CERITA SERAM BRUNEI PAGE - SEASON#1
๐๐จ SERAM
➜ HZONE ๐๐จ BLOG
GC Special - Read Only
https://youtu.be/albwWXd3mow
➜ CERITA² MISTIK, MISTERI ๐ SERAM
๐KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
๐KUMPULAN CERITA HANTU KISAH NYATA
๐HIMPUNAN CERITA SERAM
๐KISAH SERAM MELAYU ๐ BERSIRI
๐CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
๐KOLEKSI VIDEO SERAM
https://chat.whatsapp.com/GkoZrWgBuObKVokhMGF8by
➜ EMAIL thehorrorzone.289@gmail.com
➜ BLOGGER / TheHORRORZONE
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/03/koleksi-cerita-seram-melayu.html
๐๐จ DESCRIPTION
GC ini akan di isikan dengan Koleksi Cerita Seram / Video Seram yg menarik buat bacaan & tontonan anda semua...
01. PENGHUNI TANDAS
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : PENGHUNI TANDAS
KARYA : EZYUS TWENTYFOURAPRIL
KOD : 331002750940001
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Cerita ani terjadi arah ku sndri. Kisah ani berlaku masa ku masih lagi bekerja, tahunnya inda ku ingat lagi bila.. Masa atu kami
semua pekerja dikehendaki bekerja lebih masa di salah sebuah pengajian di kawasan gadong. Kawasan yang tempatnya jauh ke dalam, sunyi dan menyeramkan bila waktu malam. Kami dikehendaki menyiapkan kerja tersebut seblum bulan ramadhan. Dijadikan cerita, jam masa atu masih ku ingat menunjukkan pukul 6 lalu (masuk maghrib), masa atu kami sedang berehat-rehat daripada membuat kerja. Aku dan beberapa orang kawan sekerja inda balik. Kami stay dan makan saja dibilik yang dikhaskan untuk pekerja berehat. Dbelakang bilik tersebut ada lah dalam 3 minit
bejalan ada sebuah jamban. Selesai saja makan kawan ku si Ejah (bns) minta dangani arah ku ke jamban untuk mencuci tangan dan selajur kan membuang hajat kecil. Masa dalam perjalanan ke jamban si Ejah ani becakap "Tina gigi ku bedarah bah pasal aku tegigit tulang ayam tadi.." Aku ani senyum-senyum ganya, tarus
ku peibunkan ia, "luan jua kau, lapar kah sampai tulang ayam pun kau gigit?". Masa kami sudah ampir dengan jamban aku sama
si Ejah ada tedangar bunyi pintu dalam jamban atu melagur. Inda ku ingau sangat,tapi ku liat muka si Ejah ani lain sudah usulnya. Sudah kami sampai, ku tinjau-tinjau dalam jamban inda
jua ada orang, mungkin angin dalam hatiku. Aku sama si Ejah inda lah ingau lagi tarus tah kami membasuh tangan. Aku pun becakap arah si Ejah "Ejah jadi kau membuang hajat kecil ah?" "
Jadi eyh..dari tadi kali ku menahan tinah", jawap si Ejah. "Bah aku pun ni ejah" balas ku lagi.."bah aku disini ah" lalu si Ejah masuk ke
jamban yang 1 lagi alat 1 pintu dengan ku. Inda batah ku masuk jamban ada bunyi pintu kana ketuk tapi inda ku tau pintu mana satu. Bersuara tah aku ani "Ejah siap dah kau kah? sekajap jua". Lalu ada sahutan "ermmm..." ganya bunyi nya, lapas
atu ada lagi ketukan..ketukan nya kuat sedikit dari yang tadi. Besuara tah ku lagi "eyh dang sekajap bah, inda penyabar jua kau ani "ermmm" lagi bunyinya..kali ke tiganya ada lagi ketukan atu,kali ani ketukannya kuat..besuara ku lagi "Dang marah kaukah? sabar bh eyh siap dah ku ni" masih jua bunyi nya "ermmm.." sudah ku keluar inda batah atu si Ejah pun bru keluar tah jua, heran ku tarus. Betanya tah ku arahnya "Eyh dang bru kau siap jua kah?". Jawap si Ejah ani au nya. "Eyh siapa tah tadi mengatuk pintu 3 kali atu?". "bukan aku eyh, baru jua ku siap kali a... Ada tadi kan urang mengatuk? Inda ku mendangar eyh.." Bowh!!! Aku sma si Ejah ani
beliatan satu sama lain. Kambang tarus bulu kami, tarus tah kami keluar dari jamban. Laju jalan kami tarus. Sudah kami
sampai dalam bilik tempat kami berehat, heran kawan sekerja kami yang lain, kenapa kami macam orang kana bubut.. Aku sama si Ejah diam saja sudah esoknya di ofis baru tah aku becerita
kisah semalam..nasib baik jua aku sama si Ejah inda apa2. Sudah malamnya takut dorang yang lain kan masuk jamban atu lagi. Kalau kan masuk pun mesti beramai-ramai. Yatah ku tetanya-tanya sampai ani siapa tah yang mengatuk pintu malam atu..sekian..sory kalau cerita ku ani inda menyeramkan..
-TAMAT-
02. PENAMPAKKAN DICERMIN
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : PENAMPAKKAN DICERMIN
KARYA : BRUCE
KOD : 331002750940001
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Kisah ani terjadi sewaktuku masih kecil ketika aku berusia 8 tahun.waktu atu aku ani memang kanak-kanak yang jenis suka bergaya terutama dalam mengayakan rambut.kalau bab kan berusai akulah yang paling akhir siap masa atu kerana batah-batah ku menghias rambutku lagi dan waktu malam pun kadang-kadang dirumah aku suka bercermin untuk menyisir dan menghias rambut.dijadikan cerita masa atu mama ani balik-balik sudah menasihatkan padaku supaya jangan suka bercermin pada waktu malam dikhuatiri ada karang sekawan atu ikut bercermin.tetapi biasalah aku ani buat tak endah saja cakap mama ani.
pada malam atu selesaiku siap mandi,aku ani berhias dibilik tidorku sambil menghadap cermin muka dibilikku.sedangku asyik menyisir rambutku,inda semena-mena melalui anak mataku aku terasa seperti ada sesuati seperti berwarna putih melintas dibelakangku tapi aku inda berapa peduli.tiba-tiba semasaku asyik menghadap cermin ani sambil menghias diri aku ternampak satu lembaga melumpat menuju kearahku dan keadaan wajahnya yang cukup menakutkan.ku cuba untuk lari tetapi kakiku seperti kana paku kebumi inda dapat bergerak.akhirnya dengan kudrat yang ku ada masa atu,aku hanya mampu menjerit sekuat hati lepas atu indatah ku ingat apa lagi yang terjadi padaku. bila sajaku sedar kulihat masa atu aku dijaga oleh mamaku.mengikut cerita mama,aku ditemui pengsan dalam bilik dan dua hari inda sedarkan diri.mama bersyukur aku sudah sedar tetapi demam semingu.lepas atu mama tanyakan apa yang terjadi ku ceritakanlah apa yang terjadi yang aku ternampak lembaga mayat berbungkus kafan dalam cermin melumpat menuju kearahku masa atu.demi mama mendangar arahku bukan pulang simpatiku dapat tapi kemarahan yang ku perolehi.sejak peristiwa atu indatah ku berapa berani lagi kan bercermin lama-lama waktu malam.sekian.bukan pengalaman penulis.
-TAMAT-
03. HARUM SEMERBAK
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : HARUM SEMERBAK
KARYA : SHAH LIZA
KOD : 331002750940003
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Cerita ku kali ani barangkali inda seram tapi aku ingin kan berkongsi pengalaman saja kepada pembaca-pembaca diluar sana.
Kejadian ani berlaku tahun ani,masa atu malam minggu, yang mana ada majlis perkahwinan arah jiranku di belakang rumahku esoknya. Mama, kaka sama tunangnya ke belakang pasal ada acara tiket betuah sama berkaraoke disana. Aku malas kan ikut pasalnya aku tau gerenti aher abis acara atu.
Tinggal aku sama bapa saja dirumah meliat tv masa atu. Sekali sebelum bapa masuk tidur bapa ada betanya, "biar tia bebuka pintu ani? Karang durang mama balik, nada durang membawa kunci tu".
Aku "bah biar tia bebuka, aku saja menunggu durang balik".
bapa pun tidor tah ya. Aku masa atu menulis-nulis sambil meliat tv. Batah jua lah aku menunggu durang balik. Dalam masa ku menulis sambil menunggu durang atu aku terasa macam ada orang berdiri di sebalah kanan. Kira-kira jarak lima langkah jauhnya dari tempatku duduk. Tapi aku hanya dapat melihat dari anak mata saja seolah-olah ada orang berpakaian putih berdiri di siring atu. Bila ku toleh, nada apa-apa. Inda pulang ku ada rasa kambang bulu, inda ku ingaukan jua barangkali penglihatan ku saja.
Dalam pukul 12 tengah malam ada tah durang ani balik, mama diluar masih masa atu, di panggilnya ku sekajap keluar melihat bunga raja yang baru kambang. Untuk pengetahuan bunga raja ani akan mengambang waktu tengah malam, sekali ngam tia masa durang mama balik bunga raja atu baru mengambang. Tarus tah ku gambar bunga atu pasal jarang ku meliat bunga atu baru kambang, yang malar ku liat ganya lapas bunga atu tetutup semula. Dalam ku sibuk-sibuk mengambar atu aku ada tecium bau wangi. Bau atu macam bau bunga melur tapi nyaman lagi baunya dari bunga melur. Sayup-sayup baunya menusuk di hidungku ditiup angin.
Aku "eh nyaman jua baunya ma bunga a, keciuman dari jauh" sambil-sambilku mencium-cium bau atu.
Mama inda ingau masa atu lapas atu ku cium tah bunga atu pasalnya ku pikir wangi atu datangnya dari bunga raja. Sudah ku cium bunga atu inda bebau langsung. Mama pun mencium jua bunga atu, nada bau. Inda ku ingaukan jua pasalnya bau atu ada mendatang sekajap-sekajap.
Lapas atu masuk tah aku ani kedalam lapas ku mengambar bunga atu. Sekali lagi ada ku tercium bau atu di dalam rumah. Lapas atu ada tah tunang kakaku ani melintas di dapanku, ia kan keluar kan balik ke rumahnya. Bau minyak wangi tunang kaka ani pulang yang menusuk di hidungku. Ilang tah bau wangi yang ku cium atu, inda lagi ku keciuman, ku cari-cari pun nada lagi.
Sudah seminggu barutah ada ku tanya mama pasal bau atu, hal ani selalu bermain difikiranku dari mana bau atu datangnya. Sebenarnya mama langsung nada tecium bau wangi atu. Bapa becakap yang aku beruntung dapat mencium bau wangi atu pasalnya mungkin bau atu datangnya dari orang kebenaran ataupun orang baik-baik. Sekian untuk ku kongsikan pengalamanku.
-TAMAT-
04. PERISTIWA TENGAH MALAM
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : PERISTIWA TENGAH MALAM
KARYA : BRUCE
KOD : 331002750940004
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Kisah yang ku post malam ani berlaku semasa kami masih lagi dialam persekolahan.masa atu bro masih lagi menuntut disalah satu sekolah teknikal tahun 1998.maklumlah apabila course
yang kami ambil ani sudah sampai kepenghujung banyaktah asignment kan disiapkan.masa atu bro dan kawan-kawan bro ada 3orang semua bermalam dirumah kawan bro diseria sebab ia saja
masa atu terdapat computer.iatah saja harapan kami tempat membuat asignment.dijadikan cerita malam atu bro awal sudah menyiapkan asignment ani tapi ada seorang kawan kami ani zack(bns) ia ani paling bertabiat ni kalau kan menyiapkan kerja ani.kami yang sudah selesai ani lepaklah diruang tamu rumah kawanku ani sambil bermain game.masa atu hanya si zack
seorang diri dalam bilik menyiapkan kerjanya.sedang kami asyik bermain game inda semena-mena kami terdengar suara sizack menjerit dari dalam bilik.kami yang masa atu sedang Asyik main game terus belusir kedalam bilik.sampai kami dibilik,kami liat sizack masih duduk menghadap komputer.sambil tersengih sizack
bercakap dengan selamba pada kami "hehe!!aku atu mentest saja..sayang jua kamu arahku rupanya..ingau jua rupanya kamu kan aku".punyalah marah kami masa atu sebab sizack
mempersendakan kami.tanpa banyak bicara kami terus keluar dari bilik dan meningalkan sizack. dalam setengah jam selepas kejadian tadi.tiba-tiba kami dikejutkan oleh sizack yang belusir tergopoh gapah dari bilik dengan keadaan wajah yang pucat.demi
melihat sizack cematu,kami tanyakan tia arahnya kenapa.lama zack berdiam diri macam orang mengambil nafas masa
berenang.sudah tenang usulnya bercerita tah ia arah kami.semasa ia menyiapkan asignmentnya tadi selepas ia menyaya kami,10 minit lepas atu ia terdangar bunyi pintu dibuka dan bunyi orang melangkah masuk kedalam bilik dan berlimpang dikatil.mula -mula atu inda jua sizack meduli kerana disangkanya antara kami ani yang masuk.tapi yang membuat sizack hairan "orang" yang masuk ani inda banyak bunyi dan berdiam diri saja.bila sizack
membawa bercerita langsung inda ada sahutan."eh! hairan nada menyahut langsung".melalui screen komputer sizack dapat melihat bayang dibelakangnya.dilihatnya melalui screen
computer atu ada kelibat seseorang duduk dikatil.diamat-amatinya benar-benar.seorang perempuan memakai pakaian baju kebaya lama dan bertutup kepala."eh!bana rkah yang kulihat ani?"bisik sizack dalam hati.tapi lain jua sudah rasa sizack ani benarnya sebab dari tadi orang ani nada gerak langsung.
tiba-tiba dari screen komputer atu sizack meliat perempuan ani berdiri dan menuju kearahnya.dalam hatinya masih bertanya tanya siapa perempuan ani.tiba-tiba dilihatnya perempuan ani menuju kearahnya dan berdiri tepat dibelakang sizack.sizack dapat melirik
dari anak matanya yang perempuan ani tahan-tahan saja dibelakangnya.kerana sudah inda nyaman rasa terustah sizack
berdiri dan melihat kan mau tau siapa perempuan ani.dan demi ia menoleh dilihatnya perempuan ani wajahnya rata saja langsung inda mempunyai mata,hidung dan mulut seperti manusia biasa.sebab atutah zack berteriak kebeliangan dan belusir keluar.dan malam atu setelah mendengar cerita sizack,semua kami tidur berhimpun diruang tamu.inda kami mau terjumpa perempuan yang diceritakan sizack atu.
-TAMAT-
05. SERAM LEWAT MALAM
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : SERAM LEWAT MALAM
KARYA : BRUCE
KOD : 331002750940005
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Kisah ani berlaku pada kawan setugasku hadi(bns).ia ani bekerja satu section sama kediaku.ia berasal dari belait.memandangkan ia ani belum berkahwin masa atu,jadinya ia ani tingal dibarik bujang.satu malam waktu atu kami habis bertugas jam 12 malam,hadi ani merasa lapartah jua.maklumlah kan singah kekedai dimuara tengah malam inda lagi ada yang buka.hadi pun
membuat keputusan berjalan kelambak kan membeli nasi katok.perjalanan kelambak nada masalah dan selesai ia membeli barang makan ia pun terus bertolak balik semula kemuara.waktu
atu akhir sudah dan highway pun sunyi sepi inda ada kereta yang
melintas.menurut cerita hadi suasana malam atu terasa sedikit ganjil.ada sesetengah kawasan dihighway muara malam atu lampu jalannya inda menyala membuatkan suasana seram.untuk
membuang rasa takut,hadi memasang cd lagu diradio keretanya untuk memecah kesunyian. tiba-tiba dipertengahan highway muara hadi membrake mengejut kerana ada seekor anjing yang inda tau dari mana luahnya melintas.nyaris-nyaris hadi kan
terlangar besi hitam kuning siring jalan.start atulah jua hadi mula inda tenteram rasa.dalam pikirannya mungkin atu satu alamat inda baik.untuk menghilangkan perasaan takut dilajukannya keretanya supaya cepat sampai kemuara.setibanya dikawasan highway berhampiran pantai meragang hadi hampir hilang kawalan mujur jua hadi dapat mengawal kenderaan dengan baik.hadi nyaris hilang kawalan gara-gara terlihat satu kelibat berbungkus kain kafan berdiri siring jalan dan mengikut cerita hadi
usul lembaga atu kotor.selepas kejadian ani hadi mula lemah semangat dan mudah sakit.tapi Alhamdulilah masa ani pulih sudah sedikit semenjak ia berubat arah mertuanya setelah mendirikan rumahtanga bersama isterinya orang tutong.
