KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU - #SEASON 1

CERITA2 MISTIK, MISTERI & SERAM #CGCHZONE

CERITA² MISTIK, MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI


CERITA² MISTIK, MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/03/koleksi-cerita-seram-melayu.html
01. GADIS RAMBUT PANJANG DI AIR TERJUN
02. KESUMAT
03. KERASUKAN JIN CINA
04. DIKACAU WAKTU CUTI
05. KELIBAT BUDAK BUTA DI FLAT
06. HANTU HUTAN
07. ANAK - ANAKKU BERKAWAN DENGAN PENUNGGU RUMAH
08. APA ADA DALAM ALMARI ? 
09. HANTU KAH MANUSIA
10. APAKAH BENDA ITU..?

01. GADIS RAMBUT PANJANG DI AIR TERJUN

CERITA² MISTIK, MISTERI 📛 SERAM
KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU
HIMPUNAN CERITA SERAM
TAJUK CERITA : GADIS RAMBUT PANJANG DI AIR TERJUN
KARYA : HAMBA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
http://thehorrorzon.blogspot.com/2020/03/koleksi-cerita-seram-melayu.html
Aku sebenarnya baru je tau kewujudan web ni jadi apa salahnya kalau aku nak kongsi cerita dan pengalaman seram aku kat sini. Untuk cerita pertama kali ni aku nak cerita berkenaan pengalaman seram aku ketika camping di Lata Kijang, Perak.
Cerita ni agak lama jugak la, 2006 macam tu la. Kalau mana yang tak tau kat mana Lata Kijang, tempat tu terletak kat Tapah Perak dan air terjunnya korang boleh nampak dari Highway sebelah kanan kalau mengarah ke Utara. Memang tinggi air terjun ni.
Kisah bermula ketika tu aku di ajak oleh kawan aku untuk tolong dia handle 1 program student daripada Kelab Kembara Politeknik. Kira aku ni jurulatih untuk program tu la. Ada dalam 40 orang student, 3 orang pensyarah pengiring dan kebanyakkannya adalah perempuan. Kami geng jurulatih ada dalam 10 orang. Program tu berjalan selama 3 hari 2 malam. Kami semua tidur di khemah yang terletak tak jauh dari sungai. Untuk aktiviti hari pertama lebih kepada games dan ice breaking je. Masa malam pun just banyak buat talk dan games yang simple.
Hari yang kedua maka bermulah program yang agak fizikal. Bermula dengan aktiviti jungle trekking menuju ke puncak air terjun. Sampai je di puncak semua peserta perlu memasak makanan dorg sendiri dengan bekalan yang dah di sediakan. Lepas makan, mandi sungai dan Solat Zohor kitaorang pun bergerak turun ke campsite. Laluan naik dan turun ikut jalan yang berbeza di mana jalan naik lagi jauh dari jalan turun tetapi jalan turun lagi lambat kerana perlu melalui kawasan yang curam betul-betul di tepi batuan air terjun tu.
Kebetulan masa turun tu hujan renyai, maka lagi best la kami gasak peserta tu ikut laluan yang licin. Ade yang menggelongsor, ade yang berguling dan macam2 lagi la style dorang. Memang berselut abis la pserta tu dari atas kepala sampai la ke kasut.
Kami sampai di campsite dalam pukul 5 macam tu. So semua peserta di arahkan membersihkan diri, solat dan siap2 untuk aktiviti malam persembahan dan BBQ. Masa semua tengah mandi sungai aku terperasan sorag budak pompuan ni dok mandi berasingan daripada kawan2 lain kat tepi sungai sambil membilas rambut dia yang agak panjang. Memang aku slalu ushar budak ni start dari hari pertama lagi. Anis namanya. Lawa beb, muka ala-ala Fasha Sanda masa bujang dulu la. Tahun 2006 kan masa tu.. Aku dok tengok je dari jauh sambal menikmati keindahan ciptaan tuhan kata orang. Hahahha…
Bila time nak solat Maghrib semua peserta berkumpul untuk berjemaah termasukla geng pompuan yang uzur. Tapi bila “tok penghulu” program kira jumlah student jadi tak cukup sorang. Aku dan kawan2 jurulatih yang lain jadi gelabah cipan la kejap pasal risau hilang di hanyut sungai ke. Jadi kami putuskan suruh student semua teruskan solat maghrib dan geng2 jurulatih yang lain pergi mencari ke mana hilangnya sorang lagi peserta tu. Nama budak yang hilang tu ANIS, budak yang sama yang aku dok ushar tu. So berkumandang la panggilan ANIS..!!! di tepian sungai sambil kami menyuluh2 mencari kelibatnya.
Aku ngan member aku (zul) mencari ke arah jalan menaik ke arah laluan atas menuju air terjun. Lepas je kami lintas satu jambatan kecil, aku nampak macam kelibat orang tengah duduk kat tepi pokok buluh di gigi air betul2 di kawasan gelongsor kolam. Terus aku mintak Zul suluh ke arah tu. Haaaa…memang betul itu ANIS. Elok je dia tengah sikat rambut sambil menyanyi lagu yang aku sendiri tak tau tajuk dia. Mungkin lagu klasik sangat kot. Tapi bila aku perhati betul2-betul dari jauh, muka dia pucat gila dan yang paling seram mata hitam dia takde.. Memang sah si Anis ni dah kena sampuk.
Terus aku roger kawan2 yang lain menggunakan walkie talkie cakap aku dah jumpa ANIS. Kami semua adala dalam 7 orang masa tu. Terus kami menghampiri Anis dan pujuk dia balik ke campsite. Anis cuma gelak-gelak manja je. Tapi bagi kami semua benda ni dah tak manja tapi seram sebenarnya. Ketua jurulatih bagi arahan suruh angkut je si Anis ni macamana cara pun. Kami pun berenam paksa dan pikul dia bawak ke campsite. Memang berat yaamat mengalahkan angkat moto. Berkali-kali jugakla kami berhenti sementara nak sampai ke campsite yang jaraknya lebih kurang dalam 700 meter je. Yang si Anis tu kejap meronta, kejap gelak dan kejap menangis sepanjang kami mengusung dia ke campsite.
Sampai je kat campsite semua student yang lain dah sedia maklum pasal keadaan Anis. Ramai geng pompuan yang memilih untuk stay jauh dari kami semua. Nasib baik dalam group pensyarah pengiring tu ade sorang ustaz. So dia la yang tolong pulihkan Anis. Macam-macam jugakla ayat yang ustaz ni baca. Dekat 30 minit ustaz tu merawat Anis. Ustaz tu memanggil kawan-kawan sekumpulan dengan Anis. Dia tanya ada tak masa pegi jungle trekking pagi tadi dorang ade terambil apa-apa barang yang pelik. Sorang kawan dia kata yang Anis ada ambil seketul batu hitam kecik masa mula-mula nak jungle trekking tu pasal dia kata batu tu cantik. Ustaz tu suruh kawan di pergi geledah khemah Anis untuk cari batu tu. Jenuh jugakla kawan2 dia menyelongkar khemah dan bag Anis dan selepas lebih 10 minit baru jumpa batu tu kat dalam bag dia.
Ustaz tu cakap yang Anis dah terambil barang benda ghaib. Benda tu marah dan nak Anis sebagai gantinya. Setelah kawtim, ustaz cakap benda tu setuju tak kacau Anis jika batu tu di pulangkan. So aku dan Zul di pilih untuk hantar batu tu ke tempat yang aku jumpa Anis kat pokok buluh awal-awal tadi. Alasan dorang kerana aku dan Zul yang jumpa dia dulu…binawe betui…
So aku dan Zul pun terpaksa jugakla melangkah pergi kat tempat yang seram tadi tu. Sampai je kat kawasan pokok buluh tu aku suluh dengan lampu dan kami sesusuk lembaga menyerupai ANIS ada kat situ dengan keadaan yang lagi seram. Rambut dia kusut, muka pucat, mata putih dan baju putih lusuh. Aku berbisik pada Zul “ini la kot yang orang panggil puntianak tu kan..” Zul hanya mengangguk dan mencadangkan untuk segera menyelesaikan misi seram kami ni. Untuk meletak batu tu dekat sebelah makhluk tu memang tak brani la aku. Gila apa nak mengadap benda tu depan-depan muka. Aku ambil keputusan untuk jalan mengudur sehabis rapat ke arah pokok buluh tu. Aku mengundur sambil Zul guide aku untuk pastikan aku sampai ke pokok buluh tu dengan sehampir mungkin. Bila Zul kata “haaa..dah boleh letak batu tu..” aku pun main campak je ke tepi dan lepas tu apa lagi….caaaabbbooottttt la. Dalam aksi ala-ala acara larian pecut sukan Olympik tu, 3-4 kali la aku n Zul tu tersungkur tersadung batu. Aku tak peduli sakit dah pasal seram gila dengar benda tu mengilai kuat dari jauh.
Sampai je kat campsite kami di sambut dengan tepukan daripada peserta dan pujian di atas keberanian kitorang. Dorang tak tau yang kami sendiri pun macam nak hilang nyawa dan tungging langgang sementara nak sampai ke campsite. Dan yang peliknya dorg tak dengar apa-apa pun suara mengilai walaupun tempat tu xdela jauh mana. Anis pula aku tengok dah sedar dan sedang ditenangkan oleh kawan-kawan dia.
Malam tu semua tak berani nak lepak luar khemah. Semua program di batalkan dan semuanya diarahkan tidur awal. Cuma kami geng2 jurulatih bergilir-gilir berjaga di kawasan pondok utama. Aku dan Zul tu dapat pengecualian pasal kami dah “kerja teruk” awal tadi. Memang tak sabra nak tunggu hari siang masa tu. Kami semua masa tu berharap agar tak ada lagi benda-benda yang mengganggu. sekian
KARYA : HAMBA
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI

02. KESUMAT
Oleh : NUR AFRAH RADZI
Azmier membelek kunci dengan nombor biliknya di tangan sebelum matanya difokuskan pada satu persatu nombor yang tertera di pintu bilik sepanjang lorong yang dilewatinya. 207-Nombor itu di ulang baca di dalam hati sehingga lah dia menemuinya di hujung lorong. Dia mengeluh lega. Badannya betul-betul letih lesu menghadap kesesakan lalu lintas untuk ke sini. Dia membuka kunci, lalu menolak daun pintu itu sehingga terbuka. Bilik itu luas dan selesa. Azmier merebahkan badannya ke atas katil. Mahu melepaskan lelah sejenak. Matanya dipejamkan tetapi tidak sampai lima minit, dia bingkas bangun semula. Mukanya terasa disapu sesuatu. Sesuatu seperti rambut! Azmier menggeleng. Mungkin dia terlalu letih. Dia perlu mandi. Fikirnya, lalu tuala yang terlipat kemas di atas katil diambilnya sebelum dia berlalu ke bilik air. Air paip dibuka, lalu ditadah dengan gelas yang tersedia di tepi sinki. Air yang kotor berkeladak memenuhi gelas. Azmier kerut dahi. Kenapa kotor sangat air ni? Bunyi deringan telefon mematikan seketika andaiannya. Dia bergegas keluar.
"Hello, yaa Jai. Aku dah sampai. Baru nak mandi. Dah, siap dah. Kau nak tengok ke? Aku buat draft dulu. Kau online tak ni? Aku tunjuk sekarang."
Azmier membuka bag komputer ribanya lalu menolak pintu sliding door untuk ke balkoni. Dia duduk di atas meja yang disediakan lalu membuka komputer ribanya. Seketika kemudian, muncul muka Jai di komputernya. Kertas draf di tangan di belek satu persatu.
"Jap weh."
"Take your time. Sorry ah, aku terpaksa kacau daun." Kata Jai sebelum mengekek ketawa.
"Eh, Kacau daun apanya.. Aku sorang je ni. Ifa tak ikut." Balas Azmier selamba.
"Ifa tak ikut?? Habis tu atas katil kau tu... siapa? Takkan kau curang... "
Jai bertanya separuh berbisik.
"Tak kelakar bro.. Cinta hati aku Ifa sorang je. Kau jangan nak merepek lah!" Azmier memotong.
"Okey then, kalau kau datang sorang, habis tu siapa?" Jai menekan.
"Kau jangan macam-macam weh. Sumpah tak kelakar siot malam-malam ni." Azmier ketap bibir geram.
"For God sake Mier! Muka aku sekarang macam aku main-main ke? Damn.. Whatever that things are, she's moving!" Jai mendekatkan mukanya ke skrin sambil meninjau melepasi badan Azmier.
Azmier telan liur. Entah kenapa bulu romanya berdiri tegak. Meremang!
"Bro, aku off dulu. Nanti aku call kau." katanya sebelum mematikan komputer ribanya.
Dia berpaling ke belakang, ke arah biliknya. Jantungnya berdetak menggila bila melihat seorang perempuan berpakaian putih kelusuhan berada di sisi katilnya dan apa yang membuatkan tubuhnya seram sejuk adalah keadaan perempuan itu yang terapung tidak menjejak lantai!
Azmier telan liur. Cuak. Panik. Dia perlu berjalan melepasi susuk misteri itu untuk ke pintu utama. Tiada pilihan, dia menarik nafas sebelum menapak masuk. Segala jenis doa dan ayat suci sudah lintang pukang dibacanya. Dia cuba untuk tidak mempedulikan perempuan itu. Sebaik sahaja dia melangkah, perempuan itu berpaling ke arahnya. Azmier mempercepatkan langkah ke pintu. Mahu sahaja dia lari tetapi langkah kakinya terasa kaku dan berat. Sekilas, hidungnya menangkap bau sesuatu yang terbakar rentung. Menusuk ke rongga hidungnya disusuli bau hanyir darah. Azmier hampir tiba ke pintu apabila langkahnya terhenti serta merta. Perempuan berbaju putih itu muncul dengan muka terbakar rentung betul-betul di hadapan pintu keluar! Azmier menjerit kuat! Itu lah perkara terakhir yang dia ingat sebelum terjaga daripada pengsan.
"Encik okey ke?" Satu suara menyapanya bila dia membuka mata.
"Saya kat mana ni?" tanyanya. Persoalan lelaki itu di biar tak berjawab.
"Lobi Resort Saujana Indah Encik. Kami jumpa Encik pengsan tepi kolam renang. Kami ingat encik lemas, tapi badan encik tak basah pun." balas lelaki itu.
"Saya kena ganggu dengan sesuatu. Tadi saya dalam bilik 207!" balasnya laju.
"207? Eh, mana ada nombor bilik tu encik. Dah lama bilik bernombor 207 tu tak wujud sebab terbakar 3 tahun lepas."
Azmier terkedu. Biar betul! Dia berpaling ke belakang, melihat sekitarnya.
"Tapi tadi..." ayatnya tergantung.
Lelaki muda tadi sudah tiada. Dia bukan lagi di tepi kolam renang, sebaliknya di dalam bilik 207 itu semula! Badannya menggeletar teruk.
Shriitt
Shrittt
Bunyi kuku tajam mencakar cermin kedengaran membingit telinga. Azmier berpaling melihat cermin meja solek yang bergegar teruk sebelum gegaran itu berhenti mendadak.
'Kenapa bunuh aku?!!!'
Ayat itu muncul di atas cermin meja solek.
"Aku tak bunuh kau la setan!!! Berhenti kacau aku!!" jeritnya kuat. Bilik itu direnungnya marah.
TV yang tadinya padam tiba-tiba terbuka sendiri. TV itu sedang menayangkan sesuatu. Satu gambaran hitam putih lelaki dan perempuan yang sedang berjalan berpegangan tangan di sebuah lorong panjang melewati beberapa buah pintu bilik di kiri dan kanan mereka. Azmier menghampiri TV itu. Imej yang ditayangkan seperti gambaran daripada cctv, lengkap dengan tarikh, hari dan masa. Lelaki dan perempuan tadi berhenti di hadapan sebuah bilik. Bilik paling hujung di lorong yang panjang itu. Azmier mengerenyet sedikit. Biliknya sekarang. Nombor 207 terpampang jelas pada pintu bilik di skrin TV. Mereka berkucupan mesra sebelum pintu bilik dibuka.
Paparan di luar bilik itu bertukar. Azmier mengecilkan mata melihat suasana di dalam bilik itu yang sama tidak berubah seperti sekarang. Lelaki dan perempuan tadi sedang duduk berkucupan mesra di atas katil pula sebelum lelaki itu bangun, seperti terganggu dengan sesuatu. Dia menyeluk poket seluarnya. Mengeluarkan telefon bimbitnya lalu telefon itu ditekap ke telinganya. Kali ini lelaki itu berpaling menghadapnya. Azmier jatuh terduduk. Wajah lelaki itu, saling tak tumpah sepertinya!
Lelaki di dalam skrin itu menamatkan perbualannya di telefon. Dia menjelaskan sesuatu kepada wanita bergaun separas lutut itu sebelum bergegas keluar. Paparan di skrin sekali lagi bertukar menunjukkan keadaan di luar bilik, lebih kurang 20 minit selepas lelaki itu keluar. Tiga orang lelaki berpakaian gelap kelihatan di luar pintu bilik. Dua orang daripadanya sedang menuang sesuatu di pintu depan bilik. Sebelum beredar, lelaki yang ketiga menghidupkan sebatang mancis. Mancis yang menyala itu dicampak ke bawah sebelum mereka bertiga melarikan diri. Api terus marak menyambar minyak tanah yang bergenang di muka pintu. Kejadian tersebut berlaku terlalu pantas. Siaran ditamatkan di situ. Azmier terngadah. Lampu bilik itu kembali terang benderang.
Lama dia duduk termangu di situ sebelum dia bangun, mencapai kunci kereta dan telefon bimbitnya yang bertaburan di atas lantai. Kali ini, rasa amarahnya membuak. Penumbuknya di kepalkan sebelum dia bergegas keluar dari bilik itu menuju ke arah keretanya. Dia meloloskan badannya ke dalam kereta. Satu panggilan di buat sebelum kereta itu membelok ke jalan utama menuju ke lebuh raya.
************
Suasana di kedai makan itu masih meriah walaupun jam sudah menginjak ke pukul 2 pagi. Azmier menyedut air yang dipesannya sekilas. Sekadar membasahkan tekak yang kering.
"Kenapa tak terus pergi rumah Along je?"
Kerusi di hadapannya di tarik sebelum seorang lelaki duduk di hadapannya. Azmier memandang kembar seirasnya, Azied.
"Tak nak susah kan Kak long. Along sihat?" Dia berbasa basi.
"Macam ni lah..." Azied menjawab sambil menyalakan rokok.
"Along kenal perempuan ni?"
Azmier menghalakan telefon bimbitnya ke arah Azied. Satu petikan berita dan gambar mangsa kejadian terpampang di skrin telefonnya. Azied membetulkan duduk. Tidak lagi duduk santai seperti tadi.
"Kenapa dengan dia?" Soalan di balas soalan.
"Along kenal dia tak?" Azmier menekan suara. Serius.
"18 Mac 2016, Along ada dengan dia kan? Dekat Resort Saujana Indah. Or to be exact, bilik 207." Azmier menyambung kata. Wajah tergamam Azied direnung tajam.
"Macam mana kau..."
"Macam mana aku tahu tak penting. Sekarang ni, betul ke Along yang upah orang untuk bunuh dia?" Azmier memotong laju. Azied terdiam. Bibirnya diketap beberapa kali. Resah.
"Along tak bunuh dia."
Azied menjawab perlahan. Satu keluhan halus dilepaskan sebelum dia menyedut rokok yang dikepil di jarinya. Asap rokok keluar berkepul mencemar udara.
"Stela. Aku kenal dia melalui kawan. Dia setiausaha kawan aku."
"Kak long tahu?"
"Tak. Razif, kawan aku sendiri pun tak tahu. Kami bercinta senyap-senyap. Aku bawa dia ke resort tu sebagai hadiah bulan madu kami.”
"What?!! Along kahwin dengan dia?!!"
Azmier meninggikan suara. Separuh pelanggan kedai makan itu menoleh memandang mereka. Azied menjegilkan mata tanda amaran supaya adiknya memperlahankan suara.
"Ya.. Kami nikah senyap-senyap. Malam kejadian tu, masa dalam bilik hotel, aku dapat panggilan dari kak long kau. Dia cakap Dura jatuh tangga. Aku terus berkejar balik ke Seremban. Aku tinggalkan Stela di situ dengan janji, aku akan datang balik jemput dia."
Azied mengeluh perlahan. Dia menongkat kepalanya dengan kedua belah tangannya. Rambutnya diramas kasar.
"Aku sayangkan dia." Azied bersuara sebak.
"Dia serang aku. Muka kita sama. Dia mungkin ingat aku ni, kau. Kebetulan, aku ada seminar di Saujana Indah tu."
Azmier menjelaskan. Azied mendongak melihat wajah adiknya.
"Dia tak pernah kacau Along ke lepas kejadian tu?" Azmier bertanya.
"Tak... Dia cuma tinggalkan nota. Di bilik air lepas Along mandi, akan ada tulisan I Miss You di cermin. Dulu masa dia masih hidup, dia suka tulis macam tu. Kadang-kadang di tingkap kereta Along yang basah berembun. Along tahu dia yang tulis. Kak long tak pernah buat macam tu."
"Baru-baru ni, mak ada cerita kat aku, Along telefon minta nombor telefon Ustaz Zahid. Kenapa?" Azmier menarik gelas minuman yang sudah separuh isinya itu. Disedut air yang masih bersisa itu sehingga habis.
"Kak long kau. Dia asyik meracau sekarang ni. Entah la. Risau Along. Sebab tu Along mintak nombor ustaz tu. Minta dia tolong tengok kan. Dura pun berperangai pelik dua tiga minggu lepas."
"Perangai pelik macam mana?"
"Ada satu malam, dia menyanyi lagu Happy Birthday dalam bilik dia. Dia duduk sorang-sorang dalam bilik tu. Bergelap. Dia cakap ada kakak minta dia nyanyikan. Kebetulan, hari tu memang birthday Stela." jelas Azied. Azmier terpempam. Sudah lama dia tak berjumpa anak saudaranya yang berumur empat tahun itu.
"Tak. Semua ni bukan kebetulan Long. Dia nak balas dendam."
"Tapi, bukan Along yang bunuh dia." balas Azied geram. Belum sempat Azmier membuka mulut, telefon bimbit abangnya berbunyi. Tertera nama Syifa di skrin.
"Hello sayang..."
Jeda.
"Abang balik sekarang!" Azied pantas bangun.
"Kenapa Long?"
"Dura meracau!"
"Aku ikut." balas Azmier laju sambil meletak not 10 ringgit di atas meja.
Mereka bergegas menaiki kereta ke rumah Azied yang tidak jauh dari kedai makan itu. Sebaik tiba di rumah Semi D dua tingkat itu, Azied terus memarkir keretanya di porch. Seluruh rumah itu gelap gelita sedangkan sewaktu dia keluar tadi, halaman rumahnya dilimpahi cahaya lampu taman yang memang dibiar buka sehingga pagi. Rumah lain di sekelilingnya diterangi lampu. Pelik. Isterinya takut gelap. Tak mungkin dia sanggup duduk bergelap begini. Azied berlari ke muka pintu. Pintu terkuak buka sebelum sempat dia memulas tombol. Rumah itu sunyi sepi.
"Sayang!" Azied melaung memanggil isterinya. Diam. Tiada jawapan balas.
Arghhhhhhhhhhh!!!!!!
Satu jeritan kasar kedengaran di ruang atas. Azied bergegas mendaki tangga. Azmier menyalakan lampu dari telefon bimbitnya sebelum mengekori abangnya dari belakang. Jeritan itu bertukar kepada hilaian tawa. Mereka bergerak ke bilik utama. Bilik Azied dan Syifa.
"Sayang..."
Azied memanggil Syifa yang duduk melutut di tepi katil. Isterinya itu sedang tersenggut-seng
gut menangis. Tangannya menyentuh bahu isterinya. Syifa berpaling. Azied mengucap panjang. Wajah isterinya bertukar hangus rentung dengan lelehan darah basah yang jatuh mencemari gaun tidurnya.
"Semua ni salah kau!!!" Jerit Syifa dengan suara meredam kasar.
"Along!"
Azmier menunjuk ke arah balkoni. Dura sedang berdiri di atas palang balkoni. Azied berlari ke pintu gelongsor, cuba menghalang anaknya daripada terjun namun Dura hanya tersenyum padanya sebelum melayangkan badannya ke bawah. Dum!!! Azied menjerit histeria. Dia melihat ke bawah. Dura tiada di situ. Satu esakan kecil kedengaran dari dalam almari. Azmier berlari ke almari itu lalu membukanya. Anak saudaranya, Dura sedang teresak menangis di balik helaian baju yang tergantung. Azmier terus memeluknya erat.
"Pak ngah.. Dura takut.." esak Dura terketar.
Syifa bangun dari duduknya. Dia ketawa berdekah-dekah kerana berjaya mempermainkan dua kembar itu.
"Berhenti kacau keluarga aku!! Aku tak pernah terfikir pun nak bunuh kau, Stela!!" Azied menjerit marah. Syifa, atau jelmaan Stela memiring kepalanya ke arah Azied. Dia tersenyum.
"Bukan kau. Tanya lah isteri kesayangan kau!! Tanya dia siapa yang bunuh aku!!" Syifa mengaum marah sebelum terjelupuk jatuh.
"Syifa?" Azied memanggil. Isterinya menggigil ketakutan.
"Abang..."
"Tanya dia siapa yang bunuh aku!!!"
Suara Stela kedengaran bergaung di ruang kamar utama itu. Syifa menangis ketakutan.
"Abang... Syifa minta maaf.. Syifa takut. Syifa tak nak kongsi abang dengan orang lain.." Syifa memeluk kaki suaminya.
"Syifa tahu?" Azied melutut memandang isterinya. Syifa mengangguk.
"Syifa pernah ikut kereta abang. Abang pergi rumah perempuan tu. Syifa geram... Syifa upah orang.."
**********
Imbas kembali
Syifa mendail nombor seseorang. Jam di dinding dijeling sekilas. Pukul 9.20 malam.
"Dia dah sampai ke?" Dia bertanya sebaik sahaja talian bersambut.
"Dah. Dia dah naik ke bilik."
"Follow dia. Jangan sampai terlepas."
"Baik."
Talian diputuskan. Syifa merenung anaknya yang sedang bertatih menaiki anak tangga. Dura baru berusia setahun lebih ketika itu. Tangannya di depa ke depan, lalu tubuh anak kecil itu ditolaknya sehingga terjatuh sebelum nombor suaminya didail.
"Abang! Dura jatuh tangga! Syifa on the way pergi hospital!" Suara teriakan Dura kedengaran melatari perbualan dengan suaminya.
"Abang balik sekarang!"
Syifa tersenyum. Out station konon! Dura yang masih menangis digendongnya.
***********
"Syifa bunuh dia??!"
Azied meraup muka tak percaya. Azmier yang berada di sudut bilik itu melopong mendengar penjelasan kakak iparnya.
"Syifa minta maaf.."
"Bukan pada abang." Azied merungkai jari jemari Syifa yang mengenggam erat lengannya.
" I minta maaf Stela.."
Dura bangun daripada duduknya. Anak kecil itu berjalan ke pintu gelongsor kaca lalu berhenti di situ. Satu hembusan wap di cermin terhasil. Azied merenung ke arah wap itu. Satu tulisan muncul.
'I miss You.'
Dura memandang keluar tingkap kaca sebelum tangannya di angkat seolah melambai seseorang.
"Kakak dah pergi.."
Tulisan yang tadinya jelas, Kini menghilang. Bilik itu kembali terang berderang.
"Dura ikut Pak ngah turun bawah dulu ya..Nanti ayah ikut." bisiknya pada Dura.
Anak kecil itu mengangguk sebelum menghilang di balik pintu bersama bapa saudaranya. Azied mengeluh berat. Telefon bimbitnya dicapai.
"Hello polis.. "

T. A. M. A. T

03. KERASUKAN JIN CINA
Assalammualaikum dan salam sejahtera
haii uoollsss im back hehe..kali nie nora nak ceritakan tentang kerasukan hantu cina.. so mana yang belum baca tentang Hostel Puchong Prima dah boleh baca yang tu dulu.. ok let get it startt…
kali ni aku nak ceritakan pasal member aku yang bernama Isya. Dia kene rasuk hantu cina dekat hostel yang sama kami duduk. Ok kisahnye bermula mcm nie,
waktu tu dah malam jam menunjukkan 2 pagi. Aku dan rakan aku 2 orang baru balik kerja. Maklum laa kerja hotel balik lewat malam. Dah penat kerja, ditambah pulak penat jalan kaki bila nak balik. Dalam perjalanan pulang, kami borak-borak sambil gelak ketawa. Tiba tiba aku terdengar bunyi orang menjerit… “aaaaaaaaahhhhhhhhhhhh” Kuat giler jeritan tu. Tergamam jiuga seketika. Kami memberanikan diri untuk mencari arah jeritan tuu kat mana. Rupa-rupanya jeritan tersebut dari hostel kami. Pelik juuga aku sebb hostel aku xde org. Member lain semua pergi makan. Sedangkan aku pulak baru balik kerja. Sampai ja rumah, aku terus buka pintu dan sungguh menyejutkan kerana Isya tengah cangkuk dengan rambut panjang ke depan seperti kene kerasukan. Seram sejuk ku rasa. Kami berpandangan sesama kami melihat keadaan Daisy. Apa yang paling mengejut dan menakutkan ialah ketika itu Isya sedang memegang pisau dan menghalakannya ke arah kami. Sambil pegang pisau tu, keadaan Isya meliat liat sambil menjerit lagaknya seperti cacing kepanasan.. Suara jeritan isya kedengaran satu flat sehinggakan semua jiran tertangga keluar rumah.
Angah member aku tanpa membuang masa menerpa ke arah Isya dan cuba untuk mendapatkan pisau di tangan Isya dengan menggunakan kain. Cuba korang bayangkan dengan sebilah pisau boleh jadi mcm mcm. Dalam keadaan kelam kabut tersebut, kami mulai risau melihat Angah bergelut untuk mendapatkan pisau di tangan Isya. Setelah berjaya mendapatkan pisau, Isya pula dah start meronta ronta ..Dia mula cederakan diri dia sendiri. Dia bertindak menghentak kepala dia dekat lantai banyak kali sehinggakan berdarah. semua dah cuak. Ngeri tengok kepala isya dah berdarah. aku pun apa lagi jadi WWE laa ”what the smackkkk the rock is cooking ” …sapppppppp !!!!!!!… Aku tarik dia terus grib kaki dan tangan dia sampai dia tak boleh gerak.. dah rupa mcm main MMA dah sebb aku dah tak tahu nak buat apa. Tak sanggup nak biarkan dia hentak kepala sampai pecah. Isya pun jerit sekuat hati dia.. sekali lagi aku kene hembusan kerbau mcm mana si asha buat kat aku.
Jeritan-jeritan Isya menyebabkan kecoh satu kampung. Ramai yang datang nak tolong. Masing-masing dengan cara tersendiri menolong redakan Isya. Ada yang tolong azan kan, banyak kali azan pun x jalan , isya gelak gelak macam xde pape.. Ada jugak sampai bukak silat. cara tu pun tak jalan. Aku tak tahu laa dorang tu semua pandai berubat ke tak.. Ada sorang pakcik berpakaian RELA datang dan tolong buatkan air dan bawang putih baca doa mengarahkan kiblat dan suruh aku bagi Isya minum. Aku pun paksa la member aku isya tu minum. last last dia sembur air tu kat muka aku.. ”memang nak kene tampar niee” bisik hati aku. cuba bayang kan air dalam mulut member kene sembur kat muka. Air jampi tu pun tak jalan. So pakcik tu pun buat la bawang putih sebagai ubat. Dia pi gosok kat belakang badan Isyaa. Time ni lah isha menjerit dengan kuat. Rupa-rupanya jeritan tu macam aca aca je… Cara ni pun sama je x jalan jugak..
Semua orang dah buntuh tak tau nak buat macm mana. Jam dah menunjukkan 4 pagi. Macam macam kerenah kene, drama pun ada> Dalam kekalutan tersebut, warden datang bersama ustad. Kenapa laaa x bawak dari awal kan boleh selesai awal. Tanpa membuang masa, ustad pun ubat la isya mcm biasa. korang tahu tak dalam badan isya tu rupanya hantu cina.. sebab si isya nie pandai sangat pergi tegur tokong cina kecik depan rumah jiran, katenya dia marah tokong tu menyemak depan rumah lalu dia marah dengan ayat ayat kasar. rupanye tokong cina tu ada penunggu lalu penunggu tu marah dan merasuki badan isya..Tu la akibatnya mulut celupar sangat.
bak kate pepatah kerana mulut badan binasa, so kawan kawan tak kisah laa kita nampak apa pun jangan tegur benda bukan bukan yang tak patut kita tegur. kita hanya mampu sabar dan hormat dengan benda benda mcm nie..tahu tahu la kan benda apa yang saya maksudkan.. so sebagai kisah ini kita amik teladan buat pedoman hidup. so ini je la kisah kerasukan hantu cina. thanks dekat korang semua sudi baca kisah nora, mohon maaf kalau ada salah ejaan dan juga kisah yang tak berepa best sis cuba mana yang terbaik dan share dekat uolls pengalaman sis.. ok guyss byeee .. assalammualaikum.

04. DIKACAU WAKTU CUTI
Salam guys, cerita ni cerita kedua yang aku tuliskan dekat FS ni. Cerita first dah lama dah masa zaman sekolah dulu. Okay aku terus start cerita la eh. Kali ni aku nak cerita pasal kejadian yang berlaku dirumah sewa aku, rumah sewa ni apartment, kitaorang duduk 7orang satu rumah. Ada 3 bilik.
Ceritanya macam ni. Ada satu hari tu kitaorang cuti sem, ada yg dah cabut awal balik kampung. Ada yg stay sehari dua dulu, mcm aku dan lagi tiga orang housemate aku, Man, Mok, dan Apit (nama sebenar). Kitaorang saja stay konon-konon tak nak kelam kabut balik. Nak dijadikan cerita, kami baru lepas main game waktu tu sekitar pukul 10 ke 11 malam kat ruang tamu. Dah habis game, kitaorang tak tau nak buat apa sbb mata masing masing kuat lagi time tu. So kitaorg pun start la ‘share story’ kisah seram yg berlaku dalam hidup. Seronok punya seronok bercerita, tetiba ‘pup’ blackout. Ingat sekejap je, kitaorg abaikan jelah. Dalam 10 minit cam tu still sama je. Memasing dah berpeluh sbb panas. tidak lama lepastu tetiba ada bunyi water heater dari dapur, sedangkan takde siapa pun yang panaskan air. Kami terus on flash phone pastu terus intai water heater tu kat dapur, nak tau apa jadi? Jadi cuak sbb suiz tak on pun. Bukan setakat suiz tak on, plug pun tak cucuk, lagipun kan tengah blackout. Tapi mmg kitaorg dengar bunyi water heater tu. 4orang yang ada dalam rumah tu semua dengar. Tu baru first ‘benda’ tu kacau. Lepas daritu 5minit mcmtu elektrik pun ada.
Tak berhenti setakat tu je, kali kedua ’dia’ kacau lebih kurang dalam jam 12 lebih macam tu. Kitaorang pula macam tak serik sebab sambung cerita pasal kisah kisah ‘benda’ tu lagi. Dia seronok la pasal kita duk cerita pasal dia, mungkin siap duduk sebelah kita time tu, mana nak tau kan? Tapi kali ni tak blackout. Masa tengah cerita tetiba ada bunyi orang ketuk pintu. Man nak bangun pergi bukak pintu tapi kitaorang kata tunggu dulu, kalau dia ketuk lagi baru pergi tengok. Tunggu tapi takde bunyi ketuk dah. Nak kata orang sebelah, tak mungkin sbb bunyi dia mmg pintu rumah kitaorang. Bunyi dia ketuk tu slow je. Lepastu kitaorg buat tak tau. Apit pulak time tu duduk menghadap ke tingkap sebelah pintu. Dia tak focus pun kat tingkap tu tapi dari ekor mata dia ternampaklah mcm ada bayang orang lalu kat tingkap tu. Tapi dia tak de lah tegur, dia diam je. Selang dua hari mcmtu baru dia bgtau. Tu pun masa nak balik kampung. Tp pasal yang lalu kat tingkap tu, kalau ikut logic siapa yang boleh lalu kat tingkap tu? Sbb rumah kitaorang tingkat 3.
Ok cerita ni tak habis lagi, lepas kejadian ketuk tu, kitaorg berhenti cerita dan terus masuk bilik masing masing. Cadangnya nak tidur lah. Masuk bilik, aku naik atas katil tapi tak mengantuk lagi. Aku main phone konon nak bagi mengantuk. tidak lama selepas baringkan diri, aku terdengar bunyi mcm orang perempuan menangis. Tak kuat tak perlahan. Nak kata jauh tp bunyi mcm dekat. Tapi tingkap aku mengahadap ke pintu pagar apartment. Aku tengok bawah tak de orang pun. Pak guard ada la. Bulu roma aku terus terpacak tegak. Seram sejuk jugaklah masa tu. Aku terus buat tak tau je tapi masih sayup-sayup kedengaran org menangis. Perasaan takut tu tak hilang lg masa tu sampaikan aku nak pejam mata terasa ada orang mengintai aku. Hal ini membuatkan mata terus segar balik, tp tak lama. Aku tak tau mcm mana terlelap sendiri. Sedar sedar dah subuh.
Ok cukuplah tu. Sebenarnya ada lagi cerita yg aku nak kongsikan kat sini tapi tunggulah kalau ada masa aku tulis lagi. Sorry la tak seram mana pun.

