CERITA MISTIK, MISTERI & SERAM - SEASON 1

👁‍🗨 SERAM
➜ HZONE 👁‍🗨 BLOG
GC Special - Read Only
➜ CERITA² MISTIK, MISTERI 📛 SERAM
🔝KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
🔛KUMPULAN CERITA HANTU KISAH NYATA
🔝HIMPUNAN CERITA SERAM
🔛KISAH SERAM MELAYU 📛 BERSIRI
🔛CERITA SERAM 👁‍🗨 BRUNEI PAGE
🔛KOLEKSI VIDEO SERAM
https://chat.whatsapp.com/GkoZrWgBuObKVokhMGF8by
➜ EMAIL thehorrorzone.289@gmail.com
➜ BLOGGER / TheHORRORZONE
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/03/koleksi-cerita-seram-melayu.html
👁‍🗨 DESCRIPTION
GC ini akan di isikan dengan Koleksi Cerita Seram / Video Seram yg menarik buat bacaan & tontonan anda semua...



100. MISTERI SNAPCHAT

CERITA² MISTIK MISTERI 👁‍🗨 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : MISTERI SNAPCHAT
KARYA : ZAR
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940100
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram-season-1.html

Assalamualaikum kepada semua pembaca the HORRORZONE dan terima kasih kepada admin jika publish kisah saya.
Sebelum kita mulakan. Pernah kah anda terdengar tentang aplikasi Snapchat? Rata-rata semua tahu dan bagi yang tak tahu biar saya terangkan apa itu Snapchat. Snapchat adalah satu aplikasi yang boleh kita muat naik video pendek dalam 15 saat macam tu. Senang cerita korang mesti pakai Insta Story kan? Ha samalah macam Snapchat. Asalnya Snapchat yang buat dulu dan sekarang Instagram tiru Snapchat.
Okay, cukup perkenalan tentang Snapchat. Mari kita lungsuri kisah saya. Haha.
Saya dah ada Snapchat selama 3 tahun dan belum pernah berlaku benda-benda pelik mahu pun yang menakutkan. Kira ni first time ah. Nak di jadikan cerita, saya dengan dua orang lagi kawan saya yang bernama Farouk dan Hariz baru balik dari tengok wayang cerita Mission Impossible: Fallout tu kami lepak mamak berbual pasal movie tadi ni. Masing-masing minat movie-movie spy ni termasuk saya. Berbual punya berbual jam dah pukul 3:25am. Kami bayar dan terus balik tanpa ada benda pelik berlaku.
Keesokan harinya, kawan saya Hariz called saya menggunakan nombor telefon ayah dia. Dia tanya saya sama ada saya jumpa tak phone dia. Saya pun cakap takda lah. Saya pun tanya macam mana boleh hilang? Dia pun tak tahu. Saya pun bagi idea bernas untuk si Hariz ni. Dia pakai iPhone dan sudah tentu ada Find My iPhone. Saya suruh trace melalui aplikasi tu. Malangnya dia tak ingat password. Lepas tu dia letak telefon. Saya pun menjalani kehidupan saya dengan indah. Tergerak hati nak buat “story” dekat Snapchat sebab ada kucing pelik terpusing-pusing dekat tong sampah. Saya pun post dekat group dalam Snapchat. Dalam group tu ada 5 orang. 3 orang termasuk kami bertiga, saya, Farouk, dan Hariz. Lagi 2 orang kawan perempuan kami. Bila dah post dekat group masing-masing “open” apa yang saya sent tu. Apa yang jadi musykil ialah saya nampak Hariz “opened” post saya tu. Saya terus telefon Hariz tapi “call rejected” Saya telefon bapak Hariz:
Ayah Hariz: Assalamualaikum
Saya: Waalaikumusalam cik, Ni saya Zar.
Ayah Hariz: Oh Zar, Ha kenapa?
Saya: Hariz ada? Nak cakap denga dia jap.
Hariz: Ha asal?
Saya: Wehh! Kau dah jumpa ke phone kau?
Hariz: Belum. Kenapa?
Saya: Wehhh!!! Ada orang bukak post yang aku sent dekat group. Nama kau yang buka tu.
Hariz: Serious ah?!
Saya: Serious lah dohh.
Hariz: Buka Snap Mapping weh. Aku tak off location dekat situ.
Saya pun buka Snap Mapping dan saya nampak Bitmoji (avatar) Hariz dekat kawasan tanah perkuburan islam. Sebelum saya teruskan. Biar saya terangkan apa itu Snap Mapping bagi yang tak tahu. Snap Mapping ni kita boleh tengok kawan-kawan kita yang kita dah added dalam Snapchat. Kita boleh tengok seseorang berada di kawasan mana dan boleh di matikan lokasi nya kalau tak nak diketahui oleh orang lain. Dalam situasi ni kami semua tak matikan. Mari kita sambung. Saya pun screen cap dan post dekat group dalam Snapchat dan masing-masjng replied:
Siti: Ishhh. Apa pasal boleh ada dekat situ?!
Saya: Tulahhh. Dah lah jauh.
Farouk: Aku rasa Hariz punya phone ni jatuh lah kat mamak semalam.
Siti: Korang lepak ke semalam? Tak ajak eh.
Saya: Kejap je. Lepas tengok wayang.
Siti: Ohh. Eh pergi lah ambil balik phone dia. Suka-suka nak curi.
Sekali lagi, Hariz “opened” post saya tu dan baca perbualan kami walaupun tu bukan Hariz sebenar. Tepat pukul 8 lepas mahgrib gitu kami bertiga pergi tempat tu ikut dalam Snap Mapping tu dan hampir makan setengah jam juga nak kesana. Bila dah sampai situasi dekat situ tak berapa menyeramkan sangat sebab ada beberapa kedai makan dekat situ. Kami tak boleh masuk sebab pagar tu kunci. Farouk pun buka Snap Mapping dan tengok lokasi terakhir Hariz. “Online 1 minute ago”. Kami pun tercari-cari phone tu. Tiba-tiba bunyi orang snap gambar dan hantar kepada saya dan Farouk tapi tak ada gambar kami atau mungkin ada tapi gambar macam dia tengah berlari sambil snap.
Kami berlari sekuat hati dan terus tinggalkan tempat tu dan tak pedulikan phone Hariz tu. Lantak lah dia nak menangis ke apa. Sampai je mamak kami trace lagi dan itu lah terakhir lokasi phone Hariz. Farouk cuba call tapi straight to voicemail. Sama ada dia matikan atau dia hancurkan phone tu. Lat beberapa hari kami bercadang untuk buang Snapchat selamanya dan Hariz pun dah beli phone baru. Tapi dia masih lagi dengan Snapchat walaupun benda yang mengerikan kan tu dah berlaku pada dia.
Tamat.
Pesanan dekat sini. Jangan nak gatal tag location korang. Especially, kalau dekat rumah korang sendiri. Tak kisah lah Snapchat ke Instagram ke Facebook ke apa ke. Zaman sekarang kelahiran-kelahiran ni mempunyai level psychopath yang menakutkan. Maka berhati-hati lah.
Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak kerana pendapat sentiasa ada pada anda.
Sekian terima kasih.
-TAMAT-

101. JIRAN

CERITA² MISTIK MISTERI 👁‍🗨 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : JIRAN
KARYA : ARA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940101
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram-season-1.html

Hai, assalamualaikum. Nama aku Ara. Dah lama aku tak menghantar cerita di sini. Sekadar jadi pembaca setia saja. Aku baru teringat ada satu cerita yang jadi waktu aku duduk di satu taman perumahan ni dalam 15 tahun lepas. Time tu aku darjah 5. Cerita ni takda la seram mana, cuma nak kongsi pengalaman aku saja.
Sebelah rumah aku tu asalnya ada jiran lama ni duduk, tapi dia pindah and tak lama lepas tu masuk keluarga baru. Aku happy la sebab anak perempuan dia sebaya dengan aku, nama Wina, so tiap-tiap petang kitorang selalu main bersama and makin lama makin rapat, BFF gitu.
Sampai la satu tahap ni, dia cakap kat aku sebenarnya dalam badan dia ada benda. Dia cakap dah lama dah. Time dia cakap tu aku macam blur and terkejut at the same time sebab first time aku dengar cerita macam tu. Aku tanya la macam mana boleh ada. Dia cakap dia pun tak tahu. Cuma dia ada cakap, dia tak boleh kalau orang marah-marah dia, nanti jadi. Aku tak tanya lanjut kenapa, cuma dalam hati aku cakap dia ni mesti anak manja ni, so tu cuma alasan dia tak nak orang marah dia.
Sampai la satu petang tu, waktu kitorang tengah main kat luar rumah, ada sorang akak jiran selang dua buah rumah dari rumah aku ni tiba-tiba datang serang kitorang. Isu dia sebab kitorang tak nak kawan dengan adik bongsu dia. Hahaha. Adoi, lawak pulak ingat balik. Budak-budak sangat. Tapi memang keluarga dia tu masalah sikit, so mostly jiran tak banyak bergaul dengan family dia. Adik bongsu dia tu yang kitorang panggil Baby muda 5 tahun dari kitorang, and memang aku dah lama tak ajak dia main since Wina pindah rumah. So jadi isu besar pulak time tu, akak dia bising-bising mara-marah kitorang. Wina time tu dah mula nak nangis, aku masih control cool lagi la. And tiba-tiba bahu Wina belah kanan tu berhinggut sendiri. Orang panggil apa eh, aku pun tak tau vocab yang sesuai tapi bahu dia kat bahagian sendi tu bergerak sendiri macam orang Hindustan dok menari-nari tu. Gitu la gayanya. Tapi pergerakan tu memang Wina tak boleh control and tak boleh nak stop sendiri.
Wina dah menangis-nangis. Akak tu senyap sendiri and panik. Aku lagi la panik. Aku terus gi ketuk pintu rumah Wina, nak mengadu kat mak dia. Mak dia keluar terus ambik Wina masuk dalam, sambil cakap ‘Wina ni tak boleh stress-stress ke, orang marah dia ke, nanti mula la.” Yang kakak tu dah lari balik rumah dia dah.
Petang tu parents Wina bawak dia pergi hospital. Esoknya tu aku ajak mak aku gi lawat. Bahu dia dah tak gerak dah. Wina pun nampak okay je. Sembang-sembang dengan aku macam biasa. Tapi tiba-tiba je dia senyap. And mata dia terbeliak tengok aku. Mak dia cakap, “Hmmm, dah mula dah. Angah, angah tengok apa tu?”
Aku dah takut, aku gi sembunyi belakang mak aku. Aku curi-curi tengok dia dari belakang mak. Nampak mata dia terbeliak and melilau-lilau macam cari sesuatu. Aku jengulkan kepala di balik badan mak aku, nampak je aku terus straight mata dia buat eye contact dengan aku, aku cepat-cepat sembunyi balik sebab takut tengok dia.
Mak dia tanya, “Angah kenal tak sape tu?” Wina geleng je. “Ara tu. Angah tak kenal ke, kawan angah tu.” Dia geleng lagi. “Angah kenal umi?” Mak dia tanya lagi. Wina angguk. Time tu aku dah dapat keberanian sikit and berdiri sebelah mak aku samil tengok Wina. Macam biasa, nampak je aku terus mata dia tertancap tengok aku je.
“Kalau tu bukan Ara, angah nampak sape dok berdiri tu?” Tanya mak dia lagi sambil tunjuk kat aku. Aku time tu curious jugak nak dengar dia jawab apa. “Pocong.” Laju gila jantung aku berdegup. Hahaha. Pastu mak dia tunjuk mak aku pulak, tanya yang ni sape. Dia jawab mak pocong. And last sekali adik aku, dia cuma cakap hantu je. Last sekali mak aku ajak aku balik sebab waktu lawat dah habis, and tak nak kacau si Wina yang tiba-tiba tak okay.
Malam tu Abang Wina ada teks aku, aku panggil Along. Dia mengadu kata lepas aku balik tu Wina dah okay. Tapi malam tu jadi balik. Aku sebagai rakan prihatin ni risau la. Esok tu ajak mak aku gi lawat lagi. Macam biasa, time kitorang baru sampai tu dia okay, sambut kitorang sambil senyum, happy tengok aku datang lawat. Mak aku ada belikan kek coklat buat buah tangan hari tu.
Kitorang bersembang macam biasa. Aku, mak, adik aku dengan mak Wina duduk belah kiri Wina sambil sembang-sembang. Kiranya belah kanan Wina tu kosong, takde sape. Tiba-tiba dalam dok elok bersembang, Wina berpaling belah kanan dia. Cakap sorang-sorang, senyum-senyum. Aku terkejut, eh kenapa pulak ni. Mak dia tanya Wina, “Angah sembang dengan sape tu?” “Dengan Ara la umi.” Wina jawab sambil berkerut pandang mak dia. “Mana ada sape situ, Ara belah sini la angah.” Kata mak dia sambil tunjuk kat aku yang duduk belah kiri dia. “Tak la umi. Ara kat sini la umi.” Wina balas sambil sambung sembang dengan ‘aku’ dengan kepala dia mengahadap belah kanan dia yang kosong takde sape di situ. Sekali-sekali dengar dia mengekek ketawa, pastu sambung bercakap. Butir perbualan aku tak dengar sangat sebab dia cakap slow je. “Tu setan la angah!” Mak dia macam tinggi suara sikit. Terus Wina pandang mak dia dengan muka marah, pastu terjadi la episod mata terjegil dia sambil tengok-tengok atas siling. Gaya macam tengah tengok benda terbang. Mak dia time tu dah nangis-nangis, sambil cakap tu bukan anak dia dah, tu setan. Malam-malam dia tidur dengan setan. Mak aku pun cuba la tenangkan mak dia. Mak dia kata tak larat bawak pergi berubat dari dulu lagi, semua tak kena. Benda tu tak nak keluar, benda tu dah sayang si Wina.
Esoknya datang lawat lagi. Wina okay time tu. Tapi mak dia cerita, semalam lepas kitorang balik tu, ‘kitorang’ datang lagi. Wina tiba-tiba senyum cakap “Eh, Ara dengan mak dia datang la umi.” Sambil tunjuk kat arah pintu yang hakikatnya kosong takde sape, and aku dengan mak and adik baru je balik time tu. Mak dia cakap kat Wina, “Ara baru je balik tadi angah.” Tapi Wina macam tak hirau apa mak dia cakap. Wina suruh mak dia jamu kek coklat yang kitorang bawak tu. Mak dia tak nak, sebab mak dia kata tu bukan aku, tu setan. Tapi Wina paksa jugak mak dia jamu kek coklat kat ‘tetamu’ dia. Last sekali mak dia buka jugak kek tu, cubit sikit and lempar kat arah pintu tu. Wina yang dengar mak dia cerita tu terus celah, “Tu memang Ara la umi, umi je yang tak caye cakap angah.” Mak dia mengeluh je. Time lawat tu nasib baik dia okay je.
Malamnya tu Along teks aku. Dia cakap Wina mengamuk. Tendang habis doktor dengan nurse yang nak tengok dia. Sampai terpelanting ke dinding la kalau dari cerita Along tu. Punya kuat si Wina malam tu. Along cakap sebelum ni tak pernah lagi la Wina mengamuk ke apa ke. Tu first time. Puncanya aku tak jelas kenapa tiba-tiba dia mengamuk.
Esoknya aku dah tak pergi melawat sebab mak aku sibuk. Tapi malam tu aku dengar ada kereta masuk rumah dia, aku cepat-cepat bangun gi tengok sape. Rupanya parents Wina dah bawak balik Wina ke rumah. Aku excited la sebab Wina dah boleh keluar hospital. Aku tengok je Wina dari pintu rumah aku sambil lambai-lambai kat dia. Dia senyum je tengok aku dengan muka tak larat. Mak aku panggil aku masuk rumah, jangan kacau Wina.
Esok tu aku nak gi main ngan Wina pun mak aku tak bagi. Mak aku kata bagi Wina rehat dulu, aku pun akur je. Aku mesej Wina pun dia tak balas. So aku hanya contact Along je la, tanya keadaan Wina. Yang aku ingat, lepas dia discharge tu mak dia dalam misi nak berubat Wina. Jumpa ustaz la apa la, tapi semua tak dapat nak buang. Kata Along benda tu kuat sangat. Family Wina pun dah putus asa time tu, tak tau nak cari sape dah and diorang pun berehat kejap dari berubat Wina. Lagipun Wina okay je sejak balik rumah, dah tak jadi macam kat hospital hari tu.
Sampai la satu hari tu, ada sorang laki muda ni datang rumah Wina. Aku nampak time dia datang tu sebab dengar dia bagi salam. Aku ingat jelas lagi fizikal dia, badan berisi sikit, pakai kepiah, bertongkat and sebelah mata dia macam tertutup. Aku tanya Along, sape laki tu. Dia cakap dia tak kenal, tapi laki tu datang nak berubat Wina. And sebenarnya diorang dah takde panggil or cari sape-sape pun, tak tau macam mana laki tu boleh tiba-tiba datang. Mungkin jiran-jiran kitorang yang tahu cerita Wina ada tolong carikan kot senyap-senyap.
And alhamdulillah, laki tu berjaya buang keluar benda yang ada dalam badan Wina. Dia cakap ada dua ekor yang dah melekat lama dalam badan Wina. Aku ada tanya macam mana dia buang, tapi aku tak ingat dah Along cerita apa. Haha. Sorry la ek, time tu budak hingusan lagi yang tak paham pasal benda-benda ni. And laki tu sebenarnya cacat penglihatan, tapi Allah kurniakan kebolehan lain, boleh ubat orang. Mak dia memang berhari-hari asyik cakap pasal laki tu, kagum sebab selama ni bawak berubat merata, tapi takde sorang pun yang mampu buang, last sekali laki yang cacat penglihatan tu yang mampu buang. And Wina pun pulih seperti sedia kala.
Aku sampai sekarang ada beberapa benda yang aku tak jelas. Aku tak tahu macam mana boleh ada benda dalam badan Wina, aku tak tahu apa diagnosis doktor dekat hospital berkaitan bahu dia yang bergerak tiba-tiba tu. Lepas berubat pun aku dah tak nampak bahu dia bergerak sendiri, tak tahu sama ada bahu dia dah tak gerak sebab benda tu dah dibuang atau sebab takde orang marah dia atau buat dia stress. Aku pernah tanya, doktor nak buat apa dekat bahu dia. Dia cuma cakap doktor nak letak skru. Tu je la. Tapi aku rasa sampai sekarang dia takde buat apa-apa operation. Entahla.
Aku dengan Wina pun dah lost contact. Sejak aku pindah darjah 6 ke tempat baru, makin lama makin renggang and kitorang dah stop mesej. Baru-baru ni ada nampak kat Facebook, dia dah kahwin and dah ada sorang anak pun. Aku ada la tegur, tanya khabar gitu. Tapi takde la buka balik cerita lama. So itu je la cerita aku. Maaf kalau kurang kat mana-mana..
-TAMAT-

102. LANGSUIR RIMBA

CERITA² MISTIK MISTERI 👁‍🗨 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : LANGSUIR RIMBA
KARYA : CYRIL
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940102
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram-season-1.html

