AZMAN 'DORORO' #COMPLETE - 14 EPISODES
AZMAN 'DORORO' #COMPLETE - 14 EPISODES
Kalau hari cuti selalunya dia akan pulang ke rumah hingga lewat pagi..
Azman masuk kedalam lif menuju ke tingkat 10,hanya dia seorang saja pada malam itu..Sambil sambil tu dia main lagi bame online yang sedang trending itu. Lif berhenti di tingkat 4,Azman masih leka bermain game.Dia perasan ada dua orang budak masuk dalam lif dan terus berada di belakang Azman.
"Tingkat 7 ye bang" Suara seorang budak lelaki
Dari belakangnya..
Tanpa bersuara,Azman tekan angka 7 dan sambung main game onlinenya.
"Bang,boleh tolong kami tak?" Suara seorang lagi budak bertanya.
"Ya.." Balas Azman bersahaja..
"Tolong cari mayat kami abang.Dah berhari hari mak ayah kami cari kami tapi tak jumpa.Kami kesian dekat dorang."
Berderau darah Azman waktu tu,terasa peluh membasahi seluruh badannya..Terhe
nti game online yang sedang dia main..
"Babi! Lawak jenis apa budak dua ekor ni buat time camni." Monolog Azman dalam hati..
Dia memberanikan diri untuk menoleh le arah dua orang budak lelaki itu..Alangkah terkejutnya dia apabila melihat salah seorang dari budak tersebut tak ada biji mata dan seorang lagi perutnya terbelah dan tiada organ dalam badannya.. Darah pada tubuh mereka pun terlihat masih baru..
"Marilah abang,ikut kami.Biar kami tunjuk kat mana mayat kami." Kata salah seorang budak lelaki tersebut sambil memegang tangan Azman..
Serentak itu juga pintu lif terbuka di tingkat 7 dan Azman pun rebah tidak sedarkan diri..
#kisahseram
#kisahdaridunia
AZMAN 'DORORO'
Part 2
Perlahan Azman membuka matanya,dilihat keadaan sekelilingnya dan dia yakin yang dia berada di rumahnya..
"Mail.. Azman dah terjaga ni."
Nyaring suara disebelah telinganya,Azman mengalihkan pandangan ke arah suara itu..Rupanya itu suara khairil,kawan serumahnya. Azman melemparkan senyuman berat kepada khairil dan dibalas dengan senyuman yang panjang..
"Bangun dah kau,kau dah kenapa semalam pengsan dekat depan lif.?"
Tanya Mail sambil membawa 2 cawan air milo..
"A,ah Man..kami ingat nak bawak kau pergi hospital hari ni kalau kau tak sedar lagi."
Khairil pula bersuara..
"Err..Err takde apa lah,aku penat sangat kot,sebab tu pengsan kat situ.."
Balas Azman disertai dengan senyuman kelat.
"Itulah kau tiap malam melepak kat kedai mamak min game online..Nasib la kau takde apa apa,kalau tak susah kau nanti.."
Bebel Mail seperti seorang isteri yang sering membebel kepada seorang suami..
"Eh,tapi kau buat apa eh dekat tingkat 7?"
Soalan dari khairil ni benar benar buat Azman buntu.Dia tidak mahu beritahu mereka berdua akan kejadian semalam..
......................................
Azman pulang bercuti ke kampung selama 2 hari..Setelah kejadian tempoh hari,dia ingin menenangkan fikirannya yang kusut.. Lagipun sudah lama dia tidak menjenguk keluarganya di kampung..
Setelah selesai makan malam,Azman duduk di beranda rumah sambil bermain game online.Adik bongsunya bermain di depan pintu dan berbual seorang diri..Azman menjeling ke arah adik bongsunya.Tersenyum sendiri dia melihat telatah adiknya itu..
"Kesian adik aku ni takde kawan,sampai bercakap sendiri.".
Monolog Azman dalam hati..
"Abang,kawan adik nak tumpang tidur kat bilik adik malam ni boleh tak?"
Tiba tiba adik Azman bersuara..
"Kawan adik? Dia takde rumah ke? Ke dia kena halau dengan keluarga dia dari rumah?"
Azman cuba bergurau dengan adiknya..
"Dia takde rumah la abang,dia cakap malam ni nak tidur dengan adik..Lagipun dia dah penat la tiap hari asyik bertenggek atas bahu abang."
"Celaka,lawak jenis apa adik aku buat ni.Masa bila pulak dia pandai melawak seram macam ni dengan aku...?"
Gelisah Azman lepas adiknya berkata begitu..
Azman masih berpura pura seperti dia tidak takut dan tiada apa apa yang berlaku..Dia mesti terlihat gagah,berani dan kacak di depan adiknya..
"Adik cakap dekat kawan adik tu,abang tak bagi dia tidur dengan adik malam ni.Lagi satu pesan dekat dia,kalau dia bertenggek dekat bahu abang lagi,nanti abang terajang dia masuk dalam longkang.."
Balas Azman kepada adiknya.Dia sebenarnya serba salah adakah betul tindakannya itu..
"Abang,kawan adik dah pergi..Dia marah,dia cakap satu hari nanti abang akan dapat balasan.."
Peluh mulai Azman rasakan menjalar ke seluruh tubuh selepas adiknya berkata seperti itu..
"Jibauk betol,adik aku memang tak bergurau aku rasa kali ni.."
#kisahseram
#kisahdaridunia
AZMAN 'DORORO'
Part 3
Azman bangun awal pagi dan membersihkan belakang rumahnya yang sudah dipenuhi lalang.Kali terakhir dia bersihkan belakang rumahnya adalah masa raya puasa tahun lepas.Dia ditemani adiknya yang leka bermain dengan kucing kesayangannya yang bernama kellie..
"Adik,kawan adik yang semalam ada datang lagi tak?ke dia bertenggek lagi kat bahu abang ni?"
Tanya Azman mahukan kepastian..
"Entah lah,adik tak nampak pulak hari ni."
Jawab adiknya tanpa melihatnya kerana leka mengusap badan si kellie..
Tiba tiba kellie dengan tergesa gesa memanjat pokok rambutan di sebelah Azman.Hampir melompat Azman kerana terkejut..
"Celaka punya kucing,nasib baik aku takde sakit jantung.Kalau tak,dah kejung aku kat sini."
Marah Azman kepada kucing adiknya itu..
"Abang.." Adiknya meluruskan jari telunjuknya ke atas pokok rambutan..
"Dah kenapa,kau pun nak ikut kellie panjat pokok ke?" Balas Azman kepada adiknya dalam nada bergurau..
"Kellie nak tangkap kawan adik yang semalam tu la..Dia ada atas pokok rambutan tu tengah tengok abang."