-TAMAT-
06. KUBUR BERLUBANG
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : KUBUR BERLUBANG
KARYA : -
KOD : 331002750940006
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Dalam hidup ketani sehari-hari jangan jua ketani lupa pasal hari kematian. Sunat hukumnya ketani mengingati mati pada setiap saat. Cerita pasal kematian ani ia mengingatkan ku kepada satu peristiwa berkaitan dengan sebuah kubur. Perkara ani amatlah menyedihkan hatiku pasalnya ada jua orang yang inda tahu apa erti bersyukur kepada Allah SWT dibagi peluang hidup dibumi yang hanya persinggahan sementara.
Pesananku untuk mengongsikan cerita ani semata-mata untuk pengajaran dan hiburan untuk biskita yang membaca. Adalah dilarang keras supaya jangan ada yang cuba-cuba mencari ataupun mengikut perkara tersebut selepas membaca cerita ani kerana perbuatan ani setentunya dilaknat oleh Allah SWT. Na'uzubillahimi
nzalik..
Kejadian ani bermula semasa kami (aku,mama,bapa dan adikku) balik ke kampong bapa yang terletak di sekitar negeri sabah. Bapa sebenarnya berasal dari sabah tapi sudah lama menatap disini, darinya bujang sudah ia berhijrah kemari. Adik-beradiknya semua tinggal disana. Jarang kami melawat disana dan pada tahun lapas barutah ada kami melawat kesana. Oleh sebab kami jarang balik ke sabah, masa kami balik kampong kali atu tah yang pertama kalinya ku menjejakkan kaki menziarahi kubur nini laki ku. Mulah nini laki ani andang batah sudah meninggal, masa bapa lakat lagi bujang sebelum berhijrah ke brunei. Bayangkan tia kubur yang kami lawat atu sudah lama, nini meninggal masa umur bapa belasan tahun, sekarang bapa sudah berumur 56 tahun.
Kawasan kubur atu keadaanya luas pulang tapi banyak la jua batu nisan orang-orang yang sudah meninggal, ada yang rata sudah tanahnya tapi batu nisan masih ada barangkali pasal kubur atu lama sudah.
Sampai saja kami di rumah usu ku (bapaku punya adik), namanya si Enal(nama samaran), kami pun berehat sekajap sebelum berjalan. Ada jua dalam dua jam disana lapas atu kami kan mengaga ke kubur nini, usu ku ani ikut jua. Aku masa atu memakai pakaian biasa ganya pasalnya rancangan mengajut kan menziarahi kubur nini, nasib baik baju yang ku pakai ani ada hood, dapat jua ku jadikan sebagai tudung menutup kepalaku. Bukan apa, haram hukumnya menjejak kaki ke tanah perkuburan tanpa menutup aurat. Ehe.
Banyak pokok-pokok yang basar sudah lama tumbuh di perkuburan atu, ada yang sampai batu nisan tersapit didalam pokok akibat batang pokok atu makin membesar. Kami pun membacakan Surah Yassin di kubur mulah nini laki ani. Lapas saja abis bacaan Yassin, bapa menyambung lagi dengan bertahlil. Usu berdiri kan mencari cangkul di kawasan atu pasal kan membersihkan daun-daun karing yang banyak berjurit akibat dari pokok yang basar atu, abis di round nya kawasan perkuburan atu. Batah ya beunjar cangkul atu sampai abis bapa betahlil. Sekali inda ya terjumpa, bebalik tah saja ya ke tempat kami berada. Becakap tah usu ani arah kami "sedih ku meliat kubur orang disana atu".
Mama "kenapa?".
Usu "ada kubur urg baru meninggal tapi belubang kuburnya, inda ya puas hidup".
bowh.. Aku sama adikku diam-diam ganya melihat satu sama lain. Mendangar perkataan kubur berlubang atu sudah kami merasa seram walaupun aku sama adikku inda paham apa maksud usu atu.
Bapa " Astaghfirullahalazim.."
aku,mama sama adikku masih tebangang inda tau apa maksud usu atu, baru pertama kali kami bertiga mendangar pasal kubur berlubang atu.
Usu "orang yang sudah meninggal atu bah yang keluar semula dari kuburnya, orang atu mengamalkan ilmu yang salah disisi ugama, iatah inda ya pandai puas menikmati hidup, sudah tah mati kan mau lagi idup semula".
Menurut dari apa yang usu ceritakan arah kami, orang yang cemani ani keluar dari kuburnya diwaktu malam,bukan sebagai manusia tapi keluar sebagai seekor binatang. Astaghfirullahalazim... Kenapa masih ada orang inda kuat pegangan agama sampai jadi perkara ani...
Sekali balik tah saja kami kan mengaga ke kerita. Akibat terlalu banyak batu nisan yang kan kami elak, aku sama adikku ani ikut tah saja lalu mengikut di belakang usu. Tiba-tiba aku terlihat ada sebuah kubur yang berlubang jua. Bowh.. Iatah kali ni kubur yang usu maksudkan ah, ku bercakap dalam hati. Kabak-kabak tarus jantungku melihat, inda ku sanggup memerhatikan kedalam lubang atu. Ku laleh pandanganku arah adikku, rupanya ia terlihat jua. Diam tah saja kami dua ani masa kan menuju ke kerita pasal ketakutan.
Kerita yang kami gunakan ke sana masa atu kerita kia carnival yang ada 7-seater. Aku yang mula-mula masuk ke kerita atu pasalnya aku duduk di bahagian belakang sekali. Bapa sama usu duduk di dapan,mama masuk dari pintu sebalah, adikku dari pintu sebalah di bahagian belakang. Sudahnya kan masuk ke kerita mama sama adikku teranti sekajap kan masuk, mcm ada sesuatu. Sudah pintu kerita betutup, adikku ani ada tah ia becakap, "ma, ada mama tecium bau tadi?"
Mama "au ada, kau Za ada kau tecium bau tadi kah masa kan masuk ah?"
Aku "ah? Bau apa? Nada pun ku tecium bau".
Selepas durang menutup pintu kerita atu ada seekor lalat tekurung di dalam kerita. Tepaksa kami keluarkan dulu lalat atu, sambil memburu lalat atu mama ada becakap, "keluar tah kau, jangan tah kau ikut dikerita ani". Sebenarnya apa yang mama sama adikku tercium bau atu ialah bau kapur barus menusuk kuat ke hidung durang. Bapa sama usu pun nada tecium bau atu. Barang kali iatah tu ada lalat masuk atu, ada barang atu kan ikut kami.
Bebalik kepada cerita kisah kubur berlubang atu, kami ada terlihat ada sekumpulan anjing berkeliaran inda jauh dari kawasan kubur atu. Usu becakap mungkin salah seekor daripada kumpulan anjing atu adalah orang yang keluar dari kubur atu dan menjadi seekor anjing. Astaghfirullahalazim.. Balik-balik tarus ku beastaghafar mengingatkan kejadian atu.
Dan untuk pengetahuan, rupa-rupanya kubur yang ada lubang tadi ku terlihat sama adikku atu bukannya kubur yang usu maksudkan. Lubang yang usu lihat atu lebih basar dari lubang yang kami lihat, kira-kira muat badan manusia masuk. Mungkin kubur yang kami lihat atu lubang daripada sarang tikus. Saspen saja kami melihat kubur berlubang atu, ku pikir ia tah sudah tu, rupanya salah kubur..aha.. Sekian cerita dari pengalamanku..terima kasih..
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu(apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya(menurut peraturan hukum-hukumNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauhnya-jauhnya.
Surah An Nisa : Ayat 116
-TAMAT-
07. SERAM SEMASA BALIK KERJA
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : SERAM SEMASA BALIK KERJA
KARYA : BRUCE
KOD : 331002750940007
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Kisah ani terjadi baru-baru ani sewaktu ku balik bertugas dari shift jam 12malam.sebelum peristiwa ani terjadi dua jam sebelumku balik bekerja,aku dan kawanku becerita cerita tentang cerita seram saja.inda taulah mungkin semacam atu mendengar perbualan kami kali iatah aku inda nyaman rasa atau aku terbawa-bawa oleh perasaanku.selesai saja ku balik bertugas dari muara menuju kawasan sengkurong,aku tingal disalah satu barik kerajaan dan disebelah barik kami ani ada sebuah kilang simen kalauku inda salah sebab aku pun inda jua pasti kilang apakah disebelah kami ani.ok berbalik pada ceritaku ani,sampai sajaku
dikawasan parking barik ani waktu masa atu sunyi jam menunjukkan pukul 12.45 tengah malam.tiba- tiba ku terdengar
bunyi salakan anjing-anjing liar dari kawasan kilang ani.salakan dorang ani mendayu-dayu seperti bunyi tangisan. inda semena-mena seram sejuk rasa badanku.tempatku tingal lagi ditingkat 3.untuk inda membuang masa selepas saja ku keluar dari kereta tanpa membuang masa terusku belusir naik keatas.perkara yang palingku takut masa atu apakan jadi sekiranya ada sesuatu menghalang aku ditanga,bunyi salakan anjing lagi masa atu inda
berhenti henti.ku rasa masa atu macam ada sesuatu memerhatikan aku.sambilku belusir naik tanga,mataku ani inda berhenti tertoleh toleh kebelakang dan akhirnya aku selamat
sampai keatas ditempatku tinggal.selamat!!.tiba -tiba mataku terlihat sesuatu dihujung koridor barik.ku perhatikan kelibat atu..siapa?manu sia atau semacam atu?siapa pun ia indatah
ku tau lagi.tapi kalau ia manusia behapa ia berdiri turus-turus menghadap arahku tanpa bergerak-gerak berdiri kaku.pandangannya lagi tajam.indaku menungu lama-lama terusku masuk kedalam dan inda lama lepas atu kedangaran dikawasan luar koridor barik bunyi melagur.boh!apa tu?
malasku memikirkan terus sajaku masuk tidor.sekian. maaf kalau inda menyeramkan bagi pembaca.
-TAMAT-
08. RAMBUT PANJANG
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : RAMBUT PANJANG
KARYA : SHAH LIZA
KOD : 331002750940008
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Satu lagi pengalaman seram yang pernah menimpa diriku. Kejadian ani terjadi beberapa tahun yang lalu, kalau inda salahku terjadi pada tahun 2005. Ingat ku masih tu rambutku panjang
masa atu. Aku, mama, adikku sama bapa kan turun ke tambing untuk mengambil kayu bakau. Saja ja aku, mama dengan adikku
kan mau ikut bapa mengambil kayu bakau sambil kan merasai ke tambing. Masa atu kalau inda salahku cuti sekolah, nada kan dibuat dirumah jadinya kan mengisi masa lapang sambil
kan menimba pengalaman lagipun tesliur kami kan ikut bapa turun ke tambing meliat ia mengambil kayu bakau. Tambing atu inda pulang jauh dari rumah tapi kami memakai kerita saja kesana supaya sanang membawa kayu bakau atu nanti. Kayu atu bukan pulang luan kegunahan ganya untuk persediaan di simpan dirumah saja, mana tau ada kan di salai. Sebelum kami ke tambing atu aku baru jua siap mandi ku pakai baju yang berlengan panjang pasalnya aku tau disana nanti banyak nyamuk yang
dahagakan darah.aha. Rambutku pun baru jua bagas ku shampoo, jadinya ku biarkan saja berabai inda ku ikat sambil menunggu karing. Sampai saja kami di tambing atu, aku, mama dan adikku
kana suruh menunggu saja di luar-luar kawasan dimana terdapat banyak pokok bakau. Bapa seorangnya saja masuk ke dalam-dalam pokok bakau atu kan mencari kayu bakau yang bagus untuk
diambil. Yang mana tempat kami kana suruh menunggu ani boleh dikatakan dalam sedikit hutan jua lah, banyak pokok yang tumbuh liar tapi inda jauh dari pelintasan orang-orang kampong untuk memasuki kampong ani. Dimana kalau di lihat dari tempat kami
menunggu atu akan ada nampak satu selekoh tajam. Iatah laluan tiap-tiap hari untuk kami yang tinggal di kampong atu. Bebalik kepada cerita kami bertiga yang menunggu di hutan atu, mama menagur aku " inda kau ikat kah rambut mu berabai a? Karang pikirnya kawannya, inda kau takut ka?". Aku " ni rambutku basah masih a, lagipun tetinggal pengikat rambutku
dirumah". Masa atu mama lain sudah perasaanya, macam ada sesuatu yang hampir dengan kami tapi mama diamkan saja.
Mama pun memutik sedikit-sedikit daun yang karing lalu dikumpulkannya disatu tempat untuk kan ditununya. Sambil atu
berasap jua ya supaya nyamuk inda menganggu. Aku sama adikku pun ikut tia jua mutik daun ani tapi inda pulang berapi asal berasap saja, apinya sekajap-sekajap ganya marak. Sudah batah kami menunggu, ada tia bapa ani datang membawa kayu bakau.
Inda ya mengambil banyak pasalnya tanganya terluka akibat terkana pemarang semasa ia kan menarik keluar dari sarung parangnya. Tersilap tia sedikit semasa menarik parang atu lalu
luka tanganya, keluar darah pada ibu jari bapa ani. SUBHANALLAH... bowh.. Bapa terlihat banyak pontianak ani kan
menghampiri bapa. Ada yang berbunyi-bunyi sudah pasal terlihat bapa ani luka tangannya. Dalam hati bapa bercakap
"jangan ku di kacau, ani darahku ni". Tarus bapa kulum ibu jarinya dan dibacakannya Surah Al-Falaq dan diludahkannya ketanah. Lapas atu inda tah lagi dapat pontianak atu berani mengaga darahnya. Bapa teruskan tah jua kan menatak pokok bakau ani tapi inda banyak. Selepas atu kami pun balik. Sesudah ke esokkan harinya masa ku mandi, teliatku arah lengan sebalah kiri
ku ada kesan lebam. Tiga buting kesan lebam memenjang. Tapi dimana ku dapat lebam ani?dalam atiku. Ku cuba
menakan arah yang lebam atu tapi inda terasa sakit. Inda tah ku ingau pasalnya inda sakit ganya ku garu-garu lah sedikit
supaya kulit yang ada lebam atu tekubak tapi inda mau. Sesudah empat ke lima hari makin musykil ku kan kesan lebam yang ada arah lengan ku atu, ku bagitau bapa sama mama. Bapa " eh bukannya labam biasa ni lai" mama " barangkali bagas ke tambing atu tu, di pigangnya kali kau pkirnya kawannya pasalnya
rambut mu atu bah berabai di utan ari atu. Padantah macam lain rasaku ari atu rupanya ada tah ya sudah migang kau". Dalam masa yang sama atu iatah berlaku semasa bapa luka darahnya.
Bapa luka tangannya semasa mengambil kayu bakau, aku kana pigang uleh si pontianak. Bapa suruh sapukan lengan ku atu
dengan air sedia bapa simpan yang sudah bebacakan surah Yassin. Inda sampai lima minit, kesan lebam atu mau dikubak sedikit demi sedikit. Karing jadinya kulitku yang arah lebam atu
bagas ku sapu dengan air yassin. Selepas dua hari barutah mau ilang sepenuhnya. Alhamdulillah.. Rupa-rupanya kalau pontianak ani memigang durang atu macam beracun tapi atu baru memigang apa kalau ia mengakai? Aku pernah melihat kesan
orang kana kakai kakinya oleh pontianak akibat bermain bola waktu maghrib, abis itam kakinya macam ketumpahan air panas. Walahuallam.. Nantikan lagi cerita yang bertajuk 'selekoh tajam'
tempatnya berdekatan dengan kejadian crita ani. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.
2. Dari bencana makhluk yang Dia ciptakan.
3. Dari bahaya gelap apabila ia masuk.
4. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).
5. Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya. Tafsiran Surah Al-Falaq
-TAMAT-
09. RUMAH BARU
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : RUMAH BARU
KARYA : ANA M
KOD : 331002750940009
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Assalamualaikum.
2004, aku masatu masih lagi berumur dalam lingkungan 8-9 tahun, tapi cerita yang kan ku ceritakan ani masih lagi segar di ingatan ku. Inda pulang menakutkan mana, tapi hanya ingin sekadar berkongsi sama biskita.
tahun atu, aku dan ibubapa beserta 2 orang abang ku masih menumpang di rumah nini. so ada suatu petang ani, bapa balik dengan berita yang mengembirakan. bapa kana tawarkan untuk membeli sebuah rumah yang sedang basar dengan harganya pun apa nya urang, 'reasonable'.
berbulan lamanya, akhirnya dapat tah jua kami tinggal di rumah atu. kami inda ada memanggil utk doa selamat, just simple gathering untuk sanak saudara meraikan pasal dapat rumah baru ani.
so di jadikan cerita, ada suatu malam atu, dalam seminggu udah kalau inda silap, kami tinggal sana, mula tia perkara-perkara pelik berlaku. pelik cemana? mula-mula kena atil saja tu contohnya..
1. bell rumah kena main2 sampai balik-balik di subuk nada bejelama. kalau di ucap kanak-kanak menyeluru, mustahil! pasalnya rumah kami ani kedalam berhampiran hutan. dulu balum banyak rumah di kawasan kami atu. gelap tah lagi.
