CERITA MISTIK, MISTERI & SERAM - SEASON 2

👁‍🗨 SERAM
➜ HZONE 👁‍🗨 BLOG
GC Special - Read Only
➜ CERITA² MISTIK, MISTERI 📛 SERAM
🔝KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
🔛KUMPULAN CERITA HANTU KISAH NYATA
🔝HIMPUNAN CERITA SERAM
🔛KISAH SERAM MELAYU 📛 BERSIRI
🔛CERITA SERAM 👁‍🗨 BRUNEI PAGE
🔛KOLEKSI VIDEO SERAM
https://chat.whatsapp.com/GkoZrWgBuObKVokhMGF8by
➜ EMAIL thehorrorzone.289@gmail.com
➜ BLOGGER / TheHORRORZONE
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/03/koleksi-cerita-seram-melayu.html
👁‍🗨 DESCRIPTION
GC ini akan di isikan dengan Koleksi Cerita Seram / Video Seram yg menarik buat bacaan & tontonan anda semua...



200. AKU DAN PERPUSTAKAAN

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : AKU DAN PERPUSTAKAAN
KARYA : NAMI
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940200
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Assalamualaikum warga the HZONE BLOG dan juga admin the HZONE BLOG. Kali ini aku nak berkongsi cerita mengenai pengalamanku dengan satu lagi hobiku, lepak di perpustakaan.
Aku ditawarkan untuk sambung belajar di salah sebuah pusat pengajian di Selangor. Bila sampai ke tempat yang ditawarkan ini, beberapa kali ku telan air liur, mana taknya, tempatnya agak terpencil walaupun di sekeliling kawasan itu berderet rumah pangsa. Dalam hati terdetik, betulkah ini tempatnya? Yang cuma ada beberapa bangunan sahaja dan suasananya suram. Akhirnya aku faham, kami cuma ditempatkan disitu untuk matriks dan 1st year degree sahaja, kemudian akan dihantar ke universiti tempatan ataupun luar negara. Course di sini juga tak banyak, kami gelarkan puak-puak yang ada di sini seperti ini; Ausmat, A Level, TESL, Jepun, dan Korea. Untuk satu batch dan course, pengambilan pun tak ramai, dalam 150 orang sahaja. Café pun ada satu, perpustakaan pun tak besar mana. Tempat tinggal dan tempat belajar di kawasan yang berbeza. Ada yang di seksyen 6 dan ada yang di seksyen 18.
Walaupun tempat tinggal dan tempat belajar agak jauh, ianya tidak menjadi masalah bagiku yang suka lepak di perpustakaan, almaklumlah bas ada disediakan. Perpustakaan di tempat belajarku agak terpencil di bahagian belakang bangunan. Bila tiada latihan softball atau kebudayaan, perpustakaanlah menjadi tempat ku menghabiskan waktuku sehingga malam. Keadaan ‘creepy’ di perpustakaan selalunya bermula dari pukul 5 petang hingga ke malam. Beberapa kejadian berlaku di sini, tetapi padaku itu lumrahlah, di mana-mana pun akan ada makhluk lain selain dari kita. Aku kongsikan beberapa darinya.
Cerita 1.
Pada suatu malam ketika hendak menyiapkan assignment yang diberi, aku dan beberapa orang sahabatku rancang untuk stay di perpustakaan sehingga perpustakaan tutup. Ketika mencari bahan assignment, aku ke bahagian arkib journal (tempat yang disiang hari dijaga oleh pustakawan, tapi bila malam tiada pustakawan yang jaga). Tempatnya agak terpencil dari tempat duduk yang ada di dalam perpustakaan. Seperti biasa bila malam, bahagian arkib itu seperti akulah yang punya, ku buka sendiri sliding door bilik itu dan mula mencari bahan yang aku perlukan. Bilik ini penuh dengan rak-rak ‘mobile’, yang perlu ditolak untuk mencari bahan bacaan. Jadi bila ditolak satu bahagian rak, bahagian lain akan tertutup.
Ketika sedang asyik menyelak-nyelak journal sambil melangkah keluar dari rak, pada langkah yang akhir tiba-tiba rak di belakangku tertutup, dihempas kuat bunyinya. Melompat sedikit aku ke depan. Hairan, perkara itu tak pernah terjadi. Nasiblah rak itu tertutup ketika aku sudah keluar, kalau tak, berkemungkinan besar aku akan tercedera. Hati masih tak puas lagi, aku letak journal di atas tangga bergerak yang ada (tangga yang memudahkan untuk mencapai journal di tingkat atas). Aku cuba gerak-gerakkan rak tersebut.
Tak puas hati sebab tak pernah kejadian seperti itu berlaku. Sedang leka meneliti rak-rak itu, dua coursemates ku datang bertanyakan tentang bunyi yang kuat itu. Mereka ingatkan aku mengamuk sebab tak jumpa bahan yang aku cari. Ku terangkan kejadian yang baru sahaja berlaku kepada mereka, mereka pun cuba untuk menggerakkan rak tersebut,
“Tak logik akal eh Nami. Banyak kali cuba, benda ni takkan terhentak kuat,” Ida sampai tertunduk-tunduk untuk lihat di bawah rak.
“Tu lah pasal..” aku juga ikut sama tertunduk-tunduk. Nia yang ikut sama dengan Ida tadi hanya memerhatikan sahaja kami.
“Eh korang..” tiba-tiba Nia bersuara. Kami segera bangun dan berpaling kepadanya.
Cantik sahaja kami berbuat begitu, rak itu bergerak pantas tertutup seperti dihempas. Kali ini kami bertiga serentak menjerit.
“Nasib kau panggil, Nia.. kalau tak kepala kitorang tersepit kat rak tu,” Ida mengurut dadanya.
“Aku panggil sebab tiba-tiba rasa macam ada benda belai belakang aku..” pucat muka Nia.
“Ah.. sudah..,” segera Ida menarik tangan aku dan Nia untuk tinggalkan ruang arkib itu.
“Jap..jap..” aku tarik semula tanganku bila teringatkan journal yang ku letak di atas tangga tadi.
Tiada. Terpaku aku sekejap.
“Kau dah kenapa ni?” soal Ida.
“Tadi ada journal aku letak kat atas tangga ni..” jawabku.
“Dari kitorang masuk tadi takde apa-apa pun kat situ,” Nia pula bersuara.
Kali ini dia yang menarik tangan kami kuat untuk berlalu dari situ. Sempat aku menjeling ke arah bilik arkib semasa ditarik Nia, ada kelibat putih sedang duduk di atas rak-rak itu. Tak dapat nak tengok dengan lebih jelas kerana Nia menarik tanganku untuk berjalan dengan lebih laju.
Bila kami tiba ke meja kami, Wiz, seorang lagi coursemate yang ikut sama untuk buat assignment sedang lena tidur. Disisinya cantik terletak journal yang ku letak di atas tangga.
“Eh.. nilah journal yang aku letak kat tangga tadi,”berkerut dahiku.
“Bukan kerja Wiz ni.. ambil journal kau ni.. dari tadi masa kitorang tinggalkan dia, dia tidur.. penat main badminton dia cakap,” kata Nia berbisik.
“Hmmm.. ada yang nak membantu aku tapi dalam masa yang sama nak bergurau,”kata hatiku.
Cerita 2.
Semasa kami di tahun akhir matriks, perpustakaan diubah suai (dibesarkan). Dalam proses pengubahsuaian itu ada berlaku satu kemalangan. Dinding perpustakaan yang sedang dibina runtuh. Kuat sungguh bunyinya, kami yang berada di dalam kelas ketika itu berlari keluar. Seorang pekerja kontrak meninggal dunia kerana dihempap dinding tersebut. Kelas serta merta dibubarkan kerana lecturer kami turut ke tapak pembinaan untuk membantu mengalihkan dinding batu-batu yang runtuh itu. Kami cuma dibenarkan melihatnya dari jauh. Keesokkan harinya, lecturer kami memberitahu, mangsa bukan sekadar dihempap dinding, kepalanya juga turut tertusuk besi panjang.
Tak lama selepas itu perpustakaan siap diubah suai, tetapi waktu operasinya berubah, sehingga ke pukul 5 petang sahaja. Agak menyusahkan kami untuk membuat assignment. Setelah dirujuk perkara ini ke head of programme, barulah waktu operasi perpustakaan kembali seperti biasa, tetapi tak semua bahagian dibenarkan masuk. Ada dinding cermin dari kawasan arkib ke bahagian belakang yang baru dibuat. Tempat itu akan dikunci bermula dari jam 5 petang. Bila ku tanya pada pustakawan, jawabnya besar sangat nak jaga sampai malam, cukup-cukuplah kawasan depan ni untuk study. Buku-buku yang ada dalam tu pun buku-buku lama katanya.
Sehinggalah pada suatu malam, aku sedang mencari buku di rak yang berhampiran dengan dinding kaca yang memisahkan perpustakaan baru dan lama. Tiba-tiba kedengaran seperti bunyi orang mengetuk-ngetuk dinding tersebut. Perlahan-lahan aku intai ke arah itu. Rupanya ada seorang student sedang menekap mukanya ke cermin itu sambil mengetuk cermin. Cari nahas betul.
Aku tak pergi dekat padanya, jarak antara kami ketika itu adalah dalam tiga meter (ku undur sedikit ke belakang dari rak tempat ku intai). Kenapa ku undur? Kerana di sebalik dinding kaca yang budak ni lekapkan mukanya, berdiri satu makhluk yang sedang merenung gelagatnya dengan muka penuh kemarahan. Bajunya penuh berhabuk dan ada besi yang melintang menyucuk kepalanya. Pemandangan yang di luar jangkaanku, sebab sudah agak lama juga aku tak nampak benda-benda sebegini selepas seorang coursemate ku bawa aku berjumpa pakciknya untuk tutup mata batinku.
“Wei.. budak.. kau buat apa kat situ? Jangan mengarut boleh tak?” aku cuba memanggil student tu supaya berhenti menekapkan mukanya di cermin dan berhenti mengetuk cermin itu.
“Kak..”dia toleh padaku.
“Ada benda tau kat dalam sana. Aku cari buku kat rak tepi ni, asyik dengar dia ketuk dinding kaca ni aje,” ketika ini dia sedang berdiri menghadapku. Syidi, junior aku rupanya.
“Yang kau layan, lepas tu sampai lekapkan muka kat cermin kenapa?” soalku.
“Sebab aku tak nampak apa-apa pun kak,” balasnya sambil tangan kirinya kembali mengetuk-ngetuk kembali dinding kaca itu.
Kali ini makhluk itu mungkin geram dengan tindakan Syidi, dia merapatkan diri ke dinding kaca itu, badan dan kepalanya yang tertusuk besi itu dilaga-lagakan ke dinding kaca, bergegar jadinya dinding itu. Terkejut Syidi, segera dia berlari ke aku.
“Nampak tak dinding tu bergegar kak?” soalnya.
Aku hanya mengeluh dan menyuruhnya meninggalkan tempat itu.
Sejak dari itu, aku sering ternampak makhluk itu berlegar-legar di hadapan pintu dinding kaca tersebut, tapi ku biarkan sahaja. Kadang-kadang bila ternampak student duduk bersandar pada dinding kaca itu di waktu malam sambil membaca buku, cepat-cepat aku akan meminta mereka beralih ke meja yang disediakan, kalaulah mereka nampak makhluk yang sama duduk dibelakang memerhatikan mereka, mahu pengsan rasanya nanti.
Cerita 3.
Aku selalu juga ke bahagian perpustakaan yang baru pada waktu percuma di siang hari. Seperti yang dikatakan oleh pustakawan, bahagian baru dibelakang menempatkan buku-buku lama. Aku suka baca buku-buku lama sebab bila selak bukunya, helaian kertas buku itu ada bau yang sedap padaku. Hehe. Di ruangan ini tak ramai orang yang ada, kerana buku-buku terkini semuanya ada di bahagian perpustakaan lama dihadapan. Ketika itu aku berada di kawasan buku melayu klasik, mencari buku Hikayat Amir Hamzah.
Seperti biasa, raknya bercantum depan dan belakang, jadi jika ada orang yang sedang mencari buku di rak depan, kita akan perasan keberadaan orangnya. Jadi ketika aku sedang mencari-cari buku yang dihajati, terperasan ada juga pergerakkan di rak bertentangan denganku. Bila ku capai buku yang tersusun, orang itu pasti turut serta ambil buku di rak hadapanku, sama pula kedudukan buku itu. Pada mulanya aku rasakan perkara ini kebetulan, tetapi bila sudah masuk tiga buku keadaannya sama, aku mula curiga.
Sengaja aku selak-selak helaian buku yang ku pegang, tempo selakannya ku buat secara rawak, sekejap laju, kemudian perlahan, eh… sama dan tak ada silap pula rentak dia mengikut selakkanku. Segera aku meletakkan buku kembali ke rak, terasa hujung buku kami berlaga apabila ‘dia’ juga meletakkan buku di rak hadapan. Kemudiannya aku nekad, aku akan berjalan sehingga ke hujung rak sambil menepuk-nepuk deretan buku di rak, sengaja berbuat begitu, agar ku pasti ‘dia’ ada mengikut ku dan telahan ku betul, bunyi dan getaran buku ditepuk juga ada dari rak hadapan itu.
Semakin dekat di penghujung, rasa semakin berdebar, tetapi kerana perasaan ingin tahu, geram tapi dalam masa yang sama takut lebih menguasai diri, aku cuba berlagak tenang. Apabila tiba di penghujung rak, secepat yang boleh ku berpusing menghadap ke rak hadapan. Dalam hati memang nekad, nasiblah apa yang ada di hadapan, kalau orang biasa, pastinya dia takkan sempat lari, dan jika bukan orang dan ‘dia’ jelmakan diri depanku, ku hadap ajelah. Apa yang ada di hadapanku ketika itu?
Alhamdulillah, tiada apa-apa, kosong. Tiada orang mahupun makhluk lain. Aku mengurut-urut dada dan beristigfar. Apabila aku mengundurkan diri beberapa tapak ke belakang, tiba-tiba beberapa buku dari rak di hadapanku jatuh bertaburan seperti di tarik. Kali ini aku tak tunggu, terus aku jalan tinggalkan tempat tersebut.
Jika ada yang tertanya-tanya, kenapa aku tak mengendap sahaja siapa yang berada di rak hadapan itu dari celah-celah buku, jawapannya kerana aku tak mahu nampak mata yang lain juga mengendapku. Ye.. aku juga tahu takut, hahaha!! Kerana bab mata bertentang mata dengan entiti ni tak seindah bab mata bertentang mata dengan orang yang kau sayang. Cukuplah pernah sekali ku intai ‘dia’, ‘dia’ pun balas intai dulu.
Cerita 4
Adat zaman study, assignment memang melambak. Yang menyeronokkan buat assignment ni, bukan sahaja dalam bentuk helaian yang berpuluh-puluh, tetapi juga bila perlu buat lakonan, exhibition, public speaking, dan juga drama radio. Pengalaman yang tak dapat dilupakan sewaktu rakaman drama radio. Di fakulti kami tiada studio rakaman, yang ada studio hanyalah di fakulti A Level, itu pun cuma satu dan terpaksa menunggu giliran rakaman. Setelah skrip lulus dan sound effect (dulu buat sendiri bunyi yang nak digunakan) diluluskan oleh lecturer, barulah kami boleh book studio rakaman.
Terkena pula waktu yang available Khamis malam Jumaat. Sebenarnya grup aku boleh buat siang, tetapi dek kerana termakan pujukan housemates yang dapat malam, maka grup aku pun switch dengan grup lain yang dapat malam, jadinya kami serumah akan masuk studio rakaman pada waktu malam.
Rakaman grup kami dibuat selepas maghrib, selepas beberapa kali buat barulah semua berpuas hati, bila masuk giliran grup housemates, jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Memandangkan aku bosan di dalam studio, ditambah pula dengan bau kaki dan stoking yang mengembangkan lubang hidung dan tekak, ku mengambil keputusan untuk ke perpustakaan.
Jarak di antara perpustakaan dan fakulti ini tidaklah berapa jauh, dalam 10 minit perjalanan. Sepanjang perjalanan tiada apa-apa yang berlaku walaupun pemandangan persekitaran agak menyeramkan (aku tak tahu idea siapa tanam pokok beringin di sekitar fakulti A Level dan TESL ni.. siap akar bergayut-gayut dan batang pokok yang menyeramkan).
Apabila tiba di perpustakaan, aku terus ke bahagian multimedia, mahu menggunakan komputer untuk check email ku. Di sini tak banyak komputer yang disediakan, semua komputer menghadap empat penjuru dinding, lima di setiap penjuru. Tak ramai orang yang menggunakan komputer sewaktu aku tiba, lima orang sahaja. Aku memilih untuk menggunakan komputer di sebelah pintu masuk bilik multimedia, senang untuk nampak housemate ku bila mereka sudah habis rakaman (aku pesan untuk panggil aku di perpustakaan bila habis rakaman).
Sedang asyik membaca dan menyemak email ku, tiba-tiba ada mesej yang masuk di skrin komputerku,
“Lama tak nampak, saya tunggu awak lama”
Terkejut juga aku bila mesej itu masuk. Ku toleh ke belakang dan melihat umat-umat yang ada di dalam bilik itu. Bila ku lihat masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing, aku pun memutuskan mungkin salah seorang dari mereka ini ingin bergurau denganku, almaklumlah, sama-sama tengah bosan dan stress siapkan assignment.
“Jangan toleh belakang,nanti nampak saya”
Eh.. keluar lagi mesej ini. Aku sekadar padamkan mesej itu dari skrin komputerku. Malas nak layan cara berkenalan yang semacam ini.
“Awak”
Keluar lagi mesej dari entah siapa ini, mengganggu aku yang sedang membaca email dari lecturer ku.
Ku padam mesej itu.
“Awak”
“Awak”
“Awak”
Itulah berulang kali yang keluar setiap kali aku padam mesejnya. Aku geram juga akhirnya, apabila mesej terkini masuk, aku tak padamkannya, tetapi cepat-cepat aku toleh ke belakang, tapi skrin setiap yang ada disitu tertera kerja-kerja yang sedang mereka buat. Tapi orang yang ada di dalam bilik bersamaku tadi kurang seorang, mustahil aku tak perasan dia keluar kerana aku betul-betul duduk di tepi pintu. Tak puas hati, aku pergi dan bertanyakan hal itu kepada orang yang duduk bersebelahan dengan tempat yang sudah tak berpenghuni itu.
“Mana budak perempuan yang duduk sebelah awak tadi?”
Berkerut muka orang yang ku sapa tu.
“Mana ada orang, saya sorang-sorang dari tadi,” balasnya. Aku dijeling tajam.
Ah.. sudah.. tadi ada seorang perempuan duduk bersebelahan dengannya.
Hati makin tak sedap, aku kembali ke tempatku, sekali lagi aku pening, segala mesej yang dihantar terdahulu tiada, seolah-olah ku tak pernah terima sebarang mesej. Nak kata aku berhalusinasi, atau bermimpi, tak mungkin. Aku check bahagian history, tiada juga. Segera aku tutup komputer dan berlalu keluar dari perpustakaan, tengah tiada mood nak layan perkara-perkara mistik ni. Tetapi masa tolak pintu keluar library, abang pustakawan itu tegur,
“Tak tunggu sampai library tutup harini? Mana kawan yang datang saing tadi?”
“Kawan?” soalku.
“Ha’ah, kawan yang ikut belakang kau tadi. Dari maghrib tadi dia berdiri tepi pokok tu, abang ingat kenapalah sanggup berdiri aje kat situ, rupanya dia tunggu kau eh? Tapi nampak pula dia jalan eh, kalau abanglah.. dengan rambut tutup muka, jalan tunduk macam tu, memang tak nampak jalan. Lagilah malam macam ni.”
Tersenyum kelat aku dengar kata-kata abang pustakawan tu. Terbantut niat nak berjalan semula ke studio. Terus aku lepak di tepi kaunter perpustakaan.
“Err.. tu bukan orang eh?” soal abang pustakawan tu.
“Bukan bang..” jawabku. Kali ini muka dia yang berubah pucat.
Begitulah antara pengalaman ketika menghabiskan masa di perpustakaan ketika zaman belajar dulu. Mungkin tak seseram mana pun, tetapi cukup untuk membuatkan hati ku berdegup kencang, peluh segala jenis jantina merecik keluar..
-TAMAT-

201. DENDAM

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : DENDAM
KARYA : KYNA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the HORRORZONE
HZONE BLOG
KOD : 002750940201
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Pertama sekali aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca the HZONE BLOG dan juga admin. Kisah yang aku nak sampaikan di sini berkenaan abang aku dan keluarga aku. Aku ingin memberitahu apa yang telah kami lalui sebelum ini. Semuanya berkaitan dengan “Santau”.
Kisahnya bermula pada tahun lepas, sebulan sebelum menjelangnya puasa. Abang aku secara tiba-tiba mengalami sakit bengkak kaki seperti orang yang terkena penyakit buah pinggang bocor. Ahli keluarga aku ada membawa abang aku ke hospital untuk bertemu doktor dan untuk pengesahan penyakit yg dihidapinya. Malangnya doktor mengesahkan abang aku tidak mempunyai apa-apa penyakit.
Abah aku adalah seorang pengamal perubatan manakala emak ku adalah seorang ustazah. Sedikit sebanyak mereka tahu berkenaan penyakit misteri yang dihidapi oleh abang aku. Sudah pastinya berkenaan alam mistik. Abah aku pernah mencuba beberapa kali untuk mengubati abang aku. Namun takdir tuhan, penyakit abang aku tidak juga sembuh. Sebagaimana yang kita sendiri tahu, jika ahli keluarga kita adalah seorang pengamal perubatan dan kita meminta dia untuk mengubati kita, belum tentu akan serasi. Jadinya, tidak ada sebarang perubahan berkenaan penyakit abang aku.
Tibalah masa untuk umat islam menyambut puasa. Sepanjang bulan ramadhan tersebut abang aku tidak menunjukkan sebarang sakit yang teruk melainkan kakinya yang semakin membesar. Kami cuba lagi ikhtiar dengan memanggil beberapa pengamal perubatan yang lain tetapi tiada seorang pun yang boleh membantu mengurangkan penyakit yang dihidapi abang aku. Bukan dengan izin tuhan lagi untuk abang aku sembuh. Kebanyakan pengamal perubatan yang pernah untuk mengubati penyakit abang aku semuanya mengatakan bahawa abang aku telah diganggu dengan makhluk seperti burung.
Iya… Sebelum ini kami sekeluarga pernah terjebak dengan aktiviti memikat burung dihadapan rumah aku. Kami cuma memikat burung merbah. Selama ini pun kami selalu memikat burung merbah. Jadinya kami tak pernah terfikir bahawa memikat burung akan menyebabkan kecelakaan dan bencana. Jadi, selepas kami mendapat kefahaman dengan apa yang berlaku, kami sekeluarga cuba untuk memulangkan apa yang pernah kami ambil atau yang pernah kami gunakan semasa memikat burung seperti sangkar burung, jaring, dan juga tali.
Mana-mana burung yang masih hidup pun kami telah lepakan kencuali burung-burung yang sudah kami sembelih untuk dimakan tu, kami tak boleh nak buat apa lah. kami cuma takut andai salah satu burung tersebut adalah jelmaan. Iyalah, walaupun pemikiran sedikit kekampungan tetapi kami masih percaya bahwa wujudnya makhluk lain di atas muka bumi ini selain manusia. Tapi cara tersebut masih tidak menampakkan hasil yang abang aku akan sembuh.
Tibalah pada malam raya, abang aku masih dengan kakinya yang besar. Tetapi dia masih boleh berjalan walaupun harus menggunakan tongkat sebagai pengampu untuk dia berjalan. Bahagianya kami kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut lebaran bersama-sama.
Tetapi bahagianya hanyalah untuk seketika. Bermulanya pagi hari raya yang pertama, abang aku sudah tidak mampu berjalan. Dia seperti lumpuh. Tidak boleh menggerakkan kakinya walaupun sedikit. Bermulalah detik kami sekeluarga dilanda badai.
Setiap malam dia akan menjerit dan seperti orang yang sudah mahu m**i. Suaranya dan nafasnya seperti kerbau atau lembu yang sedang disembelih. Pada mulanya kami menyangkakan yang ajalnya sudah hampir tiba. Tetapi perkara ini hanya berlarutan bermula pada pukul 1 pagi sehingga 3 pagi. Selepas itu keadaannya kembali normal seperti sediakala.
Lupa aku nak beritahu, kaki abang aku sembuh dan kembali kecil pada hari pertama raya. Mulanya, kami berasa gembira, tetapi perkhabaran yang abang aku lumpuh telah merenggut semuanya. Kami sekeluarga terlalu tertekan dengan kejadian yang menimpa abang aku.
Pernah ada 1 malam tu, di mana anak-anak abang aku pulang ke rumah aku untuk menjenguk abahnya. Lupa aku nak beritahu kepada semua, abang aku tu seorang duda dan mempunyai 4 anak bersama bekas isterinya. 3 masih bersekolah dan seorang lagi sudah berkerja. Yang sulung itu bekerja setempat dengan aku. Jadinya, dia boleh menguruskan abahnya dengan lebih mudah kerana aku selaku ibu saudara merangkap supervisornya boleh memahami keadaan yang dialami oleh abahnya. Senang untuk aku memaklumkan kepada pihak atasan nanti.
Kami bergilir-gilir untuk menjada abang aku. Sehinggalah 1 malam tu, abang aku tidur bersama anaknya yang bongsu. Tiba-tiba dia mendengar sesuatu benda yang besar dan berat telah jatuh ke atas rumah kami. Saat itu, abang aku yang seorang lagi pun ada dan tidak tidur kerana menonton television. Aku namakan abang aku yang seorang lagi ni sebagia Ayie. Bermulalah detik di mana mereka bertiga mendengar dengan jelas perkara tersebut.
Apa yang Ayie sampaikan kepada aku, mulanya “benda” tu cuma jatuh ke atas atap. Kemudian mereka buat seperti tidak ambil kisah sahaja. Pada pemikiran mereka mungkin buah yang telah dibawa oleh burung jatuh ke atas atap. Tetapi tiba-tiba mereka bertiga terdengar bunyi suara yang sangat garau dan menggerunkan telah menjerit memanggil nama abang aku yang sedang sakit. Aku namakan abang aku yang sedang sakit tu sebagai Atan. Sebanyak tiga kali suara itu memanggil abang aku. Alangkah takutnya Atan, Yie dan anak Atan mendengarkan suara tersebut.
Tiba-tiba “benda” yang berada di atas rumah aku tu berjalan. Bunyinya seperti mengheret besi yang tajam. Ataupun bunyi kuku kakinya. Mereka pun tak pasti bunyi apa sebenarnya yang sedang berada di atas atap rumah aku. Malangnya aku dan ahli keluarga yang lain langsung tidak mendengar apa-apa bunyi pada malam kejadian. Iya lah, tidur matilah katakan. Lebih Kurang dalam pukul 4 pagi semuanya kembali hening.
Bermula dari kejadian ini, semakin banyak kejadian-kejadian pelik yang terjadi dan yang kami hadapi. Keadaan Atan semakin tidak terurus walaupun kami sentiasa menguruskan makan, pakai, dan segala kemudahan dia. Atan semakin kurus walaupun setiap hari dia makan banyak. Kami pun buntu dan tidak tahu apa yang harus kami lakukan lagi. Pada suatu pagi, saat aku tengah bersiap-siap mahu pergi kerja lebih kurang dalam pukul 5.30 pagi, tiba-tiba aku mendengar anak atan yang sulung yang aku gelarkan disini sebagai Fiz telah menjerit memanggil emak, abah, kakak dan abang aku untuk sama-sama melihat atan.
Ya Allah, terkejutnya kami bila saat Fiz membuka pampers yang dipakai oleh Atan, tiba-tiba kulit belakang badan Atan telah tercabut dan jatuh sehingga menampakkan tulang belakang dia yang berwarna putih. Tetapi, yang peliknya Atan langsung tidak menjerit kesakitan. Logik akal, jika sudah berlubang belakang badan seorang manusia, mustahil dia tidak akan menjerit kesakitan. kami bertanya kepada atan perihal tersebut, namun dia mengatakan belakangnya cuma berasa gatal. Dan, pada pagi tersebut juga Atan sudah tidak mengenali kami lagi. Semua orang dia tidak kenal. Termasuk anak dia sendiri. Dia cuma tersenyum, bercakap dan berperangai seperti budak kecil.
Bermula saat itu, setiap hari dia akan bertanya dengan semua orang, “kamu siapa?”
Allahu… Dia sudah tidak ingat dengan semua benda yang terjadi. Dia seperti bukan dirinya. Sampaikan ada 1 pagi aku mahu mandi untuk bersiap pergi kerja. Saat aku lalu di depan TV menghala ke dapur di mana tempat akan dibaringkan dan ditempatkan, tiba-tiba dia boleh bertanya dengan aku, “siapa tu?”
Terkejutnya aku. Tak tidur lagi dia rupanya. Aku pun cuma jawab, “ini Ina…”
Boleh kamu bayangkan bila dia cakap, “fuhh! ingatkan hantu tadi. Hari-hari hantu lalu.”
Bayangkanlah apa perasaan aku saat tu. Allah sahaja yang tahu. Sudahlah subuh hari, dengan percakapannya lagi seperti itu.
Maaf pembaca sekalian, aku ada sedikit kerja yang ingin diuruskan. Tapi aku janji akan menghabiskan cerita yang aku ingin sampaikan ini dihari yang lain. Apa-apa pun, cubalah kaitkan cerita ini dengan “DENDAM”..
-TAMAT-

203. RAHSIA HUJUNG KAMPUNG 

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : RAHSIA HUJUNG KAMPUNG
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the HORRORZONE
HZONE BLOG
KOD : 002750940203
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Bila situasi tegang dapat diamankan, secara diplomasi Andi Kamarool menceritakan secara terperinci tentang apa yang saya alami malam tadi. Dan Andi Kamarool juga menceritakan bagaimana dirinya terbabit dalam kejadian itu.
“Memang sudah ditetapkan, Tamar seorang saja berdepan dengan pengawal rumah. Tetapi, semasa dia mahu menghubungi penunggu rumah secara ghaib, tiba-tiba saja dia seperti kena rasuk dan terus balik ke rumah. Dia kejutkan aku suruh sembahyang subuh, katanya hari sudah siang. Pada hal masa itu baru pukul dua pagi,” Andi Kamarool mengulangi kisah yang saya lalui menjelang subuh.
“Kemudian apa terjadi?” Mia kelihatan tidak sabar.
“Aku tenteramkan perasaannya. Kemudian aku ajak dia kerumah batu lama. Masa aku dan Tamar mahu mengelilingi rumah batu lama, kami bertembung dengan Kak Sun. Dia menunggu kamu di pintu belakang” sambung Andi Kamarool.
“Tunggu aku? Kenapa dia tunggu aku?”
“Iya, tunggu kamu selesai hiaskan diri,”
“Hias diri? Mahu kemana?” Mia seperti merungut.
“Nak pergi ke kubur di bawah pokok buluh. Kejadian selanjutnya seperti apa yang Tamar sebutkan tadi. Tak payahlah aku ulangi lagi, nanti kau marah pula Mia,” Andi Kamarool berhenti bercakap. Dia menelan air liur.
“Ohhhhh…..,”
Mia seperti terkejut dan tidak mahu meneruskan kata-kata. Saya dan Andi Kamarool berpandangan. Nyanyian beburung pagi, di luar rumah, tidak menarik perhatian kami berdua, Mia menundukkan muka, merenung lantai.
Hampir lima minit berlalu, tiada sepatah perkataan yang terungkap dari mulut kami bertiga (Mia,saya dan Andi Kamarool). Suasana dalam ruang terasa amat sepi sekali.
Kalau ada jarum yang jatuh dapat didengar. Mia masih merenung lantai. Entah apa yang bermain dalam tempurung kepalanya. Entah apa tindakan selanjut yang bakal dilakukan Mia? Apakah kemarahannya akan meletup dengan tiba-tiba. Mungkinkah dia akan menafikan apa yang dialaminya? Semua berkecamuk dalam kepala saya.
“ Andi, Tamar .”
Serentak saya dan Andi Kamarool mengarahkan biji mata kewajah Mia. Perasaan saya tersentuh melihat air jernih bertakung di kelopak matanya dan mengalir membasahi cerun-cerun pipi. Kedua belah sayap bahubergegar menahan sedu.
“Kenapa nangis, Mia?” tanya saya.
“Aku tak buat perkara yang kamu sebutkan tadi, Tamar.”
“Tapi, aku tengok dengan mata kepala aku sendiri. Kamu melakukan nya Mia.”
“Susah nak aku jelaskan, Tamar.”
Saya segera merenung muka Andi Kamarool. Dengan memberi isyarat mata, saya minta Andi Kamarool membantu.
“Lupakan semua yang berlaku Mia,” Andi Kamarool cuba menenangkan keadaan. Dengan jari-jemari kanan, Mia mengesat air mata yang mengalir lembut di pipi.
“Inilah masaalah yang aku hadapi. Beberapa orang pekerja pernah melihat aku berjalan malam, sedangkan aku tidak melakukannya. Ada macam-macam cerita yang menakutkan tentang aku. Padahal aku tak buat perkara macam itu,” Mia menangis tersedu.
Bagi mengatasi situasi tersebut, Andi Kamarool memperlihatkan kematangan dan kesabarannya. Dia berjaya menjalankan peranannya dengan baik sekali, penuh sopan dan kelembutan. Tangisan Mia berjaya dileraikan.
“Kak Sun tak pernah cerita apa-apa kepada kamu ?” Tanya Andi Kamarool sesudah Mia berjaya mengawal perasaannya.
“Tak pernah,” Mia gelengkan kepala.
“Sedikit pun dia tak pernah cerita?” saya mencelah.
“Dia cuma kata…” Mia tidak meneruskan kata-kata. Saya dan Andi Kamarool tidak mendesak. Kami ambil jalan mudah, kalau Mia meneruskan cerita kami bersyukur. Kalau dia tidak mahu, kami tidak akan memusuhinya.
“Dia cuma beritahu, pada malam tertentu dia akan membawa aku ke satu tempat,” kami agak terkejut, bila Mia bersedia menyambung cerita yang terputus, “ perkara begini memang sudah lama dilakukannya,” sambung Mia dengan nada suara yang terputus-putus.
Bila didesak, dia cuma kata ” Begini, lupakan saja perkara itu. Aku memang mengharapkan kedatangan kamu berdua supaya dapat mengatasi masaalah yang aku hadapi,” Mia buka rahsia diri.
“Haji Basilam tahu hal ini?” Andi Kamarool cungkil rahsia.
“Tak tahu, Cuma Kak Sun seorang saja yang tahu”
Saya dan Andi kamarool termenung panjang mendengar cerita Mia itu. Semuanya serba menyulitkan.
BERNAUNG
Kami tidak boleh lagi bernaung di rumah papan. Kami harus berangkat. Semua yang kami buru semakin jauh. Semua usha yang dilakukan sering berdepan dengan kegagalan. Tetapi, bila kami fakir tentang nasib Mia, rasanya tidak sampai hati untuk membiarkan dia sendirian menghadapi masaalah yang sungguh kusut itu.
“Begini saja Mia, jangan susah hati,” Andi Kamarool cuba memujuk, “ bila kami sampai di Sungai Penuh nanti, semua yang terjadi kami sampaikan kepada Haji Basilam dan datuk Tamar. Barangkali mereka boleh menolong.”
“Tapi….” Mia menelan air liur.
“Aku tahu, kamu merasa serba salah kerana masaalah tu tak pernah kamu ceritakan pada Haji Basilam ayah angkat kamu.” Tambah Andi Kamarool.
Diluar sinar mentari kian keras, suara nyanyian beburung kian kurang. Tetapi, jeritan ungka di kaki bukit masih kedengaran sekali-sekala.
“Jadi, kamu berdua nak berangkat petang ni juga?” Biji mata Mia silih berganti menatap wajah saya dan Andi Kamarool. Dia bagaikan mohon simpati dan pertimbangan yang sewajarnya.
“Iya,” serentak kami berdua
Mia segera menundukan kepalanya, merenung lantai. Angin pagi yang bertiup agak perlahan, menyentuh kulit pipi saya.
“Begini saja Andi, Tamar,” Mia menganggukkan kepala. Sepasang anak matanya yang lembut memanah wajah saya dan Andi Kamarool. Tentu, ada sesuatu mahu diperkatakannya, fikir saya.
“Apa dia Mia, cakaplah,” kata saya sambil menggosok-gosok bibir yang tidak gatal. Andi Kamarool merenung kosong ke luar melalui jendela yang terdedah. Awan gemawan yang lembut, kelihatan bergerak perlahan-lahan.
Mia senyum pendek. Wajah saya direnung, mungkin nada suara lembut yang saya ungkap sebentar tadi, memberi petanda optimis kepadanya.
“Begini saja Tamar, kau dan Andi tidur semalam lagi disini. Pagi esok lepas sembahyang subuh kau orang bertolak, secara kebetulan pula subuh esok si Mandur nak bawa pala, cengkih dan hasil kebun yang lain ke Sungai Penuh. Kamu berdua boleh tumpang dia, naik lori.”
“Apa fasal kamu beria-ia sungguh menahan kami supaya bermalam bermalam semalam disini?” tanya saya, “kamu nak suruh kami cari pengawal rumah batu lama tu, Mia.”
Mia menarik nafas dalam-dalam. Ekornya menjeling tajam ke arah suasana di luar menerusi jendela yang terbuka luas.
“Aku tidak berniat macam tu. Bila kamu bertolak pagi esok, malam ini boleh aku sediakan nasi lemak atau pulut untuk bekal kamu berdua.”
BIBIR
“NIAT kamu baik Mia. Tapi, sulit untuk kami,” balas saya.
Andi Kamarool anggukkan kepala. Setuju dengan apa yang saya luahkan. Tidak ada tindak balas dari Mia. Suasana dalam rumah papan lama terasa bungkam sekali.
Beberapa saat berlalu begitu saja. Tiada suara tiada bicara. Tiga insan dengan tiga persoalan yang berlainan. Mia segera saya jeling. Apakah tindakan selanjut yang bakal dilakukan
Perlahan-lahan dia membasahkan kedua belah kelopak bibirnya dengan lidah. Dia bagaikan kecewa dengan ungkapan yang saya luahkan. Andi Kamarool mengosok-gosok lantai papan dengan telapak tangan kirinya. Saya tak tahu kenapa Andi berbuat demikian. Tetapi, apa yang pasti, dia sedang memikirkan sesuatu.
“Apa yang sulit tu Tamar?” satu kejutan dari Mia. Dia minta sebuah kepastian, “ aku fakir perkara itu tak sulit dan menimbulkan masalah. Cuma semalam sahaja, demi kebaikan kamu berdua.” sambungnya tanpa memberi peluang untuk saya menindih hujah yang diajukan. Tindakannya yang pantas , membuat saya hilang tumpuan. Saya bagaikan tergamam.
“Kalau itu hajatkau Mia, biarlah kami bermalam lagi disini. Subuh esok kami bertolak ke Sungai Penuh dengan lori pengangkutan barang,” lagi sekali saya mengalami kejutan.
Andi Kamarool memberi kata putus tanpa berunding dengan saya. Ini sudah keterlaluan, saya perlihatkan rasa tidak puas hati dengan menumbuk lantai papan. Mia terperanjat.
“Jangan mudah naik darah, Tamar!”
Andi Kamarool jegilkan biji mata. Air mukanya berubah menjadi keruh.
“Humm…,” saya mengeluh.
“Aku kira kamu setuju. Demi kebaikan kita berdua dan persahabatan dengan Mia, apa salahnya kita tunaikan permintaannya,” bahu kanan saya segera ditepuk oleh Andi Kamarool, sinar matanya tidak sekeras tadi. Penuh kelembutan meminta simpati. Tindak-tanduk Andi Kamarool itu membuat saya berada dalam keadaan serba salah.
“Kamu setuju, Tamar!” Andi Kamarool bagaikan memaksa.
Saya terus membisu. Sukar untuk saya membuat keputusan. Kalau saya setuju, secara langsung memperlihatkan ketidak tegasan saya pada Mia. Kalau saya menolak, mungkin hubungan saya dengan Andi Kamarool kurang baik.
“Katakan yang kau setuju Tamar,” sungguh mengejutkan bila Andi Kamarool mengungkapkan kembali kata-kata itu dalam keadaaan berbisik.
Demi persahabatan, saya anggukan kepala. Keriangan terpancar diwajah Andi Kamarool. Tetapi, jauh disudut hati saya, berbunga perasaan kurang senang terhadap rakan karib yang pandai membuat keputusan sendiri, tanpa mahu berunding.
“Terima kasih Tamar,” Mia renung saya.
“Berikan terima kasih tu pada Andi.”
“Kamu marah lagi, Tamar” sahut Andi Kamarool.
“Tidak,” kata saya tenang .
“Malam ni, kami mahu tidur saja, kami mahu rehat, tak mahu cari dan tak mahu fakir tentang penjaga rumah batu kamu,” sambil menggeliat Andi Kamarool mengeluarkan ingatan. Anak matanya terpaku ke wajah Mia.
‘Aku tidak mengharap perkara itu,”
“Jadi kamu mahu kami berehat,” saya mencelah.
“Memang itu yang aku harapkan,” tingkah Mia.
Ternyata Mia tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya. Harapannya berhasil menjadi kenyataan. Namun begitu, sebagai manusia hati kecil saya disulami dengan pelbagai persoalan. Macam-macam saya fikirkan. Mungkin”bekal” yang diucapkan oleh Mia itu mempunyai maksud tertentu. Mungkin budi yang mahu dihulurkan adalah perangkap untuk kami.
“Mia,” lagi sekali anak matanya saya tenung.
“Kenapa Tamar? ”
“Kamu ikhlas mengajak kami,”
“Iya,” angguk Mia.
Saya tidak meneruskan pertanyaan. Dalam senyum, anak matanya yang jernih berada dalam anak mata saya. Saya merasakan ada keikhlasan dan kejujuran dalam kolam mata Mia.
“Kamu berdua sangsi dengan aku?”
“Kenapa kamu cakap macam itu Mia,” sampuk Andi Kamarool gugup.
“Renungan Tamar, lain macam aje, “ balas Mia.
Kali ini renungan ditumpukan ke wajah Andi Kamarool yang sejak tadi cuma pasangkan telinga saja. Kenapa dia tak mahu pandang aku? Timbul pertanyaan dalam hati.
“Aku juga merasakan macam tu, gerak geri Tamar penuh dengan tandatanya,” Andi Kamarool setuju dengan komen yang diluahkan oleh Mia. Keadaan saya benar-benar tersepit kini.
“Aku tak pernah sangsi, aku tak pernah bimbang dengan kamu,Mia” saya bersuara perlahan sambil mengelengkan kepala. Andi Kamarool tersenyum. Mia membetulkan anak rambutnya yang terjuntai di dahi.
“Pengakuan ikhlas dari Tamar. Kamu bagaimana Andi?” saya lihat sepasang anak mata Mia bercahaya ke arah Andi Kamarool.
“Aku juga macam Tamar, tak perna sangsi terhadap kamu.”
Kami bertiga segera bertukar senyuman dan pandangan.
“Semuanya sudah terjawap, semuanya sudah selesai. Kalau begitu biar aku balik dulu,” Mia terus bangun. Tetapi, beberapa minit kemudian dia duduk bersila kembali. Tindak tanduk yang dilakukan oleh Mia menimbulkan tanda tanya dalam hati kami berdua.
“Kenapa Mia?” saya menyoal.
‘Biar aku bersihkan cawan dan piring dulu.”
“Tak payah, kami boleh basuh,” Andi Kamarool melarang.
“Tak apalah,” balas Mia selamba
KUMPUL
Mia pun mengumpulkan, cawan dan piring, ditaruh atas talam. Dengan langkah yang teratur, dia menatang talam menuju ke ruang dapur. Mungking kerana tidak ada apa-apa yang mahu diperkatakan Andi Kamarool segera bangun dan melangkah ke arah tingkap. Dia berdiri di situ melihat pepucuk kelapa yang melintuk liouk ditolak angina. Saya segera meluruskan sepasang kaki sambil menyandarkan belakang pada dinding rumah.
“Dia ringan tulang, Andi.”
“Siapa Tamar?” Andi Kamarool menoleh kearah saya.
“Mia.”
“Hum…. Aku juga berpendapat begitu Tamar.”
Saya membengkok sepasang kaki, terus duduk bersila. Tetapi belakang masih melekap pada dinding. Bunya cawan dan piring berkaga jelas kedengaran di ruang dapur.
“Tapi, aku kurang senang dengan kamu, Andi.”
Bagaikan kilat Andi Kamarool menerpa kearah saya dan terus duduk. Kami bertentangan wajah.
“Apa yang kau kurang senang dengan aku, Tamar.”
“Perangai kamu.”
“Kenapa dengan perangai aku, Tamar?”
“Kamu terlalu berlembut bila berdepan dengan Mia. Kamu selalu mengalah, suka mendengar cakapnya,”
“Maksud kamu, Tamar?” Air muka Andi Kamarool nampak resah.
Sekejap dia gigit bibir, sekejap melagakan gigi atas dengan bawah. Sekejap renun ke tingkap, sekejap renungan ke dapur. Apa yang dibuat, semuanya tidak kena. Andi Kamarool benar-benar keresahan.
“Maksudnya,” kata saya dengan tenang.
“Kerana Mia, kau paksa aku secara tak langsung supaya menunaikan permintaannya. Cara kamu menyakitkan hati.”
Saya ledakan apa yang bergolak dalam batin selama ini. Andi Kamarool menggosok pangkal hidungnya dua tiga kali. Keresahan diwajahnya beransur kuran. Dia tidak terkejut dengan apa yang saya luahkan. Senyum mula berlari dikelopak bibirnya. Saya tunduk merenung lantai.
Sinar matahari yang kian keras terus menerpa ke setiap sudut rumah. Keadaan luar bertambah panas, bahangnya tersa sehingga ke dalam rumah. Kicau burung langsung tiada kedengaran. Tetapi, sekali terdengar suara “burung merbah tanah” memanggil anak mencari cacing pengisi perut. Hati saya berdebar menanti reaksi dari Andi Kamarool berhubung dengan kata-kata yang saya hamburkan sebentar tadi.
“Aku ada muslihat,” tuturnya memecahkan kesepian.
“Musliahat apa? Muslihat mengenakan kawan, menguntungkan orang lain,” sanggah saya. Nada suara agak keras sedikit.
“Tak semua muslihat dan rahsia mesti diceritakan atau dibawa berunding dengan kawan, Kalau kita fikirkan, muslihat itu menguntungkan kita boleh buat keputusan sendiri,” kata Andi Kamarool sambil melunjurkan sepasang kakinya. Kemudia dia menginsut ke pintu, merenung halaman rumah yang dimamah matahari.
“Apa muslihatnya?” sergah saya.
Andi Kamarool berpatah balik ke sisi saya.
“Bukankah kita merancang nak jumpa Haji Simpul, Tamar. Inilah peluang,” gembira sekali nada suara Andi Kamarool. Bahu kanan saya ditepukmya berkali-kali. Kelopak bibirnya mengukir senyum. Untuk kesekian kalinya wajah Andi Kamarool saya tatap.
“Bukan kerana permintaan Mia?” ulang saya.
“Tidak,” Andi kamarool gelengkan kepala.
“Memang pada mulanya aku mahu menolak. Tetapi. Bila aku fikirkan dalam-dalam, tidak rugi memenuhi permintaannya. Ini peluang terbaik untuk kita berjumpa Haji Simpul,” sambung Andi Kamarool lagi.
“Aku tak menduga sampai di situ, “ kata saya tenang
MATI
Dialog selanjutnya terpasa dimatikan. Anak telinga kami menangkap bunyi telapak kaki Mia dari ruang dapur menuju ke ruang tengah. Kami segera bangun. Masing-masing cari haluan sendiri. Saya berdiri dimuka pintu, pura-pura merenung rerumput di halaman. Andi kamarool memilih jendela, pura pura melihat awan gemawan dan beburung yang terbang. Kami pura-pura buat tidak tahu yang Mia sudah berada di ruang tengah.
“Hai, dua-dua mengelamun. Satu jadi jaga pintu dan satu lagi teropong kapal terbang lalu,” usik Mia.
Kami pura-pura terkejut besar dan segera berpaling ke arahnya. Serentak, kami mendekati Mia, hingga kedudukannya berada di tengah-tengah (dia antara saya dan Andi Kamarool).
“Terima kasih kerana tolong basuhkan cawan dan piring,” Andi Kamarool mula bersuara sambil tersengih.
“Sepatutnya aku yang mengucapkan terima kasih kerana kamu berdua sudi menunaikan permintaan aku. Tengah hari ini makan di rumah aku.”
“Tapi…” kami bersuara serentak.
Saya terpaksa mengalah untuk memberi laluan pada Andi Kamarool. Biar dia uruskan, barangkali dia dapat memberikan alasan yang bernas dan lojik.
-TAMAT-

204. DIRASUK KUCING JANTAN

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : DIRASUK KUCING JANTAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the HORRORZONE
HZONE BLOG
KOD : 002750940204
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Bagi menghilangkan rasa cemas, saya menarik nafas dalam-dalam sambil memeluk tubuh penuh erat. Kedinginan membuat kelopak bibir bergetar. Dengan ekor mata saya jeling ke arah Andi Kamarool yang keresahan.
Adakah Andi Kamarool mahu berada di sini sehingga fajar pagi terbit di kaki langit? Suara batin terus bergema. Dan dalam keadaan yang seba tidak kena itu, perlahan-lahan saya dongakkan kepala, merenung langit yang cerah. Awan nampak bersih sekali, bintang bertaburan di mana-mana. Bulan sabit kian mengecil.
Saya segera berfikir, cara paling baik mengatasi masaalah yang dihadapi ialah dengan menyuarakan apa yang ada di dalam hati.
“Berapa lama kita harus berada disini Andi?” dalam keadaan separuh menggigil saya bertanya.
“Oh…..” Andi Kamarool kerutkan kening. Tetapi sepasang anak mata nya masih menyorot ke rumpun bambu kuning.
“Aku tak tahan berdiri di sini lama-lama. Aku sejuk Andi,” suara saya tertahan-tahan.
“Iya, aku juga macam kamu Tamar. Jadi apa yang mesti kita buat?”
“Kita balik saja Andi.”
“Tapi, macam mana dengan Mia dan Kak Sun?”
“Pedulikan, mari kita balik Andi.”
“Jum….”
Sebelum langkah pertama dimulakan untuk pulang kerumah papan, serentak saya dan Andi Kamarool membuang pandangan ke arah perdu buluh kuning yang diterangi cahaya lilin. Mia begitu khusyuk menghadapi timbunan batu kubur. Kak Sun yang berdiri membelakangi Mia tersenyum sambil mengamit kami agar medekatinya.
“Jangan dekati dia Andi,” bisik saya.
Andi Kamarool mengangguk. Tetapi Kak Sun, mengamit.
“Jangan pedulikan dan jangan kata apa-apa. Dia ada pendamping, sebab setiap kali aku kutuk dan maki hamun Kak Sun, macam ada sesuatu yang datang kacau aku. Ada masanya aku ditampar, ditolak, ditendang. Aku tak dapat kesan benda aneh tu,” saya pegang tangan kanan Andi Kamarool.
“Aku faham Tamar.”
“Mari kita balik, Andi.”
“Jum….”
Dan perjalanan ke rumah papan diteruskan. Kami membelah kedinginan dinihari yang mencengkam tulang. Salakan anjing liar, suara burung hantu dan musang jalang terus memukul gegendang telinga kami. Bayu dinihari yang bertiup lembut mengugurkan air embun yang terkumpul di hujung daun. Bila terkena kulit tubuh menambahkan lagi kedinginan.
Saya jadi marah dan meradang semacam, bila perjalanan dihalang oleh reranting yang bertaburan dipermukaan tanah. Entah mengapa, hati saya cukup ghairah untuk mencapai secepat mungkin ke rumah papan. Saya benci dengan lolongan anjing liar, suara burung hantu dan musang jalang. Suara binatang tersebut, saya rasakan seperti mengejek diri kami yang dipermainkan oleh Mia dan Kak Sun.
“Sabar Tamar, ” Andi Kamarool mengingatkan saya.
“Subhanallah ….,” kata saya.
Memang ganjil sekali, dalam kedinginan yang mencengkam itu, dahi dan muka saya berpeluh. Pokok di kiri kanan jalan yang tadi bergerak lemah disentuh angin, secara mendadak bergoyang dengan keras, macam ada tenaga yang mengoncangnya.
“Ahh…”
Saya terus melompat, beberapa ekor tikus berbulu kuning sebesar lengan melintas ke depan. Suara jeritannya boleh mengoyangkan gegendang telinga.
“Berhenti Tamar” Andi Kamarool memaut bahu kanan dan langkah saya berhenti.
Bagi meghilangkan rasa berdebar, saya mengucap panjang sambil merenungke kaki langit. Ada cahaya kemerah-merahan mucul di situ, menandakan tidak lama lagi subuh akan menyapa penghuni maya.
“Beri laluan untuk mereka Tamar, bila mereka selesai bari kita pula jalan,” tambah Andi Kamarool.
MULUT
Lebih dari sepuluh minit kami berdiri, memperhatikan kumpulan tikus kuning melintas. Bila berdepan dengan kami, kumpulan tikus itu menganga mult, memperlihatkan sepasang gigi siung yang tajam dan panjang, macam gigi singa laut di kutub utara.
Mata sebelah kanan buta dan maakala mata sebelah kiri berukuran sebesar bola pingpong memancarkan cahaya kebiruan-biruan. Suara jeritan kumpulan tikus cukup gamat menenggelamkan suara lolongan anjing, burung hantu dan musang jalang.
Perarakan tikus kuning itu diakhiri denagn tikus hitam yang besarnya hamper menyamai kucing hitam jantan. Muncungnya macam muncung babi.
“Dah habis, sekarang kita teruskan perjalanan,” itu yang dibisikkan oleh Andi kamarool ke telinga. Arahannya, segera saya patuhi. Langkah yang terbantut diteruskan semula. Kali ini, keadaan sungguh berlainan, tiada lagi kedengaran suara lolongan anjing, burung hantu dan musang jalang.
Suasana terasa amat sepi sekali. Langkah pun kami percpatkan. Cahaya merah di kaki langit, kian garang. Rasa dingin mula mengendur, tidak sehebat tadi.
Ketika kami sampai di kaki tangga rumah papan, terdengar kokok ayam bersahut-sahutan. Kerana masih percaya dan patuh dengan pesan orang tua-tua, sebelum memijak anak tangga bongsu, kedua belah telapak tangan kami basuh dengan air embun di hujung daun. Dan kesan air embun yang masih ada di telapak tangan, kami sapukan ke muka serta kedua belah telinga. Kami segera naik ke rumah papan. Kerana keletihan, kami terus tertidur.
JELMA
Pagi itu, setelah menunaikan fardhu subuh kami tidur kembali. Kira-kira pukul tujuh setengah baru bangun. Badan terasa sihat dan segar. Dan seperti pagi-pagi sebelumnya kami tetap menanti sarapan yang akan dibawa oleh kak Sun. Menjelang jam sembilan, sarapan yang diharapkan itu, tidak kunjung tiba.
“Tak payah tunggu Kak Sun Tamar, buat air kopi sendiri. Di dapur ada kopi, gula, ada air dan periuk, ” Andi Kamarool mengemukakan cadangan dan saya menerima tanpa sebarang bantahan. Kami terus ke ruang dapur.
“Apa yang kita rasa ni, adalah akibat dari peristiwa malam tadi. Mia mogok masak untuk kita dan Kak Sun pula tak mahu datang ke sini,” suara Andi Kamarool separuh lemah dari atas bendul. Dia tersenyum melihat saya terkial-kial menghidupkan api di dapur.
“Ini baru amaran pertama, ada lagi akibat yang bakal kita terima. Mungkin lebih buruk dari ini Andi,” balas saya tenang.
“Sebelum keadaan menjadi lebih buruk, ada baiknya kita tinggalkan tempat ini.”
“Bila waktu nya Andi?” saya mendesak.
“Tengah hari atau sebelah petang,”
“Aku setuju. Tapi, siapa nak beritahu Mia? Apa alasan yang nak kita beritahu dia. Aku tak mahu menganggap rancangan kita gagal, kerana itu kita cabut. Kita kena beri alasan yang cukup lojik, Andi,” saya segera memasukkan kopi dan gula ke dalam kolei dan kemudian saya kacau perlahan-lahan.
“Andi Kamarool termenung sejenak, dua tiga kali dia melagakan gigi bawah. Barangkali dia sedang mencari formula terbaru untuk menyelesaikan masaalah yang sedang dihadapi.
“Begini saja Tamar.”
“Apa lagi Andi?”
“Kita sama-sama jumpa Mia.”
“OK, aku setuju tapi …”
“Tapi apa lagi Tamar.”
Adi Kamarool tidak jadi menghirup kopi. Cawan di letakkan kembali atas lantai. Matanya tidak berkedip merenung wajahsaya. Dia bagaikan tidak sabar menanti kata-kata yang bakal saya luahkan. Tentu sekali perasaannya berdebar cemas.
“Kita perlu jumpa Haji Simpul, orang tua yang disebut-sebut, Kak Sun pada kita tu. Dari orang tua itu, kita cuba korek rahsia diri dan keturunan Mia. Apa macam kau setuju tak?”
“Aku setuju Tamar, bila kita nak jumpa Haji Simpul?”
Andi Kamarool menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak setuju dengan rencana yang saya susun. Bagi menghilangkan rasa resah, saya menghirup kopi. Andi Kamarool juga berbuat seperti apa yang saya buat.
“Kenapa kamu tidak setuju Andi?”
“Ada baiknya, kita jumpa Haji Simpul dulu, sebelum kita jumpa Mia. Kemudian kita minta kepastian dari Mia, apakah cerita yang kita dapat dari Haji Simpul itu benar atau tidak.”
“Iya, aku setuju dengan pendapat kamu tu, Andi.”
Kami terus ketawa. Dan untuk kesekian kalinya, kopi terus kami teguk. Kerana saya sudah menyediakan air kopi, kerja-kerja untuk mengemaskan barang dan pakaian ke dalam beg menjadi tugas Andi Kamarool pula. Dan kini, masa untuk saya berehat pula.
MARAK
Sinar matahari pagi berebut-rebut masuk ke ruang tamu, setelah daun tingkap saya kuak. Terpaku saya di jendela mendengar kicau burung pagi. Aman rasanya mata dan hati melihat pohon yang menghijau. Sinar matahari terus marak, beberapa orang pekerja Mia memikul cangkul dan pungkis melintas di depan rumah menuju ke ladang. Mereka tidak lokek mendermakan senyum untuk saya. Andi Kamarool terus bergelut dengan tugasnya.
“Aku harap datuk kamu dan Haji Basilam tidak ke mana-mana. Tetap menanti kita di Sungai Penuh,” Andi Kamarool bersuara.
“Seingat aku, datuk jarang mungkir janji,” balas saya. Dan perbualan kami mati di situ saja. Andi Kamarool kembali dengan tugasnya semula.
Sambil menikmati keindahan alam semula jadi, secara diam-diam saya sorot kembali tindakan yang telah kami lakukan. Apakah kami telah memilih jalan yang betul atau jalan yang salah, sehingga kami terperangkap dalam dilemma yang seba sulit ini?
“Andi, Andi buka pintu.”
Bagaikan kilat saya menerpa kearah Andi Kamarool yang terhenti dari melipat pakaian. Kami saling berpandangan.
“Itu suara Mia,” bisik Andi Kamarool.
“Iya, aku juga fikir begitu.”
Kami kembali membisu. Kembali pandangan dengan seribu pertanyaan. Apa yang timbul dalam kepala saya ialah malapetaka. Mungkin kedatangan Mia dengan segumpal kemarahan yang meluap-luap.
“Pergi buka pintu, kalau kedatangan baik, kita sambut dengan baik. Kalau jahat kita sambut cara jahat. Kita harus bersedia menghadapi seribu kemungkinan,” begitu bersemangat Andi Kamarool meluahkan kata-kata, mendorong saya melangkah ke pintu dan membukanya.
“Baru bangun tidur.”
Mia tercegat di depan, menatang setalam mangkok untuk sarapan pagi. Dia kelihatan menarik sekali dengan rambut yang disisir rapi. Ada sekuntum bungah cempaka di celah rambut sebelah kiri. Baju kebaya biru dengan kain putih amat cocok sekali dengan dirinya. Dia memang anggun.
“Kenapa tercegat, ambil lah talam ni.”
Talam tembaga segera saya sambut.
“Berkemas?”
Saya anggukkan kepala.
“Mahu kemana?”
Pertanyaan itu tidak saya jawap. Walau bagaimanapun Mia tetap melangkah ke ruang tamu,. Andi Kamarool tercegat di situ menanti kedatangan Mia.
Wajah Mia yang ceria segera berubah menjadi keruh, bila melihat teko dan kesan air kopi di kolei yang tersadai di ruang tamu. Dengan perlahan-lahan ekor matanya melirik tajam ke arah dua beg pakaian yang tersandar di sudut dinding. Dan sambil meletakkan ke atas lantai, saya lihat bibir Mia bergerak-gerak. Macam ada sesuatu yang diperkatakannya.
“Kami ingat tadi, tak ada air dan kuih muih untuk kami, jadi kami pun buat kopi sendiri. Duduklah Mia, buat apa berdiri macam patung,” lembut sekali nada suara Andi Kamarool.
“Terima kasih.”
Mia terus duduk bersimpuh penuh sopan di sisi saya. Beberapa saat kemudian Andi Kamarool turut duduk. Kami bertiga (Mia berada di tengah) menghadapi hidangan.
SEMERBAK
Bau kopi asli yang harum semerbak berpadu dengan bau lepat pisang membuat saya hilang malu. Tanpa segan silu, tudung saji dari mengkuang segera saya buka.
“Kamu ini, memang tak sabar. Gelojoh sangat, tuan punya belum pelawa kau dah mulakan,” Bisik Andi Kamarool.
“Kopi yang aku buat dengan air kopi yang Mia buat lain rasanya. Air tangan Mia, memang sedap,” saya berjenaka.
Di tengah-tengah deraian ketawa Mia dan Andi Kamarool, saya terus mengunyah dan menelan lepat pisang. Air kopi panas yang wangi saya teguk. Tubuh terasa segar dan bertenaga.
“Bernafsu sungguh kamu makan Tamar, jangan lupa orang yang kemudian,” kata Andi Kamarool, lalu saya sambut dengan senyum.
“Terlambat hantar, maafkan saya,” Mia renung batang hidung Abdi Kamarool.
“Tak mengapa, bantuan dan pertolongan yang diberikan selama ini, rasanya tak dapat kami balas,” sambil menjamah lepat pisang Andi Kamarool bersuara. Kemudian dia menghirup kopi panas. Mia masih senyum dengan sepasang mata masih tertumpu pada dua beg di tepi dinding.
“Berkemas mahu ke mana Tamar, Andi?”
Pertanyaan yang sememangnya suda diduga. Tetapi, untuk memberi jawapannya memang sulit. Kerana tidak memperolehi jawapan segera, membuatkan anak mata Mja berputar kearah saya dan Andi Kamarool.
Hasil dari renungannya itu, membuat kami jadi serba salah. Antara saya dan Andi Kamarool saling bertukar pandangan.
“Mahu meninggalkan rumah ini.”
Mia sendiri menemui jawapannya. Serentak kami anggukkan kepala, macam merpati jantan panggil merpati betina.
“Kami berdua nak jumpa datuk Tamar dan Haji Basilam,” Andi Kamarool bersuara tunduk. Dia bagaikan tidak sanggup menatap muka Mia.
“Ke Sungai Penuh?” soal Mia.
“Betul, Mia,” balas saya.
Mia dongakkan muka merenung siling rumah. Kemudian meraba kuntum bunga cempaka di kepala yang kedudukannya sudah agak senget kekanan.
“Terlalu cepat, agaknya kamu dah jumpa penunggu rumah batu.”
“Tak jumpa Mia, kami gagal,” tutur saya kehampaan.
“Sepatutnya kamu berdua teruskan hingga berjaya, jangan cepat putus asa dan mudah mengalah.”
Kata-kata yang terpancut dari kelopak bibir Mia, membuat saya dan Andi Kamarool menggigit bibir. Saya kira debar dada Andi Kamarool tidak sehebat debar di dada saya. Sebenarnya, secara tidak langsung Mia mencabar kami. Saya dan Andi Kamarool terus membisu. Pertanyaan Mia tidak mendapat tindak balas dari kami.
“Malam tadi macam mana ?”
Pertanyaan itu membuat saya tersentak. Mustahil Mia tak tahu apa yang berlaku malam tadi. Lantas saya membuat kesimpulan, Mia tahu tapi sengaja buat tak tahu.
“Kami gagal,” sahut saya.
“Tak mahu diteruskan lagi?” soalnya serius.
“Tak mahu, kami dipermain-mainkan,” sahut Andi Kamarool.
“Maksud kamu Andi?” sepasang bijik mata terbeliak menghala ke batang hidung Andi Kamarool. Saya lihat Andi Kamarool resah. Barangkali dia terjerat dengan pertanyaan itu atau tidak mahu mengungkit-ungkit hal yang sudah berlalu kerana perbuatan itu boleh memalukan Mia.
“Cuba terangkan, aku tak faham Andi,” Mia terus mendesak.
“Malam tadi, kamu menghias diri. Pergi kekubur lama di bawah pokok buluh kuning, apa kamu sudah lupa Mia?. Kamu mahu mempermainkan kami.” Ungkapan yang saya luahkan itu membuat Mia terkejut. Dahinya berkerut dan wajahnya agak pucat. Andi Kamarool tunduk merenung lantai.
“Aku tak faham Tamar, kamu menuduh sebarangan saja,” sanggah Mia.
“Malam tadi, kamu membalut tubuh dengan kain hitam, kamu mengelingi kubur berkali-kali. Kak Sun menemani kamu. Aku dan Andi tengok segala-galanya. Usah berdalih Mia, usahlah mempermain-mainkan aku dan Andi,” semua yang bergolak dalam hati terus saya luahkan. Andi kamarool membiarkan, dia seolah-olah tidak mahu membabitkan diri dalam situasi yang agak yang agak tegang ini.
“Aku tak buat perkara tu, Tamar,” suara Mia meninggi. Dia mula memperlihatkan riak kemarahan dan terus melompak bagaikan harimau menerkam pelanduk. Dalam sekelip mata Mia terus berdiri tercegat.
“Kamu jangan menuduh sebarangan Tamar,” dia mula menjerit dan menghentak-hentak kakinya ke lantai. Piring dan cawan yang ada didalam talam tembaga turut bergegar. Mia benar naik angin, gerak gerinya tangkas sekali, bagai seorang lelaki. Sifat gadis yang lembut terus hilang darinya.
“Mia, nanti dulu jangan melenting,” Andi Kamarool segera bertindak dengan mendekati Mia. “Kamu tak boleh menuduh sebarangan pada Mia, kamu harus bertanya dengan cara baik,” sambung Andi Kamarool sambil melepaskan pandangan yang tajam terhadap saya.
Entah apa ilmu yang digunakan oleh Andi Kamarool, kemarahan Mia yang meluap segera menjadi sejuk. Dia nampak tenang dan duduk bersimpuh kembali.
“Maafkan Tamar, Mia,” pohon Andi Kamarool.
Mia anggukkan kepala. Agar, situasi menjadi aman, Andi Kamarool mengungkap kembali kisah-kisah lucu yang pernah dialaminya yang disampaikan secara berjenaka, membuat saya dan Mia ketawa terbahak-bahak.
-TAMAT-

