KISAH MATINYA SI GADIS RONGGENG #COMPLETE - 25 EPISODES
CERITA SERAM : KISAH MATINYA SI GADIS RONGGENG
KARYA : PURNAMA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
KISAH SERAM MELAYU 📛 BERSIRI
TAJUK CERITA : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
KARYA : PURNAMA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-kisah-matinya-si-gadis.html
BAB 1.
Tahun 1970
Seorang gadis cantik berkulit sawo matang sedang leka menari. Selendang putih yang tersangkut di leher di hayunkan ke sana sini dengan mengikut rentak lagu yang di mainkan oleh beberapa orang pemuzik. Lagu indah hasil dari alat gamelan dan beberapa alat muzik yang lain sungguh mengasyikkan. Suasana di pentas kecil itu agak bising dengan suara-suara si lelaki hidung belang. Masing-masing datang ke situ hanya untuk menari dan mendampingi si penari. Apalagi, mata mereka di hiasi dengan pandangan indah dari tubuh si gadis yang meliang liuk mengikut irama.
“Ayo dek, kita joget bersama. Hanya kita berdua sahaja” ujar seorang lelaki yang bernama Wandi. Dia juga menari sama mengikut lenggok irama yang di mainkan.
Si gadis yang bersanggul cantik di hiasi dengan bunga kemboja hanya membalas dengan senyuman manis sahaja. Tetapi, matanya melirik kepada seorang jejaka impiannya yang duduk di sebuah bangku di hujung pentas.
“Selesai ini, Citra mau ke mana? Akang bisa temankan dedek. Bila? Di mana? Kapan-kapan sahaja, akang bisa. Hanya bilang sama akang” ujar Wandi dengan pujuk rayunya.
“Gak usah Mas, Citra enggak mau merepotin Mas. Mas Wandikan lagi banyak kerjaan. Lagian, Mbak Lestari sudah nungguin Mas tu lho. Liat tu. Kasian kan udah di tunggu lama” Ujar Citra sambil memuncungkan bibirnya ke arah seorang wanita yang sedang berdiri.www
“Biarin aja. Akang enggak mau dengan dia, yang akang mahu Cuma sama Citra aja. Akang cinta mati lho sama kamu, sayang” balas Wandi sambil mengenyitkan matanya kepada Citra.
“Ahh, Mas. Pujuk rayunya gombal. Citra enggak percaya.” Jawab Citra pula, matanya masih lagi melirik manja kepada si jejaka idamannya.
“Benar ni. Akang enggak bohong. Sungguh Akang sayang , Akang cinta sama Citra. Akang mahu memperisterikan Citra. Kamu mahu kan? Ayolah” Luah Wandi tanpa segan silu. Dia mengharap agar gadis itu memberikan kata setuju.
“Maaf Mas, Citra enggak bisa. Lagian, Citra enggak suka rampas hak orang. Kasiankan Mbak Lestari. Dia sayang banget sama Mas.”
“Kalau begitu, Akang beri masa Citra untuk berfikir ya, Akang sanggup menunggu.” Balas Wandi kemudian dia menyelitkan beberapa keping wang kertas di celah-celah dada Citra yang terdedah. Citra hanya mengiringi langkah jejaka itu dengan ekor matanya.
Muzik gamelan masih kedengaran. Malam semakin larut, maka semakin ramailah lelaki-lelaki yang datang hanya semata-mata mahu mendekati Citra. Citra sebenarnya adalah seorang penari ronggeng wanita yang di gemari oleh ramai orang. Apalagi, dia memiliki wajah yang cantik dan ayu. Tubuhnya juga menggemaskan mata-mata keranjang yang datang ke situ. Tugas Citra hanya melayani pelanggan-pelanggannya yang datang berkunjung. Meskipun masih ramai lagi penari lain yang cantik-cantik, mereka tetap memilih Citra, sehinggakan ada seseorang yang iri hati dengan apa yang Citra miliki.
“Emangnya, apa yang kurang padaku, apa yang lebih pada dia? Aku juga cantik, tubuhku juga cantik. Enggak ada yang beza.” Rungut Bunga. Hatinya cukup tidak berpuas hati. Sedikit demi sedikit, rasa dendamnya pada Citra kian bertambah.
“Dia ‘memakai’ barangkali. Siapa tahu kan?” balas pula si Fitri. Dia juga sakit hati dengan Citra.
“Maksud kamu apa?” soal Bunga pula. Wajah temannya di pandang.
“Ntar kamu juga tahu sendiri nanti. Ya udah, aku mau pulang. Kamu?”
“Ikut, yuk.” Jawab Bunga. Perasaannya bungkam waktu itu apabila terpandang Citra di kelilingi oleh ramai lelaki.
***
Bayu ralit memerhati gadis itu. Dadanya berdebar apabila pandangan mereka berdua bertemu. Wajah si gadis cantik di pandang tanpa berkelip. Sungguh dia juga menyukainya. Hadirnya dia kesitu kerana di undang oleh seorang kawan yang beria-ia benar inginkan dirinya ke situ. Sekadar memenuhi undangan dan menghormati jemputan rakannya, dia turuti.
“Bayu, kamu pandang siapa? asyik bangat” tegur seorang Jaka. Rakan Bayu.
Bayu hanya tersenyum-senyum tanpa bicara. Malu-malu apabila Jaka memerhati ke arah seorang gadis ronggeng yang sedang asyik menari.
“Kamu suka pada Citra ya?” teka Jaka. Sekadar mahu melihat riaksi rakannya. Dia yakin, rakannya itu sudah terpikat dengan salah seorang penari ronggeng di situ. siapa lagi kalau bukan Citra.
“Citra namanya?” Soal Bayu teruja. Matanya bersinar-sinar apabila sudah mengetahui nama si gadis idaman.
“Benarkan, kamu suka sama dia?”
“Ah, enggaklah.” Bayu cuba untuk berdalih. Wajahnya yang cerah mula memerah. Ada senyuman manis terukir di bibirnya, cuba di sembunyikan.
“Alah, ngaku aja lo. Kalau suka, gue bantu kenalin lo sama Citra. Gak usah malu-malu kayak gitu. Kayak cewek aja lo ni. Bikin malu gue aja”
Bayu tidak mampu berkata apa-apa. Hanya senyuman yang menghiasi wajahnya. Sungguh dia merasa teruja untuk mengenali Citra dengan lebih dekat. Dadanya yang berdebar semakin tidak keruan. Dia merasa teruja.
“Sebentar lagi giliran kamu. Selamat ya” kata Jaka sambil mengenyitkan matanya kepada Bayu. Bayu hanya tersengih-sengih.
Tidak lama kemudian, Citra datang menghampiri Bayu. Selendang putih di leher di pautkan pula ke leher lelaki itu. pandangan mata mereka bertaut tanpa berkelip. Masing-masing membalas senyuman.
“Kamu Citra?” Soal Bayu memulakan perbualan di antara mereka. Citra hanya tersenyum. Sekejap-sekejap matanya mencuri pandang ke wajah Bayu yang ganteng.
“Iya, Akang?” jawab Citra pula sambil menari mengikut rentak lagu yang di mainkan pemuzik.
“Namaku Bayu.”
“Sering main ke sini? Citra enggak pernah liat akang di sini?” soal Citra.
“Aku temennya Jaka. Dia yang nyuruh aku mampir di sini. Hanya untuk liburan aja” Jawab Bayu pula.
“Ohh, temannya Jaka. Kok bisa kenal sama dia? Sama-sama karyawan di Jakarta?”
Bayu hanya mengangguk. Matanya tidak lepas memerhati wajah si gadis. Asyik dan sungguh cantik.
“Akang mau temen Citra pulang? Sebentar lagi kerjaku sudah tamat lho. Bisa?” pelawa Citra sambil mengapit lengan si lelaki.
“Eh, bisa..bisa. Aku mau kok.” Balas Bayu tanpa berfikir panjang.
Keduanya terus melangkah beriringan, tanpa disedari mereka berdua di perhatikan oleh seseorang.
Bersambung
Karya PURNAMA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
BAB 2
Tahun 2011
Thalia dengan laju melangkah ke dalam kelas. Rambutnya yang pendek separas bahu di ikat. Suasana di dalam kelas tanpa guru amat membingitkan halwa telinganya. Buku teks bahasa melayu di buka dan di selak-selak.
“Panjang mulut tu?” tegur seseorang dari belakang.
“Aku benganglah dengan Amir”
“Amir? Kenapa dengan dia?”
“Dia dah pindah. Tinggalkan aku”
“Pindah ke mana pula ni. Aku tak faham”
“Dia pindah sekolah”
“Alah sekolah je pun. Kat luar kan boleh jumpa. Bukan kau tak tahu kat mana rumah dia”
“Dia pindah sekolah, dia juga pindah rumah. Kalau kau nak tahu, dia pindah ke Indonesia. Ayah dia dapat bini baru, orang sana. Kau faham tak?” marah Thalia.
“Alamak, jauh sangat pindahnya tu. Kenapa tak pindah ke jepun ke, korea ke, nigeria ke, Nepal ke..bla..bla..”
“Mulut kau, kalau aku sumbat dengan kasut aku nanti, baru kau tahu apa itu erti penyesalan kan?” Ujar Thalia sambil menjeling.
“Alah, gurau sikit pun tak boleh. Sikit-sikit nak marah. Menyampah”
“Menyampah? Kau jangan kawan dengan aku lagi lepas ni” ugut Thalia. Wajahnya mencuka.
“Okaylah, aku minta maaf. Sedihlah kau ni”
“Aku nak ke sana”
Mata rakannya yang bernama Amni serta merta terbeliak. ‘Biar betul minah ni?. Indonesia tu jauh kot, kau ingat dekat ke?” rungut Amni perlahan.
“Aku tak peduli. Cuti sekolah akan datang aku nak ke sana. Kau nak ikut aku tak?”
“Aku?”
“Yelah, kau. Siapa lagi yang aku nak ajak selain kau? Takkan aku nak ajak si Amy senget tu. Agak-agaklah.”
“Aku mana ada duit. Passport pun tak ada”
“Kau ni sengallah. Aku tanggung semuanya. Asalkan kau ikut aku, temankan aku ke sana jumpa Amir”
Amni tersenyum-senyum. Wajahnya ceria.
“Yeayyy, ke luar negara kita!!”
Thalia hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan keanak-anakkan sahabatnya.
Thalia dan Amni adalah dua orang sahabat baik. Mereka berdua berkawan sejak di bangku sekolah rendah lagi. kebetulan, kedua-duanya berjiran dan kedua ibu bapa mereka juga kawan baik. Thalia hanya ada Amni seorang yang dianggap sebagai kawan. Manakala Amir pula selaku teman tapi mesra.
Hidup Thalia yang agak mewah membuatkan dia sentiasa berada di dalam kesenangan. Apa sahaja yang dia mahu, pasti dia akan berusaha untuk memilikinya. Padanya, tiada apa yang mustahil. Kini, dia harus memikirkan bagaimana dia mahu menyatakan hasratnya kepada ibu dan ayah tentang rancangannya yang mahu ke Jakarta. Pasti rancangannya itu akan di bantah dan di tolak mentah-mentah. Apapun, Thalia tidak mahu tahu, dia tak peduli. Yang penting, dia mahu menemui Amir di sana.
“Please ibu, pujuklah ayah. Lia ke sana dengan Amni. Kalau Ibu nak abang Lil pergi sekali pun, Lia tak kisah” rayu Thalia bersungguh-sungguh.
“Ibu tak boleh janji Lia, Lia pun tahu ayah tu mana boleh bagi lepas anak kesayangan dia pergi jauh-jauh.” Jawab Puan Zulaika. Dia termangu seketika mencari jalan untuk berbicara dengan suaminya.
“Tolonglah Ibu, sekali ini je. Lepas ni, Lia janji, Lia takkan ke mana-mana lagi.” ujar Thalia sambil mengangkat tangan sebagai aku janjinya kepada Pun Zulaika.
“Janji Lia tak boleh pakai. Ibu dah serik.” Thalia tergamam. Aduh! Punah harapannya kali ini. apa lagi ikhtiar yang dia perlu lakukan. Tiba-tiba..
“Tak apalah Ibu, Lia tak kisah kalau ibu dan ayah tak izinkan Lia pergi ke Jakarta. Lia nak lari dari rumah. Lia tak nak tinggal dalam rumah ni lagi. Lia bosan asyik dikurung dan rasa terkongkong. Sama ada ibu dan ayah izinkan atau tak, Lia tak peduli!” ugut Thalia. Gadis itu terus menapak menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas. Jelas terpamer di wajah gadis itu riak kecewa.
Puan Zulaika tergamam. Dia tidak menyangka, sejauh itu tindakkan anak gadisnya. Dirinya terasa serba salah. Mahu di luah mati emak, tak di luah mati bapak. Puan Zulaika menggaru-garu sikit kepalanya yang tidak gatal.
“Apa aku nak beritahu ni. Tak pasal-pasal aku juga yang kena marah nanti. Hurmm” rungut Puan Zulaika sendirian.
Bersambung
Karya PURNAMA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
KISAH SERAM MELAYU 📛 BERSIRI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
KARYA : PURNAMA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-kisah-matinya-si-gadis.html
BAB 3
Puan Zulaika terkebil-kebil memerhatikan suaminya. Hatinya berbolak balik sama ada mahu memberitahu atau tidak tentang hal anak gadis mereka yang berkeras mahu ke jakarta. Sesekali dia menelan air liurnya sendiri.
"Awak ni kenapa Zu. Dah macam ayam berak kapur je abang tengok." tegur Encik Maliki tiba-tiba. Puan Zulaika tersengih-sengih.
"Tak ada apalah bang." dalih Puan Zulaika.
"Betul ni tak ada apa-apa? Tapi, kenapa abang rasa macam ada apa-apa ya?" duga Encik Maliki. Di jeling isterinya itu dengan hujung mata.
"Abang nak minum?" soal Puan Zulaika cuba mengubah topik.
"Dari tadi saya kat sini. Baru sekarang nak tanya?" soal Encik Maliki.
Puan Zulaika tersenyum simpul. Renda yang terdapat pada sarung bantal peluknya di gentel.
"Awaknya, saya ada berita baik ni" beritahu Encik Maliki tiba-tiba. Puan Zulaika terus menoleh ke arah suaminya.
"Cuti sekolah nanti saya nak bawa awak dan anak-anak pergi bercuti" Puan Zulaika tergamam. Bercuti? Wahhh best ni.
"Ke mana bang?" soal Puan Zulaika. Dia merasa sangat teruja. Sudah terbayang di ruang matanya, dia akan berbelanja sakan di tempat percutian.
"Tak payah nak beranganlah. Saya nak bawa awak dengan anak-anak ke indonesia. Kita bukannya bercuti ke paris."
Puan Zulaika terdiam. Mungkin kenyataan yang baru di dengarinya sedikit mengecewakan. Tapi? Indonesia? Bukankah Thalia juga mahu ke sana? Hah, baguslah. Dia tak perlulah memberitahu hal Thalia kepada suaminya.
"Apa yang awak menungkan tu Zu. Dari tadi saya perhatikan awak ni asyik termenung sana sini. Ingat boyfriend lama ke?" duga Encik Maliki.
"Eh, mana ada. Dah tua-tua rumah kata pergi, kubur kata marilah bang. Boyfriend apanya. Atau abang yang tu yang ada girlfriend" balas Puan Zulaika. Di kerling suaminya yang sudah pun meletakkan kepala di atas bantal.
"Saya pula yang kena. Kalau saya nakkan daun muda, saya tak ada kat sebelah awak sekarang ni. Sudahlah, saya letih ni. Nak tidur. Layankan awak, sampai esok pun tak habis." jawab Encik Maliki. Kemudian, lelaki itu terus sahaja memejamkan mata.
Puan Zulaika mengetap gigi. Geram dengan sikap suaminya yang suka menyakat. Puan Zulaika memandang sekilas suaminya. Dia tersenyum. Rasa tidak sabar untuk memaklumkanya kepada Thalia. Dia pasti, anak gadisnya pasti suka.
***
1971
Sudah beberapa lama Citra tidak bertemu dengan Bayu. Dadanya kian sesak kerana menahan rindu. Setiap bulan, gadis itu sentiasa menanti kedatangannya. Tetapi, dia dapat merasakan, penantiannya cuma sia-sia.
"Lupakan saja dia. Kalau emang sudah cinta, pasti dia ke sini menemui kamu" ujar embah lara, sambil memakan sirih kesukaanya. Di perhatikan wajah Citra yang sugul.
"Iya nak Citra. Udahlah. Lupakan aja dia. Ada ramai lagi laki-laki yang menantimu. Kamu hanya tinggal milih aja" ujar Bapak Anton.
"Enggak pak, Citra yakin dia pasti ke sini lagi. Dia sudah janji sama saya, mahu menikah sama saya." luah Citra. Di tubir matanya, sudah ada butir-butir permata yang bakal menitik.
Embah Lara dan Pak Anton hanya saling berpandangan. Mereka simpati dengan nasib Citra. Menanti sang kekasih yang sudah lama tidak bersua muka. Rindunya kepada Bayu, usah di kata lagi.
Citra pasti sekali, dia yakin. Lelaki itu pasti akan datang menemuinya. Citra mengusap-ngusap perutnya sambil tersenyum, kerana ada sesuatu yang bernyawa berada di dalam tubuhnya. Dan hal itu, tiada sesiapa pun yang tahu.
"Pulanglah akang. Aku ada sesuatu untukmu." lirihnya dalam kesedihan.
BERSAMBUNG..
KARYA : PURNAMA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
KISAH SERAM MELAYU 📛 BERSIRI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
KARYA : PURNAMA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-kisah-matinya-si-gadis.html
BAB 4
Thalia tersengih-sengih. Sengihannya sampai ke telinga. Sungguh dia tidak menyangka, ayahnya mahu membawa mereka bercuti ke negara seberang. Rasa terujanya lebih dari segala-galanya.
"Sengih sorang-sorang dah macam orang gila. Kau kenapa?" soal Amni. Kerusi kayu di sebelah Thalia di tarik perlahan.
"Mulut kau memang tak ada insurankan" ujar Thalia. Di jeling sahabatnya itu dengan jelingan tajam.
"Ada ke insuran mulut? Setahu aku yang ada insuran nyawa." ujar Amni bersahaja.
Thalia menepuk dahi. Sahabatnya yang satu ini, betul-betul bendul. Mahu ketawa, nanti merajuk pula. Sudahlah si Amni jenis yang kuat sentap dan sensitif. Thalia hanya menggelengkan kepala.
"Kau geleng kepala kenapa? Tak betul ke apa yang aku cakap tadi?" Soal Amni.
"Malaslah aku nak layan kau. Lain yang aku cakap, lain pula yang kau faham" jawab Thalia.
"Lia! Kau jadi ke nak ke jakarta?" Soal Amni.
"Tentulah. Ayah aku sendiri yang nak bawa aku ke sana. Jadi, tak perlulah aku susah payah lari dari rumah. Kenapa kau tanya?"
"Aku macam mana?"
"Kau kawan aku. Aku dah janji nak bawa kau sama kan. Jadi relakslah"
Wajah Amni bertukar gembira. Dia mula rasa tidak sabar. Ini kali pertama dia akan keluar negara.
Thalia hanya tersenyum-senyum melihat telatah Amni yang teruja.
***
Malam semakin larut. Mata juga semakin mengecil. Buku teks dan segala barang-barang sekolah lain di kemas elok. Kemudian, dia terus sahaja merebahkan dirinya di atas katil dan akhirnya Thalia terlelap.
Baru sahaja melelapkan mata, Thalia mula rasa kedinginan. Rasa sejuk yang teramat sehingga mencengkam ke tulang. Thalia membuka matanya. Aneh, dia langsung tidak merasa mengantuk. Thalia memandang keadaan sekeliling. Dia tersentak apabila dirinya tidak berada lagi di dalam bilik tidur. Thalia berada di suatu tempat. Tempat yang asing baginya.
Thalia menggosok-gosokkan mata. Jelas, dia berada di tempat lain. Kawasan itu seolah-olah seperti sebuah kampung. Rumah yang di bina dari daun nipah dan beratapkan daun rumbia. Rumah-rumah kecil itu nampak buruk dan usang. Malah, tiada seorang manusia pun yang berada di situ. Kampung itu sepertinya di tinggalkan dengan keadaan tergesa-gesa.
"Tempat apa ni?" getusnya di dalam hati
Thalia meneruskan langkahnya secara perlahan-lahan. Langkah kakinya membawa dia ke sebuah rumah kosong yang hampir roboh.
Thalia terus sahaja melangkah masuk ke dalam rumah itu.
"Tolongggg" Thalia menghentikan langkahnya. Telinganya menangkap satu suara yang merayu meminta tolong. Thalia meliarkan pandangannya di sekitar ruang rumah. Tetapi, tiada apa-apa disitu.