2. pinggan mangkuk selalu pecah bunyinya, esp kalau kami siuk-siuk meliat cerita di tv, adatia bekecai bunyinya di dapur atu, padahal di cek inda ada.
3. barang di rumah pandai teralih sendiri padahal nada yang memigang. simple things mcm remote tv boleh belalih ke tangga utk keatas. selalu terjadi if yg tinggal dirumah atu seorang saja.
4. kerusi selalu kena seret dari tempat asalnya. bebunyi tu kalau kerusi dapur. udah di cek jauh lalihnya. padahal biasalah nada bejelama!
5. jamban kena flush. umm, kalau di fikirkan dulu atu, barangkali andangnya pasal ada some jamban pandai flush sendiri (adakah? haha), tapi ani paip pun pandai tebuka sendiri. suak-suak lagitu kalau kami nada di rumah. nasib inda banjir and bil air pun melambung naik.
okay atu just few small things tu ah. next ani masa first time aku ternampak barang atu. and it happened in the morning.
aku pagi sabtu atu inda sekulah, damam inda jua, tapi pemalas, jangan di ikut ni adik-adik hehe. indung riuh ni pasal aku mengerasi menangis teguling-guling majal indakan mau sekulah. selain malas, alasan yang ku inda suarakan arah indung ku ialah pasal aku kan meliat kartun di tv3, setiap pagi sabtu confirm tu ada main chicky hour kah apa namanya.
iatah pagi atu kana tinggalkan ku seorang pasal pengerasi inda mau ikut mama bejalan, dalam fikiran takut ku kana buang di sekolah uleh mama. hahaha. kana takutkan ku ni 'ada hantu ni kau seorang di rumah ah, bowwwhhhh'. aku dengan muka selamba malas melayan 'tipuan' indung dan abangku atu. mama selalunya balik dalam pukul 10:30 pasal ia mengantar abangku ke sekolah & selepas atu mendangani nini ke kedai membali barang dapur. aku di rumah, tanpa perasaan takut macam nada saja meliat tv atu.
sedang ku ketawa-ketawa meliat mickey mouse becali di dalam tv atu.
tiba-tiba, "ahh hahahahaha, ummm, hehehehe."
tecangang ku. siapa kan ketawa atu? mama balik udah kah? pasal suara atu mcm suara mama ketawa. jadinya, kira menyamankan hati, malastah ku ingau kan, sambung tah ku ni meliat tv.
Baru saja ku concentrate, ada tah lagi bunyi kerusi dapur kana seret. memajal bunyinya kana surung-surung atu. mula-mula inda ku ingau ni, sudah nya beranti curious tah ku jua.
berdiri tah ku ni, perlahan-lahan menuju ke dapur yang berapa langkah saja dari bilik tamu tempat ku meliat tv ani. berdiri saja ku di depan pintu dapur, meliar-liar mataku mencari gerangan siapa yang bermain kerusi atu. hmm, inda ada pun. mama ani kali capi-capi kan menakutkan aku. so aku pun berundur kan balik ke bilik tamu.
dari jauh ku ternampak kerusi goyang atu bergerak sendiri. kerusi goyang bekas ku duduki tadi, aku memang suka duduk sana, siuk rasanya. start sini jantungku kabak-kabak ni. hairan jua biskita tu macamana buleh beguyang sedangkan biskita seorang di rumah? bukannya perlahan, biasai guyangnya kerusi atu, macam ada orang yang duduk & control pergerakan kerusi atu.
semakin ku hampir, semakin jelas lagi nyata apa yang ku lihat di depan mata ku atu. satu lembaga perempuan, badannya hampir-hampir invisible, besar dan berpakaian serba putih. rambutnya panjang & mengerbang. matanya bulat & banar-banar menakutkan, senyum-senyum menantang kediaku, karau lagitu! I dont want to explain further details lah ah, pasal aku masani masih teimagine mukanya atu, kambang pulang bulu roma ku. brrrrr.
so, apa yang ku buat masatu hanya mampu beterais,
"maaaaaamaaaaaaaaa!!!!!!!!!".
mama jua yang di sebut. aku pun terjelupuk di depan pintu and terjaga selepas mama balik & mengangkat ku kebilik tidur. ingau perindungan aku inda bangun-bangun, sudah malam baru tersadar. bukannya kana kesihani, malah kana marahi. panas lagi badanku atu. mungkin tulah arah mama kali aku atu. damam banar pulang jadinya!
selepas kejadian atu, indungku pun memanggil ustaz untuk memagar rumah atu & tarus mengadakan doa selamat seadanya. selepas atu, alhamdulillah kejadian-kejadian pelik & seram di rumah atu inda lagi berlaku. moral of the story, jangan pernah melawan indung, terutama sekali tah indung bini. dosa terhadap indung inda batah kana balas oleh Allah, inda payah tunggu akhirat, di dunia pun sudah boleh kana balas. walaupun inda sebesar mana cobaan yang kana arahku ani, tapi cukup buat ku ingat untuk inda melawan indung lagi, apanya urang Brunei, Jara. hehe. okay until here, sorry mun panjang, boring and banyak typo. Assalamualaikum
-TAMAT-
10. HIGHWAY BUKIT BERUANG
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : HIGHWAY BUKIT BERUANG
KARYA : E.D
KOD : 331002750940010
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Assalamualaikum Readers. . Ani Kali KeDua dah Ku Mempost di HZONE BLOG. Aku Kan Cerita Penglamanku Time Turun Krja Dari Bndar ke Belait. .
First Dulu Aku Nda Pecaya Pasl Benda2 Halus ani. . Nw Bruth ku Pcya Benda Atu Wujud. . Dulu Aku Pernah teliat Dpan2 Mataku Masa Memangcing Dpantai tungku. .
(Subuh Jumaat)
Now Aku kan Cerita Pasl Di Highway Bukit Beruang. . Might be Dua bulan Lapas kali. . Jadi mula2 aku Start Engin Kerita Kirakan Panaskan Lah nii. . Masatuu Lain dah Rasaku. . Mcm tia lupa apa. . balik2 kerumah. . Sakit parut tia. . pastu BeTulak tah ku Dari Rumah jam Masatu pkul3.30. . Mesti awal sal keraja kul6.30. . Aku Keraja Di Sektor Minyak&Gas kuala belait. .
Truskan Ceritaku Ani. . Dalam pejalanan Menuju KeTraffic Light Sengkurong. . "Dalam Hatiku. . Lalu Jalan lama Kh highway? " Malas2an ku kan Bpkir lalu Highway Jerudong Saja laa hehe. .
Dalam Pejalanan di Highway. . Masatuu Highway Kosong Berabis. . heranku Selalunya Ada kerita 2 3 buah melintas. . ani aku Sajaa. . lpastuu ku Teruskan pejalanan ku. . then Ada kerta Mengajut2 Sebalah Ketaku ani. . Selalunyakan kalau ikut jalan Kanan Laju. . Ani Di Samakan'nya Speed mcmkan minta bwa belumba haha. .
Awal2 ndaku Peduli. . Luan Memajal atuu ku liat lah. . Rupanya Bini2. . Lawa Lagi Phweitt! haha Tpi knapa ya smakan Speed'nya. . Dlm Pkiranku Brang kali takut ya kali. . ku biarkan lah. . jam masatuu Pkul 4 lalu dah Location jembatan penanjong. . Berantithku nii dtraffic light Tutong kem Sal lampu Merah. . Bni2 ani malar liat'nya aku. . hansem kali habang ani*Perasan* haha! Dah tuu Sudah lampu hijau Memanjut Tia Bini2 ahh. . Knapakah ya. .
Rupa2nya Tunggu'nya aku Di Traffic light Sengkarai. . time Atu masih alum ada kreta mlintas. . Yng ku heran knapa bni2 ani ikut aku? dh Lampung hijau lajuth ya. . tarus mengilang. . laju dh tuu. .
Sampai lah ku di highway Bukit beruang. . ngam2 turun Bukit kn menuju simpang Perumahan bukit beruang. . Tangah2 Highway atuu Aku Teliat benda serba putih dari jauh kira2 300 meter. . ku ingn0re lah. .
Dah ampir tmpt Benda atuu bruth clear. . masatu lah aku mula Seram sejuk. . muka pucat brabis. . kambng Bulu ku atuu!! Mcm rambut ku ani pun naik bh. . Aku nampak bni2 Tadi atuu Serba putih. . muka pucat mata menghitam. . ia bdir g Nda mencecah semen tgah2 highway atuu. .
lpasku meliat benda atuu menakanth minyakth ku ehh. . selalu kul6 lalu smpai kb town. . ani kul5.30 eh hahahaha BeAircond tpi bepaluh. . pucat abis muka. . lpas ku nampak bnda atuu. . aku dmam 1minggu labih. .
Okaay smpai sana sajaa my friend harap kamu Suka critaku ani. . atu bnar2 tjadi. . Ia memang Wujud!! insyallah lain hari aku mempost penglamanku hehe
-TAMAT-
11. PULAU CHERMIN
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : PULAU CHERMIN
KARYA : -
KOD : 331002750940011
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Assalamualaikum ..
Kisah ani terjadi semasa aku sama abang ku mengail di pulau cermin ..
cerita yang kami alami ani berlaku 9/november/2009..malam jumaat ..
Kisah nya cemani ..
along (abang yang tua),siwan(abang kedua) dan aku yang ketiga ..
Plan abang ku si along masatu kan membawa kami memancing di pulau cermin..kami ni mau saja ni sal masatu nada kan di buat ..si along ma si wan ani andang kaki pancing ni ..inda tah kira waktu ..masa ..hari kalau sudah minat mengail on tah jua bisdorang tu melain kan bisdorang keraja saja ..
jam masatu pukul 7 malam ..selepas saja membali umpan dan barang kail siap sedia itu ini turun tah kami keperahu ..berinut tah kami ni ,mun dari rumah ke pulau cermin mengambil masa dalam 7 minit saja ..rumah kami sama pulau cermin inda jua jauh banar ..selalu jua kami mengail di pulau tu jua tapi siang hari selalu nya..ani kan mncuba malam kunun nya manatau banyak uleh .
Sampai saja di pulau cermin kami pun mengikat perahu di bawah pancang ..kan pulau cermin ada tiang warna merah kalau malam hari bebuka lampu nya tu kalap kalap disana tah tempat kami beikat perahu sambil memancing ..,masatu kami inda tedapat sauh ..haha ..
"Bah apa lagi kamu kan batah batah maritah melabuh kail" nya si along kan kami ..apa lagi kami dengan iski nya memasang umpan ke kail ..suasana masatu bagus jua bulan lagi menerangi laut , inu laut ani bekilau uleh cahaya bulan ..selesai semua kail beumpan semua nya belabuh santai tah kami ni sambil makan kacang ..
Jam pun berlalu menunjukkn pukul 10 malam .."eh alum ada lauk yang naik ni long kail ketani ah "nya siwan kan si along.."ehh andang nya ne .sabar saja dulu tunggu saja ada tu karang"balas si along kan siwan ..aku masatu bediam diri saja sambil merasa tangsi kail krikan ku yang ku labuh di siring tiang pancang..sekali batah menunggu tiba tiba saja perahu kami macam terhempas batang..bagi tekajut masatu mcm ada batang mengambat perahu kami.. sekali ku suluh suluh nada jua batang tu .."shhh, jangan tah di peduli tu ..tani bukan mengacau tani mengail "nya siwan kan arah ku ..sampai pukul 11 balum ada lauk basar basar yang naik ..lauk bedamitan saja uleh siwan menganjun..suasana yang awal nya terang menderang tu betukar ..angin sayup sayup macam kan hujan.. bulan yang menerangi laut pun tepampan sudah oleh awan ..
"Long ..balik tani e ..kan hujan sudah ni .."nyangku kan arah si along..si along ne nada menduli kan cakap ku sibuk sibuk nya mengusai kail nya tah nganya..selesai saja kail joran nya ni di bagi nya pemata ..di cubai nya tia ni kan mentest menuju arah kawasan pulau ..dibalangi nya ke sana sekali pelanting bah joran nya ah ..inda kami tau pasal apa tepelanting mungkin tangsi nya tesangkut kah tu inda kami tau apa punca nya ..disuluh nya tah ni tempat yang kan di umbani nya ni sekali ada macam kayu hitam jarak 5 dapa si along tersuluh bepusing pusing skalinya timbul atu jua luan luan kepala kerabau betanduk bah mata nya merah menantang kami..memang bagi takut masatu ..memang live kami bertiga meliat .. " eh apatu" nya si along sambil menalangkan lampu picit..tekajut banar jua udah si along tu sampai lampu pun terhumban ke laut..kambang bulu meliat kepala kerabau buleh ada di laut ..yang ku tau lau atu timbul nya orang tua tua iatah sudah galap tu ..wallahualam.
" long bah laju start engine tu lakas eh " nya siwan kan si along ..sekali siwan di ambil nya parang di tatak nya bah tali perahu yang terikat di pancang ah ..si along ni menghidup engine tapi inda mau hidup ..tali perahu beputus udah bakas di tatak si wan kira ngambil laju kan lari dari sana tau tau engine ada masalah..hanyut tah kami ni oleh arus air ..aku yang di dapan tadi beundur kebelakng ni tepaksa rasa ku masatu memberani kan diri ..nasib baik jua ada cahaya screen telipun pakai kami menyuluh si along menarik tali engine..betukar tukar kami mencuba menghidup kan engine tu langsung nada mau di hidup kan ..suasana masatu kalau ada orang yang ampir sama kami comfirm mendangar tu riuh kami bertiga ah macam orang bekelahi..engine inda lagi mau di hidup kan..aku cuba menghubungi bapa tapi langsung inda bejawap ..kemungkinan tidur sudah bapa mama ku..putus asa sudah kami kan menghidup kan engine mun nya udah sampai tali untuk menstart engine tu putus..kan bekayuh sorang sorang inda berani tungkal jua sudah manatau membubut ujung2 masa bekayuh atu di tarik nya ..utak ku memikirkan kepala tadi tu comfirm masih ia mengacau ..macam macam imigine ku kan kepala tu apa tindakkn selanjut nya kan arah kami ani lagi ..perahu langsung nada melintas berdekatan kami masatu ada pun jauh ..
Sekali si along ne tumbang..sekali di suluh pakai cahaya telipun mata nya ani tebeliak ..mata hitam nya ke atas .."ya allah ..kenapa ko ni lagi long buat hal ani lagi " nya si wan macam kan menangis ..aku ni pun rasa kan marah jua kan menangis jua.becampur aur perasaan sudah..sudah pun menelipun orang dirumah langsung nada respon ..bagi signal arah perahu perahu melintas tapi jarak perahu kami sama dorang jauh ..kemungkinan inda ia menduli kali atau pun inda nampak cahaya telipun ku tu ..sampai lobet bah telipun..si along lagi buat hal ampai2 macam orang kesarungan ..kami guyang2 si along ni langsung nda bangun2 ..memang sah ia tekana sudah ..ada dalam setengah jam si along ampai ampai ..kami masatu jauh sudah hanyut kelaut ..
sudah atu ada perahu melintas berdekatan sama kami..kami pangil pangil beterais apa ..sekali disuluh nya kami di aga nya..nyaman tah jua hati ku sikit ..sampai ja paci atu ke arah kami "kenapa wang ??"inda kami banyak runding "paci tolong kami paci engine kami rusak ,ani abang ku lagi macam lain" nya si wan kan paci tu..di suluh suluh nya kami ani di panah nya cahaya lampu nya ke arah si along"adih lai ani abang kamu ni macam lain semacam saja pengliatan ku bah maritah kamu naik keperahu ku ..angkat abang kamu ni ke perahu ku ..astagafirullah ani abang kamu ni mudahan saja selamat lai" begiling paci ni meliat arah si along ampai ampai ..mua si wan ani pucat udah ketakutan..si along ne masih lagi alum sedarkan diri tapi mata nya tebeliak and mulut nya mengeluar kan air ada jua ia macam orang kesawanan ..
Bepindah tempat tah kami ke perahu paci ni ..semasa kami angkat si along pindah keperahu paci tu terasa badan nya atu ringan ..atu kan gemuk nya abang kami tu ..selesai nya kami bepindah perahu.. paci tu pun mengambil tali sebesar tali kalat then mengikat ke caruk perahu kami..betunda tah sampai ke kampung kami di sungai besar..kami tunjukkan rumah kami ..sampai saja dirumah ku katok pintu rumah kuat2..keluar tah bapa sama mama di liat nya kami tarus berubah muka risau ..kami bawa si along naik kerumah ..paci atu pun ikut naik ke rumah jua ..ku tanya durang kenapa inda angkat kami menelipun ..nya mama" telipun bapa mu tetinggal di ruang tamu tadi "sekali nya di check nya banyak masagge dari aku apa lagi misscall..kami cerita kan apa yang terjadi semasa di pulau cermin tadi tu arah dorang.."bukan nya kamu kan ibun ibuni tu wang di pulau atu ..andang berisi tu " nya paci atu ..