Kuala Ketil, Kedah, hari itu nasib mereka sekumpulan cukup baik. Kalau tidak mungkin mereka akan nahas dikerjakan langsuir rimba yang datang menganggu disitu. Mereka semua bukan tahu sangat tentang hal-hal yang berkaitan dengan hutan belantara, lebih-lebih lagi jika berjumpa dengan benda yang bukan-bukan.
Pada hari tersebut, seperti biasa mereka menebas dikawasan ladang getah yang bukan sahaja telah ditumbuhi oleh semak samun. Malah sesetengah tempat pokok-pokok getahnya tidak lagi kelihatan kerana telah diselubungi belukar.
Bagaimanapun kerana memikirkan perlunya wang untuk menyara keluarga, mereka menguatkan semangat dan terus mengambil upah untuk menebas ladang berkenaan. Seorang dari ahli kumpulan tersebut, Puan Hasnah Amin, 40, yang kini menetap diKampung Pekan Lama Kuala Ketil, Kedah, masih terasa seram untuk menceritakan apa yang dialaminya pada hari itu.
Mungkin kerana tidak mahu dibayangi lagi oleh bayangan hantu berkenaan.Bagaimanapun setelah dipujuk, akhirnya Puan Hasnah bersetuju untuk menceritakan apa yang telah berlaku kepada dirinya dan juga kumpulannya pada hari tersebut.
Malah dia menganggap dengan menceritakannya semula apa yang telah berlaku itu, ia dapat mengimbaskan kembali serba sedikit kisah pahit maung ketika bersama keluarganya semasa tinggal diPahang..”Kejadian yang dialami bersama 14 pekerja yang lain itu berlaku semasa saya tinggal di
Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kg.Peruang, Kuala Lipis, Pahang kira-kira lima tahun yang lalu. Pada hari itu, kami dalam satu kumpulan termasuk seorang ketua kumpulan yang bernama Mali menebas disatu tempat yang bersempadan dengan hutan tebal. Kesemua kami adalah perempuan dan hanya ketua kumpulan itu sahaja lelaki. Itu pun usianya agak muda sedikit dari usia kami,” ujarnya memulakan ceritanya.
Apabila ditanya apa yang menyebabkan dia begitu seram untuk menceritakannya tentang pengalamannya itu, Puan Hasnah memberitahu, “Pada hari itu, kami sedang berehat untuk menikmati makan tengahari. Kami membawa bekal nasi masing-masing dan kebiasannya, waktu rehat untuk bersarapan tengahari adalah selama sejam dari pukul 12 hingga 1 tengahari,” katanya.
Menurut Puan Hasnah, belum sempat untuk menikmati sarapan tengahari, tiba-tiba dia terasa lain macam. Seperti ada sesuatu yang sedang memerhatikan perbuatan dan tingkah lakunya. Disebabkan ada rasa kelainan dalam dirinya, dia cuba memerhatikan reaksi pekerja lain yang lain. Mereka juga kelihatan seperti dalam ketakutan sama seperti dirinya dan masing-masing berpandangan antara satu sama lain seolah-olah ada sesuatu perkara tidak baik yang akan menimpa mereka.
“Noriah!..,” panggil seorang pekerja yang bernama Mak Teh. Nada suaranya bagaikan dalam ketakutan, seperti ada sesuatu yang hendak diberitahu.Kata Puan Hasnah lagi, perempuan yang agak veteran itu memanggilnya kerana hendak memberitahu bahawa dia terhidu suatu bau yang sangat busuk seperti bau bangkai. Tetapi busuknya berlainan dengan bau bangkai yang biasa…menyeramkan. “Saya dapat menghidu bau yang hanyir dan bercampur busuk itu.
Lalu saya mendongakkan kepala untuk melihat kalau-kalau bau tersebut datang dari arah pokok yang tinggi. Tiada apa yang kelihatan melainkan dedaun yang meliuk-liuk dicumbu oleh angin yang bertiup lembut pada waktu tersebut. Namun demikian saya terus memerhatikan disekitar kawasan hutan tebal yang hanya berjarak lebih kurang dalam 10 meter sahaja dari tempat kami berehat. Alangkah terperanjatnya saya apabila terlihat seorang gadis cantik sedang berdiri dibawah sebatang pokok besar dan merenung ke arah kami. Renungnya amat tajam dan menakutkan kami semua,” jelasnya panjang lebar.
Ketika itu dia terasa badannya bagaikan terkaku kerana amat terkejut apabila terlihat gadis comel berkenaan yang muncul secara tiba-tiba. Menyedari apa yang dilihatnya adalah jelmaan syaitan, Puan Hasnah perlahan-lahan mendekati Mali untuk memberitahu tentang kehadiran tetamu yang tidak diundang itu dengan berbisik perlahan. Sebaik diberitahu Mali mengarahkan semua pekerja meniarap disebalik pokok getah. Tindakan itu perlu dilakukan untuk menyelamatkan diri dari dihidu dan dilihat oleh penunggu hutan tersebut.
“Mungkin kerana terdengar pergerakkan dan percakapan antara kami, rupa gadis tadi serta merta bertukar menjadi hodoh serta menakutkan. Wajahnya yang cantik telah berubah seratus peratus. Kedua biji matanya merah menyala bagaikan buah saga. Penunggu hutan tersebut keluar sedikit dari pokok kayu tersebut dan kelihatan ia melayang diudara seperti sedang mencari sesuatu. Mungkin ia sengaja ingin mengelirukan kami,” akuinya.
Puan Hasnah seterusnya menceritakan bahawa Mali memberitahu secara perlahan-lahan bahawa apa yang mereka saksikan itu adalah langsuir rimba yang sangat merbahaya. Makhluk ini amat ditakuti kerana suka menghisap d***h manusia, terutamanya kaum wanita yang masih gadis.
“Saya dapat lihat dengan jelas wajah langsuir itu, sambil memusingkan kepalanya, langsuir itu membuka mulutnya luas-luas menampakkan dua batang taringnya yang agak panjang. Sesekali menjelirkan lidahnya hingga ke paras dada bagaikan gian hendak menjilat d***h. Saya berasa amat takut jika langsuir tersebut dapat mengesan salah seorang daripada kami. Nescaya habislah diratahnya, jadi kami semua terpaksalah berhati-hati dan tidak bergerak walaupun sedikit,” terangnya.
Walaubagaimanapun, ketua mereka tidak hanya mendiamkan diri. Puan Hasnah nampak Mali membaca ayat-ayat suci Al-Quran sambil tangan kanannya menggenggam seketul tanah yang telah dikepalkan untuk membentuk gumpalan bulat. Kemudian Mali membalingkan ketul tanah tersebut ke arah penunggu hutan tersebut sambil bertempik…
“Allahuakbar…”
“Allahuakbar…”
“Allahuakbar…”
Apabila tanah yang dilemparkan itu terkena pada langsuir berkenaan, lalu kedengaran suara mengilai berlanjutan sambil melayang-layang berputar-putar buat seketika sebelum menyelinap menghilangkan diri didalam hutan yang tumbuhi pokok-pokok besar tersebut. Ketika berputar-putar langsuir yang mungkin marah dengan perbuatan Mali itu terus memancutkan air dengan kencingnya ke arah kami.
Tetapi nasib baik tidak kena saya dan kawan-kawan. Setahunya, jika air kencing langsuir rimba terkena badan manusia kulit akan menjadi gatal dan lama-kelamaan berkudis. Manakala bau hancing akan terus pada badan selama beberapa bulan.” ujar Pn Hasnah panjang lebar.
Pengalaman yang dialami oleh ibu kepada enam orang itu boleh dianggap sebagai kisah seram, kelakar dan menakutkan.
Ini kerana mereka bukan sekadar nyaris-nyaris terkena air kencing langsuir berkenaan, malah dibaling oleh bermacam-macm jenis buah-buahan hutan yang beracun oleh langsuir tersebut. Sambil memerhatikan buah-buahan tersebut tergolek diatas tanah, mereka kemudiannya terus melangkah meninggalkan tempat berkenaan dan menuju ke tempat lain yang lebih selamat untuk meneruskan kerja menebas semak serta belukar diladang berkenaan.
“Agaknya langsuir tersebut menyuruh kami memakan buah beracun berkenaan dan apabila kami m**i seronoklah dia meratah daging kami. Selain itu saya juga terserempak dengan seorang wanita tua yang sedang mengutip buah lada didalam kawasan ladang getah berkenaan.
Apabila ditegur wanita tersebut terus melangkah cepat-cepat dan dengan sekelip mata menghilangkan diri,” katanya sambil merenung sesuatu. Mungkin cuba mengingati kembali detik-detik pahit manis semasa tinggal dikampung berkenaan dahulu.
“Sebelum diteroka untuk dijadikan kawasan perkampungan, dahulunya kampung tersebut merupakan kawasan hutan tebal. Jadi tidak hairanlah kampung berkenaan menjadi tempat tinggal makhluk halus, terutamanya di dalam kawasan ladang,” akhirinya menamatkan perbualan..
-TAMAT-


103. KISAH BENAR BILIK MAYAT

CERITA² MISTIK MISTERI 👁‍🗨 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : KISAH BENAR BILIK MAYAT
KARYA : PENCETUS IMPIAN TERAKHIR
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940103
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram-season-1.html

Salam… cerita ini adalah cerita yang telah saya copy and paste dari blog member. Dan ini adalah cerita sebenar dan bukan cerita rekaan. Kalau cerita ini sudah pernah di publishkan sebelum ini. harap admin tak perlu publishkan lagi. terima kasih.
****Apa yang hendak saya paparkan adalah berkenaan kejadian pelik ketika saya ditahan di wad hospital beberapa tahun lalu, akibat tersimbah minyak panas. Itulah kali pertama saya ditahan di wad.
Saya tidak pernah dengar yang hospital tempat saya ditahan itu berhantu. Yang saya tahu, hospital itu memang telah lama wujud. Ia dibina beberapa tahun selepas Perang Dunia Kedua lagi, tapi tidak pula saya dengar kisah-kisah pelik tentangnya.
Inilah kali pertama saya ditahan di wad, hari-hari berlalu sungguh membosankan…
Tinggal di hospital adalah hari-hari yang membosankan. Semasa tidak ada pelawat, saya akan layari Internet melalui tablet yang saya bawa. Tapi baru layan tidak sampai setengah jam, saya akan terlelap.
Kebanyakan masa siang saya habiskan dengan tidur. Bila siang dipenuhi dengan aktiviti tidur, malamnya saya sukar untuk melelapkan mata. Ketika inilah saya akan merayau di sepanjang wad.
Ada kalanya saya berborak dengan dua tiga orang jururawat yang bertugas. Ada masanya saya minta izin untuk menghirup udara di luar. Asyik terperuk di wad di tingkat tiga sahaja, sesekali hendak juga saya turun, hilangkan bosan.
Pada hari ketiga di wad, ketika jam di dinding menunjukkan pukul 3.00 pagi, saya minta izin kepada jururawat untuk turun sebentar bagi membeli air minuman di vending machine.
Itu sebenarnya adalah alasan untuk saya keluar sekejap. Agaknya kerana kesian, mereka berikan kebenaran. Tapi sekejap saja, kata mereka.
Siapakah perempuan yang mencangkung pukul 3 pagi ini?
Ketika saya berada betul-betul di pintu wad, melalui celah-celah cermin pintu, saya melihat ada seseorang sedang mencangkung di tepi longkang di bangunan yang terpisah dari blok wad saya.
Terkejut juga saya. Pukul 3.00 pagi, ada juga orang yang duduk mencangkung di tepi longkang. Mungkin dia juga bosan macam saya agaknya!
Saya turun ke bawah tidak menggunakan lif, hanya menuruni anak tangga satu persatu. Sepanjang menuruni anak-anak tangga itu, mata saya tidak lepas daripada memerhatikan perempuan tadi.
Melalui celah-celah ‘kipas-kipas’ pada batu-batu blok di dinding tangga, sepatutnya saya mampu melihat perempuan tersebut dengan jelas. Apa yang memusykilkan saya adalah, sepanjang saya menuruni anak-anak tangga itu, perempuan tadi tiada di tepi longkang.
Tapi apabila tiba di bawah, dia ada di situ. Dia tetap juga mencangkung. Perempuan itu tidak memakai pakaian hospital seperti saya, tetapi serba putih. Mungkin dia seorang doktor, saya fikir begitu.
Lama juga saya berdiri di pintu tingkat bawah berdekatan dengan seorang pengawal keselamatan berketurunan India, dan memerhatikan perempuan itu. Sepanjang berjalan menuju ke vending machine itu, saya terus memerhatikannya.
Berdasarkan posisi badan dan kepalanya, dia juga memerhatikan saya. Wajahnya tidak jelas kelihatan, terlindung oleh rambutnya yang lebat dan panjang.
Selubung
Tiba-tiba perempuan itu tubuhnya begitu tinggi…
Ketika saya memasukkan syiling di vending machine, perempuan itu tiba-tiba bangun dan saya betul-betul terkejut. Tubuhnya begitu tinggi, saya agak sekitar tujuh atau lapan meter!
Tangan saya menggeletar, hinggakan tanpa sedar beberapa keping duit syiling saya jatuh bertaburan di lantai. Saya terus berlari naik ke wad dan terus menuju ke katil. Sampai di katil saya terus baring dan tarik selimut.
Seorang jururawat datang dan bertanyakan saya, kenapa? Sejuk, jawab saya ringkas. Habis bertanya, jururawat itu pun berlalu.
Saya terus selubung muka sambil mengingat kembali apa yang saya nampak dan alami tadi. Kalau tingginya sama seperti pokok yang juga sama tinggi dengan bumbung bangunan setingkat di sebelahnya, memang sah perempuan itu bukan manusia.
Saya menarik ke bawah sedikit selimut yang menyelubungi muka bila terasa agak panas. Pesakit di katil sebelah-menyebelah sudah lama nyenyak tidur.
Dalam memerhatikan sekeliling, tiba-tiba mata saya tertumpu ke bahagian atas tingkap yang bertentangan dengan katil saya. Perempuan yang saya lihat tadi sedang memerhatikan saya!
Luluh lemah terasa segala sendi-sendi. Nasib baik ketika itu saya baring di katil, kalau sedang berdiri, tak mustahil saya jatuh terjelepok.
Apa lagi, saya menjerit sekuat hati sambil menyelubung kepala dengan selimut semula. Jeritan saya membuatkan sebahagian pesakit yang tidur nyenyak di wad itu terjaga.
Tiga orang jururawat yang bertugas bergegas lari mendapatkan saya. Pesakit yang tersedar hanya memerhatikan dari katil masing-masing dengan rasa hairan.
Apa yang saya nampak, saya beritahu kepada jururawat tersebut. Tapi mereka semacam tidak hairan langsung dengan cerita saya. Saya tidak bohong. Mungkin saya dalam keadaan masih demam ketika itu, tapi saya tidak mereka-reka cerita yang bukan-bukan.
Percaya atau tidak terpulanglah kepada mereka. Bagi yang mengalaminya sendiri, saya seratus peratus percaya apa yang saya lihat adalah benar.
Ramai orang kata itulah Hantu Galah…
Pertama, kalau manusia biasa, tidak mungkin tingginya sama dengan paras bumbung bangunan setingkat itu. Kedua, kalau dia manusia, tidak mungkin dia boleh berdiri di luar tingkap di tingkat tiga. Tiada belebas atau apa-apa lantai atau palang di luar tingkap tersebut yang membolehkannya berdiri di situ.
Saya yang masih trauma dengan kejadian itu, bertambah terperanjat apabila beberapa hari kemudian seorang kakak sepupu bercerita bahawa kejadian yang saya alami ini bukanlah kali pertama. Cerita yang sama – ternampak perempuan tinggi di sebelah bangunan setingkat di hospital itu.
Kakak sepupu saya yang bekerja tidak jauh dari hospital itu, juga bercerita bahawa bangunan tempat perempuan itu berdiri sebenarnya adalah bilik mayat! Ya-Allah… padanlah ada sesuatu di situ. Patutlah reaksi para jururawat seakan tidak hairan. Agaknya sudah ramai pesakit yang mengalaminya.
Mungkin ramai pesakit di hospital itu tidak tahu blok G yang terpisah daripada blok lain merupakan bilik mayat. Tapi mengapa tiada signboard mengatakan yang itu adalah blok yang menempatkan bilik mayat?
Banyak kisah-kisah seram dikatakan berlaku di hospital ini…
Kakak sepupu saya kata memang ada signboard, tapi terlindung di sebalik pokok-pokok di hadapannya. Tidak perlulah saya nyatakan di hospital mana kejadian itu berlaku. Cukuplah saya katakan yang ia adalah sebuah hospital lama, dan masih berfungsi sehingga hari ini.
Terima kasih kerana sudi membaca dan harap cerita ini sedikit sebanyak menyeramkan malam anda!..
-TAMAT-

104. KERANA KALAM ALLAH

CERITA² MISTIK MISTERI 👁‍🗨 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : KERANA KALAM ALLAH
KARYA : MILAH
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940104
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram-season-1.html

Kerana Kalam Allah. Itulah kesimpulan yang dapat aku nyatakan disini. Bila bercakap mengenai alam ghaib atau mistik. Seringkali terdengar atau terbaca cerita mengenai histeria di asrama, disihir, disantau dan sebagainya. Sampaikan ada sesetengah manusia yang mulai bosan bila mendengarnya sehingga ada yang menggelar cerita yang dah lapok dek zaman. Namun, dek kerana cerita-cerita beginilah sebenarnya membawa perubahan dalam hidup seseorang, sama ada menjadi yang lebih baik atau sebaliknya.
Milah, seorang gadis kampung yang hanya bersekolah sehingga UPSR. Terpaksa mengorbankan masa depannya demi adik-adik. Ye. Itulah aku. Ibu aku melarikan diri bersama kekasihnya ketika adik aku yang bongsu berusia tiga tahun. Rumah yang kami duduki dibina di dalam sebuah kebun getah yang telah lama terbiar. Namun disebabkan keprihatinan tok ketua, kami dibenarkan tinggal di perkampungan Felda. Alhamdulillah, kehidupan kami selesa.
Namun selepas beberapa bulan, hidup kami menjadi agak haru biru. Kejadian pertama berlaku ketika kami sekeluarga makan malam di sebuah gerai. Masa tu tak ada lagi kereta, jadi kami semua jalan kaki. Selepas selesai makan malam, tiba-tiba adik yang bongsu menjerit (histeria). Sekejap menangis sekejap gembira dan kadang kala menari. Atas bantuan beberapa orang penduduk kampung ketika itu, adik dapat dipulihkan seperti sedia kala.
Keesokan harinya, salah seorang penduduk kampung telah meninggal dunia disebabkan kemalangan. Ayah suruh aku pergi ziarah. Aku pun pergilah. Sampai rumah arwah, aku masuk lihat jenazah yang dah ada kat ruang tamu. Masa tu, muka belim ditutup, jadi sempatlah aku tengok muka arwah.
Masa tengah pandang wajah arwah, tiba-tiba mata dia terbukak pandang aku. Terjerit sekejap aku, biasalah mulut orang kampung, aku dimarahi kerana tidak menghormati jenazah katanya. Cik Yam (orang kampung) menyuruh aku membaca Yaasin, tapi malangnya satu huruf jawi pun aku tidak kenal. Aku hanya membelek Yaasin tersebut. Aku ceritakan dekat ayah, apa yang berlaku sebentar tadi. Kata ayah, aku terlalu banyak berpikir selepas apa yang terjadi pada adik aku.
Malamnya, aku duduk bersama adik-adik untuk siapkan kerja sekolah mereka. Ayahku pula keluar untuk membeli makan malam. Jam 8 lebih macam tu, ada orang ketuk pintu, pikirku ayah. Sekali bukak pintu, jenazah yang dah dikebumikan siang tadi terbaring di atas tanah. Aku menjerit sekuat hati dan memeluk adik-adik. Aku lupa tutup pintu, jadi masa tu aku nampak ‘dia’ bergolek dalam keadaan ‘slow motion’. Aku tak tahu mengaji. Jadi masa tu aku hanya boleh menjerit dan menangis sehingga ayah balik. Tapi malangnya aku tak sedarkan diri selepas tu.
Satu hari aku ke kedai Pak Samad untuk beli ayam. Aku terdengar perbualan orang kampung yang menyatakan bahawa ayah aku berguru dengan Pak Muda (seorang bomoh Siam). Malamnya, aku tunggu ayah balik untuk bertanyakan hal berkenaan. Malangnya, ayah tak pulang berhari-hari. Selama ayah tak pulang, kami adik-beradik diganggu dengan bunyi-bunyian seperi orang mengilai, menjerit, bunyi cakaran dan ketukan di pintu rumah dan sebagainya.
Tak ada pilihan lain. Aku mengadu pada ketua kampung. Sayangnya, mereka mengatakan hal ini berlaku kerana belaan ayahku. Kami adik-beradik tak tahu dah nak buat apa. Setiap malam diganggu sampailah satu hari, hati tergerak nak ke masjid.
Agak malu nak berjumpa dengan orang-orang di situ kerana mereka tidak suka kehadiran kami adik-beradik. Aku gagahkan jugak hati untuk berjumpa seorang ustaz di situ.
Ustaz Zam tidak menolak kehadiranku, malah dilayan dengan sangat sempurna. Setelah aku menceritakan pada Ustaz Zam, beliau memberitahu agar selalu membaca al-Quran dan zikir. Solat jangan tinggal. Air mata berderai apabila aku memberitahu yang sebenarnya aku tidak pandai akan semua itu. Ustaz terdiam dan tunduk. Mungkin memikirkan sesuatu. Ustaz Zam memanggil ketua kampung, kerana taraf kami adik-beradik yang rendah, beliau mencebik setelah mendapat maklumat daripada Ustaz Zam. Kami balik ke rumah seperti biasa selepas ustaz memberi kami sebotol air.
Setelah dua bulan, barulah ayah pulang ke rumah. Terlalu banyak dugaan yang kami adik-beradik hadapi bila ketiadaan ayah. Aku peluk ayah kerana rindunya aku pada dia. Perlahan aku bertanyakan apakah benar apa yang dikatakan oleh penduduk kampung? Dengan tenang ayah menjawab, “ya.”
Katanya, dia terpaksa membuat pilihan ni demi kami adik-beradik. Seperti biasa, kami keluar makan di gerai terdekat. Bayangkan bila orang kampung menjauhi kami. Ayah hanya diam dan makan seperti biasa. Duit yang ayah beri pada si peniaga, ditolaknya ke tepi. Ayah hanya diam.
Keesokkan harinya, ayah mengambil semua baju-baju dia dan diletakkan di dalam sebuah bag. Aku bertanya pada ayah, ke mana dia nak pergi dan ayah menjawab, “maaf Milah, ayah terpaksa pergi. Ayah dah salah pilih jalan. Ayah ingat bila ayah balik semua orang kampung terima keluarga kita.Tapi tidak. Ayah dah salah pilih jalan, nak. Jaga adik. Ayah tak sanggup lihat anak-anak ayah dicaci dan maki. Tapi tak apa. Selagi ayah ada, ayah akan pastikan tiada sesiapa yang akan sakiti anak ayah. Ingat Milah, pergilah belajar agama. Tiada apa yang dapat menghalang sesuatu perkara selain Tuhanmu nak. Ayah minta maaf. Ayah mintak maaf.” Ayah berlalu pergi meningalkan kami.
Aku mula belajar mengaji. Belajar solat dengan Ustaz Zam dan dibantu oleh isterinya. Memang susah nak belajar. Sangat-sangat susah. Dan yang paling aku ingat ialah kata-kata dari salah seorang jemaah masjid bila aku mengaji, “inilah dia bila mak bapak tak gheti nak ajar anak, tahu nak berseronok je. Tak pikir m**i. Sekarang mana mak bapak dia, yang sorang lari ikut jantan, yang sorang lari ikut syaitan. Sekarang orang lain pulak nak kena didik dia. Baca pun merangkak lagi!”
Mungkin masa tu aku ada tersimpan sikit perasaan marah atau sakit hati, jadi aku dimaklumkan bahawa pakcik tu sakit selepas balik dari masjid. Aku berjumpa dengan isteri beliau dan memohon maaf ke atas apa yang dah terjadi pada suaminya. Si isteri hanya memohon dan merayu pada aku agar maafkan suaminya dan ingin suaminya kembali sihat.
Kini barulah aku faham, ayah telah letakkan “seseorang” untuk menjaga kami. Sejak dari peristiwa itu, ramai yang menjauhkan diri dari aku dan adik-adik. Aku selalu nasihatkan adik-adik supaya jangan ada tersimpan satu perasaan dengki atau marah pada orang lain. Sebab aku takut jadi seperti aku. Aku berjanji pada adik-adik, aku akan bawak mereka berubat termasuk aku, agar kami dapat hidup senormal kalian.
Alhamdulillah, bila dah berubat terasa badan ringan je. Kerja pun okay. Yang paling penting, bila aku termarah orang ke atau rasa menyampah ke, orang tu tak sakit. Aku masih lagi belajar. Al-Baqarah pun tergagap-gagap lagi, tapi sekurangnya aku dah mula kenal huruf jawi.
Alhamdulillah, adik-adik dah besar dengan sempurna dan inshaAllah masing-masing akan melangsungkan perkahwinan akhir tahun ni. Buat ayah, Milah doakan semoga ayah sempat bertaubat. Terima kasih jaga kami.
Buat ibu, terima kasih kerana menghadiahkan “kenangan manis” buat kami.
Maaf kalau ada salah ejaan dan sebagainya..
-TAMAT-




105. KASI BOM ITU RUMAH!

CERITA² MISTIK MISTERI 👁‍🗨 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : KASI BOM ITU RUMAH!
KARYA : MR TOPENG
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940105
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram-season-1.html