05. KELIBAT BUDAK BUTA DI FLAT
Assalamualaikum kepada sume pembaca fiksyen shasha. Sebelum aku memulakan cerita ini terima kasih diucapkan kepada admin kerana sudi publishkan cerita ini. Untuk pengetahuan semua aku adalah pembaca fiksyen shasha dan hari-hari aku akan buka laman web nie untuk aku baca kisah-kisah baru yang diupload oleh admin. Jadi aku rasa terpanggil untuk menulis sedikit tentang cerita seram yang di alami oleh anakku. Untuk pengetahuan semua anakku baru berusia 4 tahun
Pada hari raya puasa macam biasa setiap tahun kami akan balik kampung di Ipoh. 4 hari aku bercuti di kampong untuk meraikan hari raya bersama ibuku dan adik beradik yang lain. Hari raya kelima husband cakap nak balik KL sebab dia dah nak mula kerja.
So, kami bertolak lewat petang ke KL. Dah lah perjalanan yang agak jauh dan ditambah pulak terperangkap dalam jem, terasa amat lama berada dalam kereta. Maklumlah cuti perayaankan sememangnya jem di mana-mana higway.. Jadi husband aku tanya nak berhenti tak untuk solat dan tukar pampers anak-anak. Aku terus cakap boleh jugak sebab aku nak luruskan pinggang aku yang sakit.
Selepas aku selesai menunaikan solat dan menukar pampers anak dan makan di hentian R&R kami terus memulakan perjalanan semula. Aku biasala dalam kereta tidur bangun..sambung balik tidur akhirnya sampai juga kl sekitar jam 1.30 malam..”Huhh” aku menarik nafas lega rasa seronok maklumla dah tak larat nak duduk lama lgi dalam kereta.
Bila masuk je dalam rumah, lalu aku buka tv dan landing baik punya dengan anak-anak depan tv. Husband pula nak turun bawak amik barang-barang. Tetiba anak sulung aku pula nak ikut sama turun. Selang 15 minit kemudian dorang pun naik atas. Husband aku datang dekat aku dan cakap anak aku Nampak budak buta kat pagar umah jiran sebelah. Budak tu melambaikan tangan panggil anak aku. Kejap senyum kejap serius kejap seperti minta simpati kata anakku. Bulu roma aku mula meremang dan aku mula rasa takut terfikir yang bukan-bukan. Setahu aku jiran2 belom balik lagi kerana masih menyambut perayaan di kampung. Husband kata anak aku ketakutan dan terus pegang tangannya.
Masa nak amik barang, anak aku cakap pada ayahnya bahawa budak buta tu ade lagi la dan memerhatikan pergerakan mereka. Bila husband aku tanya budak tu ada kat mna, Anak aku terus tunjuk jari ke arah peti surat. Namun,husband aku tengok tiada siapa di sana. husban kata meremang tengkuk dia masa tu. seram sejuk juga dia rasa. Suami makin rasa seram bila terfikirkan masih ramai lagi yang beluk bari dari bercuti. Parking kereta pon lengang dan sunyi pulak tu. Husband aku cepat-cepat ambil barang dalam kereta dan terus ajak anak aku naik. Budak buta tu plak asyik memerhatikan mereka menurut anakku. Keadaan budak tu memang nampak kesian namun menakutkan juga.
Malam itu aku tak boleh tidur dan asyik terpikir kejadian yang berlaku tadi. Kekadang aku terfikir juga andai tiba-tiba budak buta tu terpacak di depan mata. perasaan yg bermain2 di fikran aku yang buat aku ketakutan. Anakku yang nampak kelibat budak buta tu aku pulak yang jadi takut. Aku melihat anakku belum tidur lagi lalu aku terus menghampirinya. Aku tanya kat dia pasal budak yang melambai dia. Dia cakap budak tu ikut naik sampai depan rumah tetapi hanya berlegar diluar rumah. Meremang tengkuk aku sebentar..aku nie dah la jenis penakut. Aku kuatkan diri dalam rumah aku sendiri dan acah-acah berani sahaja.
Esokya aku tanya lagi anak aku “kakak takut x malam tadi’’ Dia kata memang takut tapi dia buat tidak layan sahaja. siang tu aku buka pintu luas-luas dan tanya pada anak aku ade tak lagi kelibat budak itu.. Anak aku cakap tak de dah mama..lega rasa..Aku terus berdoa pada Allah moga tertutup mata anak ku untuk melihat benda-benda begini lagi..Aku ingt kan anakku akan demam rupanya tidak..Elok saja dia main dengan adiknya..
Sampai sini sahaja cerita aku yang ingin dikongsikan.. Selalunya aku baca kisah seram orang..Tapi kali ini terjadi pada anakku sendiri..
Akhir kata Assalamualaikum nanti aku akan siarkan lagi kisah lain yg belaku..

Maria Aurora

06. HANTU HUTAN
Assalamu’alaikum reader semua. Alhamdulillah, terima kasih kepada admin kerana sudi post kan cerita yang aku akan kisah kan di bawah nanti.
By the way, aku Bruneian (dulu pernah pegang IC Malaysia sampai umur 15 tahun, ayah aku Sarawakian dan Mak aku Brunei. Aku lahir di Brunei, hihi) dan cerita ini adalah mengenai pakcik aku (cousin ayah) yg ketika itu masih budak lagi dalam lingkungan 10 tahun. Cerita mengenai pengalaman dia sewaktu ayahnya membawa masuk ke dalam hutan untuk memotong kayu. Kejadian ini berlaku di Trusan, Sarawak bersempadan dengan Daerah Temburong, Brunei. Tanpa membuang masa kita terokai dan ambil iktibar dari cerita ini. ‘AKU’ di dalam cerita ini adalah pakcik aku…..
*******
Masa ketika dulu ayah aku kerjanya disamping menjadi nelayan, dia juga mengambil kayu di hutan untuk membuat rumah atau perabot kayu. Pada waktu itu terlintas difikiran ayah untuk mengajak aku masuk ke hutan. Sudah menjadi tabiat orang lama, mengajar anak sedari kecil, melentur buluh biar dari rebungnya.
Selepas subuh ayah kejutkan aku untuk keluar ke hutan. Kami ditemani oleh seorang lagi jiran aku sebaya ayah namanya Pak Din. Ayah dan Pak Din sudah bersiap-siap membawa kelengkapan untuk ke hutan dan aku hanya membawa bekalan yang emak bekalkan untuk kami berupa kopi, nasi, ikan masin dan pizza hihihi. gurau sikit bukan pizza tapi kuih sapit. Kami pun masuklah ke dalam hutan dalam keadaan yang sedikit gelap dan sejuk. Meredah semak, duri dan ranting-ranting pokok yang berjuntaian adalah pengalaman pertama aku. Sesudah sampai di dalam hutan yang tebal itu, ayah cuma menyuruh aku duduk dan menunggu di bawah 1 pokok yang agak besar. Kemudian ayah dan Pak Din memulakan kerja mereka tidak jauh dari tempat aku duduk. aku yang masih lagi dalam keadaan letih, maklumlah pertama kali meredah hutan tebal, lalu aku pun terlelap di bawah pokok tu. tapi memang aku terasa baru saja terlelap, tiba-tiba ‘ayah’ kejutkan aku dan mengajak aku untuk balik tanpa melihatkan wajahnya dan aku sangat pasti yang itu adalah ayah kerana zahirnya, bentuk badan dan gaya percakapan yang memang ayah aku. Aku yang dalam keadaan mamai dan heran pun bertanya kepada ayah..
“ehh mana Pak Din, pa?” (Ayah, Mana Pak Din?)
“inda apa tu mulihtah kitani saja dulu.” (Takpe, kita balik je balik dulu) kata ‘ayah’.
Aku pun ikutlah ‘ayah’ yang beriya mengajak pulang. Tapi dalam perjalanan tu, aku merasa amat pelik kerana macam sudah tersedia jalan lapang dan bersih dari daun-daunan. Sedangkan pada mulanya kami datang tadi punyalah susah meredah ranting, duri dan akar pokok. Lantaklah dalam hatiku, mungkin ini jalan keluar yang lain.
Sebenarnya yang menyerupai ayah aku ni adalah hantu hutan. Memang glamour dikalangan tentera yang selalu masuk hutan terjumpa dengan hantu ni. Hantu ni memang sempurna menyerupai orang yang hantu ni nak serupai. Tapi dia cuma tiada lekuk di antara hidung dan mulut. Jadinya hantu ni memang tidak akan menunjukkan mukanya dari hadapan. Kerjanya memang hanya ingin menyesatkan orang yang masuk hutan.
Ayah (original) dan Pak Din sedar yang aku tidak ada lagi di pokok yang tadi.
“ia udah ni, kana bawa laritah ni. Baiktah kitani cakah menuntuti Din.” (Tak syak lagi. memang ‘dia’ lah yang bawa lari ni. Baik kita cepat kejar Din.)
Ayah dan Pak Din berdoa serta bertawakal dan mula menjejaki aku mengikut firasat ayah je. Kerana memang ketika itu ayah tidak terlihat kesan jejak kaki langsung.
Aku yang sedari tadi ikut berjalan di belakang ‘ayah’ ni pun berasa lapar. Aku pun katalah kat ‘ayah’….
“Pa, bulih kitani berehat skajap kah? lapar parutku sudah. makan kitani dulu yang mama batakan tadi pagi ah.” (Ayah, kita rehat kejap boleh? perut aku dah lapar, kita makan bekal yang emak bekalkan pagi tadi) kataku.
“Bah menyiringtah kitani dulu.” (ok kita rehat kat tepi ni lah) kata ‘ayah’ tanpa memandang aku.
Aku yang mula hendak duduk ni terpandang 1 pokok rendang, akarnya seakan-akan kerusi.
“ehhh pa. baik pulang duduk di sana tu, bisai ada macam kursi.” (Ayah kita duduk kat sana. senang sikit nak duduk, macam kerusi) aku mencadangkan kepada ‘ayah’.
“uiiii kenapa kau sabut tu dalam utan!! inda kuasa bah.” (hoii, kenapa awak sebut benda tu dalam hutan, tak boleh!)
Aku tersentak kerana ‘ayah’ meninggi suara kepadaku. Mungkin benar benda tu tak boleh sebut dalam hutan, bisikku yang masih mentah tentang dunia.
Aku pun mulalah menjamah makanan yang dibekalkan untuk kami. ‘Ayah’ juga memakannya, tapi dalam keadaan tu aku tidak mensyaki apa-apa walaupun ‘ayah’ tidak melihatkan wajahnya. Tak sangka jugak hantu boleh makan ikan masin, hihi. Selesai kami menikmati bekalan tadi, tanpa membuang masa, ‘ayah’ pun memberi isyarat untuk kami meneruskan perjalanan. Seperti biasa, jalan yang kami lalui begitu teratur dan bersih layaknya seperti track basikal dalam hutan.
Di situasi yang lain, ayah dan Pak Din gigih menjejaki aku yang diandaikan sudah jauh masuk ke dalam hutan, tanpa menghiraukan penat dan luka-luka akibat geseran duri dan ranting kayu. Tapi malangnya belum juga ternampak akan kelibat diriku. Ayah hanya mampu berserah kepada Allah agar aku selalu dalam lindungan Nya.
Aku merasa agak terlalu lama sudah berjalan tapi belum sampai juga keluar hutan. Aku bertanya kepada ‘ayah’ tapi ‘ayah’ hanya mendiamkan diri sambil berjalan di hadapan ku. Lama- kelamaan ‘ayah’ pun membuka mulut bertanya pula kepadaku…
“Apa yang kau pakai di tangan mu atu?.” (Apa yang awak pakai kat tangan awak tu?)
“Galang jua ni pa, yang mama bagi arahku, batah jua sudah ni ku makai. Nya mama jgn di pakai tempat kamah2 saja.” (Ini gelang yang emak bagi, lama dah ayah. Emak cuma pesan jangan pakai di tempat yg kotor) kataku ringkas.
Gelang tu cumalah gelang perak biasa, bukan tangkal, azimat atau yang sama species dengannya. Cuma gelang itu ada tertulis kalimah ‘Allah’ dalam tulisan jawi. Sebab tu emak pesan kalau masuk ke dalam tandas atau tempat kotor, aku harus membukanya dulu.
“Baiktah kau buka tu! inda baik tu dipakai. buka tia lakas!” (lepas gelang tu. Benda tu tak boleh dipakai. Cepat buka!) kata ‘ayah’ dengan nada yang agak menakutkan.
Aku turut saja apa yang ‘ayah’ suruh kepadaku. Maklumlah aku masih kecil dan jahil tentang keadaan yang aku alami ketika itu. Aku pun mencuba melepaskan gelang itu dari tanganku. Tapi pelik, gelang yang mudah aku lepaskan ketika hendak mandi atau ke tandas itu, tidak boleh aku keluarkan dari tangan sama sekali. Aku tetap terus mencuba tapi masih tersangkut di pergelangan tanganku sambil ‘ayah’ terus membebel untuk aku melepaskan gelang itu.
Di situasi ayah dan Pak din, dengan izin Allah jua, tidak jauh dari mereka berjalan, mereka ternampak aku yang berdiri di depan pokok sambil memegang tangan. Tanpa membuang masa ayah berlari tanpa memperdulikan semak semun hutan lagi. Ayah mendekatiku dari belakang dengan pantas terus menarik belakang baju ku dan memeluk. Kemudian ayah bersuara…
“antu tu yang kau ikut ah!!.” (yang awak ikut tu hantu!) tegas ayah kepadaku.
Aku tersentak seperti aku baru sahaja bangun dari mimpi. Aku melihat ‘ayah’ yang berada di depanku sudah tidak ada lagi. Aku menoleh di sekelilingku, ia kembali semak dan seperti tiada tempat untuk ku hendak berdiri. Jalan yang lapang ku lihat tadi juga hilang dari pandangan.
Selepas kejadian itu kami pun betul-betul tersesat. Hampir 3 minggu kami berada di dalam hutan. Pihak Polis Sarawak membantu mencari kami atas laporan keluarga, kami sudah lama tidak balik. Dengan kerjasama Pihak Polis Brunei, akhirnya kami dijumpai di dalam Hutan Brunei. Sungguh tidak disangka penangan hantu hutan, sampai begitu jauh kami tersasar disebabkan olehnya. Setelah itu kami pun dikembalikan ke kampung halaman oleh pihak Polis Brunei.
*******
Sebagai penutup di sini, kejadian ini benar-benar terjadi tanpa tambahan atau rekaan. Kita ambil iktibar dan pengajaran dari cerita ini. Sesungguhnya apa yang dikehendaki oleh Allah, itulah yang terjadi. Walaupun hanya secara spontan terucap perkataan ‘kursi’ (Brunei sebut kursi untuk kerusi) pun sudah cukup untuk menggentarkan syaitan. Apa lagi jika menghayati isi kandungan ‘Ayat Kursi’ yang sangat mulia. Dan mengenai gelang tadi, serius ianya bukanlah sebagai azimat. Itu hanyalah sekadar perhiasan yang sengaja di ukirkan nama ‘Allah’. Memang tidak mempunyai kuasa apa pun. Tapi dengan izin Allah jua, ia menjadi benteng terakhir untuk pakcik aku yang hampir hilang disesatkan. Hasbi Allahu Wa Niqmal Wakil, cukuplah Allah bagiku Dia lah sebaik-baik pelindung. Terima kasih kerana sudi membaca kisah ini, dan minta maaf kalau tidak seram dan gaya penulisan yang tidak memenuhi citarasa. Aku bukanlah seorang penulis yang baik. Pesanan terakhir, tengok-tengok orang di sebelah anda, takut takda lekuk kat atas bibir. hihihi. Assalamu’alaikum

07. ANAK - ANAKKU BERKAWAN DENGAN PENUNGGU RUMAH
Kali ini saya akan membawakan kisah anak lelaki saya dan penunggu Rumah kami. Adi(bukan nama sebenar) dan kakaknya Oyong(bukan nama sebenar) tidur berasingan bilik. Mereka berdua ini jarang sekali keluar pekan walaupun pekan berhampiran dengan rumah. Mereka lebih suka duduk dan buat kerja di rumah kecuali ada kerja lapangan anjuran sekolah.
Penunggu rumah yang saya maksudkan adalah pengganggu saya masa mula-mula kawin dulu. Mungkin penunggu rumah tu ganggu saya sebagai salam perkenalan kali. Bila saya dah biasa, saya endahkan sahaja gangguan-gangguan yang ada dan lama kelamaan dia tidak merasuki saya lagi. Kalau adapun hanya sekadar bisikan-bisikan dan kekadang tiupan-tiupan lembut di telinga.
Anak-perempuan saya mula diganggu ketika umur 7 tahun. Masa umur 7 tahun ni la kami mula berikan dia bilik. Dia selalu nampak kelibat berada di dalam biliknya dan kejap ada, kejap tiada. Macam biskut ‘Chipmore’. Satu petang, Oyong sedang sibuk bermain-main di dalam biliknya. Tiba-tiba oyong berlari laju menuju ke arah kami yang sedang santai-santai di beranda. Dengan nafas tercungap-cungap sambil menangis, Oyong memberitahu kami bahawa ada orang di dalam biliknya. Katanya orang tu duduk ditepinya kemudian tiba-tiba hilang.
Kami kemudian tenangkan Oyong dengan memberitahu mungkin itu hanya khayalan dia saja. Kami beri dia semangat agar tidak perlu takut lagi. Mulanya Oyong tidak dapat menerima apa yang kami cakap dan terus menyatakan memang ada ‘orang’ yang pandai lenyap duduk di tepinya.
Ayah Oyong kemudian memangku Oyong dan cuba untuk memujuk Oyong agar tidak taku. Mungkin dia tidak mahu anaknya mengalami ganggu jiwa jika berterus dalam ketakutan. Suami saya kata pada Oyong bahawa ‘orang’ tu kawan yang sudah lama tinggal di rumah namun selalu jalan dan tidak menetap di rumah. Oyong angguk-angguk kepala tanda percaya akan apa yang ayah dia cakap.
Suami saya menasihati Oyong agar tidak takut kalau orang tu kembali lagi. Orang tu hanya mau kawan-kawan saja. Budak kecil ni senang kita tenangkan dan masih lagi tinggi kepercayaannya kepada kata-kata ibubapanya.
Selepas peristiwa pertama Oyong diganggu, ‘Penunggu rumah’ selalu menjelma dan menakutkan Oyong, Tapi Oyong ni memang anak yang kuat. Setiap kali ditenangkan dan diberi semangat, Oyong akan jadi berani. Lama kelamaan, Oyong terbiasa dengan jelmaan ‘Penunggu rumah’ kami. Kekadang saja Oyong akan keluar bilik jika dia rasa terganggu dengn jelmaan ‘penunggu rumah’.
Selang beberapa bulan, pada satu malam sebelum masa makan, Oyong berlari lagi keluar dari bilik dan mengetuk pintu bilik saya sambil panggil-panggil saya. Saya buka pintu dan membawanya masuk. Oyong kemudiannya mengadu bahawa ‘Penunggu rumah mau main-main dengan dia tapi dia tidak mahu. Oyong kata dia tidak mahu mainannya rosak nanti. Bila Oyong enggan membawanya bermain, penunggu tersebut marah dengan Oyong dan kemudian mencubit Oyong. Biasalah budak kecil bila kena marah pasti akan membuat laporan penuh kepada ibubapanya.
Saya senyum tengok Oyong kerana gembira dia tidak lagi takut kepada penunggu rumah cuma tidak mahu bermain bersama saja. Saya pun bgtahu Oyong agar menjadi orang yang baik dan mesti menjadi seorang kawan yang baik. “Kalau kawan tu ajak main-main, oyong bawa la dia. Sian dia mungkin tiada mainan masa kecil-kecil dulu. Oyong kan anak yang baik” Aku cuba tanamkan sikap menghargai kawan.
Semenjak hari tu, Kekadang kami nampak Oyong seperti bercerita dengan seseorang. Untuk pengetahuan para pembaca, bahasa yang dituturkan oleh ‘Penunggu rumah’ tidak difahami oleh Oyong. Oyong akan menggunakan bahasa isyarat mungkin kerana jelmaan tu tidak memahami apa yang Oyong hendak sampaikan. Kekadang serius, kedang tersenyum, dan kekadang tertawa. Oyong juga selalu membuat laporan-laporan tentang kawannya(penunggu rumah) yang suka mencubit kalau Oyong tidak mendengar cakapnya.
Kami tidak nampak jelmaan ‘penunggu rumah’ tersebut tetapi hanya Oyong sahaja yang nampak dan boleh berkomunikasi, Kekadang ‘penunggu rumah’ akan menemani Oyong ketika belajar dan tidak akan mengganggu Oyong sehinggalah habis belajar. ‘Penunggu rumah’ sebenarnya jarang menjelmakan diri tetapi disedari kehadirannya oleh Oyong melalui geletekan dan kekadang cubitan manja.
Adi pulak anak lelaki saya mula mendapat ganggu ketika berumur 7 tahun juga. Adi juga seperti kakaknya mula-mula merasa takut dengan jelmaan penunggu rumah kami. Namun lama-lama dia juga tidak takut dan akhirnya menjadi kawan penunggu rumah. Kakak Adi lah yang selalu menyakinkan Adi bahawa jelmaan orang tersebut tidak jahat dan hanya mahu berkawan. Akhirnya Adi juga tidak lagi takut dengan jelmaan ‘penunggu rumah. iasanya Adi buat tidak tahu saja dan akan terus bermain game kegemarannya. Adi memang kuat bermain game sejak berumur 5 tahun lagi.
‘Penunggu rumah’ suka geletek-geletek Adi kalau Adi tidak hiraukan kehadirannya. Adi hanya suruh Penuggu agar tidak mengacaunya. Kekadang ‘penunggu rumah’ juga akan mencubit Adi kalau Adi tidak melayannya bermain-main.
Sehingga kini, Adi dah masuk tingkatan 4 tahun 2020, ‘penunggu rumah masih terus berkawan dengan Adi. Cuma Adi saja yang malas melayannya kekadang hanya membiarkan ‘Penunggu rumah’ menggeleteknya.
Kakak Adi pula sudah bekerja di Semenanjung di sebuah Airport di Semenanjung. ‘Penunggu rumah’ mula berhenti menemani Oyong ketika Oyong mula belajar di sebuah universiti di Semenanjung.
Sebenarnya, selain ‘Penunggu rumah’, terdapat beberapa gangguan yang pernah berlaku pada kami. Satu malam, saya bangun dari tidur sekitar jam 2 pagi. saya nmpak satu perempuan berpakain putih dengan rambut yang panjang sedang duduk di kerusi. Perempuan tersebut hanya tundukkan mukannya. Saya tidak kejutkan suami saya tetapi saya terus menutup muka saya dengan selimut sehingga saya tertidur. Bukan tidak takut cuma sudah terbiasa dengan gangguan-gangguan makhluk halus.
Pernah sekali di ruang tamu kami terdengar budak-budak sedang bermain-main berkejar-kejar. Bila ditengok, tiada siapa. Tapi bunyi tapak kaki dan suara budak-budak bermain memang jelas sekali kedengaran.
Sekarang saya dan suami sudah buat rumah baru ditepi rumah lama. namun rumah lama kami tidak robohkan kerana ianya adalah rumah pusaka. Saya dan suami merancang membaik pulih rumah tersebut dan membina bilik-bilik di bahagian bawah rumah tersebut untuk di sewakan.
Maaf andai kurang seram dan tidak menepati selera pembaca. Sekian dan terima kasih.

08. APA ADA DALAM ALMARI ? 
Azman baru sahaja berpindah ke rumah sewa yang baru di dudukinya dua minggu lalu. Rumah dua tingkat milik seorang janda beranak satu bernama Hasnah, berumur lewat 50an.
Rumah yang baru disewa itu sepatutnya disewa bersama seorang lagi rakannya, Rizal. Tetapi Rizal terpaksa menangguhkan hasrat untuk tinggal bersamanya buat sementara waktu. Tanpa sebab yang tidak diketahui. Rizal berjanji akan menyusulinya kemudian. Mahu tidak mahu, terpaksalah Azman menyewa sendirian dahulu. Ini kali pertama dia tinggal berasingan dengan keluarga. Membuatkan Azman sedikit janggal tinggal bersendirian. Semuanya dilakukan sendiri. Mujur tidak banyak barang yang perlu di bawa melainkan pakaian dan barang keperluan yang lain.
Tidak banyak barang perabut yang berada di dalam rumah sewa yang baru didudukinya. Hanya terdapat sofa, meja kopi, rak televisyen, kabinet dapur dan sebuah almari lama didalam bilik tidur utama yang menjadi bilik tidurnya kini. Semasa baru melangkah ke rumah sewanya itu sempat tuan rumah itu berpesan….
“Almari di dalam bilik tu sengaja saya kunci. Jangan sesekali buka almari itu. Jangan nak letak baju kamu di dalam tu.” Ayat berbaur amaran dari makcik Hasnah, tuan rumah itu.
“Kalau terdengar sesuatu di dalam almari itu, buat tak tahu saja. Jangan pandai-pandai nak buka.” Makcik Hasnah memberi amaran lagi.
“Macam mana saya nak buka kalau almari itu berkunci. Kalau takut sangat saya buka almari, makcik Hasnah ambillah almari tu. Bawa balik dekat rumah cik Hasnah.” Sempat Azman mengutarakan cadangan berbaur sindiran.
“Tak boleh! Almari itu sudah lama berada di situ. Ia tidak boleh dialih sesuka hati. Biarkan sahaja almari itu dalam bilik tu. Lagi sekali saya pohon, biarkan! Buat tidak tahu sahaja kalau kamu terdengar bunyi pelik dalam almari tu.” Makcik Hasnah bersuara sedikit keras.
“Macam itu pulak. Baiklah makcik, saya berjanji tidak akan buka almari tu. ” Azman tersenyum meleret.
Namun Azman tidak kisah dan langsung tidak mahu ambil tahu mengenai almari itu. Biarlah bunyi apa pun yang akan didengari di dalam almari itu, sedikit pun tidak akan menggugat perasaan beraninya. Angkuh!
“Aku perduli apa! Aku boleh beli almari lain!” gumamnya dalam hati.
……………………………………………
Minggu pertama…
Tidak ada apa yang kelihatan pelik, malah langsung tidak menakutkan dirinya tat kala tidur bersendirian bila malam menjelma. Hanya almari dihadapan katilnya sahaja nampak sedikit menggerunkan. Bukan tidak ada bilik yang lain. Ada dua lagi bilik di dalam rumah tersebut. Tetapi bilik tidur utama tetap menjadi pilihan kerana ianya luas. Walau bagaimana pun Azman hanya membiarkan perasan gerun itu terbuai dibawa dalam tidurnya.
Minggu pertama berlalu begitu sahaja. Azman semakin dapat menyesuaikan diri. Dia terasa tenang dan seronok apabila tinggal bersendirian di rumah sewanya. Apatah lagi tinggal di negeri asing, yang jauh dari negeri asalnya.
…………………………………………
Minggu kedua….
Seperti biasa, sebelum tidur dia akan memastikan lampu di bahagian dapur akan terpasang. Satu kebiasaan buatnya. Dia berasa tidak selesa membiarkan keseluruhan rumahnya bergelap ketika di saat dia sedang terlena. Namun lampu di bilik tidurnya akan sentiasa dipadam. Sambil menarik selimut ke paras dada sempat Azman mencapai handphonenya. Melihat whatsApp dari keluarganya yang masih tidak berbalas ataupun berjawab. Namun sedang Azman ralit membaca dan membalas mesej whatsApp tersebut, tiba-tiba matanya terpandang pada almari baju itu. Matanya menyorot pada almari itu. Memandangkan suasana biliknya kelihatan gelap ia masih lagi dapat dilihat dek dari limpahan cahaya lampu jalan dari luar. Sungguh pun begitu ia masih lagi tidak dapat membantu untuknya melihat dengan lebih jelas lagi. Lalu handphone di tangan yang masih menyala segera di suluh ke arah almari. Saat ini dia berasa malas untuk bangun membuka lampu bilik. Sanggup hanya duduk di atas katil sambil menyuluh dengan screen handphone yang masih bernyala. Mungkin perasaan takut itu belum timbul lagi dalam dirinya.
Azman melihat almari tiga pintu itu. Sambil merenung tajam dengan agak lama. Kelihatan ada helaian kain putih terkeluar sedikit dari pintu almari ketiga. Terlihat helaian kain putih itu berkibar-kibar apabila ditiup angin kipas siling. Kalau diamati betul-betul kain putih itu terkeluar seperti digantung dengan penyangkut baju atau, kelihatan seperti ia sedang berdiri! Tersentak Azman apabila melihatkan kain putih itu terkeluar dari almari sedangkan sebelum dia menutup lampu bilik tidurnya, dia masih lagi sedar tidak ada kain putih terkeluar dari almari itu. Dia pasti! Sudah berkali-kali dia keluar masuk bilik tidurnya dan melihat almari itu. Tiada langsung kelihatan helaian kain putih yang terkeluar dari almari itu. Bukankah almari itu berkunci. Azman pelik.
“Bukankah almari tu berkunci. Masuk bilik tadi tak nampak pun kain putih tu terkeluar. Pelik?” Gumam Azman sendirian.
Namun, sedang Azman masih lagi setia menyuluh almari itu dengan handphone ditangannya tiba-tiba….
ZZAAPPPP…..!!!
“Allah..!!” Azman terkejut!
Terkejut apabila kain putih itu seperti di rentap masuk ke dalam almari. Buntang matanya melihat kain putih itu tidak kelihatan lagi. Namun, timbul persoalan dihatinya….
Siapa yang menarik kain putih itu dari dalam almari?
Tanpa berlengah, Azman terpaksa membuang jauh perasaan malas. Lampu bilik segera dibuka. Bilik tidurnya kembali terang. Lalu dia berjalan perlahan menuju ke arah almari. Pintu almari ditarik-tarik. Langsung tidak terbuka. Berkunci seperti biasa. Bukan sahaja pintu almari ketiga sudah cuba dibuka, malah ke semua pintu almari sudah puas di tarik. Langsung tidak terbuka. Akhirnya Azman mengalah, membiarkan persoalan di mindanya tidak berjawab.
Kain putih siapakah itu? Siapakah yang telah menarik kain putih itu dari dalam almari?
……………………………………………
8.30 pagi.
Azman menghirup nescafe panas dengan perlahan. Otaknya masih ligat memikirkan perihal malam tadi. Entah bila dia tertidur, dia sendiri tidak menyedarinya kerana ketakutan. Masuk minggu kedua inilah baru dia terasa akan perasaan tidak enak tat kala tidur di dalam bilik tidurnya itu. Mujur hari ini dia tidak bekerja, kalau tidak sudah tentu dia akan menguap sepanjang bekerja.
Malam ini Azman bercadang mahu tidur di ruang tamu sahaja. Dia berharap agar tiada lagi gangguan yang mengganggu tidurnya lagi. Lagipun dia pasti, siapalah yang akan dapat membantunya nanti dikala dirinya dalam kesusahan. Keluarga? Sudah tentu berada jauh. Tuan rumah? Langsung tidak datang menjenguknya. Jiran tetangga? Dia belum lagi bersuai kenal dengan jiran-jiran berdekatan.
…………………………………………….
9.30 malam.
Azman sedang lagut menonton movie yang sudah di muat turun di laptopnya. Hendak menonton televisyen, televisyen pula tidak ada. Jadi, buat masa ini laptop adalah peneman setianya di saat ini. Lalu biskut lemak di piring diambil dan di kunyah dengan penuh nikmat bertemankan satu cawan besar milo panas. Itulah makan malamnya. Terasa malas pula dirinya untuk keluar pada malam ini. Saat ini kebosanan sedang melanda dirinya. Bersendirian bukan jiwanya tetapi demi mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga, dia harus kuat.
Sedang ralit menonton movie di laptopnya, tiba-tiba Azman menangkap satu bunyi dari bilik tidurnya. Bunyi seperti pintu terbuka dari dalam. Lalu dia segera bangun dan berjalan perlahan mengintai disebalik dinding ruang tamu. Pintu biliknya masih bertutup. Kemudian dia menapak perlahan ke arah pintu biliknya. Lalu pintu bilik dibuka….
KRREKKK……
Gelap. Lantas suis lampu bilik dinyalakan.
“ALLAH….!!!!”
Azman terperanjat apabila melihat hampir separuh rambut panjang sehingga ke lantai terkeluar dari pintu almari yang ketiga itu. Ibarat rambut seseorang tersepit dari dalam almari. Tetapi, almari masih berkunci!
Azman panik!
Saat dia sedang bersendirian apa yang boleh dilakukannya melainkan mengingati Allah. Namun, lidahnya kelu! Satu surah pun tidak mampu di bacanya. Hendak melangkah setapak kebelakang pun tidak berdaya. Kaki ibarat dipaku. Apatah lagi melarikan diri. Mujur dia masih mampu membaca segala surah di dalam hati sebagai pelindung diri. Kala ini segala sifat keberanian sudah mula pergi meninggalkannya, yang tinggal hanya perasaan takut yang kian menebal.
Tiba-tiba…..
ZZAAPPP……..!!!
Juntaian rambut panjang itu bagai direntap dari dalam. Seperti ditarik sekuat hati oleh seseorang dari dalam almari. Sekali lagi? Walaupun bukan kain putih yang dilihatnya kini, tetapi rambut siapa? Rambut itu sudah tidak kelihatan lagi dari luar almari, hanya beberapa helai rambut sahaja diatas lantai kerana terputus dek rentapan kuat itu. Rambut yang terputus itu diambil dan dibelek.
“Kasarnya rambut. Ini rambut ke, dawai ni?” Gumam Azman dalam hati sambil menggosok-gosok rambut itu dengan jari.
Kali ini kakinya sudah mampu bergerak. Tanpa berlengah dia berlari keluar dari bilik dan terus terduduk di atas sofa sambil melepaskan lelah ketakutan. Dengan perlahan dia meraup wajahnya. Merembes segala peluh yang terkeluar di wajah. Kemudian dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Termenung sebentar. Sambil berfikir. Realiti atau sekadar mimpi? Lalu kulit lengannya di cubit sekuat hati.
“Adoiiii! Sakit!”
Sambil melurut-lurut lengannya yang kemerahan itu.
“Bodoh betul aku! Sanggup cubit diri sendiri!” Azman bermonolog sendirian. Sesekali dia tersenyum sendiri, gelihati dengan kebodohan sendiri.
Kemudian baru dia terfikir. Mujur nombor telefon makcik Hasnah ada tersimpan di senarai kenalan. Lalu nombor telefon didail.
Tutt tutt, tutt tutt, tutt tuttt……
Panggilan tidak berjawab.
Tutt tutt, tutt tutt, tutt tutttt…….
Sekali lagi tidak berjawab.
“Hmmm….” Azman mengeluh berat.
Sempat dia melirik jam loceng di atas meja kopi sebelah sofa. Hampir ke pukul 2.00 pagi. Dapatkah dia berjaga sehingga ke pagi? Mampukah dia bertahan?
…………………………………………..
2.30 pagi….
Sesekali matanya meliar memandang sekeliling. Takut-takut kalau si berambut panjang dan berbaju putih itu keluar dari almari kemudian bergayutan di atas kipas siling. Mungkinkah….?
“Mustahillah…!” Azman tersenyum sendiri.
Tiba-tiba…..
TOK TOK TOK TOK TOK
Azman terkejut! Sekali lagi? Terdengar bunyi ketukan dari dalam bilik tidurnya. Dia yakin, bunyi itu pasti dari dalam almari itu.
“AZMANNN…..”
“AZMANNN…..”
Dia terdengar namanya di sahut lembut oleh seseorang dari dalam bilik tidurnya. Dia teragak-agak untuk bangun. Apatah lagi untuk melihat. Siapakah atau apakah?
“Peduli apa aku! Aku tak nak tahu! Biarlah! Aku tidak akan berganjak dari sofa ni! Lagipun tuan rumah sudah pesan, abaikan sahaja apabila terdengar bunyi pelik dari dalam almari!” Azman menjerit-jerit di dalam hati dengan mata terpejam sambil menekup kedua-dua telinganya.
“AZMANNN…….”
“AZMANNNNN……….”
“MARILAH KESINI, KAU TAK NAK TAHU SIAPA AKU. KALAU KAU TAK NAK DATANG, BIAR AKU SAHAJA YANG KELUAR…..”
Mendengarkan suara itu Azman terus terbangun lalu mengundur ke belakang. Peluh didahi yang mulai kering kini merembes kembali. Degupan jantungnya semakin laju dek kerana ketakutan. Dia mula berkira-kira.
“Nak pergi, tak pergi. Nak pergi, tak pergi!”
“AKU KELUAR AZMAN!” Suara itu semakin keras intonasinya.
Azman semakin gelisah. Namun, dengan sedikit keberanian yang masih bersisa dia cuba beranikan diri menghampiri bilik tidurnya mengintai di sebalik lubang kunci pintu biliknya. Gelap.
“Gelap? Aku rasa, aku tak tutup pun lampu bilik masa aku lari keluar tadi.” Azman bermonolog.
“Lantaklah! Apa nak jadi, jadilah. Aku nak tengok jugak!!!” Desis Azman kegeraman. Segala kata-kata larangan dan amaran dari makcik Hasnah ditolak ke tepi. Apa yang penting dia perlu tahu apakah benda yang sedang mengganggunya saat ini. Dia perlu tahu!
Lalu pintu bilik di buka dan suis lampu ditekan. Bilik kembali terang. Namun, tiada lagi kedengaran suara memanggil namanya waima bunyi ketukan sekalipun. Sunyi. Anehnya pintu almari ketiga terbuka sedikit. Tetapi masih lagi tidak menampakkan bahagian dalam almari. Hanya kelihatan gelap sahaja. Namun Azman masih lagi berkira-kira mahu melihat isi di dalam almari tersebut.
Peluang sudah terhidang di depan mata. Apa tunggu lagi? Namun, Azman masih lagi termanggu- manggu di hadapan almari. Seperti sedang berfikir sesuatu.
“Betul ke tindakan aku ni? Seperti dia tahu-tahu pula, apa yang aku sedang fikirkan tadi. Pintu almari terbuka? Bukankah pintunya berkunci?” Desis Azman mula menyoal sendirian.
Akhirnya, dalam gementar Azman terpaksa akur dengan kehendaknya. Dia perlu tahu! Lalu pintu almari ketiga dibuka perlahan….
KRREEEKKK……..
Alangkah terperanjatnya Azman apabila melihat satu mahkluk berbaju putih bertinggung di dalam almari sambil menarik-narik rambut panjangnya sehingga putus dan menampakkan sebahagian kulit kepala yang kemerah-merahan lalu kulit kepala yang terkoyak itu dimakan dengan penuh lahap.
Azman terkaku di hadapan mahkluk itu. Buntang matanya apabila bertentangan mata dengan mahkluk tersebut.
“AZMANNN…, SINI! KAU HIDANGAN KU SETERUSNYA, HI HI HI HI…”
Mahkluk itu menyeringai kepada Azman sehingga menampakkan gusinya yang berdarah.
……………………………………….
10.00 pagi.
Makcik Hasnah membuka pintu rumah sewanya. Perlahan pintu rumah itu dibuka. Dia datang ke rumah itu pun selepas melihat panggilan tidak dijawab yang diterimanya dalam senarai log di handphonenya. Ada dua panggilan dari Azman. Masuk sahaja ke dalam rumah sewanya, terlihat suasana suram dan gelap di dalam rumah itu walau pun matahari sudah meninggi. Sesekali makcik Hasnah memicit-micit hidungnya. Dia seperti terbau sesuatu. Hanyir! Bau seperti darah! Semakin kuat bau hanyir darah menerpa di rongga hidungnya.
“Busuknya!” Kembang kempis, kembang kempis hidung makcik Hasnah menahan bau hanyir darah itu.
Kemudian dengan perlahan makcik Hasnah membuka pintu bilik Azman. Suram. Malah bau hanyir semakin kuat di dalam bilik itu.
Lalu dia mengambil segugus kunci yang berada di dalam poket seluarnya. Dia memilih salah satu kunci lalu di buka pintu almari ketiga itu.
Buka sahaja pintu almari itu, terkeluar satu mayat dari dalam almari itu. Mayat seorang lelaki yang sudah dilapah oleh sesuatu! Jantung, hati dan usus perut sudah dirobek keluar dari tubuhnya. Ya, itulah mayat Azman!
“Kau makanlah sampai kenyang! Nanti aku bawa habuan yang lain. Kalau boleh, makan sampai licin! Aku malas nak bersih-bersihkan!”
Makcik Hasnah bercakap dengan mahkluk itu dengan reaksi wajah seperti geli dengan rupa mayat Azman yang sudah tidak sempurna lagi.
Kemudian almari itu segera di kunci kembali. Lalu dia mengambil handphone di hand bag kecilnya dan cuba menghubungi seseorang.
“Nak, Azman dah mati. Cari orang lain pula.”
Makcik Hasnah telah menghubungi anaknya.
“Baik mak. Nanti Rizal cari sasaran baru. Jangan risau……” Rizal mematikan talian.
Tuuuuttttt……………
tamat

