AKU NAMPAK DIA #COMPLETE - 9 EPISODES
CERITA SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : AKU NAMPAK DIA
KARYA : IQBAL DASWARMAN
➜ The 👁🗨 HOROZONE
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
KISAH SERAM MELAYU BERSIRI
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
CERITA SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : AKU NAMPAK DIA
SUMBER : KAK LONG IJA
PENULIS : FARIZAL RADZALI
PENYUNTING : IQBAL DASWARMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/aku-nampak-dia.html
PART 1
AKU NAMPAK DIA
Korang dapat bayangkan tak, kalau korang boleh tengok benda ghaib atau dengar bunyi dari alam ghaib? Bayangkan kalau masa korang dgn kawan-kawan lain bergembira dalam kumpulan 5 orang, tapi kau nampak ada orang ke 6 dalam kumpulan tu, yg memerhatikan kau dan kawan-kawan kau.
Kau rasa nak bergembira bersama atau lari dari situ? Kau cuba bagitahu orang lain, tapi kau rasa, ada yang percaya ke? Hello, ini alam teknologi maklumat ok. Mana ada hantu…..
Itulah yang aku rasa. Aku nampak dan dengar semua tu. Aku cuba buat-buat tak tahu, buat-buat tak nampak tapi macam sengaja je ‘benda’ tu lalu kat depan aku, sengih-sengih kat aku.
Mak aku seorang je yang percaya kat aku. Tapi aku tahu, mak pun sebenarnya 50:50 je percaya kat aku. Sebab dia tak nampak. Tapi dah namapun mak, dia pasti akan bersama kita, percaya kat kita, berdiri sebelah kita, sokong kita, walaupun kadang-kadang dia sendiri dah tak mampu berdiri. Itulah mak.
Mak selalu pujuk aku, aku ada anugerah yang tak semua orang dapat. Hanya orang-orang terpilih yg akan dapat. Dan aku salah seorang darinya. Dan bagi aku, jika ada anugerah yang boleh ditolak, anugerah inilah yang akan aku tolak.
Anugerahnya, aku boleh tengok hantu!
Mak aku kata, semuanya bermula dari satu hari tu, aku dalam lingkungan 5 tahun, aku hilang dari rumah. Masa tu aku dengan mak, ayah, kakak dan adik aku balik kampung. Satu kampung kot cari aku, dalam hutan, dalam sungai, merata-ratalah.
Sampai malam, mereka dah putus asa. Mak dah paksa ayah untuk buat laporan polis. Ayah pula asyik kata tak boleh buat laporan selagi belum 24 jam.
Mak degil, mak kata kalau ayah taknak pergi buat laporan, mak sendiri akan buat. Kalau polis taknak terima laporan dia sebab belum 24 jam, mak nak bakar balai polis tu.
Tapi mujurlah sebaik je masuk rumah opah, semua nampak aku duduk kat atas tangga kayu kat beranda rumah. Kalau tak, mungkin mak aku dah masuk dalam lipatan sejarah kerana membakar balai polis!
Masa mereka jumpa aku tu, aku seakan-akan sedang bermain dengan seseorang. Aku main dengan gembira, ketawa, berlari-lari dan melompat, bahkan aku memanggil-manggil ‘kawan’ yg sedang bermain dgn aku tu.
Pada masa semua orang tercengang melihat keadaan aku tu, mak aku tak peduli semua tu. Dia terus peluk aku. Menangis-nangis dah macam apa entah. Iyelah, anak hilang weh. Jangan buat main.
Mak aku tanya, aku main dengan siapa? Tadi pergi mana? Aku jawab, tadi ikut kawan pergi rumah mak dia kat belakang rumah opah. Padahal belakang rumah opah aku adalah ladang kelapa sawit!
Aku siap bagitahu mak aku, mak kawan aku masak nasi dengan ayam goreng, sedap. Siap pesan kat mak aku, lain kali mak masak macam tu ye.
Mak aku angguk kepala je. Ayah dah pandang aku lain macam. Macam nak marah pun ada. Ayah kata aku merepek. Ayah marah sebab aku keluar rumah tak bagitahu, sampai semua orang risau.
Tapi mak marah ayah balik. Mak kata aku masih kecil. Nanti aku akan belajar sendiri.
Sejak itulah, aku sering melihat ‘benda’ yang orang lain tak dapat lihat. Aku tak begitu ingat semua, tapi yg paling tak boleh lupa ialah bila aku nampak lembaga hitam yg selalu duduk di atas bumbung rumah Pak Dollah, jiran depan rumah opah aku. Aku selalu nampak lembaga tu masa senja.
Bila aku cakap kat mak, mak terus suruh aku masuk rumah dan jangan cakap kat sesiapa.
Masa tu aku tak faham, kenapa tak boleh cakap kat sesiapa. Tapi lepas tu aku faham. Ketika umur aku 15 tahun, aku bagitahu ayah bahawa aku nampak seseorang sedang duduk di kerusi sebelah ayah, menonton tv bersama-sama ayah.
Ayah dah tak tahan dengan aku. Ayah kata aku sakit. Ayah bawa aku ke klinik, dan doktor suruh ayah bawa aku ke hospital mental. Aku ditinggalkan di wad pesakit mental selama sebulan sebelum aku lari keluar dari wad tu. Ayah pukul aku sebab lari dari wad, mujur ada mak dan kakak yg tolong aku.
Lepas dari tu, aku tak berani cerita kat sesiapa selain dari mak tentang apa yg aku nampak. Kadang-kadang tu menggeletar lutut juga bila tahu apa yg aku lihat tu adalah ‘sesuatu’ yang tak sama dengan alam aku.
Masa aku lari dari wad mental tu pun, sebab aku dah tak tahan tengok macam-macam ‘benda’ kat sana. Bila bagitahu jururawat, mereka suntik aku, aku tidur. Bila aku jaga, aku nampak lagi. Kalau lama lagi aku kat sana, memang aku boleh gila betul2.
BERSAMBUNG ..
CERITA SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : AKU NAMPAK DIA
SUMBER : KAK LONG IJA
PENULIS : FARIZAL RADZALI
PENYUNTING : IQBAL DASWARMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/aku-nampak-dia.html
PART 2
HOSPITAL SAKIT MENTAL
Masa kat hospital mental tu, aku nampak ‘benda’ tu kat merata-rata. Ada sekali tu, aku nampak seseorang macam nenek tua, dia berdiri kat penjuru bilik. Kami ditempatkan 4 orang dalam sebuah bilik. Aku nampak nenek tua tu menghampiri katil kat tepi sekali.
Masa tu pesakit kat katil tu membelakangkan dia dan menghadap aku. Aku nampak nenek tua tu merangkak naik atas katil pesakit tu. Katil tu berkeriut sikit dan pesakit tu menoleh.
Aku tau pesakit tu nampak nenek tua tu. Dia pun menjerit macam nampak hantu. Dan memang pun dia nampak hantu. Dia jerit kepada jururawat, kata ada hantu di atas katilnya. Tapi jururawat tu ikat dia dan bagi suntikan.