Kemudian, Thalia mula menelusuri ke bahagian lain pula iaitu bilik tidur. Thalia membuka pintu yang sudah pun uzur. Perlahan-lahan dia ternmpk satu susuk tubuh membelakanginya.
Thalia mahu menegur, tetapi suaranya seakan-akan tersekat di kerongkong.
BERSAMBUNG..
KARYA : PURNAMA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
BAB 5
Thalia mahu sahaja menegur wanita misteri itu. Tetapi, dia masih lagi teragak-agak. Dia melangkah setapak lagi menghampiri wanita misteri yang masih lagi membelakangkan dia.
Kemudian, tanpa berlengah, Thalia mengambil keputusan untuk beredar. Dia tidak mahu berlama-lama berduaan di situ. Thalia harus pulang.
Baru beberapa langkah, terdengar pula wanita itu menangis.
"Huuuuu..."
Thalia menoleh ke belakang dan wajahnya berubah riak. Mata Thalia terbeliak kerana wajah wanita misteri itu menyerupai wajahnya!
"Maamaaaa!!!!" jerit Thalia sekuat hati.
"Lia! Hei Lia! Kenapa ni?" serta merta mata Thalia terbuka. Air matanya berjuraian laju. Tubuh Puan Zulaika yang ada di hadapannya di peluk seerat-eratnya.
"Lia kenapa?" soal Puan Zulaika sambil membalas pelukkan anaknya.
"Lia mimpi ma. Muka dia, muka dia sama dengan Lia." luah Thalia. Dia berharap sangat agar mamanya percaya.
"Mimpi ngerilah ni. Kan mama dah ingatkan banyak kali. Sebelum tidur cuci kaki dulu." leter Puan Zulaika. Dia faham benar sikap anak gadis kesayangannya.
"Maa.." panggil Thalia.
"Tidurlah. Esok nak sekolahkan. Jangan bangun lewat" pesan Puan Zulaika dan wanita itu terus beredar dari ruang beradu Thalia.
Thalia terkebil-kebil. Matanya tidak mampu lagi untuk di lelapkan semula. Ingatannya masih lagi terbayang raut wajah wanita yang berada di dalam mimpinya.
Wajah wanita itu seiras dengannya. Tetapi kenapa wanita itu menangis dan air mata yang keluar adalah darah. Siapakah dia? Apa yang terjadi? Setiap persoalan datang menerjah ke benaknya.
Akhirnya Thalia terlelap juga setelah puas berfikir.
***
1971
Suasana di antara mereka agak tegang. Bayu seboleh-bolehnya mahu kembali ke kampung menemui Citra. Entah apa khabarnya wanita yang senantiasa di rinduinya itu.
"Ibu, tolong restu pernikahan aku sama Citra. Aku mencintai dia. Tidak mungkin aku akan ninggalin dia." rayu Bayu meminta izin daripada Puan Wati.
"Enggak bisa. Kamu harus nurut kataku. Nikah sama Tia. Ibu sudah berjanji dengan mereka untuk satukan kamu berdua. Titik!"
Bayu tertunduk. Harapannya hanya tinggal harapan. Semuanya punah, semuanya hancur! Tiada apa lagi yang tinggal. Bayu juga mengirimkan surat buat Citra, tetapi tiada satu pun suratnya di balas kembali. Bayu sudah putus asa.
"Semua persiapan kamu sama Tia, ibu sudah persiapkan. Rencananya, kamu akan menikah bulan depan. Tia sudah bersetuju. Dan ibu mahu kamu juga setuju"
"Jika aku nggak setuju, ibu mahu ngapain? Aku tetep juga enggak punya pilihankan?" balas Bayu. Wajahnya sugul. Lelaki jenis apakah dia, tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri. Lelaki jenis apakah dia? Hanya mengikut telunjuk ibunya sahaja.
Bayu memandang sekilas ke wajah neneknya. Meminta bantuan dari wanita tua itu.
"Oma" sebut Bayu perlahan. Wajahnya sugul.
"Maafkan Oma, Bayu. Oma juga enggak bisa tolongin kamu." Bayu tertunduk. Serta merta wajah cantik Citra yang cantik bermain-main di ruang matanya. Wajah yang lembut dan sentiasa tersenyum manis. 'Aku rindukan kamu, Citra' bisik hati kecil Bayu.
Bersambung.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
BAB 6
Tahun 1971
Di dalam bilik yang agak sempit. Citra masih lagi menanti kembalinya sang kekasih. Air mata yang tidak pernah kering seringkali menemaninya saban waktu dan ketika. Di pandang lagi ke luar jendela, merenung bulan terang yang jauh nun di atas sana. Bulan yang sentiasa di temani bintang-bintang saban malam. Sedangkan dirinya? Hanya bersendirian di temani air mata. Di dalam kesedihan, Citra masih lagi mengingat bait-bait janji yang di taburkan oleh Bayu. Lelaki tampan pujaannya. Serta merta senyumannya yang sudah sekian lama menghilang, kini kembali menghiasi wajahnya yang lesu.
Ingatannya kepada lelaki itu sedikit sebanyak mengubati hatinya yang sedang lara. Dia tahu benar hubungan mereka berdua seperti apa. Bayu dan Citra saling menyintai antara satu sama lain. Kasihnya mereka berdua ibarat seperti Adam dan Hawa. Ke mana sahaja, mereka sentiasa bersama. Hubungan mereka juga sudah di pateri dengan satu ikatan janji untuk setia. Ikatan janji agar tiada sesiapa yang boleh mengganggu gugat hubungan suci mereka.
“Akang, berapa lama lagi Citra harus menunggu. Citra takut jika Akang mungkir janji dan lupa sama Citra di sini” luah Citra dengan suara yang agak sedih. Bunga kemboja putih yang kembang mekar di taman di petik, lalu di sisipkan ke celah rambutnya yang hitam.
“Usah khuatir sayang, Akang kan sudah bersumpah. Hanya Citra yang Akang cinta. Masa enggak percaya sama Akang, dek” wajah ayu si gadis di usap dengan lembut.
“Bukan begitu, Akang. Hati Citra merasa enggak enak sama sekali. Rasa sepertinya ada sesuatu yang bakal menimpa kita. Itu yang Citra khuatirkan”
“Ya ampun sayang. Jangan berfikiran aneh gitu dong. Minta sama tuhan yang baik-baik aja. Akang janji, Akang akan pulang bertemu sama Citra lagi di sini. Kita nikah ya”
“Benar ni? Mahu nikah sama Citra? Akang enggak bohongkan?” Citra mula rasa teruja. Siapa sahaja yang bercinta dan berkasih sayang, pasti mahu berumahtangga. Apalagi gadis seperti Citra. Gadis ronggeng yang bercita-cita mahu mempunyai keluarga sendiri. Punya suami, punya anak-anak yang imut dan lucu. Punya rumah yang kecil tetapi bahagia. Itu semua impian si gadis yang bernama Citra. Tanpa di sedari, senyuman manisnya terukir. Dengan pantas tubuh Bayu di dakap erat.
“Emangnya Akang pernah main-main sama Citra? Akang benar-benar mahu memperisterikan kamu, sayang. Itu impian Akang. Selepas kerja Akang selesai, Akang pulang ke sini.” Ujar Bayu memeterai sebuah janji.
“Iya, Citra percaya kok sama Akang. Citra sanggup nunggu sampai kapan pun.” Ujar Citra, juga menabur janji kepada lelaki itu. tetapi, janji yang di tunggu hanya tinggal janji. Sudah hampir setahun, janji itu kekal sebagai janji. Yang pastinya, janji itu sampai kapan pun tak akan pernah di lunasi. Sekali lagi, air mata Citra tumpah lagi. matanya yang cantik, punya bulu mata yang lentik sepertinya sudah hilang seri. Senyumannya yang mekar sebentar tadi kembali menghilangkan diri.
“Bayu..” lirih Citra di dalam kesedihan.
Pak Anton hanya mampu memerhati gelagat anak gadisnya. Hati tuanya juga merasa bimbang dengan keadaan Citra. Sayu melihat betapa seksanya diri menanggung rindu. Pintu bilik yang di perbuat dari daun nipah, dibuka perlahan. Tubuh anak gadisnya di dakap penuh dengan kasih. Sedih dengan apa yang berlaku, sehingga membuat satu keputusan buat anaknya. Keputusan yang bakal membuatkan Citra lebih menderita.
bersambung..
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
BAB 7
Thalia sedang sibuk mengemas semua barang peribadi miliknya. Wajahnya kelihatan ceria dan gembira. Amni yang bertenggek di atas kerusi hanya memerhati sahabatnya itu. Thalia pula berpura-pura tidak nampak apabila dia sendiri mengetahui Amni sedang merenungnya sejak tadi.
“Hoi!, kau ni macam nak pindah sana terus je. Banyak betul barang yang kau bawa” tegur Amni. Matanya juga mengikut setiap pergerakkan sahabatnya. Jika ke kiri, maka ke kiri jugalah pandangannya. Jika ke kanan, ke kanan jugalah matanya. Dan akhirnya, dia juga yang letih dan pening kepala.
“Lagi aku suka. Dekat selalu dengan Amir.” Balas Thalia selamba.
“Kau sukakan dia ea?” soal Amni menduga.
“Teman tapi mesra”
Amni mencebik. Menyampah dengan jawapan yang di berikan Thalia sebentar tadi. ‘Teman tapi mesra konon!’ Getusnya di dalam hati. Amni bangun dan duduk bersila di samping Thalia. Lehernya di panjangkan untuk menjengah isi yang ada di dalam luggage gadis itu.
“Macam nak duduk setahun je ko ni. Padahal 2 minggu je kita kat sana”
“Kau ni kenapa? Suka hati akulah.” Marah Thalia. Dia bengang dengan sikap penyibuk sahabatnya itu. mahu sahaja dia melemparkan Amni ke tingkat bawah, biar tergolek-golek macam nangka busuk. Tiba-tiba sahaja, Tawa Thalia pecah. Amni semakin hairan.
“Suka sangat tu, kenapa? Ejek akulah tu” ujar Amni tidak berpuas hati. Wajahnya masam. Tawa Thalia masih lagi bersisa. Sukar untuk dia meredakan tawanya itu. Ini kerana, Thalia membayangkan bagaimana rupa Amni bila di lempar ke luar.
“Malaslah nak layan kau. Baik aku tidur” ujar Amni yang kemudiannya beredar ke katil dan merebahkan dirinya. Dengan masa hanya beberapa minit, sudah terdengar dengkuran halus dari gadis itu.
Thalia hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Kemudiannya dia meneruskan kerja mengemas dan menyimpan beberapa helai bajunya.
“Thalia..” gadis itu tersentak. Serta merta tangannya berhenti bergerak. Tubuhnya tegak. Matanya meliar melihat sekeliling biliknya.
“Amni. Kau ke tu?” panggil Thalia perlahan.
“Amni, kau jangan main-mainkan aku boleh tak? Aku lepuk kau nanti” ujar Thalia memberikan amaran. Fikirnya, Amni sengaja mahu menakut-nakutkan dirinya. Mungkin gadis itu mahu membalas dendam kerana di sakat Thalia sebentar tadi.
“Thalia” sekali lagi suara itu memanggil lagi. Suara yang gemersik dan cukup halus. Thalia sudah mula rasa takut. Tubuhnya terasa seram sejuk. Bulu romanya berdiri. Suasana didalam bilik tidurnya menjadi dingin, sedangkan dia tidak buka penghawa dingin langsung ketika itu.
Dengan tidak berlengah walaupun sesaat, Thalia terus meninggalkan kerja mengemasnya dan terus meloncat ke atas katil. Selimut tebal di tarik sehingga ke kepala. Tubuh Thalia menggeletar hebat. Matanya di pejam rapat.
“Kau kenapa ni?” tiba-tiba sahaja, Amni mengiring ke arah Thalia. Dengan matanya yang masih terpejam dia bertanya.
“Shhh..tak ada apa-apalah. Kau tidur jelah.” Balas Thalia, berbisik.
Dan akhirnya, Thalia juga terlelap sama.
***
Thalia membuka mata. Dia mengeliat. Mulutnya menguap beberapa kali. Rambutnya yang panjang separas bahu di sikat dengan jari. Tanpa menyedari di mana dia berada, Thalia bingkas berdiri. Dan tiba-tiba sahaja dia meloncat kembali ke atas katil kerana terperanjat. Tapak kakinya terasa sejuk kerana tersentuh lantai simen tanpa alas. Mata Thalia terbuntang. Dia menggosok-gosokkan matanya, kerana dia kini sedang berada di tempat lain.
“Kat mana ni?” soalnya kepada diri sendiri. Thalia berpusing-pusing melihat keadaan sekeliling.
Dia memerhatikan katil yang menjadi tempat pembaringannya tadi. Katil itu di perbuat dari buluh. Ada tirai putih yang menghiasi katil tersebut. Di dalam bilik itu, ada juga perabot lain, seperti almari baju dan set meja solek. Perabot-perabot itu mempunyai ukiran yang halus buatannya. Lebih-lebih lagi set meja solek yang terletak di hujung sudut.
“Gedegang!!” Thalia terperanjat. Dia segera menoleh ke arah pintu bilik. Pintu itu di tendang seseorang dari luar. Thalia mula rasa takut. Dia mencari tempat untuk bersembunyi. Dan pada akhirnya, dia menyorok di sebelah meja solek yang sememangnya mempunyai sedikit ruang di situ. Muat-muat untuk saiz tubuhnya yang kecil.
“Lepaskan aku mas, aku enggak mau tinggal di sini. Ini bukan tempatku” jerit seorang gadis. Wajah gadis itu basah kerana menangis.
“Aku enggak izinkan! Kamu mahu temui dia bukan?” soal lelaki itu dengan suara yang agak tinggi. Wajah lelaki itu bengis.
“lepasin aku, mas. Aku mahu bersama dia, tolong aku, mas” rayu gadis itu lagi. kemudian, gadis itu dengan tiba-tiba sahaja melutut memeluk kaki lelaki itu seakan-akan merayu.
Tanpa di sangka, gadis itu di tendang. Wajahnya di tampar sekuat hati sehingga mengeluarkan darah dihidung dan mulut. Air matanya semakin lebat membasahi wajah gadis itu. lelaki yang punya tubuh sasa segera meninggalkan gadis itu tergeletak di dalam biliknya. Thalia yang sedari tadi hanya mampu bersembunyi keluar dari tempat persembunyian.
“Kakak” panggil Thalia. Tetapi, gadis itu tidak memberikan riaksi. Thalia bingung. Bahu gadis itu di sentuh. Tetapi, sentuhan Thalia langsung tidak dapat menyentuh tubuh gadis itu. seolah-olah dia seperti bayang-bayang.
“Bayu, maafin aku” rintih gadis itu teresak-esak.
“Apa yang jadi ni? Aku tak fahamlah” rungut Thalia. Dia terus duduk di kerusi yang terdapat di meja solek tersebut. Thalia memandang wajahnya ke cermin. Dan dia tiba-tiba sahaja Thalia baru menyedari sesuatu. Wajahnya. Thalia berkalih memandang gadis yang masih lagi menangis hiba, dan gadis itu tanpa di sangka mengangkat wajahnya dan memandang pula ke arah Thalia yang sememangnya sedang memandangnya. Mata mereka bertaut. Saling merenung antara satu sama lain. Wajah mereka sama! Dan Thalia teringat akan mimpinya sebelum ini. gadis yang pucat lesi mempunyai wajah yang seiras dengannya. ‘Adakah gadis itu dengan gadis yang ini adalah orang yang sama?’ Getusnya di dalam hati,
“Dia nampak aku ke?” ujar Thalia seorang diri. Gadis itu kemudiannya bangun dan mendekati meja soleknya. Thalia segera bangun dan berdiri sahaja di sisi gadis itu. Sah! Gadis itu tidak nampak akan dirinya yang berdiri di situ seperti tiang lampu.
Sebuah laci kecil di tarik, terdapat sebilah gunting di dalamnya. Hujung mata gunting itu cukup berkilat. Gunting itu di ambil. kemudian, perlahan-lahan gunting itu di letakkan di pergelangan tangan. Thalia membeliakkan mata. Dia tahu apa yang bakal gadis itu lakukan.
“Jangannn! Tolong jangan buat benda bodoh tu” jerit Thalia, tetapi sayangnya. Suaranya tidak di dengari oleh gadis itu.
Tanpa berbuat apa-apa, gadis itu mengelarkan pergelangan nadinya. Hasil dari kelaran itu, ianya mengeluarkan banyak darah. Thalia menjerit sekuat hatinya. Dia tidak menyangka, secetek itu akal gadis itu, dan gadis itu terus sahaja rebah di atas lantai.
Bersambung..
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
BAB 8
1971
Bunyi kicauan burung sedikit sebanyak menghiburkan hati Citra. Sudah berbulan-bulan lamanya penantian yang di harapkan tidak juga kunjung tiba. Menanti janji-janji yang di harapkan, tetapi semuanya sia-sia. Dan pada akhirnya, dia terpaksa memutuskan satu keputusan untuk diri dan juga masa depannya.
Dua hari lepas, satu peminangan telah di terima. Walaupun terpaksa, Citra akur. Dia kasihan melihat bapaknya yang sudah tua. Tidak mampu lagi untuk berkerja. Kumpulan ronggeng juga sudah di tinggalkan sejak dia hamil. Yang pastinya, dia tdak menyangka, peminangan itu sebenarnya datang dari seorang lelaki yang bernama Jaka. Ya, Jaka sahabat kepada Bayu.
Citra langsung tidak tahu menahu bahawa Jaka sebenarnya sudah lama menyimpan perasaan kepadanya. Sedangkan lelaki itu tahu, dirinya adalah milik Bayu.
“Citra”
“Kamu ngapain di situ sendirian?” soal Pak Anton.
“Nggak apa-apa pak. Citra lagi ambil angin aja”
“Kamu lagi marah sama bapak ya?”
“Ah, enggaklah. Malah, Citra bersyukur dan mau berterima kasih pada bapak” ujar Citra tersenyum-senyum.
“Kamu bisa nerima Jaka jadi suamimu? Tolong, jangan bohong bapak ya. Terus terang aja.”
“Hurmm” Citra menunduk. Kemudian, dia menarik tangan tua ayahnya agar duduk di sisinya. Wajah tua itu di tenung penuh kasih. Citra tersenyum. Senyuman itulah yang di harapkan Pak Anton sebelum ini. senyuman manis dan mekar. Senyuman yang memperindahkan lagi keayuan anak gadisnya.
“Kenapa Citra?” soal Pak Anton lagi.
“Emang benar. Citra tidak menyintai Mas Jaka. Bapak juga tahukan, cinta Citra hanya buat Mas Bayu. Sampai kapan pun, Citra akan menunggu dia. Sampai nyawa Citra habis. Itu janji Citra, pak. Janji enggak bisa di pungkiri pak” luah Citra. Kepalanya pula di lentokkan di bahu Pak Anton.
“Maafkan bapak ya sayang. Bapak membuat keputusan tanpa meminta izin dari kamu. Sedangkan bapak tahu, hati dan perasaan kamu hanya buat Bayu. Tapi, bapak mau kamu tahu, Citra. Apa yang bapak lakukan hanya semata-mata untuk kebaikkan kamu. Bapak enggak mau, kamu terus menerus bersedih dan mengharap dia kembali. Sudah setahun lebih dia tidak melunasi janji-janjinya kepadamu. Apakah dia bisa di percaya lagi?” kata Pak Anton panjang lebar. Harapannya hanya mau menyedarkan Citra agar tidak menaruh harapan lagi buat lelaki itu.
Citra hanya mendiamkan diri. Dia tidak mampu berbicara lagi tentang itu. tetapi, dia yakin, Bayu pasti akan kembali. Jika dia menikah sama Jaka, itu hanyalah jasadnya sahaja. Sedangkan hati dan perasaannya masih memikirkan Bayu.
“Pak, cinta boleh di pupuk., bapak yang tenang aja ya. Doain citra agar bisa menerima Mas Jaka sebagai suami.” Pujuk Citra sambil memaut lengan Pak Anton.
***
Kedua lelaki itu saling bertatapan. Jaka hanya menjeling sekilas wajah Bayu yang ada di sebelahnya.
“Ini surat-surat yang kamu berikan kepada aku untuk di serahkan kepada Citra. Aku kembalikan” ujar Jaka sambil menghulur sebemban surat kepada Bayu.
“Kenapa Jaka?” soal Bayu perlahan. Lemah.
“Dia membencimu” jawab Jaka ringkas.
“Kenapa?”
“Dia sudah mau menikah. Lupakan sahaja dia ” balas Jaka selamba. Dan pastinya, jawapan itu akan membuatkan Bayu kecewa.