Sesudah tu bapa cuba hubungi orang pandai mengubati..dalam 15 minit menunggu baru tah sampai orang yang bapa hubungi ani .tubuh dorang ada 3 orang seingat ku ..kana tawari tah jua si along ani ..kana bacai ayat ayat suci al quran mngambil masa kan 1 jam baru tah ia dapat menyedarkan diri ..sampai pukul 4 lalu jua ..sekali saja ia sadar batuk batuk muntah kan air..selesai saja mengubati barutah yang mengubati tanya kami kenapa buleh cemani ..si wan tah membagitau arah dorang dari awal sampai si along pengsan ..
"Alhamdulillah .. Nasib baik jua si awang ani dapat di selamat kan ..hampir hampir sudah si awang ani kan di ambil nya uleh..kemungkinan lambat sedikit silap silap si awang ani inda dapat di ubati tapi syukur umur nya masih panjang " nya salah sorang dari dorang yang mengubati si along .. si along ne sedar sudah inda lagi tecakap macam orang inda tau papa .. kana suruh minum air ni kami ah then kana suruh mandi ..selesai saja kami kana mandi kan ..baru tah si along ada becakap sikit ..sesudah tu kana pangil kami ke ruang tamu ..
Nya orang mengubati si along ni "semasa si along ani mengumban kail nya atu ,ngam mahluk atu melintas sekali tekana batu kail atu ke arah nya sebab tu ea marah kan arah kamu ..mahluk ani yang tinggal di pulau cermin tu ..ia pikir kamu ni mengacau ia ..lagipun tempat yang kamu mengail kawasan pelintasan nya." atu yang ku ingat nya orang pemandai atu ..
Atu tah kisah nya semasa kami mengail di pulau cermin ..iatah peringatan kepada semua yang minat memancing ..jangan turun turun ayam ..membaca baca saja walau pun di mana mana biskita kan mengail ..ketani mana jua tau kan manala tau semasa mengumban kail batu kail tu tekana arah benda benda halus nauzubillahminzalik..bukan kami saja yang pernah mengalami hal cemani mungkin ada jua para pembaca ani pernah mengalami cemani kan..ani pengalaman ku yang yang pernah ku alami mungkin jua dari pengalaman yang ku kongsi ani boleh mengingati para pemancing or nelayan yang lain, insyaallah..
Sekian ..
-TAMAT
12. GANGGUAN MEMBURU PAYAU
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : GANGGUAN MEMBURU PAYAU
KARYA : KSATRIA KALAM MAYA
KOD : 331002750940012
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Ada 7 sekawan merancang Memburu payau beberapa tahun yg lalu, mungkin sekitar awal tahun 2009. Dorg memilih kawasan antara Labi & kawasan hutan sempadan Tutong utk jadi lokasi Memburu.
Japar, Sanih, Agang, Mimit, Dullah, Tapa & Napi (BNS) sibuk menyediakan kelengkapan bemalam paling lama utk 4 hari 3 malam kalau sekiranya nda belurih hasil buruan. Kalau belurih awaltah lagi dorg mulih.
2 org lagi kawan dorg jadi tukang hantar mengambil saja & membawakan ais blok & umpok kotak penyimpanan daging kalau sekiranya dorg berhasil belurih. Dorg semua sepakat mengambil cuti panjang bebaya dlm 29 hari sebab andang sorg2 sdh gian ketagih kan bemalam di utan jauh dari kebisingan bandar.
Pada Hari yg dijanjikan, dgn 2 buah kenderaan pacuan 4 roda, dorg kana antar di Kuala jalan kawasan pedalaman utan & dorg pun memulakan perjalanan turun Naik bukit selama 3-4 jam & akhirnya sampai ke sebuah kawasan yg sesuai utk berkhemah & memasang umpan jarat.
Hari pertama dorg chill saja memasak makanan yg dorg sedia bawa. Nda brapa banyak aktiviti mlm atu. Dorg masing2 memaliti me badan kawan2 betolongan memakaikan badak khas utk menutup bau badan dorg supaya nda dpt dikesan oleh penciuman haiwan rimba.
Hari kedua, si Dullah, Japar & Napi menyusur anak sungai utk memasang sagang & bubu sungai. Belurih bangkutut pun jaditah utk dijadikan sapak meggi. Yg lain meriki-riki lurah danai pelaluan kijang atau pelanduk yg dorg idam-idamkan. Batah2 meriki atu, belurih tah dorg kawasan yg disyaki berpotensi utk jadi laluan payau. Dorg tandai laluan atu & dorg liat kawasan persekitaran nya di Mana yg bisai dorg memasang rawa, pukat, lubang & tempat menyimpan umpan. Dorg memutuskan utk memburu pada pagi Hari ketiga saja.
2 hari atu, dorg enjoy saja menyagang & mengail badus & lain2 lauk sungai. Sekurang kurangnya, nda jua luan ampai2 saja guring limpang dlm khemah bemalas malasan. Cukup jua pelurihan dorg atu utk mini BBQ & menyalai seadanya.
Esuknya pada Hari ke tiga, dorg mencari batang Kayu lurus utk dijadikan bujak. Dorg pilih Kayu Samala. Pemarang Sundi Dusun dorg ikat ke batang Kayu atu dlm 4 batang. Pemarang Sundi ani andang serbaguna bentuknya, boleh pakai menabas, mengarat, menatak Kayu & boleh dijadikan Mata tombak atau lembing bujak bila memburu.
Sesudah memasang umpan & pukat, becakap tia si Sanih, "Kamu ani siap sdh memasang pukat sama umpan. Pandai kami melagau kah payau Ani?" "Apa gayanya Kan melagau payau ani? Ujung2 nya nda pulang belurih," jawab si Japar. "Bah kalau kamu mau behasil, jgn ditagur & jgn diketawakan apa yg ku buat Ani," jawab si Sanih.
Iapun bejalan ke dapan sedikit & bediri dicalah banir pokok basar. Mulutnya kumat kamit membaca baca tapi nda kedangaran & nda jelas difahami apa artinya. Siap saja membaca ayatnya, si Sanih mengeluarkan walletnya & mengeluarkan duit $100.
Iapun melambaikan duit atu sambil berjalan ke arah pukat dorg. Diusapkannya usin atu ke pukat sambil menoleh ke arah puncak hutan bukit arah tempatnya bediri. Dalam 20 minit ia melambai usin atu berselang seli, tiba2 kedangaran bunyi dangusan haiwan yg nyaring Serta bunyi ranting2 kayu patah dipijak oleh sesuatu makhluk yg basar tubuhnya.
Dorg mendiamkan diri & si Sanih betapuk balik ke banir kayu & melambaikan usin atu sambil mengisyaratkan ke arah pukat. Dlm 5 minit selepas dorg mendangar dengusan haiwan, tiba2 menjelmalah bejalan pelahan seekor Payau setinggi kereta Fortuna mengaga ke pukat mcm kana pukau menyerahkan diri tanpa melawan. Dari tadi meliat ulah si Sanih atu, si Napi yg batah menahan galihatinya tekantut basar & membuatkan si Tapa, Japar & Dullah yg duduk behampiran pacah ketawa.
Payau yg lalai2 sadar atu mcm terjaga dari pukau selepas ketawa dorg atu telanggar pantang tapi nasibnya tekulut sdh dlm pukat. Si Agang dgn pantas menibar Tali & rawa Cuba merabahkan payau atu. Ia menerais arah yg lain supaya menikam payau atu dgn bujak.
Si Japar mengambil batang bujak tarus menikam payau atu tapi nda tambus mcm kabal. Ada 4-5 Kali ia menikam, matanya fokus arah payau yg menandang nandang marah cuba melepaskan diri. "Eh kabal jua payau Ani, nda tambus ku tabak. Ada jua pemandainya payau Ani eh!!"
"Eh Japar! Cemana Kan tambus, sarung pemarang sundi atu alum ko babut!" Teriak si Sanih. "Sorry boss, lupaku meliat & ndaku memakai kacamata," jawab si Japar sambil ketawa tesangih. 5 org yg lain nda sampat lagi mengambil bujak, dorg sibuk memigang Tali rawa utk merabahkan payau atu.
Si Japar pun menabak ke batang leher payau atu sambil betakbir. Darah membuak kuahnya mcm paip pacah. Pelahan payau atu makin lamah & iapun menyumbalih on the spot. Daging payau atu dorg karat2 & bebagi utk di simpan dlm tekiding, mcm Raya Haji usul dorg mengarat daging di tangah2 utan belantara. Dorg memutuskan utk balik tgh Hari atu jua & mesti keluar dari utan sebelum jam 5 patang.
Kwn dorg dihubungi utk mengaga & bawakan ais blok & umpok. Nasib tpun Ada service. Dgn nda membuang Masa dorgpun balik ke khemah & bepanyap balik. Dorg nda mau batah2 supaya daging payau atu nda buntu.
Semasa dlm perjalanan balik keluar dari hutan alat sejam setangah, banyak langau terabang mengaga dorg. Si Sanih lain rasa sdh. Ditolehnya, rupanya darah payau atu menitik nyiris dari tekiding. Langau Ani lagi bukan2 basarnya, nda mcm yg biasa, Ani panjang mcm. Separuh jari telunjuk. Si Sanih yg awalnya jadi kepala kumpulan pindah ke belakang sekali utk mengawasi sebarang kemungkinan. Ia mengarahkan kawan2 nya utk mencapatkan lagi langkah dorg.
Suasana bunyi serangga rimba menjadi sunyi tiba2. Langit yg cerah bertukar mandung tapi nda ujan. Firasat si Sanih mengandaikan, Ada sesuatu yg Cuba mengikuti dorg. Langau atu hilang bila ia membaca ayat sambil menunu Kayu limpanas (sekadar asbab & petua, semuanya Izin & Kuasa ALLAH). Si Sanih tiba2 menyuruh dorg Naik ke bukit & elak dari turun ke denai laluan sebelum ia menyuruh.
Bila dorg semua sdh naik dlm 20 meter tinggi dari laluan denai hutan, si Sanih bepusing ke arah titikan darah di denai atu sambil mengamburi sira yg sdh dibacainya. Sambil ia naik ke bukit menuju arah kwn2 nya ia mengamburi sira atu sedikit Demi sedikit.
Ia menyuruh kwn2 nya diam & liat saja apa yg Kan dtg. Suasana sunyi di dlm hutan jadi berangin kuat mcm ribut sedikit. Dari selekoh denai, dorg meliat Ada seekor makhluk yang menginsut mukanya je Tanah menggilat titikan darah atu. Di tundun makhluk yg buruk atu belangau langau dgn bulu & rambut yg kusut Masai. Mcm anak kerabau hitam tapi besisik & begelugut ijau muka & badannya. Lidahnya panjang berwarna merah & darah payau atu merakat dilidahnya. Singan arah titikan yg diamburi sira, makhluk atu teberanti menggilat. Ia meneriak marah mcm bunyi babi hutan. Iapun menoleh ke atas arah dorg.
Kacut parut bisdia yg baru pernah meliat makhluk atu. Bida, buruk, bangis, ganas & menakutkan. Si Sanih menarik pemarang nya keluar dari sarung & meneriak sambil belari menghalau makhluk atu dgn gaya Kan menatak. Makhluk atu bepusing lari dgn tiba2 kakinya berubah menjadi panjang. Ia Kari turun ke baruh suak hutan dgn suara bising marah nda puas hati. Si Sanih menakahi & menataki laluan dorg supaya makhluk atu nda lagi mengikuti dorg keluar dari hutan.
Dorg yg lain lari turun ke denai & nda banyak bunyi belari lari anak secapat mungkin keluar dari Sana. Sdh sampai ke Kuala jalan, barutah dorg berani betanya apa makhluk atu. Kata si Sanih, makhluk atu namanya si Buruk Tundun. Andang ia suka makan yg kamah & najis. Iatah ia sedia dari awal dgn segala ilmu & petua yg ia Ada. Balik2 sdh ia memburu dgn kumpulan kwnnya yg lain, sebelum Ani nganya sekadar bunyi. Tapi Kali Ani, baru tia jelas menampakkan dirinya.....
-TAMAT-
13. SIAPA DI DEWAN SEKOLAH?
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : SIAPA DI DEWAN SEKOLAH?
KARYA : KSATRIA KALAM MAYA
KOD : 331002750940013
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Dewan sukan sekolah, selain jamban & lab, antara kawasan yang selalunya 'karas'. Inda tau kenapa kawasan dewan di kebanyakan sekolah menengah atau pusat tingkatan enam selalu membari kambang bulu. Dikisahkan seorang penuntut yang aktif dgn kegiatan seni sastera, gulingtangan & muzik tradisi.
Sabri (BNS), orgnya relax & chill saja. Minat & berbakat dgn seni suara, karya kesusasteraan & muzik tradisi serta moden. Ia ani mudah bergaul dgn siapa saja di sekolah & nda banyak karenah. Suatu ketika selepas habis menjalani peperiksaan O'level, sekolah dorg ani kan mengadakan majlis persembahan penutup dan perpisahan hujung tahun & para penuntut tingkatan 5 setentunya akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi samada ke peringkat A'level, diploma teknikal ataupun masuk kerjaya anggota seragam.
Selaku ketua gulingtangan di sekolahnya, dorg membuat perancangan untuk mengadakan satu persembahan istimewa sebagai hadiah untuk para guru yang sudah sekian lama berkhidmat bakti mendidik dorg ani. Dalam masa 2 minggu selepas habis O'level, dorg penuntut yg aktif dgn pelbagai aktiviti kokurikulum masing2 mengadakan latihan utk persembahan kelab masing2 mcm kelab drama, kelab puisi & sajak, kelab silat & beladiri serta para prefect senior yg akan menyerahkan tugas kepada bakal prefect junior.
Bebalik arah kisah si Sabri ani, ia & beberapa org ahli kelab gulingtangannya berjanji kan belatih patang atu di dewan sekolah dorg. Dorg kan bermain lagu Anding sebagai persembahan dorg sambil ada penari tradisi & sedikit sketsa mengenai lagu atu. Dorg punya latihan ani kana bagi masa 5 hari saja. Pada hari ketiga latihan dorg, si Sabri ani dtg awal dari biasa ke sekulah sebab iapun keboringan jua kan teranah di rumah. Hari atu baru dlm jam 10 pagi, masuk tia si Sabri ani ke dewan sekulahnya. Diliatnya alum ada jelama ke dewan atu, murid2 menengah bawah yg lain baru abis rehat & ada yang kana bawa lawatan sekolah selain ada yg kana suruh bekumpul saja di library.
Di dalam dewan atu, di belakang pentas dorg, ada stor peralatan sukan, bilik guru pendidikan jasmani, jamban & bilik bertukar pakaian & piano lama. Si Sabri liat, maci pembersih ani lepak2 saja di bilik rehat dorg nda jauh dewan ani selepas siap membersihkan kawasan sekolah. Kan lepak dgn maci pembersih nda jua masuk channel pasal jauh bah umur & kegemaran. Lapas bepikir pikir apakan dibuat, si Sabri anipun menuju saja ke piano atu utk buat eksperimen lagu Anding kalau pakai piano selain pakai tiupan seruling & gulingtangan. Dalam 30 minit lah ia bermain note lagu atu dgn piano, makin lama makin kesiukan ia & panas sdh ideanya. Nyaman2 main piano atu, naik tah semangatnya kan menyanyikan bait-bait lagu Anding ani. Sambil jari2 nya menari atas key piano, iapun benyanyi-nyanyi:
"Anding dida ku dida anding, anding dida anding ku dida si Dayang Malai.... Dewa dewi turun menjelma, turun bersama terangnya bulan si kain sutera....." Masa ia mengulang chorus dewa dewi atu, tiba2 tabir pentas di dapan pianonya ani beralun perlahan mcm dipukul angin kipas dewan. Tapi makin lama, makin kuat guyang tabir atu seolah-olah ada orang di balik tirai tabir atu berpaut & menari-nari. Si Sabri mulanya nda jua peduli mungkin ada sdh penuntut lain yg kan buat latihan persembahan masuk ke dewan & kesiukan mendangar mainan pianonya. Tapi kegajilan jua ia sebab langsung nada bunyi riuh jelama selepas tirai tabir atu beranti beralun. Si Sabri malas melayan perasaan curiga atu tarus bermain piano semula sambil mengulangi nyanyian lagu atu. Kali ani, kedengaran suara bini remaja ketawa manja mcm 2-3 org bunyinya. Si Sabri beranti bermain piano & menoleh ke arah bunyi suara ketawa atu.
"Hoi kamu, kemari bah belatih, ketawa tah pulang, kamu karang ku suruh menyanyi sambil menari dapan guru," kata si Sabri. Nada shutan balas tagurannya. Iapun mengambau & bejalan ke bilik persalinan pakaian, jamban, stor & bilik guru jasmani, sorg pun nada. Turun ia ke lantai dewan meliat kalau-kalau ada kwnnya betapuk kan mengajuti ia, nda jua ada. Dijalaninya berkeliling dewan atu utk meliati kwn2 nya yg nakal, sama jua alum ada jelama yg diliatnya. Buat2 nya sibuk meround atu, kana lambai ia oleh maci pembersih.