Masa dia kena ikat tu, aku nampak nenek tua tu panjat atas badan dia, sambil jilat-jilat pipi dia. Aku pun tak daya nak menolong.
Ada sekali tu, masa aku mandi kat bilik air. Masa mandi tu, tiba-tiba aku rasa bilik air tu gelap. Nak kata takde elektrik, tak juga sebab masih ada sisa-sisa cahaya lampu.
Aku pun mendongak tengok lampu tu, aku nampak seorang perempuan tengah bergayut secara menonggeng sambil pegang tangkai lampu tu, dan matanya pandang aku sambil tersengih-sengih.
‘Benda-benda’ ni tak mengganggu tapi bila kita tahu mereka datang dari alam yang berlainan, dan rupanya pun tak sama seperti kita, dengan bentuk yg agak menyeramkan, kita akan merasa takut. Itu adalah normal.
Tapi bila kita cerita kat orang lain bahawa kita nampak ‘benda-benda’ ni, orang pasti akan kata kita kuat berangan dan macam-macam lagi.
Lepas lari dari hospital sakit mental, aku cuba biasakan mata aku dengan pandangan makhluk-makhluk ni, sebab ayah aku tetap tak percaya apa yang aku cakap. Tapi untuk buat macam tak nampak tu, amatlah sukar.
Bayangkan, kau buka pintu, tiba-tiba je ‘dia’ berdiri depan pintu rumah kau. Kau rasa boleh buat macam takde apa ke? Mesti kau jerit gak sikit kan. Kalau masa tu ayah aku ada, dia akan pandang aku dengan pandangan yg lebih seram dari pandangan ‘hantu’ kat luar tu.
Namun demikian, ayah aku berubah selepas satu kejadian yg berlaku di hospital. Masa tu kami melawat opah aku sakit kat hospital. Sebelah katil opah aku, ada seorang perempuan cina tua yang sakit. Ada 4 orang sedang melawatnya, mungkin anak menantu dia kot.
Ketika mak dan ayah aku bersembang dengan opah, aku memerhati keliling. Tiba-tiba aku nampak seorang lelaki tua cina berdiri di bahagian kepala katil perempuan cina yang sedang nazak tadi. Lelaki tua itu memikul sebuah televisyen.
Aku pelik sebab wad tu untuk perempuan dan kenapa pula dia memikul televisyen bersamanya. Dan aku tak terfikir bahawa hanya aku yg nampak lelaki cina tua tu.
Aku melangkah ke arah keluarga tersebut. Mereka kelihatan sedang berduka. Perempuan tua yg terlantar tu menggunakan bantuan oksigen utk bernafas.
Dengan ramahnya aku bertanya,
“siapa tu?”
Mereka jawab,
”ini mak kami.”
Dan aku tanya lagi,
“yang pegang televisyen tu siapa?” Mereka tak jawab tapi berpandangan sesama sendiri.
“Mana ada orang pegang televisyen di sini,” jawab salah seorang dari mereka. Aku pun tudingkan jari aku ke arah lelaki tua tu.
Mereka seolah-olah terkejut.
“Bagaimana rupanya?” Tanya mereka lagi.
Masa tu ayah aku datang, nak tarik tangan aku, dengan muka marah sebab aku merepek dekat keluarga cina tu.
Tapi masa ayah aku nak tarik aku, salah seorang dari anak perempuan cina tu tahan ayah aku. “Maaf pakcik, saya betul2 nak tahu apa yg anak pakcik nampak,”
Nak taknak, ayah lepaskan tangan aku. Tapi matanya menjeling tajam memberi isyarat bahawa aku dah buat kesalahan besar.
“Adik boleh bagitahu kami tak, macam mana rupa orang yang pikul televisyen tu,” tanya orang cina itu lagi.
Aku pun bagilah gambaran tu. Baju yang dia pakai, seluar dia, kasut dia, matanya, hidungnya, hinggalah mereka tunjukkan aku sekeping gambar.
“Adakah orang ini yang kamu nampak sedang pikul televisyen tu?” Tanyanya.
Dan betullah, memang itu orangnya.
Keempat-empat anak perempuan cina tu menangis. Ayah aku dah hilang sabar. Ditariknya tangan aku.
“Maaf, anak saya ni suka berimaginasi. Jangan percaya sangat,” kata ayah.
Seorang lelaki cina bangun merapati ayah.
“Dia tidak berimaginasi pakcik. Dia betul-betul nampak. Lelaki tu adalah ayah saya. Seminggu yg lepas, ayah saya meninggal dunia. Ayah saya amat suka menonton televisyen semasa hidupnya. Jadi kami bakarkan televisyen utk dia di alam sana. Mungkin dia nak memberitahu kami bahawa dia telah terima hadiah kami,” jelasnya.
“Saya dah kata, anak saya suka berimaginasi, jangan terlalu percaya apa yang dicakapkannya,” kata ayah lagi dengan nada yg agak keras.
“Pakcik, anak pakcik tak pernah jumpa ayah saya. Bagaimana dia boleh ceritakan secara terperinci tentang ayah saya?” Tanya lelaki itu lagi membuatkan ayah terdiam dan pandang aku. Masa tu aku risau ayah akan hantar aku ke hospital mental semula.
Tapi mujurlah ayah tak berbuat demikian. Tapi ayah berubah. Ayah jadi pendiam, tak banyak cakap macam dulu. Sikap garang ayah pun berkurangan.
Di satu petang, mak duduk sembang dengan aku. Mak kata ayah nak bawa aku berubat tradisional untuk buang ‘anugerah’ yg ada pada aku. Aku mula panik dah. Ada perasaan lain macam timbul.
BERSAMBUNG ..
CERITA SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : AKU NAMPAK DIA
SUMBER : KAK LONG IJA
PENULIS : FARIZAL RADZALI
PENYUNTING : IQBAL DASWARMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/aku-nampak-dia.html
PART 3
DUKUN
“Mak, perlu ke kita berubat benda ni mak?” tanyaku.
“Kenalah berubat, sebab kita tak pandai nak buang kebolehan kamu ni. Melainkan kamu nak kekal dengan macam ni?” tanya mak balik.
Aku gelengkan kepala.
“Malam ni kita ikut ayah jumpa seorang dukun di kampung sebelah. Ayah kata, dukun tu pandai berurusan dengan benda-benda macam ni.”
Aku tiada pilihan lain selain akur. Tapi hatiku tak begitu selesa.
Lepas maghrib, ayah bawa aku dan mak ke rumah dukun tu. Perjalanannya memerlukan kami melalui kawasan ladang kelapa sawit. Keadaan gelap dan sunyi itu menyebabkan mata aku dapat melihat pelbagai ciptaan Allah di luar kereta.
Mak dan ayah aku duduk di bahagian depan. Aku pulak seorang di bahagian belakang. Kat luar nampak macam-macam,
ada yang terjengket-jengket,
ada yang terbang melayang,
ada yang tersengih kat aku.
Tapi yang paling best, boleh pulak ada yang tumpang kereta, duduk sebelah aku, sambil sengih-sengih tengok aku.
Dan ayah aku pulak tutup hidung, katanya ada bau busuk, menuduh bau tu dari sisa-sisa kelapa sawit tu.