Assalamualaikum dan selamat membaca. Aku Jatt, sebelum-sebelum ni aku pernah menghantar 4 karya ke HORRORZONE dan keempat2nya diterbitkan oleh admin. Yang paling mengujakan, 2 kisah terawal tu aku hantar sekali gus pada pukul 1 pagi dan diterbitkan keesokan malamnya. Kiranya 2 kisah tu disiarkan sekali gus lah. Bila aku dapat tahu cerita aku keluar dalam Fiksyen Shasha, aku pon hantar satu lagi cerita pada malam tu dan cerita aku pon disiarkan pada keesokan harinya. Jadi aku amat berterima kasih kepada para admin kerana menerima cerita aku walaupon cerita aku tu tak seberapa sebab tu kali pertama aku cuba menulis cerita. Antara kisah yang aku tulis ialah “Hooray, Aku Berseorangan Akhirnya!”, “Suaranya Memikat Hati”, “Malam Ini, Malam Jumaat Kan Bang?” dan “7-10”. Bagi aku, kisah “Suaranya Memikat Hati” dan “7-10” tu tak menarik sangat dan agak mengarut juga sebab cerita tu aku tulis masa aku mengantuk. Tapi 2-3 bulan lepas bila aku check, 2 cerita aku dah dipadamkan balik oleh admin fb Fiksyen Shasha, jadi mungkin ada cerita yang korang tak dapat baca. Aku tak tahu kenapa cerita aku dalam fb dipadamkan, mungkin admin ada sebab tersendiri. Apa-apa pon aku amat berterima kasih atas sokongan admin dan para pembaca. Okay, aku akan mulakan cerita aku sekarang.
Kali ini aku nak ceritakan tentang pengalaman aku masa budak-budak dulu, masa tu aku nakal lagi dan banyak tak dengar kata mak aku. Kejadian ini berlaku masa aku umur 12 tahun dan berlaku pada 4 Syawal. Okay, pada hari itu aku, adik aku iaitu Wan dan Mirul serta kawan kawan aku merancang untuk bermain mercun pada waktu malam selepas azan isyak. Jadi segala persiapan untuk bermain mercun seperti mercun bola, mercun bunga api, mercun mancis, mercun das, ubat nyamuk dan sebagainya telah aku siapkan. Untuk mengelakkan mengantuk pada waktu malam tu, aku tidur sekejap pada petang tu. Seingat aku, bila azan Magrib tu baru aku terjaga, tu pon sebab Mak aku kejut. Mahu tak mengamuk Mak aku bila dia masuk bilik, aku masih tidur masa magrib tu. Terpaksalah dengar bebelan Mak aku yang tengah mengamuk. Dia marah, tapi marah dia tu tanda sayang. Jatt pon sayang Mak juga, cuma Jatt nakal je masa tu.
Lepas tu aku terus mandi dan solat magrib dengan adik-adik aku. Kami rancang sebelum azan isyak tu, semua berkumpul kat rumah aku sebab tempat yang kitorang rancang nak pergi main mercun tu lebih dekat jika melalui jalan depan rumah aku. Sambil tunggu kawan-kawan aku, kami makan dan siapkan kelengkapan ‘perang’ kami terlebih dahulu. Kira-kira pukul 8.24 iaitu 5 minit sebelum isyak, semua kawan aku berkumpul di depan rumah aku. Sebelum bertolak pergi, aku minta izin daripada Mak aku terlebih dahulu, tapi aku tipulah. Aku cakap kat Mak aku yang kitorang nak pergi beraya kat rumah kawan kami yang buat rumah terbuka malam tu. Mak aku tak percaya yang aku nak pergi beraya, tapi lama-lama dia bagi juga sebab adik aku yang nama Mirul pon cakap kitorang nak pergi beraya kat rumah kawan. Mak aku percaya cakap kami sebab adik aku(Mirul) tu baru umur 9 tahun dan tak pernah berbohong lagi dengan mak kami. Ya, aku seorang abang yang tak baik. Aku dah pesan siap-siap kat adik aku tu supaya menipu dan cakap kitorang nak pergi beraya rumah kawan aku. Tu lah kali pertama adik aku menipu mak aku. Tapi Mak aku tetap pesan supaya lepas je balik dari rumah kawan aku tu, kami terus balik ke rumah dan jangan pergi ke tempat lain. Mak aku pesan juga supaya kitorang pergi surau dulu untuk solat Isyak sebelum pergi ke rumah kawan aku tu. Tapi aku tak dengar cakap mak aku tu, kitorang terus je pergi tanpa bersolat terlebih dahulu.
Kami pon terus bertolak ke destinasi kami yang terletak kira-kira 2 kilometer dari rumah aku. Misi kami yang pertama ialah memasang mercun di kawasan perumahan. Kami berpecah kepada 5 kumpulan, dimana setiap kumpulan terdiri dari 2 orang, seorang mengayuh basikal dan sorang lagi akan membaling mercun di hadapan pagar rumah yang bertuah. Aku berpasangan dengan adik aku yang umur 9 tahun (Mirul) tu untuk menjadi peninjau bagi memastikan kawasan itu selamat bagi kami melakukan misi berbahaya kami itu. Kiranya aku dan Mirul akan bergerak di depan sehinga kami berada di hujung jalan dan setelah kami memastikan keadaan selamat, barulah kami akan memberi isyarat supaya 4 kumpulan lagi bergerak untuk bergerak ke depan sambil membaling mercun ke beberapa rumah terpilih. Jahat kan kitorang? Riuh kawasan perumahan itu dengan bunyi mercun dan maki hamun penghuni rumah di situ. Manakala kami semua melarikan diri sambil bergelak ketawa. Seronok betul kami masa tu sebab dapat baling mercun dan buat orang marah. Kami semua melarikan diri dengan berpecah untuk menyelamatkan diri masing-masing. Sebelum kami pergi ke tempat itu, kami telah membuat perancangan untuk berjumpa semula di kawasan yang berhampiran dengan sekolah kami.
Aku terpaksa mengayuh basikal dengan laju kerana ada beberapa orang remaja mengejar kami dengan motor apabila mereka ternampak kami melarikan diri ketika kawasan perumahan itu riuh dengan bunyi bising. Setelah berada jauh dari beberapa orang yang mengejar kami tadi aku membelok ke kiri yang menuju ke ladang getah. Manakala kawan-kawan aku yang lain meneruskan kayuhan mereka untuk menyelamatkan diri ke tempat lain. Aku segera menarik Mirul untuk menyorok di dalam semak di ladang getah itu apabila terdengar bunyi enjin motorsikal menghampiri kawasan ladang getah itu. Mirul menangis apabila aku menariknya masuk ke dalam semak kerana pertama, dia takut ditangkap oleh kumpulan remaja itu dan yang kedua kerana kawasan ladang itu terkenal dengan banyak kejadian seram.
Ladang getah itu memang terkenal dengan ke’angker’anya sehingga kami yang tinggal jauh dari kawasan itu pon mengetahui tentang cerita seram yang berkaitan dengan ladang getah itu. Banyak kejadian aneh dan seram berlaku di situ. Benda yang paling seram di ladang itu ialah ladang itu dihuni oleh satu entiti berupa harimau yang menjaga kawasan ladang itu. Dikatakan bahawa benda itu ialah saka yang ditugaskan oleh nenek moyang pemilik sekarang untuk menjaga kawasan itu dari bahaya dan kejadian kecurian. Dahulu pemilik ladang itu tinggal di sebuah rumah usang yang terletak di hadapan kawasan ladang, tapi mereka sekeluarga berpindah kerana tidak tahan ganguan yang terdapat di ladang itu. Mereka sering diganggu oleh bunyi ngauman harimau di belakang rumah, bunyi tangisan bayi, kedudukan perabot sering diubah secara misteri dan kelibat putih yang selalu melalui kawasan jendela. Mereka berpindah setelah bertahun tahun terpaksa mengadap kejadian yang misteri itu, lagipula pemilik ladang itu telah membina rumah banglo di kawasan yang berdekatan dengan ladang itu. Yang kedua, ramai saksi yang telah ternampak kelibat putih yang berambut panjang bertenggek dia atas pokok getah itu pada waktu malam. Pada mulanya mereka ingat benda itu hanyalah kain yang diletakan oleh budak-budak nakal untuk mengusik orang yang melalui kawasan itu, namun apabila saksi menegur benda itu, kain putih itu tiba-tiba mengilai dan bergerak perlahan-lahan ke arah mereka. Ya, benda itu adalah Kak PON. Seram wei, aku dengar pon dah tak dapat bayang macam mana keadaan saksi tu. Terkencing dalam seluar mungkin?
Yang ketiga, ladang itu juga terkenal dengan penemuan bangkai-bangkai haiwan seperti lembu, kambing dan burung. Bangkai haiwan itu merupakan haiwan belaan penduduk kampung yang telah hilang. Sekiranya penduduk kehilangan haiwan ternakan, 70% peluang untuk menemui semula haiwan itu di kawasan ladang getah itu. Namun kebanyakan haiwan yang ditemui telah menjadi bangkai dengan hanya sebahagian kecil anggota badan masih ada. Kadang-kadang hanya tinggal kepala berserta tali atau dengan keadaan isi perut habis dibaham sesuatu. Selalunya, banyak bangkai haiwan ditemui dalam keadaan ngeri. Sekiranya pemilik haiwan itu bernasib baik, mereka dapat menemui haiwan mereka berkeliaran di dalam ladang itu. Walaupun begitu, aku meragui bahawa kejadian itu disebabkan 100% oleh mahkluk misteri kerana mungkin ada pihak yang mengunakan peluang untuk mencuri haiwan ternakan milik penduduk dengan menyalahkan ladang itu. Oleh kerana terlampau banyak kejadian misteri yang berlaku di ladang itu, pemiliknya membiarkan kawasan itu terbiar dan tiada sesiapa pon yang sewenang-wenangnya berani memasuki kawasan hutan itu sekiranya bersendirian.
Malah pada bulan puasa pon, penduduk kampung di kawasan itu takut untuk memasuki ladang getah itu walaupon pada waktu siang. Bukan apa, selain dari keangkeran tempat itu, ladang itu juga dipenuhi dengan pelbagai serangga dan binatang berbahaya seperti tebuan, ular dan kemungkinan juga dihuni oleh harimau. Aku pernah mengikuti mak aku ke ladang tersebut untuk mengutip daun getah untuk dibuat sebagai pembungkus tapai. Tidak dapat dinafikan hutan itu kelihatan sangat seram dan menakutkan walaupun pada waktu siang. Itulah serba sedikit info mengenai ladang getah itu. Mungkin penjelasan aku terlampau panjang, tapi aku rasa aku perlu ceritakan secara teperinci untuk membantu pembaca mengambarkan keseraman ladang itu. Okay, kita sambung kepada peristiwa awal-awal tadi.
Masa aku dengan Mirul menyorok kat ladang getah tu, kami rasa tak sedap hati tapi sebab risau kena tangkap dengan pengejar kami tu. “Bang, kenapa masuk sini? Aku takutlah… nak balik,” kata Mirul sambil menangis. Mirul terus menangis dan aku cuba menutup mulutnya supaya suaranya tidak kedengaran.
Tiba-tiba Mirul berhenti menangis dan kelihatan seperti terpaku memandang kearah pokok dihadapan kami. Aku yang pelik melihat keadaan Mirul, terus melihat kearah pokok itu. Nak tahu apa yang aku nampak? Aku Nampak kain putih sedang melayang-layang diatas pokok itu. Bunyi burung hantu dan ranting patah menambah keseraman ladang itu. Disebabkan terlampau takut, aku dan Mirul menjadi kaku tanpa dapat mengeluarkan suara langsung. Kami terpaksa bertahan di tempat itu kerana risau akan ditangkap oleh pengejar kami sekiranya kami keluar dari tempat persembunyian kami. Kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana situasi kami sekarang seperti “terlepas dari mulut harimau, masuk dalam mulut buaya”. Dan tiba-tiba aku terdengar seperti bunyi ngauman harimau dari arah belakang kami.
NGGGAUMMM!
Aku mengambil keputusan untuk keluar dari tempat itu kerana risau kami akan diapa-apakan oleh harimau itu, tetapi Mirul menolak keras kerana dia kata dia tidak dengar pon sebarang bunyi harimau. Aku cuba memaksa Mirul untuk mengikut aku tetapi dia enggan dan merayu supaya aku tidak keluar dari tempat itu. Aku akur dengan kehendak Mirul dan menganggap bunyi harimau tadi hanya khalayan aku semata-mata. Tidak lama kemudian aku terdengar suara kawan aku yang menangis dan merayu-rayu dari arah simpang masuk ke ladang getah ini. “Maaf bang, bukan saya buat. Bukan saya yang baling, lepaskan saya. Dia yang buat, bang ….dia ni,dia ni ” jerit Asyraf. Aku tiba-tiba teringat yang adik aku Wan berada dengan Asyraf di belakang kami ketika kami melarikan diri. Bimbang sekiranya Wan diapa-apakan oleh sekumpulan pemuda itu, aku cuba untuk keluar dari tempat persembunyian itu dan menyelamatkan Wan.
Walaupon aku sering buat pedajal kat Wan, tapi naluri aku sebagai abang masih kuat. Jauh dalam sudut hati aku, aku sayangkan adik-adik aku. Aku menyuruh Mirul untuk kekal bersembunyi dalam ladang itu sementara aku keluar untuk menyelamatkan Wan. Mirul menentang cadangan aku dan menyuruh aku supaya kekal bersembunyi bersamanya di situ. “Wan okay tu. Jangan tinggal aku wei, kalau jadi apa-apa kat aku camne?” bisik Mirul. Tapi aku tetap mendesak untuk keluar dari tempat persembunyian kami dan pergi menyelamatkan Wan. Mirul menangis dan terkencing apabila aku meninggalkan dia keseorangan di ladang itu.”Duduk situ dan jangan pergi mana-mana…kalau jadi apa-apa kat aku, kau lari balik rumah!” kata aku kepada Mirul.
Apabila aku keluar dari ladang itu aku masih dapat mendengar bunyi tangisan Mirul yang sayu-sayu. Aku berjalan perlahan-lahan kearah Asyraf dan Wan untuk mengetahui apa yang terjadi kepada mereka. Aku nampak Asyraf sedang menangis dan Wan duduk di atas tanah sambil dikelilingi oleh 4 orang remaja yg berumur sekitar 15-17 tahun. Mereka memukul Wan dan Asyraf sambil memarahi mereka. Aku cuba memikirkan cara untuk menyelamatkan Wan dari terus dipukul oleh mereka. Pada masa itu aku berangan bahawa aku mempunyai kuasa halimunan dan menyelamatkan Wan. Setelah yakin bahawa aku seorang manusia biasa, aku terus redho dan menyerahkan nasib aku kepada Allah. Aku berjalan kearah mereka dan menyuruh mereka berhenti memukul adik aku. Aku memohon maaf kepada mereka dan meminta supaya kami dilepaskan. Mereka hanya ketawa dan salah seorang dari remaja itu menarik telinga aku untuk menghampiri mereka.
“Ooo ni lah kepala penjahat yeee! Mari sini budak” kata salah sorang dari mereka.
“ Ya bang, dia lah yang suruh saya ikut dia baling mercun. Saya tak nak pon” kata Asyraf.
“Hahahaha, kecik-kecik dah jahat ya ko ni? “ kata seorang dari remaja itu yang paling besar badannya.
“Maafkan saya bang. Saya minta maaf sebab buat kacau. Tolong lepaskan adik saya, bang…dia tak salah, saya yang salah” kata Aku.
“Saya pon minta maaf, bang. Lepaskanlah kami” kata Wan dan Asyraf serentak.
Walaupon kami telah meminta maaf tetapi kami masih dipukul oleh mereka. Setelah puas memukul, mereka meminta wang dan barangan yang kami ada. Aku terpaksa menyerahkan wang sebanyak 2 ringgit dan baki mercun kepada mereka supaya mereka melepaskan kami. Aku berasa geram dengan perbuatan mereka dan aku bersumpah untuk mengingati muka mereka sampai aku m**i. Sebelum meninggalkan kami, mereka masih sempat untuk memberikan sedas dua penampar kepada kami.
Aku meminta Asyraf dan Wan untuk menemani aku masuk ke dalam ladang getah itu semula untuk menjemput Mirul yang masih menyorok. ”Mirul ooo Mirul….mana kau pergi?” jerit aku apabila mendapati Mirul tiada di tempat persembunyian kami tadi. Aku dan Wan berdebar kerana Mirul telah hilang dan kami risau terjadi apa-apa kepada Mirul. 10 minit kami mencari Mirul tetapi masih belum berjaya menemuinya. Asyraf secara tiba-tiba berjalan keluar dari ladang itu dan ingin pulang ke rumahnya. Kami berasa sedikit terkilan dengan sikap Asyraf yang seolah-olah mementingkan diri. Tambahan lagi sebab sebenar dia dan Wan ditangkap tadi kerana Asyraf tiba-tiba memberhentikan basikal yang ditunggangnya bersama Wan walaupon mereka telah berada jauh dari kumpulan pengejar tadi, dan menjadikan Wan sebagai kambing hitam untuk melepaskan diri. Tindakan Asyraf yang cuba menyalahkan Wan tadi telah menyebabkan pandangan aku terhadapnya telah berubah.
Aku dan Wan meneruskan pencarian kami dan secara tiba-tiba kami terdengar suara. “Aku kat sini Jatt…..sini,sini” jerit satu suara seperti suara Mirul. Aku berasa pelik kerana Mirul tidak pernah memangil aku sebagai Jatt kerana adik-beradik aku panggil aku ‘abang’. Walaupon pelik dengan panggilan suara itu, kami tetap bergerak kearah suara itu. Makin kami dekat dengan suara itu, tiba-tiba terdengar pula suara Mirul dari arah kanan kami. “Sinilah..aku kat sini” jerit Mirul. Kami terus bergerak kearah suara Mirul itu. Semakin lama semakin jauh kami masuk dalam ladang itu. Sedang kami asyik mencari punca suara Mirul, tiba-tiba kami terdengar pula Mirul memangil kami supaya mendekatinya. “Wei Mirul kat sini lah Jatt. Takkan Jatt tak nampak Mirul. Mirul kat depan ni je…sini sini!” panggil Mirul. Aku pon mendekati kawasan itu secara perlahan-lahan kerana risau tersepak akar kayu atau terpijak binatang berbisa. Aku memangil Wan untuk pergi bersama aku untuk mengesahkan punca kedudukan Mirul. Kami berhenti seketika dihadapan timbunan semak samun yang dipercayai menjadi tempat persembunyian Mirul. Hati aku ragu-ragu untuk memasuki semak itu kerana aku percaya yang kemungkinan suara itu bukan Mirul.
Aku menyelak semak itu dan terkejut apabila Mirul tiada di situ dan pada masa yang sama lega apabila tiada lembaga yang memunculkan diri di hadapan kami. Tapi jangkaan aku salah kerana apabila aku perhatikan betul-betul, ada bangkai haiwan yang telah kering di situ. Saiz bangkai itu lebih kurang sebesar anak kambing tapi aku tak pasti binatang apakah itu kerana tiada kepala dan keadaan malap yang menyukarkan penglihatan. Apabila aku ingin berpaling kearah Wan, tiba-tiba ada sesuatu yang menolak dan menghempap belakang aku. Aku cuba bangun tapi tak terdaya kerana ketakutan. Aku cuba memanggil Wan tetapi tiada jawapan. Tiba-tiba benda yang menghempap aku itu bergerak dan seolah-olah cuba untuk bangun. Otak aku berharap janganlah benda tu cuba untuk mengapa-apakan aku. Sejujurnya aku mengeletar ketakutan dan hampir saja pengsan. Tiba-tiba terdengar suara “Aduh sakitnya kaki aku….maaflah bang, aku tersepak akar pokok dan jatuh atas kau. Ok tak bang?” kata Wan. Fuhhh lega aku.
Aku memarahi Wan kerana telah menyebabkan aku jatuh dan ketakutan. Aku ingat dia nak ketawa ke apa bila aku marah dia, namun reaksi muka Wan seperti tiada perasaan. Aku dan Wan cuba untuk meneruskan pencarian kami dan berkira-kira untuk meminta pertolongan kawan-kawan kami yang lain. Dan tidak semena-mena selepas itu kami terdengar bunyi orang menangis dan berkata “aku kat depan kau ni”. Aku dan Wan cuba menyuluh kearah depan kami tetapi tiada sesiapa di depan kami. “Aku kat atas ni, cuba angkat kepala sikit, hehehhe” terdengar bunyi yang seolah-olah berada di atas kepala aku dan apabila aku mendongak ke atas…….aku ternampak kibaran kain putih yang berada betul betul di atas kepala aku. Aku tak sanggup untuk memandang ke arah lebih tinggi kerana aku takut untuk memandang rupa makluk itu. Aku pasti makluk itu merupakan P**N TI ANAK.
“HiHiHiHiHiHi, dah jumpa aku kan? Jom aku ikut korang balik”
Aku dan Wan mengeletar ketakutan dan tanpa membuang masa kami terus berlari untuk mencari jalan keluar. Kami berpusing pusing sekitar ladang itu kerana tidak dapat menemui jalan keluar dari ladang itu. Pada masa yang sama kami dapat merasai bahawa benda itu masih lagi mengikuti kami dari atas. Bunyi hilaian bergema di seluruh kawasan ladang itu. HiiiiHiiii hihihiHiHiHiHiHiiiii. Aku dan Wan menangis ketakutan dan tanpa kami sedari bahawa kami telah terkencing dalam seluar. Aku nekad untuk berlari secara lurus dan akan keluar dari ladang itu sebaik saja ternampak cahaya atau orang. Taktik kami berjaya dan kami dapat keluar dari ladang itu dengan keadaan baju basah dengan peluh dan seluar basah dengan air kencing.
Walaupon ketakutan, aku masih ingat tentang kehilangan Mirul. Aku memerhati keadaan sekeliling kami dan berasa lega apabila benda tu dah tiada. Kami mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah dan menceritakan keaadaan sebenar kepada mak kami. Kami pulang dengan menaiki satu basikal saja kerana aku terlupa untuk mengambil basikal aku yang disorokkan dalam ladang itu. Tambahan pula aku takut untuk memasuki hutan itu kembali. Sebaik saja kami pulang ke rumah, mak terkejut melihat keadaan kami yang pucat dan lebam lebam. Apabila aku menceritakan kehilangan Mirul, mak hanya tersenyum dan berkata “Biarlah Mirul tu, dia lapar dia baliklah tu”. Aku cerita kat mak aku yang kami di kejar oleh seorang pak cik yang marah kami bermain di surau dan sebab itulah aku, Wan dan Mirul menyorok kat ladang getah tu lalu Mirul hilang. Aku tak cerita perkara sebenar kerana aku tahu yang mak aku akan menghukum kami semua dan hal ini akan menjadi isu besar. Tapi mak aku tetap kata:
“Biarlah Mirul tu……esok pagi dia lapar balik lah tu. Hi Hi Hi”
Okay tu lah cerita aku masa aku kecil dahulu. Masa dulu aku amat nakal dan suka lawan perintah Mak. Peristiwa ini antara penyebab aku berubah sikit menjadi budak baik. Tapi takde lah berubah terus, aku cuma dah tak buat kerja-kerja baling mercun kat depan rumah orang lagi. Aku baling belakang rumah orang pula. Hehehehe
Mesti korang tertanya-tanyakan kenapa cerita aku macam tergantung. Kenapa mak aku cakap macam tu? Betul ke tu rumah dan mak aku? Apa jadi kat Mirul? Mirul tu hantu ke sebenarnya?
Okay, sebenarnya masa aku, Wan dan Asyraf tengah cari Mirul, dia ada je kat tempat yang aku tinggalkan dia tu. Cuma entah kenapa kitorang tak nampak dia dan Mirul kata dia dah panggil kitorang banyak kali tapi kitorang tak dengar. Bila dia nak pergi kat aku dan Wan, tiba-tiba dia kata kami terus hilang dan dia terus lari keluar dari ladang tu. Dan Mirul cakap dia nampak ada Kak P**N atas kepala aku ikut je ke mana aku pergi sebelum aku dan Wan hilang tu. Mirul nangis-nangis kat simpang menuju ke ladang tu dan nasib baik ada kawan dia (Said) yang lalu kat situ. Said terus ajak Mirul tidur rumah dia dan mak Said call Mak aku beritahu yang Mirul tidur rumah Said. Tu yang Mak aku nampak macam pelik je dan macam tak kisah Mirul hilang.
Malam tu aku dan Wan tak dapat tidur sebab risaukan Mirul dan juga sebab terlampau takut dengan kejadian itu. Bila subuh tu bila Mak aku nak kejut kami untuk solat Subuh, dia terkejut sebab kami tak tidur lagi. Mak aku terus bagitahu yang Mirul sebenarnya tidur rumah Said. Walaupon dah lega sebab Mirul sebenarnya tak hilang, aku dan Wan demam 2 hari sebab kejadian tu ditambah lagi tak tidur seharian.
Dan 4 orang remaja itu merupakan senior sekolah aku apabila aku belajar di sekolah menengah pada tahum seterusnya. Diorang dah lupa aku tapi aku ingat muka diorang sampai bila-bila. Aku balas dendam kat diorang dengan pancitkan motor, curi helmet dan report kat cikgu apabila aku nampak diorang buat benda-benda buruk.
Sekian saja kisah aku, terima kasih kerana sanggup baca sampai habis dan terima kasih kepada admin kerana sanggup menyiarkan kisah aku ini. Laptop aku 2 kali rosak masa aku tengah tulis cerita ni. Aku tulis cerita ni dari pertengahan bulan puasa lagi tapi sebab laptop aku dah 2 kali rosak, harini baru siap tulis. Aku harap admin terimalah cerita aku ini sebab dah banyak kesusahan yang aku hadapi semata-mata untuk tulis cerita ni. Cerita ini cerita benar, cuma aku tambah sedikit MSG dan tempoyak untuk menambah kesedapan cerita ni. Komenlah apa saja kekurangan penceritaan aku ni, kritikan dan komen korang akan membantu aku supaya menjadi lebih matang dalam penulisan.
Sekian, Terima Kasih
-TAMAT-