09. HANTU KAH MANUSIA
Asalam dan salam 1 Malaysia. Berjumpa lagi bersama Ato. mohon maaf andai terlalu banyak cerita yang aku kongsikan. Hanya masa cuti sahaja aku dapat mengarang kisah-kisah aku dan kisah kawan-kawan. Semua kisah adalah kisah benar dan bukan fiksyen semata. Kalau ada tokok tambah pun ianya hanya bersifat sebagai penyedap ayat sahaja. Semua nama-nama watak yang terlibat bukanlah nama sebenar.
Dulu masa aku budak-budak, aku tidak percaya akan kewujudan hantu. Walaupun tidak percaya, tetapi jika ada cerita-cerita hantu dari keluarga atau kawan-kawan, aku pandai takut juga. Hatta ke tandas pun mesti berteman.
Aku memang sorang yang penakut. Penakut nak gaduh, penakut dengan hantu dan paling aku takut adalah anjing dan haiwan-haiwan kecil seperi cicak dan lipas. cicak dan lipas bukanlah takut sebab apa tapi takut merasai kegeliannya berjalan di anggota badan. Kalau cicak berjalan di badan, aku boleh pengsan kegelian.
Pada suatu malam, aku dan 3 orang kawan pergi menyuluh ketam. Tempat menyuluh tidak la jauh dari kawasan perumahan kerana perumahan di tempat aku adalah perumahan yg tertumpu di sepanjang pantai. Kawasan perumahan kami adalah kawasan setinggan dan dihuni oleh beberapa lapisan bangsa dan agama.
Berbalik kepada cerita menyuluh ketam. sekitar jam 6.30 petang kami dah bersedia dan bersiap dengan peralatan-peralatan yang perlu. Lampu Pom mula dinyalakan. (dulu lampu ni top sebab menjadi sumber cahaya yang utama di kampung-kampung yang tiada bekalan selektrik. Sebelum jam 7 kami dah mula beroperasi.
Malam tu pendapatan kami memang lumayan. Kami tidak sedar dah sampai ke penghujung kampung. Penghujung kampung ni memang tiada rumah dan yang ada cuma sebuah sekolah menengah cina saja. Sekolah ni memang dibina berhampiran pantai.
Kawan aku Alif mula dah bagi signal untuk patah balik. Tapi Amin berkeras untuk meneruskan perjalanan kami. Aku dan Alim ni jenis ikut ja perancangan kawan. Di penghujung kampung ni ada tembok besar. bermula dari hujung kampung ni sehinggalah ke Pekan Kudat, Sabah. Jaraknya saya tidak pasti. tapi kalau nak jalan dari mula sampai ke hujungnya, memang memakan masa berjam-jam sekitar 4 hingga ke 5 jam.
Kami berlegar-legar menyuluh di kawasan tepi tembok. malam tu ketam berbagai saiz kami dapat. Tempat penyimpanan ketam pun dah hampir penuh. Kami baru nak bercadang untuk balik, tiba-tiba dari atas tembok tersebut terdengar satu teriakan. “Hoooooiiii” kuat dan panjang bergema.
Aku dah mula rasa takut dan jantung dah berdegup laju. Kami saling pandang antara satu sama lain. “Laju sikit jalan” kata Amin kepada kami. Kami apa lagi, langkah laju dan panjang-panjang. Alim yang nampak kesian sebab dia adalah tukang bawa hasil tangkapan. Berat tu. Manakala Alif pula tukang bawa lampu pom.
“Hooooiiiiiii!!!..” sekali lagi kami dengar teriakan tapi kali ni lagi panjang dan ganas. Tanpa kami sedar, Alif dah memecut lari. Apalagi kami pun cabut lari dalam kegelapan. Ketika berlari ni, kami masih sayup-sayup mendengar bunyi teriakan tersebut.
“Pappppp” Alif jatuh dan lampu pom terpadam. Dia bangkit semula dan sambung lari. Tapi lampu pom tetap dia bawa lari bersama. Ketika sampai di kawasan rumah kami, kami mencari kawasan yang terang untuk berehat dan tenangkan diri.
Ketika inilah baru aku sedar, jari tengah kaki kanan aku luka besar dan nampak tulang. Mungkin kena serpihan kaca semasa berlari tadi. Alif segera naik ke rumahnya dan turun semula membawa kopi dan kain pembalut. Kopi sangat sesuai untuk menghentikan pendarahan luka. Aku tumpahkan kopi ke tempat luka untuk memberhentikan pendarahan. kemudian aku balut dengan kain yang alif bawa. Sakitnya hanya tuhan yang tahu.
Ketika sedang sibuk pasal luka kakiku, tiba-tiba Amin buka mulut. ” Mana hasil tangkapan kita” soal amin. “Siapa suruh kamu lari, aku kasi tinggal tu baldi. kamu lari bukan tolong saya” alim memberi penjelasan dengan nafas yang masih tercungap-cungap.
Aku ingatkan Amin nak marah dah. Rupanya dia Tergelak kelucuan. Kami mula bercerita tentang teriakan tadi dan tertanya-tanya sama ada orang atau hantu tembok. ” Tidak apalah” kata Alif. Kejap lagi saya minta temankan bapa saya pergi ambil hasil suluhan kita tadi.
Semenjak dari peristiwa tersebut, kami tidak lagi berani menyuluh jauh hingga ke tepi tembok. Lagipun kawasan tembok tu memang popular dengan cerita-cerita mistik. Ada saja orang nampak lembaga putih berjalan mundur mandir terutamanya waktu senja baru nak berlabuh.
Kesan luka di jari kaki kananku sehingga kini masih ada. Rupanya urat jari kakiku putus. sehingga sekarang tak boleh nak bengkokkan ke bawah.
Pendek ja cerita kali ni. maaf andai tidak memenuhi citarasa pembaca. Wallahu’alam

10. APAKAH BENDA ITU..?
assalamualaikum dan salam perpaduan. Nama pena aku Min. Aku akan kongsikan kisah seram aku semasa zaman budak-budak dulu.
Kisah ni tidaklah seseram mana pun. dari dulu hingga sekarang dah umur senja ni, baru dua kali aku alami peristiwa pelik. Aku tinggal di sebuah daerah di sarawak. tempat aku ni dekat ngan sempadan Sipitang, Sabah. aku ada 5 orang adik beradik. dan aku adalah anak yang Sulung.
Pada satu subuh, sekitar jam 3-4 gitu, aku terbangun dari tidur. Oleh kerana susah melelapkan mata, aku ke dapur untuk minum air suam. Masa ni umur aku 11 tahun kalau tak silap. Bila ku menjenguk ke luar tingkap, tiba-tiba aku ternampak satu benda bulat bercahaya terbang di atas langit. Aku ingatkan bulan. Tapi takkan bulan pandai bergerak laju.
Bila ku tegur benda tersebut, tiba-tiba ianya hilang begitu saja. Dan pandangan aku terus tertumpu pada bulan sabit. Aku ingatkan ianya bertukar menjadi bulan sabit. Rupa-rupanyanya bulan sabit terlindung disebalik “bola bercahaya” berkenaan. Aku mula rasa cuak. meremang bulu roma. Tidak lama selepas tu, aku dengar bapa aku dari dalam bilik pula sedang mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran. Ketika ini perasaan takut mula merasukiku. Hairan juga tiba-tiba sahaja ayah membaca al-quran. Aku berlari masuk dalam bilik dan kemudian berselimut menutupi seluruh tubuhku. Agak lama juga baru aku dapat lelapkan mata pada malam tu. Takut punya pasal.
Menurut orang tua-tua, bebola api tersebut merupakan hantaran jahat seseorang. Ianya akan terbang menuju ke tempat yang telah disasarkan. Kenapa ianya terpadam dan lenyap begitu saja apa bila aku menegrnya.? Kononnya, hantaran tersebut tidak akan menjadi apabila ada orang nampak lalu menegurnya. Maksud menegur di sini adalah kita berkata-kata sendirian atau kepada orang lain tentang bebola tersebut. Contohnya, ” bola api” atau apa2 bentuk teguran. Bila ditegur, hantaran jahat tersebut konon-kononnya tidak menjadi. Persoalannya, adakah ia hantaran orang atau pun adakah ianya komet.? Selepas dari peristiwa tersebut, Aku tidak pernah lagi melihat benda-benda pelik sehinggalah aku dewasa.
Peristiwa kedua pula berlaku semasa Bulan Puasa. Masa ni aku dah berumur 18 tahun. Malam tu aku tinggal sorang di rumah. Ayah dan adik-adik ku tiada. mereka ke surau solat Tarawih. Aku tidak dapat ikut solat Tarawih kerana datang haid. Malam tu aku duduk dalam bilik. nak tengok tv tiada mood. Aku baring-baring sambil baca buku cerita.
Dulu phone android belum ada lagi. Sekarang ni kalau boring, bolehlah buka phone dan main game atau buka facebook, atau layan grup-grup wasap. Dulu yang ada pun hanya phone rumah. Nak call kawan-kawan tapi mereka pula tiada phone rumah. Untuk menghilangkan rasa boring, aku baca buku sementara menunggu ayah dan adik-adik balik dari Tarawih.
Sedang aku sibuk membaca buku, tiba-tiba aku dengar tapak kaki berjalan dalam rumah. Aku ingatkan ayah dah balik dari tarawih. “Ayah dah balik, awal juga ayah balik?” tanyaku dari dalam bilik. Tapi tiada sesiapa yang menjawab. “Ayah tak dengar suara aku ni” Aku bermonolog.
Bunyinya cukup jelas. Bukan perlahan dan bukan juga kuat. bunyi seperti biasa apabila orang berjalan. Biasalah rumah kayu. kalau ada orang berjalan pasti jelas sangat kedengaran. Aku intai disebalik lubang-lubang kecil di bilikku. Bunyi tapak masih kedengaran tapi tiada siapa kelihatan. “Mungkin ayah dah balik dan terus masuk ke bilik dia”. aku pujuk hati.
Lantas aku keluar dari bilik untuk memastikan siapa yang berjalan dalam rumah. Aku terus menuju ke dapur kerana bilik ayah bersebelahan dengan dapur. Aku tengok bilik ayah masih tertutup. Pintu utama pula masih tertutup rapi dan terkunci. Walaupun bulan puasa ketika itu, tapi rasa takut tidak dapat dihalang. Aku mulai rasa seram dan mau saja aku lari keluar rumah. Tapi nak lari ke mana.? kalau lari ke rumah makcik di seberang jalan, risau benda tu mengikuti aku. Aku pun masuk semula ke bilik dan duduk diam.
Masa tu aku berharap sangat agar ayah dan adik-adik segera balik. Aku dah tak tahan menahan siksa ketakutan. Badan aku dah berpeluh-peluh. Angin kipas pun tidak mampu menahan titisan peluh dii badanku.
Selang dalam 10 minum begitu, pintu diketuk dan kedengaran suara ayah memanggilku. “Alhamdulillah”, aku menarik nafas lega. Aku menuju ke pintu dan segera membuka pintu. Bila ayah nampak wajah aku pucat, dia terus bertanya apa yang terjadi. Aku pun menceritakan kepada ayah tentang bunyi orang berjalan di dalam rumah semasa ketiadaan mereka.
Ayah hanya tersenyum dan meminta aku untuk menyediakan makan malam. Semasa makan, ayah memberitahu mungkin bunyi tapak tersebut hanya khayalan aku saja. Aku tahu tujuan ayah berkta demikian supaya aku tidak rasa takut. “Mana ada hantu bulan-bulan puasa ni” terang ayah. Aik-adik aku pula memandang aku sambil melemparkan senyuman sindir. “Mau kena budak-budak ni” bisik hatiku.
Selepas makan, aku dan adik-adik sambung tengok tv di ruang tamu. Tepat jam 10 malam, ayah keluar dari bilik dan mengarahkan kami semua masuk tidur. Aku ajak adik bongsu aku untuk menemani aku pada malam tu.
Siapakah yang berjalan berlegar-legar di ruang rumah aku pada malam tu. ? sehingga kini aku masih tertanya-tanya tentang bunyi tapak org berjalan tersebut.
Sekian dan terima kasih. Maaf andainya kurang seram dan ada kesalahan-kesalahan bahasa dan tatabahasa. Wassalam.
***Kisah yang diceritakan oeh Min kepada Ato. Ianya diceritakan semula atas kebenaran Min sendiri.

KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU 
CP BY ADMIN A.D - CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
11. TERSALAH BURU
12. JIRAN SEBELAH RUMAH
13. DISAKAT PONTIANAK
14. POLIS MISTERI
15. KEJUTAN SHIFT MALAM
16. SIAPA DIA SEBENARNYA?
17. SIAPA WARIS SAKA?
18. RESTORAN 24 JAM YANG BERHANTU
19. DENDAM LAILA
20. PENYEWA PEMBELA SAKA

11. TERSALAH BURU
Assalam dan salam 1 Malaysia. Bertemu kembali bersama Ato. terima kasih FS atas kesudian menyiarkan beberapa kisah saya sebelum ini. Mohon maaf kepada semua terutama kepada pembaca di atas terlalu banyak kesilapan menaip. Maaf sekali lagi. akan diperbaiki di masa-masa akan datang. Terima kasih juga atas komen-komen yang membina mahupun komen-komen yang berupa teguran.
Sedikit pun saya tidak ambil hati. Semua komen-komen saya ambil sebagai pengajaran. Menulis cerita tidak seperti bercerita dengan dengan kawan-kawan yang disampaikan melalui mulut. Saya akui memang teramat susah untuk mengarang dan menghasilkan satu kisah benar yang dapat menyakinkan semua orang. Tapi saya berusaha untuk kongsi-kongsi pengalaman seram yang saya alami.
Untuk kisah saya yang bertajuk 1.Siapa Dia, 2. Anjing Jadian ? dan 3. Tukang Masak ? agak menimbulkan konstraversi sedikit sebab ada beberapa perkara yang saya lupa nak bagitau. Sebenarnya, kami duduk 3 orang dalam 1 rumah tapi bilik masing-masing. Kawan-kawan serumah saya Non Muslim. Penama rumah berkenaan kawan yang non Muslim kerana mereka lebih awal tinggal di sana.
Untuk pengetahuan para pembaca, Kami di Sabah memang cukup menghormati antara satu sama lain berkaitan pegangan agama. Kawan serumah saya cukup hormat dengan saya sebagai sorang Muslim. Demikian juga saya menghormati dia sebagai tuan rumah dan sebagai penganut agama lain. Sebab tu saya katakan, dia selalu masak tengah malam apabila melibatkan makanan yang orang muslim tidak boleh makan. Kekadang dia ambil kesempatan memasak ketika waktu rehat semasa ketiadaan saya di rumah. Periuk, kuali, sudip dan pisau serta alat-alat lain yang dia gunakan pun asing. dia ada almari sendiri untuk barang-barang masakannya.
Kura-kura memang orang muslim tak boleh makan, tapi ada sesetengah orang non Muslim yang memakannya. Di rumah kami memang ada saja kura-kura yang dibiarkan berlegar-legar di ruang tamu. Kekadang keluang pun ada. Tapi jadi peliharaan hanya bersifat sementara. Saya faham apa yang berlaku pada haiwan-haiwan berkenaan.
Kisah yang saya lakarkan adalah kisah benar dan bukan fiksyen. Dari segi kejadian dan masa semuanya benar. Cuma mungkin cara penceritaan saya yang menyebabkannya seolah-olah banyak yang saya telah tokok tambah. Alam mistik dan makhluk-makhluk ghaib mempunyai pelbagai rupa dan kekadang kita sukar menerima keadaan rupa makhluk bila seseorang menceritakannya. Dari segi masa juga kekadang berbeza antara masa tempat kita dengan masa semasa di alam mereka.
Kawasan kampung di tempat kerja saya memang dikelilingi hutan-hutan tebal dan sungai pun merupakan sungai besar dan menjadi pertemuan anak-anak sungai dari kampung2 daerah Beluran, Sabah. Kita semua tahu, selain alam kita, ada lagi alam lain terutama di kawasan hutan.
Panjang lebar dah penerangan saya.
Kisah kali ini pula akan saya bawakan satu kisah semasa kami pergi memburu. Saya kurang kemahiran pasal berburu. Saya pernah ikut memburu semasa di pulau Banggi hanya 2 kali sahaja. Ada juga pengalaman sikit-sikit tentang adab-adab memburu. Di tempat kerja baru saya, ini merupakan kali pertama saya ikut memburu.
Petang sebelum memburu, kami jalan menjejak kawasan yang dipercayai jadi tumpuan Payau/Rusa. Kami pergi seramai 4 orang menaiki hilux pacuan empat roda. Biasa la jalan masuk kawasan sawit dan hutan hanya ada jalan dan lorong-lorong lori balak yang jarang sekali digunakan. Bila jejak dah ditemui, kami akan mencari tempat berehat sementara menunggu masa malam. Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Satu bunyi teriakan Rusa telah kedengaran. Kalau orang tidak biasa mendengar teriakan rusa, pasti dia akan ingat ada org yang berteriak ataupun dia ingat teriakan mak ponti. Teriakan ayam hutan atau ayam Tambun lagi dayat. seperti sura permpuan. nyaring bunyinya. Pertama kali dengar teriakan ayam Tambun semasa di pulau Banggi. Nyaris-nyaris juga saya lari. mujur kawan bgtahu jangan takut sebab tu bunyi Tambun.
Ok, kita kembali kepada cerita rusa. Kami pun pelan-pelan menghampiri bunyi rusa tersebut. Untuk mengelakkan rusa menyedari akan kehadiran kami, kena ambil arah yang bertentangan dengan arah angin bertiup. Rusa mempunyai deria hidu yang sangat kuat. kalau ikut arah angin, kompom dia akan menyedari kehadiran kami. Pemburu yang mahir memang sukar untuk mendengar jejak kakinya. Saya beberapa kali kena tegur kerana pergerakan saya agak bising.
Sampai di tempat yang strategik, tukang tembak dan tukang suluh sudah bersedia dengan tugas masing-masing. Rusa di suluh dengan cara menyuluh matanya kemudian mengalihkan suluhan ke tempat lain. perkara tersebut di lakukan beberapa kali sehinggalah kedudukan rusa benar-benar selesa untuk ditembak. “Rusa jantan dengan tanduk yang bercabang”. bisik tukang tembang. “Pang… pangggg…” Dua das tembakan dilepaskan bergema memecah kepekatan malam. Bila di suluh, rusa dah tumbang. Kami pun bergegas untuk mendapatkan rusa berkenaan. Saya sebagai tukang sembelih dah bersedia dengan parang terhunus di tangan. Dalam hati dah berangan nak makan rusa besar. Bila kami hampir kepada rusa berkenaan, rusa tersebut duduk dan memandang ke arah kami dengan tajam dan matanya merah menyala. Kemudian tukang tembak lepaskan sedas lagi. Rusa tumbang tapi bangkit semula.
Kami dah mula rasa pelik terutama saya. Bulu roma dah meremang dan rasa takut bertandang. “kali ni last saya akan lepaskan tembakan, kalau rusa ni tak tumbang juga, baik kita berlalu pergi. maknanya benda tu bukan rusa tapi makhluk yang menyerupai rusa atau rusa tu menjadi tunggangan makhluk lain “. Penembak tiba-tiba bersuara memberitahu kami. Tembakan terakhir dilepaskan. Rusa tumbang tapi kali ni sangat mengejutkan. Selepas tumbang, rusa terus berdiri. Peliknya tembakan dikepala tiada kesan apa-apa. Titisan darah walau sedikit pun tiada. ” Jom jalan cepat-cepat sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingi berlaku. “ Pinta penembak. Saya sempat melirik ke arah penembak selepas tembakan terakhir. Mulut dia bercakap sesuatu tapi tidak jelas. Mungkin agaknya dia meminta maaf kepada rusa tersebut.
Malam tu kami tidak meneruskan pemburuan. kami balik terus ke rumah. Dalam perjalanan, kami bercerita tentang perkara yang kami saksikan tadi. Mujurlah tukang tembak kami adalah seorang yang memang bisa memburu dan telah banyak kejadian-kejadian aneh yang dia saksikan. Kata penembak, Rusa yang kami jumpa tadi telah ditumpangi makhluk halus. Kalau dipaksa juga, rusa tersebut akan bertindak menyerang kami. Dia menasihatkan kami bila berhadapan dengan situasi tersebut di lain kali, pastikan meminta maaf dan bagitahu tidak sengaja dan katakan tujuan hanya mencari sesuap rezki.
Untuk pengetahuan para pembaca, biasanya bila pemburu mendapat haiwan buruan, mereka akan mengeluarkan segala isi perut dan akan membuang beberapa bahagian dan disertai dengan kata-kata “Ambillah ini. Ini bahagian mu. Jangan ganggu kami”. Tujuannya adalah untuk memberi bahagian kepada makhluk alam lain atau penjaga hutan atau jin-jin yang ada di hutan. Membawa daging mentah di tengah hutan tidak semudah kita membawa daging segar di tengah bandar.
Semenjak dari peristiwa tersebut, saya tidak lagi ikut memburu. Kalau ada aktiviti kawan-kawan pun, saya akan memilih ikut memancing. Aktiviti utama di tempat kerja saya adalah memburu dan memancing udang galah. Walaupun sungai tempat saya kerja banyak sang bedal, tetapi tidaklah merisaukan sangat sebab belum ada kes yang kena bedal oleh sang bedal semasa memancing atau berada atas bot. Kes yang banyak diceritakan adalah kes semasa berada mandi di sungai atau menjala tepi sungai.
Sekian dulu untuk kisah kali ini. Nantikan kisah seterusnya kalau diizinkan iaitu kisah berpindah bangunan baru setelah hampir 3 tahun di bangunan lama. Kini tempat saya bertugas di bangunan baru dan terletak di kawasan pekan Koboi Paitan Beluran Sabah.
Yang baik semua dari Allah, dan yang buruk atau salah semua dari kelemahan saya. Wallahu’alam.

12. JIRAN SEBELAH RUMAH
Assalamualaikum semua.. aku selalu follow kisah-kisah mistik dalam ni.. Kadang-kadang sampai terbawa dalam mimpi. (penakut)..
Aku tak tahulah kisah aku ni akan disiarkan atau tak, takut tak memenuhi syarat-syarat. Aku Cuma nak cerita tentang mak aku yang kena sihir dengan jiran sebelah rumah , mcm mana aku tahu? meh aku ceritakan..
Kejadian ni berlaku lebih kurang 20 tahun dulu, masa tu umur aku dalam 7 – 8 tahun kalau tak silap. Ayah aku ada tanah sawah belakang rumah tak lah besar sangat hanya cukup untuk menyara kami 12 beranak. Ayah aku usahakan sendiri sawah tu dari membajak, menyemai, meracun dll. Kejadian tu mula pada pagi tu, ayah aku meracun dan sebelum tu dia dah bagitahu orang sekeliling supaya jangan lepaskan ternakan diorang. Ayah aku pun mula lah meracun semua tanaman ayah. Keesokkannya, ayah aku keluar rumah bila terdengar jiran sebelah rumah mula bising, dia kata ayah aku sengaja bunuh kambing dia. Mula-mula ayah aku terangkan elok_elok yang ayah dah bagitahu tapi tak terima apa yang ayah cakap. Sekali ayah dah tak tahu nak cakap apa lagi dan akhirnya ayah aku masuk rumah dan biarkan dia meroyan laki bini..
Seminggu selepas kes tu mak aku dah mula nampak macam-macam kelibat dan mak aku jadi panas baran dan tak selesa ada ja yang tak kena . Sebelum ni tidak pernah sekalipun mak marah sangat tapi ada masa tu mak aku kejar kakak dan abang aku dgn parang. Masa tu ayah aku merewang dekat rumah jiran depan rumah. Dengan rasa yang amat takut, aku dengan takut-takut pergi panggil ayah dan masa tu dalam pukul 9mlm. Malam tu yang aku tahu takut ja dan terketar-ketar dalam gelap dan jalan berbelukar, aku redah sambil nangis-nangis.
Sesampai dekat rumah jiran terus aku jerit bagitahu ayah mak mngamuk. Terus ayah aku tarik aku bawa balik untuk tengok mak . Sekali dah sampai rumah, boleh mak aku duduk dalam rumah mcm tak ada apa yg berlaku dalam rumah.
Kakak dan abang aku pula tak tau lari ke mana malam tu. Ada sekali tu mak aku bagitau panas dan nak buka baju dan nasib baik ayah aku larang dan mak aku nak lari rumah menuju ke arah bukit. Mujur lah selamat, ayah aku sempat kejar mak kalau tak , tak tahu lah apa yang akan berlaku.
Keesokannya, ayah aku bawa mak berubat ke bomoh, masa tu masih percayakan bomoh berbanding ustaz. Bomoh tu bagitahu yang mak kena dengan bomoh siam. Dia hantar melalui baju dan masa tu baru teringat dan mak bagitahu yang jiran ada bagi baju-baju yang dia dah tak pakai. Perangai mak aku nie memang suka terima ja pemberian orang lain tanpa banyak fikir. Bomoh suruh buang baju yang dibagi oleh jiran dalam sungai. Apa yang pelik nya masa ayah aku buang baju tu dalam sungai, air sungai berputar macam menelan baju tu.
Balik dari berubat mak aku dah ok sikit. Satu hari tu, aku dan adik main-main dekat belakang rumah secara tak sengaja kami terjumpa ada satu patung singa warna emas.
Yang menariknya patung tu kena potong ke semua kakinya dan tanpa berfikir panjang terus aku ambik dan tunjuk dekat adik aku lalu adik aku tunjukkan pula dekat abg aku secara tiba-tiba masa abang aku yang pegang dia terus pengsan. Aku jerit panggil mak aku masa tu mak tengah tidur dan mak terus pnggil ayah. Ayah bawa abang pergi jumpa bomoh.
Abang aku dh sedar selepas dia baca baca oelh bomoh tu tapi malam tu aku dengan adik rasa panas satu badan dan tak boleh tidur. Pada keesokkan pagi, yang peliknya badan aku dengan adik jadi hitam dari paras pusat sampai dada. sampai sekarang kesan tu masih ada. bomoh bagitahu orng yang bomohkan mak masih tak puas hati lagi. bomoh ada tanya kalau nak hantar semula sihir tu kepada orang yang buat tu tapi kami sekeluarga hanya nak buang je jauh-jauh sihir tu..
Ingatkan dah cukup sampai situ je. beberapa minggu kemudian kaki mak aku pula tak boleh gerak. Dia kata kaki dia bengkak dan rasa berat sangat macam ada benda yang tengah duduk kat kaki mak. Tapi bila lihat dgn mata kasar tak de apa-apa pun dengan kaki mak aku.
Dekat sebulan ayah aku uruskan mak aku yg tak boleh berdiri langsung. pada hari seterusnya, ada orang suruh ayah aku jumpa sorang ustaz ni dan tanpa ayah membuang masa ayah terus jumpa ustaz tu minta tolong untuk bantu kami sekeluarga.
Bila ustaz tu datang rumah, tak sampai 5minit ustaz tu mula membaca ayat-ayat terus jiran aku bising-bising sambil keluar rumah dan ustaz tadi hanya senyum sambil beritahu ayah yg diorang nak pergi jumpa bomoh siam yg selalu diorang jumpa. Masa tengah berubat tiba-tiba cermin almari tempat mak aku letak pinggan mangkuk pecah semua. Dalam masa yangg sama abg aku yang sorang lagi ikut ustaz tu ke rumah atas dan ternampak makluk berlidah panjang menjilat-jilat dinding rumah.
Tiba-tiba masa tu juga rasa rumah macam bergegar dan dah pucat rasa mcm susah bernafas. Tapi ustaz bagitahu aku Cuma terlalu takut.. fuhhh.. nasib.. lepas minum air penawar aku mula rasa selesa balik. Ustaz beritahu yang rumah kami ni dah jadi mcm sarang “mereka”.
Terlalu ramai dan mengambil masa untuk tangkap satu-satu. Dekat seminggu juga ustaz tu membuang semua jin yang ada dalam rumah kami. Ustaz beritahu yg dia dah tangkap semua jin-jin yang bertandang dlm rumah dan yang selebihnya dah kembali pada “ tuan “ mereka.
Dalam seminggu berubat kami ada terdengar isteri jiran kami tu tak berapa nak sihat tapi mak aku ni degil sangat dan pergi melawat. Malam tu juga mak aku jadi mcm mula-mula dulu meracau-racau. Keesokkannya, atok sebelah mak aku datang dan bagi air penawar. Alhamdulillah mak aku beransur sihat.
Malam tu kakak aku pula kena ,dia tidur bilik paling atas dan tiba-tiba dia rasa ada orang cuba kafankan dia. Dia cuba menjerit tapi tak boleh, dalam masa yang sama mak aku dekat bawah tiba-tiba bangun dan menjerit. “jangan kacau keluarga aku” sampai terkejut ayah aku bangun dan buka lampu. Ayah aku tengok mak aku elok je tidur. Masa tu jugalah kakak aku bangun dan lari turun bawah sambill menangis-nangis.
Dia ceritakan dekat ayah aku, masa tu aku tidur mampus agaknya. Apa pun aku tak tahu. Pagi tu juga heboh bila kak aku buka cerita..
Ada satu mlm tu aku dengan mak lepak depan rumah. Tiba-tiba mak aku kata “hang pi tengok dkt belakang”. aku yang bodoh campur penakut ni katalah. “ buat apa? Tak mahu la takut, gelap.” Mak aku bangun dan pergi belakang rumah aku pun terus bangun dan ikut mak dari belakang.
Mak aku tiba-tiba menangkap satu objek yang seakan bebola api terbang rendah dekat area sawah ayah dan perlahan-lahan menuju ke arah bukit. terkebil-kebil mata aku tengok objek yang semakin menjauh. Mak aku ajak masuk. “Dah.. jom masuk”. Apa tadi tu mak? Berlari-lari anak aku mngejar langkah mak yg semakin jauh dari aku. “ tanglong” pendek je mak aku ckp sambil masuk rumah.
Aku pun tak tahu, macam mana mak tahu akan ada benda bebola api melintas kat belakang.
Selepas beberapa tahun, Alhamdulillah,semuanya beransur-ansur pulih.
Sekian sahaja kisah dari aku.Assalamualaikum.