“Menikah dengan siapa? bukankah dia sudah berjanji mau menungguku kembali” jawapan Jaka sememangnya membuatkan Bayu merasa kecewa.
“Ahh. Enak aja lu ngomong. Udah setahun lebih lo tidak pulang temui dia. Malah, lo nikah sama perempuan lain. Lo pikir dong, lo juga ada janjian sama Citra kan. Mana janji lo?” Ujar Jaka sudah mulai bengang. Mahu sahaja dia menumbuk lelaki itu. hanya sekadar memberi peringatan.
“Jaka, bantu aku” rayu Bayu. Wajahnya sudah tidak terurus lagi. wajahnya yang dahulu bersih, kini sudah semak kerana adanya jambang dan misai yang tumbuh meliar di wajahnya.
“Maaf Bayu, aku enggak bisa” balas Jaka sambil berlalu pergi.
bersambung
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
BAB 9
Sepanjang dalam perjalanan, Thalia hanya mendiamkan diri. Fikirannya menerawang kepada mimpi-mimpi yang sering bertandang menganggu lenanya saban malam. Wajahnya yang sebelum ini ceria menjadi murung kerana terlalu asyik memikirkan apakah kaitan dirinya dengan gadis itu? mengapa mimpi-mimpi itu selalu menganggunya? Yang paling aneh, ialah wajah mereka sama.
“Lia, termenung je dari tadi. Fikirkan apa?” tegur Puan Zulaika. Rambut anaknya di belai dengan lembut.
Thalia hanya membalas dengan sebuah senyuman. Gadis itu sepertinya tiada hati mahu berbicara. Fikirannya masih lagi tertumpu kepada hal yang menarik perhatiannya sejak akhir-akhir ini.
“Lia, jawablah. Kan mama tanya ni” tegur Encik Maliki. Thalia menoleh ke arah Puan Zulaika. Kepalanya di lentokkan ke bahu ibunya.
“Tak ada apalah ma. Lia okay je” jawab Thalia. Dia tidak mahu menceritakan apa yang dia alami sejak akhir-akhir ini. Dia yakin, mama dan ayahnya tidak akan percaya dengan ceritanya nanti. Thalia lebih rela menyimpannya sendiri.
“Okay, kita udah sampai!” lamunan Thalia terhenti tiba-tiba apabila terdengar suara Paman Rohim kedengaran. Jip yang mereka naiki di berhenti di hadapan sebuah rumah agam yang sangat besar. Mata Thalia membesar dan dia merasa kagum dengan kebesaran rumah yang berdiri teguh di hadapan matanya.
Lengan Thalia di cuit seseorang. Dia segera menoleh. Kelihatan Amni sama sepertinya. Kagum dan rasa tidak percaya mereka berdiri di hadapan sebuah rumah yang sangat besar. Mulut Amni melopong.
“Wahhh, cantik. Macam istana” puji Amni.
“Dah, jom masuk. Takkan nak berdiri je kat situ” ajak Puan Zulaika. Kemudian, mereka semua terus sahaja melangkah masuk ke dalam rumah agam tersebut.
Sekali lagi, mata Thalia dan Amni terbuntang. Hiasan dalaman rumah tersebut tersangatlah cantik. kedua-duanya merasa teruja.
“Aku berada dalam syurgakah?” ujar Amni merasa teruja. Matanya meliar menerawang ke seluruh pelosok rumah itu.
“Jangan beranganlah” balas Thalia tersengih-sengih.
Ketika melalui sebuah lorong menuju ke bilik tidur mereka. Mata Thalia menangkap sebuah potret seorang lelaki. Serta merta langkah Thalia terhenti. Potret itu di sentuh dengan lembut dan tiba-tiba sahaja hatinya merasa sayu.
“Itu potret pemilik rumah ini Neng Thalia. Namanya Pak Bayu” tegur seorang wanita muda yang di kenali sebagai Prita. Prita adalah penjaga rumah agam itu, dia juga adalah isteri kepada Paman Rohim, pemandu yang membawa mereka ke situ.
Thalia merenung tajam ke potret tersebut. Timbul satu perasaan aneh di dalam dirinya. Rasa sesuatu yang sukar untuk di ungkapkan. sepertinya dia mengenali lelaki itu dengan dekat. Dan timbul rasa rindu yang membuak-buak di dalam dirinya. Wajah lelaki di dalam potret itu di sentuh sekali lagi.
“Hoi! Kau dah kenapa? Macam orang jatuh cinta je” tegur Amni. Dia juga turut memandang potret tersebut. Gambar seorang lelaki yang tidak berwarna. Hanya hitam putih sahaja yang melatari potret tersebut.
“Hensemnya dia” puji Amni sambil tersengih-sengih.
“Sudahlah” marah Thalia tiba-tiba. Kemudian, dia terus sahaja berlalu pergi meninggalkan Amni yang terpinga-pinga di situ.
“Eh, yang dia tiba-tiba nak marah aku kenapa?”ujar Ani perlahan. Semakin lama, gadis itu tidak dapat memahami sikap Thalia. Sikapnya agak aneh sejak kebelakangan ini. Tanpa membuang masa, Amni terus sahaja mengekori langkah Thalia dengan cepat.
Prita membawa mereka ke bilik tidur. Thalia dan Amni di berikan bilik tidur yang berasingan. Ini juga adalah permintaan dari Amni sendiri. kononnya mahu merasa dirinya sebagai puteri. ‘Perasan!’ getus Thalia di dalam hati. Bibirnya di cebik-cebikkan.
“Terima kasih kak Prita” ucap Thalia sambil tersenyum.
“Iya, sama-sama. Jika mahu apa-apa panggil saya ya” ujar Prita sopan.
Thalia hanya mengangguk sambil tersenyum. Kemudian pintu bilik di tutup. Bag yang berisi baju dan segala barangan di letak di sebelah sebuah almari kayu. Thalia memandang sekeliling biliknya yang di latari warna merah jambu lembut. “cantiknya” ucapnya perlahan.
Setelah puas meneroka, Thalia merebahkan tubuhnya. Dan akhirnya dia terlelap.
***
Di dalam sebuah pondok di atas rakit. Seorang gadis sedang bersimpuh di hadapan seorang lelaki tua yang keriput. Sudah keriput, jelek lagi. tetapi, itu bukan permasalahannya. Itu bukan motif utamanya dia berada di situ.
“Aku tahu tujuan kamu datang ke sini.” Ujar lelaki tua itu. bibirnya yang hitam enak menghisap sebuah cerut mahal pemberian gadis itu. Itu hanyalah sebagai hadiah. Hadiah untuk mengambil hati bomoh tua tersebut.
“Aku mahu kakek seksa dia sampai mampus” arah gadis itu.
“Tapi, aku mahukan sesuatu dari kamu sebagai imbalannya” ujar dukun tua itu sambil tersenyum-senyum. Di kala itu, matanya melotot ke tubuh genit gadis itu dengan liar.
“Berapa kek bayarannya. Semahal apapun, saya bisa berikan”
“Aku enggak mau uang. Tetapi aku mau yang lain” mata Dukun tua durjana itu mencerun tajam ke anak mata gadis itu sebagai jawapan.
Gadis itu hanya tersenyum, menandakan dia memahami apa yang di maksudkan oleh dukun itu.
“Tapi dengan syarat, kakek lakukan apa yang saya mau.” Ujar gadis itu. nadanya kedengaran tegas. Terbit satu senyuman sinis di hujung bibirnya. Dukun tua itu hanya mengangguk angguk dan sesekali menjeling kepada gadis itu.
bersambung
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
BAB 10
1971
Malam itu..
Citra merasa tubuhnya sedikit membahang. Dia merasa tidak selesa. Dengan pantas, dia bangun dan membuka daun tingkapnya agar angin sejuk masuk menyejukkan tubuhnya yang sudah berpeluh. Kebaya tipis basahan yang tersarung di tanggalkan. Citra hanya berkemban dengan kain batik sahaja agar tubuhnya di hembus angin malam. Semakin lama, tubuhnya mulai panas. Tekaknya juga perit. Rambutnya yang panjang mngurai di sanggul tinggi-tinggi. Malam ini, panas sungguh cuacanya. Dengan pantas, dia terus sahaja berjalan menuju ke bilik bapaknya. Pintu di ketuk-ketuk dan suaranya sedikit kuat memanggil nama bapaknya. Pintu berdaun nipah terbuka. Terjengul Pak Anton di hadapan pintu sambil mengesat-ngesat mata.
“Ada apa Citra, malam-malam begini masih gak tidur lagi?” soal Pak Anton sampai menguap.
“Bapak, malam ini Citra rasa gak enak badan. Panas” jawab Citra sambil mengelap peluhnya yang berjuraian.
“Panas apaan, bapak merasa cuaca dingin aja malam ini” balas Pak Anton. Kemudian, dia meletakkan tangannya di dahi Cira. Memang terasa panasnya di tubuh Citra. Mata Pak Anton menjadi segar.
“Ini, waduh! Ada orang yang mahu bikin geruh dengan kamu Citra.” Ujar Pak Anton segera mencapai bajunya yang di sangkut di belakang pintu biliknya.
“Bapak mau kemana?”
“Bapak mau jemput Nyai. Dia bisa mengobat kamu. Kamu tunggu aja disini sama embah ya. Embah lagi tidur, gak sihat lagi” balas Pak Anton terus melangkah keluar dari rumah dengan keadaan tergesa-gesa.
Citra hanya menanti dengan sabar. Tubuhnya yang berpeluh di kesat dengan sehelai kain batik. Sekejap-sekejap dia bangun. Sekejap-sekejap dia berdiri dan berjalan. Hatinya runsing. Tiba-tiba, tubuhnya terasa pedih. Citra memeriksa lengan dan juga tubuhnya. Terdapat benjolan-benjolan mengkilat tumbuh membesar di tubuhnya. Terasa perit di rasakan. Mahu sahaja dia memecahkan benjolan itu. tiba-tiba, dari keperitan itu, timbul pula rasa gatal. Rasa gatal yang seiring dengan rasa panas membahang. Citra kembali ke bilik tidur melihat cermin.
Alangkah terkejutnya Citra, wajahnya menjadi buruk. Benjolan-benjolan itu kini tumbuh di wajahnya pula. Begitu cepat penyakit itu merebak. Ada beberapa benjolan yang sudah pecah, menerbitkan satu bauan yang amat-amat busuk dan di samping itu mengeluarkan cecair kuning yang di percayai nanah bercampur dengan darah. Citra hampir-hampir saja mahu muntah. Tanpa di pinta, air matanya gugur juga.
“Aduh! Sakitnya! Pedih!” rintih Citra sambil menggaru-garu tubuhnya. Habis semua benjolan-benjolan yang mulai mengembang menjadi pecah. Tubuh Citra lencun dengan nanah dan darah!.Citra rebah di atas lantai. Penyakit itu menjadi lebih parah. Citra berguling-guling di atas lantai kerana dia merasa tidak tahan lagi. tubuhnya semakin gatal dan panas membahang.
“Citra! Kamu di mana!?” jerit Pak Anton sambil mencari bayang anaknya.
“Tolong! Bapak, tolong Citra Pak!”jerit Citra dengan lantang.
“Nyai, di sini” ujar Pak Anton menunjuk ke arah bilik di mana Citra berada.
Pak Anton dan seorang wanita tua yang sudah berambut putih memakai selendang lusuh berwarna hitam hanya berdiri kaku di hadapan pintu bilik Citra. Matanya di pejam rapat dan bibirnya yang sedang asyik mengunyah sireh di ludah keluar. Kemudian, dia membaca mantera dengan laju.
“Ada mau yang menyiksa anak gadis mu. Ini adalah sihir api dan lepuh. Jika tidak di obati, anak mu bisa mati”
“Gi mana caranya Nyai?”
“Kamu mandikan dia dengan tujuh jenis bunga. Kemudian, kamu perasapkan tubuhnya dengan kemenyan ini. lakukan selama tujuh hari tujuh malam. Jika masih tidak berubah, kamu hantarkan anak mu ke rumahku” ujar wanita tua itu yang di panggil Nyai oleh Pak Anton.
Tubuh Citra di angkat dan di pimpin dengan perlahan menuju ke katil. Hati Pak Anton merasa pilu melihat keadaan anaknya yang sedang menahan derita. Tanpa sedar, dia juga turut menangis.
“Ikut saja apa yang aku suruh sebentar tadi. Kita sama-sama berusaha. Mujur juga kamu cepat mencariku. Jika tidak, aku sendiri gak bisa berbuat apa-apa” nasihat Nyai.
“Baik Nyai, akan ku lakukan semuanya. Asalkan, puteriku sembuh. Terima kasih Nyai” ucap Pak Anton sambil mngucup tangan wanita tua itu.
“Iya, sama-sama. Aku pulang ya, kamu gak perlu anterin aku. Aku bisa pulang sendiri” ujar Nyai sambil menarik semula selendang hitamnya ke kepala.
bersambung
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
BAB 11
Suasana di meja makan agak sepi. Masing-masing mendiamkan diri dan menikmati hidangan yang di sediakan Prita dan pembantu rumah yang lain. Begitu juga dengan Thalia. Hidangan yang terhidang di depan matanya langsung tidak menarik seleranya. Makanan itu hanya di kuis-kuis dengan garfu.
“Kau kenapa? Apesal tak makan makanan kau? Tak sedap ke?” soal Amni. Dari tadi, gadis itu asyik memerhati sikap Thalia. Sejak sampai ke sini beberapa hari lalu, sikap Thalia bertambah aneh. Sering termenung dan suka menyendiri. Apa yang membuatkan Amni bertambah hairan, Thalia sering di lihat merenung potret seorang lelaki yang mereka lihat tempohari. Entah apa yang istimewanya pada potret lelaki itu. Amni sendiri kurang pasti.
“Mama, ayah, Lia nak masuk ke bilik dulu.” Ujar Thalia meminta izin. Dengan segera dia bangun dan meninggalkan meja makan. Makanan yang masih tidak terusik di tinggalkan begitu sahaja.
“Makcik, pakcik, saya pun. “ ujar Amni segera meninggalkan meja makan meninggalkan Puan Zulaika dan Encik Maliki yang bersama dengan Paman Rohim. Ketiga-tiga mereka saling berpandangan sesame sendiri.
“Maafkan mereka ya Rohim.” Ucap Encik Maliki sambil tersenyum. Dia berharap, lelaki sunda itu tidak berkecil hati dengan sikap Thalia dan rakannya.
“Enggak apa-apa Maliki. Biasa, anak-anak muda jiwanya memberontak.” Jawab Paman Rohim sambil tersenyum.
Encik Maliki hanya membalas dengan senyuman. Dia juga mengalihkan pandangannya ke wajah Puan Zulaika kerana mahukan penjelasan. Puan Zulaika pula membalas dengan jungkitan bahunya, menandakan dia juga tidak tahu menahu hal anak gadisnya yang satu itu.
di lain bahagian, Amni mengekori langkah Thalia dengan perlahan. Dia hanya memerhati dari jauh tanpa di sedari oleh Thalia sendiri. tiba-tiba sahaja, langkah Thalia berhenti di hadapan sebuah potret. Ya, potret yang sama di lihat ketika dia mula datang ke rumah agam tersebut.
“Kenapa aku rasa aneh sejak tengok gambar kau? Apa kaitan kau dengan aku?” soal Thalia seorang diri.
“Aku terasa macam dah kenal dia lama. Tapi, aku tak pasti di mana kita pernah bertemu” sambungnya lagi.
“Perempuan ni dah kenapa ya? Bercakap sorang-sorang dengan gambar. Betul ke tidak tu?"
Sekali lagi, Amni terus melakukan pemerhatian. Amni tersentak tiba-tiba apabila melihat Thalia sedang menangis!
“Apa kena pula minah ni?” ujar Adib pelik.
Amni berjalan perlahan mendekati sahabatnya. Bahu gadis itu di sentuh lembut.
“Lia, kau kenapa?” soal Amni. Tubuhnya tiba-tiba sahaja di dakap oleh sahabatnya.
Kemudian, pelukkan di renggangkan dan Amni membawa Thalia masuk ke bilik. Rambut Thalia di lurutkan dengan lembut. Dia cuba menenangkan gadis itu.
“Cerita dengan aku Lia, apa yang berlaku sebenarnya?”
“Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku takut kau tak percaya pada aku”ujar Thalia. Matanya merenung tepat mata Amni, memohon kepercyaan dari gadis itu. sebelum ini, pernah di luahkan kepada mamanya, tetapi, mamanya hanya memandang menganggap mimpi anak gadisnya itu sebagai mainan mimpi.
“Akukan sahabat kau, sudah tentulah aku percaya pada kau” balas Amni pula. Kata-katanya itu sekadar mahu menyedapkan hati Thalia sahaja.
“Kau akan percaya? Serius?” tanya Thalia seolah-olah tidak percaya dengan Amni.
Amni mengangguk laju. Dia kemudiannya tersenyum.
“Sejak akhir-akhir ni, aku mimpi yang pelik-pelik. Aku macam dapat rasa, aku ada dalam sebuah cerita. Aku ni macam salah seorang pelakon dalam cerita tu. Semuanya berlaku di depan mata aku, Amni. Dan yang paling buat aku pelik, aku terjumpa seorang perempuan, muka dia sama macam aku” ujar Thalia membuka cerita.
“ Ok, yang kau nangis-nangis tu apehal?” tanya Amni lagi.
“Aku tak tahu kenapa. Bila aku pandang je gambar lelaki tu, perasaan aku rasa lain macam. Aku rasa rindu dia yang amat sangat”
“Kau bukan kenal dia pun”
“Itu yang aku pelik. Aku tak kenal dia langsung. Tapi kenapa perasaan aku rasa lain bila aku tengok gambar dia?”
“Kau suka dia??” balas Amni sambil tersengih. Thalia hanya menggelengkan kepalanya.
“Amni, macam mana aku nak suka dia sedangkan aku tak kenal dia. Aku tak tahu pun dia tu siapa. tapi, yang anehnya. Perasaan sayang tu tiba-tiba muncul dalam diri aku. Aku tak fahamlah semua ni” luah Thalia. Wajahnya berkerut-kerut.
“Macam ni lah, kau banyakkan istighfar. Kau berdoa pada tuhan agar lindungi kau dari sebarang malapetaka. Aku nak tolong lebih dari tu, aku tak mampu.” Ujar Amni.
Thalia hanya mendiamkn diri. Dia galak memikirkan apa sahaja yang berlaku kepada dirinya.
bersambung
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
BAB 12
Puan Zulaika termenung jauh di beranda. Pening memikirkan sikap anaknya. Mahu sahaja dia meminta suaminya untuk pulang sahaja sahaja ke tanah air. Dia juga tidak berapa selesa berada di situ. Manakan tidak, hanya di rumah sendiri sahaja tempatnya untuk melakukan apa sahaja yang dia mahu. Tidak seperti di sini, dia hanya tahu duduk dan menunggu segalanya siap. Dirinya merasa janggal tanpa melakukan apa-apa kerja. Encik Maliki pula hanya memerhati sikap isteri tersayang. Dia menggeleng-gelengkan kepala dan terus sahaja menyuaun langkah mendekati Puan Zulaika.
“Awak ni kenapa? Saya bawa awak ke sini untuk bercuti. Bukan termenung sahaja” tegur Encik Maliki. Di kerling sekilas wajah isterinya.
“Saya risau dengan sikap Thalia tu. Sejak kebelakangan ni, dia asyik termenung dan kurang bercakap, tak macam dulu” Luah Puan Zulaika mengenai Thalia kepada Encik Maliki. Dia kemudiannya terus mengalihkan tubuhnya menghadap suaminya yang berdiri di sebelah.
“Tok..tok..” baru sahaja Encik Maliki mahu bersuara. pintu bilik mereka di ketuk seseorang. Serentak keduanya menoleh. Encik Maliki bingkas bangun dan melangkah berjalan menuju ke pintu. Pintu di buka perlahan, terjengul wajah Paman Rohim di muka pintu dengan sebuah senyuman manis.
“Maaf menganggu Maliki. Ini, Pak Bayu sudah pulang ke sini. Nanti jam 5 sore, dia menjemput kamu sama keluargamu makan petang di taman belakang” ujar Paman Rohim dengan wajah manis.
“Ohh, makasih ya Rohim. Sebentar lagi kami ke sana” balas Encik Maliki.
Dalam beberapa minit, ke semua mereka berjalan menuju ke halaman. Terbentang di wajah mereka sebuah taman bunga yang cukup luas dan cantik. Di tambah pula ada sebuah pondok untuk mereka santai-santai. Di situ sudah ada Paman Rohim dan isterinya Prita sedang menyediakan satu hidangan yang merupakan kuih muih dan kopi panas.
“Silakan Maliki, ibu dan anak-anak. Maaf, hanya hidangan biasa-biasa aja” ujar Paman Rohim merendah diri.