205. MATANYA MULA MERAH

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : MATANYA MULA MERAH 
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the HORRORZONE
HZONE BLOG
KOD : 002750940205
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Penjelasan dari Haji Simpul itu, secara tidak langsung seolah-olah menyuruh kami berfikir tentang Kak Sun.
Hati kecil saya lantas membuat kesimpulan, Kak Sun memang tidak ikhlas. Dialah, batu penghalang hasrat kami bertemu dengan Haji Simpul.
“Aku kadang-kadang, risau dengan perangai si Harisun. Dia suka, dengan keadaan yang tidak baik itu terjadi kepada diri Mia dan dirinya. Berkali-kali aku terangkan padanya, masaalah Mia boleh diatasi, begitu juga dengan masaalah dirinya. Salah seorang dari mereka, harus mengadu hal pada aku atau minta bantuan aku. Kemudian barulah aku berusaha memecahkan masalah yang mereka hadapi.”
“Agaknya, Kak Sun merasakan perkara itu susah,” tingkah saya.
“Memanglah susah, rohani mereka berdua mesti dibersihkan dengan amalan-amalan yang terpuji. Perkara begini, tidak boleh dibuat dalam sekelip mata. Mesti diamalkan secara berterusan, mesti sanggup menghadapi godaan,” Haji Simpul berhenti bercakap, matanya merenung lantai. Barangkali dia berfikir apakah perkara itu harus dibentangkan kepada kami atau dimatikan begitu saja.
Sesungguhnya, saya memang mengharapkan Haji Simpul menghuraikan secara lebih terperinci tentang Mia dan Kak Sun. Malangnya, saya tidak berani menyatakan hasrat tersebut secara terang-terangan.
Syukur ! Tanpa diminta Haji Simpul menjelaskan secara terperinci, bahawa apa yang terjadi pada diri Mia dan rumah batu lama itu adalah akibat keterlanjuran nenek moyangnya yang bekerjasama dengan makhluk ghaib yang disebut SAKA. Selagi zuriat nenek moyangnya ada dibumi ini, saka itu akan menjaga mereka dan mereka pula mesti membela saka mengikut ketetapan syarat yang dibuat dengan nenek moyang dahulu.
“Bila dipersia-siakan syarat dan janji, macam macam yang datang, seperti yang terjadi pada Mia dan melarat kepada orang gajinya. Kalau dibiarkan para pekerjanya akan turut terlibat. Andi, kamu harus menyelamatkan Mia,” dari cara Haji Simpul bercakap dan renungan mata, ternyata kata-kata yang dihambur adalah untuk Andi kamarool.
“Tuan haji suruh saya.”
“Iya, “ balas Haji Simpul.
“Saya seorang,” tanya Andi Kamarool cemas.
“Aku bantu kamu,” Haji Simpul memberi jaminan.
Jaminan yang diberikan itu, membuat Andi Kamarool menoleh kearah saya dua tiga kali. Walaupun begitu dia nampak tenang. Tidak gugup macam tadi.
Anehnya, saya pula berdebar dan cemas, tidak tentu fasal. Apakah harapan dan permintaan Haji Simpul itu akan memulakan sebahagian babak baru yang lebih baik untuk saya dan Andi Kamarool. Mungkinkah kami akan terus terpenjara di daerah asing ini dalam jangka waktu yang tidak dapat ditentukan. Semuanya berputar ligat dalam tempurung kepala.
“Bagaimana caranya tuan haji?” Apa saya boleh ikut sama?”
Haji Simpul tersenyum. Lagisekali wajah saya jadi tumpuan anak matanya yang hitam tajam. Bila direnung begitu, saya jadi serba salah. Tidak senang rasanya hati.
“Sudah tentu kamu boleh ikut sama, kamu boleh menolongnya dengan ilmu petua yang ada pada kamu, tetapi…., dengan serta merta Haji Simpul alihkan renungan ke arah Andi Kamarool.
“Kamu ada kelebihan tersendiri yang tidak ada pada orang lain,” tambah Haji Simpul.
“Maksud tuan haji…,” celah Andi Kamarool.
“Datuk nenek kamu, mengamalkan ilmu dunia yang sealiran dengan ilmu nenek moyang Mia. Mereka berguru dengan orang yang sama. Tetapi, menuntut di tempat yang berlainan. Mereka sama-sama SAKA yang berpenghulukan jin, bapanya harimau. Mereka sudah berjanji untuk memelihara SAKA itu, selagi zuriat mereka ada dimuka bumi.”
“Janji yang mencelakakan keturunan sendiri,” terhambur dari mulut saya.
“Ahh kamu…,” nada suara Haji Simpul meninggi. Dia memperlihat rasa kurang senangnya, dengan membeliak biji mata kepada saya.
“Maafkan saya.”
“Jangan cepat melatah, jangan cepat marah. Berbalik pada diri si Andi ini. Kelebihannya, berjaya mengawal diri dan membuang SAKA datuk neneknya dengan amalan mengikut hukum-hukum Allah. Disamping itu, dia turut dibantu oleh alim ulama,” penuh perasaan Haji Simpul bersuara.
“Tetapi, saya tewas juga tuan haji, terjebak juga dengan kepintaran dan penipuan syaitan,” potong Andi Kamarul. Tiba-tiba dia menangis tersedu.
Tangisan dan sedu sedan Andi Kamarool berakhir, setelah dipujuk oleh Haji Simpul. Satu suasana yang berlaku diluar dugaan, inilah kali pertama saya melihat Andi Kamarool yang keras hati itu menangis.
BERJAYA
“Tetapi. akhirnya kamu berjaya keluar dari sarang kejahatan itu. Kau menggunakan apa yang ada pada kau untuk menyelamatkan Mia, sekali gus menolong, Harisun yang menjadi hamba penunggu rumah batu, tu.”
Saya tak…,”
“Jangan cepat menolak,” pintas Haji Simpul. Andi Kamarool terdiam. Dia membiarkan haji Simpul meneruskan percakapan.
“Jangan cepat menolak sebelum berusaha. Menyelamatkan manusia dari kuasa syaitan satu amal jariah. Membetulkan kepercayaan orang Islam yang sudah terpesong, satu kewajipan yang memang dituntut. Apakah kamu berdua tdak mahu membuat amal jariah semasa hidup?”
“Mahu,” jawap kami serentak.
“Kalau begitu mulakan, jangan berdolak dalik lagi, Andi,” sebuah permintaan yang murni tetapi penuh cabaran.
“Aku sedia membantu, kamu berdua,” Haji Simpul melafazkan janji sambil mengenggam penumbuk.
“Bagaimana kalau tuan haji saja menjalankan kerja itu,” saya kira kata-kata yang diungkapkan oleh Andi Kamarool merupakan satu helah untuk melepaskan diri tugas berat itu.
“Kamu memang bijak, cara hormat kamu mahu menguji kesungguhan dan kejujuran aku Andi. Dalam hal ini, ada syaratnya untuk aku memulakan tugas tu,”
“Apa syaratnya tuan haji.”
“Aku tak boleh jual murah bak kata orang, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Mia tidak pernah minta tolong, begitu juga dengan Harisun, bagaimana aku mahu memulakan. Kamu suka dengan Mia, Andi,” Haji Simpul tidak berselindung lagi. Andi Kamarool, tidak boleh berdalih lagi di hadapan orang tua yang boleh membaca apa yang tersirat dalam kalbunya.
“Iya tuan haji, saya sukakan dia,” pengakuan yang tidak mengejut saya. Memang sudah diduga Andi Kamarool akan berterus-terang.
“Kalau begitu jangan bertangguh lagi,” Haji Simpul membakar semangat Andi Kamarool. Saya lihat muka Andi Kamarool mula merah. Dia merasakan dirinya seperti tercabar.
“Tunjukkan jalan untuk saya tuan haji,”
“Ada dua jalan, kamu boleh pilih mana yang kamu mahu. Apa yang pasti, semuanya mempunyai risiko yang tinggi.”
“Terangkan tuan haji, “ saya mengeluarkan usul.
“Bila aku terangkan, mesti dibuat, jangan berdalih. Paling lewat dalam masa tiga bulan perkara itu mesti berjalan. Kalau tidak dibuat, padahnya kita tanggung bersama.”
“Apa padahnya tuan haji?”
“Syaitan menggoda keimanan kita hingga terpesong.”
“Ohhhhhh…,” serentak kami bersuara.
Haji Simpul memperkemaskan sila, menyandar badan ke dinding. Sepasang tangannya memeluk tubuh dengan kejap sekali. Sepasang matanya merenung ke depan, bagaikan menembusi dinding mengembara jauh ke kawasan yang tidak bertepi. Dia seperti menafikan kehadhiran kami disisinya. Kelopak matanya tidak berkelip.
KEMAS
Cara pertama, Andi menikah dengan Mia. Boleh bersama selama satu bulan tetapi, tidak boleh membuat hubungan badan. Biasanya dalam tempoh seminggu lawan jenis kamu terus memberontak dan dia akan memperlihatkan tanda-tanda peninggalan nenek moyang di tubuhnya, kalau saka jin harimau, badannya berbelang dan memperlihatkan ciri- ciri seekor harimau,” Haji Simpul menarik nafas dan sepasang tangan yang memeluk tubuh segera dijatuhkan ke lantai.
Sebaik telapak tangannya bertemu dengan papan lantai, tudung saji, keris panjang dan pedang jepun yang digantungkan di dinding jatuh ke lantai, macam ada sesuatu yang menjatuhkannya.
“Itu amaran kerana aku mahu campur urusan orang lain, aku sudah bersedia. Datanglah,” saya dan Andi Kamarool tercengang-cengang, tidak tahu kepada siapa kata-kata itu ditujukan oleh Haji Simpul.
Kami segera merenung ke halaman rumah, dalam panas terik itu kami seakan-akan melihat kemunculan beberapa ekor binatang aneh dalam keadaan yang samar-samar.
Sekali pandang macam kucing hitam, bila dilihat kali kedua seperti musang. Bila mahu diamati-amati, binatang itu terus hilang.
“Jangan pedulikan apa yang ada di luar. Aku bercakap kepada kamu tentang perkara yang lebih besar dari apa yang ada di luar, “ Haji Simpul melahirkan protes keras.
“Maafkan saya,” kata Andi Kamarool.
“Begitu juga dengan saya,” saya pula mencelah.
“Masa dia dalam pengalihan itu, kamu juga naik darah kerana kamu memang satu saka dengannya. Secara perlahan-lahan kamu juga turut mengalami masa peralihan menjadi harimau. Bila kamu menyedari perkara itu, kamu mesti bersedia,” Haji Simpul telan air liur.
“Apa yang mesti disiapkan?” Tanpa segan sili Andi kamarool bertanya.
“Bacalah surah penghalau syaitan seperti yang diberikan guru agama atau ustaz tempat kamu menuntut ilmu agama. Kamu bertasbih dan kawal perasaaan, hingga peralihan itu terbantut. Bila kamu terbantut, Mia juga terbantut.
“Berapa lama tuan haji?”
“Selama satu bulan, sepanjang masa itu kamu sentiasa diduga dan dicabar. Lepas waktu itu, kamu jadikan rumah batu sebagai surau. Panggil semua pekerja Mia berjemaah disitu pada setiap waktu. Setiap malam Jumaat baca yassin selama empat puluh hari,” lagi sekali Haji Simpul berhenti bercakap. Dia mengeliat dan meraba pipi kanannya yang kemerah-merahan seperti dicakar sesuatu.
“Aku minta pertolongan Allah berusaha untuk membebaskan anak Adam dari cengkaman kamu,” Haji Simpul menunjukkan kata-kata itu pada sesuatu yang tidak nampak dilihat oleh mata kasar kami.
“Kemudian melakukan perkara yang lebih berat dari itu. Bilik kosong di bahagian dapur rumah hendaklah dibersihkan. Buang semua kain atau sebarang benda yang ada disitu. Jadikan bilik itu tempat kamu membaca Quran setiap malam, jadikan tempat kamu bersembahyang sunat. Akhirnya kubur lama dibawah pokok buluh kamu buang, memang tidak ada rangka manusia di situ.”
“Macam mana dengan penunggu rumah batu tu, tuan haji,” saya pula menyoal.
“Bila rumah batu itu dijadikan tempat ibadat, sentiasa dipenuhi dengan ayat-ayat suci dengan sendiri kepercayaan dan keyakinan para pekerja Mia, si Harisun terhadap penunggu itu dapat dileburkan, penunggu itu akan terus lari. Sekarang dah faham?”
“Iya kami faham,” serentak kami menjawap.
Akibat terlalu lama duduk, seluruh sendi terasa lenguh dan sengal. Kami minta izin dari Haji Simpul untuk berjalan-jalan di ruang rumah. Permintaan kami diperkenankan. Kami bergerak bebas sambil sesekali merenung keluar. Akhirnya, kami duduk baersimpuh di depan Haji Simpul kembali.
DUDUK
“Bagaimana ? Dah hilang rasa lenguh, “
“Lenguh dah hilang tapi, rasa sengal-sengal masih ada,” saya jawap sambil tersengih. Andi Kamarool sudah duduk bersila terus sambil memicit-micit pangkal pehanya berkali-kali. Semua gerak-gerinya dalam perhatian Haji Simpul.
“Berat juga syaratnya. Susah kerjanya tuan haji,” kata saya memberi komentar. Saya lihat Haji Simpul tersenyum.
“Didalam dunia ini, mencari kebaikan dan membuat kebajikan bukannya mudah. Mesti keras semangat, tabah dan yakin,” balas Haji Simpul.
Dan Andi Kamarool buat tidak kisah dengan apa yang diungkapkan oleh Haji Simpul. Pada hal kata-kata yang dihamburkan itu memang ditujukan khas untuknya. Dia tetap seperti tadi terus memicit-micit pangkal pehanya.
“ Cara kedua macam mana ?” susul saya lagi.
Haji Simpul gosok pangkal hidung dua tiga kali. Dia merenung ke arah saya sambil mengecilkan (seperti hujung mata kanannya).
“Huh…,” keluhnya sambil membesarkan sepasang mata. Dia merenung ke siling rumah sebelum merenung ke arah saya untuk kesekian kalinya. Sudah tentu perbuatan Haji Simpul itu menimbulkan keresahan pada saya.
“Kau memang tak sabar, kalau kau tak tanya pun, aku tetap terangkan. “
Saya jadi tersipu-sipu dengan kata-kata yang terpancut dari kelopak bibir Haji Simpul. Andi kamarool menghadiahkan senyum sinis sambil pura-pura batuk. Saya menarik nafas dalam-dalam.
Sebelum memulakan penerangancara (syarat) kedua, haji Simpul menggeliat, macam orang baru bangun tidur. Seperti tadi juga, dia terus merenung syiling rumah, macam ada sesuatu yang dilihatnya di situ. Di luar, panas terik terus berkuasa. Tetapi, didada langit kelihatan awan bertompok putih bertukar menjadi tompok-tompok hitam.
“Ada tanda nak hujan,” kata Haji Simpul.
Saya dan Andi Kamarool merenung ke dada langit, Tompok-tompok hitam itu, bergerak agak lemah ke arah selatan.
“Cuaca elok, panas terik. Awan pula bertompok hitam,” rungut Haji Simpul. Serentak kami anggukkan kepala, mengiakan kata-kata Haji Simpul.
“Mudah-mudahan hujan tak jadi,” jawap saya.
“Aku pun harap hujan pun lambat, boleh jadi pada sebelah petang atau sebelah malam.”
Saya kira, apa yang Haji Simpul ungkapkan adalah berlandaskan pengalaman silamnya. Semua yang dilalui dan dirasainya dikutip dan disimpan dalam khazanah diri. Ia dimanafaatkan bila diperlukan tanpa mengira waktu dan masa. Perkara yang patut dicontohi dari Haji Simpul.
Perlahan-lahan saya menghela nafas panjang dan Andi Kamarool terus merenung dedaun yang bergerak disentuh angin. Buat beberapa detik, suasana dalam rumah terlalu sepi.
“Cara kedua, tuan haji,’ saya memecah kesunyian.
Haji Simpul memperkemaskan silanya. Seluruh perhatian kami tertumpu kearahnya. Tidak terkedip kelopak mata merenung batang hidungnya.
“Cara kedua…,” Haji Simpul tidaj melanjutkan kata-kata. Kami jadi resah. Hamper dua tiga minit masa terbuang begitu saja. Dia bagaikan tidak berminat untuk menyambung kata-kata yang terhenti.
“Huhh…,” saya mengeluh lemah.
“Kamu resah Tamar?”
Saya tidak menjawap. Memang saya sudah duga, Haji Simpul menyambung perkataan yang terputus. “Setelah menikah dengannya, tinggal tempat itu. Tetapi, cara itu merugikan, tanah dan rumah terbiar, sedangkan syaitan penunggu yang mahu dihalau, tidak mahu lari. Dia sudah dapat pendamping baru.”
“Siapa pendamping barunya tuan haji?” mendadak saya bertanya.
“Harisun.”
Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan.
Cerita yang diluahkan oleh Haji Simpul membuat kening dan dahi Andi Kamarool berkerut. Hati saya mula digoncang keresahan. Saya kira jalan penyelesaian suduh tertutup. Rumah batu dan Mia harus dilupakan. Saya kira Andi Kamarool tidak bersedia melakukannya.
“Bagaimana, kalau rumah batu dan tanah dijadikan tempat beribadat dan diwakafkan?” saya bertanya lagi.
Wajah Andi Kamarool dihiasi senyum. Ibu jarinya ditegakkan kearah saya. Dia bersetuju dan memuji pertanyaan yang saya hamburkan. Sokongan moral yang diberikan membuat saya lebih bersemangat untuk menghujani Haji Simpul dengan pelbagai pertanyaan.
“Boleh Tamar tapi…,”
“Tapi, apa tuan haji?”
“Kena usaha menghalaunya dulu, kalau diwakafkan dengan tidak menghalaunya, memang kerja sia-sia. Nanti tak ada orang yang mahu datang ke situ, rumah terbiar, tanah jadi hutan. Kalau dijual pun, tak ada orang yang mahu membelinya,” terang Haji Simpul.
TINGKAP
Dia segera bangun. Berjalan ke arah tingkap dan berdiri sebentar di situ. Pepohon dan bebunga yang berkembang di halaman ditatapnya seketika. Dada langit yang digayuti awan hitam juga direnungnya. Haji Simpul kembali duduk bersila di hadapan kami.
“Pelik, semua yang didengar dan dilihat. Pelik belaka,” saya merungut sendirian.
“ Diadlam dunia ini, tak ada yang pelik. Kalau Allah mengizinkan, semuanya boleh terjadi,” Haji Simpul mendengar rungutan dan terus memberi komentarnya.
“Kenapa datuk nenek Mia membuat perkara yang menyusahkan cucunya?”
“Sebabnya mudah sekali, masa itu mereka kurang memahami ajaran Islam yang sebenar, mereka lebih yaking dengan pertolongan makhluk ghaib.”
“Salahnya, orang yang tahu tentang ugama tidak mahu menunjukkan jalan yang benar. Biasanya orang yang tahu tentang ugama sombong, terlalu memandang rendah pada orang yang tidak tahu jahil. Semua perkara kurafat dan karut ini, berpunca dari alim ulama juga,” daya tidak bermaksud mahu membahaskan perkara tersebut, semuanya terjadi secara kebetulan.
“Aku setuju pendapat kamu tu, Tamar”
Dengan wajah yang ramah Haji Simpul menerima pandangan saya. Andi Kamarool tetap seperti tadi, membisu semacam. Barangkali dia sedang mencari rumusan yang terbaik untuk dirinya.
Mungkin salah satu syarat yang diungkapkan oleh Haji Simpul mampu dipenuhinya. Saya tahu kasihnya terhadap Mia terus membuak tetapi, melepaskan Mia dari penunggu rumah batu bukanlah satu tugas yang mudah. Terlalu banyak liku yang harus dilalui. Apakah Andi Kamarool bersedia melakukannya. Muka Andi Kamarool yang keresahan saya tatap.
“Bagaimana, kamu bersedia?” Haji Simpul menghalakan pertanyaan kepada Andi Kamarool.
“Saya bersedia tuan haji.”
Jawapan itu mengejutkan saya. Sukar rasa mempercayai yang kata-kata itu terpancut dari kelopak bibir Andi Kamarool.
“Kamu pilih yang mana, pertama, kedua dan ketiga’” Haji Simpul minta kepastian. Mulut Andi kamarool terlopong, sukar untuknya meluahkan sebuah kepastian.
Lagi sekali saya lihat kening Andi Kamarool berkerut dan dahinya berkedut. Andainya, dia minta pendapat saya, sudah tentu saya menyarankan kepadanya begini, segeralah menikah dengan Mia, kemudian berhijrah di tempat lain. Sesungguh saya juga akan berbuat demikian, jika berpeluang memiliki Mia.
“Bagaimana? Boleh bagi tahu cara mana yang kamu pilih?”
Saya tersentak, nada suara Haji Simpul cukup keras kali ini.
-TAMAT-

206. JADI HAMBA IBLIS

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : JADI HAMBA IBLIS
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the HORRORZONE
HZONE BLOG
KOD : 002750940206
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Kerana Andi Kamarool lambat menyambung percakapan yang terputus, keresahan datang dalam diri saya. Rupa-rupanya keresahan yang sama juga dialami oleh Mia. Buktinya, dia tidak dapat duduk dengan aman. Sering saja mengaru-garu pangkal leher dan meraba hujung bajunya.
“Andi,” saya bersuara.
Dengan segera Andi Kamarool mengangkat tangan kanannya, memberi isyarat supaya diam. Jangan campur dalam urusannya. Lebih tetap dia menyuruh saya membantu. Mia hanya memperhatikan saja gerak-geri Andi Kamarool.
“Kami berdua ada rancangan nak berjalan-jalan di kawasan kampong, di hujung ladang Mia. Kami nak berkenalan dengan penduduk se tempat.” Andi Kamarool berhenti bercakap. Dia senyum pada saya dan Mia.
“Kali ini, biar aku dan Tamar makan di luar,” sambung Andi Kamarool . Saya anggukkan kepala, setuju dengan apa yang dituturkan oleh Andi Kamarool itu.
Mia tidak memperlihatkan reaksi yang negative. Dia nampak bersahaja menerima kata-kata Andi Kamarool. Cuma hati saya saja yang cemas. Bimbang, kalau dia melenting dan menghalang.
“Eloklah tu, tapi hati-hati. Kalau kamu dengar komen orang kampung tentang aku dan rumah batu, jangan cakap apa-apa. Kamu berdua dengar saja,” Mia meluahkan ingatan.
Kami segera mengangguk.
“Tapi jangan lupa makan malam di rumah aku,” Mia kemukakan permintaan dalam senyum penuh kemesraan. Angin yang berlegar di ruang tamu menggerakkan anak rambutnya yang terjuntai di cuping telinga kiri.
“Begini Mia,” Andi Kamarool membetulkan duduknya, biar selesa dan seronok, begitu jugak saya.
“Apa lagi Andi?” Mia bertanya.
“Terlanjur dah keluar dari ladang kamu, kami nak beli barang untuk makan malam,” dalam nada suara keyakinan saya meluahkan kata-kata.
Sesungguhnya, saya sendiri tidak menduga boleh berbuat begitu. Semuanya tidak dirancang, keluar dari mulut secara spontan.
“Maksud kamu, mahu masak sendiri,” Mia menghalakan sepasang biji matanya ke wajah saya.
“Nampaknya begitulah Mia. Kami juga nak bersembahyang berjemaah Maghrib dan Isyaak dengan orang kampong,” Andi yang menyelamatkan keadaan.
Rasa terkejut terbayang di muka Mia. Dia merenung kosong kearah ruang dapur. Macam ada sesuatu yang bermain dalam tempurung kepalanya. Dia senyum sinis.
“Agaknya nak tukar selera, nak makan masakan sendiri. Maklumlah dah kerap sangat makan masakan aku, terasa juga jemunya,” Mia bagaikan menyindir. Saya dan Andi hanya mampu tersenyum, tidak mahu memberikan sebarang komentar.
“Aku, harap rancangan kamu dapat berjalan dengan lancar,” tambah Mia, dia segera berpusing menuju ke ambang pintu.
“Aku balik dulu, hati-hati masa berjalan dalam kawasan kampong orang,” Mia mengingatkan lagi. Dia pun melangkah menuruni anak tangga. Kami juga turut berbuat demikian, tetapi setakat kaki tangga sahaja. Mia pun melangkah pulang, berlenggang penuh sopan.
RANCANGAN
Kira kita jam sepuluh pagi, kami tinggalkan rumah papan menuju ke arah selatan ladang milik Mia. Setelah melepasi pintu pagar yang tidak berkunci, kami memasuki kawasan tanah paya yang menjadi sempadan antara tanah kampong dengan kawasan ladang peninggalan arwah orang tua Mia.
Lebih kurang setengah jam perjalanan, akhirnya kami sampai kekawasan pinggir kampong. Dari situ, kami melalui jalan tanah merah yang agak sunyi.
Kiri kanan jalan penuh dengan pokok-pokok getah. Bila sampai kekawasan perumahan, suasana terasa agak sibuk, kelihatan ada para penduduk menebas kawasan rumah yang kebanyakannya ditanam dengan pokok-pokok buah-buahan seperti betik, rambutan, ciku dan sebagainya.
Semua orang yang ditemui, sama ada yang berjalan kaki atau naik basikal semuanya ringan mulut. Mudah memberi salam dan menegur sapa.
“Mahu ke mana ?”
Tegur seorang lelaki yang berusia sekitar enam puluhan, dibahunya ada seberkas kayu. Parang terselit di pinggang. Dia seperti baru balik dari kebun buah-buahan.
“Kami nak cari rumah Haji Simpul.” Saya menjawap.
Orang tua itu menurunkan berkas kayu dari bahu, disandarkan pada pangkal pokok ketapang. Dengan secebis kain (yang sukar diteka warnanya kerana sudah lusuh) dia menyapu peluh di dahi. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Lebai Saad. Kami pun beritahu nama kami kepadanya.
“Kamu berdua orang luar?”
Serentak kami anggukkan kepala.
“Begitulah selalunya, orang luar datang ke sini suka sangat mencari Haji Simpul. Nama dan kebolehannya tersebar di mana-mana. Pada kami dia cuma orang tua biasa saja,” katanya sambil mengajak kami duduk atas tunggul kayu.
“Apa hal nak jumpa dia?”
“Tak ada apa-apa, saja nak jumpa,” kata Andi Kamarool.
“Ikut jalan ni keutara, kamu jumpa dua deret kedai papan, kamu jalan lagi hingga kamu jumpa sebuah rumah di hujung kampong, berdinding tepas, beratap rumbia. Itulah rumah Haji Simpul,” dengan nada suara yang bersahaja Lebai Saad memberi petunjuk.
“Terima kasih, Pak Lebai,” kata saya.
“Sama-sama kasih, selamat jalan.”
Kami segera bersalaman dan meneruskan langkah.
Semasa sampai di halaman rumah Haji salaim, kami dapati daun pintu rumahnya tertutup rapat. Tetapi, tingkap terbuka luas, suara orang membaca Quran jelas kedengaran. Berhampiran tangga terdapat sebuah basikal tua. Saya terus memberi salam. Gembira sekali, bila salam yang diberi menerima jawapan.
TEGAP
Daun pintu terkuak, seorang gadis sunti dalam lingkungan usia 12-13 tahun muncul dipintu, memakai tuding.
“Haji ada di rumah?” saya bertanya.
“Ada,” si gadis menghilangkan diri. Tempatnya segera diganti oleh seorang lelaki tua, memakai serban, janggutnya putih sampai kedada. Kelihatan tegap dan sasa.
“Sila masuk,”
Kami masuk ke perut rumah. Duduk bersila atas tikar mengkuang. Orang tua itu memanggil gadis sunti suruh masak air.
“Ini piut saya,” sambil memegang hujung serban, orang itu bersuara.
Macam tadi, kami anggukkan kepala. Ekor mata saya mengawasi setiap sudut ruang. Semuanya menyenangkan.
“Kamu berdua orang luar?”
“Iya, Tuan Haji,” jawap Andi Kamarool.
Saya sudah memutuskan setiap pertanyaan yang diajukan oleh Haji Simpul akan dijawap oleh Andi Kamarool. Saya mahu membisu.
“Dari ladang arwah orang tua Mia?”
“Iya, Tuan Haji.”
“Kenapa tak ikut jalan raya? Ikut jalan raya lagi dekat. Tak sampai sepuluh minit dah sampai kesini.”
Tiada jawapan yang dihamburkan oleh Andi Kamarool. Dia merenung ke arah saya, seolah-olah meminta bantuan. Kerana saya sudah memutuskan mahu mendengar sahaja, jadi saya buat tak kisah dengan renungan itu.
Andi Kamarool garu cuping telinga tiga kali berturut-turut, sebagai isyarat saya menjawap pertanyaan Haji Simpul. Saya gelengkan kepala, tidak bersedia untuk masuk campur.
“Kerana tak ada orang yang nak beritahu, jadi kamu berdua main redah saja,” Haji Simpul mengakhiri ungkapan dengan senyum sinis.
“Iya, “ cepat Andi Kamarool menyahut.
“Kenapa kau orang tak tanya Harisun orang gaji Mia, dia tahu jalan pintas. Ikut jalan pintas, lagi pintas lagi cepat.”
“Dia tak suka kami jumpa Tuan Haji, “ tidak semena-mena saya ikut campur. Melanggar janji dan azam sendiri. Haji Simpul tersenyum lagi. Tidak memberikan sebarang komentar.
“Silapnya kerana kami tak bertanya,” Andi Kamarool seperti membela Kak Sun.
“Ohh…..,” sahut Haji Simpul separuh keras. Matanya tertumpu ke arah kami berdua.
TENTANG
Memang saya tidak berdaya menentang biji mata Haji Simpul, sinar matanya saya rasakan menusuk kalbu. Gerak anak mata hitamnya bagaikan membaca rahsia diri. Pepohon manggis yang tumbuh di kiri kanan rumah membekalkan rasa sejuk, meskipun matahari memancar keras. Bayangkan, berapa panasnya bahang matahari jam sebelas pagi.
Si gadis sunti datang meletakkan tiga cawan kopi hitam didepan kami. Saya mengambil kesempatan melemparkan pandangan keluar menerusi jendela. Si gadis sunti meninggalkan ruang tamu.
“Sila minum,” pelawa Haji Simpul.
“Terima kasih,” kata saya.
“Terima kasih,” kata Andi Kamarool.
Serentak kami angkat cawan dan serentak pula meneguk kopi hitam. Rasa pahitnya bagaikan lekat di tekak. Sepat-cepat saya letakkan cawan. Tidak bersedia untuk menghirup kali kedua.
“Kopi pahit, baik untuk tubuh. Dapat mengelakan kencing manis. Tapi, kalau minum berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala. Kopi yang kamu minum, kopi asli,” mungkin kata-kata yang terpancut dari mulut Haji Simpul, akibat melihat wajah kami yang berkerut menelan air kopi yang dibuat oleh piutnya.
“Minumlah lagi,” desak Haji Simpul.
Kami berdua jadi serba salah . Menolak tanda kurang sopan, diminum pahitnya bukan kepalang. Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan, saling bertukar senyum pahit. Diantara saya dan Andi Kamarool, siapakah yang terlebih dahulu menghirup kopi untuk kali kedua.
“Minumlah, apa segan-segan pula,” Haji Simpul terus mendesak
“Iya, kami minum,” balas kami serentak.
Serentak dengan itu juga, kami terus menelan kopi hitam yang pahit. Tetapi, kali ini kami berusaha agar wajah tidak berkerut. Tidak rela kelemahan diri dikesan oleh Haji Simpul bagi kali kedua.
“Bagus, mula-mula saja rasa pahit, lepas tu terasa sedap. Kita mesti minum air yang ada khasiat,”
“Iya, Tuan Haji, cakap Tuan Haji tu memang betul,” balas saya sambil menelan air liur untuk menghilangkan rasa pahit ditekak, Andi Kamarool tersenyum pahit, buah halkumnya nampak bergerak-gerak.
Haji Simpul terus menghabiskan sisa air kopi di cawannya. Dengan perlahan-lahan dia meletakkan cawan kopi dilantai. Jejari kanannya mengurut badan cawan beberapa kali. Dia nampak macam resah saja.
“Kamu ada hubungan keluarga dengan orang tua Mia?” Biji mata Haji Simpul tertumbuk ke wajah Andi Kamarool, “ tidak kira dari sebelah mana. Samada dari sebelah ibu atau ayah,” sambung Haji Simpul. Dengan sedaya upaya dia berusaha agar biji matanya bertembung dengan biji mata Andi Kamarool, kelopak matanya tidak berkedip.
Andi Kamarool cuba mengelak. Dengan secara mendadak saja, Haji Simpul menjatuhkan telapak tangan kiri ke atas bahu kanan Andi Kamarool. Jari-jarinya memegang erat tulang bahu Andi Kamarool.
“Kamu ada hubungan keluarga?” soalnya lagi.
Andi Kamarool gelengkan kepala.
“Betul, tak ada hubungan keluarga? “ dia minta sebuah kepastian yang jitu. Bahu kanan Andi Kamarool digoncangkan berkali-kali. Wajah Andi Kamarool segera menjadi kemerah-merahan. Dahinya mula ditumbuhi peluh-peluh halus.
“Ada hubungan keluarga?” untuk sekian kali, pertanyaan yang hampir diulangi. Andi Kamarool bagaikan terpukau, tidak boleh bersuara. Dia hanya menggelengkan kepala.
“Haiiiiiii…..,” Haji Simpul bagaikan mengeluh. Dengan serta merta jari jemari yang menyentuh bahu Andi Kamarool diangkat. Selepas itu, tidak ada tindak tanduk atau tutur kata yang terhambur dari mulut Haji Simpul.
SEPI
Suasana terasa sepi. Saya mengigit bibir, Andi Kamarool menggaru pangkal leher beberapa kali. Semuanya yang kami lakukan adalah untuk menghilangkan keresahan.
“Sebenarnya si Harisun banyak bercerita tentang kamu berdua pada aku. Dia mencurigai keikhlasan dan kejujuran kamu,” nada suara Haji Simpul yang bersahaja memecahkan kesepian.
Kami tersentak, tidak menduga begitu tanggapan Kak Sun kepada kami. Haji Simpul menarik dan melepaskan nafas dengan tenang. Dalam suasana yang agak tegang itu, terdengar kicau dan kokok ayam dalam cuaca panas yang kian menyengat.
“Tuan, haji….” Andi Kamarool tidak meneruskan percakapan.
“Katakan, apa yang mahu kamu katakan. Aku bersedia mendengar, “ Haji Simpul memicit-micit pangkal lengan kanannya.
“Begini tuan haji…” Andi Kamarool menyambung. “ Siapa pun berhak merasa curiga. Bila ada orang luar yang tak dikenali datang tempat kita.”
Haji Simpul tersenyum sambil anggukkan kepala tanpa berkata apa-apa.
“Apa hubungan Tuan Haji dengan Kak Sun?” saya bertanya.
Haji Simpul mengkedutkan kening. Macam ada sesuatu yang difikirkannya, sebelum meluahkan jawapan.
“Dia jiran sekampung, selalu datang ke rumah bila ada masaalah. Sekarang ini pun, dia dalam pengawasan aku. Semangatnya cukup lemah, macam ada sesuatu yang ditakuti dan dihormatinya. Dia sentiasa cemas.”
Apa yang dituturkan oleh Haji Simpul membuat saya dan Andi kamarool membeliakkan biji mata. Berita baru yang sungguh mengejutkan. Hampir sama dengan apa yang kami lihat terjadi pada diri Kak Sun.
Bahu Andi Kamarool segera saya singgung. Dia menjerit dengan apa yang saya lakukan. Andi Kamarul mencuit kepala lutut saya dengan ibu jari yang bermaksud supaya bertenang.
“Kenapa dengan dia Tuan Haji?” susul Andi Kamarool.
Sebelum memberi jawapan, Haji Simpul melemparkan pandangan keluar rumah sejenak. Kemudian dia mengubah pandangan ke arah kami.
“Kalau aku tak terangkan, kamu berdua sudah tahu. Apa yang dibuatnya kamu berdua sudah tahu. Apa yang dibuatnya kamu berdua dah tengok.
“Bukan begitu, Tamar,” Haji Simpul merenung muka saya.
“Iya, Tuan Haji,” jawap saya.
“Susah aku nak mengatasi masaalahnya, sulit,” perlahan benar nada suara Haji Simpul. Dia kelihatan seperti berputus asa. Lutut kanannya segera di tegakkan. Telapak tangan kirinya, pun terdampar atas tempurung lutut kiri. Haji Simpul termenung panjang.
“Kesian Kak Sun, tak boleh dibiarkan dia berterusan begitu. Tuan Haji mesti tolongnya.” Secara sepontan saya bersuara.
“Aku juga berfikir macam tu,” Haji Simpul memberi reaksi yang positif. Tetapi, Andi kamarool terus termenung panjang. Barangkali, kurang setuju dengan saranan yang saya berikan.
“Kita harus bertindak,” saya membakar semangat Haji Simpul.
“Iya, sekarang kita boleh mulakan Orang yang boleh membantu dan menolong Harisun ialah kamu …..” jari telunjuk Haji Simpul menuding ke arah Andi Kamarool.
Lagi sekali saya mengalami kejutan. Bijik mata Andi Kamarool bagaikan mahu tersembul. Mukanya berubah, dia mengalami kejutan yang hebat dari saya.
DIRI
“SAYA tuan haji ….” Mulut Andi Kamarool melopong.
“Iya, kamu orangnya,” angguk Haji Simpul.
“Apa yang saya tahu, Tuan Haji”
“Ahhhhh…..,” Haji Simpul segera bangun.
Dia melangkah ke tingkap dan berdiri di situ, merenung dedaun pokok yang dipanggang matahari. Saya hanya menelan air liur sambil mata merenung sisa air kopi yang berada di dasar cawan.
Mungkin kerana tidak selesa berdiri di tepi tingkap menyebabkan Haji Simpul kembali duduk bersila didepan kami. Dia menghilangkan air kopi, melihat dari gerak-gerinya, ternyata Haji Simpul cuba mencari ketenangan dan keselesaan dalam dirinya. Saya dengan Andi Kamarool tetap macam tadi, sekejap duduk bersila, sekejap melunjurkan sepasang kaki untuk menghilangkan rasa lenguh.
“Banyak perkara yang ada pada kamu Andi untuk menolong Mia dan Harisun. Barangkali kamu tak tahu semuanya itu atau kamu sengaja buat tak tahu,” dengan hati-hati Haji Simpul mengungkap kata-kata, renungannya cukup lembut ke arah Andi Kamarool. Saya lihat Andi Kamarool makin bertambah bingung.
“Tuan Haji mempermain-mainkan saya?”
“Tidak, aku bercakap perkara yang benar”
“Saya tak tahu, kalau begini saya boleh jadi gila.”
“Bertenang Andi, jangan mengelabah. Dengar cakap aku dulu,” Haji Simpul terus menepuk-nepuk bahu Andi Kamarool dengan lembut. Penuh kemesraan. Saya lihat Andi Kamarool menarik dan melepaskan nafas perlahan-lahan sambil merenung lantai. Dia sedang berusaha menenangkan perasaannya.
“Aku tahu apa yang kamu berdua rasa dan lihat di kawasan rumah Mia. Macam-macam benda pelik terjadi. Betul tak cakap aku ini, Tamar.”
“Betul tuan haji.”
“Satu lagi, aku nak bagi tahu kamu berdua, kebanyakan benda pelik yang terjadi itu, memang Mia tidak tahu. Tapi, Harisun tahu. Aku pernah pesan pada Harisun, suruh kau berdua datang jumpa aku. Itulah sebabnya aku tidak terkejut, bila kamu berdua datang jumpa aku,” penjelasan dari Haji Simpul membuat saya termenung panjang.
-TAMAT-

207. KISAH AKU SEBAGAI ABANG SEKURITI

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : KISAH AKU SEBAGAI ABANG SEKURITI
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the HORRORZONE
HZONE BLOG
KOD : 002750940207
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Satu ketika dlu pd taun 2009 aku pernah menjawat jawatan sbgai sekuriti di sebuah hospital yg trletak nun di atas bukit sana.Lokasi yg tepat tidak lah dapat sy dedahkan.Nanti pakat takut pulak sy tanak bertanggungjawab.Tp hakikatnya smua hospital ada kisah nya tersendiri.Kat hospital aku kerja ni meeeemang agak keras sampaikan bila shift malam staf2 mmg xbrani la weyyy jalan sorang2 msti berteman punya.Jadi aku selaku sekuriti bhagian ronda clocking jam yg jd penman mereka.nk pergi lab lah pegi bilik mayat lah.Tapi aku xkisah pn sbb ada habuan nye yg mereka bg.Kdg2 roti canai kdg2 burger,nasi lemak ayam goreng pn ada.Tu blm rasuah dari penjaga pesakit lg yg dok kasi2 makanan .Buah durian pn penah dpt weyyy.Bab gaduh dengan pelawat ni xpyh ckp la.Kena hina kena keji.Ckp aku bodoh la gaji brapa sen la.Aku pn tinggikn suara ckit kt makcik tu.Hoi org tua kau tggu sini aku pegi balik ambik sijil2 aku.Jangan hina pekerjaan org.Asalkn halal ok la.Senyap dia.Selamat aku.Aku bkn ada sijil pn.Sijil klahiran ada la. Yg slalu dok bg rasuah tu pn aku xlyn.smua sama aku buat ikut peraturan pihak hospital.Tp best la jgk keja sbgai sekuriti hospital ni sbb blh knl ramai org.Kerenah org pn mcm2.
Ok ok berbalik pada cerita seram aku kt hospital tu.Ringkas2 ja cerita aku.Aku slaku sekuriti ronda jd aku akn pegi ke stiap ceruk hospital utk meronda menjaga keselamatan hospital.Mmg tugas aku ttp sbgai peronda.clocking.ganti anggota lain rehat solat dan lain2.aku meronda stiap 2 jam skali.1pagi,3pagi,5pagi.
Kebiasaan aku bila sampai ke tempat yg sunyi xda org mcm farmasi.makmal.
rumah mayat.fisio sbb kt tmpt tu siang ja bukak ada org ramai aku akn meronda sambil dgr bacaan ayat suci alquran dgn pemain mp3.tp kan kan kan.Setiap kali aku meronda ke bilik mayat bacaan quran tu akn stop tau x.Jd mcm radio lari stesyen tu.Padahal aku kan dgr mp3 pkai memori kad.Utk pgetahuan bilik mayat ni dia bhagian bawah bukit sbb td aku ckp hospital tu kt atas bukit kn tp bilik mayat ni kt bawah.So kna trun tgga 40anakntangga.Sampai kt bawah tu mmg sunyi sepi la baq hang dh la mp3 quran tu trus brenti.Mmg laju la aku trun naik tgga pegi clocking kt blik mayat tu.bila sampai atas balik mp3 tu jd ok balik.bgitulah stiap kali aku clocking kt bilik mayat.Macam2 jgak la aku kna kt bilik mayat ni.Pintu peti mayat tu tiba2 trbuka sendiri.lepas tu bunyi bising mcm kita tolak tarik mayat dlm tu..Penah jgk dengar pmpn menangis.Nmpk budak kecik main guli pkul 2,3 pagi.lamA2 aku jd lali.Tu blm peti mayat tu rosak.klau rosak perghhhhh tudiaa baq hang dia punya bau menggelegak sgala isi perut.Klau hujan, dgn berpakaian hujan berpayung brkasut but dan bertemankan lampu suluh berjalan aku sorang2.Klau lebat xpa klau renyai2 beringat benda tu mmg suka hujan renyai2.Tiada yg lain ku bgantung harap kcuali pd yg Esa.Bkn nk kata aku berani minggu pertama aku kerja sbnarnya aku dmam .
Slain bilik mayat ada bnyk tmpt lg yg ada 'benda' ni.Dekat stor gas.Kt situ pn ada satu point clocking aku.kt situ jnis'benda' yg memanggil nama.Stiap kali aku kena.benda tu akn panggil nama aku Mad pi mcm berbisik tau x.aku cek skeliling xda org.sampai la dia panggil 3 kali.Memang benda tu akn panggil sbnyk 3 kali je xlebih xkurang.Bgitulah slalu nya.
Bila siap clocking aku akn lepak2 kt mana2 kaki 5.kdg2 aku lepak kt parking.suasana mmg sunyi sbb dh memang xda org dh masa tu.penjaga psakit pn smua tdo dh.Kt tmpt ramai mcm wad kecemasan dh ada sekuriti masing2.So aku yg ronda ni diarahkn parking kt tmpt2 yg sunyi.Penah la tgh dok lepak2.Lalu penampakan perempuan berbaju putih.Aku ikut tp benda tu terus hilang ditelan kegelapan.Bila aku ke tandas cuci muka di sinki.Mengantuk la katakan.tiba2 punggung ku ditolak.Bila aku toleh ke belakang budak kecik berlari laju kluar dari tandas.Bila aku kluar mmg budak tu dh xda.Mmg bkn manusia.ank sape xtdo lg pkul 3/4 pagi kt situ.Penah jgk masa aku dok nk buang air kecik.pintu berdentum mcm ditolak kuat.Aku cpt2 kluar cek.xda sape2 pn.Hurmmmm.cilakak aku nk kencing pn kau kacau.
Ok ni yg last.Yg paling power aku jumpa.Mase tu aku nk pergi ronda kt bgunan baru.kt situ ditempatkn wad bersalin dan wad wanita.Aku naik lift.Ada lah satu atendan hospital lelaki tolak pesakit perempuan masuk dlm lift skali dgn aku.aku tgk pesakit tu muka berdarah baju pn ada kesan darah.Lupa nk ckp aku tgk atendan tu aku xknl mcm xpernah tgk tp aku ingtkn dia staf baru la kot.sampai di tgkat dua.dua org tu kluar aku pn ambik kputusan utk ikut diorg.aku tlg bkak kn pintu.Diorg masuk so stakat tu jela.aku lepak2 kt luar.Baru aku perasan.Wad tu wad bersalin la wey.Knapa pesakit yg luka berdarah teruk masuk wad bersalin.aku trkesima..curious wey.Aku masuk wad tu pegi kt kaunter nurse.aku tanye mana psakit yg baru masuk td.nurse dgn hairan jawab mana ada pesakit baru masuk
.adehhh pishangggg.Terkena aku.Lpas kjadian tu ada jgk la kawan2 aku jumpa dua 'benda' tu dlm lift.ada yg dmam esoknya trus resign.2tahun lps tu aku plak resign sambung blaja.
Stakat ni jela dlu aku berceloteh sori la wey panjang sgt aku type ni.Boring giler kna PKP ni namun nk buat mcm mana pakat2 lah kita patuh.Semoga covid19 ni berlalu pergi Aamiin.Al fatihah pd mgsa yg meninggal.
-TAMAT-

208. LUKISAN

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : LUKISAN 
KARYA : MOK
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the HORRORZONE
HZONE BLOG
KOD : 002750940208
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Cuaca agak mendung hari ini. Tetapi tak semendung rasa dalam hati aku ini. Perasaan bolak-balik ini dari semalam bermain di dalam benak ini. Aahh kenapa aku ni. Sentiasa bermonolog dengan perasaan aku sendiri. Aku tak dapat fokus dengan kelas drawing Encik R. Aku rasa kosong. Aku berkalih dari tempat duduk sambil mencapai buku The Art of Geisha. Kawan-kawan aku yang lain penuh kosentrasi dengan ilham dan luahan masing-masing yang di visualkan ke atas canvas besar itu. Ralit aku melihat mereka.
“oi Mok..ko belum mula lagi ke? Selalu ko cepat je.” Suara lunak Effey mengganggu lamunan aku sambil duduk di sebelah aku hanya diam tanpa reaksi
“Wei ko okay tak gemok!”Jerit Effey perlahan.
“Oi pondan aku okay la. Buat je la kerja ko tu.” Balas aku acuh tak acuh.
Pondan ni memang kalu tak kaco aku sehari tak sah. Gumam aku. Hari ni Mona a.k.a Mami Jarum Penang tak datang, demam katanya. Kalau tak sama je mesti duk melalak sama dalam kelas. Jangan nyanyi Jangan Tinggal Daku sudah.
“Mokkk..tolong org jap, lukis tangan neh jap…susah la.”
Nour menghulurkan canvasnya.
Aku capai pensel.secara spontan aku melakar dengan teliti.beberapa minit kemudian satu lakaran imej terhasil.dah menjadi kebiasaan aku pasti akan menolong kawan-kawan sekelas aku.
Aku tersenyum melihat hasilnya, lama aku perhatikan canvas tersebut.
“Nah dah siap…hehe” Aku bagi balik canvas kepada Nour.
Aku tersenyum. Cepat-cepat aku mencapai canvas aku, putih dan masih kosong. Aku seakan mendapat satu ilham, terbayang satu wajah mulus tapi sedih. Laju tangan ni menari-nari melakar ruang canvas. Setengah jam kemudian terhasil satu imej wajah seorang perempuan yang sangat ayu namun riak wajahnya sedih. Aku merenung seketika wajah itu, terngiang-ngiang lagu Jangan Tinggal Daku di benak aku. Anak mata wajah itu seakan melirik, aku terkejut sehingga aku tersentak dan berganjak dari tempat duduk. What the f….aku menyumpah.
Kawan-kawan aku yang lain sedang tekun menyiapkan catan masing-masing. Hanya aku termangu-mangu sendirian. Masih terkejut dengan kejadian kecil tadi. Aku tarik nafas kemudian hembus perlahan-lahan. Aku buat tak tahu saja lalu menyambung kerja aku.
Kelas Encik R tamat setelah 5 jam berlalu.
“Mak lapar nok. Let’s kita gi makan.”
Suara Effey memecah sunyi kelas. Kalau vocal tak high note tak sah. Aku dan yang lain-lain sibuk mengemas barang-barang dan menyusun easel ke tempat asal.
Sebelum beredar aku kena pastikan semua suis di tutup dan kelas dalam keadaan kemas. Aku lah orang terakhir yang aku keluar dari kelas, dah nasib ketua kelas. Sebaik sahaja aku mengangkat canvas aku tiba-tiba terasa angin menerpa pipi gemuk aku. Dingin dan lembut. Aku hanya terdiam sambil berkawan ke arah pintu. Sempat aku mengalihkan pandangan ke arah mannequins yang terletak bertentangan. Padiaaa pulak ni, jerit aku dalam hati. Takkan lagi sekali. Aku cepat beredar mengikut kawan-kawan aku naik ke foyer.
Hampir nak masuk waktu maghrib aku sampai ke rumah sewa. Aku memegang canvas tadi masuk ke dalam lift. Kebetulan jiran yang tinggal selevel dengan aku pun ada. Dia sempat melihat canvas aku pegang.
“Lawalah.” Kata dia sepatah. Aku senyum lalu ucap terima kasih. Jiran aku mengeluarkan telefonnya lalu snap gambar.
“Lawa sangat. Tang mata tu nampak real. Kalau jual boleh ke nak beli.”
“Terima kasih bang. Belum siap lagi ni. Kalau ada yang nak beli nak juga jual. Tapi lepas lecturer bagi markah lah.” Balas aku.
“Ooo ok ok.” Balas jiran aku sambil mengangguk-angguk. Pintu lift terbuka, aku minta diri untuk keluar dahulu. Aku terus menuju ke pintu rumah sewa aku. Laluan gelap, aku pelik selalunya lampu dah buka time macam ni. Tapi aku malas nak fikir yang bukan-bukan.
Malam tu aku masuk tidur awal sikit. Penat mungkin. Canvas aku tadi aku letak di ruang tamu. Dalam setengah jam aku baring tiba-tiba aku terdengar housemate aku menjerit sekejap macam menangis pula. Aku pelik. Aku keluar dari bilik aku. Aku tengok housemate aku berdiri depan canvas aku. Aku bertambah hairan.
“Ko kenapa wei”
“Tuuu..tuuu bakpo tuu mato dio tubik air mato itey.” Housemate aku tunjuk ke arah canvas aku.
“Wei ko biar betik. Aku tengok ok je. Ko jangan macam2”
“Mu tohok canvas ni, mu keno tohok. Ado bendo kat lukise mu.”
Aku diam. Aku tengok ke arah canvas aku. Aku tengok ok je.
“My tohok…mu tokleh sipey lukise nih.” Jerit housemate aku. Dia macam nak meracau. Aku terus goncang-goncangkan bahunya.
“Mengucap beb. Insha ALLAH takde apa-apanya.”
Aku cuba kawal racau housemate aku. Alhamdulillah dia tersedar. Kemudian kami ambil wuduk dan baca Yassin dan ayat Kursi. Sebelum tidur aku balut canvas dengan kain supaya wajah itu tak terlihat. Alhamdulillah kami dapat tidur dengan lena tanpa ada gangguan.
Esoknya jiran aku ternampak aku di lobi terus memanggil aku.
“Dik, kejap. Abg nak tunjuk ni.” Dia menghulur telefonnya. Gambar yang dia snap semalam. Wajah perempuan menangis air mata hitam, sama macam housemate aku cakap malam tu. Aku terkejut.
“Semalam abang dengar macam orang menangis…sayu je. Abg buat tatau je. Abang baca ayat Kursi pastu bunyi tu tak dengar dah. Tapi seram gak la. Abang nak bagitau tu je. Oklah abg gerak dulu.”
Aku hanya anggukkan kepala dan diam. Aku tak tahu apa perasaan aku masa tu.
Lepas assessment aku decide nak tinggalkan canvas aku di studio. Tapi aku tak sedap hati lalu aku tinggalkan canvas aku di tepi tong sampah besar di luar studio aku. Sebelum gerak aku tengok sekilas wajah tu. Sayu…sedih dan seram.
Ni kisah kedua aku untuk HZONE BLOG. Terima kaseh sudi baca pengalaman misteri aku ni. Mungkin kalau pembaca-pembaca HZONE BLOG baca tak seram sangat aku minta maaf. Mok.
-TAMAT-