"Lai, kemari kau," kata maci atu 2-3 org bebaya. Si Sabri pun mengaga saja maci ani & tarus tangannya kana tarik ke bilik rehat dorg. Hairan si Sabri tangannya kana tarik. Sudah kana dudukkan & kana bagi minum aing, betanya tia maci atu, "Batah sdh ko di dewan atukah lai hari ani?" "Awu maci, dari pukul 10, ani pukul 12 tgh hari sdh, belatih lagu Anding ku kan acara penutup & perpisahan sekulah ah," jawab si Sabri.
"Bukan bah lai, nda ko terasa apa-apakah?" "Terasa apa maksud kita maci?" " Anu lai, mendangar pulang kami ko menyanyi & bemain piano atu. Mulanya nda kami peduli, tapi tiba2 malar masuk kucing di ke sekulah ani ke bilik rehat kami. Kami halau masuk lagi, balik2 cematu jua, mcm ketakutan bah ucing ah. Kami sambangi apa ditakuti ucing ani. Sdh kami menyubuk ke dewan ani, arah pentas atu mcm ada sekumpulan bini2 bekain putih terabang bemain arah tirai tabir atu, iatah kami nda tebunyi. Sdh ko teberanti bemain piano atu kami pikir apakan jadi arahmu, nda lagi kami tepikir kan memanggil guru atau ustaz. Syukur ko nda apa2," ujar salah sorg maci atu.
Si Sabri bepaluh sajuk, pucat mukanya selajur ketungkalan. Nasib jua mda terjadi apa2 yg buruk arah dirinya. Iapun berjumpa Ustaz di sekulah atu & tanpa perlu digawahkan, semua org kana suruh berlatih saja dulu di kawasan lapang assembly point sementara beberapa org guru laki2 mengusahakan dewan atu secara senyap2 sambil si Sabri di ajarkan ayat doa perlindungan takut tekana tempias gangguan makhluk halus.....
-TAMAT-
14. MENUMPANG PERAHU YANG MENYERAMKAN
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : MENUMPANG PERAHU YANG MENYERAMKAN
KARYA : AME9K
KOD : 331002750940014
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Keraja tatap atau sampingan menambang perahu ani memang mencabar walaupun relek usulnya. Walaupun meliat mcm2 suka duka ragam manusia yg menumpang, hatinsentiasa terhibur menyampaikan tujuan penumpang ke destinasi pilihan masing2.
Amat (BNS) bukan nda biasa menambang sampai subuh. Baginya walaupun kurang penumpang waktu atu, tapi suasana lagi chill & nda mengeragas. Masatu alum lagi siap jambatan Sg Kabun & sekitar tahun 1990an, ramai meriah masih jelama di Kampong Ayer.
Dari ujung Tamoi ke Bolkiah sampai ke Menunggul dilajaukannya perahu mencari penumpang, Alhamdulillah ramai yg memakai khidmatnya & pendapatan pun lumayan. Ia start menambang Hari atu dari jam 8 mlm & waktu masatu hampir mencapai jam 130 pagi.
Buat2 si Amat Ani besigup di lagun kampong lurung sikuna, Ada tia batuk bedaham seorang bini2 muda dari atas lagun. Dilanguinya Ada bini2 muda lawa mukanya memakai kebaya batik labuh turun ke perahu sambil senyum manis.
"Dapat si Awang mengantar kediaku arah Jong Batu?" Gadis atu bentanya sopan. "Dapat eh, tapi aher jua si Dayang Ani Kan melawat ke Sana, apa Ada?" "Saja meliat-liat kampong dangan, mengambil angin malam ku Wang," ujar si gadis.
Si Amat ani anu jenis nda luan penyibuk, janji usin masuk. Tarus tia menyusur sungai membawa gadis atu ke Jong Batu. Walaupun dlmnya nda berapa kisah atu, dlm pikirannya tatap Ada rasa aneh bahapa ke Sana jauh2 malam ani, mcm nda beisuk saja.
Gadis atu diam sepanjang perjalanan, duduk di ujung caruk. Bau badannya semerbak harum. Rambutnya yg ikal atu keliatan karau nda begarak dipukul angin. Makin ampir ke Jong Batu Makin sunyi suasana persekitaran.
Bila si Amat hampir sampai ke sana, gadis atu berpusing senyum sebelum melumpat mcm terabang ke atas puncak Jong Batu. Nda lagi banyak bunyi si Amat tarus saja memusing perahunya sambil memulas abis laju gear enjin. Ditolehnya sayup2 gadis bebaju kebaya atu mulai menghilang mcm asap sambil suara ketawa yg menyeramkan sayup2 kedangaran......
-TAMAT-
15. MELANGGAR PANTANG MAJLIS KEMATIAN
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : MELANGGAR PANTANG MAJLIS KEMATIAN
KARYA : KSATRIA KALAM MAYA
KOD : 331002750940015
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Setiap puak terutama yg balum beragama Islam Ada adat resam & pantang larangnya masing2 boleh dikatakan dlm segenap perkara, peristiwa & majlis yg berkaitan dgn keberlangsungan hidup.
Majlis kematian & pengebumian umpamanya, suatu peristiwa sedih yg paling banyak upacara adat & pantang larang utk dijalankan & dijaga. Saat2 sedih cematu, setiap pihak di dalam sesebuah keluarga & anggota masyarakat setempat Ada peranan & tanggungjawab masing2 seperti urusan makan minum tetamu, urusan penyediaan dungun (keranda), urusan memilih & menyediakan tapak kubur, lain lagi yg ditugaskan mencari babi utk dikorbankan Dan banyak lagi.
Anding (BNS) masatu masih muda remaja dlm umur 15 tahun, berakal jua sdhlah. Masa org tua2 sibuk menguruskan mayat mendiang & upacara lainnya, org muda2 nya terutama remaja & kanak2 diingatkan supaya jgn turun ke bawah rumah terutama sekali Masa babi sedang dikorbankan di halaman rmh.
Si Anding ani anu jenis pengagahi & nda mudah pecaya hal2 mistik yg dianggapnya karut. Ia masatu kana suruh menyusun kuih & kelupis di dapur selain menyediakan suman (ayam & ikan sungai yg dimasak dlm buluh) utk hidangan tetamu yg hadir. Dapur rmh panjang Ani di hujung pisuk bahagian rmh.
Kwn2 remajanya rmh panjang lain lari meninggalkan ia masa org di halaman rmh riuh sibuk menangkap babi yg lapas dari ikatan talinya. Dorg iski Kan ikut mendangani org tua2 nya menangkap semula babi atu.
Si Anding ani nyaman memajuh kelupis sama suman ayam sebab andang ia alum makan dari pagi. Sambil2 atu ia Ada rasakan besigup di pantaran beranda belakang biliknya alat 3 pintu dari dapur. Baru jua menarik kutak sigupnya keluar dari paket seluar, tegugur kutak sigup ani ke lantai & ngam tia lagi ranggang papan lantai atu gugur tia ke Tanah.
Sasak si Anding ani alum sampai hajatkan besigup. Turun tia jua ke Tanah menyuruk ke bawah rmh Kan mengambil sigupnya ani. Masa ia sampai arah sigupnya gugur, baru ia tekanang kedudukan lantai katil menyimpan mayat Ani ngam2 sebalah biliknya & di atas kepalanya masatu arah kutak sigup atu ampai2. Teingat tia lagi ia telanggar pantang masatu. Kambang bulunya tiba2 suasana riuh di rmh panjang atu mengajut sunyi.
Masa ia bangun dari merangkak mengambil sigupnya atu, tiba2 teliat ia kulimbayang badan jelama membelakangi ia alat 5 tiang dari tempat ia merangkak. Utk menyamankan hati, diaganya tah saja jelama atu, mungkin Ada org dewasa kana suruh jaga kawasan bawah rumah.
Si Anding ani mengupuk bahu jelama atu, menjangul saja kepalanya dari balik dinding tiang atu, diliatnya muka jelama atu mcm babi utan besiung panjang & rambut separuh panjang yg kusut menutupi separuh mukanya. Mcm kana ampas kayu di belakang kepala si Anding tarus gelap pandangannya.
Bila ia membuka mata, hari sdh malam sekitar jam 10 & kepalanya terasa barat & badannya sakit2 mcm kana pupuh Kayu. Kata dukun yg merawat ia, atu antara hantu yg dtg masa majlis kematian & suka berada kawasan di bawah rmh. Sebab atu pantang ke bawah rmh bila Ada saja berlangsung majlis kematian di tempat dorg.
-TAMAT-
16. SERAM DI PULAU CHERMIN
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : SERAM DI PULAU CHERMIN
KARYA : KSATRIA KALAM MAYA
KOD : 331002750940016
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Sekitar tahun 1980'an,Nuai (BNS) dan abangnya Samri (BNS) suka berperahu menganjun. Walaupun sebenarnya kawasan perairan di pulau berkenaan adalah kawasan larangan, tapi dorg tau jarak selamat & batas kawasan terkawal serta terlarang utk dihampiri apa lagi dicerobohi.
Si Nuai ani sibuk memasang umpan utk beberapa batang kail & jorannya. Abangnya chill besigup meliat aluh riak air utk membaca tempat laluan ikan. Dorg di sana dari pukul 9 malam & dlm siuk2 dorg menahan anjun dari atas perahu, sadar nda sadar jam sdh menunjukkan pukul 2 pagi.
Si Samri ani membuang boring main lampong suluh meliat kawasan persisir Pulau Chermin atu. Kabus & embun pagi mulai kelihatan masanya main suluh2 ke pulau atu. "Bang, bahapa kita tesuluh-suluh atukan? Ni nah dangani bah aku meliati anjun kitani ah," ujar si Nuai sanak meliat keulahan abangnya. "Relek bah lai, sdh jua naik selunsung sama sembilang, pajal lagi tu," jawab si Samri acuh nda acuh.
Dlm dorg melayan perasaan masing2, tiba2 radio dorg ani mcm tekacau signalnya. Skjp bunyi channel Cina, skjp channel org putih, nda tantu2 apakan di dangar. Bila si Samri beranti menyuluh & memeriksa radio dorg ani, tedangar dorg bunyi org mengukuk dari atas pulau atu. Tebangang dorg sekajap sebab dorg tau, nada bejelama di pulau atu. Utk menyamankan hati, dorg suluh lagi pulau atu & berfikiran positif brgkali ada nelayan yg kena musibah kehabisan minyak kah apa mendampar ke pulau atu. Dorg pun membangkit anjun & memusing haluan perahu cuba merapati gigi air pulau berkenaan.
Makin dorg ampir, makin jelas bunyi kukukan jelama ani. Tapi bayang orang atau perahu alum jua dorg teliat. Nda semana-mana, mcm ada cahaya api marak mengajut tapi sekajap saja dari salah satu penjuru samak di atas pulau atu. Dorg suluh jua utk memastikan dorg nda salah liat. Sedang2 memerhatikan apa bendanya yg marak mengajut sekajap atu, menerais si Nuai ani arah abangnya.
"Eh Bang lari tah eh," ujar si Nuai sambil memulas enjin perahu bepusing menuju ke Sungai Basar. Si Samri yg nda sampat betanya tarus rabah telayah ke lantai perahu pasal kuat pusingan perahu dorg mengajut kana race oleh si Nuai. Mulanya kan marah sdh si Samri tapi bila di tolehnya arah apa yg si Nuai tunjuk, diliatnya, ada jelmaan mayat berkafan yg beranang mcm lumba-lumba ampir pesisir air pulau atu, biasanya semacam atu lumpat2 di darat, ani baru pernah ia meliat sendiri makhluk atu melumpat-lumpatkan badannya tapi di dalam aing.....
-TAMAT-
17. KESARUNGAN DI PEJABAT
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : KESARUNGAN DI PEJABAT
KARYA : KSATRIA KALAM MAYA
KOD : 331002750940017
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Di sebuah pejabat pengurusan despatch barang2 parcel yg di rahsiakan lokasinya, pejabat ani di tempatkan di sebuah bangunan yg biasa2 saja usulnya tapi sebnrnya keras & berisi. Ramai kakitangan yg bertugas di sana & akrab antara satu sama lain. Perkhidmatan dorg ani sentiasa diperlukan oleh orang ramai utk kemudahan menghantar & menerima barang dari luar negara dgn pantas & kemas.
Saleha (BNS) seorang yg ceria & mesra. Sdh lama ia keraja dlm perusahaan atu dlm tempoh labih 10 tahun. Dari urusan pendaftaran barang sampai proses mengambil & menyerahkan diselenggarakannya dgn teratur. Tapi, kan dijadikan cerita, sdh makin ramai rakyat dari luar negara masuk ke Brunei utk berkeraja atau apapun tujuannya, makin banyak barang2 kiriman yang aneh terpaksa dorg kendalikan sampai minta bantuan bahagian Ugama utk mengendalikan.
Suatu ketika, si Saleha ani membuat krajanya mcm biasa di stor bangunan memanyap manyap kutak & rak2 simpanan. Bilik stor pejabat dorg ani luas jualah. Pagi atu, ia keraja dgn sorg lagi kwnnya bernama Munah (BNS). Si Munah ani membuat krajanya di ujung pisuk stor menulis rekod simpanan barang. Dlm sejam setangah dorg membuat kraja, nada apa2 yg aneh terjadi. Tiba2, lampung bilik stor ani mengajut mcm kan pajah & marak bebalik 2-3 kali mcm main2. Sdh normal balik lampung atu, tiba2 dari ujung stor, kedangaran suara si Munah ani menerais & tarus tejelumpuk.
Si Saleha ani kebeliangan & tarus mengaga si Munah ani. Di liatnya si Munah ani tetiarap & kutak2 naindah pelanggan servis despatch dorg ani bejurit di lantai. Si Saleha pun belari ke kantin melagau kakitangan dorg utk membantu si Munah. Dorg yg rehat minum atu selajur begagas masuk ke stor sebarang bangunan pejabat dorg. Masa dorg masuk, si Munah masatu dlm keadaan duduk besila menundukkan kepala & tudung kepalanya tanggal sdh. Abis mengurai rambutnya yg panjang atu menutupi mukanya, cukup menambahkan keseraman masa kejadian ani berlaku.
Dlm sibuk2 kwn2 nya ani menyusun cara bertindak utk menyelamatkan ia, ketawa tia si Munah ani dgn suara yg mendayu lagi menakutkan. Ada b2-3 buah Kutak yg ada ampir tempatnya besila di lantai ani belumpatan seolah olah bernyawa & belanggaran atara 1 sama lain. Si Manaf (BNS) awal sdh drive mengaga kawan2 nya yg pemandai, kebetulan keraja nda jauh dari pejabat dorg ani utk membantu si Munah. Dlm 10-20 minit si Munah ani motionless ketawa2 saja nda sadarkan dirinya tapi nda bertindak aggresif. Kakitangan laki2 mengepung pintu bilik stor atu sambil bewirid supaya si Munah ani nda lari atau melakukan sesuatu perkara yg membahayakan dirinya sendiri atau org lain. Dorg nda menghampiri si Munah, cukup meliati dari jauh saja.
Bila si Manaf sampai membawa Ustaz Salleh (BNS) & beberapa org kwnnya yg lain, baru di kawasan parking balum lagi masuk ke stor, sdh si Munah ani mulai bungkas & bertindak aggresif membuka SIlat yg luarbiasa gerakannya. Abis kaki rak basi ditandangnya sampai biut & ia nda menunjukkan reaksi sakit, padahal si Munah ani damit kurus saja orgnya. Tepat saja masa Ust Salleh & kawan2 nya sampai masuk ke dalam, ia pun segera memulakan rawatan & berdialog dgn makhluk yg memasuki tubuh si Munah.
Aing betawari, sira kasar, lada itam & sebilah pisau damit sdh sedia di bawa & dibaca dari awal lagi oleh Ust Salleh (standby sdh utk menghadapi sat2 musibah). Si Munah ani rabah & karau kulajang2 di atas lantai bila dorg 5 orang bebaya azan & membaca Ratib Al Attas. Mulanya lamah sdh badannya, tapi beimpun tenaganya utk bangkit melawan. Ust Salleh masak sdh menghadapi karenah org kemasukan makhluk ghaib. Diambilnya sira & lada itam lalu dilontarnya arah si Munah sambil betakbir. Sekali lagi si Munah teperiduk lamah & dipigang oleh pembantu Ust Salleh.
Ust Salleh menaruh hujung pisau damitnya yg nda jua luncit tajam ke indung batis si Munah. Iapun memulakan dialognya. Dlm beberapa ketika, beckp tah makhluk yg masuk ke badan si Munah ani, "Kami ingin masuk ke rmh org2 Islam, tuan aku menghantar aku dari seberang utk membunuh org2 yg dikehendakinya." "Eh musuh ALLAH, kamu ani siapa & apa bangsamu?" "Aku hambanya Ratu Nyi Loro Kidul & kawan2 ku adalah budak dari dewata pulau Bali. Pergi mampus kamu semua," dengus si Munah garang walaupun lamah sdh ampai2.