106. RUMAH PUSAKA BERPUAKA

CERITA² MISTIK MISTERI 👁‍🗨 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : RUMAH PUSAKA BERPUAKA
KARYA : ATO
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940106
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram-season-1.html

Kali ini aku akan membawa kisah seram tentang kawan saya. Namanya Mel (bukan nama sebenar).
Kisah bermula ketika Mel mula-mula tinggal di rumah mak mentua dia. Rumah tersebut adalah rumah papan lama sejak dari zaman Jepun lagi menduduki Malaysia. Menurut Mel, keadaan rumah tersebut agak suram dan memang menyeramkan. Rumah besar dan sangat luas. Rumah bertingkat. Tingkat atas ada 2 bilik dan bawah juga ada 2 bilik. namun penghuninya hanya 4 orang sahaja. Satu ketika dulu rumah itu ceria tetapi apabila anak-anak sudah kawin dn berpindah, suasana rumah menjadi suram. Bilik masing- masing tapi ada satu bilik yang kosong di bahagian bawah bersebelahan dapur. Rumah ini terletak berhampiran dengan sebuah pekan kecil di Negeri Sabah. Nama pekan terpaksa saya rahsiakan atas permintaan Mel sendiri.
okey, tanpa membuang masa, kita terus kepada kisah gangguan yang Mel alami. Gangguan pertama bermula pada petang hari. Ketika itu Mel sedang duduk santai-santai d beranda rumah sorang diri sambil menikmati minuman kegemarannya iaitu lemon panas. Menurut Mel, ketika dia sedang menikmati lemon panas, tiba-tiba dia merasakan ada angin lalu yang terlalu dingin. Dia buat tidak tahu ketika itu memandangkan cuaca masa tu mendung-mendung kelabu. Dia anggap ianya hanya angin biasa. Tapi tidak lama selepas itu, angin tersebut kembali menyapa Mel diikuti satu suara seperti berbisik kepada Mel namun bahasa tersebut dia tidak fahami kerana ianya seperti bahasa asing. Menurut Mel, suara tu seperti bahasa korea.
Semangat Mel mula hilang. Seram mula menguasai mel. Dia kemudiannya masuk ke dalam dan terus ke bilik. Petang tu Mel sudah mulai merasai seperti hendak demam mungkin sebab takut. Kejadian tadi masih bermain-main difikirannya. Jam 6.30 petang kemudian Mel bersiap-siap untuk mandi. Ketika sampai di pintu kamar mandi, tiba2 Mel merasa seram dan meremang bulu roma. Mel pujuk hati dan terus masuk kamar mandi. Ketika membuka paip air, Mel terkejut yang teramat sangat kerana warna air merah seperti darah. Dia cuba gosok-gosok mata mungkin kerana dia fikir ianya sebb mata dia kabur-kabur ketika itu. Namun warna air tidak berubah. Mel tidak jadi mandi dan terus berlari keluar dari kamar mandi. Mel terus masuk bilik dan duduk diasm. Ketika ini, hanya Mel sorang berada di rumah kerana yang lain keluar ke pekan untuk membeli belanja rumah. Mel duduk dalam bilik ketakutan. Dia berharap keluarga dia akan segera balik.
“pon…pon..” Bunyi hon kereta kedengaran menandakan keluarga Mel dah balik. Bila terdengar bunyi hon kereta, barulah Mel merasa selesa dan tenang sedikit. Mel berharap gangguan tidak akan ada lagi. Mel mengmbil kesempatan ketika ini untuk mandi. Selepas Mel mandi disamping sedang menunggu untuk makan malam, Mel rehat-rehat di dalam bilik sambil membaca majalah wanita. Kejadian yang tidak diingini berlaku dengan tiba-tiba. Ketika ini Mel tidak sedar apa yang berlaku terhadap dirinya. dia hanya ketahui melalui cerita suaminya. Kononnya, Mel tiba-tiba teriak dan meraung seperti orang yang sedang menangisi pemergian orang yang disayang. Suami dia dan ahli keluarga yang lain bergegas ke bilik Mel. Keadaan mel semasa mereka sampai, seperti orang yang tidak siuman teriak sambil meraung dan adakalanya tertawa. Kedudukan Mel pulak duduk mencangkung dan kepala kejap mendongak kejap tunduk. Mata Mel pulak terbeliak dan hanya nampak mata putih sahaja.
Tanpa membuang masa, Suami Mel bergegas keluar untuk mencari orang yang pandai dalam hal-hal kerasukan. Keluarga yang lain pula, mengawasi pergerakan Mel. Keadaan Mel sangat merisaukan mereka. Sebelum ketibaan bomoh, Mel cuba berusaha untuk melarikan diri, namun tindakan keluarga yang mengawal beliau menyebabkan Mel tidak dapat melepaskan diri. Apabila bomoh masuk ke dalam bilik, Mel terus menunjuk-nunjuk muka bomoh tersebut namun bomoh tetap tenang menangani keadaan Mel. Mel semakin meraung-raung dan berteriak kuat tapi raung annya kali ini berbeza. Ia meraung dan berteriak seperti merasai kesakitan yang teramat sangat.
Mel seolah-olah meminta supaya dilepaskan namun bahasa yang dia tuturkan tidak sorang pun yang faham. Dia cuba menghempaskan diri namun tindakan keluarganya dapat menghalang perbuatan Mel. Dalam lebih kurang 5 minit, keadaan Mel mula tenang. Bila dia sedar, dia seolah-olah orang yang baru bangun dari bermimpi. Dia hairan kenapa semua ahli keluarganya ada di dalam bilik bersama seorang yang dia tidak kenal. Kemudian bomoh tersebut menerangkan kepada Mel bahawa penunggu rumah sedang mengganggunya. Mungkin kerana dia orang baru di rumah tersebut. Bolehlah kita katakan ianya sebagai salam perkenalan.
Mel merasakan badannya sangat lemah. Malam tu dia tidak makan kerana tiada selera disamping keadaan kesihatannya yang kurang memuaskan. Mel tidur tanpa makan. Keesokan harinya, Mel bangun dan terasa ada rasa pedih di betisnya. Bila dia tengok, betisnya merah kebiru-biruan seperti ada sesuatu yang menghisap betisnya. Mel bangkit dan bersiap-siap untuk mandi. Hari tu Mel bekerja seperti biasa walaupun dia demam.
Mel balik kerja setiap hari pada jam 5 petang namun adakalanya balik jam 6 petang sekiranya masih ada pelanggan di kedainya. Biasa lah oraang yang kerja sendiri. Balik kekadang tidak menentu. Seperti biasa, Mel akan duduk santai-santai di beranda rumah selepas kerja. Petang tu Mel agak lambat dan kemalaman untuk santai-santai. dia suka santai di beranda rumah berkenaan kerana udaranya yang nyaman dan mengadap pokok-pokok mangga kiri kanan rumah. pokok-pokok mangga yang lain tu kepunyaan jiran Mel.
Sedang duduk santai sambil mengelamun, tiba-tiba Mel diganggu oleh satu kelibat yang lalu d hadapannya. Kelibat tersebut seperti bayang-bayang manusia namun saaiznya 3 kali besar dari manusia. Mel tersentap dan tidak terkata apa-apa. Mau menangis pun ada. perasaan seram sejuk menyelinap ke seluruh tubuh Mel. Namun semangat Mel masih kuat kerana ketika itu, Pak mentua dan adik iparnya ada di rumah. Biasanya mel akan menunggu kepulangan suami d beranda rumah. suami Mel juga bekerja sendiri jadi kekadang balik kerja dah malam.
tidak lama kemudian, telinga Mel disapa dengan satu suara yang agak gans bunyi. Bunyi seperti suara lelaki. “Datang lagi c hantu korea ni” bisik hati Mel. Mel berpaling ke araah suara namun tidak kelihatan apa-apa. Untuk mengelak perkara yang tidak diingini, Mel kemudiannya masuk ke dalam bilik dengan harapan gangguan tidak mengikutinya. Sangkaan Mel salah. Ketika ini, kelibat yang dia nampak di luar tadi berlegar-legar di ruang biliknya. Mel cuba tutup mata, tapi gangguan berterusan melalui telinga plak. Kali ni bukan satu suara tapi 2 suara. Bunyi seperti laki bini yang sedang bergaduh.
Tanpa membuang masa, Mel kemudia berlari keluar dari bilik dan terus menuju ke arah adik iparnya. Mel terketar-ketar menerangkan apa yang berlaku. Adik iparnya kemudia membawa Mel turun ke bawah. Mel ditenangkan dan diajak sembang-sembang untuk memulihkan semagatnya sementara menunggu suaminya balik. Malam tu suaminya balik lewat dari hari-hari biasa. Katanya ada perbincangan dengan bos besar tentang satu projek.
Sebenarnya ada banyak lagi gangguan-gangguan yang dialami oleh Mel. Hampir setiap bulan dia pasti akan mengalami histeria. Gangguan-gangguan bisikan dan kelibat tu hampir setiap malam. Oleh kerana dah selalu mendapat gangguan, akhirnya Mel dah rasa lali dan dah dapat mengatasi gangguan-gangguan tersebut dengan tenang. Cuma gangguan kerasukan saja dia tidak dapat atasi kerana menurut Mel, ketika kerasukan, dia tidak sedar apa-apa. Dia kerasukan secara tiba-tiba sahaja. Setelah berusaha berubat merata tempat, akhirnya gangguan kerasukan tiada lagi. gangguan yang ada hanya gangguan suara dan kelibat sahaja lagi. Tapi kesan seperti kena hisap di anggota badan Mel memang hampir setiap hari dia dapat. Kedudukannya pula berubah-ubah setiap hari.
Berbalik kepada cerita rumah mentua Mel, menurut Mel mak mentua dia memang ada keturunan Korea. Mungkin nenek moyang mak mentua dia kot. Sebb tu la suara-suara yang dia dengar tu bunyi-bunyi bahasa Korea. rumah tu pun rumah pusaka dari atuk mak mentua dia. Semasa cerita ini diceritak oleh Mel, dia sudah tidak rasa takut dengan gangguan-gangguan suara yang dia dengar. Gangguan ini berterusan sehinggalah dia ada anak. Gangguan-gangguan tersebut juga berlaku pada anak-anak Mel. Mulanya memang anak-anak dia takut tapi lama kelamaan, penggangu menjadi kawan pulak kepada anak-anaknya. Mel ada anak sepasang, lelaki dan perempuan. Anak perempuan sulung. Kekadang Mel nampak anak lelaki dia seperti bercerita dengan seseorang. Menurut anak Mel, bila penggangu tersebut tidak dilayan, dia akan cubit anak Mel dan paksa untuk bermain-main bersama.
Sekarang Mel dah membuat rumah baru bersebelahan dengan rumah lama. Namun rumah lama masih dikekalkan kerana ianya rumah pusaka. Mel dan suami bercadang untk membaik pulih rumah berkenaan. Sekurang-kurangnya bahagian bawah rumah tersebut boleh sewakan kerana tidak ingin ianya kosong begitu sahaja. Rumah tanpa penghuni akan menjadi sarang makhluk-makhluk halus. Sekarang ni Mel dan Suami sedang giat berusaha untk mengubahsuai rumah pusaka tersebut.
Sekian dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca kisah kawan saya ni. Segala kesilapan mohon dimaafkan. Dah lumrah dalam bidang penulisan atau apa-apa bidang sekalipun, setiap pendatang baru pasti tidak semahir yang lama. Aku pendatang baru dan masih dalam proses belajar untuk mengarang. Moga berjumpa lagi.
-TAMAT-

107. PAKU KELUAR DARI TAPAK KAKI

CERITA² MISTIK MISTERI 👁‍🗨 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : PAKU KELUAR DARI TAPAK KAKI
KARYA : MUHASABAH DIRI
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940107
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram-season-1.html

Pada awal bulan disember saya telah dipertemukan dengan seorang ustaz untuk merawat sihir yang saya alami.
Alhamdulillah, Allah berikan jalan pada yang usaha & ikhtiar. Ini adalah sebahagian ujian pada kita.
Selama hampir 3 tahun saya mempunyai masalah sihir. Selama hampir 3 tahun tu lah banyak yang Allah tunjuk 1 persatu. Daripada hati budi manusia Allah tunjukkan sehingga la perubahan daripada diri sendiri.
Bila terkena sihir macamni, hati , iman memang kena kuat, selalu berwirid(amalkan wirid sakran), jiwa kena kuat & diri sendiri kena bantu diri sendiri. Selalu dekat dengan Allah. Jangan tinggal solat, baca Al-quran walau sehari 1 muka surat. Sebab sakit mcmni dia berperang dengan diri sendiri, ada yang akan dengar bisikan nyata suruh buat benda bukan. Kalau tak kuat & terikut, memang habis.
Pada sabtu lepas ustaz dtg ke rumah, Waktu ustaz sampai, saya sedang solat zohor. Sedang saya solat zohor ustaz tiba-tiba mula bacaan ayat al-quran didalam rumah, sehingga bergema surah bacaan ustaz didalam rumah.
Tiba-tiba saya mula mengigil, rasa tak sabar untuk habiskan solat. Habis rakaat ke4 dengan tak sempat berdoa Saya berlari keluar dan berdiri tegak dihadapan ustaz sambil merenung tajam ustaz sambil mata terbeliak memerhati ustaz.
Kemudian, ustaz memanggil saya untuk duduk dihadapannya. Dalam keadaan separuh sedar ustaz membaca ayat-ayat suci al-quran dan saya mulai merasuk bermacam loghat bahasa yang keluar( siam & kedah) memarahi ustaz kerana datang untuk ubati saya.
Ustaz minta izin suami untuk buka stokin yang saya pakai untuk lihat tapak kaki. Sambil menekan tapak kaki ustaz beritahu suami saya yang ada sesuatu di tapak kaki saya. ustaz baca ayat-ayat suci Al-Quran dengan jelas & kuat , ustaz minta saya rendamkan kaki ke dalam air yg berisi limau nipis tu.
kemudian Ustaz minta suami saya tepuk kaki dari bahagian lutut hingga ke tapak kaki dan dalam waktu yang sama ustaz urut ditapak kaki. Ya Allah, memang sakit, waktu paku tu nak keluar. Tanpa sedar 1 persatu paku jatuh didalam besen yang berisi air limau.
Sambil saya menjerit dan menjampi ustaz(kerasukan jin siam) saya memarahi ustaz supaya tidak mengambil barang yang disihir.
“Jangan ambik barang aku, aku akan antaq lagi. Sihir pemisah pun aku antaq sambil mulut menjampi ustaz dan membuat gerak tangan tulisan siam”
Rasa macam tercucuk, kebas kaki dan badan. Badan mula lemah, beberapa hari kemudian betis kaki mulai lebam kesan dari keluar barang sihir tersebut. Alhamdulillah Allah berikan kekuatan.
Sebelum ini hanya dengar kisah orang yang paku,rambut keluar dari badan. Tetapi kali ini terjadi pada diri sendiri. Allah lebih mengetahui. Doakan saya kembali sembuh inshaAllah.
Allah memang uji kita untuk kita jadi lebih baik. Allah uji kita sebab Allah nak kita sedar dosa-dosa kita. Banyak benda yang berubah kat diri mekda.
Kehidupan adalah pembelajaran. Belajarlah untuk tidak terlalu percaya pada semua org walaupun dah lama kenal, jangan cerita segala apa yang disimpan mahu pun aib sendiri sebab hati budi makhluk yang bernama manusia ni kita tak kn tahu.
Kadang-kadang kita rasa marah, tak
puas hati & dengki. Sampai kita hilang iman lalu kenakan orang, jumpa bomoh tapi hati masih sakit, tetap tak tenangkan? tetap dibayangi org yg kita dengki tu, rasa bersalah tapi hati tu dah rosak. Jadi sebelum terlambat, berhenti & bertaubat & datang minta maaf sebelum semua terlambat & sihir ni kembali pada penghantar.
Pada yang memang taksub nak menyihir org Cukup-cukup la, tau tak azab hampa sihir ni kalau patah balik lagi berganda sakit.
Saya sampai tak ada perasaan nak benci pada penyihir ni sebab Allah bagi sifat yang sangat sabaq & Allah bagi perasaan untuk sedarkan diri mungkin selama ni jaoh dari DIA.
Allah bagi ujian pada penyihir dan saya. Penyihir Allah bagi ujian hati, kau mampu tahan tak hati kau yang penuh dengan hasad & penyakit ain bila tgk org lain berjaya.
Saya Allah bagi ujian untuk hati juga, sabar tak ? boleh tahan tak ujian ni atau nak balas balik.
Syukur sebab perasaan nak membalas tu tak ada. Allah masih sangat syg pada saya.
Saya harap dalam tempoh saya berubat, saya tak jumpa ada keluar barang yang saya pernah beri pada penyihir. Ini akan membuatkan saya kecewa kerana kita pernah bergelar sahabat.
Walaupun saya diaibkan ,diviralkan muka saya kerana dia terlalu ingin menutup kesalahan padahal tiada siapa pun yang tahu siapa sahabat sihir tersebut.
” Bersyukurlah kerana aku tidak tercabar dengan aib yang kau reka dan fitnah yang kau keluarkan. Andai aku tercabar dan kesabaran aku tercalar pasti tiada muka untuk kau tunjuk kerana aku lebih mengenali diri kau.”
Ya Allah, jika ada seseorang yg menghendaki atasku kejahatan dari golongan Jin, manusia dan binatang buas, dan dari segenap makhluk lainnya, dari golongan manusia, syaitan, penguasa, atau godaan ancaman lainnya, maka tolaklah pandangan mereka tertunduk,
dan jiwa mereka dalam kerisauan,
dan kedua tangan mereka dg kesialan dan kerugian (ketika akan mencelakakanku), dan pendamkan mereka dari kaki hingga kepalanya (dalam kelemahan dan kegagalan dalam mencelakakanku), (dimanapun mereka berada) apakah di lembah yg sedang mereka lewati, atau digunung yg sedang mereka daki, demi seribu ribu ribu Laa Haula wala quwwata illa billah. Ameen..
-TAMAT-

108. KANAK-KANAK HILANG PENGLIHATAN

CERITA² MISTIK MISTERI 👁‍🗨 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : KANAK-KANAK HILANG PENGLIHATAN
KARYA : VILASHINI
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940108
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram-season-1.html

Sekarang saya ingin kongsi pengalaman seram yang pernah diceritakan oleh suami saya.
Suami saya asal orang Taiping, Perak. Semasa beliau umur 12 tahun, keluarganya sudah pindah ke Pulau Pinang. Kejadian ini berlaku di semua rumah flat yang pernah keluarga suami sewa. Semasa kejadian ini berlaku umur suami dalam lingkuan 23 tahun. Rumah flat yang keluarga suami duduk ini mempunyai 15 tingkat dan keluarga suami sewa rumah di tingkat 8. Suami saya suka duduk di tangga tingkat 15 setiap malam ( merokok tanpa pengetahuan bapanya ).
Setiap kali duduk di situ, suami berperasaan setiap malam semua rumah letak makanan seperti biskut, gula-gula atau buah-buahan dekat luar. Suami saya ingat ini mesti satu upacara yang dilakukan oleh masyarakat Cina dan tidak pedulikan keadaan atau lebih sesuai tidak syak apa -apa pun. Pada satu hari, semasa suami lepak dekat tangga tingkat 15 seperti biasa. Beliau perasaan ada satu kanak-kanak perempuan tengah berjalan-jalan kat situ. Cara budak itu jalan macam meraba-raba dinding. Jadi suami saya faham bahawa budak itu tiada penglihatan.
Dia mengamati budak perempuan itu dalam umur lingkungan 8 hingga 9 tahun. Suami saya memang terkenal dengan sikap ramah.( mulut dia tak pernah diam ) Dia cuba tolong budak itu dan cuba beramah mesra dengannya. ” Adik pasal apa jalan seorang. Mana family kamu.” tanya suami.
” Saya duduk di tingkat ini. Rumah nombor 8. Saya tinggal dengan mak saje. Mak sudah keluar. Saya sudah biasa jalan di tingkat ini.” jawab budak itu. Sejak dari hari itu, suami memang selalu jumpa budak itu. Mereka menjadi kawan dan suami selalu belikan makanan untuk budak itu sebab budak itu pernah beritahu emaknya selalu balik lewat dan kadang-kadang dia tidur tanpa makanan jadi sebab kesian suami belikan makanan. Kalau kakaknya masakkan kari ayam atau special, dia akan bawakan bekal untuk budak itu. Keadaan ini berterusan selama beberapa minggu.
Satu hari, kawan kakak dia yang sama tempat kerja tegur suami saya. ” Shiva( bukan nama sebenar ) pasal apa kakak tengok selalu kamu cakap seorang kat tangga lepas itu suap makan dekat siapa?” tanya kawan kakaknya. Kawan kakak juga tinggal di tingkat 15. Rumahnya dekat tangga jadi memang kakak itu perasaan suami selalu lepak kat situ.
Dia nampak sealalu nampak suami cakap sorang-sorang dan tinggal makanan dekat tangga. Paling beliau terkejut, bila dia tengok suami suap makanan dekat angin macam suap kat orang tetapi orangnya tiada. Suami memang terkejut bila ditanya bagitu. Lantas suami saya menerangkan perkara yang sebenar bahawa beliau bercakap dengan sorang kanak-kanak perempuan yang hilang penglihatan dan makanan itu semua untuk budak itu.
” Shiva, kamu tidak tahu ke budak yang kamu bagitau itu memang tinggal sini tetapi sudah lama meninggal dunia sebelum kamu pindah mai sini. Budak itu dengan mak dia mati dekat rumah selepas 3 hari baru penduduk tahu.” terang kakak itu.
” Roh budak itu selalu menggangu penduduk tingkat ini selepas pukul 11 malam. Ketuk-ketuk pintu minta makanan sebab itu penduduk sini letak makanan dekat luar rumah. Kalau tak letak, mesti budak itu mengacau.” terang lagi kakak itu.
Suami terus balik langsung tidak mahu merokok kat situ lagi. Lepas itu, beliau tidak lagi lepak kat situ lagipun lepas balik hari itu suami kena demam panas seminggu sebab ingat balik dia bermain dan suap makanan kat budak itu.
Saya tanya suami macam mana budak itu dengan mak dia meninggal dalam rumah. Suami jawab dia pun tiada tahu sebab lepas itu dia memang tak naik ke tinggkat 15 dan rata-rata orang yang dia tanya pun tak tahu sebab kematian mereka. Menurut cerita, budak itu selalu kena tinggal dalam rumah oleh emaknya yang keluar kerja dan mereka tidak bergaul rapat dengan jiran-jiran. Kematian mereka cukup misteri dan tiada siapa tahu apa yang jadi sebenarnya.
Saya juga tanya kalau-kalau suami ada lagi jumpa dengan budak itu lagi atau budak itu cari dia atau ganggu dia. Suami kata tidak. “Mungkin dia tahu saya tidak berniat untuk ganggu beliau lagipun saya hanya bermain dan beri makanan saje tidak lebih daripada itu. Kalau saya tahu awal- awal dah lama saya cabut dan tak lepak tingkat tu”. kata suami.
Sampai sini saje kisah saya ( kisah suami sebenarnya ). Minta maaf sekiranya kisah saya ini tidak seram atau menarik. Sekiranya ada kesalahan tatabahasa, saya mohan maaf juga. Terima kasih admin sebab siarkan kisah saya dan terima kasih untuk pembaca sudi membaca.
-TAMAT-