Sesampainya di rumah dukun tu, suasana memang seram. Rumah tu gelap, macam takde elektrik. Keadaan dalam rumah tu gelap, cuma ada 2 cahaya lilin, satu di pintu masuk dan satu lagi dekat dengan seorang lelaki yg duduk di suatu sudut rumah tersebut.
Aku ikut ayah dan mak masuk rumah tu. Di kiri kanan, memang aku nampak macam-macam. Tapi aku buat macam tak nampak. Aku pun tak pasti samada mereka semua tu tau atau tak bahawa aku nampak mereka.
Kami menghampiri lelaki yg duduk di sudut rumah tersebut. Kelihatan lelaki dalam umur 70-an sedang menghadap mangkuk yang dipenuhi kemenyan yang sedang berasap. Semerbak bau kemenyan dalam rumah tu.
Dukun tu menjeling ke arah aku. Dan aku pula terpaku melihat sesuatu yang duduk di atas leher dukun itu, rupanya seperti budak kecil tapi telinganya panjang, matanya besar, kepalanya botak dan bergigi taring yang sedang menguis-nguis rambut dukun itu, laksana kera yang sedang mencari kutu di badan anaknya.
“Jangan pandang dia, nanti dia terkam kamu,” tiba-tiba dukun tu bersuara tanpa mengangkat kepalanya. Aku tersentak.
Mak dan ayah berpandangan sesama sendiri, tak faham apa yg dituturkan oleh dukun tersebut. Dan aku pula, rasanya aku tau bahawa dukun tu menegur aku. Siapa makan cili, dia rasa pedas kan.
Mak dan ayah diam. Menanti dukun itu mengangkat mukanya memandang ke arah kami. Tapi padaku, dukun tu takkan angkat kepalanya selagi benda pelik tu duduk di atas lehernya.
“Maaf tok, kami datang nak jumpa tok, nak minta tolong tengokkan anak kami ni,” ayah memberanikan diri bersuara.
“Budak ni kena ditinggalkan di alam satu lagi, barulah apa yg dia alami sekarang boleh hilang dari dirinya,” tiba dukun tu bersuara tanpa memandang mak, ayah mahupun aku.
“Maksud tok? ” tanya ayah lagi. Masa ni dukun tu angkat kepalanya memandang ayah. Benda pelik yg duduk kat lehernya tadi mengesot turun dari leher dukun itu, merangkak ke arah ayah.
Sesekali dia berhenti memandang ke arah aku. Masa dia pandang aku, aku pandang ke lain, tak sanggup nak bertentang mata dengannya.
“Maksud aku, dia kena tinggal di alam ghaib sehingga deria itu hilang, itu saja penawarnya, ” tutur dukun tu lagi.
“Bagaimana caranya?” tanya mak pula.
Aku pula masih asyik memerhatikan setiap pergerakan benda pelik yg mengesot tu, sedang duduk di riba ayah. Ayah pula asyik menukar cara duduknya, jelas kelihatan ayah tak selesa.
Sedang aku asyik memerhati benda kat riba ayah tu, tiba-tiba aku nampak sesuatu kat belakang dukun tadi. Nampaknya seperti seorang lelaki tapi kepalanya seakan terpusing 180° ke belakang. Jadi aku tak dapat lihat wajahnya. Cuma yg aku pasti, dia bukan manusia.
“Kau ambilkan air dalam tempayan dalam bilik belakang sekali. Ceduk dengan mangkuk putih, ikat dengan kain kuning yg biasa,” dukun tersebut memberi arahan.
Mak dan ayah sekali lagi berpandangan.
Lelaki di belakang dukun tadi berjalan terdengkot2 meninggalkan kami. Aku masih tak dapat lihat wajahnya.
“Apa yang kamu tengok tu, masih sedikit. Banyak lagi yang kamu akan lihat. Sehingga kamu dapat menghilangkan perasaan takut dalam diri kamu, barulah senang untuk deria tambahan kamu itu dibuang dari diri kamu. Tapi, adakah kamu bersedia?” tanya dukun tu sambil memandang tajam ke arahku.
“Bersedia? Sedia utk apa? ” tanyaku balik.
“Sedia untuk tinggal bersama mereka,” sahut dukun itu membuatkan aku tercengang. Aku pandang mak dan ayah, mereka macam tak tahu apa yg dituturkan oleh dukun itu. Aku rasa macam nak lari masa tu juga.
Seketika kemudian, lelaki berwajah terbalik ke belakang tadi muncul, membawa bersamanya mangkuk berwarna putih dan diikat dengan kain kuning. Mangkuk tersebut diserahkan kepada ayah.
Ayah tak boleh bangun, budak kecik tu sedang duduk dileher ayah. Nak gelak pun ada bila melihat ayah terkial-kial cuba bangun nak mengambil mangkuk tersebut dari tangan dukun tu.
“Jangan kacau di sini. Pergi keluar,” dukun tu bersuara dengan nada agak keras. Ayah dan mak seperti tersentak sedikit. Mungkin terasa dukun tu marah mereka kot.
Budak kecik tu akur, dia meleret turun dari leher ayah, merangkak ke arah aku yang cuba melarikan pandangan dari memandangnya.
“Aku kata pergi keluar!” jerkah dukun itu sambil menepuk kuat lantai papan rumahnya.
Budak kecik itu seakan terlompat sedikit dan terus merangkak keluar.
Ayah dan mak pula terus bangun. Aku je masih duduk. Ayah mungkin ingat dukun tu marah dia.
“Aku tak cakap dengan kamu, duduklah,” kata dukun tadi sambil memandang ayah dan mak.
BERSAMBUNG ..
CERITA SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : AKU NAMPAK DIA
SUMBER : KAK LONG IJA
PENULIS : FARIZAL RADZALI
PENYUNTING : IQBAL DASWARMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/aku-nampak-dia.html
PART 4
BAYANGAN HITAM
“Air ini kamu sapukan ke muka anak kamu pada setiap hari di kala matahari terbenam. Dalam masa 7 hari dari hari pertama air ini disapu ke wajahnya, dia akan mengalami satu suasana dimana dia akan berada di kalangan makhluk-makhluk pelik dgn pelbagai rupa yg wujud di muka bumi ini.” terang lelaki tua itu kepada ayah sambil menyerahkan bekas air berikat kain kuning itu kepada ayah aku.
“Apa yg akan terjadi bila dia dah berada di dlm kalangan makhluk-makhluk tu?” tanya mak.
“Keadaan dia akan mengikut emosi dia pada masa tu. Sebab tu aku tanya tadi, dah bersedia nak masuk ke dunia tu?” lelaki tua itu memandang tepat ke mata aku. Aku tersentak. Rupa lelaki tua itu agak menyeramkan.
Dari tadi aku tak melihat wajahnya dgn jelas. Tapi kali ini aku melihatnya dgn sangat jelas.
Wajahnya hitam, hanya kelihatan matanya yg putih tanpa mata hitam seperti manusia biasa. Telinganya agak panjang berbanding manusia biasa. Meremang juga bulu roma aku melihatnya.