Kata kata dari adiknya itu buat Azman tak selesa..
"Sudah sudah! Jom masuk dalam rumah. Sebelum abang jadi Hulk Hogan,baik kita masuk..Biar kellie tangkap kawan adik tu,kalau dia tak dapat tangkap,jangan bagi dia makan.."
Lalu Azman bergegas membawa adiknya masuk ke dalam rumah..
............................................
Sudah lama Azman tidak berjalan kaki pada waktu malam di kampungnya. Seingat dia kali terakhir dia berjalan kaki dulu,masa balik dari mengaji.Itu pun masa kecik dengan kawan kawan. Jadi pada malam ini Azman jalan kaki ke kedai makan kampungnya sambil mengimbau memori sebelum dia keluar dari kampungnya untuk bekerja..Lagi pula esok dia sudah mahu pulang.. Azman membeli 2 bungkus mee goreng kesukaannya.
Dalam perjalanan pulang ke rumah,Azman bertemu dengan Rahim yang baru pulang dari surau,lalu Azman menegurnya..
"Assalamualaikum abang Rahim,lama tak jumpa.Sihat ke?"
Azman pernah terhutang budi dengan Rahim,kerana Rahim pernah menyelamatkannya dari lemas masa Azman kecil dulu..
"Macam ni la Man,sihat biasa biasa je.Kau sakit ke tiba tiba je balik kampung.Selalunya setahun sekali je balik,tu pun masa raya.?"
"Saje je balik ni bang,dah lama sangat tak balik."
"Ingatkan kau sakit,sebab muka kau pucat je.Ingatkan ada sakit buah pinggang."
"Boleh tahan jugak mulut Abang Rahim ni,kalau aku tumbuk mesti pecah terus bibir tebal dia tu."
Kata Azman dalam hati menahan geram..
"Budak kecik ni anak sape pulak yang kau bawak ni man?"
Soalan dari abang Rahim ni betul betul buat Azman tersentak..
"Budak mana pulak abang Rahim?"
Azman mengaru garu kepalanya yang tidak gatal menandakan yang dia hairan..
"Tu yang kau pegang dengan tangan kanan kau tu."
Di tangan kanan Azman ada plastik bungkusan mee goreng yang baru dia beli sebentar tadi..
"Dari riak wajah abang Rahim,aku rasa dia tak bergurau..Dia mana pernah melawak,lagipun dia pencen askar yang terkenal dengan sikap serius 24 jam.."
Monolog Azman dalam hati..
Sebelum sampai ke rumah,Azman telah campak mee goreng yang dibelinya tadi ke dalam semak..
"Eh,tadi cakap keluar nak beli mee goreng.Ni balik tangan kosong je?"
Tanya ibu Azman sebaik dia sampai ke rumah..
"Tadi man jatuh mak,habis mee goreng tercampak sebab man terkejut bunyi ekzos motor mat rempit kampung ni.."
Jawab Azman bersahaja dan berlalu menuju ke biliknya..
Ketika didalam bilik,dalam.samar samar gelap,Azman terlihat sosok seorang budak di atas katilnya..
"Sampai dalam rumah aku kau ikut,tak guna punya hantu!."
Dengan perasaan yang begitu marah,Azman capai bantal yang berada di katilnya dan menghempuk berkali kali sosok budak di atas katilnya..
"Mak!Mak! Tolong!!! Abang pukul adik!!!!"
Terhenti perbuatan gila Azman itu..
Berlari adiknya keluar bilik menuju ke arah ibunya..
"Alamak,adik aku la.."
#kisahseram
#kisahdaridunia
AZMAN 'DORORO'
Part 4
Setelah seminggu Azman pulang dari kampung,makin hebat gangguan yang diterimanya.Kali ini tiap masa jika dia bersendirian,pasti dia akan melihat kelibat budak sedang berlari dan bertenggek dimana mana.. kehidupan Azman pun sudah tidak terurus,dia hilang selera makan.Sudah tentu perkara ini menyebabkan prestasi kerjanya juga menurun..
Pada suatu hari akibat sudah tidak tahan lagi dengan apa yang berlaku,Azman menceritakan semua yang dialaminya kepada Mail dan Khairil.. Sudah tentu lah Mail dan Khairil terkejut.
"Kenapa dah teruk macam ni baru nak cerita man,kalau awal awal haritu boleh aku bawak kau jumpa dengan orang yang pakar dalam hal ni..?"
Mail bersuara sejurus Azman habis bercerita..
"Aku ingat benda ni kejap je,sebab tu aku tak cerita dekat sape sape.Tak tau pulak nak jadi sampai macam sekarang."
Balas Azman dengan nada yang lemah..
"Ok camni lah,minggu depan aku bawak kau jumpa orang yang pakar benda benda camni."
"Kenapa minggu depan,lama sangat tu Mail,tak tahan dah aku ni."
Azman mencelah
"Sabar la,orang yang aku nak bawak kau jumpa ni tengah bercuti dekat Bali dengan bini ketiga dia..Minggu depan dia balik kita pergi la rumah dia.."
Balas Mail sambil diperhatikan khairil yang sedang membalut rokok daun..
.
.
.
.
.
.
.
Jam sudah menunjukkan pukul 2.43 pagi,Azman terjaga dari tidurnya kerana perutnya memulas.. Tanpa lengah dia bingkas bangun dari katilnya dan terus menuju ke tandas.Ketika dia baru buka pintu tandas,alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat seorang budak berwajah pucat sedang mencangkung di hadapannya..Terasa bagai luruh jantungnya saat itu..
"Woi babi! Masa ni jugak kau nak kacau aku kan.Bagi la aku lepas hajat aku dulu kalau nak kacau aku pun.!" Jerkah Azman apabila dia sudah tidak dapat menahan kemarahannya.Lalu dia mengambil baldi yang ada disitu dan campak ke arah 'makhluk' tak diundang itu. Serentak itu juga kepulan asap muncul tatkala baldi yang dilemparkan Azman mengenai makhluk budak itu..
.
.
.
.
.
.
"Kalau takut sekalipun,tak perlu la kau berak dekat lantai dapur ni Man."
Bebel Mail sambil membersihkan sisa buangan Azman semalam.. Setelah kejadian semalam,Azman demam..
"Aku dah takleh tahan la asyik kena kacau Mail,kau takde kenal orang lain ke yang boleh tolong aku ni.?"
Tanya Azman kepada Mail..
"Aku ada kenal sorang bomoh ni dulu,tapi tak pasti la dia ada lagi ke tak.Nanti aku cuba contact dulu."
"Kalau boleh cepat sikit Mail,dah serabut aku ni.Boleh gila aku tak lama lagi kalau hari hari macam ni..