"Keluar & pergi kau dari jasad anak Adam ani. Aku nda mau berunding & ada perjanjian dgn kamu semua. Kamu musuh ALLAH yg selalu menipu. Keluar atau ayat suci Qalam ALLAH akan memusnahkan kamu dgn Izin dan Kuasa ALLAH bukan dgn kuasaku kerana aku adalah hamba ALLAH," kata Ust Salleh. Oleh kerana makhluk atu masih bekaras, Ust Salleh pun membaca ayat2 rukyah & membuat isyarat memancung ke jasad si Munah. Sekali lagi si Munah memalak mata & karau bdnnya sebelum rabah & bepaluh. Dlm 2 minit iapun sadar dari pengsannya.
Buat2 dorg mengelinga si Munah, keciuman dorg mcm bau angus dari lumpukan kotak yg bejurit ani. Dorg dapati ada 2 kutak berasap & mengeluarkan bau yg buruk. Ust Salleh memeriksa & membawa kutak atu keluar. Diperhatikannya, kutak atu dihantar dari seberang laut. Iapun memaklumkan senior pejabat atu & beliau perlu meliat isi kutak atu. Dgn disaksikan oleh pihak pengurusan & pembantunya, didapati ada 2-3 ekor lembaga org kenit jenglot kana simpan dlm kotak atu. Walaupun angus sdh, serpihan rambut & kuku makhluk Jenglot ani masih boleh dilihat.
Si Munah kana tanya apa yg ia ingat sebelum kana rasuk. Masa ia memanyap kutak2 utk direkodkan, ia menyaluk ke dalam bakul rak naindah. Bila ia menyaluk atu diliatnya ada tangan hitam berkuku merentap tangannya dari timbunan kotak atu & ia nda lagi ingat apa yg terjadi selepas atu......
P/S: (Kisah ani telah diubah suai dari kejadian sebenar)
-TAMAT-
18. MEMAPAT IKUNG BIAWAK
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : MEMAPAT IKUNG BIAWAK
KARYA : AME9K
KOD : 331002750940018
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Kisah ani diceritakan oleh tua lakiku yg aktif memukat, membintur & turun ke laut utk mencari lezeki labih. Salah satu kaedah yg dorg pakai ialah memasang kilong / kelong utk menghidupkan ikan & memilih mana yg kan diambil saja. Kelong persendirian ani ada dipasang di sekitar kuala Brunei & Pantai Serasa.
Ketika atu sekitar tahun 1980'an, Mokti (BNS) tedapat 4-6 pitak kelong. Kadang2 ada ikan2 yg baru di perolehinya di sekitar perairan Brunei dimasukkannya ke dlm kelong atu utk dihidupkan mcm lauk Andapong, Kalakituk dll. Suatu hari, si Mokti ani lama nda melawat kilongnya, ada dlm 4-5 hari cematu sebab sibuk membuat pekerjaan di darat. Iapun melawat kilong atu sama pekerjanya utk memeriksa hasil ternakan ikan yg ada.
Bila ia sampai ke kelongnya, diliatnya kan semua 6 pitak kilongnya ani kana masuki biawak sungai yg makan sebilangan basar ikan2 yg ada dipeliharanya. Si Mokti ani menjadi panas hati meliat kerugian yg dialaminya. Dgn inda membuang masa, iapun mengambil sayu sangkam becabang & memerangkap biawak2 yg ada begulung di dalam jaring kelongnya utk keluar menyelamatkan diri.
Seikung-seikung biawak atu dikatuknya kepala & disangkamnya leher biawak atu, ditakannya ke lantai kelongnya & ditataknya ikung biawak2 atu semuanya. Ada dlm 7 ikung semuanya biawak basar kipat2 kesakitan ikungnya kana papat putus pakai pemarang. Si Mokti lapas puas hati melampiaskan marahnya menandang biawak2 atu ke aing. Diliatnya biawak2 atu beranang lari menuju ke pulau bakau yg berhampiran.
Setelah labih 2 jam ia mengusai jaringnya yg bekulut & memeriksa jumlah ikan2 nya yg masih ada, datang Hj Ghanie (BNS) & anak2 nya berperahu dari pulau bakau atu menuju ke kelongnya. Si Mokti menyambut ketibaan Hj Ghanie yg jua org tua sekampong dgnnya. "O Awang Mokti, apa hbrnya? Apa ada?" sapa Hj Ghanie bila sdh naik ke kelong si Mokti. "Hbr baik Liau Haji, nganya rugi ku abis lauk dlm kelong ku ani kana makan biawak, iatah ku rusahkan biawak2 yg ada atu tadi."
"Astah, jadi si Awang yg merusahkan biawak2 atu rupanya. Patut tah masa kediaku sama bis peranak ani mencari kayu ngirih sama bakau kan membuat pancang sama tiang rumah di pulau atu kejumpaan biawak2 yg inda beikung lari masuk ke sarangnya. Lain kali Wang Mokti, bunuh tia selajur, jgn menyiksa binatang, inda kuasa cematu Wang," nasihat Hj Ghanie. "Awu Liau Haji, kebawaan marah ku atu, ku hormati nasihat kita," ujar si Mokti merendah diri.
Mlm atu selepas makan, si Mokti ani masa besandar rehat2 besigup di pantaran rmhnya, timbul bintik2 merah di bahagian badannya yg gatal & padih. Makin digaru makin tekubak kulit2 badannya ani. Dipalitinya saja sama minyak piasau & ia menganggap kan kana kuligata ni kuitnya atu. Iapun bepasan arah bininya utk tidur ali2 mlm atu takut kejangkitan arah bininya.
Bilanya tidur dgn badan yg basah dgn minyak piasau, kana datangi tia mimpi yg ganjil. Dlm mimpinya atu, dtg seikung makhluk yg berdiri seperti manusia tetapi jelas rupa & ciri2 fiziknya adalah biawak yg bersisik. Biawak atu memakai kumala di atas kepalanya ibarat mahkota. Becakap tia raja biawak atu mengaga si Mokti dgn mata yg merah marah, "Eh manusia! Kau sajakah yg hidup di muka bumi ani?! Inda kau dapat lapaskan saja rakyat ku tadi siang atu tanpa ko sakiti & pututkan ikungnya?"
"Eh Penghulu biawak, Kelong atu tempat ku menyimpan rezeki. Rakyat mu yg mencerobohi masuk mengambil rezeki ku. Bumi ALLAH ani luas & nda pernah ku menghalang rakyat mu mencari makanannya masing2. Aku inda mau bermusuh dgn bangsamu. Kalau dapat berdamai & rakyatmu nda lagi menganggu haluan rezeki ku, apatah caranya yg bisai?" tanya si Mokti berdialog dgn penghulu atau mungkin raja biawak atu.
"Ani amaran ku yg pertama & terakhir arah mu manusia. Bagitau jua kaum bangsamu yg lain. Jgn lagi dibunuh rakyatku. Kami nda lagi mengacau tempat kamu mencari rezeki dgn syarat jgn jua dikacau rakyatku yg berkeliaran di mana-mana. Utk penyakit kulitmu, atupun termasuk amaranku. Kalau ko mau ubatnya, cari ko kulit kura2 mati buragan di pulau bakau atu, randam arah minyak piasau atu & urapi ke badan mu. Ingat, ani perjanjian kitani, andai kata kau masih melanggar perjanjian ani, akibatnya lebih buruk dari apa yg ko alami masani."
Si Mokti pun tebangun dari tidurnya & mengingati pasan penghulu biawak atu. Esuknya, iapun menjumpai Hj Ghanie & menceritakan mimpinya & perjanjian dgn penghulu biawak atu. Selajur ia minta dgni ke pulau atu utk mencari kulit kura2 mati buragan. "Nah, iatah sdh rezeki mu ni usulnya. Kulit kura2 mati buragan atu kemarin ku tejumpa & ku ambil utk ku taruh. Aku tejumpa dlm ruhung batang kayu buruk masa ku mengapak kayu Ngireh di pulau atu. Andang sedia ku campur minyak piasau dari di mlm. Bah skjo ku ngambil & urapkan selajur ke badanmu."
Selepas berbuat demikian, kulitnya beransur2 nyaman & selesa. Si Mokti pun sembuh dalam jangkamasa 2-3 hari & selepas atu, iapun memasani penduduk di kampongnya supaya nda lagi membunuh atau menyakiti mana2 binatang kecuali mengancam keselamatan diri & keluarga.....
-TAMAT-
19. BAYANGAN MULAH
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : BAYANGAN MULAH
KARYA : KSATRIA KALAM MAYA
KOD : 331002750940019
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Soal roh org yg telah pergi & baru meninggal, atu semua urusan ALLAH. Kitani sebagai Mukmin & Muslim yng beriktikad Ahlussunnah Wal Jamaah, nda boleh menghukum roh seseorang yg meninggal atu jadi hantu dlm tempoh jangka masa yg tertentu seperti 3 hari membawa ke 40 hari selepas kematiannya ataupun selama yg mungkin. Roh org yg meninggal dunia sdh berpindah ke alam barzakh utk menanti ketibaan hari akhirat dan masing2 dilayan mengikut amalan hidup masing2 semasa masih di dunia ani.
Hari atu, Lia (BNS) baru meninggal atas sebab sakit kanser. Anak2 nya masatu paling tua dlm 16 tahun, disusuli anaknya no 2 sampai no 4 masing2 antara 7-13 tahun. Si Lia ani janda. Majlis pengurusan jenazah mullah ani berjalan lancar saja nada perkara2 ganjil yg timbul. Majlis tahlil utk mullah pun lancar jua diselenggarakan oleh peradiannya & ahli keluarganya yg mengambil alih tanggungjawab memelihara anak2 yatim mullah ani.
Mlm atu, si Lokman (BNS) tebangun dari tidur dlm pukul 2 lalu. Dorg masatu ramai2 tidur beimpun di bilik tamu. Si Lokman ani tebangun pasal timbul rasanya kan bekamih. Dlm 2 minit ia duduk dulu di lantai, baru ia bangkit bejlnkan menuju jamban. Dlm keadaannya mamai gusuk2 taie matanya yg masih rakat atu, arah lorong kan kejamban besambung dgn dapur dari bilik tamu, teliat ia mcm bayangan bini2 betelakung putih. Si Lokman ani pikir mama saudaranya balum tidur baru lapas betahajjud. Bila sdh kan ampir ke jmbn, di liatnya bini2 betelakung atu mullah mamanya yg meninggal tadi siang memerhatikan ia diam2.
Ilang sangkak rasanya kan bekamih selajur si Lokman ani bepusing & buat2 nda teliat bayangan mullah mamanya atu & laju bejalan ke tempat tidurnya di bilik tamu sambil mengambil selimutnya betengkumus mcm org damam. Peradian & ahli keluarga serta sepupunya nyaman tidur nda tau apa yg dihadapi oleh si Lokman ani. Esuknya, becerita si Lokman apa yg dihadapinya. Petuannya pecaya kan ckpnya & berpendapat, atu mungkin qarin mullah & bukannya roh. Kalau salah2 ambilan, boleh terpesong akidah, jadi dlm masa seminggu, petuan si Lokman anipun mengatur utk membawa dorg keluar & pindah dari rmh sewa Mullah si Lia ani & ia bertekad memelihara makan minum, pelajaran & tempat tinggal anak2 kemanakannya ani.
Dlm 5 hari dorg beangkut naindah, nada apa2 yg terjadi dlm proses mengosongkan rmh sewa atu. Si Lokman sama peradiannya ani sanang sdh hati bersyukur petuan dorg sudi menerima & menjaga kebajikan dorg. Bila sdh semua behimpun di bawah kan ke kerita, dari tingkat atas sebelum dorg menutup pintu, kedangaran bunyi org memflush jamban dari tingkat atas (sebab pintu jamban dorg biarkan melambah semasa dorg semua turun dari tingkat atas).
Si Lokman, peradiannya & petuan dorg ani tecangang hairan, namun mengata-ngatai tia petuannya ani. "Apapun bangsamu, alam mu dgn alam kami nda sama. Pergi tah kau ke mana saja kau mau tapi alam kitani nda akan bersatu lagi serta mustahil anak Adam bergaul mesra dgn kamu yg berasal dari api atau apa2 selain tanah." Siap mengatai, petuannya pun mengunci pintu serta pagar rmh sewa & sampai ani dorg nda lagi pernah singgah atau melawat kawasan rmh sewa atu....
-TAMAT-
20. SERAM SEMASA BERKHEMAH
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : SERAM SEMASA BERKHEMAH
KARYA : KSATRIA KALAM MAYA
KOD : 331002750940020
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Kisah ani antara rangkaian cerita rakan sekampong & sepupu2 yg aktif berkhemah & suka menjalani kehidupan anak kampong yg lasak dgn pelbagai aktiviti yg bermanfaat khasnya melatih ilmu survival hutan. Sekitar tahun 1990'an, dgn bebasikal ke sana kemari, dorg selalu merancang camping samada di pantai, wasai, hutan atau naik bukit sebagai aktiviti riadah samada waktu ujung minggu atau labih tah lagi masa cuti penggal persekolahan.
Suatu ketika dlm 7-9 org remaja, dorg memilih satu kawasan wasai dlm hutan yg bersebalahan dgn bukit yg ada kubur tua. Wasai atu bolehlah jauh sedikit dari jalan kampong, ada jua 10-15 minit bejalan menyurung basikal utk sampai. Masatu si Pan, Adi, Aya, Yayan, Adun, Lau, Miming, Adul & Awang (BNS) planing kan mandi wasai atu sambil menyiut bangkutut utk jadi sapak megi. Dorg ani suka bnr mkn megi sapak bangkutut selain umbut nibung betunu.
Dorg dtg ke sana dlm jam 9 pagi. Mcm biasa, masing2 buat tanggungjawab yg sedia bebagi tugas. Siap memasang khemah, unggunan api dll, dorg pun mandi di wasai atu sampai inda ingat dunia. Dtg lapar parut selajur saja masak apa kan dimakan ingin2 ati. Biasa, masatu semua bujang masih, nada ingau kan memikirkan soal tekanan hidup seperti yg kitani lalui masani.
Siuk2 dorg menyanyi, mandi & makan lapas magrib cematu, si Adi sama si Yayan ani behajat kan ke kadai membali sigup. Bagi dorg, nda nyaman kalau sebelum tidur nda besigup. Jadi selepas memaklumkan dorg kn ke kadai, tarus tah menyimbat kiriman kwn2 yg lain ani mcm kerupuk, coklat dll minuman butul. Sebelum bejalan ke kadai, bepasan dorg ani mungkin batah sikit & aher dorg balik semula ke khemah sebab kan melawat rmh saudara dorg yg belayar masatu selain mengambil kulit talur & surat khabar lama utk dorg beunun menghalau rangit.
Dorg yg tinggal di tapak perkhemahan atu banyak mengabiskan masa lepak, cerita2, becali & baibun. Dlm riuh2 dorg baibun di dalam utan mlm atu, tiba2, persekitaran dorg ani tarus2 kana urungi langau. Mun seikung dua nda jua dorg kisah, ani mcm sekumpulan seolah olah ada bangkai binatang yg mati berhampiran kawasan dorg tapi nada bau keciuman.
Oleh sebab rimas & nda selesa, si Pan anipun memandai-mandai tia jua kan mencuba petua yg ia tau. Diambilnya kulit2 bawang lapas dorg memasak & dihimpunnya selajur ditununya sampai bangkit bau kulit bawang angus. Dorg yg lain ani menagur utk apa ia berbuat demikian. "Eh, diam2 saja kamu, ani utk menghalau tetamu inda diundang ni, mun sdh belangau ah, iatah sdh tu tandanya," ujar si Pan dgn yakin. Kwn2 yg lain ani membiarkan saja keulahannya.
Sedang2 bangkit bau kulit bawang angus atu, tiba2 api kulit bawang & unggunan api dorg ani pajah selajur. Kebeliangan dorg kepatangan mengajut. Macis & lighter api nda mau berfungsi, lampung suluh dorg pun nda mau idup. Hairan dorg kenapa nda dpt dihidupkan sebarang cahaya dgn apa cara pun pada masa atu. Nda semana-mana, berangin ribut setempat kawasan dorg berkhemah ani. Segala ranting2 pohon gugur ke atap kem. Periuk belanga dorg tepelanting mcm kana tandang.
Ketungkalan dorg & marah arah si Pan sebab mungkin petua yg dipakainya menghalau langau atu salah. Sdhtah langau masih ada di sana, patang lagi & ribut ani lagi membagi hairan sebab tempat dorg atu saja berangin. Dlm 5 minit keadaan cematu, beranti tia ribut ani, langau pun makin bekurang sdh & mau tia marak lampong & api dorg ani selepas keadaan tenang sedikit.