13. DISAKAT PONTIANAK
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Terima kasih kepada admin FS jika kisah ini disiarkan. Ini pengalaman aku sendiri. Kisah ini terjadi di tahun 2014.
Aku asal orang Seremban. Selepas berkahwin, aku ikut suami tinggal dan bekerja di Singapore. Mak aku seorang ibu tunggal. Aku hanya tiga beradik dan semuanya sudah berkahwin. Rutin aku setiap hujung bulan, aku akan balik ke seremban tengok mak. Kalau suami aku tak dapat cuti aku akan balik sendiri sama ada drive atau naik public transport (bas/flight).
Jumaat, selepas habis kerja aku terus rushing pergi ke terminal bas. Kali ini aku balik seorang kerana suami tidak dapat cuti.Dia tidak izinkan aku drive seorang diri, jadi aku decide naik bas sebab direct ke Seremban. Bas bertolak jam 5 petang dan aku sampai di Terminal 1, Seremban dalam jam 9 malam.
Sampai di rumah mak macam biasalah, aku akan lepaskan rindu dulu, manja manja dengan mak,berborak kosong sambil makan (masakan mak adalah yang terbaik di dunia kan).Sudah habis makan aku bangun sebab hendak mandi.
Selesai mandi, mak aku pun masuk tidur. Selalunya bila aku balik, aku akan lepak dan tidur di ruang tamu sambil layan movie di tv.Tetapi malam ini aku pilih untuk lepak dalam bilik tengah sebab hendak baca novel yang mana aku sempat beli masa di terminal bas tadi.
Dalam rumah ini ada 3 bilik. Master room bilik tidur mak, bilik no 2 (kitaorg adik beradik panggil bilik tengah) sesiapa balik akan tidur disitu tidak pun kitaorang buat letak beg baju sahaja dan bilik no 3 bilik ialah tempat iron baju tetapi sebenarnya penuh dengan almari baju, barang-barang Tupperware, pinggan mangkuk collection (Vantage,Arcopal) senang cerita bilik harta karun mak aku la.
Ok back to the story, dalam bilik tengah ada katil queen size, meja solek dan almari baju.Katil mak aku rapatkan ke dinding berhampiran tingkap supaya bilik namapk lagi luas katanya. Bilik tengah ini kalau buka tingkap terus menghadap jalan raya dan hutan kecil.
Aku start membaca novel sambil baring melintang atas katil. Aku punya ralit membaca tak sedar dah pukul 1 pagi. Aku stop sekejap sebab hendak minum air dan terus ke tandas sekali. Settled, aku masuk bilik semula dan sambung balik baca novel.
Kali ini aku baring mengiring mengadap pintu dan membelakangkan tingkap.Tiba-tiba aku dengar bunyi suara orang menangis. Suaranya mendayu – dayu dan sayu sangat. Dalam hati aku mengomel, mak mengigau agaknya tidak pun bunyi tv dari rumah jiran. Jadi aku buat tak tahu sahaja.
Aku pun teruskan membaca tetapi sekali lagi aku dengar bunyi suara orang menangis.Kali ini suaranya kedengaran sangat jelas, kuat tetapi masih mendayu dan sayu. Suara itu seolah-olah hampir sangat dengan aku. Aku tertoleh toleh kiri, kanan dan belakang mencari-cari dari mana datangnya arah suara tangisan itu.
Tapi tidak nampak apa-apa pun. Suara tangisan itu berhenti dan sunyi kembali. Siapa pulak menangis malam-malam ini, mungkin anak jiran agaknya (aku hanya bercakap dalam hati). Tidak sampai berapa minit aku tegur, terus kedengaran orang mencakar-cakar tingkap. Tercampak novel yang tengah aku pengang sebab terkejut.
Aku masih blur dan tiada perasaan takut. Dalam hati “Ahhh mungkin perasaan aku agaknya,sambung baca novel lagi bagus”. Aku ambil semula novel yang tercampak tadi tetapi dalam hati mengomel-ngomel “lantaklah, janji jangan kau muncul depan aku sudah.Jangan mengada-ngada nak buat kelakar malam buta ini”. Bunyi cakaran tadi terus berhenti. Suasana sunyi kembali.
Aku sambung baca novel semula sambil menelentang atas katil, dah penat menelentang aku meniarap pulak pastu semasa aku hendak tukar posisi mengiring tiba-tiba bunyi orang ketuk tingkap.Kali ini aku tersentap dan berhenti membaca.
Aku terus bangun dari baring dan duduk tegak diatas katil.Aku tutup novel dan perlahan-lahan letakkan diatas meja solek yang bersebelahan katil tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.Sekali lagi bunyi orang ketuk tingkap, mula-mula perlahan kemudian semakin laju dan kuat macam nak pecah tingkap diketuknya.Aku tidak berani hendak pusing ke arah belakang. Serious kali ini aku dah mula rasa cuak dan takut sebabnya rumah mak aku ini di tingkat 2!!!!!!!
Siapa pulak yang ketuk tadi dan mustahil sebab tinggi. Kali ini suara tangisan kedengaran sambil ketukan di tingkap masih tidak berhenti. Aku dah mula berpeluh padahal cuaca malam itu sejuk dan kipas on full blast.
Aku masih duduk tegak kat atas katil tidak berganjak. Aku plan hendak lari keluar dari bilik ini.Baru sahaja aku hendak turun dari katil tetiba aku rasa macam ada orang hempaskan badan atas tilam dan betul-betul landing belakang aku.
Tilam spring bila ada orang lompat atau hempaskan badan atau barang kita akan rasa bergegar.Aku punya terkejut terus melompat dan lari keluar terus pergi ke bilik mak. Nasib baik mak tak kunci bilik dia. Panggg….kuat gila aku hempas pintu bilik mak. Terus mak terjaga sebab terperanjat.’Kau dah kenapa?’ Aku jawab takde apa-apa, mak tidurlah. Aku masih berdiri tegak sambil otak cuba untuk hadam apa yang dah berlaku sebentar tadi.
Badan aku masih mengigil, nafas masih laju macam baru habis marathon. Ini rupanya perasaan kena kejar dengan hantu. Aku tidak rasa kaki jejak di lantai masa aku berlari tadi.
Berpeluh peluh aku padahal mak aku berselubung tidur kesejukkan. Aku tidak boleh tidur dan tak sedar bila masa aku terlelap sebelah mak. Itupun aku tersedar bila mak kejutkan suruh solat subuh.
Masa hendak keluar pergi tandas, aku berhenti dan jenguk bilik tengah.Tetiba mak bersuara”kenapa biarkan lampu dan kipas terbuka semalam? Membazir sahaja sambil mak aku terus memebebel.
Aku cepat-cepat mandi dan solat. Dah settle aku keluar bilik dan cari mak di dapur. Belum sempat aku hendak duduk, mak dah suruh aku buka semua tingkap.
Aku cakap tingkap lain dah buka tapi bilik tengah belum. Nanti mak bukalah sendiri. Mak aku geleng kepala terus pergi bilik tengah. Tetiba mak menjerit panggil aku. Ahhh sudah apa lagi ini sambil kaki laju menuju ke bilik tengah. “Kenapa mak?”.
Kau tengok ini, mak tunjuk ada benda diatas katil. Ianya gumpalan rambut berwarna putih dan penuh pasir halus atas katil. Mak tarik perlahan-lahan dan cuba leraikan gumpalan rambut tersebut. Warna rambut itu putih jernih dan sangat panjang.
Warnanya bukan putih macam uban. Susah aku hendak describe warna rambut tersebut. Aku pandang mak, mak pandang aku sebab rambut kami berdua pendek dan pasir ini datang dari mana pulak. Sedangkan semalam elok je bilik itu bersih.
Masing-masing senyap dan keluar dari situ. Mak suruh aku kemaskan dan vacuum bilik sebab berpasir. Aku bersihkan walapun berat hati dan macam-macam soalan di kepala aku.Selepas selesai mengemas, mak suruh aku bersiap dan temankan dia beli barang dapur.
Dalam kereta baru mak buka cerita. Sejak hutan kecil di depan rumah ini diaorang tebang untuk projek perumahan, ramai yang dah nampak atau kena kacau. Aku pun apa lagi ceritakan apa yang berlaku semalam dan mak senyum sahaja.
Mak cakap rezeki aku kena sakat dengan cik pon. Tapi nasib aku tidak demam, kira kuat jugak la semangat aku. Sejak dari hari kejadian, kalau aku balik rumah mak aku memang takkan tidur lagi di bilik tengah. Aku lebih rela tidur kat ruang tamu takpun aku selit sebelah mak.
Ada masa aku akan kongsikan lagi pengalaman seram aku yang lain.Dan kalau korang hendak tahu, sampai sekarang aku masih tidak tidur kat bilik tengah walaupun aku dah ada anak dan mak dah pergi selama-lamanya. Al-fatihah.

14. POLIS MISTERI
Kehidupan sebagai pasangan suami isteri yg hidup berjauhan memang memerlukan pengorbanan. Begitulah juga dengan aku. Aku mendirikan rumahtangga pada 2008 dengan seorg guru. Isteri ku mengajar di sebuah skolah perempuan di penang manakala aku bekerja di Lumut sbg pasukan keselamatan.
Berjauhan sering membuatkn aku menghitung hari setiap minggu untuk pulang ke penang berjumpa insan tersayang. Biarlah dr isnin sampai khamis aku bekerja 24jam pun tidak mengapa. Asalkan hari minggu aku tidak terikat dengan jadual kerja. Pernah aku sanggup membayar rakan kerja 2 kli gnda bagi memangku tugasku sekiranya aku perlu bekerja di hari minggu.
Aku membuat perjalanan dengan kereta dan kadang-kadang menaiki motorsikal. Keretaku pada masa tu hanyalah waja 1.6. Cukuplah pada waktu tu sebagai pasangan yang di awal perkahwinan. Motor pula hanyalah skuter modenas elit 150. Aku sering berulang alik menggunakan laluan dalam tidak melalui tol kerana aku sering bertolak lepas kerja di mana kadang-kadang badan aku selalu letih bekerja dan bersukan. Aku lebhi suka memandu dalam keadaan tingkap terbuka dan melalui kawasan-kawasan kampung kerana persekitaran begini amat membantu ku daripada mengantok ketika memandu.
Perjalanan ku dalam keadaan santai. Masa diambil sekitar 2 – 2 jam setengah perjalanan. Lazimnya aku bertolak dari tempat kerja jam 6 atau 6:30 ptg.
Pengalaman ku bertemu seorang polis misteri sekitar daerah parit buntar tidak dapat kulupakan.
Padaku dia adalah makhluk yang menzahirkan diri mungkin kerana bagi mengingatkan kita tentang wujudnya makhluk-makhluk sedemikian di bumi Allah s.w.t.
Jam 6:45ptg,jumaat, 2009.
Aku bergegas membersihkn diri selepas intensif training kerana mempersiapkan diri menjelang kejohanan antara badan beruniform yg akan tiba tidak lama lagi. Dari jam 2petang latihan bermula lagi, kepala ku asyik menjeling jam di dinding, bilalah coach nak tamatkn latihan. Tapi aku sedar, dalam masa ini,training adalah 2 kali ganda dari selalu kerana bagi memastikan aku benar-benar bersedia untuk bertarung. Juara yang aku sandang sejak 2 tahun berturut-berturut membuatkan aku sering diberi perhatian lebih. Jam 6:10petang, kami dilepaskn pulang. Aku terus berlari pecut seolah-olah dikejar seekor harimau.
Seusai membersihkn diri dan solat asar, jarum telah mencecah 7:20ptg. Dalam suasana bujang yang berkongsi bilik air ni, faham-faham la. Ada yg memerut, ada yg menyanyi dalam bilik air, ada yang membasuh. Sakit hati pula apabila memikir sedangkn kita nak cepat. Baki kurang lebih 10min nak maghrib. Aku mmbuat keputusan, apa salahnya aku solat maghrib dulu baru bergerak kerana tiada beza awal 10minit dengan masa yg perlu aku ambil utk berhenti jugak nanti bagi melangsaikn tuntutan solat itu. Selesai berdoa ala kadar dan mengemas katil, aku terus mencapai kunci dan menuju ke kereta. 1 pesanan ringkas sms dihantar kepada yang tersayang supaya mendoakan keselamatan ku dalam perjalanan. Waja 1.6 auto ku meluncur laju tepat jam 8malam. Pemanduan malam itu tidak seperti malam-malam minggu sebelumnya kerana kebetulan hari minggu waktu itu adalah long weekend. Banyak kenderaan menyusuri di jalan segari-pantai remis-taiping. Mungkin ramai yang bercuti panjang. Aku membuka siaran radio bagi menghilangkn kebosanan memandu. Jam lebih kurang 9:20malam aku melewati tol kamunting. Pada awalnya, aku memang ingin masuk ikut susur tol dan melalui hiway tetapi entah mengapa malam itu hati kecilku membisikkan supaya menggunakan jalan dalam. Pikiranku, mungkn hiway pun banyak kereta kerana maklumlah minggu itu adalah waktu cuti yg panjang.
9:30malam, aku berhenti di salah sebuah surau bagi menunaikn solat Isyak. 9:40malam aku meneruskn perjalanan. Bermula perjalanan ku dari surau sebentar tadi, ada keanehan yang dapat dirasakan. Sebelum berhenti solat, agak banyak juga kenderaan menggunakan jalan yg aku lalui dari kedua-dua arah. Namun pada waktu itu, jalan lengang kerana tiada langsung kenderaan yang lalu. Dahlah keadaan jalan sepanjng laluan gelap kerana waktu itu lampu jalan pun berjarak 2 ke 3 km setiap satu. Tambahan pula semasa aku hendak meneruskn perjalanan tadi, hujan gerimis halus jatuh menyembah bumi. Alhamdulillah, nikmat Allah bagi menyejukkan bumi. Aku menutup tingkap dan membiarkn terbuka sedikit bagi membenarkan aliran angin masuk ke dalam kereta. Keadaan malam itu sungguh sejuk kerana kehadiran titis-titis gerimis.
10:05-10:30mlm
Melewati daerah parit buntar, di sebuah kawasan kilang yang kebanyakannya adalah warga asing, dari kejauhan aku melihat 1 cahaya kecil yg menyuluh berkali-kali sayup-sayup dari kejauhan. Cahaya itu lagaknya seperti seorang penguatkuasa yang melakukan sekatan jalanraya. Tetapi tidak pula aku melihat lampu amaran biru/merah atau lampu tambahan bagi pos sementara yang dibina bagi tujuan operasi. Lampu kenderaan kerajaan pun tiada. Ah,mungkin ada kecelakaan kecil atau musibah penduduk sekitar sini dan yang lain membantu.
Oleh kerana keadaan jalan lengang, dan keadaan jalan yang basah walaupun hanya gerimis, aku memperlahankan kenderaan. Sesampainya aku pada cahaya lampu itu dalam jarak kurang lebih 100m, ternyata ianya adalah lampu suluh bersaiz kecil yang dihalakan oleh seorang anggota polis. Aku mematikan lampu utama kerana aku telah dilatih di pasukan ku mematikn lampu baig mengelakkan silau pada anggota yang bertugas utk memeriksa kenderaan dan menghidupkan lampu kabin serta membuka tingkap.
Setibanya aku di tempat pemeriksaan, kelihatan hanya seorang sahaja anggota yang ada. Dalam keadaan mata ku disuluh oleh cahaya lampu suluh anggota tersebut, samar-samar ku lihat seolah-olah anggota tersebut memakai uniform yg lengkap, beret tetapi terdapat kesan-kesan koyakan halus seolah-olah kesan calar yang mencarikkan benang uniformnya, compang camping, dan basah kuyup. Mukanya tidak dapat dicam kerana cahaya dihala tepat ke mataku. Aku lantas memberi sapaan hormat “assalamualaikum dan selamat petang encik” tetapi tidak dijawab oleh beliau. Anggota tersebut hanya diam tidak berkata apa-apa dan hanya menyuluh lampu ke muka ku. Aku pun bertanya “ye encik ada apa?” Namun dia masih lagi diam. Ku pandang hadapan dan cermin sisi kelihatan jalan lengang, tiada langsung kenderaan. Yang ada hanyalah keretaku. Aku mula berfikir yang bukan-bukan kerana mungkinkah ini manusia yang menyamar anggota polis yg berniat jahat?
Aku terus mempersiapkan diri bagi menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku. Prinsip ku pantang mengalah,teruskn melawan sedaya upaya. Jika musuh yang datang ingin menyakiti aku, berdarahlah dia, berdarah aku, patahlah dia, Patah aku, mati lah dia, penumbuk telah ku kepal erat-erat.
Dalam keadaan 10 saat yang sepi ini, aku bertanya buat kali terakhir, “encik,ada apa?kenapa tahan saya?kenapa encik seorang sahaja?encik ni anggota betul ke?”
Dia masih lagi membisu dan terus menyuluh ke mukaku. Bagi kali yg ketiga semasa aku baru sahaja hendak melontarkn pertanyaan penghabisan, dia menyuluh cahaya lampu itu ke bawah dan terus kembali ke muka aku. Sekilas aku melihat muka anggota tersebut seperti baru lepas kemalangan, penuh luka-luka dan terdapat darah mengalir dari kepalanya. Muka nya keputih-putihan pucat tidak seperti kulit manusia biasa. Patutlah kelihatan uniform nya seperti compang camping dan comot. Aku segera kendurkan penumbuk ku dan bertanya kepadanya, encik ni eksident ke ? Masa tu baru beliau menjawab. “Ye encik. Saya sedang mengenalpasti kenderaan yang melanggar saya. Saya pun taklah teruk mana. Xpe encik boleh jalan. Kenderaan balai sedang dalam perjalanan”. Aku pun membalas, baik cik. Terima kasih. Aku pun meneruskn perjalanan. Kelihatan hujan telah semakin lebat sehingga jalan kelihatan amat kelam. Aku menghidupkan penghawa dingin dan menutup tingkap. Mujur semasa pemeriksaan hujan tidak selebat ini. Boleh basah juga jika membuka tingkap untuk pemeriksaan anggota polis tadi. Fikiranku menerawang jauh memikirkn insiden sebentar tadi. Kenapa aku tidak menawarkan sahaja pertolongan kepadanya untuk sekurangnya dibawa ke hospital? Ah..mungkin aku berfikiran tak elok pada awalnya sehingga lupa nak bersangka baik dan memberi pertolongan pula. Aku cepat-cepat beristighfar.
10:40mlm
Kelihatan hujan semakin lebat. Jarak penglihatan pula terhad ke 30 -40 meter. Aku masih meneruskn pemanduan macam biasa. Dalam jarak kurang lebih 5 min perjalanan, di satu kawasan sepi kedai-kedai makan kampung dan rumah-rumah, skali lagi dikejauhan aku melihat cahaya yang sama seperti anggota polis yang menahanku sebentar tadi. Keadaan masa itu masih lengang , tiada kenderaan. Oleh kerana jarak penglihatan yang pendek, aku tidak dapat mengagak cahaya apakah sebenarnya itu. Aku menyalakan lampu tinggi. Dalam jarak keupayaan penglihatanku, dan bantuan lampu tinggi kereta, dengan jelas terlihat anggota polis tadi berpakaian sama, berada dihadapanku berperlakuan menyuluh seperti tadi. Kelihatan sebelah tangan kanan memegang lampu dan sebelah kiri seperti menahan sesuatu di bahagian perut. Pada masa itu terus terlintas difikiranku, ini sudah pasti ada yang ingin mengujiku. Kerana adalah mustahil orang yang sama boleh berada di 2 tempat berbeza dalam masa yang singkat. Mendekati sahaja anggota tersebut, membenarkan telahanku. Dengan bantuan cahaya lampu tinggi, kelihatan kulit pipi nya tersiat dengan beret masih di kepala, pakaian nya corak carik dan kelihatan tangan sebelah kirinya menahan untaian usus yang keluar melalui luka perut di sebelah kiri. Aku memperlahankan kenderaan kerana aku sedar, pada waktu ini, ramai pemandu akan takut dan melajukan kenderaan lalu berlakulah kemalangan. Melewati sahaja makhluk itu, perlakuannya masih tidak berubah,masih menyuluh muka ku. Aku memandang nya tetapi tidak dapat melihat kerana cahaya dari lampu suluh menghalang penglihatanku.
Melepasi makhluk itu, alhamdulillah tiada apa yg mengganggu perjalananku. Anehnya 5 minit perjalanan, kelihatan kereta masih sibuk di jalan-jalan dalam sehingga je juru dan hujan pula berhenti beransur.
Aku memasuki susur masuk hiway juru dan seterusnya ke jambatan pulau pinang pada jam 11malam. Smpai dirumah, perkara ini tidak aku ceritakan pada isteriku sekalipun sehingga ke hari kisah ini ditulis.
6:30pg, sabtu, 2009.
Berita terkini TV3 “seorang anggota polis mati semasa melakukan sekatan jalanraya semasa rondaan bermotorsikal di Parit Buntar”

~PahlawanSendo~

15. KEJUTAN SHIFT MALAM
Aku baru je cuba cuba nak menulis tp bukan cerita rekaan tp benar benar terjadi dekat aku sendri.
So kita mulakan dengan pengenalan dulu la kan. Pada tahun 2009 aku dihantar ke sarawak untuk praktikal di sebuah hospital. Tak perlu kot aku bagitahu hospital apa kan?(oh lupa nak bagitahu.aku student nurse). Walaupun benda ni dah lama berlaku tapi masih segar dalam ingatanku(macam lirik lagu pulak.hahaha) Kami dibahagi 3 shift sama seperti nurse terlatih. PAGI.PETANG.MALAM. So nk dijadikan cerita benda ni jadi pada malam kedua aku bertugas untuk shift malam.
Setibanya aku di wad(aku tak ingat wad apa tapi wad lelaki la) kawan-kawan aku yang kerja shift petang tersenyum sinis memandang kami berempat yang baru tiba di wad. Tapi kami buat tak tahu je. Kami terus mendengar report dari nurse petang kepada nurse malam. Setiap laporan kami catat dengan teliti. Pada laporan terakhir ada diberitahu bahawa ada satu kematian.seorang pak cik tua berumur dalam 90-an.dalam kepala aku ingatkan dah settle dah mayat tu rupanya tidak! Jadi kami dbahagikan kepada 2 kumpulan. 1kumpulan(2orang) ambil vital sign pesakit 1 kumpulan lagi mandikan mayat sebelum dihantar ke bilik mayat. Berita baiknya aku diarah ambil vital sign pesakit-pesakit lain. Dengan senyuman manis la kami berdua ambil vital sign(sebab gembira tak payah mandikan mayat..haha) Tapi rasa gembira tu tak lama untuk aku.. Aku diarah menolong PPK untuk hantarkan mayat le bilik mayat.
Setibanya PPK tersebut diwad terus diarahkan kami memindahkan mayat yang telah dimandikan ke atas stretcher yang telah dibawa. Setelah memindahlan mayat tersebut PPK tersebut mengajak aku menolong beliau. Sebelum tu aku bertanya ‘mana penutup mayat ni?takkan nak tolak macam ni je? Ppk tu jawab ‘tak ada la dik..rasanya tertinggal kat bilik mayat semalam. Jadi aku pun senyap jela. Tapi dalam hati ni takut jugak laa..haha..
Aku menolak stretcher dibelakang.kepala mayat dekat dengan aku. Ppk tersebut menarik didepan.kaki mayat dekat dengan beliau. Boleh bayang tak? Bilik mayat dengan wad agak jauh jugak. Dalam 3 blok. Bangunan hospital tersebut boleh dikatakan agak usang. Sepanjang jalan terasa seram je. Dalam hati rasa nak menangis dah.tp tahan. Aku tenangkan hati dengan tengok sekeliling kawasan. Ada cahaya lampu samar-samar. Terasa tenang sikit hati ni. Sambil aku menolak terus stretcher ke depan aku memandang ke kanan sambil melihat pokok bunga yang cantik ditanam disekeliling itu. Tiba-tiba aku ternampak ada sesuatu dari ekor mataku. Bila aku memandang ke depan, BAAAAMMMM! Mayat tu bangun(bukan berdiri tp duduk) Aku terpaku sambil memandang belakang kepala mayat tersebut dengan perlahan lahan aku lepaskan stretcher yang aku pegang dari tadi. Aku terpaku buat seketika dan kemudian aku berpatah balik ke arah wad. Mula-mula aku berjalan kemudian aku berlari anak kemudianya aku memecut kalah usain bolt. Aku tiba-tiba tersedar yang aku sudah berada di wad dan aku melihat jam menunjukkan pukul 4pagi. Aku terpaku sendiri memikirkan benda yang telah terjadi pada aku tadi. Aku bermonolog sendiri ‘aku bermimpi ke tadi? Betul ke apa aku nampak?
Masa berlalu dan shift malam aku pun dh berakhir. Aku pulang dalam keadaan tertanya tanya apa yang telah terjadi.. MIMPIKAH? (aku tak cerita pun dekat member-member.takot dorang kata aku mengarut.haha)
Keesokkannya aku pergi bekerja seperti biasa. Setibanya aku diwad suasana jadi riuh. Aku dan kawan-kawan tertanya-tanya kenapa. Seorang nurse memandang aku lalu berkata ‘haa..tu budak tu.. aku takot.aku ada buat salah ke? Tiba2 aku ternampak PPK semalam, perkara pertama yang keluar dr mulut beliau ialah ‘sampai hati awak tinggal saya sorang2,saya mati2 ingat awak kena sorok dek hantu’ katanya dia hampir pengsan bila toleh ke belakang nampak mayat tu bangun dalam keadaan duduk. Kemudian terkejut bila dia tak nampak kelibat aku.(tu yang dia ingat aku kena sorok dek hantu tu)
Dari cerita PPK tersebut rupanya mayat pakcik tu ada bela saka. Saka dia yg masuk dalam tubuh mayat tu dan bangun. Tambah PPk tu memang kebanyakkan orang-orang tua disana ada membela saka/jin.
Sekian

16. SIAPA DIA SEBENARNYA?
Assalamualaikum, Hai, aku Kasturi (bukan nama sebenar). Hari ini aku terdetiklah nak kongsi cerita yang berlaku pada 2012 yang lalu, tapi sebelum itu aku ingin berterima kasih kepada admin Fiksyen Shasha sebab sudi siarkan cerita pertama aku. Well, kelakar jugak bila baca komen-komen. Ada yang kata aku ni sewel sebab berani mengulang al-Quran seorang diri kat bangunan kelas tu. Haha.
Nah link cerita aku untuk sesiapa yang tak baca lagi —–> www.fiksyenshasha.com/disakat/
Awal-awal lagi aku minta maaf kalau kurang menarik, sebab ni cerita sebenar. Tak mainlah kan cerita goreng mamak ni. Haha.
Okey, mengimbas kembali ke tahun 2012, di mana aku masih lagi seorang pelajar tingkatan 1. Masa tu pulak lagu Gangnam Style popular sangat. Aku pun tak terkecuali menerima bahang-bahang fofular (baca: popular) lagu tu. Biasalah, budak-budak baru nak up lah katakan. Aku ingat lagi, aku dan adik-adik aku pulang ke kampung kami yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan. Untuk pengetahuan, aku ni cucu sulung dalam keluarga jadinya sepupu-sepapat kebanyakannya masih lagi kanak-kanak ribena masa tu.
Al-kisahnya bermula pada suatu malam, dalam pukul 10 lebih, aku dan sepupu-sepupu aku berpakat nak menari ala-ala artis K-Pop tu. Tak ingatlah siapa yang pertama bagi cadangan gila tu. Kali ni kalau korang nak gelar aku sewel pun tak apalah, yelah kan dah malam orang nak tidur kau bantai nak memekak malam-malam buta. Atuk dan nenek kami dah selamat berlayar ke alam mimpi masa tu. Biasalah orang tua kan selalu tidur awal-awal haha.
Nak dijadikan cerita, adalah hamba Allah ni mencadangkan lagu Gangnam Style. Aku pun semangatlah kan, sebab lagu favorite kut. Maka, bermulalah sesi menari tak ingat dunia dengan adik aku, Melur sebagai koreografernya, menari pulak di ruang tamu. Apa tariannya? Macam-macam. Dah macam cheerleaders pun ada gak bila aku ingat balik, nak-nak lagi part susun orang tinggi-tinggi (ala, macam pyramid tu) pastu buat backflip. Haa pakej, akrobatik sekali. Masa ni energetic belaka semua orang, sebab kecik lagi kan.
Tapi masa tu kami tak sedar yang perbuatan kami tu menempah bala. Bila teringat balik haa padan muka hahaha. Dahlah memekak. Kesian atuk nenek aku dapat cucu nakal macam ni.
Lepas beberapa ketika, kami mula kepenatan. Dah tengah malam masa tu. Jadinya, aku menyuruh yang lain berehat dulu, minum air ke apa kan. Masa tengah berehat tu, aku pun terdetiklah nak pandang nak sliding door kat tepi aku dan kebetulan pulak, nenek aku cabut sliding door tu punya langsir jadi aku boleh nampak terus apa-apa yang ada di beranda rumah. Dan-dan aje aku nampak atuk aku dengan singlet putihnya, kain pelikatnya sambil pegang torchlight besar gedabak bentuk kotak tu keluar. Bezanya muka dia macam tak ada perasaan, jalan menonong je. Buat pengetahuan semua, rumah atuk aku ni rumah felda yang dah renovate, jadinya ada dua pintu, satu pintu sliding dan satu lagi pintu asal rumah tu. Aku fikir atuk aku lalu ikut pintu yang itulah.
Lepas 5 minit rehat, aku pun decide nak sambung latihan (latihanlah sangat) tapi aku tak fokus pun. Sebabnya mata aku asyik fokus pandang ke luar, dan sepanjang menari tu, aku perhati tak ada sesiapa pun yang balik. Aku peliklah, manalah atuk aku tu pergi? Aku pun tanyalah sepupu-sepupu aku.
“Eh, korang nampak tak atuk tadi? Aku nampak atuk keluar tadi.”
“ Eh, mana ada sesiapa yang lalu beranda tu weh. Kan hujan. Mengarut je kau ni,” jawab seorang sepupu aku. Aku macam tak puas hatilah kan jadinya aku decide nak tengok pintu yang satu lagi tu. Berkunci weh! Siap bermangga lagi tu (mangga dia kat dalam okey?). Kalau atuk aku keluar, mesti pintu tu tak berkunci kan? Aku pun menapak ke bilik atuk aku and guess what? Atuk aku tidur nyenyak gila siap berselimut kat sebelah nenek aku. Aku masa tu dah tak fikir apa dah. Ni mesti benda alah tu sibuk nak menyakat aku. Hisy, asal balik kampung je asyik aku je yang kena sakat.
Tanpa lengah masa, aku suruh yang lain berhenti. Bila diorang tanya kenapa, aku pun ceritalah dari A to Z apa yang aku nampak tadi. Masing-masing takut weh. Jahatnya aku masa tu sebab aku tak nak takut seorang, jadi aku share apa yang aku nampak haha. Susah senang sama-sama, ye dok? Haha. Jadi kami pun terus berhenti, masing-masing berdecit masuk ke dalam bilik.
Esoknya, masa sarapan aku cerita balik apa yang aku alami kat atuk dan nenek aku. Macam biasalah diorang tak percaya. Haih. Siap kena gelak lagi dengan nenek aku.
Tapi cerita ni tak terhenti di sini. Lepas aku habis makan, adik aku, Melur approach aku. Dia kata lepas je kitorang masuk bilik, ada siri gangguan lain pulak. Tapi bezanya, dia yang kena ganggu.
“Kau tahu tak kak, tak lama lepas kita masuk bilik tu kan, aku dengar pintu bilik kita kena pulas banyak kali. Padahal, pintu tu tak kunci pun. Puas aku kejut kau kak, kau tak bangun pun. Takut aku masa tu Allah je tahu. Last-last aku terpaksalah bangun kunci pintu tu sebab takut benda alah tu masuk. Alih-alih dia bantai pulas kuat-kuat lepas aku kunci tu. Tak boleh tidur aku malam tadi weh,” panjang lebar dia bercerita haha.
Hailaa, nasiblah kau dik. Nasib baik bukan aku yang kena. Kalau aku yang kena, tak tahulah.
Okeylah, itu sahaja cerita aku. Maaf andai content kurang menarik tapi itulah yang aku alami. Rasanya kalau korang berada di tempat aku mesti korang pun cuak kan kan kan?
Moralnya, bak kato atuk den, jangan riang bona malam-malam, kang nanti mendapat.
Kasturi.