209. RUMAH TERES BERKEMBAR

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : RUMAH TERES BERKEMBAR
KARYA : FA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the HORRORZONE
HZONE BLOG
KOD : 002750940209
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih admin kerana menyiarkan kisah saya. Sebelum ni saya ada hantar pengalaman saya pasal ‘loceng’. Ada yang tanya tak pergi buat rawatan ke. Saya tak buat rawatan, sebab keluarga tak percaya hal mistik. Kalau nak tahu, apartment yang saya maksudkan tu, adalah apartment di Alor Gajah, di dalam tempat perlancongan A-Famosa. Tempat tu memang terkenal dengan kekerasannya, saya yakin ada orang lain lagi yang mengalami pengalaman yang lebih menyeramkan di situ.
Kali ni aku nak cerita pasal rumah aku dan pengalaman pertama aku ditindih. Dulu aku selalu kena tindih, tapi sekarang dah tak lagi. Aku pasti ramai yang pernah mengalami pengalaman ditindih. Orang yang pernah ditindih je yang akan faham macam mana peritnya.
Rumah aku rumah teres berkembar lot tepi, abah beli rumah tu masa kami kecil-kecil. Rumah ni ada 3 bilik. Aku ada 8 beradik, dan aku anak ke 7. Kami membesar di rumah tu, sampai lah aku nak masuk darjah 2, kami sekeluarga berpindah ke negeri lain. Dan rumah ini disewakan kepada orang lain. Setelah beberapa bulan di negeri orang, kami berpindah semula ke tempat asal. Kami tak berpindah masuk rumah teres tu, tapi kami duduk kuaters. Oh lupa nak cakap, abah aku bekerja kerajaan, sekarang dah pencen dah.
Setelah kak Z aku habis belajar, dia bekerja sementara berdekatan dengan rumah teres tu, jadi dia buat keputusan untuk berpindah masuk rumah tu. Berpindahlah dia seorang.
Masa dia seorang-seorang di rumah tu, berlakulah beberapa kejadian mistik. Kakak aku ni rambut dia panjang. Kejadian 1, Satu hari tu dia tidur di sofa ruang tamu, sambil melepaskan rambut dia ke bawah. Tak semena-mena rambut dia direntap. Masa ni dia positif lagi, dia alihkan rambut dia, tapi lagi sekali rambut dia di rentap. Kejadian 2, sedang enak kakak aku tidur, dalam pukul 5 pagi, tiba-tiba ada yang bisik ke telinga kakak aku “bangunnnn”. Dia terkejut, terus dia terjaga.
Setelah beberapa tahun, kami sekeluarga berpindah semula ke rumah tu. Masa ni aku tingkatan 2. Pada mulanya segalanya baik-baik saja. Satu malam ni aku dan kak D tidur di ruang tamu. Aku tidur di sofa bertentangan dengan sofa yang kak D tidur. Sedang enak kami tidur, dalam pukul 4 pagi, tiba-tiba kak D menjerit-jerit dan menangis. Kami sekeluarga apa lagi, terkejut beruk la time tu. Aku terus berdiri atas sofa, aku sangkakan ada ular masuk rumah. Masa tu, kak D merangkak sambil seret kaki dia sebelah. Semua orang dah bangun, tanya dia kenapa. Tapi dia tetap begitu. Datang abah aku, abah terus tarik dia masuk bilik. Kak D pegang-pegang kaki yang dia seret tadi. Dia cakap dia rasa kaki dia macam ada satu lagi. Melekat dekat kaki yang dia seret tu, dia kata dia dah sedar masa tu, bukan mimpi.
Kami beranggapan dia mimpi, jadi kami pun tidur lah semula. Tapi kali ni kak D tidur di sofa aku tidur, dan aku tidur di sofa kak D tidur tadi. Aku tak terus tidur, aku on lampu, aku buat kerja kursus.
Setelah selesai urusan aku, aku pun baring nak tidur. Tak sampai 5minit aku tidur, aku di tindih. Pengalaman pertama aku. Aku panik. Badan terasa berat, sesak nafas, mata tak boleh buka, aku menjerit tak siapa yang dengar, aku tak boleh bergerak. Setelah beberapa minit, aku berjaya lepaskan diri. Aku terus tak tidur lepas tu, sampai la waktu nak pergi sekolah. Aku tak cerita kat siapa-siapa, aku anggap mungkin perasaan aku atau aku bermimpi.
Aku banyak kali kena tidih selepas tu. Aku tak boleh tidur mana-mana bilik. Setiap kali aku tidur bilik, aku selalu di tindih. Jadi kebiasaannya aku hanya tidur di ruang tamu. Antara pengalaman aku kene tindih yang paling teruk, masa aku tidur di bilik kak A. Aku tidur atas katil double, bahagian atas. Buka lampu. Sedang enak tidur, tiba-tiba bulu roma aku naik, terasa tangan bagai di pegang, dan sekali lagi di tindih. Dalam separuh sedar tu, aku nampak bayang-bayang ‘benda’ yang terbang. Kita kalau tidur dalam cahaya terang dan walaupun mata tertutup, mesti akan nampak bayang-bayang kalau ada yang libas-libas depan mata kita kan. Ha, macam ni la aku rasa. Setelah bergelut, berjaya terlepas.
Pengalaman tidur di bilik abg A pula. Waktu tu siang, masa ni aku seorang-seorang dalam bilik. Aku tidur, sambil aku tutup muka aku dengan kusyen. Sedang enak tidur, tiba-tiba kusyen yang aku buat tutup muka tu terasa berat. Aku di tindih, masa ni aku betul-betul dah tak boleh bernafas. Aku fikir aku dah macam nak putus nyawa je masa tu. Aku bergelut, aku baca ulang-ulang ayat kursi dalam hati. Akhirnya aku berjaya lepas kan diri.
Kene tindih yang paling seram setakat ni, masa aku tidur di ruang tamu. Masa ni aku seorang- seorang kat rumah. Semua orang ada urusan di luar. Aku tidur waktu petang, aku tak ingat pukul berapa. Masa aku sedap tidur, tiba- tiba aku di tindih lagi. Tapi kali ni ‘dia’ bisik-bisik di telinga aku. Sangat bising. Aku tak paham apa yang di tuturkan. Dengar macam mantra pun ada. Sesekali aku rasa macam aku dah lemah sangat-sangat. Aku takut aku tewas dan kena rasuk. Aku sedaya upaya lawan dengan membaca ayat kursi berulang kali dalam hati, aku tak tahu la aku baca tunggang terbalik ke apa. seboleh-bolehnya aku tak nak dengar apa yang ‘dia’ bisik. Ini pengalaman paling lama aku kene tindih.
Selalunya bila kena tindih, aku akan bergelut dengan membaca ayat kursi berulang kali. Setelah aku berjaya lepaskan diri, kalau aku nak sambung tidur, aku akan alih tempat tidur, sebelum tidur, aku ludah ke kiri 3kali sambil baca “Auzubillah Minashaitan Nirajeem”. Aip! bukan ludah betul-betul, simbolik je. tuih.. tuih.. tuih.. haaa,
macam tu. Ok lah sampai sini saja aku cerita. Kalau aku rajin, aku cerita lagi pasal rumah teres ni.
-TAMAT-

210. RUMAH USANG BERPUAKA

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : RUMAH USANG BERPUAKA
KARYA : DIAADA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the HORRORZONE
HZONE BLOG
KOD : 002750940210
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Assalamualaikum dan terima kasih HZONE BLOG kerana sudi menyiarkan kisah yang sedikit seram untuk aku akui adalah sangat seram bagi aku, first aku minta maaf sekiranya kisah yang aku ingin kongsikan ini tidak menarik seperti yang korang bayangkan atau tak faham jalan ceritanya yang sedikit beterabur ya.
Ok sebagai permulaan aku akan ceritakan sedikit pasal rumah yang aku diami beberapa tahun yang lepas sekarang ni aku dah pindah tapi aku masih ingat lagi, kami tinggal di rumah tu hanya bertahan selama 5 bulan sahaja, sebabnya kejap lagi aku cite, rumah yang aku tinggal tu rumah kampung, seperti biasa rumah tu terdiri daripada separuhnya ialah papan dan separuh lagi batu-bata, ruang tamu tu boleh muat 3 sofa bersaiz besar, almari pakain almari tv dan sebuah meja makan, bilik ada 3 sahaja sedangkan kami lapan orang, kami pun berkongsi bilik, rumah yang kami diami ni sewa bulanannya rm 600 sebulan.
Kisah ni bermula pada mula lagi kami pindah ke rumah tu, malam tu kami sekeluarga duduk menghadap tv sambil makan nasi di ruang tamu, sedang kami sedap makan tiba-tiba ada bunyi guli yang berteraburan di atas bumbung, kami memandang sesama sendiri masa tu pukul 10 malam, kami mengandahkan bunyi tu dan cepat-cepat makan, usai sahaja kami makan aku di tugaskan untuk basuh pinggan mangkuk, masuk sahaja ke dapur aku mula membuat tugas aku,”gedebumm!!”satu keluarga kitorang degar bunyi tu, aku yang keseorangan di dapur bergegas lari ke ruang tamu sebelum sempat aku menutup pili air.
Setelah beberapa minit berlalu kami mula mengemas apa yang patut, aku ingat tak ada dah gangguan tu tapi dia tak puas hati lagi, masa kami semua tengah sibuk meletakkan barang kami ke dalam bilik, adik aku yang paling kecil dalam 6 tahun tiba-tiba menjerit ketakutan sambil berlari ke arah abah dan mak, bila di tanyakan apa penyebab dia menjerit mula dia taknak beritahu apa sebabnya tapi kami memujuk dia untuk beritahu, kata adik aku masa dia sedang bermain dengan pantung chin-chan satu kepala tersembul keluar dari badan patung tu, dia terkejut yang amat sebab tu dia lari, bukan setakat dia je buat macam tu kalau kami pun buat yang sama macam tu,
Sebenarnya banyak lagi kejadian seram ni malah hampir setiap hari kejadian tu berlaku, pernah satu hari tu sepupu aku fiq datang ziarah kami, malam tu mak dan fiq tu tidur rumah kami, afiq dan aku berbual-bual, keluarga yang lain pulak dekat dapur memasak yang adik-adik aku tengah bermain dalam bilik,”assalamualaikum!! ” ada orang yang bagi salam tapi suara dia macam tengah marah,”assalamualaikum !!gedebumm!! Gedebumm!! “Kami dengan perasaan takut berlari mendapatkan mak abah, bila ditanya abah aku dengar ke tak orang bagi salam abah aku kata takda la pula.
Kami kembali ke ruang tamu nak tengok adik-adik kami, asalnya kami ada 10 orang termasuk afiq dan umi, aku kira 5 orang tak tido lagi bermaksud 5 orang dah tido la kan, 1.2.3.4.5.6 kira aku,aku pun tak apa la jalan pergi bilik mak nak tutup lampu, jap..bukan 5 orang je ke?apasal 6 orang pulak aku patah balik di ikuti afiq, memang ada 6 orang, aku buka lampu, ada seorang budak kecil berbaju kuning seluar pulak warna hitam koyak-koyak dengan kesan tanah, benda ni bukan aku je tahu yang nampak afiq pon nampak sebab kami berdua ni memeng ada sixthsense, budak tu dia tidur dalam keadaan meniarap, aku tutup lampu, pastu pergi ke dapur bagi tau abah aku abah aku masuk bilik tu pastu terus azan, adik-adik yang tidur terbangun ada yang tanya kenapa, ada yang tanya dah siap masak ke belum, haih..huhuhu
Rumah tu terlampau keras, macam-macam ada kat situ adik aku pernah nampak ada makhluk warna merah pekat bereekor tajam ada tanduk ajak dia pergi main dekat tempat yang dia tunjuk kat adik aku, kami suruh dia tunjukkan kat mana tempat tu, kami semua pergi ke belakang rumah, oh lupa pulak nak bagi tahu belakang rumah tu penuh dengan hutan yang terbiar, sampai je kat belakang rumah adik aku tunjuk arah kat mana syaitan tu duduk, belangkang dinding tu ada satu lubang sebesar tapak tangan, kami semua ketakutan bila ada tanda di dinding tu, tanda tu macam dilukis lukisan tu berupa seekor makhluk yang bertanduk sebijik macam yang adik aku cerita tu, abah aku ambil alat apa bende entah, ketuk dekat tempat tu habis aje ketuk rupa rupanya tempat tu bilik pemujaan syaitan paling terbesar, tepi dinding bilik tu tertulis pelbagai jampi untuk pemujaan.
Serentak tu kami mula kas baju-baju dan tumpang rumah keluarga belah mak aku untuk seminggu 2, tempoh tu abah aku bawa kawan-kawan untuk tolong abah aku punggah barang lepas dapat rumah sewa lain. Kami semua pindah, bila di pikir balik patut la takda seorang pun yang berjiran dengan kami, dan rumah tu pulak jauh dari rumah yang lain. Ok itu jelah kisah dari aku, harap korang berpuas hati ya, ada masa kita jumpa lagi,assalamualaikum.. 
-TAMAT- 

211. KEM TAHANAN

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : KEM TAHANAN
KARYA : WALEE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the HORRORZONE
HZONE BLOG
KOD : 002750940211
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Cerita kali ni bukan terjadi kepada aku, tetapi terjadi kepada bapak aku. Cerita yg bakal disampaikan adalah bertemakan misteri, tiada hantu, cerita ni umpama filem yang diarah oleh M. Night Syhamalan gitu haaa……. cerita ni aku agak percaya sebab bapak aku ni seorang pegawai polis dan jauh sekali dengan taksub dengan perkara perkara ghaib ni, die lebih ke arah logik akal. Cerita ni super pendek.
Bermula dengan Bismillah. Satu hari tu bapak aku diarahkan untuk bertugas disalah satu pusat tahanan di johor, tak payah la cakap yang mana satu sebab aku pun tak ingat. Bapak ku sampai sana pagi pagi sebb nak lapor diri, lepas lapor diri, die ke bilik yang disediakan( tido sana untuk 2 minggu kalau tak silap). Bapak aku ni kat sana macam on call jugak la keje die, kene standby je. So pada waktu malam pun die boleh masuk ofis dan sebagainya lah, ronda ronda bagai. Kawasan tahanan ni ada 3 block, depan sekali pejabat, dua block lagi block tahanan, tapi hanya 1 block tahanan yang digunakan, lg 1 yang belakang tu dibiarkan kosong. Juga terdapat beberapa menara kawalan dengan pengawal bersenjata api sekali lah. By the way kem tahanan ni kene lah masuk ke dalam hutan hutan nipis sikit, kalau buat dekat tengah bandar, berjimba jimba pulak tahanan.
Malam pun tiba, jadi selaku in charge kat situ, die pun mulakan lah ronda ronda untuk pantau keadaan keseluruhan. Bapak ku masuk ofis buat la paperwork ke pe ke aku pun tak tau sgt keje die. Tengah buat2 keje ada sorang anggota ketuk pintu mintak izin masuk. Mula mula anggota ni macam serba salah, gelisah tak tahu mana nak mula, macam mana nak caturkan perkara yang ingin disampaikan. Yang terkeluar dari mulut anggota tu hanyalah pelawaan “ tuan nak sy buatkan ape2 air panas ke?”, bapak ku just mintak buat air teh o nipis je. Lepas hantar air tu anggota tu terus beredar menyambung tugasan. Cuma bapak aku tertanya tanya pemende yang hendak di sampaikan oleh anggota tersebut pada mulanya.
Lepas 10 minit bersendiri, bermulalah cerekarama aneh di sini. Tengah sedap bapak aku menghirup air teh o nya, dia terdengar riuh rendah dari block tahanan, bunyinya persis semua tahanan sedang melakukan rusuhan , which is sangat sangat kecoh. Jadi, dipanggilnya 5 anggota bawahannya supaya menemaninya pergi meronda ke block tahanan untuk melakukan pemeriksaan. Dalam keadaan yg masih riuh rendah, bapak ku dan anggota anggota bawahannya tiba di lokasi yang dituju iaitu block belakang pejabat. Apa yang mereka lihat sewaktu itu amatlah boleh meremangkan bulu ketiak masing masing sebab mereka dapati kesemua tahanan sedang berehat dan tidur dan mereka dapati yang riuh rendah itu berpunca dari block belakang yang tidak berpenghuni. Oleh disebabkan tugasan, mereka terpaksa memeriksa punca bunyi bunyi yang riuh di block belakang, seingat aku, seperti yang diceritakan bapak ku, bunyi bunyi bising tu termasuklah bunyi jeritan dalam ketakutan beramai ramai, dan bunyi orang melagakan kolé besi (cawan besi) pada grill penjara tahanan beramai ramai. Tapi, apa yg dorang nampak hanyalah bangunan kosong, gelap tetapi masih berbunyi bising dan bunyinya memang berpunca dari bangunan tersebut. Kita ke perenggan seterusnya.
Setelah kejadian tersebut hampir menggigilkan lutut bapak ku, mereka pun bergegas ke bangunan pejabat tadi, tapi bapak ku agak kehairanan sebb kelima lima anggota tersebut tidak menunjukkan riak yang menunjukkan mereka takut. Dan mereka menasihati bapakku untuk berehat malam itu. Kita ke hari esok pulak.
Keesokan harinya, semua keadaan seperti biasa, tiada sesiapa pun yang bercerita tentang riuh rendah tersebut membuatkan bapak ku merasa lebih pelik. Kita p****g teruslah ke malam hari sebab dah penat menaip ni. Baik, pada malam kedua ni ada sorang anggota yang memaklumkan pada bapak ku yang perkara semalam mungkin terjadi lagi. Pada waktu itu bapak ku sedang membuat rondaan bagi memastikan kesemua anggota di posisi masing masing, dan waktu inilah seorang anggota berdekatan dengan bapak ku mencapai walkie talkie di pinggangnya dan berdialog dengan anggota yang berada di menara tinjauan.
Anggota: , samad! dia dah mai dah, dia dah mai….. turun dulu.
Menara: baik baik, di terima.
Tak sampai 30 saat selepas perbualan tersebut, bapakku terasa angin yang sangat kuat, habis semua daun daun dan pokok semua bergoncang dengan sangat kuat. Rentaknya macam sepasang kepak yang besar sedang mengibas dengan kuat dan serentak itu la bunyi bising dari arah block kosong kat belakang sana. Angin yang kuat tadi macam bergerak ke arah block belakang yg bising tu. bapak ku cerita yang keadaan masa tu seolah olah ada benda bersayap terbang ke arah block belakang dan mendarat. Lepas bunyi angin tu senyap, bunyi bising kat block tu pun senyap.
Rupa rupanya, kejadian ni memang tak asing langsung bagi anggota anggota yang bertugas kat situ sebab dorang cerita kat bapak aku, mende ni jadi hampir tiap tiap malam dan berlaku pada waktu yang sama setiap kali berlaku. Jadi sepanjang bapak ku kat sana dah jadi kebiasaan dah bende ni. Aku yakin betul mende ni betul sebab bapak aku ni mmg bukan jenis kreatif sangat nak mereka reka cerita mcm ni. Tambah pulak dia memang x beberapa suka benda benda mistik ni termasuklah buatan orang dan sebagainya.
Last sekali aku mintak maaf kalau jalan cerita atau cara penceritaan aku ni tak beberapa seram, just sharing anyway. Chiowwww…….
-TAMAT-


212. TOYOL HITAM WUJUD?

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : TOYOL HITAM WUJUD?
KARYA : PEMBACA DIURNAL
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the HORRORZONE
HZONE BLOG
KOD : 002750940212
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Assalammualaikum.
sebelum ini aku memang tak nak layan HZONE BLOG sebab pandangan skeptikal aku yang cerita seram di sini majoriti karangan semata-mata (aku lebih minat cerita benar dari rekaan).
Tapi entah kenapa terdetik di hati untuk aku menelaah cerita-cerita di sini dan akhirnya aku tak sedar aku dah habiskan masa hampir sejam membaca cerita-cerita seram di sini.
Baiklah, terus ke penceritaan aku (kisah benar). berlaku pada tahun 2008 masa aku tingkatan 4. aku budak harian pada asalnya, tapi bila aku masuk tingkatan 4, aku terus memohon untuk tinggal di asrama. masa di asrama, aku tinggal di bilik pengawas. di pendekkan cerita, satu hari tu entah kenapa tiba-tiba aku malas nak turun sekolah. masa tu dalam 6 setengah pagi, matahari baru nak timbul. jadi nak kata gelap tak gelap sangat dah masa tu. yang sengal nya aku siap boleh hantar kawan-kawan aku sampai ke koridor lagi ucap bye bye. balik je aku ke bilik, aku terus naik atas katil.
Dekat sinilah bermula cerita seram aku, masa aku baru nak lelap aku terus mimpi. dalam mimpi tu aku nampak seekor toyol warna hitam, berseluar pendek bertenggek dekat luar bilik tengah pandang aku. korang tau tak atas tingkap tu dia ada aliran angin, dia tutup dengan jaring halus dengan dawai sahaja. dekat situ la dia bertenggek.
Lepas je aku tengok toyol hitam tu, aku terus tersedar, tapi aku tak boleh gerak. kena tindih la kot, aku try jerit tak dapat, yang aku buat, aku try gerakkan ibu jari kaki, lepas tu aku jerit allahuakbar dalam hati sampai aku rasa badan aku ringan balik. yang tak boleh blah, lepas je aku rasa badan aku ringan, aku duduk aku tengok sekeliling dah terang, aku siap gelak kecil bila teringat toyol pakai seluar pendek dalam mimpi aku, lepas tu aku sambung tidur balik. haha ketulahan sebab escape sekolah.
Part seram kedua, aku tak ingat berapa lama selepas kejadian tu, sebulan atau 2 minggu macam tu lepas aku mimpi toyol hitam tu. aku balik la kampung, balik hujung minggu. aku pegi rumah nenek aku, masa tu aku dengar dorang dok sibuk bercerita, bila aku dengar betul-betul dorang dok bercerita pasal toyol.
Masa tu heboh dekat sebuah kampung daerah aku, ada toyol warna hitam berkeliaran, dikatakan ada orang mencuba ilmu. bila aku dengar, aku terus terdiam, sejuk satu badan. sebab cerita tu sama macam aku mimpi, TOYOL HITAM. toyol hitam yang aku rasa mainan tidur, sebab toyol biasa kita dengar warna hijau. sejak daripada tu, aku boleh dikatakan allergic apabila dengar atau nak sebut “toyol”. aku rasa tak selesa dan rasa takut. haha sekarang dah okay tak allergic lagi dah.
jadi, korang rasa memang wujud ke toyol hitam? kalau wujud kenapa kita biasa dengar yang hijau sahaja?
-TAMAT-

213. PELANGGAN SENJA

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : PELANGGAN SENJA
KARYA : ONE NEEZ
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the HORRORZONE
HZONE BLOG
KOD : 002750940213
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Assalamualaikum. Ini kisah kedua yang akan aku sampaikan kepada korang semua. Sebelum tu terima kasihlah kepada sesiapa yang ada baca kisah pertama aku ,SURAU HOSPITAL. (Terasa diri ini amat dihargaii…ceewaah..,, )
Baiklah, masih berdasarkan pengalaman ibu aku. Ibu aku jadi start dalam cerita nie. Kisah berlaku ketika ibu aku bekerja di sebuah salon. Ini kerja ibu ketika aku tunggu keputusan SPM. Owner salon tu adalah orang cina. Nak jadikan cerita, ibu aku seorang sahaja yang berbangsa melayu kerja di salon tu. Macam mana ibu aku dapat kerja di salon tu, aku tak tahu.
Owner salon tu suka sangat dengan ibu aku. Sampaikan dia selalu ajar ibu aku banyak skill untuk rambut. Jadi bila ibu aku pandai, ramai mak datin suka ibu aku. Lagi lagi ibu aku ketika tu sabar ajelah dengan perangai mak datin. Oh, lupa nak bagitau, ibu aku kerja dekat salon yang berprestij tinggi. Orang orang kaya punya salon lah katakan .
Suatu hari, ibu aku punya shif untuk tutup pintu salon. Senang cerita jadi orang terakhir yang tinggalkan salon tu. Diorang habis kerja jam 5.30 petang. Tengah ibu aku kunci pejabat owner salon tu, tiba tiba terdengar bunyi loceng pintu. Menandakan ada orang datang. Ibu aku cepat cepat pergi bahagian depan. Terlihat seorang gadis Cina memakai ceongsam merah hitam. Ibu aku tegurlah dia.
“Maaf cik, salon nie dah tutup. Kalau cik nak esok boleh datang. Saya bagi cik diskaun.”
Perempuan tu balas…
“Tak ada apa”. Lepas tu senyap. Perempuan tu tak bercakap lagi, tetapi meleretkan senyumannya sambil melihat ibu. Pandangan yang amat dingin.
” Cik kalau cik nak juga hari nie boleh saya buatkan tapi cik kena bayar lebihlah sebab diluar waktu bekerja .”
Ibu aku segera berpaling untuk menarik kerusi supaya perempuan tadi duduk. Seperti yang sudah sedia maklum, salon mesti ada cermin. Cermin salon ibu aku tu besar maha dewa…(berabiskan… ). Ibu aku pun menyediakan peralatan sambil bertanyakan kepada pelanggan senjanya itu. Ibu aku khusyuk memasang peralatan. Tiba tiba aura dingin mencengkam tubuh ibu aku. Ibu aku perlahan Lahan angkat kepalanya untuk lihat ke cermin di hadapannya. Perempuan tu masih tersenyum,
cuma yang membezakannya, perempuan itu senyum dengan bibir yang terkoyak . Tanpa diundang, peraasan seram dan takut terus menyelubungi ibuku. Terkaku ibu aku. Ibu aku segera membaca surah surah pendinding dengan harapan dapat menghalau makhluk yang sedang dilihatnya. Ibu aku hanya mampu melihat apa yang bakal berlaku kerana anggota tubuhnya tak dapat bergerak walaupun hanya untuk mengerdipkan mata. Pelanggan senjanya semakin lama semakin hampir dengan ibu. Ibu aku kuatkan semangatnya. Terasa sentuhan tangannya yang runcing dan berkuku panjang itu di muka ibuku.
Kringg…. Loceng pintu tiba-tiba berbunyi lagi. Ibu aku segera menoleh. Terlihat abangnya yang kedua datang.
“Dik, kau ok kh? Apa benda tadi tu.” Tanya abng ibuku.
Abg ibu seorang ini boleh nampak makluk ghaib sama seperti ibu . Ibu hanya mampu menggelengkan kepala. Ibu segera mengambil beg sandangnya dan keluar dari salon. Mujur lah abang ibu datang tepat pada masanya. Kalau tak, tak tau la macam mana lah nasib ibu. Abang ibu yang sorang nie datang sebab ambil ibu dari kerja. Pejabat abang ibu tak jauh dari salon tempat ibu kerja.
Pintu salon ibu kunci. Ketika ibu berjalan menuju ke kereta, ibu toleh ke arah cermin salon yang lut sinar menampakkan bahagian dalam. Ibu dapat lihat dengan jelas pelanggan senjanya sedang tersenyum di cermin itu. Senyum yang amat menyeramkan. Ibu segera mengejar langkah abangnya .
Tanpa ibu sedar masih ada mata yang terus memerhatikannya.
-TAMAT-

214. HANTU POKOK

MISTIK, MISTERI 👁‍🗨 SERAM
HZONE ™️ 👁️‍🗨️  BLOG
the 👁️‍🗨️ HORRORZONE
👁️‍🗨️ AD9NINE COLLECTION
CP BY A.D9NINE
🔝Koleksi Cerita Seram Melayu
*TAJUK CERITA : HANTU POKOK*
PENULIS : MARDHIAH96
KOD : 002750940214
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Cerita ni terjadi beberapa bulan lepas namun segala peristiwa kekal dalam ingatan. Waktu tu waktu senja and kucing saya belum diberi makan.. so saya lah yang kena bagi makan sebab saya paling banyak main dengan mereka.. Itu semua abang saya yang cakap( alasan orang malas)…masatu pulak saya tak boleh solat hmm.. dengan perasaan takut campur gementar nak keluar rumah waktu senja-senja ni. Time keluar pintu tu teringat pulerr cerita dekat rumah saya waktu malam2.. Ada masa nanti saya cerita.
Saya pon pergi dekat tempat kucing saya akan diberi makan tapi hati makin rasa tak tenteram tapi bile fikir kucing2 tengah kebulur and saya pulak dah kenyang, saya biarkan dulu perasaan tu.
Waktu saya pusing belakang nak isi air dalam bekas minuman mereka berdekatan tiang,(bekas makanan kucing2 saya menghadap dinding tau). saya ternampak 1 susuk tubuh seseorang yang tegap and berbulu kot dekat pokok buluh kawasan rumah jiran sebelah..tak jelas sangat sebab saya rabun and tak pakai cermin mata masatu.. kalau nak tau susuk dia hampir sama macam ‘Grassman’ atau ‘Yahoo’ dalam cerita mountain monsters dekat animal planet yang kononnye sejenis bigfoot. Tapi yang saya amat pasti ‘dia’ tengah memandang saya sebab mata dia yang putih (macam mata kucing bile disuluh lampu dalam gelap) tu pandang saya. Saya dahlah jenis lemah semangat. Masa ni nak gerak kaki macam tak nak bergerak.. Derhaka betul kaki saya nii.. Bulu roma saya dah meremang dan rasa seram yang teramat. Dahlah pintu utama tu jauh. Nak lalu pintu sliding ade pintu grill berkunci. Nak lalu pintu belakang tu macam tak berani pulak. Dahlah belakang tu lampu malap and banyak semak and pokok rendang yang menyeramkan.. Saya terpaksa guna pintu utama yang jauh tulah dan waktu saya pandang pintu tu ternampak macam ‘uwan’ saya berpaut pada pokok palma berdekatan pintu utama tu. Seingat saya ‘uwan’ saya perlu gunakan tongkat untuk berjalan tapi tongkatnye langsung tak kelihatan di sekeliling ‘uwan’ saya tu.
Saya terus pandang ‘uwan’ tu tanpa teringat tentang susuk di pokok buluh tadi. Lama kelamaan mata ‘uwan’ saya tu terus bertukar kepada warna putih.. same macam mata susuk tadi dan tak lama lepas tu saya baru tau,’uwan’ saya tu merupakan jelmaan susuk tadi sebab ‘uwan’ saya jadi berbulu pula.. saya dah naik seram tahap maksima sampai tak mampu sebut kalimah Allah pon malahan perkataan mama dan papa pon tak boleh. Saya beranikan diri pergi ke pintu utama tu untuk masuk rumah. Saya berjalan perlahan lahan dan mata susuk tu tetap pada saya.
Saat saya memegang tombol pintu, susuk tu mula mengeluarkan bunyi menyeramkan seperti keeerk..keerk…keerk..kierrk.. saya apalagi? Terus buka pintu dan dan masuk rumah lalu menghempas pintu. saya sangka gangguan tu berhenti disitu tapi ianya diluar jangkaan. Tetiba ia berdiri dekat cermin lutcahaya yang ade dekat pintu tu. Gile tak seram wehh.. memang jelas mata memandang dengan penuh rasa marah kat saya. Tanpa membuang masa, dalam ketakutan tu, Saya lari pergi ke dapur dan mendekati pintu sliding tu untuk tengok kucing saya selamat ke tak.(takut dia makan kucing je ) Rasa seram dan takut hanya Allah je tau. Saya terkejut bila melihat rupanya ada lagi beberapa ‘ekor’ yng sedang memerhatikan saya berhampiran pokok2 buluh. Hati berdebar dan jiwa dah tak tenteram. Tapi yang dekat depan pintu utama tu dah takde Alhamdulillah..
Cume saya tertanyalah kenapa diorang ade dekat pokok tu dan kenapa sekor tersesat dekat pokok palma tu..? mujur pintu utama macam ade pagar yang buat mereka tak dapat masuk. Malam tu mak saya marah kerana terkejut ketika saya menutup pintu dengan kuat.
Okay tu je cerita saya. Harap semua pembaca terhibur dengan cerita ni..maaf andai ade kesilapan and kalau jalan cerita tak berapa bagus..sorry jugak kalau cerita ni tak seram..sekian,
-TAMAT-

215. AYAH DAN PONTIANAK

MISTIK, MISTERI 👁‍🗨 SERAM
HZONE ™️ 👁️‍🗨️  BLOG
the 👁️‍🗨️ HORRORZONE
👁️‍🗨️ AD9NINE COLLECTION
CP BY A.D9NINE
🔝Koleksi Cerita Seram Melayu
*TAJUK CERITA : AYAH DAN PONTIANAK*
PENULIS : CIK PUAN MUDA
KOD : 002750940215
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Ni kisah ayah aku..
Ayah tiri ya syg2ku sekalian.. Yang kene Santau tu abah.. Abah kandung aku..
Sebelum tu aku memperkenalkan ayah aku dulu la ye..
Seorang pesara tentera.. Penembak negara tau dulu.. Banyak pingat2 ayah aku dekat rumah tu.. Seorg yg tegas dalam kerja n cukup garang serta cukup takut dgn istri.. Hehehe..
Ni yang ayah aku cerita lah.. Sebab ayah aku kan askar jadi ceruk hutan mana dia tak terjah..
Jadi ayah aku cerita 1 pengalaman bertemu PONTIANAK..
Ayah aku paling menyampah bila org2 reka cerita pontianak mcm maya karin tu..
Hakikatnya pontianak tak rupa itu pun..
Masa tu ayah aku dan seorang kawannya kene pergi riki anak-anak buah dekat 1 hutan ni.. Oleh kerana tugas, maka ayah tidak mengira masa samada siang atau malam. Tengah2 malam tu pun ayah aku redah je la.. Naik kereta khas yg di sediakan..
Tengah sedap sembang 1 topik ke 1 topik, tiba2 ayah aku rasa tak sedap hati.. Kereta tiba-tiba je jadi berat. Umpama ada muatan melebihi had. . Laluan jalan pula dah lah terlalu sunyi dan gelap.. Gelap yang suram dan menyeramkan.. Ayah aku dan kawannya pun terdiam membisu dan aling berpandangan antara satu ama lain. Mcm tahu-tahu apa yang akan berlaku.. Tawakal je lah demi kerja dan negara.. Beria pulak aku ni..
Sampai 1 selekoh tu, cermin kereta ayah tertutup dengan kain putih.. Tak lah putih mcm dlm drama.. Tapi putih kekuningan. Putih yang da dicemari habuk-habuk alam. Masa tu mmg ayah dah tak nampak jalan.. Mujur ayah tak panik. Ayah pun berhentikan kereta dan baca apa yang patut.. Tapi benda tu tetap tak berganjak.. Entah dari mana dtg idea.. Lalu ayah aku jeritlah dekat makhluk tu.. “tak payah kacau aku.. Meh kalau berani tayang muka kau tu.. Mcm la cantik sangt keje nak ganggu org je”.. Geram punya pasal sebab tu la terkeluar kata-kata tu.
Lama juga benda tu terdiam je.. Tak lama lepas tu kain tu berubah menjadi pontianak.. Dia duduk dekat bonet depan.. Pandang tepat ke arah ayah aku.. Masa tu ayah aku dah redha je lah.. Seram dan takut menyelubungi Ayah tapi ayah pandai kawal diri. Akar lah katakan. Sekali ayah amati muka pontianak tu.. tak lah seram mana.. Cuma, rambutnya kusut panjang.. Matanya hitam membulat besar.. Mukanya pucat sepucatnya.. Bibirnya merekah kering.. Tapiiii rupa dia seperti baby.. Ya baby.. Luas Mukanya sebesar tapak tangan je.. Baunya kadang busuk kadang wangi.. Aku dapat bayangkan mcm mana keadaan ponti tersebut.
Ayah turun dari kereta sambil baca surah-surah pendinding lalu ayah tanya.. “ada apa? Kenapa ganggu aku yg sedang bertugas? Pergilah kau di tempat asal kau.. Jgn di usik manusia-manusia yg ikhlas mencari rezeki untuk keluarga”
Pontianak tu tak berjawap dan tak berkata apa.. Hanya merenung mata ayah lalu hilang begitu sahaja dari pandangan.. Baru lega rasa ayah dan kawannya.
Aku tanya gak ayah.. tanya-tanya gurau mesra. “Kenapa tak paku je.. Kot-kot jadi pempuan cantik ke jongkong emas ke.. Ha kan bagus yah..”
Ayah aku cuma jawap dengan pelan dan selamba sambil terenyum manis seolah berbisik..
“kalau tak, ayah tak kawin dgn ibu yang garang tu”
Ok gais.. Tu je.. Klu tak seram.. Kau carilah pontianak tu dekat gunung pulai pontian tu.. Kot2 jumpa nnt share cerita dekat komen..
-TAMAT-

214. IRI HATI 

MISTIK, MISTERI 👁‍🗨 SERAM
HZONE ™️ 👁️‍🗨️  BLOG
the 👁️‍🗨️ HORRORZONE
👁️‍🗨️ AD9NINE COLLECTION
CP BY A.D9NINE
🔝Koleksi Cerita Seram Melayu
*TAJUK CERITA : IRI HATI*
PENULIS : SITI
KOD : 002750940214
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Assalamualaikum, nama aku siti (nama sebenar, tapi tak pernah orang panggil aku. So, selamat lah sikit.) Aku ni memang peminat tegar HZONE BLOG, hari hari dok membedal baca. Sampai ada cerita yang dah dibaca, aku baca lagi. Tapi silent reader only lah. Okay cukup takat ni, aku merepek.
Apa yang aku nak story ni, takde lah seram sebenarnya. Tapi lebih kepada pengajaran. Maaf kalau ayat aku tunggang langgang, sebab first time menulis cerita macam ni. Harap korang enjoy lah yee…..
Pembaca HZONE, kisah ni agak lama dah, tak silap aku dalam tahun 2000/01 kalau aku tak silap lah. Masa tu aku masih berumur 6 tahun. Masa tu aku masih anak tunggol, hahah. Sekarang berderet dah adik adik. Dulu perasan anak tunggal, sebab sampai umur 6 tahun masih takde adik. Sampai paksa ibu ayah bagi adik, sekarang terlebih ramai pulak. So dekat sini korang boleh tahu lah kan, aku anak sulung. Kami sekeluarga berasal dari selatan tanah air.
Kami sekeluarga ni hidup bahagia, macam orang lain. Ayah, ibu, aku, nenek dan moyang (masa tu masih hidup). Ayah masa tu cuma meniaga warung, meniaga nasi ayam. Ibu pulak kerani dekat syarikat pembinaan. Ayah meniaga dalam 3 4 tahun jugak lah. Setiap hari, jualan ayah laku. Ayah ada tempat dia sendiri, dia dikenali. Jualan dia tak pernah, tak habis. Alhamdulillah, makin hari makin maju. Sebab banyak kilang kilang tempah nasi ayam ayah, untuk lunch dorang. Selain itu, ayah ada regular customer sendiri. Ohh lagi satu, warung dia tu disewa ya.
Kisah bermula pada satu pagi, macam biasa ayah akan bangun pagi untuk sediakan bahan meniaga dia (walaupun masa tu aku masih kecil, tapi benda tu tetap segar dalam ingatan aku.) Tapi, pagi tu ayah lain. Biasa kalau aku kejut ayah, ayah akan bergurau dengan aku. Tarik peluk tuan puteri dia ni, dicium sampai puas. Baru dia bangun, mandi semualah.
Pagi hari kejadian tu, ayah bangun tak pandang aku pun. Hmm, memang pelik tapi sebab masih kecik. So abaikan jelah. Nenek aku, aku panggil mak yee gais. Mak tegur ayah “kau okay tak?” sebab masa tu ayah jalan ke toilet pun macam orang mabuk. Tapi ayah diam je, dia cuma cakap sakit sangat kepala dia. Okay, then ayah masuk toilet….
Ayah diam je dalam toilet, takde bunyi air pun. Dulu punya toilet, berasing kan. Sebelah bilik mandi, sebelah jamban. Tetibe ayah keluar, terus masuk jamban. Semua pelik dengan kelakuan ayah masa tu, dia masuk je jamban terus dengar dia menjerit sekuat hati. Pastu dia keluar balik, macam takde apa jadi. Tapi dia terus masuk bilik dan terbaring tidur. Aku terus call ibu dekat office, suruh dia balik (pakai telefon rumah okay, dulu takde smart phone bagai ni). Aku cakap ayah sakit, walaupun aku sendiri tak tahu ayah kenapa masa tu. Ibu sampai je rumah, terus meluru masuk bilik. Tetibe dari dalam bilik dengar ibu menjerit, berlari ke bilik tengok ibu dah pangku kepala ayah. Ayah pengsan.
Ayah dibawa ke hospital, menaiki ambulans. Bila siang, ayah okay. Macam takde apa jadi, puas doktor cari punca. Tapi bila masuk maghrib, ayah akan meraung sambil pegang kepala. Sakit sangat dia kata kepala dia. Habis panadol dia telan, tahap overdose lah. Kesian kalau diingat balik. Seminggu ayah duduk wad, tanpa diketahui apa penyakit ayah.
Tiba hari ayah discharge, ayah berjalan keluar dari hospital dengan kami dan dia selisih dengan satu orang tua perempuan. Dari loghat orang tua tu, macam dari sebelah borneo. Tetibe dia tegur ayah “apa anak bawak atas kepala tu nak?” ayah macam tak faham then abaikanlah. Tapi benda tu tak berhenti dekat situ, ayah cuba meniaga tapi tak boleh. Nasi satu periuk besar, habis basi. Kalau tak basi, berubah jadi kaca atau ulat. Bila makanan okay, takde satu customer pun. Pastu bila masuk maghrib, ayah meracau. Habis dia hentak kepala dekat dinding. Sakit sangat. Menangis ibu tengok. Macam macam ikhtiar, dari segala bomoh ustaz tak jalan pun. Malah, dua tiga orang yang ubat ayah tu meninggal. Allahu.
Ibu banyak cuti, sebab jaga ayah. Barang kemas habis digadai, kereta dijual. Kitaorang jatuh. Sedih dengan keadaan ayah, tapi tetap tak putus asa berusaha. Banyak tempat berubat kami pergi ni, semua kata ayah kena bomoh siam. Ditanam dekat warung ayah, dihantar personal untuk ayah. Semua gara gara sakit hati, perniagaan ayah laku. Allahu’alam. Semoga hidayah buat si pelaku.
Duit habis beribu, ke sana sini bawak ayah. Mana yang bgtahu, ada tempat berubat. Situ lah kami pergi.
Suatu hari ni, ayah teringat perempuan tua yang dia selisih masa dekat depan hospital tu. Ayah suarakan pasal orang tua tu dekat kakak dia yang aku panggil mak uda, mak uda ni kalau korang kenal boleh makan hati. Mulut dia, ya Rabbi lancang ke main. Aku yang anak buah dia ni pun, kadang kadang rasa nak cili je mulut dia. Jadi ayah, ibu, mak uda dengan pak uda usaha cari orang tua tu semula sampai jumpa (macam mana jumpa tu, aku taktahu lah pulak. Sebab masa kecik, tak minat nak tahu benda macam ni detail.) Aku tak ikut berubat masa tu, sebab kecik lagi ibu kata. Jadi aku, mak dengan moyang tunggu je dekat rumah.
“Kau takde orang lain ke boleh ubat kau? Orang tua sial tu jugak kau nak. Akak tak setuju kau berubat dengan dia, orang tua sial tu kau tahu tak.” aku dari dalam rumah dah dengar mak uda aku membebel dengan ayat pedas dia. Yang lain diam je, tapi tak disenangi pak uda. Suami dia lah. Rupanye, mak uda dah lama kenal orang tua tu. Tapi tak tahu lah kenapa mak uda benci sangat dengan orang tua tu, lgpun mak uda aku ni ada masalah orang tak boleh lebih dari dia. Dia ni pun ada masalah hati jugak ni.
Ibu dengan pak uda bawak ayah ke rumah orang tua tu semula. Tapi tanpa pengetahuan mak uda lah. Kang dia buat onar, pergi serang pulak. Dah lah orang tu tolong ikhlas. Haihhh, buruk buruk pun makcik aku jugak. Tarikh birthday sama. Hahaha. Ayah berubat sekali je dengan orang tua tu, terus okay. Tapi yang sedih, lepas berubat ayah. Orang tua tu pun, meninggal. Semoga syurga buat mu, atas kebaikan mu. Aamiiiin.
Kami dapat tahu, yang buat ayah owner warung tu jugak. Sebab ada aku bgtahu kan, ayah sewa warung tu. Owner warung tu sakit hati sangat sebab ayah punya nasi ayam tak pernah tak laku. Semua orang suka, tapi perniagaan dia tak jalan. Dia pun bukak kedai depan warung ayah aku. Ibarat dia restoran, dalam 50 meter dari restoran dia warung ayah aku. Sedangkan masa ayah masuk hospital, dia datang dengan manis muka. Siapa tahu, disebalik manis muka dia terselit seribu satu dendam.
Maaf kalau story aku tak seram, tapi korang ambik lah pengajaran. Kadang kadang kita tak rapat pun dengan orang tu, tetibe dia dendam dengan kita tanpa kita sendiri pun tahu apa salah kita. Kalau korang tertarik dengan kisah aku yang ni. In shaa Allah, aku akan kongsi kan satu lagi story berkaitan ayah aku jugak.
-TAMAT-

215. CERMIN BERHANTU

MISTIK, MISTERI 👁‍🗨 SERAM
HZONE ™️ 👁️‍🗨️  BLOG
the 👁️‍🗨️ HORRORZONE
👁️‍🗨️ AD9NINE COLLECTION
CP BY A.D9NINE
🔝Koleksi Cerita Seram Melayu
*TAJUK CERITA : CERMIN BERHANTU*
PENULIS : JESSICA
KOD : 002750940215
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Hari ini tante Lisa datang. Seperti biasa, tante lisa membawakan hadiah untukku. Kali ini hadiahnya adalah sebuah cermin berdesain mewah. Aku sangat menyukai cermin itu. Kebetulan di kamarku ada paku kecil hingga aku bisa langsung memasang cermin itu. Setelah menemani tante Lisa mengobrol, tante Lisa pulang.
Sore itu, aku berkaca di depan cermin tadi. Tampak sebuah titik di pipiku. Kukira hanya semacam luka biasa. Aku tidak memedulikannya dan langsung pergi. Malamnya ketika aku mau tidur, aku merasa pipi kananku agak perih. Aku segera melihat ke arah kaca. Ternyata luka yang tadinya hanya sebesar titik, sekarng sudah sebesar kelereng. Aku memberinya salep, lalu tidur.
Esoknya aku bangun, aku menyisir rambutku dengan posisi menghadap ke cermin. Aku terbelalak. Luka itu membesar, menjadi sebesar uang logam. Aku sangat ketakutan. Segera kuambil jarum untuk memecahkannya. Tapi begitu ujung jarum menyentuh luka itu, ada rasa sakit tidak tertahankan. Aku segera melempar jarum itu. Aku segera turun, untuk mencari mamaku. Tapi aku lupa kalau mama dan papaku lagi pergi ke Singapura.
Sorenya kupandang cermin itu. Tampak, kini luka itu sudah sebesar telur. Aku hanya bisa pasrah, dan meratap. Tiba-tiba terdengar suara dari belakangku, “buanglah cermin itu!!” Kata suara itu. Aku segera menengok ke belakang. Tak ada siapapun ternyata di belakangku. Aku tak memedulikan suara itu dan asik membaca komik. “Buanglah cermin itu!!” Kata suara itu lebih keras. Aku diam saja, dan memutuskan untuk tidur.
Aku terbangun di pagi itu, dengan pipi kanan yang amat teramat perih. Aku melihat kini luka itu sudah sebesar buah jeruk. Aku takut sekali. Aku ingin memecahkannya tetapi aku tidak punya cukup banyak keberanian. Akhirnya setelah diam sejenak, lalu cepat-cepat menusukan jarum ke luka itu. Tiba-tiba muncul beribu ribu kelabang dan kajengking yang menyerang mukaku. Lalu aku pingsan.
Hari ini banyak orang berdatangan ke rumahku. Ibu dan ayahku juga langsung pulang dari singapura. Tampak bendera tanda berduka, dipasang di depan rumahku. Semua tampak menangisi kepergian seseorang. Aku tahu orang itu, dan bahkan kenal dekat. Karena orang itu adalah aku…
-TAMAT-