“Eh, tak mengapa Rohim, lagi enak begini” jawab Encik Maliki.
Sedang mereka rancak berbual, datang seorang lelaki yang tiba-tiba sahaja muncul dari belakang.
“Ehem..”
Ke semuanya menoleh ke arah suara yang berdehem sebentar tadi.
“Apa khabar semua? Saya Bayu Indrawan, panggil aja Bayu” ujar lelaki itu memperkenalkan diri. Satu persatu di pandang wajahnya. Tetapi, mata Bayu terpaku pada wajah seseorang. Matanya di cerunkan tepat ke wajah yang di renungnya itu.
“Ini anak saya Pak Bayu. Thalia namanya” ujar Encik Maliki mempernalkan Thalia kepada lelaki itu.
Bayu menghadiahkan sebuah senyuman manis buat gadis di hadapan.
“Seiras” ujar Bayu perlahan. Matanya tidak lepas memandang wajah Thalia. Gadis itu hanya menunduk kerana malu di tenung begitu.
Encik Maliki dan Puan Zulaika saling bertukar pandangan. Masing-masing cuba memahami apa yang di katakan lelaki itu. Seiras dengan siapa? persoalannya hanya di dalam hati.
“Selamat datang ke Jakarta. Oh ya, kalian datang ke sini mahu liburan?” Encik Maliki dan Puan Zulaika mengangguk mengiyakan.
“Saya mahu ke Padang Mungka, Pak Bayu. Mahu menikmati suasana kampung di sana.” Ujar Encik Maliki.
“Padang Mungka? Kenapa di situ? kan banyak lagi desa yang lain” soal Bayu. Sekali lagi matanya mencuri pandang ke wajah Thalia.
“Saya suka suasana kampungnya Pak. Indah dan nyaman” puji Encik Maliki sambil tersenyum. Lelaki itu terdiam. Walau apa pun, itu adalah pilihan keluarga itu. Dia tidak boleh menghalang kehendak mereka.
“Baiklah jika begitu. Itu pilihan kamu. Biar saya yang anterin kamu di sana.” Balas lelaki itu pula.
“Terima kasih Pak Bayu” ucap Encik Maliki. Kemudian, mereka semua menikmati kuih muih yang terhidang di hadapan meereka.
Thalia rasa tidak tenang duduk. Kuih pula di cicipi sedikit sahaja. Dia merasarimas kerana setiap perbuatannya di perhati lelaki itu. tadi, ketika mata mereka bertaut, dadanya berdebar-debar. Rasa tidak selesa di tenung begitu.
“Kau kenapa terkulat-kulat mcam ulat gonggok ni?” bisik Amni apabila melihat kelakuan aneh sahabatnya.
“Aku rasa tak selesalah dia pandang aku macam tu” luah Thalia.
“Lahh, dia pandang je. Bukan buat apa-apa pun. Untunglah kau, orang hensem dah jatuh hati dengan kau. Aku ni tak laku-laku lagi” seloroh Amni sambil tersengih-sengih.
“Kau ni, ke situ pula. Aku tengah susah hati ni. Seriuslah sikit” marah Thalia.
“Alah, bergurau sikit pun tak boleh” rajuk Amni memuncungkan bibirnya.
Thalia menggelengkan kepala. Malas mahu bertekak dengan sahabatnya. Kalau di layan mahu seminggu tak habis.
“Umur kamu berapa?” soal Bayu tiba-tiba.
“Ermm, 16 tahun uncle” jawab Thalia. Wajahnya kembali di tundukkan ke bawah.
“Oh iya? Kamu seiras dengan teman saya” ujar Bayu jujur.
Keduanya saling berbalas pandangan dan saling tersenyum.
“Esok awal pagi, kita semua bertolak dari sini. Rohim, kamu ikut sekali ya.” Ajak lelaki itu pula.
Paman Rohim hanya mengangguk setuju.
bersambung
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
BAB 13
Keadaan Citra semakin bertambah teruk. Seluruh tubuhnya tumbuh benjolan sebesar ibu jari. Malah ada yang lebih besar dari itu. hari ini adalah hari ke 7 dia di mandikan dengan 7 jenis bunga pilihan dan di perasapkan dengan kemenyan pemberian Nyai.
“Sudah ada perubahannya. Tapi, kita habisin dulu mandi bunganya ya?” pujuk Pak Anton memujuk Citra.
Embah Lara kemudiannya muncul dari dapur membawa sebuah bakul berisi bunga-bunga yang wangi. Kemudian, bunga itu di lumat-lumat sehingga hancur dan di masukkan ke dalam sebuah tempayan kecil. Airnya pula cukup dingin sehingga mencengkam tulang temulangnya.
Citra kemudiannya di duduk bersimpuh di atas pelantar yang dibina dari buluh. Pelantar itu agak usang sehingga menimbulkan sedikit bunyi keriutan dari pijakkan penghuninya.
“Yang sabar Neng, Embah yakin banget, Neng bisa sembuh. Usah khuatir Nyai kan ada bisa mengobati kamu” pujuk Embah Lara kepada cucunya yang satu itu. air mata tuanya turut mengalir apabila melihat penderitaan dan keseksaan yang di tanggung cucu kesayangan.
“Sakit Embah, pedih. Citra rasa mau ati aja” ucap Citra teresak-esak.
“usah ngomong begituan dong Neng. Nggak baik. Dosa lho. Kan bapak mu lagi sedang ikhtiar untuk sembuhkan kamu. Neng bisa kuatkan diri \kan” Ujar Embah Lara tidak jemu-jemu memujuk dan menasihati Citra yang sudah hampir patah semangatnya.
Usai mandi 7 jenis bunga, Citra di salinkan dengan sehelai kain batik lepas sesuai yang di arahkan oleh Nyai tempohari. Kemudian, di dalam biliknya, tubuh Citra di baringkan di atas katil. Tanpa membuang masa, asap kemenyan sudah menerawang memenuhi ruang biliknya. Bau kemenyan semerbak menerjah ke setiap rongga pernafasan mereka bertiga. Serta merta, mata Citra tertutup.
***
Di hujung kampung, dukun tua keparat sedang berusaha untuyk menyiksa mangsanya. Bibirnya yang hitam dan merekah terkumat kamit membaca sesuatu yang tidak di fahami.
“Kurang ajar! Gi mana bisa dia mampu sembuh secepat itu. sihirku amat ampuh untuk mencabut nyawa seseorang, ini gak bisa di diamkan. Aku harus lakukan yang lebih lagi” marah dukun itu. lantai papan rumahnya di hentak dengan kuat menggunakan tangannya yang agak kekar.
Tanpa lengah sebuah patung yang di perbuat dari jerami kering dan di balut dengan kain kapan menyerupai pocong di peasapkan dengan asap kemenyan terlebih dahulu. Kemudian, di letakkan patung itu secara menegak di atas sebuah mangkuk kecil. Darah dari ibu jari dukun itu sendiri di titikkan ke patung tersebut bermula dari kepala sehingga merubah warna putihnya kepada warna merah. Kemudian, patung itu di puja dengan beberapa ayat jampi dan mantera yang di baca oleh dukun tersebut. Selepas itu, patung itu di ambil kembali dan satu jarum panjang yang tajam di cucuk ke kepala patung. Dan satu jarum lagi di cucuk ke perutnya pula.
“Kali ini, kau pasti mampus! Hahahaha! Tidak ada sesiapun yang bisa lepas dari cengkamanku” kata dukun tua itu ketawa terkekek-kekek. Sungguh puas hatinya ketika itu.
***
Citra yang sedang nyenyak tidur tiba-tiba sahaja terbangun. Matanya yang sembab terbuntang luas. Dia merasakan kesakitan di kepala dan kemudian merasa di bahagian perutnya pula. Kepalanya terasa berdenyut seolah-olah di cucuk sesuatu.
Rambutnya yang di sanggul rapi sudah terburai kerana di tarik oleh Citra sendiri.
“Bapakkk!! Tolongin Citra! Aduh, sakitttt” jerit Citra lantang.
Pedih yang di rasa silih berganti. Sekejap-sekejap di kepala. Kemudian, sakit di perut pula. Dia juga merasakan sakitnya itu agak berlainan kali ini. janin yang berada di dalam rahimnya seolah-olah menunjukkan riaksi.
Di hadapan muka pintu, muncul Nyai dan Pak Anton. Nyai yang sudah merasa ada yang tidak kena, segera mendatangi ke bilik gadis tu. Di lihat dan merenung ke tubuh gadis yang ada di hadapannya.
“Sungguh kejam sekali. Manusia yang gak punya hati bisa-bisa aja menganiaya manusia yang lain. Kasihan puterimu”
“Gi mana Nyai, apa bisa Nyai nyembuhin dia?” soal Pal Anton merasa bimbang.
“Gini aja, kamu bawa dia ke rumahku. Biar aku yang urus sendirian.” Arah Nyai kepada Pak Anton.
“Manusia hati busuk!” jerit Nyai.
bersambung
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
BAB 14
“Thalia..”
Gadis itu segera menoleh mencari suara yang memanggil namanya. Tetapi, tiada sesiapa yang berada disitu. Thalia sudah merasa resah. Dia mencari kelibat mama dan ayahnya, begitu juga kelibat Amni. Tetapi, mereka bertiga juga tiada disitu. Suasananya gelap gelita. Langsung tiada cahaya. Thalia takut untuk melangkah lagi. dia tegak berdiri di situ keseorangan dalam keadaan panas membahang. Lama-kelamaan, tubuhnya merasa gatal. Dia juga merasa ada sesuatu yang merayap di tubuhnya. Thalia segera menepis benda yang merayap di tangan dan tubuhnya, tetapi, tiada apa-apa yang dapat di sentuhnya. Thalia terpinga-pinga.
“Thalia.. tolong aku”
Sekali lagi Thalia mencari arah dari mana suara itu datang. Tetapi, dalam keadaan gelap gelita begitu, pandangannya terbatas.
“Kau siapa hah? Kau ingat aku takut ke?!” jerit Thalia sekuat hati. Dia akhirnya berani bersuara setelah beberapa kali di ganggu.
“Tolong aku..” ujar suara itu lagi.
“Aku tak kenal kau. Macam mana aku nak tolong? Baik kau munculkan diri” kata Thalia lagi. gadis itu asyik berpusing-pusing mencari pemilik suara itu.
“Cari dan selamatkan jasadku” ujar suara itu lagi. tiba-tiba sahaja tubuh Thalia terasa seram sejuk. Dari merasa panas membahang, kini dia merasa tulang temulangnya di gigit kedinginan. Thalia memeluk tubuhnya yang mulai menggigil.
“Kau siapa?!” jerit Thalia lagi tidak berpuas hati.
“Hoi! Kau siapa hah. Tunjukkan diri kau pada aku!” jeritnya sekali lagi.
“Lia! Lia! Oi, bangunlah. Kau mengigau ni. Siang-siang buta macam ni pun kau boleh lagi nak bermimpi” kejut Amni. Gadis kurus itu tiba-tiba sahaja terkejut apabila melihat Thalia meracau dan menjerit.
Thalia perlahan-lahan membuka matanya. Wajahnya yang cerah di suluh sinar matahari dari luar. Thalia memicingkan matanya kerana silau akan cahaya matahari itu.
“Aku kat mana ni?” soal Thalia memandang wajah Amni yang menunjukkan riaksi pelik kepada sahabatnya itu.
“Kau kat Pavillion. Tengah shopping.” Jawab Amni bersahaja.
“Apa?” mata Thalia membuntang.
“Kita dalam perjalanan ke Padang Mungkalah Lia. Kau ni kenapa? Masuk kereta je kau terus membuta” ujar Amni sambil mengalihkan wajahnya ke luar tingkap.
“Aku tidur?” soal Thalia seolah-olah tidak percaya.
“Yalah, takkan main congkak dengan aku pula” ujar Amni yang sedikit bengang dengan sikap aneh Thalia sejak akhir-akhir ni.
Thalia hanya mendiamkan diri. Kemudian, matanya terpandang ke arah cermin pandang belakang. matanya tertancap terus ke mata Paman Rohim. Tetapi, kali ini Thalia dapat merasa sesuatu dengan pandangan mata lelaki yang seusia ayahnya itu.
Thalia segera mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Dia tidak selesa bertentang mata dengan lelaki itu..
“Siapa orang tu?” bisik hati kecil Thalia. Puas dia memikirkan siapa wanita muda yang menganggu dia saban waktu. Apakah tujuannya? Kenapa aku? Semua perseolan itu dia sendiri tidak mampu untuk menjawab. Hanya berlegar-legar di dalam kepalanya sahaja. Hal Amir, terus sahaja di lupakan. Walhal, dia sendiri yang bertegas mahu menemui Amir di Jakarta.
“Menung lagi? mesti pasal benda tu kan?” tegur Amni apabila dia melihat sahabatnya itu hanya mendiamkan diri dan termenung.
Thalia hanya diam. Mengangguk tidak menggeleng pun tidak. kemudian, terdengar pula rengusan dari Amni. Rengusan marah yang tidak berpuas hati. Paman Rohim yang menjadi pemandu hanya melihat dan memasang telinga perbualan dua sahabatnya itu. tetapi, butir-butir bicara dua gadis muda ini tidak di ketahui dengan jelas. Kemudian, lelaki itu terus sahaja memberikan perhatian pada pemanduannya. Sesekali dia menjeling ke arah cermin tepi untuk melihat kereta majikannya. Bayu pula membawa Encik Maliki dan Puan Zulaika dengan menggunakan kereta yang lain.
bersambung
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
BAB 15
Pernikahan Citra dengan Jaka di tangguhkan sementara. Ini kerana keadaan Citra tidak mengizinkan untuk meneruskannya. Jaka agak sedikit kecewa. Tetapi, dia sendiri sedia maklum, kesihatan wanita kesayangannya seperti apa. Dia sendiri melihat penderitaan Citra di rumah Nyai. Citra berada di situ, kerana wanita tua itu mahu mengubati penyakitnya.
“Yang sabar Jaka. Jika ada jodoh kamu sama Citra. Usahlah kamu khuatir. Pastinya akan bersama juga” pujuk Pak Anton sambil memegang lembut bahu bakal menantunya.
“Iya Pak. Insha Allah. Saya bisa nunggu sampai kapan pun” jawab Jaka sambil tersenyum. Kemudian, lelaki muda itu mendekati tubuh Citra yang sedang terbaring di atas katil buluh. Tangan wanita itu di genggam lembut. Wajah pucat gadis itu di renung. Kemudian, di usap dengan kasih. Lama-kelamaan gugur juga air mata jantannya melihat sebuah penyeksaan yang terpaksa di hadapi oleh Citra.
“Sabar nak Jaka.” Tegur Embah Lara pula. Dia bersimpati dengan nasib anak muda itu. Sebenarnya Embah Lara tahu apa yang tertanam jauh di sudut hati Jaka. Lelaki itu menyimpan perasaan terhadap Citra sebelum cucunya itu menemui cinta Bayu. Tetapi, Jaka masih lagi setia menunggu meskipun, dia tahu agak mustahil untuk memiliki cinta Citra. Dia juga tahu, betapa kecewanya hati lelaki itu apabila mendapat tahu, Bayu juga jatuh cinta dengan perempuan yang sama. Atas dasar persahabatan, Jaka mengorbankan cintanya demi Bayu. Tetapi, Jaka masih lagi menaruh harapan.
“Embah, bapak dan juga Nyai. Jaka pulang duluan. Jaka lagi punya banyak kerjaan di kota. Jika semuanya udah selesai, Jaka akan kembali lagi ke sini. Bapak, tolong jagakan Citra buat aku ya” Mereka yang ada di situ masing-masing menganggukkan kepala.
“Malam ini, Malam bulan penuh. Nyai mahu mulakan pengobatan. Nyai enggak mahu ada sesiapa di sini. Yang ada cuma Nyai sama Citra doang” beritahu Nyai sambil mengonyeh sireh di mulutnya.
“Baik Nyai. Ada apa-apa yang Nyai perlukan?” soal Pak Anton.
“Enggak” balas Nyai ringkas.
***
Malam itu, segala persiapan upacara sudah di sediakan. Semuanya lengkap. Nyai mengambil sehelai kain batik lepas dan di letakkan ke tubuh Citra. Kemudiannya, sehelai kain putih yang panjang, di selimutkan ke tubuh Citra sampai ke kepala. Keadaanya sama seperti menyelimuti mayat.
Kemenyan mula di bakar di dalam dupa. Tiga lilin merah di nyalakan. Seekor burung gagak yang diikat kakinya di capai dan di baringkan di hadapan Nyai. Nyai duduk bersila. Selendang lusuh warna putih di sarung ke atas kepala. Nyai mula membaca mantera
“Wahai konco-konco ku,
ku seru awak e mu,
teko merene cepek karo aku,
melebu ke awak e ku menjadi siji.”
Kemudian, ikatan pada kaki burung gagak tersebut di buka dan Nyai meniup nafasnya ke wajah burung gagak tersebut.
“Kamu! Aku arahkan kamu mencari orang yang melakukan onar terhadap gadis ini. cepat!” ujar Nyai terus sahaja melepaskan burung gagak itu terbang melalui tingkapnya yang sedia terbuka.
Nyai memejamkan matanya sambil membaca serapah. Dia menggunakan satu ilmu yang boleh di lihat melalui mata burung gagak tersebut. Apa yang dapat dilihat, Burung itu terbang ke sebuah rumah kayu yang terlihat sangat usang di atas sebuah rakit di hujung kampung berdekatan dengan sungai.
Kemudiannya, burung itu terus masuk sampai ke tengah rumah.
Kelihatannya, Dukun tua keparat itu sedang melakukan pemujaan patung. Ternampak jelas ada jarum di bahagian kepala dan perutnya. Ya, Nyai sudah dapat mengagak siapa yang melakukan pengkhianatan terhadap gadis yang terbaring di hadapannya.
Wajah Nyai berubah. Dari seorang nenek-nenek yang bongkok, menjadi tegak dan bertenaga. Rambut panjang berwarna putih yang sentiasa di sanggul, berubah menjadi bersinar kehitaman. Wajah tua yang keriput dan berkedut tiba-tiba sahaja menjadi tegang dan muda. Nyai berubah menjadi seorang wanita yang cukup cantik.
“Sudah lama aku menjadi tua. Bersembunyi di gubuk tua kerana aku kehilangan kuasa. Ini semua kerana kamu Jambi. Kamu memang manusia perosak.Hati kamu cukup kotor!
Bersedialah kamu menerima tantangan dariku” ujar Nyai.
Kemudian, sebuah mangkuk besar berisi air jernih di titikkan darah milik Nyai sendiri. tiga biji buah limau purut di belah dua dan di masukkan kesemuanya kedalam air..
Setelah selesai, Nyai bingkas bangun dan mendekati katil di mana Citra terlantar. Untuk langkah pertama, Nyai memperasapkan tubuh Citra yang kaku dengan kemenyan. Bau kemenyan cukup-cukup menyesakkan rongga pernafasan pada sesiapa yang menghidunya. Asapnya pula sudah memenuhi ruang di mana Nyai dan Citra berada. Nyai berjalan berpusing-pusing mengelilingi tubuh Citra sambil membaca sesuatu.
“Teko nendi koe dtg,
merunu juga lh awak e ku muleh.
Ojo lagi koe balek menggau cucu ku engko binasa koe.
aku hancur kelungo koe dari sini.”
Tanpa berlengah, Nyai memercikkan air campuran darah dan limau purut di tubuh Citra yang masih berselimut sehingga tubuh itu lencun di basahi air. Dengan pantas, kain putih itu di rentap dan di campak ke tepi. Sekarang hanya tinggal kain batik lepas yang melindungi tubuh Citra. Wajah citra yang pucat, Nyai raup dengan tangannya sehingga ke hujung kaki. Tidak semena-mena tubuh Citra bergetar dari perlahan sehingga menjadi kuat. Kain batik lepas yang sudah basah di rentap juga oleh wanita itu dan dengan segera, kain batik lepas itu di bakar dengan lilin merah yang masih lagi menyala.
Dari penglihatan matanya melalui mata burung gagak yang di utuskan, dukun tua yang di gelar Jambi oleh Nyai, sedang terlantar dengan mulutnya yang berlumuran darah. Kelihatan tubuhnya seperti tercampak jauh ke satu sudut.
“Akan aku habisin kamu, Jambi!” teriak Nyai dengan lantang.
Sekali lagi, darahnya menjadi pilihan dan di titik ke dalam dupa yang berisikan kemenyan. Dari asap yang sedikit, ianya menjadi berkepul-kepul dan berwarna hitam. Kemudian, Nyai menghembus lembut asap itu dengan bertujuan menghantar khadamnya membunuh Dukun Jambi. Santau yang di gunakan Nyai cukup ampuh untuk menamatkan nyawa berpuluh manusia. Itulah santau penarik nyawa.