"Takpe,kau sabar je.Nanti aku usahakan.. Sekarang aku nak fokus dengan kerja aku ni hasil 'peninggalan' kau semalam."
"Hehehe sorry bro."
Azman tersenyum malu..
#kisahseram
#kisahdaridunia
AZMAN 'DORORO'
Part 5
"Man,ada masalah sikit la.Bomoh yang aku nak bawa kau jumpa tu masuk hospital kena potong kaki sebab kencing manis."
Kata Mail kepada Azman dengan nada kesal..
"Takpelah,lagipun Pakngah aku baru call semalam,dia suruh aku jumpa sorang pakcik ni.Dia pakar dalam ubat orang ni..."
Balas Azman sambil tangannya leka memegang handphone bermain game online yang sedang trending..
"Kalau macam tu bila kau nak jumpa dia?"
Tanya khairil pula sambil tangannya membalut rokok daun..
"Aku dah call dia pagi tadi,dia suruh aku datang rumah dia malam jumaat dua hari lagi. Aku ingat nak ajak korang teman aku la."
"Boleh je,aku no hal.Tapi kita pergi lepas aku siap baca Yassin la.Lagipun dah lama sangat aku tak mengaji ni."
Jawab Mail dengan penuh semangat..
"Prestasi kerja aku pun dah menurun teruk ni,pagi tadi boss cakap surat kenaikan pangkat aku terpaksa ditangguh dulu sebab kerja aku makin teruk.Ini semua gara gara hantu budak kecik mana entah asyik dok kacau aku je..Kalau la aku dapat hantu tu,memang aku cekik dia sambil patah patahkan jari kaki dia.."
Khairil dan Mail hanya ketawa kecil melihat gelagat Azman yang sedang marah..
.
.
.
.
.
"Adik kau dah dua hari demam ni,asyik dok sebut sebut nama kau je.."
"Man baru je balik cuti hari tu mak,tengok la nanti bulan depan Man mohon cuti lagi.Kalau Man dapat cuti,nanti Man balik ye mak.."
Perbualan singkat di telefon itu ditamatkan Azman.. Menurut ibunya,adiknya demam lepas bermain bawah pokok rambutan belakang rumahnya..Semenjak kejadian itu adiknya sering memanggil manggil nama Azman..
"Ni mesti hantu budak bodoh punya kerja ni.Tak habis habis nak menyusahkan aku.."
Azman mengetap bibirnya tanda marah..
.
.
.
"Ha,macam mana Man.Dah jumpa ke orang yang Pakngah suruh jumpa tu?"
Tanya Pakngah Azman melalui telefon..
"Malam nanti baru Man pergi jumpa dia Pakngah.."
Balas Azman pendek..
"Harap harap lepas ni kau ok lah..Pakngah jumpa kau itu hari pun pakngah tengok muka kau pucat semacam je.Pakngah risau kot kau kena santau sampi mati dengan orang je.."
Sambil diiringi gelak tawa dari pakngahnya..
"Nasib baik Pakngah ni abang Mak Man je,kalau pakngah ni pakcik jual aiskrim tepi jalan tu.Dah lama kasut bundle Man ni masuk dalam mulut pakngah.."
Balas Azman dalam nada bergurau..
Lalu mereka sama sama ketawa..
#kisahseram
#kisahdaridunia
AZMAN 'DORORO'
Part 6
Malam itu Azman,khairil dan Mail pergi ke rumah bomoh seperti yang mereka rancang sebelum ini. Menurut PakNgah azman, bomoh ni power.Ketika sampai di rumahnya,mereka bertiga agak kagum dengan rumah bomoh tersebut yang indah bagai istana.Rumah tiga tingkat siap dengan kolam renang,tapi terlihat sedikit menyeramkan kerana rumahnya terlihat usang.Tak lama kemudian bomoh itu muncul di depan pintu rumah lalu menyuruh mereka masuk ke dalam rumahnya.Dari wajahnya,Azman mengagak yang bomoh tu berusia sekitar 60-an. Masa sampai tu pukul 11 setengah. Jadi mereka borak borak dulu sebab nak tunggu jam 12 tengah malam.Bomoh tu cakap lepas tengah malam baru boleh mula sesi pengubatan.Baru mujarab katanya..
Sambil minum kopi, bomoh tu pandang ke arah Mail, "Kamu ni pakcik tengok macam orang yang 'memakai'. Ambik la kerambit ni buat pendamping,biar makin kuat." Tiba tiba bomoh tu bersuara sambil keluarkan kerambit kecil dari bawah tikar dan hulurkan kepada Mail.
Tanpa bersuara,Mail ambil kerambit itu dan keluarkan dari sarung. Lama Mail tenung kerambit tu,sesekali dia menganggukkan kepalanya.Azman hanya memerhati kerana dia tak mengerti apa apa.Khairil pula memandang Mail dengan sangat teruja..
Kemudian Mail masukkan kembali kerambit ke dalam sarung,dan ketika itu juga Azman terbau seperti bunga cengkih. Rasa macam ada sesuatu yang sedang perati mereka saat itu. Bulu tengkuk Azman tiba tiba terasa tegak. Terasa seram suasana ketika itu.
kemudian mail bersuar "Berapa pengeras ni?"
" Kamu ambik jelah kerambit tu, pakcik bagi saje,sekali dengan pakej hantu raya sekor. Dia akan ikut semua suruhan kamu.Maknanya kamu akan jadi tuan dia lah. Percuma je kerambit dengan hantu raya tu."
Jelas bomoh itu lagi..
Mail tersenyum lalu berkata
"Takut nanti tak ngam pulak dengan yang dah sedia ada ni je."
"Ooo dah agak dah mesti ada punya."
Mail mengangguk perlahan tanda mengiakan
"Dapat dekat mana?"
Bomoh itu bertanya lagi..
"Arwah tok bagi,katanya ini amanah turun temurun.Setiap keturunan kena jaga sampailah cukup keturunan yang ke tujuh.Dan saya ni keturunan yang ketujuh."
Balas Mail..
"Tak pernah cuba buang ke?"
Tanya bomoh itu lagi sambil menghirup air kopinya yang sudah tinggal separuh..
" Biarlah dulu,lagipun ada gunanya jugak nanti"
Balas Mail pendek..
Bomoh itu mengangguk tanda paham. Lalu dia menghabiskan air kopinya yang tadi tinggal separuh.. Azman hanya diam memandang wajah Mail dan sesekali memandang bomoh itu.Dia diam merenung nasibn yang menimpa dirinya..