216. DISOROK BUNIAN

MISTIK, MISTERI 👁‍🗨 SERAM
HZONE ™️ 👁️‍🗨️  BLOG
the 👁️‍🗨️ HORRORZONE
👁️‍🗨️ AD9NINE COLLECTION
CP BY A.D9NINE
🔝Koleksi Cerita Seram Melayu
*TAJUK CERITA : DISOROK BUNIAN*
PENULIS : CIK FARAH F
KOD : 002750940216
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia HZONE BLOG. Pertama sekali, aku ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada admin sekiranya kisah aku ini disiarkan. Ini kali pertama aku berkongsi kisah seram di sini, selama ni aku cuma jadi pembaca setia je. Walaupun kisah ini tidaklah seram mana namun apa yg aku nk kongsikan disini adalah kisah yang benar-benar berlaku kat aku masa aku kecik.
Mak aku cakap, aku ni dari kecik hijab terbuka. Kira aku boleh nmpk benda2 ghaib yg org biasa xboleh nmpk. Mungkin ada yg akan ckp, ala biasa la budak2 klu nmpk benda-benda halus ni. Tapi aku masih boleh nampak benda-benda tu sampai umur aku meningkat remaja, lebih kurang 17-18 tahun macam tu. Bila aku meningkat dewasa, aku xpernah nmpk lagi benda-benda halus tu tapi menurun kat anak aku pulak. Klu nak diikutkan, byk sebenarnya kisah yg aku nak kongsikan, tapi aku cerita satu-satu dulu la.
Ni kisah yg berlaku masa aku umur 6 tahun. Al-kisah, aku ni nama je perempuan. Tapi lasak macam budak jantan. Mana tidaknya, adik beradik atas aku tiga orang semua lelaki. Aku ada sorang adik perempuan, tapi jarak usia aku dgn dia agak jauh, 10 tahun. Dan masa kisah ni berlaku, adik aku belum lahir pun lagi. Rutin harian aku waktu petang, ikut abang-abang aku gi main. Macam-macam permainan la aku join. Lastik burung, main layang-layang, mandi parit, main askar-askar. Bukan mak aku tak pernah jeritkan aku ckp aku nk jadi apa ikut budak-budak jantan gi main. Abis tu aku nak main dgn siapa. Bukan ada kakak yg boleh layan aku main anak patung ka, main tengteng ka. Ayah aku garang gila, selalu dia libas aku dengan tali pinggang time aku tgh join abg-abg aku panjat pokok rambutan, berkubang dalam parit. Tapi aku tak serik. Ayah aku ni ada satu tebiat klu dia marah kat anak-anak sebab kenakalan kitorg, dia akan kurung kitorg dlm bilik air kat luar rumah sebagai hukuman. Bilik air kitorg tu mmg boleh dikunci dari luar. So, dia akan kurung kitorg sampai berjam-jam, smpi pernah satu tahap aku tertidur dalam bilik air. Kalau terkena dia kurung kau sampai pukul 10 malam, bergelap la kau dalam tu, takkan dipasangnya lampu. Begitulah garangnya ayah aku dulu. Dan yang selalu kena ialah abang aku yang sulung sebab dia memang paling degil, hati kering dan tak pernah serik. Setakat kena belasah dengan tali pinggang tu, dah kebal dah dia.
Nak dijadikan cerita, satu petang tu cam biasa aku ikut abang-abang aku gi main kat area kampung kitorg. Tak jauh mana pun dari rumah kitorg dan selalunya kitorg akan balik sebelum senja. Hari tu abg-abg aku wat projek melastik burung. So, masing-masing dah siap dgn lastik tergantung kat leher. Aku tak pernah lastik burung, sekadar ikut diorg je. Tgh abg-abg aku usha line, tiba-tiba Abg Mi (abang aku yg sulung), bisik kat kitorg, “shhh…korg jgn bising. Aku nmpk burung raja udang”, sambil jari dia tunjuk kat satu pokok tu. Burung tu kaler dia mmg rare. Kepala merah, badan dia warna biru.
Aku, Abg Lan (nombor dua) dan Abg Man (nombor tiga) angguk-angguk tanda faham. Lagak cam askar nak serang hendap musuh. Kitorg jalan perlahan-lahan meredah semak tapi entah macamana tiba-tiba kaki aku tersepak tunggul kayu. Apa lagi, aku pun menjerit la kesakitan. Tak semena-mena burung raja udang tu pun terbang lari gi tempat lain.
Apa lagi, Abg Mi bukan main marah lagi kat aku. Dia luku kepala aku, kemain sakit lagi sampai meleleh2 air mata aku masa tu. Abg sulung aku tu mmg suka sekeh kepala org. Yg slalu jadi mangsa aku ngan Abg Man sbb Abg Man ni cam blur-blur ubi sikit. Selalu bertindak tak mengikut arahan. Masa tu muka Abg Mi mmg bengis gila sebab aku dah buat burung tu terbang lari.
“Ni semua ko punya pasal! Ingat senang ke nak jumpa Raja Udang? Lepas ni ko takyah ikut kitorg lagi la. Ko tu dah la pompuan. Ni dah tersepak tunggul pulak. Balik kang aku yg kena tibai ngan abah psl tak tengokkan ko!,” Abg Mi jerit kat aku.
Aku dah start menangis masa tu. Dah la kaki sakit tersepak tunggul, tambah pulak kena luku sedas. Abg Lan ngan Abg Man pun sama jeling kat aku. Abg Mi suruh aku aku balik. Tapi sempat dia ugut aku.
“Ko ngadu kat mak abah pasal kaki ko tu, siap ko. Dah, gi balik!,” Abg Mi bagi amaran.
Aku pun apa lagi, dengan kaki terhincut2 jalan balik rumah sambil nangis teresak-esak. Sedih wei masa tu, yela budak kecik baru 6 tahun.
Aku pun jalan meredah semak belukar. Masa tu hari terang lagi, lagipun kami anak-anak kampung dah biasa lalu celah2 belukar semak semua tu. Klu korg anak kampung, paham la apa aku cakap ni. Aku pun jalan sampai la kat satu kawasan rumah ni. Rumah Tok Ali. Kitorg mmg selalu lalu belakang rumah dia time balik dari bermain. Tok Ali ni baik, klu stakat buah2 kat pokok2 yg dia tanam kat keliling rumah dia tu, ambik je la klu nak makan. Tak payah mintak izin pun. Klu musim buah, situ la salah satu port aku dgn abg-abg aku selalu main.
Masa aku lalu tu, tiba-tiba aku nampak sorg budak lelaki. Umur dalam lingkungan 7-8 tahun lebih kurang. Budak tu pakai baju dan seluar pendek warna biru. Mmg aku tak pernah tengok budak tu sebelum ni. Dia duk kuis-kuis tanah dengan ranting kayu. Masa dia nampak aku, dia senyum. Tak ada apa yang pelik pun kat budak tu. Aku pun tegur la dia. “Baru pindah sini ke?”
Budak tu angguk. Pastu aku tanya dia duduk mana. Dia tunjuk kat satu tempat tu. Aku tak nampak apa pun, belukar ada la. Maybe rumah dia masuk ke dalam sikit kot celah-celah semak tu. Biasa la kawasan kampung. Belakang rumah aku pun ada belukar, apa nak pelik. Aku pun angguk je la, aku mana kenal semua org kt kg tu. Budak tu namanya Adi. Dia ajak aku main dengan dia. Biasa la main pondok-pondok. Wlupun baru kenal, tak tau nape kitorg cepat serasi, mcm dah lama kenal. Masa tengah main tu, dia tanya kenapa dengan kaki aku. Aku cakap la tersepak tunggul kayu.
Adi pun ambik ranting2 kayu pastu dia tepuk2 kat kaki aku, cam main doktor-doktor tu, acah2 rawat pesakit. Pastu dia tiup kaki aku. Peliknya, kaki aku tak rasa sakit dah masa tu. “Wah Adi, hebat la. Boleh jadi doktor”, aku tepuk tangan. Biasa la budak2, pada aku benda tu tak ada apa yg luar biasa pun masa tu. Adi sengih je. Hari beransur gelap, aku pun minta diri nak balik.
Sejak dari hari tu, aku selalu main ngan Adi. Setiap kali aku sampai kat port tempat aku main ngan Adi selalu tu, memang Adi dah ada tunggu aku kat situ. Abg-abg aku ada gak tanya, aku gi mana petang-petang. Ye la, aku dah xikut diorg lagi tapi asal petang je aku keluar gi main. Diorg risau gak tambah2 aku perempuan. Tapi bila aku selalu balik elok je, diorg pun dah tak tanya aku gi main kat mana, dgn siapa. Asalkan aku selamat balik sudah. Kiranya cam pandai makan pandai simpan la. Diorg pun sibuk dgn aktiviti diorg. Malas nk layan aku agknya.
Mak ngan abah tak pernah syak pelik-pelik kat aku. Aku pun tak pernah alami benda pelik2 sepanjang kawan ngan adi. Kitorg selalu main pondok2, kutip biji getah, main batu seremban. Tapi satu benda aku perasan kat Adi ni, dia takkan makan jajan atau apa2 makanan yg aku bawak. Kdg2 time aku nk kluar main, mak aku tgh wat kuih utk minum petang. Sempat la aku tibai 3-4 ketul wat bekal konon nk bagi member skali. Tapi harem dia nk makan. Cuma Adi selalu sebut, klu aku sedih, sebut la nama dia berulang kali sbb dia anggap aku kawan baik dia. Aku pun tak berapa paham sgt masa tu, budak-budak kan. Yang pasti, aku ada satu perasaan sayang yang teramat kat Adi ni. Bila aku jumpa dia, aku rasa happy. Susah nak explain cemana.
Sampai la satu hari tu, aku dok ralit main ngan si Adi ni sampai la hari dah maghrib. Aku punya kalut masa tu, takut kena belasah ngan abah. Cepat2 aku lari balik tp Adi sempat pesan kat aku, jumpa lagi esok. Aku angguk2 je sbb aku dah terbayang2 muka abah yg bengis dgn rotan buluh tgh tggu aku kat depan pintu.
Ternyata, ramalanku benar belaka. Abah dah tercegat depan pintu dgn tali pinggang. Lagi best, kantoi dgn abah yg selama ni rupanya aku bukan pegi main dgn abg-abg aku. Masa tu aku nmpk abg aku tiga-tiga dah tersedu-sedu menangis sampai tak keluar suara. Belakang masing-masing berbirat kesan kena libas dgn tali pinggang.
“Ko pergi mana!” Tengking Abah.
“Aaa…”,
Belum sempat aku jawab, kelepapppp tali pinggang hinggap atas belakang aku. Bukan sekali, tapi berkali2. Pedih gila rasa nak tersiat kulit aku masa tu. Aku nangis sampai tak keluar suara.
“Mana ko pergi ha? Aku ingat ko ikut abg2 ko, rupanya ko pergi main entah kat mana. Klu terjadi apa-apa, siapa yg susah!”, Abah mcm dah hilang pertimbangan. Aku pulak dah rasa mcm nk pengsan kena belasah. Tiba-tiba, Abah jinjing aku ke bilik air luar. Oleh sebab aku ni kecik je orgnya, Abah jinjing sebelah tangan je. Abah tolak aku masuk bilik air dan dia kunci aku dari luar.
Aku menangis macam nk putus urat tekak masa tu minta abah bukak pintu. Korg bleh bygkan tak keadaan aku masa tu? Baru umur 6 tahun, kena kurung dlm bilik air kat luar rumah dlm keadaan gelap?
Abah aku ni dia punya garang tak boleh bincang wei. Klu dia dah berbunyi, mak aku pun tak berani bersuara. Apatah lagi klu dia dah naik “syeikh”.
Kena kurung waktu malam. Perasaan aku masa tu tak dapat aku bayangkan. Ketakutan yg amat sangat. Walaupun aku dah pernah kena kurung sebelum tu, tapi masa tu waktu siang. Aku menangis semahu-mahunya sampai tersedu-sedu. Entah kenapa, masa hati aku tengah sayu tu, aku teringat Adi. Aku sebut2 nama dia berulang kali. Mungkin sebab kami kawan rapat.
Tiba-tiba aku dengar bunyi kunci mangga pintu bilik air tu dibuka. Masa tu hati rasa lega sebab Abah tak kurung aku lama2 dlm tu. Bila pintu bilik air tu terbuka, dalam samar2 cahaya lampu dapur rumah aku tu (kedudukan bilik air tu betul-betul belakang dapur rumah aku), aku terkejut sbb bukan abah yg bukak pintu tu, tapi Adi!
Anehnya aku sikit pun tak rasa takut tapi suka sebab nampak Adi. Adi tarik tangan aku dan bawak aku keluar.
“Jom ikut Adi balik rumah Adi. Cepat sebelum abah Ima nampak kita!,” Adi berbisik kat telinga aku. Aku pun angguk. Kalau korg tanya apa perasaan aku masa tu, seingat aku masa tu aku cuma rasa yg mak abah dan abg2 aku dah tak sayang aku. Aku teruja gila nak ikut Adi.
Mengikut cerita mak aku, masa tu memang kecoh satu kampung yang aku hilang. Masa aku kena kurung tu kan waktu maghrib. Asalnya, Abah nk kurung aku sampai waktu isyak je. Lepas dia solat isyak, dia nk keluarkan aku. Lagipun abg2 aku pun dah biasa kena macam tu jugak. Tak ada apa yg pelik. Tapi apa yg berlaku kat aku mlm tu mmg luar biasa. Lepas solat, Abah keluar gi bilik air. Pintu mmg elok je bermangga dari luar, tp bila dia bukak tengok aku tak ada kat dalam tu!
Apa lagi, Abah masuk rumah terus panggil abg2 aku dan mak aku. “Imah tak ada dalam bilik air. Cakap cepat siapa yang bukak pintu bilik air tu? Mana budak tu?!,” tengking Abah.
Serius masa tu Abah masih tak terfikir lagi benda bukan-bukan. Abg2 aku sorang pun tak mengaku. Abah tak puas hati, habis satu pelusuk rumah dia cari aku sbb dia ingat abang-abang aku yg bawak aku keluar senyap2 dan sorokkan aku. Lepas dekat sejam Abah aku dok cari aku, dari bawah katil sampai la dalam almari tak jumpa-jumpa2, tiba-tiba mak aku nangis. Ye la, naluri ibu selalu dapat rasa kalau ada sesuatu jadi kat anak dia.
“Awak pasti ke Ima tak ada? Jangan-jangan jadi benda lain kat budak tu,” mak aku dah start meraung2 time tu. Abah diam. Muka Abah start berubah. “Allah…,” tu je ayat yg keluar dari mulut Abah.
Tak lengah lagi, Abah capai motor terus gi rumah Hj Omar, merangkap Tok Imam kat kg kitorg. Lepas Abah cerita serba serbi apa yg berlaku, Tok Imam ikut abah balik rumah. Sampai je, diorg naik rumah, tok imam terus baca ayat-ayat suci al-quran. Tok imam tenung muka mak dan abah aku. “Anak kau kena sorok,”
Mak aku dah meraung2 mcm nak gila. Abah aku pun menggelabah gila masa tu.
“Habis nak buat macamana ni Tok?,”
“Macam ni la Din, kita ikhtiar. Kalau ada rezeki, kau akan jumpa balik anak kau tu nanti,”
Abah makin tak sedap hati, tambah2 bila tok imam sebut “klu ada rezeki”. Klu tak ada, tak jumpa lagi la maknanya?
Tok imam macam faham apa yang Abah aku rasa time tu. “Tak apa, kita ikhtiar. Kau pergi panggil Pak Hassan ke mari,”
Pak Hassan mmg terkenal kat kampung kitorg, pandai mengubat orang sakit yang terkena sihir dan gangguan makhluk halus. Abah pun tak lengah terus panggil Pak Hassan datang dan masa tu lah Pak Hassan bagitau Abah aku yang aku kena sorok dengan bunian.
“Satu je aku nak bagitau kamu, anak kamu tu dia (bunian) dah berkenan. Klu dia nak pulangkan, dapatlah kamu jumpa balik anak kamu, kalau tak, anak kamu tak dapat balik sini lagi. Apa pun, kepada Allah la kita berdoa dan berserah. Kita semua hanya makhlukNya. Tiada apa yang lebih berkuasa melainkan Allah,” kata Pak Hassan.
Buat pertama kali menurut mak aku, malam tu dia nampak Abah aku menangis. Banyak kali Abah aku sebut nama aku. “Imah, balik la nak. Abah mintak maaf,”
Sementara tu, berdasarkan memori ingatan aku, Adi bawak aku ke rumah dia. Dalam gelap malam tu aku ikut dia, yg pelik ada cahaya menerangi perjalanan kami, mcm lampu jalan cuma cahayanya samar2. Rumah Adi besar dan cantik sangat. Adi bawak aku jumpa mak dan ayah dia. Mak dia mmg cantik kulit putih mulus dan ayah dia pun kacak. Diorg layan aku dengan baik. Cakap pun lemah lembut. Dalam rumah tu bukan hanya ada Adi dan mak ayah dia, tapi ada beberapa orang lagi, semua berpakaian cantik dan rupa diorg pun cantik-cantik. Yang lelaki kebanyakannya berjubah dan berjanggut. Muka bersih je. “Imah suka tak duduk sini? Kalau suka, duduk la terus di sini. Boleh bermain-main dengan Adi,” kata mak Adi. Aku angguk2. Gila tak suka wei, cantik gila kot rumah dia. Besar pulak tu. Nak banding rumah aku, atap pun selalu bocor, tidur selalu himpit2 dgn abang2 aku, belum lagi berebut selimut time tidur malam2. Serius, aku terus lupa kat family aku time tu.
Apa yang pasti, hati kanak-kanak aku rasa gembira sangat masa tu. Adi pun aku tengok happy semacam, sengih je.
Di dunia nyata pulak, Pak Hassan dengan bantuan tok imam, Abah aku dan beberapa penduduk kampung tengah struggle cari aku. Menurut Pak Hassan, benda tu dah tutup habis-habisan pandangan mata kasar kita. Selalunya Pak Hassan dapat petunjuk agak mudah kalau berdepan kes macam ni, tapi kali ni nampaknya yg sukakan aku bukan calang-calang.
Misi mencari diteruskan sampai la diorg tiba kat kawasan rumah Tok Ali (yang aku bagitau di awal cerita tadi). Tengah kecoh-kecoh tu la Tok Ali bukak pintu, terkejut dia tengok orang ramai kat laman rumah dia. “Ada apahal ni?,”
“Anak si Din ni ha, hilang. Kena sorok,” kata Pak Hassan.
“AllahuAkbar…anak kamu yg mana Din?,”
“Imah…anak perempuan saya yang bongsu tu tok,”
Muka Tok Ali tiba-tiba berubah. “Eh, anak kamu tu selalu main kat sini, dengan sorang budak. Selalu aku nampak diorg main kat sini. Tu kat bawah pokok mutan (rambutan) aku tu haaa. Petang tadi pun aku ada nampak diorg main kat situ. Dah maghrib baru diorg balik,”
Bila dengar je Tok Ali cakap camtu, Pak Hassan seolah-olah dapat petunjuk baru. “Tok nampak tak budak sorang lagi tu balik lalu mana?,”
“Dia lalu ikut situ ha,” Tok Ali menunjuk ke arah semak berhampiran pokok rambutan tempat kitorg selalu main.
Pak Hassan pandang abah. “Anak kau dah tak jauh dah,” kata Pak Hassan sambil menggenggam tanah bercampur rumput yang diambil dibawah pokok rambutan, tempat aku dan Adi selalu bermain. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.
Tiba-tiba, angin bertiup kencang macam nak ribut. Petir dan kilat sabung menyabung macam nak hujan. Pak Hassan bagitau Abah suruh balik rumah dengan segera dan cari sehelai baju kesayangan aku. Baju yang betul-betul aku suka pakai. Kalau dapat baju tu belum dibasuh lagi bagus. Tapi kalau dah basuh pun tak apa asalkan baju tu memang aku suka pakai. Pastu Pak Hassan suruh cari pokok kelapa gading yang paling tinggi kat kampung tu. Kebetulan ada sebatang berhampiran rumah Pak Hamid.
Lepas Abah aku berjaya dapatkan baju kesukaan aku, diorg semua terus gerak ke rumah Pak Hamid. Masa ni angin masih bertiup kencang seolah-olah ada benda yang cuba menghalang mereka. Pak Hassan suruh abah aku panjat pokok kelapa tu sambil pegang baju kesukaan aku. Serius wei pokok tu memang tinggi gila. Dengan angin ribut, tengah malam pulak tu Abah aku terpaksa panjat pokok kelapa. Tapi demi nak cari aku, Abah redah jugak. Pak Hassan pesan, sampai ke bahagian paling atas, dia suruh Abah jerit nama aku sekuat-kuat hati sebanyak tiga kali. Kalau aku menyahut, in sha Allah peluang untuk jumpa aku tinggi.
Sementara tu, keadaan aku kat dunia sebelah sana, tiba-tiba aku dapat rasa ada angin kuat. Pokok-pokok disekeliling rumah Adi bergoncang kuat macam nak tercabut. Masa tu aku tengah dihidangkan dengan makanan seakan bubur kacang. Apa yang aku ingat, beberapa orang kat rumah Adi termasuklah Adi dan mak ayah dia berlari-lari macam nak selamatkan diri. Tiba-tiba sayup-sayup aku dengar suara orang panggil nama aku, macam suara Abah. Aku seakan tersentak dan tiba-tiba aku teringat Abah. Pandangan aku jadi kelam dan tiba-tiba gelap, lepas tu aku dah tak ingat lagi dah apa yang berlaku kat aku selepas tu.
Yang pasti masa aku sedar, aku dah ada kat rumah. Menurut kata mak aku, aku dijumpai betul-betul bawah pokok rambutan tempat aku selalu main dengan Adi. Masa tu aku memang tak sedarkan diri tapi kat mulut aku penuh kesan lumpur warna hitam. Mungkin tu la “bubur kacang” yang aku dok makan kat rumah Adi kot. Aku pun tak tau. Ayah aku cerita, masa dia seru nama aku kat atas pokok kelapa tu, kali ketiga baru dengar aku menyahut tapi aku pun tak ingat entah bila aku menyahut sebab aku cuma dengar suara Abah sayup-sayup je panggil aku masa tu.
Seminggu jugak la aku demam dan Pak Hassan ada beberapa kali datang jengah aku kat rumah. Pak Hassan bagitau mak aku yang ‘benda’ tu mungkin akan datang lagi cari aku sebab dia memang berkenan sangat kat aku. Cuma ‘mereka’ ni jenis yang baik. Masa tu la mak aku bukak cerita, masa dia mengandungkan aku, dia kerap mimpi ada sepasang suami isteri datang nak ambik aku. Dia punya takut sampai tiap-tiap malam sebelum tidur dia akan baca quran supaya Allah sentiasa melindungi bayi dalam kandungan dia.
Selepas kejadian tu, mak ngan Abah dah tak bagi aku keluar bermain lagi. Aku duduk rumah je tolong mak aku buat kerja-kerja rumah. Time sekolah pulak, abang-abang aku over protected kat aku. Kira sejak kejadian tu, memang aku dijaga macam Intan payung la hehehe. Abah aku pun dah tak garang sangat dah. Takat pukul-pukul manja ada la. Seingat aku, lepas kejadian tu ada 2-3 kali aku mimpikan Adi. Dia cuma pandang aku sambil tersenyum. Aku sebenarnya memang tak pernah lupa kat dia pun wei sampai la satu kejadian berlaku masa aku umur 17 tahun. Yang tu nanti aku cerita di episod yang lain pulak. Sekian saja cerita aku kali ni, yang mana rasa tak seram tu maaflah, mungkin gaya penulisan aku masih kurang baik dan perlu diperbaiki lagi. Sehingga bertemu lagi dikisah-kisah yang akan datang, Assalamualaikum.
-TAMAT-

217. SIAPAKAH ‘PEREMPUAN TU’?

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : SIAPAKAH ‘PEREMPUAN TU’?
KARYA : PUTIH
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940217
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Hi warga HZONE BLOG sekalian alam. Selepas aku membaca cerita cerita yang ada di HZONE BLOG, terdetik dihati aku untuk kongsikan beberapa pengalaman yang seram pernah aku alami. Terima kasih admin kalau cerita aku ni disiarkan. Ada dua kisah cerita seram dalam penulisan aku. Untuk pengetahuan korang, ini kali pertama aku menulis cerita seram yang aku alami sendiri bersama rakan ku. Aku minta maaf andai cerita ini tidaklah seram seperti cerita yang lain tapi bagi aku agak seram lah…
Cerita ini mengisahkan tentang aku dan rakan ku yang aku namakan Mira (bukan nama sebenar).
Kami pelajar university yang terletak di Malaysia. Dia berkebolehan untuk melihat semua makhluk Allah yang ada di alam ghaib tapi tak semua lah. Seram kan?! Jadi, izinkan aku memulakan cerita ini dengan Bismillahirrahmannirrahim…
Kisah 1:
Siapakah perempuan itu?
Pada suatu hari, aku tengok pada calendar dalam bilik yang ditampal di dinding. Harini hari khamis malam jumaat. Apa yang aku tahu, malam ni banyak keliwon berkeliaran mencari mangsa untuk ajak bermain hehehe..
Kebetulan pada esok hari aku dan Mira tidak ada kelas, jadi kami bersetuju untuk menonton movie seram oleh kerana rakan sebilik kami lagi 2 orang sudah pulang ke rumah kerana rumah mereka tidak jauh dari fakulti. Oh! Aku lupa, bilik kami mempunyai 4 orang rakan sebilik yang bercampur negeri.
Semasa kami sedang leka menonton movie, jam di dinding menunjukkan pukul 2.35 am. Aku berkata pada Mira “eh, dah lewat ni tak nak tidur dulu kah?” Mira hanya menjawab “Jom, aku dah mula mengantuk ni”. Selepas itu kami mula berkemas untuk tidur. Si Mira ni pulak tiba-tiba terasa nak pergi ke tandas.
Dalam hati aku “alahhh time macam ni pulak kau nak pergi tandas” dengus hati aku yang agak penakut ini. Mira ni seorang yang berani dan bila dia ternampak benda ghaib ni, dia buat tak tahu saja dan akulah tempat untuk dia bercerita apa yang dia nampak. Iya lah kan, benda yang dia selalu nampak kiranya dia dah lali dah dengan ‘benda’ tu. Aku yang penakut ni biarkan saja Mira pergi seorang diri ke tandas. Selepas 5 minit, Mira balik ke bilik sambil berleter. Aku tanya dia kenapa dia berleter, pergi ke tandas saja pun. Hahaha.
“Aku niat ke tandas nak buang hajat tapi kenapa pulak ada ‘perempuan tu’ tengok aku dari atas?” Maksud atas tu adalah ‘perempuan tu’ bertenggek atas pintu sambil perhatikan si Mira ni membuang hajat”
“alahhh time macam ni pula lah kau nak cerita apa yang kau nampak. Diam sudahlah kalau nampak tu” Aku tanya Mira ‘apa yang kau nampak?’ heheheh aku ni walaupun takut, tapi nak tau juga apa yang dia nampak.
Katanya rupa ‘perempuan tu’ berambut panjang, muka yang hodoh, dan berpakaian putih tapi yang sudah lusuh. Katanya dia mulai sedar kehadiran ‘perempuan tu’ semasa dia sedang asyik melayan perasaan sambil membuang hajat, dia terasa macam ada juraian rambut pada pintu tapi bila dia pandang, tiada apa apa. Kemudian, dia sambung melepaskan hajatnya.
Semasa tengah klimaks dia membuang hajat, dia ternampak sosok tubuh dengan rambutnya yang panjang pada pantulan air di atas permukaan lantai. Dia pun pandang keatas, terus dia nampak ‘perempuan tu’ sedang bertenggek di atas pintu tandas. Seram kan?
Katanya lagi, masa dia terkejut melihat ‘perempuan tu’, terus dia cepatkan urusan melepaskan hajatnya dan terus bergegas ke bilik semula. Tapi apa yang aku geram dengan si Mira ni, muka dia biasa saja seperti yang dilihatnya sebentar tadi adalah aku yang sedang bertenggek di atas pintu sambil merenung dia. Hahahaha!
Aku fikir cerita seram si Mira ni habis sampai di situ saja. Tapi tidak wahai pembaca HZONE BLOG sekalian… Sebelum kami nak tidur, kami selalunya akan berbual kosong dulu.. Ye lah kan, time tu saja yang kami dapat meluangkan masa setelah seminggu penat ke kelas dan menyiapkan tugasan yang diberi.
Kebetulan semasa kami berbual, pintu bilik sengaja dibiarkan terbuka kononnya nak bagi angin masuk lah. Tiba-tiba semasa rancak berbual, si Mira ni sekali lagi buat hal. Dia menoleh mukanya ke pintu dengan senyuman yang galak sambil berkata “kami tak mau beli lah makcik, kami tak lapar pun… Apa lah jual nasi lemak malam malam buta ni, pergi balik”.
Aku tahu Mira ni memang orangnya suka bergurau tapi kali ni aku rasa macam nak tampar je muka dia hahahaha! Lepas pada itu, aku terus tutup pintu dan ajak Mira ni tidur sekatil hahahaha! Kan aku dan cakap, aku ni penakut. Keesokan harinya, Mira memberitahu bahawa kejadian ‘makcik nasi lemak’ tu adalah benar!
Dia nampak makcik yang jual nasi lemak tu dengan berpakaian kotor sambil memegang bakul yang ada beberapa bungkus nasi lemak dengan rambut yang kusut masai.
Kisah 2:
Siapa Tarik Aku?
Kisah dia macam ni… Setiap kali weekend, aku dengan Mira ni selalu tinggal berdua saja di bilik. Korang faham je lah kalau aku berdua dengan Mira ni, memang ‘masak’ lah aku dengan dia ni sebabnya dia ni selalu cerita dekat aku apa yang dia ‘nampak’ sesaat selepas dia ‘nampak’ benda tu.
Malam tu aku tengok jam lebih kurang pukul 11.30pm, aku dengan Mira tengah sibuk main handphone masing-masing atas katil beralaskan tilam yang empuk. Tengah leka scroll Instagram, tiba tiba si Mira ni lompat ke katil aku, dan dia cakap dia nak tidur dengan aku malam ni. Aku pun pelik lah kenapa dengan si Mira ni? Tapi aku buat tak endah ja la..masih lagi rileks pisang main handphone.
Tiba tiba….. si Mira ni tergelak terkekek kekek sambil tengok ibu jari kaki dia. Sekali lagi Mira ni nak mainkan aku ka apa? Hahaha! Aku rasa dua ke tiga kali juga lah Mira ni ulang buat benda yang sama. Last sekali aku dah tak tahan, aku tanya si Mira ni.. “kau kenapa Mira?”.
Dia jawab, “tak nampak ke budak tu tengah geletek kaki aku?” ahhhh sudah! Dia buat lagi! Lalu aku bingkas dengan cergasnya pergi buka lampu bilik yang sebelum ini kami hanya bercahayakan lampu jalan yang berada di luar bilik. Cerahnya boleh tahan juga lah sampaikan si Mira ni boleh nampak siapa yang geletek kaki dia.
Lepastu, keadaan kembali reda…. Aku pulak malas nak layan si Mira ni, aku pun sambung main handphone sambil scroll Instagram sambil layan gossip artis Malaysia. Apa yang aku sedar, aku dapat rasa tubuh aku semakin kebawah seperti ada yang ‘menarik’ kaki aku perlahan demi perlahan sampaikan aku punya kepala dah tak berada di atas bantal.
Aku malas nak layan. Tapi makin menjadi pula dia ‘menarik’ sampaikan aku punya kepala dah paras bahu si Mira ni. Padahal kami baring se’level’ saja tadi. Masa tu aku diamkan saja tak nak bagitau Mira sebab aku risau dia punya ayat yang keluar dari mulut dia tu lagi menyeramkan daripada apa yang aku rasa. Dua kali dah aku kena ‘tarik’.
Aku nekad! Aku tanya lah si Mira ni kenapa aku punya badan mcm ke bawah rasa mcm ada yang menarik? Tiba-tiba Mira bingkas bangun dan tengok! Tahu tak apa yang ‘tarik’ aku? ‘Budak kecil’ yang menggeletek ibu jari kaki si Mira ni! Amboi! menggeletek sungguh hati aku dengar apa yang Mira cakap!
Katanya Mira ‘budak kecil’ tu nak ajak bermain dan Mira cakap wajah ‘budak kecil’ tu seperti budak yang normal cuma mukanya saja pucat lesi seperti tiada d***h!. Ahh lantak kau lah Mira, kau je lah melayan ‘budak kecil’ kau tu! Lepas tu, aku terus tarik selimut dan tidur sebab aku malas nak layan perasaan takut aku tu!
-TAMAT-

218. JELMAAN LEMBAGA BERBENTUK MONYET DI ASRAMA

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : JELMAAN LEMBAGA BERBENTUK MONYET DI ASRAMA
KARYA : NUR
CP BY ADMIN A.D
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
HZONE BLOG
KOD : 002750940218
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Hai assalamualaikum pada semua pembaca, alhamdulillah cerita Pocong dan makhluk tak berkepala mendapat reaksi yang positif. Saya nak jelaskan sikit mengenai story saya yang part akhir tu, YE yang saya dan suami tengok masa tu adalah alas meja berwarna putih bukan hantu. Sebab keesokan hari, saya tengok kat tempat tu still ada lagi alas meja tu.
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih pada admin HZONE BLOG sekiranya cerita kali ni disiarkan lagi.
Ok lets start now. Seperti biasa saya akan bahasakan diri sebagai ‘aku’ untuk lebih selesa semasa bercerita.
KISAH 1
Ni cerita daripada mak aku, lepas beberapa tahun kerja sebagai cleaner di ppr tu, mak aku berhenti. Kemudian mak aku kerja di suatu tempat bernama d**** s***** dekat je dengan rumah. Dulu tempat tu rumah untuk anak2 yatim tapi sekarang dah tukar untuk ibu2 tunggal dan remaja yang bermasalah. Yang pernah tinggal kat situ maybe tahu hihihi. Mak aku kerja sebagai security kat situ, actually lepas spm aku pun pernah kerja kat situ kejap tapi alhamdulillah masa kejadian tu aku kerja siang dan sepanjang kerja situ aku belum pernah terserempak dengan mana2 entiti kat situ walaupun ramai yang bercerita macam2 kejadian berlaku. Sekadar rasa seram sejuk, macam ada orang perhatikan tu dah biasa la aku kena kat situ.
Ok nak dipendekkan cerita, suatu hari mak aku syif malam. Kat situ setiap 2jam wajib buat clocking atau kunci jam orang panggil, sape kerja security die tahu la ape benda tu. Selalunya clocking pukul 7,9,11,1,3 dan 5. Syif siang dan malam wajib buat. Mak aku masa tu nak pergi clocking pukul 1 atau 3 pagi kalau tak silap aku. Kalau korang nak tahu tempat2 nk clocking ni tempat yang ‘keras’ jugak lah, ada 4 tempat kena clocking. 1 kat belakang bilik rehat cleaner dan pekerja lelaki, 1 kat belakang stor, 1 kat tepi kuarters warden, pengetua, driver dengan tukang masak. Kuarters ni macam flat tapi 4tingkat je. Dan 1 lagi tempat clocking kat tepi dewan makan. Antara kuarters dengan dewan makan dekat je jarak dalam 10langkah ade la kot tapi tengah2 tu ade satu pokok besar. Pokok tu yang orang kata ‘keras’ harap korang boleh imagine la ye, kena terangkan secara details supaya korang boleh faham kedudukan tempat ni macam mana.
Masa kejadian, mak aku on the way nak pergi clocking kat tempat yang pertama td, kat bilik rehat pekerja. Sejak masuk kerja lagi mak aku rasa tak sedap hati seolah ade benda nak jadi haritu. Tengah berjalan tu mak aku terasa ade something kat belakang, bila toleh takde ape pun. Lepastu mak aku toleh belah kanan, belah kanan mak aku tu ofis guna cermin kaca yang boleh nampak bayang tu la. Faham tak? Aku tak pandai nak describe kan macam mana, masa mak aku toleh tu mak aku nampak ade bayang melintas kat cermin tu, bayang macam monyet ke beruk tak pasti. Bayang tu dok berlegar2 kat cermin tu kemudian terus naik ke ats siling koridor tempat laluan mak aku tu.
Mak aku cakap masa tu bingit sangat dengan bunyi benda tu, korang tahu kan bunyi monyet@beruk macam mana. Haa bunyi macam tu la, mak aku ni nak kata berani sangat tu tak la ade jugak cuak nya, tapi mak aku cakap masa tu malas nak layan. Mak aku buat tak tahu je la, lepastu mak aku nampak bayang tu laju pergi ke depan tempat asrama budak2 perempuan bermasalah. Mak aku teruskan pergi clocking macam biasa. Tak lama lepastu mak aku dengar jeritan demi jeritan kat asrama budak2 tu. Rupanya kena histeria, tak pasti berapa ramai yang kena tapi memang kecoh malam tu sampai beberapa orang ustaz dari luar datang untuk redakan keadaan. Bila dah stabil, risik2 kat budak2 tu rupanya diorang nampak benda yang sama macam mak aku nampak tu. Mujur mak aku buat tak layan masa benda tu kacau2 mak aku. Yelah tugas mak aku untuk jaga keselamatan kat kawasan asrama tu, kalau mak aku kena ape2 masa tu macam mana? Susah jugak kan.
Serius aku cakap, sepanjang aku kerja kat situ sekali pun aku tak pernah terserempak ape2 kat situ. Masa aku syif malam, aku tak pergi buat clocking pun aku buat pukul 7, 9 dengan 11 je. Pukul 1,3 dengan 5 partner aku yang buat hahahaha jahat aku kan. Aku takut bhai, buatnya masa tengah clocking tu ade benda sergah aku tak ke naya. Tapi pukul 9 dengan 11 tu pun aku dah rasa seram. Lagi2 kat tempat ke2 tu. Tempat ke2 stor, guna tingkap nako, tingkap tu pulak terbukak seram la aku gelap ya amat kat situ. Aku risau ade yang jenguk dari dalam tu karang huhuhu. Nak pergi tandas pun aku takut tapi terpaksa pergi jugak. Aku selalu masuk tandas dalam bilik pekerja perempuan tapi masa tengah malam la, awal2 tak boleh pergi sebab pengetua situ tak bagi. Tandas yang die suruh guna tu dekat je dengan pondok security tapi nak pergi ke situ kena lalu bilik jahitan, tingkap bilik jahitan tu bukan tingkap nako tau, tingkap yang jenis cermin tu. Yang kita boleh tengok kat dalam tu, tak tahu nk describe hahaha. Pandai2 korang la imagine kan. Disebabkan cermin tingkap tu dan otak aku selalu fikir bukan2 yang buat perjalanan aku ke tandas tu rasa macam lama sangat. Yelah aku risau terserempak dengan pocong dalam bilik tu sebab pernah dengar2 cerita pasal tu. Seram sejuk rasa. Oh ye partner aku tu makcik tua kawan mak aku. Mak aku cakap die orang filipina tapi duduk kat sabah sebelum die datang KL, and mak aku cakap die kristian tapi dari cara die, nama die macam orang islam cuma tak solat je la. Die selalu jugak sebut alhamdulillah, bismillah ape semua tu aku ingat die islam. Sebab tu aku mintak die ganti aku pergi clocking tu hehehehe
KISAH 2
Ok ni kisah melibatkan aku adik beradik. Masa tu aku darjah 6,dalam 10pagi macam tu masa aku kat sekolah mak aku dapat panggilan arwah atok aku meninggal. Atok belah mak aku la, kat kelantan. Kitorang panggil tok cek. Lepas aku balik sekolah, mak aku pun amik cuti halfday haritu lepas dapat panggilan tu, kitorang satu family terus gerak balik kelantan. Sampai sana dalam pukul 10malam masa tu, lepas mak aku tinggalkan kitorang adik beradik kat rumah mek (nenek kitorang) mak dengan abah aku pergi kubur, mujur diorang sempat tengok arwah tok cek buat kali terakhir sebelum dikebumikan.
Kisahnya, bila semua dah tidur lena malam tu, Tak pasti dalam pukul berapa masa tu, aku terdengar bunyi bising sangat sampai aku terjaga. Aku tak terus bukak mata, aku amati dulu bunyi tu. Bunyi pintu rumah macam digegar dari luar. Seolah2 macam orang tengah marah atau nak cepat suruh bukak pintu. Die gegar2 mcm tu. Masa tu aku dah pelik, takkan angin pulak kan sebab pintu tu walaupun pintu kayu, bila dah lock dari dalam angin kuat mcm mana pun takkan bergerak pintu tu. Manusia gegar2kan pintu pun memang takkan gerak sampai mcm tu sekali. Masa tu aku dah takut sangat, oh ye masa tu kitorang satu family tidur kat ruang tamu. Dah bunyi bising2 mcm tu, aku bukak mata konon nak lebih kepastian la, bukak je mata aku terkejut sebab depan mata aku ada kabinet tv, atas kabinet tu pulak ade lebihan kain kapan berkibar kibar. Allahu, terkejut aku huhuhu. Dah la seram pintu gegar2 lepastu nampak lebihan kain kapan pulak. Bertambah2 la seramnya.
Lepastu aku pandang kat pintu memang pintu tu bergegar kuat sangat sampai kat bawah pintu tu boleh nampak cahaya kat luar rumah tu. Aku tengok kat mak abah tidur lena je macam takde ape yang berlaku. Aku toleh kiri kanan tengok adik2 aku, diorang pun terjaga jugak, terkejut aku dibuatnya yelah masing2 luas biji mata pandang kat aku. Diorang pun takut sama macam aku jugak, kitorang tidur himpit2 satu sama lain malam tu sampai tak sedar pukul berapa terlena. Sedar2 dah pagi, dah pagi tu ape lagi masing2 bukak cerita la pasal malam tu. Tapi mak abah aku tak percaya pulak, diorang cakap tidur lena je takde bunyi ape2 pun. Tapi mak aku saja sakat kitorang cakap arwah tok cek la tu balik nk tengok kitorang. Berhuhuhu je la kitorang kat situ. Lepas makan tengah hari tu kitorang balik KL semula. Kadang2 aku terfikir ape akan jadi kalau malam tu aku pergi bukak pintu tu hmm. Sampai sekarang kitorang ade perasaan takut lagi bila balik kg. Even aku pernah je duduk rumah tu sorang2 time malam masa bulan puasa tapi aku tak pernah terserempak dengan ape2 kat situ. Tapi perasaan seram tu still ade.
Adik2 aku pun cerita bila balik kg, tengah2 malam ade bunyi2 kat luar rumah. Kat depan rumah ade hutan kecik, dalam hutan tu pula ade sebuah rumah kosong. Kat sekeliling rumah nenek aku tu hutan dan belukar je. Mungkin sebab tu kot rumah tu keras sikit. Nenek aku pun tak berani duduk sorang2. Die akan pergi duduk rumah makcik aku kat tepi jalan bila pakcik aku pergi kerja. Nenek aku duduk berdua je dengan pakcik aku sekarang. Pernah beberapa kali adik2 aku dengar bunyi mengilai kat luar rumah. Makcik aku pun pernah cerita yang die pernah terserempak dengan kak pon kat tepi rumah nenek aku tu. Tu yang adik2 aku semua takut nak pergi tandas malam2. Tandas pulak kat luar rumah lagi la takut, oh ye adik2 aku sorang perempuan dua lelaki. Masing2 dah berumahtangga,yang perempuan jarang balik kg. Adik2 lelaki aku selalu balik kg, diorang kalau nk pergi tandas mesti ajak bini teman sekali. Yang bini2 tu relax je pergi sorang2 hahahaha. Tapi dalam seram2 pun masih seronok nak balik kg, rasa suasana kg yang nyaman, damai tenang je. Yelah sekeliling hutan, pokok2 je. Tepi rumah pulak ada bendang. Bila angin sepoi sepoi best la rasa. Time siang je la best, time malam mula lah seram tu datang hehehe.
Ok lah sampai sini dulu kisah aku, pada entri lain jika ada kesempatan aku akan share pengalaman aku jumpa kak pon dan pengalaman suami aku kat tempat kerja. Maaf panjang sikit kisah kali ni. Harap boleh terima la ye, tak seram sangat tapi bagi aku seram la jugak hehehe. Terima kasih sudi baca, wassalam.
-TAMAT-

219. KISAH SATU PETANG.

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : KISAH SATU PETANG.
KARYA : 
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940219
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih pada admin HZONE BLOG kerana sudi menyiarkan cerita aku ni. Buat para peminat kisah seram, maaf andainya cerita ini kurang menarik atau tahap keseramannya yang tidak seberapa.
Aku akan memperkenalkan diri aku terlebih dahulu. Nama aku Shikin. Aku mempunyai banyak kisah mistik yang terjadi pada diri aku sejak dari kecil lagi. So, banyaklah cerita aku nanti. Tapi, aku akan kongsikan satu persatu sekiranya karya aku ni disiarkan. Jadi, aku nak mulakan dengan kisah pertama aku.
Kisah ni terjadi masa aku di darjah 4. Aku bersekolah di SRK Puteri Pandan (1) yang terletak di Kuala Lumpur. Tahun 1995. So, korang boleh agaklah berapa umur aku sekarang kan. Hahaha. Tua dah. Sekolah tu pun dah banyak berubah susun atur bangunannya.
Aku ingat lagi waktu tu aku bersekolah di sesi petang. Kejadian ini berlaku masa matapelajaran Muzik. Kelas diadakan di dewan sekolah. Dewan sekolah ni tak besar pun. Cuma ada pentas, sebuah piano dan sebuah bilik yang menempatkan alatan muzik. Tapi, suasana tetap menyeramkan walaupun lampu dewan dibuka. Waktu matapelajaran tersebut, kami hanya berbual-bual sesama sendiri memandangkan cikgu muzik kami, Miss Tan tengah sibuk menanda kertas ujian. Tiba-tiba, kawan aku yang bernama Syahmi, ajak aku menemaninya ke tandas.
“Wei, Kin. Jom teman aku pergi tandas kejap.”
“Tak naklah. Dahlah hujan lebat ni. Takut aku.”
“Alah, jomlah. Aku dah tak tahan ni.” , katanya sambil terkepit-kepit depan aku.
Aku serba salah. Hujan lebat gila kat luar. Dengan guruh, kilat. Semua lengkap. Bayangkanlah bahagian dewan yang dekat dengan tingkap dan pintu habis dimasuki air dek kerana kuatnya angin.
“Yelah, yelah. Pergi minta pas kat Miss.”
Zaman dulu kalau nak pergi tandas mesti kena pakai pas. Ada tu siap tulis “PAS TANDAS”. Hahahahaha. Nak pakai pun malu.
“Miss, nak pas. Nak pergi tandas.”
“You mau pergi dengan sapa? Bawa sorang kawan ha. Jangan pergi sorang-sorang. Ini hujan banyak lebat. Hati-hati ya.”, kata Miss Tan dalam pelat Cinanya.
Lalu, keluarlah aku dengan Si Syahmi ni lepas dapat kebenaran. Tandas tu tak jauh pun daripada dewan. Hanya perlu belok ke kiri dalam beberapa meter je. Tapi, lencun jugalah pasal angin sangat kuat waktu tu. Tandas tu terletak di hujung koridor blok tersebut. Berhadapan dengan tandas adalah kantin sekolah. Tapi, tak ada sesiapa dah waktu tu pasal dah petang. Kantin dah tutup. Barangkali pekerja kantin pun dah pulang. Jadi, cuma ada aku dan Syahmi saja di kawasan tersebut.
“Cepatlah masuk. Aku tunggu kat luar.”
“Eh, janganlah. Tunggulah kat dalam. Aku takut sorang-sorang.”
“Hish, macam-macamlah kau ni. Nak kencing pun susah. Jomlah cepat.”, ujar aku sambil melangkah masuk ke dalam tandas.
Aku mengetik lampu tandas tetapi tidak menyala. Suasana dalam tandas agak gelap dan hanya mengharapkan cahaya matahari yang ada tak ada je disebabkan langit mendung. Aku bersandar di sinki paling hadapan. Dalam tandas ni ada lima kubikel. Sinki pulak ada enam buah dan cermin sepanjang sinki.
Syahmi masuk kubikel pertama. Aku tunggu dengan hati yang berdebar-debar. Yelah, mana tak berdebarnya. Dengan keadaan tandas yang gelap, hujan lebat kat luar, kilat berdentum-dentam. Tersentak-sentak tubuh aku dibuatnya.
“Syahmi, dah ke belum?”
“Kejap lah. Baru je masuk kan.”
Kikikiki. Memang betul pun dia baru masuk. Tapi aku nak cepat keluar dari situ. Rasa macam bila-bila masa je ada benda keluar dari kubikel hujung tu.
Tengah aku melayan perasaan seram sambil bersandar kat sinki tu, tiba-tiba….
BUUURRGHHHHH!!!!! AIR PAIP SINKI TERBUKA SENDIRI!!!
Aku time tu macam kaget. Tak boleh nak buat apa. Dan lagi nak menambahkan aku punya seram yang dah sampai tahap jantung gugur dalam perut tu, paip tu boleh terbuka satu persatu dari paip paling hujung sampai la ke paip sinki tempat aku bersandar tu. Kau rasa? Dah macam dalam filem seram Thailand tau tak. Kalau air yang keluar tu perlahan, tak apalah juga. Ini terus kuat macam pili bomba tu. Kuat dan laju seolah-olah macam dipulas habis terus. Masa tu aku tak tunggu Syahmi dah. Aku terus berlari menuju ke pintu tandas. Semasa aku sampai di depan pintu tandas, kedengaran suara kanak-kanak ketawa. Mungkin ‘dia’ mentertawakan aku sebab berjaya menakutkan aku. Aku berjalan selaju yang boleh dan masuk ke dewan semula. Terus aku duduk diam-diam di kalangan kawan-kawan aku yang lain.
“Wei, mana Syahmi?”, tanya salah seorang rakan aku.
“Ada dalam tandas lagi. Wei, korang. Aku ada benda nak bagitahu ni. Tadi kan, masa kat tandas,aku…”. Belum sempat aku menghabiskan ayatku, rakan ku berkata sambil menunjuk ke arah pintu dewan.
“Ha, tu Syahmi!”
Aku menoleh ke arah pintu dewan dan aku nampak Syahmi berdiri tegak di situ. Aku dengan rasa bersalah bangun dari dudukku dan berlari ke arah Syahmi. Tapi, belum sempat aku sampai kat tempat dia, tiba-tiba dia berlari meninggalkan dewan. Alamak, dia merajuk ke dengan aku sebab tinggalkan dia. Tapi, selamba dia je blah macam tu. Kan ke tengah ada kelas ni. Aku sampai kat depan pintu dewan, aku toleh ke kanan. Ke arah Syahmi berlari tadi. Tapi, yang ada hanya koridor kosong. Aik, takkan laju benar dia berlari. Tiba-tiba…
“Woi!” , satu suara menjerkahku dari arah kiri. Aku menoleh dan..
SYAHMI!!!
“Kenapa kau tinggalkan aku sorang-sorang wei?”
Aku macam tak percaya apa yang baru berlaku tadi. Aku mimpi ke apa ni? Syahmi depan aku. Habis tu, yang tadi siapa pulak? Takkan aku salah tengok. Rakan aku yang lain pun nampak. Dan rakanku jugalah yang tunjuk Syahmi kat pintu dewan tadi.
‘Wei, masa kau keluar tadi, paip-paip kat sinki tadi semua terbuka tak?” tanya aku pada Syahmi.
“Tak ada pun. Tutup je. Aku keluar tengok-tengok kau dah tak ada. Cepat-cepat aku lari. Takut aku tau tak. Kenapa kau tinggalkan aku?”
KRIIIINNGGGGG!! Loceng tanda tamat waktu persekolahan berbunyi. Soalan Syahmi aku tak jawab pun sampai ke sudah. Aku tak pernah menceritakan kisah ni pada sesiapa pun sehinggalah tamat persekolahan rendah di situ. Yelah, kalau aku cerita pun siapa yang nak percayakan.
Jadi, itulah kisah seram yang pertama pernah terjadi dalam hidup aku. Maaf sekiranya kurang menyeramkan pada korang. Tapi, masa aku taip cerita ni, masih lagi meremangkan bulu roma aku bila teringat. Ada banyak lagi kisah seram dalam koleksi hidup aku. Kebanyakannya semasa aku di sekolah asrama, di rumah lama aku dan kolej. Akan aku kongsikan nanti okey.
-TAMAT-

216. GANGGUAN SEMASA FAMILY GATHERING

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : GANGGUAN SEMASA FAMILY GATHERING
KARYA : AJMEER
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940216
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Assalamualaikum pembaca HZONE BLOG. Ribuan terima kasih jika pengalaman saya dpt publish. Sorry ye kalau penulisan sya kurang faham.
Sya perkenalkan diri saya sebagai aku.
Aku dan satu keluarga buat meeting nk buat family gathering. So kami decide pergi port Dickson. Aku anak tunggal so nak kemas barang senang je. Abang saudara aku dan semua org ahli keluarga dah smpai rumah aku. Kami pun masukkan barang masing2 dalam kereta masing2. Lupa nak bagitau….semasa aku kemas baju nk letak dalam beg, hati aku rsa macam something wrong. Aku rasa macam tidak selesa, tapi aku tak pentingkan sangat. Aku pun teruskan kemas baju2 semua.
Bila dah siap berkemas, kami pun memulakan perjalanan ke tempat yang telah ditetapkan. Kami pun sudah tiba di satu homestay. Homestay tu nak dikatan seram boleh lah sebab bangunan itu macam bangunan lama jugak. Dan sebelah kiri homestay kami ada rumah using yang tiada tingkap, tiada pintu, tiada apa2. Dalam rumah itu memang tiada orang.
Homestay itu ada 3 bilik dan 2 bilik air . Aku dan abang saudara aku tidur di ruang tamu. Kami cadang untuk buat bbq dekat halaman homestay itu. Gangguan bermula semasa sibuk sediakan bbq. Mak aku suruh aku pergi ambik cawan dekat dapur yang kami bawa. Semasa aku pergi ambik dan keluar dari pintu utama aku pusing ke sebelah kanan….’ Uishhhh’ apa benda tu”, dalam hati aku.. Aku nampk satu makhluk tengah duduk mencangkuk atas bumbung rumah usang yang terletak sebelah kiri homestay kami. Aku perhati dengan penuh tanda tanya. Lantas aku panggil abg saudara aku suruh dia tengok….Cuma nak pastikan apa yang aku tengok tu bukan la mimpi kononya…..abang saudara aku pun Nampak benda yang sama.
Yang peliknya, bila aku buka lampu suluh dan arahkan dekat makhluk itu dia hilang bila tutup dia ada. mcm dekat movie”Lights out” kan…ye memang macam tu. Sorry lupa nak bagitau… Ayah aku pernah ajar satu ilmu… so dalam hal2 ni memang aku tak takut…. Hanya takut Allah SWT sahaja. Okay sambung balik ….Lepastu abang saudara aku cakap biarkan dia.. Janji dia tak kacau kita….. Ayah aku juga nampak makhluk itu tapi dia diamkan je. Tapi dalam masa yang sama, ayah aku start baca ayat2 yang sepatutnya untuk menghalau makhluk tu dan akhirnya hilang. Semua tya dekat ayah aku kenapa tiba2 baca ayat2 Quran. Ayah aku cakap tidak apa Cuma untuk kelindungan saja.
Bbq pun sudah habis dan semua rasa penat. Aku dan abang saudara aku tidur dekat ruang tamu. Kami Cuma baring2 main game mobile legend. Tiba-tiba abang saudara akubawa pula jalan- luar rumah..
Abang saudara: Ajmeer jom pi round2 kat luar rumah.
Aku: abang tgok dah pukul brp ni, 1am lah…takkan nak pergi round sekarang.
Abang saudara: alaaaaaaa skejap je lah…jom.
Aku pun ikut je lah kemahuan dia. Semasa kami berjalan, tiba2 abang saudara aku hilang (untuk pengetahuan pembaca…aku berjalan sambil tengok telefon, abang saudara aku jalan belakang aku). Aku tak sedar dan ingatkan abang saudara aku tengah ikut aku. Aku dah rasa cuak mana pula dia pergi tinggalkan aku. Tiba dalam 10 minit kemudian aku dengar satu suara dari rumah usang yang ada di sebelah kiri homestay kami. Aku tengok abang saudara aku ada di sana.
Aku terkejut dan cepat2 ke sana tpi aku tak dapat masuk. Aku tanya kenapa dia pergi sana. dia kata Saja je kemudian menjemput aku masuk tengok-tengok keadaan rumah tersebut. Tapi cara dia seolah-olah ada seuatu yang tidak kena.. Dia bercakap dengan nada yang lembut sambil senyum. senyuman penuh makna.
Apabila aku cuba untuk masuk tetapi kaki aku tak boleh nak langkah ke depan …maksudnya ada benda yang dia tak bagi aku masuk ke dalam rumah itu sebab semasa aku masuk aku tengah baca ayat Qursi dalam hati. BBaru ku tahu betapa powernya ayat kursi sebagai pendinding diri.
Tidak lama selepas tu, aku terdengar lagi satu suara di belakang aku….. “Ajmeeeeerrrrrr……….”, Bila ku toleh, rupanya abang saudara aku panggil aku dengan jeritan yang kuat. Aku terkejut…sebenarnya abang saudara aku di belakang aku….habis siapa yang di dalam rumah usang itu dengan serupa abang saudara aku. Aku pun dengan langkah yang agak laju sedikit terus mendapatkan abg audara aku dan terus membawa balik ke homestay. Sebelum tidur, kami sempat lagi bercerita kejadian yg berlaku tadi.
Kami habiskan masa bercuti dengan pengalaman diganggu makhluk halus. Apa yang aku ceritakan hanya lah pengalaman pada pihak aku. tak tau la pula keluarga yang lain.
Itu sahaja yang kisah seram semasa family gathering….
Terima kasih kerana sudi baca cerita benar aku… minta maaf sekali lagi kalau kurang faham penulisan saya.
-TAMAT-

217. KELIBAT

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : KELIBAT
KARYA : RYKA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940217
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Assalammualaikum warga HZONE BLOG. Aku penulis sebuah kisah yang diberi nama Mendengar Cerita Hantu. Alhamdulillah spm dah tamat. Tapi tak ada sebarang aktiviti membaling telur tepung dan menconteng baju berlaku pada aku.
Kali ini, aku sertakan sekali gambarnya. Aku akan hantar di ruangan komen jika cerita ini dipublish oleh fiksyen shasha sebagai bukti kejadian yang berlaku.
Ceritanya macam ni,
Pada suatu malam waktu ni bulan 11. Aku tengah busy dengan spm aku. Pada malam tu, ibu mengarahkan aku untuk ke gerai makan bagi membeli tomyam campur dek kerana ibu tak sempat nak masak. Selesai pakai tudung dan sarungkan cardigan bagi menutup lengan dan kepala, aku terus turun ke bawah. Alang-alang dah nak jalan, aku pun angkat sekali plastik sampah yang dah penuh tu untuk dibuang ke tong sampah.
Di bahagian belakang bangunan rumah aku ni ada sebuah kedai makan kecil. Dekat situ waktu malam memang ramai. Sebelum ke kedai makan, aku pergi buang sampah terlebih dahulu. Sampai di kedai makan tu aku pesan tomyam campur bungkus lalu aku minta diri untuk ke kedai hadapan membeli reload. Sewaktu aku berjalan ke kedai tu memang aku dapat rasa sedikit seram sejuk. apa tidaknya, belakang rumah yang ada hanya hutan. Aku endahkan sebab waktu tu memang tengah berangin pun. Lagi pula waktu malam ditambah lagi jalan ke kedai memang gelap. Bahaya untuk perempuan macam aku. Tapi sebab aku memang dah biasa berjalan berseorangan, maka aku redah saja. Nak kata tak takut, sememangnya aku takut. Setelah selesai hajat aku untuk beli reload tadi, aku pun balik semula ke gerai makan. Dalam perjalanan pulang tu, aku dah raa agak seram dan bulu roma aku meremang. Aku mulai melangkah laju dan mata mula melilau sana sini. Di satu sudut yang agak suram, mata aku terperasan yang ada satu sosok perempuan berbadan agak tinggi dan bewarna hitam di dalam kepekatan malam yang hanya disinari cahaya dari lampu jalan yang hidup segan m**i tak mahu itu. Aku mulai rasa seram tapi aku kuatkan hati. Dalam hati tetap berharap agar apa yang aku nampak tu tidak datang menghampiriku.
Aku menoleh, curiga dan ingin tahu dengan apa yang aku nampak tadi.
“Hilang” bisik hatiku….
Tak ada apa-apa. aku cuba pujuk hatiku. Aku ambil bungkusan tomyam campurku dan balik semula ke rumah ikut tangga yang lain sebab aku dah mula rasa lain macam. Rasa takut yang melampau.
Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah aku baca ayat kursi lalu semasa makan aku membuka mulut menceritakan apa yang aku nampak pada ibu. Ibu hanya diam. Tapi aku tahu ibu percaya. Lagi-lagi bab seperti ini dimana aku pernah terkena pada awal tahun. Ibu suruh aku terus makan dan mandi. Ibu sempat nasihatkan aku baca ayar kursi sebanyak yang boleh dan sebut nama Allah sampai aku terlena.
Pada petang keesokan harinya. Ibu aku balik dari pada majlis ahli mesyuarat tingkap aka perhimpunan makcik-makcik menceritakan hal ehwal politik dan isu semasa. Ibu beritahu pada aku yang ibu ada ceritakan apa yang aku nampak pada makcik-makcik disana. Lalu salah seorang makcik tu beritahu yang pada malam yang sama juga ada seorang lelaki iaitu jiran aku yang tinggal ditangkat atas nampak benda yang sama. Lelaki tu sempat mengambil gambar. Dan bila aku tengok… benda tu memang benda yang sama dengan apa yang aku lihat. Aku masih simpan gambar tu. Aku akan tunjukkan sebaik sahaja cerita ini dipublish.
-TAMAT-

218. MIMPI TERAKHIR

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : MIMPI TERAKHIR
KARYA : SHAFIX FIXIE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940218
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Kehilangan
Bismillah.
Assalamualaikum para pembaca sekalian.
Aku ingin mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada admin HZONE BLOG kerana pernah menyiarkan 2 buah kisah angker yang pernah aku lalui, bertajuk “kau cabar aku datang” dan “pocong terbaring di tepi jalan”.
Seorang teman ku memberitahu yang tulisan ku diplagiat oleh sebuah page dengan mengubah lokasi dari Bukit Jalil ke Labuan, dan name pena ku di tambah Labuan di hujung nya. Motif? Tak dapat aku huraikan.
Mari kita teruskan. Ingin aku tegaskan pada kalian, cerita yang bakal aku sampai kan tidak ada sedikit pun unsur-unsur seram,melainkan sebuah kisah tragis,kehilangan dan kesedihan melanda ku yang berlaku pada tahun 2012.
Atau lebih tepat, 9 Jun 2012.
Dua hari sebelum tarikh tersebut, aku pulang ke kampung halaman ku di utara tanah air kerana pakcik ku bakal melansungkan perkahwinan pada hari sabtu, 9 Jun 2012. Seperti kebiasaan, setiap kali aku di kampung halaman bercuti, aku akan mengajak rakan2 ku melepak berbual kosong. Oleh kerana rata-rata daripada mereka masih di universiti, hanya beberapa orang sahaja teman ku bersama ku malam itu.
7 Jun 2012. “Hampa jangan lupa mai, pakcik aku nak menikah sabtu ni,depa yang takdak sini esok aku call jemput mai sabtu ni.”
Mereka bersetuju untuk turut serta meraikan hari bahagia untuk pakcik ku.
8 Jun 2012. Hari Jumaat yang agak lain dari yang biasa bagi ku, kerana solat Jumaat buat sementara waktu dipindahkan ke masjid berhampiran oleh kerana masjid di kampungku sedang diperbaiki dan dibesarkan demi menampung jumlah jemaah yang kian bertambah.
Sebelum azan berkumandang, aku mula menghubungi beberapa sahabat ku ingin mengajak mereka turut serta ke majlis perkahwinan pakcik ku. Seorang demi seorang menjawab panggilan ku dan berjanji akan menghadiri nya. Kecuali seorang. Seorang yang begitu penting pada ku. Seorang sahabat yang susah senang bersama. Kami berkawan semenjak kami berusia 10 tahun. Dan paling menarik, kami berkongsi nama yang sama! Dia ketika itu sedang menuntut di sebuah universiti di utara tanah air juga.
Setiap panggilan aku kepadanya disudahi dengan voicemail. aku cuba bersangka baik, barangkali dia berada di dalam masjid sedangkan aku masih lagi di luar pekarangan masjid. Usai solat aku cuba beberapa kali , tapi hampa. Aku mengambil keputusan untuk menghantar pesanan ringkas kepadanya menjemput ke kenduri sekiranya dia dapat pulang.
Oleh kerana kenduri bakal berlangsung keesokkan hari nya, jadi ramailah rumah ku dengan sanak saudara datang bertandang dan membantu keluargaku apa yang patut. Aku yang agak bosan mengajak kawan ku untuk makan di restaurant makanan segera di kawasan bandar . Ketika kami rancak berborak, aku menerima panggilan dari nombor yang tidak aku kenali. aku menjawab panggilan tersebut, tapi apa yang aku dengar hanyalah suara seorang wanita menangis dan menyebut nama ku berulang kali.
Aku panik, sangkaan aku ada sesuatu yang tidak diingini berlaku di rumah ku, kerana suara wanita tersebut seakan-akan ibu saudara ku yang kebetulan berada dirumah membantu keluargaku. Apabila panggilan itu dimatikan, aku yang tidak tentu arah ketika itu terus menelefon ibu ku. “Mak!! Sapa call tadi? Semua kat rumah ok ka???”
Ibu ku menjawab”semua ok, takdak sapa pun call ,Awat?” Aku terdiam. Siapa yang telefon aku? Apabila aku kembali ke meja makan , pelayan sudah pun mengambil makanan dari meja kami yang kami jamah tidak sampai separuh.
Selera ku hilang. Aku mengajak kawan ku pulang. Sepanjang perjalan aku hanya terdiam memikirkan siapakah wanita yang menelefon aku tadi. Kenapa dia memanggil manggil nama ku? Dan, kenapa dia menangis? Ketika kami dalam perjalanan pulang ,ibu aku menelefon.
Ibu ku mengarahkan aku berhenti di bahu jalan. Aku dan kawan ku yg merasa agak pelik mengikut kata-katanya.
Dalam keadaan menangis, perlahan-lahan,ibu ku memberitahu, bahawa sahabat aku yang aku cuba menelefon dari tengah hari tadi, telah dijemput Illahi. Maka menangis lah aku disitu. Terduduk, cuba untuk memberitahu bahawa ini semua adalah tidak benar.
Aku bergegas ke rumah nya yang jaraknya dari rumah ku tidak sampai 500meter. Di sana aku melihat ramai berada dirumahnya. Nampaknya mereka tahu berita ini lebih awal dariku. Dari jauh aku terlihat pakcikku turut di rumah arwah sahabat aku. Mereka yang berada di sana termasuk pakcik ku cuba memujuk dan menyabarkan aku. Setelah aku dan beberapa sahabat ku mula reda, baru lah kami diberitahu yang arwah m**i lemas ketika cuba menyelamatkan kawan nya ketika mereka sedang berkelah. Jenazah sahabat ku ketika itu berada di sebuah hospital di utara. Ketika makin ramai orang mengerumuni rumah nya, ibu nya dipapah keluar . Mereka akan ke hospital untuk menuntut jenazah sahabat aku. Di sini, aku menangis lagi, kerana ketika mana ibunya sedang menangis,lalu melihat aku dan beberapa kawan ku yang lain, dia memanggil kami dan dalam keadaan menyanyat hati, dia mengulangi “ dia dah takda. Dia dah takda”. Hancur luluh hati ku mengenangkan arwah merupakan satu-satunya zuriat nya,dan dia telah pun kehilangan suami ketika arwah sahabat ku masih kecil lagi.
Semalaman aku dan beberapa kawan ku di rumah arwah. Menanti “kepulangannya”. Sedikit demi sedikit beransur -ansur pulang.
9 Jun 2012. Beberapa jam sebelum majlis pernikahan pakcik ku.
Begitu ramai yang hadir di rumah arwah. Memang tidak hairan, kerana arwah seorang sahabat yang baik dan disenangi, dan anak yang baik.
Solat jenazah dilakukan dirumah nya memandang kan masjid di kampung kami tidak dapat digunakan buat sementara waktu. Usai solat, ramai yang turut serta ke perkuburan untuk memberi penghormatan terakhir buat sahabat kami.
Setelah semua nya selesai, persoalan ku terjawab. Wanita yang menangis dalam panggilan adalah salah seorang dari rakan nya yang turut serta dalam perkelahan itu. Kenapa aku yang ditelefon nya, itu tidak aku ketahui. Tapi nama yang disebutnya, merujuk pada arwah sahabat ku,bukan nya aku.
Kehilangan ini sangat memberi kesan dalam hidup ku, kerana hari pengebumian arwah, ianya juga merupakan tarikh lahir aku. Ya, di mana sebelum ini hari lahir ku disambut dengan gembira bersama keluarga tersayang,kini ia juga satu peringatan kepada ku yang aku kehilangan seorang sahabat pada hari tersebut.
Keesokkan harinya merupakan hari terakhir aku di sana sebelum pulang ke Kuala Lumpur demi mencari rezeki. Dan pada malam tersebut,aku tidur di rumah nenek ku dan aku didatangi dengan sebuah mimpi.Dalam mimpi tersebut, keadaan rumah ku meriah seperti hari kenduri. Dan dalam mimpi tersebut, aku sedang berehat di beranda rumah ku . Dan ketika itu, aku didatangi oleh arwah. Dia tampak begitu tenang,muka nya bersih, dan baju nya putih. Dia duduk disebelah ku.
“Hang rindu aku ka? Aku ok la.” Itu lah kata-katanya dalam mimpi aku,mimpi terakhir aku melihatnya.Sempat aku memeluknya . Aku bangun dari tidur dengan linangan air mata. Aku merindui mu sahabat. Semoga kita bertemu lagi.Al-fatihah.
-TAMAT-