“Hahahahaha! Biar mampus. Itu bahagian untuk mu, keparat!” kutuk Nyai dalam tawanya.
bersambung
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
BAB 16
Thalia mencelikkan matanya setelah bahunya di goyangkan oleh Amni. Angin yang sejuk dan udara yang segar menyapa wajahnya dari tingkap kereta yang terbuka. Thalia menegakkan tubuhnya dan merenggangkan segala urat saraf sebelum dia melangkah keluar dari kereta.
Matanya yang cantik memerhati setiap rumah yang ada di situ. ke semuanya, di bina dari buluh dan dindingnya di anyam dengan daun nipah. Dia teringatkan sesuatu. Rumah-rumah yang ada di hadapannya kini seolah-olah pernah di lihat. Sepertinya, dia pernah bertandang ke situ. tetapi bila? Sedangkan ini kali pertama dia menjejakkan kakinya ke kampung itu.
“Hoi! Kau kenapa termenung?” tegur Amni dari belakang.
“Tempat ni”
“Kampung ini ke yang kau ceritakan pada aku hari itu?”
Thalia mengangguk perlahan. Kemudian, dia memandang ke Paman Rohim.
“Ayah dan mama saya di mana Paman?” soal Thalia sambil mencari bayang Puan Zulaika dan Encik Maliki. Tetapi ternyata, kedua ibu bapanya tiada di situ.
“Mereka ada di belakang kita tadi. Mungkin singgah minum sebentar” balas lelaki itu sambil tersenyum.
Thalia memandang sekeliling kampung. Kelihatannya, penduduk di situ tidak ramai. boleh di bilang dengan jari. Kemudian, pandangannya terarah ke satu gelanggang yang agak luas. Ada pentas di bina di situ. Pentas yang besar di hiasi langsir yang berwarna putih bersih. Hembusan angin yang sejuk menampar wajah Thalia dengan lembut. Matanya masih menatap ke arah gelanggang tersebut lebih-lebih lagi pentasnya yang gah berdiri.
“Lia! Kau nak kemana tu?” panggil Amni dengan suara lantang. Dia juga mengekori langkah Thalia menuju ke situ.
“Itu tempat apa Paman. Ada pentas. Ada alat muzik” soal Thalia kepada Paman Rohim tanpa memandang wajah lelaki itu. Thalia terpaku. Tidak semena-mena, deria pendengarannya menangkap satu bunyian dan alunan muzik yang cukup merdu. Dengan perlahan-lahan, Thalia menutup matanya dan dia mulai menikmati alunan muzik yang di dengarinya. Sungguh asyik rasanya. Tanpa sedar, Thalia mula membuka langkah menari tarian ronggeng mengikut irama. Setiap jari jemarinya melentik dan berayun mengikut alunan. Tubuhnya juga meliang liuk dengan lembut. Angin yang tiup sepoi-sepoi bahasa mengiringi Thalia. Mulut Amni melopong apabila melihat sahabatnya menari. Dia menggosok-gosokkan matanya seolah-olah tidak percaya.
'Sejak bila minah ni pandai menari?' soalnya di dalam hati. Amni mendekati Thalia yang sedang asyik menari. Tubuh gadis itu di sentuh. Namanya juga di panggil, tetapi, Thalia masih lagi berkeadaan yang sama. Amni semakin kalut.
‘Kena rasuk ke Lia ni. Lain macam aje” gumamnya sendiri.
Thalia pula seolah-olah berada di dunia lain. Tariannya juga tidak sumbang, seperti seorang penari profesional. Tanpa Thalia sedari, seorang wanita cantik berpakaian penari ronggeng sama-sama turut menari. Gerak langkah mereka serupa dan serentak. Cukup cantik, cukup indah.
“Thalia..”
Tiba-tiba sahaja mata Thalia terbuka. Dia kaku. Tariannya juga terhenti secara tiba-tiba. Matanya segera mencari pemilik suara yang memanggil namanya.
“Cari jasadku dan sempurnakan” suara itu kembali bergema.
Thalia tercengang. Perasaannya di serbu pelbagai rasa. Timbul niat di hatinya untuk mencari tahu siapakah wanita itu sebenarnya. Apa kaitan dirinya dengan semua ini.
“Lia, kau dah kenapa?” tegur Amni sambil menepuk bahu Thalia yang sejak dari tadi hanya termenung.
“Kenapa apa?”
“Kau tanya aku pula. Aku tak apa-apa. Sihat walafiat nih ha. Kau tu”
“Yelah, kenapa dengan aku? Aku okay je’ balas Thalia. Wajah Amni di tenung.
“Kau tak sedar ke apa yang kau buat? Kau jangan macam-macam Lia. Takut aku” ujar Amni sambil menyuarakan rasa cuaknya.
“Apa? Aku buat apa? Bagitahu akulah” Thalia sudah mula naik angin.
“Kau menari tadi. Tapi setahu aku, kau tu kayu. Mana pandai menari.”
“Aku menari? Aku? Kau mengarutlah” balas Thalia sambil tertawa. Lucu barangkali.
“Sumpah! Aku tak mengarut. Tu, Paman Rohim pun ada. Dia juga nanpak apa yang kau buat tadi” kata Amni sambil memuncungkan bibirnya ke arah Paman Rohim yang berdiri tegak di sisi keretanya.
“Whateverlah. Aku dah penat. Malas nak layan lagi benda mengarut tu. Cukup-cukuplah aku di permainkan dengan semua tu.” Jawab Thalia sambil berlalu pergi. Dan tiba-tiba dia merempuh tubuh sasa milik seorang lelaki.
“Oopss, maafkan saya” ucap Thalia sopan. Perlahan-lahan di angkat wajahnya memandang gerangan yang di langgarnya.
“Eh Pakcik Bayu, maafkan Lia Pakcik. Lia tak perasan.” Ucapnya sambil tersenyum. Kemudian, Thalia terus sahaja berlalu dari situ dan masuk kembali ke dalam kereta. Langkah Thalia di perhati oleh Bayu tanpa berkelip. Perlahan-lahan dia mendekati Paman Rohim yang juga turut mengiringi langkah Thalia.
“Mereka mirip sekali Paman. Gak ada bedanya.” Ujar Bayu.
“Iya Bayu. Jadi apa yang kita harus lakukan?”
“Kita lihat aja dulu.” Balas Bayu yang masih lagi memerhati Thalia dengan penuh khusyuk.
“Ajaib Bayu. Aku juga tidak nyangka, masanya sudah tiba sejak kita berdua nantikan bertahun-tahun lamanya” luah Paman Rohim. Bayu hanya membalas dengan senyuman sinis.
bersambung
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
BAB 17
Dengan kecederaan yang di alami oleh Dukun Jambi, semua kerjanya tertangguh. Dia perlu mengundurkan diri sementara memulihkan tenaganya yang sudah hilang. Kini, dia harus mempertingkatkan kekuatannya untuk melawan Nyai. Seorang wanita yang mempunyai ilmu yang tinggi. Dia bukan calang-calang!. Untuk memusnahkan wanita itu, dia harus berusaha lebih lagi. Nyai harus di hapuskan!.
Dalam waktu yang sama, seorang gadis turut terkena tempiasnya. Tubuhnya sakit dan muncul pula benjolan-benjolan kecil berisi cecair jernih. Cecair itu menghasilkan rasa gatal yang teramat. Penyakitnya sama seperti Citra. Setiap kali muncul waktu malam, kegatalan pada tubuhnya mulai menyerang. Sudah beberapa tempat dia cuba merawat, tetapi semua dukun yang dia temui tidak mampu atau gagal membantunya pulih sedia kala. Orang pertama yang dia temui sudah tentulah Dukun Jambi yang di upah untuk memusnahkan riwayat Citra. Di sangka, Dukun itu hebat dan ampuh, tetapi, hanya pada sangkaannya sahaja. Dukun itu juga tewas! Walaupun dia masih lagi punya nyawa yang masih bersisa.
“Jika aku begini terus, sudah pasti nyawa ku juga melayang. Harus ku temui juga dukun bacul itu untuk menarik semula sihirnya.” Ujar gadis itu sendirian. Wajahnya kadangkala berkerut-kerut menahan pedih kerana kulitnya mengalami luka akibat di garu.
***
Seperti biasanya, gadis itu keluar secara curi-curi dari rumah untuk menemui Dukun Jambi. Dengan rasa gatal pada tubuhnya, dia menggaru sehingga terluka. Cecair jernih keluar dari benjolan yang pecah dan membuat satu benjolan di kawasan tubuhnya yang lain. Malam itu, bulan mengambang penuh. Sedikit sebanyak menerangkan lorong kecil yang di lalui oleh gadis itu. tetapi, keadaan malam itu agak berlainan sedikit dengan malam-malam yang lain. Bunyi unggas dan burung hantu saling bersahutan. Gadis itu langsung tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekelilingnya. Yang paling penting, dia akan terus menemui Dukun Jambi. Mahu atau tidak, dia terpaksa lakukan juga.
Hanya dalam beberapa minit, dia sudah sampai ke kawasan rumah dukun itu, suasana rumah kayu yang keadaannya sudah hampir mahu roboh di perhatikan. Gadis itu menelan air liur. Tanpa berlengah lagi, dia mengatur langkah menaiki jambatan kayu yang sudah hampir reput itu menuju ke pintu rumah Dukun Jambi.
“Tok! Tok! Tok!” pintu rumah di ketuk bertalu-talu. Tetapi, tiada sahutan dari dalam. Gadis itu merengus. Tanpa berfikir, dia terus sahaja menolak daun pintu itu dengan kasar.
“Kakek! Kakek!” panggil gadis itu dengan separuh berbisik. Dia perlahan-lahan melangkah lagi jauh ke dalam. Keadaan rumah sedikit gelap, dan hanya di sinari dengan cahaya pelita dan jamung yang di nyalakan.
“Ke mana aja kakek ni. Saat aku butuhkan pertolongan, dia enggak ada. Atau, kabur barangkali ya? Iihh, dasar dukun pelit” rungutnya sendirian.
Ketika dia sedang melalui sebuah bilik. Hidungnya menangkap satu bau yang busuk. Serta-merta, hidungnya di tekup kerana tidak tahan dengan bau busuk yang kuat di dalam bilik itu. dengan keadaan gelap, gadis itu bertindak mengambil sebuah pelita untuk membantunya melihat apa yang ada di dalam bilik itu.
Tanpa di sangka, gadis itu menjerit sekuat hati. Matanya membuntang. Dia mengundurkan kakinya ke belakang. apa yang terhidang di hadapan matanya sungguh tidak boleh di percaya. Dukun Jambi yang mengakui dirinya hebat dan sukar untuk di kalahkan oleh mana-mana dukun akhirnya tewas juga. Dukun Jambi di dapati sudah mati berhari-hari. Tubuhnya berkecai. Tangan dan kakinya sudah putus dan tergeletak di serata tempat bilik itu. hanya yang bersisa kepalanya. Mulut dukun itu ternganga luas. Pipinya robek di cakar sesuatu. Keadaan itu amat menakutkan gadis itu. Dengan segera, gadis itu keluar dari rumah Dukun Jambi untuk menyelamatkan diri. Dia sudah menjangka, jika Dukun Jambi dibunuh, dirinya juga akan menjadi mangsa seterusnya.
Kakinya yang tidak beralas, berlari sekuat hati melalui jalan-jalan hutan yang semak samun. Dia sendiri kurang pasti ke mana dia mahu menyelamatkan diri. Mahu menuju ke rumah ketua kampung, sudah pasti masalah lain yang akan timbul. Orang kampung akan tahu bahawa dia yang melakukan pengkhianatan kepada Citra. Dia tidak mahu dihukum. Jadi, adalah lebih baik dia lari ke kampung sebelah menyembunyikan diri.
Walau bagaimanapun, larian gadis itu tidaklah sekencang mana. Ada sesuatu sedang mengejarnya dari belakang. kehadirannya tidak di sedari oleh gadis itu. sebenarnya, ia sudah mengekori gadis itu dari rumah Dukun Jambi lagi. mulutnya yang besar dan bergigi tajam sedang menyeringai. Hanya menunggu masa untuk membaham. Dia terus sahaja melayang dan berpaut dengan pokok dan beralih dari sebatang pokok ke pokok yang lain. Bunyi unggas dan burung hantu yang sedang bernyanyi riang tiba-tiba sahaja senyap. Angin pula entah datangnya dari mana, mula menerpa dengan rakus. Daun-daun kering jatuh dan berterbangan.
Keadaan itu membuatkan gadis itu berhenti berlari seketika. Melepaskan rasa lelah sebentar. Kemudian, di pandangnya sekeliling hutan. Sepertinya ada sesuatu yang tidak kena. Hatinya sudah mula rasa tidak enak. Peluh dingin mula merembes laju membasahi tubuh dan pakaiannya. Rasa pedih dan gatal yang meluap-luap sudah tidak diendahkan lagi.
Gadis itu terus menyambung larian. Tetapi, terhenti dan kaku di situ juga. Jantungnya berdegup hebat. Matanya sentiasa mengawasi keadaan sekeliling. Dia tahu, masanya sudah hampir tiba.
“Mau ke mana kamu?” bergema satu suara. Gadis itu menelan air liur beberapa kali. Air matanya sudah bertakung di tubir mata.
“Sssiiaapa kau?’ soal gadis itu cuba memberanikan diri. Walaupun dia takut, dia cuba untuk melawan ketakutan itu.
“Mau tahu? Hihihi..” soal suara itu lagi.
“Munculkan dirimu, pengecut!” marah gadis itu.
Tanpa di sedari gadis itu, pemilik suara yang bergema tadi sudah pun berada di belakangnya. Cukup rapat.
“Aku berada di sini”
Gadis itu segera berpusing ke belakang. wajahnya tiba-tiba berubah riak. Dia terkejut. Pemilik suara itu amat-amat di kenalinya.
“Aku sudah bau ketakutan mu, wahai Bunga. Itu yang aku suka”
“Tolong! Tolong!” gadis itu mnjerit meminta tolong dengan sekuat hati.
“Ha!ha!ha! percuma aja kamu menjerit sayang. Enggak ada siapa-siapa yang bisa nolongin kamu di sini. Di hutan ini.” ketawa pemilik suara itu dengan lantang.
“Kamu harus iringi Dukun Jambi ke neraka! Kamu enggak layak hidup. Bersedialah kamu Bunga. Akan ku renggut nyawamu dari tubuh.”
Tanpa sempat berbuat apa-apa, pemilik suara itu meletakkan tapak tangannya ke wajah Bunga. Wajahnya yang mulus berubah menjadi buruk. Benjolan-benjolan besar tumbuh dengan banyak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan . Kemudian, satu persatu benjolan itu pecah. Suara Bunga menjerit kuat di hutan itu kerana sakit yang tidak boleh di bayangkan lagi. tubuhnya perlahan-lahan mulai mereput. Setiap cebisan dagingnya terlerai dan luruh ke tanah. Bunga menangis dan terus menerus menjerit meminta tolong.wajahnya yang sudah hampir membusuk dan terlerai, di tekup dengan kedua tanganya. Tanpa menunggu dengan lebih lama, Bunga akhirnya mati di situ juga. Kemudian, mayatnya di tinggalkan sahaja di dalam hutan.
Orang kampung Padang Mungka menjadi kecoh. Bunga anak gadis Mandili hilang tanpa dapat di kesan. Ibu dan ayahnya susah hati di rumah. Sudah di cari di segenap ceruk kampung, tetapi usaha mereka gagal juga. Ketua kampung bersama anak-anak buahnya sedang giat mencari Bunga tak kira siang atau malam sehingga pencarian mereka berhasil.
bersambung
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
BAB 18
Amni, Thalia dan kedua ibu bapanya di tempatkan di sebuah rumah yang sudah di jadikan sebagai rumah tetamu. Rumah itu tidak banyak diubah. Hanya di betulkan beberapa bahagian sahaja. Rumah tetamu itu mempunyai 3 buah bilik dan sebuah dapur kecil. Di bahagian luar dapur terdapat satu pelantar yang di perbuat dari batang buluh yang saiznya agak besar. Pelantar itu di bina untuk membasuh pinggan dan sebagainya. Thalia menjengah keluar tingkap, matanya tertumpu pada sebuah pondok kecil yang di bina berhampiran dengan dapur. Dahinya berkerut-kerut.
“Itu bilik apa?” terpacul satu soalan dari mulut Thalia. Matanya masih memandang pondok kecil itu.
“Itukan jamban. Takkan kau tak tahu?” jawab Amni. Dia tersengih-sengih kerana melihat sikap Thalia yang agak jakun itu.
“Aku tak rasa itu tandas. Itu bilik. Tapi kenapa dia berada di luar?” Tanya Thalia lagi. sebolehnya dia mahu tahu apa yang ada di dalam bilik itu.
“Itu tempat penyimpanan barang-barang lama Neng Lia. Enggak ada apa-apa kok.” Jawab Paman Rohim tiba-tiba. Thalia berkalih memandang wajah lelaki itu. Meminta penjelasan.
“Alah, barang-barang kepunyaan penghuni lama rumah tamu ini dulu.” Balasnya lagi.
“Mereka pergi kemana Paman?” Soal Thalia lagi. dia nampaknya benar-benar ingin tahu apa yang ada di dalam bilik itu.
“Mereka udah gak ada. Ada yang sudah meninggal. Jadi, barang-barang mereka enggak ada siapa yang mau nuntut. Jadi barang-barangnya di simpan aja disitu” terang Paman Rohim. Dia menelan air liur apabila gadis itu mendesak agar memberitahu apakah yang ada di dalam bilik itu.
“Thalia! Dah senja ni. Pergi mandi dulu. Nanti kita jemaah sama-sama. Solat jangan di lewat-lewatkan. Lia dengar tak apa yang mama cakap ni?!” jerit Puan Zulaika dari ruang tamu.
“Baik ma!” balas Thalia. Lengan Amni segera di paut.
“Eh, kejap. Takkan kita nak mandi kat sini? Tak ada tempat lain ke?” soal Amni sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Neng Lia sama Neng Amni boleh mandi sebelah sana. Ada perigi. Airnya dingin sekali” tunjuk Paman Rohim ke arah sebuah perigi yang besar.
Mata Amni terbuntang. ‘Perigi? Mandi kat situ?” bisik Amni di telinga Thalia.
Thalia mengangguk perlahan-lahan. Tanpa berlengah sesaat pun, Dia segera mendapatkan barang kebersihan diri dan di bawa bersama ke perigi untuk mandi. Amni pula hanya membuntuti langkah Thalia dengan rasa agak takut. Seluruh kawasan di perhatikan dengan berhati-hati.
“Aku rasa seramlah” luah Amni sambil memandang ke atas dan sekeliling.
“Apa yang kau merepek ni? Dahlah, cepat kita mandi, cepat kita balik.” Tegur Thalia. Dia juga merasa lain macam berada di sini. Segala bulu romanya mulai menegak dan meremang. Waktu senja hampir melabuhkan tirainya. Apalagi, mereka ke situ tidak membawa pelita.
Selesai membersihkan diri, keduanya terus laju melangkah pergi. Mereka tidak mahu berlama-lama di situ walaupun sesaat, apalagi seminit.
“Amni! Laju sangat kau jalan tu. Tunggulah aku!” teriak Thalia dengan lantang. Langkah Amni terlalu pantas untuk di kejar. Tanpa sedar, kelibat Amni hilang di depan mata.
“Amni!!” jerit Thalia. Dia masih lagi melangkah ke hadapan walaupun dia sendiri tidak pasti.
“Kenapa aku rasa macam jauh sangat ni. Tadi perigi ni bukan ke ada di sebelah rumah je tadi. Ini, dah macam hutan je” rungut Thalia sendirian. Suasana sudah semakin gelap. Thalia mulai rasa resah. Dia keseorangan di situ tanpa di temani Amni atau sesiapa pun.
Setelah penat berjalan, Thalia memberhentikan langkahnya. Dengan bantuan cahaya bulan penuh malam ini, ianya sedikit membantu gadis itu untuk melihat keaadan sekeliling. Rasa takutnya semakin bertambah. Matanya melihat, dia masih lagi berada di kawasan perigi di mana tempat dia bersihkan diri bersama Amni. Air mata jernih mulai menitik. Thalia takut.
Tiba-tiba,
Mata Thalia yang sudah pun basah memandang sesuatu yang bergerak di hadapannya. Telinganya juga menangkap suara-suara manusia yang sedang berbicara. Thalia tersenyum panjang. Barangkali, mereka mencari dirinya setelah mendapat tahu, Amni pulang sendirian Thalia mencerunkan pandangannya terus ke hadapan. Senyumannya yang terukir sebentar tadi semakin lama semakin pudar dan hilang. Manusia-manusia yang di sangka mereka yang mencari dirinya adalah orang lain.
