia melangkah, makin kuat jeritan Syikin.
Sehingga lah, apabila Tok Ketua sudah makin dekat dengan Syikin, Syikin berjaya melepaskan tangan kanannya yang dirangkul oleh beberapa penduduk kampung dan dia menolak beberapa beberapa orang lagi penduduk kampung yang merangkul tangan kirinya.
Tercampak beberapa penduduk kampung itu. Setelah itu, Syikin menerkam Tok Ketua namun malangnya belum sempat dia menyentuh Tok Ketua, tiba-tiba sahaja dia terpelanting ke belakang dan jatuh secara melutut.
Tok Ketua menoleh ke belakang. Imam, tercegat di belakangnya sambil memegang sehelai serban. Di tangan sebelah lagi dia menggenggam sesuatu.
Syikin ketika itu sudah bangun dan sekali lagi cuba menerkam Tok Ketua.
"Allahhhh Hu Akbaarrrr!!!"
Jerit Imam lalu mencampakkan apa yang ada di dalam genggaman tangannya ke muka Syikin. Kali ini Syikin jatuh lagi dan terus pengsan tidak sedarkan diri.
Penduduk kampung yang ada di situ tergamam melihat pertarungan Imam dan Syikin. Zamri kemudian menerpa ke arah Syikin dan memangku isterinya itu.
"Terima kasih Imam. Macam mana dengan anak si Mat tu?" tanya Tok Ketua.
"Dah pulih dah. Sama lah macam ni. Mula-mula merapu cakap Siam, lepas tu terlompat-lompa
t, nak menggigit macam tadi juga," jawab Imam.
"Astaghfirullah. Mana datang semua ni? Siapa punya?" tanya Tok Ketua.
Imam hanya tersenyum kemudian dia memegang bahu Tok Ketua. Tok Ketua sudah faham. Jika begitulah reaksi Imam, tandanya Imam tahu semua ni angkara siapa.
*******************************
"Abang! Abang! Abang kenapa? Abang okay ke?" tanya Salina selepas dia mendengar Mael terjerit-jerit di dalam bilik yang dikunci dari dalam.
Agak lama Mael menjerit dan seperti menggelupur sendirian di dalam bilik itu. Dan selama itu jugalah Salina mengetuk pintu bilik memanggil suaminya itu.
Entah apa yang ada di dalam hati Salina. Begitu kuat sayangnya pada Mael walau telah dipukul dan diperlakukan dengan berbagai-bagai cara oleh Mael.
"Abangggg...."
Sekali lagi Salina memanggil.
"Kau pergi! Pergiii! Jangan sibuk hal aku!!! Pergi!!!" jerit Mael dari dalam bilik.
Salina terus meninggalkan pintu bilik itu tanpa bertanya apa-apa lagi.
"Celaka kau Imam. Kau 'serang' aku ya?!" bebel Mael sendirian.
Waktu Syikin meronta dan terpelanting tadi, Mael turut terhempas ke lantai di rumahnya itu. Segala perancangannya gagal.
******************************
********
"Tok Ketua, saya nak cakap sikit ni," kata Imam sewaktu mereka sama-sama berjalan pulang dari rumah Zamri.
"Apa dia Imam?" tanya Tok Ketua.
"Saya rasa Aishah selamat lagi. Saya dapat rasa sehari dua lagi dia akan pulang," kata Imam.
Tok Ketua menghentikan langkahnya. Dia memandang Imam, Imam tersenyum.
"Imam tahu mana anak saya? Tolong Imam. Bagitahu saya kat mana. Kesian isteri saya kat rumah tu Imam. Tolong," rayu Tok Ketua.
"Sabar. Dia selamat. Cuma nak ambil dia tu bukan mudah. Jangan bimbang, insya Allah sehari dua lagi baliklah dia," kata Imam sambil meneruskan perjalanannya.
Tok Ketua bagai tidak berpuas hati dengan penjelasan Imam. Namun dia masih meletak kepercayaan pada Imam, yang dikenali sejak muda lagi.
"Tak payah cerita kat Yam dulu. Saya akan cuba bantu sedaya upaya saya. Selebihnya, kita serahkan pada Allah. Cuma saya minta Tok dan isteri sentiasa ada rasa redha dalam hati, sentiasa kena yakin aturan Allah itu yang paling baik ya," antara pesan terakhir Imam sebelum mereka berdua terpisah dan pulang ke rumah masing-masing.
Naik sahaja ke rumah, Tok Ketua terdengar alunan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dari dalam bilik tidurnya.
Hajah Mariam sedang mengaji dan di tangannya memegang sehelai baju Aishah. Matanya bergenang air mata. Rindu betul Hajah Mariam pada anaknya itu.
Agak sebak Tok Ketua melihat isterinya di saat itu. Kalau boleh, malam ini juga dia ingin memaksa Imam memberitahu di mana anaknya berada, biar dia sendiri yang pergi mengambil anaknya itu.
******************************
********
"Kau belum cerita lagi macam mana kau boleh selamat malam tu bang," kata Amri pada abangnya Saari sewaktu mereka berdua duduk di beranda, menikmati angin malam.
"Iya bang. Ceritalah," sampuk Yati.
Saari diam dan merenung jauh ke halaman rumahnya. Dia berfikir sama ada mahu diceritakan atau tidak kejadian dia diselamatkan oleh seseorang pada masa kejadian itu.
Bimbang tidak dipercayai oleh kedua adiknya. Dia sendiri pun tidak menyangka dia boleh berjumpa dengan seseorang yang telah dipercayai hilang di dalam hutan bertahun-tahun lamanya.
Golongan sebaya dengan Saari mungkin tahu dan mungkin kenal dengan seseorang yang dikatakan hilang dan telah dipercayai meninggal dunia di dalam hutan itu.
Tapi bagi generasi baru yang lahir di kampung ini, mungkin sudah tidak kenal dan tidak tahu dengan cerita ini.
"Korang kenal dengan Tok Sidek?" tiba-tiba Saari bertanya.
Amri menggelengkan kepala. Siapa Tok Sidek? Adakah Tok Sidek yang menyelamatkan Saari malam itu?
"Tok Sidek? Tak silap aku lah, arwah mak ada cerita. Dia masuk hutan lepas tu terus tak balik-balik, bertahub juga. Orang kampung kita ni kata dia dah meninggal dalam hutan sampai mayat dia pun tak jumpa. Yang tu ke?" tanya Yati.
Saari diam tidak menjawab apa-apa. Amri pula tercengang, tidak tahu apa kena mengena Tok Sidek dengan kejadian Saari ditarik masuk ke dalam hutan pada malam itu.
"Sekejap! Jadi maksud kau Tok Sidek tu ke yang selamatkan kau? Kau pasti? Kau biar betul bang," kata Yati lagi.
Saari hanya diamkan diri. Betul apa yang disangkanya. Adiknya sendiri pun sukar untuk mempercayai kata-katanya. Apatah lagi orang kampung.
"Habis Aishah? Kau kata dia selamat hari tu. Mana dia? Dengan Tok Sidek tu ke?" tanya Amri.
Saari mengangguk.
Amri ketawa kecil. Dia memandang ke arah Yati. Kali ini Yati pula yang terpinga-pinga. Antara mahu percaya ataupun tidak.
"Gila. Semua ni gila. Haha. Kenapa kau tak bagitau kat Tok Sidek tu yang semua orang sedang mencari Aishah sekarang lepas tu kau bawa balik je Aishah tu bang? Hehee" tanya Amri diselang seli dengan tawa kecil.
"Ada sebabnya. Kau akan tahu juga nanti," kata Saari.
*******************************
Pintu bilik dibuka. Mael dalam keadaan terhoyong hayang keluar dari bilik sambil memegang dadanya. Terdapat lelehan darah keluar dari hidungnya.
Salina yang ketika itu melihat Mael sedemikian rupa cuba bangun untuk menghulurkan bantuan.
"Arghhhhh! Kau jangan sibuk lahhhhh!!" jerit Mael sambil menolak Salina. Jatuh terduduk Salina akibat tolakan itu.
Mael kemudian mencapai beg kecilnya lalu berjalan menuju ke pintu.
"Abang. Abang nak ke mana pulak tu?" tanya Salina.
Mael berhenti. Dia memandang Salina. Mukanya bertukar menjadi sangat marah ketika ini.
"Abang, sudah-sudah lah abang. Bawa bertaubat. Mengucap abang. Jangan diikut dendam abang tu," kata Salina lagi.
Mael melangkah ke arah Salina.
"Apa kau cakap? Kau cakap sekali lagi. Apa kau cakap tadi??" tanya Mael.
"Saya cakapp...."
Pang!!!!
Belum sempat Salina habiskan kata-kata, satu penampar hinggap di pipi Salina hingga dia tersembam ke lantai.
"Aku dah cakap! Jangan sibuk hal akuu!!!" jerit Mael sambil berkali-kali dia menyepak dan memijak badan Salina.
Salina meringkuk menahan sakit. Tiada apa lagi yang mampu Salina lakukan di kala ini, hanya meraung kesakitan dan meminta maaf.
Selepas itu Mael keluar dari rumahnya dan tidak tahu ke mana arah tujuan.
**********************************
Telefon berdering. Tok Ketua yang sedang lena ketika itu terkejut dengan bunyi deringan. Dicapai telefon yang berdekatan dengannya pada saat itu dan dilihat pada paparan skrin.
'Mak Aji'.
Mak Aji merupakan isteri kepada Imam.
Sempat juga dilihat jam yang ada di paparan skrin tersebut, jam 4.52 pagi.
"Assalamualaikum Mak Aji. Ada apa pagi-pagi ni?" tanya Tok Ketua.
Hajah Mariam yang ketika itu terdengar suara Tok Ketua terjaga sambil menggosok matanya.
"Hah? Inna Lillah Hi Wa Inna Ilaihi Rojiun. Bila?? Baik, baik. Saya ke sana sekarang!" kata Tok Ketua.
"Kenapa bang? Ada apa?" tanya Hajah Mariam.
Tok Ketua diam seketika. Bagai tidak percaya dengan berita yang baru saja dia terima.
"Bang, kenapa?" tanya Hajah Mariam sekali lagi.
"Imam. Meninggal dunia" jawab Tok Ketua.
BERSAMBUNG


KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : HASAD
HASIL KARYA : ANDY SULAIMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hasad.html

PART 14
Tok Ketua diam seketika. Bagai tidak percaya dengan berita yang baru saja dia terima.
"Bang, kenapa?" tanya Hajah Mariam sekali lagi.
"Imam. Meninggal dunia" jawab Tok Ketua.
Hajah Mariam turut terkejut dengan berita itu. Manakan tidak, tak pernah dia dengar atau tahu Imam punya penyakit. Pemergian arwah secara tiba-tiba ini pasti mengejutkan semua.
"Saya pergi rumah Imam dulu. Awak, dah cerah nanti baru pergi ya," kata Tok Ketua. Hajah Mariam hanya mengangguk.
Bercampur baur perasaan Tok Ketua sekarang. Sedih, kerana dia baru sahaja kehilangan rakan baik. Kecewa, kerana malam tadi arwah ada memberitahu di mana Aishah berada dan berjanji akan membantu membawa Aishah pulang.
Tapi pagi ini, Imam telah tiada.
Sampai sahaja di rumah Imam, dilihat beberapa orang penduduk kampung sudah berada di sana. Mak Aji sedang duduk bersimpuh di sisi jenazah. Wajahnya nampak tenang namun di dalam hati, tak siapa yang tahu.
"Arwah selalu bangun jam 3.30 pagi untuk solat sunat. Solat hajat, tahajud. Lepas tu dia tak tidur dah. Dia akan mengaji sampailah ke azan Subuh".
Cerita Mak Aji pada Tok Ketua sejurus Tok Ketua mengucapkan kata takziah dan meminta Mak Aji sabar dan redha dengan apa yang terjadi.
"Saya keluar bilik nak minum. Nampak dia terbaring atas sejadah. Dia kalau solat, memang kat ruang tamu. Saya kejut lah dia, nak suruh bangun tidur dalam bilik. Tak menjawab. Dia pergi.." cerita Mak Aji.
Kali ini air mata Mak Aji bergenang. Jenazah Imam akan dikebumikan sebelum Zuhur. Anak-anak Imam sudah dimaklumkan. Mujur mereka semua tinggal tidak jauh dari sini.
**************************
"Kau nak ke mana?" tanya Mael pada Salina sewaktu dia melihat Salina keluar dari bilik dengan berbaju kurung dan siap bertudung.
"Abang tak tahu ke? Imam dah meninggal pagi tadi, bang. Saya nak ziarah," kata Salina.
Serentak itu, Mael ketawa sambil menepuk-nepuk lantai. Salina terkejut dengan kelakuan Mael. Entah apa kena dengan suaminya ini. Apa yang ada dalam hatinya hingga tergamak ketawa bila mendengar berita kematian Imam.
"Abang ketawa lah puas-puas. Saya pergi dulu ya," kata Salina.
"Kau nak ke mana?" tanya Mael.
"Ke rumah Imam lah bang," jawab Salina.
"Apahal kau bersungguh-sungguh nak pergi? Dia bapak kau ke? Pak cik kau? Abang kau? Tak payah!" bentak Mael.
Salina tercegat di tangga. Kali ini dia betul-betul tak sangka sampai begini sekali hati Mael.
"Abang, yang meninggal itu Imam. Imam kampung kita. Dia dulu yang nikahkan kita. Dia dulu guru mengaji saya. Dia kawan arwah ayah saya, Mak Aji dengan arwah mak saya dah macam adik beradik. Salah ke bang saya pergi tengok arwah buat kali terakhir?"
"Aku peduli apa siapa dia? Imam ke siapa ke, kau pergi pun dia boleh hidup balik ke? Biar dia mampos! Bukan urusan kau!" jerit Mael.
"Abang, bawak mengucap, abang. Apa Imam tu buat kat abang sampai abang marah sangat dengan dia?" balas Salina.
"Apa dia buat tu bukan urusan kau! Sekarang aku ni laki kau. Aku tak izinkan kau pergi! Atau kau nak aku gunakan kaki dengan tangan aku ni baru kau reti nak naik? Masukk!!!" jerit Mael.
Salina terus naik dan berjalan masuk ke dalam bilik tanpa menoleh ke arah Mael. Dia terus merebahkan badan ke katil dan air mata laju mengalir di pipi.
Dia teringat satu persatu penderitaan yang ditanggung selama menjadi isteri Mael.
Bagaimana arwah ibunya dulu terpedaya dengan tipu helah Mael yang kononnya baik dan menantu pilihan, bagaimana arwah ayahnya pula terkena ilmu hitam gara-gara Mael..
...dan yang menanggungnya sekarang adalah dirinya.
******************************
Jenazah Imam akhirnya selamat dikebumikan selepas solat Zuhur. Kematiannya diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Anak-anak Imam sentiasa berada di sisi Mak Aji sepanjang proses pengebumian.
Turut berada di tanah perkuburan itu adalah Amri dan abangnya Saari. Sufian tidak dapat hadir kerana kena keluar bekerja.
"Tok, malam ini lepas tahlil arwah Imam, boleh saya bercakap dengan Tok sekejap?" tanya Saari sewaktu mereka sama-sama berjalan keluar dari tanah perkuburan itu.
"Boleh. Ada apa tu?" tanya Tok Ketua.
"Nanti malam saya bagitahu Tok, saya minta diri dulu Tok," kata Saari kemudian bersalaman dengan Tok Ketua kemudian diikuti adiknya, Amri.
Sudah pasti Saari ingin memberitahu Tok Ketua tentang keberadaan Aishah. Namun bukan sekarang, bukan di tanah perkuburan ini. Jadi haru biru Tok Ketua nanti.
"Kau nak cerita kat Tok Ketua pasal Tok Sidek ke?" tanya Amri sebaik sahaja mereka berdua naik ke rumah.
Saari mengangguk. Kemudian dia berkata,
"Tok mesti kenal Tok Sidek. Aku ni pun kenal Tok Sidek, Tok Ketua lagi lah kenal. Dia dengan arwah ayah sebaya kot. Orang lama dalam kampung ni. Cuma Tok Sidek lebih tua dari diorang," kata Saari.
Amri yang tidak pernah bertemu dengan Tok Sidek sepanjang umurnya cuba membayangkan bagaimana rupa dan fizikal Tok Sidek.
Jika mengikut kata Saari yang Tok Sidek lebih tua dari Tok Ketua dan arwah ayahnya sekarang, bermakna jika ikut kebiasaan usia manusia, Tok Sidek sedah tentu bongkok dan bertongkat sekarang.
Tapi dari mana datang tenaga seorang tua untuk menyelamatkan Aishah sewaktu dikurung di dalam pondok di belakang rumah Mael tempoh hari?
Bagaimana kehidupan dia berpuluh tahun tinggal sendirian di hutan? Dan bagaimana Aishah sekarang tinggal dengan seorang tua di dalam hutan?
Satu persatu persoalan bermain di minda Amri ketika ini.
*************************
Malam menjelma.
Mael bersiap-siap untuk keluar dengan teksinya. Salina pula sedang mengemas meja makan di dapur. Mael ada di rumah atau tiada, tak beza bagi dirinya.
Dia sudah lama tidak mencium tangan Mael apabila Mael ingin keluar bekerja, seperti sesetengah isteri yang lain.
Dahulunya dia pernah cuba untuk buat sedemikian, namun tidak dipedulikan Mael. Sebaliknya Mael memarahinya.
"Kau tak payah nak cium tangan aku. Kau tak layak! Kau ni, bila aku 'nak' sahaja, baru aku perlukan kau. Jadi tak payahlah kau ni berangan jadi isteri solehah dengan aku!"
Kata-kata itu betul terkesan di hati Salina. Sejak itu, dia sudah tidak menghulur tangan kepada Mael lagi.
Bunyi kereta Mael keluar dari perkarangan rumah dan makin lama bunyi itu makin hilang dari pendengaran. Salina yang selesai mengemas bahagian dapur kemudiannya berjalan menuju ke bilik tidur.
Sewaktu melintas di hadapan rumah Imam, Mael memperlahankan teksinya sambil menoleh ke arah rumah Imam.
Dia tersenyum.
"Imam...Imam. Haha! Aku dah kata, jangan masuk campur kerja aku. Tengok, kan dah mampus! Hahahaha!!" ketawa Mael lalu teksinya kembali bergerak laju.
Sampai di satu kawasan, dia melihat seseorang sedang berdiri di hentian bas.
"Ada pun penumpang," kata Mael. Kebiasaannya di waktu malam begini, jarang dia mendapat penumpang di dalam kampung. Untuk dapatkan penumpang, dia harus ke pekan.
Mael memperlahankan teksinya sewaktu dia menghampiri hentian bas itu. Lelaki yang berdiri di hentian bas itu berjubah putih dan hanya menunduk.
"Pak Haji mana pulak ni? Baru balik tahlil rumah imam ke?" bisik Mael sendirian di dalam teksi.
Cermin pintu penumpang hadapan diturunkan,
"Pak Haji, nak pergi pekan ke? Naik lah!" pelawa Mael.
Lelaki berjubah tadi perlahan-lahan mengangkat mukanya.
"Hah??? Im...im...Imam???!"
Terkejut Mael. Dia memecut laju teksinya meninggalkan hentian itu.
Dia baru sahaja melihat Imam, yang disahkan telah meninggal dunia awal pagi tadi. Yang telah selamat dikebumikan siang tadi. Dan majlis tahlil di rumah arwah baru sahaja diadakan saat dia melintas di depan rumah arwah tadi.
"Sial! Terkena aku!" kata Mael lagi.
Dalam kemarahan bercampur berdebar itu, teksinya sampai ke hentian teksi di pekan. Tidak banyak teksi yang ada malam ini. Kebiasaannya akan ada 7 atau 8 teksi di hentian ini tapi malam ini hanya ada 3 buah, termasuk teksinya.
"Baru sahaja dia menarik hand brake, cermin pintu sebelahnya diketuk. Seorang wanita, muda dan cantik tercegat di sebelah pintu keretanya.
"Abang...Kampung Sejahtera boleh? Saya bayar lebih," kata wanita itu.
Mael tanpa berkata-kata, mulut ternganga, terpesona dengan kecantikan wanita itu mengangguk dengan laju. Jika macam ni punya cantik, jangankan bayar 2 kali ganda, percuma pun Mael sanggup.
Enjin teksi dihidupkan. Yang membuat dada Mael berdegup lebih kencang, wanita itu tidak duduk di tempat duduk penumpang belakang. Sebaliknya duduk di sebelahnya.
Bau wangi wanita itu benar-benar membuat Mael terpukau. Sesekali anak matanya menjeling ke arah tubuh badan wanita itu. Berkali-kali dia menelan air liur.
"Abang tengok apa? Hehe.." tiba-tiba wanita itu bersuara.
"Hah? Eh tak..er..tak..."
"Alah malu-malu pulak. Saya tahu abang nak apa. Nak ke? Sebelum sampai ke tempat saya ni, boleh singgah mana-mana," kata wanita itu.
Mael makin menjadi serba tak kena. Memang ini yang dia nak. Memang ini yang dia harapkan. Peluang ini tak harus dilepaskan.
Teksi itu membelok masuk ke satu jalan yang gelap. Memasuki ke kawasan hutan yang tebal.
"Amboi abang, masuk hutan ya? Hehe..." kata wanita itu.
"Abang dah tak tahan..." kata Mael sambil mematikan enjin teksinya. Tergopoh gapah dia menanggalkan butang baju kemeja lengan pendeknya.
"Cepatlah tanggalkan baju tu," kata Mael pada wanita itu.
"Abang keluar dulu," kata wanita itu.
"Hah? Kenapa kena keluar pulak?" tanya Mael.
Wanita itu hanya tersenyum.
"Ok. Keluar pun keluarlah, janji dapat. Jangan lama eh!" kata Mael.
Beberapa saat berada di luar, dirasakan amat lama bagi Mael. Dia membuka pintu kereta dan terus masuk.
"Arggggghhhhhhhhhhh!!!!!!"
Mael menjerit.
Di tempat duduk wanita tadi, bukan lah wanita cantik itu lagi. Tapi seorang nenek tua yang berambut putih panjang, mukanya cengkung bersopak, lidahnya terjelir panjang dan bebola mata kirinya terkeluar.
BERSAMBUNG.


KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : HASAD
HASIL KARYA : ANDY SULAIMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hasad.html

PART 15
Di tempat duduk wanita tadi, bukan lah wanita cantik itu lagi. Tapi seorang nenek tua yang berambut putih panjang, mukanya cengkung bersopak, lidahnya terjelir panjang dan bebola mata kirinya terkeluar.
Mael membuka pintu teksinya dan keluar.
Dia berlari keluar dari belukar itu menuju ke jalan besar. Kemudian dia berhenti seketika. Nafasnya tercungap-cungap.
"Sial. Siapa punya kerja ni? Siapa? Ini, ini bukan kebetulan. Ini ada yang nak kenakan aku ni," kata Mael sendirian.
Nafasnya masih tercungap-cungap, namun dia mula melangkah untuk pulang ke rumah. Balik jalan kaki sahaja nampaknya. Tak berani dia untuk masuk balik ke dalam belukar itu untuk mengambil teksinya.
*******************
"Apa kau nak bagitau aku?" tanya Tok Ketua pada Saari sebaik sahaja selesai majlis tahlil di rumah Imam.
Saari memandang adiknya, Amri. Amri mengangguk tanda bersetuju jika Saari menceritakan tentang Tok Sidek dan Aishah.
"Sebenarnya....sebenarnya...."
"Sebenarnya apa ni? Kenapa kau tiba-tiba resah semac ni Saari?" tanya Tok Ketua bila melihat Saari teragak-agak untuk bercerita.
"Sebenarnya kami tahu Aishah di mana, Tok" pintas Amri apabila melihat agak berat mulut Saari ketika itu
Tok Ketua terdiam. Dia merenung Amri dan Saari. Antara mahu percaya dengan tidak.
"Kat mana anak aku? Macam mana kau tahu dia selamat? Atau selama ini kau tahu segala apa yang terjadi pada anak aku?" tanya Tok Ketua.
Amri dan Saari saling berpandangan. Nampaknya kali ini Saari kena menceritakan tengang Tok Sidek.
"Ahhh. Mengarut lah kau ni Saari. Si Sidek tu sudah berbelas tahun meninggal dunia. Kau mesti tahu cerita tu kan? Dia masuk hutan lepas tu hilang macam tu je. Tak ingat?" kata Tok Ketua bila Saari menceritakan bahawa dia pernah berjumpa Tok Sidek.
"Buat apa saya nak tipu atau reka cerita Tok?" tanya Saari.
"Apa betul ni kau ada jumpa Sidek? Anak aku ada dengan dia?" tanya Tok Ketua lagi.
Amri dan Saari sekali berpandangan. Kemudian Saari melihat Tok Ketua dan mengangguk.
***************************
Pintu rumah dibuka dan dihempas ke dinding sekuatnya. Salina yang baru sahaja lena ketika itu terkejut dan bangun dari katil.
Dia menjengah di luar bilik tidur dan melihat Mael berdiri di tengah rumah sambil mencekak pinggang.
"Aik? Abang dah balik? Tak dengar bunyi kereta abang pun?" tanya Salina.
Mael diam tidak menjawab. Turun naik nafasnya menahan marah. Kejadian yang berlaku di dalam teksinya tadi betul-betul dia tak dapat terima.
Salina keluar dari bilik tidurnya dan berjalan mendekati Mael. Dia ingin tahu apa yang berlaku. Di mana teksi suaminya? Siapa yang membuat suaminya marah.
"Abang dah makan? Nak saya siapkan ma...."
Belum sempat Salina habiskan kata-kata, Mael menarik rambut Salina dan menolaknya hingga dia jatuh tersungkur ke lantai.
"Kau punya kerja ni kan? Kau tak puas hati dengan aku, dendam dengan aku kan?" jerit Mael pada Salina.
"Allah, abaaangg...apa saya dah buat bang? Tak puas hati, dendam? Saya tak faham bangg.." jawab Salina sambil menangis dan terkejut.
"Aaahhh...sudahlah! Kau tak payah nak berlakon lagi lah! Bomoh mana kau minta tolong pedajalkan aku ni??!!" jerit Mael pada Salina.
Makin tercengang Salina. Dia sememangnya tidak faham apa maksud Mael dan tidak tahu menahu apa yang telah terjadi pada Mael sebelum dia pulang ke rumah tadi.
"Ya Allah bang. Bomoh apa ni, bang? Kenapa pulak saya nak kena jumpa bomoh? Saya tak faham bang," jawab Salina dengan lembut.
Sekali lagi Mael mencekak rambut Salina dan Salina yang kesakitan merayu agar Mael menghentikan perbuatannya itu.
"Kau berambus! Pergi masuk bilik kau! Berambussss!!!" jerit Mael sambil sempat menerajang belakang Salina. Hampir sekali lagi tersungkur Salina ketika itu. Berlari lari anak Salina masuk ke biliknya.
Dia terus rebahkan badannya ke katil. Menangis semahunya. Entah bila semua ini akan berakhir.
"Salina..Salina..itulah. Aku dah cakap. Lawan dia. Hapuskan dia!" tiba-tiba kedengaran satu suara wanita di dalam bilik itu. Salina cam suara ini. Dia amat kenal dengan suara ini.
Salina mengangkat mukanya. Terkejut dia di saat ini dia melihat seorang lagi 'Salina' berdiri di satu sudut di dalam bilik itu.
" Lawan dia Salina. Sudah terlanjur dia kata kau menggunakan bomoh, cari bomoh betul-betul. Hapuskan dia secara perlahan-lahan. Biar dia rasa kesakitan! Biar dia rasa macam mana kau rasa selama ini Salina!" kata 'Salina' itu.
Salina terdiam mendengar kata-kata dari 'Salina' itu. Kemduian, dia tersenyum sendirian.
'Bammm!'
Tiba-tiba pintu jendela menghempas ke bingkainya. Angin di luar bertiup kencang. Langsir di jendela itu berkibar-kibar.
'Salina' tadi telah tiada. Ghaib tatkala Salina menoleh ke arah jendela tadi. Salina bangun untuk menutup jendela itu.
Saat dia menarik pintu jendela, dia terlihat sesuatu.
Ada seorang lelaki tua berjubah putih, berserban dan ada sehelai kain di bahu, tercegat di bawah sebatang pokok yang rendang berhampiran dengan bilik tidurnya ini.
Wajah orang itu bercahaya. Salina terpaku melihat orang itu. Angin yang menghembus masuk ke bilik juga membawa wangian yang mengasyikkan. Tidak pernah Salina menghidu bau wangi semerbak sebegini.
Kemudian orang tua berjubah tadi perlahan-lahan berpusing ke belakang dan meninggalkan Salina lalu masuk ke hutan. Salina hanya memerhati sedikit demi sedikit orang tua itu hilang dari pandangan.
Salina pun menyambung menutup jendela itu. Hampir ditutup sepenuhnya, sekali lagi Salina terkejut. Ada satu cahaya putih laju naik dari kawasan hutan terus ke angkasa kemudiannya hilang.
Siapa orang tua tadi? Kenapa wajahnya begitu bercahaya? Kenapa begitu wangi baunya? Dan, cahaya apakah tadi yang laju naik ke langit?
Satu demi satu soalan berlegar di fikiran Salina. Kemudian kemunculan 'Salina' di dalam biliknya tadi juga menimbulkan tanda tanya. Petunjuk apakah ini yang diberikan kepadanya?
*********************
3.43 pagi.
Sunyi sepi. Hanya bunyi cengkerik dan sang kodok sesekali menambah seri dinihari. Keseluruhan penduduk sedang lena dibuai mimpi.
Namun di sini, di rumah Mael, masih ada yang berjaga dan belum dapat melelapkan matanya lagi. Mael.
Resah, serba tak kena. Pusing ke kanan dan ke kiri, terasa tidak selesa. Entah apa kena dengannya ketika ini.
Di waktu ini, di desa suasananya sangat sejuk. Semua yang tidur ketika ini pasti bertemankan selimut. Namun Mael, seperti ada bara api di dalam badannya.
Panas, berpeluh walau telah dibuka seluruh jendela di dalam bilik itu seluasnya, mengharapkan angin kuat membadai supaya dia dapat tidur dengan tenang dan damai.
"Kena mandi ni!" kata Mael lalu bangun tercongok di katilnya. Katil yang hanya dia seorang saja yang tidur. Sudah bertahun dia dan Salina berpisah tempat tidur.
Dia hanya perlukan Salina di tempat tidurnya hanya ketika nafsunya bergelora. Jika tidak, adanya Salina di katilnya dirasakan seperti menyukarkan tidurnya sahaja.
Mael bangun lalu mencapai tualanya yang digantung berhampiran jendela..
..dan di saat dia mencapai tuala itu, dia sempat melihat ke luar melalui jendela terbuka luas itu.
Ada seorang lelaki berjubah sedang berdiri tercegat memandang ke arahnya. Terbeliak mata Mael. Kemudian segera dia mengundur beberapa tapak ke belakang dan duduk di katilnya.
Dada Mael berdegup kencang.
"Betul ke apa yang aku tengok ni? Atau hantu?" kata Mael sendirian.
Perlahan-lahan Mael bangun dari katilnya dan sekali lagi menjengah ke luar.
Lelaki itu masih tercegat di situ. Masih merenung ke arahnya dengan mata yang membulat besar, berwajah bengis sekali.
Mael kembali duduk di katilnya.
"Celaka Tok Sidek! Macam mana dia hidup lagi? Bukan dah lama ke dia mampos?" kata Mael.
Sekali lagi Mael menjengah. Sudah tiada sesiapa. Namun dada Mael masih belum reda debarnya. Masih lagi dia melilau ke sekelilingnya, mencari Tok Sidek.
"Perasaan aku je ni. Perasaan aku je. Tapi, apa maksud Tok Sidek tiba-tiba muncul ni?" fikir Mael.
Serba salah jadinya dia nak ke bilik air. Rasa takut, meremang datang dengan tiba-tiba. Dia masih teringat kejadian malam tadi, di dalam teksinya.
Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki di luar bilik. Rumah kampung, berlantai papan. Lantai yang sudah longgar pakunya, pasti kedengaran bila dipijak lebih-lebih lagi di kala sunyi sebegini.
"Dah bangun agaknya perempuan ni," kata Mael. Dia pasti bunyi tapak kaki itu datangnya dari Salina.
Mael keluar dari bilik tidurnya. Lampu di dapur menyala. Maka benarlah tekaannya, Salina bangun dari tidurnya dan berada di dapur sekarang.
Mael masuk ke dapur. Salina sedang duduk di meja makan dan di tangannya terdapat sebuah gelas berisi air. Mael terus masuk ke bilik air dan mandi.
Selesai mandi, Salina masih berada di situ.
"Buatkan aku kopi!" kata Mael langsung ke biliknya untuk memakai baju. Kemudian dia keluar dari biliknya. Kebetulan pula, Salina juga baru keluar dari bilik sambil menggosok matanya.
"Mana?" tanya Mael.
Salina yang masih mamai, terpinga-pinga dengan soalan Mael.
"Mana apa?" tanya Salina.
"Kopi akulah! Tadi kan aku dah suruh kau buat??!" jerit Mael.
Salina terkejut dan tergamam.
"Abang suruh buat? Tadi? Mana ada abang? Saya tidur. Ni saya tersedar sebab nak ke tandas," jawab Salina.
Mael memerhati dapurnya. Gelap. Siapa yang dia nampak tadi sedang minum air di dapur? Kemudian dia berpatah balik ke bilik tidurnya.
"Apa kena dengan aku ni? Gila ke aku ni? Arghhhh!" kata Mael sendirian. Dia bingung dengan apa yang sedang dialaminya sekarang.
*********************************
Hajah Mariam membuka matanya. Tok Ketua sudah tiada di sebelahnya. Sudah ke surau menunaikan solat Subuh berjemaah.
Dia bangun untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat Subuh. Sebelum itu, dia duduk seketika di katil, mengenangkan anaknya, Aishah.
Entah sampai bilakah Aishah hilang?
Di mana Aishah sekarang?
Bagaimana keadaan dia?
Pihak polis dan lain-lain sudah berhari-hari mencari namun Aishah masih gagal ditemui.
"Apalah nasib kau sekarang, nak. Balik lah, Chah. Mak rindu Chah," rintih Hajah Mariam sendirian.
Dia bangun dari katil dan keluar dari biliknya. Kemudian dia tercegat di hadapan pintu biliknya. Diperhatikan ke bilik tidur Aishah.
"Siapa nyalakan lampu bilik Chah ni? Abang ke?" kata Hajah Mariam.
Tak lain dan tak bukan, mesti Tok Ketua yang hidupkan lampu. Siapa lagi selain mereka berdua. Hajah Mariam ke bilik Aishah untuk padamkan lampu.
Pintu bilik Aishah ditolak,
"Chahhhhh!!!!"
Jerit Hajah Mariam.
BERSAMBUNG


KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : HASAD
HASIL KARYA : ANDY SULAIMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hasad.html

PART 16
Pintu bilik Aishah ditolak,
"Chahhhhh!!!!"
Jerit Hajah Mariam.
Dia segera masuk ke dalam bilik tidur Aishah. Aishah lena tidur. Dia memegang badan Aishah, untuk memastikan ini betul Aishah atau tidak.
Benar, ini Aishah!
Aishah secara tiba-tiba membuka mata. Dia melihat ibunya sedang teresak-esak menangis.
"Mak, kenapa ni?" tanya Aishah sambil bangun dari katilnya.
Hajah Mariam tidak menjawab soalan Aishah sebaliknya dia terus memeluk anaknya itu dengan erat. Berderai air matanya di saat itu.
Aishah masih lagi terpinga-pinga, tidak tahu apa yang berlaku.
"Syukurlah kamu dah balik, nak. Kamu ke mana Chah? Duduk kat mana? Dengan siapa?" tanya Hajah Mariam dalam sedu sedan.
Aishah seperti berusaha untuk mengingati sesuatu namun tidak berjaya. Dia merenung wajah Hajah Mariam dengan penuh rasa aneh.
"Assalamualaikum..."
Kedengaran suara Tok Ketua sejurus dia masuk ke dalam rumah. Hajah Mariam, sebaik sahaja dia mendengar suara suaminya itu, laju dia bergegas keluar dari bilik.
"Bang! Chah bang! Chah dah balik!" jerit Hajah Mariam, kegembiraan.
Tok Ketua tercegat, teragak-agak antara boleh dipercayai atau tidak kata-kata isterinya itu. Risau sekali lagi dia terpedaya, risau sekali lagi juga isterinya itu kecewa.
"Bang, awak dengar ke tak ni?" tanya Hajah Mariam.
"Ya, ya. Saya dengar..." kata Tok Ketua.
"Ayah..." tiba-tiba Aishah muncul di muka pintu biliknya.
Terbeliak mata Tok Ketua ketika itu. Benar lah, anaknya sudah pulang! Lalu dia di situ juga terus bersujud, tanda syukur kepada Tuhan.
Kemudian dia segera bangun mendapatkan Aishah. Hajah Mariam mengekori di belakang.
"Chah, Chah pergi mana?" tanya Tok Ketua.
Aishah kebingungan. Dia seperti seorang yang baru terjaga dari lena yang panjang. Langsung tidak mengingati apa-apa.
"Abang, kasi Chah rehat dulu. Jangan paksa dia," kata Hajah Mariam perlahan di telinga Tok Ketua. Tok Ketua akur.
Maka riuh lah kampung itu dengan berita kepulangan Aishah. Tidak berhenti jiran tetangga dan penduduk kampung datang menjengah Aishah sepanjang hari.
Namun Aishah, masih gagal mengingati apa yang terjadi, ke mana hilangnya dia selama beberapa hari ini.
*********************
"Bang, kau dah tahu ke Aishah dah balik?" tanya Amri kepada abangnya, Saari saat dia baru sahaja sampai di rumah sekembalinya dari tempat kerjanya.
"Dah," ringkas jawapan Saari.
"Heboh kat tempat kerja aku. Ada yang kata disorok dek bunian lah, kena sorok dek hantu, lari ikut boyfriend. Macam-macam" sambung Amri lagi.
Saari masih berdiam diri. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya ketika itu.
"Tapi aku pelik lah bang. Kalau kata Tok Sidek tu lah yang hantar Aishah balik, bila dia hantar? Lepas tu aku dengar cerita orang kampung, Aishah langsung tak ingat apa jadi kat dia bang. Bukan main handal lagi Tok Sidek ni kan?" kata Amri lagi.
Saari tidak bersuara. Dia hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
"Eh, kau kenapa bang? Aku tengok kau dari tadi senyap sahaja? Ada apa-apa masalah ke?" soal Amri.
"Aku fikirkan Salina ni," jawab Saari.
"Salina? Kau jangan bang. Isteri orang tu. Jangan buat pasal," larang Amri pada abangnya.
"Iya aku tahu tu. Cuma, tadi....Yati ke kedai. Dia ada terserempak dan berbual panjang dengan Salina," kata Saari.
"Dah tu? Apa masalahnya?" laju Amri memintas.
"Rupanya teruk dia kena belasah dengan Mael selama ni. Dia siap tunjuk lagi parut kat lengan, kat betis dia akibat dipukul si Mael. Gila betul," kata Saari.
Amri diam seketika. Kemudian dia berkata,
"Jadi apa tindakan kau? Apa yang kau nak buat?"
"Itu yang aku tengah fikir ni. Kau tau kan, Salina tu dah macam adik beradik kita. Arwah mak sayang betul kat dia. Dulu masa dia kecil, selalu arwah mak jaga dia kat sini," kata Saari.
Kali ini, Amri pula berdiam diri. Dia mengimbau kembali kenangan lama dan dalam pada masa yang sama memikirkan bagaimana untuk membantu Salina.
"Itu hal pertama. Ada satu lagi hal ni," kata Saari.
"Apa lagi?" balas Amri.
"Ada orang kampung nampak si Salina ni pergi ke rumah Wak Jono, dukun kampung sebelah," kata Saari.
"Wak Jono?" tanya Amri.
"Wak Jono. Alah yang dulu tu kecoh boleh rawat orang sakit, boleh jumpa balik kalau barang atau orang hilang tup tup kantoi dia ada membela. Yang mencuri, yang sorokkan orang tu kerja belaan dia lepas tu dia macam ada sakti sangat lah boleh jumpa balik barang atau orang hilang ni, kau tak ingat?" panjang lebar Saari cuba bercerita supaya Amri ingat siapa Wak Jono.
"Ohhh...Wak Jono tu. Ada lagi dia ya? Ingatkan dah balik Indonesia dah. Tapi buat apa Salina ke sana? Eh kejap!" kata Amri.
Saari tersenyum dan mengangguk seperti dia dapat mengagak apa yang ingin dierkatakan oleh Amri.
"Jadi maksud kau, Salina ke rumah Wak Jono minta bantuan dukun tu untuk lawan Mael? Macam tu?" teka Amri.
"Aku harap berita ni tak benar lah. Kalau tak, makin jauh terpesong dah Salina ni. Kita kena bantu 'bawa balik' dia," jawab Saari.
*********************************
"Chah, Chah masih tak ingat ke Chah ke mana beberapa hari hilang?" lembut suara Hajah Mariam bertanya pada anaknya, Aishah.
Aishah menggelengkan kepala. Tok Ketua menghela nafas yang panjang sambil saling berpandangan dengan isterinya itu.
"Mungkin ada betul apa kata Saari," kata Tok Ketua.
"Saari? Dia kata apa bang? Apa yang betulnya?" tanya Hajah Mariam.
"Sidek yang sorokkan Aishah selama ni," kata Tok Ketua.
"Sidek? Sidek mana pulak ni bang?" Hajah Mariam keliru.
"Sidek. Tok Sidek. Awak tak ingat,Yam?" soal Tok Ketua.
"Sidek..Tok Sidek...ermmm..ohhh Tok Sidek yang dah mening....ishh! Mengarut lah bang. Saya tak percayalah. Si Sidek tu dah bertahun-tahun mati bang," kata Hajah Mariam mematahkan kenyataan Tok Ketua.
"Saya pada mulanya pun tak percaya juga. Tapi tengok dari keadaan Aishah ni, tak mustahil. Sidek ni kan tinggi ilmunya. Bukan calang-calang orang," balas Tok Ketua
"Tapi kalau betul Sidek masih hidup, ke mana dia selama ni, bang? Lepas tu kenapa nak sorokkan anak kita? Kita pernah bermusuh dengan dia ke dulu?"
Tok Ketua menggelengkan kepala, sebagai jawapan kepada soalan Hajah Mariam tadi.
"Tak apalah bang, mana-mana pun. Yang penting Chah dah selamat balik ke rumah ni. Ke mana dia selama ini, dengan siapa dia tinggal, macam mana Chah boleh balik tu, kita ambil masa sikit. Jangan paksa dia sangat," kata Hajah Mariam.
*********************************
Perlahan-lahan Mael masuk ke dalam belukar, tempat di mana dia tinggalkan teksinya semalam. Kepalanya sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Risau diperhatikan oleh sesiapa. Nanti jadi buah mulut orang pula tentang keberadaan teksinya itu di sini.
Bila dirasakan keadaan semuanya baik, cepat-cepat Mael berjalan ke arah teksinya. Sampai sahaja di situ, Mael menyeluk poket seluarnya untuk mencari kunci kereta.
Sedang dia berusaha mencari kunci keretanya itu, tiba-tiba,
'Pap!'
Bahunya ditepuk seseorang dari belakang. Laju Mael menoleh ke belakang.
"Kau rupanya Saari. Kau buat apa kat sini?" tanya Mael.
"Apa aku buat kat sini, tak perlulah kau tahu. Cuma aku ada pesanan, atau boleh aku anggap amaran untuk kau. Sudah-sudahlah jadi bacul Mael. Cukup-cukuplah pukul wanita," kata Saari.
Mael memberi reaksi wajah seolah dia tidak faham apa yang diperkatakan oleh Saari. Berkerut wajahnya.
"Pukul wanita? Apa maksud kau ni?" soal Mael pula.
"Kau tak payahlah buat-buat tak faham Mael. Tak payah!" bentak Saari.
Mael tersenyum. Kemudian dia ketawa sambil menepuk tangannya.
"Wahhh...hero sudah datang. Rupanya bini aku mengadu kat kau ya? Haha! Eh bodoh! Kau dengar sini ya! Itu, bini aku! Bini aku! Jadi apa aku buat kat dia, aku pukul ke, aku bunuh dia ke lepas ni, itu tak ada kena mengena dengan kau tahu tak? Itu bini aku!" kata Mael. Agak tinggi suaranya ketika ini.
Saari mula hilang sabar. Dicekaknya kolar baju Mael sambil dia menolak badan Mael ke teksi,
"Engkau, aku tahu lepas ni kau pukul Salina, kau seksa dia, kau akan berhadapan dengan aku, kau ingat tu! Aku!" kata Saari lalu melepaskan kolar baju Mael dan terus berjalan meninggalkan Mael sendirian.
"Hehehehe..."
"Haha! Hahahaha! Hahahah!!!"
Makin besar ketawa Mael. Sambil membuka pintu kereta, ketawanya masih tidak berehenti. Sehinggalah dia duduk di tempat duduk pemandu, ketawanya secara tiba-tiba berhenti.
Wajahnya bertukar bengis. Menggigi gigil kepalanya menahan geram, rasa amarah dan berdendam.
"Sudah pandai mengadu kau ya? Tunggu kau!" kata Mael. Tambah dia lagi,
"Dan kau Saari, berani kau ugut aku ya? Berani kau. Okay tak apa. Kau beum kenal siapa aku!" kata Mael.
Sampai saja di rumah, Mael menendang pintu rumahnya dan menjerit-jerit memanggil Salina, seperti sedang kerasukan.
"Hoi sial! Mana kau! Sini!!!!" jerit Mael.
"Bang, kenapa ni? Apa salah yang saya buat pulak kali ni abang?" terketar-ketar suara Salina, ketakutan apabila melihat Mael sebengis itu.
"Apa salah kau tanya aku? Hah?? Apa salah kau??!!!" jerit Mael sambil menghayun tangan kanannya ke muka Salina.
Namun, seperti ada sesuatu yang melindungi Salina. Tangan Mael gagal menyentuh wajah Salina dan Mael pula yang terpelanting ke tepi dinding!
Salina tetap berdiri terpacak di situ dan,
tersenyum memandang Mael.
BERSAMBUNG


KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : HASAD
HASIL KARYA : ANDY SULAIMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hasad.html