“Kalau begini pun kamu dah takut, macam mana kamu nak lihat lebih lagi?” jerkah lelaki tua itu membuatkan aku terkejut dan mengalih pandangan mataku ke arah lain.
Mak dan ayah memandang aku dgn wajah keliru.
“Segalanya terserah kepada kamu sekarang. Tugas aku selesai. Kamu boleh balik.” kata lelaki tua itu dgn agak keras.
“Terima kasih tok. Kami minta diri dulu,” sahut ayah sambil terus berdiri, diikuti mak dan aku.
“Terlalu banyak yang kamu dah tengok. Jangan ceritakan kepada sesiapa. Kalau tak, kamu akan terima akibatnya,” lelaki tua itu bersuara keras tanpa memandang ke arah kami.
Ayah tak berlengah lagi, terus menarik tangan mak dan aku untuk meninggalkan tempat itu.
Diluar, aku dapat lihat lebih banyak makhluk pelik daripada masa kami datang tadi. Ada yang bergayut di dahan pokok seperti monyet, yang merangkak di atas tanah, yang terbang, dan macam-macam keadaan lagi. Mak dan ayah kelihatan pucat, tak seperti ketika mereka datang tadi yg lebih tenang.
Sedang kami melangkah meninggalkan rumah lelaki tua itu, tiba-tiba sayup kami terdengar lolongan anjing panjang mendayu-dayu seperti dalam keadaan yg sangat sedih, tapi amat menakutkan bagi kami yang mendengar.
“Jalan terus, masuk kereta. Jangan pandang belakang lagi.” ayah bersuara sambil melangkah laju.
Sebelah tangannya memegang botol air tadi dan sebelah lagi memegang tangan mak dgn kuat seperti tak mahu melepaskannya. Mak pula pegang tangan aku sampai sakit.
“Abang, perlahan sikit. Gelap ni. Nanti jatuh pula,” tegur mak.
“Aku rasa tak sedap hati. Seperti ada yang mengikuti dan memerhatikan kita. Seakan mahu menerkam kita,” sahut ayah sambil berbisik namun langkah tetap laju.
Aku mula rasa seram sejuk bila ayah cakap macam tu. Sebab dari tadi aku melihat ayah seperti sangat tinggi. Tapi disebabkan keadaan gelap, jadi aku tak endahkan perasaan aku tu.
Dalam kesamaran tu, aku cuba pandang ayah. Aku nampak ada sesuatu atau seseorang yang sedang berdiri di atas bahu ayah. Nampak macam bayang-bayang hitam.
“Mak, ada sesuatu kat atas ayah,” aku berbisik kepada mak.
“Jangan merepek sekarang ni. Diam je,” mak bersuara dgn nada yg agak cemas.
Kereta kami tak la jauh sangat tapi disebabkan keadaan takut dan gelap tu membuatkan perjalanan ke kereta kami terasa amat jauh. Kaki kami masing-masing terasa berat walaupun ayah berjalan agak laju sambil menarik kami.
Sesampainya kami di kereta, aku nampak bayangan hitam yang berdiri di atas bahu ayah tadi terbang melayang dan hilang begitu saja. Dalam masa yang sama, kedengaran suara hilaian yg memanjang berselang seli dgn lolongan anjing tadi, seperti berlawan suara siapa lebih kuat.
“Mana kunci kereta tadi?” tiba-tiba ayah bertanya.
“Abang yang pegang tadi. Mana le saya tau,” sahut mak.
“Aku letak dalam poket seluar ni tadi. Tapi sekarang takde. Mana tau kot aku bagi awak pegangkan,” kata ayah sambil menyeluk poket seluar dan kemejanya mencari kunci kereta.
Masa tu la aku nampak kelibat lembaga berwarna putih berjalan terdengkot-deng
kot keluar dari hutan berdekatan dan menghala ke arah kami.
“Mak, siapa tu?” aku tunjuk kat mak lembaga tu tapi mak marah aku. Mak suruh aku diam.
Lembaga itu makin hampir kepada kami dan ayah masih tercari-cari kunci kereta. Aku rasa macam nak meraung.
“hah.. Ada dah,” kata ayah lega bila dia dapat kunci kereta tu. Dia segera membuka pintu kereta, di kala lembaga itu sudah sangat hampir dengan kami.
“Masuk kereta cepat!”
Aku dan mak berebut-rebut masuk dalam kereta. Aku kunci pintu, takut lembaga tadi masuk dalam kereta. Aku lupa bahawa makhluk-makhluk ini boleh memasuki setiap ruang hanya dengan melalui laluan angin.
“Dah tak boleh start pulak dah!” aku terdengar suara ayah macam nak marah.
Masa tu aku lihat lembaga yg terdengkot-dengkot tadi berdiri di tepi kereta. Dia terus berjalan sambil mengelilingi kereta kami. Dan ayah pula sedang mencuba sedaya upaya utk menghidupkan enjin kereta.
“Tak boleh juga ke? Saya rasa tak selesa ni. Macam ada yang memerhati kita je ni,” kata mak.
“Aku keluar kejap, nak tengok enjin. Kot ada apa yang tak kena. Bateri problem kot,” ayah bersuara membuatkan aku rasa cemas.
“Ayah, jangan keluar. Ada sesuatu kat luar tu, macam marah sangat dengan kita,” aku cuba menghalang ayah.
“Habis tu, kamu nak tunggu sini sampai bila?” ayah berkata seperti menengking. Aku terdiam.
Pada masa ayah nak bukak pintu kereta, lembaga itu betul-betul berada di tepi pintu kereta ayah. Aku tahu aku tak boleh menghalang ayah tapi aku dapat rasakan lembaga itu seperti sangat marah bila mendengar rengusannya.
BERAAMBUNG ..
CERITA SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : AKU NAMPAK DIA
SUMBER : KAK LONG IJA
PENULIS : FARIZAL RADZALI
PENYUNTING : IQBAL DASWARMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/aku-nampak-dia.html
PART 5
PERJALANAN PULANG
Sebaik ayah buka pintu kereta, makhluk hitam di luar kereta hilang. Terbang seperti angin. Aku pandang keliling, mana tau kot dah masuk dalam kereta.
Ayah pergi ke arah depan kereta lalu membuka bonet depan utk melihat enjin. Aku dan mak berpegangan tangan, mendiamkan diri seribu bahasa. Tangan mak menggeletar, aku dapatkan rasakkan itu.
Masa tu aku terfikir, kalaulah mak boleh tengok apa yg aku nampak selama hari ni, baru mak tahu betapa aku terseksa.
Aku melihat ayah dicelahan pintu bonet depan yang terbuka. Aku tak nampak ayah kerana ditutup oleh penutup bonet yang terbuka. Tapi dari celahan penutup bonet tu, aku nampak ada tubuh lain selain ayah. Dia berdiri di tepi ayah.
Aku cuba memanjangkan leher nak jenguk siapa bersama dengan ayah tapi mak halang. Mak suruh aku jangan tengok keliling. Sebab mak tahu aku akan nampak benda yg bukan-bukan. Dan lepas tu aku beritahu mak dan mak akan rasa takut.