Thalia dengan pantas bersembunyi di sebalik banir pokok yang terdapat di situ. dia ralit memerhati setiap gerak geri yang di lakukan manusia-manusia yang Thalia sendiri tidak tahu siapa.
“Kita buang aja mayatnya ke dalam sumur. Enggak ada siapa-siapa yang tahu.” Arah salah seorang dari mereka.
“Apa tidak kita tanam aja. Kan kasian sama dia di campak ke sumur’
Pandangan Thalia di halakan ke sekujur tubuh seorang lelaki yang penuh dengan darah pekat dan baju yang sedikit koyak. Dan beralih semula kepada dua lelaki yang berada di situ. sayangnya, Thalia tidak dapat melihat wajah kedua-dua lelaki itu.
“Ya udah, kita buang aja mayat ini ke dalam sumur. Enggak ada yang tahu. Gue jamin” kata salah seorang lelaki diantara mereka.
Kemudian, jasad kaku seorang lelaki di angkat dan di buang terus ke dalam perigi. Mata Thalia terbeliak dan mulutnya melopong. Dengan segera dia menutup mulutnya dengan tapak tangan.
“Sudah, mari pulang. Aku khuatir ada orang lain yang akan melihat” ujar lelaki yang satu lagi. kedua-duanya terus beredar dengan segera. Situasi yang menakutkan itu, membuatkan Thalia kaku tidak berganjak. Dadanya berdebar kuat. Seluruhnya tubuhnya menggigil.
“Betul ke apa yang aku nampak tadi? Betul ke atau ini cuma khayalan aku jer.?’ Soalnya sendiri. kemudian, dengan perlahan-lahan Thalia keluar dari tempat persembunyiannya. Dia menyusun langkah mendekati perigi tersebut. Dengan jantung yang berdegup laju, dia memandang ke dalam perigi yang gelap gelita.
Angin sejuk pula menderu-deru menerjah tubuh gadis itu. Thalia kaget. Entah datang dari mana angin itu, dia tidak tahu. Thalia memeluk tubuhnya kerana kedinginan.
“Thalia..”
Dengan segera thalia menoleh, Spontan, kaki Thalia mengundur sedikit ke belakang. dia terkejut.
Seorang wanita yang berkebaya putih gading sedang berdiri tegak di hadapannya sambil tersenyum. Mata wanita itu bersinar kehitaman. Rambutnya yang panjang mengurai dan beralun apabila di tiup angin. Thalia terlopong.
“Cantiknya” puji Thalia perlahan. Pandangannya terpaku terus ke wajah wanita itu.
Thalia melurutkan matanya ke bawah. Apa yang lebih memeranjatkan. Wanita itu tidak punya kaki!. Dengan serta merta, peluh dingin merembes laju membasahi wajahnya.
“
Hann..hann..tu. Hantuuuuu!!!” jerit Thalia dengan kuat. Tidak semena-mena, Thalia pengsan di situ juga.
***
Beberapa jam sudah berlalu. Amni setia menanti di sisi Thalia yang sudah terlantar di atas katil. Hatinya di pagut rasa sedih dan menyesal. Tidak sepatutnya, dia meninggalkan Thalia keseorangan di perigi pada waktu-waktu dinihari. Amni mengimbas kembali pada waktu kejadian itu berlaku. Amni sengaja meninggalkan Thalia yang sedang membuntutinya dari belakang. waktu itu, muncul niat di hatinya mahu mengusik sahabatnya. Amni berjalan dengan lebih laju dan bersembunyi di sebalik pokok-pokok besar yang ada. Amni tidak merasa bimbang kerana kawasan perigi tempat mereka bersihkan diri bukanlah jauh sangat. Hanya bersebelahan dengan rumah tetamu tempat dia menginap. Kemudian, dengan penuh rasa sabar, Amni menanti Thalia di situ. tetapi, sudah beberapa minit menunggu, kelibat Thalia tidak juga muncul. Amni merasa bosan dan terus pulang ke rumat tamu tanpa menunggu lebih lama. Padanya, Thalia boleh pulang sendiri tanpa di temani olehnya.
“Lia dah sedar Amni?” soal Puan Zulaika. Rambut Thalia yang sedikit keperangan di usap-usap.
Amni hanya menggelengkan kepala. Wajahnya sugul dan tertunduk memandang ke lantai.
“Makcik, Amni minta maaf” ucap Amni sedih, dia benar-benar rasa terkilan dan menyesal.
‘Tak mengapalah Amni. Benda dah nak berlaku. Yang penting, Thalia selamat dan tak ada apa-apa yang terjadi pada dia” ujar Puan Zulaika cuba menenangkan sahabat baik anaknya. Tubuh Amni di peluk erat bagaikan anak sendiri.
bersambung..
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
BAB 19
Setelah Citra sembuh sepenuhnya, majlis perkahwinan di antara dia dan Jaka akhirnya berlangsung juga. Majlis mereka di buat dengan meriah sekali. Semua saudara mara dan penduduk kampung di jemput bagi memeriahkan majlis perkahwinan kedua mempelai.
Citra di hias indah dan di pakaikan pakaian yang berkilau. Walaupun, perutnya sudah agak memboyot, Citra masih lagi nampak cantik dan anggun. Senyuman manis di wajahnya tidak pernah lekang.
“Ayu banget kamu Citra. Kayak ratu” puji mak andam sambil tersenyum-senyum. Kelihatannya. Citra malu-malu bagaikan semalu. Tetapi, tetap juga dilihat manis.
“Nganten perempuan udah siap apa belum? Ini nganten laki-laki udah sampai” tanya Pak Anton yang tiba-tiba sahaja muncul di sebalik langsir.
“Udah pak, ntar aku sendiri yang bawa dia keluar” jawab Mak Andam.
“Baik kalau gitu.” Balas Pak Anton sambil berlalu pergi.
“Udah siap non?” Mak Andam bertanya sambil melihat wajah Citra.
Citra hanya mengangguk dan tersenyum. Citra bangun dan berjalan perlahan keluar dari bilik. Dia di pimpin dan di dudukkan di sebuah pelamin yang cukup indah untuk kedua mempelai bersimpuh di singgahsananya.
Selama satu hari majlis mereka berlangsung. Wajah kedua-duanya terlihat jelas rasa bahagia. Sesekali, perut Citra di usap-usap perlahan. Citra menggenggam lengan Jaka dan mencium tangan lelaki itu dalam masa yang sama.
“Sedikit masa lagi, kamu akan lahir sayang. Bapak enggak sabar menanti kamu, lihat wajah kamu, peluk kamu dan cium kamu” ucap Jaka, sesekali dia mengerling ke wajah Citra. Mata mereka bertaut lama.
“Mas, terima kasih” ucap Citra sambil merenung ke kolam mata Jaka yang redup.
“Terima kasih untuk apaan? Udahlah. Aku menikahi kamu bukan kerana aku kasian. Tapi, kerana aku cinta kamu, ikhlas sama kamu. Gak usah mikirin apa yang tidak sepatutnya. Enggak bagus untuk kesihatan kamu sama adik dedek yang ini” ucap Jaka sambil mengucup perut Citra yang sudah semakin membesar.
“Iya mas, apa pun Citra malu sama mas. Citra..” gadis itu tidak dapat meneruskan kata-kata apabila bibirnya yang merah delima di tutup oleh jari telunjuk milik Jaka. Kedua-duanya tersenyum dan saling berdakapan.
***
Sudah setengah bulan mereka bernikah. Kehidupan suami isteri itu menunjukkan hidup mereka berdua amat bahagia. Sekaligus, ingatannya kepada lelaki yang bernama Bayu Indrawan terus luput dari kamus hidupnya. Padanya kini, Jaka adalah segala-galanya.
“Sayang, esok aku akan ke kota semula. Tiga hari kemudian, aku akan pulang ke sini. Kamu jaga diri kamu, jaga anak kita baik-baik, ya?” ujar Jaka sambil memegang perut isterinya. Citra hanya tersenyum, tetapi dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Citra memandang suaminya lama. Wujud rasa sayu secara tiba-tiba. Terasa mahu mengalirkan air mata, tetapi di tahan-tahan.
“Kok cepat benar Mas mahu ke sana. Tunggulah lagi di sini sehari dua. Kasiankan, dedek keseorangan sama ibunya” rayu Citra. Wajahnya menunjukkan riak sedih.
“Aduh sayang. Aku pengen banget mahu bersama kamu di sini terus. Tetapi, aku perlu habisin kerjaku ku yang menumpuk di kota. Aku janji sama kamu, habis semua kerja-kerjaku di sana, aku pulang ya. Kali ini, aku akan terus tinggal di sini sama kamu dan anak kita. Aku janji” kata Jaka sambil menyentuh wajah isterinya dengan kasih. Citra hanya menunduk.
Keesokkan paginya, Jaka terpaksa meninggalkan Citra di rumah orang tuanya Pak Anton dan Embah Lara. Dia sempat memberikan pesanan agar menjaga isterinya sebaik mungkin. Dia sebenarnya risau dengan keadaan Citra yang berbadan dua. Kandungannya itu hanya menanti masa untuk bersalin. Sebelum meninggalkan rumah, Jaka sempat lagi mendakap tubuh isteri dan memberikan ciuman di wajahnya. Begitu juga dengan Citra. Di peluk erat tubuh suaminya yang bakal meninggalkan dia untuk beberapa hari. Hatinya berat benar untuk melepaskan Jaka pergi. Tetapi, kerana tugas yang sudah menanti, Citra terpaksa melepaskan Jaka dengan rela hati.
“Jangan lama-lama di sana Mas, nanti aku kangen lho” ucap Citra. Cecair jernih sudah pun menitik jatuh ke pipi. Jaka tersenyum manis dan melambaikan tangan buat Citra.
“Usah sedih-sedih Citra. Suamimu ke sana hanya sebentar. Ntar dia kembali lagi ke sini” pujuk Pak Anton. Citra hanya memandang sepi pemergian suaminya dengan diiringi air mata. Semakin lama tubuh Jaka hilang di jalan, dan Citra masih setia di situ.
***
Didalam perjalanan, Jaka di tahan oleh seorang lelaki yang sememangnya telah menanti kehadiran dirinya di situ. wajahnya bengis dan terdapat sesuatu di tangannya, iaitu sebatang kayu yang berpaku.
“Apa-apaan ini?” tegur Jaka sambil mengundurkan diri.
Lelaki itu hanya tersengih-sengih. Dia terus maju ke depan untuk menakutkan Jaka.
“Aku enggak punya uang walau sepeser jika kamu merampok aku. Kamu pastinya rugi” ujar Jaka cuba membuat helah.
“Aku enggak mau uang. Yang aku mau hanya menamatkan riwayatmu” jawab lelaki itu dengan garang.
“Bunuh aku? Apa salah ku?” soal Jaka. Matanya mencerun ke wajah lelaki itu.
“Aku hanya di suruh untuk membunuh mu sahaja, dan aku akan di beri upah yang cukup lumayan.” Beritahu lelaki itu sambil tergelak.
Jaka sudah mulai bersedia jika dia di serang. Tetapi, tanpa di sedari, ada seseorang yang sudah berada di belakangnya.
“Zzapp!” serta merta Jaka rebah di atas jalan. Matanya dapat melihat kedua-dua wajah lelaki yang menyerangnya sebentar tadi, Jaka menyeringai kerana menahan sakit di bahagian pinggang. Ternyata Jaka di tikam seseorang dari belakang.
Jaka cuba berusaha untuk bangun. Tetapi gagal kerana kepalanya di pijak oleh salah seorang dari mereka. Tubuhnya di tendang sehingga lembik. Kemudian, Terdengar mereka berdua ketawa terbahak-bahak.
“Mau diapain dia?” soal salah seorang mereka.
“Tuan Muda bilang, kita campak aja dia di hutan sana. Biar di makan hewan buas” jawab seorang lagi lelaki. Pisau yang berlumuran darah di kesat dengan pakaian yang dipakai Jaka.
“Kita campak aja di sumur. Mudahkan?”
“Sumur?”
Dan mereka berdua masing-masing tersenyum.
Jaka pula hanya mampu mendengar tanpa bersuara. serta-merta ingatannya kepada Citra bermain-main di ruang mata. Wajah isterinya yang baru beberapa minggu di nikahi terlayar di pandangannya.
“Citra..” hanya nama itu yang terucap di bibir dan akhirnya, mata Jaka terpejam rapat bersama air mata yang mengalir.
Bersambung..
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
BAB 20
Hampir sebulan lebih Citra menanti kepulangan suaminya. Setiap hari dia menanti di rumah dengan rasa teruja. Rindunya kepada Jaka sudah pun menggunung tinggi.
“Kamu tinggal aja bersama bapak, Citra. Ada Embah yang bisa temani jika kamu butuh apa-apa” pujuk Pak Anton entah ke berapa kali. Dia bukannya apa, risau dengan keselamatan anak perempuannya. Sudahlah hamil tua, tinggal berseorangan pula.
“Enggak Pak. Citra khawatir jika Mas Jaka pulang, Citra enggak ada di rumah. Citra mahu nungguin dia di sini.”
Pak Anton terdiam. Dia hanya menggelengkan kepala sahaja. Sudah berkali-kali di pujuk, Citra masih juga berkeras mahu tinggal di rumahnya itu sendirian. Apa lagi ikhtiar yang ada bagi memujuknya anak gadis tunggalnya itu untuk tinggal bersamanya.
“Tapi, keadaan kamu itu nak..” ujar Pak Anton tidak dapat meneruskan kata-katanya lagi.
“Usah khawatir ya, Pak. Citra bisa jaga diri kok” tangan tua Pak Anton di genggam bagi menyedapkan hati orang tua itu. Pak Anton dan Citra saling berbalas senyuman. Kemudian, Pak Anton meminta diri untuk pulang apabila senja merah melabuhkan tirainya.
“Jaga dirimu elok-elok nak.” Pesan Pak Anton sekali lagi. Citra membalasnya dengan anggukkan dan senyuman.
Daun pintu di tutup. Pelita di nyalakan. Rumah beratapkan daun rumbia menjadi terang. Citra ke dapur melihat sesuatu yang boleh menjadi santapannya malam itu. mujur, ayahnya datang membawa ubi mentah dan kelapa, beberapa tangkai jering dan sotong yang sudah di keringkan. Citra menelan air liur. Sudah beberapa hari dia mengidamkan ubi rebus dan di makan bersama sotong kering yang di bakar. Dengan segera, Citra terus memasaknya.
Setelah siap semuanya di masak. Citra menghidangkan semua makanan itu di atas lantai dan gadis itu terus mencicipi makanan itu dengan penuh berselera. Sambil menyuap makanan, Citra mengusap-ngusap perutnya yang sudah pun membesar dan sesekali bercakap dengan anaknya itu. Adakalanya, Citra dapat merasakan tendangan dari dalam, seolah-olah anaknya itu memahami apa yang di bicarakan oleh ibunya.
Tiba-tiba, kedengaran daun pintu rumahnya di ketuk seseorang. Citra kaget. Waktu-waktu begini siapa sahaja yang datang bertandang ke rumahnya. Apalagi dia sendirian ketika itu. Citra teragak-agak mahu membuka pintu. Takut ada tetamu yang tidak diundang datang mengganggunya.
“Citra! Ini aku Wandi.” Mata Citra membulat. Apa tujuan lelaki itu datang ke rumahnya?. Ada perkara pentingkah?. Citra perlahan-lahan menapak menuju ke pintu.
“Mahu apa mas ke sini?” Soal Citra yang masih lagi teragak-agak mahu membuka pintu rumahnya. Hatinya merasa was-was.
“Buka dulu pintunya. Ada sesuatu yang perlu aku omongin sama kamu. Penting banget” jawab Wandi yang berada di luar.
“Bicara aja begini. Aku merasa gak manis kita bicara berdua bersama di dalam. Suamiku tidak ada di rumah. Nanti apa kata orang kampung tentang kita” ujar Citra yang sudah merasa tidak enak.
“Aku mahu bicara dengan mu tentang Jaka”
Citra terkesima. ‘Jaka?’
“Ada khabar dari suamiku?” soal Citra ingin tahu.
“Iya, itu yang menjadi alasan kenapa aku ke mari menemui kamu” balas Wandi.
Perlahan-lahan, pintu itu di buka. Terjengul wajah Citra di muka pintu. Wajahnya teruja kerana dia bakal mendengar berita dari suami tercinta.
“Jaka titip pesanan kepada aku, mahu aku bawa kamu ke kota. Dia sudah membeli sebuah rumah di sana buat kamu” kata Wandi tersengih-sengih.
“Kalau begitu, aku ambil semua pakaianku. Kamu tunggu dulu ya?” pesan Citra terus berlalu pergi.
Wandi hanya menjengah sedikit ke dalam rumah. Dengan sabar dia menanti Citra mengemaskan barang-barang peribadinya. Citra sedang asyik memasukkan semua pakaiannya, tanpa sedar Wandi dan dua orang lagi sudah pun berdiri di belakangnya.
“Mau kemana kamu Citra?” Citra yang sedang membongkok segera berdiri tegak. Jantungnya mula berdetak laju. Perasaannya tidak keruan.
“Dia..suara itu” gumam Citra di dalam hatinya.
Bersambung..
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
BAB 21
Citra mundur ke belakang. jelas pada wajahnya, ada riak terkejut.
“Kamu Tia. Mau apa kamu ke sini?” soal Citra. Matanya memandang kepada setiap tetamunya yang tidak diundang.
“Mahu mengantar kamu kepada Jaka. Hahaha!”
“Maksud kamu apa?”
“Citra..Citra..kamu bego ya. Kamu gak ngerti apa maksudku?”
Citra menggigit bibir. Dia berkira-kira mahu mencari jalan untuk melepaskan diri. Setiap sudut dan ruang di perhati.
“Kamu akan ku bunuh sama seperti suamimu.” Ujar Tia sambil melabuhkan punggungnya di birai katil milik Citra.
“Aku gak nyangka, kamu sekejam itu. kamu tidak selayaknya menjadi manusia!” jerkah Citra dengan berani.
“Aku ke sini hanya mahu menamatkan nyawamu. Kerana kamu, Bayu langsung tidak pernah menganggapku sebagai isterinya. Dia masih aja menyintai kamu” herdik Tia dengan garangnya. Wanita itu tahu, Citra tidak punya apa-apa kekuatan. Sedangkan kini, dia berseorangan di rumah tanpa di temani oleh sesiapa.
“Aku tidak menyintai Bayu. Kerana itu, aku menikah sama Jaka. Aku bahagia dengannya.”
“Justeru itu, aku tidak enak melihat kebahagiaan kamu! Sedangkan aku, tidak pernah merasakannya sama Bayu. Aku tahu, kamu juga hamil bayinya Bayu kan?” soal Tia sambil mendekati Citra yang sudah terperangkap di dalam biliknya sendiri.
“Ini anakku, bukan Bayu!” jerit Citra dengan kuat. Perutnya yang besar di tutup dengan kedua telapak tangannya untuk melindunginya dari di apa-apakan oleh Tia.
“Bohong! Kamu fikir aku gak tahu semuanya? Bayi yang ada di dalam perut kamu itu, bayi milik Bayu. Milik suami aku! Dan aku adalah isterinya yang sah, layak melakukan apa sahaja kepada bayi itu.” ujar Tia sambil menjegilkan matanya. Hatinya cukup marah, dendam dengan wanita yang berdiri di hadapannya. Jikalau boleh, dia tidak mahu keturunan wanita itu membiak dan berkembang, hatta keturunannya itu mempunyai kaitan dengan suaminya.
“Aku enggak ijinkan kamu apa-apakan bayiku. Aku sumpah! Jika aku tewas sekalipun, aku akan menuntut bela ke atas semua perbuatan kamu terhadap aku dan juga keluargaku. Kamu harus ingat itu!” jerit Citra, tanpa di sangka, dia mengeluarkan sebilah pisau cucuk sanggul dari rambutnya. Pisau itu adalah pemberian dari Jaka agar dirinya bisa mempertahankan dirinya.
“Kamu fikir, aku takut. Hah? Jangan sok beranilah. Wandi! Dan kamu Sobir, ikat perempuan itu! kamu keluarkan bayinya dan kamu bakar mereka.” Arah Tia kepada dua lelaki upahannya.
“Kejam amat, Non Tia. Kasiankan.” Ujar Wandi yang sudah mulai serba salah. Dia memandang wajah Citra dengan penuh simpati. Lelaki itu juga tidak menyangka, kerjasamanya dengan wanita yang bernama Tia akan menjadi keruh seperti ini. jika tahu, sudah pasti, awal-awal lelaki itu menarik diri. Dia sedar, perbuatannya itu tidak boleh di berikan kemaafan. Tetapi, semuanya sudah terlanjur. Rasa marah kerana maruahnya di pijak kerana Citra menolak lamaranya dahulu masih lagi bersisa.