219. PENUMPANG JALANAN

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : PENUMPANG JALANAN
KARYA : EMCEE FARIN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940219
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Mak pernah tanya aku dulu, nanti lepas belajar nak kerja kat mana? aku pun dengan selamba balas… Penang, Putrajaya, JB… aik? mana Perlisnya mak aku tanya.. Perlis?? erk… ada kerja kosong ka kat Perlis ni, tengok ramai org gomen ja kat Perlis ni… swasta ka gomen ka sama ja…xpa la mak, rezeki ada kat mana-mana, pergi la mana pun.. kalau kita rajin mesti bos suka… paling dekat Penang la kot… aku jawap.. dalam hati mak aku mesti nak aku duk kerja dalam Perlis ja..
Tak sampai seminggu aku pun dapat interview satu kilang, apply kot Jobstreet rasanya… lepas interview pertama lepas.. alhamdulillah..kena plak interview kedua.. nasib baik rezeki menyebelahi aku dan dapat la kerja pertama di sebuah kilang kat Penang ni.. punyalah excited bila dapat tahu gaji 2k+, bangga toksah nak habaq org perlis cakap…hahahah… , nak masuk kerja kilang bukan senang cik oii.. sebab nak kena medical check up.. masa pergi medical check up..aku siap kena pakai seluar pendek ja.. abis dia cek badan aku mcm nak masuk askar la pulak.. dah habis medical check up tunggu tarikh lapor diri…
Tunggu seminggu aku pun lapor diri dengan bangganya… bukan bangga diri, aku bangga sebab mak ayah aku tersenyum seronok tak terkata..tgk aku dah dapat kerja..
Hari pertama, mula la dapat uniform.. pergh, pakai uniform pergi kerja.. mula-mula malu juga, tapi dah lama ..rasa bangga plak pakai uniform kilang ni.. bukan apa, hari-hari tak perlu nak fikir nak pakai baju apa.. yg paling seronok bab kebajikan, aku duduk hostel percuma, elektrik dan air percuma.. pergi kerja tak sampai 5 minit dari hostel.. duduk kat ofis ada plak elaun makan, ot pun byk, pendek kata mewah sungguh time tu… siap beli Kawasaki Ninja nak bawa marka pergi jalan-jalan.. tapi yang pelik setahun single.. marka mana nak naik time tu…
Bila single time tu, masa aku byk dengan motor la..pi konvoi sana sini, pantang dapat sms dari Ketua Rider Apachee masa tu.. confirm semua on.. tak kira pergi mana, semua aku nak ikut, sebab bila atas motor bawa pulak dengan kelajuan 180km/h rasa dah mcm superman terbang dah… tapi yg aku heran, aku dah pulas 180km/h boleh pula Kawasaki Kips p****g aku… fuhhh panas panas.. apa barang la yang hampa modified sampai laju tera tu…
Sampai satu hari tu, punya la bosan duk rumah ingat nak ride ja… tak fikir apa dah dan apa lagi, aku amik beg letak baju dengan towel terus pakai full set equipment ride motor pergi KL rumah kak aku… sampai KL tak sampai 4 jam.. terus ride balik Penang balik.. bukan apa, nak kepuasan ride atas motor ja..
Masa balik dari KL tu, jam dah pukul 11malam.. aku tak pernah fikir apa sebab ride ja kat mana pun aku redah sebelum ni, tapi malam tu rasa lain sikit..hujan renyai-renyai dari KL sampai ke Ipoh.. bila hujan renyai-renyai xboleh la nak laju sebab jalan licin… aku bawa standard la 110km/h bila sampai saja R&R simpang pulai aku dah rasa something ada duduk kat belakang… eh!!! menyirap pulak d***h..motor pula rasa berat.. dalam hati, apa pula masalah motor ni… nak jem ka apa.. berat ja kau ni… nak kena tukaq filter angin ni..
tapi aku silap, sampai saja terowong aku rasa ringan ja balik motor aku… lega, kalau tak duit melayang lagi.. Tapi bila keluar ja terowong motor aku berat balik… arghhhh!!!. apa masalahnya.. Tengh tak sedap hati boleh pulak kereta depan sebelah jalan duk asyik bagi lampu tinggi ja.. Sakit dah mata aku. Bila pula aku bagi lampu tinggi kat ampa… Nak balas dendam pun agak-agak la.. Nonstop keta asyik bagi lampu tinggi dekat aku.. dan nak sampai ja R&R Sg. Perak, aku terperasan ada benda terbang dekat side mirror aku.. Astagfirullahalazim, apa benda pula tu.. kenapa aku??, aku dah mula panik, sebab jauh jugak dia ikut aku.. Masa tu tak ada plak kereta yg lalu lalang… tinggal aku sorang ja atas highway tu.. Hujan plak renyai2.. tak mau lebat…
Masyaallah, apa aku nak buat ni.. Tetiba aku ingat pesan ayah aku, berhenti la kat mana-mana.. Jangan bagi dia ikut balik umah sudah. Dalam duk fikir sambil tengok side mirror masih lagi berterbangan.. Aku pun singgah masuk R&R sg. perak.. aku masuk petronas duduk lepak sat kat situ. Rasa tak sedap hati aku naik pula toilet kat atas, basuh muka amik air sembahyang. Pastu dalam masa yang sama aku nampak geng – geng rxz dalam 5 biji nak gerak. Apa lagi aku pun kalut siap dan start motor ligan geng rxz tu.. Aku tak p****g geng rxz tu. Aku angkat tangan aku duk dalam kawanan motor mereka. Mesti mereka hairan kenapa la motor Kawasaki ni datang join sekali.. Tapi mengeletar punya pasal, tak kira apa dah.. join saja geng motor mana yang ada.. Dalam duk bawa motor, aku memang ketegaq, aku tengok juga side mirror aku..
Fuhhh.. nasib baik dah tak ada. Aku apa lagi… Dekat 1/2 jam jugak bawa slow dengan geng rxz tu.. Mula la nak pulas. Habis kebas p******g lama-lama bawa motor ni… Dah rasa cerah sikit, aku pun apa lagi, angkat tangan terus pecut motor nak bagi sampai hostel cepat..
Jam dah dekat pukul 3 pagi.. Nasib baik esok tu cuti.. dalam pukul 4 pagi.. aku sampai hostel, tengok guard hostel sedap ja duk tidur sebab still hujan dari KL sampai penang..
Sampai ja hostel, aku buang habis semua pakaian letak luar. Aku pakai seluar pendek ja masuk.. Biar la nak hilang ke tidak, janji aku ikut pesan org tua-tua. Tinggalkan barang yang tak penting dekat luar, basuh kaki sebelum masuk rumah.. Dah habis basuh kaki, aku mcm biasa seluk ikut tingkap buka pintu umah hostel. Dah masuk, tengok roomate aku semua dah tidur.. aku pun slow ja pergi mandi, bersih dulu badan.. Kemudian aku terus tidur.. tidur terus??? memang tak la… Hati masih teringat apa yang jadi tadi.. dah la tak baca ayat apa pun sebab panik, ntah!! still mengikut… Dalam duk fikir ,boleh pulak dengar air paip terbuka… aduh.. apa lagi ni, tak kan ikut kot… argh!! baik jangan tidur sebab badan aku letih, nanti senang ja dia kacau..
Aku nekad tak mau tidur. Aku tengok jam dah pukul 5 pagi.. Sabar, nanti orang azan ok la tu.. semuanya akan selesai… Asyik tengok cerita seram dan ending dia bila matahari terbit, semuanya selesai… Aku pun fikir macam tu. Tapi aku silap lagi. Kali ni aku dengar bunyi peti ais terbuka pulak dah..
haish, Berapa minit lagi ni orang nak azan.. argh, aku bisik dalam hati, Ini rumah aku, tempat aku, kenapa aku takut.. Dengan berani, aku bangun buka pintu bilik, Astagfirullahalazim memang terlompat aku bila nampak satu lembaga tinggi lampai tengah basuh pinggan awal-awal pagi..
Yang peliknya, dia siap cakap lagi… “ini masalah duduk rumah kongsi ramai-ramai…makan tak reti basuh pinggan, aku jugak nak kena basuh..ni baru 6 org dalam rumah, kalau ramai.. dah jadi tong sampah rumah ni..” Dalam hati aku, abg long rupanya… mengigau ka apa, bangun pagi duk membebel sambil basuh pinggan.. Dalam hati duk fikir pula, betul ka tu abang long… aku apa lagi.. tak jawap apa dia bebel, masuk bilik.. kunci.. amik selimut terus tutup muka tidur…. sampai la aku dengar orang azan baru aku bangun…
Pagi tu aku tanya abg long, “awat awai pagi bangun basuh pinggan.”. aku tersedu, bila dia reply… bila plak aku bangun awai… Astagfirullahalazim.. apa lagi ni…
Sejak hari tu, aku dah tak pernah ride sorang malam-malam. Biar la apa orang nak cakap.. Aku bukan lone rangers… Dan sekarang bila group dah berpecah aku pun jual motor sebab aku tak nak ride sorang2 dah…..
Sekian la cerita dari aku mlm ni….
-TAMAT-

220. “KALAU KAMU DI SANA SIAPA DISINI TADI”?

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : “KALAU KAMU DI SANA SIAPA DISINI TADI”?
KARYA : NITYA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940220
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Hai . Dah lama jadi silent reader lah kan. So tanpa membuang masa ayuh ke ceritanya. Ia merupakan kisah benar yang terjadi 2 minggu lepas. Pernah tak u all dengar garam batu berupaya untuk menghalang benda ghaib? I pernah dengar juga tetapi selepas kejadian itu i dah tak percaya lagi pada benda benda tue.
Pada-pagi itu selepas sembahyang, i amik segenggam garam batu dan rendamkanya. Selepas beberapa minit i renjiskan air tersebut di seluruh rumah. Maybe tak nak ada gangguan kot. Sebabnya memang beberapa hari sebelumnya i ada terperasaan something kat ruang tamu kami setiap malam.
Ok back to the story. Bab renjis air garam tue berlaku pada waktu pagi kira kira jam 8.30am. Bermula lah rutin harian i untuk masak dan pelbagai.
Petang jam 3.30pm hujan pun mula lah membasahi bumi. Kalau tak salah memang lebat masa itu. Time tue pula kedua anak bos suami i pun datang ke rumah kami. Budak berdua itu memang rapat dengan kami. Suami pesan i jangan bagi mereka balik sebab hujan masih tak berhenti. Lupa nak mention kami tinggal di rumah pangsapuri yang berhampiran dengan bangunan merah. Kami duduk di aras 1 manakala bos suami duduk di aras 2 bersama isteri dan 4 orang anaknya.
Masa sememangya tidak akan menunggu siapa siapa. Jam menunjukkan 5.45pm. Hujan pun dah semakin surut. Pukul 6.20pm sesudah mandi, i mula menyiapkan apa yang patut untuk sembahyang dan pada waktu berkenaan budak budak tue kat ruang tamu tengok kartun manakala suami i kat bilik komputer tengah cari fail pejabatnya. Kedengaran suara bapak budak-budak itu memanggil mereka. Suami i pun membuka pintu grill depan agar mereka berdua boleh keluar. Time tue pula suami i turut keluar bersama budak budak itu. i pulak kat ruang sembahyang di belakang rumah. Cuaca sejuk benar pada waktu itu.
Jarak dari ruang tamu dan ruang sembahyang yang i maksudkan itu tak lah jauh sangat. Kalau berdiri kat sana sesorang boleh nampak dengan jelas ape yang berlaku kat ruang tamu. Lebih kurang 6.45pm macam tue, i ternampak anak bos suami i yang berumur 3 tahun masuk dalam dan berjalan menghala ke tandas yang terletak berhampiran dengan dapur. Pada masa itu i rasa hairan kerana dah le bathroom gelap. I tak buka lampu pun. Then budak tue pulak tetiba berani masuk dan kunci pintu dari dalam. I nampak dengan jelas tapi i tak pasti kenapa masa tue tak tergerak hati untuk mendapatkan budak itu. Selepas berapa minit i pun berjalan ke dalam menuju ke ruang tamu. Untuk makluman setiap kali nak ke depan atau belakang kami kena lalui tandas tue juga. Masa i jalan ke depan, mata sempat menoleh ke kiri untuk memandang pintu itu dan i mendapati ia masih dikunci dari dalam. Still i tak tergerak hati untuk mengetuk pintu dan mendapatkan budak itu. I Fikir ‘dia sakit perut ke ape atau tengah mencebuk ke ape tapi kenapa senyap je kat dalam’?
Time i nak pasang radio kat ruang tamu tetiba kedengaran suara budak tue bermain di tingkat 2 bersama kakaknya. I bergegas keluar dan mendapati budak itu memang di atas dengan kakaknya. I memanggilnya dari bawah
i : Danial , bila kamu naik atas? Kalau kamu kat sana siapa kat sini tadi?
Kakak dia yang berumur 8 tahun menjawab
Sofea: Kenapa kakak? kami memang kat sini dari tadi la
I tak dapat berfikir. Tetiba otak rasa blur dan blank. I masuk ke ruang tamu dan duduk sehingga suami i balik dari rumah bosnya. I memang gemar membaca cerita cerita seram tetapi buat pertama kali i ternampak sendiri tak pasti nak react macamana.
*NAK KATA BENDA NIE TERJADI AKIBAT AIR GARAM ENTAH LAH. HANYA TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI.
-TAMAT-


221. MALAM YANG PANJANG

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : MALAM YANG PANJANG
KARYA : FAEZAH
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940221
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Salam Sejahtera semua peminat tegar HZONE BLOG, terima kasih pada yang sudi membaca cerita ini. Ini pengalaman yang benar terjadi pada aku dan suami sewaktu nak menghantar barang ke Rantau Panjang, Kelantan.
Kisahnya terjadi dalam tahun 2017, Suamiku adalah seorang pemandu lori, kadang-kadang kalau dia ‘outstation’ aku akan ikut dan bawa bersama anak yg baru berumur 3 tahun tapi bila suami ditugaskan hantar barang ke Kelantan, aku tak benarkan anak ikut kerana perjalanan terlalu jauh dari Subang ke Kelantan. Kami tinggalkan bersama adik. Lebih selamat. Aku dah seronok sebab tak pernah menjejakkan kaki ke sana lg. mesti best! Lagipun pergi berdua lagi romantik. gitew…
Kami bertolak waktu petang, Jadi kalau sampai awal di Kelantan, boleh la rehat-rehat, jalan-jalan dulu ke atau buat apa yang patut. Lagipun bawa lori dengan barang-barang tak boleh nak bawa laju. Dah sampai di lebuhraya nak masuk ke Kelantan, aku terus set waze ke Rantau Panjang. Maka bermulalah perjalanan kami yang menyeramkan.
Aku tak boleh nak ingat perjalanan kami sebab banyak masuk jalan-jalan yang berliku. Sesekali nampak cempedak kering yang berjemur diletakkan tepi jalan, agak seram juga. Yang aku tahu kami melalui jalan Gua Musang dan waze mengarahkan kami untuk masuk ke satu simpang menuju ke Jeli. Kami pun akur dan menurut je arahan waze tanpa mengesyaki apa-apa. Kalau tak silap, kami memandu ikut Jalan Sungai Sam-Dabong-Jeli.
Jalan makin lama makin gelap, makin suram dan makin seram. Kenderaan makin sikit dan tiba-tiba ada sebuah kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger biru meluncur laju memotong lori kami. Suami aku bisik “nampak tak?”. Aku menggelengkan kepala sambil mengecilkan mata. Kenapalah suka tegur kalau tahu dah nampak. Oh ye, suami aku ada deria keenam, dia boleh nampak makhluk-makhluk ghaib ni. Alhamdulillah hijab aku masih tertutup. Syukur…
Oleh kerana malas nak layan, aku pun periksa waze untuk pastikan jalan kami sebab terasa perjalanan jauh sangat macam tak akan sampai. Tiba-tiba dalam waze aku nampak ada jalan berwarna coklat. Aku jadi pelik, selalunya warna biru kan? kenapa warna lain? Ok, rasa tak sedap hati dah ni. Tapi kami teruskan perjalanan macam biasa. Tak lama lepas tu, kami nampak jalan untuk turun bukit yang tinggi dan depan kami jambatan putus yang ‘famous’ tu. Korang boleh cari ‘Jambatan Sementara Kampung Pulau Setelu’.
Kami dah berpandangan sesama sendiri, nak patah balik, jalan kecil lagipun jauh. Kemudian kami nampak ‘Ford Ranger’ biru tadi dh lepas lalu jambatan tu. Suami aku kata “Boleh ni, kita cuba pelan-pelan”. Aku akur dan bertawakal. Bila lori tu dah sampai ke tengah jambatan, bunyi jambatan gegar kuat mcm nak runtuh, nak nangis dah ni, tapi suami rilek dan tetap bawa lori sampai selamat menyeberang ke sebelah. Fuhhh…lega.
kami mendaki bukit dan teruskan perjalanan macam biasa. Tapi kami lagi sekali diuji bila lori kami tiba-tiba berat dan hampir nak m**i enjin. Takkan nak bermalam kat tengah-tengah hutan tebal ni. Kalau apa-apa jadi macamana? bisik hatiku. Suami sedaya upaya mengawal gear dan lori agar tidak m**i enjin dan aku pun membaca segala surah-surah yang aku tahu. Kemudian, kami nampak lagi sekali kereta ‘Ford Ranger’ biru di depan kami cuma kali ini kereta tersebut dah rosak dan pemilik kereta cuba menahan lori kami utk meminta bantuan. Aku berasa simpati dan akhirnya suamiku berhenti untuk membantu mereka. Tapi aku pelik kerana suami aku tak turun dari lori, dia cuma tenung kereta tersebut dan beberapa minit kemudian dia bukak pintu dan turun tapi dia tidak bergerak ke kereta tersebut. Sesekali dia memandang aku dan aku pun berasa hairan, mungkin dia nak berhati-hati, manalah tahu, orang berniat tak baik kan…
Akhirnya pemilik kereta turun dan berjalan ke arah suami dan suami membisikkan sesuatu pada dia, selepas itu suami naik ke lori dan dia beritahu yang ada sepasang suami isteri dan adik ipar yang berada dalam kereta itu dan gearbox kereta gagal berfungsi. Aku bertanya kenapa dia tak pergi periksa kenderaan tersebut dengan lebih dekat, dia kata tak boleh, ada ‘benda’ duduk kat bonet belakang. Ahhh…sudahhh…Suami aku tanya “tak nampak ke?”. “Tak nampak apa-apa pun” balasku. Suamiku menyuruh mereka membaca surah kursi atau apa-apa surah untuk menghalau ‘benda’ tersebut dahulu. Selapas beberapa ketika, barulah suamiku keluar dan bertemu dengan pemilik kereta. Aku gelarkan dia Mr F.
Mr F dan suamiku berbincang dan kami membuat keputusan untuk menarik kereta mereka dari belakang, mujur suami ada simpan tali yang cukup panjang dan kuat untuk menarik kereta besar tersebut. Sepanjang perjalanan lori kami terasa sangat sangat berat dan kami bergerak agak perlahan mengalahkan kura-kura. Aku lihat keadaan sekeliling, gelap gelita. sesekali ternampak rumah-rumah kecil di tepi jalan. Suami cuba membuka tingkap untuk mengambil angin malam sambil merokok, walapun aku tahu itu bukan idea yang baik. Aku masih rasa tak sedap hati. Tiba-tiba dia segera menaikkan tingkap dan menyuruh aku pandang ke depan. Walaupun aku tak nampak, tapi berdebar la jugak. Aku baca lagi surah-surah yang sepatutnya. Bila keadaan dah kembali tenang, aku cuba bertanya. “Apa yang awak nampak?”. Suamiku beritahu ada ‘Cik Ponti’ ikut terbang tepi tingkap. Allah!!!!!! Dah la tadi aku curi-curi jugak pandang tingkap sebelah pemandu tu.
Aku dah suami dah semakin mengantuk, macam kena gam je kelopak mata ni, tapi aku tahu kalau kami terleka sikit pun, kami pasti habis. Suamiku dah boleh bukak tingkap. line clear katanya. AKu tak tahu nak gelak ke apa. Aku dah mulai mangantuk, kat depan dah nampak macam-macam benda, nampak lori, nampak orang melintas jalan dan macam-macam lagi la, macam mimpi pun ada. Suami aku yang perasan aku mengantuk mula ajak bersembang tentang zaman bercinta kami dulu. baru sweet… Tiba-tiba kami melalui jalan yang berkabus. hampir tak nampak jalan. Kami hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Kemudian, ada seketul batu bulat bergolek di depan kami, keluar daripada semak sebelah kanan terus bergolek ke semak sebelah kiri jalan. Yang ni aku nampak, laki aku tanya lagi “nampak tak?”. Aku hanya menganggukkan kepala sahaja.
Kali ni aku terus fokus untuk baca surah tak henti-henti. Kami melalui jalan-jalan yang berliku, turun naik bukit, dan melaui banyak jambatan-jambatan kecil sampailah tiba-tiba kami terasa lori dah ringan. tak lagi berat macam sebelum ni. Kami menarik nafas lega bila nampak ada orang-orang kampung yang melepak tepi jambatan dan akhirnya kami sampai di stesen minyak Jeli.
Sanak saudara Mr. F dah tunggu kami semua di sana. Sampai sahaja, Mr. F kena marah kerana tidak menggunakan jalan luar yang sudah diberitahu sebelum ni. Hal ini terjadi pun kerana Mr. F juga menggunakan waze. Mungkin takdir kami bertemu untuk membantu Mr. F dan isteri, kalau tak, mungkin kena tunggu kat tempat tu sampai pagi. Menurut saudara Mr. F, tempat tu memang agak keras terutamanya waktu malam. Dia sangat bersyukur kami dapat membantu. sebelum kejadian, rupanya Mr. F ada bertanya kepada seorang pakcik tua yang menaiki motor tentang arah jalan dan pakcik tersebut menyuruh mereka terus sahaja sebelum pakcik tersebut menghilangkan diri dalam kegelapan malam. Mr. F bertanya jika kami ternampak kelibat pakcik tersebut, seingat kami, sepanjang perjalanan, takde pulak nampak kelibat sesiapa.
Apapun, ini jadi pengalaman berharga untuk kami mengalami detik-detik seram. Kami hanya dapat tidur selama 2 jam sahaja dan terus memulakan perjalanan ke Rantau Panjang. Kami masih lagi berhubung dengan Mr.F, dia ada kedai makan western di Jerantut. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan dan kalau boleh tak nak jadi lagi. cukuplah…
-TAMAT-

222. SIHIR SEBELUM KAHWIN

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : SIHIR SEBELUM KAHWIN
KARYA : NURUL
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940222
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Assalamualaikum kepada semua pembaca..
Perkenalkan diri saya Nurul ingin berkongsi cerita mengenai diri saya yang terkena sihir sebelum kahwin.
Maaf kalau jalan cerita agak kurang menarik, saya just nak sharekan pengalaman saya untuk pengajaran semua yang bakal berkahwin..
First at all, aku terkena SIHIR ni pada november 2018. Masa tu aku tak tahu pon aku kene sihir. Aku ingatkan sakit biasa je. Pada awal bulan november, aku tiba2 sahaja jatuh sakit.. Demam , batuk, perut aku menegang je bulat macam orang mengandung.. Lepas tu sakit dia Tuhan je yang tahu.. Tak boleh nak bangun, nak makan takde selera. Berat badan aku daripada 90kg turun mendadak hingga ke 78kg. Masa tu memang keluar masuk wad lah tapi takde apa pon, semua okey. Dalam masa yang sama jugak hubungan aku dengan tunang aku ( sekarang dah jadi suami) memang panas. Asyik nak marah je dia. Hari2 aku mimpi dia curang.. Sakit sangt hati aku.. And then benda ni berlalu sampai aku kahwin pada March 2019.
Lepas kahwin dugaan tu lagi MAHA hebat. Cuba bayangkan baru 2 bulan kahwin aku dah nak minta cerai sebabkan benda tu. One day aku mimpi, masa tu aku mimpi rumah usang. Aku tak tahu kenapa, bangun dari mimpi tu aku menangis. Kedua malamnya aku mimpi ular depan rumah aku. Besar sngat ular tu warna hitam.. Aku bangun, menangis lagi.. Malam ketiga aku mimpi ular patuk aku, bangun2 je aku jerit2.. Suami cepat2 buka ruqyah bru rasa lega.. Sepanjang perkahwinan aku 3 bulan tu, memang sengsara. Pandang suami tak boleh, nak marah je kat dia. Bila nk tido , dia nak pegang aku pon , aku tak kasi.. Memang dia tak sentuh langsung sebab aku marah2 .. Kesian dia.. Period aku pon tak teratur, kejap ada kejap takda. Kadang2 dekat rumah dalam bilik aku selalu kena kacau. Orang goyang katil, main botol, main guli atas siling. Hari2 aku nangis sebab kena kacau. Emosi sangat2 down msa tu.
Pada awal April aku dapat satu mimpi, aku kat satu tempat yang penuh dengan HANTU. macam2 jenis hantu ada.. Sangat menakutkan mimpi tu.. Aku terjaga terus meracau.. Suami aku buka ruqyah dan bgi air yassin untuk aku pulih semangat. Masa tu memang takut sangat2.. Asyik terbayng je muka hantu tu. Aku pejam mata je, nmpak lagi muka makhluk tu.
Keesokkannya, suami aku ada call satu ustaz ni untuk tengok2 kan apa dah jadi pada aku.
Lepas maghrib ustaz tu datang rumah. Tapi aku kat dalam rumah memang rasa kepanasan dan nak menangis. Aku sendiri pon tak tahu kenapa. Ustaz tu baca2 sikit ayat Alquran.. Dia pon cakap dari sebelum kahwin lagi, aku dah terkena sihir dan santau angin. Sebab tu hidup aku tak aman. Yang buat pon orng dekat2 je. Dia tabur barang depan rumah untuk buat aku sakit. Masa tu masyaAllah memang tak sangka, sebab aku tak pernah terfikir orang akn buat macam ni kat aku. So kami pon deal untuk berubat esoknya. Ustaz tu tanya aku okey ke tak. Aku terus menangis macam orang kene pukul. Ustaz tu cakap benda tu takut sebab dia tahu ustaz tu nak halau dia dari badan aku. Esoknya ustaz tu suruh cari air kolah masjid, limau kasturi dan limau purut untuk buat mandi. Lepas je rawatan tu Alhamdulillah aku semakin pulih.. Hubungan aku dengn suami pon semakin baik.. Pasal santau angin tu pulak, pon hilang lepas aku berubat dengn ustaz tu.. Perut aku dah tak membulat macam orang mengandung lgi.
So kepada korang yang nak kahwin, jaga2 lah. Kalau ada benda tak kena cepat2 pergi berubat takut jdi benda yang tak sepatutnya. Nasib lah aku dapt suami yang steady je bila aku meracau, mintak cerai semua.. Dia buat tak layan je sebab dia tahu, tu bukan aku. Hti2 juga dengan siapa kita berkawan dan bergaul.
Terima kasih admin.. Assalamualaikum..
-TAMAT-


223. MALAM YANG PANJANG

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : MALAM YANG PANJANG
KARYA : FAEZAH
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940223
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Salam Sejahtera semua peminat tegar HZONE BLOG, terima kasih pada yang sudi membaca cerita ini. Ini pengalaman yang benar terjadi pada aku dan suami sewaktu nak menghantar barang ke Rantau Panjang, Kelantan.
Kisahnya terjadi dalam tahun 2017, Suamiku adalah seorang pemandu lori, kadang-kadang kalau dia ‘outstation’ aku akan ikut dan bawa bersama anak yg baru berumur 3 tahun tapi bila suami ditugaskan hantar barang ke Kelantan, aku tak benarkan anak ikut kerana perjalanan terlalu jauh dari Subang ke Kelantan. Kami tinggalkan bersama adik. Lebih selamat. Aku dah seronok sebab tak pernah menjejakkan kaki ke sana lg. mesti best! Lagipun pergi berdua lagi romantik. gitew…
Kami bertolak waktu petang, Jadi kalau sampai awal di Kelantan, boleh la rehat-rehat, jalan-jalan dulu ke atau buat apa yang patut. Lagipun bawa lori dengan barang-barang tak boleh nak bawa laju. Dah sampai di lebuhraya nak masuk ke Kelantan, aku terus set waze ke Rantau Panjang. Maka bermulalah perjalanan kami yang menyeramkan.
Aku tak boleh nak ingat perjalanan kami sebab banyak masuk jalan-jalan yang berliku. Sesekali nampak cempedak kering yang berjemur diletakkan tepi jalan, agak seram juga. Yang aku tahu kami melalui jalan Gua Musang dan waze mengarahkan kami untuk masuk ke satu simpang menuju ke Jeli. Kami pun akur dan menurut je arahan waze tanpa mengesyaki apa-apa. Kalau tak silap, kami memandu ikut Jalan Sungai Sam-Dabong-Jeli.
Jalan makin lama makin gelap, makin suram dan makin seram. Kenderaan makin sikit dan tiba-tiba ada sebuah kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger biru meluncur laju memotong lori kami. Suami aku bisik “nampak tak?”. Aku menggelengkan kepala sambil mengecilkan mata. Kenapalah suka tegur kalau tahu dah nampak. Oh ye, suami aku ada deria keenam, dia boleh nampak makhluk-makhluk ghaib ni. Alhamdulillah hijab aku masih tertutup. Syukur…
Oleh kerana malas nak layan, aku pun periksa waze untuk pastikan jalan kami sebab terasa perjalanan jauh sangat macam tak akan sampai. Tiba-tiba dalam waze aku nampak ada jalan berwarna coklat. Aku jadi pelik, selalunya warna biru kan? kenapa warna lain? Ok, rasa tak sedap hati dah ni. Tapi kami teruskan perjalanan macam biasa. Tak lama lepas tu, kami nampak jalan untuk turun bukit yang tinggi dan depan kami jambatan putus yang ‘famous’ tu. Korang boleh cari ‘Jambatan Sementara Kampung Pulau Setelu’.
Kami dah berpandangan sesama sendiri, nak patah balik, jalan kecil lagipun jauh. Kemudian kami nampak ‘Ford Ranger’ biru tadi dh lepas lalu jambatan tu. Suami aku kata “Boleh ni, kita cuba pelan-pelan”. Aku akur dan bertawakal. Bila lori tu dah sampai ke tengah jambatan, bunyi jambatan gegar kuat mcm nak runtuh, nak nangis dah ni, tapi suami rilek dan tetap bawa lori sampai selamat menyeberang ke sebelah. Fuhhh…lega.
kami mendaki bukit dan teruskan perjalanan macam biasa. Tapi kami lagi sekali diuji bila lori kami tiba-tiba berat dan hampir nak m**i enjin. Takkan nak bermalam kat tengah-tengah hutan tebal ni. Kalau apa-apa jadi macamana? bisik hatiku. Suami sedaya upaya mengawal gear dan lori agar tidak m**i enjin dan aku pun membaca segala surah-surah yang aku tahu. Kemudian, kami nampak lagi sekali kereta ‘Ford Ranger’ biru di depan kami cuma kali ini kereta tersebut dah rosak dan pemilik kereta cuba menahan lori kami utk meminta bantuan. Aku berasa simpati dan akhirnya suamiku berhenti untuk membantu mereka. Tapi aku pelik kerana suami aku tak turun dari lori, dia cuma tenung kereta tersebut dan beberapa minit kemudian dia bukak pintu dan turun tapi dia tidak bergerak ke kereta tersebut. Sesekali dia memandang aku dan aku pun berasa hairan, mungkin dia nak berhati-hati, manalah tahu, orang berniat tak baik kan…
Akhirnya pemilik kereta turun dan berjalan ke arah suami dan suami membisikkan sesuatu pada dia, selepas itu suami naik ke lori dan dia beritahu yang ada sepasang suami isteri dan adik ipar yang berada dalam kereta itu dan gearbox kereta gagal berfungsi. Aku bertanya kenapa dia tak pergi periksa kenderaan tersebut dengan lebih dekat, dia kata tak boleh, ada ‘benda’ duduk kat bonet belakang. Ahhh…sudahhh…Suami aku tanya “tak nampak ke?”. “Tak nampak apa-apa pun” balasku. Suamiku menyuruh mereka membaca surah kursi atau apa-apa surah untuk menghalau ‘benda’ tersebut dahulu. Selapas beberapa ketika, barulah suamiku keluar dan bertemu dengan pemilik kereta. Aku gelarkan dia Mr F.
Mr F dan suamiku berbincang dan kami membuat keputusan untuk menarik kereta mereka dari belakang, mujur suami ada simpan tali yang cukup panjang dan kuat untuk menarik kereta besar tersebut. Sepanjang perjalanan lori kami terasa sangat sangat berat dan kami bergerak agak perlahan mengalahkan kura-kura. Aku lihat keadaan sekeliling, gelap gelita. sesekali ternampak rumah-rumah kecil di tepi jalan. Suami cuba membuka tingkap untuk mengambil angin malam sambil merokok, walapun aku tahu itu bukan idea yang baik. Aku masih rasa tak sedap hati. Tiba-tiba dia segera menaikkan tingkap dan menyuruh aku pandang ke depan. Walaupun aku tak nampak, tapi berdebar la jugak. Aku baca lagi surah-surah yang sepatutnya. Bila keadaan dah kembali tenang, aku cuba bertanya. “Apa yang awak nampak?”. Suamiku beritahu ada ‘Cik Ponti’ ikut terbang tepi tingkap. Allah!!!!!! Dah la tadi aku curi-curi jugak pandang tingkap sebelah pemandu tu.
Aku dah suami dah semakin mengantuk, macam kena gam je kelopak mata ni, tapi aku tahu kalau kami terleka sikit pun, kami pasti habis. Suamiku dah boleh bukak tingkap. line clear katanya. AKu tak tahu nak gelak ke apa. Aku dah mulai mangantuk, kat depan dah nampak macam-macam benda, nampak lori, nampak orang melintas jalan dan macam-macam lagi la, macam mimpi pun ada. Suami aku yang perasan aku mengantuk mula ajak bersembang tentang zaman bercinta kami dulu. baru sweet… Tiba-tiba kami melalui jalan yang berkabus. hampir tak nampak jalan. Kami hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Kemudian, ada seketul batu bulat bergolek di depan kami, keluar daripada semak sebelah kanan terus bergolek ke semak sebelah kiri jalan. Yang ni aku nampak, laki aku tanya lagi “nampak tak?”. Aku hanya menganggukkan kepala sahaja.
Kali ni aku terus fokus untuk baca surah tak henti-henti. Kami melalui jalan-jalan yang berliku, turun naik bukit, dan melaui banyak jambatan-jambatan kecil sampailah tiba-tiba kami terasa lori dah ringan. tak lagi berat macam sebelum ni. Kami menarik nafas lega bila nampak ada orang-orang kampung yang melepak tepi jambatan dan akhirnya kami sampai di stesen minyak Jeli.
Sanak saudara Mr. F dah tunggu kami semua di sana. Sampai sahaja, Mr. F kena marah kerana tidak menggunakan jalan luar yang sudah diberitahu sebelum ni. Hal ini terjadi pun kerana Mr. F juga menggunakan waze. Mungkin takdir kami bertemu untuk membantu Mr. F dan isteri, kalau tak, mungkin kena tunggu kat tempat tu sampai pagi. Menurut saudara Mr. F, tempat tu memang agak keras terutamanya waktu malam. Dia sangat bersyukur kami dapat membantu. sebelum kejadian, rupanya Mr. F ada bertanya kepada seorang pakcik tua yang menaiki motor tentang arah jalan dan pakcik tersebut menyuruh mereka terus sahaja sebelum pakcik tersebut menghilangkan diri dalam kegelapan malam. Mr. F bertanya jika kami ternampak kelibat pakcik tersebut, seingat kami, sepanjang perjalanan, takde pulak nampak kelibat sesiapa.
Apapun, ini jadi pengalaman berharga untuk kami mengalami detik-detik seram. Kami hanya dapat tidur selama 2 jam sahaja dan terus memulakan perjalanan ke Rantau Panjang. Kami masih lagi berhubung dengan Mr.F, dia ada kedai makan western di Jerantut. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan dan kalau boleh tak nak jadi lagi. cukuplah…sekian.
-TAMAT-

224. MISTERI DEWAN UTAMA

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : MISTERI DEWAN UTAMA
KARYA : NURUL IMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940224
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera untuk semua pembaca HZONE BLOG sekalian. Harap anda semua berada di dalam keadaan sihat sentiasa. Hari ni aku teringin nak kongsi tentang cerita zaman sekolah menengah dulu.
Alkisahnya aku merupakan anak dan cucu sulung dalam keluargaku dan bagi menjadikan contoh terbaik kepada adik-adik , aku telah dipaksa belajar rajin-rajin oleh keluarga supaya aku dapat masuk sekolah berasrama penuh. Alhamdulillah berkat usaha keras keluarga yang selalu “push”aku belajar, akhirnya aku ditawarkan di sebuah sekolah berasrama penuh di Negeri Hang Tuah yang indah ini. Kisah yang aku nak kongsikan ini merupakan kisah benar yang pernah terjadi sewaktu aku belajar dan menginap di sekolah tersebut selama 3 tahun (sekitar tahun 2002).
Untuk pengetahuan semua, sekolah aku ni merupakan sekolah agama khas untuk pelajar perempuan sahaja. Lokasi sekolah ini terletak di kawasan berbukit bersebelahan dengan salah satu Penjara/Sekolah Juvana H.Gurney. Sejak dari hari pertama aku jejakkan kaki ke sekolah ini, pelbagai edisi cerita seram tentang sekolah tersebut telah disajikan oleh para senior kepada para junior yang baru masuk ni. Antaranya adalah cerita mengenai dewan utama sekolah yang dikhabarkan sangat ‘angker’ kerana dibina di atas kawasan perkuburan jepun lama. Kata seniorku sebelum sekolah dibina, kubur tersebut telah dipindahkan ke lokasi lain tetapi tidak semua kubur yang digali di atas sebab-sebab tertentu. Selain itu lokasi jalan lereng bukit yang menghala ke blok asrama juga turut menjadi sebutan para pelajar kerana kebanyakkan kisah histeria yang berlaku di sekolah tersebut berpunca daripada lereng bukit tersebut. Tetapi sejauh kebenarannya hanya Dia yang tahu.
Berbalik pada kisah aku, kejadian ni berlaku waktu aku dengan kawan-kawan sedang menjalani latihan bola jaring pada waktu malam. Aku merupakan salah seorang pemain bola jaring sekolah dan sekolah kami merupakan antara sekolah yang cemerlang dalam sukan berkenaan pada waktu tersebut. Memandangkan jadual kelas kami pada waktu siang sangat padat, jadi latihan terpaksa ditunda pada waktu malam dan gelanggang kedua kami selain padang sekolah adalah di dewan utama. Jadi malam kejadian tu, kami semua sedang menjalani latihan di dalam dewan utama tersebut. Sedang kami sibuk melontar bola antara satu sama lain, tiba-tiba lampu-lampu di dalam dewan terpadam dengan sendirinya. Kami terus menghentikan latihan seketika dan jurulatihku bersama beberapa orang kawan-kawanku terus pergi mencari kotak suis utama untuk menghidupkan semula punca elektrik di dewan itu. Sangkaan kami hanya gangguan teknikal dan Alhamdulillah percubaan pertama berjaya menghidupkan semula lampu dewan tersebut. Kami terus menyambung latihan semula selepas itu akan tetapi tidak lama tuan2 dan puan2 sekalian!!!
Kira-kira 20 minit kemudian sekali lagi lampu-lampu dewan terpadam semula dan kami tiba-tiba terdengar bunyi seperti alat-alat muzik dimainkan. Alat-alat muzik ini diletakkan di dalam bilik persalinan belakang dan ia digunakan oleh kumpulan nasyid sekolah kami ketika mereka menjalani latihan di dewan utama ini pada waktu petang. Pada mulanya kami berfikir mungkin ada diantara ahli kumpulan nasyid yang datang ke bilik persalinan tersebut untuk berlatih. Tetapi segalanya menjadi semakin “creepy” apabila salah seorang dari kawan aku memberitahu ketika dia mengambil kunci dewan pada waktu siang, pihak pentadbir ada memberitahu tiada siapa yang menempah dewan untuk sesi malam tersebut melainkan pasukan kami. Ada diantara kawan aku mula menangis kerana terlalu takut dan panik dengan kejadian tersebut.
Akhirnya jurulatih kami menyuruh kami semua mengemas barang-barang dan keluar dari dewan tersebut untuk berkumpul di kawasan parkir. Ketika kami sedang mengemas segala peralatan tiba-tiba semua gambar-gambar (gambar-gambar kenamaan serta jata setiap negeri) yang tergantung di sekeliling dewan jatuh terhempas ke lantai. Gambar-gambar tersebut jatuh secara bergilir bermula dari kiri dewan berpusing sehingga ke kanan dewan. Sungguh kami terasa sangat takut sehingga tak mampu bergerak seolah-olah kaki ni terpaku dekat lantai dewan tersebut. Salah seorang daripada ahli pasukan aku, Kak Nad terus menjerit “Allahuakbar” sekuat-kuat hati sebanyak tiga kali dan terus mengarahkan kami keluar dari dewan tersebut dengan segera tanpa membawa alatan.
Kami semua terus berkumpul di kawasan luar dewan tersebut dan jurulatihku mengarahkan kami untuk duduk dan bertenang sementara menunggu warden datang ke dewan bersama ustaz yang mengajar di sekolah kami. Kami duduk dalam bentuk bulatan dan jurulatih terus menerus mengarahkan kami berzikir sekuat hati sementara keadaan di dalam dewan menjadi riuh dengan bunyi bola dilantun-lantun dengan kuat menghempas lantai dan dinding. Semakin kuat kami berzikir semakin kuat bunyi gema bola dilantun. Keadaan itu berlaku selama lebih kurang beberapa minit sebelum dewan tiba tiba menjadi sunyi sepi ketika warden lelaki dan ustaz tiba di perkarangan dewan. Jurulatih terus menceritakan kejadian-kejadian yang berlaku kepada ustaz dan ustaz bersama warden terus masuk ke dalam dewan untuk melihat apa yang terjadi. Selang beberapa minit, ustaz keluar semula dan terus mengarahkan kami untuk menghentikan sahaja latihan pada malam tersebut ,terus pulang ke kawasan asrama dan berkumpul di surau.
Kami terus mengikut arahan ustaz untuk beredar dari kawasan tersebut tetapi sedang kami bersiap-siap untuk pergi tiba-tiba bola-bola yang ditinggalkan di dalam dewan dibaling dibaling ke arah kami di luar dewan tersebut. Kami tak tunggu lama dan terus bukak langkah seribu berlari menuju ke kawasan surau. Sumpah menakutkan sungguh waktu tu. Sampai sahaja di surau, kami terus berkumpul di dalam dan ditenangkan oleh rakan-rakan lain yang ketika itu berada di situ. Ustaz bersama warden dan jurulatih yang tiba kemudian, terus masuk ke surau untuk melihat keadaan kami.
Aku melihat jurulatih aku mengira bilangan ahli pasukan dan kemudian terus membisikkan sesuatu pada ustaz. Tiba-tiba ustaz bersuara “yang mana pelajar saya sila bergerak ke kanan saya”. Kami semua pada waktu itu mengensot ke kanan surau kecuali “seorang” pelajar. Kemudian ustaz terus berkata lagi “Kalau asal kau di atas, pulang kau ke sana dan jangan kau ganggu anak-anak ini.”Aku lihat “pelajar”tersebut terus bergerak ke pintu surau dan keluar. Rupanya ada yang mengikut kami pada waku itu dan syukur Alhamdulillah tiada kejadian histeria berlaku di kalangan kami. Setelah ustaz selesai menenangkan kami, kami terus pulang ke bilik dan kami diberi perlepasan latihan selama 3 hari sementara jurulatih kami mencari lokasi yang sesuai untuk menjadi tempat latihan yang baru.
Pagi esoknya aku dan rakan-rakan ditemani ustaz dan guru yang menguruskan pasukan kami pergi ke dewan tersebut untuk mengambil barang-barang yang ditinggalkan. Alangkah terkejutnya kami apabila melihat keadaan dewan menjadi seperti sedia kala. Tiada kesan kesan kaca berderai dan gambar-gambar tergantung dengan elok di dinding dewan manakala barang-barang kami terkumpul kemas di kawasan tengah dewan.
Allahuakbar sehingga sekarang aku tertanya-tanya apa yang terjadi sebenarnya pada malam itu. Itu sahaja perkongsian aku untuk kali ini dan sekiranya ada masa di lain waktu, akan aku kongsikan lagi kisah miseri yang berlaku di sekolah ini.
-TAMAT-


225. PENGALAMAN DIRASUK

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : PENGALAMAN DIRASUK
KARYA : YUE
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940225
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Assalamualaikum dan hai semua. Nama aku Yue dan aku berasal dari Pahang. Apa yang aku bakal ceritakan ni adalah dari pengalaman aku sendiri. Mungkin tak seram tapi aku hanya ingin berkongsi. Jom..
Tahun 2011 sewaktu aku di tingkatan 2,sekolah aku mengadakan perkhemahan unit beruniform. Perkhemahan tu diadakan di kawasan sekolah aku je. Apa yang aku ingat, semua pelajar lelaki tidur didalam khemah manakala pelajar perempuan pula sebahagian sahaja yang tidur didalam khemah. Yang lain semua tidur dibilik tayangan. Kalau tak silap aku sebab kekurangan khemah agaknya.
Petang semua berjalan lancar. Yang tidur dalam khemah, kena pasang khemah. Yang tidur di bilik tayangan, kemaskan bilik dan hampar tikar. Biasalah remaja kan, bila ada aktiviti sebegini mulalah semuanya berhuhahuha tak ingat dunia. Ada yang bernyanyi, ada yang bergelak sakan dan ada juga yang bergurau bercampur perempuan lelaki. Faham faham lah ye semua..
Kemuncaknya terjadi selepas kami semua selesai makan malam. Malang nasib aku malam tu, aku demam. Jadi selepas selasai makan, aku terus naik ke bilik tayangan untuk berehat. Kawan kawan aku yang lain semuanya tidur di dalam khemah. Tiba tiba senior aku menjerit kuat. Gempar satu bilik tayangan. Rupanya senior aku kena rasuk. Dia menangis tak berhenti. Aku dah mula rasa seram dan takut.
Aku fikir hanya seorang yang kena rasuk. Rupanya selepas tu makin ramai yang kena. Kelam kabut ustaz nak ubatkan. Ustaz pun ada sorang je. Cikgu cikgu lain sibuk tenangkan pelajar lain. Aku duduk di hujung bilik bersama seorang senior. Tiba tiba aku terasa seperti nak menangis. Lalu aku menangis dan aku sendiri tak faham kenapa aku menangis. Lemah semangat barangkali sebab aku demam. Ustaz datang menyapu air yasin di muka aku dan suruh aku baca apa-apa saja surah al quran. Aku turuti apa yang ustaz suruh dan alhamdulillah aku baik baik saja. Keadaan di bilik tayangan kecoh dengan pelbagai gaya rasukan. Menangis, teriak, ketawa dan meronta-ronta pun ada. Kesian ku tengok ustaz terpaksa ke hulu ke hilir untk mengubat. Mujur lah ada juga guru-guru yang membantu selepas menenangkan pelajar lain.
Setelah bertungkus lumus mengubati murid-murid yang kerasukan dan keadaan menjadi terkawal, ustaz pun berpesan kepada semua agar sentiasa membaca surah sekiranya berasa pelik pada diri. Keadaan di bilik tayangan pada malam tu semakin reda dan kami dapat tidur dengan aman.
Keesokannya, kami semua diarahkan pulang ke rumah. Segala aktiviti dibatalkan. Guru-guru risau akan berlaku perkara yang tidak diingi. Semasa menunggu masa untuk pulang, senior yang terkena rasukan semalam mengatakan bahawa, semasa dia dan rakan lain naik ke bilik tayangan, dia ternampak seorang perempuan sedang membuka tudung didalam bilik kaunseling. Mereka sangka itu adalah cikgu. Di dalam fikiran mereka mungkin cikgu tersebut ingin berehat disana. Dari apa yang dilihat, rambut cikgu tersebut sangat panjang. Namun mereka hanya berlalu pergi dan tidak mengesyaki apa apa. Kemudian di dalam bilik tayangan, salah seorang rakannya yang juga terkena rasukan terlihat “gula gula” di tingkap sedangkan bilik tayangan tersebut di tingkat 2. Ada juga kawanku berkata ketika cikgu arahkan semua yang berada di khemah untuk naik ke bilik tayangan, mereka sedang bermain bunga yang dipetik dari pokok di hadapan khemah mereka. Jadi ketika mereka diarahkan naik ke bilik, mereka membuang bunga tersebut keluar. Namun apabila mereka kembali semula ke khemah, bunga yang mereka buang itu ada semula di dalam khemah. Perkara tersebut membuatkan mereka rasa pelik dan takut.
Siang hari tu juga sebelum kami semua pulang, masih ada lagi murid yang kerasukan. Seorang demi seorang. In shaa Allah jika admin siarkan cerita aku ni, aku akan sambung di lain hari kesinambungan dari cerita nii. Apa pula yang terjadi kepada aku selepas itu..
Terima kasih admin dan semua. Assalamualaikum
-TAMAT-

226. DIGANGGU “NENEK KEBAYAN”

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : DIGANGGU “NENEK KEBAYAN”
KARYA : WAWA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940226
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Hai Assalamualaikum terima kasih pada HZONE BLOG sebab sudi siarkan cerita aku ni , sebenarnya banyak juga pengalaman mistik aku yg aku lalui tapi aku pilih dulu untuk share tentang pengalaman ni.
Kisah ni bermula waktu aku di tingkatan 3, sekarang umur ku sudah menjangkau 20an. Pada suatu malam nak dijadikan cerita, aku ni tidur dengan kakak aku tapi katilnya asing. Kakak aku ni katil besar yg aku ni dapat katil bujang kecik je. Alasan dia sebab dia kakak dan aku adik. Aku pun ye kan jelah sebab malas nak berebut dan ambik port hal macam tu. Pada satu malam, kakak aku tidur awal dan jam masa tu menunjukkan tepat 11:45 malam. Aku yg baru masuk ke bilik mula membaringkan diri dan pejam mata konon konon nak tidur tapi tulah tak terlelap. Hairan sungguh , biasanya aku ni jenis letak ja kepala lena teruihhh. Tapi malam tu aku tgok jam dekat phone aku dah dekat pukul 1 pagi dan aku belum juga rasa nak terlena walaupun aku dah pejamkan mata.
Tiba tiba dalam keadaan aku baru je nak terlena, konon konon khayal lah dah nak tidur dah mata pun dah layu, mata aku tiba tiba ternampak satu susuk tubuh dihujung katil aku. Aku cuba amati betul betul dan mula membukakan mata aku. Alangkah terkejutnya aku bila dapati susuk tubuh tu merupakan seorang perempuan tua atau erti kata lain “nenek kebayan”. Aku dengan pantas memejamkan mata serapatnya dan tangan aku menggeletar menggenggam kain selimutku. mujur aku tak terkucil ketakutan. Aku nak baca surah tapi aku tak ingat apa langsung yg mampu aku sebut hanyalah ALLAHUAKHBAR YA ALLAH BANTU AKU JAUHKAN BENDA ITU DARI AKU.. Aku mula rasa kaku dan terasa badan teramat berat dan tak dapat bergerak. Peluhku mula bercucuran dan membasahi tilamku. Aku cuba nak jerit panggil kakak aku tapi suara ku seolah tersekat di rongga. Aku membuka mata ku perlahan , dengan bukaan yg kecil aku masih nampak “benda” tu ada dekat hujung katil aku. Aku takut nak mampus.
Tiba tiba aku rasakan angin kuat ditepi telinga ku, aku pejam mata rapat . Bau busuk mula menjengah. Nak loya aku rasa time tu. Bulu roma ku meremang. Angin tadi masih ada , aku dengan hati yg kental berbekalkan kalam ‘Allahuakhbar’ membukakan mata aku dan menoleh ke arah katil kakak aku. Saat ini aku sangat terkejut dan ketakutan kerana ku lihat seolah-olah ada dinding hitam yg menutupi katil kakak aku cuba memisahkan kami. Aku makin takut. Aku lafazkan ucapan Bismillah dan Allahuakhbar, tapi aku terdengar suara benda tu cakap “ikut aku jangan kejutkan mak kamu”. Aku tak tahu dia nak suruh aku ikut pergi mana tapi berani pulak aku jawab “aku tak nak. Jangan kacau , Allahuakhbar!” Kali ni suara aku betul-betul keluar dari rongga , “Benda” tersebut hilang dari pandangan. Bulu roma aku yang tadi berdiri tegak mulai turun perlahan-lahan. Aku menghela nafas lega .
Dengan pantas aku bangunlalu membuka lampu dan pindah tidur atas katil dengan kakak aku. Keesokkan paginya kakak aku terkejut macam mana aku boleh tidur dengan dia dalam keadaan lampu terbuka. Aku tak ceritakan apa yg terjadi pada aku sebab risau kakak aku akan takut. Aku juga tak mahu nanti dikata penipu. Aku rahsiakan hal ini dari keluarga aku , cukup aku yg tahu . Dasar “nenek kebayan”, malam malam buta ajak aku berjalan. kalau pi shopping ka takpa jugak .
Hanya Itu sahaja cerita aku. Nantikan aku post lagi pengalaman aku yg seterusnya . terima kasih Assalamualaikum
-TAMAT-

227. PENGALAMAN MELIHAT SENDIRI ATOK MENGUBAT ORANG

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : PENGALAMAN MELIHAT SENDIRI ATOK MENGUBAT ORANG
KARYA : KAMPUNG GIRL
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940227
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kepada admin HZONE BLOG sekiranya cerita saya di publish kan. First time menulis. Excited rasa
Kisahnya terjadi di rumah atok yang terletak di sebuah kampung yang aku kira penduduknya semua orang tua-tua kalau ada anak muda pun tak ramai sangat. Kg ini terletak di daerah terperinci.
Atok aku ni seorang yang pandai berubat orang yang kena sakit sakit pelik.. Misalnya kena santau, gangguan jin ke, dan macam-macam penyakit pelik. Tapi cara dia berubat agak pelik bagi aku.. Mungkin aku tak tahu cara apa yang dia guna kan, maklum la masih kecil lagi kan..Aku adik beradik dan sepupu aku semua pernah melihat atok aku mengubat oran. Antara berani dengan tak je nak tengok. Aku dengan su (sepupu) adalah orang yang paling suka tengok atok aku berubat. Nenek aku ada cakap, “depa berdua takpa kalau nak pi tengok atok berubat kalau along tak boleh”.. Sebab along aku ni dia lemah semangat sikit. Sian dia tak dapat tengok..
Maka bermula la kisah ada orang yang nak datang berubat.. Kalau ada orang nak berubat, rumah atok aku akan riuh sehari sebelum mengubat orang, sebabnya depa buat makan-makan sikit. So aku dgn su dah agak mesti esok ada orang nak datang berubat. Esok nya ada sepasang suami isteri datang berubat. Si isteri elok je tapi si suami tu katanya terkena ilmu jahat. Jadi atok aku panggil laa suruh naik atas untuk berubat. Atok aku tak berubat sorang dia di temani adik ipar dia membantu dia berubat org kata laa (dengar cerita adik ipar dia ada ilmu).. Aku sampai sekarang takut dengan adik ipar atok aku.. Tak tahu laa sebab apa..
Ok berbalik pada orang yang dtg berubat tadi. Rumah atok aku dua tingkat. Besar rumahnya. Bahagian bawah dan atas.. Bahagian atas tu la di jadikan tempat mengubat orang. Ok cara mengubat orang yang aku kira peliknya adalah kerana Atok aku ni akan lantik sorang untuk kira bertih beras sama ada ganjil atau genap.. Ganjil atau genap tu ada bawa maksud baik atau buruk.. Dan biasanya org yang kena kira bertih beras adalah wan aku (adik nenek aku). Atok aku ni akan tanya wan aku ganjil ke genap.. Kalau wan aku kata ganjil, dia akan berinteraksi dgn ‘sahabat’ dia.. Ganjil lagi.. Aku nak genap.. Atok aku akan berinteraksi dengan ‘sahabat’ Sampai la bertih beras tu genap.
Bila bertih tu dah genap, atok aku bgi isyarat dekat adik ipar dia untuk teruskan. aki yah (adik ipar atok) akan ambil tugas seterusnya.. Dengan cara, rotan yang dah diurat dgn rapi, diikat ibarat penyapu lidi lalu dia merotan-rotan kat tubuh dia sambil dia panggil2 ‘sahabat’ dia.. Cara dia agak extreme.. Kadang-kadang kami pun seram jugak tengok. Dia berinterasi dengan lelaki yang dtg berubat tu.. Tapi suara lelaki tu dah jadi lain laa.. Aki yah ni boleh tanya kau dari mana, siapa yang hantar kau, apa kau nak.
Bila segala soalan terjawab, dia akan ambil tepung beras yg siap diuli macam nak buat kuih. Dia akan uli kat badan lelaki tu dari kepala sampai kaki.. Bila sampai kaki tu, dia stop. Dia bagi isyarat kat wan aku suruh sediakan besin. Sebab dia nak muntah.. Aki yah akan sedut ibu jari kaki lelaki tu guna mulut dia sendiri untuk keluarkan bisa.. Memang busuk la bisa yang keluar tu
Tepung beras yang stop kat kaki, dia ulang lagi uli ke badan lelaki tu, sampai kat kaki dia stop dan bukak tepung tu. Kami tengok sendiri dalam tepung tu ada telur tembelang, dan paku. Lepas tu tepung tu akan di buang ke belakang rumah.. Dan malam tu usai sudah sesi berubat. Maka siap berubat kita akan ada sikit makan-makan
Esoknya mula la, aku dengan su ada idea nakal. kami duk pi cari tepung tu kat belakang rumah. Malangnya tak jumpa. Rasanya atok tak buang jauh. Tpi cari-cari tak jumpa juga.
Banyak lagi pengalaman tapi cite hak tu ja.. Maaf la kalau jalan cerita tak seram itu based apa yang aku tengok..
Arwah atok aku dah lama meninggal dunia.. Kami dah jarang balik situ.. Apa2 pun kalau ada kesempatan aku boleh sambung pulak kisah atok aku marah kami main kat situ sebab ada……
Sekian terima kasih
-TAMAT-