“Mak, ada org lain bersama ayah tu,” aku cuba beritahu mak. Mak tutup mulut aku dengan tapak tangannya.
“Kamu diam je. Jangan tegur apapun yg kamu nampak,” bisik mak.
“Tapi mak, itu mungkin ada orang yg tolong ayah. Tapi mana tau ada org cuba merompak kita juga. Biarlah Alin pergi tengok,” sahut aku masih berdegil untuk melihat.
Mak lepaskan tangan aku. Dalam takut tu, mak masih risaukan ayah.
Aku buka pintu perlahan. Melangkah perlahan ke bahagian depan kereta, ingin menghampiri ayah. Ternyata ada seseorang berdiri di sebelah ayah. Aku melangkah merapati ayah yang hanya disuluh oleh lampu kereta semata-mata.
Semakin aku hampir kepada ayah, semakin jelas kelihatan orang disebelah ayah. Aku tergamam, tak tau la itu orang atau apa. Dia tinggi, ketinggiannya hingga aku tak dapat lihat mana kepalanya.
Aku mendongak, membuatkan ayah memandang aku “Kamu dah kenapa? Pergi masuk kereta,” sergah ayah.
“Ayah, ada sesuatu kat sebelah ayah,” aku cuba bagitau ayah. Tapi ayah jeling aku.
Tiba-tiba terdengar bunyi seseorang batuk. Ayah dan aku tersentak. Suara itu datangnya dari arah belakang ayah. Tapi aku tak nampak sesiapa pun, dah la suasana gelap.
Bunyi batuk itu semakin kuat seolah semakin hampir dengan kereta kami. Ayah berpusing memandang ke belakang kelihatan seorang lelaki tua melangkah merapati kami.
“Kenapa ni?” tanya lelaki tua itu dgn suara garau.
“Kereta ni tak boleh start,” Ayah jawab sambil bagi isyarat supaya aku masuk dalam kereta. Tapi entahlah, aku ni degil. Aku tetap berdiri kat situ melihat lelaki tu itu.
Dah la makhluk tinggi galah tu tadi masih lagi berdiri di tepi ayah. Lagi la aku ingin nak lihat apa yg jadi.
Kelihatan lelaki tua itu membongkokkan badannya melihat enjin kereta ayah. Lepas tu dia menyentuh beberapa bahagian di enjin kereta ayah.
“Cuba hidupkan enjin,” katanya pada ayah.
Ayah pun sepantas kilat berlari ke tempat pemandu dan menghidupkan enjin. Dan enjin berjaya dihidupkan. Ayah menarik nafas lega.
Ayah keluar dari kereta berjalan ke aras lelaki tua tadi tapi lelaki tua itu dah tiada di tempatnya. Berpusing ayah mencarinya tapi tak kelihatan. Makhluk tinggi galah tadi pun takde dah. Aku pun tak perasan sebab sibuk tengok ayah.
“Dah, kamu masuk kereta. Jom kita keluar dari tempat ni,” kata ayah sambil menutup bonet enjin kereta. Aku pun tak berlengah, terus masuk dlm kereta.
Mak diam je. Takut kot.
Ayah terus masuk gear, jalan.
“Apa masalah kereta ni?” tanya mak setelah kami bergerak jauh sikit dari tempat tadi.
“Entahlah. Minyak banyak. Mujurlah ada org tua tu tadi.” ayah bagitahu.
“Org tua mana? Saya nampak abg sorang je tadi,” sahut mak.
“Ada la sorang lelaki tua tadi. Tanya Alin, dia nampak,” kata ayah sambil menuding jari ke arah aku.
“Iye mak, ada pakcik tua tadi yang betulkan enjin kereta ayah,” sahutku mengakui apa yang ayah cakap.
Mak diam. Tapi wajahnya serius.
Ayah terus pandu kereta. Aku lihat jam pukul 3 pagi. Tiada kenderaan lain. Kami pun diam je. Aku menahan mata mengantuk.
Sedang kami melayan perasaan masing-masing,
gedegang!!! Ayah terlanggar sesuatu!
Ayah berhentikan kereta tanpa matikan enjin. Mak mula risau balik.
“Apa pulak ni?” rungutnya.
Ayah keluar dari kereta. Masa itulah aku nampak seseorang menyelinap masuk dalam kereta dan duduk di tempat ayah. Aku dapat hidu bau hanyir darah. Dan dari pandangan aku yg tak berapa cerah ni, aku nampak yang duduk di tempat ayah ialah seorang lelaki dengan kepalanya yang tinggal separuh & darah mengalir deras dari kepalanya yang hancur.
Aku terpana. Tak mampu menjerit. Suara aku tersekat di kerongkong. Setiap sendi di anggota badan aku tak mampu digerakkan. Nak nangis pun tak mampu. Ayat quran apapun aku tak ingat.
Mak masih kat tempat duduk sebelah pemandu. Ayah masih kat luar kereta mencari benda yg dilanggarnya tadi.
BERSAMBUNG ..
CERITA SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : AKU NAMPAK DIA
SUMBER : KAK LONG IJA
PENULIS : FARIZAL RADZALI
PENYUNTING : IQBAL DASWARMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/aku-nampak-dia.html
PART 6
TABIR TERTUTUP
Tengah aku keras kat tempat duduk belakang memerhati ‘orang asing’ kat tempat duduk ayah tu, tiba-tiba dia bergerak menoleh ke arah aku yg duduk kat belakang mak. Ya Tuhan, menggeletar lutut aku. Aku pejamkan mata, tak sanggup nak tengok.
Euuuwwwwww…..!!!!
“Aku tau kau nampak aku. Aku datang nak jemput kau. Kau nak masuk ke kawasan kami kan? Sekarang la masanya,” lelaki itu bersuara membuatkan aku membuka mata dan memandang tepat ke arahnya.
Sebelah matanya dah hancur bersama separuh kepalanya. Tangan kanannya juga hancur. Aku jeling ke arah mak, mak sibuk tengok ayah kat luar kereta.
Lelaki itu hulurkan tangannya kepada aku. Aku nak jerit tapi tak mampu. Tiba-tiba aku rasa pinggang aku seperti dicengkam dan ditarik kuat. Masa tu suara aku terkeluar, aku jerit mcm org gila.
Last-last kena tampar dgn ayah. Aku lebih sanggup ditampar ayah dari terus melihat benda-benda pelik ni.
Lepas tu, ayah terus pandu kereta. Ayah kata dia takkan berhenti lagi walau apapun yang dia langgar. Dan mujurlah perjalanan kami tiada gangguan lagi.
Sesampainya di rumah, jam dah pukul 4.30 pagi. Mak suruh aku mandi. Ayah pulak terus hilang masuk bilik. Nenek keluar dari bilik bila sedar kami dah sampai rumah.
Sempat aku jeling melihat adik aku yg lena di katil. Dan mcm biasa, kat tepi adik ada la pulak makhluk tu duduk. Nampak macam budak kecik dalam umur 6 tahun, menyeringai je tengok aku, dah mcm main aum cak pulak.
Aku dah cukup penat dengan apa yang aku dah lalui sepanjang malam ni, maka aku buat tak nampak je.