“Kamu mahu imbalan apa enggak? Aku ya mudah aja. Tanpa kamu pun, aku bisa melakukannya sendirian.” Ugut Tia sambil menjeling Wandi yang sedang keliru.
“Mau Non, siapa yang berani nolak uang” jawab Wandi sambil tersenyum-senyum.
“Kalau begitu, lakukan. mau nunggu apa lagi?”
“Baik Non!” kedua-duanya menurut arahan dari perempuan iblis itu.
Tangan dan kaki Citra diikat di atas katilnya sendiri. kemudian, pakaian dan kain batik yang di sarung di rentap dengan kasar. Citra meronta-ronta, tetapi ikatannya cukup kuat dan ketat. Tanpa sedar, air matanya mulai jatuh setitik demi setitik.
“Tolongggg! Lepasin aku, Mas. Tolonggggg!!” Citra cuba berteriak, tetapi usahanya sia-sia.
“Kasiankan aku Mas, anakku mau hidup. Beri dia peluang untuk bernapas di dunia. Tolong Mas’ rayu Citra. Matanya yag berkaca dan basah dengan air mata memandang kedua lelaki itu mengharapkan simpati.
Tetapi malangnya, rayuan itu hanya tinggal rayuan. Citra menangis teresak-esak. Serta merta dia terbayangkan wajah Jaka yang dia dirindui, wajah bapaknya dan juga wajah Embah Lara. Dia juga sedih, kerana tidak sempat melahirkan bayinya dengan selamat. Tidak dapat merasa membelai, mengucup tubuh munggil anaknya. Dia juga tidak merasa sempurna apabila tidak dapat mengalami gimana rasa melahirkan seorang bayi.
“Sobir, sedia.” Kata Wandi memberikan isyaratnya.
Dengn tanpa belas kasihan, perut Citra di belah tanpa rasa bersalah dan simpati. Maka terdengarlah suara jeritan dari mangsa yang amat lantang dan kuat. Tetapi, Sobir sempat menutup mulut Citra dengan tangannya. Tubuh Citra menggelupur dengan kuat dan akhirnya Citra menemui ajalnya.Darah keluar dari belahan yang di lakukan oleh Wandi di perut Citra. Setelah belahan itu selesai, Tia menghampiri tubuh Citra yang di basahi darah. Tanpa rasa jijik, Tia memasukkan kedua tangannya ke dalam perut Citra dan mengambil bayi yang berada di dalam perutnya itu. ternyata, bayi itu hanya menanti masa untuk di lahirkan.
“Aku gak bisa benarkan kamu hidup. Dan enggak ada lagi keturunan kamu bisa membiak, Citra! Hahahahah!”
Kemudian, bayi yang masih merah dan bertali pusat itu di letakkan di atas dada Citra. Mereka sudah tahu, Citra sudah tidak bernyawa lagi. Dia sudah mati!. Kemudian, Tia dan rakan upahannya mengambil tindakkan untuk membakar Citra bersama anaknya. Rumahnya hampir hangus akibat di bakar. Tetapi, ada satu perkara yang wanita iblis itu tidak sedar. Wandi sempat menanam jasad Citra di suatu tempat bersama-sama dengan anaknya. Tidak seoramg pun tahu siapa yang lakukamya dan di mana jasad citra tertanam.
bersambung
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
BAB 22
Kebakaran yang berlaku di rumah Citra menjadi kecoh. Lebih-lebih lagi dengan kehilangan jasad Citra itu sendiri. Puas di cari, tetap juga tidak di temukan. Mahu menggunakan khidmat Nyai, entah kemana pula dia pergi menghilang setelah selesai merawat Citra yang sakit tempoh hari. Embah Laralah yang paling terasa. Sedihnya hanya dirinya sahaja yang tahu. Pak Anton pula sudah kehilangan ikhtiar. Dimana lagi mahu mencari anaknya.
“Aku merasa enggak enak Anton. Hati aku rasa sepertinya ada yang tidak kena” luah Embah Lara. Sesekali, dia mengesat air matanya yang mengalir.
“Yang sabar. Kita pasti akan ketemu juga, fikir yang baik-baik aja agar Citra sama bayinya selamat” balas Pak Anton. Wajahnya yang berkedut sudah jelas menunjukkan usia Pak Anton sudah lanjut umurnya. Tetapi, masih lagi sihat tubuh badannya.
“Malam ini kita ke rumah Citra. Mana tahu, dia ada meninggalkan sesuatu petunjuk buat kita.” Cadang Tono. Rakan sekampung Pak Anton. Wajah Pak Anton di pandang lama.
“Ya, bisa-bisa. Malam ini kita ke sana aja.” Jawab Pak Anton sambil tersenyum.
***
Puan Zulaika memandang sayu ke wajah Thalia. Anak gadisnya itu masih lagi tidak sedarkan diri. Sudah tiga hari, Thalia masih berkeadaan yang sama. Amni pula hanya mampu mendiamkan diri. Dia sendiri buntu bagaimana mahu membantu keluarga sahabatnya.
“Apa yang terjadi sebenarnya, Amni? Beritahu Makcik”
Amni diam. Pandangannya di larikan dari terus memandang mata Puan Zulaika. Walau apapun, Amni akan tetap cuba membantu.
“Macam ni makcik. Thalia asalnya memang mahu ke Indonesia, dan dia juga mengajak saya pergi bersamanya. Tapi saya menolak pada awalnya. Saya pasti, Thalia ada beritahu makcik tentang hal ini kan. Alasannya, dia mahu bertemu Amir. Tapi tak sangka, pakcik juga mahu ke Indonesia untuk bercuti.”
“Ada dia beritahu kamu apa-apa, Amni. Ceritakan pada makcik semuanya. Jangan tinggal satu pun. “ pinta Puan Zulaika.
“Dia selalu mendapat mimpi. Selalu terasa ada seseorang yang sedang cuba berbicara dengannya. Kata Thalia, seseorang itu adalah seorang perempuan dan wajah mereka sama. Perempuan itu muncul di dalam mimpi Lia seolah-olah mahu meminta bantuan. Thalia juga cakap, dia pernah bermimpi pergi ke sebuah kampung terpencil dan sebuah rumah usang. Di situ dia bertemu dengan perempuan itu. dan saya sepertinya dapat merasakan ianya ada kaitan dengan uncle Bayu.” Ujar Amni, terkebil-kebil melihat Puan Zulaika. Dia mengharapkan, Puan Zulaika percaya dengan semua ceritanya.
“Sebenarnya, Lia pernah mengadu pada makcik pasal mimpi dia. Makcik ingatkan semua tu hanya mainan tidur dan makcik tak anggap pun benda tu sebenarnya sesuatu yang serius. Kalau macam ni, kita beritahu pada pakcik dan Bayu. Mana tahu mereka boleh ikhtiarkan sesuatu” cadang Puan Zulaika. Amni menganggukkan kepala dan mengalihkan pandangannya ke arah Thalia yang masih lagi terbaring dengan mata yang terpejam rapat. Amni menggenggam tangan Thalia yang dingin. Nampaknya tiada tanda-tanda perubahan dari sahabatnya itu.
“Lia, bangunlah.” Ucap Amni dengan nada yang sedih.
***
Tia tersenyum panjang. Hatinya benar-benar puas. Tiada lagi gangguan dari wanita itu. sudah pasti Bayu akan menumpukan perhatian kepada dirinya sahaja. Wanita itu memang patut di bunuh dari awal lagi.
“Senyum sendirian aja mbak. Ada sesuatu?” soal Bibik Iyem.
“Enggak apa-apa. Biasa aja. Udah, kamu keluar dari sini” Mbak Iyem tanpa membantah, Bibik Iyem terus sahaja melangkah keluar. Dia tahu, Tia bukan seorang yang ramah. Tetapi seorang wanita yang angkuh dan sombong.
“Tolong”
Tia tergamam. Dia berdiri kaku di situ. dadanya berdebar hebat. Peluh dingin merembes laju.
“Siapa?”
“Tolong. Tolong aku” terdengar satu suara meminta tolong di pendengaran telinganya.
“Enggak, kamu udah mati. Kamu takkan bisa mengganggu aku!” jerit Tia ketakutan.
Kemudian, dia dapat merasakan ada hembusan angin lembut di wajahnya dan bau bunga kenanga yang wangi. Daun tingkap yang terdedah segera di tutup dengan rapat. Tetapi, sebentar kemudian, tingkap itu kembali terbuka seolah-olah di tendang dengan kuat. Angin dingin menerobos laju masuk ke dalam dan membuatkan langsir putih yang terpasang cantik di situ meliang liuk.
Kemudian, di hadapan mata Tia, muncul sesusuk tubuh melayang masuk melalui tingkap yang terbuka. Susuk tubuh seorang wanita yang sedang menggendong seorang bayi. Wajah wanita itu pucat, jika di toreh sudah pasti tiada darah yang mengalir.
“Kembalikan kehidupanku, Tia. Jangan kau rampasnya dari aku”
“Tidak! jangan ganggu aku! pergi! Pergi!” jerit Tia terlolong-lolong. Kemudian, Tia rebah dan pengsan.
“Kembalikan kehidupanku,Tia. Kembalikan” dan susuk tubuh itu beransur-ansur menghilang.
***
Pak Anton dan Tono serta seorang lagi penduduk kampung sudah berada di tapak rumah Citra yang terbakar. Tiada apa yang bersisa di situ. Hati Pak Anton sayu. Perasaannya bertukar sedih.
“Anton! Ketemu apa-apa enggak?” panggil Tono.
“Enggak!” jawab Pak Anton sambil menguis-nguis dan mengalihkan beberapa kayu yang sudah rentung.
Semakin lama, malam semakin larut. Tetapi, tiada apa yang mereka temukan di situ. Pak Anton semakin lelah dan putus asa.
“Tono, Ranggi, kita beransur yuk. Esok-esok kita ke sini lagi. Hari sudah lewat”
“Hihihihi!!”
“hahahahahahaha!!”
Tiba-tiba, terdengar suara mengilai berdekatan di tapak rumah Citra. Pak Anton dan dua orang lagi penduduk kampungnya tergamam dan terus membuka langkah seribu meninggalkan tempat itu.
“Hihihi..” terdengar lagi suara hilaian itu.
Bersambung..
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
BAB 23
“Pergi!!! Pergi!! Bayu, tolong aku. tolong aku Bayu. Aku enggak sanggup lagi. Tolong.” Tubuh Bayu di peluk erat. Bayu semakin buntu. Melihat Tia yang sering beginian membuatkan dirinya penasaran. Apa yang sebenarnya terjadi?
“Rohim, bawa Tia ke ruangannya. Panggil perawat yang hebat untuk menyembuhkan dia” arah Bayu ke pembantunya, Rohim. Rohim menurut arahan tanpa bantahan.Tia di papah masuk ke dalam bilik tidur. sesampainya dia ke muka pintu. Tia terus menjerit-jerit ketakutan. Wajahnya di tutup dengan kedua tapak tangannya.
“Tia..” telinganya mendengar suara Citra memanggil-manggil namanya. Kemudian, dia juga mendengar suara nyanyian yang menyeramkan. Nyanyian yang diiringi muzik gamelan.
“Hentikan! Hentikan! Aku enggak mau denger semua itu. hentikan aku bilang!” rintih Tia sambil terjerit-jerit.
“Tia, udahlah. Enggak ada apa-apa di sini. Saya juga enggak denger apa-apa bunyi dan suara. Kamu masuk tidur, istirehat ya?” pujuk Rohim sambil membawa Tia ke tempat pembaringannya.
Keadaan Tia agak tenat dan seperti orang yang tidak siuman. Bayu sendiri sudah putus asa mahu berbuat apa lagi. Dia sendiri tidak tahu apa puncanya sehingga isterinya berubah begitu.
“Rohim, ada satu hal yang aku mohon bantuan darimu” ujar Bayu.
“Iya, hal apa itu Bayu?” soal Rohim ingin tahu.
“Kamu ke kampung Citra. Tanyakan tentang dirinya. Sudah sekian lama aku enggak mengetahui apa khabarnya” luah Bayu sambil mengalihkan pandangannya kepada Rohim.
“Itu bisa di atur Bayu. Usah khuatir. Esok aku berangkat. Tetapi, gimana dengan Tia? Kondisinya tidak begitu bagus. Apa kamu enggak merasa khuatir dengan keadaannya?”
“Hurmm..” terdengar keluhan berat dari Bayu. Berat lagi bebanan yang di tanggung. Bebanan rindu terhadap Citra.
“Soal Tia, Bayu bisa urusin. Kan ada Bibik Iyem yang bisa membantu”
Rohim hanya mengangguk tanda faham. Esok, subuh-subuh lelaki itu harus bergerak awal ke kampung halamannya.
***
Suasana di dalam bilik tidur Thalia menjadi kecoh. Sehinggakan ketua kampung juga turut berada sama di situ. Amni yang semalaman menemani Thalia tidur, terkejut kerana mendapati Thalia hilang dari pembaringannya. Sudah puas di cari merata kawasan, bayang Thalia tidak juga kelihatan. Puan Zulaika dan Encik Maliki sedang bersedih dengan kehilangan anak gadis satu-satunya.
Amni yang sedang duduk termenung tiba-tiba menegakkan tubuhnya. Seolah-olah dia teringat akan sesuatu. Dengan pantas, Amni terus menemui Puan Zulaika dan Encik Maliki tentang apa yang ingin di beritahunya itu.
“Makcik, pakcik. Amni tahu kat mana Lia. Amni yakin, Lia ada kat situ” kata Amni dengan riak wajahnya yang sungguh-sungguh.
“Maksud Amni apa? Bagitahu makcik, dia ada kat mana? Abang, jom kita cari Lia” Puan Zulaika terus melangkah pergi bersama-sama Amni.
Bayu dan Paman Rohim juga turut serta mengekori mereka-mereka yang lain mencari Thalia. Amni membawa mereka semua berjalan menuju kesebuah perigi di mana tempat mereka mandi.
Dari kejauhan, Amni menunjukkan arah sebuah perigi lama. Serta merta, mereka semua yang ada disitu berasa terkejut apabila melihat susuk tubuh seorang gadis yang sedang berdiri tegak di hadapan perigi sambil menunjukkan jari telunjuk ke arahnya.
Dengan pantas,Puan Zulaika mendapatkan Thalia dan memeluk tubuh anaknya. Air mata Puan Zulaika merembes laju. Syukur di panjatkan kepada Ilahi Thalia akhirnya di temui. Cuma, yang menjadi pertanyaan mereka yang ada di situ, apa yang ada di dalam perigi tersebut.
Hasil perbincangan mereka dan penduduk kampung, masing-msing bersetuju untuk mencari tahu apa yang tersirat di dalamnya. Dengan bantuan pemuda-pemuda dan penduduk kampung yang lainnya, mereka bergotong royong masuk ke dalam perigi untuk mencari sesuatu yang menjadi rahsia selama bertahun-tahun.
Selepas seharian, akhirnya kampung itu gempar kerana mereka menemui satu rangka manusia di dalamnya. Dengan kerjasama secara beramai-ramai, rangka itu di naikkan ke atas darat. Rangka itu didapati penuh dengan lumut dan kotoran-kotoran.
“Rangka siapa tu?” soal Amni.
“Jaka” jawab Thalia dengan selamba. Riak wajahnya masih lagi kosong. Seolah-olah tiada perasaan padanya. Hanya titisan air mata yang menunjukkan betapa sedih di rasakan.
Semua yang berkumpul di situ, terus memandang Thalia dengan rasa pelik. Bagaimana gadis luar yang tidak ada kaitan dengan semua ini boleh tahu. Itu yang menjadi persoalannya.
“Mana kau tahu, Lia” soal Amni tidak berpuas hati.
“Dia suamiku.” jawapan mengejutkan dari Thalia. Puan Zulaika, Encik Malik, Amni masing-masing terkejut. Lebih-lebih lagi Bayu. Dia tidak menyangka jawapan itu keluar dari mulut gadis itu.
“Suami? Masa bila kau kahwen?” tanya Amni lagi. kepalanya yang tidak gatal di garu-garu.
“Shhh, Itu bukan Thalia.” Jawab Bayu tiba-tiba.
Semuanya serentak memandang Bayu dengan pandangan yang aneh.
“Masalahnya, siapa? terus terang dengan kami Bayu, apa yang terjadi sebenarnya.” Desak Encik Maliki.
“Citra”
Bersambung
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
BAB 24
Bayu mula menghampiri Thalia yang sedang berdiri tegak. Dadanya berdebar kencang. Sekian lama menanti, sekian lama memendam rindu, akhirnya tiba juga masanya. Kedua bahu Thalia di sentuh lembut. Mata lelakinya merenung dalam-dalam ke anak mata gadis itu. Pandangan matanya seolah-olah kosong.
“Citra, i..i..ini aku, Ini aku, Bayu. Masih ingat sama aku?” Bayu menantikan jawapan dari gadis itu. Bayu sudah tidak mempedulikan lagi pandangan orang yang sedang memerhati dirinya.
“Citra, ayo! Bicara sama aku. katakan sesuatu. Ayo” ujar Bayu cuba memaksa Thalia untuk bersuara. dia yakin siapa yang menghuni di tubuh Thalia ketika ini.
“Pak Bayu. Kamu harus sedar itu bukan Citra. Tapi anak kami, Thalia.” Kata Encik Maliki. Dia merasakan kelakuan Bayu agak melampau.
“Enggak! Dia sememangnya Citra, kamu gak liat apa yang aku liat. Kamu gak kenal siapa Citra, seperti mana aku kenal dia.” jerit Bayu seolah-olah dia sudah hilang kawalan.
“Citra” panggil Puan Zulaika. Wajahnya yang kusut jelas kelihatan. Wajahnya basah kerana air mata. Thalia perlahan-lahan memandang wajah kedua orang tuanya. Jelas terpancar pandangan mata anak gadisnya menahan seksa.
“Citra, saya mohon dengan kamu. Lepaskan anak saya. Lia langsung tiada kena mengena dalam hal ni. Tolonglah” Rayu Puan Zulaika. Malah, wanita itu sanggup melutut dan menyembah semata-mata mahu anaknya di bebaskan.
“Enggak, aku gak akan lepasin dia, selagi kehidupan aku tidak di kembalikan.” jawab Thalia sambil memandang Bayu. Mata Bayu di tenung dengan renungan yang tajam.
Apabila mendengar sahaja jawapan dari Thalia, Puan Zulaika terus sahaja meraung. Tubuh Encik Maliki di peluk. Dia tidak dapat membayangkan bahawa mereka bakal kehilangan Thalia.
“Rohim, tolong pujuk dia. Aku janji apa sahaja yang dia mahu, aku boleh tunaikan. Asalkan, dia bebaskan Thalia. Dia satu-satunya anak perempuan yang kami ada” ujar Encik Maliki merayu bantuan dari lelaki itu.
“ Pak Maliki. Saya gak bisa berjanji. Apa yang perlu kita lakukan, berdoa dan mohon pada tuhan semoga ianya selesai dan kembali seperti sediakala.” Nasihat Paman Rohim. Encik Maliki terdiam. Dia dan isterinya benar-benar susah hati waktu ini. Paman Rohim bertindak mendekati Thalia di mana tempat gadis itu berdiri.
“Citra, aku mohon kepadamu, lepasin anak itu. dia tidak bersalah. Dia tidak punya kaitan dengan mu, nak.” Pujuk Paman Rohim sambil berteleku di hadapan gadis itu.
“Heeeeeeeheeeeeiiiiii” Thalia terus beredar dengan melayang menghala ke atas bumbung rumah penginapan yang diinap oleh keluarga Thalia. Mata Amni membulat. Terasa solah-olah berada di dalam mimpi. Apa yang terhidang di hadapan matanya amat menakutkan. Rambut Thalia menjadi panjang secara tiba-tiba. Wajahnya bertukar menjadi buruk dan mengerikan. Thalia melayang-layang di udara sambil mengilai.
“Lia!! Abang, anak kita bang. Anak kita tu” ujar Puan Zulaika menangis tanpa henti.
“Awak nak abang buat apa lagi. Abang pun tengah buntu ni” jawab Encik Maliki. Dia sudah pun kehilangan daya. Tidak tahu bagaimana lagi caranya untuk mendapatkan Thalia.
Orang-orang kampung semakin ramai yang datang berkumpul di halaman rumah semata-mata mahu melihat sesuatu yang berlaku di situ. Paman Rohim dan juga yang lainnya sedang mencari ikhtiar untuk menyelamatkan semula anak gadis Encik Maliki. Ada dua, tiga pawang di panggil untuk membantu menyelesaikan permasalahan itu. tetapi, semuanya sia-sia belaka. Pawang dan dukun itu, kesemuanya tewas dan lari meninggalkan tempat itu.