228. LIFT TINGKAT 4

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : LIFT TINGKAT 4
KARYA : JANNA NICK
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940228
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Assalamualaikum kepada semua pembaca HZONE BLOG. Terima kasih kepada admin yang sudi menyiarkan kisah aku kali ni. Seperti biasa, aku Janna Nick. Tapi aku bukanlah pelakon tu. Cuma aku guna nickname ni untuk setiap penulisan aku. So, untuk pembaca yang nak baca kisah2 aku sebelum ni boleh je search #JannaNick. Untuk entri kali ni, aku nak ceritakan pengalaman sahabat aku semasa menaiki lift di sebuah pasar raya. “Aku” dalam cerita dekat bawah ni merujuk kepada sahabat aku. Macam ni kisahnya.
Aku ingat lagi masa aku pergi tengok wayang dengan adik beradik aku dekat sebuah mall di Melaka. Tak perlu lah aku sebut mall yang mana. Kalau korang nak tahu, aku pergi tengok wayang tu masa hari raya Aidilfitri yang pertama. Kerja gila kan? Orang pergi beraya kitorang pergi tengok wayang. Hahahaha… Masa tu plak cerita Kuntilanak baru je masuk pawagam. Memang ngam lah! Cerita tu lah yang kitorang decide untuk tengok. Sampai mall tu sekitar jam 10 lebih pagi macam tu lah. Orang pun belum berapa ramai lagi. Yelah, ditambah lagi masa tu tengah raya. Siapa je yang nak pergi mall pagi2 buta.
Aku pergi tengok wayang ni berlima (3 orang kakak & seorang abang). Panggung wayang mall tu dekat tingkat yang paling atas sekali iaitu tingkat 3. Kitorang ni pun teruslah ke lift untuk ke tingkat 3. Sampai dekat panggung wayang, kebetulan ngam2 masa untuk filem Kuntilanak. Beli tiket dan terus masuk dalam panggung. Dalam panggung tu pula cuma ada kitorang berlima je yang duk tengok cerita tu. Macam aku cakap tadi lah, mana ada orang nak pergi tengok wayang pagi2 buta ni.
So, lepas je habis cerita tu dalam jam 1 lebih tengah hari, kitorang ni nak turunlah untuk balik. Kitorang naik lif yang sama kitorang mula2 naik tadi. Masa tu cuma kita berlima je dalam lift. Tiba2 pintu lift tu macam buat hal. Pintu lift tu tutup perlahan je. Bila dah nak rapat pintu tu menendang balik terbuka. Macam ada orang yang tekan untuk masuk lift, sedangkan takde sesiapa pun kat luar lift tu. Aku dengan abang aku pun sedaya upaya tolak pintu lift bahagian kiri dan kanan untuk rapatkan pintu. Lepas struggle tolak bagai nak rak, barulah pintu tu tertutup. Akak aku yang dekat dengan butang lift terus tekan butang tingkat G. Lift pun bergerak dan tak lama lepas tu pintu terbuka.
Bila pintu lift terbuka, kitorang terkejut gila bila nampak kat luar tu gelap gelita. Abang aku yang diri betul2 depan muka pintu lif tu hampir2 nak langkah keluar. Tapi bila nampak kawasan tu gelap kitorang da macam pelik. Ruang gelap tu cuma ada 1 lampu kalimantang yang dah malap cahayanya. Mata kitorang terus tengok ke butang lift. Alangkah terkejutnya bila nampak butang tu menyala kat tingkat 4. Sedangkan masa tu akak aku tekan tingkat G. Akak aku yakin yang dia memang tekan butang tingkat G. Yang peliknya macam mana boleh naik ke tingkat 4 dan takde siapa pun yang perasan. Lagi bertambah pelik, sejak bila pula lif tu ada tingkat 4. Padahal kitorang sangat2 yakin yang kitorang memang naik lift yang sama masa mula2 datang tadi. Sebab apa aku cakap aku yakin naik lift yang sama sebab mall tu tak sebesar macam Mid Valley yang masuk pintu lain keluar pintu lain. Mall ni kecik je tak mungkin salah jalan. Akak aku cepat2 tekan untuk tutup pintu lift. Dan sekali lagi, pintu lift ni nak pedajal kitorang. Dia buat hal macam tadi. Tutup perlahan2 bila dah nak rapat dia menendang semula. Aku dan abang aku sekali lagi struggle tolak untuk rapatkan pintu lif. Dalam masa kitorang struggle tutup pintu tu, akak aku cakap lampu kalimantang tu berkelip2 beberapa kali. Bila dah rapat cepat2 tekan butang tingkat G. Nasib baik kali ni lif betul2 turun tingkat G.
Sepanjang turun ke tingkat G tu, semua senyap tak bunyi apa2 pun. Lepas dah masuk dalam kereta dan dah keluar dari mall tu barulah akak aku bersuara,
“Aku yakin aku memang tekan tingkat G dekat butang lift tu. Macam mana boleh sampai ke tingkat 4? Sedangkan mall ni cuma sampai tingkat 3 je.”
Memang menyeramkan sangat2 masa tu. Mujurlah takda apa yang “menunjukkan diri” masa kat tingkat 4 tu. Kalau tak, tak tahu lah kitorang ni jadi macam mana. Dengan pintu lift yang cuba main2kan kitorang. Sampai sekarang aku masih tertanya2 lagi betul ke pintu lift tu bermasalah atau ada “masalah” yang ikut kitorang sekali? Dan misteri tingkat 4 sehingga kini masih belum terungkai.
-TAMAT-

229. PENAMPAKAN

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : PENAMPAKAN
KARYA : DESIREE MICHAEL
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940229
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Lorong-lorong gelap dan bilik-bilik yang usang dipenuhi juntaian akar dan dedaunan sudah cukup untuk membuat bulu roma meremang. Meskipun begitu, ia tidak menghalang aku dan empat lagi sahabat yang lain untuk merungkai misteri asrama usang yang terbiar di belakang hospital tersebut. Leka merakam video, Celia terpandang kelibat ‘seorang’ kanak-kanak perempuan di hujung koridor. Pergerakannya yang perlahan seolah-olah sedang menari di lorong. Selepas beberapa minit kami memerhati kaku, ‘dia’ lenyap disebalik dinding. Kami kemudiannya meneruskan rakaman dan selepas beberapa jam sebelum menginjak ke malam, kami bertolak balik. Sangkaan kami, tiada pengalaman misteri kecuali terlihat kelibat kanak-kanak tersebut; kami tidak melihat atau mendengar apa-apa selepas itu, tetapi keesokan harinya, aku dapat rasa seolah-olah jantung aku telah jatuh ke lantai.
Footage dari kamera Lisa merakamkan bunyi nyanyian seorang gadis kecil dan gerakannya seakan tengah menari. Pada akhir rakaman, kami boleh mendengar panggilannya disertai gelakan kecil, “Mari turun ke dalam bilik ini.”
Hampir pecah kamera milik Lisa akibat ditolak oleh lenganku. Lewat petang itu juga kami kembali ke lokasi tersebut. Berbekalkan hanya kamera infra merah, kami berjalan perlahan menyusuri lorong gelap dan hampir runtuh menuju ke lantai bawah yang gelap gelita di mana kami ‘terserempak’ dengan gadis kecil itu pada hari sebelumnya. Terdapat tangga gelap di sebelah dapur. Sesungguhnya aku merasa mual dengan lantai berdebu, sarang lelabah dan lumut. Yang lain telah bergerak sedikit jauh daripadaku, apabila aku mendengar jeritan datangnya dari atas. Aku membeku, lututku sudah terasa lemah namun aku teruskan melangkah perlahan-lahan menuju ke pintu di hujung koridor. Sampai saja ke lorong, aku mendengarnya lagi.
Untuk menerangkan dengan kata-kata sangat sukar dilakukan. Suaranya terdengar dekat, namun pada masa yang sama, begitu jauh. Ia adalah seruan yang paling menyedihkan dan menakutkan yang pernah aku dengar. Suara itu perempuan, namun aku tak pasti. Ia mungkin seorang gadis kecil atau mungkin seorang wanita dewasa. Bunyinya seperti dalam kesakitan yang luar biasa. Tak terasa suaraku lantang memanggil yang lain diikuti langkah yang besar, namun tiada respon mahupun kelibat mereka kelihatan dimana mana. Aku rasa macam aku tersesat di dalam bangunan lama itu, aku tak jumpa jalan keluar ataupun sesiapa. Badanku terasa sejuk beku namun peluh basah mencucuri.
Setelah hampir 15 minit aku ‘sesat’, barulah aku mendengar suara yang lain memanggil-manggil namaku. Tanpa membuang masa aku ajak mereka keluar dari bangunan tersebut. Di halaman depan yang dipenuhi semak samun, kami semua berkumpul dalam separa bulatan supaya kami semua dapat melihat rakaman dari skrin kamera infra merah. Tidak lama selepas itu, aku merasakan ada orang yang menepis siku aku dari belakang, kemudian aku terasa bajuku direnggut ke belakang; aku hampir tersembam ke lantai. Yang lain di sebelah kiri kanan memandang dengan penuh kehairanan. Mereka semua perasan wajahku mula berubah dan bibirku mulai pucat; aku pun berpaling ke belakang, menyedari bahawa tiada seorang pun di sana. Kami memandang satu sama lain dengan penuh tanda tanya.
Hari itu, suhu badanku menurun dengan drastik dan sesiapa yang menyentuhku seolah olah mereka menggenggam ketulan ais.
Lokasi: Semenanjung
Umum tahu kawasan perlombongan sememangnya ada cerita tersembunyinya yang tersendiri; tidak kira seberapa besar dan moden pembangunan yang bakal mengambil alih untuk mencipta sejarah baru di atas tempat yang misteri sebegitu. Tak ketinggalan juga tempat kerjaku sekarang. Aku baru mula bekerja tiga hari ketika aku ‘disapa’ oleh ‘penghuni halimunan’ untuk kali pertama di kelab golf yang terkemuka di Kuala Lumpur itu.
Aku sampai di kelab golf dua puluh lima minit sebelum menginjak ke pukul tujuh. Pagi itu, suasana masih gelap dan berkabus, dingin dan sejuk sekali. Kelihatan embun yang menitis jernih ke atas dedaunan dan mengalir laju melimpahi bumi. Aku sedut nafas dalam sedalamnya di golf cart/buggy. Aku sampai sedikit awal, memandangkan kaunter resepsi golf juga masih tiada orang; hanya kelihatan abang sekuriti yang berjaga malam dan juga beberapa pekerja dapur yang mulai kelihatan sibuk menyediakan apa yang perlu untuk seharian yang bakal tiba. Dari lobi yang terletak di tingkat satu, terdapat kaunter resepsi. Kaunter ini terletak di tengah tengah. Ada laluan dari depan dan belakang kaunter. Dari kiri, kita akan menuju ke event room Hall of Fame, dapur dan juga Club Lounge/restoran.
Di sebelah kanan pula terletaknya pejabatku. Keluar saja dari pintu pejabat, akan ada bilik event kedua yang boleh memuatkan lapan puluh hingga seratus orang. Sampai di kaunter resepsi, kita akan melihat Members Lounge/event hall di sudut kanan yang terletak di belakang kaunter. Hanya registered golfers di kelab golf kami sahaja yang boleh menggunakan bilik itu. Di dalamnya sudah disediakan meja dan kerusi lengkap setting untuk apa apa event yang bakal diadakan. Sound system, set karaoke, bilik mesyuarat, mini bar kaunter dan tandas mewah.
Kawasan kegemaran aku di seluruh golf course ini adalah members lounge. Why is that? Because they have this one massive wall hanging frameless mirror. That mirror actually do justice on the entire interior design, really. Nampak luxury dan antik pada masa yang sama. Dilengkapi pula dengan mini coffee set dan pasu bunga di atas meja, dengan beberapa susunan majalah golf. Maka, that spot ultimately turned out to be my main makeup hub. Tandas terletak di kiri dan kanan dari main entrance members lounge. Cermin itu terletak di dinding luar tandas lelaki. Alright, nuff with the description.
Macam biasa aku akan mulakan sesi bermekap di depan cermin seperti yang aku maklumkan diatas. Ketika aku tengah mencalit blusher di pipi, dua orang golfers masuk dan menuju ke tandas lelaki. Disambut dengan senyuman dan selamat pagi, aku buat keputusan untuk sambung bermekap di dalam tandas wanita. Dari depan pintu masuk ke tandas wanita, kita akan melihat satu lagi pintu yang menuju ke Ladies Changing Room di tingkat bawah. Sebelah kiri adalah tandas. So here is where my story began.
Aku packed semua barang ke dalam beg mekap untuk menggunakan tandas. Setelah habiskan urusan dan aku cuba bangkit, terasa semacam seseorang menghalang aku daripada bangun. Aku ditahan dan aku dapat merasai suatu daya tak kelihatan yang meletakkan tekanan pada bahuku. Aku makin memberontak untuk bangun dengan semua kekuatan yang ada namun posisiku tak bergerak walaupun seinci. Aku hanya duduk di sana selama seminit lebih tanpa mengetahui apa yang perlu dilakukan atau difikirkan. Kepala aku terasa bengkak. Bulu roma terpacak berdiri. Terasa tetesan air mata hangat mengalir. Aku hampir saja menjerit ketika aku akhirnya mampu bangun. Hari itu aku memutuskan untuk kerja setengah hari saja. Seharian itu juga aku merasa macam aku bukan diri aku. Sentuhan ghaib yang aku rasakan itu sesungguhnya amat aneh. Pada keesokan harinya, aku dapati ada kesan lebam di kedua belah bahu. Itulah kali terakhir aku menginjak kaki ke dalam tandas tersebut.
Ternyata, seorang lagi rakan sekerja yang lain juga pernah mengalami peristiwa diganggu di tandas tersebut. Ketika dia tengah membetulkan pakaian di hadapan cermin, dia melihat satu lembaga hitam di sebalik pintu keluar dari tandas. Kelihatan susuk tubuh lelaki yang menjengahkan kepalanya beberapa kali seolah olah ingin mengintai ke tandas.
Di kaunter resepsi golf, aku rapat dengan salah seorang receptionist, namanya Elle. Memandangkan hanya ada dua orang yang berkongsi peralihan sepanjang masa, jadi ini bermakna mereka bekerja bersendirian. Kebanyakan masa kalau aku kurang sibuk, aku selalu luangkan masa di kaunter. Banyak kali juga aku stayed over dengan Elle hingga shift petangnya habis pada pukul tujuh malam..
Suatu petang tu Elle bekerja bersendirian. Di kaunter resepsi, ada sebuah cermin meja kecil yang Elle letakkan di hadapan komputer. Biasanya meja perempuan memang akan ada cermin. Mmemandangkan kaunter tu terletak di tengah tengah laluan, bayang bayang orang yang lalu lalang di belakang kaunter akan dapat dilihat dari depan. Elle tengah menbetulkan rambut di hadapan cermin apabila dia merasa ada tiupan halus di belakang tengkuk. Terus menggigil kecil si Elle. Tiba tiba dia nampak bayang-bayang menghampiri dari belakang kaunter. Hairan juga dia sebab tiada orang pun waktu tu. Tiada bunyi derapan tapak kasut. Jenuhnya dia memerhati sambil berdiri perlahan lahan dan berjalan keluar dari kaunter untuk menjenguk ke belakang.
Pandangannya tergendala apabila bayang bayang itu hilang dengan pantas setelah bertembung dengan bayang bayang Elle. Tertanya tanya ke mana ‘tetamu’ itu pergi. Elle termenung sekejap di laluan belakang kaunter berhadapan Members Lounge. Tiada siapa pun disana. Hanya beberapa langkah saja untuk sampai ke kaunter depan, apabila Elle melihat seseorang berdiri di sebalik pintu Members Lounge sambil memandang tepat ke arahnya. Elle tidak terlalu memikirkannya kerana dia memikirkan mungkin saja itu adalah pengawal yang selalu membuat rondaan. Tetapi apabila dia berjalan mendekati pintu tersebut, barulah Elle menyedari orang itu berdiri tanpa kakinya menjejak ke lantai. Meremang Elle, tiba tiba orang itu hilang dari pandangan.
Suatu hari tu aku, Elle dan Nisa menaiki golf cart bersama sama memandangkan kami kurang kerja. Golf course itu amat cantik, dalam perjalanan di sepanjang buggy track, kita akan melalui beberapa hutan kecil yang amat segar udaranya. Di satu spot yang kami suka tu, banyak orang dah terjumpa ular sawa dan biawak yang besar disana. Hari tu, kami bertiga hanya duduk di buggy sambil bermain filter di snapchat untuk mengambil gambar dan video. Di kiri kanan hanya hutan dan padang golf yang luas, kosong. Dalam banyak banyak video, kami tertangkap video seorang lelaki. Lihat sekeliling tiada pula sesiapa. Kami lihat lagi video tersebut, memang ada bayangan seorang lelaki yang kurang jelas, tapi ada kepala, bahu dan kaki. Siapa yang tak kecut perut? Kami pandang sudut tempat lelaki itu berdiri, tiada sesiapa! Aku terus saja pecut dan serentak itu juga kedengaran bunyi ketawa yang garau disertai bunyi seseorang tengah menetak pokok kedengaran amat jelas dan menyeramkan.
Setelah bergerak agak jauh, dari seberang tasik kami dapat melihat lelaki itu berdiri memandang kami sehingga hilang dari pandangan. Aku dan Elle mengambil cuti tanpa gaji selama tiga hari sementara Nisa pula seminggu kerana demam. Bulan ini juga adalah bulan terakhir Elle dan Nisa bekerja disitu; meninggalkan aku.
-TAMAT-

230. MAKHLUK BERBULU

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : MAKHLUK BERBULU
KARYA : HERA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940230
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Assalamualaikum hi. maaf saya tak berapa pandai sangat bahasa melayu. Sebenarnya cerita saya ni panjang tapi okay lets start sikit sikit dulu..
Kisah seram ni berlaku di sekolah. Benda ni dah berlaku sejak saya umur 11 tahun. kakak saya pula berumur 13 tahun. Kakak saya belajar di sebuah sekolah bangunan baru. Walaupun sekolah berkenaan bangunannya baru, namun seringkali berlaku gangguan-gangguan makhluk halu. Sepanjang dia sekolah dekat tu juga dah tiga kali kena rasuk. Semasa rasukan kali kedua tu ayah saya terus buat keputusan untuk pindah rumah dan pindah sekolah. Namun memakan masa juga untuk melaksanakannya.
Rasukan kali ketiga kat rumah , masa tu azan maghrib dan kakak saya pasang lagu kuat. Saya suruh dia pelankan radio dari tingkat atas sebab rumah saya dua tingkat. dia gelak sinis sambil cakap ” Islam rupanya “. saya terkejut sangat masa tu. saya marah dia ” apa awak cakap ni along?? saya call mama nanti.” dia balas saya dengan gelak yang seram bagi saya. saya dah rasa emacam je kakak saya. Saya diam dan biarkan dia dengan dunianya. Sehingga lah kakak beransur pulih seperti sediakala.
Malam tu adalah malam jumaat dan setiap minggu murid sekolah tu akan buat bacaan yassin selepas maghrib. Malam tu mama saya balik dari kerja dan selepas bersiap-siap, dia terus bawa kita ke sekolah sebab pengetua panggil. Semaa dalam perjalanan, adik perempuan saya yang kedua umur 5 tahun banyak bercakap. Kakak pula hanya berdiam diri. Tiba tiba “paffff” kakak saya lempang adik saya dengan penuh kegeraman. Terdiam dan hampir menangis adik perempuan saya. Saya cepat-cepat pujuk adik aya agar dia tidak menangis. Mama dah perasan bahawa kakak saya dah mula kena rasuk. Tidak lama lepas, kita sampai sekolah Kakak. Rupa-rupanya mama dah bincang dengan pengetua untuk meminta tolong mengubati kakak saya.
Mula mula dia tak nak keluar kereta dan berdegil. Tapi pengetua dia tarik dia keluar sampai ke satu tempat yang terbuka dan luas, macam hall tapi bukan. Ada dua orang ustaz ni mula baca baca ayat suci , kakak saya mula meracau dan jerit jerit. Eram dan menakutkan. Ada dalam 15 orang cikgu yang turut sama mungkin untyuk mengawal keadaan jika berlaku hiteria kepada pelajar-pelajar lain. . Dua orang adik saya duduk keliling.
Saya rasa sangat terkejut dengan apa yang keluar dari badan kakak saya. Oh lupa nak bagitahu pembaca, saya memang boleh nampak benda benda halus. Okay sambung, benda benda yang saya nampak tu semua menyeramkan. saya rasa takut dan terkejut sampai tak boleh nak nangis atau buat apa apa. macam macam jenis ada yang berbulu lebat, ada yang berambut panjang dan ada yang jenis ikat atas warna putih kain dia tapi saya tak nak sebut apa.
Dari jauh , saya nampak ada satu makhluk ni badan macam orang tapi berbulu lebat seluruh badan macam monyet, gigi taring, mata merah menyala macam marah! Tiba tiba atuk saya datang ke sekolah , dia pegang tangan kakak saya ” along. ni atuk ni atuk! mengucap along! ” kakak saya hanya merintih sambil ulang ” atuk tolong along atuk,”
makhluk yang berupa monyet tu mendengus dengan kuat. Lepas tu kakak mencakar atuk dan menendang atuk saya sampai terjatuh. Tangan atuk luka dan siku dia tercalar. Seorang ustaz plak kena tendangan padu dekat dagu dia. Bibir dia berdarah sebab tergigit.
Saya tak tahan tengok kakak saya menjerit jerit kesakitan jadi saya minta pengetua sekolah tu teman saya ke tandas. Sebaik sahaja saya masuk tandas tu saya nampak ‘makhluk monyet ‘ tu mencangkung atas paip yang ada dekat siling tu. Dia merenung tajam ke arah ku. Memang terasa takut namun saya masih boleh menumpang semangat Pengetua. Saya tak cakap apa-apa, lalu beredar cepat selepas selesai buang hajat. Kakak masih lagi berubat. Akhirnya kakak dapat dipulihkan.
Selepas tiga minggu dari kejadian terebut, kami terus pindah ke rumah lain. itu je yang berlaku tahun tu and kalau cerita ni hyped baru saya akan cerita yang lain. setakat ni part 1. ada dua lagi part sebab saya berpindah lagi dua kali. sebab makhluk monyet tu sebenarnya ada kena mengena sampai sekarang. terima kasih.
-TAMAT-

231. KENAPA UMI DIGANGGU?

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : KENAPA UMI DIGANGGU?
KARYA : SHAPINKY
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940231
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

SALAM SEMUA PEMINAT HZONE BLOG.
Ok sha saja nak kongsi citer about my family.. family sha ada 12 orang.. kebanyakannya ada yang boleh Nampak natang tu..sha kurg sikit dan tak nak pun Nampak.. tapi yang biasa Nampak umi dan ayahlah. kalau kami kumpul ramai2 confirm ada acara cerita seram besar2an…sha tak pandai citer pandai cakap je..kalau FS ni bole voicenote dah lama sha buat..jadi kalau bersimpang siur citernye pandai2lah luruskan sendiri..hehe
Kisah umi..
1. Umi banyak duduk rumah sorang.. anak2 bergilir balik..ayah umi dah berpisah atas sebab2 tertentu..jadi malam tu my turn lah..tidurlah dgn umi kat ruang tamu. Tengah urut2 umi tak sedar pukul 1 pagi..mata dah ngantuk tapi dengar umi mengadu kaki umi sakit sangat teruslah picit sambil pikir mcm mana nak hilangkan ngantuk.. Minum kopi memang taklah sebab tk suka. Buka tv cari cerita best tiba2 ada citer hantu..Terus segar mata.. Tengah duk syok layan tiba2 umi bangun. Pandang sha dan suruh sha tutup pintu. “kenapa ramai sgt masuk rumah umi ni.. ehh..ada kimi ada tiyah balik sekali tu..” kata ibu. ”umi takdelah, mana ada orang..” Sambil sha peluk umi. Mungkin umi tengah rindu anak yang lain. Umi kata lagi, ”ada tu pergi suruh kimi ngan tiyah tidur bilik atas..” umi pandang sha sambil tunjuk tangga..”umi tidur ye ..nanti sha selesaikan depa tau..”sha pujuk umi dan umi pun tido.. sha amik stoking pakaikan kat umi dan amik air tahlil sapu kat kepala umi.. sha spray air tu keliling kami dan sha dengar ada suara bising2 kat atas.. “Mesti natang tu”. Bisik hati Sha.. sha buat tak tau, terus tidur..esok tu sha tak cakap apa2 pun kt umi,umi pun diam je..takde pulak nak panggil jelmaan kimitiyah tu makan..
1. Waktu tu kami semua raya belah ayah kt Kelantan.. Umi pun ikut demi anak2 tersayang.. cewah.. Tapi umi banyak duduk atas.. Umi turun pun untuk masak sebab ayah suka masakan umi dan yg betul2 boleh khadam resepi umi kak long sha je. Malam tu umi tidur awal. sha macam biasa umi akan panggil untuk urut kaki.. umi pernah accident dulu waktu pregnant adik sha. kaki terkepit. sampai lani terasa… sha layan cerita hantu jugak masa tu kat tepon.. Tengah syok2 layan umi terus jerit..”allah ..allah ..allahuakbar.. sambil tangan umi tepis kiri kanan.. sha dah macam umi ni kenapa.. sha panggil umi tapi umi tak sedar.. Akhirnya sha bangun buka lampu dan terus peluk umi..”umi kenapa ni..umi pandang sha dan terus tidur. Esoknya sha Tanya kenapa umi macam pelik semalam.. umi kata”natang tu lawan dengan umi ,umi lawan dia balik, tapi tengah lawan tu natang tu tiba2 keadaan jadi gelap.. umi tak nampak sebab tu umi panggil allah2 tu”. Byk kali pulak tu.. sha just diam je dan ajak umi turun sarapan.. Bila sha cerita dekat kakak sha. Kakak sha nama luna. Dia kata memangpun umi ni tengah ada someone dari alam sana nak dia.. someone tu kata, umi ni wanita satu dalam seribu.. sampai skrg sha terfikir apa yang umi ada sampai someone tu nak sangat kat umi.. Kadang2 cari pasal ngan umi. Kak luna tegur Sha agar jangan tengok citer hantu dekat2 umi. Dia suruh pergi jauh sikit sbb natang tu sentiasa nak menyakat umi..
2. jiran sebelah rumah sha ni india tau dan jarang kami bertegur.. nama dia K.. Dia jarang ada kat rumah..Satu haritu tengahari dia wasap umi ..”idah,where are you?’’ umi jawab ”I stay rumah je”. Umi rasa pelik jugak sebab tak pernah dia wasap umi sebelum tu.. Waktu umi tidur2 ayam kat ruang tamu,umi tersedar sebab ada natang duduk depan dia dengan rupa rambut putih panjang tutup separuh muka dan muka tu macam muka jiran aku.. umi terus jerit. “laknatullah..laknatulah” umi tengok benda tu keluar ikut pintu belakang walaupun pintu belakang tu tertutup.
4.waktu ni sha kecil molek lagi.. ok umi dengan ayah sha pergi kenduri dekat area Pahang. Jadi waktu otw balik rompin tu dah malam sgt dah.. Dalam perjalanan tu tak banyak kereta.. Jadi ayah steadylah bawak nye.. Tiba2 depan kereta ayah ada kereta lain tau.. lembap sgt orang tu bawak.. umi sha ni matanya memang tajam.. umi duk usha lah kereta depan tu.. umi cakap dalam hati ”eh keciknye orang yang bawak kereta ni..tak nampak kepala pun” umi terus usha sampailah ayah p****g kereta tu. Umi toleh naklah tengokkan sape yang bawak tu.. kalau baby bawak boleh viral kejap. Rupanya bukan baby tapi orang takde kepala.. umi sempat cakap “patutlah bawak lambat tak der kepala rupanya”. Ayah sha kat sebelah “haaa..idah cakap apa..’’ eh taklah tngah berzikir ni..” umi mmg tak cerita langsung kat ayah yela takut ayah terkejut karang terbabas kereta.. Tapi beberapa hari lepas tu baru umi cerita dekat ayah..
Ok.sha nak sambung tapi ada tanggungjawab lain pulak nak buat.. nanti kalu ada sambutan sha cerita pasal family yang lain tau..
-TAMAT-

232. STAFF NURSE

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : STAFF NURSE
KARYA : HAMBA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940232
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pertama sekali, terima kasih sangat-sangat sebab HZONE BLOG sudi siarkan cerita pertama aku, SekolahKu.
Kali ni, aku nak cerita pengalaman ibu aku. Ibu aku bekerja sebagai atendan di hospital mental di Perak. Kebetulan pada hari itu, ibu aku bekerja pada shift malam. Ibu aku dan rakannya, Ayu (bukan nama sebenar) bekerja sama-sama pada hari itu. Jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 malam. Kebanyakan pesakit di wad tempat ibu aku jaga sudah lama masuk tidur. Tiba-tiba ada seorang pesakit cina, Lily (bukan nama sebenar) tegur ibu aku. ” Staf, dekat tandas, Karumalai pakai baju sangat cantik wo. Lu pigi tengok. Sangat cantik,” kata pesakit cina itu dengan slang cinanya. Karumalai ni salah seorang pesakit di wad itu.
Ibu aku dah mula rasa pelik. Kemudian dia pandang satu demi satu dekat tempat tidur semua pesakit. Tiada pun pesakit yang kurang. Waktu tu, Karumalai tengah tidur dengan nyenyaknya dekat katilnya! Ibu aku dan kawannya berpandangan sesama sendiri. “Dia dah mula dah”, kata ibu aku kepada kawannya. Kemudian ibu aku suruh si Lily ni masuk tidur. Ibu aku tak nak ambil risiko pergi tandas untuk tengok apa yang Lily katakan tadi. Walaupun ibu aku memang dah lali dengan kejadian macam ni namun perasaan seram dan takut tetap ada. Selepas semua pesakit sudah masuk tidur, ibu aku dan kawannya berbual-bual sambil mengawasi setiap pesakit diamping untk menalihkan fikiran terhadap perkara yang boleh mengganggu jiwa.
Dah sembang agak lama, tiba-tiba rasa laparlah pula. Fikir punya fikir nak makan apa, akhirnya ibu aku pilih untuk order burger. Order cod je la. Tapi dah nak dekat setengah jam, si abang burger ni tak sampai-sampai jugak. Ibu aku pun dengan marahnya bercampur rasa lapar menelefon semula abang burger tu. Abang burger tu tanya nama wad ibu aku untuk confirmkan balik. Sebab dia kata dia dah pergi wad ibu aku. Tapi, ada sorang ‘staff nurse’ duduk kat depan pagar dan kata mereka tak ada order burger. Ibu aku yang dengar, mula rasa seram. Ibu dah rasa lain semacam je. Berdiri bulu roma. Badan mula meremang sebab malam tu, cuma ibu aku dan Ayu saja yang bekerja. Jadi, siapa sorang lagi tu? Ibu mulalah bermain-main dengan seribu peroalan di benaknya.
Ibu aku pun suruh abang burger tu hantar jugak burger yang ibu aku order. Kali ni, ibu aku tunggu depan pagar. Tunggu punya tunggu, akhirnya abang burger sampai. Abang burger tu macam dalam keadaan tergopoh-gapah dan ketakutan. MUka dah pucat. Ibu aku kesian juga melihat keadaannya. Waktu ibu aku dapat burger tu, burger tu pun dah sejuk! Maksudnya abang burger tu dah lama buat burger tu. Selepas beberapa hari, baru ibu aku dapat tau yang sebenarnya waktu abang burger tu datang wad ibu aku untuk hantar burger, ada sorang ‘staffnurse’ jalan mundar-mandir dekat depan pagar. Abang burger tu pulak pergi tegur ‘staffnurse’ tu. Ye lah sebab dia ingatkan ‘staffnurse’ tu tunggu burger. Tapi ‘staffnurse’ tu pandang dan gelengkan kepala sahaja. Riak wajah ‘staffnurse’ ? Aku tak dapat gambarkan. Tapi ‘staffnurse’ tu berpakaian macam nurse dulu-dulu. Pakai skirt. Tulah yang membuatkan ibu aku pelik, sebab sekarang ni mana ada nurse pakai skirt dekat wad tu. Tambahan pulak, nurse-nurse kat hospital ni diwajibkan pakai seluar. Jadi siapa yang sambut kedatangan abang burger tu? Siapa pulak yang menyerupai Karumalai? Persoalan itu memang tau-tau je lah jawapannya. Baiklah sampai sini je perkongsian aku. Maaflah kalau cerita ini tak menarik. Diharapkan HZONE BLOG sudi untuk siarkan cerita aku ni.
-TAMAT-

233. WAJAH BERUBAH MENJADI NENEK

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : WAJAH BERUBAH MENJADI NENEK
KARYA : MARYAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940233
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Assalammualaikum semua. Maaf agak lambat aku nak buat sambungan ni. Masih banyak gangguan yang aku terpaksa lalui , disebabkan oleh manusia yang tidak takut dengan azab akhirat. Korang yang baru baca post aku ni boleh cari balik tajuk ANGKARA MINYAK DAGU DAN ABU MAYAT. Kisah kali ni bukanlah sambungan kisah pertama, tapi kisah baru di rumah baru pulak. Dan sebelum aku mulakan aku nak ucap terima kasih kepada yang memberi komen haritu. Aku akan cuba perbaiki penulisan aku yang masih mentah dalam dunia penceritaan ni. Aku hargai nasihat tersebut.
Disember 2018
Alhamdulillah setelah beberapa bulan aku di rumah ibu ayah , akhirnya suami aku jumpa rumah sewa baru untuk kami. Kali ni kami lebih berhati2 sebelum membuat persetujuan untuk pindah masuk di rumah baru kami.
Hari ketiga
Kami baru sempat kemas bilik utama , ruang tamu , bilik air. Dan masih berkotak2 lagi yang menunggu untuk dikemaskan di bilik sebelah. Malam ketiga baru la aku dapat tido lena. Anak aku pun tak kena apa2 gangguan dari hari pertama kami pindah masuk.
Pada malam nya , sebaik sahaja aku pejam mata untuk tido. Aku ternampak susuk tubuh dua orang perempuan berbaju putih lusuh dan baju kelabu lusuh, seolah2 terapung tinggi sambil melihat ke arah aku. Aku masih tak dapat lupakan keadaan benda yang aku nampak tu seperti ditiup angin , baju mereka melambai2 ditiup angin kuat.
Aku istighfar banyak kali dan baca surah2 sebelum tido. Alhamdulillah sehingga malam seterusnya aku tak nampak lagi kelibat benda2 tu. Orang kata aku berani, dah nampak pun masih tenang. Ye memang betul. Pada aku benda2 tu ghaib dia tak boleh terkam kita macam mana zombie , dinosaur dan alien terkam mangsa dorang sambil mengejar laju dan mengokak anggota badan mangsa. Aku memang takut tiga benda ni.
Aku mulakan rutin harian sebagai suri rumah dan mama kepada baby aku seperti biasa. Tapi makin lama makin kelam kabut rutin aku dibuatnya, bila anak aku tak boleh jauh dari aku walau hanya 5 tapak. Semakin runsing aku dibuatkan bila anak aku mula menangis macam kena pukul. Orang kata normal anak kecik besar tu nak melekat dengan mama dia. Aku positive kan diri , takpe anak aku nak manja2. Aku dukung anak aku sana sini dalam rumah.
Episod bermula
2019
Aku sering bergaduh dengan suami aku. Bergaduh seolah2 masing2 dah tiada hati dan perasaan. Perasaan benci semakin membara dalam diri aku. Suami aku? Allah je yang tahu isi hati dia. Pantang silap sikit mesti melenting. Tak aku yang mulakan , suami aku yang mulakan pergaduhan.
Aku benci melihat wajah suami sendiri setiap kali di ada depan mata aku. Sampai aku rasa nak lari dari rumah. Aku taknak dekat dengan dia. Aku nak berpisah dengan dia. Dan ada masa sampai aku rasa nak b***h diri, nak lari jauh duduk kat planet lain , nak duduk alam bunian. Aku cerita semua ni pada kakak aku. Kakak aku pun macam aku jugak , misteri sikit. Dia dapat detect benda2 tak elok. Pesan kakak aku ringkas. “Pergi lah berubat jangan lengahkan”.
Setiap kali aku terima pesanan kakak aku tu. Mesti aku lupa, seperti ditiup angin kata2 tu terus lesap tidak bersisa. Langsung aku tak endahkan. Pada aku, dah kenapa nak kena berubat ini hal rumahtangga.
Setiap hari aku akan lalui perkara yang sama. Benci tengok suami sendiri , rasa nak lari , anak aku tak boleh jauh dari aku. Jiwa aku semakin tersiksa. Aku rasa benci nak hidup. Lebih baik aku m**i. Aku dah malas nak fikir pasal keluarga dan anak aku. Aku nak tinggalkan semua.
July 2019
Seperti kebiasaannya aku akan bangun pagi sediakan sarapan pagi untuk suami aku. Tapi kali ni tidak. Aku rasa lebih selesa tido dan bermalas2an di atas katil. Aku penat dan malas nak buat apa2. Semuanya seperti terpaksa. Badan aku semakin lemah. Seperti aku sedang sakit. Aku tak pedulikan semua tu , pada aku mungkin kesan deperesi melampau dengan apa yang sedang aku lalui.
12 ogos 2019
Jam 10pagi ke atas
Tiba2 je aku rasakan badan aku semakin membongkok. (Sebenarnya dah lama aku rasa cuma harini makin jelas). Kulit aku semakin kering seolah2 mengecut. Badan aku semakin tak bermaya. Aku berjalan pun membongkok macam orang kurang kalsium. Aku teliti setiap inci wajah aku di dalam cermin. Jelas ketara garisan halus kedutan di keliling pipi dan bibir.
Aku: omg kenapa macam orang tua ni. Ish kenapa ada kedut2 ni. Ya allah teruknya muka aku. Makin benci la laki aku kat aku kalau macam ni.
Suami aku sendiri aku perasan, dia tak pandang muka aku bila bercakap. Buruk sangat nampaknya aku ni. Dalam solat , terdetik hati aku nak mintak petunjuk dari allah s.w.t. Siap berdoa , aku baca2 sikit sambil menepuk2 dan mengurut bahagian belakang aku dari tengkuk hingga bahu. Terasa agak lenguh dan sengal2. Tak tau la nak terangkan macam mana lagi rasa macam tak selesa.
Kebetulan, kakak aku tido di KL sebab suami dia ada kerja di KL. Aku sempat lepak2 dengan kakak aku. Dia kerap cakap muka aku buruk macam orang tua. Memang kami bergurau kasar. Tapi kali ni aku tak boleh terima. Sebab aku dah nampak garisan halus kedutan haritu. Sekali lagi kakak aku ajak aku balik ikut dia untuk berubat. Kali ni aku akur memandangkn aku dengan suami aku masih tegang.
Sabtu
Suami aku benarkan aku ikut kakak aku balik kampung. Aku bersiap dan terus keluar rumah bawak anak aku sekali. Sepanjang perjalanan kami tak cerita apa2 tentang apa yang aku lalui. Hanya borak kosong.
Ahad
8pagi
Kami bersiap awal pagi untuk pergi berubat. Sebab rumah makcik tu setiap hari fullhouse. Tapi kali ni kami datang takde orang. Hanya kami sahaja yang ada. Setiba sahaja kereta kami di halaman rumah tukang ubat , kepala aku terus sakit. Aku fikirkan normal.
Kami: Assalammualaikum…
Makcik: Waalaikummussalam, lama tak jumpa (sambil mengukir senyuman manis seperti selalu). Ado apo kakak datang kali ni? Bisnes ok?
Kakak: okay makcik alhamdulillah, ni adik saya ni makcik ada masalah sikit. Muka dia macam orang tua. Hahahaha
Makcik: apo kakak cakap macam tu. Lawa jaa. Meh sini kakngah makcik nak tengok.
Aku: (berdiri dan duduk di hadapan makcik tu sambil memulakan cerita) *salam
Makcik macam ni saya selalu bergaduh dengan suami saya gaduh tahap teruk kalini. Rasa dah takde hati dah. Suami saya pun mcm tu jugak nampaknya, dah takde hati dengan saya. Pandang pun tak.
Makcik: kakngah bagi gambar suami kakngah makcik nak tengok. Tak pernah tengok. Hensem ke orangnya hehehe.
Aku:. (Menghulurkan telefon bimbit pada makcik tu.) Ni makcik.
Makcik: uiiii kakngahhhh teruk laki kakngah kena niiii (sambil laju tangan makcik tu mencapai sesuatu di dalam bungkusan plastik yang di letak dibelakangnya) teruk laki kakngah ni kejap deh bagi makcik ubat dulu kita buang dulu.
Jantung aku terus berdebar laju. Badan dah sejuk tapak kaki macam pijak ais sedangkan cuaca waktu tu agak panas.
Makcik: (tangannya pantas mengukir bentuk orang pada seketul tanah liat) orey hok buat ni dio sakit hati, dio bagi kak ngah dengan laki kakngah gaduh ja , panas dalam rumah. Dia buat laki kakngah jadi tak suko kt kakngah, jadi tkdok hati, nafsu pun takdok. Bisnes kakngah pun dio ganggu. Tak bagi kakngah jadi kaya.
Aku: betul la tu makcik. Memang macam tu keadaan kami. Dah lama kami tak bersama. Macam takde hati dah. Bisnes pulak semakin teruk.
Makcik: iye memang di nok buat kakngah berpisah. Bagi anak kakngah makcik nak ubat sikit deh. Anok pun terkena jugak.
Aku: (letakkan anak aku di atas riba makcik tu) patutla dia asek menangis makcik. Tk boleh jauh langsung. Nak buat kerja pun susah.
Makcik: ha sini kakngah pulok.
Aku: (duduk membelakangi makcik tu)
Sesi mengubati aku pun bermula. Agak lama sebenarnya. Dan kepala aku semakin sakit. Selesai je berubat aku memusingkn semula badan aku menghadap makcik tu. Berpeluh2 makcik tu aku tengok sedangkan bilik tu tak panas.
Makcik: dio buat kakngah jadi malas, jadi tak larat sokmo.
Aku: ye makcik dah lama jugak ni rasa malas je. Lepastu saya mimpi d***h keluar dari mata. Lepastu keluar pulak dari hidung. Elok je berhenti, keluar pulak kat mulut banyak sangat makcik.
Makcik: dio nok buat kakngah sakit teruk. Tp makcik dah buang dah. Takdo apo dah.
Aku: alhamdulillah terima kasih makcik.
Kalau dengan makcik ni memang dia akan buat air kat pesakit dia. So aku dapatla air untuk minum dan mandi bagi menghilangkan sisa2 benda yang orang buat tu.
12tengahari
Kami menuju pulak ke rumah seorang lagi makcik yang kami selalu jumpa untuk berubat. Kenapa selalu? Mesti pembaca tertanya2. Mungkin ini cara allah s.w.t uji keluarga kami. Kerap orang hantar macam2 sebab dengki dan sebagainya.
Aku , kakak dan abang ipar : assalammualaikum…. Hai cik jah lama tak singgah. Sihat ke?
Cik jah: sihat alhamdulillah (senyum tak oernaht hilang dari wajahnya dari mula kami berubat) ha ni sape pulak yang nak berubat.
Kakak: ni adik sy ni cik jah. Ada masalah dengan laki dia. Lepastu tolong tengok muka dia mcm org tua. Hahahaha (sekali lagi kakak aku ckp benda sama)
Actually makcik ni orang kelantan jugak. Aku tak reti nak taip cara orang kelantan cakap.
Cik jah: (membaca sesuatu sambil memejamkan mata)ado orei hatar ni kakngah. Orei tino. Dio kenal2 dengan suami kakngah. Dio sakit hati, dio nok ke laki kakngah.
Aku dan kakak aku sambil weiiii seram sey. Macam tau je siapa.
Aku: jap cik jah dia ni ke? (Aku tunjuk gambar orang yang aku syak tu pada cik jah).
Cik jah: hooo dio ni. Dio dok buat suami kak ngah jadi benci kat kak ngah, jadi tak dok nafsu , jadi panah ja bilo tengok muko. Ado banyok benda dio dok hatar. Kat suami kak ngah , kat kak ngah , rumah kak ngah.
Aku dah seram bila sebut kat rumah. Dah la baru nak merasa tenang dan aman. Please la. Not againnnnnn.
Aku: (nada terkejut) benda apa dia hantar cik jah???
Cik jah: dio hatar orei tino tuo dok duduk alik belakang kakngah. Jadi muko napok tuo ja. Orei tino tuo tu muko buruk sebelah. Dok bagi kak ngah jadi letih , jadi penat, jadi malas.
Aku: ya allah betul sgt cik jah memang sy ada rasa mcm tu. Sy ingtkn sy tak sihat atau stress.
Cik jah: tadi masa kak ngah sapa, mata kuyu ja macam orei sakit. Ni segar dah ha. Nampak terang sikit mato.
Memang selama apa yang aku lalui mata pun rasa layu je tk boleh nak bukak besar. Orang tua korang tengokla mata layu je. Macam tu la keadaan aku.
Cik jah: hok tu dah buang dah. Suami kak ngah pulak jadi malas , tak fokus , badan sakit2 , suko marah2.
Selesai dia buang benda kat aku dengan suami aku. Tinggal part kat rumah pulak.
Aku: cik jah yg rumah tu macam mana?
Tiba2 cik jah sengih2 sambil gosok2 tangannya yang meremang.
Cik jah: dio ado ni. Dok belakang ni.
Okay aku dah seram kat sini. Tapi sebab aku tak nampak so aku buat tak tau jela.
Cik jah: dio tak buat kacau dalam rumah. Dio dok kat lua. Jadi bilo suami kakngah melangkah masuk rumah suami kakngah jadi panas kat kakngah , jadi benci kat kakngah.
Dalam hati aku masa tu ” choiii dok luar pun semacam dia punya seram wei ” . Cik jah macam taknk buang benda tu. Sebab dia ganas sikit. Selagi tak usik kami cik jah tak buang.
Aku: tak boleh buang ke cik jah. Sy tak sanggup nak gaduh lagi dah. Lama sangat hahahahahah. Ada apa2 kena bawak ke?
Cik jah: metar deh (bentar ke sebentar ke tah aku tk reti nk eja)
….kak ngah tulis ni cik jah sebut. Pengeras dio,
– Duit RM199.90
– Bekas putih
– Kain putih
– Lilin
– Benang
Untuk orang yang tak tau kenapa dia mintak pengeras. Pengeras ni benda yang tok bomoh tu mintak kat orang yang buat aku tu. Benda yang sama jugak cik jah mintak aku bawak untuk pulang/buang semula benda tu.
Keesokan harinya aku datang semula ke rumah cik jah. Rawatan dilakukan seperti biasa. Segala benda yang perlu dibawa tu sudah cik jah ikat sekali dengan jin yang dihantar pada aku. Aku diminta untuk membuang barang2 tu ke dalam sungai. Pergilah kau jauh dari ku seperti sungai yang mengalir deras.
Alhamdulillah semua selesai. Suami aku pun berubah lepastu. Semuanya kehendak allah s.w.t.
Semasa aku taip sambungan kisah ni. Adalah selepas beberapa bulan kisah pertama aku dikeluarkan ( minyak dagu dan abu mayat ). Masih ada perkara dasyat yang berlaku pada aku. Perkara yang tidak disangka2.
Aku akan coret lagi sambungan episod lain. Terima kasih kepada pembaca yang sudi baca sehingga habis.
Assalammualaikum semua. Maaf agak lambat aku nak buat sambungan ni. Masih banyak gangguan yang aku terpaksa lalui , disebabkan oleh manusia yang tidak takut dengan azab akhirat. Korang yang baru baca post aku ni boleh cari balik tajuk ANGKARA MINYAK DAGU DAN ABU MAYAT. Kisah kali ni bukanlah sambungan kisah pertama, tapi kisah baru di rumah baru pulak. Dan sebelum aku mulakan aku nak ucap terima kasih kepada yang memberi komen haritu. Aku akan cuba perbaiki penulisan aku yang masih mentah dalam dunia penceritaan ni. Aku hargai nasihat tersebut.
Disember 2018
Alhamdulillah setelah beberapa bulan aku di rumah ibu ayah , akhirnya suami aku jumpa rumah sewa baru untuk kami. Kali ni kami lebih berhati2 sebelum membuat persetujuan untuk pindah masuk di rumah baru kami.
Hari ketiga
Kami baru sempat kemas bilik utama , ruang tamu , bilik air. Dan masih berkotak2 lagi yang menunggu untuk dikemaskan di bilik sebelah. Malam ketiga baru la aku dapat tido lena. Anak aku pun tak kena apa2 gangguan dari hari pertama kami pindah masuk.
Pada malam nya , sebaik sahaja aku pejam mata untuk tido. Aku ternampak susuk tubuh dua orang perempuan berbaju putih lusuh dan baju kelabu lusuh, seolah2 terapung tinggi sambil melihat ke arah aku. Aku masih tak dapat lupakan keadaan benda yang aku nampak tu seperti ditiup angin , baju mereka melambai2 ditiup angin kuat.
Aku istighfar banyak kali dan baca surah2 sebelum tido. Alhamdulillah sehingga malam seterusnya aku tak nampak lagi kelibat benda2 tu. Orang kata aku berani, dah nampak pun masih tenang. Ye memang betul. Pada aku benda2 tu ghaib dia tak boleh terkam kita macam mana zombie , dinosaur dan alien terkam mangsa dorang sambil mengejar laju dan mengokak anggota badan mangsa. Aku memang takut tiga benda ni.
Aku mulakan rutin harian sebagai suri rumah dan mama kepada baby aku seperti biasa. Tapi makin lama makin kelam kabut rutin aku dibuatnya, bila anak aku tak boleh jauh dari aku walau hanya 5 tapak. Semakin runsing aku dibuatkan bila anak aku mula menangis macam kena pukul. Orang kata normal anak kecik besar tu nak melekat dengan mama dia. Aku positive kan diri , takpe anak aku nak manja2. Aku dukung anak aku sana sini dalam rumah.
Episod bermula
2019
Aku sering bergaduh dengan suami aku. Bergaduh seolah2 masing2 dah tiada hati dan perasaan. Perasaan benci semakin membara dalam diri aku. Suami aku? Allah je yang tahu isi hati dia. Pantang silap sikit mesti melenting. Tak aku yang mulakan , suami aku yang mulakan pergaduhan.
Aku benci melihat wajah suami sendiri setiap kali di ada depan mata aku. Sampai aku rasa nak lari dari rumah. Aku taknak dekat dengan dia. Aku nak berpisah dengan dia. Dan ada masa sampai aku rasa nak b***h diri, nak lari jauh duduk kat planet lain , nak duduk alam bunian. Aku cerita semua ni pada kakak aku. Kakak aku pun macam aku jugak , misteri sikit. Dia dapat detect benda2 tak elok. Pesan kakak aku ringkas. “Pergi lah berubat jangan lengahkan”.
Setiap kali aku terima pesanan kakak aku tu. Mesti aku lupa, seperti ditiup angin kata2 tu terus lesap tidak bersisa. Langsung aku tak endahkan. Pada aku, dah kenapa nak kena berubat ini hal rumahtangga.
Setiap hari aku akan lalui perkara yang sama. Benci tengok suami sendiri , rasa nak lari , anak aku tak boleh jauh dari aku. Jiwa aku semakin tersiksa. Aku rasa benci nak hidup. Lebih baik aku m**i. Aku dah malas nak fikir pasal keluarga dan anak aku. Aku nak tinggalkan semua.
July 2019
Seperti kebiasaannya aku akan bangun pagi sediakan sarapan pagi untuk suami aku. Tapi kali ni tidak. Aku rasa lebih selesa tido dan bermalas2an di atas katil. Aku penat dan malas nak buat apa2. Semuanya seperti terpaksa. Badan aku semakin lemah. Seperti aku sedang sakit. Aku tak pedulikan semua tu , pada aku mungkin kesan deperesi melampau dengan apa yang sedang aku lalui.
12 ogos 2019
Jam 10pagi ke atas
Tiba2 je aku rasakan badan aku semakin membongkok. (Sebenarnya dah lama aku rasa cuma harini makin jelas). Kulit aku semakin kering seolah2 mengecut. Badan aku semakin tak bermaya. Aku berjalan pun membongkok macam orang kurang kalsium. Aku teliti setiap inci wajah aku di dalam cermin. Jelas ketara garisan halus kedutan di keliling pipi dan bibir.
Aku: omg kenapa macam orang tua ni. Ish kenapa ada kedut2 ni. Ya allah teruknya muka aku. Makin benci la laki aku kat aku kalau macam ni.
Suami aku sendiri aku perasan, dia tak pandang muka aku bila bercakap. Buruk sangat nampaknya aku ni. Dalam solat , terdetik hati aku nak mintak petunjuk dari allah s.w.t. Siap berdoa , aku baca2 sikit sambil menepuk2 dan mengurut bahagian belakang aku dari tengkuk hingga bahu. Terasa agak lenguh dan sengal2. Tak tau la nak terangkan macam mana lagi rasa macam tak selesa.
Kebetulan, kakak aku tido di KL sebab suami dia ada kerja di KL. Aku sempat lepak2 dengan kakak aku. Dia kerap cakap muka aku buruk macam orang tua. Memang kami bergurau kasar. Tapi kali ni aku tak boleh terima. Sebab aku dah nampak garisan halus kedutan haritu. Sekali lagi kakak aku ajak aku balik ikut dia untuk berubat. Kali ni aku akur memandangkn aku dengan suami aku masih tegang.
Sabtu
Suami aku benarkan aku ikut kakak aku balik kampung. Aku bersiap dan terus keluar rumah bawak anak aku sekali. Sepanjang perjalanan kami tak cerita apa2 tentang apa yang aku lalui. Hanya borak kosong.
Ahad
8pagi
Kami bersiap awal pagi untuk pergi berubat. Sebab rumah makcik tu setiap hari fullhouse. Tapi kali ni kami datang takde orang. Hanya kami sahaja yang ada. Setiba sahaja kereta kami di halaman rumah tukang ubat , kepala aku terus sakit. Aku fikirkan normal.
Kami: Assalammualaikum…
Makcik: Waalaikummussalam, lama tak jumpa (sambil mengukir senyuman manis seperti selalu). Ado apo kakak datang kali ni? Bisnes ok?
Kakak: okay makcik alhamdulillah, ni adik saya ni makcik ada masalah sikit. Muka dia macam orang tua. Hahahaha
Makcik: apo kakak cakap macam tu. Lawa jaa. Meh sini kakngah makcik nak tengok.
Aku: (berdiri dan duduk di hadapan makcik tu sambil memulakan cerita) *salam
Makcik macam ni saya selalu bergaduh dengan suami saya gaduh tahap teruk kalini. Rasa dah takde hati dah. Suami saya pun mcm tu jugak nampaknya, dah takde hati dengan saya. Pandang pun tak.
Makcik: kakngah bagi gambar suami kakngah makcik nak tengok. Tak pernah tengok. Hensem ke orangnya hehehe.
Aku:. (Menghulurkan telefon bimbit pada makcik tu.) Ni makcik.
Makcik: uiiii kakngahhhh teruk laki kakngah kena niiii (sambil laju tangan makcik tu mencapai sesuatu di dalam bungkusan plastik yang di letak dibelakangnya) teruk laki kakngah ni kejap deh bagi makcik ubat dulu kita buang dulu.
Jantung aku terus berdebar laju. Badan dah sejuk tapak kaki macam pijak ais sedangkan cuaca waktu tu agak panas.
Makcik: (tangannya pantas mengukir bentuk orang pada seketul tanah liat) orey hok buat ni dio sakit hati, dio bagi kak ngah dengan laki kakngah gaduh ja , panas dalam rumah. Dia buat laki kakngah jadi tak suko kt kakngah, jadi tkdok hati, nafsu pun takdok. Bisnes kakngah pun dio ganggu. Tak bagi kakngah jadi kaya.
Aku: betul la tu makcik. Memang macam tu keadaan kami. Dah lama kami tak bersama. Macam takde hati dah. Bisnes pulak semakin teruk.
Makcik: iye memang di nok buat kakngah berpisah. Bagi anak kakngah makcik nak ubat sikit deh. Anok pun terkena jugak.
Aku: (letakkan anak aku di atas riba makcik tu) patutla dia asek menangis makcik. Tk boleh jauh langsung. Nak buat kerja pun susah.
Makcik: ha sini kakngah pulok.
Aku: (duduk membelakangi makcik tu)
Sesi mengubati aku pun bermula. Agak lama sebenarnya. Dan kepala aku semakin sakit. Selesai je berubat aku memusingkn semula badan aku menghadap makcik tu. Berpeluh2 makcik tu aku tengok sedangkan bilik tu tak panas.
Makcik: dio buat kakngah jadi malas, jadi tak larat sokmo.
Aku: ye makcik dah lama jugak ni rasa malas je. Lepastu saya mimpi d***h keluar dari mata. Lepastu keluar pulak dari hidung. Elok je berhenti, keluar pulak kat mulut banyak sangat makcik.
Makcik: dio nok buat kakngah sakit teruk. Tp makcik dah buang dah. Takdo apo dah.
Aku: alhamdulillah terima kasih makcik.
Kalau dengan makcik ni memang dia akan buat air kat pesakit dia. So aku dapatla air untuk minum dan mandi bagi menghilangkan sisa2 benda yang orang buat tu.
12tengahari
Kami menuju pulak ke rumah seorang lagi makcik yang kami selalu jumpa untuk berubat. Kenapa selalu? Mesti pembaca tertanya2. Mungkin ini cara allah s.w.t uji keluarga kami. Kerap orang hantar macam2 sebab dengki dan sebagainya.
Aku , kakak dan abang ipar : assalammualaikum…. Hai cik jah lama tak singgah. Sihat ke?
Cik jah: sihat alhamdulillah (senyum tak oernaht hilang dari wajahnya dari mula kami berubat) ha ni sape pulak yang nak berubat.
Kakak: ni adik sy ni cik jah. Ada masalah dengan laki dia. Lepastu tolong tengok muka dia mcm org tua. Hahahaha (sekali lagi kakak aku ckp benda sama)
Actually makcik ni orang kelantan jugak. Aku tak reti nak taip cara orang kelantan cakap.
Cik jah: (membaca sesuatu sambil memejamkan mata)ado orei hatar ni kakngah. Orei tino. Dio kenal2 dengan suami kakngah. Dio sakit hati, dio nok ke laki kakngah.
Aku dan kakak aku sambil weiiii seram sey. Macam tau je siapa.
Aku: jap cik jah dia ni ke? (Aku tunjuk gambar orang yang aku syak tu pada cik jah).
Cik jah: hooo dio ni. Dio dok buat suami kakngah jadi benci kat kak ngah, jadi takdok nafsu , jadi panah ja bilo tengok muko. Ado banyok benda dio dok hatar. Kat suami kakngah , kat kak ngah , rumah kak ngah.
Aku dah seram bila sebut kat rumah. Dah la baru nak merasa tenang dan aman. Please la. Not againnnnnn.
Aku: (nada terkejut) benda apa dia hantar cik jah???
Cik jah: dio hatar orei tino tuo dok duduk alik belakang kakngah. Jadi muko napok tuo ja. Orei tino tuo tu muko buruk sebelah. Dok bagi kak ngah jadi letih , jadi penat, jadi malas.
Aku: ya allah betul sgt cik jah memang sy ada rasa mcm tu. Sy ingtkn sy tak sihat atau stress.
Cik jah: tadi masa kak ngah sapa, mata kuyu ja macam orei sakit. Ni segar dah ha. Nampak terang sikit mato.
Memang selama apa yang aku lalui mata pun rasa layu je tk boleh nak bukak besar. Orang tua korang tengokla mata layu je. Macam tu la keadaan aku.
Cik jah: hok tu dah buang dah. Suami kak ngah pulak jadi malas , tak fokus , badan sakit2 , suko marah2.
Selesai dia buang benda kat aku dengan suami aku. Tinggal part kat rumah pulak.
Aku: cik jah yg rumah tu macam mana?
Tiba2 cik jah sengih2 sambil gosok2 tangannya yang meremang.
Cik jah: dio ado ni. Dok belakang ni.
Okay aku dah seram kat sini. Tapi sebab aku tak nampak so aku buat tak tau jela.
Cik jah: dio tak buat kacau dalam rumah. Dio dok kat lua. Jadi bilo suami kakngah melangkah masuk rumah suami kakngah jadi panas kat kakngah , jadi benci kat kakngah.
Dalam hati aku masa tu ” choiii dok luar pun semacam dia punya seram wei ” . Cik jah macam taknk buang benda tu. Sebab dia ganas sikit. Selagi tak usik kami cik jah tak buang.
Aku: tak boleh buang ke cik jah. Sy tak sanggup nak gaduh lagi dah. Lama sangat hahahahahah. Ada apa2 kena bawak ke?
Cik jah: metar deh (bentar ke sebentar ke tah aku tk reti nk eja)
….kak ngah tulis ni cik jah sebut. Pengeras dio,
– Duit RM199.90
– Bekas putih
– Kain putih
– Lilin
– Benang
Untuk orang yang tak tau kenapa dia mintak pengeras. Pengeras ni benda yang tok bomoh tu mintak kat orang yang buat aku tu. Benda yang sama jugak cik jah mintak aku bawak untuk pulang/buang semula benda tu.
Keesokan harinya aku datang semula ke rumah cik jah. Rawatan dilakukan seperti biasa. Segala benda yang perlu dibawa tu sudah cik jah ikat sekali dengan jin yang dihantar pada aku. Aku diminta untuk membuang barang2 tu ke dalam sungai. Pergilah kau jauh dari ku seperti sungai yang mengalir deras.
Alhamdulillah semua selesai. Suami aku pun berubah lepastu. Semuanya kehendak allah s.w.t.
Semasa aku taip sambungan kisah ni. Adalah selepas beberapa bulan kisah pertama aku dikeluarkan ( minyak dagu dan abu mayat ). Masih ada perkara dasyat yang berlaku pada aku. Perkara yang tidak disangka2.
Aku akan coret lagi sambungan episod lain. Terima kasih kepada pembaca yang sudi baca sehingga habis.
-TAMAT-