Budak kecik tu lari berpaut kat kaki aku.
Euwwww…
Aku gayat walhal tak duduk tempat tinggi.
Uwaaaaaaa!!!!!!
Aku lari, tup-tup terlanggar ayah kat dapur. Ayah pandang aku dengan pandangan serius tapi tak cakap apa-apa. Ayah berlalu pergi. Budak kecik tu pun merangkak pergi tinggalkan aku. Dia pun takut kat ayah kot.
Jam 6 pagi, aku baru rasa nak lena. Mak datang bawak segelas air. Aduhai makkkkk…. Esok-esok la aku minum air tu. Tak sanggup dah aku nak tengok benda-benda pelik tu.
“Mak, Alin tak sedia lagi mak. Tolonglah, nanti bila Alin dah sedia, Alin sendiri akan ambil air tu untuk minum,” aku rayu mak.
“Kamu nak tunggu bila? Jangan sampai ayah hantar kamu ke hospital sakit mental lagi,”
Tiba-tiba ayah bersuara di sebalik pintu.
Aku terkedu. Diam seribu bahasa sambil mata bergenang air menjeling ke arah mak yang kelihatan serba salah.
Aku ambil gelas dari tangan mak. Selawat Nabi dan baca Bismillah. Baru je aku nak minum, gelas tu pecah. Aku terkejut, mak pun begitu. Ayah jeling aku dengan serius. Amat menakutkan.
“Gelas tu dah nak pecah, tak payahlah salahkan dia. Ada lagi di dapur tu. Nanti dia minum lah,” pujuk mak.
Ayah berlalu pergi. Aku lega. Mak tarik nafas panjang.
“Mak, Alin rasa tak sedap hati dengan dukun tu mak. Dia pun tak macam manusia biasa seperti kita. Macam-macam makhluk bergayut kat keliling dia. Kalaulah mak nampak apa yang Alin nampak, mesti mak tak sanggup lepaskan Alin pergi ke tempat tu,” rayuku.
“Kita kenalah berusaha. Takkan nak biarkan saja keadaan kamu macam ni, dah lama kan,” mak pujuk. Aku diam.
Esok harinya, aku beranikan diri minum air yang dukun tu bagi. Demi mak supaya tak terus serba salah antara anak dan suami.
Hari pertama, hari kedua, hingga hari ke 6, aku tak lihat benda-benda pelik tu. Lapang dada aku untuk tempoh 6 hari tu. Kalaulah aku tahu lepas minum tu aku tak nampak ‘mereka’, mesti dah lama aku minum.
Hinggalah hari ke 7….
Sebaik aku meneguk titisan akhir, aku pening dan terasa mengantuk yang amat sangat. Masa tu jantungku berdegup kencang, badanku berpeluh-peluh menitis, pandanganku kabur dan aku rebah.
Sebaik terjaga, aku bukan di rumah. Aku berada di satu tempat yang tiada manusia. Tiada makhluk pelik, tiada kenderaan, tiada bunyi bunyian. Segalanya kosong. Nampak tenang tapi hatiku gundah gulana.
Aku bangun, berjalan mencari seseorang, atau sesuatu, atau apa saja.
Tiada! Kosong sekosong-kosongnya.
Ya Tuhan, apa pula dugaannya kali ini.
BERSAMBUNG ..
CERITA SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : AKU NAMPAK DIA
SUMBER : KAK LONG IJA
PENULIS : FARIZAL RADZALI
PENYUNTING : IQBAL DASWARMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/aku-nampak-dia.html
PART 7
RUANG PUTIH
Aku melangkah perlahan-lahan dalam kekeliruan. Ke mana aku nak pergi pun aku tak tahu. Tiada petunjuk langsung. Bayangkan, tiada sesuatu yg bergerak apatah lagi berbunyi.
“Hello! Mak, Ayah!” panggilku.
Kot la ada yang menyahut. Namun aku hampa. Nak atau tak, aku kena usaha sendiri. Melangkah ke satu arah, moga berjumpa dengan seseorang atau sesuatu.
Tiba-tiba aku dengar bunyi. Bunyi seakan sekumpulan orang sedang berbual. Tapi aku tak dapat memahami apa yang dikatakan. Aku lajukan langkahku. Ke arah bunyi itu.
Namun setelah 15 minit, aku gagal menemui sesiapa. Aku berhenti melangkah, berpusing ke belakang dan aku nampak seseorang.
… Eh jap…
Sesuatu sedang bergerak. Ianya sesuatu yg panjang seperti bantal peluk, dan ia berguling di atas tanah. Mula-mula perlahan, makin laju, laju dan terus laju menuju ke arah aku. Aku pusing semua dan cuba lari.
Di depan aku, ada beberapa orang pelik. Dan mereka juga memandang aku seperti aku yang pelik.
Salah seorang bertanduk, seorang lagi tanpa kepala, ada yang dengan rambut mengerbang, ada yang melompat-lompat cuba menggapai aku, ada yang terbang. Ya Tuhan, aku kat dunia mana pulak ni?
Dalam Kebingungan..
Aku cuba lari, tapi kaki aku sedang dipaut seorang budak kecil berwarna hijau dgn telinga yg panjang, mata merah hampir tersembul keluar dan gigi bertaring tajam. Lidahnya panjang, menjilat-jila kaki seluar aku.
Dapat bayangkan tak keadaan aku masa tu? Masa tu aku rasa mati adalah jalan terbaik. Walaupun aku tak tahu lepas mati apa pulak yg akan aku temui.
“Jangan ganggu dia,” tiba-tiba ada suara garau. Suara itu seakan pernah ku dengar. Dan nampak pemilik suara itu amat digeruni oleh orang-orang atau ‘benda-benda’ di situ. Semua ke tepi. Budak kecik yg berpaut di kaki aku pun melepaskan pautannya dan merangkak menjauhkan diri dari aku.
Aku mencari arah suara garau tadi. Badan aku masih tak berhenti menggigil. Baju aku dah basah dek air mata aku yang mengalir bak sungai.
Aku rasa aku dah demam!
Aku nampak sosok tubuh seorang lelaki berdiri tak jauh dari tempat aku dikerumuni sebentar tadi. Bulat mata aku memandang lelaki itu. Itulah dukun yang memberikan aku air utk diminum selama 7 hari tu.
Tak tahu kenapa ada sedikit perasaan lega di hati aku. Walaupun sebenarnya aku pun takut dan tak percayakan dukun tersebut, tapi ‘its better than nothing’ kan. Sekurang-kurangnya aku nampak seseorang yg aku pernah tengok di dunia aku yg sebenar.
Aku berlari ke arah dukun itu. Tetapi dukun itu mengangkat tangannya sebagai isyarat jangan hampirinya. Di belakangnya lebih ramai makhluk pelik. Gemuk, pendek, separuh badan, tinggi menggalah, macam-macam rupa dan bentuk.
Aku tak tahu macam mana aku mampu buka mata untuk melihat setiap rupa makhluk itu sedangkan sebelum ini aku takut sangat melihat benda pelik begitu. Mungkin bila dalam keadaan darurat begitu, aku terpaksa berdepan dengan apa saja. Aku tak boleh lari. Nak lari pun tak tahu kemana.