17. SIAPA WARIS SAKA?
Assalamualaikum & Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca. Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kepada fiksyen syasya kerana sudi siarkan kisah ini.
Cerita yang aku nak sampaikan ni tidak la seseram mana & lebih kepada pengalamanan aku sendiri yang deal dgn benda² mistik. Aku bersyukur dengan satu kelebihan yang Allah izinkan untuk aku ni.
Kelebihan ni bukanlah hijab terbuka @ sixth sense. Tapi kelebihan dimana bila aku berada dalam situasi deal dengan makhluk lain tu aku dalam keadaan tenang malahan ada ja time aku taktau pun aku tengah deal dengan benda tu.
Semua kisah² ni bermula dari mak aku. Mak aku orang luar yang berkahwin dengan ayah aku. Dan triggernya mak aku jenis yang patuh beribadah tetapi sangat lemah semangat.
Benda² tu memang dah janji yang akan kacau umat Islam yang kuat ibadahnya kan? Tambah² mak aku orang luar & lemah semangat. Memang satu tarikan untuk makhluk² tu.
Aku yang tengah type ni pun sendiri tak pasti apa takdir yang Allah tetapkan untuk keluarga kami. In shaa Allah baik² saja.
Arwah tokwan aku meninggal disebabkan ‘benda’ tu. Sebelum arwah meninggal, arwah sempat berpesan pada tok aku (yakni dah arwah) untuk pindah rumah & jangan bawa satu barang pun dari rumah ni even satu jarum yang patah. Kisah pasal arwah tokwan aku tak clear sangat sebab ayah aku waktu tu pun 8 tahun.
Selepas berpindah (hanya pindah tapak pada sebelah kawasan sahaja) rupanya gangguan masih ada tapi tak berapa sangat. Sehinggalah mak aku berkahwin dgn ayah aku.
Mak aku sering kena ganggu. Sewaktu mengaji dengar ada orang berjalan diruang sebelah la, kekadang tengah tidur kaki kena rentap dan paling mak aku tak tahan.. Mak aku keguguran anak pertama.
Malah sewaktu giliran Aku pun, Alhamdullilah Allah panjangkan umur aku.. Aku nyaris² gugur juga tapi Allah gerakkan hati mak aku untuk balik kampung di Perak. Disana mak aku mengurut dengan bidan dan Bidan tu yang bantu urut & betulkan kedudukan aku balik yang hampir² nak jatuh kebawah.
Walhal sewaktu aku lahir pun heboh satu hospital sebab aku bayi paling kecik & ringan masa tu (mak aku lahirkan aku secara abnormal). Tok aku pun pada waktu tu taktau laa kenapa tak suka dengan kami berdua. Sebab tak tahan, mak aku ajak pindah. Jadi kami tiga beranak pelahan-lahan bina rumah sendiri berhadapan rumah tok aku.
Dari situ gangguan mula pelahan tetapi yang lain pulak datang (kisah ni nanti aku cerita dislot lain). Kisah berkenaan tok aku masih lagi aku pun tadak jawapan even dia dah meninggal..kenapa dia tak suka kami, bukan dia sahaja malahan seluruh adik beradik ayah aku yang tinggal serumah dengan tok aku seolah-olah pulau kami.
Dan bila salah seorang dari mereka mulai nak berubah kearah lebih baik iaitu cuba rapat dengan mak aku, mula dekat dengan ceramah² agama.. ada yang secara tiba-tiba jatuh stroke & meninggal hari yang sama. Ada yang stroke sampai diri tu seolah-olah bangkai bernyawa berbulan bulan kemudian dijemput Ilahi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT (Al fatihah).
Sebelum mereka meninggal mereka pernah bercerita dengan Mak. Bermulanya arwah makcik aku yang stroke meninggal hari yang sama tu. Arwah selalu complaint malam² dengar bunyi ada benda bergolek² atas bumbung sampai kehujung tiba-tiba senyap² sepatutnya dengar bunyi jatuh kan? Ni tidak.
Dan arwah juga pernah bercakap dia takkan waris apa yang ada. (masih tanda tanya kerana malam tu arwah kena stroke & meninggal dunia).
Kisah kedua, arwah maklong aku pun Begitu. Selepas adiknya meninggal, arwah mula rapat dengan mak & masih ingat arwah pernah cakap dengan mak aku “hmmmp sampai mati pun aku takkan ambik saka mak tu” dan pada esoknya hari arwah jatuh stroke dan berbulan bulan rawatan hospital sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Aku sendiri pun tak pasti adakah tok aku sambung membela ‘benda’ yang pernah kacau arwah tokwan aku atau saka lain? Semua tu aku tadak jawapan sebab aku tak rapat dengan arwah.
Bila aku dengar semua cerita ni aku jadi risau dengan ayah aku selepas arwah tok meninggal (korang boleh paham apa yg aku risau sebab arwah tok tak susah meninggal). Walaupun ayah aku dibenci habis² tok aku, Dia tak pernah buang ibu dia sendiri.
Aku tak berani serkap jarang apa² kerana ayahku masih lagi mempunyai dua adik perempuan. Seorang di Kuala Lumpur & seorang lagi maksu aku yang ada bersama dengan ayah aku sewaktu tok aku nak meninggal (tok aku meninggal dirumah maksu aku). So jawapan korang memasing andai laa sendiri. Lagi bagus Kita husnuzon yang baik².
Maaflah, cerita aku yang ni lebih kepada luahan panjang dari kisah seram pendek. Harap tadak yang maki or bagi komen² negative. Aku hanya type mengikut tona rasa hatiku.
In shaa Allah kalau korang sudi, dikemudian hari aku siarkan slot kedua kisah Kat rumah aku yang sekarang ni. Kisah mak aku ditumpang ‘benda’ bertahun² sampai 8 lembam dekat badan mak aku.
Kisah mana mak aku (lebih tepat benda tu) nak larikan diri dari rumah. Kisah aku yang kemurungan kerana diganggu secara emosi & in shaa Allah aku Selit sekali kisah² aku sewaktu belajar di IPTA.
Terima kasih yana sudi baca sampai habis. Semoga kalian dimurahkan rezeki Allah SWT. Aamiin.

18. RESTORAN 24 JAM YANG BERHANTU
Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera. Salam kepada Admin dan terima kasih kalau approve cerita aku ni.Nama aku rin (bukan nama sebenar) dan selama ini aku jadi silent reader je dekat fiksyen Shasha ni dan aku suka baca cerita-cerita di fiksyen shasha.
Setelah 2 tahun jadi peminat tegar fiksyen Shasha, baru aku berani nak kongsi pengalaman aku diganggu. Maaf kalau cerita ni tak berapa seram untuk korang tapi seram bagi aku. dan ceritanya agak Panjang sedikit sebab nak bagi korang semua faham.
Cerita bermula apabila aku posting sebagai seorang pengurus training (belum qualified) di sebuah restoran yang agak popular dan menjadi antara makanan kegemaran di Malaysia. Restoran ini 24jam dan ada drive thru.
Aku ni jenis tidak pernah amik port sangat dengan benda-benda halus ni sebab tak nak pikir nanti terbawak2, padahal ramai staff dekat situ banyak kali kena. Then selalu gossip lah yang waktu shift malam paling seram tapi bagi aku ni kalau tak Nampak depan mata susah nak percaya.
Okay selalunya pengurus baru training ni akan ikut ketua restoran kira untuk belajarlah dan shift aku pada waktu pagi shj sebab kena sama shift dengan ketua restoran selama sebulan. Masuk bulan kedua, aku dah start dapat jadual shift.
Dan minggu kedua time aku kena shift malam dengan salah seorang manager senior. Aku masa tu happy giler sebab dapat buat duit banyak (biasalah bujang, nak buat duit lebih) dan aku tak fikir pun apa yang bakal berlaku.
Then ada salah seorang staff ni kira rapat jugak lah dengan aku, ingatkan aku supaya berhati2. Sebelum aku nak start keje malam ni, tetiba staff ni wasap aku :
Ain: Ms, ko kena midnight ke malam ni?
Aku: aah, asal? balas aku.
Ain: aku bukan apa weh, tempat ni keras sikit, nak2 dekat belakang loading tuh, hati2 bila kira stok.? Jawab dia macam risau pikir aku.
Aku: rilek lah, aku bukan shift sorang pun malam ni ada sir N kan? Ke ko saja je nak takutkan aku? gelak aku.
Ain: tak de masa lah aku nak takutkan ko. Aku pernah kena kacau sebab tuh aku suh ko hati2. Marah Ain.
Aku: yelah aku tahu ko syg aku aku kan? Nanti aku hati2 lah.. okay2 aku nak siap. Balas aku
Ain tak balas wasap aku.
Malam itu, sir N brief dekat aku cara nak kira stok barang semua, then cara buat coding semualah. Then bila dah nak start key in stok, sir N baru teringat yang dia terlupa nak kemas barang dekat belakang, then dia suruh aku pergi kemas and aku plak tengah buat coding time tuh.
Sir N: alamak rin, saya lupa lah ada barang dekat stor belakang yang saya belum habis kemas lagi, kamu tolong ya? Sambil sengih dekat aku.
Aku: hurm yelah. nanti rin kemas. Balas aku sambil menulis.
Sir N: tapi kamu bawak lah sesape temankan kamu ya? Sambung dia.
Aku: alah bang (panggilan aku pada Sir N), myammar staff kan ada dekat belakang lodging bay tuh tengah marinated. Takpe lah… balas aku terus pergi tinggal Sir N sambil dengar lagu.
Kalau ikutkan restoran tuh agak besar lah, jadi perjalanan nak ke restoran tuh kau kena jalan dapur dulu, bilik kimia dan baru sampai lodging bay dan sebelah lodging bay tuh bilik stor yang terbuka.
Tengah aku mengemas stok2 dalam bilik stor tuh, tiba2 tepung yang berada di atas rak terjatuh. Aku pelik macam mana boleh jatuh sedangkan tempat letak tepung tinggi dan memang tak boleh jatuh dengan sendiri sebab berat dan ada penghadang. masa tuh kepala otak aku tak berfungsi lagi, masih pikir duit sebab tepung tuh jatuh rugi weyh dan dah tentu lah aku kena jawab dengan ketua aku sebab aku je dalam bilik tu.
Then aku suh staff myammar aku tuh pergi panggil Sir N,masa aku nak amik penyapu sebab nak bersihkan tepung yang berderai itu, aku Nampak ada cap kaki bayi dekat tepung yang terjatuh then bilik stor tuh tetiba je tertutup dari luar.
Aku dah seram sejuk dah. Aku terus jerit sambil panggil sesiapa untuk bukak pintu sebab aku pikir si foreigner tuh nak dajjal aku. tapi sangkal aku meleset. Lampu dalam bilik stor tuh on/off2x je. Tak mungkin staff aku mainkan aku sebab suisnya dekat belah dalam.
Telinga aku jadi panas sebab ada macam merengus dan ketawa mengilai. Aku dah tak fikir Panjang terus jerit sambil ketuk pintu sambil suruh sesiapa dekat luar buka. Dalam masa yang sama dapat dengar jugaklah suara Sir N dan staff foreigner jerit sebab pintu stor tak boleh buka.
Aku : bang, cepat bang, buka pintu. Jerit aku.
Sir N: jap rin, pintu tak boleh bukak ni. Balas sir N
Aku: bang cepatlah bang, saya dah takut ni. Aku mula nak nangis sebab aku rasa benda tuh dah dekat sebelah aku. dengan benda alah tuh masih main lampu lagi. Aku rasa dah tak boleh imbang badan aku. terus tak sedar apa yang belaku.
Bila aku sedar aku dekat hospital dan Sir N, Ain & Ketua aku dah keliling aku. Sir N cerita aku yang aku meracau macam orang kena rasuk. dan aku nak lari ke jalan besar, nasib baik staff aku semua dapat tahan aku then lepas tuh pengsan dan Sir N cakap badan aku penuh dengan kesan kena cakar.
Aku memang tak ingat apa yang berlaku lepas aku pengsan. Ketua aku call family aku dan mak aku datang dengan ustaz untuk pulihkan semangat aku.
Ain cerita dekat aku bila aku dah baik dari hospital, dia kata dia pernah kena Tarik dengan benda tuh masa dia tengah buat product dekat belakang. Dan kepala dia kena meja besi.
Dan Ain cerita lagi masa staff lain midnight pun pernah kena juga. Staff ni duduk di station drive thru, ada satu kereta masuk dan pesan order, bila staff tuh suruh pergi ke bahagian hadapan untuk bayar pesanan, dan staff tuh tunggu tapi kereta tuh tak muncul2.
Sedangkan kita boleh tahu kereta lalu ke tidak di Kawasan tuh. Then staff tuh tengok balik di cctv drive thru, terkejut dia bila Nampak pompuan pakai baju putih bawak baby berdiri di Kawasan ambil pesanan. Staff tuh pun pengsan.
Ain bagitahu lagi ramai yang kena , macam ada customer masuk bagi salam nak pesan order, then bila toleh orangnya tiada. Banyak lagi kisah seram di restoran itu, dan selepas kejadian tuh aku dah tak berani pergi kira stok atau kemas stok seorang diri mesti berteman.
Pengajaran dari yang aku dapat, jangan berlagak berani. Bila orang tua2 pesan tuh ikut jelah..
sori Sir N. sekian
-manager rin-

19. DENDAM LAILA
Berita yang didengarinya buatkan Laila tersenyum kecil. Laila menekan punat merah remote control lalu bangun menuju ke sebuah bilik bawah tanah yang dijadikan sebagai bilik pemujaan. Kawasan bilik sebesar 10 kali 10 kaki itu suram dan hapak. Di suatu sudut terdapat barang pemujaan merupakan tengkorak, lilin, kemeyan, kain kuning dan beberapa barangan lain.
Di sudut lain pula terdapat meja kayu kecil yang di atasnnya terdapat sebuah kotak kayu lama, beberapa naskah buku lama dan pisau. Laila membuka helaian salah sebuah buku lama tersebut lalu ditarik sekeping gambar lama bertarikh 1997 yang sudah kekuningan dimamah masa. Pada gambar tersebut terlihat barisan pelajar berbaju sekolah lelaki dan perempuan yang berumur sekitar 9 tahun. Di kalangan pelajar yang berjumlah 25 orang tersebut terdapat lima gambar budak lelaki yang dibulatkan di bahagian kepala. 4 daripadanya telah hancur di bahagian muka ditores berkali kali dengan pisau. Laila mengusap bulatan terakhir yang masih belum terusik dengan jari telunjuknya.
Tubbb!!. Pisau belatinya terbenam di bulatan terakhir itu.
“Jumpa malam nanti. Love you!” Pesanan ringkas whatsapp dihantar. Hilman tersenyum kecil lalu menyambung saki baki kerjanya. Matanya tertupu senuhnya pada skrin laptop, namun fokusnya bukan lagi disitu. Tidak disangka- sangka, Laila yang baru 5 bulan dikenalinya begitu menarik hatinya. Kalua difikirkan logic, gadis pendiam itu bukan cita rasanya sama sekali. Namun tidak dinafikan Laila mempunyai aura yang kuat, dengan raut wajah yang tenang dan lembut buat hatinya selalu tak keruan.
Terimbau saat pertama kali perkenalannya dengan Laila. Ketika itu secara tidak sengaja Laila telah melanggar bahunya ketika dia baru sahaja keluar dari kedai bedekatan tempat kerjanya. Ketika itu hampir sahaja dia mahu melemparkan kata kesat namun sebaik sahaja melihat wajah cantik Laila marahnya hilang serta merta. Dari situ Hilman terus meminta nombor talefon Laila dengan alasan mahu menjernihkan keadaan.
Laila mengoles gincu berwarna merah delima di bibirnya. Rambutnya panjang melepasi paras siku, hitam menawan disisir kemas. Botol minyak kecil sebesar ibu jari dibuka. Jari telunjuknya menekan lubang kecil yang terdapat di bahagia atas botol tersebut lalu ditonggang ke bawah sampai minyaknya terkeluar lalu disapu ke sekitar lehernya. Laila tersenyum mengatur langkah keluar.
“Hummm… wanginya”. Tegur Hilman sejurus Laila memboloskan diri ke dalam perut keretanya. Laila tersenyum mesra saat tangannya dicium Hilman. Kereta Hilman laju meluncur membelah malam. Malam itu, langit indah diterangi sang purnama. Di mata Hilman Laila kelihatan cantik dengan dress putih paras lutut. Tanpa disedari Hilman Laila tersenyum sinis sambil mata hitamnya bersinar memandang rembulan yang menerangi perjalanan mereka.
Malam itu mereka makan di hotel mewah di tengah ibu kota. “Apa yang membuatkan awak jatuh cinta pada saya?” Duga Laila setelah selesai makam malam mereka. “Sebab kecantikan kamu Laila”. Laila tersenyum lebar, telah diduga. “Bagaimana kalau saya tidak secantik yang awak pandang? Tentu rasa cinta itu akan hilang bukan?” Soal Laila, tiada lagi senyuman.
“Tapi Laila yang ini akan sentiasa kelihatan cantik. Saya mahu jadikan awak isteri saya yang sah”. Tutur Hilman yakin.
“Kalau begitu ikut saya pulang malam ini”. Tutur Laila lembut. Hilman tersenyum lebar, sangkanya pasti Laila mahu memperkenalkan dia dengan ahli keluarganya.
Hilman mematikan enjin kereta. Kelihatan banglo di hadapannya begitu indah, tidak kalah dengan banglo kediaman dirinya juga. Namun suasana persekitarannya suram, hanya bulan purnama yang melimpahkan cahaya. Sesekali kelihatan beberapa ekor gagak hitam terbang melintasi pandangan mereka. Timbul rasa pelik dan sedikit seram di hati Hilman.
“Awak takut? Jom kita masuk”. Ajak Laila bagai mengetahui apa yang Hilman rasakan.
“Rumah awak gelap, mak ayah awak sudah tidur ya?” Hilman membelek jam di tangan, samar namun masih boleh dilihat kelihatan baru jam 10. Barangkali tidur awal maklumlah orang tua bisik hati Hilman.
“ Saya tinggal sendiri”. Lailai tersenyum manja, memegang lembut tangan Hilman. Hilman tersentak, namun lantas membalas senyuman manja Laila. Ingatkan lain dari wanita yang pernah aku kenal, bisik hati Hilman. Akalnya mula membayangkan fikiran nakal
“Jommm..” Laila membuka pintu. Semerbak bau wangian beserta angin lembut menerpa wajah Hilman.
“Duduklah. Saya dapatkan awak segelas air.” Laila meninggalkan Hilman di ruang tamu lalu kembali semula dengan segelas jus di tangan. Hilman menogak tanpa curiga. Kurang beberapa minit Hilman menggosok matanya. Di hadapannya kilihatan kabur sesusuk lembaga berwajah hodoh, manakala bauan yang wangi tadi bertukar busuk serta merta. Lembaga tadi tersengih menampakkan giginya yang tajam. Wajahnya meggerutu dan bernanah. Dikesat lagi matanya cuba mencari figura yang tepat namun gagal. Hilman pengsan di situ.
Bunyi gagak di luar kawasan rumah membuatkan Hilman terjaga. Kepalanya masih berpusing, dikesat matanya hingga pandangannya jelas semula. Laila tiada di sisinya. Wajah buruk dan bauan busuk tadi juga hilang sama sekali. Hilman bangun mencari Laila.
“ Laila?” Tiga kali dipanggil namun tiada sahutan. Jam di dinding menunjukkn jam 12:50 malam. Hilman berjalan ke kawasan dapur, juga tiada Laila di situ. Pandangannya beralih ke tangga. Hilman mengatur langkah ke tingkat atas rumah banglo suram tersebut. Satu persatu bilik dibuka, namun tiada satu pon daripadanya terdapat Laila di dalam. Malah kesemuanya kelihatan bersawang dan tak terjaga.
Matanya tertumpu pada bilik utama. Hilman yakin Laila pasti ada di dalamnya. Pasti Laila tengah mandi kerana itulah dia tidak menyahut panggilannya dari tadi. Hilman menguak pintu bilik tersebut. Di dalam kelambu putih kelihatan sesusuk tubuh duduk membelakanginya. Hilman tersenyum mesra. Tangannya menyelak kelambu tersebut, namun kemudian dia terkejut sendiri. Spontan tubuhnya ke belakang. Ternyata tiada sesiapa di situ. Degup jantungnya makin laju, pantas dia berlari keluar meninggalkan bilik tersebut. Hilman kembali ke ruang tamu tempat dia pengsan sebentar tadi, kepalanya memberat jantungnya makin laju. Pangggg! Spontan dia memandang belakang. Baru kini dia perasan ada sebuah pintu kecil di hujung pandanga matanya, di sebelah kiri tidak jauh dari dapur. Ada sedikit samar cahaya keluar dari ruangan tersebut.
Semakin dekat semakin kuat bau kemenyan menusuk hidungnya. Berbekal sedikit kekuatan Hilman menolak pintu tersebut. Kakinya bagai didorong mencari Laila di situ. Anak tangga dipijak sampai tu hujung. Peluh membasahi wajahnya serta merta. Krikkkkk…. Dumm! Serentak itu pintu tertutup. Hilman panik, tambah membuatnya panik apabila kelihatan beberapa keping gambarnya dari perbagai sudut dipin di dinding atas meja kayu. Hilman mencapai sekeping gambar lama, bertarikh 1997. Dia cukup kenal siapa di dalam gambar tersebut. Rakan- rakan sekelasnya ketika berusia 9 tahun. Beberapa daripadanya sudah meninggal dunia secara misteri. “Gambar aku!” “ Hihihihihi.”
Zappp!. Spontan Hilman menoleh. Kini dia tersedar di belakangnya terdapat tempat pemujaan, dan Laila kini membelakanginya.
“Laila!” fikiran Hilman bagai tersentak dengan memori lama.
“Masih kau ingat aku?” Laila berpusing sambil ketawa sinis. Wajah Laila yang sebenarnya kini jelas di mata hilman, hodoh bernanah dan busuk. Giginya hitam pipinnya sebelah jatuh. Hilman kenal wajah itu, wajah itulah suatu ketika dahulu yang sering dia ejek, dipukul dan ditertawakan Bersama kawan-kawannya.
Tersentap fikirannya, segala keganjilan dan tanda tanya punca kematian teman-temannya seakan sudah terjawab.
“Apa yang kau buat ni Laila? Apa yang kau mahu? Rupanya kau punca kematian kemua kawan-kawan aku!” Laila ketawa sinis.
“Sudah lama aku tunggu saat ini. Selagi dendamku tak terlunas, kau takkan pernah terlepas. Sudah hilang ke cinta kau bila melihat wajah aku yang sebenar?”.
Laila ketawa mengejek. Lendir mengalir di celahan giginya, hampir terkena pada lengan baju Hilman. Hilman menjarakkan dirinya dari wajah Laila yang hanya seinci darinya. Wajah jelita selama ini yang dilihat ternyata hanya tipu daya syaitan padanya. Di tangannya terdapat sebilah keris lama berbalut kain kuning.
“Aku sangat suka pada kau sewaktu kecil dahulu Hilman. Tapi kerana wajah aku yang hodoh ini, kau menolak cinta aku. Tak cukup dengan itu, kau dengan kawan- kawan kau menganiaya aku sampai ku rasa tak layak untuk hidup. Hari terakhir di sekolah itu kau dan kawan- kawan kau telah membakar aku di sebuah rumah tinggal setelah kau berjaya mengumpan aku untuk ke rumah itu bertemu kau. Tangan- tangan hina kau semua telah buat hidup aku lebih sengsara. Kau sangka aku mati, namun aku masih hidup hingga kini. Dan aku di sini untuk aku balas dendam aku!”. Buntang mata Laila. Hilman terpaku, kesalnya sudah terlambat.
Hilman meludah ke tanah, mukanya membentuk reaksi geli. Jauh di hujung matanya kelihatan Laila tersenyum kecil membaca suratnya. Hari itu Hilman dan rakan- rakannya telah merancang untuk memancing Laila datang ke suatu rumah tinggal sebagai tanda permohonan maaf daripadanya kerana selalu membuli Laila dan sebagai syarat jika Laila mahu menjadi kawannya. Laila yang membaca surat tersebut gembira bukan kepalang tanpa sedar petaka buruk bakal menimpanya.
Petang itu selepas tamat persekolahan Laila datang kerumah tersebut dengan hati berbunga. Sejurus kakinya melangkah masuk ke dalam rumah tersebut badannya ditendang kasar dari luar, sejurus itu pintu ditutup dan dikunci dari luar. Wajah Laila tersembam ke lantai. Sorakan ketawa Hilman dan kawan-kawannya buat Laila tersedar dia tertipu lagi. Laila menangis kesakitan. Hidungnya menangkap bau petrol, serentak itu asap mula kelihatan di sekitar penjuru rumah. Laila cemas, tendangan kakinya ke pintu tak membuahkan hasil. Air matanya laju mengalir sambil dia meraung meminta tolong.
“Jangan kau takut Laila, aku akan membantumu.” Laila berpusing mencari suara tersebut. Seorang nenek tua tersengih menyeringai. Nafasnya mencungap-cungap, kayu yang separuh terbakar jatuh mengena wajahnya sebelum dia jatuh di situ.
Hilman jatuh terduduk. Menggigil lututnya mendengar semula cerita Laila. Sangkanya Laila mati kerana kebakaran tersebut, manakala dia pula selepas kejadian tidak lagi menyebut nama Laila. Itulah janji dia dan teman-temannya. Pada mulanya dia hanya merancang mahu mengurung Laila di dalam rumah tersebut, namun teman-temannya pula bertindak menyimbah minyak petrol dan menghasut Hilman untuk membakar sahaja rumah tersebut dan dia termakan hasutan tersebut. ‘Wajah aku yang hodoh ini perlukan pengorbanan untuk aku persembahkan supaya aku boleh kekal kelihatan cantik di mata manusia seperti kau. Dan kerana dendam, kau adalah orang yang aku tunggu- tunggu untuk aku korbankan supaya kecantikan aku dapat dikekalkan.
“Aku minta maaf Laila, aku menyesal layan kau seburuk itu.” Hilman merintih merayu, kakinya bagai beku di situ, tak mampu bergerak walau seinci. Laila ketawa mengilai. Mangkuk hitam diletakkan di lutut Hilman yang tunduk melutut.
“Sudah terlambat!” Zapppp! Sekali libas darah memercik keluar dari leher Hilman. Tubuh lelaki itu rebah menyembam lantai yang basah dengan darah. Berakhir riwayatnya malam itu. Laila ketawa mengilai.
Setahun berlalu.
“Jika rupa yang kau cari, maka cinta akan hilang seiring dengan usia”.
Farouk tersenyum membaca ayat di halaman terakhir novel DENDAM LAILA. Novel tersebut diserahkan semula kepada Laila selaku penulis novel tersebut, yang juga merupakan isterinya. Malam ini dua berita baik dia sampaikan kepada Farouk. Pertama, novelnya mehjadi novel paling laris bulan ini, dan yang kedua kini dia telah hamil 3 minggu. Farouk tersenyum lalu mencium dahi isterinya Laila.
“Abang sayang Laila?” tanya Laila manja sambil mengusap perutnya.
“Mestilah abang sayang buah hati abang ni.” Farouk mengusap perut Laila.
“Kenapa abang sayang pada Laila?”
“Sebab isteri abang ni cantikkkk sangat.”
Laila tersenyum menyeringai.

TAMAT.

20. PENYEWA PEMBELA SAKA
Assalammualaikum. Hai, okay kali ni aku nak share pasal kawan baik merangkap kakak angkat aku yang serumah dengan pembela saka.
Ceritanya, kawan baik aku ni ibu tunggal. Aku panggil dia kak ngah. Anaknya 2 orang. Lelaki dan perempuan. Yang lelaki dah darjah satu dan perempuan tu baru masuk umur 3 tahun.
Anak-anak dia memang panggil aku mama. Disebabkan kak ngah ni ibu tunggal, jadi selalu je aku datang rumah dia time suami aku kerja. Suami aku pun tak kisah sangat sebab dia tahu aku jenis tak ramai kawan. Lagi pun kalau aku ke rumah kak ngah, dia tak risau sangat.
Kak ngah ni menyewa di satu pangsapuri di area Bandar Baru Uda, JB. Rumah dia ada 3 bilik. Tapi dia cuma guna dua bilik je. So, bilik lagi satu tu dia sewa kan pada Laila.
Laila ni tinggal dengan mak dia. Kitorang tak tanya banyak-banyak la pasal latar belakang Laila ni, takut dia tak selesa. Pada kak ngah, asalkan Laila bayar sewa ikut masa dan tak menimbulkan masalah. Dia okay je.
Tapi ada satu perangai pelik tentang mak Laila ni. Orang tua, kita faham kalau dia tak betapa sihat. Tapi mak Laila ni jenis pelik. Bila dia sakit, dia akan meraung-raung sakit. Dan lepas tu sampai 3-4 hari tak bangun-bangun. Tak bangun maksudnya memang tak bangun langsung. Tak pergi bilik air, tak makan, tak minum.
Awalnya, kak ngah ada juga tanya Laila pasal emak dia. Tapi Laila ni jawab, “mak memang macam tu, akak biarkan je.” Nampak tak betapa selambanya Laila bagi jawapan.
Bila kak ngah bagitahu aku, aku cuma fkir, mungkin Laila dah sediakan makanan dan minuman untuk mak dia dalam bilik. Tapi kak ngah ni cakap, Laila tu masuk dapur memasak pun tak. Barang-barang masakan dia semua tak bersentuh. Dekat situ aku rasa hairan.
Ada satu hari tu, time aku datang rumah kak ngah, masa tu mak Laila baru siap mandi. Aku senyum sebab dah terpandang makcik tu keluar bilik air. Makcik tu langsung tak senyum dekat aku.
Muka dia masam je. Aku tak fikir apa pun, sibuk melayan anak-anak kak ngah. Kak ngah pula dekat dapur. Tak lama lepas tu, makcik tu keluar dari bilik siap bertelekung.
Aku tegur. “Nak pergi masjid makcik?” Makcik tu angguk. Dia senyum pada anak kak ngah yang perempuan. Kebetulan aku tengah dukung anak kak ngah ni. “Dah besar pun nak berdukung.” Ujarnya sambil menyetuh kepala anak kak ngah. Lepas tu dia terus keluar rumah.
Waktu dia ke masjid tu, aku dengan tekadnya ajak kak ngah tengok bilik Laila dan emaknya. Bilik elok bersusun, kemas. Tak ada nampak pampers orang tua ke, bekas makanan ke. Pada hal kak ngah bagitahu, dah dekat Lima hari makcik tu tak keluar bilik. Pelik tak?
Balik dari rumah kak ngah, aku cerita pada suami aku. Suami aku pun pelik. Mana ada orang tidur tak bangun-bangun kecuali mati. Lepas tu suami aku suruh aku tanya kan anak-anak kak ngah. Kut la dioang ada nampak apa-apa ke. Sebab budak punya hijab lebih telus. Aku pun tak terfikir pasal hal tu.
Dua hari lepas tu, aku datang lagi rumah kak ngah. Rumah kak ngah ni dah jadi rumah ketiga aku. So jangan hairan kalau aku boleh datang tiap-tiap hari. Aku main-main dengan anak perempuan kak ngah. Time tu makcik tu pergi masjid. Aku try hendap dari bawah pintu bilik. Gelap, tak nampak apa. Dan lepastu aku try tanya anak kak ngah. “Adik, nenek baik tak?” Soalku. Anak-anak kak ngah panggil mak Laila nenek. Anak dia tang perempuan tu aku panggil adik je. Budak tu cuma angguk kepala. Adik ni jenis tak banyak mulut. Nak dengar dia bercakap cukup susah.
“Ma..takut. Ada hantu…” Bagitahu si adik. Aku tengok muka kak ngah. Kak ngah cuma mampu angkat bahu. “Sejak Laila duduk sini, adik pandai cakap ada hantu.” Bagitahu kak ngah. Satu hal aku respect kak ngah ni. Dia tak pernah momokkan anak-anak dia dengan hantu. Kalau dia nak warning anak dia, dia cakap benda realiti je. Dan selama anak-anak dia membesar depan mata aku, budak-budak tu tak pndai nak main hantu-hantu ke apa.
Aku tanya adik lagi. “Dekat mana adik nampak hantu? Tunjuk dekat mama.”
“Pintu, tu… Hantu macam ni….” Dia siap tunjuk lagi. Mata dibesarkan dan lidah dijulurkan. Si adik yang 3tahun buat gaya. “Abang pun nampak ma. Dekat bilik air. Ada nenek hantu.” Adu Si abang pula. Serta merta naik bulu roma aku. Tak lama lepas tu mak Laila balik dari masjid.
Budak memang tak pndai menipu. Cuma kata-kata diorang tu tak boleh la nak dipercaya 100%. Kena siasat juga.
Aku cerita lagi dengan suami aku. Suami aku suruh aku temankan kak ngah sementara dia belum balik kerja. Jadinya setiap hari la aku duduk rumah kak ngah. Dan suami aku suruh aku dan kak ngah jumpa Laila untuk face to face hal ni.
Menurut kata Laila, maknya memang ada saka. Tak dapat nak dilepaskan. Tapi benda tu tak mengganggu orang. Sebab tu Laila pernah minta untuk kak ngah buat tak tahu je pasal emaknya. Dan kami sepakat untuk Laila cari bilik atau rumah sewa yang lain. Bukan apa, bimbang akan keselamatan anak-anak kak ngah. Benda-benda halus macam tu mungkin lebih suka kan budak berbanding orang tua. Kita tak tahu.
Dan Laila minta tempoh sampai hujung bulan. Hujung bulan bermaksud 2 minggu lagi. Aku dengan kak ngah hanya bersetuju. Dan malam tu suami aku call aku, katanya tak sedap hati bila dapat tahu hal emak Laila. Terus suami aku suruh aku bawa kak ngah dan anak-anaknya untuk tinggal di rumah aku sementara 2 minggu sebelum Laila keluar.

KOLEKSI CERITA SERAM MELAYU 
CP BY ADMIN A.D - CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
21. KAIN MAYAT
22. JALAN LADANG
23. RUMAH MAK TEH
24. TIGA SERANGKAI
25. HIJAB DIBUKA
26. MAMA KENA SIHIR
27. DISAKAT SEWAKTU MEREMPET
28. TUMPANG
29. RUMAH USANG BERPUAKA
30. SIAPA BERDIRI DI DEPAN PINTU?