PART 17
Namun, seperti ada sesuatu yang melindungi Salina. Tangan Mael gagal menyentuh wajah Salina dan Mael pula yang terpelanting ke tepi dinding!
Salina tetap berdiri terpacak di situ dan,
tersenyum memandang Mael.
Mael sekali lagi bangun dan cuba untuk menerkam Salina. Dan sekali lagi dia terpelanting ke dinding. Seperti ada satu kuasa yang melindungi Salina ketika itu.
Salina walau dalam tersenyum melihat Mael jatuh itu di dalam hatinya berdebar laju. Dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku. Kenapa Mael tidak dapat menyentuhnya? Kuasa apa yang sedang mengepungnya.
"Wahhh dah pandai melawan kau ya? Hahah! Okay, tak apa. Kau tunggu. Tunggu!" jerit Mael lantas dia keluar dari rumahnya dan tidak pasti dia pergi ke mana.
Salina yang ketika dipanggil tadi sedang melakukan kerja-kerja di dapur, kembali semula ke dapur. Dia mencapai satu cerek dan mengisi air.
"Banyak doa kepada Allah. Jangan duakanNya"
Salina pantas menoleh belakang dengan pantas apabila terdengar suara seseorang di belakangnya. Dia begitu terperanjat ketika itu.
Terbeliak matanya ketika ini tatkala melihat Tok Sidek tercegat berdiri bersebalahan meja makan di dapur itu. Apa betul Tok Sidek di hadapannya sekarang?
Bukankah Tok Sidek sudah lama meninggal dunia?
Jika masih hidup, ke mana dia selama ini?
Bagaimana Tok Sidek boleh ada di dalam rumahnya ini?
Bila dia masuk?
Soalan demi soalan bertandang di fikiran Salina. Dia betul-betul terpana dengan kehadiran Tok Sidek, bapa saudara Mael itu. Tok Sidek merupakan abang kepada arwah ayah Mael.
Bunyi air paip yang melimpah dari cerek mengejutkan Salina dari tergamamnya seketika tadi. Dia menutup paip sinki dan apabila menoleh semula ke meja makan itu, Tok Sidek sudah tiada di situ.
Ke mana hilangnya Tok Sidek?
***********************************
Tok Ketua dan Hajah Mariam sedang berusaha untuk membantu Aishah mengingati apa yang terjadi selama ini. Aishah banyak berdiam diri sejak kejadian itu.
Ini yang merisaukan Tok Ketua dan Hajah Mariam kerana tidak lama lagi Aishah akan habis cuti semester dan akan pulang semula ke kampusnya. Risau perkara ini akan menjejaskan pembelajaran Aishah nanti.
"Chah masih tak ingat ke?" tanya Tok Ketua.
Aishah menggelengkan kepala.
Dia sendiri puas mengingati apa yang terjadi namun dia hanya mampu ingat saat dia meminta izin ibunya untuk keluar bersiar-siar mengelilingi kampung. Selepas itu, dia sudah lupa apa yang berlaku.
"Cuba Chah ingat betul-betul...." Hajah Mariam pula mencuba.
Hasilnya tetap sama. Chah gagal mengingati apa yang terjadi.
Tiba-tiba telefon bimbit Tok Ketua berdering. Tok Ketua mengeluarkan telefon itu dari poket baju kemejanya dan menjawab panggilan itu.
"Hello. Hah, Mansor. Ada apa? Hah??? Inna Lillah Hi Wa Inna Ilaihi Rojiun! Bila? Habis sekarang kat mana? Oh okay okay. Aku tunggu sini saja," kata Tok Ketua dan panggilan itu terhenti setakat itu sahaja.
"Kenapa bang?" tanya Hajah Mariam.
"Suzie, adik Mansor. Meninggal waktu bersalin. Anak dalam kandungannya pun meninggal," kata Tok Ketua sambil tunduk merenung lantai.
"Allah Hu Akbar. Kesiannya. Habis, Asrul dah tahu ke belum? Dia di Sabah sekarang. Kena jaga sempadan kat sana. Mesti dia sedih sangat-sangat bang," kata Hajah Mariam.
Asrul, suami Suzie seorang tentera dan kini berkhidmat di Sabah. Entah bagaimana Asrul apabila mendapat perkhabaran ini.
"Habis jenazah dua beranak tu kat mana sekarang bang?" tanya Hajah Mariam lagi. Aishah diam membisu mendengar perbualan ibu dan ayahnya
"Di hospital lagi. Tapi sedang diuruskan untuk bawa balik dah tu. Lepas Maghrib kebumi," kata Tok Ketua.
**********************************
"Sufian mana? Kerja?" tanya Saari waktu Yati dan anaknya datang ke rumah ini.
Yati sudah pulang ke rumahnya selepas berminggu-minggu duduk di rumah arwah ayah dan ibu, yang sekarang diduduki oleh abang dan adik lelakinya.
"Kerja bang, malam balik," kata Yati.
"Ohh..kau masak kat sini jelah. Bagitahu Sufian, balik singgah makan sini. Lepas tu korang balik lah. Kau masak kat sini, aku dengan Amri pun boleh makan sekali," kata Saari pada adiknya.
"Ada apa kat dapur?" tanya Yati.
"Aku ada beli ikan, ayam sikit. Cukup lah kita berempat. Kubis, sawi pun ada. Kau masak jelah apa-apa," kata Saari.
"Hmm iyalah," jawab Yati.
"Hah Mak Nab, nak ke mana tu?" pekik Saari sewaktu dia ternampak Mak Nab, salah seorang penduduk kampung berjalan kaki di tepi jalan besar.
"Nak ke rumah Mansor. Kamu dua beradik belum tahu ke?" tanya Mak Nab.
"Kenapa Mak Nab? Suzie dah bersalin ke? Alhamdulillah. Berapa kilo anak dia Mak Nab?" tanya Yati.
Mak Nab diam seketika. Dia memandang Yati, kemudian memandang Saari. Saari dan Yati kemudian saling memandang sesama sendiri.
"Suzie dan anak dia...meninggal, Yati, Saari," perlahan tutur kata Mak Nab ketika ini.
Yati seolah tertampar dengan berita itu. Saari masih dalam keadaan tenang namun sedikit membulat matanya waktu dia mendengar kata-kata Mak Nab.
"Jenazah dah ada kat sini ke?" tanya Yati. Dia agak sedih memandangkan Suzie adalah rakan satu sekolahnya dulu.
"Belum, tapi kata Mansor, kebumi lepas Maghrib. Eh, aku jalan dulu ya," kata Mak Nab seterusnya dia meneruskan langkah ke rumah Mansor.
************************************"
Suasana agak pilu di kawasan rumah Mansor. Penduduk kampung kelihatan mula datang ke rumahnya.
Satu batang kayu yang berikat dengan secebis kain putih dipacak di simpang masuk ke kawasan rumah, menandakan di rumah itu ada kematian.
Imam Razak, imam baru yang menggantikan arwah Imam yang meninggal dunia tempoh hari turut kelihatan berada di situ.
"Sudah dalam perjalanan balik ke rumah, kan?" tanya Imam Razak pada Kamsiah, isteri Mansor.
"Dah. Kata Abang Mansor, dalam 20 minit lagi sampailah," jawab Kamsiah.
"Elok lah. Kalau boleh, insya Allah selepas Maghrib kita kebumikan lah. Tak elok dilambat-lambatkan. Tapi si Asrul tu bagaimana?" tanya Imam Razak.
"Asrul dah balik sini awal dah. Masa arwah Suzie sakit nak bersalin, Asrul ada dengan arwah. Ni dia ada sekali lah ni dengan jenazah isteri dan anak dia balik ke sini sekejap lagi," terang Kamsiah.
"Ohh jadinya dia dah ada sini lah. Alhamdulillah. Harap kita boleh segerakan pengebumian," kata Imam Razak.
Liang lahad juga sedang digali. Jenazah Suzie dan anaknya itu akan dikebumikan di dalam satu liang lahad.
Setelah hampir 20 minit, sebuah van jenazah dilihat memasuki perkarangan rumah Mansor. Penduduk kampung mula merapati van tersebut.
Saat pintu van itu dibuka, Asrul orang pertama yang melangkah turun. Bengkak matanya ketika itu. Hidungnya kemerahan, terlihat sisa-sisa air mata di tepi matanya.
Siapa yang tak akan merasa sedih jika isteri serta anak pertama yang dinanti-nanti akhirnya terlebih dahulu pergi mengadap Illahi.
Dan akhirnya, selepas Maghrib, jenazah 2 beranak ini selamat dikebumikan.
*********************************
"Mana?" tanya Kassim, rakan teksi Mael. Kassim antara pemandu teksi yang masih bertahan di pekan itu.
"Balik lah. Bosan lah malam ni. Sekor pun tak ada!" kata Mael langsung menghidupkan enjin teksinya dan bergerak pulang.
Dia serba salah sebenarnya, teragak-agak untuk pulang ke rumah mengenangkan kejadian siang tadi. Dia masih memikirkan, apa yang melindungi Salina ketika itu.
Siapa yang membantu Salina atau Salina telah meminta bantuan siapa untuk melindungi dirinya?
"Tak boleh jadi ni. Akhirnya aku kena 'buka' juga apa yang aku ada. Dah lama aku simpan, tak nak bawa keluar, aku kurung lama dah benda ni. Nampaknya Salina mencabar aku!" kata Mael sendirian.
'Sreeeeeettttttt!!!!!'
Mael menekan brek teksinya dengan tiba-tiba, secara mengejut. Ada seorang lelaki tua berjubah, menunduk dan berdiri betul-betul di hadapan teksinya ketika itu. Mael hampir-hampir melanggar orang tua itu.
"Sial betul lah! Nak mampos ke orang tua ni?" jerit Mael dari dalam teksinya. Dia menekan hon berkali-kali namun orang tua berjubah itu tidak berganjak.
Kemudian, orang tua itu perlahan-lahan mengangkat mukanya. Sedikit demi sedikit. Ditambah pula dengan nyalaan lampu teksi Mael yang memancar tepat ke arah dada dan muka lelaki tua itu.
Apabila telah diangkat kesemuanya, Mael mula sedar bahawa lelaki berjubah ini bukanlah manusia. Lelaki tua itu mengangkat wajahnya namun wajahnya kosong. Tiada mata, hidung dan mulut!
Kemudian, lelaki itu dilihat sedikit terapung dah akhirnya terapung di udara. Didepakan tangannya dan kelihatan seperti ada akar-akar berselirat keluar dari bawah lengan lelaki tua itu.
Kepalanya berpusing 360 darjah. Badannya semakin mengembang hingga Mael tidak nampak apa-apa lagi di belakang lelaki berjubah itu.
Kini seperti seekor burung yang amat besar, lelaki berjubah itu mula terbang seperti ingin menerkam Mael.
Mael menjerit sekuat hatinya di dalam teksi itu.
"Woi! Mael! Woihhh! Apa benda kau ni? Terjerit-jerit!" pekik Kassim pada Mael sewaktu Mael yang terlelap di dalam teksinya menjerit-jerit mengigau.
Mael tersentak dan membuka matanya.
"Celaka, aku mimpi rupanya," kata Mael yang masih naik turun nafasnya ketika itu.
Dia kemudian menghidupkan enjin teksinya.
"Mana?" tanya Kassim, rakan teksi Mael. Kassim antara pemandu teksi yang masih bertahan di pekan itu.
"Balik lah. Aku tak ada mood!" kata Mael langsung menghidupkan enjin teksinya dan bergerak pulang.
Dia serba salah sebenarnya, teragak-agak untuk pulang ke rumah mengenangkan kejadian siang tadi. Dia masih memikirkan, apa yang melindungi Salina ketika itu.
Siapa yang membantu Salina atau Salina telah meminta bantuan siapa untuk melindungi dirinya?
"Tak boleh jadi ni. Akhirnya aku kena 'buka' juga apa yang aku ada. Dah lama aku simpan, tak nak bawa keluar, aku kurung lama dah benda ni. Nampaknya Salina mencabar aku!" kata Mael sendirian.
Mael tiba-tiba memperlahankan pemanduannya. Dilihat ke kawasan perkuburan. Terlihat ada beberapa penduduk kampung ada di dalam kawasan kubur itu.
Mael memandu ke hadapan sedikit dan menghampiri seorang penduduk kampung yang berjalan di kaki lima jalan itu,
"Siapa meninggal?" tanya Mael pada penduduk itu.
"Suzie, meninggal masa bersalin," jawab penduduk itu.
"Suzie? Habis anak dia?" tanya Mael lagi.
"Meninggal juga. Kebumi satu liang tadi," jawab penduduk kampung itu lagi.
Mael meneruskan pemanduannya kemudian dalam 300 meter dari kawasan perkuburan, dia memberhentikan teksinya.
***************************
Tok Ketua membuka pintu rumah kemudian menutup kembali. Dia mengunci pintu rumah untuk ke surau, menunaikan solat Subuh berjemaah.
"Tok! Assalamualaikum Tok!"
Tok Ketua berpaling ke belakang, ke arah tangga rumahnya.
"Hah, Bidin. Apahal pagi-pagi buta ni? Kamu bertugas ke malam tadi?" tanya Tok Ketua pada Bidin.
Bidin antara penduduk kampung yang bergilir menjaga kampung di waktu malam. Anjuran belia di kampung tersebut.
"Saya jaga malam tadi Tok! Tok, kubur Suzie berlubang. Macam kesan kena korek!" kata Bidin.
BERSAMBUNG


KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : HASAD
HASIL KARYA : ANDY SULAIMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hasad.html