“Pakcik, saya kat mana ni?” tanyaku.
“Di dunia yang akan menyembuhkan sakitmu,”
“Saya nak balik, pakcik. Mak ayah saya tentu risau,” rayu aku lagi.
“Kamu tak boleh balik. Ini tempat kamu sekarang,” sahut dukun itu sambil menjegilkan matanya kepada aku.
Meremang bulu roma melihat rupanya. Dulu aku tengok dalam gelap, hanya bercahayakan sebatang lilin. Kini aku tengok dia dlm keadaan cerah, siang hari.
“Apa saya perlu buat untuk saya kembali kepada mak ayah saya?”
“Kamu hanya perlu berkawan dengan mereka ni semua, dengan hati jujur,” jawabnya sambil berpusing membelakangkan aku dan melangkah meninggalkan aku.
“Saya tak kenal mereka semua pakcik. Ini bukan dunia saya,” aku meninggikan suara.
“Jadi kamu kenalah berkenalan dengan mereka. Itulah yg mereka rasa bila kamu rasa pelik melihat mereka ketika di dunia kamu.”
Dia terus melangkah meninggalkan aku. Dan makhluk-makhluk pelik tadi kembali mengerumuni aku. Budak kecil tadi kembali menjilat tangan aku.
Dan aku pengsan!
BERSAMBUNG ..
CERITA SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : AKU NAMPAK DIA
SUMBER : KAK LONG IJA
PENULIS : FARIZAL RADZALI
PENYUNTING : IQBAL DASWARMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/aku-nampak-dia.html
PART 8
MALAIKAT
Aku tersedar bila terdengar satu suara yg amat aku kenali, yakni suara mak aku. Kedengaran suara mak aku menangis teresak-esak memanggil nama aku. Aku bukak mata. Tiada mak aku. Aku masih di tempat yang kosong tadi tapi tak nampak makhluk-makhluk ganjil tu.
“Mak,” aku memanggil.
Aku yakin sangat aku dengar suara mak aku sekejap tadi.
Aku pejamkan mata aku semula dengan harapan aku boleh mendengar suara mak semula. Tapi tiada.
Aku bangun. Aku pandang keliling. Kosong. Aku lapar. Aku penat. Aku takut. Aku keliru. Aku nak nangis. Tak tahu nak langkah ke mana dah.
Baru je nak melangkah, aku dengar seseorang berdehem. aku pusingkan badan, mencari bunyi suara berdehem tadi. Dan aku nampak pakcik dukun tadi, memegang sebilah tongkat berhulukan tengkorak manusia.
“Pakcik, saya dengar suara mak saya. Di mana dia?” aku memberanikan diri bertanya tanpa memandang wajahnya. Aku tak berani tengok wajahnya.
“Ini dunia kamu, bukan mak kamu. Mak kamu takkan sampai sini,” katanya dgn suara garau.
“Betul pakcik, saya dengar dengan jelas,” sahutku lagi sambil memberanikan diri memandangnya, untuk menyatakan kesungguhan aku terdengar suara mak aku.
“Aku dah kata tiada!!” tiba-tiba dukun tersebut menjerkah aku.
sambil membeliakkan matanya dan menghentak tongkatnya ke tanah. Tanah yang tiada berumput mahupun pasir. Segalanya kosong, atas dan bawah, kiri dan kanan.
Aku diam. Tunduk memandang kaki sendiri. Tiba-tiba aku terasa seperti kaki aku tak menjejak bumi. Aku angkat kaki aku. Betul, aku tak pijak bumi.
“Tak lama lagi kamu akan berpijak di lantai tu.” kata dukun itu lagi. Aku angkat mukaku memandang dukun itu.
“Pakcik ni siapa sebenarnya? Saya di mana sekarang ni? Mana makhluk-makhluk yang pelbagai rupa tadi?” tanyaku bertalu.
“Kau di dunia kami. Suatu ketika dulu, kamu telah mengambil sesuatu dari rumahku. Benda itu seketul batu kecil berwarna merah sebesar kurma. Ianya milik anak aku. Anak aku sangat sayangkan benda itu. Itulah permainannya. Tapi kau dah ambil dan bawa ke dunia kau. Hinggalah anak aku mati,” dukun itu bercerita.
Aku diam. Tak pernah rasanya aku ambil barang anak dia. Kenal pun tidak. Aku jumpa dukun tu, malam yang nak berubat tu je la.
“Saya rasa pakcik salah orang. Saya tak kenal anak pakcik,” aku cuba menjelaskan.
“Puas aku cari kau. Tapi tak jumpa. Hingga akhirnya aku bersumpah, sesiapapun yang mengambil barangan milik anak aku, dia akan dapat melihat dunia aku hinggalah dia memulangkan barangan tersebut.” dukun tersebut terus bercerita. Aku makin keliru. Rasa macam tak masuk akal.
“Saya tak faham pakcik. Saya minta maaf jika saya ada buat pakcik marah. Tapi saya memang tak ingat langsung siapa pakcik atau anak pakcik. Boleh tak pakcik tunjukkan cara untuk saya balik ke dunia saya?” kataku masih mencuba. Aku yakin pakcik tu silap orang.
” Kau takkan balik selagi tak pulangkan barang anak aku!” jerkah dukun itu lagi.
“Kau akan tinggal di sini, hidup dalam dunia kami, makan makanan yg sama dengan kami, dan mati dengan cara kami,” katanya lagi membuatkan aku terus duduk dan diam.
Aku menangis. Air mataku mengalir deras. Apa lagi yg aku boleh buat? Aku nampak makhluk pelik tu makan tulang. Takkan aku nak makan tulang?
Aku tengok makhluk pelik tu bergaduh sesama sendiri bila berebut tulang. Takkan aku pun kena berebut dengan mereka. Aku tengok makhluk pelik tu makan badan kawan lain, walaupun kawan tu masih hidup. Takkan aku pun akan dimakan macam tu.
Ya Tuhan. Tolong aku….
Tiba-tiba dengar suara seorang lelaki. Aku tak cam suara tu. Itu bukan suara dukun tadi. Bukan suara ayah aku. Bukan suara yang aku kenal juga.
“Pulangkan dia. Dia bukan milik kau. Dia milik Penciptanya,”
Tak semena-mena dukun tadi muncul. Wajahnya lebih bengis dari yg selalu aku nampak. Dan muncul juga beberapa makhluk pelik di belakangnya.
“Dia ambil barang anak aku. Aku hanya akan benarkan dia balik selepas dia pulangkan barang anak aku,” sahut dukun itu.
Aku memusingkan badan aku, memandang keliling mencari suara lelaki asing tadi. Tak nampak sesiapa, cuma nampak berekor-ekor makhluk pelik di merata-rata. Seperti lebih banyak dari yang sebelumnya.
Sekarang apa pulak??
BERSAMBUNG ..