234. PENUNGGU SEBELAH

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : PENUNGGU SEBELAH
KARYA : ASH JALIL
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940234
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Assalamuaalaikum w.b.t dan selamat malam buat pembaca ruangan HZONE BLOG.Nama aku Ash aku antara penggemar cerita² seram/thriller semua before this gua follow creepyposta je kat wattpad.Ruangan HZONE BLOG ni aku baru follow je sebab baru tau.Baca punya baca cerita smua² best.Memang setiap hari aku tunggu la cerita baru kat Fs ni kan.Dah best baca terasa nak share jugak la kan pengalaman sendiri even tak seram mana
Okay okay jom mula cerita , (sambil type sambil kunyah jigs haha)
Aku dengan family aku ni kalau balik kampung memang jarang menginap rumah tok kat kulim bukannya apa almaklum adik beradik ayah aku ramai bilik tak banyak so setiap kali balik memang akan sewa homestay selalunya kitorang sewa homestay berdekatan je.Jadi dah kenal pun dengan pemiliknya.Aku panggil dia Pak Haji je sebabnya memang dia perkenalkan diri dia gitu
Makanya nak dijadikan cerita aku pun contact la pak haji ni nak book homestay nak balik kulim sembang² sikit tanya kabo aku suarakan hasrat nak sewa homestay dia macam selalu kali ni nak yang beso sikit pasalnya datang ramai kali ni.Dah pulak Pak Haji ni cakap homestay area kitorang selalu sewa dah penuh pastu dia rekomenkan homestay dia satu lagi jauh sikit dari area rumah tok maka sebab dah terbiasa berurusan homestay dengan dia kitorang pun setuju je la
Bermula kisahnya di sini, Lebih kurang 10 minit tunggu Pak Haji kat kawasan ptronas dia pun sampai.Selesai penyerahan kunci dan pembayaran kitorang pun mintak jasa baik Pak Haji tunjukkan jalannya pasal tak tahu kat mana.
Lama jugak perjalanan ke sana 20 minit dalam keta aku dengan ayah aku dah rasa pelik asal la anak Pak Haji bawak macam nak pergi drift makin lama makin laju.Ayah pun dah jadi terkocoh-kocoh nak kejar keta si anak Pak Haji ni.Dekat satu persimpangan kawasan yang nampaknya macam hutan gua dah rasa semacam tatau apahal kan sejuk pun dah rasa sampai ke tulang aku rasa kawasan tuwh macam ‘something’ sangat aku dah perasan ada ‘benda’ tenggek atas pokok belah kanan aku aku diam je dalam hati recite ayat kursi akhirnya sampailah ke homestay yang dituju.
Sebabkan dah jauh malam kitorang sampai aku tak berapa nak perasan sebenarnya kawasan persekitaran.Sampai dekat homestay aku usya lawa je tempatnya elok semua penghuni macam ramai rumah sebelah banglo nampak tersergam indah.Masuk ja rumah basuh kaki semua semua pakat pilih bilik.Since ramai aku dengan adik aku decide tido sekali kitorang pilih bilik hujung sebab ada aircond haha.
Selesai kemas apa patut and solat duduk sembang dengan adik aku.Aku perasan ada sejadah jatuh dari penyidai aku bangun sidai semula kat tempat dia.Sambung sembang aku perasan jatuh lagi.Aku bangun g angkat aku mulanya fikir sejadah lincin sebab tuwh jatuh je.Kali keberapa jatuh aku g angkat gak tapi pegang sejadah tak lincin pong kat situ gua dah pelik gua bia je.(kononnya buat cam takde pape padahal dah berkocak jugak la kan jantung gua) Dalam berani tu takut ada la sikit tempat tak biasa kan haha.Tetiba datang otak nakal kitorang nak g kacau adik kitorang yang bongsu kononnya nak takutkan dia pagi² buta hahahaha(gelak jahat pasal tatau nak kena japgi)Planning la idea jahat kitorang.
Lewat 12 semua dah rasa lapa lak ayah aku kua beli makan.Masa ayah aku otw balik tu ada aku nampak ada ‘penyambut tetamu’ tak diundang kat lua pagar tu.Elok lampu moto ayah kelihatan terus lesap ‘benda’ tu
Around pukul 3 macamtuwh aku ngan adik aku tak tido g pasal tengah syiok dengar lagu best, online share cite bagai semua kat sini mula alkisahnya, tengah syiok sembang² kitorang dah dengar bunyi aneh kat luar tingkap bilik aku tau itu ‘sesuatu’ muka adik aku pun lain dah aku tak fikir apa aku terus bukak surah ruqyah memang aku ada simpan surah ni.Makin lama bunyinya makin deras aku pun dah naik seriau haha tapi gatal g bukak jugak tingkap tuwh sikit aku nampak ‘sesuatu’ tuwh betul² kat penjuru luar mencangkung pandang aku pulak tuwh haa ambik kau ketar dah aku.Adik aku dah lari g buat marathon ke ruang tamu.Aku boleyh pulak freeze kat situ tercengang beb.
Berapa saat pastu baru aku buat marathon jugak g ruang tamu hahaha bengong betul rasa nak tampo je muka sendiri laju² masa tuwh.Boleyh pulak kau buat freeze kat situ kalau dia terkam gua tak ke naya( masa tengah type ni pong ada je ‘pengacau’ bunyi pinggan la bagai nak kata kucing stor tuwh dah tutup habis dah haha berdiri bulu roma sat…aku kat rumah macam tau aku dok tulis genre macam kena nak buat kacau la tuwh tak guna betoi)
Sampai kat hall adik aku dah nak nangis cakap nak balik penang terus (hahahahaha memang aku gelak dalam takut tuwh habis dah lawak siot muka dia cakap nak balik penang) aku je tercungap-cungap yang lain tanya apehal aku malas cite karang yang lain takut sama susah aku cite kat mama.Mama pong terkedu(pangkat tok sebenanya sebabkan vogue aku panggil la mama haha)Dah okay sikit aku beranikan diri masuk bilik tu balik sebab nak amik fon aku(aduii geram boleh pulak dah tertinggal) Aku masuk dengan tak rela meremang bhai rasa nak taknak kena gak amik aku cepat² amik lari keluar.Terus tido lua bhahahaha
Cerita kitorang tak abis kat situ je dah elok nak lelap mata kat lua tu dya g main ‘cakar’² pulak dah dengan bunyinya aku daripada nak terlelap terus celik mata yang lain dah kalut dah mama suruh go on bukak ayat ruqyah aku bia je la..Aku bukak volume kuat sebab kat hall ramai aku tak seram sangatKesudahnya semua tido² ayam takut punya pasal.Taktau bila ‘Dia’ berhenti tau² je dah pagi.
Selesai mandi semua awal pagi kitorang bertolak g rumah tok.Masa kitorang kua rumah tu alangkah terkejutnya kitorang persekitarannya tak seperti yang semalam aku cakap ramai penghuni ada keta semua ni nampak lenggang kosong terus seolah tak ada sapa² hanya kitorang dan yang lagi terkejut banglo yang aku katakan tersergam indah tuwh jauh beno pandangan dengan semalam weyh nampak usang dan menyeramkan lampu lip lap yang aku nampak semalam pong seolah takde tergantung kat situ weyh berderau dah d***h aku bhai.
Petang tuwh masa tengah sedap hirup kopi o kaw dengan cucur aku cite la kat ayah aku pasal semalam (ayah n ibu tatau pasal diorang tido master bedroom) rupanya ayah aku pong nampak ‘penyambut tetamu’ tu n ‘sesuatu’ yang atas pokok tu.Baru ayah gitau sebenanya banglo dan kawasan tu memang sunyi n banglo tuwh sebenanya ada penuggu guess what?bilik yang gua tido dengan adik gua tu bilik DIA weyh patut la dia marah nau haduiii(ayah aku memang tau sikit bab ni) sebab masa kitorang sampai semalam ayah pong kepenatan jadi agak tak perasan sebelahnya.Paginya ayah kua baru ayah perasan suasana lain.Tu yang ayah tau.
Okay dah ngantuk habis dah cite gua sampai sini maaf kalau tak best mana tq pada yang baca
-TAMAT-

235. DIA BERDIRI DI HUJUNG KATIL AKU

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : DIA BERDIRI DI HUJUNG KATIL AKU
KARYA : WK
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940235
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Assalammualaikum, saya ingin cerita sedikit pengalaman sewaktu menjalankan latihan khidmat negara (PLKN) di salah sebuah kem di Penang pada tahun 2008.
Pada minggu pertama, tiada sebarang kejadian pelik yang berlaku. Tidak lama kemudian aku dapat rasakan sesuatu yang pelik. Setiap kali nak tidur aku akan rasa seperti seseorang sedang perhatikan aku. Aku fikir itu mungkin wirawati yang berjaga malam. Tapi cikgu sudah melarang wira atau wirawati yang berjaga malam masuk ke dalam dorm kompeni. dalam seminggu hampir 3 ke 4 kali aku rasakan perkara yang sama. Pada suatu hari aku tekadkan diri untuk lihat siapa yang selalu perhatikan aku. Sebab setiap kali perasaan tu datang aku akan pejamkan mata sekuat hati. kali ni aku tekad untuk bukak mata.
MasyaAllah seseorang sedang berdiri dihujung katil aku sambil merenung ke arah aku. Syukur dorm gelap gelita jadi aku tidak dapat melihat wajahnya. Oh ya, untuk pengetahuan katil aku dihujung sekali. Aku tidak pernah cerita pada sesiapa pun. Minggu ketiga ramai pelajar yang pulang tidak meneruskan latihan kerana masalah kesihatan dan sambung belajar jadi aku tukar katil ke katil tengah yang kosong. Alhamdulillah sudah tiada gangguan. Tapi….
Aku fikir lepas tiada gangguan aku sudah boleh menarik nafas lega. Rupanya aku silap. Suatu malam dalam anggaran 2-3 pagi aku tiba-tiba rasa nak membuang air. Aku kejutkan rakan aku di sebelah, ” Nah oo Nah teman aku pi toilet” rakan aku hanya mengeliat dan berkata “hang pi la sorang-sorang aku mengantuk laa”. Aku dah buntu, nak tahan tapi aku memang dah rasa tak boleh tahan lagi dah. Aku beranikan diri, keluar dorm jalan ke toilet yang terletak di hujung dorm bahagian luar. Belakang toilet hutan ya, memandangkan kem aku dalam hutan.
Sampai di toilet , aku pun masuk dalam bilik yang dah tersedia buka. (Dalam toilet ada 5 jamban, 5 bilik mandi, macam sekolah). Aku pun buang air tanpa tutup pintu. Tiba-tiba aku terdengar bunyi air di sinki. Aku tersenyum. Dalam hati berkata ” nak jugak Si Nah teman aku hehe”. Selesai membuang aku pun keluar.
Aku nampak Nah di sinki paling hujung tengah mengadap cermin sambil sikat rambut. Aku pun bersuara “sayang juga hang dekat aku Nah, aku tau hang mesti teman punya” . Nah cuma mendiamkan diri. Aku fikir mungkin dia mengantuk. Selesai basuh tangan aku ajak Nah masuk dorm.
Nah ikut, tapi perlahan sangat jalannya. Sampai dalam dorm aku bagaikan terpaku bila nampak Nah tengah sedap tidur dikatilnya sebelah aku. Aku terus pengsan sampai keesokkannya. Rakan-rakan aku tanya apa yang berlaku, aku cuma kata mungkin aku jatuh katil (nasib baik aku pengsan tepi katil). Seminggu aku demam. Seminggu juga aku tak bercakap dengan Nah. Nah fikir aku merajuk sebab dia tak temankan aku. Kenyataannya hanya aku, Allah dan makhluk tu sahaja yang tahu .
Terima kasih sudi membaca.
-TAMAT-

236. AKU PUN HANTU…!!!

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : AKU PUN HANTU…!!!
KARYA : SHAMSU IMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940236
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Salam kepada warga-warga HZONE BLOG. Izinkan aku perkenalkan diri aku sendiri. Aku Iman, seorang silent reader cerita-cerita di laman HZOEN BLOG ini. Kali ini aku ingin kongsikan sebuah kisah bagi tatapan pembaca setia HZONE BLOG.
Jam menunjukkan 12.30 tengah malam, aku keseorangan ditemani lagu-lagu jiwang karat menempuh perjalanan untuk pulang ke kampung halaman yang terletak di bahagian selatan tanah air. Disebabkan waktu kerja aku tamat agak lewat hari ini, perancangan aku untuk memulakan perjalanan aku ke kampung selepas waktu Magrib terbantut.
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan dan tidak ku sangka pada hari itu juga lah aku ditentukan untuk berhadapan dengan perkara-perkara ghaib.
Perjalanan ku lancar sahaja diatas lebuhraya yang menghubungkan KL ke selatan sehingga aku perlu keluar dari lebuhraya itu dan meneruskan perjalanan ku melalui jalan kampung. Di dalam perjalanan ku ini aku terpaksa melalui satu kawasan bukit yang bersimpang siur. Telah banyak ku dengar cerita-cerita mistik dari orang ramai termasuk saudara mara ku dan juga tidak ketinggalan dari pak cik Google serta blog mengenai kawasan yang aku bakal lalui ini. Tetapi aku tidak pernah ambil peduli pun sebab kebanyakan perjalanan aku selalunya sebelum tengah malam. Beberapa kali sahaja aku balik kampung pada tengah malam itu pun ketika waktu perayaan. Kereta ketika itu banyak di atas jalan jadi tidak lah sesunyi pada hari ini.
Setelah lebih kurang 15 minit memandu keluar dari lebuhraya, tiba lah aku di kawasan yang disebut-sebut orang ramai. Sedang aku leka bernyanyi keseorangan melayan lagu di radio, aku dihentikan dengan bauan yang entah dari mana datangnya. Hendak kata dari perfume kereta ku, memangjauh beza baunya. Bauan yang wangi dan lembut menusuk rongga hidungku. Setelah ku memandu lebih kurang 1 kilometer ke hadapan, tak kan kebelakang pula. Bauan tersebut bertukar menjadi bau busuk seperti bau bangkai. Dan ketika itu jugalah terus bulu tengkuk aku meremang dan badan ku menangis mengeluarkan peluh jantan ku.
Kiri Kanan kepala ku menoleh melihat cermin sisi dan cermin belakang kereta, mana lah tau ada yang menumpang. Ku masukkan CD ke dalam radio, maka bertukarlah dari lagu jiwang cintan ke bacaan ayat ayat Al-Quran. Ketika aku sedang focus memandu untuk keluar dari kawasan itu, datanglah sebuah lori dari arah depan dengan lampu tinggi yang dipansangnya. Disebabkan silau aku pun mengalihkan pandangan aku mengadap cermin pandang belakang.
Alangkah terkejutnya aku sambil menjerit nama Penciptaku ALLAH, aku terlihat seorang perempuan berada di seat belakang kereta ku.
Ia nya jelas kelihatan disebabkan pancaran sinaran lampu dari lori yang menghampiri kenderaan ku dari hadapan. Rambutnya yang tidak terurus, mukanya yang penuh dengan luka dan d***h seperti kulit disiat siat serta bergaya seperti mendukung anak yang baru lahir. Sah aku katakan Cik Pon telah menjadikan aku sebagai teksi untuk ia tumpang. Selesai sahaja lori dihadapan melintasi aku, apa lagi perlu ku tunggu. Ku tekan minyak sekuat hati ingin memecut meninggalkan kawasan tersebut. Tetapi apa kan daya, sekuat mana pun aku menekan minyak, ku lihat meter kereta ku hanyalah 60km/j. Aku pun mula membaca ayat Kursi agar ia menjadi pelindung diriku. Mulut ku kumat kamit membaca tetapi didalam hati ku bermacam macam sumpah menyumpah, carut mencarut menyuruh makhluk itu pergi.
Ku fikir ia hanya duduk diam-diam sahaja dibelakang tetapi ku tahu itu perkara mustahil yang akan berlaku. Aku menjadi kaku apabila ku merasakan ada hembusan angin meniup di leherku seperti seseorang sedang bernafas. Ku terasa ia menghampiri ku tetapi ku tidak sanggup untuk mengintai kebelakang apatah lagi untuk menoleh terus. Kepala aku jadi kaku seperti orang terseliuh leher. Berkali kali juga hembusan itu dilemparkan ke tengkuk ku. Perjalanan melalui kawasan itu yang selalunya hanya memakan masa lebih kurang 20 minit terasa lama bagiku pada hari itu. Aku terasa jalan di kawasan itu terasa amat jauh. Mungkinkah emosi aku yang diganggu itu membuatkan aku berfikir perjalanan aku di kawasan itu terlalu lama.
TIBA-TIBA sepasang tangan menerpa dan menutup mataku. Gelap seketika pandangan ku dan aku terpaksa brek mengejut untuk memberhentikan kenderaan. Sebaik sahaja berhenti, mataku kembali cerah semula tetapi perkara yang tidak enak pula yang terjadi, keretaku m**i sepenuhnya seperti telah rosak akibat brek mengejut tadi. Aku mula memaki hamun, mana tak nya dengan keadaan yang aku alami sekarang. Cik Pon duk bertengek kat belakang tak reti nak turun. Kawasan luar gelap gelita. Tiada kenderaan yang lalu lalang. Aku sudah terasa sedikit tertekan. Sedang aku menunggu sebuah kereta untuk melalui jalan itu untuk meminta bantuan, aku mempunyai keinginan untuk mengitai belakang kereta ku melalui cermin pandang belakang.
FUUUHHH..Aku menarik nafas lega seketika. Ku lihat Cik Pon sudah tiada dibelakang kereta ku. Mungkin dia sudah tercampak keluar sekali ketika aku brek mengejut tadi. Disebabkan kereta aku berhenti sepenuhnya, CD surah Al-Quran di radio tidak lagi kedengaran. Aku teruskan dengan bacaan ayat Kursi ku sehingga tibanya pertolongan dari hamba Allah yang boleh membantu ku. Selepas lebih kurang 15 minit, muncullah satu pancaran cahaya dari belakang kereta ku. Ku toleh kebelakang dan ku dapati ade sebuah kereta yang menghampiriku. Aku bergegas keluar untuk menahan kereta tersebut dan minta bantuan.
ALHAMDULILLAH..berhenti juga kereta tersebut. Ku lihat seorang pakcik tua yang memandu kereta itu berseorangan. Aku menjelaskan keadaan aku dan pakcik tersebut telah memberi bantuan untuk menghantarku terus ke kampungku. Katanya malam malam begini susah untuk baiki kereta yang telah rosak. Tambahan lagi kawasan situ gelap, jadi macam mana hendak baiki dalam keadaan begitu. Lalu aku pun mengambil barangku dan mengunci kereta ku dan dibiarkan tersadai ditepi jalan. Mungkin esok aku bersama orang tua ku kesini semula untuk mengambil kereta ku dan hantar ke bengkel .
Didalam perjalanan aku berborak santai bersama pakcik itu tanpa memikirkan akan terjadinya kejadian pelik. TETAPI AKU SILAP. Tiba pada satu soalan yang aku tujukan pada pakcik itu. ‘Pakcik tak takut ke memandu seorang tengah tengah malam ni. Dah la tempat ni keras sikit’. Dengan tenangnya pakcik tu jawab ‘nak takut pada apa..hantu, jembalang, jin,syaitan?? Pakcik tak takut pada mereka sebab pakcik pun HANTU!!!!’ sambil mencabut kepalanya dan gelak sekuat kuatnya. Aku terkejut yang teramat sehinggakan aku hilang kesedaran aku. Apa lagi jatuh pengsan la…
Aku mula sedar dan mendapati diriku berada di hospital. Orang tua ku berada disisi ku dikelilingi sanak saudara ku. Aku diberitahu aku telah terlibat didalam kemalangan dimana kereta ku telanh terjatuh kedalam gaung di kawasan tersebut dan aku telah tidak sedarkan diri selama 3 hari. Walaupun aku belum sedar sepenuhnya, otak aku telah pun mula berfikir. Bagaimana aku telah jatuh ke dalam gaung. Mungkinkah ketika mata aku ditutup. Tapi bagaimana pula dengan pakcik yang menumpangkan aku. Adakah dia yang menghumban ku kedalam gaung. Segalanya menjadi misteri sehingga hari ini.
Selepas kejadian itu aku menjadi lebih berhati hati dalam meminta bantuan daripada orang. Aku jadi trauma disebabkan kejadian itu. Jadi anda pun berhati hati juga sebab makhluk ini muncul tidak semestinya buruk, seperti manusia juga ada. Jadi toleh la kanan kiri adakah orang sekeliling kamu itu manusia atau mereka mungkin……..HANTU!!!!!!!!
-TAMAT-

237. KAWAN AKU BOLEH NAMPAK HANTU

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : KAWAN AKU BOLEH NAMPAK HANTU 
KARYA : HAMBA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940237
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca-pembaca HZONE BLOG semua. Terima kasih HZONE BLOG sebab publish kan cerita aku yang tak seberapa ni. Aku tak pernah tulis cerpen selama ni sebab aku memang tak de bakat dalam bidang penulisan. Tapi, pengalaman aku dengan kawan karib aku yang terbuka hijabnye masa di universiti dulu membuatkan aku rasa nak becerita kat korang semua. Ini adalah kisah benar. Alhamdulillah aku tak pernah nampak ‘benda-benda’ ghaib ni, dan aku tak nak pon tengok, mintak-mintaklah dijauhkan. Tapi ini pengalaman kawan aku yang memang di beri peluang untuk melihat ‘benda-benda’ ni. Aku sebagai kawan karib dia masa tu menjadi tempat dia untuk bercerita. Aku cerita bahagian yang aku ingat je eh, sebab kejadian-kejadian ni dah lama, masa kitaorang study kat Uitm Sarawak dulu tahun 2007-2008. Lepas tu dia dapat tukar ke Melaka dan aku tak lagi dapat dengar cerita seram dari dia.
Fuzz ialah kawan karib aku masa di Uitm. Kitorang jadi rapat masa ada event kat UiTM dulu. Dia ni memang kepala masuk air sama macam aku. Tapi dia ni ada kelebihan yg ramai orang tak nak kelebihan dia tu. Dia boleh nampak, dengar, even berkomunikasi dengan makhluk-makhluk alam ghaib. Ada 1 kejadian tu dia cerita kat aku yang dia terserempak dengan ‘benda’ ni masa dia nak naik tangga. Bilik dia kat bawah sekali, tapi masa tu dia nak naik gi bilik aku kot kat level 2, aku pon dah lupa bilik aku level 2 ke 1. Tetiba dia terserempak dengan sesuatu. Aku pon dah lupa benda tu ‘lelaki’ atau ‘perempuan’. Benda tu ada bagitahu dia “ jangan lupa suruh kawan-kawan solat”, then si Fuzz ni terkaku la, dah kenapa bagitahu kat dia kan, dah la tak kenal siapa, dan paling dia terkejut, ‘bende’ tu naik gi tingkat atas tanpa dengar bunyi tapak kaki, macam laju je naik atas. Dia speechless, dan cerita kat aku.
Fuzz pernah bagitahu yang masa mula-mula dia jejakkan kaki kat depan bilik dia, dia dah rasa lain macam, bila bukak pintu berderu-deru angin keluar, macam ada orang yang lari depan kau tapi kau tak nampak orang tu, tapi kau rasa angin dia je. Bukan buang angin ke hape hokey, tu tinggal bau skali ni bukan. Ada 1 kejadian yang jadi masa kat Kolej Seri Gading dulu. Kolej ni ada 8 block perempuan. Masa tu kecoh kolej ni sebab ada student yang kena rasuk. Kitaorang time tu diarahkan untuk berkumpul kat depan block 2A & 2B rasenye…. Sebab maybe ustaz-ustazah nak asingkan mana yang elok mana yang kene rasuk kot…(cehh..bunyi macam asingkan buah yang elok & yang busuk je), tak nak kasi yang lemah semangat duduk dalam block. Aku ngan Fuzz tak de kene pape masa tu, Alhamdulillah. Esok nya kitaorang dengar macam-macam cerita yang keluar.
Rupa-rupanya ada student yang main spirit of the coin dengan d***h period kot kalau tak silap aku time tu. Then bila spirit tu keluar dorang tak hantar dia balik ape lagi mengamuk la benda tu. Sibuk panggil dah kenapa??.Ada jugak budak perempuan yang perasan masa dorang berhimpun kat depan block, dia ternampak 1 lembaga budak pakai gaun merah berdiri atas bumbung block. Fuzz ada cerita kat aku yang ada sesuatu berlaku kat dia 1 malam ni. Dia tengah sidai baju. Ampaian baju dalam block-block ni ada kat setiap level. Udara dan matahari pon limited, so siapa yang jemur baju tengah-tengah tu silap haribulan boleh bau kepam sebab terhimpit ngan baju-baju lain. Masa dia nak jemur baju tu, tiba-tiba dia terdengar ada budak macam menangis… [hisshhh, seram sejuk pulak aku time menaip ni, tak pernah aku type citer-citer mistik mcm ni]….
Fuzz pon tergamam la, habis terbantut dia nak sidai baju dia. Then dia mcm ternampak kaki budak dan gaun warna merah di sebalik baju-baju kepam yang tersidai. Gulpp!!…“wuuuuuuuuuuuu”… budak tu nangis lagi, memang tak kuat la tapi dengar clear kat telinga Fuzz time tu. Ntah dapat kekuatan Thor ke hape si Fuzz time tu dia boleh pulak try communicate ngan budak ni. Kejadahnye woi!…”err…..adik, kenapa nangis ni?”…….”wuuuuuu…. kakak jahat”…..boleh pulak dia reply. Fuzz pon tanye lagi kenapa nangis, dan budak tu asyik reply “ kakak jahat…kakak jahat…kakak jahat”. Then hilang. Bila Fuzz cerita kat aku benda ni, kitoarang buat conclusion sendiri yang budak ni datang dari spirit of the coin. Kau tengok!… dah panggil dia datang tapi tak reti hantar balik!.. budak lagi kot, maybe tak ingat jalan balik. Aku menyirap betol masa dengar diorang main benda tu. Dah tak de kerja lain ke hape?? Cerita ni tak habis kat sini je tau. Malam tu Fuzz tidur kat atas katil dia. Dalam bilik ada 2 katil double decker. 2 katil bawah dihuni oleh 2 kakak senior part 5. Fuzz time ni part 1 lagi so dia dapat katil atas belah kiri dan sebelah sana katil atas kakak senior part 3. Tapi kakak part 3 ni tak tidur kat katil dia sebab katil atas panas so dia bawak tilam bentang kat bawah. Dia tidur bawah. Bilik dorang ni selalu bukak lampu time nak tidur. Fuzz terjaga tengah malam, mula-mula dia tidur menghadap dinding, kemudian dia tukar position menghadap katil sebelah sana. Dia perasan ada budak baju merah duduk atas katil tu sambil kaki terjulur kat bawah tengah pandang dia tido. Time tu Fuzz tak buat ape lagi dah, pusing balik hadap dinding dan tidur sampai pagi. Lepas dari tu Fuzz dah tak cerita lagi pasal budak gaun merah tu lagi. Dah balik kot dia. Jangan tanya aku dia balik naik apa k!
Cerita lain pulak. Cerita ni berlaku dekat kolej yang sama Seri Gading, masa ni Fuzz tengah cuci baju dekat sebelah toilet. Sinki cuci baju ni berhadapan dengan ampaian. Masa tengah dia mencuci tu dia terpandang ada seorang lelaki kat ampaian. Lelaki? kat kolej perempuan? buat ape?. Fuzz tau yang dia bukan manusia sebabnya lelaki tu ketinggian dia mencecah silling tinggi keatas, baju berlumpur-lumpur dan ada jambang. Terus Fuzz lari masuk bilik dia. Kakak senior bilik dia datang tegur dia sebab masa tu dia dah menggigil-gigil ketakutan. Masa ni pintu bilik dia dah tertutup dah, tapi bila Fuzz toleh je kat pintu lelaki tinggi tu ada dalam bilik tu!. Malam tu kakak-kakak Usrah datang bilik Fuzz dan lepastu dia demam.
Kisah yang lain pulak. Biasa lah kalau duduk U ni, mesti ada keluar gi town atau ronda-ronda kan. Kitorang time tu tak de grab & uber lagi, so alternative kitaorang ialah sewa kereta atau guna van sapu. Tapi kitorang lebih suka sewa kereta je, tong-tong duit. Kitorang time tu keluar 4 orang. Aku, Fuzz dan 2 orang kawan lelaki pergi jalan-jalan kat Kuching dan balik malam. Fuzz dan aku ada lesen time ni, tapi Fuzz banyak kali lah jadi driver kitaorang. Masa tu aku duduk belakang dengan Jo. Zul duduk disebelah Fuzz. Masa kat traffic light, Fuzz ni pandang lama kat kereta sebelah. Aku, Zul & Jo diam tak bercakap. Masing-masing tengah layan perasaan. Tiba-tiba Fuzz panggil. “weh korang, tengok kat kereta sebelah tu, mesti couple tu tengah bergaduh kan?”. Kitorang serentak pandang kanan nak tengok couple yang Fuzz maksudkan. Masing-masing dah buat muka pelik + cuak. “ko cakap ape ni Fuzz? Dia nak bergaduh ngan siapa?”, Zul bersuara takut-takut. Mamat ni dah la penakut, tengok wayang cerita hantu sanggup dia menyorok dalam baju dari start cerita sampai habis cerita. Gi balik la! Nak tengok tapi penakut.
“Betul lah weh, ko tengok awek dia kat sebelah tu, muka macam tak puas hati je”, Fuzz berkata. Aku, Jo dengan Zul masing-masing dah cuak gila. Aku pon ape lagi, boleh sound si Fuzz ni, “kau ni dah kenapa??.. mamat tu drive sorang-sorang je la.. kau jangan macam-macam Fuzz”, zuppp!!… terdiam Fuzz lepastu. Kitorang pon senyap je sampai balik U. Esoknye dia cerita kat aku yang dia nampak ada 3 kepala kat belakang. Aku pon tekejut gila. Kat belakang aku dengan Jo je, dia nampak sorang lagi duduk kat tengah-tengah. Patutlah dia cakap kereta time tu berat semacam. Aku upon redha je lah dapat best friend cam dia ni.
Aku dengan Fuzz suka buat hal sendiri. Kadang-kadang kitaorang suka keluar sewa kereta jalan-jalan kuching pastu balik tengah malam. Kereta tak boleh bawak masuk U masa malam-malam. So, lepas hantar kereta kat owner, kitaorang berlari-lari dari pintu masuk sambil menjerit sebab baru teringat esoknya ada test…haha…. Ada 1 kejadian ni masa kitaorang balik malam aku dengan dia je dalam kereta. Fuzz aku tengok dia drive macam biasa, tapi esok nya dia cerita kat aku ape yang dia nampak malam tu. Dia ni jenis kalau dia ternampak sesuatu dia takkan cerita kat orang lain on the spot. Dia akan duduk sorang-sorang layan perasaan. Sampai kakak-kakak senior bilik dia dah tau kalau dia sorang-sorang tak bercakap, mandi lama gila, dorang dah tau mesti dia nampak something la tu. Esok nye dia cerita kat aku, yang masa kat traffic light, dia nampak macam-macam jenis lembaga. Ada yang tua, ada yang berdarah-d***h ada yang hodoh. On the way nak masuk kawasan UiTM tu, kiri dan kanan tu banyak gerai-gerai. Tempat tu agak gelap. Then dia ternampak ada kak ponti dengan baju lusuh dia muka toksah cakap lah, buruk ya amat. Tengah berdiri kat tiang. Fuzz pon buat bodoh je. Bila dia drive lagi, dia nampak lagi kakpon tu. Bila depan lagi dia nampak lagi. Nak dekat sampai pintu Uitm benda tu hilang.
Masa part 2 kitaorang dan rakan sekelas serta senior-senior ada camping kat dalam kawasan Uitm . 2 jam perjalanan dari kolej. Masing-masing rasa excited ingat dapat keluar dr U kan, tapi tak pon….kat kawasan hutan belakang Uitm je pon. Hek eleh…. Sekarang ni aku tak tau lah bahagian belakang tu buat ape, dulu kat situ dengar cerita kawasan budak kos ladang punya tempat. Malam kedua kita kat camp tu kitaorang semua diarahkan untuk bina khemah sendiri guna apa yang ada kat kawasan sekeliling. Tapi kitarang diberi kanvas untuk dijadikan sebagai bumbung khemah. Aku dengan Fuzz time tu lain-lain team. Masa semua tengah busy nak cari kayu buat khemah, aku dengar bunyi bising dr group sebelah sana. Rupa-rupanya Fuzz pengsan. Teammate dia cerita dia pengsan sebab ada kayu besar jatuh belakang dia. Kelam kabut kitaorang masa tu sebab x de senior-senior yang jaga kitorang masa tu. Team leader Fuzz ni berlari jauh pergi main camp nak panggil orang. Malam tu jugak ambulance sampai area camp kitaorang nak bawak Fuzz gi hospital. Malam tu hujan lebat sangat, sampai menggigil-gigil kitaorang dlm khemah yang kecik dan tak de dinding. 2 hari lepas tu, aku jumpa Fuzz kat bilik dia. Nak suruh dia ceritakan apa jadi sebenarnya. Dia cerita sebenarnya dari hari 1 camp dia rasa lain macam dah. Masa program burung hantu dia kena stay kat area lapang. Then dia ternampak ada benda putih terbang. Dia dah tak sedap hati. Aku ingat-ingat lupa yang dulu dia pernah cakap yang dia ni macam ada ‘penjaga’. Mungkin ‘penjaga’ dia tu bergaduh dengan ‘benda-benda’ dalam hutan tu kot sampai dia jadi mangsa kena kayu malam tu.
Masa part 2 kami pindah Kolej Seri Serapi. Kolej ni jauh sikit dari Seri Gading dan Kolej ni agak lama berbanding Seri Gading yang masa tu agak baru. Aku pindah Kolej ni pon sebab aku ikut Fuzz. Dia terpaksa ditukarkan ke Serapi sebab sem lepas dia tak cukup cop aktiviti. Aku sanggup tukar demi nak duduk dekat dengan kawan karib aku. Setia kan saya?..hehe. kami 1 level bilik sebelah-menyebelah. Fuzz ni suka ambil video dengan handphone Sony Ericsson dia dulu. Ada 1 hari tu dia saje-saje lah rakam video dekat level kitaorang dulu. bila dah rakam tu dia simpan la. Tapi esoknya dia kecoh kat aku dan tunjukkan sesuatu yang dia rakam semalam. aku pon tengoklah ape bendanya. “Cuba kau perhatikan kat bilik depan tu, pintu depan dia tutupkan?”, Aku pon anggukla. ” kau tengok betul-betul, ade macam kepala yang keluar dari pintu macam tengah main cak-cak”. Bulat mata aku bila tengok. Ya memang ada sesuatu dekat depan pintu tu. Tak mungkin orang sebab pintu tu tutup, kalau orang pon mesti Fuzz nampak badan dia tapi ni macam kepala je. Meremang bulu roma aku time type ni. Sebab video tu kitorang masih simpan lagi.
Cerita ni dekat Serapi jugak. ada 1 petang tu Fuzz bangun tidur dan bersiap-siap untuk ke dewan makan. Dia pon tak ingat masa ni aku ada kat mana tapi dia keluar sorang-sorang, sebab kalau tak kitaorang selalu je berkepit pergi mana-mana pun. lagi 20 minit nak azan maghrib dia on the way ke dewan makan. Tengah berjalan tiba-tiba entah dari mana pocong muncul melompat-lompat depan Fuzz. Tergamam Fuzz dekat situ jugak. Mana taknye tiba-tiba datang menyergah macam tu. Nasib dia tak terkucil dekat situ. Kebetulan jugak ada 1 group budak lelaki baru balik dari main bola lalu dekat situ jugak. Diorang nampak pocong tu sambil jerit “pocong!!!”, lepas tu dorang kejar pocong tu. Fuzz pusing terus balik kolej, hilang selera dia nak pergi makan masa tu.
Ni je kenangan yang aku ingat sepanjang pengalaman aku berkawan ngan dia. Mungkin ada lagi, tapi aku ni pelupa orangnye. Aku berkawan dengan dia tak lama, hanya sempat dua sem je. Lepas tu dia pindah. Kadang-kadang aku mesej dia tanya khabar dan tanya kan hal-hal mistik dia kat sana. Dia ada cerita tapi feel seram dia tak sama masa kitaorang study sama-sama kat Sarawak dulu. Sekarang dia dah pon berkeluarga dan menjalani kehidupan dengan family dia sementara aku masih lagi bujang…aik??…pe kes? Tetiba mention bujang?. Sekarang aku tak tau dia dapat tengok lagi ke tak ‘benda-benda’ mistik ni. Ini adalah cerita pertama dan terakhir dari aku sebab aku dah tak de sumber nak tulis cerita-cerita seram ni. Aku jugak tak pandai nak mereka-reka cerita. Melainkan tuan punya badan yang selalu nampak ‘benda-benda’ alam ghaib ni sendiri yang cerita. Kepada Fuzz, kau bagi aku green light kan nak tulis cerita pasal kau, sekarang aku dah cerita, tapi kalau kau nak tambah cerita silakan, dan sorry ye kalau ada salah info dalam ni, cerita dah lama, aku pon banyak wayar dah tercabut ni so banyak lupa. Sekian terima kasih. Aku rindu kehidupan masa kat U dulu…
-TAMAT-

238. RUMAH USANG SIMPANG JALAN

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : RUMAH USANG SIMPANG JALAN
KARYA : KAKANIEWA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940238
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

“Cantik kan rumah ni….” Kata lia tersenyum, yang lain hanya terangguk melihat rumah usang simpang jalan. Mereka berlima baru berpindah.
Usai mengemas, mereka berehat di ruang tamu. Malam pertama tiada kejadian aneh berlaku. Lia dan ket sebilik manakala mia, atin dan mel pula sebilik di sebabkan rumah itu mempunyai 2 bilik sahaja.
Ket,lia dan atin sudah mula berkerja, mia dan mel masih menunggu panggilan.
Mel dan mia sahaja yang berada di rumah pada malam tu, jam baru menunjukkan pukul8.30 malam, tiba tiba mereka berdua mendengar ketukan dari arah pintu belakang.
“Mel cuba bukak, tengok siapa yang ketuk pintu tu.” Kata mia berhenti dari membaca novel. Mel sekadar mengangguk berdiri dan membuka pintu belakang. “Baik laa, terima kasih nek” mia segera menutup pintu, mel tanya siapa gerangan yang mengetuk pintu tadi. “Nenek bagi kita makanan ni, jiran sebelah” Mia menjawab selamba kembang kempis hidungnya menghidu makanan yang di berikan oleh nenek sebentar tadi.
Mereka berdua tanpa rasa syakwa sangka, terus mencekik makanan dek kerana perut kelaparan dari petang belum makan.
Lia,ket dan atin sudah pun balik ke rumah,
Kelihatan mia dan mel tersenyum riang sambil baring di atas lantai.
Lia,ket dan atin tidak menghiraukan di sebabkan kelelahan berkerja.
Tengah malam tepat pukul2 , mel bangun nak terkucil , sewaktu mel keluar dari bilik, mel terhidu sesuatu yang sangat busuk, tapi mel tidak menghiraukan di sebabkan tangki air dah nak melimpah , mel selesaikan dulu hajat nak terkucil.
Terdetik di hati mel, bau apa yang busuk semerbak? Usai melepaskan hajat Mel pergi ke arah dapur, baunya makin kuat , mel on suis lampu, tercari cari matanya ke arah bau tersebut. “Eh macam mana ada ulat kat sini, ni sisa sampah baru!!” Bisik hati mel, mel cepat cepat mengikat pelastik sampah dan membuangnya di belakang rumah. Mel masuk ke bilik dan sambung tidur semula. Pada malam tu juga mel bermimpi, seorang nenek tua dengan muka bernanah menghampirinya “KAU KOTORKAN RUMAH AKU!!!” Jerit nenek tua itu, lalu mel terbangun, peluh mula membasahi dahi.
Terngiang ngiang suara nenek tua itu di telinga mel. Mel tidak dapat tidur sampai azan subuh berkumandang .
Atin bangun untuk menunaikan solat subuh, “eh mel, kau dah bangun. Jom laa solat sekali” ajak atin pada mel. Tapi mel hanya kaku dan diam di atas toto. Atin hanya menggelangkan kepala dan berlalu untuk mengambil wuduk .
Selesai solat subuh, sekali lagi atin menegur mel, tapi mel masih dengan posisi yang sama duduk diam dan kaku di atas toto.
Pagi itu lia,ket dan atin mula keluar rumah pergi kerja . Mia masih lagi di ulit mimpi , mel berdiri dan menuju ke dapur . Perlahan lahan mel menguak pintu dapur dan mengutip ulat sampah di genggam menggunakan kedua belah tangan , mel seakan kerasukan, ‘sesuatu’ yang mengontrol badan mel.
“Mia~ mari bangun kita sarapan bersama” kata mel lembut. Mia menggosokkan mata, segera mia bangun menuju ke bilik air.
Mel duduk dan mula makan tanpa menunggu mia keluar dari bilik air.
“Mel mana kau dapat makanan pagi pagi ni? Kau beli ke?” Tanya mia dan mula menyuapkan makanan ke dalam mulut.
Tiba tiba mel ketawa seakan lucu dengan pertanyaan mia sebentar tadi, mel menghempaskan pinggan ke lantai lalu berdiri membongkok dan menuju ke tengah tengah ruang tamu “bodoh!!! Hahahahahahahahaahah… Kau cuba lihat apa yang kau makan!!” Kata mel dengan suara serak dan menyeramkan. Mia terkejut dan mengundurkan badan kebelakang, ulat bergerak gerak seperti kepanasan, ada yang melekat di tangan mia.
Segera mia muntahkan isi perutnya. Mia berlari masuk ke bilik dan menangis semahunya, takut mula menyelubungi mia.
Dengan pantas mia menelefon lia “lia… Lia… Tolonggggg.. Tolonggg aku!!” Dalam masa yang sama , pintu di ketuk dengan kuat , mia duduk di sudut dinding.
Tidak lama kemudian , lia dan ket datang.
“Mia… Bukak pintu, lia ni!!” Jerit lia di sebalik pintu bilik . Mia membuka pintu dan memeluk lia. Mia pun menceritakan hal yang berlaku sebentar tadi. Lia ket dan mia mencari mel. Tapi tak jumpa .
Tiba tiba mereka bertiga terdengar sayup sayup suara seperti sedang ketawa dan mendengus marah, serta merta mereka bertiga mendongak ke atas siling, “yaAllah mel!!!” Jerit ket dan berlari keluar , lia menarik tangan mia yang terpaku setelah melihat keadaan mel melekat seperti spider di atas siling.
Mereka berlari ke arah surau berdekatan dengan rumah tersebut, 30 minit kemudian mereka datang semula ke rumah itu dengan imam surau serta 4 orang pemuda.
“Assalamualaikum.. Bismillah” imam yang menggelar dirinya tok ayah terkumat kamit membaca ayat suci di depan pintu . Mel yang kelihatan membongkok sedang ketawa sambil menggigit jari di tengah tengah ruang tamu, segera tok ayah mengarahkan 4 orang pemuda itu menahan mel “hahhahahahahah kau ingat aku takut kau?!!! Orang tua!! Ini bukan tempat kau!!! Aku yang berurusan dengan perempuan ini!!! BALIKKK!!!” Jerit mel memandang tok ayah dengan riak yang amat marah. Tok ayah merenjiskan air di dalam botol mineral yang sudah di ruqyah ke arah mel.
“Aaahhhhh panasss!!!!!” Jerit mel sambil cuba untuk meloloskan diri. Ket,lia dan mia menghampiri mel. “Kau jangan ganggu budak budak ni.Diorang tak tahu apa apa.” Tok ayah mengeluarkan suara lembut pada mel, mel mendengus marah . Lia menanyakan tentang hal mel, tok ayah hanya menyuruh lia berzikir dan ingat Allah swt..
“Mel… Ingat Allah mel.. Lawan dia… Jangan dengar cakap dia ni mel!!” Kata ket , sekali lagi mel ketawa geli hati . Tok ayah renjis air lagi ke muka mel, dan menyuruh ‘dia’ keluar dari badan mel.
“Aku taknak!!!! Dudak ni buat sampah di rumah aku!!! Aku tak suka!! Kau BALIKKK!! Ni bukan urusan kau orang tua!!!” Jerit mel dengan kuat, tok ayah pun tak berlembut lagi , geram dengan ‘dia’ yang berdegil “kau taknak keluar? Binasa lah kau wahai syaitan laknattullah.. Kau yang dah tua! Kau yang patut balik sebab di sini bukan lagi tempat kau!! Tempat kau di alam lain.. Sekali lagi aku tanya! Kau nak keluar ke taknak?!!” Marah tok ayah sambil menekan pusat mel.
“Aduhhhhh!!!! Sakittttt…. Lepaskan aku!!! Aduhhhh… Aku nak keluar..” Jerit mel sambil menggelengkan kepala. Tok ayah pun mula sesi mengeluarkan nenek tua dari tubuh mel, “baiklah, sekiranya kau menipu tak keluar dari tubuh budak ini , binasa lah kau.. Aku akan kurung kau dalam botol!!” Kata tok ayah sambil menarik sesuatu dari mulut mel dan menghempas telapak tangan ke lantai di sahuti dengan nama Allah maha besar.
“Gggrrrrrrr aku keluar!!! Gggrrrr aaaahhh!!” Jerit mel serentak dengan itu mel terus duduk dan muntah , keluarlah segala isi perut yang mel makan semalam .
Mia turut berasa loya dan muntah semahunya, di sebabkan mia juga makan makanan semalam. Tok ayah menyuruh mia dan mel minum air yang telah di bacakan dari ayat suci alQuran untuk memulihkan semangat mereka. Lia dan ket berasa lega .
Mereka berempat mengucapkan terima kasih pada tok ayah.
Sementara itu dua orang pemuda sedang sebok memagar rumah mereka.
Mia pun ceritakan hal semalam pada tok ayah , tok ayah sekadar mengangguk faham . Tak lama lepastu ket menyampuk perbualan mereka “haa? Nenek bagi kau makanan? Belakang rumah?” Kata ket dengan riak muka yang hairan.
“Takda apa. InsyaAllah rumah pun sedang di pagar, sembahyang dan basahkan rumah ni dengan alunan dari ayat suci alQuran. Belakang rumah ni mana ada deretan rumah lain.. Belakang tu pokok sawit tiada siapa yang tinggal, takkan ada orang yang nak datang dari arah belakang rumah, kecuali memang betul ada rumah di kawasan tu.
Lagi satu tok ayah nak tanya, kamu betul ke nak tinggal dekat rumah ni? Dengan siapa kamu menyewa? Setahu tok ayah lah rumah ni da lama sangat terbiar , da tak utuh, dengan atap berlubang..” Kata kata tok ayah cukup membuat mereka berempat terkejut kongkang!!
Lia,ket,mia dan mel perhatikan keliling rumah tersebut, berlubang sana sini, papan reput dek mamahan anai anai.
“Tok.. Tok ayah, kami tengok rumah ni dengan mata kepala kami sendiri. Cantikkk kemass dan rasa lapang!!! Mustahil dah jadi macam ni!!” Jawab mel , tok ayah segera menyuruh mereka berpindah secepat yang mungkin, mel menghubungi atin minta segera pulang kerumah.
Setelah siap mengemaskan balik barang barang, mereka berliama pun keluar dan mencari rumah sewa lain. Sempat atin melihat rumah itu kali terakhir , usang dah macam reban ayam . Rupa rupanya mereka tidak berjiran , satu satunya rumah itu di simpang jalan!!
Rumah papan dengan harga sewa yang cukup rendah rm200.
Atin bertanya kepada lia, macam mana dia berjumpa dengan tuan rumah tersebut. Lia cakap dari rakan sekerjanya. Apabila lia cuba menghubungi tuan rumah, nombor tidak wujud . Puas lia soal selidik kawan sekerjanya tapi kawanya tidak pernah bagi nombor telefon tuan rumah atau memberi cadangan agar mereka berlima menyewa rumah usang tersebut.
Itu lah pengalaman yang paling tidak boleh di lupakan sampai sekarang. Mereka lebih berhati hati dalam memilih rumah sewa. Tidak mahu sekiranya berlaku lagi kejadian yang tidak pernah terlintas dalam kepala mereka.
Assalamualaikum para pembaca HZONE BLOG. Thanks admin sekiranya cerita ini di publishkan, thanks to para pembaca yang sudi membaca cerita ini.
Maaf sekiranya cerita sebelum ni agak bosan dan meleret. #sayabacakomenanda
Dengan hati yang terbuka kayong terima segala para komentar yang suka mahupun tidak pada cerita sebelum ini.
Tapi tak mematahkan semangat kayong jadi terus menulis/kongsi cerita seram di HZONE BLOG.
Pada yang tak suka anda boleh laa skip cerita lain(di alu alukan) tiada paksaan untuk anda membaca.
Cerita ini berdasarkan cerita yang di alami oleh sepupu kayong sendiri, Tempat di rahsiakan. Tiada tokok tambah untuk menyedapkan resepi cerita untuk di hidangkan pada para pembaca setia HZONE BLOG.
Maaf jika jalan cerita berterabur . Kayong akan cuba perbetulkan..
•bukan mudah untuk mengarang cerita biar terlihat sempurna, dan sedap di baca. Tapi bukan kesempurnaan yang di cari, hanya untuk peringatan sendiri dan para bembaca disini. Buka mata, buka hati dan tutup mulut. Jangan tahu nak mengata nanti terkena!!
•terima kasih daun keladi, ade jodoh ade rezeki, jumpa lagi di next entry.
-TAMAT-

239. MISTERI PENUNGGU ASRAMA

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : MISTERI PENUNGGU ASRAMA
KARYA : CIK ELINA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940239
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Assalamualaikum dan salam sejahtera, aku nak kongsi cerita pengalaman dari apa yang aku dapat, selepas tamat belajar disebuah sekolah berasrama.
Masa semester 1, aku masuk asrama dalam bilik paling hujung, dalam satu bilik ada 8 orang. masa tue aku rasa ok dan tak ada peristiwa seram yang berlaku. tapi bila tiba waktu senja dan malam, perasaan seram tue tetiba muncul. tambah2 lagi dalam bilik mandi. masing2 kami buat tak tahu dan tak ambil tahu. kami hanya duduk didalam bilik masing2
nak dipendekkan cerita, ketika itu kami semua sangat sibuk buat homework masing2. kebetulan seorang daripada rakan aku didepan bilik aku terlalu beremosi oleh kerana tidak mampu untuk meneruskan pembelajaran dan sangat sukar untuknya faham ilmu pengajian kami. puas aku pujuk agar tenang dan tabah. rupa2 nya emosinya sampai terbawa2 sehingga jadi lemah selemahnya.
kisah seram misteri penunggu asrama gangguan 1
Ditengah malam, tengah aku nyenyak tidur, dalam 2 3 pagi macam tu, tiba2 dikejutkan dengan rakan aku yang lemah ni, namanya Ros. Ros kejutkan aku melalui telefon. aku yang hanya berfikiran straight berasa pelik dan terus jadi seram. dalam fikiran aku hanya berfikir, adakah ros yang buat calling tu? aku abaikan. kemudian, ros call rakan sebilik aku. Terus rakan aku angkat dan bertanya kenapa. aku yang berpura2 mamai turut Tanya rakan aku. almaklum lah pagi2 buta ni kan.
aku dan rakan sebilik aku iaitu jiba, bergegas buka pintu bilik ros. kami berada dalam keadaan mamai, buka2 pintu dan terasa seram, dicampur dengan bunyi orang mengaji yang dibuka oleh ros melalui telefon pintarnya. kami pun bukalah lampu bilik. Ros teresak2 nangis diatas katilnya dan rakan sebiliknya tidak sedarkan diri, tidur m**i. kami bertanya kan kenapa, kemudian rakan sebilik ros tiba2 sedar dari tidurnya dan berasa hairan melihat kami. Ros kata, ada “benda” putih duduk tepi katil dia dan nak Tarik dia. apa lagi, naik bulu roma kami dibuatnya. lama juga kami cuba tenangkan ros sampailah ros tertidur semula.
kalau ada apa2, rakan2 akan cari aku, aku pun tak tau lah kenapa diorang cari aku untuk bantu diorang. aku pun bukanlah kuat orangnya, cuma aku paksakan diri untuk jadi berani, padahal kecut perut jugak, mau tak mau, berbekalkan ilmu yang aku tahu, aku cuba buat lah supaya gangguan tiada lagi.
kisah seram misteri penunggu asrama kemuncak gangguan
tibanya waktu kemuncak study berlambak2, rakan bilik rakan bilik aku pula yang diganggu. sebenarnya diorang langsung tak mau cerita apa2 pada aku. pada masa satu malam tu, jiba tidur lewat disebabkan study yang bertimbun timbun. saya tidur dahulu dengan lampu bilik terpasang. tiba2 sedar2 aku dari lena tu, aku lihat jiba tidak ada dalam bilik. dalam fikiran aku mungkin jiba buat kerja dekat luar. aku pun jenguk lah kat luar bilik, semua lampu bilik terpasang, aku fikir mungkin jiba ada kat luar ni, sebab mamai dan malas mau fikir panjang. kemudian aku sambung tidur semula.
keesokan hari nya, aku pelik sebab jiba senyap saja. aku bertanya kan kepada rakan yang lain. rupa2 nya masa jiba dah terlelap atas katil tu, jiba ditarik oleh “benda” tu jugak dihujung katilnya. jiba puas ronta2 dan jerit memanggil2 aku untuk meminta tolong tapi aku tak sedar2 jugak, kemudian jiba cuba baca ayat2 Al Quran dan akhirnya terlepas dari “benda” tu. jiba yang sear dari tidur, berlari kebilik sebelah, rupa2nya jiba tidur dibilik sebelah tinggalkan aku sorang2 dalam bilik. jiba ingat dia selamat tapi rupa2nya “benda” tu masih ada lagi mengganggu dia. aku yang sedang duduk dengar tu tiba2 seram dan berimaginasi katil jiba yang berada didepan mata aku.
aku yang hanya mampu berdoa dan baca surah yang aku tahu semasa bantu rakan2 aku tu, tidak lama kemudian aku pula yang diganggu. “benda” tu tak ganggu aku sepeeti rakan2 lain tapi “benda” tu hanya mengganggu aku ketika aku berada dalam bilik air. aku jenis suka bangun awal pagi pukul 5 macam tu dengan tujuan basuh baju. terdapat cermin besar dalam bilik air, 2 bilik mandi dan 1 toilet. ketika aku sedang membasuh muka gosok gigi depan cermin, aku berasa seram sangat sehingga aku tak berani memandang cermin untuk tengok diri aku,. pada ketika itu aku merasakan ada orang melihat aku.
disebabkan aku buat tidak endah, badan aku tiba2 terasa seperti dicucuk2, digeletek dibahagian pinggang, tangan dan bahu. mau tak mau, dalam bilik air yang aku keseorangan tu, aku kuat kan diri berdoa banyak2 dan cuba tidak menghiraukan benda tu. aku cuba terus masuk bilik air dan mandi secepat mungkin. lepas sahaja berwuduk untuk subuh, akhirnya tiada lagi rasa tu dari diri aku. mujurlah aku dilindungi Allah.
sekian sahaja daripada cik elina
apa yang aku nak kongsikan yakin pada Allah dia sebaik baik pelindung, dan jangan terlalu ikut perasaan takut “benda” tu suka pada orang yang takut dan lemah semangat….
-TAMAT-