PART 18
Tok Ketua tergamam. Dia seperti tidak percaya apa yang dikatakan Bidin.
"Betul ke ni Bidin? Kamu jangan main-main," kata Tok Ketua.
"Ya Allah Tok, saya nak reka cerita, saya dapat apa Tok? Buat apa saya nak menggelabah datang ke rumah Tok pagi-pagi buta ni kalau tak betul?" soal Bidin.
Geram dia bila Tok Ketua seperti tak percaya kata-katanya.
Tok Ketua menilik jam di tangan. Masih berbaki 15 minit sebelum azan Subuh berkumandang. Sempat lagi kalau dia nak ke kubur ni. Untuk mengesahkan kata-kata Bidin.
"Hah, jom kita ke kubur!" kata Tok Ketua.
Dalam perjalanan ke kubur, Bidin menceritakan apa yang telah dia saksikan di kubur,
"Saya tengah meronda Tok. Saya nampak ada kelibat orang kat kubur arwah Suzie. Saya jerit tanya buat apa dari luar pagar kubur sambil suluh ke arah orang tu. Berdesup dia lari Tok. Saya tak cam siapa," cerita Bidin.
"Habis dia sempat ambil apa-apa tak?" soal Tok Ketua.
Bidin gelengkan kepala. Dalam duduk bercerita itu, kedua mereka selamat tiba di tanah perkuburan.
"Ha Tok tengok ni. Tengok," kata Bidin sambil menghala cahaya lampu picitnya sebaik sahaja mereka sampai di kubur arwah Suzie.
Memang sah ada kesan korekan di kubur itu. Tok Ketua menghela nafas panjang sambil menggeleng kepala. Entah siapa punya kerja ini agaknya.
"Ini kalau saya tak nampak tadi, boleh sampai ke mayat Suzie ni Tok!" kata Bidin lagi.
Tiba-tiba kedengaran azan Subuh berkumandang dari surau kampung.
"Tak apa, selepas sembahyang, aku minta 2,3 orang datang sini. Mari, ke pergi surau dulu," kata Tok Ketua pada Bidin.
"Errr...Tak apa Tok. Tok jalan dulu..." jawab Bidin tersipu-sipu.
"Huh!" kata Tok Ketua lalu berjalan meninggalkan kawasan perkuburan dan menuju ke surau.
*********************************
Maka gemparlah sekampung pada hari itu dengan cerita kubur arwah Suzie dikorek orang. Tok Ketua berusaha sedayanya memesan pada orang yang berada di surau waktu solat Subuh tadi supaya cerita itu tidak dihebohkan.
Namun mulut Bidin dan mulut beberapa jemaah lain yang ada di surau pada waktu Subuh tadi tidak berjaya ditutup.
Ramai orang kampung seawal pagi, sebaik cahaya mentari menyuluh bumi berpusu datang ke kubur untuk melihat kubur arwah Suzie yang dikorek itu dengan mata kepala sendiri.
Berbagai versi cerita mula bertebaran. Berbagai andaian, rekaan, tohmahan dilemparkan. Jika didengari suami arwah Suzie atau ahli keluarga arwah ini, pasti akan mengguriskan hati.
"Jangan buat cerita. Kita tak tahu apa sebenarnya yang terjadi," larang Saari pada kedua adiknya Yati dan Amri yang rancak membicarakan hal kubur arwah Suzie.
"Aku dengar orang kampung cerita je bang," kata Yati.
"Itu yang bahaya tu. Kau dengar sejengkal, kau cerita pada orang lain, tambah sana sikit sini sikit buat sedap cerita, jadi sehasta. Orang lain pula tambah lagi, jadi sedepa. Kalau tak benar, sejengkal, sehasta, sedepa, semua jadi fitnah. Habis semua," kata Saari lagi.
Yati dan Amri diam mendengar kata-kata abangnya itu. Ada benarnya juga kata Saari. Tidak tahu angkara siapa, apa puncanya, apa tujuannya kubur itu dilakukan sedemikian rupa.
"Salina macam mana bang?" tiba-tiba Amri bertanya.
Yati kerutkan muka. Tidak faham apa maksud soalan Amri. Apatah lagi si Salina itu isteri orang. Isteri Mael. Apa yang disibukkan oleh abang dan adiknya itu.
"Aku belum ada jawapan. Belum ada cara bagaimana nak bantu dia," jawab Saari bersahaja.
"Korang nak bantu apa ni? Nak buat apa? Kenapa Salina?" tanya Yati. Dia langsung tidak faham dan tidak tahu apa perancangan Amri dan Saari.
Amri menceritakan keadaan Salina. Tentang apa yang Salina luahkan pada Saari. Nyata Salina terseksa selama menjadi isteri Mael.
Salina perlukan bantuan namun, status Salina sebagai seorang isteri yang masih mempunyai suami, sudah pasti tidak banyak yang Amri dan Saari mampu lakukan.
"Korang jangan bukan-bukan, kena ingat si Salina tu bini orang. Tersalah buat, orang akan kata korang yang buat rumahtangga dia dan Mael hancur," pesan Yati pada kedua orang beradiknya itu dan perbualan itu tamat di situ sahaja.
***************************************
"Kau dapat dari mana?" tiba-tiba terpacul soalan dari Mael pada Salina sewaktu Salina sedang tekun melipat kain baju yang masih membahang disimbah cahaya mentari.
Salina diam. Sama ada dia tidak mendengar atau dia tidak mengerti apa yang ditanya Mael.
"Hoi! Kau pekak ke apa?? Aku tanya ni, mana kau dapat???!!" jerit Mael sambil menampar dinding berhampiran.
Jeritan dan tamparan itu membuatkan Salina tersentak. Nyata lah dia tidak mendengar soalan Mael yang pertama kali tadi.
"Dapat? Dapat apa abang?" soal Salina dengan riak wajah keliru.
"Buat-buat tanya pulak kau ya. Kau minta tolong siapa nak jahanamkan aku ni?" tanya Mael.
Salina terdiam sekejap. Dia memikirkan apa maksud soalan Mael dan apa jawapan yang harus diberikan. Mengenali suaminya seorang yang panas baran dan kaki pukul, setiap jawapan yang bakal keluar harus difikir tutur kata dan ayat juga harus disusun sebaiknya.
Silap jawab, badan sendiri akan menjadi mangsa. Salah kata, hati sendiri juga yang akan patah merana.
"Maaf bang, saya tak faham apa maksud abang. Saya tak tahu ni, saya minta bantuan apa?" tanya Salina.
Belum sempat Salina menghela nafas selepas berkata-kata, Mael dengan penuh rasa marah laju berjalan dan mahu menerkam Salina.
Salina sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal terjadi. Badannya sudah lali dipukul, dibelasah sehingga lebam, luka dari kepala hingga ke kaki.
Datanglah, dia takkan lari. Jika dia lari, Mael akan mengejarnya dan akan dibelasah lebih teruk lagi. Datanglah, dia tak akan melawan. Bukan kudratnya untuk melawan seorang lelaki yang berbadan agak sasa dan ada 'ilmu' salah yang sudah tertusuk di dalam badan.
Namun, nasibnya berubah. Berbaki beberapa tapak sahaja lagi Mael dengan Salina, Mael berhenti. Kakinya seperti berat, tidak mampu diangkat. Berkali-kali dia cuba mengangkat untuk maju ke depan, tapi gagal.
Seperti ada batu besar yang diikat di kaki, dia tidak dapat teruskan perjalanan. Anehnya, untuk dia undur beberapa tapak ke belakang, kakinya terasa ringan pula.
Benar lah Salina kini di'lindungi'. Cuma tidak tahu siapa yang lindungi dan dari mana datangnya semua ini.
"Huhuu...huhuuu...kebal kau sekarang ya..Handal kau ya! Kau tunggu. Tunggu! Kau bukan tak kenal aku macam mana kan? Eh, ini Mael lah. Belum pernah aku kalah dengan sesiapa. Tak dapat cara elok, iblis pun aku sanggup jadikan kawan supaya aku dapat apa aku nak! Kau tunggu!" kata Mael lalu melangkah keluar dari rumahnya.
Salina masih terpinga-pinga. Dia sedar seperti ada sesuatu yang melindungi dirinya sekarang namun dia sejujurnya tidak tahu dari mana datangnya semua itu.
Tetapi, jauh di dalam hatinya dia bersyukur juga. Sekurang-kurangnya dia tidak lagi dipukul Mael dan Mael juga perlu berfikir tiga empat kali sebelum berbuat sesuatu pada dirinya.
*************************************
"Lepas Isyak nanti ke rumah Mansor. Ada tahlil," kata Tok Ketua sebelum dia keluar dari rumah untuk solat.
Hajah Mariam hanya mengangguk. Kemudian dia menutup pintu utama dan berjalan menuju ke bilik untuk menunaikan solat Maghrib.
"Mak, Tok Sidek mak kenal tak?"
Tiba-tiba Aishah keluar dari biliknya dan menanyakan soalan itu pada Hajah Mariam. Agak terperanjat Hajah Mariam setelah disergah Aishah sebegitu.
"Mak kenal tapi dah lama mak tak jumpa dia. Bukan dia dah meninggal dunia ke?" tanya Hajah Mariam.
Aishah menggelengkan kepala. Anak matanya kelihatan meliar ke segenap ruang di dalam rumah. Hajah Mariam yang perasan dengan pergerakan anak mata Aishah ketika itu juga turut melihat ke sekelilingnya.
"Kenapa Chah tanya macam tu?" tanya Hajah Mariam lagi. Dia merasakan ingatan Aishah kembali pulih. Ini peluang baik untuk dia ketahui di mana Aishah berada selama dia hilang berhari-hari.
"Dia jahat mak! Dia jahat!" kata Aishah dengan kuatnya.
Hajah Mariam sedikit tergamam. Dia tidak memahami apa maksud Aishah. Apa yang telah Tok Sidek lakukan pada Aishah?
"Jahat? Dia buat apa kat Chah? Dia sorok Chah kat mana selama ni? Cakap kat mak Chah," desak Hajah Mariam setelah Aishah seperti ingin memulakan cerita.
"Mak..."
Hajah Mariam menoleh ke belakang, ke arah dapur.
"Mak berbual dengan siapa tu? Chah kat sini"
Terbeliak biji mata Hajah Mariam ketika ini. Aishah berdiri di dapur, muka dan lengannya basah, dia baru selesai mengambil wuduk.
"Eh bukan ke tadi Chah...."
"Cepatlah mak, ambil wuduk. Kita solat Maghrib sama-sama," pintas Aishah yang berjalan menghampirinya dan masuk ke bilik.
Hajah Mariam kebingungan.
******************************
Selesai tahlil arwah di rumah Mansor, beberapa penduduk kampung mula beransur pulang, termasuk Saari.
Dia sendirian pada malam ini kerana Amri bertugas shif malam. Jika tidak sudah pasti Amri juga akan hadir ke majlis ini malam ini.
Melalui serumpun buluh yang berada di bahu jalan, romanya tiba-tiba meremang. Dia hentikan langkah setelah terdengar geseran batang buluh, sedangkan ketika itu langsung tiada angin dan pepohon yang lain langsung tidak bergoyang.
"Ada yang tak kena ni," bisik Saari sendirian.
Dia melihat pokok buluh itu. Hanya pokok itu yang meliuk lentok. Hanya pokok buluh itu. Pokok lain tidak bergerak.
Beberapa meter di hadapan, dia melihat seperti ada satu bebola api terapung di udara. Makin lama makin jelas kelihatan. Makin terang dan seperti makin menghampirinya.
Saari tidak berganjak. Dia sudah bersedia untuk hadapi semua ini.
"Allah Hu Akbar!"
Jerit Saari saat bebola api itu melintas di atas kepalanya. Apabila berdekatan, bebola api itu tidak lagi bercahaya, ianya sekaligus bertukar menjadi satu kepala manusia tanpa badan.
Kepala yang terbang itu kini di belakangnya. Mengejar Saari dengan rambut yang panjang dan lidah yang terjelir luar biasa panjangnya.
Saari mempercepatkan langkahnya. Dia amat mengenali wajah itu. Itu adalah wajah Salina!
Dia tidak dapat memikirkan apa-apa di saat ini. Kepala tadi telah hilang, tiada lagi di belakangnya. Saari berhenti. Dia mencari ke mana hilangnya kepala itu.
Hilang.
****************************
Yati keluar dari dapur dengan membawa sebotol susu di tangan. Anaknya yang baru sahaja terlena tiba-tiba sahaja menangis. Lalu Yati bangun pergi membancuh susu untuk anaknya.
Sufian tiada di rumah. Ada kerja yang perlu diselesaikan. Tengah malam nanti baru dia balik.
Yati berbaring di sebelah anaknya sambil memegang botol susu. Memang benar tekaannya, anaknya menangis kerana haus.
Sedang dia merenung anaknya meminum susu, dia terasa katilnya seperti bergoyang. Belakang badannya terasa seperti ada sesuatu yang merayap.
Dia bingkas bangun dan melihat ke belakang, di tempat dia berbaring tadi. Terkejut dia di saat itu apabila melihat seekor lipan yang agak besar berada di atas katilnya, bersebelahan anaknya.
Tanpa berfikir panjang, dia terus menepis lipan itu demi menyelamatkan anaknya. Lipan itu jatuh dari katil dan terus masuk ke bawah katil.
Keadaan itu belum selamat lagi. Selagi lipan itu tidak mati, selagi itu bahaya menanti. Dia tidak risaukan dirinya, dia fikirkan keselamatan anaknya.
Yati terus menyelak cadar katil untuk mencari lipan yang tadinya masuk ke bawah katil.
Kali ini matanya terbeliak!
Satu susuk lembaga berbungkus putih, seperti mayat yang baru dikapankan, berbaring di bawah katilnya. Yati menjerit sekuat hati dan melompat semula ke atas katilnya.
Segera dia ingin mencapai anaknya untuk dibawa keluar dari bilik ini tetapi secara tiba-tiba, anaknya itu terangkat dan terapung di udara.
Yati menjerit memanggil suaminya. Walaupun ketika itu Sufian belum lagi pulang ke rumah.
Di dalam almari, terdengar dentuman seolah ada seseorang sedang mengetuk dari dalam. Di lantai juga hingar bingar bunyinya seperti ada ramai orang sedang mengetuk lantai dari bawah.
Di bumbung juga tidak terkecuali. Seperti ada sesuatu yang berlari ke sana dan ke mari. Yati panik tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi.
Anaknya itu pula sedang terapung dan berteriak sekuat hati memanggil ibunya.
BERSAMBUNG


KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : HASAD
HASIL KARYA : ANDY SULAIMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hasad.html

PART 19
Yati begitu panik ketika itu. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Anaknya, Aina terapung agak tinggi dari katil sambil meronta menjerit-jerit memanggilnya.
"Allah Hu Akbar!"
"Allah Hu Akbar!"
"Abaaaang balik laaaaahhhh!" jerit Yati sekuat hatinya.
'Bukkkk!!'
Aina tiba-tiba jatuh dan beberapa saat kemudian matanya kembali terpejam, lena semula seperti tidak terjadi apa-apa sebelumnya.
Yati sekali lagi terpana. Macam mana segala gangguan ini hilang sekelip mata? Yang riuh di atap, di bawah rumah, di dalam almari, ke mana perginya semua.
Dan Aina itu bagaimana? Adakah dia pengsan atau kembali lena?
"Aina!"
"Aina!"
Panggil Yati pada anaknya itu. Namun Aina tidak menyahut. Diperhatikan pada perut dan dada anaknya. Berombak naik turun, bererti masih bernafas.
Perlahan-lahan Yati mendekati Aina. Risau juga dia. Bimbang sekiranya jasad itu Aina, namun di dalam Aina itu ada makhluk lain yang menumpang.
Belum sampai ke katil, terdapat satu asap keluar dari hidung, mulut dan telinga Aina. Naik ke atas dan berkepul-kepul seketika sebelum kepulan asap itu laju keluar mengikut lubang yang ada di dinding bilik itu.
Serentak dengan itu,
"Arghhhhhh!!!" jerit Mael sendirian dan gayanya seperti tercampak ke sudut dinding. Dia tinggal di sebuah rumah di dalam hutan. Rumah tinggal yang telah lama dibiarkan kosong dan sudah terlalu usang.
4 batang lilin dipacak di hadapannya. Ada 1 bekas tembaga berisi darah, beberapa batang colok yang masih berasap dan satu tempurung berisi tanah kubur.
Di tangannya masih memegang satu patung kayu lama, yang dibalut dengan kain kuning berlapis-lapis tebalnya.
"Celaka! Siapa yang kacau kerja aku ni???!" jerit Mael.
'Bammmmm!'
Tiba-tiba pintu rumah itu terbuka kuat seperti diterajang dari luar. Serta merta ada angin kuat masuk menghembus ke dalam rumah. Hingga terpadam nyalaan lilin semuanya.
Meraba-raba Mael di dalam gelap. Dia mencari mancis namun tidak dijumpai. Di dalam poket seluarnya juga tiada. Entah di mana diletakkannya tadi.
Seperti ribut yang akan memusnahkan segala. Mael berkali-kali cuba bangun tetapi akhirnya jatuh di lantai. Dia cuba mengesot, merangkak untuk menutup pintu yang terbuka luas dibadai angin itu namun tidak berjaya.
Tiba-tiba, kali ini tangannya terasa keras kanan dan kiri. Dia tidak gerakkan namun seperti ada tolakan dari kuasa lain menggerakkan kedua tangan itu ke lehernya sendiri.
Teruk juga Mael dikenakan kali ini.
Kini dia mencekik lehernya sendiri. Meronta dan menjerit dia ingin melepaskan cekikan itu namun cengkaman jari ke lehernya itu amat kuat sekali.
"Arrgghhhhhhh!!!" jeritnya sekuat hati.
Di lantai dan dinding riuh rendah dengan terjahan dan tendangan kakinya. Semakin lama dia semakin lemah, semakin lama suaranya semakin tersekat di kerongkong.
Matanya terbeliak, naik ke atas dan lidahnya mula keluar menjelir, air liurnya juga mengalir di tepi mulutnya. Seperti nyawanya akan direntap sebentar lagi.
Dalam kekalutan itu, sempat dia melihat ke satu sudut dinding. Tercegat seorang tua, berjubah dan berserban sedang memandangnya dengan wajah yang cukup tenang.
Di tangan si tua itu terdapat seutas tasbih. Dia hanya memandang dan langsung tiada tanda untuk menghulurkan bantuan.
"To...tol..tolong aku Tok Sidek! Tolong...akuuu..!!" rayu Mael yang masih menggelupur itu dalam suara yang tersekat-sekat.
Tok Sidek masih tercegat di situ. Angin yang kuat membadai seluruh dalam rumah itu sedikit pun tidak membuat dia bergerak. Dia tetap terpacak di situ.
"Tolongggg...!!!!"
"Tolong Tokkkk...Tolongggg...."
Jerit Mael merayu. Dia sepertinya akan kehilangan nyawa sebentar lagi jika tiada sesiapa yang membantu melepaskan tangan yang mencengkam kuat di lehernya sendiri itu.
Tok Sidek berjalan perlahan-lahan pergi ke pintu utama. Dia meninggalkan Mael yang masih menggelupur melawan cekikannya sendiri itu.
Sebelum dia melangkah keluar, dia sempat menoleh ke belakang sekali lagi, ke arah Mael.
"Toolongggg...."
Makin perlahan suara Mael. Berselang seli dengan dengusan nafas seperti haiwan yang baru sahaja disembelih. Darah mula keluar dari hidung dan mulutnya.
Sebaik sahaja Tok Sidek melangkah keluar dari pintu rumah itu, segala ribut yang berlaku berhenti serta merta. Lebih mengejutkan tangan Mael yang kuat mencekik lehernya sendiri itu juga tiba-tiba sahaja terlepas.
Mael mengembus nafas yang panjang, kelegaan sambil terbatuk-batuk. Dia bangun dan bersandar di dinding. Turun naik nafasnya. Dia merenung ke arah pintu itu.
"Celaka Tok Sidek. Belum mampus rupanya!" kata Mael.
"Bertaubat Mael!"
Ada satu bisikan halus membisik di cuping telinganya. Mael terperanjat hingga bangun berdiri. Dia mencari-cari siapa yang berbisik di tepinya sebentar tadi.
****************
"Assalamualaikum...sayanggg...!"
Ucap Sufian sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah, baru pulang dari tempat kerja.
Sunyi. Tiada sahutan dari salam yang diberi. Yati dan Aina tiada di ruang tamu. Di dapur juga gelap. Dia menuju ke bilik.
Aina sedang lena tidur di katilnya. Yati pula sedang duduk bersandar di satu sudut dinding sambil menunduk.
"Sayang...." panggil Sufian sambil memegang bahu Yati.
Yati diam, tidak mengangkat kepalanya.
"Sayang...." sekali lagi Sufian memanggil.
**************
Saari tergopoh gapah naik ke rumah, lalu mengunci pintu. Tiada sesiapa di rumah, Amri shif malam. Jadi pagi esok baru pulang ke rumah.
Dia tidak duduk di ruang tamu, sebaliknya terus ke bilik tidurnya. Menanggalkan kopiah di kepala dan duduk di katilnya.
Masih lagi berdebar di dada. Masih lagi teringat peristiwa tadi. Dikejar kepala tanpa badan secara tiba-tiba sekembalinya dari tahlil di rumah Mansor.
Dan yang paling mengejutkan, kepala itu berwajah Salina. Apa kena mengena semua ini? Kenapa Salina? Apa kaitan Salina dengan semua ini.
Berbagai tanda tanya menyinggah di fikiran Saari. Tidak tenang dibuatnya malam ini. Entah bagaimana dia mahu lena jika semua persoalan ini masih berlegar di kepala.
Pasti ada kena mengena dengan dirinya juga. Dia dapat rasakan ini semua angkara seseorang yang tidak puas hati dengannya. Sebab itu dirinya yang disasarkan.
"Mengaji Quran sekejap lah," kata Saari sendirian. Lantas dia bangun mengambil wuduk dan mencapai Quran di atas almari.
Dia harapkan dengan mengaji Quran, jiwanya akan tenang dan dia harap Tuhan membantu memberikan jawapan kepada segala persoalan yang bermain di fikiran.
"Bismi...."
Belum sempat dia habiskan Bismillah, tekaknya terasa sakit. Terasa ada sesuatu yang mencekik.
"Bismillah...."
Sekali lagi dia mencuba. Tetap tidak berjaya. Dia menarik nafas dan menghembus kembali. Dia cuba menenangkan diri.
"Bismillahirrahmaanirrahimmm..."
Berjaya sahaja dia membaca Bismillah sambil membuka lembaran Quran, dirinya serta merta terasa ringan yang teramat. Dirasakan sebelumnya ada seketul batu besar yang berada di bahu dan kini batu itu berjaya diangkat.
Memang benar, dari rumah Mansor hingga ke rumahnya, ada makhluk sebesar budak 10 tahun sedang bertenggek di atas bahunya. Itu yang Saari bawa pulang sedari tadi, sehingga dia berjaya melafazan kalimah Bismillah.
Dia menghela nafas lega walaupun dia sendiri tidak sedar ada lembaga lain bertenggek di bahunya sebentar tadi.
Saari menarik kembali nafasnya untuk meneruskan bacaan. Namun, tiba-tiba
"Abang! Bang! Bang Saari!"
'Dumm! Dum! Dummm!'
Pintu rumah digendang sekuatnya. Saari diam dan cuba amati suara itu.
"Bang Saari!"
Sekali lagi suara itu menjerit di luar.
"Sufian tu," kata Saari lalu menutup kembali Quran dan bangun menuju ke pintu rumah.
"Hah, kenapa ni?" tanya Saari.
"Yati bang, Yati!" kata Sufian dalam keadaan tercungap-cungap.
"Kenapaaa?" tanya Saari lagi.
"Dia macam tak sedar bang. Macam kena rasuk!" jawab Sufian.
BERSAMBUNG


KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : HASAD
HASIL KARYA : ANDY SULAIMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hasad.html

PART 20
"Hah?? Ya ke? Dah lama?" tanya Saari.
"Aku tak tahu dah berapa lama. Balik kerja tadi aku tengok dia duduk tepi dinding. Aku kejut, mata dia merah memandang aku. Mula-mula ketawa lepas tu menangis!" cerita Sufian, cemas.
"Hah jom lah ke rumah kau. Cepat!" kata Saari. Kelam kabut dia turun dari tangga rumahnya.
Kebetulan pada masa itu, Amri juga baru pulang dari kerja.
"Awal kau balik?" tanya Saari.
"Kerja dah habis, malas aku nak standby sana. Balik. Eh kau nak ke mana ni?" tanya Amri pada Sufian dan Saari. Melihatkan Sufian resah semacam, hatinya juga merasa tidak sedap.
"Rumah Yati. Dia buat hal!" jawab Saari.
"Buat hal?" Amri tidak faham dengan jawapan Saari tadi.
"Kena sampuk! Eh cepatlah!" jerit Sufian. Cemas betul dia mengenangkan isteri dan anaknya hanya tinggal berdua di rumah.
"Hah jom! Jom! Kau naik dengan aku je bang," kata Amri pada abangnya.
"Tak apa, aku naik Sufian je. Kau pergi rumah Imam dulu. Bawak dia datang. Hah, jom gerak," arah Saari pada Sufian dan Amri.
"Yang kau pun, kenapa tak call aku dari tadi?" tanya Saari pada Sufian sewaktu mereka berdua dalam perjalanan.
"Kau tak dengar ke atau kau memang tak tengok phone langsung? Berbelas kali aku call kau. Phone Amri pun aku call, tapi tak dapat!" jawab Sufian.
Saari diam sahaja. Memang balik dari rumah Mansur tadi dia langsung tak ingat di mana telefon bimbitnya.
Tiba sahaja di rumah Yati, perlahan-lahan Sufian dan Saari naik. Dengan penuh berhati-hati Sufian menolak pintu rumahnya. Tiada sesiapa di ruang tamu.
Saari pula menuju ke satu bilik tidur. Tiada sesiapa di dalam bilik itu. Sufian ke bilik tidurnya, menjengah kalau-kalau Yati ada di dalam bilik itu.
Juga tiada. Hanya ada Aina yang sedang nyenyak tidur.
"Sini lah bodohhh!!! Hahahahahaha!!!!"
Tiba-tiba Yati melompat keluar dari sebuah bilik menuju ke satu tingkap yang terbuka luas dan gayanya seperti ingin melompat keluar dari rumah menerusi tingkap itu. Gaya Yati melompat itu tak ubah seperti seekor monyet.
"Tangkap!!!" jerit Saari pada Sufian memandangkan Sufian paling hampir dengan Yati ketika itu.
Sufian tanpa berfikir panjang terus menerjah Yati yang ketika itu sudah mula melompat ke arah tingkap itu.
'Dummmmm!!!'
Bergema bunyi di dalam rumah itu saat sepasang suami isteri itu jatuh di atas lantai. Dengan erat Sufian memeluk Yati. Saari pula dengan laju menolong memegang tangan Yati yang sekuatnya ingin melepaskan diri.
"Lepas! Lepassssss!!! Aaaahhhhhh!!!"
Begitu kuat dan nyaring sekali jeritan Yati ketika itu. Yang anehnya Aina langsung tidak terkejut dan sedar dengan jeritan ibunya itu. Dia kekal lena.
Sesekali Saari memandang ke pintu. Amri dan Imam masih belum sampai. Yati pula makin kuat meronta. Beberapa kali juga Sufian terlepas rangkulannya namun cepat-cepat dia kembali memeluk isterinya itu.
"Lepassss laaaaa....Sakitttt....."
Dari jeritan dan rontaan agresif tadi, Yati kini seperti lemah tidak melawan dan merayu minta dilepaskan. Kali ini dia menangis pula.
"Abang...sakit bang...sudah laaaa...."
Yati makin kuat tangis dan rayunya. Sufian memandang ke arah Saari seperti dia juga ingin meminta persetujuan Saari untuk melepaskan Yati.
"Abang....sakit bangggg....."
Saari mengangguk dan melepaskan genggaman tangannya yang melekat kuat di lengan Yati. Sufian juga melepaskan pelukannya.
"Huuuu..huuuu...sakitnya bang...sakitnya..."
Rintih Yati. Saari dan Sufian merasakan bahawa Yati sudah sedar dan tidak dirasuk lagi. Sufian keletihan dan bersandar di dinding. Saari pula bersandar di tiang seri di tengah ruang tamu rumah itu.
"Kau kenapa Yati? Nak ke mana tadi?" Saari memulakan bicara setelah melihat Yati seperti sudah pulih.
"Nak ke rumah atuk kau! Hahahahahaha!!!"
Serentak dengan jawapan itu Yati bangun dan berlari ke pintu sambil nyaring ketawanya. Saari dan Sufian turut bangun untuk mengejar tetapi Yati begitu laju sekali berlari.
Namun hajat Yati tidak kesampaian. Sedang elok dia sampai di pintu, lariannya itu seperti dihalang sesuatu dan dia jatuh terduduk. Saari dan Sufian terus menangkap dan memegang Yati. Mereka tertipu rupanya tadi.
"Lajunya lari. Nak ke mana ni....?"
Dengan tenang Imam Razak bertanya sambil berdiri di muka pintu melihat Yati. Amri pula di belakang Imam. Yati terjatuh kerana Imam Razak sudah berada di muka pintu saat dia ingin lari tadi.
"Kau tak payah kacau aku. Tak payah!"
Panik Sufian ketika ini apabila mendengar suara isterinya begitu garau sekali. Suara seperti seorang lelaki. Serak.
"Bukan nak sibuk.Tapi nak tanya, nak pergi mana? Dah nak balik rumah tuan ke? Saya baru je sampai ni. Sabar lah dulu..."
Tenang betul Imam Razak berbual dengan Yati ketika itu. Amri masuk dan meluru ke bilik, melihat anak buahnya, Aina. Masih lena budak ini. Kemudian dia keluar semula dari bilik.
Imam Razak masuk dan duduk di hujung kaki Yati. Dia memandang Sufian lalu berkata,
"Sufian, izinkan saya ya.."
Sufian mengangguk. Lalu terkumat kamit mulut Imam sambil tangannya memegang dua batang jari kaki Yati. Yati segera menarik kakinya.
"Sakit bodoh!!!!" jerit Yati.
"Pegang kaki dia. Kuat-kuat," kata Imam pula. Saari dan Amri memegang kedua kaki Yati manakala Sufian pula memeluk Yati dengan erat.
Sekali lagi Imam memicit kedua jari kaki Yati lalu bertanya,
"Nak tanya je, nak pergi mana tadi?"
Meronta Yati ketika ini. Jeritannya kuat sekali.
"Nak Abang Mael! Abang Mael!!!" jerit Yati.
Sufian begitu terkejut mendengar nama itu. Amri dan abangnya Saari memandang sama sendiri. Berlainan pula dengan Imam. Dia masih tenang seperti biasa.
"Ohhh...nak pergi jumpa Abang Mael. Boleh, saya hantar ya..." kata Imam dan serentak dengan itu mulutnya laju membacakan ayat suci Al Quran.
Sekali lagi Yati menjerit melolong seperti kepanasan. Kali ini jeritannya amat kuat sekali sehingga Aina terbangun dari tidur dan menangis di atas katilnya.
Beberapa minit kemudian, Yati diam. Yang kedengaran hanya tangisan Aina mencari ibunya. Sufian bangun dan terus masuk ke dalam bilik mendapatkan anaknya itu.
"Alhamdulillah...selesai. Saya nak minta diri dulu lah. Amri boleh hantar saya balik?" tanya Imam. Cepat benar dia ingin pulang ke rumah.
Amri bingkas bangun dan keluar, diekori Imam di belakang. Belum sempat Imam membonceng di belakang Amri,
"Sekejap ya Amri," kata Imam sambil membongkok mengambil sesuatu di bawah tangga rumah Yati dan Sufian. Amri memerhati apa yang diambil Imam dari bawah tangga itu?
Imam menarik keluar seekor kucing hitam dari bawah tangga itu. Jadi tidak tenang Amri ketika ini. Dari mana datangnya kucing ini? Tadi masa datang, tak ada pula Imam Razak bawa kucing ini.
"Jangan risau, kucing ini tak gigit orang. Saya pegang, Amri gerak je," kata Imam sambil tersenyum.
Berdebar-debar Amri selagi tidak sampai ke rumah Imam. Sampai sahaja di hadapan rumah Imam, Amri berterima kasih lalu meniggalkan Imam Razak bersama kucing hitam itu.
"Kucing mana pula awak bawa balik tu, Bang Haji? Kenapa dikurung kucing itu dalam sangkar tu?" soal Mak Cik Fadilah sebaik sahaja dia nampak Imam Razak memasukkan kucing hitam itu ke dalam sangkar di luar rumahnya.
"Kucing ada tuan ni. Saya nak pulangkan balik. Cakap kat Noraini jangan usik ya," kata Imam lalu masuk ke dalam rumah. Noraini adalah anak mereka berdua.
*************
Amri dan abangnya baru sampai di rumah. Panjang lebar perbincangan mereka bertiga di rumah Yati tadi. Ikutkan hati Sufian, malam ini juga dia ingin ke rumah Mael dan bersemuka dengan Mael.
Amri juga begitu. Dia mahu sahaja mencari Mael malam ini dan memukulnya. Namun dihalang Saari. Jangan terburu-buru dan bertindak melulu, pesan Saari.
"Tak habis-habis lagi Mael ni," kata Amri tidak berpuas hati. Saari hanya diam. Dia tidak terkejut dengan kejadian tadi kerana dia sudah merasakan ini semua angkara Mael.
Dendamnya pada keluarga Saari ini belum habis, akibat arwah kedua orang tua Saari itu memutuskan pertunangannya dengan Yati dulu.
"Sabar lah. Nanti dia akan dapat balasannya. Tuhan kan ada. Sudah lah, kau pergi mandi. Ambil wuduk dan tidur," kata Saari.
*************************
Dalam keadaan terhoyong hayang, Mael berjaya sampai juga ke rumahnya. Pintu rumah ditolak, tidak berkunci. Dia masuk ke dalam dan terus ke bilik.
Salina tiada di dalam bilik.
"Salina! Salina!"
Dia memanggil isterinya itu. Tiada jawapan. Merata dia mencari Salina di dalam rumah itu. Tak nampak kelibat Salina.
"Salina!"
Jeritnya lagi sekali. Dia menuju ke dapur.
'Takkkkk!'
Bunyi seperti selak pintu dapur ditolak. Mael menjengah. Salina baru sahaja menutup pintu dapur dan menguncinya.
"Kau dari mana tengah-tengah malam ni?" tanya Mael. Salina tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya berjalan dan tidak hiraukan soalan Mael.
"Aku tanya ni. Kau pekak ke apa? Kau buat apa belakang rumah tengah-tengah malam ni??" tanya Mael. Salina hanya diam dan terus berjalan menuju ke biliknya.
"Sial betul!" kata Mael lalu dia laju berjalan ingin menerpa Salina. Kali ini Salina berpusing ke belakang dan merenungnya.
Langkah Mael terhenti. Dia seperti tidak berani untuk merapati Salina. Dia hanya tercegat di situ, setapak pun dia tak berani untuk maju. Salina tersenyum dan masuk ke dalam bilik.
**************
Sedang asyik dibuai mimpi, Amri terjaga. Dia ingin ke tandas. Dia bangun dan menuju ke tandas.
Belum sempat dia sampai ke tandas, kedengaran bunyi-bunyi mencurigakan dari dapur rumahnya. Dia cuba amati bunyi itu. Bunyi seperti wanita sedang menangis.
Perlahan-lahan dia melangkah ke dapur. Suara tangisan itu makin lama makin sayup kedengaran. Teringat dia akan kata-kata orang,
'Jelmaan iblis ni jika kita dengar jauh, sayup-sayup, tandanya dia dekat sangat dengan kita. Kalau dekat saja bunyinya, tandanya dia jauh'.
Amri sekarang berada di dapur. Dia menuju ke suis lampu dapur rumahnya. Suasana di dapur itu samar-samar sahaja.
Belum sempat dia memetik suis lampu,
"Dah tidur....kenapa bangun lagiiii.....hihihihi......"
Ada satu suara wanita sambil ketawa menyapa Amri. Serentak itu segala roma Amri meremang!
BERSAMBUNG


KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : HASAD
HASIL KARYA : ANDY SULAIMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hasad.html