Semasa sedang memarakkan semula unggunan api dorg atu, baru jua dlm 5-10 minit beunun, tiba2 kedangaran tia bunyi dahan rimpih belabukan gugur ke tanah & masa dorg memerhatikan, betolehan serta mencari punca bunyi kayu atu, menerais si Pan ani kekajutan. Sekali dorg menoleh, di tanggah2 unggunan atu, sekali lagi pajah mengajut bila ada kaki gergasi yg basar tinggi memijak ununan dorg & dorg sampat meliat saiz kaki makhluk atu bukan saja basar tapi bulu batisnya pun panjang tajam bepacakan.
Selajur belumpatan dorg lari menyelamatkan diri mengambil basikal turun dari bukit atu. Masa sampai ke bawah bukit, ngam si Adi sama si Yayan baru sampai dari kadai. Hairan dorg meliat kwn2 ani semua bepucatan muka & sajuk badan. Sdh pulih sedikit semangat dorg lapas kana tawari, baru dorg bepadah apa yg terjadi. Si Adi antara yg paling tua dlm kumpulan atu menjelaskan kalau ada langau atu tanda ada makhluk kan lalu di satu2 kawasan kalau nada tedapat bangkai atau bau yg buruk keciuman. Si Pan kana marahi sebab petua menunu kulit bawang atu mesti sama kulit kayu limpanas jua. Kalau nganya kulit bawang, atu ada makhluk hutan yg nda suka makanya menyingkir lari tapi ada jua yg ingin iatah makin mengaga pulang jadinya.
Alat setangah jam, baru dorg naik semula meliati keadaan kem dorg. Bila sampai ke sana, dorg liat nda lagi betantu usul kawasan khemah dorg ani. Si Adi menyarankan dorg balik mlm atu jua sebab hal atu menunjukkan MASAP sdh tempat atu & nda selamat utk dorg batah2 menunggu di sana. Balik tah dorg mlm atu sekitar 1-2 pagi selepas bepanyap periuk belanga & barangan peribadi masing2...
-TAMAT-
21. KANA JALANI
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : KANA JALANI
KARYA : AME9K
KOD : 331002750940021
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Istilah jalani bermaksud meninjau sesuatu kawasan bukan secara zahir (menggunakan gimbaran atau qarin) atau menceroboh ketenteraman seseorang dengan menggunakan ilmu kebatinan. Org yg menjalani ke dlm rmh atau masuk ke dlm mimpi seseorang ani memang ada beramalan yg tertentu, selalunya memang menggunakan khidmat jin atau pertolongan syaitan utk menyampaikan hajatnya. Biasanya, kalau org yg jahat, bilanya sdh dpt menjalani org yg dihajatinya, semangat org atu dipermain atau disakiti sampai2 di alam nyata org atu mudah terdedah kepada sakit jiwa, gila yg dibuat org, depressi (kemurungan) atau hilang kehebatan dirinya atau mungkin saja membunuh org yg dihajatinya, semcm jenis permainan pantak.
Ustaz Rafi (BNS) adalah seorang yg suka melakukan kerja2 dakwah selain mengubati masyarakat setempat di negeri jiran yg memerlukan khidmatnya khusus dlm hal ehwal penyakit yg berkaitan dgn sihir, tuju2, hantaran dll. Bi Iznillah, mata hatinya dpt menambusi diri segelintir org yg memiliki amalan tertentu terutama sekali amalan songsang yg jauh dari landasan ajaran agama Islam. Suatu ketika di sebuah majlis kemasyarakatan, Ustaz Rafi mendapati Abu (BNS) merenung tajam dirinya dari jauh lagi. Ustaz Rafi berfirasat baha Abu inda menyenangi dirinya. Dgn membaca ayat tertentu, Uztaz Rafi menembusi "pakaian" diri si Abu. Ternyata, si Abu bnyk mengambil tuntutan yg salah lagi sesat.
Secara baik, Ustaz Rafi menjumpa si Abu secara 4 mata di satu sudut kawasan majlis atu. "Tuan Abu, minta maaf amba arah kita, kenapa kita mcm nda suka meliat bis amba ani?" tanya Ustaz Rafi. "Eh kau bah yg memulakan. Kau kan bedakwah atu kau punya hal, tapi mata batinmu yg tajam atu jgn suka-suka hati menambusi org tanpa meminta izi, biadap tu," marah si Abu arah Ust Rafi.
"Terus terang bis amba arah kita Tuan Abu, adangtah diamalkan pakaian kita masani, buang tia, nada gunanya kita bekawan dgn jin, penuh tipu daya ni dorg ani memusuhi anak Adam," nasihat Ust Rafi. "Atu urusanku tu apa pebaik tuntutan atau amalan ku. Yg kau sibuk kenapa? Kau yg malar menyakiti kwn2 ku di alam halus ani kenapakan? Jgntah masuk campur urusan kami," bentak si Abu semakin marah.
"Cemani saja Tuan, amba tetap mengatakan perbuatan atu salah & menganiaya org lain. Kalau sdh org minta bantuan arah amba, sedaya upaya amba akan usahakan dgn Izin dan Kuasa ALLAH SWT. Kalau tuan marah arah amba, atu nda amba dpt halang. Tapi sekali lagi amba ingatkan, tinggalkan tia ilmu syaitan ani, kembalitah bertaubat nasuha." "Eh Ustaz, kau anikan mencabar akukah? Maritah betupa ilmu kalau kau mau," cabar si Abu. Ustaz Rafi meninggalkan saja si Abu yg sdh dihasut syaitan. "Nanti kau, ustaz kah imam kah apakah pangkat mu, ku cubai banar kau," dendam si Abu membara.
Mlm atu, anak2 Ustaz Rafi berhimpun di rmh. Salah sorg anak Ustaz Rafi aher dtg. Masa ia baru sampai parking keretanya, nda jauh dari samak belukar belakang rmh Ustaz Rafi, si Mail (BNS) teliat kelibat org kampong yg lama nda diliatnya mundar mandir di kawasan hutan atu. Bila diliatnya bnr2, org atu si Abu, tapi hairan, kenapa pakainnya mcm mayat berkain kafan tapi bahagian kepalanya nda betutup. Si Mail mulai lain rasa & begagas masuk krmh. Ia mendiamkan diri sampai peradiannya yg lain semua balik dgn keluarga masing2 baru ia bercerita apa yg diliatnya kpd Ustaz Rafi.
"Pa, tadi ku liat mcm Paci Abu di belukar utan belakang rmh kitani. Ku pikir2 bahapa ia di sana atu? pakaiannya lagi mcm jenazah bekain kafan tapi kepalanya jelas teliat." "Oh, rupanya nekad bnr ia arahku, menjalani aku tu ia lai, kawasan rmh ani dulu diaga & diliatinya tawakal saja kepada ALLAH SWT lai," kata Ustaz Rafi tenang. "Bah lai, mun ko nda gagas atau nda jadi susah arahmu, jgntah dulu ko balik mlm ani, dangani bapa solat hajat." Permintaannya ditunaikan si Mail. Dorg 2 beranak pun solat hajat, membaca ratib al attas, ratib al hadad & mengaji ayat2 syifa & pelindung memohon doa kpd ALLAH utk diberikan pertolongan menghadapi sebarang bentuk musibah.
Dgn bertawakal kpd ALLAH berserta doa dan usaha, Ustaz Rafi menggunakan sedikit petua sebagai ambil-ambilan saja, bukannya pegangan utama, sehelai kain yg dirandam dgn air berukyah & sira kasar disediakan di dlm baldi khas. Sebilah pemarang yg dibacakan doa khusus jua ditaruh di atas meja siring katilnya. Beliau sdh bersedia menghadapi permainan org yg memusuhinya.
Mlm atu, setelah mengguris rmhnya dgn surah Yassin, ayatul Qursi dan sebagainya, ketika Ustaz Rafi tidur sdh, kira2 jam 1 pagi ia tebangun dari tidurnya. Diliatnya ada semcm labah2 basar mcm kucing menuruni ceiling rmhnya tapi terberanti separuh jln. Di amat-amatinya, dari bebola mata labah-labah atu terpantul raut wajah si Abu. "Astaghfirullah, beniat bnrtah manusia ani arahku," ujar Ustaz Rafi. "Baiktah kau mulih wahai musuh ALLAH, jgn sampai aku bertindak kasar," Ustaz Rafi memberikan amaran.
Makhluk yg menyerupai labah2 basar atu tetapi berusaha menuruni ke lantai bilik Ustaz Rafi tapi mcm ada sesuatu menyekat ia. Sesudah 3 kali memberikan amaran, Uztaz Rafi mengambil kain dari baldi atu & memerangkap labah2 jadian atu. Labah2 atu bertindak ganas bila sdh terperangkap dlm kain, ia bergerak liar cuba melepaskan dirinya ibarat bola yg ditandang liar ke sana kemari. Uztaz Rafi menghampaskan kain yg berisi labah2 jadian atu ke lantai sambil merentap pemarang dari mejanya. "Zrap!!", pemarang atu ditatakkan ke kain, mcm ada bunyi melatup damit & bau hanyir keciuman buat seketika dari kain basah yg cuyak kana tatak atu. Ustaz Rafi meliat dari dlm kain atu ada tompokan darah tapi makhluk labah2 jadian atu nda lagi ada di dlm kain.
Esuknya, kedangaran khabar, si Abu kana jumpai mati menyadai di dalam sebuah sulap di dlm hutan hujung sebuah kampong alat beberapa buah dari kampong Ustaz Rafi dalam keadaan berdarah lehernya & parutnya terburai. Di sisi mayat si Abu, kelihatan bahan2 pemujaan yg berupa piasau tua yg berisi mangga-manggaba
ruk (sejenis labah2 berbisa), minyak-minyakan yg diercayai diambil dari mayat manusia, peralatan pemujaan & lain2 alat yg berkaitan dgn keilmuan sihir....
-TAMAT-
22. PROGRAM BERJALAN MALAM
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : PROGRAM BERJALAN MALAM
KARYA : KSATRIA KALAM MAYA
KOD : 331002750940022
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Program Berjalan Malam (PBM) ani antara jenis kursus Bina keyakinan diri yg Ada dibuat di jabatan2 Kerajaan & program ani selalu dibuat di dlm hutan (dibwh seliaan Jbtn Perhutanan dll).
Suatu ketika, sekumpulan kakitangan Kerajaan dihantar utk mengikuti PBM ani sebagai salah satu dari isi kursus motivasi yg dorg hadiri. Adalah dlm 20 org peserta kursus ani.
Dorg mulai menjalani kursus ani selepas waktu isya di sebuah kawasan hutan simpan yg terkenal. Setiap sorg dituntun di dlm gelap mlm menuju ke tempat duduk masing2. Jarak kedudukan dorg ani Ada jua 50 meter setiap sorg, nganya dorg tatap merasa keseorangan bila sdh penyelia program meninggalkan dorg.
Sebelum program Ani berlangsung, surah Al Fatihah & doa perlindungan Kepada ALLAH terlebih dahulu dibaca. Kawasan belukar tmpt dorg didudukkan memang awal2 lagi sdh bebersihkan bagi memastikan ianya selamat utk dipakai (nada beular, duri atau sebarang ancaman binatang berbisa atau berbahaya).
Salmah (BNS) memang sorg yg lemah semangat & lupa membagitau yg ia dtg Kotor mlm atu. Menyasal ia kelupaan membagitau & terlambat sdh kan melagau pengawas program. Duduk tia saja bewirid wirid mcm org betarak di bwh pokok dlm hutan atu. Sekali sekala tedangar ia bunyi melahui kwn2 yg disuruh pengawas membuat bunyi setiap 15 minit. Dorg didudukkan dlm sejam setangah.
Sedang2 nya duduk menenangkan perasaannya, si Salmah Ani terasa mcm Ada rambut gugur ke mukanya. Disapunya muka & didapatinya Ada sehelai rambut yg ikal panjang singgah ke mukanya.
"Eh? Rambut? Nda jua patut rambutku, aku betudung," kata si Salmah mulai panik. Dlmnya menahan rasa takutnya, dari atas pokok tmptnya duduk ani kedangaran bunyi kibaran Kain. Tantu ganjil di atas pokok Ada bunyi Kain, bukannya di bwh tiang bendera. Pasal ia lamah semangat, pelahan lahan bayangan kuai lintas si baju putih terabang mulai kelihatan di sebarang pokok tempatnya duduk jarak 70 meter. Si Salmah tarus menukup mukanya sambil membaca baca dlm keadaan separuh menangis.
Sdh 3 minit perasaannya keadaan sdh tenang, dibukanya tia tukupan tangannya Ani dari mukanya. Diliatnya Kain putih ani membantang turun menukup tempat duduknya & selajur gugur kelibat si baju putih dgn taringnya yg panjang & muka yg buruk bedapanan dgn mukanya. Atu meneriak selajur si Salmah ani kesarungan.
Jarak 100 meter dari si Salmah, si Razak (BNS) pun sdh terasa keadaan mlm atu lain mcm & Ada yg menganggu. Bila saja ia tedangar si Salmah meneriak & bunyi pasukan pengawas begagas mengaga ia, si Razak ani tekajut bila terasa Ada tangan bebulu labat menakul ia dari sandarannya. Tempatnya menyandar ani sebatang pokok tua yg 2 pemaluk. Artinya basartah sdh tu makhluk yg menakul ia dari belakang. Ia panik & tarus bertakbir sampai2 segala burung & kelawar yg tidur serta bergantungan di pohon2 berhampiran abis beterabangan kekajutan seolah olah makhluk yg menakul ia melompat tinggi melanggar dahan2 tmpt tinggiran mergastua rimba Ani.
Semua ahli kursus PBM diaga & diselamatkan utk dibawa ke assembly point. Si Salmah ditenangkan oleh pengawas & ditelipun pelakiannya utk dtg. Si Razak diam saja kana tawari utk pulihkan semangat. Akhirnya, semua dorg Ani selamat & nada yg sampai serious dihantui kejadian atu namun masing2 me
bawa kenangan ngeri sampai bila2.....
-TAMAT-
23. DIKACAU SEMASA BERPERAHU
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : DIKACAU SEMASA BERPERAHU
KARYA : AME9K
KOD : 331002750940023
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Kisah ani dituturkan oleh petuan. Berlaku kira-kira hujung tahun 1970'an. Kejadian ani berlaku di salah sebuah perkampungan atas air di Brunei. Masatu si Mali (BNS), si Ahad (BNS) & si Ajak (BNS) sibuk membintur katam & menahan bubu sungai. Iatah nganya aktiviti dorg tu bila hujung minggu utk menambah lauk di rmh selain dpt jua belurih duit jualan serba sedikit.
Satu ketika, dorg plan kan membintur & membubu waktu mlm sampai subuh, sebab tengah hari esuknya sampai ke malam dorg ani merancangkan ke Bandar meliat acara hiburan musim perayaan. Besediakan tah sdh ni umpan utk membintur & dlm 10 biji bubu utk ditahankan di pinggir bakau & anak sungai. Dorg betulak beperahu dari rmh menuju ke hulu sungai kira-kira jam 9 malam.
Sampai mencacah jam 1 pagi, nda seberapa hasil dorg mlm atu. Sigup tambun2 sdh sampai 3 kutak nda kerasaan sebab berangit & "ubat" kalat mata utk dorg. Dari satu bakau ke bakau dorg tahankan & bangkit bintur ani, ada jua katam belurih dlm 20 ikung. Radio bebateri dari tadi dorg pasang pelahan cukup2 utk didangar jadi halwa telinga menghilangkan sunyi dorg mencari rezeki atu.
Sedang2 bekayuh, terlupa tah dorg ani mesti melintasi sebuah pulau yg ada perkuburan lama. Bukan nda biasa melintasi kawasan atu, tapi mlm atu, masing2 terasa ganjil & lain gerak hati. Kononnya alum lama sebelum atu, ada seseorang pengamal ilmu salah yg mengasuh segala ranggau, tutut, berbalan dll makhluk jahat baru meninggal & dikuburkan di sana.
Kawasan iliran sungai ani lagi damit & terpaksa merapat ke kawasan tangga tanah perkuburan atu. Masatu lampung karan balum bepasang & tambing tangga atu balum lagi kana buatkan lagun. Suasana tanah perkuburan atu memang menyeramkan utk dilintasi. Si Mali mengayuh di caruk, si Ahad duduk di tangah2 & si Ajak di ujung perahu. Sedang2 dorg melayan perasaan masing2, tiba2 bekucau aing siring perahu ani mcm kana umbani batu basar. Tekajut dorg ani gigiran & mengangkat pengayuh sedia kan mengambat apa yg timbul dari aing.
Dlm 10 saat menanti & memerhatikan aing sungai ani, nada jua ada apa2. Tiba2, tedangar dorg si Ajak ani mcm mengeluarkan suara org menangis tua sambil memalingkan mukanya. Si Ahad betanya arah si Ajak apa masalahnya, "Jak, kenapa ko kan?" "Palui ni palui," jawab si Ajak. "Kenapakan?!" tanya si Ahad separuh meneriak. Si Ajak cuma menunjukkan jarinya ke arah tangga.