109. DISOROK ANAK JIN

CERITA² MISTIK MISTERI 👁‍🗨 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : DISOROK ANAK JIN
KARYA : ANGGUN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940109
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram-season-1.html
So aku nak kenalkan diri aku dulu. Tak sah kalau permulaan cerita tiada Intro kan? So aku nak kenalkan diri aku Anggun. Berusia 23 tahun. Aku anak bongsu dari 4 adik beradik dan mempunyai seorang adik tiri. Mak aku isteri kedua. Aku juga mempunyai kebolehan melihat makhluk makhluk halus. Perkara ini berlaku ketika aku berusia 10 tahun. Jom kita mulakan cerita bagaimana aku boleh nampak mahkluk mahkluk halus ni.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Masa aku darjah 4, aku suka bermain main di rumah pak cik aku. Oh ya, rumah pak cik aku ni di Dungun, Terengganu. Belakang rumah pak cik aku ada banyak pokok kemunting. Aku dengan kawan kawan aku suka bermain sorok sorok dekat situ. Kadangkala sampai maghrib. Pernahlah jugak arwah mak aku sebat pakai penyapu lidi sebab dah maghrib tak reti nak balik. Satu hari tu, aku, Murni, Apiz dan Ennie rancang nak main masak masak pulak. So kami kutip duit sikit sorang beli maggi dua bungkus. Lokasi pasti dekat pokok kemunting, dekat pokok tembusu yang besar.
Masa apiz tengah kutip kayu api, dia cakap dekat aku dia nak buang air besar. So dia nak balik dulu. Aku dengan murni okey je lah. Ennie pulak belum sampai lagi. Jadi kami standby barang siap siap. Tengah aku dok ralit susun batu untuk alas duduk, aku nampak apiz dekat belakang pokok kemunting sebelah sana. Muka dia pucat. Dia pandang aku dengan pandangan tajam. Aku macam terkejut juga. Aku cuit murni utk tunjuk apiz dekat dia. Bila aku toleh, Apiz dah hilang. Seram pulak aku. Sebab nampak muka apiz mcm muka orang marah pandang aku. Aku baru nak buka mulut cerita dekat murni, Apiz sampai. Aku pulak, “Aik, apiz? Tadi kan kau dekat situ?” sambil tangan aku menunjuk ke arah sana. Apiz pulak diam and start nak masak Maggi. So, aku pun diamlah.
Main punya main, tak sedar hari dah makin nak gelap. Ennie dengan Murni dah nak balik.Tinggal aku dengan Apiz je. Apiz pun start dah nak balik sambil kemas kemas barang kitorang main tadi. Wajib kemas, kalau tak esok pak cik aku bising. Entah macam mana aku rasa macam ada tangan tarik aku. Mulut aku kaku. Part ni aku ingat ingat lupa, tapi ini part paling penting dalam hidup aku. Aku tiba-tiba berada dekat tempat tinggi, sebab aku Nampak Apiz dekat bawah tengah panggil aku. Dia macam terkejut pusing belakang, tengok aku tak ada.
Hari makin gelap. Aku rasa aku atas pokok tembusu. Aku peluk batang pokok tu. Ada satu budak kecil berumur lima tahun macam tu, pakai baju putih duduk sebelah aku. Relax je sambil kaki terayun-ayun macam duduk atas buai. Aku menjerit-jerit, tapi macam tak keluar suara. Dekat bawah aku nampak makin lama makin ramai orang datang. Aku Nampak mak aku menangis-nangis sambil jerit nama aku.
“Mimi! Mana kau nak?!”
“Maaak!” Aku jerit sekuat hati. Tapi mak tak dongak lihat aku kat atas. Padahal bukan jauh pun. Aku teringat mak pernah marah main waktu maghrib nanti kena sorok hantu katanya. Aku dah start menangis kuat-kuat sampai serak-serak suara.
Dari atas aku nampak ketua kampung, Pak Amit sampai. Kemudian dia laungkan azan. Masa dia laungkan azan, budak kecil dekat sebelah aku tu senyum dan menghilang. Aku rasa masa tu aku nak pengsan.
Sedar-sedar je aku dekat rumah, atas katil. Dekat dahi aku ada kain basah. Rupanya aku demam. Mak aku bawakan bubur dan duduk sebelah aku. Dia tanya aku, apa dah jadi? Bertubi-tubi soalan. Aku hanya diam dan menangis. Ayah aku marah mak aku sebab tanya aku macam macam. Dekat luar pintu aku nampak budak lelaki yang sorokkan aku atas pokok tembusu tu. Aku tunjuk-tunjuk dekat pintu sambil menangis dan meraung. Strart dari hari itulah aku mula boleh melihat makhluk halus. Bukan hanya budak kecik tu je aku boleh lihat, tapi macam-macam rupa. Di sekolah aku banyak kali hysteria.
Mak aku dah bawa aku berubat. Ustaz tu cakap, ada makhluk menjaga aku. Anak Jin sukakan aku dan hijab aku terbuka, kata ustaz tu lagi. Kerana itu aku boleh lihat macam-macam makhluk halus. Beberapa kali aku berubat, alhamdulillah aku tak nampak lagi budak kecil tu. Pernah sekali aku mimpi budak tu, katanya aku bakal dapat musibah.
Memang betul. Tiga bulan selepas kejadian aku disorok anak jin itu, mak, ayah dan abang aku meninggal dunia. Kematian mereka amat tragis. Selepas ayah mak dan abang aku meninggal dunia, kami dijaga nenek dan datuk. Nenekku aku panggil opah, Atuk aku pula aku panggil tok wan. Sejak kematian mereka, aku murung. Bersendirian itulah dunia aku. Kakak aku pula bersekolah di asrama penuh. Setiap malam aku mimpi mak ayah dan abang aku. Perasaan itu korang tak pernah alami. Aku berumur 10 tahun dan mak ayah aku tinggalkan aku begitu je. Sebelum kejadian, kami sekeluarga makan malam di sebuah restoran sebelum menghantar kakakku ke asrama .
Mak suapkan aku makan malam itu. Aku makan menambah-nambah. Sebenarnya aku tak suka mak aku suap. Aku malu sebab aku dah besar kiranya. Aku pun tak suka mak aku panggil adik. Apiz selalu ejek aku anak manja. Tapi malam tu, semuanya masih segar dalam ingatan. Nak menaip ni pun aku sedih nak menitiskan air mata. Tolong sedekahkan al-Fatihah untuk mak, ayah dan abangku, ya korang?
Lepas makan, mak bagi nasihat macam-macam buat kakak. Seolah-olah tahu musibah malam tu. Mak cium aku berkali-kali. Ayah pun sama. Macam ada perpisahan. Aku pulak rimas mak cium-cium, sebab ada dua tiga orang pandang kami.
Aku dah tak boleh nak menaip lagi dah. Aku habiskan cerita ini di sini. InsyaAllah, aku akan sambung lagi kalau Admin FS keluarkan cerita aku ni. Mak, Ayah dan abang, Anggun selalu doakan korang damai di sana. Anggun pasti, yang buat jahat pasti akan terima balasan. Kisah aku panjang kerana misteri itu sehingga kini aku alami.
‘Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.’ (Al-Jinn 72:11)
-TAMAT-

110. DISAKAT SEWAKTU MEREMPIT

CERITA² MISTIK MISTERI 👁‍🗨 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : DISAKAT SEWAKTU MEREMPIT
KARYA : IZMAL HUSSEIN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940110
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram-season-1.html

Hai aku Izmal. Masa zaman sekolah dulu aku tinggal kat FELDA Semenchu, Kota Tinggi. Adalah kebiasaan jalan masuk ke Tanah Rancangan (biasanya orang panggil penempatan FELDA ni Tanah Rancangan) dari jalan utama agak jauh ke dalam. Untuk Semenchu ni kira-kira 5km. Sebesar zarah pon kau takkan terlintas nak jalan kaki untuk sampai ke tempat ni dari jalan utama. Melecet celah bedah oi!
Zaman bujang tak sah kalau kau tak main motor. Walaupun tak merempit, main motor tu memang sejajar dengan umur menginjak 20an. Malam tu aku join melepak dengan kuncu seangkatan kat simpang jalan utama yang menghubungkan Tanah Rancangan. Niat berkumpul bukanlah untuk melakukan perkara yang berilmiah melainkan yang lagha lagi melalaikan belaka. Melepak sambil tengok “mini Race”.
Puas melagha aku tengok jam dah masuk pukul 2 pagi. 2-3 ketul dah menguap. Dah bole “tutup kedai” la untuk sesi malam tu. Lepas warm up motor, sesi disudahi dengan sprint test ke rumah masing-masing. Apa korang ingat disudahi dengan bacaan Surah Al-Asr ke? Tak kena acara weh. Husnuzon btol.
Tengah dok sedap layan sprint, aku dah rasa tanda-tanda yang tak best. Yang mana tadi aku berkedudukan selesa di tengah-tengah, slowly semakin kebelakang. Jentera talaan jurutera merangkap rider (aku la tu) dah mula tersendu-sendu. Masih ada berbaki 3km untuk ke garisan penamat. Ni jangan kata podium, silap-silap DNF (did not finish) ni. Jangkaanku berada di laluan yang tepat. Motor aku m**i semati-matinya separuh jalan. Teman-teman seper”lagha”an aku langsung takde menoleh. Sayup-sayup hilang ditelan kegelapan. Namun tak lupa aku titipkan makian bertubi-tubi dalam hati.
Aku ni takde la penakut mana. Tapi kalau dah tetinggal sorang-sorang, kiri kanan ladang sawit, gelap gelita, combo plak dengan motor tak mau hidup, kunyit jugak aku kat sini. Nak tercabut kick starter motor ni aku henjut sebelum akhirnya aku redha ke hadrat Ilahi. Memang setimpal balasan yang aku dapat atas amalan aku malam tu. Kalau tak sebab dah tengah malam buta, pasti bersujud syukur aku disitu.
Selepas lafaz Bismillah, aku mulakan langkah sambil menolak jentera kesayangan (bapak) aku. Kan bagus kalau mula-mula tadi aku baca Bismillah, mungkin motor Sudin yang tersadai kat sini, bukan aku. 2.5km kalau jalan kaki bole tahan lencun ketiak. Ni tambah pulak menolak motor, mau je aku humban motor ni ke parit. Tapi esok pagi aku pasti aku pulak yang “diparitkan” bapak aku sebab motor takde.
Alhamdulillah perjalanan 500m pertama berlalu lancar. Sejuk pagi buta tak terasa dek kerana kehangatan menolak motor. Tapi keheningan malam itu seolah-olah tidak berpuas hati dengan bala yang aku dapat. Dirasakannya tak cukup bala lagi bala aku tu. Balakhrisnan btollah! Hati aku yang baru je tenteram didebarkan dengan angin sejuk melampau menyapa tengkukku.
“Ahh! Persetan! Aku nak sampai rumah cepat. Takde masa nak seram-seram”. Getus dalam hati. Nah kau! Betul-betul setan yang muncul kat tepi pokok sawit tu. Gaya tipikal hantu Malaysia. Rambut panjang, baju lusuh putih. Aku tak nampak muka. Tidak ku toleh walau 1 darjah ke arah Kak Limah. Aku buat-buat tak nampak. Harap-harap dia tak perasan yang aku dah nampak dia. Aku terus menolak sambil terkumat-kamit baca ayat kursi dalam hati. Harap-harap jugak dia tak perasan tajwid aku tunggang tebalik. Mau dia gelak mengilai. Lagi seram wey!
Alhamdulillah berjaya melepasi Kak Limah dengan jayanya. Aku rasa perjalanan aku diberkati. Hahaha. Belum lama aku bersenang hati, “Ah sudah! Apa lagi ni!!”. Motor yang aku tolak aku rasa semakin berat. Sumpah masa ni aku nak humban je motor tu ke paya tepi jalan ni. Memang kat jalan tu ada 1 kolam/paya. Ngam-ngam plak time tu aku sampai situ. Dah takde masa nak seram-seram dah, peluh jantan betina bercampur sesama bukan muhrim. Yang dari celah ketiak dah sampai pinggang. Yang dari… Ahhh mana-mana jelah, dah sampai ke kaki. Panas dah hati ni.
“Kot ye pon tolong la tolak, penat ni!!”
Nah, done-done terus ringan. Siap rasa macam dibantu pulak ringannya. Serius cakap memang aku dah tak lalu nak rasa seram. Rasa nak berterima kasih pon ada. Tapi aku pendam dulu. Tunggu dah sampai rumah baru aku cakap. Yela, kang aku cakap terima kasih awal-awal kang dia blah plak. Jauh lagi nak menolak sorang-sorang. Hahaha. Depan sket ada turun bukit kita naik sama-sama. Pastu naik bukit kita tolak sama-sama.? Semenchu ni penuh dengan turun naik bukit wey.
Akhirnya aku selamat sampai kat rumah. Aku park motor elok-elok. Basuh kaki, salin baju terus landing kat katil sampai tengahari buta. Subuh ntah kemana, memang dasar setan. Ngam la tu berkawan dengan setan. Tapi cerita seram aku tak habis kat situ. Yang paling seram bila bapak aku kata jangan harap aku dapat pakai motor dia lagi kalau aku tak betolkan. Fuhh… gila kau! Seram nak mampos! Petang tu jugak aku betolkan. Alhamdulillah pastu dah tak seram dah.
Aku tau cerita ni tak seram pasal aku tak berapa penyeram. Senang cerita tak mudah takut. Aku tau mende-mende halus ni memang ada. Sikit pun aku tak nafikan. Tapi kau tempat kau, aku tempat aku. Yakin aku kat Allah. Walaupon perangai aku sikit-sikit ada macam setan. Dululah. Sekarang dah boleh duduk sebaris dengan Pencetus Ummah. InsyaAllah ?
-TAMAT-

111. TUMPANG

CERITA² MISTIK MISTERI 👁‍🗨 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : TUMPANG
KARYA : MAIRA HUDA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940111
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram-season-1.html

Kejadian berlaku dalam dua tiga minggu yang lalu. Waktu tu, aku dapat panggilan dari kampung yang mengatakan salah seorang dari sepupu aku terlibat dengan kemalangan jalan raya. Jadinya dengan kadar segera aku bergegas pulang ke kampung selepas maghrib. Perjalanan dari daerah tempat tinggal aku dan kampung memakan masa lebih kurang satu jam. Jika tidak tersangkut dalam kesesakkan jalan raya, 50 minit pun dah boleh sampai.
Hendak dijadikan cerita, malam itu juga aku perlu mengambil adik kepada kawan aku pulang dari kerja. Bayangkan, aku bergerak dari rumah ke hospital daerah (kampung) dan kemudian berpatah balik ke Johor Bahru semula untuk menjemput adik kepada kawan aku dan kemudiannya menghantar dia ke rumah. Dan selepas itu aku memandu semula pulang ke kampung kerana ada urusan yang perlu aku lakukan dan pada malam yang sama aku perlu pulang ke rumah semula. Malam yang sangat meletihkan.
Kisah seram bermula sewaktu aku berpatah balik ke kampung selepas menjemput dan menghantar adik kepada kawan aku tu. Permulaannya bermula sewaktu aku berada di kawasan jirat cina di Ulu Choh. Sewaktu membelok, aku perasan ada kenderaan dari arah bertentangan memberi isyarat highbeam ke arah aku. Pelik juga sebab aku tak buka lampu tinggi. Tapi aku tetap bersangka baik, mungkin mereka sengaja memberi isyarat sebegitu. Waktu malam, jalan gelap.
Dan aku meneruskan pemanduan hinggalah aku menyusur masuk simpang ke jalan pintas. Sewaktu aku melalui jalan menuju ke tempat yang namanya Belokok, kawasan sekitar merupakan kawasan kebun dan ladang kelapa sawit. Gelap sudah semestinya. Aku merupakan kereta yang berada di tengah-tengah di antara tiga buah kereta. Dan tiba-tiba saja kereta di belakang memberi isyarat highbeam dan terus memotong. Secara automatik aku menjadi kenderaan yang terakhir.
Hati mula rasa tidak sedap. Volume radio aku naikkan bagi meredakan rasa takut yang mula menyelinap ke seluruh urat d***h. Apabila ada kenderaan yang berselisih, ada sahaja isyarat yang mereka berikan. Hon dibunyikan, lampu dikelip-kelipkan. Sungguh, aku tak tahu kenapa. Sampailah tiba pada simpang tiga, dua kenderaan di hadapan aku membelok hanya tinggal aku yang masih memandu lurus.
Tiba-tiba, entah macam mana aku terpandang cermin pandang belakang dan waktu itulah terasa d***h mengering, tangan menggeletar, badan menggigil kesejukkan dalam berpeluh. Cepat-cepat aku pandang ke depan semula.
“Fuhhh. Hns hns hns.” Bunyi dengusan berserta kekekan kecil betul-betul kedengaran di bahagian belakang tempat duduk pemandu.
Aku tak tahu nak buat apa. Berhenti di tengah-tengah kawasan kelapa sawit, reban ayam yang gelap gelita itu bukanlah pilihan yang tepat. Hendak diteruskan pemanduan, rasa terlalu jauh perjalanan. Dan aku tak ada pilihan selain dari terus memandu tanpa menjeling sedikit pun cermin pandang belakang. Aku takut!
Apabila tiba di satu lagi simpang tiga, aku melepas nafas. Sedikit lega apabila jalan tersebut terang dan terdapat gerai burger di tepi jalan. Aku berhenti seketika, mengambil nafas sebelum memandu semula. Aku masih punya belasan kilometer lagi untuk sampai ke kampung. Dengan lafaz bismillah aku memandu kembali.
Dan sekali lagi aku perlu meredah gelap malam. Jalan yang tidak berlampu lagi! Sewaktu melintasi simpang masuk ke arah Kg. Parit Jerman, aku seperti terpandang sesusuk tubuh yang sedang berdiri di bahu jalan. Hendak kata orang kampung, mustahil ada orang yang hendak berdiri di bahu jalan dalam gelap selepas pukul 10.30 malam. Aku hanya memandang sekilas, tak perasan dengan jelas rupa individu tersebut. Dan apabila kereta sudah pun melepas orang tersebut, aku cuba memberanikan diri memandang cermin pandang belakang. Kosong! Tempat orang tu berdiri kosong. Cepat-cepat aku alihkan pandangan. Fokus pada dada jalan. Mungkin pandangan mata aku je.
“Hns hns hns” sekali lagi aku terdengar suara kekekan di di dalam kereta. Spontan aku jeling cermin pandang belakang. Dan waktu tu aku nampak juntaian rambut betul-betul di belakang tempat aku duduk. Aku cuma nampak rambut, bahu ataupun wajah makhluk tersebut aku tak nampak. Macam mana aku boleh pastu tu rambut? Kebetulan, aku buka tingkap sedikit dan aku jarang memandu malam dengan memasang aircond, aku tak berapa suka. Dan rambut kalau ditiup angin ia akan berkibar sedikit kan? begitulah aku pasti itu adalah rambut.
“Ya Allah, dugaan apa ni. Janganlah ganggu aku, aku kena cepat ni. Tolong jangan ganggu aku.” Antara keluar dengan tidak suara aku. Bercakap seolah-olah ada orang lain selain aku di dalam kereta.
Dengan berbekalkan semangat yang tinggal nyawa-nyawa ikan, aku menekan pedal minyak. Berharap yang gangguan tersebut tidak akan berpanjangan.
Pemanduan aku berhenti apabila tiba di destinasi. Kereta aku berhentikan betul-betul di selekoh yang terdapat taman permainan tidak berapa jauh dari rumah tok. Aku bersandar, menarik nafas dalam, melegakan debaran di dada, menyusun semula pernafasan yang rasa tersekat.
Tok. Tok. Tok.
“Arghh!!” Spontan aku menjerit. Refleks dek terkejut dengan ketukan pada cermin tingkap.
“Kenapa ni adik? Apesal berhenti dekat sini? Kenapa tak terus ke rumah?”
“Paksu, terkejutlah orang.”
“Dah! Jom balik.”
Aku hanya menurut. Hilang rentak jantung sekali lagi rasanya. Dan malam tu juga aku cekalkan hati untuk memandu pulang ke rumah. Mujur kejadian menakutkan tu tak berulang.
-TAMAT-

112. SIAPA???

CERITA² MISTIK MISTERI 👁‍🗨 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : SIAPA???
KARYA : MEL G.
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940112
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram-season-1.html