PART 21
"Dah tidur....kenapa bangun lagiiii.....hihihihi......"
Ada satu suara wanita sambil ketawa menyapa Amri. Serentak itu segala roma Amri meremang!
Dia mencari dari mana datangnya suara itu. Dia memetik suis lampu. Dapur itu kini terang benderang. Namun tiada sesiapa di situ.
Kemudian ada satu bau yang amat busuk menusuk ke hidung. Seumur hidupnya dia belum pernah menghidu bau sebusuk ini.
Bau apakah ini? Lebih busuk dari bau bangkai!
Amri membatalkan niatnya ke tandas. Dia berpatah balik ke bilik Saari. Pintu bilik diketuk berulang kali.
"Hah, kenapa kau?" tanya Saari.
Amri ketika itu kepucatan. Tercungap-cungap nafasnya. Dia menceritakan kepada abangnya apa yang telah terjadi padanya tadi.
"Hmmmm...aku pun dah kena tadi," kata Saari dan kini gilirannya pula bercerita.
"Kenapa bang ya? Maksud aku kenapa kita sahaja yang diganggu? Ada orang berdendam ke dengan kita? Ada yang dengki ke dengan kita?" tanya Amri.
"Siapa lagi, Mael lah!" jawab Saari. Kali ini Amri diam. Gayanya seperti memikir dan merancang sesuatu.
"Bang, jangan tidur dulu. Tolong aku sekejap!" kata Amri.
"Tolong apa?" tanya Saari.
"Tolong temankan aku. Nak pergi tandas. Hehe.." jawab Amri tersengih-sengih.
************
Pagi. Seawal pagi Hajah Mariam membuka semua jendela di rumahnya. Dia melakukan rutin hariannya seperti biasa sebagai seorang surirumah.
"Makkk..." panggil Aishah. Hajah Mariam berpaling ke belakang.
"Eh, Chah. Mak ingat lepas solat Subuh tadi Chah sambung tidur," kata Hajah Mariam.
"Tak lah, Chah siapkan assignment sikit. Dah lama Chah tinggalkan," kata Aishah.
Hajah Mariam tersenyum. Syukur dia anaknya itu telah pulih dan ingatannya sekarang sudah baik. Namun dia masih tidak berani untuk bertanya tentang kehilangan Aishah tempoh hari. Risau fikiran Aishah terganggu sekali lagi.
"Ayah mana mak?" tanya Aishah.
"Ayah sekejap lagi balik lah tu. Dia lepas solat kat surau tadi, mesti pergi warung ni. Beli sarapan. Mak tak buat sarapan pagi ni. Ayah kata dia nak beli je," kata Hajah Mariam.
"Mak, Chah nak tanya sikit ni," kata Aishah. Dia duduk dan Hajah Mariam turut duduk.
"Chah nak tanya apa?" soal Hajah Mariam.
"Mak, Tok Sidek tu betul wujud ke?" tanya Aishah. Hajah Mariam terdiam seketika. Teragak-agak dia mahu menjawab.
Aishah merenung wajah ibunya dan menanti jawapan.
"Setahu mak, Tok Sidek memang orang kampung ni dulu. Tapi lepas tu dia hilangkan diri. Lama, bertahun-tahun. Sampai ada orang kata dia dah meninggal dunia," kata Hajah Mariam.
"Dia masih hidup lah mak," pintas Aishah.
"Siapa yang meninggal dunia tapi masih hidup pulak ni?" tiba-tiba ada soalan menyapa dari Tok Ketua, yang baru sahaja sampai ke rumah.
"Tok Sidek" jawab Aishah.
Tok Ketua meletakkan sarapan yang baru dibelinya di atas meja dan terus duduk berhadapan dengan Aishah dan Hajah Mariam.
"Macam mana Chah tahu yang itu Tok Sidek?" tanya Tok Ketua.
"Chah tahu, ayah. Dia bagitahu nama dia Tok Sidek," jawab Chah. Tok Ketua dan Hajah Mariam saling berpandangan.
"Dia bawa Chah ke dalam hutan. Kat situ ada sebuah rumah, cantik. Tepi air terjun," cerita Aishah. Hajah Mariam yang mendengar cerita Aishah sedikit berkerut wajahnya.
"Air terjun dalam hutan? Air terjun Selendang? Itu sahaja air terjun yang ada dalam hutan kampung kita ni. Tapi memang jauh. Tak ramai yang sampai ke sana," kata Tok Ketua.
Air Terjun Selendang memang amat jauh di dalam hutan di kampung itu. Jarang-jarang orang yang sampai ke air terjun itu kerana hutan itu amat tebal dan jalan nak ke air terjun itu amat sukar dan banyak halangan.
"Habis Chah duduk situ dengan siapa?" tanya Hajah Mariam.
"Seorang. Tok Sidek baik mak. Dia ajar Chah mengaji," kata Aishah.
"Makan? Chah makan apa?" tanya Tok Ketua pula.
"Makan ikan. Dia tangkap ikan kat tepi sungai tu. Entah, Chah rasa seronok duduk situ. Mula-mula takut juga," kata Aishah.
"Ada Tok Sidek cakap kenapa dia bawa Chah ke situ?" tanya Hajah Mariam.
Aishah diam. Dia fikir ini masa sesuai untuk dia ceritakan apa yang berlaku. Lalu Chah membuka cerita.
Tok Sidek membawa Chah masuk ke dalam hutan untuk mengelakkan dia menjadi mangsa dendam. Dendam seseorang pada keluarganya.
Kata Tok Sidek, manusia ini ingin menghapuskan Aishah kerana dendam lama.
"Siapa?" tanya Hajah Mariam.
Aishah cuma mengangkat bahunya tanda dia tidak tahu siapa yang dimaksudkan Tok Sidek.
"Habis sekarang, orang yang berdendam tu dah tak ada ke? Dah selamatlah kiranya ni?" soal Hajah Mariam lagi.
"Tak tahu mak. Chah pun tak sedar bila masa Chah balik sini. Tahu-tahu sahaja dah ada di rumah. Puas Chah cuba ingatkan balik," kata Aishah.
Tok Ketua menghela nafas yang panjang.
"Tak apalah, jangan paksa. Yang penting Chah selamat. Jom lah kita sarapan," ajak Tok Ketua.
"Ehh...abang ni. Benda dendam ni jangan buat main bang. Kita dalam bahaya maknanya kalau ada orang berdendam dengan kita. Buatlah sesuatu," kata Hajah Mariam.
"Ya saya tahu. Jangan risau. Kita ada Tuhan. Kita pun ada pihak berkuasa. Tahulah saya nak buat apa nanti," jawab Tok Ketua.
************
"Mael!"
Mael yang ketika itu baru keluar dari teksinya memandang ke belakang. Dia baru sampai di stesen teksinya.
"Ohh kau Amri. Apa hal?" tanya Mael.
"Eh kau ni apa masalah kau? Apa lagi kau tak puas hati dengan keluarga aku?" tanya Amri.
Mael terdiam sekejap kemudian dia ketawa terbahak-bahak.
"Hahahahaha...aduh sakit perut aku, kau ni!" kata Mael.
Dia menyambung ketawanya namun Amri hanya diam dan merenung tajam pada Mael. Dia betul-betul marah dengan Mael ketika ini.
"Kau tak payah nak gelak sangatlah. Aku tanya ni, apa masalah kau?" soal Amri sekali lagi.
Kali ini Mael berhenti ketawa. Dia merenung Amri.
"Kalau aku tak puas hati dengan keluarga kau pun kenapa? Kalau aku berdendam dengan keluarga kau, kenapa? Kau datang nak jadi hero ke ni? Kahkahkah!" sekali lagi Mael ketawa berdekah-dekah.
Kali ini Amri turun dari motosikalnya dan mencapai topi keledar yang ada di dalam bakul motosikalnya itu. Dia menerpa ke arah Mael dan seperti ingin menghentak Mael menggunakan topi keledar itu.
"Hoi!!!"
Tiba-tiba kedengaran satu jeritan dari salah seorang pemandu teksi yang ada di situ. Amri terhenti di situ.
"Nak buat hal, nak bertumbuk, bukan kat sini. Sini ramai orang. Tak payah nak tunjuk samseng kat sini!" kata pemandu teksi itu.
"Kau ingat eh, kau ingat. Aku takkan diam diri. Nasib baik lah kakak aku tak jadi bini kau. Kalau tidak, merana lah kakak aku dapat laki celaka macam kau ni. Berdamping dengan iblis untuk hancurkan orang. Pengecut!" kata Amri lalu meninggalkan Mael.
Dia menghidupkan enjin motosikalnya dan terus pergi meninggalkan Mael sendirian di situ. Muka Mael bertukar marah. Lama dia merenung Amri sehingga Amri hilang dari pandangannya.
"Huhh...berani kau ya. Berani kau datang sini, ugut aku. Budak...budak... Umur baru tak seberapa, dah pilih jalan nak mampus!" bebel Mael sendirian.
*****
"Aku jumpa Mael kat stesen teksi siang tadi bang," kata Amri pada abangnya sebaik sahaja mereka berdua selesai makan malam.
Saari terkejut dan dia memandang Amri.
"Kau boleh tak kalau nak buat apa-apa bincang dengan aku dulu?" soal Saari. Marah dia pada adiknya itu.
"Kenapa pulak? Aku jumpa je. Bukan buat apa," jawab Amri.
"Mael tu bahaya. Hal Mael biar aku uruskan! Dia bukan lawan kau!" kata Saari. Dia risau akan keselamatan adiknya. Mael bukan calang-calang orangnya.
"Aku tahu jaga diri aku bang. Aku pun ada tanggungjawab jaga keluarga. Jaga kau, jaga Kak Yati. Arwah mak pesan kat aku dulu," kata Amri lalu berjalan masuk ke biliknya.
Saari diam dan tidak berkata apa-apa. Dia merenung ke luar dan langsung tidak menoleh ke arah adiknya itu. Dia tidak mahu adik-adiknya diapa-apakan oleh Mael. Dia tahu dendam Mael pada keluarganya masih belum habis.
Kemudian Saari turut masuk ke bilik tidurnya. Lantas merebahkan badan ke katil dan tidak berapa lama kemudian, dia terlena.
"Saari...."
Dalam samar malam, Saari mencari suara siapa yang memanggilnya itu. Dia tidak dapat melihat dengan jelas kerana pandangannya seperti terbatas kerana agak berkabus.
"Siapa tu?" tanya Saari setelah dia melihat seperti ada seseorang lengkap berjubah, berdiri di hadapannya. Dia merenung lagi dan akhirnya dia boleh melihat seseorang itu dengan jelas.
"Tok Sidek?" kata Saari.
"Hati-hati Saari. Jaga keluarga. Jaga diri kamu. Apa yang kamu rasa indah, tidak mesti bahagia Saari"
Habis sahaja kata-kata itu, Tok Sidek hilang dari pandangannya. Ghaib tiba-tiba. Melilau Saari mencari namun kelibat Tok Sidek sudah tidak kelihatan lagi.
"Tok! Tok!" Saari mencari Tok Sidek.
"Tokkk!" Saari kuatkan suara sekaligus membuka matanya. Gelap.
"Astaghfirullah Hal 'Azim" keluh Saari setelah dia menyedari dia bermimpi tadi. Dia bangun dan duduk di katilnya di dalam kegelapan itu.
Saari memikirkan kembali apa erti mimpinya tadi. Apa maksud Tok Sidek 'apa yang kamu rasa indah tidak mesti bahagia'?
Saari buntu.
BERSAMBUNG


KISAH SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : HASAD
HASIL KARYA : ANDY SULAIMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/hasad.html