21. KAIN MAYAT
Karya: Kugiran Darah
Penat juga mendaki anak tangga ketika pulang dari tempat kerja. Lagi penat rumah di tingkat lima. Itulah kepenatan yang perlu di hadap aku apabila lif apartment rosak. Dalam masa sebulan sahaja sepuluh kali lif gagal berfungsi. Semuanya dek kerana pemikiran penduduknya yang turut sama gagal berfungsi.
“Fuh”
Berat nafas aku lepaskan. Walhal baru sahaja di tingkat dua. Beban yang dibawa bukan kaleng-kaleng. Serratus kilogram itulah berat semasa aku. Masa inilah terfikir nak diet.
“Heh”
Teringat pada tingkat dua. Di sinilah rumah Ali Hanifah. Dia ini budak belajar. Selalu juga terserempak dengan aku di waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Dia selalu bertanya macam-macam hal yang berkaitan kos yang dia ambil untuk ijazah. Maklumlah kos aku masa belajar dahulu sama dengan kos dia ketika ini.
Sudah tiga hari aku tidak jumpa kelibat si Ali ini. Motornya juga masih terparkir. Mungkin di balik kampung. Itulah selalu tekaan aku.
Aku daki ke tingkat tiga. Jam ketika ini sudah sebelas malam. Waktu sepatutnya aku tidur. Namun itulah berkejaran ke sana dan ke sini buatkan aku pulang lewat. Sudah nasib badan bekerja di bawah orang. Syarikat cuma tahu kerja sudah siap. Mereka takkan ambil tahu kita ini waras atau tidak.
Percayalah kata-kata aku ini.
Hah. Sebelum aku naik tangga, aku terpandang papan kenyataan. Ada tawaran kerja pegawai keselamatan untuk penduduk apartment. Bukan niat aku nak memohon kerja, aku cuma dapat khabaran pengawal keselamatan yang dahulunya tiba-tiba hilang. Menurut khabar geng bawang, pengawal keselamatan itu cuma punch kad masuk kerja dan tidak punch kad untuk balik kerja.
Sudah lima hari pengawal keselamatan itu hilang.
Tap!
“Phew, baru tingkat tiga. Adoi”
Penat sungguh bawa lemak berlebihan ini. Manusia baghal manalah sebabkan kerosakan lif. Penat-penat ku kumpul lemak, sekelip mata sahaja aku buang semua itu. Suasana sejuk malam memang mencengkam tulang. Sejuknya terasa hingga ke bahagian belikat.
Lagi tinggi aku daki lagi sejuk angin berderu.
Aku menjengah sekitar tingkat tiga. Di sini juga ada cerita sensasi. Pak Cik Hasnul. Menurut isterinya sudah tiga minggu suaminya tidak pulang. Teksinya masih ada di bawah. Cuma jasadnya tidak pulang-pulang. Akhir sekali isterinya pindah keluar dari sini.
Katanya ada benda seram sedang melanda rumahnya.
“Ciss”
Apa yang menariknya, pada hari Pak Cik Hasnul hilang ada penduduk apartment yang terserempak dengan seekor pocong melompat-lompt di tangga. Tepat jam sebelas malam. Menyesal pula terkenangkan cerita kehilangan Pak Cik Hasnul.
Kerana aku sekarang berada di tempat penampakan pocong.
“Erghhhhh”
Terus meremang romaku. Ini hal yang membuatkan kudratku secara tiba-tiba pantas bergerak. Kaki ini aku kerah selaju mungkin. Macam-macam benda seram mula berlegar di dalam minda.
Tap
Akhirnya ada lagi setingkat. Ya aku sekarang di tingkat empat. Tingkat yang kurangnya penghuni. Tingkat ini aku kena pantas melepasinya. Orang kata tingkat ini banyak gangguan hantu. Pengawal keselematanpun takut hendak meronda di tingkat ini. Menurut mereka di sini ada penunggu. Semuanya bermula sejak tiga minggu yang lalu. Tiada siapa tahu apa puncanya.
Mungkin kes pengawal keselamatan yang hilang tempoh hari hilang di tingkat empat ini. Disorok hantu barangkali.
“Cis, sial manalah kasi jahanam lif”
Masa-masa inilah macam-macam cerita hantu timbul. Memang benar orang kata naik lif lagi nyaman dari naik tangga. Apabila naik tangga macam-macam cerita hantu kau fikir. Naik lif kau tak fikir apa-apapun. Walhal kalau nampak hantu masa kau naik tangga kau boleh lari, naik lif? Terkangkang kau kat dalam tu.
“Hnssss”
Aku gagahkan kaki untuk segera naik. Penat tu memang tak terkiralah.
“Huuuuuuuu”
Entah bunyi angin atau bunyi orang buat angin, yang pasti ia bunyi dari tingkat empat. Dengan laju aku menambah langkah. Harap bunyi angin. Nak kata bunyi angin dari tadi aku dengar bunyi angin. Tapi yang ini bunyinya lain sikit.
“Huuuuuuuuu”
Ciss. Memang benar bukan bunyi angina. Bunyinya halus. Seperti suara budak lelaki yang hendak bersiul tetapi bunyi tak keluar. Peluh kat dahi memang tak terkiralah lencunnya. Itu belum cerita di bahagian baju.
Tap!
Akhirnya aku tiba di tingkat lima.
“Phew”
Terasa seperti mahu sujud syukur sahaja. Dengan perasaan lega aku menolak pintu kecemasan. Berderu jugalah angin dari koridor bertiup melanggar muka aku. Sejuk sikit muka ini dek angin kuat. Aku kaget sebenarnya ketika ini.
Laluan koridor aku gelap.
Rumah aku sebenarnya tidak jauh dari lif. Heh nampak orang gemuk punya tempat tinggal. Tetapi masalah sekarang ini rumah aku jauh dari tangga. Dan ketika ini koridor gelap gelita. Entah kenapa pula tiba-tiba tiada elektrik sedangkan aku naik tangga sebentar tadi elok sahaja elektriknya.
Aku selak pintu kecemasan.
“Pulak”
Tanggapun gelap. Apa boleh buat jalan sahajalah. Seperti biasa telefon canggih dikeluarkan. Mod lampu dihidupkan, terang bendrang sekalian koridor. Dengan pantas aku berjalan.
“Huuuuuuuu”
Ah sudah bunyi itu kembali. Aku dengar tepat-tepat di balik pintu. Di bahagian tangga. Aku endahkan. Yang aku penting aku berjalan pantas. Hendak lari tak boleh. Melihat tiap pintu rumah jiran tetangga, buat aku perasan satu perkara.
Selalunya di balik grill rumah jiran-jiran ada kasut. Hari ini licin. Satu kasutpun tiada. Malah rak kasutpun tiada.
“Hmmmmm”
Tidak pelikpun bahagian kasut itu. Yang peliknya aku berasa aneh dengan keadaan rumah mereka. Terasa lengang. Terasa tidak berpenghuni. Terasa sudah lama ditinggalkan. Terasa seram. Terasa… Itulah masalahnya, apabila berjalan dalam gelap macam-macam benda akan terasa.
Tap!
Akhirnya aku sampai jua di hadapan pintu rumahku. Berakhir jua pengalaman seram yang memenatkan. Dengan segera kunci grill aku longgarkan.
“Huuuuuuu”
Aku tersentak. Dengar jelas bunyi siulan tidak sempurna itu. Seperti di koridor. Aku toleh perlahan-lahan. Aku toleh ke kiri. Lega. Tiada apa-apa yang berlegar. Maka dengan pantas aku menutup pintu grill dan mengunci kembali mangga besiku pada pintu grill.
Dengan segera aku menyahkunci pintu rumahku.
Ekkkkk
“ERK!”
Terkejut beruk juga aku. Sebaik pintu dikuak luas, terpampang sehelain kain di hadapanku. Lebar juga kain itu. Warnanya putih lusuh. Aku pasti, aku tidak pernah memiliki kain sebegini buruk.
“Huuuuuuu”
Bunyi itu kembali lagi.
“Huuuuuuuuu”
Lantas aku masuk ke rumah. Dari aku terkejut dek kain ini lebih baik aku segera masuk ke dalam. Entah apa bunyi itu. Ia kedengaran semakin hampir.
Kain itu aku langkah dahulu. Aku perlu buka lampu.
Tap
Tap
Satu apartment tiada eletrik barangkali. Aku mula kaget. Nasib baik telefon aku masih dihidupkan dengan mod lampu.
Tok Tok
Aku tersentak. Ada orang di luar rumah. Mengetuk pintu. Walhal aku sudah kunci grill. Aku berdiri kaku berwaspada. Entah mengapa romaku meremang.
TOK! TOK!
Ketukan tak diendahkan, dia menghempas pintu pula. Hempasannya pula memaksa.
DUM! DUM!
Lututku mengeletar. Entah apa perlu buat. Aku tatap skrin telefon. Nombor telefon kawan aku dail.
“Weh hello!”
“Ya Man, kau asal? Lapar ker?”
“Pala hotak kau, weh datang ke rumah aku sekarang boleh tak? Ada benda urgentla”
“Sekarang? Upah?”
“Weh gila! Aku rasa lain macam nih”
“Hah yela-yela, tunggu jap lima minit”
“Huuuuuuuu”
Aku tergaman. Bunyi siulan itu berkumandang di dalam panggilan telefon. Serta-merta isyarat telefon hilang.
DUM! DUM!
Semakin galak dia menghentak. Kain tadi. Baru aku perasan kain buruk itu tiada di tempat tadi. Aku memeriksa sekeliling. Aku menjengah ke bilik.
Srekkkk
“ERK!”
Aku pasti. Aku nampak satu susuk budak kecil mengintai di balik pintu bilik. Sebaik dia melihat mata aku, dengan pantas dia membuka pintu lalu berlari ke arah aku.
“ERKK!”
Tubuhnya pucat. Tiada berpakaian. Tiada mata dan juga hidung. Lidahnya menjelir dan rambutnya jarang-jarang. Tubuhnya kurus cekung. Badannya penuh torehan pisau. Dengan pantas aku segera berlari ke arah bilik air. Selak pintu ditarik. Pintu aku tolak dengan deras.
“ARGHHHHH!”
Terpampang di hadapanku sekujur tubuh lelaki dalam keadaan tergantung terbalik. Matanya tepat melihat mataku. Rambutnya terurai panjang. Wajahnya berparut dan gelap. Matanya merah dan berurat. Mulutnya lebar dan giginya ronggak. Ternganga luas mulutnya hendak membaham kepala aku.
Dengan pantas aku berundur ke belakang namun…
Srekkkk
Kaki aku tergelincir. Ada kain di lantai dan aku terpijak kai itu. Jatuh terjelepuk aku di atas lantai. Kepala menghentam marmar buatkan aku kepeningan.
“Erghhhhh”
Berpusing-pusing kepala aku. Aku cuba bergerak.
“Erk!”
Aku kaku. Mataku membulat. Lidahku kelu. Aku tidak dapat menggerakkan tubuhnku. Kain yang terdampar di atas lantai tiba-tiba menyelebungi tubuh aku. Dengan aggresif tubuhku di balut ketat-ketat. Aku cuba lawan namun tak berdaya.
Aku tidak dapat gerakkan tubuhku.
Kain lusuh itu membalut tubuhku ketat-ketat. Membalut hingga aku terasa sesak nafas. Terasa setiap daging dan tulang badannku dihimpit rapat-rapat. Sakit dan lemas.
BAM!
Kedengaran pintu rumahku dihempas kuat. Masuk ke dalam rumahku seorang lelaki tua. Wajahnya sudah tidak sempurna. Banyak darah dan luka. Sebelah matanya sudah tiada. Kepalanya hancur sebelah. Wajahnya langsung persis Pak Cik Hasnul.
“Errrrrr, kain kapan aku mana”
Pandangan aku kaku. Peluhku merecik. Suaraku membisu. Jeritan batin aku menggila. Di atas anak mata aku tiga kelibat hodoh memandangku. Tiga kelibat itu merenungku tajam-tajam. Wajah mereka bengis.
“Heheeee, mari kita kebumikan jenazah ini”
“ARGHHHHH!”
>>>>
“Kami ada letak cctv di setiap tangga dan ini rakaman terakhir kawan kamu” Ujar pengawal keselamatan
Rosli dan seorang anggota polis berdiri di belakang pengawal keselamatan itu. Mata Rosli pegun melihat ulang tayang rakaman cctv.
“Kali terakhir dia berada di tingkat empat, rumahnya di tingkat lima. Saya kenal budak ini, rumahnya sebelah dengan lif. Selalu dia guna lif tapi malam itu dia naik tangga pula, setahu saya lif malam tu tak rosakpun” Ujar pengawal keselamatan itu lagi.
>>>
“Dah sebulan Pak Cik Hasnul hilang, jadi kereta ini kami terpaksa tunda. Isteri dan anak dia tak mau kereta ini, entah kenapa ntah” Ujar Razi.
“Habistur kuncinyer takder ker?” Tanya Hanipah.
“Takderler, masa Pak Cik Hasnol hilang dengan kunci kereta dia sekali hilang” Balas Razi.
“Ooooooo”
Razi mengintai tempat duduk belakang teksi Pak Cik Hasnul. Terlihat satu lipatan kain lusuh. Kain berwarna putih. Di hujung kain itu diikat simpul.

-TAMAT-

22. JALAN LADANG
Penulis: Norizwan Azlan
Bila mak pesan kena dengar. Seorang mak tu dia takkan pesan saja-saja. Kalau dia pesan tu mesti ada sebab.
Masa aku duduk kat Beranang dulu, mak aku ada pesan, "Kalau balik lewat malam, jangan ikut jalan ladang tu. Ikut jalan lain."
Jalan ladang kat kampung aku tu, jalan short cut untuk sampai ke rumah aku. Kalau ikut jalan lain, aku akan sampai rumah 10 minit lambat.
Jadi, baik ikut jalan short cut. Waktu lain boleh, cuma jangan ikut waktu lewat malam jalan short cut tu, kalau ikut pesan mak aku lah.
Nak dijadikan cerita, aku baru je sudah main futsal dengan kawan-kawan aku kat court futsal kat Taman Jasmin Kajang. Entah ada lagi ke tak court ni, aku pun tak tau sebab aku dah lama tak menjenguk ke sana.
Lepas habis main futsal, kami lepak-lepak dulu minum kat kedai mamak. Sebelum tu baru je sudah buat aktiviti sihat, ni dah buat aktiviti tambah lemak. Macam tak ngam betul.
Sembang punya sembang, minum punya minum, kitorang semua pun dah nak gerak balik. Masa tu jam pun dah nak dekat pukul 12.
Lepas salam-salam apa semua, aku pun terus gerak ke kereta. Masuk dalam, start enjin, masuk gear, terus gerak menuju ke Beranang.
Masa tu aku bawa kereta kancil biru mak aku je. Mak aku pun dah tak pakai kereta ni, dia ada kereta lain. So kereta kancil biru ni diturunkan kepada anak-anaknya pula.
Biasalah kereta kancil yang takde modified turbo, gerak pun slow lah. Bukan lah slow sangat, cuma kelajuan dia macam kancil standard yang lain lah.
Radio pun problem. Bukan tak boleh on. Tapi bila bergegar sikit, senyap. Tapi bila bergegar banyak, senyap lama. Hampeh betul.
Tapi takpelah, janji boleh gerak dan bawa aku ke mana-mana pun ok dah. Lagipun kereta ni pernah bawa aku sampai ke Kedah kot. So, kira kereta ni level legend jugalah.
Disebabkan radio tak berapa nak cantik, aku pun pasang mp3 player. Letak earphone kat telinga, lepas tu layan lagu-lagu pilihan aku sambil memandu menuju ke rumah aku di Beranang.
Bila dah sampai kat kawasan Beranang, dalam kepala aku dok terfikir-fikir. Nak ikut jalan ladang ke jalan lain? Rasa malas betul nak masuk sampai pekan tu kalau ikut jalan lain. Nanti lambat 10 minit.
Tapi mak aku dah pesan jangan ikut jalan tu. Cuma mak aku tak bagitau lah kenapa.
Disebabkan aku fikir tak ada apa apa yang boleh terjadi, aku pun masuklah simpang untuk menuju ke jalan ladang tu.
Jalan ladang tu memang gelap. Boleh jadi mak aku risau kalau-kalau ada lembu orang kampung yang merayau-rayau kat jalan tu.
Tapi bagi aku, kalau dah lalu jalan kampung, bawa jelah slow-slow. Tak ada hal apa pun.
Sebelum sampai jalan ladang tu, aku memandu di jalan yang kiri kanannya ada rumah. Tapi semua rumah dah gelaplah. Mungkin dah tidur kot.
Aku pun tak ada lah rasa sunyi sangat sebab earphone masih di telinga sambil mendengar bermacam-macam lagu kegemaran aku. Sekali sekala aku akan menyanyi kecil juga.
Akhirnya, aku pun sampailah kat simpang nak lalu jalan ladang. Bila tengok tu, fuh, memang gelap gila. Aku pun terus pasang lampu tinggi.
Jadi, aku pun terus masuk ke jalan ladang dan bergerak menyusurinya.
Panjang jalan ladang ni untuk sampai ke simpang hujung sana, ada lah lebih kurang dalam 300 meter macam tu. Saiz jalan ni pun tak besar. Kalau ada 2 kereta bertembung, memang muat-muat jelah.
Masa tu, aku bawa kereta pun tak tekan minyak sangat. Taknak laju laju, takut tiba tiba ada lembu, terlanggar pula lembu orang kampung. Nanti jadi gaduh, satu hal lak.
Telinga masih lagi dipasang earphone sebab nak hilangkan rasa sunyi. Dahlah keliling jalan ladang ni memang gelap. Tak nampak apa langsung. Lampu kereta aku je menerangi kawasan. Itupun bahagian depan je.
Mata aku memang fokus pandang depan je. Takdenya aku toleh kiri kanan nak tengok apa yang ada. Karang ada benda yang muncul depan mata, naya je.
Bila dah dalam 100 meter aku memandu, tiba tiba aku terdengar bunyi menghentak bumbung kereta aku. Kuat bunyinya.
Gedegang!
"Apa tu?" Hati kecil aku berbisik. Sambil sambil tu jantung aku dah berdegup kencang.
Jalan ladang tu bukan ada pokok pokok pun kat kiri dan kanan jalan. Jadi nak kata dahan jatuh atas bumbung tu memang taklah.
Aku sampai berhentikan keretalah sebab terkejut sangat dengar bunyi hentakan atas bumbung kereta.
Kalau ikutkan, aku tak patut berhenti. Mana lah tahu ada benda benda yang bahaya atas bumbung.
Tapi nak buat macam mana, aku memang terkejut gila masa tu. Jadi respon spontan aku ialah dengan menekan brek.
Dalam beberapa saat jugalah aku terpana, terdiam, sejak terdengar bunyi hentakan kat atas tu.
Bunyi tu kedengaran sekali saja sebab lepas tu aku tak dengar apa apa dah.
"Takde apa apa kot, entah entah burung."
Aku saja cakap macam tu sebab nak sedapkan hati sendiri, padahal jantung berdegup kencang, hati berdebar debar, malah, bulu roma serta merta meremang.
Bila semuanya dah tenang, aku pun nak sambung memandulah. Tapi bila aku tekan minyak, aku terasa pelik. Pelik sangat.
Kereta aku bergerak perlahan. Terlalu perlahan!
Aku tekan kuat lagi pedal minyak sampai jarum meter naik ke 60km/j, tapi kereta aku masih bergerak dengan perlahan.
Masa tu hati aku dah terdetik sesuatu. "Jangan, jangan..." Kata kata aku terhenti di situ, rasa tak sanggup lak nak habiskan.
Peluh mula pecah beranai di dahi. Dada terasa timbul tenggelam sebab jantung berdegup kencang. Bulu roma di tengkuk merinding kembali.
Aku malas dah nak terus bayangkan apa yang dah bermain-main di dalam fikiran aku. Aku terasa macam ada sesuatu yang dah menghinggapi di atas bumbung kereta aku. Aku tau, bunyi hentakan tu, tanda ada sesuatu yang menjadi punca kereta aku bergerak perlahan. Kereta aku jadi berat.
"Lajulah! Lajulah!" Mulut aku tak berhenti-henti ungkapkan perkataan ini. Pedal minyak ditekan lebih kuat. Enjin dah mengaum kuat. Tapi kereta aku tetap bergerak perlahan.
Jarak yang tinggal lagi 100 meter lebih untuk sampai ke hujung, untuk sampai ke simpang rumah aku terasa macam 100 kilometer. Jauh gila!
Kereta aku dah tak boleh memecut. Aku memang dah cuak gila masa tu. Nak keluar dari kereta dan kemudian lari, memang aku tak beranilah. Dalam kereta ni pun dah boleh rasa takut, apatah lagi bila keluar nanti, mau benda yang ada atas kereta aku ni kejar aku.
Aku cuba baca ayat kursi, tapi jadi berterabur sebab rasa terlalu takut. Tapi aku usaha juga untuk baca.
"Jangan kacau aku lah woi! Berambuslah!"
Tiba-tiba aku menjerit kuat sebab aku dah tak tahan nak berada dalam keadaan macam ni. Diganggu tanpa tahu apakah yang mendatang. Diganggu tanpa tahu siapa gerangannya.
Zupp!
Dengan berbekalkan cahaya lampu kereta, aku dapat lihat ada bayangan hitam terbang laju di hadapan aku. Walaupun laju bak halilintar, tapi mata aku sempat menangkap bayangan tersebut.
Entah mana hala tujunya, tidaklah aku ketahui. Tapi, sebaik sahaja bayangan hitam itu lalu di hadapan kereta aku, tiba tiba kereta aku terus menderu laju ke depan.
Aku jadi terkejut dan tersentak sehinggakan aku hampir hilang kawalan dan hampir terbabas masuk ke parit.
Skreeek!
Mujur aku sempat menekan brek. Gara-gara terlalu kuat menekan pedal minyak semasa kereta jadi perlahan tadi, kereta aku memecut laju dan aku hampir-hampir tak dapat kawal stereng kereta.
Bila aku berhenti di tepi jalan, aku tertanya-tanya, "Apa benda tu?"
Tapi sekarang bukan masa nak fikir semua benda tu, aku undur ke belakang, kemudian terus bergerak ke depan semula dengan pantas untuk sampai ke rumah dengan cepat. Masa tu kereta aku dah boleh bergerak laju seperti biasa.
Sejak kejadian tu, aku memang tak lalu dah jalan ladang tu. Gila betul bila jadi macam tu. Boleh pula datang melekat di atas kereta aku. Tapi bersyukur juga aku sebab benda tu tak memunculkan wajahnya.
Kalau aku nampak mukanya, aku rasa memang aku tersadai kat tepi jalan ladang tu. Pengsan sampai ke pagi.
Memang kena ikutlah pesan mak lain kali. Menyesal betul aku sebab tak patuh.

23. RUMAH MAK TEH
Karya: Shezz
"Selesa tak? Kalau tak, awak tidurlah kat bilik Adi." Mak Teh memandangku.
"Selesa, okey je ni. Takpe, orang tidur kat sini je."
Mak mengangguk, menyokong kata-kataku. Anak buahku di sebelah Mak sudah mula berdengkur. Keletihan pastinya, maklumlah perjalanan kami tadi hampir separuh siang. Dia pula enggan tidur di dalam kereta. Sibuk bertanya itu-ini, kemudian memaksaku menyanyi dengannya. Mak seorang saja yang dapat berehat, sempat tidur lama juga.
Sebelum keluar dari bilik, Mak Teh sempat berpesan esok bersarapan dulu di rumahnya sebelum kami keluar ke mana-mana. Aku dan Mak bersetuju. Kami merancang untuk ke rumah saudara-mara, tapi bukanlah awal pagi. Nanti terganggu pula mereka dengan kehadiran kami secara tiba-tiba. Aku saja enggan memberitahu sesiapa tentang kedatangan kami, tak mahu mereka susah-payah memasak.
Mak Teh ini isteri arwah pakcikku. Sejak pakcik meninggal dunia 4 tahun lalu, Mak Teh tinggal berdua dengan anak saudaranya. Cuti sekolah ini anak saudaranya pergi melancong dengan kawan-kawan sesama cikgu. Itulah sebabnya kami bersetuju apabila Mak Teh mengajak kami tidur di rumahnya, kerana memang tak ada sesiapa. Lagipun dulu masa belajar di sekolah berasrama, aku memang selalu balik ke rumah Pak Teh dan Mak Teh semasa outing. Budak-budak lain pergi ke mall, aku balik ke rumah pakcik. Biasalah, makan lebih sedap, percuma, kemudian sentiasa dapat bekalan macam-macam. Pak Teh pun biasanya dah belikan stok makanan dan barang keperluan aku, duit Ayah yang kirimkan kepadanya.
Aku menarik selimut, cuba untuk lena. Mak yang tadinya berbual denganku, dah selamat masuk ke alam mimpi. Aku saja yang masih terkelip-kelip. Aku ni kalau letih memang susah nak tidur. Jadi aku sekadar memeluk bantal, sambil membaca-baca di telefon. Tengah aku leka membaca, aku terdengar suara anak kucing.
Adoi! Ingatkan di rumah kami saja berlaku insiden anak kucing terjatuh dalam longkang, rupa-rupanya di sini pun sama. Kalau di rumah kami, biasanya aku akan jadi penyelamat. Malam-malam pun keluar untuk menyelamatkan kucing. Tak tergamak rasanya nak tidur kalau mendengar suara anak kucing mendayu-dayu minta dibantu. Aku berhenti membaca, cuba menajamkan pendengaran. Hmm... Jauh suara anak kucing tu, sayup seperti dibawa angin. Terdetik juga rasa hairan, dalam keadaan tingkap bertutup, aircond dihidupkan, tembus pula suara anak kucing sayup begitu. Mesti tingkap rumah Mak Teh dah tak rapat sangat, bisik hatiku. Aku sambung membaca semula.
Tiba-tiba kedengaran bunyi tingkap dicakar-cakar sesuatu. Kucing! Aku berhenti membaca lagi. Bunyi cakaran kedengaran jelas, namun suara anak kucing tidak pula kedengaran. Dalam aku meneliti bunyi cakaran itu, entah bagaimana aku perasan bunyi itu beralih-alih dengan cepat, dari tingkap hujung ke hujung. Tingkap tiga panel, kucing ni melompat-lompat sambil mencakar ke?
Astaghfirullah... Terus aku teringat, di luar tingkap itu tidak ada apa-apa. Tiada balkoni, tiada ruang langsung untuk kucing meniti dan berdiri. Bilik ini di tingkat atas. Bunyi cakaran semakin kuat dan cepat, seperti bersemangat, seperti tahu aku sudah sedar tak mungkin kucing yang mencakar begitu.
Aku tarik selimut, berselubung dan membekukan diri. Jantung berdegup kencang, risau juga kalau tiba-tiba diserang sakit jantung. Dah la aku ni bukannya rajin bersenam, tiba-tiba malam ni jantung bekerja luar biasa keras, dihambat takut dan cemas. Aku baca ayat Kursi perlahan-lahan, syukurlah masih boleh membaca. Sebelum ini, pernah juga aku langsung tak mampu ingat apa-apa apabila diganggu 'mereka'. Berselang-seli ayat Kursi dan zikir, sampai hati rasa tenang, seperti diri bersatu dengan ayat-ayat suci itu. Akhirnya aku terlena.
Subuh itu, selepas solat, aku beritahu Mak, kita kena keluar selepas sarapan. Tak boleh bermalam di rumah Mak Teh lagi. Mak kehairanan.
"Kenapa? Awak nak pergi mana-mana ke?" Aku menggeleng.
"Ada benda."
"Benda apa?" Mak mengerutkan dahi.
Aku buat muka menyeringai kepada Mak. Malas nak menyebut hantu, takut didengari anak buahku.
"Hantu? Kat sini?"
Aduhai Mak ni, takde tapis-tapis pun. Aku mengangguk.
"Nampak?"
"Dengar. Dia cakar-cakar tingkap." Aku menjawab perlahan-lahan, risau kalau-kalau Mak Teh ada di luar bilik. Kalau dia terdengar, kecil pula hatinya nanti.
"Ish... Awak ni, selalu betul macam tu. Senang betul nak nampak, nak dengar-dengar."
Aku ketawa tawar. Aku pun tak suka keadaan begini. Hijabku bukan terbuka sepanjang masa, namun sesekali ada saja 'mereka' yang mempamerkan diri. Bagiku itu mengganggu sebab kadangkala aku keliru antara manusia dan 'mereka'.
Mak Teh terkejut melihat aku membawa turun beg pakaian kami semasa ingin bersarapan. Aku cuma katakan, aku ada tugasan yang perlu dibuat dan memerlukan sambungan Internet yang laju, jadi aku kena cari hotel dengan Wi-Fi. Mak Teh akur, walaupun wajahnya jelas kecewa. Nasib baik aku memang terkenal di kalangan keluarga sebagai seorang workaholic. Semua dah tahu, aku memang ke mana-mana membawa komputer riba.
Selesai bersarapan, semasa Mak menolong Mak Teh berkemas, aku hantar beg ke dalam kereta. Rumah Mak Teh ini rumah teres di perumahan lama. Di sebelah kiri pintu depan ialah ruang tamu, tangga di sebelah kanan. Dari pintu depan, pandangan kita akan terus ke belakang. Dapur di sebelah kanan, manakala di sebelah kiri ialah sebuah bilik kecil. Pintu bilik itu memang kelihatan dari pintu depan, jadi kalau kita berdiri di sudut yang betul, kita akan dapat melihat terus ke dalam bilik itu.
Anak buahku sudah masuk ke dalam kereta. Aku menunggu Mak di luar.
"Lama pulak Mak ni." Aku bergerak ke pintu pagar, untuk meninjau ke dalam rumah. Tiba-tiba aku terpandang suatu sosok di dalam bilik belakang. Berbaju putih, rambutnya kusut seperti hantu Kak Limah. Bilik itu memang suram pada waktu siang kerana langsirnya tebal dan sentiasa rapat. Setahu aku bilik itu tidak digunakan, jadi seperti bilik stor saja. Tadi semasa nak ke dapur menghantar pinggan dan mencuci tangan, aku memanglah lalu di depan bilik itu. Aku perasan pintunya bertutup, memang selalu begitu. Malah seingat aku sepanjang aku balik ke rumah Mak Teh dulu, memang jarang sangat bilik itu dibuka. Aku tahu bilik itu seperti bilik stor kerana semasa kenduri, kami akan ambil periuk besar untuk memasak yang disimpan di bilik itu. Ada sebuah katil lama, yang selalunya menjadi tempat timbunan baju yang belum dilipat.
Siapa tu? Aku seperti terpaku. Darah menyerbu ke kepala, jantung mula memasuki mod maraton. Aku tak mahu pandang, tapi seolah-olah kaki terlekat di situ. Sosok itu tidak bergerak, statik macam patung tapi aku yakinlah itu bukan patung. Nak buat apa Mak Teh simpan patung Kak Limah di rumah? Takkanlah selepas Pak Teh meninggal dunia, Mak Teh buat bisnes rumah hantu di situ? Kan? Hahaha.
Aku mula rasa sedikit gelisah. Rasa terperangkap, entah kenapa. Rasa bagai dicabar-cabar, dipanggil-panggil untuk terus memandangnya. Untunglah aku ni rabun, jadi aku tak begitu nampak wajahnya. Terus rasa bersyukur dulu doktor cakap mata aku tak sesuai untuk jalani prosedur Lasik. Kalau tak, memang malang bertimpa-timpalah aku pagi itu.
Tak pastilah berapa minit atau mungkin hanya beberapa saat aku kejung berdiri di depan pagar rumah Mak Teh. Masa terasa begitu lembab, macam filem Hindustan scene gerak perlahan. Romantik kot, saling berpandangan dengan ‘dia’. Tiba-tiba aku terdengar suara anak buah aku menjerit dari dalam kereta. Aunty!!
Zupp!
Aku bagai tersedar daripada dipukau. Terus aku baca ayat Kursi, kali ini tersangkut-sangkut sikit. Bersimpang-siur bacaanku. Sambung dengan zikir menyebut nama Allah saja. Cepat-cepat aku beralih ke tepi, enggan melihatnya lagi. Tarik nafas, cuba bertenang.
Sejurus kemudian Mak dan Mak Teh keluar bersama-sama. Semasa bersalaman dengan Mak Teh, aku terus bertanya.
"Ada siapa kat rumah Mak Teh ni?"
"Mana ada sapa-sapa, Mak Teh la sorang-sorang."
"Betul ke?" Tanganku belum melepaskan tangan Mak Teh, aku kuatkan genggaman seketika sambil merenung tajam wajahnya.
"Betul, siapa pulak yang ada?" Mak Teh seperti serba-salah.
"Saja je tanya, Mak Teh. Risaulah, Mak Teh kan sorang-sorang. Bahaya. Kak Win bila balik?" Aku lepaskan tangan Mak Teh.
"Lusa. Alah.. Mak Teh dah biasa. Dia pergi sekolah Mak Teh sorang-sorang jugak sampai ke petang."
“Lusa? Baguslah. Orang risau Mak Teh duduk sorang-sorang, tidur pun sorang-sorang. Kang entah apa-apa datang teman, tak pasal-pasal je.” Aku ketawa, cuba menceriakan suasana.
Masuk saja ke dalam kereta, Mak terus bertanya, ada apa?
"Ada benda kat dalam tu. Kat bilik belakang. Entah siapa punya pun tak tahu. Dialah agaknya malam tadi."
Semasa kereta kami ingin membelok ke simpang menuju keluar taman, aku mengerling cermin pandang belakang. Ada suatu sosok berdiri di depan rumah Mak Teh, memerhatikan kami. Mak Teh dah tiada, mungkin dah masuk ke dalam. Aku menarik nafas, beristighfar lalu membaca ayat Kursi perlahan-lahan. Aku ni orang biasa, aku tahu baca ayat Kursi je dalam keadaan begini. Paling hebat pun aku tambah empat Qul, kemudian adalah surah-surah lazim lain. Bacaan ayat khusus pendinding, penghalau gangguan memang aku tak tahu. Syukurlah aku sentiasa amalkan membaca bismillah sebelum masuk kereta, sebelum hidupkan enjin, sebelum mula memandu. Ngeri juga kalau ada yang menumpang perjalanan kami. Ya, jangan sangka 'mereka' muncul hanya pada waktu malam. 'Mereka' sentiasa ada, bila-bila boleh menjelma menampakkan rupa.
Rupa-rupanya Mak terdengar juga aku beristighfar tu. Mak terus bertanya, kenapa?
“Dia perhati kita balik. Hairan, bukannya kita kacau dia.”
“Adalah tu yang dia tak suka.” Jawab Mak. Kami teruskan perjalanan ke rumah saudara-mara tanpa berlaku sebarang kejadian menakutkan lagi.
Siapa sosok itu? Wallahualam, cuma yang aku tahu, Pak Teh dan Mak Teh agak percaya pada bomoh yang meragukan. Ada amalan-amalan yang aku anggap syirik dan khurafat yang mereka percaya. Jadi aku rasa sosok itu mungkin diletakkan di rumah mereka oleh salah seorang bomoh yang mereka kenali. Entahlah, gerak hati aku memang kuat menyebut nama seorang bomoh perempuan, cuma yang menggusarkan ialah aku tahu bomoh itu dah meninggal dunia beberapa bulan sebelum itu.
Itulah kali terakhir aku berkunjung ke rumah Mak Teh. Alhamdulillah selepas itu Mak Teh berpindah dari Perak ke Melaka, duduk di rumah salah seorang anaknya. Kak Win juga berpindah, duduk menyewa dengan kawan-kawan. Khabarnya rumah Mak Teh disewakan, malas aku nak bertanya nasib penyewa rumah itu. Banyak bertanya nanti disangka berminat pula dengan 'mereka', jadi lebih baik aku buat tak tahu.
Kini, Mak Teh pun dah meninggal dunia setahun yang lalu. Semoga Allah ampunkan segala dosa Mak Teh dan Pak Teh serta menempatkan mereka di kalangan hambaNya yang beriman.