Aku Mel G. Terpanggil untuk kongsi beberapa pengalaman seram yang aku dapat sepanjang aku dan keluarga berpindah ke rumah yang kami duduk sekarang. Aku akan kongsikan beberapa kejadian misteri @seram @ pelik yang berasingan dengan para pembaca.
Antara kejadian misteri @ seram masa awal-awal aku pindah ke rumah ni adalah aku asyik terdengar bunyi seperti orang menendang/menumbuk punching bag. Siapa yang masuk martial arts akan sangat familiar dengan bunyi tu. Ya, memang aku ada beli satu punching bag yang sebesar satu pemeluk dewasa, dan tinggi separas dada aku. Tinggi aku 155.5 cm, jadi korang agak-agak lah saiz punching bag tu. Aku tak gantung lagi punching bag (even sampai sekarang tak gantung lagi) sebab mak aku bising tak bagi aku training dan katanya taka da tempat nak gantung. Takpe lah, kita sandarkan pada dinding je.
Bunyi tu aku selalu dengar kalau aku duduk atau lepak-lepak dekat ruang tamu, sedangkan punching bag tu aku letak dekat tingkat atas sekali. Dan dengan maksud atas sekali tu adalah di tingkat tiga (rumah three-storey). Memang jelas bunyi orang menendang tu. Selalu aku dengar waktu malam. Dan bukan aku sorang je, adik bongsu aku pun selalu juga dengar. Tapi alhamdulillah, makin lama makin lali dengan bunyi tu dan akhirnya sehingga hari ni dah takde bunyi punching bag ditendang.
Walau bagaimanapun, itu tak bermakna usikan-usikan manja dah hilang. Pada masa yang sama dengan kejadian punching bag, aku sering diganggu dengan bunyi ketukan dari dalam wardrobe. Tak kira pada siang atau malam hari. Bunyi ketukan tu dalam dua tiga kali ketuk, lepas tu takde dah. Tuk, tuk, tuk. Lepas tu, hilang. Dua tiga hari lepas tu pulak, adik aku pulak kena (adik yang sama macam dalam situasi punching bag tu). Dan sama macam punching bag, gangguan bunyi-bunyian berkurang dan langsung hilang begitu sahaja.
Kejadian lain pula, mak dan adik bongsu sering terdengar nama dipanggil, walhal tiada seorang dari kami pun yang memanggil. Dan situasi terbaru adalah semalam (aku tulis cerita ni pada 5 Mei, kejadian tu pada petang 4 Mei). Aku tertidur kerana kepenatan pulang dari outstation dan baru sahaja tamat kelas tuisyen di rumah. Lepas bangun tidur dalam jam 6.45 petang, mak memberitahu aku dan adik dia terdengar suara aku memanggil mak dari halaman rumah lebih kurang jam 6 petang. Ketika itu, mak sedang membaca thesis pelajar untuk viva di ruang tamu. Mana mungkin aku yang memanggil sedangkan aku sedang nyenyak tidur di dalam bilik. Adik aku juga masih di dalam bilik ketika kejadian. Ada juga ahli keluarga lain mengalami kejadian yang sama, namun kami sudah lali dan tidak mengendahkan sekiranya tiada ‘orang sebenar’ yang memanggil kami.
Oh ya, kebanyakan perkara di atas berlaku pada diri aku dahulu sebelum ahli keluarga lain. Bila aku ceritakan setiap kejadian yang berlaku pada mak, mak pasti tidak endahkan aku. Bagi mak, pasti ada scientific reasons disebalik semua yang berlaku. Ya, jujur aku katakana aku geram kerana tidak diendahkan. Aku cuma mampu berdoa dan sering kali memasang ayar ruqyah dan surah al-Baqarah sekuat mungkin bagi menghalau mana-mana entity halus yang berpenghuni dalam rumah kami.
Aku terlupa satu kejadian yang memberikan impak besar terhadap pendirian aku pada makhluk halus ini. Tiga empat tahun lepas, ada seorang sahabat baik semasa di sekolah menengah dulu datang dari Klang dan bermalam di rumah aku. Mari namakan dia sebagai Mayra. Mayra menginap di bilik adik lelaki aku di tingkat atas sekali (yang ada punching bag tu). Bilik tu memang kosong memandangkan adik lelaki aku masih belajar di KL. Mayra ceritakan apa yang terjadi pada malam pertama dia tidur di situ. Kata Mayra, katilnya digegarkan dengan sangat kuat sehinggakan dia tidak boleh tidur sepanjang malam. Kalau tidur pun, Cuma tidur-tidur ayam sahaja. Aku kasihankan Mayra diganggu seteruk itu, dan aku terus mengajak Mayra tidur bersama aku di bilik. Mungkin para pembaca terfikir kenapa aku memberikan bilik adik lelaki aku pada Mayra jika mengetahui ada sesuatu di bilik itu? Aku tahu memang ada sesuatu di tingkat atas sekali sejak kejadian punching bag tersebut. Kami jarang ke tingkat atas. Kalau ada pun hanya untuk membuka pintu sliding dan tingkap pada siang hari dan tutup sebelum senja. Itu pun bukan setiap hari kerana tiada orang di rumah pada waktu bekerja. Ataupun kalau aku rajin untuk workout, tingkat atas adalah tempat aku mengeluarkan peluh.
Malam hari di bilik aku, Mayra diganggu lagi. Ketika aku sudah lena, Mayra merasakan ada seseorang dibelakangnya. Bukan aku. Aku tidur membelakangi Mayra dan sudah terbang ke alam mimpi. Mayra pula, aku tidak pasti posisi tidurnya. Cuma yang diceritakan Mayra, ketika dia mengiring dan hampir terlelap, dia merasakan ada seseorang sedang mengusap badannya dari kepala ke bahu dan lengannya. Dan seseorang itu adalah lelaki/jantan/male. Juga dalam bilikku ada sebuah rak buku yang menghadap katil. Mayra juga ternampak sesuatu seperti hantu Ju-On sedang memerhatikan kami berdua dari atas rak buku itu. Gayanya mencangkung siap pakej rambut menggerbang. Meremang bulu roma dan hampir menangis aku ketika mendengar setiap cerita Mayra.
Aku yakin Mayra tidak menipu kerana pengalaman-pengalaman aku diganggu dengan bunyi-bunyian (seperti kejadian-kejadian di atas) menguatkan lagi gerak hati aku tentang makhluk- makhluk tak diundang dalam rumah ini. Sebelum Mayra mengatakan ada sesuatu yang berjantinakan jantan/lelaki/male dalam bilik aku ni, aku terlebih dahulu mempunyai gerak hati seperti itu, yang mengatakan terdapat sesuatu dalam bilik yang berjantinakan lelaki/jantan/male. Sebab aku rasa sering diperhatikan oleh sesuatu, terutama ketika sedang menukarkan pakaian. Haish. Dasar gatal!
Tahun lepas, mak ayah aku berpeluang mengerjakan ibadah haji. Jadi, adik-adik aku, Kin, Ya dan Sya bersama dua orang anak perempuan Kin dan seorang pembantu rumah tinggal di rumah ini selama hampir sebulan. Suatu petang, Kin, anak-anak dan pembantu rumah keluar ke suatu tempat dalam jam 10 pagi. Lebih kurang jam 3-4 petang, mereka pulang ke rumah. Kin naik ke bilik mak ayah aku untuk mengambil barang yang tertinggal dalam bilik air dan mendapati ada satu pad wanita yang di atasnya ada segumpal d***h / daging (Kin kata macam lebih kepada ketulan merah d***h, macam orang keguguran pun ada). Dia cuak. Kin panggil pembantu rumah dan tanya ada sesiapa yang datang bulan kah? Ada tertinggal pad kah? Tong sampah kecil dalam bilik air kosong tak? Ada sesiapa guna tandas tersebut kah? Dan semua jawapan adalah TIDAK. Kin juga pelik kerana semenjak mak ayah aku ke Makkah, hampir 3 minggu tandas itu kering dan tidak digunakan.
Kin agak lemah semangat, jadi dia menyuruh Ya untuk memeriksa semula tandas tersebut. Ya dan pembantu rumah memeriksa tandas dan keseluruhan bilik namun mereka tidak menemukan benda lain yang lebih aneh selain pad berdarah. Pembantu rumah terus membuang pad tersebut. Ya pula memeriksa segenap penjuru bilik mak ayah aku buat kali kedua dan menemukan satu bau yang sangat busuk/hanyir berlegar-legar dalam ruang udara bilik mak ayah sahaja. Yang peliknya, tiada bau busuk pun di luar bilik serta penjuru rumah yang lain. Kami semua pelik. Selepas seketika dalam 5-10 minit, bau tersebut hilang begitu sahaja.
Aku menceritkan kejadian tersebut selepas mak dan ayah pulang dari Makkah. Aku suarakan kebimbangan aku kerana takut ada sesiapa yang menghantar santau/sihir kepada kami sekeluarga. Mak memarahi aku kerana tidak memberitahu dia lebih awal lagi, sewaktu mak masih di Makkah/Madinah. Mak mengatakan bahawa di Madinah (sebelum penerbangan balik mereka ke Malaysia), ada satu malam tu, mak bermimpikan rumah kami ini dan terus terjaga dari tidur dan secara automatiknya terlintas ayat pematah sihir dari al-quran. Aku mempunyai gerak hati yang kuat bahawa ada seseorang mungkin sedang cuba menghantar santau/sihir kepada keluarga aku. Cuma aku tidak diizinkan Allah lagi untuk tahu angkara siapa. Alhamdulillah, tiada sesiapa yang tercedera secara zahir/batin disebabkan perkara misteri itu.
Semalam (4 Mei), berlaku satu lagi kejadian aneh pada aku. Ingat tak mak aku terdengar suara aku memanggil dari halaman rumah pada petang harinya? Giliran aku pula yang kena pada jam 7.44 pm. Kenapa aku kata 7.44 pm? Mak aku meminta pertolongan aku untuk sediakan makan malam (aku baru berniat nak turun ke dapur dan sediakan makan malam selepas selesai solat maghrib). Aku baru lepas menutup aplikasi Whatsapp dan sleepkan handphone aku bila dengar suara mak meminta tolong. Aku terus letak handphone di atas katil dan bercakap dengan mak sebelum mencapai semula handphone dan turun ke dapur. Aku ada habit yang mana suka buka handphone sambil menunggu makan siap masak. Aku saja-saja buka bahagian Call dan terus direct pada call log. Aku terkejut. Ada outgoing call pada jam 7.44 pm yang mana waktu itu aku sedang bercakap dengan mak tanpa menyentuh handphone. Aku kaget! Siapa saja tidak cuak kan kalau tiba-tiba ada outgoing call pada masa kau tak pegang handphone. Aku terus menghantar pesanan pada nombor kawan aku, Am (yang seseorang/sesuatu buat outgoing call padanya).
Am kata, memang ada call dari aku. Siap dengar aku bercakap dengan mak lagi. Aku double cuak! Siapakah gerangan yang guna handphone aku pada masa tiada siapa yang menyentuhnya? Dan itu adalah sesuatu yang tiada scientific explanation untuk aku buktikan. Mak juga sudah mula percaya tentang perkara-perkara mistik/seram/pelik yang berlaku dirumah ini sejak dari 3-4 tahun lepas.
Alhamdulillah, usikan manja mengada ini cuma pada tahap ini sahaja. Aku dalam perancangan untuk memanggil seseorang yang dapat membantu ‘membersihkan’ rumah ini dari penghuni bukan keluarga kami. Aku tidak mahu ada sesiapa dicederakan oleh tetamu tidak diundang ini. Semoga pagar yang kami bina sendiri bagi menghalang makhluk-makhluk ini berleluasa dapat bertahan dengan baik. Semuanya dengan izin Allah. Ahli keluarga aku juga ada yang masih dalam proses rawatan Islam. Doakan aku sekeluarga kuat ya.
Sekian dari aku Mel G. Terima kasih readers.
-TAMAT-

113. TIDAK SEDAR DIGANGGU 

CERITA² MISTIK MISTERI 👁‍🗨 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : TIDAK SEDAR DIGANGGU
KARYA : RARITY
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940113
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram-season-1.html

Assalamualaikum para pembaca dan admin. cerita yang ingin aku kongsikan ini adalah berkaitan gangguan yang aku sendiri alami ketika zaman kecil, tetapi aku tidak sedar sehinggalah aku dewasa. kejadian tersebut terjadi pada tahun 2004 ketika aku berumur 12 tahun dan arwah atok aku masih ada ketika itu, setiap kali cuti sekolah aku akan minta kebenaran abah untuk pulang dan tidur di rumah mak saudara yang aku gelar mak teh seorang ibu tunggal di kampung yang cuma jarak dalam satu jam lebih saja dari rumah aku sendiri.
Rumah mak teh ialah rumah kos rendah, iaitu sebaris taman perumahan baru yang didirikan, manakala rumah arwah atok aku pula terletak di lot tanah persendirian di belakang taman perumah baru tersebut. aku jarang bersetuju tidur di rumah atok tanpa ada mak dan abah menemani sebab terlalu banyak cerita gangguan dari rumah itu tersendiri terhadap anak cucu yang balik ke rumah tersebut. sejujurnya, atok sebagai orang lama di kawasan itu sememangnya mempunyai jin belaan dia sendiri dari sejak bila atau berapa banyak jenis aku tidak pasti. abah jarang berkongsi hal berkaitan jin belaan arwah atok dari kami sebab kata abah dia tidak mahu kami sekeluarga terlibat memandangkan abah mempunyai ramai anak perempuan.ditambah pula abah dan arwah atok pernah bermasam muka kerana hal ini. tapi kadangkala sifat ingin tahu aku memaksa abah untuk bercerita sekali sekala hahaha.
okey aku singkatkan cerita terus pada kejadian tersebut, bila abah beri keizinan untuk aku tinggal dirumah mak teh aku mmg dah siap packing baju untuk kesana.lagipun ini tahun akhir cuti sekolah aku bebas, taun depan aku dah mula bersekolah asrama. walaupun hakikatnya aku bukan nak menghabiskan masa seharian di rumah mak teh pun dan abah cukup tahu dan bersetuju hal ini, rumah mak teh cuma jadi tempat tidur bila malam saja sebab dirumah atok ade sepupu dan saudara yang aku selalu habiskan masa bermain seharian. kebiasaannya dari pagi sehingga malam pukul 9 kira paling lewat untuk aku naik basikal pulang ke rumah mak teh. jarak cuma lebih kurang 200 meter tapi kena lalu jalan dekat yang ada satu lot tanah kosong semak samun dan terus jumpa simpang perumahan baru tersebut.
Malam itu entah apa aku buat sampai terlewat sejam, sepupu dan mak saudara yang berada di rumah atok sudah pujuk untuk tidur di situ saja. Tapi aku berdegil nak balik juga sebab aku takut diganggu belaan atok ketika malam walaupun sebenarrnya aku tak pernah pon alami sendiri, cuma cerita dari adik beradik dan sepupu, bimbang aku pon kena nasib yang sama baik aku mengelak tapi itulah aku tak pernah terfikir pulak kalau kena ganggu dengan sumber jin belaan dari orang lain hahahah… Jadi aku pon terus keluar naik basikal ikot jalan pantas sebab dah lewat terus keluar dari kawasan lot rumah atok terus jumpa lot kosong yang penuh semak samun itu, aku terus terpandang pokok pisang yang jarak cuma 5 meter dari aku.
Dalam gelap samar-samar diterangi cahaya lampu jalan dari dalam lot rumah atok. aku kayuh perlahan sambil pandang sipi mata, aku nampak sekujur tubuh mayat berbalut putih berdiri di pangkal pokok pisang tu. masa itu aku masih ragu-ragu dengan apa yang aku nampak, betul jelmaan pocong atau cuma cahaya lampu jalan terkena batang pokok pisang tersebut. Takut memang takut tapi ini kali pertama aku nampak hantu seumur hidup, jadi aku mesti pastikan dulu. aku berhenti dari kayuhan kira-kira 8-10 meter dan aku toleh pandang sambil kecilkan mata. tapi aku cuma nampak samar-samar cahaya dan cuma sekujur bentuk mayat tanpa muka. Aku diam tenung, “ish takkan lahh aku jumpa hantu!” aku mungkin terlalu takot sampai cahaya lampu kat pokok pisang aku kata pocong.
Aku abaikan dan terus sambung kayuh basikal sampai rumah mak teh, masuk terus cuci kaki aku bersiap nak tidur. Tapi bila aku baring aku nampak lagi sekujur tubuh penampakan pocong tadi berdiri depan aku. Bila aku bangun tengok betul-betul takda pulak. Aku mengereng kanan, kiri pon sama nampak dia berdiri lagi. Bila pandang betul-betul penampakan tu takda. Masa ni aku dah berpeluh sebab tak sedap hati, aku terlalu fikirkan sangat sampai aku ternampak-nampak ke?!. Aku memang tak yakin yang aku nampak tu memang hantu betul.
Akhirnya aku tidur dalam keadaan lampu terbuka malam tu. Alhamdulillah sampai ke pagi esoknya aku lena dan yang penting aku tak demam hahaha. Jadi masa tu aku yakin aku cuma terlalu fikirkan itu yang ternampak-nampak. Perkara tu aku tak cerita pada sesiapa pon, sampailah bila aku dah besar umur 27 tahun ni, aku balik rumah arwah atok untuk memastikan berita yang aku dengar pada sepupu dan mak saudara tentang hal gangguan pocong di kawasan lot kosong tu kecoh sampai ke satu daerah kawasan. Ramai sangat yang terserempak dan diganggu termasuklah sepupu dan mak saudara sendiri.
Rupanya-rupanya mak saudara kata memang pocong tersebut tinggal di lot kosong semak samun bersebelahan lot atok tu. Perkara ni dah lama orang sekampung tahu, selalu je orang terserempak cuma dia tak menggangu. Dia adalah belaan pada jiran berdekatan rumah atok dan dia seorang pengamal perubatan yang menggunakan khidmat pocong tersebut. Pocong tersebut mula kecoh menganggu apabila tuan belaan nya meninggal dunia jadi makin ramai orang ramai yang tua muda pon turut terkena gangguan yang kebetulan lalu taman pon turut terserempak. Ada yang cerita pocong masuk ke dapur rumah, berdiri depan rumah,tidur bersebelahan, berdiri tepi tingkap. tak kurang juga ada yang cerita pocong baring melintang di atas jalan raya berhadapan lot tersebut.
Gangguan terjadi selama lebih 1 bulan kemudian barulah kawasan kampung kami jadi aman semula. Apa yang terjadi pada pocong tersebut aku tidak pasti, cuma yang aku betul pasti ialah kejadian kira-kira 15 tahun sebelum itu boleh dikaitkan dengan kejadian yang sedang hangat baru-baru ini dan sebenarnya ia memang betul-betul terjadi. Dari situlah permulaan penampakan jin dan syaitan yang aku jumpa tapi sering tidak sedar yang aku sebenarnya sedang diganggu.aku tak tahu kenapa, samaada aku tak percaya atau harus bersyukur Allah lindung aku dari ketakutan bila nampak makluk -makhluk ini. Insyallah jika ada masa dan ruang akan aku kirimkan lagi kisah-kisah yang aku alami.Terima kasih admin dan pembaca….
-TAMAT-

114. PENGUBAT RINDU

CERITA² MISTIK MISTERI 👁‍🗨 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : PENGUBAT RINDU
KARYA : NURUL IMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940114
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram-season-1.html

Hari ni aku ada kisah nak share dengan korang semua. Bukan cerita pasal sekolah aku yang haunted tu tapi ni berkenaan taman perumahan aku sendiri. Opss rumah mak pak aku. Rumah aku in shaa Allah next year nanti. Hehee! OK kita sambung. Kisah ni tentang jiran sederet dengan rumah aku. Aku harap sangat kisah ni jadi iktibar pada semua yer especially pada yang suka percaya dengan amalan yang pelik-pelik ni.\
Benda ni berlaku masa aku baru habis STPM tahun 2009. Waktu tu aku sekeluarga tinggal dekat rumah ayah aku yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Rumah kami ni rumah taman, teres dua tingkat dan merupakan perumahan baru waktu tu. Jadi jiran-jiran tak ramai lagi yang duduk situ dan lorong rumah aku ni yang paling depan sekali. Dekat area rumah aku ni ada satu pasaraya jadi kawasan dia takde lah sunyi sangat sebab ramai orang bertumpu kat pasaraya tu.
Nak dijadikan cerita, suatu hari, jiran yang duduk sederet dengan rumah aku ni meninggal dunia. Rumah dia selang 6/7 buah rumah dari rumah aku. Asalnya dia rebah dalam bilik air waktu nak mandi untuk pergi solat jumaat. Waktu dia rebah tu, isteri dia telefon rumah mintak bantuan ayah aku tengokkan suami dia. Masa ayah aku pergi tu memang dia dah takda dah. Jadi ayah aku pun suruhla ahli keluarga dia yang lain panggil doktor datang buat pengesahan kematian. Yang sedih tentang keluarga ni, arwah ni ada 4 orang anak dan yang bongsu adalah anak perempuan berumur 6 tahun. Arwah paling rapat dengan yang bongsu dan waktu dapat tahu si ayah ni dah pergi, si bongsu menangis semahu-mahunya sehingga pengsan. Alhamdulillah urusan jenazah semua berjalan lancar sehinggalah dibawa ke kubur. Waktu ni family aku tak dapat ikut sebab ada urusan lain dekat kampung malam tu.
Esoknya kami balik semula ke rumah sebab aku dan adik aku kerja. Memandangkan waktu tu aku baru habis STPM dan adik aku baru habis SPM, jadi kitorang plan masuk kerja sementara menunggu keputusan exam keluar. Tempat kerja kami tak jauh pun dari rumah. Cuma perlu jalan kaki je sebab kami kerja di pasaraya depan rumah tu.
Jadi kisah seram nya bermula di sini. Selang 2 hari selepas jiran aku meninggal tu, kami macam biasa balik kerja jalan kaki menuju ke rumah. Biasanya kami akan pulang sekitar jam 10.30 malam. Tapi malam kejadian tu kami pulang agak lambat, pukul 11.00 malam. Waktu aku jalan kaki dengan adik aku ni tiba-tiba aku tercium bau busuk dekat kawasan taman permainan dekat dengan rumah aku ni. Bau tu macam bau bangkai tapi lagi busuk dari bangkai binatang. Dalam hati aku cakap, agaknya ada anjing m**i dekat sini jadi aku buat tak tahu je. Kami ni adik beradik memang dah terbiasa dengan pesan mak, kalau nampak apa-apa, cium apa-apa , dengar apa-apa waktu malam jangan tegur dan buat tak tahu je.
Tapi makin lama kami makin pelik sebab bau tu seolah-olah ikut kami berjalan. Aku tahu adik aku pun tercium bau yang sama sebab aku perasan muka dia berubah pandang aku tapi aku leka kan dia dengan cara ajak dia berbual-bual pasal kerja. Padahal dalam hati aku ni rasa macam nak berlari je balik rumah cepat. Sampai je dekat pagar rumah, aku terus bagi salam dan tunggu mak aku bukak pintu. Tapi tiba-tiba mak aku call handphone aku. Dia suruh aku buat petua yang atok aku ajar kalau balik rumah malam-malam. Terus aku ajak adik aku pergi petik rumput seorang sehelai. Kemudian kami selawat 3 kali dan kami niat dalam hati, apa yang ikut kami malam ni, cukup la sampai dekat pagar ni.
Kemudian kami lempar daun tu ke tengah jalan dan terus melangkah masuk dan tutup pagar rumah sambil baca ayat Tammah. Aku tahu bila mak aku pesan macam tu mesti ada sesuatu yang dia nampak atau dia rasa. Tak lama lepas tu mak aku bukak pintu rumah kemudian dia suruh kami cepat-cepat masuk dalam rumah, terus pergi tandas dan basuh kaki. Aku perasan muka mak aku berubah waktu bukak pintu rumah tu dan kemudian aku nampak dia tenung tajam keluar sebelum dia tutup pintu balik. Aku pun malas nak tanya banyak malam tu jadi aku tunggu esok pagi je untuk dengar cerita mak aku.
Esoknya waktu sarapan pagi, adik aku terlebih dahulu bukak mulut tanya dekat mak aku pasal kejadian malam tu. Tapi mak aku kata takda apa-apa. Mungkin dia malas nak cerita. Tapi dia pesan pada kami hari ni pergi kerja bawak kereta. Jangan balik jalan kaki lagi. Itu lagi menguatkan perasaan aku dengan adik aku memang ada sesuatu yang mak aku sembunyikan dari kami pasal malam tu. Kami pergi kerja macam biasa hari tu tapi sampai je dekat pasaraya tu tiba-tiba aku terdengar pengawal bercerita dengan staff lain tentang apa yang dia nampak malam yang sama. Aku terus tanya pengawal apa yang dia nampak.
Pakcik tu cerita dia nampak ada seorang lelaki pakai baju pagoda putih lusuh kain pelikat koyak-koyak berjalan di hadapan pasaraya. Bila pengawal tu panggil dia cuma berhenti tapi tak pusing atau pandang ke arah pengawal dan terus sambung berjalan semula. Pada mulanya aku tak fikir tu satu benda yang pelik memandangkan kawasan rumah aku ni ada jugak gelandangan yang selalu merayau pada waktu malam. Tapi bila pengawal tu bagitahu dia terbau bau busuk waktu nampak lelaki tu, itu buat aku berfikir. Balik kerja malam tu, aku terus cerita dengan mak dan ayah aku tentang apa yang pengawal cerita pada aku. Ayah aku mengucap panjang dan meminta supaya kami berdua agar mengambil cuti beberapa hari sehingga perkara ini selesai. Aku agak pelik bila ayah aku cakap “sehingga benda ni selesai”. Tapi macam biasa la ayah dengan mak aku ni perahsia orangnya.
Selang dua hari berikutnya, tiba-tiba jiran-jiran aku yang tinggal berhampiran datang ke rumah kami untuk mengadukan sesuatu kepada ayah aku. Ternyata benar telahan aku beberapa hari ni. Ada sesuatu yang mengganggu penduduk di sini akhir-akhir ini. Ada yang mengadu nampak seorang lelaki berdiri di pagar rumah pada waktu malam. Ada yang nampak di tingkap bilik padahal bilik di tingkat 2. Ada yang anak kecik asik menangis tak berhenti sejak balik dari keluar makan malam. Tak kurang jugak yang bujang-bujang suka melepak di tepi-tepi rumah terserempak dengan kain putih koyak rabak melayang-layang di atas kepala mereka. Belum lagi penduduk yang mengadu tentang bau busuk yang menyengat setiap kali waktu malam hingga ke subuh.
Akhirnya penduduk taman semua sepakat untuk mencari tahu punca taman kami ini diganggu. Mereka mengadakan perjumpaan bersama AJK Masjid kampung sebelah untuk mencari solusi bagi masalah gangguan yang melanda ini. Setelah disiasat oleh Imam bersama-sama dengan penduduk kampung, rupa-rupanya gangguan tersebut berasal dari satu rumah yang terdapat di kawasan taman iaitu rumah arwah jiran aku yang baru saja meninggal tu. Ketika imam pergi ke rumah si arwah, imam terjumpa sehelai kain bewarna putih kekuningan seperti ada kesan-kesan tanah melekat yang tergantung di pagar rumah tersebut. Pada mulanya si isteri tidak mahu membuka mulut tapi setelah di soal oleh imam beberapa kali, baru lah dia menjawab yang kain tersebut merupakan cebisan kain kafan arwah suaminya yang telah diambil ahli keluarga selepas selesai upacara pengebumian.
Bila ditanya kenapa diambil, kata si isteri berkata kain tersebut diambil untuk dijadikan pengubat kerinduan anak bongsunya yang sangat rapat dengan si arwah. Allahuakbar mengucap panjang Imam dibuatnya. Selepas menerangkan kesan-kesan yang berlaku akibat perbuatan mereka sekeluarga, Imam terus meminta izin untuk mengambil semula kain tersebut untuk ditanam semula di kubur si arwah. Alhamdulillah setelah selesai semua proses, akhirnya keadaan taman kami beransur aman dan tiada lagi gangguan-gangguan pelik yang melanda di situ.
Ayah aku sempat berbual dengan imam tersebut bertanyakan kisah yang sebenarnya dan imam menerangkan yang kain tersebut adalah milik si m**i. Bila sudah ditanam tak perlulah diambil semula. Imam sempat berseloroh dengan ayahku “Kalau baju kita kena curi, apa kita nak pakai dah mam. Mesti kita nak cari mana pergi baju kita tu kan. Macam tu la yang terjadi dengan si arwah. Itu lah pakaian dia yang terakhir. Dan sepatutnya ahli keluarga tak boleh ambil dah kain tu lepas ditanam. Tapi yang ganggu teman kau tu bukanlah roh si arwah. Cuma syaitan dengan jin yang cuba nak kelirukan dan takutkan orang je. Mereka ambik kesempatan atas apa yang dah dibuat oleh keluarga si arwah. Sebab tu aku suruh pulangkan semula ke kubur.” Begitulah penerangan imam mengenai kejadian yang berlaku.
Jadi pada kawan-kawan semua, aku harap benda ni jadi iktibar pada semua yer. Jangan ikutkan sangat perasaan sedih rindu sampai terbawa-bawa pada kepercayaan pelik-pelik macam ni. Cukuplah sekadar dipanjangkan doa sentiasa. Wallahualam. Sekian..
-TAMAT-