"Tak guna punya bomoh,dah la tak hensem.Aku datang sini nak berubat.Yang dia pegi bantai ajak Mail borak panjang tu buat apa.Aku ni yang nak berubat sikit pun dia tak peduli.Mail pun satu,layan bomoh tua ni borak buat apa."
Kata Azman dalam hati..
"Ehem..Ehem.."
Bomoh itu memandang Azman dengan pandangan yang tajam..
"Sabar,kejap lagi kita mulakan sesi pengubatan.Anak muda penuh dengan emosi,tak boleh sabar sikit."
Bomoh itu melemparkan senyuman sinis ke arah Azman. Azman hanya menundukkan pandangan dan tidak lagi berani berkata di dalam hati.Kerana fikirnya pasti bomoh itu tahu apa yang telah dia katakan dalam hati sebentar tadi..
#cgczone
#official
#cgchzone
#thehorrorzone
#koleksiceritaseram
#mistikmisteriseram
AZMAN 'DORORO'
Part 7
Jam telah menunjukkan tepat pukul 12.00 tengah malam, bomoh tu suruh Mail dan Khairil duduk di samping Azman dan Azman duduk berhadapan dengannya.Kemudian bomoh itu berkata kepada Mereka bertiga
"kalau jadi apa apa atau ternampak apa apa, anggap saja semuanya sebagai cubaan"
Kemudian bomoh tu berkata lagi
"Kamu tolong tengokkan sikit budak budak ni."
Masa bomoh tu cakap, dia tak pandang pun wajah Azman,tapi dia pandang atas. Azman dongakkan kepalanya untuk melihat apa yang bomoh tu tengok..Tapi tiada apa apa. Azman cuak dan pandang depan balik. Bomoh itu hanya tersenyum memandang Azman..
Azman lihat dua orang sahabatnya,sepertinya mereka fokus kepada bomoh itu.
"Letak dua tangan kamu atas lantai ni ha", minta bomoh tu sambil tangannya membelah limau purut.Ada 7 biji limau purut semuanya.Setelah kesemua limau purut itu dibelah,bomoh tu masukkan semuanya dalam mangkuk yang berisi air..Lama bomoh tu perhatikan limau yang di dalam mangkuk itu. Kemudian bomoh tu masukkan tangannya ke dalam mangkuk yang berisi limau purut yang sudah dipotong,lalu dia menggaul. Bomoh tu ambik satu je limau purut yang sudah dibelah.
Bomoh tu letak limau purut tu atas lantai.
Lepas tu baki limau purut yang dah dibelah tu dia keluarkan dari mangkuk.
Mulut bomoh tu tak berhenti henti baca jampi.
Tak lama lepas tu dia hembus dekat air dalam mangkuk bekas limau purut tu.Bomoh tu ulang sampai tiga kali.kemudian Bomoh tu minta Azman rapat dengannya sehingga lutut mereka bertemu.Dia curahkan air dalam mangkuk tu atas kepala azman. Air yang jatuh kelantai bertukar warna menjadi warna kuning..
Azman terasa makin seram. Kepalanya tiba tiba terasa pening rasa nak pengsan.Tiba tiba dia melihat satu lembaga berlidah panjang sampai ke pusat dengan rambut yang panjang,betul betul di belakang bomoh itu.. Kukunya yang panjang sedang memegang bahu bomoh itu.Azman begitu terperanjat dan hendak menjerit.Belum sempat dia mengeluarkan suara,bomoh itu berkata.
"Jangan peduli kan dia,buat tak tahu je."
Azman mematikan hasratnya.
Makhluk yang di belakang bomoh tadi kini sedang menjilat jilat seluruh wajah bomoh dengan lidahnya yang panjang. Azman kuatkan semangat dirinya.
Bomoh tu kemudian bangun dan berdiri di belakang Azman. Dia urut bahu Azman. Dari bahu, pergi ke tulang belikat, leher, dan berakhir di kepala. Azman mula hilang kawalan,dia seperti orang yang sedang kerasukan. Mail dan Khairil mula beranjak sedikit ke tepi. Suasana terasa agak seram apabila Azman mula meracau racau sambil memaki hamun bomoh itu dalam bahasa yang mereka berdua sendiri tidak fahami..
Lepas tu tiba tiba Azman bangun dan berdiri tegak,dia diam je.Tak lama kemudian Azman sedikit menunduk dan muntah keluar darah hitam pekat. Bersama muntah darahnya itu ada kaca,rambut,anak tikus dan kulit berbulu.Kemudian Bomoh tu bangun dan dudukkan Azman lalu dia urut urut belakang badan Azman.Tak lama lepas tu Azman pengsan tak sedarkan diri.
Serentak itu juga terdengar seperti suara burung yang sedang menjerit di luar rumah.
Melompat Khairil lalu memeluk Mail..
"Lepaslah,takkan la bunyi camtu pun dah takut?"
Marah Mail kepada Khairil sambil menepis nepis tangan Khairil dari terus memeluk dirinya.. Lama suara itu kedengaran lalu akhirnya hilang bersama kesunyian malam..
Bomoh memandang tajam ke arah Mail dan Khairil..Pandangan yang menakutkan..
"Mail,cuba kau tengok bomoh tu.Kenapa aku rasa semacam je bila dia pandang kita macam tu,aku rasa takut la."
Bisik khairil kepada Mail..
"Kau relaks jelah,jangan buat muka takut..Jangan sampai kau pulak takut tengok muka aku nanti.."
Khairil cuba sekali lagi untuk memeluk Mail,tapi belum sempat semuanya berlaku.Kaki Mail telah hinggap di muka Khairil.Lalu khairil membatalkan hasratnya..
#kisahseram
#kisahdaridunia
AZMAN 'DORORO'
Part 8
Tergamam Mail dan Khairil melihat apa yang berlaku di depan mereka berdua sebentar tadi.Mereka berdua bingkas bangun ingin pergi ke arah Azman tapi dihalang bomoh itu.
"Takpe,kamu berdua duduk je.Kejap je ni.Kejap lagi ok lah kawan kamu ni."
Kemudian bomoh itu mengambil air di dalam mangkuk yang masih tersisa lalu mencurahkannya ke muka Azman..Tapi Azman masih belum sedarkan diri.Bomoh itu mengetuk dahi Azman berkali kali menggunakan mangkuk tersebut,barulah ada reaksi dari Azman..
Setelah Azman sedarkan diri,bomoh itu menghulurkan segelah air yang telah dijampi untuk Azman minum..Azman merasa sedikit lega selepas minum air jampi tu..
"Macam mana,sedap tak air jus anai anai tu?
Pakcik buat sendiri tau air tu.Harga pun berpatutan.."
Azman masih terlihat seperti orang yang mamai selepas sedar dari pengsan.