CERITA SERAM 📛 MELAYU BERSIRI
TAJUK CERITA : AKU NAMPAK DIA
SUMBER : KAK LONG IJA
PENULIS : FARIZAL RADZALI
PENYUNTING : IQBAL DASWARMAN
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/04/aku-nampak-dia.html
PART 9 #FINAL
PULANG
“Pulangkan dia secara baik dan aku takkan ganggu masyarakat kau. Tapi kalau kau berdegil, aku juga akan berkeras.” Aku dengar suara lelaki asing tadi lagi.
“Tidak! Selagi dia tak pulangkan barang milik anak aku,” sahut dukun tadi dengan wajah penuh marah memandang ke satu arah di atas kepalanya. Aku mendongak memandang ke atas yang dia pandang tapi tak nampak apa-apa. Makhluk-makhluk pelik yang banyak tadi semuanya seperti ketakutan.
“Anak kamu dah tiada. Itu perjanjian dia dengan Tuhannya. Siapa kamu untuk mengatakan kematiannya angkara makhluk lain di bumi ini? Dan siapa kamu utk menuntut hak di atas kematian yg dimahukan Tuhan?” sahut lelaki asing itu lagi.
Pakcik dukun itu mendengus sambil menghentak-hentak tongkat bertengkorak manusia itu. Setiap kali dia menghentak tongkatnya, makhluk lain menutup telinga seolah bunyi hentakan itu amat menakutkan tapi aku tak dengar apapun.
”Pulangkannya sekarang. Aku minta cara baik,” terdengar suara lelaki itu lagi.
“Tidak!”
“Dulu dia masuk ke dunia aku tanpa izin. Dia ganggu hidup aku. Dia sebabkan anak aku mati. Dan kemudian dia balik ke dunia kamu dengan tenang setelah menyusahkan aku. Sekarang dia masuk ke dunia aku dengan kerelaan hatinya sendiri. Kenapa pula aku nak hantar dia balik?” jawab pakcik dukun itu. Dia berpusing² seolah sedang mencari akal untuk melawan.
“Kau sendiri tahu, kau semua boleh melihat kami. Boleh melihat dunia kami. Itu kelebihan yang Tuhan anugerahkan kepada kau. Tapi anak itu tiada kelebihan itu. Dia tak boleh melihat dunia kamu. Dia tak tahu apa-apa. Dia tak ingat apa-apa. Tapi kamu kena ingat, darjat anak itu lebih tinggi dari kamu.”
“Tidak!!”
“Aku takkan pulangkan dia. Dia milik aku sekarang,” dukun itu seolah menggigil. Tak tahulah menggigil marah atau menggigil takut.
“Baik, aku dah minta cara baik. Tapi kau tak mahu bekerjasama. Jadi, aku terpaksa ambil anak ini dengan cara aku,”
Aku lihat makhluk pelik lain lari bertaburan. Ada yang jatuh dipijak makhluk lain, yang terbang pun berlaga sesama sendiri. Dan akhirnya tempat itu kembali kosong. Tinggal aku dengan dukun itu saja.
Dukun itu memejamkan matanya. Suasana sunyi seketika.
Dukun itu membuka matanya. Memandang tepat ke arah aku. Dia melangkah menghampiri aku. Mengangkat tongkatnya tinggi di udara. Dan tindakannya seolah mahu menghentak kuat kepalaku dengan tongkatnya.
Aku tak berdaya bergerak. Segala sendi aku seperti telah dikunci. Aku menangis, teringat kat mak ayah dan adik-adik. Takkanlah aku akan mati secara ini. Di tempat yang aku tak tahu di mana. Bukan di dunia aku.
Ketika tongkat dukun itu hampir dengan kepala aku, tongkat itu terhenti tiba-tiba. Dan terapung di udara. Sayup² aku dengar laungan azan.
“Allahu Akbar Allahu Akbar,
Asyhadu An-Laailaa Ha Illallah”
Pakcik dukun itu duduk sambil menutup telinganya. Wajahnya memang ketakutan dan kesakitan.
Seketika kemudian kawasan itu dipenuhi asap putih yang tebal. Aku lemas. Aku tak boleh bernafas. Dan akhirnya aku tak sedar apa berlaku.
Aku tersedar bila terdengar suara seseorang memanggil nama aku. Dan aku terasa seperti muka dan rambut aku di lap dengan kain basah. Aku buka mata. Kabur.
“Alin, Alin… Bangun nak,” Aku dengar suara mak. Aku buka mata sekali lagi. Aku nampak mak, aku nampak ayah. Aku nampak ramai orang. Aku menangis, aku bersyukur, aku dah balik.
“Alhamdulillah. Dia dah sedar.” terdengar suara ayah.
“Mak, semalam Alin pergi kat mana entah. Alin jumpa dukun yg kita pergi berubat tu,” aku bercerita tanpa pedulikan orang keliling.
“Semalam apa pulak. Kamu dah 2 minggu ‘hilang’,” kata emak. Aku diam. Eh, baru semalam aku pergi rasanya.
“Ustaz ni jumpa kamu kat ladang kelapa sawit belakang rumah opah,” jelas mak lagi.
Aku diam, termenung dan berfikir. Baru semalam aku dengan dunia satu lagi tu kot. Kalau 2 minggu rasanya aku mati dah.
“Dah, jangan cakap apa-apa lagi dengan dia. Biarkan dia rehat. Biar memori dia lupakan dunia satu lagi tu. In shaa allah dia akan ok tak nanti. Kalau perlu, bawa dia ke hospital utk dapatkan rawatan. Badannya dah kekurangan zat.” kata lelaki yang mak aku kata ustaz tu.
Ustaz tu keluar diikuti dengan ayah dan beberapa orang lain di situ.
“Mak, betul ke Ida dah hilang 2 minggu?” aku tanya lagi.
Mak tak jawab. Mak bawakan makanan. Mak suruh aku makan. Dan aku yang memang sedang kelaparan, aku makan.
Aku nampak mak menangis.
“Kenapa mak?”
Mak hanya gelengkan kepala.
“Cakaplah mak. Apa dah jadi?”
“Sebenarnya malam yang kita nak pergi berubat kamu tu, kita telah disesatkan. Ayah sebenarnya nak pergi ke rumah lain. Tapi kita telah ‘dibawa’ ke rumah dukun jelmaan itu. Masa tu lagi kita dah masuk ke dunia dia. Dunia jin.”
Aku melopong. Terhenti makan sekejap. Patutlah banyak sangat benda pelik yang aku nampak.
“Ayah kamu rasa bersalah sangat tu. Sebab tergesa-gesa nak bawak kamu berubat. Sampai dipesongkan dek jin,” kata mak.
Aku diam. Aku sambung makan. Aku lapar.
Sejak kejadian itu, aku tak nampak makhluk pelik lagi. Tapi aku masih boleh lihat sesuatu. Aku nampak sesuatu yang orang lain tak nampak. Tapi kali ini aku dah tak takut. Cuma aku akan terpanik la sekejap sebab benda-benda macam ni muncul secara tiba-tiba. Tapi rupa mereka tak menakutkan. Mereka sama macam kita. Dan aku rasa mereka tak tahu aku nampak mereka. Jadi mereka tak ganggu aku, dan aku tak ganggu mereka.
Aku nampak dia.
Aku nampak orang yg dah mati!
-TAMAT-
Comments
Post a Comment