115. MALAM DI KAMPUNG

CERITA² MISTIK MISTERI 👁‍🗨 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : MALAM DI KAMPUNG
KARYA : AKU
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940115
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram-season-1.html

Assalamualaikum semua pembaca HZONE BLOG . Saya ingin berterima kasih pada pihak HZONE BLOG sekiranya cerita saya disiarkan . Kejadian dah berlaku sekitar 8 tahun yang lalu dimana umur saya masih 11 tahun .
Aku akan bahasakan diri dengan panggilan aku .
Kisah pertama,
Kisah ni berlaku semasa dimana selepas kematian atuk aku meninggalkan kami sekeluarga di kampung . Sebelum tu aku nak cakap kampung aku ni hanya nenek dengan atuk aku je yang duduk . Jadi kampung tu sedikit suram . Tapi nenek dengan arwah atuk aku tak kisah .
Keesokannya selepas selesai majlis pengebumian, aku sekeluarga dan sepupu serta makcik pakcik aku tidur di ruang tamu . Ruang tamu aku luas hingga boleh memuatkan 30 orang . Bilik di tingkat dua tapi hanya ada 2 bilik . Tingkat bawah pula 1 bilik . Nenek aku tidur didalam bilik tingkat bawah seorang-seorang .
Malam tu , aku terjaga dari tidur sebab nak buang air. Kira-kira pukul 2 pagi . Tempat tidur aku dengan adik beradik sepupu aku taklah terlampau jauh dengan tandas dan dapur . Aku tengok tempat sebelah aku tidur kosong yang sepupu aku, Nisa tidur . Lampu bilik air dah terpasang , tapi pintu tertutup . Bunyi air pun macam dibuka . Jadi aku hanya duduk saje dekat tempat aku baring tunggu Nisa yang dalam bilik air keluar . Hampir 5 minit aku tunggu dia keluar, tapi tak keluar-keluar juga . Jadi aku ambil keputusan nak cuba ketuk pintu suruh Nisa cepat sebab memang aku tak tahan sangat masa tu .
Bila aku ketuk tapi tak bersahut. Berkali juga aku panggil nama dia . Aku cuba tolak pintu , terkejut juga aku sebab dalam tandas tu kosong . Air pun takda pula mengalir lepas aku buka . Memang aku terkaku habis . Aku mulai rasa seram dan takut masa tu. Aku cuba baca surah-surah yang terlintas dalam kepala otak aku . Cepat-cepat aku balik semula dekat tempat tidur aku . Tapi yang peliknya Nisa tetap takda delat situ . Tapi aku dah tak fikir apa . Terus aku tidur.
Pagi tu aku cuba duduk borak dengan Nisa . Masa tu kami adik beradik sepupu tolong kemas tingkat dua sebab dah tak berpenghuni . Jadi berhabuk sedikit . Aku berdiri rapat dengan Nisa nak bertanyakan tentang hal malam tadi . Aku tengok muka dia pucat .
” Nisa , kau tidur mana malam tadi ?” tanya aku.
” Aku tidur dekat bilik nenek .”
” Kenapa ? ”
” Malam tadi…..aku dengar benda pelik-pelik lah . Seram sejuk aku .”
” Pelik macam mana ?” masa ni memang aku dah syak yang dia pun kena kacau dengan ‘dia’.
“Aku dengar bunyi orang pusing keliling rumah kita ni . Kuat pulak tu bunyi tapak kaki tu .”
Aku just diam . Antara dia dengan aku, aku rasa kami berdua lebih kurang sama je .
“Kenapa kau tanya wey? Kau pun….kena jugak ke ?” Nisa tanya aku .
Lepastu aku cerita lah dekat dia apa yang aku kena malam tadi . Dia pun terkejut juga . Cepat cepat kami turun tinggalkan kerja yang masih banyak. lagipun adik beradik sepupu kitaorang ramai . Aku dengan Nisa cari ayah dia sebab ayah dia ni ustaz. Aku panggil dia Paksu . Kitaorang cerita kedua-dua kisah aku dengan Nisa . Tiba-tiba aku dengar macam ada sepupu aku yang bising dekat tingkat dua. Kitaorang naik atas semula. Aiman dan Amirah merangkap kakak dan abang sepupu aku tengah bergaduh dalam bilik. Sepupu aku yang lain just diam tak nak masuk campur. Terkejut aku bilik ni bersepah macam yang asal masa aku masuk mula mula datang tengok jenguk.
” Kenapa ni?” Tanya Paksu
” Tadi Aiman dengan Amirah dah kemas bilik ni. Dah bersih dah paksu. Bila kitaorang keluar sekejap pastu masuk balik dah bersepah teruk macam ni .”
Lepastu Paksu diam je.
Paksu cuba baca sesuatu .
“Sekarang kamu boleh kemas balik bilik ni. Yang lain pun tolong sekali. lagipun bilik ni besar. Nanti lambat siap. ”
Aku dengan Nisa pun tolong mengemas. Malam tu kami sekeluarga duduk dekat ruang tamu ramai-ramai berkumpul satu tempat termasuklah nenek aku . Paksu dengan ayah aku cuba baca sesuatu dekat beras yang dah diisi dalam satu bekas . Diaorang pusing keliling luar rumah sambil baling beras tu dekat dinding rumah. Memang meremang bulu roma aku waktu tu.
Tiba-tiba sepupu aku Amirah jerit. Dia tak kena histeria atau apa, tapi jerit terkejut . Kami semua pandang dia. Amirah halakan tangan dia dekat tingkat dua, dia kata kat kitaorang semua dekat situ ada benda menyerupai arwah atuk kami berdiri kaku dekat situ . Tapi kami tak nampak apa-apa . Paklong cuba baca surah-surah untuk menenangkan keadaan . Selepas beberapa minit keadaan jadi tenang.
Esoknya kami pulang semula ke tempat asal kami. Maklong yang jaga nenek sekarang sebab Maklong takda anak .
Sampai sini jelah cerita yang aku nak kongsikan. Ia taklah seram mana yang korang bayangkan. Tapi ni pengalaman pertama kali aku pernah rasa.
-TAMAT-

116. AKIBAT TIDAK PUAS HATI

CERITA² MISTIK MISTERI 👁‍🗨 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : AKIBAT TIDAK PUAS HATI
KARYA : PENDEKAR BUJANG LAPOK
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940116
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram-season-1.html

Assalamualaikum wbt kepada team HZONE BLOG dan pembaca setia sekalian. Kisah ini berlaku sekitar tahun 2017. Seperti dijanjikan saya akan berkongsi kisah sekeluarga di Kedah yang dikenakan sihir bomoh siam.
Ina dan keluarganya adalah orang kaya. Ina dan suami berprofession sebagai peguam dan mempunyai firma guaman sendiri di Kedah dan di ibu negara. Ina mempunyai 3 orang anak yang sudah bersekolah menengah dan mereka sekeluarga hidup dalam kenikmatan kekayaan dunia yang melimpah ruah dr Allah swt. Pembaca kena ingat ye didunia ini kita ada 4 keadaan manusia. Yang pertama nikmat,kifarah, dugaan dan istidraj. Tiada siapa pun yang tahu mana satu yang kita akan dapat. Senantiasa bersangka baik denga Allah swt. Semuanya adalah takdir dari Allah swt sama ada takdir mubram atau mu’allaq kita kena redha dan rendahkan diri.
Pada suatu hari rakan kongsi Ina di KL telah berjaya mendapatkan prjek yang dalam skala besar bayarannya. Maka ina serta suami gembira akan berita tersebut. Namun disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Rakan kongsi Ina seorang wanita bernama Misha telah membuat keputusan nak split share dan tubuhkan syarikat baru. Namun tanpa persetujuan Ina dan suami yang mempunyai share besar,mereka pertahankan syarikat itu dan projek-projek kendalian syarikat. Misha berkeras hendak rampas segelintir projek tapi mendapat tentangan dari Ina dan suami.
Maka Misha dengan rasa amarah bercuti ke luar negara untuk tenangkan fikiran sewaktu keadaan tegang antara dia dan Ina serta suaminya. Rupa-rupanya Misha telah ke Thailand dengan seorang kawan untuk dikenalkan dengan seorang bomoh siam. Misha ingin memporak perandakan hidup sekeluarga dan merampas syarikat itu. Misha bertemu dengan bomoh berkenaan dan menceritakan masalah dan pertolongan yang diperlukannya. Bomoh berkenaan meminta bayaran RM 15,000 untuk menjalankan sihir kepada Ina sekeluarga.
Misha berjaya mendapatkan gambar Ina sekeluarga, cebisan helaian rambut di jubah peguam Ina dan kusyen peluk yang digunakan Ina tika di pejabat. Maka kerja khurafat bermulalah, bomoh siam mula membacakan zikir-zikir bahasa sanskrit dan menghantar pasukan-pasukan jin dewa taraf tinggi ke rumah Ina. Rumah ina diselubungi jaring ghaib yang meliputi sekeliling rumah. Jin-jin mula menerusup ke fikiran anak-anak Ina dan membuatkan mereka semakin lembam dan lembap dalam apa jua aktiviti dalam kehidupan seharian. Ina dan suami kerap bergaduh dan mereka sekeluarga semakin kurus.
Penampakan kelibat dan gangguan semakin dirasai, perniagaan dan kesihatan semakin merosot. Klien makin menjauhkan diri dan satu persatu projek hilang dari genggaman syarikat Ina. Mereka mula mencari rawatan alternatif setelah pihak hospital gagal mengesan punca penyakit. Sudah berpuluh ribu Ina membelanjakan duit untuk berubat namun tiada keizinan untuk sembuh lagi. Ramai ustaz dan perawat mencuba nasib dan kecundang dengan sihir siam yang sangat kuat ini, ada yang gugur nyawa dengan izin Allah swt. Ilmu bomoh siam dan Lapisan jaring sangat tebal dan setiap kali diusik jaring, secara ghaib sekelip mata jin siam akan datang dan serang perawat dan ustaz-ustaz. Rumah dan kehidupan Ina sekeluarga semakin suram dan sugul sehingga baki akaun di dalam bank Ina hanya berbaki lebih kurang RM10,000 sahaja. Duit simpanan habis membayar komitmen dan rawatan oleh yang mengaku acah-acah perawat Islam yang mengaut keuntungan membuta tuli menunggang agama.
Saya menerima pelawaan dari Ina untuk merawat mereka sekeluarga. Saya dan guru bergerak ke sana. Kami bermalam selama 4 hari 3 malam dalam proses perawatan ini. Setiap kali khadam jin yang tangkap /dikurung/ disembelih akan dihantar lagi makin banyak. Kami terus memohon pada Allah untuk bantuan dalam memerangi sihir siam ini. Seluruh rumah bergema laungan bacaan zikir bahasa sanskrit siam. Laungan jeritan dari anak-anak Ina pula semakin kuat. Ini tidak boleh jadi kata guru saya. Dengan mengamalkan surah Al-Ankabut, kami terus bermohon pada Allah swt, tak lama kemudian kami berjaya menangkap ketua jin yang membuat perjanjian dengan bomoh siam itu untuk mematikan sihir yang dihantar.Malangnya tidak berjaya walau telah diseksa beberapa hari jin itu. Tapi kami xputus asa dan terus berusaha. Akhirnya dengan ilham dari Allah, kami menggunakan ilmu cermin dan pulangkan/pantulkan sihir itu pada tuan punya badan. Antara bahan-bahan yang digunakan adalah daun keladi, limau purut,limau nipis,sireh berwafak,7 jenis bunga sebagai asbab sahaja.
Hari terakhir kami diizinkan dan diberi kesembuhan pada Ina sekeluarga oleh Allah swt. Anak-anak Ina kembali normal beransur dalam 2 minggu. Keadaan rumah makin berseri dan Ina serta suami tidak bergaduh lagi. Misha pula selepas 2 bulan, dia melepaskan syer syarikat dan menjadi gila/skizo, sehingga ahli keluarganya bawa balik ke kampung untuk berubat. Misha meracau seperti orang kerasukan .Kehidupan dan syarikat Ina sekeluarga kembali pulih sepenuhnya dalam masa 6 bulan.
Ingatlah pembaca sekalian, janganlah kita mendekati amalan khurafat dan maksiat. Apa yang didunia ini tidak akan kekal, yang kekal disana akhirat kelak. Dunia hanya medan ujian penuh tipu daya sahaja. Kita kena bijak menilai dan senantiasa patuh pada perintah Allah swt.
Amalkan bacaan Al Fatihah,ayatul kursi, surah at taubah 128-129, yaasiin 9, Al Fatihah dengan betul dan tertib, surah Al Ankabut ayat 57(untuk berperang dengan jin syaitan), surah Al Baqarah ayat 18 untuk menyerang musuh yang ghaib atau nyata. Boleh amalkan sentiasa dan ketika rasa diri terancam/seram/takut dan niat pada Allah mohon kekuatan dan kemudahan menumpaskan musuh.
-TAMAT-

117. KESEORANGAN

CERITA² MISTIK MISTERI 👁‍🗨 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : KESEORANGAN
KARYA : RAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940117
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram-season-1.html

Pertama sekali, aku ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada admin HZONE BLOG sekiranya kisah aku ini disiarkan. Ini kali pertama aku berkongsi kisah seram di sini, selama ni aku cuma jadi pembaca setia fiksyen shasha je. Tiba-tiba pulak tergerak hati nak kongsi pengalaman gangguan yang aku alami. Walaupun kisah ini tidaklah seseram mana namun apa yang aku nak kongsikan disini adalah kisah yang benar-benar berlaku dekat aku dan keluarga.
Gangguan-gangguan bermula semenjak kami berpindah ke rumah baru (flat). Pada mula kitorang pindah kat rumah ni, tiada apa-apa yang rasa pelik dan rumah ni pun nampak ok je. Aku dan kakak je tinggal di rumah ni. Malam tu aku ke kedai untuk membeli apa yang patut sebab dekat rumah tiada apa-apa makanan dan keperluan. Seingat aku masa tu sekitar pukul 8:30pm.
Ketika aku berjalan menuju ke kedai, tiba-tiba aku terdengar bunyi macam orang yang tengah menyanyi. Aku toleh kiri dan kanan untuk mengetahui siapakah gerangannya orang yang menyanyi tersebut. Sekali tengok takde sesiapa pun. Ketika tu aku dah mula rasa lain semacam dah. Tapi, bila aku pandang ke atas satu pokok tu, aku terpaku seketika dan ketakutan mulai menguasai diri aku. Meremang bulu roma. Ade puntianak tengah duduk atas pokok. Aku hanya mampu perhatikan je dia masa tu. Antara percaya dan tidak. Aku tak de idea langsung. Lantas aku lari bergegas naik semula ke rumah. Ketika itu juga lah aku terdengar tapak kaki macam ada orang yang sedang mengejarku tapi bunyi tu perlahan je. Langkah ku semakin laju umpama atlet pelari pecut 100 meter. Aku terus laju-laju masuk ke rumah. Tercungap-cungap aku di buatnya. Takut tambah kepenatan berlari. Aku diam je dalam ketakutan. Bila keadaan dah reda, Barulah aku mendapatkan kakakku dan menceritakan apa yang aku nampak dengan kedua mataku sendiri. Akak nampak tenang ja dan menasihatkan aku agar lain kali kalau nak ke kedai biarlah awal.
Gangguan kedua pula berlaku selepas setahun lebih dari kejadian pertama. Ketika itu, kakak aku terdengar ada bunyi sesuatu dekt bilik dia. Suara macam orang menjerit dan masa dia jenguk dalam bilik tu, dia ternampak kelibat sosok tubuh wanita. Rambutnya panjang, gigi tajam dan mata merah. Bila akak berpaling ke arah ku, keadaan akak dah macam orang kena rasuk. Tiba-tiba akak bersuara, ‘”nak kawan boleh”. Aku dah agak dah, memang akak sah kena Rasuk.
Masa tu jantung aku berdegup laju gila
aku start baca surah-surah dia mcm tersiksa menjerit-jerit memanggil nama aku dengan suara yang sendu ran-ran.
Aku tau dia masih dekat dalam badan akak aku, terus baca surah-surah tanpa berhenti dan masa tu juga dia semakin menganas . Cuba menyakiti aku tapi dengan kuat aku melawannya .
Alhamdulilah benda tu dah keluar dalam badan akak aku. Pengsan 10:40 baru la mak/ayah balik, dan aku cerita semua dekat mak/ayah aku . Ayah aku call ustaz untuk tengok-tengokkan rumah ni
Ustaz kata dekat rumah ni ade orang yang telah b nh dir* karena kesorangan maksudnya takde kawan, kata Ustaz tu.
Terima kasih sebab sudi baca cerita yang tak seberapa seram ni, aku harap korang sentiasa dibawah perlindungan Allah aamin sampai jumpa lagi. Sekian…
-TAMAT-

118. ROH KELUAR DARI JASAD 

CERITA² MISTIK MISTERI 👁‍🗨 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : ROH KELUAR DARI JASAD
KARYA : Z
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940118
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram-season-1.html