Bomoh tu sambung lagi..
Kalau kamu nak harga murah lagi,kamu kena ajak dua orang kawan kamu join bawah kamu.Dan dua orang kawan kamu tu pun kena buat benda yang sama macam kamu..
Boleh la dapat income sikit tiap tiap bulan."
Mail dan Khairil berpandangan sama sendiri..
"Kalau kamu nak,nanti pakcik bagi borang untuk kamu isi segala butiran peribadi kamu."
Sambung bomoh itu..
Menurut bomoh tu, ada orang hantar 'barang' dekat Azman. Ada orang dengki dengan dia dan apa yang dia kecapi sekarang.Orang tu taknak Azman berjaya..
"Pakcik tahu ke siapa yang buat kerja tak elok ni semua dekat kawan saya ni?"
Tanya Mail kepada bomoh..
Bomoh tu geleng kepala.
"Tak tahu. Tapi biasanya ni perbuatan orang yang dekat dengan kawan kamu ni.Biasalah orang dengki,tak boleh tengok orang lain lebih sikit dari dia.. Nak jadi apa la orang sekarang ni, dengki je sikit sikit nak main bomoh."
"Mail, pakcik nak cakap sikit ni dengan kamu.", bomoh tu berkata kepada Mail..
"Apa dia pakcik?"
"Tadi tu bukan pakcik yang tolong kawan kamu ni,tapi hantu raya pakcik yang buat.
Power tak dia?."
"Yang pakcik nak bagi dekat saya tadi tu ke?"
"Ha yang tu la?"
Mail angguk tanda faham
"Kamu tak nak ke hantu raya tu? Mana la tau satu hari nanti kamu pun boleh jadi hebat macam pakcik jugak"
Mail tersenyum kepada bomoh tu
"Kalau pakcik dah beria ria sangat nak bagi dekat saya,apalah daya yang saya ada untuk menolak pelawaan pakcik tu..
"Macam tu lah anak muda."
Kemudian bomoh tu memberikan kerambit kecil kepada Mail,mereka berjabat tangan tanda persetujuan telah dimeterai..
"Baguslah. Pakcik ni dah lama buat kerja ni.Sekarang ni dah ada pengganti,hantu raya ni pun dah ada tuan baru yang boleh jaga dia.Pakcik harap kau pun berbaktilah untuk orang yang dalam kesusahan."
Bomoh tu sambung lagi,
"kalau benda yang ada pada kamu tu boleh tolong orang lain, gunalah sebaiknya. Tapi jangan pula buat benda yang tak elok pada orang lain,takut memakan diri."
Kemudian bomoh tu merapatkan bibirnya ketelinga Azman dan berbisik sesuatu kepadanya.Azman hanya menganggukkan kepalanya tanda mengerti..
Mail dan Khairil cuba mengamati apa yang dibisikkan bomoh tu kepada Azman.Tapi mereka tidak mendengarnya dengan jelas kerana jarak mereka berdua yang sedikit jauh..
Setelah selesai,bomoh tu tersenyum memandang Mail dan Kairil dengan senyuman yang menakutkan..
Azman hanya mendiamkan diri dan menundukkan kepala.Wajahnya berubah serta merta..Terlihat kesedihan di wajahnya..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sepanjang perjalanan pulang, Azman hanya tertidur kepenatan di belakang. Sesekali Khairil memandang ke arah Azman.Mail yang sedang memandu kereta,hanya termenung sambil fikirannya melayang mengingat amanah yang akan dia jaga nanti.
" Apa lagi cara yang kita ada untuk kita buat dekat Man ni Mail?"
Khairil memulakan perbualan..
"Kita tengok lah dulu nanti dua tiga hari.Kalau tak jadi jugak,kita pergi jumpa bomoh lain."
Kereta yang dipandu mereka membelah kesunyian malam
#kisahseram
#kisahdaridunia
AZMAN 'DORORO'
Part 9
"Kau rasa betul ke tindakan kau ni Man?"
Soal khairil kepada Azman.
"Entahlah Khairil,aku pun tak tahu lah. Tapi aku harap ini akan jadi pilihan yang terbaik untuk aku dan masa depan aku."
Balas Azman..
"Kalau kau dah rasa itu yang terbaik,kami takkan halang..Lagipun dah bomoh tu nasihatkan kau untuk berhenti kerja demi kesihatan dan keselamatan kau,apa boleh buat kan.Kami akan doakan kau dari jauh je lah."
Mail pula mencelah..
"Terima kasih korang,korang berdua ni memang sahabat terbaik aku sampai mati."
Azman berpelukan dengan dua sahabat baiknya itu sebelum pergi meninggalkan rumah.Dia telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja atas saranan bomoh yang dia jumpa tempoh hari..Dengan berat hati dia terpaksa meninggalkan apa yang dia sudah usaha untuk berjaya selama ini,tapi itu semua demi masa depannya kelak..
Azman berhasrat untuk tinggal di kampung dan tinggal bersama ibunya..
Lagi pula setelah kematian ayahnya tiga tahun lepas,ibunya hanya tinggal bersama adik bongsunya di kampung..Kini sudah tiba masanya untuk Azman menggalas tanggungjawabnya berbakti kepada ibunya..
.
.
.
.
.
Malam itu seperti malam malam sebelumnya,Azman didatangi adik bongsunya dan meminta untuk tidur bersamanya. Kerana menurutnya tiap kali dia hendak tidur,pasti akan datang seorang budak memarahinya..Tak hanya itu,budak tersebut akan pukul adiknya.Kejadian itu membuatkan adiknya takut untuk tidur seorang diri..
Pada awalnya Azman tidak kisah,lagipula adiknya tidak selalu bermanja dengannya.
Tapi lama kelamaan Azman berfikir yang adiknya itu harus menjadi seorang yang berani dan dia harus belajar tidur sendiri..
Pada malam itu Azman cuba memujuk adiknya itu untuk tidur di biliknya sendiri..Dia harus berani dan perlu berdikari.Tetapi adiknya itu tetap berkeras mahu tidur dengan Azman.
"Adik nak tidur dengan abang jugak,adik tak berani..Semalam masa adik cuba nak tidur,ada benda tenung adik.Bila adik pura pura tidur,ada benda tendang katil adik dari bawah.."
Azman terkejut dengan jawapan adiknya itu.Pada awalnya dia berfikir adiknya cuma berpura pura kerana mencari alasan untuk tidur dengannya.Tapi melihatkan reaksi wajah adiknya yang seperti hendak menangis,Azman tahu yang adiknya itu tidak menipu..
Azman masih lagi berkeras memujuk adiknya itu untuk tidur dibiliknya..