Baru dorg perasaan, menunggu sdh makhluk yg memang membari tungkal kan dihadapi. Pontianak bekuku panjang berdiri tugal2 sambil kedangaran suaranya ketawa. Si Mali meneriak panik & perahu dorg telinggang sampai tebalik & dorg gugur ke aing. Nasib aing mlm atu nda pasang & dalamnya cuma paras paha. Dlm keadaan panik, si Mali masuk ke bawah perahu yg tebalik & dorg si Ahad & si Ajak menurut saja. Abis betumpahan hasil tangkapan nda lagi dorg peduli janji dpt menyelamatkan diri dari gangguan pontianak atu.
Sedang2 dorg ketungkalan di bawah perahu tebalik, kedangaran di parut perahu ani mcm ada sesuatu makhluk yg melumpati & betinggir. Suasana senyap utk beberapa saat & selajurtah dorg bertiga kedangaran bunyi kuku mengakai perahu dorg panjang ke hujung. Tekamih dlm aing dorg masa atu sebab luan2 takut sdh. Dlm 5 minit dorg nda bebunyi sampai2 hilang bunyi mengakai atu & si Mali pun cuba2 mengangkat perahu atu utk dilinggang semula meluruskan.
Ringan rasanya si Mali melinggang & dorg subuk lembaga pontianak atu nda lagi ada. Selajur berabut dorg naik semula ke atas perahu & memutik batang pengayuh org di aing selajur bekayuh mulih nda lagi menoleh ke belakang.......
-TAMAT-
24. PENAMPAKKAN DI KELAS TAMBAHAN
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : PENAMPAKKAN DI KELAS TAMBAHAN
KARYA : KSATRIA KALAM MAYA
KOD : 331002750940024
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Sekitar tahun 1990'an, di sebuah sekolah yg dirahsiakan, Mamat (BNS), Bulat (BNS) & Mawi (BNS) bersenang-senang hati baibun sambil mkn minum di belakang bangunan sekolah dorg. Ptg atu dorg latihan jasmani & sebalah mlm dorg ada kelas tambahan utk menghadapi periksa hujung tahun. Sekolah dorg ani aktif dgn pelbagai aktiviti sukan, persatuan beruniform & lain2 kegiatan tambahan.
Masatu, ada latihan kawat kadet tentera diadakan di padang sekolah dorg. Dlm perkumpulan latihan kawat atu, paling dorg sasak si Duan (BNS) walaupun si Duan ani nada mengacau dorg. Asal teliat kelibat si Duan mesti rancak mulut dorg mengelimut, mengucapkan & menghina pergerakannya. "Tu si Duan ah, bida jua eh, karau bah langkah & goyang bahunya. Baik lagi wayang kulit ni," ucap si Mamat. "Awu, baik lagi hantu askar Jipun pakah bekawat tantu pandai seragam rentaknya," sambung si Mawi sambil disambut ketawa dorg semua.
"Heh, cabul eh ko ani. Jgntah disabut-sabut semacam atu, pulangtah sebalah sekulah ani ada kubur lama nda betanda," kata si Bulat lapas abis dorg ketawa. "Ah, nada tu, jgntah kamu ingau, bukannya era zaman cerita Sarjan Hassan ni atau cerita Setinggan Ibrahim Pindik," jawab si Mawi mempertahankan pendapatnya. "Awu eh, kuno jua ko ani Bulat eh," kata si Mamat. Dorg betiga ani andang gauk & nda mengambil hati kalau bebalas beucapan.
Mlm atu, dorg kelas tambahan Matematik. Kelas dorg berada di tingkat 1 ujung blok sekolah. Masatu cuma 10 org pelajar saja dpt menghadirkan diri. Walau bagaimanapun kelas atu diteruskan jua. Kelas dorg mula jam 8 mlm smpai 9 mlm. 1 jam atu guru dorg cuba manfaatkan utk menambah kefahaman murid2 yg diajarnya. Sepatutnya mlm atu ada 3 lagi kelas tambahan subjek English, IRK & Geography, namun guru2 3 subjek ani ani ngam ada hal masing2 nda belaku. Ada yg ahli keluarganya meninggal, ada yg kemalangan patah kaki & ada yg tekandas di Temburong sebab keritanya binasa.
Dorg pun memulakan pelajaran mlm atu mcm biasa. Tarikh peperiksaan basar dorg nda lagi berapa lama. Mula jam 830, suasana di sekolah atu sunyi mengajut. Hilang bunyi cengekerik, birik2 yg menghiasi suasana mlm di hutan berhampiran. Dlm suasana persekitaran sekolah yg sunyi atu, tiba2 kedangaran tia dorg ani bunyi derapan kasut askar seperti sedang berkawat.
"Eh? Nada cigu kana maklumkan eh ada latihan kawat kadet askar mlm ani," kata Cigu Hasan kehairanan. Semua dorg pelajar pun bertolehan sama2 hairan. Semakin lama, semakin hampir bunyi derapan kasut askar atu berjalan seragam. Bunyi kasut askar atu berjalan dari tingkat bawah sekolah & naik menuju tingkat 1 dari arah tangga. Dorg menanti penuh debaran apa yg dtg. Tiba2 suasana menjadi sunyi beberapa saat, tapi sepasang kasut askar masih kedengaran berjalan menuju ke kelas dorg yg di hujung ani.
Dari arah pintu kelas, menjelma sekujur tubuh manusia tanpa kepala berpakaian askar Jipun perang dunia kedua yg carik. Darah baku kelihatan betumpuk di bahagian leher lembaga tanpa kepala atu. Cigu Hasan selajur beterais & mengumandangkan azan. Lembaga hantu Jipun nda berkepala atu undur setapak & hilang menjadi asap diikuti dengan bunyi teriakan manusia yg kesakitan susup-susup makin jauh menghilang.
Dorg 3 sekawan tergamam & nda sadar dorg betakulan pasal ketakutan. Murid2 yg lain betapuk menangis arah meja cigu Hasan. Cigu Hasan membatalkan kelas tambahan mlm atu & bergegas ke bilik guru2 menelipun ibu bapa & penjaga murid2 nya utk segera mengambil dorg awal dari masanya. Murid2 ani besasak sasak beimpun di bilik guru2 sampai indung dorg dtg.
Esuknya, mesyuarat tergempar diadakan & dilagau org alim utk memulihkan gangguan mengajut sekolah atu. Upacara merukyah & mengguris kawasan sekolah atu diadakan segera. Selepas menjalankan tugasnya pada keesokan harinya, Haji Salleh (BNS) mengaga Cigu Hasan. "Cigu Hasan, bis amba ani ada kana aga oleh makhluk yg mengacau sekolah biskita 2 hari yg lalu. Ia meninggalkan pasan, jgn sekali-kali cabul terutama sekali di bahagian belakang kawasan sekolah ani, negeri dorg tu. Tapi sdh ku bagi syarat, jgn lagi masuk mengacau kawasan sini & nda lagi ada org kan berani cakap cabul lagi di sini." "Bah Tuan Haji, amba sampaikan nanti arah seluruh warga sekulah ani," kata Cigu Hasan selajur memaklumkan guru besar utk membuat pengumuman yg sepatutnya...
-TAMAT-
25. MENABANG POKOK PUAKA
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : MENABANG POKOK PUAKA
KARYA : AME9K
KOD : 331002750940025
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Kisah ani terjadi sekitar tahun 1930'an di Labuan. Zaman atu Labuan ditadbir oleh Residen British sebelum zaman pendudukan Jepun. Ramai pegawai-pegawai residen dtg dari England utk menetap di Labuan kerana diarahkan bertugas di sana. Rakyat Brunei pun ada yg keraja di sana sebab gajinya lebih lumayan berbanding keraja sendiri2 di Brunei.
Ada seorang pegawai British yg suka merendah-rendahkan adat resam org2 Melayu dan Kedayan yg mendiami pulau Labuan. Mr. Smith (BNS) seorang yg angkuh & suka mencela kebudayaan & adat resam serta pantang larang org Melayu terutama sekali penduduk dan puak asli di Labuan. Ia dikatakan mendiami satu kawasan di Layang-Layangan. Mr. Smith baru berada di sana sekitar 3 bulan. Mulanya ia tinggal di bandar Labuan tapi kemudiannya pejabat residen British membagi ia rumah di Layang-Layangan.
Rmh atu banyak terdapat pokok2 yg basar & tinggi selain kawasan kabun bunga yg agak luas. Bila ia mengangkut naindah utk mendiami rmh atu, iapun mengarahkan pekerjanya yg terdiri dari org Brunei & Kadayan menyiangi pokok2 yg ada di sana. Hampir semua dpt disiangi oleh dorg tapi ada sebatang pokok ara yg tumbuh di bwh bukit rmh atu yg jua kawasan hutan paling ganjil & galak usulnya kan diusik.
Si Lamat (BNS) diarahkan utk mengetuai tugasan menyiangi kawasan rmh Mr. Smith, bila ia & pekerja lain sampai di sana, si Lamat ani terasa berhalangan utk menumbangkan pokok yg sebatang ani. Dgn sedikit petua, ia mengapak pokok atu & inda mencabut kapak atu dari tatakannya yg pertama. Ia pun mengatai pokok ara atu, "Bah, aku disuruh menabang pokok ani, ku takahi ni dulu, ambiltah masa kamukan belalih," ujar si Lamat sebelum meninggalkan pokok atu.
Esuknya ia melawat pokok atu, ternyata kapaknya gugur ke tanah. Si Lamat pun faham bahawa penghuni pokok atu alum mau pindah. Ditakahinya lagi & ia melawat lagi seminggu utk melihat perkembangannya. Sesudah seminggu, kapak atu masih jua gugur ke tanah. Semasa memeriksa kapaknya & bahagian yg ditakahinya, dtg Mr. Smith melawat hasil kerja yg disuruhnya.
"Apa ini Lamat? Masih belum berhasil tebang ini pokok?" kata Mr. Smith marah. "Mr. Smith, saya sdh cuba tebang ini pokok, tapi tidak dibenarkan,"terang si Lamat. "Siapa yg tidak benarkan? Ini Kawasan saya sudah yg punya," kata Mr. Smith angkuh. "Ada penghuni yg tinggal dlm ini pokok Mr. Smith, org halus atau apa2 yg kita tidak nampak, itu pasal saya tidak dapat potong ini pokok,"terang si Lamat.
"Nonsense!!" bentak Mr. Smith secara sombong arah si Lamat. "Saya tidak mahu tahu itu semua, yg saya mahu engkau potong ini pokok & bakar habis. Saya mahu rmh saya lapang & bersih, lain2 hal saya tidak mahu dengar lagi," perintah Mr. Smith sambil meninggalkan Lamat & kawasan pokok ara atu.
"Bah makhluk ALLAH, kau sendiri mendangar tu ah, bukan aku punya mau menabang kau, org putih atu yg suruh. Ku tabang ko ni ah & ku tunu. Kalau kau kan menuntut, tuntut arah org yg punya suruhan, aku berlepas tangan," kata si Lamat. Dgn lafaz Bismillah, ia & anak2 buahnya menabang pokok arah atu & menunu nda jauh dari kawasan pokok2 lain betabang.
Bila mlm menjelma, Mr. Smith nada selera kan makan seperti biasa. Ia batah duduk di beranda rmh atu & mengisap sigupan paipnya saja. Ia inda nyaman hati secara tiba2. Semakin larut mlm, semakin gelisah rasa hatinya. Iapun masuk ke biliknya utk tidur walaupun sebenarnya matanya nda jua kalat. Para pekerja pegawai residen British atu sudah lama tidur dibuai mimpi.
Ketika hampir menjelang fajar, dari tingkat atas rmh atu, kedengaran satu suara jeritan & bunyi dengusan seperti beruang yg nyaring. Semua pekerja drmh atu terbangun. Si Lamat kana panggil dari sebarang rmh pekerja utk memeriksa keadaan rmh atu. Dorg semua pun begagas meronda persekitaran kawasan rmh sebelum naik ke tingkat atas. Pintu bilik Mr. Smith berkunci dari dalam. Dorg terpaksa memacah masuk.
Bila dorg masuk, kelihatan jasad Mr. Smith sdh pucat dengan mukanya cuyak seperti dikakai oleh kuku yg tajam & bahagian jantungnya berlubang hangus seolah-olah ada tangan gergasi yg panas menyaluk & meraum dadanya....
-TAMAT-
26. AKIBAT MENGATIL
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA : AKIBAT MENGATIL
KARYA : KSATRIA KALAM MAYA
KOD : 331002750940026
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Azmi (BNS) bertugas sebagai ketua anggota pengawal keselamatan di salah sebuah agensi. Ia disuruh menjaga & memantau kawalan anak-anak buahnya di sebuah bangunan yg jauh dari jln utama & kurang didatangi kecuali atas sebab tugasan rasmi saja. Ada 5 org anggota pengawal setiap shift dijaganya.
Si Azmi ani selalu ckp basar sebab merasa ia otai & berpengalaman. Abis anak2 baru atau org yg baru kana pindahkan di bwh kawalannya diatilnya & disakatnya. Sanak jualah anak2 buahnya ani kan ulahnya namun dorg nda luan memeduli selagi inda berlabihan & melanggar batasan.
Suatu ketika, ada anak baru kana tukar di kawasan seliaannya. Perwatakan anak baru ani lambut & mudah gigiran. Si Azmi ani malar mengatil si Maman (BNS) mcm mengajuti, meniru keulahannya yg lambut & menapuk brgnya. Si Maman ani diam saja & nda membalasi sebab andang perangainya bukan jenis pemarah & pengambil hati.
Satu mlm, dari radio talkie pusat gerakan, ada arahan utk si Azmi memastikan semua kamera CCTV di dalam bangunan atu berfungsi. Ngam giliran di Maman bertugas mlm atu. Happy rasa si Azmi ani sebab ada hiburannya kan mengatil si Maman. Awalnya, si Azmi membagi arahan utk si Maman meronda kwsn-kwsn penjuru & bilik2 di hujung bangunan atu. Bangunannya ani kira luaslah jua & lebar. Si Maman dari jam 7 mlm menerima saja arahan atu tanpa bnyk soal.
Sdh lama2 bertugas, si Azmi ani hairan kenapa si Maman ani alum balik ke pos kawalan. Diliatnya jam sdh pukul 11 mlm. "Si Maman ani ke mana ah? Escape bertugas kali? Radio talkie lagi nda dibawanya. Kan ditpun, HP nya masih dlm lacih pos ani," kata si Azmi sorg diri. Iapun mengambil keputusan utk memeriksa keadaan si Maman ani. Sungguhnya nakal menyaya org ani, si Azmi ani baik sebenarnya & bertimbang rasakan anak2 buahnya. Bila diliatnya anak2 buahnya tidur berehat utk mengumpul tenaga sebelum giliran masing2 meronda, ia memutuskan biartia sorg saja meronda ke hujung bangunan.
Sambil2nya meninjau keadaan bangunan, tiba2 terliat tia kelibat badan anak buahnya yg beruniform sandar2 di penjuru dinding ujung koridor bangunan atu. Iapun timbul akalnya yg nakal kan menyaya si Maman ani. Diaganya senyap2, bila alat semeter, ia cuma nampak bahagian kasut * bahu saja bersandar arah dinding atu. Si Azmi pun mengatur langkah & melumpati kesiring anak buahnya atu utk mengajuti.
Bilanya berdiri ngam2 berhadapanan dgn badan anak buahnya ani, diliatnya banar atu pakaian uniform dorg tapi badan yg memakai ani nada berkepala. Sajuk & lamah kakinya selajur merungkui mcm banang sekalur & pajah. Bilanya sadar, ia kana tapus mukanya dgn aing oleh anak2 buahnya di bahagian lobi. Diliatnya si Maman anipun ada jua duduk di sofa pucat mukanya.
"Tekana kita jua Enche? Aku tadipun teliat jua lembaga nda bekepala atu, masaku meronda ke ujung bangunan, tedangarku bunyi pintu bebunyi. Bila ku suluh bilik atu selajur teliatku badan lembaga atu duduk di kerusi. Nda lagi ku tebunyi selajur ku lari ke parking & masuk ke keritaku. Panik ku & dlm kerita saja ku betengkumus membawa takutku,"kata si Maman arah dorg semua.
"Sebatah ku kraja di sini, baruku kejumpaan ni gangguan ah, jara ku eh," kata si Azmi ketungkalan...
-TAMAT-
27.
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA :
KARYA :
KOD : 331002750940027
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
28.
CERITA² MISTIK MISTERI ๐ SERAM
CERITA SERAM ๐๐จ BRUNEI PAGE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the ๐๐จ HORRORZONE
HZONE ๐๐จ BLOG
TAJUK CERITA :
KARYA :
KOD : 331002750940028
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-seram-brunei-page-season1.html
Comments
Post a Comment