240. DIUSIK MANUSIA KELUANG

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : DIUSIK MANUSIA KELUANG
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940240
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Suaranya mula bergema, macam suara singa betina sarkas yang lapar. Keluang kian banyak bertenggek di dahan pokok besar. Suara dari kumpulan keluang itu amat mengganggu sekali.
Sambil berbunyi kumpulan keluang itu terus melepaskan biji dan kulit rambutan yang dibawa dari kawasan kampung berdekatan. Tidak memadai dengan itu, kum­pulan keluang tersebut terus berak dan kencing. Kami terpaksa berhadapan dengan bau yang kurang menyenangkan.
Ada keganjilan yang cukup ketara dilakukan oleh Ali Usman. Saya tidak tahu apakah perkara yang dilakukannya itu merupakan petua atau syarat yang telah diterapkan oleh datuk kepadanya.
Setiap sepuluh kali melangkah. Ali Usman berhenti dan menoleh ke arah saya dan datuk. Sudah tiga kali dia berbuat demikian. Peliknya manusia keluang juga turut berbuat demikian.
Sepuluh langkah menuju ke depan terus terhenti. menoleh ke arah pangkal pokok besar, macam ada sesuatu yang dilihatnya di situ, seperti menerima arahan sesaorang dari pokok besar.
"Maju terus jangan menoleh ke arah kami.'
Arahan dari datuk segera dipatuhi oleh Ali Usman.
“Ingat, aku bersama kamu Ali, tambah datuk lagi. Suara cukup lantang sekali.
Dari jauh Ali Usman anggukkan kepala dan mengangkat tangan. Datuk senyum kerana dia tahu Ali Usman sudah cukup bersedia. Tidak boleh diganggu gugat, tidak mudah patah semangat.
Manusia kelawar juga mengikut rentak Ali Usman. Cepat langkah Ali Usman, cepat juga langkahnya. Ali Usman angkat tangan, dia juga angkat tangan. Ali Usman anggukkan kepala, dia juga anggukkan kepala. Saya berdepan dengan suasana yang melucukan dan memaksa saya ketawa kecil.
KETAWA
“Jangan ketawa Tamar,” tegah datuk.
“Kelakuan makhluk ganjil tu macam kartun tuk.'
"Biarkan, kita tunggu dan lihat."
"Tapi, dia mempermain-mainkan kita tuk,” saya luahkan rasa kurang senang.
'Kita tengok. sejauh mana dia mahu memperdayakan kita," kata datuk sambil mengigit bibir.
Jawapan datuk itu memang tidak menggembirakan hati. Saya dongakkan kepala ke dada langit, melihat awan putih nipis bergerak ke arah gunung di selatan
Bila datuk meluah kan kata "Kita lihat sejauh mana dia mahu memperdayakan kita, Dalam erti kata lain, datuk tidak mahu bertindak Dia sekadar mahu menonton saja.
Perhatian kembali ditumpukan kearah Ali Usman yang terus mara penuh semangat. Begitu juga dengan manusia kelawar. Di duga satu pertarungan hebat lagi mencemaskan pasti berlaku. Antara manusia kelawar dengan Ali Usman siapakah yang lebih hebat?
"Jangan kemana-mana Kamu duduk di sini.”
Datuk segera bergerak ke perdu pokok Pulai patah dahan akibat dipanah petir.
Dengan tenang bersandar di situ, telapak kaki kirinya menekan akar pulai yang menolak bumi. Kaki kanannya diangkat separas lutut. Ekor matanya menjeling ke arah Ali Usman dan manusia kelawar.
“Nampaknya, datuk mula membuat persiapan,” cetus batin saya sambil merenung ke arahnya.
"Jangan renung aku, tengok ke arah Ali, 'sergah datuk.
"Baik tuk." sahut saya cemas
SASARAN
ALI Usman dan manusia kelawar kembali menjadi sasaran sepasang anak mata saya. Kalau tadi langkah mereka rancak dan penuh semangat, kini kelihatan agak lemah
Jarak rnereka antara satu sama lain kian dekat. Pada hemat saya, sepuluh tapak melangkah ke depan pasti berlaga batang hidung.
Andainya Ali Usman menjadi korban manusia kelawar, apa kah tindakan selanjutnya yang akan datuk lakukan?
Mungkinkah datuk bertindak atau lepas tangan. Semuanya bagaikan diundang muncul dalam tempurung kepala. Dalam saat genting begini, perkara yang negatif saja yang muncul. Kenapa hal-hal yang positif tidak mahu datang? Suara kalbu saya terus bergelora dan bergolak.
"Ahhhh..... "
Saya terkejut, Ali Usman dan manusia kelawar, berhenti melangkah, masing-masing terpaku kaku. Mereka terpisah dalam jarak sepuluh langkah. Terfikir oleh saya untuk merenung ke arah datuk yang bersandar di pangkal pokok Pulai .Tetapi, bila teringatkan pesannya, hasrat tersebut terpaksa dibekukan.
"Dummmm...... "
Bergema ledakan yang kuat. Bumi yang dipijak terasa bergegar dan badan terlayah ke kiri dan ke kanan. Akhirnya tersembam di permukaan bumi, berpusing-pusing macam gasing dan tercampak di pangkal pukok Pulai, tempat datuk bersandar.
"Bangun Tamar."
Sedaya upaya saya berusaha untuk bangun dengan berpaut pada lutut datuk, Bila berhasil berdiri dengan sempurna, jari jemari kanan datuk menepuk bahu kiri saya tiga kali berturut-turut.
Serentak dengan itu terdengar suara datuk menyebut beberapa potong ayat dari al- Quran untuk menghalau syaitan.
“Nampaknya aku seperti dicabar."
Datuk melepaskan geramnya dengan menumbuk pangkal Pulai hingga meninggalkan bekas. Kulit pokok tersebut terkupas.Tersentak dengan tindak-tanduk itu, saya seperti mendapat semangat baru. Apa yang dialami sebentar tadi bagaikan tidak terasa.
"Tenaga kamu dah pulih Tamar?"
MENOLEH
SOALAN datuk saya jawab dengan anggukkan.
Entah macammana, seperti di dorong oleh sesuatu saya menoleh ke arah Ali Us­man dan manusia kelawar. Kedua-duanya terkapar di tanah. Ali Usman terlentang menentang langit sedangkan manusia kelawar tertiarap dengan sepasang kakinya masih menggeletek, macam ekor cicak yang terputus dari badan.
"Sungguh ganjil, semuanya ganjil."
Datuk mengeluh, rupa-rupanya dia juga merenung ke arah yang sama seperti saya. Kami saling berpandangan tanpa sepatah kata. Bila saya amat-amati seperti ada kabus nipis keluar dari hujung kaki manusia kelawar.
Kabus nipis itu kelihatan naik memanjang ke udara yang kemudiannya mengembang akhirnya terus menghilang. Tanah berhampiran telinga manusia kela­war nampak berlubang sebesar buah kelapa. Otak nakal, segera membuat andaian, mungkin ledakan tersebut berpunca dari situ.
"Ah.... dia masih hidup , syukur."
Itu yang muncul di hati. bila melihat sepasang kaki dan tangan Ali Usman bergerak- gerak. menggeliat macam orang terjaga dari tidur yang panjang. Beberapa minit berikutnya terus duduk.
"Ali dah duduk Tuk,” kata saya.
Tiada jawapan dan datuk tetapi, sepasang anak matanya masih terpanah ke arah Ali Usman yang sedang menggerakkan kepalanya kekiri dan ke kanan.
" Mari Tamar."
Datuk pun menarik tangan. saya dengan kasar. Kami terus berlari anak mendapatkan Ali Usman yang tertonggok kebingungan.
Manusia kelawar yang terkapar tidak karni hiraukan. suara kumpulan beburung gagak yang berpadu dengan suara jeritan kelawar liar dari pepohon sekitar kawasan tersebut, tidak kami pedulikan.
"Ali bagaimana kamu?' Tanya datuk.
Tiada jawapan dari Ali Usman.
Datuk terus meletakkan telapak tangan kanannya ke dahi Ali Usman. Perlahan-lahan teiapak tangannya bergerak ke atas permukaan rambut hingga ke bahagian belakang tengkuk.
Perkara sedemikian dilakukan oleh datuk sebanyak tiga kali berturut-turut. Dan sebagai penamatnya, belakang Ali Usman ditumbuk dengan sekuat hati hingga tersedak dan muntah. Manusia kelawar terus mengeruh macam babi hutan kena peluru senapang kampung.
PANTAS
DENGAN pantas saya merapatkan sepasang kelopak mata. tidak sanggup melihat muntah Ali Usman yang melambak di tanah. Sebagai manusia, rasa ingin tahu membuat aaya membuka kelopak mata semula. Muntah yang berwarna kekuningan bercampur kehijauan dan berlendir membuat bulu tengkuk saya meremang dan tekak jadi loya.
Ahhhhhhh.... "
Saya mengalami kejutan yang luar biasa, bersama muntah yang berlendir itu keiihatan batu-batu kerikil, tanah liat. beberapa batang paku belanda serta serpihan tembikar.
"Muntahkan lagi, biar semua yang ada di dalam isi perut kamu keluar.” lembut nada suara datuk selembut telapak tangannya mengurut belakang Ali Usman.
"Saya tak terdaya lagi," suara All Usman tersangkut-sangkut.
'Hummmmmmm,,,,'
Datuk menarik nafas dalam-dalam Seiring dengan tarikan nafas itu datuk terus menepuk belakang Ali Usman dengan sekuat hati.
"Weeeeekkkkkk "
Ali Usman membongkok. Dan lubang mulutnya terpancut muntah air yang keruh dan berkeladak. Baunya masam sekali. Bila muntah air tidak lagi memancut dari mulutnya. Ali Usman nampak keletihan dan tidak bermaya, lembik macam ayam berak kapur.
"Kamu letih," tanya datuk.
Ali Usman anggukkan kepala
“Tekak kamu kering."
Macam tadi juga. Ali Usman terus mengangguk.
"Kamu dahaga." All Usman gelengkan kepala.
"Bagaimana, apakah semuanya akan berakhir? tersekat-sekat Ali Usman me- ngajukan pertanyaan. Buat seketika, datuk termenung sambil menekan-nekan pangkal dagunya dengan ibu jari kanan.
"Kalau mengikut gerak langkah. petua orang tua-tua. semuanya sudah mahu berakhir," jawab datuk selamba.
Dan secara tidak langsung memberikan khabar gembira buat saya.
“U uuuhhhhhh '
Serentak saya dan datuk menoleh ke arah suara tersebut. Manusia kelawar yang hampir dilupakan cuba bergerak dan berdiri. Tetapi tidak berhasil. Suara gagak dan jeritan kelawar liar mula berkurangan. Agak lama juga datuk merenungi manusia kelawar. Kelopak bibir datuk bergerak-gerak. Tidak tahu apa yang dikatakannya.
Mungkin dia menyebut sumpah petua orang tua-tua. Mungkin juga dia membaca potongan ayat-ayat dari al-Quran. Fikir saya dalam hati.
“Ah! pedulikan dia, kita uruskan hal si Ali ini dulu. Tak guna kita membuang masa di sini, kalau kita terlalu lama di sini, nanti orang yang menunggu marahkan kita.” anak mata datuk menikam wajah. Bibir bawah saya tekan dengan gigi hingga berbekas
Apakah pertanyaan itu wajar dijawab dengan kata-kata atau dengan gerak badan Sukar untuk saya membuat keputusan.
"Bagaimana? apakah pendapat aku itu betul atau salah. Tamar?
Perasaan jadi tidak tentu arah, hati berdebar semacam. Jarang sekali datuk meminta pendapat atau pandangan dari saya.
"Betui tuk," kata saya penuh yakin.
"Hummmm........ "suara datuk lemah.
Lagi sekali datuk mengusap wajah Ali Usman hingga ke bahagian belakang tengkuk Kedua-dua belah sayap bahu turut menjadi mangsa jari jemari datuk.
MUNTAH
SETIAP kali picit dilakukan, Ali Usman batuk terbahak-bahak, bau mulutnya busuk kesan muntah. Dari bahu, jari-jemari datuk turun ke tengah belakang dan akhirnya singgah di bahagian pinggang lebih tepatnya di belikat Ali Usman kegelian. Dengkur manusia kelawar sekejap keras sekejap lembik.
"Tamar kamu picit kedua-dua belah buah betisnya."
“ I y a Tuk."
Tanpa diarahkan. Ali Usman memberikan kerjasama yang sungguh baik. Sepasang kakinya dilunjurkan, Dan buah betis yang dipadati dengan daging keras terus saya picit.
“Cuba berdiri.”
Cakap datuk segera di patuhi, secara perlahan-lahan dan penuh hati-hati Ali Usman berusaha berdiri. Kali pertama gagal, kali kedua juga gagal. Kepala lututnya, seolah-olah tidak berfungsi sama sekali. Tetapi usha kali ketiga cemerlang sekali. Dapat berdiri seperti keadaan asal. Ali Usman boleh menghayunkan kakinya ke kiri dan ke kanan, sesuka hati. Kegembiraan terpancar dimuka datuk dan saya menarik nafas lega.
“Saya dah pulih.”
Ali Usman memberitahu datuk, seiring dengan senyum berlari di kelopak bibir. Dua tiga kali, sepasang tangannya diangkat dan dijatuhkan.
"Aku tahu Ali.".
"Sekarang saya boleh berjalan?"
"Nanti dulu."
"Kenapa pula” Ali Usman kehairanan.
Datuk tidak memberikan jawapan pasti, sebaliknya mencabut keris di pinggang dan terus membongkok. Dengan hujung keris pendek dia mencungkil dan mengkuis-kuis tanah lalu dikumpulkan menjadi dua longgokan.
Dua helai daun hijau yang lebar dipetik ranting pokok berdekatan.
Memang diyakini, daun yang berada di tangan datuk adalah daun mengkudu hutan yang mempunyai khasiat tersendiri Setiap urat di daun boleh dijadikan penawar sakit berbisa. Memilih daun untuk dijadikan penawar harus pandai, mesti diipilih urat daun yang bertindih. Daunnya tidak terlalu tua, tidak pula terlalu muda. Tangkainya mesti terdapat garis-garis nipis.
PETIK
KEDUDUKAN daun yang mahu dipetik itu mestilah mengarah ke kiblat. Dimulai dengan Bismillah dan diakhiri dengan selawat terhadap Nabi besar.
Ciri-ciri itulah yang dilakukan oleh datuk. Saya masih buntu dan tidak dapat menduga untuk apa daun mengkudu hutan itu dipetik oleh datuk.
"Untuk apa?" tanya saya sendirian.
Bila melihat datuk membungkus dua longgokan tanah dengan daun mengkudu hutan. Tak ubah seperti membungkus nasi lemak.
Kemari dan berdiri di depan aku."
Macam kanak-kanak Tadika Ah Usman mematuhi cakap datuk.
Saya menelan air, perhatian tetap saya tumpukan pada datuk dan Ali Usman. Suara gagak dan jentan kelawar sudah pun berakhir. Di ganti dengan kicau burung.
"Lipat seluar kamu hingga paras pangkal paha," lantang suara datuk menguasai kawasan sekitar. Ali Usman pun membongkok lalu menggulung kaki seluarnya seperti yang diinginkan oleh datuk.
"Lagi apa yang mesti saya buat," Ali Usman pula bertanya.
“Begini, semasa aku melumurkan kedua-dua lutut kamu dengan tanah, kamu bacalah surah Al-Fatihah tujuh kali. minta pertolongan dan perlindungan dari Allah, kamu faham."
"Faham," angguk Ali Usman.
Sebelum bungkusan berisi tanah singgah di kepala lutut Ali Usman, hujung keris kecil dicucuk ke bahagian bucu bungkusan tiga kali berturut-turut. Kemudian baru bungkusan berisi tanah dihempaskan ke kepala lutut Ali Usman.
Bila bungkusan pecah, tanah bertaburan dan Ali Usman menjerit kesakitan untuk seketika. Cebisan daun pembungkus segera dikutip oleh datuk lalu dilemparkan ke arah tubuh manusia kelawar.
Sebaik saja terkena cebisan daun mengkudu hutan, manusia kelawar terus bangun terpekik terlolong mengejutkan dan menghentikan nyanyian beburung.
“Tuk. “
Saya tidak dapat meneruskan kata-kata bila melihat datuk mengangkat tangan kiri dan mengembangkan ke lima-Iima jarinya ke arah saya.
GANJIL
GERAK tangan itu bermaksud jangan bertanya kerana dia sedang menggunakan indera yang kelima untuk berhadapan dengan manusia kelawar.
Ali Usman yang sudah dipulihkan oleh datuk, berkelakuan agak ganjil seperti bersilat. beradu kekuatan dengan seseorang. Datuk berdiiri kaku sambii memeluk tubuh, perhatian tertumpu ke satu arah. Dia bagaikan memisahkan dirinya dan alam nyata untuk masuk ke alam lain.
Bila sudah demikian. secara tidak langsung membawa perubahan fizik pada datuk. Tubuhnya menggeletar sebelum dia undur tiga tapak ke belakang untuk mencari kedudukan yang baik dan selamat.
"Haiiiiii "
Teriakan datuk itu membuat saya terus merenung ke arahnya. Ada perubahan di wajahnya, keras tegang bercampur bengis. Rambutnya kelihatan seperti mengembang terutama yang dekat cuping telinga, hujung tengkuk dan pelipis.
Kedua-dua telinganya merah, hidungnya kembang kempis. Setiap kali dia menarik dan melepaskan nafas dadanya nampak berombak. Urat dan otot ditubuh seperti membengkak.
Jika diperhatikan dengan teliti tanpa berkerdip macam ada bebayang asap keluar dari tubuhnya.
-TAMAT-

241. DISERANG PONTIANAK

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : DISERANG PONTIANAK
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940241
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Berpandu pada pengalaman dan apa yang dilihat, menebalkan keyakinan di hati bahawa datuk sedang bertarung dengan sesuatu, sedang memanfaatkan ilmu kebatinannya. Ali Usman tetap dengan caranya, terus bersilat dengan menjerit kecil.
Semua yang berlaku di depan mata membuat saya tidak keruan dan tidak tentu arah. Semuanya pelik dan membingungkan. Macam mana tidak pelik, Ali Usman yang tidak tahu bersi!at, tiba-tiba boleh bersi!at macam pendekar. Biasanya. dalam saat-saat genting seperti ini, datuk tidak mahu berada jauh dari saya, Tetapi kali ini keadaan ltu tidak berlaku.
'Huuuuuuuuuuuuuuu….Ahhhhhhhhhh…."
.Suara jeritan itu membuat scya menekup sepasang lubang telinga dengan teiapak tangan. Ali Usman yang bersilat, mati langkah malah tersebam memeluk pokok jering, madam ada tenaga ghaib yang menghempaskannya kepokok tersebut. Datuk pula sudah berubah ternpat, duduk bersila di atas tanah yar.g agak tinggi.memeluk tubuh, tidak ubah macam orang bersemadi.
Bila jeritan itu berakhir, baru telapak tangan yang menekup lubang telinga saya buka. Mata saya melilau mencari punca jeritan. Mungkin dari datuk, mungkin juga dari manusia monyet. Terlintas dalam fikiran untuk meniru bunyi jueritan tersebut.
“Batalkan apa yang kamu fikirkan. kalau kamu meniru jeritan- nya, kamu akan masuk perangkapnya. aku baru saja melepaskan Ali dari cengkaman- nya. Bila dia sudah menguasai fikiran dan hati kamu, susah jadinya," saya pasti itu adalah suara datuk.
Dengan pantas saya renung ke arah-nya, datuk tidak bergerak. masih macam tadi.
'Huuuuuuuuuuuu Ahhhhhhhhhh "jeritan bergema lagi.
Dan kali ini saya sudah menemui kepastiannya. jeritan itu datang dari manusia keluang. Memang wajar datuk melarang saya meniru jeritannya.
Saya teringat pesan orang tua-tua, kononnya "semangat" hantu syaitan dan makhluk ghaib boleh bersatu dengan semangat manusia, bila manusia meniru gaya dan lagak mereka seperti meniru perbuatan mereka, mengajuk suara mereka dan sebagainya.
Saya rerung ke arah manusia keluang dengan harapan dia akan menjerit. Lebih dari lima minit menanti, jeritan tidak juga bergema. Apa yang saya lihat manusia keluang berhempas cuba bangun.
Segala usahanya tidak berhasil. Sebaik sahaja dapat berdiri terus rebah ke bumi. Kedua-dua belah pahanya tidak dapat menopang badannya yang besar. Keadaannya tidak ubah seperti itik patah pinggang.
Apa yang menarik manusia keluang tidak kenal putus asa. Susah macamanapun, dia tetap berusaha. Tidak lemah semangat, tidak jemu. Perlahan-lahan bibir bawah saya tekan dengan gigi atas. Kagum dengan semangat yang diperlihatkannya.
“Huuuuhhhhhhh,”
Terdengar suara manusia keluang, seperti mengeluh. Dia sudah hampir berjaya berdiri dengan sepenuhnya. Tetapi, kerana tidak dapat mengimbangi badan disebabkan perutnya yang luar biasa besar menyebabkan dia tersembam ke dada bumi semula.
Saya mula merasa kan satu perbuatan yang tidak wajar, kalau sekadar hanya melihat gerak-geri dan keranah manusia keluang itu tidak ada untungnya dan boleh mengundang kecelakaan, fikir saya dalam hati.
Tindakan selanjutnya yang boleh saya lakukan ialah merenung ke arah datuk minta bantuan. Datuk masih macam tadi masih bertafakur. Renungan saya alihkan ke arah Ali Usman. Ada perubahan pada dirinya. Keadaan sudah berubah. dia tidak lagi memeluk pangkal pokok.
"Ali."
Saya cuba bersuara. Malangnya suara saya tidak keluar. Saya lambaikan tangan ke arahnya. Tidak mendapat balasan. Suasana begini membuat saya tidak tentu arah. Dan sebagai usaha terakhir, saya bercadang mahu mengambil seketul batu kecil untuk dilontarkan ke arah Ali Usman.
JAMAH
SEMASA ketul batu dijamah. pergelangan tangan kanan terasa sengal dan sakit macam ada sesuatu yang menekan, Toleh kiri, toleh kanan. Tidak ada ape di sisi saya.
"Siapa yang mengganggu?"
Muncul pertanyaan dalam hati sambil perlahan_lahan menoleh ke arah manusia keluang yang sudah berdiri dengan baiknya.
'Perbuatan kamu," kata saya.
Manusia keluang bagaikan mengerti dengan bahasa yang saya tuturkan. Sepasang tangan memukul-mukul dada menggambarkan kebanggaan dan secara tidak langsung mengakui perbuatannya terhadap diri saya.
Menyedari risiko besar menanti, saya batalkan hasrat mengutip batu kecil untuk dilemparkan ke arah Ali Usman.
Saya sedar, datuk dan All Usman tidak dapat menolong saya, andainya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini. Jadi saya harus bertindak sendirian andainya terjadi sesuatu perkara di luar jangkaan.
" Allah yang maha besar, berilah kekuatan dan keyakinan untuk menentang semuanya ini. Sesungguhnya, tanpaMu. aku tidak berdaya," hati kecil saya berdoa, memohon kekuatan.
Suasana sekitar terasa agak sepi. Datuk dan Aii Usman. tidak menarik perhatian saya.
Dalam keadaan begini, mereka berdua tidak dapat memberikan sesuatu yang bererti atau bermakna dalam menghadapi situasi yang serba genting ini. Saya cuba melupakan tentang manusia keluang untuk seketika. Seluruh pancaindera zahir batin harus dikerahkan untuk mencari jalan bagi menyelamatkan diri.
Saya menarik dan melepaskan nafas dengan tenang. Muka saya tengadahkan ke dada langit, kelihatan awan nipis bergerak ke satu arah. Sinar mata-hari tidak segarang tadi. Sukar untuk mengagak sudah berapa lama kami (datuk, saya dan Ali Usman) berada di sini
Sesungguhnya. memang saya mengharapkan manusia keIuang merupakan dugaan terakhir daripada episod perjuangan misteri, yang tidak boleh diterima oleh akal.
"Uhhhhhhhh….”
Saya renung ke arah kanan, kerana dari situ suara tersebut muncul. Manusia keluang melangkah ke arah saya dengan sepasang tangan dihulurkan ke arah batang leher. Dari hujung jari jemarinya terjulur kuku yang panjang dan tajam
CEMAS
SEPASANG telinga ganjilnya narnpak tegak dan mengembang, giginya yang bersusun rapi dipamerkan. Dengus nafasnya, jelas kedengaran. Matanya, tidak berkedip merenung ke arah saya. Dan saya mula bekirak-kira ke arah mana harus lompatan dilakukan dan kemudian terus Iari menyelamatkan diri.
"Uhhhhhhhhhhhh"
Manusia keluang melakukan lompatan yang luar biasa, Dia sudah tercegat didepan saya. Bersedia meletakan sepasang tangan ke batang leher sambil melakukan cekikan padu hingga boleh membuat lidah terjelir sampai sekaki. Bila membayangkan tentang semuanya ini saya jadi cemas dan takut semacam.
"Seiarnatkan diri kamu Tamar,”
Bagaikan ledakan petir, suara datuk mengasak lubang telinga saya. Dan ketika itu, saya seperti memperolehi kekuatan yang luar biasa dan terus melompat tinggi melepasi kepala manusia keluang Lompatan itu membawa saya berada dekat dengan datuk.
Muka datuk saya tatap dengan gerak wajah dan mulut, datuk menyuruh saya berlari kearah Ali Usman. Memang sudah diduga tindak tanduk saya menimbulkan kemarahan yang amat sangat pada manusia keluang. Perkara ini diukur dari tempekan suaranya yang menguasai kawasan sekitar.
Di saat manusia keluang meledakkan kemarahannya dengan tempekan sambil menghentak-hentakan sepasang kakinya ke permukaan bumi. Datuk segera memanfaatkan kesempatan itu dengan sebaik mungkin. Dia menguling-gulingkan diri ke arah kaki sebelah kiri manusia keluang. Taktik yang dilakukan oleh datuk dapat dikesan oleh makhluk aneh tersebut.
Perlahan-lahan dia mengangkat kaki semampu yang boleh, dalam perkiraannya biia tubuh datuk berada di bawah telapek kaki akan dijatuhkan den sekujur tubuh datuk terbenam dalam perut bumi. Perancangan yang disusun oieh manusia aneh berjalan dengan baik, begitu juga dengan perancangan datuk. Di saat ghairah menggolekkan tubuh, tiba- tiba saja datuk kehilangan tenaga.
Tubuhnya keras kaku dan betui-betul berada di bawah telapak kaki kiri manusia keluang. Dengan tempikandan ketawa yang tidak putus-putus, sediki tdemi sedikit manusia keluang menjatuhkan telapak kakinya,
tidak ada apa-apa yang datuk lakukan, hanya berserah pada Allah.
Entah macamanan dalam saat genting begitu, datuk terlihat seketul teras kayu merbau hitam dihujung kakinya.
TERAS KAYU
DENGAN sisa kekuatan yang tidak seberapa, dia berusaha mengkuiskan teras kayu itu dengan lbu jari kakinya hingga sampai ke hujung tangan kanannya. Sebaik saja teras merbau hitam yang tajam dan runcing itu berada di tangannya terus dicacakkannya permukaan bumi.
P ada masa itu jarak dadanya dengan telapak kaki manusia keluang tidak sampai sepuluh inci hingga bau telapak kaki yang busuk dan hanyir itu terus menyumbat lubang hidungnya, tekaknya terasa loya dan mahu muntah.
Datuk cuba mengarahkan tubuhnya ke kanan. Kali pertama masih gagal. Kali kedua juga tidak berhasil sedangkan telapak kaki manusia keluang, makin hamper kedadanya. Usha ketiga juga tidak menhasilkan sesuatu seprti yang diharapkan.
“Kalau kali ini gagal juga, sertnya memang sudah sampai ajalku, bisik batin datuk sambil matanya memandang ke arah telapak kaki manusia keluang yang mengerutu serta mengeluarkan bau busuk dan hapak.
Telapak kaki itu hanya berada beberapa inci saja dari dadanya. Bajunya terutama di bahagian dada basah kuyup akibat dihujani air hanyir dan hapak dari bawah telapak kaki kiri manusia keluang. Apakan daya, dia terpaksa menghidu bau yang kurang menyenangkan itu.
“Allah hu Akbar ........”
CANTUM
Tempik datuk dengan sekuat hati. Uaranya bergema ke seluruh kawasan dan pada masa yang sama, datuk terus berusaha mengubahkan kedudukan tubuhnya ke kanan. Ternyata usha itu tidak sia-sia.
Semasa telapak kaki kiri manusia keluang bercantum dengan permukaan bumi, tubuh datuk sudah bergerak jauh ke kanan. Sepasang tangannya berpaut pada sebatang pokok langsat. Denan berpaut pada pokok tersebut, datuk mengharapkan agar dia dapat bangun dan berdiri. Dalam pada itu sepasang matany tidak terlepas dari memerhatikan keadaan manusia keluang.
Terdengar rintihan kesakitan yang amat sangat dari manusia keluang, kami juga mendengar rintihan tersebut.
“Kakinya tertusuk benda tajam?”
Secara tiba-tiba saja Ali Usman bersuara. Datuk yang sudah duduk tersandar di batang langsat, saya lihat menganggukkan kepala, membenarkan pendapat Ali Usman.
Memang benar apa yang dikatakan oleh Ali Usman. Manusia keluang berpusing-pusing sambil mengangkat kaki. Bila telapak kakinya dihalakan kea rah saya , kelihatam benda hitam terbenam di situ. Darah yang bercampur dengan air hanyir bercucuran kebumi. Manusia keluang berjalan terhincut-hincut.
Suaranya yang merintih menahan kesakitan sungguh memilukan meringgit-ringgit macam bayi kelaparan susu. Dia tidak tentu arah. sekejap melompat. sekejap bergulung-gulung di bumi. Kakinya yang ditusuk teras merbau hitam, adak iepas dari pegangannya.
'Bummmmm
Manusia keluang tumbang di bumi terlentang mererung langit. Telapak kaki kirinya yang ditusuk teras kayu merbau hitam di angkatnya ke udara, seolah-olah minta bantuan pada sesiapa saja. Ada lelehan air jernih di- pinggir kelopak matanya. Sedih. Sunguh melihat keadaannya.
“Huuuuuhhhhh.......”
Terdengar dengusan dari manusia keluang. Serentak dengan itu dari ibu jari kanannya keluar asap nipis yang diikuti dengan percikan bunga api
Dalam masa beberapa detik saja percikan bunga api itu bertukar menjadi bara api yang akhirnya mengeluarkan api dan terus marak serta merebak ke seluruh badan ma- nusia keluang. Tubuh- nya terbakar terus.
Sunyi suara api yang membakar tubuh manusia ganjil tidak ubah macam bunyi batang-batang kayu besar yang dibakar ketika membuka tanah baru. Tidak sampai sepuluh minit seluruh tubuh manusia keluang menjadi abu dan debu.
Saya menarik nafas lega, semoga selepas ini tidak ada lagi kejadian yang menakut-kan. Dengan sisa-sisa yang masih ada datuk berjalan separuh merangkak menuju ke tempat mayat manusia keluang terbakar. Saya hanya melihat gerak- geri datuk dengan hati- hati dan telitL
Saat datuk duduk mencangkung di depan debu mayat, tanpa di duga angin bertiup kencang. Debu mayat berterbangan berpusing-pusing lalu membentuk sekujur tubuh perempuan berjubah putih dengan rambut mengerbang wujud di depan datuk.
Wanita yang wajahnya berkeriput di- penuhi dengan ulat- ulat kecil macam ulat nangka terus melakukan serangan mengejut ke arah datuk. Nasib baik dalam keadaan yang serba terdesak itu, datuk dapat berfkir dan membuka langkah silat untuk mempertahankan diri. Serangan dari perempuan berjubah putih berterusan. Dua tiga kali datuk jatuh terduduk akibat menerima (tendangan ) pukulan dari wanita tersebut.
Állah hu Akbar”………….”
MAYAT
SERENTAK dengan ungkapan itu, datuk mengenggam abu mayat yang berada tidak jauh darinya. Setelah membaca sesuaiu debu mayat itu di campakkan ke arah wanita yang berada di awing-awangan didepannya. Angin kencang terus mati, lembaga wanita terus ghaib dan seluruh kawasan dikuasai jeritan suara wanita. Sungguh nyaring dan mengerikan.
Suasana sekitar kembali tenang. Ali Usman mengatur langkah menuju kearah saya. Datuk yang berhadapan dengan kejadian aneh dan pelik itu hanya mengurut dada sambil menark nafas panjang.
Setelah mengumpulkan sisa-sisa tenaga yang ada datuk segera berubah tempat. Dia menuju ke arah tanah lapang dan duduk bersila di situ.
"Kamu berdua mari ke sini."
Datuk merenung tajam ke arah sava dan Ali Usman. Kami segera mendekati dan duduk di sampingnya. Saya berada di sebelah kanan, manakala Ali Usman di kirinya.
"Wajarkah kita masuk ke rumah itu?'
Hujung telunjuk datuk menunding ke arah rumah Raja Susuk. Sukar untuk memberikan jawapan dan saya mengharapkan Ali Usman akan melakukan sesuatu.
"Wajar diteruskan, kalau perlu kita musnahkan semua kelengkapan di rumahnya, kerana ini adalah amanatnya," jawapan yang sungguh menyenangkan, Datuk mengkerukan dahi, ada sesuatu yang difikirkannya.
“Kamu macamana Tamar?" Soal datuk.
"Saya hanya mengikut."
'Hmmmmmm.......................................... "
Datuk menelan air liur. Saya dan Ali Usman saling berpandangan. Ruang dada terus diselubungi dengan berbagai-bagai pertanyaan. Apakah datuk bersedia menunaikan permintaan kami.
“lya kita tunaikan amanat orang bertujuan baik “ Satu jawapan yang sungguh menyenangkan.
Dan sebuah harapan berbunga di dada. Semoga seiepas ini, tidak ada dugaan dan rintangan besar yang bakal menghalang kami bertiga memasuki RAJA SUSUK. Ka­mi pun melangkah dengan sebuah keyakinan yang kukuh.Tidak dinafikan ada gangguan-gangguan kecii serupa bayangan wanita berwajah hodoh, kulit mukanya mengerutu macam katak puru. rambut mengerbang bagaikan berterbangan di depan kami. Ada ketikanya dia berdiri di depan kami tanpa bumi. Semuanya tidak diperhiraukan oleh datuk.
Kerana kedatangan makhluk (Pontianak) dalam keadaan seperti bebayang atau kabus, datuk terus menguaknya ke tepi dengan sepasang tangan. Setiap kali dikuak, terdengar suara wanita ketawa manja kegelian seperti digelitik.
Jangan peduli semuanya itu."
Datuk mengingatkan kami. Serentak kami angguk- kan kepala. Dan akhirnya, anak tangga pertama ru- mah milik Raja Susuk dipijak oleh Ali Usman. Diikuti oleh datuk dan saya. Bila anak tangga kedua dipijak, pintu rumah terbuka sendiri.
-TAMAT-

242. LEMBAGA MAGHRIB

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : LEMBAGA MAGHRIB
KARYA : KAK PAH
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940242
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Hi dan Assalamualaikum buat pembaca HZONE BLOG. Ini kali pertama aku menulis cerita untuk HZONE BLOG, aku ingin ucapkan terima kasih sekiranya cerita ini diterbitkan. Penulisan aku berdasarkan apa yang telah aku lalui. Nasihat aku sebelum kau membaca cerita ini, aku ingin kau meletakkan dan membayangkan kau berada di tempat aku.
Sebelum aku lanjutkan, elok sekiranya aku memperkenalkan diri aku dengan sekurang-kurangnya nama panggilan. Nama panggilan aku, Kak Pah. Sekian.
Lembaga Maghrib
Aku merupakan salah seorang bekas pelajar di salah satu program Asasi di Malaysia sekitar tahun 2017-2018. Pada minggu ulangkaji semester pertama, aku belajar satu perkara iaitu ramai pelajar akan pulang ke rumah untuk mengulangkaji di rumah berbanding tinggal di hostel/asrama. Oleh kerana rumah aku jauh dan aku tidak akan study di rumah, aku hanya tinggal di hostel. Kesemua housemate aku juga pulang ke rumah. Roommate aku akan pulang ke hostel semula selepas 3 hari bercuti. Tinggal aku seorang diri untuk 3 hari. Makan sendiri, study sendiri, menonton movie sendiri.
Aku mula rasakan keseronokkan tinggal seorang diri apabila masuk hari kedua. Oleh kerana aku orang yang eveningness, aku kerap bangun tengahari dan tidur lewat malam atau pagi hari atau sekitar selepas subuh. Sekiranya aku bangun agak awal pagi, aku akan tidur di petang hari, sekitar selepas Asar untuk mendapatkan tenaga aku semula dan belajar pada waktu malam.
Kebetulan, pada hari kedua aku tinggal seorang diri, aku didatangi h**d. Apabila perempuan didatangi h**d, ia waktu paling sesuai untuk syaitan mengganggu seseorang wanita tersebut. Aku sebenarnya sudah lali dengan semua itu kerana aku beberapa kali pernah dirasuk dan tidak sedarkan diri bukan sahaja pada waktu aku didatangi h**d, adakalanya aku juga diganggu sewaktu atau selepas aku solat. Mungkin kerana aku solat tidak khusyuk.
Pada hari kedua itu, sekitar jam 6.30 petang aku turun ke kafe untuk membeli makanan dan makan di bilik seperti biasa tapi petang itu tidak rasa seperti biasa. Waktu sekitar 6.30 petang tapi langit ibarat waktu maghrib. Aku hiraukan kerana aku tidak rasa masalah untuk aku akan timbul. Paling-paling mungkin hujan yang akan turun.
Selesai sahaja aku membeli makanan dan minuman, hujan melimpahi bumi. Haa, tepat sangkaan aku. Cepat aku melangkah untuk balik ke bangunan hostel bagi mengelakkan basah. Sampai sahaja aku ke rumah, rumah gelap. Aku lupa buka lampu dan langsir beranda berterbangan sebab sliding door terbuka. Aku beri salam dan hampir sahaja aku buka langkah untuk masuk ke dalam rumah, mata kanan aku tertangkap satu bayang besar dalam bilik air di sebelah kanan yang gelap ibarat memerhati gerak langkah aku. Mungkin bayangan aku saja. Aku hiraukan dan terus menghidupkan suis lampu. Terang akhirnya rumah.
Aku mengambil langkah ke meja belajar aku dan meletakkan makanan dan menutup pintu sliding door. Hujan lebat, takut tempias. Tapi sekali lagi. Aku tersaksikan satu makhluk hitam berbulu, bertangan panjang, dan mata merah yang sedang pandang aku dengan pandangan tajam dari arah bumbung bangunan bertentangan, hujan seakaan enggan dekat dengan makhluk tersebut. Aku seakan terpukau. Aku pandang lama sebelum dia menghilangkan diri.
Setelah makhluk tersebut hilang, aku seakan tersedar dan terus mengucap. Menutup sliding door dan terus mengambil makanan yang aku tinggalkan atas meja tadi ke dalam bilik untuk makan sambil menonton movie, kemudian, sambung study.
Tingkap bilik aku dibiar terbuka walaupun maghrib menjelma. Aku jarang tutup tingkap kecuali kalau aku akan tinggalkan bilik untuk jangka masa yang lama, cth, balik kampung. Malam tersebut sangat sunyi. Aku study sehingga sekitar 2 pagi, kemudian aku berhenti dan tertidur.
Keesokkannya, aku bangun agak awal dari waktu aku biasa bangun, sekitar 9.30 pagi. Aku bangun, membasuh muka, mandi dan keluar membeli makanan untuk satu hari kerana aku malas untuk keluar petang kerana aku ingin fokus belajar untuk hari tersebut. Malangnya, dalam sekitar selepas Asar, aku mengantuk. Sangat. Mungkin kerana aku bangun awal dari kebiasaan dan aku pula bukan a morning person. Jadi badan aku penat, dan otak aku letih.
Aku tertidur di hujung katil, mengiring ke kanan menghadap dinding dan kaki aku terlunjur dari katil sedikit. Katil aku penuh dengan buku menyebabkan aku tidur di hujung katil.
Sewaktu aku tidur, aku ibarat dikejut dengan satu pandangan. Aku tidak terus membuka mata setelah aku tersedar sebab aku dapat rasakan yang ada sesuatu memerhatikan aku yang sedang tidur dan aku dapat rasakan dia semakin dekat. Aku berjaya membuka mata aku sedikit dan cuba bergerak tapi aku tidak dapat bergerak. Aku kaku sekakunya. Aku nampak di hujung mata aku, lembaga yang aku nampak Maghrib semalam sedang memenuhi ruang di hujung kaki aku. Berdiri tegak ibarat memegang aku dari bergerak dengan pandangannya.
Aku membaca surah-surah yang aku ingat didalam hati kerana aku tidak dapat menggerakkan bibir aku. Sedikit demi sedikit lembaga itu bergerak ke arah aku dan mencangkung. Aku dapat rasakan kaki aku dipegang. Aku rasa sakit mencucuk di tapak kaki aku dan aku rasakan kaki aku dijilat dengan perlahan. Oleh kerana perasaan takut menghantui aku, aku pejam mata dengan rapat dan aku cuba sedaya upaya untuk membaca ayat Kursi. Apabila tiba di ayat terakhir, aku ulang dan ulang sehingga roommate aku menyelamatkan aku.
‘Assalamualaikum’ Idah dah balik dan badan aku dapat bergerak. Aku meniarap, membaca ayat Kursi sekali lagi dan membuka mata, mengambil handphone untuk melihat jam. 7.15 petang. Kalau Idah balik lewat malam tersebut, aku tidak pasti apa yang akan berlaku dengan aku. Aku tidak dapat melawan sehingga sekarang aku tidak mampu untuk ucapkan terima kasih kepada Idah, roommate aku.
Begitulah kisah aku. Sekiranya berkesempatan, aku akan berkongsi kisah aku lagi. Sekian, Assalamualaikum.
-TAMAT-

243. VILLA CHE MONA

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : VILLA CHE MONA
KARYA : MERAH
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940243
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Angin malam itu terasa sangat dingin dari malam-malam lain. Lampu kereta nissan almera ku membelah kegelapan jalan itu. Aku hanya bersandar di kerusi penumpang sambil melihat jalan raya yang sunyi dihadapan. Tidak berani aku menoleh ke kiri atau ke kanan oleh kerana kiri kanan jalan itu hanya dipenuhi hutan tebal. Perjalanan yang panjang itu sangat membosankan. Tambah pula dengan ketiadaan line. Sesekali aku menoleh suamiku yang sedang memandu. Wajahnya nampak sangat gelisah. Mungkin kerana dia berdebar menanti apa yang bakal berlaku atau takut jika usaha ini tidak berhasil.
Sudah 5 tahun usia perkahwinan kami tetapi kami masih tidak dikurniakan cahaya mata. Segala doktor pakar atau ustaz telah kami jumpa tetapi segala usaha kami masih belum membuahkan hasil sehinggalah satu hari, seorang jiran baru kami, Mawar mencadangkan agar kami pergi ke Villa Che Mona yang terletak di Selangor. Sepanjang hidupku, belum pernah aku dengar akan kewujudan Villa Che Mona. Kata Mawar, ramai pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata berjumpa dengan Che Mona dan terus dikurniakan cahaya mata sebulan selepas itu. Menurut Mawar, Che Mona cuma memberi satu minuman kepada si isteri dan mereka akan dibenarkan pulang. Minuman tersebut dikatakan menyuburkan para isteri.
Sejujurnya aku tidak percaya akan apa yang dikatakan Mawar. Mana mungkin hanya satu minuman boleh memudahkan kami untuk mendapatkan cahaya mata. Tetapi suamiku mendesakku agar aku setuju untuk mencuba cara tersebut. Suamiku bukanlah jenis yang senang percaya kepada sesuatu cerita, adat, amalan atau rawatan. Tetapi kali ini dia terus bersetuju untuk pergi ke Villa Che Mona selepas dicadangkan oleh Mawar. Mungkin kerana suamiku sudah tidak sabar untuk memiliki cahaya mata, lantas terus bersetuju. Melihat kesungguhan suamiku memujuk, aku setuju.
Kini kami sedang dalam perjalanan ke Villa Che Mona. Jalan untuk ke villa itu sangat sunyi dan seram. Jalan itu gelap tanpa sedikit cahaya pun. Yang lebih menyeramkan, tidak ada satu kenderaan pun yang menggunakan jalan tersebut. Hatiku mula rasa tak sedap tapi aku tetap memujuk diriku dengan mengatakan ini mungkin perasaanku sahaja. “Jauh lagi ke hubby?” tanyaku kepada suami. “tak tau” jawabnya sepatah. Aku memilih untuk hanya mendiamkan diri dan tidak mengganggu pemanduan suamiku.
Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi tetapi kami masih belum tiba di villa tersebut. Aku menoleh ke kanan. Hatiku berdebar laju. Aku nampak seorang wanita berambut panjang memakai gaun tidur putih dipenuhi tompokan d***h di luar kereta kami. Apabila kereta kami mendekatinya aku dengar wanita itu berkata “jangan..jangan..”. Aku mengalih pandangan ku kehadapan. Tanganku menggeletar ketakutan. “Hubby nampak ke apa yang I nampak” tanya ku kepada suami. “Takda apa pun kat sini. Jangan mengada”. Hatiku sedikit terasa dengan sikap dingin suamiku. Sekali lagi jantungku berdegup laju apabila terlihat satu lagi wanita berkebaya putih bertompok d***h di tepi jalan. Aku turut mendengar sayup sayup suara wanita itu berkata “jangan..jangan..”. Aku berasa amat takut lalu memejamkan mataku rapat.
Bahuku terasa dicuit. “Bangun. Dah sampai.” kata suamiku. Rupanya aku tertidur. Aku terus bangun, membetulkan rambutku dan keluar dari kereta. Dihadapanku terdapat sebuah villa yang kelihatan sangat mewah dan cantik. Tetapi villa tersebut kelihatan suram. Tiba-tiba seorang wanita cantik berkebaya membuka pintu villa tersebut. “Dah sampai pun. Masuklah”. Kata Che Mona sambil tersenyum manis. Aku mula yakin bahawa Che Mona ikhlas membantu pasangan seperti kami. Aku dan suami ku masuk ke villa tersebut. Che Mona mengarahkan kami untuk duduk di ruang tamu sementara menunggunya menyediakan minuman kepadaku. Ruang tamu villa itu sangat mewah dipenuhi perabot perabot mewah.
Tak lama selepas aku duduk, Che Mona datang dan berkata kepada suamiku “Adam, ada bawak tak air mineral?”. Suamiku membalas “Tak ada Che Mona. Mawar tak ada pesan pun kena bawak air mineral”. Che Mona berkata “Pasangan yang datang kena bawa air mineral sendiri. Che Mona hanya sediakan ramuan untuk minuman tersebut. Itu syaratnya. Tak apa. Adam pergi kedai depan villa ni dan beli.” suamiku akur dan mula bergerak. Aku sempat memberi isyarat kepada suamiku untuk ikut bersama tetapi suamiku tidak menghiraukan aku.
Pelik. Takkan ada kedai runcit dekat tempat macam ni. Bisik hatiku. Tetapi aku cuba berfikiran baik. Satu jam berlalu. Suamiku masih belum datang. Che Mona datang dan berkata “Mia naik la bilik dekat atas. Tidur dulu. Nanti Adam dah datang, Che Mona kejutkan. Mungkin dia lambat sebab kedai tu agak jauh”. Aku akur memandangkan aku berasa amat penat. Aku terus masuk ke bilik di tingkat atas. Bilik itu juga sangat mewah seperti hotel 5 bintang. Aku baring di atas tilam lalu tertidur.
Pppangg!! Bunyi hempasan pintu besi mengejutkan aku dari tidur. Sebaik sahaja aku membuka mataku, aku terkejut. Aku kini berada di satu bilik kurungan. Bilik tersebut tidak ada beza dengan penjara. Di celah2 jaringan pintu besi dapat ku lihat penghuni lain di bilik kurungan berhadapan denganku iaitu seorang wanita. Wanita itu tidak henti menangis. “abang..tolong ina” tangisnya.
Tiba2 kedengaran bunyi tapak kaki menghampiri bilik kurungan yg aku agak terletak di bawah tanah ini. Pintu2 bilik kurungan dibuka dan semua penghuni bilik kurungan tersebut yg semuanya wanita berlari ke ruang tengah untuk cuba melarikan diri. Che Mona masuk ke bilik kurungan itu dengan senyuman yang sangat sinis. Semua penghuni bilik kurungan senyap. “Mulai hari ni kau semua akan tinggal disini sampai bila-bila. Kau semua takkan boleh keluar dari tempat ini sampai m**i. Jadi tak perlu cuba larikan diri.” kata Che Mona. “Hanya satu cara untuk larikan diri. Kamu kena b*nuh penghuni lain dan apabila kamu seorang sahaja yang hidup, aku akan bebaskan kamu”. Sambung Che Mona. Salah seorang wanita berkata “jangan main-main Che Mona. Suami saya mana. Che Mona kata nak kejut saya bila suami saya datang”. Che Mona senyum sinis dan berkata “suami kau semua dah mampus” lalu Che Mona keluar dari bilik kurungan tersebut.
Wanita-wanita di dalam bilik kurungan itu hanya mampu menangis berharap mereka dapat keluar dari bilik ini dan berjumpa suami mereka. Aku hanya berdiam. Aku masih bingung dengan apa yang terjadi. Aku cuma berharap suamiku masih diluar sana cuba untuk mencari dan menyelamatkan ku. Aku yakin suamiku takkan membiarkan aku keseorangan dalam ketakutan.
Tiba-tiba kedengaran beberapa wanita menjerit dengan kuat. Rupanya Ina, salah seorang wanita di situ telah bertindak menikam 3 wanita lain dengan gunting yang dijumpai di bilik kurungan itu. “Aku nak hidup! Jadi kau semua kena mampus!!” jerit Ina dan terus berlari ke arah mangsa seterusnya. Suasana di bilik itu menjadi kelam kabut. Aku dan beberapa wanita cuba untuk menghalang Ina dari menikam wanita lain. Setelah beberapa lama di pegang, Ina menjadi semakin lemah. Kini 3 wanita telah m**i terb*nuh dan hanya 4 wanita yang tinggal termasuk aku. Aku mengajak wanita-wanita lain iaitu Ina, Zara dan Anis untuk meronda sekeliling bilik kurungan ini dan cari pintu atau tingkap yang boleh dibuka untuk melarikan diri.
Ina tidak mahu mengikut aku, Zara dan Anis untuk mencari jalan keluar. Belum sempat kami memujuknya untuk ikut bersama, Ina mengambil gunting dan menikam dirinya sendiri berkali kali sehingga tubuhnya tidak bergerak lagi. Zara dan Anis terkejut dengan apa yang terjadi dan tidak mampu bergerak akibat terlalu takut. “Kalau kita tak buat apa-apa, mungkin kita akan jadi macam mereka. Kita kena gerak sekarang.” Kataku kepada mereka. Kami segera memeriksa sekeliling bilik itu untuk mencari pintu atau tingkap yang boleh dibuka. Tetapi kesemuanya berkunci. Tiba-tiba Zara memanggil Anis dan aku untuk datang kepadanya. Zara telah jumpa satu tingkap kecil yang tidak berpagar. “Aku dah pecahkan cermin tingkap ni. Tingkap ni takda pagar macam tingkap lain. Kita kena keluar sekarang.” kata Zara. Aku membantu Zara dan Anis untuk memanjat kerusi yang ada dan perlahan-perlahan keluar dari tingkap tersebut. Akhir sekali, aku keluar dari tingkap tersebut.
Kami bertiga buntu. Villa tersebut dikelilingi hutan tebal. “Macam mana kita nak balik. Anis tak tau jalan. Anis takut nk masuk hutan” tangis Anis. “Kita kena cari jalan keluar jugak Anis. Kalau tak kita akan dikurung balik” kataku. Aku menyuruh mereka ikut dibelakangku. Memandangkan aku selalu menyertai kem-kem di dalam hutan, aku serba sedikit mahir untuk masuk ke hutan. Aku membawa mereka lari mengikut hutan belakang villa. Malam itu sangat gelap dan kami tidak mempunyai lampu suluh atau handphone. Kami saling berpegangan tangan dan terus berjalan mencari jalan keluar.
Tiba-tiba kedengaran Zara menjerit dengan kuat. Dalam samar-samar cahaya bulan, aku dan Anis dapat lihat tubuh Zara telah terbaring dan dipenuhi d***h. Dibelakangnya ada Che Mona yang memegang sebilah kapak sambil tersenyum ngeri kepada kami. Aku dan Anis terus lari untuk menyelamatkan diri. Kami tidak lagi berpegangan tangan. Aku berlari selaju yang ku mampu tanpa berhenti. Aku tidak tahu dari mana aku dapat tenaga yg begitu banyak untuk berlari berterusan. Aku berhenti apabila aku terasa sangat penat. Aku toleh kebelakang. Anis tidak ada bersamaku. Mungkin kami terpisah semasa berlari. Aku berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari Anis. Aku terus berjalan dan tiba-tiba aku berada di satu jalan raya yang sibuk. Aku toleh kebelakang tetapi tidak ada hutan dibelakangku. Aku bingung. Dalam keadaan lemah aku meminta pertolongan dari orang awam.
Aku terjaga. Aku kini berada di hospital. Seorang doktor wanita datang menghampiriku. Dia memeriksa degupan jantungku dan mataku. Setelah dia yakin aku dalam keadaan yang baik dia memanggil dua anggota polis untuk berjumpa dengan ku. Seorang anggota polis wanita berkata “Saya Inspektor Aisyah. Boleh saya tanya sikit soalan?” “Boleh” jawabku. “Boleh awak bagi tau kami awak berada di mana sebelum ni?”. Tanyanya.
“Saya dari Villa Che Mona. Che Mona cuba nak b*nuh saya. Dia kurung saya bawah tanah. Cik tolong pegi tangkap dia. Ada banyak lagi mayat perempuan dalam villa dia. Selamatkan suami saya cik. Dia ada kat sana lagi.” kataku. Dua anggota polis tersebut memandang sesama sendiri. Inspektor Aisyah berkata “Tenang puan. Cuba puan jelaskan betul-betul kepada kami. Puan pegi mana? Puan dah hilang lima bulan. Suami puan datang buat laporan kepada kami lima bulan lepas. Dia kata dia bawak puan honeymoon tetapi tiba-tiba puan hilang keesokan paginya.” Aku terdiam. Aku serabut. Apa yang mereka katakan ni. Aku baru sesat di villa semalam. Aku terus bangun dari katil dan berlari laju untuk keluar dari hospital. Aku menahan sebuah teksi di hadapan hospital dan meminta pemandunya membawaku pulang kerumahku. Dapat kulihat inspektor Aisyah cuba mengejarku tapi aku lagi pantas.
Sesampainya aku di rumahku. Aku turun dari teksi dan masuk ke rumahku. Pagar dan pintu tidak berkunci. Aku terkejut. Aku nampak suami ku sedang membelai perut Mawar yang besar. Mungkin Mawar mengandung. Tetapi mengapa mereka berdua duaan di dalam rumah kami. “Adamm!!” jeritku. Mereka berdua terkejut. “Sa saa ssa yangg ? Macam mana u hidup lagi?” tanya suamiku dalam ketakutan. “Kenapa?? Kalau aku dah mampus kau boleh berdua dengan si Mawar ni ke dalam rumah??” marahku. Suamiku terdiam lama lalu berkata dengan perlahan “Kami dah berkahwin… Mawar mengandung anak i..”. Luluh jantungku mendengar apa yang dikatakan suamiku. Aku risaukan dia dan bimbang ada perkara buruk terjadi kepadanya. Rupa rupanya suamiku bergembira dengan prempuan lain. “Apa sebenarnya dah terjadi?” tanyaku. Belum sempat mereka membuat penjelasan, aku ditarik Inspektor Aisyah. Anggota polis yang lain membawa ku semula ke hospital.
Sebulan kemudian..
Sudah sebulan aku dimasukkan ke wad psikiatri di Tanjung Rambutan. Mereka kata aku gila. Tidak ada seorang pun yang percaya ceritaku tentang Villa Che Mona termasuk keluargaku. Mereka langsung tidak menjengukku kerana malu dengan keadaanku. Tiba-tiba ada jururawat memanggilku untuk keluar kerana ada pelawat ingin berjumpaku. Aku berjalan ke ruang lawatan. Di hadapanku ada Mawar. Dia hanya senyum sinis kepadaku. Hanya aku dan Mawar sahaja berada di ruang lawatan itu. Aku duduk dihadapannya. “Kesiannya kau.” kata Mawar sambil ketawa. Aku hanya diam. Malas melayan Mawar. “Kau mesti nak tau apa sebenarnya jadi kat kau kan.
Okay. Biar aku cerita. Mesti cerita ni buat kau betul-betul gila. Hahahah” sambung Mawar. Aku memandang Mawar tajam. Sejujurnya aku sudah lama ingin tau apa yang terjadi kepadaku. Mawar berhenti ketawa dan mula bercerita “Kau tau tak sebelum Adam kahwin dengan kau, dia dah 5 tahun bercinta dengan aku. Hancur hati aku bila keluarga Adam jodohkan dia dengan kau hanya sebab keluarga kau kaya. Sebab kau, aku derita. Tapi sehari sebelum Adam berkahwin dengan kau, dia ada buat satu janji dengan aku. Dia janji yang dia takkan ada anak dengan kau dan akan tinggalkan kau bila masa yang sesuai tiba. Kau tau kenapa kau tak pernah dapat anak? Sebab aku dan Adam pergi jumpa bomoh untuk tutup kesuburan kau. Mesti kau ingat Adam sedih tak dapat anak. Tapi sebenarnya dia yang buat kau tak dapat anak.” Mawar ketawa dengan kuat. Aku terdiam. Masih tak percaya dengan apa yang aku dengar.
Mawar menyambung “Mesti kau nak tau apa jadi dekat kau masa kau pergi Villa Che Mona kan. So, bomoh yang kami jumpa untuk tutup kesuburan kau iaitu Pak Din cadangkan agar Adam bawak kau pergi jumpa Che Mona. Aku pura-pura jadi jiran baru kau dan cadangkan kau pergi jumpa Che Mona untuk dapatkan anak. Che Mona tu ialah bomoh perempuan yang kuat dekat sini. Dia selalu kurung wanita-wanita dan guna mayat mereka untuk buat minyak dagu, sihir dan macam-macam lagi. Cik Mona sangat mengalukan kehadiran wanita ke rumahnya. Ramai suami-suami yang hantar isteri mereka kepada Che Mona sebab mereka nak kahwin lain. Jadi lepas dicadangkan Pak Din, kami terus contact Che Mona. Sebenarnya rumah Che Mona dekat tepi jalan je. Tapi dia gunakan ilmu hitam dia untuk kelirukan kau dan wanita lain supaya korang nampak jalan ke rumahnya suram dan penuh dengan hutan.
Dia jugak buat kau rasa kau hilang sekejap je sedangkan kau dah lima bulan tak balik. Lepas Adam hantar kau kepada Che Mona, Adam balik dan bagitau semua yang kau dah hilang. Sebulan lepas tu kami kahwin.” “Kau perempuan tak gunaaa!!!” jeritku sekuat hati. “Kenapa kau buat aku macam ni! Bagi tau semua apa yang kau dan Adam dah buat. Bagi tau semua orang!!! Aku tak gila!! Aku tak gila!!” Marahku. Mawar pura-pura takut dan jerit meminta tolong. Sekumpulan nurse memegangku dan memasukkan aku ke dalam wad. Aku menjerit minta dilepaskan. Kemudian Doktor datang dan menyuntikkan ubat tidur kepadaku. Aku berasa pening dan lemah. Sebelum aku memejamkan mataku, aku dapat lihat Mawar tersenyum sinis terhadapku dan berlalu pergi.
-TAMAT-

244. 

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : 
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940244
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

245. 

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : 
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940245
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

246. 

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : 
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940246
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

247. 

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : 
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940247
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

248. 

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : 
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940248
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

249. 

CERITA² MISTIK MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : 
KARYA : -
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940249
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram.html

Comments

Popular posts from this blog

KOLEKSI VIDEO / MOVIE ACTION / CARTOON / SEASON#1

AD COLLECTIONS / THAI MOVIES / SEASON#1

CGCZONE 👁‍🗨 PAID ADVERT / SERVIS IKLAN BEBAYAR / DETAILS