"Takpe adik tidur je dulu,nanti kalau benda tu datang lagi tendang katil adik,jerit je panggil abang.Nanti abang datang tendang bontot dia."
Pujuk Azman..
Adiknya akur dengan keputusan Azman.Dia berlalu pergi meninggalkan bilik Azman dan menuju ke biliknya..
"Nampaknya gangguan ni masih belum berakhir.Sekarang ni dia dah mula berani ganggu adik aku pulak."
Monolog Azman sendiri..
Azman merebahkan badannya di atas tilam,kata kata dari bomoh itu masih terngiang ngiang di dalam kepalanya..
"Malam ni dah masuk malam ke sepuluh,kalau betul lah apa yang bomoh tu cakap.Maknanya semuanya akan berakhir malam ini."
Kata Azman sambil mengingati setiap bait kata kata yang diucapkan bomoh tempoh hari kepadanya..
Malam itu cuaca sangat dingin dan tanpa sedar Azman telah pun terlelap..
Azman tiba tiba terjaga dari tidurnya kerana telah bermimpi buruk.Di dalam mimpinya dia didatangi oleh makhluk yang sama yang dia lihat di rumah bomoh masa proses berubat dia.
"Sudah sampai masanya.."
Itulah kata kata yang terucap dari makhluk tersebut..Azman mengusap wajahnya yang berpeluh..Kemudian dia mencapai rokok John merahnya lalu dicucuh..Sedutan pertama disedutnya dalam dalam lalu dihembusnya ke atas..Rasa tenang sikit perasaannya..
Dia melihat jam dindinding sudah menunjukkan pukul 2.15 pagi..
Tiba tiba Azman dikejutkan dengan suara jeritan adiknya...
ABANGGG TOLONGGG!!!!"
#kisahseram
#kisahdaridunia
AZMAN 'DORORO'
Part 10
Azman bergegas berlari menuju bilik adiknya.Dia mula panik apabila mendengar jeritan dari adiknya..
"Apahal pulak adik aku ni menjerit waktu camnih,harap takde pape lah yang berlaku dekat dia."
Azman berada betul betul di depan pintu bilik adiknya..Sepi,dia tidak lagi mendengar suara jeritan adiknya.Jantungnya berdegup laju.Perlahan lahan dia menolak pintu bilik adiknya.Gelap,sunyi..Dia melangkah perlahan.
Dalam kegelapan itu dia melihat kelibat adiknya sedang menangis sambil memeluk bantal.Adiknya terlihat begitu takut sekali.
Dia menghampiri adiknya lalu dirangkul tubuh kecil itu dan cuba menenangkannya.
"Kenapa tiba tiba menjerit tengah malam camni,adik nampak apa.?"
Azman cuba menenangkan adiknya sambil mengusap dahi..
Adiknya masih menangis..Jarinya dituding ke arah bawah katil..
"Adik takut la,ada benda bawah katil adik.Dia tendang katil adik.."
Berderau darah Azman apabila adiknya berkata begitu..
"Takde apa lah adik,tikus je tu."
Azman masih cuba memujuk..
"Bukan tikus la abang,adik takut.Abang cuba la tengok dulu apa ada kat bawah katil tu."
Pinta adiknya sambil menangis..
Azman teragak agak untuk melihat ke bawah katil.Dia bukanlah seorang yang berani sangat.Tapi demi mempertahankan gaya seorang lelaki macho,dia harus berlagak berani di hadapan adiknya.
Perlahan lahan Azman membongkok untuk menjenguk ke bawah katil. Alangkah terkejutnya Azman apabila dia melihat ke bawah katil..
"Ya Allah!!"
Hanya kata kata itu yang muncul di mulutnya,terasa seperti mahu melompat dibuatnya..kali ini dia merasa betul betul takut..
Dia melihat adiknya sedang menangis ketakutan di bawah katil..
"Abang..Ada benda atas katil adik,dia marah marah dan tendang adik tadi.Tu yang adik menyorok dekat sini."
Kata adiknya yang kelihatan masih ketakutan di bawah katil..
Azman menjadi semakin keliru..Dia memberanikan diri memandang adiknya yang berada di atas katil.. Adiknya tersenyum dan memandang tajam ke arah Azman dari atas katil..Senyuman dan pandangan adiknya itu sangat menakutkan..
"TAP"
Serta merta bilik menjadi terang..Ibu Azman membuka lampu bilik..
"Apa bising bising tengah malam ni Man?"
Tanya ibu Azman..
Lalu adik Azman keluar dari bawah katil dan berlari menerpa ke arah ibunya dan memeluk sambil menangis...
Dia toleh ke arah katil..Kosong...
Azman melepaskan nafas panjang..
Azman menceritakan segala galanya kepada ibunya..Ibunya hanya mengangguk perlahan tanda mengerti.. Menurut ibunya,ini bukanlah kejadian pertama yang dialami adiknya..
Ibunya juga sering melihat kelibat seorang budak berlari di belakang rumah lalu hilang tanpa jejak setiap kali waktu nak senja..
Ibunya tak endahkan kerana menganggap itu hanyalah khayalannya semata..
Malam itu adiknya tidur bersama ibunya..
.
.
.
.
.
.
.
Azman merebahkan kembali badannya di atas katil..Fikirannya jauh melayang..
Tiba tiba handphonenya berbunyi..Panggilan dari Mail.Belum sempat Azman menjawapnya,panggilan telah terputus...
Ada 15 misscall dari Mail dan 1 mesej darinya..
"Apahal pulak Mail call aku banyak kali time camnih ni?Ada hal penting ke?"
Azman berfikir sejenak,lalu dia membuka mesej dari Mail..
"Man..Kau kene tolong aku kali ni Man..Kau kene tolong aku Man.."
Azman begitu terkejut setelah membaca mesej dari Mail..Sepertinya Mail seperti dalam ketakutan dan sangat memerlukan pertolongan dari Azman..
Handphone Azman sekali lagi berdering,paparan di skrin menunjukkan panggilan dari Mail. Cepat cepat Azman menjawab..
"Hello Man,kau kena tolong aku sekarang jugak! Aku dah tak tahu nak buat apa lagi sekarang ni Man."
Suara Mail terdengar cemas di hujung talian.
"Rileks Mail,bertenang dulu,cuba cerita dekat aku perlahan lahan apa yang dah jadi."
Azman berlagak cool cuba menenangkan rakannya itu..
"Khairil dah mati Man.!"
Tersentak Azman bila Mail berkata seperti itu..Jantungnya berdegup laju,dia seperti tidak percaya dengan apa yang baru sebentar tadi dia dengar dari Mail..
"Macam mana Khairil boleh mati? Dia ada sakit ke? Dia eksiden ke?"