PART 22 (AKHIR)
“Berapa semua kak?” tanya Saari pada akak warung.
Pagi itu dia bangun agak lewat. Tidak sempat dia ke surau untuk berjemaah Subuh. Hanya solat di rumah, kemudian dia keluar membeli sarapan untuk dia dan Amri.
“Macam biasalah, RM5,” kata akak warung setelah meniliti di dalam plastiK yang dipegang Amri terdapat 2 bungkus nasi lemak dan ada 3 biji kuih.
Saari menghulurkan sekeping wang kertas 5 ringgit dan berjalan keluar dari warung itu.
Hari masih gelap. Fajar belum sempurna cahayanya pada hamparan bumi. Saari berjalan menuju ke motosikalnya yang diletakkan lebih kurang 30 meter dari warung.
Dalam dia melangkah, dia terasa seperti diperhatikan. Rasanya dari arah seberang jalan. Dia menoleh ke sana. Dan benar, dia diperhatikan seseorang. Betul-betul tegak berdiri di bahu jalan.
Tok Sidek.
Tok Sidek sedang berdiri merenungnya. Saari meletakkan bungkusan makanan ke dalam bakul motosikalnya kemudian dia menoleh kembali ke arah Tok Sidek. Hajatnya dia ingin mneyeberangi jalan dan bertemu dengan Tok Sidek.
Ada perkara yang ingin ditanyakan pada Tok Sidek, berkenaan mimpinya malam tadi.
Apa maksud Tok Sidek indah belum tentu bahagia?
Malangnya, hanya beberapa saat sahaja dia menoleh ke arah lain, Tok Sidek sudah tiada di situ. Hilang tanpa dapat dikesan. Hairan Saari. Macam mana terlalu pantas Tok Sidek ghaib?
“Kau tercegat apa kat situ Saari?” Tiba-tiba Saari disapa dari belakang.
“Ohh Tok. Tak…tak ada apa-apa lah Tok,” jawab Saari pada Tok Ketua.
“Jom lah minum!” ajak Tok Ketua.
“Saya datang bungkus Tok,” jawab Saari dengan lembut.
“Ohh. Aku ada sesuatu nak bincang dengan kau ni,” kata Tok Ketua.
“Apa dia tu Tok?” soal Saari.
“Tak apa. Kau balik hantar sarapan tu dulu. Nanti dalam pukul 9 macam tu, kau datang rumah. Kita bincang kat rumah aku,” arah Tok Ketua dan Saari membalas dengan anggukan sahaja.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, Saari cuba meneka apa yang ingin dibincangkan Tok Ketua ini.
********
Salina menolak jendela biliknya. Dibiar terbuka luas agar cahaya mentari pagi dapat masuk ke bilik dan udara bersih juga dapat menghembus sesegarnya ke seluruh kamar.
Dia memerhati laman sekitar. Sudah agak banyak daun kering yang gugur. Tanpa berlengah, Salina keluar dari bilik dan menuju ke pintu. Sempat menjengah ada satu susuk manusia sedang lena di ruang tamu.
Suaminya, Mael.
Entah jam berapa dia pulang malam tadi. Langsung dia tidak sedar. Lagipun sejak berlaku beberapa kejadian aneh seperti Mael tidak dapat membelasahnya lagi beberapa hari ini, Mael sudah kurang mengganggunya. Bagus juga. Selamat rasa dirinya saat ini.
Tiada lagi sakit di badan. Yang tinggal sakit hati kerana dirinya masih lagi menjadi bahan cercaan juga makian.
Penyapu yang diletakkan di tepi tangga diambil dan dia berjalan menuju ke halaman rumah. Beberapa tapak dia melangkah, kedengaran deringan telefon. Telefon Mael berdering beberapa kali. Sehingga kedengaran suara Mael menjawab panggilan itu.
“Haaa…kau nak apa pagi-pagi dah kacau aku ni? Tak faham bahasa ke orang tengah tidur ni?” jerit Mael. Salina diam dan mendengar sahaja bebelan Mael pada si pemanggil tersebut.
“Iya, nanti aku bawa lah. Bayar cantik, kerja jalan. Eh, ini Mael lah. Belum pernah kantoi dengan polis tau!”
Mendengar ayat belum kantoi dengan polis, Salina berjalan perlahan-lahan menghampiri dinding rumahnya. Dengan harapan dia dapat mendengar dengan lebih jelas perbualan suaminya itu.
“Tengahari? Petang lah. Tengahari aku ada kerja sikit. Barang tu nak hantar malam kan? Jadi petang aku ambil dengan kau, aku bawa balik dulu. Malam aku hantar kat kampung sebelah. Okay? Hah, aku nak tidur,” kata Mael lagi.
Salina berfikir sendirian. Barang apakah yang akan diambil Mael ini. Apa kena mengena dengan polis. Seperti yang dikatakan oleh Mael tadi.
Kemudian, terdengar lagi suara Mael,
“Hello! Kau ingat, budak tu kau jangan kasi lepas. Hentakkan aje. Tapi jangan mampus pulak. Malam ni aku ada job, settle job aku, aku jumpa kau. Aku kasi upah kau”
Satu lagi perkara yang mencurigakan Salina. Siapa pula nak dibelasah Mael ini? Dan siapa pula yang Mael arahkan? Salina tidak boleh berdiam diri. Dia harus siasat.
*******
“Assalamualaikum. Tok!”
“Waalaikumussalam. Hah, Saari. Naik, naik” jawab Tok Ketua dari dalam rumahnya.
Saari naik dan masuk ke dalam rumah Tok Ketua. Baru sahaja duduk beberapa minit, Hajah Mariam keluar dari dapur sambil menatang dulang yang berisi 2 cawan kopi o dan sedikit kuih.
“Susah-susah je buatkan air. Saya dah minum sebelum ke mari tadi,” kata Saari.
“Tak apa, minum saja. Berbual lah dengan Tok ya. Mak cik nak ke dapur,” kata Hajah Mariam lalu meninggalkan Saari dan Tok Ketua.
“Tok nak bincang apa, Tok?” tanya Saari.
“Begini. Aku nak ajak kau ke satu tempat. Aku rasa, hanya kita berdua boleh pergi ke sana. Lagipun perkara ini ada kaitannya dengan kau. Juga dengan aku,” kata Tok Ketua.
Saari sedikit tercengang. Dia tidak tahu ke mana Tok Ketua ini mahu pergi.
“Air Terjun Selendang” kata Tok Ketua.
“Air Terjun Selendang? Nak buat apa Tok?” soal Saari.
Tok Ketua menceritakan apa yang dilalui Aishah ketika kehilangannya beberapa hari. Saari pula kebetulan memang sedang menjejaki Tok Sidek berkenaan dengan mimpinya itu.
“Jadi maksud Tok, Tok Sidek yang sorokkan Aishah dulu kat Air Terjun Selendang?” tanya Saari. Tok Ketua mengangguk.
“Tapi kenapa Tok?” tanya Saari.
“Dendam,” jawab Tok Ketua.
“Dendam? Dendam siapa? Dendam kerana apa?” laju Saari menyoal.
Tok Ketua melihat ke kiri dan kanan, kemudian dia menjengah ke dapur. Seperti ada rahsia yang ingin diceritakan dan tidak mahu didengari sesiapa. Hanya Saari seorang.
“Kau perasan tak, selepas arwah mak kau taka da baru timbul kejadian-kejadian aneh di kampung kita ni?” tanya Tok Ketua.
Saari mengangguk.
“Pada fikiran kau, semua ini angkara siapa?” tanya Tok Ketua lagi.
“Siapa lagi, Mael lah Tok,” jawab Saari.
Tok Ketua menggelengkan kepalanya. Saari kehairanan. Jika bukan Mael, siapa lagi?
Lalu Tok Ketua membuka cerita yang sebenarnya.
Bahawa dahulunya kedua ibu bapa Mael antara hartawan yang disegani juga di kampung sebelah. Ramai yang mengenali, hampir kata separuh penduduk di daerah itu mengenali Orang Kaya Seman dan isterinya, Zulaikha. Ibu kepada Mael.
Zulaikha ini adalah isteri kedua Orang Kaya Seman selepas Orang Kaya Seman menceraikan isterinya yang pertama. Khabarnya Zulaikha ini mendapatkan Orang Kaya Seman dengan cara tak baik.
Orang Kaya Seman dibomohkan sehingga tunduk menuruti segala kemahuan Zulaikha. Tak ramai yang tahu akan hal ini. Hanya Tok Ketua, arwah bapa Saari dan juga Tok Sidek, abang kepada Zulaikha.
“Jadi maknanya Tok Sidek itu bapa saudara Mael lah kan?” tanya Saari.
Tok Ketua mengangguk, kemudian dia menyambung ceritanya.
Arwah bapa Saari, Tok Ketua dan Tok Sidek puas menasihati Zulaikha supaya tidak menggunakan ilmu hitam dan mempergunakan suaminya itu. Minta dilepaskan semua apa yang di’pelihara’nya. Namun Zulaikha berdegil.
Sehinggalah Mael dilahirkan. Zulaikha masih berkeras dan masih dengan amalannya. Kali ini dia mahu semua harta Orang Kaya Seman menjadi milik Mael apabila Mael besar kelak.
“Habis kenapa Tok Sidek duduk hutan, sehingga ke Air Terjun Selendang Tok?” tanya Saari.
“Dia amat malu dengan Zulaikha, adiknya itu. Semua penduduk kampung ketika itu mengecamnya. Mengata dia. Abang yang tak pandai menjaga adik. Dia tertekan dan amat malu, sehingga lari masuk ke dalam hutan,” terang Tok Ketua.
“Jadi apa dendam yang Tok maksudkan? Apa kena mengena keluarga Orang Kaya Seman dengan Tok sehingga Aishah disorok hari tu?” tanya Saari lagi.
Tok Ketua diam seketika. Terfikir dia sama ada mahu diceritakan atau tidak pada Saari.
“Selepas kehilangan Tok Sidek dahulu, kampung kita ini kacau bilau. Berbagai perkara aneh dan pelik berlaku. Angkara Zulaikha. Ada antara penduduk kampung yang dirasuk. Ada antaranya yang tiba-tiba lumpuh berbulan-bulan kemudian sembuh dengan bantuan Zulaikha. Semua kagum dan percaya dengan kebolehan Zulaikha sehingga ada antara mereka menganggap Zulaikha Tuhan. Padahal itu semua kerja si Zulaikha,” kata Tok Ketua sambil menunduk kesal dengan peristiwa yang berlaku berpuluh tahun dahulu.
“Lepas tu?” tanya Saari.
“Lepas tu aku tiada cara lain. Aku dengan Imam kampung ketika itu terpaksa dengan cara kasar mengusir segala belaan Zulaikha. Habis licin semua arwah Imam ketika itu kerjakan. Hingga Zulaikha jatuh sakit dan dia bersumpah dia akan hapuskan segala keturunan aku bermula dari Aishah. Dia nak aku rasa kehilangan,” sambung Tok Ketua.
Saari diam. Begitu dahsyat dendam ini walau ianya telah terjadi berpuluh tahun yang lalu.
“Tapi, aku tak sangka Sidek masih hidup. Aku betul-betul tak sangka. Selepas kejadian Aishah hilang, baru aku tahu Sidek masih ada. Sebab itu aku mahu ajak kau ke Air Terjun Selendang. Aku nak sangat bertemu dengan Sidek,” tambah Tok Ketua.
Selesai menyapu laman, Salina naik ke rumah dan terus berjalan ke dapur untuk menyediakan makan tengahari untuk suaminya. Sambil berjalan itu dia terpandang handphone Mael di atas meja.Dia terhenti di situ dan memandang sekeliling.
Mael di dalam bilik mandi ketika itu. Salina perlahan-lahan berjalan ke meja itu dan mengambil telefon bimbit suaminya itu. Diperiksa satu persatu panggilan sama ada panggilan keluar dan panggilan diterima.
Semuanya nama rakan-rakan Mael. Kemudian dia memeriksa bahagian kiriman pesanan, da nada satu pesanan yang memeranjatkan Salina, yang dihantar malam tadi kepada rakannya,
'Aku nak ajar Amri, adik Saari. Berani dia datang stesen bagi amaran kat aku. Kau tolong aku. Jangan kasi mati. Kasi patah riuk. Biar dia rasa!'
Baru Salina faham dengan apa yang dikatakan Mael pagi tadi. Maknanya tengahari ini dia ada hal. Hal itu adalah dia ingin membelasah Amri. Segera Salina meletakkan kembali telefon Mael dan masuk ke biliknya. Dia mencapai telefonnya dan menelefon Saari.
Malangnya, Saari tidak dapat dihubungi.
“Kau pukul berapa nak start masak ni? Sekejap lagi aku nak keluar. Aku dah lapar!”
Terdengar jeritan Mael dari luar. Cepat-cepat Salina letakkan telefonnya dan meluru keluar dari biliknya dan menuju ke dapur. Tidak tenang hatinya ketika itu memikirkan apa nasib Amri sebentar lagi.
Selesai memasak dan menghidangkan makanan pada Mael, Salina segera masuk ke bilik dan menelefon Saari berkali-kali namun tetap gagal dihubungi.
********
Saari melipat sejadah di surau kampung. Baru selesai mengerjakan solat Zuhur berjemaah. Usai bersalaman dengan jemaah yang lain termasuk Tok Ketua, dia turun dari surau.
“Saari, sekejap” kata Imam Razak.
“Ada apa Imam?” soal Saari.
“Duduk sekejap boleh? Saya nak berbual, ada sesuatu saya nak bagitahu,” kata Imam. Saari mengangguk dan menuruti apa yang dipinta Imam.
“Begini. Sebenarnya, saya dah bersihkan kawasan rumah kamu dan rumah Yati,” kata Imam Razak sambil tersenyum. Tergamam Saari ketika mendengar penjelasan Imam Razak.
“Bersihkan? Bila Imam?” tanya Saari. Dia langsung tidak sedar, tidak tahu dan tidak nampak bila Imam Razak melakukan kerja itu. Langsung Imam Razak tidak berbincang dengannya terlebih dahulu.
“Malam Yati kena rasuk tu la. Malam tadi pun ada, tapi malam tadi bukan saya” kata Imam Razak.
Saari mengangguk. Namun agak kesal di hati dia kerana Imam Razak tidak mengajaknya sekali untuk melakukan kerja ‘pembersihan’ itu.
“Habis macam mana Imam?” tanya Saari.
“Kuat, Saari. Setiap penjuru bawah rumah kamu itu ada tertanam satu bunjut tanah. Tanah itu tanah kubur. Punca dendam itu saya tak pasti. Tapi saya rasa ada kena mengena dengan arwah kedua orang tua kamu dulu,” kata Imam.
Saari seperti berfikir. Dan akhirnya dia mendapat jawapan.
Ini mesti angkara dendam Mael atau kedua orang tuanya dahulu selepas pertunangan Yati dan Mael diputuskan oleh keluarganya. Zulaikha, arwah ibu Mael menjadi musuh ketat pada arwah ibunya selepas kejadian itu.
“Tapi kes itu dah lama Imam. Kenapa sekarang baru jadi ini semua?” tanya Saari.
“Arwah mak kamu tiada, benda tu bermaharajalela. Arwah mak kamu selama ini menghalang semua itu dari terus mengganggu kamu sekeluarga. Namun kamu kena yakin dan jangan sesekali berpaling pada Allah, Saari. Semua yang terjadi ini utusan Allah. Semua yang menggangu kamu sekeluarga selama ini juga adalah makhluk Allah. Kamu kena beriman, Allah punya kuasa,” kata Imam Razak.
“Tadi Imam kata malam tadi bukan Imam. Siapa?” tanya Saari pula.
“Tok Sidek” jawab Imam Razak. Sekali lagi Saari terkejut. Seperti ada kena mengena dengan mimpinya malam tadi.
Saari lalu menceritakan perihal mimpinya malam tadi kepada Imam Razak. Tekun Imam Razak mendengarnya.
“Memang ada pesanan dari Tok Sidek buat kamu, Saari” kata Imam Razak. Saari hanya diam dan menanti apa yang ingin dikatakan oleh Imam Razak. Apa pesanan Tok Sidek itu.
“Tok Sidek pesan, tak perlu cari dia. Dia kata urusannya sudah selesai dengan kita semua. Dia mahu kembali ke tempatnya dan dia kata segala kacau bilau angkara arwah Zulaikha adiknya itu telah berjaya dia betulkan kembali dan keadaan telah pulih seperti sediakala,” kata Imam Razak.
Arghhh…fikiran Saari bercelaru.
Pagi tadi Saari membeli sarapan, dia ternampak Tok Sidek di seberang jalan. Kemudian Tok Ketua mengajaknay pergi ke Air Terjun Selendang untuk menemui Tok Sidek, malam tadi Tok Sidek muncul dalam mimpinya dan sekarang, Imam Razak menyampaikan pesanan Tok Sidek yang melarang dia menjejaki Tok Sidek.
Siapa Tok Sidek ini sebenarnya? Manusia biasa yang punya kuasa luar biasakah sehingga dia seperti tahu apa yang dirancang oleh Saari dan Tok Ketua?
“Tentang apa yang dikatakan oleh Tok Sidek di dalam mimpi kamu malam tadi, maaf. Saya tak tahu apa maksudnya,” jawab Imam Razak setelah dia ditanya Saari apa maksud ‘Indah belum tentu bahagia’ seperti dikatakan oleh Tok Sidek.
“Tak apalah Saari. Yang penting semuanya selamat,” kata Imam Razak.
“Saari! Saari!”
Tiba-tiba terdengar jeritan seseorang di luar surau. Saari segera bangun dan menuju ke pintu surau, diekori oleh Imam Razak.
“Hah, Mubin. Kenapa ni jerit-jerit?” tanya Saari kepada Mubin, salah seorang kawan rapat adiknya, Amri.
“Amri! Amri kena pukul!” jerit Mubin.
“Kat mana??” soal Saari.
“Aku balik kerja tadi, nampak Amri tertiarap tepi jalan. Kepalanya berdarah. Muka dia teruk kena pukul. Motosikalnya pun hancur. Aku rasa lebih dari seorang punya kerja ni, ” kata Mubin.
“Ya Allahhhh!!!” Saari terus bergegas turun dari surau.
Dia membonceng motosikal Mubin dan terus ke lokasi Amri dipukul. Sampai sahaja di lokasi tersebut terdapat beberapa rakan Amri berada di situ.
“Masukkan dia dalam kereta aku! Kita hantar dia ke hospital!” kata Zaidi, juga kawan Amri. Mereka semua mengangkat Amri ke dalam kereta. Kepalanya pecah dan tangan Amri turut patah.
Saari turut masuk ke dalam kereta dan menghantar adiknya itu ke hospital. Amri dipercayai dipukul lebih dari seorang. Terdapat kesan hentakan objek tumpul di kepala dan menurut doktor, nasib baik Amri cepat dihantar ke hospital dan belum mengalami kehilangan darah yang banyak.
Saari kemudiannya ke balai polis untuk membuat laporan. Menurut seorang saksi, dia ternampak sebuah kereta yang tak pernah dilihat di kampung itu tergesa-gesa melalui jalan yang sama di mana Amri ditemui. Dipercayai kereta itu adalah kereta yang selalu memasuki kampung sebelah dan juga selalu dilihat berada sekitar stesen teksi.
**********
Petang menjelma.
Saari baru sahaja sampai ke rumah, dihantar Zaidi. Esok pagi dia akan ke hospital semula untuk menemani Amri. Sedikit lega di hatinya setelah doktor memaklumkan tiada kecederaan dalaman yang serius pada Amri dan insya Allah jika tiada apa masalah, lagi 3 arau 4 hari Amri dibenarkan pulang.
Saari masuk dan dia duduk. Dia merenung telefon bimbitnya di atas meja. Ketika itu baru dia teringat, dia belum memaklumkan hal Amri dipukul kepada Yati. Lalu telefon itu diambil.
Terkejut dia melihat berpuluh miscall dari Salina. Dia membuka kiriman pesanan.
‘Jangan kasi Amri keluar. Bahaya!’ – Salina
Kiriman ini dihantar pagi tadi, ketika dia berada di rumah Tok Ketua. Marah Saari membuak. Nyata ini semua angkara Mael. Dia membaca lagi pesanan Salina yang lain,
‘Tapi abang Saari tak payah buat apa-apa dulu. Serahkan pada Sal. Sal tahu apa nak buat. Abang tenang dulu’
Saari tidak faham apa maksud Salina. Namun dia agak kepenatan ketika ini. Penat dia untuk memikirkan hal lain. Di kepalanya sekarang adalah keadaan Amri. Dia menelefon Yati dan memaklumkan apa yang terjadi kepada Amri.
Yati terkejut dan dia ingin segera ke hospital namun dihalang Saari. Tidak dibenarkan masuk ke wad ketika ini kerana waktu lawatan sudah habis. Dan Yati bersetuju untuk ke hospital bersama Saari esok pagi.
***********
Malam.
Mael bersiap-siap untuk keluar. Selesai makan malam, dia masuk ke bilik dan mengambil telefonnya.
“Hah, aku nak keluar dah ni. Kau standby duit je. Aku hantar barang, ambil duit lepas tu terus gerak!” kata Mael dan didengari Salina yang ketika itu sedang melipat baju di ruang tamu.
Habis saja perbualan itu Mael keluar dari biliknya dan dia melhat Salina. Tersenyum dia memandang Salina dan kemudian dia duduk di belakang Salina dan memeluk isterinya itu.
“Sayanggggg…abang keluar sekejap ya. Sekejap saja. Lepas tu abang balik. Sayang tunggu tau!” bisik Mael sambil mengucup leher Salina.
Salina tidak memberi apa-apa reaksi. Dia hanya diam dan membiarkan perlakuan Mael.
“Kau dengar ke tak??!!!” jerit Mael sambil menarik rambut Salina.
Salina kesakitan dan terkejut. Dia meminta Mael lepaskan. Mael makin rakus mengucup leher dan bahu Salina. Terpejam mata Salina ketika ini, antara sakit dan nafasnya yang turun naik.
Tiba-tiba telefon Mael bordering. Mendengus Mael ketika ini, agak marah kerana deringan telefon itu.
“Ya, aku nak keluar dah ni!” kata Mael lalu bangun dan meninggalkan Salina yang masih terduduk di situ. Beberapa minit kemudian kedengaran bunyi enjin teksi Mael, keluar dari perkarangan rumah.
Selesai melipat baju, Salina bangun dan menutup pintu rumahnya. Kemudian dia masuk ke dalam bilik tidurnya dan baring di katilnya, sehingga dia terlena.
Jam 11.20 malam, saat itu Salina sudah terlena, tiba-tiba telefonnya berdering.
Salina membuka mata dan mencapai telefon bimbitnya lalu panggilan itu dijawab,
“Maaf mengganggu. Ini Puan Salina? Isteri Encik Ismael bin Seman?”
Salina memerhatikan di skrin telefonnya. Nombor itu tidak dikenali.
“Iya saya Salina, isteri Ismael. Siapa ni ya? Ada apa?” soal Salina.
“Saya Inspektor Azman. Saya nak maklumkan suami puan telah kami tahan. Ada beberapa ketul ganja mampat kami temui dalam teksi beliau”
Salina terdiam.
“Hello Puan. Hello!”
Masih kedengaran suara Inspektor Azman di talian namun tidak dijawab atau direspon apa-apa oleh Salina sehingga perbualan itu tamat dengan sendirinya.
‘Abang Saari tenang sahaja. Semua sudah Sal selesaikan’
Pesanan itu dihantar Salina kepada Saari ketika itu, sambil dia tersenyum.
.
.
TAMAT.
Terima kasih pada semua yang mengikuti siri Hasad ini dari episode 1 hingga ke episode akhir ini. NANTIKAN KEMUNCULAN HASAD 2 TIDAK LAMA LAGI.
Terima kasih semua # penunggu .

Comments

Popular posts from this blog

KOLEKSI VIDEO / MOVIE ACTION / CARTOON / SEASON#1

AD COLLECTIONS / THAI MOVIES / SEASON#1

CGCZONE 👁‍🗨 PAID ADVERT / SERVIS IKLAN BEBAYAR / DETAILS