-TAMAT-

24. TIGA SERANGKAI
Karya: Aina
Salam perkenalan buat kalian yang sudi membaca. Cukup aku kenalkan diri aku sebagai Am saja. Aku tidak pasti kisah yang bakal aku kongsikan ini cukup seram atau ada pengajaran buat kalian semua. Namun apa yang pasti bagi aku, sudah tiba masa untuk aku kongsikannya setelah sekian lama aku simpan dan pendam. Kisah ini berlaku sekitar tahun 2014.
Sudah menjadi kebiasaan dan kepuasan bagi penghuni senior di salah satu kolej awam Kuala Lumpur untuk menakutkan pelajar-pelajar junior yang baru mendaftar. Bagi senior, semua junior ini terlalu 'suci' untuk menjadi matang sebagai pelajar. Jadi, mereka harus memberikan 'pengenalan' awal supaya mereka jadi lebih matang untuk berjuang sebagai pelajar kolej. Lebih-lebih lagi pada mereka yang bergiat aktif mengenakan junior seperti Marlina, Jidah, dan Biah.
Tiga serangkai ini lebih dikenali dalam kalangan mereka yang sudah lama menginap di kolej tersebut kerana aktif menyakat pelajar-pelajar junior. Pelajar-pelajar di kolej jugalah yang menggelarkan mereka ‘Tiga Serangkai’. Walaupun sudah berada di tahun akhir, belum ada lagi erti kepuasan bagi mereka untuk tidak meneruskan aktiviti sampingan tersebut.
"Mar! Apa aktiviti malam ni? Dah ada mangsa ke?", dengan makanan penuh dalam mulut, selamba Biah menegur Marlina.
"Eish! Geli la kau ni! Elok benar kalau kau yang jadi hantu tu. Makan dah rupa bela saka", rungut Marlina sambil menepuk bahu Biah. Mencuka muka sahabat baiknya itu.
"Minggu lepas, aku dapat roomate baru. Aku tak sempat jumpa dia lagi sebab aku banyak stay studio. Senang cerita, kita rembat dia jelah. Okay tak?", Jidah mencelah memberi idea.
Tiba-tiba teringat dengan rakan sebilik yang baru diterima minggu lepas. Dua tiga kali saja terserempak, belum sempat bertegur dek kerana busynya hidup sebagai architect student. Hanya sempat berbalas senyum.
Apa salahnya adakan sesi suaikenal dengan minah tu. Getus hati Jidah
"Ha, okay jugak tu! Bila geng? Aku tak sabar nak start ni", teruja nampaknya si Marlina ni. Terkena batang hidung sendiri nanti, baru tahu!
"Set! Malam esok. Apa-apa aku update dalam group whatsapp", mereka mendapat kata sepakat sebelum berpisah ke bilik masing-masing. Dalam otak, ligat mencari idea dan kisah untuk dijamu pada rakan bilik Jidah malam esok.
Hari dinanti telah tiba. Masa telah ditetapkan. Lokasi? Semestinya di bilik Jidah. Acahnya sedang buat assigment.
"Jidah, siapa nama roomate kau ni?", Marlina memulakan rencana sambil tersenyum manis pada rakan sebilik Jidah. Senyumannya dibalas.
"Boleh panggil saya Miza. Baru masuk minggu lepas. Student second-intake", lembut dan manis menjawab tanpa menunggu jawapan dari Jidah.
Cantik! Memang cantik untuk jadi bahan! Berteriak Marlina dalam hati.
"Ha saya nak tanya, sebelum awak masuk daftar kolej ni, awak ada survey dulu tak?", malam ini Biah memaksa diri untuk menjadi behave dengan tidak membawa makanan ditangan seperti selalu. Agar tidak menganggu mood seram yang bakal mereka cipta.
"Maksud awak, survey kos saya ke?", lurus Miza menjawab.
"Bukan! Maksud kami, kisah-kisah yang pernah jadi kat kolej ni dulu. Dulu ada pelajar yang pernah mati bunuh diri, ada yang mati lemas, dan yang paling seram kes pelajar terjun bangunan sebab putus cinta dengan lecturer kolej ni jugak!", Jidah membuka cerita.
Hampir kesemua pelajar junior disajikan dengan kisah yang sama. Kisah pelajar perempuan terjun bangunan kolej akibat cintanya bersama pensyarah tidak menjadi. Entahkan betul entahkan tidak, tapi kisah itu lah yang menjadi igauan dan halwa telinga buat semua pelajar di kolej. Namun tidak pada tiga serangkai ini. Malah dengan suka hati ditokok tambah perisa pula untuk menjadi sedap didengar.
Miza hanya diam dan menggeleng. Bersedia untuk mendengar barangkali.
"8 tahun lepas, kolej ni kecoh dengan kes pelajar perempuan terjun bangunan kolej ni dari tingkat 7. Masa dia terjun tu, ada beberapa student lain tengah study, ada yang lepak kat balkoni. So diorang nampak depan mata perempuan tu jatuh", Jidah mengambil nafas. Marlina menyambung.
"Ramai yang cakap dia masa tu tengah kecewa. Baru lepas putus cinta dengan seorang pensyarah kolej ni. Cuma tak ada siapa yang tahu siapa pensyarah tu. Beberapa minggu lepas tu, sorang-sorang student menjerit histeria sebab kena ganggu dengan arwah student tu", Biah hanya mengangguk tanda mengiyakan.
“Bukan setakat histeria, senior waktu malam dulu sampai tak berani nak keluar makan ke café. Takut kena ganggu dengan arwah pelajar tu sebab ada yang terserempak arwah tu duduk kat tempat mayat dia dijumpai tu sambal menangis-nangis”, Marlina biarkan rakannya yang lain menyambung. Habis idea dah ni!
Miza masih kelihatan tenang. Jidah tak berpuas hati. Kena bagi lagi ni! Kepala ligat mencari idea.
"Kau tau tak, arwah pelajar tu stay bilik mana?", ditenung tepat mata Miza.
Miza menggeleng.
"Dia stay bilik kat C-7-5. Blok C, tingkat 7, bilik nombor 5. Bilik kita nilah!", Jidah mengeraskan suaranya dipenghujung ayat. Marlina dan Biah tersenyum dalam diam. Tak sangka, laju jugak otak Jidah ni pusing!
Sunyi. Tiada suara yang keluar dari mulut Miza. Umpan mengena! Mereka terasa kemenangan yang besar apabila terasa Miza sudah berada dalam ketakukan.
Tiba tiba, Miza berdiri. Melangkah ke tingkap. Diam sesaat dua.
"Saya pernah dengar cerita tu. Jatuh dari tingkat 7, putus cinta dengan pensyarah.Tapi.
..", Miza kembali diam. Cermin tingkap ditolak keras. Terbuka. Luas. Jidah, Biah, dan Marlina turut terdiam. Tiada lagi ekor senyuman.
"Tapi..... SIAPA CAKAP AKU BUNUH DIRI?? HIHIHIHIIHI...", Miza tersenyum menyeringai menampakkan gigi sambil memandang tepat setiap sorang. Terdiam si tiga serangkai! Pucat tiada darah jika ditoreh. Suara lembut Miza bertukar menjadi nyaring dan menusuk ke telinga.
Miza memanjat tingkap. Mencangkung ditebing tingkap sambil ditenung tiga serangkai yang ketika itu sedang berjuang dengan ketakutan dalam diri masing masing.
Marlina menangis tidak keluar suara, Jidah hanya terdiam tak mampu berkata apa, Biah pula berusaha untuk bangun melarikan diri namun tidak berjaya. Kaki seolah menjadi lumpuh tidak mampu diangkat!
"PENSYARAH KORANG PUNCA AKU MATI!!! Aku berusaha melarikan diri dari pensyarah tak guna tu sebab dia cuba untuk merogol aku! Tapi aku tak berjaya dan aku terjatuh dari tingkap ni!!", suara semakin halus dan nyaring. Hujungnya ada tangisan. Sayu. Miza masih mencangkung di tebing tingkap.
Tiba-tiba....
"MIZAAAA !!!!!!!!!!!!!", serentak Marlina, Jidah dan Biah menjerit nama Miza apabila Miza mendorong tubuhnya jatuh ke luar tingkap berserta jeritan kuat dan hilaian yang sangat nyaring.
'BAPPP!!, bunyi sekali hentakan kuat.
Satu saat.. Dua saat.. Tiga saat.. Senyap. Sepi.
Mereka beranikan diri ketingkap dan menjenguk ke bawah. Tubuh Miza jelas dilihat dengan darah pekat mengalir, mungkin dari kepala, mungkin dari telinga. Tubuhnya yang kaku dikelilingi oleh pelajar-pelajar lain. Daripada seorang menjadi lebih ramai pelajar yang mengelilingi. Ada juga antara mereka yang menjenguk ke atas, cuba mencari dari mana punca.
Tiga serangkai? Pucat lesi.

-TAMAT-

25. HIJAB DIBUKA
Karya : Farouq Mahadi
"Kau betul ke ni Jib?"
Malik tanya aku untuk kepastian. Aku tak tahulah apa pesen diri aku ni. Nak sangat tengok makhluk-makhluk ghaib yang ada kat sekeliling kita ni.
Aku ni dari kecik memang tak pernah pon nampak makhluk-makhluk ni semua. Cuma dari pembacaan aku sebelum-sebelum ini, ramai yang kata makhluk-makhluk ini hodoh, menggerunkan tapi aku tak pernah tengok. Aku nak tengok dengan mata aku sendiri.
Aku pandang Malik. Tak berkelip mata aku. Tinggal nak bagi jawapan ya atau tak je ni.
"Kau fikir masak-masak Jib. Benda ni bukan main-main. Nak buka hijab mata batin kau tu kau dah fikir panjang ke?"
Aku masih lagi diam. Tiada balasan jawapan dari aku. Tadi memang aku ada minta Malik buka hijab mata batin aku. Malik ni untuk pengetahuan kau orang memang dia ada kelebihan untuk tengok makhluk-makhluk ghaib dan sekarang ilmu baru yang dia dapat, dia boleh berinteraksi dengan makhluk ghaib dan boleh buka hijab mata batin kita untuk lihat makhluk-makhluk ghaib ni.
Dalam rumah sewa aku ni ada 5 orang semuanya. Kami ni masih belajar di semester ke 4 di salah sebuah universiti tempatan di Shah Alam. Malik ni sebilik dengan aku. Dari semester 1 lagi. Banyak dah lah dia kongsi pengalaman dia dengan aku. Sampai buat aku teruja nak tengok makhluk ghaib. Dia pernah bercerita dengan kawan-kawan aku yang lain pasal kelebihan dia tu tapi semua kata dia ni taksub dan percaya benda-benda tahyul.
"Aku sedia Malik. Kau buka lah."
Malik pandang aku.
"Kau ni Jib. Ada orang boleh jadi gila tau bila hijab mata batin dia terbuka. Ada tu bila dah buka, hijab mata batin dia tak boleh tutup balik. Selamanya dia kena hidup tengok makhluk-makhluk tu depan mata. Ehh makhluk-makhluk tu banyak tau. Bukan satu dua. Lagi ramai pada manusia. Bercampur semua"
Terang Malik panjang lebar.
"Aku amik risiko tu Malik"
Aku teguhkan pendirian.
"Ok lah Jib kalau kau cakap macam tu. Kau jangan menyesal."
Aku diam.
"Tutup mata kau. Aku nak mulakan."
Aku turut apa yang dikata Malik. Aku pejam mata.
"Kosongkan fikiran. Jangan fikir bukan-bukan."
Sambil Malik mengikat kain untuk menutup mata aku.
"Baca selawat. Baca surah al-ikhlas."
Pinta Malik. Aku terkumat kamit membaca permintaan Malik tanpa henti. Malik mulai acaranya. Di bacanya beberapa ayat.
“Bismillahi Rokhmatal Ghoiba Wassamawati Wal Ardhy, Allohumma Juz ‘Alaikal Bashor”
Ini ayat last Malik.
"Aku dah siap ni. Kau dah sedia ke Jib?"
Aku masih lagi diam. Angguk tak. Geleng pon tak.
"Ajib?"
Aku nak jawab apa ni?
"Kau ready tak? Kalau tak ready aku tutup balik hijab kau"
"Jangan. Aku ready Malik"
Spontan jawapan aku bagi pada Malik.
"Baik. Bila-bila kau dah sedia. Kau buka perlahan mata kau. Aku ada depan kau. Lampu bilik memang aku biar buka. Kau dah boleh nampak semua."
Aku angguk. Aku tarik nafas dalam-dalam dan hembus. 3,4 kali aku tarik hembus nafas.
Perlahan-perlahan aku buka mata. Hati berdegup kencang.
Sebaik habis mata aku buka. Memang tak ada perkataan boleh keluar dari mulut aku. Badan aku keraskan. Mata aku tumpukan pada Malik yang ada di depan aku. Tak mampu nak meliar kiri kanan.
"Jangan takut. Kawal perasaan kau."
Allah. Menggigil aku. Laju nafas aku. Di belakang Malik, duduk seorang nenek. Berambut putih. Berbaju kurung putih lusuh. Sanggul elok letak di kepala. Tersenyum dia memandang aku. Aku tak berani tengok dia lama. Aku hanya 2,3 kali kerlingkan mata pada dia. Senyuman dia ya ampun. Ngeri.
Di sisi kiri aku duduk kurang lebih 3 makhluk. Bersila. Di atas tilam Malik. Aku cuma mampu lirikkan mata aku saja ke kiri tanpa menoleh ke arah mereka. Dari bayangan lirikan aku tadi, makhluk di kiri aku itu berwarna hitam semuanya.
"Mereka tak kan ganggu kau. Kau jangan risau. Mereka memang dah lama dalam bilik aku."
Badan aku masih keras. Malik bangun.
"Kau nak pergi mana Malik?"
Aku tanya.
"Jom turun bawah. Tengok tv dengan budak-budak tu"
Ajak Malik.
"Banyak ke makhluk dalam rumah ni?"
Rupanya selama ini bukan kami berlima saja dalam ni. Banyak lagi makhluk yang menumpang dengan kami.
"Kau tengoklah sendiri."
Malik bersuara. Aku pantas bangun. Malik capai tombol pintu. Bertentang mata tanpa sengaja aku dengan nenek tua itu. Senyum dia pada aku. Allah. Aku tak tau nak gambarkan pada kau orang macam mana ngerinya senyuman dia tu.
Laju aku turut belakang Malik.
"Kau jangan risau. Kau cuma boleh tengok mereka je. Kau takkan dengar suara-suara mereka."
Sambung Malik lagi. Keluar saja dari bilik, spontan aku menjerit. Ada kepala terapung di tingkap tempat aku sidai tuala aku.
"Diam Jib. Control perasaan kau. Kalau kau tak boleh control kau boleh jadi gila."
Pesan Malik. Macam mana lah aku nak control. Gila. Kepala tu seram. Mukanya tanpa sebarang kulit, yang ada cuma koyakkan daging-daging merah berdarah. Rambutnya gerbang mengurai. Mata merahnya melirik saja perbuatan aku. Seringainya masyaallah. Nampak taring giginya semua. Allah.
"Astaghfirullah. Astaghfirullah
Astaghfirullah."
Memang tak lekang istighfar dari mulut aku. Sumpah aku takut. Aku tak dapat kawal perasaan aku. Malik laju menuruni tangga. Aku juga lajukan langkah.
Di bawah ada kawan aku. Koji dan Madey. Tengah layan persembahan Naqiu di gegar vaganza.
Tapi tanpa mereka sedar, ada makhluk berbulu sedang duduk mencangkung di hadapan mereka. Menggoyang-goyangkan kepalanya depan mereka. Lidahnya panjang meruncing. Giginya tajam semua. Air liurnya jatuh berjejeran atas air teh o ais bungkus mereka.
Aku diam saja perhatikan. Ikut nasihat Malik. Tapi takutnya. Tuhan saja tahu.
"Kau apahal jerit tadi? Nampak tikus?"
Soal Madey sambil gelak kecil. Koji senyum-senyum. Di ambilnya teh o ais yang penuh dengan air liur makhluk berbulu tadi. Disedutnya enak. Aku nak termuntah. Makhluk itu girang melompat setelah Koji sedut air teh o ais yang bercampur dengan air liurnya. Aku buat muka jijik.
"Kau apahal dowh tengok gitu? Teh o ais kot. Muka jijik betul tengok aku. Aku baling teh o ais ni kat muka kau jap gi kang"
Koji berseloroh sambil acah-acah nak baling teh o ais.
"Weh diam-diam. Aku nak layan Naqiu ni"
Madey bersuara. Tekak aku meloya tengok makhluk berbulu itu. Makhluk itu tak tau lagi aku boleh lihat dia.
Dekat bawah itu bukan ada makhluk itu je. Dekat atas meja makan, duduknya dua orang budak tanpa muka. Berambut pendek paras bahu. Berbaju biru dipenuhi darah pekat. Kakinya riang bergoyang. Lauk-lauk yang terdedah tak bertutup itu menjadi mainan makhluk budak tanpa muka itu. Di celup, di pegang makhluk-makhluk itu. Dari pandangan mata kasar memang nampak lauk itu macam tak disentuh, tapi mata halus, aku pasti kau sangat loya nak makan makanan itu. Geli. Dengan tangan yang berdarah tak berhenti mengalir, masuk sebati dengan lauk-lauk ditinggalkan atas meja.
"Malik. Aku dah tak sanggup. Tutup balik hijab mata batin aku."
Malik senyum.
"Ilmu tutup mata batin aku belum khatam. Aku acah-acah pandai je tadi tu. Kau layan je lah dulu semua ni. Teman aku. Bosan dowh layan sorang. Lama aku pancing kau nak bukak hijab mata batin kau ni."
Malik senyum-senyum sinis. Setan Malik. Kau kenakan aku.
Aduhh. Aku tak boleh hidup macam ni. Boleh gila aku. Ini baru dalam rumah ni, kalau kat luar macam mana? Berapa ngeri lagi makhluk-makhluk kat luar sana. Mati aku. Menyesal betul aku minta nak buka hijab mata batin. Tak sampai sejam lagi aku rasa tak sanggup dah nak tengok makhluk-makhluk ni.
Kau yang baca cerita ni, kau rasa kau tengah baca berseorangan ke? Pernah fikir makhluk apa yang ada di kanan kau, kiri kau, depan kau sekarang? Hati-hati lah.

-TAMAT-

26. MAMA KENA SIHIR
Karya : Naa

Assalammualaikum

nama aku naa (bukan nama sebenar ) aku berasal dari Ipoh Perak. umur aku 27 . Aku selalu baca kisah2 seram terdetik hati nak share pengalaman aku sepanjang mama aku kena sihir ni. Sebenarnya banyak je story, cuma aku tak berapa reti untuk olah kan. First of all, sory la kalau korang tak berapa faham jalan cerita aku ni . aku bukan pandai sangat bab2 menulis ni.
Okay kisahnya bermula masa aku Form 5 nak spm. Aku tak ingat sangat bulan bila berlaku semua tuh tapi yang aku ingat is sepanjang 2009. Sampaikan aku terpaksa ambil cuti seminggu untuk bawa mama aku pergi berubat. Dah time tuh tgh exam trial taksilap aku. Tapi dah terpaksa kan, kalau tak lagi teruk mama kena. Seingat aku before mama sakit teruk, dia pernah cakap dekat aku yang dia berjumpa dengan kawan dia untuk ziarah. Kebetulan pula, kawan mama aku ni dia ada ‘sight thing’. Dia touch sesiapa yang sakit sure dia akan dapat vision lah lebih kurang. So itu yang jadi dekat mama.
Hari yang mama pergi jumpa kawan dia tuh, mama tengah sakit kaki. Mama ingat dia lenguh biasa je tuh tak fikir apa apa. So, that time dieorg tengah sembang then tiba tiba kawan mama tepuk peha kanan mama. Then suddenly dia diam and tanya mama ‘kau ada sakit ke lately ni?’. Mama aku pon jawap lah ‘alah lenguh lenguh biasa jee. Banyak drive kesana kesini jumpa client. Biasa lah.’ Then kawan mama aku pon diam and dia cakap ‘kau bukan sakit biasa ni. Sekarang kaki kanan kau tengah sakit kan? Aku rasa lain macam dekat kau ni sebenarnya.’ Mama diam and cuba untuk be positive. She just said ‘alah, nanti nanti okay lah tuh. Lenguh biasa.’ Kawan mama pegang lagi peha mama and kali ni dia bagi tahu yang mama dah terkena sihir, siap describe lagi orang yang sihir tuh macam mana. Mama terus taksedap hati and end kan conversation dengan nak balik pick up aku dari sekolah.
Mama dah ambil aku dari sekolah dah nak sampai rumah, mama cerita dekat aku apa yang kawan dia bagi tahu. Actually mama aku ni dia sangat positive orang nya and susah nak percaya benda benda mistik ni even selalu je kena kacau time duduk dekat sebelah rumah arwah atuk aku tuh. But entah lah aku pon takpasti kenapa mama tak percaya yang dia disihir siap cakap kalau diri mama tak kena sihir dan hanya sakit biasa, aku satu family pergi jumpa yang kawan mama describe tuh and minta maaf.
Masa mama bagi tahu ciri ciri orang yang kawan dia describe kan tuh, aku terus terbayang seorang ni. Entah kenapa aku terfikir dia. Dah lepas dari kejadian tuh, kaki mama masih tak elok elok lagi. So, kita orang decide untuk pergi jumpa ‘pakcik’. Dia ni kami dah kenal since aku sekolah rendah lagi sebab adik aku dulu pon terkena benda sampai dia hampir buta lah dan pakcik tuh nasihatkan mama untuk tukar kan sekolah adik aku, baru mata dia akan elok. Yang itu nanti lah aku cerita. So, sambung yee… so, kita org empat beranak ni pon pergi lah ke rumah pakcik. Rumah pakcik ni kawasan dia kinda creepy sebab perkampungan ni dekat dengan gunung ganang and hutan.
Tiba dirumah pakcik, tunggu turn sambil tuh mama ingatkan kami semua tentang janji kita org sebelum ni, if bukan sihir kena pergi minta maaf dengan orang yang berkenaan tuh. So, aku adik aku dengan abah aku pon on saja. Sampai turn mama, mama pon cerita lah dekat pakcik tuh apa yang kawan mama bagi tahu. Lepas mama cerita tuh, pakcik diam. Mungkin tengah baca kowt. Taklama tuh dia ambil satu lidi lebih kurang macam chopstick lah. Dia minta mama lunjurkan kaki, dan dia letak lidi tuh dia celah jari ibu kaki. Sambil mulut nya membaca ayat ayat suci, tiba tiba mama cakap kaki dia sakit sangat. Tah apa yang sakit sangat aku fikir, yealah takat letak lidi kat ibu jari kaki tuh lepas tu dok pusing pusing je. Bagi aku takkan mendatangkan sakit apa apa. Betul tak? Ini mama dok mengadu sakit siap berpeluh peluh lagi tuh. Then pakcik tuh minta abah aku duduk belakang mama, pakcik sambung balik pusingkan lidi tuh sambil membaca ayat. Aku dengan adik aku dah takut dah. Berpeluh jugak lah aku tengok pakcik tuh. Selesai dekat lidi tuh, pakcik minta mama berdiri and rasa kaki dia. Masih sakit ke atau ringan. Mama ikot apa yang pakcik suruh.
Haaa tak sakit seperti sebelum ni, ringan je kaki dia. Kemudian sembang sembang, pakcik tuh bagi tahu ada orang dengki dengan mama dan abah. Pakcik cakap abah pon kena sekali sebenarnya cuma abah taknampak sakit sebab orang tuh buat dari segi hilang projek, rasa malas kerja, and apa tah aku pon dah lupa. Tapi apa pakcik tuh cakap memang pon abah aku makin hari makin hilang projek and mama makin hari makin sakit kaki. Then pakcik tuh ada bagi tahu yang yang buat ni, orang kawasan. Maksudnya, ialah orang yang terdekat which mean dalam kalangan family jugak lah. Mama terus terdiam seribu Bahasa. So, mama tanya pada pakcik adakah orang yang pakcik maksudkan tuh adalah orang yang kawan mama describe kan? Pakcik hanya berkata ‘nanti orang tuh sendiri akan jauhkan diri daripada kau satu keluarga’. Kita orang balik dalam keadaan takut, marah, tertanya tanya and tah lah tak tahu nak terangkan macam mana. Sebab masih lagi tak percaya benda tuh jadi dekat keluarga aku.
Dari hari tuh, satu satu musibah dan gangguan datang. Bermulalah episode dimana mama aku tiba tiba lumpuh, hanya mengesot saja. Macam cerita suster ngesot tuh, hah macam tuh lah mama. Makin hari dekat rumah kena gangguan. Mama makan macam orang bela saka. Hari hari bergaduh dengan abah. Abah pula projek makin hari makin kurang and duit simpanan pon makin hari makin sikit. Yealah bawa mama pergi check up sampai lah berjumpa dengan doktor pakar apatah and doctor tuh adalah doctor pada pemain bola sepak perak. Dia yang sarankan mama dengan abah untuk pergi cuba ubat tradisional.
Orang yang buat family aku ni hhmm macam mana nak kata ya… memang rapat sangat. Dah nama pon satu keluarga, tapi aku tak tahu lah kenapa dia sanggup buat macam ni, yang aku tahu dari mama memang dia tak pernah puas hati dengan mama sebab mama aku ni cantik. Dulu dulu masa dia muda, dia rajin berhias dan rajin kemas rumah sapu sampah dkt depan rumah and mama aku I bukan jenis suka nak bergossip gossip duduk depan rumah bersembang merapu raban. Mama aku jenis pergi kerja balik kerja urus anak urus makan minum kami semua dan tak kacau pon orang. Tapi orang tuh punya benci mama sampai sanggup dia bermain dengan benda benda terkutuk ni.
Actually dia ni ipar kepada abah dan mulut dia ni memang hhmm memang makcik bawang lah citer dia sampai pakcik makcik belah abah tak suka dengan mama habis. Sampaikan kalau ada kenduri ke sure mama kena peril habis habisan. Siap panggil mama dengan abah aku ni belangkas, asyik berkepit jaa. Aku pon tak faham apa punya busuk hati manusia ni and aku teramatlah kesal dengan sikap dia sebab aku paling rapat dengan suami dia iaitu abg abah aku.
Mama aku sampai lah kehari ni tahun 2019 nak ke 2020 dah pon, masih lagi sakit Cuma tak nampak secara fizikalnya. Kisah diganggu sepanjang mama sakit dan satu keluarga berubat akan aku sambung cerita. Bukan family aku saja yang kena sihir, family makcik aku yang duduk di nilai pon disihirnya jugak cuma tidak lah seteruk mama.
Dan sekian kisah aku untuk mama kena sihir. Maaf if story aku bhiase bhiase je, untuk yang komen I will take it positively. Thank you

#cgczone
#official
#cgchzone
#thehorrorzone
#koleksiceritaseram
#mistikmisteriseram

27. DISAKAT SEWAKTU MEREMPIT
Karya : Izmal Hussein

Hai aku Izmal. Masa zaman sekolah dulu aku tinggal kat FELDA Semenchu, Kota Tinggi. Adalah kebiasaan jalan masuk ke Tanah Rancangan (biasanya orang panggil penempatan FELDA ni Tanah Rancangan) dari jalan utama agak jauh ke dalam. Untuk Semenchu ni kira-kira 5km. Sebesar zarah pon kau takkan terlintas nak jalan kaki untuk sampai ke tempat ni dari jalan utama. Melecet celah bedah oi!

Zaman bujang tak sah kalau kau tak main motor. Walaupun tak merempit, main motor tu memang sejajar dengan umur menginjak 20an. Malam tu aku join melepak dengan kuncu seangkatan kat simpang jalan utama yang menghubungkan Tanah Rancangan. Niat berkumpul bukanlah untuk melakukan perkara yang berilmiah melainkan yang lagha lagi melalaikan belaka. Melepak sambil tengok “mini Race”.
Puas melagha aku tengok jam dah masuk pukul 2 pagi. 2-3 ketul dah menguap. Dah bole “tutup kedai” la untuk sesi malam tu. Lepas warm up motor, sesi disudahi dengan sprint test ke rumah masing-masing. Apa korang ingat disudahi dengan bacaan Surah Al-Asr ke? Tak kena acara weh. Husnuzon btol.
Tengah dok sedap layan sprint, aku dah rasa tanda-tanda yang tak best. Yang mana tadi aku berkedudukan selesa di tengah-tengah, slowly semakin kebelakang. Jentera talaan jurutera merangkap rider (aku la tu) dah mula tersendu-sendu. Masih ada berbaki 3km untuk ke garisan penamat. Ni jangan kata podium, silap-silap DNF (did not finish) ni. Jangkaanku berada di laluan yang tepat. Motor aku m**i semati-matinya separuh jalan. Teman-teman seper”lagha”an aku langsung takde menoleh. Sayup-sayup hilang ditelan kegelapan. Namun tak lupa aku titipkan makian bertubi-tubi dalam hati.
Aku ni takde la penakut mana. Tapi kalau dah tetinggal sorang-sorang, kiri kanan ladang sawit, gelap gelita, combo plak dengan motor tak mau hidup, kunyit jugak aku kat sini. Nak tercabut kick starter motor ni aku henjut sebelum akhirnya aku redha ke hadrat Ilahi. Memang setimpal balasan yang aku dapat atas amalan aku malam tu. Kalau tak sebab dah tengah malam buta, pasti bersujud syukur aku disitu.
Selepas lafaz Bismillah, aku mulakan langkah sambil menolak jentera kesayangan (bapak) aku. Kan bagus kalau mula-mula tadi aku baca Bismillah, mungkin motor Sudin yang tersadai kat sini, bukan aku. 2.5km kalau jalan kaki bole tahan lencun ketiak. Ni tambah pulak menolak motor, mau je aku humban motor ni ke parit. Tapi esok pagi aku pasti aku pulak yang “diparitkan” bapak aku sebab motor takde.
Alhamdulillah perjalanan 500m pertama berlalu lancar. Sejuk pagi buta tak terasa dek kerana kehangatan menolak motor. Tapi keheningan malam itu seolah-olah tidak berpuas hati dengan bala yang aku dapat. Dirasakannya tak cukup bala lagi bala aku tu. Balakhrisnan btollah! Hati aku yang baru je tenteram didebarkan dengan angin sejuk melampau menyapa tengkukku.
“Ahh! Persetan! Aku nak sampai rumah cepat. Takde masa nak seram-seram”. Getus dalam hati. Nah kau! Betul-betul setan yang muncul kat tepi pokok sawit tu. Gaya tipikal hantu Malaysia. Rambut panjang, baju lusuh putih. Aku tak nampak muka. Tidak ku toleh walau 1 darjah ke arah Kak Limah. Aku buat-buat tak nampak. Harap-harap dia tak perasan yang aku dah nampak dia. Aku terus menolak sambil terkumat-kamit baca ayat kursi dalam hati. Harap-harap jugak dia tak perasan tajwid aku tunggang tebalik. Mau dia gelak mengilai. Lagi seram wey!
Alhamdulillah berjaya melepasi Kak Limah dengan jayanya. Aku rasa perjalanan aku diberkati. Hahaha. Belum lama aku bersenang hati, “Ah sudah! Apa lagi ni!!”. Motor yang aku tolak aku rasa semakin berat. Sumpah masa ni aku nak humban je motor tu ke paya tepi jalan ni. Memang kat jalan tu ada 1 kolam/paya. Ngam-ngam plak time tu aku sampai situ. Dah takde masa nak seram-seram dah, peluh jantan betina bercampur sesama bukan muhrim. Yang dari celah ketiak dah sampai pinggang. Yang dari… Ahhh mana-mana jelah, dah sampai ke kaki. Panas dah hati ni.
“Kot ye pon tolong la tolak, penat ni!!”
Nah, done-done terus ringan. Siap rasa macam dibantu pulak ringannya. Serius cakap memang aku dah tak lalu nak rasa seram. Rasa nak berterima kasih pon ada. Tapi aku pendam dulu. Tunggu dah sampai rumah baru aku cakap. Yela, kang aku cakap terima kasih awal-awal kang dia blah plak. Jauh lagi nak menolak sorang-sorang. Hahaha. Depan sket ada turun bukit kita naik sama-sama. Pastu naik bukit kita tolak sama-sama.? Semenchu ni penuh dengan turun naik bukit wey.
Akhirnya aku selamat sampai kat rumah. Aku park motor elok-elok. Basuh kaki, salin baju terus landing kat katil sampai tengahari buta. Subuh ntah kemana, memang dasar setan. Ngam la tu berkawan dengan setan. Tapi cerita seram aku tak habis kat situ. Yang paling seram bila bapak aku kata jangan harap aku dapat pakai motor dia lagi kalau aku tak betolkan. Fuhh… gila kau! Seram nak mampos! Petang tu jugak aku betolkan. Alhamdulillah pastu dah tak seram dah.
Aku tau cerita ni tak seram pasal aku tak berapa penyeram. Senang cerita tak mudah takut. Aku tau mende-mende halus ni memang ada. Sikit pun aku tak nafikan. Tapi kau tempat kau, aku tempat aku. Yakin aku kat Allah. Walaupon perangai aku sikit-sikit ada macam setan. Dululah. Sekarang dah boleh duduk sebaris dengan Pencetus Ummah. InsyaAllah ?

#cgczone
#official
#cgchzone
#thehorrorzone
#koleksiceritaseram
#mistikmisteriseram

28. TUMPANG
Karya : Maira Huda

Kejadian berlaku dalam dua tiga minggu yang lalu. Waktu tu, aku dapat panggilan dari kampung yang mengatakan salah seorang dari sepupu aku terlibat dengan kemalangan jalan raya. Jadinya dengan kadar segera aku bergegas pulang ke kampung selepas maghrib. Perjalanan dari daerah tempat tinggal aku dan kampung memakan masa lebih kurang satu jam. Jika tidak tersangkut dalam kesesakkan jalan raya, 50 minit pun dah boleh sampai.
Hendak dijadikan cerita, malam itu juga aku perlu mengambil adik kepada kawan aku pulang dari kerja. Bayangkan, aku bergerak dari rumah ke hospital daerah (kampung) dan kemudian berpatah balik ke Johor Bahru semula untuk menjemput adik kepada kawan aku dan kemudiannya menghantar dia ke rumah. Dan selepas itu aku memandu semula pulang ke kampung kerana ada urusan yang perlu aku lakukan dan pada malam yang sama aku perlu pulang ke rumah semula. Malam yang sangat meletihkan.
Kisah seram bermula sewaktu aku berpatah balik ke kampung selepas menjemput dan menghantar adik kepada kawan aku tu. Permulaannya bermula sewaktu aku berada di kawasan jirat cina di Ulu Choh. Sewaktu membelok, aku perasan ada kenderaan dari arah bertentangan memberi isyarat highbeam ke arah aku. Pelik juga sebab aku tak buka lampu tinggi. Tapi aku tetap bersangka baik, mungkin mereka sengaja memberi isyarat sebegitu. Waktu malam, jalan gelap.
Dan aku meneruskan pemanduan hinggalah aku menyusur masuk simpang ke jalan pintas. Sewaktu aku melalui jalan menuju ke tempat yang namanya Belokok, kawasan sekitar merupakan kawasan kebun dan ladang kelapa sawit. Gelap sudah semestinya. Aku merupakan kereta yang berada di tengah-tengah di antara tiga buah kereta. Dan tiba-tiba saja kereta di belakang memberi isyarat highbeam dan terus memotong. Secara automatik aku menjadi kenderaan yang terakhir.
Hati mula rasa tidak sedap. Volume radio aku naikkan bagi meredakan rasa takut yang mula menyelinap ke seluruh urat darah. Apabila ada kenderaan yang berselisih, ada sahaja isyarat yang mereka berikan. Hon dibunyikan, lampu dikelip-kelipkan. Sungguh, aku tak tahu kenapa. Sampailah tiba pada simpang tiga, dua kenderaan di hadapan aku membelok hanya tinggal aku yang masih memandu lurus.
Tiba-tiba, entah macam mana aku terpandang cermin pandang belakang dan waktu itulah terasa darah mengering, tangan menggeletar, badan menggigil kesejukkan dalam berpeluh. Cepat-cepat aku pandang ke depan semula.
“Fuhhh. Hns hns hns.” Bunyi dengusan berserta kekekan kecil betul-betul kedengaran di bahagian belakang tempat duduk pemandu.
Aku tak tahu nak buat apa. Berhenti di tengah-tengah kawasan kelapa sawit, reban ayam yang gelap gelita itu bukanlah pilihan yang tepat. Hendak diteruskan pemanduan, rasa terlalu jauh perjalanan. Dan aku tak ada pilihan selain dari terus memandu tanpa menjeling sedikit pun cermin pandang belakang. Aku takut!
Apabila tiba di satu lagi simpang tiga, aku melepas nafas. Sedikit lega apabila jalan tersebut terang dan terdapat gerai burger di tepi jalan. Aku berhenti seketika, mengambil nafas sebelum memandu semula. Aku masih punya belasan kilometer lagi untuk sampai ke kampung. Dengan lafaz bismillah aku memandu kembali.
Dan sekali lagi aku perlu meredah gelap malam. Jalan yang tidak berlampu lagi! Sewaktu melintasi simpang masuk ke arah Kg. Parit Jerman, aku seperti terpandang sesusuk tubuh yang sedang berdiri di bahu jalan. Hendak kata orang kampung, mustahil ada orang yang hendak berdiri di bahu jalan dalam gelap selepas pukul 10.30 malam. Aku hanya memandang sekilas, tak perasan dengan jelas rupa individu tersebut. Dan apabila kereta sudah pun melepas orang tersebut, aku cuba memberanikan diri memandang cermin pandang belakang. Kosong! Tempat orang tu berdiri kosong. Cepat-cepat aku alihkan pandangan. Fokus pada dada jalan. Mungkin pandangan mata aku je.
“Hns hns hns” sekali lagi aku terdengar suara kekekan di di dalam kereta. Spontan aku jeling cermin pandang belakang. Dan waktu tu aku nampak juntaian rambut betul-betul di belakang tempat aku duduk. Aku cuma nampak rambut, bahu ataupun wajah makhluk tersebut aku tak nampak. Macam mana aku boleh pastu tu rambut? Kebetulan, aku buka tingkap sedikit dan aku jarang memandu malam dengan memasang aircond, aku tak berapa suka. Dan rambut kalau ditiup angin ia akan berkibar sedikit kan? begitulah aku pasti itu adalah rambut.
“Ya Allah, dugaan apa ni. Janganlah ganggu aku, aku kena cepat ni. Tolong jangan ganggu aku.” Antara keluar dengan tidak suara aku. Bercakap seolah-olah ada orang lain selain aku di dalam kereta.
Dengan berbekalkan semangat yang tinggal nyawa-nyawa ikan, aku menekan pedal minyak. Berharap yang gangguan tersebut tidak akan berpanjangan.
Pemanduan aku berhenti apabila tiba di destinasi. Kereta aku berhentikan betul-betul di selekoh yang terdapat taman permainan tidak berapa jauh dari rumah tok. Aku bersandar, menarik nafas dalam, melegakan debaran di dada, menyusun semula pernafasan yang rasa tersekat.
Tok. Tok. Tok.
“Arghh!!” Spontan aku menjerit. Refleks dek terkejut dengan ketukan pada cermin tingkap.
“Kenapa ni adik? Apesal berhenti dekat sini? Kenapa tak terus ke rumah?”
“Paksu, terkejutlah orang.”
“Dah! Jom balik.”
Aku hanya menurut. Hilang rentak jantung sekali lagi rasanya. Dan malam tu juga aku cekalkan hati untuk memandu pulang ke rumah. Mujur kejadian menakutkan tu tak berulang.