Tanya Azman inginkan kepastian..
"Aku yang bunuh dia tadi."
Balas Mail...
#kisahseram
#kisahdaridunia
AZMAN 'DORORO'
Part 11
Khairil dah mati Man.!"
Tersentak Azman bila Mail berkata seperti itu..Jantungnya berdegup laju,dia seperti tidak percaya dengan apa yang baru sebentar tadi dia dengar dari Mail..
"Macam mana Khairil boleh mati? Dia ada sakit ke? Dia eksiden ke?"
Tanya Azman inginkan kepastian..
"Aku yang bunuh dia tadi."
Balas Mail...
"Kau biar betul Mail?"
Sekali lagi Azman bertanya inginkan kepastian..
"Ye Man,aku tak main main ni..Aku mintak maaf Man..kau maafkanlah aku,aku betul betul merayu dekat kau ni.?"
Lemah suara Mail meminta simpati..
Azman melepaskan nafas panjang..
"Semuanya dah terlambat Mail,aku dah tak boleh buat apa apa lagi."
Balas Azman bersahaja..
"Aku tahu aku salah,tapi sekarang aku dah menyesal..Kau maafkanlah aku Man.. Aku janji yang aku..."
Belum sempat Mail habiskan kata katanya,Azman telah putuskan perbualan diantara mereka..
Azman kembali merebahkan badannya.Fikirannya jauh melayang..Dia mengiring ke kanan dan tersenyum puas..
.
.
.
.
.
Pagi itu Azman bangun seperti biasa,cuma perasaannya sedikit berbeza dari hari seelumnya..Timbul sedikit rasa kepuasan di dalam dirinya..
Pada petangnya pula dia dapat mesej dari salah seorang rakan sekerjanya dulu..
"Man,Mail dah mati gantung diri.Khairil pulak ditemui mati dengan 16 kesan tikaman dan kepalanya pecah.Otaknya bersepai.. Sekarang polis tengah siasat..Polis syak Mail yang bunuh khairil dan kemudian dia bunuh diri."
Azman hanya tersenyum membaca mesej tersebut dan dibiarkannya sepi tanpa membalas apa apa..
Azman pergi ke belakang rumahnya,dia ambil sebatang cangkul.Lalu dia mencangkul tanah di bawah pokok rambutan,kemudian dia mencangkung dan tangannya menguis nguis tanah yang baru dicangkulnya sebentar tadi.
Dia mengeluarkan sekeping gambar dari dalam tanah dan menyapu nyapu tanah yang masih melekat pada gambar tersebut..
Azman tertawa kecil memandang gambar yang dipegangnya.Gambar sahabat baiknya Mail dan Khairil..
"Padan muka,rasakan!"
Azman terasa puas lalu ketawa..
.
.
.
.
.
.
Azman merebahkan badannya di atas katil..Fikirannya mengelamun akan kejadian 3 tahun sebelumnya..
"Hey you buta ke?Lain kali jalan tengok la orang.Tengok sekarang apa dah jadi?"
Popcorn dan air yang baru dibeli berterabur di lantai dan Azman memandang gadis di depannya,cantik,berambut panjang lurus.
Bajunya sedikit basah kerana terkena air yang tumpah..
"Maafkan saya,tapi awak yang jalan tak pandang kiri kanan.Tengok phone je sambil jalan."
"Heh! Sekarang you nak salahkan i pulak ke?"
"Maafkan saya sekali lagi,kalau tak keberatan biar saya ganti semula popcorn awak."
Balas Azman..
"Tak payah! Dari layan you,baik i pergi toilet."
Lalu gadis itu pergi meninggalkan Azman terpinga pinga..
Azman pun berlalu masuk ke panggung wayang..
#kisahseram
#kisahdaridunia
AZMAN 'DORORO'
Part 12
Hey you,macam mane you boleh ada dekat sini,sebelah seat i pulak tu?."
Azman tak hiraukan bebelan gadis disebelahnya. Pandangannya hanya tertumpu pada tayangan filem 'Munafik' sahaja.
"Awak duduk dan enjoy je dengan filem ni,lagipun awak dah terlepas 15 minit citer ni.Sebelum ada orang lain yang marah awak sebab ganggu diorang nak tengok filem ni,baik awak duduk."
Terang Azman,gadis itu akur sambil mencebik bibir buat muka tak puas hati.
Tapi Azman masih dengar dia membebel walaupun dalam nada yang perlahan.
"Ah,lantak lah.Aku datang sini sebab nak layan cerita ni,bukan nak hadap dia."
Lalu Azman sambung tumpuannya pada filem yang semakin mendebarkan.
*************************
"Awak,bangun awak..cerita dah habis."
Azman mencuit pipi gadis yang tertidur di atas bahunya itu.
Gadis itu terkejut kerana hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di dalam panggung wayang.
"Eh macam mana i boleh tertidur ni? Kenapa you tak kejutkan i dari awal tadi? You saje nak ambil kesempatan pada i kan?"
"Eh minah ni bangun je terus nak tuduh aku,dah la tidur atas bahu aku."
monolog Azman dalam hati.
Belum sempat Azman berkata apa apa,gadis itu dengan tergesa gesa bangun dan berlalu tinggalkan Azman.
Azman juga bangun dan mengekori gadis tersebut dari belakang.Mungkin dia perasan yang Azman ikut dia,dia mempercepatkan langkahnya.
Sampai di tempat parking tiba tiba gadis itu berhenti dan meluru laju ke arah Azman.
Azman juga menghentikan langkah kerana terkejut dengan tindakannya. Seperti halilintar dan begitu pantas..
"PANGG!!"
Satu tamparan yang kuat singgah di pipi kiri muka Azman.. Pedih..
"You ni dari tadi buat masalah dekat i, dari mula kita terserempak tadi lagi.Sekarang you nak rogol i ke apa dari dalam wayang sampai parking you follow i.Kalau i jerit ni,sure you dah kena pukul."
Azman memegang pipi kirinya yang masih terasa pedih.Azman tak hiraukan bebelan gadis di depannya itu. Dia cuba kawal kemarahan,sebab arwah neneknya pernah berpesan jangan pernah kasari perempuan sebab diorang ni bertindak ikut emosi dan kemudian baru berfikir.
Berbekalkan pesanan neneknya itulah dia berjaya kawal emosi dirinya.
Gadis di depannya itu masih lagi dengan bebelannya yang seakan tak ada habisnya.
Lalu Azman menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan sesuatu.
"Nah! Ni handphone awk.Tadi awak tertinggal dalam panggung wayang,saya dah cuba panggil awak tadi tapi awak terus pergi macam tu je.Sebab tu la saya ikut awak sampai sini,sebab nak bagi handphone awak."