“Hahahahahaaaaaa!!!! Gak ada sesiapa yang bisa mengalahkan aku. aku wujud kerana aku ingin membalas dendam kepada mu, Bayu. Aku mahu membawa kamu bersamaku, bersama anak kita!” jerit Thalia dengan lantang.
“Aku mau Citra. Aku mau kok ikut kamu. Ambillah aku. aku sudah enggak bisa lagi kehilangan kamu” Thalia hanya tersenyum sinis.
“Lepaskan dia, Citra! Gadis itu tidak tahu apa-apa. Gadis itu tidak bersalah dengan mu. Lepasin dia.” Jerit Paman Rohim pula.
" Aku yang membawa gadis ini kemari. Aaaku mahu menggunakan tubuhnya untuk merenggut nyawa-nyawa manusia yang berhati busuk. Mereka membunuhku tanpa rasa kasihan. Aku dan anakku di bunuh dengan kejam. Aku di tanam ketika aku masih lagi hidup. Kamu! Isteri mu menjadi gila dan mati kerana aku. dia punca segala-galanya. Dia juga tega membunuh dan membuang suamiku ke dalam sumur. Kerana kamu, Tia melakukan semua perbuatan terkutuk itu kepadaku. Merampas kehidupan aku! kali ini, aku enggak bisa melepaskan kamu lagi.”
Tiba-tiba datang seorang lelaki separuh baya, menghampiri Paman Rohim dan mereka berdua kelihatannya sedang membisikkan sesuatu. Paman Rohim kelihatannya terkejut dengan apa yang di bisikkan oleh lelaki itu. serta merta, wajah lelaki itu di pandang tajam.
Tanpa membuang masa, Paman Rohim bercakap sesuatu dengan Encik Maliki dan beberapa orang lelaki yang berada di situ. masing-masing mengangguk dan mengekori Paman Rohim dari belakang.
“Kita terus ke bilik itu. jasad Citra di dapati tertanam di situ. ayuh, lekas kita cari jasadnya dan kita bakar. Hanya itu sahaja caranya untuk kita menghapuskan dia” arah Paman Rohim kepada mereka-mereka yang turut sama membantu. Bilik kecil itu adalah bilik yang pernah di tanyakan oleh Thalia ketika dia baru sahaja sampai di sini. Keberadaan bilik itu sentiasa menjadi tanda tanya kepada Thalia. Kini, baru Paman Rohim sedar, apa yang di lakukan Thalia adalah satu petunjuk. Kenapa dia tidak menyedari hal itu. kehadiran Thalia dan keluarganya seperti sudah di atur baik-baik.
Kedatangan gadis itu sebenarnya adalah satu petanda atau jawapan kepada setiap persoalan yang mereka sendiri gak tahu adakah ianya punya kaitan antara satu sama lain. Yang pasti, wajah mereka sememangnya sama. Kemungkinan sahaja, itu yang di jadikan penyebab mengapa Thalia yang di pilih.
“Pak Rohim! Sini.” Panggil Guntur sambil melambai-lambai ke arah Paman Rohim yang masih ligat mencari tanda di mana jasad Citra tertanam. Paman Rohim dan beberapa orang yang ada di situ, bergegas menuju ke tempat Guntur berada.
“Kenapa Gun? Apa yang kamu temukan?”soal Paman Rohim. Guntur segera menunjuk pada sebuah lubang yang sudah di gali oleh Guntur sebentar tadi.
“Akhirnya. Syukur. Kita udah ketemu apa yang kita cari.” Ujar Paman Rohim sambil meraup wajahnya yang sudah basah bermandikan peluh. Dengan segera, rangka tulang temulang milik Citra di angkat dan di keluarkan naik ke atas. Rangkanya yang di balut dengan sisa perca kain yang pernah di pakai Citra ketika mati, di kumpulkan menjadi satu.
Sementara di luar, angin kuat sedang meniup dengan angkuhnya. Pokok-pokok kelapa yang tinggi melampai meliang liuk sepertinya mahu tumbang menyembah bumi. Tetapi, masih juga tetap bertahan.
“Citra! Lepasin anak itu. jika tidak, akan ku bakar tulang-tulang mu.” Teriak Paman Rohim sekuat hati.
Thalia laju mengalihkan pandangan matanya ke wajah Paman Rohim. Dia merengus kasar serta menderam dengan kuat. Matanya yag sudah menjadi putih kesemuanya mula memgalirkan darah. Kemudian, Thalia terbang perlahan ke bawah dan merenung Paman Rohim serta Bayu bersilih ganti.
“Bayu.. tolong aku” tiba-tiba sahaja terdengar suara rayuan dari Thalia. Mengharap pertolongan dari lelaki itu. puas di pujuk rayu, akhirnya berjaya mempengaruhi lelaki itu. Bayu mula melangkah dan perlahan-lahan menghampiri Thalia.
“Usah deket dengannya, Bayu! Citra sudah mati. Itu bukan dia, itu setan! Sadarlah Bayu.” Paman Rohim dengan sekuat tenaga cuba menahan Bayu dari terus melangkah mendekati Citra.
“Aku mahu hidup bersamanya, Rohim. Aku sudah gak bisa lagi kehilangan dia.”
“Udahlah, ingat tuhan Bayu. Citra sudah gak ada. Dia sudah meninggal. Buka matamu luas-luas Bayu. Itu bukan Citra, tapi Thalia. Anak mereka” ujar Paman Rohim sambil menunjuk kearah Puan Zulaika dan Encik Maliki. Jelas pada riak wajah mereka, rasa sedih dan sugul.
“Guntur! Bakar aja tulang-tulang itu. sudah gak ada masa lagi. kita harus selamatkan anak itu” arah Paman Rohim kepada seorang lelaki.
Semua tulang temulang milik Citra di letakkan di atas tanah yang lapang. Dengan beberapa bacaan yang tidak di mengerti, meluncur laju keluar dari mulut Paman Rohim.
“Jangan kau coba-coba berani membakarnya. Akan ku bunuh kamu semua satu demi satu! Atau.. aku bunuh gadis ini” ugut Thalia sampai menyeringai.
“Baik, kamu lepaskan gadis itu dahulu. Sebagai pertukarannya, aku gak akan membakar hak milikmu”
“ Tapi, aku mau Bayu. Aku mau dia”
“Gak Bisa! Guntur! Bakar tulang itu sekarang juga” arah Paman Rohim yang sudah pun hilang kesabarannya.
Dengan pantas, tulang temulang itu di bakar dengan api yang marak. Maka, di waktu itu juga terdengar jeritan nyaring milik Thalia.
“Arrrgghhhhhhhhh!!!!”
Bersambung..
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
CERITA SERAM : RAHSIA MATINYA SI GADIS RONGGENG.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
BAB 25 ( AKHIR )
“Panasss!!! Aku panas!! Tolonggggggggg!” Thalia menjerit sekuat hati. Tubuhnya rebah ke tanah. Menggelupur bagaikan cacing yang kepanasan. Matanya sempat memandang Bayu yang terikat dengan pandangan sayu. Satu persatu wajah insan kesayangan terlayar di ruang mata. Wajahnya yang pucat berubah menjadi kemerahan. Tubuhnya mula mengerekot menahan pedih dan sakit akibat di bakar. Ya, itu sahajalah cara yang boleh menghapuskan rohnya dari terus bergentayangan.
“Bayuuuu..” seru Thalia dengan suara yang sayu. Matanya yang putih mengeluarkan darah dari celahan mata. Sungguh, dia juga rindukan lelaki itu. tetapi, apakan daya, mereka berdua tidak boleh lagi bersama. Alam mereka berlainan. Dan kerana itu juga, Citra bersungguh mahu membawa lelaki itu pulang bersama.
“Citra! Maafkan aku.” ucap Bayu dengan perlahan. Dia menunduk kerana tidak sampai hati melihat Citra dalam keadaan begitu. Andainya, Citra masih hidup, dia sanggup menebus segala dosa yang pernah di lakukan olehnya sendiri dan juga isterinya, Tia. Perbuatan itu cukup memberikan tamparan hebat buat mereka. Terlalu banyak dugaan dan halangan yang datang dari pelbagai pihak. Tetapi, Bayu memilih untuk mengalah dari berjuang mempertahankan haknya sebagai lelaki. Dia silap kerana terlalu menunduk mengikut sahaja keputusan orang lain. Bayu seorang lelaki yang lemah. Kini, dia tetap akan bersendirian tanpa Citra di sisi. Penyesalan yang sentiasa akan mengekorinya ke mana sahaja.
“Bayu..” itulah dia, ungkapan terakhir dari Citra.
Lelaki itu hanya mampu melihat. Apa yang berlaku selepas ini, sudah di duga. Sia-sialah penantiannya selama ini setelah bertahun-tahun dia menanti.
Perlahan-lahan Thalia menutup mata. Nafasnya yang turun naik sudah mulai perlahan. Puan Zulaika yang melihat keadaan anaknya, terus sahaja berlari mendapatkan Thalia. Wanita itu menangis tersedu-sedu apabila mendapati tiada kedengaran lagi detak jantungnya yang berdegup. Tiada lagi terasa nadinya yang berdenyut. Hati Puan Zulaika rawan. Begitu juga Encik Maliki, apatah lagi sahabat baiknya Amni. Masing-masing meratap dan menangis.
Bayu pula telah di lepaskan dari ikatan. Bukannya apa, bimbang andaikata dia melakukan sesuatu tanpa di duga. Semua orang tahu, bagaimana perasaannya terhadap Citra. Sudah tentu apa yang bakal di lakukan lelaki itu bukannya datang dari akalnya yang waras. Paman Rohim lebih tahu hal itu. cukup dia seorang sahaja yang melihat betapa seksanya Bayu menahan rasa dan rindu. Mengorbankan masa depannya demi mematuhi keinginan bunda tercinta. Mengorbankan rasa cintanya kepada Citra demi seorang wanita yang bernama Tia.
Sungguh pun begitu, Bayu tetap juga menyimpan hasrat untuk memiliki Citra suatu hari nanti. Kerana itu, hidup Bayu sehari-hari seolah seperti pungguk rindukan bulannya, walaupun pungguk itu tahu, sampai kapan pun bulan itu tidak akan menjadi miliknya. Dan kerana itu, Bayu setia menanti kerana dia tahu, Citra pasti kembali.
Rasa terujanya kian terpamer apabila dia menyedari akan kedatangan beberapa tetamu. Tetamu dari Malaysia datang ke situ hanya untuk berlibur. Tetamu yang mempunyai seorang anak gadis yang wajahnya mirip gadis yang di cintai. Benarlah kata seorang penilik yang di lantik keluarganya.
“Akan kamu temui seorang gadis yang mirip dengannya suatu hari nanti. Waktu itu, kamu akan tahu apa yang terjadi seterusnya. Kamu hanya menunggu bila waktu itu tiba”
Ketika itulah, Bayu seringkali melihat dan memerhati setiap gerak geri Thalia secara diam-diam. Mahu di dekati, lelaki itu terasa malu. Lagi pula, Thalia bukanlah Citra. Thalia juga masih lagi muda, jauh berbeza dengannya yang sudah tua. Tak mungkin ada sesuatu yang berlaku di antara mereka. Itu juga yang selalu di ingatkan oleh Paman Rohim setiap kali dia melihat Thalia.
“Bayu, kamu gak apa-apakan? Ayuh, kita selesaikan hal ini dengan segera. Abu Citra kita bawa pulang dan kita urusin sebaik-sebaiknya” ujar Paman Rohim sambil membantu Bayu bangun.
“Citra gi mana Rohim. Sekali lagi dia ninggalin aku” rintih Bayu dengan sayu.
“Udahlah Bayu. Dia sudah gak ada. Relakan aja pemergiannya. Mendingan kamu istirehat dulu yah. Kita pulang aja ke kota” pujuk Paman Rohim sekali lagi. dia tahu, perasaan Bayu ketika itu, dia kecewa dan sememangnya amat kecewa.
Seorang lelaki separuh baya datang mendekati Paman Rohim dan Bayu. Begitu juga dengan Encik Maliki.
“Rohim, bisa kita bicara sebentar. Di sini.” Sapa lelaki itu. dia juga menunjukkan riak sedih dengan apa yang terjadi sebentar tadi.
“Iya..iya. bisa. Kamu tadikan yang kasi tau di mana jasad Citra tertanam? Aku pengen tahu, bagaimana kamu tahu semua itu?’ soal Paman Rohim sambil mencerlung ke wajah lelaki separuh baya itu.
“Itu yang aku mau ceritakan. Aku adalah saudara terdekat kepada Sobir.”
“Sobir? Apa kaitannya Citra dengan dia?”
“Sobir dan juga temannya, Wandi di upah oleh almarhumah isterinya Pak bayu untuk membunuh dan membakar Citra hidup-hidup. Almarhumah juga menyuruh mereka berdua membunuh Jaka dan mencampakkan mayat Jaka ke dalam sumur. Tidak cukup dengan itu, segala perbuatannya di gunakan atas nama Pak Bayu. Jika ada apa-apa yang terjadi, Pak Bayu yang akan di tuduh melakukan semua pembunuhan itu. Pak Anton dan Embah Lara meninggal juga kerana isteri Pak Bayu. Rumahnya di bakar ketika mereka berdua nyenyak tidur. katanya, Isteri Pak Bayu tidak mahu ada sisa saki baki keluarga Citra hidup. Maka dengan itu, semuanya yang berkaitan dengan Citra, harus di bunuh. Sobir yang menceritakan semua ini pada saya Pak Rohim. Saya di amanahkan untuk menceritakan semuanya kepada bapak. Saya enggak bisa nyimpan sendirian.”
“Lantas, bagaimana dengan Wandi?” soal Bayu yang tiba-tiba sahaja bersuara setelah sekian lama berdiam diri dan menjadi pendengar.
“Wandi sudah mati Pak Bayu. Mati kecelakaan di kota. Waktu itu dia mahu ke kota menghantar Lestari bertemu keluarganya. tapi, saya gak pasti apa yang berlaku itu punya kaitan sama Citra apa enggak. Apa yang Lestari bilang, Wandi tiba-tiba aja sesak nafas dan mobilnya gak bisa di kendalikan. Pak Sobir juga terima nasib yang sama Pak Bayu. Dia juga tewas akibat sesak nafas. Tapi, sebelum itu. Pak Sobir sering kali meracau dan teriak seperti orang gila. Tiap hari asyik nyebut kata maaf doang. Dari situ, saya tahu semua ceritanya. Saya paksa Pak Sobir kasi tahu apa yang berlaku sebenarnya. Pak Bayu, Pak Maliki. Saya mohon banget. Maafkan saudara saya itu. saya tahu, apa yang dia lakukan gak bisa di maafin. Tapi, bagi pihak dia, saya merayu. Tolong yah?” ujar lelaki itu sambil merayu. Wajahnya sedih kerana rasa merasa bersalah.
“Ya udah, gak apa-apalah. Semuanya sudah terlanjur. Gak ada maknanya mahu mendendami antara satu sama lain. Yang sudah terjadi, kita biarin aja. Sekarang ini, kita urusin abu milik Citra. Jika boleh, kami berdua mau membawa pulang abu itu ke kota sahaja.”
“Rohim, apa yang berkaitan sama Citra, juga ada kaitannya sama aku. jadi, kita bawa aja abu itu pulang bersama kita. Encik Maliki dan keluarga mau ikut kita pulang bareng. Setelah segala urusannya selesai. Mereka mau terus pulang ke Malaysia”
“Apa benar itu Encik Maliki?” soal Paman Rohim kepada lelaki itu. Encik Maliki hanya mengangguk perlahan dan tersenyum.
***
Amni menongkat dagu dan termenung jauh ke hadapan. Terasa bosan memenuhi ruang hidupnya sejak akhir-akhir ini. apalagi sejak ketiadaan Thalia. Jika tidak, dia sering mengusik gadis itu. adakala membuatkan gadis itu marah dan merajuk dengannya.
Pergi sekolah, selalu bersama beriringan. Pulang dari sekolah juga begitu. Ke mana sahaja mereka pergi, sentiasa berdua bersama seperti belangkas. Kini, tiada lagi seperti itu. air mata Amni merembes laju. Sesekali di kesat dengan jarinya.
“Lia, aku rindukan kau. Rindu sangat-sangat.” Luah Amni dalam sebaknya.
“Aku pun rindukan kau” ucap satu suara.
“Jangan main-mainlah. Aku tengah bersedih ni. Kau ingat benda ni lawak ke?” marah Amni dalam tangisnya. Masih memandang luar tingkap tanpa menoleh dan melihat dengan siapa dia bercakap.
“Aku pun tak berguraulah. Aku sungguh-sunggu rindukan kau. Aku serius ni”
Amni semakin geram, dengan rasa marah dia segera menoleh ke belakang, dan tiba-tiba..
“Kau? Kau ke ni? Aku ingat..” mata Amni membulat. Senyuman mula terukir. Wajahnya yang sendu mula berubah riak.
“Akulah, siapa lagi. apa? Aku dah mati? Kalau aku mati sekalipun, aku bawa kau sama. Tak nak aku mati sorang-sorang. Ada kau, kan best. Hahaha!” balas Thalia sambil ketawa mengekek. Lucu dengan sikap kelakar sahabatnya, Amni.
“Bodohlah kau ni.” Marah Amni sambil menangis. Air matanya keluar tanpa henti. Dengan pantas dia mendakap tubuh Thalia dengan erat.
“Lama sangat kau kat kampung tu. Aku sangka kau dah tak ada. Sebab aku nampak depan mata kepala aku sendiri, kau dah mati. Doktor di sana pun cakap, kau memang dah takde harapan.”
“Aku tahulah. Tapi, Allah panjangkan lagi umur aku. belum masa aku lagi kot. Sudahlah, aku dah balik ni, ada dengan kau sekarang ni kan. Kita happy-happy, okay?”
Amni mengangguk dan tersenyum. Kemudian, mereka beriringan melangkah keluar dari rumah bersama.
“Aku rindu kat Bayulah” luah Thalia.
“Dia dah mula dah” balas Amni. Dan kedua-dua sahabat itu serentak ketawa.
***
Paman Rohim tersenyum apabila melihat Bayu sudah berubah tidak seperti dulu. Bayu sudah menerima hakikat, bahawa Citra sudah pun tiada. Kini, dia harus meneruskan hidupnya seorang diri tanpa isteri tanpa anak. Hanya Pak Rohim dan isterinya sahaja serta beberapa pembantu yang menemaninya di rumah besar itu.
Wajah Citra telah di abadikan di dalam sebuah potret. Potretnya di gantung di dinding ruang tamu rumahnya. Potret itu di buat kerana cintanya masih lagi utuh buat wanita itu. demi kerana cinta, Bayu menubuhkan satu kumpulan Ronggengnya sendiri, di ketuai oleh Paman Rohim. Tertubuhnya kumpulan itu mengubat rindunya kepada Citra.
“Bayu, aku udah ketemu sama seorang wanita. Aku tawarin dia menyertai kumpulan Ronggeng kita. Kamu mau ketemu sama dia?” beritahu Paman Rohim.
“Iya, suruh dia masuk.”
Seorang wanita yang tinggi lampai, sungguh santun langkahnya, sungguh sopan tingkahnya, sungguh lembut peribadinya. Dengan berhati-hati dia melangkah masuk dan Bayu membelakangi wanita itu.
“Saya Pak Bayu”
Bayu memusingkan tubuh dan menoleh ke arah wanita itu. Riak wajah Bayu berubah. Dia mengerlipkan matanya beberapa kali, hanya untuk memastikan apa yang terhidang di hadapannya adalah realiti.
“Rohim, apakah yang aku lihat ini benar? Bukan bohongkan?” soal Bayu kepada Paman Rohim.kemudian, Bayu menghampiri wanita itu dengan lebih dekat. Wajah wanita itu di perhatikan dan direnung.
Paman Rohim hanya tersenyum. Bahagia melihat Bayu menemui apa yang bisa membahagiakannya.
“Ini sungguh luar biasa. Aku gak nyangka sama sekali.” Ujar Bayu yang masih setia memandangi wanita itu. wanita itu pula hanya tersipu-sipu malu.
“Nama kamu siapa?”
“Wulan Pak”
Bayu mengukir senyum. Dia tidak menyangka, masih ada lagi wanita yang mirip gadis kesayangannya. Mungkin ini hadiah dari tuhan untuknya. Bayu mengucap syukur dengan apa yang sudah di takdirkan untuknya hari ini.
Kisah cinta antara dia dengan Citra, masih lagi tersemat jauh di lubuk hatinya. Tidak akan sekali dia melupakan. Tetapi, untuk masa depan, Bayu harus bangkit dan bina hidup baru bersama insan lain.
TAMAT.
Karya : Purnama
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
Comments
Post a Comment