-TAMAT-

#cgczone
#official
#cgchzone
#thehorrorzone
#koleksiceritaseram
#mistikmisteriseram

29. RUMAH USANG BERPUAKA
Karya : Diaada

Assalamualaikum dan kerana sudi menyiarkan kisah yang sedikit seram untuk aku akui adalah sangat seram bagi aku, first aku minta maaf sekiranya kisah yang aku ingin kongsikan ini tidak menarik seperti yang korang bayangkan atau tak faham jalan ceritanya yang sedikit beterabur ya.
Ok sebagai permulaan aku akan ceritakan sedikit pasal rumah yang aku diami beberapa tahun yang lepas sekarang ni aku dah pindah tapi aku masih ingat lagi, kami tinggal di rumah tu hanya bertahan selama 5 bulan sahaja, sebabnya kejap lagi aku cite, rumah yang aku tinggal tu rumah kampung, seperti biasa rumah tu terdiri daripada separuhnya ialah papan dan separuh lagi batu-bata, ruang tamu tu boleh muat 3 sofa bersaiz besar, almari pakain almari tv dan sebuah meja makan, bilik ada 3 sahaja sedangkan kami lapan orang, kami pun berkongsi bilik, rumah yang kami diami ni sewa bulanannya rm 600 sebulan.
Kisah ni bermula pada mula lagi kami pindah ke rumah tu, malam tu kami sekeluarga duduk menghadap tv sambil makan nasi di ruang tamu, sedang kami sedap makan tiba-tiba ada bunyi guli yang berteraburan di atas bumbung, kami memandang sesama sendiri masa tu pukul 10 malam, kami mengandahkan bunyi tu dan cepat-cepat makan, usai sahaja kami makan aku di tugaskan untuk basuh pinggan mangkuk, masuk sahaja ke dapur aku mula membuat tugas aku,”gedebumm!!”satu keluarga kitorang degar bunyi tu, aku yang keseorangan di dapur bergegas lari ke ruang tamu sebelum sempat aku menutup pili air.
Setelah beberapa minit berlalu kami mula mengemas apa yang patut, aku ingat tak ada dah gangguan tu tapi dia tak puas hati lagi, masa kami semua tengah sibuk meletakkan barang kami ke dalam bilik, adik aku yang paling kecil dalam 6 tahun tiba-tiba menjerit ketakutan sambil berlari ke arah abah dan mak, bila di tanyakan apa penyebab dia menjerit mula dia taknak beritahu apa sebabnya tapi kami memujuk dia untuk beritahu, kata adik aku masa dia sedang bermain dengan pantung chin-chan satu kepala tersembul keluar dari badan patung tu, dia terkejut yang amat sebab tu dia lari, bukan setakat dia je buat macam tu kalau kami pun buat yang sama macam tu,
Sebenarnya banyak lagi kejadian seram ni malah hampir setiap hari kejadian tu berlaku, pernah satu hari tu sepupu aku fiq datang ziarah kami, malam tu mak dan fiq tu tidur rumah kami, afiq dan aku berbual-bual, keluarga yang lain pulak dekat dapur memasak yang adik-adik aku tengah bermain dalam bilik,”assalamualaikum!! ” ada orang yang bagi salam tapi suara dia macam tengah marah,”assalamualaikum !!gedebumm!! Gedebumm!! “Kami dengan perasaan takut berlari mendapatkan mak abah, bila ditanya abah aku dengar ke tak orang bagi salam abah aku kata takda la pula.
Kami kembali ke ruang tamu nak tengok adik-adik kami, asalnya kami ada 10 orang termasuk afiq dan umi, aku kira 5 orang tak tido lagi bermaksud 5 orang dah tido la kan, 1.2.3.4.5.6 kira aku,aku pun tak apa la jalan pergi bilik mak nak tutup lampu, jap..bukan 5 orang je ke?apasal 6 orang pulak aku patah balik di ikuti afiq, memang ada 6 orang, aku buka lampu, ada seorang budak kecil berbaju kuning seluar pulak warna hitam koyak-koyak dengan kesan tanah, benda ni bukan aku je tahu yang nampak afiq pon nampak sebab kami berdua ni memeng ada sixthsense, budak tu dia tidur dalam keadaan meniarap, aku tutup lampu, pastu pergi ke dapur bagi tau abah aku abah aku masuk bilik tu pastu terus azan, adik-adik yang tidur terbangun ada yang tanya kenapa, ada yang tanya dah siap masak ke belum, haih..huhuhu
Rumah tu terlampau keras, macam-macam ada kat situ adik aku pernah nampak ada makhluk warna merah pekat bereekor tajam ada tanduk ajak dia pergi main dekat tempat yang dia tunjuk kat adik aku, kami suruh dia tunjukkan kat mana tempat tu, kami semua pergi ke belakang rumah, oh lupa pulak nak bagi tahu belakang rumah tu penuh dengan hutan yang terbiar, sampai je kat belakang rumah adik aku tunjuk arah kat mana syaitan tu duduk, belangkang dinding tu ada satu lubang sebesar tapak tangan, kami semua ketakutan bila ada tanda di dinding tu, tanda tu macam dilukis lukisan tu berupa seekor makhluk yang bertanduk sebijik macam yang adik aku cerita tu, abah aku ambil alat apa bende entah, ketuk dekat tempat tu habis aje ketuk rupa rupanya tempat tu bilik pemujaan syaitan paling terbesar, tepi dinding bilik tu tertulis pelbagai jampi untuk pemujaan.
Serentak tu kami mula kas baju-baju dan tumpang rumah keluarga belah mak aku untuk seminggu 2, tempoh tu abah aku bawa kawan-kawan untuk tolong abah aku punggah barang lepas dapat rumah sewa lain. Kami semua pindah, bila di pikir balik patut la takda seorang pun yang berjiran dengan kami, dan rumah tu pulak jauh dari rumah yang lain. Ok itu jelah kisah dari aku, harap korang berpuas hati ya, ada masa kita jumpa lagi,assalamualaikum.. -DIAADA-

#cgczone
#official
#cgchzone
#thehorrorzone
#koleksiceritaseram
#mistikmisteriseram


30. SIAPA BERDIRI DEPAN PINTU?

Karya : Hanis

Assalamualaikum terima kasih sudi siarkan cerita ni. nama aku nana (bukan nama sebenar) kisah yg akan aku sampaikan ni secara peribadi aku rasa ada kena mengena dgn kisah lampau keluarga aku tapi aku tk pasti kesahihan nya sebab bila aku tanya mak dan nenek aku diorang akan kata takda apa-apa. Tapi jujurnya aku rasa ada..
Kisah ni jadi masa aku duduk rumah flat di klang, rumah aku tingkat dua and kisah ni jadi time aku 17 tahun. Sebelum aku pindah ke rumah tu , kawan aku pernah bgitau yg penghuni sebelum tu kenalan dia and diorang ada cerita yg rumah tu seram but family aku mcm buat taktahu je. So kisah ni start lepas aku duduk rumah tu. Nk dipendekkan cerita ayah aku bawak teksi and selalu keluar waktu pagi kalau weekend. Bilik aku dekat dgn dapur and belakang bilik aku balkoni yg boleh nmpak tempat park kereta, kalau keluar nk ke toilet kena lalu balkoni tu. And kalau berdiri dri depan pintu bilik aku boleh nmpak pintu utama sbb betul2 depan mata (agak jauh dri bilik aku).
So haritu sabtu, aku tidur bilik aku berdua dgn adik perempuan aku. Macam biasalah kalau weekend bagi budak sekolah mcm aku heaven boleh tidur lambat. Jam pukul 1 pagi aku and adik aku still awake otp dgn bf masing2. Masuk pukul 2 adik aku dah pun masuk tidur tapi aku rancak lagi berborak (tak ingat borak pasal apa sampai berejam ni haha) sampai la pukul 4 pagi, aku da mengantuk so aku bgitau bf aku dah nk tidur takut aku bangun lmbat bising pulak mak aku. So sebelum aku tidur aku minta dia tunggu aku nk pergi kencing. Masa aku keluar bilik tu aku nmpak ayah aku siap2 kt ruang tamu (nak keluar da kot) getus ku dlm hati.
Selesai je buang air kecil, aku berhenti dekat balkoni tu nampak teksi ayah aku da hidup, dia da keluar. Mcm yg aku cakap dri bilik aku boleh terus nmpak pintu utama. Kalau duduk flat ni balkoni luar tu akan hidupkan lampu dri pukul 7pm-7am. Sebenarnya mmg rutin aku setiap kali aku nk masuk bilik aku akan usha lubang kecil bawah pintu tu. sbb area rumah aku bnyak kali kehilangan kasut and selipar so mcm kitrg akan susun selipar depan pintu biar nmpak ada lagi tk selipar tu. and sepatut ada cahaya dri luar melalui lubang bawah pintu tu tapi malam tu takde. Mulanya aku ingat adik2 aku susun selipar bertindih sampai tertutup lubang tu tapi bila aku perhati dia punya tertutup tu semacam , mcm sengaja ditutup habis lubang tu. so dalam kegelapan tu aku tenung je lubang tu, sampai la slow2 aku perasan mmg ada “bende” berdiri depan pintu tu!! btw antara ruang tamu and dapur rumah aku ada dinding and ada langsir so masa aku pandang tu dri bawah ke atas slow2 sampai kepala aku terpaksa mcm mendongak nk tengok bende tu and yaa it is. Aku nampak bende tu hitam tinggi sampai syiling, besar sampai tertutup pintu and “dia” membelakangkan aku. Aku sampai sekarang taktahu apa bende tu (menangis)..
Tergamam and terhenti kejap jantung aku, terus aku slow2 masuk bilik and kunci nasib baik dia tk berpaling(klau tak da pengsan). Dalam jantung aku mcm nk gugur tu Aku terus terdiam kt atas katil sambil pegang fon yg bf ku still tunggu, tak mampu aku nk bercakap dlm fon tu, aku diam je takut “dia” dengar sambil mata aku meliar takut2 dia dlm bilik sampai la aku tertidur. Sumpah takboleh lupa kenangan tu sampai sekarang aku takut nk keluar kencing even da pindah rumah. Aku cerita kt mak aku dia ckp padan muka siapa sruh tidur lewat. Haih semoga itu kali pertama and terakhir aku nmpak dia ..
Itu sahaja dripada aku sorry kalau boring sikit , ada masa kita jumpa lagi nk cerita bende lagi seram hehe sekian terima kasih…

#cgczone
#official
#cgchzone
#thehorrorzone
#koleksiceritaseram
#mistikmisteriseram


KENAPA SYAITAN PILIH SENJA
CP BY ADMIN A.D - CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI

Dari Jabir bin Abdullah R.A. katanya Rasulullah S.A.W bersabda,
"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja, kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilang cahaya senja. " ( HR Muslim ).
Dari sudut agama, sudah ada penjelasan. Bagaimana pula dari sudut sains dan teknologi?
Antara tabiat syaitan ialah mereka suka berada di antara dua keadaan.
Contohnya antara siang dan malam, antara teduh dan panas terik, antara sejuk dan panas, antara hujan dan panas,
Antara awak, dan saya (lelaki dan perempuan).
Begitu jualah permulaan menjelang malam iaitu senja. Ia berada di tengah-tengah siang dan malam. Di situlah kekuatan golongan ini sedang dijana.
Terdapat saranan dari 'orang-orang tua' agar menutup kepala (ubun-ubun). Tetapi apa logiknya?
Menurut Prof Keith L. More, di dalam otak manusia terdapat satu bahagian yang dikenali sebagai 'Frontal Lobe', yang menjadi pusat segala perancangan manusia.
Anggota badan bertindak sebagai jentera sahaja. Kepentingan ubun-ubun atau Frontal Lobe telah dibuktikan oleh Sheikh Zahlun Najar dan Abdul Majeed Alzendanee, ia adalah pusat kawalan yang mengeluarkan segala arahan mengawal diri, membentuk tingkah laku dan peribadi seseorang, berbohong, berbuat salah, kejujuran dan membuat keputusan.
Sebagai mana yang telah dibincangkan sejak awal tadi, waktu senja adalah saat paling sesuai untuk syaitan menghasut dan menggoda manusia.
Maka mereka akan mencari ruang dan pintu yang boleh ditembusi pada tubuh manusia. Dan, saranan menutup kepala jika berjalan waktu senja adalah untuk menutup ubun-ubun supaya tidak terdedah kepada bisikan syaitan yang suka meracuni hati dan fikiran manusia.

HANTU PURDAH?
CP BY ADMIN A.D - CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI

Masih ingat kisah misteri hantu purdah yang tersebar meluas Di Malaysia sekitar tahun 1997? Hantu purdah ini dikatakan memburu mangsa dengan menaiki kereta kancil merah. Menariknya, ianya bermula dengan kisah seorang gadis IPT yang mengamalkan ilmu hitam bertujuan ingin mencantikkan wajahnya.
Pemulaan cerita dia bergini, hantu purdah ni berkisarkan tentang seorang gadis yang sedang menuntut di sebuah IPT di Malaysia. Malangnya, gadis ni kononya selalu dipinggirkan oleh kawan-kawan dia (konon-kononnya masa tu kawan-kawan dia semua cantik tak nak kawan dengan dia).
Oleh yang demikian, si gadis ni telah membuat keputusan terburu-buru untuk menjadi cantik! Lalu dia telah bertemu dengan seorang bomoh yang pakar dalam ilmu hitam. dipendekkan cerita, dia menuntutlah ilmu hitam itu. tetapi, ada syarat yang harus gadis ni patuhi sebelum mendapatkan wajah yang cantik.
Dia tidak boleh melihat cermin maksudnya dia tidak boleh tengok sedikit pun paras wajahnya di hadapan cermin selama 44 hari. Jadi setelah gadis ni mengamalkan ilmu itu selama beberapa hari kemudian, para jejaka-jejaka terkejut dan tertawan dengan kejelitaannya.
Masa itu gadis ini memang teruja sangat sebab ilmu yang dia amalkan tu menjadi! Tapi, disebabkan terlalu tidak sabar dan obses dengan kecantikan, dia telah melanggar pantang yang telah ditetapkan. Dia melihat cermin untuk mendapat kepastian, adakah wajahnya benar-benar telah menjadi jelita.
Oleh yang demikian, bertukarlah wajahnya menjadi sangat hodoh! separuh dari tubuh dan wajahnya menjadi buruk akibat melanggar pantang. mukanya mula ditumbuhi bisul. Nanah hanyir bercampur darah mulai keluar dari luka-luka bisul tersebut.
lalu dia telah memakai purdah untuk menutupi wajahnya yang telah menjadi hodoh! Setelah itu dia menemui semula bomohnya dan diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menghisap darah anak dara sunti seramai 40 orang.
Sebab itulah gadis berpurdah hitam tersebut merayau-rayau mengetuk pintu dari rumah ke rumah bagi mencari anak dara sunti sambil memberi salam 'kum-kum.' (Kerana tidak boleh menyebut assalammualaikum)
Sesetengah pendapat mengatakan, kisah hantu purdah sejenis jembalang yang sering berkeliaran sekitar 1970-an sengaja dicipta ketika kebangkitan semula Islam dikalangan orang-orang Melayu.
Ketika itu, para gadis mula mengenakan hijab. Keadaan ini amat tidak disenangi oleh kumpulan gadis yang suka memakai pakaian seksi lalu terciptalah kisah hantu purdah semata-mata untuk memburukkan imej wanita yang menutup aurat.
Ada juga pihak yang mengatakan kisah ini sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan gadis-gadis remaja yang gemar berpeleseran sehingga dinihari. Dipendekkan cerita, kisah ni kekal menjadi misteri dan tak terjawab sehingga kini. wallahualam.


TAJUK CERITA : SUARA HILAIAN & TANGISAN DI TEPI TINGKAP
Pengirim : Mr. H
CP BY ADMIN A.D - CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
Assalamualaikum. Kisah yang ingin saya ceritakan pada kali ini merupakan kisah yang pertama yang saya alami pada tahun 2019.Hal ini bermakna sebelum ini saya pernah mengalami beberapa kejadian aneh dan misteri namun kisah yang ingin saya kongsi pada kali ini adalah antara peristiwa yang tidak dapat saya lupakan sepanjang hidup saya.Berikut adalah kisah misteri yang pernah saya alami.Pada malam itu,setelah selesai menunaikan solat fardhu Isyak saya mengisi masa terluang dengan bermain permainan video secara online atau online game.Dalam minggu itu juga Saya baru sahaja pulang ke rumah kedua yang terletak di Kota Bharu,Kelantan.Setelah hampir 4 bulan meninggalkan rumah tersebut,saya telah kembali kerana memenuhi masa cuti panjang sesudah saya tamat peperiksaan SPM di rumah pertama yang berlokasi di Seremban,Negeri Sembilan.Rumah di Seremban juga mempunyai cerita yang tersendiri namun akan saya kongsikan di kisah yang seterusnya.Berbalik kepada kisah yang saya alami di rumah yang terletak di Kota Bharu,dari jam 10 malam saya mula bermain online game bersama rakan karib sejak di bangku sekolah lagi.Oleh kerana sudah terbiasa dengan rutin semasa bercuti panjang,saya sering tidur lewat untuk mengejar pencapaian dan ranking di dalam online game tersebut.Seperti kebiasaannya,saya bermain game di sudut meja gaming yang saya sediakan khas untuk bermain game sama ada di dalam komputer riba atau di dalam smartphone.Saya berada di gaming chair pada jangka masa yang agak lama semata-mata untuk bermain game yang amat saya minati tersebut bersama rakan-rakan yang juga taksub terhadapnya.Jam menunjukkan hampir jam 1 pagi ketika itu.Saya membuat keputusan untuk berhenti bermain game kerana berasa agak mengantuk dan secara kebetulan bateri smartphone di tahap yang lemah serta perlu dicas semula.Sebelum Saya log out pada game tersebut,dengan keadaan yang agak dingin pada malam itu saya berasa tersentak kerana terdengar suara wanita yang seolah-olah sedang tertawa dan mengilai.Saya merasakan bahawa jarak suara hilaian itu agak dekat dan amat berhampiran dengan tingkap bilik serta sudut meja gaming tempat saya duduk pada ketika itu.Secara spontan,saya terus meletakkan smartphone saya di atas meja pegecasan dan terasa agak blank pada waktu itu.Tiba-tiba,saya teringat tentang surah ruqyah yang baru sahaja saya hafal dan membacanya di dalam hati ditujukan kepada apa jua makhluk yang cuba menganggu saya pada waktu itu.Setelah selesai membaca,saya cuba mendengarkan kembali keadaan di tingkap bilik saya.Suasana senyap seketika dan saya berasa amat lega buat seketika.Namun secara tidak semena-mena,saya terdengar pula suara wanita yang sama seolah-olah sedang menangis meratapi sesuatu.Suara tangisan adalah nyaring dan sayu membuatkan bulu roma saya merinding tanda seram.Saya berfirasat bahawa mungkin makhluk tersebut berasa panas atau terbakar disebabkan oleh baccan surah ruqyah sebentar tadi.Saya membuat keputusan untuk membaca ayatul Qursi bertujuan untuk menghalau dan seterusnya memagari rumah.Saya mengamati semula keadaan pada waktu itu.Suasana agak sunyi dan kedengaran bunyi cengkerik berada di dalam semak berhampiran tingkap bilik saya.Saya kemudiannya cuba menggagahkan kembali diri dan menuju ke tandas.Saya membuang hajat kecil dan mengambil wudhu sebagai perlindungan dan tanda kebergantungan kepada tuhan yang satu.Setelah kejadian itu menimpa diri saya,kitar hidup telah berubah iaitu saya seeing tidur awal dan cuba mengajar diri mengurangkan bermain game secara berlebihan sehingga menjejaskan waktu tidur.Sehingga kini saya tidak tahu apakah makhluk yang cuba menganggu saya kerana telah berfikir secara rasional bahawa tiada sesiapa yang dapat masuk atau cuba bergurau kerana rumah saya dipagari secara rapi serta mustahil untuk sesiapa sahaja dapat masuk ke kawasan rumah saya secara senyap-senyap.Pada pendapat saya,mungkin ia sekadar menyinggah atau sebagai memberi pengajaran kepada diri saya untuk tidur lebih awal dan bukannya membuang masa dengan bermain game sehingga lewat malam.Sampai di sini sahaja kisah saya pada kali ini.Terima kasih kerana sudi membaca kisah misteri yang saya alami ini.Terpulanglah kepada pembaca yang ingin percaya atau tidak kerana tujuan saya berkongsi kisah ini adalah untuk berkongsi pengajaran bagi mengelakkan perkara yang sama berulang kepada sesiapa pun dan kejadian ini adalah benar-benar saya alami,ianya bukanlah suatu rekaan.Sekian...
#cgczone
#official
#cgchzone
#thehorrorzone
#koleksiceritaseram
#mistikmisteriseram

TAJUK CERITA : KERANAMU CORONA
Karya : MILA SHUKOR
CP BY ADMIN A.D - CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
“Di akhir zaman nanti akan ada banyak wabak manusia di dunia, hanya umatku yang terhindar kerana memelihara wuduknya”.
Januari 2020
“Covid-19. Malaysia digemparkan dengan penemuan virus terbaru.Yang asalnya datang dari negara Wuhan,China”.
“Abang tahu tak pasal wabak ni?”. Soal aku kepada suamiku..
“Hmmm tahu…”.
“Katanya orang dari China makan kelawar . Selain kelawar banyak jugak haiwan lain dia orang makan. Sebab tu sakit”. Jawap suamiku secara bersahaja.
“Manusia ni pelik kan abang? Dah tahu tak boleh makan tapi makan jugak. Dah virus ni masuk dalam Malaysia. Pelik selera dia orang ni”.Bentak aku.
“Nak buat macam mana sayang. Dunia dah akhir zaman. Nafsu dia orang pon dah terlalu melampui batas. Taksub sangat makanan eksotik sampai lupa hukum alam. Bumi pon dah penat melayan karenah manusia ni”.
“Dah siap ke makan tu? Cepat lah abang
nak masuk kerja ni”. Soal suamiku kepada ku.
“Dah siap..jom lah.."
Februari 2020
Aku bekerja seperti biasa. Bekerja sebagai pegawai pendidikan di pejabat kerajaan. Kerja yang menimbun setiap hari membuatkan aku
kadang terlupa tentang wabak ini. Aku terlalu leka mencari harta dunia. Terlalu leka hal dunia.
“Arghh penatnya.. banyak betul kerja hari
ni. Duduk rumah kan best tak payah kerja." Merungut hati kecil ku.
“Tak baik lah merungut macam tu. Kufur nikmat tahu tak. Tengok dekat luar berapa ramai yang tak ada rezeki nak kerja tapi tak dapat. Dekat Palestin tu tak tengok hidup dia orang macam mana? Kita lagi nak merungut”. Aku hanya berdiam nak dilawan itu suami. Derhaka nanti. Ya..dia banyak menyedarkan aku tentang hidup ni. Kadang aku terlupa untuk bersyukur.
Mac 2020.
Aku membaca info di facebook. Angka kes keseluruhan ini telah mencecah 200 lebih. Dan pihak kerajaan menyeru rakyat Malaysia supaya mengawal setiap pergerakan masing-masing. Tetapi rakyat Malaysia penuh dengan kedegilan tidak menghiraukan arahan kerajaan. Ramai yang berpusu ingin balik ke kampung . Berpusu di super market. Panic buy katanya. Dan terbaru berpusu di balai polis. Sebabnya ingin mengambil pas perjalanan pulang ke kampung.
“Hmmm.. Kan Nabi dan pesan jangan keluar dari tempat wabak dan jangan masuk ke tempat wabak bagi mengelakkan penyakit ni
merebak. Kalau student tu lain cerita lah”. Aku membebel sendirian.
“Awak bebel apa tu sayang? Cuti saya dah kena beku ni tau. Kena jaga roadblock. Orang banyak degil. Banyak tak reti bahasa semua. Kalau teruk sangat mintak tolong askar jaga sama”. Kata suamiku..
Yaa.suamiku anggota polis. Frontliners yang bertanggungjawab menjaga negara. Sama seperti nurse dan doktor yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa Covid 19. Tak lupa jugak frontliners yang lain aku berterima kasih kerana jasa mereka semua.
19 Mac 2020
Aku hanya duduk dirumah kerana diberi perintah kawalan pergerakan. Semua premis dan pejabat di arahkan tutup tidak kira lah kerajaan atau swasta. Sambil memasak aku melihat info di facebook. Kes semakin hari semakin meningkat. Angka kematian pon semakin hari semakin bertambah.
“Adakah tuhan ku murka akan hambanya? Dan menghantar sekecil virus untuk menyedarkan hambanya yang hina?”
“Hmmm kalau tengok pon banyak dah benda tak elok jadi dekat bumi ni. Sajat pergi mekah pakai telekung lah. Penyokong LGBT dengan
liberal pon makin menjadi. Maksiat merata. Itu belum kes luar negara lagi. Penindasan umat Islam pon banyak sekarang ni”. Bebel hati kecilku.
Bunyi loceng menanda suami ku baru pulang dari kerja. Saban hari aku risau melihat dia. Tidur yang tak cukup. Terdedah dengan orang
luar yang entah pembawa virus. Ya..rakyat Malaysia masih berdegil tetap mahu keluar alasan bosan duduk di rumah.Saban hari aku risau dengan sikap manusia. Kerana barang di
supermarket dia orang bergadoh. Adakah sudah hilang sifat keperikemanusiaan mereka semua? Bukankah kita diuji supaya sedar
khilaf kita tetapi kenapa semakin bongkak? Dan aku pon semakin hari semakin risau melihat keadaan suami ku. Kesihatannya semakin hari semakin merosot.
April 2020
Ramai frontliners sudah lemah. Doktor dan nurse juga ramai dijangkiti.Malaysiaku sudah menjadi huru hara. Kerana angka pesakit sudah bertambah ramai dan barisan hadapan semakin berkurang.Suamiku juga disahkan positif Covid 19. Katanya dijangkiti semasa
bertugas. Aku tak dapat melawat. Hanya dapat melihat di kaca luar sahaja.
Sewaktu aku mendapat khabar berita suamiku positif Covid 19.Fikiran ku kosong melayang tidak tahu ke mana. Dan selama 5 hari suamiku bertarung nyawa dia pergi meninggalkan ku buat selamanya.Aku tak dapat mencium jenazah suamiku dan melihat pengebumiannya secara dekat. Hanya mampu melihat dari jauh dan menitipkan doa. Aku menyalahkan takdir kerana aku merasakan suamiku barisan hadapan tetapi kenapa dia pergi dulu? Aku lupa tentang qada dan qadar Allah. Maafkan hambamu.
Mei 2020
Nampaknya wabak ini semakin hari semakin pulih. Dan tiada lagi angka kes meningkat. Dan aku semakin hari semakin dapat menerima
kenyataan bahawa suamiku tiada. Dan masih tergiang kata-kata suamiku
“mungkin ini virus yang sengaja orang buat. Bila manusia dah jadi terlampau teruk orang sana sengaja hantar virus nak hapuskan
separuh manusia untuk restore balance bila dunia dah terlalu banyak orang jahat”.
“Habis tu macam mana dengan orang yang tak bersalah pon kena jugak abang?”. Soal aku.
“Nak buat macam mana itulah takdir. Bila manusia dah kembali ke peringkat asal masa tu semua menghargai apa yang ada”.
“Maksud abang?”.
“Orang akan berhenti menganiaya binatang dan mungkin akan kembali ke fitrah muslim yang sebenar untuk umat Islam”.
Aku hanya mampu menangis di dalam hati
dan berjanji akan meneruskan hidup bersama anak kecil ku yang baru berusia 2 bulan di dalam rahim ku.
“Tak pe lah sayang. Allah lebih sayangkan papa. Papa pergi sebagai hero negara". Dan aku harap darah heronya meresap di dalam darah dagingnya. Al-fatihah untuk papa. Al-fatihah (dibaca) juga untuk mangsa Covid 19. Semoga roh ditempatkan dikalangan yang beriman.

-TAMAT-

.“Dan hukum alam sangat adil,saat engkau tidak menghargai kehidupan
makhluk lainnya, bencana sudah di ambang mata.

TAJUK CERITA : LOCKDOWN
Karya :  Youra Aeri
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
Minah terkebil-kebil. Matanya memandang ke atas. Kemudian dia menukar posisi ke kiri. Tidak lama, dia menukar lagi ke posisi sebelah kanan. Minah mencebik.. dia merasa bosan apabila asyik terkurung sejak wabak corona menyerang Malaysia.
Mahu sahaja dia mengingkari arahan kerajaan demi kebebasan dirinya yang dilanda kebosanan melampau.
"Assalamualaikum jiran sebelah! Buat apa?"
Minah menjeling sekilas. Kedengaran bunyi ketukkan di dinding sebelah kirinya di ketuk bertalu-talu.
"Buat bodoh. Kau?"
"Samalah" jawab Tipah sambil tergelak.
"Aku nak keluar malam ni. Kau nak ikut?" Soal Tipah pula.
"Nak ke mana? Kan kita ni dilarang keluar" soal Minah, Berkerut dahinya.
"Memanglah.. tapi kita keluar malam ni sebab nak membantu kerajaan. Membantu pihak polis, askar dan pihak hospital supaya corona ni tak berjangkit lagi dengan orang lain" balas Tipah panjang lebar.
"Kau tak takut ke?" Soal Minah. Dia merasa was-was. Masih berbelah bahagi.
"Takut apanya. Dorang yang takut tengok kita. Dahlah.. kau nak ikut ke tak? Aku kat dalam ni dah tepu dah. Dari duduk tak buat apa-apa baik aku tolong dorang tu hah"
Minah angguk-angguk..kemudian dia mengekori jiran sebelahnya keluar. Baru kali ini, dia berpeluang menghirup udara segar. Di tambah pula angin malam yang agak dingin. Terasa segar wajahnya apabila ada hembusan angin menampar lembut pipinya.
Di luar rumah mereka berdua, ada dua lagi sahabat Tipah. Mereka sudah lama menunggu melakukan tugas hakiki mereka. Jika sebelum ini, mereka suka membuang masa mengusik dan menyakat, kali ini mereka akan gunakan masa yang ada dengan membantu pihak-pihak yang memerlukan bantuan walaupun bantuan mereka tidak diperlukan.
"Lama kau tunggu?" Soal Tipah.
"Lama jugalah. Nasib baik ada budak ni. Taklah bosan sangat"
"Ni siapa? Anak kau?"
"Bukanlah.. "
"Hei budak, pergi balik sana. Tak elok budak-budak macam kau merayap kat luar macam ni. Mak kau mana? Nanti dia mencari pula. Mak kau tak marah?"
"Mak aku lagi suka aku keluar. Dia suruh aku kerja cari hasil dari duduk membongkang dekat rumah."
Tipah angguk-angguk..
"Hah, kenalkan ini Minah. Jiran aku. Tu hah rumah dia" ujar Tipah mengenalkan Minah kepada kawan-kawannya. Mereka saling berbalas senyuman.
***
Gempar!
Kampung Sungai Lurus tiba-tiba sahaja di serang hantu. Pelbagai cerita aneh dan pengalaman orang kampung di ganggu hantu bertebaran sehingga ke kampung sebelah menyebelah..
Beberapa anggota polis, rela dan juga tentera yang bertugas merasa aneh dengan keadaan kampung yang mereka jaga tiba-tiba menjadi sepi bagaikan bandar mati.
"Alhamdulillah.. lega saya bila orang-orang kampung akhirnya menurut juga arahan kerajaan. Kalau tidak, berbuih mulut kita nak bagi teguran suruh mereka duduk dalam rumah diam-diam" ujar seorang anggota rela yang bernama, Kasim Selamat.
"Kes kecurian pun dah takde lagi. Tak macam sebelum ni. Ada je yang mengadu duit mereka hilang." Ujar seorang lagi.
"Aku pelik tiba-tiba dorang semua ikut arahan. tak ada seorang pun yang keluar. Semua ni mesti gara-gara pasal cerita hantu tu kan"
"Bagus juga kalau macam tu. mudah sikit kerja kita. Walaupun aku tak percaya sangat hantu-hantu ni" jawab Ramli sambil matanya meliar memandang keadaan sekeliling.
Tiba-tiba
"Hahahaaaaaaaa!!! Hihihiiiiiiiiiiiii..!"
Dengan pantas ketiga-tiga lelaki tersebut berlari meninggal kan tempat kawalan mereka kerana ketakutan.
***
Di celah-celah pokok besar dalam keadaan gelap gelita dua susuk bertubuh tinggi berbungkus kain putih bersama dengan dua makhluk lagi yang menyerupai wanita berambut panjang berjubah putih lusuh dan seorang lagi bertubuh kecil berkepala botak kelihatan sedang melompat keriangan..
Stay safe y'all
Stay at home

TAJUK CERITA : RUMAH SEBELAH
Karya : Youra Aeri
CP BY ADMIN A.D
CGCZONE BRUNEI
theHORRORZONE BRUNEI
Satu malam yang hening yang tak berapa nak hening sangat. Pukul 9 malam aku masuk bilik awal, nak tidur kan si kecik tu. Semua lampu aku tutup kecuali lampu dinding je.. sebab aku tak berapa suka gelap-gelap ni.
Dalam beberapa minit je, anak aku dah tidur. Aku pula baru cadang nak bangun keluar bilik, kononnya nak sambung buat cerita Cendol Cik Teh tu memandangkan novel aku HITAM dalam proses printing ( kata staff kedai printing tu kalau tak ahad, mungkin isnin dah siap )
Okay, aku baru je nak bergerak ( masih duduk atas katil lagi ) tiba-tiba aku terdengar bunyi perabot ( macam meja ) di seret. Bunyi tu datang dari rumah sebelah aku ni. Rumah sebelah aku ni dah bertahun-tahun kosong. Kadang - kadang je tuan rumah dia datang kemas dan buka surah ruqyah. Lepas tu dorang balik lah.
Tapi dah beberapa hari, surah ruqyah tu aku tak dengar lagi. Rumah tu jadi senyap sunyi.
Okay, lepas bunyi seretan tu, senyap sekejap. Aku masih tak bergerak lagi. Duduk atas katil. Diam tak berkutik. Tapi aku pasang telinga.
Tak lama, bunyi seretan tu terdengar lagi. Kali ni bunyi seretan tu macam bunyi kerusi pulak. Lama betul dia seret.
Aku dah krik..krik..Kat dalam bilik. Aku sambung baring balik peluk anak aku .
Lepas tu bunyi tu senyap lagi. Kali ketiga dengar bunyi macam periuk kuali berlaga lepas tu jatuh. Aku dah menggigil. Takut gila. Jantung aku dah berdebar-debar dah.
Aku tak tahan, aku cuba wassap laki aku.. baru je nak taip suruh laki aku balik aku dengar ada suara bercakap..
"Dah siap semua kemas? Minggu depan kita datang lagi hantar barang terus pindah"
Aku yang dah ketakutan dalam bilik ni dah krik..krik..krik..
CHICKEN CHOP betul.

Comments

Popular posts from this blog

KOLEKSI VIDEO / MOVIE ACTION / CARTOON / SEASON#1

AD COLLECTIONS / THAI MOVIES / SEASON#1

CGCZONE 👁‍🗨 PAID ADVERT / SERVIS IKLAN BEBAYAR / DETAILS