Gadis itu hanya terdiam,riak wajahnya bertukar.Tiada kata kata lagi yang keluar dari mulut gadis itu,dia yang tadinya membebel seperti tiada kesudahan kini diam seperti sudah kehabisan ayat.Azman pulangkan semula handphone milik gadis itu.
sebelum berlalu Azman renung matanya..
"Cantik.. Awak sangat cantik. Sekarang barulah saya percaya yang perempuan cantik tak semestinya bijak."
Lalu Azman pun meninggalkannya terkulat kulat di parking kereta.Dia masih lagi kaku disitu.. Sebenarnya Azman sedikit kesal kerana tiada permohonan maaf dan ucapan terima kasih dari gadis itu..
**********************
3 bulan kemudian...
Dari jauh Azman melihat pergelutan seorang lelaki dengan seorang perempuan.
Si lelaki merampas beg tangan dan menolak wanita itu dan menyebabkan wanita itu terjatuh.
"Tolong!! Tolong!! Peragut!"
Dari jeritan wanita itu,tahulah dia bahawa apa yang baru dia lihat sebentar tadi bukanlah pergelutan diantara dua pasangan kekasih.
Azman sudah siap siaga kerana peragut itu berlari ke arahnya.Tanpa perlu mengejar,Azman hanya hulurkan kaki dan peragut itu jatuh tersungkur akibat tersadung kakinya.
Peragut itu lantas bangun dan cuba untuk melawan,Azman tidak berganjak kerana Taekwando yang dia belajar ketika darjah lima masih segar diingatan walaupun dia cuma belajar asas seni mempertahankan diri itu.
peragut itu membatalkan hasratnya untuk berhadapan melawan Azman apabila orang ramai sudah mulai perasan akan kejadian itu.Dia terus berlari dengan pantas meninggalkan tempat kejadian.
Azman mengambil beg tangan yang diragut itu,wanita yang diragut itu juga datang menghampirinya.Dia mengambil beg tangannya dan berkali kali mengucapkan terima kasih pada Azman.
Azman hanya tersenyum memandangnya dan ingin berlalu pergi.
"Encik,nanti dulu.Saya tak tahu nak cakap apa lagi sebab encik dah tolong saya.."
"Awak sangat berbeza dengan waktu kali pertama kita bertemu dulu. Waktu saya pulangkan handphone awak dulu,satu ucapan maaf dan terima kasih pun awak tak ucap.Kali ni awak berbeza bila saya pulangkan beg tangan awak,berpuluh kali awak ucap terima kasih pada saya.."
Dia mengerutkan dahinya seperti cuba mengingat sesuatu,tiba tiba matanya terbeliak dan menekup mulutnya.Sepertinya dia sangat terkejut,mungkin dia sudah mengingat siapa Azman.
"You marah lagi ke pasal hal tempoh hari? Sebenarnya i nak minta maaf dan ucap terima kasih dekat You.Tapi you dah pergi tanpa sempat i ucap apa apa. By the way nama i Syazwani."
Dia menghulurkan tangannya tanda perkenalan..
#kisahseram
AZMAN 'DORORO'
PART 13 (AKHIR)
"Sekarang baru puas hati aku korang berdua dah mampos!"
Azman tersengih tanda beliau berpuas hati selepas dua orang rakannya mati kerana ulah darinya..
"Man,Syazwani dah takde..Doktor dah sahkan dia meninggal tadi lepas minum racun."
Terdengar suara tangisan kawan baik Syazwani di hujung talian.. Azman hanya terduduk menyandar dinding,tubuhnya lemah selepas dapat panggilan itu..
Setelah 3 bulan Syazwani berada di dalam tekanan yang berat akibat dari gangguan misteri,akhirnya semuanya tamat setelah dia bunuh diri.Sudah merata tempat Azman bawa Syazwani berubat,tapi semuanya menemui jalan buntu..
Azman mengetahui ini semua perbuatan Mail dan khairil pada suatu hari apabila terdengar perbualan mereka secara senyap senyap.
"Puas hati aku,mati jugak perempuan tak guna tu.Kalau aku tak dapat,sape pun tak boleh dapat dia..Terima kasih Mail sebab kenalkan aku dengan bomoh Siam tu.."
"Lepas ni giliran aku pulak Khairil,aku dengar cerita boss kita nak naikkan Man pangkat.Patutnya aku yang dapat jawatan tu,aku kerja lagi lama dari Man tu.."
"Itulah,aku pun pelik.Apa tangkal dia dah pakai,dapat makwe cantik,boss suka..
Aku tak puas hati betul dengan si Azman tu.Muka biasa biasa je tapi dapat Syazwani yang cantik giler.Aku ni lagi hensem dari dia,patutnya Syazwani tu jadi milik aku. Sekarang aku puas hati.."
Azman mengetap bibir,tiba tiba air matanya mengalir.Tidak pernah dia sangka bahawa dua orang sahabat baiknya itu sanggup melakukan perkara terkutuk padanya..
.
.
.
.
Azman mengelap air matanya..Tiap kali bila dia teringatkan apa yang telah sahabat baiknya lakukan pada dirinya,pasti dia akan menangis..Dia telah kehilangan orang yang dia sayang,pekerjaan dan masa depannya..
Azman mengeluarkan handphonenya dan menelefon seseorang..
"Terima kasih Pak ngah sebab dah tolong Man. Sekarang Man dah rasanlega sikit."
"Pak ngah cuma tolong apa yang termampu je Man.Lagipun Pak ngah kesian kat kau."
Azman menamatkan perbualan singkat mereka.Dia kembali merebahkan badannya di katil. Dia tersenyum riang bila teringatkan apa yang bomoh yang dia jumpa bisik padanya tempoh hari..
"Kamu tahu tak 'benda' yang ada dekat kamu ni,kawan kamu yang dua orang tu yang hantar?"
"Say dah tahu lama dah.Sebab tu saya datang sini nak mintak tolong."
"Nanti pakcik akan bagi hantu raya pakcik dekat kawan kamu tu,selebihnya hantu raya tu yang akan uruskan."
"Kalau boleh biar sampai mereka berdua mati.Boleh tak pakcik?"
"Eemm.. kalau dah kamu nak macam tu,pakcik ikut kan aje.."
.
.
.
.
Azman menatap gambar Syazwani,fikirannya jauh melayang.Tanpa dia sedar air matanya mengalir..Hatinya benar benar sakit dikhianati oleh sahabat yang paling dia percaya..
TAMAT..
#cgczone
#official
#cgchzone
#thehorrorzone
#koleksiceritaseram
#mistikmisteriseram
Comments
Post a Comment