Ribuan terima kasih sekiranya cerita aku dipublish dan terima kasih bagi yang sudi membaca pengalaman aku yang tidaklah seram tetapi hanya sekadar perkongsian. Sedikit intro, nama aku Z. Aku sering diganggu oleh makhluk ghaib ketika usia remaja sehinggalah aku berusia 18 tahun, aku tidak lagi diganggu tetapi aku mampu merasai kehadiran makhluk ghaib walaupun tidak mampu melihat dengan mata kasar. Aku ingin ceritakan 3 pengalaman yang aku lalui ketika usia remaja di mana, roh aku keluar daripada jasad ketika tidur.
Pengalaman Pertama
Ketika ini aku berusia 15 tahun. Kejadian ini berlaku pada hari minggu sekitar jam 8.45 pagi, jadi apabila waktu cuti kebiasaannya aku suka tidur lepas subuh dan bangun lambat. Dah sedap tidur, tiba-tiba aku terasa berat sangat. Aku dah biasa tidur kena tindih tetapi kali ini, berat dia lain macam sampai aku rasa lemas. Aku mengomel “aduhh, dah datang, time ni jugalah nak tindih”.
Bila kena tindih, kebiasaannya aku akan nampak persekitaran aku walaupun pada zahirnya, mata aku tertutup. Cuma aku tak mampu nak gerakkan anggota badan. Okay, berbalik pada tadi. Aku cuba buka mata dan apa yang memeranjatkan aku ialah pocong atas badan aku dalam keadaan wajah dia menatap wajah aku. Dekatnya muka dia dengan muka aku ni, kalau aku muncungkan bibir alamatnya dah bercium dah.
Aku describekan sikit, mukanya hitam legam mengerutu, mata kekuningan seperti mata sakit dan kain berwarna putih kebiruan cair yang agak kotor seperti ada kesan tanah. Aku bermonolog “bangunlah bodoh, berat tau tak”. Aku cuba untuk baca ayat Kursi tapi tak lepas, lidah aku kelu. Mungkin dia kasihan tengok aku berusaha lepaskan diri, dia bersuara “baca tiga kul”. Aku pun baca ketiga-ketiga surah tersebut sampai habis tanpa lidah tersekat, lantas dia bangun dari badan aku dan melompat keluar dari bilik.
Saat pocong melompat keluar dari bilik tidur, roh aku bangun dari jasad aku yang sedang terbaring kaku di atas katil. Aku keluar dari bilik untuk memastikan pocong benar-benar keluar dari rumah. Time tu aku sempat tengok jam di dinding pukul 8.45 pagi. Aku tengok adik-adik aku pun masih belum bangun tidur, lampu tidur di ruang tamu dan tangga juga belum ditutup. Selepas pocong melompat keluar dari rumah, aku kembali ke bilik tidur dan baring semula di atas jasad aku. Bila roh aku masuk balik, aku sedar dalam keadaan mengejut. Bila dah sedar, aku bangun dari katil dan tutup lampu tangga serta ruang tamu.
Pengalaman Kedua
Juga berlaku ketika aku berusia 15 tahun. Situasi ini sama seperti situasi yang pertama. Di mana, roh aku seolah terkeluar dari jasad dan melihat jasad aku kaku menutup mata. Okay, ceritanya begini. Sedang nyenyak aku tidur, tiba-tiba kaki aku dihentak dan ditarik dengan kuat oleh dua ekor jin jantan.
Kedua ekor jin tersebut seperti bapa dan anak. Badannya gemuk berbulu, wajahnya tidaklah seram tapi bengis. Sekali imbas, macam jin Ahmad Albab pun ada. Aku andaikan seekor lagi anak kerana dia tak besar. Hanya diam tersipu tepi bapak dia sambil melihat gelagat bapak dia tarik kaki aku.
Bila jin tu tarik kaki aku, aku sempat berpaut pada jasad aku. Jin tu marah dengan mukanya yang berkerut sambil mengatakan “Aku tak puas hati dengan kau!!”. Aku berusaha untuk berpaut pada jasad aku sebab aku nak masuk balik dalam jasad supaya aku cepat sedar. Aku meronta sambil melaungkan nama Allah. Alhamdulillah aku dapat juga masuk balik dalam jasad dan terus tersedar. Bila dah sedar, aku termenung apalah yang aku buat sampai dia marah dan tak puas hati. Hmmm.
Pengalaman Ketiga
Pengalaman kali ini tidak berkait dengan makhluk halus. Tetapi cukup menakutkan diri aku kerana mengingatkan akan kematian. Kejadian ini berlaku sewaktu aku berusia 18 tahun. Dan kejadian ini juga merupakan kejadian terakhir roh aku keluar serta sehingga kini, aku tidak lagi diganggu oleh makhluk halus ketika tidur. Kalau tidak, setiap kali aku tidur sama ada pagi, petang atau malam, aku pasti diganggu oleh nenek tua, perempuan kebaya, perempuan berambut panjang menutup muka, budak berkepala botak, lelaki berbadan hitam kurus kering dan lelaki berbadan besar berbulu seperti beruang.
Okay, back to the story. Time ni aku tidur sorang dengan pintu bilik berkunci. Tiba-tiba aku tersedar dari tidur (situasi yang sama iaitu roh aku yang keluar dari jasad). Bezanya situasi kali ini sangat mencemaskan dan berbeza dengan situasi sebelum ini. Kaki aku terangkat ke atas seolah tidak ada graviti. Semakin lama kaki aku semakin tinggi terangkat dan aku cuba untuk berpaut pada tangan jasad agar mampu menarik kembali pada jasad. Malangnya, aku gagal berpaut pada jasad kerana sememangnya sifat roh itu tidak berjirim dan tidak berjisim. Jadi bila aku cuba pegang tangan jasad, ianya tembus.
Badan aku sudah sepenuhnya terapung. Aku melihat jasad aku baring saling tak tumpah seperti sekujur mayat. Kemudian aku sempat melihat sekeliling bilik dalam keadaan cemas. Aku bermonolog “Ya Allah, adakah aku dah m**i..”. Aku mampu mengerakkan badan aku ke pintu walaupun dalam keadaan terapung tetapi semakin lama, apungan aku semakin tinggi.
Aku cuba memegang tombol pintu untuk membuka pintu bilik tetapi gagal, apa sahaja yang aku pegang akan tembus. Apunganku semakin tinggi tanpa graviti. Dengan rahmat Allah, Alhamdulillah sampai ke siling bilik, kepala aku seolah terhantuk dan terus jatuh memasuki jasad. Aku terus sedar mengejut dan beristighfar. Dalam masa yang sama, denyutan nadi, jantung aku berdegup kuat serta aku merasa kebas kerana aliran d***h mula mengalir ke seluruh tubuh dengan laju dan berbunyi bagaikan mesin yang baru sahaja berfungsi.
Sekian sahaja kisah pengalaman aku, maaf andai ayat berterabur dan tidak seram. Terima Kasih.
-TAMAT-

119. AZAB KETIKA AJAL SEORANG BOMOH

CERITA² MISTIK MISTERI 👁‍🗨 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : AZAB KETIKA AJAL SEORANG BOMOH
KARYA : ANGAH QECHIK
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940119
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram-season-1.html

Assalamualaikum.. Aku Angah Qechik.. ( Nama Pena ) ini cerita pertama yang Aku Tulis.. ( kalau tak suka, Mungkin kali Terakhir Aku menulis disini )
Terima Kasih Pada Pihak HZONE BLOG.. andai Tersiarnya cerita Aku ni..
Aku nak ceritakan satu cerita. Yang bagi Aku, Sangat Memberi pengajaran dan peringatan pada Kita semua.. Bahawa, dosa menduakan DIA. tiada ampunNYA.
Cerita ni. Bukan terjadi pada Aku Mahupun Insan yang terdekat.. Tapi.. Pada Hamba ALLAH yang tidak Aku kenali. Aku ceritakan semula.. Apa yang ditulis Oleh Insan tersebut.. Jom baca dan cuba alami..
SEWAKTU Aina menerima berita kematian saudaranya, ia pantas membawa kotak memori gadis berusia 28 tahun itu menerjah peristiwa pahit sekitar tiga tahun lalu, saat ayahnya menghembuskan nafas terakhirnya.
Sepatutnya Aina sekeluarga bersedih menangisi pemergian insan tersayang itu, namun tangisan mereka turut berbaur ketakutan.
Manakan tidak, ayah Aina, Long Yunus merupakan bomoh yang agak dikenali di Dungun, Terengganu.
Beberapa minggu sebelum kematian Long Yunus, ibu Aina, Kak Zizah ada bertanya mengenai semua saka belaan suaminya.
Kata ayahnya, dia sudah menyerahkan semua ‘hantu’ dan ilmu yang dimilikinya kepada bapa saudara Aina, Pak Ucu yang juga seorang bomoh di Tumpat, Kelantan.
Apa yang pelik, Pak Ucu menghilangkan diri empat hari sebelum kematian Long Yunus.
Ujar isterinya, Pak Ucu ke selatan Thailand pada waktu itu dan langsung tidak dapat dihubungi.
Pada malam kematian, sekitar pukul 11 malam, Aina sekeluarga mendengar bunyi burung hantu yang agak kuat, seolah-olah ia singgah di atas atap rumah.
Salakan anjing juga tidak berhenti sehinggalah Long Yunus sesak nafas sekitar pukul dua pagi.
Dia sememangnya menghidap angin ahmar dan mula sakit tenat kira-kira dua bulan lalu.
Aina, emak, adik beradik serta saudara maranya ada disisi Long Yunus sebelum lelaki itu menggembuskan nafas terakhir tepat pukul 2.40 pagi.
Sewaktu adik-adik Aina sedang meraung dan menangis, ibu saudaranya yang juga adik Long Yunus mengambil sehelai kain untuk menutup wajah arwah.
Pada ketika itu jugalah mereka semua terperanjat apabila jendela di ruang tamu terbuka dengan sendiri dan deruan angin mula menerpa masuk.
Langsir juga berkibar kuat disusuli bunyi petir di langit.
“Astagfirullah, Astagfirullah…” ujar Kak Zizah cemas sambil mengusap dada.
Semua mula panik, mereka tahu mengenai kerja-kerja Long Yunus sebagai bomoh sepanjang hidupnya, jadi tidak hairanlah jika gangguan mula terjadi sejurus kematiannya.
Adik lelaki Aina dalam ketakutan terpaksa bergegas menghidupkan motor dan disuruh memaklumkan mengenai kematian ayahnya kepada penghulu dan orang kampung.
Sekitar 10 minit, adiknya pulang. Selain penghulu, beberapa orang kampung turut datang menaiki motorikal masing-masing.
Wajah mereka kelihatan pucat. Malah, mulut mereka kelihatan terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci al-Quran.
“Apa dah jadi ni Zizah, hantu arwah laki kau dah mula mengganas,” ujar Jali sambil menongkatkan motorsikalnya.
Ujar Jali, mereka semua dikejutkan dengan jelmaan aneh setinggi pohon kelapa sewaktu dalam perjalanan ke rumah Long Yunus.
Namun, penghulu Samad pantas menenangkan Jali dan menyuruh dia bersabar.
Air mata ibu Aina dan adik-adiknya semakin laju apabila mendengar kata-kata orang kampung.
Tidak semena-mena mata mereka semua terpandang sesuatu yang pelik dari arah jalan.
“Allahuakhbar…” teriak Jali sebelum dia melompat ke atas tangga rumah Aina tanpa membuka selipar yang dipakainya.
Mahu tercabut jantung apabila mata mereka melihat sebuah keranda terawang-awang bagaikan sedang terbang di atas jalan.
Mujurlah ada penghulu Samad, dia sememangnya seorang yang alim dan banyak ilmu di dada. Mulutnya kelihatan laju membaca ayat-ayat al-Quran.
Dia pantas menyuruh Haji Yahya, bilal kampung supaya melaungkan azan.
Malah, penghulu Samad mengarahkan semua masuk ke dalam rumah dan memulakan bacaan Yasin.
Sepanjang sejam membaca Yasin, hujan turun dengan lebat. Malah, elektrik juga sekejap terputus sekejap ada.
Mujurlah selepas itu keadaan mula reda, malah entah dari mana bapa saudara Aina, Pak Ucu muncul dan memberi salam.
Menurut cerita Pak Ucu, dia sudah tahu Long Yunus akan meninggal pada malam itu.
Malah, dia menghilangkan diri selama empat hari kerana pergi bertemu seorang lelaki yang didakwa sebagai guru bomoh kepada arwah ketika hayatnya.
“Aku ke sana sebab nak uruskan belaan bapak kamu, mahu tercabut nyawa aku buat semua ni.
“Tapi tak apalah, aku dah terima semua dengan bantuan guru bapak kamu di sana,” ujar Pak Ucu kepada Aina dan adik beradiknya sambil disaksikan sekumpulan orang kampung.
Setelah keadaan terkawal, lebih ramai orang kampung mula datang untuk menziarahi arwah buat kali terakhir.
Namun mata dan telinga Aina juga sempat menangkap beberapa penduduk kampung yang berbisik-bisik, bercerita mengenai saka milik arwah ayahnya.
Malah, mereka mendakwa gangguan misteri mula menghantui kampung itu sejurus kematian Long Yunus.
Sebelum zuhur, arwah ayah Aina selamat dikebumikan.
Malah, dua minggu selepas itu Aina sekeluarga berpindah ke rumah pusaka nenek mereka di Kuala Ibai kerana khuatir dengan saka-saka lama ayahnya yang mungkin akan membuat onar.
Biarpun sudah tiga tahun berlalu, peristiwa itu masih menghantui Aina. Setiap hari tak putus doa buat arwah ayahnya.
Ketakutan masih lagi menghantui, namun kehidupan harus diteruskan. Sesekali, Aina dan keluarganya pulang dan membersihkan rumah lama.
Biarlah Pak Ucu yang meneruskan legasi arwah Long Yunus, namun emak Aina juga tidak lekang menasihatinya agar membuang saka-saka itu supaya kejadian lama tidak berulang. Cukuplah sekali waktu kematian arwah Long Yunus.
“Apa-apapun, al-fatihah Ayah, semoga diterima amalan baik dan tenang di sana. Amin…,” ujar Aina dalam hati.
Terima kasih.. Maaf kalau tak Memuaskan hati Semua.. Assalamualaikum..
-TAMAT-

129. “HIJABKU TERBUKA”

CERITA² MISTIK MISTERI 👁‍🗨 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : “HIJABKU TERBUKA”
KARYA : BUNGA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940120
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram-season-1.html

Disini saya ingin kongsikan pengalaman sepanjang bekerja di Istana yang ketika itu masih didalam pembangunan dan di dalam gudang penyimpanan barang.. Harap cerita ini tak disaman..
Dulu.. Aku bekerja sebagai buruh kasar di Istana.. Angkat kayu.. Angkat perabot.. Bersih jalan dan mcm² lagi laa aku buat.. Mase nie isteri mengandungkan anak pertama.. Kena kerja kuat laa..
Lepas tu aku n the geng disuruh utk bekerja sampai malam.. OT.. Mmg suke laa dpt duit lebih.. Jadi time tu, aku n the geng kena angkat karpet kalau tak silap aku laa ke tingkat 3. Aku pown dah lupa..
Trip yg ketiga angkat karpet, aku dgn kawan aku sorang lagi nie tak jumpa jalan.. Padahal dah 2 kali angkut.. Ikut jalan yang sama.. Tapi tak jumpa pintu yang kita org masuk awal² tu.. Aku dgn kawan dah pelik.. takkan tak jumpa..
Jalan pown dah sama.. Kami turun balik.. Naik sekali lagi, sah mmg tak jumpa pintu.. Masa nie kwn aku dah meremang.. Siap cakap.. “Kir, kiter nie okey tak..??” Aku jawab laa, “eh okey jer.. Kenapa..??”
Aku dah rasa lain mcm nie kir.. Jilake tiba² rasa sunyi.. Tengok kiri kanan mmg suram.. Yer laa.. Lampu xbanyak yg buka.. Mmg suram giler.. Lepas tu, aku cuba call kwn² lain tapi xdpt..
Aku pun tinjau laa ke hulu kehilir.. Kau nak tau apa jadi..?? Kawan aku panggil aku tapi di arah yg berlainan.. Aku ke kiri, tapi dia panggil aku arah ke kanan.. Siap bercakap lagi.. “Woi ! Aku ade sebelah sini giler.. Kau jgn main²”..
Dia tengok aku, lepastu muka jadi pucat.. “Kir.. Aku nampak kau masuk bilik situ tadi.. Kenapa kau ada sebelah sini..??” Aku masa nie dah marah dan takut, “mana ada kau jgn main² laa sial.”. “Sumpah aku nampak kau kat situ td, jalan laju masuk bilik tu, aku igt kau nak tinggal aku..” Dia bersungguh-sungguh meyakinkan aku.
Memang seram.. Aku dah rasa yg aku diganggu.. Aku diam.. Istighfar.. Jadi aku turun balik ke tingkat 2.. Karpet aku tinggal mcm tu jer.. Tak tau laa pulak aku tersalah masuk bilik lain.. Dalam tu Besar giler.. Mmg boleh sesat..
Sampai jer tengah² ruang dlm bilik tu, aku meremang.. Seperti diperhatikan.. Kawan aku dah pucat lesi.. Bila aku perhatikan, dalam bilik tu mmg banyak cermin.. Dan dalam cermin tu, aku peraasan yang aku sedang diperhatikan oleh diri aku sendiri.. Kau faham tak..??
Sebab tu bahaya kalau tengok cermin lama² nie.. Aku dgn kawan keluar balik.. Tapi kwn aku xtak perasan pown pasal cermin tu.. Aku mmg dah tak tahan lalu aku ajak kawan aku lari sampai tingkat bawah.. Jumpa jer pekerja kat situ, dia tanya kenapa..?? “Alaa, biasa laa tu..”. Aku tak cakap banyak terus mintak izin utk pulang.. Seram giler dgn keadaan dalaman tu dah laa besar..
Beberapa hari lepas tu, aku sekali lagi ditugaskan dgn beberapa orang untuk selesaikan di tingkat 3 kot.. Tapi sudut berlainan.. Kali nie bertiga.. Yang nie aku ringkaskan cerita sbb aku tengah taip nie pown dah seram..
Tengah kami syok buat kerja.. Aku dua org duduk bawah.. Sorg lagi naik tangga pasang ape aku tak ingat.. Langsir kot.. Tiba-tiba dengan tak semena² kawan aku tu terjun dari tangga dan bagitau ternampak ada org kat luar tingkap..
Bapak sial.. Sekali lagi aku igtkan, dalaman masa tu mmg suram dan sunyi.. Aku n the geng dah gabra.. Tapi kami masih disitu dan beranikan diri.. Tak sampai 10mnit elepas tu, kedengaran ‘PEREMPUAN MENGILAI’.. Damn.. Serius aku cakap, kami lari bagai nak gila.. Tak cukup tanah beb.. Masing-maing dah luipa dunia sebab ketakutan. Serius mmg aku jelas dengar.. Keluar peluh jantan bukan sebb penat berlari, tetapi sebb ketakutan yang teramat sangat.
Ya Allah.. Kuatkanlah jiwa aku yang sedang menaip nie.. Hahahaha.. Buat cerita luar rumah dengan pemandangan kubur.. Dengan ingatkan semula kejadian² nie.. Tiap² malam mmg port aku kat situ.. Fuhhh.. Okey aku sambung balik..
Dimana aku n the geng yang lain kena buat OT lagi.. Tapi kali nie bahagian dapur.. Laluan dye mcm masuk bawah tanah gitu.. Mmg line tak der, sunyi.. Mase nie aku bawak lori pasir tu.. Yg saiz sederhana utk angkut barang dapur..
Sampai jer kat dapur, geng² lain kena masuk utk ambil barang.. Jadi aku sorang² duk kat lori sambil layan rokok.. Mase nie laa aku dengar kawan aku panggil ‘KIR !’.. Tapi aku tak sahut.. Sebab masa dia panggil tu, bulu aku meremang..
Aku tengok kat satu sudut tu, nampak mcm kelibat orang mcm nak main sorok².. Sekejap ada, sekejap xder.. Korang pown penah alami kan mcm nie.. Mase nie aku dah hampir menangis ketakutan..
Tapi Allah Maha Mengetahui, Geng² lain sampai tepat pada waktunya.. Tapi aku cover tak nak bagi diorang. Kalau bgtahu nanti dorang pun akan takut. Kalau dorang lambat sampai, tak tau laa apa jadi dengan aku.. Malam tu aku bekerjalah dengan ketakutan..
Tak sampai disitu jer, ia masih mengekori.. Last trip masa tu kena buang kayu² dan sampah².. Kau tau xkena buang kat mana..?? Tu, atas bukit laluan pekerja asing tinggal..Tak silap belakang asrama UITM.. Nuh, atas bukit tuuuuuu..
Nak tak nak mmg kena buang.. Aku dan 2 org lagi kena pergi.. Jadi masa tu aku xberapa berani sebab mula² tadi dah kena ganggu.. Jadi aku berborak laa nak hilangkan rasa takot..
Sampai tengah² laluan ke bukit, lori tiba² jadi berat.. Kawan aku mmg perasan, tapi mungkin sebab naik bukit.. Aku yg bawak lori mmg perasan lain mcm nie.. Dah tekan minyak habis tapi xnaik².. Jilake.. Tengok cermin belakang, aku nampak ‘MAKHLUK BERBULU’..
Korang bayangkan suasana gelap tapi aku masih nampak dia yg berbulu tu.. Kwn aku tiba² bagitau bulu roma naik.. Aku cover nie kes sejuk nie.. Xder pape laa.. Xlama pown, dia terus hilang.. Ingat sampai situ dah setel laa..
Time nak angkat badan lori yg kat belakang tu, kawan aku dua org nie turun utk buka kunci papan utk mudahkan sampah² jatuh.. Tiba² aku nampak kawan aku nie dia duduk depan lori aku..
Dye duk tenung jer aku.. Nampak samar² sbb biasan cahaya lampu tu tak menghala tepat ke arah dia duduk tu.. Tapi betul, mmg kawan aku ader kat situ..
Aku xlayan laa.. Lepas semua sampah clear, aku tengok kawan aku masih ader kat situ.. Belom sempat aku cakap ‘NAIKLAH WOI’, dua² orang tadi naik ke tempat duduk.. Aikkk..?? Dua org..?? Habis kat depan tu siapa..?? Aku cakap dlm hati..
Bila aku tengok, dye masih duduk bercangkung kat situ.. Makin lama tgok makin besar kepala aku.. Sumpah atas bukit tu mmg gelap.. Tangan kaki semua dah ketar².. Aku alihkan pandangan dan kuatkan diri utk bawak lori nie turun bawah..
Tapi aku pastikan yg duduk sebelah aku nie mmg betul² kawan aku.. Siap aku tgok bawah ‘okey ader kaki’.. Akhirnya aku sampai bawah dgn tubuh dah ketar². Esoknya aku tak pergi kerja.. Aku masih dalam ketakutan…
Xsemua kenalan yg aku ceritakan takut dye org takut nak bekerja..
Part Gudang penyimpanan barang..
Aku skipkan cerita sbb dah panjang lebar nie.. Masa tu, kiter orang berehat kat gudang tu sementara tunggu hujan reda.. Gudang besar jugak la.. Semua brang ada..
Tengah syok aku tidur rasa pulak nak terbuang air kecil.. Lepas tu aku nampak kawan aku nie dia juntaikan kepala kat tingkap berhampiran dgn bilik air tu.. Konon nak intai² laa.. Tandas dia nie menghala ke atas sikit tak sampai pown tingkat 1..
Jadi aku pergi laa tandas, berselisih dgn kawan aku nie.. Aku cakap laa ‘Benggong natam nie main wak tubik pale gitu’.. Dia xcakap pape pown.. Dia terus blah sambil aku gelak sorang²..
Lepas setel semua, aku duduk kat port aku baring tadi.. Ehh kawan aku duk juntai² lagi sambil tengok aku.. Aku gelak laa.. ‘Woi giler’.. Hahahahaa..
Maser nie kwn² aku yg lain lepak kat luar gudang.. Bersebelahan jer.. Lepas tu, aku nampak kawan aku tadi nie naik motor sambil bawak makanan..
Eh !!! Tadi aku nampak siapa kat bilik air..?? Aku tanya kawan aku, kau pergi mana..?? Dia jawab “aku dari tadi lagi pergi beli makanan laa.. Lambat sikit sebab hujan..” Damn !!
Bermakna yg aku nampak tadi tu ‘MAKHLUK’ lain..?? Seram gilerrrr.. Tapi aku tak bagitau sorang pown Tapi masa ni, kemana pergi mesti aku berteman.. Dah trauma pergi bilik air tu..
Aku ada banyak cerita berkenaan dgn tempat gudang dan istana nie, nie pown dah panjang lebar.. Dah lenguh jari².. Nanti laa ader masa aku sambung..
Fuhhh.. Aku pulak seram nie dah habis taip…
-TAMAT-

121. 

CERITA² MISTIK MISTERI 👁‍🗨 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
TAJUK CERITA : 
KARYA : 
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
the 👁‍🗨 HORRORZONE
HZONE 👁‍🗨 BLOG
KOD : 002750940121
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/cerita-mistik-misteri-seram-season-1.html



Comments

Popular posts from this blog

KOLEKSI VIDEO / MOVIE ACTION / CARTOON / SEASON#1

AD COLLECTIONS / THAI MOVIES / SEASON#1

CGCZONE 👁‍🗨 PAID ADVERT / SERVIS IKLAN BEBAYAR / DETAILS